Saturday, February 15, 2014

Berita Terkini 15 Februari 2014


'Durian runtuh' selepas Kelud meletus
KEDIRI - Penduduk bandar ini yang terletak sekitar 30 kilometer dari Gunung Kelud mendapat durian runtuh daripada bencana gunung berapi itu. Sebahagian mereka dilihat menyodok abu dan batu gunung berapi untuk digunakan dalam sektor pembinaan atau sebagai baja tanaman. Seorang penduduk berkata, terdapat orang tengah yang sanggup membayar sehingga AS$56 (RM185) untuk sebuah trak kecil berisi serpihan gunung berapi tersebut.


Pengantin baring di dalam keranda
BANGKOK - Tujuh pasangan pengantin berbaring di dalam keranda di kuil Wat Takien di wilayah Nonthaburi, pinggir Bangkok semalam. Ia dilakukan kerana terdapat kepercayaan bahawa pasangan itu dapat mengelak kehidupan mereka dirundung malang. Berbaring di dalam keranda juga dipercayai akan menyebabkan pasangan tersebut mampu mengecapi kegembiraan dalam kehidupan mereka.- Reuters

Konsep senjata DE teknologi laser militer AS Senjata laser LaWS milik Angkatan Laut AS
Israel bakalguna sistem pertahanan laser
SINGAPURA - Sebuah syarikat yang mengeluarkan peralatan senjata milik kerajaan Israel kini sedang memajukan sistem pertahanan peluru berpandu yang menggunakan laser. Menurut syarikat Sistem Pertahanan Canggih Rafael, sistem pertahanan seperti itu pernah ditayangkan dalam filem Star Wars. "Adalah pasti, ia seperti yang anda lihat di dalam filem Star Wars," kata jurucakap syarikat berkenaan, Amit Zimmer semalam.


Rumah Karam Singh diceroboh
KLANG - Wartawan penyiaran stesen televisyen TV3, Datuk Karam Singh Walia (gambar kecil) kerugian lebih RM130,000 apabila kereta dan televisyen dilarikan selepas rumahnya di Taman Sri Andalas dekat sini dipecah masuk kelmarin. Kejadian itu disedari isterinya, Bhagwant Kaur, 55, yang menerima isyarat daripada sistem penggera di rumahnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 4 petang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, Bhagwant yang pada ketika itu masih berada di pejabatnya di sebuah agensi kerajaan di Shah Alam dekat sini bergegas pulang ke rumah sebaik menerima isyarat itu.


8 gadis tukang urut tawar khidmat seks dicekup
SERDANG - Kegiatan sebuah pusat urut yang menawarkan khidmat pelacuran terbongkar dengan tertangkapnya lapan tukang urut warga asing dipercayai pelacur dalam satu serbuan di Jalan Dagang SB 4/2 Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan di sini malam kelmarin. Dalam serbuan selama sejam bermula pada pukul 7.10 malam itu, kesemua lapan wanita berusia antara 23 hingga 34 tahun itu ditahan ketika mereka melayan pelanggan di dalam premis tersebut.


Janda, pasangan ditahan dalam Ops Kekasih di Kedah
ALOR SETAR - Sambutan Hari Kekasih semalam menjadi igauan ngeri kepada seorang janda berusia 30 tahun apabila ditangkap bersama pasangannya kerana berkhalwat. Mereka ditahan di dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan Lencong Barat, Tandop di sini dalam Ops Kekasih yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) kira-kira pukul 12 tengah malam semalam. Penolong Pengarah Penguat Kuasa JHEAIK, Sheikh Mohd. Sulaimi Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan, pihaknya terpaksa menunggu sehingga 40 minit di luar pintu bilik itu sebelum ia dibuka oleh seorang lelaki berusia 31 tahun.


Koperal didakwa bunuh rakan setugas
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal yang bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini pada 4 Februari lalu. Tiada pengakuan direkodkan daripada Wan Masrul Faiezie Wan Mustapha, 33, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin. Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Lans Koperal T. Thivakar (gambar), 37, antara pukul 4.11 petang dan pukul 4.50 petang di tepi Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan pada 4 Februari 2014.

Foto
Hidup dalam sangkar
Hong Kong: Hidup seperti haiwan dalam ‘sangkar’. Itulah kehidupan terpaksa dilalui golongan kurang berkemampuan di Hong Kong berikutan kos sewa rumah terlalu mahal. Golongan dikenali sebagai ‘anjing sangkar’ itu membayar kira-kira HK$1,500 (RM639) setahun untuk ruang sepanjang enam kaki dan selebar tiga kaki yang disusun secara bertingkat di atas satu sama lain. Ruang di dalam setiap sangkar terlalu kecil sehingga ada yang tidak berupaya meluruskan badan memaksa mereka tidur merengkuk manakala barangan peribadi seperti gambar ahli keluarga sekadar diletakkan di sebelah bantal dan selimut yang menjadi satu-satunya harta mereka.

Foto
Mumia 3,600 tahun ditemui
Kaherah: Ahli arkeologi Sepanyol menemui mumia berusia 3,600 tahun dalam keranda kayu dengan lukisan bulu pelepah di bandar Luxor, Mesir, kelmarin. Keranda dengan ketinggian dua meter dan 50 sentimeter lebar itu berada dalam keadaan baik dan warnanya masih belum pudar.

Noda anjing teman wanita
England: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa melakukan seks luar tabii dengan anjing peliharaan teman wanitanya. Perbuatannya itu terbongkar selepas wanita berkenaan memeriksa telefon bimbit lelaki itu. Wayne Bryson, 19, mengaku melakukan perbuatan itu dengan anjing teman wanitanya baka Staffordshire.

Foto
Siat kulit angkara dendam
London: Seorang wanita yang mendakwa ditipu teman lelakinya mengambil keputusan membalas dendam dengan cara yang menakutkan. Torz Reynolds, 26 yang mendapati dirinya ditipu pasangannya, Stuart ‘Chopper’ May melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan sesiapa.

Foto
Ulat hidup dalam telinga
Taipei: Masalah sakit telinga teruk yang dialami seorang wanita berjaya diatasi selepas doktor mengeluarkan ulat dari telinganya. Wanita berusia 48 tahun yang dirahsiakan identitinya itu membuat pemeriksaan di hospital selepas 24 jam mengalami kesakitan yang teruk.


Polis buru pengawal cabul dua beradik
Ampang: Seorang pengawal keselamatan berusia 40-an diburu polis selepas dipercayai mencabul dua beradik perempuan berusia enam dan tujuh tahun dalam kejadian di taman permainan sebuah apartmen di Ukay Perdana, di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 7 petang itu dikatakan berlaku ketika dua beradik itu sedang bermain di taman permainan berkenaan sebelum didatangi lelaki terbabit. Sebaik mencabul mangsa, lelaki itu memberi sejumlah wang bagi merahsiakan perbuatannya.

Anggota bomba dikejar ke hospital
Georgetown: “Ketika itu, saya memotong sayur di dapur sebelum terdengar jeritan seorang lelaki yang meminta kami segera keluar rumah,” kata Rosnah Abdul Rashid, 60, penghuni sebuah rumah dua tingkat yang terselamat dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Brown, Jalan Indah 4, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.45 pagi, Rosnah bersama menantu perempuan dan dua cucunya terselamat apabila jeritan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berjaya menyelamatkan mereka sekeluarga daripada kebakaran berkenaan.


Penyamun di Masjid KLCC kena cekup
Kuala Lumpur: Gerak-geri seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh, yang mencurigakan di Masjid As Syakirin, di pusat beli-belah KLCC, membongkar rahsia mereka dipercayai terbabit mencuri barang berharga milik jemaah. Kedua-dua mereka berusia 19 dan 24 tahun itu, dicekup kelmarin oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, yang menjalankan pemerhatian sejak seminggu lalu.

Police Foil Mass Gathering Of Mat Rempit In Penang
142 mat rempit ditahan berusia bawah 15 tahun
Seri Manjung: Seramai 142 orang atau 65 peratus daripada 219 samseng jalanan yang ditahan dalam operasi di daerah ini, bagi tempoh sebulan pertama tahun ini adalah remaja berusia bawah 15 tahun. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba, berkata 80 peratus daripadanya remaja Melayu termasuk yang berusia 13 tahun.

Foto
Maut dirempuh MPV datuk
Hulu Selangor: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun, maut dilanggar kereta datuknya di hadapan rumah mereka di Taman Lembah Damai di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, lelaki berusia 59 tahun itu dikatakan mahu menghantar M Sharvina (gambar) dan tiga lagi cucunya ke rumah ibu bapa mereka yang terletak berhampiran.

GELORA NAFSU BAKAL MEMPELAI AKHIRNYA DICEKUP KHALWAT DI HOTEL BAJET
Bakal kahwin alasan khalwat
Alor Setar: “Kami dah nak nikah. Kami dok sini pun sebab nak bincang pasal nikah,” menjadi alasan sepasang kekasih yang diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di sebuah bilik hotel murah di sini, awal pagi semalam. Wanita berusia 25 tahun dari Sungai Tiang, Pendang dan teman lelakinya berusia 26 tahun dari Pangkor, Perak itu adalah antara empat pasangan yang ditangkap khalwat sempena Ops Kekasih oleh JAIK di sekitar bandar raya ini.


Takaful beri bayaran bali RM30 juta
SYARIKAT Takaful Malaysia Bhd mencatatkan rekod tertinggi bayaran balik tunai berjumlah RM30 juta kepada pelanggan takaful amnya yang tidak membuat sebarang tuntutan semasa tempoh perlindungan mereka tahun lalu. Bayaran balik tunai itu adalah 7.5 peratus lebih tinggi berbanding jumlah yang dibayar dalam tahun kewangan sebelumnya.

2
Insentif PKS
Penyedia perkhidmatan profesional berskala kecil dan sederhana tempatan yang melaksanakan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan (M&A) akan menikmati insentif dari segi cukai pendapatan korporat yang lebih rendah. Insentif itu ditawarkan kepada pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan yang bergiat dalam subsektor perakaunan, percukaian, perubatan pakar, pergigian pakar, seni bina, kejuruteraan, pendidikan menengah teknikal dan vokasional swasta, latihan kemahiran serta kurier.


UAE buka masjid pintar
Melalui teknologi kod QR, orang ramai boleh mendapatkan maklumat umum mengenai masjid - sejarahnya, kapasiti, alam semula jadi, kawasan, aturan masa solat, ceramah atau kursus-kursus yang ditawarkan masjid juga maklumat mengenai khutbah Jumaat sepanjang masa. Langkah ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Pintar yang diumumkan oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Raja Dubai, pada Mei 2013. Dr Hamad Al Shaibani, Ketua Pengarah DIACA, berkata, perkhidmatan interaktif yang terdapat di sini boleh diakses melalui telefon pintar dan tablet setiap masa.


Nepal kurangkan bayaran daki Everest
KATHMANDU - Nepal akan mengurangkan bayaran mendaki Gunung Everest untuk menarik lebih ramai pendaki memanjat gunung tertinggi dunia itu, meskipun pada masa kini orang bersesak-sesak pada musim memanjat. Beratus-ratus pendaki gunung dari negara luar, masing-masing membayar beribu-ribu dolar, bertumpu untuk mendaki sehingga ke puncak gunung setinggi 8,850 meter itu pada musim memanjat dari Mac hingga Mei.

Pakej Umrah 2014
Kos umrah naik hingga 10 peratus
Kuala Lumpur: Kos menunaikan umrah dijangka naik enam hingga 10 peratus tahun ini berikutan peningkatan caj penginapan dan perkhidmatan di Arab Saudi serta harga tiket kapal terbang. Berdasarkan kos semasa, kenaikan harga pakej ekonomi dan premium dijangka mencecah RM600 hingga RM1,000, paling tinggi sejak tiga tahun lalu.


Saya telah berubah - Suarez
LIVERPOOL - Luis Suarez menyifatkan dia kini telah jauh berubah daripada seorang pemain bermasalah kepada individu yang lebih baik selepas penyerang itu memasang tekad untuk menukar imej budak jahatnya. Penyerang Liverpool itu kini menikmati perjalanan karier luar biasa dalam Liga Perdana Inggeris, walaupun terlepas enam perlawanan pertama musim ini akibat digantung permainan setelah menggigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic pada penghujung musim lalu.


Kanak-kanak dibunuh kejam di Afrika Tengah
BANGUI 14 Feb. - Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan berhubung laporan yang mendakwa kanak-kanak dibunuh secara kejam termasuk dipenggal kepala dalam keganasan di Republik Afrika Tengah. Pengarah Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk rantau barat dan tengah Afrika, Manuel Fontaine berkata, tiada masa depan untuk sebuah negara, di mana golongan dewasa menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran keganasan dengan sewenang-wenangnya.


Tiga maut Gunung Kelud meletus
JAKARTA 14 Feb. - Semburan lahar dan abu dari puncak Gunung Berapi Kelud, Jawa Timur yang meletus malam tadi menyebabkan tiga orang meninggal dunia, sementara lebih 200,00 penduduk sekitarnya terpaksa dipindahkan. Dua mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Sail dan Pontini, masing-masing berusia 60 dan 65 tahun, sementara mangsa ketiga masih belum dikenal pasti.


Geng Pak Rasid tumpas
MELAKA 14 Feb. - Polis menumpaskan kumpulan ragut dan curi motosikal dikenali sebagai Geng Pak Rasid dengan tertangkapnya 10 individu termasuk enam lelaki dan empat wanita dalam operasi sekitar Melaka Tengah di sini semalam. Dalam operasi antara pukul 6 pagi hingga 8 malam itu, sebanyak lapan buah motosikal yang dilaporkan hilang di sekitar Melaka Tengah, Merlimau dan Sungai Besi berjaya dirampas.


Isteri jurugambar Utusan parah diragut
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Isteri jurugambar Utusan Malaysia cedera parah akibat terjatuh selepas diragut seorang lelaki bermotosikal di Desa Pandan, Ampang dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Norhashimah Hasan, 41, isteri kepada Zaini Husin, 48, mengalami kecederaan di kepala serta patah bahu kanan dan kini dirawat di Hospital Ampang Puteri.


Guru ada masalah mental ditempatkan di PPD Manjung
LUMUT 14 Feb. - Seorang guru lelaki yang didakwa mengamuk sebelum membelasah empat pelajar sebuah sekolah di Sitiawan dekat sini sehingga ada yang tercedera kelmarin, dipercayai mengalami masalah mental. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Idris Ramli memberitahu, tindakan guru berusia 34 tahun itu bukanlah perlakuan normal seorang pendidik dan ia kemungkinan didorong oleh tekanan yang dihadapinya.


15 terbunuh serangan libatkan etnik Muslim di Xinjiang
BEIJING 15 Feb. - Sejumlah 15 orang terbunuh dalam satu serangan ganas yang melibatkan komuniti etnik Muslim Uighur di wilayah Akshu, Xinjiang, China, semalam. Pihak polis melaporkan, lapan daripada mangsa ditembak mati oleh anggota polis, manakala tiga yang lain merupakan pengebom berani mati yang meletup dan menyebabkan empat lagi terkorban.

ArvindKejriwal2.jpg
Ketua Menteri Delhi letak jawatan
MUMBAI 15 Feb. - Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal mengumumkan peletakan jawatan semalam, bagi membantah sekatan yang dikenakan terhadap satu rang undang-undang anti rasuah. Kejriwal yang baharu sahaja mengambil alih jawatan itu 49 hari lalu mengumumkan perkara terbabit dalam satu perhimpunan bersama penyokongnya, di sini.


Menteri Jerman rela letak jawatan ekoran bahan pornografi
BERLIN 15 Feb. - Menteri Pertanian Jerman, Hans-Peter Friedrich mengumumkan, beliau rela meletak jawatannya hari ini ekoran pembocoran maklumat sulit tentang siasatan berkenaan pemilikan bahan pornografi kanak-kanak, menurut laporan media. Oktober tahun lalu, Friedrich bertindak memberitahu Pengerusi Parti Sosial Demokrat, Sigmar Gabriel tentang penyiasatan terhadap Ahli Parlimen.


Kerajaan beri insentif galakkan M&A
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Kerajaan akan menawarkan insentif kepada syarikat penyedia perkhidmatan bersaiz kecil dan sederhana, dalam usaha menggalakkan mereka melakukan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) bagi membentuk sebuah entiti yang lebih kukuh. Insentif yang akan dirasai oleh syarikat yang bergabung itu adalah seperti menikmati cukai 20 peratus ke atas semua pendapatan boleh cukai untuk tempoh lima tahun berbanding 25 peratus ketika ini. Insentif lain ialah, pengecualian cukai duti setem ke atas dokumen M&A.


Panduan berkebun di internet
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Mengusahakan kebun secara kecil-kecilan di kediaman sendiri boleh menjadi alternatif bagi masyarakat bandar untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat kebelakangan ini. Tanggapan sukar untuk berkebun di bandar mungkin tidak lagi relevan kini kerana terdapat beberapa laman web dan akaun Facebook yang menyediakan panduan atau 'tips' bagi masyarakat bandar berkebun.

lambang amanah saham bumiputerabuku amanah saham bumiputera
Hukum melabur dalam ASB, ASN 'harus' - Majlis Fatwa
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) adalah 'Harus'. Ini termasuk dividen atau bonus yang diterima menerusi kedua-dua skim pelaburan itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment