Thursday, February 6, 2014

Berita Terkini 06 Februari 2014


VIDEO: Nabil Akhirnya Minta Maaf SECARA TERBUKA Aibkan Luna Maya
SUNGGUHPUN pun akhbar melaporkan beliau tidak akan meminta maaf namun akhirnya, peserta Maharaja Lawak Mega 2013, Nabil Ahmad, memohon secara terbuka kepada Luna Maya dan peminat MLM 2013.

Satu Lagi Cubaan Ceroboh Pantai Timur Sabah Hujung Januari Lepas - KPN
LAHAD DATU, 6 Feb (Bernama) -- Terdapat satu lagi cubaan kumpulan tertentu untuk menceroboh perairan pantai timur Sabah bagi melakukan jenayah pada penghujung Januari lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Bagaimanapun, katanya, cubaan itu berjaya ditumpaskan pasukan keselamatan negara yang mengawal perairan pantai timur Sabah.

Usaha Mengesan Suspek Kes Bunuh Anggota Polis Cawangan Khas Selesai
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Polis percaya usaha mengesan suspek yang membunuh anggota polis Cawangan Khas Bukit Aman, T. Thivakaran di Bukit Persekutuan Selasa lepas, selesai dengan penahanan seorang anggota polis.


Asmirandah Murtad, Peluk Agama Anutan Suami?
Bagi yang mengikuti perkembangan artis seberang, pastinya anda mengenali figura bernama Asmirandah ini. Dilaporkan pelakon sinetron berusia 25 tahun yang beragama Islam ini sudah pun bernikah dengan kekasihnya, seorang penganut Kristian iaitu Jonas Rivanno pada 17 Oktober tahun lalu.


Twitter Catat Kerugian RM2.14 Bilion Tahun Lalu
NEW YORK – Laman sosial Twitter mencatat kerugian sebanyak USD 645 juta atau RM2.14 bilion tahun lalu. Kerugian itu dicatatkan tiga bulan selepas sahamnya diapungkan di Bursa Saham New York (NYSE) kira-kira tiga bulan lalu.


Pelajar 14 Tahun Tertelan Jarum Peniti
BESUT – Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut tertelan jarum peniti ketika sedang mencungkil makanan di celah-celah gigi di kantin sekolahnya, pada Rabu.


Kisah Sedih Kedi Kanak-Kanak 12 Tahun MATI Terkena Bola Golf Di Sabah…
KENINGAU – Seorang kanak-kanak perempuan warga Filipina yang bekerja sebagai kedi di sebuah padang golf di sini maut apabila terkena bola golf yang terpesong ke arahnya sewaktu menjalankan tugas.


Lelaki Dipenjara Empat Bulan Kerana Rakam Video Wanita Mandi
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merakam video dua wanita yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit.


Juruwang Wanita Berdepan Detik Cemas Diacu Pistol Sebelum Disamun
KUANTAN, 6 Feb (Bernama) -- Seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Jalan Tanjung Pasir, di sini berdepan detik cemas apabila diacukan sepucuk pistol oleh dua lelaki sebelum menyamun wang tunai RM16,000 petang semalam.

'Along' silap simbah cat merah
Bank disimbah cat merah, 'Along' silap simbah cat merah
IPOH - Sebuah bank di kawasan perniagaan Greentown, di sini disimbah dua tin cat merah dalam kejadian 3.15 petang tadi. Menurut seorang pengawal keselamatan, sebuah kereta jenis proton wira yang berhenti di hadapan bank secara tiba-tiba melempar dua tin cat merah di hadapan bank terbabit.


MYDIN Keluarkan Semua Seluar Dalam Yang Bergambar Masjid!
MASJID adalah tempat bagi umat Islam beribadah. Maka ia dianggap suci malah wanita yangg datang bulan tidak dibenarkan memasuki masjid. Jadi adalah amat tidak kena apabila tempat semulia masjid dijadikan gambar hiasan pada seluar dalam.


Video Shakira Dikecam Kerana Promote Lesbian
Seorang ahli majlis perbandaran di Columbia, Marco Fidel Ramirez menyelar muzik video lagu terbaru penyanyi kelahiran negara tersebut, Shakira berjudul Cant Remember to Forget You yang dilihat seakan menyokong serta ‘mempromosikan’ hubungan songsang di kalangan wanita.


Guru Wanita Buat Gigitan Cinta Pada Murid 13 Tahun!
Harapkan cikgu, cikgu gigit murid.Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan muridnya yang baru berusia 13 tahun. Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain meninggalkan ‘gigitan cinta’ pada tengkuk dan bahu mangsa.


Adik Nursyafiqah Tak Dirogol Tapi Mati Dipijak?
Masih ingat kes adik Nursyafiqah Abdullah yang baru berusia 2 tahun tapi ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu?Kini, beredar status di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah.


3 Juta Pesakit Dirawat Dalam Wad Tahun Lepas
KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan rakyat Malaysia kini berada di tahap membimbangkan kerana direkodkan tiga juta pesakit dirawat di dalam wad hospital kerajaan dan swasta di negara ini tahun lepas.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata jumlah itu dilihat besar kerana ia melibatkan lebih daripada sepuluh peratus jumlah keseluruhan rakyat Malaysia iaitu 27 juta.


Facebook Baca SMS Pengguna Android
Sebaik sahaja versi terbaru aplikasi Facebook dimuat turun di telefon pintar Android, kini ia akan meminta keizinan pengguna untuk “membaca teks mesej (SMS atau MMS)” anda. Menurut kenyataan dikeluarkan Kaspersky, permintaan ini yang mula keluar sejak beberapa hari lalu membuatkan sebilangan pengguna berasa tidak selesa.


Alamak…Wartawan ‘Handsome’ Jadi Tumpuan Penunjuk Perasaan Di Bangkok
BAYANGKAN anda seorang wartawan yang sedang membuat liputan mengenai isu yang sedang hangat berlaku di sebuah negara lain. Secara tiba-tiba, anda pula yang menjadi ‘isu’ di negara tersebut sehingga setiap gerak langkah anda menjadi perhatian orang sekeliling.


Terlebih Romantik Dalam TV…Qi Terkilan, Sharnaaz Enggan Komen
JIKA pelakon dan pengacara Qi Razali meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan Sharnaaz Ahmad yang kerap memuatnaik gambar mesra bersama kekasihnya, Nelydia Senrose di Instagram, Sharnaaz pula mengambil keputusan untuk berdiam diri.Jelasnya kepada mStar Online, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan.


VALENTINE: Pengikut Ajaran Sesat Jepun Hasilkan Coklat Campur Darah Haid!
Di Jepun, Hari Valentine adalah masa di mana para gadis menghadiahkan cokelat kepada lelaki yang mereka sukai, dikenali sebagai “honmei choco” atau “cokelat luahan perasaan”. Biasanya cokelat ini dibuat sendiri oleh si gadis dengan penuh cermat dan rasa cinta.Bagaimanapun kini, tersebar cara untuk menjadikan lelaki yang disukai pasti membalas cinta mereka menggunakan cokelat yang dihasilkan itu.


Pelajar Mahu ‘Meletupkan’ Marina Bay Disiasat
SEORANG pelajar perfileman di Singapura kini terpaksa membantu polis dalam satu siasatan berkaitan video Hotel Marina Bay Sands diletupkan. Menurut laporan The Straits Times Singapura, pelajar itu Caleb Rozario, 23 tahun, memuatnaik klip pendek berkenaan ke laman Facebook Disember tahun lepas.


Filem ‘Banglasia’ Arahan Namewee Diharamkan
PENGARAH filem kontroversi Wee Meng Chee atau Namewee (Gambar) kesal selepas filem terbarunya bertajuk “Banglasia” telah diharamkan tayangannya di Malaysia selepas mendapat banyak teguran Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).


Aktres Bollywood Pakai Pakaian Daging Kambing
MUMBAI – Seorang pelakon filem Bollywood, Tanisha Singh memakai pakaian yang diperbuat daripada daging kambing di sini semalam.Dia yang pernah berlakon dalam filem Sarker Raj memakai pakaian itu semasa sesi fotografi untuk kempen menyelamatkan haiwan.


Wanita Buta Kemaruk Tatu Badan
Cardiff – Seorang wanita ‘kemaruk’ menghabiskan masa 416 jam hidupnya untuk memenuhkan badannya dengan tatu.Malangnya, dia tidak dapat melihat hasil lukisan itu kerana dia buta. Fran Atkinson, 52, menghabiskan tiga tahun kebelakangan ini mendapatkan khidmat pelukis tatu Grez Bowman untuk melakarkan tatu pada keseluruhan badan dari leher ke buku lali.


Suspek Menipu Artis-Artis Tanah Air Akhirnya Berjaya Ditangkap
SUSPEK kes penipuan di kalangan selebriti popular tanah air kini telah pun ditangkap polis petang semalam.Suspek sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa kes penipuan melibatkan ramai selebriti tanah air dan antaranya ialah produser Raja Azmi.


Siang Jadi Jururawat, Malam Bertukar Mafia
Gambar sekumpulan pelajar politeknik perubatan Singapura membuka baju ala gangster hingga kelihatan tatoo di badan kini hangat diperkatakan di laman siber sana. Dipercayai, pelakunya merupakan penuntut Politeknik Ngee Ann jurusan Kejururawatan Sains Kesihatan yang mengambil foto tersebut di tandas.


GAMBAR: Peminat ‘GERAM’ Tengok Sakinah Seksi, Ada Yg Gelar KARIPAP PANAS!
PELAKON Sharifah Sakinah ni memang gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman.Memetik portal GUA, untuk tujuan itu, pengurusnya mewujudkan satu laman Instagram khas bagi aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin melakukan aktiviti kecergasan, hebahan dibuat melalui akaun Instagram tersebut.

Cubaan Larikan Mesin ATM Di Sungai Long Gagal
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Cubaan melarikan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Bandar Sungai Long, Kajang dekat sini, Khamis gagal sekali pun mesin berkenaan telah tercabut dari kedudukan asalnya.


Motif? Pakai Tudung Tapi Ajak Buat Seks?
Nak kata tak pandai berbahasa Inggeris, takkanlah perkataan mudah macam f*ck pun tak faham?Memang tipulah kalau tak tahu sebab itulah perkataan kegemaran ramai orang bila mencarut. Jadi, ada siapa-siapa boleh terangkan mengapa empat gadis Melayu yang ayu bertudung ini begitu bangga memegang empat patah perkataan membentuk ayat yang kalau bagi pada perempuan Mat Saleh pun belum tentu mereka mahu buat?


VIDEO: Penyamun ‘TERGOLEK’ Depan TV3 Lepas 10KM Dikejar Polis!
Petaling Jaya – Tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah sekitar Lembah Klang, ditahan polis selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka, dikejar Unit Kereta PERONDA (MPV) sejauh hampir 10 kilometer dari Bandar Sri Damansara sehingga ke Bandar Utama, di sini, semalam

Budak perempuan 6 tahun hidap kanser payudara
Budak perempuan 6 tahun hidap kanser payudara
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Pantai Cahaya Bulan (PCB) dikesan mengidap kanser payudara. Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, penemuan tersebut dianggap bukan sahaja paling muda di negara ini, malahan berdasarkan kajian, termuda di dunia.


3 Beradik Makan Ibu Di Filipina
Manila – Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu. Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.

Tiga polis bantuan didenda RM1,000 peras tentera
KUALA LUMPUR - Tiga anggota polis bantuan hari ini masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah melakukan pemerasan terhadap seorang anggota Tentera Darat pada Ahad lepas.

Gagal pecah mesin ATM, perompak pecah pejabat pos
KOTA BHARU - Sekumpulan penjenayah, yang dipercayai gagal memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di kawasan Nilam Puri dan Kubang Kerian, mengubah tindakan jenayah mereka dengan memecah masuk pejabat Pos Malaysia di Mulong
di sini Jumaat lepas serta melarikan wang tunai RM11,000.

Bakteria e-coli ditemui di Sungai Betu Ferringhi
JAS siasat kandungan cecair hitam Batu Ferringhi
GEORGETOWN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat punca dan kandungan yang terdapat dalam cecair hitam yang mencemari sebahagian air laut di Pantai Batu Ferringhi di sini.


Kebakaran Muzium Lilin I-City: Mungkin Khianat Dalaman - Polis
KUALA SELANGOR, 5 Feb (Bernama) -- Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran di muzium lilin The Red Carpet di i-City, Shah Alam berpunca daripada perbuatan khianat melibatkan pihak dalaman.

Mohmad Salleh
Rakan setugas polis ditembak mati ditahan
KUALA LUMPUR - Rakan setugas anggota Cawangan Khas PDRM yang ditemui mati ditembak di Bukit Persekutuan di sini, ditahan semalam untuk membantu siasatan polis berhubung insiden tersebut.


PRK Kajang Pada 23 Mac, Penamaan Calon 11 Mac
Putrajaya, 5 Feb (Bernama) -- Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diadakan pada 23 Mac dan penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rabu.


VIDEO: Suspek Pecah Cermin Kereta Menangis Kena Pukul…
KEJADIAN ini dikatakan berlaku di kawasan letak kereta AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor. Suspek berjaya diberkas orang ramai ketika cuba memecahkan cermin kereta di kawasan tersebut untuk tujuan samun.


RM84,000 Lesap, Perompak Pecahkan Mesin ATM
KOTA BHARU – Tiga lelaki melarikan wang tunai sebanyak RM84,000 selepas menarik keluar dengan tali sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Politeknik Kota Baharu, Kok Lanas di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment