Friday, February 28, 2014
Berita Terkini 28 Februari 2014
Lukisan Wajah Siti Dijual Sehingga RM75,000
PETALING JAYA – Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini. Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014. Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail. “Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.
Lelaki Tua MATI MENGEJUT Di Rumah Urut
Miri – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika diurut di sebuah pusat refleksologi di Jalan Merpati di sini, petang semalam. Dalam kejadian itu, lelaki berusia 60 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Miri yang tiba di premis itu kira-kira jam 6 petang sebaik dimaklumkan pemiliknya. Difahamkan, lelaki itu bersendirian ke premis itu untuk mendapatkan khidmat urut dan dipercayai tidak sedarkan diri kira-kira setengah jam kemudian ketika berada di dalam bilik urut.
Boleh Tinggalkan Boleh Tinggalkan Solat Jumaat Jika Jerebu Teruk, Hujan Lebat
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata lelaki Islam dibolehkan untuk tinggalkan solat Jumaat di masjid sekiranya keadaan jerebu sangat teruk. Beliau berkata hukumnya sama seperti keadaan di mana hujan lebat (sehingga menghalang dari pergi ke masjid). Menurut Dr Asri, hujah tersebut ada terkandung di dalam sebuah hadis al-Bukhari. “Boleh, sama seperti hujan lebat. Ada dalam hadis al-Bukhari,” kata beliau.
Felixia Yeap: Kenapa Dengki Saya Tutup Aurat?
SHAH ALAM – Bekas model, Felixia Yeap mempersoalkan kenapa masih terdapat segelintir masyarakat yang dengki dan sakit hati dengan tindakannya menutup aurat. Padahal ujarnya, beliau hanya menutup aurat sepertimana kebanyakan Muslimah sejati yang lain, tanpa mempunyai niat yang tidak baik. “Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurat seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurat saya… “…adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?
Burung Merpati Mati Diberi Makanan Diracun Di Klang
Bagi mereka yang tinggal atau biasa lalu di bandar Klang, melihat merpati yang banyak dan jinak di satu kawasan rumah kedai adalah pemandangan biasa. Merpati ini sudah biasa diberi makan oleh pekedai sekitar atau individu yang sayangkan haiwan hingga ia kelihatan jinak dan tidak pergi jauh. Bagaimanapun semalam, Facebook Islam Agamaku berkongsi satu gambar yang menyedihkan di mana banyak merpati terdampar mati dipercayai diracun individu tidak bertanggung jawab. Merpati-merpati ini dikatakan diberi makanan mengandungi racun.
Dua pegawai polis hadapi tuduhan rasuah
IPOH: Dua anggota polis masing-masing berpangkat penolong penguasa dan inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah dua tahun lepas. Shuib Abdl Samad @ Zainul, 51, yang bertugas sebagai penolong penguasa Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menghadapi tiga pertuduhan melibatkan rasuah berjumlah RM1,100. Dia mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Madihah Hairullah. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM500 secara bulanan daripada Tan Tiong An untuk mengelak daripada gangguan terhadap kerja nombor ekor haram yang dijalankan oleh Tan.
Adenan Satem Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ke-5
Petra Jaya: Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-5 dalam istiadat penuh bersejarah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, tepat jam 9.40 pagi tadi. Beliau menggantikan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 78, yang bersara bermula hari ini, seterusnya bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri yang baharu, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya, juga pada hari ini. Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu itu mula menyertai Kabinet Sarawak selepas peristiwa Ming Court pada 1987.
Jepun lancar satelit khas pantau hujan, ribut petir global
TOKYO: Jepun hari ini Berjaya melancarkan roket terbaharunya yang membawa satelit berteknologi tinggi yang berupaya memantau kadar hujan global dan membantu ramalan cuaca terutama bagi mengesan ribut petir. Menurut Agensi Eksplorasi Angkasa Jepun (JAXA), roket H-IIA rocket dilancarkan di selatan kepulauan Jepun tepat jam 3.37 pagi waktu tempatan seperti yang dijadualkan. Satelit berkenaan dibangunkan bersama antara kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat yang direka bentuk khas untuk mengumpul data dari beberapa lagi satelit di orbit.
Anwar menang saman fitnah terhadap 'Papa Gomo'
Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang dalam samannya terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' berhubung penyiaran perkataan fitnah dan mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki. Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Papa Gomo membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar.
Malaysia catat rekod tertinggi pelaburan RM216.5 bilion pada 2013 - Mustapa
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan rekod baharu pelaburan tahun lalu dengan jumlah pelaburan keseluruhan diluluskan berjumlah RM216.5 bilion, mengatasi rekod tertinggi sebelum ini RM167.8 bilion yang dicatat pada 2012. Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini. Beliau berkata pelaburan diluluskan itu merangkumi 5,669 projek membabitkan 14 projek mega dan 82 projek besar yang masing-masing bernilai lebih RM1 bilion dan RM100 juta setiap satu, yang majoritinya adalah industri bernilai tinggi dan mencatat pertumbuhan tinggi. Sektor perkhidmatan menyumbang sebahagian besar daripada pelaburan diluluskan tahun lalu, mewakili RM144.7 bilion atau 66.8 peratus, diikuti pembuatan RM52.1 bilion (24.1 peratus) dan sektor utama RM19.7 bilion (9.1 peratus).
SPRM kemuka 18 kes salah laku penjawat awam kepada Peguam Negara
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kesemua 18 kertas siasatan yang dibukanya berhubung salah laku dan kecuaian penjawat awam dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata antara 18 kes yang disiasat oleh SPRM setakat 21 Februari lepas ialah tuntutan palsu pengarah di Kementerian Kerja Raya membabitkan dua projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pengarah itu mengesahkan Sijil Perakuan Siap bagi kerja-kerja pembinaan asrama UMK di Jeli dan kampus di Bachok yang masing-masing bernilai RM23.6 juta dan RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi serta tidak disiapkan sepenuhnya oleh kontraktor, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
MoU Air Selangor tak boleh diubah sekalipun Anwar jadi MB - Muhyiddin
KAJANG: Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu tidak boleh dipinda dan diubah sekalipun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, berkata perkara itu terkandung di dalam MoU itu dan ia merupakan obligasi kerajaan Persekutuan dan negeri yang tidak boleh diubah atau pinda dalam apa keadaan sekalipun. Justeru itu, beliau berkata projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang mendapat kebenaran merancang akan diteruskan sehingga siap.
MAS Pecat Tiga Pramugari, Seorang Pramugara Sertai Himpunan Kesatuan
PETALING JAYA – Seramai empat kakitangan Malaysia Airlines (MAS) telah dipecat kerana didakwa menyertai perhimpunan kesatuan di Putrajaya pada November lalu, kata salah seorang ahli kesatuan. Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin yang juga telah dipecat berkata keempat-empat mereka telah menerima surat penamatan pada Februari. Anggota Nufam mengambil bahagian dalam perhimpunan aman di Kementerian Sumber Manusia pada 27 November lalu. Difahamkan tiga daripada yang dipecat adalah pramugari yang bercuti sakit pada hari mereka menyertai perhimpunan.
Agensi Angkasa Rakam Imej Tompok Matahari
KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (AAN) berjaya merakam imej Tompok Matahari atau Sun Spot yang muncul pada permukaan matahari baru-baru ini. AAN dalam satu kenyataan media memberitahu, imej itu dirakam oleh Penolong Pegawai Sains Observotari Negara Langkawi (ONL) AAN, Karzaman Ahmad. “Beliau merakamkan imej itu menggunakan teleskop Celestron C11 dan Kamera Skynyx. Gambar bumi diletakkan bersebelahan dengan tompok matahari tersebut sebagai perbandingan saiz,” kata kenyataan itu hari ini. Kenyataan itu menjelas lanjut fenomena itu, beberapa hari lalu tompok matahari yang kompleks muncul di permukaan matahari yang dikenali sebagai tompok matahari AR1990.
Dr. M: Saya Akan Menemui Tuhan Tak Lama Lagi, Saya Terima Apa Saja Hukuman Allah
1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah. Iklan SK
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.
21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya. – chedet.cc
Bila Gambar Di Mahkamah Jln Duta DIKATAKAN Gambar Di Jepun, macam2
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan negeri itu ketika sedang berdepan krisis air termasuk catuan akibat kemarau menuju ke Jepun selepas dihalang memasuki negara itu 19 Januari lalu. Menerusi laman Twitter pada Khamis, Ketua Pembangkang itu yang akan bertanding dalam PRK DUN Kajang 23 Mac ini, memaklumkan beliau telah selamat sampai ke negara dan cuacanya ok Beliau menyertakan gambar Datuk Kamaruddin Jaafar dan Shamsul Iskandar Mat Akin antara yang turut serta dalam delegasinya. Difahamkan, acara di Jepun sangat padat, kerana beliau telah diaturkan untuk memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.
Laba DRB-Hicom RM10.03b
KUALA LUMPUR 27 Feb. - DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) mengumumkan pendapatan kumpulan meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM10.03 bilion bagi tempoh sembilan bulan dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, berbanding RM9.77 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan tersebut didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan serta pengiktirafan pendapatan yang lebih tinggi daripada projek-projek yang berkaitan dengan pertahanan. Keuntungan sebelum cukai kumpulan, tidak termasuk perkara luar biasa (EI), telah meningkat sebanyak 24.4 peratus kepada RM386.56 juta bagi tempoh itu berbanding dengan RM310.63 juta yang dilaporkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.
Tentera Syria gempur penentang kerajaan, 175 terkorban
DAMSYIK 27 Feb. - Tentera Syria membunuh sebanyak 175 anggota kumpulan penentang yang kebanyakannya mempunyai kaitan dengan rangkaian militan al-Qaeda, dalam satu serang hendap, yang digambarkan sebagai salah satu serangan paling dahsyat yang dilancarkan tentera kerajaan di sini, hari ini. Seorang jurucakap kumpulan penentang berkata, serangan pada subuh itu merupakan satu usaha kerajaan untuk mengawal keselamatan di ibu negara ini. Serangan itu dilakukan oleh kumpulan Hezbollah dari Lebanon. Kumpulan Hezbollah memainkan peranan penting membantu tentera Presiden Bashar Assad menghalau kumpulan penentang yang berkubu di pinggir Damsyik.
Tiada keretakan di klia2 - DCA
SEPANG 27 Feb. - Tidak ada kesan retak tetapi hanya kesan-kesan tekanan tanah di kawasan landasan, apron dan tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Beliau mempersoalkan kesahihan gambar yang dipaparkan Rabu oleh Malaysian Insider, sebuah portal berita pro pembangkang yang menunjukkan keretakan pada landasan pesawat. Ia bukan gambar terbaru dan secara keseluruhan, klia2 selamat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Kami sudah mengadakan pertemuan dengan Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) dan mereka akan membetulkan apa-apa yang perlu sebelum lapangan terbang itu beroperasi," katanya.
Yingluck didakwa menyeleweng
BANGKOK 27 Feb. - Lebih 300 penyokong kerajaan mengadakan demonsrasi di kompleks Suruhanjaya Antirasuah Nasional (NACC) di utara Bangkok di mana Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra didakwa atas tuduhan menyeleweng dengan kawalan ketat polis antirusuhan. Ekoran demonstrasi tersebut, lokasi perbicaraan kes tersebut terpaksa dipindah ke tempat lain. Yingluck yang berada di luar Bangkok sejak beberapa hari lalu tidak hadir pada perbicaraan tersebut dan hanya diwakili peguamnya. Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand akan membawa isu dekri pilihan raya ke Mahkamah Perlembagaan bagi menentukan sama ada suruhanjaya itu atau kerajaan yang mempunyai kuasa menentukan pengeluarkan dekri berkenaan.
Darurat di Riau akibat jerebu tebal
JAKARTA 28 Feb. - Riau semalam mengisytiharkan darurat selepas jerebu tebal ekoran kebakaran hutan, melumpuhkan wilayah tersebut. Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho. berkata, wilayah yang mempunyai lima juta penduduk itu mengalami jerebu sejak beberapa minggu lalu ekoran kegiatan pembersihan tanah secara haram dan cuaca panas yang membelenggu wilayah berkenaan. "Berdasarkan maklumat, kebakaran yang berlaku menjadi semakin teruk dan perlu dipadam menggunakan pesawat pengebom air dan tindakan tersebut akan diambil," katanya - Reuters
Bahagia kahwin campur
Tempat isteri di sisi suami. Paling penting, tidak lupa adat resam dan pegangan agama terutama jika berkahwin bangsa asing dan perlu bermastautin mengikut suami tinggal di luar negara. Juliawati Azali, 27, yang bertemu jodoh dengan warga Sweden, Johan Petter Dahlgren, 35, mengakui banyak pengalaman manis ditempuhi sepanjang sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan berpeluang tinggal di banyak negara. Takdir, cinta dan jodoh menjadikan wanita itu lebih cekal kerana perlu mengatur langkah sendiri.
Wanita Sri Lanka diculik 72 jam
Kuala Lumpur: Penderitaan seorang wanita warga Sri Lanka yang diculik selama 72 jam berakhir selepas diselamatkan polis di sebuah rumah di Wangsa Maju awal pagi semalam.Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa yang berusia 20 tahun itu dipercayai baru tiba ke ibu negara untuk melanjutkan pelajaran.Minta wang tebusan.“Bagaimanapun, dia dipercayai diperdaya tiga lelaki warga tempatan dan asing yang menyamar sebagai ejen menguruskan pembelajaran mangsa sebelum diculik di Batu Caves, Isnin lalu.
Polis pantau pertemuan pemimpin ‘Kesultanan Sulu’
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau pertemuan pemimpin kanan ‘Kesultanan Sulu’ yang dikatakan akan ke Sabah kononnya untuk membincangkan tuntutan ke atas Negeri di Bawah Bayu itu. Berdasarkan maklumat diterima PDRM, pemimpin itu dipercayai akan tiba di Sabah dalam masa terdekat untuk bertemu ‘individu berkepentingan’ bagi membincangkan isu berkenaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata maklumat dan risikan polis mendapati pemimpin itu akan ke Sabah dalam beberapa hari lagi tetapi enggan mendedahkan identiti ‘individu berkepentingan’ terbabit.
Yingluck tidak hadiri perbicaraan
Bangkok: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra tidak menghadiri perbicaraan panel antirasuah semalam yang mendengar dakwaan kecuaiannya mengenai rasuah dalam skim subsidi padi. Beliau berada di utara Thailand, yang menjadi kubu kuat parti pimpinannya Pheu Thai, ketika peguamnya berurusan dengan para pegawai pencegahan rasuah di bandar raya ini. Yingluck berlepas ke sana untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari dan meninjau perkembangan beberapa projek kerajaan.
14 maut tragedi dinihari
Bandar Seri Jempol: Luluh hati seorang abang, apabila mimpi kematian adiknya yang dialami tiga hari lalu yang disangka sekadar mainan tidur, menjadi kenyataan awal pagi semalam. Pembantu jualan, Mohd Zaki Abu Bakar, 36, terkejut mimpi itu menjadi kenyataan, apabila adiknya, Mohd Fauzan, 33, bersama isteri dan dua anak pasangan itu maut dalam nahas jalan raya, jam 6.10 pagi. Nahas di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini, meragut nyawa Mohd Fauzan bersama isteri, Nurhidayah Ngah, 28, serta dua anak mereka, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.
14 maut tragedi dinihari
Bandar Seri Jempol: Luluh hati seorang abang, apabila mimpi kematian adiknya yang dialami tiga hari lalu yang disangka sekadar mainan tidur, menjadi kenyataan awal pagi semalam. Pembantu jualan, Mohd Zaki Abu Bakar, 36, terkejut mimpi itu menjadi kenyataan, apabila adiknya, Mohd Fauzan, 33, bersama isteri dan dua anak pasangan itu maut dalam nahas jalan raya, jam 6.10 pagi. Nahas di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini, meragut nyawa Mohd Fauzan bersama isteri, Nurhidayah Ngah, 28, serta dua anak mereka, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.
Rinani hasilkan ‘bot terbang’
Rinani International Aeromarine Sdn Bhd, syarikat usaha sama Korea Selatan dan Malaysia memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Aron Flying Ship Ltd bagi kontrak AS$1 bilion (RM3.3 bilion) pengeluaran dan pemasaran flying ship, bot yang boleh beroperasi di laut dan udara. Menerusi MoU itu, Aron yang berpangkalan di Korea Selatan dan peneraju segmen pengangkutan berteknologi tinggi, memberi hak eksklusif kepada Rinani untuk mengeluar dan memasarkan tiga model flying ship iaitu M50, M80 dan M200, manakala varian MK80 untuk kegunaan tentera. Presiden Rinani, Noor Azerai Ahmad, berkata kemudahan pengeluaran flying ship di Masjid Tanah, Melaka dijangka membuat pengeluaran pertama model M50 Ogos ini.
Tembak 5 rakan sebelum bunuh diri
Srinagar: Seorang anggota tentera India di wilayah Kashmir menembak mati lima rakan sekerjanya di kem tentera sebelum menembak dirinya, semalam. Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Narinder Nahar Joshi berkata, askar terbabit mengamuk, membunuh lima rakannya di kem tentera daerah Ganderbal. “Dia kemudian menembak dirinya sendiri,” katanya. Tentera itu ialah anggota unit antipemberontakan yang ditugaskan di perkampungan Safapora kira-kira 20 kilometer di utara Srinagar, bandar utama wilayah itu.
Letupan silinder gas ragut 9 nyawa
Doha: Sembilan orang maut dalam letupan ‘silinder gas’ di Doha semalam, lapor stesen berita kerajaan dengan diiringi laporan mengenai kerosakan serius dialami. Letupan itu memusnahkan sebuah restoran yang bersambung dengan sebuah pusat beli-belah. Namun, Qatar Television melaporkan, belum diketahui sma ada kejadian itu dirancang terlebih awal atau sekadar kemalangan. Laporan video menunjukkan anggota paramedik membawa mayat yang ditutup keluar melalui runtuhan kira-kira 50 meter dari bangunan berkenaan.
Keluarga diperkosa kerana curi sayur
Lagos: Sekumpulan 10 lelaki membunuh seorang ibu dan memperkosa dua anak perempuannya kerana mencuri sayur-sayuran dari sebuah pasar di sini. Rakaman video menunjukkan tiga mangsa terbabit dibogelkan dan diseksa di pasar berkenaan selepas mereka ditangkap mencuri. Si ibu mati di tempat kejadian, manakala si bapa berjaya menyelamatkan dua anak perempuannya itu selepas membayar wang tebusan. Enam daripada 10 lelaki berkenaan sudah ditahan dan polis masih memburu empat lagi suspek.
Serangan seksual meningkat 60%
Washington: Laporan serangan seksual dalam pasukan tentera AS meningkat 60 peratus tahun lalu, namun pegawai semalam berkata, pertambahan itu menunjukkan mangsa semakin yakin kes mereka ditangani dengan lebih serius. Orang ramai berang dengan peningkatan kes berprofil tinggi dalam pasukan itu sejak dua tahun lalu, mendorong pihak berkuasa melakukan inisiatif bagi mengatasinya. Presiden AS, Barack Obama turut menyatakan kemarahannya terhadap masalah itu dan ahli politik menuntut tindakan drastik diambil. Kira-kira 5,400 kes serangan seksual dilaporkan pada 2013, atau 15 kes sehari secara purata.
Larangan kahwin penganut agama lain
Yangon: Presiden Thein Sein semalam menyuarakan sokongannya terhadap empat undang-undang kontroversi berkait dengan agama yang akan dibahaskan oleh parlimen, termasuk melarang pengikut Buddha berkahwin dengan penganut agama lain. Dalam surat kepada anggota parlimen, Thien Sein menggesa Dewan meluluskan rang undang-undang melindungi ajaran Buddha dalam kalangan 60 juta rakyat negara itu. Rang undang-undang perkahwinan antara penganut agama berbeza, jika dikuatkuasakan akan mewajibkan lelaki memeluk agama Buddha sebelum mengahwini wanita agama itu.
Mayat mangsa taufan Haiyan masih ditemui
Manila: Mayat mangsa taufan besar Haiyan masih terperangkap di bawah timbunan sisa bangunan hampir empat bulan selepas membadai Filipina. Angka rasmi kematian akibat bencana itu yang sebelum ini direkodkan 6,201 tidak dikemas kini kerajaan sejak sebulan lalu berikutan pihak berkuasa masih menyiasat sama ada 1,785 yang sebelum ini dilaporkan hilang adalah antara mayat yang baru ditemui itu. Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal-ehwal kemanusiaan, Valerie Amos menceritakan pengalamannya yang mengejutkan apabila melihat mayat timbul ketika melawat Tacloban. “Semakin banyak sisa runtuhan dibersihkan, semakin banyak mayat ditemui.
Pasangan jual tiga anak ditangkap
Hunan: Sepasang suami isteri ditahan kerana menjual tiga daripada anak mereka sejak 2008. Wang, 27, ditahan pada September 2013 dan kini berada di penjara manakala isterinya, Zhang, 24, ditahan awal minggu ini di sebuah kafe Internet ketika mengandung anaknya yang keenam. Pasangan yang menetap di bandar Hengyang, Hunan itu bertemu pada 2006 mendapat anak pertama setahun kemudian sebelum melahirkan anak kedua pada November 2008. Akibat kesempitan hidup, pasangan itu menjual anak kedua mereka kepada satu pasangan dari bandar Chansha dengan harga 6,000 yuan (RM3,211) ketika bayi itu berusia enam bulan.
Telur tersekat dalam kemaluan
Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya. Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini. Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks. Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.
Ular jadi teman
Michigan: Seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun menarik perhatian dengan kebolehannya bermain dengan ular. Krista Guarino, tinggal bersama 30 ekor reptilia itu termasuk anaconda dan ular sama sepanjang empat meter di rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat. Dia makan, tidur dan bermain dengan ular yang ada di antaranya dua kali ganda saiznya. Krista mula tinggal bersama dengan ular sejak berusia dua tahun.
Bunuh diri cinta ditolak
Bayan Lepas: Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri di pokok berhampiran kilang tempat kerjanya di Zon Perindustrian Bebas (FIZ), di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 20-an berasal dari Nepal ditemui dalam keadaan tergantung di pokok oleh seorang pengawal keselamatan sebelum dia memaklumkan kejadian terbabit kepada polis. Menurut sumber, sebelum itu mangsa yang baru selesai bekerja di kilang berhampiran bertemu dengan teman wanitanya sebelum mereka dikatakan bertengkar. “Hasil siasatan mendapati mangsa cuba berbincang mengenai hubungannya bersama teman wanitanya, namun cintanya ditolak wanita terbabit membuatkan dia kecewa.
‘Anu’ untuk tatapanmu
Ampang: Termakan pujukan rayu kenalan wanita menyebabkan seorang lelaki sanggup menanggalkan pakaian dan berbogel untuk tatapan temannya itu yang dikenali melalui laman sosial Skype. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila aksinya itu dirakam kenalannya yang baru dikenali sebelum mengugut ingin menyebarkan video itu jika mangsa berusia 33 tahun enggan membayar wang RM5,000. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang kelmarin. Menceritakan kejadian itu, mangsa pada mulanya mengenali wanita terbabit melalui Facebook (FB) beberapa bulan lalu sebelum wanita itu mula menggodanya, namun ditolak mangsa dengan alasan sudah berkahwin.
Berang isteri ‘dipandang’ orang
Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya. Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.
Kain pelekat terlucut
Alor Setar: Gara-gara panik akibat diserbu pihak berkuasa, seorang buruh warga asing berlari dalam keadaan bogel apabila kain pelekatnya terlucut ketika melarikan diri untuk mengelak ditahan dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Derga, di sini, awal pagi semalam. Dalam serbuan jam 1 pagi itu, seorang lelaki warga Myanmar turut dilihat memanjat bumbung sebuah rumah satu tingkat dengan hanya memakai seluar dalam bagi mengelak ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri yang menjalankan Ops 6P Bersepadu. Bagaimanapun, kecekapan anggota penguat kuasa berjaya menghalang kumpulan pekerja warga asing seramai enam orang itu daripada melarikan diri.
‘Spiderwoman’ dijel 24 bulan
Kuala Terengganu: Seorang ibu beranak satu dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan memecah masuk rumah seorang warga emas sebelum melarikan pelbagai barangan milik mangsa seperti televisyen dan mesin senaman. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Wook@Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. Wook didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri barangan seperti sebuah televisyen Samsung 42 inci, ketuhar gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas, mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara.
Paksa adik hidu gam sebelum noda
Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun layak digelar ‘setan’ apabila bukan saja memaksa adiknya berusia 12 tahun menghidu gam sebaliknya turut merogol kanak-kanak itu. Ketika kejadian di rumah mereka di Ampang kira-kira jam 11 pagi kelmarin, hanya dua beradik berkenaan berada di rumah kerana ibu bapa mereka berusia lewat 40-an keluar bekerja. Menurut sumber, mangsa yang sedang bersendirian di ruang tamu menonton televisyen mendakwa didatangi abangnya itu. “Abang mangsa kemudian menunjukkan kemaluannya menyebabkan adiknya itu ketakutan dan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang abangnya itu.
Pekerja kilang dituduh rogol amah
Kota Bharu: Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap dua tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia, tahun lalu. Tertuduh, Mohammad Bazli Jaffar, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus. Mengikut pertuduhan, Mohammad Bazli didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Jalan Hospital, di sini, jam 2 pagi pada 17 Februari 2013. Bagi pertuduhan kedua di lokasi sama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama pada jam 1.30 pagi, 26 September 2013.
Jari putus tersepit gegancu motosikal
Kuala Terengganu: “Putus terus ibu jari saya sebaik ditarik keluar daripada gegancu motosikal,” kata Muhammad Sulaiman, 42, yang kehilangan ibu jari tangan kanan selepas tersepit pada gegancu motosikal Honda Wave di depan rumahnya di Kampung Beladau Selat, di sini, kelmarin. Kakitangan kerajaan itu berkata, dalam kejadian jam 9 pagi dia sedang membaiki tayar serta melicinkan rantai motosikalnya dan sebaik selesai memasang tayar belakang dia mengambil minyak pelincir serta kain buruk untuk disapu pada rantai motosikalnya yang berkarat. Katanya, sebelum itu dia menongkat tinggi serta menghidupkan enjin motosikalnya bagi memudahkan tayar belakang berpusing selepas menekan gear.
Derma haram RM600,000
Ipoh: Dua wanita termasuk seorang janda tergamak menggunakan nama sebuah rumah jagaan anak yatim untuk mengutip derma secara haram dari puluhan sekolah dan syarikat korporat di negeri ini. Dua wanita terbabit yang disifatkan polis sebagai penipu profesional turut memalsukan pelbagai dokumen penting membabitkan Majlis Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), resit rasmi serta kebenaran palsu polis untuk meyakinkan mangsa menghulurkan derma. Difahamkan sindiket itu yang dianggotai 19 individu sudah berjaya mengutip wang derma simpati daripada orang ramai, badan korporat dan sekolah membabitkan jumlah lebih RM600,000 sejak beroperasi tiga tahun lalu.
Nafi maki kualiti makanan MAS
Kuala Lumpur: “Saya sudah 43 tahun, bukan (remaja) 14 atau 15 tahun nak maki-maki begitu,” luah chef selebriti terkenal, Chef Zam berhubung kontroversi yang mendakwa dia menggunakan bahasa kesat dalam akaun Instagram miliknya ketika menegur kualiti makanan dihidangkan dalam pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Salah faham itu timbul apabila sebuah blog hiburan melaporkan Chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab mengkritik kualiti makanan berkenaan dengan kata-kata makian. Walhal, kritikan pedas itu bukan kenyataan dikeluarkan Chef Zam, tetapi sebaliknya ia adalah komen daripada penumpang MAS lain yang dimuat naik semula (repost) olehnya menerusi Instagram.
Tak sedar 3 jam kepala dihentak peragut
Machang: Seorang wanita tidak sedarkan diri hampir tiga jam selepas kepalanya dihentak dipercayai menggunakan objek tumpul oleh peragut sebelum melarikan wang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selepas beg tangannya diragut dalam kejadian di Jalan Kampung Raja, Panyit, dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Kasmawati Wahid, 46, dari Kampung Tok Bilal, Kemunchup, cedera di kepala, tangan serta bahu kiri selepas dihentak dan ditarik penyamun terbabit. Akibat hentakan itu, mangsa yang juga penoreh getah terus terjatuh dari motosikal ditungganginya itu dan tidak sedarkan diri di atas jalan sebelum dihantar ke Hospital Machang (HM).
Amuk anak derhaka
Kuala Lumpur: Kasih seorang ayah kepada anaknya dengan memberikan pinjaman wang RM180,000 dibalas si anak derhaka dengan ugutan mahu mencencang ayahnya sehingga mati. Kejadian berlaku di rumah lelaki berusia 80 tahun itu di Pudu, di sini, jam 3.30 petang Isnin lalu. Sumber polis berkata, mangsa sebelum ini meminjamkan wang RM180,000 kepada anak lelaki kesayangannya yang berusia 30-an itu bagi membantu menguruskan perniagaan. “Si ayah sanggup mengeluarkan wang simpanannya bagi membantu anaknya yang kesempitan wang kerana perniagaannya bermasalah, namun anaknya gagal membayar semula pinjaman itu apabila tiba masa dijanjikan,” katanya.
Yingluck bawa diri ke utara Thailand
BANGKOK - THAILAND. Perdana Menteri sementara Thailand Yingluck Shinawatra kini berada di utara Thailand, yang menjadi kubu kuat parti pimpinannya Pheu Thai, ketika peguamnya berurusan dengan para pegawai pencegahan rasuah di bandar raya ini. Yingluck berlepas ke sana untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari dan meninjau perkembangan beberapa projek kerajaan. Menurut Ketua Setiausaha Perdana Menteri Suranand Vejjajiva, barisan peguam bela Yingluck akan menghadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) bagi mengurus tuduhan mengabaikan tugas berkaitan skim subsidi padi.
Syabas rugi RM1.5j kes curi air
PELABUHAN KLANG - Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerugian kira-kira RM1.5 juta membabitkan 45 kes curi air sejak Januari hingga Isnin lepas (24 Februari), majoritinya melibatkan kawasan komersial. Pengarah Eksekutif Projek dan Air Tanpa Hasil (NRW) Syabas, Yusof Badawi berkata pihaknya telah mengambil tindakan lanjut terhadap kesemua kes itu dengan memberi notis pemberitahuan kesalahan dan tindakan penguatkuasaan bagi menuntut ganti rugi. "Rekod menunjukkan sepanjang tempoh itu Syabas menerima dan menyiasat 481 aduan kes curi air. Daripada jumlah itu, 45 kes diklasifikasikan sahih dengan anggaran kehilangan 746,000 meter padu (m3) air," katanya kepada pemberita selepas operasi serbuan dan pemotongan sambungan paip haram di sebuah gudang menyimpan baja di kawasan Jalan Pelabuhan Klang di sini hari ini.
Denggi catat 29 kematian, kes naik 316 peratus
KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 kematian akibat denggi dilaporkan sejak Januari sehingga 22 Februari, peningkatan 263 peratus atau lapan kematian berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata 16,383 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga 22 Februari, meningkat 316 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. "Bagi minggu ke lapan tahun ini (16 Februari - 22 Februari 2014), empat kematian dilaporkan berlaku melibatkan dua wanita berusia 34 tahun dan 37 tahun serta dua lelaki berusia 21 tahun dan 35 tahun kerana komplikasi demam denggi," katanya dalam kenyataan.
KPN nafi 60 anggota polis disiasat SPRM
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan laporan sebuah portal berita mengenai 60 anggota polis disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam pengubahan wang haram dan rasuah. "Saya sudah berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. Beliau tanya dari mana mereka (Malaysia Insider) dapat laporan tersebut. "Beliau beritahu saya laporan itu palsu, tidak benar sama sekali," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pesara pegawai-pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini, hari ini. Sehubungan itu, Khalid meminta pihak terbabit berhati-hati terhadap sumber berita mereka.
Empat beranak maut nahas sempat jumpa keluarga
KUALA TERENGGANU - Empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Jempol, Negeri Sembilan awal hari ini sempat meluangkan masa setengah jam bersama anggota keluarga di sini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Port Dickson. Nor Hashima Norohman, 33, berkata adik iparnya Nur Hidayah Ngah sekeluarga singgah sebentar di rumah keluarga di Kampung Serdang Baru ketika dalam perjalanan pulang daripada bercuti di rumah mentua di Setiu. "Selasa lepas mereka sampai di rumah kira-kira jam 8.15 malam selepas pulang dari rumah mentuanya di Setiu. Sempatlah mereka berjumpa adik beradik selama setengah jam sebelum bergerak semula ke Port Dickson," katanya kepada Bernama di sini.
Empangan Klang Gate mampu bekal air 89 hari lagi
KUALA LUMPUR - Paras air di Empangan Klang Gate yang kini berada pada tahap 52 peratus daripada kapasiti maksimumnya mampu membekalkan air kepada pengguna untuk tempoh tiga bulan. Menteri Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata prosedur operasi standard (SOP) akan dipatuhi jika paras air di empangan itu mencecah paras kritikal. "Jika cuaca panas berterusan maka langkah-langkah penjimatan perlu dilaksanakan. Semuanya bergantung kepada keadaan cuaca untuk dua minggu yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat empangan itu di sini hari ini
Gerabak tren LRT pertama dari China tiba September
ZHUZHOU - CHINA. Enam gerabak pertama tren projek lanjutan LRT Ampang dijangka tiba di Malaysia September depan. Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Prasarana, Zulkifli Mohd Yusoff berkata, tren terbaharu dan moden yang dibina oleh CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd adalah sebahagian daripada 50 gerabak tren yang akan diserahkan secara berperingkat bermula September tahun ini. “Kos keseluruhan bagi gerabak tren bernilai RM1 bilion, dengan 20 untuk penggantian dan 30 lagi untuk projek lanjutan baharu, akan beroperasi di 11 stesen baharu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kilang CSR di sini hari ini.
Maybank sasar pinjaman naik 13 peratus
MAYBANK Banking Bhd, kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia, menyasarkan kenaikan 13 peratus pertumbuhan pinjaman dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2014, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Abdul Farid Alias. Untuk operasi negara, beliau berkata kumpulan itu menjangkakan pertumbuhan 12 peratus untuk Malaysia, 13 peratus di Singapura dan dan antara 17 peratus dan 20 peratus di Indonesia. Tahun lepas, pinjaman kumpulan itu meningkat 14 peratus tahun ke tahun, melebihi sasaran KPI tahunannya sebanyak 12 peratus. Pertumbuhan itu diterajui oleh operasi Indonesia yang meningkat 27.9 peratus tahun ke tahun, diikuti Singapura (13.6 peratus) dan Malaysia (11.9 peratus).
Tabung Haji serah zakat perniagaan RM5.04j
LEMBAGA Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM5.04 juta kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan. Ia diserahkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail kepada Pengerusi PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali. Majlis penyerahan itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi MAIWP dalam satu majlis di sini hari ini. TH dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis itu berkata Wilayah Persekutuan merupakan negeri pertama dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan TH.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment