Thursday, February 13, 2014

Berita Terkini 13 Februari 2014

'Unit Ninja' ditubuh cegah jenayah ragut
Polis Johor Tubuh UNIT NINJA Perangi Jenayah Jalanan
JOHOR BAHRU – Polis Johor akan menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai Unit Ninja di semua daerah di negeri ini bagi memerangi jenayah jalanan khususnya membabitkan jenayah ragut. Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, unit khas ini akan diwujudkan memandangkan kajian mendapati hampir 50 peratus jenayah yang berlaku di negeri ini adalah berpunca dari jenayah jalanan iaitu peragut. “Kita juga dapati peragut-peragut ini sangat berkait rapat dengan penagihan dadah dan arahan supaya menambahkan ahli Ninja dalam pasukan sudah saya keluarkan di semua daerah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lapan buah kenderaan pacuan empat roda di sini hari ini.


Lelaki Cedera Ditembak Cuba Serang Anggota Polis
KINABATANGAN – Seorang lelaki warga Filipina cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis yang cuba menahannya di kawasan Hutan Simpan Sempadan Ladang Melabau di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata lelaki berusia 40 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.


Khusus Untuk Wanita – Bangun Pagi Dengan Vibrator
YA, anda tidak salah baca tajuk.Ia bukan vibrator sepenuhnya tetapi campuran antara vibrator bersama jam penggera yang disatukan (hibrid). Ia dikenali sebagai Wake-Up Vibe.Cara menggunakannya, set masa kemudian letak di seluar dalam anda (wanita leee… bukan lelaki) dan bila tiba masanya… faham sendirilah.


Tabung Haji jangka dana pendeposit capai RM50b akhir tahun ini
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji menjangkakan dana pendepositnya mencapai RM50 bilion pada akhir tahun ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Paduka Ismee Ismail. Beliau berkata, pada masa ini, dana tersebut berjumlah RM45.6 bilion, dengan 8.3 juta jumlah pendeposit.

Bapa mati ditembak lepas bunuh anak
VICTORIA - AUSTRALIA. Seorang lelaki ditembak mati oleh polis setelah gagal menyerah diri selepas membunuh anak lelakinya yang berusia 11 tahun di padang kriket, di Tyabb, Victoria, semalam. Kanak-kanak malang itu dikenal pasti sebagai Luke Batty baru selesai berlatih kriket apabila diserang bapanya.

Fb palsu
FB Sinar Online diciplak!
SHAH ALAM – Susulan portal Sinar Harian Online kian mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca, terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba ‘menangguk di air yang keruh’ dengan menciplak akaun media sosial Facebook portal tersebut. Tinjauan Sinar Harian Online hari ini mendapati terdapat dua akaun FB palsu menggunakan nama yang menyerupai portal berita tersebut.

56 kenderaan, tiga premis hangus di Kerinchi
56 kenderaan, tiga premis hangus di Kerinchi
BANGSAR- Tiga premis hangus iaitu sebuah kedai makan, bengkel kereta dan bengkel motosikal dalam satu kebakaran di Jalan Kerinchi Kiri, berhadapan bangunan Bangsar South, di sini, hari ini. Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan api marak dengan besar dengan beberapa siri letupan kedengaran serta asap hitam dapat dilihat udara.


Malaysia lonjak empat anak tangga dalam ranking terbaru FIFA
KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak negara melonjak empat anak tangga ke kedudukan 150 berbanding bulan lepas dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini. Kedudukan terkini itu menyaksikan Malaysia yang dikendalikan sementara Datuk Ong Kim Swee berkongsi tempat bersama Singapura dan Liechtenstein selain turut setanding dengan beberapa negara lain seperti Guyana dan India (kedua-duanya 154) serta Puerto Rico (157).

Waspada penipuan `anggota bomba' Razmi, Richard
KUALA LUMPUR, 13 Feb. - Golongan peniaga diminta berwaspada dengan taktik penipuan oleh dua lelaki yang menyamar sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mengenakan caj tertentu bagi menyokong pembaharuan lesen perniagaan mereka. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima lebih 30 aduan berhubung dua lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai ’Razmi’ dan ’Richard’, sejak tiga bulan lepas.


Amerika, Perancis Teroka Marikh 2016
Washington – Amerika Syarikat dan Perancis bekerjasama untuk misi baru ke planet merah, Marikh dijadualkan pada 2016.Isnin lalu, perjanjian berkenaan dimeterai oleh pengurus Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Charles Bolden dan presiden Pusat Penyelidikan Angkasa Kebangsaan Perancis (CNES), Jean-Yves Le Gall di Washington.“Perjanjian baru ini mengukuhkan usaha sama antara NASA dan CNES dalam penyelidikan sains planet, dan diasaskan daripada kerjasama selama 20 tahun dengan CNES membabitkan planet Marikh,” kata Bolden.


Beruang Polar Mati Selepas Telan Kot
JERMAN – Seekor beruang polar berusia 25 tahun yang ditempatkan di zoo Wilhelma di Stuttgart, mati semalam selepas binatang itu makan beg dan kot milik pengunjung zoo berkenaan.Beruang itu dikenali sebagai Anton, telah jatuh sakit sejak beberapa hari lalu dan ketika batuk, ia mengeluarkan cebisan fabrik yang ditelannya.Susulan itu, kakitangan penjara terpaksa memberinya ubat bagi memaksa Anton muntah.


Wanita Warga Emas Kandung Janin 44 Tahun
BRAZIL – Sepasukan doktor menemui sesuatu yang mengejutkan dalam perut seorang wanita berusia 84 tahun. Ia adalah janinnya yang berusia 20 hingga 28 minggu, yang berada di dalam perutnya selama 44 tahun.Patutlah wanita itu sering mengadu sakit perut dan pening.Menurut wanita itu, dia pernah dimaklumkan oleh doktor , ketika 44 tahun lalu bahawa dia mengandung.


Pelakon Video Klip Teresa Mengaku Dibayar
APAKAH pandangan anda kepada pelakon tidak kira berbangsa Melayu atau bangsa lain jika sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia asalkan dibayar?Itulah jawapan dua pelakon video klip “Onederful Malaysia CNY 2014 yang ditemui para wartawan di luar bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dipercayai selepas memberikan keterangan berhubung video berkenaan.


Kondom Dalam Bakul Motosikal
JOHOR BAHRU – Empat tukang urut wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di pusat urutan refleksologi di sini, kelmarin. Serbuan jam 5 petang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar itu disertai 15 anggota. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, kesemua wanita ditahan merupakan tiga wanita Indonesia dan seorang wanita Vietnam berusia 25 hingga 35 tahun.


VIDEO: Penumpang Kereta Hina Pemandu Bas
ALKISAHNYA di pusat membeli-belah Tampines One, Singapura, satu perang mulut telah berlaku antara penumpang sebuah kereta Mitsubishi Lancer dan pemandu bas.Menerusi info pada video tersebut, kereta tersebut telah meletak kereta di laluan yang tidak sepatutnya hingga menghalang laluan sebuah bas.Dalam pertengkaran itu, penumpang kereta tersebut dilihat memandang rendah kepada pekerjaan pemandu bas melalui dialog balas antara mereka.


Cari Jodoh Di FB, Hantaran Cecah RM160,000?
BAGAIMANA jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai hantaran yang jumlahnya tinggi dan tak masuk akal? Di sebuah laman Facebook dikenali sebagai Agensi Pencari Jodoh memuatnaik gambar seorang gadis dengan menjelaskan beberapa karakter diri gadis berkenaan sebelum memaklumkan nilai hantarannya ialah RM160,000.


Nenek Bercakap Tentang Selfie Dan Gaya Moden
BAYANGKAN anda berkawan dengan sahabat baik anda selama lebih 90 tahun sepanjang riwayat hidup anda, menarik bukan?Di saluran YouTube Steve Harvey, dikongsikan satu video bagaimana dua orang wanita yang berusia lebih 100 tahun dan mereka bersahabat baik bercerita mengenai budaya masa kini.Menurut Steve pada pembukaan video berkenaan, beliau memperkenalkan kedua-dua wanita itu yang dikatakan telah menjadi sahabat baik selama 94 tahun.


Menjelang Perayaan Hari Valentine Malam Ini…
Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun.Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni.Kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara.


‘Perang’ Iklan Antara Air Asia Dan MAS
Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia baru-baru ini menerbitkan iklan untuk disiarkan di akhbar tempatan menawarkan pakej menu Nasi Lemak yang lebih lengkap untuk dinikmati penumpangnya. Iklan itu dihasilkan bagi menyindir syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang dikritik hebat chef selebriti Malaysia Chef Wan dalam laman Instagramnya. Chef Wan menggelarkan Nasi Lemak yang dihidangkan dalam Kelas Ekonomi ketika beliau menaiki pesawat MAS ke Bangkok, Thailand sebagai ‘telanjang’.


Selepas Malaysia Airlines, TV3 Pula Dikritik Chef Wan
SELEPAS menu Nasi Lemak yang disediakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS), kini rancangan memasak terbitan stesen televisyen TV3, Dapur Panas pula jadi mangsa kritikan pedas Chef terkenal Chef Wan. Komen pedas mengkritik program itu dilakukan di laman Instagramnya chefwan58. Menurut Chef Wan, ketika menonton program berkenaan beliau bersam bekas isterinya dan anak mereka sedang mengemas rumah.


MAHKAMAH: Khalid Ibrahim BERHUTANG RM66.7 Juta Dengan Bank Islam
Bank Islam Malaysia yang sebelum ini mahu mengheret Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah. The Malaysian Insider difahamkan, Mahkamah Persekutuan mengadakan pendengaran sampingan di antara kedua-dua pihak semalam selepas diberitahu tentang rundingan penyelesaian yang sedang berjalan.


VIDEO: Bekas Penyanyi Sasar Kumpul Aset Syarikatnya Sehingga RM1 Bilion!
Sani United Bhd, menyasar mengumpul aset keseluruhan kumpulan bernilai RM1 bilion dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Sani Salleh, berkata syarikat yang kini memiliki aset keseluruhan bernilai RM300 juta optimis mencapai sasaran itu bersandarkan keupayaan syarikat mempelbagaikan cabang perniagaan termasuk yang terbaru iaitu perkhidmatan perkapalan.


Kereta dilanggar, pelajar kolej maut
MELAKA - Seorang pelajar Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Tun Razak-Lebuh Ayer Keroh berhampiran Zoo Melaka, di sini semalam. Muhammad Rifai Zainal, 21, yang dalam perjalanan pulang ke asramanya di Taman Murai Jaya, Durian Tunggal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dalam kemalangan pada pukul 5.40 petang.


Warga emas maut digilis kereta api
GUA MUSANG - Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun maut digilis kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang tidak jauh dari rumahnya di Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 10 pagi ini, Limah Yunus dikatakan keluar dari rumahnya yang terletak 40 meter dari landasan kereta api itu dan dipercayai duduk di tepi landasan berkenaan sebelum kereta api penumpang menggilisnya.

Foto
77 maut nahas pesawat tentera
ALGIERS: Sebuah pesawat pengangkut tentera Algeria terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini mengorbankan 77 orang dengan seorang terselamat.Pusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum heiekopter dikerah menjalankan operasi mencari.

broken-heart-two-part-heart-wallpaper
Hilang di hutan selepas putus cinta
SANDAKAN - Polis melancarkan gerakan mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilapor hilang di kawasan hutan Batu 6 dekat sini dalam kejadian malam tadi.Ketua Polis Sandakan Asisten Superintendan Rowell Marong berkata operasi itu yang dimulakan pada pukul 10.13 malam dihentikan kira-kira sejam kemudian dan bersambung semula pagi ini, membabitkan polis dan bomba.

Lagi program maksiat di pantai?
Lagi program maksiat di pantai?
GEORGETOWN - Tahun lalu negeri ini digemparkan dengan konsert arak bernilai RM4 juta di tepi pantai di Batu Ferringhi. Kini sekali lagi orang ramai heboh memperkatakan mengenai parti muzik berserta tarian separuh bogel yang akan diadakan di Pengkalan Weld.Pengendali laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang yang dikenali sebagai Azim berkata, beliau menerima maklumat mengenai acara berkenaan melalui rakannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
Kanak-kanak 4 tahun dicucuh api
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari Kampung Kubang Puyuh, Rantau Panjang, dipercayai didera ibu angkat dengan kesan luka dicucuh api pemetik api pada bahagian kaki kiri. Kejadian disedari pada jam 8 pagi, kelmarin, apabila guru tadika mangsa terlihat kesan luka tersebut sebelum mangsa memberitahu kakinya luka disebabkan api pemetik api dicucuh suspek berusia 22 tahun yang dipanggil umi.

Foto Foto
Lelaki ‘syaitan’
London: Seorang bekas pengawal keselamatan sanggup menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik yang menyakitkan untuk menjadikannya kelihatan seperti “syaitan.” Dengan imej lidah bercabang, gigi taring tajam dan tanduk di dahi, Diablo Delenfer, 43, yang berasal dari Kent, kini kelihatan seperti Lucifer yang menakutkan.


Polis serbu restoran saji daging manusia
Abuja: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia. Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra. Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit.

Foto
9 pondan gelabah
Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, di sini dikesan menawarkan pelacur dan pondan warga Thailand sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis berkenaan. Malah, pemilik premis itu turut mengambil pondan bekerja dan melayan tetamu. Pelanggan hanya perlu membayar RM400 jika ingin melakukan hubungan seks dengan pondan terbabit.


Toyota tarik balik 1.9 juta kereta Prius
TOKYO - Syarikat pembuat kereta terkemuka Jepun, Toyota semalam menarik balik 1.9 juta kereta model Prius di seluruh dunia kerana masalah sistem komputer yang boleh menyebabkan kereta hibrid tersebut berhenti secara tiba-tiba. Seorang jurucakap syarikat berkata, terdapat satu masalah dengan sistem komputer yang mengawal alat penukaran kuasa sekali gus boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu.

Flag of Malaysia.svg
Ekonomi Malaysia berkembang 5.1%
Tao Porchon - Lynch, guru yoga tertua di dunia memberi erti baru kepada lyrics yang ' lebih besar daripada badan saya. Kulit porselin beliau telah mengharungi ke dalam pastice garis-garis ketawa dan kedutan. Beliau bingkai sekali patung kini agak pengecil . Vena menolak melalui epidermis penipisan pada lengan dan betis dalam bantuan grafik beliau.


Aktif Yoga pada usia 95 tahun
Tao Porchon - Lynch, guru yoga tertua di dunia memberi erti baru kepada lyrics yang ' lebih besar daripada badan saya. Kulit porselin beliau telah mengharungi ke dalam pastice garis-garis ketawa dan kedutan. Beliau bingkai sekali patung kini agak pengecil . Vena menolak melalui epidermis penipisan pada lengan dan betis dalam bantuan grafik beliau.

Foto
6 pemandu teksi warga asing ditahan
Kajang: Jangan langgar lampu merah, bawa penumpang elok-elok. Itulah peraturan asas diketahui enam pemandu teksi warga Pakistan yang ditahan dalam operasi mengesan pemandu teksi warga asing di sekitar Lembah Klang, semalam. Mereka yang berusia 50-an, mengaku lahir di Pakistan tetapi memiliki MyKad. Kod tempat kelahiran bernombor 12 dalam MyKad pula menunjukkan mereka dilahirkan di Sabah. Ini menimbulkan keraguan terhadap status MyKad mereka.


Bomba selamat tiga pendaki Gunung Datuk
Rembau: Dua beradik yang menunjukkan keindahan Gunung Datuk, di sini kepada rakan mereka dari Sepanyol menempuh detik cemas apabila tersesat lebih 12 jam ketika turun. Sin Tai Yong,17, dan kakaknya, Sin Ling Ning, 22, bersama rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Noelia, 27, tersesat ketika turun dari puncak gunung setinggi 884 meter dari paras laut.

Lelaki serang rumah jiran
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bertindak ‘gila’ apabila menyerang kediaman jirannya dipercayai gara-gara tidak berpuas hati dengan salah seorang daripada ahli keluarga tersebut dalam satu kejadian di Kampung Kesom, Manir, di sini, Ahad lalu. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, suspek yang berusia 41 tahun pada mulanya dikatakan membuat kecoh di pekarangan rumah jirannya dengan membunyikan hon kereta.

Kantoi guna logo halal palsu
Kantoi guna logo halal palsu
KUANTAN - Gara-gara mahu mengaut keuntungan, dua pemilik kilang pembungkusan makanan sanggup menggunakan logo halal palsu pada bungkusan makanan yang dijual. Namun, tindak mereka berjaya dihidu Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) sebelum mereka diberi notis amaran memadamkan logo palsu berkenaan dan jika gagal berbuat demikian, mereka bakal berdepan denda sehingga RM200,000 atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pawagam filem porno dibom
Pawagam filem porno dibom
PESHAWAR - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam beberapa siri serangan bom di sebuah pawagam di wilayah barat laut Pakistan, kelmarin.Pegawai Polis Kanan Peshawar, Ijaz Ahmed berkata, tiga letupan bom tangan tercetus di panggung wayang Shama di tengah bandar yang juga terkenal dengan tayangan filem pornografi."Satu letupan berlaku di dalam pawagam yang ketika itu dipenuhi pengunjung dan dua lagi letupan berlaku di luar pawagam," katanya kepada media.

Stacy
Stacy pulih dari jangkitan H1N1
HUJUNG minggu lalu, penyanyi lincah, Stacy dikhabarkan telah dijangkiti virus influenza (H1N1) atau wabak selesema burung namun dia dikatakan sudah semakin sembuh selepas mendapatkan rawatan. Stacy memaklumkan perkara tersebut melalui interaksi dengan peminat-peminat yang bimbangkan keadaannya di laman mikro Twitter.


Pembenihan awan belum diperlukan
Kuala Lumpur: Tiada keperluan untuk melakukan proses pembenihan awan bagi menerbitkan hujan pada masa ini berikutan beberapa kawasan mula menunjukkan perubahan cuaca yang lebih baik. Pengarah Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan diramal berlaku di kawasan pedalaman Perak, Pahang, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, selain sekitar Johor.

Foto
Dua wartawan nyaris disamun lelaki bermotosikal
Kuala Lumpur: Seorang wartawan BERNAMA dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menempuh detik menakutkan selepas cuba disamun dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat, di Kampung Bandar Dalam, Sentul, semalam. Dalam kejadian jam 8.20 pagi, dua lelaki menggunakan topi keledar berpenutup penuh memecahkan cermin bahagian penumpang kereta jenis Honda City milik salah seorang wartawan itu.

Dikikis awek rojak
Georgetown: Mereka digelar sebagai ‘awek rojak’ dan boleh ditiduri bila-bila masa asalkan ada lelaki hidung belang yang sanggup mengeluarkan wang untuk menampung kos sara hidup bulanan mereka. Tanpa memilih bangsa, golongan awek ini dikesan menggunakan kecantikan dimiliki untuk mengikis wang lelaki hidung belang yang dahagakan belaian manja mereka.


Penganggur kelar isteri dijel 8 tahun
SEREMBAN – Perbuatan kejam seorang penganggur mengelar isterinya dengan pisau lipat sehingga wanita itu menerima 80 jahitan pada November lalu berbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Mas Nurazslan Abdoll Mulop, 30, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.


Rakyat Malaysia lebih gemar guna tunai
KUALA LUMPUR - Satu tinjauan seluruh dunia oleh Nielsen menunjukkan bahawa warga Malaysia adalah orang yang paling kurang yakin di dunia terhadap pembelian melalui internet dengan enam daripada 10 pengguna memilih tunai sebagai kaedah perbelanjaan harian mereka. Ia disebabkan oleh kebimbangan tentang keselamatan siber yang membuatkan mereka teragak-agak atau tidak mahu membeli dalam talian dan menggunakan perincian kad pembayaran mereka melalui telefon pintar atau peranti tablet meskipun maklumat peribadi mereka dilindungi.

Warga Sri Lanka ditemui mati dibunuh
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Seorang warga Sri Lanka yang merupakan bekas pelajar jurusan Bahasa Inggeris di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Kondominium Abadi Indah, Brickfields di sini, semalam. Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui oleh rakannya di dalam sebuah bilik di unit kondominium tersebut kira-kira pukul 10 pagi.

No comments:

Post a Comment