Wednesday, February 26, 2014

Berita Terkini 26 Februari 2014


Lelaki Kunci Mulut Anak, Elak Menangis
Nigeria – Bapa syaitan merupakan gelaran paling sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki, Chris Elvis, 30, yang sanggup memasang mangga di mulut anak lelakinya yang berusia empat tahun kerana budak itu dianggapnya sebagai `anak syaitan’. Elvis memasang manga itu kerana mahu menutup mulut anaknya yang menangis ketika dia membelasah si kecil itu. Dia mendakwa budak itu membawa nasib malang kepadanya dalam beberapa hari ini. Selepas memukul budak malang itu, dia melekapkan seterika panas di seluruh budak itu sebelum menguncinya dalam tong plastik. Ibu budak itu menghubungi polis selepas dia menemui mayat anaknya dalam keadaan ngeri ketika pulang dari pasar. Ketika ditangkap, Elvis berpura-pura bahawa dia sakit mental namun telah disahkan oleh pihak berkuasa bahawa dia normal. Dia kini ditahan selepas didakwa membunuh.


Lembu Putih Berkaki Lima Diarak Keliling India
SEEKOR lembu berkaki lima dipuja di India selepas dipercayai mampu memberikan nasib baik. Lembu berusia empat tahun milik Laxman Bhosale, 35, itu sentiasa dihujani pengunjung yang ingin melihat sendiri lembu tersebut. Oleh sebab terlalu ramai yang berkunjung ke rumahnya yang terletak di Solapur, Maharastra termasuk dari daerah yang jauh, Laxman mengambil keputusan untuk melakukan ‘tour’ bersama lembu berkaki limanya itu di ke seluruh India sejak Julai tahun lalu.



VIDEO: Lelaki MATI Dengan Satu Hayunan Tumbukan!
SEORANG lelaki yang hidup dengan sindrom Asperger ditumbuk oleh seorang lelaki hanya dengan satu tumbukan yang akhirnya meragut nyawanya. Saat pesakit Asperger Andrew Young, 40 tahun, ditumbuk dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Charminster, Bournemouth, United Kingdom. Pada awalnya Andrew menegur seorang lelaki yang menaiki basikal Victor Ibitoye, kerana berkayuh di atas bahu jalan yang menjadi kawasan pejalan kaki. Andrew berkata kekpada Victor perbuatan itu berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan.


Pekerja Kontrak Dituduh Merogol
KLUANG – Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur. Tertuduh, Mohamad Safik Yanto, 21, dituduh merogol gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Simpang Renggam sekitar Julai tahun lalu. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di antara jam kira-kira 8.30 malam hingga 9.30 malam. Ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa, tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan.


Kolum Khas Untuk Guru Berbini Lebih Seorang
Bagi para guru, eOperasi tidak asing lagi buat mereka kerana ia digunakan untuk mengemaskini maklumat peribadi yang kemudiannya akan disahkan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Besar. Bagaimanapun, seorang guru berkongsi di akaun Facebook miliknya satu cakupan skrin yang agak menarik di mana pada bahagian MAKLUMAT PASANGAN di eOperasi, terdapat bahagian ‘Tambah Pasangan’. Sudah pasti, bahagian ini berguna untuk para lelaki yang mempunyai pasangan lebih daripada seorang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan seberapa banyak kali jumlah ‘Tambah Pasangan’ yang boleh diisi di ruangan tersebut.


VIDEO: Terjun Longkang Lepas ‘Kantoi’ Meragut
Seorang lelaki melakukan kesilapan besar apabila turun ke dalam longkang besar selepas dikejar orang ramai yang menyaksikannya meragut seorang warga emas di pasar Sin Onn, Tawau, Sabah. Kemungkinan besar, suspek menyangka masih terdapat jalan keluar namun dia akhirnya akur apabila tidak dapat ke mana-mana. Orang ramai yang menunggu di tebing serta disertai oleh anggota polis berpakaian preman kelihatan kurang sabar dan mulai menjerit-jerit menyuruhnya naik ke atas selepas suspek pada mulanya kelihatan berdegil dan masih mencari-cari jalan untuk melepaskan diri.


Mayat Ditemui Di Kawasan Pembinaan Jalan
KUANTAN – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terbaring di kawasan pembinaan jalan raya dekat Teluk Cempedak, di sini, kira-kira jam 8.15 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mayat lelak itu dipercayai mati akibat dibunuh. Katanya, hasil pemeriksaan awal di badan mangsa ada kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat hentakan objek tumpul. “Polis percaya mangsa mati antara jam 4 hingga 8 pagi sebelum ditemui orang awam,” katanya. Beliau berkata, mangsa disyaki warga Myanmar berdasarkan beberapa tulisan ditemui dalam beg mangsa. – myMetro Online


Belum Habis Sekolah, Dah Pandai Rompak 7 Eleven
Polis kini sedang mencari sekumpulan remaja yang dipercayai terlibat dengan kes rompakan di kedai serbanika 7 Eleven sekitar Jalan Kuchai Lama dan Taman Desa, Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya tiga kes rompakan bersenjata dilakukan oleh kumpulan ini yang dipercayai berusia di bawah 17 tahun. Berdasarkan rakaman CCTV, remaja lelaki yang terlibat nampaknya benar-benar berani apabila tidak mengenakan topeng muka ketika menyamun wang tunai dan rokok ketika merompak. Menurut sumber polis, rompakan pertama dilakukan kumpulan ini pada jam 8.40 malam 9 Februari lalu di Happy Garden, Kuchai Lama dengan bersenjatakan parang melibatkan wang tunai RM500. Rompakan sama diteruskan pada 12.34 tengah hari, 20 Februari di mana wang tunai RM41.10 dan rokok bernilai RM257 dilarikan, disusuli kejadian 29 Februari di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama melibatkan wang tunai RM99.25 dan lebih 50 kotak rokok yang dianggarkan bernilai RM699.25. Kini, gambar kesemua suspek sudah diedarkan dan ditampal di setiap cawangan 7 Eleven untuk membantu proses mengesan mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 kerana melakukan rompakan bersenjata. Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign

Facebook logo and computer users
Hanya di Facebook, Bangga Kongsi Di Facebook Baru Lepas Kena Raba…
Kadang-kadang terfikir juga, kalau pun usia masih muda takkanlah remaja-remaja sekarang tak boleh fikir sesetengah status boleh menjatuhkan maruah mereka? Sebabnya, sudah terlalu banyak status bodoh dan mengaibkan yang dikongsikan di laman Facebook namun ia nampaknya tidak memberi pengajaran kepada sebilangan orang untuk ambil pengajaran. Contohnya status di atas, remaja terlibat begitu bangga bercerita dia baru sahaja diraba boyfriend dan bercadang untuk mengulanginya kerana rasa seronok. Tak padan dengan usia muda dan bertudung pula tu!


SPAD Berjaya Kesan Pemandu Teksi ‘Tua Bangka’ Lakukan Serangan Seksual
KUALA LUMPUR – SPAD berjaya mengesan seorang pemandu teksi dipercayai berumur 70-an yang disyaki terbabit dalam kes serangan seksual ke atas seorang wanita berumur 20 tahun pada 28 Januari lalu. SPAD dalam satu kenyataan media memberitahu SPAD telah memanggil lelaki tersebut dan siasatan ke atasnya berhubung kes berkenaan telah dimulakan. “SPAD mahu memaklumkan bahawa siasatan telah dimulakan. SPAD telah berjaya mengesan pemandu teksi terbabit dan dipanggil untuk siasatan. “SPAD akan bekerjasama penuh dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan kes ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Janin Bayi Dibuang di ITC BSD
Bayi Masih Bertali Pusat Ditinggal Di Depan Rumah Di Perai
BUTTERWORTH, 26 Feb (Bernama) -- Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman Inderawasih, Perai dalam kejadian 9 malam Selasa. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Lah berkata bayi itu yang kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dilapor ditemui oleh seorang wanita berusia 29 tahun ketika menyidai pakaian di hadapan rumahnya. "Wanita itu memaklumkan (kepada HSJ) yang dia sedang menyidai baju apabila terdengar bunyi bayi menangis dari luar pagar rumah. Dia kemudian menjenguk ke luar dan menemui bayi tersebut yang dibalut dengan tuala.


Uniform Yang Dirampas Bukan Milik Tentera Darat - Panglima Tentera
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata pakaian seragam tentera yang dirampas daripada sekumpulan lelaki di Jementah, Johor minggu lepas bukan milik pasukan itu. Katanya walaupun hampir sama, siasatan menunjukkan pakaian seragam digital tersebut bukan seperti yang diguna oleh pasukan tentera darat negara ini. "Pakaian ini dipercayai dibeli secara 'online' daripada pihak luar," katanya dalam temu bual khas sempena Hari Tentera Darat Ke-81, di sini Rabu.



VIDEO: Pendedahan Kegiatan Pelacuran Di Dubai, Cukup Mengejutkan!
KEBANJIRAN pelabur dan pekerja asing di Dubai menjadikan nisbah lelaki dan wanita menjadi 3:1. Ini membuatkan kehadiran ‘wanita’ menjadi satu keperluan yang sangat mendesak terutama bagi mereka yang kehausan dan dahagakan seks. Dokumentari mengejutkan ini mendedahkan bagaimana indsutri seks mula berkembang, biarpun secara sulit, di negara cukup Islam yang cukup ketat pegangan agama, tradisi dan budayanya.


Selangor Akhirnya ‘Akur’ Dengan Kerajaan Pusat, Loji Rawatan Air Langat DITERUSKAN
Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sudah lama dirancang Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menampung keperluan air bagi rakyat Selangor dan Kuala Lumpur. Sekiranya beroperasi, loji air berkenaan akan membolehkan air disalur dari Pahang ke Lembah Klang. Kini, terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang menghasilkan 4,371 juta liter air terawat sehari sedangkan keperluan pengguna sahaja sudah mencecah 4,322 juta liter air sehari. Begitu pun, cadangan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sepatutnya bermula sejak 2010 tidak mendapat lampu hijau daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meskipun pada 8 Ogos 2010, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu meneruskan projek itu.


Projek MRT Sungai Buloh-Kajang hampir 40 peratus siap
KAJANG: Projek MRT Sungai Buloh-Kajang yang berharga kira-kira RM23 bilion, kini hampir 40 peratus siap, kata Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Strategik MRT Corp Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak, hari ini. "Keseluruhan projek itu kini kira-kira 37 peratus siap manakala kemajuan keseluruhan projek itu sudah mencapai 51 peratus," katanya. "Kami mencapainya hasil sokongan padu kerajaan, kontraktor dan penduduk," katanya pada taklimat media mengenai pembinaan jejambat khas merentas Lebuhraya Cheras-Kajang, di sini hari ini.

Pembenihan awan hari ini ditangguh - Timbalan Menteri
Kuala Lumpur: Proses pembenihan awan yang sepatutnya dilaksana hari ini ditangguhkan berikutan keadaan atmosfera yang stabil dan tidak sesuai untuk pembenihan. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah ketika hadir membuat tinjauan persiapan akhir pembenihan awam di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) Subang, di sini. Bagaimanapun beliau berkata, proses itu dijangka diteruskan esok atau hari berikutnya berdasarkan keadaan cuaca semasa serta pemantauan kedudukan awan menerusi radar Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).


Dua beradik perempuan rentung rumah setinggan terbakar di Bintulu
Bintulu: Dua beradik perempuan berusia 4 dan 5 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah setinggan di Kampung Baru Seberang, Taman Sebiew di sini kira-kira tengah hari tadi. Mangsa yang rentung dikenali sebagai Olivia Natasha anak Eddy, 4, dan kakaknya, Christina Christy, 5. Pasukan bomba dan penyelamat Bintulu dengan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 1.17 tengah hari namun sebaik sampai rumah berkenaan sudah hangus sepenuhnya.

La Ode Ardi Rasila
Bicara kes pengawal bunuh pegawai bank 23-27 Jun
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 23 Jun ini bagi kes seorang pengawal keselamatan warganegara Indonesia yang didakwa membunuh dan melepaskan tembakan ke atas seorang pegawai Ambank cawangan Subang Jaya Oktober tahun lalu. Hakim Datuk Akhtar Tahir turut menetapkan 7 Mei ini untuk pengurusan kes. Tertuduh, La Ode Ardi Rasila, 37, warga Indonesia, mengaku tidak bersalah membunuh Norazita Abu Talib, 37, di dalam bangunan Ambank No 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini antara 6 petang hingga 6.30 petang, 23 Oktober tahun lalu.


Mayat ditemui dibungkus dengan cadar
BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai milik warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah, berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat. "Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.

Militan letupkan paip gas Mesir di Sinai
KAHERAH: Puak militant dilaporkan meletupkan satu rangkaian paip gas di Sinai, lewat semalam yang menyambungkan bekalan ke Jordan, demikian menurut pegawai keselamatan hari ini. Ia adalah serangan keempat tahun ini di kawasan Semenanjung Sinai. Kumpulan militant dikatakan meletakkan bahan letupan di bawah paip di Lehfen, Bandar Al-Arish. Letupan itu menyebabkan kebakaran dan letupan kecil sehingga ke udara. - AFP

43 pelajar dibunuh penyerang disyaki Boko Haram
KANO, Nigeria: Penyerang disyaki anggota Boko Haram membunuh 43 pelajar sekolah menengah ketika mereka sedang tidur dalam serangan terbaharu ke atas sekolah di timur laut Nigeria yang bergolak itu. Sementara itu, Nigeria meminta Perancis dan negara jiran terutama Cameroon untuk membantunya memerangi kumpulan militan itu, dua hari sebelum Presiden Perancis dijadualkan melawat negara itu. Serangan jam 2 pagi (0100 GMT) itu menyasarkan Kolej Kerajaan Persekutuan di bandar Buni Yadi di negeri Yobe. Ciri serangan itu serupa dengan serangan September lalu yang meragut 40 nyawa.


Lelaki maut dirempuh kereta dipandu wanita
GEORGETOWN: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Bukit Gambir di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata kemalangan 9.30 malam itu menyebabkan Ahmad Dasisham Mohamad Daud, 38, mati di tempat kejadian. Katanya, ketika kejadian, lelaki itu baru keluar dari persimpangan lampu isyarat berdekatan Taman Pekaka menuju ke Bukit Gambir sebelum dirempuh Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan.

Thailand
Eksport, import Thai pada Januari merosot
BANGKOK - THAILAND. Eksport Thailand merosot 1.98 peratus tahun ke tahun kepada US$17.9 bilion berikutan ketidakstabilan politik selama berbulan-bulan telah menjejaskan keyakinan para peniaga, demikian menurut Kementerian Perdagangan. Katanya import pada Januari susut 15.5 peratus kepada US$20.42 bilion, yang bermakna negara itu mencatatkan defisit perdagangan US$2.52 bilion pada bulan pertama tahun ini. Ini juga bermakna defisit perdagangan selama empat bulan berturut-turut, katanya.

Budak disangka sampah
Budak disangka sampah, langgar anak Jiran
SABAK BERNAM - Disangkakan sampah, rupa-rupanya seorang budak. Itulah trauma yang dihadapi seorang pemandu kereta BMW apabila melanggar anak jirannya berusia lapan tahun di halaman rumahnya di Taman Perumahan Jalan Radin, Sekinchan, yang disangka sampah, di sini, malam semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Pua Yen An, gagal diselamatkan apabila mati dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang akibat kecederaan serius dan pendarahan di bahagian anggota badan dan kepala. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu berlaku sewaktu pemandu lelaki berusia 60 tahun itu cuba menggerakkan kenderaannya yang berhenti di halaman rumah.

Hati-hati jualan amal tipu
Hati-hati jualan amal tipu
YAN - Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan aktiviti jualan amal yang dikesan cuba menggunakan resit bayaran rasmi Pusat Tahfiz Amal (PTA) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pengetuanya, Muslim Ab Karim berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan imej dan nama baik PTA. Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menghantar pelajar untuk melakukan aktiviti jualan amal di sekitar negeri itu sebaliknya hanya di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.


Laluan motosikal Kesas kini lebih selamat
KEWUJUDAN laluan motosikal di lebuh-lebuh raya di negara ini bukan sahaja memberi keselesaan malah, boleh mengurangkan kemalangan membabitkan golongan berkenaan. Namun, masih terdapat lorong motosikal di negara ini yang umpama jerat kepada penunggang motosikal kerana keadaan laluan yang daif dan tidak selamat menyebabkan penunggang enggan menggunakan laluan tersebut. Bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap laluan motosikal, pihak Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan laluan tersebut lebih selamat. Laluan motosikal Kesas sepanjang 34.5 kilometer itu bermula dari persimpangan Sri Petaling, Kuala Lumpur dan berakhir di persimpangan Pandamaran, Klang, Selangor.


Harimau bintang jantan berkeliaran di bandar
MEERUT, India - Seekor harimau bintang jantan yang berkeliaran telah mencederakan enam orang di sini pada Ahad lalu. Beberapa pegawai berkata, haiwan itu dilihat berkeliaran di sebuah hospital, pawagam dan kompleks apartmen. Binatang buas itu juga melompat menerusi tingkap yang pecah di sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan. Menurut pihak berkuasa, orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar dari rumah selepas usaha menangkap harimau itu gagal dilakukan oleh beberapa anggota polis.


Karikatur Zuckerberg didakwa anti-Yahudi
MUNICH - Sebuah kartun mengenai pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg yang disiarkan di sebuah akhbar Jerman, Suddeutsche Zeitung pada minggu lalu dikecam Pusat Simon Wiesenthal kerana ia memaparkan imej Anti-Semitik, lapor akhbar MailOnline semalam. Seorang pemimpin agama Yahudi di Pusat Simon Wiesenthal, Abraham Cooper berkata, karikatur yang disiarkan pada Jumaat lalu itu adalah sesuatu yang memalukan. Imej bertajuk Krake Facebook atau Gurita Facebook itu menunjukkan Zuckerberg melilit beberapa komputer dengan menggunakan tentakel sotong.

Ragut beg berisi RM7.10, kena penjara enam tahun
KOTA BHARU - Seorang pekerja kedai pusat servis alat pendingin hawa terpaksa menerima hakikat dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas perbuatan jahatnya meragut beg tangan seorang remaja perempuan yang di dalamnya cuma berisi wang RM7.10 pada tahun lalu. Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, R. Kumaramoorthy, 45, mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di sini.

Kopi perangsang cabut nyawa
Premis kopi beracun diserbu
KUALA LUMPUR - Jabatan Farmasi Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis minuman kopi campuran yang dipercayai mengandungi racun berjadual bernilai RM1 juta selepas menyerbu sebuah premis dekat Jalan Desa, Cheras di sini semalam. Ketika serbuan dilakukan pada pukul 11.30 pagi itu, beberapa pekerja sedang giat menjalankan aktiviti memproses serta membungkus kopi yang dipercayai mengandungi racun di stor dan pejabat premis terbabit.

70 penduduk Islam dibunuh kejam
Carnot, Republik Afrika Tengah: Sekurang-kurangnya 70 orang Islam maut dibunuh anggota militan malah ada antara mereka diarahkan meniarap di atas tanah sebelum ditembak seorang demi seorang. Perkara itu didedahkan semalam oleh paderi Katolik Rigobert Dolongo yang membantu mengebumikan mayat mangsa. Menurutnya, militan dikenali sebagai antiBalaka itu membunuh orang Islam di perkampungan Guen awal bulan ini. Katanya, sekurang-kurangnya 27 maut pada hari pertama manakala 43 lagi pada hari kedua. Saksi Ibrahim Aboubakar, 22, berkata, kumpulan antiBalaka itu menyerang Guen dan membunuh dua abangnya selepas terdengar mereka bercakap dalam bahasa Arab.

Foto Foto
Petani bakar diri kerana tuntut tanah
Dispur: Bosan dengan kegagalan menyelesaikan pertikaian mengenai pemilikan tanah, seorang petani Assam membakar dirinya sendiri dan mati, semalam. Prabin Boro, 45, mencurah petrol pada badannya sebelum menyalakan api selepas kerajaan negeri Assam enggan mengeluarkan surat pemilikan kepada penduduk kawasan pergunungan di Guwahati. Dia dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Gauhati kerana mengalami melecur pada seluruh tubuh, tetapi disahkan mati tidak lama kemudian.


WhatsApp bakal perkenal mesej suara
Barcelona: Perkhidmatan mesej popular untuk telefon pintar, WhatsApp , tidak lama lagi menawarkan kemudahan panggilan suara. Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Jan Koum berkata perkhidmatan panggilan suara itu akan mula disesuaikan untuk telefon Android dan iPhone musim panas ini sebelum diikuti untuk telefon BlackBerry, Microsoft dan Nokia. “Kami akan memperkenalkan mesej suara dalam WhatsApp pada suku kedua tahun ini,” katanya di sebuah kongres dunia semalam.

Saudi mahu musnah tapak rumah nabi
Kaherah: Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan. “Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia,” kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi. “Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu,” katanya.


Polis wanita mati selepas kena tampar
Riyadh: Seorang polis wanita Saudi mati selepas ditampar oleh rakannya ketika bergaduh. Pemeriksaan menunjukkan mangsa diserang darah tinggi ketika kejadian. Anggota itu baru tiba untuk tugas syif malam di balai polis di Makkah apabila dia bertengkar dengan seorang lagi anggota polis wanita. “Mangsa ditampar di muka menyebabkan dia rebah.


Ubah kediaman jadi rumah pelacur
Riyadh: Polis Arab Saudi semalam menahan seorang wanita tempatan, dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya kerana disyaki mengubah kediaman mereka menjadi sarang maksiat. Wanita terbabit yang berusia 50-an melacurkan anak perempuannya, manakala anak lelakinya dipaksa mencari pelanggan yang kebanyakannya pekerja asing. Akhbar melaporkan wanita itu yang mengenakan bayaran SR500 (RM437) untuk khidmat pelacur di kediamannya di utara bandar Hafr al-Batin dipantau penguat kuasa Suruhanjaya Pencegah Maksiat sejak beberapa bulan lalu. “Penguat kuasa akhirnya berjaya memasuki kediaman wanita itu bersama-sama pelanggan warga asing yang ditahan sebelum ini.


Mesir musnah terowong di Gaza
Ramallah: Tentera Mesir memusnahkan beberapa lagi terowong yang digunakan untuk menyeludup di sepanjang laluan Salah Eddin yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza, baru-baru ini. Agensi berita Palestin, Ma’an memetik kenyataan sumber keselamatan Mesir sebagai berkata, tentera memusnahkan 10 terowong di sepanjang laluan yang bersempadan dengan Rafah minggu lalu. Sumber itu berkata, tentera sudah memusnahkan 1,113 terowong sejak kerajaan Mesir memulakan kempen menentang kumpulan militan yang dilancarkan awal Ogos tahun lalu di utara Semenanjung Sinai. Menurut sumber itu, tentera Mesir membentuk zon penampan seluas dan sedalam 13 kilometer di sepanjang sempadan terbabit dalam usaha untuk mencegah penyeludupan dan pencerobohan serta mengelak serangan militan terhadap pasukan keselamatannya di Semenanjung Sinai.

Foto
Polis Israel ceroboh al-Aqsa
Baitulmaqdis: Polis Israel semalam menceroboh masuk ke halaman Masjid al-Aqsa di sini, kononnya untuk menangkap penunjuk perasaan Palestin yang melontar batu ke arah mereka. Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld memberitahu media, pihaknya terpaksa menggunakan bom asap bagi menyuraikan penunjuk perasaan itu yang membantah rancangan Yahudi untuk merampas kawasan berkenaan yang dikenali sebagai Temple Mount (Haram al-Sharif) dalam kalangan penganut Yahudi, daripada penduduk Islam Palestin. Menurutnya, dua anggota polis cedera terkena batu yang dilontar itu. “Polis dikerah ke Temple Mount tetapi ia tidak mengganggu pengunjung ke kawasan berkenaan,” katanya.

Foto
Doktor Buang 42 Mutiara Ditanam Dalam Badan
Changsha (China): Seorang lelaki terpaksa melalui pengalaman menyakitkan ketika doktor mengeluarkan 42 butir permata dari badannya selepas dia diperdaya ‘pakar perubatan’ alternatif. Zou Feng - dari wilayah Hunan - berkata, selepas mengadu sakit belakang seorang jiran menyarankan dia bertemu seorang tokoh yang mahir dalam perubatan tradisional. Lelaki berusia 61 tahun itu mengunjungi ‘pakar’ terbabit pada 2011 dan diberitahu penyakitnya itu luar biasa sehingga ia hanya boleh disembuhkan dengan menanam permata di bawah kulitnya.

Tangkap basah patah kaki
Alor Setar: Tindakan seorang lelaki yang cuba keluar melalui tingkap di tingkat tiga bilik hotel murah di Kuah, Langkawi, yang disewanya untuk mengelak ditahan pihak berkuasa kerana bersekedudukan bersama pasangannya, mengundang padah apabila dia terjatuh hingga menyebabkannya patah kaki. Dalam kejadian pada jam 1.45 pagi, mangsa berstatus suami orang yang mempunyai seorang anak itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Langkawi (HL) untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan parah. Dia adalah antara pasangan yang ditahan dalam operasi ‘Ops Langkawi’ yang dilakukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bersama anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Langkawi, kelmarin.

Konstabel amuk enggan pindah
Kota Kinabalu: Berang apabila diarahkan bertugas ke tempat lain, seorang konstabel polis bertindak mencuri sepucuk pistol dan melarikan sebuah kenderaan unit peronda polis (MPV) selama satu jam selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan arahan ketuanya supaya berpindah. Dalam kejadian 22 Februari lalu, anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau itu dikatakan turut mengamuk sebaik saja mengetahui namanya tersenarai untuk ditugaskan ke Balai Polis Pulau Mabul, Semporna. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, anggota itu berjaya ditahan selepas satu jam bertindak melarikan pistol dan kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Anggota ini didapati melakukan kesalahan tatatertib selepas mengambil senjata dan membawa kenderaan polis di Balai Polis Bandar Seri Indah tanpa kebenaran.

Rondaan ATM, PDRM diperluas
Kuala Lumpur: Program rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diperluaskan kepada 70 kawasan di seluruh negara bermula bulan depan. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Penindasan Bukit Aman Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, usaha ini jelas memberi impak yang positif dengan penurunan kadar peratusan jenayah sejak dilancarkan di 44 kawasan pada 2010. Katanya, objektif perluasan program ini ke 26 lagi kawasan bukan sahaja semata-mata untuk menurunkan kadar jenayah tetapi juga mewujudkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat selain meningkatkan keyakinan terhadap pasukan keselamatan negara. “Menurut rekod, pada 2010 sebanyak 23,932 kes jenayah dilaporkan dan pada 2011 pula, berlaku penurunan kadar jenayah sama kepada 20,406 kes sahaja,” katanya.

Duda rompak remaja dipenjara 6 tahun
Kota Bharu: Seorang duda dua anak dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang remaja perempuan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah, di sini, pada September tahun lalu. Hukuman terhadap tertuduh, Kumaramoorthy Ramamurthy, 44, diputuskan Hakim Mohd Yusoff Yunus. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak Nurul Izzati Mohd Rathilan, 19, dengan mengambil beg tangan mangsa di tempat letak kereta, tingkat tiga, pusat beli-belah KB Mall, pada jam 3.50 petang, 2 September 2013.

Foto
Isteri saya curang
Kuantan: “Dia curang,” kata seorang lelaki memberi keterangan ketika perbicaraan anak lelakinya yang dituduh mencedera, mengugut serta merosakkan kereta isteri keduanya (ibu tiri tertuduh) kepada Mahkamah Majistret di sini, semalam. Lelaki berkenaan yang tampil selepas diminta mahkamah memberi keterangan berkata, anaknya, Muhammad Syaiful Fakhri M Sidi, 22, bertindak demikian kerana mendakwa isteri keduanya itu curang. Majistret Jessica Daimis kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 terhadap Muhammad Syaiful Fakhri dari Ajil, Terengganu, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Malaysia paling gembira di Asia
Tatkala isu kenaikan kos sara hidup mula membelenggu rakyat kita, ada laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa rakyat kita paling gembira di Asia. Menurut kaji selidik agensi penyelidikan IPSOS Asia Pasific, syarikat global dalam bidang kajian pengiklanan, pemasaran, media dan perhubungan awam, rakyat Malaysia disenaraikan paling gembira di rantau Asia, berbanding penduduk Hong Kong, China, Singapura dan Korea Selatan. Kaji selidik yang dilakukan terhadap 466 responden terdiri pelbagai kaum di lima negara terbabit yang berusia antara 18 hingga 50 tahun menyenaraikan tiga faktor utama sebagai penyumbang kepada tahap kegembiraan terbabit.

Adik belasah kakak isu pusaka
Kampar: Seorang adik tergamak membelasah kakaknya menggunakan kerusi selain mengugut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur semata-mata kerana tidak berpuas hati isu harta pusaka dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Gopeng di sini, petang semalam. Sumber berkata, dalam kejadian jam 2 petang, suspek yang berusia 30-an dikatakan muncul di rumah kakaknya berusia 40-an itu berikutan tidak berpuas hati berhubung isu peninggalan harta pusaka dengan menuduh mangsa memperoleh bahagian yang lebih banyak. “Mangsa yang cuba mententeramkan keadaan sebaliknya dihambur dengan kata-kata kesat oleh suspek. Malah, suspek didakwa bertindak menendang kakaknya itu hingga terjatuh.

Wanita tuntut gaji RM250 dinoda bekas majikan
Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 32 tahun menuntut tunggakan gaji RM250 daripada bekas majikannya mengundang padah apabila mangsa bukan saja dirogol sebaliknya turut diliwat dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan, Ampang, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dilapor dipaksa memakan pil dipercayai dadah sebelum diperkosa suspek berusia lewat 30-an itu. Difahamkan, suspek mengugut untuk tidak membayar tunggakan gaji sekiranya mangsa tidak memakan pil berkenaan. Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa bersendirian pergi ke restoran bekas majikannya di Tasik Tambahan, Ampang untuk menuntut tunggakan gaji.

Derita bayi saluran arteri terbalik
Georgetown: Sepasang suami isteri merayu orang ramai menghulurkan bantuan bagi menampung kos pembedahan bayi lelaki mereka yang mengalami masalah saluran arteri terbalik dan menampal dua lubang yang dikesan pada jantung anak mereka. Pasangan berkenaan memerlukan RM60,000 untuk membiayai kos perubatan itu, tetapi menghadapi masalah kewangan berikutan mempunyai tempoh hanya tiga minggu sebelum pembedahan dilakukan. Bayi terbabit, Ng Khai Zhi, berusia tiga minggu, dikesan mempunyai masalah kesihatan itu selepas dilahirkan apabila badan dan bibirnya bertukar biru kehitaman. Bapa bayi terbabit, Ng Chong Jin, 30, berkata dia dan isterinya tidak mengesyaki anak mereka mengalami masalah itu berikutan menghidap deman kuning selepas beberapa hari dilahirkan.


A Rahman alami strok
Kuala Lumpur: “Pemeriksaan doktor di bahagian kepala ayah mendapati tiada apa-apa berlaku. Begitu juga tekanan darah dan jantungnya juga okay. “Bagaimanapun doktor bimbang ayah mungkin menghidap strok. Justeru, mereka terus melakukan pemantauan rapi serta menempatkan ayah di unit rawatan separa kritikal (zon merah) Hospital Kuala Lumpur,” kata Siti Jasmina Ibrahim, 37, menantu Datuk A Rahman Hassan, 67. Penyanyi pop yeh yeh ini jatuh pengsan ketika majlis perasmian DVD Asas Gerak Melayu yang berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya pada petang semalam. Beliau yang duduk di bahagian depan rebah secara tiba-tiba ketika mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian. Penyanyi lagu Tak Mengapa itu kemudian diberikan bantuan kecemasan oleh petugas IB sebelum dikejarkan ke HKL dengan ambulan. A Rahman diundang ke majlis itu sebagai moderator bersama Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli pada penghujung program. Siti Jasmina berkata, mentuanya juga muntah-muntah sebaik tiba di HKL namun keadaannya stabil. “Bagaimanapun ayah mengadu tidak boleh membuka mata kerana akan berasa pening. Tetapi dia masih boleh berbual dengan kami,” katanya yang berkahwin dengan Khir Rahman.


Drebar van sekolah maut dirempuh kereta
Gombak: Seorang wanita maut manakala tiga lagi termasuk dua pelajar sekolah cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van sekolah dengan sebuah kereta Proton Wira di Jalan Bukit Idaman, Selayang, semalam. Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu dikatakan berlaku apabila van sekolah berkenaan yang ingin membelok ke arah kanan bertembung dengan kereta yang datang dari arah depan. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan mendapati van sekolah itu dalam perjalanan dari Selayang Jaya ke Perdana Residence.


Penternak kena tujuh das tembakan
Kulim: Seorang lelaki yang baru memulakan perniagaan penternakan lembu dan kambing sebulan lalu, cedera parah apabila dua lelaki melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan terhadapnya dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Makmur, Lunas, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa berusia 39 tahun dan berasal dari Sungai Seluang, di sini, ditembak ketika berbual bersama seorang rakannya sebelum didatangi seorang daripada dua suspek terbabit. Suspek terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan membonceng motosikal ditunggang seorang rakannya yang menunggu di hadapan kedai kopi berkenaan.

Warga asing ditemui mati di bahu jalan
Shah Alam: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui telentang di bahu jalan di Jalan Bestari menghala ke Bukit Raja, berhadapan Taman Tasik Rekreasi Seksyen 7, semalam. Difahamkan, mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan jam 7 pagi sebelum menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang kepala mangsa selain kesan jerutan di leher. “Siasatan juga mendapati mangsa tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan dipercayai dibawa dari kawasan lain,” katanya.

Budak maut digilis kereta jiran
Sabak Bernam: Seorang budak lelaki berusia lapan tahun maut digilis sebuah kereta dipandu jirannya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Sekinchan, di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 8 malam itu, pemandu berusia 59 tahun berkenaan dikatakan baru keluar dari rumahnya sebelum memberhentikan seketika keretanya kerana mahu mencari sesuatu dari dalam kereta itu. Namun, sebaik menemui apa yang dicari, lelaki itu meneruskan perjalanan sebelum tersedar seperti terlanggar sesuatu lalu keluar dari kenderaan untuk memeriksa.

Status tanah kubur tak boleh ditukar
Kuala Lumpur: Semua kawasan tanah milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diluluskan untuk kegunaan tanah perkuburan tidak boleh digantikan dengan pembangunan lain termasuk membina kediaman kepada golongan asnaf. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Jaffar berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan meluluskan pembangunan demikian, namun bersedia untuk melaksanakannya di kawasan tanah lain milik MAIWP. “Memang kita ada terima cadangan yang minta kita gunakan tanah yang ada untuk bina kediaman kepada golongan miskin, sebab mereka mungkin fikir bila tanah itu milik MAIWP, boleh buat apa saja pembangunan, tetapi sebenarnya tidak.

Pemandu parah kereta bertembung
Alor Gajah: Dua pemandu kereta parah manakala seorang penumpang cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Padang Sebang-Tampin, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu dipercayai berlaku apabila Toyota Corolla dipandu Chew Bee Choo, 53, bersama anaknya, Chua Kim Keong, 21, dari arah Tampin, Negeri Sembilan menuju Alor Gajah, bertembung PROTON Perdana dipandu Yong Po Seng, 38, dari arah bertentangan. Saksi kejadian, Fairul Azman Khalil, 40, mendakwa sebelum kejadian PROTON Perdana dipandu Yong memotong PERODUA Viva dinaikinya bersama isteri.

Samseng bermotosikal pecah cermin kereta VIP
Ipoh: Dua samseng yang menaiki motosikal bertindak ganas apabila menyerang dan memecah cermin kenderaan pacuan empat roda dinaiki kenamaan Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Dalam kejadian jam 3.40 petang semalam, kenderaan dinaiki Datuk Seri Mohd Amin Shukeri Ali itu, menjadi sasaran ketika melalui hadapan Klinik Kesihatan Kampar di Jalan Degong, Kampar. Sumber polis berkata, dua suspek itu hanya disedari muncul bersebelahan kenderaan pacuan empat roda model Honda CRV yang dipandu pemandu kenamaan terbabit.


Unta punca MERS
Washington: Virus saluran pernafasan yang mengakibatkan puluhan maut di Timur Tengah mungkin menjangkiti manusia daripada unta. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penyakit dikenali sebagai Sindrom Respiratori Timur Tengah (MERS) dipercayai mengakibatkan 79 daripada 182 orang dijangkiti maut sejak September 2012. Tidak banyak diketahui mengenai penyakit itu dan cara ia menjangkiti manusia. Namun penyelidik kanan Universiti Columbia Ian Lipkin berkata, kajian menunjukkan virus itu lazim ditemui dalam unta. “Kemungkinan besar unta punca utama jangkitan kepada manusia kerana dibela sebagai haiwan kesayangan atau untuk berlumba. “Malah, daging unta juga dimakan jadi banyak peluang untuk virus itu berjangkit,” katanya. - AFP

Foto
Produk Baru: Telefon Android paling selamat
Pendatang baru, Blackphone tampil dengan versi PrivOS yang dikatakan telefon pintar Android paling selamat di dunia bersama pemprosesan Quad Core 2GHz selain paparan 4.7 inci HD IPS dan menyokong rangkaian LTE. Lebih dari itu, ia dilengkapi kapasiti RAM 2GB dan setoran 16GB, namun tidak akan didatangkan sekali dengan slot kad mikroSD. Pengeluarnya membangunkan Blackphone dengan kamera 8.0 megapiksel di samping kamera depan 1.3 megapiksel.

Foto
CIMB raih untung RM4.54 bilion
Kuala Lumpur: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), meraih untung bersih sebanyak RM4.54 bilion bagi tahun kewangan 2013, menokok 4.5 peratus tahun ke tahun disumbang oleh peningkatan kukuh dalam perbankan korporat dan konsumer serantau. Sepanjang tahun lalu, kumpulan perbankan itu mencatatkan pendapatan sebanyak RM14.672 bilion iaitu peningkatan 8.7 peratus berbanding RM13.49 bilion pada 2012. Manakala, untung sebelum cukainya (PBT) berjumlah RM5.849 bilion, naik 3.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Nor Azman Mohamad
Norazman Mohammad Didakwa bunuh anak perempuan
Kajang: “Saya sayang anak saya,” kata seorang bapa yang didakwa membunuh anak bongsunya menggunakan parang dan mencederakan dua lagi anak perempuannya, 30 Januari lalu. Tertuduh, Norazman Mohammad, 43, berkata demikian dalam nada seakan-akan berbisik ketika jurubahasa mahkamah membacakan semula pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad di sini, semalam. Tertuduh yang bertubuh kecil dan kepalanya berbalut akibat kecederaan dipercayai dialaminya pada hari kejadian juga hanya menggeleng kepala seterusnya mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan cuba membunuh anaknya, Maryam, 10, dan Liyana, 12, sehingga menyebabkan kecederaan. Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Foto
Balasan tunai cabar Tuhan
Ipoh: “Mereka menjerit mencabar kuasa Tuhan sambil mencekik isteri saya sekuat hati. Akhirnya dosa mereka dibalas apabila ketiga-tiga mereka mati ditembak polis Ahad lalu,” kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang enggan namanya didedahkan. Dalam kejadian jam 4 pagi pada 4 Januari lalu, sekumpulan tiga perompak dipercayai warga Indonesia memecah masuk rumah mangsa di Kampung Dendang, Beruas. Penjenayah turut bertindak kejam apabila mengacukan parang ke arah leher anak lelaki mangsa berusia empat tahun selain mengugut mahu menikam mati bayinya yang baru berusia lima bulan. Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah ibunya itu susulan mempunyai urusan perniagaan di Kuala Lumpur.

Foto
Temani anak gugur janin
Banting: Klinik yang menyediakan khidmat menggugur janin secara haram di daerah ini bukan saja menerima kunjungan pasangan kekasih termasuk remaja, malah lebih mengejutkan ada antara ‘pelanggan’ membabitkan budak perempuan berusia 12 tahun ditemani ibunya. Itu pendedahan dibuat seorang bekas pekerja klinik berkenaan yang mengambil keputusan berhenti kerja selepas tidak mahu lagi terus bersubahat dengan perkhidmatan yang melanggar hukum Tuhan dan manusia itu. Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Ariana, 30-an, berkata, dia juga insaf kerana seakan-akan menerima ‘balasan segera’ daripada Allah apabila tiga kali keguguran serta sukar mendapatkan zuriat selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.


Ukraine tangguh umum kerajaan baharu
KIEV 25 Feb. - Parlimen Ukraine hari ini menangguhkan rancangan pengundian bagi pembentukan kerajaan perpaduan nasional sehingga Khamis ini bagi membenarkan proses perbincangan dilanjutkan. "Undian terhadap kerajaan perpaduan nasional akan dilakukan Khamis ini,’’ kata pemangku Presiden Ukraine, Oleksandr Turchynov yang juga Speaker Dewan Parlimen kepada Ahli Parlimen. Ukraine sepatutnya mengumumkan Perdana Menteri dan kerajaan baharu negara ini, hari ini ketika perwakilan negara-negara Barat bergegas ke ibu negara ini bagi cuba mencari penyelesaian jangka panjang terhadap krisis yang menjejaskan ekonominya.


Penduduk Islam diancam bunuh
CARNOT, Republik Afrika Tengah 25 Feb. - Sekumpulan 800 penduduk Islam yang kini berlindung di dalam sebuah gereja di sini, berdepan ancaman bunuh oleh militan Kristian sekiranya mereka gagal meninggalkan Republik Afrika Tengah dalam tempoh masa seminggu. Dalam kejadian semalam, kumpulan militan Kristian itu turut berkumpul di hadapan gereja tersebut dengan membawa 40 liter minyak sambil mengugut untuk membakar rumah ibadat itu. Keadaan itu memaksa kira-kira 30 orang anggota pengaman dari Cameroon, melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan anggota kumpulan Kristian anti-Balaka tersebut.

Dua Beradik Lelaki Mati Dikelar AmahAmah kelar anak majikan FotoFoto
Dua beradik mati dikelar amah
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini malam ini. Pembantu rumah tersebut kemu dian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-ka nak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berka ta, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pu kul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi men jalankan pemeriksaan

The flag of Iran A map of Iran class=
Iran kaji serangan Israel ke atas Lebanon
TEHERAN 26 Feb. - Seorang pegawai kanan tentera Iran semalam mendakwa Republik Islam itu sedang melakukan analisis terhadap serangan Israel ketika peperangan di Lebanon pada 2006. Tindakan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha Iran untuk memperkuatkan tenteranya dalam menghadapi kemungkinan berlakunya serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Jeneral Gholam Reza Jalali yang mengetuai unit pertahanan awam berkata, Iran telah menghantar pasukan khas ke Lebanon untuk membuat kajian dan mengubah pelan pertahanannya berdasarkan penyelidikan itu. - AP


TPPA: Malaysia minta fleksibiliti
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Malaysia akan terus meminta fleksibiliti dan ’pengasingan’ dalam menangani isu-isu berkepentingan pada mesyuarat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Mesyuarat peringkat menteri selama empat hari di Singapura itu berakhir hari ini. Ia bermula pada Sabtu lalu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu-isu penting itu termasuk bumiputera, pemerolehan kerajaan, alam sekitar, buruh, hak cipta intelektual dan syarikat milik negara. Dalam soal akses pasaran barangan, Mustapa berkata, Malaysia bersedia untuk memberi komitmen menyeluruh ’namun bergantung kepada imbangan keseluruhan rundingan’.


Jenama tempatan semakin berkembang
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Penerimaan masyarakat terhadap jenama tempatan semakin berkembang baik sejak lima tahun lepas walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran di peringkat permulaan. Presiden Persatuan Peruncit Rantaian Malaysia (MRCA), Datuk Nelson Kwok berkata, antara salah satu cabaran yang dihadapi oleh usahawan jenama tempatan ialah kurang promosi dan pengiklanan hingga menyebabkan produk mereka kurang dikenali. Beliau berkata, keadaan itu berlaku disebabkan bajet untuk pengiklanan memerlukan kos yang tinggi sedangkan usahawan terbabit perlu memperuntukkan wang kepada aspek-aspek lain.


Industri francais sumbang RM25.4b
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Industri francais negara dijangka dapat memberi sumbangan sebanyak RM25.4 bilion atau tiga peratus kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan penglibatan 704 francaisor ketika ini dalam industri berkenaan. Kata beliau, usahawan dalam industri itu terlibat dalam 55 jenama tempatan pelbagai bidang khususnya dalam makanan dan minuman serta telah memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke 52 buah negara. "Pada tahun lepas, industri francais menyumbang sebanyak RM24.3 bilion atau 2.8 peratus kepada KDNK. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140226/ek_06/Industri-francais-sumbang-RM254b#ixzz2uNMry9Nt © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment