Thursday, February 20, 2014

Berita Terkini 20 Februari 2014


Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan
KANGAR – Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi. Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang. Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan. – Berita Harian

Foto
Wanita Mahu Tukar Jadi Patung Plastik
CALIFORNIA – Seorang wanita yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk menjadi Barbie, telah mengambil keputusan untuk menjalani hypnotherapy agar `otaknya kosong’, sama seperti anak patung itu. Blondie Bennett, 38, menjalani sesi hypnotherapy sekali dalam seminggu supaya dia senang menjadi keliru dan bengap. Bekas model itu yang menukar nama kepada Blondie kira-kira setahun lalu, juga menghabiskan wang sebanyak £25,000 untuk menjalani pembedahan membesarkan payu dara. Dia kini tidak bekerja lagi dan memperoleh pendapatan melalui `sugar daddy’ dalam talian yang memberikan sokongan kepadanya dengan menyaksikan dia memakai baju seksi seperti Barbie.


Haram Promosi Program Jelajah Sehala Ke Marikh
UAE – Seseorang individu yang terlibat atau mempromosikan program sehala ke planet Marikh, adalah haram dalam Islam. Fatwa itu dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam dan Bantuan Islam Emiriah Arab Bersatu (UAE). Menurut presidennya jawatankuasa itu, Profesor Dr. Farooq Hamada, perjalanan sehala itu amat berisiko tinggi dan ia tidak dibenarkan dalam Islam. “Ada kemungkinan individu yang mengembara ke planet Marikh itu tidak dapat hidup di sana dan terdedah kepada kematian. “Ia umpama satu hukuman yang sama seperti membunuh diri,’’ katanya.


Seret Anak 100 Meter Tanpa Pakaian
SICHUAN – Penduduk di China mempunyai pelbagai cara mengajar anak yang disifatkan degil. Antaranya ialah dengan menanggalkan baju anaknya itu dan mengheretnya sejauh 100 meter di jalan. Namun ia tidak dianggap sebagai kes dera oleh polis dan polis juga enggan campur tangan.’ Keadaan ini nyata mengejutkan penduduk di negara itu tentang bagaimana layanan kasar yang diterima oleh budak perempuan itu daripada bapanya. Imej yang tidak menyenangkan itu telah dirakamkan oleh pejalan kaki di situ dan kemudiannya mereka memuat naik di internet.


Penagih Dadah Mati Ketika Ditahan Di Lokap
KUALA LUMPUR – Seorang penagih dadah mati di lokap Balai Polis Dang Wangi beberapa jam selepas ditahan. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, J. Kulathangam, 34, ditahan pada pukul 12.15 tengahari Selasa di Jalan Sultan Sulaiman. “Dia telah ditempatkan ke dalam lokap pada pukul 4 petang tanpa sebarang kecederaan. “Pada pukul 11 ??malam, dia mengadu sakit dan mulutnya berbuih. “Dia segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan pegawai perubatan mengesahkan kematiannya pada pukul 11.30 malam,” kata Zainuddin dalam satu kenyataan.


Ditampar, Ditumbuk Abang Ipar Kerana Fitnah Nenek
SIBU – Seorang wanita membuat laporan polis selepas ditampar dan ditumbuk abang iparnya di sebuah kuarters pekerja Ta Ann, Sungai Bidut tengah hari kelmarin. Dalam insiden jam 12.10 tengah hari itu, mangsa telah difitnah oleh nenek kepada abang iparnya yang mengatakan pengadu telah merosakkan barang-barang di dalam rumah dan memukulnya. Apabila abang iparnya pulang ke rumah selepas dimaklumkan oleh neneknya, abang ipar pengadu telah bertindak menampar dan menumbuk pengadu di bahagian lengan kanan menyebabkannya mengalami kesakitan.


VIDEO: Penunjuk Perasaan Bangkok Ditembak Sniper
Mengerikan! Video di bawah menunjukkan detik-detik seorang penunjuk perasaan di Bangkok, rebah lalu mati dalam keadaan berlumuran darah selepas ditembak oleh pihak polis Thailand. Kejadian dilaporkan berlaku kelmarin (Selasa, 18 Februari) di komplek bangunan berdekatan pejabat perdana menteri. Lelaki yang ditembak oleh sniper ini dikatakan melakukan provokasi dengan mengibar bendera Thailand di hadapan polis di saat orang ramai sedang berundur berlahan-lahan. Dia kemudiannya ditembak dari arah belakang ketika melarikan diri.


VIDEO: Bukti Gagak Adalah Binatang Bijak
Semasa kecil, kebanyakan kita tentu pernah dengar kisah gagak dan takar bukan? Bagi yang sudah lupa, kisah dongeng kanak-kanak ini menceritakan bagaimana seekor gagak menemui air dalam takar namun tidak dapat meminumnya kerana leher takar terlalu kecil manakala air di dalamnya sangat sedikit. Namun kerana kecerdikan gagak, ia menjatuhkan batu-batu kecil ke dalam takar hingga paras air akhirnya meningkat dan berjaya diminum. Setelah menyaksikan video di bawah yang merupakan hasil kajian Dr Alex Taylor dan disiarkan di laman web BBC, kisah gagak dan takar ada asasnya.


VIDEO: Pencuri Pulang Coli Lepas ‘Pinjam’ Kejap
Seperti kita ketahui, salah satu kegemaran pervert atau mereka yang mempunyai kecenderungan seks aneh adalah mencuri seluar dalam dan coli perempuan. Dalam video yang dikongsikan Facebook All Singapore Stuff di bawah, seorang pencuri di Singapura yang mengambil coli di ampaian dilihat memulangkannya semula selepas meminjam coli tersebut untuk beberapa ketika. Daripada rakaman ini dapat dirumuskan si pencuri dipercayai jiran yang tinggal di sekitar kawasan situ juga.

Pusat Tahfiz Suruh Murid Jual Barang Diarah Tutup
Semalam, kami ada siarkan kisah bagaimana pemilik Pusat Tahfiz Amal didapati hidup kaya raya dipercayai hasil kutipan derma dan jualan barang menggunakan golongan remaja dan kanak-kanak. Hari ini, sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK) tersebar. Rupa-rupanya Pusat Tahfiz Amal yang bercawangan di KM17, Jalan Yan sememangnya sudah lama diarahkan agar ditutup sejak 1 Januari 2007 lagi.


Pusat Tahfiz Suruh Murid Jual Barang Diarah Tutup
Semalam, kami ada siarkan kisah bagaimana pemilik Pusat Tahfiz Amal didapati hidup kaya raya dipercayai hasil kutipan derma dan jualan barang menggunakan golongan remaja dan kanak-kanak. Hari ini, sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK) tersebar. Rupa-rupanya Pusat Tahfiz Amal yang bercawangan di KM17, Jalan Yan sememangnya sudah lama diarahkan agar ditutup sejak 1 Januari 2007 lagi.


GAMBAR: Sambutan Hari Jadi Ke-55 Datuk K – Siti Pakai Misai Palsu
CERIA sungguh Datuk Khalid Mohamad Jiwa menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55 semalam bersama isterinya, Datuk Siti Nurhaliza dan anak-anaknya. Melalui gambar yang dikongsikan Siti di laman Instagramnya, satu majlis kenduri kesyukuran berserta bacaan tahlil telah diadakan di kediaman mereka sempena hari istimewa itu.


VIDEO: Pelajar Tercampak Dilanggar Teksi
GARA-GARA berlari melintas jalan secara melulu, seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Singapura tercampak selepas dilanggar oleh sebuah teksi. Kejadian itu telah dirakamkan melalui kamera papan pemuka teksi berkenaan dan dimuatnaik di akaun Facebook ‘The Real Singapore‘. Menerusi info yang diberikan, kemalangan itu berlaku berhampiran kawasan sekolah dan pelajar itu dipercayai berlari ke arah bas yang berada di seberang jalan.


Kejam! Dua Pemuda Bakar Anjing Hidup-Hidup
Gambar dua pemuda di Taiwan yang membakar anjing menggunakan penyembur api sambil tersengih seterusnya dimuatnaik di Facebook baru-baru ini, menimbulkan kemarahan banyak pihak. Rata-rata berasa geram melihat reaksi dua pemuda yang kelihatan bergembira malah sempat posing di depan kamera ketika melakukan perkara kejam tersebut. Dipercayai, pemuda yang bertanggung jawab melakukan perkara ini merupakan rakyat negara luar yang tinggal di Taiwan.


‘Pendekar’ Mana Salah Guna Jata Negara Ni?
Jata negara merupakan salah satu lambang kebesaran Malaysia. Bagi yang tidak tahu, jata yang menjadi simbol negara terdapat gambar bulan sabit, bintang, keris, harimau dan bunga raya padanya. Jata negara digunakan dalam pelbagai urusan dan kadangkala disemat pada pakaian mahu pun kenderaan. Begitu pun, penggunaan jata negara tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Biasanya jata negara hanya digunakan pada kenderaan individu berpengaruh atau milik kerajaan Malaysia.


Guru Sekolah Pondok Meninggal Dunia Ketika Solat Jemaah
MENINGGAL dunia sewaktu sedang solat adalah antara cara kematian yang mungkin diimpikan oleh ramai orang. Itulah yang terjadi di Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan apabila seorang guru pondok yang dikenali sebagai Mahama Jehma menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sedang menunaikan solat berjemaah. Berusia 50 tahun, beliau yang mengajar di Sekolah Pondok Gupong, Weng, Thailand ketika itu dikatakan dalam keadaan Qiam (berdiri betul) pada rakaat pertama. Keadaannya yang dijemput Ilahi sewaktu sedang beribadah itu ternyata menimbulkan rasa terharu di hati orang ramai. Apa pun, takziah kami ucapkan dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…

Lelaki warga Vietnam dituduh simpan dan eksport biawak
ALOR SETAR - Seorang warga Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan menyimpan dan mengeksport dua jenis biawak yang dilindungi serta beberapa bahagian badan hidupan itu, Februari lalu. Tertuduh, Quach Van Mung, 34, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azhar Mokhtar. Tertuduh dituduh menyimpan dan mengeksport dua jenis biawak iaitu biawak tikus dan biawak air yang telah mati di Check Point C, Kompleks Bukit Kayu Hitam dekat sini kira-kira pukul 7.45 pagi, 16 Februari lalu.


Pengawal Keselamatan Cedera Parah Ditembak
KULIM - Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah kilang pemasangan kenderaan di Lebuh Raya Kulim-Baling di sini pagi tadi. Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa membonceng sebuah motosikal ditunggang seorang wanita dari arah Taman Desa Aman, Sungai Karangan, dekat sini menghala Lunas. Mangsa kemudiannya dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang mana salah seorang suspek melepaskan tembakan dipercayai mengenai bahagian rusuk dan dada mangsa. Mangsa dikejarkan ke Hospital Kulim dan dilaporkan dalam keadaan kritikal. Polis tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku akibat dendam. - KOSMO!

Bekas ahli sumo ditahan menipu perkahwinan
TOKYO - Polis Jepun menahan seorang bekas ahli gusti sumo, Takaya Kobayashi kerana menipu perkahwinannya dengan seorang wanita warga Korea Selatan, lapor beberapa pegawai dan akhbar tempatan hari ini. Kobayashi, 49 atau lebih dikenali Kotofuji ditahan Rabu lalu selepas mendaftar perkahwinannya dengan berusia 29 tahun itu. Akhbar Jiji Press dan beberapa media tempatan melaporkan, Kobayashi yang bersara pada tahun 1995 dan kini mengusaha restoran menerima AS$12,200 (RM40,325) selepas membantu ‘isterinya’ memperolehi visa penduduk tetap.

Pukul isteri dipenjara 3 tahun
Kota Bharu: Seorang penganggur yang memukul isterinya dengan kapak sebelum merantai mangsa dengan rantai besi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Majistret di sini. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd Fahmie Mat Refin, 26, mengaku bersalah terhadap tuduhan. Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan daripada tarikh ditangkap pada 16 Februari 2014.

Penjara 4 tahun kerana merompak
Johor Bahru: Padah merompak dan mencederakan seorang pemuda berusia 23 tahun, seorang pengganggur dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, tadi. Tertuduh, Ng Kooi Long, 36, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah merompak David Loke Mun Kin, 23. Tertuduh didakwa melakukan rompakan berkenaan di sebuah bank di Jalan Harimau Tarum di Taman Abad pada jam 8.35 malam pada 12 Disember 2013. Dia didakwa melakukan rompakan dengan bersenjatakan pisau.

Remaja dalang samun stesen minyak
KAMPAR: Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai mendalangi dua kejadian samun sebuah stesen minyak di Kuala Dipang, di sini, diberkas Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kejadian samun terbabit dipercayai didalangi remaja berkenaan yang juga pekerja di stesen minyak itu sejak kira-kira dua tahun lalu. Menurutnya, kejadian pertama dilaporkan pada penghujung tahun lalu, manakala kejadian terbaru berlaku Ahad lalu, membabitkan kerugian wang tunai sebanyak RM9,000.

Kertas siasatan lelaki serang polis diserah ke Bukit Aman
MELAKA: Kertas siasatan insiden seorang lelaki ditembak mati ketika cuba menyerang polis di Machap Umboo, Durian Tunggal pada 8 Februari lalu sudah diserahkan ke Bukit Aman. Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kertas siasatan itu diserah ke Bukit Aman untuk tujuan penilaian. "Kertas siasatan siap minggu lalu dan kami menanti Bukit Aman siap membuat penilaian sebelum diserahkan kepada Ketua Unit Pendakwaan," katanya ketika ditemui selepas sambutan Tahun Baru Cina di IPK Melaka sebentar tadi.


SWM siasat dakwaan jentera buang air kotoran ke laut
SEREMBAN: Syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam SWM Environment Sdn Bhd (SWM) sedang menyiasat dakwaan jentera pembersih miliknya membuang air kotoran ke laut. Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan tegas. "Pihak SWM memandang serius perkara ini dan tidak boleh menerima perbuatan itu tidak kira sama ada membabitkan anggota SWM atau subkontraktor yang dilantik," menurut kenyataan itu.

Wanita Malaysia diberkas, terbabit kes tipu di India
NEW DELHI: Seorang wanita warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai bagi membantu siasatan kes penipuan bernilai RM85 juta membabitkan sebuah syarikat jualan langsung (MLM) di Andhra Pradesh. Wanita berusia 50 tahun itu ditahan pada Ahad lalu ketika dia hendak menaiki penerbangan ke Malaysia, lapor Press Trust of India pada Khamis. Laporan itu memetik sumber Jabatan Siasatan Jenayah sebagai berkata wanita berkenaan kemudian dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman.

Kadar inflasi pada Januari naik kepada 3.4 peratus
KUALA LUMPUR: Kadar inflasi negara ini meningkat kepada 3.4 peratus pada Januari, tertinggi dalam tempoh 27 bulan, tinggi sedikit daripada jangkaan pasaran 3.3 peratus. Peningkatan itu berpunca daripada pengurangan subsidi di samping 15 peratus pelarasan tarif elektrik mulai 1 Jan lalu. Dalam nota kajiannya hari ini, Alliance Research berkata, pelaksanaan gaji minimum dan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar US pada Januari adalah beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran makanan dan minuman bukan alkohol.

Radioaktif di Fukushima Jepang Bocor
100 tan air radioaktif bocor di Fukushima
TOKYO: Satu kebocoran membabitkan kira-kira 100 tan air dipercayai bahan radioaktif ditemui di Fukushima, kata operator loji berkenaan hari ini, selepas pihaknya mendapati hanya satu daripada sembilan reaktor masih berfungsi. Air tercemar itu tidak lagi keluar dari tangki simpanan di loji berkenaan, kata seorang jurucakap Tokyo Electric Power, namun insiden itu menjadi satu lagi tamparan kepada syarikat berkenaan berhubung kawalan keselamatan di kawasan loji.


Tiga termasuk warga Bangladesh didakwa rompak RM3.6 juta
KLANG: Tiga lelaki termasuk seorang warga Bangladesh hari ini didakwa atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas sebuah van keselamatan yang membawa wang tunai RM3.36 juta di Kuala Selangor, akhir bulan lalu. Kelindan lori, S.Segar, 41, jurukimpal P.Balasegaran, 36, dan ejen pekerja warga Bangladesh, Sumon Miah, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Tasnim Abu Bakar. Mereka didakwa bersama-sama beberapa orang lagi yang masih bebas melakukan rompakan bersenjatakan selaras senjata api jenis Hock No. C49-0041343 ke atas van bernombor pendaftaran WTU 4207 yang membawa wang tunai RM3.6 juta milik Armour Security Systems (M) Sdn Bhd.

Foto
Polis tubuh pasukan khas siasat kes bunuh bekas Pengerusi DAP Kampung Jering
SERI MANJUNG: Bekas Pengerusi DAP Kampung Jering mati akibat di tembak di bahagian badan, tangan dan dada di depan rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar di sini, malam tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Wong Kong Ting, 56, yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di Hospital Manjung pada jam 11 malam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata dalam kejadian jam 10.13 malam itu, isteri mangsa terdengar bunyi satu letupan di luar rumah yang disangkakan mercun sebelum melihat suaminya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.


Robert Kuok, Ananda Krishnan kekal tempat teratas 40 individu terkaya Malaysia
KUALA LUMPUR: Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lalu, diikuti ahli perniagaan T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow. Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.

Empat warga Myanmar ditemui tangan dirantai di rumah usang
SUNGAI PETANI 20 Feb. - Empat lelaki warga Myanmar ditemui tidak bermaya dengan tangan dirantai di sebuah rumah di belakang sebuah hotel di Jalan Besar di sini malam tadi. Kesemua lelaki berusia 30-an itu dipercayai dikurung di dalam rumah itu selepas memasuki negara ini secara haram melalui Thailand sembilan hari lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata, polis menemui empat lelaki itu kira-kira pukul 10 malam dengan tangan dirantai dan ditempatkan di bahagian dapur rumah usang yang dijaga seorang lelaki warga Myanmar lain.


Anggota tentera hilang ketika mengikuti latihan
BESUT 20 Feb. - Seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan ketenteraan di Lata Belatan dekat Jabi di sini dilaporkan hilang petang semalam selepas pergi ke sungai berdekatan perkhemahan latihan. Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 31, anggota Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Kuala Terengganu dikatakan dilihat pada kali terakhir pada kira-kira 6.15 petang ketika pergi ke sungai untuk mandi dan mengambil air sembahyang.

Ramai lelaki Islam pakai batik sutera yang haram
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Golongan lelaki Islam diingatkan supaya lebih berwaspada ketika membeli kain batik sutera kerana kira-kira 90 peratus kain batik jenis itu di pasaran diperbuat daripada batik sutera asli yang haram dipakai di sisi agama Islam. Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareem S. Khadaied berkata, ia kerana kain batik yang diperbuat daripada 100 peratus kain sutera adalah haram dipakai oleh lelaki Islam berdasarkan kepada hadis Rasullullah SAW.

Polis disangka perompak
Polis disangka perompak
JOHOR BAHRU - Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila melihat lelaki disangka perompak memanjat pagar kediaman dan memecahkan pintu hadapan rumahnya di Taman Molek, di sini, 17 Februari lalu. Wanita berkenaan yang juga seorang kerani, Lee Kai Ling, 27, berkata, dia bersendirian di rumahnya dalam kejadian jam 2 petang itu kerana suaminya, Kum Weng Fai, 28, bekerja. Menurutnya, dia yang ketakutan dan panik melihat tindakan kumpulan lelaki itu, terus berlari ke bilik untuk menyelamatkan diri dan sempat menjerit meminta pertolongan.

Kenderaan penguatkuasa dirempuh suspek
PASIR PUTEH - Sepasukan pegawai penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan nyaris maut selepas kenderaan yang mereka naik dirempuh kereta yang terbabit dalam penyeludupan minyak petrol. Dalam kejadian jam 9 malam tadi itu, pihak PPDNKK mengesan dua buah kereta yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Jerus, dekat sini. Ketua Pegawai Penguatkuasanya Ab Ghani Harun berkata kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan kereta terbabit, tetapi sebuah kereta merempuh kenderaan yang dinaiki anggota PPDNKK ketika cuba meloloskan diri.

Pemuda parah ditetak sepupu
KOTA BHARU - Seorang pembantu kolam ikan parah selepas ditetak dengan pedang oleh dua orang sepupunya di Kampung Paloh, Jalan Pintu Geng di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa Ikmal Fadzli Ismail, 23, cedera di leher dan tangan selepas ditetak oleh dua suspek yang masing-masing berusia 20-an.

Mohd Bakri Zinin
Jangan main isu agama, hina rumah ibadat
GEORGETOWN - Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin meminta semua pihak agar tidak memainkan isu agama dan menghina institusi rumah ibadat kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada negara. Beliau berkata polis bimbang jika pihak tertentu terus menimbulkan isu berkaitan agama, ia akan membawa kepada ketegangan kaum. "Jangan main isu keagamaan terutama melibatkan institusi rumah ibadat secara keterlaluan kerana ia boleh menjadi masalah negara. Setiap orang, termasuk ahli politik, sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Sindiket pengedaran dadah terbesar di utara tumpas
Sindiket pengedaran dadah terbesar di utara tumpas
GEORGETOWN - Sindiket yang ditumpaskan polis di Pulau Pinang pada Isnin lepas merupakan rangkaian pengedaran dadah yang terbesar di utara Semenanjung, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Beliau berkata sindiket itu, yang beroperasi sejak setahun lepas, menjadikan sebuah unit kondominium di Green Lane di sini sebagai makmal memproses dadah jenis heroin untuk diedarkan di negeri-negeri utara Semenanjung. Dalam operasi itu, polis merampas 82.741 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM4 juta dan menahan dua lelaki dan dua wanita termasuk seorang wanita rakyat China.

judi siber
Taktik judi zaman siber
KEGIATAN perjudian begitu popular sejak dahulu lagi, cuma trendnya kini diubah suai mengikut trend semasa bagi memancing minat orang ramai khususnya yang gila berjudi. Rata-rata menyedari impak kegiatan judi tetapi sikap tamak mengatasi segala-galanya sehingga sanggup menghabiskan masa untuk berjudi dan menjejaskan kerja serta tanggungjawab terhadap keluarga dan diri sendiri.

Geng Komeng, Geng Solo diberkas
KULAIJAYA - Enam anggota Geng Komeng dan Geng Solo yang melakukan aktiviti menyamun dan mencuri motosikal di Wilayah Iskandar Malaysia diberkas di sini semalam. Dengan tertangkapnya tiga anggota Geng Komeng yang berusia antara 23 dan 30 tahun dalam beberapa siri serbuan yang bermula 12.15 tengah malam hingga jam 4.45 pagi tadi di Taman Putri, pihak polis percaya mereka berjaya menyelesaikan 10 kes samun. Polis juga percaya geng tersebut yang mempunyai lebih 10 anggota turut menyamar sebagai anggota polis berikutan penemuan kad kuasa polis pada salah seorang suspek yang dipercayai ketua kumpulan itu.

RM60,000 lesap kerana helah RM1
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mencicirkan RM1 sebagai taktik untuk menipu seorang pengurus pekerja asing yang kerugian RM60,000 apabila wang yang dikeluarkan dari sebuah bank di Jalan Klang Lama, dekat sini, dilarikan. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pengurus wanita itu berada dalam kereta apabila didatangi seorang lelaki Arab jam 1.30 petang yang memberitahu kononnya wang wanita itu tercicir. Mangsa keluar untuk mengambil wang itu, tetapi apabila masuk ke keretanya kembali, dia terkejut mendapati wang dalam sampul surat yang diletakkan di tempat duduk depan penumpang, lesap.

Janda kena tipu RM200,000
KUALA LUMPUR - Akibat percaya janji, seorang janda kerugian kira-kira RM200,000 selepas tidak sedar dikikis oleh seorang lelaki berperwatakan baik yang konon boleh membantunya menyelesaikan pembahagian harta pusaka milik arwah suaminya. Mangsa Norizah Muslim, 44, berkata, dia mengenali suspek selepas dihubungi lelaki itu yang dikenali sebagai Rizman, 38, yang berminat mahu menyewa rumah milik arwah suaminya di Butterworth pada Mei tahun lalu.

erra fazira
Erra terkilan perceraian jadi bahan jenaka
SHAH ALAM – Aktres Erra Fazira melahirkan rasa terkilan kerana berita perceraiannya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, menjadi bahan jenaka di internet. Pasangan tersebut bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin. “Saya sedikit terkilan kerana kisah perceraian saya menjadi bahan jenaka di internet. Pada saat saya bersedih, ada pihak yang kurang sensitif dengan situasi yang sedang saya lalui,” katanya ketika ditemui wartawan Kosmo! sebaik selesai rakaman program Primadona di Bukit Rimau di semalam.


Tiada catuan air di Lembah Klang
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak bercadang untuk melakukan catuan air di Kuala Lumpur dan Selangor bagi menampung keperluan air bersih di kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air. Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua berkata, setakat ini pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan untuk melakukan catuan air memandangkan masalah tersebut masih terkawal.

Lelaki ditemui rentung dalam rumah sendiri
LAHAD DATU - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Bugis Batu 1, Jalan Segama di sini awal pagi tadi. Jurucakap bomba mengesahkan, kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu memusnahkan tiga buah rumah kayu termasuk rumah yang didiami mangsa. Katanya, mangsa yang berusia 60-an dipercayai tinggal bersendirian di rumah tersebut ketika kejadian berlaku. - KOSMO!


Marah disaman, lelaki bawa jentolak halang jalan
PASIR PUTEH - Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan polis mengeluarkan saman ke atas cermin gelap kereta Proton Wira dipandunya, seorang lelaki bertindak biadab dengan mengugut, memarahi anggota polis sebelum muncul buat kali kedua dengan memandu jentolak dan meletak kenderaan itu menghalang jalan. Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku di sekatan jalan raya di Kilometer 21, Jalan Melawi-Kuala Besut di Kampung Kuala Semerak dekat sini kelmarin.

Foto Foto
Ketua bahagian DAP mati ditembak
Manjung: Seorang ketua bahagian DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di sini. Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa,Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya. Ahli keluarga mangsa telah membawa mangsa ke hospital manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak. Mangsa disahkan terkena tembakan di dada, lengan dan kaki.

Lelaki ugut 100 wanita mungkin digantung
Seorang lelaki yang memeras ugut lebih 100 wanita dengan merakam gambar mereka di apartmennya mungkin dikenakan hukuman gantung. Pendakwa raya dalam kes berkenaan menuntut hukuman itu dikenakan terhadap lelaki terbabit. Sebuah mahkamah di Buraidah, bandar di tengah Saudi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 800 sebatan selain membayar denda SR80,000 (RM70,321) ke atas lelaki itu.

Pencuri pesan sekolah tinggalkan duit
Madinah: Seorang lelaki yang menyelinap masuk ke dalam pejabat sebuah sekolah di sini begitu kecewa selepas tidak menemui wang di pejabat sekolah berkenaan. “Lain kali tolong tinggalkan sedikit wang,” tulis pencuri itu pada papan hitam sebelum meninggalkan kawasan sekolah berkenaan. Menurut laporan, lelaki itu ditahan oleh polis tidak lama selepas itu.

Ciuman bawa padah
Manama (Bahrain): Seorang pemandu warga Pakistan menanggung derita kerana mencium pipi seorang kanak-kanak perempuan Bahrain. Lelaki berusia 39 tahun itu dihukum penjara 10 tahun kerana tindakannya mencium kanak-kanak berusia lima tahun. Dalam keterangannya kepada mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan, lelaki berkenaan berkata, dia mencium kanak-kanak itu tahun lalu kerana menganggapnya sama seperti anaknya.

Balas dendam cara ‘kotor’ kepada majikan
Washington: Seorang pembantu rumah yang tertekan dengan majikannya membalas dendam dengan cara yang menjijikkan. Dia menukar air botol di bilik tidur majikannya dengan air kumbahan dan mencelup berus gigi mereka ke dalam lubang tandas. Pembantu rumah itu mendedahkan perbuatannya dan berkata selepas merana dengan tugasannya selama tiga bulan, dia membalas dendam kepada majikannya, sepasang suami isteri, kerana mereka “menyakitkan hati dan tidak bertimbang rasa.”

Kad tak ‘kebal’, Pendatang Asing
Kuala Lumpur: Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menganggap mereka ‘kebal’ daripada sebarang tindakan pihak berkuasa kerana memiliki kad pekerja asing yang disediakan ejen pekerja asing akhirnya dicekup dalam operasi di Jalan Sentul Pasar, malam kelmarin. Difahamkan, hasil siasatan mendapati seorang daripada lelaki warga Indonesia itu memberitahu kad berkenaan dibeli dengan harga RM4,800 daripada individu warga tempatan iaitu ejen yang menawarkan mereka untuk memproses permohonan permit pekerja asing (PLKS) dalam sektor pembinaan.

Foto
Bayi Mati dua kali jatuh
Kajang: Seorang bayi yang dilaporkan koma selepas dipercayai terjatuh ketika dirawat di salah sebuah hospital di sini, 12 Februari lalu, meninggal dunia malam kelmarin. Mangsa, Adam Faris, 11 bulan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan jam 11 pagi semalam. Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fakhrul, 30, berkata, mereka sekeluarga masih bersedih dengan pemergian anak tunggalnya itu. Katanya, mereka sekeluarga berbincang dengan peguam untuk mendapatkan nasihat sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital atas kecuaian itu.

Foto
Maut digilis forklif
Mersing: Tindakan seorang remaja cuba menghidupkan forklif yang rosak dengan membuat sambungan bateri dari sebuah forklif lain membawa padah apabila meninggal dunia akibat digilis jentera berkenaan di Kampung Selancar, Endau, Rompin, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.45 pagi di sebuah pusat pengumpulan hasil pertanian, mangsa Ahmad Zaid Harishah Abu Bakar, 18, disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.

4 kali khalwat RM6,900
Kuala Terengganu: Seorang janda beranak dua yang gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebelum ini, bagi tiga tuduhan berkhalwat sejak empat tahun lalu, dijatuhkan hukuman penjara sebulan, menjalani pemulihan akhlak selama enam bulan serta denda berjumlah RM6,900 bagi empat tuduhan berkhalwat termasuk yang terbaru, Februari lalu. Semalam, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah di sini, Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman bagi keempat-empat tuduhan yang dihadapi wanita berusia 35 tahun yang tidak bekerja itu selepas dia mengaku salah bagi semua pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Pasangan kebas barang pasar raya diberkas
Gombak: Tindakan sepasang suami isteri mencuri barang makanan bernilai RM400 di sebuah pasar raya di Rawang, di sini, mengundang padah apabila mereka dicekup pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pasangan suami isteri berusia 30-an berkenaan pada mulanya berpura-pura memilih barangan yang hendak dibeli. Tindakan kedua-dua mereka itu yang disyaki cuba untuk mencuri disedari seorang pengawal keselamatan wanita sebelum mula memerhati mereka.

Abang noda dua adik
Ampang: Seorang abang sanggup menjadikan dua adik perempuannya sebagai hamba seksnya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari. Malah lelaki berusia 30-an itu turut mengugut kedua-dua adiknya itu yang berusia 20-an supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya setiap kali merogol mereka jika tidak mahu dibelasah lebih teruk. Dalam kejadian terbaru Ahad lalu, mangsa bersama kakaknya yang sedang tidur di dalam bilik sekali lagi didatangi abang mereka sebelum lelaki itu bertindak memperkosa kedua-dua mereka.

Foto
Diseret lori tanah
Kuala Lumpur: Seorang wanita maut selepas kereta Volkswagen Passat dipandunya dirempuh dan diseret sebuah lori membawa muatan tanah di susur Lebuh raya Bukit Jalil arah Jalan Bukit Jalil Indah, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Sze To Po Ling, 45, dari Seri Kembangan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Bayi mati di rumah pengasuh
Putrajaya: Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dijaga pengasuh di Presint 9, di sini, semalam. Bayi berusia lima bulan itu didapati tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya jam 11 pagi, sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya (HPj), di sini untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, mangsa dihantar ibunya yang tinggal di Presint 11 jam 7 pagi, dan ketika itu bayi terbabit dalam keadaan sihat.

‘Geram’ lihat janda muda
Labuan: Terangsang melihat seorang janda muda berusia 23 tahun sedang tidur, seorang lelaki bertindak cuba merogol wanita berkenaan apabila menyelinap masuk ke dalam bilik sebelum perbuatannya disedari mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi di Kampung Saguking Laut, Ahad lalu, suspek yang juga sepupu mangsa berusia 30 tahun turut bertindak mengugut mangsa apabila perbuatannya terbongkar. Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang tidur seorang diri di dalam bilik dan terjaga apabila menyedari suspek memasuki biliknya.

File:WhatsApp logo.svgFacebook
Facebook umum beli WhatsApp
Facebook Inc umum akan membeli aplikasi pesanan ringkas WhatsApp dengan harga AS$16 bilion (RM52.7 bilion), awal pagi tadi. Facebook akan membayar AS$4 (RM13.2) bilion secara tunai dan selebihnya dengan saham bagi pembelian terbesar syarikat itu setakat ini. Pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Jan Koum akan menyertai lembaga pengarah Facebook. Facebook juga berjanji mengekalkan jenama serta perkhidmatan WhatsApp. -Reuters

Lelaki bisu rentung dalam kebakaran
Lahad Datu: Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung 1 1/2 Jalan Segama, di sini, kira-kira 3 pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Darwis berusia 60 tahun yang juga orang kelainan upaya (bisu) ditemui rentung oleh anggota bomba ketika kerja-kerja pemadaman dilakukan, kira-kira 5 pagi. Dalam kejadian itu, tiga rumah musnah termasuk kediaman mangsa.

Foto
Tok kadi paling meriah
Batu Pahat: Tok kadi jenaka. Itu gelaran diberikan kepada Penolong Pendaftar Nikah Daerah Batu Pahat Mohd Assubhi Sidon, 36, atau lebih dikenali Ustaz Suboh. Gelaran itu diberikan selepas Mohd Assubhi gemar berjenaka ketika mahu menikahkan pengantin hingga menimbulkan suasana lucu kepada hadirin sepanjang majlis berlangsung. Mohd Assubhi semakin popular selepas rakaman video beliau menikahkan pasangan pengantin dimuat naik ke laman YouTube bertajuk ‘Tok Qadi-Best Ever Seen In Batu Pahat Johor’ tersebar disusuli laman sosial Facebook (FB) dan Twitter sejak akhir Januari lalu.

Foto Foto
Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia
Pengkalan Hulu: Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain. Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad.

Foto
Sindiket klon kad ATM tumpas
SHAH ALAM 19 Feb. - Satu sindiket antarabangsa didalangi dua rakyat Sri Lanka yang mengklon kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik pemegangnya di luar negara sebelum mengeluarkan wang di bank tempatan di sini, berjaya ditumpaskan polis. Antara pemegang akaun bank yang menjadi sasaran sindiket itu adalah Toronto Bank dan Scotia Bank, masing-masing di Kanada. Sindiket itu ditumpaskan ekoran penahanan kedua-dua suspek berusia 28 dan 38 tahun, dalam serbuan di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, kira-kira pukul 8 malam, Isnin lalu, hasil maklumat awam dan risikan.

Direjam gara-gara Facebook
Gadis direjam sampai mati kerana Facebook
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Penarik kereta, Koong Swee Kwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi hujung Julai tahun lalu. Tertuduh turut membuat pengakuan sama atas tuduhan cubaan membunuh isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuan, 50. Swee Kwan, 45, membuat pengakuan tersebut pada sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini selepas dipindahkan dari Mahkamah Majistret di sini. Hakim Datuk Azman Husin selepas merekodkan pengakuan terbabit menetapkan perbicaraan kes itu selama dua minggu bermula 9 Jun ini.


Tertuduh tidak mengaku salah - Penarik Kereta
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan sepanjang minggu ini menyebabkan takungan air di hampir kesemua empangan utama di seluruh negara semakin menyusut hari ini. Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, sebanyak 14 daripada 15 empangan mencatat penurunan kadar takungan sehingga pukul 8 malam tadi. Antara yang mencatat penurunan ketara ialah Empangan Langat daripada paras normal 220.96 meter (m) kepada 217.10m; Empangan Genting Klang menurun daripada 94.m kepada 90.26m; Empangan Sungai Selangor (220m kepada 199.65) dan Empangan Timah Tasoh, Perlis (29.10m kepada 27.69m).


Air semua empangan terus susut
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan sepanjang minggu ini menyebabkan takungan air di hampir kesemua empangan utama di seluruh negara semakin menyusut hari ini. Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, sebanyak 14 daripada 15 empangan mencatat penurunan kadar takungan sehingga pukul 8 malam tadi. Antara yang mencatat penurunan ketara ialah Empangan Langat daripada paras normal 220.96 meter (m) kepada 217.10m; Empangan Genting Klang menurun daripada 94.m kepada 90.26m; Empangan Sungai Selangor (220m kepada 199.65) dan Empangan Timah Tasoh, Perlis (29.10m kepada 27.69m).

Sg. Batang Benar kering, 7,000 putus bekalan - Seremban
SEREMBAN 19 Feb. - Sungai Batang Benar yang membekalkan kira-kira 11.3 juta liter air kepada penduduk di tiga kawasan di daerah Seremban kini buat pertama kalinya mengalami keadaan hampir kering-kontang akibat cuaca panas yang melanda negara ketika ini. Air sungai yang kering dengan cepat itu menyebabkan lebih 7,000 penduduk di Sendayan, sebahagian Rasah dan Mambau terputus bekalan air sepenuhnya sejak tiga hari lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan proaktif dengan membuka Bilik Gerakan Bencana Daerah Seremban bagi memastikan usaha secara bersepadu melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan dapat digerakkan untuk menangani masalah itu.

Denggi2
Kematian denggi meningkat 213%
PUTRAJAYA 19 Feb. - Sebanyak 25 kematian akibat denggi dicatatkan sehingga semalam di seluruh negara tahun ini berbanding hanya lapan kes dalam tempoh yang sama pada 2013. Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, kes kematian akibat wabak denggi itu meningkat 213 peratus dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu sembilan orang. Kata beliau, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara dalam tujuh minggu pertama tahun ini juga meningkat 302.2 peratus iaitu 13,915 kes berbanding hanya 3,460 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Guru cium murid dihukum penjara
SINGAPURA 20 Feb. - Sebuah mahkamah di republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat “gigitan cinta" terhadap pelajarnya. Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya. Ibu kepada empat orang anak yang mengajar sejak 11 tahun lalu itu, sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura. - AFP

EKSKLUSIF: Lelaki Bangladesh menyamar pelarian Rohingya ditahan
EKSKLUSIF: Lelaki Bangladesh menyamar pelarian Rohingya ditahan
Kuala Lumpur: "Orang inilah yang mencucuh putung rokok di badan saya," kata pelarian Rohingya, Mohd Ashlam Saidullah ketika mengenal pasti seorang anggota sindiket penyeludupan yang ditahan di ibu negara, semalam.

Tentera China gemuk, kereta kebal sempit
Beijing: Tentera China didapati semakin gemuk dan tinggi sejak kebelakangan ini dan mendapati diri mereka kini semakin sempit untuk berada dalam kereta kebal yang direka kira-kira tiga dekad lalu, lapor media tempatan. Satu kajian mendapati bahawa anggota Tentera Pembebasan Rakyat secara purata bertambah ketinggian mereka sebanyak dua sentimeter dan menjadi lebih gemuk sebanyak lima sentimeter di pinggang sejak 20 tahun lalu, lapor akhbar rasmi tentera, PLA Daily, kelmarin.

Budak 4 tahun tidak sesat
Damsyik: Ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Jordan, Andrew Harper menyifatkan kejadian merentasi sempadan berlaku hampir setiap hari membabitkan penduduk Syria yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana konflik sehingga ada kanak-kanak kecil kadang kala terpisah sementara daripada keluarga mereka. Kelmarin beliau merakamkan gambar seorang kanak-kanak lelaki, Marwan, 4, yang berjalan seorang diri di tengah padang pasir antara sempadan Syria dan Jordan ketika ditemui sekumpulan kakitangan UNHCR.

Misi jejaki dinosaur
Misi jejaki dinosaur
Kuantan: Gugusan Kuala Semantan, dekat Maran dipercayai lokasi penemuan fosil dinosaur spinosauridae oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama penyelidik Universiti Waseda, Tokyo, Jepun. Berdasarkan maklumat, pasukan penyelidik memasuki kawasan berkenaan sejak tiga tahun lalu, namun mereka tidak mendedahkan bidang penyelidikan kepada orang awam.

Banyak nangis sebelum cerai
Banyak nangis sebelum cerai - Erra Fazira
Shah Alam: Aktres terkenal, Erra Fazira, 40, yang bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, kelmarin, mengakui banyak menangis memikirkan hal anak tunggal mereka dua hari sebelum perceraian. Hak penjagaan Engku Aleesya, 5, yang diberikan kepada bekas suami menjadi antara syarat dipersetujui bersama sebelum Erra memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.


Bayi Enam Hari Maut Dibaham Anjing
Seorang bayi perempuan mati selepas dibaham anjing peliharaan keluarganya di South Wales, England, Isnin lalu. Mayat Eliza-Mae Martha Mullane, 6 hari, ditemui ibunya, Sharon John di sebelah anjing jantan jenis Alaskan Malamute, baka anjing yang biasa digunakan untuk menarik kereta luncur. Sharon yang terus histeria melihat kejadian tersebut lantas berlari keluar rumah sambil menjerit kepada jiran-jiran bahawa anjing telah memakan kepala bayinya. Anjing yang diberi nama Nisha, baru beberapa bulan dipelihara keluarga Sharon selepas ia dibawa pulang suaminya, Patrick Mullane yang menemui anjing tersebut di sebuah pub.


Hubungan Putus Sebab Pengaruh Drama Korea
Orang kata perjalanan drama dengan kehidupan realiti adalah diibaratkan seperti langit dan bumi. Kita sebagai penonton haruslah bijak dan jangan mudah terpengaruh dengan segala drama yang dipaparkan di kaca televisyen. Kalau tak jadi macam kes di mana seorang wanita di China meminta hubungannya bersama teman lelakinya diputuskan selepas menyedari kekasihnya itu tidak romantik seperti watak pelakon lelaki dalam drama hit Korea, My Love From The Star.


Pelancong Digesa Tinggal Mesir Sebelum Esok
Kumpulan militan Ansar Bayt al-Maqdis memberi amaran kepada pelancong yang masih berada di Mesir supaya meninggalkan negara tersebut dalam kadar segera sebelum terlambat. Militan tersebut menggertak bahawa selepas 20 Februari, mereka akan melakukan serangan tanpa mengira sesiapa pun. Kumpulan ini dipercayai mendalangi kejadian bom Ahad lalu yang membunuh dua pelancong Korea Selatan dan seorang rakyat Mesir.


Lori Buang Sisa Cecair Ke Laut Port Dickson… Apa Cerita Ni?
UMUM tahu pantai Port Dickson sering menjadi lokasi pelancong khususnya dari warga kota Kuala Lumpur menghabiskan masa berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga ketika cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Keunikan pantai Port Dickson yang masih bersih sering menjadi pilihan kerana jaraknya yang tidak jauh dari ibu negara. Bagaimanapun di laman twitter ada pengguna laman sosial itu mendedahkan perbuatan membuang sisa cecair terus ke dalam laut didakwa pengguna berkenaan di Port Dickson dilakukan seorang individu dari sebuah lori.


Melampau Sungguh…Zoo China Tipu Pengunjung, Ganti Singa Dengan Anjing!
Sebuah zoo di Luohe, Henan, China mendapat kecaman hebat selepas disyaki cuba menipu pengunjung dengan menggantikan singa kepada anjing. Perkara ini kantoi selepas seorang pengunjung yang dikenali sebagai Liu, datang ke zoo berkenaan untuk mengajar anaknya perbezaan bunyi antara binatang. Liu bagaimanapun terperanjat selepas haiwan di dalam kandang ‘Singa Afrika’ tiba-tiba menyalak. Selepas dilihat dengan teliti, ternyata ‘singa’ itu sebenarnya anjing baka Tibetan Mastiff yang bersaiz besar dan berbulu panjang. Hal ini dianggap satu penipuan oleh pihak zoo yang mengenakan bayaran sebanyak 15 Yuan (RM8) ke atas setiap pengunjung yang mahu memasuki zoo tersebut.


Remaja Sanggup Cium Kaki Awek Bukti Cinta
GELENG kepala kami tatkala melihat perlakuan seorang remaja lelaki yang sanggup mencium kaki teman wanitanya sebagai tanda cinta melalui gambar yang tersebar di laman Facebook. Fuh, habis segala bau masam kaki dihidunya! Agak-agaklah kalau hendak tunjuk kemanisan bercinta di laman sosial. Kalau bertahan sampai kahwin tak mengapalah, tapi kalau putus di tengah jalan macam mana? Sampai bila-bilalah gambar awak mencium kaki itu tersebar di laman maya ya…


Tukang Urut Pura-Pura Kena ‘Heart Attack’ Dalam Serbuan Imigresen
Seorang Penguatkuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengangkat seorang wanita warga China yang berpura-pura diserang sakit jantung ketika serbuan dilakukan di sebuah pusat penjagaan kesihatan di Kuala Terengganu pada malam Selasa. Dalam serbuan di dua tempat berasingan malam tadi Jabatan Imigresen berjaya menahan dua wanita warga China yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.


Kasih Seorang Ibu, Sanggup Lantik Peguam Untuk Anak Yang Memukulnya…
KOTA BHARU – Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu. Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah. Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.


GAMBAR: Punya Khusyuk Tengok Pengantin Sampai Kereta Rempuh Pokok!
“Pengantin berada di tempat kemalangan . Eksiden berlaku kerana semua penumpang termasuk pemandu khusyuk memandang pengantin yg sdg keluar dari masjid …” Dikatakan pemandu Viva tersebut adalah girlfriend kepada adik pengantin lelaki. Lokasi : Kemaman, Terengganu Mereka yang kemalangan baru sahaja balik dari kenduri . Tak sempat nampk pengantin . Bila dah nampak, jadi excited pulak, sampi terlanggar pokok. Penumpang di sebelah pemandu tersepit dan berjaya dikeluarkan. Semuanya selamat

No comments:

Post a Comment