Saturday, February 22, 2014
Berita Terkini 22 Februari 2014
Gaduh Ala ‘WWE’ Depan Kereta Polis
DUA orang wanita mengejutkan orang ramai di sebuah kelab malam di Clarke Quay, Singapura selepas bergaduh ala-ala gust WWE biarpun berhampiran sebuah kenderaan polis. Gambar pergaduhan itu disebarkan melalui sebuah blog dan disiarkan di laman web singaporesessn.stomp.com.sg. Menurut laman blog yang mula-mula memuatnaik gambar itu, wzhxn.blogspot.com, kedua-dua wanita yang sedang ‘bertarung’ itu dilihat seperti berasal dari Mongolia. Selain Facebook, gambar pergelutan itu turut tersebar di laman media sosial lain seperti Twitter dan juga dalam forum internet seluruh Singapura.
Belanja Ratusan Ribu Ketagih Diet Coke
Cheshire – Seorang wanita yang ketagih dengan minuman Diet Coke telah menghabiskan wang sebanyak £150,000 untuk membolehkannya minum hingga 16 liter minuman itu setiap hari. Sehinggakan pada satu-satu masa, Jakki Ballan sanggup minum 50 tin Diet Coke sehari hanya dalam masa tiga jam. Ibu kepada tiga orang anak itu mula minum Diet Coke ketika berusia 14 tahun dan sejak itu dia mula ketagih dengan minuman berkenaan. Adakalanya dia sanggup membelanjakan £500 seminggu semata-mata untuk membeli Diet Coke.
Panggang Kucing Hidup-Hidup Kerana Ikan
London – Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sanggup memanggang kucing hidup hidup dalam mikrowave hanya kerana menyerang ikan emasnya. Laura Cunliffe, 23, mengaku memasukkan kucing berusia empat bulan itu dalam mikrowave selama lima minit. Kucing betina itu bagaimanapun masih hidup selepas Cunliffe mengeluarkannya dari mikrowave namun kemudiannya mati. Susulan itu, mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas wanita kejam itu pada 13 Mac ini. Menurut pendakwaraya, Brian Orsborn, Cunliffe memelihara kucing itu sejak ia berusia beberapa minggu. “Anak kucing itu berada dalam keadaan parah selepas Cunliffe mengeluarkannya dari oven. Dia kemudiannya membawa binatang itu ke rumah saudaranya. “Anak kucing itu tidak dapat bernafas dan mati 19 minit kemudian. Cunliffe telah menanamnya dengan bantuan seorang lelaki,’’ katanya.
Hutang Gigi Dibalas Dengan Gigi
Makkah – Sebuah mahkamah Arab Saudi semalam menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan 2,400 sebatan ke atas seorang lelaki kerana menyerang ibunya. Ia juga mengarahkan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipatahkan giginya kerana dia mematahkan gigi ibunya sewaktu memukul wanita itu ketika berada dalam kereta yng dipandunya. Hakim Turki Al Qarni mengarahkan, bahagian gigi yang akan dipatahkan mesti sama dengan gigi ibunya yang patah ketika serangan secara fizikal itu dilakukan lelaki berkenaan.
Jalan Raya Di M’sia Tempat Ke-17 Paling Bahaya
PETALING JAYA – Malaysia adalah antara 25 negara yang paling berbahaya bagi pengguna jalan raya, dengan mencatatkan 30 kematian bagi setiap 100,000 individu, menurut kajian oleh Universiti Michigan. Dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pengangkutan universiti itu menggunakan data 193 negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), senarai kajian pada Februari 2014 menunjukkan Malaysia sebagai negara ke-17 yang paling berbahaya untuk pemandu. Satu-satunya negara Asia Tenggara lain yang berada dalam ranking 25 yang paling berbahaya ialah Thailand yang menduduki tempat kedua paling berbahaya untuk pemandu, dengan 44 kematian bagi setiap 100,000 orang. Dalam perbandingan yang dilakukan, Amerika Syarikat hanya 14 mencatatkan kematian, Perancis tujuh, Jerman dan Singapura enam, dan United Kingdom hanya lima kematian bagi setiap 100,000 orang. Purata kematian dunia adalah 18 kematian bagi setiap 100,000 orang.
5 Lelaki ‘Ulat’ Gores Dan Menang Ditahan
SEREMBAN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan hari ini menahan lima lelaki ‘ulat’ gores dan menang dalam operasi di sekitar bandar ini. Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK Negeri Saifulbahri Abdul Kadir berkata, dua daripada lelaki itu ditahan di kawasan pasaraya Tesco di Seremban 2 manakala tiga lagi di Dataran Senawang. Beliau berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan reman empat hari untuk siasatan.
Eksploitasi Manusia: Polis Buru Suspek Utama
SUNGAI PETANI – Polis masih memburu suspek utama dipercayai dalang dalam kegiatan eksploitasi manusia membabitkan empat Rohingya dari Myammar yang ditemui dirantai dan dikurung kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, polis percaya suspek utama kes terbabit dipercayai rakyat dari negara itu masih di Malaysia. Menurutnya, polis masih memburu suspek utama yang dipercayai bertanggungjawab dalam kes berkenaan yang melakukan kegiatan memperdagangkan manusia sebelum warga Myammar itu dibenarkan bekerja.
Trafik Miami Sesak Kerana Bayi Tak Bernafas
DI sebuah lebuh raya di Miami, kecoh apabila seorang wanita cuba untuk menyelamatkan seorang bayi iaitu anak saudaranya yang menjadi biru akibat tidak bernafas. Wanita itu keluar dari keretanya kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan di tengah-tengah laluan sibuk Dolphin Expressway, merayu bantuan daripada kenderaan yang lalu lalang menjerit memberitahu bayi itu sudah tidak lagi bernafas. Ibu saudara kepada bayi itu yang bernama Sebastian de la Cruz, Pamela Rauseo, 37 tahun, berkata beliau memang dipercayai oleh ibu bayi iaitu adiknya untuk menyelamatkannya pada ketika itu.
Indeks Jenayah Turun 4% Jan-Feb 2014
KAPAR – Polis Selangor mencatatkan penurunan indeks mencegah jenayah sehingga empat peratus di beberapa daerah di negeri ini dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata penurunan itu melibatkan jenayah pecah rumah dan jenayah jalanan, berikutan kegigihan anggota polis menjaga keamanan masyarakat. Lima daerah yang mencatatkan penurunan indeks mencegah jenayah ialah Klang Utara, Serdang, Kuala Langat, Ampang Jaya dan Shah Alam.
Mubaligh Kristian Sebar Risalah Di USJ?
Sebagai seorang Muslim, penulis begitu tertarik dengan artikel terbaru dalam blog Karim Omar yang diterbitkan semalam berkaitan penyebaran agama Kristian di negara ini. Menurut laman blog beliau akarimomar.wordpress.com, beberapa orang dilihat berkeliaran di kawasan Pinggiran USJ di Subang Jaya dipercayai Mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama itu dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam tulisannya, anggota sukarelawan pemantauan di sekitar kawasan itu berjaya menahan pasangan warga asing mungkin berasal dari Amerika Syarikat bersama seorang pemuda berbangsa cina.
Pelakon Cilik Mia Sara
Siapa yang tidak mengenali pelakon cilik yang popular ini kan.. Antara drama pertama yang berjaya mengetengahkan bakatnya dalam bidang lakonan ialah drama bersiri Adam Maya yang turut dibintangi Lisa Surihani dan Sein Hussein. Tapi tahukah anda bagaimana mula-mula bakat si cilik Mia Sara Nasuha, 8, mula dicungkil dalam bidang ini? Ini semua gara-gara video kecomelan Mia yang dikongsikan bapanya di laman video Youtube yang menarik perhatian orang di luar sana sehingga dia disunting menjadi pelakon. Dan, dengan usaha kerasnya dalam bidang seni seawal usia tiga tahun, kini nama Mia boleh dianggap sebagai pelopor pelakon kanak-kanak masa kini di samping beberapa lagi artis cilik lain seperti Rykarl Iskandar dan Puteri Balkish Azizi.
Ranta akan terima pampasan RM21.16j selepas didapati tidak bersalah
NEW YORK - Pihak pentadbiran bandar raya New York kelmarin menyatakan ia akan membayar sebanyak AS$6.4 juta (RM21.16 juta) kepada seorang lelaki, David Ranta yang dipenjarakan selama 23 tahun kerana kesalahan yang tidak dilakukannya. Ranta dibebaskan pada tahun lalu selepas dia dipenjarakan pada tahun 1990 kerana membunuh seorang pemimpin agama Yahudi, Rabbi Chaskel Werzberger. Werzberger mati ditembak dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai barangan kemas. Dalam perbicaraan Ranta, beberapa saksi dipercayai ditekan oleh Detektif Louis Scarcella ketika memberikan keterangan yang menyebabkan Ranta menerima hukuman penjara berhubung kejadian itu. - AFP
Tali pancing tersangkut pada badan ikan paus
SAVANNAH, Georgia - Beberapa pakar hidupan liar memotong tali pancing sepanjang lebih 85 meter yang terperangkap pada badan seekor ikan paus di luar pantai Georgia, kata para pegawai kelmarin. Menurut beberapa pegawai Jabatan Sumber Asli Georgia, Amerika Syarikat (AS), tali tersebut juga tersangkut pada mulut ikan berkenaan. Ikan paus jantan yang menarik tali pancing tersebut adalah berusia empat tahun. Haiwan itu ditemui oleh seorang kru yang melakukan kajian untuk Tentera Laut AS dekat Jacksonville. - AP
Hampir 2,000 pengguna terputus bekalan elektrik kerana kabel SESB rosak
KOTA KINABALU - Hampir 2,000 pengguna di Lahad Datu terputus bekalan elektrik semalam apabila kabel utama milik Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) rosak semasa kerja pemasangan paip air sebuah syarikat kontraktor di Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu. Pengurus Besar (Pengurusan Aset) SESB, Muhamad Nazri Pazil berkata, anggaran awal kerugian dalam kejadian pukul 2.05 petang itu adalah sebanyak RM20,000 dan laporan polis telah dibuat terhadap kontraktor terbabit. "Bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat di kawasan terlibat bermula 2.35 petang pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Antara kawasan yang dikenal pasti terjejas adalah sekitar Kampung Sabah Baru, Taman Warisan, Desa Bajau dan Pangsapuri Mutiara Kasih. Muhamad Nazri memohon kerjasama semua kontraktor pembangunan supaya memberi makluman awal kepada SESB sebelum melaksanakan sebarang kerja berhampiran prasarana elektrik milik SESB. - Bernama
Syarat baharu lesen bas
KUALA LUMPUR - Syarikat pengendali perkhidmatan bas ekspres dan bas ulang-alik di kawasan tanah tinggi diwajibkan mematuhi beberapa syarat pelesenan baharu yang dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, antara syarat pelesenan itu adalah pemasangan sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem keselamatan brek untuk mengurangkan risiko kemalangan. Menurutnya, syarat lain yang diwajibkan adalah pemasangan tali pinggang keledar di semua tempat duduk dalam bas bagi tujuan meminimumkan risiko kecederaan terhadap penumpang jika berlaku kemalangan.
Kolar satelit dipasang untuk pantau buaya betina Sabah
KINABATANGAN - Seekor buaya betina sepanjang 3.96 meter telah dipasangkan kolar satelit pada bahagian atas kepalanya oleh pasukan Unit Penyelamat Hidupan Liar dan Pusat Penyelidikan Danau Girang (DGFC) dalam usaha memahami habitat hidupan liar tersebut. Spesies buaya betina yang dipercayai terbesar dalam kumpulannya itu ditangkap di hilir kawasan Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan di sini baru-baru ini. Pengarah DGFC, Dr. Benoit Goossens berkata, setakat ini pihaknya sudah menandakan tujuh ekor buaya iaitu lima jantan dan dua betina dengan kolar satelit bagi tujuan penyelidikan tentang pembiakan haiwan tersebut.
Karpal Singh didapati bersalah
KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam satu sidang akhbar pada 2009. Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir pembelaan. Azman dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan berkata, mahkamah telah mengambil kira keterangan Karpal yang mengambil masa selama tujuh hari dan seorang lagi saksi pembelaan. Beliau berkata, mahkamah juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Karpal membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya setelah dia dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Azman bagaimanapun menetapkan 7 Mac depan untuk menjatuhkan hukuman selain mendengar hujahan mitigasi tertuduh.
Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0, layak dapat Insurans sehingga RM30,000
KUALA LUMPUR - Semua penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 bernilai antara RM450 hingga RM650 dan sudah berkeluarga layak menerima caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M). Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia bertujuan memberi perlindungan maksimum kepada penerimanya sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal. Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan program tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini hari ini. Najib dijangka mengumumkan jumlah sebenar pemberian insurans bernilai RM50 itu kepada penerima BR1M 3.0. "Ini kali pertama dalam sejarah negara, kerajaan memberikan perlindungan insurans yang begitu banyak kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pemohon ditolak permohonan BR1M boleh kemuka rayuan
KUANTAN - Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dipertimbangkan semula. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka boleh berbuat demikian dengan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang LHDN di www.hasil.gov.my atau terus ke pejabat LHDN berhampiran. "Mereka yang ditolak permohonan boleh merayu dengan kaedah yang ditetapkan, contohnya tahun lepas seorang bapa kita tolak permohonannya untuk mendapatkan BR1M kerana rekod kita mendapati beliau baru sahaja membeli sebuah kereta Proton Perdana model baharu.
Semua mangsa lemas ditemui
SEGAMAT: Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian lapan remaja lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap selepas kesemua keluarga menangis sebaik sahaja penemuan tiga mayat terakhir, petang tadi. Dua mayat mangsa lemas ditemui serentak pada jam 2.43 petang sebelum mayat terakhir ditemui kira-kira empat minit selepas itu. Tiga mayat itu adalah Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, dan ditemui kira-kira satu meter dari tempat mayat pertama ditemui semalam. Sebelum itu, mayat Mohd Nazreen Zainal, 14 ditemui sebaik saja azan Zuhur dilaungkan untuk solat berjemaah, manakala mayat Mohd Shafiq Md Shukor, 16 ditemui jam 2.06 petang tadi.
Tragedi berdarah suami, isteri di bandar Taj Mahal
Lucknow: Seorang lelaki India menikam isterinya sehingga mati sebelum membunuh diri di Agra - bandar raya yang menempatkan ikon percintaan hebat dunia, Taj Mahal - kata polis semalam. Mayat wanita warga AS, Erin W Willinger, ditemui dengan beberapa kesan tikaman malam kelmarin di kawasan terpencil di Agra. Pegawai polis Agra, Shalabh Mathur berkata, suami Erin, Bunty Sharma didapati membunuh diri dengan mencurah minyak pada badannya sebelum menyalakan api. “Erin bertemu Sharma ketika melawat Taj Mahal bersama beberapa rakannya tahun lalu sebelum bercinta dan berkahwin pada Oktober tahun lalu di atas bumbung sebuah hotel dengan berlatar belakang Taj Mahal,” katanya.
Maut cuba halau ‘jin’
Gaza: Sekurang-kurangnya dua remaja meninggal dunia selepas mereka dibawa ke pusat perubatan alternatif bagi merawat ‘gangguan makhluk halus,’ lapor media semalam. Dalam kejadian pertama, seorang remaja perempuan, Ghada, dipercayai dirasuk jin dan dibawa ke pusat perubatan itu untuk bertemu pemiliknya, dikenali sebagai Sheikh Abu Harith. Saksi berkata, Abu Harith meletakkan alat perakam di kepala Ghada sambil membaca ayat al-Quran, manakala ibu dan abangnya berdiri di sebelah. “Kemudian sheikh itu menekan satu daripada jari kaki kiri Ghada menyuruh jin yang merasuk tubuh remaja terbabit supaya keluar.
Penjara 3 tahun curi bayi
Kombewa (Kenya): Sebuah mahkamah Kenya mengarahkan seorang wanita yang mencuri bayi di Hospital Kombewa dipenjara tiga tahun, semalam. Majistret Angelo Kithinji berkata, Damaris Achieng didapati bersalah kerana mencuri bayi seorang wanita yang baru dikenalinya dalam kejadian bulan lalu. Fakta kes menyatakan, pada 20 Januari lalu, Damaris yang sarat hamil mengalami kesakitan dan dikejarkan ke hospital daerah Kombewa. Bagaimanapun dalam perjalanan ke hospital, dia berdepan komplikasi menyebabkan berlaku keguguran. Keadaan itu menyebabkan dia tertekan.
Selamat datang ke hotel buaya
Sesiapa yang terbang melintasi Wilayah Utara, Australia mungkin dapat melihat binaan menyerupai seekor buaya yang berkeliaran di kawasan berkenaan. Namun, ia sebenarnya sebuah hotel unik yang dibina membentuk reptilia yang di- geruni itu, terletak di tengah Taman Warisan Dunia. Gagudju Crocodile Holiday Inn, hotel milik warga tempatan di Taman Negara Kakadu, berada kira-kira dua jam perjalanan dari Darwin. Kakadu adalah taman negara terbesar di Australia meliputi kawasan seluas 19,000 kilometer persegi -sama dengan saiz Republik Slovenia - dan menawarkan semua pengalaman menarik di negara ‘Crocodile Dundee’ itu.
Diperkosa Enam jam oleh 30 lelaki
London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam. Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu. Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa. Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang. Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.
Payudara ditoreh
Teluk Intan: Seorang wanita menempuh azab apabila dia bukan saja dirompak, malah dada dan payudaranya ditoreh berulang kali oleh dua perompak ketika mangsa dalam perjalanan menjual ikan dalam kejadian berhampiran Jalan Bandar di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 4.30 pagi, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 54, berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang motosikal menuju ke pasar Teluk Intan untuk bekerja mengambil upah menjual ikan. Menurutnya, dia yang menunggang motosikal bersendirian terkejut apabila dua lelaki tidak dikenali muncul dan mengekorinya dengan menaiki motosikal. “Tiba-tiba mereka memintas motosikal sebelum salah seorang lelaki itu terjun daripada motosikalnya menyebabkan saya hilang kawalan sebelum terjatuh.
5 pelajar belasah junior
Gombak: Hanya kerana didakwa tidak menghormati pelajar lebih senior, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diserang lima pelajar perempuan tingkatan lima di hadapan sebuah sekolah, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang sedang menunggu ibunya menjemput untuk pulang ke rumah terkejut apabila tiba-tiba didatangi lima remaja terbabit yang terus bertindak memarahi dan memaki hamunnya. Menurut sumber, remaja itu kemudian mula mengepung mangsa sebelum memukulnya dan mangsa dipercayai melawan untuk mempertahankan diri.
50 pelajar histeria
Puchong: Pembelajaran sesi pagi pelajar tingkatan tiga, empat, lima dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong di sini gempar apabila mereka dikejutkan dengan kejadian histeria membabitkan kira-kira 50 pelajar, selain beberapa guru sekolah berkenaan, semalam. Difahamkan kejadian bermula pada jam 8 pagi ketika semua pelajar berada di sesi perhimpunan. Menurut sumber, ketika perhimpunan berlangsung, seorang pelajar perempuan tiba-tiba menjerit sebelum pengsan dipercayai melihat lembaga hitam mendekati guru wanita yang berada di hadapan.
Menari seksi ganti emak
SERI KEMBANGAN: Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi. Gadis berasal dari Bandar Tun Razak itu dikatakan berhenti sekolah tahun lalu kerana menggantikan ibunya yang juga penghibur di medan selera itu. Gadis berkenaan mendakwa dia pertama kali membuat persembahan menggantikan ibunya yang sakit dan tidak boleh menyanyi. Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 11 malam.
Freeport AFamosa bakal jadi tarikan
MELAKA, 21 Feb. - Freeport AFamosa Outlet Village bagi fasa pertama dan kedua yang akan dibuka kepada pengunjung pada April 2015 dijangka mampu menarik tiga juta pelancong. Bagaimanapun, keseluruhan fasa ketiga projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2016 dengan keluasan 28,799 meter persegi yang mampu menempatkan lebih 200 jenama antarabangsa dan kemudahan lebih selesa kepada pengunjung. Pengarah Komersial Freeport Retail, Chris Miliken berkata, terdapat 117 kedai akan dibuka apabila outlet berkenaan beroperasi dengan menawarkan lebih 82 jenama antarabangsa.
Olimpik Sochi paling mahal di dunia
SEBUT sahaja nama Sochi, pasti ramai terfikir mengenai sebuah bandar pelabuhan di Rusia yang terletak berhampiran Laut Hitam dan bersempadan dengan Georgia. Selain dikenali sebagai pusat pelancongan terkenal pada musim panas, bandar Sochi tahun ini berubah wajah dan menjadi tumpuan dunia apabila dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2014. Acara yang berlangsung sejak 7 Februari dan berakhir esok (23 Februari) itu membuatkan bandar tersebut dipenuhi jutaan pengunjung yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan temasya paling gemilang pernah diadakan di negara itu. Lebih-lebih lagi penganjuran sukan itu merupakan yang pertama diadakan di Rusia sejak perpecahan Kesatuan Soviet pada tahun 1991.
Bekas kerani pecah amanah dipenjara 24 bulan
SHAH ALAM 21 Feb. - Seorang bekas kerani firma guaman dihukum penjara 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah wang tunai dan cek bernilai RM9,435 milik majikannya, enam tahun lalu. Hakim G. Ramesh memerintahkan hukuman terhadap Maliza Safei, 36, yang merupakan ibu kepada lima anak bermula hari ini. Wanita itu mengaku melakukan perbuatan tersebut melibatkan empat pelanggan yang membayar khidmat guaman di Pejabat Tetuan Abu Bakar & Yong, Jalan Perdana, Ampang dekat sini antara pukul 9.30 pagi, 24 November 2008 dan pukul 3 petang, 21 Julai 2009.
Krisis air semakin meruncing
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Krisis air di seluruh negara semakin meruncing apabila bilangan empangan yang mencatatkan bacaan paras air di bawah paras normal meningkat kepada 18 empangan hari ini berbanding 15 empangan semalam. Namun sehingga pukul 7 malam ini, kesemua 20 stesen empangan termasuk 18 empangan tersebut yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau masih mencatatkan bacaan air di atas paras minimum. Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empangan yang mencatatkan bacaan air di bawah paras normal adalah Machap, Sembrong, Labong dan Bekok di Johor, Padang Saga, Ahning, Muda dan Beris (Kedah), Bukit Kwong (Kelantan), Timah Tasoh (Perlis), Bukit Merah (Perak), Langat, Sungai Selangor, Tasik Subang dan Sungai Tinggi (Selangor), Batu dan Genting Klang (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Anak Endau (Pahang).
Kot kulit buaya bernilai AS$130,000 dicuri, seorang lelaki dicari
HONG KONG 22 Feb. - Sehelai kot kulit buaya yang bernilai AS$130,000 (RM429,789) telah dicuri seorang lelaki dari sebuah butik pakaian Burberry yang terletak di sebuah pusat beli-belah paling sibuk di Hong Kong, kata polis semalam. Sebelum itu, kot mahal dengan rekaan trend terkini tersebut dipamerkan pada sebuah patung dan ia hanya disedari telah hilang oleh kakitangan butik berkenaan ketika mereka mahu menutup pintu kedai pada hari Rabu lalu. Individu yang membuat laporan mengenai kes itu mendapati sehelai jaket bernilai AS$130,000 telah hilang.
Bekas teman lelaki Josephine Mary direman
KLANG 22 Feb. - Bekas teman lelaki pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary ditahan reman sehingga Isnin ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, bekas teman lelakinya itu telah ditangkap pada minggu lepas dan siasatan masih lagi sedang dijalankan. - UTUSAN ONLINE
Piala Dunia 2014: FIFA sediakan 2.3 juta tiket untuk penonton
FLORIANOPOLIS, Brazil: Sebanyak 2.3 juta tiket disediakan untuk menyaksikan perlawanan kejohanan bola sepak Piala Dunia dengan Brazil dan Amerika Syarikat mendapat majoriti daripadanya, kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Badan dunia itu berkata, kejohanan pada 2014 itu "adalah Piala Dunia paling berjaya" dalam aspek permintaan apabila kira-kira 10 juta orang cuba mendapatkan 3.3 juta tiket yang disediakan untuk tuan rumah Brazil. Negara itu pernah menganjur kejohanan berprestij itu pada 1950. Kira-kira 57 peratus tiket diberikan kepada penyokong Brazil iaitu 906,433 dan diikuti Amerika Syarikat 125,465 manakala Colombia (60,231) dan Jerman (55,666) serta diikuti Argentina, England, Australia, Perancis, Chile dan Mexico. FIFA berkata, kira-kira 1.5 juta tiket adalah untuk orang awam manakala selebihnya ialah untuk program hospitaliti, komersial dan kumpulan lain. - AP
Najib lancar BR1M 3.0 hari ini
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) yang mula diagihkan kepada tujuh juta penerima seluruh negara membabitkan peruntukan sebanyak RM4.5 bilion. Sementara itu, beliau berkata, subsidi pukal seperti petrol pula akan dikurangkan secara berperingkat untuk diagihkan semula kepada rakyat dalam bentuk subsidi fokus seperti BR1M. Najib turut memberi jaminan jumlah BR1M akan ditambah pada masa akan datang sekiranya asas ekonomi dan pendapatan negara semakin kukuh hasil kecekapan pentadbiran kerajaan. Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan BR1M 3.0 peringkat nasional 2014 di Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan di sini.
Nilai ringgit dijangka bergerak sekitar 3.28 dan 3.31 minggu depan
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS minggu depan berikutan ketiadaan pemangkin baru, sama ada dari dalam atau luar negara. Beberapa peniaga tempatan berkata, mereka menjangka mata wang tempatan diniagakan sekitar 3.28 hingga 3.31 minggu depan. Peniaga perbendaharaan kanan berkata, ringgit mungkin mengukuh kepada 3.27 bagi satu dolar minggu depan, berikutan selera risiko semasa. Peniaga masih berhati-hati mengenai perkembangan ekonomi AS serta Rizab Persekutuannya yang mengurangkan program pembelian aset yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara membangun.
Dua anggota polis ditahan berhubung kehilangan alat ganti kenderaan
GEORGETOWN: Dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan alat ganti kenderaan bernilai RM18,000 yang disimpan di dalam stor bengkel Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau dekat sini, Selasa lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata siasatan sedang dijalankan terhadap dua anggota polis berpangkat rendah berusia antara 30-an dan 40-an itu. "Kalau didapati ada bukti kukuh, kita akan majukan siasatan pada Ketua Unit Perundangan dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang bersama komuniti, di sini, hari ini.
Datuk 18 cucu berjaya tamatkan kayuhan rentasi semenanjung
RANTAU PANJANG: Pengayuh solo warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, membuktikan usia bukan penghalang untuk menyempurnakan misi 'mustahil' mengelilingi Semenanjung Malaysia hari ini dengan basikal sejauh 2,250 kilometer selama 28 hari. Datuk kepada 18 cucu berusia 68 tahun itu menamatkan kayuhan dengan menyeberangi Sungai Golok dari sempadan Malaysia-Thailand dan tiba di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang pada jam 8.15 pagi ini. Ketibaan Wan Hashim itu berlangsung dalam suasana sayu seketika dengan tangisan kegembiraan oleh ibunya Hasmah Hamad, 82, isterinya Faridah Daud, 62, serta enam anak dan cucu-cucunya di CIQ berkenaan.
Suami mengamuk disuruh cari kerja
Kota Bharu: Seorang pensyarah yang cuba menasihati suaminya supaya mencari kerja tetap, bukan saja cedera dipukul, malah dia dan anaknya diugut bunuh dalam kejadian di Kampung Padang Lembek, di sini, kelmarin. Kejadian jam 9 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 35 tahun dan mengajar di Politeknik, menegur suaminya yang berusia 38 tahun, kerana malas dan sering bertukar kerja. Tak terima nasihat Lelaki berkenaan berang kerana tidak boleh menerima nasihat isterinya yang menuduh dirinya pemalas, sebelum menampar mangsa berkalikali termasuk mengugut bunuh.
Petugas TV AlHijrah cemas dikepung
Sepang: Dua petugas media stesen TV AlHijrah berdepan situasi cemas selepas dikepung lebih lima jam oleh kira-kira 100 penduduk kampung di Sittwe, Myanmar dipercayai ekstremis Buddha, malam kelmarin. Wartawan yang juga Penolong Penerbit Program Majalah Islam, TV AlHijrah, Mohd Muhaimin Samad, 28, dan jurukamera, Mohd Fithri Ahmad, 42, yang sedang membuat liputan misi kemanusiaan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagaimanapun bernasib baik kerana polis Myanmar mengiringi mereka sehingga ke hotel penginapan, selepas mendapat arahan daripada kerajaan negara itu.
Nampak pemandu lori, polis bergelut
Anggota trafik lihat kenderaan dalam keadaan mencurigakan. Klang: “Polis tu sangat pantas dan sedaya upaya menumpaskan penjenayah yang cuba merampas pistol ketika bergelut” kata seorang saksi kejadian tembak di Taman Kandis Permai, di sini, pagi semalam. Saksi yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian jam 8 pagi itu, dia sedang berbual bersama dua lagi jiran di hadapan rumahnya, terkejut melihat lori tiga tan dipandu laju melalui kawasan itu, dikejar anggota trafik bermotosikal.
3 pengebom bunuh diri serang ibu pejabat polis
Kabul: Tiga lelaki penyerang bunuh diri yang mengenakan burqa menyerang sebuah ibu pejabat polis berhampiran ibu negara Afghanistan, Kabul semalam menyebabkan seorang anggota polis terbunuh ketika kebimbangan terhadap keselamatan meningkat menjelang pilihan raya presiden. Militan terbabit ditembak mati apabila mereka menyerbu pejabat polis berkenaan di Sarobi, 50 kilometer ke timur Kabul selepas penyerang bunuh diri yang lain mati ketika meletupkan kenderaan yang sarat dengan bom di luar pintu masuk.
MKN, Jabatan Meteorologi bersedia lakukan pembenihan awan
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Meteorologi Malaysia kini dalam keadaan bersedia untuk melaksanakan pembenihan awan. Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata kedua-dua agensi sudah merangka pelan untuk menjalankan operasi seawal-awalnya Selasa lalu, namun tidak menemui awan yang sesuai untuk berbuat demikian. "Sesuai bermaksud awan yang cukup besar untuk menampung pembenihan, selain perlu berada dalam kawasan yang disasarkan. Setakat ini kita belum jumpa awan yang sedemikian dan kita sedang memantau.
Pasaran baru muncul Malaysia terbaik
Malaysia adalah contoh terbaik bagi pasaran baru muncul dalam membangunkan pasaran modal yang mantap dan cekap. Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa (IOSCO), Greg Medcraft, berkata asas pasaran modal yang kukuh menjadi daya tarikan utama kepada pelabur jangka panjang untuk melabur. Beliau berkata, langkah yang diambil Malaysia dalam membangunkan pasaran modalnya adalah tepat dan sejajar dengan standard antarabangsa.
ISU ‘NASI LEMAK TELANJANG’: Tegur tiada niat burukkan nama MAS
Kuala Lumpur: Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali Chef Wan menjelaskan kritikan ‘nasi lemak telanjang’ adalah teguran mengenai kualiti dan saiz hidangan berkenaan. Katanya, beliau bukan mempertikaikan rasa sajian yang dihidangkan dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu sebaliknya mengkritik penyediaan nasi lemak berkenaan yang dilihat tidak lengkap. “Sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menjadi tanggungjawab saya membuat teguran. Bukan niat mencari publisiti, jauh sekali memburukkan nama MAS,” katanya kepada BH.
8 DISEDUT PASIR JERLUS
Satu demi satu ‘ditelan sungai’ Segamat: “Ya Allah... Zikri... Ayoi... tolong aku.” Itu ungkapan terakhir mangsa pertama tragedi lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, yang mengorbankan tiga remaja manakala lima lagi rakan mereka masih hilang, semalam. Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang.
AirAsia India dihalang beroperasi
AirAsia India nampaknya terus berdepan ‘halangan’ untuk memulakan operasi penerbangannya di negara itu dengan yang terbaharu daripada syarikat penerbangan swasta yang mahu pihak berkuasa menyekat kemasukan syarikat penerbangan tambang rendah itu. Syarikat penerbangan India, iaitu Jet Airways, GoAir, Indigo dan SpiceJet, dikatakan menentang kemasukan AirAsia. Syarikat berkenaan dikatakan membantah pengeluaran lesen penerbangan kepada AirAsia India, demikian lapor Media India di New Delhi semalam yang memetik sumber yang enggan dikenali daripada DirectorGeneral of Civil Aviation (DGCA).
20 LAGI PKS KE BURSA MALAYSIA
SME Corporation Malaysia (SME Corp) mengenalpasti 20 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berwibawa dan berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menerusi pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim, berkata semua syarikat yang diharapkan dapat disenaraikan pada tahun ini dan tahun depan itu, adalah terbabit dalam sektor pendidikan, perkhidmatan dan perkilangan.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment