Sunday, February 16, 2014

Berita Terkini 16 Februari 2014


Kantoikan Boyfriend Buat Seks Dgn Anjing
Seorang wanita sangat terkejut apabila menemui video seks kekasihnya dengan seekor anjing peliharaan wanita tersebut dalam telefon bimbit milik teman lelakinya. Lelaki terbabit, Wayne Bryson, dari Lincolnshire, akhirnya ditahan polis selepas teman wanitanya menyerahkan rakaman video tersebut kepada pihak berkuasa. Menurut sumber Metro UK, Bryson, 19, mengaku bersalah di atas pertuduhan melakukan seks dengan haiwan peliharaan kekasihnya.


Lelaki Maut Ditetak Ketika Keluar Dari Bank Di Ipoh
IPOH – Seorang lelaki maut akibat ditetak di kepala oleh sekumpulan lelaki ketika baru memasuki kereta selepas keluar dari sebuah bank berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang menaiki kereta Proton Waja bersama tiga lagi rakannya dipercayai berhenti di lampu isyarat depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM), sebelum didatangi empat lelaki menaiki kereta Perodua Myvi.


Hari Valentine, Kedai 24 Jam Habis Stok Kondom?
Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur agama Kristian. Biasanya, pasangan kekasih yang menyambutnya akan memberikan hadiah bunga ros kepada si wanita sempena meraikan hari berkenaan. Lazimnya, sekuntum bunga ros dijual pada harga RM1 bagaimanapun sempena Hari Kekasih ia dijual semahal RM10 sekuntum.


Proton Exora Terbakar Di Hospital Selayang
SHAH ALAM- Sebuah kereta Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang, semalam. Menurut sumber, kebakaran kereta tersebut turut menyebabkan sebuah motosikal Kriss yang berada berhampiran turut terbakar. Sinar Harian difahamkan, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan manakala motosikal Kriss tersebut hanya terbakar kira-kira 30 peratus.


Rahsia Usahakan Kedai 21 Jam Sehari Terbongkar!
SELAMA ini pelanggan setia sebuah kedai makan yang terletak Yiwu, China berasa pelik dengan ‘tenaga berpanjangan’ pasangan suami isteri yang mengusahakan perniagaan mereka selama 21 jam sehari tanpa rehat. Namun, baru-baru ini pasangan tersebut mendedahkan bahawa mereka mempunyai pasangan kembar seiras yang bersama-sama mengusahakan kedai makan itu.


Maradona Bertunang Gadis Berusia 23 Tahun
Rome- Lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona dilaporkan telah bertunang dengan seorang gadis berusia 23 tahun meskipun bekas teman wanitanya mendakwa sedang mengandung anak kedua mereka. Maradona yang merupakan bekas jurulatih bola sepak pasukan al-Wasl dari Dubai telah melamar teman wanitanya, yang hampir sebaya anaknya sendiri, pada Hari Kekasih, di sebuah hotel di sini.


9,000 Orang Bertarung Demi Sebatang Kayu
Tokyo – Dengan hanya memakai cawat, lebih 9,000 lelaki akan berebut bagi mendapatkan sebatang kayu yang dikatakan akan membawa tuah selama 12 bulan. Dikenali sebagai perayaan bogel, mereka akan bertarung selepas sebatang kayu sepanjang 20 sentimer dengan ukur lilit 4 sentimeter itu dilemparkan oleh seorang sami di kuil Saidaiji. Kaya yang dikenali sebagai shingi itu akan dibaling pada jarak setinggi empat meter menerusi tingkap.


‘Potong kemaluan Macam Ais Krim’
Chicago – Dua bekas pegawai polis merancang menculik dan menyeksa seorang ahli perniagaan termasuk memotong kemaluannya ‘seperti ais krim’ dalam usaha memeras wang daripada mangsa. Rakaman video FBI menunjukkan Steven Mandell, 62, di dalam sebuah bilik yang didakwa dibina khas untuk tujuan itu bersama rakannya Gary Engel.


Fizz Fairuz Pakai Sut 10 Kilogram Demi ‘Cicakman 3′
FIZZ Fairuz mengakui sanggup menolak banyak tawaran demi memberi sepenuh komitmen terhadap filem ‘Cicakman 3′ yang merupakan arahan bersama Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar. Fizz mengenepikan tawaran lain kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap filem bertemakan ‘superhero’.


Wanita Cedera Mangkuk Tandas Meletup
SEBUAH mangkuk tandas di sebuah bar tiba-tiba meletup dan mencederakan seorang wanita yang baru sahaja duduk di atasnya. Kejadian yang berlaku di Barcelona itu dipercayai akibat mampatan gas metana yang terkumpul di dalam mangkuk tandas tersebut. Menurut pihak bomba, tandas tersebut terlalu kotor selain mempunyai masalah pengalihan udara.


Jijiknya…Roti Sosej Giant Sudah Berkulat
BAGI anda yang gemar membeli roti sosej di pasaraya, ada baiknya anda memeriksa terlebih dahulu sebelum menyuapkannya ke dalam mulut. Manalah tahu tiba-tiba terjadi seperti kes yang diceritakan di Facebook oleh seorang wanita dari Sabah ini. Menerusi gambar yang dimuatnaiknya, wanita bernama Bie Jakson itu berkata, roti sosej yang dibeli oleh suaminya di pasaraya Giant telah pun rosak dan berkulat.


SEGERA: Hospital Umum Sarawak TERBAKAR, Seorang Telah Disahkan Terbunuh
KUCHING – Seorang pekerja binaan maut manakala 151 pesakit dari wad kanak-kanak dan wad umum di Hospital Umum Sarawak (HUS) selamat dipindahkan ketika kebakaran di bahagian kajian klinikal dalam bangunan berkenaan. Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dan Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan pada jam 5.02 petang tadi.


Kereta Wartawan TV3 Ditemui Di Johor
Pasir Gudang, 16 Feb – Polis Johor menemui kereta Wolkswagen Passat milik wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di sebuah rumah di Kempas, Johor Baharu awal pagi tadi. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, tiga suspek berumur antara 36 hingga 39 tahun yang dipercayai pakar dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta turut ditahan. Kereta itu dilarikan dari rumah Karam Singh di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada 13 Feb lalu.

Maut dirempuh ketika baiki paip
Melaka: Seorang pekerja kontrak yang sedang melakukan kerja pemasangan dan membaik pulih paip maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Batang Tiga - Tanjung Minyak di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Tan Chuan Long, 29, yang berada di tengah jalan bersama beberapa rakannya melakukan kerja pemasangan dan baik pulih paip dirempuh PERODUA Myvi dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun.

Foto
Samun ketika takbir
Machang: Sungguh kurang ajar apabila seorang penjenayah memeras ugut seorang suri rumah meminta supaya menyerahkan beg tangan dan barang kemas sehingga mangsa kerugian kira-kira RM28,000 dengan mengacukan pisau lipat dan menyumpah seranah ketika jemaah mengangkat takbiruntuk menunaikan solat Jumaat berhampiran Masjid Peringat, Melor, Kota Bharu, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, mangsa, Nor Aini Mohd Nor, 58, yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah depan sedang menunggu suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 58, menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Foto
Mampu kumpul RM1,000 sehari
Kuala Lumpur: Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari. Itulah taktik terbaru kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina yang menjadikan pelanggan restoran dan kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sasaran.


6 lori, 2 bas hangus
KANGAR: Sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Raja Syed Saffi, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila musnah akibat dijilat api dalam kebakaran, awal pagi tadi. Kebakaran dipercayai berlaku jam 6.20 pagi itu turut memusnahkan enam buah lori dan dua buah bas kepunyaan pemilik bengkel, selain sebuah stor simpanan tayar dan rim kenderaan.

Jahit  lidah untuk kekal kurus
Jahit lidah untuk kekal kurus
Caracas: Walaupun sudah berbelanja sebanyak AS$7,000 (RM23,000) untuk pembedahan hidung dan membesarkan payu dara bagi memenuhi impiannya memenangi Ratu Venezuela, Maya Nava merasakan semua itu tidak pernah mencukupi. Malah gadis berusia 18 tahun itu sanggup mengambil langkah drastik menjahit plastik di lidahnya semata-mata untuk memastikan beliau kekal kurus.

Foto
Rakyat India suka buat ‘missed call’
New Delhi: Telefon bimbit di India mempunyai banyak kegunaan selain hanya membuat panggilan atau menghantar mesej. Bagi beratus-ratus penduduknya, telefon bimbit hanya satu-satunya teknologi di rumah mereka. Keadaan ini menjelaskan mengapa wujud kaedah penggunaan unik telefon di negara itu, yang juga pasaran telefon bimbit paling pantas berkembang dengan 900 juta pelanggan.


KWSP isytihar dividen 6.35 peratus tahun 2013
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, meningkat berbanding 6.15 peratus pada 2012. Pengerusi Lembaga KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kadar itu adalah dividen tertinggi pernah dikeluarkan kepada ahli-ahlinya iaitu sebanyak RM31.20 bilion, peningkatan 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012. - UTUSAN ONLINE.


Bomba pantau kebakaran Gunung Tempurung
TANGKAK - Sekumpulan empat sekawan yang memecah masuk bengkel kereta dan melarikan pelbagai peralatan termasuk 50 botol minyak pelincir bernilai RM46,000, ditahan dalam Ops Cantas di Jalan Payamas di sini Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, mereka diberkas di hadapan sebuah kedai di jalan itu pada kira-kira 6 petang.

Empat sekawan pecah masuk bengkel dicekup
TANGKAK - Sekumpulan empat sekawan yang memecah masuk bengkel kereta dan melarikan pelbagai peralatan termasuk 50 botol minyak pelincir bernilai RM46,000, ditahan dalam Ops Cantas di Jalan Payamas di sini Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, mereka diberkas di hadapan sebuah kedai di jalan itu pada kira-kira 6 petang.

Tahanan Mesir didera
Tahanan Mesir didera
KAHERAH, MESIR. Sebanyak 16 pertubuhan hak asasi manusia menggesa diadakan siasatan segera terhadap beberapa kes penderaan dan penyeksaan yang didakwa berlaku di dalam penjara kudeta, lapor Mesir Kini yang dipetik dari portal Ikhwan Online. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Rabu lalu, penderaan kejam itu termasuk gangguan seksual yang berlaku kepada golongan wanita sepanjang sesi soal siasat dijalankan.


Bernikah dalam wad penuhi hajat bapa
PUTRAJAYA - Pengantin perempuan, Siti Azmira Abdul Aziz, 26, mengambil keputusan mempercepatkan majlis pernikahannya bagi memastikan bapanya yang menghidap kanser prostat tahap empat sempat menyaksikan majlis bersejarah itu. Dia dan pasangannya, Mohd. Shahril Nahar, 26, dinikahkan Imam Masjid Putra, Rosmadi Saad kira-kira pukul 10.30 pagi semalam di hadapan ayah Siti Azmira, Abdul Aziz Mohd. Muzir, 77, di Wad Multi-Disiplin, Institut Kanser Negara (IKN) di sini.


Berkhalwat sempena Hari Kekasih
BUTTERWORTH – Lima wanita dan tiga lelaki berstatus isteri dan suami orang yang disyaki berkhalwat dengan pasangan masing-masing antara sembilan pasangan kekasih ditahan dalam Ops Jejak Kekasih di sekitar Seberang Perai di sini. Dalam operasi hampir 10 jam berakhir pukul 3 pagi semalam itu, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu lebih 20 hotel di sekitar Bukit Mertajam, Prai, Berapit, Simpang Ampat, Tasek Mutiara dan di sini.

BR1M 3.0 2014 - Borang Permohonan & Syarat-Syarat
Dua juta terima BR1M dalam tempoh 20 hari
KUALA LUMPUR - Kira-kira dua juta penerima bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bermula 23 Februari ini. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, agihan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun itu akan dilakukan para pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing.


3 penoreh getah diamuk gajah sesat
JELI - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut manakala ibunya patah kaki kanan dan rusuk kiri akibat diserang seekor gajah yang mengamuk dalam satu kejadian di Bukit Wakaf Zink di sini pada pukul 10 pagi semalam. Mamalia tersebut bertindak agresif setelah dibaling mercun bola oleh sekumpulan penduduk yang mahu menghalaunya.

47 maut di hadapan masjid
BEIRUT 15 Feb. - Sekurang-kurangnya 47 orang maut apabila sebuah kereta mengandungi bom diletupkan di hadapan sebuah masjid di utara Syria, semalam. Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria menyatakan, angka kematian dalam kejadian di Yaduda, selatan Daraa itu dijangka meningkat kerana sebahagian daripada 150 yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.


Lelaki jumpa daging babi depan masjid
BUKIT MERTAJAM 16 Feb. - Seorang lelaki membuat laporan polis selepas menjumpai seketul daging dipercayai daging babi yang diletakkan di hadapan pintu masjid Cheruk Tok Kun, Machang Bubok di sini, ketika ingin menunaikan solat subuh pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Azab diculik 18 hari
Cuba bunuh kekasih kerana hutang
Seremban: Seorang pelajar dari Bahrain melalui azab 18 hari apabila diculik dan dikurung di sebuah rumah di Taman Tasik Semenyih, Semenyih, Selangor, sejak 28 Januari lalu. Pelajar sebuah kolej swasta di Mantin itu dilepaskan daripada kurungan oleh sepasukan polis Bukit Aman, malam kelmarin.

Jepun cipta pengesan organik dalam lampin
Tokyo: Pengesan organik pakai buang yang boleh dimasukkan ke dalam lampin dan secara tanpa wayar membolehkan penjaga mengetahui sudah tiba masanya ia perlu ditukar didedahkan oleh penyelidik Jepun baru-baru ini. Litar bersepadu fleksibel dicetak atas filem plastik tunggal memindahkan maklumat dan menerima kuasanya secara tanpa wayar dan berpotensi dihasilkan untuk bayaran cuma beberapa yen.

Cuba bunuh kekasih kerana hutang
Cuba bunuh kekasih kerana hutang
BEIJING - CHINA. Gara-gara enggan membayar hutang teman wanitanya, seorang lelaki di China sanggup mengheret teman wanitanya dan memaksa mangsa masuk ke dalam saluran pembetungan sedalam 3 meter. Menurut media tempatan, mangsa dipercayai terperangkap selama 60 jam sebelum diselamatkan pejalan kaki yang mendengar tangisan dan jeritannya meminta tolong.

Palestin
Tentera Israel serang penduduk
GENTING GAZA - Sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin cedera diserang tentera Israel di utara Jabalia, Genting Gaza, semalam. Kejadian berlaku sehari selepas seorang penduduk tempatan ditembak di zon penampan 300 meter dalam wilayah Palestin.

Enam bahan kimia industri jejas otak budak
DUA pakar kesihatan memberi amaran berhubung kesan buruk pelbagai bahan kimia industri termasuk ubat gigi mengandungi fluorida kerana ia didakwa boleh menjejaskan pertumbuhan otak kanak-kanak. Philippe Grandjean dari Pusat Kesihatan Awam Harvard dan Philip Landrigan dari Pusat Perubatan Icahn New York memberitahu jumlah bahan kimia yang dikenal pasti menjejaskan otak budak meningkat sekali ganda dari enam pada 2006 kepada 12 pada masa ini.

Robot peramah dicipta
Robot peramah dicipta
SAINTIS Britain telah mencipta sebuah robot 'peramah' untuk menguji bagaimana ia berinteraksi secara baik dengan manusia. Ia digelar sebagai Erwin (Robot Emosi dengan Rangkaian Pintar) dan penyelidik berharap ia boleh menjadi permainan pintar untuk membantu kanak-kanak autisme atau sindrom Asperger.

Lykoi
Kucing baka baharu seperti serigala jadian
SEEKOR kucing baka baharu di Amerika Syarikat (AS) kelihatan seperti serigala jadian dan perilakunya dikatakan menyerupai anjing. Kucing digelar Lykoi itu dibiakkan pasangan suami isteri, Johnny Gobble dan Brittney di Tennessee adalah satu-satunya pembiak spesies itu di dunia. Menurut Gobble, mutasi genetik telah menyebabkan Lykoi berbulu pendek dan hanya menutupi beberapa bahagian badannya.

Premis 100 tahun Jonker Walk musnah terbakar
Premis 100 tahun Jonker Walk musnah terbakar
MELAKA - Suasana meriah pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat di sini bertukar kelam-kabut apabila sebuah premis berusia 100 tahun yang menjual makanan tempatan dan tradisional terbakar. Dalam kejadian 11.30 malam itu, bumbung bangunan milik Persatuan Eng Choon tersebut runtuh dan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Zainuddin Md Alip hari ini.

Ibu, anak maut kereta rempuh pokok
MELAKA - Dua beranak maut apabila kereta mereka merempuh pokok di Jalan Bukit Lintang pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, Rossita Roslan, 42, dan anak bongsunya Siti Norsyahira Jalal, 11, meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara anak sulung mangsa, Siti Aishah, 16, cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Pemandu lori maut ditetak di hadapan bank
IPOH - Seorang pemandu lori maut akibat ditetak tiga lelaki bertopeng di hadapan sebuah bank berhampiran Ipoh Padang hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata T. Eswaran, 27, cedera parah di kepala dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Gajah betina
Kanak-kanak maut, ibu parah diserang gajah liar
JELI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut manakala ibunya cedera parah selepas diserang seekor gajah liar di sebuah kebun getah di Bukit Perawas, Ayer Lanas di sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Sheik Azhar Sheik Omar berkata dalam kejadian 10 pagi itu, Wan Aidid Nasrullah Wan Mahmud yang berada dalam raga motosikal, maut selepas tercampak keluar selepas motosikal dirempuh gajah liar itu.

Stesen minyak disamun waktu solat Jumaat
KEMAMAN - Seorang lelaki menyamun sebuah stesen minyak di Kerteh ketika waktu solat Jumaat semalam dan melarikan wang tunai lebih RM1,000. Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 tengah hari ketika hanya terdapat dua pekerja wanita di dalam kedai serbaneka di stesen tersebut, sementara pekerja lelaki telah keluar mengerjakan solat.

Nor Amin Ahmad
Tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar
GEORGETOWN - Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di sini. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.

Kantoi di malam Valentine
Kantoi di malam Valentine
NILAI – “Emak dan ayah saya tidak kisah jika saya bersekedudukan kerana mereka tahu hubungan kami," kata seorang pemuda berusia 25 tahun, yang ditahan bersama teman wanitanya ketika sedang seronok memadu asmara di sebuah bilik di hotel di sini, malam kelmarin. Pekerja sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu memberi alasan dia menginap di situ bersama kekasihnya dikenali sebagai ‘Ana’, 28, kerana mahu berehat sementara menunggu penerbangan ke Bangkok jam 6 pagi.

Pemain bola mati kena tetak
Pemain bola mati kena tetak
IPOH – Seorang pemain bola sepak kelab tempatan maut ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang selepas keluar dari sebuah bank di Jalan Sultan Yusuff berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, T Eswaran, 27, menaiki Proton Waja bersama tiga rakannya dan berhenti berhampiran lampu isyarat di depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

No comments:

Post a Comment