Monday, February 17, 2014

Berita Terkini 17 Februari 2014

Khalid terima watikah pelantikan Ketua Polis Negara
Amaran kepada baki 250,000 pesalah trafik yang belum lunaskan saman - KPN
KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada baki 250,000 daripada 1.7 juta pesalah trafik yang dikenakan saman dalam 'Ops Warta' supaya segera membayarnya sebelum dikenakan tindakan tegas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam ops terbabit, pihaknya juga menahan lebih 5,000 individu yang dikeluarkan waran tangkap.

Pesakit buah pinggang ditemui mati dalam kereta
KUANTAN: Seorang pesakit buah pinggang ditemui mati dalam kereta miliknya di depan pusat Hemodialysis Pahang Buddist Association, Indera Mahkota 8 di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata mayat Phua Cheng Ching, 36, dari Taman Kampung Padang 1, Jalan Sungai Lembing dekat sini itu ditemui orang awam pada 7.15 pagi ini.

'58 Emergency Calls Received During Tremors'Bomba London Terima Banyak Panggilan Pelik
Bomba terima 2,685 panggilan kebakaran hutan setakat semalam
KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 2,685 panggilan membabitkan kebakaran hutan, belukar dan lalang di seluruh negara dalam tempoh 16 hari sehingga semalam. Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata, Selangor mencatatkan bilangan kes kebakaran hutan tertinggi iaitu 71 kes diikuti Perak (62 kes) dan Johor (55 kes).


PDRM Tubuh Jab. Integriti & Pematuhan Standard
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, sebuah jabatan baharu bagi memantapkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk berkaitan tata tertib para anggotanya. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata jabatan itu dijangka bakal beroperasi dalam masa dua bulan lagi dengan pengarahnya berpangkat pesuruhjaya. “Jabatan ini sudah diluluskan secara dasar…pada ketika ini kita dalam peringkat perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan perjawatan,” katanya.


Hadiahkan Kulit Lengan Pada Pakwe Penipu
SEORANG wanita dari Colchester, Essex, England mempunyai cara tersendiri (dan menyakitkan) untuk memberitahu perasaan bengang pada teman lelaki yang telah menipunya. Torz Reynolds, 26, terkedu selepas diberitahu seorang rakan bahawa teman lelakinya, Stuart ‘Chopper’ May,24, yang mendakwa perlu meninggalkan United Kingdom kerana mendapat tawaran kerja di Alaska, Amerika Syarikat rupa-rupanya menipu.


Malindo Air Tawar 5,000 Tempat Duduk Percuma
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air menawarkan 50,000 tempat duduk percuma ke semua destinasinya. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Malindo Air berkata menerusi tawaran tersebut, pelanggan hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan fi bermula daripada RM39. Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata syarikat itu berbesar hati memberikan kemudahan perjalanan kepada orang ramai dan menambah penyambungan bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.


Gempa Bumi Sederhana Gegar Luzon, Filipina
KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan Luzon, Filipina pada pukul 1.56 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu berpusat 49 kilometer dari barat laut bandar raya Laoag, Filipina dan 1,358 km timur laut Kudat, Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. – BERNAMA


Contoh Pengaruh Drama Melayu Pada Murid Sekolah
Dahulu, setiap kali membuat latihan Bahasa Melayu antara nama yang biasa digunakan adalah Ali, Abu, Siti, Ani dan nama-nama ringkas lain. Tapi hari ini, sudah lain ceritanya. Dapat dilihat kesan pengaruh drama televisyen yang dibarisi pelakon-pelakon popular tanahair terhadap pemikiran murid-murid zaman sekarang agak besar. Kalau tidak takkanlah Ali, Abu, Siti dan Ani kini digantikan kepada Aaron Aziz, Nabila Huda, Zara Zya, Zizan Razak dan Emma Maembong.


Kedai Arab Saudi, Jual Ros Merah Secara Sembunyi
DI Arab Saudi, kerana sesetengah orang mahu juga menyambut Hari Valentine, penjual bunga terpaksa menyembunyikan bunga ros merah dan beberapa lagi barangan berkaitan Valentine bimbang dikesan polis keagamaan. Seorang penjual bunga Hussein, mempunyai penyelesaian yang bijak terhadap kebimbangan itu apabila menghias kedainya di Riyadh dengan hanya bunga ros putih. “Saya terpaksa menyembunyikan semua perhiasan berwarna merah di belakag kedai, jika polis keagamaan datang meronda, mereka tidak akan menemui apa-apa yang melanggar peraturan,” katanya.


Tweet Palsu, Tiada Pesawat Terhempas Di KLIA
Kecoh seketika di dalam Twitter tentang sebuah pesawat syarikat penerbangan Air Asia dikatakan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di dalam kawasan Putrajaya. Pemeriksaan lanjut mendapati tweet dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui twitter beliau @syedazman. “Air Asia AK5110 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas beberapa minit lepas di KLIA dalam kawasan Putrajaya,” menurut tweet berkenaan.

Proton: Harga kereta murah di Australia kerana promosi
Harga kereta murah di Australia kerana promosi
SEMENTARA itu, Proton Holdings Bhd (Proton) ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan bahawa harga kereta Proton di Australia lebih murah berbanding di Malaysia kerana promosi Proton kepada pengguna di sana. "Di Australia, Proton mempunyai kempen jualan dan strategi pemasaran yang tersendiri bagi menarik pembeli terutamanya dalam menghadapi persaingan sengit daripada syarikat-syarikat automotif yang lain. "Bagaimanapun, promosi ini bersifat sementara dan hanya dijalankan untuk satu tempoh masa yang telah ditetapkan," menurut Proton dalam satu kenyataan.

'58 Emergency Calls Received During Tremors'Bomba London Terima Banyak Panggilan Pelik
Bomba terima 100 panggilan kecemasan setiap hari
ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima lebih 100 panggilan kecemasan sehari kebelakangan ini berikutan peningkatan kes kebakaran ekoran cuaca panas dan kering sekarang. Pengarahnya, Ahmad Shahabudin berkata, jumlah panggilan berkenaan menunjukkan peningkatan lima kali ganda berbanding biasa. "Kebakaran membabitkan hutan, belukar, lalang dan sampah mencatatkan kes paling tinggi di Kedah sebanyak 498 kes dan peningkatan ini disebabkan oleh faktor cuaca," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Gadis ditahan dipercayai bekerjasama suspek samun
NUSAJAYA - Pengadu dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Nusa Bestari di sini pada 4 Feb lepas ditahan selepas polis mengesyaki gadis berusia 15 tahun itu bekerjasama dengan pelaku samun. Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata siasatan polis terhadap laporan yang dibuat pengadu yang masih bersekolah tentang kejadian samun pada 8.15 malam itu mendapati laporan itu tidak benar. "Pengadu dalam kes ini bekerjasama dengan suspek seolah-olah kejadian samun ini benar-benar berlaku. Pengadu ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Warga emas maut dipercayai mangsa langgar lari
SUNGAI PETANI - Seorang penunggang motosikal warga emas maut dipercayai akibat kejadian langgar lari di Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, berhampiran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda dekat sini hari ini. Rashid Awang, 75, dari Kampung Simpor, Kota Kuala Muda meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kaki dan badan dalam nahas 1.25 petang itu. Anaknya, Mohammad, 40, berkata dia dimaklumkan oleh beberapa saksi bahawa bapanya dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan terseret sejauh beberapa meter.


Hanya 446 penderma organ direkodkan sejak 1976 - Lee Lam Thye
KUALA LUMPUR - Hanya 446 penderma organ direkodkan sejak 1976 sehingga 31 Januari lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye. Lee berkata, daripada jumlah itu sebanyak 266 penderma berbangsa Cina, India (116), Melayu (26), lain-lain (27) dan tidak dinyatakan (11). "Jumlah itu (penderma organ) terlalu rendah berikutan kini sebanyak 18,384 pesakit sedang menunggu untuk pendermaan organ di negara ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media kempen ’Satu Ikrar Sejuta Harapan’ di sini hari ini.


Industri penerbangan di Indonesia rugi besar akibat letusan Gunung Berapi Kelud
JAKARTA - Letusan Gunung Berapi Kelud di Malang, Jawa Timur pada Khamis lepas menyebabkan industri penerbangan di Indonesia terpaksa menanggung kerugian besar. Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto di Yogyakarta yang paling teruk terjejas akibat letusan gunung berapi berkenaan mencatat kerugian sebanyak 450 juta Rupiah (RM128,000) sehari. Jurucakap lapangan terbang berkenaan, Faisal berkata, kerugian itu berikutan sebanyak 127 penerbangan terpaksa dibatalkan setiap hari.


Hidup Merana Kerana Hendak Menjadi Wanita
MIAMI – Seorang pondan mengalami kesengsaraan hidup selepas pakar bedah plastik palsu telah menggunakan simen konkrit untuk pembedahan implan di bahagian muka dan punggung. Keadaan yang dialami itu menyebabkan Rajee Narinesingh, 46, terpaksa bersembunyi dan tidak mampu berdepan dengan orang ramai. Pakar bedah palsu itu, Oneal Ron Morris kini menjalani hukuman penjara selama setahun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Dia juga berdepan tuduhan membunuh seorang lagi mangsa, Shatarka Nuby.


Dipenjarakan Kerana Tidak Pulangkan Video
SOUTH CAROLINA – Kayla Michelle Finley, 27, yang juga peminat Jennifer Lopez sama sekali tidak menyangka tindakannya menyewa pita video lakonan pelakon itu dalam Monster in-lawa, pada 2005 lalu telah membawa padah kepadanya. Dis telah ditangkap dan terpaksa bermalam di dalam lokap kerana tidak memulangkan pita berkenaan yang disewanya dari sebuah kedai video.


Pelajar Diliwat Bapa Saudara
SABAK BERNAM – Hasrat seorang pelajar tingkatan satu menziarahi neneknya yang tinggal berhampiran bertukar detik hitam apabila dia diliwat bapa saudaranya sendiri di sebuah bilik tingkat atas rumah terbabit, kelmarin. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, remaja lelaki tersebut dipercayai datang ke rumah neneknya untuk berjumpa wanita berkenaan.


Samseng Serbu Pejabat JHEAINS
SEREMBAN – Sekumpulan lelaki berlagak samseng menyerbu pejabat penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sini, awal pagi semalam sebelum bertindak merosakkan empat kenderaan milik anggota penguat kuasa serta sebuah pacuan empat roda milik jabatan. Kumpulan terbabit ke pejabat terletak di Jalan Medan Rahang, dekat sini dipercayai bertindak demikian akibat tidak berpuas hati setelah premis mereka yang menjalankan kegiatan tidak bermoral diserbu penguat kuasa JHEAINS dalam operasi maksiat di Tampin, malam kelmarin.


Kanak-Kanak Tersepit Besi Longkang
Kuala Terengganu – Seorang murid tahun satu terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kaki kirinya tersepit di celah besi penutup longkang di Jalan Sultan Omar, di sini, semalam. Ibu mangsa, Noor Azlin Ibrahim, 39, berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu dia memandu kenderaan pelbagai guna PROTON Exora bersama dua anak, Nurhanisma Mahirah Mohd Jusrizal, 7, dan Mohd Hanis Auni, 5, untuk mengambil anak sulungnya Noor Khairina, 12, di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, di Jalan Sultan Omar, di sini.


Guru Terima Ugutan Rogol Dari Murid Tahun 3
MELAKA – Seorang guru di Kedah mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang murid Tahun Tiga. Murid lelaki dari SK Lanai menghubungi guru wanita itu dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi: “Cikgu, tunggu saya akan rogol anda, tidak lama lagi.” Rakan kepada guru tersebut yang menghubungi pejabat The Star di sini berkata, ugutan dari murid tersebut amat mengejutkan sekolah di Kupang yang terletak kira-kira 6km dari bandar Baling dan seluruh negeri itu.


Pukul Ibu Dengan Batang Besi
KUALA TERENGGANU – Dek kerana amarah, seorang remaja lelaki tergamak memukul ibunya sendiri dengan batang besi dalam satu kejadian pada 12 Februari lalu. Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila berjaya ditangkap dan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.


Cuma Dalam Emel, Ibu Tunggal Hilang RM6.5 Juta Dengan Awang Hitam
LOVE scam atau Afrika scam yang didalangi warga Afrika pernah memperdayakan seorang wanita sebanyak RM6.5 juta sebelum ini. Dalam kes itu, seorang ibu tunggal berusia 63 tahun mula tertarik dengan pelawaan seorang lelaki kulit putih yang mendakwa diriya jeneral tentera Amerika Syarikat untuk berkenalan melalui kiriman email.


Kisah Tembak Perdana Menteri Dan Mimpi Setiausaha Akhbar MB Kelantan…
SEORANG lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘ustaz’ mencetuskan kontroversi di laman sosial Facebook apabila membuat status kononnya mendapat mimpi, diminta buat tawaran untuk menembak Perdana Menteri. Lelaki itu ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, dalam mimpi itu dia mendapat panggilan telefon daripada seseorang mengatakan sesiapa yang dapat menembak Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima ganjaran RM500.


Wartawan Terkenal, Karim Sulaiman Meninggal Dunia Penyakit Jarang Berlaku
KUALA LUMPUR – Pemenang Anugerah Kajai tahun 2001, anugerah berprestij dalam dunia kewartawanan, Karim Sulaiman, 52, meninggal dunia awal pagi tadi akibat penyakit Sleromyxoedema, sejenis penyakit yang jarang berlaku. Allahyarham telah disahkan mengidap Scleromyxoedema yang dikesan sejak tahun 2000 apabila beliau mula mengalami serangan migrain dan sesak nafas.


GAMBAR: Misteri Kehilangan Pen. Pegawai Daerah Besut Terjawab, Mayat Ditemui
MISTERI kehilangan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Pejabat Tanah Kuala Terengganu sejak Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui terapung dalam Sungai Kampung Tajin di Hulu Terengganu. Sejak hilang, Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, dikatakan tidak menghubungi keluarganya menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.

Mengapa kereta Proton murah di luar negara?
Mengapa kereta Proton murah di luar negara?
SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara. Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Mesir musnah 10 terowong rahsia
Mesir musnah 10 terowong rahsia
KAHERAH - MESIR. Sebanyak 10 lagi terowong rahsia di sempadan Genting Gaza dimusnahkan tentera Mesir di bawah kempen keselamatan yang turut memberi kesan besar kepada aktiviti harian penduduk Palestin, menurut media tempatan, kelmarin. Selain itu, tentera juga bertindak merobohkan beberapa buah rumah di Semenanjung Sinai bagi merealisasikan rancangan mereka untuk mewujudkan zon penampan di sepanjang kawasan bersempadan dengan Gaza tersebut.

Mayat ditemui pada tayar pesawat
Mayat ditemui pada tayar pesawat
WASHINGTON -AMERIKA SYARIKAT. Mayat seorang lelaki ditemui pada ruang tayar pendaratan pesawat Airbus A340 milik South African Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, di sini, menurut pihak berkuasa, kelmarin. Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang tersebut memaklumkan, penemuan menggemparkan itu dibuat oleh petugas pada jam 1.30 petang (waktu tempatan) selepas pesawat dari Johannesburg terbabit tiba di Dulles, Khamis lalu.

Lapangan terbang Yogya, Solo ditutup
Lapangan terbang Yogya, Solo ditutup
SOLO - INDONESIA. Kementerian Perhubungan melaporkan dua lapangan terbang terjejas teruk akibat letusan Gunung Kelud masih ditutup untuk proses pembersihan abu. Jurucakap kementerian Bambang Ervan berkata, lapangan terbang yang belum dibuka adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sucipto di Yogyakarta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sumarmo di Solo.

Mangsa mati bukan dipijak gajah
Mangsa mati bukan dipijak gajah
JELI - Polis mengesahkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dalam kejadian seekor gajah mengamuk di Kampung Wakaf Zin, dekat sini, kelmarin disebabkan terkejut. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheikh Azhar Sheikh Omar berkata, punca kematian mangsa, Wan Aidit Nasrullah Wan Mahmod disahkan pihak hospital setelah bedah siasat selesai dijalankan.

Hadiah RM5,000 masjid terbaik lesap
Hadiah RM5,000 masjid terbaik lesap
ALOR SETAR - Hadiah wang tunai RM5,000 yang dijanjikan kepada Masjid Ar-Rahman Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam setelah dinobatkan sebagai Masjid Terbaik Negeri Kedah (kategori luar bandar), sempena sambutan Maal Hijrah tahun 2009, lesap entah ke mana. Sejak terpilih menerima anugerah itu, sehingga kini, peruntukan itu tidak dapat dinikmati anak kariah, berikutan janji tinggal janji.

Kebakaran di Sering Ukay, Ampang menyebabkan hampir 4 hektar kawasan tersebut dilitupi asap tebal dan api. – Gambar Khairul Fauzi Mahmud, pembaca The Malaysian Insider, 17 Februari, 2014.
Mercun punca belukar Sering Ukay terbakar
KUALA LUMPUR - Sebahagian besar kawasan belukar di Sering Ukay, Ampang di sini terbakar malam tadi, dipercayai berpunca daripada pembakaran mercun di kawasan itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Anuar Yacob berkata kebakaran pada kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan hampir empat hektar kawasan berkenaan dilitupi asap tebal dan api tetapi tiada kecederaaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Sorok tukang urut dalam tangki air
Sorok tukang urut dalam tangki air
KUALA LUMPUR – Taktik pemilik salah sebuah rumah urut menyorokkan tukang urut di dalam tangki air ketika serbuan pihak berkuasa terbongkar. Jumaat lalu, cubaan sembilan tukang urut warga asing menyorok di dalam tangki air gagal apabila dicekup Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam serbuan di dua premis di Taman Danau Desa, Jalan Klang Lama, di sini.


Fabrik khas akan baluti Burj Khalifa
DUBAI, Emiriah Arab Bersatu - Beberapa pereka merancang membalut bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dengan fabrik khas yang nipis sebagai salah satu hasil kerja seni. Rancangan tersebut dikemukakan oleh sebuah syarikat, Op-En bagi menjadikan bangunan setinggi 828 meter itu lebih menarik untuk dilihat oleh orang ramai. "Rancangan itu sangat bersesuaian dengan kemahsyuran Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia,'' kata syarikat berkenaan.


Sotong gurita cuba curi kamera di laut AS
MONTEREY, California - Seekor sotong gurita yang mempunyai lapan kaki cuba mencuri sebuah kamera milik seorang penyelam di dasar laut Point Lobos di Carmel baru-baru ini. Kejadian itu berlaku ketika penyelam tersebut, Warren Murray menyelam bersama seorang rakannya, David Malvestuto. Murray yang sedang merakamkan gambar di dasar laut tidak menyangka kehadiran sotong tersebut kerana warnanya hampir sama dengan warna batu karang di dasar laut.


NASA selesaikan isu batu misteri
CHICAGO - Sekumpulan saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menyelesaikan kehadiran seketul batu misteri berbentuk kuih donat yang tiba-tiba muncul di depan kamera kenderaan penjelajah di planet Marikh. Pada 26 Disember tahun lalu, batu tersebut tidak berada di depan kamera kenderaan Opportunity itu. Namun, pada 8 Januari lalu, sekeping gambar yang dihantar kenderaan tersebut menunjukkan terdapat batu berkenaan.


Rompak untuk bayar hutang
BUTTERWORTH – Suspek utama yang merancang melarikan tiga karung beg berisi wang tunai bernilai lebih setengah juta ringgit pada 31 Januari lalu dipercayai melakukan jenayah itu untuk membayar hutang ah long dan hutang rumah. Perkara itu terbongkar hasil siasatan ke atas lapan suspek termasuk pasangan suami isteri yang diberkas dalam beberapa siri tangkapan sejak 4 Februari lalu di Sungai Petani, Kedah. Pasangan suami isteri itu merupakan dalang rompakan tersebut.

Haram sembelih haiwan di Denmark
Copenhagen: Langkah kerajaan Denmark untuk mengharamkan amalan sembelihan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam dan Yahudi di negara itu. Mereka menganggap pengharaman itu dilihat sebagai serangan langsung terhadap amalan agama mereka.


Letupan Gunung Kelud dalam al-Quran
Jakarta: Sebahagian rakyat Indonesia semalam menerima mesej pesanan ringkas yang menghubungkan letusan Gunung Kelud dengan beberapa ayat dalam al-Quran. Pesanan berantai itu tersebar dengan cepat, berisi maklumat mengenai kronologi letupan itu, yang menurutnya sudah digambarkan di dalam kitab suci itu.

Laman sosial bongkar cubaan liwat budak
Sabah Bernam: Cara komunikasi pasangan bisu yang menggunakan aplikasi laman sosial merungkai perbuatan songsang abang mereka cuba meliwat anak saudaranya, kelmarin. Kejadian berlaku jam 6 petang selepas mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun pergi ke rumah neneknya di kawasan perumahan, di sini.

Mengaku anak buah elak dicekup
Khalwat ‘saudara’ depan anak
Tampin: Seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak lelakinya berusia 12 tahun di sebuah bilik sewa di tingkat dua bangunan rumah kedai, di sini, tergamak melakukan maksiat dengan kekasihnya di hadapan kanak-kanak terbabit. Difahamkan, wanita berusia 33 tahun itu yang juga pembantu kedai menyewa bilik berkenaan sejak beberapa bulan lalu. Hasil maklumat awam dan risikan, Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan serbuan di bilik berkenaan dan menahan pasangan itu, malam kelmarin.


Pemuja syaitan pembunuh bersiri
Seorang wanita pemuja syaitan yang dikenakan tuduhan membunuh bersama suaminya mengakui dia pembunuh bersiri. Akhbar tempatan, Daily Item melaporkan, Miranda Barbour, 19, mengaku bersalah membunuh Troy LaFerrara di Port Trevorton pada 11 November. Dia juga mengaku membunuh ramai lagi di Alaska, Texas, Carolina Utara dan California sejak enam tahun lalu.

Gadis Asia terbaik
Seperti benua lain, Asia mempunyai pelbagai negara yang didiami masyarakat dengan latar belakang berbeza. Setiap negara mempunyai kesenian dan keistimewaannya yang tersendiri termasuklah kecantikan gadisnya. Kecantikan gadis Asia belum tentu dapat ditandingi mana-mana wanita lain seluruh dunia. Apa yang menariknya? Disenaraikan beberapa kelebihan wanita Asia yang berjaya menarik minat jejaka luar hingga memperlihatkan peratusan perkahwinan campur naik mendadak saban tahun.

Tauke kayu gaharu rugi RM1.5 juta rumah dirompak
Miri: Air tenang jangan disangka tiada buaya. Itu pengajaran diterima seorang ahli perniagaan apabila rumahnya di Taman Da Sing di sini, dipecah masuk pencuri hingga kerugian mencecah RM1.5 juta, kelmarin. Difahamkan, akibat terlalu yakin kawasan kediamannya tiada berlaku jenayah, ahli perniagaan berusia 60-an itu sering meninggalkan rumahnya dengan keadaan tingkap dapur tidak ditutup dengan sempurna.

Gadis 17 tahun derma RM44 juta
Riyadh: Seorang gadis berusia 17 tahun mendermakan SR50 juta (RM44 juta) kepada kegiatan kebajikan di Arab Saudi. Gadis yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar tempatan, jumlah itu suku daripada kekayaan yang diwarisi daripada bapanya. Menurut laporan, gadis berkenaan pergi ke mahkamah di Riyadh dan mendermakan wang itu kepada kumpulan kebajikan yang terbabit dalam pembinaan masjid, membantu membebaskan tahanan yang terlibat dengan hutan, pembinaan sekolah, hospital dan aktiiviti lain.

Foto FotoFoto
Kumpulan `tentera' bersenjata tiruan ditahan
Segamat: Polis menahan 18 lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah dekat sini, selepas dipercayai berlatih menembak menggunakan raifal tiruan, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu, polis turut merampas 14 senjata api tiruan termasuk menyerupai M-16 dan AK-47.

Zaharudin Rasip
Gadis ikut teman dirogol bergilir-gilir
Kota Bharu: Tindakan seorang gadis mengikut teman lelaki yang baharu dikenali menerusi Facebook ke rumah sewa, mengundang padah apabila dirogol secara bergilir-gilir dalam kejadian di Kampung Geting dekat Tumpat. Mangsa berusia 17 tahun itu menerima ajakan lelaki yang dikenali sejak dua minggu lalu itu, untuk berkunjung di rumah, sebelum menjadi mangsa rogol oleh pemuda itu jam 11.30 malam Jumaat lalu.

Datin kena samun RM30,000
Kuala Lumpur: Seorang penjawat awam berstatus Datin, kerugian lebih RM30,000 apabila beg tangannya disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Gombak di sini, pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun dalam perjalanan dari rumahnya ke pejabat di Jalan Duta, menghentikan kereta mewah dipandunya di lampu isyarat lokasi kejadian.

Lelaki pukul isteri guna kapak dicekup
Lelaki pukul isteri guna kapak dicekup
Kota Bharu: Seorang lelaki yang diburu polis hampir tiga minggu kerana memukul isteri dengan kapak serta mengunci leher mangsa dengan rantai besi, ditahan ketika bersembunyi di sebuah pondok dalam semak dekat Pasir Tumbuh, awal pagi semalam. Suspek berusia 26 tahun terbabit, ditahan ketika bersendirian dalam pondok di Kampung Tembisu itu jam 5.30 pagi, oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kota Bharu, hasil risikan susulan maklumat awam.

12 maut, 1,650 cedera ribut salji JepunLima maut ribut salji di Jepun
12 maut, 1,650 cedera ribut salji Jepun
Tokyo: Ribut salji kedua dalam tempoh seminggu melanda Jepun pada hujung minggu, menyebabkan 12 orang terbunuh dan beratusratus cedera, selain melumpuhkan sistem pengangkutan udara, rel dan jalan raya manakala bekalan elektrik terputus. Beratus-ratus kenderaan tersadai di beberapa batang jalan raya dan lebuh raya di Jepun apabila negara itu dilanda ribut salji yang kini bergerak ke utara, kata seorang pegawai semalam.

Kes Bunuh Pengasas Ambank : Pemandu Teksi Diarah Bela DiriPistol
Pemandu teksi disyaki bawa suspek bunuh pengasas AmBank dipenjara 14 tahun, 6 sebatan
KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang dipercayai membawa suspek pembunuhan pengasas kumpulan Ambank, Hussin Najadi, dihukum penjara 14 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan memiliki pistol dan peluru, tahun lalu. Hakim Azwarnida Affandi, menjatuhkan hukuman itu terhadap Chew Siang Chee, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguaan munasabah.

Pesawat hilang di Nepal: Tiada yang terselamat
KATHMANDU: Polis Nepal menemui pesawat membawa 18 orang yang dilaporkan hilang semalam di kawasan pergunungan barat negara itu tetapi tiada yang terselamat, kata pegawai. Kesemua mereka dilaporkan terkorban. Pesawat Nepal Airlines membawa 15 penumpang dan tiga anak kapal terhempas di kawasan hutan berbukit di daerah Arghakhanchi, 226 kilometer barat ibu negara itu.

kuala_lumpur_malaysia_maju_ekonomi
Malaysia catat pelaburan RM38.7 bilion tertinggi dalam sejarah
KEMAMAN: Malaysia menerima pelaburan tertinggi dalam sejarah negara apabila mencatat RM38.7 bilion sepanjang tahun lalu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pelaburan itu bukan sahaja daripada pelabur asing, tetapi juga pelabur tempatan.


1.07 juta belum tukar MyKad
BAGAN DATOH 16 Feb. - Sebanyak 1.07 juta orang rakyat negara ini yang mencapai usia 18 tahun masih belum memperbaharui MyKad mereka manakala 64,122 orang kanak-kanak yang mencapai usia 12 tahun gagal memohon kad pengenalan diri itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan membuat MyKad akan menyukarkan kanak-kanak itu untuk menduduki peperiksaan selain menimbulkan banyak masalah sebaik permohonan lewat dibuat.


Budak perempuan 2 tahun rentung dalam kebakaran
BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Rozhan, Cheruk Tok Kun di sini hari ini. Mayat Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri, 2, ditemui di sebuah bilik di tingkat bawah rumah papan dua tingkat itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata kebakaran pada pukul 11 pagi itu menyebabkan rumah yang didiami keluarga kanak-kanak berkenaan musnah sepenuhnya.

2Mangsa banjir di Beaufort meningkat
Mangsa banjir di Beaufort meningkat kepada 2,418 orang
BEAUFORT 17 Feb. - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 2,418 orang setakat 12 tengah hari berbanding 2,391 mangsa pagi tadi. Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Beaufort, mangsa yang terdiri daripada 709 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan.

No comments:

Post a Comment