Monday, February 24, 2014

Berita Terkini 24 Februari 2014

PERLAWANAN badminton melibatkan pasangan beregu seteru utama iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan bertemu dengan pasangan China Fu Haifeng dan Cai Yun memperlihatkan persembahan mantap daripada pasangan itu. Biarpun di luar, Chong Wei dan Lin Dan adalah dua musuh ketat dalam area perseorangan badminton dunia, namun mereka memperlihatkan mereka mampu bermain beregu dengan baik. Ia diadakan pada 16 Februari lepas di Lingshui China sempena pembukaan pusat latihan badminton baru di wilayah itu. Pasangan Lin Dan/Chong Wei bertemu dengan juara dunia sebanyak lima kali iaitu pasangan dari China Cai Yun dan Fu Haifeng.


Azabnya Jadi Model Di China…Hanya Makan Telur Rebus Untuk Kurus
China – Bukan mudah untuk menjadi model di China. Ini kerana ukuran badan akan diambil setiap minggu dan jika terdapat banyak `lemak’ di paha, maka model tersebut hanya boleh makan telur rebus sahaja selama 10 hari. Jika gagal menurunkan berat badan, maka agensi modeling itu akan menggugurkan nama model tersebut dalam peragaan pakaian. Perkara itu didedahkan oleh Meredith Hattam yang menulis mengenai latihan keras untuk menjadi model di China, dalam blognya, Fashionista.

 

“Mas, Tolong Bantu Saya Mas.. Tolong,”…
ANDA pasti membantu jika seorang wanita berpakaian agak seksi meminta bantuan daripada anda mencari rantai emasnya yang hilang di tepi jalan? Begitulah modal yang digunakan rancangan televisyen di Indoensia bertajuk “Super Trap” untuk mengenakan mangsa-mangsanya yang merupakan orang ramai yang lalu lalang di sekitar jalan itu. Program itu disiarkan di Indonesia melalu saluran televisyen Trans TV.


Remaja Sudah Duga Ajal Menerusi Status Facebook
AJAL maut sememangnya di tangan Tuhan dan tiada siapa pun yang akan tahu bilakah waktu dan tarikh tepat kematian mereka. Namun, tidak dinafikan ada juga insan yang dapat merasakan waktu kematian mereka semakin hampir. Ia dapat diperhatikan melalui sikap yang luar dari kebiasaan atau kata-kata mereka. Seperti remaja ini, dia seperti dapat menduga ajalnya semakin hampir melalui status yang ditulisnya di laman Facebook yang berbunyi:



VIDEO: KLIA 2 Lebih Canggih Dan Hebat Dari LCCT!
PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi meminta semua pihak tidak membuat perbandingan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dijadualkan dibuka pada 2 Mei ini dengan Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCCT). Beliau berkata, LCCT pada masa ini sudah tidak memberi keselesaan kepada rakyat mahupun penumpang maka pembinaan KLIA2 adalah tepat pada masanya. “KLIA2 dengan kos RM4 billion ini masih dianggap termurah di dunia jika dibandingkan dengan lapangan terbang lain di dunia.


VIDEO: Luahan Imam ‘BALING SELIPAR’ Ketika Ambil BR1M…
MASIH ingatkah lagi kisah seorang imam yang bertindak biadap dengan membaling selipar kearah Hakim dalam Mahkamah? Ahli PAS seumur hidup, Hoslan Hussin pernah mendapat perhatian umum dan menghiasi dada dada akhbar serta mendapat liputan berita telivisyen ketika kisah ini hangat diperkatakan. Hoslan Hussin yang turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demo telah dibebaskan setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina Mahkamah.


VIDEO: Silat ‘POWER’…Belum Bertumbuk Dah Terpelanting!
BUKAN untuk memperkecil atau memperlekehkan jenis silat yang sebegini. Kita pun tahu, dengan kuasa Allah tiada yang mustahil. Namun janganlah disebabkan itu, kita mudah saja ‘menyalahgunakan’ frasa tersebut. Video di bawah menunjukkan sejenis silat yang tidak memerlukan pertempuran secara fizikal. Hanya menggunakan sejenis ‘kekuatan’ – semua musuh akan terpelanting dan tewas dengan sendirinya, wahh hebatttt!!!


MAS Dan Air Asia ‘Berperang’ Di Facebook
Nampaknya, perang media sosial antara syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia berterusan! Selepas Air Asia mengambil kesempatan menggunakan isu nasi lemak ‘telanjang’ MAS, syarikat penerbangan tersebut dilihat menggunakan tarikh jualan promosi tiket Air Asia murah yang bermula pada hari ini (24 Februari 2014) pula sebagai modal untuk membalas dendam. 21 Februari lalu, MAS telah memuat naik satu status meminta agar pengguna bertindak BIJAK pada 24 Februari.

Khalid Abu Bakar
PDRM minta penjelasan SPRM laporan portal berita
KOTA KINABALU - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan kononnya 60 anggota dan pegawai polis sedang disiasat kerana terlibat rasuah dan pengubahan wang haram. Katanya setakat ini beliau belum menerima sebarang laporan daripada SPRM berhubung penglibatan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan, seperti dilaporkan portal berita The Malaysian Insider. "Saya tidak tahu dari mana The Malaysian Insider mendapat maklumat tetapi kami tidak dimaklumkan oleh SPRM sebarang siasatan terkini terhadap pegawai-pegawai kami. Jadi saya akan menulis kepada SPRM untuk mengetahuinya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah Pingat Kedaulatan Negara di sini hari ini.


Lebih 300 kes buli siber dilaporkan tahun lepas
MELAKA - Sebanyak 389 kes buli siber dilaporkan oleh pengguna internet melalui Pusat Bantuan Cyber999 sepanjang tahun lepas, meningkat 55.6 peratus berbanding 250 kes pada 2012. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata sikap pengguna internet yang suka berkongsi maklumat peribadi terutama kata laluan di laman sosial dikenal pasti antara faktor utama peningkatan kes buli siber itu. "Mesej yang dihantar melalui akaun yang diceroboh terutama melibatkan unsur negatif akan merosakkan reputasi pemilik sebenar akaun terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Hari Keselamatan Internet 2014 di sini hari ini.


Angkasa tiada kuasa gantung Mustapa Kamal
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas memutuskan bahawa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggantung bekas Naib Yang Dipertuanya Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut daripada menyertai mana-mana persidangan atau mesyuarat koperasi itu bagi tempoh lima tahun. Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal Mustapa Kamal ketika mendengar saman pemula Angkasa. Dalam penghakimannya, Zaleha berkata Angkasa tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian kerana Mustapa Kamal bukan anggota badan berkenaan dan pertuduhan terhadap Pengerusi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad itu juga tidak terdapat dalam mana-mana Undang-Undang Kecil Angkasa. Beliau turut mengarahkan Angkasa membayar kos sebanyak RM6,000.

Idris Jusoh
Idris: Sistem PBS tidak akan dimansuh
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan tidak akan memansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh hari ini. Beliau berkata kementerian akan mengumumkan bentuk dan pelaksanaan sistem baharu PBS pada 1 April ini. "Kementerian tidak akan memansuhkan sistem ini, namun akan memperbaharui semula sistem PBS dan melihat cara berkesan untuk penambahbaikan," katanya ketika diminta mengulas mengenai keluhan pelbagai pihak mengenai sistem itu.

Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok
Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok
SHAH ALAM - Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengesahkan dirinya telah menerima surat arahan pertukaran serta-merta secara rasmi, hari ini. Guru sekolah di negeri Pantai Timur ini akui beliau bakal membuat rayuan terhadap jabatan pendidikan negeri terbabit. "Surat itu bertarikh 17 Februari 2014 dan saya terimanya hari ini. "Saya akan buat surat rayuan dan akan dihantar ke jabatan pendidikan negeri, esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Polis tahan 3 lelaki, rampas barang binaan jalan
KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki dan merampas sebahagian barangan membina jalan raya serta kenderaan yang disamun di sebuah kilang di Bukit Sentosa, Rawang, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaacob berkata ketiga-tiga suspek berumur lingkungan 35 hingga 50 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di Puchong dan Ayer Tawar, Perak, pada 22 Februari lepas. Dalam kejadian samun itu, kerugian dianggar bernilai RM673,000. "Dalam serbuan itu, polis menemui semula beberapa barangan yang disamun iaitu empat unit generator 250 KVA dan dua lori jenis Isuzu 10 tan dan tiga tan.

Foto
Operasi cari tentera hilang diteruskan
BESUT - Gerakan mengesan seorang anggota tentera, Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 30, dari 18 RAMD Kem Seri Pantai, Seberang Takir yang hilang bersama senjata secara misteri di Lata Belatan di sini sejak pagi Rabu lalu masih diteruskan. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata usaha mencari dan menyelamat yang masuk hari ke enam hari ini masih belum berhasil. Nik Azizi dari pasukan infantri dan masih bujang berasal dari Semerak, Pasir Putih, Kelantan. Kamaruddin berkata setakat ini hampir 75 peratus dari kawasan hutan dan gunung termasuk persekitaran tempat anggota itu hilang telah diliputi.

Dua beradik maut ketika ke sekolah
KUALA KRAI - Dua adik-beradik yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di sini maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab berkata mangsa Haizum Ibrahim, 17, dan adiknya Asmaida, 14, kedua-duanya perempuan, maut di tempat kejadian selepas dirempuh Proton Perdana di Kilometer 98 Jalan Kota Baharu-Gua Musang pada jam 7.30 pagi. "Sebelum kejadian, motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang Haizum dipercayai keluar dari simpang Lata Rek ke Laloh dan mangsa telah dirempuh kenderaan itu yang dalam perjalanan ke Gua Musang," katanya kepada pemberita.

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPP
TPP dijangka dimuktamad akhir April
SINGAPURA - Negara-negara yang terlibat dengan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) hanya akan dapat memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas itu menjelang akhir April, kata Ketua Pusat Yayasan Temasek bagi Perdagangan Dan Rundingan (TFCTN) Dr Deborah Elms. "Tetapi jika mereka dapat memuktamadkannya pada April, tiada siapa akan melihat teks perjanjian. "Saya tidak fikir sehingga akhir tahun ini atau pada awal tahun 2015 kerana ia mengambil masa yang lama bagi peguam-peguam untuk melakukan apa yang dipanggil 'pembersihan dari segi undang-undang'," kata beliau kepada Bernama di luar acara mesyuarat peringkat menteri TPP di sini hari ini.

PruBSN perkenal aplikasi telefon pintar
PruBSN perkenal aplikasi telefon pintar
PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenalkan inovasi digital terbaharu berupa penyelesaian jualan menggunakan peranti tablet yang dipanggil PruBSN Mobility dan aplikasi telefon pintar yang dikenali sebagai PruBSN Navigator. Kedua-dua aplikasi itu bertujuan membekalkan pengedar PruBSN dengan penyelesaian canggih dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan syarikat itu. Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Azim Mithani berkata, PruBSN Mobility merupakan contoh bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan untuk menggandakan impak terhadap perniagaan syarikat itu dalam pelbagai aspek.

MAS
Perlu fikir panjang sebelum ganti pesawat
BERIKUTAN kerugian RM1.2 bilion yang dialami Malaysia Airlines pada 2013, syarikat penerbangan negara itu mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat keputusan mengenai kaedah melaksanakan penggantian pesawat dalam tempoh beberapa bulan ini. Dalam senario ini, ia perlu memilih syarikat pengeluar pesawat yang dapat memberikan nilai terbaik dan jenis pesawat yang sesuai untuk operasinya. Namun, sukar mana sekali pun, ia perlu segera membuat keputusan sebelum berakhir tahun ini memandangkan ia perlu pesawat yang lebih moden dan menjimatkan bahan api seawal 2016 untuk kekal memperoleh bahagian pasaran yang kukuh atau penumpang yang lebih memilih mungkin akan beralih kepada syarikat penerbangan lain yang menyediakan pesawat baharu, atau pesawat lama mungkin akan meningkatkan kos operasi.

Bank Rakyat
Bank Rakyat sedia RM1.2juta rumah rakyat miskin
TEMERLOH - Bank Rakyat memperuntukkan lebih RM1.2 juta bagi membina sebanyak 30 unit rumah untuk penduduk miskin seluruh negara tahun ini dalam usaha membantu mereka memiliki kediaman sendiri. Naib Presiden Bank Rakyat Wilayah Tujuh Sharifuddin Abdullah berkata, setiap rumah yang dibina itu berharga kira-kira RM40,000 dan dilengkapi tiga bilik tidur serta satu bilik air. "Bank Rakyat menggunakan sebahagian wang zakat bagi melaksanakan program kemasyarakatan termasuk membina rumah kediaman dan membantu pendidikan pelajar kurang berkemampuan.

Datuk Abdul Aziz Kaprawi
Terminal pelabuhan ketiga boleh kendali 30j TEU
PELABUHAN KLANG - Terminal pelabuhan ketiga, yang masih pada peringkat kajian kerajaan, dijangka berupaya mengendalikan sehingga 30 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) setahun apabila siap kelak. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kerajaan pada masa ini sedang mengkaji dua lokasi dalam Pelabuhan Klang untuk membina terminal itu bagi memenuhi permintaan dan menampung keperluan syarikat perkapalan. "Kerajaan sedang melakukan kajian mengenai pelabuhan yang dicadangkan yang dijangka siap pada tahun depan," katanya pada taklimat media selepas melancarkan dermaga baharu Northport (M) Bhd, Dermaga 8A, di sini hari ini.

Polis tahan dua lelaki suspek kes pecah rumah
KUANTAN - Polis menahan dua daripada tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Taman Kempadang dan Taman Berjaya Permai, di sini semalam. Dalam kejadian 12 tengah hari itu, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang meronda di Taman Kempadang, terserempak sebuah kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga lelaki berumur 20-an dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata apabila dihampiri, pemandu kereta itu bertindak memecut kenderaannya, namun dipintas dua anggota polis berkenaan sebelum dapat menahan seorang daripada suspek selepas satu pergelutan.


Padah tumbuk ibu
RIYADH - ARAB SAUDI. Gara-gara menumbuk muka ibu sendiri hingga patah gigi, seorang lelaki di Saudi dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan 2,400 sebatan. Dipetik DailyMail, mahkamah turut mengarahkan gigi tertuduh yang berumur 30-an dipatahkan sama seperti yang dilakukan ke atas ibunya. Hakim Turki Al Qarni membuat keputusan itu selepas laporan perubatan menunjukkan lelaki tersebut tidak mengalami masalah mental atau berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika mencederakan ibunya.


Kepungan jejas ekonomi di Gaza
GENTING GAZA - TEBING BARAT. Semenanjung Gaza dilaporkan sedang bergelut dengan krisis ekonomi dan kemanusiaan akibat daripada sekatan Israel dan Mesir ke atas terowong rahsia di sempadan wilayah tersebut. Menurut laporan terbaru Biro Pusat Statistik Palestin, kadar pengangguran di Genting Gaza telah meningkat kepada 38 peratus pada akhir tahun lalu berbanding 32 peratus pada suku ketiga 2013. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Hamas, Zeyad al-Zaza berkata, gerakan penentangan mencadangkan supaya kawalan pintu masuk utama di sempadan diserahkan kepada perusahaan swasta.

Joko Widodo Jokowi
Tiga alat intipan ditemui di kediaman rasmi Jokowi
JAKARTA - Tiga peralatan intipan ditemui di kediaman rasmi Gabenor Jakarta, Joko Widodo yang disyaki dilakukan musuh politik bagi mengetahui strategi tokoh popular Indonesia itu. Ketiga-tiga peralatan dipercayai untuk merakam perbualan peribadi tokoh politik yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu dikesan dipasang di ruang tamu, bilik tidur utama dan ruang makan kediaman rasminya di Menteng, Jakarta Pusat pada Disember tahun lepas. Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu dipercayai ada kaitan menjelang Pilihan Raya Umum 2014 (Pemilu 2014) kerana Jokowi dilihat sebagai calon paling popular dan sangat disukai ramai.


Pencuri telan berlian RM600,000
SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki ditahan polis Australia kerana mencuri dan dipercayai menelan berlian merah jambu bernilai lebih A$200,000 (RM600,000). Dipetik AFP, menurut pihak berkuasa, suspek berumur 29 tahun tersebut diberkas ketika dia cuba menaiki penerbangan antarabangsa di Melbourne. Difahamkan, siasatan lanjut sedang dilakukan dan lelaki tersebut akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Cairns pada hari ini.

Penduduk Australia makin gemuk
Penduduk Australia makin gemuk
CANBERRA - AUSTRALIA. Data terbaharu Yayasan Jantung Australia mendedahkan setengah juta penduduk negara itu mengalami kegemukan. Laporan menyatakan, hanya 35 peratus penduduk negara itu memiliki berat badan normal berbanding 60 peratus pada tahun 80-an. “Rata-rata berat badan lelaki sekitar 86kg, meningkat 7kg dari berat badan normal manakala berat wanita pula sekitar 72 kg meningkat sekitar 5.7 kg,” menurut data berkenaan.

Saya tidak akan maafkan pembunuh ayah
Saya tidak akan maafkan pembunuh ayah
SEREMBAN - "Saya tidak akan maafkan pembunuh ayah," kata Rohaizat Aris, anak sulung mangsa samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban – Tampin, berhampiran Taman Bukit Emas, di sini, malam kelmarin. Aris Sulaiman, 64, juruwang di stesen minyak itu, ditikam di dada oleh seorang penjenayah dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Saya nak penjenayah itu dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya," kata Rohaizat, 33.


Lelaki Palestin Manusia Tertua 125 Tahun
Gaza – Seorang lelaki Palestin, Rajab Al Toum, meminta Guinness Book of World Records memasukkan namanya sebagai manusia tertua dunia pada usia 125 tahun kerana dilahirkan pada 1889 dan pernah berperang di dalam Perang Dunia Pertama mempertahankan Empayar Uthmaniah yang memerintah wilayah itu selama ratusan tahun. Al Toum berkata, kesihatannya masih baik dan mendedahkan rahsia umur panjangnya adalah tabiat pemakanan yang elok dan tidak mempercayai daging merah dan selalu mengambil minyak zaitun, susu dan daging arnab. Beliau yang tinggal di Semenanjung Gaza, hidup pada lima zaman berbeza termasuk Uthmaniah, penjajahan Britain, pemerintah Mesir, pencerobohan Israel dan kini di bawah pentadbiran Hamas. Dikerah tentang tentera bersekutu


Remaja Liwat Rakan Perempuan
PADANG BESAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes meliwat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun beberapa kali sejak akhir tahun lalu. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, perintah tahanan itu bermula kelmarin (Jumaat) dikeluarkan Mahkamah Majistret di Kangar. Dalam kejadian terakhir berlaku pada awal Februari lalu, suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa telah membawanya ke sebuah rumah kosong di Kampung Lembah Biak, di sini sebelum meliwat mangsa dan merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.


Ibu Saksi Anak Maut Depan Mata
BENTONG – Hasrat seorang pemuda untuk melaporkan diri pekerjaan baharu di Hospital Kuala Pilah hari ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Karak-Kuala Pilah dekat Telemong di sini kira-kira jam 5.05 petang kelmarin. Lebih menyedihkan kemalangan itu turut disaksikan ibunya yang menaiki kenderaan lain di belakang mangsa. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, mangsa dikenali sebagai Abdul Rahman Razlin, 20, beralamat di Taman Sri Siantan.


Kerana Badan Besarlah Saya Dikenali – Abam
PETALING JAYA – Pelawak Abam (Bocey) memberitahu ada beberapa pihak meminta dia menguruskan badan sebagai langkah untuk kekal lama dalam industri hiburan tempatan. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, bagaimanapun berkata, dia enggan berbuat demikian kerana menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak. “Ada pihak yang meminta saya untuk kuruskan badan, kononnya agar saya dapat bertahan lama dalam industri.


Mayat Wanita Dalam Kumbahan Najis Babi
BALIK PULAU – Mayat wanita warga emas ditemui dalam kumbahan najis babi di Pantai Acheh, Sungai Pinang di sini Ahad. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata siasatan lanjut mendapati identiti mayat berkenaan sepadan dengan Chang Ah Pooi, 79, yang dilapor hilang, 17 Feb lepas. “Wanita yang dilapor hilang itu tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian dan ketika ditemui mayatnya dalam keadaan reput dan badannya terputus dua dipercayai dimakan biawak,” katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.


Lembaga Hitam Dicekup Di Perak
PARIT BUNTAR – Tindak tanduk mencurigakan ‘lembaga hitam’ yang tergesa-gesa keluar dari pekarangan sebuah rumah di Taman Sempadan, dekat sini, kelmarin membongkar beberapa kes kecurian pakain berjenama dan aksesori kenderaan sebelum ini. Semuanya terbongkar setelah tertangkapnya lembaga hitam yang juga seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dikesan sedang memanjat pagar untuk masuk ke dalam rumah mangsa lebih kurang jam 5 pagi. Ahli Pasukan Keselamatan Daerah Kerian, Lee Sin Chew berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk taman itu lebih kurang jam 5.15 pagi yang melaporkan telah menyaksikan perbuatan seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat pagar rumah jirannya.

Ringgit and Money
Bekas pegawai eksekutif syarikat mengaku tidak bersalah pecah amanah
SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai eksekutif operasi syarikat aksesori kenderaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah bernilai RM69,196.99 pertengahan Januari lalu. Tertuduh, Yap Jien Song, 30, dari Rasa, Hulu Selangor membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad. Berdasarkan pertuduhan, Jien Song dituduh melakukan perbuatan tersebut di Syarikat CTIM Sdn. Bhd., No. 3 Jalan Jasmine 2, Seksyen BB10, Bandar Bukit Beruntung, Rawang kira-kira pukul 10.30 pagi, pada 18 Januari lalu.


Tiada arahan dikeluarkan tukar guru yang menentang PBS - Muhyiddin
KAJANG, 24 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menukar mana-mana guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mempunyai niat untuk menganiayai mana-mana guru, termasuk mereka yang berada dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). "Saya nak nyatakan bahawa saya tak memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang di dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).


Tahanan lokap di Kampar meninggal dunia akibat embolisme paru-paru
KAMPAR - Punca seorang tahanan yang ditemui mati di lokap Balai Polis Kampar di sini tahun lepas adalah disebabkan 'embolisme paru-paru' akibat berlaku hidrasi yang rendah dalam badannya, inkues bagi mengenal pasti punca kematian M. Ragu di Mahkamah Koroner di sini diberitahu hari ini. Ketua Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Dr. Mohammad Shafie Othman berkata, 'embolisme paru-paru' adalah kehadiran darah beku dalam sistem saluran darah paru-paru yang menyekat kemasukan darah dalam tisu organ itu. Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Loke Kok Mun dalam prosiding hari ini. "Embolisme paru-paru boleh berlaku dalam apa-apa keadaan tetapi dalam kes ini saya tidak nampak sebarang pukulan menyebabkan berlakunya embolisme paru-paru pada si mati, saya tidak menemui kesan pukulan pada mayat si mati," katanya memberi keterangan sebagai saksi kesembilan.

Foto
Polis rampas 45 ketul dadah mampat
Kuala Lumpur: Polis menahan dua individu dipercayai pasangan kekasih selepas didapati memiliki puluhan mampat dadah jenis ganja di dalam kereta mereka yang berada di kawasan parkir berdekatan Hentian Bas Jalan Duta di sini, awal pagi Khamis lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi itu, pekerja salun kecantikan dan penghantar surat berusia 20 hingga 30an berkenaan dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk mengedar bahan haram terbabit. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, operasi hasil maklumat dan risikan itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur. "Pemeriksaan lanjut menemui 45 ketulan dadah di dalam dua beg pakaian di dalam bonet sebuah kereta Honda Accord yang dianggarkan bernilai RM100,000.


Lemas selepas terjun Jambatan Pulau Pinang
Butterworth: Seorang lelaki dipercayai lemas selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian di Kilometer 5.4 (menghala ke Georgetown) jam 11 pagi tadi. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat menjalankan gerakan mencari dan menyelamat menemui topi keledar warna putih sudah pecah di kawasan dipercayai mangsa terjun. Usaha mengesan mangsa kini sedang dijalankan, turut ditemui ialah sebuah motosikal ditinggalkan berhampiran lokasi kejadian dipercayai ditunggang lelaki berkenaan. Bagaimanapun semakan sedang dijalankan untuk mengesahkan pemilik sebenar motosikal terbabit.

FotoAbdul Khalid Ibrahim
Bekalan air di Selangor sekali dua hari
SHAH ALAM: Pelaksanaan sistem catuan air secara bergilir-gilir di Selangor akan bermula esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan sejak 7 Februari lalu. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sistem ini dijalankan bagi mengekalkan jumlah air di empangan negeri ini supaya dapat bertahan untuk dua bulan lagi jika musim panas berlarutan. "Setiap pengguna di Selangor tidak perlu bimbang kerana mereka akan menerima bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan setiap dua hari.


Lapor kandungan provokasi dalam laman sosial - Jailani
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menerima mesej atau mendapati ada kandungan berunsur provokasi dan hasutan dalam laman sosial diminta mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata aduan boleh dibuat kepada polis atau kementeriannya yang kemudian akan meminta pengawal selia iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan. "Jika orang ramai berasa tersinggung dengan sesetengah kenyataan (atau kandungan) dalam media sosial, mereka boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa. Jika kandungan itu dalam Facebook, mereka boleh membuat aduan bertulis terus kepada Facebook atau SKMM.

Foto
5,530 pendatang asing ditahan sejak Ops 6P Fasa II - Zahid
PUTRAJAYA: Seramai 5,530 pendatang tanpa izin diberkas Jabatan Imigresen sejak Ops 6P Fasa II dilancarkan di seluruh negara Januari lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, operasi yang bermula 21 Januari lalu itu turut memeriksa seramai 21,821 pekerja warga asing menerusi 799 operasi. Beliau berkata, seramai 61 majikan turut ditahan kerana melindungi pendatang asing, selain 5,261 Pati sudah dihantar pulang ke negara masing-masing.

Gangguan Bekalan Air Di Kuala Selangor
Catuan air mungkin di Tampin, Rembau - MB Negeri Sembilan
SEREMBAN: Catuan air di Negeri Sembilan mungkin terpaksa dilakukan di sebahagian kawasan Tampin dan Rembau membabitkan 19,000 pengguna sekiranya paras air di Empangan Gemencheh menurun ke paras minimum. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kerajaan negeri hanya akan mula mencatu air di beberapa kawasan di negeri ini jika tiada hujan dalam tempoh terdekat. "Ketika ini, paras air di Empangan Gemencheh adalah 99.84 meter, paras kritikalnya 98 meter manakala paras minimum 86 meter," katanya di sini sebentar tadi.

Kuala Lumpur at Night
RM4.11 bilion laksana 471 projek luar bandar
PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahun ini meluluskan peruntukan berjumlah RM4.11 bilion untuk melaksanakan 471 projek. Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata daripada jumlah projek itu, sebanyak 437 adalah projek sambungan dengan nilai RM4.01 bilion manakala bakinya projek baharu. "Projek infrastruktur menguasai 56.7 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan dengan jumlah projek 127," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat penyelarasan dengan Exco-Exco Luar Bandar di sini hari ini. - BERNAMA

Syarikat Bekalan Air Selangor
Selangor catu air mulai esok - MB
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu, mulai esok. "Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. "Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini.


Sejadah Interaktif
Kejayaan dua pelajar Technology Park Malaysia (TPM) College, Nik Noor Syamimi Ismail dan Norashakirin Nazarudin mencipta sejadah interaktif yang dikenali sebagai SmartSolat dapat membantu umat Islam mempelajari serta memperbetulkan pergerakan dan bacaan dalam solat terutamanya golongan kanak-kanak dan saudara baharu. - UTUSAN ONLINE


Pelakon Liza Abdullah bercerai
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Pelakon era 80-an, Liza Abdullah hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zolkefli Abdul Rahman, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini hari ini. Pasangan itu melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Jamaludin. - UTUSAN ONLINE


Penganggur didakwa bunuh isteri
BUKIT MERTAJAM 24 Feb. - Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membunuh isterinya pada tahun lepas. Chiam Nguang Huat, 40, yang tidak diwakili peguam, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Lai Siew Fong di sebuah rumah, di Taman Bayu Mutiara di sini, pada pukul 4 petang, 24 Jun. Tuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan dicatatkan. Hakim Munsyiri Peet menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim. - BERNAMA


Warga asing bakal dikenakan caj kadar sebenar di hospital kerajaan
PUTRAJAYA 24 Feb. - Semua warga asing akan dikenakan caj rawatan mengikut kadar sebenar apabila mendapatkan perkhidmatan perubatan di klinik dan hospital kerajaan seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, langkah yang akan diadakan dalam masa terdekat itu dapat menjimatkan perbelanjaan perubatan negara sehingga RM100 juta setahun. "Buat masa ini, warga asing yang bekerja di sini menikmati subsidi kos antara 30 hingga 40 peratus berbanding kos rawatan sebenar.


Samseng padang bola
INSIDEN pergaduhan antara penyokong pasukan Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 7 Februari lalu telah menggemparkan peminat sukan bola sepak negara. Dalam perlawanan itu, Pahang menang 3-2. Difahamkan, insiden itu tercetus apabila empat buah bas yang dinaiki penyokong Johor DT didakwa diserang oleh beberapa penyokong Pahang selepas perlawanan, menyebabkan sebahagian penyokong Johor DT cedera. Kekecohan hanya berakhir selepas dileraikan pihak polis. Tindakan ala samseng itu pantas dikaitkan dengan gaya hooligan dalam bola sepak Eropah


Suami 'hadiahkan' isteri HIV
SEWAKTU dimaklumkan bahawa ujian darahnya menunjukkan dia positif HIV, air mata wanita ini mengalir deras. Perasaannya berbaur. Fikirannya dicengkam dengan pelbagai ketakutan. Entah apa dosanya, ujian datang bertubi-tubi. Berita itu diterima tidak lama selepas dia bercerai dan bersendirian membesarkan anak-anak. "Doktor panggil saya dan terangkan mengenai HIV. "Dia tunjukkan saya graf yang menerangkan apa yang akan terjadi kepada saya dalam tempoh 10 tahun akan datang.


Penyakit ganjil belum ada penawar
MELIHATNYA daripada pandangan mata kasar, kanak-kanak berusia enam tahun itu tidak jauh berbeza seperti anak-anak kecil yang lain. Dia bijak bertutur, suka bermain dan menggemari gula-gula. Namun, apabila diteliti cara adik Harithshah Hazim Mohd. Dali berjalan, terzahir kelainan pada dirinya dengan keadaan kedua-dua pahanya melengkung ke luar. Menurut ibunya, Dzalinah Alimat, 46, keadaan pelik Harithshah mula dikesan sejak enam bulan dalam kandungan.


Rakyat terkejut lihat kekayaan Presiden Ukraine
KIEV - Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail semalam. Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan keselamatan meninggalkan hartanah tersebut. Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan sementara.


Ketua kartel dadah paling berkuasa dicekup
BANDAR RAYA MEXICO - Ketua kartel dadah yang paling berkuasa di dunia, Joaquin 'El Chapo' Guzman (gambar) ditahan dalam satu serbuan terancang oleh anggota marin Mexico di sebuah apartmen tepi pantai di bandar Mazatlan kelmarin. Guzman, 56, yang melarikan diri dari pihak berkuasa sejak 12 tahun lalu ditahan pada pukul 6.40 pagi waktu tempatan bersama seorang wanita dan dua pengawal peribadi. Bagaimanapun, tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam serbuan tersebut. Dia sebelum ini dianggap legenda dunia penjenayah kerana berjaya melarikan diri dari penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling ketat di Mexico dengan bersembunyi dalam sebuah lori dobi pada tahun 2011.


Pemberian BR1M berlandaskan ajaran Islam
PEKAN - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah bertepatan dengan ajaran Islam, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Memetik sepotong hadis, Najib menjelaskan, Rasulullah ketika ditanya sahabat mengenai manusia dan perbuatan yang paling dicintai Allah menjawab, manusia yang bermanfaat dan berguna kepada manusia lain. "Perbuatan yang paling dicintai Allah ialah memberikan kegembiraan kepada orang lain, atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunaskan hutang orang yang tidak mampu membayarnya.

‘Yingluck di hujung jalan’
Bangkok: Pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan Suthep Thaugsuban mendakwa kerajaan sementara kini di hujung jalan dan berharap situasi politik negara itu dapat diselesaikan minggu depan. Suthep yang juga setiausaha agung Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) memberitahu orang ramai di pentas demonstrasi di Silom kelmarin segala usaha mereka untuk menumpaskan pentadbiran Parti Pheu Thai selama empat bulan lalu menunjukkan kejayaan. Katanya, kuasa kerajaan dihapuskan sedikit demi sedikit malah rakyat kini tidak tahu di mana Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra yang kini hanya mampu membuat pengumumannya melalui laman Facebook.

Foto
Serban, kopiah masih elok
Sungai Petani: Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu. Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal. Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.

Foto
‘Kenapa serang saya?
Kuala Lumpur: “Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.” Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta. Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Cara baru elak rabun jauh
Wuhan: Dengan sesi persekolahan yang baru bermula, sebuah sekolah rendah di sini mencipta cara baru mengatasi masalah Myopia (rabun jauh) yang dihadapi pelajarnya. Pihak sekolah meletakkan rel penghadang pada setiap meja yang digunakan di dalam kelas. Pengetua sekolah berkenaan memperkenalkan sistem meja dan kerusi yang tidak masuk akal itu untuk membetulkan tabiat penglihatan pelajar sekolah berkenaan seperti membaca dan menulis. Menurut kajian, dianggarkan sekitar 80 peratus orang penduduk Asia rabun jauh berbanding hanya 30 peratus di barat. Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan kaitan faktor persekitaran yang menyumbang kepada masalah rabun jauh tetapi penyelidik masih mengkaji hubung kaitnya dengan faktor genetik. - Agensi

Si panjang, si pendek cari calon isteri
Makkah: Dua lelaki yang mendakwa diri mereka lelaki tertinggi dan terpendek di dunia berkata, mereka berhajat untuk mencari jodoh yang sesuai. Kehadiran Ajaz Ahmed, 38, dan Qamar Ali, 30, menyuarakan hasrat itu ketika ditemui di Makkah kerana mengerjakan umrah, semalam. Ajaz berkata, dia masih belum menemui calon untuk dijadikan isteri. Dia turut menyuarakan rasa sedih kerana namanya masih belum tercatat di dalam Buku Rekod Dunia Guinness.

Lelaki tikam isteri buat pembedahan plastik
Sydney: Lelaki warga Lubnan yang menetap di Australia membunuh isterinya selepas wanita itu melakukan pembedahan plastik. Suspek, George Tannous menikam kepala isterinya dengan gunting sebaik saja isterinya pulang daripada melakukan pembedahan plastik. George kemudian menyerah diri kepada polis. Stesen Televisyen Lubnan, MTV, melaporkan Margaret baru pulang ke rumah ketika itu dan melihat suaminya menunggu dengan gunting.

Foto Foto
Pencuri bodoh
London: Dua penjenayah yang memuat naik gambar mereka bersama-sama barang yang mereka curi di Facebook boleh disifatkan sebagai pencuri paling bodoh di Britain. Kerana tindakan mereka itu menyebabkan mereka tertangkap dan dijatuhkan hukuman penjara, kelmarin. Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, melarikan motosikal, kereta berprestasi tinggi dan sebotol champagne dari rumah mangsa sepanjang enam bulan. Jonathan dan Matthew yang kedua-duanya masih dalam parol kemudiannya bergaya dengan barangan yang mereka curi serta memuat naik hampir 50 gambar ke akaun Facebook mereka.

Foto
Imigresen serbu KLCC
Kuala Lumpur: Hajat sepasang kekasih warga Indonesia bersiar-siar sempena cuti hujung minggu untuk melihat keindahan Menara Berkembar PETRONAS terbantut apabila ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, semalam. Pasangan berusia 20-an itu antara 350 warga asing diperiksa dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula jam 10 pagi di sekitar pusat beli-belah itu. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Datuk Sakib Kusmi berkata, daripada jumlah itu, 170 PATI termasuk empat kanak-kanak ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen.


Negara tak alami krisis ekonomi
Kuala Lumpur: Malaysia tidak berada dalam krisis ekonomi walaupun berdepan kenaikan harga barang kerana asas ekonomi negara masih lagi kukuh dan ini terbukti dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus pada tahun lalu. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, walaupun negara berdepan kenaikan kos sara hidup, kerajaan mengambil langkah pencegahan untuk memastikan rakyat tidak terkesan dengan kenaikan harga barang. “Saya ingin menekankan negara tidak mengalami krisis ekonomi,” katanya selepas menjadi tetamu program temu bual Ruang Bicara terbitan BERNAMA TV, semalam.

Foto Foto
Penjenayah serang polis mati ditembak
Chukai: Seorang penjenayah paling dikehendaki kerana terbabit dalam kes curi dan samun, mati ditembak ketika menyerang anggota polis, petang kelmarin. Sepasukan polis yang menerima maklumat awam, menyerbu bekas tapak pelupusan berhampiran Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, jam 5.30 petang sebelum disedari suspek dan tiga rakannya. Suspek cuba menyerang dengan parang dan polis yang cuba mempertahankan diri terpaksa melepaskan tiga das tembakan dengan satu daripadanya terkena perut suspek.

Budak  cedera ditikam anak jiran
Budak cedera ditikam anak jiran
Kangar: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun cedera ditikam anak jirannya dalam kejadian di Kampung Mas Timur, Simpang Empat di sini. Ibu kanak-kanak itu, Rosleena Abd Karim, 38, berkata dia sedang membasuh pinggan apabila mendengar anaknya, Raimi, menjerit minta tolong dalam kejadian jam 1 tengah hari, Jumaat lalu. Tanpa berlengah saya meluru keluar dan melihat Raimi sedang dipegang anak jiran yang ketika itu turut memegang pisau. Saya panik kerana tak tahu nak buat apa, takut lelaki itu terus cederakan anak saya jika pergi dekat.

Foto
Era baru di Ukraine
Kiev: Era baru bermula di Ukraine semalam apabila parlimen membenarkan tempoh tiga hari untuk membentuk kerajaan baru selepas menyingkirkan Presiden Viktor Yanukovych menerusi undi tidak percaya dan membuat persiapan mengadakan pilihan raya lebih awal. Lokasi Yanukovych terus menjadi misteri, sehari selepas beliau meninggalkan ibu negara itu dan musuh politiknya Yulia Tymoshenko dibebaskan dari penjara dan menemui penyokongnya di Kiev.


Indonesia guna e-voting
Jakarta: Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 (Pemilu 2014) akan dilaksanakan dua kali iaitu Pemilu Legislatif pada 9 April 2014 bagi memilih anggota dewan legislatif dan Pemilu Presiden pada 9 Julai 2014 untuk memilih Presiden dan Wakil Presiden. Pegawai berkata, Pemilu 2014 akan menggunakan kaedah e-voting dengan harapan dapat menerapkan satu sistem baru dalam pilihan raya umum. Kad Pengenalan Penduduk Elektronik bagi tujuan e-voting sudah mula dipersiapkan sejak 2012 pada peringkat kebangsaan.


Nusa Mahsuri 'lepas' Misbun
Kuala Lumpur: Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Datuk Seri Jalani Sidek sedia melepaskan jurulatih, Datuk Misbun Sidek andai menjadi pilihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi jawatan pengarah kejurulatihan. Jalani berkata, keputusan terletak di tangan Misbun sepenuhnya dan jika BAM berjaya memujuk bekas jurulatih perseorangan negara itu kembali ke pangkuan badan induk berkenaan, dia memberikan sokongan sepenuhnya.

The Petronas Twin Towers in Kuala Lumpur (Malaysia).JPGFoto
Eksport negara RM1.6 trilion
Pagoh: Kerajaan Barisan (BN) berjaya mengurus ekonomi negara dengan cemerlang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, negara mencatatkan nilai eksport tertinggi dalam sejarah iaitu RM1.6 trilion. Malah, negara mencatatkan nilai eksport tertinggi dalam sejarah iaitu RM1.6 trilion. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menafikan dakwaan pembangkang kerajaan tidak pandai mengurus ekonomi negara.

jantung
Golongan muda berisiko hidap penyakit jantung
Putrajaya: Golongan yang berusia seawal 26 tahun kini turut berisiko menghidap penyakit kardiovaskular, yang menjadi penyebab utama kematian di hospital kerajaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata risiko menghidap penyakit membabitkan fungsi sistem jantung dan pembuluh darah itu berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, diet tinggi lemak, merokok dan kurang bersenam. "Sebanyak 25 peratus daripada punca kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit kardiovaskular yang membabitkan mereka berusia antara 40 dan 60 tahun dan kini populasinya membabitkan usia yang semakin muda iaitu seawal 26 tahun.


ATM dikerah guna semua lori
Kajang: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah menggunakan semua lori tangki airnya untuk membantu penduduk yang menghadapi masalah bekalan air di beberapa kawasan di Selangor, mulai petang semalam. Antara kawasan paling terjejas adalah Balakong dan Serdang yang mempunyai 35,000 penduduk meliputi 20 kawasan perumahan.


Juruwang maut ditikam, Penerima BR1M maut ditikam
SEREMBAN 23 Feb. - Seorang juruwang warga emas maut selepas ditikam lelaki yang menyamunnya di sebuah stesen minyak berhampiran Taman Bukit Mas di Jalan Seremban Tampin, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu, Aris Sulaiman, 64, yang merupakan bekas anggota tentera, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian dada di kaunter kedai serbaneka stesen minyak tersebut. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, siasatan mendapati, suspek yang bertopi keledar masuk ke kedai serbaneka itu dan berpura-pura membeli sekotak air minuman sebelum menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.

Sedia siasat wanita hina ALLAH
Soal kuasa Allah: Polis belum terima aduan
MUAR 23 Feb. - Polis masih belum mengambil tindakan terhadap seorang wanita Melayu yang mempersoal kuasa Allah di akaun laman sosial Facebooknya, 'Murtad in Pantai Timur' kerana tidak menerima sebarang aduan mengenainya. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, jika terdapat aduan, siasatan akan dimulakan kerana perbuatan tersebut boleh menjejas keharmonian antara kaum di negara ini. "Kita percaya wanita berkenaan kini berada di luar negara. Malaysia mempunyai agensi yang boleh menjalankan siasatan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan biarlah agensi berkenaan menjalankan penyiasatan.

Guru tak perlu laksana PBS
PBS ditangguh, teliti kesan bebanan guru
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga perkara itu diputuskan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yuso berkata, Kementerian Pendidikan mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping pandangan tentang kesannya terhadap murid.

The Proton Company logo
Proton fokus mantapkan waranti
SHAH ALAM 23 Feb. - Proton Holdings Bhd. (Proton) ke arah menghasilkan kenderaan yang mencapai waranti kenderaan lebih sembilan tahun atau sepanjang hayat, setanding dengan pengeluaran kenderaan import. Pada waktu ini, kenderaan baharu Proton telah mencapai taraf waranti lima tahun. Pengarah Kualiti Proton, Muhammad Aris Anuar berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya juga mempelajari kaedah untuk memperbaiki mutu kenderaan daripada pengeluar-pengeluar kenderaan lain.


AirAsia mahu kuasai pasaran China
TIANJIN, China 23 Feb. - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mahu mengukuhkan lagi kehadirannya di China, dalam usaha mereka mewujudkan rangkaian penerbangan yang lebih luas di peringkat serantau. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, AirAsia kini bersungguh-sungguh untuk menjaga hubungannya dengan negara itu termasuk dengan pihak berkuasa China bagi membolehkan syarikatnya berkembang di sana. Usaha itu termasuklah meningkatkan prestasi perkhidmatan laluan AirAsia sedia ada ke negara itu, atau menerokai destinasi baharu.


Pukul isteri, penganggur dijel setahun
KOTA BHARU 23 Feb. - Seorang penganggur dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan isterinya, Januari lalu. Yuhazmi Yusoff, 31, mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad. Mengikut kertas pertuduhan, lelaki tersebut didakwa memukul isterinya, Norashikin Sayed Ab. Karim, 27, dengan menghantuk kepala ke dinding, menumbuk badan dan menampar pipi mangsa kira-kira pukul 5 petang, 16 Januari lalu di rumah mereka di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini.


Bantah haram sembelihan
COPANHAGEN 23 Feb. - Kerajaan Denmark menguatkuasakan undang-undang mengharamkan penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam pada awal minggu ini, selepas menerima tekanan daripada aktivis hak asasi haiwan. Akhbar Daily Mail melaporkan keputusan kerajaan melaksanakan peraturan itu disifatkan sebagai campur tangan dalam kebebasan beragama. Sebuah kumpulan pemantau, Danish Halal mengemukakan petisyen bagi mencabar pelaksanaan undang-undang itu.

Pengurus maut, restoran kebocoran gas
NEW YORK 24 Feb. - Sekurang-kurangnya seorang terkorban dan 27 orang lain dikejarkan ke hospital berikutan gas karbon monoksida bocor di sebuah restoran di sini, semalam. Jurucakap polis Suffolk dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang terkorban adalah pengurus restoran makanan laut yang terletak pusat membeli belah di bandar Long Island Hungton Station. Polis dan pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian di Restoran Legal Sea Food di pusat membeli belah awal pagi selepas mendapat laporan mengenai seorang wanita yang jatuh di bangunan bawah tanah restoran tersebut. - AFP

Kes anggota polis langgar undang-undang meningkat
Polis parah dirempuh ketika kejar kereta lari sekatan
KUALA LUMPUR 24 Feb.- Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas dalam Op Cantas cedera parah selepas dirempuh sebuah Perodua Myvi di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran mercu tanda Kota Darul Ehsan menghala ke pusat bandar raya di sini semalam. Sebelum dirempuh Perodua Mvvi terbabit, mangsa yang menunggang motosikal dikatakan sedang mengejar sebuah kereta Naza Citra warna perak yang melarikan diri dari sekatan jalan raya di Jalan Universiti, Petaling Jaya dekat sini. Menurut sumber, akibat kemalangan kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keadaannya dilaporkan kritikal. Kata sumber itu, mangsa merupakan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini.

Aparat Suriah Berhasil Gagalkan Serangan Bom Mobil
15 maut serangan bom di hospital
ISTANBUL 24 Feb. - Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban manakala 65 lagi cedera dalam serangan bom yang berlaku di kawasan hospital di bandar Atma, berhampiran sempadan dengan Turki, semalam. Letupan itu hampir memusnahkan Hospital Orient iaitu hospital kebajikan yang ditubuhkan oleh seorang ahli perniagaan Syria. “Kesemua mereka terbunuh dan cedera merupakan pesakit dan kakitangan di Hospital Orient," kata seorang aktivis. - dpa


SKM serah dana pinjaman RM10 juta
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Sebanyak RM10 juta dana pinjaman daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini diserahkan kepada Koperasi Pembangunan Tanah Bumiputera Selangor (Koptas) bagi merancakkan lagi aktiviti membangunkan tanah rizab Melayu khususnya di Selangor. Ahli Lembaga Pengarah SKM, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata, dana pinjaman itu sebagai tanda sokongan, galakan dan kepercayaan SKM dalam membantu usaha Koptas bersama syarikat-syarikat dilantik dibawahnya sekali gus memperjuangkan hak kaum bumiputera di negara ini.


TNB bimbing lebih 900 usahawan Bumiputera
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) melakukan transformasi dengan membimbing lebih 900 buah syarikat vendor di bawah Program Pembangunan Vendor Bumiputera yang diperkenalkan sejak 1994. Sehingga kini, lebih 25 peratus daripada 44 buah syarikat vendor dalam sektor pengilangan telah berjaya menjadi syarikat-syarikat dominan domestik dan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Ketua Pegawai Perolehan TNB, Ir. Syed Abu Hanifah Syed Alwi (gambar) berkata, dalam tempoh 20 tahun ini, TNB telah membawa banyak perubahan kepada syarikat-syarikat vendor milik bumiputera.

Perbankan bergerak: Utamakan kemudahan atau keselamatan?
DUNIA kini bertukar ke arah kemudahan alih. Telefon pintar dan peranti mudah alih yang lain membolehkan kita kekal berhubung dan mendapat pelbagai maklumat untuk memudahkan lagi kehidupan kita. Berjuta-juta orang pengguna di seluruh dunia telah pun menggunakan pelbagai jenis peranti bergerak untuk menjalankan urus niaga kewangan mereka setiap hari. Menurut Bank Negara Malaysia, penggunaan pembayaran elektronik di Malaysia telah meningkat pada kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 23.4 peratus sepanjang sedekad yang lalu. Pada 2012, kumpulan isi rumah dan perniagaan Malaysia telah melaksanakan lebih daripada 300 juta urus niaga kewangan dengan nilai hampir mencecah RM15 trilion melalui saluran-saluran dalam talian.

No comments:

Post a Comment