Tuesday, February 18, 2014

Berita Terkini 18 Februari 2014


Bakar Apartment, Tembak Muka Sendiri Kerana Bengang Dilarang ONANI Secara Terbuka!
SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Kenneth Haskins tergamak membakar unit kediaman apartment yang didiaminya selain menghancurkan empat lagi kediaman jirannya di Tampa, Florida, baru-baru ini. Menurut Tampa Bay Times, Haskins, 58, mengambil keputusan membakar bangunan apartment tersebut kerana bengang dengan pengurusannya yang melarang dirinya daripada melakukan onani secara terbuka. Ini kerana sebelum ini dilaporkan dia gemar melakukan perbuatan terkutuk itu di tingkap serta di pintu rumahnya sehingga menggangu ketenteraman penduduk di situ.


Belum Ada Keputusan Pasti Tentang TPPA
KUALA LUMPUR – Malaysia belum membuat sebarang keputusan pasti tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada April dijangka memberikan tumpuan kepada beberapa isu keusahawanan, bukan hanya mengenai TPPA.


Ellen Page Mengaku Dirinya Seorang Lesbian
Pelakon Hollywood yang terkenal dengan filem Juno, Ellen Page telah mengejutkan peminatnya di seluruh dunia apabila mengakui dirinya merupakan seorang lesbian. Ellen membuat pendedahan itu ketika memberi ucapan pada forum Hak Asasi Manusia yang berlangsung di Las Vegas, Jumaat lalu. Pelakon berusia 27 tahun itu mengakui pada mulanya sukar bagi dirinya untuk berterus-terang mengenai ‘rahsia gelapnya’ itu selepas bertahun merahsiakannya.


58% Penghuni Rumah Air Di Sabah Warga Asing
SANDAKAN – Bancian yang dilakukan pihak berkuasa di empat kawasan perkampungan air di sini mendapati sebanyak 58 peratus rumah di kawasan tersebut dihuni oleh warga asing. Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, bancian mendapati 2,847 rumah terbabit didiami penduduk bukan warganegara manakala baki 42 peratus atau 2,081 rumah dihuni rakyat negara ini.


Jambatan Kedua Siap Untuk Pelancaran
GEORGETOWN – Jambatan Kedua Pulau Pinang yang merupakan projek Kerajaan Persekutuan, bernilai RM4.5 bilion kini siap untuk dilancarkan pada awal bulan depan. Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan berkata JKSB telah membuat ujian sistem tol semalam dan semuanya berjalan lancar. Beliau berkata sebelum ini pelbagai ujian beban telah dijalankan dan semuanya lancar serta memenuhi tahap piawaian yang dikehendaki.

thailand
Usir perusuh: Anggota polis maut, 47 cedera
BANGKOK - THAILAND. Seorang anggota polis terbunuh manakala 47 orang, termasuk anggota polis cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di jambatan Phanphah, petang hari ini. Lans Koperal polis Pongsakorn Saengkrom dari wilayah Chonburi mati di tempat kejadian dalam insiden pada pukul 1.30 itu. Awal petang tadi, anggota polis rusuhan telah berundur dari kawasan jambatan Phanphah Lilart, tempat perhimpunan dengan seorang daripada pemimpin penunjuk perasaan, Somkiet Phongphaiboon yang ditahan sebelum ini telah 'diselamatkan' penunjuk perasaan.

Hina Islam, raja: Orang awam lapor polis
KOTA BHARU - Sekumpulan lima orang hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu terhadap sebuah akaun laman sosial yang didakwa menghina Islam dan institusi Kesultanan Melayu. Yasman Hashim @ Yasin, 30, yang mewakili kumpulan itu berkata mereka membuat laporan polis kerana bimbang laman sosial itu boleh membawa gejala negatif selepas mereka melihat ia semakin popular.

visit malaysia 2014
Malaysia destinasi pengunjung beragama Islam paling mesra dunia
SINGAPURA 18 Feb. - Malaysia merupakan destinasi paling mesra di dunia untuk pengunjung beragama Islam, berdasarkan tinjauan pendapat oleh pakar pengembaraan Singapura, Crescentrating. Hasil tinjauan juga menyatakan, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Turki, Indonesia dan Arab Saudi turut menduduki lima tangga teratas senarai destinasi pelancongan mesra pengunjung beragama Islam. Tinjauan pendapat itu menilai negara berdasarkan perhatian diberikan kepada keperluan pengunjung beragama Islam termasuk penyediaan restoran halal dan bilik solat di lapangan terbang, pasar raya dan hotel. - AFP


Pope Sendiri TAK SETUJU Guna Kalimah Allah
POPE Benedict XVI iaitu ketua tertinggi penganut Kristian Katolik di seluruh dunia pada ucapannya kepada orang berbangsa Arab tidak pun menggunakan kalimah Allah untuk menggambarkan Tuhan. Pada awalnya sebuah laman berita antarabangsa dikenali sebagai Commonweal melalui penulisnya Michael Peppard menyatakan dalam satu artikel bertajuk “Pope Benedict : ‘May Allah Bless You All”. Penggunaan kalimah Allah oleh Pope Benedict dipersoalkan oleh banyak pihak yang mendengar ucapan itu, mengatakan Pope tidak menggunakan kalimah Allah.


VIDEO: Inilah Pulau Semakau…’Destinasi Terakhir’ Sampah Di Singapura
DENGAN keluasan yang terhad, mungkin kita tertanya-tanya di mana pihak berkuasa Singapura menguruskan sampah sarap mereka setiap hari. Jawapannya adalah di sebuah pulau yang bernama Pulau Semakau. Ia terletak lapan kilometer di selatan republik itu. Pulau ini mempunyai keluasan 3.5 kilometer persegi hasil dari penambakan laut. Semakau dirancang oleh para saintis di agensi NEA Singapura. Ia terdiri daripada dua pulau kecil yang telah terhubung dengan tunggul batu.


Sultan Selangor Larang Kerabat Diraja Terlibat Dalam PRK Kajang
SHAH ALAM, 18 Feb (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang semua kerabat Diraja Selangor daripada campur tangan, melibatkan diri atau membiarkan mana-mana pihak menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mana-mana parti politik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda juga berharap semua parti dan ahli politik tidak mengaitkan pihak istana dalam kempen pilihan raya kecil itu.

Erra Fazirahttp://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/thumbnail_20140218155152.jpg
Erra: 'Saya mohon jangan tanya lagi'
SHAH ALAM - [VIDEO] Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini. Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik. Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Isu Bible: Jabatan agama sukar dapat kerjasama
GEORGETOWN - Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) turut merekodkan keterangan wartawan Sinar Harian ekoran laporan pengedaran Bible oleh tiga lelaki berhampiran sekolah Batu Lanchang. Pegawai yang bertugas turut memaklumkan pihaknya sukar mengambil tindakan ekoran adanya pihak yang tertentu tidak dapat memberikan kerjasama. “Tugas kami untuk merekodkan keterangan pihak yang terlibat bagi membolehkan tindakan diambil.

Schumacher
'Khianat' bukan penyebab Schumacher jatuh
PENDAKWARAYA Perancis yang menyiasat kemalangan membabitkan Michael Schumacher mengesahkan, tiada bukti melibatkan salah laku dalam insiden itu dan siasatan kes telah ditutup. Patrick Quincy berkata, keterangan dan maklumat yang diberikan pihak resort Meribel di mana kemalangan itu berlaku adalah mematuhi undang-undang Perancis, lapor BBC. Pemain lagenda Formula 1 Jerman yang berusia 45 tahun itu telah dirawat di unit rawatan rapi selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis.

Seksa rakan hingga mati
Seksa rakan hingga mati
EMPAT remaja terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki didakwa menyeksa dua remaja dengan memukul, menembak dan menoreh dahi menggunakan pisau pemotong kotak. Mangsa terselamat, Dustin Murrain, 16, memberitahu polis, dia diajak Jenna Jean Montgomery, 15, seorang pelajar di Sekolah Tinggi David Douglas ke sebuah rumah di tenggara Portland, Oregon selepas beberapa bulan mereka berkenalan. Ketika tiba di situ, suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di belakang rumah tersebut.

Rafizi Ramli
Melayu ramai muflis
PETALING JAYA - Bangsa Melayu didakwa merupakan golongan yang paling tinggi menghadapi masalah kesempitan kewangan akibat kadar kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi daripada kenaikan pendapatan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, sejumlah 19,575 orang telah diisytiharkan muflis dan daripada jumlah itu, 48.4 peratus merupakan bangsa Melayu. "Pada Tahun 2012, laporan Jabatan Insolvensi Malaysia menyatakan, sejumlah 19,575 orang telah diishtiharkan muflis atau purata 1,631 orang telah muflis setiap bulan.

A logo of Bank Islam Malaysia is seen at the bank`s headquarters in Kuala Lumpur
Prestasi Bank Islam tahun lepas terbaik dalam sejarah
KOTA BAHARU 18 Feb. - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mencatatkan prestasi terbaiknya tahun lepas dan ia merupakan sejarah sejak penubuhannya lebih 30 tahun lepas. Pengarah Urusannya, Datuk Sri Zukri Samat berkata, prestasi terbaik itu termasuk nilai keuntungan yang diperoleh, yang membuktikan Bank Islam merupakan antara bank yang mendapat kepercayaan rakyat di negara ini. "Alhamdulillah...walaupun belum diumumkan keputusan secara rasmi, namun yang boleh kita katakan, Bank Islam telah mencatat prestasi yang begitu baik sekali sejak penubuhannya.


STING Bongkar Makmal Heroin Di P. Pinang
GEORGE TOWN – Dua lelaki dan dua wanita ditahan manakala 80 kilogram dadah jenis heroin dirampas dalam operasi Pasukan Khas Tektikal Perisikan Narkotik (STING), yang berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin di sebuah rumah di Greenland di sini, semalam. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitternya mengucapkan tahniah kepada pasukan STING atas kejayaan membongkar makmal memproses heroin itu. “Syabas STING@PDRMsia berjaya lagi tumpaskan makmal proses heroin di Penang tadi. Tangkap empat orang rampas lebih 80kg heroin,” kata Khalid dalam twitternya Isnin malam.


Remaja Yang Pernah Popular Kes Buli Meninggal Dunia
Fanpage Oh! Media melaporkan bahawa salah seorang daripada pelajar yang pernah terabit dalam satu kes buli di Pulau Pinang pada tahun 2013 telah meninggal dunia. Berikut petikan pada fanpage berkenaan; “Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang Jaya yang femes dengan video klip Lan Todak tak lama dulu? Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.

Mayat pelajar lemas tersangkut pada pukat
TEMERLOH: Mayat remaja lelaki yang lemas semasa mandi manda di Sungai Pahang dekat Kampung Bangau Parit di sini petang semalam, ditemui tersangkut pada pukat ikan di dasar sungai itu oleh penduduk Kampung Tengah malam tadi. Ketua Polis Daearah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh, berkata mayat Mohd Fariz Daniel Mat Jaafar, 17, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh, ditemui kira-kira 12 tengah malam.

Erra Fazira sah bercerai talak satu
Erra Fazira bercerai talak satu
SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi. Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik. Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.


10 Maut, 12 Terperangkap Runtuhan Bangunan
SEOUL – Seramai 10 orang maut dan sekurang-kurangnya 12 lagi terperangkap selepas sebuah auditorium runtuh di pusat peranginan di bandar Gyeongju, Korea Selatan malam tadi, kata pekerja penyelamat. Kira-kira 450 pelajar dipercayai menghadiri persembahan konsert di bangunan terbabit apabila bumbung auditorium itu runtuh pada kira-kira jam 9.15 malam waktu tempatan. Pegawai polis berkata, 10 orang disahkan mati dan sekurang-kurangnya 12 lagi masih terperangkap dalam bangunan berkenaan berbanding 50 orang pada awal kejadian.


Polis Serbu Pusat Khidmat Seks Di KAJANG, 14 Awek Vietnam Ditahan
KAJANG – Polis memerlukan hampir setengah jam untuk memecahkan pintu sebuah pusat karaoke di Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, di sini, yang menawarkan GRO serta pelacur warga asing, awal pagi tadi. Dalam serbuan 11.30 malam dan berakhir kira-kira 2.30 pagi itu, polis menahan 14 GRO warga Vietnam berusia antara 18 dan 26 tahun yang dipercayai turut memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

SYARAT BAHARU: JUAL RUMAH SECARA PUKAL
Pendapatan Isi Rumah RM14,000 Sebulan Baru Boleh Beli Rumah Di Lembah Kelang
KUALA LUMPUR – Anda perlu mempunyai purata pendapatan isi rumah sebanyak RM14,580 sebulan untuk memiliki rumah di Lembah Klang, menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini. Kajian, yang diterajui oleh Sime Darby Property Bhd dengan kerjasama Fakulti Alam Bina Universiti Malaya mengambil kira trend perbelanjaan isi rumah semasa, harga rumah dan kadar gadai janji.


Tumpang tidur tikam bayi
NIAT baik seorang wanita Sharon Smith dan pasangan Guy Earwaker membenarkan jirannya menumpang tidur di rumah mereka berakhir dengan tragedi buruk apabila anak lelakinya Riley Turner, 4, maut selepas ditikam lebih 30 kali. Sharon membenarkan Anwar Daniel Rosser, yang mempunyai masalah mental tidur di rumahnya kerana menganggap lelaki itu tidak berbahaya selain berasa kasihan selepas dia diugut akan dipukul. Pada kejadian tengah malam itu, suspek berusia 33 tahun menyelinap ke tingkat atas membawa empat bilah pisau bertindak menikam Riley hingga mati. Dia kemudiannya merangkak ke bilik Sharon yang terletak di sebelah bilik anaknya.

Rogue cop in cyber cafe robbery held
KUALA LUMPUR: Police officers watching CCTV footage of a robbery here were shocked to find their colleague in the starring role. They later arrested a 47-year-old corporal for robbing a cyber cafe of RM2,000 in Selayang Jaya on Valentine’s Day. The corporal had allegedly barged into the empty cafe at around 4am dressed in civilian clothes. Walking up to the counter, the man is said to have shoved the defenceless female owner of the cafe before helping himself to RM2,000 from the cash register.

Gunung Kelud meletus, dua maut
Industri penerbangan Indonesia rugi besar
JAKARTA - INDONESIA. Letusan Gunung Berapi Kelud di Malang, Jawa Timur pada Khamis lepas menyebabkan industri penerbangan di Indonesia terpaksa menanggung kerugian besar. Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto di Yogyakarta yang paling teruk terjejas akibat letusan gunung berapi berkenaan mencatat kerugian sebanyak 450 juta Rupiah (RM128,000) sehari. Jurucakap lapangan terbang berkenaan, Faisal berkata kerugian itu berikutan sebanyak 127 penerbangan terpaksa dibatalkan setiap hari.

Pembantu juruterbang rampas pesawat
Pembantu juruterbang rampas pesawat
ADDIS ABABA - Seorang pembantu juruterbang Ethiopian Airlines melakukan rampasan pesawat bertujuan untuk mendapatkan perlindungan suaka di Geneva, Switzerland, semalam. Ketua Pengarah Lapangan Terbang Geneva, Robert Deillon berkata, penerbangan dari Addis Ababa itu sepatutnya ke Rom namun melakukan pendaratan di Geneva. “Perampas pesawat yang juga pembantu juruterbang pesawat Boeing 767-300 berusia 31 tahun itu mengalihkan laluan ke Geneva ketika juruterbang pergi ke tandas. Pembantu juruterbang itu mengunci kokpit. Sejurus mendarat, dia keluar dari pesawat menggunakan tali dan menyerah diri kepada anggota polis,” katanya dipetik Agensi

Kambing
Denmark haramkan sembelih cara Islam, Yahudi
DENMARK - Denmark akan mengharamkan penyembelihan haiwan ikut cara Islam dan tradisional Yahudi. Kerajaan Denmark menerusi Kementerian Pertanian dan Makanannya akan mengharamkan kaedah penyembelihan haiwan mengikut cara tradisional Yahudi dan Islam berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland. Oleh itu satu undang-undang baru akan dilaksanakan, iaitu semua haiwan yang akan disembelih akan dipengsankan terlebih dahulu, dan cara ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.


Kembar lahir anak pada hari sama
LONDON - Sepasang kembar di Britain melahirkan bayi pada hari yang sama dalam peristiwa yang mempunyai kebarangkalian satu dalam setiap 400,000, lapor sebuah akhbar semalam. Heather Richardson dan Sarah Fidler yang berusia 35 tahun menjadi ibu dalam tempoh selang beberapa jam di sebuah hospital di Newcastle Khamis lalu. Akhbar Britain, Newcastle Chronicle melaporkan bahawa adik- beradik kembar itu turut mengetahui tentang kehamilan mereka pada hari yang sama.


Wanita ada janggut
BERKSHIRE, Britain - Seorang wanita berketurunan Sikh sering dibuli di sekolahnya kerana wajahnya yang berjanggut, lapor akhbar MailOnline semalam. Semasa bersekolah, wanita berkenaan, Harnaam Kaur digelar "wanita lelaki" kerana dia berpakaian seperti lelaki untuk menutup bulu pada dada dan tangannya. "Saya tidak mahu keluar dari rumah kerana tidak tahan dengan ejekan orang ramai. Saya berkurung di dalam bilik dan berasa tidak mahu hidup lagi," katanya.


Kebocoran radiasi dikesan di tapak pembuangan sisa nuklear AS
LOS ANGELES - Para penyiasat kelmarin mengambil beberapa sampel di tapak pembuangan sisa nuklear di New Mexico selepas radiasi di kesan pada udara di dalam kemudahan berkenaan. Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa, tiada pencemaran ditemui dan tiada kebocoran radiasi juga dikesan di luar tapak loji milik Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) tersebut. Kemudahan yang pertama seumpamanya di AS itu digunakan bagi menyimpan sisa radioaktif terutamanya plutonium yang digunakan untuk kajian dan penghasilan senjata nuklear.


Polis Nepal temui bangkai pesawat, tiada mangsa hidup
KATHMANDU - Polis Nepal semalam menemui bangkai sebuah pesawat Nepal Airline membawa 18 orang yang hilang di kawasan pergunungan, barat negara itu tetapi tiada mangsa selamat ditemui, kata beberapa pegawai. "Pesawat itu melanggar bukit dan polis menemui bangkainya di sebuah kampung," kata ketua pegawai trafik udara Nepal, Bimlesh Lal Karna. Kapal terbang yang membawa 15 penumpang termasuk seorang bayi dan tiga kru itu terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus selepas ia berlepas dari bandar peranginan Pokhara tengah hari kelmarin.

Anak derhaka dijel dua tahun
KOTA BHARU - Tindakan seorang lelaki yang tergamak mengugut untuk mencederakan ibunya setelah melempar pasir ke kepala mangsa di rumah mereka di Kampung Pasir Hor di sini bulan lalu menerima padah apabila dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Rosmidi Hamid, 42, mengaku bersalah. Rosmidi didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mencederakan ibunya, Mek Limah Che Mat, 71, dengan berkata: "Kalu mu tok beri duit, aku katok mu mapuh bagi pecah palo (kalau kamu tak beri duit, aku pukul kamu mati bagi pecah kepala) di rumah mereka di Kampung Pasir Hor, di sini pada pukul 6 petang 16 Januari lalu.

'Tentera asing' ditahan
18 lelaki berpakaian seragam tentera asing ditahan
SEGAMAT – Polis menahan sekumpulan lelaki lengkap berpakaian seragam tentera asing dan bersenjata tiruan di sebuah kebun sawit di Jementah dekat sini, petang kelmarin. Kesemua mereka terdiri daripada 17 lelaki tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an dan seorang warga asing berusia 22 tahun. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi berkata, siasatan awal mendapati sebahagian suspek menganggotai sebuah persatuan sukan menembak yang baru sahaja didaftarkan di Johor Bahru tahun lalu.


Pemandu teksi bawa pembunuh pengasas AmBank miliki pistol, peluru dipenjara
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan ke atas pemandu teksi yang membawa suspek pembunuh pengasas kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi (gambar kecil) atas dua tuduhan memiliki pistol dan empat butir peluru. Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Chew Siang Chee, 46, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) akta sama kerana memiliki pistol dan empat butir peluru pada Ogos 2013.

Lima lelaki ditahan bantu siasatan
Seremban: Lima lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian merosakkan empat kenderaan milik kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan sebuah pacuan empat roda milik jabatan itu di Jalan Rahang, di sini, ditahan polis, semalam. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, Sabtu lalu.

Amuk salah cabut gigi
Kuala Lumpur: Hanya kerana tersilap mencabut gigi anaknya, seorang jurujual komputer hilang pertimbangan apabila mengamuk di hadapan klinik gigi dalam kejadian di Sri Petaling, di sini kelmarin. Difahamkan, lelaki berusia 42 tahun itu turut membuat laporan polis untuk mengambil tindakan undang - undang ke atas doktor gigi yang didakwa cuai hingga menyebabkan gigi geraham anaknya bernanah.

FotoFoto
Tekap perut nak terburai
Alor Gajah: Dua pekerja kontrak warga Vietnam parah selepas ditikam di dada dan perut oleh rakan sekerja mereka di sebuah tapak projek perumahan di Taman Sedri Pelangi, Rembia, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 2.15 petang, See Dek, 25, ditikam di bahagian kiri dadanya oleh suspek yang juga rakannya berusia awal 30-an di dalam tandas sebuah bangunan di tapak projek perumahan terbabit.

Foto
Nasib baik tak jadi makanan
Sichuan: Seorang lelaki bernasib baik kerana masih hidup selepas dia bertindak bodoh untuk memberi makan harimau di zoo Chengdu, China. Lelaki berusia 20 tahun itu memanjat pagar dan melompat masuk ke kandang harimau Bengal putih pagi semalam. Dia kemudiannya mula menjerit dan menari bagi menarik perhatian harimau itu.

Foto
Pembantu juruterbang rampas pesawat
Geneva: Lelaki yang merampas sebuah pesawat syarikat penerbangan Habsyah yang dalam penerbangan dari Addis Abbaba ke Rome semalam ialah pembantu juruterbangnya sendiri. Pegawai Lapangan terbang Geneva, tempat pesawat itu dipaksa mendarat berkata, lelaki berkenaan mengambil peluang untuk merampas pesawat itu dengan mengunci kokpit ketika juruterbangnya berada dalam tandas.

Banduan tikam gabenor
Dushanbe (Tajikistan): Seorang banduan menikam mati gabenor sebuah penjara dengan gunting selepas diarah agar menggunting rambut mangsa. Kementerian Dalam Negeri semalam berkata, gabenor berusia 66 tahun itu meminta banduan terbabit yang bekerja sebagai tukang gunting rambut sebelum dipenjarakan agar datang ke pejabat untuk menggunting rambutnya.

Foto
Cabut nyawa dek hutang
Gombak: Angkara tertekan kerana berhutang dengan along sebanyak RM300,000, seorang lelaki nekad membunuh diri dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Pinggiran Batu Caves, di sini, semalam. Mangsa Lim Wei Keong, 39, ditemui mati oleh ahli keluarganya jam 6 pagi di dalam kereta PROTON Saga miliknya selepas bapanya yang ingin keluar terkejut mendapati anaknya itu tidak bergerak.

Lelaki ugut sebar gambar aib bekas isteri
Kuala Lumpur: Akibat dendam terhadap bakal suami bekas isterinya, seorang lelaki mengugut menyebarkan gambar bogel bekas isterinya jika wanita itu meneruskan niatnya untuk berkahwin dengan suami baru, kelmarin. Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bercerai dengan bekas suaminya dua tahun lalu sebelum keluarganya mencarikan jodoh baru untuk wanita berkenaan dua bulan lalu. Bagaimanapun, bekas suami mangsa yang tidak menyukai pilihan keluarga wanita itu menyebabkan dia mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa di Internet sekiranya meneruskan perkahwinannya dijadualkan berlangsung Mei depan.


Remaja rancang rompak rumah keluarga sendiri
Nusajaya: Kemaruk mahu berjoli bersama rakan, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dikatakan tergamak merancang bersama teman lelakinya berusia 17 tahun dan dua rakan untuk menyamun rumah sendiri di Taman Nusa Bestari, di sini, sebelum membuat laporan polis palsu. Dalam kejadian pada jam 8.15 malam pada 4 Februari lalu, remaja perempuan itu mendakwa bekas teman lelaki menghubungi kononnya ingin berjumpa di belakang rumah sebelum menyamunnya.

Foto
Seksa lidah melekat pada tiang besi
Massachusetts: Seorang pelajar sekolah menengah di Easthampton mengalami saat menyeksakan apabila lidahnya melekat pada tiang besi sekolah. Pelajar yang dirahsiakan identitinya itu cuba meniru aksi dalam filem “A Christmas Story” terbitan 1983 dengan meletakkan lidahnya pada tiang besi yang sejuk. Hasilnya sama seperti babak filem berkenaan, lidahnya melekat dan tidak dapat ditanggalkan dari tiang itu tanpa bantuan.

Menyesal kebumi ibu ‘masih hidup’
Palermo: Satu keluarga di Itali kesal selepas mereka “dipaksa” mengebumikan ibu mereka walaupun percaya dia masih hidup. Media melaporkan keluarga Grazi Bruno, 68 berkata wanita itu belum mati kerana tubuhnya tidak keras atau mengalami pereputan yang biasanya terjadi kepada mayat. Perbalahan antara keluarga berkenaan dengan pihak berkuasa tempatan berlaku selama lapan hari selepas dua pakar perubatan mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia akibat kanser pankreas.

Foto
Kanak-kanak berusia dua tahun rentung dalam kebakaran rumah
BUKIT MERTAJAM 17 Feb. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun rentung setelah terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah papan dua tingkat di Jalan Rozhan, Cherok Tok Kun di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri berada di dalam rumah bersama abangnya, Danial Mukhriz, 4, dan nenek mereka, Siti Zanyah Yaakob, 74. Ibu bapa kedua-dua beradik itu iaitu Siti Salwani Othman, 28, dan Mohammad Asyri Zakaria, 30, pula tiada di rumah kerana keluar bekerja di Bukit Mertajam.

Siling auditorium runtuh, 3 pelajar terbunuh
SEOUL 17 Feb. Sekurang-kurangnya tiga pelajar sebuah kolej di sini terbunuh manakala lebih 50 yang lain dipercayai terperangkap selepas bumbung sebuah auditorium runtuh di bandar Gyeongju, selatan negara ini, semalam. Pasukan keselamatan bagaimanapun tidak mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban, tetapi pasukan bomba memberitahu AFP berpuluh-puluh mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan berkenaan. Runtuhan tersebut berlaku disebabkan oleh salji tebal yang melitupi siling auditorium tersebut. - AFP

Penyelam warga Jepun diselamatkan, 2 lagi masih hilang
JAKARTA 18 Feb. - Sekurang-kurangnya lima daripada tujuh orang penyelam wanita dari Jepun yang dilaporkan hilang minggu lalu di Pulau Bali ditemui selamat, semalam. Kelima-lima penyelam itu ditemui oleh nelayan tempatan ketika mereka berpaut di terumbu karang berhampiran Pulau Nusa Peninda, kata jurucakap Agensi Pencarian dan Penyelamat, Gede Surya. Seorang daripada mereka diselamatkan dengan menggunakan helikopter manakala empat orang lagi diselamatkan dengan bot. - DPA

Bersara: Malaysia ketiga terbaik dunia
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Malaysia tampil sebagai negara ketiga terbaik di dunia bagi mereka yang berada di luar negara untuk bersara, menurut laporan oleh InternationalLiving.com. Sekiranya anda yang tinggal di luar negara merancang untuk bersara di samping mempelbagaikan pelaburan atau menikmati tahap pengembaraan lebih tinggi, negara Panama, Ecuador dan Malaysia antara lokasi ideal bagi tujuan itu. Pengarang Eksekutif InternationalLiving.com., Jennifer Stevens berkata, tiga negara tersebut merupakan lokasi teratas menjadi pilihan pesara Amerika Utara pada 2014.

Foto
Mayat ADO ditemui terapung
KUALA TERENGGANU 17 Feb. - Tanda tanya mengenai kehilangan seorang pegawai tadbir negeri, Wan Hariff Rafany Wan Muda sejak Sabtu lalu terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di tengah sungai berhampiran Kampung Tajin, Hulu Terengganu di sini pagi ini. Wan Hariff Rafany, 35, yang berjawatan Penolong Kanan Pentadbir Tanah bahagian pengambilan tanah di Pejabat Tanah Kuala Terengganu dikatakan keluar bersendirian dari kediamannya di kuarters kerajaan di Kuala Ibai di sini selepas subuh kelmarin.


Cucuk mata buaya lepaskan diri
KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada baki 250,000 daripada 1.7 juta pesalah trafik yang dikenakan saman dalam 'Ops Warta' supaya segera membayarnya sebelum dikenakan tindakan tegas. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam ops terbabit, pihaknya juga menahan lebih 5,000 individu yang dikeluarkan waran tangkap.

Tempat selamat ‘buang’ anak
Beijing: China akan menyediakan tempat selamat untuk ibu bapa menyerahkan anak yang tidak dimahukan di seluruh negara itu, walaupun terdapat pertikaian sama ada ia akan menyaksikan lebih banyak bayi dibuang, demikian menurut laporan media. Kerajaan negara itu sudah menubuhkan 25 pusat bayi di 10 wilayah dan bandar utama sejak Jun 2011, menurut agensi berita rasmi Xinhua, kelmarin.

No comments:

Post a Comment