Sunday, February 9, 2014

Berita Terkini 09 Februari 2014

Masjid Al-Aqsa diserang
Masjid Al-Aqsa diserang
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Tentera Israel bertindak biadab membaling bom ringan di masjid Al-Aqsa, Timur Baitulmuqaddis.Pertempuran antara tentera Israel dan jemaah itu tercetus selepas solat Jumaat, kelmarin.

Reman suspek bunuh polis Cawangan Khas disambung
KUALA LUMPUR - Tempoh tahanan reman terhadap seorang anggota polis lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang anggota polis cawangan khas di kawasan Bukit Persekutuan pada 4 Februari lepas, disambung lima hari lagi.Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa ketika dihubungi hari ini berkata tempoh tahanan reman lelaki berusia 30-an itu berakhir semalam sebelum disambung sehingga 13 Februari ini.


Budak lemas dalam kolam kediaman MB Selangor
SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan mati selepas terjatuh ke dalam kolam renang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Seksyen 7, di sini, jam 4 petang, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, Amanda Dany Shah, 7, bersama ibu bapanya, pergi ke majlis di situ untuk membekal makanan sebagai pengusaha katering, sempena majlis Tahun Baharu Cina.


VIDEO: Cara Nyala Rokok Paling Bergaya
MUNGKIN ini adalah cara menyalakan rokok paling bergaya di dunia.Memang berisiko sungguh aksi yang ditunjukkan oleh pekerja binaan yang tidak diketahui lokasinya ini.Agak-agaklah bang! Silap-silap muka pula yang terbakar nanti. Saksikan…


Bye Bye Rahim…Khidmatnya Bersama Sepahtu Berakhir…
SHAH ALAM – Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.


Sakinah Sengaja Muat Naik ‘Gambar-Gambar Panas’ Untuk Lihat Reaksi…
SELEPAS kecoh dengan video ‘gila-gila’nya, terbaru nama Sharifah Sakinah sekali lagi dikecam akibat gemar berkongsi gambarnya di Instagram melakukan senaman dengan menggenakan pakaian yang seksi untuk tontonan umum.Mengulas mengenai perkara itu, Sakinah mengakui kadang kala dia sengaja memuat naik gambar-gambar ‘panas’ untuk melihat reaksi segelintir manusia yang gemar bergaduh antara satu sama lain hanya atas sebab tersendiri.


Gaya Selebriti Di Red Carpet Anugerah Meletop
Walaupun fesyen merepek Neelofa teruk dikritik dan dikecam sebilangan besar peminat hiburan tanah air, tak dinafikan ramai juga artis dan selebriti yang hadir pada Anugerah Meletop Era yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, semalam tampil kacak dan menawan bagi menghormati penganjur majlis.


Menjijikkan: Selamba Tidur Bogel DalamTren
Pengangkutan awam disediakan kerajaan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduknya. Namun, jangan jadi seperti lelaki dari negara China di bawah ini yang terlebih ‘selesa’ sehingga menjadikan tren yang dinaikinya seakan-seakan dirinya berada di rumah sendiri.

Enam lelaki cuba curi tulang mayat dicekup
Polis Tahan 6 Lelaki Gali Kubur Orang Asli
ROMPIN – Sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Deraman, Batu 3, Kuala Rompin, di sini, berjaya menggagalkan usaha sekumpulan enam lelaki yang sedang menggali salah satu kubur di tanah perkuburan kampung tersebut kononnya untuk tujuan 'perubatan'.


EKSKLUSIF: Air Asia Promosi Nasi Lemak LENGKAP, Lawan Nasi Lemak TELANJANG MAS!
INI memang terbaik!Kita semua tahu chef selebriti terkenal, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand baru-baru ini telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

SEGERA: STING Bukit Aman Lumpuhkan Sindiket Edar Syabu Dari Iran
Ketua Polis Negara melalui akaun twitter mengucapkan syabas kepada team STING kerana berjaya menyerbu makmal memproses Syabu di Ampang Putra sekaligus menumpaskan sindiket pengedar Syabu dari Iran.


Sempat Beritahu Pembunuh Sebelum Ajal Dalam Ambulans…
KUANTAN – Seorang penyelia sebuah syarikat kenderaan di Gebeng, dekat sini, sempat memberitahu dia disamun lelaki berpakaian seragam sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, akibat ditikam tiga kali, awal pagi semalam.


Tikus Lebih Besar Dari Lembu
KAJIAN terbaru menunjukkan spesies tikus berkemungkinan boleh menjadi lebih besar daripada lembu. Ahli geologi di Universiti Leicester, Dr Jan Zalasiewicz memberitahu senario menakutkan itu boleh menjadi realiti jika haiwan mamalia lebih besar mengalami kepupusan.


Hotel Di Madinah Terbakar, 15 Jemaah Umrah Terbunuh
MADINAH – Seramai 15 orang yang merupakaan jemaah Umrah terbunuh dalam satu kebakaran di Hotel Ishraq al Madina yang terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi, Madinah petang semalam. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang kebetulan turut berada di Madinah memberitahu media Malaysia bahawa tidak ada jemaah Malaysia yang cedera atau terkorban dalam kejadian berkenaan.


Fesyen Pelik Dan Merepek Neelofa Jadi Lawak Viral Di Media Sosial
Tak sampai sebulan pulang ke tanah air selepas menyambung pengajiannya di New York, nama Neelofa Mohd Noor kembali hangat diperkatakan peminat industri hiburan seni tempatan. Ini gara-gara fesyen pakaian pelik yang digayakannya semasa mengacarakan Anugerah Meletop Era yang bersiaran langsung dari Stadium Bukit Jalil, semalam.

Maut dipercayai minum racun
Maut dipercayai minum racun
SEMENYIH – Akibat tertekan kerana sering dibuli di sekolah, seorang remaja dipercayai bertindak meminum racun serangga dalam kejadian di rumahnya di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini, kelmarin.

Lelaki mati ditembak di Flat Perai Jaya
BUTTERWORTH - Seorang lelaki mati selepas ditembak dua suspek dalam satu kejadian di blok E1 Flat Perai Jaya, di sini malam tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata dalam kejadian jam 10.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas satu daripada tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya mengenai kepala.


Lepas Geram Pada Telinga Budak
BEIJING – Seorang wanita ditahan semalam kerana memotong kedua-dua telinga dan mengelar rahang anak saudaranya hanya kerana berselisih faham dengan ibu bapa mangsa. Zhang Qihui, 35, ditahan selepas mencederakan mangsa yang berusia enam tahun.


Deria Sentuh Pada Tangan Tiruan
SEORANG lelaki kudung berusia 36 tahun dari Denmark menjadi individu pertama di dunia menggunakan tangan tiruan yang mempunyai deria sentuhan. Rekaan tangan tiruan dihasilkan penyelidik dari Switzerland dan Itali itu membolehkan Dennis Sorensen mengawal objek menerusi wayar yang disambungkan pada saraf pangkal lengannya.


RM84,000 Dilarikan Daripada ATM, Polis Tahan Dua Lelaki
KOTA BAHARU, 8 Feb (Bernama) -- Dua lelaki ditahan di Pasir Mas di sini bagi membantu siasatan kes menyamun RM84,000 daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di hadapan Politeknik Kota Baharu, Kok Lanas pada Rabu lepas.

Wanita maut gara-gara peragut
Wanita maut selepas diragut
IPOH 8 Feb. - Seorang wanita yang sedang menunggang motosikal maut selepas diragut dua lelaki di Jalan Hospital Slim River pada pukul 4.25 petang tadi. Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River pada pukul 5.02 petang.

Bakteria e-coli ditemui di Sungai Betu Ferringhi
Pantai Batu Ferringhi yang tercemar dicadang ditutup sementara
GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan mencadangkan kepada Kerajaan Pulau Pinang supaya menutup sementara kepada orang ramai kawasan pantai Batu Ferringhi yang airnya dikhuatiri tercemar dengan elemen bakteria e-coli (Escherichia coli).

Pemberian BR1M 3.0 dilancar 22 Februari - Najib
TAIPING: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dilancarkan pada 22 Februari ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, pengagihan di peringkat Parlimen pula akan dilaksanakan sehari selepas itu.


Taib Mahmud Sah Letak Jawatan KM Sarawak
Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah meletak jawatan dan bakal mengumumkan penggantinya dalam tempoh terdekat. Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.

Tak tahan tengok 'drama' memadu kasih
Tak sanggup tengok 'drama' memadu kasih
ALOR SETAR - Tak tahu malu! Bermula dengan aksi ringan-ringan sehinggalah babak panas, beberapa pasangan kekasih dilihat tidak segan silu berpelukan di tempat awam. Begitulah aksi yang dapat dilihat di Taman Jubli Perak yang juga dikenali sebagai Taman Rimba, dekat sini.


RTM: Sitkom 88 Kopitiam Dihenti Siaran
KUALA LUMPUR – Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.


Luna Maya Seksi Dan Tampil Tak Pakai Bra Di MLM2013 Semalam?
Seperti kita sedia maklum, antara isu yang mengiringi Maharaja Lawak Mega 2013 yang berakhir malam tadi adalah lawak Nabil dalam salah satu persembahannya yang mengungkit kisah lama juri tetap MLM2013, Luna Maya.

Lelaki serang polis mati ditembak
ALOR GAJAH - Seorang lelaki yang menyerang anggota polis dengan senjata tajam mati ditembak di Machap Umboo, Durian Tunggal di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Mohamad Laham berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu meninggal semasa dibedah untuk merawat kecederaannya di Hospital Melaka.

Anggota polis maut kereta langgar pagar rumah
KOTA BHARU - Seorang anggota polis terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang pagar sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa di sini awal hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi itu, Konstabel Mohamad Azim Zahiruddin, 22 yang menaiki kereta jenis Honda CRX dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Pengkalan Chepa.


Suami Ditahan Guna Katak Untuk Cabul Isteri
Seorang lelaki di Marsden, dekat Brisbane, Australia dihadapkan ke mahkamah selepas didapati memberikan dadah seterusnya menggunakan katak bagi mencabul isterinya secara seksual. Lelaki yang tidak didedahkan namanya atas alasan undang-undang itu dicaj dengan tuduhan rogol dan kekejaman terhadap haiwan.


Sungguh Ironik… Kemalangan Ketika Temubual Televisyen Pasal Kemalangan
JALAN raya di Afrika Selatan dikatakan membunuh ramai rakyat negara itu kerana keadannya yang terlalu teruk. Ia terlalu teruk sehingga satu kemalangan terjadi ketika wakil rasmi kerajaan ditemubual oleh wartawan di tepi sebatang jalan raya ketika membuat pemeriksaan di situ.

No comments:

Post a Comment