Saturday, February 8, 2014

Berita Terkini 08 Februari 2014


Jual Barang Kemas, Bayar Hutang Judi
London – Bekas isteri Sultan Brunei, Mariam Aziz mengaku menjual barang kemasnya bagi membayar hutang judi berjumlah lebih £1 juta di kasino di sini. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan melibatkan pengawal peribadinya, Fatimah Lim yang dituduh mencuri berlian bernilai £12 juta daripadanya dan menggantikan dengan berlian replika.
Bomoh harta karun diburu
Lawas: Polis sedang mengesan seorang bomoh yang mendakwa wujud harta karun di Kampung Lintang Baru, di sini, bagi membantu siasatan kes kematian dua pencari harta berkenaan, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Fauzilan Abdul Aziz, berkata gerakan mengesan bomoh warga Indonesia itu giat dijalankan dan individu terbabit diyakini masih berada di negeri ini.
Wanita tempatan guna Facebook tipu RM1.2 juta
Wanita tempatan guna Facebook tipu RM1.2 juta
Kuala Lumpur: Seorang wanita tempatan menjadikan akaun laman sosial Facebook sebagai medium menipu dalam talian dengan mengaut keuntungan jutaan ringgit sepanjang tempoh dua tahun beroperasi. Bersekongkol dengan lima warga Nigeria melakukan aktiviti African Scam itu terbongkar selepas mangsa, wanita warga negara Singapura membuat laporan polis mendakwa ditipu mereka, baru-baru ini.
Lelaki mengamuk serang tiga anggota polis maut ditembak
ALOR GAJAH: Seorang lelaki terbunuh akibat terkena satu das tembakan ketika cuba menyerang tiga anggota polis dengan menggunakan dua pisau dalam kejadian amuk di Machap Umboo di sini, malam tadi.


VIDEO: Aksi Kemaruk Nak Jadi Artis
Kebanyakan kita mesti pernah berangan nak jadi artis dan buat persembahan macam artis popular kan? Pemuda dalam video di bawah juga sama, tapi bezanya dia dan kawan-kawan melangkah setapak lebih jauh dengan merekodkan persembahan ‘konsert’ mereka ala-ala klip video untuk lagu Sandiwara Cinta nyanyian Kumpulan Republic.


Bapa Empat Anak Telan Racun Selepas Bercerai
Gua Musang: “Selama 20 tahun berkahwin kami kerap berbalah, malah dia pernah mengungkapkan perkataan mahu membunuh saya. Dia panas baran dan sudah beberapa kali saya menuntut cerai daripadanya,” kata Nisah Drani, 38, bekas isteri seorang lelaki yang menelan serbuk dipercayai racun sehingga tidak sedarkan diri selepas mereka bercerai, kelmarin.


Pendedahan Mengejutkan Peserta Ratu Rantik
Venezuela – Seorang remaja yang bercita-cita menjadi Miss Venezuela bukan sahaja melakukan pembedahan hidung dan implan payu dara, malah sanggup menjahit plastik di lidahnya, bertujuan memastikan dia sentiasa kurus.


Liga Super: Penyokong Berbalas Baling Objek
KUANTAN – Suasana tegang berlaku di luar Stadium Darul Makmur berikutan provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebaik perlawanan tamat, malam tadi. Difahamkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras.


Tak Tahan Dipersenda, Murid Terjun Tingkat 3 Bangunan Sekolah
Johor Bahru: Hukuman denda luar biasa seorang guru sebuah sekolah di Skudai, dekat sini, supaya sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki dengan mempersendanya beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas dipercayai menyebabkan murid berkenaan tertekan dan tidak lama kemudian, dia didapati terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.


Lagi Status ‘Sengal’ Peminat Bola Sepak
Keputusan bola sepak Liga Super 2014 peringkat akhir semalam menyaksikan kemenangan Pahang 3-2 menentang Johor Darul Takzim (JDT). Bagaimanapun sebelum nak menjelang perlawanan akhir, kita pasti perasan bola sepak negara yang sepatutnya menumbuhkan semangat kesukanan menjadi punca pula pergaduhan antara penyokong berlainan negeri.


Sindiket 'ayat-ayat cinta' tumpas
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan penghantaran barang yang aktif di beberapa buah negeri sejak beberapa tahun lalu yang mengakibatkan kerugian mangsa mencecah RM7.8 juta.


Video Li Na ditampar tersebar meluas
LONDON - Sejurus menjuarai kejohanan tenis Terbuka Australia bulan lalu, Li Na membuat ucapan yang agak kontroversi, mengucapkan terima kasih kepada ejen dan suaminya, tetapi secara berjenaka dia tidak mahu berterima kasih kepada negara kelahirannya, China.


Balai polis dibaling bahan letupan
BUKIT MERTAJAM - Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari ini.

No comments:

Post a Comment