Tuesday, February 11, 2014

Berita Terkini 11 Februari 2014

Wanita warga Jerman yang maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu
Wanita Jerman maut terjatuh puncak Gunung Kinabalu
KOTA KINABALU - Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi ini, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.

20140105_154758_gunung-sinabung-meletus-keluarkan-awan-panas.jpg
Jangan keluar jika abu gunung berapi melanda
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan tinggal di dalam rumah dan menutup semua pintu dan tingkap jika abu dari letupan Gunung Berapi Sinabung, Sumatera Utara terbang ke arah Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan penduduk agar memakai topeng mulut atau menggunakan kain atau tuala basah sebagai alat perlindungan pernafasan jika udara tercemar.

Zizan, Emma
Bersekedudukan: Zizan, Emma beri penjelasan
BAHARU sahaja reda dengan isu bercumbuan di dalam kapal terbang, kini nama Zizan Razak dan Emma Maembong kembali menjadi perhatian selepas dikatakan bersekedudukan sejak enam bulan lalu.Mengakui terkejut dengan tindakan jirannya yang melaporkan perkara itu kepada pihak media, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, bagaimanapun tidak menafikan Emma ada beberapa kali mengunjungi rumahnya.

Jurujual rugi lebih RM10,000 akibat disamun
KUANTAN - Seorang jurujual kerugian lebih RM10,000 selepas disamun empat lelaki di tempat letak kereta di hadapan Kuantan Parade, di sini malam semalam.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi di sini hari ini berkata, dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, mangsa seorang lelaki berusia 21 tahun dihampiri empat suspek terbabit semasa berjalan keluar dari pusat beli belah itu menuju ke keretanya.

Tun Abdul Hamid Mohamad
Kesan hudud di Brunei dinilai selepas 3 tahun
KUALA LUMPUR - Keberkesanan pelaksanaan hukum hudud di Brunei hanya boleh dinilai dalam tempoh tiga atau lima tahun lagi, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad. Abdul Hamid yang turut menjadi penasihat dalam perangkaan undang-undang hudud di Brunei berkata dalam tempoh itu para pengkaji dan negara yang ingin mengikut jejak langkah Brunei boleh menilai sama ada pelaksanaan hukuman itu mampu mengurangkan kadar jenayah atau sebaliknya.


Ibu tunggal trauma dirogol jiran
BERA - Seorang ibu tunggal yang menolak cinta jiran sekampungnya hidup dalam keadaan trauma selepas dirogol lelaki itu semasa dalam perjalanan ke kebun getah di Kampung Menteri, kelmarin.Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zakaria Yusof berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke kebun getahnya yang terletak kira-kira 700 meter daripada rumahnya dengan menaiki motosikal.


Fesyen Baju Askar Zizan Cetus Kontroversi?
Masih belum habis lagi rupanya isu berkaitan Anugerah Meletop Era (AME) yang diadakan Sabtu lalu, memang betul-betul meletoplah sehinggakan tidak habis-habis diperkatakan orang ramai.Tak cukup dengan isu pakaian ‘merepek’ Neelofa, isu Wak Doyok yang dikatakan terasa hati dengan Neelofa kini timbul pula isu berkaitan pakaian yang digayakan pemenang terbesar AME iaitu Zizan Razak.


Komen Jiran Pasangan M’sia Di Sweden - Kes Dera
KES penahanan pasangan suami isteri warga Malaysia di Sweden mendapat liputan meluas hingga ke peringkat antarabangsa. Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib pasangan ini apatah lagi mereka dikatakan memukul anak-anak hanya kerana tidak solat. Begitu pun, kini tersebar pula satu print screen status Facebook yang dikatakan dimuat naik oleh bekas jiran pasangan berkenaan ketika mereka tinggal berdekatan di Sweden.

Khalid Abu Bakar
Lelaki HINA Thaipusam Ditangkap – Ketua Polis Negara
PETALING JAYA – Lelaki yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur hasutan di Facebook berhubung sambutan Thaipusam baru-baru ini ditahan pada Isnin.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitnya mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.“Akhirnya ‘MAN NANBLAST’ yang muat kata-kata berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari berjaya ditangkap tadi @PDRMsia,” tulis beliau di Twitter.


Sting Tumpaskan Sindiket Dadah, Rampas Dadah Bernilai RM3 Juta
KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah yang didalangi warga tempatan dan warga asing, Februari tahun ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dengan tertumpasnya dua sindiket tersebut polis menganggarkan nilai keseluruhan dadah yang berjaya dirampas bernilai RM3 juta.


Belasah Isteri Hamil Gara-Gara SMS
KUALA TERENGGANU – Seorang suami tergamak membelasah isterinya yang sedang sarat mengandung hanya kerana tidak berpuas hati selepas disoal siasat oleh mangsa berhubung status sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh seorang wanita kepadanya.Kejadian berlaku di kediaman pasangan suami isteri itu di Kampung Laut, Chendering, di sini, kira-kira jam 11.37 pagi, 5 Februari lalu.


Tebuk Pipi Untuk Dapat Lesung Pipit
London – Sanggup berhabisan sehingga RM 16,450 semata-mata untuk mendapatkan lesung pipit seperti penyanyi pujaan. Itu yang dilakukan peminat fanatik anggota Cheryl Cole iaitu Cherelle.Dia yang juga pelatih peguam berkata, lesung pipit Cheryl Cole sangat menawan menyebabkan dia berasa kecewa kerana tidak memiliki lesung pipit sendiri.“Saya memang sukakan Cheryl dan lesung pipitnya,’’ katanya.Susulan itu, dia telah menemui doktor dan kemudiannya pisau bedah digunakan untuk menebuk lubang di pipinya.


Budak Tanpa Telinga, Kini Jalani Kaunseling
China – Ingat lagi dengan seorang budak lelaki berusia enam tahun, yang dipotong telinga oleh ibu saudaranya susulan pergaduhan keluarga di Xiangyang, minggu lepas?Budak itu sudah semakin sembuh, namun telinga kanannya gagal disambung semula.Kejadian itu juga mengakibatkan dia kerap kali terpaksa mengunjungi kaunseling selepas trauma dengan insiden menakutkan itu.


Status Sengal Remaja Yang ‘Malu Besar’
Memang bukan satu perkara pelik apabila berhadapan dengan status-status bodoh yang dikongsikan oleh remaja kita di media sosial terutama Twitter dan Facebook.Terbaru, seorang budak perempuan memuat naik status yang menjatuhkan maruah sendiri.Tak tahulah pula sama ada dia rasa bangga kalau semua orang baca status tersebut atau dia memang bodoh sebab tak tahu fungsi direct message.Walaupun cuba bersangka baik tapi terlalu susah sebab rasanya semua orang yang baca akan dapat faham apa telah dilakukannya bersama teman lelaki.


Dituduh Raba Dalam Wad Hospital
Kuantan – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis dalam sebuah wad hospital pakar di sini, kira-kira tiga tahun lalu.Tertuduh, Mohamad Faiz Fitri Suhari, 23, dari Kampung Mak Chili Paya, Kemaman, Terengganu bagaimanapun menafikan perbuatan itu dan mohon dibicarakan. Dia dituduh melakukan kekerasan jenayah mencabul kehormatan seorang wanita berusia 29 tahun ketika kejadian.


Wanpa Nafi Reka ‘Jumpsuit’ Neelofa…Kami Hanya Tolong Pakaikan!
PEREKA duo yang kini sedang mengukir nama di persada fesyen Malaysia, Wanpa menafikan bahawa pakaian rona merah jambu yang digayakan oleh Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era (AME) direka oleh mereka. Ketika di awal pembukaan AME, Neelofa menggayakan sebuah ‘jumpsuit’ berwarna merah jambu terang. Busana tersebut mendapat kritikan di laman sosial dan ramai beranggapan busana itu melekap di susuk tubuh dan menampakkan bentuk badan Neelofa, malahan ada juga pihak yang ‘nakal’ menyamakan baju tersebut dengan kostum karakter ‘Power Rangers’.


Lagi Kes Remaja Perempuan TOREH Lengan Bukti Sayang Pada Pakwe…
SEBELUM ini kami pernah kongsikan tindakan remaja mengelar lengan sendiri guna pisau sebab mahukan perhatian teman lelaki.Ini pula, tindakan lebih kurang serupa seorang lagi remaja yang hanyut di alam percintaan.Walaupun tahu ia satu tindakan bodoh, remaja ini tetap gigih menahan sakit mencacah lengan sendiri kerana baginya tangan itu hak dia.

Perkahwinan bawah umur, imam didakwa di mahkamah
SYDNEY - Seorang imam dihadapkan ke sebuah mahkamah di Australia hari ini selepas didakwa menjalankan perkahwinan secara haram melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun dengan kanak-kanak berusia 12 tahun.Kes itu terbongkar selepas penahanan seorang warga Lebanon pada minggu lepas di atas kesalahan mengahwini kanak-kanak bawah umur.


Perlumbaan kanu di sungai beku
BANDAR QUEBEC, Kanada - Sebanyak 52 pasukan berentap dalam pertandingan kanu di Sungai St. Lawrence sempena Karnival Musim Sejuk Quebec di sini kelmarin.Perlumbaan kanu yang diadakan di dalam sungai yang beku itu dimenangi oleh pasukan Fromagie Ilse aux Grues, manakala pasukan La Capitale menduduki tempat kedua.Pasukan Chateau Laurier pula diumumkan sebagai pemenang untuk kategori wanita. - AP


3,000 ayam sabung dirampas di New York
NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan sembilan lelaki dan menyelamatkan sebanyak 3,000 ekor ayam jantan dalam serbuan ke atas satu sindiket sambung ayam, lapor akhbar New York Daily News semalam.Operasi yang dikenali sebagai Operasi Angry Birds itu dilancarkan pada Sabtu lalu dan berakhir kelmarin ke atas sindiket sabung ayam yang dianggap paling besar di negeri ini.Serbuan itu dilakukan ke atas tiga buah lokasi di bandar ini.


Beli telefon, tablet guna duit palsu
KOTA BHARU – Seorang jururawat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan iaitu membeli telefon bimbit, tablet dan minyak petrol menggunakan wang palsu.Bagaimanapun, tertuduh Nor Aziarina Ismail, 30, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu semasa pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.


Rogol wanita selepas cinta ditolak
BERA - Gara-gara marah dan kecewa lamaran cintanya ditolak, seorang lelaki bagaikan dirasuk apabila bertindak kejam merogol wanita tersebut di dalam sebuah ladang getah di Kampung Menteri di sini awal pagi kelmarin.Lebih dahsyat, mangsa yang juga seorang ibu tunggal terpaksa melalui detik menakutkan apabila dirogol dalam keadaan tangan dan kaki terikat selain muka dan mulut ditutup dengan kain.


Ahli Geng Onai ditahan, dua lagi diburu
SUBANG JAYA 10 Feb. - Seorang ahli Geng Onai yang dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah dan kenderaan di daerah ini sejak awal tahun ini, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Delima 3, Banting di sini, Khamis lalu.Serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hasil maklumat dan risikan.


Geng samun 7-Eleven tumpas
IPOH 10 Feb. - Polis berjaya menumpaskan geng samun yang menyasarkan kedai 7- Eleven di sekitar bandar raya ini dengan tertangkapnya tiga lelaki di Kampung Tawas di sini, Jumaat lalu.Dalam kejadian pukul 7.15 petang, dua daripadanya ditahan ketika cuba menyamun sebuah lagi kedai serbaneka berkenaan selepas berjaya melakukannya di Jelapang dan Bercham dua jam sebelum itu.


Pengumuman QE jejaskan rizab BNM
KUALA LUMPUR 10 Feb.- Pengumuman tentang pengurangan suntikan mudah tunai (Quantitative Easing (QE)) oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menjadi sebab bagi penyusutan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 30 Januari lalu, kata Alliance Research.BNM hari ini mengumumkan bahawa rizab antarabangsa susut kepada AS$133.1 bilion (RM443.21 bilion) pada 30 Januari, memadai untuk membiayai 9.4 bulan import tertangguh dan 3.6 kali hutang luar negara jangka pendek.

30 minit kejar penyamun
Klang:Seorang pemandu lori ‘berputih mata’ apabila wang tunai RM5,000 yang baru dikeluarkan dari bank, disamun sekumpulan lelaki ketika mengisi minyak di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah di sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 9 malam itu, selepas mengeluarkan wang dan memasukkan ke dalam beg galas, mangsa yang berusia 30-an singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi bahan bakar lori tiga tan yang dipandunya.

J-T-W-bloglazir.blogspot.com
‘Kekasih maya’ UK kebas RM300,000
Kuala Lumpur: Tergoda dengan ‘kekasih maya’ yang kononnya gadis jelita dari United Kingdom (UK), seorang duda kerugian lebih RM300,000 yang dimasukkan ke dalam akaun suspek di luar negara.Ahli perniagaan berusia 40-an dari Kuala Selangor itu dikatakan baru beberapa bulan bercerai, terjerat dalam ‘cinta ekspres’ dengan suspek yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook, Disember lalu.


Pengasas Facebook paling pemurah
SEATTLE: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, adalah antara dermawan Amerika Syarikat paling pemurah pada 2013, dengan sumbangan 18 juta stok saham rangkaian media sosial itu, bernilai lebih AS$970 juta (RM3.2 bilion) kepada Silicon Valley Disember lalu.

No comments:

Post a Comment