Friday, February 7, 2014

Berita Terkini 07 Februari 2014


Obor-obor Gergasi Ditemui Terdampar Di Australia
Saintis sedang berusaha untuk mengklasifikasikan spesies obor-obor gergasi baharu, yang dijumpai terdampar di pantai Hobart, dekat Tasmania, Australia. Obor-obor berukuran 1.5 meter itu, ditemukan oleh sebuah keluarga di selatan Tasmania, sebelum mereka bertindak menghubungi ahli biologi marin tempatan.


Penggal Kepala Bayi Sebelum Minum Darah
New Delhi – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati kerana memenggal kepala seorang bayi sebelum meminum darahnya. Kejadian berlaku dua tahun lalu di perkampungan Kalakuri di Bankura, Bengal Barat, lapor media. Lakshmi Kanta Sarkar ditemui di tempat pemujaan dekat kawasan kubur sedang meminum darah dari kepala bayi yang terputus yang digantung di dahan pokok oleh sekumpulan penduduk kampung.


Dihalau Keluarga Akibat Penyakit Ganjil
Jawa Timur – Seorang wanita yang ditumbuhi tumor di seluruh badan, terpaksa keluar dari kampungnya selepas keluarganya sendiri menghalaunya akibat penyakit berkenaan. Sarotin, 46, telah menghidap neurofibromatosis sejak tiga tahun lalu.Sebahagian mukanya dipenuhi tumor yang besar manakala bahagian badannya yang lain ditumbuhi tumor kecil.


Selfie Paling Teruk, Bergambar Dengan Mayat
Alabama – Adakah ini selfie paling teruk? Bergambar dengan mayat, bukan satu gurauan. Tapi itu yang dilakukan oleh seorang remaja sekolah menengah ketika melakukan lawatan ke jabatan biologi Universiti Alabama.


Juara ‘The Biggest Loser’ Terbaru Terlalu Kurus?
BAGI anda yang mengikuti rancangan The Biggest Loser, pasti anda sudah sedia maklum dengan konsep rancangan tersebut yang memberi kemenangan kepada peserta yang berjaya mengurangkan peratusan berat badan paling banyak.


Polis Kenal Pasti Geng Curi Wang Dari Mesin ATM
BACHOK – Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti mereka yang terbabit dan kaedah yang digunakan untuk mencuri wang dari mesin keluaran wang automatik (ATM) yang berlaku sejak Januari lalu.


VIDEO: Wanita Diragut Di Stesen Minyak
PERNAHKAH anda terfikir yang anda berisiko besar untuk diragut sewaktu membayar untuk mengisi minyak di luar kaunter stesen? Secara logiknya, berada di luar kenderaan dengan memakai barang kemas dan memegang dompet sememangnya mengundang kehadiran para peragut.


Bayi Baru Lahir Dihempas, Ditekup, Dipukul Dan Dibuang Tepi Jejambat!
PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.


GAMBAR: Lelaki Jadi ‘Spyderman’ Elak Ditangkap Di Rumah Pelacuran
KEGIATAN pelacuran di negara China agak berleluasa biarpun hukuman berat menanti mereka yang didapati bersalah mengusahakan perhambaan seks di negara itu.Di bawah undang-undang negara komunis itu, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum mati dengan ditembak oleh skuad penembak khas.


Pakatan Rakyat GAGAL Batalkan Keputusan PRU-13
Cubaan Pakatan Rakyat (PR) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi semua 222 kerusi Parlimen berakhir hari ini apabila Mahkamah Tinggi membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mengenepikan percubaan tersebut.

Bekas pegawai bank hadapi 75 pertuduhan pecah amanah
KUANTAN 7 Feb. - Seorang bekas pegawai khidmat pelanggan RHB Bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 75 pertuduhan pecah amanah sebanyak RM584,409.83 yang dilakukan selama lima tahun sejak 2007.

Pelajar maut terjerut  tali buaian
Pelajar maut terjerut tali buaian
Gua Musang: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi (SMKSW) maut terjerut tali buaian di rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di sini, kelmarin.

Pelajar bimbang lelaki tunjuk kemaluan
BANDAR SUNGAI EMAS - Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan sekumpulan remaja berhampiran Perhentian Bas Bandar Sungai Emas, semalam membimbangkan sebahagian pelajar kolej di kawasan tersebut.

Malaka Buka Sekolah Khusus Remaja Hamil
Senario remaja hamil makin serius
Putrajaya: Mesyuarat Majlis Sosial kali ketiga yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membentangkan dua kertas kerja masing-masing bertajuk ‘Kehamilan dan Kematian Di Kalangan Remaja’ oleh Kementerian Kesihatan dan Agenda Sosial Negara 2014 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Foto
Cubaan tiga lelaki melarikan wang tunai dari ATM
Kajang: Cubaan tiga lelaki melarikan wang tunai dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bandar Baru Sungai Long di sini, gagal apabila pintu kebal dalam mesin berkenaan tidak berjaya dibuka dalam kejadian pagi semalam.

Foto
Perompak mati dipukul
Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi.Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.


Permainan hina nabi
Kuala Lumpur: Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak mereka yang gemar bermain komputer berikutan satu permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kini dikesan mengandungi elemen yang menghina Islam dan menjejaskan akidah.

Bapa didakwa bunuh, cedera anak
Bapa didakwa bunuh, cedera anak
KUALA LUMPUR - Susulan kes seorang bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang minggu lalu, seorang penganggur didakwa atas tiga pertuduhan iaitu membunuh dan dua pertuduhan cuba membunuh anak perempuannya.

Warga emas dipenjara 36 tahun rogol gadis OKU
Warga emas dipenjara 36 tahun rogol gadis OKU
KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 36 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam, setelah didapati bersalah atas empat pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan seorang gadis cacat penglihatan berusia 17 tahun.


Pasukan Keselamatan Gagalkan Dua Cubaan Kumpulan Bersenjata Ceroboh Sabah
SEMPORNA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pasukan keselamatan Malaysia berjaya menggagalkan percubaan kedua kumpulan bersenjata untuk memasuki Sabah dalam tempoh dua bulan.


Soalan seks untuk murid sekolah?
SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.


Lapan Kes A H1N1 Dikesan Di Sabah Sejak Isnin Lepas
KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang dikesan positif virus Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah.Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua penjaga dewasa didapati positif H1N1 selepas menjalani ujian bagi virus itu.

No comments:

Post a Comment