Wednesday, February 12, 2014

Berita Terkini 12 Februari 2014

Bapa tahanan reman mati dalam lokap berjaya tuntut ganti rugi
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Bapa seorang tahanan reman yang mati di penjara Sungai Buloh enam tahun lepas, hari ini berjaya menuntut ganti rugi atas kecuaian yang berlaku ketika anaknya ditahan. Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang difailkan M. Ghaur Chandram, 57, terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Pengarah Penjara Sungai Buloh dan empat yang lain dengan kos yang akan ditaksir kemudian.

Rakam anak tengah mandi
Padah bapa rakam anak tengah mandi
AYER KEROH - Padah merakam adegan anak perempuannya sedang mandi, seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki rakaman video lucah. Hukuman itu diputuskan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.


Hina Sultan Selangor, seorang wanita ditahan
Hindu Murtad Hina Islam – Ada Di Kajang!
Wanita hina Sultan Selangor ditahan
KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Penahanan wanita itu disahkan polis Selangor menerusi status akaun Facebook yang baru dimuat naik sejam yang lalu dengan mengatakan wanita itu ditahan di Sungai Jelok, Kajang.


Bocor: Spesifikasi Utama Samsung Galaxy S5
SPEKULASI demi spekulasi, kini satu lagi imej bocor yang menjadi antara “kemungkinan besar” bagi spesifikasi utama peranti terbaru daripada Samsung yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Galaxy S5. Imej yang memaparkan bahagian bawah kotak peranti ini telah disebarkan oleh SamsungGalaxyS5.nl dan berikut adalah antara spesifikasi yang mungkin terdapat pada Galaxy S5:


VIDEO: Perbezaan Sebelum Dan Selepas Kahwin
KATA orang sebelum kahwin semuanya indah belaka. Pendek kata, segala-galanya manis sahaja. Tetapi, selepas kahwin, ramai di kalangan kita yang merungut kerana kemanisan berganda yang dibayangkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan. Apa tidaknya, semua perangai buruk yang tersimpan selama ini akhirnya terserlah juga bila sudah hidup bersama.


Hikmah Pencerobohan Pengganas Sulu
LAHAD DATU – Galeri kecil di Kem Tanduo, pos kawalan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang menyimpan koleksi gambar kesan pencerobohan pengganas Sulu sudah cukup menceritakan sejarah hitam kawasan itu yang dahulunya merupakan sebuah perkampungan kecil.

5 individu dipenjara, denda palsukan dokumen diesel subsidi
KUALA TERENGGANU, 12 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM15,000 manakala empat lagi individu didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan bekalan diesel bersubsidi.


Pembantu penguat kuasa JPJ dituduh rasuah
ALOR SETAR 12 Feb.- Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 di sini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,000 pada penghujung 2012 lalu. Bagi pertuduhan pertama, tertuduh, Subri Baharom, 56, didakwa menerima rasuah berjumlah RM1,000 daripada Mohd. Shafiq Shaarani sebagai dorongan untuk melepaskan kereta Perodua Kancil milik Mohd. Shafiq yang ditahan atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta suapan berjumlah RM1,000 daripada Mohd. Shafiq atas tujuan yang sama.

rasuah
Rasuah: Bekas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam diperintah bela diri
ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam membela diri terhadap tuduhan menerima rasuah sebanyak RM1,500, tiga tahun lalu. Hakim Ooi Sheow Yean membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Ahmad Zamri Chik, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan pilihan pindaan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Askar Israel Terkena Letupan Gas Pemedih Mata
RAMALLAH – Beberapa kanister gas pemedih mata meletup di dalam sebuah trak yang dinaiki beberapa anggota tentera Israel di wilayah Tebing Barat milik Palestin, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam. Ketika kejadian, empat anggota tentera Israel berada di dalam trak tersebut menyebabkan mereka turut terhidu gas tersebut. Kejadian itu dianggap memalukan tentera Israel yang memiliki peralatan ketenteraan yang canggih.


VIDEO: Rakyat Malaysia Yang ‘Sporting’
CARA promosi produk Nescafe Smoovlatte ini memang cukup menarik. Tapi bagi penulis, apa yang lebih mengagumkan ialah rakyat Malaysia sebenarnya cukup ‘sporting’. Demi mendapatkan sebotol minuman itu secara percuma, mereka perlu mengikut arahan yang diberikan melalui skrin yang terdapat pada mesin minuman tersebut termasuklah menari, menahan gaya beberapa saat dan sebagainya.


Nelayan Vietnam mati dibunuh ahli keluarga sendiri
ROMPIN - Seorang nelayan warga Vietnam maut ditikam dipercayai oleh anggota keluarganya sendiri selepas dikatakan berlaku pertengkaran antara mereka ekoran mangsa didakwa tidak menghantar duit ke kampung. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa dikenali sebagai Tran Van Mau, 29, manakala suspek yang dipercayai anggota keluarganya berusia 25 tahun. Mangsa ditikam di bahagian ketiak kiri dengan pisau pemotong ikan dalam sebuah bot nelayan yang berlabuh dekat jeti Tanjung Gemok di sini awal pagi ini, katanya.


Kandung Anak Bermuka Dua
Sydney – Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak.Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar.“Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar,” kata Renee.


Pelanggan Terkurung Dalam Bank
London – Seorang pelanggan terkejut dan marah apabila ditinggalkan terkunci dalam bilik menunggu selama sejam selepas premis itu ditutup.Wanita itu masuk ke bank Natwest berkenaan sejurus sebelum jam 5 petang untuk mendapatkan penjelasan mengenai akaunnya.Pengurus cawangan terbabit membenarkannya menggunakan bilik menunggu untuk menghubungi pejabat khidmat pelanggan pusat bank berkenaan.

Kisah sedih ibu muda, hilang bayi kembar serentak
Kisah sedih ibu muda, hilang bayi kembar serentak
KUALA PILAH – Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.


Kes Dera: Komen Jiran Pasangan M’sia Di Sweden
KES penahanan pasangan suami isteri warga Malaysia di Sweden mendapat liputan meluas hingga ke peringkat antarabangsa. Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib pasangan ini apatah lagi mereka dikatakan memukul anak-anak hanya kerana tidak solat. Begitu pun, kini tersebar pula satu print screen status Facebook yang dikatakan dimuat naik oleh bekas jiran pasangan berkenaan ketika mereka tinggal berdekatan di Sweden.

Banjir makin buruk di London
Banjir makin buruk di London
LONDON - Banjir yang melanda kebanyakan kawasan di Britain termasuk sekitar ibu negara dilaporkan semakin buruk dan boleh mengancam nyawa, menurut pihak berkuasa, kelmarin.Dipetik laporan AFP, Agensi Alam Sekitar Britain mengeluarkan 14 amaran berjaga-jaga di beberapa daerah termasuk di bahagian barat ibu negara selepas Sungai Thames melimpah.

Tauke rumah urut degil
Tauke rumah urut degil
SUBANG JAYA - Baru sahaja disita tiga hari lalu namun pengusaha dua rumah urut di Jalan SS15 dekat sini masih berdegil dan meneruskan operasi perniagaan mereka seperti biasa.Difahamkan, kedua-dua premis itu menawarkan aktiviti tidak bermoral kepada pelanggan yang berkunjung ke premis mereka.


Kuda selesa tinggal di dalam rumah
HOLT, Jerman - Seorang doktor perubatan, Stephanie Arndt memelihara seekor kuda di dalam rumahnya di utara negara ini.Pada mulanya, dia membawa kuda tersebut ke dalam rumahnya ketika ribut Xaver melanda wilayah utara Jerman pada hujung tahun lalu.Kuda betina itu yang kini berusia tiga tahun kemudiannya berasa selesa tinggal di dalam rumah.


Lelaki menyamar pengurus pasar raya tipu orang ramai
KLANG - Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan taktik seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pengurus pasar raya yang menjanjikan hadiah bertuah berupa kereta yang tidak wujud. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, setakat ini pihaknya menerima lapan laporan sejak Mei tahun lalu sehingga minggu lalu yang dibuat oleh mangsa melibatkan kerugian sebanyak RM103,250.

Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut
KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal menemui ajal selepas dirempuh sebuah tayar yang tercabut dari sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 450 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Sungai Buloh dekat sini semalam.Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa Norazmi Zam, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.


Geram wanita hamil
KOTA BHARU – Entah apa motifnya, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan cedera di belakang badan akibat dipukul dengan objek keras oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin semasa mangsa menunggang motosikal di Kampung Jal, Ketereh di sini, Sabtu lalu.Zura Muda, 26, yang mengalami luka dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu mendakwa, suspek merupakan lelaki yang pernah cuba menciumnya dua tahun lalu.

2 pelajar kolej berkhalwat didenda
Kajang: Dua pelajar kolej swasta didenda RM1,400 oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, semalam atas pertuduhan berkhalwat di sebuah hotel bajet, tahun lalu. Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Fakhrullah Mohamad, 23, dan Nur Syahira Athirah, 21, selepas mereka mengaku salah atas pertuduhan itu. Kedua-dua tertuduh turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan. Terdahulu, dalam rayuan bertulis untuk mengurangkan hukuman, mereka yang tidak diwakili peguam mengakui sudah memberikan kerjasama yang baik ketika pemeriksaan dijalankan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA).


BRIM 3.0 dikredit dalam akaun penerima 22 Februari
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerusi laman Facebooknya hari ini, Najib berkata, bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Foto
Dua tersepit, 4WD dihempap treler
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Dua mangsa tersepit selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) Mitsubishi Triton yang dinaiki mereka dihempap sebuah treler yang membawa muatan besi di susur Bulatan Lumba Kuda, Jalan Kuala Lumpur - Seremban di sini malam ini. Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 11 malam dan anggota bomba masih berusaha mengeluarkan seorang mangsa dan seorang lagi telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

8 ‘disumbat’ macam sardin dalam kereta
8 ‘disumbat’ macam sardin dalam kereta
Gerik: Umpama sardin dalam tin. Itu yang berlaku apabila sebuah PROTON Waja dimuatkan dengan 11 orang dewasa, termasuk lapan warga Myanmar yang dipercayai diseludup.Kegiatan itu dikesan orang awam kira-kira jam 7 petang di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli apabila kereta terbabit bergerak terlalu perlahan, lantas menghubungi polis.

Pemain bola wanita perlu periksa jantina
Pemain bola wanita perlu periksa jantina - Iran
Tehran: Pemain bola sepak wanita di Iran akan diwajibkan menjalani pemeriksaan jantina, selepas empat pemain pasukan wanita kebangsaan negara itu didapati adalah lelaki.Ketua Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Bola Sepak Iran, Ahmad Hashemian berkata, pemeriksa perubatan akan melakukan pemeriksaan ketika sesi latihan dan mana-mana pemain yang gagal pemeriksaan dan tidak dapat membuktikan bahawa mereka wanita tulen akan dilarang menyertai perlawanan.


Mudah gemuk jika ada kereta, komputer
Washington: Orang yang memiliki kereta, televisyen dan komputer di rumah tetapi tinggal di negara berpendapatan rendah mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menjadi gemuk berbanding mereka yang tidak memiliki kemudahan berkenaan, kata penyelidik.Makan lebih banyak, duduk tanpa melakukan senaman dan selalu memandu adalah punca mengapa mereka ini menambah berat badan dan menyebabkan terdedah kepada risiko kencing manis, kata penyelidik.

Mangsa jerat cinta siber rugi RM69.3 juta
Kuala Lumpur: Seramai 1,909 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita telah menjadi mangsa penipuan sindiket cinta siber sejak dua tahun lalu mengakibatkan kerugian lebih RM69.3 juta. Sindiket itu kebanyakannya dianggotai lelaki kulit hitam dari Nigeria, tetapi mendakwa lelaki kulit putih dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Itali serta menyasarkan mangsa mereka menerusi perbualan online atau laman sosial.

60,000 berpotensi hidap barah 2025
Kuala Lumpur: Kira-kira 60,000 penduduk negara ini akan menghidap barah menjelang 2025, jika langkah pencegahan tidak dilakukan segera. Presiden dan Pengarah Perubatan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr S Saunthari berkata, pihaknya merekodkan peningkatan 16 peratus dalam tempoh empat tahun lalu dan boleh meningkat 50 peratus dalam 10 tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment