Belasah majikan kerana dipecat
Kuala Terengganu: Bagaikan aksi gusti apabila seorang penyambut tetamu wanita ‘naik angin’ membelasah serta mengheret majikannya, juga seorang wanita, gara-gara berang diberhentikan kerja di sebuah resort di Jalan Haji Busu, Batu Burok, di sini, Rabu lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 petang apabila wanita berusia 29 tahun itu memanggil wanita berusia 20-an, datang ke pejabatnya untuk memberi notis berhenti kerja kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan kualiti kerja wanita itu.
Empat lelaki samun ahli perniagaan RM2j
Petaling Jaya: Petaling Jaya: Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM2 juta selepas banglo miliknya di Tropicana Golf Country Resort disamun empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 70 tahun bersama isteri dan 10 ahli keluarga yang lain sedang tidur sebelum terkejut apabila penjenayah dipercayai warga Indonesia itu bertindak mengejutkan mereka dengan mengacu parang.
Polis buru sindiket makmal heroin
Georgetown: Polis masih memburu ahli sindiket yang terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah susulan daripada pembongkaran sebuah makmal haram memproses heroin bernilai RM4 juta di sebuah kondominium di jalan Solok Gangsa, Greenland di sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya percaya ada lagi beberapa individu yang masih bebas dan usaha memburu sedang giat dijalankan.
Polis selamat 'tebusan' warga Bangladesh
Georgetown: Polis berjaya menyelamatkan sebelas lelaki warga Bangladesh yang dijadikan sebagai 'tebusan' dan dikurung di sebuah flet di Gat Lebuh Maccalum, jam 2 petang tadi.
Dalam serbuan itu, empat suspek termasuk seorang wanita ditahan kerana mereka cuba memeras ugut dan meminta wang daripada ahli keuarga warga Bangladesh berkenaan.
Polis syak kejadian simbah cat pejabat Teresa berkaitan penerbitan video
KUALA LUMPUR - Polis mengesyaki kejadian menyimbah cat merah dan meninggalkan bangkai seekor ayam di pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuchai Entreprenuers, di sini mempunyai kaitan dengan penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar melalui YouTube.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian yang berlaku pada 9.20 pagi tadi di pusat perkhidmatan Ahli Parlimen itu kini disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 352 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, serangan jenayah dan menyebabkan bencana.
Mesin 'Sand Man' bersih pantai Batu Ferringhi
GEORGE TOWN 19 Feb. - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menggunakan mesin pembersihan pantai yang dipanggil Sand Man untuk membersihkan pesisir pantai Batu Ferringhi, mulai esok.
Peralatan yang dibeli dengan harga RM72,000 itu akan dikendalikan seorang operator dan kerja pembersihan meliputi 1.8 kilometer di sekitar persisir pantai itu akan dijalankan empat hari seminggu.
Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail berkata, pihaknya akan membuat penilaian selama enam bulan untuk melihat sama ada wujud keperluan untuk menambah jentera seumpama itu bagi membersihkan kawasan pantai yang lain di sini. - BERNAMA
83 peratus kemalangan lebuh raya disebabkan kenderaan berat
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Sebanyak 40 peratus kenderaan berat yang beroperasi di atas jalan raya di negara ini dikategorikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai kenderaan lama dan uzur.
Lebih memburukkan keadaan, 83 peratus kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan pada tahun 2012 adalah disebabkan oleh kenderaan-kenderaan berat ini di mana sebilangannya turut melibatnya kenderaan lama yang disebutkan tadi manakala 18.7 peratus pula adalah lori.
Remaja maut digilis jentera pengangkat
ENDAU: Tindakan seorang remaja cuba untuk menghidupkan jentera pengangkat yang rosak dengan membuat sambungan bateri daripada sebuah jentera pengangkat lain membawa padah apabila dia maut serta merta akibat digilis jentera itu dalam kejadian di pusat pengumpulan hasil pertanian di Kampung Selancar, Endau, Rompin, semalam (Selasa).
Dalam kemalangan jam 10.45 pagi itu, Ahmad Zaid Harishah Abu Bakar, 18, maut ditempat kejadian akibat cedera di kepala apabila jentera yang cuba dihidupkannya terundur lalu menggilisnya ketika dia sedang berdiri dengan sebelah kakinya cuba menekan pedal minyak jentera itu.
Penarik kereta didakwa bunuh Pengasas AmBank dan cubaan bunuh isteri
KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, dan pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Julai tahun lalu.
Kastam lancar kad kuasa baharu untuk pegawai
PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini melancarkan kad kuasa baharu untuk pegawainya.
Ketua Pengarah Kastam Diraja, Datuk Sri Khazali Ahmad, berkata kad kuasa berkenaan memiliki ciri perlindungan daripada pemalsuan, pencerobohan serta ciri-ciri mudah untuk dikenalpasti ketulenannya.
mempunyai lapan ciri keselamatan yang mampu melindungi ia daripada mudah ditiru," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Suspek utama pukul teman wanita hingga mati ditahan polis
KUALA LUMPUR: Suspek utama berkaitan kes seorang wanita mati dipukul di Lagoon Perdana, Bandar Sunway dekat sini Isnin lepas ditahan polis awal pagi tadi.
Suspek yang berumur 30 tahun yang juga teman lelaki kepada wanita terbabit ditahan di sebuah wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejurus dia mendapatkan rawatan di situ.
Pembantu kolam ikan parah ditetak sepupu
KOTA BHARU: Seorang pembantu kolam ikan parah selepas ditetak dengan pedang oleh dua orang sepupunya di Kampung Paloh, Jalan Pintu Geng di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar berkata dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Ikmal Fadzli Ismail, 23, cedera di leher dan tangan selepas ditetak oleh dua suspek yang masing-masing berusia 20-an.
Kanak-Kanak 5 Tahun Jadi Wira
ROMPIN – Tindakan pantas seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun mengejutkan ibu bersama adiknya yang sedang tidur dalam bilik di rumah mereka berjaya menyelamatkan keluarga itu daripada rentung dalam kejadian kebakaran di penempatan Program Pemulihan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Penyabong, Endau, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian sekitar jam 3.15 petang itu turut memusnahkan hampir keseluruhan rumah milik Abdul Halim Ponggulin Abdullah, 41, dan pasangannya Nora Taha, 31.
Terima Balasan Aksi Lucah Depan Ibu
KOTA BHARU – Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu.
Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah.
Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.
Lelaki Mati Kerana Kaki Ayam
Florida – Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam.
James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.
Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.
Pahang Kawal Ketat Tapak Fosil Dinasor
PETALING JAYA – Kerajaan negeri Pahang akan mengawal ketat tapak penggalian fosil dinasor di mana gigi yang hanya sepanjang 23mm dikatakan milik spesis tersebut ditemui di negeri itu.
“Sehingga kawasan itu ditutup sepenuhnya, kita tidak boleh mendedahkan lokasi sebenar tapak berkenaan,” kata Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, yang merupakan penyelidik utama dalam ekspedisi yang bermula pada September 2012.
“Kadang-kadang mereka yang bukan penyelidik mungkin pergi dengan penggali dan menggali tanah,” kata beliau sambil menambah insiden itu pernah berlaku di Thailand dan Laos; hanya dua negara Asia Tenggara lain yang menemui fosil dinosaur.
Klang Valley still affordable
KUALA LUMPUR: You must have an average household income of RM14,580 a month to afford a home in the Klang Valley, according to a recent study.
The study – spearheaded by Sime Darby Property Bhd in collaboration with the Faculty of Built Environment of Universiti Malaya – takes into account the current household spending trend, price of homes and mortgage rates.
It found that certain groups of buyers interested in strategic areas can have access to houses that are priced at 56 times their household income.
Lelaki dibunuh kekasih isteri
Riyadh: Seorang wanita Syria memujuk suaminya warga Saudi untuk berkelah di kawasan padang pasir sebelum lelaki itu dibunuh oleh kekasih isterinya.
Wanita yang namanya tidak disiarkan sebelum ini memberitahu polis, tiga lelaki bertopeng menyerang suaminya, merompak dan kemudian menembak mati mangsa di padang pasir.
Bagaimanapun, pakar forensik yang menyiasat kes itu mendapati senjata yang digunakan untuk membunuh lelaki berkenaan adalah miliknya. “Selepas disoal siasat, si isteri mengaku dia memujuk suaminya ke kawasan berkenaan supaya kekasihnya boleh membunuhnya,” lapor akhbar Sada.
Empat tahun sorok mayat suami
London: Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu.
Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih empat tahun.
Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan.
Pertikai Allah, selar Nabi
Kuantan: Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.
Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro.
Suami isteri sekutu proses 80kg heroin
Georgetown: Sikap tamak sepasang suami isteri dalam mencari kemewahan memakan diri sendiri apabila dikesan menjadikan unit pangsapuri di Solok Gangsa, Greenland, di sini, sebagai makmal memproses heroin.
Perbuatan mereka bersama dua lagi rakan terbongkar apabila kediaman berkenaan diserbu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) yang merampas 80 kilogram (kg) heroin dan serbuk asas dadah berkenaan.
Rahsia tingkat dua
Kajang: Karaoke seks. Itu perkhidmatan ditawarkan sebuah premis yang beroperasi tanpa lesen di empat lot kedai tiga tingkat di Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, di sini.
Di tingkat satu dan tiga diubah suai menjadi bilik dan dewan hiburan untuk pelanggan berkaraoke sambil meminum arak manakala di tingkat dua pula dijadikan ‘port’ pelacuran dengan menawarkan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan harga antara RM180 hingga RM250.
Bogel wanita, tolak cinta
Ampang: Seorang wanita bukan saja dimaki hamun dan dibelasah, malah seorang kenalan lelakinya turut merakam gambar separuh bogelnya sebelum memuat naik di dalam Facebook (FB) hanya kerana mangsa enggan menjadi kekasihnya.
Itu azab terpaksa ditanggung seorang wanita berusia 35 tahun selepas bertindak menolak cinta lelaki itu yang tidak berpuas hati selepas usahanya memikat mangsa gagal.
Mati kerana kaki ayam
Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam.
James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.
Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.
Empat lelaki samun ahli perniagaan RM2j
Petaling Jaya: Petaling Jaya: Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM2 juta selepas banglo miliknya di Tropicana Golf Country Resort disamun empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 70 tahun bersama isteri dan 10 ahli keluarga yang lain sedang tidur sebelum terkejut apabila penjenayah dipercayai warga Indonesia itu bertindak mengejutkan mereka dengan mengacu parang.
Pemilik banglo cemas, tanah belakang rumah runtuh
KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah banglo di Jalan Melawati 5, Taman Melawati di sini cemas apabila tanah di bahagian belakang rumahnya tiba-tiba runtuh dan menyebabkan air dari bukit berhampiran melimpah masuk ke dalam rumah, hari ini.
Mohamad Hassan, 64, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika hujan lebat.
Kepala lekuk, bibir koyak
Subang Jaya: “Kepala anak saya berdarah dan ada kesan lekuk dengan saiz sebesar syiling 10 sen di dahi manakala bibirnya pula terkoyak dan lebam.”
Itu kata seorang wanita yang kematian anak perempuannya dipercayai akibat dipukul di sebuah apartmen di Bandar Sunway, di sini, malam kelmarin.
Maimunah Abdullah, 49, berkata anaknya Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, lima jam selepas menerima rawatan.
Air sungai bertukar jadi jingga selepas banjir
YORKSHIRE - Sebatang sungai di Yorkshire Barat di Britain bertukar menjadi warna jingga selepas banjir melanda kawasan berkenaan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mirror semalam.
Agensi Alam Sekitar Britain memberitahu, fenomena yang berlaku di Sungai Holme itu berpunca daripada satu bahan semula jadi yang terdapat di sebuah lombong lama sebelum mengalir ke dalam sungai berkenaan.
Bahan semula jadi yang dikenali sebagai ferum oksida itu bercampur dengan mineral lain di dalam air sungai menyebabkan ia bertukar menjadi jingga.
Arnab liar kejar pelancong wanita di Pulau Okunoshima
PULAU OKUNOSHIMA, Jepun - Sekumpulan arnab liar di sini bertindak mengejar seorang pelancong wanita untuk mendapatkan makanan.
Aksi lucu itu dirakam oleh seorang pengunjung di pulau berkenaan.
Okunoshima digelar Pulau Arnab oleh penduduk setempat kerana bilangan haiwan itu yang banyak di lokasi tersebut.
Klip video itu yang dimuat naik di laman web YouTube baru-baru ini menunjukkan sekumpulan arnab mengekori wanita tersebut selepas dia memberi haiwan itu makanan dalam bungkusan yang dibawanya . - Agensi
1MDB terbitkan sukuk RM2.4b Bandar Malaysia
KUALA LUMPUR 18 Feb. - 1Malaysia Development Bhd .(1MDB) merancang untuk menerbitkan sukuk bernilai RM2.4 bilion bagi membiayai projek penempatan semula lapan pangkalan keselamatan baharu dari kawasan pembangunan Bandar Malaysia di ibu negara.
Bandar Malaysia Sdn. Bhd., syarikat milik 1MDB Real Estate Sdn. Bhd., dalam kenyataannya kepada Bank Negara Malaysia hari ini, syarikat itu akan menerbitkan sukuk Antara satu hingga 10 tahun menerusi penempatan swasta kepada pembeli yang tidak didedahkan namanya.
SME Corp unjur PKS catat pertumbuhan hingga 7%
KUALA LUMPUR 18 Feb. - SME Corp., menyasarkan pertumbuhan dalam sektor perusahan kecil dan sederhana (PKS) antara 6.5 hingga tujuh peratus pada tahun ini dengan menggunakan negara ASEAN sebagai platform untuk melonjakkan perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, pada kebiasaannya pertumbuhan PKS lebih tinggi sehingga 1.5 hingga dua peratus daripada pertumbuhan negara.
Pasaran modal negara RM2.7 trilion
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pasaran modal negara berjaya mencatatkan pertumbuhan yang baik pada tahun lalu dengan merekodkan jumlah sebanyak RM2.7 trilion, iaitu peningkatan 10.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2012 meskipun berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan pasaran.
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Ranjit Ajit Singh berkata, aktiviti meraih dana sepanjang tahun lalu agak menggalakkan dengan prestasi saham yang baik selain aktiviti penerbitan bon yang kukuh.
Gadis mati dibelasah kekasih
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Seorang pekerja wanita sebuah pusat panggilan bank di ibu negara maut akibat dipukul di kepala dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Lagoon Perdana, Bandar Sunway, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa, Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia pada pukul 1.41 pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital berkenaan.
15 remaja ditahan curi motosikal
BALING 18 Feb. - Seramai 15 remaja termasuk seorang perempuan diberkas selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 24 tahun itu diberkas dalam operasi selama seminggu bermula 12 Februari lalu sehingga semalam
"Kita berkas kesemua suspek di rumah masing-masing di sekitar daerah ini serta Sungai Petani.
Candy Crush hasrat senaraikan saham di NYSE
LONDON 19 Feb. - Pereka permainan atas talian terkenal, Candy Crush menyatakan semalam bahawa pihaknya sedang cuba untuk menyenaraikan saham-sahamnya di New York Stock Exchange.
Pereka permainan tersebut, syarikat King.com berkata, pihaknya telah bertanya kepada badan kawal selia Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS) untuk penyenaraian berkenaan.
Dinosour Pahang
Dinasour pernah mendiami Malaysia? Ia belum disahkan tetapi penemuan fosil gigi dinasour spinosaurid, di pedalaman Pahang itu mungkin mengubah sejarah bahawa haiwan purba spesis karnivor yang memakan ikan itu pernah wujud di negara kita.
3 agensi kerajaan biaya RM23.2 bilion
Kira-kira 51,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan memperoleh bantuan kewangan berjumlah RM23.2 bilion yang disalurkan oleh tiga agensi pembangunan usahawan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sejak 30 tahun lalu.
Tiga agensi terbabit ialah Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), SME Bank dan SME Corporation Malaysia (SME Corp).
Asteroid besar 3 padang bola lepasi bumi
London: Sebuah asteroid yang dianggarkan sebesar tiga padang bola melepasi bumi pada jarak dekat kelmarin, kira-kira setahun selepas sebuah asteroid lain sebelum ini meletup di Russia dan mencederakan 1,200 orang.
Slooth Space Camera menjejaki asteroid itu yang melepasi bumi pada kelajuan 43 kilometer sejam bermula jam 2 pagi (GMT), menurut perkhidmatan teleskop robotik itu dalam laman Slooh.com.
Negara hilang RM8.65 bilion kerana dadah
Putrajaya: Kerajaan membelanjakan RM8.654 bilion dalam usaha memerangi dadah pada 2009 yang sepatutnya diguna untuk tujuan lebih penting dan memanfaatkan semua rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata hasil kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mendapati kos itu merangkumi perbelanjaan agensi penguatkuasaan dan pemulihan berkaitan dadah, rawatan kesihatan, kehilangan produktiviti dan kos berkaitan jenayah.
Budak ditemui di padang pasir berseorangan
Damsyik: Seorang budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria selepas terpisah daripada keluarganya ketika melarikan diri daripada perang saudara di negara mereka.
Pekerja bantuan terserempak dengan Marwan berhampiran sempadan di Syria dan Jordan. Dia mengenakan baju Nike merah, jaket serta berseluar panjang, dan membawa sebuah beg plastik merah yang diisi dengan barang-barangnya.
Tawar pinjaman hibrid RM5 juta
SME Corporation Malaysia (SME Corp) mulai tahun ini akan menumpukan penyediaan pinjaman kewangan dalam bentuk hibrid bagi membantu lebih banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembang dan menambahbaik perniagaan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim, berkata pinjaman mudah dalam bentuk hibrid adalah gabungan bantuan geran dan pinjaman disalurkan agensi itu kepada syarikat berkelayakan, terutama sebagai modal kerja serta pembelian peralatan kejenteraan.
Usahawan kecil perlu manfaat pengalaman untuk maju
Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan perlu memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dalam kerjaya awal masing-masing untuk membolehkan perniagaan yang diusahakan menjadi lebih berdaya maju dan bernilai tinggi.
Pengarah Urusan ABX Express Sdn Bhd, Mohamed Ali Noordin, berkata pengalaman yang diperoleh semasa berkhidmat dengan firma multinasional, TNT Express NV dan DHL, membolehkannya membangunkan syarikat kurier yang setanding dengan syarikat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment