Wednesday, April 2, 2014

Berita Terkini 02 April 2014

Tan Sri Khalid Abu Bakar
KPN bidas spekulasi burukkan imej Kapten Zaharie
KOTA BHARU - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kecewa dengan pihak tertentu yang berterusan membuat spekulasi tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sehingga memalukan keluarga juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah. Beliau berkata spekulasi berkenaan bukan sahaja boleh memalukan keluarga terbabit tetapi juga ia boleh menjejaskan segala siasatan berhubung kejadian itu. "Terlalu banyak spekulasi jadi kita kena berhati-hati ketika membaca. Saya tengok anaknya pun sudah menafikan, jadi ada pihak wartawan media (asing) yang kurang beretika sengaja tulis perkara-perkara yang tidak elok. "Kalau ada yang boleh saya umumkan, saya akan umumkan tetapi kita semua kena faham perkara dalam siasatan, kita takut ia akan menjejaskan penyiasatan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan Sepanjang Hayat Bersama Pucuk Pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini. Semalam, anak Kapten Zaharie, Aishah menyelar laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Sementara itu, Khalid berkata terdapat peningkatan kes anggota polis di seluruh negara yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung dan buah pinggang. Keadaan itu, menurutnya, berikutan keadaan hidup rakyat di negara ini yang bertambah baik dan kemampuan untuk membeli makanan kesukaan masing-masing. "Benda-benda ini semua perlu dikawal maknanya kita perlu beri kesedaran tentang betapa pentingnya untuk menjaga pemakanan dan kesihatan diri kita melalui senaman-senaman," katanya. Beliau mengingatkan warga polis agar menjaga kesihatan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan menikmati kualiti hidup yang sihat. Turut hadir isteri Khalid yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Puan Sri Imran Ibrahim, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - Bernama

Pelajar China kecewa netizen kritik Malaysia
Pelajar China kecewa netizen kritik Malaysia
Akaun Sina Weibo milik aktor Chen Kan berstatus mengajak orang ramai memboikot produk dan pelancongan Malaysia.
KUALA LUMPUR - Selepas selebriti dan netizen di China mengkritik dan menyalahkan pegawai-pegawai Malaysia berhubung pengendalian tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam laman sosial, seorang pelajar wanita China yang melanjutkan pengajian di negara ini, menyuarakan rasa kecewanya dengan tindakan itu. Zhang Miao, 26, yang melanjutkan pengajian doktor falsafah dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya (UM) berkata Malaysia tidak harus dipersalahkan berdasarkan maklumat tidak tepat. "Sesetengah selebriti dan rakyat China memprovokasi pihak berkuasa Malaysia dan menyarankan memboikot produk Malaysia dalam laman sosial media. "Secara peribadi, saya rasa Malaysia tidak harus dipersalahkan," katanya dalam temu bual khas dengan Bernama di sini, hari ini. Selebriti dan netizen China telah membuat saranan dan catatan supaya memulau produk dan pelancongan Malaysia menerusi platform sosial media, Sina Weibo dan Wechat. Selain itu, sebahagian netizen telah menulis komen yang mengandungi kutukan dan penghinaan dalam laman sesawang Sina Weibo milik penyanyi popular Cina dari Malaysia termasuk Fish Leong dan Victor Wong, lapor South China Morning Post. Zhang Miao, yang kagum dengan keunikan dan budaya pelbagai kaum negara ini, berkata beliau mahu terus tinggal di Malaysia yang dianggapnya sebagai 'rumah keduanya'. "Saya rasa Malaysia sentiasa unik dengan pelbagai budaya yangdikongsi oleh orang Melayu, Cina dan India. Saya tidak rasa berjauhan dari keluarga," katanya yang merupakan pemegang biasiswa UM. Ditanya mengenai perasaan keluarganya selepas tragedi itu, Zhang Miao berkatapada mulanya, keluarga beliau bimbangkan keselamatannya tetapi selepas menjelaskan keadaan sebenar, mereka kembali tenang. Menetap di Malaysia sejak 2008, Zhang Miao kini boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas dan amat meminati makanan tempatan seperti kuey teow, roti canai, teh tarik, laksa dan kari. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). - Bernama

MH370
Taklimat pakar antarabangsa melalui sidang video
Plaza tol Jambatan Kedua di Batu Kawan ini merupakan plaza tol yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. - Foto Bernama
BEIJING - Taklimat peringkat tertinggi oleh pakar antarabangsa kepada ahli keluarga penumpang warga China Penerbangan MH370 di Kuala Lumpur jam 10 pagi Rabu dijangka disiarkan secara langsung kepada keluarga penumpang lain di Beijing melalui sidang video. Mej Jen Datuk Affendi Buang dari Tentera Udara Dija Malaysia (TUDM) berkata langkah itu bertujuan memberi penjelasan terperinci berhubung dengan soalan teknologi yang dibangkitkan anggota keluarga. Sidang video secara serentak itu membolehkan keluarga penumpang memahami dengan mendalam mengenai fungsi sistem satelit Inmarsat, kata beliau pada taklimat untuk keluarga penumpang pesawat malang itu, di sini Selasa. Justeru, Affendi berkata soalan lanjut boleh dibangkitkan esok kerana pakar Inmarsat boleh memberi penjelasan yang lebih terperinci. Bagaimanapun, sidang video itu akan berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran media, kata beliau. Semalam, kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata taklimat peringkat tertinggi akan diadakan untuk anggota keluarga penumpang warga China yang tiba di KL pada Ahad untuk memaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai misi pencarian MH370. "Yang akan memberi taklimat termasuk pakar antarabangsa yang tidak dapat hadir semasa taklimat di Beijing, termasuk pakar dari China. Ia juga akan disiarkan secara langusng kepada keluarga lain di Beijing," kata kenyataan itu. Anggota keluarga itu telah mendesak supaya mereka diberi taklimat olah pakar satelit dan pakar operasi mencari dan menyelamat (SAR). Turut hadir Pengarah Komersial Malaysia Airlines Dr Hugh Dunleavy. Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 krew berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa pesawat berada di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama. Operasi membabitkan pelbagai negara dikerah untuk mencari MH370, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand - dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi. Berdasarkan analisis terbaharu data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas kehilangan MH370 bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Operasi pencarian diteruskan di sana. - Bernama

Kadar tol Jambatan Kedua tak melebihi RM10
JKSB pertahan kadar tol jambatan kedua
Plaza tol Jambatan Kedua di Batu Kawan ini merupakan plaza tol yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mempertahankan kadar tol yang ditetapkan bagi penggunaan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS). Pengarah urusannya Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata ada pihak mempertikaikan bahawa kadar RM8.50 yang dikenakan itu RM1.50 atau 21.4 peratus lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan di jambatan pertama. Tetapi, kata beliau, jarak di atas permukaan laut bagi jambatan baharu itu ialah 16.9 kilometer, sekali ganda lebih panjang daripada jambatan pertama. "Jika dibuat perbandingan berdasarkan kos bagi setiap kilometer, tol bagi jambatan baharu ini lebih murah iaitu 50 sen bagi setiap kilometer, berbanding 84 sen bagi setiap kilometer di jambatan pertama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata walaupun jambatan baharu itu lebih panjang, namun ia tidak banyak menjejaskan penggunaan bahan bakar kerana selalunya kenderaan menggunakan lebih banyak bahan bakar apabila bergerak perlahan di jalan sesak, berbanding dipandu dengan lancar di laluan lebih panjang. Menurut beliau kenderaan berat pula dibenar menggunakan Jambatan SAHMS sepanjang masa. Kenderaan berat tidak dibenar menggunakan jambatan pertama antara 6.30 pagi dan 8.30 pagi, dan dari 5 petang hingga 7 malam. Dr Ismail berkata di samping tol untuk jambatan berkenaan, pengguna juga perlu membayar tol bagi jalan yang dibina untuk menghubungkan Lebuhraya Plus sedia ada hingga ke jambatan itu di persimpangan bertingkat baharu Jambatan SAHMS. "Mulai hari ini, pemandu kenderaan yang menggunakan jambatan baharu ini perlu membayar tol apabila memasuki Pulau Pinang di plaza tol Jambatan SAHMS dan di plaza tol bersepadu Bandar Cassia," katanya. Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan kadar tol bagi jambatan baharu itu ialah RM1.70 untuk motosikal (Kelas 0); RM8.50 untuk kereta, kecuali teksi dan bas (Kelas 1); RM30.50 untuk kenderaan dua gandar dan enam roda, kecuali bas (Kelas 2); RM70.10 untuk kenderaan tiga gandar atau lebih, kecuali bas (Kelas 3); RM8.50 untuk teksi (kelas 4) dan RM26.20 untuk bas (Kelas 5). - Bernama

Pocong di tengah jambatan kedua?
Pocong di tengah jambatan kedua?
Gambar pocong yang tersebar di laman sosial kononnya dijumpai di tengah jambatan Pulau Pinang.
BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah. Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat. Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi. “Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam. “Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian. Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan. “Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja. “Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya. Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada. “Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan. “Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor. “Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya. Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa. “Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal. “Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian. Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat. “Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya. Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT. “ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA. “Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

73 kes samun kereta Geng Kutty selesai
73 kes samun kereta Geng Kutty selesai
Arjunaidi menunjukkan gambar dua rakan geng itu yang diburu dikenali Sam Chia Ming (kiri) dan Ratchagapalan.
PETALING JAYA - Polis berjaya menyelesaikan 73 kes samun kereta mewah melibatkan Geng Kutty susulan tertangkapnya lima suspek, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita ditangkap dalam serbuan pertama di sebuah hotel kira-kira jam 6.30 petang di Kuala Lumpur pada Khamis lalu. Menurutnya, manakala dua lagi suspek terdiri seorang lelaki serta wanita ditahan di tepi jalan di Kelana Jaya, pada keesokan paginya. “Dengan tertangkapnya kelima-lima suspek ini, sebanyak tujuh kereta mewah hasil samun di sekitar Petaling Jaya dirampas seperti dua buah Honda Accord, Toyota Camry, Toyota Estima, Mercedez, Nissan Sentra dan Proton Exora serta beberapa kunci kereta, telefon bimbit dan komputer riba. “Modus operandi mereka licik. Suspek akan menunggu mangsa yang hendak masuk atau keluar dari rumah sebelum melakukan samun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, semalam. Menurutnya, polis percaya geng berkenaan hanya melakukan samun sahaja dan kemudian akan memberikan kenderaan yang disamun kepada geng lain untuk dijual. Arjunaidi berkata, dalam pada itu, pihaknya kini memburu dua lagi rakan mereka dikenali sebagai Sam Chia Ming, 21, dan Ratchagapalan, 24, yang masing-masing alamat terakhir di Lembah Subang dan Taman Sri Manja. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Hishammuddin terharu remaja Paris kaguminya
Hishammuddin terharu remaja Paris kaguminya
KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap beliau dapat bertemu dengan remaja berusia 15 tahun, Victor Lopez, yang menulis surat kepadanya dari Perancis. Beliau dalam tweetnya berkata: "Takkan lah saya (tidak menjawab surat itu), harap dapat jumpanya satu hari nanti." Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, menerima surat daripada Lopez pada 14 Mac yang menyatakan kekagumannya terhadap personaliti dan tindakan Hishammuddin dalam meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH307. Lopez di dalam suratnya bertarikh 8 Mac, juga meminta agar Hishammuddin menurunkan tandatangannya pada kad kecil yang disertakan bersama-sama surat itu sebagai kenang-kenangan. Surat itu berbunyi: "Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein, saya berumur 15 tahun dan saya amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat kepada anda untuk menzahirkan kekaguman saya terhadap personaliti anda dan tindakan anda. "Saya pasti berasa amat gembira sekiranya anda sudi menurunkan tandatangan anda pada kad kecil yang saya hantar kepada anda. Saya ucapkan terima kasih, Yang ikhlas, Victor Lopez." Hishammuddin semalam membalas surat itu dan menyatakan bahawa ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti Lopez memberikannya kekuatan untuk meneruskan operasi mencari pesawat yang hilang itu. "Ke hadapan Victor, saya harap ini akan sampai kepada anda dengan selamat. Terima kasih kerana menulis kepada saya dari Paris. Ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti anda memberikan kekuatan kepada saya untuk terus menerajui usaha mencari MH370. "Terima kasih sekali lagi kepada anda dan diharapkan anda dapat melawat Malaysia 'Truly Asia' sekiranya ada peluang. Belajar rajin-rajin!," demikian isi kandungan surat itu. Tidak cukup dengan kata-kata yang bertaip rapi di dalam surat rasmi itu, Hishammuddin turut menitipkan kata-kata dengan tulisan tangannya iaitu: "Surat anda benar-benar menyentuh hati saya. Akan paparkan dalam Twitter, @HishammuddinH20." - Bernama


Shila Buat Persembahan Tak Pakai Seluar?, tapi skirt? apa cerita...
Apa tanggapan anda ketika pertama kali terlihat gambar Shila Amzah ni? Pasti anda menyangkakan penyanyi berbakat besar ini hanya memakai skirt pendek sambil menggenakan hijab yang sememangnya menjadi imej Shila sejak dua tahun lalu. Namun, jangan salah anggap, kerana sememangnya Shila berseluar, tetapi dia memakai seluar jegging berona kulit, memberikan ilusi seolah-olah dia tidak memakai seluar dan hanya menggayakan skirt pendek berwarna biru gelap. Gambar ini difahamkan diambil ketika anak gadis ND Lala sedang membuat persembahan di China, baru-baru ini. Hmm, nampak tak selari pula cara pemakaian begini dengan imej Shila. Memang tak salah nak bergaya ‘up to date’ tetapi haruslah tahu batas-batas pemakaiannya sebagai seorang yang membawa imej Muslimah sejati. Diharapkan Shila lebih peka tentang pemakaiannya selepas ini ya! (Sumber asal: Malaysia Gazette)


MH370: Pakar Puji Cara MAS Kendali Ahli Keluarga
KUALA LUMPUR – Keluarga penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sewaktu dalam penerbangan ke Beijing, China kini berdepan dengan situasi sukar yang dikenali sebagai “grief” iaitu kehilangan orang tersayang dalam kehidupan. Pakar Psikologi Kaunseling (Terapi Tingkah Laku Kognitif) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr. Huzili Hussin berkata, apabila berdepan dengan situasi “grief”, ahli keluarga akan menghasilkan reaksi tertentu yang menggambarkan ras kehilangan itu. Ujar beliau, apabila menghadapi keadaan ini, ahli keluarga akan menonjolkan empat perubahan dalam diri masing-masing iaitu perasaan, fizikal, pemikiran dan tingkahlaku yang mengambil tempoh masa agak lama untuk pulih. Katanya, dalam konteks biasa, mereka yang berdepan dengan situasi ini akan mencapai satu tahap tertentu untuk kembali bertenang dan menerima hakikat kehilangan yang mana biasanya ia dalam tempoh 15 hari yang pertama. “Namun dalam konteks MH370, situasi yang dihadapi oleh ahli keluarga lebih teruk dari biasa bila mana kehilangan itu tidak nyata yakni tiada mayat atau petunjuk jelas dan ini akan membesarkan lagi gelombang kekeliruan dan ketidakpastian dalam diri mereka. “Ia termasuk spekulasi-spekulasi yang bertebaran di media sosial dengan pelbagai andaian yang akhirnya akan meningkatkan tahap ingin tahu keluarga dan sekiranya dibiarkan, ia boleh menimbulkan masalah-masalah lain yang lebih serius, seperti kemurungan, putus harapan, masalah memori dan konsentrasi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Huzili yang juga Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) UniMAP berkata, dalam mengendalikan kes sebegitu, aspek menjaga kebajikan seperti yang dilakukan oleh kerajaan dan MAS dianggap tepat dan boleh membantu mengurangkan tekanan yang dialami oleh keluarga. “Saya melihat usaha kerajaan menyediakan dua kaunselor untuk setiap keluarga juga amat baik kerana mereka (kaunselor) akan lebih fokus terhadap emosi dan perasaan keluarga dalam kelompok yang lebih kecil. “Ini penting kerana, dalam proses kaunseling, tumpuan dan fokus adalah proses yang terbaik untuk menghuraikan ketidakpastian yang wujud dan pada masa sama kaunselor juga harus menggunakan bahasa yang betul dan menenangkan,” ujarnya lagi. Mengulas mengenai keluarga dari China yang melakukan tindak balas negatif, beliau berkata, nilai spiritual merupakan antara aspek yang tidak harus diketepikan. Menurutnya, setiap manusi mempunyai manifestasi agama yang berbeza dan sewajarnya ia digunakan dalam keadaaan seperti itu. “Misalnya, bagi keluarga beragama Islam, penganjuran solat hajat, bacaan yasin dan zikir membantu mengurangkan tekanan keluarga, dan agama lain juga wajar melakukan perkara yang sama. “Penggunaan kain rentang dan sebagainya bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini dan pada masa sama saya tidak menolak ia dilakukan oleh pihak berkepentingan,” jelasnya. Ditanya tentang tempoh masa yang diperlukan untuk meredakan isu ini beliau berkata: “100 hari adalah tempoh terbaik. Itulah proses di mana manusia boleh mencapai ketenangan.” Tambah beliau, kerajaan juga sewajarnya membersihkan segala spekulasi dan pandangan negatif sesetengah pihak termasuk isu keluarga dari China dalam tempoh tersebut. “Selepas 100 hari pendekatan berbeza perlu dilakukan untuk menangani permasalahan berkaitan MH370,” katanya


MH370: Kenangan ‘Pelik’ Ketika Bersama Ketua Pramugara, Andrew Nari
KENANGAN bersama Ketua Pramugara pesawat MH370 yang belum ditemui hingga sekarang, Andrew Nari tidak mungkin dapat dilupakan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd, Datuk Mohamad Din Yusoh. Meskipun sudah beberapa kali bertemu dengan anak kelahiran Sarawak itu, namun, kenangan sewaktu di Perth, Australia berlainan baginya dan seolah-olah mempunyai kaitan serta petanda akan berlakunya misteri kehilangan MH370. Ikuti perkongsian cerita Mohamad Din bersama wartawan Sinar Harian, Amran Ali. MEMANG. Sudah beberapa kali saya bertemu Andrew Nari. Kalau naik kapal terbang ke luar negara, terutama ke Eropah, walau tidak kerap, tetapi agak selalu juga kami sepesawat. Tapi, kami sekadar membalas ‘hello’ dan senyuman. Pada 15 November tahun lalu, saya ke Perth, Australia. Saya menggunakan penerbangan MAS, kelas bisnes, bersama seorang rakan bernama Datuk Shamsudin. Dan ketika itu, sekali lagi saya bertemu Andrew. Kebetulan, sewaktu di Perth, MAS turut menempatkan anak kapal termasuk juruterbang di hotel yang sama tempat saya menginap. Pada sebelah pagi keesokan harinya, selepas bersarapan, saya pelawa Andrew keluar. Saya kata pada Andrew, kalau tidak ke mana marilah ke pasar. Kebetulan Shamsudin ada sebuah rumah di Perth. Dia hendak beli ikan untuk dimasak. Andrew menerima pelawaan itu. Sepanjang perjalanan kami, banyak bercerita. Antaranya cerita bagaimana komitednya Andrew dengan MAS. Kata Andrew, walaupun umurnya sudah hampir separuh abad, sudah lama berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu, tetapi tidak pernah ada perasaan jemu untuk terus bersama MAS. Malah kata Andrew, semakin hari rasa sayangnya pada MAS semakin menebal. Saya kata pada Andrew sebenarnya saya pun serupa dengannya. Walaupun tidak bekerja dengan MAS, tapi saya sudah 32 tahun menggunakan perkhidmatan MAS untuk ke seluruh pelosok dunia. “Ini kerana saya berkecimpung di dalam industri pelancongan. Saya mempunyai agensi pelancongan, awak pun tahu. Jadi semangat saya dengan awak sama, cintakan penerbangan nasional ini,” itu kata saya pada Andrew. Sepanjang perbualan, Andrew juga ada meluahkan rasa kasih sayangnya terhadap keluarga yang tinggal di Kuching, Sarawak. Saya tanya Andrew, kenapa tak bawa keluarga ke Kuala Lumpur? Kata Andrew, lebih mudah keluarganya berada di sana, lebih-lebih lagi boleh jaga orang tuanya. Dari cerita Andrew, saya dapati dia seorang yang amat mengambil berat dan begitu sayangkan keluarganya. Kejadian pelik Sewaktu di Perth, kami sempat merakam gambar kenangan bersama sebelum Andrew menyambung penerbangan. Shamsudin ambil gambar kami gunakan kamera saya. Bila pulang ke tanah air, ketika ingin cuci gambar diambil, tiba-tiba saya tengok kad memori pada kamera hilang. Puas saya cari tetapi tak jumpa. Anehnya, sebulan selepas itu, saya bermimpi pasal kapal terbang terhempas. Tapi saya tak tahu kapal terbang mana. Dalam mimpi itu, saya nampak kain putih berguguran jatuh dari kapal terbang. Selang dua minggu selepas itu, sekali lagi saya bermimpi tetapi kali ini mimpi pasal saya bersama Andrew di Perth. Tapi, saya langsung tidak ambil peduli dengan mimpi itu. Sehinggalah pada 8 Mac lalu apabila Shamsudin menghubungi saya menyatakan ada kapal terbang MAS hilang dari radar dan antara yang berada di dalam pesawat adalah Andrew. Saya terkejut dan kemudian beritahu Shamsudin tentang kehilangan kad memori kamera saya serta mimpi-mimpi yang saya alami. Timbul terkilan di hati saya apabila kesemua gambar kenangan bersama Andrew sudah tiada. Mujur Shamsudin masih menyimpan gambar saya bersama Andrew yang diambilnya dengan menggunakan telefon bimbit, jadi dia terus hantar gambar itu menerusi Whatsapps. Seperkara lagi, saya tak pernah simpan keratan pas masuk setiap kali ke luar negara, biarpun menggunakan penerbangan kelas pertama. Tetapi, pulang dari Perth pada November lalu, saya simpan pas masuk tersebut kerana pada masa itu saya mahu sangat menjadikannya salah satu kenangan bersama Andrew, kerana tidak selalu dapat berbual begitu akrab bersamanya. Baru-baru ini, saya berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan beberapa pegawai tertinggi syarikat penerbangan itu. Mereka juga mengakui Andrew adalah seorang kakitangan yang berdedikasi serta setia kepada syarikat sepanjang hampir 25 tahun beliau berkhidmat. Apapun yang berlaku ke atas MH370 , anak kapal dan penumpang yang ada didalamnya, termasuk Andrew, saya akan terus berdoa moga misteri ini akan terungkai. Moga kesedihan keluarga mangsa dan resah kita semua akan terlerai. – SINAR HARIAN


MH370: Seminggu Lagi Sebelum Isyarat Kotak Hitam Lenyap
KUALA LUMPUR – Selepas 24 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi. Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi. Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 itu. Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu. Bagaimanapun, dengan ketibaan kapal Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan isyarat, dan kapal selam kecil tanpa pemandu Bluefin 21 yang dijangka tiba di kawasan pencarian pada Khamis, harapan tinggi disandarkan bagi mengesan kotak hitam itu. Mengenai objek berpotensi yang dikesan pada Sabtu, Hishammuddin berkata lima objek diambil oleh kapal perang tentera laut Australia OHMAS Success dan Haixun, sebuah kapal dari China. “Bagaimanapun, didapati tiada ada satu pun objek itu yang berkaitan dengan MH370,” katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai perkembangan terkini berhubung misi pencarian MH370 di sini, hari ini. Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di “selatan Lautan Hindi” berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB). Najib juga akan melawat Perth, Australia pada Rabu ini untuk melihat sendiri operasi mencari pesawat yang hilang di Lautan Hindi itu. “Perdana Menteri kami memutuskan pergi ke Perth pada Rabu bagi lawatan kerja ke pangkalan tentera udara Pearce untuk melihat sendiri operasi dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang terlibat dalam usaha mencari pelbagai negara ini, termasuklah kakitangan dari Malaysia,” kata Hishammuddin. Sementara itu, rakan kongsi kod MAS, China Southern Airlines, telah bersetuju untuk bekerjasama dengan MAS dalam memberi bantuan kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370. Namun, ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat penerbangan nasional itu memikul lebih tanggungjawab di atas kehilangan MH370 kerana pesawat itu dimiliki MAS. Penerbangan MH370 turut dipasarkan sebagai Penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan ada penumpang yang memegang tiket syarikat penerbangan China itu. Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. – BERNAMA


5 Kes Kecurian ATM Direkod Pada 2013 – Wan Junaidi
KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak lima kes kecurian mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilapor pada tahun lalu berbanding hanya dua pada tahun sebelumnya. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jenayah lain berkaitan ATM juga meningkat seperti kes memecahkan mesin ATM yang bertambah kepada 78 berbanding 54 kes pada 2012. Beliau menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang ingin tahu statistik kecurian mesin ATM. Menjawab soalan tambahan Idris, Wan Junaidi berkata kementeriannya sedang melakukan audit terhadap semua syarikat kawalan keselamatan bagi memastikan pengambilan pengawal keselamatan hanya berasaskan dua aspek. “Pertama ialah daripada golongan warga Nepal yang pernah ada pengalaman ketenteraan dan satu lagi ialah rakyat tempatan,” katanya. Wan Junaidi berkata polis turut bekerjasama dengan syarikat kawalan keselamatan bagi memastikan hanya yang lulus tapisan keselamatan diambil bekerja. Menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baharu) mengenai sebab mesin ATM ditempatkan di premis seperti pasar raya yang boleh mengundang jenayah, Wan Junaidi menjelaskan lokasi itu ditentukan oleh institusi perbankan dan pemilik premis. “Bagaimanapun, pihak polis sentiasa memberikan garis panduan dan nasihat untuk penambahbaikan dan jaminan keselamatan bagi mengelakkan kecurian. “Pihak polis juga memberi laporan kepada Bank Negara Malaysia berhubung kelemahan yang didapati (dalam sistem mesin ATM) seperti kamera litar tertutup (CCTV) yang bukan ‘high definition’ atau lokasi tidak sesuai,” katanya. – BERNAMA


DAP Resah Polis Mahu Pantau Media Sosial
KUALA LUMPUR – Dua pemimpin DAP iaitu Sim Chee Keong dan Zairil Khir Johari kelihatan cukup resah dengan rancangan pihak polis untuk mewujudkan satu unit khas bagi memantau aktiviti pengguna media sosial. Kedua-dua mereka membantah keras cadangan tersebut dengan membuat tohmahan kononnya langkah itu bakal mengehadkan kebebasan bersuara di negara ini. “Mengapakah PDRM menumpukan perhatian terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter sedangkan masalah jenayah masih berleluasa. “PDRM masih tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk melawan jenayah. Justeru, lebih wajar PDRM menumpukan sumber kepada pemerkasaan siasatan jenayah daripada memberi keutamaan kepada mengejar khabar angin di Facebook dan Twitter,” tohmah mereka melalui satu kenyataan media hari ini. Chee Keong dan Zairil turut membuat dakwaan kononnya rancangan itu berkemungkinan bermotifkan politik kerana keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum ini dikaitkan dengan pengaruh media sosial. Dakwa mereka, media sosial telah menjadi alat yang memudahcarakan penyampaian maklumat tanpa penapisan dan kawalan oleh kerajaan kepada rakyat. “Adakah tindakan untuk memantau media sosial ini bertujuan untuk menakut-nakutkan penyokong pakatan serta memperluaskan kawalan kerajaan terhadap penyebaran maklumat,” soal mereka.


Bank Islam Buka P’biayaan Beli `Superbike’
KUALA LUMPUR – Berita baik buat penggemar motosikal berkuasa tinggi!. Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini mengumumkan tawaran pembiayaan pinjaman untuk membeli motosikal tersebut berkuatkuasa serta merta. Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Khairul Kamarudin berkata, tawaran pembiayaan itu antara lain bertujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan. “Kami mahu memenuhi gaya hidup masa kini. Kami mendapati terdapat peningkatan dalam peminat motosikal berkuasa tinggi. “Sudah pasti mereka memerlukan pembiayaan untuk membelinya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Khairul berkata, Bank Islam melihat potensi dalam pembiayaan motosikal berkuasa tinggi tetapi bank tersebut masih belum memasuki pasaran itu. Menurutnya, konsep pembiayaan itu 100 peratus berasaskan Syariah.


Anggota Polis Cedera Dilibas Parang
JERANTUT – Seorang anggota polis cedera setelah dilibas dengan parang oleh pemuda yang hendak diberkasnya dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Kota Gelanggi Dua, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut Supritenden Azid Ismail berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, suspek berusia 24 tahun yang disenaraikan sebagai orang dikehendaki bertindak agresif melibas parang setelah menyedari kehadiran sepasukan polis di rumahnya. “Berikutan kejadian itu Koperal Ahmad Irwan Benjamin, 31, cedera di bahagian lengan kiri akibat terkena libasan parang tersebut selain luka di kaki kiri dan lebam di lengan kanannya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. Beliau berkata mangsa bersama enam lagi anggota polis ke rumah suspek untuk menahan lelaki itu atas kesalahan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana pernah mengugut untuk membunuh ibunya pada tahun lepas. Bagaimanapun semasa memperkenalkan diri, suspek tiba-tiba bertindak agresif lalu mencapai parang dan melibas anggota terbabit ketika sebelum berjaya ditahan sejurus selepas kejadian. Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam bilik suspek, polis menemui sebilah pisau buatan sendiri, sebilah kerambit dan tiga bilah parang panjang. Selain itu katanya polis juga merampas satu tiub straw warna merah yang disyaki mengandungi dadah jenis heroin. “Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk sisatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh,” katanya menambah anggota polis yang cedera dirawat di Hospital Jerantut. – BERNAMA

Media Singapura Dilarang Buat Jenaka ‘April Fool’
TARIKH 1 April setiap tahun sememangnya cukup sinonim dengan ‘April Fool’ yang merupakan hari ‘jenaka’ atau ‘menipu’ yang diraikan di kebanyakan negara di seluruh dunia. ‘Penipuan’ sempena April Fool bukan sahaja dilakukan oleh individu kepada individu yang lain, namun ia turut melibatkan media pada masa kini. Di Singapura, pihak berkuasanya telah mengumumkan larangan terhadap sebarang ‘jenaka’ April Fool menerusi media. Perkara tersebut disampaikan menerusi memorandum amaran yang dihantar ke stesen penyiaran televisyen, radio dan penerbitan akhbar oleh Penguatkuasa Pembangunan Media (MDA). “Integriti media dipersoalkan apabila pihak media mengenepikan piawaian yang sepatutnya. Laporan palsu melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap berita itu sendiri selain membawa kepada keruntuhan struktur sosial,” memetik kenyataan tersebut. Hal ini berbeza dengan media di beberapa negara barat di mana jenaka ‘April Fool’ sudah menjadi tradisi bagi mereka. Rasanya, ada baiknya juga larangan seperti ini dilaksanakan kepada media. Sebabnya, kita sudah cukup dijaja dengan pelbagai ‘berita palsu’ di laman sosial. Sudah-sudahlah…



VIDEO : Bila Gurauan Melampau Jadi Tragedi
GURAUAN melampau sememangnya banyak dilakukan sekarang atas tujuan berhibur dan mewujudkan kelucuan di antara rakan-rakan tetapi gurauan yang tidak kena pada masanya kemungkinan akan menyebabkan kehilangan nyawa. Di Facebook Ritemail.Blogspot.Com disiarkan sebuah video bagaimana gurauan melampau atau “prank” boleh bertukar menjadi tragedi yang pasti tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat mereka. Bagaimanapun, ingin penulis ingatkan visual berkenaan tidak diketahui kesahihannya sama ada ianya sengaja direka ataupun sememangnya satu kisah yang benar berlaku di antara mereka. Kedua-dua rakan pada mulanya bersembunyi dengan seorang memegang kamera dan seorang lagi bersembunyi di sebalik dinding dengan memakai topeng bertujuan menakutkannya. Ketika mangsa berkenaan masuk ke rumah selepas membeli-belah, mangsa sedang bercakap telefon dengan seseorang. Sebaik selesai percakapan di telefon, lelaki berkenaan terus menjerit menakutkannya menyebabkan mangsa melarikan diri. Kedua-dua rakan tadi yang melihat mangsa dalam ketakutan ketawa besar kerana berjaya menakutkan mangsa tiba-tiba terkejut apabila mangsa yang hanya ingin melarikan diri kerana ketakutan ditimpa kemalangan yang begitu ngeri.



VIDEO: Kanak-Kanak Hampir Mati Lemas
BERITA kanak-kanak cedera atau maut akibat kecuaian penjaga atau ibu-bapa bukanlah sesuatu yang asing pada pendengaran kita. Video yang kami kongsikan kepada anda ini merupakan salah satu contoh insiden akibat membiarkan kanak-kanak bermain bersendirian. Tidak dapat dipastikan lokasinya, namun kanak-kanak berusia sekitar dua tahun ini dilihat berada seorang diri di kawasan kolah air tanpa sebarang pengawasan. Akibatnya, dia yang memanjat sisi kolah tersebut jatuh ke dalam air tanpa disedari sesiapa. Mujurlah selepas hampir dua minit bertarung dengan maut, seorang kanak-kanak lelaki datang ke kolah tersebut dan segera memanggil seorang wanita yang kami percayai penjaga kepada kanak-kanak tersebut. Wanita itu segera menarik kanak-kanak itu sebelum membawanya pergi. Hai, kalau lambat lagi, rasanya mungkin dia sudah tidak bernyawa lagi…



VIDEO : Bayar, Bayar Jugak, Curi Tetap Curi
DENGAN pemasangan kamera litar tertutup di mana-mana lokasi khususnya pusat membeli-belah atau kedai, sudah pastinya aksi jenayah seperti mencuri pasti dapat dirakam dengan jelas menunjukkan siapa pelakunya. Kebanyakan pelakunya memang melakukan kerja-kerja jenayah ini dengan licik tanpa dapat dikesan dan mereka terlepas begitu sahaja. Di laman Facebook Lepak.TV, dimuatnaik video seorang wanita yang lengkap berpakaian ala Muslimah tetapi melakukan jenayah mencuri beg duit di kaunter sebuah premis membeli-belah. Pada mulanya, wanita itu dilihat mahu membayar barangan yang dibelinya tetapi sementara itu dia dilihat membelek-belek beg duit yang ada dipamerkan di kaunter berkenaan. Apabila selesai barang yang dibelinya dibungkus, dia kemudiannya dilihat dengan licik mengambil satu daripada beg duit berkenaan dan berlalu pergi. Bagi mengelakkan perbuatan jahatnya dikesan, dia melakukannya dengan diselindung oleh beg plastik yang mengandungi barang yang dibelinya sebelum itu. Perlakuan wanita itu dilihat terlalu berisiko kerana ia dilakukan betul-betul di depan kaunter pembayaran. Jika ditangkap si pelaku itu sudah pasti menggelabah dan mengelakkan dirinya dari didakwa kerana mencuri.


Tunggang Motorsikal Tanpa Pandang Depan
CHINA – Menunggang motorsikal tanpa menggunakan tangan dan memakai topi keledar. Bukan itu sahaja, dia juga tidak memandang ke depan. Lelaki ini kini diburu oleh polis kerana melanggar undang-undang jalan raya. Dia juga dikesan beberapa kali menunggang dalam keadaan demikian di jalan raya yang sibuk. Lelaki ini tidak langsung peduli untuk memandang ke depan sebaliknya terus menunggang dengan cara terbalik, tanpa mempedulikan keselamatan diri dan orang lain. Video lelaki ini dirakamkan seorang lelaki, Yul Feng ketika dia sedang memandu di Renshou. “Ia kelihatan seperti dia membonceng motorsikal manakala penunggangnya telah terjatuh tanpa disedarinya. “Ia amat aneh. Saya merakamkan gambarnya dan kemudian menyedari bahawa orang lain juga merakamkan perbuatan sama dilakukan lelaki ini,’’ katanya. Dalam pada itu, polis memaklumkan mereka menyedari mengenai insiden berkenaan dan memberi amaran kepada pihak lain supaya tidak menirunya.


Baru Lapan Tahun, Sudah Jadi Pujaan Ramai
IRELAND – Seorang budak berusia lapan tahun menjadi sensasi internet. Semuanya kerana orang ramai meminati badannya yang tegap dan berketul-ketul. Budak itu, Brandon Blake, kelihatan seperti Hercules kecil yang mempunyai badan yang menarik. Dia hanya seberat 25 kilogram dan masih muda, namun Brandon tidak menggemari permainan yang dimainkan oleh budak sebayanya sebaliknya dia lebih suka berlatih di gim. Brandon dikenali ramai selepas selebriti Frank Medrano memuat naik gambarnya tersebut di dalam Facebook. Budak ini mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil bijirin pada waktu pagi serta daging dan sayur-sayuran untuk hidangan makan tengahari dan malam. Dia juga tidak mengambil makanan atau minuman manis, namun jika ingin sangat makan makanan berkenaan, Brandon hanya akan menikmatinya pada hari Jumaat. Bapanya yang juga bekas pemain bola, Mark, 32, berkata, anaknya menjadi sensasi internet dan diperkatakan di Hong Kong serta Australia. “’Brandon amat gembira selepas dinobatkan sebagai hero. Dia seorang budak yang aktif dan suka berlatih di gimnastik,’’ katanya.


Temui Mayat Adik Di Bahagian Dapur
KOTA BHARU – Niat seorang abang untuk menziarahi adiknya bertukar hiba selepas menemui jasad yang sudah berbau dan berulat dalam kejadian di Kampung Chengal, Ketereh, di sini kelmarin. Mayat Rogaya Hassan, 40 ditemui abangnya dalam keadaan terlentang di bahagian dapur sebelum membuat laporan di balai polis Ketereh. Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia melawat adiknya enam hari lalu yang masih sihat selain mengakui mangsa mengalami masalah mental sejak 12 tahun lalu namun tidak menyangka adiknya meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Beliau berkata, ketika tiba di rumah mangsa, dia terhidu bau busuk sebelum masuk ke rumah dan terkejut melihat jasad adiknya dalam keadaan terlentang dan berulat di bahagian dapur. “Kali terakhir saya melawat dia enam hari lalu dan pada waktu itu dia masih sihat walaupun sentiasa kemurungan kerana mengalami masalah mental. “Sebak melihat jasadnya dalam keadaan demikian dan tidak menyangka dia akan meninggal dunia seorang diri,” katanya. Difahamkan mangsa anak bongsu daripada lima beradik itu tinggal seorang diri di rumah berkenaan sejak tujuh tahun lalu selepas berpisah dengan dengan suami dan dua anaknya yang kini berada di Johor Bharu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. Beliau berkata, punca kematian belum dikenal pasti, namun setakat ini tiada unsur jenayah jenayah disyaki berikutan tiada kesan kecederaan pada mangsa. - Sinar Harian Online


Catuan Air Gagal, P’guna Masih Guna Banyak Air
PETALING JAYA – Empangan air Selangor semakin kering, tetapi penduduk di negeri itu masih menggunakan banyak air seperti di mana empangan itu dipenuhi air. Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee berkata, penduduk di Selangor hanya menggunakan air kurang 7% walaupun catuan air berlaku di negara itu. Setakat pagi Isnin, empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru mencatatkan kapasiti 36.53%. Tahap kritikal adalah 30% di mana ia akan berlaku dalam hanya dua minggu sekiranya paras air masih berkurangan secara berterusan. “Walaupun terdapat catuan air, pengendali mendapati jumlah air yang dijimatkan kira-kira 7%. Permintaan hanya menyusut (dengan sebanyak itu),” kata Loo dalam satu temuramah yang merujuk perangkaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span). Dilaporkan bahawa permintaan bagi air yang dirawat di Selangor adalah 4,641 juta liter setiap hari. Ini bermakna kira-kira 325 juta liter disimpan setiap hari, di mana Loo mengatakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. Beliau berkata, Malaysia mempunyai tarif air rendah dan Selangor memberikan 20 kiub meter air secara percuma kepada penduduk negeri itu setiap bulan. Menurut Loo, ia tidak memberi motivasi penduduk untuk menjimatkan air, dan kementerian sedang memikirkan kemungkinan surcaj air bagi memastikan sumber air di negeri itu berterusan. “Ini adalah kemungkinan dilema yang kita hadapi sekarang. Jika anda melampaui penggunaan tertentu, anda perlu naikkan (caj),” tambahnya. Menurut Panduan Indusrti Air Malaysia 2013, penduduk Selangor dikenakan caj RM0.57 per 1,000 liter untuk 20,000 liter pertama. Ia naik kepada RM0.72 untuk 30,000 liter pertama dan RM0.77 bagi 35,000 liter pertama. Tarif air terakhir di negeri itu dikaji semula pada 2006. Loo berkata, Kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat air sebelum empangan mencapai paras kritikal. “Kita tidak akan tunggu sehingga paras itu mencecah 30%,” kata Loo, yang merujuk kepada empangan air Sungai Selangor, yang merupakan empangan air terbesar di Selangor. “Saya berharap lebih banyak hujan menjelang penghujung April. Kita perlu bersedia dengan langkah penting yang diperlukan untuk dilaksanakan, sekiranya perlu,” katanya yang enggan mengulas mengenai sama ada surcaj atau amaran darurat air akan dilaksanakan. – mStar Online


Guru Mati Lemas Ketika Jala Ikan
KAMPUNG GAJAH – Mayat seorang guru yang hilang dan dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Perak berhampiran Kampung Pasir Kubu di sini ditemui semalam. Mangsa, Azdizul Abidin Azeman, 35, keluar bersama tujuh rakan dan saudara-maranya ke kawasan sungai itu sejak kelmarin untuk menjala ikan. Bagaimanapun, mangsa dikatakan dibawa arus deras ketika cuba mengambil jala ikan yang terlucut dari tangannya. Biras mangsa, Zulkifli Zakaria, 42, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 petang kelmarin itu, mereka sudah berkemas untuk pulang. Menurutnya, bagaimanapun Azdizul dilihat kembali menebar jala ke dalam sungai. “Saya pelik kenapa dia buat begitu sebab sebelum itu, kami hanya memancing bukan menjala. Selepas tebar jala dia terus turun ke sungai. “Anak saya juga turun untuk cuba membantu dan ketika itulah mereka berdua berada dilihat lemas, mungkin kerana air sungai dalam,” katanya. Zulkifli berkata, mereka cuba menyelamatkan anaknya Muhammad Hafiz Fitri, 15, tanpa menyedari Azdizul juga sedang lemas ketika itu. Katanya, dia dan rakan-rakannya berjaya menyelamatkan anaknya namun Azdizul terus terkapai-kapai dan hilang dibawa arus tanpa sempat diselamatkan. Difahamkan, mangsa sememangnya suka menangkap ikan atau udang di tali air, parit ataupun lombong, namun ketika kejadian, dia pertama kali berkunjung ke sungai itu. Sementara itu, Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat, Zon Perak 3, Kamarudin Shikh Hussin berkata, operasi menyelamat dilakukan pada jam 7.30 petang kelmarin sebelum dihentikan pada jam 12.50 malam. Katanya, operasi yang masuk hari kedua dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan dibantu pasukan Unit Skuba bomba dari Pulau Pangkor. “Mayat mangsa ditemui pada jam 2.45 petang tadi (semalam) berhampiran dengan lokasi kejadian,” katanya. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat di sepanjang tebing sungai itu turut dibantu Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dan penduduk kampung. – Sinar Harian Online



Gambar Zina Tersebar, Gadis Buat Laporan Polis
SEMENJAK semalam, sekeping gambar telah menjadi viral di media sosial. Gambar yang memaparkan sepasangan remaja sedang ‘melepaskan rindu’. Pasangan remaja berkenaan dikatakan sedang melepaskan rindu di dalam tandas sebuah stesen minyak Petronas. Gambar tersebut menjadi viral dan rata-rata mengecam tindakan pasangan terbabit di Twitter. Mungkin pihak pengusaha stesen minyak perlu memantau tandas premis mereka. Jika boleh, kuncikan sahaja di waktu malam. Dan hanya buka jika ada permintaan pelanggan untuk menggunakan Akaun Twitter itu bagaimana pun telah digantung oleh pihak Twitter. Tidak lama selepas gambar tersebut menjadi viral, muncul pula sebuah salinan laporan polis yang dibuat untuk menghentikan penyebaran gambar tidak senonoh berkenaan. Pada 30/3/2014 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa saya berada di rumah saya di Puchong Prima, kawan-kawan saya telah memberitahu berkenaan gambar-gambar lucah saya bersama teman lelaki telah tersebar dalam laman sosial iaitu Tweeter tertera nama saya . Tetapi saya bukan pemilik akaun tersebut dan saya telah melihat akaun tersebut ternyata semua gambar-gambar adalah milik saya. Dalam Facebook juga telah tersebar gambar-gambar saya bersama teman lelaki untuk mengaibkan diri dan teman lelaki saya serta menjadi tontonan pengguna Facebook yang lain. Untuk makluman saya syak perbuatan itu dilakukan oleh skandal teman lelaki saya yang dikenali dengan nama Y************ Tujuan saya membuat report untuk menghentikan dan menyekat pemilik akaun palsu supaya tidak menyebarkan gambar-gambar lucah saya bersama teman lelaki dan untuk rujukan pihak yang berkenaan. Dalam laporan polis yang dibuat, remaja perempuan itu seperti mengakui bahawa mereka telah terlanjur jauh dan masih tidak menganggap apa yang dilakukannya dengan pasangan tak bersalah. Macam-macam… Sumber: Terengganu Today


Inilah Lelaki-Lelaki Yang Pernah Meniduri Saya, Kata Lindsay Lohan
Pelakon Lindsay Lohan yang bakat lakonannya mula dicungkil sejak dari usia kanak-kanak lagi, membuat pengakuan berani apabila mendedahkan nama sebilangan besar jejaka popular Hollywood yang pernah menidurinya satu ketika dulu. Antara yang ada dalam senarai nama tersebut ialah mendiang Heath Ledger, Adam Levine, Orlando Bloom, Ashton Kutcher, Zac Efron dan Benicio Del Toro. Lindsay yang popular dengan filem Mean Girls walau bagaimanapun hanya mendedahkan sedikit sahaja senarai nama tersebut kerana kebanyakan lelaki yang pernah menidurinya kini sudah berkeluarga. Lindsay sebelum ini pernah terlibat dengan banyak kes jenayah antaranya penggunaan dadah dan alkohol sehingga memaksanya memasuki pusat pemulihan sebanyak enam kali.


MH370: MAS Perkenal Peraturan Baru – Tambah Krew Dalam Kokpit?
AKHBAR Daily Mail UK melalui laman webnya melaporkan beberapa peraturan baru melibatkan juruterbang sudah pun dikuatkuasakan oleh syarikat Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangan selepas tragedi melibatkan pesawat MH370. Menurut laporan itu, peraturan baru itu diwujudkan bagi mengelakkan pihak tertentu daripada mengganggu alat kawalan pesawat sekaligus mengelakkan kejadian sama berulang. Mengikut analisis pakar penerbangan sebelum ini, sistem transponder pesawat berkenaan telah didapati dimatikan secara sengaja secara salah bagi mengelakkan ia dikesan satelit dan radar. Peraturan baru itu memperlihatkan MAS meletakkan seorang lagi anak kapal tambahan di dalam kokpit selain kapten dan pembantunya. Ia bagi memastikan, dua kru akan sentiasa berada dalam kokpit sekiranya seorang daripada mereka pergi ke tandas. Daily Mail menyebut, langkah baru itu sebenarnya sudah pun dimulakan seminggu selepas tragedi MH370 8 Mac lepas tetapi ia hanya didedahkan hari ini. Langkah berkenaan difahamkan dikenalpasti ketika siasatan awal insiden MH370, apabila diketahui ada campur tangan elemen manusia dalam kes kehilangan pesawat berkenaan. Ia dikatakan dilakukan oleh seseorang dari luar kokpit yang masuk ke dalam ruang kawalan itu ketika seorang juruterbang tidak menutup pintu untuk ke tandas. Bagaimanapun, memperlihatkan insiden MH370, pesawat mula dikesan berpatah balik dari laluan asal ke Beijing ketika kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Laporan Daily Mail melaporkan, kejadian itu dikatakan terjadi terlalu awal daripada masa sepatutnya seorang juruterbang perlu untuk menggunakan tandas. MAS dikatakan enggan mengambil sebarang risiko dan mengarahkan seorang anak kapal memasuki kokpit jika juruterbang dibiarkan berseorangan. Bagaimanapun kenyataan sebenar dari pihak MAS berkaitan perkara ini masih belum dapat ditemui setakat ini.

 

SEGERA: Transkrip ATC, Juruterbang MH370 Didedahkan
TRANSKRIP perbualan antara pesawat Malaysia Airlines MH370 dan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang tidak menunjukkan perbualan luar biasa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Transkrip perbualan yang didedahkan hari ini menunjukkan perbualan terakhir pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac bersama 239 penumpang dan kru adalah “Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong” (Good night Malaysia three seven zero) pada jam 1.19 pagi. Dalam kenyataan awal berkenaan kehilangan pesawat pada 8 Mac, Malaysia Airlines berkata mereka “mengesahkan pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada 2.40, pagi, hari ini (8 Mac, 2014)”. Syarikat penerbangan itu bagaimanapun melakukan pembetulan terhadap kenyataan mereka dan berkata kali terakhir pesawat dihubungi adalah pada 1.19 pagi, bukannya 2.40 pagi waktu Malaysia. “Transkrip ini dikongsi bersama dengan keluarga penumpang. Tiada perkara yang pelik direkodkan dalam transkrip,” kata Hishammuddin dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini. Transkrip berkenaan juga katanya, merupakan sebahagian daripada siasatan Polis Diraja Malaysia. “Malaysia Airlines sebelum ini berkata mereka mengenal pasti suara itu adalah milik pembantu juruterbang. “Polis kini sedang berusaha untuk mengesahkan perkara itu, dan penyiasatan forensik terhadap rakaman asal sedang dilakukan,” katanya lagi. Pada 12 Mac lalu, pegawai Malaysia mendedahkan perbualan “Baiklah, selamat malam” (“All right, good night” adalah kata-kata terakhir daripada pesawat MH370, yang dimaklumkan kepada keluarga penumpang di Beijing. Hishammuddin turut berkata, pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia masih berpendapat pergerakan pesawat berkenaan dilakukan dengan sengaja oleh individu dalam pesawat. “Pasukan penyiasat antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia berpendapat, sehingga hari ini ketika pesawat hilang dari radar ‘primary’ tentera, pergerakan pesawat MH370 disengajakan oleh individu dalam pesawat,” katanya.


Wall Street Journal Lapor Koordinasi SAR Lemah
AKHBAR Wall Street Journal melaporkan kelemahan penyelarasan di antara negara terbabit dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai punca operasi dijalankan di kawasan silap di Lautan Hindi. Menurut laporan itu, ia terjadi kerana kumpulan penyiasat dan pakar antarabangsa menjalankan siasatan secara berasingan untuk mengesan lokasi berkemungkinan pesawat MH370 mengakhiri penerbangannya. WSJ yang memetik dua sumber yang dikatakan ada kaitan dengan operasi pencarian berkata, kegagalan koordinasi mengambil tindakan pantas, menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan kaedah penyampaian maklumat kepada negara-negara terbabit. Sedang sebuah pasukan menganggarkan kelajuan dan jumlah minyak yang digunakan oleh pesawat berdasarkan data radar dan prestasi pesawat, pasukan yang lain mengambil masa berhari-hari untuk meneliti data satelit, kata sumber itu. Lokasi pencarian akhirnya diubah pada Jumaat lalu hanya selepas pihak berkuasa mengaitkan dua hasil siasatan terbabit. “Hasil siasatan mendapat maklumat yang kredibel mengenai laluan dan lokasi pesawat berkemungkinan terhempas di perairan Australia,” kata Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan kepada WSJ. Sumber juga mengatakan pencarian adalah ‘satu proses mengambil masa dan pegawai penyiasat telahpun berkongsi maklumat dengan negara-negara terlibat’. “Namun pihak berkuasa Malaysia tidak merasakan adalah peranannya untuk memastikan pakar-pakar antarabangsa ini berkongsi maklumat sesama mereka,” satu sumber memaklumkan kepada WSJ. Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan. Pesawat berkenaan dalam penerbangan ke Beijing, China.


MH370: Tentera China Gagal Temui Apa-Apa Di 10 Lokasi Lautan Hindi
PEGAWAI Pemerintah kapal Haixun dari China yang melaksanakan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata tiada objek yang ditemui ada kaitan dengan pesawat MH370 di lebih 10 lokasi di mana objek berpotensi dikesan. Kapten Jiang Long dari Kapal Haixun 01 memaklumkan kepada wartawan agensi berita Xinhua hari ini, kapal dari China telah pun menolak 11 lokasi di selatan Lautan Hindi sebagai lokasi kemungkinan pesawat MH370 terhempas. Lokasi berkenaan merupakan di mana operasi mencari telah ditumpukan dalam minggu-minggu sebelum ini. Objek-objek berpotensi yang dikesan oleh pesawat akan dimaklumkan kepada kapal laut untuk berlayar ke lokasi untuk mengutip objek berkenaan sebelum dianalisis untuk dikenalpasti. Pada hari ini 11 pesawat dan sembilan kapal laut menjalankan operasi mencari pesawat MH370 itu. Hari ini, sudah lebih tiga minggu pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang yang dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur dilaporkan hilang. Sebelum ini Ketua Pusat Penyelarasan Kerjasama Operasi (JACC) Angus Houston berkata, kemungkinan besar misi pencarian MH370 akan mengambil masa yang sangat lama.

No comments:

Post a Comment