Saturday, April 26, 2014
Berita Terkini 26 April 2014
Siapakah Layak Digelar ‘Hot’ Mama?
Dapat dilihat ramai artis wanita yang sudah bergelar ibu, namun masih kekal bergaya serta mempunyai potongan badan persis anak dara. Jika ditanya, ramai yang berkongsi mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat serta diet seimbang. Berikut disenaraikan beberapa nama artis yang masih tampil menawan sehingga layak digelar ‘hot mama’.
Sazzy Falak
Ibu kepada anak kembar, Imaan Lily Nazril dan Tiara Rose Nazril sering mengamalkan diet sihat untuk keluarganya. Selain mengamalkan pemakanan seimbang, Sazzy juga aktif bersenam dan dia berdisiplin mengikut jadual rutinnya. Sazzy juga tampil dengan rekaan fesyen keluarannya sendiri walaupun sibuk dengan kerjaya seni dan menguruskan keluarga. Tidak mustahil Sazzy dapat mengekalkan bentuk tubuhnya sama seperti sebelum mempunyai anak. Gaya potongan rambut pendek paras bahu yang disesuaikan dengan fesyen pakaian yang ranggi,ceria dan segar membuatkan Sazzy tampil muda sentiasa.
Ziana Zain
Diva bervokal lantang ini sudah mempunyai empat orang cahaya mata dan anak sulungnya sudah mencecah usia 14 tahun. Walaupun hidup di arus globalisasi teknologi, namun dia tetap berdisiplin setiap kali melalui proses berpantang. Ziana selesa mengikut cara tradisional biarpun ramai ibu muda sekarang ini enggan melakukannya. Mungkin ini rahsia atau formula wanita berusia 46 tahun ini kekal menawan sehingga digelar sebagai Jennifer Lopez Malaysia. Penampilannya yang begitu elegan dan anggun membuatkan ramai wanita menjadikannya idola. Walaupun sentiasa sibuk, namun Ziana tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kerana dia juga tangkas dalam menjalankan tanggungjawabnya di rumah. Dia juga sering menghadiri majlis-majlis di sekolah anak-anaknya bagi memberikan sokongan.
Nana Mahazan
Walaupun sudah tidak aktif dalam bidang seni, namun Nana tetap mendapat perhatian di laman sosial Instagram kerana dia sering berkongsi gelagat anak-anaknya bersama peminat. Baru sahaja selesai berpantang, Nana kini telah kembali langsing. Isteri kepada Raqeem Brian ini mungkin bertuah kerana tidak menghadapi kesukaran untuk kembali langsing secara mudah. Bagaimanapun, dia turut berkongsi yang dia juga turut melakukan senaman ringkas untuk tujuan kesihatan. Nana juga memilih potongan rambut pendek bagi memudahkannya mengendalikan dua orang anaknya iaitu Althea dan Aaqib. Nana juga dilihat mewarnakan rambutnya untuk kelihatan lebih ‘funky’.
Amy Mastura
Penyanyi, pengacara dan pelakon cilik ini sememangnya sentiasa muda dan dilihat tidak dimamah usia. Walaupun terdapat sesetengah artis yang menggunakan pembedahan plastik, suntikan botox serta Vitamin C, namun Amy lebih selesa melalui proses penuaan secara semula jadi. Ibu kepada Adriana, 14 dan Adalia, 9, itu mengakui yang dia tidak begitu bijak bergaya seperti sesetengah artis lain, namun dia turut mementingkan pemakanan serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Nora Danish
Ibu kepada Rayqal ini sering mendapat perhatian jejaka-jejaka di luar sana kerana rupa parasnya yang comel serta tubuhnya yang cilik. Malah, ramai juga yang tidak percaya Wanita ini sebenarnya sudah berusia lebih 30 tahun. Akaun Instagram milik Nora sering mendapat puluhan ribu ‘like’ kerana gelagatnya bersama Rayqal yang begitu comel. Peminat turut menggelar Nora sebagai Song Ji Hyo Malaysia kerana rupa parasnya yang comel tanpa solekan tebal. Malah, Nora juga bijak bergaya setiap kali menghadiri acara-acara hiburan. Adakalanya dia tampil anggun, dan sesekali kelihatan santai. Hubungan cinta Nora dan teman lelakinya, Nedim Nazri Aziz bukan lagi perkara rahsia. Sehingga kini Nora tetap menjadi pujaan ramai lelaki kerana dia lebih menawan berbanding sebelum berkahwin dahulu.
Erra Fazira
Bekas Ratu Cantik Malaysia ini memang tidak dapat disangkal lagi keanggunan. Setiap kali dia melangkah ke acara karpet merah, pasti lensa kamera akan tertumpu kepadanya. Dengan wajah dan bentuk badan menawan, Erra seakan-akan tidak dimamah usia. Sebagai seorang ibu, Erra dan anaknya, Engku Aleesya dilihat begitu rapat, malah dia juga gemar menggayakan anak perempuannya mengikut gaya semasa. Berbanding dengan artis lain yang mengikat perut untuk memastikan tubuh cantik menawan, Erra tidak begitu mengamalkan diet yang begitu ketat, namun mengamalkan pemakanan seimbang.
Rozita Che Wan
Isteri kepada Zain Saidin ini sedang hamil tiga bulan. Rozita atau Che Ta mengakui yang tidak gemar bersenam. Malah mengakui yang dia wajib makan nasi dua kali sehari, tetapi mengambilnya dalam jumlah sederhana. Ramai yang ingin mengetahui rahsia Che Ta kekal langsing walaupun sudah mempunyai dua orang lelaki yang sedang meningkat remaja. Namun Che Ta menjelaskan yang dia tiada sebarang rahsia untuk dikongsi. Jelas Che Ta dia percaya tubuh badannya kekal langsing kerana faktor keturunan di mana ahli keluarganya tidak ada yang mengalami masalah berat badan. - Gua.Com Kredit foto : Instagram artis
Malaysia Tegas Tolak Cadangan Berkaitan Hak Intelek Berkaitan Ubat Dalam TPPA
Malaysia bertegas akan menolak cadangan berkaitan hak harta intelek dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membabitkan ubat-ubatan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan sedar perkara itu menjadi kebimbangan rakyat negara ini kerana cadangan berkenaan akan menaikkan harga ubat-ubatan di pasaran. “Dalam hal ini isu utama adalah kita dipanggil untuk melanjutkan tempoh paten, sekarang ini 20 tahun. “Apabila ini berlaku ia akan melambatkan pengenalan ubat-ubatan generik, maka akan meningkatkan harga ubatan. Bagi Malaysia ini satu perkara yang penting dan Malaysia bertegas dalam hal ini,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan taklimat khas bersama warga agensi Berita nasional itu di ibunegara hari ini. Beliau berkata selain Malaysia, terdapat beberapa negara lain yang turut menolak cadangan itu. “Jadi kebimbangan ini tidak harus menular dalam masyarakat kita kerana yang nak melanjutkan tempoh paten ini bukan semua, terdapat beberapa negara bersama dengan kita sekeras-kerasnya menentang usaha untuk melanjutkan paten,” katanya. Ubat-ubatan yang telah tamat tempoh patennya akan dikategorikan sebagai ubat generik, dan boleh dihasilkan oleh mana-mana syarikat termasuk syarikat tempatan sekaligus menawarkan ubat-ubatan dengan harga jauh lebih murah. Rundingan TPPA membabitkan Australia, Brunei, Chile, Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. Pada mesyuarat TPPA peringkat menteri di Singapura Februari lepas, tujuh perkara diperhalusi termasuk hak harta intelek. - Bernama
ForTheRakyat, Portal Aduan Sehenti Untuk Rakyat
KUALA LUMPUR – Pengerusi Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Portal Aduan ‘For The Rakyat’ yang telah mula beroperasi sejak sebulan lalu. Portal yang beralamat www.fortherakyat.com ini diwujudkan demi membantu masyarakat mencari jalan penyelesaian berkaitan masalah seharian. Portal yang dikelola oleh Pergerakan Pemuda Umno menerusi Biro Aduan Komuniti yang dipengerusikan oleh Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman itu bertujuan menjadi orang tengah dengan menyalurkan terus permasalahan yang dihadapi rakyat kepada agensi yang terlibat. Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, portal ini dilihat sebagai pendekatan yang tepat dan sesuai dengan peredaran masa yang semakin canggih. Selain itu juga, portal tersebut akan beroperasi sebagai pengumpulan data merangkumi demografi, geografi, kategori dan trend aduan rakyat. Sementara itu, Sheikh Ahmad Nafiq berkata, “UMNO sebagai sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan permasalahan dan rungutan rakyat sentiasa didengari dan diselesaikan sebaik mungkin melalui pelbagai platform”. Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Sukarelawan Siswa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia, SukaGuam dan Yayasan Salam Malaysia akan bersama-sama menangani aduan yang diterima daripada rakyat kelak. Untuk rekod, sejak mula beroperasi sebanyak 84 aduan telah diterima sekaligus dikemukakan keep portal ini dan 79 daripadanya telah berjaya ditangani.
Mengapa Orang Islam Tidak Digalakkan Sebut ‘Rest In Peace’
KUALA LUMPUR – Individu beragama Islam amat tidak digalakkan untuk mengucapkan “Rest in Peace” (RIP) kepada seorang yang bukan Islam apabila berlaku kematian. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha, berkata ucapan berkenaan mempunyai implikasi dari sudut akidah sekiranya tidak difahami secara jelas kerana ia merupakan amalan keagamaan orang bukan Islam yang sepatutnya tidak diikuti oleh orang Islam. ” Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia dalam kalangan masyarakat Kristian. ” Versi penuh ucapan tersebut yang berasal daripada bahasa Latin adalah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace’. ” Ia juga mengandaikan orang bukan Islam berkenaan akan mendapat rahmat daripada Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan Fatwa Malaysia dalam laman Facebooknya 17 April lalu berkenaan isu ucapan tersebut yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Othman berkata penjelasan Fatwa Malaysia dalam laman sosial itu merupakan penjelasan hukum dan nasihat yang diberikan oleh Felo Fatwa berdasarkan kemusykilan dan persoalan yang dikemukakan masyarakat umum, dan ia bukan fatwa yang dikeluarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Katanya, Islam melarang umatnya mendoakan untuk keampunan bagi orang bukan Islam seperti yang dijelaskan dalam al-Quran, Surah Taubah, ayat 113 dan dinyatakan juga oleh Imam an-Nawawi dalam Kitab al-Majmu. Bagaimanapun, dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, Islam tidak melarang umatnya mengucapkan rasa simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yng meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti ‘saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda’, katanya. “Panduan hukum yang diberikan mengenai ‘Rest in Peace’ ini bukan merupakan fatwa, tetapi ia perlu dijadikan panduan oleh umat Islam kerana panduan ini berdasarkan nas-nas yang jelas selaras dengan hukum syarak,” katanya. Othman juga menasihatkan semua pihak agar tidak mempolemikkan isu itu kerana pandangan hukum yang dikeluarkan adalah sebagai panduan dan nasihat khusus kepada umat Islam dan sama sekali tiada kaitan dengan unsur-unsur penghinaan atau menidakkan hak kehormatan dan kemanusiaan mana-mana pihak atau individu. – BERNAMA
Wanita Indonesia Diperlaku Dan Dikurung Seperti Anjing Di Taman Seri Rahang
SEREMBAN: Seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai dikurung di sebuah premis kedai satu tingkat di Taman Seri Rahang di sini sejak empat hari lalu, diselamatkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada Khamis. Menurut Pengarahnya Faizal Fazri Othman, pihaknya menyerbu premis itu tengah hari tadi selepas menerima maklumat awam mengenai wanita tersebut pada 8 pagi. Wanita itu bertindak membaling kepingan plastik menerusi tingkap ke arah orang awam yang lalu dan apabila ada yang menoleh dia kemudian membaling satu nota bertulis namanya, alamat di Selangor serta nombor telefon serta ungkapan “tolong saya”, katanya. “Orang awam itu telah menghampiri premis berkenaan dan menemu bual wanita itu melalui celah pintu. Dia mendakwa dibawa masuk ke Malaysia dan akan dihantar ke Singapura serta tidak diberi makan sejak empat hari lalu,” katanya lagi. Salah satu nota yang diberikan mangsa kepada orang awam. Menurut Faizal Fazri orang awam itu kemudian menghubungi pihaknya yang menghantar sepasukan tujuh anggota ke premis tersebut. Beliau berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menahan dua wanita tempatan yang bekerja di premis tersebut yang merupakan pusat jualan. “Kami kini mengesan majikan mereka,” katanya menambah siasatan mendapati wanita Indonesia itu baharu sahaja dibawa masuk ke Malaysia menerusi feri. Faizal Fazri berkata pihaknya juga percaya premis itu dijadikan pusat transit pekerja asing yang tidak sah. – mStar
Mayat Lelaki Berulat Ditemui Dalam Longkang
BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki yang telah pun berulat ditemui dalam longkang di belakang sebuah kilang di Bukit Tengah di sini, hari ini. Mayat yang dibungkus dengan kain pelikat itu ditemui orang awam yang ternampak bungkusan dalam longkang berkenaan pada 9.15 pagi. “Seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan terbau benda busuk sebelum ternampak bungkusan berkenaan, dia membuka bungkusan itu dan nampak mayat seorang lelaki yang sudah berulat,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah. Beliau berkata, tiada dokumen ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah rakyat asing yang dipercayai mati di tempat lain dan mayatnya dibuang di kawasan itu. Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. – BERNAMA
DAP Terus Bantah Undang-Undang Hudud, hal agama diorang kita tak kacau pun, hal Islam pulak diorang sibuk nak kacau.
KUALA LUMPUR – DAP mengingatkan PAS bahawa pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan tidak terkandung dalam Perlembagaan negara dan tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia. Penolong Setiausaha Publisitinya. Teo Nie Ching berkata, PAS perlu juga memahami rakyat yang mengundi parti itu dalam pilihan raya turut mengundi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukan hanya mengundi parti tersebut semata-mata. “Adalah mustahil untuk sebuah negara mempunyai dua sistem perundangan jenayah yang berbeza. Tidak mungkin hudud di Kelantan dan sistem sekular di peringkat kebangsaan boleh wujud secara selari,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Tegas beliau, mencuri adalah satu kesalahan jenayah dan pesalah mesti dihukum dibawah undang-undang jenayah yang sama.
Hudud: PAS Kelantan Sambut Baik Kenyataan PM
MACHANG – PAS Kelantan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kenyataan itu satu perkembangan yang amat positif dan akan memberi laluan mudah kepada Kelantan untuk melaksanakan hukum terbabit. Beliau berharap dengan kenyataan Perdana Menteri semalam akan memudahkan kerajaan negeri Kelantan membentangkan usul rang undang-undang persendirian pada sidang Dewan Rakyat nanti. Kenyataan itu juga boleh memberi satu jaminan bahawa anggota parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya Umno, akan menyokong PAS apabila usul rang undang-undang itu dibentangkan nanti, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Ilmu di Rumah Anak Yatim Lilbanat Darulnaim, Banggol Judah di sini, hari ini. Semalam, Najib menegaskan kerajaan persekutuan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukum yang ditetapkan Allah SWT, namun banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum itu. Sebelum ini, kerajaan PAS Kelantan melalui anggota parlimen parti itu dilapor akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan. Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, dilapor berkata pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan. – BERNAMA
AUDIO: Panggilan Hangit Hot FM Paling Kelakar
AMI yakin anda setuju jika kami katakan ini adalah ‘Panggilan Hangit Hot FM’ yang paling kelakar setakat ini. Perbualan antara Fizi Hot FM dengan seorang guru tari yang dikenali sebagai Encik Izzuddin ini telah dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Hot FM, semalam. Sehingga saat ini, ia telah mendapat lebih 5,000 ‘likes’ dan dikongsikan hampir 7,000 pengguna akaun Facebook. Ia berkisarkan pinjaman peribadi Izzuddin yang kononnya tidak diluluskan sehingga dia tidak dapat mengawal perasaan dan mengamuk sepanjang perbualan. Memang kelakar! Haha…
VIDEO: Kereta Melambung Dari Lorong Sebelah
BENAR kata orang, malang tidak berbau. Kadang-kadang, kita sudah cuba mematuhi peraturan jalan raya dengan sebaik-baiknya, namun angkara orang lain, kita pula yang menjadi mangsa. Itulah yang dapat dilihat melalui video yang kami kongsikan kepada anda ini. Pemandu ini sedang melalui sebuah jalan yang agak tenang sebelum sebuah kenderaan yang dari lorong bersebelahan tiba-tiba melambung dan menghentam cermin hadapan kenderaannya. Kemunculan kenderaan itu langsung tidak diduga sekaligus menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak. Tidak dapat dipastikan sama ada dia cedera atau tidak, namun jeritannya dapat didengar selepas berlakunya kemalangan itu. Saksikan.
Pakatan Tumbang Jika PAS Berdegil Laksana Hudud, Main ugut pulak
KUALA LUMPUR – Pakatan pembangkang pasti tewas di Selangor manakala Johor kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika hudud menjadi isu kontroversi rakyat Malaysia pada tahun lalu. Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, pakatan pembangkang akan turut mengalami halangan hebat di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka dalam PRU13 jika hudud menjadi isu kontroversi sewaktu pilihan raya itu berlangsung. “Hudud bukan faktor kejayaan PAS dalam pilihan raya yang lalu. Perlu ingat kedegilan PAS meluluskan enakmen hudud Terengganu mengakibatkan DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada tahun 2001. “BN kemudiannya mendapat kejayaan bersejarah pada tahun 2004 dengan memenangi 91 peratus kerusi Parlimen dan 89 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengkritik rancangan PAS mahu melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu. Kit Siang seterusnya berkata, PAS sepatutnya terus memberi tumpuan terhadap isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan tidak mengalih perhatian daripada tujuan yang lebih besar itu.
Pesawat ‘Dirampas’ Penumpang Mabuk
SEBUAH pesawat Virgin Australia ‘dirampas’ ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia. Rampasan pesawat dilakukan oleh seorang penumpang mabuk. Dalam insiden itu, penerbangan VA41 – Boeing 737 yang meninggalkan Australia kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) terganggu apabila salah seorang penumpang yang mabuk memaksa untuk masuk ke dalam kokpit. Juruterbang terbang terpaksa menghantar signal rampasan pada jam 1.05pm sementara anak kapal mengawal situasi. Pesawat itu mendarat pada 2.43pm (waktu Bali) dan kini berada di selatan lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar. Polis Bali telah menahan penumpang berkenaan. – Yahoo News
Selebriti Malaysia Dan Khidmat ‘Bodyguard’
Khidmat ‘bodyguard’ atau pengawal peribadi barangkali sudah cukup sinonim dengan dunia hiburan Hollywood. Namun ia mungkin agak asing bagi industri seni Malaysia. Di Hollywood, selebriti memasang pengawal peribadi kerana perlu berhadapan dengan respon ‘paparazzi’ dan peminat yang agak luar biasa dan sukar dijangka. Namun adakah penggunaan khidmat pengawal peribadi ini satu perkara yang relevan di Malaysia? Menerusi portal GUA,wartawan sempat bertanyakan pendapat beberapa artis yang pernah menggunakan khidmat ‘bodyguard’. Tetapi bukan semua mahu bekerjasama, hanya tiga nama ini sahaja yang tidak menolak memberi komen.
Hanez Suraya
Sejak timbul kontroversi bercinta dengan suami orang, pelakon ‘Autumn Di Hatiku’ ini sering dihentam oleh peminat. Malah wanita berusia 29 tahun ini turut menerima banyak ugutan di laman sosial. Justeru, Hanez kini mengambil langkah untuk bergerak bersama pengawal peribadi demi menjaga keselamatan dirinya. “Sebenarnya, saya bukan mahu riak atau pun berlagak. Saya sendiri tidak mahu ada pengawal peribadi. Saya ini santai orangnya dan saya rasa tidak selesa. Namun begitu, keluarga saya amat bimbangkan keadaan saya kerana risau dengan keselamatan diri ini, jadi saya perlu akur dengan kehendak mereka. Ini akibat ugutan yang saya terima begitu banyak di laman sosial,” jelas Hanez ketika ditemui di sidang media teater ‘Projek Kahwin’ di Istana Budaya baru-baru ini.
Fizz Fairuz
Pelakon yang popular menerusi drama ‘Nur Kasih’ ini pernah dikatakan mengupah empat orang pengawal peribadi sebagai langkah keselamatan. Fizz ketika dihubungi GUA memberitahu dia menggunakan khidmat pengawal peribadi bukan untuk menunjuk-nunjuk serta menafikan gosip sebelum ini kononnya memasang pengawal peribadi kerana menerima ancaman atau ugutan. “Bagi saya penggunaan pengawal peribadi sangat sesuai untuk artis Malaysia sebagai langkah keselamatan untuk kami. Dengan adanya pengawal peribadi, ia dapat mengelak kami daripada gangguan serta perkara yang tak diingini. Contohnya seperti pergi ke majlis besar yang melibatkan ramai orang. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana macam-macam perkara orang boleh buat. Mungkin kita akan diraba atau ditarik baju, jadi dengan adanya pengawal peribadi, ia dapat membantu dari segi keselamatan. Saya sendiri memang menggunakan dua orang pengawal peribadi dan menganggap mereka sebagai peneman. Saya pakai pengawal peribadi bukan bermaksud untuk berlagak atau ada istilah ingin menunjuk kononnya ada kuasa atau tidak, tapi saya perlukan mereka untuk keselamatan diri.”
Aaron Aziz
Walaupun bertubuh sasa, namun aktor kacak ini juga pernah menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya. Namun menurut Aaron, dia hanya akan membawa pengawal peribadi ketika menghadiri majlis-majlis hiburan yang melibatkan ramai orang sahaja. “Sebelum ini saya tidak mempunyai pembantu peribadi yang tetap, jadi pihak Astro ada pasangkan pengawal peribadi kepada saya. Pihak saya hanya akan pasang pengawal peribadi untuk majlis yang melibatkan ramai orang dan juga majlis yang berlangsung di luar Kuala Lumpur sahaja. Kadang-kadang saya ada juga bawa anak-anak saya yang masih kecil ke sesetengah majlis, jadi khidmat bodyguard ini lebih untuk menguruskan serta mengaturkan keadaan keselamatan kami pada waktu itu. Alhamdulillah, tak pernah pula saya gunakan khidmat bodyguard sebab rasa terancam atau sebagainya, tapi lebih kepada faktor keselamatan.” Selain tiga selebriti di atas, artis Malaysia yang turut dikatakan pernah menggunakan khidmat ‘bodyguard’ ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Diana Danielle dan juga Fasha Sandha. Relevan atau tidak penggunaan pengawal peribadi di kalangan artis Malaysia, bergantung kepada situasi artis tersebut. Tidak salah sekiranya jika mereka mahu memasang pengawal peribadi sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan diriari perkara tidak diingini. - Gua
Mengerikan: Inilah Barisan-Barisan Manusia Di Akhirat Kelak. Anda Di mana???
Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah an-Naba’:18) Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dijelaskanlah oleh Rasulullah ke 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELASv Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” - Sumber
Lelaki Muslim Beri Kasut, Balik Berkaki Ayam
GAMBAR seorang lelaki Muslim di Toronto, Kanada yang sanggup balik berkaki ayam selepas memberi stokin dan kasutnya kepada seorang penumpang bas menjadi viral di laman sosial dan menyentuh hati ramai pihak. Lelaki itu bertindak demikian selepas melihat penumpang tersebut hanya menyarungkan jaring plastik bagi membalut kakinya yang tidak berkasut. Gambar tersebut telah dirakamkan oleh seorang pemandu bas, Surjit Singh Virk yang pada waktu itu tidak bertugas yang kemudiannya memuatnaik gambar itu ke laman Facebook. “Ia membuatkan saya terharu. Dia terus membuka kasut dan stokinnya. Katanya, ‘awak boleh ambil ini, jangan risau sebab saya tinggal berhampiran dan boleh berjalan (tanpa kasut)’,” katanya. Penumpang bas itu kelihatan terkejut dengan pemberian itu dan kemudiannya berkata,’Lelaki itu sungguh baik…adakah ia benar-benar terjadi?’. Menurut Singh Virk lagi, lelaki itu sedang dalam perjalanan balik dari masjid ke rumahnya. Dia turut meminta agar identiti dirinya tidak dihebahkan kepada umum kerana keikhlasan tidak seharusnya dicanang-canangkan. Gambar tersebut mendapat hampir 2,000 ‘likes’ tidak lama selepas dimuatnaik di laman Facebook.
Pembodek Cadang Sebatang Jalan Di Putrajaya Dinamakan “Lebuh Obama”
Mujurlah ada Mahathir, jika tidak, pastilah sebatang jalan di Putrajaya dinamakan “Lebuh Obama” Baru-baru ini bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menulis di blognya mengenai peranan pembodek dan penasihat kepada seseorang yang berkuasa sehingga menyebabkan kemarahan rakyat dan seterusnya boleh mengakibatkan seseorang pemimpin itu tersingkir daripada takhta kuasa. Walaupun beliau menulis secara umum dan tidak menyebut nama mana-mana pemimpin, tetapi jelas difahami bahawa tulisannya itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang bukan saja dikelilingi paling ramai penasihat, bahkan juga pembodek yang sentiasa mengiyakan apa saja yang dilakukannya. Yang lebih menarik, sindiran Mahathir ini hanya muncul sehari selepas bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bercakap dalam satu program bual bicara yang jelas menzahirkan sikap anti Najibnya kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu dilihatnya mengamalkan dasar tidak betul dalam mengurus negara dan membangunkan ekonomi. Saya bukanlah seorang yang anti kerajaan, tetapi saya anti kepada dasar yang lompong dan tidak betul, tegas Daim menjelaskan tentang prinsip dirinya. Dalam semua kritikan dan kelemahan yang dikaitkan dengan Najib, selain beliau sendiri tidak mempunyai personaliti yang benar-benar kukuh sebagai pemimpin, peranan penasihat yang berada di di sekelilingnya turut dipersalahkan. Walaupun mempunyai paling ramai penasihat, pegawai dah konsultan di sekelilingnya, mereka itu dilihat tidak memberikan nasihat yang betul dan jujur, sebaliknya lebih untuk menyenangkan hati dan menggembirakan Perdana Menteri saja. Sebab itu, bukan saja ekonomi tidak berkembang, hutang bertambah, pembaziran berleluasa, tetapi juga menyebabkan timbulnya pelbagai masalah politik, sosial dan perpaduan yang tidak berkesudahan. Sempena kunjungan Presiden Amerika, Barack Obama ke Malaysia bermula Sabtu ini dan menyedari bahawa Najib amat mengkagumi pemimpin kuasa besar itu dan ingin dilihat antara pemimpin negara membangun yang mempunyai hubungan rapat dengannya, salah seorang penasihat Perdana Menteri yang bertaraf menteri dikatakan mahu meletakkan sebatang jalan di Putrjaya dengan nama “Lebuh Obama”. Jalan yang dikenalpasti untuk ditukar nama itu ialah salah satu jalan yang menjadi laluan menuju beberapa kementerian dan tidak jauh daripada Masjid Putrajaya. Percubaan meletakkan nama Obama ini tidak lain ialah untuk menggembirakan hati Najib yang tentu akan berbunga-bunga hatinya apabila dipuji oleh Presiden Amerika itu nanti. Ura-ura pertukaran nama itu telah disampaikan kepada Putrajaya Holding dan turut menjadi perbualan sebilangan kakitangannya dan rata-rata turut tidak bersetuju dengannya. Kunjungan Obama ini mencatat sejarah kerana kali terakhir seorang Presiden Amerika berkunjung ke negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon B. Johnson. Berikutan lawatannya itu, sebuah tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan kemudiannya telah diberi nama Felda L.B Johnson. Oleh kerana Najib dapat membawa Obama ke negara ini hanya dalam tempoh lima tahun berkuasa dan mampu menyaingi Mahathir yang memerintah selama 22 tahun tetapi tiada seorang pun Presiden Amerika yang datang melawat, barangkali penasihat itu merasakan pengabadian namanya pada sebatang jalan di Putrajaya adalah suatu penghormatan yang amat tinggi. Walaupun mengabadikan nama pemimpin besar dunia yang pernah berkunjung ke negara ini bukanlah suatu isu yang sangat besar sebenarnya tetapi meletakkan nama Obama pada sebatang jalan di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya tentulah tidak begitu sesuai dan seolah-olah menunjukkan negara mahu berkiblatkan kepada kuasa besar itu. Sekali imbas dan nyata, ia dilihat seperti Najib mahu membodek Obama tetapi yang sebenarnya ia adalah percubaan salah seorang penasihat yang ingin membodek, menyenang dan dan menggembirakan hati Perdana Menteri yang diketahuinya begitu taksub kepada pemimpin kuasa besar itu. Bagaimanapun apabila percubaan pertukaran nama jalan itu sampai ke pengetahuan Mahathir, orang yang mewujudkan Putrajaya, beliau telah menyuarakan rasa tidak setujunya atas ura-ura itu kepada pengurusan tertinggi Putrajaya Holding dan mahu imej Putrajaya yang ada dikekalkan. Sehingga hari ini difahamkan Putrajaya Holding akur dengan nasihat Mahathir itu. Namun demikian, sempena kunjungan Obama bermula Sabtu ini, tidak dipastikan sama ada sebatang jalan lain, kampung atau bangunan yang lain akan dinamanakan dengan nama Presiden Amerika itu tetapi yang pastinya Putrajaya tidak berjaya dicemari dengan unsur-unsur pengagungan nama-nama pemimpin luar. Segala-galanya kerana Mahathir masih ada dan ramai yang masih segan dengannya. Bagaimana agaknya jika selepas beliau tiada lagi dan pemimpin yang ada beserta penasihatnya terus menerajui negara ini? – Shahbudindotcom
11 Tahun Tidak Potong Rambut, Tunggu Liverpool Juara
Seorang penyokong Liverpool dari Kosovo, Uke Krasniqi tidak pernah memotong rambutnya sejak 11 tahun lalu gara-gara ‘bernazar’ hanya akan memotong rambut selepas Liverpool menjadi juara Liga Inggeris. Namun hasrat beliau untuk memotong rambut mungkin menjadi kenyataan musim ini jika pasukan bimbingan Brendan Rodgers tersebut berada dalam landasan terbaik untuk merampas kejuaraan liga Inggeris yang telah mereka menangi kali terakhir 24 tahun lalu. “Since 2003 I started growing my hair spontaneously. So far Liverpool have won all the title but not the league,” he said. “Now we are so close!” – DailyMirror
Remaja Hilang Tiga Hari Ditemui Berdekatan Rumah
GARA-GARA takut mengecewakan ibu-bapanya kerana prestasi pelajaran yang agak teruk di sekolah terutama dalam subjek Bahasa Malaysia, seorang remaja bertindak melarikan diri dari kediamannya di Seri Kembangan sebelum ditemui semula, awal pagi tadi. Soon Jia Liang, 13, ditemui berhampiran kompleks membeli-belah Jaya Jusco, Taman Equine yang hanya lima minit perjalanan dari rumahnya. Pengerusi Persatuan Polis Komuniti Selangor, Kuan Chee Heng berkata, kira-kira 60 ahli persatuan itu membantu mencari remaja yang hilang sejak tiga hari lalu itu sekitar Seri Kembangan sebelum salah seorang jiran menghubunginya. “Mereka memberitahu yang mereka melihat Jia Liang berkeliaran di sekitar Jaya Jusco, namun melarikan diri apabila dipanggil,” katanya. Pencarian itu kemudiannya diteruskan sebelum mereka menemuinya dalam keadaan penat kira-kira jam 2 pagi. Ketika ditemui, dia masih memakai pakaian yang sama pada hari dia dilaporkan hilang dan terdapat roti dalam poket pakaiannya. “Saya percaya dia tidak didera. Keluarganya sangat sayangkan dia. Bila mereka dipertemukan semula, Jia Liang menangis dan meminta maaf berkali-kali kepada ibunya,” ujar Kuan. Menurut ibunya, Yip Kuan Yee, 38, dia menyedari kehilangan anaknya itu apabila pulang ke rumah pada jam 6.30 pagi Selasa selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah. Sebelum itu, Jia Liang mengadu sakit kepala apabila dia mengejutkan remaja itu untuk ke sekolah dan Yip kemudiannya menyuruh anaknya itu supaya berehat saja di rumah. (Sumber: The Star / Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign)
Emran Muatnaik Gambar Lama Bersama Erra Pulak Dah…
MESKIPUN pelakon Erra Fazira tidak memberikan sebarang kata putus berhubung niat bekas suaminya, Engku Emran untuk bersatu semula, ia tidak menghalang Emran dari terus mengenang memori indah mereka. Kira-kira tiga hari lalu, Emran memuatnaik gambar lamanya bersama bekas isterinya itu menerusi akaun Instagram. Gambar itu dilengkapi dengan ‘caption’: “Circa 2006…#silajangansebargossipataufitnahsayacumasedangkeluarkangambar2lamadalamkotak… Top: me and Ellapajila otw back frm KK after Suria FM show…below: me and Ellapajila at Secret Recipe Warisan Square KK during the same trip…” Bagaimanapun, Emran awal-awal lagi mengingatkan agar tidak ada pihak yang cuba membuat sebarang spekulasi mengenai gambar tersebut. Tapi, rasanya peminat pun sudah faham dengan niat murni Emran dan kebanyakan mereka meninggalkan komen dengan ‘hashtag’ #prayformomandayah, simbolik kepada usaha menyatukan semula pasangan itu. Apa-apa pun, kami doakan yang terbaik untuk kedua-duanya demi kebahagiaan puteri tunggal mereka, Engku Aleesya…
Sharnaaz Minta Maaf Kepada Kekasih Nelydia…
KADANG-KADANG, menonton drama atau filem Melayu membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan tatkala melihat babak romantis antara hero dan heroinnya. Sehinggakan kita kadang-kadang berharap agar pasangan pelakon itu benar-benar bercinta dalam dunia realiti. Itulah penangan drama ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC)’ lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang sudah pun berakhir beberapa hari lalu. Dek kerana keserasian dalam BKATC itu, ramai peminat yang secara terbuka meluahkan keinginan mereka untuk melihat kedua-duanya bercinta walaupun jelas Nelydia sudah pun berpacaran dengan pengacara dan pelakon Qi Razali. Menyedari perkara itu, Sharnaaz telah memuatnaik status di akaun Twitternya memohon maaf kepada Qi atas perkara itu. Qi pula bersikap ‘gentleman’ dan membalas status itu dengan ucapan terima kasih. Baguslah jika kedua-duanya profesional dengan perkara sebegitu. Lumrah dunia artislah katakan…
Polis Siasat Penganjuran Parti Seks Di Pangsapuri Mewah
PETALING JAYA – Polis sedang menyiasat dakwaan rancangan penganjuran parti seks di pangsapuri mewah di empat bandar utama pada 4 Mei ini. Penganjur dikatakan akan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM300 kepada pengunjung lelaki. Bagaimanapun pengunjung wanita dibenarkan masuk secara percuma. Dipercayai tiada sebarang syarat dikenakan terhadap pengunjung lelaki namun peserta wanita disyaratkan tidak boleh terlalu gemuk. Difahamkan lokasi tepat mengenai parti liar itu hanya akan didedahkan kepada perserta selepas penganjur menerima bayaran. Penganjur sudah menghantar jemputan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung parti yang akan diadakan di Kuala Lumpur, George Town, Ipoh dan Johor Baru. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat mengenai perkara itu. “Jika ia benar, kita akan kenal pasti penganjurnya parti seks yang jelas bertentangan dengan budaya dan nilai masyarakat kita,” katanya ketika dihubungi. Menerusi SMS yang dihantar, penganjur mendakwa setiap lokasi akan diadakan di pangsapuri mewah bagi menghalang pihak berkuasa memasuki premis-premis tersebut. – mStar Online
KEMALANGAN: Tunggu Jawapan Isteri, Syarat Potong Kaki
Suining – Cinta itu buta atau manusia yang buta? Itu persoalan yang ditanyakan oleh orang ramai di bandar ini selepas seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya, hanya mahu diselamatkan sekiranya isterinya mengesahkan akan terus mencintainya meskipun dia cacat. Lelaki tersebut, Kong Huang, 35, ketika itu terperangkap dalam traknya yang dipenuhi muatan pasir selepas dia terlanggar sebuah kenderaan lain. Ketika pasukan penyelamat tiba di situ, mereka memberitahu Huang bahawa sebelah kakinya terpaksa dipotong dalam proses menyelamat tersebut. Namun Huang enggan dan mahu menghubungi isterinya terlebih dahulu sebelum diselamatkan meskipun ketika itu kecederaannya semakin serius. “Adakah awak akan mencintai saya meskipun saya hanya ada sebelah kaki,” demikian soalan yang ditanyakan kepada isterinya. Setelah wanita itu mengesahkan cintanya kepada Huang, barulah dia memanggil pasukan penyelamat “teruskan, saya boleh terus hidup’. Selepas beberapa jam, Huang berjaya diselamatkan dengan sebelah kakinya terpaksa dipotong. “Saya bersyukur kerana mendapat cinta yang tidak berbelah bagi terhadap isteri saya. Saya amat bertuah,’’ katanya.
Terselamat Walau Kepala Ditembusi Besi!
Shaanxi – Meskipun jatuh dari tingkap bangunan setinggi 20 kaki dan besi tercucuk hingga tembus di kepala, namun dengan kuasa Tuhan, seorang lelaki terselamat dan akan pulih sepenuhnya. Lelaki itu Li Dehua, 47, terselamat dari maut dan bernasib baik kerana besi berkenaan hanya beberapa inci dari otaknya. Biarpun ketika pembedahan diadakan, doktor telah memberitahu keluarganya bahawa dia sukar diselamatkan, namun keadaan sebaliknya berlaku. Apa tidaknya besi itu tercucuk di bahagian mukanya dan tembus ke bahagian kiri kepalanya. Dalam kejadian 18 hari lalu itu, Dehua sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan ketika dia terjatuh. “Ia merupakan satu kejadian menakutkan dan saya bernasib baik kerana besi itu tidak terkena otak saya. “Besi ini menyebabkan luka yang teruk di bahagian muka saya,’’ katanya yang memberitahu ketika kejadian dia tidak berasa sakit disebabkan terkejut. Menurut Dehua, hanya selepas pembedahan barulah dia menyedari bahawa sesuatu berlaku.
GAMBAR: Sambutan Hari Jadi Anak Fasha Dan Jejai
TAK sangka rupa-rupanya anak sulung Fasha Sandha dan Jejai, Putra Rayfal sudah pun menjengah usia setahun. Memang sekejap saja masa berlalu, bukan? Baru-baru ini, kedua-duanya telah mengadakan sambutan hari jadi Rayfal yang turut dihadiri oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid. Menerusi gambar yang dikongsikannya di akaun Instagram, terserlah ‘baby bump’ Fasha yang kini sedang hamil tiga bulan.
Hudud: Perlembagaan Boleh Dipinda, Sokong...
SHAH ALAM – “Perlembagaan boleh dipinda tetapi al-Quran tidak boleh dipinda’” demikian kemas kini status Twitter terbaharu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Status itu dilihat seolah-olah membidas kenyataan Pengerusi Biro Perundangan DAP Kebangsaan, Gobind Sing Deo, semalam. Melalui status itu, Khairy berkata permasalahan hukum hudud bukan soal pelaksanaan sebaliknya penerimaan hukum tersebut. “Apakah pelaksanaannya (hudud) praktikal dalam negara seperti Malaysia? Apakah kita mempunyai persekitaran yang sesuai untuk ia dilaksanakan? Itu soalnya. “Hudud bertentangan dengan Perlembagaan? Perlembagaan boleh dipinda. Al-Quran tidak boleh dipinda. Soalnya pelaksanaan bukan penerimaan,” tulisnya pagi ini. Semalam, Gobind menegaskan bahawa DAP tidak akan sekali-kali takut dengan sebarang ancaman dan bakal terus menentang pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan melanggar peruntukan Perlembagaan dan bertentangan agenda PR. Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menganggarkan hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen. – Sinar Harian Online
Pelik…Fiza Elite Padam Semula Gambar Adam AF
ADUHAI… Pelik pula kami dengan pelakon Fiza Elite ini. Jika semalam kami kongsikan kisah mengenai dirinya yang sudah memuatnaik kembali gambar suaminya, Adam AF di laman Instagram, hari ini gambar tersebut sudah pun dipadamkan. Bukan itu sahaja, malah gambar lain selepas tarikh 21 Januari tahun ini juga sudah tiada. Kalau diikutkan, memanglah akaun Instagram itu hak Fiza. Pendek kata, ikut sukalah hendak padam atau terus simpan gambar. Tetapi, jangan lupa sebagai ‘public figure’, setiap perkara ‘pelik’ yang berlaku akan menjadi perhatian para peminat sekaligus membuatkan mereka mencipta pelbagai spekulasi. Tambahan lagi, kedua-duanya masih tidak mahu berterus-terang dan sentiasa berkias-kias dalam kenyataan mengenai rumahtangga mereka. Adakah tindakannya memadamkan gambar itu ada kaitannya dengan sebutan kes cerai yang dikatakan akan berlangsung pada Isnin depan? Sama-sama kita nantikan…
‘Kasanova Bersiri ‘ Dihukum Penjara 4 Tahun
GEORGETOWN – Seorang juruteknik komputer yang digelar ‘kasanova bersiri’ dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah menipu seorang wanita dua tahun lalu. Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhi hukuman itu terhadap K Prabaharan, 45, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh dia ditangkap semula iaitu pada 2 Januari lalu. Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mengenali mangsa berusia 29 tahun yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah Tamil di Pahang melalui sebuah laman sosial pada dua tahun lalu. Mangsa kemudian diperdaya tertuduh untuk menyerahkan wang RM16,000 sebagai bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Bank Rakyat, Jalan Magazine di sini pada Disember 2012. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim, manakala Prabaharan diwakili peguam Ravi Chandran. Terdahulu, Ravi Chandran memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana tertuduh terpaksa menyara dua anak berusia 19 dan 20 tahun yang kini belajar di kolej serta isteri, seorang suri rumah. Selain meminta mahkamah mengambil kira pengakuan salah Prabaharan yang menjimatkan masa dan kos dalam kes itu, beliau berkata tertuduh sudah insaf dan berazam untuk menjadi anggota masyarakat yang jujur. – BERNAMA
Lawatan Obama Pengiktirafan Untuk M’sia
KUALA LUMPUR – Kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia merupakan suatu pengiktirafan kepada usaha dan kejayaan kerajaan membangunkan negara ini. Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis berkata lawatan itu juga dilihat sebagai satu penghormatan daripada sebuah negara besar kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam. “Ini ialah suatu penghormatan kepada rakyat Malaysia kerana dunia besar mengiktiraf kita, sebuah negara Islam. Akhirnya ada pengiktirafan dunia kepada usaha (membangunkan negara) yang dibuat oleh kerajaan sejak merdeka,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara terbitan BernamaTV, di sini hari Khamis. Lawatan Obama ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun lalu selepas kunjungan terakhir oleh Lyndon B. Johnson pada 1966. “Kalaulah negara kita mundur, tak berjaya, berperang, ekonomi teruk, atau bermasalah, adakah presiden Amerika Syarikat mahu pergi?,” katanya. “Dia (Obama) datang ke Malaysia sudah tentu kerana kejayaan-kejayaan negara kita dari segi ekonomi, keamanan dan mempunyai sistem demokrasi yang baik,” katanya sambil menegaskan kunjungan presiden itu tidak harus dipolitikkan, sebaliknya perlu dilihat dari aspek positif. Jamaluddin turut menempelak tindakan parti pembangkang yang dilihat sengaja menimbulkan kontroversi apabila mempersoal ketiadaan slot bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Obama. Tegasnya kehadiran Obama ke Malaysia pada 26 hingga 28 April ini adalah kerana urusan rasmi dan tidak wajar untuk pembangkang mempolitikkan perkara itu. “Ini lawatan atas jemputan kerajaan…bila dia pergi ke Jepun atas jemputan kerajaan Jepun, dia (Obama) hanya jumpa perdana menteri Jepun dan Maharaja Jepun, begitu juga di Korea, dia jumpa pemimpin kerajaan Korea lah dan bukannya pembangkang di sana. “Begitu juga bila dia datang ke Malaysia, jumpa kerajaan Malaysia yang mana pemimpinnya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak…mengapa pula dia nak jumpa ketua pembangkang,” katanya sekaligus menepis dakwaan kerajaan menghalang pertemuan Anwar dan Obama. Dalam temu bual sejam bersama Dahlan Maamor bertajuk ‘Signifikan Malaysia Persada Dunia’ itu, Jamaluddin turut menyentuh peranan yang mahu dimainkan Malaysia dalam memperbetulkan persepsi negatif masyarakat barat berhubung agama Islam. Katanya, keterbukaan Obama mengenai agama Islam dilihat Malaysia sebagai peluang untuk membantu mengubah dogma berhubung Islam sebagai agama yang radikal dan ekstrem. Usaha itu, katanya, selaras dengan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang antara lain menekankan kesefahaman dunia untuk menolak sebarang bentuk ekstremisme. “Jadi bila Obama ke mari kita mahu dia lihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang sederhana, yang boleh diterima dunia dan menggunakan rakyat Malaysia yang hidup dengan aman di sisi kaum lain sebagai lambang Islam yang sebenar sekali gus menghindari tanggapan negatif dunia kepada Islam,” katanya. Jamaluddin turut yakin dengan latar belakang sosial Obama yang pernah dibesarkan dalam persekitaran masyarkat Islam, presiden Amerika Syarikat itu akan lebih memahami berhubung agama Islam, dan seterusnya menggunakan kedudukannya untuk memperbetulkan persepsi buruk berhubung agama Islam. Menyentuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat, Jamaluddin berkata lebih banyak usaha perlu dibuat, bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga pelbagai pihak tempatan lain untuk memperkenalkan Malaysia ke negara itu. Katanya, Malaysia memerlukan anjakan baru untuk melonjakkan nama negara di Amerika Syarikat kerana ia mempunyai manfaat yang amat besar dari aspek sosial, ekonomi mahupun politik. “Masalahnya sekarang ini, mereka lebih banyak mendengar suara sebelah pihak (yang negatif) dan suara-suara yang benar tidak sampai kepada mereka. Jadi mereka ambil cerita-cerita tertentu (mengenai Malaysia) dan menganggapnya seagai cerita yang betul,” katanya. Menyentuh manfaat ekonomi, usahawan Malaysia menurut Jamaluddin perlu mengambil peluang untuk menguasai sektor produk halal yang mempunyai potensi besar di Amerika Syarikat. “Dari aspek Islam, Amerika Syarikat merekodkan peningkatan orang yang memeluk agama Islam yang tinggi, bermakna produk halal mempunyai permintaan yang tinggi. “Oleh sebab kita ada hab halal dan industri halal yang sudah matang, saya cadangkan pengusaha tempatan yang mampu untuk melihat peluang ini di Amerika Syarikat,” katanya. Selain itu, katanya kedudukan Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun hadapan juga meletakkan negara pada kedudukan yang amat unik terutamanya dari aspek peranan diplomatik yang boleh dimainkan untuk ‘merapatkan’ hubungan antara negara dunia, khususnya Amerika Syarikat dan China, katanya. “Saya nampak beliau (Obama) mahu mendekati kita dan mendengar pandangan-pandangan pemimpin kita. “Kalau kita diberi jadi orang tengah dan berusaha untuk mengukuhkan hubungan antara kedua ini dan menghapuskan apa sahaja prasangka dengan itu kita dapat main peranan yang amat besar sekali,” katanya optimis. Jamaluddin berkata antara perkara yang mungkin dibangkitkan ialah prosedur permohonan visa bagi melawat Amerika. “Selepas kejadian 11 September banyak halangan kepada rakyat Malaysia yang mahu melawat Amerika. Kita nak memohon mereka kaji kembali syarat-syarat yang ketat bagi mengeluarkan visa”, katanya. – BERNAMA
Malaysia Tingkat Peranan Diplomatik – Najib
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhasrat meletakkan Malaysia di landasan baharu diplomatik apabila Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melawat negara ketika ia menghadapi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Dalam temubual bersama The Wall Street Journal di sini semalam, Perdana Menteri berkata lawatan Obama mulai esok adalah peluang untuk meletakkan Malaysia dalam kedudukan baharu ketika negara menghadapi kehilangan pesawat itu dan kritikan pihak China berhubung pengendalian siasatan itu. Lebih 150 warga China berada dalam pesawat Boeing 777 apabila ia hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur. “Kami bersedia untuk memainkan peranan lebih besar,” kata Najib yang merujuk peranan Malaysia menjadi orang tengah dalam pemeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan kumpulan pejuang Islam di selatan negara itu. Beliau juga merujuk kepada peranan Malaysia dalam memulakan rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan pejuang Islam di selatan negara itu. - BH Online
Suspek Tikam Bapa Jalani Ujian Mental
KUALA TERENGGANU – Mahkamah majistret semalam mengarahkan suspek kes tikam bapa, Mohd Yaser Araffad Johari, 23, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Tampoi, Johor selama sebulan bermula 25 April hingga 25 Mei depan. Majistret Rozianti Mohd Hanaphi mengarahkan Mohd Yaser Araffad menjalani ujian mental kerana sebelum ini, tertuduh pernah mempunyai rekod sakit mental. Tertuduh yang ditahan pada 20 April lalu, didakwa menikam bapanya yang cuba meleraikan pertengkaran antara dia dan tunangnya di hadapan kediaman di Lembah Harapan, Seberang Takir pada 19 April lalu. Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, akibat tikaman kuat, mangsa, Johari Yahya, 55, mengalami luka pada bahagian belakang, paru-paru dan patah satu tulang rusuk. Menurutnya, mangsa yang merupakan pesara tentera dan kini bekerja sebagai kakitangan kerajaan, mengalami kecederaan agak parah. “Siasatan berhubung kejadian itu dijalankan susulan laporan polis yang dibuat seorang pegawai perubatan HSNZ pada jam 10 malam hari sama,” katanya. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nor Zafirah Rosli. – Sinar Harian Online
Felixia Yeap Bakal Peluk Islam Ramadan Ini, Alhamdullilah
KANGAR – Cahaya hidayah semakin menghampiri model jelita Felixia Yeap, 27, apabila mengesahkan bakal mengucap dua kalimah syahadah pada Ramadan ini, malah sudah tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa. “Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” kata bekas model Playboy itu ketika ditemui Harian Metro, di sini. Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya memerlukan lebih masa. “Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama. “Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya yang ditemui selepas sesi fotografi baju kurung myjubah.com, di sini, baru-baru ini. – myMetro Online
Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa
PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menerima sebuah kereta jenis Mercedes C200 daripada suami Mohd Yani Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10 pada Khamis. Ifa, 39, berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah tersebut kerana tujuan asalnya ke kedai kereta adalah untuk membeli sebuah kereta keluarga. “Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan saya sebuah kereta Mercedes. Pada asalnya kami ke kedai kereta adalah untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Ifa berkahwin dengan Mohd Yani pada 24 April 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohammad Shakir Aqili yang berusia sembilan tahun. ifa raziah instagram Ifa Raziah berkongsi kegembiraannya dengan peminat menerusi Instagram miliknya mengenai hadiah kereta yang dia terima Manakala dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah, 15, hasil perkahwinan pertamanya. Tambah Ifa, ia merupakan hadiah pertama sempena ulang tahun perkahwinan mereka, manakala kereta keduanya. “Saya bukan jenis yang suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yang saya pakai hingga sekarang,” ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang kehidupan rumah tangga, Ifa mengakui melalui pelbagai dugaan sepanjang 10 tahun hubungan tersebut. Katanya, sifat tolaransi dan menerima seadaanya pasangan merupakan kunci kebahagian rumah tangga. “Sepanjang sepuluh tahun ini memang saya bahagia biarpun apa orang kata tentang saya dan suami, saya tidak pernah peduli. “Apa yang penting ialah percaya satu sama lain dan menerima diri masing-masing seadanya. Ia menjadi kekuatan kami sehingga kini,” ujarnya. Tambah Ifa, salah satu pengalaman pahitnya pula apabila diserbu Jabatan Agama Islam Kedah ketika menginap di sebuah hotel di negeri tersebut atas urusan kerja. Katanya, perkara itu merupakan peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya. “Saya tidak tahu ini kategori kenangan pahit atau manis tetapi ia memang tidak dapat dilupakan kerana kami disangka berkhalwat, walhal kami suami-isteri. “Pada malam itu memang kecoh, bagaimanapun semuanya selesai apabila pihak yang membuat serbuan mendapat tahu kami pasangan yang sah,” ujarnya. Dalam pada itu, Ifa turut memberi nasihat kepada pasangan muda atau yang ingin mendirikan rumah tangga agar memikirkan kesediaan mereka sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama. Katanya, sebuah rumah tangga yang dibina bukan untuk seketika sahaja, malah sepanjang hayat. “Saya pun pernah mengalami kegagalan rumah tangga, kita tidak tahu jodoh kita sampai mana tetapi kalau boleh kita kekalkan apa yang kita ada. “Bagi yang ingin berkahwin perlu fikir sebaik mungkin kerana bila kita berkahwin bermakna kita bersedia untuk berkongsi hidup dengan orang lain,” katanya. - mStar Online
Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat
PETALING JAYA – Pelakon Fauzi Nawawi terkejut apabila ada pihak cuba memburukkan namanya sehingga tergamak menuduh dia tidak membayar sewa pejabatnya yang terletak di Cheras dekat sini selama lima bulan. Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, berkata, sehingga kini dia belum pernah berdepan dengan masalah lewat membayar sewa pejabat dan khabar angin negatif itu dianggap sebagai satu gosip yang tidak masuk akal. “Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer. “Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?,” soalnya kepada mStar Online. Pelakon ini diminta mengulas gosip yang kedengaran kononnya dia tidak Pada Rabu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Fauzi tidak membayar sewa pejabatnya selama lima bulan kerana kesempitan wang. Hal itu dikatakan berpunca kerana dia kurang mendapat tawaran berlakon. Bagaimanapun, Fauzi menafikan semua tuduhan itu termasuklah memberitahu dia menolak pelbagai tawaran kerana mahu memberi fokus dalam perniagaannya di bawah syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd. “Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan. “Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru. “Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah,” ujarnya. Bagaimanapun Fauzi berkata, dia mengambil khabar angin negatif itu sebagai perkara positif kerana merasakan masih ada pihak yang ingin tahu tentang dirinya. “Saya anggap, apabila digosipkan mengenai sesuatu perkara, kiranya saya masih diperlukan dalam industri seni tempatan ini. Kalau tak, kira saya dah tak lakulah kan…,” selorohnya. – mStar Online
Adik Tiri Beyoncé Hidup Merempat
Los Angeles – Kakak tirinya disifatkan sebagai individu paling berpengaruh oleh Time Magazine namun bagi Nixon Knowles, nasibnya tidak sama seperti Beyonce. Nixon, yang berusia empat tahun, terpaksa menetap bersama ibunya, Alexsandra Wright di dalam treler. Budak itu adalah anak hasil hubungan Wright dengan bapa Beyonce iaitu Mathew Knowles. Wright tidak mampu menyewa rumah selepas hakim membenarkan permohonan Mathew untuk memotong bayaran nafkah untuk mereka selepas mendakwa pendapatannya telah berkurangan. Apa yang menyedihkan, hakim juga bersetuju bahawa Mathew telah terlebih membayar Wright sebanyak $110,000. Sekaligus membolehkan Mathew terlepas daripada tanggungjawab membayar nafkah tersebut. Wright bagaimanapun tidak mengharapkan Beyonce menggunakan wang jutaan ringgitnya itu untuk membantu mereka, sebaliknya hanya mahu Mathew menerima tanggungjawab berkenaan. “Lakukan perkara yang betul dengan bertanggungjawab kepada anak ini. Saya tahu ia bukan salah Beyonce, jadi saya tidak salahkannya,’’ katanya.
Air Bawah Tanah Mungkin Tidak Selamat
PETALING JAYA – Kumpulan pakar menggesa kerajaan Selangor supaya membuat kajian terpeinci sebelum mengepam air bawah tanah bagi mengatasi kekurangan air di negeri ini. Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia, S. Piarapakaran berkata, perlu menganalisa kandungan kimia di dalam air kolam bekas lombong yang dirancang untuk dipam. “Adakah mereka sudah melakukan analisis mengenai bahan karsinogenik (penyebab kanser) di sana? “Lombong terbengkalai juga mempunyai kandungan radioaktif peringkat rendah,” katanya ketika dihubungi. Piarapakaran berkata, pengepaman air bawah tanah di kawasan luar bandar biasanya tidak meberi kesan buruk ke atas alam sekitar. Namun projek berskala besar perlu dilakukan penilaian mengenai kesan terhadap alam sekitar. Piarapakaran juga mengingatkan bahawa pengambilan air bawah tanah juga boleh menyebabkan pemendapan tanah dan penurunan paras air bawah tanah. “Ia akan menggalakkan rakyat menggali lebih dalam. Projek berskala besar boleh memberi kesan alam sekitar yang besar. “Satu lagi masalah yang mungkin berlaku ialah peningkatan kes kebakaran terutama di musim kemarau kerana paras air bawah tanah semakin rendah akibat pengekstrakan,” kata Piarapakaran. – mStar Online
Penganggur Membunuh Demi Wang Saku
Jakarta – Seorang penganggur memberitahu polis, dia terpaksa menikam seorang pemandu teksi sehingga mati Selasa lalu kerana terdesak untuk mendapatkan wang. Setio Haryadi, 24, mendakwa dia membunuh Muhtadin, 49, selepas usahanya mencari kerja di bandar raya Jakarta selama beberapa hari gagal membuahkan hasil. “Saya datang ke Jakarta untuk mencari pekerjaan, namun pada hari keempat di sini, saya kehabisan wang. “Saya tidak ada cara lain kecuali cuba merompak pemandu teksi,” katanya. Menurut Setio, dia menahan teksi Muhtadin di terminal Pulogadung, Jakarta Timur dan meminta dihantar ke rumah seorang rakan di Duren Sawit. Ketika dalam perjalanan, katanya, dia mengacukan pisau ke leher Muhtadin. Bagaimanapun, kata Setio, Muhtadin tiba-tiba memberhentikan teksinya. “Disebabkan dia enggan menyerahkan wang, saya menikamnya buat kali pertama,” katanya menceritakan detik berkenaan di Jambatan Klender itu. Menurut Setio, selepas ditikam Muhtadin bersetuju menyerahkan wang yang diminta, tetapi pada masa sama cuba bertindak balas terhadapnya. “Saya menikamnya beberapa kali kerana melawan,” katanya. Dia kemudian cuba melarikan diri. Seorang saksi berkata, dia bersama beberapa yang lain mengejar dan menahan Setio selepas terdengar suara meminta tolong. Sementara itu, jurucakap polis Duren Sawit berkata, mereka masih menjalankan siasatan lengkap terhadap kes berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.- Agensi
Wanita Bakar Diri Kerana Mentua
Hazaribagh (India) – Seorang wanita beranak dua mati selepas membakar diri sendiri akibat tidak dapat menahan desakan menyerahkan wang hantaran kahwin oleh mentuanya walaupun sudah memenuhi perjanjian mendermakan sebelah ginjal kepada suaminya. Poonam Devi, 28, sering didesak dan didera keluarga mentuanya sejak berkahwin beberapa tahun lalu kerana dianggap masih berhutang 25,000 rupee (RM1,300) selepas menerima 131,000 rupee (RM7,000) ketika pasangan itu berkahwin pada 2006. Bagaimanapun, enam bulan lalu selepas suaminya, Sudama Giri, sakit akibat kegagalan buah pinggang, ibu mentuanya membuat perjanjian bertulis bahawa keluarga itu tidak akan mendesaknya untuk wang hantaran lagi jika Poonam mendermakan ginjalnya. Ayah Poonam, Barhan Bharati dalam laporan polisnya mendakwa anaknya sering didera dan didesak untuk menyerahkan wang. Kata Bharati, Poonam akhirnya terlalu kecewa apabila keluarga mentuanya tidak berhenti berbuat demikian walaupun sudah membuat perjanjian bertulis. Akibatnya, Poonam membakar diri pada 16 April lalu sebelum meninggal dunia, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Hazaribagh Manoj Kaushik berkata, belum ada penangkapan dalam kes itu. “Kami masih menyiasat kes ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bersalah,” katanya.- Agensi
Lelaki Buta Dapat Mata Bionik
DETROIT, Amerika Syarikat (AS) – Seorang lelaki yang buta akibat satu penyakit mata kini boleh melihat semula selepas menerima ‘mata bionik’ yang merupakan satu peralatan berteknologi tinggi yang membantu dia melihat semula. Lelaki tersebut, Roger Pontz, 55, disahkan menghidap penyakit mata yang dikenali sebagai retinitis pigmentosa ketika masih muda yang menyebabkan penglihatannya menyusut sehingga buta. Bagaimanapun, sebuah syarikat perubatan, Second Sight Medical Products dengan kerjasama Pusat Mata Kellogg di Universiti Michigan, Ann Arbor berjaya menghasilkan satu mata bionik yang mampu membantu Pontz, melihat semula. Implan tiruan pada mata kiri Pontz adalah sebahagian daripada sistem yang dibangunkan syarikat itu. Ia mengandungi cermin mata yang mempunyai satu kamera kecil dan pemancar. Sistem itu berfungsi apabila kamera merakam imej yang kemudiannya ditukar menjadi denyutan elektrik yang dipancarkan secara tanpa wayar kepada beberapa elektrod pada permukaan retina. Denyutan itu merangsang sel retina yang masih sihat. Ia menyebabkan sel itu menghantar isyarat ke saraf optik. Maklumat visual itu kemudiannya dipindahkan ke otak untuk ditukarkan kepada bentuk-bentuk cahaya yang boleh dikenal pasti sekali gus membolehkan pesakit memperoleh sedikit fungsi penglihatan. Pontz berkata, selepas memakai sistem itu, dia kini boleh melihat bayang isteri, kucing dan cucunya selepas beberapa tahun hidup dalam kegelapan. Dia yang merupakan bekas pekerja kilang merupakan antara empat orang di AS yang menerima retina tiruan. – AP
3 Warga AS Ditembak Mati Di Hospital Kabul
KABUL – Seorang anggota polis Afghanistan melepaskan tembakan di sebuah hospital di Kabul yang dikendalikan badan amal Amerika Syarikat (AS), menyebabkan tiga orang terbunuh termasuk seorang doktor. Ia adalah serangan terbaharu yang menyasarkan orang awam dari negara luar. Lelaki itu kemudian menembak dirinya dalam kejadian di luar Hospital CURE International dan ditahan polis sebelum dirawat. Motif pembunuhan itu masih samar. – AFP
DADAH: Saiful Apek Didapati Bersalah…Denda, Bawah Pengawasan 3 Tahun
Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lepas. Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 Sept tahun lepas. Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun. Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad. Pada 30 Sept tahun lepas, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31; Shaiful Baharom, 27; dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini. Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan kesemua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini dan pada 22 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut. Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
” Siapa Boleh Tekan Obama? ” – Najib
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan kononnya beliau memberi tekanan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila pemimpin dunia itu melawat Malaysia mulai Sabtu. Perdana Menteri berkata, adalah mustahil untuknya memberi tekanan atau menghalang Obama daripada menemui siapa sahaja ketika kunjungannya nanti. “Siapa boleh tekan Obama? Beliau Presiden AS, super power. “Malaysia hanya negara kecil, mana boleh beri tekanan kepada beliau,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat. Sebelum ini Anwar dilaporkan mendakwa bahawa beliau percaya Najib memberi tekanan kepada Obama supaya beliau tidak berpeluang menemui pemimpin AS itu. Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan Anwar kononnya beliau menghalang Obama bertemu dengan pemimpin pembangkang di Malaysia. Sebelum ini, Penasihat Keselamatan AS, Susan Rice dilaporkan mengesahkan bahawa Obama tidak merancang untuk bertemu dengan Anwar yang juga Ketua Pembangkang Malaysia. Obama akan menjadi Presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad apabila beliau tiba di Kuala Lumpur esok (Sabtu). – Mstar.com.my
Penempatan Tetap Polis Di 11 Resort -KPN
KUALA LUMPUR – Pihak polis bercadang menempatkan anggota di 11 pusat peranginan di Sabah bagi menghalang kemasukan penjenayah mahupun pihak luar yang cuba menyusup masuk melalui pantai timur negeri itu. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kehadiran anggota keselamatan di pusat-pusat peranginan itu adalah penting berikutan kedudukannya yang terletak berjauhan dan terpencil. “Memandangkan kedudukannya yang luas dan jauh, susah untuk kami berikan respons dengan pantas. Dengan adanya pasukan keselamatan secara tetap di setiap pusat peranginan, sebarang jenayah dapat dielakkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Panther 911 Central Monitoring System’ di sini hari ini. Beliau berkata pihaknya akan meminta syarikat yang mengeluarkan sistem pemantauan keselamatan itu Digistar Holdings Sdn Bhd agar menyerahkan cadangan kepada pihak polis untuk diteliti dan diaplikasi di kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Khalid berkata sistem itu boleh mengesan ketibaan penjenayah di perairan Esscom. Ia berfungsi seperti kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh diletak di pusat peranginan, yang sentiasa memantau perairan dan juga akan dihubungkan terus ke balai-balai polis berhampiran.
GAMBAR: Perkhidmatan Ibu Tumpang Atau ‘Sewa Rahim’ Di India
ISTILAH ibu tumpang bermaksud menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan sejumlah kadar yang tertentu. Proses ini dilakukan dengan memindahkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma) yang mana kebiasaannya suami isteri seterusnya janin tersebut dikandung oleh ibu tumpang itu sehingga dilahirkan. Kemudian apabila dilahirkan bayi itu akan diserahkan semula kepada pasangan suami isteri itu. Secara amnya proses ini berlaku kerana seseorang wanita itu tidak mempunyai harapan untuk mengandung secara biasa kerana ditimpa penyakit atau kecacatan pada rahim mereka yang menghalangnya untuk mengandung dan melahirkan anak ataupun bagi wanita yang ingin memiliki anak tetapi telah putus haid (menopause). Di negara miskin seperti India, ramai wanitanya meminjamkan rahim mereka kepada pasangan Barat yang tidak mampu mempunyai anak mereka sendiri ataupun yang tak mahu mengandungkan anak mereka sendiri akibat pilihan peribadi. Setiap ibu tumpang diletakkan di dalam asrama khas selama tempoh mengandung berjauhan dari keluarga mereka. Semua aktiviti mereka dipantau bagi memastikan bayi yang dikandungkan sihat. India menjadi pilihan kerana kos menyewa rahim bermula dari GBP 5000 (RM27500) seorang dan ini adalah jauh lebih murah dari bayaran yang dikenakan ibu tumpang di negara Barat. Ia juga membantu ibu tumpang untuk meringankan beban hidup kerana majoriti mereka berasal dari keluarga yang miskin. Inilah bahana kemiskinan…apa pun kira ‘jadi’ demi sesuap nasi…- Mynewshub.my/ gambar Blogserius
Masalah Air Mungkin Akan Berulang – Exco Selangor
SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor tidak menolak kemungkinan masalah kekurangan bekalan air, yang menyaksikan pelaksanaan tindakan catuan, akan berulang tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi bagaimanapun berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha mencari pelbagai alternatif, termasuk menjalankan program mitigasi, bagi memastikan perkara itu tidak berlaku. “Saya tidak menolak mungkin akan berlaku (masalah kekurangan bekalan air) tetapi kita sedang usahakan beberapa program seperti program mitigasi agar sekurang-kurangnya kita dapat lihat sumber air mana yang kita dapat gunakan untuk atasi masalah ini. “Projek ‘Hybrid Off River Augmentation System’ (Horas) di Sungai Selangor yang dijadualkan siap pertengahan tahun depan juga dijangka mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari (MLD),” katanya dalam sidang media hari ini. Beliau berkata bagi menghadapi kemungkinan musim kemarau yang dijangka berlaku pada Jun hingga Ogos ini, kerajaan negeri telahpun memulakan kerja mengepam air dari kolam Hang Tuah, bekas lombong bijih timah, menggunakan empat pam air berkeupayaan tinggi yang masing-masing mampu mengepam sejumlah 50 MLD air. “Besok kita akan terima lima pam lagi dengan kapasiti 50 MLD setiap satu. Kita juga dalam perancangan untuk mendapatkan pam dengan kapasiti lebih 80 MLD sebagai persediaan untuk gunakan kolam takungan lain sebagai sumber air mentah untuk dirawat bagi memenuhi keperluan rakyat,” katanya. Mengulas status semasa kapasiti empangan di Selangor, Ahmad Yunus berkata dalam tempoh seminggu ini, terdapat peningkatan dalam kapasiti enam daripada tujuh empangan hasil operasi pembenihan awan yang dijalankan melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi serta hujan semula jadi. Beliau berkata peningkatan yang kecil ini disebabkan kadar hujan yang banyak di sekitar hilir kawasan tadahan serta di bandar, dan bukan di empangan. Bagaimanapun, katanya, kadar hujan yang banyak diterima oleh kawasan hilir ini membantu pengurangan kadar pelepasan air empangan ekoran paras air sungai yang mencukupi bagi keperluan loji pembersihan air (LPA). “Sehingga hari ini, Empangan Sungai Selangor mempunyai kapasiti takungan sebanyak 91.33 juta meter padu iaitu 39.71 peratus berbanding seminggu lepas iaitu 88.62 juta meter padu (38.53 peratus), peningkatan sebanyak 1.18 peratus. “Seperti diumumkan sebelum ini, catuan air di seluruh Selangor akan dihentikan apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55 peratus. Ini kerana empangan itu adalah yang terbesar dengan kapasiti maksimum 235 juta meter padu, dan keseluruhan tadahan lembangan Sungai Selangor membekal sekitar 60 peratus keperluan air di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya. – BERNAMA
Tarif Air Pulau Pinang Bakal NAIK 20 Peratus!
GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu depan. Pengurus Besar PBAPP Jaseni Maidinsa berkata cadangan kadar kenaikan tarif air itu telah diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau berkata berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di negeri ini akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan air dan mengelakkan catuan air. “Bagi mengelakkan catuan air, kami berharap dengan tarif baharu air ini, kenaikan pada kadar purata 20 peratus bagi pengguna domestik akan dapat mengurangkan penggunaan air, yang merupakan penggunaan air tertinggi di negara,” katanya kepada pemberta di pejabat PBAPP di sini hari ini. Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama sebanyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter). Jaseni berkata langkah itu bagi mematuhi arahan kerajaan negeri untuk tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah. Beliau berkata kadar kenaikan bagi penggunaan 20-40 meter padu air berikutnya adalah 9.5 peratus; 40-60 meter padu (30.77 peratus) dan 60-200 meter padu dan ke atas (30 peratus). Katanya pengguna domestik yang menggunakan sehingga 40 meter padu sebulan adalah sebanyak 79 peratus (375,714 pengguna) daripada jumlah pengguna domestik di Pulau Pinang (471,466 pengguna). “Malah dengan peningkatan tarif ini, tarif air Pulau Pinang kekal yang terendah di negara ini pada purata 32 sen bagi 35,000 liter air digunakan sebulan,” katanya dan menurutnya purata kadar tarif air peringkat kebangsaan adalah 66 sen seliter. Katanya kali terakhir semakan dibuat terhadap caj minimum bagi bekalan dan tarif pengunaan air domestik sehingga 40 meter padu adalah pada 1993. – BERNAMA
MH370: Anggota Keluarga Serang, Tahan Kakitangan MAS Di Beijing!
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April. Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat. “Sepuluh kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu. “Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April,” kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April. “Kakitangan syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang menuntut akses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya. “Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas,” kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu. – BERNAMA
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment