Tuesday, April 15, 2014
Berita Terkini 15 April 2014
Polis Tambah Keanggotaan Ops Cantas Wanita
KUCHING – Keanggotan pasukan Ops Cantas Wanita di negeri ini akan ditambah mengikut keperluan semasa, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman. Katanya, skuad itu juga akan turut diperluaskan secara berperingkat ke bahagian lain negeri ini dengan tumpuan di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. Beliau berkata, setakat ini pasukan perintis Ops Cantas Wanita itu hanya diwujudkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dengan keanggotaan sebanyak 20 orang. “Pasukan perintis Ops cantas wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengadakan penonjolan pertamanya hari ini, ditubuhkan enam bulan lalu dan selepas ini kita akan membuat pemilihan baharu bagi membentuk pasukan serupa di IPD Sibu, Miri dan Bintulu,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Hari Terbuka Pasukan Gerakan Udara PDRM sempena Peringatan Hari Polis Ke-207 di Padang Merdeka di sini, hari ini. Beliau menegaskan, hanya anggota yang sihat tubuh badan dan memiliki rekod yang baik akan dipilih menyertai skuad Ops Cantas Wanita. Menurut Muhammad, anggota yang menyertai pasukan perintis itu akan diberi latihan lanjut berkaitan seni mempertahankan diri, cara menggempur dan membuat tangkapan semasa menyertai operasi Ops Cantas. “Anggota yang berada dalam pasukan perintis ini juga akan dilatih menjadi jurulatih yang kemudian kembali ke bahagian mereka untuk melatih pasukan masing-masing,” katanya. Mengenai sambutan peringatan Hari Polis ke-207, Muhammad berkata, sejak dilancarkan pada 24 Mac lalu, pelbagai aktiviti diadakan termasuk program kepolisan masyarakat, aktiviti menderma darah, gotong-royong, aktiviti keagamaan dan pertandingan golf amal. Hari terbuka Pasukan Gerakan Udara PDRM itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan pancaragam PDRM Sarawak, persembahan T-Baton PDRM, persembahan Ops Cantas Wanita, pameran, senamrobik dan sukaneka. – BERNAMA
Polis Dibunuh Kerana Tegur Orang Potong Barisan
Seorang anggota polis bahagian Senjata dan Taktik Khusus (SWAT) di China maut selepas ditikam semata-mata kerana pertengkaran ketika beratur untuk memesan makanan di restoran. Pada kejadian 6.50 petang Khamis lalu, anggota polis yang dikenali sebagai Wan pergi ke Restoran Pizza Hut di Pasaraya Ximei, Yanjiang bersama keluarganya untuk makan. Ketika beratur untuk memesan makanan, Wan dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki kerana menegur tindakannya memotong barisan. Lelaki yang tidak berpuas hati itu kemudiannya menelefon kawan-kawannya untuk datang membantu. Salah seorang daripada tiga rakan yang datang menikam Wan dengan pisau pemotong buah di perut sebelum melarikan diri. Hasil siasatan, pihak berkuasa menahan tiga suspek dikenali sebagai Li, Wang dan Liu yang akan dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh. Kejadian ini mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai bagaimana anggota SWAT begitu mudah dibunuh namun dipercayai, si mati mungkin tidak menyangka pertengkaran yang berlaku boleh membuatkan suspek sampai sanggup membunuh.
Penduduk Nafi Manggis Dibawa MH370 Dari Muar
KUALA LUMPUR: Penduduk di Muar menafikan buah manggis yang dibawa pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu untuk dipasarkan ke China, dipetik di Muar.Mereka mendakwa manggis hanya akan memasuki musim buah, Jun depan. Tinjauan di Kampung Kesang mendapati pokok buah-buahan tempatan seperti manggis, durian dan rambutan sedang berbunga dan berputik. Kebanyakan penduduk berkata, tidak masuk akal sekiranya bekalan manggis datang dari Muar sedangkan tragedi pesawat malang itu berlaku lebih sebulan lalu. Bagaimanapun, penduduk tidak menolak kemungkinan manggis terbabit dihimpunkan di daerah Muar sebelum di bawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sebelum ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut menafikan manggis yang dibawa ke negara China adalah dari Muar. – ASTRO AWANI
Anak Dakwa Air Asia Punca Dr Haron Din Masuk IJN
Seperti diketahui ramai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din kini sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Dr Haron Din, 73, sudah seminggu mendapatkan rawatan dan semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa melawat beliau di sana. Begitu pun rupa-rupanya ada kisah tersendiri mengapa Dr Haron dikejarkan ke IJN sedangkan beliau baru sahaja dikejarkan ke IJN, Januari lepas. Berdasarkan status Facebook anak Dr Haron iaitu Dr Huda Haron, antara punca yang menyumbang kepada sebab bapanya mendapat masalah jantung adalah dinafikan hak untuk menggunakan kerusi roda ketika menggunakan penerbangan Air Asia baru-baru ini. Status itu berbunyi: Atas tagline ‘now everyone can fly’ maka kita rakyat marhaen merasakan mereka menawarkan khidmat paling murah. Hakikatnya banyak bayaran tersembunyi untuk orang buta huruf macam saya. Bayaran bagasi, hot seat.. bla bla bla.. letih nak senaraikan. Hatta khidmat wheelchair pun kena bayaran! RM60.. woww.. bayangkan ayahanda saya yang mengidap masalah jantung yang dinafikan haknya untuk khidmat memohon kerusi roda walaupun kami telah memohon dan merayu khidmat itu terlebih awal. AOR-KUL. AK6015 9.45pm-10.50pm. Docking punyalah jauh.. tiada kerusi roda disediakan dan bukan benda baru kami dinafikan khidmat tersebut. Dah banyak kali dah.. nak senarai semuanya.. penat!! Tiada perikemanusiaan langsung. Terima kasih AA, ayah saya terpaksa dikejarkan ke IJN. Sudah tentu, isu berkaitan kerusi roda yang timbul apatah membabitkan orang terkenal seperti Dr Haron sangat tidak kena dan memberi imej kurang baik kepada AA. Ia kerana antara isu yang sedang hangat dikaitkan dengan syarikat penerbangan ini sekarang adalah menganggap jambatan udara untuk kegunaan penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak yang disediakan di KLIA untuk perpindahan mereka ke sana Mei depan sebagai membazir.
Apa Motif Barli Diperdengar 30 Juzuk Al-Quran?
Walaupun sudah banyak kali produk yang mengeksploitasi al-Quran diselar masyarakat dan ilmuan agama, masih ada pihak tidak putus asa menggunakan cara ini untuk mengaut keuntungan mudah. Tidak dapat dinafikan dalam Islam ayat al-Quran memang digunakan untuk merawat sebarang penyakit dan masalah lain namun apabila terang-terangan ia digunakan untuk melariskan sesuatu produk, nyata ia kurang kena dan boleh menimbulkan persepsi buruk tentang agama. Contohnya produk minuman ini, kenyataan bahawa ia telah diperdengarkan 30 juzuk al-Quran jelas dijadikan ayat pelaris apabila diletakkan di bahagian atas kertas promosi. Jika kandungan sesuatu produk boleh diperiksa oleh JAKIM bagi status halal, bagaimana pula mahu membuktikan bahawa produk ini sudah diperdengarkan 30 juzuk al-Quran agaknya?
AWAS: Teknik Palsukan Tandatangan Di Cek Guna Mesin ‘Scanner’ Mula Dikesan!
PETALING JAYA – Kes penipuan cek kini menggunakan kaedah “potong dan tampal” bagi menipu bank dan orang ramai. Menurut pakar, teknik pemalsuan terkini menggunakan mesin pengimbas dan mesin fotokopi untuk menyalin tandatangan bagi dicetak ke atas cek yang tulen. “Tandatangan mangsa diimbas atau difotokopi untuk dipalsukan menggunakan perisian komputer yang canggih dan kemudian dicetak ke atas cek yang tulen menggunakan pencetak inkjet,” kata pemeriksa forensik dokuman dan tulisan tangan, William Pang. Penipu sebelum ini menggunakan teknik pengesanan itu untuk memalsukan tandatangan. Cetakan laser, yang lebih berkilat dan lebih mudah untuk dilihat, jarang digunakan. “Satu lagi teknik adalah mengumpul kira-kira 15 spesimen tandatangan daripada mangsa sebelum menggunakan perisian untuk memotong dan menampal bahagian-bahagian yang berbeza (daripada beberapa spesimen yang dipilih) untuk membuat tandatangan komposit. “Tandatangan yang palsu itu akan dicetak ke atas satu cek yang asal,” kata beliau sambil menambah bahawa penggunaan hanya satu spesimen tandatangan boleh mewujudkan syak wasangka sekiranya cek tersebut kemudiannya diteliti. Pang berkata, penipu juga boleh membuat perubahan pada nama atau jumlah di permukaan cek. Menerusi satu kaedah pengubahan mudah boleh menukarkan jumlah RM80.00 kepada RM8,000, kata Pang, yang telah memberi keterangan dalam banyak kes di mahkamah, termasuk kes melibatkan RM110 juta. Menurut Bank Negara, sebanyak 1,029 kes penipuan cek dengan kerugian berjumlah RM1 juta dikesan tahun lepas. Rekod bank pusat itu menunjukkan 197.1 juta cek dengan nilai RM2,059.5 bilion dikeluarkan pada tahun lepas.
Dua Biji Mangga Di Jepun Dijual Pada Harga RM9559!
Jika di Malaysia sekarang adalah musim mempelam harum manis, di Jepun, sejenis mangga turut mula dijual di pasaran. Bagaimanapun harga mangga ini amat mahal malah dijual mencecah 300,000 Yen (RM9559) bagi dua biji! Ini antara harga yang dicatat salah satu daripada 231 unit mangga yang dijual dua biji setiap bungkus di sebuah pasar raya di Fukuoka, Kyushu, Khamis lalu. Mengikut Persekutuan Pertanian Ekonomi Miyazaki, mangga yang dijual di bawah jenama Taiyo no Tamago (Egg of the Sun) ini bernilai tinggi kerana ia dipilih di bawah kriteria amat teliti termasuk berat setiap satunya mesti melebihi 350 gram dan memiliki rasa sangat manis. Salah seorang pengusaha mangga mahal ini, Yasukazi Matsuda yang ditemui pada hari jualan menyatakan syukur atas harga pasaran baik yang diperoleh memandangkan para pengusaha telah berdepan dengan kesukaran menjaga mutu tanaman mangga mereka pada tahun ini disebabkan suhu amat rendah.
Pembedahan ‘Bina’ Selaput Dara Makin Popular Di Ibu Kota!
Kuala Lumpur – Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popular di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan. Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazimnya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami. Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin. Menurut Harian Metro, Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras. Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.
Bukit Aman Tak Tergugat Dengan TAKTIK LICIK Pengedar Dadah
KUALA LUMPUR – Evolusi dalam trend penyeludupan dan pengedaran dadah kini dilihat semakin agresif sekali gus menjadikan modus operandi sindiket terbabit semakin kompleks. Kelicikan sindiket pengedaran dadah itu bagaimanapun tidak merencatkan usaha Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekang kegiatan itu sama ada dijalankan sindiket berskala besar mahupun kecil. Dalam usaha membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah sehingga ke akar umbi, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik atau lebih dikenali sebagai STING terus menjejak, menjalankan perisikan serta serbuan terhadap sindiket terbabit. Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya kini memfokuskan pembanterasan kegiatan penyeludupan dadah secara kurier dan sindiket yang bergerak secara kecil-kecilan melalui dalam talian atau online. Sindiket terbabit dikesan bergerak melalui dalam talian dan kemudian menghantar pelbagai jenis dadah yang ditawarkan di luar negara melalui bungkusan atau ‘parcel’ kepada penerima. “Sekarang dadah boleh dibeli secara online dari luar negara, orang sudah boleh pilih dadah apa yang terbaru di pasaran untuk dicuba sebelum dihantar melalui parcel,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini. Beliau berkata, JSJN juga kini meningkatkan lagi sistem pengurusan maklumatnya dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah menerusi online. “Dari segi siasatan pula, kita mahu pastikan bahawa pegawai penyiasat kita mempunyai pengalaman luas dan berkebolehan tinggi untuk pastikan semua kes yang dibawa ke mahkamah ada pertuduhan. “Kami perlukan pegawai penyiasat yang komited, rajin, memiliki pengetahuan luas dalam ICT serta kredibilitinya tidak boleh dipertikaikan,” katanya. Selain itu, Noor Rashid berkata, pihaknya juga memberi tumpuan terhadap pelajar sekolah serta penuntut pusat pengajian tinggi yang terbabit dalam jenayah dadah. Beliau berkata, pembabitan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam jenayah dadah seperti memiliki, mengedar, mengambil dan menyalahgunakan dadah, kini semakin membimbangkan. Statistik menunjukkan sepanjang tempoh 2011 hingga 2014, sebanyak 339 penuntut IPT swasta ditahan kerana terbabit dalam pengedaran dadah, 205 (memiliki dadah), dan 1,080 (penyalahgunaan dadah). Bagi tempoh sama, sebanyak 15 penuntut IPT awam ditahan kerana terbabit dalam pengedaran dadah, 71 (memiliki dadah), dan 255 (penyalahgunaan dadah). Bagi sekolah menengah pula, pelajar terbabit dalam pengedaran dadah sebanyak 89 orang, 216 (memilik dadah), 1,281 (penyalahgunaan dadah), manakala bagi sekolah rendah pula, murid ditangkap kerana mengedar dadah adalah sembilan orang. Noor Rashid berkata, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan yang bertindak sebagai penyalur maklumat mengenai pelajar yang disyaki terbabit dengan dadah. – BERNAMA
AKHIRNYA… Che Ta Hadiahkan Anaknya, Ammar BMW 6 Series G Power
Selepas menafikan dirinya bakal menerima kereta mewah BMW X6, terbaharu anak sulung Rozita Che Wan atau Che Ta, Ammar Effendy mendedahkan dia bakal menerima sebuah kereta mewah model BMW 6 Series G Power Modified yang dianggarkan berjumlah RM700,000. kereta yang menjadi pilihan Ammar Sebelum ini, Che Ta pernah mengeluarkan kenyataan dia akan menghadiahkan sebuah kereta mewah yang menjadi idaman anaknya di atas keputusan cemerlang yang diraih Ammar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini. Ammar mengesahkan perkara tersebut menerusi kiriman aplikasi What Apps kepada wartawan sebuah akhbar harian, hari ini yang mengatakan, “ya, memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tu suka je, kami dah pergi survey kereta BMW baru-baru ini”. Wah bertuahlah Ammar, muda-muda dah pandu kereta mewah!
VIDEO: Terperosok Celah Lantai Masa Ghairah Menari
Kami percaya sesiapa sahaja yang menonton bukan tak kasihan dengan perempuan berseluar pendek dalam video di bawah tapi tak mungkin dapat menahan ketawa. Jangan kata kita, si perakam video ini pun dapat didengar ketawa terkekeh-kekeh walaupun orang yang dirakamnya sedang mengerang kesakitan, begitu juga anaknya yang bergegas turun untuk membantu selepas ibunya terperosok di celah lantai. Apa pun, syukurlah mangsa yang asalnya ghairah menari ini masih ingatkan Tuhan ketika berada dalam kesakitan apabila dapat didengar menyebut, “sakitnya kaki saya Ya Allah” apabila kakinya sukar untuk dikeluarkan. Agaknya inilah yang dikatakan orang – ‘baru kau tahu erti penyesalan’.
William, Kate Bakal Dapat Anak Kedua?
Cambridge (New Zealand) – Pemerhati diraja kini memberi tumpuan kepada Catherine yang dalam lawatan ke New Zealand selepas suaminya Putera William muncul dengan ‘petunjuk’ mengenai kemungkinan dia hamil bayi kedua mereka. Anak pasangan di raja itu, Putera George, lapan bulan, yang menduduki tangga ketiga senarai pewaris tahkta Britain menjadi fokus utama semasa lawatan mereka ke New Zealand. William ketika berada di Cambridge, membayangkan kemungkinan mengenai kedatangan bayi kedua mereka. Dalam satu pertemuan dengan Cynthia Read, wanita yang menjahit selendang bulu Merino, hadiah rasmi New Zealand selepas George dilahirkan, William berkata: ‘Kamu mungkin perlu menjahit lagi selendang seperti itu tidak lama lagi.’ Cynthia yang berhijrah ke New Zealand dari England lapan tahun lalu, yakin William serius dengan kenyataannya. “Cara William berkata seolah-olah dia memberi petunjuk kepada satu rahsia,” kata Cynthia kepada wartawan. Kate amat berbesar hati dengan selendang yang diterima. “George selalu memakainya,” tambah wanita itu. Semasa majlis minum petang Kate dilihat meneguk air dan berbisik kepada beberapa tetamu spekulasi kehamilan keduanya. – myMetro Online
Padah Cuba Cabul Penghuni Flat
BALIK PULAU – Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu. Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubunya diraba suspek sebelum dia menjerit. “Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah berkenaan. “Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan setakat ini suspek sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. – myMetro Online
Jumpa Mayat Bayi Dalam Longkang
Melaka – Mayat seorang bayi cukup sifat ditemui dalam longkang di kawasan perumahan Kampung Limbongan, di sini, kira-kira jam 5.45 petang semalam. Bayi dipercayai baru dilahirkan itu bagaimanapun tidak dapat dicam wajah dan jantina kerana anggota sudah mereput. Seorang suri rumah Julita Jost, 28, yang menemui mayat itu, pada awalnya menyangka bangkai ayam yang tersangkut pada saluran longkang kecil di depan rumahnya. “Biasanya banyak sampah tersangkut pada longkang itu termasuk bangkai ayam atau binatang lain. “Namun selepas suami saya cuba mencuci longkang itu, di dapati mayat seorang bayi dalam keadaan tertiarap dan kakinya terputus ketika suaminya menggunakan penyodok longkang untuk memastikan longkang itu tidak tersumbat,” kata Julita. – myMetro Online
Insiden MH370 Kukuhkan Perhubungan Serantau
KUALA LUMPUR – Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah menguji semangat kerjasama dua hala dan serantau yang berkesan antara negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di sini malam Ahad, beliau berkata, kehilangan pesawat MH370 menjadi peringatan tentang kemerosotan nilai-nilai kehidupan dan perlunya menghargai hubungan antara negara. “Melalui kesedihan yang kita rasai, satu perkara yang jelas, dunia adalah satu komuniti, dan kita adalah warga sejagatnya,” kata Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan. Dalam hubungan ini, beliau berkata Malaysia berpendapat keperluan bagi peningkatan kerjasama strategik antara kerajaan belum pernah menjadi terdesak seperti sekarang di tengah-tengah senario dan keselamatan dunia yang berkait-kait. Hishammuddin menarik perhatian bahawa walaupun masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang pengajaran daripada episod MH370 itu, dua perkara adalah jelas. “Kami harus berada dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi sebarang ancaman yang mungkin berlaku pada bila-bila masa atau bentuk atau dimensi,” katanya. Di samping itu, kepimpinan industri pertahanan perlu menjurus ke arah pemikiran minda supaya lagi terjerumus dalam keadaan tidak bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan atau keadaan. Beliau berkata tidak ada negara yang boleh melakukannya bersendirian sambil berkata seperti kebanyakan kerajaan di seluruh dunia yang mahu menggemblengkan sumber untuk meningkatkan keupayaan pertahanan, keperluan untuk mengimbangi agenda ini dengan keperluan domestik yang lain juga tidak kurang pentingnya. Hishammuddin berkata dalam hubungan ini, adalah penting untuk memupuk hubungan baik dalam bidang pertahahan dan diplomatik dengan negara-negara lain. Penerbangan MH370 bersama 239 orang dalam pesawat itu hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8 Mac. Misi pencarian MH370 sekarang tertumpu di kawasan perairan di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Menyentuh mengenai DSA 2014, Hishammuddin menyifatkannya sebagai platform utama bagi meningkatkan hubungan dua hala dan memupuk komitmen yang lebih tinggi ke arah pertahanan global. Beliau menarik perhatian bahawa tempoh Malaysia menjadi Pengerusi Asean adalah serentak dengan kemunculan Masyarakat Ekonomi Asean dan ini adalah sesuatu yang tidak harus dipandang ringan. Beliau berkata Malaysia berpegang teguh kepada semangat Asean yang berpaksikan rakyat yang inisiatifnya – sama ada sosial, kebudayaan, ekonomi atau pertahanan akan merangkumi semua. “Kami mahu melihat kewujudan Asean yang meletakkan kepelbagaian dan masyarakat Asia Tenggara sebagai terasnya. Hishammuddin juga menarik perhatian kepada penubuhan Dewan Asean dalam kalangan DSA buat kali pertama. Beliau berkata ini merupakan inisiatif Malaysia sambil berharap bahawa “usaha secara kecilan” ini adalah sebagai menandakan kesinambungan dan kemantapan kerjasama antara negara Asean. DSA 2014 yang disifatkan sebagai pameran pertahanan terbesar Asia berlangsung mulai esok hingga Khamis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - mStar Online
Pegawai Polis Didakwa Palsukan Dokumen PDRM
KUALA LUMPUR – Seorang superintendan polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memalsukan dokumen Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan RM18,000, tiga tahun lalu. Tertuduh, Syed Zainal Abidin Syed Zin, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain, sebentar tadi. Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen. - BH Online
Hakim Gugur Tuduhan Bayi 9 Bulan Cuba Membunuh
Masih ingat kes bayi berusia 9 bulan didakwa di mahkamah atas kes cubaan membunuh polis yang pernah disiarkan SiakapKeli? Seperti jangkaan ramai, Sabtu lalu Hakim Mahkamah Pakistan, Rafaqat Ali Qamar memutuskan bahawa dakwaan terhadap bayi tersebut digugurkan. Mohammad Musa dituduh pada 31 Januari lalu terlibat dalam perbalahan antara beberapa penduduk Lahore dengan anggota polis berkaitan kes penyambungan elektrik secara haram. Penduduk terlibat termasuk keluarga Musa dikatakan membaling batu terhadap anggota polis membuatkan kesemua mereka didakwa, termasuk bayi tersebut. Pertuduhan ini menarik perhatian dunia kerana ramai tidak faham, bagaimana sejak awal lagi kes sebegini boleh diterima dan diproses mahkamah. Ia membuatkan mahkamah Pakistan dijadikan bahan lawak. Salah seorang diplomat Barat di Pakistan yang mengulas isu ini berkata, “Kes ini menunjukkan bagaimana polis Pakistan bekerja. Membuat pertuduhan terhadap bayi menunjukkan tiada yang betul-betul memeriksa nama dan latar belakang orang yang mereka dakwa.” Jurucakap polis berkata kepada CBS News di Lahore, pihak mereka akan memastikan rekod ‘jenayah’ dipadamkan daripada butir diri bayi tersebut.
Bapa Lapor Anak Mencuri Dalam Rumah Sendiri
KUCHING – Muak dengan tindakan anak lelakinya yang sering mencuri dan menjual barangan di rumahnya, seorang lelaki dari Kampung Tabuan Hulu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Lelaki berusia 58 tahun itu membuat laporan polis Rabu lepas selepas menyedari telefon bimbit miliknya serta Galaxy Note 3 milik anak perempuannya hilang apabila bangun dari tidur. Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, lelaki tersebut mengesyaki anak lelakinya yang mencuri memandangkan sebelum ini telah banyak kali dia (suspek) mencuri dan menjual barang di dalam rumah berkenaan. Polis kemudiannya menahan suspek di rumahnya pada jam 9 pagi Sabtu lepas dan kemudiannya dihantar ke lokap polis Tabuan Jaya untuk membantu siasatan. Katanya siasatan awal mendapati suspek menjual telefon bimbit berkenaan di sebuah kedai telefon. Polis bersama suspek kemudiannya pergi ke kedai tersebut di mana suspek mengenal pasti pembeli telefon bimbit yang dijualnya. Difahamkan, pembeli berusia 21 tahun merupakan pekerja kedai tersebut. “Pembeli tersebut ditangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana membeli dan menjual harta curi,” katanya. “Kes masih dalam siasatan untuk mengesan satu lagi telefon iaitu Samsung Note 3,” katanya. – Utusan Borneo
Blogger Kongsi Gaya Tudung Bawal Ala Mawar
ISU rampasan tudung tiruan Fareeda oleh pihak berkuasa ternyata cukup hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Ia secara tidak langsung mencetus banyak pandangan termasuklah mengenai harga tudung yang dikatakan mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang yang kurang berkemampuan. Tidak dinafikan, rekaan tudung Fareeda memang cukup cantik dan menjadi idaman ramai wanita di luar sana. Justeru, salah seorang penulis blog, Yuna Bella telah mengilhamkan gaya tudung bawal yang seakan-akan gaya tudung yang dipakai oleh pemilik tudung tersebut, Mawar. Artikel itu sebenarnya sudah diterbitkan sejak bulan Februari lalu, namun mula mendapat perhatian ramai sejak tercetusnya isu rampasan tersebut. Rata-rata mereka memuji ideanya yang dianggap cukup mudah, jimat dan kreatif. Rasanya, penulis blog itu tidak berniat pun hendak meniru rekaan tudung Fareeda, sebaliknya dia hanya mengaplikasikan gaya yang dikenakan oleh Mawar. Katanya: “Kepada yang tak suka tudung awning , tapi nak bergaya macam mawar sila teruskan membaca . hehehehe . aku namakan gaya tudung ni , tudung bawal mawar fizo omar , kang aku letak nama fareeda tak pasal-pasal timbul isu paten . aku tau bila aku pakai tudung macam tu ramai mok cik-mok cik , adik-adik , kakak-kakak yang duk usya gaya tudung aku . muahahahhaha . ok . perasan . aku tipu jer .” Berikut merupakan beberapa gambar penggayaan tudung ‘Mawar Fizo Omar‘ versi bawal yang diambil menerusi blog tersebut. Secara tidak langsung, ia membuktikan bahawa kita tidak memerlukan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sebaliknya hanya perlu kreatif dalam menata gaya, tak gitu?
Gambar Suspek Tembak Polis Disiar
KUALA LUMPUR – Polis mendedahkan gambar seorang lagi suspek yang terlibat dalam kes menembak seorang anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandan Indah pada Jumaat lalu yang dirakam menerusi sebuah kamera litar tertutup (CCTV). Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saat berkata, gambar itu diperoleh menerusi CCTV di sebuah restoran berhampiran tempat kejadian. Suspek kedua yang berumur lingkungan 30-an ini mempunyai tatu harimau pada badannya, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Dalam kejadian Jumaat lalu, anggota berpangkat lans koperal tersebut ditembak di bahagian perut oleh seorang daripada dua suspek ketika anggota itu dan seorang konstabel cuba menahan suspek yang bermotosikal yang dilihat dalam keadaan mencurigakan. Suspek dikatakan melepaskan tembakan dari jarak dekat yang turut mengenai konstabel berkenaan. Khairuldin berkata lans koperal yang berumur 26 tahun itu telah menjalani pembedahan dua hari lepas bagi mengeluarkan peluru dari perutnya dan dijangka dibenarkan keluar dari wad petang ini. Beliau berkata pihak polis menemui 18 kesan cap jari pada motosikal, topi keledar dan beberapa barang peribadi milik suspek yang ditinggalkan selepas kejadian, tetapi tidak terdapat persamaan dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara. Suspek dipercayai menggunakan pistol jenis .38 untuk melepaskan dua das tembakan berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian, katanya. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenal pasti suspek agar menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ASP Suhairon Abdullah di talian 019-9796999 dan ASP S.Ramasamy di talian 03-9274222. – BERNAMA
Lelaki Dipenjara Sebulan Kerana Simpan Harta Curi
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM360. Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin menjatuhkan hukuman itu selepas Zaki Nejib Hamzah, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyimpan harta curi itu di Flat Sri Selayang, Jalan Tiong Nam, Dang Wangi di sini pada 3.35 pagi, 6 April lepas. Mengikut fakta kes, anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu telah melihat Zaki Nejib berkelakuan mencurigakan. Hasil pemeriksaan, polis menjumpai wang, sebuah telefon bimbit beserta kad SIM dalam kedua-dua poket hadapan seluar tertuduh. Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi manakala Zaki Nejib tidak diwakili peguam. – BERNAMA
Bunuh Teman Lelaki Dengan Kasut Tumit Tinggi
Begitu tragis pengakhiran hidup seorang lelaki di Texas, Amerika Syarikat apabila dia mati ditusuk dengan kasut tumit tinggi milik kekasihnya, Ana Trujillo, baru-baru ini. Hasil pemeriksaan autopsi menunjukkan mayat Alf Stefan Andersson mempunyai sekurang-kurangnya 25 tusukan di leher dan wajahnya. Walaupun Ana mengatakan dia tidak pernah berniat membunuh kekasihnya namun mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadapnya berhubung kesalahan tersebut. Ternyata, aksesori wanita pun boleh dijadikan sebagai senjata pembunuhan kalau nafsu amarah tidak dapat dikawal. Jadi, hati-hati buat kaum lelaki di luar sana ya, jangan selalu buat teman wanita anda marah ya!
Manusia Barbie Dedah Rupa Sebenar Di Facebook
Manusia ‘Barbie’ Valerie Lukyanova akhirnya mendedahkan sedikit rupa sebenarnya menerusi beberapa gambar selfie di Facebook. Meskipun masih mengenakan solekan, namun gambar yang dimuatnaik Valerie menampakkan dirinya tidaklah bermekap terlalu tebal seperti selalu dan tidak memakai kanta lekap yang membuatkan anak matanya kelihatan besar seperti anak patung. Begitu pun, gambar tersebut mencetuskan pertikaian lain iaitu badannya yang kelihatan terlalu kurus hingga menampakkan tulang rusuk. Februari lalu, Valerie mengejutkan ramai orang apabila mendakwa dia mengamalkan Breatharianism – sejenis latihan yang membolehkan dia meninggalkan makanan dan kekal bernafas hanya dengan udara dan cahaya. Kenyataan kontroversi lain Valerie adalah mendakwa perkahwinan campur menjadi punca ramai wanita hodoh pada zaman sekarang sekaligus meningkatkan amalan pembedahan plastik. Sebagai contoh kata model Ukraine ini, orang Rusia yang berkahwin dengan orang Armenia mungkin berwajah comel tetapi memiliki hidung kurang menarik lalu terpaksa melakukan pembedahan untuk kelihatan lebih cantik.
Gempar! Lagi Mayat Berbungkus Ditemui
BUKIT MERTAJAM – Penduduk tempatan kecoh sekali lagi apabila satu mayat siap berbungkus ditemui seperti dikafan di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak di sini hari ini. Mayat lelaki dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 8 pagi. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletak di kawasan itu. Polis juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata seorang pembantu rumah warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Air Itam, George Town dekat sini hari ini. Mayat Juwariah Syarpii, 30, ditemui terbaring oleh beberapa penduduk di kawasan berkenaan pada pukul 7 pagi dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA
20 Tan Kerang Gergasi Dirampas Dari Nelayan
KOTA KINABALU – Puluhan kerang gergasi atau Kima seberat hampir 20 tan dirampas dari sembilan nelayan Vietnam di Pulau Mengalum dekat sini pada Isnin. Kerang gergasi itu yang bernilai kira-kira RM500,000 merupakan spesies marin terancam dan dilindungi di Sabah yang ditemui di dalam sebuah bot yang dikendalikan oleh sebuah syarikat usaha sama dari Sabah dan Vietnam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sembilan awak-awak kapal ditahan dalam Ops Cantas Laut yang dilakukan oleh polis marin kira-kira pukul 10.30 pagi pada 10 April lalu. Menurutnya, walaupun operasi tersebut membabitkan penangkapan dan rampasan pertama spesies tersebut, polis marin percaya terdapat individu yang melakukan kegiatan memugut hasil laut itu secara haram di perairan ini. “Polis turut akan menyiasat syarikat bot tersebut di sini, manakala sembilan nelayan Vietnam itu akan dibawa ke Jabatan Tanah dan Survei untuk tindakan lanjut,” katanya. Hamza berkata kes tersebut terlebih dahulu dirujuk ke Jabatan Perikanan tetapi dimaklumkan bahawa ia dibawah bidang kuasa Jabatan Tanah dan Survei kerana ia diambil dari dasar laut yang dianggap sebagai sebahagian daripada kawasan perairan itu. – mStar Online
Gereja Di Seremban Anjur Muzikal Bahasa Melayu
NGO Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengkritik tindakan sebuah gereja di Seremban yang menggunakan bahasa Melayu dalam promosi penganjuran Muzikal Easter yang ?mempunyai unsur memujuk golongan bukan Kristian untuk menghadiri acara tersebut. Ketua Isma Cawangan Seremban, Zamani Ibrahim yang membuat pendedahan itu, berkata tindakan itu menimbulkan persoalan apabila pihak gereja bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu untuk menjalankan promosi, malah ia dilakukan secara terbuka melalui sepanduk iklan yang tergantung di luar premis dan di tempat awam. “Meskipun penganut mana-mana agama selain agama Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing berdasarkan Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan. “Persoalan timbul apabila penggunaan bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam mempromosikan muzikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Zamani, tindakan tersebut menimbulkan curiga memandangkan penganut Kristian di negara ini yang terdiri daripada kalangan kaum Cina dan India yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan mereka. Oleh yang demikian, Zamani menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) membuat pemantauan sepanjang acara Muzikal Easter ini berlangsung. “Hal ini supaya tidak ada mana-mana individu dalam kalangan umat Islam kita yang turut serta dalam sambutan ini dan juga memantau agar tidak terdapat unsur-unsur mahu pun sebarang bentuk sebaran untuk menyampaikan dakwah mereka kepada yang beragama Islam,” katanya. Menurut kepercayaan penganut Kristian, Good Friday merupakan hari memperingati kematian Tuhan Jesus, manakala Easter pula merujuk kepada hari memperingati kebangkitan Tuhan Jesus pada hari ketiga selepas kematiannya, di mana Zamani berkata ia jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam. Hari Easter atau dikenali sebagai Hari Paskah adalah satu perayaan yang lazimnya disambut pada Hari Jumaat (Good Friday) pada akhir bulan April dan awal bulan Mei. Sambutan berbeza-beza setiap tahun kerana dipengaruhi oleh pengiraan dan penetapan hari Easter berdasarkan kalendar Ibrani yang merujuk kepada Paschal Full Moon (PFM). – The Malaysian Insider
VIDEO: Selamba Angkat Batu-Bata Dengan Kepala
KAGUM sungguh kami menonton video yang dikongsikan menerusi Facebook ‘Sarcasteek’ ini. Ternyata kepala bukan hanya digunakan untuk ‘menyimpan’ otak semata-mata, sebaliknya boleh dijadikan ‘alat’ untuk mengangkat objek berat. Sebenarnya kaedah mengangkat barang menggunakan kepala sudah lama diamalkan di beberapa negara tertentu dengan menggunakan bakul sebagai alasnya. Tapi yang ini memang tahap ekstrem kerana lelaki ini hanya menggunakan kain lilit kepala untuk mengangkat batu-bata yang cukup banyak. Memang cukup bagus daya keseimbangannya…
Penyanyi K-Pop Tahan Sakit Walau Terjatuh Di Tangga Pentas
Suzy, penyanyi anggota Kumpulan K-Pop, Miss A membuktikan tahap profesional yang tinggi apabila meneruskan nyanyian meskipun tersadung di pentas hingga buku lalinya berdarah. Kejadian berlaku ketika Suzy menyanyikan lagu Frozen sempena Jelajah Asia kumpulannya di Beijing. Aksi Suzy ketika menyanyi tidak menampakkan langsung dia sedang menahan kesakitan. Ia hanya disedari selepas gambar menunjukkan buku lali dan lengannya yang cedera dimuatnaik di laman Twitter versi China, Weibo selepas itu. Sebenarnya artis yang terjatuh dipentas ketika melakukan persembahan bukanlah perkara asing. Di Malaysia, Jaclyn Victor pernah terjatuh ketika mengadakan persembahan di pentas AIM pada 2007 namun seperti Suzy, dia turut bertindak profesional meneruskan persembahan.
5 Sebab Sebenar Air Asia Tak Mahu Pindah KLIA2?
Kebelakangan ini antara isu yang hangat diperkatakan adalah keengganan Air Asia untuk berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Pada asalnya, memang berlaku kelewatan pembinaan KLIA2 oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) disebabkan penambaikan pelan asal. Selepas menerangkan punca kelewatan pembinaan, kini Air Asia pula dilihat seolah-olah main tarik tali apabila enggan berpindah kerana masih tidak puas hati dengan beberapa perkara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya masuk campur dan mengeluarkan arahan, AirAsia bagaimanapun perlu pindah ke KLIA2 seperti telah dijadualkan pada 9 Mei depan. Hal ini kerana AirAsia sepatutnya mengemukakan sebarang kemusykilan dan masalah tentang perpindahan pada peringkat awal dan bukannya pada peringkat KLIA2 sudah siap. Begitu pun, semua pihak sudah pasti tertanya-tanya apakah sebab sebenarnya AirAsia keberatan untuk berpindah ke KLIA2. Apakah mereka benar-benar teraniaya? Menurut Facebook Kami Sokong Tun Dr Mahathir, di bawah adalah lima sebab tersebut: Antaranya, AirAsia enggan menggunakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA dan menganggap jambatan aero membazir. Sistem pemprosesan SITA dikatakan teknologi tercanggih di dunia dalam penyelesaian bersepadu IT manakala jambatan aero dicipta khusus untuk memudahkan penumpang kurang upaya seperti warga emas, kanak-kanak dan ibu bersama bayi. Selain itu, AirAsia juga dikatakan menginginkan insentif Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) diberikan kepada mereka selain sebuah muzium penerbangan. Ibu pejabat baru AirAsia di KLIA2 juga dikatakan belum siap sepenuhnya, benarkah? Dibina dengan kos pembangunan RM4 bilion, KLIA2 bakal digunakan syarikat penerbangan tambang rendah tempatan, antarabangsa serta syarikat penerbangan perkhidmatan sepenuhnya. KLIA2 berukuran 257,000 meter persegi dan dilengkapi dengan 60 pintu, lapan stesen kawalan, 80 jambatan aero serta ruang runcit berkeluasan 32,000 meter persegi untuk menempatkan 225 tempat jualan dan direka untuk menampung 45 juta penumpang setahun. Apa pun, seluruh rakyat Malaysia sudah tentu mahu agar kesemua kemelut diselesaikan dengan baik dan akhirnya menguntungkan semua pihak.
VIDEO: Peragut Kejam Tolak Mangsa Bermotorsikal Hanya Kerana Mahukan Telefon Bimbit!
KEJAM…Kejadian ini dilaporkan terjadi di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang. Seorang penunggang dan pembonceng nyaris maut digelek kenderaan apabila motorsikal mereka ditolak peragut yang juga bermotorsikal . Kedua-dua mangsa yang tersembam di jalan raya bagaimanapun sempat bangun mengelak dari dirempuh kenderaan lain yang datang dari arah belakang dan yang bertentangan. Puncanya kedua-dua suspek itu hendak meragut telefon bimbit milik mangsa. Bayangkan apa yang bakal terjadi andainya kenderaan yang datang gagal mengelak kedua-dua mangsa yang terjatuh itu. Perbuatan suspek cukup zalim, hanya kerana kemarukkan telefon bimbit yang tak seberapa harganya itu, mereka telah memperjudikan nyawa dua insan yang tidak berdosa! Moga mereka akan diberkas secepat mungkin dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan tak bertanggung jawab itu.
Inilah VIDEO Gadis Yang Menipu Ibunya Sambil Bertelanjang
Mesej kami…jauhi zina….jangan menipu terutama kepada ibu bapa dan jangan la nak rakam perbuatan-perbuatan yang bukan-bukan. Bila terlepas kepada pihak lain…sudah pasti ia akan disalah gunakan. Berhati-hatilah…lain kali kalau beli buku teks.. beli buku teks ajelah… bukan berbogel kat hotel… Akhir kata…kat Taiping la sangat beli buku teks…
GAMBAR: RAJA DADAH Lembah Kelang Dicekup Bukit Aman!
BUKIT AMAN – Sepasukan polis dari Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING) berjaya memberkas tujuh individu yang jug merupakan anggota sindiket dadah yang aktif di Lembah Klang. Salah seorang yang ditahan merupakan ketua sindiket atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Kingpin’ dari kediamannya di Petaling Jaya. Enam daripada suspek merupakan warga asing yang memasuki dan tinggal di negara ini menggunakan pas pelajar manakala seorang lagi merupakan wanita tempatan dipercayai teman wanita kepada salah seorang suspek. Dalam beberapa serbuan serentak yang dijalankan pada 12 April lalu di sekitar Damansara, Petaling Jaya, Sri Petaling, Gombak dan Cyberjaya itu, pihak polis berjaya merampas sejumlah 10.9 kilogram syabu bernilai RM2.2 juta. Kesemua suspek berumur lingkungan 27 sehingga 39 tahun kini direman bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. -PDRM
Pengaruh ‘Mistik’ Halang Harta Karun Berbilion Diambil Di Melaka?
MELAKA – Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini. Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). “Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar,” katanya. Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut. “Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar,” kata ketua menteri. Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus. Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun. Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas. Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta “bantuan kerohanian” sebelum melaksanakan usaha mereka. Antara perkara-perkara yang mereka “bersetuju” adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat. Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas. Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular. Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya. Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam. – The Star
Kekayaan Sultan Terakhir Melaka, Sultan Mahmud Berada Di Pulau Nangka?
MELAKA - Antara teori mengenai harta karun yang ditanam di Pulau Nangka itu bahawa ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud. Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan namun masih tidak luput sehingga ke hari ini. Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda. Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Portugis Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu. Apa yang mereka cari adalah emas dalam bentuk jongkong, sutera, lakuer dan porselin. Beliau menulis: “Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan). “Gabenor (Alfonso d’ Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut. Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat keranan istana itu sudah hangus terbakar.” Apabila bangunan Dewan Undangan Negeri yang lama di Bukit St Paul sedang dibina pada 1960, runtuhan struktur lama dipercayai merupakan peninggalan istana, ditemui. Kira-kira 7,000 serpihan tembikar ditemui di kawasan itu. Menurut catatan sejarah, harta yang diambil Albuquerque menggunakan kapal ‘Flor de la Mar’ adalah peti emas, permata, meja emas, pelbagai jenis batu permata, dua patung singa tembaga dan gelang sakti milik Raja Sabandar, yang hanya sebahagian kecil daripada kekayaan Sultan. Bagaimanapun, sumber kekayaan yang dibawa menerusi ‘Flor de la Mar’ itu hilang apabila kapal tersebut karam dalam kejadian ribut di luar Sumatera pada Disember 1511. Sejak itu, terdapat banyak percubaan untuk mencari kapal karam dan harta karun itu. Terbaharu apabila usaha berkenaan dilakukan oleh seorang bekas ahli politik. – Mstar.com.my
Harta Karun Berbilion Ringgit Di Pulau Nangka
MELAKA – Harta karun dikatakan bernilai berbilion ringgit dipercayai ditanam di dalam sebuah gua di Pulau Nangka, sebuah pulau kecil kira-kira 17 kilometer (km) dari luar pantai di sini. Antara barangan yang dipercayai dalam harta karun itu adalah peti yang mengandungi bar emas, takhta dan pakaian diraja. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerajaan negeri telah memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). “Buat masa ini, mereka hanya diberi kuasa untuk mengumpul bukti bergambar,” katanya. Idris berkata, harta karun di pulau itu dikhabarkan berusia selama berabad-abad dan terdapat banyak cubaan memburu harta berkenaan, di mana sebahagian mereka menggunakan dinamit untuk untuk meletupkan batu, bagi sampai ke gua tersebut. “Ia tidak saintifik, tetapi penduduk tempatan percaya adanya halangan mistik yang menghalang harta itu daripada dibawa keluar,” kata ketua menteri. Menurut penduduk kampung, gua yang ditanam itu sama ada dilindungi oleh sumpahan atau makhluk halus. Satu kumpulan kecil dilaporkan dapat memasuki ke dalam gua itu kira-kira 30 tahun lalu, tetapi tidak seorang pun yang keluar dengan membawa harta karun itu walaupun hanya sekeping pun. Mereka dilaporkan keluar dalam keadaan berkhayal apabila mendakwa melihat harta karun itu, antara lain lebih 80 peti emas. Difahamkan bahawa wakil kedua-dua syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja penggalian untuk kerajaan negeri telah meminta “bantuan kerohanian” sebelum melaksanakan usaha mereka. Antara perkara-perkara yang mereka “bersetuju” adalah untuk mendapatkan persetujuan pentadbiran di negeri itu dan kekayaan daripadanya digunakan untuk manfaat dan kebaikan rakyat. Pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek itu setakat ini menggali beberapa lubang berdiameter 130mm untuk ke dalam gua itu dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Difahamkan laporan perkembangan terkini mengenai kerja yang masih berterusan itu diserahkan kepada kerajaan negeri pada minggu lepas. Pulau Nangka terletak kira-kira 4km dari pulau utama negeri iaitu Pulau Besar, destinasi tarikan pelancong yang popular. Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir begitu luas dengan air jernih yang mengelilinginya. Terumbu karang berdekatan pulau tersebut turut menarik perhatian menarik para penyelam. - mStar Online
VIDEO: Perokok? Ini Rupa Paru-Paru Anda..
Anda mungkin tidak faham penerangan yang diberikan dalam video di bawah namun secara jelas, ia menunjukkan perbandingan antara dua paru-paru yang bersih dan satu lagi – yang sudah tercemar dengan asap rokok. Berdasarkan video ini, dapat dilihat bagaimana paru-paru menjadi rosak sekiranya merokok dijadikan amalan. Antara yang ditunjukkan adalah kapilari darah yang tersumbat dan berjelaga disebabkan tar dan nikotin. Secara tak langsung, ini membawa kepada penyakit berkaitan pernafasan. Buat perokok di luar sana, saksikanlah rupa paru-paru anda dalam video di bawah. Selamat menonton.
Kisah Dua Adik Beradik Melayu Yang Jadi JUTAWAN MUDA
DUA beradik ini begitu istimewa. Pencapaian mereka luar biasa! Pada awal 20-an mereka mencari haluan sendiri, mengubah destinasi ke arah peluang yang lebih besar. Mengelak pekerjaan makan gaji dan mahu menjana pendapatan yang ditentukan sendiri hingga akhirnya; pada usia 25 tahun, mereka memegang status jutawan! Dalam dunia pelaburan dan insurans, siapa tidak kenal Nor Akmar Hanif, 34, dan Aida Nurlin Hanif, 30. Pengasas Amazing Millionairessisters Group ini terkenal bak selebriti. Wajah cantik mereka terpampang di dada-dada akhbar dan majalah tempatan. Kejayaan mereka di usia muda menjadi simbolik belia negara. Mereka merupakan jutawan pelaburan berasaskan saham amanah dan insurans terkenal di negara ini. Dek keterbiasaan mereka berdepan bidikan flash kamera, kedua-duanya kini tidak kekok lagi. Lincah dan bijak beraksi sehingga menerima pujian juru foto. Sememangnya dua wajah cantik yang bertubuh kecil molek ini menyenangkan krew WOW dalam sesi fotografi. Kelihatan lebih bersemangat dan petah memulakan bicara, Nor Akmar @ Akmar bijak memainkan peranan agar adik turut sama-sama seiring bercerita dengannya. “Kami minat bergambar, fesyen dan apa sahaja mengenai kecantikan. Apabila belek majalah, mulalah nak buat macam dalam majalah. Kadang-kadang selfie,” ujar Akmar. Bagi penulis, karisma Akmar terserlah saat dia bersuara. Maka tidak hairanlah pembentangan wanita cantik ini mampu memberikan pulangan, baik dari segi persepakatan pelaburan mahupun insurans. Akmar adalah mentor yang membawa Nurlin@Elynn ke bidang ini. “Terus terang, saya terlibat secara langsung kerana lihat kejayaan Akmar. Dia mentor dan inspirasi saya. Pada awalnya saya terkejut dengan tindakan dia berhenti kerja. Akmar graduan Kejuruteraan Sistem Maklumat Universiti Manchester. Dapat kerja bagus di bidang IT tapi berhenti semata-mata nak buat bisnes ini. Akhirnya bila saya sendiri sertai, baru saya tahu keseronokannya.” kata Elynn, diiringi senyuman tulus dari si kakak. Tidak rapat Bercerita mengenai hubungan keduanya, Akmar mengakui mereka tidak serapat sekarang sewaktu kanak-kanak dulu sehingga tempoh habis belajar. “Beza umur kami empat tahun. Saya bersekolah di Sekolah Seri Puteri Jalan Kolam Ayer (asrama penuh yang kini berada di cyberjaya) manakala Elynn di asrama penuh Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan. Ketika Elyyn di tingkatan 5 pun saya dah berada di Manchester. Masa dan jarak memisahkan kami. Hanya setelah Elynn bercuti habis SPM hubungan kami mula rapat. “Elynn datang ke Manchester untuk bercuti dan temankan saya di sana. Ketika itulah kami lebih mengenali sikap antara satu sama lain. Kami pergi Disneyland dan saya demam di sana. Cuaca winter, saya tak larat dan Elynn dukung saya. Kami berada di Eropah lebih kurang seminggu. Ketika di Eropah itulah bonding kami bertaut. “Balik ke Malaysia saya dan Elynn tinggal bersama dan ketika saya buat kerja, Elynn akan sentiasa bersama-sama saya. Jumpa klien saya, jumpa kawan-kawan saya. Jadi dia cepat matang,” katanya. Pentingkan pelajaran Lahir dalam kalangan keluarga yang menitikberatkan soal pendidikan dan pelajaran, Elynn mengakui mereka sudah mempunyai perancangan masa depan dari sejak kecil. Sifat itu ditanam oleh kedua ibu bapanya. “Abang dan kakak-kakak kami berjaya dalam pelajaran. Mungkin sebab itu kami berdua terdorong untuk mengikut laluan yang sama. Masa darjah 6 kami dah fikir dan target nak masuk sekolah mana. Dan kami berusaha ke arah itu. “Lagi satu, mak dan ayah tanamkan budaya membaca dalam keluarga kami. Kat rumah ada perpustakaan. Macam-macam buku ada. Saya masih ingat buku yang paling kami suka masa kecil koleksi Ladybird.” kata anak-anak kepada Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Hanif Amran ini. Mereka yang mempunyai empat beradik kesemuanya dididik berdikari dengan bersekolah di sekolah asrama penuh. Akmar dan Elyyn dinobatkan sebagai Belia Ikon 2011 sehingga kini oleh Kementerian Belia dan Sukan. Tiga bulan sahaja Akmar menyambung pelajaran di luar negara atas tajaan sebuah syarikat public listed. Sekembalinya ke Malaysia, dia yang mendapat Ijazah Kelas Pertama terikat dengan prasyarat syarikat agar bekerja dengan tempoh tertentu. Hanya tiga bulan Nur Akmar mampu bertahan, namun akhirnya jiwa Akmar semakin membuak-buak untuk meninggalkan syarikat itu kerana sudah berjinak-jinak dengan unit amanah (1999). “Nekad dengan kehendak sendiri, saya memberi tender berhenti kerja. Syarikat panggil dan buat rundingan. Kawan-kawan pun berpendapat saya gila. Berhenti kerja bererti saya perlu melunaskan tajaan bernilai RM300,000 serentak. “Tapi saya percaya, tak kira kerja di mana, bidang apa, jika bersungguh-sungguh kita akan cemerlang. Saya mohon buat bayaran secara berperingkat dengan syarikat tersebut. Bagi saya, Rezeki ada di mana-mana. Yang penting attitude. Sijil universiti adalah satu sijil tapi apa yang kita buat dalam mengejar pelajaran itulah yang membentuk peribadi,” sambung Akmar. Latih capai target Akmar yang sudah berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang unit amanah mengakui gemar meletakkan target dalam setiap perbuatan hariannya. “Saya seorang yang gigih bekerja. In term of business pasti ada rejection. Jadi kita kena kental dan kenyal. Saya jenis yang takkan balik rumah selagi tak capai target sale yang saya nak setiap hari. Itu sikap saya,” kata Akmar. Dan berkat kesungguhan itu, jualan unit saham amanah Nur Akmar mencecah RM1 juta dalam masa tiga bulan awal penglibatannya. Kemampuannya meletakkan diri sebagai pengurus agensi kumpulan termuda di sebuah institusi kewangan terbesar negara ini. Pada 2006 mereka mencapai Million Sales Achiever. Kini, dia melahirkan 13 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS). Pencapaian terbesar Akmar yang lain adalah ketua pengurus kumpulan Master Builder iaitu anugerah yang dimenangi empat kali berturut-turut. Anugerah lain; Brand Ambassador, Top GAM, Group Agency Manager Platinum, Master Recruiter, dan Million Dollar Round Table. Diam-diam berisi, aura Elynn terletak pada senyumannya. Si cantik manis yang kini ayu bertudung baru sahaja mendirikan rumah tangga. Resepsi yang diadakan di ibu negara dan Bali Indonesia, disambut gilang-gemilang malah, dua beradik yang gemar menari ini turut mempamerkan bakat tarian masing-masing menerusi satu video Wishing & Hoping yang boleh ditonton menerusi www.jewedding.net. Mereka boleh dihubungi menerusi emel akmar@millionairesisters.org dan elynn@millionairesisters.org serta instagram MillionaireSistersAkmar dan MillionaireSistersElynn. Akhir kalam, dua figura cantik ini berharap semua wanita muda di luar sana tidak goyah memulakan langkah dalam bidang insurans dan pelaburan. Bukan sahaja perempuan malah lelaki. “Bisnes membentuk personaliti dan attitude. Mereka yang berumur sekali pun masih belum terlambat. Bahkan bagi saya, mereka mempunyai potensi networking yang lebih luas. “Tidak tahu boleh bejalar, yang penting ada attitude dan berfikiran poositif. Datang dan sertai Millionairesisters, kami ada sediakan kursus dan seminar untuk anda,” kata Elynn. – SINAR HARIAN
(GAMBAR) Pondan Cantik Seluruh Thailand Berentap Gelaran MISS TIFFANY 2014
SETIAP tahun, ratusan golongan maknyah seluruh Thailand akan berkumpul untuk memasuki Pertandingan Ratu Cantik Miss Tiffany yang dianggap paling berprestij di kalangan mereka. Dalam jumlah itu, tak sampai 20 orang akan terpilih ke peringkat akhir. Pada tahun ini, pertandingan itu akan diadakan pada 2 Mei ini di Chon Buri. Dijangka ia bakal menarik ramai pelancong asing untuk menyaksikan pertandingan yang telah dimulakan sejak 15 tahun lalu. Miss Tiffany menjadi tumpuan golongan ini kerana pemenang selalunya akan ditawarkan dengan pelbagai hadiah terutama kontrak modelling dan pengiklanan yang bernilai jutaan ringgit. Yang pasti ‘kejelitaan’ mereka memang memukau mata yang memandang, malah ada yang dilihat lebih cantik daripada wanita asli! Inilah yang dikatakan akhir zaman….mengubah ciptaan Tuhan…dan diagungkan pula.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment