Friday, April 25, 2014

Berita Terkini 25 April 2014

Internet: Malaysia duduk rangking pertama
KUALA LUMPUR - Malaysia kini berada di ranking pertama dalam capaian Internet mampu milik dalam kalangan ekonomi negara membangun dunia, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pengiktirafan itu dikeluarkan dalam laporan oleh A For A One, iaitu Alliance for Affordable Internet bertarikh 8 November tahun lepas. "Pencapaian dan pengiktirafan ini tercapai hasil usaha berterusan kerajaan menambah baik liputan dan capaian Internet menerusi pelbagai program yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. Beliau berkata, komitmen kerajaan untuk meningkatkan capaian Internet di negara ini diteruskan apabila perdana menteri mengumumkan pelbagai program tahun ini melibatkan peruntukan hampir RM5.8 bilion. Beliau berkata dalam pelaksanaan projek tambahan itu nanti, spesifikasi liputan dan capaian Internet akan ditambah mengikut kesesuaian dan keperluan teknologi. Dalam perkembangan lain, Jailani mengakui kesukaran yang dihadapi kementerian untuk mengesan pemilik akaun sosial palsu yang diguna untuk membuat pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap individu lain. Bagaimanapun katanya individu yang dikesan berbuat demikian akan berdepan tindakan tegas dari segi undang-undang. Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati bersalah terutama mereka yang menggunakan akaun palsu atau menyamar menggunakan nama individu lain untuk memburukkan orang lain yang semakin berleluasa sekarang, katanya. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yang ingin tahu tindakan kementerian terhadap pemilik akaun media sosial palsu yang aktif menyebar fitnah dan pelbagai lagi terhadap pihak lain. Sementara itu beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman sesawang yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan pelbagai undang-undang lain. Jailani berkata, kerajaan turut melancarkan kempen 'Klik dengan Bijak' bagi mendidik dan memberi kesedaran berterusan kepada masyarakat supaya lebih bertanggungjawab, beretika dan mengutamakan keselamatan ketika melayari Internet. Kepada soalan asal Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang ingin tahu usaha komprehensif kementerian untuk mempertingkat kelajuan Internet, beliau berkata kerajaan melalui SKMM sentiasa berusaha menambah baik prasarana komunikasi dari semasa ke semasa. Beliau berkata kementerian telah merangka Pelan Jalur Lebar Kebangsaan 2010 yang merupakan pelan komprehensif bertujuan meningkatkan kadar penggunaan jalur lebar. "Melalui pelan itu, SKMM berjaya melonjakkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah kepada 67.3 peratus berbanding 55.6 peratus pada 2010," katanya. - Bernama

Cikgu bagi RM10 setiap hari
Cikgu bagi RM10 setiap hari
Kegiatan pelajar PTA yang sempat dirakam wartawan Sinar Harian.
SHAH ALAM - Seorang remaja dipercayai pelajar Pusat Tahfiz Amal (PTA), Jalan Yan-Kuala Kedah mendakwa diberikan RM10 setiap hari sebagai kos sara hidup sekiranya keluar menjalankan jualan amal mereka. Pelajar berusia 15 tahun itu berkata, wang berkenaan akan digunakan sebagai perbelanjaan makanan dan minum seharian ketika mereka menjalankan aktiviti itu di sekitar ibu kota selama seminggu. "Kami juga akan diberikan komisyen dengan jualan yang diperoleh, selebihnya wang berkenaan diberikan kepada ustaz yang membawa kami. "Ustaz kata, kalau nak makan boleh guna duit jualan, tetapi kami kena maklumkan berapa yang kami gunakan," katanya kepada Sinar Harian. Kegiatan itu terbongkar selepas mereka terserempak dengan wartawan Sinar Harian yang kebetulan berada di sebuah pasar raya di sini, kelmarin. Pelajar berusia sekitar belasan tahun itu memaklumkan bahawa mereka hanya melakukan jualan amal selepas sesi persekolahan iaitu pada sebelah petang di kawasan sekitar Damansara. Pada mulanya dia memperkenalkan diri sebagai pelajar PTA sebelum menawarkan produk jualan sambil menunjukkan surat kebenaran yang ditandatangan Pengetua PTA, Muslim Ab Karim. Beliau berkata, mereka melakukan jualan amal di situ sebagai pelengkap kepada program praktikal perniagaan jualan amal kelab usahawan muda PTA. “Sekolah kami free (percuma), tak ada apa-apa bayaran. Kalau kami buat jualan amal, duit nie nanti boleh juga bantu sekolah berkaitan kos pelajaran dan makanan. “Sekolah tak paksa kami buat jualan, cuma kami ikhlas nak bantu dan keluarga kami juga tahu kegiatan ini. Lagipun duduk di sekolah saja bosan. Bila keluar jual barang, kami boleh jalan-jalan,” katanya. Menurutnya, majoriti pelajar di PTA adalah anak yatim yang datang dari pelbagai negeri. “Di sekolah kami memang ramai anak yatim. Kesian juga saya melihat mereka sebab ada kawan-kawan yang tak balik rumah setiap kali musim raya,” katanya. Beliau yang mendakwa berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air turut memaklumkan bahawa mereka dijaga dengan baik oleh Muslim sepanjang berada di pusat itu.

Lelaki bernafsu songsang terima padah
Lelaki bernafsu songsang terima padah
Suspek (tengah) dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman
GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta. Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan. “Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan. “Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam. Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri. Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu. “Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya. Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku. “Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan. “Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Syria nafi guna senjata kimia
Syria nafi guna senjata kimia
Seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa serangan gas beracun dirawat di sebuah hospital di kampung Kfar Zeita, tengah wilayah Hama. Gambar kecil: Bashar.
SYRIA - Syria, kelmarin menyangkal dakwaan terbaharu yang menuduh kerajaan menggunakan senjata kimia untuk memerangi kegiatan militan di negara itu. Wakil Tetap Syria ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bashar al-Ja'afari menafikan sekeras-kerasnya bahawa gas klorin digunakan dalam siri serangan di pinggir ibu negara. Menurutnya, tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh kumpulan pembangkang tanpa bukti kukuh. "Aktivis antikerajaan turut sengaja memuat naik rakaman video yang mendakwa ia sebagai serangan senjata kimia terbaharu di negara ini," katanya. Sementara itu, Presiden Majlis Keselamatan PBB, U Joy Ogwu berkata, anggota agensi berkenaan menggesa satu siasatan dilakukan bagi mengesahkan insiden terbabit. "Saya mencadangkan Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) memainkan peranan utama untuk menyiasat dakwaan itu," menurutnya dalam laporan Press TV.

perjuangan Palestin
Media barat manipulasi perjuangan Palestin
ISTANBUL- TURKI. Menganjurkan forum untuk media adalah sesuatu perkara yang biasa, namun bagi Forum Antarabangsa Palestin untuk Media dan Komunikasi, ia dianggap unik kerana berjaya menarik kira-kira 400 peserta dari dunia Islam dan negara lain untuk berkumpul di bawah satu bumbung dan merungkai isu-isu mengenai laporan perjuangan rakyat Palestin. Peserta bukan sahaja didedahkan dengan ceramah, bengkel dan seminar tetapi juga sesi latihan untuk membolehkan mereka lebih bersedia dengan media baharu dan bagaimana mengendalikan dengan lebih berkesan demi memastikan penggunaan dan pengaruh yang maksimum dalam menangkis laporan media barat, yang disifatkan penceramah, tidak melaporkan kebenaran tentang perjuangan rakyat Palestin. Forum dua hari yang berakhir di sini hari ini, membuka peluang untuk mengadakan dialog yang bermanfaat, penilaian objektif dan kritikan membina mengenai pelbagai pengalaman media yang membantu memperbaiki dan membimbing prestasi media berkaitan Palestin. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Persiapan Fayed Abu Shammala ia mengambil masa yang lama untuk menyediakan acara itu dari segi membina data dan cubaan untuk mendapatkan semua peserta serta pertubuhan dan tokoh-tokoh media untuk bercakap mengenai isu Palestin, namun ia adalah berbaloi. Beliau berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan beberapa isu lain rantau ini, mesej mengenai perjuangan Palestin tidak dapat "disampaikan", dengan menyatakan bahawa media antarabangsa berpuas hati dengan apa yang berlaku dan tidak melakukan secukupnya untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa. "Kita perlu membina rangkaian ini untuk memulakan secepat mungkin. Mesej rakyat Palestin berada di bawah sekatan antarabangsa dan orang ramai tidak tahu apa yang sedang berlaku, terdapat kematian, kebuluran di Palestin. Palestin dikepung untuk bertahun-tahun lamanya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini. Beliau berkata forum itu menyediakan platform kepada peserta untuk berkomunikasi dan membina hubungan antara media atau pertukaran idea bagi meningkatkan profesion dan organisasi mereka. "Tetapi apa yang paling penting adalah para peserta perlu berkomunikasi walaupun selepas berakhirnya forum. Mereka harus mengikuti dan melakukan dengan terbaik untuk membina hubungan peribadi atau dua hala," katanya. Mengenai pemilihan Istanbul sebagai lokasi forum itu, beliau berkata ini kerana Istanbul adalah tempat yang mudah untuk diakses bagi kebanyakan peserta. "Ia adalah tempat yang baik untuk permulaan forum ini kerana kami mahu ramai orang mengambil bahagian sama ada dari barat dan juga timur. Kami mahu peserta dari dunia Arab, Eropah dan Amerika. Kami tidak mahu hanya peserta dari satu tempat yang datang," katanya. "Kami percaya bahawa Palestin adalah isu untuk perpaduan, terutama di negara Arab dan Dunia Islam. Kami berharap dengan membawa masuk ramai orang luar, ia akan membantu kami mendapat akses kepada masyarakat antarabangsa, memberitahu mereka mengenai ketidakadilan di Palestin," katanya. Abu Shammala turut berharap agar forum itu yang dianjurkan Kelab Media Palestin, asas bagi penyelidikan politik, ekonomi dan sosial; dan Middle East Monitor (MEMO) pertubuhan yang memberi liputan yang fokus dan komprehensif mengenai Palestin dan negara jiran serantau, boleh diadakan setiap tahun. Peserta dan penceramah berasal dari pelbagai negara seperti Mesir, Palestin, Amerika Syarikat, United Kingdom, Turki, Jordan, Perancis dan Malaysia manakala tajuk yang dibentangkan termasuk "The Palestinian Cause in the Western Media; Working Towards a New Palestinian Strategy and Investigative Journalism. - Bernama

Israel mula rasa tergugat
TEL AVIV - Israel mula rasa tergugat selepas gerakan Hamas dan Fatah mencapai persetujuan menubuhkan kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu lagi. Susulan daripada perkembangan positif itu, Tel Aviv bertindak membatalkan mesyuarat bersama Palestin. Jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu keputusan terbaharu itu kononnya memberi kesan kepada proses rundingan damai yang sedang berlangsung ketika ini. Bagaimanapun, Ketua Perunding PA, Saeb Erakat memaklumkan tiada sebarang tarikh ditetapkan berhubung mesyuarat susulan berkaitan proses damai terbabit seperti yang didakwa Israel. "Kami hanya terlibat dengan pertemuan bersama wakil Amerika Syarikat, Martin Indyk di Ramallah," jelasnya yang dipetik Press TV

Mekah
Mers tidak jejas permohonan umrah, haji
JEDDAH - Kementerian Haji Arab Saudi memaklumkan mereka tidak menerima sebarang maklumat pembatalan dari agensi menyediakan pakej umrah walaupun virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) kini semakin menular di negara itu. Ketua Pengarah cawangan Jeddah, Abdullah Marghalani berkata, mereka belum mengambil langkah berjaga-jaga kerana Kementerian Kesihatan memberi jaminan virus berbahaya itu tidak mencapai peringkat wabak. "Keadaan itu juga tidak menjejaskan bilangan permohonan jemaah untuk mengerjakan umrah dan haji pada musim ini," jelasnya yang dipetik Arab News Menurut statistik rasmi, seramai 3.8 juta jemaah umrah telah berkunjung ke Tanah Suci sejak awal musim ini berbanding 2.5 juta orang pada tahun lalu.

Atur perlawanan: Rakyat Malaysia dipenjara setahun
MELBOURNE - AUSTRALIA. Seorang rakyat Malaysia yang menganggotai sindiket antarabangsa bagi mengatur perlawanan bola sepak di sini, dihukum penjara setahun. Australian Associated Press (AAP) melaporkan Segaran Subramaniam, 46, mengaku bersalah menetapkan keputusan pertaruhan selepas mengatur keputusan enam perlawanan bola sepak dalam Liga Premier Victoria. Hakim Mahkamah Daerah Victoria, Michael Bourke pada Khamis menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap Subramaniam, tetapi menggantung dua tahun daripada hukuman itu. Subramaniam bertindak sebagai pemudah cara antara pemain di kelab Liga Premier Victoria, Southern Stars, di sini dan beberapa ketua sindiket dari luar negara. Bourke berkata Subramaniam mengkhianati usaha gigih mereka yang terlibat dalam sukan itu. "Ia mengkhianati rakyat serta kejujuran pemain dan pegawai yang kamu serta penipu seperti kamu sering berdampingan," kata hakim itu yang dipetik AAP. Kira-kira A$60,000 disalurkan ke dalam akaun Subramaniam untuk membayar kepada pemain dan membiayai hotel dan kereta yang mereka gunakan. Subramaniam bagaimanapun memberitahu polis dia hanya memperoleh kira-kira A$6,000 daripada jenayah itu. Bourke berkata Subramaniam akan dihantar pulang ke Malaysia selepas selesai menjalani hukuman penjara. Southern Stars hanya memenangi satu daripada 21 perlawanan pada musim 2013 dan keputusan itu diisytiharkan tidak sah oleh Persekutuan Bola Sepak Victoria. Tahun lepas, pemain Southern Stars dari England Reiss Noel dan Joe Woolley disabitkan kesalahan dan didenda kerana membantu menetapkan empat perlawanan. Dua lagi pemain England David Obaze dan Nicholas McKoy serta jurulatih mereka Zia Younan, juga dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengatur perlawanan dan akan dibicara di Mahkamah Majistret Jun ini. - Bernama

Jalan di Upper Changi Road runtuh
Jalan di Upper Changi Road runtuh
Lori membawa muatan tanah tenggelam berhampiran Jalan Demak. Foto The Straits Times Singapore
SINGAPURA - Sebahagian jalan Upper Changi Road runtuh pagi ini menyebabkan tayar sebuah lori terperosok ke dalam lubang. Pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, ketika kejadian dia sedang memandu di jalan tersebut menuju ke Terminal Feri Tanah Merah sekitar jam 8.30 pagi tadi. "Trak tidak boleh bergerak sebaik ia tenggelam ke dalam lubang itu. Saya segera memanjat keluar," kata Su seperti yang dilaporkan The Straits Time Singapore. Kemalangan itu berlaku kira-kira 50 meter dari tapak pembinaan Downtown Line 3. Sementara itu, seorang pekerja pembinaan berkata, kerja-kerja membina terowong telah bermula berhampiran tempat kemalangan kira-kira tiga bulan lalu.


Terima surat selepas 45 tahun
MONTREAL - KANADA. Sepucuk surat berusia 45 tahun tiba di peti surat seorang wanita di Kanada selepas ia dikirimkan oleh adik perempuannya beberapa dekad lalu. Ia dihantar pada tahun 1969 menggunakan setem enam sen ketika pengirimnya berumur sembilan tahun. Penerimanya, Anne Tingle memberitahu surat yang dibungkus dengan plastik itu turut disertakan kiriman nota meminta maaf dari Canada Post di atas kerosakan sampul surat berkenaan. "Pelanggan yang dihormati, kami meminta maaf di atas kerosakan kiriman yang diterima. Ia ditemui dalam keadaan seperti ini di saluran penghantaran kami," menurut nota tersebut kepada AFP.

Pelaksanaan Tali Pinggang Keledar Langkah Terbaik
KUALA LUMPUR – Syarikat bas ekspres harus memperkenalkan perkhidmatan demonstrasi prosedur keselamatan kepada penumpang bas sebagai langkah memastikan keselamatan penumpang. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata konsep ketika menaiki kapal terbang wajar diaplikasikan seperti memberi peringatan dan panduan kepada penumpang untuk menggunakan tali pinggang keledar sebelum bertolak. “Saya menganggap pelaksanaan ini sangat mustahak kerana sebagai contohnya, apabila penumpang tidak memakai tali pinggang keledar dan tiba-tiba berlakunya kemalangan, risiko untuk penumpang tercampak keluar adalah tinggi kerana tiada ciri-ciri keselamatan dalam bas itu,” katanya kepada Bernama. Katanya, dalam kapal terbang, pramugari akan mengingatkan penumpang memasang tali pinggang keledar sebelum berlepas dan ketika hendak mendarat. Beliau turut berkata, pengusaha bas ekspres harus memperkenalkan ‘speed limiter’ di dalam bas supaya kelajuan bas ketika dalam perjalanan dapat dipantau. “Pengusaha bas perlu memperkenalkan ‘speed limiter’ dan juga ‘Global Positioning System’ (GPS) di dalam bas supaya setiap pergerakan dan lokasi perjalanan bas ekspres boleh dipantau dari jauh serta mematuhi undang-undang keselamatan jalan raya,” kata Syed Hamid. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Semenanjung Malaysia Datuk Mohamed Ashfar Ali berkata persatuannya menyokong sebarang langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan. Walau bagaimanapun, beliau menggesa kerajaan agar mewujudkan rang undang-undang untuk memastikan penumpang sentiasa memakai tali pinggang keledar. “Misalnya, undang-undang yang mengenakan tindakan ke atas pengusaha bas jika penumpang mereka gagal memakai tali pinggang keledar,” katanya. Pengarah Komunikasi Persekutuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman pula berkata peraturan pengunaan tali pinggang keselamatan itu adalah langkah baik namun ia hendaklah disertai dengan penguatkuasaan undang-undang. “Bila dah dilaksanakan, penguatkuasaan kena dijalankan juga sebab kalau ada tali pinggang keledar, tetapi penumpang tidak memanfaatkan kegunaannya, tidak guna juga,” kata Mohd Yusof. Baru-baru ini Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan langkah susulan daripada beberapa kemalangan bas yang melibatkan maut sebelum ini. Ini termasuk penggunaan tali pinggang keledar di setiap tempat duduk bas ekspres serta bas persiaran dan pematuhan ini akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2015. – BERNAMA


Ramai Penerima Salah Guna BR1M
KUALA LUMPUR – Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak tercapai sepenuhnya. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi. “Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian). “Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Wilayah Persekutuan 2014 di sini, hari ini. Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional turut membayangkan pembayaran BR1M pada masa akan datang dibuat secara bulanan untuk memastikan bantuan itu diguna sebaik-baiknya. “Kita masukkan BR1M ini dalam akaun penerima, bila sampai masanya baru mereka akan keluarkan wang itu,” katanya. Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50. Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450. Pada majlis itu, 500 anak-anak Wilayah Persekutuan dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diraikan. Setiap pelajar menerima sijil penghargaan bersama Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional bernilai RM100 bagi pelajar UPSR, PMR (RM150), SPM (RM200) dan STPM (RM250). – BERNAMA


37,000 Sudah Mohon Skim MyHome
PUTRAJAYA – Sebanyak 37,000 permohonan diterima untuk Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), yang memberikan insentif bantuan kewangan RM30,000 kepada yang layak, sejak dilancarkan 1 April lepas. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata walaupun kementerian menetapkan kuota 10,000 pemohon sahaja diterima tahun ini, kementerian akan memastikan baki 27,000 pemohon akan berjaya untuk Skim MyHome tahun depan. Beliau berkata setakat ini, lima syarikat pemaju perumahan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Perumahan Negara untuk pembinaan 2,580 unit rumah di seluruh negara, yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Sebanyak 49 syarikat pemaju perumahan lain turut memohon kepada Jabatan Perumahan Negara untuk menyertai skim berkenaan. “Kementerian masih meneliti permohonan mereka bagi memastikan mereka tidak disenarai hitam sebagai syarikat pemaju perumahan yang bermasalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini. Skim MyHome diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, yang merupakan projek perumahan baharu yang diluluskan mulai 1 Jan 2014 dengan peruntukan RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam pada itu, mengenai bantahan Persatuan Denai Kuala Lumpur dan Selangor (Traks) terhadap Jabatan Landskap Negara (JLN) ekoran beberapa tindakan ke atas Taman Bukit Kiara, beliau berkata ia harus dilakukan demi keselamatan orang ramai. “Antara tindakan JLN seperti memasang pagar di sekelilingnya untuk menghalang pemburu haram, penceroboh memasuki kawasan berkenaan dan membaik pulih cerun-cerun yang berbahaya di dalam kawasan rekreasi itu,” katanya. Abdul Rahman mengulas bantahan Traks baru-baru ini terhadap kerja-kerja yang dijalankan JLN di taman itu yang mendakwa ia memberi kesan kepada habitat flora dan fauna di situ. – BERNAMA


Honda City Baharu Catat Rekod 10,000 Tempahan
KUALA LUMPUR – Honda Malaysia dengan model City serba baharunya meletakkan tanda aras baharu apabila menerima 10,000 tempahan dalam tempoh sebulan sejak pelancarannya pada 20 Mac lepas. Syarikat itu berkata jumlah tempahan tersebut mengatasi rekod sebelum ini yang mencatatkan 3,000 tempahan dalam tempoh sebulan bagi model CR-V tahun lepas. Dalam kenyataan hari ini, Honda Malaysia berkata walaupun permintaan kukuh melebihi jangkaan, syarikat itu mampu menyelesaikan penghantaran semua tempahan tersebut menjelang akhir Jun. Katanya kilang kedua yang baru dibuka di Pegoh, yang melipatgandakan kapasiti pengeluaran, mempunyai penjadualan pengeluaran yang fleksibel membantu mempercepatkan pengeluaran dan memendekkan tempoh menunggu. “Model City generasi keempat menerima maklum balas positif daripada rakyat Malaysia yang meminati ciri-ciri canggih serta ruang kargo dan kabin yang tiada tandingan. Ia juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan kelas utama,” kata Honda Malaysia. Menurut Honda Malaysia, jualan keretanya turut mencatat peningkatan 30 peratus pada suku pertama tahun ini, walaupun sebelum pelancaran City serba baharu bagi tempoh sama tahun lepas. Ini berikutan jualan kukuh model lain termasuk Accord dan CR-V yang dilancarkan pada tahun lepas. Honda Malaysia berkata sebagai model pertama dilancarkan pada 2014, City serba baharu akan memacu syarikat itu pada landasan yang betul ke arah mencapai sasaran tahunan sebanyak 76,000 unit. Harga bagi Honda City serba baharu bermula dari RM75,800 atas jalan. – BERNAMA


Menara Kawalan Trafik Udara KLIA2 Tertinggi Di Dunia!
SEPANG – Menara kawalan trafik udara KLIA2 kini menjadi mercu tanda terbaru Malaysia apabila diiktiraf sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia. Ia sekaligus mengatasi menara di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand. Ketinggian menara di KLIA2 mencecah 133.8 meter dari aras tanah dan 141.9 meter dari aras laut, melayakkannya diiktiraf dalam Guinness Book of Records sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata menara ini yang dinamakan sebagai Tower West mula dibina pada 1 Mei 2012 dan mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan. – Astroawani.com


Hudud Di Kelantan Untuk Orang Islam Sahaja, Lepas ‘Potong’ Boleh Balik Rumah – MB
KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata hukum hudud ini ha­nya melibatkan umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu takut dengan hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu. Malah katanya, orang bukan Islam turut akan mendapat manfaatnya kerana undang-undang tersebut diyakini akan dapat me­ngurangkan kadar jenayah. “Kadar jenayah sekarang dilihat semakin tinggi dan pada pandangan saya hukum hudud ini apabila ia dikuatkuasakan kelak akan me­ngurangkan jenayah,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 berkata Kerajaan Pas Kelantan merancang menggunakan perkhidmatan pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun hadapan. Mohd. Amar memberitahu, selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya. Beliau berkata, hukuman tersebut dilihat lebih berkesan daripada Kanun Tatacara Jenayah yang diamalkan sekarang di mana semua pesalah perlu menjalani hukuman penjara selain ia juga membebankan kerajaan menanggung kos tahanan tersebut. “Hukum hudud ini adalah agak berbeza di mana pesalah yang telah dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini semalam. Tambah Mohd. Amar undang-undang Islam itu adalah lebih berperikemanusiaan di mana setiap pesalah terbabit sebelum dijatuhi hukuman perlu dibuktikan kesalahan. “Pertimbangan juga akan dilakukan sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya mereka (pesalah) mencuri atas sebab-sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa ia tidak akan dikenakan hukuman potong tangan,” katanya. Sementara itu Kerajaan Pas Kelantan disaran agar mengkaji semula pelaksanaan hukum hudud yang ingin dijalankan negeri itu kerana hukum hudud Islam merangkumi semua pihak termasuk orang bukan Islam. Pengasas Pondok Geting Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’ amah berkata, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini menyatakan hukum hudud yang ingin dijalankan di Kelantan hanya merangkumi orang Islam sahaja. Sedangkan kata Abdullah, hukum hudud yang sebenarnya adalah merangkumi ke atas orang Islam dan orang bukan Islam. “Hudud Islam kena dua-dua pihak (orang Islam dan bukan Islam), tetapi hukum hudud Pas hanya merangkumi orang Islam sahaja, ini zalim. “Di dalam kitab Majmuk Al Imam Al-Nawawi ada menyebut bahawa jika ada kes berkaitan orang Islam dan bukan Islam, contohnya orang bukan Islam mencuri harta orang Islam, tidak ada khilaf lagi bagi hakim untuk menjatuhkan hukum hudud ke atas orang bukan Islam tersebut. “Kalau hendak suruh orang bukan Islam ke mahkamah lain dan bukannya laksanakan hukum hudud untuk satu kes seperti ini, ia adalah tidak betul,” katanya ketika ditemui di Mentaloon di Alor Star, Kedah semalam. (Freemalaysiantoday)


Polis Sedia Sepenuhnya Sempena Lawatan Rasmi Barack Obama Sabtu Ini
JOHOR BAHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan sempena lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama selama tiga hari ke negara ini, bermula Sabtu ini. Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya sudah mengambil kira pelbagai perkara dan kehadiran orang kenamaan ke negara ini sudah semestinya mendapat perhatian dan keprihatinan pihak berkuasa. “Saya yakin pucuk pimpinan PDRM dan seluruh agensi kerajaan yang terlibat sudah memepersiapkan keperluan secukupnya. Keprihatinan kita bukan sahaja kepada Presiden Amerika Syarikat tetapi juga terhadap mana-mana jua pemimpin dunia yang berkunjung ke negara ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin, di sini, Khamis. Hadir sama, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff. Ini merupakan lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966. Selain Malaysia, Obama juga turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina.


Penyamun Ditembak Selepas Rompak Rumah Wanita, Rempuh Kereta Polis Di Bkt Jalil
Selepas tujuh jam menyamun sebuah rumah dan melarikan sebuah kereta kereta di Bandar Kinrara, Puchong pagi Khamis, dua suspek akhirnya ditahan pihak polis dengan seorang daripadanya cedera ditembak dekat kondominium Vista Komanwel, Bukit Jalil petang ini. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata suspek berumur sekitar 20-an itu dicekup selepas polis mengesan kereta curi jenis Mercedes dan Volkswagen yang dinaiki mereka di Bandar Kinrara, sebelum mengejar dua kereta itu hingga ke Bukit Jalil. Beliau berkata, tiba-tiba suspek yang memandu Volkswagen itu turut bersikap agresif dengan cuba merempuh kereta polis yang menghalang mereka hingga menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan yang mengenai lengan kanan suspek. “Sementara suspek yang memandu kereta Mercedes yang mengekori rakannya dari belakang menyerah diri sejurus kejadian itu dan pemeriksaan di dalam kereta Mercedes itu menemui barangan yang dipercayai disamun Bandar Kinrara antaranya barangan kemas bernilai RM20,000, wang tunai dan telefon bimbit serta peralatan pecah rumah,” katanya di tempat kejadian. Beliau berkata semua barangan yang disamun bernilai RM200,000 termasuk kereta Volkswagen tersebut yang dilarikan dari rumah di Bandar Kinrara itu,” katanya. Abd Razak berkata dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis percaya telah menyelesaikan tiga kes samun di Bandar Kinrara pagi ini, mencuri kenderaan dan pecah rumah pada 20 April lepas dan kes samun di Taman Bukit Kuchai. Beliau berkata suspek yang memiliki rekod lampau ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata. Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Serdang. Dalam kejadian pukul 7.45 pagi di Bandar Kinrara itu, seorang wanita membuat laporan polis selepas rumah teres dua tingkatnya dimasuki dua lelaki dan mengacukan pisau kepadanya yang sedang tidur. Mangsa ketika itu tinggal berseorangan diri. “Suspek menyelongkar biliknya dan menyamun wang tunai RM2,000, barangan kemas pelbagai bentuk, beg berjenama serta melarikan kereta Volkswagen Bettle berwarna hitam,” kata Abd Razak. – BERNAMA

Senyum sebelum jatuh
GAMBAR: Wanita Mengandung Bunuh Diri Di Terminal One, Seremban
SEORANG wanita berbangsa Cina dilaporkan maut selepas bertindak membunuh diri dengan terjun dari tempat letak kereta di tingkat enam di Terminal One, Seremban, hari ini. Memetik laporan Harian Metro, wanita itu, Loh Kwee Moi, 43, dikatakan sedang mengandung. Perbuatannya sebelum itu disaksikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Sopian, 22, yang kemudiannya menjerit bagi menghalang tindakannya itu. Bagaimanapun, percubaannya itu tidak berjaya dan wanita itu terus terjun ke bawah. Punca wanita itu bertindak demikian bagaimanapun tidak dinyatakan dan mayatnya sudah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat. Beberapa keping gambar kejadian turut dikongsi menerusi Facebook Daily Traffic Report.


Polis Tumpaskan Sindiket Wang Palsu Terbesar Negara Bernilai RM30 Juta!
SHAH ALAM – Polis Selangor menahan seorang warga Iran yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan “black money” terbesar di negara ini serta merampas wang palsu yang dianggarkan bernilai RM30 juta. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek berumur 54 tahun ditangkap pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang semalam. Katanya, suspek yang memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial ditahan setelah polis menerima maklumat daripada seorang pegawai bank wanita tempatan berusia 51 tahun yang menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan selepas melabur RM400,000. “Sindiket ini memperdayakan mangsa dengan menggandakan wang yang dilabur mangsa melalui satu projek ‘mencuci wang kertas dolar Amerika dan Pound Sterling’. “Siasatan awal mendapati beberapa keping wang Amerika dan Pound Sterling itu dihitamkan dengan bahan tertentu dan selepas dicucikan dengan bahan kimia itu, keaslian wang itu seolah-olah terserlah ,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Mohd Shukri berkata kejadian bermula apabila pengadu yang berkenalan dengan seorang lelaki warga Sweden menerusi laman Facebook diminta melabur 68,000 pound sterling sebelum mangsa diperkenalkan kepada seorang lagi lelaki warga Papua New Guinea di sebuah hotel di Mutiara Damansara. Katanya semasa perjumpaan dengan warga Papua New Guinea itu, mangsa ditawarkan satu projek ‘mencuci wang kertas dolar Amerika dan Pound Sterling’ yang dikatakan boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda dan mangsa terus menyerahkan RM400,000 kepada suspek sebelum disedari ditipu dan terus melaporkannya kepada polis. Susulan itu, polis menyerbu sebuah unit kondominium di Jalan Ipoh, Sentul dan merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan ‘Black Money’ seperti 22 beg pakaian, dua mesin memproses black money dan 13 peti keselamatan, beberapa kepingan wang kertas dolar Amerika, United Kingdom dan Singapura yang belum disahkan ketulenannya. Beliau berkata polis menahan seorang warga Iran di kondominium itu yang dipercayai dijadikan pusat sindiket penipuan ‘Black Money’. Sehubungan itu, polis meminta orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas sebarang pelaburan yang ingin diceburi sebelum tertipu. – BERNAMA


Suspek Bertatu Harimau Tembak Polis Berjaya Diberkas
Seorang suspek bertatu harimau yang dipercayai terbabit menembak anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lepas ditahan. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek yang berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong Gunung Rapat, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh semalam. “Pemeriksaan di rumah suspek turut menjumpai sebuah beg berisi dua butir peluru ‘pump gun’ dan satu unit telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Beliau berkata suspek direman sehingga Ahad ini. Kejadian menembak anggota polis itu berlaku kira-kira 11 pagi pada 11 April ketika dua anggota polis peronda terserempak dengan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan. Ketika melepaskan diri dari pihak polis, seorang suspek menembak kedua-dua anggota polis tersebut yang seorang daripadanya yang berpangkat lans koperal parah. Mohd Shukri berkata rakan suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu. – BERNAMA


Yana Dikritik Gara-Gara Gambar ‘Dukung’
GARA-GARA memuatnaik gambarnya sedang didukung oleh lelaki asing sewaktu menjalani penggambaran di luar negara, pelakon Yana Samsudin telah menerima pelbagai kritikan daripada para pengikutnya di Instagram. Gambar itu disertakan dengan ‘caption’: Alternatifnya , sbb tak boleh jalan akibat kaki dah bengkak.. Nasib baik ada #ALdin , dah dua hari dia je yg berangkut kita naik turun tangga tingkat 3 atau ke set shooting.. :,( nasib badan dia beso.. Shooting banyak Outdoor pulak tu.. Esok apa lah nasib .. #BendaDahNakJadi #khirr #VrelaBosne.” Hal-hal yang dibangkitkan termasuklah bab dosa dan haram kerana membenarkan dirinya didukung jejaka itu. Bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Yana punya jawapannya sendiri mengenai kejadian itu: “Mungkin mereka yang tentukan dosa saya. Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh berjalan langsung. Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya. “Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran. Saya tahu apa yang saya buat. Terima kasih kepada yang terlebih prihatin. Sedih pula bila jadi begini.” Betul juga kata Yana itu. Kami perhatikan kebanyakan komen-komen pengguna Instagram adakalanya melampau sehingga menggunakan kata-kata kesat dan tidak beretika. Rasanya Yana pun sudah jelaskan mengapa terpaksa menggunakan ‘khidmat dukung’ tersebut, bukannya saja hendak ‘menggedik’, tak gitu?



VIDEO: Budak Perempuan Hebat Kendali Senjata Api
KAGUM sungguh kami dengan bakat budak perempuan ini mengendalikan pelbagai jenis senjata api. Melihat kecekapannya menembak tepat beberapa target di hadapannya membuktikan bahawa dia sememangnya cukup terlatih. Rasanya orang dewasa pun belum tentu mempunyai kemahiran seperti budak perempuan ini. Harap-harap bakat yang ada ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya ya. Jangan buat modal menembak secara rambang di tempat awam sudah…


Gambar Bercium Kayda Aziz Tersebar Di Internet
Ada harganya apabila seseorang itu mengambil keputusan untuk bergelar selebriti kerana segala tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut oleh peminat di luar sana. Ada kalanya artis dan public figure yang lain perlu berahsia dan tidak berkongsi kisah peribadi mereka untuk tatapan umum sekiranya benda itu akan mendatangkan fitnah mahupun perkara negatif dan sensitif untuk dikongsikan kepada orang ramai. Apa yang ingin dikaitkan di sini ialah mengenai anak dara penyanyi popular, Datuk Sheila Majid, Wan Khaleda atau nama glamornya Kayda Aziz di mana gambarnya sedang bersosial dan bercium dengan seorang jejaka telah tersebar di Internet. Jika sebelum ini gambarnya berpakaian seksi serta memegang botol arak tersebar namun itu merupakan cerita beberapa tahun lalu. Mungkin orang dah lupakan kisahnya itu. Namun, seiring dengan perkembangan karier seninya dalam bidang nyanyian yang mula meningkat naik kebelakangan ini, adakah ini merupakan satu publisiti untuknya terus melakar nama dalam bidang ini? Tak tahulah, hanya tuan punya badan yang boleh menjawabnya.


GAMBAR: Kubur Jenazah Pesakit Kanser Bercahaya
MENERUSI Facebook Daily Traffic Report, beberapa gambar sekitar pengebumian seorang wanita bernama Haslinatul Adzlin di Tanah Perkuburan Changkat Jering, Perak telah dikongsi untuk tatapan ramai. Menariknya, kuburnya dikatakan bercahaya sewaktu jenazah yang merupakan seorang pesakit kanser hendak dikebumikan. Gambar tersebut telah dirakamkan oleh sepupu Allahyarham sendiri. Sejujurnya, kami tidak berani untuk memberikan ulasan mengenai sejauh mana kebenaran perkara ini. Namun, jika ianya benar, mungkin ia adalah antara bukti kekuasaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya ini yang dikatakan cukup kuat beribadah sewaktu hayatnya. Wallahu a’lam…


Percubaan Langgar Dan Rampas Kenderaan Gagal
MENERUSI Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign, satu salinan laporan polis berkenaan percubaan merampas kenderaan telah dikongsi bagi peringatan bersama. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam, semalam, kenderaan jenis Isuzu 4×4 D-Max yang dipandu oleh pengadu telah dilanggar oleh sebuah kereta Proton Wira sewaktu melalui kawasan perindustrian Meranti Jaya, Puchong. Dia kemudiannya memberhentikan kenderaannya bagi memeriksa kerosakan sebelum dua lelaki berbangsa India turun dari kenderaan tersebut. Salah seorang daripada mereka cuba merampas kunci kenderaannya dan mangsa cuba melawannya, namun ditumbuk di bahagian tangan oleh seorang lagi suspek. Tidak cukup dengan itu, suspek turut menggigit tangannya sebelum mangsa berjaya merampas kembali kuncinya. Kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri dengan kereta mereka yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu iaitu WHQ 8769. Justeru, orang ramai diingatkan agar berhati-hati sewaktu memandu di kawasan sunyi dan tidak terus turun dari kenderaan mereka sekiranya dilanggar oleh kenderaan lain. Ini bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penjenayah yang cuba menggunakan teknik ‘langgar dan samun‘ yang semakin kerap berlaku pada masa kini.



VIDEO: Bahana Memandu Sambil Guna Telefon Bimbit
KEMALANGAN yang melibatkan pengangkutan awam khususnya bas bukanlah sesuatu yang asing pada pendengaran umum. Di negara kita sendiri, sudah acap kali berlakunya kejadian ini sehingga kehilangan banyak nyawa yang tidak berdosa. Video yang kami kongsikan ini merupakan salah satu contoh punca berlakunya kemalangan bas iaitu kerana faktor kecuaian pemandu itu sendiri. Pemandu bas itu dilihat leka melihat telefon bimbitnya sehingga tidak menyedari lori yang berhenti di bahu jalan lalu melanggarnya di bahagian tepi. Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat penumpang yang tercedera atau tidak dalam kejadian ini. Biar pun kejadian ini berlaku di luar negara, tidak salah untuk para pemandu kita menjadikan ia sebagai iktibar di masa akan datang.


Jodie Foster Kahwin Dengan Kekasih Sejantina
Pelakon gred A Hollywood, Jodie Foster dilaporkan sudah pun mendirikan rumah tangga dengan kekasih sejantina, Alexandra Hedison, minggu lalu. Menurut laporan E!, pasangan ini mula berpacaran sejak tahun lalu dan Hedison merupakan bekas kekasih kepada hos lesbian popular, Ellen DeGeneres. Foster berterus terang kepada umum mengenai kecenderungan seks sejenis semasa memberikan ucapan dalam Anugerah Gloden Globe tahun lepas. Sehingga kini masih tiada lagi maklumat lanjut mengenai perkahwinan mereka, tetapi California di mana kawasan yang didiami Foster membenarkan perkahwinan sejenis selain 16 negeri lain di Amerika Syarikat.


Atuk Kesunyian Ambil Cucu Angkat Dicekup Tinggal Serumah
Melaka – Tindakan seorang lelaki warga emas menjadikan gadis berusia 16 tahun sebagai cucu angkatnya mengundang padah apabila dicekup kerana tinggal sebumbung dengan gadis itu di sebuah rumah di Kampung Jawa, di sini. Dalam serbuan jam 1.30 tengah hari kelmarin, lelaki berusia 69 tahun itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas didapati berkurung bersama remaja perempuan berkenaan di rumah sewa setinggan berhampiran Sungai Melaka. Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, berdasarkan aduan sepasukan anggotanya pergi melakukan siasatan dan sejurus tiba seorang lelaki warga emas keluar dari rumah itu. Katanya, apabila memperkenalkan diri, anggotanya masuk untuk melakukan pemeriksaan dan menemui gadis itu sedang duduk di satu bahagian di dalam rumah terbabit. “Soal siasat mendapati gadis itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan hanya memberitahu sebagai cucu angkatnya. Gadis itu mendiami rumah berkenaan sejak seminggu lalu tetapi bukan sepanjang masa dan hanya datang untuk bermalam atau mencuci pakaian,” katanya, di sini, semalam. Rahimin berkata, berdasarkan siasatan remaja terbabit mengenali warga emas yang tinggal bersendirian itu ketika mereka bertemu berhampiran kawasan air pancut di tepi Sungai Melaka. Katanya, warga emas itu menawarkan gadis berkenaan tempat perlindungan dan mahu menjadikannya sebagai cucu angkat. “Gadis itu mendakwa terabai selepas kedua-dua ibu bapanya bercerai dan menerima pelawaan warga emas terbabit. Lelaki warga emas itu memahami tinggal sebumbung dengan bukan mahram walaupun individu berkenaan masih muda boleh mendatangkan syak serta menjuruskan kepada perbuatan maksiat,” katanya. – myMetro Online


Kerajaan Tambah 40 Balai Polis Baharu, Tiga Batalion PGA Di Sabah
Kerajaan telah meluluskan penubuhan tiga batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 40 buah balai polis baharu, khusus untuk mempertingkat aspek keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), persidangan Dewan Negara diberitahu pada Khamis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata selain itu, tiga kem baharu bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan didirikan di kawasan Felda Sahabat di Lahad Datu, Semporna dan Sikuati, Sabah. “Beberapa aset seperti bot, pesawat, dan helikopter berteknologi tinggi turut ditambah, manakala tiga kem berkenaan akan menyediakan kemudahan pejabat, rumah dan keperluan lain bagi membolehkan ATM beroperasi dengan baik,” katanya di sini. Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah yang ingin tahu sama ada semua aset, infrastuktur dan kemudahan yang digunakan di perairan Sabah adalah yang tercanggih dan bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin keselamatan negara. Shahidan berkata untuk keselamatan di kawasan perairan, pasukan Polis Marin dibekalkan dengan bot ronda dan bot laju sebagai bot pemintas dan jumlah aset berkenaan akan ditambah dari semasa ke semasa. Katanya Sistem Pengawasan Radar Inisiatif 1206 di beberapa lokasi di kawasan Pantai Timur Sabah juga akan dinaik taraf, manakala radar-radar baharu akan dipasang di sepanjang kawasan terbabit. Shahidan berkata tindakan proaktif yang diambil itu secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan kewujudan Esscom mencapai objektinya, iaitu memastikan kawasan pantai timur Sabah kekal selamat. “Ini kerana kita tidak mahu sebarang kejadian jenayah rentas sempadan seperti penculikan dan penyeludupan berlaku lagi,” katanya. – BERNAMA


“Qi Razali tiada hak halang saya berlakon adegan mesra” – Nelydia Senrose
Pelakon sedang meningkat naik, Nelydia Senrose menjelaskan bahawa keputusan untuk menerima sesebuah tawaran berlakon itu adalah keputusan diri sendiri dan tidak melibatkan pihak lain termasuk teman lelakinya, Qi Razali. Menurut aktres berusia 20 tahun itu, orang lain tidak perlu campurtangan dengan urusan peribadinya kerana dia sudah dewasa dan tahu menjaga batas-batas dalam lakonan, maruah diri dan keluarga. Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad “Segala keputusan menerima sesebuah tawaran adalah daripada diri saya sendiri. Dia (Qi Razali) tiada hak untuk tentukan limit kepada saya. Dia pun tak pernah meletakkan apa-apa batas kepada saya apabila saya berlakon.” Tak perlu ada orang untuk mengajar saya untuk masuk campur urusan lakonan saya. Soal personal saya, ia letak tepi.” Nelydia membuat penjelasan itu selepas diminta pihak media mengulas tentang kontroversi agenda mesra dengan aktor Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang didakwa keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan cemburu Qi Razali.



VIDEO: Terjunan Bebas Dari Bangunan Tertinggi Dunia
Bagi penggemar sukan ekstrem, pastinya video ini dapat memberikan adrenealin tahap maksimum buat anda. Dua penerjun bebas bertaraf dunia, Vince Reffet dan Fred Fugen telah mencatat rekod dunia apabila melakukan terjunan dari puncak bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa yang terletak di Dubai. Burj Khalifa yang berketinggian 829.8 meter telah diiktiraf sebagai bangunan paling tinggi di dunia pada 2010 selepas pembinaannya siap sepenuhnya pada 2009.


Ibu Tergamak Bunuh Tiga Anak Kurang Upaya
SEORANG wanita yang juga ibu ditahan selepas disyaki membunuh tiga anaknya yang kurang upaya di kediaman mereka di selatan-barat London. Tania Clarence, 42, dipercayai membunuh Olivia, 4, dan pasangan kembar Ben dan Max, 3, yang menghadapi masalah otot tulang belakang dengan cara melemaskan mereka, memetik Daily Mail. Sewaktu kejadian, suaminya, Gary Clarence, 43, dan anak sulung mereka, Taya, 8, berada di Afrika Selatan. Polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi oleh rakan keluarga tersebut yang memberitahu mereka tidak dapat dihubungi lebih dari 24 jam. Ketiga-tiga mayat kanak-kanak tersebut ditemui di bilik mereka di tingkat atas. Jiran-jiran yang ditemui menyifatkan Tania sebagai ibu yang penyayang dan kejadian tersebut merupakan satu tragedi kepada keluarga itu. Wanita itu kini ditahan untuk siasatan dan turut menerima rawatan di Hospital St George kerana mengalami cedera ringan.


Kerajaan Pusat Tidak Pernah Tolak Hudud – Najib
ALOR SETAR – Datuk Seri Najib Razak, menegaskan Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud, namun mengakui masih banyak yang perlu diselesai dan diperhalusi sebelum undang-undang itu dapat dilaksanakan. Justeru, Perdana Menteri menjemput semua ulama pondok untuk sama-sama memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu berhubung hudud, supaya keadilan yang menjadi matlamat induk pelaksanaannya terjamin. “Kerajaan Pusat sokong mana-mana pihak sekali pun yang ingin melaksanakan hudud…namun sebelum itu perlu dipastikan masyarakat Islam benar-benar memahaminya secara mendalam… begitu juga bukan Islam. “Mereka perlu dipastikan memahaminya supaya tak wujud salah anggap terhadap hukum-hakam Islam yang suci ini,” katanya ketika berucap sempena perasmian penutupa Ijtimak Pondok Malaysia 2014, di sini, sebentar tadi. – BH Online



VIDEO: Setiausaha Kantoi Guna Susu ‘Semulajadi’ Untuk Bosnya!
Tak tahu apa yang ada dalam fikiran seorang setiausaha hingga tergamak memerah susu sendiri untuk dijadikan hidangan bosnya. Perbuatan pelik ini kantoi apabila setiausaha tersebut tidak menyedari gelagatnya telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di pantri pejabatnya. Pada mulanya setiausaha tersebut kelihatan bersahaja membuka peti ais, mengambil susu kotak, menuang ke dalam cawan lalu meminumnya. Bagaimanapun tidak lama selepas itu dia mula menyingkap baju dan memerah susu sendiri ke dalam kotak sebelum mencampurnya ke dalam minuman. Difahamkan, perbuatan ini membuatkan setiausaha tersebut dibuang kerja. Tak fasal-fasal kan?


Jari Mangsa Feri Karam Patah Panjat Dinding
Pulau Jeju – Pasukan penyiasat yang menyiasat insiden feri karam mendapati kebanyakan pelajar sekolah yang meninggal dunia dalam tragedi itu mengalami jari patah, dipercayai berlaku ketika mereka mencuba sekuat hati untuk melepaskan diri. Media tempatan melaporkan, pelajar tersebut terdesak untuk melepaskan diri dan cuba memanjat dinding atau pintu ketika feri Sewol itu tenggelam dan air memasukinya. Malah pnyelam yang turun ke dasar laut dalam sejuk itu mendapati kebanyakan mayat adalah pelajar sekolah yang masih berpaut pada kabin, koridor dan dek yang terbalik. Kebanyakan mangsa adalah mereka yang disuruh oleh kru kapal supaya berada di dalam bilik, dengan alas an demi keselamatan sendiri. “Kami dilatih untuk berdepan dengan tebusan atau kes culik, namun dalam keadaan ini kami mesti memberanikan diri untuk mencari mayat-mayat berkenaan dalam air yang gelap,’’ kata seorang penyelam, Hwang Dae-sik. Dalam pada itu, upacara pengebumian 25 pelajar telah diadakan di Seoul. Tragedi ini juga membangkitkan simpati Korea Utara yang selama ini mempunyai hubungan yang tegang dengan Korea Selatan. Pyongyang dilaporkan menghantar mesej simpati dan takziah kepada keluarga mangsa. Sementara itu, dalam perkembangan lain, pendakwaraya mendakwa feri itu membawa 3,600 tan kargo, iaitu melebihi tiga kali berat yang dibenarkan ketika meninggalkan pelabuhan.


Rambut Orang Mati Jadi Hiasan Di Kepala
China – Sanggupkah anda memakai rambut orang yang sudah meninggal dunia? Bagi penduduk minoriti Miao di Liupanshui, ia merupakan perkara biasa dan rambut tersebut dipakai pada majlis tertentu. Ada rambut yang digunakan itu milik orang yang sudah meninggal dunia sejak beratus tahun lalu. Ia diikat pada tanduk kerbau dan kemudian diletakkan di kepala. Bagaimanapun rambut-rambut tersebut diturunkan daripada nenek moyang kepada cucu cicit mereka. Rambut tersebut akan diwarnakan dan dipelihara dengan baik bagi memastikan ia bersihat dan bsihat. “Ia disifatkan sebagai satu cara hidup kepada mereka yang telah meninggal dunia. Setiap kali wanita menyikat rambut mereka, mereka akan mengutip rambut yang gugur itu dan menyerahkan kepada anak mereka selepas berkahwin. “Bagi sesetengah orang, sejarah adalah dalam buku tetapi bagi penduduk Miao, yang kini berjumlah kurang dari 5,000 orang, sejarah terletak di atas kepala mereka,’’ kata salah seorang penduduk di situ.


Hantu Dirakamkan Lari Tembusi Tembok?
Bolivia – Peminat bola sepak di negara ini telah dihantui dengan `hantu stadium’ yang dirakamkan oleh televisyen ketika pertandingan bola sepak diadakan di Stadium Hernando Siles di La Paz, minggu lepas. Imej yang dirakamkan itu menunjukkan bagaimana `hantu’ itu berlari laju menembusi penonton dan juga tembok di stadium berkenaan. Rakaman tersebut telah tersebar di internet dengan pelbagai teori telah diberikan. Apa pun ia merupakan situasi yang tidak dapat dijelaskan. Perkara ini bukan kali pertama berlaku di stadium bola sepak di negara Amerika Selatan. Sebelum ini di Venezuela, dalam pertandingan bola sepak antara Venezuela menentang Colombia, imej `hantu’ dirakamkan berjaya menampan bola menyebabkan bola terkena tiang gol. Sesetengah penduduk percaya ia adalah roh kepada Presiden Hugo Chavez yang berjaya menyelamatkan beberapa cubaan gol tersebut.


‘Kembar’ Barack Obama Di Malaysia
SUBANG JAYA – Iman Ishak, 25, adalah seorang peguam. Perawakannya berbeza dan jelas. Orang di sekelilingnya sering berbisik sehingga pada suatu hari seorang lagi yang berdiri di depannya menjerit ‘BARACK OBAMA!’. Iman mempunyai wajah mirip Presiden Amerika Syarikat (AS) itu. Dia yang juga seorang DJ menyuarakan rasa kecewa terhadap renungan orang di sekelilingnya tetapi mendapat perhatian yang menggalakkan dan menyeronokkan terutamanya dari rakan-rakan. “Saya menyedari saya mirip Obama yang bertanding pada pilihan raya 2008. Seorang pensyarah bahasa Inggeris yang sedang membaca artikel menoleh kepada saya dan berkata saya kelihatan seperti Obama,” kata Iman. Walaupun Iman tidak melihat persamaan di antara mereka, rakan-rakannya memberitahu senyuman, telinga dan gaya yang bersahaja, menyebabkan dia disamakan dengan Obama. Iman mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama keluarga berkunjung ke Madame Tussauds di London yang menempatkan patung lilin Obama. Ramai pengunjung memandangnya tidak berkelip apabila dia berdiri di sebelah patung itu, terkejut dengan persamaan mereka. “Saya sentiasa dengar orang berbisik atau menoleh ke arah saya semasa berada di sana. Saya tidak terlalu memberikan perhatian dan pada satu ketika anda sudah lali dengannya. Adakalanya, apabila saya menyedari ada orang merenung saya, saya akan berjalan kepada mereka dan berkata hey,” katanya Iman pernah ditugaskan untuk membawa kumpulan hip hop popular, Wu-Tang Clan yang berkunjung ke Malaysia untuk mengelilingi negara ini. Selepas beberapa kali memandang gambar Iman, salah seorang ahlinya, Raekwon berkata ‘Siapa lelaki yang mirip Obama ini?’. Iman mengetahui lawatan ‘kembarnya’ ke Malaysia menerusi rakan-rakan dan ahli keluarga yang mencadangkan peluang mereka untuk bertemu antara satu sama lain. Namun, Iman berkata, dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kepada Obama sekiranya mereka bertemu. - mStar Online


Lelaki Pukul Dua Kekasih Dipenjara 12 Bulan
DI Singapura, seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berasingan. Dalam kes pertama, Mohamad Affindi Mohd Ali, 37, telah memukul bekas kekasihnya pada November 2011 selepas mengesyaki dia curang di belakangnya. Wanita itu telah ditampar, ditumbuk, ditendang dan dilibas dengan tali pinggang di bahagian belakang tubuhnya hingga menyebabkan lebam dan retak tulang rusuk. Dalam kes kedua pula, Affindi telah memukul seorang lagi kekasihnya pada waktu itu kerana percaya wanita itu telah menipunya pada September 2013. Dia bertindak menolak wanita itu hingga jatuh dan menendangnya di tempat letak kereta di Pasir Ris. Kes ketiga melibatkan perbuatannya merakam video tidak senonoh yang melibatkan rakan sekerja wanitanya. Hakim menyifatkan ketiga-tiga perbuatan Affindi itu sebagai tidak menghormati wanita dan hukumannya berkuatkuasa semalam.

No comments:

Post a Comment