Wednesday, April 16, 2014

Berita Terkini 16 April 2014

Serangan gas beracun di Syria cetus persoalan
Serangan gas beracun di Syria cetus persoalan
Seorang daripada mangsa gas beracun di Kfar Zita sedang dirawat di hospital berhampiran. Foto: Shams News Network
DAMSYIK - SYRIA. Tentera kerajaan dan puak penentang rejim Presiden Bashar al-Assad saling tuduh menuduh antara satu sama lain sebagai dalang dalam insiden serangan gas beracun terbaharu di negara itu. Namun, butiran lengkap berhubung serangan di Kafr Zita, sebuah perkampungan di wilayah Hama yang terletak kira-kira 200 kilometer dari ibu negara masih menjadi persoalan. Dalam satu kenyataan, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) mendakwa, pesawat milik tentera rejim Bashar melepaskan bom yang menghasilkan asap tebal di kampung terbabit, Jumaat lalu. "Sekurang-kurangnya dua maut manakala ratusan penduduk dilaporkan mengalami keracunan dan sesak nafas akibat serangan gas beracun berkenaan," kata jurucakap SNC yang dipetik Al- Jazeera Bagaimanapun, stesen televisyen tempatan mendakwa, serangan gas klorin tersebut didalangi rangkaian kumpulan Al-Qaeda, Barisan Al-Nusra. "Selain itu, ada maklumat mendedahkan cabang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) berkenaan juga sedang bersedia untuk melancarkan beberapa lagi siri serangan gas beracun di Wadi Deif di wilayah Idlib dan Morek di wilayah Hama," jelas laporan tersebut. Difahamkan, sehingga kini tiada pihak tampil mengesahkan insiden serangan gas beracun terbaharu itu. Ogos lalu, seramai 1,400 penduduk di luar Damsyik dilaporkan maut dalam serangan senjata kimia didalangi rejim Bashar hingga mencetuskan kecaman masyarakat antarabangsa.

Ahmad Ibrahim
Lapan lelaki ditahan kes senjata api
Ahmad Ibrahim (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas pada sidang media Ops Cantas Khas oleh anggota Polis Kuala Muda, Sik dan Alor Setar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.- Foto Bernama
ALOR SETAR - Polis Kedah menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Myanmar berhubung kesalahan senjata api menerusi lima operasi Ops Cantas Khas bagi tempoh 21 Mac hingga Ahad lepas. Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan di Kota Setar, Sik dan Kuala Muda. Polis juga merampas dua pucuk pistol jenis Luger dan revolver termasuk tiga butir peluru, sepucuk pistol tiruan, selaras senapang kayu buatan sendiri dan sebilah parang daripada suspek terbabit, katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Beliau berkata, polis turut menemukan beberapa barangan lain seperti rompi dan pelekat berlogo polis dan topeng muka. Mengulas kesemua tangkapan itu, Ahmad berkata dalam tangkapan pertama pada 12.45 pagi 21 Mac lepas, Unit Rondaan Bermotosikal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menahan seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai melakukan jenayah. Susulan itu polis menahan dua lagi lelaki tempatan di Alor Setar dan pemeriksaan polis menemukan sepucuk pistol jenis Luger selain merampas sebilah parang, topeng muka serta sebuah motosikal yang dipercayai diguna untuk kegiatan jenayah. Dalam operasi 2 April lepas di Sik, polis memberkas seorang lelaki berusia 30-an kerana menyimpan sepucuk senapang tiruan yang diperbuat daripada kayu namun boleh menyebabkan kematian, katanya. Polis katanya turut menemukan 'detonator' dan pelbagai peralatan lain yang boleh diguna untuk membuat alat letupan. Motif suspek menyimpan bahan-bahan berkenaan masih disiasat. "Operasi di Kuala Muda pada 9 April lepas kira-kira 4.45 pagi menahan tiga lelaki yang melakukan kesalahan memeras ugut di sebuah pusat hiburan dah turut menemui sepucuk pistol jenis revolver serta tiga peluru," katanya. Ahmad berkata satu lagi tangkapan di Kuala Muda juga pada 13 April lepas pihaknya menahan seorang lelaki sekitar 30-an yang memiliki pistol tiruan kira-kira pukul 1.10 pagi. Lapan lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - Bernama

Dipenjara 6 bulan cabul anak saudara tiri
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja Aquaria dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencabul kehormatan anak saudara tirinya pada Jumaat lepas. Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan tertuduh, yang berusia 24 tahun, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Dia didakwa melakukan perbuatan itu beberapa kali ke atas mangsa, yang berusia 16 tahun 6 bulan, di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Cheras Lama pukul 3 pagi pada 11 April lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana kejadian itu menyebabkan mangsa trauma selain mengambil kira fakta tertuduh merupakan bapa saudara mangsa. Beliau berkata, kes sebegini semakin kerap berlaku dan demi kepentingan awam, mahkamah harus menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang lain. Tertuduh, dalam rayuannya bagi hukuman ringan, memaklumkan mahkamah bahawa ketika kejadian, dia dalam keadaan tidak sedar dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. - Bernama

Datuk Abdul Aziz Kaprawi
Cadangan guna tali pinggang keledar dalam bas
SEREMBAN - Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kementerian itu akan mencadangkan tali pinggang keledar (keselamatan) disediakan di setiap tempat duduk bas sebagai satu daripada ciri keselamatan pengguna bas. Katanya kementerian itu akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) untuk menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas bagi keselamatan pengguna bas. "Kami jangka dalam tempoh lima tahun ini untuk menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar di setiap bas secara menyeluruh. Walaupun ia tidak dikuatkuasakan serta merta tetapi kami akan meletakkan syarat kepada bas baharu yang hendak dilesenkan. "Buat masa ini bas lama dikecualikan oleh kerana kita tidak mahu melibatkan penambahan kos (yang membebankan) syarikat bas," katanya pada sidang media selepas pelancaran bas baharu Sistem Kenderaan Seremban-Kuala Lumpur Sdn Bhd (SKS-KL) di sini hari ini. Abdul Aziz berkata kebanyakan bas baharu kini didapati menepati ciri-ciri keselamatan dan keselesaan pengguna, tali pinggang kaledar boleh menambah ciri keselamatan yang ada. Selain itu, alat GPS dan had laju juga dipasang pada setiap bas bagi mengawasi kedudukan dan kelajuan bas untuk memastikan syarikat sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. "Saya juga menyarankan agar syarikat bas memastikan pemandu bas mereka adalah pemandu yang bertauliah dan mempunyai lesen serta yang sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Kita menekankan pemandu berhemah kerana kajian mendapati hampir 80 peratus kemalangan bas ini adalah berpunca daripada kecuaian pemandu. "Dalam hal ini, syarikat bas diminta supaya lebih teliti dan berhati-hati memilih pemandu bas," kata Abdul Aziz. - Bernama

 

AirAsia pindah ke KLIA2 menjelang 9 Mei
KUALA LUMPUR - AirAsia mengesahkan ia akan memindahkan operasinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menjelang 9 Mei, 2014. Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun berkata, walaupun masih terdapat beberapa isu komersial yang tertangguh, perkara itu tidak akan membataskan operasinya di KLIA2. Beliau berkata AirAsia telah membuat persediaan yang perlu untuk berpindah ke KLIA2, sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (Orat), seperti ujian operasi dan 'airside'. Dengan bantuan dan sokongan daripada pihak Malaysia Airport Holding Bhd, kami akan dapat melengkapi kehendak spesifikasi Orat untuk memudahkan proses perpindahan kami," katanya. Kamarudin berkata syarikat penerbangan itu yakin perkhidmatan di lapangan terbang baharu itu dan perkhidmatan Kumpulan AirAsia yang bertaraf dunia itu akan terus meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan negara, serta industri dan sektor berkaitan yang lain. - Bernama

Khalid Ibrahim
Tempoh catuan air ditentu selewatnya minggu depan
SHAH ALAM - Keputusan mengenai pelan catuan air di Lembah Klang dijangka dibuat selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak yang terlibat termasuk syarikat konsesi air sama ada mahu meneruskan pelan itu atau menghentikannya. "Setakat ini air hanya naik satu peratus sahaja di empangan, namun kita ada beberapa cadangan untuk selesaikan perkara ini dan perkara berkaitannya akan saya umumkan selepas perbincangan itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi mana-mana pihak yang mahu menyaman kerana tidak berpuas hati dengan masalah bekalan air yang dihadapi sekarang. "Keputusan (mencatu air) dibuat berasaskan jumlah air yang ada sekarang. "Malah ia dibuat di bawah satu jawatankuasa yang dianggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta pihak berkuasa tempatan dan kita bersedia menerangkan tentang perkara ini," katanya. Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan ada pihak yang ingin mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri kerana gagal menyediakan bekalan air berterusan untuk pengguna di negeri itu dan telah mengenakan catuan air sejak Mac lepas. Catuan peringkat pertama bermula 2 Mac lepas melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor dan kini meliputi peringkat keempat melibatkan 6.7 juta pengguna. - Bernama

Catuan air
Catuan air: Terpulang kalau nak saman, tak gentar
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang jika mana-mana pengguna berhasrat untuk menyaman kerajaan negeri berhubung catuan air. Menurutnya, tindakan catuan air yang dijalankan kerajaan negeri di beberapa kawasan di Selangor adalah berdasarkan keadaan air semasa. "Tak apa. Nak saman itu terpulang. "... keputusan itu dibuat dibawah jawatankuasa yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Annexe, hari ini. Sebelum ini, tinjauan TV3 mendapatkan reaksi pengguna di Selangor menyuarakan hasrat akan mengambil tindakan saman terhadap kerajaan negeri susulan kegagalan pengurusan air di negeri itu. Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, pelan catuan air tersebut bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi khidmat air yang berterusan kepada pengguna. Dalam pada itu, beliau memberitahu keputusan pemberhentian atau meneruskan catuan air bakal ditentukan minggu depan. "Kalau nak teruskan (catuan air), mesti ada alasan dan kalau nak berhentikan, (perlu nyatakan) bila dan apa kriterianya. "Air di empangan naik 1 peratus, jadi, ia belum lagi...tapi kita ada beberapa cadangan untuk selesaikan perkara ini. Saya akan nyatakan selepas perjumpaan itu Isnin atau Selasa depan," katanya. Sementara itu, menyentuh soal perancangan untuk mengadakan sidang khas berhubung Projek Loji Rawatan Air Langat (Langat 2), beliau berkata sidang itu tidak akan mengubah kandungan perjanjian penstrukturan semula air yang telah dibuat. "Perjanjian sudah dibuat tapi mereka (Adun) nak tahu sama ada apa yang kerajaan negeri lakukan itu munasabah atau tidak. "Bila (sidang khas) itu kena tunggu rundingan perjanjian air selesai," katanya. Menjawab soal dakwaan beberapa pihak bahawa beliau tidak telus dan membelakangkan mereka dalam urusan penstrukturan semula industri air, Abdul Khalid sempat menjawab sambil berseloroh. "Oh...kalau nak bawa semua orang, satu lorilah," katanya.

Najib Tun Razak
Misteri MH370: Najib bidas Anwar
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang kononnya mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dalam satu saat. Beliau menyifatkan dakwaan pemimpin tersebut sebagai tidak masuk akal dan memperbodohkan rakyat Malaysia. Najib berkata, kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-39, hari ini memerlukan sokongan dari negara luar berikutan kerumitan dan cabarannya yang di luar dugaan. "Ini memang tidak masuk akal sama sekali malah memperbodohkan pertimbangan akal budi rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini. Pada 5 April lepas, sebuah akhbar Cina menyiarkan sebuah artikel wawancara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majalah Southern Weekly bahawa jika dirinya Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan satu saat untuk menyelesaikan isu kehilangan pesawat MH370. Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth, Australia. Pada 24 Mac, Najib mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston, hari ini berkata sebanyak sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal membantu dalam misi pencarian MH370. Selain itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang untuk membuat pencarian di udara membabitkan 62,063 kilometer persegi dan lokasi sasaran berada pada 2,170 kilometer barat laut Perth. - Bernama

Meluru langgar belakang treler
Kereta Persona meluru langgar belakang treler
Keadaan kereta Persona yang remuk setelah merempuh belakang treler dalam kemalangan di Kilometer 419.3 Lebuh Raya Utara Selatan selepas susur masuk Plaza Tol Bukit Tagar menghala Ipoh.
BUKIT TAGAR - “Saya nak alihkan kon dan penanda segi tiga tiba-tiba kereta tu datang langgar besi penghadang sebelum langgar belakang treler,” kata pemandu treler, Ab Shukkur, 35, menceritakan kemalangan yang berlaku depan matanya semalam. Katanya, melihat keadaan itu dia bergegas lari menyelamatkan diri sebelum datang kembali melihat mangsa tersepit. “Treler saya rosak dan baru saja selesai gantikan paip nozel. Dah cuci tangan jadi nak alihkan kon tiba-tiba kereta tu datang dari lorong tengah. “Saya tak fikir apa masa tu tapi terus lari selamatkan diri sebab kalau tengok kesan kereta ni memang tak brek langsung,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya, kemalangan kira-kira jam 3 petang di Kilometer 419.3 Lebuh Raya Utara Selatan selepas susur masuk Plaza Tol Bukit Tagar menghala Ipoh. Katanya, mangsa yang belum diketahui identitinya dipercayai berusia lingkungan lewat 20-an mengalami kecederaan di kepala dan muka, namun masih sedarkan diri. “Kalau melihat kesan kecederaan pemandunya mungkin teruk tapi dia masih mampu berjalan dan mencari sendiri dompet dan telefon bimbitnya. “Dua jentera bomba datang tapi satu dah berjaya bawa keluar pemandu sebelum bomba satu lagi datang. Pemandunya lelaki dibawa ke Hospital Slim River,” katanya. Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Omar Mohamad Yatim ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa sudah dihantar ke hospital menggunakan ambulan ketika mereka tiba. “Sebelum tiba ada jentera bomba daripada Balai Bestari Jaya, mereka telah selamatkan mangsa terlebih dahulu kerana semasa kejadian ada kes kemalangan lain berlaku di Lembah Beringin. “Tapi keadaan kereta mangsa yang remuk pada enjin dikhuatiri boleh mengakibatkan letupan atau kebakaran jadi kami terpaksa memotong kabel berkaitan bagi mengelakkan perkara itu,” katanya.

Ejen gores dan menang didakwa
Ejen gores dan menang didakwa
Antara mereka yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, semalam atas pertuduhan memperdaya mangsa dengan niat untuk menipu.
SEREMBAN – Lima individu termasuk seorang wanita yang terbabit sebagai ejen peraduan gores dan menang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memperdayakan mangsa dengan niat menipu bagi mendapatkan keuntungan. Chew Han Boon, 27, dari Taman Desa Tebrau, Johor Bahru; Lai Jai Hing, 19, dari Taman Kajang Jaya dan Willie Ngam Tee Heng, 30, dari Johor Bahru dihadapkan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abd Razak. Manakala, M Parameswaran, 24, dari Taman Permai Bidor, Perak dan Kum Kah Seng, 27, dari Ipoh dihadapkan di depan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh di mahkamah berasingan. Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan mangsa untuk membeli barangan peralatan dan tilam Jade daripada syarikat tempat mereka bekerja selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Perbuatan itu dilakukan di pejabat Syarikat Mutiara Johan Enterprise beralamat di Jalan Manikavasagam, dekat sini pada waktu dan tarikh berbeza iaitu 23, 25 dan 27 Mac lalu, antara 2.30 dan 7 petang. Kesemua jurujual tersebut didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dengan memperuntukkan penjara selama tempoh 14 tahun dan denda atau dengan kedua-duanya sekali. Siti Khairiah membenarkan ketiga-tiga tertuduh terbabit yang diwakili peguam Paul Krishnan Raja, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Sementara itu, Mohamad Izwan membenarkan Parameswaran dan Kah Seng yang turut diwakili peguam Paul Krishnan diikat jamin RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan turut mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan. Sebutan kedua-dua kes yang dijalankan berasingan itu ditetapkan pada 14 Mei depan. Pendakwaan dikendalikan Sara Afiqah Zulkipli dan Nabilah Mohammad Zanudin.

Budak maut kepala terhantuk gelung pembentung
Budak maut kepala terhantuk gelung pembentung
Mangsa maut selepas terjatuh dan kepala terhantuk di gelung pembentung ketika bermain bersama abangnya dan tiga rakannya.
IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas kepala terhentak gelung pembentung ketika bermain bersama abang dan tiga rakannya di sebuah stor di Kampung Khantan Baru di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, Heng Chiew Zheng bersama abangnya bermain gelung pembentung di hadapan sebuah stor yang menempatkan perkakas pembinaan bangunan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika bermain, murid tahun empat sebuah sekolah rendah Jenis kebangsaan di sini terjatuh dan kepalanya terhentak pada konkrit terbabit. “Abangnya berusia 14 tahun membawa adiknya balik ke rumah yang terletak bersebelahan dengan kawasan stor terbabit. Sampai di rumah simati tidak sedarkan diri dan meninggal dunia. “Siasatan awal mendapati didapati tiada unsur jenayah berlaku. Bapa si mati dan pemilik stor telah membuat laporan polis dengan menyatakan kematian kerana kemalangan ketika bermain,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan bedah siasat telah dijalankan sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Pekerja hotel jumpa mayat tergantung
IPOH – Pekerja hotel terkejut menemui mayat seorang lelaki berusia 58 tahun dalam keadaan tergantung di bilik air hotel selepas curiga pelanggan hotel yang sepatutnya mendaftar keluar tidak berbuat demikian di sebuah hotel di Jalan Dass di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihak hotel telah memecahkan pintu bilik si mati selepas panggilan telefon yang dibuat di bilik hotel terbabit tidak dijawab oleh pelanggannya itu. “Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, pihak hotel mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku terhadap lelaki terbabit, mereka telah pergi ke bilik dan dapati ia berkunci dari dalam. “Selepas pintu berjaya dibuka, mereka melihat ada kesan darah d iatas lantai. Pemeriksaan menyeluruh menemui si mati dalam keadaan tergantung di bilik air sebelum menghubungi pihak polis,” katanya, semalam. Menurutnya, siasatan awal mendapati si mati yang berasal dari Taman Rapat Damai cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya sebelum gantung. “Kejadian ini tidak menjurus kepada jenayah selepas mendapati tiada sesiapa yang datang ke bilik si mati sepanjang dia menginap di hotel terbabit. “Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya.

Tujuh sekeluarga diikat perompak
Tujuh sekeluarga diikat perompak
Kereta mangsa ditinggalkan penjenayah terbabit di tepi jalan di Tanjung Piandang, Parit Buntar.
PARIT BUNTAR - Pasangan guru menempuh detik cemas apabila seluruh ahli keluarga mereka diikat perompak dalam kejadian samun di Jalan Baharu, di sini, pagi kelmarin. Tiga penjenayah yang memecah masuk kediaman mangsa turut melarikan pelbagai barangan berharga dan sebuah kereta milik pasangan itu. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, ketika kejadian jam 5 pagi itu, pasangan guru berkenaan bersama lima anak mereka sedang tidur di bilik tidur utama sebelum dikejutkan dengan bunyi bising di bahagian dapur rumah. Menurutnya, kedua-dua mereka difahamkan pergi meninjau keadaan di dapur sejurus terdengar bunyi bising dan terkejut apabila mendapati tiga lelaki bertopeng dan bersarung tangan, mengacukan parang serta kayu ke arah mereka. Katanya, ketiga-tiga penjenayah terbabit turut mengugut kedua-dua mangsa supaya tidak melawan. “Pasangan guru terbabit bersama lima anaknya kemudiannya ditawan tiga suspek, dipercayai warga tempatan yang memecah masuk rumah mereka melalui pintu hadapan yang diumpil. “Keterangan mangsa juga mengatakan tiga suspek berkenaan yang bertutur dialek tempatan menawan lima anak mangsa yang tidur di dalam bilik berasingan. "Semua anak pasangan itu kemudiannya diikat dan ditinggalkan di bahagian dapur,” katanya ketika ditemui media di sini semalam. Mat Fauzi berkata, sejurus keluarga mangsa diikat, kesemua suspek menggeledah rumah mangsa dan mengambil pelbagai barangan berharga termasuk barang kemas, beberapa telefon bimbit dan komputer riba. Menurutnya, suspek dipercayai mengambil masa kira-kira setengah jam menggeledah keseluruhan rumah mangsa. Beliau berkata, kesemua suspek melarikan diri dengan kereta jenis Toyota Avanza milik mangsa. “Bagaimanapun, kenderaan mangsa berjaya ditemui semula setelah ditinggalkan di pinggir jalan di Tanjung Piandang dalam keadaan sempurna pada hari kejadian,” katanya. Mat Fauzi berkata, siasatan lanjut kes masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. “Saya juga minta kerjasama orang awam menyalurkan maklumat untuk bantu polis menyelesaikan kes ini,” katanya.

Tak serik dipenjara
Tak serik dipenjara
Jaafar bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah lorong rumah kedai Seri Manjung.
MANJUNG - Tidak serik dipenjara, seorang lelaki sekali lagi ditahan polis akibat pengedaran dadah pada 9 April lalu. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, ketika ditangkap lelaki berusia 40 tahun itu menunggu pelanggannya sambil menunggang motosikal di sebuah lorong rumah kedai di Seri Manjung. Menurutnya, polis mendapat maklumat sebelum ini berkenaan kegiatan lelaki terbabit dan menyerbu ke tempat kejadian jam 1 tengah hari. “Bersama lelaki itu kami menemui 20 paket lut sinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 16.7 gram, 17 paket dadah jenis syabu seberat 5.5 gram dan satu paket ganja seberat 3.5 gram,” katanya dalam sidang media di sini semalam. Beliau berkata, nilai rampasan berkenaan adalah sebanyak RM5,800 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jelasnya, lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan pernah dipenjarakan. "Dia dipercayai aktif dalam pengedaran dadah sejak empat bulan lalu setelah keluar dari penjara setahun yang lalu. “Kita harap masyarakat terus memberi kerjasama dalam menangani masalah berkaitan dadah ini. Polis akan merahsiakan identiti pemberi maklumat dan masyarakat tidak perlu risau mengenai perkara ini,” katanya.

Pengusaha kedai emas rugi RM680,000
TELUK INTAN - Seorang pengusaha kedai emas di Jalan Pasar di sini kerugian RM680,000 apabila premis dua tingkat yang menempatkan kedai berkenaan dipecah masuk sekumpulan penjenayah awal hari ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian yang dipercayai berlaku pukul 12.30 tengah malam itu hanya disedari pekerja yang mahu membuka kedai berkenaan pada 9.10 pagi. "Tiga suspek disyaki memasuki premis itu dengan memanjat bumbung. Siasatan awal mendapati suspek masuk melalui lubang angin dengan memecahkan siling sebelum turun menggunakan tangga dan menuju ke tingkat atas kedai," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata, suspek kemudian dipercayai turun ke tingkat bawah kedai menggunakan tali serta bertindak mematikan sistem kamera litar tertutup di premis itu. Katanya, kumpulan itu juga didapati memotong pintu besi bilik kebal dan mengambil pelbagai barangan berharga seperti 4.5 kilogram jongkong emas, wang tunai kira-kira RM80,000 dan jam tangan jenama Rolex. Goh berkata, selain itu sekotak sarang burung dan pelbagai barangan kemas serta mata wang luar negara yang belum diketahui nilainya turut dicuri. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Bernama

MH370: Perancis ulangi sedia bantu Malaysia
KUALA LUMPUR - Perancis mengulangi kesediaan menghulur bantuan dan berkongsi kepakaran serta pengalaman dengan Malaysia dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Kesediaan itu dinyatakan oleh Anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Pertahanan dan Angkatan Bersenjata (CFADAF) Senat Perancis, Senator Daniel Reiner ketika mengunjungi Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di sini hari ini. "Reiner menyatakan kesediaan itu kerana mereka (Perancis) pernah mengalami keadaan yang hampir serupa apabila pesawat Air France terhempas di Lautan Atlantik pada 2009," kata Abu Zahar kepada Bernama. Delegasi Parlimen Perancis seramai tujuh orang itu yang diketuai Reiner turut disertai Duta Perancis ke Malaysia, Martine Dorance; Naib Pengerusi CFADAF, Senator Jacques Gautier; dan anggota CFADAF, Senator Alain Neri. Dalam pertemuan hampir sejam itu, Reiner menyampaikan rasa simpati berhubung tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu. - Bernama

Mohd Shukri Dahlan
85 calon hadir pengambilan konstabel polis Cina
SHAH ALAM - Seramai 85 calon berketurunan Cina menghadiri Hari Terbuka Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka hadir untuk temu duga daripada 490 yang membuat permohonan. "Penglibatan pelbagai kaum dalam PDRM amat penting terutamanya apabila jenayah kini semakin mencabar dan berubah kerana kebanyakan yang berlaku melibatkan teknologi moden. "Pada masa sama, penglibatan daripada pelbagai kaum adalah bagi membentuk pasukan yang mantap dan tidak dilihat sebagai pasukan yang dikuasai oleh satu kaum sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian hari terbuka itu di sini hari ini. Mohd Shukri berkata, bagi pengambilan khas itu, PDRM memberi kelonggaran syarat pelantikan seperti hanya perlu lulus dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding syarat kredit dalam mata pelajaran itu sebelum ini. "Kami memerlukan pemuda yang berpengetahuan tinggi dan celik IT bagi memudahkan kami pada masa hadapan. Kekurangan anggota muda (daripada kaum Cina) dalam PDRM adalah salah satu punca program ini diwujudkan," katanya. - Bernama

Facebook 
Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed
KUALA LUMPUR - Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat 'Heartbleed', iaitu sejenis penggodam akaun pengguna. Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik. Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed. Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak. "Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan. "Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam. Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu. "Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda," katanya. Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu. Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed. Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan telahpun memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera. SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan. Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. - Bernama

Lelaki maut, 4 cedera bas mini bertembung kereta
TAWAU - Seorang lelaki terbunuh selepas bas mini yang dipandunya bertembung sebuah kereta di Kilometer 52 Jalan Tawau-Semporna malam semalam. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, dalam insiden pada kira-kira 7 malam itu, mangsa, Abdul Rasid Jupuril, 62, dari Kampung Sri Jaya, Semporna meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami. Beliau berkata bagaimanapun, tiga penumpang bas mini dan pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan. Katanya, siasatan awal mendapati bas mini yang dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau bertembung kereta dari arah bertentangan ketika hendak memotong sebuah motosikal. - Bernama

Persatuan Sejarah Malaysia
Mungkin harta karun milik lanun
Persatuan Sejarah Malaysia SHAH ALAM - Persatuan Sejarah Malaysia tidak menolak kemungkinan wujud harta karun di Pulau Nangka, Melaka, seperti kenyataan Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron. Pengerusinya, Datuk Omar Mohd Hashim berkata, jika wujud harta karun tersebut, ia boleh jadi milik lanun-lanun Eropah yang singgah di perairan Melaka. Menurutnya, perkara seperti menyembunyikan harta adalah amalan lanun-lanun sahaja. "Itu hanya kemungkinan sahaja. Ini kerana, tidak ada dalam amalan atau hikayat sewaktu Kesultanan Melayu dahulu kisah meninggalkan harta dengan menyembunyikannya. "Sesiapa sahaja yang melarikan diri termasuk Sultan, mereka akan membawa bersama harta-harta milik mereka dan tidak akan meninggalkan di mana-mana dengan harapan akan berpatah balik untuk mengambil semula," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata, perkara menyembunyikan harta boleh jadi dilakukan oleh mana-mana pihak. "Kebarangkalian harta itu wujud ada, cuma saya tidak boleh kata, ia milik Sultan Mahmud Shah atau mana-mana Sultan. "Pada zaman itu, saudagar dari China dan India yang menetap di Melaka juga kaya dan mempunyai pengaruh besar, tetapi ia tidak memungkinkan harta-harta itu milik mereka kerana menyembunyikan harta bukan amalan pada era itu," katanya. Ditanya, adakah mungkin harta dikatakan milik Sultan Mahmud Shah itu ditinggalkan oleh pengiringnya sewaktu Baginda melarikan diri daripada serangan Portugis pada tahun 1511, Omar berkata, perkara itu tidak pernah dinyatakan. "Tidak ada cerita hikayat Melayu mengenai perkara sedemikian. Menerusi cerita-cerita lama ini, setiap pengiring Sultan adalah terdiri daripada mereka yang setia. "Mengikut sejarah, semasa Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan, baginda diiringi hampir 300 pengiring yang membawa harta seperti alat-alat kerajaan (keris dan takhta) dan juga emas. Kesemua mereka ini sangat setia kepada Sultan dan tidak akan mengkhianati dengan mencuri dan menyembunyikan harta tersebut," katanya. Jelasnya, semasa melarikan diri itu, Sultan dan pengikutnya hanya melalui jalan darat untuk mengelakkan diri daripada ditangkap Portugis. "Jalan laut tidak selamat buat mereka. Jika mereka melalui jalan laut, akan mudah dikepong tentera Portugis berbanding jalan darat yang lebih kepada perkampungan," katanya. Dalam pada tu, Omar menjelaskan jika benar wujud harta karun seperti yang dinyatakan, ia adalah milik kerajaan Melaka dan tidak boleh mana-mana pihak mengambilnya.

Al-Sisi disokong ikon rasuah
Al-Sisi disokong ikon rasuah
Al-Sisi masih mendapat sokongan kuat dari sebahagian rakyat. KAHERAH - MESIR. Seorang ahli politik veteran berpendapat barisan penyokong calon Presiden Mesir terdiri daripada individu dan ikon rasuah terbesar di negara itu. Hamdeen Sabahi yang juga bekas pemimpin Parti Nasserist mendakwa, beberapa individu yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal rasuah merupakan penyokong kuat Abdel Fattah Al-Sisi. “Terdapat seorang ikon rasuah yang setia mendampingi Al-Sisi dalam setiap kempen pilihan rayanya,” katanya dalam program bual bicara bersama Sabahi TV. Menurutnya Al Ahram, bagaimanapun, sejurus beliau mahu mendedahkan nama individu terbabit, program tersebut mengalami gangguan siaran. Penyandang tempat ke tiga calon Presiden pada 2012 ini turut mendedahkan, ramai ‘kaki kipas’ Al-Sisi kini berkeliaran di pejabat pentadbiran kerajaan bagi menyatakan hasrat menyokong pemimpin itu. Difahamkan, calon presiden memerlukan sekurang-kurangnya 25,000 bentuk cadangan yang bakal ditandatangani oleh 1,000 orang dari 15 kementerian berlainan, sebelum layak bertanding pada pilihan raya presiden. Mesir akan memulakan kempen pilihan raya tiga minggu bermula 3 Mei ini sebelum hari pengundian pusingan pertama pada 26-27 Mei dan keputusan itu bakal diperoleh pada 5 Jun.

Drama diplomatik
Drama diplomatik israel, berlakon bagi mengaburi dunia
PROSES damai Palestin dan Israel yang berlangsung selama sembilan bulan dan sepatutnya berakhir pada akhir bulan ini terus mencetuskan persoalan sama ada ia akan berjaya atau tidak. Sehingga kini, masih tiada kata putus dicapai kerana Israel dilihat sengaja mensabotaj usaha tersebut selain enggan mematuhi syarat rundingan. Walaupun tempoh rundingan damai Timur Tengah dilanjutkan selepas tarikh akhir pada 29 April depan, banyak pihak dapat mengagak drama diplomatik yang tidak berkesudahan arahan Amerika Syarikat (AS)itu. Percaya atau tidak, segala tenaga positif ketika rundingan Oslo pada awal 1990-an telah lama hilang akibat penangguhan demi penangguhan proses damai tersebut sejak dua dekad lalu. Jika rundingan terbabit masih menemui jalan buntu, ia sekali lagi berpunca daripada dolak dalik dan alasan lapuk Israel yang merupakan sekutu rapat AS. Tidak kira apa berlaku selepas rundingan itu, satu era baharu dalam konflik berkenaan telah tercetus akibat kempen diplomatik yang telah sekian lama dirancang dengan teliti oleh AS. Washington didakwa mula merencanakan langkah seterusnya dengan merangka formula baharu ‘permainan’ terbabit yang hanya memberi kepentingan kepada mereka dan sekutunya. Selain itu, sekutu rapatnya juga sudah merancang segala-galanya walaupun AS mungkin sudah ketandusan idea untuk memanipulasikan rundingan itu. Selama hampir setengah abad, Israel berjaya menolak tuntutan Palestin dan negara antarabangsa untuk melepaskan cengkaman mereka ke atas Tebing Barat. Ia jelas menunjukkan, dari sehari ke sehari Tel Aviv semakin biadab meneruskan niat jahat mereka untuk merampas Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. Kelemahan usaha Setiausaha Negara AS, John Kerry telah digunakan sebagai batu loncatan kepada Israel bagi meningkatkan kempen sebelah pihak untuk menduduki kedua-dua kawasan terbabit secara kekal.

Tampar pekedai dengan ikan
Tampar pekedai dengan ikan
Wajah remaja yang dapat dirakam cctv selepas insiden itu. LANCASHIRE - Seorang remaja Britain mengemukakan permohonan maaf selepas bertindak keterlaluan menampar seorang penjual dengan ikan keran tidak berpuas hati dengan layanan di beri. Insiden berlaku di sebuah pasar di Asda, bagaimanapun dirakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) pasar berkenaan. Jurucakap polis berkata kepada The Mirror News, pekerja berusia 52 tahun itu sudah menerima surat permohonan maaf. “Kejadian berlaku apabila remaja berkenaan berang selepas pertanyaannya mengenai jenis ikan tidak dilayan. Remaja itu kemudiannya mengambil ikan kerisi lalu menampar muka penjual terbabit sebelum berlalu,” katanya. Menurutnya, selepas kejadian itu, remaja berkenaan ditahan polis selepas satu laporan dibuat oleh penjual berkenaan. “Kami mengesan suspek menerusi CCTV. Suspek kini diarah membuat kerja komuniti selama enam bulan dan diarah menulis surat permohonan maaf,” katanya. Beliau berkata, ini adalah kejadian pertama melibatkan kekasaran menggunakan ikan sebagai senjata.

Ibu dipenjara beri bayi morfin
Ibu dipenjara beri bayi morfin
COLUMBIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana menyebabkan kematian bayi perempuannya selepas memberi susu badan yang mengandungi morfin. Bekas jururawat Stephanie Greene, 39, dari South Carolina, Amerika Syarikat didapati bersalah mengambil morfin dan ubat penahan sakit lain tanpa memberitahu doktor yang beliau sedang dalam tempoh menyusukan bayinya. Bayinya, Alexis berusia 6 minggu dilaporkan maut selepas laporan toksikologi mengesahkan kematian itu berpunca dari susu badan yang diambil. Pendakwa raya Barry Barnette berkata, Greene yang ketagih morfin didapati bersalah membunuh dan mengabaikan keselamatan bayinya itu. “Ini bukan dakwaan penyusuan. Greene lebih suka mengambil dadah daripada menyayangi anaknya,” katanya kepada Nydaily. Seorang pakar perubatan memberi keterangan, melalui ujian bedah siasat mendapati terdapat kandungan morfin berlebihan dalam tubuh bayi berkenaan. “Kami dapati terdapat empat auns dadah di dalam tubuh bayi berkenaan, sebagai seorang bekas jururawat dia sepatutnya mengetahui bahaya pengambilan ubat dan dadah berkenaan terhadap bayinya,” katanya. Susulan kesalah itu, Greene menghadapi hukuman penjara seumur hidup dan harus berkhidmat sekurang-kurangnya 16 tahun dalam penjara di bawah undang-undang South Carolina.

Coklat cili padi popular
Coklat cili padi popular
Noorziah menunjukkan coklat perisa cili padi keluaran syarikatnya di Mihas 2014
COKLAT buatan tangan jenama Famles berperisa cili padi dihasilkan oleh syarikat perusahaan kecil sederhana Kinabalu Handmade Chocolate adalah antara produk unik yang dipamerkan di Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas 2014) yang berlangsung di Kuala Lumpur. Menurut pengurusnya, Noorziah Laugan Terki, syarikat itu mula menghasilkan coklat berperisa cili padi apabila seorang pelancong Hong Kong yang datang melawat kilangnya memberikan idea itu. “Pada 2011, kami mula melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan coklat yang rasanya manis apabila dimakan tetapi rasa pedas itu akan muncul selepas coklat itu cair di dalam mulut. “Sambutan bagi coklat perisa cili padi ini amat menggalakkan kerana permintaan dalam sebulan mampu mencecah 2,000 kotak walaupun ia hanya dipasarkan di Sabah dan Sarawak sahaja,” katanya ketika ditemui di Mihas 2014 di Kuala Lumpur. Noorziah berkata, tumpuan utama syarikat itu kini adalah untuk memasarkan coklat itu di Semenanjung Malaysia. “Kami juga sedang mengintai peluang untuk mengeksport coklat keluaran kami ke luar negara dan melalui pameran Mihas ini kami sudah mendapat beberapa negara yang berminat seperti Jepun, India dan Korea Selatan,” katanya. Selain coklat perisa cili padi, Kinabalu Handmade Chocolate turut menghasilkan coklat perisa durian, mangga, teh dan sedang melakukan R&D bagi menghasilkan coklat berperisa lada hitam dalam masa terdekat.

Kenderaan elektrik: Adakah sesuai di Malaysia?
Kenderaan elektrik: Adakah sesuai di Malaysia?
Kereta elektrik akan dapat dipasarkan pada harga anggaran RM90,000 seunit apabila bateri keluaran pertama Malaysia dihasilkan, tahun depan. - Gambar hiasan
SELAIN membantu meningkatkan daya saing industri automotif di peringkat tempatan dan antarabangsa, Dasar Automotif Nasional 2014 (DAN 2014) yang diumumkan awal tahun ini berperanan menjadikan Malaysia hab kenderaan cekap tenaga (EEV) serantau, sekali gus menerokai bidang pengeluaran EEV yang masih asing di negara ini. Bagaimanapun, usaha membangunkan infrastruktur EEV di negara ini perlu dipergiat bagi menyokong pelaksanaan dan perkembangan industri itu. Persoalannya, bersediakah rakyat di negara kita untuk menggunakan kenderaan elektrik (EV)? Mampukah rakyat membeli kenderaan elektrik yang dilihat agak mahal jika dibandingkan dengan kenderaan yang menggunakan petrol? Ditambah pula dengan kenaikan tarif elektrik baru-baru ini, orang ramai terus beranggapan bahawa penggunaan EV akan hanya melibatkan kos yang lebih tinggi. Persepsi ini menyebabkan manfaat sebenar EV sebagai kenderaan sifar pencemaran udara tidak dapat difahami dengan baik. Persepsi perlu diubah Persepsi orang ramai terhadap kenderaan elektrik yang dianggap sebagai kereta mewah perlu diubah kerana EV bukanlah kenderaan yang boleh dikategorikan sebagai kenderaan mewah. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamad Madani Sahari berkata, ada segelintir pengeluar kenderaan elektrik mempromosikan EV dengan mengelaskannya sebagai kenderaan mahal. "Itu adalah satu kesilapan besar, sepatutnya mereka memberi kesedaran mengenai EV dari segi kelajuan, kuasa, kesan positif kepada persekitaran atau mencari jalan supaya orang tahu yang menggunakan EV menyumbang kepada alam sekitar," katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini. Menurutnya, EV adalah kenderaan alternatif yang sesuai digunakan untuk aktiviti harian seperti pergi dan balik ke tempat kerja, atau lebih sesuai dijadikan sebagai kenderaan kedua. Katanya, adalah penting untuk memberikan pengetahuan kepada orang ramai dari semasa ke semasa supaya mereka dapat melihat hubungan relevan antara penggunaan kenderaan elektrik dengan keadaan semasa negara. Mengulas berhubung jumlah stesen pengecas kenderaan elektrik yang akan ditempatkan di seluruh negara, Mohamad Madani berkata, MAI yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan untuk pembangunan industri EV. Menurutnya, syarikat berkenaan akan menyediakan kenderaan elektrik pelbagai jenama untuk disewakan kepada orang ramai. Pada masa yang sama, syarikat itu juga akan menyediakan infrastruktur untuk stesen pengecas di seluruh negara. "Apa yang kita ada sekarang ini adalah pengecas perlahan dan kami ingin menambah baik pengecas kepada yang lebih pantas. "Stesen pengecas itu boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan elektrik dan ia dijangka akan dilancarkan pada tahun ini," katanya. Mohamad Madani berkata, banyak langkah yang telah dilakukan ke arah membawa kesedaran kepada kenderaan elektrik dan semua inisiatif itu masih berjalan. "Kita perlu menunjukkan orang ramai produk itu sendiri di depan mata, baru orang akan percaya," katanya. Bateri CKD bantu turun harga EV Dalam pembuatan EV, elemen yang perlu dititikberatkan ialah bateri kerana harga bateri meliputi 30 peratus daripada harga asal kenderaan elektrik. "Jadi antara cara untuk menurunkan harga kenderaan elektrik adalah dengan membuat pengeluaran bateri secara pemasangan tempatan (CKD). "Sebab itu baru-baru ini, MAI menjalin kerjasama dengan syarikat dari Australia iaitu AutoCRC Ltd dan Swinburne University of Technology untuk mengeluarkan bateri litium ion," katanya. Menurutnya, prototaip pertama bateri itu akan dikeluarkan pada suku pertama tahun depan, sekali gus menjadi bateri pertama buatan Malaysia. Katanya, pengeluaran bateri CKD itu akan membantu menurunkan harga kenderaan elektrik kepada RM85,000 hingga RM90,000 seunit. Mohamad Madani berkata, pihaknya dengan kerjasama syarikat pengeluar kenderaan tempatan juga merancang untuk mengeluarkan kenderaan elektrik selepas pengeluaran bateri itu pada 2016 selain bakal mencipta dan menyesuaikan saiz bateri supaya lebih kecil dan ia boleh digunakan dengan lebih efisien. Mengulas berhubung tanggapan segelintir orang bahawa kos penyelenggaraan EV adalah tinggi, Mohamad Madani berkata, EV menggunakan bateri litium ion yang akan bertahan selama 10 tahun, berbeza dengan bateri kereta sedia ada. Rebat dan insentif Sementara itu, Mohamad Madani juga berkata, kerajaan perlu memberikan insentif kepada individu yang membeli kenderaan elektrik. "Sebenarnya (insentif) itu perlu, cuma kita tidak minta lagi (daripada kerajaan) sebab kereta itu tidak ada lagi. "Bila kereta sudah ada kami mahu mengesyorkan supaya sesiapa yang membeli kereta elektrik mendapat rebat atau pengecualian cukai pendapatan," katanya. Mengulas berhubung kesediaan Malaysia untuk EV, Mohamad Madani berkata, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 2,000 kenderaan elektrik akan dijual pada 2016 di negara ini dan berharap ia akan bertambah dari semasa ke semasa. “Harga yang akan ditawarkan dijangkakan sekitar RM90,000 (seunit) apabila bateri buatan tempatan dihasilkan,” katanya. Mohamad Madani berkata, dari segi kos penyelenggaraan, EV adalah lebih murah berbanding kenderaan petrol. "EV tidak ada minyak hitam, minyak transmisi. Yang mungkin orang fikir adalah bateri, (tetapi) bateri bukan ditukar setiap tiga tahun sekali sebaliknya 10 tahun sekali," katanya.

Legoland tawar harga rendah untuk penduduk Johor
Legoland tawar harga rendah untuk penduduk Johor
Germyn (duduk, tengah) bersama petugas media dalam majlis makan malam, baru-baru ini.
BERITA baik khas buat anak kelahiran Johor untuk menikmati pembelian tiket ke taman tema Legoland pada kadar istimewa iaitu potongan sehingga RM80 seorang. Pengurus Besar Legoland Malaysia, Resort Mark Germyn berkata, tawaran itu sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat buat penduduk di negeri itu. “Kita ingin menawarkan sesuatu buat rakyat di negeri ini menikmati pelbagai tarikan dan tawaran di Legoland bersama keluarga,” katanya. Menurutnya, Legoland juga dalam rangka menambah kepelbagaian produk dan permainan di dua taman temanya selain mempromosi kunjungan ke hotel miliknya yang dilancarkan akhir 2013. Tawaran pas masuk tahunan itu dijual pada harga RM195 buat dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak yang tertakluk kepada warga Johor dengan mempamerkan kad pengenalan masing-masing. Pembelian pas tahunan itu turut melayakkan belian RM50 bagi satu kemasukan ke taman air Legoland, selain beberapa potongan harga bagi kemasukan hotel serta tawaran lain.


Ramai Calon P/Raya Indonesia STRESS, GILA MALAH BUNUH DIRI Sebab Kalah!
JAKARTA – Banyak calon yang gagal memperoleh undi terbanyak pada Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen 9 April lepas, mengalami tekanan selepas dilaporkan memberi segala yang ada termasuk wang peribadi, dalam usaha meraih sokongan rakyat. Laporan dari seluruh pelosok Indonesia baru-baru ini, menunjukkan sebanyak 6,600 calon yang merebut kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat atau parlimen, mengalami tekanan, kecenderungan menjadi gila, malah bertindak membunuh diri berikutan kerugian yang mereka alami. Misalnya, agensi berita Antara melaporkan bahawa Muhammad Taufiq, 50, yang bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum itu, kecewa setelah mengetahui beliau tidak memperoleh undi mencukupi bagi menjamin tempatnya di DPR. Ditemani rakannya, Muhammad Taufiq dikatakan pergi ke tempat mengundi di kawasan Cekocek di daerah Sampang, Madura, Jawa Timur, dan merampas peti undi ketika pegawai petugas pilihan raya sedang mengira undi. Jurucakap polis, Ronny F. Sompie berkata calon terbabit dan rakannya mengambil peti undi tersebut dan membawa ke rumah saudaranya sebelum ditahan pegawai Jawatankuasa Penyeliaan Pilihan Raya (Panwaslu). Selain itu, kekecewaan yang dihadapi calon juga dilaporkan di Tulungagung, Jawa Timur apabila calon daripada Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura), Miftahul Huda, telah menyumbangkan sejumlah wang bagi membina sebuah masjid. Miftahul menuntut agar masjid berkenaan memulangkan wangnya setelah mengetahui beliau gagal dalam pilihan raya tersebut selepas hanya memperoleh 29 undi dalam kawasannya di Kampung Majan. Satu laporan tragis turut berlaku di Banjar, Jawa Barat apabila seorang ibu muda menggantung dirinya selepas kalah dalam pilihan raya umum berkenaan. Penduduk tempatan menemui mayatnya tergantung di pohon buluh di perkampungan desa di Limusnunggal di daerah Ciamis, Jawa Barat. Indonesia, negara ketiga di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi selepas India dan Amerika Syarikat, mengadakan Pemilu Parlimen 2014 bagi memilih 560 anggota parlimen dan lebih 18,000 anggota majlis tempatan. Calon bagi kerusi majlis tempatan dikatakan membelanjakan sekurangnya-kurangnya Rupiah 100 juta (AS$8,761) dengan menggunakan wang simpanan peribadi dan menjual sebahagian besar aset, bagi menjayakan kempen mereka. Pegawai psikologi, Tika Bisono berkata tekanan atau kemurungan dan masalah mental lain dalam kalangan calon yang kalah merupakan isu yang dijangka berlaku disebabkan kekurangan kriteria atau maklumat daripada parti-parti politik. “Ternyata bahawa semua calon harus menyediakan sejumlah wang yang besar untuk menjadi calon, namun apabila mereka gagal, ada kemungkinan mereka akan menjadi tertekan,” katanya kepada Jakarta Post, baru-baru ini. Beliau berkata parti-parti politik perlu bertanggungjawab untuk membimbing calon masing-masing termasuk mengendalikan masalah jika mereka gagal dipilih sebagai wakil rakyat atau anggota majlis tempatan. Tika berkata ada kalangan calon yang tertekan disebabkan tidak membuat persediaan secukupnya sebelum berkempen, menyebabkan mereka menggunakan wang simpanan mereka dalam usaha mendapatkan undi terbanyak. “Saya berharap anggota keluarga calon yang tertekan ini memberi sokongan agar mereka kembali sembuh,” katanya. – Bernama


MH370: Syarikat Insuran Great Eastern Malaysia Bayar RM2 Juta Pada 14 Waris
Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd akan membayar RM2 juta kepada 14 waris penumpang pesawat MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan, kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Koh Yaw Hui. Beliau berkata syarikat itu akan mengetepikan prosedur bagi memproses pembayaran tuntutan. “Kami memahami situasi mereka, dan oleh itu, akan terus membuat pembayaran,” katanya kepada media di luar acara perasmian Pusat Kecemerlangan Great Eastern Life baharu di sini Selasa. Koh berkata proses pembayaran hanya mengambil masa sehari. Beliau juga berkata semua pelanggan yang diinsuranskan dengan Great Eastern Life Assurance terdiri daripada rakyat Malaysia. Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, hilang kira-kira 40 minit dalam perjalanan. Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 153 warga China, 50 Malaysia dan tujuh Indonesia. (sumber Astroawani.com)



VIDEO: Gerhana ‘Bulan Berdarah’ Malam Ini
Malam ini, akan berlaku satu fenomena alam yang biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun sekali iaitu gerhana bulan berdarah. Ia digelar begini kerana bulan akan bertukar warna kemerah-merahan dan dapat dilihat dengan mata kasar. Fenomena ini bagaimanapun lebih jelas dilihat di bahagian Utara atau Selatan Amerika dan Australia. Pada zaman dahulu, gerhana bulan berdarah dianggap petanda malapetaka bakal menimpa terutama bagi masyarakat sekitar benua Amerika Selatan dan Afrika. Menurut NASA punca gerhana bulan berdarah bukanlah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari sebagaimana dipercayai sesetengah pihak tetapi kerana pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Sekiranya berminat untuk menyaksikan gerhana bulan berdarah secara langsung, anda boleh menyaksikannya menerusi video ‘LIVE streaming’ di bawah.


Komen Budak Sekarang: Gambar ‘Cium Mulut’ Je..
Bayangkan, gambar panas begini bukan sahaja sewenang-wenangnya dikongsikan di Facebook tanpa malu untuk tatapan orang ramai, malah mendapat LIKE sampai ratusan pula. Tak cukup dengan itu, ada pula yang bagi komen teringin mahu lakukan aksi sama. Kata budak yang teringin tu: Masalah sekarang ni cuba korang tengok betul-betul gambar ni, benda cium mulut je bukan beromen sampai buka baju seluar gile! Macamlah korang tak pernah cium mulut kan? Mustahil weh. Dari situ dapat dilihat, ‘setakat’ cium mulut adalah perkara biasa bagi budak-budak zaman sekarang. Apa nak dikata lagi? Ibu bapa silalah pantau aktiviti anak-anak anda untuk memastikan mereka tak terjebak dengan aktiviti tak bermoral di luar. Jangan lupa, pastikan juga anda jadi salah seorang ‘Friend’ di Facebook anak-anak anda agar tahu dengan siapa dia berkawan dan sekaligus mengelak mereka mengepos gambar bukan-bukan seperti ini!


Tiada Kebocoran Radioaktif Di Kilang Sarung Tangan Di Rawang – Bomba
KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Selasa mengesahkan tidak berlaku sebarang kebocoran radioaktif di sebuah kilang mengeluarkan sarung tangan perubatan di Rawang dekat sini seperti yang tersebar di media sosial. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata khabar angin itu tersebar berikutan kebakaran kecil kira-kira 5.30 pagi ini, melibatkan beberapa kotak sarung tangan di kilang yang terletak di kawasan perindustrian. “Terdapat penyebaran maklumat palsu berkenaan insiden ini dalam media sosial seperti WhatsApp dan rasa takut ini mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat mengenai keselamatan mereka. “Saya harap agar tiada sebarang hebahan dibuat berhubung perkara ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Mohd Sani berkata bomba menerima panggilan daripada orang awam berkenaan insiden itu pada 5.59 pagi. Katanya Unit Bahan Berbahaya dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengesahkan tiada kebocoran radioaktif dikesan di kilang itu mahupun kawasan sekitarnya. Lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rawang tiba di lokasi pada 6.07 pagi, namun tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu. – BERNAMA


Ibu Kejam Mengaku Bunuh Enam Bayi Sebaik Lahir
Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa kejamnya wanita bernama Megan Huntsman, 39. Wanita dari Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat ini mengaku bahawa dia telah membunuh enam bayi yang dilahirkannya sama ada dengan cara mencekik atau melemaskan mereka. Selepas itu mayat bayinya akan dibalut dengan tuala atau baju sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik lalu dibuang ke dalam sebuah tong di garaj rumahnya. Sehari selepas Huntsman mengaku melakukan pembunuhan, pihak polis dan jiran tetangganya mula heboh memperkatakan tentang hal ini termasuk bagaimana dia mampu menyembunyikan kehamilannya daripada disedari. Huntsman ditahan Ahad lalu atas dakwaan melakukan enam pembunuhan dan dikenakan ikat jamin USD6 juta (RM19 juta) – USD1 juta untuk setiap kes jika mahu dibebaskan. Menurut jurucakap polis, Huntsman tidak menunjukkan sebarang reaksi emosional ketika proses soal siasat. Kesemua bayi tersebut dipercayai dilahirkannya antara 1996 hingga 2006 di kediamannya. Kekejaman Huntsman terbongkar selepas suaminya dan anggota keluarga lain menemui rangka bayi dalam tong ketika membersihkan garaj rumah, Sabtu lalu. Huntsman mengaku kesemua itu bayi yang dilahirkannya apabila ditanya lalu suaminya menelefon polis. Motif pembunuhan dilakukan ibu kepada tiga anak perempuan ini bagaimanapun masih disiasat.


MAKI PEMINAT: Jep Dakwa Konspirasi Menjatuhkannya Mula Sejak Maharaja Lawak Lagi
Pelawak terkenal Jep Sepahtu melahirkan rasa kecewa mengenai laporan sebuah akhbar tentang dakwaan dirinya memaki peminat ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada 21 Mac lalu. Untuk mendapatkan kepastian, Astro Gempak telah bertemu Jep semasa program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha di Sungai Petani, Kedah dan meminta dia mengulas mengenai isu tersebut. Menurut Jep, tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu terlalu berat malah menganggap ia sebagai satu fitnah. “Kalau cerita negatif saya masih lagi boleh terima tapi janganlah sampai ia mengaibkan orang dan menjadi fitnah kepada saya. “Saya takkan buat perkara macam tu, paling tidak pun kalau saya sibuk saya akan tolak dengan baik, tapi kalau tuduhan sampai kata saya memaki orang tersebut itu dah jadi satu fitnah. “Sampai satu tahap saya rasa seolah-olah ada konspirasi nak menjatuhkan saya, dan perkara sebegini dah berlarutan sejak saya dalam maharajalawak lagi… Ada sahaja cerita negatif tentang saya,” ulasnya. Selain itu, pelawak yang berasal dari Kulai, Johor ini juga mengakui dia tidak tahu apa motif yang ingin disampaikan oleh pengirim tersebut sehingga dia bertindak untuk memburukkan namanya. “Kita tak tahu siapa yang suka kita dan siapa yang tak suka… Kalau berfikir secara logik, takkan saya nak buat macam itu bila ada peminat yang ingin ambil gambar? “Sebab saya sedar, orang yang paling penting membuatkan saya berada hingga ke tahap ini adalah peminat dan saya sangat-sangat menghormati peminat saya… Mustahil saya nak buat perkara macam tu!,” katanya tegas. Tambah Jep lagi dia memaafkan pihak yang mengada-adakan cerita negatif ini dan menganggap ia merupakan asam garam kehidupan sebagai seorang artis “Saya baik-baik saja, Alhamdulillah bila keluar cerita-cerita negatif tentang saya ramai kawan-kawan datang jumpa saya dan berikan kata-kata semangat. “Kadang-kadang disaat saya ‘dihentam’ teruk, saya tak marah sebaliknya orang-orang yang berada disekeliling saya yang geram… Saya anggap ini sebagai asam garam sebagai artis dan fitrahnya memang begitu. “Apa yang buat saya jadi lebih kuat ialah percaya tuhan itu adil, buat baik dibalas baik dan bila anda buat perkara tak elok maka anda akan dapat balasannya. “Saya tidak anggap mereka sebagai ‘haters’ sebaliknya saya doakan supaya hentikan perbuatan ini agar tidak berlarutan kerana dikhuatiri akan bebalik kepada diri mereka sendiri.” ujarnya mengakhiri perbualan. Astro Gempak sebelum ini ada mengeluarkan artikel mengenai Jep yang didakwa menempelak peminatnya ketika perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 21 Mac lalu. Peminat tersebut yang terkilan dengan tindakan Jep itu telah menghantar surat kepada ‘Mizz Lahar’, ruangan gosip di sebuah akhbar tempatan. — Astro Gempak


Wardina Safiyyah ‘Tegur’ Ceramah Ustaz Don Daniyal Di Facebook
Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan. Perkongsian melalui Facebook Page Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya : We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ? Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260 “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”. Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi saw. Tidak mahu lagi mengulas panjang mengenai hal ini, tetapi pada pandangan peribadi kami ada baiknya Wardina berhubung terus menerus sahaja dengan Ustaz Don Daniyal, bagi mendapatkan bukti dan penerangan yang terperinci. Apapun, kami mengharapkan komen dan pandangan bernas dari pihak anda… Sumber: Wanista.com


Telefon Bimbit Tian Chua Dirampas Berhubung Laporan Hasutan Di Twitter
Pihak polis mengesahkan pada jam 7.45 malam, bertarikh 14 April 2014, bertempat di Hotel Armada, Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur telah menahan dan menyita sebuah telefon bimbit dari milikan YB Tian Chua @ Chua Tian Chang juga merupakan Ahli Parlimen Batu. Penyitaan sebuah telefon bimbit berkenaan adalah berkaitan dengan suatu penyiasatan polis dibawah Seksyen : 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948. berhubung dengan satu laporan polis yang dibuat oleh orang awam di Balai Polis Chow Kit pada 8 Mac 2014, terhadap suatu twitter yang disifatkan berbaur hasutan. Di dalam kejadian penahanan ini, pihak polis hanya menahan subjek bagi tujuan melaksanakan “waran” bagi memeriksa dan menyita telefon bimbit dari penama berkenaan. Melalui kenyataan media ini, pihak polis mengesahkan bahawa penama berkenaan tidak ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk disoalsiasat sebagaimana didakwa. Sebaliknya penama hanya ditahan di tempat kejadian bagi menerangkan maksud “WARAN PEMERIKSAAN” yang telah diperolehi dari Mahkamah untuk menyita telefon bimbit dari penama tersebut yang telah dibebaskan di tempat kejadian sebaik sahaja telefon bimbitnya disita. – FB PDRM


‘Jatuh Hati’ Pandang Pertama, Sanggup Tampal ‘Notis’ Di Stesen Bas!
BAGAI dalam drama pula tatkala melihat gambar ‘notis’ yang dikongsikan oleh laman Facebook ‘The Real Singapore’ ini. Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘JS’ telah menampal sekeping notis khas untuk gadis yang ditemuinya di perhentian bas pada 12 April lalu. Katanya, dia melihat gadis itu sewaktu sama-sama menaiki bas bernombor 74 sebelum kedua-dua mereka turun di perhentian bas yang sama untuk menaiki bas lain. Gadis berambut pendek itu dikatakan menyerupai salah seorang rakan sekolah rendah dan menengahnya. Bagaimanapun, sebelum dia sempat bertanya, sebuah bas tiba dan gadis itu terus menaiki bas tersebut. Justeru, dia berharap agar gadis itu akan muncul kembali di perhentian bas yang sama pada 19 April bersamaan hari Sabtu ini. Memang bersungguh-sungguh usaha JS untuk menemui gadis tersebut. Kami harap semoga penantiannya akan terjawab pada nanti. Kalau benar gadis itu tidak mengenalinya, mungkin mereka boleh menghulurkan salam perkenalan dan membina persahabatan baru, tak gitu?


Pecutlah Sesuka Hati Di Lima Lebuh Raya Ini..
Bagi sesetengah pemandu yang berasakan mereka amat cekap di jalanraya, dapat menekan minyak sesuka hati tanpa bimbang disaman kerana melanggar undang-undang had laju adalah mimpi jadi kenyataan. Jika ini adalah impian anda, maka lima lebuhraya di bawah adalah tempat yang pasti membuat anda gembira.
1) Autobahnen, German
Walaupun pemandu digalakkan tidak menekan minyak melebihi 130km/j ketika melalui lebuhraya sepanjang 12,845km ini, pemandu tidak akan ditahan jika memandu lebih laju. Sememangnya di kebanyakan tempat di German had laju cuma dikuatkuasakan di sesetengah kawasan sahaja kerana faktor tertentu yang kadangkala cuma sementara. Sebagai contoh apabila jalan terbabit terlalu terdedah pada risiko kemalangan, dalam proses pembinaan atau pembaikian atau ketika cuaca buruk.

2) Lebuhraya Wilayah Utara, Australia
Tak kisahlah apa pun had laju yang ditetapkan, ia tiada gunanya jika tiada kamera atau anggota polis yang memerhati. Di lebuhraya ini, anda tidak perlu risau ada polis ketika memandu laju dan kenderaan pun jarang-jarang lalu tapi mata mesti dibuka luas kerana takut ada kanggaro atau haiwan liar tiba-tiba melintas. Dalam erti kata lain kalau terjadi kemalangan atau apa-apa pada anda, maka ia mungkin lewat sikit disedari.
3) Pulau Man, Britain
Di pulau kecil yang ditadbir sendiri British Crown dan terletak di pantai antara Great Britain dan Ireland ini, pecutlah sesuka hati tapi pastikan anda sentiasa cermat dan hati-hati. Sebab walaupun tiada had laju kebangsaan, pulau ini masih mempunyai undang-undang berkaitan memandu secara cuai dan berbahaya.
4) India
Tiada had laju ditetapkan di lebuhraya India yang terletak di Andhra Pradesh dan Maharashtra. Tapi pastikan anda hati-hati kerana sejarah pada 2012 menyaksikan 26 maut manakala beberapa yang lain cedera apabila sebuah kereta yang dipandu laju bertembung dengan bas.

5) Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
Secara teknikalnya had laju ditetapkan adalah 121km/j tetapi polis biasanya tidak akan menahan kecuali jika anda memandu melebihi 140km/j. Walaupun hebat di jalanraya jangan sekali-kali terfikir untuk lari daripada polis jika disuruh berhenti sebab polis UAE dikenali antara pasukan polis yang memiliki kenderaan paling laju di dunia. Pasukan polis sana dibekalkan dengan kereta seperti Nissan GT-R, Mercedes-Benz SLS, Bugatti Veyron, Aston Martin One-77, Lamborghini Aventador dan Ferrari FF. Gila kan?



VIDEO: Emma Paksa Zizan Lafaz Cinta Kuat-Kuat!
Hubungan cinta pelawak, Zizan Razak dan pelakon Emma Maembong bukan lagi rahsia. Namun jika sebelum ini mereka kurang terbuka memperkatakan tentang cinta, kini semakin banyak pos romantik di buat di akaun media sosial masing-masing. Terbaru, Emma Maembong mengepos di Instagram gurauannya supaya Zizan mengucapkan ‘saya sayang Emma‘ dengan kuat di sebuah restoran. Sesetengah peminat berasakan video ini romantik dan sweet namun tak kurang juga berasakan sikap Emma agak gedik di sini. Apa pendapat anda? Pada pendapat kami, lantak merekalah. Cuma kalau boleh kahwinlah cepat-cepat jadi boleh bergurau senda lagi banyak lepas ini.



Penduduk Arab Saudi Dilanda ‘Tarian Penguin’
JIKA Korea Selatan terkenal dengan tarian ‘Gangnam’nya, Arab Saudi juga ada tariannya yang tersendiri. Tarian yang kami maksudkan bukanlah tarian tradisional, sebalik ‘Penguin Dance’ atau tarian penguin yang diilhamkan dari haiwan comel itu sendiri. Ia mula popular sejak awal tahun ini khususnya di majlis-majlis perkahwinan di sana. Langkahnya cukup mudah iaitu dimulakan dengan dua tendangan kecil ke kiri, kemudian ke kanan, lompatan kecil ke hadapan, lompatan kecil ke belakang dan diakhiri dengan tiga lompatan ke hadapan. Langkah ini akan diulangi berkali-kali dan sememangnya ia kelihatan menarik apabila dilakukan beramai-ramai. Saksikan.


Pas Tetap Akan Laksana Hukum Hudud
KUALA TERENGGANU – Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang. Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan. “Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud),” katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini hari ini. “Kita (Pas) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud,” katanya lagi. Isu undang-undang hudud menjadi ‘duri dalam daging’ dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak. Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini. Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. Sementara itu di KOTA BHARU, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas Kelantan akan bertemu dengan sekutu mereka bagi membincangkan isu berkenaan. “Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR) untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa. “(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. “Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di Kelantan sahaja,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan PKR, terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen Pas Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat kelak. Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam. “DHPP dari awal lagi dia sokong Pas dan dia tahu Pas ini nak menegakkan undang-undang Islam dan bila dia sokong Pas, makna dia bersedia menerima perjuangan Pas… jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud),” katanya. – BERNAMA


Lembu Australia Disembelih Di Pusat Veterinar
JOHOR BAHRU – Lembu dari Australia dibenar disembelih di pusat sembelihan Jabatan Veterinar di negara ini yang mematuhi syarat-syarat sembelihan sebagaimana ditetapkan oleh negara terbabit. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran menyembelih lembu Australia dalam negara, akan membantu menampung permintaan daging lembu negara yang tinggi ketika ini. “Dulu kita ada masalah sebab lembu dari Australia tidak boleh disembelih mengikut cara kita kerana ia dianggap kejam kepada binatang itu. Australia tidak benarkan dan beri syarat jika hendak sembelih lembunya, kita perlu mematuhi syarat-syaratnya,” katanya hari ini. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Hortikultur Bandar Kebangsaan 2014 dan Program Pertanian Bandar anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di sini. Menurut beliau Australia mensyaratkan lembu yang mahu disembelih perlu dipengsankan menerusi kejutan elektrik terlebih dahulu menerusi kaedah yang dipanggil ‘stunning’. Selain Australia, sebuah lagi pembekal tradisi lembu kepada Malaysia ialah Thailand, tetapi bekalan dari negara itu berkurangan berikutan permintaan yang tinggi dari China, kata Ismail Sabri. Bagi menampung bekalan daging lembu negara, kementerian katanya, akan mempelbagai negara pembekal lembu hidup seperti dari Myanmar, Kemboja, Brazil serta benua Afrika. Kementerian akan mengimport 20,000 lembu dari Myanmar tahun ini, manakala Pertubuhan Peladang pula akan membawa masuk 3,400 ekor lembu dari Kemboja, katanya. Kementerian katanya, juga akan menjalin kerjasama dengan beberapa rakyat negara ini yang memiliki ladang ternakan lembu di Australia bagi menampung bekalan daging lembu negara. Mengenai bekalan daging lembu sejuk beku pula katanya, ia tidak berhadapan sebarang masalah dengan 80 peratus bekalan diimport dari India, manakala selebihnya dari New Zealand, Australia dan beberapa negara lain. – BERNAMA


Dipenjara 5 Bulan Hendap Wanita Di Dalam Tandas
KUALA LUMPUR – Gara-gara menghendap seorang wanita di dalam tandas, seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa. Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Gunawan, 23, seorang pekerja kilang, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan diperintah menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh ditangkap pada 4 April lepas. Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memanjat mangkuk tandas untuk menghendap wanita itu di bilik tandas bersebelahan melalui ruangan atas dinding di tandas wanita tingkat 3, bangunan Intermark Mall Management Office, Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, di sini, pada 8 pagi, 4 April lepas. Mengikut fakta kes, mangsa secara jelas nampak muka seorang lelaki sedang mengintai dari bilik tandas sebelah dan memanggil tertuduh keluar dari bilik tandas itu. Apabila mangsa bertanya mengapa dia (tertuduh) memasuki tandas wanita itu, dia memberi alasan tandas lelaki di bangunan itu penuh menyebabkan mangsa menghubungi pihak pengurusan dan tertuduh ditahan. Mohamad Gunawan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. Dia yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya mahkamah menjatuhi hukuman denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa. – BERNAMA


Lelaki Maut Kren Jatuh Dari Tingkat 11
KUALA LUMPUR – Seorang pengendali kren maut apabila kren yang dipandunya jatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan di tapak pembinaan di Ara Damansara, di sini pagi tadi. Mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Johor, maut selepas terjatuh bersama kren yang patah kira-kira pukul 9 pagi. Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.01 pagi dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian. “Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya bergegas ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Sementara itu, semasa ditemui di lokasi kejadian seorang pekerja warga Pakistan dikenali sebagai Ali, 34, berkata beliau berada di tingkat bawah tanah bangunan terbabit ketika kejadian berlaku dan hanya menyedari selepas mendengar jeritan orang ramai. “Saya dengar ramai orang jerit supaya lari dan keadaan menjadi kecoh sebelum melihat kren terbabit jatuh ke tanah,” katanya yang baru tiga bulan bekerja di tapak pembinaan terbabit. Kes disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA


`Rice Porridge Abalone’ Tidak Diimport Ke M’sia
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan produk `Rice Porridge with Abalone’ jenama Yangban keluaran sebuah syarikat di Korea yang dipercayai mengandungi bakteria clostridium botulinum tidak diimport ke negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengesahan itu dibuat melalui data import sejak tahun 2013 yang diperolehi kementerian itu melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM). “Melalui data import ini, produk `Rice Porridge with Abalone’ yang terlibat di dalam isu ini tiada di import ke negara ini. “Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan telah mengenakan Pemeriksaan Tahap Lima Tahan, Uji dan Lepas terhadap produk ini sekiranya diimport (ke Malaysia) sejak 10 April lalu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Noor Hisham berkata, laporan laman web Canadian Food Inspection Agency (CFIA) pada 3 April lalu memaklumkan terdapat produk `Rice Porridge with Abalone’ dipercayai dicemari bakteria clostridium botulinum. Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa Kanada dan Singapura telah menarik balik kesemua produk terlibat dari pasaran negara terbabit. Jelas beliau, clostridium botulinum sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan demam dan kesakitan abdomen. Ia boleh juga menyebabkan kematian terutama ke atas golongan berisiko tinggi seperti bayi, warga emas atau orang yang rendah sistem imuniti . Justeru, katanya, orang ramai tidak perlu khuatir berhubung isu tersebut kerana Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan bagi menjamin keselamatan makanan di negara ini. “Sekiranya pengguna ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan negeri terdekat. “Aduan boleh juga dibuat melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my/v3,” katanya. Beliau turut mengingatkan Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.


Measat-3b Dibawa Ke Tapak Pelancaran
KUALA LUMPUR – Airbus Defence and Space, sebahagian daripada Airbus Group, telah selesai menjalankan integrasi akhir dan ujian Measat-3b. Direka bentuk dengan transponder 48 Ku-band, Measat-3b akan digunakan untuk menyokong perkhidmatan data dan video di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia, kata Airbus Defence and Space dalam satu kenyataan hari ini. Satelit itu meninggalkan kemudahan Airbus Defence and Space di Toulouse, Perancis dan diangkut melalui udara ke Kourou, French Guiana. Ia dijadual dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang dengan pelancar Ariane 5. Pelancaran dan operasi fasa awal orbit akan dikendali dari pusat kawalan kapal angkasa Airbus Defence and Space di Toulouse. Measat-3b adalah yang ke-36 yang akan dilancarkan dari tapak pelancaran berkenaan dan sembilan lagi berada dalam pelbagai peringkat pengeluaran di kilang Airbus Defence and Space. Measat-3b akan dilancarkan ke dalam slot orbit 91.5°E di mana ia akan dikolokasi dengan Measat-3 dan Measat-3a untuk membentuk satelit terus ke rumah Asia paling lasak, satelit Eurostar E3000. – BERNAMA


Dilema Bila Pasangan Suka Main ‘Game’
“DISEBABKAN rasa sayang, saya masih lagi bersabar dengan kerenah isteri yang suka main online game,” kata seorang suami mengenai sikap isterinya. Kakitangan swasta, Amin Budi (bukan nama sebenar), 30, berkata, dia menyedari sikap buruk isterinya selepas bulan madu pertama mereka apabila Dina, 27, tidak pernah berenggang dengan iPad yang merupakan salah satu barang hantaran perkahwinan yang dihadiahkannya dua tahun lalu. Pada awalnya Amin berkata, isterinya yang juga seorang suri rumah sepenuh masa tidak menunjukkan ketagihan kerana tetap melayannya dengan baik, namun apabila menjelang setengah tahun perkahwinan, sikap isterinya itu kian menjadi-jadi. “Isteri saya kadang kala tak beri respons ketika saya bercakap jika ketika itu dia sedang menghadap iPadnya, dan sanggup tidur lewat malam menyebabkan dia kadang-kadang tak melakukan kerja rumah, tetapi menghabiskan masa dengan tidur sahaja di siang hari sebab tak cukup tidur pada waktu malam. “Apabila saya pulang ke rumah dalam keadaan bersepah, ini menyebabkan stress semakin bertambah. Tak cukup di tempat kerja, di rumah pula keadaan tunggang-langgang,” katanya. Jelasnya, isterinya suka bermain game ‘Candy Crush’ dan game lain melalui Facebook seperti ‘Restoran City’ dan sebagainya. Apabila ditegur, isterinya memberitahu ia sekadar untuk mengisi masa terluang sedangkan ketika itu dia berada di rumah. Lebih malang katanya, isterinya pernah keguguran Januari tahun lalu dan dia menganggap perkara itu berlaku disebabkan sikap isterinya yang suka bermain permainan online sehingga tidak menjaga pemakanan dan waktu tidur yang baik. ‘Uninstall’ semua permainan Mengulas lanjut, Amin bagaimanapun tidak menyalahkan isterinya 100 peratus. Dia menganggap isterinya hanya mahu melepaskan tekanan akibat kesunyian di rumah kerana sentiasa ditinggalkan keseorangan. Amin juga mengakui kadang kala terpaksa meninggalkan isterinya untuk beberapa hari kerana terpaksa keluar daerah atas urusan kerja. Tidak menolak keadaan itu juga turut menjadi penyebab hubungan mereka renggang, Amin kemudian tekad berbincang secara serius dengan isterinya. Amin bagaimanapun bersyukur kerana keadaan itu membuka ruang yang lebih baik dalam perkahwinan mereka apabila keterbukaan kedua-duanya dalam menyuarakan isi hati masing-masing telah menyebabkan mereka cuba memperbaiki kelemahan yang ada. “Sekarang ini, isteri saya juga sudah berubah selepas keguguran tahun lalu dan dia juga telah ‘uninstall’ semua permainan yang menjadi ketagihannya sebelum ini,” katanya. Suami perlu bijak selesai masalah Dalam masa sama, Amin menasihati mana-mana suami yang menghadapi masalah sama agar bersabar dan berbincang dengan isteri. “Janganlah kerana online game, berlaku keretakan rumah tangga. Kalau kita ikhlas, ALLAH sudah tentu buka pintu hati isteri untuk terima nasihat kita. Masing-masing ada kelemahan, mungkin ia juga berpunca dari sikap kita, tetapi itulah cabaran perkahwinan,” katanya. Sementara itu, Munir Ahmad, 32, memberitahu ketagihan terhadap permainan online menyebabkan hubungan sepupu dan suaminya menjadi renggang. Kata Munir, sepupunya, Suriati, pernah memberitahu walaupun ketika Ramadan, suaminya lebih suka bermain game berbanding solat Tarawih dan kadang-kadang tidur pada jam 4 pagi kerana asyik bermain game. Begitu juga dari urusan penjagaan anak-anak, jika salah satu dari dua anaknya jatuh sakit, Suriatilah yang menguruskan segalanya kerana suaminya lebih suka menghabiskan masa dengan permainan online. “Walaupun ia tidaklah menyebabkan hubungan mereka sampai hendak bercerai tetapi melalui ceritanya, suaminya mengabaikan urusan penjagaan anak-anak sehinggakan semua dia yang perlu selesaikan walaupun dari segi nafkah, suaminya tak pernah ‘miss’. “Apa yang membimbangkannya, anak sulung Suriati juga mengikut perangai ayahnya. Bangun sahaja tidur, dia akan menuju ke komputer untuk bermain game ‘Angry Bird’,” katanya. – Sinar Harian


Jururawat Keldai Dadah RM2.18 Juta
Kuala Lumpur – Seorang jururawat sebuah pusat perubatan swasta diberkas polis selepas dipercayai menjadi ‘keldai dadah’ selain turut bersubahat melakukan aktiviti penyeludupan dadah syabu didalangi lelaki Afrika. Wanita tempatan berusia 27 tahun itu turut dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang ketua sindiket itu yang giat menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang. Kegiatan itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan selepas pihak polis memberkas lima lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga Republic Sierra Leone Sabtu lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, semua suspek ditahan di beberapa lokasi di Damansara, Petaling Jaya, Sri Petaling, Gombak dan Cyberjaya. Menurutnya, ketua sindiket berusia 30 tahun itu ditahan bersama seorang wanita tempatan di sebuah kondominium di Sri Petaling, di sini. “Suspek lelaki terbabit dikenal pasti sebagai perancang utama sindiket pengedaran syabu yang aktif sejak beberapa bulan lalu. “Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas 10.9 kilogram dadah syabu bernilai RM2.18 juta,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam. Noor Rashid berkata, semua lelaki yang ditahan itu didapati menggunakan pas pelajar untuk berada di negara ini. “Mereka dipercayai turut menjadikan wanita tempatan sebagai `keldai dadah’ bagi membantu mereka menjual atau menyeludup dadah berkenaan ke luar negara. “Modus operandi sindiket ini menggunakan penghantaran kargo udara untuk menyeludup bekalan dadah dari Nigeria. Polis tidak menolak kemungkinan sindiket ini menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum menyeludup dadah ke negara lain,” katanya. Beliau berkata, polis akan terus melakukan siasatan dan meningkatkan operasi bagi membanteras sebarang aktiviti pengedaran serta penyeludupan dadah ke negara ini. “Semua suspek terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. – myMetro Online


Dihukum Gantung Sampai Mati Bunuh Ibu Tiri
SHAH ALAM – Mahkmah Tinggi di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang wanita selepas dia dan adiknya didapati bersalah membunuh ibu tiri mereka dua tahun lalu. Bagaimanapun, Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam pengalamannya, berkata, hukuman terhadap adik wanita itu yang ketika kejadian berusia 16 tahun hanya akan diketahui pada 28 April ini selepas mendapat laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Berdasarkan pertuduhan, Zahidah Ahmad, 27, didakwa membunuh ibu tiri mereka, Tanziah Zainuddin, 72, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012 di Taman Sri Wangi, Kapar. -BH Online


72 Maut Serangan Bom Di Stesen Bas Di Nigeria
ABUJA – Sekurang-kurangnya 72 maut manakala 124 yang lain cedera dalam serangan bom terhadap sebuah stesen bas di ibu negara Nigeria. Ia dianggap serangan terbesar di bandar berkenaan dengan Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mendakwa serangan dilancarkan oleh kumpulan militan Islam, Boko Haram. Letupan yang menggegarkan stesen bas Nyanya di selatan Abuja itu berlaku pada jam 6.45 pagi waktu tempatan ketika stesen bas dipenuhi pengangkutan awam dan menyebabkan kemudahan terminal rosak teruk dan memusnahkan berpuluh-puluh kenderaan. Terdahulu, kebanyakan keganasan yang dilancarkan kumpulan berkenaan berlaku di kawasan pedalaman timur laut negara itu, malah sebahagiannya disasarkan ke atas ibu negara Nigeria. Amerika Syarikat mengecam serangan itu dan menyifatkan ia sebagai ‘tidak masuk akal’ dan meminta siasatan menyeluruh dilakukan. Jurucakap kerajaan AS, Jen Psaki, berkata pihaknya mengutuk serangan yang tidak masuk akal dan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam. “Kami akan terus berdiri di belakang kerajaan Nigeria dan rakyatnya dalam menghadapi pergelutan keganasan di negara itu,” katanya. – AFP


Kekasih Hanez Suraya Mahu Cerai Cara Baik
Kekasih Hanez Suraya yang masih lagi bergelar suami orang, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan terbaharu. Memetik laporan sebuah akhbar harian, peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar semalam. Peguam mewakili Liyana berkata mereka bersetuju dengan cadangan peguam Romie untuk memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai dengan isterinya secara baik. Ketika prosiding kes mereka didengarkan semalam, hanya Liyana yang hadir manakala Romie, tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah kesihatan. Sepanjang perkahwinan mereka, Romie dan Liyana telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki.


GAMBAR: Kereta Peronda Polis Dihempap Tiang Jalan
Sebuah kereta peronda polis jenis Inspira dihempap tiang penghadang had ketinggian jalan di Jalan USJ 3D, Subang Jaya sekitar jam 7 petang semalam. Ketika gambar diambil oleh orang ramai yang kemudian memuatnaik di laman Facebook, anggota polis terlibat masih di dalam kenderaan yang remuk dalam keadaan sedar. Menurut laporan media hari ini, mangsa kemalangan yang merupakan anggota polis bantuan berusia 30 tahun patah tangan manakala dua rakannya selamat. Kemalangan berlaku apabila sebuah lori tangki terlanggar tiang had ketinggian di laluan bertentangan membuatkan tiang tersebut melambung lalu menghempap kereta peronda polis tersebut. Pemandu lori tangki terlibat melarikan diri dan kini sedang dikesan pihak berkuasa.


Warga Singapura Datang JB Untuk Bunuh Diri Depan Orang Ramai!
Seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, datang ke Johor Bahru sebelum membakar dirinya di khalayak ramai. Ho Peng, 42, mencurah petrol sebelum menyalakan api bagi membunuh diri di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, pagi Sabtu lalu. Drama mencemaskan bermula apabila Ho Peng meminta untuk membeli 4 liter minyak petrol di stesen minyak yang terletak di seberang Plaza Pelangi namun tidak dibenarkan oleh pekerja di situ apabila mendapati dia tidak membawa sebarang kenderaan. Ho Peng kemudiannya mengambil corong pam lalu mengugut akan membakar dirinya jika tidak diizinkan. Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, bos stesen minyak terpaksa membenarkan Ho Peng membeli petrol yang diminta. Sebaik mendapat petrol, Ho Peng berjalan menuju ke jalan utama dan duduk di atas batu sebelum mencurah petrol pada diri seterusnya menyalakan pemetik api. Dalam keadaan terbakar Ho Peng terjatuh dalam longkang sebelum orang ramai datang menyelamatkan dirinya menggunakan pemadam api sebelum segera dikejarkan ke hospital.


Azan: Penduduk Jelas Punca Lelaki Lapor Polis
BEBERAPA hari yang lalu, kita dikejutkan dengan kisah seorang pakcik, Mohd Said Mohamed Jaid, 56, yang membuat laporan polis kerana mendakwa terganggu oleh suara azan Subuh dan suara mengaji yang dikatakan terlalu kuat. Susulan laporan itu, sekumpulan pihak telah bersemuka dengan pakcik tersebut dan memintanya berpindah jika berasa terganggu dengan suasana itu. Mereka turut menggantung poster yang bertulis: “Kalau tak nak dengar azan, pindah saja, tak payah nak report polis.” “Duduk dan pindah dalam hutan kalau tak mau dengar azan faham, jangan campur masyarakat.. Kawan dengan monyet atau jadi orang utan.. Faham…” Jika itu cerita di sebelah pihak sahaja, apa kata kali ini kita dengar pula cerita dari seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang yang menyebelahi pakcik Mohd Said: “Assalamualaikum Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan? Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi : Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuatsehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat. Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam. Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari……nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu….Anti Masjid….maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi. Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2. Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah. Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak. Wassalam. ~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang” Dengan adanya penjelasan ini, mungkin orang ramai boleh berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen atau pendapat. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian pihak yang mana betul atau salah, yang penting jagalah etika dan budi bahasa anda di laman sosial.



Tolong Sapu Ubat, Tapi Kena Cerai Talak 3
SIAPA sangka apabila seorang isteri yang berniat baik membantu si suami yang sakit mata tetapi berakhir dengan isteri diceraikan dengan talak tiga. Itu kisah yang dialami oleh seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora menurut laporan Harian Metro. Nora, 27 tahun, berkata kejadian mengejutkn itu berlaku pada tahun 2006 apabila bekas suaminya yang mengalami sakit mata meminta bantuannya untuk menyapu ubat diberikan pihak klinik ke matanya. “Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh. “Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus,” katanya. Sebaik cerai itu dilafazkan, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak. “Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” katanya.


Usia Lanjut Punca Ziana Masuk Kelas Vokal
PETALING JAYA – Penyanyi Ziana Zain bakal memasuki kelas latihan vokal sebagai persediaan untuk mengadakan konsert solo pertamanya selepas 15 tahun yang dikenali I Am Ziana Zain pada 27 September depan. Ziana, 46, berkata, pada usianya sekarang dia perlu membuat latihan bagi membetulkan cara pernafasan dan nada yang sesuai memandangkan dia bakal mendendangkan 22 buah lagu pada malam itu nanti. “Saya bukan lagi berusia 20 tahun dan mampu menyanyi seperti dahulu. Kerana semakin umur meningkat perubahan suara itu akan berlaku dan sebab itulah saya akan masuk kelas vokal. “Menerusi kelas ini juga saya mahu memperbaiki pernafasan dan nada supaya saya dapat membuat persembahan terbaik buat peminat pada malam itu nanti,” katanya kepada mStar Online. Ziana ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini, Isnin. I Am Ziana akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada pukul 8 malam. Konsert itu adalah anjuran Gold Earth Pictures dengan kerjasama Ziana Zain Ventures. Dalam perkembangan sama, Ziana berkata, pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita bersama Erra Fazira dan Awie di Istana Budaya bulan lalu turut memberi keyakinan kepadanya untuk meneruskan konsert solonya itu. “Apabila saya lihat kembali kemampuan saya beraksi di pentas konsert Suara Kita yang memerlukan saya menyanyi, berlakon dan melakukan pelbagai pergerakan ia menambahkan keyakinan bahawa saya mampu menjayakan konsert ini. “Biarpun umur semakin meningkat, paling penting kita percaya kepada diri sendiri dan positif dalam memastikan sesuatu perancangan itu berjalan lancar,” jelasnya. Sementara itu, Ziana berkata, I Am Ziana Zain diibaratkan sebagai impian menjadi kenyataan kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mengadakan konsert solo itu. Kata Ziana, pelawaan daripada pihak Gold Earth Pictures untuk menaja konsert berkenaan memberinya peluang untuk merealisasikan hasrat peminat setianya untuk melihat dia beraksi di pentas. “Saya tidak jangka peluang itu akan tiba selepas 15 tahun menunggu tetapi ia berbaloi dan ini adalah berkat doa daripada semua peminat saya selama ini,” katanya. Untuk rekod, kali terakhir Ziana muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi ‘Ziana Zain In The Park’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tambah Ziana, dia memilih Melaka sebagai destinasi konsert itu kerana sudah lama berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert di negeri kelahirannya. “Konsert ini juga memberi peluang kepada peminat di luar Lembah Klang terutama di Selatan untuk menyaksikan persembahan istimewa saya,” katanya. Dalam pada itu, Ziana berkata, buat masa ini dia masih belum menentukan sebarang konsep tertentu namun menjanjikan persembahan bertenaga. Katanya lagi, dia juga bertuah apabila Aubrey Suwito akan bertindak sebagai pengarah muzik pada persembahan itu nanti. “Sudah lama saya teringin untuk bekerjasama dengan Aubrey dan hasrat itu akhirnya tercapai. “Apa yang boleh saya jamin tumpuan akan diberikan pada persembahan dan susunan lagu-lagu terbaik saya,” katanya. Tiket untuk menyaksikan konsert I Am Ziana Zain dijual pada harga RM325 (Platinum), RM255 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver). Seramai 100 orang pertama pembeli tiket Platinum akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan Ziana pada sebuah majlis selepas konsert diadakan. Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh melayari laman web www.TicketPro.com.my atau menghubungi Vee di talian 012-203 2508 atau Hilmi 012-688 4434. - mStar Online


Isu Air: Pekilang Hadapi Kos Tambahan
PETALING JAYA – Industri di Selangor akan terjejas teruk akibat kos yang tingggi sekiranya mereka juga tertakluk kepada catuan air juga, demikian menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM). “Jika syarikat-syarikat di negeri ini menghadapi masalah kekurangan air, mereka perlu mencari sumber bekalan alternatif. “Sudah pasti ia akan menjadi sangat mahal,” kata Presiden FMM, Datuk Saw Choo Boon. Sebagai contoh beliau berkata, sebuah syarikat makanan dan minuman yang berpangkalan di Shah Alam memerlukan bekalan alternatif berjumlah kira-kira 120 tangki air sehari. “Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) mengenakan bayaran percubaan iaitu pertambahan RM100 bagi satu tangki untuk setiap perjalanan. Oleh itu syarikat ini akan perlu membayar kira-kira RM150,000 sehari. “Jika mereka tidak mendapat bekalan, mereka akan kehilangan kira-kira RM15 juta sehari bagi kos dan jualan akibat daripada pengeluaran terpaksa dihentikan kerana kekurangan air,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. FMM Selangor telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bersetuju untuk menangguhkan catuan air di kawasan perindustrian terpilih buat masa ini. Persekutuan itu juga memahami bahawa banyak projek-projek pelaburan di Selangor dan projek pembinaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa ditangguhkan kerana Syabas tidak dapat memberi jaminan mengenai bekalan air. “Sebuah syarikat barangan elektrik terpaksa melupakan tempahan bernilai RM40 juta kerana kekurangan bekalan air dan akhirnya tempahan itu beralih ke negara jiran,” kata Saw sambil menambah bahawa beban industri akan diringankan jika Syabas memansuhkan yuran percubaan. Tambah Saw, memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menstruktur semula industri air Selangor memberikan “harapan penyelesaian jangka panjang”. Walau bagaimanapun katanya, tindakan segera diperlukan untuk penyelesaian jangka pendek kerana Projek Langat 2 hanya akan siap selepas tiga tahun. Selain itu FMM turut meminta kerajaan negeri supya memberi kelulusan segera bagi penggunaan air bawah tanah dan mengetepikan tarif air bawah tanah untuk tiga tahun pertama. - mStar Online


Jumpa Mayat Lelaki Atas Pokok
London – Mayat seorang lelaki ditemui 12 meter di atas pokok di sebuah padang golf selepas anjing dilihat menggongong lengan manusia. Mangsa dikenal pasti sebagai Jurij Sliachtecov, 21, warga Lithuania yang dilaporkan hilang sejak tiga tahun lalu. Polis dan rakannya pada mulanya menyangka Sliachtecov pulang ke negara asal kerana turut membawa pasport ketika menghilangkan diri. Kali terakhir dia dilihat bersama rakannya di Bournemouth pada lewat April 2011. Kehilangan dia disedari tidak lama selepas itu malah disebarkan media tempatan di Lithuania. Misteri itu akhirnya terungkai apabila seekor anjing yang bermain di kawasan semak di padang golf Meyrick Park dilihat menggonggong lengan manusia pada 31 Mac lalu. Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha pencarian besar-besaran sebelum cebisan mayat manusia ditemui di atas pokok. Mayat itu dipercayai reput menyebabkan cebisan tulangnya jatuh ke tanah. Seorang lelaki yang tinggal berhampiran kemudian membawa beberapa lagi tulang manusia yang disimpan dalam beg plastik yang didakwanya ditemui tahun lalu di kawasan berkenaan. Sementara itu, jurucakap polis Dorset memberitahu Western Daily Press, identiti sebenar mayat itu belum dikenal pasti namun pihaknya yakin ia milik Sliachtecov. Inkues akan dijalankan hujung minggu ini manakala punca kematian belum dikenal pasti. Bagaimanapun, pihak polis tidak mengesyaki kejadian jenayah. Sementara itu, penduduk berhampiran terkejut dengan penemuan itu. “Kasihan. Bayangkanah ada orang yang mati di sini dan mayatnya selama ini tidak ditemui tanpa diketahui sesiapa,” kata seorang penduduk. – Agensi


Liverpool Diserang Tikus Gergasi
LIVERPOOL – Bandar raya Liverpool didapati mengandungi sejumlah tikus gergasi yang didakwa sebesar saiz seekor kucing, lapor portal berita Metro.com,uk kelmarin. Sekumpulan tikus gergasi itu ditemui di Merseyside, bandar raya ini. Penduduk tempatan di sini terpaksa menggunakan racun yang dibuat secara tradisional sebagai umpan untuk menghapuskan tikus-tikus. “Haiwan-haiwan itu kini kebal dengan umpan tradisional itu,” kata seorang pekerja yang mengawal pembiakan makhluk perosak, Sean Whelan kepada akhbar Liverpool Echo. Tikus-tikus itu mampu membesar menyamai saiz seekor kucing kerana terdapat makanan terbuang yang banyak di jalanan. – Agensi


Polis China Rampas Ribuan Senjata Api, Pisau
BEIJING – Polis China berjaya merampas 15,000 senjata api dan 120,000 bilah pisau daripada sindiket senjata haram termasuk menahan 15 orang suspek, lapor media semalam. Kesemua senjata itu dirampas selepas polis menjalankan siasatan selama empat bulan, menurut akhbar China Daily. Rampasan itu merupakan yang terbesar di negara ini. Polis memperoleh maklumat mengenai sindiket senjata haram itu selepas menyiasat satu kes rompakan di ibu negeri wilayah Guizhou, Guiyang, lapor akhbar tersebut. Polis berjaya menjejaki sumber pembekalan senjata yang digunakan dalam rompakan itu yang merupakan satu kumpulan samseng yang terdiri daripada sebuah keluarga di wilayah Hunan. Mereka berselindung di sebalik nama sebuah kilang. Kumpulan berkenaan sebenarnya mengawal beberapa gudang yang menjual senjata api dan pisau. Keluarga tersebut mengawal kawasan seluas 27 wilayah dan perbandaran. Pemilikan senjata peribadi adalah diharamkan di China dan pisau turut diklasifikasikan sebagai barang kawalan. – AFP


36 Orang Mati, Bas Hangus Terbakar
BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala empat lagi tercedera apabila sebuah bas terbakar selepas merempuh bahagian belakang sebuah lori di timur Mexico kelmarin. Kerajaan negeri Veracruz dalam satu kenyataan berkata, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Villahermosa menuju ke bandar raya Mexico bertembung di sebuah lebuh raya berhampiran bandar Juan Rodriguez Clara. “Bas itu terbakar menyebabkan kerja-kerja mengenal pasti mayat menjadi sukar,” kata Gabenor Veracruz, Javier Duarte. Polis menyatakan, lori tersebut tidak diletakkan pada posisi yang betul di tepi lebuh raya tersebut menyebabkan bas berkenaan melanggarnya. – AFP


Lelaki AS Amuk Di Pusat Yahudi
WASHINGTON – Seorang lelaki berusia 73 tahun, Frazier Glenn Cross mengamuk di Pusat Komuniti Yahudi di bandar raya Kansas, Amerika Syarikat kelmarin menyebabkan dua orang terbunuh. Cross turut menyebabkan seorang lagi terbunuh di Pusat Persaraan Kampung Shalom sempena sambutan penduduk Yahudi yang meraikan pembebasan daripada perhambaan. Menurut media semalam, lelaki itu disyaki menjadi anggota kumpulan membenci penduduk berkulit hitam iaitu Klu Klux Klan. Cross juga dikenali sebagai seorang yang membenci kaum Yahudi. Dia menjerit perkataan anti- Semitik dan membuat tabik Nazi sebelum ditangkap polis Taman Overland kelmarin. Siasatan berhubung serangan itu yang dikategorikan sebagai jenayah kebencian akan dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Niro Alkohol Tembakau dan Senjata Api. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam memberi amaran bahawa keganasan agama tidak mempunyai tempat di dalam masyarakat negara ini. Beliau membuat komen tersebut selepas kejadian amukan itu. “Tidak ada sesiapa pun yang perlu berasa bimbang tentang keselamatan mereka apabila berhimpun bersama rakan-rakan yang memiliki kepercayaan yang sama. “Tidak ada seorang pun yang sepatutnya takut tentang keselamatan mereka untuk pergi bersembahyang,” kata Obama di White House semalam. Presiden itu menyatakan, kejadian tembakan itu merupakan sesuatu yang tragik kerana kaum Yahudi sedang menyambut perayaan Passover dan penganut- penganut Kristian meraikan hari Palm Sunday. – Agensi


Israel Sekat Lelaki Muda Ke Masjid Al-Aqsa
Baitulmaqdis – Polis Israel semalam mengehadkan kemasukan orang Islam di pintu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, berikutan kebimbangan tercetus keganasan baru selepas pertempuran hujung minggu lalu, kata jurucakap. Jurucakap polis Micky Rosenfeld, berkata sebagai sebahagian langkah keselamatan, penduduk lelaki Baitulmaqdis akan dikenakan sekatan had umur. Lelaki 50 tahun dibenar “Bagi lelaki, hanya mereka berumur 50 tahun ke atas dibenarkan untuk bersembahyang, manakala wanita pula semua peringkat umur,” katanya. “Ia adalah satu langkah berjaga-jaga yang diambil selepas penilaian keselamatan menyatakan kekacauan mungkin berlaku lagi. Lima orang ditangkap Ahad lalu apabila penduduk Palestin dan polis Israel bertempur di pekarangan bandar lama bertembok itu. Polis berkata, perusuh melempar batu dan beberapa bom molotov koktel manakala pegawai membalas dengan bom tangan yang menyebabkan perusuh pengsan. Wartawan AFP berkata anggota pergerakan Hamas Palestin adalah antara penunjuk perasaan di pekarangan bandar itu. Kawasan itu turut menempatkan Kubah Batu dan masjid Al-Aqsa, tapak suci ketiga umat Islam. Orang Yahudi berkata, sebuah kuil pernah didirikan dan dihormati sebagai tempat suci penganut Yahudi. Sekatan polis berkuat kuasa ketika penganut Yahudi bersedia untuk meraikan perayaan Passover selama seminggu, bermula sebaik matahari terbenam. Pihak tentera dalam kenyataannya menyebut, oleh kerana ia hari cuti utama penganut Yahudi, askar menyekat kemasukan penduduk Tebing Barat ke Israel selama 48 jam bermula dari tengah malam Ahad lalu. Ia menyatakan kemasukan akan hanya dibenarkan untuk kes-kes perubatan, kemanusiaan dan luar biasa. – AFP


Pemandu Lori Tertusuk Dahan Di China
Henan – Seorang pemandu trak terselamat daripada maut meskipun batang kayu sepanjang 18 kaki tertusuk dan menembusi badannya, selepas dia terlibat dalam kemalangan di sebuah jalan yang sibuk di Kaifeng. Ketika kejadian, kenderaan yang dibawa oleh Li Feng, 40, telah merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan kayu, menyebabkan kayu berkenaan terjatuh dan menimpa bahagian depan cermin sebelum menusuk ke bahagian perut Feng. Rempuhan itu juga menyebabkan kayu itu tembus hingga ke belakang kerusi tempat duduk Feng, menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa memotong kerusi berkenaan. Menurut polis, ketika diselamatkan Feng tidak sedarkan diri dan keadaan jalan yang sesak menyebabkan bantuan hanya tiba selepas kejadian. Setibanya di hospital, doktor telah menjalankan pembedahan selama empat jam dan batang kayu itu telah merosakkan perut, limpa dan paru-paru kiri. Dia bernasib baik kerana kayu itu tidak terkena jantung, jika tidak sudah pasti Feng akan meninggal dunia. Doktor yang merawatnya, Chung Peng berkata, Feng akan berada di hospital selama beberapa minggu bagi memastikan tiada tanda jangkitan. “Kita tidak dapat membuang kekotoran dan sisa kayu berkenaan yang masuk ke dalam badannya, itu yang berisiko menyebabkan jangkitan. “Jika tidak jangkitan dalam masa beberapa hari ini, kita jangkakan dia akan pulih sepenuhnya,’’ katanya.


Imej Lelaki Jadi `Anjing’ Kejutkan Ramai
London – Sanggup menjadi anjing. Itu yang berlaku kepada lelaki ini yang diheret oleh seorang wanita di tengah kota London dengan rantai diikat di leher. Lelaki ini pula merangkak seperti anjing. Entah apa yang mereka fikirkan namun ia mengejutkan orang ramai. Ia menyebabkan imej berkenaan dirakamkan dan dimuatnaik dalam media sosial. Tidak diketahui sama ada ia adalah satu aksi untuk promosi sesuatu produk atau untuk dijadikan bahan jenaka semata-mata. Namun wanita yang mengheret `anjing’ ini menunjukkan wajah bersahaja tanpa sebarang reaksi meskipun aksinya jadi tumpuan.


Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 Henti Operasi
KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11, yang beroperasi semula sejak 30 Mac lepas, menghentikan operasi sejak 3 petang tadi berikutan paras ammonia dalam air mentah meningkat ke tahap berbahaya. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata paras ammonia yang dicatat ialah 4.50 part per million (ppm), iaitu melebihi tahap piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. “Dengan penghentian sementara operasi LRA Cheras Batu 11 ini, kawasan yang mendapat bekalan air melalui LRA berkenaan mengalami catuan bekalan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu, pengguna diminta bersiap sedia menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa catuan. Priscilla juga berkata SYABAS akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini operasi LRA itu dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan air mentah di loji berkenaan. – BERNAMA


Kasih Sayang Ayah Yang Tiada Tandingan
Quanzhou – Demi kasih kepada anaknya, seorang ayah sanggup berkorban diri sendiri bagi menyelamatkan anak tersayang. Ia merupakan satu kisah tragis yang berlaku kepada Hsiung Kuo, 71 tahun. Dia bersama anaknya, Yong sedang menunggang motosikal apabila sebuah lori merempuh motosikal yang mereka naiki. Meskipun tayar lori itu telah melanggar kakinya, dia berkorban menahan kesakitan dan menolak anaknya daripada turut dilanggar kenderaan berkenaan. Namun selepas tayar belakang menggilis dadanya, Kuo akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian. Imej menghayat hati itu dirakamkan berlaku hanya beberapa saat. Ketika pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian, Kuo sudah meninggal dunia manakala Yong pula terpaksa ditenteramkan kerana terkejut dengan kejadian berkenaan. Pemandu lori itu pula melarikan diri, namun dia berjaya ditangkap dan polis kini menyiasat kematian tersebut.

No comments:

Post a Comment