Wednesday, April 23, 2014

Berita Terkini 23 April 2014


‘Ya, Saya pakai baju tanpa lengan’ – Shila Amzah Sindir Seseorang Di Instagram?
Beberapa minggu lalu, Shila Amzah dikecam teruk peminat di laman sosial kerana didakwa hanya memakai skirt pendek paras peha sambil bertudung yang dipadankan dengan legging berwarna kulit. Kontroversi itu akhirnya reda selepas ND Lala tampil menjelaskan situasi sebenar dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kesilapan tersebut. Dia juga berharap agar orang ramai tidak menyalahkan anaknya setelah tampil mengenakan fesyen tidak menutup aurat. Semalam pula, Shila telah memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan dirinya hanya memakai inner berwarna kulit yang kelihatan seperti tiada lengan. Foto itu disertakan dengan caption seolah-olah menyindir seseorang. Siapa agaknya individu yang ingin disindir Shila Amzah? Tindakan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu mendapat sokongan dari beberapa peminatnya yang beranggapan bahawa pemakaian Shila tidak salah kerana ia masih menutup aurat walaupun hanya memakai inner berwarna kulit untuk lengannya. Apapun, bagi kami tak salah jika Shila ingin berfesyen, tapi biarlah bersesuaian dengan imej yang dibawa. Lagipun dah namanya selebriti, apa yang dibuat pasti mendapat perhatian.

Foto
Awak boleh sembahyang untuk anak - anak mati dibunuh
LETCHUMY (duduk) diberi minuman dan ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu mendiang anaknya. Gambar kecil, SMS yang diterima daripada penculik anaknya.
Melaka: Seorang ibu tidak menyangka khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘Selamat jalan’ dan ‘Lagi satu kali tak SMS. Awak boleh sembahyang untuk anak’ yang diterimanya, kelmarin membawa petanda anak bongsunya mati dibunuh selepas diculik lelaki tidak dikenali. SMS itu diterima A Letchumy, 44, ibu kepada M Gunaseelan, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir yang ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini, kelmarin. Bapa mangsa D Murugan, 52, berkata, mereka hanya mengetahui Gunaseelan diculik selepas isterinya menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali mengaku menculik mangsa dan menuntut wang tebusan RM20,000 kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu. “Pada pagi hari kejadian saya keluar ke pasar borong untuk membeli sarapan dan lauk, namun sebaik pulang Gunaseelan sudah tiada di rumah. Apabila sehingga petang dia tidak pulang kami menyangkakan dia ke kafe siber berhampiran. “Namun, sejurus selepas isteri menerima panggilan telefon itu, bimbang dengan keselamatannya kami mencarinya di kawasan sekitar sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.

FotoPulau Ketam
Tiga kru kapal disyaki diculik
Pelabuhan Klang: Tiga kru yang bekerja di sebuah kapal tanker dikhuatiri diculik sekumpulan lanun kira-kira 16 Batu Nautika dari Pulau Ketam, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kapal berkenaan dikatakan memberikan isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa sebelum berjaya diselamatkan. Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Ismail berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan sama ada tiga kru berkenaan diculik atau bersubahat dengan perompak dipercayai warga Indonesia terbabit. "Kapal dalam perjalanan dari Singapura ke Yangoon, Myanmar apabila didatangi perompak bersenjatakan parang dan juga senjata api dengan menaiki bot. "Kapal berkenaan kemudian diiringi polis ke Pelabuhan Klang dan tiada kru kapal lain yang cedera," katanya.

Bekas polis bantuan menyamar polis
KHAIRI (dua kanan) berbincang dengan pegawainya ketika mempamerkan barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO NSTP
KUALA LUMPUR - Bekas anggota polis bantuan antara dua lelaki yang ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes samun di sebuah hotel di Jalan Thambipillay di sini pada 4 April lepas. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki itu mengacu pisau terhadap seorang tetamu di bilik hotel itu sebelum menyamun pelbagai barang termasuk kad ATM (mesin pengeluaran wang automatik). "Suspek berusia 29 tahun itu mengacukan pisau di leher mangsa dan meminta nombor pin kad ATM. Mangsa yang dalam ketakutan itu pun terpaksa akur sebelum suspek mengeluarkan RM5,000 daripada mesin ATM. "Suspek juga melarikan wang tunai RM1,000 daripada dompet mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. Susulan itu, polis menahan suspek di Bandar Baru Mahkota, Cheras di sini, sebelum menahan rakannya berusia 24 tahun di lokasi sama. Khairi berkata, polis juga merampas sembilan komputer riba, sehelai vest polis bantuan berwarna kuning, dua tali pinggang hitam lambang polis dan beberapa telefon bimbit. Hasil siasatan mendapati kumpulan itu juga mempunyai dua lagi rakan yang dipercayai anggota tentera, namun ia masih dalam siasatan. "Kedua-dua suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan mereka juga dipercayai bergiat aktif di sekitar kawasan Brickfields dan Dang Wangi. Kedua-dua suspek ditahan lanjut berhubung kes samun berkawan dan bersenjata," katanya. Dalam perkembangan lain, Khairi berkata polis yakin selesaikan tujuh kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar ibu kota selepas menahan empat lelaki berusia lingkungan 22 dan 32 tahun yang bergiat aktif sejak akhir Februari lepas. Dalam kejadian 1.30 pagi Sabtu lepas, seorang lelaki mengacukan parang ke atas juruwang kedai di Jalan Tun Desa, di sini sebelum melarikan beberapa kotak rokok dan duit. "Hasil maklumat daripada pengadu, pihak polis menahan seorang lelaki kumpulan itu di sebuah restoran di Jalan Puchong di sini sebelum menahan tiga lagi rakannya di Taman Muhibah dekat sini. "Polis merampas sebilah parang, beberapa sarung tangan, beberapa keping wang tunai Indonesia dan Vietnam serta sebuah motosikal dipercayai digunakan untuk kegiatan itu," katanya. Dua daripada empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. - Bernama

Foto
Amah parah diserang anjing
SEORANG daripada mangsa digigit anjing, Hoosni Anuar Hamid, 44, cedera pada muka dan tubuh.
Seremban: Seorang pembantu rumah warga Indonesia parah manakala dua lelaki yang cuba membantunya cedera digigit dua ekor anjing di Kampung Masjid Lenggeng, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pembantu rumah terbabit dikatakan keluar rumah untuk membeli sarapan sebelum diserang dua ekor anjing berkenaan hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan patah tangan kanan. Mangsa dikenali Ruhimah cuba dibantu seorang peniaga nasi lemak yang menyedari kejadian itu menyebabkan lelaki terbabit turut mengalami cedera pada muka dan badan akibat digigit anjing berkenaan. Seorang lagi lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan cuba membantu namun turut digigit menyebabkan dia nekad menembak mati dua ekor anjing berkenaan menggunakan senapang. Berikutan kejadian itu, ketiga-tiga mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Ajal dalam sujud
Chukai: Seorang nelayan warga emas ditemui mati dalam keadaan bersujud menghadap kiblat dalam bot gentian kaca miliknya oleh penduduk kampung di jeti nelayan Kampung Teluk Kalong, dekat sini, kira-kira jam 8.15 pagi semalam. Mangsa, Yusof Ali, 65, ditemui dengan ubat penyedut penyakit asma di sisinya. Rakannya, Mohd Azwan Ramli, 32, berkata ketika minum di warung berhampiran jam 8 pagi, seorang rakan memberitahu ternampak mangsa bersujud dan tidak bergerak selama lebih sejam dalam botnya. “Bimbang perkara buruk berlaku, saya bergegas ke jeti dan memanggil namanya, namun tiada jawapan. Apabila dihampiri, kami mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Pesakit kanser mengaku samun
Seremban: Seorang pesakit kanser darah tahap satu dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai cermin mata, di sini, empat tahun lalu. Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Kok Keong, 36, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pihak pendakwaan. Mengikut pertuduhan, Lee didakwa melakukan samun bersama seorang rakannya di kedai Shine Look Optical di Taman Rasah Jaya, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi pada 11 Ogos empat tahun lalu. Berikutan itu, bapa anak dua terbabit didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, ketika pengadu dan adiknya berada di kedai cermin mata berkenaan, mereka didatangi dua lelaki yang kononnya mahu mengambil cermin mata dan kanta lekap yang ditempah untuk rakan perempuan mereka dua hari sebelum itu. Bagaimanapun, selepas memastikan tiada pelanggan, kedua-dua suspek mengeluarkan dua bilah parang dari belakang badan dan seorang masuk ke dalam bilik pemeriksaan mata lalu mengarahkan pengadu dan adiknya masuk ke dalam bilik berkenaan. Suspek bertindak menetak bahu adik pengadu itu sebelum mengambil wang berjumlah RM5,000, 10 cermin mata dan sistem kedudukan global (GPS) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM15,000 lalu melarikan diri menaiki motosikal. Lee dalam rayuan bertulisnya dan dibaca jurubahasa mahkamah memohon hukuman ringan dan dijalankan serentak dengan hukuman sedang dijalaninya kerana sudah insaf dan menyesal serta berharap diberi peluang menjadi anak, bapa dan masyarakat yang berguna. Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz memohon hukuman setimpal dengan apa dilakukan tertuduh sehingga mengakibatkan kerugian besar serta trauma kepada mangsa. Mahkamah kemudian menetapkan hukuman berkuatkuasa selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan atas kesalahan sama disabitkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di Raub, Pahang pada 28 Mei tahun lalu. Ini menyebabkan, tertuduh terpaksa menjalani hukuman keseluruhan selama 22 tahun penjara serta 10 sebatan.

Duda didakwa noda kanak-kanak lagi
Petaling Jaya: Seorang duda yang pernah dihukum penjara 10 tahun dan enam sebatan sebelum ini kerana merogol anak bekas teman wanitanya, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan sama namun berlainan mangsa. Tertuduh, Hamdan Ahadluddin, 53, diarahkan demikian oleh Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz terhadap kesalahan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang juga anak teman wanitanya. Hayatul Akmal membuat keputusan itu terhadap penghantar makanan segera terbabit selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir pendakwaan. Dalam penghakimannya, Hayatul Akmal berkata, keterangan saksi boleh dipercayai selain disokong keterangan perubatan dan ayah mangsa. “Justeru, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan tertuduh dipanggil membela diri,” katanya. Mengikut pertuduhan, lelaki yang juga pernah mendakwa dirinya sebagai bekas Setiausaha UMNO cawangan Taman Aman, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Subang, antara Mei tahun lalu. Hamdan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Sepanjang perbicaraan, seramai tujuh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin manakala tertuduh diwakili peguam P G Cyril dan Farhan Read. Sebelum ini, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan terhadap Hamdan yang didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol anak teman wanita yang berusia 15 tahun.

‘Geng pecah rumah’
Kajang: Empat penjenayah yang ditahan selepas merempuh sebuah kereta peronda polis (MPV) untuk meloloskan diri di Jalan 35/154, Taman Bukit Angsana, Cheras, kelmarin mempunyai sekurang-kurangnya 10 rekod jenayah lampau membabitkan dadah, jenayah pecah rumah dan samun. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, semua suspek berusia antara 33 hingga 39 tahun itu ditahan reman tujuh hari bermula semalam. “Mereka dipercayai geng pecah rumah dan samun yang bergiat aktif di sekitar daerah Kajang dan Cheras. Soal siasat mendapati mereka melakukan jenayah berkenaan bagi mendapatkan wang membeli dadah. “Susulan daripada kejadian itu, polis turut melakukan serbuan di rumah suspek dan menjumpai pelbagai barangan disyaki hasil jenayah samun,” katanya. Ab Rashid berkata, kereta model Toyota Vios yang dinaiki suspek itu adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang pada 25 Mac lalu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. “Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh selepas suspek sengaja merempuh MPV yang mengejarnya hingga mengancam keselamatan serta nyawa anggota terbabit,” katanya. Katanya, polis yakin berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah, samun dan curi di daerah Kajang hasil penahanan semua suspek. Dalam kejadian jam 1.15 petang kelmarin, suspek yang menaiki kereta Toyota Vios dikatakan bertindak ganas merempuh sebuah MPV polis bagi meloloskan diri ketika dikejar. Difahamkan, suspek yang ingin melakukan jenayah di Taman Seri Bahagia Cheras, tidak sempat memecah masuk rumah selepas menyedari kegiatan mereka dihidu anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah. Suspek kemudian memecut kereta ke arah Taman Bukit Angsana kira-kira lapan kilometer dari rumah yang ingin dipecah masuk. Anggot polis terpaksa melepaskan tembakan amaran dan mengarahkan mereka berhenti untuk menyerah diri, namun suspek enggan berbuat demikian sebaliknya menghimpit dan merempuh MPV berkenaan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat. Rempuhan itu menyebabkan anggota polis terbabit melepaskan satu lagi tembakan sebelum bertindak pantas menahan keempat-empat lelaki tempatan itu. Pemeriksaan pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menemui pelbagai peralatan dan senjata seperti kayu, tukul dan batang besi dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah.

Wanita cari suami ‘ghaib’
Kuala Lumpur: Seorang wanita buntu memikirkan suaminya yang ‘ghaib’ sejak tiga tahun lalu sejurus selepas dia melahirkan anak kedua di hospital. Wanita terbabit, Siti Zainab Ismail, 28, berkata, dia berjumpa suaminya, Zainuddin Sidek, 37, kali terakhir di dalam wad bersalin di sebuah hospital di ibu kota. Menurutnya, dia yang ketika itu dalam keadaan lemah selepas melahirkan bayi terkejut apabila suaminya menghulurkan wang RM100. “Saya terkejut apabila suami memberitahu dia tidak akan datang lagi melawat saya di hospital. Ketika itu dia datang menjenguk saya bersama kawannya. “Itulah kali terakhir saya bertemu dengannya, puas sudah kami mencarinya tetapi gagal termasuk ahli keluarganya sendiri,” katanya. Zainab berkata, dia buntu memikirkan nasib dua anaknya yang kini tidak mempunyai bapa. “Saya sendiri tidak pasti status saya berikutan suami tidak pernah melafazkan talak. Apa yang saya tahu, suami pernah berkerja di sebuah kedai komputer di kawasan Setapak,” katanya. Dia berharap suaminya dapat tampil bagi menyelesaikan kemelut itu.


PTPTN kutip RM5.12b
Kuala Lumpur: Budaya membayar balik pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula meningkat hasil pelbagai program kesedaran dan tindakan penguakuasaan dijalankan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buktinya jumlah kutipan bayaran balik meningkat setiap tahun dengan jumlah kutipan sehingga Mac lalu RM5.12 bilion membabitkan 956,018 peminjam. “Trend peningkatan itu ditunjukkan dengan hasil kutipan bagi tahun 2011 RM737 juta, RM800.47 juta pada 2012 dan RM1.2 bilion tahun lalu,” katanya. Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada pelancaran Sahabat PTPTN Peringkat Nasional dan penyampaian hadiah simpanan perdana Skim Simpanan Nasional (SSPN-i) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

 FotoFoto
Kepala lekuk, bibir koyak
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah suspek.
Subang Jaya: “Kepala anak saya berdarah dan ada kesan lekuk dengan saiz sebesar syiling 10 sen di dahi manakala bibirnya pula terkoyak dan lebam.” Itu kata seorang wanita yang kematian anak perempuannya dipercayai akibat dipukul di sebuah apartmen di Bandar Sunway, di sini, malam kelmarin. Maimunah Abdullah, 49, berkata anaknya Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, lima jam selepas menerima rawatan. Menceritakan semula kejadian, Maimunah berkata, sebelum itu anaknya yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah bank pergi ke rumah teman lelakinya di apartmen berkenaan. “Dia menjalin hubungan dengan teman lelakinya setahun lalu dan saya juga mengenali lelaki itu. Anak saya juga selalu ke rumah lelaki itu,” katanya, semalam.


Plastik berisi janin di surau
Kajang: “Kami sangkakan bungkusan itu berisi buah disedekahkan kepada jemaah surau. Namun kami terkejut apabila kandungannya berisi janin bayi lelaki,” kata seorang jemaah Surau Ittifaqiah, Taman Delima di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Amal, 50-an. Dia antara 20 jemaah yang hadir bersolat Subuh di surau itu sebelum menemui mayat janin bayi cukup sifat yang diletakkan di dalam bungkusan plastik. Menurutnya, janin bayi itu yang sudah mula reput dan berbau busuk itu sengaja diletakkan di atas kerusi di bahagian belakang surau berkenaan. “Ada kemungkinan janin bayi itu diletakkan di surau ini antara jam 3 hingga 4 pagi semalam. Berdasarkan keadaannya, kami percaya janin bayi itu sudah dilahirkan sejak lebih dua hari lalu,” katanya. Dia berkata, jemaah surau itu sudah biasa menemui bungkusan ditinggalkan di atas kerusi di surau berkenaan berikutan ramai penduduk yang rajin bersedekah serta menyalurkan sumbangan. “Saya kesal kerana masih ada manusia tidak berhati perut tergamak membunuh dan membuang bayi mereka,” katanya. Sementara itu, pengerusi surau berkenaan, Basri Abdul Rashid berkata, dia antara individu terawal yang menyedari kewujudan bungkusan pelik yang diletakkan di atas kerusi berkenaan. “Saya mula berasa pelik apabila terhidu bau busuk sebaik mendekati plastik itu. Bagaimanapun, saya tidak bercadang membuka plastik itu, sebaliknya menyempurnakan solat Subuh terlebih dahulu,” katanya. Basri berkata, dia kemudian meminta salah seorang jemaah membuka bungkusan plastik yang diikat mati itu. “Sebanyak empat lapis plastik dilerai ikatannya sebelum kami menemui mayat bayi yang masih dalam keadaan bertali pusat dan sudah mula membengkak. “Seorang jemaah yang kebetulan membawa telefon bimbitnya segera menghubungi polis berhubung penemuan itu sebelum anggota polis tiba untuk melakukan siasatan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan penemuan janin bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK). “Pihak kami percaya janin bayi ini dilahirkan empat hari lalu,” katanya.

Foto
Sekeluarga mulut berbuih
AHLI keluarga mangsa menunggu di hospital.
Klang Empat beranak termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun nazak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas meminum racun di rumah mereka di Sungai Kapar Indah, di sini. Dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, seorang daripada mangsa yang juga ketua keluarga berkenaan dipercayai memberi isteri dan dua anaknya meminum racun dalam cubaan untuk membunuh diri secara beramai-ramai. Bagaimanapun semua mangsa yang dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ ditemui dua ahli keluarga yang kebetulan pergi ke rumah mangsa untuk melawat keluarga terbabit. Susulan itu mangsa dalam keadaan berbuih mulut dan tidak sedarkan diri kemudian segera dikejarkan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Adik mangsa yang berusia 29 tahun berkata, pasangan suami isteri berusia 33 tahun ditemui terbaring tidak sedarkan diri di lantai ruang rumah bersama anak lelaki dan anak perempuan mereka.

Komputer Sebagai Senjata Perang
2 pakar komputer tergamam
Kuala Lumpur: Dua pakar komputer warga Pakistan yang membuka perniagaan di sebuah pusat beli-belah di sini, tergamam sejurus ditahan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana menjual perisian komputer cetak rompak. Timbalan Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rosli Ahmad berkata, dua lelaki berusia 25 dan 36 tahun itu diberkas sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan di dua premis di Plaza Low Yat di sini, jam 4 petang kelmarin. Menurutnya, serbuan dilakukan selepas anggotanya mengumpul maklumat dan melakukan risikan sejak seminggu lalu. “Kedua-kedua premis itu didapati menjual komputer berjenama dengan menggunakan perisian komputer cetak rompak. “Dalam serbuan pertama itu, pegawai penguat kuasa KPDNKK merampas tiga komputer riba dan enam perisian komputer. Tindakan diambil selepas pihak KPDNKKmengenal pasti perisian cetak rompak digunakan,” katanya, semalam. Menurutnya, seorang daripada lelaki terbabit adalah ahli lembaga pengarah di dalam syarikat komputer berkenaan berdasarkan semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). “Serbuan kedua dilakukan di sebuah lagi premis di lokasi sama sebelum empat komputer riba dan lapan perisian cetak rompak turut dirampas. “Modus operandi digunakan kedua-dua syarikat ini sama iaitu pemiliknya memuat turun perisian cetak rompak sebelum dijual kepada pelanggan,” katanya. Rosli berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM29,550 berdasarkan kepada harga pasaran semasa. “Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan suspek boleh didenda minimum RM4,000 dan maksimum RM40,000,” katanya.

2 pakar komputer tergamam
Kuala Lumpur: Dua pakar komputer warga Pakistan yang membuka perniagaan di sebuah pusat beli-belah di sini, tergamam sejurus ditahan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana menjual perisian komputer cetak rompak. Timbalan Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rosli Ahmad berkata, dua lelaki berusia 25 dan 36 tahun itu diberkas sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan di dua premis di Plaza Low Yat di sini, jam 4 petang kelmarin. Menurutnya, serbuan dilakukan selepas anggotanya mengumpul maklumat dan melakukan risikan sejak seminggu lalu. “Kedua-kedua premis itu didapati menjual komputer berjenama dengan menggunakan perisian komputer cetak rompak. “Dalam serbuan pertama itu, pegawai penguat kuasa KPDNKK merampas tiga komputer riba dan enam perisian komputer. Tindakan diambil selepas pihak KPDNKKmengenal pasti perisian cetak rompak digunakan,” katanya, semalam. Menurutnya, seorang daripada lelaki terbabit adalah ahli lembaga pengarah di dalam syarikat komputer berkenaan berdasarkan semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). “Serbuan kedua dilakukan di sebuah lagi premis di lokasi sama sebelum empat komputer riba dan lapan perisian cetak rompak turut dirampas. “Modus operandi digunakan kedua-dua syarikat ini sama iaitu pemiliknya memuat turun perisian cetak rompak sebelum dijual kepada pelanggan,” katanya. Rosli berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM29,550 berdasarkan kepada harga pasaran semasa. “Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan suspek boleh didenda minimum RM4,000 dan maksimum RM40,000,” katanya.

Ibu dijel cuba jadikan anak habuan buaya
Colombo: Hakim Mahkamah Tinggi Sri Lanka menjatuhi hukuman penjara tiga tahun penjara terhadap seorang wanita kerana cuba mencampak anaknya - yang baru berusia enam hari - untuk dijadikan habuan makanan buaya. Polis Giribawa memfailkan pertuduhan yang mendakwa wanita itu meninggalkan bayi berkenaan di Tasik Nikawewa yang terkenal menjadi habitat reptilia itu. Polis berjaya menyelamatkan bayi terbabit selepas seseorang mendengar suara tangisan bayi dari dalam semak berhampiran tasik itu. Menurut laporan polis, bayi berkenaan adalah hasil hubungan sulit wanita terbabit dengan lelaki lain ketika suaminya bertugas di luar kawasan. Hakim turut mengarahkan wanita itu membayar pampasan sebanyak SLR 200,000 (RM4,977) kepada bayi berkenaan yang kini ditempatkan di Pusat Perlindungan Kanak-kanak Ashoka di Anuradhapura. Sementara itu, Penguatkuasa Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan sedang menyiasat kes seorang remaja yang dijual ibunya kepada seorang lelaki di Colombo. Menurut laporan media tempatan, remaja berusia 15 tahun itu dijual kepada seorang kenamaan yang identitinya tidak didedahkan. Remaja itu juga menyatakan, ibunya dan individu itu menjalankan operasi rumah pelacuran di sebuah rumah yang disewa di Malabe atas nama kedai pancing dan memaksa beberapa orang kanak-kanak menjadi pelacur. Kejadian itu mendapat perhatian umum selepas remaja itu mendedahkannya kepada neneknya yang kemudian melaporkannya kepada polis.

‘Terbang’ 12,000 meter di atas laut kerana merajuk
Honolulu: Dia bersembunyi dalam ruang sempit dengan bekalan oksigen terhad selama lima setengah jam pada ketinggian 11,500 meter dari paras laut untuk melalui perjalanan merentasi separuh daripada Lautan Pasifik. Semuanya kerana remaja lelaki berusia 16 tahun itu merajuk dengan keluarganya. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah, dia masih hidup ketika tiba di Hawaii dari California. Menyembunyikan dirinya dalam ruang roda pesawat udara Hawaiian Airlines, remaja terbabit perlu menahan dirinya daripada suhu dingin melampau sepanjang perjalanan berkenaan. Kehadiran remaja itu tidak disedari sesiapa sehinggalah dia dilihat merayau-rayau dalam keadaan keliru di landasan kapal terbang di Maui. Jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Honolulu, Tom Simon berkata, remaja itu didapati tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri. “Kami terkejut mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Kata jurucakap FBI itu, remaja terbabit sangat bernasib baik kerana masih hidup. Rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang San Jose menunjukkan remaja itu memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines pagi kelmarin. Simon berkata, remaja itu melarikan diri dari rumah selepas bertengkar dengan keluarganya. “Apabila pesawat itu mendarat di Maui, remaja terbabit melompat keluar dari ruang roda pesawat berkenaan dan berlegar-legar di landasan lapangan terbang berkenaan. “Dia tidak sedarkan diri sebahagian besar daripada perjalanan yang mengambil masa selama lima setengah jam itu,” katanya. Sementara itu jurucakap Hawaiian Airlines berkata, kru pesawat mereka hanya menyedari kehadiran remaja itu selepas kapal terbang mendarat. “Apa yang penting bagi kami sekarang adalah keadaan remaja itu yang sangat bernasib baik kerana masih hidup,” katanya. Simon berkata, pihak berkuasa tidak bercadang mendakwa remaja itu dan akan ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak. Ogos lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 atau 14 tahun dari Nigeria terselamat selepas bersembunyi dalam pesawat yang dalam penerbangan selama 35 minit. Kebanyakan yang bersembunyi di dalam ruang roda pesawat untuk “menumpang” penerbangan itu mati termasuk seorang remaja 16 tahun dalam penerbangan dari Charlotte,North Carolina, ke Boston pada 2010 dan seorang lelaki yang terjatuh dari pesawat ke Anggola pada 2012.- AP

FotoFoto
Kapal Karam - Kakao Talk ‘kunci’ detik akhir Sewol
USAHA mencari dan menyelamat masih terus dijalankan.
Seoul: Pihak pendakwa yang menyiasat kemalangan feri Korea Selatan kini mencari bahan bukti melalui laman sembang telefon bimbit Kakao Talk untuk memahami semula detik-detik akhir ratusan penumpang yang dikhuatiri maut dalam kejadian berkenaan. Feri yang membawa 447 penumpang - kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang mengikuti rombongan ke Pulau Jeju - karam Rabu lalu mengakibatkan 64 maut setakat ini, manakala 238 masih belum ditemui. Penumpang yang terselamat memaklumkan anak kapal mengarahkan mereka duduk di tempat masing-masing ketika feri berkenaan sudah berada dalam keadaan senget. Tindakan mereka itu dilihat menjadi punca penumpang gagal menyelamatkan diri. Seorang pegawai pendakwa yang enggan dinamakan berkata, siasatan kini semakin menjurus kepada tindakan anak kapal termasuk bila mereka memberi arahan supaya penumpang menyelamatkan diri. Penyiasat juga cuba memastikan jika arahan menyelamat diri itu benar-benar ada dikeluarkan. Pada masa sama, rekod ratusan perbualan melalui Kakao Talk dilihat mampu memberi maklumat terhadap detik akhir penumpang malang kapal berkenaan. “Kami mahu mendengar perbualan membabitkan penumpang kapal itu ketika kemalangan berlaku,” katanya. Sehubungan itu, katanya, rekod telefon anak kapal turut diperoleh untuk tujuan siasatan. Mesej terakhir penumpang menceritakan saat akhir mereka dilaporkan media Korea Selatan sejak beberapa menjelang kemalangan itu. Dalam satu mesej yang disiarkan, seorang gadis memberitahu ayahnya supaya tidak risau. “Jangan bimbang, ayah. Saya memakai jaket keselamatan dan kini bersama rakan-rakan. “Kami masih di dalam kapal,” katanya. Apabila ayahnya menjawab pesanan itu dengan menyuruhnya meninggalkan kapal berkenaan, dia berkata: “Tak boleh, ayah. Kapal terlalu senget dan laluan dipenuhi orang.”- AFP

Pukul isteri kerana ‘I miss you’
Jakarta: Seorang wanita dilaporkan dipukul suaminya gara-gara mengucapkan kalimah “I miss you” kepada seseorang melalui telefon bimbit, lapor media semalam. Menurut sumber, kejadian berlaku kelmarin ketika wanita terbabit menerima panggilan daripada rakannya. Perbualan itu, kata sumber, didengari suami mangsa yang dikenali sebagai Syamsudin. “Ketika berbual mangsa mengucapkan kata-kata itu dan ia tidak disenangi suspek. “Sebaik saja mendengar kata-kata berkenaan, Syamsudin - yang dikatakan seorang yang cemburu - terus berang dan memukul mangsa,” katanya. Akibat pukulan itu menyebabkan si isteri mengalami lebam di bahagian mukanya. Kata sumber, mangsa yang tidak dapat menerima sikap cemburu keterlaluan Syamsudin terus membuat laporan ke polis Jakarta Selatan. Pihak berkuasa kemudian menjalankan siasatan dan menganggap kejadian itu sebagai keganasan domestik. Jurucakap polis berkata, kes berkenaan masih disiasat. “Kami mengingatkan supaya semua pasangan suami isteri menjaga hubungan perkahwinan masing-masing dengan baik dan jangan mudah melakukan kekerasan rumah tangga,” katanya. - Agensi

3 jual rokok elektronik didenda RM325,000
Singapura: Dua rakyat Singapura dan seorang rakyat Malaysia didenda S$100,000 (RM325,000) kerana menjual rokok elektronik haram atau alat berasaskan bateri yang menyerupai rokok. Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) berkata, mereka merampas 490 set rokok elektronik bernilai kira-kira S$25,000 (RM81,000) daripada tiga peniaga terbabit yang disabitkan kesalahan mereka secara berasingan sebelum ini. Jurucakap HSA berkata, ketiga-tiga mereka membeli rokok berkenaan secara berasingan daripada pembekal di China, Itali dan AS. “Mereka mengiklankan alat itu melalui laman sesawang namun perdagangan haram mereka terbongkar pada 2012 melalui usaha pemantauan dalam talian HSA serta penguatkuasaan,” katanya. Rakyat Malaysia, Boo Yee Fong, 32, menerima denda paling tinggi iaitu S$25,000 (RM210,000) pada 17 April, manakala rakyat Singapura Chew Yew Yee, 36, didenda S$10,000 (RM 32,500) pada 13 Februari. Seorang lagi rakyat Singapura Lew Ying Ying, 29, didenda S$21,000 (RM68,208) pada 10 Mac - Agensi


Juara maraton maut selepas terima hadiah
Buenos Aires: Seorang lelaki Argentina meninggal dunia sejurus selepas menerima hadiah kemenangan larian maraton disertainya semalam. Penganjur berkata, Ezequiel Ponce, 27, rebah selepas menerima hadiah itu. Ponce memenangi acara larian separuh maraton mengatasi 500 pencabar lain dalam perlumbaan sejauh 21 kilometer di bandar raya Cordoba. Jurucakap penganjur berkata, ada tiga ambulans disediakan sebagai persediaan jika peserta menghadapi masalah kesihatan. “Namun, doktor gagal menyelamatkannya,” katanya. Menurut jurucakap itu, kematian Ponce diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - AFP

Pembunuh dihantui bayangan isteri
Khon Kaen: Seorang warga emas Thailand ditahan kerana disyaki membunuh isterinya dan mencampak mayat wanita terbabit ke dalam tasik. Namun, selepas ditangkap, Sombot Samuk mendakwa dia memang mahu menyerah diri kepada polis kerana tidak tahan menanggung gangguan mendiang isterinya melalui mimpi. Kata Sombot, 68, sejak membunuh Orn Donkanha, 67, hidupnya tidak tenteram dan sentiasa dihantui dengan pelbagai ketakutan. Sombot berkata, Orn sering memarahinya, tetapi dia tetap bersabar sehinggalah ketika dalam perjalanan pulang dari menemani wanita terbabit menghadiri satu majlis di kampung mereka. “Dalam perjalanan pulang Orn menghina keluarga dan saya dan anak kami. Dia juga menghalau saya keluar dari rumah,” katanya. Disebabkan hilang sabar Sombot memukul Orn dua kali menggunakan kayu. Wanita itu rebah dan mati di tempat kejadian sebelum Sombot mencampakkan mayat wanita itu ke dalam tasik. Mayat Orn ditemui di dalam tasik berhampiran Wat Santikaram pada 15 April dengan kesan hentakan di bahagian kiri kepalanya menggunakan objek tumpul. Polis percaya wanita itu dibunuh tiga hari sebelum ditemui. Pada mulanya polis tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai pembunuhan itu, tetapi kemudiannya menjadikan Sombot sebagai suspek. Pasangan terbabit pernah berkahwin dengan orang lain sebelum ini. Sombot berkata, selepas kejadian itu dia sering bermimpi didatangi Orn yang memaksanya menyerah diri. “Dia mengugut untuk terus mengganggu saya jika saya terus bersembunyi,” katanya. - Agensi

FotoFoto
Setia sampai hujung nyawa
CODY dan Helen (duduk) bersama lapan anak mereka pada 2012.
Ohio: Mereka masih berpegangan tangan ketika menikmati sarapan walaupun selepas 70 tahun dikahwinkan. Apabila Helen Felumlee menghembus nafas terakhir pada usia 92 tahun, suaminya mengikuti jejak wanita terbabit kurang dari sehari kemudian. Anak pasangan itu, Linda Cody berkata, mereka memang dapat merasakan kematian Helen bakal dituruti bapanya tidak lama selepas itu. “Malah, kami memang mahu mereka kekal bercinta sehingga ke nafas yang terakhir. “Nampaknya memang itulah yang berlaku,” katanya. Pasangan Kenneth Cody dan Helen Felumlee disatukan sebagai suami isteri ketika mereka masih berusia belasan tahun. Sejak itu, mereka tidak berpisah langsung. Helen meninggal dunia di hospital selepas mengalami masalah kesihatan berlarutan sebelum ‘diikuti’ Cody kira-kira 15 jam kemudian. Media semalam melaporkan, walaupun keadaan kesihatan semakin tidak mengizinkan, pasangan itu tetap bahagia bersama. Ketika Cody mengalami masalah jantung dan kehilangan sebelah kakinya akibat masalah kitaran darah, Helen tetap setia menemaninya di hospital. Lama-kelamaan Helen juga jatuh sakit dan ditempatkan berhampiran katil Cody di hospital. Linda berkata, Cody tidak sanggup melihat penderitaan dialami isterinya dan selalu memegang tangan wanita dicintainya itu. Katanya, ketika dikahwinkan di Kentucky Cody berusia 18 tahun dan Helen 19 tahun. “Namun, kenyataan itu dirahsiakan kerana mereka takut untuk memberitahu ibu bapa masing-masing,” katanya. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka mempunyai lapan orang anak - lima lelaki tiga perempuan - dan Cody terpaksa bekerja keras bagi menyara keluarga. Dia melakukan tiga tugas dalam satu masa, iaitu pemeriksa kereta api, operator garaj dan posmen. Helen pula bekerja dengan pertubuhan gereja, mengajar sekolah gereja dan menghantar kad ucapan kepada hampir semua penduduk di kawasan kediaman mereka ketika perayaan dan hari jadi.- Agensi

Kapal Karam - Segelintir kru cuba bantu penumpang
Mokpo (Korea Selatan): Ketika kapal Sewol mula karam, sesetengah anak kapal dilaporkan memberi jaket keselamatan mereka kepada penumpang supaya boleh menyelamatkan diri. Malah, seorang daripada mereka didakwa enggan meninggalkan kapal berkenaan sehingga dia mengiringi kanak-kanak sekolah berhampirannya ke tempat lain. Kru wanita itu kemudian ditemui mati. Enam hari selepas Sewol karam, kemarahan orang ramai semakin meluas dan jumlah kematian pula dipercayai bakal meningkat mengatasi 300 orang. Walaupun kapten dan beberapa anak kapal melarikan diri ketika ramai penumpang masih terperangkap, butiran terbaru menunjukkan bukan semua kru bertindak begitu. Sekurang-kurangnya tujuh daripada 29 kru Sewol masih hilang atau terbunuh, manakala beberapa yang lain masih berada berhampiran tempat kejadian untuk membantu penumpang. - AP

Kaut RM107j jual lukisan palsu
New York: Tiga lelaki dituduh terbabit dengan sindiket penipuan penjualan hasil seni mencecah nilai ratusan juta ringgit. Dengan mendakwa lukisan yang dijual adalah hasil karya pelukis terkemuka dunia, mereka sebenarnya menyerahkan lukisan palsu itu dan mengaut untung berjumlah sehingga AS$33 juta (RM107.6 juta). Antara lukisan palsu yang dijual termasuk karya didakwa dihasilkan oleh Mark Rothko dan Jackson Pollock. Mereka yang terbabit termasuk seorang pelukis warga China, Pei Shen Qian, 75, yang didakwa bertanggungjawab melakukan pemalsuan itu dengan teliti. Pei kini dipercayai melarikan diri ke China. Dia turut berdepan tuduhan berbohong kepada ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika disoal siasat. Dua lagi suspek - pasangan adik beradik Jesus Angel Bergantinos Diaz, 65, dan Jose Carlos Bergantinos Diaz, 58, - ditahan di Sepanyol minggu lalu. Peguam Negara AS di Manhattan, Preet Bharara berkata, kes itu membabitkan kesalahan penipuan dan ketamakan. “Defendan memperdaya mangsa membayar jumlah yang besar untuk lukisan dengan mendakwa ia hasil karya pelukis terkemuka.” “Adik-beradik Bergantinos Diaz kemudian bersembunyi di luar negara. “Mereka mesti bertanggungjawab atas segala penipuan yang dilakukan,” katanya. Ketiga-tiga lelaki itu bersama Glafira Rosales yang dikatakan sudah mengaku salah, menjalankan jenayah itu sejak awal tahun 1990-an sehingga Jun 2009. - AFP

Crimea hab judi baru Russia
Moscow: Presiden Russia Vladimir Putin mengumumkan rancangannya menukar wajah semenanjung Crimea daripada wilayah Ukraine kepada hab perjudian terbaru negara itu. Media Barat melaporkan, Putin bakal mengumumkan draf undang-undang itu tidak lama lagi. Stesen penyiaran BBC berkata, Putin akan mengumumkan empat kawasan yang bakal menjadi hab perjudian di Russia. Crimea, lapor BBC, akan menjadi hab perjudian kelima selepas itu. Crimea adalah wilayah autonomi yang dikuasai Ukraine sebelum tentera disokong Moscow mengambil alih pentadbirannya. baru-baru ini. Moscow mendakwa, tindakan itu sesuai dengan kehendak penduduk Crimea yang dijelmakan melalui pungutan suara. BBC melaporkan, Putin yakin rancangan menjadikan Crimea sebagai hab perjudian dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi semenanjung berkenaan. “Pentadbiran baru Crimea diminta memutuskan sama ada mahu wilayah itu menjadi hab perjudian yang bakal menyaksikan pembinaan kasino dan pusat perjudian seperti Siberia atau tidak,” lapor BBC. Pada 2009 Russia mengharamkan pembinaan kasino di Moscow bagi mengelakkan ketagihan judi dalam kalangan rakyat negara itu. Sebelum Crimea, kawasan Primorsky Krai, Sibirskaya Moneta dan Yantarnaya dijadikan pusat perjudian di negara itu. Dalam pada itu, Putin turut menandatangani perjanjian bagi memulihkan kedudukan masyarakat Islam Tartar dan beberapa etnik majoriti lain di Crimea pada hari sama. “Saya menandatangani perjanjian itu bagi memulihkan kedudukan masyarakat Tartar dan siapa saja yang menerima kesan buruk sepanjang pemerintahan Stalin,” katanya.- Agensi

Brunei tangguh hukum hudud
Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan pelaksanaan undang-undang Islam yang sepatutnya bermula semalam ketika negara itu menerima kecaman Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Pembantu Pengarah Unit Undang-undang Islam Brunei, Jauyah Zaini berkata, tiada tarikh baru ditetapkan untuk memulakan pelaksanaan undang-undang syariah itu yang menyediakan peruntukan hukuman sebat, memotong tangan atau kaki serta rejaman hingga mati. Namun, Jauyah berkata, undang-undang itu akan tetap dilaksanakan “dalam masa terdekat.” Katanya, pelaksanaan undang-undang itu terpaksa ditangguh atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman itu dibuat ketika Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan kerajaan dipercayai menunggu pemerintah berkuasa itu kembali sebelum memperkenalkan undang-undang sensitif berkenaan. Namun, penangguhan pelaksanaan hukuman itu mampu mengubah pendirian sultan berusia 67 tahun itu. Pihak berkuasa baru-baru ini menjalankan beberapa taklimat untuk agensi rasmi dan organisasi bukan kerajaan bagi menerangkan mengenai hukuman berkenaan. Peguam dan aktivis hak asasi, Nizam Bashir berkata, pengenalan undang-undang itu bagaikan satu tembok bagi mengatasi globalisasi. “Jika anda cuba melompat tembok itu, akan timbulnya beberapa isu. “Setiap kali anda menerima jawapan, soalan lain akan bermula dan memberikan mereka idea yang tidak selari dengan konsep yang difahami,” katanya. Sementara itu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menyatakan “sangat bimbang” dan mendakwa, hukuman seperti merejam dengan batu diklasifikasi undang-undang antarabangsa sebagai hukuman “penderaan kejam dan tidak berperikemanusiaan.” Hampir 70 peratus daripada 400,000 rakyat Brunei adalah Melayu Muslim, manakala kira-kira 15 peratus lagi etnik Cina bukan Islam.- AFP


Takaful Malaysia umum dividen tertinggi
Kuala Lumpur: Syarikat Takaful Malaysia Bhd mengumumkan pembayaran dividen tertinggi dalam sejarahnya, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Hasil daripada keputusan cemerlang pada 2013, syarikat itu mencadangkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 40 peratus, yang diluluskan oleh pemegang saham pada mesyuarat agung, semalam. Berdasarkan cadangan dividen akhir itu, jumlah dividen satu peringkat bagi 2013, termasuk dua dividen interim yang dibayar pada tahun itu, menjadikan keseluruhannya 82 peratus dan diterjemahkan kepada pulangan dividen 6.6 peratus berasaskan harga penutup saham syarikat sebanyak RM12.40 pada 21 April 2014. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, keuntungan Takaful Malaysia selepas cukai dan zakat meningkat 34 peratus kepada RM134.4 juta berbanding RM100.1 juta pada tahun kewangan sebelumnya. Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan Kamil berkata, tahun ini, Takaful Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-30. “Syarikat ini akan terus memberi penekanan kepada empat bidang teras iaitu capaian pelanggan, kecekapan operasi, keberkesanan kos dan keyakinan pemegang saham. “Matlamat utama Takaful Malaysia ialah mengatasi pasaran dan mewujudkan syarikat yang kukuh serta menjadi pilihan, bukan sahaja dalam kalangan syarikat takaful, malah kesemua penyedia insurans konvensional,” katanya.


‘Mereka Yang Dapat Dosa’ – Rebecca
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam menjelaskan gambarnya yang dimuat naik di Instagram miliknya bukan untuk tontonan umum tetapi ia hanyalah untuk pengikut istimewanya sahaja kerana akaun berkenaan adalah private. Rabecca , 28, berkata, dia kecewa apabila ada pengikutnya yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dia berbaju ketat untuk dijadikan bahan kutukan. “Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai. “Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Selasa. Rabecca meluahkan rasa kecewa selepas gambarnya yang berpakaian seperti sejenis sut ketat berwarna merah dengan imej bertudung disebarkan kepada umum pada Ahad lalu. Gambar tersebut mengundang kritikan hebat daripada masyarakat sehingga dia disamakan seperti watak dalam cerita kartun Teletubies. Pelakon itu turut dikecam memandangkan dia sebagai wanita yang bertudung tidak patut berpakaian sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Dalam pada itu, Rabecca turut berkata, sebagai seorang wanita yang baharu berhijrah iaitu memakai tudung, dia juga sedang berusaha dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik. “Saya sendiri sedang berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik. Insya-Allah. Tiada siapa yang sempurna,” ujarnya. - mStarOnline


Dakwaan Liar Bekas Isteri, Sham Kamikaze Tampil Beri Jawapan
Susulan pendedahan mengejut oleh bekas isteri Sham Kamikaze berhubung sikap hipokrit artis tersebut di sebuah akhbar mingguan, Ahad lalu, Sham tampil memberikan kenyataan berhubung isu yang kembali dibangkitkan oleh bekas isterinya, Farazila Abdul Jabar. Menerusi laman Facebooknya, Sham menjelaskan dia tidak perlu untuk menjawab atau menjelaskan kepada sesiapa berhubung dakwaan Farazila kerana menyatakan mereka sudah tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi. Selain itu, Sham mendakwa itu adalah hak Farazila untuk menuduh dirinya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi. Sham turut mendoakan agar bekas isterinya itu terus tabah mengharungi hidup dan bahagia dengan kehidupannya kini.


179 Majikan Didapati Tidak Bayar Gaji Minimum
KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah melakukan 6,588 pemeriksaan di seluruh negara sejak tiga bulan pertama tahun ini bagi memastikan majikan melaksanakan Perintah Gaji Minimum 2012. Penguatkuasaan sepenuhnya perintah itu dibuat sejak Januari 2014. Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, melalui pemeriksaan yang dibuat dalam tempoh itu, 179 majikan telah diberi notis pematuhan kerana didapati tidak membayar gaji minimum. “Setakat 31 Mac, 261 tuntutan kes buruh berhubung gaji minimum difailkan di Pejabat Tenaga Kerja dan daripada jumlah itu, 69 kes telah diselesaikan manakala 192 kes lagi masih dalam pengendalian pegawai JTK,” katanya. Ia melibatkan jumlah tuntutan lebih RM3.7 juta. Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan di semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.- BERNAMA


Pelakon Veteran Ruminah Sidek Bertunang?
Menerusi sebuah blog, pelakon veteran Ruminah Sidek, 68, dikhabarkan sudah bertunang dengan seorang lelaki berusia 70 tahun yang dikenalinya semasa mengerjakan ibadat di Tanah Suci, baru-baru ini. Kalau benar cerita ini, tahniah diucapkan buat Mak Mah, semoga hubungan yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Untuk makluman, Mak Mah sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Allahyarham AR Tompel. Hasil tiga perkahwinannya, Mak Mah dikurniakan enam orang anak, 20 cucu dan enam cicit.


Jamal Abdillah Mahu Bersara Pada Usia 60 Tahun
KUALA LUMPUR – Penyanyi Pop, Datuk Jamal Abdillah, 54, berhasrat untuk bersara daripada industri seni pada usia 60 tahun kerana terlalu letih setelah lebih 30 tahun bergelar penyanyi. “Saya sekarang sedang memperlahankan persembahan seperti minggu setiausaha dan korporat. Tetapi, saya akan tetap akan keluarkan album sehingga saya betul-betul bersara. “Saya sudah letih nak fikirkan konsep, baju dan persembahan sebab itu mengambil keputusan untuk mempertimbangkan persaraan saya,” katanya yang ditemui selepas persembahan Minggu Setiausaha Antarabangsa di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pengumuman hasratnya itu mengejutkan peminat yang hadir pada majlis itu. – BH Online


Keluarga Karpal Ucap Terima Kasih
GEORGETOWN – Anak lelaki sulung mendiang Karpal Singh, Jagdeep Singh Deo hari ini menyatakan setinggi-tinggi terima kasih atas kehadiran himpunan besar anggota masyarakat di upacara persemadian bapanya. Jagdeep, yang juga anggota dewan negeri Datuk Keramat berkata beliau dan keluarganya terpegun dengan respons orang ramai menyertai perarakan untuk persemadian Ahad lepas. Beliau berkata sekalipun himpunan begitu besar yang di luar jangkaan, jawatankuasa persemadian yang diketuai pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berjaya mempastikan upacara itu berlangsung dengan lancar. “Keluarga saya dan saya mengucapkan terima kasih kepada setiap orang, para sukarelawan dan semua yang telah membantu menentukan upacara kunjungan dan persemadian berjalan licin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir balu Karpal, Gurmit Kaur; anak lelaki bongsunya Mankarpal; abangnya Baksis Singh; Chow, dan anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi. Karpal terbunuh dalam kemalangan kereta melibatkan MPV yang dinaikinya dengan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Perak pada 17 April. Mendiang diberi penghormatan negeri di upacara persemadian kerana sumbangannya kepada komuniti dan masyarakat peguam. Jagdeep berkata keluarganya telah mengumpul abu mayat Karpal dari krematorium Batu Gantung pagi semalam dan ditaburkan di kawasan laut antara Straits Quay dan Greenhall. “Keadaan laut begitu tenang ketika kami menjalankan upacara,” kata beliau. Jagdeep berkata upacara keagamaan terakhir dipanggil ‘Akhand Path’ akan diadakan di Gurdwara Pulau Pinang pada Khamis ini bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari Sabtu. – BERNAMA


Ops Noda: 19 GRO Warga China Ditahan
MELAKA – Sebanyak 19 wanita warga China dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki tempatan ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Merdeka Banda Hilir di sini, awal pagi tadi. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka ASP Azhar Abdul Rahim berkata ketika serbuan pada 1.30 pagi tadi, 16 daripada wanita terbabit sedang membuat persembahan tarian dan nyanyian di atas pentas manakala tiga lagi sedang melayan pelanggan. Beliau berkata seorang lelaki penjaga premis berusia 50 tahun dan dua pelanggan berusia 23 dan 40-an yang didapati positif dadah jenis syabu selain dikehendaki polis berhubung kes tipu di Genting Highlands, Pahang turut ditahan dalam operasi itu. “Siasatan awal mendapati pelanggan perlu membayar antara RM100 hingga RM1,000 untuk menyaksikan persembahan tersebut dan mereka akan dikalungkan bunga oleh GRO yang membuat persembahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya pelanggan juga boleh memilih pelbagai tiara yang dijual di premis tersebut untuk diberikan kepada GRO yang disukai pada harga sehingga mencecah ribuan ringgit. Azhar berkata premis yang telah diserbu sebanyak tiga kali sejak Januari lepas itu berselindung di sebalik lesen menjalankan penerbitan dan pengambaran filem didakwa dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menutup kegiatan menawarkan persembahan melibatkan GRO warga asing. “Pusat hiburan ini mempunyai lesen sah dan mendakwa diberikan lesen tambahan untuk menjalankan persembahan tarian dikeluarkan SKMM bagi tujuan menjalankan penerbitan dan pengambaran filem bertarikh bulan lepas,” katanya. – BERNAMA


Penari Gelek Disiasat Di Mesir
Kaherah – Penari gelek dan penyanyi kontroversi Mesir, Sama al-Masri telah ditahan pihak berkuasa susulan siasatan bahawa selebriti itu memiliki siaran televisyen tanpa lesen. Siaran `Felool’ yang sering dikaitkan dengan rejim bekas Presiden Hosnu Mubarak itu telah keudara sejak tiga bulan lalu. Polis telah menyerbu apartmentnya dan menemui tranmisi tidak berlesen. Sama dikatakan merakamkan episod di dalam rumahnya dan kemudian ia dihantar ke Jordan untuk penyiaran. Sama sebelum ini melancarkan siaran televisyen bagi menentang kumpulan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Dia juga dilaporkan mempersendakan bekas calon Presiden Mesir, Murtada Mansour yang membuat aduan terhadapnya kepada pendakwaraya.


George Si Kucing Gemuk Kini Jalani Diet
Liverpool – George si kucing gemuk kini diberi amaran supaya menjalani diet jika ingin terus hidup, selepas beratnya melebih 12 kilogram. Semuanya gara-gara dia hanya makan donut, daging lembu panggang dan udang segar oleh tuannya yang juga seorang remaja berusia 15 tahun, Wendy Moulton. Keadaan ini menyebabkan badannya naik seperti belon dan dia tidak mampu bergerak di atas sofa. George juga berdepan risiko menghidap diabetes. “Selepas mendapati kakinya kecil namun badannya gemuk, saya baru menyedari bahawa saya perlu melakukan sesuatu. “Dia akan makan apa sahaja dan amat manja. Jika saya membeli ayam panggang di pasar raya, dia akan memakannya,’’ kata Moulton. Susulan itu, George kini menjalani diet khas dan hanya mengambil makanan kering serta air. Dia juga perlu mengurangkan hampir separuh lemak dan berat badan. Dalam pada itu, jururawat di Vets4Pets, Rachel Hughes-Wiseman berkata, keadaan ini sering berlaku kerana tuan punya binatang peliharaan ini menyangka mereka boleh memberikan binatang mereka makan apa sahaja. “Malah kadang-kadang makanan mereka sendiri diberikan kepada binatang peliharaan mereka. “George kini menjalani diet khas yang membolehkannya berasa kenyang sepanjang masa. Akibat diet ini, dia kini memiliki kulit dan bulu yang cantik,’’ katanya.


Dr M Temui Naib Presiden China
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden China, Li Yuanchao di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam. “Dr Mahathir diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Michael Yeoh serta Pengasas dan Timbalan Pengerusi Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew,” kata ASLI dalam satu kenyataan hari ini. Perjumpaan Dr Mahathir dengan Naib Presiden China itu adalah pertemuan peringkat tertinggi dengan pemimpin China sejak tragedi MH370. “Dr Mahathir dan Naib Presiden membincangkan pelbagai cadangan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China selain cadangan untuk Persatuan Ekonomi dan Pelbagai Budaya Zheng Ho, sejajar dengan Inisiatif Laluan Sutera Maritim oleh Presiden China, Xi Jinping,” katanya. Dr Mahathir juga memberi taklimat kepada Li mengenai Forum Ekonomi China Sedunia (WCEF) ke-6 yang akan diadakan di Chongqing, China akhir tahun ini dan menjemput naib presiden itu menghadirinya. – BERNAMA


PKR Kesal Obama Tak Rancang Jumpa Anwar
PKR menyatakan kekesalan berikutan ketiadaan rancangan presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bertemu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Malaysia hujung minggu ini. Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, beliau telah bertemu pengarah Jabatan ASEAN dari Jabatan Negara AS minggu lalu di Kuala Lumpur. Dalam pertemuan itu, katanya, beliau memberi “kenyataan keras” bahawa imej AS akan terjejas sekiranya “tidak mempertahankan keadilan” yang menjadi pegangan negara itu. “Saya menjelaskan dengan tegas dan keras yang imej AS di mata rakyat Malaysia akan jatuh terutamanya di ketika ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini. Rafizi bagaimanapun berkata, berkata parti itu tidak membuat sebarang permohonan rasmi untuk pertemuan itu. Pentadbiran Obama sebelum ini mengumumkan pihaknya tidak merancang untuk bertemu dengan Anwar apabila berkunjung ke Kuala Lumpur pada Sabtu ini. Obama menjadi presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad. Beliau akan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, AS sepatutnya mengambil perhatian terhadap isu ketidakadilan di rantau Asia Tenggara sesuai dengan status mereka sebagai “penegak amalan demokrasi dan keadilan sejagat”. Menurut beliau Anwar yang kini berdepan dengan rayuan mahkamah terhadap satu kes liwat yang dianggapnya tidak adil dan berat sebelah. “Kerajaan Najib dapat sokongan 47 peratus sebuah pihak lagi pakatan Rakyat dapat 52 peratus undi popular. Ini sepatutnya wajar diberi perhatian oleh pentadbiran Obama bahawa sokongan terbesar rakyat Malaysia adalah kepada Anwar,” kata beliau. – MalaysiaKini


Bilangan Individu Bankrap Bertambah 37%
PUTRAJAYA – Bilangan individu bankrap yang menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) pada tahun lepas meningkat 37 peratus kepada 50,912 orang berbanding 37,265 pada tahun sebelumnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata peningkatan itu mencerminkan keberkesanan program-program kesedaran yang dijalankan MdI di seluruh negara untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat mereka. “Kita galakkan mereka yang bankrap supaya datang kepada kita supaya mereka dapat discaj seberapa segera. Kalau boleh kita tidak mahu jumlah bankrap ini meningkat meskipun kita tahu ia sukar dielakkan akibat adanya pinjaman kewangan untuk perniagaan, perumahan dan sebagainya,” katanya ketika berucap dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MdI 2013, di sini hari ini. Bercakap kepada pemberita kemudian, Nancy menyarankan agar MdI mempertimbang peruntukan tidak melelong rumah pertama individu yang bankrap dalam pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang sedang dibuat oleh institusi itu. “Saya rasa ini antara perkara yang boleh menyebabkan orang kita tertekan dari segi kehidupan kerana kalau itu sahaja rumah yang mereka ada, kalau dilelong ke mana mereka nak pergi,” katanya. Menurutnya pindaan akta itu bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan. Ketika ini individu yang bankrap boleh keluar daripada kebankrapan melalui tiga kaedah iaitu pembatalan melalui mahkamah, pelepasan melalui mahkamah dan pelepasan sijil Ketua Pengarah Insolvensi. Mengenai cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini berhubung penubuhan khidmat guaman percuma bagi membantu golongan muflis berdaftar, Nancy berkata terpulang kepada PPIM jika mahu membantu menyediakan perkhidmatan itu. “Kita tak melarang PPIM nak buat perkhidmatan itu, kita hargai. Tetapi kalau mengatakan MdI tidak membantu langsung, itu tidak betul. Ini kerana MdI memang tidak memberi perkhidmatan guaman tetapi Jabatan Bantuan Guaman ada,” katanya. – BERNAMA


Tunggakan PTPTN Hampir RM3.5 Billion
KUALA LUMPUR – Seramai 425,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum melunaskan pinjaman mereka dengan jumlah tunggakan hampir RM3.5 bilion, sehingga Mac tahun ini. Ketua Eksekutifnya Agos Cholan berkata PTPTN memandang serius jumlah tunggakan itu dengan pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan kutipan perbadanan itu terus meningkat. “Perlu diingat PTPTN akan menyenaraihitam nama peminjam sekiranya tiada bayaran diterima dalam tempoh 20 bulan. “Kita mengambil langkah mesra, bukan tak bayar sebulan terus blacklist,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Sahabat PTPTN Peringkat Nasional di sini hari ini. Mengulas lanjut, Agos berkata setakat ini, 130,000 peminjam disenaraihitamkan, namun 45,000 daripada jumlah itu telah tampil untuk berunding dengan PTPTN supaya nama mereka dikeluarkan daripada senarai itu. Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyasarkan peningkatan kepada 23 peratus dari segi jumlah kutipan bayaran balik pinjaman melalui kaedah potongan gaji tahun ini. “Kami menyasarkan peningkatan kutipan bayaran balik lima peratus tahun ini berbanding tahun lepas, dan kami berharap peminjam yang membuat pemotongan gaji pula meningkat daripada 12 peratus menjadi 23 peratus,” katanya. – BERNAMA


PTPTN Lantik RHB Islamic Sebagai Ejen SSPN-i
KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melantik RHB Islamic Bank Bhd sebagai ejen Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i), berkuat kuasa 17 Mac, 2014 “Melalui pelantikan ini, pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN boleh membuka Akaun SSPN-i dan membuat deposit ke dalam akaun itu di semua cawangan RHB Islamic Bank dan bank RHB di seluruh negara,” kata RHB Islamic dalam satu kenyataan. Katanya menerusi lebih 200 cawangan RHB Islamic dan bank RHB di seluruh negara, pemegang PTPTN akan mempunyai akses mudah untuk membuat urus niaga berkaitan dengan pinjaman PTPTN mereka. Melangkah ke hadapan, RHB Islamic Bank akan menyokong skim SSPN-i dengan menyediakan pemegang akaun, perkhidmatan tambahan termasuk kemudahan perbankan layan diri, kata bank itu.- BERNAMA


Penuntut Buang Bayi Dalam Mangkuk Tandas
KUALA TERENGGANU – Seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi swasta di bandar raya ini membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya dalam mangkuk tandas di rumah sewanya di Padang Hiliran di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K.Manoharan berkata kejadian itu disedari rakan serumah penuntut itu pada kira-kira pukul 2.30 pagi selepas melihat rakannya itu terbaring di depan pintu tandas dengan keadaan yang lemah. “Terkejut melihat keadaan rakannya itu pelajar terbabit menghampiri tandas berkenaan sebelum melihat tompokan darah dan seorang bayi di dalam mangkuk tandas. “Pelajar berusia 21 tahun itu menghubungi ambulans dan rakannya itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (Hsnz) dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Hasil bedah siasat mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu mati ketika dilahirkan, katanya. Manoharan berkata polis sedang mengesan beberapa saksi termasuk teman lelaki penuntut itu yang berusia 22 tahun dan bekerja sebagai tukang cat bagi membantu siasatan kes itu. Katanya penuntut itu akan ditahan selepas selesai menerima rawatan di hospital. – BERNAMA




Jawapan Don Daniyal – Kalau Bertanya, Mengapa Tiada Tanda Soal? (Video)
Ustaz Don Daniyal telah menjawab mengenai persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh kompilasi video yang menampilkan isi ceramah oleh Don yang dipotong sekerat-sekerat oleh seseorang. Isu ini hangat minggu lepas, apabila video ceramah Don yang dipotong sekerat-sekerat dan dimuat naik oleh seorang individu Facebook yang menggunakan nama Nur Puteri Diyana. Isu ini seterusnya menjadi hangat apabila bekas pengacara TV3 Wardina Safiyyah Fadhlullah Wilmot mengongsikan video itu di laman Facebooknya beserta satu kenyataan:- Wardina melalui akaun Instagramnya turut memuat naik satu gambar beserta kecaman berunsur sinis mengenai pengikut yang dipimpin ulama yang buta ke lubang neraka. Entri ini telah dipadam oleh Wardina setelah menerima kritikan dari orang ramai. Melalui rancangan ’30 Minit Bersama Ustaz Don Daniyal’ yang disiarkan di TV Al-Hijrah semalam, Don telah memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh video kompilasi tersebut, iaitu tentang Bani Tamim, telaga Barahut dan Ikhwanul Muslimin. Dalam video tersebut Don juga turut mengatakan yang sekiranya bertanya, perlu ada tanda soal. Ini dikira mungkin jawapan Don kepada kenyataan Wardina yang sebelum ini, setelah menerima kecaman pelbagai pihak, mengatakan dia sekadar bertanya kerana mencari kebenaran. Don juga bertanya kepada Wardina setelah meminta maaf dengan lembut:- Bagaimana saudari boleh wujud di dunia ini dalam keadaan orang berkata macam-macam tentang saudari? Don bagaimanapun meminta agar pengikut kedua-dua pihak berhenti bergaduh dan ada menyebut tentang Wardina pernah menginspirasikan orang lain untuk memakai tudung. Don juga menyebut tentang jawapan Ketua Pengarah Eksekutif TV Alhijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang mengatakan kepada pembuat video-video sekerat iaitu:- Bertakwalah pada Allah. Penjelasan lengkap telah turut diberi oleh rakan-rakan Ustaz Don seperti yang dilaporkan di laman ini.


Analisis Video Kononnya Pendustaan Ustaz Don Daniyal Biyajid
Telah tersebar dalam facebook satu video kompilasi fitnah yang telah diedit oleh seorang 'wanita' UITM. Kemudiannya dikongsi pula oleh seorang selebriti wanita tanpa usul periksa dan berani pula mengatakan penyampaian Ustaz Don adalah tidak sahih dan mistik tanpa merujuk dan bertanya sendiri dengan Ustaz Don Daniyal Biyajid hingga TV Al Hijrah ingin menyiasat dan meneliti kuliah Ustaz Don Daniyal Biyajid . Oleh yang demikian, terdapat sahabat yang membantu menganalisis kembali video fitnah berkenaan dan inilah dapatannya :

Daripada Group KUIS :

1. Kisah rambut asy syarif, Ustaz Don cerita tentang kisah Dato' Harun Din.

2. Kisah telaga pula, Ustaz Don ambil daripada cerita Dr Zulkifli Al Bakri. Ini ada dalam Kitab Ghiza' albab oleh As Safarini (si pembuat video ni kenal tak Imam As Safarini ?)

3. Kisah bani tamim, Ustaz Don ambil tafsiran badlishah - yang ini memang salah. Ustaz Don pun dah beritahu dalam video yang dikeluarkan dalam page : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour - ia sekadar teori dan pendapat, boleh sahaja ditolak.

4. Kisah wudhuk - Ustaz Don petik dari Buku Dato' Ismail Kamus

5. Kisah niat - ini memang method Mazhab Asy Syafie.

6. Kisah doa ulama dalam berkumur, Ustaz Don tidak sebut hadith, maka tiada apa-apa halangan. Ia ada dalam kitab Imam al Ghazali dan lain-lain.

7. Kisah dhob / biawak - tiada kesepakatan ulamak ianya hadith palsu, Ikut kajian lebih terperinci ia hanya bertaraf dhoief. Maka ia boleh dipakai dalam bab fadha'il (juga tentang fadha'il Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam - jika siapa yang belajar ulum hadith akan tahu bahawa menggunakan hadith dhoief dibenarkan dengan syarat tertentu. Ramai alim ulamak gunakan hadith dhoief, Imam Bukhari pun ada koleksikan hadith dhoief dalam Al Adab al Mufrad) . Ia boleh diriwayatkan dengan menyebut ia hadith bersanad dhoief atau guna lafaz tamrih sahaja sebab ia berkaitan sirah dan dala'il nubuwwah, tak berkaitan aqidah dan hukum.

Sentimen kewahhabian agak jelas dalam video yang disebarkan itu.

PERHATIKAN, siapa yang juga kena serang dan dicop pendusta.

* Akhlak Ustaz Don - selalu mohon maaf tiap kali rancangan. Mereka yang bersalah dengan Ustaz Don agaknya bila akan mohon maaf ?

Penjelasan tentang Telaga Barahut :

Jawapan dari Ustaz Raja Ahmad Mukhlis :

Ada orang bertanya saya tentang kisah yang disebutkan oleh Ust Don dalam sebuah video, tentang kisah seorang yang menunaikan haji dan amanahnya. Wallahu a'lam... Cuma, ada ulama' yang meriwayatkannya. Antaranya ialah al-Imam Muhammad al-Safarini dalam kitab Ghiza' al-Albab fi Syarh Manzumah Al-Adab. Beliau meriwayatkan daripada para imam yang muktabar:

حكى صاحب الزواجر وغيره من الأئمة المعتبرين أن رجلا حج فلما أراد أن يطلع إلى الجبل أودع رجلا موسوما بالأمانة مالا له خطر ، فلما رجع لقي الرجل انتقل بالوفاة فسأل ورثته عن ماله فلم يكن لهم به علم ، فسأل العلماء عن قضيته فدله بعض العارفين بأنه يأتي زمزم في جوف الليل وينادي الرجل باسمه فإن يكن من أهل الخير فسيجيبه ، ففعل ذلك ليالي فلم يجبه فرجع إلى العارف وأخبره الخبر .

فقال لعل الرجل ذهب به ذات الشمال فاذهب إلى اليمن فأت بئرا في وادي برهوت فناد صاحبك ، فذهب الرجل إلى اليمن وقصد البئر في جوف الليل ونادى يا فلان فأجابه ، فقال له أين الأمانة فوصفها له في داره ، ثم قال له ما الذي صيرك إلى هنا مع اشتهارك بالأمانة والخير ؟ فقال له أخت كان قاطعا لها وتوسل إليه في مصالحتها ، فلما رجع دعا أولاد الرجل وأمرهم بأن يحفروا الموضع الذي عينه له فوجد ماله بختمه ثم أخبر أولاده بما صار إليه والدهم وبما قال له .

فقالوا أنت أولى بهذا الأمر ، فطلب منهم أن يدلوه على عمتهم فوجدها تتكفف الناس ، فذهب إليها ورجع أولاد أخيها فسألها عن حال أخيها فنالت منه وقالت لا تذكره لي ، فلم يزل بها إلى أن سامحته ودفع إليها مالا له خطر ، فطابت نفسها ، فذكر لها القصة فرقت لأخيها وبكت وسامحته من جميع حقوقها ودعت له بخير .

فلما كان وسط الليل ذهب الرجل إلى زمزم ونادى يا فلان فأجابه لبيك لبيك جزاك الله عني أحسن الجزاء ما أيمن طلعتك علي وأبركها ، قد نقلت من العذاب والجحيم إلى الراحة والنعيم ببركة طلعتك علي ومسامحة أختي لي

Tentang Wadi Barahut juga disebutkan dalam Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Kemudian, ianya disyarahkan oleh para ulama' sebagai tempat dihimpunkan roh-roh orang kafir.

قال ياقوت الحموي في معجم البلدان: برهوت بضم الهاء وسكون الواو وتاء فوقها نقطتان: واد باليمن يوضع فيه أرواح الكفار،

وقال محمد بن أحمد: وبقرب حضرموت وادي برهوت، وهو الذي قال فيه النبي صلى الله عليه وسلم: إن فيه أرواح الكفار والمنافقين، وهي بئر عادية في فلاة واد مظلم، وروي عن علي رضي الله عنه أنه قال: أبغض بقعة في الأرض إلى الله عز وجل: وادي برهوت بحضرموت، فيه أرواح الكفار، وفيه ماؤها، أسود منتن، تأوي إليه أرواح الكفار، وعنه أنه قال: شر بئر في الأرض: بئر بلهوت في برهوت، تجتمع فيه أرواح الكفار، وحكى الأصمعي عن رجل من حضرموت قال: إنا نجد من ناحية برهوت الرائحة المنتنة الفظيعة جدا، فيأتينا بعد ذلك أن عظيما من عظماء الكفار مات، فنرى أن تلك الرائحة منه، وعن ابن عباس رضي الله عنهما أن أرواح المؤمنين بالجابية من أرض الشام، وأرواح الكفار ببرهوت من حضرموت.

Sebagaimana disebutkan oleh IMam al-Safarini, Shohib al-Zawajir juga menceritakan kisah ini, maka alfaqir semak kitab الزواجر عن اقتراف الكبائر tersebut karangan al-Imam Ibn Hajar al-Haitami. Demikian lafaznya dengan dikuatkan sandaran kisah ini dengan hadis:

وَقَدْ حُكِيَ أَنَّ رَجُلًا غَنِيًّا حَجَّ فَأَوْدَعَ آخَرَ مَوْسُومًا بِالْأَمَانَةِ وَالصَّلَاحِ أَلْفَ دِينَارٍ حَتَّى يَعُودَ مِنْ عَرَفَةَ ، فَلَمَّا عَادَ وَجَدَهُ قَدْ مَاتَ ، فَسَأَلَ ذُرِّيَّتَهُ عَنْ الْمَالِ فَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ بِهِ عِلْمٌ ، فَسَأَلَ عُلَمَاءَ مَكَّةَ عَنْ قَضِيَّتِهِ فَقَالُوا لَهُ : إذَا كَانَ نِصْفُ اللَّيْلِ فَأْتِ زَمْزَمَ فَانْظُرْ فِيهَا وَنَادِ يَا فُلَانُ بِاسْمِهِ ، فَإِذَا كَانَ مِنْ أَهْلِ الْخَيْرِ فَيُجِيبُك مِنْ أَوَّلِ مَرَّةٍ ، فَذَهَبَ وَنَادَى فِيهَا فَلَمْ يُجِبْهُ أَحَدٌ ، فَأَخْبَرَهُمْ فَقَالُوا لَهُ : إنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ ؛ نَخْشَى أَنْ يَكُونَ صَاحِبُك مِنْ أَهْلِ النَّارِ اذْهَبْ إلَى

أَرْضِ الْيَمَنِ فَفِيهَا بِئْرٌ تُسَمَّى بِئْرَ بَرَهُوتَ يُقَالُ إنَّهُ عَلَى فَمِ جَهَنَّمَ فَانْظُرْ فِيهِ بِاللَّيْلِ وَنَادِ يَا فُلَانُ فَيُجِيبُك مِنْهَا ، فَمَضَى إلَى الْيَمَنِ وَسَأَلَ عَنْ الْبِئْرِ فَدُلَّ عَلَيْهَا ، فَذَهَبَ إلَيْهَا لَيْلًا وَنَادَى فِيهَا : يَا فُلَانُ فَأَجَابَهُ ، فَقَالَ أَيْنَ ذَهَبِي ؟ فَقَالَ دَفَنْته فِي الْمَوْضِعِ الْفُلَانِيِّ مِنْ دَارِي وَلَمْ ائْتَمَنَ عَلَيْهِ وَلَدِي فَأْتِهِمْ وَاحْفِرْ هُنَاكَ تَجِدُهُ ، فَقَالَ لَهُ : مَا الَّذِي أَنْزَلَك هَاهُنَا وَقَدْ كُنْت يُظَنُّ بِك الْخَيْرُ ؟ قَالَ : كَانَ لِي أُخْتٌ فَقِيرَةٌ هَجَرْتهَا وَكُنْت لَا أَحْنُو عَلَيْهَا فَعَاقَبَنِي اللَّهُ - تَعَالَى - بِسَبَبِهَا وَأَنْزَلَنِي هَذِهِ الْمَنْزِلَةَ ، وَتَصْدِيقُ ذَلِكَ الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ السَّابِقِ : { لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ } أَيْ قَاطِعُ رَحِمِهِ وَأَقَارِبِهِ .

http://www.islamicbook.ws/amma/alzwajr-008.html

Sama juga dengan kitab asal iaitu al-Kaba'ir oleh al-Zahabi.

] و حكي أن رجلا من الأغنياء حج إلى بيت الله الحرام فلما وصل إلى مكة أودع من ماله ألف دينار عند رجل كان موسوما بالأمانة و الصلاح إلى أن يقف بعرفات فلما وقف بعرفات و رجع إلى مكة وجد الرجل قد مات فسأل أهله عن ماله علم أنه لم يكن لهم به علم فأتى علماء مكة فأخبرهم بحاله و ماله فقالوا له : إذا كان نصف الليل فأت زمزم و انظر فيها و ناد يا فلان باسمه فإن كان من أهل الجنة فسيجيبك بأول مرة فمضى الرجل و نادى في زمزم فلم يجبه أحد فجاء إليهم و أخبرهم فقالوا : إنا لله و إنا إليه راجعون نخشى أن يكون صاحبك من أهل النار اذهب إلى أرض اليمن ففيها بئر يسمى برهوت يقال أنه على فم جهنم فانظر فيه بالليل و ناد يا فلان فإن كان من أهل النار فسيجيبك منها فمضى إلى اليمن و سأل عن البئر فدل عليها فأتاها بالليل و نظر فيها و نادى يا فلان فأجابه فقال : أين ذهبي ؟ قال دفنته في الموضع الفلاني من داري و لم ائتمن عليه ولدي فأتهم و احفر هناك تجده فقال له : ما الذي أنزلك هاهنا و كنا نظن بك الخير ؟ فقال : كان لي أخت فقيرة هجرتها و كنت لا أحنو عليها فعاقبني الله سبحانه بسببها و أنزلني الله هذه المنزلة
و تصديق ذلك في الحديث الصحيح قوله صلى الله عليه و سلم : [ لا يدخل الجنة قاطع ] يعني قاطع رحم كالأخت و الخالة و العمة و بنت الأخت و غيرهم من الأقارب فنسأل الله التوفيق لطاعته إنه جواد كريم

http://www.islamicbook.ws/amma/alkbaer-aldhbi.html

Penjelasan Terperinci Telaga Barahut oleh : Dr Zulkifli Al Bakri 

Nasihat kami kepada wanita selebriti berkenaan, jika tidak alim teruskan menuntut ilmu. Mengapa ambil berita dari sumber yang tidak dipercayai ?

 Pelik sebenarnya apabila tidak mengaku tidak alim namun dengan beraninya mengatakan apa yang disampaikan oleh Ustaz Don adalah palsu, mistik dan sebagainya. Dan sebagai orang awam pula, berhati-hatilah apabila menyebarkan sebarang berita terutamanya berkaitan agama tanpa dilihat siapakah penyampainya, apakah ajarannya, bagaimanakah akhlaknya ?

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al Hujaarat: Ayat 6)


Polis NAFI Gagal Kawal Kelancaran Upacara Kematian Karpal
GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menempatkan lebih 50 pegawai dan anggota bertugas sepanjang empat hari tempoh memberi penghormatan terakhir hingga pembakaran mayat Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Krematorium Batu Gantung di sini, Ahad lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain menjaga lalu lintas pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota polis di rumah mendiang di Jalan Utama, di sini serta dua balai polis bergerak di perkarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir. “Saya telah mengarahkan anggota trafik bertugas dari mula mayat mendiang tiba di Juru dan mengiringi hingga ke rumahnya di Jalan Utama dan dalam masa sama dua pegawai bersama 20 anggota polis trafik ditugaskan menjaga kawasan berkenaan (rumah Karpal Singh). “Mereka ditugaskan di situ bagi melancarkan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan dan menjaga ketenteraman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini Selasa. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan kerajaan negeri membidas polis yang didakwa gagal hadir seperti yang dirancang untuk mengawal orang ramai yang bersesak-sesak di Dewan Sri Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh pada Ahad. Ketua Menteri Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata kerajaan negeri akan melakukan post-mortem berhubung perkara itu. Abdul Rahim berkata dua pegawainya termasuk Pemangku Ketua Polis Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri DSP Abdul Rahim Md Din menghadiri mesyuarat bersama kerajaan negeri untuk membincangkan jadual perjalanan upacara penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang dan persemadian Karpal Singh. Beliau berkata dua pegawai dan 20 anggota trafik bertugas pada hari Ahad iaitu semasa perjalanan mayat Karpal Singh untuk ke Krematorium Batu Gantung dan lebih 10 anggota polis berpakaian preman bertugas sepanjang tempoh orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Abdul Rahim berkata anggota trafik yang bertugas itu diletakkan di setiap persimpangan jalan mayat mendiang diarak menuju ke krematorium iaitu Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Larut, Jalan Burma, Jalan Perak, Jalan Macalister, Jalan Residensi, Jalan Utama dan Jalan Scotland. “Sepanjang tempoh (membawa mayat Karpal Singh) perjalanan begitu baik dan tidak berlaku sebarang kesesakan teruk. Sehingga hari ini kami juga tidak menerima sebarang laporan polis sama ada berlaku kekecohan atau sebagainya. “Jadi saya tidak faham mengapa kerajaan negeri kata kami tidak menempatkan anggota polis dan saya nafikan perkara itu. Kami ada gambar-gambar untuk buktikan polis jalankan tugas, polis telah jalankan tugas untuk kepentingan masyarakat,” katanya. Karpal Singh, 74, bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Ahad lepas. – BERNAMA


Golongan Gay Boikot Sultan Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN – BRUNEI. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual. Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina. Difahamkan daripada laporan Daily Mail, buat masa ini, pengamal homoseksual hanya dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun memberi amaran, bahawa kod baru hukuman di Brunei itu melanggar hak asasi manusia antarabangsa.


Peserta Ekspedisi Greenland Terokai Keindahan Panorama Di Iceland
Reykjavik, Iceland: Menjejakkan kaki ke Iceland adalah satu pengalaman yang amat bermakna bagi semua penjelajah, kru sokongan dan pihak media yang terbabit dalam Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014. Keadaan cuaca dingin sekitar lima darjah Celsius dan ke bawah adalah perkara biasa di sini. Jika kelihatan cahaya matahari dan secara tiba-tiba salji turun dalam tempoh lima minit kemudiannya bukan satu keadaan yang menghairankan. Mungkin itulah antara sebab mengapa Iceland menjadi lokasi penjelajah atau peserta ekspedisi ini menjalani latihan terakhir secara teknikal dan taktikal di sini sebelum berangkat memulakan penjelajahan di Greenland. Pada hari kedua ini, semua penjelajah mengikuti latihan secara tertutup yang dijalankan oleh pihak perunding ekspedisi, Adventure Consultant. Memandangkan tidak berpeluang menemui penjelajah dan pihak perunding berkenaan pada hari ini, kami terdiri daripada penganjur, kru sokongan dan media berkesempatan menikmati pemandangan berais dari salah satu puncak bukit berais di Grimansfell. Lokasi itu terletak 25 kilometer dari Bandar Reykjavik dengan suhu sekitarnya mencatatkan kosong darjah Celsius. Sepanjang perjalanan ke lokasi, suasana kiri dan kanan jalan raya dipenuhi kawasan pergunungan dan bukit berais serta kawasan lapang yang diliputi salji tebal. Memilih untuk mendaki sebuah bukit yang berketinggian sekitar 500 meter memberi pengalaman baru kepada penulis untuk mendaki di kawasan berais. Pendakian ke puncak bukit berkenaan hanya mengambil masa kurang 45 minit. Sepanjang mendaki, suhu angin berubah kepada tahap lebih rendah kira-kira -6 darjah Celsius. Panorama di puncak bukit itu di kelilingi lapisan bukit kecil lain di bahagian depan serta beberapa gunung berais di belakangnya. Dari puncak, kami mampu melihat hamparan kawasan lapang putih bersalji serta terdapat juga tasik biru yang cukup indah di sebalik kawasan bukit kecil. Ternyata di sebalik cuaca luar jangkaan Iceland, terdapat seribu keindahan panorama di buminya. – HARIAN METRO


PBNJ Lucut Jawatan Pengurus JDTII
JOHOR BAHRU – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melucut jawatan Pengurus Johor Darul Takzim II (JDTII) , On Jabbar berkuatkuasa hari ini. Pelucutan jawatan itu dibuat menerusi satu surat rasmi PBNJ ke atas On yang bertarikh 22 April 2014. Bagaimanapun, On yang turut dikenakan denda sebanyak RM25,000 oleh PBNJ masih dikekalkan sebagai ahli exco persatuan itu. “Menjunjung titah Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dukacita dimaklumkan tuan (On) telah dilucutkan daripada memegang jawatan Pengurus JDTII berkuatkuasa serta merta. “Tindakan ini diambil berikutan insiden yang berlaku ketika perlawanan antara JDTII menentang UiTM dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 19 April lalu. “Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama, sokongan dan komitmen yang tuan berikan selama ini kepada JDTII dan PBNJ,” kata surat itu seperti disiarkan Facebook Johor Southern Tigers hari ini. On baru-baru ini dilaporkan hilang sabar dan bertindak agresif dengan menumbuk pengadil, Sukri Abdul Rahman kerana didakwa bersikap berat sebelah semasa mengadili pertembungan JDTII menentang UiTM. Rakaman video perlawanan menunjukkan Sukri enggan memberi sepakan penalti kepada JDTII meskipun dua kali pemain UiTM menggunakan tangan untuk menepis bola daripada memasuki gawang gol UiTM. Hal itu mendatangkan kemarahan pengurusan dan penyokong JDTII apabila bantahan yang pengurusan JDTII buat semasa pertandingan masih berlangsung tidak dilayan oleh Sukri. Berikutan kejadian itu, media turut melaporkan Sukri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Terengganu selepas pulang ke rumahnya. Presiden PBNJ dalam satu kenyataan mengulas insiden itu baru-baru ini pula menyelar tindakan agresif On tersebut namun dalam masa sama mengkritik mutu pengadilan dan menawarkan bantuan kepada FAM jika kekurangan dana untuk mendapatkan pengadil profesional.


SELUDUP SENJATA: Mejar TUDM Dipindahkan Ke Penjara Lubbock County, AS
KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar yang ditahan kerana cuba menyeludup sepucuk pistol jenis PT-22 Taurus di Lapangan Terbang Mathis, San Angelo, Amerika Syarikat (AS) pada 16 April lalu dipindahkan dari Penjara Taylor County ke Penjara Lubbock County di Texas semalam. Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media memberitahu, perbicaraan ke atas pegawai TUDM tersebut, Mejar Mohd. Faiz Abdul Jalil yang dijadualkan semalam turut ditunda ke tarikh baru yang akan ditetapkan oleh Mahkamah Lubbock Texas. “Pada peringkat awal, Mohd. Faiz dicadangkan untuk dikenakan empat pertuduhan oleh pihak pendakwa, Namun beliau hanya dipertuduhkan atas satu kesalahan sahaja iaitu “a non-immigrant in possession of a weapon and/ or ammunition”,” kata kenyataan itu hari ini. Markas Tentera Udara Kementerian Pertahanan bagaimanapun memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap kebajikan keluarga pegawai TUDM dalam menghadapi situasi sukar tersebut. Sementara itu, Pejabat Atase Pertahanan Malaysia di Washington sedang memantau rapi perkembangan kes itu dan akan memaklumkan setiap perkembangan kepada Kementerian Pertahanan bagi tindakan lanjut. Media pada 20 April lalu melaporkan Mohd. Faiz ditahan kerana disyaki menyeludup sepucuk pistol jenis PT-22 Taurus di Lapangan Terbang Mathis, San Angelo AS. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pegawai itu mahu semasa mahu berlepas pulang ke Malaysia. Menurut laporan sebuah portal berita antarabangsa, kelmarin, pegawai TUDM itu ke Pangkalan Tentera Udara Goodfellow di San Angelo, AS, untuk menjalani kursus, sejak 5 Januari lalu. Hasil siasatan mendapati Mohd. Faiz mengaku membeli senjata terbabit ketika menghadiri satu pertunjukan senjata dengan harga AS$200 (RM648).


Kereta Menteri Pun Tak Lepas Tindakan Undang-Undang
NAK tergelak pun ada juga bila lihat kereta rasmi pak menteri kena ‘clamp’. Tak banyak maklumat yang diperoleh mengenai insiden ini tetapi dipercayai berlaku di Alamanda, Putrajaya. Sebenarnya ia bukanlah salah menteri itu, tetapi salah pemandunya yang meletakkan kereta sesuka hati. Gelaran bukanlah ‘tiket’ untuk tidak dikenakan tindakan. Syabas kepada ‘pak guard’ kerana bertindak profesional…moga jadi pengajaran di masa akan datang.


David Moyes dipecat Manchester United
LONDON: Pengurus kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, David Moyes telah dipecat oleh kelabnya. “Pengurus, David Moyes telah meninggal kelab kami,” umum twitter rasmi Manchester United pada Selesa. “Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kerja keras, kejujuran dan integriti yang dibawanya ketika memikul tugas itu.” Berita pemergian Moyes tiba selepas beberapa hari laporan oleh media Britain yang Moyes akan dipecat, 10 bulan selepas mengambil alih tugas itu dari pengurus lagenda Alex Ferguson. Moyes yang berusia 50 tahun dan berasal dari Scotland terpaksa mengharungi musim getir bersama Red Devils yang jatuh ke tangga tujuh Liga Perdana Inggeris, sekaligus tersingkir dari saingan peringkat tempatan dan Liga Juara-Juara Eropah. United tewas 2-0 dalam perlawanan terakhir mereka di tangan bekas kelab bimbingan Moyes iaitu Everton. Ini juga kekalahan ke-11 berturut-turut buat pasukan itu. United tidak pernah gagal beraksi di Liga Juara-Juara sejak 1995. Pada Selasa akhbar-akhbar di Britain melaporkan nasib Moyes disampaikan kepadanya oleh Ketua Eksekutif kelab itu Ed Woodward dalam pertemuan awal pagi di pusat latihan di Carrington. Jurulatih bersama dan pemain, Ryan Giggs dan bekas rakan sepasukannya Nicky Butt dikatakan akan mengisi buat sementara kerusi yang dikosongkan Moyes menjelang perlawanan bertemu Norwich City hujung minggu ini. Antara yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan jawatan itu adalah jurulatih Belanda Louis van Gaal. Ia berdasarkan ramalan kaki judi, dengan Jurgen Klopp dari pasukan Borussia Dortmund juga dikatakan calon pilihan. - Astro Awani


Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Nikah Sabtu Ini
Kalau sebelum ini dikhabarkan bahawa Fizz Fairuz dan Almy Nadia akan bernikah pada 30 Mei, rupa-rupanya tarikh pernikahan mereka yang sebenar ialah 26 April bersamaan hari Sabtu ini. Almy Nadia telah mengesahkan tarikh ini dan lokasi pernikahan ialah di kampung pengantin perempuan, selepas waktu Asar. Tahniah diucapkan atas berita baik ini. Makin cepat bergelar suami isteri, makin baguslah. Kata Almy menerusi Utusan Malaysia:- Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya. Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal. Belum rasa apa-apa lagi (perasaan nak bergelar isteri), mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya. Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja Tak sabar rasanya nak menatap wajah gembira Fizz Fairuz dan Almy Nadia Sabtu ini. Tahniah diucapkan. Semoga segalanya berjalan lancar. - Beautifulnara


‘Kasanova Bersiri’ Akhirnya Dipenjara Tiga Tahun
Seorang juruteknik komputer dikenali sebagai kasanova bersiri dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi kesalahan menipu seorang wanita dua tahun lepas. Majistret L.Umma Devi membuat keputusan itu selepas K. Prabaharan, 45, menukar pengakuannya kepada bersalah. Umma Devi memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap semula iaitu pada 2 Jan lepas. Prabaharan didakwa memperdaya A.Vanija, 31, dengan menawarkan tender kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Green Lane di sini sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM2,000 untuk tujuan itu. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di depan Hospital Lam Wah Ee, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim pada 3 petang 8 Okt 2012 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes yang dibentang Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee, tertuduh yang mendakwa mengenali guru besar sekolah itu, berjanji memulangkan wang berkenaan pada hari sama sekiranya tender gagal diperoleh. Bagaimanapun, selepas memperoleh wang berkenaan, Prabaharan menghilangkan diri dan nombor telefon bimbit yang diberi juga gagal dihubungi sebelum mangsa cuba menghantar pesanan ringkas. Ketika berbalas pesanan ringkas, tertuduh memaklumkan dia tidak takut dengan sebarang tindakan yang diambil mangsa dan wanita itu kemudian membuat laporan polis pada 10 Okt 2012. Terdahulu, Noor Azura meminta mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran ke atas Prabaharan serta mengambil kira kerugian yang dialami mangsa. Peguam Ravi Chandran pula memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana tertuduh menyara dua anak berusia 19 dan 20 tahun yang kini belajar di kolej serta isteri, seorang suri rumah, selain mengambil kira pengakuan salahnya yang menjimatkan masa dan kos dalam kes berkenaan. Beliau juga memaklumkan bahawa Prabaharan sudah insaf dan berazam untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna. Prabaharan berdepan pertuduhan menipu dua lagi wanita di Mahkamah Majistret berasingan. Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menetapkan 25 April ini bagi mendengar rayuan serta fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman selepas membenarkan permohonan Ravi Chandran untuk membuat persiapan rayuan. Terdahulu, Prabaharan menukar pengakuannya kepada bersalah bagi pertuduhan memperdaya B.Vikneswary, 29, untuk menyerahkan wang RM16,000 sebagai bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Bank Rakyat, Jalan Magazine di sini pada 3 petang 6 Dis 2012. Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar pula menetapkan 19 Mei sebagai sebutan semula kes bagi pertuduhan memperdaya seorang warga emas, T.Suppamal, 68, untuk menyerahkan enam utas rantai leher, enam pasang subang, dua pasang gelang, lima bentuk cincin dan seutas rantai tangan, yang kesemuanya bernilai RM60,000 untuk dicuci. Prabaharan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Hamna Lorong Helang 1, Sungai Dua, Gelugor di sini pada 10 pagi 7 Nov 2012. – BERNAMA


Sebutan Kes Cerai Adam AF & Fiza Elite Isnin Hadapan
Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan. Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan. Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing. Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak. Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut. Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.


Bakal Isteri Yang Dikenali Dari Laman Facebook Larikan RM10,000
IPOH, PERAK: “Dia beri saya harapan untuk menjadi suaminya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti tanpa bantahan. “Pada awal beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa sehingga habis wang simpanan beribu ringgit diberikan kepadanya dengan alasan nak buat persiapan kahwin akan datang,” kata Hanif. Hanif berhasrat mengahwinan kenalan seorang wanita yang dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu. Bukan hanya terperdaya dengan janji-janji manis wanita berusia 23 tahun itu, Hanif, 23, turut mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 membabitkan wang tunai serta barang kemas. Detik awal perkenalan mereka, semua perkara dilalui begitu indah dan membuatkan dirinya yakin wanita itu benar-benar mahu menjadi suri hidupnya. Menurut Hanif, dia jatuh cinta dengan wanita berkenaan kerana sering mengambil berat mengenai hidupnya selain memiliki sikap penyayang. Ini membuatkannya mahu memperisterikan wanita yang berasal dari selatan tanah air itu.- myMetro

No comments:

Post a Comment