Tuesday, April 22, 2014

Berita Terkini 22 April 2014

Khalid Ibrahimrakyatnews air
Catuan air tamat minggu depan
SHAH ALAM - Catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak awal Mac lalu akan ditamatkan minggu depan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ubat gigi berperisa coklat?
Ubat gigi berperisa coklat?
UBAT gigi ini semestinya digemari kanak-kanak kerana ia diperbuat daripada coklat. Menurut laporan DailyMail, ia dihasilkan firma penjagaan gigi Theodent, tidak menggunakan fluorida sebaliknya koko yang rasanya seperti puding. Bahan dipatenkan digelar Rennou itu dikatakan selamat untuk ditelan. Ubat gigi tersebut bukan sahaja membersihkan gigi tetapi mampu membina enamel yang boleh menjadikan gigi lebih kuat. Produk tersebut dikeluarkan dua jenis iaitu ubat gigi biasa dan Theodent 300 dengan kandungan Rennou dengan rasa koko lebih berkrim yang dijual pada harga 61 pound (RM322). Tidak kira apa jenis perasa, pakar pergigian tetap mengesyorkan supaya memberus gigi sebanyak dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida.

Brunei
Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boikot Sultan Brunei kerana hudud
BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual. Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina. Difahamkan daripada laporan Daily Mail, buat masa ini, pengamal homoseksual hanya dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun memberi amaran, bahawa kod baru hukuman di Brunei itu melanggar hak asasi manusia antarabangsa.

Israel lempar bom ke masjid
Israel lempar bom ke masjid
Umat Islam di Palestin makin tertekan dengan perbuatan keji polis Israel.
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Polis Israel terus menaikkan kemarahan penduduk Islam dunia apabila bertindak kejam melempar bom tangan ke dalam masjid Al-Aqsa, menurut ulama kanan Mufti Mohammed Hussein. Menurut Al Arabiya, polis Israel bagaimanapun menafikan dakwaan itu namun mengaku ada membaling objek yang tidak membahayakan ke dalam masjid terbabit. Mufti Mohammed Hussein berkata, polis Israel sengaja berbuat demikian bagi mencetuskan bunyi bising sekali gus mengganggu solat yang sedang berlangsung. “Saya tidak pasti berapa butir bom dilemparkan. Tetapi tindakan mereka membaling bom tangan dan membuat kecoh ketika kami sedang berjemaah adalah sengaja dilakukan. "Kesemua jemaah dapat menyelesaikan solat sebelum bertindak balas,” katanya. Menurutnya, perkara ini amat merbahaya kerana sebelum ini, rejim Zionis mengawal dan mengehadkan waktu kunjungan ke masjid itu dan kini, mereka bertindak lebih liar apabila berani memasuki ke dalam masjid. Susulan kejadian itu, lima rakyat Palestin cedera dan sebanyak 16 yang lain ditahan.


Hakikat laut menurut al-Quran
SEJAK kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut. Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam. Informasi terkini dalam ilmu kelautan: Satu, laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan energi dan sinar matahari; dan laut dalam di mana energi dan sinar matahari tidak lenyap. Dua, laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam. Tiga, gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan. Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berkisar antara puluhan hingga ratusan kilometer. Sedangkan tinggi gelombang dalam berkisar antara 10 hingga 100 meter. Empat, kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter. Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter. Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk. Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut. Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama. Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air. Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah. Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : “Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40). Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’. Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan: “Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air. Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya. Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam.

Wanita 'tidur' di kubur Cina
Wanita 'tidur' di kubur Cina
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Toh (kiri) bersama pegawai penyiasat polis membuat siasatan di lokasi mayat wanita berkenaan ditemui, semalam.
BATU BERENDAM - Seorang wanita berpakaian baju tidur ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam keadaaan mulut berbuih di Tanah Perkuburan Cina Jelutong, Sungai Putat, di sini semalam. Wanita berusia lingkungan 30-an yang terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan itu ditemui seorang pemotong rumput, A Kulanthai, 61, dan anak perempuannya, K Kistina Kuyil, 17, kira-kira jam 2.45 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui di hadapan salah satu kubur di kawasan terbabit. “Mangsa yang berambut pendek itu dan memakai baju tidur ditemui dengan kesan lebam pada muka, leher dan lengan itu oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis. “Siasatan awal mangsa tidak memakai kasut dan tiada kesan suntikan BCG berkemungkinan warga asing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurut Razali, kes yang diklafikasikan sebagai mati mengejut hanya akan mengetahui punca kematian selepas bedah siasat di Hospital Melaka. Sementara itu, Kulanthai berkata, sebelum kejadian dia sepatutnya bertugas memotong rumput di kawasan perkuburan Kristian berhampiran namun terlihat mangsa ketika melalui kawasan berkenaan menaiki kereta. “Saya ditemani anak mahu pergi memotong rumput di kawasan kubur Kristian namun mengambil keputusan pulang apabila orang yang patut temui untuk urusan kerja berkenaan tiada di situ. “Saya melalui kawasan ini dan tiba-tiba ternampak seorang perempuan keadaan tertiarap di hadapan salah sebuah kubur. Saya memanggilnya namun tidak berjawab sebelum menggerakkan kakinya tetapi tiada respon,” katanya. Menurut Kulanthai, dia kemudian menghubungi polis selepas mendapatkan nombor telefon daripada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang menjalankan tugas di kawasan berhampiran.

Lapan penerjun udara maut
HELSINKI - FINLAND. Lapan penerjun udara maut selepas pesawat kecil dinaiki bagi melakukan terjunan bebas Easter Sunday terhempas di Jamijarvi, barat Finland, semalam. Ketika kejadian, pesawat Pert Air 8 itu dipercayai, menghadapi masalah enjin sebelum terhempas. Ketua Polis Petri Kangas berkata, pesawat itu berlegar dan tidak seimbang. "Juruterbang dan dua daripada 10 penerjun terselamat selepas melompat keluar dari pesawat sebelum ia terhempas. Manakala, lapan lagi ditemui mati di sekitar bangkai pesawat," katanya, laporan dipetik dari AP.

Nyaris maut digigit anjing liar
Nyaris maut digigit anjing liar
KUALA LANGAT - Seorang kanak-kanak nyaris maut apabila dia digigit seekor anjing liar dipercayai milik penduduk Orang Asli di kawasan ini. Penduduk Taman Desa Kemandol, Siti Mariam Abdullah, 40, berkata, ketika kejadian, kanak-kanak terbabit sedang bermain di kawasan rumah sebelum diserang oleh seekor anjing yang sebelum itu memunggah longgokan sampah di hadapan rumah. "Budak itu cedera di belakang badan dan berdarah digigit anjing. "Kami bimbang sebab takut lebih ramai lagi kanak-kanak dan penduduk yang menjadi mangsa anjing liar yang dibiarkan berkeliaran," katanya kepada Sinar Harian. Siti Mariam berkata, penduduk di situ meminta pihak yang bertanggungjawab memantau anjing liar yang berkeliaran di kawasan mereka bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan itu. "Penduduk dah pun panjangkan perkara ini kepada pihak terlibat untuk ambil tindakan sepatutnya kerana ia pertama kali berlaku di sini. "Saya harap ada pihak datang pantau dekat kawasan ini agar tiada masalah lain pula yang timbul," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) ketika dalam sesi dialog Majlis Perbincangan Status Tanah bersama penduduk memaklumkan pada peringkat awal, beliau meminta Tok Batin di kawasan berkenaan membuat pemantauan supaya dapat menjalinkan hubungan baik dalam masyarakat. Menurutnya, pemantauan awal perlu dilakukan sebelum mana-mana pihak membuat tindakan susulan seterusnya. “Saya faham situasi berkenaan namun mengharapkan kerjasama penduduk setempat memainkan peranan dalam menjaga haiwan peliharaan mereka. “Bagaimanapun, MDKL akan ambil perhatian aduan yang diberikan,” katanya.


City Atasi Baggies Untuk Hampiri Liverpool
MANCHESTER, United Kingdom – Manchester City mengecilkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool kepada enam mata menerusi kemenangan selesa 3-1 ke atas West Bromwich Albion di Eastlands. Pablo Zabaleta, Sergio Aguero dan Martin Demichelis semua menjaringkan gol untuk City ketika ketiga-tiga pemain Argentina itu menemui gawang dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk kali pertama. West Brom menunjukkan sedikit tentangan apabila menjadikan kedudukan 2-1 menerusi jaringan Graham Dorrans, tetapi City terlalu kuat. City akan merapati Liverpool lagi jika ia memenangi satu lagi perlawanan di tangan, biarpun ia memerlukan kelab Merseyside itu untuk tercicir mata dalam baki tiga perlawanan jika mahu muncul juara. – AFP


Nasib Malang Penghibur Jalanan
London – Bimbang kehadiran ahli muzik dan penghibur jalanan di London mungkin lenyap ekoran peraturan yang terlalu ketat, Datuk Bandar Boris Johnson kini menerajui usaha agar suara penyanyi dan muzik yang dimainkan penghibur jalanan akan dapat didengar semula. Bandar Camden di utara London dengan pelbagai kedai memang sudah sekian lama menjadi pilihan ramai pengunjung muda, termasuk untuk menyaksikan aksi penghibur jalanan, namun sejak beberapa bulan lalu penghibur jalanan diarah menghentikan aktiviti jam 9 malam. Ada yang bimbang Camden akan kehilangan identitinya kerana pihak yang terbabit tunduk kepada aduan daripada masyarakat setempat mengenai gangguan bunyi. Pemuzik jalanan juga kini perlu mendapatkan lesen. Peralatan muzik termasuk amplifier turut dilarang. “Saya bimbang beberapa bahagian daripada bandar ini akan menjadi tempat larangan bagi penghibur jalanan” kata Johnson ketika melancarkan kempen sokongan kepada pemuzik jalanan. Hargai usaha pemuzik “Daripada menghalang ahli muzik kita dengan mengenakan pelbagai kerenah birokrasi, kita sepatutnya menghargai usaha mereka menghidupkan suasana di jalan-jalan dan pusat bandar,” kata Johnson sambil berikrar untuk menjadikan London sebagai ibu negara dengan status muzik yang dimainkan secara langsung. Timbalan Datuk Bandar bagi Pendidikan dan Kebudayaan, Munira Mirza pula berkata: “Penghibur jalanan masih suka untuk datang ke London tetapi mereka mendapati agak sukar kerana berdepan dengan pelbagai peraturan yang berbeza.” “Kita mempunyai 32 kawasan perbandaran dan setiap satu mempunyai sistem yang berbeza, dan apa yang kita mahu lakukan ialah untuk memudahkan penghibur jalanan ini.” – AFP

Abdel Fattah Al-Sisi
Al-Sisi Bakal Ditentang Pemimpin Haluan Kiri
KAHERAH – Bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fateh al-Sisi akan ditentang oleh seorang ahli politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabbahi pada pilihan raya presiden negara itu yang akan diadakan pada 26 dan 27 Mei depan. Namun, al-Sisi dijangka tidak berdepan kesukaran menghadapi lawannya itu ekoran beliau mendapat sokongan majoriti rakyat Mesir selepas menumbangkan Presiden sebelum ini, Mohammed Morsi. Sekiranya beliau menang, al-Sisi akan meneruskan tradisi Presiden Mesir yang dipilih dalam kalangan ketua tentera sejak monarki negara itu digulingkan pada tahun 1952. Sabbahi menduduki tempat ketiga pada pilihan raya Presiden pada 2012 yang dimenangi Morsi. Beliau kini dianggap calon tunggal pada pilihan raya kali ini yang mewakili inspirasi rakyat yang bangkit menumbangkan pemerintahan diktator, Hosni Mubarak pada 2011. Pergerakan Ikhwanul Muslimin tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini selepas diharamkan kerana didakwa sebuah pertubuhan pengganas. Beberapa pemimpin utama pergerakan itu kini dipenjarakan manakala anggotanya yang lain dihalang daripada menjadi calon pilihan raya. Morsi digulingkan tentera selepas bantahan besar-besaran rakyat negara ini yang menentang beberapa dasar pemimpin itu termasuk setiap keputusan beliau yang tidak boleh dicabar di mahkamah. Mesir yang mempunyai penduduk teramai di dunia Arab, berdepan keganasan yang melanda negara itu sejak kejatuhan Morsi pada tahun lalu. – AFP


Pengurus Liverpool Lindungi Rakan Wanita
LIVERPOOL – Pengurus kelab bola sepak Liverpool, Brendan Rodgers (gambar) terlibat dalam satu pertengkaran dengan seorang pemuda yang mengamuk di depan rumah seorang rakan wanitanya, lapor akhbar Daily Mail semalam. Pertengkaran tersebut tercetus selepas Rodgers, 41, cuba melindungi rakannya, Charlotte Hind, 31, daripada diserang seorang pemuda yang tiba-tiba mengamuk di rumah wanita itu di sini kelmarin. Rodgers bersama beberapa rakannya pergi ke rumah wanita itu selepas Liverpool berjaya menewaskan Nor- wich 3-2 dalam aksi Liga Perdana England kelmarin. Seorang jiran memberitahu, ketika kejadian, Rodgers berada di rumah wanita itu sebelum seorang pemuda yang menaiki kereta berhenti dan terus menjerit di hadapan kediaman berkenaan. Katanya, Rodgers kemudiannya keluar dari rumah dan memarahi pemuda itu sebelum tercetus pertengkaran antara mereka. “Pemuda itu yang tidak berpuas hati kemudiannya mengambil satu kayu kriket di dalam keretanya sebelum kembali ke rumah wanita tersebut. “Dia kemudiannya memukul pintu rumah wanita itu beberapa kali sebelum beredar,” katanya. Menurutnya, seorang jiran telah menghubungi polis tetapi pihak berkuasa tiba selepas pemuda itu meninggalkan lokasi kejadian. “Kami tidak tahu mengapa lelaki itu mengamuk di rumah wanita tersebut tetapi Rodgers telah bertindak berani dengan berdepan dengannya,” jelasnya. – Agensi


MH192: Profesionalisme Kru Dipuji
KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memuji profesionalisme anak kapal pesawat MH192, yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, Isnin. Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 10.09 malam menuju ke Bangalore, India tetapi berpatah balik ke KLIA apabila mengalami masalah pada gear pendaratannya. Pesawat itu, yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal, selamat melakukan pendaratan kecemasan di KLIA pada 1.56 pagi. Ahmad Jauhari juga berada di KLIA untuk menemui penumpang dan anak kapal semasa mereka turun dari pesawat, katanya dalam kenyataan MAS di sini. “Tiada keadaan yang kelam-kabut atau cemas, semua pihak memberi pujian tertinggi terhadap kecekapan dan profesionalisme juruterbang, pegawai pertama dan anak kapal. “Saya berbangga dengan pasukan ini dan cara mereka menangani keadaan dalam Penerbangan MH192 awal pagi tadi,” katanya. Sementara itu, seorang penumpang, Pritesh Jain yang duduk di tempat duduk 22A berkata, beliau mendengar bunyi kuat sejurus pesawat berlepas dan pesawat itu juga bergegar. “Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Juruterbang pantas bertindak dan mereka terus berkomunikasi dengan kami,” kata Pritesh yang bersendirian menaiki penerbangan itu. Seorang lagi penumpang sendirian, Basavaraj Udapud berkata komunikasi dari kokpit dilakukan secara berterusan dan anak kapal juga menunjukkan demostrasi pendaratan kecemasan. “Semua yang berada dalam pesawat membaca doa tetapi keadaan dalam pesawat amat tenang dan terkawal. “Anak kapal dapat menanganinya dengan baik sekali. Semua orang memberi sorakan dan tepukan kepada Kapten apabila pesawat akhirnya berhenti. Ia pengalaman yang menakutkan,” katanya. Sementara itu, MAS berkata pihaknya sedang menyediakan laporan mengenai insiden MH192 untuk dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan. – mStar Online


Obama Tiba Di Malaysia Sabtu Ini
KUALA LUMPUR – Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang dinanti-nantikan semakin hampir apabila Presiden Barack Obama bersedia untuk berlepas dari Washington pada Selasa. Lawatan bersejarah beliau yaang dirancang sebelum ini ditangguhkan pada Oktober lepas berikutan krisis bajet yang menyebabkan penutupan separuh Kerajaan AS. Tanpa sebarang halangan kali ini, karpet merah menantikan ketibaan Presiden AS ke-44 itu yang akan melangkah keluar dari pesawat Air Force One di pangkalan TUDM di Subang pada petang Sabtu. Obama, bagaimanapun tidak akan diiringi oleh Wanita Pertama, Michelle, akan berada di Tokyo dan Seoul sebelum menghabiskan dua malam di Malaysia. Satu majlis sambutan rasmi dijadualkan di Dataran Parlimen diikuti upacara menghadap Yang di- Pertuan Agong dan jamuan negara di Istana Negara. Pada Ahad, tiada rehat buat Obama kerana pelbagai acara diaturkan bermula dengan lawatan di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak dan lawatan kebudayaan ke Masjid Negara. Kemudiannya, bakal diadakan rundingan rasmi bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh kedua-dua pemimpin, dan pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan dinamik. Acara kemuncak akan diadakan di Universiti Malaya bersama pemimpin-pemimpin muda terpilih dari 10 negara Asean. Menurut pegawai rasmi, Presiden turut dijadualkan bertemu dengan pemimpin hak awam Malaysia. Pada pagi Isnin, Obama akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian korporat sebelum berlepas ke Manila. Duta Khas ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis berkata, lawatan pemimpin AS itu akan mengaktifkan semula hubungan dua hala yang semakin erat. “Kami telah lama menunggu Presiden Amerika Syarikat dan Malaysia bersedia untuk menunjukkan kepada beliau apa yang kita ada,” katanya. – mStar Online


Manchester United Nafi Sudah Pecat Moyes
LONDON – Manchester United hari ini mengumumkan David Moyes belum lagi dipecat sebagai pengurus pasukan, namun enggan mengulas laporan media Britain bahawa terdapat kemungkinan memecatannya akan dilakukan hujung musim ini. Jurucakap Manchester United dalam satu emel berkata: “David Moyes belum lagi dipecat”. Bagaimanapun, ketika mengulas sama ada beliau akan dipecat sebelum penghujung musim ini, beliau berkata: “Kami enggan mengulas mengenai spekulasi itu”. Beberapa akhbar tempatan mendakwa, Manchester United sudah memutuskan untuk memecat David Moyes selepas mengharungi musim mengecewakan. Sementara itu, Sky Sports News melaporkan bahawa Moyes bakal dipecat dalam tempoh 24 jam. – AFP


Angka Korban Feri Karam Meningkat Kepada 104
JINDO, Korea Selatan – Bilangan korban yang disahkan dalam nahas feri Korea Selatan melepasi 100 hari ini, tetapi hampir sekali ganda masih hilang selepas hampir seminggu usaha mencari dan menyelamat. Angka korban rasmi yang diberikan pengawal pantai ialah 104 orang dengan 198 yang lain masih hilang. Feri Sewol seberat 6,825 tan itu membawa 476 orang, sebilangan besarnya pelajar sekolah, apabila ia karam Rabu lalu. – AFP


Madah Cinta Pengkid Berdarah
Segamat – “Mujur saya sempat tepis, jika tidak mungkin pisau itu singgah di kepala,” kata Urni, 24, yang hampir kehilangan jari kelengkeng tangan kirinya akibat diserang rakan pengkid yang cemburu buta di Dataran Segamat di sini, kelmarin. Sebelum kejadian, Urni mendakwa bertemu seorang lagi pengkid, Ila 20-an di Jalan Aji berhampiran Dataran Segamat, kira-kira jam 9 malam untuk menyerahkan telefon bimbit yang sudah diperbaiki. Menurutnya, selepas bertemu Ila, dia duduk atas pentas utama dataran berkenaan sebelum didatangi seorang lagi kenalan pengkid dikenali sebagai Nor, 38. “Ketika berada di atas pentas itu, Nor memanggil dan meminta saya bertemunya di padang berhampiran kononnya mahu berbincang sesuatu dan saya tanpa syak wasangka menghampirinya. “Pada mulanya, Nor bertanyakan tujuan bertemu Ila dan saya memberitahu perkara sebenar iaitu menyerahkan semula telefon bimbit wanita itu yang siap diperbaiki,” katanya ketika ditemui. - myMetro Online


Lisa Surihani Tidak Akan Tonton Cerita Seram
PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Lisa Surihani merupakan seorang yang penakut dan tidak akan menonton atau mendengar kisah seram terutamanya cerita-cerita hantu. Lisa, 28, berkata, dia mengalami perasaan takut sejak kecil dan sering terbawa-bawa perasaan itu ketika bersendirian. “Saya bukan seorang yang suka dengar cerita hantu dan saya tidak faham kenapa orang tengok cerita sebegitu? “Sejak kecil lagi saya memang takut untuk menonton cerita hantu kerana ia akan menggangu tidur saya,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran HBO Sentral Bahasa Malaysia, di Hotel Grand Hyatt, di sini pada Isnin. Lisa Surihani turut diumum sebagai hos pertama rancangan yang memaparkan filem-filem terbaharu di pawagam dalam versi bahasa Malaysia. Bagaimanapun, Lisa berkata, dia pernah menerima tawaran berlakon filem genre tersebut berjudul Dendam Orang Mati. “Selalunya saya memang tolak mentah-mentah filem genre seram, namun ada satu filem berjudul Dendam Orang Mati yang saya terima kerana watak saya dalam filem itu sangat mencabar. “Ia cerita psiko tetapi lokasi penggambaran di tempat-tempat yang memang menakutkan dan saya terpaksa meminta suami (Yusry Abdul Halim) untuk menemani saya ketika di lokasi,” katanya. Tambah Lisa, dia juga terkilan kerana disebabkan perasaan takut itu juga dia tidak dapat memberikan sokongan kepada kawan-kawan baiknya yang berlakon dalam filem-filem seram. Dalam pada itu, Lisa yang mengacarakan program HBO Sentral itu mengakui teruja dan berbesar hati kerana menjadi hos pertama rancangan tersebut. Dia akan memastikan cara penyampaian agar lebih interaktif bagi menyalurkan maklumat tentang filem-filem terbaharu di pawagam. “Saya seorang pelakon dan peminat filem, jadi saya berbangga apabila Astro memilih saya untuk menjadi hos rancangan ini. “Mereka mahu saya bawa rancangan ini mengikut cara saya sendiri, namun apa yang sukar apabila saya terpaksa bercakap sendirian di skrin hijau dengan hanya membayangkan apa yang keluar di televisyen,” ujarnya. Episod pertama HBO Sentral akan bersiaran pada 27 April ini, pukul 7.15 malam di saluran HBO (saluran 411/431). - mStar Online


Meteor terbakar dirakam
IMEJ menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas (dalam bulatan) yang terbakar dan mengeluarkan cahaya apabila memasuki lapisan udara di Rusia.
MURMANSK - Kehadiran beberapa meteor yang menerangi langit malam di sini dirakam kamera yang diletakkan pada papan pemuka sebuah kereta. Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube dibuat ketika kenderaan itu melalui lokasi kejadian kelmarin. Ia menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas itu terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi dan menerangi langit yang gelap. "Saya seakan-akan tidak percaya melihat sebutir batu terbakar dapat memancarkan cahaya yang begitu terang," kata seorang pengguna YouTube. "Untuk beberapa saat langit cerah seperti siang hari," tambahnya. - Agensi


Berat badan turun paling maksimum
LAUNGAN semangat memecah kesunyian fajar di Central Park, Bandar Utama, Damansara. Saat kira-kira 30 Contender berada di barisan masing-masing, para jurulatih mula memantau barisan. Contender merupakan gelaran kepada pelatih kelas latihan memperbaiki stamina Metconx diasaskan oleh bekas atlet taekwando negara, Daing Daniel Fitri, 28. Ditubuhkan pada September 2012, Metconx yang juga singkatan kepada latihan kondisi metabolik (metabolic conditioning exercise) merupakan gabungan latihan tempur fizikal persediaan seni mempertahankan diri. Bukan mudah mahu mengharungi tempoh sejam yang penuh tekanan menyaksikan Contender memerah setiap tenaga demi menghabiskan setiap sesi. Kelebihan Metconx ialah gabungan senaman tempur seperti muay thai dan taekwando diolah kepada senaman berintensiti tinggi supaya mampu dilakukan orang biasa. Lebih mengujakan dengan keupayaan menurunkan berat badan secara maksimum dalam tempoh sebulan termasuk pembakaran metabolisme sepanjang lapan jam selepas tempoh senaman. Ia adalah aktiviti fizikal yang tepat buat warga kota. Alatan yang digunakan sepanjang senaman seperti beg taktikal seberat 20 dan 25 kilogram (kg), batang paip seberat lima kg, bola metcon, tali skip, beg pasir serta alatan lain yang menuntut tekanan abdomen yang tinggi. Fizikal Ketika peluh mula membasahi dahi ditambah pula baju yang lencun, rentak gerakan Contender masih seperti biasa. Graf momentum yang sekata itu disuntik daripada pemantauan jurulatih dan ahli peserta yang lain. Walaupun ada yang hampir 'lunyai' dek melakukan senaman seperti hang clean dan ankle taps melibatkan hingga empat sesi dalam tempoh sejam, hubungan antara Contender bagaikan sebuah keluarga. "Teruskan! Kita boleh lakukan, jangan putus asa, sikit sahaja lagi," jeritan semangat seorang Contender, Emran Qhalish Abd Qaiyum, 21. Dilema Emran Qhalish yang juga penuntut di Diploma Komunikasi Massa di SEGi College ialah dia mengalami masalah obesiti. Sering melakukan pelbagai jenis senaman seperti berjoging dan bersenam di gimnasium, ia gagal memberikan kesan yang diharapkan. Mempunyai berat badan 93kg, dia hanya berjaya menurunkan berat badan maksimum tiga kg dalam tempoh tiga bulan selepas menghadiri gim secara konsisten. Melalui kenalan rapat, dia mula membuat kajian mengenai Metconx yang dikhabarkan sejenis senaman menumpukan peningkatan metabolisme dan tekad mencuba senaman itu. "Bayangkan dalam tempoh tiga bulan, saya sekadar berjaya menurunkan berat badan sebanyak tiga kg sahaja. Tetapi bersama Metconx dalam tempoh sebulan saya berat badan saya turun kepada 85kg. JURULATIH memantau setiap latihan yang dijalankan. "Perbezaan jumlah yang amat banyak berbanding pelbagai senaman biasa yang saya lakukan sebelum ini. Jika dahulu saya sentiasa berlapar kerana mahu diet, kini tidak lagi," katanya teruja. Berbanding pemilik badan bersaiz besar yang lain, Emran berkata dia selesa dengan keadaan badannya. Faktor utama Emran memilih Metconx adalah demi mengejar cita-cita bergelar pramugara. Benci berjalan Kesan pertama daripada rutin latihan Metconx selama sejam dalam tempoh tiga kali seminggu, adalah kemampuan untuk berdiri dan berjalan dalam tempoh yang lama. "Ketika berbadan besar dahulu aktiviti yang paling saya benci ialah riadah, berjalan di pasar malam dan berdiri dalam tempoh yang lama. "Jika dengan keadaan tubuh sekarang selain berat badan yang ideal, walaupun berdiri dalam tempoh lapan jam, bukan lagi masalah bagi saya," selorohnya. Lain pula cerita bagi peserta senior dalam Metconx. Mula terlibat dalam kelas tersebut sejak ia mula ditubuhkan, Faizul Zainol, 35, terpaksa bertarung dengan masalah berat badan tidak konsisten. Aktif dalam pelbagai aktiviti sukan terutama ragbi ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford Brookes, United Kingdom, London, mimpi ngerinya bermula tatkala kembali bertugas di Malaysia pada tahun 2001. "Berat badan dan fizikal tubuh saya sama seperti belia yang lain ketika melanjutkan pelajaran di luar negara. Mungkin kerana kehidupan yang aktif banyak membantu saya mengekalkan fizikal yang ideal. "Namun selepas pulang ke Malaysia atas faktor tekanan kerja dan masa, berat badan saya semakin bertambah. Keadaan itu semakin teruk apabila saya sering memilih makanan sebagai medium mengurangkan tekanan," jelasnya. Faizul memberitahu, kesedaran itu timbul selepas doktor sering memberi saranan supaya menurunkan berat badan. Antara peringatan doktor yang masih diingati ialah: "Jika mahu hidup kurang daripada usia 40 tahun, kekalkan berat badan awak." Katanya, kata-kata doktor tersebut berjaya membuatkan dia tekad menurunkan berat badan ke arah gaya hidup yang lebih sihat. "Pada mulanya saya bergerak sendiri melakukan pelbagai senaman termasuk berenang yang dikatakan mampu menggerakkan setiap otot dalam badan. "Saya juga turut mengawal pemakanan terutama mengurangkan kuantiti pengambilan nasi. Namun kesannya amat minimum," katanya kini mempunyai berat badan idea 104kg sesuai dengan ketinggiannya. Faizul mengakui bukan mudah untuk melakukan rutin senaman Metconx kira-kira seminggu awal pembabitannya. Tambahan pula kebanyakan rutin senaman itu asing baginya. Pengasas Metconx yang mesra dengan panggilan Coach Dann dalam kalangan Contender menjelaskan kelebihan senaman berintensiti tinggi. Jelasnya, Metconx merupakan kombinasi daripada latihan larian, angkat berat, bina badan, rutin latihan asas dan olahraga. Tambahnya, program latihan juga sentiasa berubah bagi memastikan otot badan sentiasa meneka pergerakan baharu melalui fungsi pergerakan pelbagai. Sasaran rutin Metconx memberi kebaikan terhadap dua komponen iaitu kecergasan berkaitan kesihatan dan kemahiran. "Kecergasan berkaitan kesihatan melibatkan komponen dalaman badan seperti jantung yang sihat, peratusan lemak yang bersesuai, kekuatan otot dan meningkatkan kelancaran seperti pengaliran darah serta nutrien dalam badan. PESERTA dapat membiasakan diri dengan senanam berat ini selepas beberapa sesi. "Kecergasan berkaitan kemahiran meliputi kemampuan dan keadaan fizikal. Antaranya kelajuan, ketangkasan, tindak balas, stamina, produktiviti dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan ketidakmampuan fizikal contohnya sakit kaki ketika berjalan lama," katanya. Bakar metabolisme Menurut beliau, kedua-dua komponen ini berkait rapat. Jika seseorang mahu kurus dan mempunyai otot yang cantik, inlah senamannya. Beliau yang juga jurulatih taekwando mendedahkan kemampuan senaman tempur terhadap tubuh badan. Coach Dann memberitahu, kesan peningkatan metabolisme dalam badan meningkat sehingga lapan jam selepas sejam melalui program senaman Metconx. Malah jumlah kalori yang mampu dibakar mencecah sehingga 1,000 kalori dalam sejam berbanding secara purata hanya 400 kalori sejam bagi aktiviti joging. "Objektif kami untuk memanjangkan tempoh pembakaran metabolisme dan memaksimumkan pembakaran kalori sehingga 72 jam selepas latihan. "Latihan berintensiti tinggi ini juga mendorong individu memperbaiki stamina sekali gus kualiti kesihatan. Ia berkemampuan menjana tenaga dalam diri supaya kekal cergas sepanjang hari, tuturnya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya. Dalam perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, beliau berkata, Metconx sengaja menyediakan rutin latihan selama sejam melibatkan tiga sesi sehari dalam enam hari kecuali pada hari Ahad. Ujarnya, pelaksanaan sejam untuk sesi latihan begitu padat seperti kardio dan daya ketahanan. Bagi mendapatkan berat badan yang ideal, cukup sekadar mengikuti latihan sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu. Tetapi senaman Metconx menitikberatkan tempoh rehat yang cukup dalam kalangan Contender seperti tidur dalam tempoh maksimum lapan jam sehari. "Dalam sehari latihan Metconx melibatkan tiga sesi dalam tempoh sejam sahaja. Ia bermula pada pukul 5.30 pagi hingga 6 pagi, diikuti pukul 6.40 hingga 7.40 pagi dan sesi terakhir pada pukul 7.30 malam hingga 8.30 malam. "Jadual senaman ini amat sesuai bagi warga kota yang bekerja dan pelajar. Mereka perlu memilih sebelum waktu melaksanakan tugas harian atau selepas tempoh bekerja,"ujarnya. Mengulas mengenai rencananya pada masa hadapan, Metconx bakal memperkenalkan Metconx Kitchen yang menyediakan makanan kudapan menyihatkan dengan harga berpatutan. Perkhidmatan tersebut bakal dibuka dalam tahun ini di kawasan Bandar Utama, Damansara. Coach Dann berkata, penubuhan Metconx Kitchen melengkapkan lagi pakej Metconx selain latihan fizikal.


Bunga punca penyakit alahan
KETIBAAN musim bunga di Jepun menyebabkan bunga daripada pokok ceri yang berwarna merah jambu dan putih berkembang mekar sehingga mewujudkan pemandangan indah di negara matahari terbit itu. Namun, ia turut memberi petanda bahawa penduduk sekitar perlu memakai topeng muka dan penutup mata khas bagi menghalang serangan debunga yang menyebabkan hidung berair dan kegatalan mata. "Saya mahu keluarkan bebola mata saya dan membasuhnya," ungkapan dalam laman web yang mengiklankan klinik mata dan ubat-ubatan untuk penghidap alahan rinitis. Bagi kebanyakan orang, hidung berair dan bersin adalah masalah kecil, namun bagi sesetengah individu, alahan boleh menyebabkan sesak nafas, sakit kepala dan batuk. Bagi yang alah pula boleh mendapat penyakit asma dan radang paru-paru. Menurut kaji selidik, setiap seorang daripada empat orang dalam kalangan 128 juta orang penduduk Jepun mengalami kafun-sho iaitu istilah tempatan bagi penyakit alahan rinitis. Alahan ini menyebabkan jualan topeng muka di farmasi juga meningkat sebanyak lima kali ganda di samping tisu, cermin mata dan ubat-ubatan. Turut mendapat permintaan tinggi ialah alat pembersih udara, pembersih katil dan penyerap debunga. Dianggarkan jualan barang-barangan mencecah $1.5 bilion Yen (RM47 bilion) setahun. ALAT perlindungan kafun blocker yang dapat menghalang debunga. Antara barangan terkini yang mendapat sambutan ramai ialah kafun blocker iaitu alat perlindungan nilon berkuasa bateri seperti yang digunakan oleh penternak lebah. Alat tersebut dipercayai dapat menghalang 99.99 peratus debunga kerana dilengkapi kipas dan penapis di atasnya. Menurut seorang pengurus kedai di Tokyo, Takahiro Sasaki, alat itu sangat popular dalam kalangan individu yang bekerja di luar rumah seperti petani. Alahan rinitis dipercayai disebabkan debunga daripada pokok sugi atau nama saintifiknya Cryptomeria japonica yang ditanam di seluruh Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Kerajaan Jepun ketika itu mengambil keputusan menanam pokok sugi dan hinoki untuk menampung permintaan industri kayu berkualiti tinggi yang meningkat. Namun selepas liberalisasi mengimport kayu pada tahun 1964, ia menyebabkan produk kayu sugi domestik semakin berkurangan. Akibatnya, banyak hutan dengan ribuan pokok sugi ditinggalkan sejak beberapa dekad tanpa dibalak atau ditanam semula. Menurut Kimihiro Okubo dari Sekolah Perubatan Nippon, pokok-pokok ini akan mengeluarkan debunga selepas pokok mencapai tahap matang iaitu pada usia 30 tahun. Katanya, debunga halus pokok-pokok ini yang tidak dibalak berterbangan sehingga sejauh 300 kilometer sejam selepas perang. "Pokok sugi menghuni kira-kira 18 peratus hutan di Jepun manakala hutan hinoki pula meliputi 10 peratus. "Saya percaya alahan debunga sugi akan mengambil masa antara 100 hingga 200 tahun untuk dihapuskan," kata Okubo. Kaedah merawat alahan debunga sugi semakin baik sejak kes pertama dilaporkan pada tahun 1963 melalui imunoterapi sublingual iaitu dengan menitiskan ekstrak alergi di bawah lidah untuk diserap. DAUN pokok sugi daripada baka yang kurang menghasilkan debunga. Hampir satu pertiga daripada pesakit menggunakan kaedah tersebut bagi mengatasi alahan dan 50 peratus lagi menganggap masalah yang dihadapi adalah ringan. Sejak tahun 1999, kerajaan Jepun telah memperkenalkan projek menanam anak pokok sugi yang mengeluarkan debunga yang sedikit dan hasilnya baka baharu berjaya ditemui. Pegawai Agensi Perhutanan Jepun, Kiyohito Onuma berkata, sebanyak 15.2 juta anak pokok sugi baka ini baka debungan yang kecil telah ditanam pada tahun lalu, manakala 10.4 juta batang pada tahun sebelumnya. Tambahnya lagi, eksperimen turut dijalankan di makmal kejuruteraan genetik untuk membangunkan anak pokok yang tidak menghasilkan debunga. "Hutan sugi telah memberi pelbagai kebaikan kepada masyarakat antaranya pemuliharaan tanah negara dan pencegah pemanasan global. "Sugi tumbuh cepat. Pokok ini mudah digunakan sebagai bahan binaan. Saya tidak fikir pengeluaran sugi akan berhenti," kata Onuma juga menghidap penyakit alahan. - AFP


Menonton coklat ular sawa
SEBUT saja perkataan coklat, pasti ramai yang terbayangkan kelazatan dan keenakan manisan yang diperbuat daripada buah koko itu. Kini, coklat telah menjadi kegilaan kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia. Ada banyak perkara menyeronokkan yang dikaitkan dengan coklat. Sesetengah orang beranggapan coklat dapat meredakan tekanan dan menerbitkan perasaan gembira. Ini mungkin ada kebenarannya kerana coklat sememangnya dapat menenangkan fikiran yang berserabut. Bukan itu sahaja, kajian menunjukkan coklat makanan berkhasiat dan seimbang selain mudah dibawa ke mana-mana serta dimakan pada bila-bila masa. Melihatkan potensi industri coklat itu, syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn. Bhd. membuka Muzium Coklat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada tahun 2012. Menurut pengurusnya, Mohd. Azuan Arshad, pembinaan muzium itu membabitkan kos sebanyak RM1 juta. “Muzium ini dilancarkan Januari lalu oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tetapi ia sebenarnya telah dibuka lebih awal. “Pada masa itu, kami mahu menguji penerimaan orang ramai terhadap satu-satunya muzium yang dikhaskan untuk coklat di Malaysia ini. “Tujuan muzium ini ditubuhkan adalah untuk mendidik masyarakat mengenai asal-usul coklat serta manfaatnya dari segi kesihatan. “Pengunjung juga akan mendapat maklumat menarik mengenai coklat dan koko dari seluruh dunia yang telah berusia lebih 3,000 tahun. “Sejak dibuka, kami menerima lebih 50,000 orang pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak tadika, pelajar sekolah, universiti dan kolej. “Pelancong asing dari negara seperti China, Thailand, Jepun dan Asia Barat juga kerap datang ke sini,” jelasnya sambil memberitahu, muzium terbabit telah diiktiraf sebagai produk pelancongan terbaharu Malaysia tahun ini. ULAR sawa yang dihasilkan daripada coklat ini mengambil masa selama 150 jam untuk disiapkan. Ujar Mohd. Azuan, pihaknya mempraktikkan konsep 3E iaitu pengunjung berpeluang mendapatkan pengetahuan (education), pengalaman (experience) dan keseronokan (enjoyable) sepanjang berada di muzium terbabit. “Mereka akan dibawa melawat ke sekeliling muzium, melihat demonstrasi penghasilan coklat, membeli-belah di galeri coklat selain bersantai di kafe muzium ini yang menyajikan makanan dan minuman berasaskan coklat. “Lebih 130 jenis coklat daripada 30 jenama terkenal dijual di muzium ini termasuk Cadbury, Ferrero Rocher dan Toblerone di samping jenama keluaran syarikat kami iaitu Fidani, Farrel dan Danson. “Kesemua coklat daripada jenama terkenal ini diimport terus dari negara asal seperti Itali, New Zealand dan Korea. “Malah, ia dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding di pasar raya iaitu antara RM1.50 hingga RM300,” ujarnya sambil menambah, pihaknya menerima sebanyak 2,000 hingga 4,000 pengunjung pada hari biasa tidak termasuk cuti hujung minggu. Sebaik menjejakkan kaki di muzium ini, kru Jurnal disambut oleh cef muzium, Cef Yazid yang bertindak sebagai pemandu pelancong. Pengunjung diberi penerangan oleh cef berkenaan mengenai sejarah awal koko dan coklat. Terdapat beberapa bahagian yang boleh dilawati sepanjang sesi ini, antaranya sejarah coklat, kebaikan coklat untuk kesihatan dan industri coklat. Pengunjung juga berpeluang melihat replika mesin adunan coklat pertama dunia yang dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa Swiss Chocolatier iaitu Rodolphe Lindt. Malah, bentuk coklat bar diaplikasikan pada dinding yang menuju ke dapur muzium. Di situ juga sesi demonstrasi penghasilan coklat untuk pengunjung dilakukan. Melangkah ke ruang dapur muzium ini, pengunjung dapat melihat bentuk haiwan yang dihasilkan menggunakan coklat seperti ular sawa, naga dan burung helang untuk tatapan pengunjung. “Kami menyiapkan kesemua bentuk haiwan yang menggunakan coklat ini dalam bentuk kumpulan dan masa yang diambil untuk menghasilkan naga ini ialah 110 jam, ular sawa pula selama 150 jam dan burung helang memakan masa selama 130 jam,” tambahnya. Walaupun dipisahkan oleh dinding kaca, pengunjung masih dapat melihat aksi mengadun coklat cair oleh cef di dapur. Kerja-kerja itu dilakukan di atas marmar bagi menghasilkan coklat yang halus dan berkilat. Selain itu, pengunjung ditunjukkan teknik menyalut coklat menggunakan biskut atau wafer dan kemudiannya dihias dengan bahan hiasan di atasnya. GALERI Muzium Coklat ini menjual lebih 130 jenis coklat daripada 30 jenama terkenal pada harga lebih murah. Merasai sendiri keenakan rasa biskut yang disalut coklat itu pastinya memberikan pengalaman yang sangat berharga lebih-lebih lagi coklat itu baru saja dihasilkan. Pengunjung juga ditunjukkan cara mencetak gambar di atas coklat menggunakan mesin buatan Jerman. “Proses mencetak gambar di atas coklat ini mengambil masa selama 45 minit. Malah, kami turut menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, ulang tahun mahupun majlis korporat. “Untuk tempahan mencetak, pengunjung perlu membawa gambar yang hendak dicetak dalam bentuk digital. Harga pula ditentukan mengikut saiz dan bentuk gambar yang dipilih,” ujarnya. Muzium yang berkeluasan 325 meter persegi itu dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari. “Sebagai perancangan, kami bakal menubuhkan akademi coklat dan Muzium Coklat kedua pada penghujung tahun ini. “Kami turut bercadang membuat taman tema yang disasarkan pada awal tahun hadapan,” tambah Mohd. Azuan.


Wanita maut di Taman Negara Bako
Santubong : Seorang wanita maut manakala 11 rakan serta 12 anggota pasukan penyelamat terperangkap di Bukit Timah, Taman Negara Bako di sini tengah malam tadi. Loe Xie Yann, 20, yang disahkan meninggal dunia selepas pengsan petang semalam serta mangsa lain berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat kedua, kira-kira 6 pagi tadi. Loe, bekas penuntut Kolej TAR Kuala Lumpur berasal dari Taman Bukit Permata, Selangor bersama 11 lagi rakannya pergi ke taman negara itu untuk melancong. Setibanya di satu lokasi di taman itu, mangsa yang mempunyai masalah tekanan darah rendah dan berat badan 110 kilogram pengsan menyebabkan rakan lain tidak dapat meneruskan perjalanan. Seorang peserta ekspedisi menghubungi bapanya memaklumkan mengenai kejadian dan memintanya melaporkan kepada polis bagi mendapatkan bantuan. Seramai sembilan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan lima petugas Taman Negara dihantar ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, keadaan gelap dan hujan menyukarkan membawa mereka keluar dan menyebabkan pasukan bantuan turut terperangkap di lokasi kejadian dan gagal keluar dari taman negara. Pasukan penyelamat terdiri daripada bomba dan polis pergi ke lokasi kejadian kira-kira 3.30 pagi tadi dan mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mangsa. Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat manakala mangsa lain dirawat di unit rawatan pesakit luar.

FotoFoto
Penganjur majlis Syiah ditahan
Selayang: Polis menahan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sambutan Wiladah Saidatina Fatimah Az- Zahra Ustaz Mohd Kamil Zuhairi, ketika beliau sedang berucap pada majlis anjuran pengikut Syiah Imamiyyah (Ja'fari) di Taman Sri Gombak, 2.45 petang tadi. Difahamkan sehingga 5.20 petang, Mohd Kamil yang berbaju batik biru masih berada di Balai Polis Selayang untuk memberi keterangan yang sudah berlangsung hampir dua jam. Beberapa pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia turut berada di padang awam tempat Mohd Kamil ditahan.


PM umum insentif perumahan awam
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan insentif pembangunan semula Perumahan Awam 1Razak Mansion dengan 557 pemilik sedia ada akan menerima rumah gantian baru secara percuma. Beliau berkata, 101 penyewa perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditawarkan unit baru pada harga RM42,000. "Antara insentif lain termasuk pembayaran duti setem sebanyak RM4,000 turut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. "Selain itu, 557 penghuni asal perumahan berkenaan akan menerima imbuhan pemindahan sebanyak RM3,000 dengan sebahagiannya dibayar semasa menandatangani surat perjanjian manakala selebihnya diserahkan selepas perumahan berkenaan siap," katanya pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Pengesahan Unit Rumah 1Razak Mansion, Sungai Besi di sini, sebentar tadi. Najib berkata, nilai hartanah bagi setiap unit kediaman berkeluasan 800 kaki persegi itu dijangka mencecah sehingga RM250,000 selepas disiapkan tiga tahun lagi.

Foto
Penyokong bola nafi baling mercun
Ipoh : Seorang penyokong bola sepak didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi atas tuduhan menyebabkan letupan dengan membaling mercun ke arah anggota polis dalam kekecohan membabitkan perlawanan pasukan Perak bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, Selasa lalu. Peniaga burger Mohd Sahir Yahya, 26, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibaca jurubahasa mahkamah dan meminta dibicarakan atas tuduhan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957 yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya. Majistret Haslinda A Raof menetapkan sebutan semula kes pada 3 Jun ini. Beliau juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 serta seorang penjamin manakala tiga lagi penyokong bola sepak yang ditahan turut dibebaskan dengan jaminan polis. Pendakwaan dilakukan Inspektor Nazaruddin Ibrahim manakala tertuduh diwakili tiga peguam diketuai Mohd Fitri Asmuni.

Foto
Tiga maut kereta bergesel
Kapar: Tiga maut termasuk seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dalam kemalangan di Jalan Haji Abdul Manan, di sini, malam tadi. Kemalangan kira-kira 9.30 malam itu turut menyebabkan empat yang lain parah. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Honda Accord dan Proton Satria menuju ke Klang Sentral dipandu laju dan bergesel sesama sendiri sebelum sebuah daripadanya terbabas ke dalam semak manakala sebuah lagi memasuki laluan bertentangan. Kereta Proton Satria yang memasuki laluan bertentangan kemudiannya bertembung dengan dua kereta yang menghala ke Kapar. Pemandu dan penumpang Proton Satria disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4zJ1AtQnbAGcdev1hbSD_5Idypj4D0wHQdanEW65m9xAdSqpZGzF1JYejTimhyphenhyphenid8PM1WYsDMXzHMvqPQY-RNWr-Em7fPirK2BR3E7vVSVMr5ykPkUVhSwHmu6AGJTuGyY3I6aeWS7p0/s1600/999.jpg
2.3 peratus panggilan kecemasan benar
KUALA LUMPUR: Hanya 2.3 peratus daripada jumlah purata 83,000 panggilan kecemasan yang diterima perkhidmatan Sistem Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 setiap hari adalah benar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata, majoriti panggilan atau 76 peratus yang diterima pusat MERS 999 di ibu kota, Melaka dan Sarawak adalah panggilan senyap disebabkan tindakan pengguna telefon pintar tertekan butang panggilan kecemasan. "Ada juga panggilan palsu, atau individu sengaja telefon untuk berbual dengan operator. Mereka (operator) perlu layan panggilan seperti ini kerana tidak tahu jika itu adalah panggilan yang benar," katanya ketika berucap pada taklimat bersempena lawatan Anggota Parlimen ke Pusat Panggilan MERS 999 di Telekom Malaysia Annexe 2 di sini malam ini. Sehubungan itu, Ahmad Shabery mengucapkan terima kasih kepada operator MERS 999 yang tenang dan sabar melayan berpuluh-puluh ribu panggilan sehari meskipun jumlah petugasnya hanya 20 orang bagi setiap syif selama lapan jam. "Penting untuk mereka bertenang dan membantu individu yang membuat panggilan tenang supaya dapat memberi maklumat yang diperlukan kerana bencana datang tanpa diduga dan dalam masa seperti itu, jangka masa pendek seperti tiga minit boleh menentukan hidup mati seseorang," katanya. Ditanya perancangan bagi mengatasi masalah panggilan senyap dan palsu, Ahmad Shabery berkata, pihaknya akan terus mendidik masyarakat untuk tidak terus menyalahgunakan nombor itu agar manfaat sebenar, iaitu memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan, tidak tersasar. "Selain itu, masalah ini juga disebabkan begitu mudah untuk kita tertekan nombor panggilan kecemasan kerana jika telefon diletakkan kata laluan, nombor kecemasan masih boleh ditekan, begitu juga jika tidak mempunyai kredit. "Kita mahu kurangkan panggilan tidak benar kerana ini mencerminkan mentaliti masyarakat kita. Ini (pusat panggilan kecemasan) adalah aset negara dan kita mahu masyarakat tahu bahawa mereka yang menyalahgunakan kemudahan ini boleh dikesan kerana nama dan alamat mereka terpapar apabila mereka menghubungi MERS 999," katanya. Lawatan ke MERS 999 diadakan untuk memberi pendedahan kepada Anggota Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang berkaitan operasi dan tindakan yang diambil sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima. Taklimat itu disampaikan Pengarah Projek pusat panggilan itu Ir Rozinah Anas. Sementara itu, dalam majlis sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Shahril Tarmizi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan polis bagi membendung kegiatan perjudian secara online, khususnya membabitkan Piala Dunia yang akan berlangsung pada 12 Jun depan di Brazil. - Bernama

Foto
Terbabas lekat tiang elektrik
KEADAAN kereta Toyota Camry yang terbabas dan melekat pada tiang elektrik.
Chukai: Seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB), parah apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya hampir putus dua akibat terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 166, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Pejabat FELCRA Sungai Pergam, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa, Abdul Hakim Mohd, 47, dari Taman Perumahan TNB Paka, Dungun, yang memandu bersendirian dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, tersepit dan terperangkap di dalam kenderaannya sebelum berjaya dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi kemalangan. Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Abdullah Zawawi Mohamad berkata, sejurus menerima panggilan, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian. Katanya, apabila pihaknya tiba di lokasi kejadian, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam yang berada berdekatan lokasi kejadian. "Mangsa yang mengalami patah tangan dan luka di beberapa bahagian badan lain kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MH192
MH192 selamat mendarat di Bengaluru
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 dilihat pada landasan selepas mengalami masalah dengan gear pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, awal pagi tadi. - Foto EPA
NEW DELHI - Pesawat penerbangan MH192 tiba di Lapangan Terbang Bengaluru di sini pada 5 petang ini, selepas tergendala akibat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) awal hari ini. Penerbangan asal MH192 terpaksa berpatah balik ke KLIA setelah satu daripada tayar di bahagian kanan gear pendaratan pesawat itu pecah semasa berlepas, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan di sini. Pesawat itu yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 1.56 pagi ini. Kesemua penumpang itu kemudian ditempatkan di beberapa hotel di sekitar lapangan terbang itu. Keselamatan para penumpang menjadi keutamaan MAS, kata kenyataan itu. Pada 3.30 petang tadi, penerbangan MH192 itu berlepas semula ke Bangalore dengan menggunakan pesawat lain. - Bernama

Abdul Rahman Mat Dali
Najib perlu elak ditekan agenda US
BANGI - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diingatkan supaya tidak tertekan dengan apa sahaja desakan untuk memenuhi agenda kepentingan Amerika Syarikat dan sekutunya. Menurut Naib Presiden II Isma, Abdul Rahman Mat Dali berkata, Najib perlu membuktikan tahap ketokohan dan pimpinannya kepada rakyat Malaysia dalam menangani isu semasa MH370 di samping berjuang demi mempertahankan kepentingan negara. "Sebagai pemimpin, Najib perlu berani dan bertegas untuk tidak menyerah dengan sebarang permintaan Presiden Amerika Syarikat. "Amerika Syarikat mungkin mempunyai strategi tertentu, jadi Najib perlu lebih berhati-hati dan tidak mudah menuruti agenda AS," katanya dalam satu kenyataan. Mengulas mengenai lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia yang dijadualkan bermula 26 April ini, beliau yakin AS mempunyai strategi atau agenda tertentu mendesaknya untuk datang ke Malaysia. Menurutnya lagi, masih banyak perkara yang boleh dibangkitkan oleh pihak AS antaranya ialah isu perdebatan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang melibatkan Malaysia dan 10 negara lain. "TPP ini adalah agenda kerajaan AS yang ditekan oleh kuasa Yahudi yang mencengkam ekonomi dunia dan sangat memberi kesan kepada ekonomi sesebuah negara. "Najib perlu diingatkan bahawa kepentingan Melayu belum cukup kuat untuk bersaing dengan TPP, beliau harus lebih berhati-hati dalam menerima kunjungan Presiden AS," katanya lagi.

Anak koperal polis maut
Anak koperal polis maut
PORT DICKSON - Anak seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, di Batu 5 Jalan, Pantai Port Dickson, kira-kira jam 12.10 tengah malam, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa, Muhamad Shafiq Mohd Rozek, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala. “Mangsa adalah anak kepada anggota Cawangan Narkotik IPD Port Dickson, Koperal Mohd Rozek Azmi. “Dalam kejadian itu, mangsa dari arah Telok Kemang menuju ke Port Dickson bersama seorang rakannya yang menunggang motosikal berasingan bertembung dengan sebuah kereta,” katanya. Abd Wahab berkata, pemandu kereta berkenaan yang juga sebagai seorang penyelia di sebuah stesen minyak di Port Dickson ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. “Kes di siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sesiapa yang melihat insiden berkenaan boleh terus menghubungi pegawai penyiasat di talian 018-3189164. “Jenazah mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat,” katanya. Mohd Rozek berkata, Muhamad Syafiq merupakan anak kedua daripada enam beradik adalah seorang anak yang sangat baik. “Muhamad Syafiq baharu sahaja pulang ke rumah selepas tiga hari dia menyertai pertandingan bola lisut di sebuah sekolah di Palong Jempol. “Motosikal yang ditunggangnya baharu sahaja dibeli beberapa hari lalu. Saya tidak sangka perkara begini akan terjadi kepadanya,” katanya dalam keadaan sedih ketika ditemui di tempat kejadian.

Menyamar jadi pelanggan
Menyamar jadi pelanggan
BANDARAYA MELAKA - Anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) terpaksa menyamar sebagai pelanggan untuk menangkap lelaki berpakaian wanita yang menawarkan khidmat seks. Lebih melucukan, lelaki terbabit tidak sedar dia diperangkap, lantas menaiki kereta anggota penguat kuasa itu ke satu tempat terpencil kononnya untuk melakukan seks. Namun, sebelum tiba di tempat ditujui, lelaki berkenaan akhirnya ditahan anggota yang mempekenalkan diri. Itulah situasi yang berlaku dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah dilakukan Jaim di dua lokasi berasingan di sekitar bandar ini. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, tiga lelaki berpakaian wanita termasuk seorang yang tidak pernah insaf ditangkap 12 pegawai penguat kuasa kelmarin dan semalam. “Lelaki pertama ditangkap kira-kira jam 1 pagi kelmarin di Jalan Tun Ali, diikuti tangkapan kedua dibuat di sekitar tempat letak kereta Stadium Hang Jebat jam 3.30 pagi semalam. “Satu lagi tangkapan di Jalan Tun Ali kira-kira jam 5.15 pagi semalam,” katanya di sini, semalam. Rahimin berkata, pihaknya menggunakan strategi berbeza setiap kali keluar melakukan operasi supaya tidak dihidu lelak berpakaian wanita berkenaan. “Perkarangan letak kereta Stadium Hang Jebat dianggap sebagai port golongan berkenaan yang masih freshie dan baru berjinak-jinak dengan maksiat luar tabii. “Pegawai penguat kuasa Jaim terpaksa menyamar sebelum melakukan tangkapan yang sebelum itu turut membabitkan tawar-menawar,” katanya. Menurutnya, sebelum lelaki terbabit menaiki kereta pegawai yang menyamar pelanggan ke suatu tempat yang selamat untuk melakukan maksiat, dan ketika itulah tangkapan dilakukan. “Siasatan awal mendapati harga ditetapkan mereka sebanyak RM50 untuk ‘ringan-ringan’ dan RM70 untuk seks luar tabii. Rahimin berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berlagak seperti perempuan yang jika sabit kesalahan boleh di denda RM1,000 atau enam bulan penjara.

Anak tergamak tikam bapa
Anak tergamak tikam bapa
Suspek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini semalam setelah ditahan reman selama tujuh hari.
KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur bertindak nekad menikam bapanya yang cuba meleraikan pertengkaran antara dia dan tunangnya di hadapan kediaman di Lembah Harapan, Seberang Takir, di sini kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, akibat tikaman yang agak kuat itu, bapanya yang berusia 55 tahun itu mengalami luka pada bahagian belakang, paru-paru, patah satu tulang rusuk dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Menurutnya, mangsa yang merupakan pesara tentera dan kini bekerja sebagai kakitangan kerajaan mengalami kecederaan yang agak parah, namun, kini telah stabil setelah dirawat di hospital. “Siasatan terhadap kejadian itu dijalankan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai perubatan HSNZ jam 10 malam, Sabtu lalu. “Pegawai perubatan itu menerima mangsa yang ingin mendapatkan rawatan kira-kira jam 9.30 malam. Ketika itu, mangsa dalam keadaan tenat dan cedera parah,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam. Manoharan berkata, siasatan awal polis mendapati punca pergelutan antara suspek dan bapanya itu berlaku selepas mangsa cuba meleraikan pertengkaran antara suspek dan tunang di hadapan kediamannya. “Suspek yang mungkin berang dengan tindakan mangsa yang mencampuri urusannya itu bertindak ganas dengan menikam belakang mangsa selepas tercetus pertengkaran antara mereka berdua. “Setelah terdengar bunyi bising akibat pergelutan itu, adik beradik suspek yang lain berkejar ke lokasi kejadian bagi meleraikan pergelutan dan mendapati mangsa berlumuran darah. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke hospital," katanya. Beliau berkata, suspek dipercayai menggunakan sebilah pisau untuk mencederakan mangsa, namun senjata itu masih belum ditemui dan polis masih menyoal siasat suspek bagi mendapatkan maklumat lanjut. “Suspek berusia 22 tahun ditahan jam 1.30 pagi, semalam apabila dia turut ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan setelah tercedera ketika adik beradiknya yang lain cuba meleraikan pergelutan antara dia dan bapanya itu. “Hasil ujian ke atas air kencing suspek mendapati dia positif morfin. Suspek ditahan dan dibawa ke mahkamah pagi ini (semalam), dan dia direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan kerana mendatangkan kecederaan parah.

MH370
Liputan media menurun selepas hari ke-45
PERTH - Liputan media berhubung pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-45 tanpa menunjukkan sebarang hasil. Khemah-khemah media kelihatan berkurangan, demikian juga kelengkapan dan kenderaan yang biasanya diletakkan dekat Dumas House, di sini, di mana Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) biasa mengadakan sidang akhbar, atau di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Bullsbrook, kira-kira 40 minit pemanduan dari Perth. Selain maklumat harian terkini menerusi kenyataan di laman web atau e-mel rasmi pegawai JACC, tidak ada sidang akhbar dibuat sejak Isnin lepas. Seorang pegawai media RAAF yang enggan dinyatakan namanya memberitahu Bernama dan wartawan Malaysia yang lain bahawa petugas media tidak lagi dibenarkan memasuki pangkalan itu untuk liputan berita sejak minggu lepas. Untuk operasi pencarian harian secara visual, kata pegawai wanita itu, ia diteruskan seperti biasa sebagaimana yang diberitahu oleh JACC pada pagi Isnin. Fokus sekarang terhadap operasi di bawah laut melibatkan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) dipanggil Bluefin-21, yang ditugaskan sejak Isnin lepas. Bagaimanapun, ini juga tidak menghasilkan sesuatu yang membawa kepada penemuan pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pagi 8 Mac. Pada Sabtu, pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bluefin-21 dijangka menyelesaikan tugas imbasan di zon pencarian dalam air minggu depan. Perdana Menteri Australia Tony Abbott juga membayangkan baru-baru ini tentang perlunya mempertimbangkan kembali operasi mencari dan menyelamat jika tidak terdapat perkembangan terbaru. Pihak media di sini menjangka satu sidang akhbar akan diadakan dalam sehari dua ini. - Bernama

Mustapa Mohamad
Mustapa bimbang catuan air jejas operasi syarikat
SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bimbang pelan catuan air di Selangor akan menjejaskan operasi pengeluaran syarikat tempatan dan luar negara di negeri itu sekiranya dilaksanakan dalam tempoh lama. Beliau berkata berdasarkan sesi dialog yang dihadiri bersama syarikat yang beroperasi di Selangor, terdapat syarikat yang ingin mengkaji semula rancangan pengembangan mereka di Selangor sekiranya masalah air tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. "Isu air ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak sebab pelaburan (oleh syarikat tempatan dan luar negara) penting untuk menggerakkan ekonomi dengan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. "Perkara ini (isu air) merupakan isu nasional. Pelaburan penting ke arah kemajuan negara dan kita tidak mahu keadaan di mana syarikat dalam atau luar negara berfikir dua kali untuk melabur di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama 21 syarikat yang beroperasi di Selangor anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) di sini hari ini. Turut hadir dalam dialog itu adalah Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar, wakil Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Selangor, Syabas dan SSIC Berhad iaitu cabang pelaburan kerajaan negeri Selangor. Mengulas lanjut, Mustapa berkata mengikut SSIC, terdapat 30 syarikat mengemukakan aduan kepada kerajaan negeri Selangor berhubung masalah air yang dihadapi ekoran pelan pencatuan air itu. Mustapa berkata adalah sukar bagi Selangor mempertahankan kedudukannya mencatatkan pelaburan kedua tertinggi antara negeri di Malaysia dengan jumlah sebanyak RM9.8 bilion pada 2013 sekiranya pelan catuan air dilaksanakan bagi tempoh lama. Mengulas mengenai dialog yang dihadiri hari ini, beliau berkata ada syarikat meminta MIDA memberikan insentif kepada syarikat terjejas akibat catuan air dan membantu mencari sumber air mentah alternatif dari negeri lain bagi menampung operasi perniagaan masing-masing. Terdahulu, menteri yang ditemani para pegawai kementerian dan Mida, melawat SR Technics Malaysia Sdn Bhd di Shah Alam, penyedia perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi kerangka udara, enjin dan komponen. Kemudahan syarikat di Shah Alam itu menyenggara komponen penerbangan seperti hidraulik, aksesori mekanikal serta komponen avionik khusus dan elektrik serta memberi perkhidmatan peralatan Airbus, Boeing dan Embraer. Mustapa berkata kerajaan menggalakkan pelaburan dalam sektor MRO memandangkan sektor berkenaan mampu mewujudkan peluang pekerjaan serta pekerjaan berkualiti dan mahir. Beliau berkata sektor MRO diunjur berkembang antara 15 hingga 20 peratus tahun depan daripada lapan peratus sekarang ini. Sementara itu, Ketua Kewangan dan Perkhidmatan Perkongsian SR Technics, Christian Meyer berkata syarikat memilih Malaysia untuk melabur disebabkan ketersediaan tenaga kerja mahir negara dan fasih berbahasa Inggeris. - Bernama

Priscilla Alfred
Pelan catuan air masih diteruskan
KUALA LUMPUR - Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan sehingga diputuskan semula oleh kerajaan negeri Selangor. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata sehingga kini, pelan catuan itu berjalan lancar. Beliau berkata penyaluran bekalan air terputus di beberapa kawasan catuan di Putra Prima, Sepang semalam adalah disebabkan peralatan dicuri pihak tidak bertanggunjawab. "Peralatan yang dicuri telah diganti semula oleh Syabas dan bekalan air kembali disalurkan ke kawasan pengguna yang terlibat, dan mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Priscilla berkata bantuan bekalan tidak akan diberi kepada pengguna komersial serta industri namun mereka boleh memohon membeli air daripada Syabas dengan menyediakan pengangkutan sendiri, mengikut terma dan kelulusan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.syabas.com.my berkaitan kawasan yang terlibat serta jadual pelan catuan. - Bernama

Mayat wanita ditemui depan kubur Cina
MELAKA - Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tertiarap di hadapan sebuah kubur di Tanah Perkuburan Cina Jelutung, Sungai Putat di sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Razali Bakar berkata mayat wanita berambut pendek itu yang berpakaian tidur dan tanpa kasut dijumpai seorang pemotong rumput dan anak perempuannya ketika melalui kawasan perkuburan itu pada kira-kira 2.45 petang tadi. "Mulut wanita terbabit dalam keadaan berbuih dengan beberapa kesan lebam di tangan, leher dan muka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini. Beliau berkata mayat wanita tanpa pengenalan diri itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Pemotong rumput, A. Kulanthai, 61, berkata beliau sedang memandu kereta dengan ditemani anaknya, K. Kistina Kuyil, 17, selepas mencari pelanggan memotong rumput di tanah perkuburan Kristian berhampiran. Beliau terkejut apabila melihat seorang wanita tertiarap di hadapan sebuah kubur Cina sebelum menghentikan keretanya untuk memeriksa keadaan wanita itu. "Saya memanggilnya tetapi dia tidak menyahut, saya goyang kakinya tetapi tidak bergerak...saya kemudian menghubung polis kerana rasanya dia telah mati," katanya. - Bernama

Lagi hukuman penjara untuk lelaki sedang dipenjara
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan samun pada Oktober tahun lepas, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun enam bulan dan tiga sebatan bagi kesalahan merompak. Hakim Mahkamah Sesyen Ampang Chan Jit Li membuat keputusan itu terhadap Zulezuwan Abd Razak,28, selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Chan kemudian memerintahkan tertuduh, juruteknik di sebuah hospital, menjalani hukuman itu bermula hari ini. Tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak komputer riba, telefon bimbit dan cakera keras (tiada nilai kerugian dinyatakan) milik Lee Keng Seng, 43, di Stesen Minyak Shell, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Medan Damai Ukay, Hulu Klang di sini pada 5.03 pagi, 20 Jun lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan. Pada 31 Oktober 2013, Zulezuwan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana kesalahan samun mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Terdahulu, peguam Ahmad Safuan Hazalan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya kerana sudah insaf dengan kesalahan dilakukan. "Selain itu, anak guam saya sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ummi Aliza Ab Kadir memohon mahkamah memberikan hukuman berat dengan mengambil kira kepentingan awam dan bilangan kes seumpama itu yang semakin meningkat. - Bernama

Hukuman anggota polis cedera tahanan kekal
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara empat tahun dua anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah mencederakan dua tahanan enam tahun lepas. Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan selepas menolak rayuan Sarjan Mohd Shafiee Abdul Halim, 51, dan Sarjan Mohd Diah Sulaiman, 51, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. Beliau memerintahkan Mohd Shafiee dan Mohd Diah, yang kini digantung tugas, menjalani hukuman penjara mulai hari ini. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Adenan Ismail, yang mewakili Mohd Shafiee, dan peguam Amer Hamzah Arshad bagi pihak Mohd Diah, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu dengan menaikkan jaminan daripada RM10,000 kepada RM20,000 bagi setiap tertuduh sementara menunggu rayuan selesai didengar. Dalam penghakiman setebal 36 muka surat, Amelia berkata beliau berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Katar tidak terkhilaf ketika memutuskan kes itu. Beliau turut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas serta membebaskan lima anggota polis lain daripada pertuduhan mencederakan tahanan sama tanpa dipanggil membela diri. Mereka ialah Sarjan Zulkiplly Taib, Koperal Abdullah Musa, Koperal Zamrin Zaid, Lans Koperal Matila @ Saudi Ismail dan Lans Koperal Nizam Abdul Wahab dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields. Amelia juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas serta membebaskan Mohd Diah daripada satu lagi pertuduhan iaitu membuat kenyataan palsu selepas memutuskan rayuan pendakwaan dalam kes itu tiada merit. Mohd Shafiee dan Mohd Diah didakwa bersama-sama lima lagi anggota polis menyebabkan kecederaan kepada B Prabakar, 34, dan C Solomon Raj, 24, bagi mendapatkan pengakuan daripada mereka di pejabat detektif IPD Brickfields antara 10.15 malam pada 23 Disember dan 3.30 pagi 24 Disember 2008. Mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Polis ambil keterangan pemilik banglo
Polis ambil keterangan pemilik banglo
Banglo yang disewa untuk sambutan hari jadi tetapi bertukar menjadi pesta dadah dan arak.
GEORGETOWN - Polis mengambil keterangan wakil pemilik banglo yang disewakan kepada seorang lelaki untuk menganjurkan pesta liar di Jalan Masjid Negeri di sini semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, banglo berkenaan diuruskan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mengenakan bayaran sewa RM500 sehari. Menurutnya, siasatan awal mendapati pengurusan banglo berkenaan dimaklumkan oleh penyewa untuk majlis sambutan hari jadi tetapi tidak menyangkanya bertukar menjadi parti liar. "Wakil pemilik banglo memaklumkan seorang lelaki berusia 27 tahun hanya memberitahu akan menganjurkan majlis hari jadi dan berjanji mematuhi syarat ditetapkan," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Beliau berkata,siasatan masih diteruskan dan 60 remaja terbabit ditahan reman empat hari bermula semalam. "Kita masih menyiasat dari mana mereka mendapat dadah berkenaan dan kekerapan mengadakan pesta seperti ini," katanya. Sebelum ini Sinar Harian melaporkan mengenai parti hari jadi bertukar menjadi pesta dadah dan arak melalui pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Lebih menyedihkan 86 remaja yang terbabit adalah anak Melayu yang berusia antara 16 hingga 35 tahun manakala dua lagi remaja lelaki Cina. Mereka ditahan ketika sedang asyik berpesta di sebuah banglo di Jalan Masjid Negeri awal pagi Ahad. Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 2.45 pagi itu, 60 yang ditahan disahkan positif dadah termasuk 15 pelajar sekolah. Sementara itu, Ismail berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk membebaskan 15 pelajar sekolah yang ditahan namun ia hanya boleh dilakukan selepas siasatan lengkap dilakukan.


Shaheizy Sam Bercuti Dengan Kekasih Di Bali?
Selepas menafikan gosip dirinya bercinta dengan pelakon baru Syatilla Melvin, nama aktor popular Shaheizy Sam tidak lagi dikaitkan dengan wanita. Namun, baru-baru ini, Sam dilihat menghabiskan masa bercuti di pusat peranginan terkenal di Bali, Indonesia bersama-sama ahli keluarganya yang lain. SiakapKeli.com difahamkan, percutian mereka sekeluarga ke sana adalah untuk menyambut ulang tahun kelahiran ibu Sam, pelakon veteran, Khaty Fauziah. Namun, yang menariknya, percutian mereka sekeluarga turut disertai seorang wanita cantik yang merupakan bekas kekasih Sam iaitu Putri Najuwa. Adakah bibit-bibit cinta lama kembali berputik di antara dua hati ni? Apa-apa pun memang sesuai Sam dengan Najuwa sebab dua-dua sama cantik, sama padan. Tak gitu?


Fesyen Sendat Rebecca Nur Al-Islam
Ingatkan tiada lagi artis yang akan memalukan dirinya sendiri seperti mana yang dialami Neelofa semasa menghoskan program Anugerah Meletop Era, Februari lalu. Tup-tup ada seorang lagi artis yang berkenan menggayakan fesyen ‘disaster’ sebegitu. Bukannya tak cantik baju yang digayakan Rebecca Nur Al-Islam ni, tapi sendat sikitlah kak oi.. Mungkin lebih manis kalau Rebecca pakai baju yang lebih longgar, lebih-lebih lagi dia kini sudah berhijrah menggenakan hijab. Diharapkan selepas ini Rebecca akan lebih berhati-hati dalam pemakaiannya supaya selaras dengan imej yang kini sudah bertudung litup


Sebenarnya Shila Pakai Seluar,” Kata ND Lala
ADAKAH anda masih ingat dengan kisah penyanyi Shila Amzah yang sebelum ini dikatakan membuat persembahan ‘tanpa memakai seluar’? Atau lebih tepatnya, memakai seluar legging berona kulit sehingga menampakkan dia seolah-olah hanya mengenakan skirt pendek dan tudung. Ia sekaligus menjadikan ramai yang tertanya-tanya adakah gambar tersebut adalah asli atau sengaja diubahsuai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jawapannya, gambar tersebut adalah asli dan Shila sememangnya mengenakan legging tersebut. Bagaimanapun, bapanya, ND Lala menerusi GUA memohon agar pihak di luar sana tidak menghentam anaknya dan mengakui bahawa dia bertanggungjawab atas kesilapan yang berlaku. “Sebagai bapa, saya akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Kesalahan itu patut diletakkan pada saya dan bukannya Shila. Saya berada bersamanya di mana sewaktu itu, Shila terlibat dalam rakaman lima buah program. “Ketika selesai rakaman jam 1.30 pagi, pihak produksi meminta untuk merakamkan sebuah lagi lagu di mana pada waktu itu, penonton sudah balik. Ketika itu, hanya pakaian itu sahaja yang tinggal dan sebagai bapa, saya bertanya adakah ini saja pilihan yang ada? “Namun, dalam keadaan jam 1.30 pagi, tak kan kami nak pulang ke hotel dan kembali semula ke studio yang mengambil masa perjalanan lebih kurang dua jam. Disebabkan tiada pilihan lain, kami mengambil perkara ini dari sudut yang positif. Sebenarnya, Shila memakai seluar dan soal warna, itu sahaja warna yang ada ketika itu,” jelasnya. Sementara itu, Shila berkata soal pakaian diuruskan oleh pihak pengurusan di sana dan dia akan lebih berhati-hati mengenai perkara itu selepas ini.


Hudud Tiada Dalam Manifesto PRU PR
KUALA LUMPUR – Manifesto bersama pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan PRU13 tidak pernah mengemukakan sebarang komitmen untuk melaksanakan undang-undang hudud atau kewujudan negeri Islam di Malaysia. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu dipersetujui oleh semua parti komponen dalam pakatan pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS semasa berhadapan PRU pada tahun 2008 dan 2013. “Bagaimanapun setiap parti komponen boleh meletakkan objektif tersendiri dalam ruang lingkup demokrasi. Namun fokus utama mereka mestilah terhadap polisi bersama tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Guan Eng berkata, pendirian pakatan pembangkang berhubung hudud telah disahkan oleh ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kenyataannya sebelum ini iaitu “Kita perlu memahami undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum pakatan boleh bersetuju kepada rancangan Kelantan”. Justeru, katanya, pendirian DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud kekal dan memandangkan DAP memang tidak menyokong undang-undang itu maka isu DAP tidak menyokong hudud tidak perlu dibangkitkan.


6 Ahli KWSP Didenda Atas Kesalahan Menipu
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tabung simpanan persaraan utama Malaysia, berkata enam ahlinya telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah bagi tempoh suku pertama tahun ini kerana terlibat dalam penipuan pengeluaran perumahan. Ia berkata enam ahli berkenaan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 59 Akta KWSP 1991 dan didenda berjumlah RM13,000 oleh mahkamah. Denda yang dikenakan ialah di antara RM500 dan RM3,000 dan mereka menghadapi hukuman penjara sehingga empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata dalam tempoh yang sama, sejumlah empat saman mahkamah telah difailkan terhadap ahli kerana penipuan pengeluaran. Penipuan pengeluaran yang melibatkan perbuatan mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan kelulusan bagi pengeluaran dari akaun KWSP mereka merupakan kesalahan di bawah Akta KWSP 1991. Di bawah Akta ini, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan pengeluaran boleh dikenakan hukuman maksimum penjara sehingga tiga tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya sekali. “Sebagai pemegang amanah simpanan persaraan ahli, KWSP tidak akan bertolak ansur terhadap ahli yang mengemukakan tuntutan palsu atau penipuan ke atas simpanan KWSP mereka. KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang tidak jujur,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar. Kata KWSP ahli yang memulangkan wang yang dikeluarkan secara tidak sah dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan hanya dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama selepas tempoh dua tahun dari tarikh wang tersebut dipulangkan. Nik Affendi berkata ahli-ahli ini akan dipantau dengan teliti, dan mereka yang gagal memulangkan amaun yang dikeluarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya. Beliau menegaskan bahawa KWSP mempunyai sistem yang komprehensif untuk mengesan dan mengenal pasti ahli yang melakukan penipuan pengeluaran walaupun simpanan telah berjaya dikeluarkan. Beliau juga mengingatkan ahli, terutama yang mengalami masalah kewangan agar berhati-hati akan sindiket yang mengiklankan perkhidmatan dalam beberapa laman web yang menawarkan bantuan kepada ahli untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka. Nik Affendi mengingatkan bahawa KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk mengendalikan permohonan pengeluaran ahli. Ahli-ahli digesa memberikan sokongan terhadap usaha KWSP dalam membanteras penipuan pengeluaran atau percubaan melakukan penipuan pengeluaran dengan menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. – BERNAMA


GAMBAR: Ribuan Saksi Pertunjukan Fesyen PAKAIAN DALAM Di MidValley, Wajarkah??
BEBERAPA hari lepas berlangsung pertunjukan fesyen pakaian dalam di pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, MidValley Megamall. Ia dianjurkan sebuah syarikat pakaian dalaman wanita. Tema pertunjukan itu adalah ‘A Night In Gotham’. Kami boleh dilabel sebagai ‘kolot’, tetapi tindakan penganjur menganjurkan pertunjukan fesyen ‘separuh bogel’ secara terbuka itu bagi kami benar-benar memalukan, apatah lagi di tempat seperti di MidValley di mana ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk membeli-belah dan bersantai. Bukan hanya pengunjung beragama Islam, pengunjung bukan Islam pun majoritinya pasti MALU dengan apa yang berlaku. Betul, namapun pakaian dalam takkan nak tunjuk modelnya berbaju batik tetapi persoalannya – WAJARKAH IA DILAKUKAN DI TEMPAT TERBUKA SEBEGITU? Para model yang berada di atas pentas peragaan dengan tidak segan silu bukan saja menonjolkan pakaian dalam yang memberahikan, tetapi pada masa yang sama menonjolkan susuk tubuh mereka yang menggiurkan itu di depan ribuan pengunjung tak mengira tua muda, remaja atau pun bawah umur! Adakah kami salah kerana membantah pertunjukan fesyen seperti ini? Tepuk dada, tanya selera!


Polis Tolak Perhimpunan Bantah GST Sebab Penganjur Tak Dapat Kebenaran DBKL
KUALA LUMPUR – Penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung lokasi perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dirancang 1 Mei ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, berkata polis terpaksa menolak permohonan penganjur bagi mengadakan perhimpunan itu kerana hanya memberikan notis pemberitahuan mengenai perhimpunan itu tanpa kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi lokasi perhimpunan. “Penganjur sudah mengemukakan notis kepada pihak berkuasa untuk melakukan demonstrasi berkenaan di Dataran Merdeka tetapi kita terpaksa menolak permohonan berkenaan. “Mereka gagal memenuhi syarat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang memperuntukkan supaya pihak penganjur memberikan notis dan kebenaran daripada pemilik lokasi sebelum melakukan perarakan mahupun berkumpul,” katanya ketika dihubungi hari ini. Zainuddin berkata, jika penganjur telah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib bagi lokasi perhimpunan, polis sedia untuk mengawal selia perhimpunan itu bagi mengelakkan berlakunya ketegangan dan kekacauan. Permohonan itu dikemukakan wakil penganjur antaranya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada kira-kira 2.30 petang hari ini.

Foto
Murid Lelaki Tertusuk Besi Hingga Tembus Pipi!
MENGERIKAN. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang dialami oleh seorang murid lelaki berusia 10 tahun menerusi gambar yang dikongsikan di akaun Facebook Harian Metro, hari ini. Tidak diketahui puncanya, sebatang besi longkang tertusuk pada wajahnya sehingga menembusi kulit pipinya. Kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, Kota Kinabalu sekitar jam 12.30 tengah hari tadi. Menerusi komen salah seorang pembaca, biar pun dalam keadaan sakit, murid itu langsung tidak menangis. Melihat keadaan besi penutup longkang itu, kami tidak menolak kemungkinan ia berlaku akibat kerosakan pada infrastruktur besi itu sendiri. Semoga pihak berwajib mengambil tindakan agar kejadian sebegini tidak berulang lagi khususnya di kawasan sekolah.


Budak 16 Tahun Sembunyi Di Ruang Roda Pesawat, Sempat Rentas Lautan Pasifik!
HONOLULU: Seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menyorok di bahagian roda pesawat dari California ke Hawaii, selamat biarpun melalui separuh perjalanan merentasi Lautan Pasifik dalam suhu rendah pada ketinggian 11,500 meter dan kekurangan oksigen, menurut FBI. Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon berkata budak lelaki itu disoal siasat selepas ditemui di kawasan landasan lapangan terbang Maui tanpa pengenalan diri. Simon berkata, rakaman kamera keselamatan di lapangan terbang di San Jose mengesahkan budak lelaki berkenaan memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines, Flight 45 pada pagi semalam. Katanya, budak lelaki berkenaan melarikan diri daripada keluarganya. “Budak itu tidak akan didakwa dan akan diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak,” katanya. – AP


MH192: Bukan Ganjil Tayar Pesawat Pecah: Pakar
KUALA LUMPUR – Insiden tayar pecah pada gear pendaratan pesawat seperti yang dialami oleh penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH192 bukanlah sesuatu yang ganjil, malah ia pernah berlaku kepada pesawat komersial lain, kata pakar industri penerbangan. Sambil menjelaskan perkara itu boleh berlaku kepada mana-mana pesawat, Peter Talalla, bekas penasihat khas Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, berkata apa yang penting, kejadian itu tidak menjejas dan membahayakan operasi penerbangan secara keseluruhannya. “Hakikatnya, walaupun ini tidak berlaku setiap hari, pesawat sering mengalami masalah gear pendaratan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. “Kenapa? Kerana ia (tayar pecah) jarang mengakibatkan kematian atau kecederaan, jadi ia tidak menjadi isu kepada mana-mana pihak,” katanya di sini, hari ini. Talalla yang berpengalaman hampir 34 tahun dalam industri penerbangan, berkata beliau sendiri pernah melalui detik itu di mana pesawat yang dikendalikannya mengalami masalah kegagalan tayar berfungsi semasa pendaratan. – BERNAMA


SPAD Gantung 27 Permit Bas Transnasional
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung 27 permit bas ekspres Transnasional bagi laluan Timur-Sektor Utara berikutan insiden kemalangan membabitkan bas ekspres milik syarikat itu baru-baru ini. SPAD dalam satu kenyataan media memberitahu, tindakan menggantung permit bas syarikat tersebut akan berkuatkuasa pada 23 April. “Keputusan ini diambil hasil pengauditan yang mendapati syarikat tidak memantau had kelajuan dan mendapati sistem Global Positioning System (GPS) tidak berfungsi. “Tindakan tegas juga akan diambil ke atas syarikat-syarikat yang lain yang terlibat dalam kemalangan di Temerloh dan Pekan sekiranya terdapat pelanggaran syarat pelesenan dan pekeliling-pekeliling berkaitan,” kata kenyataan itu hari ini. Kata kenyataan itu, setiap bas persiaran dan ekspres wajib dilengkapi GPS sejak tahun 2010 dan perkara itu turut termaktub dalam syarat perlesenan manakala pengendali bas ekspres perlu memastikan sistem GPS itu berfungsi dan dipantau sepenuhnya. SPAD turut memaklumkan akan mengetatkan prosedur supaya pengendali bas persiaran dan ekspres memberi tumpuan lebih serius terhadap pengurusan kelajuan dan keselamatan seperti berikut:
1) Pasukan audit SPAD akan mengaudit pemantauan pematuhan had kelajuan GPS bagi setiap pengendali bas ekspres di Semenanjung Malaysia dalam masa 30 hari. Sekiranya pengendali didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka lesen akan digantung sehingga pengendali patuh kepada proses pemantaun itu.
2) Setiap pengendali perlu melantik Pengawal (controller) untuk memantau hadl aju bagi setiap perjalanan harian (realtime). Pengawal dipertanggungjawabkan untuk bertindak jika pemandu melebihi had kelajuan.
3) Pengendali dikehendaki mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang ingkar mematuhi syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan. Semua tindakan itu perlu dilaporkan kepada SPAD.
4) Pengendali diwajibkan untuk mengemaskini data maklumat pemandu melalui “SPAD Driver Information System”.
5) Pengendali dikehendaki mengemukakan laporan pemantauan had kelajuan GPS kepada SPAD dan memberi penjelasan sekiranya terdapat pelanggaran had kelajuan yang telah ditetapkan.
6) Pengendali dikehendaki mempamerkan nombor hotline penyelia didalam dan diluar bas supaya penumpang dan pengguna jalanraya lain boleh membuat aduan terus kepada mereka dan tindakan efektif perlu diambil dengan segera. Pengadu boleh melaporkan kepada SPAD jika tindakan penyelia kurang memuaskan.
7) SPAD akan mengadakan kempen kesedaran umum mengenai aspek keselamatan penggunaan Pengangkutan Awam Darat dengan segera. Ini akan dilakukan supaya langkah-langkah penambahbaikan itu lebih efektif. SPAD menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pengendali bagi setiap kejadian pelanggaran had laju yang dikesan. Kenyataan itu menambah, SPAD sedang mengkaji kesesuaian penggunaan kotak hitam dalam kenderaan-kenderaan perdagangan.


Hudud Tiada Dalam Perlembagaan Negara - Tan Keng Liang
KUALA LUMPUR – Tiada sebarang peruntukkan undang-undang hudud dalam Perlembagaan negara, tegas Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang. Beliau mendakwa, undang-undang tersebut juga tidak pernah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia. Justeru, dakwanya, hasrat PAS melaksanakan undang-undang itu di Kelantan akan hanya menyebabkan krisis Perlembagaan. “Jika terdapat kelemahan dalam undang-undang jenayah semasa, lebih baik untuk membetulkan kekurangan itu. “Tidak praktikal untuk mengubah keseluruhan sistem (undang-undang) hanya bagi maksud itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Keng Liang berkata, isu berhubung undang-undang hudud tidak sepatutnya dilihat mana-mana pihak cuba menentang hukum dan prinsip Islam. Sebaliknya, dakwa beliau, persoalan yang timbul sama ada ia satu perkara yang pratikal dan adakah negara perlu melepaskan prinsip Perlembagaan untuk tujuan itu. Dakwanya, undang-undang jenayah dan sistem keadilan negara ini telah berlangsung lebih 57 tahun dan penambahbaikan telah dibuat dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, beliau mendesak pakatan pembangkang membuat pendirian tegas berhubung rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.


MH192: Polis Siasat Semua Kemungkinan, Termasuk Unsur Sabotaj!
Polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk kemungkinan wujud unsur sabotaj terhadap semua insiden yang melibatkan Malaysia Airlines (MAS), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Ia ekoran insiden terbaharu melibatkan pesawat MAS MH192 yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal hari ini pada saat misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih belum terjawab, katanya. “Kita akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyiasat semua perkara berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Persidangan Akademi Persatuan Polis Antarabangsa (Interpa) kali ketiga di sini hari ini. Majlis tersebut dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Presiden Interpa Prof Dr Remzi Findikli. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Khas Bukit Aman, untuk menyiasat sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap MAS. Pesawat MH192, yang bertolak ke Bangalore, India, dengan membawa 159 penumpang serta tujuh anak kapalnya melakukan pendaratan kecemasan selepas pesawat itu mengalami masalah pada gear pendaratan. Pesawat itu yang berlepas dari KLIA pada 10.09 malam tadi dan mendarat dengan selamat pada 1.56 pagi ini. Kecekapan juruterbang pesawat itu yang melakukan pendaratan dengan baik dan lancar mendapat pujian penumpang pesawat berkenaan. Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, pula hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. – Bernama



Video Pengurus JDT II Tumbuk Muka Pengadil
Dalam perlawanan membabitkan JDT II dan UiTM FC malam semalam, pengadil perlawanan, Sukri Abdul Rahman ditumbuk oleh pengurus JDT II. Insiden tercetus sebaik saja perlawanan tamat. Tindakan pengurus itu dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang didakwa berat sebelah. Dikhabarkan pengurus pasukan JDT II, Onn Jabar tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Gagal menahan perasaan geram, Onn Jabar terus berjalan ke arah pengadil dan terus menumbuk bahagian kiri mukanya. Penonton juga turut menunjukkan rasa marah ekoran kejadian itu. Namun, pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan. Pengadil Sukri Abdul Rahman diiring keluar oleh pihak polis pada jam 11.15 malam.


Senarai Ranking Universiti IPTA Dan IPTS Terbaik Malaysia 2014
Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan kajian yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds (QS). Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS mahupun IPTS. Kebanyakannya hebat-hebat belaka. Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya? Semoga senarai ranking universiti terbaik di Malaysia 2014 (IPTS @ IPTA) kali ini menjadi panduan untuk kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai di antara pembaca juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti IPTA atau IPTS tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana selama tempoh 3 atau 5 tahun pengajian anda yang seterusnya selepas ini? Senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik oleh QS
Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?

Universiti Malaya (UM) – IPTA
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA
Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA
Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – IPTA
Universiti Multimedia (MMU) – IPTS
Universiti Teknologi MARA (UiTM) – IPTA
Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS
Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). – IPTA
Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS
Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS

Berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 (IPTA & IPTS), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (Petronas), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada dalam senarai ranking 250 universiti terbaik di Asia. Manakala Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pula berada dalam lingkungan dan kelompok senarai ranking 300 universiti terbaik di Asia. Bagi 7 lagi universiti seperti di bawah ini mereka berada pada kelas tersendiri yang mana termasuk dalam kalangan 200 senarai ranking universiti terbaik di Asia. Antaranya ialah:
Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014. Kedudukan di Asia

Universiti Malaysia Sarawak (UniMas) – 200 terbaik Asia
Universiti Islam Antarabangsa (UiAM) – 151-160 terbaik Asia
Universiti Putra Malaysia (UPM) – ranking 72 terbaik di Asia & 411-420 terbaik dunia
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – ranking 68 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
Universiti Sains Malaysia (USM) – ranking 61 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – ranking 72 terbaik di Asia & 269 terbaik dunia
Universiti Malaya (UM) – ranking 33 terbaik di Asia & 167 terbaik dunia

Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda, apa yang penting di sini, adalah ilmu & pengalaman selama tempoh anda berada di universiti. Gunakanlah peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Ya…..ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, itu ada lebih penting sebenarnya. Semoga senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada semua pusat pengajian supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia. Apa pendapat anda sebagai pendidik, bekas pelajar dan sedang menuntut di mana-mana pusat pengajian dengan senaraian di atas ini?


Hans Isaac & Neelofa Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini?
Mesti anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa. Namun, ada satu kenyataan Hans Isaac yang dipetik para media menarik perhatian kami. Seperti biasa apabila bertemu dengan penggiat seni ini, soalan tentang hubungan dengan Neelofa pasti menjadi salah satu soalan utama. Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Lapan bulan dari sekarang. “Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa. “Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial,” ujar Hans Isaac kepada portal GUA. Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain ‘kan?


Tian Chua, Rafizi Ulang UGUT Jatuhkan Najib Jika Anwar Dipenjara
Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua mengulangi ugutannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika bos beliau, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi. “Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri. “Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi…saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya. “Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, pada Ahad malam, seperti dilaporkan portal berita pro-pembangkang The Malaysian Insider. Pada Mac lalu, Tian Chua membuat ugutan yang sama apabila menulis di akaun Twitter beliau @tianchua menyatakan Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan. Sebelum itu, pada 7 Mac, Tian Chua juga melaungkan kenyataan yang sama untuk menggulingkan Najib dalam masa lima bulan di hadapan lobi Kompleks Istana Keadilan, Putrajaya, ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar apabila didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful ukhari Azlan. (Rujuk video) Susulan daripada tulisan di akaun Twitter beliau itu, polis yang memperolehi waran geledah telah merampas kamputer tablet dan telefon bimbit miliknya ketika beliau berada di Hotel Armada, Petaling Jaya. Dalam ucapannya semalam juga, Tian Chua cuba membangkitkan semangat hadirin untuk melakukan demonstrasi ala reformasi 1998 pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri. “Kita pernah menunjukkan rekod kita…saya disumbat di dalam di Kamunting (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)) selama dua tahun, tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat. “Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati…kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar,” Tian Chua mengulangi hasutannya. Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menggesa agar himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini dijadikan medan gelombang kebangkitan penentangan anak muda. “Amaran saya kepada Najib dan Mahathir kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai UMNO tumbang. “Bersiap sedia tunggu arahan, 1 Mei kita jumpa di jalan raya. “Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Insya Allah,” kata Rafizi. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya. “Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka,” kata Mohamad Sabu.- bnbbc.m


Luahan Sayu Fiza Elite Kontroversi Penceraian Dengan Adam AF
Pada bulan September tahun lalu, Adam AF mengejutkan para pengikut tegar industri hiburan tempatan apabila mengumumkan mahu berkahwin dengan Fiza Elite yang ketika itu bergelar janda anak dua. Hanya dengan perkenalan singkat, kedua-duanya berjaya mengikat tali pernikahan dalam majlis serba sederhana di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam. Bagaimanapun, sebulan selepas hidup bersama, tersebar pula cerita kurang enak apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen minyak dipercayai akibat perasaan cemburu Adam. Selepas menjelaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik, sekali lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian apabila bekas penyanyi kumpulan Elite itu dilihat memadam gambar-gambar suaminya di Instagram. Dan pada hujung minggu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan Fiza telah pergi ke mahkamah baru-baru ini bagi merujuk masalah rumahtangga ke pejabat agama. Dalam masa yang sama, terdapat sumber-sumber menyatakan Fiza sebenarnya memfailkan perceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor. Oleh kerana berita tersebut masih samar-samar, melalui wartawa dari sebuah portal OHBulan! menghubungi Fiza namun pelakon itu seakan cuba mengelak dari memberikan kenyataan dengan meminta supaya dihubungi sebentar lagi atas alasan sedang menguruskan sesuatu. Panggilan telefon yang dibuat selepas itu juga tidak diangkat seperti yang dijangka. Namun begitu, Fiza berkongsi sekeping fotonya sedang memakai telekung di Instagram dan memberitahu enggan lagi ditebak dengan soalan kontroversi itu selain berharap semua pihak dapat memahami situasinya. Adam pula gagal dihubungi sehingga kini. Mungkin kedua-duanya masih mencari waktu yang sesuai untuk menjernihkan keadaan. Kita doakan yang terbaik buat mereka! - OhBulan!


“The Best Man Wins”, Titah Sultan Ahmad Shah
KUANTAN – “The best man wins” (orang yang terbaik menang), demikian reaksi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah ketika diminta mengulas tentang persaingan tiga penjuru merebut jawatan itu sempena Kongres FAM Ke-50 pada 25 Mei depan. Menurut Sultan Pahang itu, baginda tidak kisah dicabar untuk jawatan yang telah disandang sejak 30 tahun lalu, malah menganggapnya pertandingan sihat. “Saya Presiden, Tengku Adullah pula timbalan presiden dan Tengku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), ketiga-tiga nak bertanding. Perlu bersedia apa-apa sahaja kemungkinan,” titah baginda. Baginda yang ditemui selepas merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang ke-13 di sini hari ini turut menyatakan tidak gentar dan sedia menghadapi dua pencabarnya. Sultan Ahmad Shah juga menolak desas desus yang baginda akan menarik diri dari bertanding bagi memberi laluan kepada anakandanya Tengku Abdullah. “Saya tidak kata nak tarik diri, kenapa saya nak buat demikian. Saya tiada bantahan terhadap sesiapa mereka yang bertanding menentang saya. “Kita bagi kebebasan kepada semua, kalau kita monopoli nak menjadi itu (presiden) sampai mati, itu tidak ada demokrasi namanya. “Kalau saya sahaja (jadi presiden) pun tak betul juga. Pada 25 Mei depan kita akan tahu jawapannya. Kita sahut cabaran,” titah baginda. Menurut laporan 12 daripada 20 badan gabungan FAM telah mencalonkan Tengku Abdullah untuk jawatan presiden berbanding lima kepada Sultan Ahmad Shah. Manakala, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail pula mendapat tiga pencalonan. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mengumumkan akan bertanding kerusi naib presiden FAM. Menurutnya, beliau bertanding kerana berpendapat sudah sampai masanya badan induk bola sepak negara itu menjalani transformasi dalaman. “Banyak perkara perlu kita fikirkan untuk menaikkan mutu bola sepak negara,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis perjumpaan program Y.B Bapa Angkat dan Jabatan Angkat Sukma 2014 dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Rozi Mamat di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Zainal Abidin Hussin. – BERNAMA



Video: Pemandu Berbalah Kerana Hal Kecil
Masa kita belajar memandu dulu, pastinya tenaga pengajar banyak kali menekankan kepada kita agar menggunakan tanda signal sekiranya mahu memasuki lorong yang berlainan. Ini sangat penting kerana ia merupakan komunikasi yang menunjukkan kita mahu menukar laluan kepada pihak yang mahu dipotong. Namun, menurut video di bawah ini, di mana si pemilik kenderaan yang merakam insiden ini yang penulis gelarkan pemandu B menerusi ‘dashboard camera’ menerangkan bahawa pemilik Honda Freed (pemandu A) yang cuba memotongnya secara tiba-tiba tanpa memberikan signal keluar daripada kenderaannya mendakwa bahawa bahagian sisi keretanya telah dilanggar. Kemudiannya, si pemandu A dan pemandu B pergi ke balai polis berdekatan bagi melaporkan insiden terbabit malah si pemandu A mendakwa pemandu B telah memotong laluannya dan melanggar keretanya. Berang dengan perkara itu, pemandu B terus menunjukkan kepada polis video yang dirakamkannya. Hai, benda kecil macam ni pun boleh dijadikan isu. Rasanya, kalau pemandu B beralah sikit bagi pemandu A masuk laluan itu pun dah okay, namun yang si pemandu A pun satu hal, nak masuk laluan tu bukan reti nak bagi signal. Ingat signal tu disediakan sebagai aksesori dalam kereta sahaja ke? Senang cerita, sama-sama muhasabah diri dan saling bertolak ansur ketika menggunakan jalan raya.


Tergamak berasmara dalam kereta di parkir masjid di Jertih
Tempat letak kereta di bahagian bawah sebuah masjid di Jertih ini dijadikan tempat melepaskan rindu pasangan kekasih yang ditahan Ahad lalu.
BESUT - Sepasang kekasih tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral di kawasan sebuah masjid, di sini, bagi melampiaskan nafsu setelah lama tidak bertemu. Bagaimanapun tindakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Lembah Kelang itu bersama pasangannya, masing-masing berumur 23 tahun, menjadikan tempat letak kereta di bahagian bawah masjid itu sebagai lokasi memadu kasih berjaya dihidu anggota polis yang membuat rondaan di situ. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, Ahad lalu, selepas beberapa anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Jertih yang membuat rondaan di kawasan tempat letak masjid ternampak sebuah kereta Viva sedang parkir di situ. Difahamkan, enjin dan pendingin hawa kenderaan itu dihidupkan manakala cermin kereta tertutup. Anggota polis bertugas kemudian bertindak menghampiri kereta tersebut dan mendapati pasangan berkenaan sedang berbaring dalam keadaan perempuan mengiring ke arah lelaki dengan kedua-dua kerusi hadapan kereta direbahkan sepenuhnya. Pasangan terbabit telah ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram. Wanita yang ditahan itu bekerja sebagai pembantu sebuah klinik swasta, di sini, dan kedua-dua mereka tinggal di kampung berasingan di Jertih. Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menurutnya pasangan terbabit diserahkan kepada Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah untuk tindakan lanjut. Pasangan itu difahamkan akan dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001.


Temui isteri bogel dalam kereta selepas seks dengan 2 lelaki
KUALA LUMPUR: Kedegilan seorang isteri meminum minuman keras membawa padah apabila dia dibelasah suaminya di hadapan pejabat lelaki berkenaan di Subang Jaya, di sini, kelmarin. Lelaki berusia awal 30-an itu hilang kawalan apabila menemui isterinya yang tidak pulang semalaman dalam keadaan separuh bogel tidur dalam kereta miliknya di hadapan pejabatnya itu. Malah, kemarahan lelaki terbabit tidak dapat dibendung apabila dia mengetahui isterinya yang berusia 23 tahun itu turut berasmara dengan dua lelaki yang baru dikenalinya di kelab malam selepas gagal mengawal dirinya kerana mabuk. Wanita terbabit berbuat demikian sebagai protes kepada tindakan suaminya yang melarangnya meminum arak. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, sebaik tiba di pejabat, lelaki terbabit terkejut apabila mendapati kereta miliknya berada di hadapan pejabat sebelum melihat isterinya dalam keadaan separuh bogel menyebabkannya marah. Menurut sumber, semuanya bermula sejak malam sebelum kejadian apabila pasangan terbabit bertengkar apabila lelaki terbabit melarang isterinya itu daripada meminum arak. “Wanita terbabit meninggalkan rumahnya jam 11 malam dan tidak pulang selepas itu,” katanya. Sumber berkata, ketika berada di kelab malam berkenaan, wanita terbabit bertemu dengan dua lelaki berusia awal 30-an dan dikatakan berasmara dengan mereka selepas gagal mengawal dirinya akibat terlalu mabuk. “Selepas bercumbu dan bermesra dengan mereka, wanita berkenaan memandu kereta ke pejabat suaminya di Subang Jaya sebelum tertidur dalam kereta itu dengan hanya memakai baju,” katanya.


Payudara Lea Terdedah Ketika Rakam Video
Sebahagian payudara pelakon drama bersiri Glee, Lea Michele dilaporkan terdedah ketika Lea sedang asyik menari dalam rakaman video terbaharu bagi muzik video terbaharunya, On My Way. Lea yang juga bergelar seorang penyanyi, pada mulanya tidak menyedari insiden tersebut yang mendedahkan puting payudara kanannya. Namun, sebaik perasan, Lea terus menarik baju berwarna merah jambu yang digayakannya dalam muzik video tersebut.


Pemuda Umno Tanjung Buat Laporan Polis
GEORGETOWN – Pemuda Umno bahagian Tanjong hari ini membuat laporan polis terhadap naib presiden PKR N.Surendran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara. Laporan itu dibuat Naib Ketuanya Mohd Yusmadi Mohd Yusof di Balai Polis Lebuh Pantai di sini. Beliau diiringi kira-kira 10 anggota Pemuda Umno bahagian Tanjong dan Gerakan Rakyat Marhaen (Geram) Pulau Pinang. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd Yusmadi berkata polis perlu menyiasat kenyataan Surendran yang juga anggota Parlimen Padang Serai yang seolah-olah memperlekeh keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 19 April lepas, sebuah portal berita menyiarkan kenyataan Surendran yang menyifatkan penghakiman mahkamah rayuan berhubung pencemaran bukti dalam kes liwat itu sebagai “bercanggah dengan common sense (sesuatu yang diterima akal)”. “Tindakan Surendran itu seolah-olah memperlekehkan keputusan mahkamah rayuan dan menghasut rakyat untuk marah dan benci kepada sistem kehakiman negara,” kata Mohd Yusmadi. – BERNAMA


iWatch, Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini.
Pada akhir 2012, khabar angin mengatakan Apple sedang menjalankan sebuah projek masa depan, iaitu peranti komputer yang akan dipakai di pergelangan tangan. Ia tidak lain tidak bukan, ialah jam pintar yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Berita tersebut terbukti menerusi sebuah laporan asal di China, TGbus yang menyiarkan berita mengenai kerja sama antara Apple dan Intel. Kedua-duanya dilaporkan sedang menjalankan projek jam tangan pintar (smartwatch) Bluetooth dengan mempunyai paparan layar AMOLED fleksibel yang dibekalkan oleh LG, yang akan datang dalam dua saiz berasingan, inci 1.3 dan 1.5 inci, untuk menampung pergelangan saiz yang berbeza. Smartwatch tersebut akan dilengkapi dengan sistem operasi iOS yang akan disinkronasi ke iPhone, membolehkan penggunanya untuk mengendali smartphone Apple tersebut langsung dari lengan. Pengguna boleh membaca pesanan teks, menjawab serta membuat panggilan suara, mengemaskini status di Facebook, dan pelbagai perkara lagi yang kebiasaanya terdapat pada aplikasi smartwatch. Selain digunakan sebagai aksesori untuk iPhone dan peranti iOS lain, ia juga membolehkan sebarang notifikasi yang menurutnya melalui beberapa sensor biometrik seseorang itu. Smartwatch yang dinamakan ‘IWatch’ itu boleh mengesan metrik yang berkaitan dengan kesihatan seperti langkah-langkah yang perlu diambil, kalori yang dibakar, tidur yang berkualiti, kadar degupan jantung, dan banyak lagi. Apple dikatakan sedang mensasarkan untuk mencipta peranti alat pengukur kesihatan yang lebih mudah untuk orang awam, jadi ia masih dapat dilihat betapa kompleksnya sensor yang disertakan di dalam Iwatch. Walaupun Apple masih belum mengumumkan bentuk iWatch ini, ia dijangka mempunyai paparan Kristal yang mempunyai durasi yang sangat kuat. Apple juga telah menandatangani perjanjian dengan GT Advanced yang akan melihatkan syarikat ternama dengan produksi sapphire. IWatch dijangka akan membuat kemunculan pada lewat 2014, berkemungkinan pada bulan September atau Oktober bersama-sama dengan pelancaran iOS 8.


Lee Chee Leong Antara 3 Angkat Sumpah Senator
KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong adalah antara tiga pemimpin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini. Dua lagi ialah Ketua Umno Bahagian Jempol Datuk Mohd Salim Shariff, 49, dan Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon, 40. Kesemua mereka dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini. Lee, 57, anak kelahiran Ipoh, Perak, yang juga naib presiden MCA merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Kewangan daripada Bristol Polytechnic England. Mohd Salim yang dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan pengerusi Risda Bina Sdn Bhd dan pernah menjadi setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Pelajaran dari 2009 hingga 2013. Sementara itu, Chong berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menyertai MCA pada 2001 dan merupakan panel pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara, Abu Zahar mengingatkan anggota dewan agar berusaha memahami, menghayati, mempertahan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan. Beliau turut menasihati mereka supaya tidak sesekali melanggar dan mengingkari sumpah setia yang telah dilafazkan. – BERNAMA


Linda Rafar Kini Sudah Mula Berhijab
TERNYATA tahun 2014 ini tidak hanya menyaksikan perubahan imej beberapa selebriti termasuklah Mizz Nina dan Bella Dally yang telah mengenakan hijab, tetapi juga pelakon Linda Rafar. Menerusi akaun Instagramnya, beberapa gambar yang memperlihatkan dirinya berhijab sudah mula dimuatnaik sejak lebih sebulan lalu. Jika tidak silap kami, ini merupakan gambar permulaannya mengenakan hijab dengan ‘caption’: “MogaMendapatHidayahDrpMuYaAllah… #hospital #keepWaiting #luvMyBoys GetWellSoon @rezaimen_keiflin Mama Sentiasa Berdoa n trus berdoa :(“ Ayat tersebut tidak hanya merujuk kepada perubahan dirinya, tetapi juga ditujukan kepada anak keduanya, Rezaimen Keifli yang kini terlantar akibat penyakit kronik. Apa pun, kami doakan agar Linda terus istiqamah dalam perubahan ini dan sentiasa tabah atas dugaan yang dihadapinya kini. Sedikit gambar Linda mengenakan hijab yang diambil menerusi Instagramnya:


Taufan Jack Hampiri Kawasan Pencarian MH370
PERTH – Keadaan cuaca terutama di utara kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi merosot pada Isnin ekoran Taufan Tropika Jack terus menghala ke selatan. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang memantau operasi pencarian berkata ramalan cuaca menunjukkan hujan dan sekali sekala ribut petir sedang bergerak ke utara beserta angin timur tenggara. Namun usaha pencarian diteruskan yang memasuki hari ke-45 dengan disertai 10 pesawat tentera dan 11 buah kapal, demikian menurut JACC dalam satu kenyataan. “Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah merancang pencarian secara visual di kawasan kira-kira 49,491 kilometer persegi yang titik tengahnya terletak kira-kira 1,741 kilometer barat laut Perth,” katanya. Sementara itu Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21 mengakhiri misi lapan harinya pada Isnin setelah meliputi kira-kira dua per tiga kawasan pencarian tanpa menemui sebarang tanda pesawat yang hilang. Sabtu lalu, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pencarian segera di kawasan yang sedang dipantau Bluefin-21 dijangka selesai minggu depan. Beliau juga berkata kini tiba masanya pihak yang terlibat dalam usaha pencarian mempertimbang dan membincang pula penggunaan kapal selam. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sebelum ini turut berkata operasi mencari akan dikaji semula sekiranya tidak terdapat perkembangan baharu ‘dalam beberapa hari lagi’. Bluefin-21 memulakan tugas sulungnya Isnin lalu dalam usaha mencari serpihan pesawat, ekoran tiada lagi isyarat disahkan dikesan oleh TPL sejak 8 April. Ia menggunakan bunyi akustik untuk mencipta peta 3D di dasar laut yang akan memakan masa minimum 24 jam untuk menghabiskan setiap misi, termasuk empat jam untuk memuat data yang dikumpul. Pesawat MH370 dengan seramai 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam di atas Laut China Selatan. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Usaha pencarian yang melibatkan pelbagai negara, pada mulanya dilakukan di Laut China Selatan dan kemudian di Lautan Hindi, apabila difahamkan ia telah melencong dari laluan asalnya. – BERNAMA



VIDEO: Ritual Raja Bomoh Di Gua Tempurung
SEMALAM, kami ada menyiarkan laporan mengenai kehadiran Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin di lokasi kemalangan maut yang membabitkan Karpal Singh di Kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak. Dia dipercayai mahu mengadakan upacara ritual berkenaan kemalangan itu, namun tidak dapat dipastikan adakah ia atas dasar jemputan atau sekadar mahukan publisiti. Ibrahim sebelum ini menjadi sebutan ramai kerana ritual kontroversinya sewaktu minggu awal tragedi kehilangan pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menerusi laman YouTube saluran Suara TV, satu video lengkap berkenaan tujuan dan aksinya di lokasi kemalangan tersebut telah disiarkan kepada umum. Menurutnya, tujuan ritual yang dijalankan di tepi lebuhraya itu ialah untuk memastikan tidak ada lagi ‘gangguan halus’ agar ia selamat digunakan oleh para pemandu. Katanya lagi, dia tidak meminta sebarang bayaran untuk usahanya itu, sebaliknya lebih kepada mahu membantu orang ramai. “Baru-baru ini, seorang VIP, Karpal Singh ya, Parlimen Jelutong, dan rakan beliau lah yang bersama..jadi satu kemalangan yang tidak ingin terjadi telah terjadi.. Terlibat jin dan syaitan telah mengganggu beliau sehingga luka tu tak teruk, tapi parah tu yang teruk. Jadi kita bersama-sama berdoa sebagai semua pengguna atau yang bakal menggunakan jalan raya ini dapat diselamatkan dengan izin Allah,” katanya. Hmm, tak tahulah sejauh mana kebenaran kata-kata Raja Bomoh ini. Tetapi sebaiknya kita sebagai hamba-Nya harus percaya kepada Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan tanpa perlu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak. Apa pun, saksikan ‘dokumentari’ lengkap ucapan dan ritual Raja Bomoh di Gua Tempurung ini…


Penjaga Gol Maut Kena Tendang
LIBREVILLE – Seorang penjaga gol pasukan bola sepak menemui ajal selepas terkena tendangan di bahagian kepala dalam satu perlawanan di negara Afrika barat, Gabon. Ketika kejadian, Sylvain Azougoui dari kelab bola sepak AC Bongoville cuba menyelamatkan satu sepakan kencang ke arah pintu gol, namun penyerang pasukan lawan tiba-tiba hilang keseimbangan di atas rumput basah lalu terpijak kepala Azougoui. Menurut jurucakap rasmi pasukan, pemain berusia 30 tahun yang berasal dari Benin itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada Ahad. Perlawanan menentang Centre Mberi Sportif itu berlangsung di Bongoville, kira-kira 430 batu di selatan ibu negara Gabon, Libreville. – AP


Berpantang Dalam Pondok Buruk
SABAK BERNAM – Seorang wanita dalam pantang tujuh hari terpaksa tinggal di sebuah pondok sempit di ceruk belakang sebuah restoran di sini, gara-gara ditipu rakan suaminya yang kononnya menjanjikan pekerjaan di Sabak Bernam. Suriana Sufi, 24, berkata, dia yang baru bersalin anak ketiga Jumaat lalu, terpaksa hidup merempat bersama suami, Zameri Mohd Nor, 45 dan dua lagi anaknya di pondok itu yang sebelum ini digunakan pekerja restoran untuk menunaikan solat. Menurutnya, suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori terpedaya dengan janji manis yang ditabur seorang rakan kira-kira empat bulan lalu hingga Zameri mengambil keputusan berhenti kerja. “Dulu kami duduk Klang, tapi kawan suami ajak kami tinggal dekat Sabak Bernam sebab dia cakap banyak kerja dekat sini, tapi bila sampai sini semuanya berubah,” katanya kepada Sinar Harian. Lebih mengecewakan Suriana berkata, sehingga kini rakan suaminya itu menghilangkan diri dan gagal dihubungi hingga memaksa suaminya itu bekerja mengambil upah mengikut kontraktor membuat rumah. “Pendapatan pun tentu, kadang-kadang dia terpaksa kerja dekat restoran, kami pula terpaksa hidup dalam pondok ini sejak tiga minggu lalu sebab tak ada duit,” katanya. Menurutnya, sebelum ini dia menyewa sebuah rumah kampung di Batu 40 Sabak Bernam, namun rumah terbabit yang turut dihuni warga asing itu diserbu Jabatan Imigresen hingga memaksa rumah itu dikosongkan. “Masa mula sampai sini, kami sewa rumah itu RM150 sebulan dan sempat tinggal lebih kurang tiga bulan sahaja sebelum diarahkan pindah. “Nasib baik ada kawan suami yang kerja dekat restoran cadangkan pondok ini jadi tempat berteduh kami, kalau tak kami pun tak tahu macam mana nasib kami,” katanya. Suriana berkata, walaupun tidak selesa tinggal di situ, tetapi dia tetap bersyukur kerana pemilik restoran membenarkan mereka tinggal di pondok itu, namun tetap berharap agar nasib mereka mendapat perhatian pihak berwajib. “Semalam (kelmarin) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang melawat kami di pondok ini, mereka suruh kami buat permohonan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS). “Saya amat harap sangat bantuan LZS untuk bantu ringankan beban kami, terutama dalam keadaan anak saya yang masih kecil. “Walaupun dapat berlindung daripada hujan panas, tapi kami perlu juga rumah yang lebih selesa. Saya pula masih dalam pantang, keraplah ke bilik air, pondok ini pula tak ada tandas, terpaksa kami tumpang mandi dan buang air dekat restoran ini,” katanya. – Sinar Harian



VIDEO: Budak Lelaki Dibiar Berdiri Di Atas Bayi
SATU perkataan yang boleh menggambarkan kejadian yang berlaku dalam video ini, ‘kejam’. Bukan budak lelaki tersebut yang patut dianggap kejam, sebaliknya pihak yang merakam video tersebut. Apa tidaknya, budak lelaki tersebut masih kecil dan tidak mampu berfikir baik buruk perbuatannya berdiri di atas tubuh bayi itu, sedangkan kami yakin perakamnya merupakan orang yang jauh lebih dewasa daripadanya. Bayi tersebut dilihat menangis, mungkin kerana menahan kesakitan akibat dipijak. Rakaman yang tersebar beberapa hari lalu di laman YouTube itu bagaimanapun tidak menyertakan sebarang maklumat mengenai tempat kejadian tersebut.



VIDEO: Gaduh Sampai Terkoyak Seluar
PADA masa kini, bukan sesuatu yang pelik untuk kita menyaksikan video sekumpulan budak perempuan bergaduh. Namun, bukan mudah juga melihat pergaduhan yang membawa bencana ‘malu’ seperti yang berlaku dalam rakaman ini. Bukan setakat bergaduh sehingga tercabut tudung, tetapi juga sampai terkoyak seluar tracksuit yang dipakai oleh salah seorang budak perempuan itu. Akibatnya, nampaklah ‘seluar kecik’ yang tak sepatutnya ditayang pada umum. Waduh, sudah-sudahlah buat perkara-perkara bodoh begini ya adik-adik! Bila sudah dirakam dan tersebar, hendak menyesal pun sudah tak guna…


Pemimpin Politik Suruh Pembantu Raba Wartawan
RUSIA – Seorang wartawan wanita yang sedang hamil, terpaksa dirawat di hospital selepas seorang pemimpin politik pro Kremlin, Vladimir Zhironovsky mengarahkan dua pembantu lelakinya supaya meraba wartawan itu ketika sidang media berlangsung. Ia susulan pertanyaan Stella Dubovitskaya bertanyakan soalan mengenai sekatan yang dikenakan ke atas Ukraine. Selepas mendengar soalan itu, Zhironovsky yang juga pengasas parti berhaluan kanan, Parti Demokratik Liberal terus mengamuk . “Awak bertanyakan soalan mengenai sekatan. Awak kena hadapinya dengan kelembutan,’’ katanya sambil melenting. Apabila seorang wartawan lain memberitahu “Dia sedang mengandung, kenapa awak menyerangnya?. Zhironovsky kemudiannya menolak dua pembantunya ke arah Stella dan menjerit `pergi cium dia. Raba dia.’’ Salah seorang daripada pembantunya kemudian menyentuh Stella, menyebabkan wanita itu terkejut selain mengejutkan wartawan lain yang ada di situ. Ketika seorang wartawan wanita Yulia Chuchalova menjerit dan memberitahu kepada Zhironovsky bahawa perbuatannya itu memalukan, Zhironovsky kemudiannya terus menyerang balas dengan mengeluarkan perkataan yang `kurang ajar’. Dia juga mempersoalkan kenapa Yulia masuk campur sambil memanggil wanita itu sebagai lesbian dan menyuruhnya keluar. “Tidak ada tempat untuk wanita yang mengandung. Kita perlukan orang yang sihat. Orang yang mengandung tidak patut bekerja. Duduk di rumah dan jaga anak, faham,’’ katanya. Tindakan Zhironovsky itu menyebabkan beberapa wartawan wanita lain keluar meninggalkan sidang media itu. Dalam pada itu, Zhironovsk kini berdepan dengan tindakan undang-undang daripada majikan wartawan wanita yang mengandung itu. Kesnya akan dikendalikan oleh peguam Anatoliy Kucherena, iaitu peguam kepada bekas agen CIA, Edward Snowden. Selain itu, Pengerusi Parliman, Sergey Naryshkin juga memohon maaf atas kelakuan Zhirinovsky.


Tindakan Kapten Feri Menyamai Membunuh
Insiden tragik feri karam di Pulau Jeju, baru-baru ini turut dikecam oleh Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye yang mengkritik tingkah laku kapten dan kru feri itu sebagai tidak boleh diterima malah menyamakan tindakan mereka seperti ‘membunuh’ penumpang feri tersebut. Tindakan kapten feri, Lee Joon-Seok dan dua lagi anak kapal dikritik ramai kerana bertindak melarikan diri serta meninggalkan beratus penumpang yang terperangkap dalam feri. “Tindakan yang diambil kapten dan beberapa anak kapalna adalah tidak bertanggungjawab, tidak boleh diterima dan menyamai tindakan membunuh,” kata Park. Dalam kemalangan tersebut, Lee telah melengahkan pemindahan penumpang ketika feri itu mula terbalik dan karam. Feri Sewol yang membawa 476 orang karam selepas berlepas dari pelabuhan Incheon ketika menuju ke pulau peranginan popular Korea, Pulau Jeju. Setakat ini telah disahkan sebanyak 64 penumpang mati manakala 238 lagi masih hilang.


Tudung Natasha Hudson Pula Jadi Mangsa Ciplak
NAMPAKNYA bukan Mawar sahaja yang bengang apabila tudung jenama Fareeda miliknya diciplak. Pelakon Natasha Hudson juga tidak terkecuali dari berasa marah apabila jenama tudungnya, Dreamcloud turut mengalami nasib yang serupa. Bukan sahaja diciplak, malah tudung itu kemudiannya dijual atas nama jenama lain, memetik laporan mStar Online. Mengakui dirinya berasa marah dengan perkara itu, Natasha juga merasakan adalah tidak adil untuk pihak tersebut mengambil kesempatan atas susah-payah dan usahanya menghasilkan tudung tersebut. “Saya percaya bagi peniaga baru, seperti saya juga sebelum ini, kita memerlukan inspirasi dalam mereka sesuatu rekaan pakaian mahupun tudung. “Tetapi kalau boleh, janganlah tiru bulat-bulat, itu tidak adil,” katanya. Bagaimanapun, Natasha tidak berniat untuk membawa isu tersebut ke muka pengadilan dan dia sudah pun bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika tuudng tersebut ditiru lagi, “Tirulah jika mahu tiru. Macam mana sekalipun orang tetap tahu sesebuah rekaan itu bermula daripada siapa. “Lagipun saya tidak boleh nak buat apa jika ada yang masih berdegil mahu menciplak,” ujarnya. Tak mengapalah Natasha. Bak kata orang, Tuhan itu Maha Adil dan pastinya rezeki yang datang dari titik-peluh sendiri lebih diberkati-Nya.


Respon Adam Dakwaan Isteri Fail Cerai
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini. Adam (AF2) ‘Kunci Mulut’ Dakwaan Isteri Fail Cerai Penyanyi Adam (AF2) mengambil pendekatan mahu mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbaharu isterinya, Fiza (Elite) dikatakan memfailkan perceraian di sebuah mahkamah syariah di Shah Alam dekat sini minggu lalu. “Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan dari portal mStar Online. Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza dikatakan memfailkan permohonan cerai tersebut selepas masing-masing semakin kurang persefahaman sehingga rakan rapat mereka mengetahui masalah yang timbul dalam rumah tangga mereka. Bagaimanapun usaha untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya. “Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi. Adam dan Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. Sebelum itu Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010. Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra,4. - mStarOnline


Mereka Suruh Isteri Saya Minum Arak
Klang: “Mereka suruh isteri saya minum arak. Tindakan itu amat tidak masuk akal,” kata Muhamad Izuan Mosli, 22, yang mendakwa dibelasah dan disiram air panas oleh sepasang adik-beradik selepas mempertikai perbuatan itu. Menurutnya, dia dipukul suspek selepas menunjukkan isyarat lucah akibat marah dan enggan membayar wang denda RM3600 seperti diminta suspek. Mangsa berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang rakan di Taman Intan, di sini, yang turut dihadiri dua suspek terbabit pada 15 April lalu. “Isteri saya yang sedang mengandung mengadu seorang daripada suspek terbabit menyuruhnya meminum arak dengan alasan minuman keras itu baik untuk wanita mengandung. “Akibatnya saya tidak dapat menahan marah dan secara tidak sengaja menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka sebelum beredar meninggalkan majlis,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, kelmarin. Dia berkata, dua suspek terbabit kemudian mahu berjumpa dengannya untuk berbincang berhubung kejadian itu di sebuah restoran berhampiran pusat beli-belah di pusat bandar Klang, di sini, Khamis lalu. “Saya yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian menemui dua suspek itu dengan ditemani isteri. Namun sangkaan saya meleset apabila dua beradik itu mendesak supaya saya memberi mereka wang RM3600 sekiranya mahu perkara itu diselesaikan. “Saya berkeras enggan membayar wang diminta kerana beranggapan ia peras ugut. Bagaimanapun, seorang daripada mereka terus menyimbah air panas ke arah saya dan memukul saya menggunakan kerusi serta meja tanpa belas kasihan,” katanya. Menurutnya, isterinya yang cuba membantu turut ditendang di perut hingga terjatuh. “Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian membantu meleraikan pergaduhan sebelum kedua-dua suspek segera melarikan diri. Kami kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Kapar,” katanya. - HarianMetro


Alvin, Vivian Digugurkan Satu Tuduhan, Dua Tuduhan Lagi Menanti
Putrajaya – Mahkamah Rayuan di sini, membenarkan rayuan pasangan kontroversi Alvin Tan Jee Yee dan Vivian Lee May Ling untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka iaitu memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook (FB), tahun lalu. Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam keputusan sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak boleh diguna pakai terhadap Alvin dan Vivian. Alvin dan Vivian memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan mendakwa mereka menerbitkan hasutan di dalam FB iaitu memuat naik kandungan yang mana perbuatan berkenaan mungkin menyebabkan perasaan permusuhan di atas alasan agama dan di antara orang yang menganut agama berlainan Peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu ketika ditemui berkata bahawa, Seksyen 298A Kanun Keseksaan adalah undang-undang yang sah bagaimanapun ia tidak terpakai kepada bukan Islam. Bagaimanapun pasangan itu masih lagi berhadapan dengan dua lagi pertuduhan dan akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – Harian Metro



VIDEO: Polis Tahan Kereta Perompak Di Taman Len Seng, Cheras
MENERUSI laman Facebook Daily Traffic Report (DTR), satu rakaman penahanan sekumpulan penjenayah oleh pihak polis peronda telah disiarkan. Penjenayah tersebut dipercayai baru sahaja melakukan rompakan dan dikejar pihak polis bermula di Alam Damai hingga ke Taman Lenseng, Cheras, tengahari tadi. Gambar yang dikongsikan di DTR turut menunjukkan kereta peronda tersebut mengalami sedikit kerosakkan di bahagian bumper. Ia mungkin disebabkan pelanggaran sewaktu kejar-mengejar yang berlaku antara kedua-dua kenderaan tersebut. Apa pun, tahniah kami ucapkan atas kecekapan pasukan polis dalam membanteras jenayah sebegini.


PBB Gesa Brunei Tangguh Hukuman Rejam Sampai Mati
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya terhadap pelaksanaan pindaan undang-undang jenayah negara Brunei Darussalam yang akan dikuatkuasakan 22 April ini. Ia termasuk hukuman rejam sampai mati terhadap penjenayah bersifat seksual termasuk mereka yang melakukan hubungan sejenis dan liwat. Menurut jurucakap bagi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Rupert Colville, penggunaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa. “Kami menggesa kerajaan Brunei untuk menangguhkan tarikh kuatkuasa kod jenayah tersebut dan mengendalikan satu kajian yang komprehensif bagi memastikan ianya bertepatan dengan piawaian antarabangsa berkaitan hak asasi manusia” katanya dalam satu sidang akhbar di Geneva. Antara lain, hukuman rejam sampai mati akan dilaksanakan untuk jenayah rogol, zina, sodomi, dan hubungan seks luar nikah untuk umat Islam. “Di bawah undang-undang antarabangsa, rejam sampai mati merupakan seksaan atau kezaliman yang tidak berperikemanusiaan adalah jelas dilarang” kata Colville. Beberapa kajian yang dijalankan PBB menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung dijatuhi hukuman rejam kerana diskriminasi yang bersifat stereotaip terhadap mereka, termasuk dikalangan penguatkuasa undang-undang dan pegawai – pegawai kehakiman. “Kanun keseksaan ke atas kod jenayah tersebut, akan meningkatkan kadar jenayah dan diskriminasi terhadap wanita dan orang lain berdasarkan orientasi seksual mereka” tegas Colville. Brunei turut menetapkan hukuman mati untuk pelbagai kesalahan termasuk merompak, menghina atau memfitnah Nabi Muhammad SAW, menghina Al-Quran dan Hadis, kufur, mengisytihar diri seorang nabi atau keluar agama Islam serta membunuh.


Syarikat Telekomunikasi Negara Ini MAKAN BESAR?
GESAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan caj penggunaan telefon ialah kenyataan yang menarik perhatian, terutama apabila beliau menyebut syarikat-syarikat gergasi ini ‘untung besar’. Ahmad Shabery mempersoal keuntungan besar diumumkan syarikat telekomunikasi, dan mengingatkan mereka patut menjalankan tanggungjawab sosial lebih besar dengan mengurangkan kos penggunaan telefon kerana lesen mereka diberikan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). “Saya seru supaya mereka ini cuba duduk dan berfikir, bagaimana dapat kurangkan kos penggunaan berkaitan telefon (perbualan dan SMS) yang ada. Dulu mahal, kini patut makin murah. “Sepatutnya ada tanggungjawab sosial korporat lebih besar (kepada masyarakat) selain membina menara komunikasi di luar bandar, pada masa sama mereka mesti umumkan pengurangan kos,” katanya, Februari lalu seperti dilaporkan Bernama. Berapa besar keuntungan syarikat telekomunikasi seperti dimaksudkan Ahmad Shabery? Memang besar, jika mengambil contoh tiga syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis Bhd, Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd (Digi). Untuk tahun kewangan berakhir 2013, Maxis mencatat untung selepas cukai RM2.1 bilion, Celcom RM2.4 bilion dan Digi RM1.7 bilion. Ketiga-tiga syarikat ini secara purata mengenakan caj panggilan suara 15 sen seminit dan 5 sen bagi setiap SMS. Celcom menjelaskan syarikat itu sentiasa menawarkan pelan telekomunikasi pada harga terendah kepada pelanggannya terutama melalui pelan prabayar. Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin sebelum ini berkata, Celcom sentiasa prihatin terhadap isu semasa terutama membabitkan kenaikan kos sara hidup. Katanya, menerusi pelbagai pakej prabayar, Celcom adalah syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan prabayar termurah berbanding syarikat telekomunikasi lain. Usaha mendapatkan maklum balas daripada Maxis dan Digi berhubung isu ini tidak berjaya setakat ini. – SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment