Tuesday, April 8, 2014
Berita Terkini 08 April 2014
Tiada BCG, Suspek Mati Mungkin Warga Asing
SHAH ALAM – Polis percaya seorang suspek kes samun yang maut selepas merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di persimpangan lampu isyarat di Banting semalam berkemungkinan besar adalah warga asing. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata meskipun laporan awal mempercayai bahawa empat suspek tersebut adalah warga tempatan, namun berdasarkan tanda pada tubuh badan suspek yang meninggal dunia itu, tidak ditemui sebarang tanda suntikan BCG yang selalunya terdapat pada badan warga tempatan. “Kita sudah memeriksa identiti kecuali cap jari si mati sahaja yang masih belum dapat kita sahkan tetapi berdasarkan tubuh badannya itu, kita dapati suspek tiada suntikan BCG dan kemungkinan besar suspek ini adalah warga asing,” kata Abd Rahim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, hari ini. Malah, tambahnya lagi, motosikal yang digunakan oleh suspek juga telah diubahsuai nombor casis enjinnya. “Kita akan meminta bantuan Bukit Aman untuk memeriksa motosikal tersebut menggunakan teknik “etching” – satu proses untuk mengembalikan nombor asal casis tersebut. Dalam masa sama juga, polis kian menggiatkan langkah mereka untuk memburu tiga lagi suspek yang melarikan diri selepas kemalangan tersebut. Semalam, empat lelaki melarikan barang kemas bernilai RM300,000 selepas merompak sebuah rumah teres di Kota Warisan di Sepang pada jam 10 pagi. Namun, seorang dari suspek tersebut maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Banting. Pembonceng motosikal dan dua lagi suspek berjaya melarikan diri. Kes disiasat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata.
Ingat Lagi Kes Kastam Maut Jatuh Bangunan SPRM? Keluarga Saman Kerajaan RM8 Juta!
KUALA LUMPUR – Isteri dan anak lelaki Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Cochrane tiga tahun lalu, memfailkan saman sebanyak RM8 juta terhadap Kerajaan Malaysia, SPRM dan tujuh yang lain. Pekerja swasta, Masiah@Maziah Manap, 53, dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini, 30, memfailkan saman menerusi peguam mereka, N Surendran di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion. Allahyarham yang ketika itu berumur 56 tahun, ditahan pada 1 April 2011 dan dilepaskan keesokan hari. Pada sidang media mereka, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi . Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. Insiden terbaru tersebut mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun sebelumnya.
SEGERA: Filem Noah Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia – LPF
Noah, filem berkaitan nabi Noh, diharamkan di Malaysia atas alasan ajaran Islam tidak membenarkan gambaran visual seorang nabi. Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah “berjaga-jaga”, kerana ia dianggap tidak sensitif terhadap orang Islam, lapor theSun. “Filem itu diharamkan kepada pada kita orang Islam, kita percaya pada Nabi Noh dan menurut ajaran Islam, dilarang melakonkan semula aksi watak nabi. “Mana-mana gambaran nabi dilarang oleh Islam,” beliau dipetik sebagai berkata. Filem itu dikatakan berdasarkan kisah-kisah Bible berkaitan Nabi Noh dan peristiwa banjir besar. Ia diarahkan oleh Darren Aronofsky dan bintang terkenal Russell Crowe beraksi sebagai Nabi Nuh. Beberapa negara Islam, termasuk Mesir, Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia dilapor mengharamkan filem itu bulan lepas. Pengarah kandungan media di Pusat Media Kebangsaan UAE dilaporkan berkata: “Terdapat babak bertentangan dengan Islam dan Bible, justeru kami putuskan tidak menayangkannya.” Crowe dilapor menjangkakan pengharaman itu di negara-negara Islam. – Malaysiakini.com
VIDEO: Bila Pramugari Gaduh Dengan Penumpang
RASANYA kalau di Malaysia, jarang sekali kita mendengar kes krew penerbangan memarahi penumpang. Ia selari dengan polisi setiap syarikat penerbangan yang mahu krew mereka melakukan tugas dengan profesional dan sentiasa mesra terhadap pelanggan. Namun, lain pula yang terjadi dalam pesawat milik Macau Airlines ini apabila salah seorang pramugarinya bertikam lidah dengan penumpang. Kes yang terjadi pada tahun lalu itu dikatakan berpunca dari kemarahan penumpang apabila penerbangan pesawat itu tertangguh lebih dua jam. Mungkin kerana geram kerana provokasi penumpang, pramugari tersebut naik angin dan mula membalas semula kata-kata lelaki tersebut. Rakan-rakan pramugari yang lain dilihat cuba menenangkan situasi tersebut. Hai, rasanya tak perlulah pramugari tersebut membalas provokasi penumpang kerana ia akan ‘memanaskan’ lagi situasi yang sedia ada. Kalau tak tahan telinga, mungkin dia perlu lupakan hasratnya menjadi seorang krew penerbangan.
VIDEO: Inilah Sebabnya Ramai Mat Motor Maut..
Setiap tahun, penunggang motosikal menyumbang rekod tertinggi kematian dalam statistik kemalangan jalanraya. Namun jika melihat video yang dimuatnaik di YouTube oleh Todd Bowden ini, ia sesuatu yang tidak mengejutkan. Menerusi kompilasi pelbagai kesalahan dilakukan penunggang motosikal di jalanraya Malaysia yang dipaparkan, kita pasti tidak dapat menolak kenyataan inilah yang kita saksikan hampir setiap hari. Ramai penunggang motosikal berlagak seolah-olah mempunyai sembilan nyawa apabila selamba melanggar lampu isyarat, menyusuri jalan bertentangan serta memasuki simpang tanpa isyarat dan secara tiba-tiba. Setengahnya pula lebih berani dengan menyertai lumba haram, menunggang dalam keadaan lampu tidak berfungsi dan tidak memakai topi keledar. Mudah-mudahan video di bawah memberi kesedaran jika anda salah seorang penunggang motosikal agar selepas ini lebih berhemah di jalanraya untuk mengelakkan nahas tidak diingini.
VIDEO: Samseng Teksi Marah Penguatkuasa SPAD…Jangan Bagi ‘ Muka’
Memang banyak cabaran ketika menjalankan tugas terpaksa dilalui anggota penguatkuasa. Beberapa hari lalu, anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang meminta supaya pemandu teksi yang ‘bersidai’ di pusat beli belah Pavilion agar beredar telah dimarahi dan ditengking di khalayak ramai. Difahamkan, arahan supaya teksi tidak berhenti terlalu lama di situ dikeluarkan kerana ia menambahkan kesesakan sedia ada di laluan berkenaan disebabkan pembinaan MRT. Individu yang memuatnaik rakaman ini di YouTube mendakwa, anggota SPAD berkenaan bukan sahaja dimarahi, dicaci maki dan dijerit malah seorang pemandu teksi turut merentap baju penguatkuasa namun rakaman adegan tersebut tidak dimuatnaik kerana kurang memuaskan. Dari satu segi kita faham pemandu teksi hanya mahu mencari rezeki tapi biasanya, amalan bersidai menunggu pelanggan ini dilakukan mereka yang malas hendak melilau mencari pelanggan sebaliknya mahu mengambil jalan mudah mendapatkan pelanggan dengan menunggu sebelum mengenakan caj tanpa mengikut meter. Ini bukanlah bermakna pemandu teksi yang dirakam dalam video ini melakukan kesalahan tidak mahu menggunakan meter tetapi secara terang-terangan mereka bukan sahaja ingkar arahan yang dikeluarkan oleh penguatkuasa awam tetapi juga bertindak biadab.
VIDEO: Cubaan Cipta Rekod Dunia Bertukar Tragedi, Seorang Penerjun Bebas Maut
Satu percubaan mencipta rekod dunia terjun bebas dengan 220 orang penerjun dari sebuah pesawat di Arizona, Amerika Syarikat bertukar menjadi tragedi semalam apabila seorang daripada mereka maut kerana payung terjunnya gagal berfungsi. Menurut anggota Jabatan Polis Eloy, Brian Jerome, mangsa dikenalpasti sebagai Diana Paris, 46 tahun, berasal dari Berlin, Jerman. Menurut suami mangsa, Paris sudah pernah melompat lebih dari 1,500 kali. Penganjur cubaan berkenaan World Team berkata kejadian berlaku disebabkan kegagalan payung terjun yang cuba dikembangkan terlalu hampir dengan daratan. Paris disahkan mati di tempat kejadian. “Ia tiada kena mengena dengan saiz kumpulan penerjun atau pun pesawat, ia adalah kerana kegagalan payung terjun,” kata jurucakap World Team Gulcin Gilbert. Menurut laporan laman web nydailynews.com, kemalangan itu berlaku ketika pasukan itu melakukan percubaan mencipta rekod yang digelar ‘terjunan formasi’ semalam. Percubaan itu dilakukan oleh 222 orang dari 28 buh negara dengan terjun dari ketinggian 18,000 kaki di udara, melakukan satu formasi dan kemudian menukar formasi lain sebelum mengembangkan payung terjun mereka. Para penerjun bebas yang terjun dari ketinggian itu perlu memakai topeng oksigen ketika berada dalam pesawat. Pasukan itu memerlukan 10 buah pesawat untuk membawa mereka semua ke ketinggian yang diperlukan. Terjunan itu mengambil masa kira-kira 70 saat untuk disempurnakan. Percubaan pada Khamis gagal kerajan tragedi itu, tetapi mereka telah terjun sekali lagi pada hari sama sebagai penghormatan kepada Paris dan telah membuat keputusan untuk meneruskan percubaan mencipta rekod. Tempat Paris dalam formasi itu akan dibiarkan kosong sebagai penghargaan kepadanya. “Kita tidak akan menggantikan tempatnya,” kata Gulcin.
KLIA Dipilih Kedua Terbaik Dunia, Laporan Skytrax 2014
KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad berkata anugerah itu yang diumumkan pada 26 Mac lepas di Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol, bukanlah yang pertama diterima oleh lapangan terbang tersebut. KLIA dipilih memenangi anugerah tersebut bagi kategori lapangan terbang dengan saiz 40 hingga 50 juta penumpang setahun. “KLIA sentiasa menerima sanjungan daripada Skytrax sejak 2010, yang merupakan perakuan ke atas usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan semasa menggunakan KLIA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata dengan klia2 menggantikan terminal syarikat penerbangan tambang rendah tidak lama lagi, MAHB akan mempunyai kemudahan lebih besar dan lebih baik, dan terminal baharu itu berada pada kedudukan paling sesuai untuk menyokong pertumbuhan rancak trafik ke Malaysia. “Kami juga optimistik bahawa kita akan terus melakukan yang terbaik memandangkan klia2 akan menawarkan perkhidmatan, tahap keselesaan dan pengalaman yang lebih baik, yang merupakan nilai tambah untuk pelanggan kami,” katanya. Anugerah Lapangan Terbang itu adalah berdasarkan pencalonan 12.85 juta penumpang udara membabitkan 110 kewarganegaraan yang meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia. Tinjauan yang dijalankan menilai tahap kepuasan pelanggan merentas 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan lapangan terbang dan produk, daripada daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen sehinggalah pelepasan.
Peserta Malaysia Berjaya Ke Final Asia’s Next Top Model Musim Kedua
Seorang peserta Asia’s Next Top Model musim kedua dari Malaysia, Sheena Liam telah berjaya terpilih ke peringkat akhir serta menjadi di antara tiga peserta akhir dalam program pencarian model yang diinspirasikan daripada rancangan America’s Next Top Model. Selain Sheena, dua lagi finalis adalah peserta dari Filipina iaitu Katarina Rodriguez dan Jodilly Pendre. Pemenang bagi musim ini hanya akan diketahui pada 9 April depan di saluran Astro Star World (711). Program yang memulakan tayangan sejak 8 Januari lalu mempertandingkan 16 peserta dari serata Asia antaranya Jepun, Hong Kong, India, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Vietnam.
VIDEO: Pembaca Berita TV ‘Baik’ Punya Berdandan Tak Sedar Dah ‘On Air’
Seorang pembaca berita Channel News Asia masih membetulkan rambut tanpa menyedari aksinya itu sudah ditayangkan secara langsung. Kejadian yang berlaku ketika segmen berita pagi pada Rabu, 2 April lalu ini sempat dirakam seorang penonton yang kemudiannya berkongsi video tersebut di laman Facebook. Rakaman menunjukkan pembaca berita tersebut bukan sahaja membetulkan rambut, melihat wajahnya pada cermin bedak kompak malah sempat mencapai pemyembur rambut. Mungkin selepas kesilapan disedari, lensa kamera kemudiannya kelihatan ditutup sesuatu namun pembaca berita tersebut, Chan Eu Imm dipercayai masih tidak menyedari perkara ini kerana dia kedengaran bercakap sesuatu dipercayai kepada pengarah studio. Sebenarnya insiden ‘bloopers‘ begini bukan perkara asing malah ia juga pernah di beberapa stesen televisyen terkenal termasuk di Malaysia.
VIDEO: Pemain Bolasepak Belanda ‘Picit Telur’ Lawan Gara-Gara Perang Mulut!
SEORANG pemain bola sepak liga Belanda dari kelab Roda JC, Guy Ramos telah melakukan provokasi melampau ketika bertegang leher dengan pemain lawannya dari kelab AZ Alkmaar, Aron Johannsson, semalam. Perbuatannya itu difahamkan berlaku ketika mereka sedang berperang mulut di atas padang, sebelum Ramos secara tiba-tiba ‘memicit zakar’ Johannsson. Perbuatan Ramos itu mungkin akan menyebabkan dia berhadapan dengan tindakan daripada persatuan bolasepak negara berkenaan.
Kapal Australia Kesan Isyarat ‘PALING MENYAKINKAN’ Di Dasar Laut
PERTH – Kapal Tentera Laut Australia mengesan isyarat di dasar laut yang konsisten dengan isyarat yang dipancarkan dari sebuah kotak hitam sebuah pesawat, kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston. Bunyi itu datang dari kedalaman 4,500 meter di dasar laut. ” Kita ada petunjuk visual di skrin, kita juga memperoleh bunyi, ” katanya. Beliau berkata, isyarat itu adalah “amat menggalakkan” tetapi memerlukan beberapa hari untuk mengesahkan sama ada isyarat itu adalah dari kotak hitam pesawat MH370. Katanya, lokasi isyarat itu perlu dikaji lebih mendalam dan selepas itu, peralatan dasar laut boleh dihantar untuk menyiasat. – AP
MH370: Apa Kaitannya Denyutan 37.5 kHz Dan Kotak Hitam?
PERTH – Kotak hitam, yang merekodkan semua data di dalam kapal terbang, adalah alat penting dalam penyiasatan kemalangan udara dan kerana kotak hitam, sembilan daripada sepuluh kemalangan dapat dijelaskan. Pesawat komersil akan membawa dua kotak hitam. Perakam Digital Data Penerbangan mengandungi maklumat tentang kelajuan, ketinggian dan arah, manakala Perakam Suara Kokpit menjejaki perbualan kokpit dan bunyi dan pengumuman lain di dalam kabin juruterbang. Ia sebenarnya berwarna oren ditambah dengan jalur putih agar ia mudah untuk dikesan. Setiap kotak hitam seberat tujuh hingga sepuluh kilogram (15-22 lb). Diperkenalkan penggunaannya untuk penerbangan pada tahun 1960-an, perakam penerbangan diletakkan di dalam kotak besi agar ia dapat tahan lasak, elak dari kebakaran dan dapat bertahan di dalam air yang dalam. Ia boleh bertahan sedalam 6,000 meter (hampir 20,000 kaki) di bawah air atau kepada suhu yang sangat panas iaitu 1,100 darjah selsius untuk satu jam. Ia dilengkapi dengan pengesan yang boleh mengeluarkan isyarat selama kira-kira satu bulan. Isyarat itu kadang-kadang boleh berterusan selama beberapa hari selepas tempoh ini, kira-kira lapan hingga 10 hari, menurut ketua misi carian Australia, Angus Houston. Frekuensi 37.5 kHz adalah denyutan yang paling biasa untuk perakam data penerbangan, menurut pakar . Ia adalah tahap yang sama di mana isyarat yang dikesan oleh kapal Cina Haixun 01 pada 5 April ketika pencarian dilakukan di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang. Kotak hitam dapat dikesan dalam purata dua kilometer (1.2 batu). Perairan dimana kapal China melakukan pencarian adalah 4.5 kilometer (hampir tiga batu) dalam. Jadi, walaupun isyarat didapati datang dari pesawat namun kerja mencari tetap akan menjadi satu cabaran, kata Houston. Pada Januari 2004 kotak hitam penerbangan Mesir yang terhempas di perairan Sharm el-Sheikh ditemui selepas carian dua minggu, 1,022 meter di bawah air. Pada bulan Mei 2011, selepas 23 bulan tenggelam pada kedalaman 3,900 meter di Lautan Atlantik, kotak hitam penerbangan Air France AF447 berjaya ditemui dengan data yang masih utuh. Ini dapat membantu penyiasat untuk menentukan punca kemalangan yang berlaku pada 1 Jun 2009. – Astroawani.com
Karpal Larang SEMUA Ahli Parlimen DAP Sokong Hudud Yang Dibentangkan Pas
KUALA LUMPUR – Undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia. Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara ini dan tidak sesuai lagi untuk zaman ini. “Demi kepentingan negara, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Sehubungan itu, Karpal menempelak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang bertegas mahu meneruskan usaha melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan tersebut. Beliau turut mendakwa UMNO Kelantan mengambil kesempatan daripada isu itu apabila membuat pendirian mahu menyokong usaha kerajaan negeri tersebut atas sentimen agama. Karpal mendakwa, PAS dan UMNO masing-masing sebenarnya mahu mendapatkan kepentingan politik daripada pelaksanaan hudud tersebut meskipun perkara itu bercanggah dengan Perlembagaan. Media semalam melaporkan, UMNO Kelantan akan membangkitkan hasrat PAS melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dipetik berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh UMNO sebelum kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen. “Tidak ada masalah…sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam,” kata Mustapa. Ahmad sebelum ini mengumumkan kerajaan Kelantan akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.
MH370: Kita Makin Kesuntukan Masa – Australia
Beberapa pesawat dan kapal pencarian MH370 di Lautan Hindi digerakkan ke perairan tempat isyarat ping dikesan kapal China hari minggu lalu, dengan harapan untuk menemui kotak hitamnya. Kotak hitam itu dipercayai berada di dasar lautan mengeluarkan isyarat ping dengan kekerapan yang sama seperti dikesan kapal China. Bagaimanapun, baterinya dikhuatiri sudah habis selepas sebulan pesawat itu hilang. “Kita kesuntukan masa ekoran daripada aspek jangka hayat bateri,” kata ketua marshal udara (bersara) Angus Houston, yang mengetuai operasi agensi Australia yang menyelaraskan carian, lapor Reuters. Data kotak hitam mampu memberi jawapan berhubung apa yang berlaku kepada pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu. MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac lalu serta terbang ribuan kilometer daripada laluan Kuala Lumpur-Beijing yang sepatunya. Kapal peronda China Haixun 01 dilaporkan menerima isyarat dengan frekuensi 37.5 kHz, konsisten dengan isyarat dipancarkan oleh perakam penerbangan, pada Jumaat dan Sabtu.
Ibu Cemas Anak dan Kereta Dilarikan Waktu Sedang Beli Roti!
Kota Kinabalu – Seorang ibu menempuh detik mencemaskan apabila anaknya yang ditinggalkan di dalam kereta di lot parkir berhampiran sebuah sekolah rendah di Likas, di sini, dilarikan bersama kereta Toyota Vios miliknya, pagi tadi. Difahamkan wanita berkenaan keluar membeli roti dan meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta tanpa mengunci kenderaan itu. Bagaimanapun, dengan kerjasama orang ramai, kanak-kanak lelaki yang berusia 8 tahun itu berjaya ditemui semula dalam keadaan masih tidur bersama kenderaan mereka yang ditinggalkan di Asia City, kira-kira jam 9 pagi tadi. – Harian Metro
Pendatang China Kotorkan Taman Di Singapura
KEMUDAHAN sudah disediakan, tapi tidak mahu digunakan. Itulah yang dikesali oleh seorang gadis warga Singapura, Lucy menerusi suratnya kepada portal ‘The Real Singapore’ mengenai sikap pendatang warga China yang mengunjungi Taman Pasir Ris di negara itu. Menurut Lucy, sebelum itu sekumpulan anak muda warga China dilihat sedang makan dan berborak di salah satu meja di taman itu. Sebaik sahaja mereka meninggalkan meja tersebut, sampah termasuk pinggan kertas dan plastik dibiarkan bertaburan di situ. “Ia cukup memalukan! Bagaimana mereka boleh berkelakuan begini? “Terdapat tong sampah besar di sebelah meja itu, namun langsung tidak digunakan. Pihak berkuasa patut mendenda pihak yang mencemarkan taman,” katanya. Gambar kejadian itu dirakam pada Jumaat lalu.
Pasangan Kekasih Beraksi ‘Panas’ Di Restoran
MUNGKIN pasangan kekasih ini boleh dikategorikan sebagai manusia yang sudah putus urat malunya. Apa tidaknya, mereka boleh beraksi ‘panas’ dalam sebuah restoran steamboat di Singapura. Gambar pasangan ini telah dikongsi di laman STOMP oleh seorang pengunjung restoran tersebut yang dikenali sebagai ‘STST’. Menurutnya, kedua-dua mereka langsung tidak memperdulikan pandangan orang ramai yang ternyata jelik dengan aksi mesra mereka di meja makan. “Mereka bergilir-gilir duduk di atas riba masing-masing dan asyik bersentuhan. Saya rasa seolah-olah sedang menonton filem porno ringan semasa makan! “Apa sudah jadi dengan anak muda zaman sekarang?,” ujarnya kesal. Mungkinkah pasangan ini sengaja mencari publisti murahan? Atau sememangnya sudah tidak mampu menahan nafsu? Hanya mereka saja yang tahu jawapannya…
Jutawan Maut Ditembak, Bekas Kekasih Kini Diburu
SEORANG wanita warga Slovakia kini diburu bagi membantu siasatan pembunuhan seorang jutawan Britain yang juga pengarah syarikat barang kemas, Andrew Bush, 48 di sebuah villa mewah di Sepanyol. Bush maut selepas ditembak sebanyak dua kali di kepalanya sebaik sahaja dia dan kekasihnya tiba di villa berkenaan. Wanita tersebut dikenali sebagai Mayka Kukucova merupakan bekas teman wanitanya dan pernah tinggal bersama di situ sejak dua tahun lalu. Kekasih Bush memberitahu penyiasat bahawa pintu dibuka oleh Mayka apabila sebaik sahaja mereka tiba di kediaman itu pada pukul 2 pagi. Bagaimanapun, wanita itu menghalangnya dari masuk dan sejurus selepas itu dia melihat Mayka memecut meninggalkan villa itu dengan kenderaan Hummer milik Bush. Pihak polis yang dihubungi selepas itu kemudiannya menemui mayat Bush dalam keadaan berlumuran darah. Sementara itu, pemilik perniagaan berhampiran kedai emas jutawan itu menyifatkan Bush sebagai lelaki yang baik dan mesra. “Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi,” ujarnya. Siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa Sepanyol.
Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Kelar
BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan kelar di leher dan beberapa tikaman serta luka di badan berhampiran kawasan perkuburan Islam di Jalan Permatang Nibong, di sini malam tadi. Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 8 malam. “Lelaki itu memakai seluar jeans dan kemeja hitam. Selain kesan tikaman, perut lelaki itu juga hampir terburai akibat ditikam,” kata jurucakap polis. Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis percaya lelaki itu adalah rakyat asing kerana tiada tanda suntikan BCG pada lengannya. Polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di kawasan itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata lelaki itu mempunyai tatu di bahagian dada. Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga atau rakan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA
Bayi Mati Akibat Minum Susu Ibu Penagih
SOUTH CAROLINA – Seorang wanita dihukum penjara 20 tahun selepas bayi yang disusunya meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan melalui susu badan. Wanita itu yang juga bekas jururawat Stephanie Greene, 39, mengambil ubat termasuk ubat penahan sakit tanpa memaklumkan doktor bahawa dia sedang mengandung. Keadaan itu menyebabkan bayinya yang berusia enam minggu, Alexis meninggal dunia pada November 2010. Laporan forensik menunjukkan terdapat tiga jenis dadah dan morfin dalam sistem badan bayi malang itu. Greene didapati bersalah oleh hakim kerana membunuh bayinya dan mengabaikan kebajikan bayi berkenaan. “Dia lebih sayangkan dadah daripada bayinya sendiri,’’ kata hakim meskipun peguam bela Greene menyatakan bahawa bukti yang ada tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa dadah yang diambil oleh wanita itu disalurkan kepada bayinya menerusi susu. Greene kini berdepan dengan 38 lagu tuduhan kerana menipu untuk mendapatkan ubat.
Pelajar tahun akhir dicabul pensyarah sendiri
ARAU - Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya. Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu. Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester. Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulangkaji pelajaran. “Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, mangsa bersama dua rakannya itu diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan, sebelum pensyarah berusia 40-an itu duduk di sebelah mangsa,” katanya. Mangsa seterusnya dicabul kehormatan termasuk dengan menyentuh payu daranya oleh pensyarah berkenaan. “Mangsa juga didekati pensyarah itu dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali. "Mangsa terkejut dan cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit dalam subjek itu kerana peperiksaan sangat hampir dan membiarkan suspek berbuat sedemikian,” katanya. Sumber berkata, mangsa turut mendakwa beberapa rakannya turut menjadi mangsa pensyarah itu dan perkara itu turut dimaklum kepada pengurusan IPT itu. Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis pelajar itu yang dibuat di Balai Polis Arau terhadap pensyarah terbabit. “Kita sudah terima laporan polis itu dan kes kini dalam siasatan polis. Beberapa keterangan telah diambil terutama daripada pelajar berkenaan,” katanya.
Misteri telekung berdarah
GUA MUSANG - Penduduk gempar apabila menemui kain sembahyang wanita dipenuhi darah terkumpul di tepi pagar berhampiran pintu masuk masjid di Jalan Masjid Razaleigh di Bandar Lama di sini, awal pagi semalam. Kain sembahyang itu ditemui seorang jemaah yang dalam perjalanan ke masjid untuk solat Subuh kira-kira jam 6 pagi. Penduduk menganggap penemuan itu sebagai misteri dan dipercayai ada perempuan bersalin ditinggalkan di tepi pagar masjid itu, awal pagi semalam. Bagaimanapun, mereka yang segera membuat pemeriksaan di dalam dan luar kawasan masjid itu tidak menemui sebarang objek sama ada janin atau bayi baharu yang ditinggalkan dan perkara itu menjadi tanya tanya. Seorang penduduk, Semah Abdullah, 55, berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu apabila dimaklumkan seorang jemaah selepas solat Subuh yang menyatakan menemui kain sembahyang wanita dipenuhi darah di tepi pagar masjid. Katanya, memang perkara itu menimbulkan persoalan kepada penduduk sekitar kerana secara tiba-tiba ada kain sembahyang wanita yang dipenuhi darah seperti perempuan lepas bersalin diletakkan di situ tanpa tujuan sebenar. “Kebiasaannya, jika ada kain yang dipenuhi darah seperti itu ada perbuatan buang bayi selepas bersalin, tetapi apabila dibuat pemeriksaan, kami tidak menemui sebarang perkara yang mencurigakan dan titisan darah juga tidak ditemui. “Tak tahulah, kita rasa pelik juga kenapa kain sembahyang wanita itu digunakan untuk menyapu darah dan perkara ini tidak pernah berlaku selama ini,” katanya. Mamat Husin, 49, pula berkata, mungkin kain putih yang dipenuhi darah itu ditinggalkan di tepi masjid terbabit lebih awal sebelum masuk waktu solat Subuh antara jam 4 hingga 6 pagi kerana darah di kain berkenaan didapati masih basah. Katanya, ramai penduduk bergegas ke tempat itu untuk melihat sendiri perkara berkenaan dan setakat ini belum ada kedengaran wanita bersalin di luar rumah sebagaimana andaian pelbagai pihak. “Nak kata ada wanita bersalin anak luar nikah tidak munasabah kerana tidak ada kesan darah di kawasan masjid tersebut. Hanya ada pada kain sembahyang wanita itu sahaja ditemui penuh darah,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima maklumat berhubung kejadian. - Sinar Online
Stesen Hela Udara Segar, Hanya Di China
EKORAN pencemaran udara yang teruk di China, kini di negara itu terdapat beberapa buah stesen khas yang membekalkan udara segar untuk kegunaan orang ramai bernafas. Menurut sumber dari Chinanews.com, udara segar itu dibungkus di dalam beg dan ia digunakan orang ramai dengan penggunaan topeng oksigen seperti di hospital. Stesen itu kini popular dengan sambutan menggalakkan dari orang ramai yang sanggup beratur pannjang untuk mendapatkan udara segar. Satu daripada stesen udara segar terletak di bandar Zhengzhou yang terletak dalam wilayah Henan. Zhengzhou merupakan antara bandar dengan udara tercemar paling teruk di Cina dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 158. Udara segar yang dibekalkan itu diambil dari Gunung Laojun, di daerah Luanchuan yang memiliki kawasan tumbuhan hijau kira-kira 80 peratus. Menurut seorang pengguna, Feng Lin, 75 tahun, udara yang dibekalkan dalam beg berkenaan cukup segar tetapi masa untuk menggunakannya terlalu pendek. “Udaranya amat baik, tapi ia terlalu sekejap, saya terpaksa berhenti,” katanya. Selain itu, seorang wanita yang mengandung berkata bayi dalam kandungannya bergerak pada saat dia menarik nafas dengan udara segar itu. Keputusan mewujudkan stesen seumpama itu selepas hanya tiga bandar di China yang menepati piawai kualiti udara standard. Pencemaran udara di China telah dikategorikan sebagai satu krisis alam sekitar oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Sejak itu Kementerian Pemuliharaan Alam Sekitar di China telah cuba mengatasi masalah tu dengan menggunakan maskot dikenali sebagai Bayi Oksigen yang mengagihkan udara segar dari Gunung Tianu yang terletak di wilayah Zhejiang. Maskot itu menjelajah seluruh China mengedarkan produk berkenaan yang diberikan secara percuma. Krisis pencemaran udara China turut dirasai oleh Presiden China Xi Jinping yang membuat cadangan untuk menjual tin udara segar pada masa akan datang.
Filem Malaysia Pertama Diklasifikasi 18SX
Jarang-jarang sekali filem terbitan dan keluaran anak tempatan mendapat klasifikasi 18SX di mana terdapat babak yang memaparkan adegan seks yang tidak keterlaluan. Namun, tahukah anda filem Malaysia pertama yang mendapat klasifikasi sedemikian? Filem Litar Kasih yang diterbitkan pada 1996 merupakan filem pertama tempatan yang mendapat klasifikasi tersebut kerana terdapat sebanyak tujuh adegan yang tidak dipersetujui Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Antara adegan yang dipotong adalah berkaitan dengan babak pelacuran, ciuman, lumba motosikal haram, rogol, suasana dalam kelab dan dialog yang mempunyai mesej lucah. Litar Kasih merupakan arahan Eddie Pak yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman, Linda Rafar, Faizal Hussein dan Aishah Atan.
Derita Suami Beristerikan Si Lesbian
Kuala Lumpur – Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali pada usia muda sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya. Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki sebelum setuju berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi. Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya dijaga sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya mencecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya. Onar wanita ini didedahkan suami keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 32, selepas isterinya melarikan diri dari rumah sejak November lalu. “Pada mulanya, dia menyuruh saya membeli sarapan. Apabila pulang, saya terkejut mendapati dia menghilangkan diri bersama beberapa dokumen penting miliknya. “Saya menjadi buntu ketika itu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya. Selepas disiasat, rupa-rupanya dia melarikan diri dengan kekasihnya,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini. Razak berkata, dia hanya engenali rakan isterinya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri. Katanya, isterinya membawa rakannya pulang ke rumah dan hanya diperkenalkan sebagai rakan lama. “Sepanjang setahun perkahwinan kami, saya tidak pernah mengenali rakannya. Hanya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri, baru saya mengenali wanita terbabit. Dia berperwatakan seperti pengkid dan mereka kelihatan akrab. “Saya menyangka mereka hanya kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, tetapi sebaliknya pula berlaku. Selepas Aina menghilangkan diri, saya dapati dia dan ‘rakannya’ sering bersama, malah Aina turut memuat naik status dan gambar intim mereka berdua di laman sosial Facebook dan WhatsApp. “Saya rasa, mereka berdua mempunyai perancangan sendiri. Jika tidak, mengapa isteri saya boleh berkahwin sebanyak tiga kali dalam beberapa tahun ini? “Firasat saya, kedua-duanya hanya mahu menipu lelaki bagi mendapatkan wang hantaran,” katanya. – Harian Metro
GAMBAR: Anak Bunuh Emak Di Miri Gara-Gara Tidak Dibelikan Telefon Pintar
MIRI – Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar di sini, malam kelmarin berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dipercayai ditikam anaknya petang semalam. Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di sini pada jam 3 petang. Beliau berkata polis turut menemui pisau yang disyaki digunakan untuk membunuh wanita itu, yang bertugas sebagai guru tuisyen, di dalam kereta itu. “Polis menganggap kes bunuh ini selesai… pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi (kelmarin) berpunca daripada masalah keluarga,” katanya di sini, semalam. Gan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi Bernama difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu. — Bernama
Seorang Lelaki Cedera Parah Ditembak, Ditetak
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditembak dan ditetak setelah dilanggar dengan sebuah kereta dalam satu kejadian di Petaling Jaya di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata semasa kejadian, lelaki yang berumur 26 tahun itu sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna kelabu yang dinaiki dua lelaki pada pukul 10.20 malam tadi. “Lelaki itu yang terjatuh selepas dilanggar kemudiannya telah ditetak menggunakan sebilah parang namun mangsa sempat melarikan diri dengan memanjat pagar sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini. Bagaimanapun selepas itu, berdasarkan keterangan seorang saksi di tempat kejadian, terdengar bunyi tiga das tembakan dilepaskan kedua lelaki itu ke arah mangsa dan mengenai bahagian badan mangsa, katanya. “Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di tangan kiri dan punggung, dan keadaannya setakat ini dilaporkan stabil,” katanya. Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh orang awam. Polis turut merampas sebilah parang panjang yang mempunyai kesan darah di dalam kawasan pagar rumah berkenaan dan satu serpihan kecil anak peluru berdekatan kawasan itu. Arjunaidi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA
Dua Wanita Diculik Di Semporna Mungkin Berada Di Jolo
KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang menahan dua wanita warga asing, yang diculik dari Semporna dipercayai kembali ke pangkalan mereka di pulau Jolo. Tentera dan polis Filipina yang menjejaki kumpulan bersenjata diketuai oleh Murphy Ambang Ladjia atau lebih dikenali sebagai Haji Gulam, mengesyaki bahawa lelaki bersenjata itu keluar dari pangkalan mereka di Simunul, di pulau Tawi-Tawi dan menuju ke kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, yang digelar 'pusat penculikan di Filipina". Ketua Polis wilayah Sulu, Supt Abrahim Orbita berkata, pasukan keselamatan menerima laporan mengenai kumpulan lelaki bersenjata itu di pulau Jolo bersama dengan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dari Shanghai, dan pekerja hotel warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang diculik Singamata Reef Resort lewat malam Rabu. "Kami cuba untuk mengesahkan laporan ini," kata beliau ketika dihubungi melalui telefon di Jolo pada Sabtu. Beliau berkata, pasukan keselamatan telah memantau rapi di pantai pulau-pulau sekitar wilayah Sulu bagi mengesan kumpulan lelaki bersenjata itu bersama dua wanita yang diculik. Pegawai-pegawai Sabah, yang enggan dikenali berkata, panggilan telefon diterima daripada individu tanpa memberitahu namanya yang mendakwa bahawa dia dan kumpulannya telah menahan dua wanita berkenaan. Ia tidak dapat dipastikan kepada siapa panggilan itu dibuat atau sama ada ia adalah satu tuntutan tebusan yang benar atau tidak. Bagaimanapun, kedua-dua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Ketua Pengarah Keselamatan Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah, Datuk Mohammad Mentek berkata, mereka tidak menerima sebarang laporan daripada panggilan berkaitan dengan tebusan. Hamza berkata, polis Malaysia berhubung rakan sejawat mereka di Filipina dan menyediakan apa sahaja bantuan yang diperlukan untuk membebaskan kedua-dua wanita tersebut. Kedua-dua wanita dilaporkan masih hidup dan juga berdasarkan sumber perisikan pada Jumaat bahawa mereka mungkin akan ditawan di sebuah kampung di bawah kawalan Abu Sayyaf di Jolo. Sementara itu, timbalan jurucakap presiden Filipinan, Abigail Valte berkata, angkatan tentera di negara ini di Manila akan memberi tumpuan carian mereka di Jolo dan yang berhampiran pulau-pulau lain di selatan negara itu. Valte berkata, pasukan keselamatan Filipina mengadakan sekatan yang dijalankan oleh tentera laut dalam pencarian mereka bagi mengesan kapal yang mencurigakan. "Kami juga memaklumkan Unit Perintah Barat Mindanao di Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi," katanya. - mStart Online
CULIK: Pelancong China Sempat SMS Ibu
PETALING JAYA: Pelancong warga China, Gao Huayun yang diculik dari sebuah resort di Semporna, Sabah pada malam Rabu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibunya mengatakan dia baru saja selesai mandi, beberapa minit sebelum dia diculik. Bapa Gao memberitahu stesen radio, Shanghai People bahawa anak perempuannya itu menghantar SMS tersebut kira-kira pukul 10 malam. “Tidak lama lepas itu, rakannya menghantar mesej menerusi aplikasi WeChat mengatakan anak perempuan saya telah diculik. Ramai orang mula menelefon kami untuk mendapatkan pengesahan. “Kami amat bimbang dan tidak tidur sepanjang malam,” kata bapa Gao kepada stesen radio itu sambil merayu bantuan untuk mengesan anaknya. Menurut laman media sosial China, Kaixinwang milik Gao, wanita berusia 29 tahun itu gemar melancong bersendirian dan pernah melancong ke Tibet, Filipina, Korea Selatan dan sekeliling negaranya. Gao, yang baharu saja menerima kemasukan untuk menyambung pengajian dalam program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Britian, berlepas ke Malaysia pada Selasa bersama seorang rakannya. Rakan Gao, yang hanya dikenali sebagai Su, memberitahu Dragon Television dalam temu bual menerusi telefon bahawa mereka pergi ke Semporna untuk belajar menyelam. Su berkata, dia dan Gao meninggalkan bilik mereka kira-kira pukul 10 malam Rabu untuk mandi di bilik air yang terletak di bahagian luar. “Gao selesai mandi lebih awal. Apabila saya kembali ke bilik kami, saya lihat pintu terbuka dan Gao tiada di situ,” katanya. Dia kemudiannya menunggu Gao di dalam bilik dan kira-kira 30 minit kemudian, dia menyedari beberapa anggota polis sedang melakukan rondaan di resort tersebut. “Tidak lama kemudian, ada seseorang mengetuk bilik kami dan meminta saya supaya pergi ke lobi. “Mereka berkata seorang wanita yang memakai gaun berjalur hitam dan putih telah diculik,” katanya. Su berkata selepas mendapat pengesahan maklumat tersebut daripada beberapa pihak, dia menyedari Gao telah diculik. Katanya, sekumpulan penculik itu tidak menggeledah bilik dan tidak mengambil pasport mereka. “Hanya satu benda yang mereka ambil adalah telefon bimbit kami,” katanya. – MSTAR
Polis ‘Sengal’ Dakwa Budak 9 Bulan Cuba Membunuh, pakistan
Lahore – Polis di Pakistan kini menjadi bahan jenaka. Semuanya selepas mereka mendakwa seorang bayi berusia sembilan bulan, Musa atas tuduhan merancang pembunuhan. Polis mendakwa Musa cuba membunuh anggotanya dengan membaling batu ketika operasi diadakan. Tertuduh dikenakan ikat jamin ketika dia dihadapkan di hadapan Hakim Rafaqat Ali. Dia didakwa bersama dengan datuknya, Muhammad Yasseen dan bapa saudara. Ketika dihadapkan di mahkamah, bayi itu mula menangis dan terpaksa diberikan susu oleh bapanya. Menurut fakta kes, Musa menyerang kakitangan sebuah syarikat gas ketika mereka menyerbu rumahnya di Muslim Town. Musa juga dikatakan cuba membunuh anggota polis dengan membaling batu. Selepas kes berkenaan mendapat liputan meluas media, barulah Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif mengetahui mengenainya dan meminta laporan daripada Ketua Polis Punjab berhubung kejadian itu. Shahbaz juga meminta supaya tindakan tegas diambil ke atas pegawai polis yang bertanggungjawab dalam memfailkan kes terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.
Tarikan Khemah Asmara Di Puchong
Puchong – Khemah asmara. Itu daya penarik terbaru disediakan sebuah rumah urut di Bandar Puteri Puchong, di sini, kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan khidmat urutan batin dan seks. Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) petang Rabu lalu, pintu besi rumah urut terbabit terpaksa dipecahkan berikutan ia dibuka kepada pelanggan bermula jam 4 petang. Difahamkan, setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM100 hingga RM150. Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, serbuan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4 petang itu diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ Shamsul Syahrizal bersama 19 anggota. “Ketika serbuan, rumah urut ini masih belum dibuka menyebabkan tiada tangkapan dilakukan. Malah, premis ini turut menggunakan pintu besi sehingga menyukarkan pihak kami masuk. – myMetro Online
Mayat Disangka Patung Gurauan ‘April Fool’
Florida – Seorang kerani di sebuah kompleks apartmen dipecat selepas membuang mayat seorang wanita di tempat pembuangan sampah kerana menyangka ia hanya gurauan ‘April Fool’. Pada mulanya Ronald Benjamin, 61, melihat mayat itu ketika dia berehat kira-kira jam 4.30 pagi waktu tempatan, tetapi menyangka ia mayat palsu. “Saya bersumpah, mukanya kelihatan seperti topeng getah. Jika saya tahu ia mayat betul, saya pasti menghubungi polis, pengurus saya dan semua orang,” katanya. Mayat yang dianggap patung itu adalah seorang wanita berusia 96 tahun yang tinggal di situ. Di perantaraan waktu malam itu, wanita yang tidak diketahui identitinya itu membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya di tingkat 16. Seorang pekerja tiba di situ dua jam kemudian dan melihat mayat wanita itu, tetapi Benjamin berkata, mayat itu hanya patung yang digunakan sebagai bahan gurauan ‘April Fool’. Benjamin kemudiannya meminta bantuan dua penghantar akhbar untuk membantunya mencampakkan mayat wanita itu ke dalam tong sampah. Perkara itu tidak disedari sesiapa sehinggalah pekerja penyelenggaraan apartmen, Johnny Williams, 42, menemui mayat wanita berkenaan di dalam tong sampah pada jam 8 pagi. Polis dihubungi ke tempat kejadian dan siasatan yang dijalankan menemui nota bunuh diri dan bangku yang digunakan untuk memanjat balkoni. Jiran wanita itu memberitahu, dia berasal dari England dan kadangkala bercakap mengenai Perang Dunia Kedua. Wanita itu sudah menetap di situ sekurang-kurangnya 20 tahun. Benjamin tidak akan didakwa kerana polis percaya dia sememangnya tidak menyedari ‘patung’ yang dibuangnya itu mayat wanita. Bagaimanapun, dia tetap dibuang kerja. – AFP
Wanita Guna Taser Untuk Kutip Wang
New York – Seorang wanita menggunakan cara yang mengejutkan untuk mengumpul wang bagi tujuan kebajikan, iaitu dengan membiarkan dirinya ditembak dengan senjata kejutan elektrik (taser), ketika dia hanya memakai bikini. Dia mengenakan syarat RM100 kepada lelaki yang menyaksikan dia ditembak dengan taser itu. Aksi itu dirakamkan dan disiarkan dalam YouTube di bawah tajuk ‘Girl in Bikini Takes Taser Like a Champ’. Ia ditonton oleh lebih 200,000 orang. Video berdurasi 38 saat itu menyaksikan bagaimana sekumpulan lelaki berdiri di belakangnya, dengan setiap mereka merakamkan aksi tersebut dengan menggunakan telefon bimbit. Dua lelaki juga kelihatan memegang tangan wanita itu manakala seorang lelaki di belakangnya kelihatan bersedia untuk menggunakan taser ke atasnya. Beberapa saat kemudian, wanita itu menjerit dan rebah ke lantai. Dia kemudiannya bangun dan tersenyum. Namun video rakaman ini dihujani dengan komen-komen daripada orang ramai yang berbelah bagi mengenai aksi tersebut. Ada yang menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh, tidak kurang pula yang menganggapnya sebagai berani. Identiti wanita itu bagaimanapun tidak diketahui.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment