Thursday, April 17, 2014

Berita Terkini 17 April 2014



Dunia Akhir Zaman !! Video Gadis Bertudung Menari Dan Menunjukan Bahagian Melampau Di Internet
Tanpa perasaan malu dan pun segan silu, gadis bertudung ni menari dengan menunjukkan bahagian-bahgaian yg tak sepatupnya dilakukan oleh wanita muslim ataupun wanita bertudung. Inilah dunia akhir zaman yg mana wanita sudah hilang rasa malu untuk melakukan perkara-perkara yg dilarang dalam Islam. Rasanya wanita ini bukan Islam, dan sengaja hendak memburuk-burukan Islam. Pakai tudung tidak semestinya Islam.


[ Hot ] 5 Gambar Tasha Shilla syok berendam air di Phuket !
Tasha Shilla syok berendam air di Phuket - Tasha Shilla juga tidak mahu ketinggalan untuk bercuti ke Thailand sempena pesta air di negara tersebut, beliau bersama kekasihnya Hans kini sedang berada di pusat percutian popular di Phuket Thailand untuk bercuti, Ketahuilah oleh anda yang sekarang ini memang musim rakyat Malaysia mencari kedamaian di luar negara kerana Lembah Klang menghadapi catuan air.


Respon Ustaz Don Daniyal terhadap kritikan Wardina Safiyyah
Respon Ustaz Don Daniyal terhadap kritikan Wardina Safiyyah - Semalam, Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, telah menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka menerusi akaun facebook miliknya kerana merasakan sebahagian ceramah yang dibuat pendakwah berkenaan tidak berpandukan kitab Sunnah dan Hadis. Sebagai respon kepada teguran itu, Ustaz Don Daniyal hari ini tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh model tudung terkemuka, Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya. Menurut pendakwah berusia 29 tahun itu, adalah tidak adil untuk menghentam dirinya hanya dengan berpandukan sebuah video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya terdahulu tanpa meneliti isi kandungannya secara terperinci.
Tambah beliau, Wardina sendiri pernah membuat kenyataan supaya pengguna-pengguna laman sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi mengapa beliau sendiri yang melakukannya. "Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda."
Untuk itu, Ustaz Don menyarankan Wardina hadir sendiri ke ceramahnya agar mendapat pencerahan lebih dalam tentang perkara yang dirasakannya musykil, dan bukannya sekadar berpandukan video sekerat-sekerat yang telah diedit. "Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut. Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk." Dalam pada itu, Ustaz Don turut melahirkan perasaan hairan mengapa wardina memilih golongan pendakwah untuk dihentam sedangkan orang-orang kafir yang menghina Agama Islam di luar sana Wardina hanya mendiamkan diri. "Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah. Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah. Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis. Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata: Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah." Menurut sumber, punca utama Wardina mengkritik Ustaz Don ialah kerana terdapat staf dalam saluran Al-Hijrah yang sakit hati selepas tidak mendapat surat jemputan ke United Kingdom seperti yang diperolehi oleh Ustaz Don. Kemudian, staf itu dikatakan bertindak mengedit satu video untuk dimuatnaik di akaun facebook miliknya.


Wardina tiada niat aibkan Ustaz Don?
Kuala Lumpur: Teguran pelakon dan penceramah bebas Wardina Safiyyahdi terhadap dakwah penceramah popular, Don Daniyal menerusi akaun Facebook miliknya, bukan berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Sebaliknya, Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata dalam kemas kini status Facebook miliknya hari ini, teguran itu disuarakan atas kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat. “Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan... tiada langsung... video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz," katanya seperti dipetik daripada status Facebook miliknya, hari ini. Semalam, timbul kekecohan di Internet dan media sosial apabila Wardina dilaporkan mengecam kesahihan dakwah Ustaz Don yang didakwa menggunakan hadis palsu dan pendustaan dalam berdakwah. Kritikan itu mendapat perhatian lebih 2,000 pengguna Facebook yang menyatakan sokongan dan tidak kurang juga yang menentang tindakan Wardina.


Biar anak mati kerana asyik main Internet
Seoul: Polis Korea Selatan semalam menahan seorang lelaki yang didakwa membiarkan bayi lelakinya mati kebuluran selepas dia menghabiskan masanya di kafe Internet. Kes itu dijangka menyemarakkan lagi perdebatan yang berterusan mengenai ketagihan bermain permainan atas talian di negara itu. Polis berkata, Chung, 22 ditahan semalam selepas mayat reput milik bayi berusia dua tahun itu dijumpai di dalam plastik sampah berdekatan bandar Daegu, tenggara negara itu. Kes itu mendapat liputan meluas media apabila stesen televisyen menyiarkan rakaman CCTV menunjukkan Chung di dalam lif di apartmennya, membetulkan rambut dengan sebelah tangan depan cermin, sambil sebelah tangan lagi memegang plastik sampah disyaki mengandungi mayat anaknya. Hujung Februari lalu, isteri Chung mula bekerja di sebuah kilang yang jauh dari bandar Seoul dan meninggalkan anaknya dalam jagaan suaminya, penganggur, dan mempunyai rekod jenayah, kata polis. Dia menghabiskan masa bermain permainan Internet dan hanya pulang ke rumah selepas dua hingga tiga hari untuk memberi anaknya makan. - Agensi


Gambar Amat Ngeri Mekanik Pesawat Boeing Hancur Disedut Ke Dalam Enjin Turbin Pesawat !
Gambar di atas ialah gambar yang menunjukkan bahawa seorang mekanik kapal terbang Boeing telah disedut oleh turbin pesawat Boeing ini ketika sedang menjalankan pemeriksaan. Kejadian yang sangat mengerikan ini telah berlaku di Lapangan terbang antarabangsa Texas. Pesawat jenis Airlines Flight 1515 dalam proses penerbangan menuju ke lapangan terbang Bush Intercontinental di Houstonwhen.


Bapa bogelkan dan heret anak di jalan kerana ketagih main Internet
Guagnxi Zhuang, China- Seorang bapa, Lu Tan, 39 terpaksa bertindak keras ke atas anak lelakinya berusia 14 tahun dengan mengheretnya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan telanjang setelah didapati anaknya tidak menghiraukan nasihat dan amaraannya supaya jangan lagi menghabiskan masa dengan bermain permainan komputer. Hampir setiap hari Xiaomeng, 14 tahun menghabiskan masanya sepanjang hari dengan memerap di dalam biliknya kerana ketagihan bermain permainan komputer. Amaran yang diberikan berpuluh kali terhadap anaknya seolah-olah seperti sampah. Setelah komputer di rumahnya di humban ke tempat pembuangan sampah oleh ayahnya, Xiaomeng mencuri-curi keluar ke siber kafe pula dan membelanjakan banyak wang. Akhirnya kesabaran seorang ayah hilang lalu bertindak di luar kawalan. Dia menyerbu siber kafe tersebut, menampar, mengikat tangan dan membogelkannya. Kemudian dia mengheret anaknya di hadapan rakan-rakanya dengan tujuan memberi pengajaran dan kesedaran kepada anaknya bahawa masa depannya bukan bergantung kepada permainan komputer tetapi perlu menumpukan pelajarannya di sekolah dan membantu ayahnya di rumah. Isteri Lu Tan meninggal dunia ketika anaknya berusia 9 bulan. Semenjak itu dia bekerja keras menanggung keluarga. Akibat terlalu kecewa dengan sikap anaknya dia bertindak demikian demi masa depan anaknya. Dia mahukan anaknya sedar dan menjadi orang yang berguna kemudian hari.

MH370 - Lebih banyak negara mahu bantu
KUALA LUMPUR: Lebih banyak negara telah menyuarakan hasrat dan kesediaan untuk membantu dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, yang masuk hari ke-39 hari ini. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata: "Tatkala kami meneruskannya (misi mencari)...jika sesetengah negara mungkin mahu mengurangkan pembabitan, terdapat negara lain tampil menawarkan bantuan. "Kami mempunyai rakan di Timur Tengah yang mahu membantu tetapi mereka tidak mempunyai aset untuk memberikan bantuan langsung, (jadi) kami perlu mencari cara dan kaedah tentang bagaimana mereka boleh memberikan atau memulakan bantuan," katanya. Bagaimanapun, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan enggan mengulas lanjut tentang negara-negara yang telah menawarkan bantuan. Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian antara SME Ordnance Sdn Bhd (SMEO) dengan Rheinmetall Waffe Munition GmbH, Poly Group China dan Thai Arms Co Ltd Thailand pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014 di sini hari ini. Bagi pihak Malaysia, Hishammuddin menegaskan kerajaan sentiasa komited dan tidak pernah memperlahankan usahanya untuk mencari pesawat itu. Beliau berkata, ini terbukti apabila Malaysia menghantar sebuah lagi kapal Bunga Mas 6 ke perairan Perth, Australia, untuk membantu operasi mencari itu. "Saya fikir, bagi pihak Malaysia, kami tidak akan memperlahankan (usaha mencari kerana) ini adalah janji yang kami buat kepada anggota keluarga (penumpang MH370)," katanya. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya - selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan asal - di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

Tertipu ‘Datuk’ tawar tanah
Ampang: Seorang wanita warga emas kerugian hampir RM50,000 diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘Datuk’ dengan menawarkan mangsa sebidang tanah di Bandar Baru Ampang, di sini, Khamis lalu. Mangsa berusia 68 tahun bersama suaminya dikatakan sanggup datang dari kampung di Kuala Klawang, Negeri Sembilan ke ibu negara untuk bertemu ‘Datuk’ terbabit bagi urusan jual beli tanah. Difahamkan, pasangan suami isteri warga emas bertolak dari rumah mereka jam 12.30 tengah hari sebelum bertemu suspek bersama seorang lagi lelaki di sebuah bank di Ampang. Menurut sumber, dalam pertemuan itu suspek memperkenalkan rakannya itu yang didakwa bekerja sebagai pegawai di sebuah agensi percukaian.

Mati terbakar dalam semak
Permaisuri: Seorang lelaki ditemui mati dengan tubuhnya terdapat kesan terbakar di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Alor Serdang, Setiu, malam semalam. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohamed, berkata mayat mangsa berusia 55 tahun itu ditemui jam 7.55 malam. Beliau berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas akibat kebakaran semak di kebun berkenaan sebelum pengsan menyebabkan tubuhnya disambar api.

Foto
Lelaki maut rempuh van
Putrajaya: Seorang kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) maut apabila motosikal ditungganginya merempuh sebuah van syarikat penyelenggaraan yang cuba membuat pusingan 'U' di susur keluar Hotel Shangri La, di sini, sebentar tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu, mangsa yang dikenali sebagai Razie Jantan, 31, maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan. Jurucakap polis berkata, mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

FotoFoto
Budak lemas terjatuh longkang
RAKAN menunjukkan longkang di mana mangsa terjatuh.
Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh longkang di sekolahnya sebelum dihanyutkan di Sungai Ampang dalam kejadian di Kampung Melayu, Ampang. Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa Khairul Azrid Abdul Razak dipercayai jatuh longkang di sekolahnya ketika cuba mengambil bola takraw sebelum dihanyutkan arus deras. Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ke Sungai Ampang, di sini, semasa hujan lebat. "Kita sedang memperluas kawasan pencarian di kawasan Sungai Ampang termasuk memeriksa di kawasan jerangkap sampah yang di pasang berdekatan Pusat Membeli Belah Ampang Point yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian," katanya kepada pemberita, sebentar tadi. Beliau berkata, pihak berkuasa dijangka turut menggunakan unit scuba pasukan bomba bagi mencari mangsa.

Cedera ditembak di perut, lengan kiri
Seremban: Seorang operator pengeluaran sebuah kilang cedera di perut dan lengan kiri selepas ditembak di rumahnya di Taman Bukit Marlin, Mambau, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Vincent Paul, 33, dikatakan keluar dari rumahnya untuk mengambil pakaian di ampaian dan menutup pintu pagar rumahnya sebelum ditembak dari jarak jauh. Abang mangsa, William Devaraj, 36, berkata, adik lelakinya terkena tembakan di bahagian perut kiri dan lengan kiri dipercayai ditembak suspek dari atas bukit hadapan rumah mangsa. Menurutnya, kejadian itu disedari jiran yang mendengar bunyi tembakan dan jeritan mangsa. Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa sudah menjalani pembedahan di HTJS dan dilaporkan stabil, namun pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengetahui motif kejadian.

Mohamad Hasan
'Kami sedia jual air terawat untuk Selangor, KL'
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur yang kini menghadapi masalah bekalan air. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri tiada masalah menjual air ke negeri berkenaan jika sekiranya Kerajaan Persekutuan memerlukan bantuan daripada segi itu. "Dalam waktu terdekat, kita boleh jual air maksimum sebanyak 20 juta gelen (91 juta liter) sehari daripada (menerusi) Loji Rawatan Air (LRA) baharu Ngoi- Ngoi di Pantai, Seremban. Kapasiti LRA Ngoi-Ngoi sekarang ialah 30 juta gelen (136.5 juta liter) sehari untuk bekalan Seremban. Kita boleh jual 20 juta gelen manakala 10 juta gelen (45.5 juta liter)lagi kita perlukan untuk keperluan sendiri. LRA Ngoi-Ngoi mendapat bekalan air mentah daripada empangan Triang, Jelebu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini. Bagaimanapun, katanya untuk rancangan jangka panjang, sebuah lagi LRA baharu perlu dibina untuk membekalkan air terawat ke negeri ini. Mohamad berkata:"Ini disebabkan LRA Ngoi-Ngoi mempunyai kapasiti 30 juta gelen sehari dan sekarang kita gunakan LRA Ngoi-Ngoi untuk mengimbangi LRA Sungai Terip." Jika ada usaha untuk membeli air di negeri ini oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan di Selangor dan Lembah Klang maka satu lagi LRA baharu mesti dibina iaitu loji yang lebih besar kapasitinya iaitu sehingga 455 juta liter sehari, katanya. Loji tambahan ini boleh dibina kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan satu kawasan berhampiran LRA Ngoi-Ngoi bagi tujuan itu sebagai rancangan jangka panjang. - Bernama

Pegawai JPJ didakwa buat perakuan palsu
KUANTAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini terhadap pertuduhan membuat perakuan palsu dalam laporan pemeriksaan kenderaan, dua tahun lepas. Tertuduh Zainuddin Abdullah, 58, didakwa membuat perakuan palsu bagi laporan pemeriksaan sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran TQ 7920 sedangkan tiadapemeriksaan sedemikian dilakukan di Pejabat JPJ Pahang, di sini pada 28 Jun 2012. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 108(1)(f) Akta JPJ 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Hakim Nik Nasimah Nik Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 April untuk sebutan semula kes. - Bernama


Projek pembangunan PDRM peruntuk RM7.6 bilion
MELAKA - Kerajaan memperuntukkan RM7.6 bilion bagi 74 projek pembangunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sejak 2006, kata Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri Hussin Ahmad. Beliau berkata 69 projek telah siap dibina melibatkan kuarters polis, Ibu pejabat Polis Kontinjen, Ibupejabat Polis Daerah (IPD), balai polis serta pelbagai prasana lain membabitkan peruntukan berjumlah RM6.8 bilion. Mengikut hasil laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM itu, lima lagi projek pembangunan termasuk pembinaan keseluruhan 300 unit kuarters polis di Johor, Selangor dan Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada 2015, katanya. "Pembangunan ini bertujuan memodenkan infrastruktur dan fasiliti PDRM, memastikan perkhidmatan cemerlang dapat diberikan kepada rakyat selain memberi keselesaan serta menjaga kebajikan warga PDRM," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan bangunan dan kunci perumahan IPD Melaka Tengah di Krubong di sini, hari ini. Kuarters bernilai RM40 juta yang siap dibina pada 6 Nov tahun lepas itu merangkumi dua unit banglo dua tingkat, enam unit rumah berkembar dua tingkat, dua blok pangsapuri dengan 150 unit rumah, surau dan pelbagai prasarana lain di tapak seluas 3.6 hektar. Hussin berkata kesemua projek tersebut dibangunkan Syarikat Pembinaan BLT Sdn Bhd (PBLT), agensi pelaksana projek milik Kementerian Kewangan. Katanya projek pembangunan PDRM terutama pembinaan kuaters polis akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut peruntukan disediakan kerajaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis IPD Melaka Tengah Supt Razali Bakar berkata sebanyak 150 pegawai dan anggota polis akan berpindah ke kuarters tersebut pada 1 Mei ini. "Walaupun kuarters ini masih tidak mencukupi untuk menampung sepenuhnya kira-kira 850 anggota polis IPD Melaka Tengah, namun ia adalah permulaan yang baik," katanya. Katanya anggota IPD itu kini tinggal di Kompleks Perumahan Balai Polis Banda Hilir dan Seri Temenggong di sini selain menyewa di kawasan-kawasan perumahan. - Bernama

MH370
Jangan percaya skim penipuan MH370
SHAH ALAM - Keluarga penumpang MH370 perlu mengambil langkah berjaga-jaga berikutan dengan kewujudan skim penipuan menggunakan nama MH370 yang tersebar di China sejak kebelakangan ini. Ketua MCA Bahagian Muar, Tay Puay Chuan berkata, sebuah akhbar di China telah melaporkan bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas keluarga penumpang MH370 dengan cuba melakukan penipuan e-mel. "Ada sesetengah pihak cuba menyamar sebagai pihak MAS, mereka maklumkan pada keluarga penumpang MH370 supaya mereka boleh menuntut pampasan ke atas syarikat MAS namun mereka perlu mendepositkan sejumlah wang sebagai yuran pendaftaran ke dalam akaun yang dipaparkan terlebih dahulu sebelum menuntut pampasan yang dinyatakan," katanya menerusi satu kenyataan media yang disiarkan hari ini. Menurutnya, keluarga penumpang MH370 perlu berunding dengan pihak MH370 terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan atau maklumat yang berhubung dengan perkara ini. Beliau turut menasihati keluarga penumpang MH370 agar terus bertenang dan sentiasa berhubung dengan dengan pihak berkuasa dan pihak MAS untuk bagi sebarang maklumat yang baru diperoleh.

'Benda itu memang ada'
'Benda itu memang ada'
MELAKA - Menggunakan perkhidmatan bot laju, jeti Pengkalan umbai Pernu kami tinggalkan. Sekitar 20 minit, kaki sudah dapat menjejak Pulau Nangka. Pulau yang kini kembali menjadi sebutan. Di Pulau ini, sesiapa saja tidak kira orang awam, wartawan atau jurugambar, tidak dibenarkan mengambil gambar atas arahan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Kami hanya dibenarkan merakam pemandangan pulau di bahagian luar sahaja. Pulau Nangka digazetkan sebagi hak milik Perbadanan Muzium Melaka sejak 1997. Di persisiran pantai, bertemu beberapa petugas dipercayai kakitangan syarikat kontraktor dilantik Perzim untuk menjalankan kerja-kerja pencarian bukti mengenai wujudnya harta karun di pulau ini. Kami dihalang memasuki kawasan lebih jauh dengan alasan tidak dibenarkan serta memberi amaran kawasan berkenaan amat merbahaya. Selain bentuk muka bumi yang curam di bahagian belakang, pulau berkenaan dikatakan juga banyak dihuni makhluk halus dan keras. Hampa kerana hasrat untuk meneroka Pulau Nangka tidak kesampaian, kami kemudian pulang semula ke tanah besar. Di tanah besar, kami terus mendapatkan syarikat yang terlibat melakukan kerja-kerja penyelidikan di Pulau Nangka. Dakwaan adanya harta karun bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, disahkan dengan bukti bergambar yang diperoleh syarikat itu. Gambar-gambar tersebut merupakan artifak lama dipercayai digunakan pada zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka. Menurut Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd, Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said, pihaknya mengadakan penyelidikan di pulau berkenaan kali pertama pada Julai 2012 dan menemui tiga tanda besar termasuk ukiran batu berbentuk bulan sabit. Katanya, batu berkenaan diperbuat daripada batu kuarza yang dilekapkan pada batu laut dipercayai berusia lebih setengah abad di zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka. “Selain itu, terdapat ukiran batu peta Pulau Nangka sendiri yang menunjukkan simbol bermaksud adanya pinggan mangkuk lama tersimpan di situ. “Semua itu boleh jelas kelihatan semasa air laut benar-benar surut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Jelas Mohammad Foad, syarikatnya dipertanggungjawabkan untuk mencari bukti bergambar serta menjalankan kajian di Pulau Nangka selama tiga bulan dan akan berakhir sehingga penghujung April ini. “Mengikut kajian geoteknikal yang dijalankan, memang wujud bahan artifak lama dan selama hampir tiga bulan ini, kami bukan menemui gua seperti didakwa tetapi merupakan bilik-bilik yang dibina oleh orang terdahulu di zaman Kesultanan Islam Melayu Melaka. “Saya tidak dapat pastikan berapa banyak barangan yang terdapat di dalamnya namun menerusi kajian geoteknikal serta imbasan imej bumi, mendapati memang wujud artifak berkenaan. “Cuma sekarang ini halangannya struktur batuan yang amat keras dan perlu dipecahkan terlebih dahulu,” katanya. Menurut beliau, binaan bilik-bilik berkenaan sama seperti struktur binaan Kota Melaka dan kemudiannya dikenali dengan nama Kota A Farmosa yang dibina oleh orang Melayu Melaka sendiri sebenarnya. “Bilik-bilik berkenaan dibina mempunyai banyak fungsi, antaranya bilik mesyuarat dan pelbagai bilik lain. Lebih kurang 20 tahun lepas ketika struktur pintu utama masih elok, kita boleh masuk tapi sekarang pintu tersebut sudah runtuh jadi kita kena buat pintu baru, itu sebabnya tidak boleh masuk.

Konsultan IT didakwa cederakan isteri
KUALA LUMPUR - Seorang konsultan teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada isterinya dua minggu lepas. Muhamad Eddin Syazri Hamzah, 40, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya di hadapan pejabat Maxis, Menara Maxis, Jalan Ampang, Dang Wangi di sini pada 1.30 tengah hari, 12 Mac lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Muhamad Eddin Syazri juga didakwa terhadap satu lagi pertuduhan iaitu melanggar perintah perlindungan (IPO) 2013 yang dimiliki mangsa apabila dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa di No.17 Jalan Qamari U5/107C Nusa Subang Sek. U5, Sungai Buloh, Selangor pada 7 malam, 2 April lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 8 (1) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang boleh dijatuhi hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya disabit kesalahan. Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mei untuk sebutan semula kes. - Bernama

Pelajar meninggal selepas pengsan di sekolah
KULIM - Seorang pelajar lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang berbaris untuk masuk ke kelasnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas, di sini hari ini. Wong Ding Wei, 17, yang segera dikejarkan ke Hospital Kulim (HK) sebaik kejadian, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi. Menurut bapanya, Wong Thean An, 43, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang guru yang datang ke rumahnya kira-kira pukul 8 pagi, sebelum bergegas ke HK untuk melihat keadaan anak bongsu daripada dua beradik itu di wad kecemasan. "Semasa tiba di situ, saya dapati jantung anak saya sudah tidak berdenyut lagi. Doktor kemudian memaklumkan anak saya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HK, di sini. Wong berkata, anaknya itu sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan. Sementara itu, Pengetua SMK Lunas, Subberi Ramli berkata, sebelum kejadian pelajar terbabit telah menyertai perhimpunan pagi di sekolah berkenaan. Katanya, berdasarkan makluman pelajar lain, Ding Wei tiba-tiba mengalami kekejangan otot sebelum jatuh pengsan di atas lantai semasa berbaris untuk pulang ke kelasnya. "Rakan-rakannya kemudian memaklumkan kepada guru untuk bantuan. Dia dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans dan pada masa itu, jantungnya masih berdenyut," katanya. Subberi berkata, beberapa hari sebelum kejadian, pelajar berkenaan ada memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa dia mengalami keletihan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya masih belum menerima laporan bedah siasat. Beliau berkata polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - Bernama

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Kerajaan Selangor tangguh pemulangan Bible
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menangguhkan pemulangan naskah Bible mengandungi kalimah Allah kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) sehingga siasatan Jabatan Peguam Negara selesai. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri. "Penasihat Undang-undang Negeri telah menasihatkan supaya kita menangguhkan keputusan (pemulangan Bible) itu sehingga kita dapat selesaikan perkara ini dengan pihak Peguam Negara," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor di sini hari ini. Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dalam sebuah portal berita hari ini dilaporkan mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid berikutan keputusan BSM untuk berpindah dari Selangor serta rampasan lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Januari lepas. Selain Gobind, turut mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Menteri Besar itu tidak berusaha sebaiknya dalam menyelesaikan isu rampasan Bible berkenaan. Mengulas lanjut mengenai kritikan itu, Abdul Khalid berkata beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin negeri yang perlu membuat keputusan berlandaskan undang-undang. "Sebagai orang yang memimpin negeri saya mesti ambil kira peruntukan undang-undang dan peranan Jais serta Majlis Agama Islam Selangor dalam sebarang tindakan yang diputuskan," katanya. - Bernama

 
Anggota polis perlu 'up to date' pertahanan diri
KUALA LUMPUR - Prosedur Operasi Standard (SOP) diguna pakai polis ketika menjalankan tugas adalah betul, kata Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis Bukit Aman Datuk Wira Ayub Yaakob hari ini. Beliau berkata, namun anggota memerlukan latihan lebih kerap terutama bagi meningkatkan kemahiran terutama dari segi mengambil tindakan ketika berhadapan insiden berisiko tinggi. "Pegawai dan anggota telah dilengkapi dengan peralatan senjata yang terkini ketika bertugas namun aspek teknik mempertahankan diri perlu sentiasa 'up to date' (dipertingkatkan) dengan keadaan semasa," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada SOP sekarang ada kelemahan. Beliau mengulas berhubung insiden dua anggota polis masing-masing lans koperal dan konstabel berumur 26 dan 28 tahun, parah di perut dan bahagian ari-ari selepas ditembak seorang suspek di Taman Lembah Maju, Ampang, Jumaat lepas. Ayub yang sebelum itu menghadiri sesi wawancara bersama-sama wakil media cetak di Bukit Aman di sini, berkata kejadian seperti itu boleh diatasi sekiranya anggota polis sentiasa proaktif dan bijak mengambil tindakan ketika berhadapan dengan sebarang insiden yang berisiko tinggi. "Kita perlu adakan analisis risiko supaya sentiasa bersedia dan mahir membaca tindak tanduk yang mencurigakan, seperti kejadian anggota yang ditembak minggu lalu ketika membuat rondaan. "Mereka bukan berdepan dengan penjenayah secara spesifik, mereka berdepan dengan orang ramai...teknik bertindak serta pertahanan diri itu (yang telah diguna pakai) perlu kita kaji," kata Ayub. Sementara itu, beliau berkata pihaknya bersama-sama 19 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan bekerjasama bagi memupuk kesedaran orang ramai terhadap jenayah alam sekitar melalui program 'Save The Nature'. Program dua hari bermula Sabtu ini di Maktab PDRM, Cheras di sini antara lain bermatlamat menyampaikan ilmu pengetahuan serta kesedaran kepada masyarakat umum tentang jenayah alam sekitar. Ayub berkata jabatannya telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program itu dengan memastikan strategi dan pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah kejadian jenayah daripada berlaku dengan kerjasama pelbagai pihak. Antara agensi kerajaan dan NGO yang terlibat termasuklah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Persekutuan Hidupan Liar Sedunia Malaysia. - Bernama

Anggota polis perlu 'up to date' pertahanan diri
KUALA LUMPUR - Prosedur Operasi Standard (SOP) diguna pakai polis ketika menjalankan tugas adalah betul, kata Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis Bukit Aman Datuk Wira Ayub Yaakob hari ini. Beliau berkata, namun anggota memerlukan latihan lebih kerap terutama bagi meningkatkan kemahiran terutama dari segi mengambil tindakan ketika berhadapan insiden berisiko tinggi. "Pegawai dan anggota telah dilengkapi dengan peralatan senjata yang terkini ketika bertugas namun aspek teknik mempertahankan diri perlu sentiasa 'up to date' (dipertingkatkan) dengan keadaan semasa," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada SOP sekarang ada kelemahan. Beliau mengulas berhubung insiden dua anggota polis masing-masing lans koperal dan konstabel berumur 26 dan 28 tahun, parah di perut dan bahagian ari-ari selepas ditembak seorang suspek di Taman Lembah Maju, Ampang, Jumaat lepas. Ayub yang sebelum itu menghadiri sesi wawancara bersama-sama wakil media cetak di Bukit Aman di sini, berkata kejadian seperti itu boleh diatasi sekiranya anggota polis sentiasa proaktif dan bijak mengambil tindakan ketika berhadapan dengan sebarang insiden yang berisiko tinggi. "Kita perlu adakan analisis risiko supaya sentiasa bersedia dan mahir membaca tindak tanduk yang mencurigakan, seperti kejadian anggota yang ditembak minggu lalu ketika membuat rondaan. "Mereka bukan berdepan dengan penjenayah secara spesifik, mereka berdepan dengan orang ramai...teknik bertindak serta pertahanan diri itu (yang telah diguna pakai) perlu kita kaji," kata Ayub. Sementara itu, beliau berkata pihaknya bersama-sama 19 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan bekerjasama bagi memupuk kesedaran orang ramai terhadap jenayah alam sekitar melalui program 'Save The Nature'. Program dua hari bermula Sabtu ini di Maktab PDRM, Cheras di sini antara lain bermatlamat menyampaikan ilmu pengetahuan serta kesedaran kepada masyarakat umum tentang jenayah alam sekitar. Ayub berkata jabatannya telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program itu dengan memastikan strategi dan pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah kejadian jenayah daripada berlaku dengan kerjasama pelbagai pihak. Antara agensi kerajaan dan NGO yang terlibat termasuklah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Persekutuan Hidupan Liar Sedunia Malaysia. - Bernama

siber
Malaysia perlu main peranan tangani jenayah siber
KUALA LUMPUR - Malaysia perlu memainkan peranan penting untuk menangani jenayah siber di rantau Asia Tenggara seiring dengan tugasnya sebagai Pengerusi Asean pada 2015, kata Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. Beliau berkata, oleh kerana keselamatan siber merupakan isu yang sedang dikongsi bersama-sama negara-negara di rantau ini, Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk mengetuai dan membincangkan isu berkenaan. "Kami mengetahui bahawa dalam Asean, tidak ada organisasi yang mengendalikan isu ini. Antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada terdapat kekurangan penyelarasan dan kepimpinan antara negara-negara berkenaan. "Jurang perbezaan antara negara-negara sangat jelas, jadi mereka yang mempunyai kepakaran perlu menerajuinya," katanya kepada Bernama selepas ucapan penutup pada Persidangan Keselamatan Siber sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di sini hari ini. Beliau berkata, untuk memerangi jenayah siber, kerjasama antara pihak berkuasa negara-negara Asean sangat diperlukan dan rantau ini boleh menjadi platform untuk memulakan inisiatif berkenaan. - Bernama

Letupan di Nigeria ragut 71 nyawa
Letupan di Nigeria ragut 71 nyawa
Serangan turut meningkatkan kebimbangan mengenai pemberontakan kembali meletus selepas serangan di Abuja.
KANO - NIGERIA. Sekurang-kurangnya 71 orang terbunuh dan lebih 124 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah stesen bas yang sesak dengan orang ramai di pinggir ibu negara Nigeria, kelmarin. Jurucakap polis Frank Mba berkata, letupan di Stesen Nanyang kira-kira 5 kilometer dari Abuja itu turut memusnahkan 40 kenderaan termasuk 16 bas mewah dan 24 bas mini. "Pakar keselamatan mengesyaki letupan berpunca daripada sebutir bom yang disembunyikan dalam sebuah kereta. Letupan kedua berlaku akibat tumpahan minyak daripada kenderaan yang disambar api,"katanya menurut laporan Reuters. Setakat ini tiada pihak tampil bertanggungjawab, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan serangan terbabit didalangi kumpulan Boko Haram yang sebelum ini pernah berikrar akan melancarkan serangan di ibu negara.

Peta lilin Filipina catat rekod dunia
Peta lilin Filipina catat rekod dunia
MANILA - FILIPINA. Ratusan penduduk Filipina berbaris dalam padang lumpur yang gelap bagi menghasilkan peta negara terbesar menggunakan lilin sekali gus mencatatkan rekod dunia. Usaha Projek Institut Meditasi Middle Way di tengah kepulauan Panay itu mungkin berjaya memandangkan ia turut dihadiri wakil Rekod Dunia Guinness, Seyda Subasi-Gemici. Bagi menjayakan projek berkenaan, mereka menggunakan sejumlah 56,680 batang lilin untuk menewaskan rekod lama iaitu 35,478 lilin yang membentuk sebuah logo syarikat di Pakistan pada tahun 2009. Jurucakap penganjur Nguyen Ha berkata, selain peta yang diterangi cahaya lilin, peserta turut membuat bentuk logo penganjur berserta moto keamanan dunia melalui ketenangan jiwa. "Peta lilin bertujuan menggalakkan keamanan dari dalam melalui meditasi. Itulah sebabnya kami mengadakan acara ini secara besar-besaran untuk mengumpulkan ramai orang dalam suasana tenang,"katanya kepaada Bangkok Post.

Ahmad Shah Waheed
Timbalan menteri Afghanistan diculik
KABUL - AFGHANISTAN. Timbalan menteri Afghanistan dan pemandunya diculik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam. Jurucakap polis Kabul, Hashmatullah Stanikzai mengesahkan kejadian itu berkata, timbalan menteri untuk kerja-kerja awam Ahmad Shah Waheed diculik lelaki bersenjata sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) di sekitar kejiranan Khairkhana di ibu negara. "Motif kejadian masih dalam siasatan dan pasukan polis telah melancarkan misi mencari bagi menyelamatkan mereka,"katanya. Difahamkan menurut laporan AFP, penculikan individu kaya untuk mendapatkan wang tebusan merupakan perkara biasa di negara terbabit.

Feri tenggelam: Bilangan mangsa meningkat
Feri tenggelam: Bilangan mangsa meningkat
Pengawal Pantai Korea Selatan menyelamatkan beberapa penumpang dan anak kapal yang hampir tenggelam dalam perjalanan ke Pulau Jeju dari Incheon, hari ini. - Foto ihsan AFP/SOUTH KOREA COAST GUARD
SEOUL - KOREA SELATAN. Pengawal pantai Korea Selatan memaklumkan bahawa lebih daripada 300 orang telah dilaporkan hilang dalam tragedi feri tenggelam yang berlaku di luar Pulau Byeongpoong. Bilangan tersebut sekaligus menjadikan peningkatan mendadak bilangan mangsa yang hilang sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini. Terdahulu, seramai 164 daripada 477 penumpang berjaya diselamatkan selepas feri itu karam Rabu lalu. Manakala dua mangsa telah disahkan meninggal dunia, lapor Reuters. Kementerian Keselamatan dan Pentadbiran Awam Korea Selatan melaporkan, 368 orang telah diselamatkan dan kira-kira 100 lagi masih hilang. Namun, pihaknya berkata, angka-angka tersebut bukan angka yang tepat.

MH370: Kapal tentera laut AS singgah Westport
MH370: Kapal tentera laut AS singgah Westport
Seorang pegawai Tentera Laut Amerika memberikan penerangan kepada wakil media yang berpeluang membuat lawatan ke atas sebuah kapal Tentera Laut Amerika, USS KIDD (DDG 100) jenis Destroyer yang berlabuh di Jeti Pelabuhan Klang dalam rangka lawatan ke Malaysia hari ini. - Foto Bernama
PELABUHAN KLANG - Kapal tentera laut Amerika Syarikat, The USS Kidd, yang turut terlibat dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, singgah di Westport di sini selama lima hari dalam siri kunjungan rutin ke pelabuhan, sejak Ahad lepas. Komander Gabe Varela, Pegawai Memerintah The USS Kidd sebuah daripada kapal pemusnah terkini di dunia, berkata mereka menjalankan misi mencari MH370 selama 10 hari, selepas sehari dua pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac ketika berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Varela berkata pada ketika itu, kapal berkenaan sedang menjalankan operasi rutin di Laut China Selatan dan dikerahkan untuk membantu mencari MH370. "Misi mencari bermula di Teluk Thailand hingga ke barat laut pintu masuk Selat Melaka dan sehingga ke kawasan perairan Teluk Benggala," katanya kepada pemberita pada sesi melawat kapal itu di Westport di sini hari ini. Varela berkata, dua helikopter The USS Kidd, MH-60R Sea Hawk, yang dilengkapi alat pengimbas 'thermal imager' (FLIR — peranti infra merah) digunakan dalam misi mencari MH370. "Kami telah menjalin kerjasama dengan tentera Malaysia sejak sekian lama, dan apabila kami diminta tampil untuk membantu dalam usaha mencari itu, kami telahpun berkomunikasi dan melakukan penyelarasan dengan tentera laut dan udara Malaysia," katanya. Sementara itu, pegawai eksekutif The USS KIDD, Komander T. J. Zerr berkata misi mencari MH370 dilakukan hasil hubungan maritim jangka panjang yang terjalin antara tentera laut Malaysia dan AS. The USS Kidd, ditauliahkan pada Jun 2007 mempunyai kira-kira 300 kru, telah menjadi tajuk berita di seluruh dunia apabila kapal itu digunakan untuk menyelamatkan anak kapal perikanan Iran daripada lanun Somalia di Lautan Arab. Kapal yang boleh mencapai kelajuan lebih 30 knot itu berpangkalan di San Diego, California. - Bernama


Personaliti TV Al-Hijrah Mangsa Terbaru UGUTAN Pengguna Skype Dari Filipina
PERSONALITI dan pengacara TV Al- Hijrah yang sedang meningkat naik, Amin Idris menjadi mangsa terbaru seorang pengguna Skype dari Filipina. Sejak akhir-akhir telah banyak kedengaran aduan mengenai kegiatan tak bertanggungjawab ini yang dikatakan semakin menjadi-jadi. Suspek pada mulanya dikatakan akan berbual dengan mangsanya melalui video dalam laman sosial itu. Setelah berjaya mendapat visual mangsanya, suspek akan ‘mencantumkan’ visual tersebut dengan futej-futej tertentu sehingga menampakkan seolah-olah mangsa sedang berfoya-foya di kelab malam, mabuk, bergaul bebas dengan wanita seksi dan sebagainya. Suspek kemudian mengugut akan menyebarkan video berkenaan jika mangsa tidak memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Modus operandi yang sama berlaku kepada Amin, yang juga seorang penceramah motivasi. Ini luahannya yang dibuat dalam akaun FB beliau; Semoga Amin tabah menghadapi fitnah besar ini. Diharapkan Amin membuat laporan rasmi kepada pihak polis agar suspek boleh dibawa ke muka pengadilan.


AMARAN: Jangan Dedahkan TIGA NOMBOR TERAKHIR Kad Kredit Anda – Bukit Aman
Sindiket mensasarkan pengguna baru kad kredit/kad debit yang kurang arif mengenai transaksi kad kredit. Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan CVV2 (Card Verification Value) iaitu tiga digit nombor terakhir di belakang kad kredit/kad debit mangsa.
Modus Operansi:
1. Sindiket akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad kredit atau debit dengan memaklumkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada pusat khidmat pelanggan bank yang dilanggani.
2. Sindiket memberitahu mangsa bahawa mereka merupakan pemegang kad bertuah dan atas sebab tersebut, terdapat tawaran menarik seperti pakej pelancongan, insurans sedang menanti.
3. Untuk menerima tawaran tersebut, mangsa perlu membuat pengesahan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh luput kad.
4. Pihak sindiket kemudiannya akan meminta mangsa membacakan nombor kad kredit/debit mangsa berserta tiga digit nombor terakhir di belakang kad berkenaan.
5. Setelah semua maklumat tersebut diperolehi, sindiket berjanji tawaran yang dimaksudkan akan dimaklum dalam tempoh terdekat.
6. Mangsa menyedari mereka tertipu apabila tawaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba dan mendapati terdapat transaksi pengeluaran wang tanpa pengetahuan ketika menyemak penyata akaun bank.
Nasihat polis
1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/ debit termasuk tiga digit nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenaan.
2. Segera menghubungi pihak bank sekiranya akaun anda digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
3. Jangan dedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda kepada orang yang tidak dikenali.
4. Hanya berurusan menerusi laman yang diperakui selamat.
5. Kemaskini maklumat terbaru berkenaan nombor telefon dan alamat terkini untuk memudahkan pihak bank menghubungi sekiranya berlaku transaksi yang luar biasa.
(FB PDRM)


GAMBAR: Pelbagai Cara Mengangkut Kertas Undi Di Indonesia – Dari Keldai Sampai Pesawat!
Indonesia ialah sebuah negara yang besar dengan jutaan penduduk. Di Malaysia sahaja lebih daripada 1 Juta penduduknya layak untuk mengundi. Logistik mengundi di Indonesia sesungguhnya lebih besar dari di Malaysia. Mari lihat bagaimana peti undi dibawa masuk dan keluar dari kawasan pedalaman bagi memastikan golongan luar bandar juga mampu memilih wakil mereka di parlimen. Naik keldai bro!

durian
Pesakit Dipindah Keluar Hospital Gara-Gara Bau Durian Yang Disangka Gas Bocor!
MELBOURNE – Bau durian menyebabkan para pesakit dipindahkan keluar dari sebuah hospital di sini. Pasukan bomba di panggil ke Hospital swasta Mitcham di Doncaster East Road, Mitcham, kira-kira pukul 10 malam Isnin kerana bimbang berlaku kebocoran gas di sebuah daripada wad orang tua hospital itu. Bagaimanapun Bomba Metropolitan (MFB) kemudian diberitahu bau pelik itu ialah daripada sebiji durian yang dipercayai dibawa sebagai buah tangan untuk seorang pesakit di situ. “Terbit satu bau pelik di sini dan pihak hospital mulanya menganggap ia bagi sejenis gas lantas menelefon kami untuk bantuan, ” kata seorang jurucakap MFB kepada Bernama. “Pada mulanya kami tidak tahu namanya durian, tetapi seorang jurukamera tv yang tiba di tempat kejadian kenal akan jenis buah itu dan memberitahu kami mengenai bau yang menusuk itu. Kami biasa menerima aduan orang yang tersilap terbau sesuatu dan percaya ia bau gas,” katanya. Ketua Eksekutif Hospital Samantha Dodd enggan memberitahu sama ada pesakit itu seorang warga Malaysia atau Asia. “Kami biasanya tidak mendedahkan maklumat seperti itu,” katanya. Julai lepas, semua kakitangan di lantai sebuah ofis di pusat perniagaan daerah Sydney dikosongkan selepas terbau sejenis durian import yang sedang diuji para pegawai pertanian Malaysia mengenai kesegarannya, yang meresap masuk ke ruang pengudaraan, menyebabkan kakitangan di pejabat-pejabat berjiran, melarikan diri bimbang akan berlaku kebocoran gas. Beberapa tahun lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane diarah dikosongkan apabila seorang penumpang yang tiba dari Malaysia ditemui memiliki durian dalam bagasinya. – BERNAMA


BIBLE: Tony Pua Hentam Kerajaan Selangor!
KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyelar kerajaan Selangor kerana bersikap acuh tak acuh ke atas Persatuan Bible Malaysia (BSM) yang hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan negeri itu melindungi hak penganut Kristian. Beliau mendakwa, situasi itu disebabkan kerajaan Selangor terlalu selesa dengan undi majoriti yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu hingga mengabaikan tanggungjawab untuk melindungi hak minoriti di negeri itu. “Mengecewakan kerana sikap acuh tak acuh kerajaan Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sekadar mengucapkan selamat berjaya kepada BSM yang mahu memindahkan pejabat dari Selangor ke Kuala Lumpur. “Jangan lupa rakyat di Selangor memberi mandat kepada pakatan kerana mereka menjangkakan yang lebih baik daripada kita (pakatan pembangkang),” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak ambil peduli keputusan Persatuan Bible Malaysia (BSM) untuk memindahkan ibu pejabatnya daripada Petaling Jaya ke Kuala Lumpur. BSM bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri dalam melindungi hak penganut Kristian berikutan rampasan lebih 300 naskah Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan ke pejabat BSM awal tahun ini. BSM mendakwa Abdul Khalid cuba lepas tangan daripada isu itu apabila cuma menasihati persatuan itu untuk membuat rayuan kepada Peguam Negara bagi mendapatkan kembali naskah Bible itu sedangkan JAIS dibawah kerajaan negeri. Exco Agama negeri Selangor, Sallehen Mukhyi pula sekadar memberi jawapan samar-samar di dewan undangan negeri semalam apabila ditanya sama penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam majlis di gereja-gereja mereka. Tony Pua seterusnya mendakwa, keputusan BSM tersebut sepatutnya memalukan kerajaan Selangor dan pakatan pembangkang berhubung kemampuan dan keikhlasan mereka menegakkan hak golongan minoriti di negeri itu. Tegas beliau, kerajaan Selangor dengan jelas gagal mengangkat pendirian pakatan pembangkang dalam isu tersebut. Justeru, beliau menggesa kerajaan Selangor mempamerkan keberanian politik dan kepimpinan bermoral atau kerajaan pakatan pembangkang Selangor akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.


Mitos Telan ‘Chewing Gum’!
Semenjak kecil, kita sering dinasihati orang tua untuk tidak menelan gula-gula getah kerana dikhuatiri ianya akan kekal di dalam perut. Lebih mengerikan, ada yang membuat cerita bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sekatan pergerakan jantung. Namun, hasil daripada kajian saintifik, kenyataan tersebut ternyata hanyalah sebuah mitos dan tidak lebih daripada itu. Jadi, apa yang sebenarnya berlaku kepada gula-gula getah tersebut sekiranya ia ditelan secara tidak sengaja? Untuk pengetahuan anda, gula-gula getah diperbuat daripada asas getah, bahan pemanis, pewarna dan perasa. Disebabkan asas getah tersebut yang merupakan hasil campuran elastomer, damar, lemak dan lilin, ia tidak dapat dicerna, membuatkannya sukar untuk dipecahkan seperti bahan makanan lain. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud gula-gula getah tersebut akan kekal melekat di dalam perut kerana banyak lagi makanan lain yang sukar dihadamkan sepenuhnya. Apa yang berlaku adalah gula-gula getah tersebut akan disalurkan ke dalam usus badan sehinggalah ia sampai ke intestin sebelum dinyahkeluar dari sistem badan. Jadi, anda tidak perlulah risau kerana gula-gula getah tidak mampu mengatasi fungsi tenaga usus, walaupun bersifat melekat. Tetapi, ini bukan bererti anda boleh menelan banyak gula-gula getah dengan sesuka hati kerana air liur yang ada hanya boleh menembusi bahan pemanis dan sebagainya, dan bukan hasil campuran yang terdapat dalam asas getah. Perbuatan tersebut, jika dilakukan dalam masa yang singkat, mungkin boleh menyebabkan risiko sekatan sistem penghadaman, terutama sekali pada kanak-kanak, yang mempunyai saluran penghadaman yang lebih kecil berbanding dengan golongan dewasa.


MH370: Media Asing Salah Guna Kebebasan Media? fitnah moden.
Hingga kini misteri kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) masih lagi menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar, portal berita dan televisyen di seluruh pelosok dunia. Baik media tempatan mahupun media asing, masing-masing memberikan liputan meluas mengenai operasi pencarian dan berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama melaporkan perkembangan terkini insiden MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas. Malangnya, ada sesetengah media asing dilihat sengaja terus-menerus mencipta tanggapan negatif, berat sebelah dan seakan-akan mahu mengaibkan nama Malaysia dalam laporan mereka. MEDIA ASING PAKAR SPEKULASI Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, mendengar dan menonton paparan laporan yang kebanyakannya dilakukan media asing begitu kritikal terhadap syarikat penerbangan negara, anak kapal dan pemimpin kerajaan. Saban hari laporan berita yang dipaparkan semakin menyimpang jauh, contohnya laporan agensi media yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Fox News Channel yang mengaitkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid dengan keganasan, sabotaj dan rampasan kapal terbang. Sedang operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dilakukan, penganalisis keselamatan CNN, Peter Bergen awal-awal lagi merumuskan pesawat itu hilang akibat keganasan atau cubaan juruterbang untuk membunuh diri. Akhbar tabloid Britian Daily Mail pula melaporkan kemungkinan Kapten Zaharie bertindak mensabotaj pesawat kerana kecewa Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. The Daily Mail, London turut mendakwa Kapten Zahari mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu. Media asing turut mendakwa warga China Liu Guiqui, ibu kepada seorang penumpang, Li Le, dikasari oleh polis kerana merempuh sidang akhbar yang diadakan pada 19 Mac di Hotel Sama-Sama di Sepang, sebelum beliau sendiri menyangkal laporan itu dalam temu bual dengan China Central Television (CCTV). Sejurus selepas pengumuman Perdana Menteri bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, CNN pula menyiarkan berita bahawa MAS hanya memaklumkan kepada kaum keluarga melalui SMS dan ini menimbulkan kemarahan penduduk dunia yang merasakan MAS tidak bertanggungjawab. MAS, bagaimanapun, menafikan perkara itu. Selain itu, banyak lagi tuduhan liar oleh media antarabangsa termasuk menuduh kerajaan Malaysia sebagai punca utama insiden itu, selain sengaja mewujudkan kebencian waris mangsa terhadap Malaysia. SALAH GUNA SEMANGAT KEBEBASAN MEDIA Bukankah laporan media asing itu yang jelas tidak berpaksikan pada pemberitaan adil dan berintegriti, sebenarnya menyalah guna dan melanggar kebebasan media yang dilaung-laungkan? Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata media-media asing mempunyai kecenderungan untuk mensensasikan kehilangan MH370. Beliau berkata media asing sanggup mengetepikan etika kewartawanan dan bertindak keterlaluan dalam laporan mereka, kononnya atas nama keterbukaan dan ketelusan yang diamalkan. Beliau percaya agensi media asing berkenaan sanggup mengada-adakan spekulasi dan teori semata-mata untuk mendapatkan ‘scoop’, melariskan jualan dan mengejar rating, tanpa memikirkan kesannya. “Jika ini yang dikatakan kebebasan media, karut!. Media seperti ini tidak bertanggungjawab dan tidak beretika apabila sanggup memanipulasi sesuatu berita kononnya ia benar, sedangkan ia tidak. “Tidak guna mereka (media asing) mengagung-agungkan kebebasan media yang diamalkan sekiranya mereka tidak mengaplikasikan pendekatan pemberitaan adil dan ia tidak wujud dalam penulisan mereka,” katanya kepada Bernama. TIDAK PATUT BERLAKU Katanya spekulasi bukan sahaja meresahkan emosi keluarga mangsa tetapi juga menyusahkan dan mengganggu tumpuan pasukan penyelamat kerana terpaksa menyiasat dakwaan mereka meskipun ia sebenarnya hanyalah andaian. Ismail berkata laporan dengan fakta yang salah dan hentam keromo turut menunjukkan kedangkalan media tersebut apabila jelas tidak melakukan sebarang kajian terlebih dahulu. Beliau berkata kesilapan kecil seperti yang dilakukan CNN, antaranya menyatakan Kuala Lumpur di Indonesia dan menukar nama Perdana Menteri kepada Najib Rahman tidak sewajarnya dilakukan media yang mempunyai nama besar itu. “Nampak kecil tetapi amat mengejutkan kerana ia dilakukan oleh media yang dilihat kononnya berwibawa tetapi langsung tidak menyemak perkara yang asas… jangan hanya tahu jadi pakar spekulasi,” katanya. MALAYSIA JAGA KEBAJIKAN KELUARGA Ismail berkata hakikatnya tindakan Malaysia yang amat mengutamakan kebajikan dan perasaan keluarga penumpang penerbangan itu, jarang benar dilakukan oleh negara lain ketika berhadapan dengan tragedi tidak dijangka. “Kerajaan Malaysia menjaga kebajikan dan terlalu memikirkan emosi keluarga mangsa luar negara… kalau ikutkan hanya Malaysia sahaja yang terlalu menitikberatkan aspek kekuatan keluarga sejurus insiden itu berlaku hingga kini. “Sedangkan selalunya apabila berlaku malapetaka di negara lain, kerajaan mereka mengutamakan dan memberi fokus kepada misi menyelamat terlebih dahulu, barulah kepada kekuatan keluarga. “Tetapi kita kedua-duanya sama penting, dalam kita fokus pada pencarian pesawat kita juga tidak mengabaikan perasaan keluarga… saya rasa Malaysia terlalu baik dalam aspek sebegini,” katanya. Katanya meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan sama ada oleh media asing mahupun keluarga mangsa di luar negara, namun Malaysia sedikit pun tidak melatah dan berganjak daripada terus memelihara kebajikan mereka. AKTIF TANGKIS LAPORAN Ismail berkata media tempatan perlu lebih proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat yang dikeluarkan oleh media asing. Katanya langkah itu amat penting demi memelihara dan membersihkan imej negara, selain untuk menyebarkan maklumat sahih berhubung insiden itu. “Media tempatan seharusnya lebih aktif dalam menafikan tuduhan media asing. Media juga perlu berterusan menyeru rakyat Malaysia supaya bersatu tanpa mengira fahaman politik dan memberikan sokongan moral penuh kepada kepimpinan negara ketika melalui waktu sukar sebegini,” katanya. – BERNAMA


Pencuri Anjing Setengah Mati Dibelasah Penduduk Di China
Guangxi – Dua pencuri binatang hampir maut dibelasah penduduk di bandar Guilin selepas ditangkap ketika mahu mencuri anjing peliharaan penduduk di kawasan berkenaan untuk dijual kepada restoran sebagai hidangan makanan. Pencuri terbabit dipukul oleh penduduk setempat dengan menggunakan batu bata dan kayu. Kegiatan mereka sudah lama dikesan penduduk. Modus operandinya ialah dengan memandu kereta di sekeliling kawasan berkenaan dan apabila mendengar bunyi salakan anjing, mereka akan mencampakkan umpan berupa daging. Daging itu telah dicampur dengan ubat tidur, dan selepas anjing terbabit tidur, mereka akan memukul kepala anjing tersebut dan memasukkannya ke dalam kereta. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kegiatan mereka itu telah disaksikan oleh seorang penduduk yang kemudiannya memaklumkan kepada penduduk lain sebelum mereka beramai-ramai menyerbu kenderaan dinaiki pencuri terbabit. Kereta pencuri itu dipecahkan dan pencuri terbabit telah diheret keluar sebelum mereka dipukul. Penduduk turut meminta pampasan berupa wang berjumlah £500 dan kedua-duanya hanya dibebaskan selepas mereka meminta maaf dan berjanji membayar pampasan berkenaan.



VIDEO: Teresa Kok Diragut Depan Rumah
Antara ahli politik Malaysia yang kerap mempunyai ‘cerita panas’ adalah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Cerita terbaru tentang Teresa, dia nyaris menjadi mangsa ragut pada kejadian 13 April lalu. Menurut Teresa menerusi status Facebook, dia sedang membawa dua anak saudaranya bersiar-siar sekitar rumah ibu bapanya di Jalan Selama, Taman Rainbow, Kuala Lumpur pada jam 7 petang apabila dua lelaki yang menunggang motosikal muncul lalu cuba meragut rantai lehernya. Dia yang terkejut terjatuh sebelum berlari ke belakang kereta untuk menyelamatkan diri. Pembonceng motosikal dikatakan tidak putus asa apabila cuba mengejar Teresa namun berpatah balik selepas melihat ada kereta melalui kawasan tersebut. Dalam laporan polis yang dibuat, Teresa berharap pihak polis mengadakan rondaan lebih kerap untuk mengelak kejadian berulang. Hari ini, Teresa mengadakan sidang media bersama Tian Chua bagi menceritakan kejadian menimpanya. Kata Teresa, anak buahnya kini mengalami trauma dan enggan ke sekolah kerana kejadian terbabit. Di bawah adalah video daripada rakaman CCTV memaparkan cubaan ragut yang menimpa Teresa.


Lelaki Maut Dalam Kebakaran Kebun
SETIU – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat sesak nafas dengan tubuhnya terdapat kesan terbakar selepas sebahagian semak di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Alor Serdang, Bintang, Setiu, terbakar petang semalam. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohamed, berkata mayat mangsa berusia 55 tahun itu ditemui jam 7.55 petang. Mangsa dipercayai mengalami sesak nafas akibat kebakaran semak itu sebelum pengsan hingga tubuhnya disambar api. – BH Online


Tambak Johor Diroboh, Bina ‘J’batan Persahabatan’
SERI ISKANDAR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ yang dicadangkan kerajaan. Beliau berkata Tambak Johor menyebabkan pelbagai masalah terutama yang melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Baharu. “Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor. “Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas teruk di Johor Baharu kerana jambatan tidak dibina,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward’ di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Rabu. Dr Mahathir berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor. “Ia (Tambak Johor) perlu diroboh, jika tidak tak adalah persahabatan,” katanya. Dr Mahathir melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan ‘Jambatan Bengkok’ di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura. Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi. Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya. -BERNAMA


MH370: Afghanistan Puji Usaha Malaysia
KUALA LUMPUR – Usaha Malaysia bersama-sama 26 negara lain mengendalikan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang terus mendapat pujian. Kali ini dizahirkan Presiden Suruhanjaya Bebas Pemantauan Pelaksanaan Perlembagaan Afghanistan (ICOIC), Gul Rahman Qazi semasa mengunjungi Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini. Dalam pertemuan hampir satu setengah jam itu, Abu Zahar berkata, Gul Rahman turut menyuarakan simpati kepada Malaysia dan anggota keluarga penumpang serta kru MH370. Katanya, Gul Rahman memberitahu bahawa rakyat Afghanistan sentiasa mengikuti perkembangan operasi mencari pesawat itu. “Beliau turut mendoakan supaya segala usaha untuk mengesan pesawat itu dapat berjalan lancar dan akan menemui petunjuk yang lebih jelas,” katanya kepada pemberita di sini. Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Sebelum ini, pemimpin dari pelbagai negara turut memuji usaha Malaysia memimpin operasi mencari pesawat Malaysia Airlines itu yang dianggap terbesar pernah dilakukan. Gul Rahman bersama-sama enam anggota delegasi terdiri daripada anggota ICOIC dan pakar perundangan Afghanistan membuat kunjungan itu bagi mendapat pemahaman dan maklumat lanjut berhubung sistem perlembagaan diamalkan di Malaysia. Abu Zahar berkata, Gul Rahman turut teruja melihat pembangunan pesat Malaysia selain memuji amalan sistem perlembagaan negara ini yang turut diamalkan banyak negara lain. Katanya beliau menjelaskan kepada delegasi ICOIC itu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa mengamalkan dasar keterbukaan dalam apa jua perkara dan ini dibuktikan dengan penerimaan Malaysia terhadap bantuan dari negara luar dalam misi mencari MH370. “Beliau juga ingin mendapatkan maklumat terperinci mengenai amalan perlembagaan negara ini dan saya memberitahunya bahawa kita sentiasa bersedia untuk membantu siapa sahaja dan tidak ada masalah untuk memberikan pandangan,” katanya. ICOIC adalah entiti kerajaan Afghanistan yang ditugaskan menyelesaikan konflik mengikut perlembagaan, mendidik rakyat negara itu tentang kepentingan kedaulatan undang-undang dan memastikan semua pihak beroperasi dalam rangka Perlembagaan Republik Islam Afghanistan. – BERNAMA


Lawatan Obama Fokus Isu 2 Hala, Serantau
NEW YORK – Lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke Asia, termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina akhir bulan ini dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala dan serantau. Ketua Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Asia Pasifik di Jabatan Negara Scot Marciel berkata: “Isu yang mungkin dibincangkan antara Presiden Obama dan pihak Malaysia termasuk hubungan perniagaan, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan perdagangan dua hala.” Bekas duta besar Amerika di Indonesia itu menyatakan demikian kepada Bernama tentang lawatan Obama ke Malaysia – sesuatu yang dinanti-nantikan sejak sekian lama – di luar kerangka satu persidangan pada Isnin, bertemakan ‘Pengurusan Risiko di Asean: Peluang dan Cabaran’, yang dihoskan bersama Majlis Perniagaan Amerika-Asean dan Dewan Perniagaan Amerika-Indonesia di Yale Club New York. Ini merupakan lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan bekas Presiden Lyndon Johnson pada 1966. Pada persidangan itu, Marciel memberi gambaran menyeluruh tentang keadaan di Asia Tenggara dan turut memperkatakan tentang peluang serta cabaran yang wujud di rantau Asean. Marciel berkata: “Pertumbuhan perlahan China membuka peluang kepada negara anggota Asean dari segi pelaburan dan perdagangan. Asean adalah rantau yang sangat penting dan kami menyokong AEC (Komuniti Ekonomi Asean yang akan lahir pada 2015). Beliau juga begitu bersungguh-sungguh menjelaskan tentang kebaikan TPP – Malaysia adalah antara negara anggota Asean yang amat diharapkan menyertai kumpulan itu – yang beliau sifatkan sebagai “enjin pertumbuhan”. “Ia (TPP) penting bagi pertumbuhan dan kemakmuran rantau itu,” katanya. Sementara itu, beberapa pakar tentang Asean memberitahu Bernama di luar persidangan itu bahawa Obama akan menyatakan sokongannya terhadap Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu pada September 2013. Beberapa penasihat Obama tentu sekali ingin melihat terjalinnya hubungan strategik antara kedua-dua negara, seperti yang telah wujud antara Washington dengan Singapura dan Thailand. Para diplomat Amerika juga menjangka pihak Malaysia akan membincangkan langkah untuk meningkatkan hubungan pertahanan dengan Amerika. Kedudukan penting Malaysia, seperti yang diakui golongan peniaga dan penggiat industri Amerika, semakin berkembang dari segi saiz dan kepentingannya di peringkat serantau. Selain merupakan anggota berpengaruh dalam Asean dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam pelbagai budaya yang berpendirian sederhana. “Kunci paling utama ialah kesederhanaan. Malaysia boleh menjadi rakan menarik jika ia dapat mengekalkan pendirian sederhananya dalam semua hal,” kata seorang ahli perniagaan Amerika yang menghadiri persidangan itu kepada Bernama. Berapa pakar percaya kedua-dua pihak mungkin mengumumkan penubuhan pelbagai kumpulan kerja peringkat tinggi bagi menangani dan menyelesaikan isu tertentu berkaitan politik, ekonomi, keselamatan dan sosiobudaya. – BERNAMA


Lawatan Obama Fokus Isu 2 Hala, Serantau
NEW YORK – Lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke Asia, termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina akhir bulan ini dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala dan serantau. Ketua Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Asia Pasifik di Jabatan Negara Scot Marciel berkata: “Isu yang mungkin dibincangkan antara Presiden Obama dan pihak Malaysia termasuk hubungan perniagaan, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan perdagangan dua hala.” Bekas duta besar Amerika di Indonesia itu menyatakan demikian kepada Bernama tentang lawatan Obama ke Malaysia – sesuatu yang dinanti-nantikan sejak sekian lama – di luar kerangka satu persidangan pada Isnin, bertemakan ‘Pengurusan Risiko di Asean: Peluang dan Cabaran’, yang dihoskan bersama Majlis Perniagaan Amerika-Asean dan Dewan Perniagaan Amerika-Indonesia di Yale Club New York. Ini merupakan lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan bekas Presiden Lyndon Johnson pada 1966. Pada persidangan itu, Marciel memberi gambaran menyeluruh tentang keadaan di Asia Tenggara dan turut memperkatakan tentang peluang serta cabaran yang wujud di rantau Asean. Marciel berkata: “Pertumbuhan perlahan China membuka peluang kepada negara anggota Asean dari segi pelaburan dan perdagangan. Asean adalah rantau yang sangat penting dan kami menyokong AEC (Komuniti Ekonomi Asean yang akan lahir pada 2015). Beliau juga begitu bersungguh-sungguh menjelaskan tentang kebaikan TPP – Malaysia adalah antara negara anggota Asean yang amat diharapkan menyertai kumpulan itu – yang beliau sifatkan sebagai “enjin pertumbuhan”. “Ia (TPP) penting bagi pertumbuhan dan kemakmuran rantau itu,” katanya. Sementara itu, beberapa pakar tentang Asean memberitahu Bernama di luar persidangan itu bahawa Obama akan menyatakan sokongannya terhadap Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu pada September 2013. Beberapa penasihat Obama tentu sekali ingin melihat terjalinnya hubungan strategik antara kedua-dua negara, seperti yang telah wujud antara Washington dengan Singapura dan Thailand. Para diplomat Amerika juga menjangka pihak Malaysia akan membincangkan langkah untuk meningkatkan hubungan pertahanan dengan Amerika. Kedudukan penting Malaysia, seperti yang diakui golongan peniaga dan penggiat industri Amerika, semakin berkembang dari segi saiz dan kepentingannya di peringkat serantau. Selain merupakan anggota berpengaruh dalam Asean dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam pelbagai budaya yang berpendirian sederhana. “Kunci paling utama ialah kesederhanaan. Malaysia boleh menjadi rakan menarik jika ia dapat mengekalkan pendirian sederhananya dalam semua hal,” kata seorang ahli perniagaan Amerika yang menghadiri persidangan itu kepada Bernama. Berapa pakar percaya kedua-dua pihak mungkin mengumumkan penubuhan pelbagai kumpulan kerja peringkat tinggi bagi menangani dan menyelesaikan isu tertentu berkaitan politik, ekonomi, keselamatan dan sosiobudaya. – BERNAMA


2 Mayat Pelajar Orang Asli Lemas Ditemui
TEMERLOH – Mayat dua pelajar Orang Asli yang lemas semasa mandi di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang di sini petang semalam, ditemui hari ini. Mayat Suhaimi Ismail, 17, ditemui pada 11.30 pagi tadi manakala seorang lagi rakannya Hasmarizan Yusof, 15, ditemui pada 12.05 tengah hari tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai tidak jauh dari kawasan mangsa dilaporkan lemas. “Mayat kedua-dua pelajar berkenaan kini dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama. Menurut Abdul Aziz kedua-dua mangsa yang menetap di Kampung Paya Mengkuang Songsang dekat Temerloh dilaporkan lemas ketika mandi di tempat kejadian 5.30 petang semalam. Kedua-dua mangsa dikatakan mandi di sungai itu pada 3.30 petang dan telah termasuk ke kawasan air dalam. Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya dan sempat menjerit meminta tolong. Operasi mencari mangsa yang turut melibatkan penduduk kampung terpaksa dihentikan pada 7.30 malam tadi dan disambung 8 pagi ini. – BERNAMA


Warga Emas Maut Dilanggar Kereta
BESUT – Seorang warga emas maut apabila dilanggar sebuah kereta ketika sedang melintas jalan untuk pergi ke surau di Kampung Jawek dekat sini kira-kira 6.40 pagi ini. Halimah Mat Hussin, 77, meninggal di tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria. “Pemandu kereta berkenaan, Kamal Nor Rukhairu Bahsha, 24, seorang peniaga, tidak mengalami kecederaan dan membuat laporan di Balai Polis Jerteh selepas kemalangan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA


Lelaki WAJIB Periksa Alat Kelamin Sekurang-Kurangnya Sekali Sebulan!
Setiap lelaki wajib menjaga kesejahteraan anggota kelamin dengan melakukan pemeriksaan kendiri sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan secara teliti. Pemeriksaan ‘self testicular’ atau pemeriksaan kendiri buah zakar dan ‘self examination of the male genitalia’ atau pemeriksaan anggota kelamin lelaki boleh dilakukan dengan panduan daripada laman web yang memaparkan mengenai kesihatan lelaki. Anda boleh mendapatkan rujukan mudah di Internet dengan carian ‘Self Testicular Examination’ atau ‘Self Examination of the Male Genitalia’. Ada antara laman ini memaparkan penerangan beserta gambar bagi membolehkan anda mudah memahami, seterusnya melakukan pemeriksaan kendiri secara tetap. Pemeriksaan ini membolehkan anda mengesan perkara luar biasa, seterusnya merujuk kepada doktor bagi pemeriksaan dan keterangan jika ada kemusykilan. Penjagaan anggota kelamin termasuk mengelak kerap melakukan onani. Bagi yang kerap melakukan amalan syok sendiri itu, kulit zakar akan kelihatan gelap dan berkedut selain ereksi tidak kuat. Ia sama seperti amalan mengurut zakar menggunakan minyak dan krim yang tidak mesra anggota kelamin. Ini kerana kebanyakan krim mengandu­ngi bahan yang boleh mendatangkan alahan seperti ekstrak belacak, lintah, dhab, belut atau ikan linang, gambir Sarawak, paprika dan minyak cengkih yang kononnya boleh membesarkan zakar. Semuanya boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan alahan ketara. Anda perlu gunakan krim perapi yang diuji kaji secara klinikal, selesa dan mesra ang-gota kelamin, seterusnya memantapkan fungsi zakar. Membelai alat kelamin untuk kesejahteraannya sememangnya amalan lama yang pernah disyorkan Imam An-Nawawi yang menyatakan, anggota kelamin menjadi tidak berguna jika tidak digunakan, dan jika dijaga melalui belaian dengan niat penjagaan, ia dapat bantu memantapkan anggota itu tapi perlu dengan cara betul. Selain pemeriksaan, penjagaan anggota kelamin membabitkan pakaian dalam yang selesa supaya ia tidak tertekan atau tertindih. Jangan tindik atau menanam guli di bawah kulit zakar kerana ia merosakkan zakar, sama seperti suntikan di bawah kulit zakar kononnya bagi tujuan membesarkan zakar. Kesudahannya, ia merosakkan zakar akibat keradangan sistem lifatik (macam penyakit untut). Pendek kata, penjagaan anggota kelamin lelaki yang baik tentu memberi kebaikan dan kesempurnaan kepada anggota itu dan termasuk dalam langkah pencegahan daripada jangkitan penyakit kelamin (akibat seks rambang). - Dr. Ismail Tambi, Pakar Sakit Tuan.


Kadar Cerai Di Selangor Tinggi
SHAH ALAM – Kadar perceraian dalam kalangan pasangan Islam di Selangor berada pada tahap tinggi setiap tahun sejak 2008, demikian diberitahu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Rabu. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata terdapat 4,069 kes pada 2008, meningkat kepada 4,614 (2009), 5,352 kes (2010), 6,035 kes (2011), 6,098 kes (2012) dan pada 2013 merekodkan 6,028 kes. Beliau berkata bagi pecahan kadar perceraian mengikut daerah, Gombak merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,160 kes diikuti Klang (1,048 kes), Petaling (997 kes) dan Shah Alam (807 kes). “Kadar perceraian yang tinggi ini memerlukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengkaji semula punca sebenar berlakunya perceraian. Bagaimanapun berdasarkan maklumat, antara punca (kadar perceraian tinggi) ialah ada pasangan berkahwin di luar Selangor tetapi bercerai di negeri ini,” katanya. Halimah berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) yang ingin tahu jumlah perceraian mengikut tahun sejak 2008, pecahan kadar perceraian mengikut daerah serta langkah kerajaan negeri mengurangkan kadar perceraian di negeri itu. Halimah turut menyenaraikan usaha untuk menangani kadar perceraian yang tinggi, termasuklah menilai semula modul kursus perkahwinan, memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah serta membentuk jawatankuasa pendamaian. – mStar Online


JPP Siasat Azmin Ali & Saifuddin
PETALING JAYA – Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Mohamed Azmin Ali mungkin hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hujung bulan ini jika didapati bersalah melanggar tatacara berkempen. Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR memandang serius pelanggaran etika kempen khususnya dakwaan bahawa dua calon Timbalan Presiden itu mengeluarkan kenyataan menyerang antara satu sama lain melalui media arus perdana. Pengerusinya, Datuk Johari Abdul turut mengakui mengetahui mengenai dakwaan wujud pelanggaran etika berkempen oleh kedua-dua pemimpin utama parti itu. “Saya tahu dan sudah baca laporan di akhbar mengenai perkara ini. Tapi buat masa ini JPP tidak mempunyai agenda untuk menyiasat mengenainya. “Kita akan bincang mengenainya selepas 21 April ini iaitu selepas proses bantahan pencalonan ditutup,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai wawancara Saifuddin yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Sabtu lalu yang didakwa menyerang peribadi Mohamed Azmin dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Selain itu, Mohamed Azmin turut diberikan ruang di TV3 iaitu saluran media yang diboikot PKR untuk mengulas mengenai penstrukturan isu air Selangor yang dilihat banyak pihak sebagai cubaan menjatuhkan kredibiliti Abdul Khalid selaku Menteri Besar. – mStar Online


Suaram suruh Buktikan Majoriti Rakyat Kelantan Mahu Hudud
KUALA LUMPUR – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mencabar kerajaan PAS Kelantan membuktikan seramai 465,000 rakyat negeri itu benar-benar mahu undang-undang hudud dilaksanakan di negeri berkenaan. Penyelaras Hak Perbicaraannya, Ahmad Syukri Ab. Razab mendakwa, kerajaan Kelantan tidak boleh menjustifikasikan usaha itu hanya berdasarkan cakap-cakap sebaliknya membuktikan perkara itu secara jelas melalui referendum rakyat. “Jumlah rakyat Kelantan yang berdaftar sebagai pengundi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seramai 918,573 orang. Undi diperolehi PAS sebanyak 44 peratus daripada jumlah itu iaitu seramai 400,238 orang. “Untuk mendakwa majoriti rakyat Kelantan menyokong PAS (melaksanakan hudud), maka PAS perlu mendapat sekurang-kurangnya 465,000 undi. Referendum rakyat kaedah terbaik PAS membuktikan hasrat itu benar-benar kehendak rakyat Kelantan dan bukan sekadar impian parti itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini. Sehubungan itu, Ahmad Syukri menyelar pemimpin PAS yang membuat kenyataan mudah dengan mendakwa semua pihak tidak perlu mempertikaikan usaha kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud kerana majoriti rakyat Kelantan mengundi parti itu. Dakwanya, adalah tidak sesuai untuk kerajaan Kelantan menggunakan mandat PRU13 bagi melaksanakan satu polisi yang akan memberi implikasi kepada seluruh rakyat Kelantan termasuk yang tidak mengundi parti itu. “Kerajaan PAS Kelantan tidak perlu sedih jika rakyat Kelantan menolak perlaksanaan hudud dalam referendum itu kerana ia petunjuk rakyat Kelantan mengharapkan lebih penjelasan mengenai undang-undang berkenaan,” katanya. Dakwanya, adalah lebih baik kerajaan Kelantan mengetahui rakyat negeri itu menolak perlaksanaan hudud dalam referendum tersebut daripada parti itu ditolak oleh rakyat Kelantan semasa PRU14.


Hukum Hudud: Pas Perlu Keluar Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR – Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) sekiranya parti itu berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam kerana sekutunya dalam pakatan itu menentang keras cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshe berkata tindakan DAP dan PKR menentang cadangan itu juga membuktikan bahawa mereka tidak menghormati asas perjuangan Pas. Syed Ali berkata selama ini PAS sanggup bersubahat dengan agenda politik DAP dan PKR tetapi sekarang masanya amat sesuai untuk parti itu keluar daripada PR. “Jalan terbaik bagi PAS ialah tinggalkan DAP dan PKR jika parti itu (Pas) mempunyai maruah,” tegas beliau dalam laman blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com Beliau berkata jika benar asas perjuangan Pas berasaskan Islam maka tidak sewajarnya parti itu tunduk kepada tekanan. Syed Ali mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bahawa parti itu tidak akan mempedulikan bantahan sekutunya, PKR dan DAP sebaliknya akan tetap mengemukakan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah(2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan. Sehubungan itu katanya Abdul Hadi perlu membuktikan kepada rakyat khususnya di Kelantan bahawa parti Pas tegas untuk melaksankana hukum hudud. “Kita harap Presiden Pas itu tidak bermain politik apabila cadangan tersebut ditentang keras oleh DAP dan PKR,” tegasnya. – BERNAMA


8 Ditahan Bantu Siasatan Kekecohan Di Stadium
IPOH – Lapan lelaki berusia antara 16-25 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku selepas tamat perlawan Liga Super membabitkan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, malam tadi. Dalam kejadian membabitkan penyokong itu, dua petugas media, dua anggota keselamatan dan beberapa penyokong dilaporkan cedera. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata mereka ditahan malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam mencetuskan kekecohan sehingga memaksa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyuraikan keadaan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata. Semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – BH Online

 

AirAsia Meterai Perjanjian AMI Dengan Airbus
KUALA LUMPUR – AirAsia memeterai perjanjian dengan syarikat Airbus berhubung perkhidmatan Pengurusan Inventori Airbus (AMI) bagi pesawat A320 dan A330 di pangkalan Kuala Lumpur dan Bangkok, Thailand baru-baru ini. AirAsia dalam satu kenyataan media berkata, AMI merupakan strategi Airbus untuk memenuhi kehendak pelanggan syarikat itu berdasarkan standard industri terkini. “Antaranya memastikan komponen yang kerap dipakai dan tidak boleh dibaiki digantikan dengan segera secara automatik dan berterusan di pusat kemudahan pelanggan,” kata kenyataan itu hari ini. Sementara itu, Ketua Kumpulan Kejuruteraan AirAsia, Anaz Ahmad Tajuddin dalam kenyataan sama berkata, perkhidmatan AIM membolehkan AirAsia dan AirAsia X memberi perkhidmatan yang lebih cekap. Menurutnya, AMI dapat meminimumkan kos penggantian komponen dan mempercepatkan penghantaran komponen yang diperlukan. AirAsia menjadi pelanggan keempat Airbus di rantau ini yang menggunakan penyelesaian pengurusan inventori automatik AMI. Perkhidmatan itu membantu pelanggan Airbus untuk mengurangkan kos simpanan inventori kerana sistem itu mengemaskini inventori secara automatik di pangkalan AirAsia dan menjamin komponen sentiasa tersedia dan mengurangkan tahap stok inventori. Dengan merakamkan data penggunaan bahan secara berterusan dan mengaktifkan pesanan secara automatik mengikut batasan inventori yang dipersetujui, perkhidmatan ini menjamin komponen sentiasa tersedia untuk mengurangkan tahap keseluruhan stok dan inventori. Airbus pengeluar pesawat terkemuka di dunia yang menawarkan rangkaian pesawat penumpang yang paling moden, inovatif dan handal di pasaran dengan kapasiti 100 hingga 500 lebih tempat duduk.


Feri Karam Di Korea Selatan
470 penumpang terdiri daripada pelajar sekolah tinggi dan guru menghadapi risiko lemas apabila feri yang mereka naiki untuk rombongan bercuti karam di Korea Selatan dalam kejadian pagi tadi. Feri yang dinamakan Sewol dalam perjalanan dari Incheon ke Pulau Jeju ketika ia dikesan mengalami kerosakan sebelum mula menyenget dan karam. Lebih 50 kapal penyelamat dan helikopter segera dikejarkan selain kapal komersial berhampiran turut ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan. Hingga kini hampir 150 penumpang sudah diselamatkan manakala baki yang lain diminta untuk terjun ke air sementara menanti bantuan tiba. Salah seorang penumpang memberitahu saluran berita YTN menerusi telefon, keadaan menjadi cemas dan semua orang terpaksa berpaut pada apa sahaja ketika feri mulai condong. Punca sebenar kejadian masih belum diumumkan dan sedang disiasat.


6 Maut, 12 Parah Bas Terbakar Di Selatan India
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya enam maut manakala 12 parah apabila sebuah bas terbakar di selatan India, awal hari ini. Pegawai Polis, Srinivas Murthy, berkata mangsa yang cedera dalam kemalangan awal pagi tadi dikejarkan ke hospital Karanataka. Murthy berkata, kebakaran berlaku dipercayai akibat kebocoran tangki bahan api bas berkenaan yang membawa 29 penumpang. Kemalangan berlaku berhampiran Davanagere, sebuah perkampungan kira-kira 260 kiloemeter di barat laut Bangalore. Menurut polis, lebih 110,000 orang terbunuh setiap tahun dalam kemalangan jalan raya di seluruh India. – AP


Terowong Air Mentah Akan Berfungsi
PETALING JAYA – Terowong sepanjang 44.6 kilometer yang menjadi sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor sedia untuk berfungsi lebih awal daripada jangkaan bagi menyelesaikan krisis air Selangor. Air mentah dari Sungai Semantan akan dialihkan ke dalam terowong dan disalurkan ke Sungai Langat untuk rawatan di tujuh loji sedia ada. Pelan luar jangka itu merupakan cadangan daripada jawatankuasa bertindak negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Ia dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini (Rabu). Terowong yang hampir siap itu pada asalnya direka untuk menyalurkan air terus ke loji rawatan air Langat 2 yang sudah tiga tahun lewat. Skim Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor itu melibatkan terowong dan dua loji rawatan air. Cadangan penggunaan terowong itu merupakan tindakan segera Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban 6.7 juta pengguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang terjejas sejak Februari. Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengesahkan semalam bahawa beliau akan mengemukakan beberapa cadangan disediakan oleh jawatankuasa yang diketuai timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid. “Cadangan penggunaan terowong ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini,” katanya tanpa memberi butiran lanjut mengenai perkara itu. Selain itu Ongkili berkata, kerajaan akan menimbang semua langkah yang mungkin untuk menyelesaikan krisis air sebelum keadaan semakin buruk. Tambah beliau, situasi terkini paras air di empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus daripada air mentah ke loji rawatan kini berada pada kadar 37 peratus. “Jika hujan tidak memasuki kawasan tadahan dalam tempoh dua minggu akan datang, paras air di empangan akan menurun kepada 30 peratus. “Kerajaan Persekutuan dan dan kerajaan Selangor perlu mencari langkah segera untuk memastikan permintaan air dipenuhi,” katanya. Difahamkan walaupun rancangan untuk menggunakan terowong berkenaan lebih awal akan diluluskan Kabinet, namun ia dijangka mengambil masa enam bulan untuk dilaksanakan. “Terdapat beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan sebelum air boleh disalurkan melalui terowong. Salah satu daripadanya adalah untuk membawa keluar jentera pembinaan serta menjalankan pemeriksaan ke atas strukturnya,” kata seorang pegawai. Bernama


Wanita Potong Kemaluan Suami Dipenjara 3 Tahun
Songiang (Shanghai) – Seorang wanita yang memotong kemaluan suaminya selepas mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Rakyat di sini, semalam. Kejadian berlaku 13 Mei tahun lalu apabila lelaki itu, Gu, membawa pulang seorang wanita dan tidak menyedari isterinya, Zhang berada di situ. Wanita itu berjaya melepaskan diri, tetapi Zhang merancang membalas dendam pada malam itu. Apbila dia dan suaminya berasmara sebelum tidur, Zhang mencapai gunting yang disorok di bawah tilam dan memotong kemaluan suaminya. Gu dikejarkan ke hospital tetapi doktor tidak dapat menyambung semula zakarnya. “Tanpa zakarnya, dia tidak mampu lagi untuk membuat hubungan sulit. Saya lebih rela dia ‘tidak mampu’ dan sanggup menjaga dia seumur hidup saya,” kata Zhang ketika perbicaraan. – Agensi


Buang Kembar Parasit Di China
Guangdong – Doktor berjaya membuang anggota tubuh berlebihan seorang bayi selepas dia dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki. Kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil di sebuah hospital di wilayah Guangdong, selatan China, empat hari selepas pembedahan. Ketua Pakar bedah di hospuital itu berkata: “Mereka sepatutnya kembar tetapi satu gagal membesar dan menjadi cacat.” Bayi lelaki berusia 13 hari itu dari Huizhou, dilahirkan bercantum dengan kembar parasit di perut pada 2 April lalu. Kembar siam itu hanya kira-kira tiga kilogram sebelum dibedah. Menurut Global Times, bayi itu didiagnos mengalami pneumonia dan penyakit jantung kongenital yang biasa dalam kalangan kanak-kanak di China, sebelum menjalani pembedahan. Bapanya yang dikenali sebagai Chen berkata dia terpaksa membawa anaknya ke beberapa hospital berdekatan, tetapi tidak satu pun dapat menjelaskan punca kecacatan bayi itu. – Agensi


Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan
KUALA LUMPUR – Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah. Beliau berkata syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka. “Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak yang beragama Islam,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Bernama pada Selasa. Mohd Noor berkata seorang ibu bapa bukan Islam yang mendapati bekas suami atau isteri memeluk agama Islam dan bertindak menukar agama anak mereka tanpa pengetahuan beliau, hendaklah membawa perkara itu atau mencabarnya di mahkamah sivil. “Sebagai contoh, apabila seorang bapa memeluk agama Islam dan membawa (menukar) anaknya ke dalam agama itu, si isteri tidak boleh ke mahkamah syariah untuk menuntut keadilan sebaliknya beliau perlu mengemukakan permohonan di mahkamah sivil. “Mahkamah sivil pula perlu memanggil kedua-dua ibu bapa bukan Islam dan beragama Islam serta mendengar hujah mereka sebelum membuat keputusan tanpa mengganggu sebarang perintah yang dibuat mahkamah syariah,” katanya. Mohd Noor juga berkata dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, Islam perlu menunjukkan teladan yang baik. Beliau berkata tidak salah memberi hak penjagaan anak kepada seorang bapa beragama Islam namun mahkamah perlu mendengar isi hati ibu yang bukan Islam. Katanya, sehubungan itu, mahkamah syariah perlu diantarabangsakan bagi membolehkan ia mendengar rungutan ibu bapa bukan Islam. Bagaimanapun, Mohd Noor berkata langkah itu akan menyaksikan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA


Ditangkap Kerana Disyaki Makan Daging Bayi
LAHORE – Pihak polis Pakistan menahan seorang lelaki dan adiknya kerana mereka disyaki memakan seorang bayi yang baru dilahirkan selepas kepala kanak-kanak itu dijumpai di rumah mereka, kata para pegawai. Lelaki tersebut, Farman Ali, 37, ditahan sehari selepas polis menangkap abangnya, Mohammad Arif, 40, selepas penemuan kepala bayi di rumah mereka di satu daerah terpencil di wilayah Punjab. Kedua-dua beradik itu sebelum ini pernah ditahan dan dihukum penjara selama dua tahun kerana memakan mayat wanita berusia 24 tahun dalam satu kes yang mengejutkan negara itu pada 2011. Mohammad Arif memberitahu polis, Farman Ali mencuri mayat bayi berusia dua hari itu di sebuah tanah perkuburan di Kampung Darya Khan yang terletak kira-kira 300 kilometer dari selatan Islamabad. Katanya, mereka kemudiannya melapah sebelum memasak dan memakan mayat bayi itu. Ketua Polis Bhakkar, Ameer Abdullah berkata, Farman Ali ditahan pada Selasa lalu dan kedua-dua suspek telah didakwa di sebuah mahkamah. Polis menyatakan, isteri kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan mereka beberapa tahun lalu. – Agensi

No comments:

Post a Comment