Monday, April 21, 2014
Berita Terkini 21 April 2014
Pelaburan catat rekod tertinggi baru RM217 bilion
Malaysia terus memupuk ekosistem pelaburan yang baik tahun ini berdasarkan perkembangan positif tahun lalu yang mencatatkan RM217 bilion mengatasi rekod tertinggi RM167.8 bilion pada 2012. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata, daripada jumlah itu RM168 bilion adalah pelaburan dalam negara manakala selebihnya dari luar negara. “Perkembangan itu sekali gus menunjukkan peningkatan 29 peratus pelaburan diterima negara selain menyediakan 197,000 peluang pekerjaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Daerah Ledang kali keempat di Dewan Serbaguna Bukit Gambir di sini, kelmarin.
Tikam bapa lerai bertekak
Niat baik seorang bapa menegur anaknya yang sedang bertengkar dengan tunangnya bertukar tragedi apabila lelaki itu patah tulang rusuk belakang dan luka di belakang badannya dipercayai akibat ditikam dengan pisau dalam satu pertengkaran di Kampung Lembah Harapan, Seberang Takir, di sini, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 9 malam ketika mangsa berusia 55 tahun sedang berehat di kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah. Beliau berkata, sebaik keluar, mangsa yang juga seorang kakitangan kerajaan mendapati anak lelakinya berusia 22 tahun sedang bertengkar dengan tunangnya berusia 20-an menyebabkan mangsa masuk campur dengan menegur suspek. “Teguran itu bukan saja tidak diendahkan, sebaliknya mengundang kemarahan suspek yang memarahi mangsa supaya tidak masuk campur urusan dia dan tunangnya. “Walaupun dilarang, mangsa tetap menghampiri pasangan itu dengan niat mahu meleraikan pergaduhan menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara dua beranak terbabit.
MH192 - Tayar rosak bikin cemas
Sepang: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH192 yang kerosakan gear pendaratan berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam sebelum selamat mendarat semula di KLIA, pada 1.56 pagi tadi. Biarpun mengakui mula panik apabila dimaklumkan anak kapal dan juruterbang pesawat berdepan masalah, penumpang gembira dan bersyukur selepas pesawat selamat mendarat. Selepas dibenarkan keluar dari pesawat, semua penumpang ditempatkan di Bangunan Satelit sementara menanti urusan pendaftaran sebelum dihantar ke sebuah hotel berdekatan. Namun, situasi kembali tenang selepas ditenteramkan anak kapal dan juruterbang sebelum pesawat berlegar lebih empat jam di udara sementara menanti arahan pendaratan kecemasan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata laporan awal mendapati insiden berkenaan berpunca daripada kerosakan tayar. Katanya, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan laporan siasatan yang diterima itu akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri. "Pada masa sama, kita tidak mahu mana-mana pihak buat spekulasi mengenai kejadian itu sebaliknya perlukan jawapan dan laporan awal. "Saya mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa bangga terhadap juruterbang dan anak kapal kerana berjaya mengawal keadaan," katanya pada sidang media, di KLIA, awal pagi tadi. Terdahulu, MAS dalam kenyataannya, MH192 yang dalam penerbangan dari KLIA ke Bangalore, terpaksa berpatah balik berikutan masalah berkenaan.
Mangsa belasahan teruk isterinya
Pokok Sena: “Saya tergamam melihat satu objek dalam petak sawah sebelum melihat mayat seorang lelaki siap dikafankan,” kata Saari Ariffin, 68, yang menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di sawah miliknya di Kampung Tuba, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa belum dikenal pasti identitinya dipercayai dibuang di kawasan itu sejak seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat sudah 60 peratus reput. Saari berkata, dia sudah dua bulan tidak ke sawah miliknya terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Kampung Tok Keling, dekat ini, menyebabkannya terkejut apabila menemui mayat yang sudah siap dikafankan dengan kain. “Saya datang untuk membersihkan kawasan sawah berkeluasan 1.5 hektar terkejut melihat satu objek seakan-akan kepala manusia. Bagi mendapatkan kepastian saya menggunakan cangkul untuk menarik objek yang terdapat dalam sawah ini. “Alangkah terkejut apabila melihat mayat seorang lelaki yang sudah siap dikafankan dengan kain berwarna putih dalam keadaan tertiarap di dalam petak sawah,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian, di sini. Menurutnya, sepanjang mengusahakan sawah itu sejak 30 tahun lalu, dia tidak pernah menemui mayat dalam keadaan mengerikan. “Saya masih trauma kerana tidak pernah melihat mayat dalam keadaan begini. Saya pernah bekerja sebagai penggali kubur beberapa tahun lalu dan sedikit sebanyak mengurangkan ketakutan kerana sudah biasa mengebumikan jenazah,” katanya. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan, “Siasatan mendapati mayat terbabit dipercayai dibuang di situ dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan kecederaan selain tiada sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya. Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sama ada mati mengejut atau dibunuh.
Curi anjing untuk restoran
Sekumpulan penduduk yang berang dengan tindakan dua lelaki mencuri anjing peliharaan untuk dijual ke restoran membelasah mereka dengan kayu dan batu. Kedua-dua lelaki terbabit pernah ditangkap mencuri anjing peliharaan malah sering memasuki perkampungan dan mengumpan anjing milik penduduk dengan daging yang dicampur dengan dadah sebelum haiwan itu dibelasah dan dimasukkan ke dalam kereta untuk dijual sebagai bahan hidangan di restoran. Mereka ditangkap apabila seorang penduduk di perkampungan Sanjiang terserempak dengan mereka ketika kedua-dua lelaki itu mengumpan anjingnya. Tiga lagi anjing sudah dimasukkan ke dalam kereta mereka. Jeritan lelaki itu menyebabkan jirannya keluar dan terus memukul dua lelaki terbabit, malah kumpulan itu begitu marah sehingga enggan menyerahkan pesalah itu kepada polis sebaliknya berarak membawa mereka di kampung itu. Keluarga dua lelaki itu datang memohon maaf dan berjanji membayar ganti rugi 5,000 yuan (RM2,600). Daging anjing memang digemari di China dan kecurian seumpama ini bukan perkara baru. Malah, beberapa bulan lalu seorang lelaki di Guangdong ditahan kerana meracun anjing peliharaan orang sebelum menjual daging haiwan itu di restoran. Tahun lalu, pihak berkuasa Zhejiang menemui kes membabitkan anjing diracun untuk dagingnya apabila menahan beberapa orang yang dipercayai menjual lebih 11 tan daging anjing.
Bunuh anak cacat
Shenyang (Liaoning): Seorang kanak-kanak cacat, Yu yang berusia setahun empat bulan dibunuh oleh bapa kandungnya. Si bapa, Feng memberi anaknya itu makan racun serangga dan kemudian menekup mulut dan hidungnya dengan pita pelekat apabila dia mendapati anaknya masih hidup. Bagi memastikan anaknya benar-benar mati, dia meletakkan mangsa di dalam beg dan mecampakkan beg itu dari jambatan setinggi lima meter. Beberapa pekerja binaan menjumpai beg yang mengandungi mayat kanak-kanak yang ditekup dengan pita pelekat pada hidung, mata dan mulutnya. Polis tiba di tempat kejadian mengesahkan kematian kanak-kanak itu. Orang ramai yang berada di situ memberitahu, kanak-kanak itu berusia dua tahun.
Lelaki mabuk cuba rogol ibu
Tunis: Seorang lelaki yang mabuk cuba merogol ibunya di hadapan adik perempuannya berusia tiga tahun. Mangsa dan anak perempuannya berada di rumah di Tunis apabila anak lelakinya pulang dari menghadiri majlis minuman keras. “Lelaki itu kemudian duduk di sebelah ibunya dan mula membelai tubuh mangsa sebelum mengoyakkan bajunya. Mangsa berjaya lari ke bilik bersebelahan tetapi dikejar oleh anaknya yang cuba merogolnya,” lapor akhbar Al Tunisia. Wanita itu berjaya melepaskan diri dan meminta tolong jiran yang kemudiannya menelefon polis. Lelaki itu ditahan polis dan mengaku bersalah. - Agensi
Padah nyala rokok dalam kereta
Abu Dhabi: Seorang warga Emiriah berusia 31 tahun melecur 60 peratus akibat kebakaran kereta selepas dia menyalakan rokok di dalam kenderaan itu. Mangsa menyalakan rokoknya sambil menyedut bahan berasaskan petroleum di dalam keretanya. Menurut akhbar Al Khaleej, mangsa sedang memandu keretanya dan hilang kawalan apabila badannya terbakar. Kenderaan itu merempuh kenderaan lain dan melanggar bahu jalan sebelum berhenti. Lelaki itu kemudian melompat keluar dari kereta dan berlari sambil menjerit di jalan raya. Polis peronda bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Agensi
Merapi muntah debu, pasir
Magelang: Gunung Merapi di daerah di Jawa Tengah ini semalam bergegar, memuntahkan bahan volkanik seperti debu dan pasir hingga menjejaskan perkampungan berhampiran. Triyono, pegawai Pos Pengawasan Gunung Merapi berkata, gunung itu bergegar kira-kira jam 4.5 pagi waktu tempatan. Walaupun meletus, menurut Triyono, status gunung berkenaan masih kekal normal. Sementara itu, seorang ketua kampung, Ismael berkata, gegaran itu mencemaskan penduduk tempatan. “Selepas gegaran itu kami dapat melihat bahan berwarna merah dimuntahkan keluar dari puncaknya.
Reaksi Korea Utara terhadap tragedi undang kemarahan
Seoul: Kemalangan feri Korea Selatan mendapat perhatian dan simpati masyarakat dunia kecuali jirannya di utara, walaupun itu mungkin bukan sesuatu yang di luar jangkaan. Korea Utara tidak banyak mengulas mengenai tragedi yang mendapat perhatian dunia sejak kapal Sewol karam pada pagi Rabu dengan 476 penumpang dibawanya yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah. Kira-kira 45 pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Presiden Russia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping menghantar ucapan takziah, namun pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un langsung tidak mempedulikan tragedi itu. Malah agensi berita KCNA hanya membuat laporan singkat pada Sabtu mengenai kemalangan yang ‘meragut banyak nyawa’ selain mengetengahkan kemarahan keluarga mangsa terhadap usaha mencari dan menyelamat dilakukan. Reaksi Pyongyang terhadap tragedi itu - yang mungkin antara bencana paling dahsyat Korea Selatan - membangkitkan kemarahan di Internet. “Bukanlah kami mengharapkan sokongan negara semiskin itu tetapi apalah salahnya memberikan kata-kata sokongan,” kata seorang pengguna laman portal Naver.com. “Seluruh dunia mengucapkan takziah, namun sebaliknya Korea Utara tidak mempedulikannya.
Mayat Dikeluarkan
Jumlah kematian rasmi akibat feri karam semalam melebihi 50 orang yang ditemui pasukan penyelam yang akhirnya berjaya memasuki bangkai kapal berkenaan. Pegawai pengawal pantai Koh Myung-seok berkata, selepas berjaya memecahkan sebuah tingkap pada lewat Sabtu, lebih banyak penyelam berjaya menemui laluan lain memasuki kapal berkenaan membolehkan mereka menemui mayat penumpang malang feri berkenaan. Sebanyak 19 mayat ditemui di dalam kapal manakala enam lagi dilihat terapung di dalam air menjadikan jumlah rasmi mayat ditemui sebanyak 58. Mayat yang ditemui itu sudah dibawa keluar. Kira-kira 250 orang dilaporkan masih hilang dengan kebanyakannya pelajar sekolah yang mengikuti rombongan ke Pulau Jeju.
100 mati dalam cubaan curi lembu
Khartoum: Lebih 100 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila suspek pencuri lembu menyerang sebuah kampung di negeri Warrap, Sudan Selatan. Akhbar Internet Sudan Tribune yang berpejabat di Paris melaporkan, sekurang-kurangnya 28 orang awam dan 85 penyerang mati dalam pertempuran antara polis dengan suspek yang menceroboh wilayah Tonj Utara dan memasuki Kampung Alabek. Penyerang yang menyasarkan ladang ternak lembu, cuba mencuri haiwan itu ketika penduduk tidur,” kata Pemangku Menteri Penerangan dan Telekomunikasi, Paul Dhel Gum. “Pertempuran berlaku dari Khamis hingga Jumaat apabila penyerang gagal mencuri ternakan itu dan cuba melarikan diri,” kata Dhel Gum ketika ditemui media. Menurutnya, penyerang dibantu oleh kumpulan lelaki berpakaian seragam tentera, dipercayai datang dari negeri Unity, bersebelahan dengan Warrap. Gabenor Warrap, Nyandeng Malek, mengecam tindakan tidak bertamadun terhadap orang tidak berdosa di negeri itu sambil berikrar untuk menyiasat kejadian itu sepenuhnya. Tindakan mencuri haiwan ternakan perkara biasa di Sudan Selatan, tempat senjata begitu banyak dan mudah didapati.
3 belum ditemui
Cuaca buruk memaksa pihak berkuasa Nepal semalam menghentikan buat sementara aktiviti mencari tiga pemandu pendaki yang masih hilang dalam kejadian salji runtuh paling teruk direkodkan di puncak gunung tertinggi dunia. Pegawai kementerian pelancongan Dipendra Paudel berkata, operasi mencari akan diteruskan sebaik cuaca pulih. “Buat masa ini keadaan terlalu mendung dan angin kencang. Kami tidak mahu membahayakan lebih banyak nyawa,” katanya. Pemandu pendakian itu sebahagian daripada kumpulan besar yang meninggalkan kem induk Everest pagi Jumaat membawa khemah, makanan dan tali untuk menyediakan laluan yang bakal digunakan pendaki gunung bagi musim pendakian di Nepal, bulan depan. Pasukan penyelamat menemui 12 mayat dan menyelamatkan sekurang-kurangnya tujuh orang pada Jumaat manakala satu lagi mayat ditemui, kelmarin. Ang Tshering dari Persatuan Pendakian Nepal berkata, sebahagian daripada laluan di Khumbu Icefall di mana runtuhan salji itu berlaku kini dilitupi salji sepenuhnya menyebabkan laluan baru terpaksa dibuat selain memasang tali dan tangga aluminium sebelum pendakian boleh diteruskan di situ. Katanya, satu lagi kumpulan Sherpa yang melalui kawasan itu sejurus sebelum kejadian berlaku kini terkandas di sebalik kawasan runtuhan berkenaan dan hanya boleh kembali ke kem induk selepas laluan baru disiapkan. Empat mangsa yang terselamat kini dalam keadaan sedar dan dirawat di hospital di Kathmandu. Seorang daripada mereka memberitahu keluarganya dia dapat merasakan laluan itu tidak stabil sejurus sebelum kejadian berlaku. Sementara itu, pendaki Jon Reiter, 49, dari California berkata dia dan rakannya warga Australia sedang mendaki bersama sebelum pemandu Sherpa diupahnya tiba-tiba menolaknya ke arah beberapa bongkah ais. “Kami dalam perjalanan ke Kem 1 selepas subuh dan tiba-tiba mendengar bunyi retakan. Dia menolak kami untuk berlindung di sebalik bongkah ais,” katanya. Lebih 4,000 pendaki berjaya tiba di puncak Everest sejak warga Bew Zealand Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay menawannya pada 1953.
RM43,000 jika pukul isteri
Riyadh: Arab Saudi akan menguatkuasakan undang-undang yang mengenakan hukuman denda sebanyak SR50,000 (RM43,00) bermula minggu depan ke atas suami yang memukul isteri mereka. Rang undang-undang itu yang diluluskan minggu lalu turut memperuntukkan hukuman penjara antara sebulan hingga setahun bagi pesalah. Ia bagaimanapun dilihat tidak akan menyelesaikan masalah penderaan yang dilakukan ibu bapa ke atas anak mereka. Undang-undang terbaru itu juga masih tidak jelas sama ada akan merangkumi penghinaan secara lisan atau sekadar serangan fizikal. Sumber media Saudi itu menyatakan mereka percaya hukuman bakal dikenakan kepada suami yang mendera isteri mereka berdasarkan laporan perubatan yang mengesahkan isteri itu dipukul.
42 terbunuh - Bas menjunam ke dalam gaung
Sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh manakala 17 lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas di selatan Pakistan semalam. Menurut polis, bas yang dalam perjalanan ke Karachi itu merempuh sebuah treler yang membawa traktor. Antara yang terbunuh ialah 14 kanak-kanak dan 13 wanita. Kemalangan berlaku di bandar Sukkur, 425 kilometer ke utara Karachi di wilayah Sindh, selatan Pakistan. Pegawai kanan polis Sukkur, Fida Hussain Shah yang mengesahkan jumlah mangsa berkata pemandu bas itu mati di tempat kejadian manakala pemandu treler cedera. Punca kemalangan masih belum dikenal pasti. Kesemua mangsa yang terbabit adalah penumpang bas kecuali pemandu treler itu dan kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal. Ramai yang dipindahkan ke hospital Karachi selepas rawatan awal di Sukkur. Antara mereka yang terbunuh termasuk enam daripada 10 ahli sebuah keluarga yang menaiki bas itu. Dua daripadanya cedera dan dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan iaitu Maryam Bibi, 18 dan adiknya Samad, 6 . Keluarga itu dalam perjalanan untuk melawat keluarga sanak saudara mereka di Karachi, kata Maryam. Pakistan mempunyai rekod kemalangan maut terburuk di dunia kerana keadaan jalan raya yang teruk, kenderaan yang tidak diselenggara dan gaya pemanduan berbahaya. Dalam kejadian awal bulan ini, 16 orang mati manakala 49 lagi cedera apabila sebuah lori yang membawa lebih muatan menjunam ke dalam gaung di Punjab, tengah Pakistan. Sementara itu, kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah lori tangki membunuh 35 orang Mac lalu.
Israel tahan 16 rakyat Palestin
Baitulmaqdis: Polis Israel menahan 16 rakyat Palestin semalam selepas bertempur dengan penunjuk perasaan di pekarangan Masjid Al-Aqsa. “Pagi tadi (semalam), selepas ia dibuka untuk kunjungan, suspek membaling batu ke arah polis dan mencederakan dua anggota,” dakwa jurucakap polis, Micky Rosenfeld. Dia juga mendakwa, penunjuk perasaan berlindung di dalam masjid, kawasan yang tidak boleh dimasuki polis selepas mereka cuba disuraikan dengan letupan bom oleh polis. Polis dalam kenyataan mereka tidak lama selepas itu memberitahu 16 penunjuk perasaan ditahan. Pekarangan Masjid Al-Aqsa yang turut menjadi kawasan suci penganut Yahudi dan masjid ketiga paling suci umat Islam sering menyaksikan beberapa insiden tegang dan rusuhan antara penunjuk perasaan dengan polis Zionis sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Ramai rakyat Palestin cedera dalam pertempuran Rabu lalu selepas pengunjung Yahudi dibenarkan masuk ke pekarangan masjid itu. Rakyat Palestin sudah sekian lama bimbang Israel akan merampas masjid itu yang kini berada di bawah pengawasan Jordan sementara pelampau Yahudi mendesak rejim Israel menguasainya. Orang bukan Islam dibenarkan mengunjungi kawasan itu tetapi penganut Yahudi dilarang berdoa di situ. - AFP
Feri karam - Mesej palsu
PENYELAM tentera laut Korea Selatan melakukan selaman untuk mencari maangasa di dalam feri yang karam itu.
Seoul: Polis semalam mengesahkan mesej pesanan ringkas (SMS) yang didakwa dihantar oleh pelajar sekolah yang terperangkap dalam feri yang karam di Korea Selatan palsu. Mesej yang dikatakan menyayatkan hati itu dihantar pelajar berkenaan kepada anggota keluarga masing-masing selepas feri itu karam Rabu lalu. Akhbar Korea melaporkan mesej itu disahkan palsu selepas analisis terhadap rekod telefon menunjukkan tidak ada pelajar menggunakan telefon bimbit mereka selepas feri itu mula tenggelam. Feri itu, Sewol karam di pantai selatan Korea Selatan Rabu lalu. Antara mesej itu yang didakwa dihantar seorang pelajar, Shin, 18, kepada bapanya berbunyi: “Ayah, jangan bimbang. Saya memakai jaket penyelamat dan kami berpelukan. Bapanya membalas: “Saya tahu. Operasi menyelamat sedang dijalankan tetapi jika boleh, berenang keluar.” Si bapa itu menerima jawapan: “Ayah, saya tidak boleh berjalan. Koridor ini sesak dengan pelajar. Ia sudah mula senget.” Penyiasat di Pusat Tindak Balas Keganasan Siber Korea Selatan berkata, tidak satupun telefon yang dianalisis menunjukkan ia digunakan selepas tengah hari pada hari kejadian. Polis bagaimanapun enggan mengulas mengenai mesej, termasuk yang mengandungi video dan gambar menunjukkan feri itu mula tenggelam yang dihantar sebelah pagi. “Kami sudah memeriksa lebih 300 telefon dan tidak menemui bukti menunjukkan ada mesej yang dihantar dari feri itu,” kata polis. Polis menyifatkan mesej seumpama itu meningkatkan tekanan yang dihadapi keluarga mangsa dan berkata, mereka yang terbabit dalam penipuan itu boleh didakwa atas tuduhan jenayah. Sementara itu, penyelam melihat mayat di dalam feri itu selepas menyambung semula operasi mencari dan menyelamat 274 penumpang, kebanyakannya pelajar yang hilang dalam kejadian berkenaan. Feri itu membawa lebih 470 orang apabila ia tenggelam dalam pelayaran dari Pelabuhan Incheon ke pulau peranginan Jeju. - AFP
Tatu karya terkenal
Zhuzhou: Seorang pelukis tatu di daerah di wilayah Hunan ini menghabiskan masa lima hari untuk menyiapkan tatu yang menggambarkan sebahagian daripada lukisan terkenal China, ‘Sepanjang Sungai ketika Festival Qingming’ di belakang tubuh seorang pelanggan. Lukisan asal itu oleh Zhang Zeduan (1085-1145), menggambarkan pemandangan kehidupan zaman dinasti Song di Henan dan menjadi antara lukisan paling terkenal di China.
Lelaki ‘bertanduk’ di leher
Beijing: Seorang lelaki di wilayah Hubei begitu terdesak untuk mengetahui punca ‘tanduk’ yang tumbuh di lehernya sejak 30 tahun lalu. Lelaki berusia 62 tahun itu, Li Zhibing dari Shiyan berkata, dia terpaksa menggergaji tanduk berkenaan dua kali setahun bagi mengelaknya panjang. Menurutnya, lehernya akan bengkak dan dia demam jika tanduk itu panjang. Li juga berkata, tanduk itu merimaskannya kerana mengganggunya setiap kali hendak membasuh rambut atau menyarungkan baju. Katanya, tanduk itu semakin membesar sejak 1980. Dia cuba mengawalnya dengan menyapu atau memakan herba tetapi ia tetap memanjang sehingga 15 sentimeter di belakang lehernya. Dia mengaku tidak pernah menjalai pemeriksaan perubatan untuk memastikan punca tanduk itu. Li bukan satu-satunya rakyat China yang bertanduk. Seorang wanita berusia 101 tahun, Zhang Ruifang, yang menetap di Linlou di wilayah Henan juga menghidap nasib sama. Dia bagaimanapun enggan membenarkan doktor membuang tanduk yang tumbuh di dahinya kerana gembira menjadi tarikan orang ramai. - Agensi
Roboh rumah selepas kalah
Aceh: Kira-kira 28 orang dari enam keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan sekumpulan lelaki yang menyokong seorang calon dalam pilihan raya Indonesia 9 April lalu. Tindakan merobohkan kediaman itu dilakukan selepas keluarga itu didapati tidak mengundi calon Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Ahmad Susanto. Penyokong Ahmad yang diketuai pengerusi parti Gerindra Kampung Sekelondang, Subulussalam. Ismail Aso memberi kata dua kepada enam keluarga berkenaan supaya membayar sewa tapak rumah mereka sebanyak Rp10 juta (RM2,800) atau rumah mereka akan dirobohkan. Ismail mendakwa rumah itu didirikan di atas tanah milik nenek moyangnya. Keenam-enam keluarga itu mendiami rumah itu sejak 11 tahun lalu. Malah seorang daripada mereka membina rumah itu dengan bantuan pihak berkuasa daerah. Seorang mangsa, Rateni berkata, rumah mereka dirobohkan selepas Ahmad dikatakan kalah sementara Ismail yang kecewa dengan kakalahan itu menuduh mereka tidak mengundi calon yang disokongnya. “Kami terpaksa keluar dari rumah itu selepas mendapat tahu orang Ismail akan datang untuk merobohkan rumah kami kerana tidak mengundi Ahmad Susanto. “Mereka mulanya menuntut bayaran Rp10 juta. Tetapi kami tidak membayarnya kerana tidak mampu. Mereka lalu mengancam meroboh rumah kami,” kata Rateni. Ismail ketika ditemui mengaku meminta wang berkenaan dan merobohkan rumah mangsa tetapi menyangkal tuduhan tindakannya itu ada kaitan dengan kekalahan calonnya. Dia berkata, dia berniat ikhlas ketika meminta mangsa membayar sewa tapak sebanyak Rp10 juta. “Mereka sudah lama duduk di rumah itu tanpa membayar sewa,” katanya. Tiga hari lalu, seorang calon dari Parti Bulan Bintang (PBB) dan seorang lagi dari Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) juga mengusir dan merobohkan dua rumah penduduk di daerah sama selepas mereka tewas dalam pilihan raya itu. - Agensi
Dipenjara kerana suap daging babi
Jakarta: Seorang sukarelawan kebajikan yang menyediakan makanan untuk penduduk miskin dijatuhi hukuman penjara setahun setengah kerana menyuapkan daging babi ke mulut seorang kanak-kanak Islam. Alferd Waang, 30, dilapor berbuat demikian di kediamannya di Nusa Tenggara Timur. Dalam keterangannya kepada mahkamah, ibu kanak-kanak itu, Mone Manida Bolang berkata, dia datang ke pusat kebajikan yang dikelola Alferd untuk mengambil makanan yang disediakan untuk orang Islam. Menurut Mone, apabila keluar membawa makanan ke tempat yang disediakan, Alferd mengekorinya dan menawarkan makanan yang disediakan bukan untuk orang Islam dan mengandungi babi. Mone menolak tawaran iu, tetapi Algerd bertindak menyuapkan daging babi ke mulut anak Mone yang dalam dukungannya, Fadli Kadir Abdullah. Mone menepis tangan Alfer dan memuntahkan makanan itu dari mulut anaknya. - Agensi
Mursi akan dihukum mati
Kaherah: Bekas peguam Mohamed Mursi semalam berkata, mantan presiden Mesir itu akan dikenakan hukuman mati oleh mahkamah dalam masa terdekat ini. Ahmad Qinawi yang pernah menganggotai barisan peguam bela Mursi berkata, bekas pemimpin berkenaan dan beberapa pengikutnya akan didapati bersalah atas tuduhan bekerjasama dengan perisik asing untuk mengancam keselamatan negara itu. Menurut Qinawi, mahkamah sudahpun meneliti kertas pendakwaan yang dikemukakan pendakwa raya dan menimbangkan hukuman maksimum yang akan dikenakan ke atas Mursi. Meskipun bukti dikemukakan sangat lemah dan kesahihannya meragukan, mahkamah akan memihak kepada kerajaan sementara yang disokong tentera kerana ia tidak lagi bebas. Qinawi juga berkata, Mursi diintip oleh polis dan tentera sepanjang tempoh dia menjadi presiden termasuk memasang kelengkapan pengintipan pada telefonnya. Peguam itu mengambil keputusan mengundurkan diri dari pasukan peguam bela Mursi setelah melihat tidak ada peluang menang kerana majoriti peguam Mursi yang disediakan oleh mahkamah untuk Mursi menyokong kumpulan yang menggulingkan presiden itu. - Agensi
Remaja dikurung 10 tahun bersama anjing, monyet
Buenos Aires: Polis Argentina menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang didakwa dikurung dalam garaj bersama-sama monyet dan anjing. Mangsa yang dikurung sejak berusia tiga tahun, dikatakan diberi makan makanan sama seperti haiwan yang dikurung bersamanya. Ketika ditemui, berat badan remaja itu seberat 19 kilogram. Semalam, remaja tidak bernama itu diberikan rawatan rapi di hospital di Buenos Aires. Penjaga yang cuba mengambilnya sebagai anak angkat ditahan di penjara. Mereka dilaporkan penganut agama Saint Death yang dianuti sebahagian penduduk di Paraguay, timur laut Argentina dan selatan Brazil. Aktiviti mereka, seperti sembahyang, dikecam oleh sebahagian penganut Katolik. Remaja itu dikatakan diserahkan kepada oleh ibunya yang miskin dan mempunyai enam anak lagi kerana tidak mampu menjaganya dengan baik. Kakak mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis selepas menemui rumah tempat adiknya dikurung. - Agensi
12 jongkong emas dalam perut
New Delhi: Pakar bedah menemui 12 jongkong emas kecil bernilai 1.2 juta rupee (RM64,400) dalam perut seorang pesakit yang mengadu sakit perut. Ahli perniagaan berusia 63 tahun itu menelan emas yang setiap satu seberat 33 gram di Singapura sebelum membawanya ke India pada 28 Mac lalu. Namun dia gagal mendapatkan semula emas berkenaan selepas tersekat di usus kecilnya walaupun minum air yang banyak dan mengambil julap. Pada 7 April lalu, lelaki itu meminta dibedah kononnya atas alasan dia sakit perut selepas tertelan penutup botol. Imbasan x-ray dilakukan mengesahkan bahan asing di dalam perutnya sebelum lelaki itu dibedah. Bagaimanapun, doktor yang menemui emas berkenaan terus menghubungi kastam dan polis. Emas itu dirampas pihak kastam sebelum ahli perniagaan terbabit ditahan polis. “Dia ahli perniagaan berjaya jadi memang mengejutkan apabila dia melakukan kesalahan ini,” kata doktor yang merawatnya, CS Ramachandran. - Agensi
Bekas Ratu Cantik HK Kini Jadi Penjual Bebola Ikan
Sesetengah bekas ratu cantik biasanya memilih kerjaya glamor seperti menjadi model dan bintang filem. Kebanyakannya pula memilih untuk berkahwin dengan orang kaya. Namun bagi bekas Ratu Cantik Hong Kong 1994, Halina Tam, 41, dia tidak malu untuk menjual bebola ikan di Causeway Bay selepas penglibatannya dalam bidang hiburan kurang berjaya. Halina mula membuka gerainya sejak bulan lepas dan sambutan diterima kelihatan menggalakkan dengan lebih 3,000 cucuk bebola ikan dijual setiap hari. Sebelum ini Halina berlakon, kebanyakannya memegang watak sampingan dalam drama terbitan TVB dengan pendapatan kira-kira HKD18,000 (RM7522) sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berhenti pada 2011. Kini dengan berniaga, pendapatannya dikatakan jauh lebih tinggi.
Apa Raja Bomoh Buat Di Tempat Karpal Singh Kemalangan?
Kalau betullah lelaki dalam gambar yang tersebar di media sosial ini adalah lelaki yang mendakwa dirinya Raja Bomoh atau Bomoh VIP Malaysia, Ibrahim Mat Zin; rasanya terang-terangan memang ada yang tak kena dengan dia. Bomoh yang tak habis-habis mencetuskan kontroversi ini telah dirakam melakukan satu ritual di kawasan kemalangan maut yang membabitkan Karpal Singh di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak baru-baru ini . Tak pastilah pula ini upacara ritual yang dijemput anggota keluarga atau bomoh ini sendiri yang mahu menagih perhatian. Karpal, pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor maut dalam satu kemalangan ngeri pada kira-kira jam 1.30 pagi, 17 April lalu.
Zain Enggan Tahu Jantina Anak, Yang Penting Isteri Dan Anaknya Yang Bakal Lahir Sihat
PELAKON Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti. Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi satu kejutan kepadanya biarpun isterinya teruja untuk mengetahui jantina anak mereka. “Saya terima dengan rasa syukur tidak kira apa anak yang bakal lahir itu nanti lelaki atau pun perempuan kerana yang lebih penting isteri dan anak kami nanti selamat dan sihat. “Tetapi jika diberi pilihan saya mahukan anak lelaki dan isteri pula mahukan sebaliknya,” katanya kepada mStar Online. Zain dan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta ditemui ketika pelancaran dan pelantikan mereka sebagai duta MV Bistro & Kafe di The Strand Kota Damansara di sini, Sabtu. Bagaimanapun kata Zain, Rozita tidak sabar untuk mengetahui jantina anak mereka dan kebarangkalian sukar untuk perkara itu dirahsiakan. “Apabila isteri tahu mengenai jantina anak kami pasti saya akan tahu juga akhirnya kerana dia akan membeli barangan mengikut jantina bayi itu nanti,” katanya. Dalam pada itu, Zain berkata, dia bimbang sekiranya tidak dapat menemani isterinya di bilik bersalin pada Oktober depan untuk menyambut anak mereka kerana dia dijadualkan berada di London pada tarikh Rozita dijangka bersalin. Jelas Zain, pemergiannya ke negara itu bagi menjalani penggambaran program Oh My English! musim ketiga di sana. “Saya agak risau kerana pada tarikh isteri saya dijangka bersalin itu saya berada di London dan berharap sangat dapat menemaninya untuk menyambut kelahiran anak pertama kami. “Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pihak produksi kerana barangkali jadual itu boleh dianjakkan bagi membolehkan saya menemani isteri nanti,” ujarnya. Sementara itu, Zain berkata, dia akan sentiasa memastikan Rozita mendapat rehat secukupnya dan berasa lega apabila wanita berkenaan memberitahu tidak mahu bekerja sepanjang tempoh mengandung. Malah kata Zain, dia juga gembira apabila Rozita tidak mengalami sebarang alahan teruk pada peringkat awal kehamilannya namun mengakui selera makan isterinya bertambah. “Alhamdulillah setakat ini segala-galanya berjalan lancar dan isteri juga tidak mengidam perkara yang pelik-pelik cuma selera makannya bertambah. “Sebagai suami sudah tentu saya harapkan isteri saya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan akan memastikan dia sentiasa mendapat rehat yang cukup,” katanya. Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran Oh My English! musim ketiga selain baharu sahaja menyiapkan sebuah drama bersiri berjudul Walaupun Sedetik Cuma untuk siaran TV Al-Hijrah. – mStar
Remaja Indonesia Tak Ada Perasaan Kritik Ibu Hamil
Status laman sosial Path seorang remaja Indonesia yang tidak ingin memberikan tempat duduk kepada wanita mengandung mendapat kejian ramai. Rata-rata menganggap inilah contoh pemikiran generasi muda di negara sana yang kian individualistik. Menerusi status yang disebarkan di media-media sosial, seorang remaja bernama Dinda didapati menulis kebenciannya terhadap wanita hamil yang meminta duduk saat naik kereta api tanpa rasa bersalah. Malah ketika menjawab komen kawan-kawannya, Dinda turut menyarankan agar ibu mengandung naik bas, berangkat awal ketika subuh atau berhenti sahaja kerja agar tidak menyusahkan orang lain. Disebabkan status ini mendapat perhatian ramai, seorang sosiologis dari UIN Syarif Hidayatullah Jakarta, Musni Umar memberikan pendapatnya. “Remaja itu termasuk golongan yang tak pedulikan orang lain dan hanya mementingkan dirinya, tak seperti budaya Indonesia. Kemungkinan besar dia mempunyai masalah pergaulan atau datang daripada keluarga bermasalah,” ujar Musni kepada merdeka.com.
Kos Sara Hidup Di Jakarta Tinggi
JAKARTA – Kos sara hidup di ibu negara Indonesia, Jakarta dianggap sangat tinggi berbanding bandar raya utama lain di dunia, menurut kajian baru-baru ini oleh sebuah firma penyelidikan pasaran. Pengurus Negara Ipsos Business Consulting Indonesia, Domy Halim berkata, berdasarkan kaji selidik terbaharu syarikat itu pada hujung Februari lepas, kos sara hidup di Jakarta didapati lebih tinggi berbanding Bangkok, Hong Kong dan New York. Kaji selidik itu membandingkan peratusan wang yang dibelanjakan oleh penduduk Jakarta terhadap beberapa produk dan keperluan gaya hidup seperti kopi, makan di luar, sambungan internet jalur lebar, tiket wayang dan telefon pintar antara lain. Satu cawan minuman panas di sebuah kedai kopi boleh mencecah harga sehingga AS$2.88 (RM9.30) di Jakarta. “Angka ini mewakili 1.12 peratus daripada pendapatan purata penduduk. Di Hong Kong, penduduknya membelanjakan 0.28 peratus daripada pendapatan purata mereka terhadap barangan serupa. “Bagaimanapun, persepsi rakyat sama ada sesuatu produk itu mahal atau tidak juga bergantung kepada status sosioekonomi mereka,” kata Domy. – BERNAMA
Giant Jual Kotak BERAKfast, Cubaan Melawak?
Papan tanda atau buku menu yang mencatat kesilapan ejaan mungkin sudah biasa ‘kantoi’ lalu dikongsikan kepada umum. Baru-baru ini di pasaraya Giant, ramai pelanggan tertawa apabila membaca ejaan pada satu kertas yang mempromosikan jem cokelat kegemaran ramai, Nutella. Mana taknya, perkataan yang sepatutnya ditulis ‘breakfast’ telah tertukar menjadi ‘BERAKfast’. Adakah ini memang satu kesilapan atau cubaan kakitangan terlibat untuk membuat lawak? Apa pun, perkataan yang silap tersebut amatlah tidak kena dengan produk yang dijual!
Cucu: Saya Akan Jadi Harimau Jelutong Kedua!
HARI ini orang ramai berkumpul memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh, yang meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya Khamis lepas. Dalam suasana suram dan sedih ini, cucu sulung Harimau Jelutong, Akhshay Singh Deo, 11 tahun, telah bersumpah ingin menjadi seorang peguam yang berani dan berdedikasi seperti datuk beliau. “Saya ingin jadi Harimau Jelutong seterusnya!” kata Akhshay, ketika ditanyakan Malaysian Insider sekiranya ingin mengikut jejak langkah datuk beliau dan menjadi seorang peguam yang pertahankan mereka yang ditindas. Akhshay merupakan anak sulung kepada Jagdeep Singh Deo, anak sulung Karpal Singh, seorang penggubal undang-undang negeri Pulau Pinang. Kanak-kanak ini turut kongsikan sebuah mimpi bersama datuk beliau yang dialami sebelum mendapat tahu khabar berita bahawa datuk beliau meninggal dunia. Dalam mimpi tersebut, Akhshay bermain bersama datuk beliau di tepi pantai. – MyLaunchPad
Perlukah PLUS Diswastakan?
KUALA LUMPUR – Ramai ahli politik dan penganalisis bersetuju bahawa gesaan supaya lebuh raya terpanjang di Malaysia, yang terbentang dari sempadan Thai ke Singapura, dimiliknegarakan sebagai tidak lojik memandangkan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) itu sudah pun menjadi milik negara empat tahun lepas. Ini berlaku apabila PLUS tidak lagi disenarai di Bursa Malaysia selepas diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan melalui dua agensi – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, milik Khazanah. Walaupun usaha kini dijalankan untuk mengeluarkan PLUS daripada pemilikan kerajaan, ahli ekonomi dan politik bersetuju bahawa ia perlu terus berada dalam kerajaan, memandangkan NSE yang terbentang di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia, merupakan infrastruktur negara yang kritikal. Tawaran baru-baru ini daripada Idaman Saga Sdn Bhd, yang dikata turut membawa masuk sebuah entiti lain berkaitan kerajaan, untuk mengambil alih pemilikan konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini, sekali lagi menyaksikan golongan politik, menggesa ia dimiliknegarakan. Namun, mereka lupa bahawa NSE sepanjang 772km, dan menjadi tulang belakang kepada rangkaian jalan raya di negara ini, serta semua lebuh raya dalam bidang kuasa PLUS Malaysia Bhd, sudah pun menjadi milik negara sejak 2010, hasil gesaan rakyat. Tawaran itu, tanpa harga tawaran daripada Idaman Saga, syarikat milik Tan Sri Halim Saad, antara lain, termasuk ‘gula-gula’ – tiada kenaikan bayaran tol sehingga akhir tempoh konsesi pada 2038. Ini juga akan menjimatkan kerajaan kira-kira RM64 bilion dalam nilai pampasan berikutan tiada kenaikan tol antara 2016 dan 2038. Tawaran seperti ini sudah pasti membuka mata pemilik kenderaan. Walaupun tiada butiran kewangan, harga tawaran dan pembiayaan untuk pembelian itu, penganalisis merasakan tawaran itu tidak berdaya maju untuk ditimbang secara serius. Pemilik sedia ada – UEM Group Bhd dan KWSP sudah pasti tidak mahu berpisah dengan aset bernilai tinggi itu. Penganalisis berkata PLUS Malaysia Bhd merupakan sasaran pengambilalihan yang menarik berdasarkan perniagaan itu menjana tunai yang besar serta potensi pertumbuhan yang kukuh. “PLUS sudah pun menjadi aset negara kerana ia milik syarikat berkaitan kerajaan, 51 peratus oleh UEM Group dan 49 peratus oleh KWSP. Ia tidak berbaloi untuk mengambil risiko dengan menswastakannya. Dari segi daya saing, UEM berjaya mengurus PLUS dengan baik. PLUS memberi pulangan yang baik kepada pencarum KWSP, oleh itu tidak perlu menswastakannya,” kata David Ang Chin Tat, Pengerusi Gerakan Selangor. “Kerajaan berusaha memenuhi kepentingan rakyat supaya aset penting ada masanya dimiliknegarakan bagi melindungi orang ramai. Orang ramai juga bermakna mereka yang bekerja untuk PLUS, bukan sahaja pengguna lebuh raya. “KWSP mewakili 14 juta rakyat Malaysia (yang mencarum). Mengapa KWSP perlu menarik diri daripada usaha sama itu? Saya tidak nampak perlunya (penswastaan) itu,” kata Ang. Zakie Shariff, Pengarah FA Securities, berkata lebuh raya yang sudah mencapai tahap matang seperti PLUS, status quo sedia ada wajar dikekalkan memandangkan ia merupakan syarikat swasta sebelum dimiliknegarakan menerusi KWSP dan UEM. “Saya tidak nampak wajarnya pihak ketiga membelinya balik daripada KWSP dan UEM. Jika ada sesiapa yang mahu mengurangkan beban kewangan rakyat, kaji jalan antara bandar, jangka hanya lihat PLUS. “Memandangkan kos sara hidup tinggi sekarang, tawaran untuk tidak menaikkan kadar tol dan penjimatan besar sangat menarik kepada orang ramai dan kerajaan,” katanya. Sambil menegaskan mengenai perlunya memikirkan kepentingan jangka panjang dalam isu ini, beliau berkata “KWSP dan UEM adalah dua agensi kerajaan dan usaha sama ini yang menyaksikan pemiliknegaraan PLUS pada 2010, sehingga kini berjaya mengurus PLUS dengan baik.” “Mengapa aturan yang kini memberi manfaat kepada rakyat, diubah?” tanya seorang profesor ekonomi yang enggan namanya disiarkan, mengenai tawaran oleh Idaman Saga itu. “Memang orang ramai tidak suka terhadap cadangan menaikkan tol oleh kesemua pemegang konsesi lebuh raya dan bukan hanya ke atas PLUS,” katanya. “Bagi PLUS, walaupun ia milik agensi kerajaan, ia menjaga dan mengurus kemudahan awam sebagai entiti perniagaan,” katanya. Namun, ramai penganalisis juga berpendapat bahawa berdasarkan konsesi tol yang semakin matang selain keuntungan yang dinikmati oleh pemegang konsesi , kerajaan perlu mengaji semula perjanjian bagi mengurangkan kekerapan kenaikan tol serta jumlah kenaikan. – BERNAMA
Kilang Sarung Tangan Di Sepang Musnah Dijilat Api
SEPANG – Sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi. – Berita Harian
Video Alyssa Soebandono & Desta “Club80′s” Berciuman Panas Tersebar
Satu kemalangan melibatkan dua buah kereta supercar telah berlaku di Kota Damansara malam tadi. Lamborgini Rempuh Ferarri, kemalangan, info, berita, Menurut sumber, kereta jenis Lamborghini itu mengekori rapat kereta Ferrari di hadapannya dengan niat mengajak untuk berlumba sebelum terlanggar belakang Ferrari tersebut. Pemandu Ferrari yang baru pulang dari bermain badminton bersama rakannya dilaporkan tidak mengalami kecederaan. Walaubagaimanapun kereta tersebut rosak teruk dibahagian hadapan. Saksikan beberapa lagi keping gambar di bawah... Lamborgini Rempuh Ferarri, kemalangan, info, berita, Lamborgini Rempuh Ferarri, kemalangan, info, berita, fuh, berapa agaknya kos untuk membaiki kereta tersebut? mujurlah pemandu terselamat...
Video Alyssa Soebandono & Desta “Club80′s” Berciuman Panas Tersebar
Daripada video ini kelihatan jelas adegan yang dirakam dengan sengaja adalah untuk kenang-kenangan. Video Alyssa Soebandono & Desta “Club80′s” Berciuman Panas Tersebar, artis indonesia, hiburan, gossip, video panas artis indonesia, Alyssa dan Desta turut menceritakan, di mana mereka berada dan apa yang sedang mereka lakukan. Video ini juga jelas menunjukan bahawa mereka memang ada hubungan istemewa. Mungkin video ini tidak memberi kesan pada pada pelakon tersebut kerana bagi rakyat Indonesia, perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan dan ternyata para peminat hiburan tidak kisah sangat. Ini terbukti apabila membaca komen-komen peminat tentang video ini. Walaubagaimana pun, penulis berharap isu seperti ini tidak akan berlaku kepada industri hiburan tanah air kita.
Emma Maembong bersedia kahwin dengan Zizan Razak di usia muda
Untunglah Zizan Razak. Kekasih hatinya si Emma Maembong yang baru berusia 22 tahun sudah pun memberikan “green light” untuk berkahwin pada bila-bila masa sahaja. Emma Maembong bersedia kahwin muda, hiburan, info, pasangan kekasih artis, zizan razak bakal kahwini emma maembong, Walaupun menyatakan kesediaannya untuk bergelar isteri kepada Zizan, Emma memaklumkan yang belum ada tarikh yang telah dipersetujui untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Untuk makluman, baru-baru ini tersebar khabar angin bahawa Zizan dan Emma bakal bernikah selewat-lewatnya Januari tahun depan. Kata Emma menerusi Kosmo:- Saya sudah bersedia berkahwin pada usia sekarang kalau sudah sampai jodoh dan waktunya. Keluarga Zizan belum datang berjumpa saya lagi, mustahil sudah ada tarikh kahwin. Jika sudah ditetapkan nanti, kami akan adakan sidang akhbar. Bab duit rasanya memang dah cukup kot untuk Zizan dan Emma berkahwin. Sekarang ini tibalah masa untuk mendapatkan restu keluarga. Tak sabar pula rasanya nak tengok majlis perkahwinan mereka berdua. Confirm meriah dan gempak gila. Sama-samalah kita nantikan.
Isu skirt pendek Shila salah saya – ND Lala
Bapa penyanyi Shila Amzah, ND Lala mengambil tanggungjawab dengan mengakui dirinya bersalah ekoran isu skirt dan legging warna kulit yang dipakai anaknya di China baru-baru ini. Isu skirt pendek Shila salah saya – ND Lala, hiburan, info, artis, shila amzah, isu skirt pendek shila amzah ND Lala bagaimanapun menjelaskan, apa yang berlaku ketika itu berpunca daripada kostum yang terhad selain kekangan waktu. “Sebenarnya ketika Shila telah diminta oleh lima buat stesen televisyen di sana secara tiba-tiba untuk membuat rakaman dan ia diadakan pukul 1 pagi tanpa kehadiran penonton. “Memandangkan kekangan waktu untuk pulang ke hotel dan kembali ke studio rakaman dalam tempoh dua jam, saya tidak fikir semua krew yang terlibat boleh menunggu untuk memulakan rakaman itu pada pukul 3 atau 4 pagi. “Jadi, Shila terpaksa pakai apa yang ada dan ia seperti warna kulit. Sebagai bapa, saya ada di sana dan letak kesalahan itu kepada saya,” katanya. ND Lala ditemui pada sidang akhbar Konsert Love Shila Amzah In Malaysia di Menara KL di sini hari ini. Hujung bulan lalu, Shila mencetuskan kontroversi ketika membuat persembahan satu program hiburan di China baru-baru ini. Shila memakai skirt pendek tetapi legging yang seakan warna kulit dan sekali pandang seolah-olah Shila memakai skirt pendek tapi bertudung. Mengulas lanjut, ND Lala berharap peminat seni hiburan tidak menganggap anaknya sebagai ikon muslimah sebaliknya sebagai ikon penyanyi. Jelasnya, ini adalah tidak adil jika Shila dianggap sedemikian kerana banyak kriteria yang tidak mampu dibawa anaknya itu. “Mesej dari saya biarlah Shila dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Cuma sebagai bapa, saya sentiasa berharap agar Shila akan sentiasa memperbaiki kehidupan dari hari ke hari,” Sementara itu, Shila pula berkata, sebagai manusia, dia tidak terlepas melakukan kesalahan. Namun dia lega kerana ahli keluarga terutama bapanya sentiasa berada di sampingnya ketika menjalankan aktiviti di China dan mengetahui perkara yang sebenarnya.--MalaysiaGazette
Minta Izin Sebelum Merompak?
BANTING: “Minta maaf mak cik… kami hanya nak barang dalam rumah ini saja, tetapi kami takkan cederakan sesiapa.” Itu kata-kata seorang daripada enam lelaki bersenjatakan pedang samurai yang merompak rumah Siti Salmiah Sahlan, 54, dalam kejadian di Jalan Batu Tujuh, Sijangkang di sini, dalam kejadian jam 3.30 pagi kelmarin. Minta Izin Sebelum Merompak?, perompak, info, terkini, berita, banting, Kejadian itu menyebabkan Siti Salmiah kehilangan wang tunai RM12,000 yang juga wang hantaran anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan hujung bulan ini. Menurutnya, perompak juga melarikan 12 telefon bimbit milik ahli keluarganya, tiga rantai emas, enam gelang dan dua cincin serta wang tunai RM8,000 miliknya dengan jumlah kerugian dianggarkan RM50,000. Menceritakan kejadian itu, Siti Salmiah berkata, dia bersama sembilan ahli keluarganya termasuk dua cucu berusia lapan bulan dan dua tahun sedang tidur. Katanya, seorang daripada perompak dipercayai mengumpil pintu utama rumah sebelum pergi ke dapur untuk membuka pintu bagi membolehkan lima lagi rakannya masuk. “Mereka memijak anak lelaki saya yang tidur di ruang tamu dan meluru masuk ke bilik saya lalu mengikat kami tiga beranak. “Saya masih trauma, tetapi kerana majlis perkahwinan anak semakin hampir, ia tidak akan menghalang majlis diteruskan,” katanya. Menurutnya, selepas itu, empat perompak itu mengejutkan seorang lagi anak sebelum naik ke tingkat atas mengejutkan anak lelaki keempat yang tidur bersama isteri dan dua anaknya. Anak mangsa Mohd Hafis Johari, 28, berkata, dia yang tidur di bilik di tingkat atas bersama keluarganya diarahkan keluar untuk berkumpul di bilik ibunya oleh penjenayah. “Mulanya saya enggan kerana khuatir perompak akan mencederakan isteri dan anak tetapi selepas mereka meletakkan pedang samurai di leher, saya akur dengan arahan itu kerana bimbang saya dan keluarga dicederakan jika tidak mendengar arahan mereka. “Penjenayah menyelongkar keseluruhan bilik kira-kira 20 minit sebelum melarikan diri menggunakan pintu dapur ke arah kawasan sawit di belakang rumah selepas mendapat wang dan barangan berharga milik keluarga,” katanya.-HM
Gadis Berusia 19 Tahun Maut Dihempap Lori Satu Tan
Orang ramai cuba membantu mangsa yang dihempap lori.
Georgetown : Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggang mereka dihempap lori satu tan dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam. Gadis Berusia 19 Tahun Maut Dihempap Lori Satu Tan, info, terkini, ngeri, berita, georgetown Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, dua remaja perempuan berusia 19 tahun terbabit ketika itu dalam perjalanan pulang dari Georgetown ke Balik Pulau. Bagaimanapun, selepas keluar lorong motosikal, sebuah lori dipandu seorang lelaki secara tiba-tiba hilang kawalan, terbalik dan menghempap motosikal ditunggang mereka. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, mangsa maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala rakannya pula kritikal dan masih menerima rawatan. Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan cuba mengelak sebuah lagi lori yang masuk ke laluannya secara tiba-tiba sebelum dia hilang kawalan dan terbabas. “Kita sudah mengambil keterangan daripada pemandu dan siastan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya – Hmetro Online
Mayat Siap Berkafan Ditemui Dalam Sawah!
ALOR SETAR- Seorang pesawah yang mahu membersihkan bendangnya di Kampung Tuba, Pokok Sena dekat sini hari ini, terkejut apabila objek yang ditarik keluar dari petak sawah menggunakan cangkul merupakan mayat seorang lelaki. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Saari Ariffin, 68, berkata dia ternampak satu objek yang seakan-akan kepala manusia ketika mahu membersihkan petak sawah tersebut. “Saya menggunakan cangkul untuk menariknya keluar dan alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati objek itu ialah mayat yang seolah-olah sudah dikafankan,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian. Saari berkata dia sudah dua bulan tidak ke sawah yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Kampung Tok Keling. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan yang mengesahkan penemuan berkata mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditanam di dalam lubang sedalam 0.6 meter. Polis percaya mayat tersebut dibuang di situ sejak seminggu lalu berdasarkan pemeriksaan awal yang mendapati mayat sudah mereput 60 peratus, katanya. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat.
MH370: Waris Penumpang Mahukan Bantuan Kewangan
Waris dan keluarga penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat. Pengerusi jawatankuasa berkenaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuan antara beliau dengan kira-kira 40 waris di sebuah hotel di sini, hari ini. Hamzah berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa berkenaan esok untuk diteliti dan kerajaan sedaya upaya akan cuba membantu mereka mengharungi waktu yang amat sukar ketika ini. “Kami bekerjasama rapat dengan mereka untuk memastikan apa yang saya katakan sebelum ini, perkara berhubung kepentingan mereka sentiasa dekat di hati kita. “Kami memahami keperluan mendesak untuk mendapat maklumat bagi pihak keluarga dan mereka yang memerhati di seluruh dunia,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan waris penumpang MH370 di sini. Pertemuan tertutup selama lebih dua jam itu turut dihadiri Ketua Pengarah Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya. Penerbangan MH370, Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Ketika ditanya pihak yangbertanggungjawab menyediakan bantuan kewangan, Hamzah yangjuga Timbalan Menteri Luar berkata: “Ia akan datang daripada MAS dan juga daripada kerajaan, jika perlu. Hamzah menegaskan bantuan itu bukan sahaja untuk waris keluarga dari Malaysia dan ia juga meliputi anggota keluarga dari China bagi membuktikan bahawa kerajaan Malaysia amat bertanggungjawab. – BERNAMA
GAMBAR: Redah Longkang, Sampah Sarap Dan Bahan Buangan Demi Cari Mangsa Lemas
TIADA istilah geli bagi anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sanggup mengharung air yang penuh sampah dan pelbagai jenis bahan buangan untuk masyarakat demi operasi mencari mangsa lemas di Ampang baru-baru ini. Balai Bomba Dan Penyelamat Ampang dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Kampung Melayu Ampang diteruskan sejak dari terima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu Kanak-kanak berusia 11 tahun dipercayai jatuh dari longkang dan di bawa arus deras. Operasi menyelamat diperluaskan lagi,dibantu oleh Unit Khas K9 Bomba dan Penyelamat Dalam Air Bomba (PPDA). Mangsa lemas telah dijumpai di Loji Takungan Air Smart Tunnel, Ampang. SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN…..(FB Bomba dan Penyelamat Malaysia)
Tiga Ditemui Mati Lemas Di Pantai Balok, Kuantan
Kuantan – Tiga lelaki termasuk seorang pelajar lemas dalam dua kejadian berasingan di Pantai Balok dan Teluk Cempedak, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.20 petang di Pantai Balok, dua lelaki lemas selepas tergelincir dari batu di pantai berkenaan. Mayat mangsa, Aman Ahamad, 21, dijumpai oleh orang awam yang sejurus kejadian itu manakala rakannya, Wan Mohd Akram Wan Yusof, 25, dijumpai pasukan penyelamat jam 6.20 petang. Sementara itu di Teluk Cempedak, di sini, seorang remaja berusia 14 tahun lemas ketika mandi bersama tiga rakannya, kira-kira 4 petang tadi. – Harian Metro
KEMALANGAN: Adun Paloh Yang Kini Dalam ICU Belum Tahu Isterinya Meninggal Dunia
Sekalipun sudah sedar , Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh,Kelantan Datuk Nozula Mat Diah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat Simpang Pulai, Khamis masih belum diberitahu mengenai kematian isteri beliau,Datin Maziah Din. Ini diberitahu oleh anak mereka,Nor Fatma Nadia kepada wartawan Sabtu. “Semalam bapa telah sedar. Sebelum ini tidak sedar sebab diberikan ubat supaya boleh berehat,” katanya. Pengarah HRPB Datuk Dr Raja Lope Ahmad Raja Ariffin berkata Nozula berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di Ipoh. Dalam kemalangan itu, Nozula, 57, mengalami kecederaan serius iaitu lebam di paru-paru selain tujuh tulang rusuknya, enam di bahagian kanan dan satu di kiri patah. Kemalangan yang menimpa Nozula berlaku kira-kira 6.30 petang di Km 23, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ketika beliau dan keluarganya dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Cheras, Kuala Lumpur. Kenderaan SUV yang dipandu anak perempuannya dipercayai terbabas kerana jalan licin sebelum merempuh tebing bukit yang menyebabkan isterinya Datin Maziah Din maut. Sementara itu petang Sabtu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menziarah Norzula di hospital itu. Turut sama melawat ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.- Agendadaily.com
Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Di Pusat Hiburan, Sah Ambil Ganja!
Kuala Lumpur – Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam. Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur. Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau. “Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. “Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam. Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak. “Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah,” katanya.
88 Orang Termasuk 16 Pelajar Sekolah Ditahan Mabuk Dan Khayal Di ‘Homestay’
GEORGE TOWN – Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam. “Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak. “Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. Ismail berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah. Beliau berkata siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah. Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu. “Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan,” katanya. – BERNAMA
Warga Emas Diserang Sawan, Mulut Berbuih Ketika Berasmara Di Hotel Dekat Miri
Miri – Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah hotel, di sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami kekejangan di seluruh tubuh. Difahamkan, lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga tetapi dipercayai mengunjungi hotel terbabit bagi memadu asrama dengan wanita berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya. Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan. “Tindakan pantas paramedik Hospital Miri berjaya menyelamatkan warga emas terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh badan selain mulutnya berbuih. “Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam),” katanya. Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan seks. Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum membawa lelaki itu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut. Katanya, keadaan lelaki itu stabil dan dibenarkan keluar sehari selepas itu. – Harian Metro
SEGERA: Bas Dua Tingkat Masuk Gaung Dekat Felda Chini, Seorang Dah Disahkan Maut
PEKAN – Seorang pelancong dilaporkan maut apabila sebuah bas persiaran dua tingkat yang dalam perjalanan dari Pulau Redang, Terengganu ke Singapura terbabas ke dalam gaung berhampiran Ladang Sungai Jernih, berhampiran simpang FELDA Chini, dekat sini, jam 4.30 petang tadi. Difahamkan, bas itu turut membawa pelancong dari United Kingdom dan Amerika Syarikat. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pekan ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan jam 4.25 petang dan sudah menghantar jentera ke lokasi kejadian.
Wardina – ‘Kenyataan Balas Ustaz Don Tidak Benar’
NAMPAKNYA, kontroversi di antara selebriti cantik, Wardina dan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal, tidak terus dijadikan topik hangat. Walaupun pada awalnya, perkara ini mendapat kritikan dan cemuhan daripada pelbagai latar masyarakat Islam, namun Wardina dilihat sangat tenang dalam menanganinya. Menerusi laman sosial, Facebook, milik selebriti ini, dia memberitahu bahawa telah berhubung dengan Ustaz Don menerusi talian mengenai perkara itu. Malah, dalam perbualan itu, Ustaz Don juga dikatakan telah menafikan kenyataan balas di akhbar tempatan (bukan Sinar Harian) mengenai isu berkenaan. “Just got off the phone with Ustaz Don. Uztaz Don kata dia tidak ada memberi apa pun kenyataan balas. “Segala kenyataan balas tidak benar. Khair Insya-ALLAH. Ada hikmah semua ini seperti kata ramai ustaz dan ustazah kepada saya. “Thank you for the support. Will meet up Monday. Alhamdulillah. Kita tak tahu rancangan ALLAH… ALLAH sebaik-baik perancang,” tulisnya lagi. Selain itu, Wardina juga dilihat sangat terbuka dalam memberi respons kepada pengikut di laman sosialnya mengenai perkara ini. Malah, beberapa saranan juga turut dibalas dengan reaksi positif tanpa menggores mana-mana hati peminat. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Don tidak dapat diperoleh kerana beliau kini dikhabarkan berada di luar negara, memenuhi tuntutan kerja. - Sinar Harian
10 Selebriti ‘Hot’ Berstatus Janda 2014 Didedahkan
Beberapa bulan lalu , negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah. Kedua-dua aktres ini dilihat tenang dengan status baru yang digalas mereka walaupun sesetengah wanita cuba menjauhkannya daripada hidup mereka bukan? Namun, dua orang aktres yang kami sebutkan telah bergelar janda dan mereka ini bukanlah calang-calang orangnya. Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut. Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain. Bukan mereka berdua ini sahaja yang kini memegang status janda tetapi kami berjaya menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yang kini sah bergelar janda. Itu sekadar gelaran kerana yang pasti, ada diantara mereka ini lebih hot daripada anak dara. Kami mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram. Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008. Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah. Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo. Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010. Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi. Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki. Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini. Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini. Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Cik Murai sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan beristerikan selebriti? - CikMurai
Shahz Jaszle Akui Ada Kekasih Baru, Putus Tunang Dengan Redzwani Puteri
Beberapa bulan lepas Shahz Jaszle pernah memberi kenyataan untuk berkahwin dengan tunangnya Redzwani Puteri. Walaupun Shahz pernah dilanda kontroversi ditangkap khalwat dengan wanita lain semasa masih menjadi tunang Redzwani dan keluarga sendiri telah menyatakan tidak menerima Shahz, Redzwani tetap mahu meneruskan hubungan dengan Shahz, mendakwa lebih mengenali lelaki itu. Semalam, Shahz telah memuat naik satu gambar mesranya dengan seorang gadis yang nyata bukan Redzwani di laman Instagram miliknya. Gadis itu yang dikenali dengan nama Hanis Husna Nadzree juga memuat naik gambarnya bersama Shahz. Dalam ruangan komen laman Instagramnya, Shahz mengakui Hanis Husna ialah teman wanitanya. Bagaimanapun, Redzwani telah meninggalkan satu komen yang memberi bayangan dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Redzwani beberapa jam lepas mengakui dia tidak mengetahui apa-apa. Menyatakan sesuatu seperti itu adalah kejam untuk dilakukan, wanita itu turut meminta agar mana-mana pihak tidak bersimpati dengannya, sebaliknya pasangan Shahz dan Hanis lebih memerlukan simpati. Redzwani turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Hanis melalui Twitter. Kini kita tunggu saja pengesahan rasmi dari Shahz dan juga mungkin penjelasannya mengenai apa yang telah berlaku.
Mayat Karpal Singh Dibakar Di Krematorium Bukit Gantung
GEORGE TOWN – Mayat mendiang Karpal Singh dibakar di Krematorium Batu Gantong selepas upacara penghormatan terakhir yang dilakukan ribuan orang. Ahli keluarga mendiang menghabiskan masa selama 30 minit bagi melaksanakan upacara-upacara terakhir selepas kereta yang mengusung mayat Karpal tiba di tempat pembakaran mayat pada kira-kira pukul 1.35 petang Ahad. Upacara pengebumian Karpal dilaksanakan dengan penghormatan negeri Pulau Pinang. Ribuan orang berarak di sepanjang jalan di Pulau Pinang bagi mengiring kereta yang membawa mayat mendiang ke upacara pengebumian. Perarakan itu membuat beberapa perhentian di tempat-tempat yang begitu dekat di hari Karpal, iaitu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall , bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institusi St Xavier (SXI) di mana tempat pendidikan beliau dan ibu pejabat parti DAP negeri di Rangoon Road, sebelum ke Krematorium Batu Gantong. Terdahulu, pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat serta wakil-wakil pelbagai persatuan memberi penghormatan terakhir kepada Karpal. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapan penghormatannya berkata, kerajaan negeri berkabung di atas pemergian Karpal yang berlalu terlalu cepat dan tidak dijangka itu. Ribuan orang awam turut memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang. – The Star
Pesara Tentera Parah Ditikam Anak Sendiri
KUALA TERENGGANU – Seorang bapa cedera parah setelah ditikam oleh anaknya sendiri selepas satu pertengkaran di hadapan rumahnya di Kampung Lembah Harapan Seberang Takir di sini malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 55 tahun itu menegur anak lelaki yang bertengkar dengan tunangnya di hadapan rumah pada 9.30 malam. Katanya berang dengan teguran itu, anaknya yang berusia 22 tahun bertindak memarahi bapanya dan melarang dia masuk campur dalam urusan mereka. “Mangsa kemudiannya turun ke kawasan halaman rumah untuk menasihati anaknya namun tercetus pergelutan dan pergaduhan antara bapa dan anak. “Berang dengan tindakan bapanya, anaknya bertindak menyerang dan menikam belakang badan mangsa dipercayai menggunakan pisau sebelum dikejarkan ke Hospital oleh ahli keluarga yang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya mangsa yang merupakan seorang pesara Tentera itu parah di bahagian belakang sehingga ke paru-paru selain tulang rusuknya patah akibat tikaman itu. Manoharan berkata mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan kini dilaporkan stabil. Beliau berkata suspek yang tidak bekerja itu diberkas 1.30 pagi ini ketika menerima rawatan di hospital yang sama setelah dipukul adik beradik yang lain selepas mengetahui kejadian itu. Jelasnya ketika kejadian anak perempuan dan isterinya berada di rumah dan insiden tikaman itu disedari anak perempuannya yang berusia 15 tahun. Hasil ujian saringan ke atas suspek mendapati positif dadah jenis morfin dan suspek kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah. Manoharan berkata polis juga sedang mengesan senjata yang digunakan oleh anak ketujuh daripada 12 beradik itu. – BERNAMA
Terkejut Jumpa Lipas Mati Dalam Lontong
KEWUJUDAN ‘makhluk’ yang tidak diundang dalam makanan bukanlah sesuatu yang asing untuk diperkatakan. Menerusi Facebook ‘Oh!Media’, seorang pengirim telah berkongsi gambar lontong yang dibelinya di sebuah kedai makan. Selepas beberapa ketika menjamah lontong tersebut, pengirim itu kemudiannya menyedari bahawa terdapat seekor lipas yang sudah mati dalam makanan itu. Memang menjijikkan! Moralnya, berhati-hatilah ketika menjamah makanan yang dibeli di luar. Sebaik-baiknya, gaul dan perhatikan terlebih dahulu makanan tersebut bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku kepada anda.
Kanak-Kanak 8 Bulan Maut Tertelan Skru
BESUT – Seorang kanak-kanak berumur lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter di rumahnya di Felda Selasih dekat sini semalam. Ketika kejadian, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan sedang bermain di dalam rumah bersama dua abangnya berumur lima dan tiga tahun. Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian disedari oleh abang mangsa berumur 5 tahun yang memberitahu datuknya yang berada di luar rumah setelah melihat adiknya itu tidak sedarkan diri selepas muntah-muntah. Kamaruddin berkata ketika kejadian ibu mangsa sedang mandi manakala datuk dan neneknya sedang membuat kerja masing-masing di sekitar rumah mereka. “Apabila menyedarinya, mereka mengejarkan mangsa ke Hospital Daerah Besut tanpa mengetahui ia telah tertelan skru,” kata Kamaruddin kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya mangsa meninggal dunia setibanya di hospital. Kamaruddin berkata mangsa dan ibu bapanya tinggal bersama datuk dan neneknya sejak beberapa tahun lalu di Felda berkenaan. Pemeriksaan pihak hospital kemudiannya mengesan sebatang skru sepanjang dua sentimeter terlekat di kerongkong kanak-kanak berkenaan, yang kemudian berjaya dikeluarkan. Mengesahkan hal itu, Pegawai Perubatan hospital, Dr Nur afi’dah M. Zulkepli berkata skru itu menyekat aliran udara (nafas) mangsa di kerongkong. Kamaruddin berkata pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian. Mayat mangsa dituntut oleh datuknya kira-kira jam 6.30 petang semalam. – BERNAMA
Pembantu Rumah Maut Ketika Beraksi ‘Spiderman’
Seorang pembantu rumah terkunci pintu dari dalam ketika dia keluar membuang sampah. Risau mengenangkan kuali dengan api terbuka berada atas dapur, pembantu rumah tersebut ke rumah jiran lalu meminta izin untuk masuk dan cuba memanjat ke rumah majikannya dari balkoni. Pembantu rumah yang dikenali sebagai Mila, 29, bagaimanapun tidak berjaya dalam cubaan tersebut apabila terjatuh dari tingkat lima Kondominium Stadia, Jalan Yio Chu Kang, Seranggoon, Singapura lalu maut serta merta, Jumaat lalu. Menurut Choo Y.K, 47, Mila yang berasal dari Filipina sudah tiga tahun bekerja dengan ibu bapanya. Ketika kejadian mereka tidak ada di rumah dan hanya menyedari kejadian apabila pulang jam 6 petang selepas melihat ramai anggota polis berada di tingkat bawah rumah mereka.
Disamun Ketika Jemaah Angkat Takbir
Lakonan Semula
MACHANG - Sungguh kurang ajar apabila seorang penjenayah memeras ugut seorang suri rumah meminta supaya menyerahkan beg tangan dan barang kemas sehingga mangsa kerugian kira-kira RM28,000 dengan mengacukan pisau lipat dan menyumpah seranah ketika jemaah mengangkat takbiruntuk menunaikan solat Jumaat berhampiran Masjid Peringat, Melor, Kota Bharu, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, mangsa, Nor Aini Mohd Nor, 58, yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah depan sedang menunggu suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 58, menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. Kereta diparkir di luar masjid dalam jarak kira-kira 100 meter dan tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali berbaju Melayu serta meletakkan kain pelekat di kepala di tepi kereta dan dalam keadaan cermin tingkap kereta terbuka sepenuhnya, dia mengacukan pisau lipat sambil menyumpah seranah meminta mangsa menyerahkan barang kemas dipakai dan beg tangan yang diletakkan di kaki. Menurut Nor Aini, dia tidak menyangka sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang tiba-tiba di parkir di belakang keretanya adalah kereta penjenayah. “Saya membuka cermin tingkap kereta kerana mahu mendengar khutbah dan berdoa. Tiba-tiba sebuah kereta di parkir di belakang kereta saya dan ketika jemaah mengangkat takbir untuk solat Jumaat muncul seorang lelaki tidak dikenali di tepi kereta mengacukan pisau lipat, malah menyumpah seranah dan meminta saya menyerahkan barang kemas dan beg tangan saya. – Harian Metro
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment