Thursday, April 3, 2014
Berita Terkini 03 April 2014
11 Melecur Disambar Api Di Stesen Minyak
GUA MUSANG – Sebanyak 11 orang cedera dengan seorang daripadanya dilaporkan kritikal akibat disambar api berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Persiaran Raya di sini Rabu malam. Api dipercayai berpunca dari tumpahan minyak petrol dari sebuah lori tangki yang sedang mengisi minyak di situ, kira-kira pukul 10.10 malam. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata mangsa yang kritikal dikenali sebagai Muhamad Azman Hamat, 18, yang terbakar di seluruh badan. Mangsa yang berasal dari Kampung Seberang Lembaga, Sungai Terah di sini kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu. Sepuluh yang lain dilaporkan melecur dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang. Mereka dikenali sebagai Nor Azila Amira, 23, Nor Marisah Mihd Yusuf, 20, Nor Asyikin Mohd Salleh, 20, Mihd Shair Hafizi, 24, Mihd Zul Idzhar Akmal, 16, Tengku Ahmad Afqih Tengku Abdullah, 20, Sayang Nor Ilyani, 23, Mohamad Quizuel Hakim Bahri, 20, Siti Zabariah Idris, 53 dan Mohd Ikhwan, 25. Saiful Bahri berkata kejadian berlaku ketika para mangsa sedang makan di kawasan Dataran Kesedar Putra yang terletak berhampiran stesen minyak berkenaan. Beliau berkata empat buah kereta dan tiga motosikal milik peniaga dan pelanggan turut hangus. Mengulas lanjut mengenai kabakaran itu, katanya petrol yang tumpah dari lori tangki itu dipercayai mengalir ke deretan gera-gerai makan berkenaan. “Api daripada gerai menjual burger kemudiannya dipercayai menyambar petrol yang mengalir itu dan terus merebak hingga membakar gerai yang lain menyebabkan para pelanggan bertempiaran menyelamatkan diri. “Namun kita masih menjalankan siasatan rapi ke atas kejadian itu,” kata Saiful Bahri. Sementara itu Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Machang, Che Rusli Che Sulaiman berrkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.16 malam dan menggegaskan 10 anggota bersama sebuah jentera. Beliau berkata sebaik pihaknya tiba, mereka mendapati berlaku letupan kuat akibat api membakar kereta dan motosikal yang terdapat di situ. Api dapat dikawal daripada merebak dalam masa 10 minit. Punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA
Dinding Bangunan Milik UMNO Diconteng Cat
Alor Setar – Beberapa dinding bangunan milik UMNO di negeri ini termasuk pejabat UMNO negeri diconteng dengan cat merah dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab, pagi ini. Kejadian pertama disedari berlaku kira-kira jam 5.30 pagi oleh pengawal keselamatan bertugas di bangunan pejabat UMNO negeri apabila menemui tulisan R4MASI 2.0 pada dinding premis. Setiausaha Kerja UMNO negeri Haris Che Mat berkata, pejabat UMNO Bahagian Jerai, bangunan kerajaan di Langkawi dan van milik UMNO Kubang Pasu turut menerima nasib sama. Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbuatan itu dipercayai dilakukan dua lelaki bertopeng. Katanya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 8.30 pagi tadi. – myMetro Online
Pesawat Paling Canggih AS Gagal Kesan Kapal Terbang MH370
PERTH – Pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia. Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu. Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas. Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan. Bagaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370. Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan. Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya. “Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut. “Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil,” katanya. Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan. – Reuters
5 Korban Gempa Bumi Landa Chile
Santiago – Satu gempa bumi dengan magnitud 8.2 melanda pantai Pasifik Chile semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh ketika ombak tsunami lebih dua meter membadai pantai. Penduduk yang panik membanjiri jalan raya selepas pihak berkuasa mengarahkan mereka berpindah ke tempat tinggi, manakala Presiden, Michelle Bachelet mengisytiharkan bahagian utara Chile yang dilanda gempa sebagai zon bencana. “Lampu jalan rosak, orang ramai lari ketakutan. Selepas gempa bumi ada beberapa gempa susulan,” kata penduduk, Veronica Castillo dari Arica, di utara Santiago. “Tentera dihantar ke kawasan terbabit untuk menjaga keamanan dan mengelak berlaku kecurian,” katanya. Di utara bandar raya Iquique, yang hampir dengan pusat gempa, kira-kira 300 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di tengah huru-hara akibat gempa bumi selama dua minit itu. Gempa melanda jam 8.46 malam waktu tempatan dengan kedalaman 10 kilometer, 83 kilometer dari Iquique di pantai utara Chile, kata Pusat Geologi Amerika Syarikat. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii mengeluarkan amaran kepada penduduk yang tinggal di sepanjang lebih 4,800 kilometer kawasan pantai di Selatan dan Amerika Tengah. Katanya ombak setinggi lebih dua meter terjadi akibat gempa terbabit. Menteri Dalam Negeri Chile, Rodrigo Penailillo berkata sekurang-kurangnya lima penduduk terbunuh dan tiga lagi cedera parah. Beliau berkata, amaran tsunami berkenaan akan berakhir untuk sekurang-kurangnya enam jam. 80 peratus bandar bergelap. Pengarah agensi bantuan bencana ONEMI, Ricardo Toro berkata gempa tidak mengakibatkan kerosakan teruk. Namun, gempa berkenaan menjejaskan menara kawalan di lapangan terbang Iquique, manakala bekalan elektrik terputus di Arica menyebabkan 80 peratus bandar terbabit bergelap. Berikutan arahan berpindah itu, Ecuador dan Peru turut mengeluarkan amaran yang sama. Ecuador bagaimanapun, mengurangkan tahap amarannya tetapi tetap berada di peringkat tinggi berwaspada terutama di Pulau Galapagos di Pasifik. Gegaran turut dirasakan di Bolivio dan gempa juga disusuli dengan gempa susulan sekuat 6.2 skala Richter. – AFP
Vladimir Putin, Isteri Rasmi Bercerai
Moscow – Kremlin mengesahkan semalam bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin mengesahkan perceraian dengan isterinya, Lyudmila yang dikahwini selama 30 tahun berikutan perpisahan secara tiba-tiba pasangan itu pada musim panas lalu. Biografi rasmi Putin yang sehingga 27 Mac masih meletakkan status beliau sebagai ‘berkahwin’ manakala isterinya ialah Lyudmila Aleksandrovna Putina. Ada 2 anak perempuan. Putin bagaimanapun kini mengatakan beliau mempunyai dua anak perempuan tetapi tidak menyebut nama wanita pertama republik itu. Jurucakap presiden, Dmitry Peskov mengesahkan kepada agensi berita Itar-TASS bahawa ‘perceraian itu sudah disahkan.” Putin pada Jun tahun lalu membuat satu pengumuman mengejut bahawa mereka berpisah selepas tiga dekad berkahwin, dalam satu kenyataan kepada seorang pemberita televisyen tempatan selepas menghadiri satu persembahan ballet di Moscow. “Ia adalah satu keputusan bersama,” kata Putin ketika itu manakala isterinya berkata bahawa perkahwinan itu sudah berakhir kerana ‘kami sudah saling tidak bertemu,” sambil menyifatkan ia sebagai satu perceraian bertamadun. Lyudmila Putina sejak sekian lama tidak kelihatan di khalayak ramai, manakala dua anak perempuannya juga tidak didedahkan kepada umum. Tidak ramai rakyat Russia yang tahu bagaimana rupa mereka. Kehidupan peribadi Putin, 61, sejak sekian lama menjadi desas-desus apabila ada pihak mengaitkan beliau dengan ahli gimnastik Olimpik yang kini menjadi ahli parlimen, Alina Kabayeva. Khabar angin terbabit bagaimanapun dinafikan dan sebuah syarikat penerbitan yang mengaitkan hubungan itu ditutup pada 2008. – AFP
Sorok Jam Rolex Dalam Kemaluan
Las Vegas – Seorang tukang urut didakwa mencuri jam tangan jenama Rolex seorang pelanggan lelaki dan menyembunyikannya di dalam kemaluannya. Christina Lafave, 25, dituduh mencuri jam milik Kenneth Herold pada 15 Januari lalu ketika mengurutnya di sebuah kamar di Hotel Wynn Las Vegas. Kes itu menjadi perhatian apabila peguam Christina percaya yang jam itu ditemui melalui pemeriksaan yang tidak sah dan tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah. Herold, 66, memberitahu polis dia menemui suspek di bar hotel berkenaan dan wanita itu memberitahunya yang dia menyediakan khidmat “urutan peribadi” dengan harga yang ditetapkan. Selepas bayaran dibuat, mereka berdua menuju ke bilik Herold dan Christina meminta lelaki itu menanggalkan jam tangannya supaya dia dapat mengurut lengannya. Tidak lama kemudian Herold mendapati jamnya yang berharga AS$35,000 (RM114,362) hilang. Christina menafi mengambilnya. Wanita itu ditahan pihak keselamatan hotel sebelum diserahkan kepada polis dan selepas disoal siasat dia mengaku menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluannya. Ujian X-ray yang dijalankan di hospital berhampiran membuktikan jam tangan itu berada dalam kemaluan Christina. – Agensi
Buaya Baham Empat Orang Ditangkap
KAMPALA – Seekor buaya yang telah membaham empat orang di daerah Jinja dan Mayuge, tebing Tasik Victoria kini ditangkap oleh anggota-anggota Pihak Berkuasa Hidupan Liar Uganda (UWA) pada 31 Mac lalu selepas haiwan itu diburu selama empat hari di Jinja. Pegawai UWA, Sulani Tumanya berkata, buaya berusia 80 tahun itu mempunyai berat sekitar 1,000 kilogram (kg). Berat tersebut cuma 47kg kurang daripada buaya paling berat di dunia, Lolong. Petugas-petugas UWA dan penduduk setempat memburu reptilia pembunuh itu di sepanjang Tasik Victoria. Lolong merupakan spesies buaya air masin dari Filipina seberat satu tan dengan panjang 6.4 meter. Buaya itu mati pada 10 Februari 2013 pada usia 50 tahun kerana penyakit misteri di kurungan di bandar Bunawan selepas 17 bulan ditangkap di sebuah teluk kecil oleh para pemburu haiwan tersebut selepas ia dipercayai membaham seorang nelayan. “Orang ramai merayu kepada UWA agar menjejaki buaya itu ekoran kematian seorang penduduk bandar Kakira dalam daerah Jinja,” kata Tumanya. Menurutnya, haiwan ganas itu yang diperangkap menggunakan umpan daging dan sebilah cangkuk empat hari lalu akan dipindahkan ke Taman Negara Jeram Murchison. – Agensi
K’jaan M’sia Beri Jaminan Untuk Kesan MH370
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR), mereka telah melakukan segala-galanya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata mereka tidak mengabaikan sebarang usaha dan perbelanjaan dalam mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang pada 8 Mac. “Kami telah bekerja keras dan bekerjasama dengan semua pihak yang boleh membantu termasuk orang-orang yang berada di sini hari ini. “Penyiasatan mengenai MH370 tidak pernah dilakukan sebelum ini. Dengan sedikit petunjuk, para penyiasat dari seluruh dunia telah dipaksa menggunakan kaedah-kaedah baharu untuk mencuba dan memahami apa yang telah berlaku. “Maklumat yang sedang kami siasat adalah maklumat terbaik yang kami ada. Kami menyusul semua bukti yang telah membawa kami dari Laut China Selatan hinggalah ke Selat Melaka; dari Laut Andaman hinggalah ke koridor Utara dan koridor Selatan; dan akhirnya ke Lautan Hindi,” katanya dalam ucapan perasmian pada taklimat khas kepada anggota keluarga penumpang pesawat warga China di hotel Bangi-Putrajaya, Rabu. Azharuddin berkata taklimat hari ini bertujuan memberi sebanyak mungkin maklumat bagi membantu anggota keluarga memahami kenapa dan bagaimama pasukan penyiasatan antarabangsa memutuskan mengenai pergerakan MH370. Apa yang diperkatakan Azharuddin semasa taklimat berkenaan telah dimoderatorkan oleh Wakil Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting yang turut dinyatakan dalam kenyataan terbaharu Kementerian Pengangkutan mengenai tragedi MH370. Taklimat berkenaan disiarkan secara langsung kepada anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang berada di Beijing. Turut hadir bagi menjawab soalan daripada anggota keluarga penumpang China ialah Duta Besar China di Malaysia Huang Huikang, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali Daud, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia Datuk Huzir Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha III Kementerian Luar Negeri Datuk Ibrahim Abdullah. Sementara itu, Kementerian Pengangkutan berkata Kerajaan Malaysia menghargai kepentingan dalam menyediakan maklumat yang tepat dan yang disahkan kepada anggota keluarga penumpang MH370. “Malaysia juga berusaha memastikan kerajaan-kerajaan yang rakyatnya menaiki pesawat MH370 diberikan taklimat sepenuhnya. “Rakyat China paling banyak menaiki MH370 berbanding negara lain. Malaysia menyedari tangggungjawabnya untuk memberikan Kerajaan China maklumat yang telah disahkan yang ia boleh gunakan untuk memberi taklimat kepada anggota keluarga rakyat China yang menaiki MH370,” menurut kenyataan itu. Kenyataan itu menyebut, sejak MH370 hilang, Malaysia sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa China di pelbagai peringkat kerajaan untuk memastikan maklumat yang tepat dan disalurkan pada masanya. Pesawat penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas. Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, di sebelah barat Perth, Australia. Beliau membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini oleh data satelit milik syarikat United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) yang menunjukkan pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan. Pencarian diteruskan di Perth, Australia. – BERNAMA
Mahu Eksport Telur Hasil Rebusan Air Kencing
China – Terdapat pelbagai perubatan tradisional yang pelik-pelik, yang menjadi amalan sesetengan penduduk di China. Antaranya ialah amalan makan telur ayam yang direbus di dalam air kencing budak lelaki. Bagi orang luar, ia adalah menjijikkan, namun tidak bagi penduduk Dongyang yang menyifatkan ia sebagai pembuka selera, apatah lagi telur rebusan itu berasa masam. Pakar masakan dan peminat telur air kencing itu kini cuba mempopularkan resepi berkenaan kepada masyarakat luar. Sejak beribu tahun yang lalu, amalan makan telur rebusan air kencing ini telah diamalkan penduduk di wilayah Zhejiang itu. Menurut chef Lu Ming, air kencing berkenaan dikumpulkan daripada sekolah tempatan dan akan dikutip setiap hari. Telur itu kemudiannya direbus dalam air kencing berkenaan. Pada mulanya direbus dengan kulit telur sekaligus, kemudiannya ditanggalkan telur itu dan direbus semalaman sebelum ia sedia dimakan. “Telur ini sedap dan sihat. Ia menyembuhkan demam dan memberikan tenaga. “Kami mahu mengeksport telur ini dan mahu orang di luar China merasai kepelbagaian makanan kami,’’ kata Ming.
Rantai Anak Elak Mencuri Di China
China – Nampak kejam namun ia cara yang dilakukan oleh seorang bapa untuk mengajar anaknya daripada berhenti mencuri. Caranya ialah dengan merantai anaknya dalam bilik. Bagi Wen Yuan, 47, dengan mengikat rantai di leher anaknya, Chuang, 24, ia bukan sahaja dapat menyedarkan anaknya itu mengenai tabiat buruk mencuri malah dapat mengelak keluarganya daripada terus mendapat malu. Jelasnya ia juga dapat mengelak Chuang daripada masuk penjara. Rantai yang diikat pada leher Chuang itu disangkutkan pada batu berat, dan ia ditempatkan di dalam bilik tidur anaknya, supaya dia tidak boleh bergerak dan hanya berbaring di atas katil. “Setiap kali berlaku kecurian, orang ramai akan mencari kami. Saya sudah tidak mampu untuk membayar ganti rugi kepada mereka. “Saya sudah bosan kerana terpaksa meminta maaf kepada mereka atas perbuatan anak saya, jadi ini sahaja cara untuk mengajarnya,’’ katanya. Menurut Wen Yuan, dia tidak boleh lagi membayar pampasan itu dan saya juga yakin jika Chuang masuk penjara, dia tidak akan berubah. “Saya tidak tahu berapa lama dia perlu dirantai seperti itu namun kami perlu memberinya pengajaran sebagai persediaan untuk menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab,’’ katanya.
Terkenal Makan Batu Bata Seluruh Kampung
India – Seorang lelaki di sebuah perkampungan di Kartanaka menjadi terkenal hanya kerana dia ketagih makan batu bata, tanah serta selut dan mampu makan tiga kilogram, setiap hari. Pakkirappa Hunagundi, 30, mula ketagih benda berkenaan sejak berusia 1o tahun dan mendakwa tidak mengalami sebarang penyakit akibat ketagihan luar biasa itu. Setiap kali berasa lapar, dia akan merayau di kawasan jalan dan tembok untuk mencari batu bata yang sesuai. Ketagihannya itu dikenali sebagai Pica, iaitu penyakit di mana penghidapnya akan berselera pada benda-benda yang tidak mengandungi khasiat. Meskipun dia menggigit benda-benda keras, namun Pakkirappa mempunyai barisan gigi yang penuh dan tidak bercadang mencari ubat untuk merawat ketagihan luar biasa itu. “Saya sudah makan batu bata ini selama 20 tahun. Saya suka makannya dan ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. “Sejak menghidap ketagihan ini saya tidak mengalami sebarang penyakit malah gigi saya juga sihat. Saya boleh menggigit batu yang keras tanpa masalah,’’ katanya. Ibunya telah menghabiskan masa selama 20 tahun menasihatkan anaknya itu supaya tidak makan rumah mereka atau batu bata di kampung berkenaan. Jelas Pakkirappa, dia tidak mempedulikan nasihat ibunya itu walaupun dia menawarkan ayam goreng atau makanan lain . “Saya akan tolak makanan itu kerana saya perlukan batu bata. Saya tidak boleh membuang tabiat ini,’’ katanya.
VIDEO: Gaduh Di Kedai Kasut Rebut Pakwe
Ok, kalau video sebelum ini menyiarkan dua budak perempuan bergaduh dengan menarik rambut dan bergumpal atas lantai dalam keadaan senyap, video ini pula sebaliknya. Dua budak perempuan termasuk seorang daripadanya dipercayai bekerja di kedai kasut yang menjadi lokasi pergaduhan ini terang-terangan tak puas hati disebabkan lelaki. Aduh, sedih sungguh bila tengok umur baru setahun jagung macam ini dah pandai datang serang orang sebab nak pertahankan pakwe. Yang kawan pula bukan tolong nak leraikan tapi tolong rakam. Mujur aksi paling teruk cuma sampai part mencarut dan tamparan sedas dua di pipi masing-masing sebelum budak yang datang menyerang itu beredar. Pada pendapat kami, daripada memalukan diri macam ini baik dua budak ni team up dan pergi tanya pakwe apa pasal dia menggatal dengan kedua-dua mereka?
Parti Separuh Bogel Dalam Kolam Di JB, Sabtu Ini?
Dalam keadaan negara sedang berdukacita dan menjadi tumpuan dunia kerana kehilangan pesawat MH370, banyak acara melibatkan hiburan dibatalkan kerana tidak sesuai dengan keadaan semasa. Selain itu, kes kematian enam pengunjung konsert FMFA 14 Mac lalu turut membuatkan beberapa konsert hiburan dibatalkan, antaranya Konsert Life In Color, Twin Towers @Live 2014 dan Festival Muzik Kuantan. Malangnya, didapati masih ada penganjur yang tetap berdegil meneruskan acara hiburan. Pihak yang tidak setuju dengan tindakan tidak sensitif ini telah menyebarkan acara berkaitan di laman sosial dengan harapan ia dapat dihentikan. Acara yang bakal berlangsung pada Sabtu, 5 April ini merupakan parti yang diadakan dalam dua kolam renang di Johor Bahru. Wanita yang datang dengan bikini awal-awal sudah dijanjikan minuman keras percuma jadi rasanya sudah dapat dibayangkan macam mana rupa parti kelak kan? Maknanya wanita separuh bogel dan arak sudah tentu dijadikan jamuan… Dibimbangi, perkara ini bukan sahaja membawa kepada masalah sosial tetapi juga boleh dijadikan modal pihak tertentu untuk mengambil kesempatan memburukkan imej Malaysia sebagai negara Islam apatah lagi dalam keadaan sekarang. Ia juga boleh memburukkan nama Johor, sebuah negeri yang sebelum ini sanggup menukar cuti kepada Jumaat semata-mata untuk memudahkan rakyatnya menunaikan solat Jumaat.
VIDEO: Perempuan Gaduh Di Luar Kafe Bukit Tinggi
Tak dapat digambarkan betapa malunya melihat kelakuan dua remaja dalam video di bawah. Gara-gara tak puas hati mereka bergumpal di luar sebuah kedai makan di Bukit Tinggi, Klang. Tak dapat dipastikan siapa yang memulakan pergaduhan ini tapi kedua-dua mereka kelihatan bersungguh-sungguh menarik rambut dan menendang satu sama lain tanpa mempedulikan orang sekeliling. Akhirnya sebab dah tak tahan tengok kedegilan dua budak ni termasuk walaupun sudah dijerkah beberapa kali, seorang lelaki bertindak berdiri di tengah-tengah mereka lalu meleraikan dengan bantuan seorang lelaki lain. Dapat didengar ada yang menjerit kepada mereka, “Woi sudahlah, tak reti ke? Balik!!” Yang peliknya tak ada sebarang suara keluar sepanjang pergelutan berlaku jadi tak dapat dipastikan apa punca yang membuatkan kedua-dua mereka naik hantu sampai macam ini.
Dua Termasuk Pelancong China Diculik Di Semporna!
KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki telah menyerbu sebuah resort di Semporna sebelum menculik dua individu – seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China yang berada disitu. Sumber polis memberitahu kejadian berlaku pada jam 10.30 malam semalam apabila suspek yang bersenjatakan senapang M14 tiba ke resort atas air itu dengan menggunakan bot. Tiga dari suspek tersebut – seorang daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain menanti di dalam bot. Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di sebuah bilik supaya diam dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan, pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh penjenayah tersebut. Mereka kemudian telah membawa lari seorang pekerja resort yang lainnya dan seorang pelacong yang bercuti di resort tersebut. Mangsa yang dilarikan dipercayai dikenali sebagai Marcy Dayawan, 40, pekerja resort tersebut dari Filipina manakala seorang lagi dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, seorang pelacong warganegara China. Gao telah mendaftar masuk ke resort tersebut pada semalam dan dijangka berada di situ sehingga Sabtu ini. Suspek dipercayai berbangsa Sulu kerana dikesan berdasarkan loghat percakapannya dan kesemua suspek melarikan diri ke arah Pulau Gaya dan mereka juga dikatakan fasih berbahasa Melayu. Ketika kejadian, 61 pelancong menginap di resort tersebut dan 47 pekerja sedang bertugas di resort tersebut. Jarak antara resort tersebut dengan Pekan Semporna adalah 2.2 batu nautika. Sejurus selepas kejadian itu satu laporan polis telah dibuat pada jam 12.58 dan gerakan bersepadu pelbagai agensi dari Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah dikerahkan untuk mengesan suspek. Pengarah Kawasan Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian dan siasatan kini sedang dijalankan. – ASTRO AWANI
AMARAN! Jangan Jawab Nombor Telefon Ini: 03- 2178 8888
ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888. Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera. MCMC sedang menyiasat kes ini. Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut. *Apa itu spoofing? Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar. Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.
Abang kandung dicari bantu siasatan kes rogol
ROMPIN – Seorang lelaki dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kerana dipercayai telah memperkosa adik kandungnya sendiri yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam di rumah ibu bapanya di Felda Keratong 4. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 25 Mac lalu sekitar jam 10 pagi iaitu ketika tiada sesiapa pun di rumah kecuali mereka berdua dan ini sudah kali kedua kerana kejadian yang sama juga pernah berlaku ketika mangsa, 31, berumur 21 tahun namun tiada laporan polis dibuat pada waktu itu. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata, kedua ibu bapa dan mangsa telah membuat laporan polis pada 28 Mac lalu di Balai Polis Tun Razak dan kini pihak polis masih menjejak lelaki tersebut yang melarikan diri selepas kejadian. “Abang kandung mangsa yang dikehendaki untuk membantu siasatan ini tidak bekerja dan mempunyai rekod terlibat dengan penagihan dadah. Dia telah keluar dari rumah selepas kejadian dan tidak pulang hingga kini,” katanya kepada Sinar Harian. Menurut Johari, ketika kejadian, abang kandung mangsa telah memaksanya untuk masuk ke bilik dan kemudian mengikat tangan mangsa pada katil sebelum merogolnya. “Mangsa turut memberitahu bahawa abang kandungnya itu mengugut supaya merahsiakan perbuatannya itu, namun selepas kejadian pada esok harinya setelah abangnya keluar dari rumah baru mangsa memaklumkan pada ayahnya kerana sebelum itu takut disebabkan abangnya masih ada di rumah," katanya.
Penjenayah kembalikan pasport
Rosila memegang pasport beliau dan suami yang terselamat selepas merayu kepada perompak supaya tidak mengambilnya agar beliau dan suami dapat ke Perth, Australia.
BERA - Belum reda kesedihan berikutan kehilangan anaknya, Mohd Khairul Amri dalam tragedi MH370, Selamat Omar, sekali lagi diuji apabila rumahnya di Felda Bukit Mendi, di sini dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang awal pagi semalam. Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Selamat, 60, tidak ada di rumah kerana menginap di sebuah hotel ibu negara bagi menunggu perkembangan misi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas. Hanya isterinya, Rosila Abu Samah, 50, dan anaknya, Kaiyisah Adibah, 8, yang baru pulang dari ibu negara petang Ahad lepas berada di rumah ketika kejadian. Menurut Rosila, dia tersedar dari tidur apabila lampu bilik terpasang, dan terkejut bila melihat dua orang bertopeng berada di hadapannya. “Salah seorang mengacukan parang ke arah saya menyuruh saya supaya senyap, dan meminta memberikan gelang dan anting-anting. “Sementara seorang lagi menyelongkar almari baju untuk mencari barang berharga,” katanya kepada Sinar Harian. Rosila berkata, kedua-dua penjenayah itu yang memecah masuk melalui tingkap biliknya itu menggeledah rumahnya hampir setengah jam dan turut melarikan beg tangannya yang mengandungi kad pengenalan dan kad bank. "Saya merayu supaya mereka tidak ambil pasport kami kerana bimbang akan menyukarkan urusan ke luar negara sekiranya terdapat sebarang perkembangan mengenai pesawat yang hilang itu di Perth, Australia. Katanya, mereka turut mengambil beberapa kad bank, kad pengenalan dan dua telefon bimbit tetapi memulangkan kad Maybank, lesen memandu dan pasport. “Selepas mereka ambil semua barang, saya ada dengar salah seorang menelefon rakan lain memberitahu untuk jumpa di tempat biasa. Dan mereka keluar ikut pintu utama, tetapi tidak langsung dengar bunyi motosikal atau kereta,” katanya. Rosila memberitahu, dia bergegas ke rumah jiran untuk memaklumkan berhubung kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Mengkuang. Difahamkan, Rosila sudah menghubungi suaminya (Selamat) untuk memberitahu perkara ini, dan dia agak terkejut mendengar apa yang berlaku serta memaklumkan akan pulang ke Bera hari ini selepas urusan di Putrajaya selesai. Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan kejadian tersebut dan kes sedang disiasat manakala pihak polis sedang memburu penjenayah itu.
Maut jatuh dari tingkat empat HTAR
KLANG - Seorang warga emas maut akibat terjatuh dari tingkat empat bangunan Hospital Tengku Ampuan Rahimah dekat sini, awal pagi semalam. Samsudin Ali, 61, ditemui terbaring di atas lot parkir kereta oleh pengawal keselamatan yang melakukan rondaan kira-kira jam 4 pagi. Menurut sumber, pengawal tersebut terdengar bunyi hentakan kuat seperti benda jatuh dan melihat mangsa berlumuran darah di lokasi berkenaan. "Mangsa dipercayai berjalan seorang diri ke koridor dari katilnya di Wad 4A untuk melihat pemandangan sekitar sebelum terjatuh tanpa disedari jururawat bertugas," katanya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan mangsa mengalami cedera parah dan mati serta-merta di tempat kejadian. Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terkandas semalaman dalam pesawat
HONG KONG - CHINA. Ratusan penumpang Dragonair terpaksa menghabiskan masa lebih tujuh jam di dalam pesawat apabila pesawat yang mereka naiki tidak boleh mendarat di lokasi asal kerana ribut kuat. Penerbangan KA875 berlepas dari Shanghai pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) dengan muatan penumpang seramai 252 itu, berpatah balik ke lapangan terbang berhampiran di Shenzen selepas Hong Kong dilanda hujan batu yang lebat dan ribut kuat. Jurucakap pengendali Dragonair, Cathay Pasific berkata, pada awalnya pesawat merancang berlepas semula ke Hong Kong sebaik sahaja cuaca reda, namun ia terpaksa ditangguhkan apabila pesawat didapati menghadapi masalah teknikal. "Kami memohon maaf di atas kelewatan ini kerana ia mengambil masa lebih lama daripada dijangka,"katanya dipetik AFP.
Britain arah siasat Ikhwanul Muslimin
LONDON - UNITED KINGDOM. Perdana Menteri Britain David Cameroon mengarahkan siasatan ke atas Ikhwanul Muslimin (IM) susulan kebimbangan bahawa kumpulan itu merancang aktiviti radikal di negara tersebut. Menurut AFP, Cameroon meminta agensi perisikan mengumpul maklumat mengenai falsafah dan aktiviti kumpulan terbabit serta potensi ancamannya di United Kingdom Tindakan diambil kerajaan adalah susulan laporan mengatakan pemimpin IM telah bertemu di London tahun lalu untuk membuat keputusan mengenai tindak balas mereka terhadap krisis Mesir, yang tercetus apabila salah seorang ahlinya Mohamed Mursi digulingkan sebagai presiden.
Kempen sentuh larangan Malaysia tayang filem aksi
JAKARTA - Kempen Parti Demokrat semasa Pemilihan Umum (Pemilu) 2014 selain membincangkan pelbagai isu tempatan, turut mempersoal keputusan tidak membenarkan tayangan filem 'The Raid 2: Berandal' oleh pihak berkuasa Malaysia. Calon presiden dari parti itu, Pramono Edhie Wibowo menuntut kerajaan Malaysia memberi penjelasan mengenai tindakannya itu. "Sungguh sangat mengecewakan kalau kerajaan Malaysia tidak membenarkan filem ini ditayangkan di Malaysia tanpa memberi alasan," katanya ketika berucap di Konvensyen Calon Presiden parti Demokrat di sini, semalam. Pramono yang juga adik ipar kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, berkata filem 'The Raid 2: Berandal' merupakan sebuah karya seni yang wajar dihargai dan sebagai tanda kebangkitan industri kreatif di Asia. "Alasan kenapa filem ini tidak ditayangkan sangat diperlukan untuk perkembangan industri kreatif di Indonesia mahupun Asean," katanya. Beliau berkata, filem tersebut yang kini ditayangkan di pawagam di Indonesia dan Amerika Syarikat menerima pujian daripada pengkritik filem dunia khususnya ketika ditayangkan di Sundance Festival 2014. Justeru, Pramono menggesa Kementerian Luar Indonesia supaya meningkatkan peranan diplomatik dengan kerajaan Malaysia, berhubung isu tersebut. Filem 'The Raid 2: Berandal' sepatutnya menemui penonton Malaysia pada 27 Mac lepas, namun dilaporkan tidak dibenarkan ditayang di negara berkenaan. - Bernama
Wilayah Korea makin tegang
PYONGYANG - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memberi amaran untuk melancarkan ujian nuklear susulan ketegangan semakin memuncak antara wilayah Korea selepas dua negara terbabit berbalas bedilan baru-baru ini. Dalam pertemuan dengan pemimpin tertinggi tentera kelmarin, Kim menyalahkan Washington dan Seoul tentang perbalahan semasa yang dihadapi selain mendakwa pihaknya telah ditindas pada rundingan damai Pyongyang. "Situasi sekarang sangat tegang," menurut Kim dipetik sebagai berkata dari agensi berita rasmi KCNA dipetik laporan Telegraph. Kim yang juga Komander Tertinggi Tentera Korea Utara (KPA) memberitahu pegawai kanannya, walaupun Korea Utara memberi gerak isyarat untuk berdamai, namun latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat dilihat sebagai untuk menceroboh Pyongyang.
Jururawat suntik mati tiga bayi
HANOI - VIETNAM. Seorang jururawat di sebuah hospital di Vietnam mengaku membunuh tiga bayi baru lahir apabila menyuntik mereka dengan anestetik dan bukannya vaksin hepatitis B. Jurucakap polis, Nguyen Van Loi berkata, suspek Nguyen Thi Thuan dari hospital besar daerah Huong Hoa di wilayah Quang Tri didakwa tidak sengaja menyebabkan kematian pada Julai tahun lalu akibat melanggar etika dan peraturan pentadbiran. "Semasa ditahan minggu lalu, Thuan mengaku menyuntik ketiga-tiga mangsa dengan Esmeron, iaitu sejenis ubat yang biasanya digunakan sebagai anestetik am," katanya dipetik DPA.
Peguam boikot perbicaraan Ikhwanul
KAHERAH - MESIR. Barisan peguam bela bagi 50 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin, memboikot sesi pertama perbicaraan selepas hakim enggan memperincikan tuduhan bersalah terhadap mereka. Kesemua mereka dihadapkan ke sebuah mahkamah di Akademi Polis New Cairo selepas didakwa bersalah mendalangi keganasan Ogos lalu di Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Bandar Nasr, timur Kaherah. Sumber perundangan berkata, barisan peguam bela menarik diri sebagai protes selepas salah seorang defendan memberitahu hakim, beliau tidak dapat mendengar dengan jelas prosiding itu. “Pasukan pembelaan menuntut mahkamah perincikan setiap pertuduhan namun permintaan ditolak dan hakim meneruskan perbicaraan,” katanya dipetik Al Ahram. Menurutnya, peguam bela juga menuntut penarikan diri panel hakim juri dan memohon mahkamah lain untuk meneliti kes itu. Kesemua mereka adalah antara 529 tahanan yang dijatuhi hukuman mati selepas dituduh berkomplot untuk menjatuhkan Perlembagaan bagi menubuhkan kerajaan alternatif dan cubaan menculik Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi.
Wanita hamil tujuh bulan dirogol lima lelaki
BACHOK - Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok, malam Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di Tangok. Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk membeli makanan. “Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah di Kampung Kuau. “Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya. Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang motosikal,” katanya. Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi. "Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April. "Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan. Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak polis berjaya mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai diculik di Tangok pada 28 Mac lalu. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang 28 Mac lalu. Mangsa diheret masuk ke dalam kereta oleh suspek yang tidak dikenali. Bapa saudara mangsa yang berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi, 2 Mac. Suspek didakwa meminta tebusan daripada keluarga mangsa di Bangladesh sebanyak RM15,000. Hasil maklumat, polis berjaya menemui semula mangsa di Machang dan menahan 10 suspek terlibat. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan Tangok, Berkelam. Semua suspek dibawa ke IPD Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Pemain Bola Diselamatkan Pihak Lawan
Kiev – Ia merupakan saat dramatik melibatkan pemain pasukan bola sepak Dynamo Kiev dalam Liga Perdana Ukraine. Pemain itu, Oleg Gusev, 30, berjaya diselamatkan oleh seorang pemain lawan dari pasukaan Dnipro, Jaba Kankava, daripada tertelan lidah sendiri. Kejadian berlaku selepas Gusev tidak sedarkan diri setelah berlanggar dengan penjaga gol Denys Boyko. Lutut Boyko telah terkena muka Gusev menyebabkan dia rebah. Namun tindakan pantas Kankava yang terus memasukkan tangan ke dalam mulut Gusev untuk membolehkan aliran udara di leher Gusev berjalan lancar, nyata berjaya menyelamatkan pemain bola itu. Beberapa saat kemudian, Gusev, yang juga kapten pasukan Dynamo Kiev mulai sedar dan meronta-ronta sebelum berjaya ditenteramkan oleh pasukan perubatan yang bergegas ke tengah padang. Penonton yang menyaksikan perlawanan itu semuanya diam dan mereka kemudian menepuk tangan apabila Gusev diusung keluar. Manakala Kankava pula telah diberikan rawatan selepas tangannya dipercayai digigit secara tidak sengaja oleh Gusev ketika dia cuba menyelamatkan lelaki itu. Sementara Gusev pula dilaporkan semakin pulih.
BNM Nafi Arah Bank-Bank Naikkan Kadar Faedah Untuk Pembelian Kereta
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan mengeluarkan sebarang arahan kepada bank-bank supaya menaikkan kadar faedah bagi pembiayaan sewa beli kenderaan. BNM dalam kenyataan hari ini berkata tiada sebarang arahan daripada bank pusat itu untuk menaikkan kadar faedah pembiayaan kenderaan. “Institusi kewangan menetapkan kadar pinjaman mereka sendiri yang ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk penilaian institusi kewangan terhadap kedudukan kredit peminjam, kadar pembiayaan pasaran dan pertimbangan yang kompetitif,” katanya. Sebuah akhbar kewangan tempatan hari ini melaporkan kadar faedah pinjaman sewa beli telah meningkat sebanyak 40 mata asas bagi kenderaan nasional dan bukan nasional dalam tempoh dua minggu lepas. Menurut akhbar itu, bank-bank menyatakan peningkatan itu adalah “arahan” Bank Negara Malaysia, sebahagian daripadanya didorong oleh kebimbangan pinjaman tidak berbayar untuk kenderaan bermotor yang semakin meningkat. — BERNAMA
Mayat Mangsa Bunuh Diri Tidak Dialihkan
China – Mayat seorang mangsa bunuh diri hanya dialihkan selepas beberapa tahun kematiannya kerana orang ramai menyangka mayatnya yang tergantung pada papan iklan itu, merupakan sebahagian daripada iklan tersebut. Meskipun beribu-ribu pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan setiap hari, namun tidak seorang pun yang menyedari mengenai mayat berkenaan yang bertukar menjadi mumia. Menurut polis, kematian mangsa hanya terbongkar selepas pekerja membaiki papan tanda berkenaan yang terletak di bandar Dongyang. Mereka menyedari keadaan itu selepas menghidu bau busuk pada mayat berkenaan lalu menghubungi polis. Pihak berkuasa masih menyiasat kes itu dan sukar untuk mengagak punca kematian dan tempoh kematian selain jantinanya. “Ia sepatutnya disedari oleh orang ramai yang melalui jalan raya itu kerana terdapat perbezaan antara daging manusia dengan bahan logam yang digunakan untuk membuat iklan,’’ kata jurucakap polis. Sebahagian daging mayat juga dipercayai telah dimakan oleh burung.
Bayi Lahir Dengan Kepala Berbentuk `Hati’
Kalimantan –Seorang bayi di Indonesia dilahirkan dengan kepala berbentuk `hati’ disebabkan oleh tumor di dalam kepalanya. Ketumbuhan itu menyebabkan kepala Muhammad Nafi, yang baru berusia dua minggu semakin membesar sejak dia dalam kandungan lagi. Ibu bapanya Mailani, 22 dan Buasin, 32, kini berusaha mengutip wang bagi membiayai pembedahan namun dengan pekerjaan Buasin sebagai petani, sukar bagi mereka mendapatkan wang untuk pembedahan. Muhammad adalah anak kedua pasangan berkenaan dan bayi itu kini dirawat di Hospital St Antonius di Pontianak. “Saya keliru. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan anak saya. Kami sekeluarga hanya berserah kepada takdir,’’ kata Mailani. Pembedahan itu hanya boleh dilakukan apabila usia Muhammad mencecah tiga bulan. Ini kerana, pembedahan ketika ini amat berisiko kepada bayi tersebut kerana tumor itu akan menyebabkan tempurung kepalanya terbuka, sekali gus mendedahkan otaknya. Tumor itu telah memberikan kesan kepada mata kanan Muhammad.
Banduan Jadi ‘Atuk’ Paling Muda Britain
London – Seorang banduan berusia 27 tahun yang dipenjara kerana membunuh akan menjadi datuk paling muda di Britain selepas anaknya berusia 13 tahun hamil. Selepas menyiarkan gambar dalam Facebooknya, bapanya yang dipenjara ketika dia masih berusia dua tahun kerana menikam seorang lelaki hingga mati, mendesaknya menggugurkan kandungan itu. Bagaimanapun, rakannya memberi kata semangat kepada gadis itu yang hamil hasil hubungan dengan seorang budak lelaki sama usia dengannya. Namun, tak semua rakannya menyokongnya. Ada yang menyifatkan keadaannya sebagai ‘amat memalukan. “Memalukan. Ibu saya sudah pasti membunuh saya jika saya hamil pada usia ini,” tulis rakannya itu. Identiti bapa dan anak tidak boleh didedahkan atas alasan undang-undang, Akhbar tempatan berkata, gadis itu sudah diberhentikan dari sekolah aliran perdana untuk ditempatkan di unit khas pendidikan yang ditubuhkan khusus untuk wanita muda yang hamil. Dia tinggal di rumah yang disediakan kerajaan bersama ibunya yang sudah mempunyai teman baru. Datuk paling muda di Britain sebelum ini ialah Shem Davies, 29, dari Bridgend, selatan Wales selepas anaknya Tia melahirkan anak pada usia 14 tahun. Davies ketika itu berkata: “Saya sungguh marah. Anak saya lahir ketika saya berumur 14 tahun. Dan kini, pada usia sama, dia pula akan melahirkan anak. “Saya tahu begitu sukar bagi ibu bapa remaja membesarkan anak dan kini dia pula akan melalui nasib sama,” katanya. – Agensi
Biar Kemaluan Dimakan Dubuk
Lusaka, Zambia – Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan. Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya. Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya. “Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia. Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu. “Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya. Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya. Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya. “Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu. Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis. Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. – Agensi
Suami Lacurkan Isteri Beli Dadah, Jadi Penonton Isteri ‘Dijamah’
Kuala Lipis – Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang. Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa. Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu. Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran. Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan. Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan. “Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya. “Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya. Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin. Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin. “Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya. Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan. Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya. Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya. – myMetro Online
VIDEO: Tukang Cat Bersuara Merdu Mengaji
Walaupun comot dengan pakaian berlumuran cat, siapa sangka lelaki ini mempunyai kelebihan yang amat hebat. Tukang cat yang mungkin sedang melelahkan penat selepas bekerja ini mengisi masa dengan mengalunkan ayat al-Quran dan Subhanallah, suaranya sungguh merdu dan meruntun hati sesiapa sahaja yang mendengar. Kesimpulannya, jangan sesekali kita menilai seseorang daripada penampilan luaran kerana dia mungkin lebih mulia dan berilmu daripada kita. Saksikan video di bawah.
Kedudukan Shila Jatuh Merudum Kerana MH370?
LANTARAN isu boikot rakyat negara China terhadap Malaysia berikutan insiden pesawat MH370, penyanyi Shila Amzah yang sedang mencipta nama di sana turut terkena tempiasnya. Ia jelas dilihat menerusi program realiti ‘I Am A Singer’ yang sebelum ini menyaksikan Shila berada di tangga pertama pada minggu ke-10 tiba-tiba menjunam jatuh ke tangga keenam pada minggu seterusnya. Keputusan itu nyata mengejutkan peminat dan juri profesional kerana persembahannya jarang sekali mengecewakan. Memetik laporan Harian Metro, ibu Shila, Fauziah Sarman berkata keputusan itu diterima Shila dengan hati terbuka. “Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perubahan kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu MH370. “Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa apatah lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian penonton juga berubah kerana masing-masing mahu menyelamatkan peserta tertentu. “Kalau nak kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan di China, Shila tetap dilayan dengan baik dan peminat yang terserempak dengan Shila begitu teruja nak bergambar. “Bagi Shila apabila dia berada dalam satu pertandingan dan memperoleh peluang, tiada alasan untuk patah semangat atau sambil lewa ketika membuat persembahan,” katanya. Sabarlah Shila. Kalau insiden pesawat ini menjadi pengukur para peminat program tersebut untuk mengundi Shila, ternyata merekalah yang tidak bersikap profesional dalam hal ini. Apa pun, kami yakin peminat sejati Shila akan terus menyokong dan mendoakan kejayaan Shila di persada antarabangsa.
AS Keluarkan Amaran Tsunami Kepada Hawaii
KUALA LUMPUR – Penjara Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia kerana aspek kebajikan dan hak asasi banduan memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program pemulihan yang dilaksanakan bukan sahaja dijadikan kursus pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), malah turut digunakan di beberapa negara lain. “Jabatan Penjara Malaysia amat peka terhadap hak asasi serta kebajikan penghuni, dan memastikan layanan profesional berlandaskan nilai kemanusiaan secara adil dan saksama. “Semua penghuni dilayan dengan adil mengikut standard prosedur tanpa mengira bangsa, jantina atau fahaman politik,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu sama ada layanan terhadap banduan memenuhi standard peraturan minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSMR). Wan Junaidi berkata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) juga mengesahkan penjara Malaysia melaksanakan layanan terbaik kepada penghuninya. Menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar sama ada banduan yang sudah mendaftar dibenarkan mengundi pada pilihan raya, Wan Junaidi berkata perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan. Mengenai penyakit batuk kering yang dihadapi penghuni dan pegawai penjara, Wan Junaidi berkata, kementerian itu akan bermesyuarat dengan pihak berkaitan bagi membincangkan isu itu. “Saya sudah mengarahkan Jabatan Penjara mengaturkan mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah itu, khususnya pemberian imunisasi bagi yang dijangkiti dan langkah pencegahan lain,” katanya. Sementara itu, menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) terhadap layanan terhadap tahanan wanita, beliau berkata, Jabatan Penjara sentiasa prihatin dengan keperluan golongan itu terutama yang hamil. “Kita memberi layanan dan rawatan sama seperti yang diberikan kepada wanita luar penjara. Jika memerlukan rawatan setiap minggu, dia akan mendapatnya,” katanya. – BERNAMA
WASHINGTON – Pusat Amaran Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami kepada wilayah Hawaii awal hari ini selepas gempa bumi kuat berukuran 8.2 magnitud melanda pantai Chile. “Berdasarkan semua data yang diperolehi, tsunami besar dijangka tidak melanda wilayah Hawaii,” kata pusat amaran berkenaan. Bagaimanapun, perubahan paras laut dan arus deras dijangka berlaku di sepanjang pantai yang membahayakan orang ramai dan bot berdekatan serta kegiatan di pantai, pelabuhan dan pangkalan kapal persiar. – Xinhua
AS Keluarkan Amaran Tsunami Kepada Hawaii
WASHINGTON – Pusat Amaran Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami kepada wilayah Hawaii awal hari ini selepas gempa bumi kuat berukuran 8.2 magnitud melanda pantai Chile. “Berdasarkan semua data yang diperolehi, tsunami besar dijangka tidak melanda wilayah Hawaii,” kata pusat amaran berkenaan. Bagaimanapun, perubahan paras laut dan arus deras dijangka berlaku di sepanjang pantai yang membahayakan orang ramai dan bot berdekatan serta kegiatan di pantai, pelabuhan dan pangkalan kapal persiar. – Xinhua
Awas Sindiket Penipuan Mohon Kerja Kerajaan!
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mendedahkan terdapat satu sindiket penipuan memperdaya orang ramai yang mahu mendapatkan pekerjaan di sektor awam. Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut melalui laporan yang dibuat orang ramai. “Kami menerima beberapa laporan orang ramai bahawa ada pihak tertentu atau sindiket mengguna pakai nama SPA bagi tujuan panggilan temuduga. “Panggilan itu bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kolej dan universiti untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam dengan mengenakan bayaran RM500,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Mahmood berkata, semua permohonan pekerjaan di sektor awam perlu dilakukan secara dalam talian dan turut diiklankan di akhbar-akhbar tempatan apabila terdapat kekosongan. Justeru, katanya, semua calon-calon yang berjaya dipanggil temuduga bagi sebarang jawatan akan dipanggil melalui surat, emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon. Panggilan temuduga juga boleh disemak melalui laman web www.spa.gov.my daripada semasa ke semasa dan semua urusan itu adalah percuma. Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sindiket tersebut jika mahu mendapatkan pekerjaan di sektor awam. “Orang ramai juga dinasihatkan supaya membuat laporan polis sekiranya terdapat tawaran pekerjaan oleh sindiket tersebut bagi mengelakkan sebarang penipuan,” katanya. Pertanyaan lanjut boleh menghubungi SPA di talian berikut: • Talian Umum : 03-88856000 • Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas : 03-88856010 • Setiausaha Bahagian Pengambilan : 03-88856014 • Unit Pendaftaran SPA : 03-88856297/03-88856298
Wanita Jatuh Perigi Ketika Sedang ‘Projek’
Seorang lelaki kini dicari pihak polis selepas lari meninggalkan teman wanitanya yang jatuh ke dalam perigi ketika mereka sedang melakukan hubungan seks. Lelaki itu memilih untuk melarikan diri daripada membantu Edelia Aponte, 21, apabila dia terhumban ke dalam perigi sedalam 15 kaki (4.6 meter). Kejadian berlaku apabila Edelia tidak menyedari kayu yang digunakan untuk menutup perigi tempat dia dan lelaki tersebut melempiaskan nafsu longgar membuatkannya terjerlus. Edelia baru sahaja mengenali lelaki tersebut pada hari kejadian di Ciudad Real, Sepanyol. Dia bernasib baik kerana ada orang awam yang menelefon polis memaklumkan kejadian tersebut lalu dia berjaya diselamatkan. Jurucakap bomba dan penyelamat, Leni Portillo berkata, wanita tersebut terselamat kerana dia pandai berenang dan tidak panik selepas jatuh. Lelaki yang meninggalkan Edelia kini dicari dan akan didakwa atas kesalahan tidak membantu seseorang yang memerlukan bantuannya.
Lelaki Ditemui Rentung Dalam Kereta Terbakar
KLANG – Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Batu 4, Jalan Klang-Meru awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong berkata polis mendapat maklumat berhubung kejadian itu setelah dimaklumkan orang awam pada pukul 5.3 “Kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang apinya berjaya dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat dari Klang hampir setengah jam kemudian,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata pemeriksaan susulan ke atas kenderaan itu kemudiannya, pihak polis menemui mayat seorang lelaki yang 80 peratus badannya telah terbakar. Mangsa dipercayai berumur lingkungan 30-an dan mayatnya dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. Mohd Shukor berkata semakan ke atas kereta terbabit mendapati ia didaftar atas nama seorang lelaki yang beralamat di Banting. “Pemeriksaan mendapati mangsa bukan pemilik sebenar serta tiada sebarang laporan berhubung kehilangan kenderaan tersebut. “Berikutan itu siasatan terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca sebenar kebakaran,” tambahnya. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.- BERNAMA
VIDEO: Detik Cemas Lelaki Selamatkan Diri Dari Api
Mencemaskan.. begitulah situasi yang dirakam ketika kebakaran tercetus di Kampus AIG di Houston, Texas, Selasa lepas. Dalam rakaman yang dimuatnaik di YouTube ini, seorang pekerja pembinaan kelihatan terperangkap di luar tingkap yang sedang marak terbakar dan jalan yang ada cuma untuk dia melonjak turun ke tingkat bawah. Disebabkan bantuan lambat tiba lelaki tersebut terpaksa bertindak yang jika tersilap langkah, boleh membuatkan dia jatuh dan mungkin maut atau patah riuk. Akhirnya anggota bomba berjaya menyelamatkan lelaki ini cuma beberapa saat sebelum dinding yang terbakar hampir menimpa mereka. Menurut Jabatan Bomba Houston, kebakaran berjaya dipadamkan selepas dua jam dan tiada sebarang kecederaan direkodkan. Siasatan tentang punca kebakaran masih berjalan.
DAP Rancang Naikkan Tarif Air – Rakyat P.P Tertipu
KUALA LUMPUR – Rancangan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air domestik dan industri di negeri itu bertentangan dengan manifesto pakatan pembangkang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada Mei tahun lalu. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai DAP dalam manifesto itu menegaskan untuk memastikan kerajaan negeri dan Persekutuan mengurangkan tarif air. “Pakatan pembangkang turut menyatakan penetapan tarif air pada kos rendah akan mengurangkan beban kos hidup orang ramai. “Bagaimanapun selepas PRU13 kerajaan Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj pemulihan air (WSC) sebanyak 100 peratus kepada 48 sen per 1,000 liter. Sekarang kerajaan negeri memaklumkan pula sedang mempertimbang menaikkan tarif air pada tahun ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Justeru, Keng Liang berkata, rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air pada tahun ini melanggar janji yang parti itu kemukakan kepada rakyat Pulau Pinang melalui manifesto PRU13. Sehubungan itu, beliau meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertimbangkan semula cadangan tersebut demi kebaikan penduduk Pulau Pinang. Media hari ini melaporkan, Guan Eng memaklumkan kerajaan Pulau Pinang sedang melihat kemungkinan menaikkan tarif air domestik dan industri. Guan Eng dipetik berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) untuk menaikkan tarif memandangkan pendekatan lembut untuk mendidik pengguna mengurangkan penggunaan air gagal. Beliau mendakwa, Pulau Pinang terus merekodkan sebagai negeri paling tinggi menggunakan air walaupun banyak usaha untuk menyedarkan tentang pemuliharaan air diadakan dan mengenakan WSC atau denda untuk pembaziran air.
MH370: Pengarah Filem Lord Of The Rings Hantar Jetnya Bantu Misi SAR
KUALA LUMPUR – Jet persendirian milik pengarah filem Lord of The Rings, Peter Jackson turut digunakan dalam operasi mencari pesawat MH370 yang dilaporkan ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, menurut laporan portal berita antarabangsa. Pesawat Gulfstream G650 milik Jackson itu digunakan bagi tujuan komunikasi untuk menghantar mesej di antara pesawat-pesawat yang terlibat dalam misi mencari itu. Menurut laman web Gulfstream, jet milik Jackson itu mempunyai kelajuan tinggi dan berupaya untuk terbang pada jarak jauh berbanding pesawat biasa dimana ia membolehkan Jackson membuat perjalanan tanpa henti dari Welllington, New Zealand ke Los Angeles, California, dimana kebanyakkan penggambaran filemnya dijalankan. “G650 boleh membawa lapan penumpang dan empat anak kapal untuk perjalanan tanpa henti sejauh 7,000 batu nautika (12,964 km),” menurut laman web tersebut. Bernilai puluhan juta dolar, kelajuan jet mewah itu mampu mencecah 708 batu sejam (1139.42 km sejam) dan menerusi operasi ini, ia digunakan secara bergilir dengan beberapa pesawat persendirian lain yang turut dihantar bagi tujuan sama. Jurucakap Jackson turut mengesahkan penglibatan jet mewah milik Jackson yang dibeli pada Mac 2013 itu namun enggan menjawab soalan sama ada Jackson sendiri menawarkan pesawatnya atau diminta oleh mana-mana pihak. “Peter tidak mahu mencari publisiti berkenaan perkara ini. Banyak lagi pesawat persendirian serta milik tentera turut serta dalam operasi ini. Ia agak menyedihkan kerana disebabkan jet ini milik seorang selebriti, kini ia menjadi tumpuan ramai, sedangkan lebih 200 orang hilang (dalam pesawat MH370),” jurucakap Jackson, Matt Dravitzki berkata. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Sejak tragedi ini berlaku, puluhan negara seluruh dunia turut menghantar bantuan dalam usaha mencari dan menjejasi pesawat malang itu. Terkini, kapal selam Tentera Laut Diraja Britain, HMS Tireless tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mengesan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) itu. Selain bantuan pesawat dan kapal bagi mengesan MH370, negara-neagra tersebut turut menawarkan bantuan risikan bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan mengenai kemungkinan wujudnya elemen keganasan, sabotaj dan sebagainya . – Astroawani.com
KLIA2: Air Asia Enggan Pindah, Minta PM Campur Tangan
PETALING JAYA – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia pada Rabu meminta supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam menyelesaikan isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dijadualkan akan mula beroperasi pada 2 Mei ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, pihaknya lebih daripada bersedia untuk berpindah ke KLIA2 tetapi perpindahan itu hanya akan dilakukan selepas semua perkara dapat diatasi. Ini kerana katanya, AirAsia akan menjadi penyewa utama di lapangan terbang yang baharu, menyumbang lebih 80% daripada trafik KLIA2. “Oleh itu, adalah penting untuk KLIA2 berfungsi sepenuhnya dan operasinya seharusnya berdaya maju dalam jangka panjang. “Sehubungan itu, saya meminta supaya (perkara ini) adanya penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana campur tangan beliau adalah penting dalam menyelesaikan isu nasional ini. “KLIA2 mempunyai potensi untuk menjadi pusat penerbangan global, seperti Dubai. AirAsia, sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini boleh dan akan menyumbang dalam menjadikannya kenyataan, dan terus mempertingkatkan industri penerbangan negara secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media pada Rabu bahawa AirAsia akan terus kekal di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) walaupun selepas 9 Mei, di mana terminal itu akan ditutup bagi memudahkan pembukaan KLIA2. Aireen berkata, pihaknya mencuba pada tahap yang terbaik untuk menyelesaikan semua isu yang belum selesai dan menekankan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sebagaimana yang dilakukan sejak tiga tahun lalu supaya syarikat penerbangan itu boleh terus berpindah ke lapangan terbang baharu dengan sewajarnya. “Ia (laporan media) mungkin menganggap bahawa AirAsia sengaja tidak berpindah ke KLIA2 atau dengan niat untuk menyukarkan keadaan. “(Namun) ia bukanlah niat kami (sebaliknya) terdapat banyak kebimbangan, terutama pada fungsi dan keselamatan KLIA2 yang mana keutamaan adalah kakitangan syarikat untuk bekerja dengan cekap, dan memastikan penumpang menikmati pengalaman perjalanan yang lancar,” katanya. Menurut Aireen, sebagai pemain hab serantau, AirAsia banyak menyumbang kepada ekonomi negara dengan lalu lintas yang dibawa masuk ke Kuala Lumpur menerusi rangkaian meluas syarikat penerbangan itu. “Tahun ini, kami menyasarkan untuk membawa sekurang-kurangnya 24 juta penumpang melalui Kuala Lumpur, dan dengan saiz ini yang akan beroperasi, kita perlu memastikan lapangan terbang dapat berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang kemungkinan gangguan yang berlaku. “Sebagai penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia, AirAsia perlu diberikan suara kerana kami merupakan pengguna utama KLIA2. AirAsia berharap agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya. – Mstar.com.my
MH370: Beijing Tidak Kecewa Dengan KL, Media Barat Mengapi-Apikan Sentimen! – Duta
Duta China ke Malaysia Huan Huikang berkata kerajaannya tidak memendam kekecewaan ke atas tindakan Malaysia dalam menangani krisis MH370. Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau menyalahkan media Barat kerana membangkitkan sentimen waris penumpang warga China. “Sesetengah media Barat memainkan peranan yang mengaibkan. Mereka menerbitkan berita palsu, menjadi batu api, dan turut menyebar khabar angin. “Ini boleh menganggu semangat anggota keluarga dan merosakkan hubungan baik antara China dan Malaysia. Kita menentang keras perkara ini.” Duta berkenaan turut menyelar pengguna Internet dan selebirit China yang mengutuk Malaysia berhubung kehilangan pesawat tersebut. yakin hubungan China dengan Malaysia akan bertambah erat walaupun rakyatnya mengkritik dan marah terhadap Putrajaya dalam mengendalikan tragedi MH370. Huang berkata kerajaan republik tersebut menghargai dan berbesar hati dalam usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mencari pesawat hilang tersebut. “Kami tidak pernah kata China marah, kami tidak pernah kata China tidak berpuas hati dengan perkembangan setakat ini,” kata beliau di Kedutaan China di Kuala Lumpur hari ini. Huang menjelaskan sebaliknya China memandang ke hadapan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama dalam banyak bidang dengan Malaysia. “Tahun ini, ulangtahun ke-40 tahun hubungan erat China-Malaysia. “Malaysia dan China adalah keluarga, rakan baik, sahabat dan jiran. Kita telah bekerjasama membentuk usaha mencari terbesar sekali dan akan meneruskan kerjasama hingga MH370 ditemui,” kata beliau. Huang bagaimanapun berkata kemarahan dirasai oleh keluarga penumpang China adalah “semulajadi dan logik” berikutan kehilangan orang yang tersayang. “Oleh itu, kita perlu mengambil langkah untuk menenangkan, memahami dan membantu mereka. “Taklimat akhbar setiap hari oleh (pemangku Menteri Pengangkutan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein menunjukkan kerajaan Malaysia tidak menyembunyikan sebarang maklumat. “Penduduk China akan ingat usaha yang besar diambil oleh Malaysia dalam menghadapi kejadian ini,” kata Huang.
MH370: PM Tiba Di Perth Malam Ini, Tinjau SAR Esok
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib, dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabansga Perth pada 11 malam ini waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia). Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, Najib akan melawat Pangkalan Tentera Udara Pearce pagi esok bagi menemui anggota pelbagai negara yang terbabit dalam operasi mencari pesawat MH370. Perdana Menteri juga akan diberi taklimat berhubung perkembangan terbaharu pencarian itu. “Perdana akan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbot pagi esok,” menurut kenyataan itu.
Labels:
Berita Terkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment