TOP
Ibu Dakwa Tidak Sengaja Pukul Anak Hingga Mati
Seorang suspek membantu polis menunjukkan tempat di mana mayat kanak-kanak berusia lima tahun dibuang dalam kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Permatang Desa di Bukit Mertajam, Isnin. -fotoBERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini, Isnin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mayat kanak-kanak itu ditemui selepas pemeriksaan oleh sepasukan polis di kawasan berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari Isnin. "Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau berkata polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan. "Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja. Mazlan berkata hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah. "Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 September iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan. "Berikutan panik dan enggan kejadian itu diketahui, wanita terbabit dan teman lelakinya bertindak membuang mayat kanak-kanak berkenaan di kawasan semak di Kampung Tongkang," katanya. Beliau berkata ketika ditemui mayat itu lengkap berpakaian dan dibungkus dengan selimut serta terdapat beberapa kesan gigitan pada badan kanak-kanak itu. Polis juga sedang mengesan bapa kanak-kanak berkenaan dan difahamkan lelaki itu dalam proses bercerai dengan wanita yang ditahan, katanya.- mstar

Jurutera Warga China Ke Tali Gantung Bunuh Rakan Sekerja
- mstar
TOP
Ontake Meletus: Helikopter Tentera Bawa Turun Mayat
Helikopter mendarat di Gunung Ontake bagi membawa turun mangsa kejadian gunung berapi itu meletus.
KASO: Helikopter tentera terpaksa digunakan untuk membawa turun mangsa kejadian Gunung Ontake yang meletus sejak Sabtu lalu. Sehingga Isnin, gunung berapi itu dikatakan masih mengeluarkan gas toksik dan debu panas hingga menyukarkan operasi mencari yang dijalankan pasukan keselamatan negara matahari terbit itu. Media Jepun melaporkan ada antara mayat yang ditemui tertimbus dalam debu. Sebelum ini empat mayat sudah dibawa turun dan pada Isnin, lapan lagi dibawa helikopter tentera negara itu, manakala 24 lagi mangsa masih berada di puncak gunung berkenaan. Siaran stesen televisyen Jepun, TBS menayangkan visual sekumpulan anggota tentera membawa mayat mangsa dalam beg mayat menaiki helikopter tentera yang mendarat di kawasan lapang untuk dibawa turun. Mayat mangsa terbabit kemudian dikumpulkan di padang rumput untuk tujuan pengecaman oleh anggota keluarga yang berkumpul di situ. "Keadaan di lokasi gunung berapi berbau gas sulfur serta asap yang masih tebal menyebabkan usaha mencari baki mangsa terpaksa ditangguhkan," kata seorang anggota penyelamat, Morimoto. Sabtu lalu, gunung berapi Ontake berketinggian 3,067 meter yang menjadi salah satu lokasi mendaki popular terletak 210 kilometer dari barat Tokyo telah meletus selepas kali terakhir ia meletus pada tahun 1979, namun tiada kematian dilaporkan. - mstar

Ketua Umno Bahagian Di Sabah Ditahan SPRM
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno bahagian di Sabah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan ke atas dakwaan pecah amanah (CBT) melibatkan perlanggaran wang RM300 juta.
SPRM masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.
Walau bagaimanapun, sumber suruhanjaya ketika dihubungi mengesahkan bahawa siasatan masih diteruskan dan butir-butir akan didedahkan dalam satu kenyataan kemudian.
Pada hari Selasa, sebuah akhbar Sabah melaporkan bahawa pemimpin bahagian itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Khamis lepas.
Beliau merupakan bekas timbalan pengerusi sebuah agensi negeri dan mengetuai salah satu daripada 25 Umno bahagian di Sabah.
Dalam posting Facebook, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Kamis Idris mempersoalkan keputusan menahan ketua bahagian itu dan berkata ia boleh didorong oleh 'dendam politik'. - mstar
TOP
Pasangan Kekasih Direman Tujuh Hari Bantu Kes Penemuan Mayat Kanak-Kanak
Anggota forensik membawa mayat kanak-kanak lelaki berusia lima tahun untuk siasatan lanjut. - fotoBERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Sepasang kekasih direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, yang dipercayai dibunuh dan dibuang dalam semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini, Isnin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata wanita berusia 30 tahun, yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan dan teman lelakinya, 24, direman bermula pada Selasa. "Siasatan lanjut sedang dijalankan dan penahanan pasangan kekasih ini diharap dapat membantu siasatan polis," katanya. Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 12 tengah hari Isnin oleh sepasukan polis selepas hasil siasatan terhadap ibu kanak-kanak itu, yang melaporkan kehilangan anaknya semasa bersiar-siar di Padang Kota, George Town Selasa lepas. Wanita itu ditahan setelah memberikan keterangan bercanggah dan mencurigakan. Hasil siasatan lanjut mendapati wanita yang menganggur itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah sebelum membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan semak di Kampung Tongkang. Rusli berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya mengubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- mstar

Polis Dedah Gambar Suspek Godam Mesin ATM
KUALA LUMPUR: Polis telah mengeluarkan gambar beberapa suspek yang mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM di cawangan Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.
Pasukan Polis Bukit Aman pada Isnin berikrar untuk membawa penggodam Amerika Latin yang merompak kira-kira RM3 juta dengan menggodam mesin ATM di tiga buah negeri pada hujung minggu lalu ke muka pengadilan. Polis berkata, suspek menggodam mesin dengan memasukkan cakera ke dalam CD-ROM ATM. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata siasatan awal mendapati suspek akan membuka panel bahagian atas mesin ATM menggunakan 'kunci biasa' dan memasukkan cakera dan menjangkiti mesin dengan virus yang dikenali sebagai "ulssm. exe ". "Selepas mengeluarkan CD, mereka akan menutup panel dan ahli-ahli sindiket itu akan mengeluarkan semua wang daripada ATM dengan menaip kod ke dalam panel utama, yang mereka terima melalui telefon dari seorang rakan sejenayah," katanya.
Suspek akan menghalang slot ATM dengan objek seperti kad SIM, kertas atau puntung rokok untuk menghalang pelanggan bank lain daripada mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM, katanya. "PDRM komited dalam menghentikan jenayah ini hingga ke akar umbi untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap institusi perbankan tempatan. "Kami juga menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan bagi membantu pihak polis dalam penyiasatan, dengan menghubungi SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839," kata Mortadza. - mstar

10 Mesin ATM Digodam Didedah
PETALING JAYA: Polis Selangor mengesahkan insiden 10 mesin juruwang automatik (ATM) telah digodam dengan kerugian yang dilaporkan di negeri ini melebihi RM1,736, 710.
Sumber, pada Selasa berkata enam cawangan bank Al Rajhi telah digodam, manakala dua lagi masing-masing adalah cawangan Affin Bank dan Bank Islam di Selangor.
Polis menerima dua laporan penggodaman pada Ahad dan lapan lagi laporan pada Isnin.
"Jumlah kerugian daripada tujuh kes setakat ini adalah RM1, 736,710. Kerugian bagi tiga penggodaman lain belum ditentukan".
Senarai cawangan bank yang digodam adalah seperti berikut:
Bank: Affin Bank, Jalan USJ10 / 1J
Masa: 5.30 petang, 27 September
Kerugian: RM265, 000
Bank: Affin Bank, Jalan Yong Shook Lin
Masa: Tidak Ketahui, 27 September
Kerugian: RM303,000
Bank: Al Rajhi Bank, Kota Damansara
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: RM285,700
Bank: Al Rajhi Bank, Wisma Metro Kajang
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: Belum ditentukan
Bank: Al Rajhi Bank Kelana Jaya
Masa: 00:46, 29 September
Rugi: Belum ditentukan
Bank: Al Rajhi Puchong
Masa: 01:12, 29 September
Rugi: Belum ditentukan
Bank: Al Rajhi Bank, Seksyen 9, Shah Alam
Masa: 12.30 tengah hari, 29 September
Rugi: RM116,000
Bank: Al Rajhi Bank, Jalan Raja Bot, Klang
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM150,000
Bank: Bank Islam, Seksyen 14
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM 395,850
Bank: Bank Islam, Jalan PJU 5/5
Masa: Tidak Ketahui, 29 September
Rugi: RM: 221,160

Pandelela, Mun Yee Raih Gangsa
Pandelela dan Mun Yee ketika beraksi di acara 10 meter platform seirama, Selasa.
INCHEON: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan pasangannya Leong Mun Yee gagal mempertahankan pingat perak yang dimenangi pada edisi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Mengakui saingan sengit daripada semua peserta terutama daripada Korea Utara, Pandelela dan Mun Yee sekadar meraih gangsa dalam acara 10 meter platform seirama yang berlangsung di Munhak Park Tae-hwan Aquatics Center, Selasa. Pingat emas acara itu dimenangi penerjun China, Chen Ruolin dan Liu Huixia selepas mengumpul 346.5 mata, diikuti penerjun Korea Utara Kim Unhyang dan Song Namhyang dengan 320.64 mata. Pandelela dan Mun Yee mengutip 313.92 mata untuk pingat ketiga dari acara terjun yang masuk hari kedua. "Memang agak sedikit kecewa tapi selepas tengok kepada persembahan hari ini, saya rasa boleh tahan sebab saingan kali ini lebih hebat dari empat tahun lepas di mana China semakin meningkat dan persembahan Korea Utara juga makin maju. "Semua peserta memberikan saingan yang sengit. Saya menikmati pertandingan hari ini. Saya dengan Mun Yee memang berharap kami dapat buat yang terbaik tapi masa pertandingan kurang sikit persembahan kami tapi keseluruhan ia memuaskan sebab tiada kesalahan besar dibuat," kata penerjun kelahiran Sarawak ini. Dalam acara terjun 10m platform seirama hari ini, penerjun negara mempamerkan terjunan konsisten untuk berada di tangga kedua namun sedikit tergelincir pada terjunan keempat. "Saya gembira sebab dapat menyumbang pingat kepada negara tapi hari ini prestasi saya tidak berapa elok, sepatutnya ia lebih baik. Ada sedikit kesilapan pada terjunan keempat," katanya. Mun Yee tidak pernah pulang dengan tangan kosong sejak penyertaannya di temasya Sukan Asia sejak 2002 di Busan. Beliau meraih gangsa dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Farah Begum Abdullah dan di Doha (2006) dalam acara 3meter papan anjal individu. - mstar

Sukan Asia Ke-17: Keputusan Atlet Malaysia
Penerjun negara Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama di Munhak Aquatics Centre di Incheon, Selasa. -fotoBERNAMA
BERIKUT keputusan melibatkan atlet Malaysia pada hari ke-11 Sukan Asia ke-17 di Incheon, Selasa:
TENPIN BOLING
Lima Sepasukan Wanita:
EMAS:Singapura (SIN) -6,119 pin
PERAK:Korea Selatan (KOR) - 6,048 pin
GANGSA:Indonesia (INA) - 5,840 pin
7.MALAYSIA (MAS) - 5,793 pin
KRIKET
Lelaki (Suku Akhir)
MALAYSIA (MAS) kk Hong KOng (HKG) - 129-130
TERJUN:
10m Platform Seirama Wanita:
EMAS:Chen Ruolin/Liu Huixia (CHN)
PERAK:Kim Unhyang/Song Namhyang(PRK)
GANGSA:Pandelela Rinong/Leong Mun Yee(MAS)
SEPAK TAKRAW
Regu Lelaki (Kumpulan B)
MALAYSIA (MAS) mn Brunei (BRU) - 2-0
TAEKWONDO:
49kg Wanita: (Suku akhir)
Nur Dhia Liyana Shaharuddin (MAS) kk Sun Nuei Nin (TPE) - 16-0

Pecat Khalid: Wan Azizah, Saifuddin Ke ROS Esok
Dr Wan Azizah Wan Ismail
PETALING JAYA: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan isu berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid daripada parti itu. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi keterangan di ROS, Putrajaya pada Rabu. Kedua-duanya akan ditemani peguam, Ragunath Kesavan di mana temujanji ROS dengan Saifuddin ditetapkan pada pukul 2 petang, manakala Dr Wan Azizah pula pada pukul 2.30 petang. Ragunath ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan tarikh dan waktu berkenaan dipersetujui pihak terbabit. "Surat ROS memanggil kedua-dua pemimpin PKR itu diterima lebih awal dan atas kesibukan masing-masing tarikhnya dipinda dan akhirnya dipersetuji untuk diadakan esok (Rabu)," katanya. Sebelum ini, ada aduan dikemukakan terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berhubung keputusan memecat bekas Menteri Besar Selangor itu. Bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil ROS untuk menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti itu dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat. - mstar

Sukan Asia: Pingat Emas Pertama Malaysia Ditarik Balik
Tai Cheau Xuen
INCHEON: Pingat emas pertama negara pada kejohanan Sukan Asia ke-17 yang dimenangi atlet wushu, Tai Cheau Xuen ditarik balik selepas didapati gagal dalam ujian dadah. Keputusan itu dibuat Majlis Olimpik Asia (OCA) selaku penganjur Sukan Asia 2014 di Korea Selatan pada Selasa. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Cheau Xuen, 24 yang bersaing dalam acara nanquan dan nandao itu didapati menggunakan dadah perangsang jenis sibutramine. Cheau Xuen disahkan positif dalam ujian terhadap sampel yang diambil selepas dia menangi emas pada 20 September lalu. "Atlet ini sudah hilang kelayakan daripada sukan ini dan juga di Sukan Asia dan akreditasinya juga dibatalkan dan pingatnya ditarik balik," kata kenyataan itu. Pengumuman rasmi itu dikatakan terpaksa ditangguhkan oleh OCA kerana Cheau Xuen dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminta supaya sampel B untuk diperiksa. Selain Cheau Xuen, dua atlet lain turut disahkan gagal dalam ujian sama iaitu pemain bola sepak Tajikistan, Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja, Sophany Yi. Kedua-duanya disahkan positif selepas tidak mahu sampel B diuji. Keseluruhannya, sebanyak 1,900 ujian doping dijalankan ke atas atlet yang bertanding di Incheon, kata Pengerusi Jawatankuasa Perubatan OCA, Tan Sri M Jegathesan. Menurut Jegathesan yang juga bekas jaguh olahraga negara, terdapat tiga jenis kegagalan dalam ujian doping. Ada kes yang membabitkan penipuan serius selepas menggunakan 'pil magis' untuk mencatat kemenangan, kedua atlet dipaksa jurulatih untuk menggunakan bahan perangsang dan ketiga, ada atlet mengambil ubat serta rawatan untuk menguruskan badan. Jegathesan berkata, dalam dua kes sebelum ini, mereka dilaporkan tidak mengambil bahan itu dengan niat. - mstar

A.Aida Saman Bekas Suami, Abai Nafkah Anak
A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya yang mengabaikan tanggungjawab membayar nafkah anak mereka sebanyak RM300.
KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun. A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu. Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat demikian. Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online. A.Aida diwakili oleh peguam syarie, Zulkifli Che Yong.
A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan.
Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan. Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi kepentingan anak, itu sahaja," katanya. Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk anak mereka. Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan anak mereka.
Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun lalu. "Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul. "Bagaimana saya ingin ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A. Aida. Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu. "Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan sekali," ujarnya. Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik. Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun. A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian. - mstar

Arsenal Ikat Giroud Hingga 2018
Olivier Giroud
BERITA baik untuk peminat Arsenal. Pemain berasal dari Perancis, Olivier Giroud, menandatangani perjanjian baharu dengan pasukan itu yang membolehkan dia terus menabur khidmat sehingga 2018. Arsenal dijangka mengumumkan perkara itu dalam tempoh beberapa minggu lagi selepas kedua-dua pihak menyatakan persetujuan untuk melanjutkan tempoh kontrak selama dua tahun lagi. Ketika ini Giroud, 27, masih berehat akibat kecederaan dan hanya mungkin cergas sepenuhnya selepas tahun baru nanti. Bagaimanapun pelanjutan kontrak itu dilaporkan menjadi penawar untuk penyerang berkenaan sementara dia menunggu kesan pembedahan akibat patah tulang kaki kirinya ketika menentang Everton bulan lalu. Sumber berkata, perjanjian baru di antara Giroud dan Arsenal itu bernilai £80,000 (RM 426,076) seminggu sebagai penghargaan atas prestasinya untuk dua musim terdahulu. Ia juga membayangkan kedudukan Giroud semakin terjamin dalam perancangan jangka panjang pengurusnya, Arsene Wenger. Sementara itu menjelang pertemuan dengan Chelsea Sabtu ini Jack Wilshere dilaporkan bakal pulih sepenuhnya dan layak diturunkan. Namun keadaan semasa tidak membolehkan dia bermain menentang Galatasaray awal pagi Khamis ini. Selain Wilshere beberapa pemain utama Arsenal juga cedera, seperti Aaron Ramsey dan Mikel Arteta. Ramsey dijangka akan direhatkan selama kira-kira sebulan akibat kecederaan hamstring manakala Arteta selama tiga minggu. - mstar

Rakyat Malaysia Ketagih Internet?
Tempoh lama menghadap internet boleh menyebabkan seseorang itu keletihan.
CYBERJAYA: Rakyat Malaysia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari di alam siber, dengan 58 peratus daripada mereka melayari laman media sosial melalui telefon pintar di mana sahaja mereka berada. Kajian menunjukkan 41.7 peratus daripada golongan belia berumur 20 hingga 29 tahun dan 16.5 peratus kanak-kanak dan remaja berumur bawah 19 tahun adalah pengguna setia internet dan bilangan mereka terus meningkat setiap hari. Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar khuatir kecenderungan itu boleh menjadi suatu ketagihan dan mengundang masalah kesihatan mental, yang antaranya tekanan emosi, keresahan dan kemurungan. "Kecenderungan boleh menjadi ketagihan, kalau lebih daripada tujuh jam sehari ia dikatakan ketagihan serius. Jadi kita perlu pantau anak supaya mereka tidak ketagih. "Cara kita nak tahu ketagihan ialah apabila tiada Internet, apa reaksi mereka? Adakah mereka mengalami tekanan perasaan, keresahan dan kemurungan atau tidak dapat menumpu perhatian terhadap pelajaran", katanya dalam temubual bersama Bernama.
BAHAYA PENGGUNAAN BERLEBIHAN INTERNET
Penggunaan internet yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan termasuk masalah mata dan jantung serta menyumbang kepada obesiti dan kegemukan sejak kanak-kanak kecil lagi. Bahkan, beberapa insiden buruk disebabkan ketagihan serius internet turut dilaporkan di negara dan serata dunia. Antaranya, kematian seorang pemuda berusia 23 tahun di Pulau Pinang dipercayai akibat bermain permainan komputer tanpa henti selama 15 jam pada akhir tahun lepas. Begitu juga, seorang pemuda berusia 30 tahun dilaporkan meninggal dunia di China akibat bermain permainan komputer dalam talian selama tiga hari tanpa henti di sebuah kafe siber di pinggir bandar Beijing. Pemuda itu dilaporkan duduk di depan komputer selama tiga hari tanpa makan, minum dan tidur. "Jadi internet dan pelbagai peranti telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi kini sehingga ada yang tidak dapat bezakan dunia nyata dan dunia siber kerana ia saling melengkapi", katanya. Seiring dengan lambakan pelbagai gajet canggih dalam pasaran seperti telefon pintar, iphone, ipad, laptop, tablet, tab serta kemampuan kuasa beli orang ramai, bilangan pengguna internet juga dijangka terus meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18.6 juta pada 2012. Jelas Eneng Faridah, setiap maklumat yang dikongsi termasuk kandungan palsu dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter bukan sahaja merentasi sempadan negara, bahkan akan kekal dalam arkib selama-lamanya. Ia memberi kesan mendalam terhadap individu dan keluarga terbabit selain mengganggu ketenteraman awam dan negara. "Kebanyakan pengguna tidak faham tentang etika ataupun akibat daripada tindak-tanduk mereka di alam maya. Tindak-tanduk mereka tersebar tanpa sempadan, di luar batas undang-undang dan kedaulatan sesebuah negara", tegasnya. Menurut beliau, laman sosial seperti Facebook dan Twitter adalah status dan bukan diari untuk meluahkan perasaan atau mencetuskan suasana panik, sekaligus mencari populariti murahan. Orang ramai juga mempunyai tanggapan salah bahawa segala dalam Internet adalah di bawah kawal selia SKMM dan perilaku salah di alam siber boleh dimaafkan.
MENDIDIK GENERASI MUDA
"Mustahil, kerana kita perlukan tenaga manusia yang banyak untuk memantau di tahap sedemikian. Namun, sesuatu yang salah di sisi undang-undang di alam nyata juga salah di alam siber", tambah beliau. Jelasnya, walaupun sebagai badan pengawal selia, SKMM tidak mempunyai daftar pengguna internet, senarai e-mail dan nombor telefon bimbit, senarai akaun Facebook, Twitter, dan blogger di negara ini dan hanya merujuk kepada pemberi perkhidmatan seperti syarikat-syarikat telekomunikasi apabila membuat siasatan terhadap sesuatu kes. Justeru kerjasama orang ramai amat penting ketika menjalankan sesuatu siasatan dan dalam menyalurkan maklumat benar dan tepat. Eneng Faridah juga menolak cadangan sesetengah pihak yang mahukan Facebook disekat seperti yang dilaksanakan di beberapa negara seperti China, Cuba, Korea Utara dan Iran. "Ia bukan satu tindakan berkesan untuk mengawal kandungan, kerana Facebook boleh diganti dengan saluran lain untuk menyebarkan maklumat. "Lagipun penyalahgunaan internet belum mencapai tahap genting sehingga memerlukan satu tindakan radikal. Namun kami tekankan bahawa kuasa mengawal internet termasuk Facebook, terletak di jari pengguna sendiri", katanya. Pada 2012 kerajaan memperkenalkan program Klik Dengan Bijak (KDB) bagi membudayakan nilai-nilai murni pengguna internet merangkumi semua lapisan umur di negara ini. Sehingga kini SKMM telah menjalankan lebih 1,500 program KDB di seluruh negara dan lebih 3,200 program latihan di 426 Pusat Internet 1Malaysia bagi mendidik generasi digital demi kepentingan semua. KDB dianggap penting kerana golangan muda khasnya dikatakan kurang pengetahuan dalam isu penyalahgunaan Internet terutama mengenai penipuan "phishing", "malware", kecurian kata laluan atau identiti, buli siber atau kesalahan jenayah Internet. - mstar

UPSR: Pujian Untuk Guru, Ibu Bapa Dalam Mempersedia Murid - Idris Jusoh
Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bukit Maluri membuat ulangkaji pelajaran buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan semula UPSR di sini, Selasa.
KUALA LUMPUR: Langkah ibu bapa dan guru yang terus membakar semangat dan mempersedia murid selain kecekalan murid sendiri bagi menghadapi peperiksaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Selasa dan 9 Oktober mendapat pujian. Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, persediaan rapi yang dibuat semua pihak termasuk murid sebelum peperiksaan UPSR sebenar bermula 9 Sept lalu membolehkan murid sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan ulangan. "Pelajar yang buat persediaan dengan baik akan dapat jawab dengan baik kerana ia menggambarkan apa yang mereka pelajari serta fahami sejak darjah satu. "Soalan bocor tidak akan beri gambaran sebenar tentang prestasi seseorang pelajar," kata Idris kepada pemberita selepas meninjau peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar di sini, Selasa. Peperiksaan semula itu diadakan susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan UPSR awal yang diambil 472,853 calon tahun ini. Menurut Idris, ramai yang melihat isu kebocoran kertas peperiksaan itu dari sudut positif. Terdahulu beliau meluangkan masa bersama 270 murid yang menduduki semula UPSR di SK Bangsar. Idris ketika memberi kata-kata perangsang kepada mereka berkata: "Saya (merujuk kepada murid) senyum, saya senang hati, Insya-Allah (kamu) akan dapat jawab peperiksaan dengan baik. "Ucap terima kasih kepada cikgu, masuk bilik peperiksaan dengan baik, tenang dan fikir untuk dapatkan keputusan yang baik." Peperiksaan ulangan UPSR yang berlangsung hari ini melibatkan dua mata pelajaran iaitu Sains dan Bahasa Inggeris. Kertas peperiksaan yang diulang semula itu ialah Sains 018, 028 dan 038 bermula 8.15 pagi dan Bahasa Inggeris 014/1 mulai 10.30 pagi dan Bahasa Inggeris 014/2 pada 12.20 tengah hari. Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Oktober. - mstar

Soalan Peperiksaan Ulangan UPSR Lebih Mudah - Pelajar
Pelajar tahun 6 membuat persiapan terakhir sebelum menduduki peperiksaan ulangan kertas Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini.
KUALA LUMPUR: Beberapa pelajar yang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menganggap soalan kali ini lebih mudah berbanding sebelum ini. Malah, kerisauan untuk sekali lagi menjalani ujian itu reda sebaik memasuki dewan peperiksaan dan mula menjawab soalan bagi subjek Sains pada pagi Selasa. Pelajar Sekolah Kebangsaan Manjalara, Nur Jahirah Mohamad Mubarak, 12, berkata kertas kali ini lebih mudah untuk dirinya kerana telah membuat persiapan yang lebih menyeluruh disamping pengalaman mempunyai pengalaman menduduki kertas yang sama sebelum ini. "Kali ini jawab soalan lebih rileks. Guru-guru dan ibu bapa turut memberikan kaunseling dan latihan kepada saya dan rakan-rakan lain. "Ini dapat memulihkan semangat saya untuk jawab dengan lebih bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita. Seorang lagi pelajar di sekolah sama, Amrina Amir turut melahirkan perasaan teruja biarpun sedikit risau sekiranya soalan peperiksaan kali ini lebih sukar untuk dijawab. "Alhamdulillah soalan kali ini lebih mudah dijawab. Ibu ayah banyak beri nasihat. Saya juga banyak buat latihan tambahan," katanya. Ibu bapa yang hadir di SK Manjalara, Asmah Ismail, 41, sedikit bimbang namun yakin anaknya mampu menjawab soalan peperiksaan kertas Sains dan Bahasa Inggeris dengan lebih baik. "Sudah pasti saya bimbang, namun saya banyak beri nasihat dan motivasi kepada dia supaya berfikiran positif biarpun terpaksa menghadapi peperiksaan ini kali kedua. "Subjek Sains memang mata pelajaran kegemaran dia, saya harap dia dapat jawab lebih baik daripada sebelum ini," katanya yang juga guru muzik di sekolah berkenaan. Sementara itu, Guru Besar SK Manjalara Zaifuddin Baharum berkata, guru-guru telah memberikan latihan tubi tambahan kepada pelajar sejak timbulnya isu soalan bocor. "Guru di sekolah ini telah memberikan latihan tubi tambahan serta jadual waktu anjal bagi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Mateamtik. "Pihak sekolah yakin pelajar lebih bersemangat untuk menjawab peperiksaan kali ini," katanya. Terdahulu, seawal pukul 7 pagi pelajar dilihat sudah berada di pekarangan sekolah dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan ulangan untuk dua kertas berkenaan. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof turut meluangkan masa melawat tiga buah sekolah bermula dengan SK Taman Bukit Maluri, SK Manjalara dan SK Taman Seri Sinar, Kepong dekat sini. - mstar

Banduan Harap Dapat Bergelar Graduan
Yong Vui Kong
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia, Yong Vui Kong, yang pernah dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah di Singapura, tetapi dijatuhkan hukuman semula kepada hukuman yang lebih ringan tidak berpuas hati walaupun dia terlepas daripada kematian. Peguamnya M. Ravi berkata Vui Kong mahu mengikuti pengajian dalam penjara, namun ia terpulang kepada budi bicara penjara Changi. "Rakyat Singapura mempunyai pilihan untuk belajar di penjara tetapi dalam kes warga asing, ia terpulang kepada pihak berkuasa penjara," katanya kepada The Star Online. Ravi berkata Vui Kong, 26, bersedia untuk meneroka peluang untuk belajar tetapi percaya dia cenderung ke arah bahasa kerana minatnya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Ravi bagaimanapun mengambil berat tentang kesihatan mental Vui Kong kerana dia masih diletakkan di sel bersendirian di dalam penjara. "Saya menulis kepada penjara mengenai perkara ini. Sudah hampir satu tahun dia menjalani kehidupan dan hukuman penjara," kata Ravi sambil menambah Vui Kong kelihatan sangat lemah dan telah susut berat badan. Vui Kong, yang berasal dari Sabah, pada mulanya dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana mengedar 47gm dadah terkawal 'diamorphine' pada tahun 2007. Dia berusia 18 tahun ketika ditangkap. Bagaimanapun, pada bulan November tahun lepas Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman semula penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan terhadap Vui Kong. HUkuman semula ini dibuat selepas kerajaan Singapura, pada tahun lepas mengumumkan perubahan terhadap hukuman mati mandatori yang membolehkan banduan yang akan dijatuhkan hukuman mati dijatuhkan hukuman yang lebih ringan jika mereka menepati syarat-syarat tertentu. Jika Peguam Negara mendapati bahawa mereka memenuhi syarat-syarat ini, Sijil Kerjasama (CoC) akan dikeluarkan bagi membenarkan banduan itu memohon kepada mahkamah supaya hukuman mati diketepikan dan akan dijatuhi hukuman semula. Vui Kong didapati telah memenuhi syarat-syarat, yang menyebabkan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman semula kepadanya. Ravi telah membuat rayuan terhadap hukuman sebat dengan mencabar perlembagaan, tetapi keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan masih belum keluar. Sejak dipenjarakan, Vui Kong telah insaf dan menjalani 'kelahiran semula', mencari erti hidup mengikut kepercayaan Buddha dan menghabiskan banyak masa dengan berdoa dan bertafakur. Dia juga telah menjadi seorang 'vegetarian' dan menggunakan nama baru, Nan Di Li, yang diambil daripada Dharma Buddha. Dia dipercayai menjadi mangsa keadaan, setelah berhenti sekolah ketika baru berusia 11 tahun, kemudiannya terjebak dalam lembah hitam. - mstar

Yusof Haslam Berjaya Pujuk Syamsul Berlakon Bersama
Yusof teruja dapat berlakon disamping anaknya Syamsul Yusof dalam siri Gerak khas.
PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam teruja dapat berlakon disamping anaknya, Syamsul Yusof dalam musim terbaharu drama besiri Gerak Khas yang bakal bersiaran di RTM 2 dalam masa terdekat. Yusof, 60, berkata, gandingan mereka berdua sebagai pegawai polis itu adalah kali pertama dan hasratnya untuk berlakon dengan Syamsul akhirnya termakbul. "Alhamdulillah saya individu paling teruja dapat berlakon dengan Syamsul dalam Gerak Khas kerana ia merupakan gandingan pertama kami sebagai pelakon. "Saya sudah lama minta Syamsul terlibat dalam drama bersiri itu tetapi kesibukannya sebagai pengarah membuatkan hasrat itu sentiasa terbantut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin. Dalam pada itu, Yusof berkata, Syamsul bakal memegang watak sebagai Superitendan Polis menerusi musim terbaharu itu dan hanya akan muncul pada episod ketujuh Gerak Khas.
Gandingan anak beranak ini dapat disaksikan dalam drama bersiri Gerak Khas musim terbaharu. Jelasnya lagi, Syamsul turut memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang penggambaran berlangsung malah turut bertindak sebagai pengarah untuk beberapa episod drama kepolisian itu. "Kemunculan Syamsul bukan untuk satu episod sahaja tetapi wataknya bermula pada episod tujuh dan kerjasama pertama kami sebagai pelakon cukup menyeronokkan kerana dia juga turut memberi idea bagi membolehkan drama itu tampil segar untuk musim terbaharu. "Gerak Khas sangat berharga kepada Skop Production dan saya sebagai penerbit ingin melihat drama ini berterusan untuk jangka masa panjang," katanya. Tambah Yusof, selain Syamsul, Gerak Khas juga bakal memperlihatkan penampilan wajah-wajah baharu dengan beberapa kejutan lain dalam menarik perhatian penonton baharu. Sementara itu, Yusof berkata, dia bangga melihat perubahan positif Syamsul yang sebelum ini merajuk untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon dan pengarah gara-gara karyanya, KL Gangster dicetak rompak sebelum sempat ditayangkan. Jelas Yusof, sebagai bapa dia sentiasa berada di belakang anaknya itu untuk memberi sokongan dan yakin Syamsul akan bangkit semula daripada kekecewaannya sebelum ini. "Semenjak berkahwin dia sangat positif dan kembali berkeyakinan untuk meneruskan kerjayanya dan saya sebagai bapa sangat gembira dan bangga akan perubahan dia. "Alhamdulillah dia sudah tidak merajuk dan kini sibuk dengan aktiviti lakonan dan kerja-kerja produksi," ujarnya. - mstar

George Clooney & Amal Alamuddin Kahwin Di Itali
Amal dan George berkahwin pada Sabtu lalu di Itali.
SELEPAS sekian lama menunggu, akhirnya pelakon George Clooney dan teman wanitanya Amal Alamuddin bersatu sebagai suami-isteri dalam satu majlis tertutup pada Sabtu lalu. Daily Mail melaporkan pasangan ini berkahwin di Venezia, Itali dalam suasana sederhana dan romantik yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat. Beberapa bintang terkenal seperti Cindy Crawford, Matt Damon, Emily Blunt, Bill Murray dan Luciana Barroso turut dilihat menghadiri hari bersejarah George itu. Lokasi perkahwinan yang diadakan di Hotel Aman Canal Grande itu dihiasi dengan bunga berwarna putih termasuk mawar dan lili selain ratusan lilin menaikkan suasana romantik. Pasangan tersebut dilaporkan tiba di Venezia sehari sebelum perkahwinan itu dan mereka merancang untuk tinggal beberapa hari di Itali untuk berbulan madu termasuk menginap di rumah persinggahan milik George. - mstar

Shalwati Dibebaskan Dari Penjara Sweden
Shalwati (kiri) dan suaminya Azizul Raheem.
PETALING JAYA: Seorang ibu warganegara Malaysia yang disabitkan kesalahan kerana memukul anak-anaknya ketika di Sweden telah dibebaskan dari penjara. Dia dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu. Shalwati Nurshal, isteri kepada Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, telah dibebaskan daripada tahanan di Sweden sekitar 9.40 pagi waktu tempatan (pukul 3 petang waktu Malaysia). Dia telah ditahan di penjara wanita Hinseberg, perbandaran Frvi, kira-kira 200km dari Stockholm, Sweden. Ketika tiba di Kedutaan Malaysia di Stockholm, dia telah bertemu dengan Duta Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Abdul Rahman. Menceritakan pengalamannya kepada duta, Shalwati berkata pengalamannya adalah sesuatu yang menginsafkan. "Anda lebih menghargai kehidupan anda. Adalah sesuatu yang baik apabila dapat keluar, Alhamdulillah," katanya. Sumber berkata Shalwati dijangka tiba di Malaysia pada tengah hari Rabu. Suami Shalwati, Azizul Raheem Awalluddin, pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada 28 Mac oleh Mahkamah Daerah Solna. Dia dibebaskan pada bulan Julai. Mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara terhadap Shalwati. Dengan mengambil kira tempoh tiga bulan yang telah dilalui oleh pasangan ibu bapa itu dalam tahanan semasa perbicaraan, ditambah pelepasan awal untuk tingkah laku yang baik, kedua-dua mereka masing-masing dipenjarakan kira-kira tiga dan enam bulan. Mahkamah juga mengarahkan Shalwati dan Azizul masing-masing membayar 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada anak-anak mereka. - mstar

Sebutan Kes Ahli Politik Didakwa Hina Islam 30 Oktober
David Orok
KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menetapkan sebutan untuk kes melibatkan seorang ahli politik yang didakwa menghasut, 30 Oktober ini. David Orok, yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman menggunakan tiket Parti Reformasi Negeri (Star) pada pilihan raya umum ke-13, didakwa membuat komen yang menghina Islam dan Nabi Muhamad di laman sosial Facebook. Ahli politik berusia 49 tahun itu yang dijamin sebanyak RM7,000, mengaku tidak bersalah pada 3 September lepas, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Roun, Jalan Labuaya, Topokon di Tuaran, pada 4 Julai lepas. Orok yang hadir di mahkamah berhadapan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Peguambelanya Tengku Ahmad Fuad dan Henry Gudit memohon tarikh sebutan itu di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad bagi pihak pembelaan mendapatkan "plea bargain" untuk anak guam mereka. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dominic Chew berkata, pihak pendakwaan masih menunggu dokumen dan laporan berkaitan kes itu. - mstar

ATM Digodam: Keselamatan Akaun Pelanggan Dipertingkatkan
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Persatuan Bank Malaysia (ABM) Chuah Mei Lin berkata ahlinya kini meningkatkan usaha keselamatan untuk melindungi data pelanggan, ekoran laporan ATM di 14 cawangan bank di Selangor, Johor dan Melaka digodam oleh kumpulan dari Amerika Latin, yang mencuri lebih RM3 juta dalam hanya tempoh dua hari.
"Persatuan Bank-Bank di Malaysia ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bank-bank anggota kami bersama rangkaian ATM sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa yang berkaitan berhubung dengan kes rompakan ATM baru-baru ini.
"Orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi kami di hotline ABMConnect dengan mendail 1-300-88-9980 atau menghantar e-mel kepada kami di eABMConnect dengan masuk ke laman web kami, www.abm.org.my," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Dalam perkembangan terbaharu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene memberitahu Bernama bahawa suspek menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.
"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama, Isnin.
Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
Menurut beliau, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.
Sebuah pasukan khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bukit Aman dan kontinjen negeri telah dikerahkan di bawah Ops Godam ATM. - mstar
TOP
Kekasih Gelap Mati Jatuh Balkoni
BANGKOK: Seorang wanita maut selepas terjatuh ketika bersembunyi di bahagian balkoni kediaman kekasihnya, lapor media pada Isnin.
Menurut polis, wanita terbabit menjalin hubungan sulit dengan lelaki yang sudah beristeri.
Jurucakap polis berkata, wanita itu berada di rumah kekasihnya apabila isteri lelaki berkenaan pulang secara mengejut.
“Sebelum itu lelaki berkenaan tinggal bersendirian di rumah kerana isterinya pulang ke kampung untuk bersalin,” katanya.
Namun dia membuat kemunculan mengejut selepas dimaklumkan oleh jiran bahawa ada wanita lain di rumah berkenaan.
Kepulangan di luar jangkaan itu mendorong wanita terbabit memanjat keluar dan bersembunyi di balkoni tetapi dia tergelincir dan jatuh lalu mati. - mstar
TOP
Kenyataan Berbaur Hasutan: Aziz Bari Akan Disoal Siasat
Aziz Bari
PETALING JAYA: Pakar undang-undang Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari akan disoal siasat di bawah Akta Hasutan kerana komen yang didakwa menghina Sultan Selangor. Menurut laporan portal berita dalam talian, Aziz dijangka akan dipanggil untuk soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pada Rabu selepas hampir 100 laporan polis dibuat terhadapnya. "Beliau tidak pernah ditahan, tetapi hanya akan datang untuk disoal siasat esok (Rabu)," pegawai polis memberitahu portal berita. Aziz, yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, sedang disiasat kerana kenyataan yang dibuat dalam artikel dalam talian awal bulan ini. Kenyataan beliau didakwa telah mempersoalkan peranan royalti dalam politik dan juga mencadangkan kuasa budi bicara Sultan hanya terhad kepada keadaan di mana terdapat DUN tergantung. Aziz akan menjadi ahli akademik kedua yang akan disiasat di bawah Akta Hasutan jika didakwa selepas pensyarah undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom didakwa pada awal September. - mstar

Remaja Bunuh Ibu Angkat Dipenjara Seumur Hidup
Sabrina dipenjara seumur hidup kerana membunuh ibu angkatnya pada 2012.
CLEVELAND: Seorang remaja dari Ohio yang mendakwa dia membunuh ibu angkatnya akibat hasutan suami mangsa, dihukum penjara seumur hidup dalam prosiding yang berlangsung pada Isnin. Sabrina Zunich, 19, pada bulan lalu mengaku salah atas tuduhan menikam sehingga mati Lisa Knoefel, 41 dalam kejadian pada 2012. Lebih 150 kesan tikaman dan kecederaan akibat pisatu sepanjang lebih 25 sentimeter. Pembunuhan berlaku kira-kira jam 1.15 pagi pada 26 November itu. Pihak berkuasa berkata, anak perempuan Lisa yang berusia 13 tahun ketika itu mendakwa melihat ibunya bergelut menyelamatkan diri ketika diserang Sabrina. Dia kemudian menghubungi talian kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan. Ketika pasukan keselamatan tiba, mereka menemui Sabrina berlumuran darah dan masih memegang pisau. Dalam perbicaraan, Sabrina turut memberi keterangan terhadap bapa angkatnya, Kevin Knoefel, yang menghadapi tuduhan merancang pembunuhan dan serangan seksual. Di mahkamah lain Knoefel, 44, disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 44 tahun. Sabrina dan Knoefel hanya berpeluang mendapat parol selepas 30 tahun menjalani hukuman itu. Pendakwa berkata, mereka berjaya membuktikan kesalahan Knoefel dengan keterangan daripada Sabrina. Sementara itu, sebelum hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya, Sabrina sempat bercakap kepada wartawan. Sambil menangis, dia berkata, Lisa tidak sepatutnya mati. “Saya tak dapat jelaskan betapa sedih dan menyesalnya saya,” katanya. Sabrina mula tinggal bersama keluarga angkatnya pada 2011, tetapi dengan tugas Lisa sebagai pekerja sosial, ia bukanlah keputusan yang sempurna. Lisa dan suaminya pernah menjaga anak angkat sebelum ini dan rumah tangga mereka pula sering bermasalah. Knoefel mula menggoda Sabrina dan tidak lama kemudian mereka mula berasmara sebelum hubungan itu berkembang menjadi perancangan membunuh Lisa. Ketika perbicaraan Sabrina berkata, sehari sebelum kejadian berlaku Knoefel mengancam untuk membunuh diri jika isterinya tidak dibunuh. Sabrina mendakwa Knoefel menasihatinya mengenai cara menikam Lisa sebelum memandu ke Michigan ketika serangan berlaku. Pendakwa yakin wang adalah motif utama Knoefel mahu Lisa mati. Dia berharap mendapat bayaran daripada insuran nyawa Lisa bernilai AS$750,000 atau hampir RM2.5 juta. - mstar

Penganggur Miliki Dadah Dipenjara 16 Bulan
KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 16 bulan selepas mengaku salah atas dua pertuduhan memiliki dadah berbahaya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
Mengikut pertuduhan pertama, Hamdan Ali, 31, dari Kampung Durian Burung, di sini, mengaku salah memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 0.03 gram.
Dia turut mengaku salah bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah berbahaya jenis heroin di sebuah rumah di Kampung Durian Burung, Jalan Kelantan, di sini, 28 Julai 2013, lebih kurang jam 5.30 pagi.
Dengan itu, Hamdan mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau dikenakan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Susulan pengakuan salah itu, Hakim, Azhar Othman menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan bagi pertuduhan pertama dan dua bulan penjara untuk pertuduhan kedua.
Bagaimanapun, Azhar memerintahkan kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri. - Sinar Harian Online
TOP
Sederet 10 Pintu Kedai Papan Musnah Dalam Kebakaran
TAWAU – Sederet 10 pintu kedai papan dua tingkat di Jalan Dunlop di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata antara yang terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu ialah kedai emas, kedai kain dan kedai jam.
“Kami menerima panggilan pada pukul 11.54 malam dan tiga jentera bomba bersama 38 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian. Api kemudiannya dapat dikawal pada pukul 1 pagi.
“Kami juga menerima bantuan dari pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan anggota Rela,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
Seorang saksi, Harmawati Mokhtar, 30, juruwang di sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran lokasi kebakaran berkata, beliau menyedari kebakaran itu apabila terdengar teriakan orang ramai kira-kira 11.45 malam.
“Apabila melihat kejadian itu, saya dan pekerja lain terus menghentikan operasi dengan menutup stesen minyak itu. Kami sangat bersyukur kerana pasukan bomba dapat mengawal kebakaran itu dengan segera,” katanya.
Difahamkan terdapat tujuh pintu kedai emas beroperasi di deretan kedai itu dan bangunan kedai tersebut dibina lebih 50 tahun yang lepas. – BERNAMA
TOP
‘Senario’ Belum Berkubur – Lan Pet Pet
PETALING JAYA – Pelawak dan pelakon Lan Pet Pet menjelaskan, kumpulan Senario tidak pernah berpecah atau terkubur apabila mereka kelihatan sepi daripada sebarang projek terbaharu sejak beberapa tahun ini.
Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 45, berkata, mereka masih bersama sebagai sebuah kumpulan dan sedang merancang untuk kembali menerusi filem khas buat peminat mereka.
“Kami masih lagi bersama sebagai sebuah kumpulan dan tidak pernah berpecah seperti sangkaan sesetengah pihak malah kami merancang untuk kembali dengan filem terbaharu.
“Bagaimanapun ia masih di peringkat perancangan dan harap-harap ia menjadi demi peminat,” katanya kepada mStar Online.
Lan Pet Pet ditemui ketika hadir ke majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar yang diadakan di Cathay E@Curve di sini pada minggu lalu.
Filem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Sharnaaz Ahmad, Neelofa dan Aziz M. Osman.
Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober ini.
Selain Lan Pet Pet, Senario turut dianggotai oleh Wahid, Azlee Jaafar dan Saiful Apek.
Dalam pada itu, berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Lan Pet Pet berkata, dia masih menerima tawaran berlakon dan mengadakan persembahan pentas secara solo biarpun tanpa rakan-rakannya dari Senario.
Tambah Lan Pet Pet lagi, sekiranya bercuti ke luar negara bersama isterinya, Rubytah Abu Bakar @ Che Wan dia turut mengambil kesempatan membuat persembahan jalanan (basking) dan mengakui ia suatu pengamalan baharu.
“Pengalaman buat persembahan jalanan di negara orang suatu perkara baharu dalam hidup saya dan paling seronok sebab masyarakat di sana kelihatan cukup seronok dan begitu menyokong dengan kebolehan saya membuat bunyi-bunyian.
“Malah ada produksi luar negara yang ingin menerbitkan sebuah program tentang saya dan persembahan jalanan namun ia hanya masih pada peringkat cadangan,” katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai Dollah Superstar, Lan Pet Pet berkata, biarpun dia bukan memegang peranan utama namun dia begitu seronok dapat berlakon dalam sebuah karya yang disifatkan cukup berbeza dan mengangkat komedi spontan.
“Ia sebenarnya bukan sebuah filem komedi tetapi garapan yang ditonjolkan oleh Kabir terhadap jalan cerita dan watak kami sebagai pelakon membuatkan ia mempunyai elemen komedi spontan.
“Pada saya pula ia tidak terlalu membebankan malah watak saya cukup menyeronokkan dan Kabir sendiri banyak memberi kelonggaran kepada saya,” katanya. – mStar Online
TOP
Tambang Tak Naik, Pengusaha Bas Kurangkan Perkhidmatan
PETALING JAYA – Beberapa pengusaha bas dikatakan merancang untuk mengurangkan perkhidmatan secara berperingkat berikutan tiada kenaikan kadar tambang bas ekspres sehingga hari ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tindakan tersebut cukup membimbangkan kerana ia akan menjejaskan industri perkhidmatan asas yang menjadi nadi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Malahan katanya, tindakan kerajaan yang hingga kini tidak mengumumkan kenaikan tambang bas baharu juga menjadi tanda tanya.
”Mereka (pengusaha bas) terbeban kerana terpaksa menanggung pelbagai peningkatan kos akibat kenaikan harga diesel, kos keselamatan bas, penyelenggaraan dan gaji pekerja.
”Kita percaya pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) bermula April depan antara punca yang menyebabkan ada diantara pengusaha bas yang mengurangkan operasi secara berperingkat,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.
Jelas beliau, pengusaha bas berkenaan terpaksa mengurangkan perjalanan ke destinasi tertentu untuk mengelakkan syarikat daripada gulung tikar.
”Sebagai contoh, jika sebelum ini syarikat menyediakan 10 kali perjalanan ke destinasi yang ditawarkan, mereka mungkin hanya menawarkan tujuh perjalanan sahaja,” katanya.
Antara syarikat bas yang gulung tikar adalah Foh Hup Omnibus Co Bhd, Len Omnibus Bhd, Penang Yellow Bus Co Bhd, Northern Malaya Transport Co Bhd, Ipoh and Rural Bus Service Sdn Bhd, Chin Wah Sdn Bhd, Sim Omnibus Bhd, Red Omnibus Sdn Bhd, Bee Huat Omnibus Sdn Bhd dan Seng Huat Bus Sdn Bhd.
Justeru, katanya, kenaikan tambang perlu supaya pengusaha bas memperoleh modal pusingan mencukupi terutama bagi menggantikan bas lama.
Bagaimanapun, katanya, sebagai pihak yang bertanggungjawab, pengusaha bas tidak akan mengambil pendekatan drastik seperti mogok untuk mendesak kerajaan tetapi merayu supaya kenaikan tambang dipercepatkan.
”Kita tahu mogok salah disisi undang-undang terutama bagi pengusaha bas yang disenaraikan dalam industri perkhidmatan asas,” katanya.
Beliau berkata, walaupun masih belum ada sebarang perkembangan terbaharu mengenai perkara itu, pihaknya akan terus berhubung dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar pendekatan proaktif dilaksanakan segera bagi mengurangkan tekanan pengusaha bas.
Jelasnya, permohonan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus telah dikemukakan kepada SPAD pada Mei tahun lalu.
”Kita selalu adakan perjumpaan dengan pegawai SPAD tetapi mereka suruh kita tunggu. Saya pun tidak tahu sampai bila kita harus sabar..
”Kadar 30 peratus dalam permohonan tahun lepas berdasarkan kadar semasa, tetapi selepas setahun masih belum ada kata putus mengenainya,” kata Mohd Ashfar.
Jelas beliau, tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak 30 peratus kali terakhir pada 2008, dan sejak itu pengusaha bas mengalami kenaikan kos sehingga 36 peratus. - mStar Online
TOP
Azmin Tak Tergesa-Gesa Lantik Timbalan Speaker
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan satu perkara yang perlu dibincangkan segera pada masa ini.
“Ia akan dibincangkan apabila DUN bersidang pada November,” katanya kepada pemberita di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Isnin.
Azmin ditanya sama ada PAS, yang wakilnya dalam exco negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga dalam pentadbiran beliau, akan menerima jawatan Timbalan Speaker itu.
Kerusi PAS telah diberikan kepada PKR, yang kini mempunyai empat kerusi dalam 10 anggota exco negeri. DAP kekal dengan tiga kerusi.
Jawatan Timbalan Speaker telah diperuntukkan kepada PKR dalam pentadbiran menteri besar sebelumnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Walau bagaimanapun, PAS dilaporkan telah menunjukkan kemungkinan tidak menerima tawaran itu.
Dalam posting Facebook pada malam Sabtu, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, mereka masih tidak pasti sama ada parti akan menerima jawatan itu.
Beliau berkata ini berdasarkan kepada mesyuarat awal dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas wakil-wakil PAS dan yang baharu dilantik dalam barisan exco.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber-sumber yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat berkata Azmin berminat mengambil alih portfolio exco yang melibatkan hal ehwal Islam, pelaburan dan majlis-majlis tempatan.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai portfolio barisan exco beliau yang tersebar dan berkata ia akan diumumkan pada Rabu.
“Saya perlu melihat dengan teliti bagaimana saya boleh menggabungkan beberapa portfolio bersama-sama kerana ia melibatkan banyak bidang,” kata beliau sambil menambah beberapa ahli exco mungkin memegang beberapa portfolio. – mStar Online
TOP
Penagih Bunuh Keluarga Sebelum Bakar Dalam Lori
Bangkok – Polis menangkap seorang lelaki yang memiliki sejarah penyalahgunaan dadah selepas dia disyaki menikam mati isteri dan anak perempuannya.
Rames Rattana kemudian meletakkan mayat berkenaan dalam lori pikapnya sebelum dibakar. Kejadian berlaku di Jalan Samut Sakhon malam Jumaat minggu lalu.
Sumber berkata, operasi bersama membabitkan polis dari daerah Chumphon dan Samut Sakhon bekerjasama menangkap Rames, 37, pada Sabtu lalu.
“Suspek ditangkap selepas orang awam melaporkan melihat Rames dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta di persimpangan utama di Chumphon,” katanya, semalam.
Tidak dapat dipastikan sama ada Rames sudah didakwa di mahkamah atau belum.
Sementara itu jurucakap polis berkata, Rames dipercayai mengalami tekanan perasaan dan pernah menjadi penagih dadah sebelum menjalani rawatan pemulihan dua tahun lalu. – Agensi / Harian Metro
TOP
Polis Tangkap Penyeludup Lampin Bayi Di Sweden
JAMTLAND, Sweden - Polis disini melaporkan sepasang lelaki Lithuania telah ditangkap ketika sedang cuba lebih dari 25,000 lampin bayi dari Norway ke
Swedish police said a pair of Lithuanian men were caught trying to smuggle more than 25,000 diapers from Norway to pasaran gelap di timur Eropah.
Penyiasat berkata, dua warga negara Lithuanian itu diberhentikan oleh polis di Jamtland dan kemudiannya didapati membawa 25,175 lampin bayi pakai buang yang masih baru di dalam van mereka.
Polis berkata lampin tersebut telah dibeli di Norway, yang mana kos kurang daripada $1 setiap satu, dan mungkin dibawa khas untuk pasaran gelap di Eropah, di mana produk itu boleh dijual pada harga jauh lebih tinggi
Sumber : www.upi.com/
Sumber : www.upi.com/
TOP
Letusan gunung berapi: 5 lagi mayat ditemui, angka kematian 36 orang
KISO: Lima lagi mangsa ditemui berdekatan gunung berapi di Jepun menjadikan angka kematian keseluruhan kepada 36 orang, kata polis.
Jurucakap Polis Wilayah Nagano berkata, selain itu, lapan lagi mayat diterbangkan dari Gunung Ontake sebelum kerja-kerja menyelamat di puncak gunung dihentikan pada kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan.
Naofumi Miyairi berkata, bersama-sama dengan empat mangsa yang dibawa turun semalam, 12 mayat sudah ditemui setakat ini manakala 24 lagi berada dekat dengan puncak. - AP / BH Online
TOP
Keselamatan pelajar, rakyat Malaysia sentiasa diutamakan - Konsul Jeneral
NEW DELHI: Konsulat Jeneral di Chennai telah berhubung secara langsung dengan semua pelajar Malaysia di negeri Tamil Nadu, selatan India, melalui pemimpin pelajar dan juga media sosial berhubung keselamatan susulan rusuhan yang meletus pada Sabtu lepas.
"Apabila ia membabitkan keselamatan, pelajar yang kami maklumkan dahulu serta rakyat Malaysia yang lain," kata Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Chitra Devi Ramiah.
Tunjuk perasaan dan rusuhan tercetus selepas Ketua Menteri Tamil Nadu, J.Jayalalithaa, 66, didapati bersalah, Sabtu lepas, atas tuduhan mengumpul kekayaan melebihi kemampuannya. Dia dihukum penjara empat tahun dan didenda Rs100 crore (AS$16.30 juta).
Secara kebetulan pada hari berkenaan, rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan yang dihadiri oleh pelajar dan pemimpin pelajar dan mereka segera dimaklumkan mengenai keadaan.
Konsulat Jeneral membungkus makanan untuk mereka dan juga memastikan mereka kembali ke kolej masing-masing dengan selamat," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi susulan dakwaan seorang pelajar tidak menerima apa-apa bantuan daripada pejabat konsulat.
Laporan berita memetik seorang pelajar dari Kolej Pergigian Meenakshi Ammal di Chennai sebagai berkata keadaan kini buruk dan mereka mungkin kehabisan makanan.
Pelajar itu juga mendakwa mereka tidak dimaklumkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia.
"Semua orang dimaklumkan melalui saluran rasmi yang kita ada untuk persatuan. Saya berada di perhimpunan pada hari itu dan kami mendapat maklumat dari Konsul Jeneral sendiri," kata presiden persatuan cawangan Chennai, P. Priya Dharshini, 23.
Konsul Jeneral juga menawarkan pejabat konsulat dan rumahnya untuk pelajar berlindung jika keadaan keselamatan bertambah buruk.
Bagaimanapun, keadaan di Chennai tidak seburuk seperti dilaporkan di Malaysia.
"Di Chennai, kehidupan kembali seperti sedia kala pada Sabtu," kata Priya.
Ketika ditanya mengenai bekalan makanan, pelajar intern dari Sri Ramachandra University, Porur itu, kira-kira 12km dari Chennai, berkata semua kolej mempunyai kantin sendiri.
"Kantin kolej beroperasi seperti biasa dan tidak mungkin pelajar akan kehabisan makanan," kata Priya.
Konsul (Pendidikan & Latihan) di Chennai, Annie Sabrina Lasumin juga mengumumkan melalui saluran rasmi dan media sosial bahawa keadaan di Tamil Nadu, terutama di Chennai adalah tenang.
"Kompleks membeli-belah dan premis perniagaan dibuka sejak semalam.
"Bagaimanapun, mereka dinasihatkan supaya berhati-hati sepanjang masa dan mengelak daripada berulang-alik atau mengunjungi tempat-tempat yang berisiko," kata beliau.
Terdapat kira-kira 5,000 pelajar Malaysia di selatan India, dengan kira-kira 900 daripada mereka berada di Tamil Nadu. - BERNAMA
TOP
Bomba Guna Topeng Oksigen Paling Kecil Untuk Selamatkan Hamsters
Anggota bomba di Lacey, Washington, terpaksa menggunakan topeng oksigen paling halus mereka untuk menyelamatkan sebuah keluarga hamster dalam kebakaran rumah bergerak pada September 26.
Walaupun api dapat dikawal dengan pantas, anggota bomba terpaksa membuka "panduan kecemasan haiwan belaan" apabila mereka menjumpai hamster tersebut.
Oreo, Madonna, dan anak mereka yang masih lagi belum dinamakan telah berjaya diselamatkan dan dirawat dengan alat pertolongan kecemasan yang paling halus itu. - SiakapKeli.com

Jangan Jadikan Isu Foto Lana Nodin Dengan Pemuda Bertatu
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.
Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.
"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.
"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.
Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.
Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang pemuda kacak di Instagram miliknya.
Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan. Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu. Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal tercapai. Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel) sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar. - mStar

Bomoh Halau Jin Dalam Rahim Di Arab Saudi
Riyadh – Seorang bomoh memperkosa remaja yang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi mangsa kononnya terdapat jin dalam rahimnya.
Bomoh berkenaan memberitahu gadis itu, dia mempunyai kekuatan untuk menghalau jin berkenaan dalam satu sesi rawatan saja jika dia mahu berubat di rumahnya.
Apabila mangsa yang umurnya tidak didedahkan datang ke rumah bomoh terbabit, lelaki itu merogolnya.
Polis menahan bomoh berkenaan selepas mangsa yang masih dara itu menyedari kesilapannya dan membuat laporan polis.
“Lelaki itu memberitahu mangsa rahimnya dihuni jin dan dia mahu menghalaunya,” menurut laporan akhbar tempatan, memetik kata-kata polis.
Kisah itu menjadi viral di media sosial Saudi dan ramai pembaca mengecam bomoh itu dan ada juga yang menyelar gadis berkenaan.
“Nampaknya masyarakat kita masih percaya perkara khurafat dan mengamalkan upacara sebegini atas nama agama. Kami meminta kementerian kehakiman dan dalam negeri, menghukum Raqi,” kata aktivis masyarakat terkenal negara itu, Souad Al Shammari. Bagaimanapun, seorang pembaca, Sarah Al Waleed mempunyai pendapat berbeza.
“Gadis itu yang senang-senang menyerah diri kepada bomoh itu memang bodoh,” katanya.
Seorang lagi pembaca bernama Dalal bersetuju dengan berkata: “Kenapa menyalahkan bomoh saja. Kenapalah bodoh sangat gadis itu sehingga membenarkan dirinya diperkosa.” – Agensi / Harian Metro
TOP
Sindiket Godam Mesin ATM Guna VIrus 'ULSSM.EXE'
KUALA LUMPUR: Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.
"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, setakat hari ini sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya.
Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (kecurian RM303,000); Dataran Sunway (RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (RM395,850); Kota Damansara (RM221,160) dan Kelana Jaya yang belum dapat dipastikan jumlahnya.
Sementara itu, sebuah lagi bank di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurus bank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang.
"Pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam semalam (28 September)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Azisman berkata modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor semalam.
Semalam media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih. - BERITA HARIAN
TOP
"Kapal Terbang 'Berak' Atas Kami"
New Zealand - Karen Bass mendakwa rumah dan keretanya telah diliputi dengan najis yang dibuang dari kapal terbang yang melalui kawasan rumahnya.
Warga New Zealand itu percaya yang rumahnya telah 'dilanggar' oleh sisa najis yang besar yang dipercayai najis salah seorang penumpang kapal terbang tersebut.
Rumah Karen Bass dilaporkan berada tepat-tepat pada landasan yang dilalui oleh kapal terbang yang terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.
"Bila saya berjalan keluar dari pintu rumah saya pagi ini, saya ternampak benda itu. Saya fikir, sebuah kapal terbang telah 'berak' atas kami."
Karen Bass berkata aduan yang telah dibuat olehnya kepada Airways NZ tidak diendahkan.
Pakar penerbangan, Peter Clarke pula mengatakan kes sedemikian teramat jarang sekali jika terjadi.
"Semua pesawat komersial menyimpan bahan buangan, terutamanya dari tandas", tambah Clarke - SiakapKeli.com
TOP
Video : Budak Rosakkan iPhone 6 Dalam Apple Store Untuk Buktikan Ia Mudah Bengkok
Sekarang memang panas dengan isu iPhone 6 yang mudah dibengkokkan. Tapi perbuatan dua orang budak ini untuk membuktikan bahawa iPhone 6 mudah bengkok ini agak melampau.
Dany dan Kylie, dua budak berusia 15 tahun, telah pergi ke sebuah Apple Store tempatan dan merosakkan iPhone di dalamnya yang mungkin bagi mereka sesuatu yang menghiburkan. Jadi mereka telah merekodkan perbuatan mereka ini dan memuat naik ke laman Youtube.
Hasilnya, perbuatan dua orang budak ini mendapat kritikan hebat dari pengguna-pengguna internet. Video itu telah mendapat 370 likes dan 1572 dislike. Rata-rata komen penonton pula mengkritik tindakan kedua-dua budak terbabit. - SiakapKeli.com

Penduduk Yemen sertai protes tuntut pemberontak Huthi berundur
SANAA 29 Sept. - Beratus-ratus penduduk Yemen menyertai bantahan menuntut pengunduran pemberontak Huthi, dalam bantahan pertama terhadap kumpulan pemberontak yang menawan ibu negara itu sejak minggu lepas.
Penunjuk perasaan itu berarak di sepanjang jalan Zubairi di sini sambil melaungkan slogan menentang pemberontak Huthi yang menawan bandar itu.
"Kami tidak mahu (pemberontak) Huthi lagi, mereka menawan utara Sanaa sehingga mengorbankan lebih 270 nyawa," jerit penunjuk perasaan. - AFP / Utusan
TOP
Peperiksaan Semula Kertas UPSR Bermula
KUALA LUMPUR – Peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi dua mata pelajaran yang bocor iaitu Sains dan Bahasa Inggeris berlangsung hari ini.
Kertas peperiksaan yang diulang semula itu ialah Sains 018, 028 dan 038 bermula 8.15 pagi dan Bahasa Inggeris 014/1 yang dijadual bermula 10.30 pagi dan Bahasa Inggeris 014/2 pada 12.20 tengah hari.
Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Oktober.
Peperiksaan semula itu diadakan susulan kebocoran kertas peperiksaan UPSR awal membabitkan 472,853 murid yang mendudukinya di seluruh negara bermula 9 September lalu.
Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada murid yang terbabit dengan UPSR.
Perdana Menteri turut memuji kesabaran ibu-bapa dan guru dalam menghadapi isu kebocoran soalan peperiksaan itu. – BERNAMA
TOP
Permainan Video FIFA 15 Boleh Tahu Watak Pemain, Termasuklah Yang Homoseksual
Permainan video FIFA 15 dikatakan sangat realistik sehinggakan ia boleh mengetahui sama ada watak itu seorang perokok, penagih dadah ataupun seorang homoseksual.
Informasi itu adalah berdasarkan kajian yang menggunakan rakaman pergerakan, yang boleh digunakan untuk menggangu pemain semasa perlawanan.
Gamer Tom Booker berkata "Saya sedang dua kosong dan tiba-tiba, semasa 'tackle', pemain pertengahan lawan memasukkan nombor telefonnya kepada penyerang saya."
"Selepas itu kawalan menjadi tidak terkawal dan kamera tidak akan memberi tumpuan kepada mana-mana pemain lain."
Programmer Julian Cook berkata, algoritma yang betul, anda boleh tahu pemain mana yang homoseksual, walaupun pemain itu tidak mahu mengaku termasuklah kepada diri mereka sendiri. - SiakapKeli.com
TOP
32 tentera Kurdis jalani latihan di Jerman
BERLIN 29 Sept. - Tentera Jerman memulakan latihan mengendalikan senjata berat kepada 32 anggota tentera Kurdis dari utara Iraq di sebuah sekolah tentera di Bavaria, semalam yang disediakan oleh Berlin untuk menyokong pertempuran dengan militan kumpulan Negara Islam (IS).
Pasukan tersebut yang tiba di sini Sabtu lalu, diberi latihan menggunakan kereta kebal dan peluru berpandu, kata jurucakap Kementerian Pertahanan kepada AFP.
Latihan tersebut dijalankan di pusat latihan asas di bandar Hammelburg, selatan negara ini dan berterusan sehingga Jumaat depan. - AFP / Utusan
TOP
Anak Landak Tanpa Duri Ditemui Di Scotland
DUNTOCHER – Seekor anak landak yang dilahirkan tanpa duri dibadannya telah ditemui di sebuah kebun di Duntocher, Dunbartonshire di Scotland, lapor Metro.co.uk kelmarin.
Anak landak itu ditemui orang ramai di kebun berkenaan sebelum diserahkan kepada sebuah pusat penyelamat haiwan liar di bandar ini.
Pemilik pusat penyelamat haiwan liar Hessilhead, Gay Christie berkata, dia terkejut selepas seseorang menyerahkan landak itu ke pusat berkenaan.
“Anak landak ini sangat unik kerana ia tidak mempunyai bulu atau duri tetapi ia berada dalam keadaan yang sihat.
“Bagaimanapun, haiwan ini mungkin terpaksa tinggal di pusat ini sepanjang hayatnya kerana kulitnya terlalu sensitif untuk berada di hutan,” katanya. – Agensi / Kosmo!
TOP
Jo In Sung Tinggalkan Kekasih Demi Gong Hyo Jin
BEBERAPA hari lalu industri hiburan di Korea Selatan dikejutkan dengan berita perpisahan aktres Gong Hyo Jin dengan teman lelakinya Lee Jin Wook yang baharu sahaja menjalinkan hubungan selama empat bulan.
Manakala aktor Jo In Sung yang sedang berlakon disamping Hyo Jin dalam drama bersiri It's Okay That's Love turut mengumumkan berpisah dengan kekasihnya Kim Min Hee beberapa kemudian.
Gosip mula tersebar bahawa kedua-dua pelakon itu bermain cinta di lokasi drama tersebut sehingga hubungan itu dapat dihidu oleh pasangan masing-masing sehingga terjadinya perpisahan.
Bagaimanapun wakil In Sung segera menafikan perkara itu dan memberitahu gandingan pelakon itu dengan Hyo Jin bukan penyebab kepada perpisahan tersebut.
"Mereka berpisah secara baik dan tetap akan menyokong kerjaya di antara satu sama lain dan Hyo Jin bukan penyebab kepada perkara itu," kata wakil In Sung menurut laporan portal Soompi.
Manakala pihak pengurusan Hyo Jin pula memberitahu, perpisahan artis wanita itu dengan teman lelakinya adalah disebabkan pertembungan jadual menjadi penyebab mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. - mStar- mstar online
TOP
Intan Ladyana Bertegas Enggan Jumpa Kamal Bincang Hubungan
Intan Ladyana
PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana menegaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Kamal Adli untuk memberi peluang bagi berbincang mengenai hubungan mereka yang sudah tidak apa-apa kaitan lagi. Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, sebelum memutuskan untuk berpisah, dia telah pun berbincang tentang perkara itu dan sudah menjelaskan sebab-sebab mengapa hubungan berkenaan perlu diputuskan. "Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus. "Nak ikutkan... saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai," katanya kepada mStar Online. Dalam program Melodi (siaran TV3) Ahad lalu, Kamal meluahkan rasa kesal apabila hubungannya dengan Intan terputus begitu sahaja dan berharap agar dapat kembali menjalinkan hubungan semula dengan aktres itu.
Kamal dan Intan akhirnya berpisah selepas enam tahun bercinta.
Kata kamal, sehingga kini dia masih lagi tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka tiada lagi sebarang hubungan dan masih mengharapkan agar Intan dapat bersemuka dengannya untuk berbincang tentang hubungan berkenaan. Intan pada 25 Ogos lalu mendedahkan hubungan cinta bersama Kamal sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah. Keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu. Sementara itu, Intan berkata, dia tidak akan mendedahkan sebab-sebab memutuskan hubungannya dengan aktor tersebut kerana ia terlalu peribadi. "Tak payahlah saya nak menjaja cerita tentang cinta yang tidak kesampaian ini, bukannya orang suka dengar pun. "Perkara ini melibatkan saya dan dia, jadi biarlah kami sahaja yang tahu sebab-sebab hubungan ini putus," ujarnya.- mstar online

Tawaran Istimewa MAS Sempena Ulang Tahun Ke-42
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memberi tawaran istimewa bagi penerbangan antarabangsa dan domestiknya sempena ulang tahun ke-42, sejajar janjinya untuk menyediakan tambang mampu milik kepada rakyat Malaysia.
Syarikat penerbangan itu berkata, tawaran tersebut dibuka untuk tempahan bermula Isnin hingga 3 Oktober 2014, menerusi laman webnya, pejabat tiket, ejen pelancongan yang menyertainya dan pusat panggilan. Tempoh perjalanan adalah dari 2 Oktober 2014 hingga 30 Jun 2015. Naib Presiden Kanan Serantau MAS, Datuk Muzammil Mohamad berkata, ia merupakan komitmen MAS untuk terus menyediakan kepada pelanggannya perkhidmatan bertaraf dunia pada harga mampu milik. "Semua orang sukakan tawaran yang baik dan sebagai penghargaan, kami menawarkan beberapa tawaran hebat kepada pelanggan untuk membeli pada masa yang terhad sahaja. Kami mempelawa pelanggan kami merebut peluang yang hebat ini bagi produk dan perkhidmatan kami," katanya. Tambang promosi terangkum pergi dan balik syarikat penerbangan itu bermula daripada RM120 bagi perjalanan domestik Malaysia, daripada RM250 ke destinasi Asean, daripada RM800 ke China, daripada RM750 ke India, daripada RM1,000 ke Asia Utara dan daripada RM2,600 ke Eropah. Penerbangan domestik ke Pulau Pinang dan Johor Baharu bermula daripada RM120, Kuching daripada RM260 dan Kota Kinabalu daripada RM360. Bagi destinasi Asean, tawaran hebat itu bermula daripada RM250 ke Medan, RM350 ke Phuket, RM420 ke Jakarta atau Siem Reap, RM530 ke Bali, RM600 ke Hanoi dan RM700 ke Manila. Tambang ke China bermula daripada RM800 ke Hong Kong, RM900 ke Kunming dan RM1,200 ke Guangzhou, manakala bagi destinasi di India, tawaran bermula daripada RM750 ke Kochi, RM1,000 ke Chennai dan Colombo dan RM1,300 ke New Delhi. Bagi perjalanan ke Asia Utara, tambang bermula daripada RM1,000 ke Taipei dan RM1,800 ke Tokyo, manakala tambang ke Eropah bermula daripada RM2,600 ke Istanbul, RM2,790 ke Paris dan RM2,890 ke London. MAS berkata, harga yang ditawarkan adalah bagi perjalanan Kelas Ekonomi. Tambang promosi Kelas Perniagaan juga ditawarkan daripada RM900 ke destinasi domestik dan RM11,900 ke Eropah. Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com atau hubungi 1-300-88-3000.- mstar online

Pindaan Akta: Hampir 100,000 Jurutera Tempatan Bakal Peroleh Manfaat
Fadillah (kiri) menerima cenderamata daripada Presiden Lembaga Jurutera Malaysia, Datuk Ir. Annies Md Ariff (tengah). Turut serta ialah Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Zainudin Zakaria.
PETALING JAYA: Hampir 100,000 jurutera tempatan bakal mendapat manfaat daripada pindaan Akta Pendaftaran Jurutera yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. Sehingga September ini, jumlah berkenaan membabitkan seramai 16,537 jurutera berstatus profesional, manakala 77,263 lagi adalah graduan dalam bidang kejuruteraan. Berdasarkan intipati pindaan akta berkenaan, apabila diluluskan, jurutera profesional tempatan bukan sahaja boleh mempraktik dan mewujudkan khidmat rundingan di sini, malah di luar negara. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, ia juga bermakna kewarganegaraan bukan lagi menjadi syarat buat jurutera asing untuk berbuat demikian di negara ini. “Pindaan Akta Pendaftaran Jurutera yang bertujuan untuk meliberalisasikan perkhidmatan profesional kini di peringkat akhir dan akan dibentangkan di Parlimen. “Ia seiring agenda kerajaan untuk meliberalisasikan lagi industri perkhidmatan, yang mana akan menarik pelaburan langsung asing (FDI), yang menyumbangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sekali gus menjana pertukaran asing,” katanya pada Program Jelajah Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di Kuala Lumpur pada Isnin. Fadillah berkata, akta berkenaan juga dipinda bagi membolehkan mana-mana jurutera di seluruh dunia untuk mendaftar dengan LJM. Tambahnya, pindaan itu turut melibatkan tiga objektif utama iaitu melindungi orang ramai daripada risiko perkhidmatan sub-standard daripada penyedia perkhidmatan asing, dan dasar tempatan dan nasional serta memastikan liberalisasi tersebut akan menjana pertumbuhan seperti yang disasarkan. Fadillah berkata, menurut Persekutuan Perunding Jurutera Antarabangsa yang berpangkalan di Geneva, permintaan terhadap perkhidmatan perunding jurutera meningkat setiap tahun. “Perkhidmatan jurutera profesional di seluruh dunia dari segi bayaran berjumlah AS$270 bilion (RM885.79 bilion) pada 2010, dan meningkat kepada AS$330 bilion (RM1,082.63 bilion) pada 2013, terutama kejuruteraan dalam pengangkutan, pembinaan dan kemudahan, pembangunan tanah, saliran, air dan sisa buangan. “Bagaimanapun, perunding tempatan perlu menilai persaingan mereka dari segi trek rekod yang baik, kecekapan dan kesediaan untuk menerima projek berskala besar,” katanya. Tambahnya, beliau yakin dengan perunding jurutera tempatan di mana sebahagiannya telah pun menembusi luar negara seperti di Asean dan Timur Tengah. “Saya berharap mereka yang belum lagi bekerjasama dengan pihak asing perlu mempelajarinya dan melengkapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran liberalisasi dan globalisasi,” katanya.- mstar online

MASwings Gantung Laluan Kuching-Bandar Seri Begawan
KOTA KINABALU: MASwings menggantung operasi penerbangan dari Kuching ke Bandar Seri Begawan melalui Mulu berkuat kuasa 26 Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Ritzerwan Rashid berkata keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi berterusan syarikat penerbangan tersebut.
Katanya, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kota Kinabalu itu akan memberi tumpuan untuk mengembangkan laluan domestik yang merupakan pasaran utamanya.
Syarikat tersebut menghentikan laluan Kota Kinabalu-Puerto Princesa ke Selatan Filipina pada 1 September lalu.
"MASwings sentiasa mengkaji strategi rangkaian untuk memenuhi kehendak pasaran dan menyokong pertumbuhan ekonomi di Sabah dan Sarawak.
"MASwing juga komited untuk menjadi syarikat penerbangan pilihan pertama penumpang untuk sampai ke destinasi di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, menyediakan perkhidmatan mengikut kehendak pasaran amat penting," kata Kapten Ritzerwan.- mstar online
TOP
Obama Puji Malaysia
Barack Obama.
PETALING JAYA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah status ekonomi maju kerana bidang keusahawanan yang semakin berkembang. Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Obama menganggap Malaysia sebagai contoh baik bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam di mana perubahan positif yang dilakukan tidak mengorbankan tradisi dan kepercayaan. "Kita melihatnya di Malaysia, di mana bidang keusahawanan yang berkembang mendorong ia disenarai sebaris dengan negara-negara maju," kata Obama dalam ucapannya. Beliau menyebut Malaysia sebagai contoh apabila bercakap bagaimana negara Arab dan Islam harus memberi tumpuan kepada apa yang dipanggil sebagai potensi luar biasa rakyat mereka, terutama golongan belia. Obama berkata, mereka membuktikan bahawa masyarakat berkembang apabila golongan muda mempunyai kunci untuk berjaya. Kunci tersebut termasuk sekolah yang baik, pendidikan dalam mata pelajaran matematik dan sains serta ekonomi yang dipupuk menerusi kreativiti dan keusahawanan. Obama berkata Amerika harus menjadi rakan kongsi kepada negara dan kerajaan yang mengalakkan wawasan seperti itu. Selain Malaysia, Obama turut memuji Indonesia, Senegal dan Tunisia dimana pihak sekular dan Islam bekerjasama melalui proses politik untuk menghasilkan perlembagaan baharu.- mstar online

NYPD Kongsi Amalan Terbaik Banteras Rasuah Dengan PDRM
Ahmad Zahid Hamidi.
NEW YORK: Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) akan berkongsi amalan terbaiknya membanteras rasuah dalam kalangan pegawainya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah meningkatkan imej dan integriti pasukan PDRM. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata NYPD juga pernah berhadapan masalah persepsi negatif mengenai integritinya dalam kalangan warga Amerika Syarikat 20 tahun yang lepas, tetapi mereka berjaya menanganinya melalui pelaksanaan amalan terbaik. "Polis Malaysia juga sedang menghadapi masalah yang sama walaupun mereka berjaya menurunkan kadar jenayah," katanya kepada media Malaysia di sini pada Ahad (Isnin di Malaysia). Amalan terbaik yang menetapkan seseorang anggota dianggap melakukan suatu kesalahan jika mereka, antara lain, enggan mengambil laporan, mempertikaikan tangkapan atau saman, menganggotai persatuan jenayah, tidak bersetuju dasar jabatan atau tindakan, pertikaian domestik, gangguan, kehilangan harta, salah guna komputer pejabat dan salah laku di luar tugas. Beliau berharap amalan terbaik yang dipelajari daripada NYPD akan membantu meredakan persepsi negatif masyarakat Malaysia terhadap polis, sekali gus meningkatkan integritinya. "Masyarakat mempunyai persepsi bahawa majoriti anggota polis adalah rasuah," katanya. Zahid berkata beliau membincangkan mengenai cara-cara untuk meningkatkan integriti PDRM ketika bertemu pegawai-pegawai kanan Biro Hal Ehwal Dalaman NYPD serta bekas ketua NYPD, Charles V. Campisi baru-baru ini. "NYPD telah berjaya mengatasi rasuah sistemik, rasuah oportunis dan rasuah kelaziman dalam kalangan anggotanya," kata beliau. PDRM menubuhkan Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Mei lepas bagi memerangi rasuah dan integiriti dalam pasukan itu. Jabatan itu juga ditubuhkan di setiap kontinjen polis dan peringkat daerah, katanya. Selain amalan terbaik, Zahid berkata PDRM juga mencari kaedah untuk menambah baik skim perkhidmatannya sebagai satu daripada inisiatif membanteras rasuah.- mstar online

Ahli Silap Mata Harumkan Nama Malaysia Di Hollywood
Kabir Khan Mohamad Reaz.
PETALING JAYA: Ahli silap mata warga Malaysia, Kabir Khan Mohamad Reaz mengharumkan nama negara apabila mendapat tempat kedua dalam persembahan Academy of Magical Arts Summer 2014 Magic Castle’s Strolling Magic Showdown di Hollywood. Kabir, 29, memukau juri dan penonton yang hadir ke persembahan The Magic Castle di Hollywood, kelab persendirian ekslusif untuk Akademi Seni Magik pada 17 September lalu. The Magic Castle menampilkan beberapa penghibur terbaik dunia. Hanya yang terbaik dijemput untuk mempersembahkan bakat mereka. Pertandingan yang diadakan dua kali setahun itu adalah persembahan popular di kelab tersebut di mana ahli silap mata yang bertanding dijemput untuk mengadakan persembahan di hadapan juri dan tetamu jemputan. Kabir, salah seorang ahli kelab tersebut mempamerkan kemahirannya melakukan magik depan mata, seni magik yang dianggap sebagai antara yang paling sukar. "Saya berasa bertuah kerana mewakili Malaysia dalam acara berprestij ini. Saya berharap dapat membanggakan negara ini," katanya dalam satu kenyataan. Kabir, anak kelahiran Pulau Pinang tidak asing lagi di Hollywood. Pada September 2011, beliau menjadi ahli silap mata pertama yang dijemput untuk mengadakan persembahan di Hollywood dan Las Vegas. Presiden The Magic Castle, Erica Larsen menyampaikan anugerah berserta lapel pin yang direka khas menggunakan gangsa untuk pertandingan itu kepada Kabir. Kabir antara salah seorang ahli silap mata yang terkemuka di dunia terlibat dalam beberapa persembahan berprofil tinggi yang memukau penonton dengan persembahan unik. Beliau mewakili satu siri jenama mewah di Los Angeles dan Las Vegas merupakan ahli silap mata pertama yang mendapat anugerah Grand Master Brand Leadership pada 2013. Kabir turut membuat 21 persembahan di Hollywood sekali gus membolehkan beliau mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records pada tahun lalu.- mstar online

Ebola: Saring Kesihatan Pelajar Afrika, Pemantauan Aktif - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: Saringan kesihatan terhadap 15,000 pelajar dari Afrika di negara ini dijalankan untuk menjamin mereka bebas daripada jangkitan wabak Ebola. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan saringan kesihatan terhadap semua pelajar asing terbabit sering dijalankan. "Semua pelajar dikenakan saringan, pelajar tempatan pun kita buat saringan, apatah lagi dari luar negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar 'Burn' Hospital Kuala Lumpur peringkat kebangsaan kali ketiga di Institut Kesihatan Malaysia di sini, Isnin. Setakat ini hanya dua kes membabitkan pelajar asing disyaki terkena jangkitan virus Ebola tetapi ujian makmal menunjukkan keputusan negatif untuk kedua-dua kes. Dr Noor Hisham berkata, walaupun tiada kes virus berkenaan dikesan di negara ini, pihaknya masih menjalankan pemantauan secara aktif terhadap wabak itu. "Walaupun tiada kes penyakit itu dalam negara kita tetapi pemantauan aktif tetap dijalankan. "Banyak kes Ebola yang diuar-uarkan tapi ini semua tak berasas," katanya. Dr Noor Hisham berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengesyaki seseorang itu menghidap penyakit EVD (Ebola virus disease). Katanya, seseorang itu hanya akan disyaki dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu apabila pernah berhubung dengan pesakit Ebola dalam tempoh tiga minggu. "Kalau demam saja kita tak akan syak ada Ebola. Kalau kita nak mengesyaki ada Ebola, mereka yang demam itu kena ada 'contact' (hubungan) dengan pesakit Ebola. "Kalau dia pernah jumpa pesakit Ebola dalam tempoh tiga minggu lepas...contohnya dia balik kampung jumpa pesakit Ebola dan sekarang dia demam, itu diletakkan dalam kategori disyaki," jelasnya.- mstar online

MB Johor Nafi Tarif Air Naik
PASIR GUDANG: Kerajaan negeri tidak menerima sebarang permintaan atau kertas cadangan untuk menarikkan tarif air di Johor, kata Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Khaled Nordin.
Beliau menafikan laporan bahawa tarif air dijangka meningkat antara 10% dan 12% dalam tempoh beberapa bulan akan datang kerana peningkatan kos rawatan air.
"Mungkin apa yang ahli exco katakan telah disalah tafsir oleh orang ramai, tetapi tiada cadangan untuk sebarang kenaikan diterima," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah projek perumahan di Taman Seri Albion di sini, Isnin.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad dilaporkan sebagai berkata, kenaikan tarif air tidak dapat dielakkan dan kadar terbaharu itu akan dilaksanakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.- mstar online
TOP
Tiada Tempat Latihan IS Di Malaysia - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi.
NEW YORK: Oleh kerana Malaysia menangkap lebih ramai suspek yang dikaitkan dengan kumpulan Negara-negara Islam (IS), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membincangkan langkah susulan terhadap kumpulan tersebut dengan pakar memerangi keganasan Amerika Syarikat (AS) di sini. Ahmad Zahid yang bertemu dengan pakar pasukan khas atau dikenali FBI Joint Terrorism Task Force di sini untuk menangkis dakwaan bahawa Malaysia mempunyai tempat latihan untuk pejuang jihad IS di kalangan warga Malaysia dan tempat transit yang digunakan pengganas asing untuk menjalankan misi jihad mereka. "Kami sentiasa bertukar maklumat dan bekerjasama dengan FBI untuk tempoh beberapa tahun lamanya. Masalahnya ialah apabila beberapa pengganas mendakwa diri mereka rakyat Malaysia dan merekrut rakyat Malaysia melalui oraganisasi tertentu bagi memperjuangkan nasib rakyat di Syria dan Iraq. "Kebenarannya adalah tiada tempat latihan di Malaysia. Sebaliknya, ia dilakukan oleh kumpulan kecil atau individu," katanya kepada pemberita Malaysia di sini, Ahad. Ahmad Zahid mengakui bahawa ancaman dari negara jiran adalah nyata terutamanya mereka yang bersekongkol dengan satu kesultanan (yang tidak wujud lagi) untuk membentuk pemerintahan tersendiri di Sabah dan Sarawak. Mengenai program pengecualian visa AS, beliau berkata Malaysia melihat beberapa keperluan yang disenaraikan untuk dimasukkan ke dalam program tersebut termasuk mengkaji semula prosedur pemeriksaan keselamatan sempadan. Katanya, dengan pengecualian itu, diyakini dapat meningkatkan aliran pelabur, pelancong dan pelajar dari Malaysia ke AS.- mstar online

Kes Senjata Api: Nelayan Dihukum Mati
Eng Hock diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung kes lapan tahun lalu.
IPOH: Seorang nelayan pada Isnin dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan melepaskan tembakan ke arah polis yang mahu menahannya dengan niat mencederakan, lapan tahun lepas. Selain itu, Lim Eng Kiong, 49, dihukum penjara sepanjang hayat kerana menunjukkan senjata api semasa merompak sebuah motosikal bernombor pendaftaran WBR 7170 milik Beng Eng Hock. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan terhadap Lim kerana memiliki senjata api jenis Revolver 38 'Colt 5'. Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lima tahun terhadap lelaki itu kerana memiliki tujuh butir peluru hidup dan tiga kelongsong peluru. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kampung Baru Kuala Sepetang, Taiping dekat sini pada pukul 10 hingga 10.45 malam, 12 Januari 2006. Keempat-empat pertuduhan itu dibuat masing-masing mengikut Seksyen 3, 8 dan 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum menurut peruntukan akta yang sama. Pada 19 September 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Taiping, Datuk Dr Hassan Ab Rahman membebaskan dan melepaskan Lim setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Mahkamah Rayuan, yang menilai dan berpuas hati, memutuskan bahawa ia adalah kes prima facie dan membenarkan rayuan pihak pendakwaan serta mengarahkan tertuduh membela diri. Dalam penghakiman di akhir kes pembelaan hari ini, Che Ruzima berkata, mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan pihak tertuduh hanya satu bentuk penafian semata-mata. "Tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap keempat-empat pertuduhan dan didapati bersalah," katanya. Beliau berkata, mahkamah turut mendapati walaupun keterangan tertuduh selari dengan saksi pendakwaan namun ia tidak menjelaskan mengenai perkara berkaitan pemilikan senjata api dan peluru. "Cuma yang kurang dalam keterangannya adalah mengenai pemilikan senjata api. Tertuduh hanya kata membawa satu beg berisi satu telefon bimbit, kad pengenalan serta wang (berjumlah RM23,000 yang didakwa sebagai gajinya daripada majikan)," kata Che Ruzima. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala peguam Yunus Ali mewakili Lim. - mstar online

Jemaah Haji Malaysia Berwukuf Di Arafah Jumaat Ini - Jamil Khir
MAKKAH: Kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia akan berwukuf di Arafah, Jumaat ini, yang merupakan kemuncak ibadah haji, walaupun ada yang terpaksa dibawa dengan ambulans.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setakat ini keadaan kesihatan jemaah haji amat menggalakkan dengan hanya empat orang yang masih berada di Hospital Arab Saudi berbanding lapan orang dua hari lepas.
Malah jumlah jemaah haji yang menerima rawatan di klinik dan hospital Tabung Haji pada musim haji kali ini amat berkurangan berbanding musim haji sebelum ini, katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Rehab Al Janadiriyyah atau maktab 91 di sini Isnin.
Beliau, yang diiringi Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pengawai Eksekutif dan Pengarah Urusan TH, Tan Sri Ismee Ismail turut menunaikan solat Zuhur bersama jemaah haji di maktab itu selain melawat pusat kewangan dan klinik Tabung Haji di maktab tersebut.
Jamil Khir juga turut beramah mesra dengan jemaah haji serta dengan pasukan sahabat Tabung Haji yang merupakan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada jemaah haji yang turut membantu petugas TH dalam memberi bantuan kepada jemaah haji.
Jamil Khir berkata, TH akan memastikan kesemua jemaah haji dapat berada di Arafah kerana ia merupakan Rukun Haji yang utama dan,"Haji itu adalah wukuf di Arafah.”
Wukuf di Arafah yang bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika, sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan, bermula daripada gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke-9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke-10 Zulhijah.
Beliau juga berkata, TH turut mengadakan khemah perubatan bagi merawat jemaah haji yang sakit bagi memastikan mereka dapat turut berwukuf.
Selain itu, persiapan operasi Masyair (di Arafah, Muzdalifah dan Mina) telah siap sepenuhnya bagi menerima kedatangan jemaah haji Malaysia yang akan mula bergerak secara berperingkat mulai 11 pagi Khamis ini, katanya.
Beliau berkata, TH juga akan turut menjalankan korban kambing dan unta yang diterima oleh TH daripada jemaah haji Malaysia untuk dikorbankan di Mina sempena Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Sabtu di Arab Saudi.
Sementara itu, Pengarah Operasi Kewangan TH, Anisuati Yahaya berkata, pihaknya telah menerima bayaran untuk menguruskan korban bagi lebih 13,300 ekor kambing dan 130 ekor unta sehingga tarikh tutup permohonan untuk mengadakan korban pada Ahad lepas.- mstar online
TOP
Peniaga Naikkan Harga Sebelum CBP Disifatkan Pensabotaj Negara
KLUANG: Golongan peniaga yang bertindak menaikkan harga barangan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dikuatkuasa tahun depan, disifatkan sebagai pensabotaj ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau mengingatkan bahawa kerajaan sentiasa memantau kegiatan mereka dan tindakan undang-undang akan dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Mereka ini ialah pensabotaj ekonomi negara. Jangan ingat kerajaan tidak tahu tindakan mereka itu, kita mengetahuinya dan memantaunya sebelum mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar tentang CBP di Institut Tadbiran Awam Wilayah Selatan, Isnin.
Katanya, CBP merupakan sistem percukaian yang baik untuk Malaysia dan ia telah dilaksanakan dengan jayanya di 160 buah negara seluruh dunia.
Ahmad berkata, tidak semua barangan akan mengalami kenaikan harga selepas pelaksanaan CBP, malah sebahagian barangan dijangka mengalami penurunan harga manakala sebahagian lagi tidak akan menghadapi sebarang perubahan harga.
"Indeks Harga Pengguna (CPI) dijangka secara purata akan naik 1.48 peratus selepas pengenalan CBP, bagaimanapun ia hanya untuk sementara waktu sebelum indeks itu kembali stabil," katanya.
Ditanya sama ada petrol dan diesel turut dikenakan CBP, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan masih mengkaji mengenainya dan akan mengumumkannya kepada orang ramai kelak.
"Kita masih mengkajinya dan akan membuat keputusan yang terbaik," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad berkata, pengenalan CBP bakal memberikan kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, selain meningkatkan eksport serta merangsang industri pelancongan negara dan meningkatkan kadar kutipan cukai bagi tujuan pembangunan negara.
Beliau juga mahu seminar penerangan mengenai CBP seperti yang diadakan pada hari ini, diperluaskan lagi meliputi semua peringkat masyarakat bagi membolehkan mereka mendapat maklumat yang tepat tentang sistem percukaian itu.- mstar online
TOP
Polis Tumpas Kumpulan Pecah Rumah Amerika Latin
Sebahagian suspek yang ditahan dalam serbuan berhubung kes pecah rumah.
SHAH ALAM: Polis menumpaskan satu kumpulan pecah rumah di sekitar daerah ini dan Lembah Klang dengan tertangkapnya tujuh suspek yang berasal dari Amerika Latin dalam dua serbuan berasingan di Subang Jaya, Jumaat lepas. Kesemua suspek yang ditahan itu termasuk seorang wanita, berusia antara 26 hingga 43 tahun. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis telah menahan empat suspek dalam serbuan pertama pada awal Jumaat lepas di sebuah rumah di Subang Avenue, Subang Jaya. "Sejumlah barangan berharga yang dipercayai daripada kegiatan pecah rumah turut di rampas dari rumah berkenaan, antaranya ialah komputer riba, mata wang asing, dan baranga kemas," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin. Turut dirampas ialah sebuah kereta Honda City dan sebuah MPV Toyota Estima, kedua-dua kenderaan itu tidak mempunyai rekod hilang dan dipercayai disewa. Susulan serbuan pertama, suspek membawa polis ke sebuah rumah di USJ 19, Subang Jaya, kira-kira lima kilometer dari situ yang mana tiga lagi suspek, termasuk seorang wanita ditahan. Di rumah kedua itu, polis turut menjumpai barangan yang dipercayai hasil pecah rumah serta alatan yang dipercayai digunakan untuk jenayah itu. "Kerakyatan kesemua suspek belum dapat disahkan kerana hanya empat suspek mempunyai pasport, tiga darinya telah tamat tempoh sementara satu lagi tidak mempunyai cap masuk ke negara ini," katanya. Modus operandi kumpulan itu, katanya ialah menyasarkan rumah-rumah mewah dan kumpulan itu hanya akan memecah masuk ketika penghuni tiada di rumah. "Dengan penahanan ini pihak kami percaya telah dapat menyelesaikan antara 10 hingga ke 15 kes pecah rumah di Shah Alam dan sedang menunggu maklum balas dari balai polis daerah berhampiran kerana kumpulan itu sedang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang. Barang-barang yang dirampas, termasuk dua kenderaan itu dianggar bernilai kira-kira RM200,000. Kesemua suspek direman selama empat hari berakhir hari ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.- mstar online

Ontake Meletus: 30 Pendaki Nazak Ditemui Dekat Puncak
Pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan misi untuk mengeluarkan mangsa kejadian letusan gunung berapi di tengah Jepun itu.
OTAKI: Lebih 30 pendaki ditemui dalam keadaan nazak berhampiran puncak gunung berapi Ontake yang meletus di tengah Jepun. Agensi berita Kyodo melaporkan, kumpulan pendaki ditemui selepas sehari ia memuntahkan debu, batu dan asap. Laporan berita itu juga menyebut kumpulan pendaki itu ditemui pasukan penyelamat ketika operasi mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan itu. Helikopter tentera juga digunakan untuk membawa keluar mangsa kejadian itu, memetik kenyataan pegawai polis seperti dilaporkan Kyodo. Anggota bomba, polis dan tentera meneruskan operasi selepas empat mangsa disahkan maut dan sekurang-kurangnya 27 lagi dikhuatiri mati. Lebih 500 anggota penyelamat kembali ke gunung berapi itu selepas operasi berkenaan ditangguhkan berikutan wujud gas beracun yang berbahaya. Asap masih kelihatan di puncaknya tetapi helikopter mulai melakukan usaha mencari mangsa dari udara di gunung berapi yang popular dalam kalangan pengembara itu. Sekurang-kurangnya 31 orang dijumpai terbaring berhampiran puncak gunung berapi setinggi 3,067 meter itu, yang meletus Sabtu lalu. Empat daripada 31 orang itu dibawa turun dan kemudian disahkan mati. Semua mereka adalah lelaki berusia antara 23 hingga 61 tahun. Anggota penyelamat berusaha untuk membawa turun baki 27 orang lagi yang masih berada di gunung berapi itu yang dalam keadaan 'serangan jantung', ungkapan yang digunakan sebelum doktor mengesahkan kematian. Anggota bomba pula secara berasingan mengesahkan lebih 30 orang cedera akibat terkena batu yang berterbangan dan menghidu gas beracun. Agensi Meteorologi meramalkan bahawa letusan akan berlaku lagi, dan memberi amaran bahawa serpihan daripada letusan itu boleh menjangkau sejauh empat kilometer dari puncaknya. - mstar online

Ebola Kali Ini Paling Dahsyat - WHO
Pegawai perubatan membawa seorang lelaki yang disyaki dijangkiti virus Ebola di Monrovia, Liberia.
GENEVA: Wabak Ebola yang melanda Afrika Barat kali ini disifatkan yang terburuk dan paling dahsyat dalam sejarah. Perkara itu dimaklumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila angka kematian akibat wabak penyakit itu kini melebihi 3,000. Pemeriksaan badan kesihatan dunia itu juga mendapati jumlah itu menyamai hampir separuh daripada keseluruhan pesakit yang dijangkiti virus itu. Sehingga kini, seramai 6,574 orang telah dijangkiti virus maut itu di lima negara Afrika dengan 3,091 kematian. Kematian tertinggi seramai 1,830 orang dicatat di Liberia diikuti 648 mangsa di Guinea dan 605 pesakit lagi di Sierra Leone. Baki kematian akibat virus maut itu dicatat di beberapa negara Afrika lain termasuk Senegal dan Nigeria. Menurut WHO, wabak Ebola kali ini melibatkan virus paling berbahaya daripada lima rantaian virus Ebola yang diketahui oleh manusia. Spesies berkenaan mencetuskan wabak Ebola pertama di Zaire, Congo pada 1976 yang menyebabkan 280 kematian.- mstar online

Sindiket Godam Mesin ATM Guna Virus - Pengarah JSJK Bukit Aman
Sindiket mengodam ATM yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang. (Gambar hiasan) Foto GLENN GUAN / THE STAR
KUALA LUMPUR: Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam. "Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Isnin. Beliau berkata, suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM. Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata setakat Isnin sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya. Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (Affin Bank, kecurian RM303,000); Dataran Sunway (Al-Rajhi, RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (Bank Islam, RM395,850); Kota Damansara (Bank Islam, RM221,160) dan Kelana Jaya (Al-Rajhi) yang belum dapat dipastikan jumlahnya. Sementara itu sebuah lagi bank (Al-Rajhi) di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurus bank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang. "Pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam semalam (28 September)," katanya ketika dihubungi Bernama. Azisman berkata, modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor pada Ahad. Pada Ahad, media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam pada Ahad dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.- mstar online

18 Laporan Kes Jongkong Emas Bernilai RM4 Juta Diterima - Polis
Abdul Rahim Hanafi
GEORGE TOWN: Lapan belas laporan polis diterima berhubung penipuan melibatkan kes jongkong emas bernilai RM4 juta di negeri ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi. "Kertas siasatan kes itu 70 peratus lengkap dan setakat ini kami telah mengambil keterangan daripada 12 individu," katanya. Bercakap kepada pemberita di sini, Isnin, Abdul Rahim berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang mengesan beberapa lagi mangsa untuk diambil keterangan. Beliau ditemui selepas majlis penghargaan kepada seorang pengawal keselamatan, Mohd Najib Ahmad, 30, yang menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Sungai Dua di sini, 28 Ogos lepas. Pada Ahad, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam sidang akhbarnya meminta polis mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang didakwa menjalankan urusan jual beli jongkong emas kepada sekumpulan individu dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran. Abdul Rahim berkata, polis merampas 100 keping cek yang dipercayai digunakan untuk urusan jual beli jongkong emas itu. "Kami tidak pernah tutup kes ini sebaliknya masih meneruskan siasatan dan untuk pengetahuan semua siasatan jenayah komersial tidak sama dengan kes jenayah biasa kerana polis perlu lengkapkan kertas siasatan untuk sebarang tindakan lanjut iaitu sama ada dia (suspek) ditahan atau terus didakwa," katanya. Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, polis menyiasat kes seorang lelaki yang ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat satu bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas, di sini Ahad. "Kami buka kertas siasatan untuk menyiasat sama ada kemungkinan terdapat kelalaian atau kecuaian di pihak pegawai polis berkenaan dan jika terdapat perkara sedemikian saya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas," katanya. Beliau berkata, lelaki berusia 56 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mempunyai tujuh waran tangkap berkaitan kes penipuan di seluruh negara. Dia ditahan di Kuantan, Pahang berhubung satu laporan polis di Butterworth berkaitan kes tipu.- mstar online

Sukan Asia: Penyertaan Sulung Chew Yiwei Raih Gangsa
Pasangan penerjun Yiwei dan Tze Liang yang meraih gangsa untuk negara pada Isnin.
INCHEON: Penyertaan sulung penerjun negara, Chew Yiwei dalam Sukan Asia mencatatkan kenangan manis apabila meraih gangsa dalam acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Munhak Park Tae-hwan, Isnin. Yiwei, yang berpasangan dengan pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Ooi Tze Liang mengumpul 384.90 mata selepas pusingan keenam. "Saya rasa Sukan Asia amat mencabar, banyak pasukan seperti Korea, Jepun dan China yang sangat kuat. Saya amat gembira apabila berada di atas podium buat kali pertama. "Saya melakukan apa yang saya pelajari semasa dilatih dahulu. Selepas Sukan Komanwel, ia seperti suatu keajaiban. Saya berazam untuk berlatih bersungguh-sungguh dan memaksa diri saya untuk berusaha ke tahap maksimum," kata beliau. Pasangan China, Zhang Yanquan dan Chen Aisen merangkul emas selepas mengumpul 462.90 mata sementara penerjun Korea Kim Yeongnam dan Woo Haram menangi gangsa dengan 403.50 mata. Chew mungkin bertanding dalam acara 3 meter papan anjal berirama lelaki jika Ahmad Amsyar Azman tidak dapat beraksi esok. Penerjun berusia 18 tahun dari Selangor itu akan mengambil bahagian dalam acara 10 meter platform individu lelaki. "Saya tidak sabar untuk menyertai acara saya selanjutnya," kata Chew, yang kembali semula dalam pasukan kebangsaan selepas Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang. Di Guangzhou, Ooi yang berpasangan dengan Bryan Nickson Lomas meraih pingat perak selepas mengumpul 407.16 points.- mstar online

Pemain Chelsea Rasa Ditipu Kelab Sendiri
Ryan Bertrand.
POLISI Chelsea yang gemar membeli pemain dan meminjamkannya kepada pasukan lain kini dikritik. Seorang daripada mereka ialah Ryan Bertrand yang menuduh The Blues tidak bersikap jujur kerana dia sendiri dijadikan seperti bola sepak. Setakat ini Bertrand sudah dipinjamkan kepada tujuh pasukan berbeza oleh Chelsea. Bertrand adalah seorang daripada 26 pemain Chelsea yang ‘merayau-rayau’ di luar kelab itu atas dasar pinjaman. Walaupun dia disenaraikan bermain ketika kelab itu menjuarai piala Liga Juara-Juara pada 2012, kerjayanya kemudian malap kerana kurang digunakan pengurus. Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan gol pertamanya untuk kelab terkini, Southampton pada Sabtu lalu. Semalam secara terbuka Bertrand berkata, dia berasa seperti ditipu dengan dasar diamalkan Chelsea. “Ia semakin jelas ketika saya dipinjamkan ke Aston Villa pada musim lalu. “Saya dapat bermain antara 15 hingga 30 kali bagi semusim sehinggalah keadaan menjadi buntu dan saya mula bimbang. “Sebelumnya saya dibenarkan berpindah ke kelab lain tetapi dinasihatkan supaya bersabar. “Semuanya terjadi di depan mata dan ada beberapa perkara yang tidak masuk akal berdasarkan pandangan orang ramai terhadap saya. “Apa yang saya mahukan adalah kejujuran,” katanya. Bertrand menyertai Southampton musim lalu selepas kelab itu mengalami perpindahan besar-besaran pemainnya. Kini Bertrand berharap dia dilepaskan oleh Chelsea untuk mewakili Southampton sepenuhnya. “Secara peribadi, saya dan Southampton memiliki banyak persamaan. Kami sama-sama berjuang untuk kejayaan,” katanya.- mstar online

Balotelli Saja Belum Cukup Untuk Liverpool
Mario Balotelli. Foto EPA
KEHADIRAN Mario Balotelli ke dalam pasukan Liverpool belum cukup untuk menampung ruang kosong ditinggalkan oleh Luis Suarez. Legenda The Reds, Mark Lawrenson berkata, pengurusan kelab itu perlu menilai semula polisi mereka untuk memastikan benar-benar memiliki senjata pemusnah yang sewajarnya di barisan serangan. Jentera depan Liverpool dilihat masih tumpul setakat ini dengan mencatat hanya dua kemenangan, satu seri dan selebihnya kalah. Prestasi hambar itu memaksa Liverpool yang sering berbangga dengan pencapaiannya di peringkat Eropah hampir sedekad lalu kini berada di kedudukan ke-13 liga. Pada musim perpindahan lalu, Liverpool menjual Suarez kepada Barcelona dengan harga £75 juta (RM399.5 juta) dan membawa masuk Balotelli. Bagaimanapun Lawrenson berkata pengurus Liverpool, Brendan Rodgers perlu menyertai pasaran pertukaran pemain selepas ini kerana Balotelli masih dianggap terlalu perlahan dalam jentera serangan. “Saya yakin Rodgers akan bertindak pantas, terutama jika Daniel Sturridge terpaksa melupakan sebahagian besar perlawanan kerana kecederaan,” katanya. Mengenai Balotelli, Lawrenson berkata, penyerang Itali itu memiliki gaya permainan yang berbeza. “Dia tidak memiliki kecepatan dan tidak akan mampu menjaringkan 20 gol untuk seluruh musim ini,” katanya. Dalam perlawanan Sabtu lalu Liverpool terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan Everton selepas mereka terikat 1 -1. - mstar online

Skuad Takraw Negara Gagal Tamatkan 'Badi' Kekalahan
Regu wanita negara ditewaskan oleh pasukan Jepun. Foto KAMARUL ARIFFIN / THE STAR
INCHEON: Episod kegelapan terus menghantui skuad sepak takraw negara di temasya Sukan Asia ke-17 apabila regu lelaki dan wanita gagal mengutip mata pada perlawanan pertama antara regu Kumpulan B di Gimnasium Bucheon, dekat sini, Isnin. Prestasi tidak menentu regu lelaki negara setelah tewas rubber set 21-14, 16-21 dan 10-21 kepada regu Korea Selatan jelas menunjukan bahawa mereka masih berada di takuk lama dan gagal membawa apa-apa perubahan yang mampu menceriakan peminat sukan tradisi masyarakat Melayu itu. Dibarisi Mohd Zamree Mohd Dahan (apit kanan), Mohd Syazreenqamar Salehan (apit kiri) dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dilihat 'cepat sejuk' meskipun berjaya mengutip mata pertama pada set pembukaan. Nasib yang sama menyelubungi regu wanita negara apabila Nurrashidah Abdul Rashid/Noor Fairuz Azizan/Nor Farhana Ismail menyalahkan keadaan lampu limpah sebagai punca kekalahan 21-17, 16-21 dan 12-21 kepada regu Jepun. Ketua jurulatih Jamaluddin Hassan mengakui bahawa regu lelaki gagal persembahkan aksi terbaik dan episod yang sama akan berulang sekiranya layak dan menentang Thailand di separuh akhir kelak. Selain Malaysia dan Korea Selatan, Kumpulan B terdiri daripada Brunei dan India dan Nepal manakala Thailand, diundi bersama Myanmar, China, Singapura dan Laos dalam Kumpulan A. "Kami tidak lagi mempunyai pilihan selain memenangi baki tiga perlawanan bertemu Brunei dan India esok dan Nepal pada Rabu ini untuk layak ke separuh akhir. "Memang kecewa kerana mungkin bertemu Thailand yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kita, sasaran hendak ke final pun saya sukar nak kata apa-apa buat masa sekarang," katanya. Kali terakhir sepak takraw antara regu menghadiahkan pingat emas buat negara ialah pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun. Sementara kapten regu wanita, Noor Fairuz Azizan berkata cahaya lampu stadium yang agak cerah menyebabkan rakan sepasukannya, Nurrashidah Abdul Rashid (apit kanan) gagal membuat rejaman dengan baik. "Saya juga kecewa apabila gagal membuat servis dengan baik serta banyak membuat kesilapan. "Kami benar-benar berharap supaya menewaskan Jepun kerana aksi berdepan Korea Selatan dan Thailand lebih sukar," katanya.- mstar online

Acara Terjun Tambah Koleksi Perak, Gangsa
Jun Hoong (kiri) dan Yan Yee meraih pingat perak dalam acara tiga meter papan anjal seirama di Pusat Akuatik Munhak, Isnin.
PENERJUN negara yang beraksi dengan semangat pada Isnin menyumbang dua lagi pingat, masing-masing perak dan gangsa untuk acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Munhak sebentar tadi. Pada acara tiga meter papan anjal seirama, Cheong Jun Hoong-Wendy Ng Yan Yee mempamerkan gaya menarik untuk membolehkan mereka meraih pingat perak Sukan Asia yang berlangsung di Incheon, Korea Selatan ini. Susulan kejayaan rakan sepasukannya, dua lagi penerjun negara, Chew Yi Wei dan Ooi Tze Liang melakukan terjunan yang menyaksikan Malaysia menambah pingat gangsa menerusi acara 10 meter platform lelaki.- mstar online

Kad Merah: Rooney Kecewa Terlepas Tiga Perlawanan
Rooney dilayangkan kad merah selepas berlaku kekasaran terhadap pemain West Ham United.
MANCHESTER: Wayne Rooney mengaku tersalah percaturan ketika beraksi dipadang hingga dilayangkan kad merah dalam perlawanan Manchester United menentang West Ham United. Menjadikan enam kad merah semuanya yang diterima sepanjang kariernya, Rooney juga menerima keputusan pengadil dan menganggap dia mememang patut diarah keluar padang. Perlawanan yang membawa kemenangan 2-1 kepada MU itu bagaimanapun menyaksikan ketua pasukan itu diarah keluar padang selepas insiden kekasaran ke atas pemain Hammers, Stewart Downing. Mendapat kepercayaan Louis van Gaal untuk mengetuai pasukan kendaliannya di Old Trafford musim ini, pemain berusia 28 tahun itu sekali lagi menjadi tumpuan. "Kali ini saya tersalah perkiraan dan saya tidak fikir ia akan memberi manfaat kepada sesiapapun untuk membuat rayuan. "Ketika itu, saya melihat pemain West Ham melakukan serangan balas dan saya cuba untuk mematahkan gerakan itu," katanya. Disebabkan kad merah itu, Rooney juga terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang bekas kelabnya, Everton, Chelsea dan West Brom akibat penggantungan. Mengenai tindakannya hanya meminta maaf kepada rakan sepasukannya, bukan Downing, Rooney berkata: "Tidak. Saya bukan sengaja menendangnya." "Saya hanya cuba untuk menyekatnya namun dia berjaya menjarakkan diri daripada saya dan kerana itu kaki saya nampak lebih lurus daripada yang sepatutnya dan ia jelas mengapa pengadil memberikan kad merah," katanya. Rooney yang meledak gol pertama MU pada perlawanan itu begitupun masih boleh beraksi pada kelayakan Euro 2016 menentang San Marino dan Estonia, bulan depan. Begitupun, kapten England itu hanya boleh beraksi bersama MU sehingga akhir November ketika menentang Manchester City. "Saya kecewa kerana terlepas tiga perlawanan. Ia sukar untuk diterima. Namun perlawanan untuk England sedikit membantu dan latihan juga baik." - mstar online

12 Terbunuh Sejak Gencatan Senjata Dicabuli Di Timur Ukraine
Tentera Ukraine ketika membuat pemantauan menggunakan kereta kebal. Foto EPA
KIEV: Sembilan tentera Ukraine dan sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh di timur Ukraine apabila gencatan senjata yang dipersetujui dicabuli. Persetujuan gencatan senjata itu antara tentera Ukraine dan puak pemberontak pro-Rusia pada awal bulan ini. "Sembilan tentera terbunuh dan 27 lagi cedera," kata jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan Ukraine, Andriy Lysenko. Beliau menambah, anggota tentera Ukraine terbunuh apabila pemberontak memusnahkan kenderaan berperisai mereka. - AFP- mstar online

Remaja Palestin Cedera Ditembak Tentera Israel
Kawasan di sempadan Genting Gaza dan Israel. Foto AFP
BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Seorang remaja Palestin berusia 14 tahun cedera apabila ditembak oleh tentera Israel di utara Genting Gaza pada Isnin. Pihak perubatan berkata, ia merupakan insiden kedua seumpama itu yang berlaku dalam tempoh 24 jam. Budak lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kaki selepas ditembak di kampungnya yang terletak berdekatan dengan sempadan Israel, kata jurucakap perkhidmatan kecemasa, Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan. Di bawah kepungan Israel di negara itu, penduduk di Gaza tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 100 meter dari pagar sempadan sekiranya berjalan kaki, atau 300 meter dengan menggunakan kenderaan. Tentera Israel sering melepaskan tembakan terhadap rakyat Palestin yang berada dekat dengan kawasan itu. Tentera Israel berkata, pihaknya sedang melihat laporan terbaharu mengenai tembakan yang hanya berlaku selepas sebulan gencatan senjata di antara Israel dan Hamas. Peperangan selama 50 hari itu mengorbankan lebih 2,140 rakyat Palestin, di mana kebanyakannya adalah orang awam dan 73 orang terbunuh di pihak Israel yang sebahagian besarnya adalah tentera sebelum gencatan senjata berkuat kuasa pada 26 Ogos lalu. - AFP- mstar online

Bandar Kajang Dilanda Banjir
Keadaan bandar Kajang dilanda banjir pada petang Isnin. Foto ihsan MPKj
KAJANG: Hujan lebat yang berlaku pada petang Isnin mengakibatkan banjir di bandar Kajang. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata, hujan selama lebih sejam yang bermula sejak pukul 4.30 petang menyebabkan paras air naik dengan cepat. Kali terakhir Kajang mengalami banjir pada 2011.- mstar online

PAS Pusat Tentukan Nasib Saari, Hasnul
KUALA LUMPUR: Nasib dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor akan ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata, kedua-dua Adun berkenaan, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil memberi penjelasan berhubung isu itu dan pimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan mengenai status mereka.
"Mereka telah dipanggil secara formal untuk memberi penjelasan hari ini (Isnin).
"Saya sudah dengar penjelasan setiap seorang daripada mereka dan ia akan dimaklumkan kepada PAS Pusat yang akan bertindak membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan dua Adun tersebut di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Isnin.
Menurut Mustapa, PAS Pusat juga akan memutuskan sama ada Saari dan Hasnul akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti atau sebaliknya.
Mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut, beliau berkata ia diadakan secara berasingan.
"Jumpa seorang-seorang...seorang ambil masa kira-kira sejam," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan penjelasan yang diberikan dan tidak mahu menyatakan sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan penjelasan yang telah diberi.
Mustapa berkata, kelewatan mengambil tindakan terhadap Saari dan Hasnul adalah disebabkan parti ingin menyelesaikan isu satu persatu.
"Kita selesai satu-satu. Isu menteri besar di Selangor sudah selesai, PRK Pengkalan Kubor sudah selesai, sekarang isu ini pula," katanya.
Status dua Adun PAS ini dalam parti masih lagi menjadi tanda tanya apabila tiada sebarang tindakan atau amaran dikenakan terhadap tindakan mereka yang dianggap membelakangkan parti dalam isu pelantikan menteri besar di Selangor.
Kedua-dua Adun berkenaan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar di Selangor, satu tindakan yang bertentangan dengan pendirian parti.
Terdahulu, Saari yang ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mustapa berkata beliau masih ahli PAS dan akan menjadi ahli PAS sehingga ajal.- mstar online
TOP
Pesawat Latihan Singapura Tergelincir Di Lapangan Terbang Sibu
SIBU: Sebuah pesawat latihan penerbangan King Air C90B dari Seletar, Singapura tergelincir di landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu di sini kira-kira pukul 12 tengah Isnin.
Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, penerbangan tidak berjadual itu membawa seorang juruterbang warga Singapura dan dua pelatih warga asing.
"Ia terpesong ke luar kawasan rumput semasa mendarat di landasan 13. Ketiga-tiga orang di dalam pesawat tidak cedera," katanya pada sidang media di pejabat Sibu Airport Management di sini.
Tujuh penerbangan terjejas selepas pengurusan lapangan terbang itu menutup landasan untuk mengeluarkan pesawat sejurus selepas kejadian dan landasan dibuka semula pada 3.05 petang selepas pesawat itu dikeluarkan.
Zainuddin berkata, penerbangan ke Johor Baharu yang dijadual berlepas pada 11.50 pagi dijadual semula untuk berlepas pada 4.05 petang manakala penerbangan dari Kuching terpaksa berpatah balik selepas landasan itu ditutup.
Beliau berkata, Pejabat Penerbangan Awam dan Kementerian Pengangkutan sedang meyiasat punca kejadian.- mstar online
TOP
Peraturan Baharu Cermin Gelap Mulai 1 November
MELAKA:Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.
Beliau berkata, kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
"Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguat kuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan di sini, Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.
Ismail berkata, pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baharu itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Bagaimanapun, katanya, pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong; Sultan; Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri; Ketua Menteri; Ketua Hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.
Katanya, pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan di negara ini meningkat daripada 611,000 saman pada 2012 kepada 1.02 juta saman pada tahun lepas.
Katanya, jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1.2 juta pada 31 Dis ini berdasarkan peningkatan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta pengguna jalan raya.- mstar online
TOP
UPSR Bocor: Proses Penyediaan, Pengagihan Kertas Soalan Diperketat
Dr Khair beramah-mesra dengan murid-murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy ketika melawat sekolah tersebut di Kuala Lumpur pada Isnin. - fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Setiap proses, bermula dari penyediaan soalan peperiksaan sehinggalah ke peringkat pengagihan telah diperketatkan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata pada Isnin, hanya segelintir individu akan terlibat sepanjang proses itu bagi memastikan langkah-langkah keselamatan diperketat. "Setiap proses kini lebih dikawal," katanya kepada pemberita selepas melawat lima sekolah untuk memantau persiapan peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada Selasa. Lima sekolah tersebut adalah SK Jalan Bellamy, SJKC Jalan Davidson, SJKT St Joseph, SK Sentul dan SK Taman Tun Dr Ismail 1.- mstar online

Vivian 'Tak Terkejut' Alvin Lari Dari Jaminan
Vivian Lee.
PETALING JAYA: Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan tidak terkejut sekiranya lelaki itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS) kerana dia pernah mencadangkan idea tersebut sebelum ini. "Dia pernah mencadangkan idea mencari suaka politik secara ringkas sebelum ini. "Dia tidak pernah membincangkan mengenai rancangannya dengan lebih lanjut kepada saya. "Dia boleh mengejar impiannya dan meneruskan kehidupan di AS," kata Lee dalam mesej Facebooknya kepada The Star Online pada Isnin. Lee berkata, dia lega kerana mendapat tahu Alvin selamat. "Sekarang dia berada di AS dengan selamat, saya lega kerana mendapat tahun dia 'Ok'. "Saya tidak kecewa dan tidak menyalahkannya. "Saya berharap dia dalam keadaan baik dan semoga berjaya," kata Vivian. Vivian berkata, walaupun dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kepada Alvin, bekas teman lelakinya itu tidak pernah memberikan sebarang respons. Katanya, dia hanya mendapat tahu bahawa Alvin selamat dan dimaklumkan mengenainya oleh rakan mereka. Beliau berkata, dia menolak idea untuk melarikan diri daripada perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. "Saya tidak melihat matlamat untuk menjalani kehidupan sebagai pelarian. "Kita masih ada kehidupan yang menanti pada masa hadapan dan hidup sebagai pelarian tidak sesuai dengan diri saya. "Saya dibesarkan oleh ibu bapa saya untuk berhadapan dan menghadapi apa jua perkara yang mendatang dan melarikan diri daripada masalah bukan satu langkah bijak," kata gadis berusia 25 tahun itu. Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948. Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini. Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu. Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000. Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California.- mstar online

Pengurus Syarikat Kereta Terpakai Cedera Ditembak Di Pipi
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat menjual kereta terpakai cedera ditembak di pipi kiri oleh seorang lelaki di pejabatnya di Taman Midah, Jalan Cheras di sini, Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Abd Rahim Hamzah Othman berkata, dalam kejadian pukul 4.42 petang itu, empat lelaki datang ke kedai berkenaan menaiki kereta Nissan Sylphy, dipercayai dicuri, dan menutup muka masing-masing dengan memakai topeng ski.
Beliau berkata, tiga daripada suspek kemudian naik ke pejabat mangsa, yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun, di tingkat satu sebelum bertindak menyerbu masuk ke bilik mangsa.
"Berlaku pergelutan antara pengurus kedai itu apabila dia cuba menahan pintu biliknya daripada dibuka dan dimasuki suspek.
"Selepas pengurus itu ditolak jatuh, seorang suspek melepaskan dua das tembakan mengenai pipi kiri mangsa sehingga tembus ke bahagian bawah telinga kiri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata selepas kira-kira dua minit, suspek melarikan diri bersama sebuah fail yang diambil dari meja mangsa.
Semasa kejadian, terdapat enam pekerja di kedai berkenaan.
Abd Rahim berkata, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini dilaporkan stabil.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui dua butir peluru dan dua pucuk pistol dengan satu daripadanya palsu.
Katanya, polis kini menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti kamera litar tertutup di kedai itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.- mstar online
TOP
Portfolio Exco Baharu Diumum Rabu Ini - Azmin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bergambar bersama Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan barisan Exco yang baharu selepas Istiadat angkat sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Istana Alam Shah di Klang, Jumaat lalu. Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan senarai portfolio bagi barisan Exco kerajaan negeri yang baharu pada Rabu. Beliau berkata, portfolio itu akan ditentukan selepas mempertimbangkan keupayaan dan kepakaran setiap anggota Exco, supaya tanggungjawab itu dapat dilaksanakan secara efektif. "Senarai portfolio akan diumumkan pada Rabu dan kita mahu memastikan semua Exco dapat menjalankan tugas dengan cekap dan efektif," katanya. Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR, telah memperuntukkan empat jawatan Exco untuk wakil rakyat daripada partinya, manakala PAS dan DAP, masing-masing mendapat tiga jawatan.- mstar online

Najib Doakan Kejayaan Pelajar Duduki Semula UPSR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mendoakan kejayaan para pelajar yang akan menduduki semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas soalan yang bocor, pada Selasa dan 9 Oktober ini.
Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter, beliau turut memuji kesabaran ibu bapa dan guru dalam menghadapi isu kebocoran soalan peperiksaan itu.
"Selamat maju jaya kepada para pelajar yang terlibat dengan UPSR esok.
"Terima kasih ibu bapa dan guru-guru atas kesabaran. Moga usaha semua mendapat berkat," kata Najib.
Peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038 dijadual berlangsung pada Selasa.
Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Oktober.
Sebanyak 472,853 murid menduduki UPSR tahun ini di seluruh negara.- mstar online
TOP
Lagi Kes Godam Mesin ATM, RM303,000 Lesap
KUALA LUMPUR – Dua lelaki dipercayai warga asing disyaki melesapkan RM303,000 daripada dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Petaling Jaya pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata perkara itu terbongkar selepas seorang pegawai bank berkenaan membuat semakan susulan kejadian serupa yang menimpa cawangan bank berkenaan di selatan tanah air pada Sabtu.
“Pada kira-kira 6.30 petang Sabtu, setelah selesai membuat ‘balancing’ bersama pengurus cawangan bank berkenaan, pegawai bank itu mendapati sejumlah RM33,500 telah dikeluarkan melalui penggunaan kad ATM manakala RM303,000 lagi lesap dipercayai akibat mesin ATM digodam.
“Baki yang tinggal dalam mesin ATM itu hanya RM3,500,” katanya.
Bernama pada Ahad melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.
Azmi berkata mengikut pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup, pegawai bank itu mendapati dua suspek itu telah membuka bahagian atas dua mesin ATM dan memasukkan sesuatu ke dalamnya kira-kira 12.30 tengah malam Sabtu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Proton IRIZ Rancang Teroka Pasaran Global
SHAH ALAM – Proton Holdings Berhad (PROTON) merancang untuk mengeksport model kereta terbarunya, Proton Iriz ke pasaran global dalam tempoh enam bulan akan datang bagi memberi nafas baru kepada aktiviti eksport kumpulan itu.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, aktiviti eksport adalah penting bagi memastikan pasaran PROTON terus berkembang dengan baik memandangkan pada masa ini pasaran automotif tempatan agak terhad disebabkan persaingan dengan pelbagai jenama kereta lain.
“Kami berhasrat meneroka pasaran eksport dengan lebih meluas pada masa akan datang dan akan mewujudkan model kereta PROTON pemanduan kiri bagi memenuhi pasaran bagi segmen terbabit yang kini mewakili 70 peratus daripada pasaran dunia,” katanya pada majlis pengenalan model prototaip Proton Iriz Active di sini, semalam.
Beliau berkata, United Kingdom dan Eropah adalah pasaran yang dilihat berpotensi untuk diterokai Proton Iriz, namun menegaskan aktiviti eksport akan dimulakan dengan pasaran pemanduan kanan sebelum mengubah suai model itu ke pemanduan kiri mengikut permintaan pasaran.
Menurutnya, beliau optimis dengan sambutan terhadap Proton Iriz pasa masa ini dan menjangkakan perkembangan kewangan kumpulan itu sedikit sebanyak bergantung kepada jualan model terbabit dan dijadikan ukuran sebelum penghasilan sebarang model baru lain.
“Pada masa ini, kami akan fokus kepada pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum memulakan langkah ke luar negara dan kami ingin menegaskan Proton Iriz adalah model yang sudah banyak dipertingkatkan dan memiliki kualiti untuk memenuhi permintaan pasaran luar,” katanya.
Ketika ditanya mengenai jumlah tempahan Proton Iriz, Mahathir berkata sehingga kini jumlah tempahan mencecah 17,000, namun menjangkakan jumlah itu mampu meningkat berdasarkan sambutan diterima sejak dilancarkan tiga hari lalu.
“Berdasarkan angka ini, kami perlu bekerja keras untuk terus mempromosikan model ini dan kami bersedia berhadapan dengan peningkatan tempahan dengan cara meningkatkan keupayaan pengilangan berdasarkan permintaan,” katanya.
Pada masa sama, PROTON memiliki perancangan untuk mewujudkan model dalam segmen ‘saloon car’ seperti Saga versi baru pada masa akan datang, namun menegaskan ia perancangan yang mengambil masa panjang dan turut bergantung kepada penerimaan masyarakat umum terhadap Proton Iriz.
PROTON memperkenalkan model prototaip Proton Iriz Active apabila ia dibangunkan dengan elemen rekaan dan kekemasan terbaru serta turut dilengkapi teknologi moden sebagai usaha untuk meneroka pasaran kenderaan utiliti sport mini. – myMetro Online
TOP
Bank Rakyat Perlu Pelbagai Produk Untuk Kuasai Pasaran
KUALA LUMPUR – Bank Rakyat disaran bergerak cergas dan proaktif dalam meningkatkan penguasaan pasaran dengan menawarkan pelbagai produk baharu, khususnya pembiayaan kewangan individu.
Saranan itu disuarakan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek pada jamuan malam sempena ulang tahun ke-60 institusi kewangan itu di sini malam tadi.
Hasan berkata produk baharu itu bukan sahaja berbentuk pinjaman peribadi, malah produk seperti pinjaman perumahan dan sewa beli.
“Saya difahamkan kini pihak bank mula merancang untuk meneroka pasaran baharu seperti pinjaman peribadi khusus kepada pihak swasta.
“Bagi saya, ini suatu langkah yang baik, akan tetapi saya hendak melihat perancangan ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Hasan juga menyarankan Bank Rakyat meningkatkan kemudahan berurusan dengan pelanggan menggunakan teknologi terkini seperti perbankan dalam talian serta perbankan mudah alih.
Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mat Noor Nawi berkata setelah enam dekad Bank Rakyat ditubuhkan, institusi kewangan itu tahun ini berada di tangga ke-273 di peringkat dunia dan keenam di Malaysia berdasarkan ‘The Banker Top 1,000 World Banks 2014′.
Katanya kejayaan itu berkat kesungguhan serta dedikasi yang dicurahkan semua warga kerja sejak awal penubuhan bank berkenaan.
“Bank Rakyat turut dianugerahi Pengurusan Bank Terbaik Malaysia oleh International Finance Magazine baru-baru ini.
Mat Noor berkata Bank Rakyat kini semakin berkembang dengan keuntungan lebih RM2 bilion tahun lepas dan aset menjangkau RM83 bilion.
“Kita ada 145 cawangan, enam juta pelanggan serta hampir 950,000 pemegang saham,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bapa Geram Tiru Aksi Biawak Gigit Pipi Anak Diburu Polis.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.
“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.
Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit. ─ myMetro online
TOP
Suami durjana sanggup biar isteri jual tubuh melacur RM50 untuk 1 jam.
Kuantan: Seorang lelaki layak digelar ‘suami durjana’ apabila sanggup membiarkan isterinya menjadi pelacur dengan bayaran serendah RM50 untuk satu jam di hotel bajet di Jalan Pasar, di sini, kelmarin.
Tindakan jijik itu terbongkar apabila wanita berusia 18 tahun terbabit yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan ditahan bersama 18 pelacur tempatan oleh pasukan anggota polis daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kira-kira jam 10.30 malam.
Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, sudah setahun mendirikan rumah tangga, namun terpaksa melakukan perbuatan keji itu kerana mahu menyara keluarga selepas suaminya yang berusia lingkungan 20 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Dengan hasil pendapatan haram itu, wanita terbabit memberikan wang kepada suaminya yang tinggal di sebuah bilik sewa di bandar ini membeli barang keperluan dapur termasuk susu anak sebelum dia kembali semula ke markas pelacuran di Jalan Pasar itu.
Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu mendakwa terpaksa berhijrah ke bandar ini dari kampung halaman selepas suaminya gagal mendapatkan pekerjaan tetap.
“Siasatan mendapati dia dikesan melakukan perbuatan jijik itu sejak dua tahun lalu dan mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan,” katanya, di sini, semalam.-siakapkeli
TOP
Alvin Dicabar Pulang Segera Jika Benar Anak Jantan
JOHOR BAHRU - Pemuda Umno Bahagian Pulai bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Alvin Tan yang secara terang-terangan mengutuk dan mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di akaun Facebook miliknya.
Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman berkata, tindakan blogger yang pernah mencetuskan beberapa isu sensitif dilihat semakin melampau dan biadab.
Beliau berkata, polis dan Pejabat Peguam Negara perlu segera menyiasat tindakan tidak bertamadun itu dan membawa Alvin yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat ke muka pengadilan.
"Pemuda Umno dan NGO belia di Parlimen Pulai mahu polis dan Peguam Negara mengambil tindakan serius dan segera bagi menangani gejala yang amat membahayakan itu.
“Perkara ini jika tidak dipandang serius, bakal mencetuskan satu budaya kotor yang boleh membangkitkan suasana haru- biru di negara ini,” katanya ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, semalam.
Sheikh Nafiq, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai, turut mencabar Alvin pulang ke Malaysia dan bersemuka dengan Pemuda Umno daripada menjadi pengecut dan hanya membuat tindakan keji melalui laman sosial di luar negara.
"Kalau dia anak jantan, balik segera ke negara ini dan kami (Pemuda Umno) sedia bersemuka serta tidak gentar mendengar cacian atau kutukan secara berdepan.
"Jangan jadi bacul dengan menjadikan laman maya sebagai medan untuk berlagak berani," katanya.-siakapkeli
TOP
Isteri Kuat Membebel, Suami Tidur Atas Pokok
RANAU - Gara-gara merajuk dengan isteri yang membebel kerana dia tidur di ruang tamu rumah, seorang warga emas membawa hati dengan memanjat pokok kelapa setinggi sembilan meter sebelum tertidur di atasnya selama empat jam dalam kejadian di Jalan Sinarut Lama dekat sini semalam.
Sebelum kejadian pukul 8 pagi itu, pesawah yang dikenali sebagai Salimin, 76, dikatakan merajuk dengan isteri yang memarahinya tidur di ruang tamu rumah.
Difahamkan, isterinya yang dikenali sebagai Ratini, 70, memarahi suaminya kerana ketika itu wanita itu sedang membersihkan rumah dan meminta suaminya berbaring di tempat lain.
Selepas bertengkar beberapa ketika, pesawah itu terus meninggalkan rumah manakala si isteri yang merupakan seorang suri rumah memerhatikan sahaja kelakuan suaminya.
Namun, ketika melihat suaminya menuju ke arah sepohon pokok kelapa yang tinggi berdekatan rumah dan dia mula memanjat pokok itu, si isteri cemas. Wanita itu lalu mengejar dan memujuk suaminya supaya tidak meneruskan hajatnya.
Salimin yang masih hangat hati tidak menghiraukan pujukan isterinya malah dia terus memanjat sehingga ke pelepah sebelum berbaring di celahnya. ─ Kosmo
TOP
Peraturan baharu cermin gelap bermula 1 November - JPJ
AYER KEROH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.
Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.
Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.
Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.
"Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.
"Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguat kuasa JPJ bahagian zon selatan di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi. - BH Online
TOP
Serangan Tikus Kembali, Kini Di Kafeteria Kampus USM
KOTA BHARU – Hampir setahun yang lalu, berita serangan tikus di wad pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini mendapat perhatian pihak berkuasa.
Namun, haiwan pembawa penyakit itu masih ada dan keadaan lebih teruk apabila ia kini menyerang kawasan kafeteria utama kampus kesihatan itu.
Pelajar membuat aduan bahawa tikus sering dilihat di kafeteria tersebut yang boleh menampung seramai 200 orang pada satu masa dan dibuka 24 jam.
“Tikus berkeliaran sepanjang masa terutama pada waktu malam. Beberapa pelajar juga dapat merakam video tikus berkeliaran di kaunter perkhidmatan makanan,” kata salah seorang pelajar.
Seorang pelajar pula berkata, dia mengesyaki bahawa tikus tersebut merupakan punca kes keracunan makanan yang berlaku.
Tambahnya, dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas makan di kafeteria terbabit beberapa kali.
“Kami ada membuat aduan malah memuat naik gambar dan video di Facebook Kumpulan Pelajar dan pengurusan universiti mengetengahkan masalah itu kepada pengendali gerai makanan di kafeteria tersebut.
“Langkah yang diambil hanyalah menutup makanan dengan plastik. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.
Pada 8 Oktober tahun lalu, muka depan akhbar The Star melaporkan bahawa hospital berusia 31 tahun itu berdepan masalah serangan tikus selama satu dekad.
Menurut laporan itu, pihak pengurusan hospital terbabit tidak membantu menyelesaikan masalah serangan tikus di wad pesakit.
Tinjauan The Star di kafeteria tersebut sejak beberapa hari lalu mengesahkan dakwaan beberapa pelajar.
Najis tikus juga ditemui di sudut penjuru kafeteria terbabit dan di beberapa kawasan gerai di dalamnya.
Beberapa pengusaha gerai yang ditemu bual dilihat tidak endah dengan serangan haiwan tersebut manakala segelintir berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh pihak pengurusan universiti.
“Kami selalu ternampak tikus berkeliaran apabila kami belajar pada waktu malam. Saya juga sudah terbiasa melihat kelibat haiwan itu sekarang dan tidak mahu melihatnya lagi,” kata salah seorang pelajar.
Pelajar perempuan itu berkata, dia berhenti menikmati makanan di kafeteria terbabit.
Pengendali kafeteria itu yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Che Yah menafikan dakwaan bahawa tikus sering berkeliaran di kampus tersebut.
“Isu serangan tikus sudah selesai. Bangunan telah dibersihkan dengan bahan kimia,” katanya.
Malah, menurutnya, dia turut memasang perangkap tikus untuk menangkap haiwan pembawa penyakit itu.
Pelajar-pelajar bagaimanapun berkata mereka tidak menyedari sebarang perangkap tikus dipasang atau operasi pemusnahan serangga perosak dilakukan dibangunan tersebut. – The Star
TOP
Ainan Tasneem Kesal Wakil Promoter Tabur Fitnah Terhadapnya
PETALING JAYA: Penyanyi Ainan Tasneem tidak terkejut dengan tuduhan mendakwa dia bersikap tikam belakang terhadap wakil promoter yang mendapatkan persembahan untuknya gara-gara ingin mengaut keuntungan.
Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 22, sebaliknya berkata, sejak awal lagi dia sudah menjangkakan berita tersebut akan tersebar dan mengakui mengenali dalang disebalik penyebaran fitnah itu.
"Saya sebenarnya hendak tergelak apabila membaca laporan berkenaan kerana pertama sekali ia tidak benar dan saya sudah menjangkakan individu berkenaan akan memburukkan saya kepada media.
"Saya tahu dan kenal siapa 'wakil promoter' itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Menerusi ruang gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Ainan dilaporkan berpura-pura pulang selepas mengadakan persembahan yang diaturkan oleh wakil promoter namun dia sebenarnya dikatakan menemui pihak penganjur untuk meminta mereka berurusan terus dengannya tanpa menggunakan orang tengah pada masa hadapan.
Ainan dikatakan bertindak sedemikian kerana ingin mengaut bayaran seratus peratus tanpa perlu membayar kepada pihak yang mencadangkan namanya membuat persembahan.
Dalam pada itu, Ainan berkata, individu berkenaan yang turut bekerja di sebuah syarikat rakaman menyebarkan cerita berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila sebuah persembahan melibatkannya diaturkan oleh pengurus yang juga ibu saudaranya.
Jelas Ainan, individu berkenaan mempertikaikan tindakan tersebut yang meletakkan syarat sebarang tempahan persembahan perlu melalui pihaknya yang menjadi punca perbalahan di antara mereka.
"Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan.
Tambah Ainan, dia sedar individu berkenaan bersungguh-sungguh menguruskan tempahan persembahannya kerana ingin mengaut komisen dan tidak ikhlas dalam membantunya.
"Biarpun sedar akan niatnya saya tetap pergi setiap kali ada acara yang diuruskannya dan tidak pernah sesekali mempertikaikan komisen yang diambil walaupun dia pernah terkantoi mengambil 80 peratus daripada pembayaran dibuat penganjur," ujarnya lagi.
Sementara itu, Ainan berkata, pihak pengurusan atasan menyedari akan masalah yang berlaku dan individu tersebut telah pun menukar wakil bagi berurusan dengan pihaknya.
Dalam perkembangan lain, Ainan berkata, dia kini sedang sibuk dengan pengajian tahun akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan hanya akan menerima
pertunjukan pentas sekiranya berkelapangan.
Bagaimanapun pihak syarikat rakamannya telah merancang untuk melancarkan album terbaharunya pada penghujung tahun ini. ─ mStar online
TOP
Gadis Sudah Meninggal Dunia ‘Selamatkan’ Enam Nyawa
Kemurahan hati keluar si mati telah menyelamatkan nyawa enam insan lain. Seorang remaja perempuan telah meninggal akibat daripada pendarahan otak bagaimanapun tidak sia-sia apabila dengan kematiannya itu telah menyelamatkan enam lagi nyawa.
Seoarang jurufoto, Emma Witty, 19, telah pengsan dan kemudiannya meninggal dunia di kediamannya di Leeds, pada bulan Jun tahun lalu.
Walaupun kecewa dengan pemergiannya, ahli keluar memberi kebenaran kepada doktor untuk mengambil beberapa organnya untuk didermakan kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya.
Jantung Emma telah diberikan kepada seorang wanita muda berusia 20-an;
pankreas dan salah satu buah pinggangnya diterima oleh seorang lelaki 50-an;
paru-paru dan sebelah lagi buah pinggangnya diserahkan kepada lelaki berusia 60-an.
hatinya diberi kepada kepada dua pesakit iaitu seorang lelaki dan seorang bayi perempuan.
Kornea matanya juga telah didermakan kepada pesakit lain.
“Memang sukar menghadapinya, tetapi ia juga memberikan saya ketenangan apabila dia menyelamatkan begitu banyak nyawa. Matanya masih melihat dan jantungnya masih berdegup di luar sana,” kata ibunya, Catherine Gregson.
Sebenarnya tiada apa yang merugikan jika seseorang itu menderma sebahagian daripada organnya untuk mereka yang memerlukannya setelah tiada lagi di dunia ini. ─ Siakapkeli.com

RM1.271 Juta Dicuri Daripada Enam Mesin ATM Affin Bank
KUALA LUMPUR – Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM) kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor, menurut kenyataan Affin Bank hari ini.
Kenyataan itu menyebut mesin ATM itu diusik pada Sabtu lepas, mengakibatkan kecurian wang tunai daripada mesin berkenaan.
Perompak meninggalkan mesin ATM di luar Affin Bank di Jalan Ros Merah 2 di Johor dalam kejadian rompakan pada September tahun lalu.
Mesin ATM terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor, menurut kenyataan itu. “Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu,” kata bank berkenaan. Bank itu berkata data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi. Sementara menunggu hasil siasatan polis, bank berkenaan segera menempatkan langkah kawalan tambahan di semua mesin ATM di cawangan dan di lokasi luar. “Pihak bank mengadakan pemantauan rapi bagi memastikan pelanggan kami dapat meneruskan urusan perbankan mereka dengan selamat,” menurut kenyataan itu. Laporan menyebut sekumpulan warga asing dipercayai menggunakan sim kad telefon dan peranti lain untuk menggodam mesin ATM itu. Suspek dalam kes penipuan pengeluaran wang itu kelihatan seperti berketurunan Amerika Latin atau Timur Tengah. Polis masih menyiasat insiden itu. – BERNAMA

Fesyen Kangkang Tayar Kereta..
Sebenarnya, kami masih tidak faham apa fungsi pemilik kereta 'mengangkangkan' tayar mereka..
Mungkin disebabkan jika berbuat begitu, kereta kelihatan lebih ranggi atau mungkin juga ada efek pada 'performance kereta'.
Tapi sekali kami tengok, kereta dah macam terkangkang-kangkang nak gerak. Kesian pulak kat kereta. Walauapapun terpulanglah kepada minat masing-masing.
Bagaimanapun perlu juga diingat, perbuatan mengangkang tayar kereta ini akan dikenakan tindakan tegas dari JPJ. Kang tak pasal-pasal lesap RM 300 sebab kena denda - SiakapKeli.com

Bekas eksekutif kewangan dipenjara 10 tahun bersalah palsukan tandatangan
JOHOR BAHRU: Seorang bekas eksekutif kewangan dihukum penjara 10 tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 123 pertuduhan kerana memalsukan tandatangan.
Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintahkan tertuduh Iskandar Othman membayar semula wang yang dilesapkan kepada bekas majikannya, sebuah syarikat perunding kejuruteraan di sini.
Tertuduh didakwa memalsukan tandatangan untuk pengeluaran cek milik majikannya berjumlah RM618,000 dipercayai dilakukan dari tahun 2008 hingga 2011. - BH Online
TOP
Afdlin Shauki Bertolak Ke Mekah Hari Ini Untuk Ibadah Haji
KUALA LUMPUR, 29 SEPT 2014: Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki telah bertolak ke Mekah hari ini bagi menunaikan ibadah haji.
Menurut Afdlin, dia mohon maaf kepada semua peminat dan juga insan yang mengenali dirinya sekiranya ada salah silap yang dilakukan secara tidak sedar.
“Saya mohon maaf kepada semua, mudah-mudahan saya memperoleh haji mabrur di sana. Saya tidak kesorangan menunaikan haji, saya pergi bersama dengan ibu saya, Fadilah Jailani,” katanya kepada Murai di Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Seniman ke-14 di Finas.
Tambah Afdlin, perancangan ke tanah suci Mekah telah lama di rancang namun dia membuat rayuan kepada pihak Tabung Haji. Ini disebabkan keadaan ibunya yang tidak sihat akibat angin ahmar.
“Saya buat rayuan agar dipercepatkan permohonan saya untuk ke Mekah. Alhamdulilah rayuan saya diterima memandangkan kuota ke tanah suci adalah terhad dan mengunakan sistem giliran yang diuruskan oleh Tabung Haji,” katanya.
Ketika ditanya, adakah Afdlin akan berhenti menguruskan kerja-kerja seni setelah pulang dari Tanah Suci? Dengan tenang dia menjawab, dia akan teruskan kerjayanya bergantung kepada keadaan dan karya yang ingin dihasilkan. ─ Murai.com.my
TOP
5 GAMBAR: Kalimah Allah Terpelihara Walau Besi Hangus
KUALA PERLIS: Sebuah kedai di Jeti Kuala Perlis telah hangus terbakar pada ahad. Jika dilihat pada gambar-gambar hampir keseluruhan kedai tersebut hangus.
Namun jika dilihat dari suatu sudut yang lain ternyata terdapat beberapa perkara yang mengejutkkan yang mana hiasan dengan kalimah Allah tidak hangus.
Bagaimanapun dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi yang melibatkan dua buah kedai telah menyebabkan pemiliknya mengalamai kerugian beribu ringgit. ─ Siakapkeli.com
TOP
Persediaan Peperiksaan Ulangan UPSR Lancar
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan berpuas hati persediaan yang dilakukan pihak sekolah bagi menghadapi peperiksaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas soalan yang bocor, pada esok dan 9 Okt ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata guru besar dan guru sekolah telah melakukan tugasan sewajarnya termasuk penyediaan bilik peperiksaan supaya calon dapat menduduki peperiksaan itu dengan baik dan selesa.
“Saya juga dimaklumkan bahawa guru besar dan guru-guru ini turut memberi motivasi dan galakan kepada murid, melakukan pelbagai program untuk terus membantu calon,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke lima sekolah di sekitar ibu kota.
Bertujuan melihat persediaan sekolah dan murid untuk menghadapi peperiksaan ulangan itu, lawatan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St Joseph, Sekolah Kebangsaan Sentul 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1).
Khair juga memaklumkan bahawa berdasarkan perbualannya dengan murid sekolah, mereka berkata telah bersedia untuk menduduki peperiksaan ulangan itu dan berazam mendapat keputusan yang baik.
“Ada juga murid yang memberitahu peperiksaan ulangan adalah peluang kedua untuk mereka lakukan penambahbaikan,” kata Khair sambil menasihatkan semua calon supaya tidak berasa bimbang sekiranya mereka telah melakukan ulang kaji secukupnya.
Beliau berkata calon dan ibu bapa serta pihak lain perlu sedar bahawa peperiksaan ulangan itu dibuat bagi memastikan kredibiliti dan integriti UPSR, dan calon boleh berbangga bahawa keputusan yang diperoleh kelak adalah keputusan tulen.
Bagi memastikan kelicinan dan tiada insiden kebocoran kertas peperiksaan, Khair memaklumkan pihaknya telah mempertingkat prosedur operasi standard (SOP) pengurusan kertas soalan bermula proses penggubalan dan percetakan hingga ke aspek penyimpanan dan pengedaran ke bilik peperiksaan.
“Kita juga memastikan mereka yang mempunyai akses kepada kertas soalan juga dihadkan jumlahnya supaya tidak berlaku insiden ada yang terlihat soalan,” katanya.
Khair juga menjelaskan bahawa calon yang tidak hadir pada peperiksaan ulangan akan direkodkan sebagai ‘T’ iaitu ‘Tidak Hadir’ dan menurutnya, ini akan menyebabkan calon tidak dapat mengetahui tahap pencapaian dalam mata pelajaran berkenaan.
Peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038 dijadual berlangsung esok.
Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt.
Sebanyak 472,853 murid menduduki UPSR tahun ini di seluruh negara. – BERNAMA
TOP
Khazanah Harap Kerajaan Gubal Akta MAS Tahun Depan
KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd berharap kerajaan akan menggubal ‘Akta MAS’ awal tahun depan sebelum MAS NewCo ditubuhkan pada pertengahan 2015.
Berdasarkan pelan pemulihan MAS bernilai RM6 bilion, syarikat akan dikeluarkan daripada senaraian awam di Bursa Malaysia menjelang hujung tahun ini dan syarikat baharu (Newco) akan diwujudkan bagi meneruskan perniagaan syarikat.
Bagi mempermudah penstrukturan semula syarikat penerbangan negara itu secara menyeluruh dan seiring perkembangan semasa, kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Parlimen, dikenali Akta MAS.
Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata akta baharu itu sangat penting sebagai akta yang membolehkan dan usulnya dijangka dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober ini.
“Akta ini perlu disegerakan namun kami boleh menunggu hingga tahun baharu bermula,” katanya di luar Forum Megatrends Khazanah 2014, di sini hari ini.
Beliau berkata Khazanah Nasional sudah memulakan usaha untuk menggubal Akta MAS dengan Pejabat Peguam Negara.
Azman berkata sebulan selepas pelan pemulihan MAS itu diumum, banyak sesi komunikasi antara Khazanah Nasional, MAS dan kerajaan diadakan.
Sementara itu, Azman hari ini turut mengesahkan bahawa Khazanah Nasional akan menyenaraikan Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd di Bursa Malaysia, namun perkara itu tidak akan dibuat pada tahun ini.
“Syarikat taman tema itu mencatat prestasi baik dan kita tidak mahu tergesa-gesa menyenaraikannya.
“Ini satu keputusan yang akan dibuat secara bersama oleh lembaga pengarah Khazanah dan Themed Attractions,” katanya. – BERNAMA
TOP
MH17: PERKESO Bayar Manfaat Kepada Waris 20 Mangsa
KUCHING – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran untuk perbelanjaan pengebumian dan juga pencen bulanan pertama kepada waris 20 mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine, Julai lalu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, hari ini berkata pembayaran itu membabitkan lima penumpang dan 15 anak kapal pesawat malang yang juga pencarum Perkeso.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan kursus Penilai Kemerosotan Perubatan Bertauliah (CMIA) di sini, beliau berkata manfaat pengebumian itu berjumlah RM1,500 manakala kuantum pembayaran pencen bulanan bergantung kepada tempoh caruman.
“Jumlah pencen bulanan berbeza-beza antara RM575 dan RM2,675,” katanya.
Mengenai pencarum PERKESO yang juga antara penumpang pesawat MAS Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Riot berkata manfaat itu tidak boleh dikeluarkan kerana nasib mereka belum diketahui.
“Berdasarkan standard undang-undang antarabangsa, hanya apabila mereka masih hilang selama tujuh tahun, mereka akan dianggap sebagai telah mati dan bayaran akan dikeluarkan.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia dipercayai ditembak jatuh dan sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan kejam itu.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal pula hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun gerakan mencari secara besar-besaran dilancarkan di selatan Lautan Hindi di mana ia dipercayai berakhir selepas tersasar dari laluan asalnya. Usaha mencari masih diteruskan. – BERNAMA
TOP
Jepun kurang aktor porno
Pekerjaan ini biarpun tidak memerlukan kelayakan akademik baik atau sebarang pengalaman kerja, namun ia jijik dan aib pada pandangan moral masyarakat. Ironi, kekosongan jawatan bagi pekerjaan sebagai pelakon filem lucah di Jepun amat besar tetapi petugas dalam sektor ini pula amat sedikit. Demikian luahan seorang aktor ternama filem lucah negara ‘Matahari Terbit’ itu yang popular dikenali sebagai Shimiken baru-baru ini.
Menerusi akaun laman sosial Twitter dirinya, Shimiken berpengalaman luas dalam membintangi lebih daripada 7,000 buah filem lucah mendakwa, industri pornografi Jepun kini berhadapan kekurangan besar pelakon lelaki berbanding nisbah pelakon wanita yang cukup ramai. Katanya: “Setakat ini dianggarkan hanya ada 70 aktor lucah di serata Jepun. Bilangan ini amat kecil dibandingkan dengan jumlah harimau belang di seluruh dunia.”
Kenyataan jujur Shimiken itu menerima reaksi luar biasa daripada para pengikutnya dengan lebih 3,000 kali tweet sehingga mencetuskan perdebatan di laman maya berhubung berapakah jumlah ideal tenaga pelakon yang cukup untuk menampung industri filem lucah Jepun. “Ada lebih 10,000 aktres filem porno dengan kira-kira 4,000 video lucah terbaharu dikeluarkan setiap bulan, tetapi jumlah aktor yang aktif amat sedikit,” tegas Shimiken.
Kekurangan bilangan pelakon lelaki itu memaksa mereka terpaksa bekerja keras lebih masa melayani ribuan pelakon wanita dan membintangi seberapa banyak filem lucah yang mendapat permintaan tinggi di Jepun bahkan dieksport ke pasaran seluruh dunia. “Setiap hari saya mesti jumpa muka aktor yang sama dan lihat nama serupa dalam skrip. Kami amat kurang bintang lelaki, paling sikit daripada harimau Bengal sendiri,” rintih Shimiken.
Dia yang hairan dengan situasi itu mendakwa, kekurangan tersebut menjadi misteri walhal pekerjaan mereka mendapat peluang prospek yang cerah kerana mereka hanya mempamerkan kehebatan aksi batin secara fizikal semata-mata. Masalah jurang besar itu amat berbeza dengan pekerjaan lain di Jepun apabila jumlah pekerja lelaki jauh paling ramai mengatasi wanita sehingga membimbangkan Perdana Menteri, Shinzo Abe sendiri.
Pemimpin kerajaan Jepun itu malah berikrar akan memastikan 30 peratus daripada jawatan kanan dalam pentadbiran beliau diisi oleh golongan wanita menjelang tahun 2020. Bagaimanapun, seorang penulis kolum terkenal akhbar bahasa Inggeris berpengaruh The Japan Times, Brian Ashcraft dalam ulasannya baru-baru ini meragui maklumat yang dinyatakan Shimiken sebagai mungkin boleh dipertikaikan dan angkanya itu kurang munasabah.
Katanya yang pernah menulis satu artikel berhubung isu pelakon filem lucah di Jepun beberapa tahun lalu, dakwaan Shimiken barang kali lebih kepada psikologi untuk menarik ribuan remaja lelaki menceburi bidang sebagai aktor pornografi sepenuh masa secara profesional. Ulas Ashcraft, saban tahun dianggarkan kira-kira 6,000 remaja perempuan lepasan sekolah di Jepun menjadi aktres lucah dengan menerima pelbagai tawaran lumayan.
Masyarakat Jepun amat terbuka dalam isu pornografi sejak sekian lama termasuk penerbitan bebas bahan bacaan lucah dikenali manga dan animasi berbentuk anime. Setiap tahun, rakyat Jepun turut menyambut festival zakar terbesar disebut Kanamara Matsuri pada hari Ahad pertama bulan April di bandar Kawasaki yang turut menarik jutaan pelancong asing dengan matlamat utama untuk mempromosikan amalan seks secara sihat.
Dalam pada itu, kenyataan Twitter oleh Shimiken yang membandingkan jumlah pelakon lelaki lucah negara itu dengan bilangan harimau Bengal mendapat perhatian badan pemuliharaan alam sejagat, International Union for Conservation of Nature (IUCN). Mereka menganggarkan terdapat 2,500 ekor harimau belang itu di seluruh dunia, namun jumlah sebenar Pak Belang direkodkan secara rasmi hanya sekitar 250 ekor sahaja. ─ Amreeahama.com
TOP
Lapan Pegawai Kastam Didakwa Rasuah
KUALA LUMPUR – Lapan pegawai Kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 25 pertuduhan menerima suapan antara RM200 hingga RM4,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap barangan yang tidak dibayar cukai iaitu arak.
Lapan pegawai terbabit ialah Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Som Chit a/l Tiang; Penolong Kanan Pengarah Kastam II Cawangan Risikan Zon Tengah Pejabat Kastam Putrajaya, Jamaludin Zam Zam; serta enam pembantu penguasa, Mahadir Mohamad; Kamarul Asmady Ismail; Mohamed Rozlan Ibrahim; Sahbandi Abdul Manap@Asly; Amran Ismail dan Abdul Rahman Ahmad.
Kesemua tertuduh didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin, Som Chit, 48, berdepan empat pertuduhan menerima suapan antara RM1,000 hingga RM4,000 daripada dua individu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap barangan yang tidak dibayar cukai iaitu arak.
Dia yang bertugas di Cawangan Siasatan Khas Kastam Putrajaya didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berbeza iaitu di dalam kenderaan di Taman Len Sen Cheras dan Ambank Taman Connaught, Cheras, di sini antara Nov 2011 dan 9 Jun lepas.
Sementara itu, Jamaludin, 54, didakwa menerima suapan RM1,000 oleh seorang individu yang meletakkan wang itu di atas papan pemuka kereta Toyota Vios sebagai dorongan supaya kononnya membekalkan maklumat berkaitan sebarang operasi Kastam kepada individu itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Stesen Minyak BHP, Jalan Sarjana, Taman Connaught, Cheras, di sini pada Julai 2014.
Mahadir, 37, berdepan lima pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk tidak menjalankan pemeriksaan ke atas gudang E12, Jalan FZ 6/P3, Port Klang Free Zone di Pelabuhan Klang.
Dia yang bertugas di Cawangan Operasi Bahagian Penguatkuasaan Wisma Kastam Pelabuhan Utara, Selangor didakwa melakukan kesalahan itu di Hong Leong Bank, Taman Segar, Cheras, di sini antara April dan Ogos lepas.
Sementara itu, Kamarul Asmady, 37, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM4,900 daripada seorang individu melalui individu lain sebagai dorongan untuk memberi maklumat tentang profil yang dilakukan Bahagian Risikan Kastam.
Tertuduh yang bertugas di ibu pejabat Kastam di Putrajaya, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Old Town White Coffee, Taman Maluri dan Alam Damai, Cheras, antara April 2014 dan 20 Ogos 2014.
Mohamed Rozlan, 57, pula didakwa dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM1,000 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk tidak menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah syarikat atau mana-mana perniagaan yang mana individu itu mempunyai kepentingan.
Dia yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Kuala Lumpur didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tempat letak kereta Leisure Mall, antara 3 petang hingga 4 petang, pertengahan April 2014 dan pertengahan Mei 2014.
Tertuduh Sahbandi, 36, yang bertugas di Cawangan Import Eksport Kastam Lumut, Perak, pula didakwa meminta suapan daripada seorang individu dengan menyebut ayat ‘raye takde angpao ar’ melalui talian telefon pada awal Februari 2013.
Sahbandi turut didakwa menerima rasuah iaitu wang tunai RM300 melalui akaun Maybank dengan tanpa balasan daripada seorang individu melalui individu lain, di Malayan Banking Berhad, 37, Jalan Manis Enam, Taman Segar, Cheras di sini, pada 1.36 tengah hari, 10 Mei 2014.
Bagi kes di hadapan Hakim Allaudeen Arifin pula, Amran, 35, yang bertugas di Cawangan Siasatan Khas, Bahagian Penguatkuasaan Kastam di Dengkil, didakwa atas lima tuduhan menerima rasuah antara RM300 hingga RM2,300.
Bagi kesemua tuduhan itu, Amran didakwa menerima rasuah daripada seorang individu untuk bayaran bulanan sebagai dorongan supaya tidak mengganggu atau menahan pergerakan lori yang dimiliki seorang individu, atau syarikat yang individu tersebut berkepentingan, mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kenderaan, di tepi pagar sebelah luar Hotel Maluri, Cheras sekitar 10 Jun hingga 20 Jun 2014.
Tertuduh Abdul Rahman, 35, pula didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM500 melalui akaun Maybank dengan tanpa balasan daripada seorang individu melalui individu lain, yang mana tertuduh mengetahui individu tersebut ada kena-mengena dalam perniagaannya di OT Shop di Ipoh.
Abdul Rahman yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Kastam Taiping, Perak, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Maybank Jalan Manis Enam, Taman Segar, Cheras antara 24 Julai 2014, 4.32 petang dan 12 Ogos 2014, 1.26 tengah hari.
Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan dan Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM5,000 hingga RM25,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Kesemua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 Nov.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan Lokman Kasim.
Peguam Ridha Abdah Subri, Mohd Fadzly Hashim, Ahmad Nazri dan Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar mewakili kesemua tertuduh. – BERNAMA
TOP
12 Geng Kongsi Gelap Aktif Di Pulau Pinang
GEORGETOWN – Dua belas kumpulan kongsi gelap dikesan aktif menjalankan kegiatan jenayah di negeri ini, terutama yang membabitkan kegiatan meminta wang perlindungan daripada orang ramai.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, 12 kumpulan itu dianggotai lebih 8,000 orang.
“Polis telah mengenal pasti kumpulan-kumpulan itu dan antara yang diburu ialah dua Geng 04, Geng 08, 24, 77, Phneah, Sio Sam Ong dan Ang Kim Leng yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah, pengedaran dadah dan peras ugut untuk mendapat wang perlindungan.
“Selain itu, kami turut memantau beberapa lagi geng kongsi gelap di negeri ini yang sekarang ini tidak berapa aktif bagi memastikan ketenteraman awam di Pulau Pinang dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis penghargaan kepada pengawal keselamatan yang menembak mati seorang lelaki ketika cuba merompak sebuah bank di Sungai Dua di sini pada 28 Ogos.
Mohd Najib Ahmad, 30, menerima sumbangan wang tunai dan sijil penghargaan daripada Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).
Abdul Rahim juga berkata sejumlah 52 individu disyaki anggota kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA) sejak Januari hingga 27 Sept lepas.
“Setakat ini, hanya tiga kumpulan kongsi gelap yang didapati terlibat dalam pergaduhan sesama mereka (geng kongsi gelap) untuk merebut kawasan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sejumlah 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan 31 Ogos lepas perlu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Patani esok, bagi menyambung jaminan polis.
“Mereka dikehendaki hadir bagi membolehkan perintah jamin yang dkeluarkan sebelum ini disambung ke satu tarikh lain. Kertas siasatan kes itu telah lengkap dan polis masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Ketua Unit Pendakwaan (KUP),” katanya.
Pada 31 Ogos, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya, Phee Boon Poh yang juga exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar kerana ingkar amaran agar tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). – BERNAMA
TOP
Nasrudin Hassan Jawab Amaran Oleh Lim Kit Siang
Anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan menolak amaran DAP bahawa mereka mungkin hilang Kelantan jika trend dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor merebak.
Membandingkan dengan dua lagi pilihan raya kecil Balingian yang ditandingi PKR dan Teluk Intan (DAP), Nasrudin berkata penurunan pengundi di Pengkalan Kubor jauh lebih kecil.
"(Pemimpin DAP) YB Lim Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan PAS di Pengkalan Kubur adalah isyarat BN akan merampas Kelantan.
"Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan?" tulisnya di Facebook.
Carta yang dipaparkan Nasrudin menunjukkan penurunan sokongan pada PKR turun 33 peratus di Balingian, undi DAP turun 27.3 peratus di Teluk Intan tetapi PAS hanya merosot 13.18 peratus di Pengkalan Kubor.
Lim juga berkata, jika trend peralihan undi kepada BN terus berlaku di kawasan lain, Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dalam pilihan raya akan datang manakala pihak lawan dengan 25 kerusi.
TOP
Murid Batal Hasrat Ke India Untuk Duduki Ulangan UPSR
KUALA LUMPUR – Pelajar Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) St Joseph di sini, K. Sangeetha membatalkan hasrat menghadiri upacara keagamaan di India minggu ini untuk menduduki semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR).
Sangeetha, 12, yang juga ketua pegawas di sekolah itu tidak melihatnya sebagai satu halangan, sebaliknya berpendapat itu adalah peluang kedua untuk melakukan lebih baik dalam peperiksaan itu.
Beliau perlu menduduki peperiksaan ulangan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi empat mata pelajaran yang bocor, pada esok dan 9 Okt ini.
“Saya juga berterima kasih kepada emak saya K. Mageshwary kerana membuat keputusan menemankan saya di sini, sementara ayah dan tiga adik-beradik akan meneruskan upacara sembahyang itu,” katanya semasa ditemui di sekolahnya di sini hari ini.
Sangeetha berkata beliau berharap akan mendapat keputusan 7A dalam UPSR supaya cita-citanya untuk menjadi doktor kardiologi tercapai.
Sementara itu, pelajar tahun enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson di sini, Yap Ying Pee dan Reynard Lee Kin Yoong ‘melihat’ peperiksaan ulangan itu sebagai ‘masa tambahan’ untuk mengulang kaji.
Yap, 12, berkata beliau lebih yakin untuk mencapai sasaran mendapatkan 7A+ pada UPSR, selepas mendapat dorongan dan motivasi daripada ibu bapa dan guru, khususnya selepas berita kebocoran kertas soalan itu tersebar.
Lee, 12, pula berkata beliau menggunakan ‘peluang kedua itu’ untuk memperbaiki kelemahan dalam subjek Matematik dan juga Sains selain memperbanyakkan latih tubi di rumah dan kelas tambahan.
Rakan sekolahnya K.Sivakumar, 12, berkata beliau kini memasang impian untuk mencapai keputusan semua ‘A’ kerana masih mempunyai masa, memandangkan beliau meletakkan hanya mendapat dua atau tiga ‘A’, terutamanya dalam subjek Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris.
Sementara itu bagi Guru Besar SJKT St Joseph. B.Valarmathi berkata pihak sekolah mengambil pendekatan melakukan pelbagai aktiviti bagi memastikan 25 calon sekolah itu tidak tertekan dengan insiden soalan bocor itu.
Bagi menjamin pelajar tetap bersemangat menghadiri sesi persekolahan, pihak sekolah terus melaksanakan aktiviti yang dirancang selepas UPSR, meskipun peperiksaan ulangan itu bermaksud murid masih terikat dengan jadual peperiksaan, katanya.
“Kami memang telah memberitahu pelajar bahawa mereka akan mendapat peluang melakukan aktiviti mencanting batik selepas UPSR, dan kami lakukannya juga walaupun UPSR masih belum tamat supaya murid seronok,” katanya.
Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kamarul Ariffin Ishak pula berkata murid sekolah itu tidak mempunyai masalah untuk menduduki peperiksaan ulangan, memandangkan kesemua 110 calon telah melakukan persediaan sejak awal tahun.
“Persediaan rapi untuk menyediakan pusat peperiksaan juga telah dilakukan, termasuk menyediakan bilik kuarantin, jika terdapat pelajar yang jatuh sakit semasa peperiksaan dijalankan,” katanya.
Sebanyak 472,853 calon UPSR tahun ini dijadualkan menduduki peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038 pada esok, manakala 9 Okt pula ditetapkan sebagai tarikh baharu ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037. – BERNAMA
TOP
Nelayan Dihukum Mati Dalam Kes Senjata Api
IPOH – Seorang nelayan hari ini dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan melepaskan tembakan ke arah polis yang mahu menahannya dengan niat mencederakan, lapan tahun lepas.
Selain itu, Lim Eng Kiong, 49, dihukum penjara sepanjang hayat kerana menunjukkan senjata api semasa merompak sebuah motosikal bernombor pendaftaran WBR 7170 milik Beng Eng Hock.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan terhadap Lim kerana memiliki senjata api jenis Revolver 38 ‘Colt 5′.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lima tahun terhadap lelaki itu kerana memiliki tujuh butir peluru hidup dan tiga kelongsong peluru.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kampung Baru Kuala Sepetang, Taiping dekat sini pada jam 10 hingga 10.45 malam, 12 Jan 2006.
Keempat-empat pertuduhan itu dibuat masing-masing mengikut Seksyen 3, 8 dan 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum menurut peruntukan akta yang sama.
Pada 19 Sept 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Taiping Datuk Dr Hassan Ab Rahman membebaskan dan melepaskan Lim setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mahkamah Rayuan, yang menilai dan berpuas hati, memutuskan bahawa ia adalah kes prima facie dan membenarkan rayuan pihak pendakwaan serta mengarahkan tertuduh membela diri.
Dalam penghakiman di akhir kes pembelaan hari ini, Che Ruzima berkata mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan pihak tertuduh hanya satu bentuk penafian semata-mata.
“Tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap keempat-empat pertuduhan dan didapati bersalah,” katanya.
Beliau berkata mahkamah turut mendapati walaupun keterangan tertuduh selari dengan saksi pendakwaan namun ia tidak menjelaskan mengenai perkara berkaitan pemilikan senjata api dan peluru.
“Cuma yang kurang dalam keterangannya adalah mengenai pemilikan senjata api. Tertuduh hanya kata membawa satu beg berisi satu telefon bimbit, kad pengenalan serta wang (berjumlah RM23,000 yang didakwa sebagai gajinya daripada majikan),” kata Che Ruzima.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala peguam Yunus Ali mewakili Lim. – BERNAMA
TOP
Peniaga Naikkan Harga Sebelum GST, Pensabotaj Ekonomi Negara
KLUANG – Peniaga yang menaikkan harga barangan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada tahun depan, disifatkan sebagai pensabotaj ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau mengingatkan bahawa kerajaan sentiasa memantau kegiatan mereka dan tindakan undang-undang akan dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
“Mereka ini ialah pensabotaj ekonomi negara. Jangan ingat kerajaan tidak tahu tindakan mereka itu, kita mengetahuinya dan memantaunya sebelum mengambil tindakan,” katanya selepas seminar GST di Institut Tadbiran Awam Wilayah Selatan di sini hari ini.
Katanya, GST adalah sistem percukaian yang baik untuk Malaysia dan ia sudah dilaksanakan di 160 negara seluruh dunia.
Tidak semua barangan akan mengalami kenaikan harga selepas pelaksanaan GST, malah sebahagian barangan dijangka mengalami penurunan harga manakala sebahagian lagi tidak akan menghadapi sebarang perubahan harga.
“Indeks Harga Pengguna (CPI) dijangka secara purata akan naik 1.48 peratus selepas pengenalan GST, bagaimanapun ia hanya untuk sementara waktu sebelum indeks itu kembali stabil,” katanya.
Ditanya sama ada petrol dan diesel turut dikenakan GST, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, kerajaan masih mengkaji mengenainya dan akan mengumumkannya kepada orang ramai kelak.
“Kita masih mengkajinya dan akan membuat keputusan yang terbaik,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad berkata pengenalan GST bakal memberikan kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, selain meningkatkan eksport serta merangsang industri pelancongan negara dan meningkatkan kadar kutipan cukai bagi tujuan pembangunan negara.
Beliau juga mahu seminar penerangan mengenai GST seperti yang diadakan hari ini, diperluaskan lagi meliputi semua peringkat masyarakat bagi membolehkan mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai sistem percukaian itu. – BERNAMA
TOP
Shalwati Norshal Bebas Dari Penjara Hari Ini
Sebelum ini, Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalludin, 38, didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden di atas tuduhan mengasari serta mencabuli integriti anak mereka sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.
Frovi: "Syukur, semua sudah berakhir," kata Shalwati Norshal, 46, ketika ditemui sebaik saja melangkah keluar dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden, hari ini. Menurutnya, dia tidak sabar untuk pulang ke Malaysia untuk kembali kepada pangkuan keluarga selepas berpisah sejak Disember tahun lalu. Dia melangkah keluar dari penjara itu jam 9.35 pagi (3.35 petang waktu Malaysia) dengan memakai kot hitam dan seluar denim biru. Ibu kepada empat anak itu disambut oleh kakaknya, Noor Azila Makhzan, 52, yang tiba di penjara berkenaan 15 minit sebelum Shalwati dibebas. Sebelum ini, Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalludin, 38, didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden di atas tuduhan mengasari serta mencabuli integriti anak mereka sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu. ─ myMetro online

Mayat Kanak-Kanak Lelaki 5 Tahun Ditemui Di Permatang Tinggi
BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui selepas pemeriksaan oleh sepasukan polis di kawasan berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
“Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.
“Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan,” katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja.
Mazlan berkata, hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.
“Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 Sept iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.
“Berikutan panik dan enggan kejadian itu diketahui, wanita terbabit dan teman lelakinya bertindak membuang mayat kanak-kanak berkenaan di kawasan semak di Kampung Tongkang,” katanya.
Beliau berkata ketika ditemui mayat itu lengkap berpakaian dan dibungkus dengan selimut serta terdapat beberapa kesan gigitan pada badan kanak-kanak itu.
Polis juga sedang mengesan bapa kanak-kanak berkenaan dan difahamkan lelaki itu dalam proses bercerai dengan wanita yang ditahan, katanya. – BERNAMA
TOP
Usaha Mencari MH370 Masuk Fasa Baharu Awal Oktober
SYDNEY – Operasi untuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di dasar laut memasuki fasa baharu dengan penyertaan dua kapal pakar, hampir tujuh bulan selepas jet berkenaan hilang
Pesawat MH370 itu hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan sehingga kini Boeing 777-200 itu tidak dapat dikesan walaupun usaha untuk mencarinya di udara dan laut dilakukan dengan secara meluas.
Sejak beberapa bulan lalu juga pihak berkuasa sudah pun menggunakan data teknikal untuk memfokuskan usaha pencarian di Lautan Hindi dan sejauh Australia Barat di mana pesawat berkenaan menghantar ‘hand shake’ terakhirnya melalui satelit.
Usaha itu diketuai Australia di mana pesawat terbabit dipercayai terhempas selepas beralih haluannya dengan secara misteri, menyebabkan usaha untuk mencari menjadi bertambah sukar, kadangkala terkeliru dengan petunjuk baru yang terus mengecewakan anggota keluarga mangsa.
Menurut Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), fasa terbaru bermula awal Oktober membabitkan dia kapal – ‘Fugro Discovery’ dan ‘GO Phoenix’ yang dilantik oleh Malaysia – bagi menghantar sistem sonar canggih kira-kira 5,000 meter di bawah paras laut bagi menjalankan usaha mencari di dasar laut dengan menggunakan gelombang bunyi.
Jurucakap ATSB Peter Foley berkata sistem itu, yang disambungkan ke kapal berkenaan oleh kabel tunda sehingga 10 kilometer panjang, diprogramkan untuk mengesan bahagian terbesar daripada pesawat terbabit yang dijangka masih belum berkecai, seperti enjin, peralatan untuk mendarat dan badan pesawat.
Katanya, sekiranya ada sesuatu yang tidak normal, kapal berkenaan akan kembali ke kawasan yang dicari itu dan mengemudikan alat pengesan berkenaan dengan lebih perlahan serta lebih dalam dan menggunakan kamera untuk melihat di dalam dasar laut.
Foley berkata beliau agak optimistik bahawa usaha pencarian di dasar laut itu akan berjaya, tetapi mengakui bahawa keadaan agak mencabar bagi pasukan mencari di lokasi terpencil dan belum pernah diterokai.
Di permukaan air, kapal dan krunya beroperasi dalam cuaca sejuk, angin kuat dan laut bergelora dengan ombak membadai setinggi 12 meter.
Di dasar laut pula, pasukan itu berusaha untuk mencari di permukaan tidak rata yang sebelum ini dicapai dengan menggunakan data satelit terhad.
“Melihat pada keadaan di mana gerakan mencari itu akan dilakukan, saya menjangka ia akan menjadi cabaran luar biasa,” kata Foley.
Fasa baru itu disusuli dengan pemetaan kira-kira 110,000 kilometer persegi kawasan dasar laut yang terpencil sejak Mei lalu oleh kapal China, ‘Zhu Kezhen’ dan kapal yang dilantik Australia, ‘Fugro Equator’. – AFP
TOP
Saya Masih Ahli PAS… Sampai Ajal – Saari Sungib
KUALA LUMPUR -”Saya masih ahli PAS… sampai ajal.” Itulah reaksi spontan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib ketika ditemui media selepas mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali, sebentar tadi.
Ketika diminta mengulas mengenai intipati perjumpaan itu, beliau enggan mengulas lanjut dan menjelaskan ia hanyalah pertemuan biasa.
Walaupun diasak dengan pelbagai soalan, beliau yang diiringi pembantunya mengelak untuk ditemubual dan terus memasuki kereta meninggalkan Pejabat Agung PAS di sini.
Saari yang tiba kira-kira jam 2.45 petang keluar dari pejabat berkenaan hampir dua jam selepas itu.
Bagaimanapun, ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang datang bersama Saari pada awalnya tidak kelihatan bersama.
Semalam, Setiausaha Agung parti itu mengesahkan dua ADUN yang didakwa membelakangi parti kerana menyokong pencalonan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menemui pucuk pimpinan parti itu hari ini.
Ia dipercayai bertujuan menjelaskan tindakan yang diambil mereka termasuk menandatangani akuan bersumpah. – BH Online
TOP
Perkhidmatan Google Street View Kini Boleh Digunakan Di Malaysia
Pemandangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Bagi sesiapa yang belum tahu, Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.
Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di Malaysia!
Ini termasuklah di kawasan-kawasan kampung yang mempunyai jalan kecil.
Pemandangan di Kg Panji, Kelantan
Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila ke www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung anda dan mula 'berjalan-jalan' di mana sahaja yang anda mahu.
Jika laman web itu tidak menunjukkan sebarang gambar nyata secara automatik, cuba tarik gambar 'orang' ke jalan yang anda mahu seperti dalam gambar di bawah.
Bagi sesiapa yang rindu kat kampung halaman masing-masing tu, boleh la guna untuk 'menjenguk' kampung anda.. Manalah tau kalau nasib baik, boleh 'terjumpa' dengan orang yang anda kenal- SiakapKeli.com
TOP
Biawak Tioman Jadi Modal Troll Pegawai Kastam yang Ditahan
Susulan daripada beberapa pegawai kastam yang ditahan diatas tuduhan rasuah kini timbul satu parodi yang menggunakan gambar biawak untuk mewakili suspek. Dengan sekeping gambar yang tersebar menunjukkan pegawai kastam yang ditahan itu menutup dengan seluar dalam berjenama “Renoma” bagi menutup identiti mereka maka bermulalah kisah biawak.
Kononnya tidak jumpa seluar dalam berjenama “Renoma” maka biawak ini menggunakan tin untuk menutup identitinya.
Selepas tidak disabitkan kesalahan maka biawak itu dilepaskan dan berjumpa dengan isteri.
Bagaimanapun cerita mereka tidak berakhir di situ sahaja apabila tersebar pula gambar yang memperlihatkan dua ekor biawak dipanggang. Kononnya apabila biawak-biawak tersebut dibebaskan maka terdapat mereka yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah maka biawak-biawak tersebut dipanggang bagi melepaskan geram.
─ Siakapkeli.com
TOP
12 Gambar : Ribut Kuat Melanda Sekitar Shah Alam
SHAH ALAM 29 Sept - Ribut kuat yang melanda beberapa beberapa kawasan di Selangor petang tadi telah menyebabkan banyak pokok tumbang.
Kerosakan teruk boleh dikesan pada bangunan-bangunan dan juga kenderaan pengguna. Selain itu, beberapa jalan utama juga turut terhalang akibat dari pokok tumbang.
Bukut Jelutong dan Taman TTDI Jaya antara kawasan yang terjejas teruk. Berikut beberapa gambar kejadian ribut kuat tersebut.

Video : Pencuri Dibelasah Sehingga Mati Di Bukit Mertajam
BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.
"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.
"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.
Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.
"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.
Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.
Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.
"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.
"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

14 Orang Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah Hari Ini
Seramai 14 pegawai Kastam Diraja Malaysia didakwa Isnin membabitkan kesalahan menerima suapan antara RM200 hingga RM14,000 setiap seorang - kesalahan berkaitan dengan penyeludupan keluar barang yang tidak dibayar cukai eksais.
Menurut laporan Agenda Daily, Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur dan Shah Alam membabitkan keseluruhan sebanyak 45 pertuduhan.
Lapan pegawai termasuk seorang Pengarah Kastam Negeri dan seorang yang pernah didakwa pada minggu lalu, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam manakala tujuh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur.
Dua pegawai yang didakwa di Kuala Lumpur juga didakwa di Shah Alam hari ini.
Pendakwaan hari ini merupakan susulan kepada pendakwaan ke atas 12 pegawai Kastam di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, Shah Alam dan Ipoh antara 19 dan 25 September lalu.
Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Jalan Duta:
1) Amran Ismail, 35, Pembantu Penguasa Kastam dari Cawangan Siasatan Khas Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Kastam, Dengkil dikenakan lima (5) pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana disyaki menerima suapan antara RM300 hingga RM2,300 pada 10 hingga 20 Julai 2014.
2) Kamarul Asmady Ismail, 37, Pembantu Penguasa Kastam dari Unit Risikan Khas, Cawangan Risikan Pejabat Kastam Putrajaya dikenakan pertuduhan empat (4) di bawah Seksyen 16 (a)(A) ASPRM kerana disyaki menerima suapan antara RM1,000 hingga RM1,300 bagi memberi maklumat tentang 'profiling' yang dilakukan oleh Bahagian Risikan Kastam.
3) Mohd Rozlan Ibrahim, 57, Pembantu Penguasa Kastam Kuala Lumpur berhadapan dengan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan penerimaan wang tunai RM500 pada bulan April dan Mei daripada sebuah syarikat.
4) Mahadir Mohamad, 37, Pembantu Penguasa Kastam dari Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Wisma Kastam Pelabuhan Utara, Selangor dikenakan lima (5) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan penerimaan wang suapan RM1,000 dalam lima transaksi antara April hingga Ogos 2014.
5) Sahbandi Abdul Manap @Asly, 36, Pembantu Penguasa Kastam Gred dikenakan satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan kesalahan menerima suapan manakala satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menerima RM200.
6) Jamaludin Zam Zam, 54, Penolong Kanan Pengarah Kastam II Cawangan Risikan Zon Tengah Pejabat Kastam Putrajaya dikenakan satu (1) di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan kesalahan menerima suapan RM1,000 sebagai dorongan membekalkan maklumat berkaitan operasi perisikan Kastam.
7) Abdul Rahman Ahmad, 35, Pembantu Penguasa Kastam dikenakan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menerima suapan antara RM200 ke RM300 pada Ogos 2014.-29/9/2014
*gambarhiasan

Video : Trak Gergasi Langgar Penonton, 3 Terbunuh
Haaksbergen, Belanda - Tiga termasuk seorang kanak-kanak terbunuh setelah sebuah trak gergasi melanggar penonton dalam satu pertunjukan lagak ngeri disini.
Selain itu, 15 dilaporkan cedera dan 5 daripada mereka dalam keadaan yang serius, lapor Hans Gerritsen, mayor di Haaksbergen.
Video insiden itu telah dikongsikan di laman Youtube yang memaparkan trak berkenaan sedang melakukan aksi memijak sebaris kereta lama yang kemudiaanya hilang kawalan dan melanggar sekumpulan penonton di kawasan itu
- SiakapKeli.com

Alvin Tan bakal berdepan tindakan
Semalam dan beberapa hari lepas Siakapkeli ada memaparkan lagi tindakan Alvin Tan menghina yang menghina para pemimpin negara melalui status Facebooknya.
Bagaimanapun tindakan tersebut dikencam hebat oleh masyarakat malah amaran dari Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee sebagai mengulas tindakan terbaru Alvin Tan yang sebelum ini mempersenda bulan Ramadhan memuatnaik perkataan ‘Fuck UMNO’ dalam laman facebooknya.
Hari ini, menurut laporan Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang mengenai tindakan Alvin Tan menghina pemimpin negara melalui status Facebook (FB) terbarunya.
Perkara itu ditegaskan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad ketika diminta mengulas. ─ Siakapkeli.com
TOP
Kisah Seram Patung Dengan Penutup Mata "Bismillah" Di Singapura
Walaupun anda tidak percaya akan perkara tahyul, kisah ini bakal memberi anda rasa seram sejuk..
Di sebuah jalan yang sibuk di Singapura, penduduk tempatan disana terjumpa satu patung kecil yang sedang bersandarkan sebuah pokok. Ia kelihatan seperti patung antik. Matanya ditutup dengan kain yang tertulis perkataan "Bismillah".
Patung itu bukan patung biasa.. Ada kisah disebaliknya.
Menurut cerita yang disebarkan melalui Reddit dan Twitter, patung yang diikat dengan kain bertuliskan perkataan "Bismillah" itu telah dirasuk dan diceritakan bergerak dengan sendirinya apabila pemiliknya tiada di rumah.
Oleh kerana itu, pemiliknya bertindak menutup mata patung itu dan meletakkannya jauh dari rumah supaya ia tidak kembali kepadanya.
Sesetengah orang berkata, kadang-kadang mereka boleh mendengar patung itu bercakap dalam bahasa Melayu dan bersuara seperti seorang wanita.
Melalui rumor yang tersebar, sumpahan patung itu telah terkena kepada orang lain yang terjumpa patung itu dan membuka penutup matanya. Rumor ini tersebar kerana, beberapa hari selepas patung itu hilang dari tempat asalnya, ia telah dijumpai oleh penduduk setempat bersama dengan seorang lelaki yang menggantung dirinya di dinding aparment
- SiakapKeli.com
Sumber : viralnova

Protes Di Hong Kong : Polis Guna Gas Pemedih Mata, Pepper Spray
Gas Pemedih mata digunakan oleh polis Hong Kong
Polis Hong Kong dilaporkan menggunakan gas pemedih mata dan 'pepper spray' keatas sekumpulan pemprotes yang tidak menghiraukan amaran untuk beredar dan menghalang lalu lintas utama disana.
Keganasan tercetus setelah beberapa hari protes itu berjalan.
Gas pemedih mata ditembak kerana peserta protes menghalang laluan utama di Hong Kong menyebabkan aktiviti perniagaan lumpuh.
Difahamkan protes itu diadakan oleh pro-demokrasi yang bermatlamat untuk memberi tekanan kepada China bagi memberi hak mengundi secara bebas sepenuhnya. Selain itu, difahamkan juga ramai peserta protes ini terdiri daripada pelajar di sana.
Peserta protes mengguna payung sebagai perlindungan
Steve Lee,23, seorang graduan universiti yang turut sama dalam protest itu meluahkan rasa kesal dengan penggunaan gas pemedih mata. " Saya tidak faham bagaimana kerajaan boleh melepaskan gas pemedih mata kepada pelajar yang inginkan keamanan dalam masa kurang 30 saat selepas amaran diberikan", katanya.
- SiakapKeli.com
Sumber : www.nytimes.com