TOP
90% Kes Rogol Bawah Umur Dilakukan Teman Lelaki
GEORGE TOWN – Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.
Beliau berkata statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol.
Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.
“Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini,” katanya semasa merasmikan ‘Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat” di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam.
Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks bebas, mendidik golongan remaja untuk menjauhkan diri daripada gejala seks bebas dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan kemahiran mendekati dan mendidik golongan remaja.
Ia dianjurkan Bahagian Siasatan Seksual/Wanita/Kanak-kanak Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Thaiveegan berkata statistik dari tahun 2010 hingga Ogos 2014 menunjukkan penurunan peratusan kes rogol di negeri ini iaitu daripada 146 kes pada tahun 2010 kepada 62 kes pada bulan lepas.
Katanya ini berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan remaja berhubung isu itu hasil daripada tindakan ibu bapa dan guru yang memainkan peranan penting dalam mendidik mereka termasuk pendidikan agama dan juga seminar berkaitan.
“Mungkin selepas ini kami adakan seminar khusus untuk orang lelaki supaya mereka lebih menghormati dan menghargai wanita,” katanya.
Katanya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berdasarkan pecahan mengikut kaum, Melayu menunjukkan kaum yang tertinggi menjadi mangsa rogol iaitu 38 orang, diikuti Cina (sembilan), India (tujuh) dan kaum-kaum lain (lapan).
Sementara itu, guru kaunseling Norniza Kader Mydin, 35, berkata perkembangan teknologi dan penggunaan telefon bimbit yang meluas mendorong para remaja untuk mudah terdedah dengan budaya kurang sihat.
“Kalau dulu boleh kira berapa orang yang ada telefon bimbit … sekarang semuanya di hujung jari. Apa yang penting bagi seorang pelajar itu ada ilmu kerohanian dan disiplin untuk kawal diri mereka.
“Dalam kawasan sekolah memang kami (guru) boleh pantau, dah keluar sekolah menjadi tanggungjawab mereka untuk jaga diri masing-masing,” katanya dan menurutnya guru sentiasa membimbing pelajar termasuk meminta mereka menjaga maruah diri. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Penyampai Berita Tak Tahan Nak Gelak Dengar Suara ‘Aneh’
Tugas penyampai berita sememangnya satu tugas yang amat mencabar. Apatah lagi jika penyampai itu bertugas secara live.. Setiap gerak-gerinya akan menjadi tumpuan penonton. Jika berlaku kesilapan, sudah tak dapat nak patah balik.
Lihat saja video wartawan korea ini. Dek kerana ada suara 'aneh' yang keluar ketika dia menyampai berita secara live, kawan-kawan wartawan lain tergelak juga walaupun dah tahan sebaik mungkin.. Alahai kesian betul wartawan tu..nasib baik lawa.. - SiakapKeli.com
Post by Sukan Star TV.

Pengawal Keselamatan Menyamar Polis Diberkas
KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan diberkas selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam satu kejadian memeras ugut seorang peniaga kedai runcit di Sentul.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata suspek, 48, dikatakan meminta wang perlindungan berjumlah RM2,000 dari peniaga sebuah kedai runcit di Kampung Chubadak Jaya, Sentul di sini semalam.
“Suspek telah mengugut pemilik kedai runcit, jika gagal membayar wang perlindungan, suspek akan menangkap pekerja kedai itu. Dia kemudiannya mengambil tiga kotak rokok sebelum meninggalkan kedai runcit tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Munusamy berkata bertindak hasil aduan pemilik kedai runcit berkenaan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah menahan lelaki itu di sekitar Sentul dan merampas sekeping kad Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) atas nama suspek dan kereta jenis Proton Wira.
“Hasil pemeriksaan lanjut, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana peras ugut dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.
Katanya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA- mstar online
TOP
Mayat Lelaki Dijumpai Di Tebing Sungai Kulim
BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan bersalut lumpur di tebing Sungai Kulim, Guar Perahu di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu dipercayai dihanyutkan arus sungai ketika hujan lebat sebelum terdampar dan dijumpai orang awam pada 8.46 pagi.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan fizikal pada badan lelaki itu dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Justeru beliau meminta mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga agar menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Lelaki Thailand Ditemui Mati Ditikam Di Nilai
NILAI – Seorang lelaki warga Thailand ditemui mati dengan kesan tikaman di rusuk kiri di Jalan 1/2, Bandar Baru Nilai di sini, malam tadi.
Mayat Madaree Duaramae, 39, ditemui terlentang berlumuran darah oleh orang awam pada kira-kira pukul 8 malam tadi dan melaporkannya kepada polis, kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan Supt Khoo Leng Huat.
Katanya polis menemukan satu mata pisau yang patah hulunya di dalam sebuah kedai kosong berdekatan jalan itu manakala hulunya ditemui di tengah alan hadapan kedai itu.
Mayat mangsa yang bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan di Bandar Baru Nilai dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau meminta saksi kejadian menghubungi mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Polis Minta SKMM Sekat Gambar Separuh Bogel Di Internet
GEORGE TOWN: Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis telah mengambil keterangan wanita yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu dan sedang menjejaki beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata pihaknya memandang serius berhubung perkara itu walaupun anggota berusia dalam 20-an itu menafikannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Kes itu kita siasat. Anggota itu membuat laporan polis semalam bahawa perkara itu tidak benar, sebab itu bukan dia. Mungkin gambar itu menyerupai mukanya, tetapi itu bukan dia. Sesiapa yang tengok gambar tu mungkin tahu itu bukan dia. Saya sudah arahkan untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat, di sini, Sabtu.
Katanya polis bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar gambar itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, wanita itu membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Wanita itu menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya.- mstar online
TOP
PAS Selar DAP Pecat Ahli MPPP
Nasrudin mengecam tindakan kerajaan Pulau Pinang kerana mengambil tindakan yang disifatkan bertentangan dengan hak demokrasi dan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.
PETALING JAYA: PAS mengecam tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP menggantung tugas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang dipercayai berhubung kritikannya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan hak demokrasi dan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Malah katanya, keputusan kerajaan negeri pimpinan Lim itu disifatkan seperti meniru gaya kepimpinan parti PAP di Singapura dengan memberi tekanan terhadap pihak yang mengkritik kepimpinannya. "Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik. "Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum? Saya yakin isu yang dibangkitkan oleh Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah umat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Iszuree Ibrahim ketika berucap pada Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini.
Sebelum ini dilaporkan Iszuree mengkritik kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa terlalu 'mesra' dengan syarikat pemaju hartanah sehingga mengabaikan kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di negeri itu. Beliau yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini. Mengulas lanjut Nasrudin berkata, beliau kesal kerana niat baik Iszuree supaya kepimpinan kerajaan negeri dan PAS Pusat memberi perhatian kepada nasib rakyat dibalas dengan hukuman. "Malangnya tindak balas kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Iszuree 'dipancung' gara-gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar 'harga yang tidak sedikit'. "Lebih tragis, tindakan ke atas Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan," katanya. Iszuree digugurkan daripada MPPP pada Khamis lalu. Semua peruntukan terhadapnya juga dibekukan serta merta. Beliau dimaklumkan mengenai penggugurannya sebagai ahli MPPP menerusi surat pada Jumaat yang ditandatangani oleh Setiausaha MPPP, Ang Aing Thye.- mstar online

British Siap Sedia Gempur Isil
JET penggempur British kini telah bersedia di lautan Cyprus untuk memulakan serangan udara di utara Iraq selepas mendapat undian darpada ahli parlimennya untuk bertindak demikian.
Konflik ketiga British dalam tempoh 25 tahun itu merupakan usaha antarabangsa bagi memusnahkan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
Setiausaha Luar British, Philip Hammond berkata, skuad penggempur dari negaranya akan berkerjasama dengan Amerika Syarikat dalam menentukan sasaran serangan.
Selain itu, menurut sumber tentera, kumpulan penggempur yang terdiri daripada kapal selam juga akan melancarkan peluru berpandu Tomahawk ke arah militan terbabit.
"Pesawat jenis Hornet yang berlepas dari kapal USS George HW Bush akan menyasarkan 200 lokasi yang telah dikenalpasti menerusi risikan.
"Kami juga sedang meneliti gambar-gambar risikan untuk mengenalpasti lokasi Isil untuk membuat serangan. "Kami tidak menjangkakan pesawat yang membuat serangan akan ditentang oleh militan Isil tetapi tetap bersedia dalam menempuh risiko pertempuran," jelas Hammond- mstar online

Video Budak 9 Tahun Tekan Tubi 90 Darjah
SEORANG ahli bina badan berusia sembilan tahun diberi gelaran 'budak lelaki terkuat di dunia' apabila menghabiskan cuti musim panas dengan membina otot untuk menarik perhatian rakan-rakan sekolahnya.
Giuliano Stroe yang diberi nama 'Romanian Hercules' telah menghantar video dia melakukan aksi tekan tubi 90 darjah kepada rakan-rakannya sebelum sesi persekolahan bermula.
Selepas mengimbangi berat badannya, dia menolak dirinya secara mendatar dan kemudiannya menegak serta perlahan-lahan menurunkan badannya ke arah bawah menggunakan tangannya.
Giuliano menunjukkan 'kekuatan'nya bersama adik lelakinya Claudiu, tujuh, dalam video berkenaan. Mereka mula membina otot sejak kecil dengan sokongan ayah mereka, Lulian, 35 dan ibu, Ilena. Kedua-dua mereka yang berasal dari Icoana, selatan Romania dianggap sebagai budak yang menjadi ahli bina badan terkuat di dunia, menjalani sesi latihan angkat berat selama tujuh hari seminggu. - mirror.co.uk

2 Suspek Kes Tembak Pada Upacara Sembahyang Kematian Ditahan
Abdul Rahman Ibrahim.
KEPALA BATAS: Polis menahan dua suspek lelaki berhubung kes tembakan di sebuah rumah yang sedang menjalankan upacara sembahyang kematian di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini, Isnin lepas, mengakibat seorang maut dan seorang cedera parah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek berusia 30-an dan 20-an itu masing-masing ditahan di Padang Serai dan Kampung Selamat pada pukul 4 petang dan 7.30 malam Jumaat. "Suspek berusia 30-an ada tiga rekod lampau bersabit kes judi dan dadah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis persaraan dan perpisahan pegawai dan anggotanya, di sini malam Jumaat. Katanya, kedua-dua lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Butterworth pada Sabtu untuk mendapatkan perintah reman. Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, Lee Wooi Shong, 34, maut selepas terkena tembakan di kepala manakala rakannya yang berusia 38 tahun cedera parah. Abdul Rahman berkata, mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar hospital dan polis akan merekodkan keterangan daripadanya dalam tempoh terdekat.- mstar online

RM280 Juta Setahun Urus Pusat Pemulihan Dadah AADK
MELAKA: Kerajaan membelanjakan kira-kira RM280 juta setahun bagi menguruskan 28 pusat pemulihan dadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.
Ketua Pengarah AADK, Suhaimi Abdullah berkata, kos itu termasuk makan minum penghuni antara RM8 dan RM10 sehari, bil utiliti dan gaji pekerja di pusat berkenaan.
Beliau berkata, pusat pemulihan AADK di seluruh negara mampu memuatkan kira-kira 6,000 penghuni pada satu-satu masa dengan 40 peratus daripada mereka ialah penagih berulang manakala selebihnya penagih baharu.
"Kita ada hadnya dari segi kos dan kapasiti pusat pemulihan, maka adalah lebih baik kita perkukuh aktiviti pencegahan bagi mengurangkan bilangan penagih itu sendiri," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau terdahulu menghadiri majlis penutup Persidangan Antarabangsa Bandaraya Asia yang dirasmikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka Datuk Ismail Othman.
Persidangan bertemakan 'Drug Demand Reduction Specialist 2014' anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kali ke-6 itu disertai 250 peserta dari 21 negara termasuk Indonesia, Filipina, Pakistan, Kenya, Maldives dan Thailand.
Sehubungan itu, Suhaimi berkata AADK sedang mempergiat usaha membendung peningkatan bilangan penagih baharu dengan memberi tumpuan aspek pencegahan melalui kerjasama masyarakat setempat.
Beliau berkata, ia termasuk mempergiat program kesedaran bahaya dadah kepada golongan berisiko tinggi terjebak dengan gejala itu terutamanya di sekolah, tempat kerja dan kediaman.
"Kerjasama erat antara AADK dan masyarakat amat perlu bagi mengurangkan permintaan dadah di negara ini, seterusnya dapat memantau aktiviti penawaran dadah," katanya.- mstar online
TOP
Rumah 'Berhantu' Ditawarkan Secara Percuma
Rumah usang yang pernah menjadi vila menarik suatu ketika dahulu dipercayai berhantu, dan kini ditawarkan secara percuma kepada orang ramai.
SEBUAH rumah yang dipercayai pernah menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai dan mengerikan, kini ditawarkan secara percuma kepada orang ramai apabila majlis tempatan di Orizaba, Mexico mahu membersihkan bangunan yang terbiar dan menyakitkan pandangan itu. Rumah itu dipercayai 'berhantu' berikutan jiran-jiran mendakwa sesiapa bermalam di kediaman itu akan mengalami pengalaman yang menakutkan. Dibina oleh seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan pernah menjadi sebuah kediaman vila menarik suatu ketika dahulu, ia telah ditinggalkan sehingga menjadi usang. Di sebalik kisah rumah itu, dahulunya pernah menjadi lokasi pembunuhan di mana ahli perniagaan itu bersama keluarganya dibunuh dengan kejam oleh seorang pembantu rumah yang bersikap cemburu. Bagaimanapun butiran terperinci mengenai kejadian itu termasuk bilakah ia berlaku tidak diketahui, tetapi penyelia pelancongan Lara Barragan menjelaskan: "Ia merupakan satu tragedi yang dashyat." "Ahli perniagaan itu tinggal di situ bersama isterinya dan dua anaknya, dan mereka mengambil seorang pembantu rumah lelaki yang ditugaskan untuk menjaga rumah tersebut dan memasak. "Tetapi lelaki itu dengki dengan kekayaan mereka, dan dia membunuh seluruh keluarga termasuk pasangan suami isteri terbabit dengan meracunkan makanan mereka. "Dia merancang untuk mengebumikan kesemua mayat di taman, tetapi dikesan oleh seorang rakan kepada ahli perniagaan itu, yang kemudian telah menyerang dan membunuhnya." Rumah berkenaan kemudiannya dibiarkan kosong sejak bertahun-tahun dan menurut penduduk di kawasan itu kini mempercayai ia telah dihantui oleh roh keluarga yang dibunuh. Majlis tempatan kini menawarkan rumah itu secara percuma kepada sesiapa yang mahu menjadikan ia sebagai sebuah kediaman, selepas beberapa cubaan untuk menjualnya gagal. - mirror.co.uk- mstar online

Sukan Asia: Keputusan Atlet Malaysia
INCHEON: Berikut keputusan melibatkan atlet Malaysia pada hari kelapan Sukan Asia ke-17 di sini, Sabtu.
BADMINTON
Perseorangan lelaki (Suku akhir)
Datuk Lee Chong Wei (MAS) mn Tien Minh Ngu Yen (VIE) - 2-1
KRIKET
Lelaki (Peringkat kumpulan A)
MALAYSIA (MAS) mn Korea Selatan (KOR) 72-71
BERBASIKAL (ACARA LEBUH RAYA)
Individu lelaki ujian masa
EMAS: Lutsenko Alexey (KAZ)
PERAK: Vakkerva Evgenii (KGZ)
GANGSA: Askari Hossein (IRI)
9 - Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi (MAS)
MENEMBAK
Individu lelaki 50m Rifle 3 position
EMAS:Hu Qinan (CHN)
PERAK:Kim Jonghyun (KOR)
GANGSA:Yamashita Toshikazu (JPN)
31.Mohammad Zubair Muhammad (MAS)
34.Mohd Hadafi Jaafar (MAS)
38.Muhammad Ezuan Nasir Khan (MAS)
SKUASY
Berkumpulan wanita
EMAS: MALAYSIA (MAS)
PERAK: India (IND)
GANGSA:Hong Kong (HKG) dan Korea Selatan (KOR)
PING PONG
Berkumpulan wanita (Peringkat kumpulan A)
MALAYSIA (MAS) kk India (IND)
- mstar online

Everton Mahu Tewaskan Liverpool Di Anfield, Lebur Rekod 15 Tahun
Roberto Martinez
KEMENANGAN terakhir Everton keatas Liverpool di Anfield ialah 15 tahun lalu dan berikutan itu pastinya skuad tersebut inginkan kemenangan dalam pertembungan kali ini. Skuad bimbingan Roberto Martinez dijangka akan menggunakan kesempatan terhadap keletihan pemain Liverpool yang terpaksa mengharungi 120 minit ketika menentang Middlesbrough pada Selasa. Mereka perlu memberi tekanan kepada Liverpool supaya dapat mengurangkan serangan lawan selain mematikan kelincahan Daniel Sturridge dan Raheem Sterling.
Liverpool v Everton
Kedua-dau tonggak utama itu juga dijangka masih dalam keletihan akibat perlawanan Piala Liga dan ia memberi peluang kepada anak didik Martinez. Bagaimanapun, menewaskan Liverpool di Anfield bukan tugas mudah kerana Everton telah mencuba sejak 15 tahun lalu. Pastinya, jurulatih Liverpool, Brendan Rodger mempunyai percaturan tersendiri bagi memastikan skuadnya mampu meneruskan rentak kemenangan.- mstar online

Sukan Asia: Tanpa Kuda, Syed Omar Tarik Diri Acara Ekuestrian
INCHEON: Atlet ekuestrian Malaysia Syed Omar Abu Bakar Al Mohdzar menarik diri daripada Sukan Asia Ke-17 selepas kudanya gagal mendapat kelulusan untuk dibawa ke Korea Selatan.
Syed Omar, yang tiba di sini dengan pengurus pasukan dan penjaga kudanya untuk mengambil bahagian dalam acara show-jumping individu, dimaklumkan kudanya perlu menjalani prosedur wajib iaitu rekod pergerakan 60 hari dan pengasingan selama seminggu.
Menurut kenyataan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Syed Omar telah melantik seorang doktor veterinar untuk mengendalikan pengangkutan kudanya dari Belgium ke Incheon menerusi Amsterdam.
Syarikat pengangkutan yang dicadangkan Jawatakuasa Penganjur Sukan Asia Incheon (IAGOC) sepatutnya mengaturkan bagi ujian perlu, tetapi tidak dinyatakan kuda itu perlu menjalani ujian Coggins (bagi jangkitan anaemia ekuin) sebelum meninggalkan Belgium.
Pada 22 Sept, Syed Omar menerima panggilan daripada pihak di Belgium menyatakan Kementerian Veterinar Belanda tidak membenarkan kuda itu dibawa ke Amsterdam kerana tidak menjalani ujian Coggins
Jabatan Veterinar Korea menghubungi makmal dan mengesahkan ujian Coggins tidak dilakukan ke atas haiwan itu.
Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Daniyal Balagopal Abdullah dalam kenyataan pada Sabtu berkata amat malang Syed Omar terpaksa menarik diri daripada temasya itu.
"Beliau telah membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membuat persediaan bagi Sukan Asia. Dan usahanya itu sia-sia," katanya
Syed Omar memenangi pingat gangsa dalam acara show-jumping berpasukan pada Sukan Asia Busan 2002, bergandingan dengan Quizer Ambak dan Syed Zain Syed Abu Bakar Al-Mohdzar. - mstar online
TOP
Imam Besar Masjidilharam Puji Disiplin Jemaah Malaysia
Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudays
MAKKAH: Sikap jemaah haji Malaysia yang sentiasa berdisiplin dan mengikut peraturan semasa mengerjakan ibadah haji mendapat pujian daripada Imam Besar Masjidilharam Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudays. Abdul Rahman, yang juga Pengerusi Fatwa Majlis Ulama Arab Saudi turut memuji pengurusan jemaah haji Malaysia oleh Tabung Haji. Beliau berkata demikian kepada lima wakil media Malaysia yang diketuai oleh Pengurus Ibadah Haji Makkah Shahrul Azam Noor Zeli yang membuat kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di Masjidilharam di sini selepas solat Jumaat. Kunjungan wakil media itu diatur oleh Mohamad Nurul Hafiz, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai penterjemah khutbah Jumaat Masjidilharam ke dalam Bahasa Melayu. Mohamad Nurul, 30, dari Besut, Terengganu merupakan pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura di sini. Sebelum itu, wakil media turut dibawa melihat proses menterjemah khutbah Jumaat ke Bahasa Melayu oleh seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Aswandi Ali, dari Marang, Terengganu. Terjemahan khutbah ke dalam Bahasa Melayu itu boleh didengar menerusi peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi melalui frekuensi FM. Pentadbiran Masjidilharam memulakan program menterjemah khutbah Jumaat ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Perancis dan Urdu pada Mac lepas berdasarkan jumlah jemaah paling ramai dalam keempat-empat bahasa itu.- mstar online

Fahami Konsep Jihad Sebelum Ke Syria
HULU TERENGGANU: Rakyat Malaysia khasnya belia harus memahami konsep jihad sebenar mengikut Islam sebelum membuat keputusan untuk berjihad di Syria sebagaimana yang disiar di laman sosial.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata generasi muda perlu berfikiran jauh agar tidak terpengaruh dengan fakta yang tersebar di laman sosial yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia.
"Ramai anak muda di Malaysia ini ingin berjihad di Syria, tidak semestinya kita ingin berjihad kita perlu pergi ke sana untuk berjuang sedangkan di Malaysia juga mereka boleh berjuang dalam pelbagai bidang, jadi mereka perlu faham konsep terlebih dahulu sebelum berjuang.
"Sekarang ini, semakin banyak laman web dan blog menyiarkan pelbagai fakta menggelirukan rakyat Malaysia dan kita harap anak muda tidak cepat terpengaruh menerusi penyebaran di laman sosial berkenaan," katanya selepas menyempurnakan penyampaian pingat sempena Mesyuarat Agong Tahunan PV-ATM di sini Sabtu.
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penangkapan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi tujuan menyertai kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Jailani meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya masih ada laman web yang cuba menggelirukan rakyat negara ini.
"Jika masih ada laman web yang wujud dengan cuba memutarbelitkan fakta, kita minta orang ramai tampil membuat laporan kerana kita tidak mahu orang ramai terjerumus kepada perkara yang tidak benar di luar sana.- mstar online
TOP
Tindakan SPRM Bukan Penganiayaan Tetapi Tingkatkan Integriti
Datuk Hisham Nordin
KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawai penguatkuasa tidak harus dilihat sebagai penganiayaan sebaliknya, ia satu usaha meningkatkan imej dan integriti agensi berkenaan. Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mencegah Rasuah, Datuk Hisham Nordin berkata menerusi tindakan itu, ia diharap dapat meningkatkan kembali keyakinan orang ramai terhadap agensi berkenaan. "Kita tentunya mahu sesebuah agensi penguatkuasa itu dihormati, tidak dipandang serong oleh mana-mana pihak yang menganggap ia (agensi penguatkuasa) boleh dijual beli. "Jadi, kita harap dengan mengambil tindakan ini (menahan), mereka (penguatkuasa) dapat menghindarkan diri daripada rasuah dan mengelak ia menjadikan budaya hidup," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program 'Radar' di Bernama Radio 24 di sini, semalam dengan tajuk "Pencegahan Rasuah: NKRA Membanteras Rasuah". Hisham berkata tindakan SPRM terhadap agensi penguatkuasa mencegah rasuah, juga harus dilihat sebagai suatu kewajipan kepada negara kerana ia mengakibatkan kerugian besar serta membabitkan wang rakyat. Beliau berkata tindakan itu juga membuktikan bahawa kerajaan sentiasa telus, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang negara. "Tindakan SPRM tidak popular, bukan SPRM tu suka nak popularkan diri, kita hanya jalankan tugas yang mungkin semua orang pun tak nak buat, tapi kita terpaksa buat," katanya. Hisham dalam pada itu turut berharap masyarakat menyokong penuh usaha SPRM dalam menutup ruang-ruang ketirisan dalam agensi penguatkuasaan. Beliau mengulas penahanan pegawai penguatkuasa termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini yang didakwa terlibat dalam aktiviti rasuah bagi penyeludupan arak dan rokok.- mstar online

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup 21,600 Liter Minyak
Gambar hiasan.
JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan kegiatan menyeludup sebanyak 21,600 liter minyak berikutan penahanan sebuah lori tangki dan sebuah bot tunda di Kampung Pendas, Gelang Patah, Jumaat. Komandernya, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, lori dan bot yang sedang melakukan pemindahan minyak itu ditahan dalam serbuan di sebuah jeti persendirian pada 2.10 pagi. "Bertindak atas maklumat, bot ronda RH6 PPM Wilayah Dua membuat serbuan di jeti tersebut dan mendapati terdapat sebuah lori tangki yang sedang memindahkan minyak jenis 'tyre oil' ke sebuah bot tunda," katanya dalam kenyataan, di sini Sabtu. Khiu berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapten bot itu gagal menunjukkan dokumen kelulusan berkaitan pemindahan minyak tersebut dan bot berkenaan juga berlayar tanpa kelulusan pelabuhan. Beliau berkata, jeti persendirian berkenaan pula dipercayai jeti yang tidak diwartakan dan tidak mempunyai kebenaran menjalankan aktiviti pemindahan minyak. Katanya, siasatan mendapati lori tangki tersebut membawa sebanyak 21,600 liter minyak jenis 'tyre oil' yang sebahagiannya telah dipindahkan ke dalam bot tunda. "Enam kru bot tunda yang kesemuanya rakyat Indonesia, pemandu lori tangki dan dua lelaki yang dipercayai penjaga jeti berkenaan turut diperiksa," katanya. Menurutnya kesemua tahanan berserta barang rampasan yang dianggar bernilai RM1.34 juta termasuk lori dan bot dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua di Tampoi untuk siasatan lanjut.- mstar online

Kristen Stewart & Nicholas Hoult Semakin Intim
Kristen Stewart
SEJAK beberapa bulan lalu, nama Kristen Stewart dan Nicholas Hoult menjadi bualan ramai apabila mereka dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta. Bagaimanapun, pasangan itu menafikannya selepas gosip itu tersebar.
Nicholas Hoult
Terbaharu, menurut laporan Contactmusic, Kristen dan Nicholas dilihat semakin mesra dan intim selain dikatakan sering bersama kemana-mana sahaja bersama. "Tidak kira di mana-mana, mahupun di lokasi penggambaran, mereka seperti belangkas. "Lebih jelas, jika sebelum ini Kristen sering ditemani rakan karibnya ketika menjalani penggambaran, kini Nicholas pula yang menemaninya. Tidak hairanlah jika mereka benar-benar sedang dilamun cinta," kata sumber.- mstar online

Hubungan Lee Byung Heon & Lee Min Jung Bermasalah Akibat Skandal
Pasangan ini baharu sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka Ogos lalu.
PERKAHWINAN di antara aktor Lee Byung Heon dan Lee Min Jung dilaporkan bermasalah selepas lelaki itu terlibat dalam skandal melibatkan dua orang selebriti iaitu Dahee daripada kumpulan Glam dan model, Lee Ji Yeon. Soompi melaporkan, akibat skandal melibatkan Byung Heon itu, Min Jung bertindak meninggalkan rumah mereka dan kembali tinggal dengan ibu bapanya di Gangnam, Seoul. Malah pasangan itu dilaporkan sedang dalam proses menjual rumah mewah mereka sebagai satu langkah sebelum memulakan proses perceraian. "Min Jung sangat kecewa dan patah hati dengan apa yang berlaku kerana dia tidak menyangka suami yang dikahwininya sejak setahun lalu bermain kayu tiga. "Dia kini kembali tinggal bersama orang tuanya dan dilaporkan sedang dalam proses menjual rumah mereka," ujar sumber pelakon itu. Bagaimanapun dalam satu laporan lain, Byung Heon mengakui sedang dalam proses menjual rumah tersebut namun bukan kerana mereka ingin bercerai ekoran skandal berkenaan. Sehingga kini masih belum diketahui sama ada mereka akan bercerai atau pun tidak kerana kedua-dua mereka masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara itu. - mstar online

PAS Belum Putuskan Calon Timbalan Speaker DUN Selangor
Iskandar Abdul Samad.
SHAH ALAM: PAS Selangor belum lagi memutuskan dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang akan menjawat jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan itu hanya akan dibuat setelah perbincangan dengan semua pihak berkaitan dilakukan. "Kami akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undian dan Tawaran Rumah Selangorku di sini, Sabtu. Kerusi timbalan speaker DUN kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco). Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat.- mstar online

Guna Kerusi Roda Berlumba Dengan Kereta Api 'Tube'
SEORANG lelaki berjaya memenangi 'perlumbaan' dengan sebuah kereta api bawah tanah 'tube' di London, hanya menggunakan kerusi roda.
Anthony Ince, 43, penghidap penyakit palsi serebrum yang mengakibatkan kekejangan otot-otot pada kedua-dua belah kakinya, melakukan perlumbaan itu dengan begitu menakjubkan.
Menerusi rakaman kamera sudut pandang, Anothony dilihat cuba untuk 'mengejar' menggunakan laluan dari Mansion House ke Cannon Street dengan masa satu minit dan 20 saat, mendahului Tube yang melalui perjalanan di bawah tanah.
Video perlumbaan kerusi roda itu dihasilkan bagi menegaskan bahawa betapa sukarnya untuk menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah London Underground. Ia menumpukan golongan yang mempunyai masalah untuk berjalan dan memerlukan kemudahan yang melancarkan pergerakan mereka atau 'step-free access'. Hanya 25 peratus stesen kereta api bawah tanah itu menyediakan kemudahan berkenaan. "Saya lebih mudah untuk menggunakan perkhidmatan bas sahaja. Ia terlalu sukar untuk mengetahui di mana saya boleh atau tidak boleh lalui jika saya menggunakan tube," kata Anthony. "Keadaan itu seolah-olah memperlihatkan kami sebagai engguna kerusi roda ini seperti dipinggirkan, walaupun betapa positifnya London menganjurkan temasya Sukan Paralimpik pada 2012," tambahnya. - metro.co.uk- mstar online

Empat Murid Sekolah Mati Ditikam Di China
Beijing – Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam sehingga mati empat murid sekolah di selatan China, semalam.
Kejadian terbaru dalam beberapa siri serangan seumpama itu berlaku di bandar Pingshan, di wilayah Lingshan ketika kanak-kanak berkenaan dalam perjalanan ke sekolah.
Tiga kanak-kanak itu mati di tempat kejadian sementara seorang lagi di hospital.
Polis masih memburu penyerang berkenaan yang dipercayai berusia pertengahan tahun.
Awal September lalu, seorang lelaki menikam tiga kanak-kanak dan seorang guru hingga mati dan mencederakan beberapa yang lain ketika mengamuk di sebuah sekolah rendah yang enggan menerima anaknya belajar di situ.
Pada 2010 saja lima kejadian seumpama itu berlaku, meragut 17 nyawa, 15 daripadanya kanak-kanak dan mencederakan 80 yang lain. – AFP
TOP
Ayam Jantan Mengeram Telur Di Terengganu
Kuala Terengganu – Lazimnya ayam betina bertelur dan mengeram selama 21 hari sebelum telur menetas, tetapi lain pula yang berlaku di Kampung Bukit Tumbuh, di sini, apabila seekor ayam jantan berkelakuan pelik kerana mengeram telur.
Jamsyaril Sawal Aziz, 30, berkata, ibu bapanya menternak ayam kampung sejak dia masih kecil, tetapi belum pernah berlaku kejadian pelik seperti itu.
“Macam cerita jenaka dan tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat. Saya sendiri terkejut dan tidak pernah melihat kejadian seperti ini.
“Ramai rakan dan penternak ayam tidak percaya dan terkejut apabila datang ke rumah menyaksikan sendiri ayam jantan itu mengeram,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, usia ayam jantan dipanggil Jali itu sekitar dua tahun dan dipelihara sejak setahun lalu selepas dibeli daripada seorang kenalan di Marang.
“Jali bukan saja mengeram, tetapi turut mengikut keletah ayam betina yang sedang mengeram seperti mematuk sesiapa saja yang mengganggunya.
“Sudah hampir dua minggu Jali mengeram.
Pada mulanya cuma lima telur, tetapi memandangkan ramai penduduk datang melihat keletahnya, Jali terganggu menyebabkan empat telur pecah dan sekarang tinggal hanya satu,” katanya. Menurutnya, dia menyedari keletah Jali itu apabila ayam betina yang sepatutnya mengeram di situ tidak lagi memasuki reban kerana diganggu haiwan itu yang kemaruk untuk mengeram.
“Malah, perbuatan Jali mengeram sudah heboh diceritakan di laman sosial Facebook dan blog penternakan ayam,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu Hamid Salleh berkata, kejadian ayam jantan mengeram memang jarang berlaku dan jika berlaku, ia mungkin didorong faktor usia ayam yang terlalu tua serta nyanyuk. “Walaupun ayam jantan itu mengeram telur seperti ayam betina namun telur berkenaan tidak akan menetas dan ia akan rosak begitu saja,” katanya. - myMetro Online
TOP
Zed Zaidi Menang Rebut Jawatan Presiden Seniman
KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi berjaya kembali mendapat kepercayaan ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk menerajui kepimpinan sebagai presiden apabila mendapat 109 undian pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 persatuan itu.
Majlis berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.
Zed berjaya mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).
Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) selepas meraih 103 undian menewaskan Sabri Fadil (30), Afdlin Shauki (71), Sofea Jane (32).
Pelakon Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, penolongnya disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran menyandang jawatan Bendahari.
Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofia Jane, Jamaludin Mat (Abang Jem), Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, dan Rashidi Ishak.
Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.
AGM Seniman Ke-14 dikendalikan oleh Pengerusi Sementara iaitu Datuk Yusof Haslam dan Jurey Latiff Rosli sebagai pemerhati.
Ketika pemilihan sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit tegang apabila beberapa ahli mempertikaikan kredibiliti calon yang dipilih oleh ahli.
Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pemilihan berlangsung dengan lancar.
Kira-kira lebih 1,000 ahli Seniman hadir pada mesyuarat AGM tersebut dan ini merupakan perjumpaan yang dihadiri ramai selebriti lama dan baru.
Antara selebriti lain yang turut hadir termasuklah Bront Palarae, Hans Isaac, Fauziah Nawi, Nadia Nissa, Sherry Alhadad, Azhan Rani, Remy Ishak dan Susan Lancaster.
Terdahulu Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman bagi AGM ke-14 hampir sepenggal sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah pada 21 November tahun lalu dan jawatan itu adalah tidak sah.
Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.
Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.
Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.
Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).
Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif. – myMetro Online
TOP
Robert Irwin Ikut Jejak Bapa Jadi ‘Crocodile Hunter’
QUEENSLAND – Anak kepada selebriti televisyen Australia, Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai ‘Crocodile Hunter’ mula mengikuti jejak langkah mendiang bapanya apabila beraksi bersama seekor buaya air masin di hadapan penonton di sebuah zoo di Sunshine Coast di sini, lapor MailOnline kelmarin.
Semasa pertunjukan itu, Robert, 11, bukan sahaja tidak menunjukkan reaksi takut, malah dia kelihatan gembira ketika mendekati haiwan ganas berkenaan sambil dibantu oleh rakan bapanya, Wes Mannion.
Para penonton yang menyaksikan persembahannya itu teruja apabila melihat Robert menghampiri reptilia itu sebelum mencampakkan potongan daging ke mulut haiwan tersebut.
“Saya pernah lihat dia (Robert) memberi makan kepada buaya beberapa kali sebelum ini namun jaraknya tidak terlalu dekat seperti ini,” ujar seorang penonton.
Penyanyi terkenal Justin Timberlake antara penonton yang menyaksikan persembahan Robert.
Irwin meninggal dunia pada 4 September 2006 ketika berusia 44 tahun selepas disengat seekor ikan pari di terumbu Great Barrier Reef, utara Queensland semasa melakukan penggambaran televisyen. – Agensi
TOP
EPL: Wenger ‘Ajar’ Spurs Guna Formula Arsenal
LONDON – Arsene Wenger menghangatkan pertembungan menarik tetangga di utara London, hari ini apabila menyifatkan Tottenham Hotspur tidak akan bergelar gergasi di Liga Perdana Inggeris (EPL) jika tidak mengikuti jejak kejayaan Arsenal.
Selepas gagal menandingi kuasa membeli pencabar kejuaraan lain sejak beberapa tahun, bos Gunners Wenger kini menuai hasil daripada keputusannya untuk meninggalkan stadium ‘antik’ Highbury dan berpindah ke stadium dengan kapasiti 60,000 tempat duduk, Emirates pada 2006.
Stadium yang dibina dengan kelengkapan canggih dan terkini itu memakan kos STG390 juta (RM2.06 bilion) pada mulanya mendatangkan pening kepala buat Wenger yang terpaksa mengikat perbelanjaannya namun peningkatan keuntungan daripada Emirates ketika ini mula membuahkan hasil.
Tahun lalu, Wenger berjaya membawa masuk bintang Jerman, Mesut Ozil dengan rekod perpindahan kelab STG42 juta (RM222.3 juta) dan membelanjakan STG30 juta (RM158.8 juta) lagi untuk mendapatkan Alexis Sanchez sebelum kempen musim ini bermula.
Perbelanjaan besar seperti dikatakan Wenger mampu menjadikan Arsenal sebagai pencabar kejuaraan tulen dan berkata Tottenham, yang tidak pernah menamatkan kempen EPL di atas Arsenal sejak 19 tahun lalu, perlu mengikuti formula yang digunakan mereka jika mahu memecah kelompok empat kuasa utama.
Spurs ketika ini sedang membuat persediaan untuk membangunkan tanah di sekitar White Hart Lane untuk membina venue baru dengan kapasiti 56,250 tempat duduk namun berdepan sekatan berkaitan undang-undang di Mahkamah Tinggi yang menyaksikan perancangan itu tersekat.
“Kamu tidak boleh melakukan perniagaan apabila kamu menolak 15,000 atau 20,000 setiap minggu. Jika pesaing kamu mempunyai kuasa kewangan yang lebih besar daripada kamu, pada suatu tahap, kamu perlu membuat keputusan.
“Nampaknya, semua orang membuat keputusan seperti ini ketika ini kerana apabila kamu melihat Liverpool, Everton, (mereka) mahu meningkatkan kapasiti penonton mereka. Jika kamu memiliki kapasiti yang kecil, ia menjadi lebih sukar,” katanya. – AFP- mstar online
TOP
Phahrolrazi: ‘Pas Yang Rugi, Bukan Pasma’
ALOR SETAR – Pemimpin Pas yang menghalang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) disifatkan berfikiran sempit kerana badan bukan kerajaan (NGO) itu itu adalah platform menghimpunkan penyokong PR.
Malah kewujudan Pasma wajar dimanfaatkan untuk mendekati ahli akar umbi.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sekiranya Pas tidak memanfaatkan kewujudan Pasma, parti itu akan berdepan kerugian.
“Jika masih halang ahli Pas sertai Pasma, itu keputusan yang silap kerana Pasma diwujudkan untuk menyatukan penyokong PR. Sepatutnya manfaatkan Pasma untuk mendekati penyokong terutama bila ada pilihan raya kecil,” katanya, ketika ditemui pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Kedah, semalam.
Menurutnya, sekiranya ahli Pas tidak dibenarkan mengikuti program Pasma, mereka tidak dapat berinteraksi dengan penyokong.
“Pas yang rugi, bukan Pasma. Mereka akan hilang sokongan seperti yang berlaku di PRK Dun Pengkalan Kubor yang mana sokongan kepada Pas menurun dan berlaku kekalahan,” katanya.
Phahrolrazi berkata, Pasma menyasarkan penyokong PR sebagai ahlinya, bukan pemimpin atau ahli parti politik.
“Terdapat hampir empat juta penyokong PR di negara ini, berbanding ahli sebanyak 2 juta orang.
“Disebabkan itu, kami hanya fokus kepada penyokong. Anda boleh anggap Pasma seperti kumpulan sokongan PR,” katanya.
Menurutnya, Pasma juga tidak pernah berkempen untuk mana-mana pemimpin secara individu, sebaliknya hanya bertumpu kepada permasalahan PR secara menyeluruh.
Mengulas desakan berterusan daripada beberapa pihak terutama pemimpin Pas, Phahrolrazi berkata, perkara itu mungkin berbangkit apabila Pasma diwujudkan ketika PR berdepan dengan krisis Menteri Besar Selangor.
“Mereka hendaklah berfikiran terbuka apabila wujud NGO seperti Pasma, sudah tiba masa penyokong PR diberi ruang suarakan pandangan.
“Mereka tidak mahu berlaku pergolakan dalam parti kerana mereka memberi sokongan agar PR terus relevan sebagai parti alternatif kepada BN,” katanya. – Sinar Harian Online- mstar online
TOP
Najib Cadang Dunia Ambil Pendekatan Berbeza Tangani Ekstremisme
PERTUBUHAN BANGSA BERSATU: Berlatarkan peningkatan ancaman daripada mereka yang memperjuangkan penubuhan Negara Islam, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) bahawa dunia perlu mengambil pendekatan berbeza untuk menumpaskan ekstremis militan dan
ideologi mereka.
Perdana Menteri Malaysia berkata: "Kali ini, (ia) mesti berbeza. Kali ini, kita perlu menumpaskan bukan sahaja golongan ekstremis, tetapi juga idea mereka".
"Dunia perlu mendepani penyelewengan yang dilakukan oleh golongan yang tidak mengikut ajaran agama sebenar dan cuba berkuasa menerusi keganasan," katanya pada debat umum ke-69 UNGA di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).
Beliau berkata sebagai gantinya, ajaran Islam sebenar perlu disebar luas, Islam mengasaskan prinsip keamanan, tolerasi dan menghormati, seperti digariskan dalam al-Quran, 'Sunnah' dan 'hadis'.
Najib berkata, untuk menangani ancaman ekstremisme ketika ini, "persoalannya adalah: bagaimana kita patut respons? Di masa lepas, apabila dunia digerakkan untuk memerangi golongan ekstremis, kita melancarkan perang tanpa perancangan bagi keamanan. Kita hanya menyerang satu kejahatan hanya untuk menyaksikan kemunculan lebih banyak kejahatan."
Najib berkata Iraq dan Syria, yang terjejas teruk akibat perang, berdepan ancaman baharu: pengisytiharan sendiri sebagai Negara Islam, dan mangsanya ialah
golongan Sunni dan Syiah, kaum Yazidi dan Kurd: "sesiapa yang tidak tunduk kepada ancaman senjata".
"Negara itu, dirampas daripada negara sedia ada dengan keganasan, diperintah menerusi keganasan. Kekuasaannya dikekalkan menerusi paksaan dan pembunuhan
orang awam.
"Pasukan militannya telah memusnahkan kehidupan dan masyarakat. Mereka telah menyebabkan ketidakstabilan di negara yang lemah dan mengancam keselamatan
wilayah," katanya.
Beliau berkata, mereka mencabar dan tidak mengiktiraf negara dan mempengaruhi golongan muda dengan seruan 'jihad' dan mereka mendesak semua orang Islam
bersumpah taat setia kepada kalifah mereka.
"Desakan itu tidak akan dipenuhi selama-lamanya. Kami menolak Negara Islam seumpama itu. Kami menolak negara yang berpaksikan ekstremisme. Dan, kami
mengutuk keganasan yang dilakukan atas nama Islam,” katanya.- mstar online
TOP
Ozlyn Impikan Kandungannya Bayi Perempuan
PETALING JAYA – Pelakon Ozlyn yang kini sedang mengandung lapan bulan mengimpikan kandungannya itu adalah seorang anak perempuan.
Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 33, berkata, ketika membuat imbasan, doktor masih lagi belum mengenal pasti jantina kandungannya itu dan perkara itu membuatkan dia tidak sabar untuk menanti kelahiran anaknya yang dijangka awal November depan.
“Setiap kali buat imbasan, jantina kandungan saya tidak boleh dikenal pasti. Tetapi kata doktor, ia berkemungkinan besar adalah perempuan.
“Dan bila doktor cakap macam itu, saya pun mengharapkan anak perempuan memandangkan sudah ada tiga anak lelaki.
“Tetapi itulah, doktor dah pesan, jangan terlalu mengharap, nanti kecewa pula. Apa-apapun moga doa saya termakbul, yang penting anak saya sihat dan sempurna,” katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Ozlyn berkata, sepanjang mengandung anak keempat itu, dia sering berasa malas untuk melakukan sebarang kerja dan ia membuatkan suaminya, pelawak, Johan memaksa dia melakukan pelbagai aktiviti riadah.
Kata Ozlyn, Johan telah membeli beberapa set barangan sukan untuk dia bersenam di rumah.
“Johan memang tidak suka saya malas-malas di rumah dan dia suruh saya bersenam untuk memudahkan saya ketika proses bersalin nanti.
“Apabila saya bagi alasan malu untuk bersenam di pusat kecergasan (Gym), dia kata; ‘tidak apa, abang belikan barang-barang sukan, senang untuk you’.
“Jadi tiada alasan untuk saya mengelak untuk bersenam. Kalau nak ikutkan hati, saya malas nak buat semua benda termasuklah memasak. Cuma memikirkan anak-anak dan suami yang penat pulang dari sekolah dan kerja, membuatkan saya masak juga,” ujarnyanya.
Tambah Ozlyn, dia turut mengambil beberapa tawaran lakonan untuk sentiasa bergerak aktif. – mStar Online- mstar online
TOP
9 Pemain Cedera, Van Gaal Tukar Jurulatih Kecergasan
MANCHESTER United yang sedang bergelut dengan krisis kecederaan pemain telah mengambil tindakan drastik dengan menukarkan jurulatih kecergasannya.
Pengendali kelab itu, Louis van Gaal dilapor telah menukarkan jurulatih kecergasan sedia ada, Tony Strudwick untuk memimpin skuad remaja dan memasukkan Jos van Dijk.
Van Dijk yang merupakan pakar dalam mengatur program kecergasan pemain kini telah memulakan tugasnya sebagai persediaan menghadapi perlawanan menentang West Ham United pada Sabtu.
Jos van Dijk, pictured on the far left before United’s win against QPR, will work with the senior team
Pertukaran itu dibuat selepas Van Gaal menyifatkan kegagalan United yang sedang dilaluinya termasuk kecederaan sembilan pemain antara pengalaman terburuk yang pernah ditempuh bekas jurulatih Belanda berkenaan.
Van Dijk juga merupakan jurulatih kecergasan yang bertanggungjawab melaksanakan program fizikal dan kecergasan untuk skuad Belanda pada Piala Dunia lalu.
Strudwick menyertai United dari Blackburn Rovers sejak 2007 turut membantu Van Gaal ketika kelab itu menjelajah ke Amerika Syarikat untuk saingan pramusim sebelum ini.
Pertukaran jurulatih kecergasan itu dilaporkan telah berlaku sejak awal musim namun Strudwick masih mengetuai sesi pemanas badan.
Bagaimanapun pada Jumaat malam, Van Gaal mengesahkan bahawa Van Dijk telah mengambil alih sepenuhnya tugas Strudwick. – mStar Online
TOP
Exco Tanggungjawab Berat - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad.
KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pelantikan beliau sebagai Exco Kerajaan Selangor merupakan satu tanggungjawab yang berat. Bagaimanapun Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ini berkata, tugas itu akan digalas sebaik mungkin. "Tanggungjawab yang berat. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh menteri besar (Mohamed Azmin Ali) dan Parti Keadilan Rakyat. Harap dapat galas (tanggungjawab) sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan Exco Kerajaan Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini, petang Jumaat. Berikutan pelantikan jawatan exco itu, Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada wakil PAS. Sementara itu, seorang lagi exco baharu dari DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata, beliau akan menunggu arahan daripada menteri besar mengenai tugas yang bakal dipikulnya nanti. Adun Sungai Pinang itu yang kekal memegang jawatan Exco berkata, portfolio yang bakal dipertanggungjawabkan kepadanya masih belum dimuktamadkan kerana masih belum ada perbincangan. "Saya belum dimaklumkan lagi kerana belum ada perbincangan. Perbincangan akan dibuat selepas ini apabila semua Exco sudah angkat sumpah. "Saya percaya menteri besar akan panggil untuk mesyuarat bagi kerja-kerja semua Exco," katanya. Teng yang sebelum ini merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan berkata, banyak kerja yang tertunggak untuk diuruskan selepas ini. "Banyak kerja menunggu kerana sudah tujuh minggu tinggalkan pejabat, saya jangkakan sudah tentu banyak kerja tertunggak untuk diuruskan. "Sudah tentu dalam dua tiga bulan akan datang akan menjadi sibuk. Kita perlu menunggu arahan daripada menteri besar yang baharu apakah tugas selanjutnya yang akan dipikul oleh saya," katanya. Jumlah jawatan exco Selangor baharu dibahagikan kepada tiga parti Pakatan Rakyat adalah tiga kepada PAS, DAP (3) dan PKR (4). Empat wakil rakyat PKR yang diberikan jawatan Exco ialah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amiruddin Shari (Batu Caves), manakala DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) serta V. Ganabatirau (Kota Alam Shah). Exco dari PAS pula diwakili oleh Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).- mstar online

Anwar Disoal Siasat Mengenai Kenyataan Berbaur Hasutan
Anwar (dua kanan) pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Jumaat.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu polis merakamkan keterangannya berhubung laporan yang dibuat terhadapnya tiga tahun lalu. Pada waktu itu, beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan mengenai kes liwat keduanya. Peguam beliau, Latheefa Koya berkata, beberapa pegawai polis dari Balai Polis daerah Ampang Jaya menyoal Anwar sama ada beliau membincangkan mengenai kes liwatnya semasa ceramah di Taman Melawati, Gombak pada 25 Mac 2011. Satu laporan polis dibuat terhadapnya tiga hari kemudian, dakwa Latheefa. Anwar berkata, polis membuka semula kes tersebut selepas diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara. "Tiga yang lain telah dirakam keterangan mereka berhubung kes tersebut iaitu Azmin Ali, Saari Sungib dan Amiruddin Shaari. Pada 2011. Namun, kini mereka mahu membuka semula kes tersebut selepas mendapat arahan dari Putrajaya untuk mengambil keterangan Anwar. "Kami tidak tahu mengapa mereka mengambil masa yang lama untuk menentukan jika terdapat unsur hasutan. "Kami tidak tahu apa kepentingan atau agenda disebaliknya melainkan semua ini seolah-olah Anwar menjadi sasaran terbaharu di dalam serangan kes hasutan ini," kata Latheefa kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini Jumaat. Anwar berkata, beliau melihat siasatan tersebut sebagai cubaan untuk memberi tekanan politik terhadap dirinya. "Saya terkejut dengan keputusan Peguam Negara mengarahkan polis untuk memanggil dan menyelesaikan siasatan dibawah Akta Hasutan terhadap ucapan yang dibuat pada 2011. "Sekiranya ia benar-benar kenyataan berunsur hasutan, mereka akan mengambil tindakan segera. Jelas, tindakan tersebut bukan untuk kes ini. Ini bukan sahaja pendakwaan berniat jahat tetapi satu penganiayaan," kata Anwar. Beliau turut mendakwa tindakan tersebut merupakan satu cara untuk mengganggu beliau, beberapa minggu sebelum rayuannya dalam kes liwat yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Ketika dihubungi, Pejabat Peguam Negara berkata mereka menyedari siasatan kes hasutan terhadap Anwar tetapi enggan mengulas lebih lanjut. Mereka berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.- mstar online

10 Exco Selangor Angkat Sumpah
KLANG: Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri yang baharu di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 4.30 petang Jumaat.
Mereka merupakan barisan Exco yang dilantik dibawah pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali.
Sepuluh exco yang mengangkat sumpah terdiri daripada empat wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amiruddin Shari (Batu Caves), manakala DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) serta V. Ganabatirau (Kota Alam Shah).
Exco PAS pula diwakili oleh Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).
Dengan pelantikan 10 Exco itu, keistimewaan PAS yang mendominasi empat kerusi juga telah berakhir kerana PKR melantik empat wakil rakyatnya ke jawatan tersebut.
Ia kini terbahagi kepada tiga PAS, DAP (3) dan PKR (4) walaupun PAS berjaya mendominasi kerusi DUN di Selangor.
Terdahulu, Azmin pada sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada pagi Jumaat berkata, senarai Exco baharu itu telah diteliti dan mengambil kira semua pandangan dari pimpinan Pakatan Rakyat.
"Sultan Selangor telah memperkenankan pelantikan 10 Exco berkuat kuasa hari ini, 26 September 2014," kata Azmin. Beliau bagaimanapun berkata, portfolio bagi 10 exco baharu itu akan dibincangkan kemudian pada hujung minggu ini.- mstar online

Ujian Poligraf Mampu Tangani Gejala Rasuah Penguatkuasa
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Penggunaan alat poligraf, sebuah alat pengesan pembohongan secara berkala dilihat mampu menangani isu penyelewengan, penipuan dan rasuah membabitkan anggota penguatkuasa di negara ini. Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata ujian poligraf yang mampu menghasilkan keputusan 98 peratus tepat itu juga dapat menuntut keadilan terhadap mereka yang teraniaya. "Ia amat berguna dan berkesan dalam menentukan keputusan siasatan bagi mendapatkan bukti yang diperlukan, bahkan hasil siasatan juga boleh diselesaikan dengan cepat dan tidak mengambil masa yang lama," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai petugas penguatkuasa yang didakwa terbabit dalam gejala rasuah, sejak kebelakangan ini. Pada 24 September lepas, seramai 15 kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan reman selama lima hari lagi sehingga Isnin depan. Reman tersebut berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai Kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara. Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. "KDRM ada menggunakannya (alat ini) tetapi tidak secara menyeluruh, dengan adannya ujian ini pegawai dan anggota akan merasa gentar dan niat untuk melakukan sesuatu perbuatan yang tidak baik akan terbatal," katanya. "Selain itu mereka juga tidak digalakkan terlalu rapat dengan klien kerana dikhuatiri seseorang pegawai itu akan mengambil kesempatan dan terjebak dengan rasuah. "Sebagai contoh, setiap tiga atau lima tahun sekali mereka perlu bertukar tempat perkhidmatan yang baharu secara tidak langsung kejadian rasuah dapat dikurangkan,"katanya. Anggota pihak berkuasa juga perlu dihantar menghadiri kursus khas dari semasa ke semasa berkaitan rasuah dan implikasinya terhadap rakyat dan negara, katanya.- mstar online

Polis Rampas 16 Senjata Api, Tahan Tiga Lelaki
Gambar hiasan.
LANGKAWI: Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah bersama lebih 1,000 butir peluru yang melanggar syarat lesen interim dan dipercayai sudah tamat tempoh. Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara United Kingdom, berumur 40-an, yang menanam senjata api itu di sebuah rumah di Kampung Belanga Pecah di sini, 9 malam Rabu lepas. "Pemilik senjata api itu merupakan pemilik kapal dagang yang berlabuh di perairan Langkawi, yang digunakan untuk tujuan keselamatan tetapi dibawa naik ke daratan dan ia menyalahi syarat lesen dikeluarkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini, Jumaat. Katanya senjata api itu dirampas atas dasar keselamatan dan khuatir senjata terbabit disalah guna. "Rampasan ini tidak ada kaitan dengan kegiatan pengganas atau militan," katanya. Ahmad berkata polis turut mengenal pasti seorang lelaki warga New Zealand yang merupakan pemilik senjata itu yang bertanggungjawab atas penyimpanan senjata api berkenaan. Katanya lelaki berumur lingkungan 40-an itu dipercayai majikan kepada tiga individu yang ditahan dalam serbuan itu. "Kita sudah kesan kedudukan lelaki itu yang kini berada di luar negara dan kita akan pastikan dia ditahan untuk tindakan lanjut sebaik memasuki negara ini," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. Sementara itu, Ahmad berkata sehingga kini sebanyak 23 laras senjata api dirampas dalam dua kes di pulau ini termasuk tujuh laras senjata api pada 18 September lepas. Polis Kedah merampas raifal terbabit di sebuah kapal mewah dan menahan seorang lelaki warga Afrika Selatan dan teman wanitanya warganegara Thailand. Mengenai keselamatan perairan Langkawi, Ahmad berkata kedudukannya adalah selamat dan terkawal.- mstar online

Lelaki Culik Teman Wanita Di Sekolah Ditahan
Gambar hiasan.
KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang bertindak menculik teman wanitanya dari sebuah sekolah sebelum mengasari mangsa di Likas dekat sini. Ketua Polis Kota Kinabalu Supritendan M Chandra berkata, lelaki tersebut menunggu gadis berusia 17 tahun itu turun dari bas sekolahnya kira-kira pukul 6 pagi Jumaat dan mengekorinya ke dalam kawasan sekolah dengan kereta. Lelaki itu kemudiannya memaksa gadis itu masuk ke dalam kereta dan memandu kira-kira 100 meter ke kawasan perumahan berdekatan dengan niat untuk meyakinkan gadis itu supaya tidak menamatkan hubungan mereka. Apabila gadis itu menolak, suspek menumbuk dan menampar mangsa di pipi kanannya. Ketika lelaki itu cuba mendapatkan sesuatu dari tempat duduk belakang, gadis itu berjaya membuka pintu kereta dan melarikan diri ke sekolah. Lelaki itu memasuki kawasan sekolah semula untuk menggembalikan beg gadis tersebut sebelum berlalu pergi. Gadis itu kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden itu. Lelaki itu ditahan ketika dia pergi menyerah diri di Balai Polis Kota Kinabalu.- mstar online

Lelaki Pakistan Maut, Kenderaan Terbabas Ke Dalam Gaung
IPOH: Seorang lelaki warga Pakistan yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut manakala rakan senegaranya cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam gaung sebelum terbakar di Kilometer 40 Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Tapah di sini, Khamis.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata pemandu MPV itu, Aamir Zulfiqar, 26, maut di tempat kejadian manakala rakannya Ali Hassan, 19, cedera di bahagian kaki dan tangan.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kenderaan jenis Naza Citra yang dipandu mangsa dalam perjalanan ke Tapah terbabas ke dalam gaung semasa mengelak daripada dilanggar sebuah lori yang memasuki laluan bertentangan di satu selekoh.
"Sebelum kereta itu terbakar, pemandu tersebut pengsan sementara rakannya sempat keluar dari kereta untuk meminta bantuan," katanya.
Katanya mangsa mati akibat terbakar seluruh badan dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.- mstar online
TOP
Konstabel Polis Didakwa Dua Tuduhan Rasuah
IPOH: Seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,000 daripada seorang individu, Ogos lepas.
Mohd Azrol Azreen Abu Hasan, 26, yang bertugas di Batalion 2, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah meminta suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tiga warga Myanmar yang tidak mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
Dia meminta suapan itu melalui panggilan telefon di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 12 tengah hari, 31 Ogos lepas.
Sementara pada hari yang sama, tertuduh menerima suapan tersebut di Jalan Persiaran Meru Raya 5, Meru Raya di sini, pada 2.40 petang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 manakala bagi kesalahan menerima rasuah, dia didakwa di bawah Seksyen 17 (a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 28 Okt depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- mstar online
TOP
Pegawai Polis Minta Anggota Sebelum Maut Dalam Serang Hendap
KOTA KINABALU: Mendiang ASP Michael Padel telah memohon beberapa anggota polis dihantar kepadanya, sebelum berlakunya serang hendap yang meragut nyawanya di Semporna pada Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.
Pegawai Cawangan Khas (SB) Semporna Inspektor Khairulnizam Husin, 45, berkata Michael, yang merupakan ketua SB Semporna, membuat permintaan itu selepas menghubunginya menerusi telefon bimbit.
Katanya mendiang telah meminta beberapa anggota - daripada pasukan yang ditugaskan untuk menahan seorang suspek berhubung kes pencerobohan di Lahad Datu - dihantar ke lokasi beliau (Michael) di Kampung Sri Jaya, Simunul, semasa operasi menjejaki suspek itu di kampung tersebut.
"Saya bagi tahu dia 'tuan, saya sedang membuat pemeriksaan (di sebuah rumah) dan ada enam tangkapan'.
"Saya kata saya akan hantar anggota (kepada Michael) selepas pemeriksaan selesai," katanya dan menurutnya ketika itu beliau dan pasukannya berada di rumah nombor 19. Khairulnizam merupakan saksi ke-43 pihak pendakwaan dalam perbicaraan membabitkan 30 tertuduh terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, menghadapi pelbagai pertuduhan berkaitan percerobohan oleh kumpulan militan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari tahun lepas.
Antara pertuduhan yang mereka hadapi adalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menganggotai kumpulan pengganas, merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas yang didakwa dilakukan antara 12 Feb hingga 10 April tahun lepas.
Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, pegawai SB itu berkata selepas bercakap dengan Michael menerusi telefon, beliau mengarahkan seorang daripada anggotanya, Sarjan Mohd Mustafa Kamal Ngah untuk mencari Michael supaya pasukannya boleh menyertainya kemudian.
Ishak: Adakah Mohd Mustafa Kamal keluar dari rumah bernombor 19 seperti anda arahkan?
Khairulnizam: Ya
Ishak: Apa berlaku selepas Mohd Mustafa Kamal keluar dari rumah bernombor 19?
Khairulnizam: Tak berapa lama dia keluar, saya terdengar bunyi tembakan dari sebelah kanan rumah 19 dan bunyi tembakan adalah bertalu-talu dan saya percaya ia daripada senjata berat.
Sebaik mendengar bunyi tembakan yang berlaku kira-kira 7.30 malam, saksi itu berkata beliau mengarahkan semua orang termasuk enam yang ditahan di rumah itu untuk meniarap di lantai.
Beliau juga mengarahkan anggotanya untuk bersiap sedia dengan senjata api masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Khairulnizam memberitahu semasa beliau dan pasukannya berlindung di dalam rumah itu, Mohd Mustafa Kamal kembali dengan pegawai SB Bukit Aman ASP Mohamad Hasnal Jamil yang dalam keadaan lemah.
Beliau berkata terdapat kesan luka dan pendarahan teruk di kepala dan tangan tangan Mohamad Hasnal.
Katanya Supt Ibrahim Lebar, yang cedera parah dengan kesan kelaran di kepala dan terkena tembakan di perut, juga muncul seorang diri di rumah itu tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.
Khairulnizam berkata beliau dan pasukannya serta enam tahanan itu terus berlindung di dalam rumah itu selama kira-kira 22 jam, sehingga mereka diselamatkan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung 7 Oktober.

Pencipta Bendera MCA Meninggal Dunia
GEORGE TOWN: Seorang lagi pencipta bendera MCA, Kean Chai Seng, meninggal dunia di sebuah rumah perlindungan untuk warga emas di Bayan Baru di sini Khamis.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Kean, 90, juga adalah anggota veteran yang sanggup berjuang dan berkorban untuk parti.
"Kean dan mendiang Mok Yuen telah mencipta bendera parti dan menganggotai MCA lebih 65 tahun," katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bersama pemimpin MCA negeri yang lain di Batu Gantung pada Jumaat.
Terdahulu, Liow dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun membalut keranda Kean dengan bendera parti sebagai tanda penghormatan.
Sahabat karib mendiang, Mok Shau Pin, 57, berkata beliau dimaklum oleh seorang rakan bahawa Kean meninggal dunia kerana sakit tua pada kira-kira 6.20 petang.
Kean, yang sudah berpisah dengan isterinya, meninggalkan tiga anak yang kini menetap di seberang laut.
Upacara pembakaran mayat mendiang akan berlangsung di Krematorium Mount Erskine pada Isnin.- mstar online
TOP
Hujan Lebat Tetapi Paras Air Di Empangan Sungai Selangor Masih Rendah
KUALA LUMPUR: Selangor sedang mengalami hujan lebat, yang merupakan fenomena biasa bagi tempoh ini setiap tahun, tetapi paras air di empangan Sungai Selangor masih rendah.
Ini menimbulkan persoalan dalam kalangan sesetengah badan bukan kerajaan (NGO).
Mereka tertanya-tanya mengapa paras air empangan masih rendah walaupun hujan lebat berterusan beberapa minggu lepas iaitu hanya merekodkan 34.7 peratus, kira-kira dua peratus lebih tinggi berbanding bacaan bulan lepas 32.03 peratus.
NGO membangkitkan persoalan mengapa paras air setakat 34.7 peratus (bacaan pada 8 pagi ini, 26 Sept) hanya melepasi paras kritikal, sedangkan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan statistik jumlah taburan hujan di Selangor melebihi 200mm sehingga Khamis.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) S. Piarapakaran melahirkan kebimbangan dan berkata pihak berkuasa seharusnya menjalankan kajian bagi memahami perubahan yang berlaku di kawasan tadahan.
"Mengkaji semula fungsi empangan Sungai Selangor adalah sesuatu yang boleh dilakukan; sebenarnya ia harus dilakukan secara berkala bagi empangan utama seperti ini. Corak taburan hujan serta perubahan penggunaan tanah di sekitar kawasan tadahan adalah parameter yang harus dikaji.
"Perubahan penggunaan tanah memberi kesan kepada keupayaan untuk memenuhkan kawasan tadahan seperti yang berlaku pada banyak empangan di Malaysia. Situasi ini bertambah buruk jika corak taburan hujan tidak boleh diramal," katanya.
Piarapakaran juga berkata susulan kekurangan bekalan air bersih yang dirawat, kebergantungan bagi bekalan air mentah dari empangan Sungai Selangor sentiasa tinggi.
"Apabila hujan, air memasuki empangan perlahan-lahan tetapi apabila tiada hujan beberapa hari, air dari empangan harus dikeluarkan. Sebab itulah paras air empangan tidak meningkat dengan cepat pada masa ini," katanya.
Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn) Aldric Loong Kim Yew melahirkan kejutan kerana walaupun hujan lebat pada Ogos dan September, paras empangan Sungai Selangor hanya melepasi tahap kritikal.
"Sepanjang beberapa tahun yang lepas, hujan turun di tempat yang salah, sebab itulah paras air empangan Sungai Selangor tidak meningkat.
"Adakah kerana kita telah memusnahkan alam semula jadi; kita telah menebang banyak pokok dan meratakan bukit. Kerajaan harus menjalankan kajian mengenai taburan hujan dan juga topografi di kawasan tadahan untuk melihat kemungkinan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Empangan Sungai Selangor membekalkan air kepada 60 peratus isi rumah di Lembah Klang dan Putrajaya, dan adalah sukar bagi orang ramai untuk memahami mengapa ia belum mencapai paras selamat iaitu 55 peratus.
Statistik Jabatan Meteorologi menunjukkan purata taburan hujan di Selangor melebihi 200mm sehingga semalam (25 Sept) yang dianggap normal pada musim monsun sekarang.
"Terdapat banyak hujan. Biasanya, semasa musim monsun barat daya, purata taburan hujan antara 150mm dan 250mm. Berdasarkan rekod sehingga Selasa lepas menunjukkan taburan hujan sebanyak 200mm di Selangor.
"Pada awal Oktober, kita akan memasuki tempoh peralihan monsun apabila purata taburan hujan dijangka antara 300mm dan 350mm," kata pegawai meteorologi, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi, Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
Beliau berkata pada bulan September, imej radar cuaca Jabatan Meteorologi menunjukkan hanya beberapa kali sahaja hujan lebat berlaku di empangan Sungai Selangor dan kawasan tadahan.- mstar online
TOP
Anggota Polis Wanita Buat Laporan Gambar Separuh Bogel
A. Thaiveegan.
GEORGE TOWN: Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di Internet dan aplikasi telefon pintar whatsApp. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis pada Khamis selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lepas. "Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya," kata Thaiveegan. Beliau berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat secara terperinci kes itu. Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis itu tidak menerima ugutan atau ancaman selepas gambar itu tersebar.- mstar online

Empat Anggota Sindiket 'Along' Dari Semenanjung Ditahan
KOTA KINABALU: Polis menahan empat lelaki dipercayai anggota sindiket pinjaman wang haram atau 'Along' dan merampas 65 keping cek di sebuah rumah di Taman Lembah Shantung, Jalan Penampang, di sini, malam Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Saiman Kasran berkata kesemua suspek berusia 32 dan 44 tahun itu berasal dari Semenanjung dan aktif menjalankan kegiataan 'Along' di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan Penampang.
"Polis melakukan serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan sindiket itu di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Dalam serbuan pukul 7.30 malam itu, polis turut merampas dua buah kereta jenis Proton Persona dan Perodua Myvi, 11 unit telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah mesin pencetak, poster dan pelbagai dokumen berkaitan pinjaman.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukan denda RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.
Katanya, kesemua mereka kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.- mstar online
TOP
Ancaman Serangan Pengganas Di New York, Paris - PM Iraq
Haider al-Abadi.
RANCANGAN pengganas untuk melancarkan serangan ke atas lokasi perkhidmatan kereta api bawah tanah di New York dan Paris telah terbongkar, dakwa Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi. Ketua pelampau yang ditahan memberitahu pegawai perisikan di Baghdad mengenai rancangan untuk menyerang kedua-dua negara itu. Beberapa pakar memberi amaran bahawa London mungkin di dalam senarai serangan kumpulan pelampau memandangkan Ahli Parlimen di negara itu melakukan undian berhubung tindakan melancarkan serangan udara terhadap kumpulan pengganas yang berpangkalan di Iraq. Haider tidak mengetahui sekiranya serangan itu pasti akan berlaku dan beliau menyerahkan butiran terperinci mengenai rancangan itu kepada agensi perisikan di Amerika Syarikat dan Eropah. Berikutan pendedahan itu, polis New York berkata mereka mengambil langkah berjaga-jaga dan bekerjasama dengan FBI dan beberapa agensi lain untuk meneliti ancaman tersebut. Walaupun pegawai AS menegaskan tiada bukti untuk menguatkan dakwaan Haider, seorang pakar berkata, Iraq mendedahkan maklumat yang boleh dipercayai mengenai rancangan pengganas pada masa lalu.- mstar

Syarikat Bumiputera Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Jepun
TAWAU: Syarikat teknologi binaan dari Jepun, Akishige Construction Co, Ltd. Fukuoka, menjalin kerjasama dengan syarikat Bumiputera tempatan, Madolin Industry Sdn Bhd, bagi memajukan industri binaan berkualiti di negeri ini.
Pengarah Urusan Madolin Industry, Bairullah Dumpas memberitahu Bernama syarikat binaan dari Jepun yang beroperasi sejak 40 tahun itu akan menawarkan khidmat teknologi dalam pembinaan bangunan di Sabah.
"Secara tidak langsung, syarikat itu memberi peluang kepada rakyat di negeri untuk mendapatkan pekerjaan.
"Kita juga mendapat sokongan padu daripada beberapa kementerian berkaitan industri terbabit termasuk Jabatan Kerja Raya, Majlis Amanah Raya (Mara) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida)," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua syarikat itu di sini, Jumaat.
Pada majlis itu, Madolin diwakili oleh pengarahnya Bariyah Bairullah manakala Akishige Construction diwakili oleh presidennya, Yoshinobu Akishige dan saksikan oleh Naib Ketua Umno Kalabakan, Ismail Ayit yang mewakili anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh. - mstar
TOP
Matrade Sasar Jualan RM400 Juta Di Kioge
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjangka untuk menjana jualan sebanyak RM400 juta pada misi pemasaran khas keduanya ke Persidangan dan Pameran Minyak dan Gas Antarabangsa Kazakhstan (KIOGE) 2014.
Pengarah Bahagian Promosi, Perkhidmatan dan Perdagangan, Seksyen Kimia Minyak dan Gas, Abu Bakar Koyakutty berkata misi pertama pada 2012 telah menjana jualan sebanyak RM200 juta dan membabitkan penyertaan tujuh buah syarikat minyak dan gas.
Bagi misi akan datang, sembilan buah syarikat minyak dan gas serta 14 wakil daripada syarikat tempatan dijangka menyertai pamaran selama tiga hari itu yang bermula pada 30 September.
"Program misi itu termasuk mesyuarat dengan pihak berkuasa minyak dan gas yang relevan dan syarikat-syarikat utama di Kazakhstan. Ini termasuk mesyuarat perniagaan individu yang diatur bagi peserta Malaysia dengan syarikat Kazakhstan dan syarikat asing," katanya pada majlis taklimat media pada Jumaat.
Beliau berkata syarikat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menceburi industri minyak dan gas Kazakhstan berikutan mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan dan produk laut dalam dan luar pesisir, sejajar dengan asas rizab minyak negara di rantau laut Kaspia, berjumlah kira-kira 30 juta tong minyak dan dua trilion meter padu gas.
Abu Bakar juga berkata syarikat Malaysia berupaya untuk menyediakan infrastruktur bagi industri yang sedang berkembang di Kazakhstan, pengeluar minyak kedua terbesar di Asia Tengah selepas Rusia.
Industri petroleum yang semakin meningkat itu menyumbang lebih 30 peratus daripada keluaran dalam negara kasar negara dan lebih separuh daripada pendapatan eksportnya.
Abu Bakar turut menggesa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya terlibat dalam sektor minyak dan gas serta mendaftar dengan Matrade bagi membolehkan perbadanan itu mendapat akses kepada syarikat tersebut.
"Hanya kira-kira 200 hingga 300 buah syarikat yang mendaftar dengan Matrade, dan bilangannya masih kecil. Kami tidak dapat mengakses profail syarikat dan sukar untuk memberikan maklumat mengenai misi perdagangan atau sebarang peluang yang berkaitan," katanya.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan penyertaan PKS dalam industri minyak dan gas, Matrade memperuntukkan RM10,000 bagi setiap PKS membolehkan mereka memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka di peringkat antarabangsa. - mstar
TOP
SMPC Yakin Prestasi Tahun Kewangan 2015
BUTTERWORTH: SMPC Corporation Bhd, pengeluar barangan keluli yakin prestasinya pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 akan meningkat.
Pengerusinya, Sudesh K.V. Sankaran berkata, pelancaran pelbagai projek sambungan infrastruktur oleh kerajaan seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) akan merangsang industri itu dan juga ekonomi.
Menurutnya, SMPC menyasar untuk menggandakan keuntungan pada tahun kewangan 2015 berbanding tahun sebelumnya.
"Kami menjangka bumbung logam, sistem sokongan kabel berlubang dan bahagian kitar semula akan menjadi penyumbang utama kepada keuntungan kumpulan pada 2015," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat agung tahunan SMPC di sini, Jumaat.
SMPC kembali mencatat untung dengan keuntungan sebelum cukai RM4.6 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 berbanding kerugian RM2.8 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
Pendapatannya meningkat kepada RM143.6 juta berbanding RM137.1 juta sebelum ini.
Sudesh mengaitkan peningkatan prestasi SMPC pada tahun kewangan 2015 kepada beberapa kontrak yang diterima seperti membekalkan bumbung logam kepada empat universiti di Pagoh, MRT serta sistem sokongan kabel berlubang.
Selain itu, beliau berkata, ekonomi Malaysia sebahagian besarnya dipacu pelaburan dalam infrastruktur dan peningkatan industri minyak dan gas akan memanfaatkan SMPC berikutan pembabitannya dalam sektor berkenaan.
Sudesh berkata, SMPC merancang menaik taraf jenteranya bagi meningkatkan produktiviti dalam usaha memanfaat peluang yang bertambah dalam infrastruktur serta pembangunan minyak dan gas di negara ini.
SMPC adalah syarikat pegangan pelaburan di mana anak syarikatnya terbabit dalam pemprosesan gegelung keluli, tiub, perabot keluli, bumbung logam, logam berlubang serta kitar semula besi buruk industri.- mstar
TOP
Hoki Wanita Negara Gagal Ke Separuh Akhir
Noor Hasliza Binti MD Ali (kiri) bersaing dengan pemain India.
INCHEON: Skuad hoki wanita negara terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke separuh akhir Sukan Asia ke-17 apabila tewas 6-1 kepada India pada aksi pelengkap Kumpulan A di Stadium Hoki Seonhak, dekat sini, Jumaat. Skuad bimbingan jurulatih Mohd Nasihin Nubli Ibrahim gagal menepati sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebelum ini serta gagal mengatasi rekod pencapaian terbaik pingat gangsa pada Sukan Asia edisi 1982 di New Delhi. "Saya percaya semua pemain telah melakukan persembahan terbaik mereka, namun kita tidak ada rezeki," kata Mohd Nasihin. Srikandi hoki negara menduduki tempat ketiga dengan tiga mata di belakang juara kumpulan, China, yang juga juara bertahan, yang mengumpul sembilan mata diikuti India dengan enam mata. Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan layak ke separuh akhir. Dalam Kumpulan B, South Korea muncul juara kumpulan diikuti Jepun, Kazakhstan dan Hong Kong. Pada saingan separuh akhir, Isnin ini, China akan menentang Jepun manakala Korea Selatan berdepan dengan India. Malaysia akan menentang Kazazkhstan dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan pada 1 Oktober ini. Dalam saingan peringkat kumpulan, skuad negara hanya menang satu perlawanan iaitu 2-1 ke atas Thailand, kalah 1-0 kepada China dan 6-1 kepada India.- mstar

Trio Memanah Jumpa China Di Final
Dari kiri: Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin layak ke pusingan akhir.
INCHEON: Skuad memanah recurve negara hanya selangkah lagi untuk memahat sejarah merangkul pingat emas Sukan Asia apabila mara ke final acara berpasukan lelaki pada edisi ke-17 di Lapang Memanah Gyeyang di sini. Pada aksi separuh akhir hari ini (Jumaat), trio negara yang diketuai pemanah berpengalaman, Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin mempamerkan panahan konsisten untuk menundukkan Jepun 5-1. Ternyata skuad Jepun diwakili Takaharu Furukawa, Hideki Kukuchi dan Shohei Ota gagal menandingi kemampuan skuad negara yang bakal bertemu China di pentas final, Ahad ini. Terdahulu, China, yang dibarisi Gu Xuesong, Qi Kaiyao danm Yong Zhiwei, mengejutkan juara bertahan Korea Selatan. Dalam pada itu, dalam acara individu pula, Khairul Anuar gagal meneruskan cabaran apabila tewas tipis kepada pemanah Jepun Hideki Kukuchi. Pertemuan dua pemanah ini terpaksa ditentukan dengan 'shoot-off' apabila terikat pada kedudukan 5-5, namun kemenangan berpihak kepada pemanah Jepun.- mstar

Piam Jangka Bajet 2015 Perkukuh Sektor Insurans, Takaful
KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menjangka Bajet 2015 terus menumpukan kepada langkah-langkah liberalisasi dan memperkukuh sektor insurans serta takaful negara.
Persatuan itu menyarankan peningkatan pelepasan cukai untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja agar setimpal dengan kadar gaji semasa sektor swasta.
Pelepasan untuk premium insurans yang dibayar, terutama insurans am bagi perlindungan diri seperti polisi pendidikan dan perubatan serta kesihatan adalah amat dialu-alukan dan digalakkan, kata persatuan itu dalam kenyataan, di sini, Jumaat.
"Ini bukan sahaja mengurangkan beban kerajaan dalam sektor pendidikan dan kos perubatan, tetapi juga memberi ketenangan fikiran kepada rakyat," katanya.
Selain itu, PIAM turut berharap pelepasan cukai berasingan untuk perusahaan kecil dan sederhana bagi menggalakkan mereka membeli insurans liabiliti yang dalam jangka panjang akan membantu mereka menguruskan kemungkinan risiko dengan lebih baik.
Persatuan juga berharap kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan.- mstar
TOP
Tenpin Boling: Beregu Wanita Akhiri Kemarau Pingat
Shalin Zulkifli (kiri) dan Sin Li Jane meraikan kejayaan mereka.
INCHEON: Gandingan Shalin Zulkifli dan Sin Li Jane mengakhiri penantian pingat dari kem boling negara apabila merangkul pingat perak dalam acara beregu wanita pada Sukan Asia ke-17 di sini Jumaat. Beregu negara itu merakamkan 2,518 jatuhan pin, iaitu perbezaan 35 pin di belakang pemenang pingat emas Lee Nayoung/Son Yunhee dari Korea Selatan. Pingat gangsa bagi acara tersebut turut menjadi milik beregu Korea Selatan, Lee Yeongseung/Jung Dawun yang mengumpul sebanyak 2,462 pin. Shalin berkata beliau dan rakannya Sin telah bekerja keras bagi menyumbang pingat untuk negara setelah gagal bermula baik pada dua perlawanan awal. "Perlawanan blok kedua pada sebelah petang, sedikit memberi tekanan kepada saya apabila ramai peserta menunjukkan corak permainan yang baik namun kami bernasib baik dapat meraih pingat perak, " katanya yang mendahului perserta lain pada perlawanan blok pertama pada aksi sebelah pagi. Shalin, bekas pemain nombor satu Asia itu, berkata beliau sebenarnya tidak suka beraksi pada blok pertama kerana terpaksa menunggu dengan penuh debaran melihat pemain lain beraksi di sebelah petang tanpa dapat berbuat apa-apa bagi mengekalkan kedudukan di tempat teratas. "Saya dan Sin telah melakukan yang terbaik pada aksi blok pertama dengan harapan mata yang dipungut sukar ditandingi oleh pemain lain, namun kami terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila beregu Korea Selatan berjaya memintas kutipan mata pada sebelah petang," katanya. Sementara itu, Sin berkata sebenarnya beliau tidak meletakkan sebarang sasaran pingat untuk acara tersebut tetapi tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh ketika membuat balingan. "Apa sahaja boleh berlaku dalam kejohanan kerana pemain tidak tahu nasib mereka sehingga tamat perlawanan," katanya. Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara beregu wanita adalah ketika Sukan Asia edisi Busan, Korea Selatan pada tahun 2002 apabila Sarah Yap/Wendy Chai meraih pingat emas menerusi acara tersebut. Sementara itu, Shalin yang turut beraksi pada ketika itu turut menyumbang pingat emas menerusi acara Master wanita.- mstar

Wan Azizah Sokong Azmin - Anwar
PETALING JAYA: Dengan pelantikan menteri besar yang baharu selepas kemelut politik yang berlarutan di Selangor sejak beberapa bulan lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pada Jumaat bahawa parti itu bersatu sebagai tanda sokongan terhadap Azmin Ali untuk menerajui negeri itu.
Pada sidang media selepas bertemu dengan barisan Exco PKR yang baharu dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar berkata, isterinya turut membeli kek kepada Azmin sebagai tanda sokongan terhadap beliau.
"Ia amat jarang berlaku apabila presiden parti membeli kek kepada menteri besar yang baharu," kata Anwar dalam nada berseloroh di Ibu Pejabat PKR di sini.
Ketika ditanya untuk mengulas lanjut mengenai kritikan Sultan Selangor terhadap PKR berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, Anwar berkata: "Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana menghormati menteri besar yang hadir bersama saya.
Barisan Exco baharu yang hadir adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Daroyah Alwi (Sementa), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia).
Anwar berkata, beliau akan meminta pentadbiran baharu untuk mengkaji semula kenaikan gaji untuk pegawai tertinggi kerajaan negeri itu yang diluluskan pada tahun lalu.
Beliau berkata PKR menyokong tindakan Azmin untuk mengkaji semula kertas cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara, perjanjian penstrukturan semula air dan beberapa kelulusan tanah.- mstar
TOP
Hutan Dipelihara Dengan Baik - Jabatan Perhutanan Pahang
Keadaan Hutan Simpan Lesong akibat aktiviti pembalakan.
KUANTAN: Jabatan Perhutanan Pahang pada Jumaat menegaskan sekali lagi bahawa kawasan perhutanan di negeri ini masih berkeadaan baik dan terpelihara di sebalik laporan tidak tepat beberapa media tempatan dan pakar alam sekitar yang mendakwa berlaku pencerobohan di kawasan hutan simpan di negeri ini. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Jabatan itu berkata pihaknya sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan di hutan-hutan negeri ini bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sekali gus boleh membawa kemusnahan flora dan fauna hutan berkenaan. "Kita turut bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) menerusi penguatkuasaan dan melakukan pemantauan menerusi satelit agar sebarang pencerobohan seperti pembalakan haram dapat dikesan dan pelakunya dapat kita bawa ke muka keadilan menerusi Akta Perhutanan 1984 (Pindaan 1993)," katanya. Dalam kenyataan itu lagi, jabatan itu berkata proses pemeliharaan hutan di negeri ini juga turut mendapat pengiktirafan pihak antarabangsa dengan memperoleh Sijil Pengurusan Hutan di bawah Piawaian MC&I (Malaysia Criteria and Indicator) sejak tahun 2002 dan bagi tempoh 2013 hingga 2016. "Justeru, adalah tidak tepat jika terdapat laporan media yang mendakwa perhutanan di negeri ini terjejas kerana Jabatan Perhutanan negeri telah melakukan pelbagai usaha pencegahan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan hutan di negeri ini tidak musnah begitu sahaja terutamanya daripada ancaman pembalakan haram," kata kenyataan itu. Sementara itu, melalui satu rencana dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu, Jabatan Perhutanan negeri pada Jumaat turut mengulas berhubung kegiatan pembalakan di sebuah Hutan Simpan Kekal (HSK), Hutan Simpan Lesong, dekat Pekan yang dilihat mengancam hidupan liar di hutan itu. Menurut rencana itu, HSK diklasifikasikan sama ada sebagai Hutan Pengeluaran atau Hutan Perlindungan yang sejajar dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992). "Di bawah Hutan Pengeluaran, hutan boleh dibalak manakala hutan perlindungan tidak boleh secara komersial maka tiada lesen pembalakan dikeluarkan untuknya," katanya. Sebelum ini, pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman dilaporkan sebagai berkata, pembalakan kira-kira 300 hektar tanah di Hutan Simpan Lesong (atau sebesar Cyberjaya) adalah dibenarkan oleh kerajaan negeri kerana sebahagian kayu balak di situ tidak berkualiti dan ia ditebang untuk penanaman semula dengan kayu yang lebih bermutu atau digantikan dengan pokok getah.- mstar

Thailand Perkenal Produk Penjagaan Kulit Daripada Ekstrak Susu Getah
BANGKOK: Banyak produk penjagaan kulit antipenuaan yang mengandungi ekstrak susu getah hasil daripada kajian Universiti Prince of Songkhla dan Universiti Naresuan, akan dilancarkan tahun hadapan.
"Produk-produk ini datang dalam bentuk gel pencuci muka, serum penjagaan kulit, krim pemutih dan produk penjagaan rambut," kata Ketua Pegawai Eksekutif Thailand Centre of Excellence for Life Sciences (TCELS), Dr Nares Damrongchai pada Jumaat.
Dr Nares berkata oleh sebab Thailand mempunyai keupayaan untuk menghasilkan susu getah dalam kuantiti yang besar, produk penjagaan kulit keluaran negara itu mempunyai perbezaan dengan produk lain dalam kategori yang sama.
"Unik, jadi kami yakin pengguna akan memberikan sambutan yang baik," katanya.
TCELS sedang dalam proses mengenal pasti nilai ekonomi produk-produk tersebut, katanya.
Beliau berkata produk ini akan mendatangkan hasil kepada negara dalam jangka masa panjang selain membantu mengatasi masalah kejatuhan harga getah.
TCELS suatu bahagian dalam Kementerian Sains dan Teknologi Thailand, pada Jumaat menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universiti Prince of Songkhla dan Universiti Naresuan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit semula jadi dan penjagaan rambut mengandungi susu getah.
Langkah ini bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat ke atas produk penjagaan kecantikan dan peribadi serta mengatasi masalah kejatuhan harga getah.
Dr Nares berkata pasaran Asia Pasifik untuk produk pemutihan dijangka bernilai kira-kira tiga bilion baht.
"Kami yakin produk yang kami bangunkan ini akan menerima maklum balas yang baik daripada pengguna dan akan mempunyai perkongsian pasaran yang besar," katanya.
Kajian ke atas ekstrak susu getah ini dibuat oleh Prof Dr Rapeepun Wititsuwannakul dari Universiti Prince of Songkhla dan pasukannya.
Produk-produk itu telah pun menerima sambutan yang positif daripada pengguna selepas sebuah syarikat mengadakan kempen pemasaran sebelum pelancaran.- mstar
TOP
PAS Korban Kerusi Exco Demi Pakatan Rakyat - Mustafa
Mustafa Ali.
PETALING JAYA: PAS mengorbankan satu kerusi Exco kerajaan negeri Selangor milik parti itu bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelesaikan krisis menteri besar, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali. Beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang perlu diterima oleh parti untuk melihat krisis tersebut selesai dan yakin Azmin Ali, menteri besar yang baharu berusaha mengimbangi suasana yang ada. Terdahulu, Azmin mengumumkan PAS diberikan tiga jawatan Exco daripada empat kerusi dalam pentadbiran terdahulu. Namun PAS diberikan jawatan Timbalan Speaker yang dimiliki Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini. Daripada 10 jawatan Exco, empat diberikan kepada PKR manakala tiga lagi milik DAP. Mustafa memberitahu HarakahDaily bahawa Pakatan Rakyat akan bergerak ke hadapan dengan barisan Exco yang baharu itu. Beliau berkata, PAS menerima barisan Exco yang baharu itu walaupun ianya diluar jangkaan dan memahami Azmin sukar membuat pilihan. Justeru, katanya, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh PAS. "Musuh sebenar Pakatan adalah Barisan Nasional (BN) dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.- mstar

Tiga Terpedaya Jihad Palsu
PETALING JAYA: Mereka masih ‘baharu’ tetapi berminat untuk menjadi pejuang jihad selepas direkrut menerusi laman sosial Facebook hanya tiga bulan lalu.
Ketiga-tiga rakyat Malaysia yang bakal menjadi pejuang jihad ini, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, telah disenaraikan dalam kumpulan pengganas Negara Islam (IS) oleh seorang anggota senior militan rakyat Malaysia yang menggunakan Facebook untuk mendapatkan keanggotaannya.
Mereka adalah arkitek dan juruteknik, masing-masing berusia 26 tahun dan pemilik kedai, 42, merupakan sebahagian daripada anggota rangkaian yang lebih luas, dengan menyertai IS bagi berjuang secara ‘salah’ untuk mati syahid.
“Polis sudah pun mengenal pasti individu yang merekrut anggota itu. Kesemua suspek dianggap masih ‘baharu’ tetapi sanggup menyertai IS dalam perjuangan jihad mereka yang ‘salah’,” kata sumber dalam satu temuramah pada Jumaat.
Polis mempercayai suspek berhubung dengan seorang lagi pejuang rakyat Malaysia di Syria.
Ketiga-tiga mereka dipercayai telah bertemu di Klang bersama individu yang menguruskan mereka beberapa kali bagi merancang perjalanan mereka ke Syria.
“Polis sedang menyiasat sekiranya kesemua suspek mempunyai sebarang rancangan untuk menyasarkan rakyat Malaysia sebagai ahli, tetapi tiada petunjuk setakat ini,” menurut sumber itu, sambil menambah bahawa mesyuarat diadakan di rumah arkitek itu di Klang.- mstar
TOP
PAS Selangor Tidak Setuju Pengurangan Kerusi Exco
Khairuddin Othman.
PETALING JAYA: PAS Selangor menolak dakwaan bahawa mereka bersetuju dengan pengurangan kerusi milik parti tersebut dalam senarai barisan Exco yang baharu. Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali pada Jumaat mengumumkan bahawa PAS hanya diberikan tiga daripada empat kerusi Exco dalam lantikan terbaharu itu. PAS bagaimanapun diberikan jawatan Timbalan Speaker yang sebelum ini dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Daripada 10 jawatan Exco itu, empat diberikan kepada PKR dan tiga kepada DAP. Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, parti di peringkat negeri dan kebangsaan tidak pernah bersetuju dengan pengurangan kerusi Exco seperti yang diperuntukkan sebelum ini. "Pada pendapat kami, pengusiran Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang mencatat prestasi memberangsangkan (pada pentadbiran terdahulu) adalah tidak berasas," katanya dalam satu kenyataan. Khairuddin berkata, perkembangan terbaharu itu merupakan petanda tidak baik terhadap kepimpinan yang baharu itu. "Namun, PAS mahu memastikan Pakatan di Selangor kekal stabil dan berupaya melaksanakan agenda rakyat. "Sebelum ini, ahli Exco PAS kekal dalam kerajaan untuk memastikan kerajaan Pakatan tidak tumbang. Oleh itu, PAS akan terus mempertahankan kerajaan negeri," katanya.- mstar

Kerajaan Pahang Tanggung Kos Pembedahan Plastik Bayi Diserang Biawak
Nur Hidayah cedera di bahagian muka akibat diserang biawak.
JOHOR BARU: Kerajaan Negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos sekiranya bayi perempuan lapan bulan yang cedera diserang seekor biawak di Pulau Tioman Selasa lepas, perlu menjalani pembedahan plastik. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang Datuk Mohd Johari Hussain berkata komitmen itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob semasa bercakap dengan bapa bayi itu, Abdul Rahman Ismail menerusi telefon pada Jumaat. "Saya telah berkomunikasi dengan Menteri Besar (Pahang) yang akan melihat keperluan sekiranya pesakit memerlukan pembedahan plastik ... kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos pembedahan plastik itu," katanya. Mohd Johari yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman berkata kerajaan negeri juga telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada ibu bapa bayi itu bagi meringankan beban mereka. Pada kejadian Selasa lepas, bayi terbabit, Nur Hidayah Abdul Rahman terpaksa menerima 150 jahitan di beberapa bahagian mukanya akibat diserang oleh seekor biawak di kuarters pekerja sebuah resort di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Bayi itu diserang ketika berada di bahagian dapur rumah mereka bersama-sama ibunya. Akibat kecederaan parah dialaminya, bayi itu yang pada mulanya dibawa ke Pusat Kesihatan Kampung Tekek dan kemudiannya ke Hospital Daerah Mersing, dipindahkan ke HSA untuk rawatan lanjut. Mohd Johari berkata keadaan bayi itu semakin stabil dan diharapkan dapat keluar hospital dengan segera. Turut serta dalam lawatan itu ialah Adun kawasan Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat. Selain menyumbang bantuan kewangan, Tengku Putra turut menawarkan kediamannya untuk diduduki oleh ibu bapa bayi itu, Abdul Rahman dan Nor Raudah Abdullah sepanjang kehadiran mereka di Johor Baharu bagi menemani anak mereka. Sementara itu, Abdul Rahman berkata keadaan anak perempuannya itu semakin pulih selepas menerima rawatan berterusan daripada doktor dan kakitangan perubatan di HSA. Bagaimanapun, beliau belum dimaklumkan bila anaknya akan dibenarkan pulang.- mstar

Sultan Bukan Sekadar Hadir Istiadat, Punyai Kuasa - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat mengingatkan semua pihak bahawa baginda mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju negeri itu bagi memastikan rakyat berada dalam aman serta maju, dan bukan sekadar menghadiri istiadat. Baginda bertitah, oleh kerana tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja sekadar lambang tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Titahnya, terdapat ahli politik yang sengaja tidak mahu memahami peranan dan kuasa institusi raja kerana mereka mempunyai agenda lain. "Beta adalah Sultan yang memerintah negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. "Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat dapat menikmati hidup berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna," titah baginda pada majlis angkat sumpah 10 Exco Kerajaan Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini, petang Jumaat. Sultan Selangor turut bertitah bahawa baginda tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. "Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat," titah baginda. Sementara itu, Sultan Selangor menyeru semua Exco yang baharu dilantik supaya memberi sokongan padu kepada Menteri Besar, Azmin Ali. Baginda juga mengingatkan supaya Exco menumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat sebagai wakil rakyat mereka. "Parti-parti yang diberi mandat untuk memerintah Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir kerajaan negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. "Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada," titah baginda.- mstar

Penerbit Filem Warga Malaysia Ditahan Di UK Disyaki Pengganas
Farihin Abdul Fatah.
KUALA LUMPUR:Seorang penerbit TV bebas warga Malaysia dan enam kru ditahan kerana disyaki sebagai pengganas selepas tiba di United Kingdom, awal pagi Jumaat. Farihin Abdul Fatah memberitahu Astro Awani bahawa mereka ditempatkan di dalam penjara selama 48 jam kerana disyaki sebagai pengganas berhampiran Manchester. "Kami baharu sahaja tiba di Holyhead, Wales dari Ireland kira-kira pukul 12.20 pagi dan ketika kami beratur untuk mengisi kad imigresen, kami ditahan seramai 20 anggota polis dan unit anjing pengesan," katanya dalam Buletin Astro Awani 7.45 malam Jumaat. Anggota kru diarahkan supaya memunggah bagasi mereka untuk diperiksa polis sebelum diberikan beberapa keping borang untuk diisi. "Selepas menunggu selama empat jam, seorang anggota polis datang, memberikan pakaian seragam kepada kami untuk dipakai dan memberitahu kami ditahan kerana disyaki sebagai pengganas. "Tangkapan itu membuatkan kami kehairanan," kata Farihin. Jelasnya, mereka ditahan kerana karavan kru terbabit didakwa mengandungi sejenis bahan kimia yang dipercayai bahan letupan. Farihin dan anggota kru terbabit didakwa dibawah Akta Anti-Keganasan 2000. Ketika di dalam penjara, Farihin dan anggota kru terbabit dilayan dengan baik. Makanan disediakan dan mereka juga diberikan salinan Al-Quran dan sejadah untuk menunaikan solat. Farihin merupakan individu penting disebalik kejayaan kumpulan nasyid terkemuka negara, Raihan. Beliau berkata, anggota kru tidak dapat menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi ahli keluarga mereka. Katanya, beliau tidak dibenarkan untuk menghubungi keluarga atau Kedutaan Malaysia di UK. Farihin berkata, beliau sempat menghantar dua mesej kepada isterinya dan beberapa rakan rapat untuk memberitahu mereka mengenai tangkapan tersebut sebelum dibawa ke penjara. Jelasnya, mereka diwakili peguam bertugas untuk membantu mereka dalam siasatan semasa tangkapan. Farihin dijangka tiba di negara ini awal bulan depan.- mstar

Azmin Terima Titah Sultan Dengan Hati Terbuka
Azmin Ali.
KLANG: Mohamed Azmin Ali pada Jumaat berkata beliau menerima titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan hati terbuka berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor. Beliau berkata titah baginda harus dilihat sebagai satu nasihat bagi membolehkan Selangor maju demi kebaikan semua pihak. "Baginda beri nasihat untuk semua Anggota Dewan Undangan Negeri supaya tumpukan kepada kerja serta menjaga keharmonian," katanya kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di depan Sultan Selangor di Istana Alam Shah di sini Jumaat. Sultan Selangor, dalam titah baginda pada istiadat itu, antara lain menyifatkan kemelut dan pergolakan dalam pakatan rakyat di negeri ini bermula dengan 'Langkah Kajang' iaitu usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar. Baginda turut menegur PKR kerana meneruskan perbuatan menghina dan mencaci pada bulan Ramadan yang bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid. Anggota Exco yang mengangkat sumpah jawatan hari ini, termasuk tiga muka baharu iaitu ADUN Taman Templer Zaidy Abdul Talib (PAS), ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves Amirudin Shari, kedua-duanya dari PKR. Mereka berbuat demikian tiga hari selepas Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di istana sama. Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Abdul Khalid, yang menerajui Selangor mulai tahun 2008. Dalam pada itu, Zaidy berharap mereka dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada penduduk Selangor. "Ini satu tanggunjawab besar dan saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin," kata Nik Nazmi, yang juga bekas Timbalan Speaker DUN Selangor.- mstar

Bomoh Didakwa Lakukan Seks Luar Tabie, Kelucahan Melampau, Cabul Pesakit
SEREMBAN: Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di sini.
Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7.00 malam pada 20 September lepas.
Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabie, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Isteri tertuduh, Noralia Daie, 51, pula berdepan pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rashid melakukan seks di luar tabie dan mencabul mangsa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Bagi kesalahan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Majistret Siti Kahiriah Abd Razak membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM7,800 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM3,600 dengan seorang penjamin.
Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.
Kes di Mahkamah Sesyen dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri dan Nabilah Mohammad Zanudin mengendali kes di Mahkamah Majistret.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam A. Partheeban.
Kesemua kes akan disebut semula pada 27 Oktober ini.- mstar
TOP
Rakyat Malaysia Ketagih Melayari Internet?
CYBERJAYA – Rakyat Malaysia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari di alam siber, dengan 58 peratus daripada mereka melayari laman media sosial melalui telefon pintar di mana sahaja mereka berada.
Kajian menunjukkan 41.7 peratus daripada golongan belia berumur 20 hingga 29 tahun dan 16.5 peratus kanak-kanak dan remaja berumur bawah 19 tahun adalah pengguna setia internet dan bilangan mereka terus meningkat setiap hari.
Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar khuatir kecenderungan itu boleh menjadi suatu ketagihan dan mengundang masalah kesihatan mental, yang antaranya tekanan emosi, keresahan dan kemurungan.
“Kecenderungan boleh menjadi ketagihan, kalau lebih daripada tujuh jam sehari ia dikatakan ketagihan serius. Jadi kita perlu pantau anak supaya mereka tidak ketagih.
“Cara kita nak tahu ketagihan ialah apabila tiada Internet, apa reaksi mereka? Adakah mereka mengalami tekanan perasaan, keresahan dan kemurungan atau tidak dapat menumpu perhatian terhadap pelajaran”, katanya dalam temubual bersama Bernama.
BAHAYA PENGGUNAAN BERLEBIHAN INTERNET
Penggunaan internet yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan termasuk masalah mata dan jantung serta menyumbang kepada obesiti dan kegemukan sejak kanak-kanak kecil lagi. Bahkan, beberapa insiden buruk disebabkan ketagihan serius internet turut dilaporkan di negara dan serata dunia. Antaranya, kematian seorang pemuda berusia 23 tahun di Pulau Pinang dipercayai akibat bermain permainan komputer tanpa henti selama 15 jam pada akhir tahun lepas. Begitu juga, seorang pemuda berusia 30 tahun dilaporkan meninggal dunia di China akibat bermain permainan komputer dalam talian selama tiga hari tanpa henti di sebuah kafe siber di pinggir bandar Beijing. Pemuda itu dilaporkan duduk di depan komputer selama tiga hari tanpa makan, minum dan tidur. “Jadi internet dan pelbagai peranti telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi kini sehingga ada yang tidak dapat bezakan dunia nyata dan dunia siber kerana ia saling melengkapi”, katanya. Seiring dengan lambakan pelbagai gajet canggih dalam pasaran seperti telefon pintar, iphone, ipad, laptop, tablet, tab serta kemampuan kuasa beli orang ramai, bilangan pengguna internet juga dijangka terus meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18.6 juta pada 2012. Jelas Eneng Faridah, setiap maklumat yang dikongsi termasuk kandungan palsu dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter bukan sahaja merentasi sempadan negara, bahkan akan kekal dalam arkib selama-lamanya. Ia memberi kesan mendalam terhadap individu dan keluarga terbabit selain mengganggu ketenteraman awam dan negara. “Kebanyakan pengguna tidak faham tentang etika ataupun akibat daripada tindak-tanduk mereka di alam maya. Tindak-tanduk mereka tersebar tanpa sempadan, di luar batas undang-undang dan kedaulatan sesebuah negara”, tegasnya. Menurut beliau, laman sosial seperti Facebook dan Twitter adalah status dan bukan diari untuk meluahkan perasaan atau mencetuskan suasana panik, sekaligus mencari populariti murahan. Orang ramai juga mempunyai tanggapan salah bahawa segala dalam Internet adalah di bawah kawal selia SKMM dan perilaku salah di alam siber boleh dimaafkan.
MENDIDIK GENERASI MUDA
“Mustahil, kerana kita perlukan tenaga manusia yang banyak untuk memantau di tahap sedemikian. Namun, sesuatu yang salah di sisi undang-undang di alam nyata juga salah di alam siber”, tambah beliau. Jelasnya, walaupun sebagai badan pengawal selia, SKMM tidak mempunyai daftar pengguna internet, senarai e-mail dan nombor telefon bimbit, senarai akaun Facebook, Twitter, dan blogger di negara ini dan hanya merujuk kepada pemberi perkhidmatan seperti syarikat-syarikat telekomunikasi apabila membuat siasatan terhadap sesuatu kes. Justeru kerjasama orang ramai amat penting ketika menjalankan sesuatu siasatan dan dalam menyalurkan maklumat benar dan tepat. Eneng Faridah juga menolak cadangan sesetengah pihak yang mahukan Facebook disekat seperti yang dilaksanakan di beberapa negara seperti China, Cuba, Korea Utara dan Iran. “Ia bukan satu tindakan berkesan untuk mengawal kandungan, kerana Facebook boleh diganti dengan saluran lain untuk menyebarkan maklumat. “Lagipun penyalahgunaan internet belum mencapai tahap genting sehingga memerlukan satu tindakan radikal. Namun kami tekankan bahawa kuasa mengawal internet termasuk Facebook, terletak di jari pengguna sendiri”, katanya. Pada 2012 kerajaan memperkenalkan program Klik Dengan Bijak (KDB) bagi membudayakan nilai-nilai murni pengguna internet merangkumi semua lapisan umur mdi negara ini. Sehingga kini SKMM telah menjalankan lebih 1,500 program KDB di seluruh negara dan lebih 3,200 program latihan di 426 Pusat Internet 1Malaysia bagi mendidik generasi digital demi kepentingan semua. KDB dianggap penting kerana golangan muda khasnya dikatakan kurang pengetahuan dalam isu penyalahgunaan Internet terutama mengenai penipuan n”phishing”, “malware”, kecurian kata laluan atau identiti, buli siber atau kesalahan jenayah Internet. – BERNAMA

Sultan Tegur PR, Hina Dan Caci Khalid Di Bulan Ramadan
KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat menegur pergolakan politik negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat terutama melibatkan jawatan menteri besar.
Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah bagi jawatan 10 Exco Kerajaan Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini.
Titah baginda, pelantikan Exco yang baharu ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang jawatan menteri besar selangor, yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
“Kemelut dan pergolakan dalam Pakatan Rakyat bermula daripada ‘Langkah Kajang’ dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
“Timbul pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Abdul Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor,” titah baginda.
Menurut baginda, hasutan dan tohmahan terhadap Abdul Khalid berterusan walaupun ketika Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah.
“Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Selangor ini supaya di bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.
“Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat untuk menjatuhkan Abdul Khalid sebagai menteri besar,” titah baginda.
Titah Sultan Selangor lagi, krisis menteri besar ini membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap politik di Selangor.
Sementara itu, baginda mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai menteri besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau berjalan dengan baik dan lancar.
“Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya akan datang. Tetapi kedudukan beta sebagai Sultan yang memerintah Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta,” titah baginda. – mStar Online
TOP
Curi Kereta Sambil Hisap Puting Susu
Oklahoma City - Jika disebut sahaja perkataan penjenayah, kita akan terus terbayangkan lelaki dengan parut di muka, tatoo penuh dibadan atau rambut yang terpacak. Tapi dalam satu kes kecurian kereta di Oklahoma, lain pula jenis penjenayahnya.
Polis Bandar Oklahoma kini sedang mencari seorang lelaki yang menjadi suspek utama dalam kes kecurian kereta. Apabila melihat kepada gambar suspek yang sempat dirakam oleh cctv, suspek itu tidak tampil dengan tatoo ataupun parut. Polis Oklahoma, Sgt. Jennifer Wardlow berkata, "Perkara yang aneh tentang kes ini adalah suspeknya sedang menghisap puting susu ketika melakukan jenayah ini. "
Penjenayah yang dikenali dengan nama "Binky Bandit" dituduh mencuri sebuah kereta ketika sedang menghisap puting susu. Menurut sumber, pemberita sudah ke rumah suspek pagi tadi tapi rumah tersebut didapati kosong. Bagaimanapun, Binky Bandit ini bukanlah penjenayah asing bagi polis di Oklahoma. Sebelum ini, Binky sudah beberapa kali menghadapi pertuduhan dadah dan juga senjata api - SiakapKeli.com

Perlu Amanah & Berintegriti Dalam Hadapi Cabaran ICT
KUALA BERANG – Sifat amanah dan berintegriti amat penting dalam menghadap cabaran era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT canggih dalam dunia tanpa sempadan ketika ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata ini kerana apa sahaja maklumat yang disebarkan menerusi internet boleh diakses dengan mudah pihak lain dan boleh memberi impak besar terhadap imej profesion masing-masing.
“Antara cabaran besar yang perlu dihadapi semua adalah untuk mengekalkan integriti dalam menjalankan tugas … saya sangat menekankan pentingnya semua pihak berhati-hati ketika menggunakan internet dalam menyebarkan maklumat,” katanya sambil memberikan contoh kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Kes kebocoran itu wajar dijadikan iktibar dan berlaku akibat tiada integriti di pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menggalas amanah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Guru-Guru Kafa (Perkat) Parlimen Hulu Terengganu di sini hari ini.
“Tidak lama lagi, akan berlangsung Ujian Penilaian Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa), jadi nasihat saya kepada guru agama Kafa ini, janganlah sesekali gadaikan integriti semata-mata mahu mencapai sesuatu yang akan menjejaskan profesion guru ini,” katanya.
Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu turut mengingatkan guru Kafa agar menjalankan tugas dengan cemerlang kerana peranan mereka amat penting dalam membentuk individu Muslim berperibadi mulia.
“Apatah lagi kita pada hari ini terdedah dengan kebanjiran maklumat tanpa sempadan dan tanpa sekatan.
“Jadi hanya dengan ilmu dan peribadi mulia dapat membendung individu terjebak dalam aktiviti tidak sihat,” katanya. – BERNAMA
TOP
K’jaan Perak Agih 370 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban
IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengagihkan sejumlah 370 lembu untuk ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 5 Okt ini.
Sumbangan haiwan itu untuk 52 kawasan Dewan Undangan Negeri, agensi dan jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU) Datuk Ismail Saffian berkata program kali ke-5 itu merupakan program tahunan kerajaan negeri semenjak Perak ditadbir oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
“Kita menjemput 52 orang wakil rakyat, wakil agensi (dan jabatan) kerajaan serta badan bukan kerajaan untuk menerima sumbangan ini.
“Wakil rakyat di kawasan masing-masing akan menyerahkan sumbangan itu kepada masjid atau surau untuk ibadah korban,” katanya yang mewakili Zambry pada majlis Sumbangan Korban Perdana Negeri Perak di sini hari ini. – BERNAMA
TOP
Pemergian Pengarah Veteran Jamil Sulong Sukar Dicari Ganti
PETALING JAYA – Kepulangan Allahyarham Datuk Jamil Sulong ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan besar dalam industri seni negara dan sukar dicari ganti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata pengarah veteran itu telah membawa perubahan besar dalam industri perfileman tanah air dengan penghasilan karya-karya yang begitu dekat dengan rakyat Malaysia.
“Kita telah kehilangan seorang pengarah yang begitu berkaliber yang mana karya beliau telah mendominasi dunia perfileman negara sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Jamil di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Jumaat.
Jamil meninggal dunia di rumah anaknya, Arjunaidi, di Bukit Utama Damansara di sini pada kira-kira 9.30 malam tadi akibat serangan angin ahmar.
Allahyarham berusia 88 tahun.
Ahmad Shabery berkata beliau juga kagum dengan keunikan penceritaan dan penghasilan watak-watak dalam filem arahan Allahyarham.
“Pengarahan beliau sangat hebat dan watak-watak yang dibina memberi kesan kepada peminat-peminat filem pada waktu itu,” katanya
Ahmad Shabery berkata kementerian juga akan memberi penghargaan kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda peringatan atas karya yang telah dihasilkan Allahyarham selama ini.
Kita akan terus berhubung dan bekerjasama dengan ahli keluarga (Allahyarham) untuk mengabadikan hasil karya-karya Allahyarham,” katanya.
Sementara itu, Anwardi, 55, berkata seluruh anggota keluarga reda dengan pemergian bapanya yang sudah sebulan koma akibat serangan angin ahmar.
“Dia pergi dengan cara yang baik, amat mudah dan pada malam Jumaat, 1 Zulhijjah. Saya kira ia hari yang baik. Kami terima seadanya kerana Allah SWT lebih sayangkannya,” katanya.
Menyifatkan bapanya seorang yang tegas, Anwardi yang merupakan anak ketiga berkata Allahyarham tidak membenarkan anak-anaknya terlibat dalam dunia seni, sebaliknya dihantar menuntut ilmu dan menjadi seorang berkerjaya.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang juga pelakon terkenal Datuk Rosnani Ludin, 78, atau lebih dikenali sebagai Rosnani Jamil dan empat anak iaitu Murniaty, 59, Arjunaidi, 56, Anwardi, dan Asnadi, 48, serta lapan orang cucu.
Pengarah filem tempatan Aziz M. Osman berkata beliau sedih dengan pemergian Allahyarham dan menganggapnya sebagai seorang bapa yang banyak mendidik beliau mengenai ilmu perfileman.
“Allahyarham merupakan insan yang membawa saya sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 1975 dalam filem Sayang Anakku Sayang di mana beliaulah yang memilih saya daripada ratusan kanak-kanak yang hadir uji bakat ketika itu,” katanya.
Beberapa seniman dan artis tempatan seperti Datuk Rahim Maarof, Datuk DJ Dave dan Datuk Hattan turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham di sini.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran selepas solat Jumaat sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham mengarahkan 26 filem, antaranya, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.
Beliau juga merupakan seorang penulis lirik termasuk untuk beberapa lagu nyanyian seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan biduanita negara Allahyarhamah Saloma seperti Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan dan Tiru Macam Saya. – BERNAMA
TOP
Wanita Dipenjara Simbah Minyak Petrol Di Rumah Jiran
KUALA LUMPUR – Seorang kerani bank hari ini dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini selepas didapati bersalah menyimbah minyak petrol di hadapan rumah jiran bekas teman lelakinya.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Melati Hassan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap wanita itu kerana gagal menunjukkan kad pengenalan dan memerintahkannya menjalani kedua-dua hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.
Dia didakwa melakukan khianat dengan menyimbah minyak petrol di hadapan rumah milik Amar Amjad Mohd. Basari, 30, di Permai Court 1, Taman Dato Ahmad Razali Ampang di sini pada 2 pagi, 13 November 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. – BERNAMA
TOP
2 Pembantu Perubatan Maut Dalam Kemalangan
ALOR SETAR – Dua pembantu perubatan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di kilometer 59.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke utara, di Pendang awal hari ini.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa Muhamad Aslam Mat Yazid, 22, dari Kampung Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan dan Yusniza Mohammad Yusoff, 23, dari Kampung Gaung Tendong, Pasir Mas, Kelantan, maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad berkata pemandu kereta jenis Toyota Vios itu iaitu Muhamad Aslam dikatakan gagal memotong treler yang berada di lorong kiri sebelum merempuh belakang treler tersebut.
Beliau berkata akibat rempuhan kuat itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk teruk dan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk bahagian hadapan menyebabkan kecederaan parah pada bahagian badan.
“Tiga kenderaan lain turut terlibat dalam kemalangan kecil setelah berlanggar sesama sendiri bagi mengelak daripada merempuh kenderaan mangsa. Pemandu serta penumpang (tiga kenderaan lain) tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba Jalan Raja, Fazil Yahaya berkata tujuh anggotanya mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada Polis untuk tindakan lanjut.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dibawa ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan lewat petang ini.
Muhamad Aslam bekerja sebagai Pembantu Perubatan di HSB dan Yusniza pula juga bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Klinik Kesihatan Simpang Empat di sini. – BERNAMA
TOP
Eksport Malaysia Akan Berkembang Menerusi GST
KUALA LUMPUR – Saiz dan nilai eksport Malaysia boleh berkembang apabila cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan di negara ini mulai April, 2015, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Katanya GST bakal memberikan kesan positif ke atas industri, terutama pengeksport, selain syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan yang sekali gus akan meningkatkan kadar pertumbuhan negara.
“Sebenarnya pada masa ini terdapat kelemahan (dalam sistem eksport di Malaysia), berbanding kebanyakan negara Asean yang telah mengguna pakai GST kerana mereka menetapkan sifar cukai untuk eksport.
“GST diperkenalkan supaya cukai tidak perlu dikenakan ke atas eksport…(selepas itu) kita boleh mengurangkan harga dan meningkatkan persaingan dalam kalangan negara anggota Asean.
“Oleh itu, kita harap dapat meningkatkan jumlah dagangan,” katanya pada persidangan akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar GST hari ini.
Acara itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Pemborong Pakaian Malaysia; Persatuan Pengusaha-pengusaha Pakaian Malaysia; serta Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia.
Menerusi GST, syarikat boleh mengurangkan kos perniagaan yang kemudiannya akan meningkatkan permintaan serta menaikkan jumlah jualan, kata Chua.
“Di Malaysia, cukai SST (cukai jualan dan perkhidmatan) tidak boleh diambil balik dari segi kreditnya, namun dengan sistem GST, ia dapat membantu peserta industri menerusi pulangan input cukai,” katanya.
Sehingga 24 Sept 2014, sejumlah 53,458 syarikat telah mendaftar untuk GST. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment