TOP
Akibat Telefon Sambil Memandu, Punggung Wanita Tertusuk Kayu
Jahnz terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kayu pada punggung dan pehanya.
HANYA kerana sibuk menghantar mesej menerusi telefon bimbitnya ketika memamdu, seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan apabila punggung dan pehanya tertusuk tiang kayu. Kemalangan itu berlaku ketika Christina Jahnz bergegas untuk menghadiri mesyuarat selepas menghantar anak perempuannya ke sekolah di Elizabeth, Colorado, Amerika Syarikat. Sebaik tunduk dan merakam suara menerusi telefon bimbitnya, tiba-tiba Jahnz hilang kawalan dan terlanggar penyangga jalan. Hentaman yang kuat menyebabkan tiang kayu penyangga jalan merodok keretanya dan tertusuk peha serta punggung wanita malang itu. Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memotong tiang kayu itu sebelum Jahnz dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiang itu. Doktor yang merawatnya berkata, Jahnz yang dimasukkan ke wad selama empat hari bernasib baik kerana tusukan kayu itu tidak mencederakan saluran darah utama. Berikutan kejadian itu, Jahnz menasihatkan orang ramai supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku padanya. - mstar

Malaysia Di Kedudukan Ke-20 Laporan Daya Saing Global
KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 melonjak ke tangga ke-20 daripada kalangan 144 negara, mendahului ekonomi maju seperti Austria, Australia, Perancis dan Korea Selatan.
Tahun lepas, negara berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara.
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.
"Persekitaran ekonomi makro mencatatkan penurunan enam tangga ke kedudukan ke-44 daripada ke-38 tahun lepas. Perhatian utama kita ialah pada keseimbangan bajet kerajaan dan hutang kerajaan.
"Mengenai kesediaan teknologi, Malaysia turun enam tangga ke kedudukan ke-60 daripada ke-51 sebelum ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan kedudukan daya saing negara pada Selasa.
Mohd Razali berkata MPC ingin mencadangkan penubuhan pasukan tugas khas bagi menambah baik kesediaan teknologi di negara ini.
Antara inisiatif yang perlu diperkukuh termasuklah langganan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk, lebar jalur Internet antarabangsa dan langganan Internet jalur lebar tetap bagi setiap 100 penduduk.
Mengenai tunggak kecekapan pasaran buruh, yang meningkat ke tangga ke-19 daripada ke-25 tahun lepas, Mohd Razali berkata kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja buruh.
Pada 2013, daripada keseluruhan penduduk wanita di negara ini, 52.4 peratus kini bekerja.
"Kami akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tiga tunggak, serta, mengadakan lebih banyak perbincangan dengan komuniti perniagaan," katanya.
Sementara itu, Mohd Razali juga mencadangkan untuk mengadakan laporan daya saing peringkat negara, dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.
"Daripada rangking, ia akan mendorong kita melakukan yang lebih baik lagi dalam bidang yang kita lemah," katanya.
Laporan Daya Saing Global, yang berasaskan kepada Indeks Daya Saing Global, diperkenalkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada 2004. - mstar
TOP
Cadangan Pindah Makam Rasulullah Cetus Kontroversi
Makam Rasulullah di Masjid Nabawi, Madinah.
SARANAN ulama Arab Saudi baru-baru ini supaya makam Nabi Muhammad di Masjid Nabawi dipindahkan dan dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda kini mencetuskan kontroversi. Sebuah akhbar di London, Independent melaporkan ulama berkenaan mencadangkan supaya pusara Rasulullah itu dialihkan ke tanah perkuburan al-Baqi yang terletak bersebelahan Masjid Nabawi. Perkara ini ditimbulkan selepas ada beberapa ulama lain yang menyuarakan kebimbangan makam Rasulullah itu semakin menjadi tempat pemujaan. Walaupun belum ada keputusan mengenainya, cadangan itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila ia tersebar menerusi media sosial. Dokumen setebal 61 mukasurat itu diedarkan kepada pihak berkuasa Tanah Suci, mencadangkan supaya makam itu dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi dan dikuburkan tanpa sebarang tanda. Menerusi akhbar berkenaan, Pengarah Yayasan Kajian Warisan Islam, Dr Irfan Al-Alawi dipetik berkata: “Mereka mahu menghalang umat Islam mengunjungi makam berkenaan kerana menganggap perbuatan itu syirik. “Satu-satunya cara yang boleh mereka lakukan untuk menyekat orang ramai mengunjungi makam itu ialah dengan memindahkannya ke tanah perkuburan lain dan tidak ditanda,” kata Irfan. Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Raja Abdullah atau jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap Masjid Nabawi, bersetuju dengan cadangan berkenaan. - mstar

PKR Anjur Demonstrasi Tuntut Kerajaan Mansuh Akta Hasutan
Rafizi Ramli.
PETALING JAYA:Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan demonstrasi bagi menuntut kerajaan supaya memansuhkan Akta Hasutan dengan serta-merta. Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, demonstrasi terbaharu yang akan dianjurkan dengan kerjasama badan pelajar dan beberapa kumpulan lain, merupakan sebahagian daripada langkah untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya memansuhkan akta tersebut. Selain demonstrasi, PKR, juga akan mengambil bahagian dalam jelajah di seluruh negara bermula bulan ini untuk memperoleh sokongan daripada orang ramai terhadap kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH). "Kami akan menggunakan segala kuasa di Parlimen, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), parti di peringkat bahagian dan cawangan untuk menyokong dan menggerakkan kempen ini," kata Rafizi. Rafizi berkata Ahli Parlimen PKR akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang bagi menuntut supaya Akta Hasutan dimansuhkan dengan serta-merta. Selain menuntut akta tersebut dimansuhkan, Rafizi menggesa pihak berkuasa untuk menggugurkan semua pertuduhan dibawah akta berkenaan dan menghentikan sebarang usaha untuk memperkenalkan larangan sama dalam mana-mana akta baharu. Beliau berkata, PKR akan menyokong segala usaha yang dilakukan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk memulakan kempen MAH yang akan dilancarkan tidak lama lagi. - mstar

Imigresen Sangkal Aktivis Lynas Tidak Dilayan Dengan Baik
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen menyangkal dakwaan sebuah portal berita yang melaporkan seorang warganegara New Zealand dilayan buruk ketika ditahan sebelum diusir pada Ahad.
Ketua Pengarahnya, Datuk Aloyah Mamat berkata, Natalie Lowrey dilayan dengan baik sementara menunggu pihak AirAsia menguruskan penerbangan untuk menghantarnya kembali ke Bali.
"Kami ingin membuat penyataan bahawa sepanjang berada dalam jagaan imigresen, beliau dilayan dengan baik.
"Manakala pihak AirAsia bertanggungjawab untuk menguruskan penerbangan balik dan juga makan minum semasa menunggu pesawat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Lowrey tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 31 Ogos lalu dari Bali, Indonesia melalui penerbangan AirAsia.
Namun ketika pemeriksaan, pegawai mendapati namanya disenaraikan dalam kumpulan individu yang dilarang memasuki negara ini.
"Mengikut arahan dalam notis tersebut, beliau telah dikeluarkan dengan Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/63.
"Pegawai Imigresen telah melaksanakan proses pengurusan penolakan kemasukan warganegara asing nagara ini mengikut Standard Operating Procedures yang telah ditetapkan," jelas Aloyah.
Tambah Aloyah, pada mulanya Lowrey tidak mahu kembali ke Bali dan ingin ke Sydney, Australia.
"Tetapi mengikut prosedur antarabangsa, orang-orang yang ditolak kemasukannya hendaklah dihantar balik ke lapangan terbang yang dinaiki semasa masuk ke negara ini dan bukannya dihantar ke negara lain," jelasnya lagi.
Bagaimanapun Lowrey dihantar semula ke Bali pada Isnin lalu dengan menaiki penerbangan AirAsia QZ551 pada pukul 9.15 pagi.
Lowrey tidak dibenarkan masuk ke negara ini berikutan penglibatannya dalam demonstrasi menentang Lynas Corporation pada Jun lalu. - mstar
TOP
Kereta Langgar Tiang Elektrik, Tiga Maut, Seroang Parah
REMUK... Tiga lelaki maut manakala seorang lagi parah setelah kereta Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok serta tiang lampu berhampiran Desa Pinggiran Putrajaya pagi Rabu. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Tiga remaja lelaki maut dan seorang lagi cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Selatan, di sini pagi Rabu. Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, kereta itu terputus dua dan ketiga-tiga remaja itu, dua daripadanya berumur 18 tahun dan seorang lagi 17 tahun, mati di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata remaja yang cedera parah berumur 21 tahun dan digegaskan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan. Katanya sebuah jentera dengan tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan kesemua remaja itu yang tersepit dalam kenderaan. Beliau berkata kereta itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas sebelum susur ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Persiaran Selatan. - mstar

10 Maut Dihempap Lori Terbalik Di Utara India
NEW DELHI: Sebuah lori terbalik sebelum menghempap 10 orang sehingga mati di utara India.
Mereka yang maut terdiri daripada tujuh kanak-kanak yang sedang tidur di tepi jalan di wilayah tersebut.
Jurucakap polis Suresh Srivastava berkata kemalangan itu berlaku awal pagi Rabu berhampiran tapak binaan di Kanpur, 80 kilometer di barat daya Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.
Katanya, mangsa terdiri daripada pekerja dan anggota keluarga mereka.
Dua mangsa yang cedera parah dikejarkan ke hospital berdekatan.
Suresh berkata, pemandu lori itu melarikan diri selepas kemalangan tersebut. - mstar
TOP
Guan Eng Mahu Zahid Mohon Maaf
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata beliau kurang senang dengan kenyataan Zahid itu dan sebagai seorang menteri, beliau (Zahid) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Katanya Ahmad Zahid cuba menganiaya dan menjadikan DAP sebagai mangsa.
"Saya nak cabar beliau, mana pemimpin DAP yang buat kenyataan hina orang Melayu. Kita (DAP) ada ahli daripada tiga bangsa, takkan kami nak hina ahli sendiri, ini tidak masuk akal sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini, Selasa. - mstar
TOP
Calon MB Selangor: Saya Tak Nak Ambil Tahu - Khalid
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan terlibat dalam urusan pelantikan menteri besar baharu bagi membolehkan beliau memberi tumpuan terhadap urusan pentadbiran ketika ini.
Menurutnya, tindakan untuk tidak mencampuri urusan tersebut telah dimaklumkan kepada pihak istana.
"Saya tak tahu dan saya pun tak nak ambil tahu.
"Saya tak boleh terlibat. Dalam perkara ini saya minta tak terlibat kerana saya rasa saya ada kepentingan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini, Rabu.
Tambahnya, sebagai menteri besar, beliau hanya akan diberitahu tentang keputusan tertentu sepanjang proses pemilihan dan pelantikan dijalankan.
Tegasnya, beliau juga tidak mengetahui jumlah nama calon yang telah dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pada Rabu.
"Saya tak tahu calon-calon dan jumlahnya.
"Yang saya tahu dan diberitahu, ketiga-tiga parti telah menghantar nama calon menteri besar dan untuk proses seterusnya pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang diberikan," katanya.
Ditanya jika terdapat tempoh masa yang ditetapkan untuk istana membuat tindakan seterusnya, beliau berkata, perkara itu akan diketahui secepat mungkin.
Mengulas mengenai pilihan raya negeri yang mungkin terpaksa diadakan bagi menyelesaikan krisis ini dan mungkin membuka peluang kepada dirinya untuk terus menduduki kerusi menteri besar, jelasn, beliau menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Sultan Selangor.
Namun, beliau mengakui adalah penting untuk kemelut ini diselesaikan dengan kadar segera.
"Paling penting dan utama ialah mencari pengganti untuk menteri besar yang ada sekarang," katanya. - mstar
TOP
MH17: Abu Mayat Sanjid Dilepas Ke Laut
Dua ahli keluarga mendiang Sanjid Singh Sandhu menerima abu mendiang sejurus Helikopter EC725 mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk pada Selasa.
GEORGE TOWN: Pramugara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Sanjid Singh Sandhu, 41, 'disemadikan' hari ini apabila abu mayatnya dilepaskan ke laut berhampiran Pulau Rimau di sini. Bekas abu mayat Sanjid yang dibawa dari kediaman keluarganya di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah tiba di jeti Jabatan Laut Wilayah Utara, Batu Uban di sini pada pukul 9.40 pagi Rabu. Mengiringi abu mayat pramugara itu bapa mendiang, Jijar Singh, 71, isteri mendiang Tan Nee Gok, 43, dan anak tunggal pasangan itu Hans Singh Sandhu, 10, serta sanak saudara. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan dan exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo serta Phee Boon Poh. Abu mayat Sanjid dibawa menaiki bot polis marin Jabatan Laut Wilayah Utara dan ditabur di kawasan laut diikuti dengan bunga mawar putih. Upacara itu selesai pada pukul 10.25 pagi. Semalam, bekas abu mayat Sanjid bersama pasangan suami isteri Loh Yan Hwa dan Fan Shun Po tiba di Pulau Pinang dan diberi istiadat penghormatan. Sanjid adalah antara 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban apabila pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai. Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadanya dibawa pulang ke tanah air. Sementara itu, Thaiveegan ketika ditemui selepas upacara itu berkata bapa mendiang mengucapkan terima kasih kepada polis dan semua yang terlibat dalam proses membawa pulang anaknya ke tanah air sehingga selamat disemadikan. Beliau berkata Jijar menyifatkan penghormatan yang diberikan terhadap anaknya itu sebagai sesuatu yang luar biasa. "Bapa mendiang mengatakan ini adalah satu penghormatan yang luar biasa. Pertama kali orang awam diberikan penghormatan sedemikian rupa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada polis dan orang ramai kerana banyak membantu," katanya. - mstar

Rasuah: Pembantu Penguasa Kastam Dipenjara 5 Bulan
IPOH – Seorang Pembantu Penguasa Kastam dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan meminta rasuah RM500, tahun lepas.
Hakim Madihah Harullah memerintahkan tertuduh Haminuddin Mohamed Hair, 40, menjalani hukuman penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda itu.
Sebelum itu, tertuduh yang ketika itu bertugas di Unit Eskport Import Kastam, Cawangan Zon Perdagangan Bebas (ZPB) Kargo MAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, turut mengakui fakta kes.
Dia dituduh meminta suapan RM500 daripada Sahabudin Mohamed Gani sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap Sahabudin yang menjual dan menyimpan rokok tidak dibayar cukai.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pasar Mini Saburthan, Lot 326, Kampung Banggol Pasir, Jalan Air Kuning-Changkat Jering pada pukul 4 petang, 13 Mei tahun lepas.
Haminuddin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, mana-mana lebih tinggi.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA - mstar
TOP
Mayat Lelaki Berlumuran Darah Ditemui Di Kaki Lima
GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di kaki lima kedai di Lebuh Carnavon di sini, hari ini.
Mayat A. Rajar, 60, ditemui oleh dua lelaki yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata terdapat kesan luka di muka lelaki itu dipercayai akibat jatuh tersembam.
Mayat Rajar dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA - mstar
TOP
Maxis Lancar Penyelesaian Perniagaan Baharu MaxisONE
KUALA LUMPUR – Maxis Bhd hari ini memperkenalkan pelan Internet semua dalam satu baharunya bagi perniagaan, penyelesaian Perniagaan MaxisONE, khusus kepada segmen perusahaan.
Ketua Bahagian Enterpris Abraham Foss berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyumbang kira-kira 32 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara dan angka itu dijangka meningkat kepada 41 peratus menjelang 2020.
“Terdapat banyak potensi bagi mereka untuk berkembang dan dengan pemahaman kami mengenai pasaran PKS, yang sangat bergantung kepada pengguna, matlamat kami adalah untuk mewujudkan nilai dan menyediakan kepada mereka cara bekerja yang baharu dan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk di sini, hari ini.
Pelan Internet yang baru dilancarkan itu menawarkan masa berbual dan pesanan ringkas tanpa had serta perkhidmatan gred perniagaan yang menyediakan kepada entiti perniagaan akses pusat hubungan bagi sokongan 24 jam menerusi satu nombor tunggal.
Perniagaan MaxisONE Business juga menyediakan Internet kelajuan tinggi tanpa caj tambahan selepas melebihi kuota. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Sedia Bantu Pengusaha DAUN KETUM Ubah Tanaman
GURUN – Kerajaan sedia membantu pemilik pokok ketum yang ingin mengubah kepada tanaman lain sebagai sumber pendapatan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahmam berkata, tindakan itu sebagai alternatif selepas kerajaan menggubal akta daun ketum bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Sekiranya pemilik pokok ketum ingin menggantikannya dengan tanaman lain, kerajaan sedia membantu.
“Kita mempunyai pelbagai skim yang boleh digunakan untuk membantu mereka yang berminat berbuat demikian,” katanya selepas melawat kilang Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd, di sini, hari ini.
Menurutnya, kerajaan akan mengkaji semula keperluan pembayaran pampasan atau ganti rugi kepada pemilik pokok ketum yang perlu ditebang selepas penguatkuasaan akta baru.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelaksanaan undang-undang daun ketum bawah Akta Dadah Berbahaya dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun hadapan.
Beliau berkata, pewartaan undang-undang itu diserahkan kepada peguam negara untuk ditandatangani. - Sinar Harian
TOP
473,175 Calon Ambil UPSR Pada 9-11 September
KUALA LUMPUR – Seramai 473,175 calon telah mendaftar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 9 hingga 11 Sept ini.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, 463,937 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan baki 9,238 merupakan calon sekolah swasta.
Sebanyak 8,299 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara bagi peperiksaan itu dan 51,438 petugas telah dilantik bagi memastikan ia berjalan lancar.
Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada jadual waktu peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung selain membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan. – BERNAMA
TOP
Kereta Langgar Tiang Elektrik, 3 Maut, Seorang Cedera Parah
PUTRAJAYA – Tiga remaja lelaki maut dan seorang lagi cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Selatan, di sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, kereta itu terputus dua dan ketiga-tiga remaja itu, dua daripadanya berumur 18 tahun dan seorang lagi 17 tahun, mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata remaja yang cedera parah berumur 21 tahun dan digegaskan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.
Katanya sebuah jentera dengan tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan kesemua remaja itu yang tersepit dalam kenderaan.
Beliau berkata kereta itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas sebelum susur ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Persiaran Selatan. – BERNAMA
TOP
Gadis Terjaga Dari Tidur Terkejut Bapa Sudah di Hujung Kaki
JERTIH - Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.
Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.
Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.
Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.
Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.
“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.
Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.
Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.
Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.
“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. - Sinar Online
TOP
“Saya Buat Doa Selamat Rumah Siap, Bukan Resepsi”
“SAYA memang merancang untuk buat majlis bulan ini, tapi bukan majlis resepsi seperti yang dihebohkan.,” jelas pemuzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa, majlis resepsinya bersama penyanyi Alyah yang bakal berlangsung pada hujung September ini.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Ramli memberitahu, dia merancang untuk mengadakan majlis doa selamat supaya proses menyiapkan rumah barunya itu berjalan dengan lancar.
“Sebenarnya bila cakap soal rumah ia agak sensitif kerana saya terpaksa mengeluarkan kos lebih kurang dua kali ganda gara-gara ditipu oleh kontraktor.
“Sekarang rumah itu masih dalam proses pembinaan dan bakal mendapat Sijil Layak Menduduki (CF), jadi saya mahu adakan majlis doa selamat supaya semuanya berjalan dengan lancar.
“Apa yang dihebohkan sebelum ini adalah tidak benar. Tidak mungkin selepas sebulan kami diserbu terus mahu adakan resepsi,” ujarnya berseloroh.
Beliau yang ditemui ketika menghadiri siasatan perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam menegaskan apa yang berlaku bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan.
“Bagi saya ini adalah isu normal dimana ia berkaitan soal hitam putih kehidupan sebagai seorang manusia.
“Saya tidak kesal atau marah dengan apa yang berlaku tapi saya belajar sesuatu di mana saya perlu lebih berhati-hati dan tidak perlu percaya semua orang.
“Selepas apa yang berlaku, saya dan Alyah masih akan teruskan rutin kami seperti biasa. Yang penting kami sudah halal dan saya tidak kacau kehidupan orang lain,” tegasnya. – SINAR HARIAN
Semalam, Jais mengesahkan bahawa Ramli dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan telah bernikah pada 18 Mac 2013.
Bagi melengkapkan siasatan pihat Jais, Ramli juga telah menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan hal pernikahannya.
TOP
Tiga Lelaki Ditahan, Sindiket Dadah Tumpas
MIRI – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan tiga lelaki di Lot 56, Kampung Haji Wahed di sini pada Isnin lepas dan merampas 180 biji pil ecstasy bernilai RM14,400.
Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga lelaki berumur 22 hingga 33 tahun itu ditahan pada 10.10 malam dan kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan.
Katanya hasil pemeriksaan terhadap kereta Proton Wira milik seorang daripada suspek, polis menemukan pil tersebut disorok dalam sebuah kotak rokok dan diisi dalam kotak besar dan dipercayai diseludup masuk ke bandar raya ini dari Sibu.
“Kesemua 180 biji pil ecstasy itu dibungkus dalam lapan paket plastik lutsinar dan berat keseluruhan pil tersebut dianggarkan 56 gram,” katanya dan menurutnya harga pasaran sebiji pil itu di sini ialah RM80 sebiji manakala di Sibu RM38 sebiji.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Beliau berkata, selain pil ecstasy, selaras senapang angin jenama Sharp Innova dan 91 butir peluru yang disembunyikan di dalam kompresor alat pendingin hawa turut dirampas daripada suspek terbabit.
“Senjata ini diseludup dari Indonesia, kita sekarang tengah menyiasat kenapa suspek memiliki senjata ini (tanpa permit) kerana mereka bukan petani atau pemburu,” kata Stanley.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.
Dalam perkembangan lain, Stanley berkata, polis Miri berjaya merampas 2,023 set komputer yang digunakan untuk tujuan judi dalam talian bagi tempoh Januari hingga 31 Ogos lepas berbanding 967 set komputer pada keseluruhan tahun 2013.
“Hari ini kita melupuskan 385 set komputer, 27 modem, empat set kamera litar tertutup dan menyerahkan RM10,308 hasil rampasan dari pusat judi dalam talian kepada perbendaharaan, kita akan perangi masalah judi dalam talian ini habis-habisan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Agong, Permaisuri Berangkat Ke Beijing Untuk Lawatan Negara
SEPANG – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Beijing, China bagi mengadakan lawatan negara selama tiga hari bermula hari ini.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 10.20 pagi.
Berada di Kompleks Bunga Raya untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin serta beberapa perwakilan asing.
Sebelum berangkat, Yang di-Pertuan Agong memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi 21 das tembakan meriam dan lagu Negaraku.
Bacaan doa sebelum keberangkatan Seri Paduka berdua dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Albakri.
Lawatan negara Seri Paduka berdua adalah sebagai membalas lawatan negara Presiden China, Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Oktober tahun lepas dan bersempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China. – BERNAMA
TOP
TH Upah 2,422 Individu Untuk Mengerjakan Badal Haji
MAKKAH – Tabung Haji mengupah 2,422 individu untuk mengerjakan badal haji bagi pihak mereka yang meninggal dunia, sakit atau cacat, bagi musim haji tahun ini.
Pengurus Ibadah Haji musim 1435 Hijrah bagi Makkah, Shahrul Azam Noorzeli berkata individu yang dipilih untuk mengerjakan badal haji itu adalah muslim dari Asia yang tinggal di Arab Saudi, telahpun mengerjakan haji dan berupaya membaca al-Quran serta doa dengan sempurna selain mahir dengan semua rukun haji.
“Mereka telah menjalani saringan temuduga yang ketat oleh pejabat Konsul Haji di Jedaah sejak April tahun ini bagi memastikan mereka mempunyai kebolehan membaca al-Quran dan doa dengan baik,” katanya kepada media Malaysia di sini Selasa.
Beliau berkata ini bagi memastikan kalangan berkelayakan sahaja yang diupah mengerjakan badal haji, agar mereka dapat memenuhi syarat yang diwajibkan dalam rukun haji, mudah-mudahan mereka yang meninggal dunia atau tidak dapat mengerjakan haji akan memperoleh haji mabrur.
Beliau berkata Tabung Haji turut memastikan setiap daripada individu itu hanya mengerjakan haji untuk seorang sahaja dan bukan untuk beberapa orang memandangkan aturan ini tidak dibenarkan dalam Islam.
Tabung Haji membayar mereka 2,400 Saudi Riyal (RM2,021) untuk melaksanakan mengerjakan badal haji itu, dan bayaran pertama 1,000 SR (RM842.24) bagi khidmat mereka dijelaskan sejak Ahad hingga Selasa, kata kata Shahrul Azam yang juga Pengurus Hal Ehwal Islam Tabung Haji.
Bayaran akhir akan dibuat selepas musim haji berakhir pada Oktober ini dan semua bayaran dibuat menerusi pembayaran elektronik, katanya.
Badal haji dibenarkan bagi pihak orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang mengalami kecacatan fizikal, atau orang yang telah meninggal dunia, tetapi bukan bagi pihak orang yang miskin atau tidak dapat menunaikan rukun Islam kelima itu disebabkan keadaan politik atau keselamatan.
Shahrul Azam berkata Tabung Haji membuka permohonan bagi badal haji kepada rakyat Malaysia pada 1 Mei menerusi perkhidmatan dalam talian dan setiap rakyat Malaysia dikenakan bayaran RM2,500 bagi perkhidmatan itu. – BERNAMA
TOP
Cahaya Misteri Terangi Langit Di Sabah
KOTA KINABALU: Orang ramai dikejutkan dengan satu cahaya yang melintasi kawasan langit di Sabah pada Selasa malam.
Fenomena itu mencetuskan kekecohan terutamanya di media sosial, namun tiada siapa dapat mengesahkan maklumat sebenar kejadian berkenaan.
Ahli kaji cuaca, anggota polis dan bomba juga gagal untuk menerangkan punca cahaya yang kelihatan seperti sebuah jalur menegak melintasi kawasan Putatan kira-kira pukul 9.30 malam. Kejadian itu berlaku untuk tempoh beberapa minit. Ada sesetengah warga netizen berpendapat cahaya itu muncul daripada tanglung atau api daripada terminal minyak di Kinmanis, Sabah. Ada juga yang mendakwa bahawa cahaya itu milik kapal angkasa makhluk asing. Bagaimanapun ada yang menyuarakan pendapat dengan mengatakan cahaya seperti itu bukanlah sesuatu yang asing kerana pernah dilihat beberapa sebelum ini. Mereka menyifatkan ia sebagai fenomena biasa.
Netizen turut berkongsi dapatan kajian mengenai insiden yang hampir sama iaitu ia berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya daripada darat ke awan. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan tentang fenomena langit bercahaya itu. Bagaimanapun beliau berkata pihaknya akan menyiasat dan menentukan jika ia adalah satu fenomena semula jadi atau pantulan dari sumber lain. - mStar

Mahkamah Arah Rozana Misbun Bayar RM500 Kepada Awie
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan isteri penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun supaya membayar kos mahkamah sebanyak RM500 kepada suaminya itu ekoran gagal hadir pada sebutan kes hak penjagaan anak kekal (hadanah) terhadap tiga anak mereka pada Rabu.
Rozana, 36, hanya muncul pada sebutan kes tersebut kira-kira 20 minit selepas sidang bermula ditemani peguamnya Majdah Muda.
Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain bagaimanapun mengekalkan kos berkenaan terhadap Rozana selaku defendan dan meminta agar perkara itu dirujuk kepada kaunter mahkamah sekiranya ingin membuat rayuan.
Peguam Syarie, Majdah pada prosiding berkenaan turut menyerahkan secara kendiri di hadapan Mohd Amran afidavit pembelaan untuk permohonan hadanah yang difailkan oleh Awie sebelum ini.
Bagaimanapun peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memohon kepada mahkamah agar mendengar terlebih dahulu bantahan awal untuk mengenetepikan perintah interim (penjagaan sementara) yang difailkan Rozana sebelum mendengar kes-kes lain.
Mahkamah membenarkan permohonan Mohd Zaid dan mengekalkan tarikh 17 September ini bagi mendengar hujahan bantahan awal itu. Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, di sini iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12. Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu. Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - mStar

Lagi Video Wartawan AS Dipancung Tersebar
SEBUAH lagi video menunjukkan seorang wartawan dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) tersebar di Internet.
Video yang mula dimuat naik pada Selasa itu menunjukkan anggota Isis memancung Steven Joel Sotloff, wartawan warga Amerika Syarikat (AS).
Sotloff, 31, merupakan menulis mengenai konflik di Timur Tengah untuk majalah Time dan penerbitan lain. Dia dibesarkan di Miami dan belajar di Universiti of Central Florida pada awal tahun 2000. Sotloff dilaporkan hilang pada Ogos 2013 di Syria. Ini merupakan kejadian kedua yang dilaporkan media barat membabitkan dakwaan pembunuhan kejam oleh Isis terhadap wartawan. Pada 19 Ogos lalu, media barat melaporkan Isis memancung seorang wartawan sambilan yang juga warga AS, James Wright Foley selepas dia dilaporkan hilang sejak November 2012 di Syria. - mStar

Akim Hilang Sabar, Gelar Peminat ‘Sampah Twitter’
Kalau korang peminat setia bekas pelajar Akademi Fantasia ini, pasti tahu bahawa Akim Ahmad merupakan seorang yang aktif di laman sosial kan?
Bukan itu saja, Akim juga merupakan antara selebriti yang lantang bersuara. Lihat saja status-status yang diberikan kepada pemilik akaun Twitter palsu mengenai insiden #MH370 tak lama dulu.
Semalam, Akim dikatakan telah memarahi pengikut Twitternya dan menggelar individu tersebut dengan gelaran sampah Twitter. Aik, dah kenapa pula ni.
Selidik punya selidik, rupa-rupanya individu tersebut telah memuat naik status ‘tak suka Akim Ahmad’. Hmm, dah tak suka follow pula. Hehehe. Mungkin Akim berang dengan tindakan individu tersebut dan tanpa berfikir panjang telah membalas dengan kata-kata ‘Attention seeker.sampah twitter’. Dek kerana kejadian ini, ramai yang menasihatkan Akim supaya tidak melayan kerenah individu tersebut. Iyalah, Akim kan selebriti, jadi tak perlu rasanya melayan perkara kecil sebegini kan. Namun, bila kami skodeng sikit Twitter Akim pagi ini, kedua-duanya sudahpun bermaaf-maafan. Baik individu tersebut mahupun Akim, masing-masing dah mengaku kesalahan.
Haa, kan bagus begitu. Alangkah baiknya jika semua persengketaan diakhiri dengan kemaafan, barulah aman damai dunia ni. Hehe. Apapun, kami tetap sokong perjalanan seni Akim. Emm, tapi..bila nak kahwin dengan Stacy? Eh?! - OhBulan

Perubahan biarlah antara saya dengan Tuhan - Lana
KUALA LUMPUR: "Itu gambar lama yang disebarkan kembali," itu jawapan pelakon Lana Nodin terhadap dakwaan yang mengatakan dirinya kembali ke perangai asal yakni gemar berparti sakan dan bersosial.
Ketika dihubungi BH Online sebentar tadi, Lana yang sedang bercuti di Singapura sudi menjawab persoalan kepada rentetan tersebar beberapa keping gambar beliau bersama teman sedang berseronok di sebuah kelab hiburan di ibu kota.
"Gambar itu dirakamkan November tahun lalu. Ia terjadi sebelum saya mengerjakan umrah beberapa bulan lalu. Saya kurang pasti apa motif ia disebarkan semula. Mungkin nak sabotaj atau apa saja, itu saya kurang pasti.
"Saya takkan terkejut kalau selepas ini akan ada lagi gambar sedemikian rupa tersebar. Saya boleh baca permainan manusia sebegini yang tahu nak menjatuhkan orang saja. Saya hanya mampu reda saja apabila hal ini berbangkit," katanya.
Gambar yang tersebar itu, sekali gus dijadikan umpan untuk menimbulkan cerita bahawa Lana tidak pernah serik mengundang kontroversi dan beliau masih tak berubah sekali pun sudah mengerjakan umrah.
"Saya bukan budak-budak untuk mengulang kesilapan lalu. Saya tak pernah cakap akan berubah drastik tetapi akan perlahan-lahan menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kalau saya nak berubah, saya tak akan pukul canang dan biarlah ia antara saya dengan Tuhan.
"Tapi saya bukan jenis manusia hipokrit. Saya masih bersosial tetapi ada batasnya. Setakat bertemu teman dan lepak ataupun meraikan hari lahir teman serta berkaraoke di kelab hiburan itu juga dianggap negatif, saya tak boleh berbuat apa-apa," katanya.
Sementara itu, temannya yang turut berada dalam gambar yang disebarkan iaitu Stephanie Liah turut memohon maaf kepadanya kerana memuat naik gambar mereka itu.
"Saya tak sangka dan terkejut gambar yang dimuat naik di laman Instagram itu mengundang kontroversi. Saya sudah memadamkannya. Ia hanya salah faham dan jelas sekali di setiap gambar yang dimuat naik saya letak hashtag throwback.
"Gambar itu memang dirakamkan sekitar November tahun lalu semasa meraikan hari lahir teman kami. Selepas itu kami tak berjumpa lagi. Dijadikan cerita saya bertemu Lana seminggu lalu di Publika, Solaris Dutamas. Kami dapat lepas rindu ketika itu.
"Jadi kerana merindui saat bersama, saya muatkan naik gambar itu. Malah ketika bertemunya, saya mengakui begitu rindu untuk bersosial dengannya. Tetapi dia cakap pada saya sudah memperlahankan sisi sosialnya kerana baru mengerjakan umrah tahun ini," kata Stephanie. - BH Online
TOP
Kes Tumbuk Jurugambar: Penjelasan Dari Ahli Keluarga Mangsa Nahas
Semalam, kekecohan telah berlaku di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Kuala Lumpur setelah seorang jurugambar NST, Mohd Aizuddin telah ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17.
Suthan Mookaiah, seorang kenalan atau ahli keluarga mangsa MH17 yang turut berada di tempat kejadian menjelaskan punca sebenar kenapa kejadian berkenaan berlaku.
Dirigkaskan cerita, Suthan Mookaih berkata kejadian menjadi tegang kerana pihak media seperti tidak memberi ruang yang tertutup kepada ahli keluarga mangsa untuk memberikan penghormatan terakhir dengan sibuk membuat liputan dan mengambil gambar serta mengemaskini status. Selain itu juga, Suthan juga ada menyebut bahawa media banyak mengganggu ahli keluarga mangsa nahas untuk mendapatkan berita. Beralih kepada NST walaupun untuk seketika, adakah anda tahu mereka telah berkali-kali mendekati ramai ahli keluarga (termasuk ahli keluarga perempuan yang muda) lebih daripada 1 bulan yang lalu, untuk bercakap tentang perkara-perkara yang mengerikan seperti meminta pengesahan pada gambar bayi mati yang disiarkan dalam talian, keadaan badan, adakah mereka sudah melihat tubuh bahagian / mayat dan soalan klasik 'bagaimana anda merasa tentang perkara ini?' Mungkin anda harus bertanya Aliza Shah dari NST tentang perkara ini. Dia pun menyebut bahawa majikannya mendesaknya untuk terus bertanya tentang semua ini. Tetapi, NST bukan hanya satu-media tempatan yang terus mengganggu mereka dengan soalan benar-benar menakutkan walaupun mereka telah diberitahu untuk tidak mengganggu mana-mana ahli keluarga.
Post by Suthan Mookaiah.
Diharap perkara ini sudah dapat penjelasan yang sepatutnya. Jangan hanya menuduh yang menumbuk sahaja. Mungkin ada cerita disebalik itu. - SiakapKeli.com

Izwan Azir ‘Menggigil’ Apabila Pertama Kali Baca Berita Inggeris
Siapa tak kenal Izwan Azir Saleh. Muka beliau selalu keluar di kaca televisyen TV3 pada slot Buletin Utama jam 8:00 malam. Gaya, suara dan lenggok bahasanya menjadikan dia antara pembaca berita yang dikenali di Malaysia.
Bagaimanapun, Izwan Azir berkata, semalam sesuatu yang luar biasa berlaku pada dirinya setelah terpaksa menjadi bidan terjun untuk membaca berita perniagaan bagi slot Biz World yang memaksanya menyampaikan berita dalam bahasa Inggeris pada jam 5:30 petang.
Mengkut Izwan, pembaca berita asal lewat ke tempat kerja atas sebab-sebab tertentu.
Izwan menulis status di Facebooknya dengan menggunakan beberapa hashtag bagi menggambarkan perasaan dan emosinya ketika membaca berita yang asing baginya itu.
Tapi bagi kami, Izwan melakukan satu tugas yang baik dalam menyampaikan berita tersebut walaupun nampak sedikit gugup dan kertas sedikit bergetarr... - SiakapKeli.com

Dana Haji Jasman dikesan kembali aktif
Kuala Lumpur: Selepas tiga tahun menghilang, skim pelaburan haram terkenal Dana Haji Jasman dikesan muncul kembali dengan muslihat baru. Kali ini dalang skim itu mendakwa mahu mengagihkan dana tabung emas raja-raja Melayu bernilai berpuluh bilion dolar di Bank Dunia dengan pelabur dijanjikan pulangan lumayan sehingga RM50 juta bersama bonus sebuah kereta mewah.
Penganjur skim cepat kaya itu dikesan memperkenalkan beberapa pakej pelaburan baru kepada orang ramai dengan pulangan dianggap tidak munasabah mencecah 10,000 kali ganda dari wang dilaburkan.
Berdasarkan maklumat diperoleh, sindiket itu menawarkan empat pakej pelaburan serendah RM100 yang membolehkan pelabur mendapatkan pulangan ‘durian runtuh’ sebanyak RM1 juta selain sebuah kereta mewah.
Pelabur juga boleh memilih pakej B iaitu membabitkan pelaburan RM300 yang membolehkan pelabur memperoleh pulangan ‘durian runtuh’ sebanyak RM3 juta bersama kereta mewah model Mercedes- Benz C200. ANTARA pakej penipuan skim cepat kaya terbaru dikenali Tabung Emas Raja-Raja Melayu. Sumber polis berkata, siasatan mendapati sindiket turut memperkenalkan pakej C dengan pelaburan sebanyak RM500 bagi memperoleh keuntungan RM20 juta dan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz E400. “Selain itu terdapat juga pakej D membabitkan pelaburan sebanyak RM1,000 yang menjanjikan pulangan RM50 juta serta kereta Mercedes-Benz S350.

Torres Akan Jadi 'Penjaring Paling Penting' Pada Musim 2016 - TMJ
JOHOR BAHARU, 2 Sept (Bernama) -- Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda telah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah telah pun bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun.
"Kami telah memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi 'penjaring paling penting' untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016," katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin hari ini.
Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.
Tunku Ismail bertitah antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini bermain dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina, Javier Saviola.
Saviola kini bermain dengan kelab Serie A Itali, Hellas Verona.
Ditanya mengapa JDT berminat mendapatkan Torres walaupun beliau gagal menyinar ketika di Chelsea, Tunku Mahkota bertitah, penyerang Sepanyol itu merupakan pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkebolehan.
"Walaupun prestasinya di Chelsea kurang memberangsangkan, tetapi kita juga kena lihat prestasinya ketika di Liverpool dan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol," titahnya.
Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan bekas penyerang utama kelab Itali, Inter Milan, kelahiran Argentina, Diego Milito turut berminat bermain untuk Harimau Selatan.
Baginda bertitah, kesemua pemain import JDT pada musim ini akan dikekalkan untuk musim 2015, manakala barisan pemain tempatan akan diubah dengan kemasukan muka baharu daripada beberapa pasukan.
Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan lima pemain tempatan JDT yang bakal digantikan dengan muka baharu itu dengan alasan ia akan mengganggu moral pemain Harimau Selatan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia.
Empat pemain import JDT pada musim ini adalah Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dari Argentina, pemain pertahanan Brazil Marcos Antonio Santos serta Hariss Harun dari Singapura.
Ditanya mengenai kegagalan mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Cameroon, Samuel Eto'o, baginda bertitah, bekas penyerang terbaik Afrika itu meminta bayaran tinggi dan di luar kemampuan pasukan selatan tanah air itu.
"Dia (Eto'o) meminta bayaran tinggi," titah baginda tentang rundingannya dengan Eto'o yang kini beraksi dengan kelab di Merseyside dalam Liga Perdana Inggeris, Everton.
Mengenai masa depan ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak, baginda bertitah, kedudukan pengendali kelahiran Croatia itu adalah selamat dan akan terus mengendalikan juara Liga Super itu pada musim depan.
JDT 2 pula kata baginda, akan mempunyai jurulatih import pada musim depan, manakala bekas penyerang pasukan Johor pada tahun 80-an, Ervin Boban pula akan melatih pasukan Johor pada Piala FAM musim depan.- BERNAMA
TOP
Penjenayah Berjaya Lepas Ciri Keselamatan TAC, RM100K Lesap
Mungkin ramai yang menyangka perkhidmatan perbankan internet adalah selamat. Ciri-ciri seperti TAC yang membolehkan kod dihantar kepada tuan akaun melalui telefon bagi mengesahkan transaksi. Namun, baru-baru ini terdapat satu kes, yang mana merungkai bagaimana penjenayah melepasi ciri TAC ini.
Melalui laporan malaysiagazette.com, kes itu merupakan satu kes yang terancang. Mangsa dilaporkan kehilangan RM100,000 dari akaun perbankan Internet syarikatnya diceroboh.
Berikut adalah teknik bagaimana penjenayah tersebut melakukan jenayahnya. :
Penjenayah mencuri identiti mangsa
Penjenayah kemudian membuat laporan kehilangan telefon bimbit kepada syarikat telekomunikasi menggunakan identiti mangsa
Penjenayah kemudian memperoleh kad sim baru dengan nombor telefon mangsa yang membolehkan dia menerima kod TAC yang merupakan ciri keselamatan utama bagi setiap transaksi.
Setelah mangsa sedar ada gangguan pada perkhidmatan telefonnya, dia membuat aduan kepada syarikat telconya dan mendapati perkhidmatannya telah diberhentikan. Tanpa rasa syak wasangka, mangsa hanya berpuas hati apabila dia mendapat kembali perkhidmatan telefonnya disambung semula.
Mangsa hanya sedar akaunnya telah diceroboh apabila dia mendapati RM100,000 hilang dari akaun syarikatya pada pagi Jumaat.
"Hasil pemeriksaan dengan bank, saya diberitahu bahawa sebanyak 20 transaksi telah berlaku tanpa pengetahuan saya dari pukul 11 malam Khamis sehingga pukul 1.19 pagi Jumaat.
"Bank memberitahu bahawa semua transaksi diluluskan selepas TAC yang betul diberikan," kata mangsa yang bernama Chen.
Chen,mangsa ,memeriksa semula kandungan SMS dalam telefon dan mendapati ada satu SMS dihantar oleh syarikat telekomunikasi kira-kira pukul 10 malam memberitahu ada permohonan penukaran kad sim.
"Saya pada masa itu sudah tidur dan hanya sedari sms itu pada pagi Jumaat," katanya.
Chen percaya, penjenayah berjaya melepasi semua proses membuat permohonan kad sim baharu dengan identitinya yang telah dicuri sebelum ini. Lebih bijak, penjenayah itu melakukan aktiviti haramnya pada pukul 10.00 malam dan keatas bagi mengelakkan sebarang kecurigaan oleh mangsa.
Mangsa telah membuat laporan polis di Petaling Jaya. - SiakapKeli.com

Maxis Dan Astro Nafi Tuduhan Salah Laku Di India
KUALA LUMPUR – Maxis Communications Bhd (MCB) menafikan dakwaan bahawa syarikat itu memaksa pengendali telefon mudah alih India, Aircel Ltd, menjual kepentingannya pada 2006.
“MCB menyangkal dan menolak sebarang dakwaan salah laku dalam hal ini dan yakin tuduhan berkenaan tidak berasas sama sekali,” kata MCB dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Mengikut syarikat itu, MCB akan melaksanakan semua remedi undang-undang yang ada memandangkan jelas kurangnya bukti kukuh.
Syarikat juga akan mendapatkan perlindungan perjanjian pelaburan antarabangsa, katanya.
Pada Jumaat lalu, Biro Siasatan Pusat India, memfailkan dakwaan dalam kes Maxis-Aircel terhadap empat individu, termasuk pemilik Maxis, taikun T Ananda Krishnan dan eksekutif kanannya, Ralph Marshall.
Mereka telah didakwa dengan tuduhan konspirasi jenayah dan pelbagai peruntukan Akta Pencegahan Rasuah, serta mendakwa bekas Menteri Telekom India Dayanidhi Maran menggunakan pengaruhnya untuk membantu Ananda Krishnan memperoleh Aircel dengan dakwaan memaksa pemiliknya, Chinnakannan Sivasankaran.
Selain MCB, satu lagi syarikat yang dikaitkan dengan Ananda, Astro All Asia Networks Limited (AAANL) turut mengeluarkan kenyataan malam tadi menafikan salah laku dalam urusan pengambilalihan saham dalam Sun Direct TV Private Ltd pada 2007.
“Walaupun belum dimaklumkan secara rasmi sebarang tuduhan, AAANL mendapati tiada asas tuduhan terhadapnya. AAANL menafikan tuduhan itu dan menganggapnya sebagai tidak berasas,” kata syarikat itu.
Kedua-dua pelaburan dibuat secara terlus selepas memperoleh semua kelulusan berkaitan di India dan Malaysia termasuk pemegang saham AAANL, Lembaga Penggalakkan Pelaburan Asing India dan Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal Ekonomi.
“Dakwaan itu tidak bersandar fakta dan mempertikaikan standard tadbir urus korporat di India dan Malaysia,” kata kenyataan itu.
Mengikut AAANL, ia adalah entiti berasingan dengan MCB yang mana tidak ada pemilikan saham bersilang antara kedua-duanya. – BH Online
TOP
BSN yakin deposit SSP capai RM3b
Akhsan (tengah) ketika sidang media.
BANK Simpanan Nasional (BSN) yakin sasaran jumlah deposit RM3 bilion untuk Sijil Simpanan Premium (SSP) mampu dicapai sehingga penghujung tahun ini. Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Jabatan Pengedarannya, Akhsan Zaini berkata, setakat ini pihaknya telah meraih jumlah deposit RM2.6 bilion untuk produk berkenaan di seluruh negara. Menurutnya, baki sasaran RM0.4 bilion itu yakin diraih dalam empat bulan akan datang berdasarkan komitmen baik daripada pelanggan. “Ini secara tidak langsung menggalakkan semua pihak khususnya generasi muda untuk menabung,” katanya pada sidang media selepas pengumuman Cabutan Bulanan dan Pemenang Cabutan Tempatan SSP dan Cabutan Istimewa Bulan Ogos 2014 di Plaza Angsana, baru-baru ini. Pemenang bagi cabutan bagi Ogos akan membawa pulang sebuah kereta mewah Mercedes Benz C200 manakala cabutan tempatan pula sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Extreme. Manakala lima pemenang cabutan istimewa membawa pulang SSP bernilai RM100, 000 setiap seorang selain hadiah tempat kedua berupa pakej pelayaran eksklusif untuk 18 penyimpan SSP BSN yang bertuah. Pada tahun ini, orang ramai berpeluang memperoleh ganjaran menerusi SSP kerana BSN menambah kepada 34 cabutan berbanding 26 cabutan tahun lalu. -sinar

10 masjid tercantik di dunia
Masjid Qol Shariff, Rusia
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi
Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.
2) Masjid Nabawi
Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi Muhammad SAW.
3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin
Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
4) Majid Zahir, Kedah, Malaysia
Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.
5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.
6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India
Terletak di Bhopal, India, masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan sebagai sekolah agama.
7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia
Dahulu, masjid ini adalah masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.
8) Masjid Sultan, Singapura
Terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960 dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai monumen kebangsaan.
9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan
Ia masjid terbesar di selatan timur dan selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi pada 1990-an.
10) Masjid Qol Shariff, Rusia
Ia adalah salah satu masjid terkenal di Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam. - SUMBER: www.indiatvnews.com

Anak pemuas nafsu bapa
JERTIH - Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.
Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.
Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.
Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.
Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.
“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya.
Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.
Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.
Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.
“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.-sinar
TOP
'Chicharito akan berjaya di Madrid'
Hernandez dipinjamkan ke Madrid bagi tempoh semusim.
BEKAS penyerang Real Madrid kelahiran Mexico, Hugo Sanchez yakin Javier Hernandez bakal meraih banyak kejayaan bersama Los Blancos musim ini. "Saya yakin Chicharito akan berjaya di Real Madrid. Begitu juga dengan Raul Jimenez di Atletico Madrid dan Aquino di Rayo Vallecano. "Tentu saja menyertai Madrid merupakan langkah bijak. Kelab itu sudah merangkul banyak koleksi gelaran sejak kebelakangan ini. "Saya mengucapkan salam kejayaan kepada Chicharito dan semoga dia mendapat hasil lumayan," katanya. Hernandez yang akrab disapa Chicharito, secara rasmi berpindah ke Santiago Bernabeu musim panas ini selepas majikannya, Manchester United setuju melepaskannya sebagai pemain pinjaman selama satu musim. -sinar

'Pecah muka jika bergerak’
Samsudin menunjukkan parang digunakan perompak tersebut yang ditinggalkan dan sofa tempat anak saudaranya diserang ketika sedang tidur.
ROMPIN – “Kami tidak melawan... terpaksa menurut segala arahan penyamun yang bersenjatakan parang itu kerana jika ingkar, mereka ugut untuk pecahkan muka kami”. Demikian kata seorang penduduk Kampung Sabak, Albiah Nala Muhammad, 53, yang trauma selepas rumahnya dipecah masuk tiga lelaki bertopeng yang melarikan wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Proton Waja. Albiah Nala yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, dekat sini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi semalam ketika dia bersama suaminya, Samsudin Ibrahim, 59, sedang tidur di dalam bilik manakala seorang anak saudara lelakinya, Samsuddin Mohamad Azimi, 34, pula tidur di ruang tamu. “Saya tersedar dari tidur kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam) selepas terdengar suara seperti orang sedang bergelut dan pelik kerana bunyi televisyen kuat berbanding biasa. “Dek kerana curiga, saya bertindak keluar bilik untuk melihat apa yang sedang berlaku namun apabila pintu bilik dibuka, seorang penyamun terus menerkam dan mengacukan parang ke leher saya dan suruh saya duduk diam dalam bilik,” katanya. Katanya, penyamun itu kemudian bertindak mengikat mereka bertiga dan dikumpulkan dalam sebuah bilik sebelum menggeledah seluruh rumah mengambil barang-barang berharga. “Suami dan anak saudara saya diikat di bahagian kaki serta tangan selain diselubung dengan kain. “Anak saudara saya turut diikat di bahagian mulut dan ditetak dengan belakang parang menyebabkan dia luka di belakang tapak tangan serta bengkak di siku. “Selepas kesemua penyamun itu keluar dari rumah dan melarikan diri dengan menaiki Proton Waja milik saya, kami berjaya membuka ikatan sendiri dan terus menghubungi polis,” katanya. Dalam pada itu, Samsuddin yang ditemui di Hospital Rompin menyatakan dia hanya mengalami cedera ringan. Menurut Samsuddin, pada pagi kejadian itu, dia tidur jam 4.30 pagi di ruang tamu selepas selesai menonton televisyen. “Kurang setengah jam terlelap, tiba-tiba saya tersedar apabila seorang perompak bertindak mengambil bantal peluk dan menutup muka saya manakala dua lagi memegang kaki serta tangan saya. “Mungkin kerana saya banyak cakap ketika itu, mereka kemudian menetak saya dengan belakang parang namun saya cuba halang dengan keadaan tangan yang terikat bagi menyelamatkan diri,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, siasatan awal mendapati dua daripada suspek adalah lelaki warga tempatan manakala seorang lagi lelaki warga Indonesia. “Ketiga-tiga suspek yang memakai topeng itu dipercayai masuk ke kediaman mangsa menggunakan pintu hadapan dengan mengumpil pintu gelangsar. “Jumlah kerugian masih dalam siasatan dan orang ramai diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Rompin di talian 094145999 jika terdapat sebarang maklumat,” katanya. -sinar

Peragut ditahan ketika lapor motor hilang
KANGAR - Seorang daripada dua remaja lelaki yang membuat laporan kehilangan motosikal di Balai Polis Jitra hari ini, dipercayai takut selepas disoal bapanya berhubung perkara itu, ditahan kerana terbabit dalam satu kes ragut seorang peniaga pasar borong di Kampung Sena di sini, sebelum ini.
Ketua Polis Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, remaja berumur 16 tahun itu dan seorang rakan dari Kodiang, kira-kira 20 kilometer dari Kangar, dipercayai meragut Abdul Karim Abdul Rahman, 50, pada kira-kira 4 pagi.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek dipercayai memukul tangan kiri mangsa yang bersiap untuk keluar berniaga dengan batang besi sebelum melarikan beg mengandungi RM2,000 dan seunit telefon bimbit.
Katanya, suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal namun terbabas dan melanggar pagar sebuah rumah di Jalan Datuk Ahmad ketika bertembung dengan kereta peronda polis kira-kira 20 minit kemudian.
Mereka bagaimanapun dapat meloloskan diri dengan meninggalkan motosikal, batang besi dan beg berkenaan.
Abdul Rahman berkata, polis yang sedia maklum berkaitan kes itu melalui sistem amaran menahan remaja berkenaan, yang disyaki menggunakan motosikal bapanya untuk melakukan jenayah ragut.
Beliau berkata, seorang lagi rakan suspek, juga berusia belasan tahun, dicari bagi membantu siasatan kes. - Bernama
TOP
Lagi jadi mangsa gores dan menang
Nor menunjukkan laporan polis selepas menyedari ditipu.
KUANTAN - Seorang wanita tidak percaya akan menjadi mangsa gores dan menang kerana dia adalah antara individu yang sangat prihatin dengan perkara itu sejak kes berkenaan berleluasa di daerah ini. Menurutnya, dia sentiasa mengingatkan ahli keluarga supaya tidak terpedaya dengan pekerja gores dan menang yang sentiasa ‘mengejar’ pelanggan di lokasi tertentu. Bagaimanapun, katanya, taktik licik agen gores dan menang yang menukar kaedah menambat hati pelanggan mereka mengakibatkan dia kehilangan RM10,000 dalam sekelip mata. Nor Mohd Yunus (bukan nama sebenar), 24, berkata, sebelum ini, dia ada mendengar mengenai taktik agen berkenaan yang bijak memutar belit sehingga pelanggan mengikut sahaja arahan mereka sehingga sanggup mengambil wang di bank dalam sekelip mata. “Tapi kali ini, kejadian itu berlaku pada saya sendiri. Mereka sangat licik dan pandai bercakap dan saya seolah-olah dipukau kerana mengikut sahaja arahannya,” katanya. Katanya, ketika kejadian, dia bersama suami dan seorang anak sedang memakir kereta di hadapan gedung membeli-belah di bandar dan tiba-tiba didatangi dua lelaki yang memujuknya supaya memilih kad. Nor berkata, dia pada mulanya memang tidak mahu melayan kerana menganggap itu adalah sindiket gores dan menang tetapi melihatkan kepada peralatan yang digunakan, dia terus mengambil kad berkenaan. Ketika itu, katanya, dua lelaki terbabit sudah memulakan ‘tugasnya’ dengan memujuk sehingga dia dan suaminya membawa mereka mengeluarkan wang di dua bank berasingan. Lebih mengecewakan, lelaki terbabit membawa mereka ke pejabatnya di Jalan Haji Ahmad tetapi mereka dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit. “Mereka turut menunjukkan beberapa gambar yang disiarkan dalam akhbar mengenai kejayaan individu bertuah yang menerima hadiah istimewa termasuk kereta dan wang dalam jumlah yang banyak. “Lelaki itu juga mendakwa mereka tidak pernah disiasat polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana menjalankan perniagaan sah malah turut menjadi tumpuan akhbar mengambil gambar pemenang,” katanya. Nor mendakwa, dia pada mulanya teragak-agak menyerahkan wang sebanyak itu tetapi mengalah dan mengambil resit sebelum menerima barang yang diberikan iaitu tilam, dapur elektrik dan penapis air. Menurutnya, selepas menyedari ditipu, Nor yang tinggal di Ladang Jabor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. “Kami kembali semula ke pejabat itu dan berjumpa dengan agen yang mengambil wang kami tetapi mereka mula berkasar dan tidak mahu memberikan wang berkenaan malah mendakwa mereka tidak menipu,” katanya. Atas keselamatan, katanya, Nor dan suaminya terpaksa pulang dengan berputih mata tanpa mendapat semula wang berkenaan. -sinar

Saham MAS meningkat dua peratus
SAHAM Malaysia Airlines (MAS) naik dua peratus pada sesi awal dagangan semalam susulan pengumuman mengenai pelan penyusunan semula syarikat itu oleh Khazanah Nasional Bhd, Jumaat lalu.
Pada 10.57 pagi, saham syarikat penerbangan negara itu meningkat setengah sen kepada 25.5 sen, dengan 21.810.000 saham diniagakan.
Pelan penyusunan semula MAS oleh Khazanah Nasional itu yang sudah lama ditunggu-tunggu, melibatkan 12 langkah untuk MAS kembali mencatat keuntungan pada 2017.
Pelan itu termasuk mewujudkan sebuah syarikat baharu untuk menempatkan operasi MAS pada Julai 2015 dan pembiayaan sehingga RM6 bilion untuk penstrukturan semula.
Tindakan juga akan dilakukan bagi memudahkan penyenaraian semula syarikat penerbangan yang bermasalah itu menjelang 2020.
Rancangan penyenaraian itu termasuk jualan penuh atau sebahagian kepentingan Khazanah dalam syarikat penerbangan itu kepada pelabur strategik yang bersesuaian, kata AllianceDBS Research dalam nota penyelidikannya.
“Kami menjangkakan tambang promosi semasa ditawarkan MAS akan berakhir tidak lama lagi memandangkan pelan 12 langkah itu memerlukan MAS beri penekanan baharu ke atas pengurusan hasil,” katanya.
Memandangkan kasar pemampatan hasil semasa disebabkan tambang diskaun MAS, firma penyelidikan itu menjangkakan strategi baharu itu kelak akan meningkatkan hasil industri kepada tahap yang lebih mampan pada masa hadapan.
“Kami percaya MAS akan kekalkan statusnya sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, yang menawarkan tempat duduk dengan perkhidmatan lebih premium kerana ia merancang untuk kekal sebagai ahli pakatan Oneworld,” katanya.
AllianceDBS juga tidak menjangkakan operasi serantau jarak dekat AirAsia terjejas ekoran rancangan MAS mengubah syarikat itu menjadi syarikat penerbangan serantau.
Seiring fokus baharu ke atas hasil pendapatan, MAS mungkin mengenakan bayaran tambang lebih tinggi bagi produk pemeriksaan masuk utamanya pada masa depan. - Bernama
TOP
Balas SMS terus dari desktop
PUSHBULLET, salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna melihat notifikasi dari peranti Android terus pada desktop.
Beberapa fungsi sedia ditambah dari hari ke hari, dan terkini menyertakan sokongan untuk membalas SMS terus dari desktop.
Fungsi ini bukan sesuatu yang baharu, di mana pihak Pushbullet telah memperkenalkan sokongan tersebut untuk aplikasi EvolveSMS sebelum ini memandangkan ia memerlukan sebuah API khusus untuknya ketika itu.
Kini, setelah kemas kini, pihak Pushbullet membolehkan sokongan untuk membalas SMS terus pada desktop tanpa mengira sebarang jenis aplikasi.
Sebaik sahaja memasang aplikasi Pushbullet untuk Android dan pada Chrome, pengguna akan dapat melihat notifikasi SMS yang diterima pada desktop bersama-sama sebuah butang Reply khas untuk membalas SMS. Sebaik sahaja klik pada butang Reply, ia akan membuka sebuah tetingkap kecil untuk menaip mesej dan membalas menggunakan desktop.
Bagi yang menggunakan Android, mungkin boleh mencuba Pushbullet bagi memudahkan membalas SMS terus dari desktop.-sinar
TOP
Tarik subsidi secara berperingkat
Industri pertanian perlu dikecualikan penarikan subsidi kerana jika turut terlibat akan memberi impak besar dari segi kekurangan makanan.
SHAH ALAM - Penarikan subsidi dalam sektor tertentu di negara ini boleh dibuat, namun perlu dilakukan secara berperingkat agar masyarakat tidak terkejut dan berasa terbeban. Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, tempoh paling minimum untuk menarik subsidi sekurang-kurangnya adalah lima tahun bagi memberi masa kepada semua pihak khususnya industri untuk membuat penyesuaian. "Bagaimanapun perlu diingat, tidak semua sektor boleh ditarik subsidi, contohnya industri pertanian kerana ia akan memberi impak besar dari segi kekurangan makanan. "Semua negara di dunia tidak kira negara Eropah, Jepun dan lain-lain memang akan ada subsidi untuk sektor pertanian kerana ia sumber bekalan makanan negara," katanya ketika dihubungi. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini berkata, kos sara hidup dan rasionalisasi subsidi akan terus menjadi fokus kerajaan dalam persediaan Bajet 2015 yang dijangka dibentangkan di Parlimen, bulan depan. Menurut Shazali, jika penarikan atau pengurangan subsidi dilaksanakan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu oleh kerajaan. "Jika subsidi ditarik, semua cukai kerajaan perlu dihapuskan atau dikurangkan, gaji minimum seseorang individu itu juga perlu dinaikkan supaya mereka boleh 'hidup' dan kebajikan golongan miskin dari aspek rumah, perubatan serta makanan perlu dibantu. "Apabila kesemua asas itu dipenuhi, maka semua pihak akan dapat melihat penarikan subsidi itu sebagai sesuatu yang rasional. Malah kebanyakan negara maju yang menarik subsidi berjaya kerana mereka dapat penuhi kesemua asas tersebut," katanya. Katanya, jika subsidi ditarik dan cukai pula meningkat, keadaan ini lebih membebankan dan menyebabkan rakyat tidak dapat menerima perubahan tersebut. Shazali juga menolak hujah sesetengah pihak bahawa subsidi tidak perlu dikurangkan jika ketirisan dalam kerajaan dapat dikurangkan. Menurutnya, kerajaan perlu mengurangkan kedua-duanya. Beliau berkata, pengurangan subsidi perlu dibuat bagi mengelakkan mentaliti yang terlalu bergantung kepada subsidi dan sukar menerima perubahan. "Ketirisan juga perlu dikurangkan serta merta kerana ia antara punca yang menyumbang kepada defisit kerajaan," katanya. -sinar

Samsung Gear S hadir dengan ruangan SIM
SAMSUNG memperkenalkan satu lagi jam tangan pintar baharu, Gear S.
Menariknya peranti ini boleh beroperasi untuk membuat panggilan telefon dan menerima mesej walaupun tanpa perlu dihubungkan ke telefon pintar dengan sokongan modem 3G yang disertakan pada perantinya. Ia sekali gus membolehkan pengguna menyertakan kad-SIM pada jam tangan ini.
Gear S turut memiliki skrin bersaiz 2-inci Curved Super AMOLED, beserta tali jam tangan boleh diubah. Sokongan S-Voice juga disertakan pada peranti ini selain perkara lain seperti S-Health dan Nike+ Running.
Pengguna boleh memilih sama ada ingin menghubungkan ia ke peranti lain menggunakan Bluetooth ataupun menggunakan rangkaian 3G untuk beroperasi.
Bersama-sama Gear S, Samsung turut memperkenalkan Gear Circle, fon telinga dengan sokongan Bluetooth untuk memudahkan pengguna menerima panggilan, membuat arahan suara, dan juga mendengar lagu.
Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan ke pasaran global bermula Oktober ini. - Sumber rujukan: Samsung
TOP
Jam tangan pintar LG dengan skrin bulat
SELEPAS beberapa teaser sebelum ini, LG memperkenalkan jam tangan pintar berasaskan Android Wear terbaharu yang hadir dengan skrin bulat, lebih kurang sama seperti Moto 360.
LG G Watch R ini hadir dengan skrin bulan 1 inci Plastik OLED, dan hadir dengan sokongan kalis air, serta tali strap yang boleh digantikan.
Peranti turut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 1.2GHz, memori sebanyak 512MB RAM dan juga ruangan storan sebesar 4GB.
Sokongan sensor untuk memantau denyutan jantung juga ada pada peranti ini, selain beberapa ciri-ciri memfokuskan kecergasan.
Secara kasarnya ia seperti bentuk jam tangan biasa, dengan butang kuasa yang dilihat seumpama tombol kawalan masa pada jam tangan biasa.
Buat masa ini, harga jualannya belum diumumkan dan LG menyasarkan memasarkannya sekitar Oktober atau November. - Sumber rujukan: Engadget
TOP
Sistem kewangan Malaysia kekal kukuh
KUALA LUMPUR - Peluang pelaburan luas bagi pengurus dana antarabangsa di Malaysia dan dalam kalangan syarikat-syarikat awam yang disenaraikan dalam negara, memandangkan asas-asas pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata sistem kewangan Malaysia kekal kukuh dan menyokong ekonomi.
"Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar dianggarkan kekal pada 5 hingga 5.5 peratus setahun pada 2014 dan 2015, manakala mudah tunai dalam sistem perbankan kekal kukuh dengan nisbah pinjaman-deposit sebanyak 85.8 peratus dan penerimaan simpanan tetap sebanyak 92.3 peratus sehingga Jun 2014.
"Purata kadar inflasi kekal rendah, manakala pelaburan langsung asing meningkat 24.6 peratus kepada RM38.2 bilion daripada 2012, dan pelaburan langsung pada separuh pertama tahun ini berjumlah RM17.2 bilion," kata beliau dalam ucap tama pada Invest Malaysia 2014, anjuran bersama Maybank Kim Eng dan Bursa Malaysia, di London semalam.
Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini.
Invest Malaysia London, yang berlangsung selama dua hari dan berakhir hari ini, menarik penyertaan lebih 60 pengurus dana yang mewakili 48 syarikat pengurus dana dengan aset di bawah pengurusan lebih US$13.3 trilion.
Sebanyak 13 syarikat multinasional paling banyak dilabur yang disenaraikan di Bursa Malaysia diwakili pada majlis itu.
Bank Dunia telah meletakkan Malaysia di kedudukan keenam bagi mudah menjalankan perniagaan, naik dua anak tangga dari tempat kelapan pada 2013.
Malaysia juga diletakkan pada tempat ke-12 oleh IMD yang berpangkalan di Switzerland, sebagai antara negara yang paling berdaya saing di peringkat dunia.
Ranking itu juga meletakkan Malaysia di hadapan negara-negara maju seperti Korea, United Kingdom, Australia, Taiwan dan Jerman.
Dalam Laporan Daya Saing Global 2013-2014, Forum Ekonomi Dunia meletakkan Malaysia di tempat ke-14 dalam kalangan 148 negara. - Bernama
TOP
Krisis Selangor: PKR Berkeras Mahu Wan Azizah
PKR berkeras menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap berkeras mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi mengisi jawatan menteri besar Selangor. Pendirian itu sekaligus dilihat tidak menepati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih daripada dua calon untuk dipetimbangkan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa parti itu hanya mempersembahkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Majlis Pimpinan Pusat PKR yang baharu dipilih telah bermesyuarat pada 2 September (Selasa) untuk membincangkan pendirian kepemimpinan baharu mengenai isu menteri besar Selangor. "Oleh itu kami menegaskan sekali lagi keputusan yang dibuat pada 21 Julai lalu yang bersetuju sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar," katanya menerusi kenyataan pada Rabu. Sebelum ini mStar online melaporkan bahawa PKR sudah menghantar surat jawapan kepada pihak istana pada Isnin lalu berhubung cadangan nama menteri besar. Sementara itu Saifuddin berkata, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut mengulangi sokongannya terhadap Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan berkenaan. Pada 26 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin menangguhkan peletakan jawatan Khalid sebagai menteri besar Selangor. Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu selewat-lewatnya pada 3 September (hari ini, Rabu). Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan PAS tetap berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu untuk mencalonkan Azmin sebagai calon kedua jawatan menteri besar. Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua juga mengesahkan hanya nama Dr Wan Azizah dimasukkan dalam surat jawapan kepada istana yang dihantar pada Selasa. - mstar

Piala Malaysia: Felda United Berjaya Elak PDRM
Felda United FC muncul juara Kumpulan A selepas menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan mengumpul 13 mata.
KUALA LUMPUR: Felda United FC berjaya mengelak daripada bertemu dengan juara Kumpulan D, Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila muncul juara Kumpulan A selepas menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan mengumpul 13 mata. 'The Fighters' meraih mata penuh selepas menewaskan Lions XII 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang pada Selasa malam. Pemain import dari Liberia Zah Rahan Krangar meledak gawang lawan pada minit kesembilan sebelum Faris Ramli menyamakan kedudukan pada minit ke-22. Anak buah Irfan Bakti mengukuhkan kedudukan apabila Indra Putra Mahyuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-26 sebelum pemain import Ndumba Makeche melengkapkan kemenangan The Fighters pada minit ke-28. Pahang kekal selaku naib juara Kumpulan A, selepas terikat 1-1 dengan pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor. JDT II membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti pemain import Nicolas Delmonte selepas Jose Manuel Carrasco dijatuhkan pemain pertahanan Pahang. Pada minit ke-65, kedua-dua pasukan dihukum bermain dengan 10 pemain selepas Matias Ruben (Pahang) dan Jose Manuel Carrasco (JDT II) dilayangkan kad merah apabila berlaku kekasaran, sebelum Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi jaringan pemain import Zeshan Rehman. Imej tuan rumah Kelantan tercalar di hadapan penonton sendiri apabila tewas kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 0-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Gol kemenangan JDT diperoleh menerusi pemain import dari Argentina Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-27, Jasazrin Jamaludin (minit ke-47) dan Luciano Gabriel Figueroa (minit ke-67). Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, tuan rumah melengkapkan perlawanan dengan kemenangan pertama mereka selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1. Hairuddin Omar meletakkan pasukan pelawat di hadapan selepas menjaringkan gol pada minit ke-36, sebelum Pulau Pinang bangkit mencari dua gol kemenangan pada babak kedua menerusi pemain import Luiz Ricardo pada minit ke-50 dan Lee Gil Hoon pada minit ke-62. Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan malam ini, Felda United FC, Pahang, JDT dan Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir manakala empat perlawanan malam esok akan menyaksikan tiga pasukan lagi bakal mengiringi PDRM ke suku akhir.

Stesen TV Swasta, Akhbar Diminta Tarik Balik Laporan - Presiden PAFA
IPOH, 2 Sept (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) meminta sebuah stesen televisyen swasta dan sebuah akhbar menarik balik laporan yang mendakwa penyokong Perak terbabit dalam rusuhan di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu lepas.
Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata laporan itu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada peminat bola sepak negeri malah seluruh rakyat Perak yang menetap di Sarawak.
"Orang sekeliling akan menganggap yang kononnya rakyat Perak ini teruk, suka memukul dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Perlombongan dan Pengkuarian Berhemah di sini hari ini.
Beliau berkata realitinya, sejak awal lagi, PAFA menerima surat daripada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang melarang peminat dan penyokong Perak hadir menyaksikan perlawanan pada Sabtu lepas sebagai langkah keselamatan.
"Kami menghormati keputusan FAS, dan ini jelas menunjukkan bahawa penyokong Perak tidak terlibat dalam provokasi tersebut seperti yang dilaporkan," katanya.
Zainol berkata pihaknya tampil membuat kenyataan itu bagi membetulkan laporan berkenaan kerana ia memberi tanggapan yang buruk kepada PAFA.
Beliau berkata PAFA tidak mahu memanjangkan isu itu kerana ia mengakibatkan hubungan tidak sihat berlaku kepada peminat bola sepak di seluruh Malaysia.
"Kita berada dalam satu negara, bermain dalam liga yang sama, sepatutnya tahap sokongan kita itu adalah berlandaskan kepada kewajaran, bukan atas faktor emosi," katanya.
Beliau berkata secara rasmi, PAFA menghantar laporan insiden berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Insiden itu tercetus selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1, mengakibatkan skuad Ngap Sayot tersingkir dalam kempen Piala Malaysia dan menyaksikan penyokong bertindak agresif dengan masuk ke dalam padang sebelum memusnahkan papan iklan di situ.
Lebih memburukkan keadaan, di luar stadium, sekumpulan penyokong fanatik bertindak membaling sekurang-kurangnya empat suar ke arah deretan kenderaan polis, selain melempar mercun.- BERNAMA
TOP
Kaedah kesan Ebola dalam 30 minit ditemui
TOKYO 3 Sept - Para penyelidik di Jepun semalam menyatakan mereka telah membangunkan satu kaedah baharu untuk mengesan kehadiran virus Ebola dalam masa 30 minit sekali gus membolehkan para doktor mendiagnosis jangkitan maut tersebut dengan lebih cepat.
Profesor Jiro Yasuda dan pasukan penyelidiknya di Universiti Nagasaki berkata, proses yang digunakan mereka jauh lebih murah berbanding sistem sedia ada sekarang yang digunakan di Afrika Barat yang telah membunuh 1,500 mangsa.
Yusada berkata, pasukannya berjaya mencipta satu sistem yang dipanggil ‘primer’ dan hanya bertindak balas dengan gen-gen tertentu yang berkaitan dengan virus Ebola di dalam contoh darah atau cecair badan lain. - AFP
TOP
Kastam rampas rokok bernilai RM4 juta di Pelabuhan Klang dan Johor
PETALING JAYA: Jabatan Kastam Kuala Lumpur merampas lapan unit kontena mengandungi 73.69 juta batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai lebih RM4 juta di Pelabuhan Klang dan Johor dari Januari hingga Ogos lepas.
Pengarahnya, Datuk Mohd Isa Endot berkata, rokok yang dirampas melibatkan cukai lebih RM37 juta.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata siasatan mendapati kegiatan tersebut didalangi oleh sindiket antarabangsa.
Mereka menggunakan Pelabuhan Zon Bebas di Malaysia sebagai transit untuk menyeludup rokok itu ke negara ketiga, kata beliau.
Mohd Isa menyeru orang ramai memberi kerjasama kepada pihak kastam dengan menyalurkan maklumat penyeludupan menerusi talian bebas tol kastam di 1800-88-8855. - BERNAMA
TOP
Justin Bieber Ditahan Polis Lagi
KUALA LUMPUR: Justin Bieber sekali lagi ditahan kali ini atas kesalahan memandu secara merbahaya serta menyerang orang awam selepas terbabit dalam satu kemalangan, lapor CNN.
Pergaduhan berpunca apabila kereta Bieber bertembung dengan sebuah mini van di Kanada pada Jumaat, kata jurucakap polis kepada CNN.
Insiden didakwa berlaku di jalan Perth County, Ontario, iaitu daerah di mana Bieber, 20 dibesarkan.
"Siasatan mendapati selepas kemalangan berlaku, Bieber dan pemandu van mini itu terlibat dalam perbalahan fizikal," kata seorang Pegawai Polis, Kees Wijnands.
Namun begitu, jurucakap Bieber enggan mengulas kejadian berkenaan. - Astro Awani
TOP
Kerajaan KajiGuna Teknologi Terowong - Fadillah
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji penggunaan teknologi terowong dalam industri pembinaan kerana ia didapati menjimatkan kos, efisien dan mesra alam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, teknologi itu dianggap sebagai penyelesaian terbaik bagi menangani masalah peningkatan kos untuk penyelenggaraan cerun.
"Sejak lima tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM470 juta di seluruh negara untuk mengatasi isu ini dan kami percaya terowong ialah penyelesaian terbaik.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada saya bahawa kos penyelenggaraan cerun di jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands terus meningkat setiap tahun," kata beliau ketika berucap merasmikan Seminar mengenai Terowong dan Struktur Bawah Tanah, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembangunan ruang bawah tanah melalui teknologi terowong mewujudkan lebih banyak hartanah untuk menjana kekayaan negara memandangkan bandaraya seperti Kuala Lumpur mula sesak kerana ruang yang terbatas.
Fadillah berkata, JKR sebagai perunding kepada kerajaan harus memberi keutamaan dan menjalankan usaha bersepadu untuk mengukuhkan jabatan geoteknikal dengan pengambilan kakitangan yang mahir dan mengembangkan kecekapan teras yang diperlukan bagi teknologi ini.
Beliau juga berkata sektor kejuruteraan tempatan dan kontraktor perlu melengkapkan diri dengan teknologi yang diperlukan untuk membangunkan projek pembangunan ruang bawah tanah pada masa depan.
"Saya membuat gesaan ini kepada institusi pengajian tinggi terutama universiti, supaya memasukkan bidang teknologi terowong dalam sukatan pelajaran dan menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ini," kata beliau.
Seminar tiga hari anjuran bersama Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dan Jabatan Kerja Raya mulai hari ini hingga Khamis untuk mengkaji dan membincangkan penggunaan ruang bawah tanah pada masa kini dan masa depan di negara ini. - BERNAMA
TOP
31 Mati Kerana Ebola, Wabak Masih Merebak
KINSHASA 3 Sept - Serangan wabak virus maut Ebola di Republik Demokratik Congo terkini telah membunuh 31 orang dan wabak ini masih merebak dalam kawasan barat laut negara itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.
"Terkini seramai 31 orang maut," kata ketua komunikasi WHO, Eugene Kambambi kepada AFP.
Tambahnya, wabak maut ini masih kekal terkurung di dalam jaringan di sebuah kawasan sekitar 800 kilometer di utara Kinshasa.
Sebelum ini WHO telah memberi jumlah angka yang terkorban mencecah 13 orang dalam negara ini. - AFP
TOP
EPL: Aston Villa sambar Cleverley dari United
LONDON: Aston Villa sudah mengikat pemain tengah Manchester United, Tom Cleverley atas pinjaman semusim selepas berjaya dalam misi mereka sebelum tarikh tutup jendela perpindahan, semalam.
Cleverley, 25, yang hadir daripada sistem akademi United sudah membuat 79 kemunculan untuk juara 20 kali itu. Dia angkat kaki dari Old Trafford selepas menyedari peluang beraksi secara kerap dalam skuad Louis Van Gaal makin tipis.
Dia mengikut jejak langkah dua lagi bekas pemain United. Javier Hernandez kini menyertai Real Madrid atas pinjaman semusim manakala Danny Welbeck dibeli oleh Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai sekitar 16 juta pound (RM80 juta). - AFP
TOP
Keputusan Piala Malaysia
BERIKUT adalah keputusan Piala Malaysia membabitkan Kumpulan A dan C pada Selasa:
Kumpulan A
JDT11 1 - 1 Pahang
FELDA UTD 3 - 1 Lions XII
Kumpulan C
Kelantan 0 - 3 JDT
P Pinang 2 - 1 ATM
- mstar
Kumpulan A
JDT11 1 - 1 Pahang
FELDA UTD 3 - 1 Lions XII
Kumpulan C
Kelantan 0 - 3 JDT
P Pinang 2 - 1 ATM
- mstar
TOP
Kekasih Zul Ariffin Mengaku Cemburu, Terkejut Dituduh Sindir Ayda Jebat
Zul Ariffin (kiri) dan Gayatri
KUALA LUMPUR: Teman wanita kepada aktor Zul Ariffin iaitu Gayatri Su-Lin Pillai terkejut apabila dituduh sengaja memuat naik status sindiran di laman sosial Twitter yang kononnya ditujukan kepada heroin drama bersiri Rindu Awak 200% iaitu Ayda Jebat. Gayatri yang juga Pengurus Besar Astro Shaw berkata, dia sendiri tidak pasti status apakah yang dikatakan itu kerana dia jarang memberi tumpuan kepada media sosial peribadi miliknya atau pun orang lain. "Saya tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut. "Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda," katanya kepada mStar Online. Gayatri ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu tema filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut iaitu Sampai Bila nyanyian Waris dan Mark Adam di Red Box Ria Sogo di sini, Selasa. Filem arahan Mamat Khalid itu akan menemui penonton di pawagam pada 25 September ini.
Ayda Jebat
Gayatri mengulas isu kononnya dia bersikap cemburu terhadap kemesraan Zul dan Ayda yang sama-sama terlibat dalam drama siri berkenaan sehingga menyebabkan hubungan cinta mereka dikatakan mengalami masalah. Dalam pada itu, Gayatri berkata, sebagai seorang manusia biasa dia menganggap sikap cemburu dalam sesuatu hubungan adalah perkara normal dan dia tidak terkecuali daripada perasaan itu. Bagaimanapun kata Gayatri, sebagai seorang penerbit filem dia profesional dan memahami situasi kedua-dua pelakon itu yang perlu mempromosikan drama berkenaan. "Jika saya tidak cemburi pasti ada seauatu yang tidak kena dalam hibungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain," jelasnya. Sementara itu, Gayatri berkata, hubungannya dengan Zul masih berjalan seperti biasa namun dia enggan bercakap lanjut mengenainya. "Saya jarang bercakap soal peribadi kerana ia tidak akan berkesudahan tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih berjalan seperti biasa," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Gayatri berkata lagu Sampai Bila memang digubah khas oleh DJ Fuzz untuk lagu tema filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut. Pihaknya yakin lagu itu akan memberi impak kepada filem tersebut dalam menarik perhatian penonton ke pawagam. "Ia sebuah lagu yang cukup sesuai dengan filem itu dan pihak kami sedang dalam rangka promosi lagu berkenaan," katanya.- mstar

Isu Kereta Hilang: MIG Minta Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tarik Laporan Polis
Sekitar Julai 2014 lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan satu status tulisan Wawa Zainal melalui akaun Twitter mengatakan kereta Suzuki Swift milik beliau telah dicuri dan dilarikan oleh pihak yang didakwa rapat dengan dirinya sebelum ini.
Ramai yang mula berspekulasi ketika itu yang kereta tersebut disembunyikan oleh pengurusan lama Wawa Zainal & Aeril Zafrel iaitu MIG namun David Teo sendiri tampil menafikan yang mereka ada kena mengena dengan isu kehilangan kereta tersebut.
Hari ini kami menerima satu rakaman audio perbualan telefon yang dipercayai antara wakil syarikat MIG dan pengurus Aeril Zafril, Shahriman Wahab yang antara lain meminta supaya pihak Wawa Zainal menarik balik laporan kehilangan kereta tersebut.
Wakil MIG membuat permintaan tersebut selepas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membekukan permohonan untuk memperbaharui cukai jalan ekoran ada laporan polis tentang kehilangan kenderaan tersebut dan mengakui ianya ada dalam jagaan pihak MIG.
Apa yang kami faham dari rakaman perbualan tersebut, kereta Suzuki Swift itu dibeli atas nama MIG atas sebab umur juga kelayakan namun pengurus Aeril Zafrel dedahkan wang pendahuluan kereta itu dibayar oleh Wawa Zainal selain duit pelakon itu terus dipotong sehingga kini.
UPDATE-1: Aeril Zafrel menerusi akaun Instagram beliau turut memuat naik satu status meminta jasa baik David Teo dan pihak MIG untuk memulangkan semua dokumen dan pakaian dalam kenderaan tersebut. Pihak MIG mahu pun Aeril Zafrel, Wawa Zainal sendiri mesti muncul untuk memberikan kenyataan tentang isu ini yang nampaknya belum reda sejak berbulan lama. Dengarkan rakaman perbualan yang kami terima dan nilaikan sendiri.
(rtky/m) - RotiKaya

MH17: Kami Mohon Privasi Semasa Pengebumian - Waris
Aizuddin (kanan) didakwa ditumbuk oleh seorang lelaki yang dipercayai waris tragedi MH17 ketika membuat liputan di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Seorang waris kepada tiga mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang didakwa mengasari seorang jurugambar mendakwa di laman sosial media bahawa keluarganya berulang kali menegaskan kepada media untuk membiarkan mereka bersendirian. Lelaki tersebut yang menggunakan nama Logan Retnam di Facebook berkata, walaupun berulang kali menyebut 'no media', jurugambar tersebut didakwa tidak mengendahkan permintaan tersebut. Sebaliknya, dakwa Logan, jurugambar tersebut merakamkan gambar keluarga dan rakan-rakan mangsa. "Saya tidak faham mengapa media merasakan bahawa kami mahu berkongsi waktu bersendirian dengan mereka. Adakah kami harus berkongsi dengan anda (media) mengenainya. "Sekiranya insiden itu menimpa orang yang anda sayangi, mungkin anda merasakan kesakitan yang sama dan kemarahan yang kami lalui sekarang," katanya. Dalam postingnya, Logan membidas MAS dan petugas pusat pengebumian, lokasi insiden tersebut berlaku kerana tidak menghormati permintaan keluarga untuk merahsiakan butiran pengebumian. "MAS menyiarkan butiran peribadi mengenai rancangan pengebumian sedangkan kami memaklumkan kepada mereka untuk melindungi privasi kami. "Kemudian, petugas pusat pengebumian membiarkan media untuk membuat liputan walaupun keluarga memohon untuk diberikan privasi," katanya. Terdahulu, seorang jurugambar telah ditumbuk oleh seorang waris kepada pelakon tempatan, Subashni J Retnam, atau dikenali sebagai Shuba Jaya. Insiden berlaku semasa pengebumian suaminya, Paul Goes dan anak perempuan mereka, Kaela Maya.- mstar

Maxis Nafi Salah Laku Dalam Pembelian Kepentingan Aircel
KUALA LUMPUR: Maxis Communications Bhd (MCB) menafikan dakwaan bahawa syarikat telah memaksa pengendali telefon mudah alih India, Aircel Ltd, menjual kepentingannya pada 2006.
"MCB menyangkal dan menolak sebarang dakwaan salah laku dalam hal ini dan yakin tuduhan-tuduhan berkenaan tidak berasas sama sekali," kata MCB dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut syarikat itu, MCB akan melaksanakan semua remedi undang-undang yang ada memandangkan jelas kurangnya bukti kukuh.
Syarikat juga akan mendapatkan perlindungan perjanjian pelaburan antarabangsa, katanya.
Pada Jumaat lepas, Biro Siasatan Pusat India, memfailkan dakwaan dalam kes Maxis-Aircel terhadap empat individu, termasuk pemilik Maxis T Ananda Krishnan dan eksekutif kanannya, Ralph Marshall.
Mereka telah didakwa dengan tuduhan konspirasi jenayah dan pelbagai peruntukan Akta Pencegahan Rasuah, serta mendakwa bekas Menteri Telekom India, Dayanidhi Maran menggunakan pengaruhnya untuk membantu Ananda Krishnan memperoleh Aircel dengan dakwaan memaksa pemiliknya, Chinnakannan Sivasankaran.
- mstar
TOP
Guan Eng Minta Pengesahan 11 Anggota PPS Ada Rekod Jenayah
Ahli PPS Koay Teong Chye (tengah) gembira bersama rakan PPS lain selepas dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Isnin
GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang meminta pengesahan berhubung dakwaan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi bahawa 11 daripada 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan Ahad lepas mempunyai rekod jenayah. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga berusaha untuk mengesahkan sama ada terdapat laporan polis atau dakwaan terhadap 11 anggota itu ketika mereka melaksanakan peranan secara sukarela dalam PPS. "Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menegaskan bahawa tiada anggota PPS akan dilindungi jika mereka melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar undang-undang melainkan tertakluk penuh kepada undang-undang. "Penduduk Pulau Pinang boleh membuktikan kerja baik yang telah dilakukan PPS khususnya membantu orang ramai dan polis untuk menjalankan kerja sukarela polis komuniti," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa. Beliau berkata, kerajaan negeri mengulangi sekali lagi bahawa PPS tidak pernah menerima apa-apa aduan bertulis daripada polis. Pada Isnin, Abdul Rahim berkata, 11 daripada 156 anggota PPS Pulau Pinang yang ditahan Ahad lepas mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau iaitu ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, kesalahan mengikut Akta Kastam dan menjadi anggota kongsi gelap. Guan Eng berkata, sekiranya ada sebarang aduan, ia seharusnya dimaklumkan oleh polis kepada anggota exco negeri yang juga Pengerusi PPS Phee Boon Poh atau beliau sendiri. Dalam kenyataannya, beliau berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu sedar bahawa beliau (Khalid) bukan 'maksum' hingga tidak boleh dikritik. Guan Eng menambah, Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya. - mstar

Keputusan MUET Diumum Khamis Ini
KUALA LUMPUR: Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai 2014 akan dikeluarkan pada Khamis ini.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataannya berkata sebanyak 64,701 calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing mulai 10 pagi manakala calon persendirian akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.
Mereka juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip MUET/RESULT/No.Kad Pengenalan dan menghantarnya ke 15888 atau melayari portal MPM http://mpm.edu.my mulai 10 pagi pada hari tersebut.
"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu.
Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 15 Sept 2014 dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapati melalui portal MPM.
Sementara itu, pendaftaran MUET bagi sesi Mac 2015 akan dibuka dari 25 September hingga 3 November 2014.
Pendaftaran adalah secara dalam talian melalui portal MPM atau melalui URL http://online.mpm.edu.my. - mstar
TOP
Bapa MB Terengganu Meninggal Dunia
Ahmad Razif mencium tangan ayahandanya sebaik tiba di rumahnya di Seberang Takir selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu awal tahun ini.
KUALA TERENGGANU: Bapa kepada Menteri Besar Terengganu, Abdul Rahman Mohammad, meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru, pukul 6.15 petang Selasa. Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fauzan Abdul Kadir berkata, Abdul Rahman, 86, menghembuskan nafas terakhir di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sisi beberapa cucunya. Jenazahnya akan disembahyangkan di situ sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seberang Takir, pukul 10 pagi Rabu. Allahyarham meninggalkan sembilan cahaya mata dan dipercayai menghidap penyakit itu sejak Disember tahun lalu.- mstar

Ani Maiyuni Belum Sedia Bersara
Ani Mayuni akan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi selagi diterima peminat.
PETALING JAYA: Penyanyi Ani Maiyuni masih belum terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian biarpun persaingan pendatang baharu semakin sengit mewarnai industri muzik ketika ini. Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 35, berkata, jika dia berbuat demikian ia adalah tidak adil kepada para peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini. "Sekiranya saya mengundurkan diri ia akan mengecewakan peminat kerana sokongan mereka tidak berbelah bahagi dan Alhamdulillah permintaan untuk mengadakan persembahan juga masih ada. "Tambahan pula nyanyian adalah karier tetap dan saya masih ingin perjuangkan irama dangdut kepada peminat," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Ani berkata, sebagai persediaan dia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan memberitahu akan membuka sebuah restoran berkonsepkan kafe pada penghujung tahun ini.
Ani bakal membuka sebuah kafe pada penghujung tahun ini.
Jelas Ani, dia sudah lama berhasrat untuk memiliki sebuah kafe kerana meminati bidang masakan dan bersyukur impian berkenaan bakal terlaksana. "Alhamdulillah impian saya ingin membuka sebuah kafe hampir terlaksana namun kerana kesibukan dengan pelbagai tugasan saya terpaksa tangguhkan sehingga penghujung tahun ini," katanya. Sementara itu, Ani berkata, kafe yang bakal diberi nama Mayuni Mini Kafe itu akan menghidangkan snek ringan seperti kek, biskut dan sandwich dan akan diselenggara sendiri olehnya. "Saya mahu ia menjadi sebuah kafe dengan konsep terbuka di mana pengunjung dapat menghabiskan masa bersama-sama sambil menikmati snek," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Ani berkata, dia bakal berangkat ke Sarawak selama sebulan untuk menjalani penggambaran program masakan berjudul Jejak Juadah untuk siaran RTM. Saksikan video Ani Maiyuni bercerita mengenai harsratnya membuka cafe yang mengambil isnpirasi nama datuknya. Sila klik pada ruangan Zoom! kami.- mstar

Baki Zainal Teruja Ganti Halim Othman DI Suria FM
Baki Zainal akui sukar berbahasa Melayu.
PETALING JAYA: Pengacara Baki Zainal teruja apabila diberi peluang untuk menggantikan tempat Halim Othman sebagai deejay Ceria Pagi Suria FM selama sebulan bermula 1 September, Isnin lalu. Baki atau nama sebenarnya Zahamin Baki Zainal, 33, berkata, ia merupakan peluang untuk dia mengasah bakat dalam bidang penyiaran radio terutamanya pasaran berbahasa Melayu. "Saya diberi peluang untuk menggantikan tempat Halim Othman selama sebulan sahaja kerana abang Halim ada projek Jejajah Kamilah Malaysia bersama Suria Ford Wheel selama sebulan. "Ini kali pertama saya bertugas sebagai penyampai radio. Sebelum ini saya ada juga dipelawa tetapi radio berbahasa mandarin sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Halim Othman dan Adibah Noor.
Baki yang terkenal sebagai pengacara rancangan berbahasa Mandarin ini mengakui cabaran utama adalah untuk berbahasa Melayu secara spontan dengan baik. Lebih teruk, dia yang mengalami disleksia mengakui tidak boleh membaca dan menghafal skrip yang disediakan oleh pihak penerbit. "Saya takut tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu secara spontan dengan baik, nasib baik juga rancangan pagi ini berbentuk sembang santai dan memperkatakan tentang sesuatu topik. "Kalau mereka sediakan skrip untuk saya hafal memang tidak boleh sebab saya ada masalah disleksia iaitu gangguan membaca dan menghafal," katanya. Dalam pada itu, bercerita tentang pengalaman dua hari mengendalikan Ceria Pagi Suria FM, Baki berkata, dia terkejut apabila beberapa pemanggil berbangsa Cina menghubunginya di konti dengan bercakap dalam bahasa Mandarin. Dia terharu apabila dapat menarik pendengar berbangsa lain mendengar rancangan tersebut. "Dua hari saya ada pengalaman yang baru, pagi tadi (Selasa) ketika menjawab panggilan seorang lelaki saya tidak menyangka dia terus berbahasa Mandarin dengan saya. "Ada juga mesej-mesej daripada kalangan bangsa bukan Melayu yang saya terima sepanjang ke udara dengan memberi kata-kata semangat dan menyertai permainan yang kami buat," ujarnya. Sementara itu, Baki tidak menafikan salah satu sebab dia menerima perlawaan tersebut adalah kerana penyanyi dan penyampai radio itu iaitu Adibah Noor. Katanya, hubungan dia dengan penyanyi tersebut bukan sahaja sebagai rakan artis, malah sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri. "Saya terima perlawaan ini pun sebab kak Adibah Noor, saya dah anggap dia macam kakak saya sendiri sebab itu saya tak mahu lepaskan peluang bekerjasama dengan dia," katanya.- mstar

'Taib Mahmud Bukan Individu Terkaya Di Malaysia' - Anak
Mahmud Abu Bekir.
KUALA LUMPUR: Individu terkaya di Malaysia bukan Tun Abdul Taib Mahmud, kata anak lelakinya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Selasa. "Dakwaan tersebut dilemparkan dalam keadaan marah dan tidak benar - sampai ke satu tahap dia (bekas isteri) mendakwa bapa saya individu terkaya di Malaysia," katanya. Mahmud memberi keterangan dalam perbicaraan kes tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan tuntutan harta sepencarian yang difailkan oleh bekas isterinya, Shahnaz A.Majid, 51. Beliau berkata, dia tidak faham dengan tuntutan Shahnaz yang mencecah 'ratusan juta ringgit'. "Ia tidak masuk akal," kata Mahmud. Mahmud turut mempertikaikan dakwaan Shahnaz yang mengatakan beliau terlibat dalam perniagaan bernilai jutaan ringgit dan merupakan pengerusi eksekutif, Cahya Mata Sarawak, ketika beliau sebenarnya memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi. "Dia kata kami mempunyai kelapa sawit di tanah kami sendiri yang menjana pendapatan. Kami hanya mempunyai belukar diatasnya dan jika anda mahu menilai ia sebagai kelapa sawit... jadi dia telah berbohong," kata Mahmud. Beliau menjelaskan bahawa tanah yang diterima oleh syarikatnya dari kerajaan Sarawak adalah sebagai bayaran bagi projek kerajaan seperti jambatan. "Kerajaan negeri tidak mempunyai wang untuk membayar saya, jadi ia adalah sebagai bayaran kepada projek itu," kata Mahmud. Beliau turut menyangkal dakwaan Shahnaz bahawa dirinya mempunyai aset bernilai jutaan ringgit selain memiliki beberapa akaun bank di luar negara. "Mahkamah ini menjadi satu cara kepada ahli politik pembangkang untuk memburukkan nama saya dan keluarga kerana dakwaan tidak tepat itu. Mereka mendakwa bapa saya sebagai korup sepanjang beliau berkhidmat untuk negeri Sarawak dengan jujur," katanya. Terdahulu, Mahmud menafikan beliau menumbuk dan mencekik Shahnaz. Beliau bagaimanapun mengakui menolak Shahnaz sekali apabila dia cuba mencederakan mukanya. "Berlaku insiden dimana dia mahu mencakar wajah saya tetapi saya menolak tangannya dan dia terjatuh ke lantai. "Dia tidak cedera kerana dia terjatuh di atas karpet dan tidak terhantuk dekat mana-mana kerusi, dinding atau lantai," kata Mahmud. Mahmud berkata, Shahnaz berkelakukan ganas terhadapnya lebih daripada sekali. "Dia cuba mencakar wajah saya kerana dia fikir saya menipunya. Apabila dia beritahu saya memukulnya, dia menipu. Tiada bukti dan juga saksi," katanya. Perbicaraan akan disambung di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab pada 9 September ini.- mstar

Ratu Cantik Enggan Pulangkan Mahkota
May Myat Noe.
YANGON: Ratu Cantik Myanmar yang ditarik balik gelarannya enggan memulangkan mahkota bernilai $100,000 (RM316,000) sehingga penganjur pertandingan itu meminta maaf kerana menggelar dirinya sebagai penipu dan pencuri. Pemenang Ratu Asia Pasifik Dunia 2014, May Myat Noe, menegaskan dalam satu sidang media pada Isnin bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Noe menafikan melakukan pembedahan membesarkan payu dara, seperti didakwa pengarah media bagi pertandingan di Korea Selatan itu, David Kim. Katanya, pembedahan disediakan secara percuma untuk membantu meningkatkan kemasyhuran Noe. Kim berkata, gelaran remaja berkenaan ditarik balik kerana beliau tidak jujur dan tidak berterima kasih dan melarikan diri dengan mahkota itu. Noe berkata, beliau menaiki pesawat kembali ke Myanmar tanpa menyedari gelarannya sudah ditarik balik. - mstar

Pelabuhan Barat Jadi Lokasi Transit Rokok Seludup
PETALING JAYA: Pelabuhan Barat dekat sini dipercayai menjadi lokasi rokok putih seludup sebelum ia dibawa ke negara ketiga.
Pengarah Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Isa Endot berkata, kegiatan itu dipercayai didalangi oleh sindiket antarabangsa yang mengisytiharkan barangan lain terhadap rokok putih yang ketika transit.
"Sindiket ini membuat ikrar palsu pada dokumen ketika melakukan transit rokok putih di pelabuhan.
"Mereka mengikrar barangan seperti pendingin hawa tingkap, almari atau perabot sebelum membawanya ke negara ketiga.
"Di pelabuhan itu, kesemua rokok putih ini akan ditukar kontena dan ejen perkapalan yang baharu sebelum ia diseludup masuk ke negara lain dengan membuat ikrar barangan yang sama melalui dokumen perkapalan baharu," katanya pada sidang media di Komples Kastam di Kelana Jaya pada Selasa.
Mohd Isa memberitahu, sebelum ini, Kastam berjaya merampas sebanyak 8 buah kontena mengandungi rokok putih di Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Johor dari Januari Hingga Ogos tahun ini.
"Sebanyak 73.6 juta batang rokok putih bernilai RM4.2 juta melibatkan cukai berjumlah RM37.3 juta telah dirampas.
"Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat ketika rampasan dilakukan oleh anggota dan pegawai Kastam," jelasnya.- mstar
TOP
Video: Ostrich 'Sesat' Jadi Perhatian
BUKAN setiap hari anda dapat melihat burung yang besar berlari-lari di tengah jalan raya.
Naumn itulah apa yang berlaku di Thailand apabila seekor burung ostrich dikesan memecut di sebuah jalan raya yang agak sibuk.
Seorang pemandu, yang mungkin berfikir apa yang dilihatnya adalah mimpi, berjaya merakamkan episod pelik itu melalui kameranya dalam kejadian yang berlaku di daerah Bang Phli, menurut HuffPost.
Video itu menunjukkan burung itu sepenuhnya berlari dengan penunggang motosikal seolah-olah cuba untuk mendapatkannya. "Tiada siapa yang tahu dari mana ia datang. Tiada siapa yang tahu bagaimana ia sampai di sana," kata laman web Coconuts Bangkok, yang melaporkan tentang video dan kejadian ini.- mstar

Saingan Sukan Asia Lebih Sengit, Penting - Chong Wei
Chong Wei mendukung anaknya Kingston Lee sambil diperhatikan isterinya, Datin Wong Mew Choo sebaik sahaja pulang ke tanah air selepas menyertai Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Copenhagen di sini,malam Selasa.
SEPANG: Selepas gagal sekali lagi memenuhi impian meraih kejuaraan dunia, pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mahu memberi tumpuan kepada Sukan Asia Incheon, Korea Selatan yang akan membuka tirai pada 19 September ini. "Sekarang ini hanya tinggal dua minggu sahaja lagi untuk Sukan Asia dan saya perlu persiapkan diri untuk menghadapi Sukan Asia. Saya berharap saya dapat bersedia secara mental untuk itu. "Secara mental, saya belum pulih sepenuhnya dan saya harap dapat segera menjalani latihan untuk ke Sukan Asia," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Copenhagen, Denmark, malam Selasa. Menurut Chong Wei, saingan Sukan Asia bagi dirinya adalah lebih sengit dan penting kerana faktor saingan dan hanya diadakan empat tahun sekali. "Saingan di Sukan Asia bagi saya adalah lebih sengit. Semua orang tahu saingan badminton di Asia adalah lebih kuat. Saingan di Sukan Asia lebih sengit untuk saya dengan adanya pemain China, Korea Selatan dan Indonesia. Untuk itu, saya perlu perkuat ketahanan mental," katanya. Menyentuh Kejohanan Badminton Dunia, Chong Wei berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik walaupun gagal untuk menjuarainya. "Mungkin saya boleh cuba lagi tahun hadapan memandangkan kejohanan dunia diadakan setiap tahun...tetapi saya belum tahu lagi (sama ada akan menyertainya atau tidak). Fokus saya sekarang ini ialah Sukan Asia sebab sukan itu diadakan empat tahun sekali. "Semasa di Kejohanan Badminton Dunia, saya tidak 100 peratus siap tetapi saya mampu melangkah ke perlawanan akhir. Itu sudah agak baik untuk saya. Saya hanya satu langkah sahaja untuk capai kemenangan tetapi saya gagal sekali lagi," katanya. Chong Wei terus kempunan untuk memenangi kejuaraan dunia sulungnya walaupun telah memberikan persembahan terbaik menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China dengan keputusan 19-21 dan 19-21 di Ballerup Super Arena, Copenhagen, pada Ahad. Sejak 2012, Chong Wei layak ke final namun selepas tiga tahun berturut-turut masih belum berupaya merebut gelaran juara Kejohanan Dunia.- mstar

Penyerang Argentina, Gabriel Batistuta Rayu Kakinya Dipotong
LAGENDA bola sepak Argentina, Gabriel Batistuta merayu kepada doktor supaya memotong kakinya kerana tidak mampu menahan kesakitan sejak selepas bersara daripada sukan itu pada 2005.
Bekas penyerang prolifik itu pernah mewakili skuad Argentina sebanyak 78 kali dan menjaringkan 56 gol.
Akibat kesakitan yang berpunca daripada karier selama 17 sebagai pemain bola sepak, Batistuta kini tidak mampu berjalan dan terpaksa bermalam bersama najis di atas katil.
Bekas penyerang Fiorentina itu mahu doktor memotong kakinya supaya dia dapat menjadi seperti atlit Afrika Selatan, Oscar Pistorius yang kini menjadi pelumba lari berjaya.
Dia yang berusia 45 tahun memberitahu," selepas tinggalkan bola sepak, saya tidak dapat berjalan pada setiap malam.
"Saya terpaksa membuang najis di atas katil walaupun tandas hanya terletak tiga meter. Jika saya berdiri pada pukul 4 pagi, saya tahu kesakitan pada buku lali akan membunuh saya.
"Saya pergi berjumpa doktor Avanzi (pakar ortopedik) dan minta dia memotong kaki ini. Dia hanya melihat dan berkata saya gila.
Tambahnya," saya tidak dapat menanggung lagi. Saya tidak dapat gambarkan dengan perkataan tahap kesakitan yang dialami. Saya melihat pada Oscar Pistorius dan berkata 'itulah penyelesaianya'."
Permintaan Batistuta itu bagaimanapun tidak dilayan oleh doktor yang memilih untuk memasukan skru untuk menyokong tulang rawan dan tendon.
Sepanjang kariernya, Batistuta membuat 516 penampilan dengan menjaringan 300 gol termasuk sebanyak 207 jaringan untuk Fiorentina sepanjang sembilan musim bersama kelab itu.- mstar
TOP
Senarai Lengkap Perpindahan Pemain EPL
PINTU perpindahan kelab-kelab Eropah telah ditutup jam
12 tengah malam Isnin dengan menyaksikan Liga Perdana Inggeris
membelanjakan hampir £1 bilion membawa masuk dan menjual para pemain.
Perpindahan baru hanya akan dibuka semula selama sebulan menjelang 1 Januari tahun depan bagi membolehkan kelab-kelab di serata benua Eropah membuat pembelian untuk mengantikan pemain yang cedera.
Berikut adalah senarai lengkap dan penuh pemain-pemain baru dalam Liga Perdana Inggeris yang dibawa masuk dan pemain-pemain yang berhijrah ke kelab lain.
ARSENAL
Masuk: Alexis Sanchez (Barcelona, £30juta), Calum Chambers (Southampton, £12j), Mathieu Debuchy (Newcastle, £10j), David Ospina (Nice, £3j), Danny Welbeck (Manchester United, £16j).
Keluar: Thomas Vermaelen (Barcelona, £15j), Johan
Djourou (Hamburg, tidak dinyatakan), Thomas Eisfeld (Fulham,tidak
dinyatakan), Bacary Sagna (Manchester City, percuma), Lukasz Fabianski
(Swansea, percuma), Nicklas Bendtner (Wolfsburg, percuma), Park
Chu-young, dibebaskan), Chuks Aneke (Zulte Waregem, percuma), Daniel
Boateng (dibebaskan), Wellington Silva (Almeria, dipinjamkan), Carl
Jenkinson (West Ham,dipinjamkan), Benik Afobe (MK Dons, dipinjamkan),
Ignasi Miquel (Norwich, tidak dinyatakan), Ryo Miyaichi (Twente,
dipinjamkan).
ASTON VILLA
Masuk: Carlos Sanchez (Elche, £4.7j), Aly Cissokho (Valencia, £2j), Philippe Senderos (Fulham,percuma), Joe Cole (West Ham, percuma), Tom Leggett (Southampton,tidak dinyatakan), Isaac Nehemie (Southampton,tidak dinyatakan), Kieran Richardson (Fulham,tidak dinyatakan).
Keluar: Marc Albrighton (Leicester City,percuma), Nathan Delfouneso (Blackpool,percuma), Jordan Bowery (Rotherham, tidak dinyatakan), Samir Carruthers (MK Dons, tidak dinyatakan), Nicklas Helenius (Aalborg, dipinjamkan), Yacouba Sylla (Kayseri Erciyesspor, dipinjamkan), Jed Steer (Doncaster Rovers, dipinjamkan), Antonio Luna (Hellas Verona,dipinjamkan), Aleksandar Tonev (Celtic, dipinjamkan), Joe Bennett (Brighton,dipinjamkan), Gary Gardner (Brighton,dipinjamkan).
BURNLEY
Masuk: Lukas Jutkiewicz (Middlesbrough, £2.5j), Michael Kightly (Stoke,tidak dinyatakan), Stephen Ward (Wolves,tidak dinyatakan), Marvin Sordell (Bolton,percuma), Matt Gilks (Blackpool, percuma), Matt Taylor (West Ham,percuma), Steven Reid (West Brom,percuma), George Boyd (Hull, £3j), Michael Keane (Manchester United,dipinjamkan), Nathaniel Chalobah (Chelsea,dipinjamkan).
Keluar: Chris Baird (West Brom,percuma), Junior Stanislas (Bournemouth,percuma), David Edgar (Birmingham,percuma), Keith Treacy (Barnsley,percuma), Brian Stock (dibebaskan), Nick Liversedge (Guisborough Town,percuma), Luke O'Neill (Scunthorpe, dipinjamkan).
CHELSEA
Masuk: Cesc Fabregas (Barcelona, £30j), Diego Costa (Atletico Mdrid, £32j), Filipe Luis (Atletico Madrid, £16j), Loic Remy (QPR, £8j), Mario Pasalic (Hadjuk Split,tidak dinyatakan), Didier Drogba (Galatasaray,percuma).
Keluar: David Luiz (Paris Saint-Germain, £50j), Romelu Lukaku (Everton, £28j), Demba Ba (Besiktas, £8j), Ashley Cole (Roma, £1.5j), Patrick van Aanholt (Sunderland,tidak dinyatakan), Samuel Eto'o (Everton,percuma), Frank Lampard (New York City, percuma), Sam Hutchinson (Sheffield Wednesday,percuma), Henrique Hilario (bersara), Wallace (Vitesse Arnhem,dipinjamkan), Bertrand Traore (Vitesse Arnhem, dipinjamkan) Thorgan Hazard (Borussia Monchengladbach,dipinjamkan), Mario Pasalic (Elche, dipinjamkan), Ryan Bertrand (Southampton,dipinjamkan), Gael Kakuta (Rayo Vallecano, dipinjamkan), John Swift (Rotherham, dipinjamkan), Oriol Romeu (Valencia,dipinjamkan) Christian Atsu (Everton,dipinjamkan), Victor Moses (Stoke,dipinjamkan), Marko Marin (Fiorentina,dipinjamkan), Josh McEachran (Vitesse Arnhem, dipinjamkan), Patrick Bamford (Middlesbrough,dipinjamkan), Fernando Torres (AC Milan,dipinjamkan) Marco van Ginkel (AC Milan,dipinjamkan), Nathaniel Chalobah (Burnley,dipinjamkan), Jamal Blackman (Middlesbrough,dipinjamkan).
CRYSTAL PALACE
Masuk: Martin Kelly (Liverpool, £1.5j), Fraizer Campbell (Cardiff, £800,000), Chris Kettings (Blackpool,percuma), Brede Hangeland (Fulham, percuma), Wilfried Zaha (Manchester United,dipinjamkan),Zeki Fryers (Tottenham, £3j), James McArthur (Wigan, £7j), Kevin Doyle (Wolves, dipinjamkan).
Keluar: Jonathan Parr (Ipswich, percuma), Dean Moxey (Bolton, percuma), Aaron Wilbraham (Bristol City,percuma), Kagisho Dikgacoi (Cardiff, percuma), Danny Gabbidon (Cardiff,percuma), Neil Alexander (Hearts, percuma), Ibra Sekajja (dibebaskan), Alex Wynter (Portsmouth, dipinjamkan), Kwesi Appiah (Cambridge,dipinjamkan), Jose Campana (Sampdoria, tidak dinyatakan), Jack Hunt (Nottingham Forest,dipinjamkan), Stephen Dobbie (Fleetwood,dipinjamkan), Glenn Murray (Reading,dipinjamkan).
EVERTON
Masuk: Romelu Lukaku (Chelsea, £28j), Gareth Barry (Manchester City, percuma), Samuel Eto'o (Chelsea, percuma), Muhamed Besic (Ferencvaros, £4j), Brendan Galloway (MK Dons,tidak dinyatakan) Christian Atsu (Chelsea,dipinjamkan).
Keluar: Apostolos Vellios, (Lierse, percuma), Magaye Gueye (Millwall,percuma), Shane Duffy (Blackburn, tidak dinyatakan).
HULL
Masuk: Robert Snodgrass (Norwich, £8j), Jake Livermore (Tottenham, £6j), Michael Dawson (Tottenham, £6j), Mohamed Diame (West Ham, £3.5j), Harry Maguire (Sheffield United, £2.5j), Andrew Robertson (Dundee United, £2.85j), Brian Lenihan (Cork City, tidak dinyatakan), Tom Ince (Blackpool, percuma), Gaston Ramirez (Southampton,dipinjamkan), Hatem ben Arfa (Newcastle,dipinjamkan), Abel Hernandez (Palermo, £10j), Mohamed Diame (West Ham, £3.5j).
Keluar: Shane Long (Southampton, £12j), Matty Fryatt (Nottingham Forest, percuma), Cameron Stewart (Ipswich, percuma), Nick Proschwitz (Brentford, percuma), Robert Koren (Melbourne City, percuma), Abdoulaye Faye (dibebaskan), Conor Henderson (Crawley, percuma), Dougie Wilson (dibebaskan), Conor Townsend (Dundee United, dipinjamkan), Joe Dudgeon (Barnsley, dipinjamkan), George Boyd (Burnley, £3j).
LEICESTER CITY
Masuk: Leonardo Ulloa (Brighton, £7j), Danny Simpson (QPR, tidak dinyatakan), Esteban Cambiasso (Inter Milan, percuma), Matthew Upson (Brighton, percuma), Marc Albrighton (Aston Villa, percuma), Ben Hamer (Charlton, percuma), Jack Barmby (Manchester United, percuma), Louis Rowley (Manchester United, percuma), Tom Lawrence (Manchester United, £1j), Nick Powell (Manchester United, dipinjamkan), Kris Scott (Swansea, percuma).
Keluar: Lloyd Dyer (Watford, percuma), Neil Danns (Bolton, percuma), Sean St Ledger (dibebaskan), Zak Whitbread (Derby, percuma), Paul Gallagher (Preston, percuma), Marko Futacs (Mersin Idmanyurdu, percuma), George Taft (Burton Albion, percuma), Conrad Logan (Rochdale, percuma), Ryan Watson (Northampton, dipinjamkan).
LIVERPOOL
Masuk: Adam Lallana (Southampton, £23j), Lazar Markovic (Benfica, £20j), Mario Balotelli (AC Milan, £16j), Alberto Moreno(Sevilla, £12j), Emre Can (Bayer Leverkusen, £9.8j), Rickie Lambert (Southampton, £4j) Dejan Lovren (Southampton, £20j), Divock Origi (Lille, £10j), Kevin Stewart (Tottenham, percuma), Javier Manquillo (Atletico Madrid, dipinjamkan).
Keluar: Luis Suarez (Barcelona, £75j), Pepe Reina (Bayern Munich £2j), Martin Kelly (Crystal Palace, £1.5j), Conor Coady (Huddersfield, £500,000), Daniel Agger (Brondby, tidak dinyatakan), Jack Robinson (QPR, tidak dinyatakan), Luis Alberto (Malaga, dipinjamkan), Iago Aspas (Sevilla, dipinjamkan), Andre Wisdom (West Brom, dipinjamkan), Divock Origi (Lille, dipinjamkan), Brad Smith (Swindon, dipinjamkan), Joao Carlos Teixeira (Brighton, dipinjamkan), Tiago Llori (Bordeaux, dipinjamkan), Jordan Ibe (Derby, dipinjamkan), Sebastian Coates (Sunderland, dipinjamkan), Oussama Assaidi (Stoke, dipinjamkan).
MANCHESTER CITY
Masuk: Eliaquim Mangala (Porto, £32j), Fernando (Porto, £12j), Willy Caballero (Malaga, £6j), Bruno Zuculini (Racing Club, £3j), Bacary Sagna (Arsenal, percuma), Frank Lampard (New York City, dipinjamkan).
Keluar: Javi Garcia (Zenit, £13j), Costel Pantilimon (Sunderland, percuma), Joleon Lescott (West Brom, percuma) Gareth Barry (Everton, percuma), Alex Nimely (dibebaskan), Rony Lopes (Lille, dipinjamkan), Emyr Huws (Wigan, tidak dinyatakan), Reece Wabara (Doncaster Rovers, percuma), Jack Rodwell (Sunderland, £7j), Jason Denayer (Celtic, dipinjamkan), Micah Richards (Fiorentina, dipinjamkan), Alvaro Negredo (Manchester City, dipinjamkan).
MANCHESTER UNITED
Masuk: Angel di Maria (Real Madrid £59.7j), Luke Shaw (Southampton, £31.5j), Ander Herrera (Athletic Bilbao, £29j), Marcos Rojo (Sporting Lisbon, £16j), Daley Blind (Ajax, £14j), Vanja Milinkovic (FK Vojvodina, tidak dinyatakan), Radamel Falcao (Monaco, dipinjamkan).
Keluar: Shinji Kagawa (Borussia Dortmund £6.3j), Alexander Buttner (Dinamo Moscow, £5.6j), Patrice Evra (Juventus, £2.5j) Bebe (Benfica, £2.4j), Rio Ferdinand (QPR, percuma), Nemanja Vidic (Inter Milan, percuma), Federico Macheda (Cardiff City, percuma), Jack Barmby (Leicester,percuma), Louis Rowley (Leicester, percuma) Ryan Giggs (bersara), Angelo Henriquez (Dinamo Zagreb, dipinjamkan), Nani (Sporting Lisbon, dipinjamkan), Wilfried Zaha (Crystal Palace, dipinjamkan) Javier Hernandez (Real Madrid, dipinjamkan), Tom Lawrence (Leicester, £1j), Danny Welbeck (Arsenal, £16j), Nick Powell (Leicester, dipinjamkan), Michael Keane (Burnley, dipinjamkan).
NEWCASTLE
Masuk: Remy Cabella (Montpellier, £12j), Emmanuel Riviere (Monaco, £6j), Siem de Jong (Ajax, £6j), Daryl Janmaat (Feyenoord, £5j), Jamaal Lascelles dan Karl Darlow (Nottingham Forest, £7j/percuma), Ayoze Perez (Tenerife, £1.5j), Jack Colback (Sunderland, percuma), Facundo Ferreyra (Shakhtar Donetsk, dipinjamkan).
Keluar: Mathieu Debuchy (Arsenal, £10j), James Tavernier (Wigan, tidak dinyatakan), Dan Gosling (Bournemouth, percuma), Shola Ameobi (Gaziantep, percuma), Romain Amalfitano (Dijon, percuma), Conor Newton (Rotherham, percuma), Michael Richardson (dibebaskan), Sylvain Marveaux (Guingamp, dipinjamkan), Jamaal Lascelles (Nottingham Forest, dipinjamkan), Karl Darlow (Nottingham Forest, dipinjamkan), Adam Campbell (Fleetwood, dipinjamkan), Mapou Yanga-Mbiwa (Roma, dipinjamkan), Hatem ben Arfa (Hull, dipinjamkan).
QUEENS PARK RANGERS
Masuk: Steven Caukler (Cardiff, £8j), Leroy Fer (Norwich, £7j), Jordon Mutch (Cardiff, £6j), Alex McCarthy (Reading, £6j), Jack Robinson (Liverpool, tidak dinyatakan), Rio Ferdinand (Manchester United, percuma), Mauricio Isla (Juventus, dipinjamkan), Eduardo Vargas (Napoli, dipinjamkan), Sandro (Tottenham, £10j), Niko Kranjcar (Dynamo Kiev, dipinjamkan).
Keluar: Loic Remy (Chelsea, £8j), Yossi Benayoun (Maccabi Haifa, tidak dinyatakan), Esteban Granero (Real Sociedad, tidak dinyatakan), Danny Simpson (Leicester, tidak dinyatakan), Julio Cesar (Benfica, percuma), Tom Hitchcock (Mk Dons, percuma), Aaron Hughes (Brighton, percuma), Gary O'Neil (Norwich, percuma), Stephabne Mbia (Sevilla, percuma), Andrew Johnson (dibebaskan), Luke Young (dibebaskan), Hogan Ephraim (dibebaskan), Angelo Balanta (dibebaskan), Park Ji-sung (bersara), Jack Robinson (Huddersfield, dipinjamkan), Samba Diakite (Al-Ittihad, dipinjamkan).
SOUTHAMPTON
Masuk: Shane Long (Hull, £12j), Sadio Mane (Red Bull Salzburg (£11.8j), Dusan Tadic (Twente, £10.3j), Fraser Forster (Celtic, £10j), Graziano Pelle (Feyenoord, £8j), Florin Gardos (Steaua Bucharest, tidak dinyatakan), Ryan Bertrand (Chelsea, dipinjamkan), Toby Alderweireld (Atletico Madrid, dipinjamkan).
Keluar: Luke Shaw (Manchester United, £31.5j), Adam Lallana (Liverpool, £23j), Dejan Lovren (Liverpool, £20j), Calum Chambers (Arsenal, £12j), Rickie Lambert (Liverpool, £4j), Billy Sharp (Leeds, tidak dinyatakan), Tom Leggett (Aston Villa, tidak dinyatakan), Isaac Nehemie (Aston Villa, tidak dinyatakan), Guly do Prado (tidak dinyatakan), Lee Barnard (Southend, percuma), Jonathan Forte (Oldham, percuma), Danny Fox (Nottingham Forest, percuma), Andy Robinson (Bolton, percuma), Dani Osvaldo (Inter Milan, dipinjamkan), Jos Hooiveld (Norwich, dipinjamkan), Gaston Ramirez Hull, dipinjamkan), Jack Stephens (Swindon, dipinjamkan).
STOKE
Masuk: Mame Biram Diouf (Hannover, percuma), Dionatan Teixeira (Banska Bystrica, tidak dinyatakan), Phil Bardsley (Sunderland, percuma), Steve Sidwell (Fulham, percuma), Bojan Krkic (Barcelona, tidak dinyatakan), Victor Moses (Chelsea, dipinjamkan), Oussama Assaidi (Liverpool, dipinjamkan).
Keluar: Michael Kightly (Burnley, tidak dinyatakan), Cameron Jerome (Norwich, tidak dinyatakan), Matthew Etherington (dibebaskan), Juan Agudelo (dibebaskan), Jamie Ness (Crewe, dipinjamkan), Ryan Shotton (Derby, dipinjamkan).
SUNDERLAND
Masuk: Jack Rodwell (Man City, £7j), Patrick van Aanholt (Chelsea, tidak dinyatakan), Billy Jones (West Brom, percuma), Jordi Gomez (Wigan, percuma), Costel Pantilimon (Manchester City, percuma), Santiago Vergini (Estudiantes, dipinjamkan), Will Buckley (Brighton, £2.5j), Sebastian Coates (Liverpool, dipinjamkan), Ricky Alvarez (Inter Milan, dipinjamkan).
Keluar: Ignacio Scocco (Newell's, £800,000), David Moberg Karlsson (Nordsjaelland, tidak dinyatakan), Jack Colback (Newcastle, percuma), Craig Gardner (West Brom, percuma), Phil Bardsley (Stoke, percuma), Billy Knott (Bradford, percuma) Keiren Westwood (Sheffield Wednesday, percuma), Carlos Cuellar (Norwich, percuma), Andrea Dossena (dibebaskan), Louis Laing, Nottingham Forest, percuma), Oscar Ustari (Newell's, percuma), David Vaughan (Nottingham Forest, percuma), John Egan (Gillingham, percuma), Alfred N'Diaye (Real Betis, percuma), El Hadji Ba (Bastia, dipinjamkan), Modibo (Diakite, percuma), Valentin Roberge (Stade de Reims, dipinjamkan).
SWANSEA
Masuk: Federico Fernandez (Napoli, £8j), Jefferson Montero (Monarcas Morelia, £4j), Marvin Emnes (Middlesbrough, £1.5j), Stephen Kingsley (Falkirk, tidak dinyatakan), Gylfi Sigurdsson (Tottenham, pertukaran), Adnan Maric, GAIS, tidak dinyatakan), Daniel James (Hull, tidak dinyatakan), Bafetimbi Gomis (Lyon, percuma), Lukasz Fabianski (Arsenal, percuma), Giancarlo Gallifuoco (Tottenham, percuma), James Demetriou (Nottingham Forest, percuma), Tom Carroll (Tottenham, percuma), Modo Barrow (Ostersunds, tidak dinyatakan).
Keluar: Ben Davies (Tottenham, £10j), Michel Vorm (Tottenham, £5j) Alejandro Pozuelo (Rayo Vallecano, tidak dinyatakan), Leroy Lita (Barnsley, percuma), Chico Flores (Lekhwiya, percuma), Pablo Hernandez (Al Arabi, percuma), Darnel Situ (AGF, percuma), David N'Gog (Stade de Reims, percuma), Jose Canas (Espanyol, percuma), Jernade Meade (dibebaskan), Michu (Napoli, dipinjamkan), Daniel Alfei (Northampton, dipinjamkan), Alex Bray (Plymouth Argyle, dipinjamkan), Kris Scott (Leicester, percuma).
TOTTENHAM
Masuk: Federico Fazio (Sevilla, £8j), Ben Davies (Swansea, pertukaran), Michel Vorm (Swansea, £5j), Benjamin Stambouli (Montpellier, £4.7j), Eric Dier (Sporting Lisbon, £4j) DeAndre Yedlin (Seattle Sounders, tidak dinyatakan).
Keluar: Jake Livermore (Hull, £6j), Michael Dawson (Hull, £6j), Gylfi Sigurdsson (Swansea, pertukaran), Iago Falque (Genoa, £4j) Heurelho Gomes (Watford, percuma), Giancarlo Gallifuoco (Swansea, percuma) Cameron Lancaster (Stevenage, percuma), Kevin Stewart (Liverpool, percuma), Alex Pritchard (Brentford, percuma), Shaquile Coulthirst (Southend, dipinjamkan), Tom Carroll (Swansea, dipinjamkan), Ryan Fredericks (Middlesbrough, dipinjamkan), Zeki Fryers (Crystal Palace, £3j), Jonathan Obika (Swindon Town, tidak dinyatakan), Tomislav Gomelt (Bari, tidak dinyatakan), Souleymane Coulibaly (Bari, tidak dinyatakan), Lewis Holtby (Hamburg, dipinjamkan), Sandro (QPR, £10j).
WEST BROMWICH ALBION
Masuk: Brown Ideye (Dynamo Kiev, £10j), Sebastien Pocognoli (Hannover 96, tidak dinyatakan), Sebastian Blanco (Metalist, tidak dinyatakan), Jason Davidson (Heracles, tidak dinyatakan), Cristian Gamboa (Rosenborg, tidak dinyatakan), Georgios Samaras (Celtic, percuma), Craig Gardner (Sunderland, percuma), Joleon Lescott (Manchester City, percuma), Chris Baird (Burnley, percuma), Andre Wisdom (Liverpool, dipinjamkan), Silvestre Varela (Porto, dipinjamkan).
Keluar: Liam Ridgewell (Portland Timbers, percuma), Billy Jones (Sunderland, percuma), Steven Reid (Burnley, percuma), Cameron Gayle (Shrewsbury, percuma), Diego Lugano (dibebaskan), Zoltan Gera, (Ferencvaros), Nicolas Anelka, (dibebaskan), George Thorne (Derby County, tidak dinyatakan).
WEST HAM
Masuk: Enner Valencia (Pachuca, £12j), Cheikhou Kouyate (Anderlecht, £7j), Mauro Zarate (Velez Sarsfield, tidak dinyatakan), Diafra Sakho (Metz, tidak dinyatakan), Aaron Cresswell (Ipswich, tidak dinyatakan), Diego Poyet (Charlton, tidak dinyatakan), Carl Jenkinson (Arsenal, dipinjamkan), Alex Song (Barcelona, dipinjamkan), Morgan Amalfitano (Marseille, £1j).
Keluar: Mohamed Diame (Hull, £3.5j), Joe Cole (Aston Villa, percuma), Matt Taylor (Burnley, percuma), Stephen Henderson (Charlton, percuma), Jack Collison (dibebaskan), George McCartney (dibebaskan), Callum Driver (Whitehawk, percuma), Jordan Spence (MK Dons), George Moncur (Colchester, percuma), Alou Diarra (dibebaskan), Modibo Maiga (Metz, dipinjamkan).

"Saya Tak Nak Kayuh Basikal Lagi", Gurauan Terakhir Juruterbang MAS MH17
Balu Choo, Ivy Loi dan anak bongsunya, Scott di sebelah abu mayat di kediaman mereka di Sri Carcosa, Seremban pada Selasa.
SEREMBAN: 'Saya tak nak kayuh (basikal) dengan awak lagi', itu antara kata gurauan terakhir juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Kapten Eugene Choo Jin Leong di hadapan rakan-rakannya kira-kira sebulan sebelum pesawat malang itu ditembak jatuh di timur Ukraine. Azrin Shala, 44, petugas teknikal MAS yang juga anggota Kelab Berbasikal MAS, tidak menyangka ia menjadi kenyataan susulan nahas 17 Julai itu yang meragut nyawa Choo dan 297 yang lain. Azrin ditemui pemberita ketika menyertai kira-kira 20 anggota kelab merangkumi petugas MAS yang datang ke kediaman mendiang di sini untuk memberi penghormatan terakhir. "Ketika itu kami bersarapan bersama-sama apabila selesai berbasikal pada sebelah pagi, dia cakap yang dia tak mahu kayuh basikal dengan saya lagi...tak sangka ia benar-benar berlaku," katanya. Azrin menyifatkan mendiang individu yang sangat prihatin terhadap rakan-rakan dan meminati aktiviti sukan seperti berbasikal dan menunggang motosikal. "Hubungan kami dalam kelab itu sangat rapat, tidak kira kaum dan agama... Kami sentiasa menjalankan aktiviti bersama...selalu keluar makan serta bersukan (bersama-sama)," kata Azlin dalam nada sebak.
Rakan sekerja Choo memberi penghormatan terakhir di kediaman juruterbang MAS itu di Sri Carcosa Seremban, Selasa.
Shahril Irwan Mohamad, 38, petugas MAS yang juga anggota Kelab Pencinta Motosikal Berkuasa Tinggi MAS berkata, mendiang Choo menyertai kelab itu sejak enam tahun lepas dan aktif menunggang motosikal berkuasa besar, terutama pada hujung minggu. "Apabila tiada penerbangan atau pada hujung minggu, mendiang akan menggunakan aplikasi 'WhatsApps' untuk mengajak kami pergi ronda-ronda dengan motosikal dan sarapan bersama-sama. "Kami selalu menggunakan perkataan 'motoroti' iaitu singkatan kepada 'motor' dan 'roti' iaitu roti canai yang juga sarapan kegemaran mendiang," katanya.
Scott (kanan) mententeramkan abangnya ketika menjalankan upacara keagamaan pada Selasa.
Abu mayat Choo dan lapan jenazah mangsa tragedi MH17 lain tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amsterdam pagi tadi. Choo meninggalkan seorang isteri, Ivy Loi, 42, dan dua anak lelaki, Melvic Choo, 13, dan Scott Choo, 10. - mstar

MH17: Pemergian Wan Amran Ditangisi Juruterbang Seluruh Dunia
Jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin ketika diusung oleh rakan juruterbang dan orang ramai untuk solat jenazah di masjid negeri di Shah Alam, Selasa. Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Pemergian juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin yang terlibat dalam nahas di Ukraine bukan sahaja meruntun jiwa ahli keluarganya, malah menyentuh hati dan perasaan semua juruterbang di dalam serta luar negara. Salah seorang rakan Allahyarham, Kapten Johanuddin Othman, 43, berkata, kesedihan itu dirasai setiap juruterbang di dunia, terutama di negara ini. “Sesungguhnya kejadian ini memang menyedihkan untuk keseluruhan yang terbabit dalam kerjaya sebagai juruterbang di dunia, terutama di Malaysia. “Apatah lagi kawan-kawan yang rapat dan mengenali arwah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian jenazah Wan Amran di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, Selasa. Allahyarham Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi Selasa. Johanuddin yang mengenali arwah sejak lebih 25 tahun berkata, Wan Amran dianggap pendiam bagi yang tidak mengenalinya, malah dia juga sebenarnya seorang yang pemurah.
Kapten Johanuddin Othman.
Beliau menambah, lebih 200 kakitangan syarikat penerbangan terutama di kalangan juruterbang yang menyertai upacara pengebumian Wan Amran dari Kompleks Bunga Raya KLIA sehingga ke tanah perkuburan. “Ada dari MAS dan syarikat penerbangan lain yang rapat dengan Wan Amran, ada sesetengahnya telah berpindah ke syarikat penerbangan lain (sebelum ini berkhidmat dengan MAS). “Malah ada yang sanggup datang ke Malaysia untuk menghadiri pengebumian ini,” kata Johanuddin yang merujuk kepada kakitangan syarikat penerbangan lain yang berpangkalan di luar negara. Bagi Kapten Ahmad Farid Osman, 49, yang mengenali Allahyarham sejak 20 tahun lalu pula, beliau secara peribadi menyifatkan Wan Amran seorang yang baik dan ceria.
Kapten Ahmad Farid Osman.
“Dia selalu menggembirakan kawan-kawan. Kalau hendak ingat pasal dia, itulah karakter dia...selain selalu menolong rakan-rakan,” katanya. Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 11.10 pagi dan selamat dikebumikan pada pukul 11.42 pagi. Terdahulu, jenazah disembahyangkan di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. Allahyarham yang berpengalaman dalam bidang penerbangan lebih 20 tahun meninggalkan seorang isteri, Mariam Yusof, 45, dan dua anak lelaki iaitu Wan Yunus, 10, dan Wan Irfan, 8.- mstar

Ayda Jebat Tak Kesal Dibuang Universiti Kerana Jadi Artis
Ayda tidak pernah menyesal lepaskan pengajian untuk masuk bidang seni lebih awal.
PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat pernah diberhentikan daripada sebuah universiti awam selepas dia membuat membuat keputusan untuk menceburi bidang seni pada dua tahun lalu. Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, perkara tersebut berlaku kerana pihak universiti tidak membenarkannya bercuti bagi menyertai program realiti Akademi Fantasia musim 9 (AF9) yang menganggu komitmennya sebagai seorang pelajar. "Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti. "Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF9 dan dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamat pengajian diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu," ujarnya. Ayda ditemui pada tayangan akhir Drama Rindu Awak 200% yang diadakan di Bucida Court, di sini, malam Isnin.
Ayda melayan peminat-peminatnya yang hadir pada majlis tayangan akhir drama Rindu Awak 200%.
Bagaimanapun Ayda berkata, dia tidak pernah menyesal dengan tindakan yang diambil itu kerana apa yang dipelajari di universiti tersebut adalah persiapan untuk dia berada dalam industri seni. Malah, katanya, beberapa rakan yang menghabiskan pengajian di universiti dalam bidang tersebut masih lagi mencari-cari pekerjaan dan peluang untuk berada dalam industri. "Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon. "Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang menghubungi saya semula untuk mendapatkan peluang," ujarnya. Sementara itu, Ayda turut mengakui selepas dikenali melalui drama Rindu Awak 200% ini, dia lebih menjaga penampilan dan berpakaian sopan untuk menghormati peminat-peminatnya terutama golongan dewasa dan kanak-kanak. "Saya jaga cara pemakaian sebab saya rasa tidak manis untuk berpakaian seksi kerana dalam drama saya mengenakan tudung dan berpakaian sopan. "Lagi pula peminat saya banyak daripada golongan makcik-makcik dan wanita bertudung," ujarnya. Majlis yang dianjurkan oleh kelab peminatnya Ayda Jebat Screamer itu dihadiri lebih 200 peminat bagi menonton drama episod akhir slot Akasia itu. Drama Rindu Awak 200% mula disiarkan pada 15 Julai lalu pada Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.- mstar

Britney Spears Ke Pangkuan Bekas Kekasih
Britney dan Adnan ketika mereka masih pasangan kekasih pada tahun 2008.
PENYANYI Britney Spears yang baharu sahaja mengakhiri hubungan cintanya dengan David Lucado dilaporkan telah menemui pengganti. Daily Mail melaporkan Britney kembali kepada bekas kekasihnya iaitu Adnan Ghalib seorang paparazi selepas enam tahun hubungan mereka terputus. Sumber penyanyi lagu Everytime itu berkata, hubungan mereka kembali akrab dan pasangan itu berbual di telefon hampir setiap hari. "Semenjak berpisah mereka masih berhubung sebagai kawan namun sejak akhir-akhir ini keakraban itu kembali terjalin," kata sumber itu. Dalam pada itu, Britney nekad meninggalkan David selepas pemuda berkenaan dilaporkan mempunyai skandal dengan bekas teman wanitanya.- mstar

Anwar Dakwa Akta Hasutan Disalah Guna
Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Akta Hasutan digunakan secara selektif yang jelas bertentangan dengan proses demokrasi. "Sehingga hari ini, lima Ahli Parlimen, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah didakwa. "Jika pendakwaan berjaya, mungkin sekurang-kurangnya enam pilihan raya Parlimen dan tiga pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Anwar merujuk kepada akta hasutan yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), N. Surendran (Ahli Parlimen Padang Serai),Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh), Tian Chua (Ahli Parlimen Batu), Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), R.S.N. Rayer (Ahli Parlimen Seri Delima) dan bekas Ahli Parlimen Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Dalam kenyataannya, Anwar turut mengkritik penggunaan undang-undang itu terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom yang menyatakan pandangannya terhadap krisis politik di Perak pada 2009. "Secara kebetulan, ia bukan pendapat yang pro-Umno atau pro-PKR. "Sebagai seorang yang percaya kepada kebebasan akademik, saya berpendapat Azmi mempunyai hak untuk menyuarakan pandangannya," kata Anwar. Sementara itu, beliau berkata, Hari Kemerdekaan perlu disambut bagi memperingati kebebasan negara daripada penjajahan, namun apa yang berlaku adalah penahanan penjajah abad ini terhadap pemimpin pembangkang.- mstar

Undang-Undang Tentera Dikendurkan Ikut Keadaan
Prayuth Chan-ocha.
BANGKOK: Pengenduran penguatkuasaan undang-undang tentera di Thailand pada masa akan datang bergantung kepada keadaan dan suasana di negara ini, kata junta tentera. Jurucakap Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Kol Wintai Suvaree bagamanapun berkata setakat ini, "masanya belum dijadualkan lagi". Menurut beliau Perdana Menteri dan pemimpin NCPO Jen Prayuth Chan-ocha menyatakan undang-undang itu akan dikendurkan pada masa akan datang berdasarkan kepada keadaan. Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada mesyuarat NCPO pada Selasa. Kata Wintai walaupun undang-undang tentera masih dikuatkuasakan di seluruh negara, ia hanya menjejaskan penentangnya, "yang jumlah mereka amat kecil", manakala sebahagian besar kes pencabulan undang-undang lain tetap ditangani melalui undang-undang biasa. Beliau berkata tujuan Jen Prayuth menyatakan perkara itu pada mesyuarat hari ini mungkin kerana ada pihak pempersoalkan pelaksanaan undang-undang tentera ketika Thailand sudahpun mempunyai kerajaan. Undang-undang tentera dikuatkuasakan di seluruh Thailand sejak 20 Mei.- mstar

Abdul Halim Ismail, Rakyat Malaysia Pertama Terima Anugerah Diraja Kewangan Islam
Abdul Halim Ismail
KUALA LUMPUR: Ahli pengasas Bank Islam pertama negara, Datuk Dr Abdul Halim Ismail menjadi rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Diraja Kewangan Islam, yang mengiktiraf peranan penting beliau dalam mewujudkan struktur organisasi dan prosedur operasi bank berkenaan pada 1983. Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis makan malam sempena Forum Kewangan Islam Global 2014 (GIFF 2014) di sini, malam Selasa. Anugerah Diraja dua tahun sekali itu, diterajui Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Anugerah itu mengiktiraf tokoh berwawasan kewangan Islam yang memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi global dan perkembangan sosial masyarakat seluruh dunia. Semasa menerima anugerah berkenaan, Abdul Halim, bekas Pengarah Urusan Bank Islam berkata kewangan Islam amat berkaitan dengan ekonomi sebenar, menawarkan pelaburan beretika dan pilihan pembiayaan untuk perniagaan. "Prinsip-prinsip kewangan Islam juga menggalakkan keterangkuman dan kerjasama untuk mewujudkan sistem kewangan yang adil dan saksama, yang boleh diakses oleh semua. "Saya amat berbesar hati untuk menerima Anugerah Diraja ini," kata beliau. Kepakaran Abdul Halim dalam undang-undang Syariah serta perbankan dan kewangan Islam telah membawa kepada pelantikan beliau dalam pelbagai lembaga pengawal selia Syariah, termasuk Bank Negara, SC dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan serta institusi kewangan. Seorang ahli akademi terlatih, beliau adalah Dekan Fakulti Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 1974 hingga 1977. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Syarikat Takaful Malaysia, syarikat insurans Islam pertama di Malaysia dan pada 1994, beliau membantu menubuhkan syarikat broker saham Islam yang pertama di Malaysia, Sekuriti BIMB. Di bawah bimbingannya, kedua-dua industri dan institusi kewangan berkembang, menjadikan kewangan Islam alternatif yang semakin menarik dan melengkap kepada kewangan konvensional. Kelayakan dan pengetahuan luas beliau dalam bidang ekonomi Islam dan perbankan dan kewangan Islam juga telah didokumentasikan secara meluas dalam artikel-artikel yang disiarkan untuk seminar dan persidangan. Sementara itu, Pengerusi Panel Juri Anugerah Diraja, Tun Musa Hitam berkata, Abdul Halim adalah seorang yang mempunyai wawasan dan telah memainkan peranan penting dalam membangunkan industri perbankan Islam di rantau ini. Musa berkata, 48 calon telah dicalonkan untuk anugerah itu tahun ini, peningkatan 25 peratus berbanding sejak diperkenalkan pada 2010. Beliau berkata, kewangan Islam masih berkembang dalam setiap aspek dengan aset global dijangka melonjak kepada US$2.5 trilion menjelang 2015 daripada US$1.6 trilion sekarang ini. Penerima Anugerah Diraja sebelumnya, ialah Shaikh Sale Abdullah Kamel (2010) dan Iqbal Khan (2012). Anugerah Diraja pada 2010 turut melibatkan kategori khas, pengiktirafan anumerta kepada Allahyarham Dr Ahmad El-Naggar yang sering dirujuk sebagai 'Bapa Perbankan Islam Moden'.- mstar

Lambakan 5.8 Juta Pekerja Asing Membimbangkan - Riot
PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot pada Selasa menyatakan kebimbangan terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.
Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Human Capital Development Strategic Reform Initiatives di sini, Selasa.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat di negara ini agar mengikis sikap memilih pekerjaan atau hanya mahu bekerja di sektor awam.
Riot berkata Malaysia menyediakan begitu banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor, namun adalah menyedihkan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing.
Beliau berkata bekerja di kira-kira 600,000 syarikat Industri Kecil dan Sederhana merupakan antara peluang kerjaya yang boleh dicuba rakyat tempatan.
Sementara itu, beliau menyeru orang ramai menghadiri Fiesta Kerjaya JobsMalaysia Dan Azam Kerja 1Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan di Mid Valley Exhibition Centre mulai 5 hingga 7 September untuk merebut 10,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor.
Antara aktiviti di majlis itu ialah temuduga terbuka, pameran kerjaya, ceramah bimbingan kerjaya dan pendaftaran Online JobsMalaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - mstar
TOP
Mohd Hashim Dilantik Timbalan Pengerusi SPR
Mohd Hashim Abdullah.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu. Beliau menggantikan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tamat tempoh perkhidmatan pada 27 November lepas. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Mohd Hashim, 60, berkuatkuasa pada 5 September ini dan tempohnya adalah sehingga beliau genap usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Mohd Hashim, berasal dari Kota Baharu, Kelantan, memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian itu dari 11 November 2010 hingga bersara wajib pada 31 Ogos 2014. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Hashim memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1980 dan antara jawatan yang pernah disandangnya termasuk Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.- mstar

Bank Muamalat Jangka Lancar Perbankan Persendirian Islam
KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd menjangkakan untuk melancarkan Perbankan Persendirian Islam dalam tempoh setahun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata bank ketika ini sedang mengkaji konsep produk tersebut dan menjangkakan rangka kerja itu akan siap dalam tempoh enam bulan akan datang.
"Jika semuanya positif, kami akan melancarkan perbankan persendirian Islam pada tahun depan, dan akan menjadi yang pertama untuk diperkenalkan di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan Bank of London and The Middle East Plc, di sini, Selasa.
Mohd Redza berkata ketika ini Bank Muamalat mempunyai produk perbankan persendirian, terutamanya dalam pengurusan kekayaan, bagaimanapun, ia tidak dirangka secara menyeluruh.
Bank akan menggunakan kerjasama ini sebagai platform untuk menembusi segmen baharu melalui pendekatan menyeluruh yang akan meningkatkan perbankan Islam tempatan dari segi pelaburan, katanya.
Beliau juga berkata Bank of London and The Middle East mempunyai kepakaran dalam mengendalikan pelanggan perbankan persendirian, justeru itu, ia merupakan peluang baik bagi Bank Muamalat untuk bekerjasama dengan bank tersebut.
Inisiatif merentasi sempadan antara dua institusi kewangan di dua buah negara akan membolehkan kami untuk berkongsi kepakaran kami, dan mendekati pasaran bagi menawarkan perkhidmatan kami, katanya.
"Kami akan meluaskan produk kami di peringkat global, selepas berjaya memberi khidmat di pasaran tempatan," katanya.
Ditanya sama ada kedua-dua bank tersebut akan mempertimbangkan penggabungan dan pengambilalihan dan membentuk syarikat lain, beliau berkata mereka terbuka mengenainya selagi ia memberi nilai kepada pemegang saham dan syarikat.
Ketika ini, kewangan Islam menyumbang 25 peratus daripada industri perbankan di Malaysia, pertumbuhan sebanyak dua peratus berbanding 2013. Daripada jumlah ini, enam peratus disumbangkan oleh Bank Mualamat.
"Kami menjangkakan industri di Malaysia akan menyaksikan pertumbuhan yang berterusan sebanyak dua peratus tahun ke tahun," katanya.- mstar
TOP
JDT Mahu Dapatkan Khidmat Fernando Torres
KUALA LUMPUR – Pemain antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres berkemungkinan beraksi bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada Liga Malaysia 2016.
Laman Facebook Johor Southern Tiger dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memaklumkan hasrat PBNJ mendapatkan khidmat pemain dunia itu.
“Baginda bertitah bahawa resolusinya untuk tahun 2015 adalah untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super dan menandatangani Torres untuk bermain dengan pasukan JDT pada musim 2016,” kata kenyataan itu.
JDT sebelum ini berjaya mendapatkan pemain bertaraf antarabangsa, Pablo Aimar sebagai pemain import bagi musim ini.
Bekas pemain kebangsaan Argentina itu bagaimanapun terpaksa dilepaskan berikutan masalah kecederaan berpanjangan dan digantikan dengan bekas pemain bawah 23 tahun Argentina, Jorge Ronaldo Pereyra Diaz. – mynewshub.my
TOP
Bapa Lega Abu Mayat Sanjid Telah ‘Pulang’ Ke Rumah
GEORGETOWN – “Terima kasih semua…saya lega abu Sanjit telah pulang ke rumah”.
Itu ungkapan Jijar Singh, 71, bapa kepada pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH17 Sanjid Singh Sandhu kepada pemberita selepas abu mayat anaknya itu tiba di kediaman mereka di Kampung Selamat Alma di sini, hari ini.
Abu mendiang Sanjid antara sembilan jenazah mangsa tragedi MH17 yang tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), pada 8.30 pagi tadi.
Abu mendiang kemudian diterbangkan ke Bukit Mertajam untuk dibawa ke rumah bapanya di Kampung Selamat Alma di sini, selepas dibawa ke kediaman keluarga isterinya di Taman Skyline, Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur.
Terdahulu, ketibaan bekas abu mayat Sanjid yang diliputi Jalur Gemilang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubok di sini disambut dengan istiadat penghormatan.
Mengiringi abu mayat pramugara itu dari Kuala Lumpur ialah isteri mendiang Tan Nee Gok, 43, dan anak tunggal pasangan itu Hans Singh Sandhu, 10.
Abu mayat mendiang akan disemadikan esok.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai.
Sebanyak 43 warga Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini, 32 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadanya telah dibawa pulang ke Malaysia. – BERNAMA
TOP
Eina Azman Tidak Kisah Di Panggil Nama Saja.
PELAKON muda, Eina Azman yang baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos lalu berkata, dia tidak kisah dipanggil dengan namanya sahaja selepas ini walaupun boleh dipanggil Datin.
Memetik laporan Berita Harian, Eina berkata, beliau juga agak janggal jika dipanggil dengan gelaran Datin.
“Sejujurnya saya sangat janggal dengan pangkat itu. Panggil Eina saja pun saya okey. Terpulang kepada sesiapa nak panggil apa. Saya ok saja,” katanya kepada Berita Harian.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri disaksikan keluarga masing-masing serta teman media di Hotel Grand Hyatt. Eina turut menerima kereta mewah jenis Chevrolet sebagai hadiah hantaran suami kepada beliau.
“Tak sangka pula selepas tengok filem Transformer terbaru dan kebetulan kereta jenis yang sama turut digunakan dalam filem berkenaan, ada yang nak hadiahkan dekat saya. Saya memang peminat filem Transformer,” katanya.
Eina bergelar Datin di usia 19 tahun dan suaminya berusia 35 tahun.
Menurut Eina, beliau akan muncul dengan drama Selamat Pengantin Madu untuk slot Lestary TV3 mulai 3 September ini di samping pelakon Fasha Sandha, Aiman Hakim Redza, Dilla Ahmad, Marrisa Yasmin dan Falisha Crossley.
Pasangan ini merancang untuk berbulan madu di Kepulauan Maldives sebelum majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada 31 Januari depan.
Seronok dengar pengakuan Eina yang merendah diri ini. Yang sudah tu biarkan ia berlalu. Moga bahagia ke anak cucu. – MYNEWSHUB
TOP
MH17: 31 Jenazah Mangsa Nahas Dibawa Pulang Setakat Ini
KUALA LUMPUR – Kepulangan tujuh jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 31 jenazah warga tempatan pulang ke tanah air setelah tragedi itu memasuki hari ke-48.
Hanya satu jenazah yang telah dikenal pasti belum dibawa pulang lagi setakat ini berikutan proses pengurusan jenazah belum selesai.
Sejumlah 43 warga Malaysia adalah antara 298 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Berikut senarai jenazah warga Malaysia yang dibawa pulang secara berperingkat-peringkat.
Senarai nama mangsa yang dibawa pulang pada 2 September
1. Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, (L) (Juruterbang) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.
2. Kapten Eugene Choo Jin Leong (L) (Juruterbang) abu mayat disimpan selama tiga hari di kediamannya di Sri Carcosa, Seremban 2, sebelum disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.
3. Sanjid Singh Sandhu, 41, (L) (Kru kabin MH17) abu mayatnya dibawa ke kediaman mentuanya di Taman Skyline, Jalan Klang Lama, di sini, sebelum diterbangkan ke kediaman keluarganya di Taman Kampung Selamat Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk disemadikan esok (3 September).
4. Muhd Firdaus Abdul Rahim (L) (Pegawai Pertama MH17) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Teluk Intan, Perak.
5. Subashni J.Retnam (P) (Penumpang) abu mayatnya disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi.
6. Kaelamayajay Goes, 21 bulan (P) (Penumpang) abu mayatnya disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi.
7. Loh Yan Hwa (P) (Penumpang) abu mayatnya disemadikan di Dewan Peringatan Kek Lok Si, Air Itam, Pulau Pinang.
Senarai nama mangsa yang dibawa pulang pada 22 Ogos
Anak kapal
1. Mastura Mustafa (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi, Negeri Sembilan.
2. Ahmad Hakimi Hanapi (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Batu Muda, Gombak.
4. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
5. Dora Shahila Kassim (Ketua Pramugari MAS) (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Damansara, Kuala Lumpur.
6. Lee Hui Pin (P) disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan.
7. Angeline Premila Rajandaran (P) (tempat pengebumian dirahsiakan keluarga)
8. Chong Yee Pheng (P) disemadikan di Paradise Memorial Park, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan, Perak.
9. Azrina Yakob (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping, Perak.
Penumpang
10. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Ihtidaiyah (Lama), Tambun, Ipoh, Perak.
11. Muhammad Afif Tambi (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petrajaya, Kuching, Sarawak.
12. Ariza Ghazalee (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petrajaya, Kuching, Sarawak.
13. Hasni Hardi Parlan (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas Segamat, Johor.
14. Mohd Ali Md Salim (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Muar, Johor.
15. Foo Ming Lee (L) upacara keagamaan selama dua hari di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi manakala upacara pembakaran jenazah dilaksanakan di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.
16. Karamjit Singh Karnail Singh (L). Abu mayatnya ditabur di laut Pelabuhan Klang.
17. Ng Qing Zheng (L). Mayatnya disimpan selama satu malam di Taman Peringatan Nirvana, Sg Besi sebelum dibawa ke kediamannya di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.
18. Mabel Anthony Samy (P). Mayatnya disimpan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi sebelum dibawa pulang ke kediaman di Bangsar.
19. Paul Rajasingam Sivagnanam (L). Mayatnya disimpan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi sebelum dibawa pulang ke kediaman di Bangsar.
20. Elisabeth Ng Lyeti (P). Abu mayatnya disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.
Senarai nama mangsa yang dibawa pulang pada 23 Ogos 2014
1. (Tidak didedahkan)
Senarai nama mangsa yang dibawa pulang pada 24 Ogos 2014
1. Mohd Ghafar Abu Bakar (L) (Penyelia penerbangan kabin MAS) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas, Ampang.
2. Ng Shi Ing (P) (Penumpang). Abu mayatnya disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras sehingga jenazah anaknya, Benjamin Lee Jian Han yang berumur satu tahun dibawa pulang ke tanah air.
3. (Tidak didedahkan)
- BERNAMA

Jangan Takutkan Golongan Cendikiawan – Agus
KUALA LUMPUR — Jangan takutkan golongan cendikiawan kerana mereka adalah harta negara yang perlu jaga, kata pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.
Beliau yang merupakan Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM berkata, kebebasan untuk mempunyai pandangan berbeza tidak boleh disekat dalam dunia akademik.
“. Saya tahu kebebasan akademik mesti ada batasannya. Tidak ada kebebasan mutlak. Itu saya tahu.
“Kehebatan sesebuah universiti bukan terletak pada bangunan cantik tetapi kepada keupayaan mahasiswa dan pensyarahnya berbincang, mengkaji dan menulis dalam suasana yang mempunyai ruang untuk meraikan persamaan dan perbezaan,” katanya melalui laman Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kes rakannya, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Azmi Sharom menghadapi tuduhan menghasut berhubung kenyataannya tentang krisis Perlembagaan Perak.
Azmi didakwa di mahkamah kerana artikel bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu).
Mohammad Agus berkata, beliau membuat kenyataan itu kerana berpandangan Azmi seorang yang tenang dan mempunyai pandangan politik dan undang-undang yang jujur.
Katanya, beliau berasa terkilan jika tidak menulis tentang Azmi selepas mendapat tahu pensyarah itu dihadapkan ke mahkamah kerana menganggap Azmi menulis dalam keadan yang terkawal.
“Pandangan beliau (Azmi) mungkin salah dan mungkin betul. Ilmu undang-undang dan politik adalah begitu. Ia banyak bergantung kepada tafsiran seseorang. Janganlah kerana kita mempunyai perbezaan tafsiran, maka kita tidak boleh menerima kelainan tafsiran kita dengan beliau,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Cadang Nama Jalan Sudirman Haji Arshad Di Chow Kit
KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan salah satu jalan yang terdapat di sekitar Chow Kit di sini dinamakan Jalan Sudirman Haji Arshad sebagai mengenang jasa penyanyi itu kepada perpaduan negara.
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, Allahyarham Sudirman memainkan peranan menyatukan masyarakat pelbagai kaum menerusi pelbagai lagu-lagunya semasa hayat beliau.
“Puteri UMNO berharap dengan diabadikan nama beliau pada salah satu jalan di Kuala Lumpur, Sudirman akan dikenang oleh generasi masa kini dan akan datang sebagai penghibur yang banyak jasanya kepada negara.
“Lagu-lagunya begitu merakyat kerana membawa mesej tentang masyarakat seperti Basikal Tua, Chow Kit Road, Pulang Dari Kilang, Orang Muda, Aku Penganggur.Lagu-lagu patriotiknya pula kekal `evergreen’ termasuk lagu 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Mas Ermieyati memuji Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencetuskan idea mengembalikan nostalgia melalui konsert Memori Chow Kit Road yang mendapat sambutan hebat warga kota dalam sambutan kemerdekaan baru-baru ini.
“Sudirman seorang penghibur yang berjiwa rakyat dan kerana itu beliau satu-satunya penyanyi Malaysia yang mengadakan konsert percuma di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada April 1986,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Datuk Ramli MS Serah Dokumen Perkahwinan Di Pejabat JAIS
Datuk Ramli MS akhirnya hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mengemukakan dokumen pernikahannya dengan penyanyi, Alyah hari ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad kepada Berita Harian.
Memetik laporan akhbar itu, Ramli MS hadir jam 3 petang bagi mengemukakan dokumen pernikahannya dengan Alyah pada 18 Mac lalu di Batam, Indonesia.
“Dokumen yang dibawa Ramli sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat. Antara dokumen yang diserah seperti pasport perjalanan serta buku nikah pasangan berkenaan.
“Bagi melengkapkan siasatan pihak kami memohon supaya beliau menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan mereka. Keterangan dari pihak Ramli memuaskan hati pihak kami. Siasatan hari ini juga berjalan lancar,” katanya memetik Berita Harian.
Sebelum ini, pasangan terkenal dunia hiburan ini menggemparkan dunia hiburan apabila mendakwa telah berkahwin dengan penyanyi Alyah ketika diserbu pihak JAIS di kediamannya di Bandar Kinrara, Puchong pada 28 Ogos lalu, namun belum mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.
Susulan kekecohan itu, Ramli MS yang pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis resepsi kepada pihak umum bertindak menukarnya kepada majlis tertutup yang di khaskan kepada ahli keluarga dan sahabat rapat saja. Merajuk agaknya.
Macam-macam perangai selebriti terkenal ini. Nak buat macamana, awak tu sah-sahla popular, lagi di sorok lagilah orang nak tau.
Sekarang semua orang dah tahu dan mereka semua mendoakan kebahagian pasangan ini. Nanti kalau timang cahaya mata, kongsi-kongsilah dengan kami semua yer… -MYNEWSHUB
TOP
” Penerbangan Kami Bersama Kali Ini Sangat Berbeza “
SEREMBAN – Juruterbang Malaysia Airlines Kapten Azlan Aboo Bakar dan mendiang Kapten Eugene Choo Jin Leong sering berganding, terbang ke luar negara bersama.
“Kali ini kami masih terbang bersama tapi dalam keadaan yang sangat berbeza,” katanya selepas membawa pulang sembilan jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam termasuk dua rakan sejawatannya, Choo dan Kapten Wan Amran Wan Hussin.
Azlan merasakan penerbangan pesawat MH19 selama 12 jam 14 minit itu seolah-olah ‘kosong’, sangat berlainan sekali rasanya, dan perasaan itu akan kekal dalam lipatan memori hidupnya.
“Amat dahsyat rasanya untuk menghadapi saat ini…
“Sebelum itu kami berdua (saya dan Choo) kerap berganding terbang bersama ke luar negara dan kali ini terasa sangat ‘kosong’ dan sunyi kerana terbang dengan membawa abu mayatnya pulang (ke tanah air),” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Azlan berkata hubungan rapat beliau dan mendiang adalah lebih daripada seorang abang dan adik kerana mereka ‘membesar’ bersama-sama dalam MAS.
“Saya dan mendiang kerap merancang percutian keluarga serta banyak menghabiskan masa terluang di luar waktu kerja bersama-sama. Terlalu banyak kenangan selama 24 tahun perkenalan kami, saya berasa kehilangan dan tentunya ini juga kehilangan yang sangat besar buat MAS,” katanya.
“Mendiang seorang yang sangat komited dengan tugas, beliau sangat disayangi dan disenangi oleh semua rakan, tiada seorang pun yang pernah mempunyai masalah semasa bertugas dengan beliau,” jelas Azlan.
Beliau berkata mendiang Choo juga merupakan seorang juruterbang yang berpengalaman hampir 20 tahun berkhidmat dengan MAS dan merupakan antara tenaga pengajar di Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) sejak lima tahun lalu.
Berkongsi kenangan, Kapten Azlan berkata mendiang seorang yang ceria, penuh humor, bapa dan suami yang penyayang serta meminati aktiviti lasak terutama sukan bermotor.
“Dua hari sebelum berlepas ke Amsterdam, beliau (Choo) ada datang ke rumah saya dengan aksi yang sungguh gembira untuk menunjukkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang baru sahaja dibelinya. Itulah pertemuan terakhir kami,” kata Azlan.
Sejurus selepas pesawat komersial MH19 Boeing 777 dari Amsterdam tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8.25 pagi tadi, Azlan terus mengiringi abu mayat rakannya Choo pulang ke kediaman di Sri Carcosa dekat sini untuk memberi penghormatan terakhir.
Mendiang meninggalkan seorang isteri Ivy Loi 42, dan dua orang anak lelaki Melvic Choo, 13, dan Scott Choo, 10.
Abu mayat Choo akan disimpan selama tiga hari bagi memberi peluang keluarga dan rakan membuat penghormatan terakhir di kediamannya yang terletak di Seremban2 sebelum disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan pada pagi Khamis .
Pesawat Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh. – BERNAMA
TOP
Media Diminta Jangan Desak Waris Mangsa MH17
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta para pengamal media dalam usaha menghasilkan berita agar tidak mendesak waris mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga boleh mencetus suasana tidak harmonis.
Beliau berkata pihak media harus memahami keadaan kaum keluarga dan waris mangsa yang masih dalam trauma kerana kehilangan orang-orang tersayang.
“Para media termasuk wartawan dan jurugambar janganlah mendesak sangat anggota keluarga mangsa MH17 sehingga menaikkan emosi mereka.
“Begitu juga kepada anggota keluarga mangsa janganlah terlalu beremosi hingga bertindak secara berlebihan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Beliau mengulas insiden seorang jurufoto akhbar New Straits Times (NST) yang dikasari oleh seorang anggota keluarga mangsa MH17 di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di sini hari ini.
Dalam kejadian 10.45 pagi itu, jurugambar NST Mohd Aizuddin Akmal Saad, 29, ditumbuk di bahagian muka oleh seorang anggota keluarga mangsa hingga menyebabkan kecederaan pada hidung.
Aizuddin kemudian membuat aduan di Balai Polis Sungai Besi.
Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki yang menyebabkan kecederaan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata polis sedang menyiasat insiden itu bagi mengenalpasti punca kejadian.
“Setakat ini kita belum dapat merakam keterangan mangsa…pelaku akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Pada 17 Julai lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal Penerbangan MH17 maut apabila pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine. – BERNAMA
TOP
Tumbuhan Yang Menyerupai Organ Seks Lelaki..!!!
Apakah entri ini lucah… atau berbentuk pendidikan… anda nilai sendiri… atau beri pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Namun, untuk yang bawah umur adalah lebih baik tak payah tengok kot…

MH17: Kapten Wan Amran Seorang Dermawan
SHAH ALAM – Juruterbang pesawat MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin merupakan seorang dermawan yang sering memberi sumbangan kepada Rumah Perlindungan Positive (POSHe) di Kapar, Selangor.
Yang Dipertua Rumah Perlindungan Positive (POSHe), Mohd Fakhrul Azizi Abdul Kadir berkata, Allahyarham merupakan antara penderma utama bagi rumah perlindungan untuk anak-anak yatim positif HIV, sejak empat tahun lalu.
“Banyak sumbangan dari segi keringat dan wang ringgit telah diberikan. Sumbangannya cukup besar untuk pertubuhan ini (rumah perlindungan).
“Saya terkilan dengan pemergian arwah tetapi sebagai umat Islam, saya terima akan qada dan qadar ini.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Kapten Wan Amran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, pagi Selasa.
Allahyarham Kapten Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi Selasa.
Mohd Fakhrul berkata, kali terakhir beliau berkomunikasi dengan arwah adalah pada Ramadan lalu menerusi aplikasi Whatsapp.
“Hampir setiap bulan beliau memberi sumbangan. Selalunya kami banyak berkomunikasi dalam group whatsapp pertubuhan ini.
“Kami amat sedih dengan pemergiannya. Kita terserah kepada Allah,” katanya tanpa mendedahkan jumlah sumbangan Allahyarham Kapten Wan Amran kepada rumah perlindungan itu.
Seramai 15 anak-anak yatim ditempatkan di Rumah Perlindungan Positive di Kapar, Selangor.
Mohd Fakhrul menambah: “Dia banyak memberi sumbangan tak kira wang ringgit, barang-barang. Memang dia banyak beri sumbangan, dia memang seorang dermawan.”
Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di timur Ukraine dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal. – mStar Online
TOP
PDRM Bukan Milik KPN – Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya tidak menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai askar peribadinya "menyerang" pembangkang dan pihak yang menentangnya.
Merujuk kepada kes tahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, ahli Parlimen Ampang itu berkata, tindakan mengugut untuk menyerbu rumah jika mereka enggan menyerah diri merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan tidak masuk akal.
Begitu juga dengan kes pengguna akaun Twitter, Victor Wong dan Nasrul yang disiasat Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) walaupun permohonan maaf secara terbuka dibuat terhadap Khalid.
"Kawalan ketat dengan menindas pihak yang menentang kerajaan pusat mengulangi sejarah Operasi Lalang.
"KPN perlu diingatkan PDRM bukan askar peribadi sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan Khalid melampau apabila menganggap PPS sebagai haram, sedangkan mana-mana pertubuhan yang haram perlu mendapat pengisytiharan Pendaftar Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu seperti Hindraf.
Katanya, Khalid perlu membuktikan sama ada PPS cuba mendaftar dengan RoS tetapi permohonannya ditolak.
"KPN perlu sedar beliau adalah penjawat awam dan perlu mengutamakan kepentingan awam. Kuasa polis tidak boleh digunakan untuk menekan orang awam," katanya.
Katanya, tidak ada sebab melabelkan PPS haram apabila sukarelawan itu sering membuat laporan di balai polis berdekatan sebelum membuat rondaan kawasan.
Beliau berkata, PPS tidak ditubuhkan kerajaan negeri jika PDRM bertindak cekap membanteras jenayah dalam komuniti mereka.
"Disebabkan semangat komuniti dan prihatin yang ditunjukkan anggota PPS, kadar jenayah di Pulau Pinang menurun," katanya.
Seramai 154 anggota PPS ditahan pagi Ahad selepas menyertai perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, Pulau Pinang kerana ingkar dengan arahan polis selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan RoS.
Tindakan itu menimbulkan reaksi negatif orang ramai termasuk pengguna sosial Twitter yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Khalid.
Khalid kemudian mengarahkan PCIRC di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menyiasat pihak yang membuat kenyataan biadap tersebut.
"PCIRC @PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yg menggelar IGP 'Anjing BN'" katanya dalam jawapan balas pengguna Twitter Nasrul Omar (@ennasrul).
Khalid yang menggunakan akaun Twitter @KBAB51 juga memetik satu lagi tweet yang dianggap menyakitkan hati di mana beliau dibandingkan dengan komander Nazi, Henrich Himmler.
Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) menulis: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia." (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia).
Khalid menjawab tweet tersebut dengan menulis: "PCIRC @PDRMsia, juga dikesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."
Viktor Wong kemudian menulis: "Hello both @PDRMsia @KBAB51, I am retracting the suggestion on the bastardization and apologize to you and all your members of the force" (saya menarik balik cadangan mengenai 'bastardization' dan meminta maaf kepada anda dan semua anggota pasukan anda).
Namun, Khalid bertegas untuk meneruskan siasatan terhadap kedua-dua mereka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan 1948.
"Tiada maaf baginya. Tindakan akan diteruskan," katanya seperti dilaporkan Bernama. – 2 September, 2014. - The Malaysia Insider
TOP
Pasangan Suami Isteri Disemadi Di Kuil Kek Lok Si
GEORGE TOWN – Abu mayat pasangan Loh Yan Hwa dan suaminya warganegara Belanda, Fan Shun Po, mangsa tragedi pesawat MH17, disemadikan di Kuil Kek Lok Si, Air Itam di sini, Selasa.
Sepanjang upacara persemadian itu, pihak media diminta menghormati privasi keluarga mangsa dan tidak menemu bual anggota keluarga pasangan pengusaha restoran Cina di Rotterdam, Belanda itu.
Upacara keagamaan mengikut agama Buddha yang diketuai dua orang sami itu berlangsung dalam suasana hiba dan dihadiri lebih 50 tetamu.
Anak tunggal pasangan itu yang hanya dikenali sebagai Kevin serta anggota keluarga terdekat yang semuanya berpakaian baju berwarna putih kelihatan cuba mengawal emosi mereka sepanjang upacara persemadian itu yang diiringi dengan cuaca mendung dan hujan.
“Saya dimaklumkan seluruh warga Rotterdam termasuk Datuk Bandarnya datang ke restoran milik kedua-dua mendiang untuk menyampaikan salam takziah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong yang mengiringi jenazah pasangan itu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
Wee berkata, Loh yang telah menetap di Belanda selama 30 tahun adalah seorang yang patriotik dan gemar melakukan kerja-kerja amal.
“Dia sering menaiki pesawat Malaysia Airlines untuk pulang ke tanah air. Kerajaan persekutuan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan akan meneruskan usaha mencari ibu mendiang dan mangsa-mangsa lain,” katanya.
Selepas upacara keagamaan, tetamu yang hadir diberi peluang memberikan penghormatan terakhir dengan meletakkan bunga mawar putih di atas bekas abu mayat kedua-dua mangsa nahas pesawat itu.
Turut memberi penghormatan terakhir sekumpulan sukarelawan komuniti Buddha Tzu-Chi dan anggota keluarga turut menyediakan papan peringatan untuk membolehkan tetamu melahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Terdahulu, bekas abu mayat kedua-dua pasangan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini pada pukul 10.52 pagi dan diberi istiadat penghormatan di Dataran DCA lapangan terbang itu.
Kira-kira 20 anggota keluarga pasangan itu turut berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan mendiang berdua dan dilihat menangis ketika bekas abu mayat pasangan itu dibawa keluar daripada helikopter.
Bekas abu mayat Loh dibalut dengan bendera Malaysia manakala bekas abu mayat suaminya ditutup dengan bendera Belanda. Kedua-dua bendera itu kemudian diserah kepada waris mangsa iaitu Loh Kok Wah dan Ong Xenh.
Majlis turut bertafakur satu minit diikuti upacara membaca doa dan khutbah daripada persatuan Buddhist Tzu-Chi diketuai Master Chen Yen sebelum van yang membawa abu mayat pasangan itu bergerak di Kuil Kek Lok Si di Air Itam untuk disemadikan.
Loh, 54, dan suaminya Fan, 60, merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 777-200, penerbangan MH17 yang terbunuh apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pasangan itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Malaysia bersama ibu Loh, Tan Siew Poh yang menziarah mereka di Rotterdam. Bagaimanapun, mayat ibu Loh belum dikenal pasti. – BERNAMA
TOP
Pelan Penstrukturan Semula MAS Perlu Berani, Inovatif
KUALA LUMPUR – Pelan penstrukturan semula yang radikal untuk memulihkan Malaysia Airlines (MAS) mestilah berani, inovatif dan berfikir di luar kaedah biasa, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.
“Saya harap demi negara, kali ini kita belajar daripada kesilapan masa lalu dan melakukannya dengan betul. Cabaran yang paling besar ialah untuk melakukannya dengan betul. Ia melibatkan kesabaran, toleransi dan mendapat maklum balas yang betul,” kata Musa pada sidang akhbar di sini Selasa.
Musa berkata perkara yang paling penting sekarang ini ialah untuk sentiasa ingat bahawa ia melibatkan kebanggaan negara.
“Anda tidak boleh mengelakkannya dan hanya dapat ditegakkan dengan idea-idea baharu,” katanya.
Beliau berkata adalah penting untuk menganggap syarikat penerbangan nasional itu sebagai cadangan perniagaan, bukan sebagai cadangan untuk memenuhi sentimen.
“Ia perlu dalam konteks wang ringgit. Jika tidak boleh, perlu ditutup. OK jika anda menjalankan sebuah pertubuhan kebajikan, tetapi ini tidak. MAS adalah sebuah entiti perniagaan, mulakan dari sana,” kata Musa.
Musa juga menegaskan bahawa kesatuan perlu terlibat secara intensif dalam proses berkenaan.
Walaupun agak terkejut dengan pengumuman yang begitu cepat itu, Musa berkata beliau berharap apa yang akan dilakukan, akan benar-benar sesuatu yang baik.
“Saya bimbang tentang perkara-perkara seperti itu. Kerana saya tidak akan membuat pengumuman mengenai isu penting seperti ini melainkan telah dikaji secara mendalam, dihujah dan mendapat maklum balas,” katanya. – BERNAMA
TOP
Lelaki Miliki Kad Kuasa ‘Perisik’ KDN Dipanggil
MELAKA – Polis Melaka memanggil seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pemilikan kad kuasa ‘perisik’ Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah hotel di negeri itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada 11 malam, 31 Ogos lepas.
Beliau berkata polis turut merampas satu kad kuasa Unit Risikan Khas KDN yang mempamerkan jawatan perisik dipercayai diterima daripada seorang kakitangan KDN berusia 34 tahun.
“Lelaki terbabit mengaku memperoleh kad itu daripada rakannya yang bekerja di kementerian tersebut pada April lepas.
“Namun, hasil siasatan mendapati tiada Unit Risikan Khas dalam KDN dan juga tiada kad kuasa dikeluarkan kementerian itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Raja Shahrom berkata pihaknya membuka kertas siasatan bagi kes berkenaan dan tindakan lanjut akan diambil terhadap lelaki itu jika terdapat sebarang kesalahan jenayah.
Bagaimanapun, beliau berkata sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penggunaan kad kuasa itu.
“Kami minta orang ramai atau pihak berkuasa jika ada yang pernah ditemui orang yang mengatakan dia perisik KDN supaya tampil membuat laporan polis dan kita akan ambil tindakan serta-merta,” katanya.
Dalam pada itu, Raja Shahrom berkata pihaknya kini sedang mengesan kakitangan KDN yang memberikan kad kuasa berkenaan. – BERNAMA
TOP
PAS Selangor Telah Serah Nama Calon MB Selangor
SHAH ALAM – PAS Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada PAS Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.
“Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh PAS Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.
Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) supaya masing-masing mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan itu, selewat-lewatnya esok (3 September).
Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata PAS tetap mengemukakan dua calon iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalan presiden parti itu Azmin Ali.
Dalam satu laporan portal berita, beliau berkata PAS akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment