TOP
UPSR Bocor: Calon Duduki Semula Matematik, B. Tamil 9 Oktober
Dr Khair Mohamad Yusof.
PUTRAJAYA: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil pada 9 Oktober ini. Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang media khas di sini petang Isnin. Ini kerana kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR didapati bocor. Tarikh baharu itu diputuskan selepas mengambil kira cuti umum Hari Raya Aidiladha yang dijangka pada 5 Oktober depan. - mstar

MB Selangor Yang Baharu Hanya Diketahui Pagi Esok
Kakitangan kerajaan negeri Selangor membawa sepanduk tanda sokongan terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena persiapan hari terakhir beliau sebagai menteri besar di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) Sulatan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Istana Selangor hanya akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang baharu pagi Selasa pada hari majlis mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri itu dijadual berlangsung. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata ini kerana Sultan Sharafuddin Idris Shah masih belum memberi perkenan untuk pihaknya mengumumkan perkara itu pada Isnin. "Maaf, Tuanku belum berkenan lagi untuk buat 'statement' (kenyataan) hari ini. Pengumuman dan kenyataan akhbar akan dibuat esok pagi," katanya. Nama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali, Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi disebut-sebut sebagai calon bagi mengisi jawatan menteri besar Selangor ke-15 itu. Jumaat lepas, Istana Selangor dilapor akan mengumumkan nama menteri besar yang baharu selewat-lewatnya hari ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin. Mohamad Munir dilaporkan berkata pengumuman akan dibuat sama ada menerusi kenyataan akhbar atau sidang media. Majlis angkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu dijadual diadakan di Istana Alam Shah, Klang, pada 10 pagi Selasa. - mstar

Tidak Perlu Pungutan Suara Di Sabah, Sarawak - Nancy
Nancy Shukri.
KOTA KINABALU: Pungutan suara tidak perlu diadakan bagi menentukan bilangan penduduk Sabah dan Sarawak yang mahu kedua-dua negeri itu keluar daripada Persekutuan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri. Beliau berkata penduduk Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak bekerja sebagai satu pasukan bagi membangunkan negara ini, dan adalah tidak adil untuk mengetepikan mereka yang telah membantu Sabah dan Sarawak mencapai 'apa yang dimilikinya hari ini'. "Saya fikar ia tidak perlu diadakan sekarang...tidak perlu pungutan suara kerana lebih banyak suara yang bercakap mengenai berada dalam Malaysia berbanding luar Malaysia. "Itu tidak bermakna yang kita tidak perlu perjuangkan apa yang perlu kita dapat, daripada segi pembangunan untuk setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Hak dan Isu Wanita dan Kanak-kanak di Wisma Wanita di sini, Isnin. Turut hadir Peguam Negeri Sabah, Mariati Robert, yang juga pengerusi majlis itu.- mstar

Guan Eng Enggan Komen Khabar Angin Azmin Dipilih MB Selangor
Lim Guan Eng.
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan memberi komen berhubung khabar angin menyatakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan dilantik menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Kita belum dapat laporan rasmi. Kalau ada laporan rasmi baru saya akan buat komen. Selagi tidak ada laporan dan pengumuman rasmi daripada istana, saya tidak mahu buat komen. "Dan kalau nak buat apa-apa komen, tunggu kita adakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) malam ini, lepas itu akan buat pengumuman rasmi," kata Setiausaha Agung DAP itu kepada pemberita di sini Isnin. Satu laporan berita menyatakan Mohamad Azmin yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa akan dilantik bagi menggantikan Abdul Khalid dan pengumuman dijangka dibuat oleh Istana Selangor pada Isnin. Berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor, Lim berkata kebocoran itu adalah merupakan kelemahan dalam sistem kawalan dalaman. Katanya kelemahan itu berterusan berikutan tiada tindakan serius diambil. Pada Ahad, Lembaga Peperiksaan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik bocor selepas kes kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris dan Sains UPSR. - mstar

Operasi Buru Pemilik Kenderaan Persendirian Tawar Perkhidmatan Uber
Ismail Ahmad.
PUTRAJAYA: Mulai 1 Oktober, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. Ia juga bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam, yang pelakunya boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. "Ini bagaikan teksi sapu. Kita banyak terima aduan daripada pengusaha teksi kerana ia telah mengancam industri teksi di negara ini. Perkara ini perlu dibendung agar pengusaha teksi tidak terjejas," katanya dalam sidang media di sini Isnin. Uber merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar. Ditubuhkan pada 2009, ia menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandaraya di serata dunia. Perkhidmatan ini mula memasuki pasaran Asia pada Februari pada tahun lepas di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas secara atas talian melalui laman sesawang https: //www.uber.com/cities/kuala-lumpur. Ismail berkata pihaknya mengesan kira-kira 50 buah kereta termasuk kereta mewah seperti Jaguar dan Mercedes Benz yang menawarkan perkhidmatan Uber itu. Selain individu yang menawarkan perkhidmatan Uber, lapan syarikat tempatan juga dikenal pasti bekerjasama menawarkan perkhidmatan Uber di sekitar Lembah Klang, katanya. "Saya minta semua pihak, individu dan syarikat yang terlibat menawarkan perkhidmatan Uber supaya memberhentikan perkhidmatan ini kerana pihak berkuasa JPJ, SPAD dan PDRM akan melancarkan operasi memburu mereka dan menyita kenderaan yang terlibat bermula 1 Oktober," katanya. Beliau berkata perkhidmatan Uber semakin popular kerana perkhidmatannya lebih murah, cepat dan baik namun penumpangnya tidak dilindungi insurans. Ismail memberi contoh caj dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah RM34.50 untuk perkhidmatan Uber bajet manakala teksi biasa RM55.20. "Penumpang perkhidmatan Uber diingatkan bahawa mereka tidak dilindungi skim insurans sekiranya berlaku kemalangan," katanya. Baru-baru ini mahkamah serantau Jerman dilaporkan mengeluarkan injunksi sementara terhadap Uber kerana pemandunya tidak mempunyai lesen komersial yang diperlukan untuk mengambil penumpang. Perkhidmatan Uber juga dilaporkan tidak dibenarkan beroperasi di Jakarta kerana tidak memiliki permit pengangkutan awam. - mstar

Sukan Asia: Badminton Lelaki Gagal Atasi China
Chong Wei tewas 17-21, 21-19, 11-21. - fotoBERNAMA
INCHEON: Skuad badminton lelaki negara gagal melepasi tembok besar China apabila kalah 0-3 dalam perlawanan separuh akhir acara berpasukan di Gyeyang Gymnasium pada Isnin. Namun Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih gangsa bersama dengan pasukan Taiwan yang tewas kepada tuan rumah Korea Selatan. Pemain nombor satu dunia yang juga pemain utama negara Datuk Lee Chong Wei gagal menyumbang mata pertama apabila tewas kepada Chen Long. Chong Wei kalah 17-21, 21-9 dan 11-21. "Saya berada dalam keadaan yang baik tapi Chen Long bermain lebih bagus. Saya akan tumpu pada acara individu pula. Buat masa ini undian belum dikeluarkan," katanya. Dalam pada itu Chen Long menyifatkan Chong Wei tidak menampilkan corak permainan sebenarnya. "Saya mendahului sepanjang perlawanan dan mendapati Chong Wei bermain dengan tekanan. Chong Wei tidak menunjukkan prestasi sebenarnya," katanya. Pasangan beregu negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How yang bermula garang pada set pertama seperti membuka jalan untuk menyamakan mata namun terpaksa tunduk dengan kehebatan pasangan China Xu Chen/Zhang Nan. Pasangan beregu negara menang set pertama 21-14 sebelum tewas pada set kedua dan set penentuan 15-21 dan 10-21. Perseorangan kedua negara Chong Wei Fen ternyata tidak setanding jaguh handalan Lin Dan apabila memberi kemenangan mudah 11-21 dan 12-21. Sementara itu jurulatih badminton negara Tey Seu Bock berkata beliau berpuas hati dengan corak dan cara permainan Chong Wei yang lebih tenang dan terbuka. "Saya gembira dengan cara Chong Wei yang nampak lebih positif dan ini mengurangkan tekanan kepada beliau sendiri. "Inilah yang saya mahu lihat supaya Chong Wei tidak terlalu memikirkan tekanan untuk menang sebaliknya seronok dengan permainannya," katanya. Tey berkata bagi acara individu nanti, peluang meraih pingat emas adalah 50-50 dan bergantung kepada undian yang bakal dikeluarkan. Beliau berkata Chong Wei dijangka berdepan pemain Thailand Boonsak Ponsana pada peringkat suku akhir dan mungkin berdepan Chen Long atau Lin Dan pada separuh akhir atau akhir. "Apa yang saya boleh kata, pemain China akan lebih tertekan kini sebab perlu memikirkan corak permainan Chong Wei selepas ini," katanya. - mstar

SSM Tak Terlibat Penipuan Kutipan Yuran GST
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menegaskan pihaknya tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana ejen atau individu bagi mengutip yuran tambahan untuk penyediaan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
SSM, katanya, menerima laporan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggu=nakan nama SSM bagi mendekati peniaga dengan meminta memindahkan sejumlah wang ke akaun individu tertentu.
"SSM hanya bertindak berlandaskan kuasa yang diperuntukkandan tidak pernah menganjur mahupun melantik pihak atau individu bagi tujuan mengumpul sebarang bayaran selain daripada yang diperuntukkan perundangan terbabit," kata SSM dalam satu kenyataan, Isnin.
SSM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak atau individu yang mengelirukan orang awam serta mencemar reputasi SSM selaku agensi kerajaan, katanya.
Untuk sebarang pertanyaan orang awam boleh menghubungi pusat panggilan SSM di talian 0377214000, e-mel di alamat enquiry
TOP
Ranhill Bersekutu Cari Rakan Kongsi Di China
NANNING: Ranhill Bersekutu Sdn Bhd, syarikat kejuruteraan Malaysia, berharap dapat membentuk perkongsian dengan firma-firma China untuk bekerjasama dalam industri infrastruktur di negara tersebut.
Ranhill yang ditubuhkan pada 1973, menerima 50 pertanyaan daripada firma-firma China semasa Ekspo China-Asean ke-11 (Caexpo) yang berlangsung selama empat hari di sini bermula 16 September.
Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill Bersekutu Yap Yuen Thye berkata syarikat itu mahu menjalin kerjasama dalam pembinaan loji kuasa, jambatan, landasan kereta api, bekalan air, projek kumbahan dan lain-lain lagi.
"Pada masa sekarang, kami telah menerima 50 pertanyaan daripada syarikat-syarikat China dan kini berbincang dengan mereka untuk perkongsian bagi membolehkan kami membawa masuk teknologi hijau ke negara ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Jumaat.
Yap berharap perjanjian pertama boleh ditandatangani tahun depan memandangkan peluang telah ada di negara ini.
Ranhill Bersekutu yang pertama kali menyertai Caexpo, terlibat dalam pelbagai projek secara menyeluruh serta kejuruteraan kepada hampir 2,000 projek melibatkan kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk konsep, pengurusan pembinaan, pengurusan projek dan pengauditan.
Projek kejuruteraan signifikan yang dilaksanakan termasuk telekomunikasi, kejuruteraan pantai, tebatan banjir, hotel, resort, penilaian kesan alam sekitar (EIA) dan menara pejabat.
Sebanyak 126 syarikat Malaysia, 40 peratus merupakan peserta kali pertama dan 11 agensi kerajaan yang diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengambil bahagian dalam ekspo itu. - mstar
TOP
RM 1,300 Untuk Bersama Vivian Selama Sejam
Masih ingat lagi dengan Vivian? Rasanya satu Malaysia tidak akan lupa dengan isu dia dengan pasangannya Alvin, atau lebih terkenal dengan nama 'Alvivi' membuat poster 'selamat berbuka puasa' yang dihiasi dengan gambar mereka sedang menjamah daging babi.
Pasangan itu kini dikatakan sudah berpisah pada Januari lepas. Setelah itu tiada khabar dari mereka.
Tetapi, baru-baru ini, melalui sebuah forum Malaysia, seorang pengguna forum tersebut telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan profil Vivian di dalam laman AshleyMadison.com, sebuah laman web dating atau mencari teman.
Di dalam gambar tersebut, Vivian dilihat menawarkan kepada sesiapa yang ingin bersamanya dengan kadar bayaran RM 1,300 selama satu jam.
Adehh..mahalnya.. Tapi siapa tahu mungkin ada juga yang sanggup?? AshleyMadison.com merupakan servis dating online yang mana membolehkan orang ramai menempah untuk keluar dengan pengguna di laman tersebut. - SiakapKeli.com

Tun Mahathir: Semua Pihak Kena Akur Pilihan Sultan
PUTRAJAYA – Semua pihak harus akur dengan pemilihan calon Menteri Besar Selangor yang baharu oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengelak krisis politik berpanjangan di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Beliau berkata pemilihan Sultan Selangor perlu diterima semua pihak terutamanya Pakatan Rakyat ekoran kegagalan mereka mengemukakan calon tunggal Menteri Besar Selangor yang disokong oleh semua.
“Mereka tidak dapat membuat kata putus bersama untuk mengemukakan satu calon… sebab itu Sultan meminta dua tiga calon dan terpulang pada Sultan untuk memilih sesiapa dan saya harap semua pihak akan bersetuju,” katanya.
Dr Mahathir berkata sekiranya terdapat usul tiada kepercayaan dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rakyat yang menyebabkan Menteri Besar yang dipilih itu ‘jatuh’, ia hanya memanjangkan masalah di negeri itu.
“Berpanjangan masalahnya dan lebih baik mereka sokong siapa yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar,” katanya kepada media selepas melancarkan projek pembangunan bercampur Shapadu Putrajaya Haven di sini, hari ini.
Ditanya adakah pemilihan Menteri Besar oleh Sultan Selangor menunjukkan pencabulan demokrasi dalam Parlimen, Dr Mahathir berkata :”Demokrasi adalah
mengikut suara ramai, kali ini tiada suara ramai jadi terpaksa pihak seperti presiden membuat keputusan.
“Kalau ada satu calon yang disokong penuh oleh semua, maka tidak ada kemungkinan usul tiada kepercayaan, malah satu nama dah cukup,” katanya.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata nama menteri besar yang baharu bakal diumumkan hari ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.- BERNAMA
TOP
VIDEO: Penunggang Basikal Terselamat Daripada Digilis Lori
Bak kata pepatah, Berpantang Maut Sebelum Ajal mungkin sesuai untuk situasi ini. Apa tidaknya, kalau berdasarkan kepada kejadian memang teramat bernasib baiklah katakan untuk tidak dilanyak lori tersebut.
Kejadian ini ini dirakam menerusi kamera pengawasan yang mana sebuah lori yang melalui simpang empat yang tidak berlampu isyarat itu terlanggar sebuah kereta yang secara tiba-tiba dengan lajunya muncul dari arah yang lain.
Namun pada ketika itu terdapat seorang penunggang basikal yang sedang perlahankan basikalnya ditengah-tengah simpang bagi memberi laluan kepada lori tersebut akhirnya terperangkap dalam kejadian tesebut. Apa yang mengejutkan ialah dia selamat kerana lori terbabit terangkat merentasinya.
Saksikan Video yang super bernasib baik ini.
─ SiakapKeli.com
TOP
Balotelli Dihina Kerana Persenda MU
MARIO Balotelli dikecam dengan penghinaan perkauman selepas dia mentertawakan kekalahan pasukan Manchester United di tangan Leicester City.
Media sosial dipenuhi dengan kata-kata keji terhadap penyerang Liverpool kelahiran Palermo, Itali tu menulis di Twitter: “Man utd ... LOL.”
Satu daripada pengguna Twitter membalas tweet Balotelli itu dengan mengejeknya: “Monyet, monyet, monyet, monyet, monyet.”
Seorang lagi yang menggunakan nama Maroc menulis: “Kau monyet (perkataan memaki). Oo Oo ah ah."
Antara kecaman paling teruk ialah: “(Memaki) Mario! Pergi makan pisang dan biar dijangkiti Ebola. Kau monyet pengotor.”
Walaupun lahir di Itali, ibu bapa Balotelli berasal dari Ghana, Afrika – benua yang kini berdepan ancaman wabak maut Ebola.
Dia memang dikenali dengan pelbagai kerenah dan kontroversi, sama ada di dalam atau di luar padang.
Di sebalik kecaman itu, peminat Liverpool kemudian tampil membela Balotelli dengan sesetengahnya melanjutkan tweet rasis itu kepada polis untuk mendapat tindakan lanjut.
Jurucakap polis Merseyside kemudian mengesahkan mereka sudah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan.
“Polis sedang mengkaji komen penghinaan yang dibuat di Twitter mengenai Mario Balotelli,” katanya.
MU gagal mencatat kemenangan kedua dalam persaingan musim kali ini walaupun mendahului Leicester City 3 – 1 malam Ahad.
Selain kalah 5 -3 , MU juga kehilangan seorang pemainnya, Tyler Blackett, apabila diberi kad merah kerana menjatuhkan Jamie Vardy dalam kotak penalti. - mstar
TOP
MU Dimalukan, Rooney Salahkan Pemain Sendiri
Rooney tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mark Clattenburg yang memberi tendangan penalti kepada pasukan Leicester City.
KETUA pasukan Manchester United, Wayne Rooney dikecam kerana menyalahkan anggota pasukannya selepas pintu gawang mereka bolos lima kali dalam perlawanan menentang Leicester City, malam Ahad.
Walaupun menjerit dan mengherdik beberapa pemain lain, pemerhati berkata, beban kesalahan sebenar atas gol berkenaan terletak di bahu Rooney. Berdasarkan rakaman visual, bola berkenaan sepatutnya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh Rooney namun dia gagal menyebabkan pemain Leicester City, Esteban Cambiasso berjaya menjaringkan gol sekali gus menyamakan kedudukan 3 -3. Sebelum itu MU berjaya menjarakkan kedudukan dengan 3 -1 melalui jaringan cantik Robin van Persie, Angel Di Maria dan Ander Herrera. Ketika pemain Leicester City semakin bersemangat selepas merapatkan jurang 3 -2, bola berada di kawasan penalti dan Rooney sepatutnya menendang bola berkenaan keluar dari kawasan bahaya, namun kesilapannya membolehkan Cambiasso merembat kuat melepasi jangkauan penjaga gol, David de Gea. Sejurus selepas gawang mereka bolos, Rooney dilihat mengherdik beberapa pemainnya kerana jaringan berkenaan. Dalam perlawanan itu, MU sekali lagi dimalukan apabila tewas 5–3 di tangan pasukan kurang ternama. - mstar

Keputusan La Liga Sepanyol
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol:
Levante UD 0 - 5 FC Barcelona
Córdoba CF 1 - 3 Sevilla FC
Villarreal CF 4 - 2 Rayo Vallecano
Real Sociedad 1 - 2 UD AlmerÃa
- mstar
Levante UD 0 - 5 FC Barcelona
Córdoba CF 1 - 3 Sevilla FC
Villarreal CF 4 - 2 Rayo Vallecano
Real Sociedad 1 - 2 UD AlmerÃa
- mstar
TOP
MB Baru: Azmin Adakan Pertemuan Dengan Anwar
Azmin Ali.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difahamkan berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu tiba di Ibu Pejabat PKR di sini pada kira-kira pukul 1.05 tengah hari. Anwar bagaimanapun belum tiba untuk pertemuan itu. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut dilihat tiba di Ibu Pejabat PKR pada pukul 2.10 petang. Beliau bagaimanapun terus masuk ke ibu pejabat tanpa memberi sebarang komen kepada media. Timbul spekulasi mengenai pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, beliau bagaimanapun memaklumkan belum menerima jemputan rasmi daripada pihak Istana. Dilaporkan, Azmin yang ditemui wartawan di pekarangan rumahnya di Ampang pada pagi Isnin enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana tidak menerima menerima jemputan atau dihubungi pihak Istana Selangor. "Saya maklum (mengenai pengumuman dan upacara angkat sumpah) melalui berita yang dibaca tetapi secara peribadi, saya belum menerima jemputan. "Rasanya lebih baik saya tunggu sehingga Istana membuat keputusan," katanya. Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada pagi Selasa. - mstar

Raptai Majlis Angkat Sumpah Tanpa Bakal MB Selangor
Istana Alam Shah.
KLANG: Raptai bagi istiadat majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah di sini Isnin berlangsung tanpa kehadiran bakal menteri besarnya. Acara rasmi bagi majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada pagi Selasa. Raptai majlis itu selesai pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Difahamkan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hadir pada raptai itu. Difahamkan juga pengumuman rasmi mengenai nama menteri besar yang baharu hanya akan dibuat pada pagi Selasa sebelum istiadat majlis angkat sumpah. Bagaimanapun tidak dimaklumkan sama ada surat watikah berhubung pelantikan jawatan itu akan dilakukan pada Isnin atau Selasa. Sehingga berita ini ditulis, Nik Nazmi masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan lanjut. Lebih 20 petugas media berkumpul di perkarangan Istana Alam Shah di sini pagi Isnin bagi menanti bakal menteri besar yang baharu. Wartawan, jurugambar dan jurukamera masing-masing tiba seawal pukul 9.30 pagi untuk membuat liputan mengenai siapakah yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Difahamkan, Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba di Istana Alam Shah pada kira-kira pukul 10 pagi. Tiga calon sudah pun disenarai pendek dan telah menghadap dan 'ditemuduga' Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu. Mereka ialah Timbalan Presiden PKR dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali; Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. Kedua-dua Iskandar dan Dr Ahmad Yunus merupakan exco kerajaan negeri dari PAS. - mstar

MB Selangor: Azmin Belum Terima Jemputan Istana
Azmin diserbu wartawan sebaik tiba di pekarangan kediamannya di Ampang, Isnin.
AMPANG: Walaupun spekulasi mengenai pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bertiup kencang, beliau bagaimanapun memaklumkan belum menerima jemputan rasmi daripada pihak Istana. Azmin yang ditemui wartawan di pekarangan rumahnya pada pagi Isnin enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana tidak menerima menerima jemputan atau dihubungi pihak Istana Selangor. "Saya maklum (mengenai pengumuman dan upacara angkat sumpah) melalui berita yang dibaca tetapi secara peribadi, saya belum menerima jemputan. "Rasanya lebih baik saya tunggu sehingga Istana membuat keputusan," katanya. Ditanya mengenai pemilihannya sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih dengan keputusan sejak Julai lalu untuk hanya mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar. "Proes dalam parti seperti itu (keputusan dah dibuat Julai lalu), jadi kita tunggu keputusan pihak Istana," katanya tanpa mengulas lanjut. Selain Azmin, dua lagi calon adalah wakil rakyat PAS, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi Menjelang tengahari Isnin, raptai upacara angkat sumpah menteri besar yang baharu diadakan di Istana Alam Shah, Klang, sebelum upacara sebenar berlangsung pada Selasa selepas pengumuman siapa yang bakal mengisi tempat yang akan dikosongkan Khalid. - mstar

Anak Lari Rumah Ikut Teman Lelaki Gara-gara Ditegur
SEREMBAN – Gara-gara ditegur ibu bapa agar menjaga pergaulan dengan lelaki, seorang pelajar tingkatan lima bertindak lari dari rumah pada awal pagi Rabu lalu.
Chen Shu En,18, merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Seremban 2, di sini, dipercayai lari dari rumah bersama kekasihnya yang baru dikenali beberapa hari lalu.
Bapa, Chen Chee Ming, 42, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan keluar rumah kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu.
“Saya mula sedar Shu En tiada di rumah ketika mahu mengejutnya pagi itu kira-kira jam 7 pagi. Saya terperanjat melihat dia tiada di bilik seperti biasa.
“Kakaknya ada mendengar bunyi pintu rumah dibuka sekitar jam 3 pagi namun tidak menyangka adiknya yang keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Adun Bukit Kepayang, di sini, semalam.
Menurutnya yang tinggal di Garden Avenue, Seremban 2, di sini, berkata, malam sebelum kejadian, dia ada memarahi anaknya itu supaya menjaga pergaulan.
“Saya memarahinya kerana sayangkan dia, saya tidak mahu dia berkawan dengan mana-mana lelaki kerana dia masih sekolah lagi.
“Saya tidak sangka tindakan saya memarahi anak menyebabkannya sanggup lari dari rumah,” katanya.
Ibu mangsa, Pang Yok Mei,40, berkata, dia berasa bimbang dengan keselamatan anaknya itu kerana Shu En meninggalkan rumah dengan hanya membawa dompet dan telefon bimbit sahaja.
“Saya cuba menghubunginya banyak kali namun talian telefon ditutup. Saya sangat bimbang keselamatannya.
“Saya bertanya kepada rakan-rakannya turut tidak tahu di mana Shu En melarikan diri,” katanya.
Yok Mei berkata, dia mengesyaki anaknya itu melarikan diri bersama teman lelaki yang baru dikenali beberapa hari sebelum kejadian.
Sementara itu, Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin berharap remaja itu pulang segera tanpa memikirkan pertelingkahan keluarga yang berlaku.
“Kita akan bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti di mana dia berada dan bersama siapa.
“Orang ramai yang melihat Shu En bolehlah menghubungi balai polis berhampiran ataupun menghubungi pejabatnya di talian 06-6015557,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Disebabkan Typo, Sesi Fotografi Jadi Sesi .....
Bahaya betul bila kita buat Typo, lepas tu muat naik status di laman sosial... Lagi-lagi kita sekarang ni berada dalam era mobiliti ni, lagi kecik la keyboard nak taip, lagi senang nak typo.
Tengok contoh status kat bawah ni.. Dari sesi Fotografi jadi sesi Pornografi...dah le sewa kuda pulak tu..hahaha.. Mungkin juga sebab auto correct telefon yang memandai-mandai ubah ayat-ayat kita.
Apa-apa pun, lepas ni make sure check betol-betol dulu sebelum muat naik status..Kang tak pasai-pasai jadi macam ni...haha..
- SiakapKeli.com

Harga Rokok Keluaran British American Tobacca Diturunkan Semula
British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT) mengumumkan bahawa harga semua jenama rokok keluarannya akan dikaji semula untuk pra-kenaikan harga berkuatkuasa hari ini.
Dua minggu sebelum ini, kumpulan tersebut mengumumkan kenaikan harga rokok sebanyak RM 1 bagi rokok keluarannya.
Berikut adalah harga terbaru rokok keluaran BAT berkuatkuasa hari ini, 22 September 2014.
Pengarah Urusan BAT, Stefano Clini berkata, keputusan untuk kembali ke harga sebelum 8 Semptember dibuat untuk kekal berdaya saing dalam sektor ini. Kenaikan sebanyak RM 1 sebelum ini telah dipenuhi dengan ulasan negetif dari penganalisis. Selain itu, BAT juga mengatakan kenaikan harga sebelum ini adalah kerana harga semasa tidak boleh mengimbangi sepenuhnya degan kos operasi. - SiakapKeli.com Sumber : KiniBiz

Kos Untuk Membuat Sebuah iPhone 6 Dirungkai
Baru-baru ini, Apple Inc telah merasmikan gadget terbaru mereka iPhone 6 dengan harga US$ 649 atau sekitar RM 2,400 bagi pasaran Malaysia.
Tapi tahukah anda berapakah sebenarnya kos yang ditanggung oleh Apple bagi sebuah iPhone 6? Baru-baru ini, blog teardown.com telah membongkar berapakah kos sebenar yang ditanggung oleh Apple bagi sebuah iPhone 6.
Teardown.com telah membuka iPhone 6 dan meneliti satu persatu komponen dalam gadget tersebut dan membandingkan harga komponen itu dengan harga pasaran. Berikut adalah senarai harga komponen secara kasar oleh teardown.com.
Processor Apple A8 (Qualcomm) - US$ 59.5 (RM192)
Skrin Sesentuh - US$ 41.5 (RM 134)
Komponen perhubungan (Wifi, Bluetooh, cellular, etc) - US$ 40.5 (RM130)
Kamera - US$ 16.5 (RM53)
Memori & Storage - US$14 (RM45)
Bahan luaran & kos produksi - US$ 77 (RM249)
Anggaran kos bagi sebuah iPhone 6 adalah hanya RM 803! Dan dalam matawang dollar, hanya US$ 249. Jika benar kos yang dibongkarkan oleh Teardown.com, ini bermakna Apple menawarkan harga dua kali ganda lebih mahal dari harga kos!
Tapi perlu juga diingat kos seperti warranti dan juga penyeliaan juga diambil kira dalam RM 2,400 yang dilaburkan atas sebuah iPhone 6

Sofi Jikan Dibayar RM1 Juta Berlakon Drama Bersiri Hollywood?
Benarkah khabar angin yang mengatakan Sofi Jikan dapat tawaran berlakon dalam drama bersiri Hollywood dan ditawarkan bayaran sebanyak RM 1 juta bagi drama sepanjang 10 episod?
Kalau benar khabar angin ini, maknanya Sofi Jikan bakal mendapat RM100,000 bagi setiap episod. Wow..lumayannn.. Drama yang diperkatakan bertajuk Marco Polo itu bakal ditayangkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Drama itu telah dikatakan di 'shot' di Johor Bharu oleh syarikat Pinewood Studio.
Lokasi yang digunakan untuk penggambaran Marco Polo di Johor Bharu
Bukan mudah nak tengok anak tempatan berlakon dalam drama Hollywood... Jika benarlah khabar angin ini, tahniah diucapkan kepada Sofi Jikan. - SiakapKeli.com

Remaja 14 Tahun Mangsa Rogol Ikut Giliran
KUALA DUNGUN – Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu buas beberapa rakan lelaki yang bertindak merogolnya di beberapa lokasi berasingan.
Kejadian pertama dipercayai berlaku ketika mangsa mengikut dua rakan lelaki ke sebuah hotel murah di Dungun, manakala kejadian kedua berlaku di sebuah rumah di kampung Molek oleh dua lelaki berasingan selain satu lagi kejadian dikatakan berlaku di Bukit Besi.
Hasil pemeriksaan doktor, mangsa difahamkan dirogol beberapa kali dan empat lelaki dipercayai suspek sudah ditahan polis. - Sinar Harian
TOP
Polis buru 40,000 samseng
JOHOR BAHRU - Lebih 40,000 samseng yang menganggotai 72 pertubuhan haram dan terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di negara ini sedang diburu polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, polis sudahpun mengenalpasti sebahagian daripada mereka, antaranya menganggotai kumpulan 36, 04, 24, 21 dan 77.
"Mereka ini terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah samun, rompakan bersenjata, penyeludupan senjata dan pengedaran dadah," katanya pada sidang media di IPK Johor di sini, sebentar tadi. - sinar
TOP
Pemuda Orang Asli ditemui mati dipercayai dibunuh di Rompin
RAMALLAH - PALESTIN. Seorang tahanan Palestin ditahan di penjara Israel meninggal dunia akibat diseksa tentera rejim Zionis, menurut Ketua Hal Ehwal Banduan dan Tahanan Ramallah, Issa Qaraqe.
Raed Abdel-Salam Al-Jabari, ditahan 26 Julai lalu di penjara Eshel dan Qarawe mendakwa, Israel melakukan kesalahan jenayah iaitu menyembunyikan punca sebenar kematian dan penyeksaan.
"Laporan bedah siasat Jabari dijalankan Institut Perubatan Forensik di Abu Dis mendedahkan, mangsa didera dengan teruk hingga menyebabkan pendarahan dalaman yang membawa kepada kematian," katanya kepada Middle East Monitor.
Laporan turut menyebut, tiada apa-apa tanda di leher Jabari dan menyangkal dakwaan Israel yang mengatakan bahawa dia membunuh diri.
Dalam perkembangan lain, rundingan berkaitan krisis di Gaza antara pihak Palestin dan Israel di Kaherah akan disambung semula pada 24 September ini.
Difahamkan, rundingan akan didahului dengan perbincangan antara dua kumpulan utama Palestin iaitu Hamas dan Fatah. - sinar
TOP
24,000 jemaah haji tanpa izin ditahan
RIYADH - ARAB SAUDI. Lebih 24,000 jemaah haji tanpa izin ditahan di pusat pemeriksaan keselamatan di Taif telah dihantar pulang sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Taif Mohammed Al-Waleedi berkata, pihaknya meningkatkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk dan laluan menuju ke Makkah.
"Tahun ini pusat pemeriksaan ditubuhkan sebelum musim haji lagi. Ia bagi menghentikan kemasukan jemaah tanpa izin ke kota suci," katanya kepada Agensi.
Difahamkan, kebanyakan jemaah tanpa izin tidak berkemampuan membuat perjanjian dengan ejen berpengalaman bagi menyeludup mereka sekaligus mengelak daripada melalui kawasan pemeriksaan.
Emir wilayah Makkah dan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji, Putera Khaled Al Faisal, dan Menteri Haji, Bandar Hajjar berkata, sebelum ini pihaknya telahmemberi amaran, ekspatriat yang melakukan haji tanpa permit akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Saudi selama 10 tahun .
Gazzette News turut melaporkan, tahun lalu lebih daripada 200,000 rakyat Saudi dan ekspatriat dilaporkan melakukan haji tanpa permit. - sinar
TOP
Rasuah: Lima pegawai kastam mengaku tak bersalah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
KUALA LUMPUR - Lima pegawai kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima suapan berbentuk bayaran bulanan antara RM500 hingga RM50,000 sejak empat tahun lalu. Mereka didakwa di tiga mahkamah berasingan sebentar tadi di mana empat daripada mereka telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan sama minggu lepas. - sinar

GST: Budaya 'saat akhir' perlu dihakis
SHAH ALAM - Budaya lakukan kerja saat akhir di kalangan rakyat Malaysia perlu dihakis dan tidak dijadikan alasan untuk mendaftarkan syarikat masing-masing bagi cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman/GST), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, budaya tidak sihat itu antara punca kegagalan dalam mencapai sasaran pendaftaran syarikat.
"Walaupun mereka mempunyai masa yang mencukupi sehingga Disember, namun kenapa perlu tunggu sehingga penghujung waktu.
"Budaya ini susah untuk diubah dan akan mengambil masa," katanya kepada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pendaftaran GST Berkelompok Sektor Kontraktor Pembinaan di sini, hari ini.
Majlis tiga hari itu merupakan kerjasama antara kastam dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), melibatkan lebih 7,000 syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dipelawa untuk mendaftar GST.
Sehingga 21 September, sejumlah 44,355 perniagaan telah didaftarkan di seluruh negara untuk GST.
Sasaran pendaftaran GST sehingga akhir Disember 2014 ialah sebanyak 123,000 syarikat.
Zainul yakin jumlah pendaftaran GST akan melebihi 100,000 syarikat pada penghujung 2014, didorong oleh lebih banyak program galakan oleh pihak Kastam yang lebih cenderung kepada sesuatu sektor.
Selain itu, beliau berkata khabar angin yang menguar-uarkan bahawa GST akan ditangguhkan dan tidak akan dilaksanakan, perlu dihentikan segera kerana ini menimbulkan keraguan di kalangan pendaftar. - Bernama
TOP
ISIL lancar serangan kimia
Samra Kesinovic dan Sabina Selimovic dilaporkan terbunuh di utara Syria selepas terpedaya dengan pujukan ISIL menerusi rangkaian media sosial. - Foto: Al Arabiya
SALAHUDDIN - Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) didakwa melancarkan serangan gas terhadap tentera Iraq di Wilayah Salahuddin, minggu lalu. Jurucakap kerajaan berkata, serangan dua hari itu berlaku di bandar Dhuluiya hingga menyebabkan puluhan askar dan orang awam maut. "Julai lalu, ISIL dapat menguasai kawasan kemudahan senjata kimia yang terbesar di barat laut ibu negara, Baghdad," katanya. Duta Iraq ke PBB, Mohamed Ali Alhakim yang turut mengesahkan kenyataan itu berkata, terdapat 13 tong mengandungi 2,500 tan gas sarin dengan kira-kira 180 tan sodium cyanide ditemui di kawasan terbabit lapor Press TV. Dalam perkembangan berasingan, dua remaja perempuan Austria yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri dari rumah untuk menyertai Negara Islam (IS) di utara Syria dilaporkan terbunuh. Samra Kesinovic, 16, dan rakannya Sabina Selimovic, 15, meninggalkan Vienna sejak enam bulan lalu untuk ke utara Syria melalui Turki. Media Austria melaporkan, Menteri Dalam Negeri Johanna Michael Litner telah memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa. Difahamkan, IS kini giat memperdaya ahli baharu menerusi rangkaian sosial untuk menyertai gerakan itu. - sinar

Pyongyang ancam serang Korea Selatan
Sekumpulan aktivis Korea Selatan merancang melepaskan 200,000 risalah. - Foto: AFP
SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Utara mengancam menyerang Korea Selatan jika kempen anti-Pyongyang di wilayah sempadan tidak dihentikan. Pyongyang mengeluarkan amaran itu ketika Korea Selatan sedang menganjurkan Sukan Asia dengan menerima kunjungan 9,535 atlet daripada 45 negara termasuk Malaysia lapor AFP. Minggu lalu, sekumpulan aktivis Korea Selatan merancang melepaskan 200,000 risalah yang disangkut pada belon gas ke Korea Utara dari sempadan negara itu. Laman web rasmi Korea Utara Uriminzokkiri melaporkan, jurucakap tentera Korea Utara memberi amaran pihaknya tidak teragak-agak melancarkan serangan serta-merta jika kempen itu dilakukan. "Kami tidak akan berdiam diri. Ini adalah satu tindakan provokatif ganas secara terbuka. Korea Selatan sengaja melakukan kempen ini ketika mereka sedang menganjurkan Sukan Asia,” katanya menerusi laman web itu. Sementara itu, ketua aktivis Korea Selatan Park Sang-Hak berkata, mereka tidak gentar dengan amaran itu dan kempen itu tetap akan diteruskan. “Biar Korea Utara marah dan menjerit. Kami tetap melakukannya seperti dirancang," katanya. - sinar

Oppo N3 dilancarkan bulan depan
OPPO bakal memperkenalkan telefon pintar baharu pada bulan depan. Kini, selepas beberapa gambar tertiris ke arena web, pihak Oppo dilihat mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan Oppo N3 pada 29 Oktober ini.
Ia bakal dilancarkan di Singapura, dan berkemungkinan pihak Oppo memfokuskan kepada pasaran di China dan Asia Tenggara terlebih dahulu sebelum memperluaskan ke seluruh dunia.
Bersama-sama dengannya, sebuah gambar terbaharu turut tertiris ke arena web, memperlihatkan rekaan yang diperkatakan sebagai Oppo N3 tetapi sedikit berbeza dengan gambar Oppo N3 yang tertiris sebelum ini.
Gambar baharu ini memperlihatkan rekaan bahagian atas yang lebih nipis dan tidak besar seperti sebelumnya. Ia didakwa rekaan prototaip maka mungkin versi akhir kelak sedikit berbeza dengan versi yang tertiris ini.
Apa pun, sama-sama kita nantikan sehingga 29 Oktober ini untuk melihat apakah pembaharuan yang akan dibawakan oleh peranti dengan kamera boleh-putar ini. - sinar
TOP
MAHB perkenal seragam baharu
Tujuh penerima anugerah Pelatih dan Rekrut Terbaik Latihan Asas Bomba & Menyelamat.
MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) memperkenalkan pakaian seragam baharu anggota Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dalam usaha memperkasakan dan menaikkan imej anggotanya. Pengerusinya, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, MAHB sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam semua aspek termasuk aspek kebombaan lapangan terbang. "MAHB sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan aspek-aspek perlindungan keselamatan penerbangan di semua lapangan terbang seluruh negara menepati piawaian antarabangsa. Dalam memastikan aspek keselamatan penerbangan, MAHB membuat penggantian jentera bomba yang menggunakan teknologi terkini sebanyak 25 unit untuk fasa pertama dan 15 unit lagi bagi fasa kedua untuk menggantikan jentera yang sedia ada. "Penggantian dan penghantaran jentera ini dijangka selesai pada Oktober tahun ini," katanya ketika berucap di Perbarisan Tamat Latihan Asas AFRS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru- baru ini. Dalam majlis itu, Wan Abdul Aziz turut melancarkan Pakaian Seragam AFRS baharu dengan memakaikan ‘Peak Cap’ kepada Pengurus Besar, AFRS MAHB, Abdul Malik Mohd Yunus. Pada majlis yang sama, seramai 19 orang pelatih pegawai bomba dan 64 orang pelatih bomba menamatkan Latihan Asas Bomba & Menyelamat Lapangan Terbang. Mereka telah menjalani latihan intensif selama enam bulan di Pusat Latihan Malaysia Airports Bayan Lepas, Pulau Pinang bermula pada 2 Februari 2014 dan latihan kerja selama sebulan di Balai AFRS SATU (1), KLIA. -sinar

SpaceX lancar roket ke ISS
ROKET Falcon 9 kelihatan bersiap sedia untuk berlepas di tapak pelancaran Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida semalam.-REUTERS
CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat - Roket Falcon 9 berjaya dilancarkan dari tapak pelancaran Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida semalam bagi menghantar kargo milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Roket setinggi 63 meter itu dibina dan dilancarkan oleh Syarikat Space Exploration Technologies (SpaceX) pada pukul 1.52 pagi waktu tempatan. Perjalanan ke ISS yang terletak kira-kira 420 kilometer dari permukaan Bumi itu mengambil masa selama dua hari. Roket itu membawa kargo seberat 2,268 kilogram peralatan, bekalan dan peralatan kajian termasuk 20 ekor tikus hidup untuk eksperimen perubatan, sebuah pencetak tiga dimensi dan peralatan untuk memantau kelajuan udara di lautan. Misi itu yang ditangguhkan selama sehari akibat cuaca buruk adalah yang keempat dilakukan oleh syarikat tersebut di bawah kontrak penghantaran kargo bernilai AS$1.6 bilion (RM5.16 bilion) yang diberi oleh NASA. Pelancaran itu juga merupakan yang kedua dalam tempoh dua minggu oleh syarikat yang berpangkalan di California tersebut. "Kami kini sedang berusaha untuk meningkatkan kadar kekerapan pelancaran dan mahu roket ini dilancarkan dengan lebih lengkap lagi," kata Naib Presiden SpaceX, Hans Koenigsmann selepas pelancaran tersebut. SpaceX diberi kontrak untuk membuat hampir 50 penghantaran yang bernilai AS$5 bilion (RM16.15 bilion) oleh NASA. - Reuters

Kawalan keselamatan di White House dipertingkat
ANGGOTA agensi Perkhidmatan Rahsia kelihatan meningkatkan kawalan di bahagian utara White House di Washington selepas diceroboh oleh seorang lelaki kelmarin.-AP
WASHINGTON - Agensi Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan keselamatan di luar White House selepas seorang lelaki yang membawa sebilah pisau masuk ke kawasan bangunan berkenaan dengan memanjat pagar sebelum ditahan, kata para pegawai kelmarin. Presiden AS, Barack Obama menegaskan bahawa beliau masih yakin dengan kemampuan agensi tersebut dalam menjaga keselamatan beliau dan keluarganya. Pengarah Perkhidmatan Rahsia, Julia Pierson mengarahkan penambahan anggota yang berkawal dan mengawasi pagar di bahagian utara White House sejurus insiden berkenaan Jumaat lalu. Kejadian tersebut menyebabkan bangunan White House terpaksa dikosongkan sekali gus menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Perkhidmatan Rahsia menjaga bangunan berkenaan. "Obama mempunyai keyakinan penuh terhadap agensi Perkhidmatan Rahsia dan berterima kasih kepada pegawai agensi itu," kata jurucakap White House, Frank Benenati. - AP

AS hantar 10 helikopter Apache kepada Mesir
TENTERA mengawasi kawasan letupan bom berdekatan Kementerian Luar yang membunuh tiga pegawai polis semalam.-REUTERS
WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menghantar 10 buah helikopter tempur jenis Apache kepada Mesir bagi menyokong negara itu dalam kempen memerangi keganasan, kata Pentagon kelmarin. Pengesahan penghantaran itu dibuat selepas Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel berbincang dengan Menteri Pertahanan Mesir, Sedki Sobhy kelmarin. Washington sebelum ini menangguhkan penghantaran helikopter berkenaan selepas tentera menumbangkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi dan melancarkan operasi besar-besaran menangkap penyokong pemimpin berkenaan. Bagaimanapun, AS pada April lalu menarik semula larangan penghantaran helikopter tersebut. Seorang jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, buat masa ini helikopter berkenaan akan menyokong operasi membanteras keganasan yang dilancarkan Mesir di Semenanjung Sinai. Bagaimanapun, tarikh penghantaran helikopter yang dibina oleh syarikat Boeing itu tidak didedahkan. Menurutnya, Hagel turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Mesir atas peranan negara itu dalam memeterai gencatan senjata yang mengakhiri perang antara Israel dan Hamas di Gaza. Dalam kejadian lain, letupan bom berdekatan Kementerian Luar Mesir membunuh tiga pegawai polis selain menyebabkan beberapa orang lagi cedera. Bagaimanapun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang dianggap sebagai paling serius sejak tiga bulan lalu itu. - Reuters

Keluarga mangsa MH17 saman kerajaan Ukraine
SEBAHAGIAN serpihan pesawat MH17 yang dirakam berdekatan Kampung Hrabove di Donetsk, timur Ukraine pada 9 September lalu.-REUTERS
BERLIN - Keluarga mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine merancang untuk mengemukakan saman terhadap kerajaan Ukraine dan Presiden negara itu kerana cuai dengan tidak menutup ruang udara di wilayah bergolak di negara berkenaan, kata seorang peguam semalam. Elmar Giemulla yang merupakan seorang peguam dan profesor undang-undang penerbangan mewakili tiga keluarga dari Jerman bagi memfailkan saman di Mahkamah Eropah untuk Hak Asasi Manusia di Strasbourg, Jerman. Giemulla dalam satu kenyataan memberitahu bahawa setiap negara bertanggungjawab dengan keselamatan ruang udara masing-masing. "Dengan membuka ruang udara untuk penerbangan dari negara luar, negara itu mesti memastikan keselamatan penerbangan tersebut. "Sekiranya mereka merasakan ia mustahil dilakukan (memastikan keselamatan), mereka mesti menutup ruang udara berkenaan," katanya. Pesawat milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu meletup di udara dipercayai akibat ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara pada 17 Julai lalu menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal maut. Seramai empat penumpang pesawat berkenaan adalah warga Jerman. Laporan awal yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasat dari Belanda dilihat menyokong dakwaan bahawa pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu antipesawat. Kata Giemulla, saman terhadap Kiev dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko atas kecuaian sehingga menyebabkan 298 kematian akan difailkan dalam tempoh dua minggu lagi dan menuntut pampasan sekurang-kurangnya AS$1.3 juta (RM4.2 juta) untuk setiap mangsa. Tambahnya, tindakan undang-undang itu tidak diambil terhadap Rusia kerana bukti masih belum mencukupi tetapi tidak menolak akan turut menyaman Moscow kelak. - AFP

Petugas Ebola di Sierra Leone diserang
SEORANG sukarelawan pekerja kesihatan memberi nasihat mengenai cara-cara pencegahan dan mengenal pasti tanda-tanda penyakit Ebola kepada penduduk di sebuah penempatan di Freetown, Sierra Leone kelmarin.-AP
FREETOWN, Sierra Leone - Satu pasukan kesihatan yang ditugas mengebumikan mayat mangsa wabak Ebola diserang sekumpulan penduduk di bandar ini kelmarin, kata para pegawai. Serangan tersebut berlaku pada hari kedua perintah berkurung selama tiga hari yang dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung wabak yang semakin tidak terkawal di negara itu. Kerajaan mengarahkan lebih enam juta penduduk negara itu tinggal di rumah bagi membolehkan pasukan keselamatan memberi penerangan berhubung wabak Ebola dan mengasingkan mereka yang jatuh sakit serta mengambil mayat mangsa yang telah meninggal dunia. Seorang Ahli Parlimen daerah Waterloo, Claude Kamanda berkata, satu pasukan kesihatan yang ditugaskan mengebumikan mayat mangsa Ebola telah diserang oleh sekumpulan lelaki di kampung Matainkay berhampiran daerah tersebut. "Bagaimanapun, pasukan polis sempat tiba di tempat kejadian menyebabkan semua penyerang itu melarikan diri. "Semua pekerja kesihatan tersebut tidak mengalami kecederaan dan mereka bertugas seperti biasa dengan kawalan pihak polis," katanya. - Reuters

Gencatan senjata di Ukraine 'cuma pada nama'
BEBERAPA anggota tentera Ukraine berkawal ketika proses pertukaran tahanan perang dengan pemberontak pro-Rusia di satu lokasi di Donetsk kelmarin.- Reuters
VILNIUS, Lithuania - Seorang jeneral di Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata, beliau tidak yakin dengan gencatan senjata antara kumpulan pemberontak pro-Rusia dengan tentera Ukraine yang kini sudah masuk minggu kedua. Jeneral Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), Philip Breedlove berkata, perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui pada awal September lalu seolah-olah 'hanya pada nama' dan tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Katanya, jumlah serangan artileri yang dilancarkan sejak beberapa hari lalu masih tinggi dan hampir sama ketika sebelum gencatan senjata dipersetujui. "Saya berharap satu zon penampan antara tentera Ukraine dan pro-Rusia yang dipersetujui kedua-dua belah pihak kelmarin berjaya menstabilkan semula situasi di rantau ini," katanya yang menghadiri perjumpaan dengan ketua-ketua tentera NATO di sini. Ukraine terjerumus dalam perang saudara selepas beberapa wilayah di negara itu yang didiami penduduk berbahasa Rusia menuntut untuk merdeka. Kiev dan beberapa negara Barat sebelum ini menuduh Rusia menyokong kumpulan pemberontak di Ukraine dengan membekalkan mereka dengan senjata dan kelengkapan perang. - AP

IS hampiri sempadan Turki
TENTERA Turki membantu pelarian Syria membawa barang miliknya semasa melarikan diri daripada militan IS di kawasan sempadan di Suruc, Turki kelmarin.-AP
BEIRUT - Kumpulan militan Negara Islam (IS) semakin mara menghampiri bandar penduduk Kurdis terbesar di Syria semalam selepas berjaya menawan beberapa buah kampung berhampiran dan menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk melarikan diri ke sempadan Turki, kata sebuah badan pemantau semalam. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, militan IS kini berada dalam lingkungan 10 kilometer dari sempadan bandar Kobane. Tentera Kurdis yang mempertahankan bandar tersebut kehilangan 27 pejuang sejak militan IS melancarkan serangan pada Selasa lalu. Seramai 37 militan IS pula terbunuh dalam serangan berkenaan, kata kumpulan pemerhati itu yang mendapat maklumat daripada pasukan perubatan dan aktivis. "Majoriti militan IS yang terbunuh adalah anggota dari negara asing termasuk dari Rusia dan negara Arab," kata pengarah kumpulan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman. Menurutnya, orang awam yang berada berhampiran kawasan pertempuran mula menyeberangi sempadan Turki kelmarin bagi mendapatkan perlindungan. Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata, seramai 60,000 penduduk Kurdis dari Syria telah menyeberangi sempadan sejak pintu sempadan dibuka pada Jumaat lalu. IS dilaporkan telah menawan lebih 60 kampung di sekeliling Kobane sejak lima hari lalu menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk terpaksa melarikan diri. - AFP

Kanak-kanak 3 Tahun Hampir Lemas Terperangkap 45 Minit Kereta di Stesen Minyak.
Jasin: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hampir lemas selepas terperangkap lebih 45 minit dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di sini, malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam, kanak-kanak terbabit bersama bapanya berusia awal 30-an ke sebuah stesen minyak di sekitar pekan ini untuk mengisi minyak kereta sebelum kejadian. Sumber berkata, ketika tiba di stesen minyak berkenaan, lelaki terbabit kemudian keluar ke kaunter bayaran meninggalkan anaknya bersendirian di dalam kereta yang dimatikan enjin. "Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit menyedari penggera keretanya berbunyi dan serentak dengan itu semua pintu terkunci secara automatik," kata sumber itu di tempat kejadian. Pegawai Operasi JPAM Daerah Jasin Sarjan Mejar (PA) Muhamad Alif Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.50 malam daripada orang awam lalu betgegas ke tempat kejadian. "Cermin tingkap belakang sebelah kiri terpaksa dipecahkan selepas mendapat keizinan bapa mangsa demi nyawa anaknya yang dapat diselamatkan pada jam 9.15 malam," katanya di sini, malam tadi. ─ myMetro online

Peminat Arsenal Tampal Jalur Gemilang Di Stadium Emirates
Peminat-peminat pasukan Arsenal di Malaysia tentu berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh segelintir peminat pasukan kegemaran mereka ini.
Peminat-peminat Arsenal Malaysia ini telah telah megambil inisiatif untuk menampal banner "Malaysia Kelahiranku, Arsenal Pilihanku" di stadium Emirates. Mana tak bangga! Tapi, ramai yang meragukan kesahihan gambar tersebut dan ada yang mengatakan gambar tersebut telah diedit. Tapi perkara tersebut telah disangkal oleh seorang peminat Arsenal yang terlibat dalam usaha memasang banner tersebut.
Difahamkan juga, banner ini merupakan banner yang kedua selepas satu banner lain, iaitu banner yang memaparkan Jalur Gemilang dengan perkataan "Arsenal Malaysia" dipasang di stadium itu juga sebelum ini.
Salute kepada fans Arsenal Malaysia. Bukan saja peminat Arsenal bangga dengan apa yang anda lakukan ini, malah seluruh Malaysia juga! - SiakapKeli.com

Dipaksa Tidur Dengan 1,800 Lelaki Oleh Ibu Sendiri
Swansea –Wanita ini dipaksa tidur bersama 1,800 lelaki semata-mata untuk memenuhi kehendak syaitan yang dianggap sebagai tuhan oleh ibu sendiri menjelang usia 18 tahun.
Wanita dikenali sebagai Annabelle Forest itu menceritakan pengalamnnya yang dipaksa oleh ibunya menjalani kehidupan menakutkan itu sejak berusia tujuh tahun.
Pada usia semuda itu, kata Forest, dia dipaksa melihat aksi ibunya melakukan seks dengan ketua kumpulan ajaran sesat tersebut, Colin Batley dan ketika dia berumur 11 tahun, Forest telah dirogol dua kali oleh seorang lelaki.
Tiga tahun selepas itu, Forest telah dipaksa mengambil bahagian dalam seks beramai-ramai dan sejak itu kehidupannya menjadi semakin teruk termasuk didera oleh ibu sendiri. Dia juga dipaksa menjadi pelacur semata-mata untuk mengumpul duit bagi kumpulan ajaran sesat terbabit. “Ia adalah amat menyakitkan dan mengejutkan dalam hidup saya. Colin memang pandai menggunakan anda dan dia berjaya meyakinkan saya mengenai perkara buruk itu,’’ katanya yang pernah cuba membunuh diri ketika berusia 14 tahun. Jelas Foster, pada waktu siang dia adalah pelajar sekolah namun pada waktu malam dia menjadi pelacur dan ketika berusia 17 tahun dia telah mengandung. Setahun selepas melahirkan bayi berkenaan, Foster telah melarikan diri dari rumah dan dia tidak lagi menemui ibunya dan Batley sehinggalah mereka ditangkap pada 2011. Ibunya dan Batley akhirnya masing-masing dihukum penjara 12 tahun dan 11 tahun. “Ibu saya adalah perempuan paling jahat dan saya tidak akan memaafkannya,’’ katanya yang kini sudah memiliki keluarga sendiri. ─ Dailymail.co.uk - mstar

Tanah Rizab Melayu Kian Merosot
Datuk Tajuddin Abdul Rahman
PASIR SALAK 21 Sept. - UMNO Pasir Salak mendesak semua kerajaan negeri supaya menggantikan kembali Tanah Rizab Melayu yang telah diambil untuk tujuan pembangunan dengan nilai setara dan di lokasi strategik untuk pembangunan orang Melayu. Ketua bahagiannya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, kemerosotan peratusan Tanah Rizab Melayu kini bertentangan dengan Wasiat Raja-Raja Melayu yang menetapkan sebanyak 50 peratus daripada tanah dalam negeri diperuntukkan untuk survival orang Melayu ketika pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957. "Masalah sekarang ialah Tanah Rizab Melayu kini hanya tinggal 11 peratus, ini meletakkan orang Melayu tidak selamat kerana tanah adalah penting. Kalau tidak, macam mana hendak mendirikan rumah, kampung dan di mana hendak duduk? "Atas keinsafan itu, kita meminta semua kerajaan negeri supaya mengkaji semula berapa tanah rizab yang telah diambil tetapi belum diganti untuk tujuan pembangunan. "Kita mendesak supaya menggantikannya dengan nilai yang setara serta lokasinya juga hendaklah sesuai untuk orang Melayu memilikinya. Jangan ganti dengan tanah di dalam hutan, berpaya atau yang tidak berguna," tegasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak di sini hari ini. Persidangan itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Dalam pada itu, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, masalah melibatkan pengurangan peratusan Tanah Rizab Melayu itu mungkin disebabkan oleh pihak kerajaan terlepas pandang. Namun katanya, sekiranya tanah rizab tersebut sengaja digadai tanpa diganti, tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab. "Perlu ditegaskan juga bahawa banyak sebenarnya orang Melayu di luar bandar serta di bandar tidak memiliki tanah. Rakyat dahagakan kepada tanah," katanya.

Emma Maembong Jawab Tuntut Bayaran Tak Masuk Akal
Emma nafi sudah mula meletakkan harga tinggi.
PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong terkejut apabila dikatakan mula berubah sikap apabila meletakkan harga tinggi bagi sebuah tawaran telefilem sehingga mencecah lebih RM10,000 untuk tiga hari penggambaran. Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sehingga kini dia tidak pernah meletakkan harga tetap kepada mana-mana produksi sebaliknya masih lagi boleh berunding mengikut bajet sesebuah syarikat penerbitan itu. "Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi. "Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," katanya yang dihubungi mStar Online. Akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Emma telah meletakkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM10,000 kepada sebuah syarikat produksi yang ingin menawarkannya berlakon sebuah telefilem. Menurut laporan itu, permintaan Emma membuatkan kru produksi tersebut terpaksa mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan itu sekadar watak sampingan selain tempoh penggambaran hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.
Emma Maembong
Sementara itu, Emma mengakui terdapat sebuah produksi telah menghubungi dia menawarkannya watak sampingan di mana penggambaran hanya mengambil masa dua hingga tiga hari. "Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000, untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi. "Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula. "Agak lama juga saya menunggu panggilan dia, dan saya anggap mungkin mereka sudah mencari orang lain. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran lain. Dan selepas itu kru tersebut menghubungi saya semula, tetapi sudah terlambat kerana jadual saya sudah penuh dengan tawaran baru itu. "Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," ujarnya. - mstar

Lewis Hamilton Juara Grand Prix Singapura
Lewis Hamilton bersama trofi yang dimenanginya pada perlumbaan Grand Prix Singapura di litar lumba Marina Bay Street malam Ahad. Foto EPA
SINGAPURA: Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Grand Prix Singapura di litar lumba Marina Bay Street malam Ahad. Ini merupakan kemenangan kedua baginya di sini, yang pertama kali pada 2009 dalam perlumbaan 61 pusingan yang diadakan pada sebelah malam. Dengan kemenangan itu, pelumba Great Britain berumur 29 tahun ini yang mewakili Mercedes AMG Petronas F1 mendahului kejuaraan pemandu sedunia. Rakan sepasukannya Nico Rosberg terkeluar daripada perlumbaan selepas 14 pusingan kerana masalah elektronik. Pemandu Red Bull dari Jerman, Sebastian Vettel berada di tempat kedua semantara rakan sepasukannya Daniel Ricciardo di tempat ketiga. Hamilton mencipta masa 2:0:4.795, Vettel (2:0:18.329) dan Ricciardo (2:0:19.068). Hamilton kini memperoleh 241 mata, tiga mata mengatasi Rosberg dengan baki lima pelumbaan. - mstar

Krisis MB Selangor: Azmin Tidak Dapat Sokongan PKR - Tian Chua
Tian Chua.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, tidak mendapat sokongan daripada partinya. Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan menteri besar yang baharu. "Kami agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat," katanya. "Kriteria tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai parti sekali pun," kata Chua. Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata parti tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu. Beliau petik sebagai berkata keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan. Saifuddin turut menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu. Sementara itu, Bendahari Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "PKR dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain," katanya. Akhbar The Star pada Jumaat melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Azmin Ali, Iskandar Samad yang juga Adun Chempaka dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang secara berasingan pada awal minggu ini. Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian masing-masing untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Jumaat dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya pada Isnin bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin. - mstar

Lee Min Jung Tertekan Kisah Skandal Suami
Min Jung dan Byung Hun baru saja mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.
AKTRES Lee Min Jung rupa-rupanya cukup tertekan dengan skandal yang menimpa suaminya, aktor, Lee Byung Hun. Menurut laporan Allkpop, wanita itu telah pun meninggalkan rumah keluarga Byung Hun yang terletak di Gwangju untuk pulang ke pangkuan kedua-dua orang tuanya di Gangnam. "Selepas pulang dari Paris beberapa hari lalu, Min Jung sempat tinggal untuk beberapa hari di rumah Byung Hun, namun pada Khamis lalu, dia telah ke Gangnam, rumah ibu bapanya," kata sumber. Tambah sumber itu lagi, Min Jung benar-benar runsing dengan isu suaminya itu dan mahu menenangkan fikirannya. Bagaimanapun, pihak pengurusan Min Jung, S Team Entertainment menolak untuk memberikan sebarang komen lanjut berhubung keadaan artisnya itu. Minggu lalu, Byung Hun dilaporkan telah diperas ugut oleh salah seorang anggota Glam, Dahee dan model Lee Ji Yeon. Berhubung kes itu, isu lain pula yang terbongkar kerana rupa-rupanya dua wanita yang memeras ugut Byung Hun itu adalah skandalnya. Mereka menjalinkan hubungan selama tiga bulan sebelum aktor itu diugut. - mstar

Foto Bogel Kim Kardashian Tersebar
Kim Kardashian
KIM Kardashian, menjadi mangsa dunia siber apabila beberapa foto bogelnya tersebar di Internet. Menurut laporan TMZ, foto-foto isteri Kanye West itu disebarkan di dua laman web iaitu Reddit dan 4chan, namun sempat ditutup sebelum ia tersebar secara meluas. "Mujurlah ia tidak tersebar secara meluas di internet. Difahamkan ia disebarkan oleh individu sama yang menyebarkan foto bogel Vanessa Hudgens, Lake Bell, Avril Lavigne dan Leelee Sobieski sebelum ini," kata sumber. Selain itu, selebriti seperti Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kirsten Dunst turut menjadi mangsa penyebaran foto bogel di Internet baru-baru ini. Kes itu kini dalam siasatan pihak polis. Terdahulu, Kim mula dikenali umum selepas video seksnya bersama Ray J pada tahun 2003 tersebar sekitar tahun 2007. Penyebaran video itu membuatkan Kim benar-benar malu dan enggan mengulangi kesalahan yang sama. - mstar

Produksi Ambil Kesempatan Bayar Hamid Gurkha Harga Ciput
Hamid Gurkha bersyukur dirinya masih lagi diperlukan dalam industri seni tempatan.
PETALING JAYA: Pelakon veteran Hamid Gurkha tidak pernah berkecil hati terhadap mana-mana syarikat produksi yang memberikannya bayaran tidak setimpal dengan hasil kerja lakonan yang dilakukan. Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 82, berkata, perasaan kecil hati itu tidak boleh dibawa kemana-mana kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian apatah lagi kebanyakan pelakon veteran sepertinya semakin kurang diperlukan. "Dalam industri seni tempatan kita ini, memang betul, pelakon-pelakon veteran macam saya dipinggirkan. Tetapi nak kata disingkirkan pun tidak. Mungkin watak orang tua sudah kurang dalam sesebuah skrip. "Saya pun tak adalah nak letak harga sangat. Cuma apabila kita tak menetapkan harga, pihak produksi ambil kesempatan memberi bayaran yang ciput saja. "Tetapi saya tidak pernah berkecil hati dan anggap mungkin itu saja rezeki yang ada. Nak buat macam mana, mereka (produksi) lebih berkuasa," katanya kepada mStar Online.
Hamid Gurkha (kiri) bersama Datuk Jamali Shadat ketika menerima Anugerah Khas Juri pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung Sabtu lalu.
Sementara itu, ditanya pula tentang Anugerah Khas Juri yang diterimanya bersama Datuk Jamali Shadat pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor Shah Alam Sabtu lalu, Hamid tidak menyangka dia bersama rakannya itu menerima anugerah tersebut. Dia bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini. "Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya. "Dulu-dulu ada la terfikir, kenapa saya tak pernah dianugerahkan apa-apa? Tetapi tak sangka pula anugerah itu diterima ketika usia saya sudah di hujung-hujung usia," ujarnya. - mstar

Zed Zaidi Kecewa Dituduh Enggan Selesaikan Masalah Seniman
Zed Zaidi
PETALING JAYA: Ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kecewa apabila dituduh dengan sengaja enggan hadir ke pertemuan khas yang dianjurkan oleh penerbit filem Datuk Yusof Haslam pada 16 September lalu bagi menyelesaikan masalah persatuan itu. Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia terkejut apabila ketidakhadirannya yang disebabkan oleh demam panas itu dipersoalkan segelintir pihak yang sengaja mahu menganiayanya. "Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang. "Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan," katanya kepada mStar Online. Sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan, Zed sengaja tidak mahu hadir pada pertemuan itu kerana tidak menyukai salah seorang ahlinya iaitu Abu Bakar Omar yang turut hadir pada majlis tersebut.
Datuk Yusof Haslam
Perkara itu membuatkan sifat kepimpinan Zed sebagai bekas Presiden Seniman dipersoalkan dimana sepatutnya Zed perlu berani berdepan dengan kemelut yang dihadapi oleh persatuan itu sejak setahun lalu. Dalam pada itu, Zed juga dikatakan mahu bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsung pada 27 September ini dan mencabar Datuk Mustapha Maarof dalam pemilihan jawatan presiden untuk penggal baharu. Sementara itu, Zed berkata, dia berasa pelik dengan tujuan pertemuan itu dilakukan kerana sekiranya benar Yusof ingin menyelesaikan masalah Seniman, ia sepatutnya dilakukan sebelum masalah persatuan itu dibawa ke mahkamah lagi. "Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah? "Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat. "Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat," katanya. Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.
Datuk Mustapha Maarof
Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani. Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah. Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab). Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif. - mstar

Rakyat Bimbang, Kesal Pengunduran Khalid Sebagai MB
Abdul Khalid Ibrahim.
KLANG: Kebimbangan dan rasa kesal timbul di kalangan rakyat di Selangor di saat menantikan siapa akan dinamakan sebagai menteri besar yang baharu. Walaupun ramai penyokong Pakatan Rakyat begitu kritikal terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau disingkirkan, tetapi ramai rakyat yang berasa kecewa dengan pengunduran beliau. Ejen insurans, Mandy Chee, 33, berkata dia akan mengenang Khalid sebagai menteri besar. "Dia seorang yang baik dan merendah diri. Secara peribadi, saya merasakan ciri-ciri ini adalah penting dalam seorang pemimpin. "Dan, dia juga sentiasa tersenyum," kata ibu kepada dua anak dari Klang itu. Pengurus pelaburan di sebuah bank, Ahmad Zaili Ariffin, 41, berkata, Khalid telah melakukan tugas dengan baik untuk negeri Selangor. "Saya tahu ramai yang gembira dengannya dan saya sedih untuk melihat beliau mengundurkan diri," katanya. Ahmad Zaili menambah, rakyat menyukai Khalid kerana projek dan program yang dilaksanakannya begitu dengan keperluan mereka. Peguam, Mohan Ramakrishnan, 42, berkata, Khalid membantu meningkatkan ekonomi negeri dan begitu cermat dalam perbelanjaannya. "Beliau mungkin terlalu berjimat tetapi ini yang kita mahukan. Kita mahu seorang pemimpin berjimat-cermat dengan wang rakyat seperti mana beliau berjimat-cermat dengan wangnya sendiri," kata Mohan. "Adalah baik bagi negara mempunyai menteri besar yang berkaliber, berbanding ahli politik yang taksub, lebih menumpukan untuk menjadi popular berbanding berkhidmat untuk rakyat dan memerlukan keperluan mereka," tambahnya. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MajlisProfesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pakatan Rakyat dan PKR membuat kesilapan besar dengan menyingkirkan Khalid. Beliau menambah, ia bukannya mudah untuk mencari seorang lagi menteri besar seperti Khalid, yang tegas dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan berbanding yang lain. "Legasinya akan kekal di Selangor. Malangnya Khalid disingkirkan di dalam situasi yang tidak wajar," katanya. Menurut sumber, kelewatan dalam menamakan menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada tahun lepas berlaku kerana terdapat usaha oleh kumpulan tertentu untuk menjadikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memegang jawatan itu bagi menggantikan Khalid. Sultan Selangor menitahkan kepada tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP, supaya menyerahkan empat nama apabila Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata dalam kempennya bahawa Khalid mungkin tidak akan menjadi menteri besar lagi. Bagaimanapun, ketiga-tiga parti akhirnya bersetuju untuk mencalonkan Khalid dan melantiknya semula untuk jawatan itu. - mstar

Bakal MB Selangor Baharu Terima Surat Perlantikan Hari Ini
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan Worldwide Holdings Selangor Master 2014 bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor pada Ahad. Ia mungkin menjadi salah satu daripada tugas rasmi Abdul Khalid sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor yang baharu akan menerima surat watikah atau surat perlantikan jawatan itu pada Isnin tetapi nama yang dipilih masih menjadi teka-teki. Istana berahsia mengenai identiti yang menjadi pilihan antara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu lalu. Timbalan Presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dianggap sebagai calon yang diberikan keutamaan berikutan kepimpinan PAS mengakui bahawa jawatan menteri besar adalah milik PKR. Difahamkan Sultan telah membuat keputusan selepas "menemuduga" Azmin, Adun Chempaka, Iskandar Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan. Iskandar dan Dr Ahmad Yunus dari PAS, dan kedua-duanya juga merupakan exco kerajaan negeri. Berbeza dengan beberapa laporan, Sultan tidak perlu mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor untuk membuat keputusan dan semuanya dikatakan telah dilaksanakan. Tiada pengumuman rasmi mengenai siapa yang telah dipilih di kalangan tiga calon berkenaan meskipun terdapat laporan yang menyatakan istana akan membuat pengumumannya pada Isnin. Majlis angkat sumpah bagi menteri besar baharu bakal berlangsung pada pagi Selasa, yang diharapkan dapat mengakhiri kemelut perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat bagi mengisi kerusi tersebut. Perkembangan pada minggu lalu jelas menunjukkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dipertimbangkan oleh istana sebagai calon menteri besar baharu. Difahamkan Azmin telah memberi penjelasan pada mesyuarat biro politik PKR pada malam Jumaat mengenai beliau menghadap Sultan selepas bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelumnya. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa sebaliknya Iskandar yang akan mendapat jawatan itu. Mesyuarat itu akhirnya memutuskan untuk mengadakan mesyuarat tergmpar untuk membincangkan secara lanjut sekiranya Azmin dinamakan sebagai menteri besar kerana beliau perlu mendapat sokongan parti. Biro poltik turut bersetuju bahawa Dr Wan Azizah perlu mencuba sekali lagi untuk menghadap Sultan bagi memberi penjelasan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti. Pada Ahad, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul bersama Sultan bagi acara akhir Kejohanan Golf Selangor Masters yang dilihat menjadi tugas dan kemunculan rasminya sebagai menteri besar bersama baginda sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu. Sultan Selangor mencemar duli pada majlis itu bagi menyampaikan trofi pada kejohanan itu di Kelab Golf Seri Selangor. - mstar

Abim Gesa Kerajaan Keluarkan Pelajar Malaysia Dari Yaman
Mohamad Raimi Ab Rahim.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Kementerian Luar mengambil tindakan segera mengeluarkan pelajar Malaysia dari Yaman. Naib Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim, dalam kenyataan pada Ahad berkata, tindakan itu perlu kerana pergolakan yang melibatkan pertempuran antara kumpulan Houthis dan tentera kerajaan kini merebak ke Sana'a, ibu negara Yaman. Kementerian Luar sebelum ini berkata kira-kira 440 pelajar Malaysia di negara itu ditempatkan di sebuah bangunan yang disediakan kedutaan di Sana'a demi keselamatan mereka. "Abim merasakan tindakan itu hanyalah sementara dan rakyat Malaysia masih lagi dalam keadaan bahaya. Oleh itu, kementerian perlu bertindak dengan menyediakan pesawat tentera khas untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman pulang ke tanah air," kata Mohamad Raimi. Ketidakstabilan politik kini melanda Yaman selepas wujudnya gerakan untuk mendesak kerajaan Yaman supaya berundur. Laporan terbaharu media antarabangsa menyebut Perdana Menteri Yaman Mohamed Basindwa telah meletak jawatan di tengah-tengah kemelut yang melanda negara berkenaan. - mstar

Kajian Semula Prosedur Peperiksaan Awam Tepat Pada Masanya - Dr Subramaniam
Dr Subramaniam.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam menyokong keputusan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk peperiksaan awam, berikutan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Beliau berkata tiba masanya untuk melihat kelemahan yang menyebabkan masalah dengan mempertingkatkan lagi keseluruhan sistem "kerana ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di dalam negara." "Kita perlu memastikan sistem peperiksaan boleh diharapkan dengan mewujudkan sistem yang sempurna kerana bukan kerja mudah untuk mendapatkan manusia yang unggul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Majlis Belia Hindu Malaysia ke-49 di sini, Ahad. Pada 18 September lepas, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan panel bebas lapan anggota, dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi untuk membuat cadangan penambahbaikan, dari segi operasi, sumber manusia dan pengurusan UPSR. Cadangan daripada panel bebas itu akan dikemukakan kepada kerajaan dalam masa tiga bulan atau lebih awal. - mstar

Gejala ILI: 68 Pelajar Kolej Vokasional Temerloh Diasingkan
TEMERLOH: Sebanyak 68 pelajar Kolej Vokasional Temerloh, Sanggang, di sini disahkan mempunyai gejala penyakit menyamai Influenza (ILI) kini diasingkan di sebuah dorm di kolej itu sebagai langkah isolasi.
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata gejala ILI itu dikesan sejak 17 September lepas melibatkan 122 orang daripada 531 pelajar di kolej berkenaan yang menghidap simptom ILI seperti batuk, selesema, demam dan sakit tekak.
Katanya, kesemua pelajar dirujuk di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sebagai pesakit luar dan daripada 122 orang itu, 68 orang yang melibatkan 46 lelaki dan 22 perempuan mempunyai gejala ILI diasingkan di dorm berasingan sebagai langkah isolasi.
Dr Norhizan berkata pelajar berkenaan diasingkan bagi mengelakkan penyakit terbabit menular kepada pelajar lain.
Katanya pelajar lain yang tiada gejala ILI dibenar menjalani kelas seperti biasa.
Beliau berkata pihak sekolah telah mengambil langkah pencegahan dan pengawalan termasuk membekalkan topeng muka kepada pelajar.
Menurutnya kejadian itu merupakan kejadian terpencil di kolej berkenaan, namun pihak Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh sentiasa memantau keadaan di kolej berkenaan. - mstar
TOP
Isu ISIL, MH17 , Tumpuan Utama Perbahasan Perhimpunan Agung PBB
NEW YORK: Dua isu mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dan insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine akan menjadi tumpuan utama perbahasan pada sesi ke-69 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di sini pada 7.30 malam (7.30 pagi Ahad di Malaysia) mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan itu.
Insiden MH17 sekali gus akan mengalihkan perhatian kepada konflik Rusia-Ukraine dan ancaman yang ditimbulkan oleh puak pemisah yang disokong oleh Rusia di timur Ukraine.
Kedua-dua isu itu dibangkitkan pada Jumaat oleh Menteri Luar Australia Julie Bishop semasa perbahasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) peringkat menteri mengenai Iraq, yang dipengerusikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry. (Pada hari itu juga, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman berucap di UNSC).
Australia 'secara aktif terlibat' dalam kedua-dua isu seperti diberitahu oleh seorang pegawai Australia kepada Bernama yang tidak mahu namanya didedahkan. Malah, Bishop berkata tindakan ISIL menimbulkan ancaman bukan sahaja kepada Australia tetapi juga Asia Tenggara dan rantau lain.
Menurut sumber Amerika Syarikat (AS) terdapat satu 'pembahagian tugasan' tidak rasmi antara AS dan Australia: AS menyelaras dengan negara Arab dan beberapa negara Arab yang menjadi sekutunya untuk membentuk pakatan memerangi ancaman ISIL, dalam pada itu, pegawai Australia pula menemui rakan sejawatan mereka dari beberapa negara Asia Tenggara terutama Filipina, Malaysia dan Indonesia untuk merangka strategi bagi memerangi ancaman ISIL.
Bishop berkata beberapa hari lepas, Australia telah menumpaskan sebuah kumpulan yang berpangkalan di Australia, yang mempunyai pengaruh ISIL. Media AS dan Australia melaporkan sekurang-kurangnya dua warga Filipina, 50 warga Indonesia, 20 rakyat Malaysia dan 200 rakyat Australia berada di Syria menyertai
pasukan ISIL.
Memetik laporan perisikan, bekas Presiden Filipina Fidel V. Ramos baru-baru ini mendakwa bahawa kira-kira 100 rakyat Filipina kini menjalani latihan di Iraq sebagai pejuang jihad.
Filipina menggesa supaya usaha global dilancarkan bagi memerangi ISIL. Setakat ini, dua rakyat Filipina terkorban kerana berjihad untuk ISIL.
Bagaimanapun, satu lagi isu yang tidak kurang mendapat perhatian utama dalam perbahasan dan dibahaskan oleh masyarakat antarabangsa ialah keadaan di Ukraine dan insiden pesawat MH17 ditembak jatuh yang dikutuk seluruh dunia. - mstar
TOP
Berkas Penjual Pil Gugur Kandungan di Laman Sosial
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil tindakan segera terhadap individu yang bertindak berani menjual pil menggugurkan kandungan di laman sosial secara terbuka tanpa menghiraukan undang-undang.
Gambar skrin yang lalu
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, jika dibiarkan, golongan tidak bertanggungjawab itu akan semakin berani bertindak tanpa mempedulikan kesan kepada masyarakat. “Heret mereka ini ke muka pengadilan supaya tidak ada lagi yang berani untuk menjual sesuka hati ubat yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. “Lagi pun sudah jelas bahawa pengguguran adalah salah di sisi undang-undang negara kita. Jadi untuk apa dibiarkan individu yang berani buat perkara yang berlawanan dengan undang-undang,” katanya semalam. Kata beliau, menggugurkan kandungan tanpa sebab bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara malah berdosa bagi orang Islam. “Kalau diikutkan logiknya, golongan yang mahu gugur kandungan ini pastinya mereka yang terlanjur. Sudahlah berdosa kerana melakukan zina, mahu bertindak membunuh janin pula. “Inilah masanya, pihak Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak mengesan individu yang terlibat serta melakukan rampasan kepada produk yang dijual tersebut,” ujarnya. Dr Ma’amor turut menasihati peniaga supaya tidak mencari rezeki yang tidak halal. “Memang kita tahu jika tidak ada permintaan, mereka tidak akan jual. Tetapi kenapa mahu berniaga untuk membantu orang melakukan dosa menggugurkan kandungan?,” katanya. Semalam, Sinar Harian melaporkan mengenai lambakan penjualan ubat untuk menggugurkan janin yang diiklankan secara terbuka melalui laman sosial. Ada antara iklan pil itu menyebut ia 'khas untuk wanita hamil jarak dekat, terlanjur, belum berkahwin dan senang hamil'. Paparan skrin mengenai salah satu akaun Facebook yang menjual pil itu turut tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu. Susulan pendedahan itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan penjualan ubat gugur kandungan masih dalam siasatan pihaknya.

Wanita cuba terjun bangunan di Jln Raja Laut
Seorang wanita warga tempatan dipercayai cuba terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dengan teman lelakinya.
Mangsa berusia 20-an itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan Hang Tuah yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang. Menurut sumber, mangsa dipercayai gagal mengawal tekanan perasaan lalu bertindak nekad untuk terjun, namun tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk mangsa dan mengawal keadaan.
"Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik hotel di bangunan itu sebelum berlaku pergaduahan antara pasangan tersebut," katanya kepada Malaysia Gazette di sini. Orang ramai yang menyedari kejadian itu berkerumun di tepi jalan melihat perkembangan seterusnya sambil mengambil gambar dan merakamkan video insiden tersebut. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. ─ Malaysia Gazette

Lampard jadi penyelamat Man City seri 1-1 temu Chelsea
LONDON: Frank Lampard - penjaring terbanyak Chelsea sepanjang zaman - hadir selaku pemain gantian untuk membantu kelab baharunya, Manchester City bangkit seri 1-1 ketika menentang pendahulu liga itu, awal pagi tadi.
Keputusan itu turut menamatkan rekod sempurna anak didik Jose Mourinho dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad.
Lampard yang menjaringkan 211 gol untuk Chelsea dan kini mewakili Man City atas pinjaman dari kelab MLS, New York City tampil menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-85 selepas hanya berada atas gelanggang selama enam minit.
Andre Schuerrle meletakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-71 - lima minit selepas pemain pertahanan City, Pablo Zabaleta dilayangkan kad merah atas terjahan kasar ke atas Diego Costa.
Chelsea masih mendahului carta liga berbekal 13 mata daripada lima perlawanan - mengatasi Southampton dan Aston Villa yang masing-masing memiliki 10 mata.
Crystal Palace turut membuat kejutan selepas bangkit untuk menewaskan Everton 3-2 di laman lawan.
Dalam perlawanan awal, Leicester City membuat kejutan besar menewaskan Manchester United 5-3 di Stadium King Power dengan empat gol dalam tempoh 20 minit.
West Bromwich Albion melangkah keluar daripada posisi tercorot dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur - kemenangan pertama mereka musim ini. - Reuters
KEPUTUSAN EPL
Leicester City 5 Manchester United 3
Tottenham 0 West Brom 1
Everton 2 Crystal Palace 3
Manchester City 1 Chelsea 1

Wanita pesakit mental menyamar petugas SPR.
Tumpat: Seorang wanita berusia 50-an mencuri tumpuan di pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat apabila tampil menyamar sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Wanita itu hadir dengan memakai pas SPR yang dikeluarkan pada 2012 dan mengaku bertugas ketika proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, kira-kira jam 12 tengah hari.
Difahamkan, wanita itu sudah berada di pusat itu sejak jam 11.30 pagi dan kehadirannya disedari pegawai SPR bertugas apabila dia turut meminta diberikan dua helai baju-T.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika dihubungi berkata, sebaik wanita berkenaan memasuki pusat undi, kelibatnya diperhatikan pegawai bertugas dan ditahan untuk semakan.
“Wanita itu didapati mengenakan pas dikeluarkan SPR pada 2012 dan pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami masalah mental.
“Petugas SPR bertindak dengan memintanya keluar dari kawasan pusat undi dan kehadirannya tidak langsung mengganggu proses yang bermula sejak 8 pagi hingga 3 petang,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 105 pengundi awal menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi PRK itu berbanding 109 pengundi berdaftar.
Mereka terdiri daripada anggota keselamatan yang hadir sejak jam 8 pagi manakala pengundi terakhir tiba pada jam 2.20 petang.
Tiga anggota tidak hadir berikutan bertugas di luar kawasan dan seorang bercuti sakit.
TOP
Video: Pelajar Maut Tersepit di Pintu Lif.
Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar mati ketika memasukinya, menjadi viral di China semalam.
Pelajar berkenaan yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat ketika lif itu naik tiba-tiba ketika dia memasukinya. menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar. Video itu dirakam kamera pengawasan dalam lif yang rosak itu di Universiti Huaqiao di bandar Xiamen, tenggara China. Klip video selama tiga minit itu menjadi antara paling banyak dikongsi dalam media sosial di China sepanjang semalam. Mangsa itu yang namanya tidak disiarkan dikatakan pelajar arkitek universiti berkenaan, berdiri di depan sekumpulan pelajar lain apabila pintu lif terbuka. Seorang lagi pelajar berkata, dia dan mangsa menunggu lif itu di tingkat tiga. Pintu lif itu terbuka dan bergerak ketika mangsa melangkah masuk. Dia memberitahu media tempatan, mangsa kelihatan terkejut, tetapi tidak bimbang apabila lif itu naik ke atas. Dia tidak sempat berundur apabila lif itu tutup mengheretnya naik hingga terkena rangka pintu, memerangkap separuh badannya dan kaki kiri di dalam lif, sementara bahagian lain terjulur keluar. Pekerja penyelamat cuba membantu mangsa, tetapi dia disahkan mati di tempat kejadian kerana peparunya terhimpit menyebabkan dia tidak boleh bernafas. Pihak berkuasa universiti berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu. Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama menyaksikan lif menjadi punca kematian. Baru-baru ini, enam kejadian serius membabitkan lif dilaporkan dalam masa sebulan dan lima daripadanya menyebabkan kematian. AMARAN (18SG): Menonton video ini boleh menyebabkan anda trauma dan gangguan emosi. Menonton adalah risiko anda sendiri.

Yaman Bergolak : Kemaskini Isu Keselamatan Pelajar Malaysia
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bertarikh 19 September 2014, berkenaan dengan pergolakan yang sekali lagi melanda republik Yaman.
Menurut kenyataan itu, pergolakan telah berlaku antara pasukan pemberontak Houthi Syiah dengan tentera kerajaan Yaman. Oleh kerana itu, pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di salah sebuah Universiti di Sanaa turut terkena tempias akibat pergolakan tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diberikan di laman Facebook Permaya, kesemua pelajar Malaysia di kawasan bergolak tersebut telah berjaya dipindahkan ke penempatan sementara di Haddah Yaman. Selain itu Permaya juga melaporkan tiada kemalangan jiwa yang membabitkan pelajar Malaysia di sana.
Permaya juga menafikan sebarang penglibatan pelajar Malaysia dalam aktiviti bersenjata disana.
Selain dari itu, Permaya juga turut meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan bantuan kewangan bagi untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan juga barang keperluan lain kepada pelajar disana. Diharap agar ahli keluarga dan kenalan pelajar disana bertenang dan sentiasa mengikuti follow up dari Permaya di laman Facebooknya - SiakapKeli.com

Penemuan Fosil Gigi Dinosaur Spinosaurid Therapod di Pahang
FOSIL gigi ini yang ditemui di sebuah kawasan hutan antara Kuala Semantan dan Temerloh, Pahang mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar.
PENEMUAN fosil gigi dinosaur Spinosaurid Therapod di sebuah kawasan hutan di Pahang membuktikan bahawa ia lebih besar daripada spesies Tyrannosaurus Rex (T-Rex). Fosil yang ditemui sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM) dan ditanda sebagai Sampel UM10575 pada Februari lalu itu turut dipercayai gigi anak dinosaur pemakan ikan yang belum mencapai usia dewasa. Gigi yang ditemui di sebuah kawasan hutan antara Kuala Semantan dan Temerloh itu mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar. Difahamkan, penemuan fosil itu merupakan yang pertama di negara ini dan dilakukan secara usaha sama antara Jabatan Geologi UM dengan Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto sejak September 2012. Mengulas mengenai penemuan tersebut, ahli paleontologi Institut Geologi Malaysia, Ahmad Rosli Othman berkata, kawasan banjaran gunung di Pahang termasuk Gunung Tahan, Gunung Berantai dan Endau Rompin berkemungkinan besar mempunyai lebih banyak fosil dinosaur. "Usaha menjejak fosil dinosaur agak sukar kerana kawasan ini terdiri daripada hutan tebal bergunung-ganang dan sebahagian pula kawasan yang dilindungi," kata beliau. Ahmad Rosli menambah, penemuan tersebut juga menjadi titik mula kepada ahli paleontologi untuk mencari lebih banyak fosil yang mungkin tertanam oleh lapisan sedimen di dalam batuan di negeri itu sejak berjuta tahun lalu. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri bersedia menjadikan kawasan penemuan fosil tersebut sebagai destinasi pelancong. Bagaimanapun, Mohd. Sharkar menambah, cadangan itu hanya boleh dilaksanakan selepas semua kajian mengenai fosil di lokasi tersebut selesai. Menurut beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob juga akan mengumumkan lokasi sebenar penemuan fosil itu secara rasmi selepas semua kajian berkaitan selesai. ─ Kosmo

"Jangan Sebut Nama Allah Kuat-kuat Nanti Saya Takut & Tak Jadi Samun Kakak"
“Jangan sebut nama Allah kuat-kuat, nanti saya takut dan tak jadi menyamun kakak.” Itu kata seorang daripada dua penjenayah bertopeng kepada Ramlah Tahir, 53, ketika memecah masuk rumah mangsa yang juga ibu tunggal di Kampung Gelang Chin-Chin di sini, kelmarin.
Menurut Ramlah, seorang daripada dua lelaki yang turut bersenjatakan parang itu meminta dia berhenti menyebut perkataan Allah kerana mendakwa takut selain tahu perbuatannya itu menyalahi ajaran agama.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi, Ramlah berkata, dia terkejut apabila disergah seorang lelaki bertopeng sebaik membuka tingkap bilik tidurnya selepas curiga dengan bunyi bising di kaki lima rumahnya.
“Lelaki itu kemudian cuba masuk dengan mengumpil jeriji besi pintu depan.
Walaupun saya menjerit meminta tolong, tetapi tidak diendahkan mereka,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.
Katanya, tanpa disedarinya, pada masa sama, seorang lagi rakan penjenayah sudah memasuki rumah melalui tingkap dapur dan bersembunyi di bawah meja makan.
Menurutnya, tiba-tiba penjenayah itu keluar dari bawah meja makan dan meluru membuka pintu depan bagi membolehkan rakannya masuk ke dalam rumah.
“Pada masa sama, anak perempuan (Norazila Aziz, 22) yang tidur di bilik bersebelahan terjaga selepas mendengar jeritan dan menyangkakan saya diserang asma,” katanya.
Katanya, kedua-dua penyamun kemudian mengarahkan mereka berdua duduk di ruang tamu sambil memberi amaran tidak membuat bising.
“Kami berpelukan kerana ketakutan dan pada masa sama saya tidak putus menyebut Allah hingga seorang daripada penjenayah datang dan mengacukan parang ke leher anak supaya saya berhenti menyebutnya.
“Lelaki itu beritahu jika mahu menyebut ‘Allah’, lakukan dalam hati kerana dia takut mendengarnya selain bimbang tak jadi menyamun dan pulang tangan kosong,” katanya.
Ramlah berkata, pada masa sama, seorang lagi penjenayah menggeledah bilik tidurnya dan mengambil barangan kemas seperti cincin, gelang, rantai leher, satu komputer riba serta tabung syiling dari dalam almari membabitkan kerugian kira-kira RM6,000.
“Selepas menggeledah kira-kira 30 minit, kedua-dua mereka melarikan diri ke dalam belukar berdekatan rumah,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan M Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan. ─ myMetro online
TOP
Isteri Terlantar 5 Hari di Hospital Gara-gara Dibelasah Suami.
Suami keparat. Itu gelaran layak diberikan terhadap tindakan kejam seorang suami yang tergamak membelasah isterinya hingga menyebabkan mangsa terlantar di Hospital Sungai Buloh selama lima hari.
Mangsa yang berusia 30-an ditumbuk dan dihentak kepalanya di dinding berulang kali hingga menyebabkan kedua-dua mata mengeluarkan air mata darah.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku pada jam 10 malam baru-baru ini ketika mangsa bertengkar dengan suaminya berusia 34 tahun di kediaman mereka di Pandan Indah di sini.
Menurutnya, pertengkaran itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila lelaki terbabit hilang pertimbangan sebelum menyerang isterinya.
“Suspek bertindak menendang, menarik rambut dan menghentak kepala isterinya ke dinding menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.
“Tidak cukup dengan itu, dia terus membelasah mangsa tanpa henti hingga terkencing kesakitan sebelum pengsan,” katanya.
Sebelum itu, lelaki itu menumbuk muka dan mata isterinya berulang kali.
“Dia tidak mempedulikan mangsa yang pengsan sebelum beredar meninggalkan rumah berkenaan.
“Mangsa hanya tersedar kira-kira jam 7.30 pagi esoknya sebelum mengalami muntah darah selain darah turut meleleh keluar daripada matanya kesan kecederaan dipukul,” katanya.
Bimbang dengan keselamatan dirinya, wanita itu mendapatkan rawatan di klinik berhampiran kediaman sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh berikutan mengalami kecederaan teruk.
“Akibatnya mangsa terlantar di hospital selama lima hari sebelum dibenarkan keluar Jumaat lalu selepas keadaannya stabil,” katanya.
Mangsa yang bimbang dicederakan suaminya sekali lagi tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
TOP
Dialog DEIA Forest City Johor kecoh dengan bantahan penduduk
SESI dialog Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) projek kontroversi Forest City.
SESI dialog Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) projek kontroversi Forest City di Kampung Pok, Gelang Patah kecoh apabila kira-kira 100 penduduk tempatan berang kerana tidak dibawa berbincang oleh pemaju berkenaan. Pemaju projek berkenaan, Country Garden Pacific View didakwa gagal berbincang dengan penduduk kampung yang bakal menerima kesan hasil penambakan laut besar-besar projek berkenaan. Projek Forest City, kerjasama di antara pemaju hartanah Country Garden Co Ltd dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) melibatkan penambakan kawasan seluas 1,600 hektar di Selat Johor. Apa yang membuatkan penduduk berang adalah dakwaan pemaju telah mendapatkan pandangan daripada 10 peratus penduduk kampung yang kebanyakannya nelayan, tetapi ini dinafikan oleh penduduk.
Penduduk kampung mendakwa mereka tidak tahu-menahu tentang projek berbilion ringgit itu. Nelayan, Hanuar Isa, 46, mendakwa projek Forest City itu tidak membawa sebarang faedah kepada golongan nelayan tempatan. "Apa akan jadi dengan nasib kami, macam mana kami nak cari makan kalau laut dan dikambus...mana kami nak cari ikan dan hasil laut. Jadi saya nak nak tanya apa bentuk penglibatan yang diberi kepada orang Melayu," kata beliau. Seorang guru, Hanafi Pilus, 47, yang menyatakan bahawa mereka tidak menentang sebarang pembangunan, namun terkilan apabila perkara penting seperti itu tidak dibuat bersama penduduk. "Justeru, saya cadangkan supaya sesi ini ditangguh dan pemaju mendapatkan pandangan daripada semua pihak terlibat, bermula lah semula dari awal supaya penduduk tidak berasa dipinggirkan dalam sesi perbincangan projek itu," katanya.
Projek Forest City yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM600 bilion melibatkan pembinaan empat buah pulau buatan manusia di dalam tempoh 30 tahun jika keadaan ekonomi negara baik. ─ Malaysia Gazette

Pelajar jumpa pencungkil gigi dalam roti
NILAI - Seorang pelajar tingkatan lima terkejut apabila menemui sebatang pencungkil gigi sepanjang tiga sentimeter terselit pada permukaan roti yang dibeli di sebuah kedai runcit baru-baru ini.
Penemuan itu berlaku ketika Mohamad Hafizuddin Rahim, 17, mahu meletakkan krim coklat pada roti berkenaan ketika mahu bersarapan pagi di rumahnya di Taman Gadong Jaya, Labu pada kejadian 22 Ogos lalu.
"Semasa terbalikkan roti, saya nampak ada objek seperti bilah kayu pada permukaannya dan terkejut ia rupa-rupanya sebatang pencungkil gigi," ceritanya ketika ditemui di sini semalam. ─ Kosmo
TOP
122 pelajar Kolej Vokasional (KV) Temerloh disahkan ada simptom ILI.
Gambar hiasan
Seramai 122 pelajar Kolej Vokasional (KV) Temerloh, Sanggang dekat sini, disahkan dijangkiti gejala penyakit berkaitan influenza (ILI) dengan 68 daripadanya terpaksa dikuarantin di sebuah blok asrama kolej berkenaan. Pelajar yang dikuarantin sejak 17 September lalu itu membabitkan 46 lelaki dan 22 perempuan iaitu pelajar tingkatan lima kolej berkenaan manakala 54 pelajar lagi sudah dibenar keluar selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di sini. Pemeriksaan terhadap 122 pelajar terbabit dilakukan selepas mereka menghidap simptom ILI seperti batuk, selesema, demam dan sakit tekak. Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, 68 pelajar terpaksa dikuarantin bagi mengelak penyakit itu menular kepada orang ramai di sekeliling kolej berkenaan. Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh sudah mengambil langkah susulan dengan memantau perkembangan semua pelajar terbabit dan melakukan rawatan lanjut bagi memastikan mereka sembuh dalam tempoh terdekat. “Semua pelajar yang disyaki dikuarantin di asrama dan dipantau setiap hari oleh pegawai kesihatan daerah bagi memastikan ia tidak menular hingga menjangkiti pelajar lain. “Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang ke rumah dan sesi lawatan hanya boleh dilakukan di kawasan sekolah dengan dipantau pegawai kesihatan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, pihaknya sudah membekalkan penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan, namun kolej berkenaan tidak ditutup, sebaliknya sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Katanya, setakat ini, keadaan terkawal tetapi pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan meminta orang ramai mengambil langkah pencegahan dengan kerap mencuci tangan, membersihkan kawasan persekitaran serta segera berjumpa doktor jika mengalami simptom berkenaan.

Mayat lelaki terbabas terbiar dua hari tanpa disedari.
Seorang lelaki yang baru menghantar isterinya ke hospital ditemui mati dalam keadaan menyayat hati bersama motosikal digunakan di sebuah parit di Kilometer 43, Jalan Teluk Intan-–Klang di sini.
Mangsa, Mohd Samsi Roman, 62, dari Taman Bedena Jaya Sungai Besar dipercayai terbabas sebelum ditemui orang ramai kira-kira jam 10 pagi kelmarin.
Mangsa dipercayai mati dan berada di lokasi kejadian sejak dua hari lalu tanpa disedari sesiapa kerana dia dipercayai terbabas ketika menunggang sendirian.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Asisten Superintendan Polis, Azman Abdul Rahman berkata, mangsa yang menunggang motosikal model Yamaha Lagenda dipercayai baharu saja menghantar isterinya ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam Jumaat lalu.
Menurutnya, mangsa kemudian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum motosikal ditunggang terbabas.
“Tiada saksi yang melihat kejadian itu menyebabkan mangsa gagal dikesan keluarganya.
“Mangsa yang bekerja di sebuah stesen minyak itu ditemui orang awam dalam keadaan mayatnya lengkap berpakaian sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis,” katanya.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke HTAJ Sabak Bernam untuk dibedah siasat.
““Hasil bedah siasat dijalankan pihak hospital mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan hentakan pada paru-paru dan mengalami patah tulang rusuk,”” katanya.
Menurutnya, siasatan kes kemalangan itu dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
TOP
GRO warga asing ditahan dalam serbuan pusat 'sajian berahi' di Kepong.
Sebuah pusat hiburan di Medan Putra Bandar Manjalara, Kepong di sini, dikesan menyajikan pertunjukan tarian ‘disko dangdut’ dilakukan sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) warga asing bagi menarik perhatian ratusan pelanggan setiap malam.
Kebanyakan wanita GRO ini mempersembahkan tarian berahi selain membenarkan pelanggan turut sama menari sambil meraba tubuh mereka.
Kegiatan maksiat itu yang turut mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan beragama Islam akhirnya dibongkar selepas premis itu diserbu polis dalam operasi Ops Pusat Hiburan awal pagi, semalam.
Dalam serbuan jam 1 pagi itu, tujuh GRO warga China, enam warga Vietnam dan seorang warga Thailand serta seorang lelaki tempatan ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Deputi Superintendan Bahrain Che Rose bersama 26 anggota polis.
Baharin berkata, serbuan dilakukan ketika puluhan pelanggan dan wanita GRO terbabit leka menari berpelukan sambil diiringi muzik kuat.
Katanya, beberapa pelanggan dan wanita GRO terbabit cuba melarikan diri, namun usaha mereka gagal selepas premis itu dikepung anggota polis.
“Dalam serbuan ini, 14 GRO berusia 20 hingga 35 tahun dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis diberkas.
“Pemeriksaan mendapati semua GRO itu melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit kerja dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya, semalam.
Menurutnya, penjaga premis berusia 40-an itu pula ditahan kerana menggaji pekerja tanpa permit.
Seramai 47 pelanggan turut diperiksa bagaimanapun didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah ataupun senarai dikehendaki.
Sementara itu di lokasi berasingan, sepasukan lagi anggota D7 turut menyerbu sebuah premis pusat hiburan di Jalan Ambong Kanan 1, Kepong Baru di sini.
Dalam serbuan itu, seramai 10 GRO warga China, lapan Vietnam dan dua Myanmar bersama seorang penjaga premis lelaki warga tempatan ditahan.
“Siasatan lanjut terhadap semua wanita warga asing ini mendapati mereka tiada premit kerja sah dan disiasat mengikut Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 11(6) akta sama.
“Pemeriksaan terhadap 40 pelanggan di premis itu bagaimanapun mendapati tiada sebarang rekod jenayah,” katanya. ─ myMetro online
TOP
70,000 Etnik Kurdis Melarikan Diri ke Turki dari Serangan IS.
Kira-kira 70,000 etnik Kurdis Syria memasuki Turki sejak Jumaat lalu selepas melarikan diri dari serangan militan Negara Islam (IS) di utara Syria.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata, ia kini berusaha membantu Turki menghadapi kebanjiran pelarian berkenaan.
Seorang pelarian, Mohammed Osman Hamme berkata, dia tiba di sempadan Turki bersama-sama isteri dan anak mereka sejak meninggalkan Dariya di Raqqa 10 hari lalu selepas mendengar mengenai kemaraan IS di wilayah itu.
Keluarga itu berjalan selama tiga hari, melintasi bandar Tell Abiad berhampiran sempadan Turki, tempat mereka melihat empat kepala dipenggal digantung di tepi jalan raya.
Dalam pada itu, pasukan keselamatan Turki semalam melepaskan gas pemedih mata dan menembak meriam air terhadap puluhan penduduk Kurdis di sebuah kampung bersempadan dengan Syria.
Polis Turki berkata, tindakan itu diambil dalam usaha menghalang militan Kurdis memasuki negara itu dari Syria.
Bagaimanapun, laporan televisyen memetik penduduk Kurdis itu sebagai berkata, mereka mahu ke Syria untuk membantu saudara mereka di negara itu.
Kumpulan IS dilapor semakin hampir menawan bandar Kurdis ketiga terbesar di Syria.
Seorang komander militan etnik itu berkata, IS kini berada 15 kilometer dari bandar strategik itu, Ain al-Arab atau juga dikenali sebagai Kobani dalam kalangan penduduk Kurdis.
Setakat ini, IS menawan 64 kampung di sekitar daerah berkenaan sejak melancarkan serangan Selasa lalu.
Pejuang Kurdis di kawasan itu dengan bantuan etnik Kurdis dari Turki berusaha menyekat kemaraan IS di bandar terbabit.
Seorang ahli politik Kurdis dari Turki, Ibrahim Binici yang melawat Kobani berkata, penduduk tempatan memberitahunya IS memenggal orang ramai dalam kemaraannya di setiap kampung.
“Ini bukan peperangan.
Ini pembunuhan beramai-ramai.
Mereka memasuki kampung dan memenggal kepala beberapa orang lalu menunjukkannya kepada penduduk lain.
Ia sama sekali tidak berperikemanusiaan,” katanya.
Parti Pekerja Kurdistan (PKK) menggesa golongan muda di wilayah majoriti Kurdis di Turki untuk bangkit bagi mempertahankan Kobani.
TOP
Lelaki dirasuk jin perempuan bertukar jadi 'pontianak' kemaruk darah.
Algiers: Seorang lelaki yang didakwa dirasuk jin, bertukar menjadi pontianak apabila mula menyerang penduduk dan haiwan di kampungnya untuk menghisap darah.
Akhbar di Algeria memetik keluarga Abdul Hadi sebagai berkata, lelaki itu dirasuk jin perempuan bernama ‘Ratu Najma binti Al Ahmar.’ Menurut mereka, keinginan Abdul Hadi terhadap darah semakin menjadi-jadi sejak beberapa hari lalu.
“Dia akan membaca mantera sekuat hati.
Kadang kala dia pengsan.
Mukanya akan berkerut sementara matanya putih.
Dia mengejar jiran dan haiwan untuk menghisap darah mereka.
“Kami tidak ada jalan lain, kecuali mengurungnya,” kata seorang anggota keluarga lelaki itu.
Menurut akhbar, Abdul Hadi menetap di bandar Girdaya di selatan Algeria. - Agensi
TOP
Pengemis hidup mewah dengan pendapatan RM45,000 sebulan.
Gambar hiasan
Beijing: Cerita mengenai peminta sedekah memiliki kereta mahal dan tinggal di hotel mewah tidak terhad di satu tempat saja. Laporan terbaru disiarkan akhbar Nanyang Business Daily mendedahkan beberapa pengemis profesional menjalani kehidupan mewah, berbelanja di pusat beli-belah ternama dan memperoleh pendapatan sehingga RM45,000 sebulan. Seorang jurugambar akhbar itu yang mengekori tiga pengemis ‘senior’ di Zhengzhou baru-baru ini, mendedahkan penemuan mengejutkan mengenai gaya hidup mereka. Laporan akhbar itu berserta dengan gambar berjudul ‘Sehari dalam kehidupan pengemis profesional’ menjadi viral di media sosial negara itu, mencetuskan perbahasan mengenai bantuan kepada pengemis jalanan berbanding membuat sumbangan kepada badan kebajikan disahkan. Laporan itu menunjukkan bagaimana sebuah ‘keluarga pengemis’ memulakan kehidupan seharian mereka dengan memakan burger di restoran segera untuk sarapan, daging dan bir untuk makan tengah hari, tembikai dan aiskrim ketika minum petang dan makan malam di restoran hotel lima bintang. Ia juga menunjukkan mereka berbelanja di kedai barang mewah seperti Cartier. Ketika mengemis siang hari, dua daripada mereka berpura-pura sakit dan terbaring di jalan raya sementara seorang lagi merayu wang daripada orang ramai. Menurut laporan itu, berdasarkan pengamatan wartawannya, pengemis itu memperoleh antara RM1,000 dan RM1,500 sehari, menjadikannya RM45,000 sebulan. ─ myMetro online

Unta Dijual RM6.8 juta Untuk Bertanding Ratu Cantik
UNTA yang dijual dengan harga RM6.8 juta.
Riyadh: Seekor unta baru-baru ini dijual dengan harga SR8 juta (RM6.8 juta) di sini, antara yang tertinggi pernah dicatatkan di negara itu. Unta muda itu dijual oleh tuannya, Alian Rashid Al Tuhaimi kepada Saleh Brak Al Rashidi, dua pemilik ladang unta terkenal di Arab Saudi. Laporan akhbar Sabq, unta itu dari baka yang sukar didapati. “Ia mendapat harga paling tinggi tahun ini dan antara yang paling tinggi dibayar untuk seekor unta Arab Saudi,” lapor akhbar itu. Urusan jual beli itu dilakukan menjelang pertandingan ratu cantik unta yang akan diadakan di negara itu bulan depan. - Agensi

Sharnaaz-Anis semakin intim?
Sharnaaz-Anis semakin intim?
PENGAKUAN pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, mengenai hubungan istimewanya bersama pelakon baharu dan model, Sharifah Anis Al Idrus, menamatkan spekulasi yang timbul sejak Ramadan lalu. Malah, berita gembira ini disambut bahagia di kalangan peminatnya, tidak kurang juga mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Namun, di sebalik berita gembira itu, timbul pula kontroversi mengenai gambar mesra mereka berdua yang dirakam ketika majlis ulang tahun kelahiran Sharnaaz ke-29 pada 30 Ogos lalu. Mana tidaknya, gambar pasangan ini yang dikatakan merangkul pinggang masing-masing dilihat tidak manis apatah lagi Anis amat sinonim di kalangan 'hijabister'. Malah, imej bertudungnya itu memberi persoalan hebat di kalangan peminat mengenai tindakan mereka berdua yang dilihat kurang bersesuaian. Bagaimanapun, Sharnaaz mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. "Saya malas nak komen. Saya tak nak cakap apa-apa mengenai perkara itu. Biarlah...," katanya ringkas kepada Zass.
Dua tahun berkawan
Sejak hubungan cintanya kecundang satu ketika dahulu, Sharnaaz lebih selesa menyendiri walaupun dirinya turut dikaitkan dengan beberapa nama pelakon wanita. Namun ternyata, kehadiran Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, berjaya mengetuk pintu hatinya untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius. Pun begitu, pelakon drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, ini enggan mengistilahkan hubungan itu sebagai cinta dan hanya memberitahu hubungan mereka semakin rapat. Menerusi satu temu bual, akui Sharnaaz, mereka telah berkawan sejak dua tahun lalu dan melalui fasa demi fasa perkenalan. "Saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebihan dan saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu dan sekarang ini hubungan itu lebih akrab. "Keluarga saya juga sangat menyenanginya dan senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilingnya," kata Sharnaaz. Anis Al Idrus merupakan model dan pelakon beberapa drama termasuk Gemersik Kalbu, Walit Walid, Selamat Malam Kekasih, Tangisan Bulan Madu 2, Dan Bila Esok serta Cuak. Selain berlakon, pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa pengkhususan Perbankan dan Kewangan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) ini, merupakan usahawan tudung online, Nish. Malah, anak kelahiran Kota Bharu ini juga pernah bekerja selama setahun sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen tempatan. -sinar

Ashraf Ghani dilantik Presiden Afghanistan
Ashraf (kanan) sah bergelar Presiden selepas menandatangani perjanjian perkongsian kuasa dengan lawannya Abdullah.
KABUL - AFGHANISTAN. Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas mengisytiharkan, bekas menteri kewangan Afghanistan, Ashraf Ghani sah bergelar Presiden selepas menandatangani perjanjian perkongsian kuasa dengan lawannya Abdullah Abdullah, semalam. Menurut AFP, pengumuman ini dibuat bagi mengakhiri keputusan proses pilihan raya yang tertangguh sejak 14 Jun lalu,“ kata Ketua Suruhanjaya, Ahmad Yousaf Nuristani di Istana Presiden, malam ini. Sebelum ini, lantikan presiden tertangguh susulan pertikaian keputusan pilihan raya presiden yang didakwa wujud unsur penipuan. Pelantikan Ashraf adalah bagi menggantikan Hamid Karzai yang telah tamat tempoh perkhidmatan.-sinar

Internet lebih laju semarakkan perniagaan
KUALA LUMPUR - Sambungan Internet yang lebih laju dan stabil akan membolehkan interaksi yang lebih lancar dengan rakan kongsi perniagaan dan pelanggan selain membantu meningkatkan jumlah jualan dan ekonomi, menurut beberapa pengusaha perniagaan tempatan.
Menyatakan kelajuan Internet di negara ini meningkat sejak beberapa tahun ini, mereka bagaimanapun berkata masih terdapat ruang untuk penambahbaikan bagi membolehkan Malaysia setaraf atau mengatasi negara-negara serantau yang lain dalam bidang ini.
Pereka jenama cekak rambut popular Sereni&Shentel, Sereni Linggi, berkata dengan Internet yang lebih laju akan membolehkan beliau melayani lebih banyak tempahan daripada pelanggan yang sering diterima selepas waktu pejabat.
"Semuanya mengenai kemudahan. Ramai pelanggan kami tidak mempunyai masa untuk membeli-belah, jadi mereka memilih dalam talian dan ia lebih mudah jika Internet lebih laju.
"Lebih laju Internet, lebih mudah pelanggan untuk membeli produk daripada kami atau daripada mana-mana peruncit dalam talian yang lain," kata usahawan tersebut yang telah menjual lebih 100,000 cekak rambut di peringkat antarabangsa sejak syarikat ditubuhkan pada 2009.
Sereni, yang menjalankan perniagaan dari Kuching, Sarawak, bersama rakannya, Shentel Lee, berkata kelajuan Internet di Malaysia bertambah baik sejak beberapa tahun ini, bagaimanapun mengharapkan sambungan Internet yang lebih laju dan stabil.
Pengurus Komunikasi Korporat Hud-Hud Media Sdn Bhd Saila Zulkhiefeli berkata syarikat bergantung kepada Internet untuk melakukan penyelidikan selain menghantar kandungan Islamiknya kepada pelanggan antarabangsa.
"Baru-baru ini, kami menghadapi talian yang tidak stabil beberapa kali. Saya yakin kelajuan jalur lebar di Malaysia boleh dipertingkatkan.
"Masa adalah emas. Lebih banyak masa yang diambil (untuk memuktamadkan urus niaga) semakin kurang keuntungan yang dijana oleh perniagaan," katanya mengenai keperluan Internet yang lebih laju.
Beliau berkata sambungan yang lebih laju akan membolehkan usahawan memberikan maklumat terkini kepada pelanggan, menerima aduan dan mendapat maklum balas dengan lebih cepat.
Sesetengah pihak menyatakan selain mengakui jalur lebar Malaysia mungkin bukan antara yang paling laju, tetapi liputan jalur lebar telah disediakan di kebanyakan kawasan di negara ini.
Timbalan Pengurus Besar MyTeksi Jaygan Fu memberikan pandangan yang berbeza, menyatakan bahawa kelajuan Internet di Malaysia kini adalah mencukupi bagi syarikat tempahan teksi berasaskan Internet dan kegunaan peribadi.
Bagaimanapun, beliau berkata penambahbaikan dalam bidang ini sudah pastinya dialu-alukan.
"Ternyata, kita menunjukkan prestasi yang lebih baik dari segi kelajuan dan kestabilan berbanding kebanyakan negara lain di Asia Tenggara, tetapi saya kira kita di belakang Singapura dan Korea Selatan," katanya.
Aplikasi MyTeksi, terdapat di pasaran sejak 2012, telah dimuat turun sehingga 1.5 juta kali.
Fu berkata sambungan Internet yang lebih laju dan yang lebih penting, stabil penting bagi ramai pengusaha perniagaan. - Bernama
TOP
Mayat ditemui terdampar atas batu
ROMPIN - Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di atas batu tanpa baju dan hanya berseluar di kawasan Taman Laut berhampiran dengan Kampung Tekek, Pulau Tioman, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan, Johari Jahaya, berkata, mayat lelaki yang merupakan warga Kemboja dan hanya dikenali sebagai Ali itu ditemui orang awam pada sekitar jam 2.30 petang.
"Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan sudah kembung dan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang luka pada badan mangsa.
"Siasatan awal juga mendapati lelaki itu bekerja sebagai nelayan dengan sebuah bot dan mayatnya juga telah disahkan oleh tekong bot tersebut, Zainal Abdullah, 40-an, yang berasal dari Kampung Pasir Panjang, Pekan semasa proses pengecaman dilakukan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Johari, tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada badan mangsa sewaktu ia ditemui dan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Zainal, lelaki itu sudah bekerja dengan bot menangkap ikan berkenaan sejak empat bulan lalu.
"Selain itu, mengikut keterangan tekong bot terbabit, mangsa didapati tiada dalam bot berkenaan semasa bot berhenti di Marina Kampung Tekek.
"Kali terakhir lelaki itu dilihat berada di dalam bot itu kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu dan rakan sekerjanya cuba mencari mangsa namun gagal," katanya.- Sinar
TOP
CMS bina stesen pengecas EV
(Dari kiri) Pelakon dan pelawak tanah air, Harith Iskander; Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari dan Syed Zainal bergambar dengan tetamu jemputan lain bersama kereta EV Comos di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
CMS Consortium Sdn Bhd (CMS) memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM20 juta hingga RM25 juta bagi membangunkan stesen infrastruktur mengecas kenderaan elektrik (EV) dalam negara. Pengerusi Eksekutif CMS, Datuk Sri Syed Zainal Abidin berkata, jumlah tersebut akan dibelanjakan di bawah pelan penempatan infrastruktur bermula 2014 hingga 2020. “Sebanyak 60 buah stesen mengecas kenderaan elektrik akan dibina dahulu sekitar Lembah Klang sehingga hujung tahun ini dan stesen pertama dibuka pada 25 Oktober depan. “Penempatan infrastruktur tersebut akan diperluaskan mengikut fasa ke seluruh negara iaitu di Pulau Langkawi, Kedah pada Disember, Melaka (2015), Johor Bahru (2016) serta hentian rehat dan rawat (R&R) di sepanjang Lebuh raya Utara Selatan pada 2017,” katanya di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) rakan kongsinya di Kuala Lumpur. MoU tersebut ditandatangani antara CMS dengan Petronas, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Celcom Axiata Sdn Bhd bagi membangun penggunaan EV. Menurut Syed Zainal, CMS sudah memperoleh kelulusan lesen daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengendalikan perkhidmatan perkongsian kereta. “Kami berjaya mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kereta elektrik Renault Zoe dan Renault Twizy di jalan raya. “Buat masa ini kami menerima 50 unit Zoe dan 36 unit Twizy untuk digunakan di bawah program sistem mobiliti bersepadu (Comos) kerjasama Institut Automatif Malaysia dan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia),” katanya. - Sinar

Remaja Tawar Teruna Di Facebook
Mungkin disebabkan terlalu senang untuk medapat bahan-bahan lucah, remaja zaman sekarang ni lebih cepat 'matang' dalam hal-hal sedemikian. Lihat saja status remaja diatas.
Pada mulanya, dia menawarkan apa-apa 'khidmat' sekiranya ada orang wanita yang berani menghantar gambar seksi kepadanya. Seorang wanita membalas status tersebut dan terus dia menawarkan terunanya!
Haii..apa nak jadi la.. Dibawah pula keratan remaja tersebut mengeluh tentang terunanya dimana dia berkata budak-budak 12 tahun pun ada dah pecah dara dan betapa 'ruginya' dia kerana tak pernah buat perkara sedemikian :
Kalau kecik-kecik perangai dah macam ni, 10-20 tahun lagi apa nak jadi?

Kad Merah Punca Kekalahan - Kim Swee
Ong Kim Swee.
INCHEON: Peluang skuad Harimau Muda A untuk meraih kemenangan ke atas Arab Saudi, sekali gus melangkah ke pusingan kedua Sukan Asia ke-17, lebur apabila pemain pertahanan Muhammad Zubir Mohd Azmi dibuang padang seawal minit ke-32 di Stadium Goyang, dekat sini, Ahad. Biarpun tiada jaringan ketika itu, nasib skuad negara berubah apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selama 58 minit dengan Arab Saudi mengambil kesempatan melakukan serangan bertali arus. Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee mengakui kekalahan itu banyak berpunca daripada layangan kad merah sehingga memberi kelebihan kepada Arab Saudi menguasai perlawanan. "Sebelum perlawanan, Malaysia mempunyai peluang seimbang untuk menang walaupun pemain Arab Saudi mempunyai kelebihan dari segi fizikal," katanya kepada pemberita selepas pasukannya kalah 3-0. Beliau menyifatkan tindakan pengadil Thailand, Pu Udom, melayangkan kad merah kepada Muhammad Zubir sebagai hukuman yang keterlaluan kerana mendakwa pemain itu hanya melakukan sedikit sentuhan terhadap pemain Arab Saudi. "Pada pendapat peribadi saya, dengan insiden sedemikian Muhamad Zubir tidak sepatutnya dikenakan kad merah," katanya. Skuad Harimau Muda A terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pusingan kedua selepas hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam kumpulan selepas kalah 3-0 masing-masing kepada Korea Selatan dan Arab Saudi dan menang 4-0 ke atas Laos. Hanya dua pasukan teratas dalam setiap daripada lapan kumpulan mara ke pusingan kedua. Mengulas masa hadapan skuad bimbinganya, Kim Swee berkata beliau risau dengan masalah kekurangan pemain bagi mengalas cabaran di Sukan SEA Singapura 2015 dan Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017 nanti. "Saya berharap usaha untuk mencari bakat baharu dapat diperhebatkan lagi kerana kita mungkin akan mengalami masalah kekurangan pemain pelapis pada masa hadapan," katanya.- mstar

Fatehah Sumbang Pingat 'Tidak Diduga' Acara Keirin
Fatehah Mustapha.
INCHEON: Pelumba trek wanita, Fatehah Mustapa menceriakan kontinjen negara apabila menyumbang pingat perak Sukan Asia ke-17 dalam acara keirin individu di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini, Ahad. Pelumba berusia 25 tahun itu berkata pencapaian itu adalah bonus dan sesuatu yang tidak diduga sama sekali kerana sebelum itu beliau terasa tergugat apabila melihat senarai pelumba yang layak ke peringkat akhir acara itu. Beliau menyifatkan pingat perak itu sebagai bonus memandangkan pelumba dalam kelompok enam terbaik memang hebat termasuk dari China, Korea Selatan dan Hong Kong. Pingat emas diraih pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze manakala gangsa dimenangi oleg pelumba China, Zhong Tianshi. "Saya takut akan terkebelakang kalau saya ikut bahagian atas sebab selekoh yang agak panjang. Macam saya pernah cakap sebelum ini, acara keirin bergantung juga kepada strategi," katanya kepada pemberita selepas acara tersebut. Beliau berharap kemenangan pingat perak itu dapat menyuntik semangat rakan-rakannya dalam skuad berbasikal negara untuk memburu pingat dalam acara masing-masing. Pelumba Terengganu itu akan beraksi dalam acara pecut individu, Selasa ini. Mengenai peluang dalam acara pecut, Fatehah berkata beliau sekurang-kurangnya mahu layak ke saingan separuh akhir bagi menebus kegagalan di Kejohanan Asia (ACC) lepas. "Kalau dapat masuk separuh akhir dah cukup baik sebab semasa Kejohanan Asia saya gagal ke separuh akhir sebab tidak sihat," katanya.- mstar

Krisis PAS, Akibat Kerjasama Dengan Anwar - Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad.
PUTRAJAYA: Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini. "Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya. Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada PAS. Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Rowing dan Perahu Panjang 'Head of Putrajaya 2014' di Kompleks Sukan Air di sini. Acara yang diadakan selama dua hari itu yang bermula semalam menarik lebih 400 peserta daripada 24 kumpulan termasuk tiga kumpulan dari luar negara iaitu Thailand, Singapura dan Indonesia.- mstar

Tiga Aspek Jadi Fokus Utama Bajet 2015 - Ahmad Husni
Bendahari Umno Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua, kanan) merangkap Menteri Kewangan Kedua bersalaman dengan para perwakilan semasa hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak 2014 di Dewan Perbandaran Kampung Gajah di Pasir Salak pada Ahad. Turut sama, Ketua Umno Bahagian Pasir Salak Datuk Tajuddin Rahman (kanan) merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. -Foto BERNAMA
PASIR SALAK: Tiga aspek iaitu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kedudukan fiskal dan peningkatan kos sara hidup menjadi fokus utama dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji ketiga-tiga aspek tersebut supaya ia selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini yang mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.3 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. "Apabila membuat belanjawan, kita tidak boleh melakukannya secara 'adhoc'. Kami akan memastikan terdapat kesinambungan daripada sebelum ini, semasa dan akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Salak di sini, Ahad Katanya usaha untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi yang mampan menjadi faktor utama supaya matlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai. "Selain itu, kita mahu mempastikan kedudukan fiskal adalah kukuh dari segi pendapatan. "Ia mesti mampan, dan ini bermakna LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), Jabatan Kastam dan agensi lain adalah kukuh dan pendapatan bertambah untuk pembangunan negara," katanya. Katanya belanjawan pada kali ini juga memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang kini berdepan dengan peningkatan kos sara hidup dengan melengkapi mereka dengan kemahiran tinggi. Beliau berkata nisbah gaji pekerja di negara ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar ialah 33 peratus dan negara perlu mencapai 40 peratus dan ke atas untuk menjadi negara maju yang disasarkan menjelang tahun 2020. Ahmad Husni berkata untuk memastikan Bajet 2015 memenuhi kehendak rakyat, beberapa pandangan yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan individu dipertimbangkan. "Kita akan mengkaji mana-mana cadangan atau pandangan yang boleh membawa manfaat untuk meningkatkan ekonomi negara ke peringkat lebih tinggi," katanya.- mstar

Polis Terima Dua Laporan Berbaur Hasutan Sepanjang Kempen
Mazlan Lazim.
TUMPAT: Polis Kelantan menerima dua laporan mengenai ceramah dan pengedaran cekera padat (CD) yang berbaur hasutan sepanjang tempoh lapan hari berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-dua kes itu sedang disiasat dan pihaknya telah memanggil individu terbabit untuk memberi keterangan. "Kes pertama, kita terima aduan pada 17 September yang melibatkan pengaduan ke atas seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang dikatakan telah mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan semasa mengadakan ceramah pada 13 September lalu. "Pada 18 September pula, mengenai aduan daripada seorang lelaki yang menerima satu bungkusan CD ceramah sebuah parti politik yang diletakkan pada bahagian hadapan kenderaan pengadu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini, Ahad. Katanya kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(B) dan (C) Akta Hasutan 1948. Mazlan berkata secara keseluruhannya kempen PRK DUN itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. "Pasukan Khas Cantas juga sentiasa dalam keadaan siap sedia bagi menangani sebarang kemungkinan sekiranya ada individu atau kumpulan yang cuba menimbulkan kekecohan," katanya. Beliau berkata jumlah anggota polis akan ditambah pada hari mengundi Khamis ini bagi mengawasi semua 45 saluran mengundi. "Tahap keselamatan turut dipertingkatkan untuk melancarkan proses pembuangan undi," katanya. Kawasan DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pemilih berdaftar iaitu terdiri daripada 23,929 orang pengundi biasa, 109 orang pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara). PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. PRK DUN itu pada Khamis ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. - mstar

Siaran Langsung Kira Undi PRK Belum Sesuai Dilaksanakan - SPR
Abdul Aziz Mohd Yusof.
KUALA LUMPUR: Siaran langsung proses pengiraan undi mana-mana pilihan raya kecil (PRK) masih belum sesuai untuk dilaksanakan buat masa sekarang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata siaran langsung hanya boleh dilakukan apabila calon pilihan raya, parti politik dan masyarakat Malaysia mencapai tahap kematangan dalam berpolitik, supaya SPR tidak dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini pada siaran itu. "Wakil calon bertanding dibenarkan berada dalam bilik semasa proses pengiraan dilakukan, dan dibimbangi jika berlaku insiden seperti pertengkaran kecil atau salah faham, ia akan mengundang masalah lebih besar dalam kalangan orang luar yang menonton. "Mereka mungkin melihat perkara itu dari perspektif berbeza, hanya apa yang disiarkan di televisyen, namun perkara ini kemudiannya diperbesarkan pihak berkenaan sehingga menjadi isu kepada SPR," katanya kepada Bernama di sini, Ahad. SPR juga bimbang jika ada pihak yang mengambil kesempatan daripada siaran langsung itu untuk mendapatkan perhatian masyarakat dengan 'mengada-adakan' perkara yang tidak wujud semasa proses pengiraan berlaku, tambahnya. Abdul Aziz berkata pihaknya juga perlu memastikan cara terbaik untuk pihak media menyiarkan siaran langsung itu memandangkan kamera masa kini dilengkapi kemudahan zum, sedangkan kertas undi merupakan suatu perkara yang sangat sulit. "Kita juga perlu memikirkan bagaimana pergerakan kakitangan media dalam bilik mengira undi, kerana pelbagai perkara di luar kawalan boleh berlaku semasa siaran langsung dalam keghairahan memberikan laporan terbaik," katanya. Sehubungan itu, Abdul Aziz menegaskan siaran langsung itu hanya boleh dilakukan apabila semua pihak mengamalkan politik matang dan memahami tanggungjawab masing-masing. "SPR tidak ada masalah untuk siaran langsung, malah sangat mengalu-alukannya untuk menunjukkan ketelusan kita, namun tidak mahu ia menjadi seperti senjata makan tuan dan keterbukaan itu akhirnya dijadikan isu kepada kami," katanya. Beliau menambah bagi merealisasikan hasrat itu di masa hadapan, SPR bersedia untuk berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkenaan bagi memperhalusi protokol dan tatacara perlaksanaan siaran langsung itu. Buat masa sekarang, Abdul Aziz memberitahu semua proses pengudian PRK - dari peringkat penamaan calon sehingga ke pengiraan undi - dirakamkan pegawai Filem Negara di bawah seliaan pegawai SPR agar ia tidak melanggar isu kerahsiaan pengudian. Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan memohon supaya SPR mempertimbangkan semula cadangan kementerian itu supaya proses pengiraan undi mana-mana PRK disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisen Malaysia (RTM). Langkah itu akan membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil, tambah Ahmad Shabery. Ahmad Shabery pernah mengutarakan cadangan itu pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada tahun lalu, namun ditolak SPR atas alasan ia melibatkan kerahsiaan pengundian. - mstar

UPSR: Kementerian Pendidikan Sangkal Laporan Malaysian Insider
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan pada Ahad menyangkal laporan sebuah portal berita berhubung kenyataan Ketua Setiausahanya Tan Sri Dr Madinah Mohamad berhubung penggantungan tugas dua pegawai kanan Lembaga Peperiksaan berhubung kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, berkata penjelasan yang dibuat Madinah dalam sidang media di Putrajaya baru-baru ini adalah mengenai terma-terma 'gantung tugas' dan bukannya 'gantung kerja' sebagaimana yang ditanya pemberita.
Menurut kenyataan itu, penjelasan Madinah dalam sidang media itu, antara lain menyebut penggantungan tugas merupakan satu langkah pentadbiran yang tidak berbentuk hukuman, bertujuan memastikan kelancaran proses siasatan kes kebocoran soalan peperiksaan UPSR.
"Mulai pengumuman penggantungan tugas oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kedua-dua pegawai kanan berkenaan dikehendaki hadir bertugas di bahagian lain yang tidak ada hubung kait dengan Lembaga Peperiksaan.
"Oleh yang demikian, laporan Malaysian Insider dengan tajuk 'UPSR:Pengarah dan Timbalan LPM Tidak Pernah Digantung Tugas' melaporkan bahawa Dr Na'imah Ishak dan Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung daripada tugas mereka adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata kenyataan itu.
Pada 12 September, Muhyiddin mengumumkan penggantungan tugas berkuat kuasa serta-merta Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.
Tindakan itu dibuat susulan kebocoran soalan bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris, yang menyebabkan para calon perlu menduduki semula kertas peperiksaan berkenaan pada 30 September ini.
Menurut kenyataan itu, "Adalah dimaklumkan, kenyataan kepada media yang dibuat Dr Madinah pada 20 September mengenai penggantungan tugas itu adalah seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini".
Sehingga semalam, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.- mstar
TOP
Dua Lelaki Ditahan Miliki 2Kg Ganja George Town
GEORGE TOWN: Dua lelaki yang cuba menyorok dua kilogram ganja dalam kertas pembalut hadiah ditahan polis di Jalan Gurdwara di sini malam Sabtu.
Sebelum itu sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan mendapati suspek berada dalam sebuah kereta dengan gerak-geri mencurigakan di Jalan Sungai Pinang di sini kira-kira pukul 10.30 malam.
"Pihak kami cuba menahan suspek untuk pemeriksaan namun mereka memecut laju kereta yang dinaiki," kata jurucakap polis ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata polis kemudiannya mengejar suspek sejauh kira-kira tujuh kilometer sebelum kereta terbabit merempuh pembahagi jalan di Jalan Gurdwara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki berusia 20-an dan 40-an terbabit.
Katanya suspek berkenaan direman selama enam hari bagi membantu siasatan. - mstar
TOP
Keluarga Nafi Ada Perancangan Pernikahan Ariel (Noah) Di Bali
BAPA kepada vokalis Noah, Ariel iaitu Nazmul Irphan menafikan ada sebarang perancangan majlis pernikahan penyanyi itu dengan kekasihnya Sophia untuk diadakan di Bali, Indonesia.
Katanya, pasangan itu belum memberitahu tentang rancangan pernikahan mereka kepada keluarga.
"Mengapa perlu di Bali, kalau memang ingin berkahwin di Jakarta sahaja boleh,
"Setakat ini belum ada apa-apa perancangan majlis nikah daripada mereka berdua, lagi pula itu adalah hal mereka berdua," ujarnya.
Bagaimanapun, pasangan itu sudah meminta restu daripada pihak orang tuanya sebelum melangsungkan perkahwinan.- mstar
TOP
Kerana terlalu taksub, 'fans' Shila Amzah sanggup fitnah Dato Siti?
KUALA LUMPUR: Sudah satu minggu berlalu, namun kontroversi yang melibatkan Shila Amzah masih belum reda.
Tidak dinafikan penyanyi tersebut mempunyai pengikut yang ramai di akaun Instagramnya, termasuklah yang terlalu fanatik.
Yang terbaru, Astro Gempak telah menerima ‘screenshot’ daripada salah seorang pembaca kami yang mendakwa pengikut Shila telah ‘mengheret’ sama penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza dalam perbualan mereka pada salah satu foto yang dinaikkan artis kesayangan mereka beberapa hari lalu.
Pengikut yang menggunakan pengenalan diri sebagai ‘abgfesyen’ itu telah menjawab salah satu komen peminat yang membandingkan Shila dan Siti.
Mungkinkah kerana terlalu taksub dengan penyanyi pujaannya itu ‘abgfesyen’ tanpa rasa bersalah mengaitkan Siti Nurhaliza dan melemparkan tuduhan sedemikian rupa?
Tulisan ‘abgfesyen’ itu mendapat perhatian Siti yang kemudiannya membalas semula tuduhan yang dilemparkan pengikut taksub tersebut.
Apalah kena-mengena Siti Nurhaliza dalam ‘kisah’ yang dicipta mereka ini sehingga diheret bersama? Agaknya mungkin kerana terlalu memuja dan taksub sehingga tidak sedar diri sendiri telah memfitnah individu lain? Mungkin juga ‘abgfesyen’ mempunyai agenda tersendiri untuk melaga-lagakan kedua-dua penyanyi ini atau dengan sengaja mahu menyemarakkan api kemarahan fans mereka? Bagi Astro Gempak pula, setiap komen yang diberi melambangkan tahap tinggi rendah mentaliti seseorang. Selain itu, komen-komen tanpa fakta yang sahih juga sebenarnya akan menyebabkan artis kesayangan anda itu dihentam balik oleh individu lain. Tidak mustahil juga, kecaman akan kembali semula kepada anda. Ibarat meludah ke langit, jatuh semula ke muka sendiri. Untuk itu, jadilah pelayar laman sosial yang bijak, bukan cakap ikut sedap tanpa usul periksa atau carilah fakta yang sahih terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen atau status pada laman peribadi sosial sendiri atau orang lain. Contohnya seperti peminat ini, bukan main panjang lebar menaip tapi apakah yang ditaipnya itu benar? Adakah peminat ini menulis berdasarkan fakta atau sekadar mahu menjadi perencah tambahan? Tepuk dada, tanyalah akal!
Sumber; AstroGempak.com.my

UPSR: Polis, Kementerian Pendidikan siasat dakwaan kertas Bahasa Tamil, Matematik bocor
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Matematik dan Bahasa Tamil selepas laporan polis dibuat mengenai perkara itu.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanatan, yang berkata Menteri Pendidikan akan menyetuai penyiasatan di peringkat kementerian
"Ia juga telah menjadi satu perkara polis dan kami percaya mereka yang bertanggungjawab akan didakwa sepenuhnya di sisi undang-undang," katanya kepada Astro AWANI.
Petang tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis mengenai kebocoran itu.
Mengungkap kata-kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, laporan itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang mengendalikan kes UPSR bocor bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan sebelum ini.
Ekoran kebocoran kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris minggu lepas, Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam ditubuhkan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dilantik untuk mengetuainya.
Berikutan kes itu, kerajaan telah menggantung tugas Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh sehingga siasatan mengenainya selesai.
Susulan laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan subjek Sains dan Bahasa Inggeris UPSR, polis menahan 14 orang bagi membantu siasatan.
Kebocoran kertas soalan itu menjejaskan hampir 470,000 murid Tahun Enam yang terpaksa mengambil semula peperiksaan bagi kedua-dua subjek yang dijadualkan pada 30 Sept. ─ Astro Awani
TOP
Jangan Gadai Masa Depan Sabah Demi Peribadi
KOTA KINABALU- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua pihak, khususnya golongan yang cuba membangkitkan isu membawa Sabah keluar dari Malaysia, agar tidak menggadai masa depan rakyat dan negeri itu semata-mata demi agenda peribadi.
Hishammuddin berkata, golongan yang disifatkannya sebagai ‘tidak ada kerja lain selain berpolitik’ perlu melihat isu keselamatan Sabah daripada perspektif lebih jauh kerana sebarang kesilapan boleh mengundang padah dan segala yang diperjuangkan mereka termasuk kuasa akan menjadi sia-sia.
“Di sini saya nak menyatakan berhubung kait dengan kebimbangan saya berkenaan ancaman dan keselamatan di Sabah dan di Sarawak. Saya tengok apa yang berlaku di dunia, lebih-lebih lagi berkaitan militan Islam khususnya Islamic State (IS) dan apa yang kita lihat di bumi Iraq dan Syria.
“Hari ini saya mendedahkan kenyataan sokongan Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF) dan Abu Sayyaf kepada IS.
“Ini bukan untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah tetapi ini kenyataan secara terbuka dan tidak mustahil ia merupakan sesuatu yang memang diperjuangkan oleh mereka kerana Moro National Liberation Front (MNLF) sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka untuk mewujudkan Islamic Caliphate iaitu merangkumi Selatan Filipina, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia,” kata Hishammuddin.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Penampang di sini hari ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose.
“Jadi ancaman yang dihadapi oleh Sabah kalau terbawa-bawa dengan sentimen polemik politik keluar dari negara Malaysia menggunakan isu perkauman dan isu keagamaan, ini merupakan keretakan yang wujud di negara-negara lain yang boleh diekoploitasi oleh pihak tertentu.
“Saya mengambil kesempatan hari ini mengingatkan pemimpin Umno dan rakyat Sabah bahawa ada had dan batasan dalam kita berpolitik, ada had dan batasan untuk kita mendapatkan kerusi dan kuasa.
“Sekiranya apa yang berlaku di negara-negara yang ‘tidak lulus ujian bila diduga’ jawatan tinggi, kedudukan tinggi tidak bermakna kalau negara huru-hara, rakyat tidak bersatu dan dijajah semula oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Hishammuddin.
Berdasarkan kenyataan BIFF, jurucakap BIFF Abu Misry Mama dilaporkan berkata bahawa mereka telah menjalin kerjasama dengan IS dan Abu Bakr al-Baghdadi.
Menurut Hishammuddin kumpulan militan di Nigeria Boko Haram juga mengumumkan rancangan mereka untuk menubuhkan negara Islam Nigeria dan menyokong IS serta kini di Selatan Filipina dan perkembangan itu sepatutnya membawa pengajaran kepada Sabah. – BERNAMA
TOP
KKM Belanja RM20j Program Advokasi Denggi
SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membelanjakan hampir RM20 juta sejak Januari lepas, bagi melaksanakan pelbagai program advokasi memerangi demam denggi di seluruh negara.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata program yang giat dilaksanakan itu bukan sahaja bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tetapi juga sebagai pendekatan menurunkan bilangan kes demam denggi di negara ini.
“Dari Januari sehingga kini, kes demam denggi yang direkodkan adalah sebanyak 70,000 kes dan sepanjang tempoh itu juga kementerian membelanjakan hampir RM20 juta bagi melaksanakan pelbagai program membanteras denggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kesihatan masyarakat India 1Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata melalui program yang dilaksanakan itu, pihaknya mendapati masyarakat mula mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak denggi di kawasan kediaman masing-masing.
“Melalui tindakan bersepadu yang dibuat kementerian dan pelbagai agensi, rekod terkini menunjukkan terdapat penurunan kes demam denggi termasuk di Selangor dan Kelantan, yang mana sebelum ini kedua-dua negeri tersebut menunjukkan rekod membimbangkan.
“Bagaimanapun butiran lanjut mengenai situasi terkini kes demam denggi itu akan saya maklumkan kemudian pada sidang media yang akan dibuat Rabu ini,” katanya.
Mengulas mengenai program kesihatan itu, Dr Subramaniam berkata masyarakat India akan diberi pendedahan dan pendidikan bagaimana mengesan pelbagai penyakit dari awal.
Katanya, pendekatan itu termasuklah menekankan amalan pemakanan sihat bagi mengelakkan pelbagai penyakit serius termasuk obesiti.
Program MySihat Indian 1Malaysia itu adalah di bawah kelolaan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan (SITF) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan juga MIC. – BERNAMA
TOP
Krisis MB Selangor: ‘Tunjuk Bukti Saya Dibeli’ – Cabar Saari
PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bukti beliau telah dibeli oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Tunjukkan bukti dahulu,” katanya ketika dihubungi The Star Online pada Ahad.
Hadi dalam ucapan penggulungannya pada Sabtu mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR ‘membeli’ dua Adun PAS demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.
Saari menjelaskan tindakannnya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah adalah bagi menafikan peluang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan lebih banyak kekacauan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
“Khalid dakwa beliau mempunyai sokongan majoriti, dan dia mula memecat ahli Exco. Bagaimanapun, Khalid tidak mengadakan rundingan dengan mana-mana Adun bagi mengetahui sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya.
“Matlamat ketika itu adalah menafikan apa yang dilakukan Khalid. Bagaimanapun, peguam menerangkan bahawa Dewan Undangan Negeri memerlukan sokongan daripada seorang lagi calon bagi mengesahkan SD berkenaan, jadi kami menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana PKR dan DAP telah bersetuju dengan pencalonan beliau,” katanya.
Saari menegaskan kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar.
“Ramai sarjana Islam dalam parti, namun mereka membenarkan usul untuk mengutuk tindakan saya, perenggan mana dalam Perlembagaan parti membenarkan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan dijalankan. Adakah ini sebuah parti Islam?
“Di Muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila ada perkwakilan yang memohon doa daripada Allah agar perkara buruk berlaku ke atas saya. Ini benar-benar memalukan parti,” tambahnya.
Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun PAS yang menandatangani SD yang menyokong Dr Wan Azizah pada 14 Ogoso lalu, tiga hari sebelum PAS membuat kenyataan rasmi mengenai krisis menteri besar Selangor. - mStar Online
TOP
18 Cedera, 2 Bas Kilang Berlanggar Di George Town
GEORGE TOWN – Lapan belas cedera dengan seorang daripada mangsa patah kaki kanan dalam kemalangan membabitkan dua buah bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, Ahad.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang Supt Ibrahim Abu Bakar berkata kemalangan pada 7.30 pagi itu berlaku apabila pemandu bas pertama yang membawa enam pekerja kilang itu berhenti di tepi jalan selepas mengesan bunyi kurang menyenangkan daripada tayar belakang kenderaannya. “Sejurus pemandu itu memberhentikan kenderaannya, sebuah lagi bas yang membawa 30 penumpang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh bucu kanan belakang bas di hadapannya,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku di selekoh dan pemandu bas kedua itu tidak sempat mengelak ketika melalui selekoh berkenaan. Beliau berkata kedua-dua bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan membawa pulang pekerja kilang syif malam dari Bayan Lepas, dekat sini. Pemandu bas pertama Ramli Md Ismail, 61, cedera parah di tangan kanan manakala enam penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan. Ibrahim berkata 17 daripada 30 penumpang bas kedua cedera ringan termasuk seorang daripada mereka patah kaki kanan dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. Katanya, pemandu bas kedua Ooi Boon Sing, 58, tidak mengalami sebarang kecederaan dan mangsa yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di HPP. Beliau berkata majikan pekerja kilang terlibat telah dimaklumkan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Bertumbuk Kerana Salah Faham Lubang Sampah
JENGKA – Salah faham lubang sampah ditimbus tidak sengaja, menyebabkan dua warga emas yang berjiran di sebuah tanah rancangan Felda Jengka dekat sini bertumbuk sesama sendiri.
Salah seorang daripada mereka, terpaksa menerima rawatan selama dua hari di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh akibat cedera di bahagian dada dan muka.
Dia dipercayai diserang dari arah belakang menggunakan senjata tajam oleh jirannya ketika berada di atas motosikal, kira-kira jam 7.30 pagi pada hari kejadian.
Kedua-dua mereka dikatakan bergelut dan saling membalas serangan sebelum mangsa tidak sedarkan diri.
Mangsa dibawa ke HoSHAS oleh anaknya kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pekan Awah.
Sementara jiran berkenaan cedera di bahagian hidung.
Terdahulu, mangsa difahamkan tidak sengaja menimbus sebuah lubang sampah milik jiran sehingga menyebabkan jirannya itu naik berang.
Selepas dua hari di HoSHAS, mangsa membuat laporan di balai polis sama kerana tidak berpuas hati dengan kejadian yang menimpa dirinya.
Namun tiga jam kemudian, mangsa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran bagi menarik semula laporan tersebut atas alasan masalah kesihatan.
Perselisihan faham kedua-dua peneroka itu mendapat perhatian pengurusan tanah rancangan Felda berkenaan yang menasihati agar ianya diselesaikan secara baik memandangkan mereka tinggal berjiran selain faktor usia.
Difahamkan, perselisihan faham antara dua jiran itu berjaya diselesaikan secara baik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Sinar Harian Online
TOP
44 Jam Beratur Untuk iPhone 6 Demi Selamatkan Perkahwinan
Bristol: Seorang lelaki sanggup menunggu di kedai Apple selama 44 jam untuk membeli telefon iPhone 6 dalam usaha menambat semula hati isterinya.
Darius Wlodarski mula beratur di Cabot Circus, Bristol di barat daya England, Rabu lalu, hampir dua hari sebelum telefon bimbit terbaru itu mula dijual.
Dia antara yang berada di barisan depan sebelum orang lain beratur kerana mahu memastikan dia dapat membeli telefon itu.
Wlodarski, 41, kelahiran Poland yang berpisah dengan isterinya, Joanna bulan lalu mengaku masalah rumah tangganya berpunca daripadanya.
“Selepas 20 tahun berkahwin, dia meninggalkan saya bulan lalu kerana saya bukan suami dan bapa yang baik.
“Saya banyak melakukan kesilapan. Saya mahu meminta maaf kepada isteri dan anak saya.”
Selepas membeli iPhone pertama untuk isterinya beberapa tahun lalu, Wloddasri berharap model terbaru itu akan menggembirakannya, sekali gus bersedia untuk memaafkannya. - Agensi
No comments:
Post a Comment