TOP
Suami Paksa Isteri Buat Hubungan Seks Dengan Pekerja Bangla
Gambar Hiasan.
AKIBAT tidak tahan menjadi mangsa kerakusan seks suaminya sendiri, seorang wanita yang sarat mengandung telah membuat laporan polis mengatakan dirinya dipaksa suami untuk melakukan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh. Ketua Polis Daerah Gombak, Ali Ahmad menyatakan wanita berusia 27 tahun itu telah melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya, mengatakannya membawa balik seorang pekerja Bangladesh untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya. “Takut dengan permintaan suaminya itu, wanita tersebut telah meninggalkan rumah dan meminta pertolongan daripada pihak polis,” katanya memetik The Star. Ini bukan kali pertama suaminya memaksa mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Nizam. “Dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan Nizam sebanyak tiga kali sebelum ini. “Wanita itu sedang sarat hamil tujuh bulan semasa dipaksa suaminya melakukan hubungan seks dengan Nizam pada Julai lalu,” katanya. Wanita itu mendakwa suaminya lebih mudah teransang jika melihatnya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain. Dia turut menambah suaminya tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada Nizam kerana menidurinya. Wanita itu kemudiannya telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. - MYNEWSHUB.MY

PAS Selangor Telah Serah Nama Calon MB Selangor
SHAH ALAM – PAS Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada PAS Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.
“Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh PAS Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baharu dilantik.
Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) supaya masing-masing mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan bagi jawatan itu, selewat-lewatnya esok (3 September).
Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dipetik sebagai berkata PAS tetap mengemukakan dua calon iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalan presiden parti itu Azmin Ali.
Dalam satu laporan portal berita, beliau berkata PAS akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu. – BERNAMA
TOP
Bank Islam Urus Dana Wakaf Bagi Masjid KUIN
KUALA LUMPUR – Universiti Kolej Insaniah (KUIN) telah melantik Bank Islam Malaysia sebagai rakan kongsi strategik untuk menguruskan dana wakaf yang akan digunakan untuk membangunkan sebuah masjid.
Satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam projek “Dana Wakaf INSANIAH” itu ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 25 Ogos.
Dana itu terdiri daripada sumbangan orang ramai, termasuk individu, agensi kerajaan dan syarikat swasta, dan kos pembinaan masjid itu dianggarkan berjumlah kira-kira RM15 juta, demikian menurut satu kenyataan oleh Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini.
“Pembinaan masjid INSANIAH ini merupakan satu langkah ke arah memperkukuh kedudukan KUIN sebagai sebuah institusi pengajian Islam terkemuka di negara ini,” kata Rektor KUIN, Datuk Mohd Yusof.
Masjid itu bertujuan memenuhi keperluan pendidikan pelajar-pelajar KUIN yang bilangannya dianggarkan mencecah 15,500 orang menjelang 2018, di samping bertindak sebagai “Pusat Kecemerlangan” bagi ilmuan Islam dari seluruh dunia untuk berhimpun dan membincangkan isu-isu semasa dalam bidang Islam.
Mohd Yusof berharap dengan adanya perkongsian ini dan sokongan daripada institusi kewangan yang dipercayai, lebih banyak pihak akan berminat untuk menyumbang bagi pembinaan masjid ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat, berkata institusi kewangan itu akan memainkan peranan penting dalam memajukan tanah wakaf.
Beliau berkata kerjasama itu menunjukkan pentingnya instrumen muamalat dan keberkesanan wakaf dalam menyumbang kepada kemakmuran negara.
Beliau menegaskan bahawa kerjasama ini terjalin tepat pada masanya ketika kerajaan menyeru supaya usaha dipertingkatkan untuk memajukan tanah atau aset wakaf.
Sebelum ini, Bank Islam telah menguruskan projek-projek pembangunan wakaf, seperti bangunan ibu pejabatnya sendiri dan Menara Bank Islam, yang terletak di kawasan segi tiga emas, Kuala Lumpur.
Bank itu juga mengadakan kerjasama dengan pemaju harta, UDA, untuk memajukan sebuah kawasan kediaman di Taman Wakaf Seetee Aisyah di Seberang Perai, Pulau Pinang. – BERNAMA
TOP
Calon MB Selangor: PKR Kunci Mulut
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mengambil pendirian untuk mengunci mulut berhubung kontroversi pemilihan calon pengganti Menteri Besar Selangor yang baharu.
Walaupun mengakui sudah mempersembahkan nama calon bagi mengisi kerusi panas itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, PKR bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah nama yang dikemukakan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya mengesahkan bahawa PKR sudah menghantar surat jawapan berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor ke istana pada Isnin.
“Dah serah semalam, 1 September (Isnin),” katanya ringkas menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (sms) kepada mStar Online pada Selasa.
Sementara itu Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi mengesahkan parti itu tetap dengan pendirian untuk hanya mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.
“Bagi DAP hanya Kak Wan (Dr Wan Azizah),” katanya sambil memberitahu bahawa surat jawapan kepada istana itu sudah dihantar pada pagi Selasa.
Pada 26 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu selewat-lewatnya pada 3 September (esok).
Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan PAS akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu untuk mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bagi jawatan berkenaan. – mStar Online
TOP
SEGERA: TPM Umum Setiap Pelajar IPTA Wajib Lulus B. Inggeris
CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan setiap pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) wajib lulus kursus Bahasa Inggeris sebelum menamatkan pengajian di universiti masing-masing.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, polisi baharu kerajaan itu juga sudah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak demi melahirkan graduan bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pemangkin Kebolehpasaran Graduan (CGEE) 2014, di sini, hari ini.
CGEE adalah program yang bertujuan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan dengan memberikan latihan dan pendedahan kepada mereka selain menawarkan peluang pekerjaan di akhir program berkenaan di Cyberjaya.
Ia memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan latihan industri di syarikat terkemuka di Cyberjaya sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada mereka di syarikat yang terbabit.
Katanya, dalam masa tiga tahun akan datang dijangka kira-kira 10, 000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Cyberjaya, justeru pelaksanaan program CGEE 2014 ini berada pada landasan yang sangat tepat. – BH Online
TOP
Zahid Bidas Kenyataannya Mengenai Kaum Diputar-Belit
KUALA LUMPUR – Kebanyakan masyarakat bukan Melayu di Malaysia bersikap bersederhana yang menghormati sentimen dan sensitiviti kaum lain, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian bagi membidas sebuah laporan yang memutar-belitkan kenyataannya dengan memetik beliau sebagai berkata orang bukan Melayu semakin angkuh, menghina kaum bumiputera, institusi Raja dan Islam.
Katanya, beliau merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP, dalam ucapannya, yang tidak menghormati perasaan orang Melayu.
Zahid berkata, ini terbukti dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh parti pembangkang dan penyokong mereka, terutama yang disiarkan di laman portal pro-pembangkang dan di sosial media.
Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) mempunyai parti komponen bukan Melayu dan sudah tentunya mereka tidak rasis dalam pendekatan masing-masing dan keputusan yang menjejaskan negara dibincangkan.
Pendekatan perkongsian kuasa dan konsensus bersama adalah ciri-ciri kejayaan BN.
“Tetapi tidak boleh dinafikan penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan keangkuhan mereka dalam politik,” katanya ketika dihubungi.
Sebuah akhbar bahasa Inggeris memetik beliau sebagai berkata, kaum Melayu terpaksa membayar harga kerana terlalu baik dan golongan tersebut (DAP dan penyokong semakin angkuh.
Beliau dilaporkan berkata bahawa penghinaan dibuat atas alasan demokrasi, kebebasan bersuara dan globalisasi.
Jelasnya, beliau tidak akan menyokong mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina masyakarat bukan Melayu dan mahu polis mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut. – mStar Online
TOP
3 Lelaki Rancang Serangan Bom Di Manila Ditahan
MANILA – Tiga lelaki yang ditahan selepas gagal dalam cubaan untuk mengebom lapangan terbang di sini, juga merancang untuk menyerang Kedutaan China dan sebuah pusat beli-belah terbesar di sini.
Setiausaha Kehakiman Leila de Lima memberitahu pemberita, ketiga-tiga lelaki terbabit, yang ditahan semalam di lapangan terbang dengan sebuah van yang sarat dengan bahan letupan, merancang untuk melakukan beberapa serangan bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap China. “Ia adalah kumpulan sesat. Mereka mendakwa sebagai pelindung rakyat Filipina dan menganggap perniagaan monopoli China-Filipina dan perlombongan haram sebagai musuh,” katanya. -
De Lima berkata, lelaki terbabit juga marah dengan pendekatan lembut kerajaan Filipina terhadap China berhubung pertikaian mengenai tuntutan wilayah di Laut China Selatan.
“Mereka mahu pentadbiran kerajaan mengambil pendekatan lebih keras dalam pertikaian dengan China,” katanya.
De Lim menambah, kumpulan berkenaan yang mungkin membabitkan lebih ramai anggota, merancang untuk melakukan beberapa serangan di bangunan berkaitan China atau masyarakat perniagaan China-Filipina.
“Mereka juga merancang semalam untuk meletupkan kompleks perniagaan ‘SM Mall of Asia’ di Pasay City dan menembak Kedutaan China serta bangunan DMCI,” katanya.
‘SM Mall of Asia’ dimiliki Henry Sy, orang terkaya di Filipina yang lahir di China. DMCI pula adalah syarikat pembinaan dimiliki David Consunji, seorang lagi rakyat Filipina kaum etnik China yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang keenam terkaya di negara ini.
Namun, de Lima menegaskan pihak penyiasat tidak yakin dengan tujuan sebenar kumpulan ini semata-mata untuk menunjukkan kemarahan terhadap China dan kepentingan China di sini.
“Kami ingin tahu berapa besar kumpulan ini, apa kekuatan mereka sehingga sanggup mewujudkan kekecohan ini dan apa agenda sebenar mereka.
“Apakah mereka bertindak bersendirian atau adakah orang lain di belakang mereka? Kami akan menyiasat semua ini,” katanya.
De Lima berkata, pemimpin kumpulan itu mendakwa tergolong dalam kumpulan rahsia anggota polis dan tentera yang dikaitkan dengan cubaan rampasan kuasa pada 1980-an yang gagal menggulingkan presiden ketika itu Corazon Aquino.
Katanya, dakwaan ini bagaimanapun masih belum dapat disahkan. – AFP
TOP
Malaysia Akan Dapatkan Laporan Siasatan Awal MH17
SEPANG – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan laporan awal siasatan kotak hitam MH17 diperoleh dengan segera.
“Kita tegaskan di sini bahawa siasatan akan dijalankan walaupun laporan pra siasatan telah siap tetapi hanya akan dikemukakan oleh ketua penyiasatan Belanda. Kita belum tahu bila masanya tetapi akan dipercepatkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya KLIA, di sini.
Liow juga berkata, proses pengecaman jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 masih diteruskan.
Katanya, buat masa ini hanya satu lagi jenazah sudah dikenal pasti dan hanya menunggu urusan dokumen dan prosedur selesai sebelum dibawa pulan ke tanah air.
“Walaupun hanya satu jenazah, istiadat kita akan diteruskan…dan kita akan pastikan semua jenazah dapat balik secepat mungkin,” katanya.
Setakat ini, seramai 31 daripada 43 orang warga negara Malaysia yang terbabit dalam nahas MH17 sudah dibawa pulang ke tanah air. – BH Online
TOP
Kepala Ke Belakang, Bukan Alasan Dunia Tunggang Terbalik
BRAZIL – Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbalik.
Sebaliknya, dia belajar berdikari dan menafikan kecacatan berkenaan untuk berjaya. Claudio kini menjadi akauntan dan penceramah motivasi.
Tiada siapa yang menyangka bahawa dia dapat hidup hingga sekarang sedangkan ketika dilahirkan doktor sendiri ragu-ragu sama ada Claudio mampu bertahan.
Malah ada jiran tetangga keluarganya yang menyuruh ibunya, Maria Jose supaya membiarkan Claudio yang masih bayi ketika itu supaya kebuluran, kerana menyangka Claudio tidak akan hidup lama.
“Sejak kecil saya sentiasa membiarkan diri saya sibuk dengan pelbagai perkara dan saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
“Saya belajar untuk mengambil telefon bimbit saya, membuka radio dan televisyen, menggunakan internet dan komputer, semuanya sendiri,’’ katanya.
Claudio yang menaip dengan menggunakan mulut, turut memakai kasut khas bagi membolehkan dia berjalan dengan menggunakan lutut.
Pada usia lapan tahun, Claudio, yang selama ini didukung oleh keluarganya merayu untuk berjalan dengan menggunakan lutut dan dia juga mahu bersekolah seperti individu normal lain.
Bagi memudahkan Claudio, keluarganya terpaksa menukar lantai rumah bagi membolehkan dia berjalan dan pada masa sama, semua plak dan lampu dipasang rendah, agar senang Claudio mencapainya.
TOP
Bapa Mengamuk Selepas Anak Tak Dibenar Daftar Sekolah
HUBEI – Seorang lelaki mengamuk dengan menikam tiga pelajar sekolah hingga mati sebelum terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah, selepas anak perempuannya tidak dibenarkan mendaftar pada sesi persekolahan yang baru.
Ia susulan kegagalan anaknya menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru pada musim cuti.
Lelaki itu pada mulanya memasuki sekolah untuk mendaftarkan anaknya, namun selepas pihak sekolah tidak membenarkannya berbuat demikian, dia kemudiannya menyerang pelajar sekolah itu.
Dia akhirnya mati selepas terjun daripada bangunan sekolah berkenaan.
Tindakan ganas itu mengejutkan penduduk di China menyebabkan pihak berkuasa terpaksa meningkatkan langkah keselamatan di sekolah.
Ia juga membimbangkan ibu bapa di negara itu, yang rata-rata hanya mempunyai seorang anak sahaja.
Sebelum ini beberapa siri serangan di sekolah telah dilaporkan dengan ada antara mangsa meninggal dunia.
TOP
MH17: Jenazah Kapten Wan Amran Yang Pertama Dibawa Keluar
SEPANG – Keranda jenazah juruterbang MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin adalah yang pertama diturunkan dari pesawat MH19 yang tiba dari Amsterdam, pagi ini, sebelum jenazah dibawa masuk ke kenderaan jenazah.
Jenazah Wan Amran adalah antara sembilan jenazah yang tiba di tanah air yang diberi penghormatan pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Jenazah kedua yang dibawa keluar dari pesawat komersial yang mendarat di KLIA jam 6.37 pagi tadi ialah Subashni J Retnam, Paul Goes, Eugene Choo Jin Leong (anak kapal – abu mayat), Sanjid Singh Sadhu (anak kapal – abu mayat), Mohammad Firdaus Abdul Rahim (bantu juru terbang). – BH Online
TOP
Rusuhan Di Stadium Negeri, Polis Akan Siar Gambar Pelaku
KUCHING – Pihak polis sedang mencari beberapa lagi individu yang terlibat dalam kejadian rusuhan di Stadium Negeri pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata gambar-gambar mereka akan disiarkan di media tempatan tidak lama lagi dan beliau menyarankan mereka agar tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dengan segera.
Beliau berkata susulan rusuhan itu, polis mengadakan post-mortem dan mengenal pasti beberapa kelemahan di samping menyenaraikan cadangan sebagai penambahbaikan yang akan dikemukakan kepada pihak berkenaan, khusus bagi meningkatkan aspek keselamatan.
“Kita tidak seharusnya menyalahkan mana-mana pihak dalam insiden ini kerana soal keselamatan di stadium adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rusuhan berlaku sejurus selepas perlawanan antara Perak dan Sarawak tamat yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 yang sekaligus menguburkan peluang Sarawak untuk mara ke saingan suku akhir.
“Saya harap kita semua akan belajar dari insiden ini dan menjadikan ia sebagai iktibar agar keadaan ini tidak berulang lagi,” kata Muhammad Sabtu.
Polis sebelum ini menahan lima lelaki termasuk empat remaja dalam kejadian yang turut menyaksikan sebuah kereta peronda polis dibakar.
Beliau berkata pada hari perlawanan, pihak polis sudah memeriksa semua penonton seawal pukul 5 petang di pintu masuk stadium bagi memastikan tiada sebarang barangan terlarang dibawa masuk.
Beliau berkata polis telah mengadakan mesyuarat dengan beberapa pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Sarawak serta Perbadanan Stadium Negeri bagi menyelaras beberapa perkara termasuk isu keselamatan.
Dalam kes berasingan, beliau berkata polis menahan dua lelaki Indonesia berumur 37 dan 44 tahun di sebuah hotel Jumaat lepas bagi membantu siasatan satu kes berkaitan dadah.
Muhammad Sabtu berkata mereka ditahan sebagai susulan kepada siasatan berhubung rampasan syabu seberat 3.1 kilogram dan tangkapan seorang wanita warga Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Khamis lepas.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak kira-kira pukul 3.05 petang, namun tiada rampasan barang kes yang diperolehi.
“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan kedua-duanya kini direman sehingga 6 Sept ini bagi membantu siasatan,” menurutnya dalam satu lagi kenyataan.
Semalam beberapa media Indonesia melaporkan bahawa dua anggota polis dari Kalimantan Barat ditahan di Kuching pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah. – BERNAMA
TOP
Jenazah Kapten MH17 Dikebumi SAMA TARIKH Hari Lahir Ke-50
RUPA-rupanya kepulangan jenazah juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin ke tanah air pada hari ini adalah bersamaan dengan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-50.
Menurut isteri Allahyarham, Mariam Yusof, dia berasa bersyukur kerana jenazah suaminya dibawa pulang ke tanah air dan dikebumikan dengan selamat.
Memetik mStar, isterinya berkata, “hari ini ‘birthday’ (ulang tahun) suami saya. Dia balik hari ini (Selasa). Masa (jenazah) sampai pagi tadi, hujan turun… hujan rahmat, saya bersyukur sangat”.
Mariam dan dua anak lelakinya hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah yang kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Kapten Wan Amran merupakan antara 298 mangsa korban MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Sehingga kini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab di atas perbuatan kejam tersebut.
Semoga roh Allahyarham Kapten Wan Amran dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Amin. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Faedah Skim Perkeso Mangsa MH17 Diserah Hari Ini
KUALA LUMPUR – Waris 15 anak kapal dan dua penumpang nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan menerima faedah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula hari ini.
Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata waris mangsa layak menerimaperbelanjaan pengebumian kira-kira RM1,500 selain pencen bulanan, bergantung kepada jumlah caruman mangsa.
“Semua yang mencarum Perkeso layak menerima perbelanjaan pengebumian, manakala pencen bulanan kira-kira RM2,700 kepada waris anak kapal, manakalajumlah pencen bulanan dua penumpang lagi akan bergantung kepada caruman mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat mengenai Pembangunan Modal Insan, Inisiatif Pembaharuan Strategik di sini hari ini.
Pada 21 Julai lepas, Riot berkata berkata dua penumpang yang layak menerima bayaran bulanan tersebut ialah Ariza Ghazalee yang bekerja di Lembaga Kemajuan Bintulu dan Meling Mula iaitu pekerja sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan bertugas di Venezuela.
Mayat sembilan mangsa pesawat itu – tujuh rakyat Malaysia dan dua warga Belanda diberi penghormatan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini dari Amsterdam.
Pada 22 Ogos lepas, kumpulan pertama 20 jenazah termasuk 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa balik dengan penerbangan khas pesawat Malaysia Airlines.
Jenazah empat lagi mangsa dibawa balik pada 23 dan 24 Ogos.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. – BERNAMa
TOP
Kertas Siasatan PPS Dihantar Ke Unit Pendakwaan Esok
GEORGE TOWN – Kertas siasatan berhubung penahanan 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang termasuk Pengerusinya, Phee Boon Poh akan dihantar ke Ketua Unit Pendakwaan, esok.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan kes itu dijangka siap sepenuhnya hari ini.
“Sejumlah 157 anggota PPS itu dibebaskan secara berperingkat semalam hingga pukul 10.30 malam tadi. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang ditahan petang semalam juga telah dibebaskan pada pukul 7 pagi ini.
“Kami telah ambil keterangan daripada semua yang ditahan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat 21 pegawai polis kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.
Ahad lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). – BERNAMA
TOP
Serah Kereta Langkawi Overstay Sebelum Dirampas
PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyeru pemilik-pemilik kenderaan termasuk pegawai-pengawai penjawatan awam agar tampil menyerah kenderaan dari Langkawi yang berada di luar pulau itu melebihi tempoh ditetapkan (overstay/fraud) sebelum tindakan diambil.
Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Isa Endot berkata, amaran itu diberikan sebelum tindakan tegas dan lebih berat dikenakan jika pemilik gagal berbuat demikian secepat mungkin.
“Pihak kastam mempunyai senarai lengkap serta sentiasa mengesan kedudukan kenderaan yang disembunyikan.
“Malah kami meminta orang ramai agar berhati-hati dalam urusan membeli kenderaan mewah daripada individu, ejen atau syarikat penjual kereta.
“Pembeli dinasihatkan supaya membuat pengesahan berkaitan Lesen Import (AP) dan borang Kastam 1 dengan pihak kastam terlebih dahulu sebelum membeli kenderaan tersebut,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya, Selasa.
Dalam pada itu, Mohd Isa memdedahkan, sebanyak 33 kenderaan Overstay/Fraud dari Langkawi kerana kesalahan Butiran 13A, Perintah Duti Kastam (Prngecualian ) 2013 dan Memiliki Barang Belum Lulus Kastam telah dirampas sejak tahun lalu.
“Penghujung tahun 2013 dan awal tahun ini, JKDM telah merampas sebanyak 33 unit kenderaan jenis Lamborghini, Ferrari, Bentley, Porshe dan Nissan GTR.
“Nilai kesemua kenderaan tersebut adalah sebanyak RM11.3 juta, manakala jumlah cukai pula bernilai RM23.2 juta.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 12 unit kenderaan telah membayar cukai bernilai RM 5.9 juta, ” jelasnya.
Tambahnya, bagi kes kenderaan fraud (penipuan) pula melibatkan sebanyak 28 buah kenderaan seperti Audi, Toyota, Nissan, Honda, Mitsubishi dan Volkswagen bernilai RM930,431 dengan jumlah cukai sebanyak RM1.4 juta.
“Tujuh buah telah membayar cukai bernilai RM657,298, dan terdapat kes kenderaan dari Singapura yang dirampas berjumlah 59 unit yang terdiri daripada Mercedes, Lexus, Honda, Motosikal BMW bernilai lebih RM2 juta melibatkan sukai sebanyak RM35.4 juta,” jelasnya. – mStar Online
TOP
Pensyarah UM Didakwa Sebut Perkataan Menghasut
KUALA LUMPUR – Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009, dua minggu lepas.
Azmi, 45, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zainol Rashid Hussain.
Dia dikatakan menyebut perkataan menghasut itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos lepas.
Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zainol Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Okt untuk sebutan. Azmi membayar jaminan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo. – BERNAMA
TOP
Krisis Selangor: PAS Tetap Calonkan Azmin
PETALING JAYA – Tanpa mengendahkan gesaan dua rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS mengesahkan untuk tetap mencalonkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Keputusan itu jelas bertentangan dengan pendirian PKR dan DAP sebelum ini yang berkeras mencalonkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu.
“Kita akan tetap hantar dua nama seperti yang sudah diputuskan. Memang hanya dua nama akan dipersembahkan kepada tuanku.
“Dua nama itu semua orang pun dah tahu…Dr Wan Azizah dan Azmin, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar online pada Selasa.
Mengulas lanjut Mustafa berkata, PAS akan mengemukakan surat jawapan kepada istana pada Rabu berhubung dua nama yang dicalonkan itu.
“Kita akan hantar surat bersendirian, semua parti (dalam PR) hantar surat jawapan sendiri menggunakan kepala surat parti masing-masing,” katanya.
Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu selewat-lewatnya pada 3 September (esok). – The Star Online
TOP
Tun Dr Mahathir Puji Sumbangan Kesatuan Sekerja
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memuji pergerakan kesatuan sekerja Malaysia kerana sumbangan besarnya dalam memelihara keharmonian perhubungan perusahaan dan membantu ke arah pembangunan.
“Kita bernasib baik kerana mempunyai pemimpin kesatuan sekerja yang bersikap munasabah dalam tuntutan mereka serta tahu tentang akibat buruk daripada kekacauan perusahaan dan pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi memelihara keamanan serta membangunkan negara,” katanya.
Ketika melancarkan buku autobiografi ikon kesatuan sekerja Malaysia A. Ragunathan, 80, yang juga bekas presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), beliau berkata “pemimpin seperti Ragu inilah yang membantu membentuk iklim perhubungan perusahaan di negara ini.”
Beliau seterusnya menggesa majikan supaya bekerjasama rapat dengan anggota kesatuan sekerja dengan berkata “tanpa sokongan pekerja, apa juga kerja anda tak akan menjadi.”
Buku setebal 173 muka surat itu, yang berjudul “MY WAY” dan disunting bekas wartawan kanan Bernama Sajad Hussein, memuatkan strategi perhubungan perusahaan sepanjang tiga dekad dalam perkhidmatan awam Malaysia dari 1960-an hingga 1990-an.
Ia juga memuatkan pelbagai semakan gaji serta penambahbaikan terhadap syarat perkhidmatan lebih kurang sejuta penjawat awam di negara ini.
Ragunathan, yang pernah digelar “tokoh kesatuan sekerja yang tiada tolok bandingnya” oleh Dr Mahathir, antara lain diingati kerana kejayaannya meneroka pendekatan baharu dalam rundingan dengan kerajaan bagi mendapatkan habuan terbaik untuk penjawat awam.
Pada zaman kegemilangannya, Ragunathan terkenal kerana mempunyai “hot line” dengan Dr Mahathir, yang banyak membantu menyelesaikan pelbagai isu dan menjamin wujudnya suasana baik dalam perhubungan perusahaan di negara ini.
Dr Mahathir juga menggesa kerajaan menimbang memberi pengiktirafan terhadap sumbangan Ragunathan walaupun tokoh kesatuan sekerja itu sudah bersara. – BERNAMA
TOP
Abu Mayat Kapt. Eugene Choo Disimpan Di Taman Peringatan
SEREMBAN – Abu mayat juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Kapten Eugene Choo Jin Leong akan disimpan di Taman Peringatan Xiao En di Nilai, Khamis ini.
Wakil keluarga Choo, Jacob Lim, 44, berkata sebelum itu abu mayat Choo akan diletakkan di kediamannya di Sri Carcosa, dekat sini selama tiga hari untuk upacara keagamaan dan penghormatan terakhir daripada anggota keluarga dan sahabat handai.
“Mengikut upacara keagamaan Buddha, kebiasaannya kami akan meletakkan mayat ataupun abu mayat selama tiga hari untuk memberi peluang kepada rakan-rakan dan anggota keluarga memberi penghormatan terakhir,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman Choo di sini, hari ini.
Taman Peringatan Xiao En dahulunya dikenali Taman Peringatan Nilai.
Lim berkata beliau bagi pihak keluarga mendiang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang berjaya membawa pulang abu mayat Choo dengan selamat.
“Meskipun dalam keadaan sedih dan pilu dengan pemergian suami dan bapa kepada dua anak lelaki itu, isterinya juga turut melahirkan rasa terharu kerana mendiang suaminya selamat ditemui dan abu mayatnya dapat dihantar pulang ke tanah air,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir berkata MCA sedia membantu anggota keluarga Choo sekiranya perlu.
“Sekirannya mereka memerlukan apa-apa bantuan seperti kaunseling dan sebagainya, kami akan sedia membantu mereka dan saya sudah memaklumkannya kepada anggota keluarganya ketika memberi salam takziah kepada kedua ibu bapa Eugene (Choo),” katanya.
Choo merupakan seorang kapten pesawat MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Abu mayat beliau bersama-sama dengan sembilan jenazah mangsa yang lain selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Armsterdam pada pukul 8.25 pagi tadi.
Abu mayat Choo tiba di kediamannya pada pukul 10.25 pagi.
Choo meninggalkan seorang isteri Ivy Loi, 42, dan dua orang anak lelaki Melvic Choo, 13, dan Scott Choo, 10.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan sehingga sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap tragedi itu. – BERNAMA
TOP
PAS ‘Terpaksa’ Pindahkan Lokasi Muktamar Ke Parit Raja
KUALA LUMPUR – PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan Ke-60 di Parit Raja, Batu Pahat kerana keadaan yang tidak dijangka, kata Penolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Muktamar PAS sebelum ini dijadualkan berlangsung di Sutera Mall Square, Johor Baru.
“Saya ingin mengumumkan bahawa venue Muktamar PAS ke-60 telah ditukar ke Parit Raja, di bawah kawasan Parlimen Sri Gading berhampiran Universiti Tun Hussein Onn.
“Perubahan ini adalah kerana kita menerima surat daripada Sutera Mall dan cek kami juga dikembalikan oleh tuan tanah pusat beli-belah.
“Dalam tempoh satu minggu yang lalu, Sutera Mall telah diberi tekanan oleh pihak tertentu untuk mengembalikan cek kepada kami. Oleh itu, kami tidak dibenarkan untuk menggunakan tempat mereka.
“Kami kecewa dengan perubahan saat-saat akhir ini.
“Kita perlu menanggung kos kerana tempat yang baru ini adalah 100km dari tempat sebelum ini,” katanya Selasa.
Katanya, muktamar akan diteruskan dan mereka akan mendirikan khemah dan kemudahan yang mencukupi untuk perwakilan di Parit Raja.
“Kami mempunyai lima belas hari untuk buat persediaan bagi acara tersebut. Kami percaya bahawa Johor adalah tempat terbaik untuk perwakilan untuk meluahkan pemikiran dan agenda mereka,” kata Khairul.
Muktamar dijangka akan diadakan dari 18-20 September.
Menurut Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar parti, semua isu boleh dibincangkan dalam Muktamar dan ketika ditanya jika masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat akan dibangkitkan semasa Muktamar, beliau berkata perwakilan dibenarkan untuk membincangkan apa-apa isu, kerana mereka cukup matang menilai situasi. - mStar Online
TOP
Tarikh Pelancaran Vibe X2 Dengan Slogan Seumpama Apple
Lenovo telah mula menghantarkan jemputan kepada acara media mereka yang dirancang pada 4 September kelak, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan telefon pintar Lenovo Vibe X2 pada IFA 2014 .
Menariknya, Lenovo dilihat mencuri perhatian ramai dengan jemputan yang hadir dengan rekaan seumpama jemputan Apple untuk acara iPhone mereka, disamping menggunakan slogan yang berbentuk lebih kurang sama.
Selain itu, mereka turut menggunakan gambar lolipop, sekaligus membuatkan ramai hadir dengan spekulasi untuk Android “L”.
Mengikut desas-desus sebelum ini, peranti Vibe X2 dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan dwi-teras 2.2Ghz, skrin bersaiz 5-inci, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Apa pun, adakah ia benar ataupun sebaliknya dijangka akan terjawab pada acara tersebut, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Lenovo kelak.
Sumber: gtgdarena
Oleh: hzqahmd
Sumber: gtgdarena
Oleh: hzqahmd
TOP
Jakim Tambah Pegawai Di Amsterdam Jika Memerlukan
KUCHING – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menambah pegawainya di Amsterdam bagi pengurusan jenazah mangsa MH17 jika keadaan memerlukan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata setakat ini Jakim menempatkan empat orang pegawai untuk tujuan itu selain bagi menjalinkan hubungan dengan komuniti Islam setempat di ibu negara Belanda itu.
“Ini (penghantaran lebih banyak pegawai) bergantung kepada keperluan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis perasmian Konvensyen Institut Kemahiran Islam Malaysia (Ikmas) oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.
Penerbangan Malaysia MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lalu.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.
Jakim menghantar 10 orang pegawainya untuk menguruskan jenazah mangsa yang beragama Islam.
Sehingga kini 14 jenazah daripada 20 mangsa warga Malaysia beragama Islam telah dibawa balik sejak 22 Ogos lepas dan selamat dikebumikan. – BERNAMA
TOP
Penubuhan Bank Islam Mega Penuhi Objektif Penubuhan
KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata pewujudan bank Islam mega perlu memenuhi objektif dalam menyokong dagangan antarabangsa dan aktiviti pelaburan merentas sempadan.
“Malaysia memerlukan bank Islam mega untuk mengantarabangsakan Kewangan Islam. Namun, kita tidak mahukan bank mega semata-mata kerana kita perlukannya.
“Itu sebab mengapa kita mahu membuka bank mega yang mempunyai keupayaan dan skala untuk menjayakannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2014 di sini Selasa.
Zeti berkata institusi besar menerusi bank mega, akan mengembangkan ekonomi negara menerusi pengantarabangsaan, selain meningkatkan kewangan dan hubungan ekonomi dengan negara lain.
Beliau mengulas mengenai lesen cadangan bank Islam mega oleh CIMB Group, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB).
Pada 10 Julai, CIMB, RHBCap dan MBSB memperoleh kelulusan bank pusat itu untuk memulakan perbincangan mengenai penstrukturan sebuah bank Islam mega.
Dalam ucapannya, Zeti berkata bank-bank Islam berpotensi meluaskan peranan mereka untuk meliputi pelaburan pengantaraan.
“Ini memerlukan kepelbagaian dalam peniagaan bank untuk menawarkan perkhidmatan melepasi pengantara kredit sehinggalah kepada pengantara pelaburan, yang membolehkan kaedah alternatif kontrak perkongsian risiko diguna pakai.
“Dalam melaksanakan pengantaraan pelaburan, institusi perbankan Islam bukan hanya mengukuhkan hubungan aktiviti kewangan dan ekonomi sebenar, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan yang lebih inklusif dan seimbang,” katanya.
Zeti berkata pertumbuhan industri itu yang berkembang menjangkaui angka, mengekalkan momentum pertumbuhan manakala kewangan Islam berpotensi besar memain peranan sebagai ejen tranformatif dalam ekonomi, terutama dalam memenuhi keperluan pasaran kewangan Islam global sebenar. – BERNAMA
TOP
MH17: Mayat 3 Beranak Disimpan Seketika
KUALA LUMPUR – Mayat pelakon tempatan, Subashini J. Retnam, suaminya warga Belanda Paul Goes dan anak mereka Kaela Maya Jay Goes yang terkorban dalam tragedi MH17 akan disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di sini.
Ketua Pegawai Operasi Perhubungan Awam NV Group, Datuk Freddy Chan berkata, anggota keluarga mangsa belum memaklumkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut seperti upacara sembahyang dan pengebumian.
“Kami (pihak Nirvana) tidak pasti untuk berapa lama mayat mereka akan disimpan di sini dan kami masih menunggu maklumat lanjut daripada anggota keluarganya,” katanya kepada pemberita di sini.
Subashini pernah muncul dalam beberapa drama bersiri termasuk Spanar Jaya, Gadis 3 dan juga pernah terlibat dalam teater pentas seperti Fourplay dan Charley’s Auntie.
Ketika tragedi itu, Subashini, 38, bersama suami dan anaknya, yang berusia 21 bulan dalam perjalanan pulang dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur selepas bertemu dengan keluarga mertuanya di sana.
MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sebanyak 43 warga Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini, 32 jenazah mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadanya telah dibawa pulang ke Malaysia. – BERNAMA
TOP
Gaun Pengantin Angelina Dipenuhi ‘Contengan’ Anak-Anaknya
SEMEMANGNYA ramai yang menantikan berita perkahwinan pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt dan akhirnya pasangan itu telah menamatkan penantian peminat mereka dari seluruh dunia apabila disahkan sudah berkahwin pada hujung minggu lalu.
Apa yang menariknya, tidak ramai pihak media di sana dapat menghidu perkahwinan pasangan yang diberi gelaran Bradgelina ini kerana mereka hanya mengadakan majlis secara tertutup di Perancis yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja Seperti yang kita tahu, Angelina memang dikenali kerana sikapnya yang agak pelik dan ianya diterjamahkan melalui gaun perkahwinan putihnya yang dilatari dengan lukisan tangan daripada anak-anaknya. Memang unik dan berbeza sekali gaun kahwin Angelina jika hendak dibandingkan dengan pakaian perkahwinan mana-mana selebriti Hollywood sebelum ini. Ada sentimental value gitu! – MYNEWSHUB.MY

7 Jenazah Warga M’sia, 2 Warga Belanda Diberi Istiadat P’hormatan
SEPANG – Hujan tidak menghalang berlangsungnya istiadat penghormatan bagi sembilan jenazah mangsa tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
Cuaca mendung mengiringi pergerakan pesawat MH19 yang menerbangkan sembilan jenazah dari Amsterdam termasuk jenazah dua juruterbang pesawat malang MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai, selain jenazah dua warga Belanda, ketika ia menuju ke kompleks Bunga Raya, KLIA.
Hujan mula turun sejurus pesawat itu berhenti sepenuhnya di landasan terbang pada 8.35 pagi, untuk istiadat dimulakan. – BERNAMA
TOP
Kekasih Christian Daminuta Bagi Anjing Gigit Colinya…
ROMANIA – Teman wanita kepada bintang bola sepak AC Milan, Christian Daminuta dikutuk peminatnya selepas dia memuat naik gambar anjing peliharaannya menggigit colinya, ketika dia masih memakainya.
Tindakan Madalina Pamfile, 21 itu dianggap kejam, apatah lagi sehari selepas itu, anjing berkenaan terpaksa dibawa ke klinik haiwan akibat sakit misteri.
Peminatnya mendakwa anjing itu jatuh sakit selepas terkena bahan kimia pada coli tersebut.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Pamfile, yang juga seorang model dan pernah muncul dalam majalah Playboy pada 2012.
“Anjing saya bukannya mengunyah bra itu, dia hanya bermain dengannya. Bagi mereka yang membuat tuduhan bahawa coli saya boleh `meracun’ anjing ini, ia adalah mengarut,’’ katanya dalam nada marah melalui twitter miliknya.
Tindakan Pamfile itu menyebabkan peminatnya marah hinggakan mereka menyebarkan gambar berkenaan agar hubungannya dengan Daminuta bergolak.
TOP
Najib Harap Keluarga Mangsa MH17 Kekal Tabah
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap keluarga mangsa pesawat MH17 yang menerima jenazah orang tersayang mereka hari ini supaya kekal tabah.
“Saya berdoa agar keluarga mangsa MH17 yang berada di sini hari ini untuk menerima orang tersayang mereka agar kekal tabah dalah saat sedih ini,” katanya dalam Tweet terbaharu beliau. Mayat sembilan mangsa pesawat itu – tujuh rakyat Malaysia dan dua warga Belanda diberi penghormatan penuh setibanya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini dari Amsterdam. Pada 22 Ogos lalu, kumpulan pertama 20 jenazah termasuk 11 penumpang dan sembian anak kapal dibawa balik dengan penerbangan khas pesawat Malaysia Airlines. Jenazah empat lagi mangsa dibawa balik pada 23 dan 24 Ogos. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. – BERNAMA

Sudah Khayal, Ganas Pula Di Thailand
Chon Buri – Seorang wanita merempuh kereta dipandunya pada tiang sebuah jambatan di Pattaya sebelum menendang pegawai polis yang cuba menahannya.
Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Left Kwanchai Namkanitsorn berkata, dia melihat wanita awal 20-an itu keluar dari keretanya selepas kemalangan berlaku. “Berdasarkan kepada keadaannya yang tidak berpakaian sempurna dan tanpa kasut, saya percaya dia mabuk,” katanya. Apabila cuba ditahan, wanita terbabit bertindak ganas dengan meronta serta menendang Kwanchai. Polis itu juga dimaki, manakala wartawan yang mengambil gambarnya dicerca.- Agensi

Bebas Daripada Penjara Kerana Terlalu Tinggi
DEVON – Seorang pemuda yang didapati bersalah oleh mahkamah di sini baru-baru ini telah dibebaskan daripada hukuman penjara apabila dia mempunyai masalah badan yang terlalu tinggi.
Berikutan itu, Jude Medcalf, 23, cuma dijatuhi hukuman perintah berkurung selama enam bulan dan 12 bulan melakukan kerja kebajikan.
Sebelum itu, Medcalf didapati bersalah dan dihukum penjara kerana mencuri makanan dan hadiah Krismas di pejabat NHS dan melepaskan tembakan pistol angin ke arah seorang wanita. Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Diraja Exeter membebas remaja itu selepas dia disahkan menghidap penyakit sindrom Klinefelter yang mengakibatkan dia mengalami penambahan ketinggian tubuh badan secara luar biasa sehingga sukar untuk dia tidur di katil penjara dan memakai pakaian seragam. Remaja berusia 23 tahun itu kini mempunyai saiz tubuh yang terlalu tinggi sehingga mencapai 213 sentimeter. Dia bagaimanapun telah diperintah hadir semula ke mahkamah selepas didapati melanggar hukuman perintah berkurung itu. – Agensi

Pokok Apa Yang Ditanam Tepi Jalan Sampai 2 Nyawa Melayang?
Andai berlaku kematian, maka kita akan berkata itu sudah ajal.
Betul.
Namun, andai kematian itu berlaku atas sebab yang kita harus persoalkan dan menimbulkan keraguan, apakah kita harus dengan pantas masih berkata itu sudah ajal dan terus melupakannya? Kalau begitu, mangsa pembunuhan juga tidak perlu disiasat siapa pembunuhnya kerana sudah ajal yang mati itu. Adakalanya kita mengambil jalan mudah dengan hanya berkata sudah ajal tanpa kita berusaha untuk memperbaiki dan mempersoalkan kenapa kematian itu berlaku. Bukan kita mempersoalkan takdir tuhan tetapi sebagai ciptaan Allah yang dikurniakan akal fikiran (yang membezakan kita dengan haiwan), kita harus mempersoalkan sesuatu kejadian itu dalam konteks mengapa ia berlaku dan apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya.
Hari ini kita dihidangkan dengan berita Dua Remaja Maut Dihempap Pokok Di Kuantan. Dalam kemalangan kira-kira jam 6.10 petang kelmarin itu, kedua-dia mangsa, Muhammad Lokman Hakim Ismail, 19 dari Lorong Sungai Isap Perdana 32 dan Tun Muhammad Fakharuddin Mohd Jailani, 19 dari Lorong IM15/29, Taman Mutiara Mahkota disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, Muhammad Lokman merupakan pelajar tingkatan enam sebuah sekolah menengah di Kuala Lipis manakala Tun Muhammad Fakharuddin, penuntut Kolej Komuniti Indera Mahkota. Menurutnya, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang menunggang secara berasingan dipercayai dalam perjalanan dari arah pelabuhan menghala ke Indera Mahkota. “Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang pokok yang berada di bahu jalan tiba-tiba tumbang lalu menghempap motosikal jenis Yamaha LC135 dan Honda Ex-5 ditunggang mangsa. “Akibat kejadian, kedua-dua penunggang yang terjatuh dan dihempap pokok tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan,” katanya ketika dihubungi pihak media.
Persoalanya… pokok apa yang ditanam di tepi jalan raya sehingga ia tumbang dan mengorbankan dua remaja yang masih terlalu muda itu? Mereka bukan kacau sesiapa, hanya menungang motosikal dan tiba-tiba ada pokok yang tumbang dan nyawa mereka melayang. Bayangkang perasaan keluarga mereka. Kalau kita ambil pendirian itu sudah ajal mereka… malas nak bertindak lanjut dan fikir… maka noktah la… Biar sahajalah ia terjadi… dan biarlah kejadian seperti itu terus berulang sehingga kita atau sanak saudara pula jadi mangsa. Percayalah, apa yang berlaku di Kuantan itu bukan kejadian pertama dan penulis amat yakin bukan yang terakhir. Sudah berapa puluh kali kita dengar dan membaca di media mengenai kematian di jalan raya akibat pokok tumbang atau dahan patah.
Tiba masanya kita mempersoalkan kejadian seumpama ini dan mengapa ia kerap berlaku.
Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena jenis pokok yang ditanam di tepi-tepi jalan di seluruh negara. Andai tidak ada penyelesaian yang dapat dicari berhubung masalah berkenaan, adalah lebih baik diambil pendekatan agak jangan lagi ditanam pokok besar di tepi jalan. Kalau mahu cerita pasal alam sekitar, baik dipertahankan hutan-hutan tropika kita yang dijarah macam orang gila oleh pembalak-pembalak yang ada hubungan politik atau istana. Alam sekitar itu yang kita perlu pertahankan, bukan alam sekitar setakat pokok tanam sebaris kat tepi jalan. Kalau nak cerita pasal keindahan, baik buang pokok-pokok di tepi jalan dan ditanam dengan rumput serta bunga dan paling penting, kuat-kuasakan undang-undang anti-pembuangan sampah dari dalam kenderaan. Kalau tidak ada sampah-sarah dibuang di tepi-tepi jalan, maka ia akan lebih indah. Tanam pokok besar tepi jalan ini idea pengindahan yang sudah lapuk. Tidak bawak ke mana dan hanya menyumbang kepada kematian saban tahun. Faktor cuaca negara kita yang sering berangin dan hujan lebat seharusnya menjadi titik tolak kepada pihak yang merumus polisi agar berfikir adakah menanam pokok di tepi-tepi jalan satu langkah pengindahan yang sesuai. Sepatutnya tidak ada satu kematian pun yang patut berlaku akibat pokok di tepi jalan. Namun ia berlaku berulang kali dan kita menerimanya dengan hanya berserah sebagai ajal. Cukup-cukuplah… tiba masanya pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kerajaan harus bertindak. Andai kedua pihak itu tidak mahu, maka kita boleh bertindak dengan mengemukakan saman ke atas PBT yang menanam pokok yang jenis mudah tumbang dan membahayakan nyawa pengguna jalan. Sesuatu harus dilakukan… jangan hanya mengambil jalan mudah dengan berserah sepanjang masa- MYNEWSHUB

Ibu Pembantu Juruterbang MH17 Reda Pemergian Anak
TELUK INTAN – “Makcik reda dengan pemergian Firdaus, sebagai ibu, makcik terima ketentuan Allah,” luah Fatimah Ibrahim, ibu pembantu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Muhammad Firdaus Abdul Rahim.
Fatimah, 64, pesara kerajaan berkata Firdaus, 27, adalah seorang anak yang baik dan pemergiannya amat dirasai seluruh keluarganya memandangkan beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik.
“Seminggu sebelum dia (Firdaus) ’fly’ (terbang) ke Amsterdam, dia ada jumpa makcik, tapi dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan pun, semuanya macam biasa sahaja.
“Masa itu dia minta makcik masak daging dinding dan ayam masak merah yang merupakan makanan kegemaran arwah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menceritakan kenangan manis bersama Allahyarham, Fatimah berkata Firdaus merupakan anak yang baik dan manja sejak dari kecil lagi. – BERNAMA
TOP
Kerabat Mana Cari Cincin Ratusan Ribu Untuk Artis Wanita?
Gambar Hiasan
Perkhabaran terbaharu ini seakan-akan menguatkan lagi kisah seorang artis wanita bakal mengahwini seorang kerabat diraja seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini. Ini kerana menurut sumber daripada portal Murai, seorang kerabat diraja dilaporkan sudah membeli cincin berharga ratusan ribu ringgit untuk dihadiahkan kepada kekasih hatinya yang dipercayai seorang artis popular. Hmm, macam dapat teka je artis mana tu.. Kerabat diraja yang digambarkan sangat low profile itu dikatakan telah berkunjung ke sebuah butik barangan kemas mewah antarabangsa di Pavilion untuk bertanyakan berkenaan sebentuk cincin berlian bagi dihadiahkan kepada kekasih hatinya. Adakah ini bermakna perkhabaran seorang artis wanita yang dikhabarkan bakal disunting kerabat diraja itu memang benar dan bukan rekaan semata-mata? Kita tunggu dan lihat sahaja, mana tahu ada kenyataan balas daripada pihak terlibat berhubung cerita ini kelak. – MYNEWSHUB.MY

PM Sampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara 2013
Putrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara 2013 kepada Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba sebentar tadi.
Mohd Rashdan adalah bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pertama dan menyandang jawatan itu selama tiga tahun bermula 1969 dan seterusnya dilantik Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pertama dari 1971 hingga 1982.
Beliau menerima wang tunai RM200,000, piala serta sijil penghargaan.
Anugerah berkenaan disampaikan pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anugerah berkenaan adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada ahli akademik yang memberi sumbangan tinggi dan cemerlang dalam perkembangan pendidikan serta pembangunan negara.
Ia diwujudkan khusus untuk sarjana dan kesarjanaan peringkat tinggi di Malaysia bagi ahli akademik yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang tertentu.
Bidang berkenaan membabitkan pengajaran, pemindahan dan pengembangan ilmu; penemuan ilmu baru serta penulisan buku dan penerbitan. – myMetro Online
TOP
Gambar Didie Alias Manis Bertudung
JIKA dilihat, walaupun sibuk dengan tugasannya sebagai seorang pelakon dan pengacara, Didie Alias tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu apabila boleh dikatakan kesemua ananknya kini berjaya dalam bidang akademik.
Selain itu, kesemua anak dara Didie juga bertudung memenuhi tuntutan syarak sebagai seorang Muslimah sejati.
Dan bila baru-baru ini, Didie ditugaskan mengacarakan program untuk sebuah majlis anjuran syarikat tudung popular, Fareeda, Didie yang sinonim dengan imej pelik dan unik ini tampil ayu dan manis bertudung.
Malah ramai juga peminatnya yang mendoakan agar ibu kepada enam cahaya mata ini akan terbuka hatinya kelak untuk memakai hijab seperti anak-anak perempuannya yang lain. – MYNEWSHUB.MY
Malah ramai juga peminatnya yang mendoakan agar ibu kepada enam cahaya mata ini akan terbuka hatinya kelak untuk memakai hijab seperti anak-anak perempuannya yang lain. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Agong Terima Watikah Pelantikan Bakal Ketua Perwakilan Asing
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berangkat ke istiadat persembahan watikah pelantikan empat bakal ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, di sini.
Empat perwakilan asing itu ialah Carlos Dominguez Diaz dari Sepanyol, Daniel Dargent (Belgium), Benjamin Clement Eghan (Ghana) dan Kang Chol dari Korea Utara.
Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima menghadap keempat-empat ketua perwakilan asing itu.
Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim.
Diaz, 47, merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Sevilla serta berkhidmat sebagai Setiausaha Agung bagi perikanan di Kementerian Pertanian, Makanan dan Persekitaran sebelum pelantikan baharu ini.
Dargent, 56, pula lulusan ijazah sarjana muda dalam bidang perhubungan antarabangsa dan pentadbiran awam pernah menjadi Duta Belgium ke Gabon (2004-2007) dan Angola (2007-2011).
Eghan, 66, pernah bertugas sebagai Ketua Menteri di Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi serta dilantik menjadi Setiausaha Kabinet Ghana bagi tempoh 2009 hingga 2013.
Menyertai perkhidmatan luar Korea Utara pada 1976, Kang, 61, pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Korea Utara di Somalia dan jawatan beliau sebelum ke Kuala Lumpur adalah Ketua Pengarah Pentadbiran di Kementerian Luar.
Sementara itu, Tuanku Abdul Halim turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat bakal Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara.
Mereka ialah Datuk Lim Kim Eng yang akan bertugas di New Zealand, Rahimi Harun (Brazil), Datuk Saiful Azam Martinus Abdullah (Croatia) dan Datuk Roslan Abdul Rahman (Azerbaijan). – BERNAMA
TOP
Mahkamah Batalkan Saman Azrinaz Terhadap Pengusaha Restoran
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman bekas penyampai berita TV3 Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar terhadap pengusaha restoran yang menyewa lot kedai miliknya selepas penyewa itu mengosongkan premis berkenaan.
Hakim Datuk John Louis O’hara membuat perintah itu di dalam kamar yang dihadiri peguam Azrinaz Mohd Firuz Jaffril manakala peguam C. Paul Aisu mewakili defendan, Syed Abuthahir Abdul Sithik.
Mohd Firuz memberitahu media hakim membatalkan saman pemula yang difailkan Azrinas, yang juga usahawan telekomunikasi terhadap Syed Abuthahir selepas mahkamah dimaklumkan defendan telah mengosongkan premis itu pada 20 Ogos.
Beliau berkata mahkamah memerintahkan defendan membayar kos RM2,000 kepada plaintif.
Pada 21 Julai, Azrinaz, 35, memfailkan saman pemula untuk mendapatkan perintah bagi mengusir pemilik restoran RBJ Curry House, Syed Abuthahir, 37, dan menyerahkan semula premis yang disewa sejak dua tahun lepas kepadanya.
Azrinaz, pemilik lot kedai yang terletak di No 8, Blok 4, Jalan Jalil Jaya, Jalil Link, Bukit Jalil, memfailkan permohonan itu selepas mendakwa Syed Abuthahir melanggar perjanjian sewa beli yang ditandatangani pada 11 Julai 2012.
Dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama-sama saman pemula itu, bapa Azrinaz, Hakim Mazhar Mohd Johar, 66, mendakwa defendan gagal melunaskan sewa sebanyak RM6,500 setiap bulan tepat pada masa seperti yang ditetapkan mengikut perjanjian tersebut.
Hakim Mazhar, yang menguruskan penyewaan premis itu bagi pihak anaknya, turut mendakwa defendan gagal membayar bil elektrik dan air.
Beliau juga mendakwa satu Notis Penamatan Perjanjian telah pun dihantar kepada Syed Abuthahir pada 14 Mac lepas bagi memintanya mengosongkan premis itu, namun defendan tetap enggan keluar dari premis berkenaan. – BERNAMA
TOP
NFCorp: Kes Saman Nurul Izzah Didengar 5 Jan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan tiga hari mulai 5 Januari depan untuk mendengar kes saman fitnah yang dikemukakan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berhubung pembelian beberapa unit kondominium.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila ia dibawa untuk pengurusan kes setelah mengadakan perjumpaan dengan peguam Jeffrey John, yang mewakili Mohamad Salleh, dan peguam Azura Adnan, yang mewakili Nurul Izzah dan Saifuddin.
Jumaat lepas, kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian bagi saman itu melalui proses mediasi.
Pada 24 Disember 2013, Mohamad Salleh, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), dan syarikatnya memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit kondominium KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.
Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata, kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalahgunakan dana NFCorp untuk membeli unit kondominium berkenaan untuk kegunaan sendiri. – BERNAMA
TOP
Gudang & Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kuching
KUCHING – Sebuah gudang dan dua buah rumah musnah dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Kilometer 11, Kota Sentosa di sini, awal pagi tadi.
Dua buah bengkel motosikal turut musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 5.20 pagi itu.
Jurucakap ibu pejabat bomba dan penyelamat Kuching berkata, punca kebakaran masih disasat.
Pihaknya menghantar kira-kira 20 anggota dari Balai Kuching, Tabuan Jaya dan Batu Lintang untuk memadam kebakaran yang apinya dapat dikawal dalam tempoh setengah jam. – BERNAMA
TOP
Lelaki Didakwa Ugut Jiran Dengan Pisau
KUALA LUMPUR – Seorang pekerja tempat letak kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap jirannya dengan menggunakan sebilah pisau.
K. Suparamaniam, 37, dituduh mengacukan pisau dengan maksud menakutkan Khairul Nizam Nazri, 34, di Blok 42-17-03 PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju di sini pada 2.30 petang, semalam.
Dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Susan Leo tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.
Bagaimanapun peguam K. Komagan memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh menanggung lima orang anak yang masih bersekolah termasuk isterinya yang tidak bekerja.
Majistret Zuraini Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula 3 Okt.
Selepas prosiding, keluarga tertuduh yang hadir ke mahkamah kelihatan menangis kerana mereka tidak mampu membayar wang jaminan. – BERNAMA
TOP
Sabah Keluar Malaysia: Individu Dikenal Pasti
LAHAD DATU – Pihak polis telah mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.
Beliau berkata, siasatan lebih lanjut akan dilakukan terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.
“Tindakan tegas akan ambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataaan mempertikai kedudukan Sabah dalam Malaysia.
“Polis akan mempastikan tindakan diambil selari dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita anggap sebagai menghasut masyarakat di Sabah supaya membenci negara sendiri,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu hari ini.
Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Sipitang berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mencadangkan usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat.
Mohd Bakri berkata, kenyataan itu dilihat sebagai sengaja mahu memporak perandakan negara dan meminta pihak berkenaan supaya menghentikan tindakan sedemikian.
Mengenai pelakasnaan perintah berkurung di perairan timur Sabah, beliau berkata ia akan dihentikan jika tahap keselamatan di kawasan itu pulih.
Beliau berkata tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada keperluan keselamatan dan anggota masyarakat sedia maklum ia berkesan dalam mengekang kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan di Sabah.
“Setakat ini, perintah berkurung masih kekal dan orang ramai di kawasan terlibat perlu memberi kerjasama. Sekiranya keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) pulih sediakala, barulah kita fikirkan untuk tidak melanjutkannya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Video : Jurugambar Ditumbuk Keluarga Mangsa MH17
PETALING JAYA: Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa.
Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.
Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan. Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan. - mStar

Lana Nodin Kembali Seksi Lepas Balik Menunaikan Umrah?
Ramai yang bersimpati dengan nasib pelakon Lana Nodin yang mana dia telah putus cinta dengan Johan Asari. Setelah putus cinta, Lana juga sempat menunaikan umrah bersama rakan artisnyan Lisdawati.
Tapi, tak sangka pula lepas balik dari umarah, Lana masih lagi dengan perangai dulunya. Menerusi perkongsian gambar melalui Instagram oleh rakannya, Lana tampil dengan pakaian yang masih menjolok mata.
Tapi tak tahu la kalau-kalau ni gambar lama yang baru dikongsi oleh rakannya. - SiakapKeli.com

Lembu Buang Kulit Sebelum Makan Rambutan
POKOK SENA - Gelagat seekor lembu betina yang memakan rambutan dengan membuang kulit mendapat perhatian penduduk di Kampung Batu 14, Jalan Kuala Nerang dekat sini.
Pemiliknya, Abd Mutalib Chin, 51, berkata, beliau sekeluarga mula menyedari lembunya itu makan rambutan dengan membuang kulit sejak setahun lalu apabila kulit rambutan bersepah di bawah pokok di hadapan rumahnya itu.
Katanya, pada mulanya beliau tidak menyedari tentang tabiat lembu itu dan merasa hairan kerana kulit rambuatn di halaman rumahnya bersepah.
"Kami pada mulanya menyangka kanak-kanak mengambil dan memakan rambutan itu. Bagaimanapun apabila saya memerhati dari jauh barulah saya tahu bahawa lembu itu memakan rambutan dan mengunyah lalu membuang kulitnya itu.
"Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas memberinya makan rambutan barulah nampak lembu itu makan dengan membuang kulit rambutan,” katanya.
Abd Mutalib berkata, sebelum ini beberapa ekor lembunya juga ada makan buah-buahan tetapi mengunyah lalu menelan rambutan dan tidak seperti lembunya yang diberi nama ‘bah’ itu.
"Kami menyedari bah mula makan buah-buahan sejak umurnya setahun dan setiap kali musim buah ternakannya itu lebih suka makan buah-buahan dari memakan rumput.
"Kerana terlalu banyak memakan buah-buahan berbanding rumput, kami turut bimbang tentang kesihatan lembu itu, tetapi syukur setakat ini belum nampak sebarang tanda kesihatannya terjejas," katanya.
Keunikan lembu ini membuatkan Abd Mutalib membeli dokong atau rambutan sebanyak dua kilogram setiap hari untuk diberikan kepadanya.
"Jika buah-buahan kurang barulah Bah akan memakan rumput yang ada di sekitar rumah saya,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Saya Minta Maaf Cikgu - Ibu
Georgetown :“Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong,” kata Norhafizah Abu Bakar, 27, yang kesal dengan insiden anak lelakinya, Muhammad Azrul Danish, 7, ditampar guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Kesal dengan apa yang berlaku Norhafizah, tampil membuat permohonan maaf itu kepada semua tenaga pengajar sekolah terbabit terutama pengetuanya.
Katanya, pihaknya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ingin menyelesaikan masalah berkenaan secara baik selain turut mengaku kejadian berpunca akibat sikap yang terlalu terburu-buru. “Tindakan terburu-buru kami mengakibatkan berlaku salah faham selain mendengar sebelah pihak semata-mata, saya meminta maaf kepada guru besar, Aliasa Abdul Rahman, guru bahasa Inggeris dan semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. “Saya mengaku atas kesilapan dalam menangani masalah itu dan demi menjaga nama baik sekolah serta mempertahankan kredibiliti, integriti dan maruah semua tenaga pengajar sekolah permohonan maaf ini dibuat,” katanya, semalam. Dia dan suami turut melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku selain berhasrat menemui guru besar termasuk guru wanita untuk meminta maaf sekali gus menyelesaikan masalah itu. - Harian Metro

MH17: Pesawat MH19 Bawa 9 Jenazah Selamat Mendarat Di KLIA
SEPANG – Pesawat komersial MH19 yang membawa sembilan jenazah, termasuk dua juruterbang pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, jam 6.37 pagi ini.
Pesawat berkenaan membawa lima keranda dan empat bekas abu – tiba dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda sebelum bergerak ke Kompleks Bunga Raya, bagi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 yang dijadual diadakan jam 8.30 pagi ini.
Jenazah dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong serta dua warganegara Belanda adalah antara sembilan jenazah yang tiba pagi ini. Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, daripada tujuh warganegara Malaysia, dua beragama Islam manakala lima lagi bukan Islam, melibatkan tiga penumpang dan empat anak kapal. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri kabinet, dan waris keluarga mangsa tragedi akan menghadiri istiadat itu dan hadirin akan bertafakur selama seminit, katanya dalam sidang media di sini hari ini. Dua jenazah warga Belanda iaitu Paul Goes serta Fan Shun Po adalah penumpang MH17 dan bendera Belanda diletak masing-masing di atas keranda serta bekas abu mereka. Lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua helikopter EC725. Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala masing-masing satu jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan. Bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu akan dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam. – BH Online

Polis Filipina Tumpaskan Rancangan Pengeboman Di Lapangan Terbang
Virgilio Mendez
MANILA 2 Sept. - Polis Filipina hari ini berjaya menggagalkan satu komplot pengeboman di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dan sebuah pusat beli-belah berhampiran di ibu negara ini. Motif komplot tersebut masih belum dapat dipastikan, namun kebanyakan kes serupa sebelum ini sering dikaitkan dengan anggota kumpulan militan Abu Sayyaf. Pengarah Biro Siasatan Kebangsaan (NBI), Virgilio Mendez berkata, ejennya menjumpai peranti letupan buatan sendiri di sebuah kawasan tempat letak kereta di lapangan terbang itu. Jelas beliau, tiga individu turut ditahan, namun tiada butiran lanjut diberikan. - REUTERS

Mesir Kutuk Hasrat Israel Rampas Tanah Di Tebing Barat
KAHERAH 2 Sept. - Mesir mengutuk rancangan Israel untuk merampas tanah di Tebing Barat dan berkata langkah itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan penghalang kepada usaha berdamai antara Palestin dan Israel.
Kelmarin, Israel berkata pihaknya akan merampas 400 hektar tanah Palestin di Baitulaham dan membenarkan 45 hari membuat rayuan.
"Ini bukan satu langkah positif dan ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan akan mempunyai kesan negatif ke atas proses damai," kata satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar di Kaherah. - AFP
TOP
Krisis MB Selangor: Ketua Wanita PAS Nafi Sokong Azizah
PETALING JAYA – Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof menafikan menandatangani satu kenyataan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Dalam satu laporan oleh Harakahdaily, Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berkata kenyataan itu telah diedarkan sebelum beliau meneliti kandungannya dan mendapatkan kelulusan daripada sayap Wanita.
“Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan tandatangani serta Dewan Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza,” Siti Zailah dipetik sebagai berkata.
Satu kenyataan bersama kononnya oleh semua ketua sayap Wanita Pakatan Rakyat – Chong Eng (DAP), Zuraida Kamaruddin (PKR) dan PAS Siti Zailah, telah diedarkan pada Ahad, menyatakan “sokongan tanpa syarat” mereka untuk Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.
Mereka juga mempersoalkan bantahan yang jelas terhadap Dr Wan Azizah, yang didakwa mempunyai kaitan dengan jantinanya walaupun menerima sokongan sah oleh 30 wakil rakyat bagi mengambil alih pejabat menteri besar.
“Jika Dr Wan Azizah adalah seorang lelaki, adakah dia akan tertakluk kepada layanan seperti ini? Kenapa perlu ada bantahan gangguan seperti ini kepada wanita yang menjadi menteri besar?.
“Hari ini, Wanita Pakatan Rakyat bersatu dalam menyatakan sokongan tanpa syarat kami untuk Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
“Kami telah bersatu untuk mengesahkan dan mengukuhkan pendirian kami bahawa Dr Wan Azizah perlu dilantik sebagai menteri besar Selangor,” kata mereka.
Mereka menambah, apabila perlembagaan negeri itu sendiri menyokong tiada diskriminasi jantina, maka adalah jelas bahawa wanita boleh menerajui negeri ini.
Mereka seterusnya berkata Dr Wan Azizah mempunyai semua keupayaan untuk memimpin kerajaan berdasarkan latar belakang akademik dan rekod beliau sebagai ahli politik.
Walaupun Siti Zailah mengakui pernah menyatakan sokongan untuk Dr Wan Azizah, beliau bagaimanapun berkata ia adalah berdasarkan keputusan awal PAS untuk mencalonkan dua nama, Dr Wan Azizah dan timbalannya Azmin Ali.
Beliau juga melahirkan rasa kecewa berhubung penyebaran kenyataan itu, memberi teguran kepada rakan-rakannya yang melepaskan kenyataan itu tanpa kelulusan beliau.
“Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. ‘Wala’ kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja,” katanya.
Zuraida dan Chong Eng tidak dapat dihubungi untuk ulasan. - mStar Online
TOP
Keluarga Tentukan Di mana Jenazah Tambi Jiee Dibawa Pulang
SEPANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih menunggu keputusan anggota keluarga Tambi Jiee bagi proses penghantaran pulang jenazahnya ke tanah air, kata Menteri berkenaan Datuk Rohani Karim.
Beliau berkata pihaknya akan memenuhi permintaan anggota keluarga arwah sama ada jenazah diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) atau terus ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak.
“Semalam saya telah berhubung dengan keluarga arwah dan mereka meminta jika hanya satu jenazah yang tiba, mereka mahu jenazah dihantar terus ke Kuching dan istiadat akan diadakan di sana.
“Kita menghormati keputusan keluarganya yang tengah berbincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini hari ini.
Istiadat penghormatan untuk sembilan jenazah itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Tambi yang merupakan kakitangan Shell yang bertugas di Khazakhstan sejak tiga tahun lalu, berada dalam pesawat MH17 itu bersama isteri dan empat orang anaknya.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia sebelum Tambi kembali bertugas di Ibu Pejabat Shell di Kuala Lumpur.
Jenazah isterinya Ariza Ghazalee dan anak sulung mereka Mohd Afif telah dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Ogos.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jenazah Tambi yang telah dikenal pasti kini dalam proses untuk disiapkan dokumentasi bagi penghantaran pulang jenazahnya.
“Rohani akan bantu kita agar jenazah Tambi dapat dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin walaupun seorang sahaja,” katanya.
Liow berkata tarikh penghantaran pulang jenazah akan diumumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien setelah mendapat perlepasan dari Amsterdam. – BERNAMA
TOP
MH17: Kembali Ke Tapak Nahas Kekal Jadi Keutamaan
SEPANG – Kembali ke lokasi nahas MH17 kekal menjadi keutamaan bagi kerajaan yang komited mahu mencari keadilan untuk mangsa kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Kita perlu melakukan apa sahaja yang kita boleh untuk mengakses lokasi bagi membantu siasatan jenayah berkaitan tragedi itu,” katanya, Selasa.
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa tapak nahas di Timur Ukraine masih lagi diletakkan di bawah zon perang.
“Adalah satu keajaiban jika kita berjaya kerana konflik geopolitik masih berterusan tetapi kami telah melakukan sesuatu yang mustahil sebelum ini,” katanya selepas istiadat penghormatan sembilan jenazah mangsa MH17 yang tiba dari Amsterdam.
Beliau berkata apa yang diperlukan sekarang adalah pihak yang terlibat bersetuju mengumumkan gencatan senjata di lokasi itu bagi membolehkan penyelidik melakukan tugas mereka.
Hishammuddin menambah 11 lagi rakyat Malaysia masih hilang atau masih belum dikenal pasti.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beberapa mayat mungkin masih berada di lokasi kemalangan.
“Itu juga sebab mengapa kita perlu kembali ke lokasi untuk mencari sebanyak mayat yang mungkin,” katanya. – mStar Online
TOP
‘Booking’ Tempat Bersolat Bersama Kapten Wan Amran Di Mekah
SEPANG – Kenangan beribadah di Tanah Suci seolah-olah melambai-lambai juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Abu Samah Yahya untuk memberi penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangannya Kapten Wan Amran Wan Hussin, walaupun beliau baharu pulang daripada mengemudi penerbangan dari Madinah.
Abu Samah yang tiba di tanah air dari Madinah petang semalam berkata sepanjang berada di Madinah baru-baru ini, beliau banyak mengimbau detik kenangan bersama-sama Wan Amran, menyebabkan beliau menggagahkan diri untuk ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini, meskipun beliau masih merasa penat.
“Kami pernah mengerjakan umrah bersama-sama. Banyak kenangan antara kami, antaranya arwah mempunyai tempat kegemaran untuk bersolat di Makkah menyebabkan kami akan bergegas ke situ kerana bimbang tempat itu diambil orang lain.
“Kenangan itu datang secara automatik menyebabkan saya rasa terpanggil untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di sini,” katanya semasa ditemui pemberita.
Abu Samah adalah antara kira-kira 50 juruterbang dan anak kapal Malaysia Airlines yang hadir ke istiadat itu dengan mengenakan uniform lengkap sebagai penghormatan kepada mangsa tragedi MH17.
Sementara itu Ketua Juruterbang, Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan Wan Amran sebagai seorang individu yang peramah dan mudah berjenaka semasa mereka terbang bersama menyebabkan perjalanan yang panjang tidak terasa jauh.
Perkara itu dipersetujui Kapten Hadi Rahimi yang pernah beberapa kali mengendalikan pesawat dengan Wan Amran, dan menambah arwah sentiasa menghormati orang lain semasa bercakap, meskipun berhadapan dengan orang yang lebih muda.
Sementara itu, Kapten Ronald Lee berkata beliau bukan sahaja kehilangan rakan sekerja, tetapi turut kehilangan ‘fitness buddy’ dengan pemergian Kapten Eugene Choo Jin Leong.
“Kami saling mengingatkan antara satu sama lain tentang kepentingan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, khususnya kami terlibat dalam industri yang sibuk dan tidak menentu masa,” katanya.
Beliau menambah Eugene Choo aktif dalam sukan motosikal lasak dan sering mengajaknya untuk turut serta.
“Bagaimanapun saya tidak seperti Eugene, mendiang berani dalam sukan lasak, manakala saya takut dengan kenderaan dua roda,” katanya dan menambah sebagai ganti, beliau mengajak mendiang untuk bermain golf.
Katanya beliau pasti akan merindui gelak ketawa Eugene semasa bermain golf, namun beliau pasrah kerana yakin rakannya itu kini berada di tempat yang lebih baik.
Bagi pramugari Teng Siew Eng, beliau hadir ke istiadat hari ini membawa amanah daripada keluarga MAS dan juga bekas anak kapal syarikat penerbangan itu yang mahu menyampaikan nota peribadi kepada waris mangsa.
Khusus untuk menghargai minat Eugene terhadap sukan motosikal lasak, nota peribadi yang dilekatkan pada plastik bunga gerbera putih dihiasi dengan karikatur lelaki menunggang motosikal berserta nota: ‘Ride On Bro’.
Wan Amran dan Eugene Choo merupakan kapten pesawat MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan sehingga sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap tragedi itu. – BERNAMA
TOP
3 Lelaki Rancang Serangan Bom Di Manila Ditahan
MANILA – Tiga lelaki yang ditahan selepas gagal dalam cubaan untuk mengebom lapangan terbang di sini, juga merancang untuk menyerang Kedutaan China dan sebuah pusat beli-belah terbesar di sini.
Setiausaha Kehakiman Leila de Lima memberitahu pemberita, ketiga-tiga lelaki terbabit, yang ditahan semalam di lapangan terbang dengan sebuah van yang sarat dengan bahan letupan, merancang untuk melakukan beberapa serangan bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap China. “Ia adalah kumpulan sesat. Mereka mendakwa sebagai pelindung rakyat Filipina dan menganggap perniagaan monopoli China-Filipina dan perlombongan haram sebagai musuh,” katanya. -
De Lima berkata, lelaki terbabit juga marah dengan pendekatan lembut kerajaan Filipina terhadap China berhubung pertikaian mengenai tuntutan wilayah di Laut China Selatan.
“Mereka mahu pentadbiran kerajaan mengambil pendekatan lebih keras dalam pertikaian dengan China,” katanya.
De Lim menambah, kumpulan berkenaan yang mungkin membabitkan lebih ramai anggota, merancang untuk melakukan beberapa serangan di bangunan berkaitan China atau masyarakat perniagaan China-Filipina.
“Mereka juga merancang semalam untuk meletupkan kompleks perniagaan ‘SM Mall of Asia’ di Pasay City dan menembak Kedutaan China serta bangunan DMCI,” katanya.
‘SM Mall of Asia’ dimiliki Henry Sy, orang terkaya di Filipina yang lahir di China. DMCI pula adalah syarikat pembinaan dimiliki David Consunji, seorang lagi rakyat Filipina kaum etnik China yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang keenam terkaya di negara ini.
Namun, de Lima menegaskan pihak penyiasat tidak yakin dengan tujuan sebenar kumpulan ini semata-mata untuk menunjukkan kemarahan terhadap China dan kepentingan China di sini.
“Kami ingin tahu berapa besar kumpulan ini, apa kekuatan mereka sehingga sanggup mewujudkan kekecohan ini dan apa agenda sebenar mereka.
“Apakah mereka bertindak bersendirian atau adakah orang lain di belakang mereka? Kami akan menyiasat semua ini,” katanya.
De Lima berkata, pemimpin kumpulan itu mendakwa tergolong dalam kumpulan rahsia anggota polis dan tentera yang dikaitkan dengan cubaan rampasan kuasa pada 1980-an yang gagal menggulingkan presiden ketika itu Corazon Aquino.
Katanya, dakwaan ini bagaimanapun masih belum dapat disahkan. – AFP
TOP
MH17: Penumpang Setia MAS Ambil Cuti Hadiri Istiadat
SEPANG – Penumpang setia Malaysia Airlines (MAS) Lau Ai Lian tidak pernah ketinggalan untuk memberi penghormatan kepada mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, meskipun terpaksa memohon cuti daripada majikan.
Lau, 46, akauntan di sebuah firma di Subang Jaya berterima kasih kepada majikannya kerana memahami hubungan istimewa beliau dengan syarikat penerbangan itu, lebih-lebih lagi MAS sentiasa menjadi pilihan utamanya setiap kali terbang ke luar negara, sejak beliau kecil.
Pada Selasa, beliau sekali lagi menggunakan cuti tahunannya untuk bersama-sama ‘menyambut’ ketibaan sembilan mangsa tragedi MH17, meskipun hanya dibenar berbuat demikian dari luar pagar Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabngsa KL (KLIA), di sini.
“Saya tak akan berhenti berdoa hanya kerana hujan. Saya tetap berada di sini, apatah lagi hari ini giliran dua kapten dibawa pulang. Kapten merupakan individu paling penting dalam sesebuah pesawat,” katanya kepada pemberita semasa menunggu ketibaan pesawat komersial MH19 yang membawa jenazah itu.
Lau juga memaklumkan bahawa beliau dan suami, Jimmy Ang Sayyew, 52, bertolak dari rumah mereka di Klang sejak awal pagi, bagi membolehkan mereka tiba di Kompleks Bunga Raya pada 7 pagi, untuk mendapatkan ‘tempat dan pemandangan terbaik’, iaitu laluan keluar kenderaan jenazah.
Beliau juga berharap semua rakyat Malaysia akan terus berdiri teguh di belakang MAS, khususnya pada saat-saat getir berhadapan dengan tragedi kehilangan MH370 dan nahas MH17.
“Secara kebetulan, angka kesukaan saya sejak kecil ialah tiga dan tujuh, menyebabkan saya lebih sedih bila kejadian ini berlaku,” katanya sebak.
“Saya harap MAS akan meneruskan perniagaan mereka dan tabah menghadapi situasi ini, saya tidak kenal sesiapa di dalam pesawat MH17 itu tapi saya datang bagi menunjukkan sokongan kepada keluarga mangsa dan syarikat penerbangan kesayangan saya itu,” katanya.
Pada masa sama, seorang pramugara MAS Syed Anuar Syed Ibrahim, 48, bersama isteri Syarifah Noraini Syed Hamid, 48, turut menunggu di luar kompleks itu bagi menyertai istiadat ketibaan sembilan jenazah pada Selasa.
Syarifah Noraini berkata kedatangannya pada hari ini adalah bagi memberi sokongan kepada suaminya untuk meneruskan karier beliau.
“Suami saya berkawan rapat dengan kru pesawat malang itu, terutama Penyelia Penerbangan, Mohd Ghafar Abu Bakar, jadi secara tak langsung saya juga kenal dengan rakan-rakan beliau,” katanya.
Katanya, beliau mengambil kesempatan untuk hadir pada hari ini kerana suaminya akan mula bertugas, malam ini.
“Istiadat sebelum ini saya tidak sempat ke sini, kerana pada ketika itu suami saya sedang bertugas,” katanya. – BERNAMA
TOP
Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Dikebumikan Di S.Alam
SHAH ALAM – Jenazah juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini jam 11.30 pagi tadi.
Upacara pengebumian penuh penghormatan itu dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada saudara dan waris terdekat Allahyarham serta rakan setugas.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi; dan serta Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar turut hadir.
Terdahulu, jenazah yang dibawa menggunakan kenderaan jenazah khas dari Kompleks Bunga Raya, KLIA itu disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Yusof, serta dua anak, masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.
Pesawat Boeing 777-200, penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - BH Online
TOP
MH17: Kapten Wan Amran Seorang Dermawan
SHAH ALAM – Juruterbang pesawat MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin merupakan seorang dermawan yang sering memberi sumbangan kepada Rumah Perlindungan Positive (POSHe) di Kapar, Selangor.
Yang Dipertua Rumah Perlindungan Positive (POSHe), Mohd Fakhrul Azizi Abdul Kadir berkata, Allahyarham merupakan antara penderma utama bagi rumah perlindungan untuk anak-anak yatim positif HIV, sejak empat tahun lalu.
“Banyak sumbangan dari segi keringat dan wang ringgit telah diberikan. Sumbangannya cukup besar untuk pertubuhan ini (rumah perlindungan).
“Saya terkilan dengan pemergian arwah tetapi sebagai umat Islam, saya terima akan qada dan qadar ini.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Kapten Wan Amran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, pagi Selasa.
Allahyarham Kapten Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi Selasa.
Mohd Fakhrul berkata, kali terakhir beliau berkomunikasi dengan arwah adalah pada Ramadan lalu menerusi aplikasi Whatsapp.
“Hampir setiap bulan beliau memberi sumbangan. Selalunya kami banyak berkomunikasi dalam group whatsapp pertubuhan ini.
“Kami amat sedih dengan pemergiannya. Kita terserah kepada Allah,” katanya tanpa mendedahkan jumlah sumbangan Allahyarham Kapten Wan Amran kepada rumah perlindungan itu.
Seramai 15 anak-anak yatim ditempatkan di Rumah Perlindungan Positive di Kapar, Selangor.
Mohd Fakhrul menambah: “Dia banyak memberi sumbangan tak kira wang ringgit, barang-barang. Memang dia banyak beri sumbangan, dia memang seorang dermawan.”
Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di timur Ukraine dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal. – mStar Online
TOP
Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2014 Seluruh Negeri Malaysia
Jadual rasmi peperiksaan SPM 2014 seluruh negeri di Malaysia. Seperi sedia maklum, peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diadakan mulai 3 November 2014 sehingga 2 Disember 2014. Berikut adalah takwim rasmi SPM 2014 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2014 Seluruh Negeri Malaysia
atau klik Download jadual peperiksaan SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 from ciklaili. com
Sumber: Melvister.com
atau klik Download jadual peperiksaan SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 from ciklaili. com
Sumber: Melvister.com
TOP
Malaysia Akan Dapatkan Laporan Siasatan Awal MH17
SEPANG – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan laporan awal siasatan kotak hitam MH17 diperoleh dengan segera.
“Kita tegaskan di sini bahawa siasatan akan dijalankan walaupun laporan pra siasatan telah siap tetapi hanya akan dikemukakan oleh ketua penyiasatan Belanda. Kita belum tahu bila masanya tetapi akan dipercepatkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya KLIA, di sini.
Liow juga berkata, proses pengecaman jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 masih diteruskan.
Katanya, buat masa ini hanya satu lagi jenazah sudah dikenal pasti dan hanya menunggu urusan dokumen dan prosedur selesai sebelum dibawa pulan ke tanah air.
“Walaupun hanya satu jenazah, istiadat kita akan diteruskan…dan kita akan pastikan semua jenazah dapat balik secepat mungkin,” katanya.
Setakat ini, seramai 31 daripada 43 orang warga negara Malaysia yang terbabit dalam nahas MH17 sudah dibawa pulang ke tanah air. – BH Online
TOP
Geng Mat Rempit Serang Polis Diburu
IPOH – Polis menahan empat mat rempit dipercayai terbabit dalam kejadian menyerang kereta peronda polis dengan batu dalam satu operasi khas mengesan kumpulan terbabit di sini, semalam.
Mereka yang ditangkap adalah sebahagian kecil daripada ratusan mat rempit yang ditahan dalam serbuan polis di beberapa lokasi sekitar Ipoh.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Othman berkata, seorang yang ditahan merupakan pemilik motosikal yang terlibat dalam kemalangan merempuh kereta peronda polis berkenaan.
Menurutnya, pemilik motosikal terbabit ditahan selepas dia membuat laporan polis yang mendakwa motosikalnya dicuri sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
“Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan penglibatan dalam kejadian itu selepas motosikalnya rosak teruk akibat rempuhan kuat ketika bertembung dengan kereta peronda polis.
“Bagaimanapun, kita juga akan turut menyiasat laporannya yang mendakwa motosikalnya hilang di hadapan Balai Polis Menglembu kira-kira jam 1.30 pagi sebelum terbabit dalam kemalangan dan seterusnya terjadi provokasi itu,” katanya.
Operasi khas itu disertai 71 anggota polis dan pegawai serta Rela melakukan sekatan jalan raya serta rondaan bagi mengesan kumpulan terbabit.
Anuar berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebahagian mat rempit yang terlibat dalam kejadian itu dan gerakan mengesan mereka terus dipergiatkan.
“Hasil siasatan mendapati keempat-empat mereka yang berusia awal 20-an itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
“Kesemua yang ditahan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh, Seksyen 506 iaitu melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 425 iaitu melakukan khianat,” katanya.
Semalam, akhbar ini melaporkan kejadian serangan ratusan mat rempit yang bertindak membaling batu ke arah kereta polis setelah salah seorang rakan mereka melanggar bahagian hadapan kereta terbabit di Jalan Kledang Utara di sini.
Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, penunggang motosikal terbabit gagal dikesan apabila dia meninggalkan motosikalnya di tempat kejadian manakala, ratusan mat rempit telah merosakkan kereta peronda polis sehingga menyebabkan bahagian cermin dan lampu kereta pecah. – Sinar Harian Online
TOP
Jurugambar Bebas Disyaki Berkhalwat Dengan Ustazah
JOHOR BAHRU – Seorang jurugambar bebas ditahan pihak berkuasa agama selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga ustazah di salah sebuah sekolah tahfiz di sini, awal pagi kelmarin.
Ketika ditahan lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an itu mendakwa dia baharu masuk ke bilik bakal tunangnya itu untuk menghantar ubat atas permintaan ustazah berkenaan yang demam.
Lelaki berkenaan yang mendaftar dua bilik berasingan sebelum itu mendakwa dia dari Tangkak, Ledang dan bermalam di hotel berkenaan kerana mempunyai urusan kerja di bandaraya ini.
Ustazah terbabit memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa untuk membungkus pakaiannya sebelum dibawa menaiki van Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).
Sementara itu, seorang wanita warga Vietnam hanya mampu menangis dan merayu penguat kuasa supaya tidak ditahan selepas ditangkap berdua-duaan dengan pasangannya yang berasal dari Bangladesh.
Kedua-duanya yang berusia lingkungan lewat 20-an didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah ditahan untuk siasatan lanjut selain akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi proses pengusiran.
Kesemua yang ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) itu dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat Jaij untuk tindakan lanjut.
Serbuan Operasi Ambang Merdeka disertai sembilan anggota dan pegawai diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari yang juga bertindak sebagai ketua penguatkuasa operasi berkenaan. – Sinar Harian Online
TOP
Jenazah Kapten Wan Amran Dikebumi Di Shah Alam
SHAH ALAM – Jenazah juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terlibat dalam nahas di Ukraine, Kapten Wan Amran Wan Hussin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 di sini pagi Selasa.
Allahyarham Kapten Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi Selasa.
Istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 diadakan di Kompleks Bunga Raya KLIA yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan menteri-menteri Kabinet.
Selain beliau, satu lagi jenazah juruterbang yang tiba di KLIA adalah Kapten Eugene Choo Jin Leong.
Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai lalu di timur Ukraine dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal. - mStar Online
TOP
Arsene Wenger: Kami tidak tertekan
PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger mengakui pihaknya sedang bekerja keras mencari penyerang baharu bagi mempertajamkan lagi jentera serangan The Gunners.
Bagaimanapun jelas Wenger, ia bukan alasan yang menggambarkan bahawa pasukannya berdepan kesulitan di bahagian serangan.
Ketika ini jentera serangan Arsenal dinilai kurang berbisa berikutan mereka hanya meraih kemenangan Crystal Palace (2-1) dan terikat dengan keputusan seri menentang Everton (2-2) serta terbaharu, Leicester City, 1-1, malam semalam.
Wenger yang mengedari situasi tersebut menyangkal dakwaan itu sambil menjelaskan bahawa pasukannya masih mengasah ketajaman jentera serangan.
“Setiap pasukan pasti akan berdepan situasi itu. Manchester City yang ramai pemain penyerang juga tewas ditangan Stoke City.
“Membeli satu pemain tidak membawa erti bahawa pasukan anda akan terus menang,” katanya.
Pengendali dari Perancis itu menegaskan, dirinya tidak panik berdepan dengan situasi berkenaan.
“Akan ada tekanan sama ada ketika ketiadaan pemain yang cedera ataupun tidak. Ia selalu terjadi ketika anda tidak merekodkan kemenangan namun kami sedang berusaha untuk menjadi lebih baik,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Penjual Aiskrim Maut Dirempuh Kereta
KULIM - Seorang penjual aiskrim maut apabila motosikal dinaiki dirempuh kenderaan lain dalam kemalangan di Lebuhraya Butterworth-Kulim Ekspres (BKE) kira-kira jam 4.20 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mangsa, Chiah Eng Huat, 60, yang menunggang motosikal dipercayai berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran.
“Mangsa dipercayai datang dari arah Baling. Sebaik keluar dari stesen minyak, mangsa yang pada mulanya menunggang motosikal di sebelah kiri jalan mengubah haluan ke lorong sebelah kanan.
"Ini mengakibatkan sebuah kereta yang datang dari arah belakang gagal membrek kenderaannya sebelum merempuh mangsa," katanya kepada Sinar Harian.
Abdullah berkata, akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak ke kiri jalan sebelum digilis sebuah lagi kereta lain di bahagian kepalanya sebelum terbabas ke dalam parit.
Katanya, mangsa yang cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut.
"Ini merupakan kes kemalangan maut keempat sepanjang bulan ini dan pihak polis meminta semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati selain mematuhi undang-undang serta arahan papan tanda ditetapkan," katanya. - Sinar Harian
TOP
MH17: Hujan Renyai Selubungi Kesedihan Sambut 9 Jenazah
SEPANG – Hujan renyai-renyai yang membasahi bumi pagi ini seakan-akan turut bersedih dengan kepulangan sembilan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 8.30 pagi tadi.
Lebih pilu apabila pesawat berkenaan turut membawa jenazah dua kapten MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong.
Lapan anggota pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap berseragam putih mengiringi keranda Kapten Wan Amran terlebih dahulu diikuti empat keranda yang lain dan empat bekas abu mayat ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan sambil diperhatikan dengan perasaan sebak oleh ahli keluarga mangsa dari kejauhan.
Selesai majlis penghormatan terakhir kepada jenazah, tempoh bertafakur selama seminit diumumkan serentak di seluruh negara tepat jam 8.58 pagi dengan tetamu yang berada di landasan Kompleks Bunga Raya juga turut tunduk bertafakur mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Sementara itu, tepat jam 9.30 pagi, dua bekas abu dan satu keranda diterbangkan terus menggunakan helikopter Charlie dari landasan Kompleks Bunga Raya ke lokasi persemadian masing-masing manakala abu anak kapal Sanjid Singh Sadhu akan diterbangkan menerusi helikopter Charlie dari Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi ke Pulau Pinang.
Pesawat komersial MH19 yang membawa kumpulan ketiga terdiri daripada jenazah tujuh rakyat Malaysia dan dua rakyat Belanda itu tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA selepas selamat mendarat 6.37 pagi tadi apabila berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda pada jam 12.22 tengah hari Isnin waktu tempatan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir menyambut ketibaan jenazah berkenaan. Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri serta beberapa menteri Kabinet dan keluarga mangsa.
Setakat ini, jenazah 31 daripada 43 rakyat Malaysia sudah dibawa pulang ke tanah air.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BH Online
TOP
IS Guna Bom Berangkai Ketika Bertempur di Aleppo
BEIRUT 2 Sept. - Pertubuhan Badan pemantau Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW) semalam, mendakwa kumpulan militan Negara Islam (IS) menggunakan bom berangkai di sekurang-kurangnya satu lokasi serangan mereka.
Badan yang berpangkalan di New York itu mendakwa, berdasarkan laporan daripada pegawai Kurdish dan bukti fotografi, IS menggunakan bom berangkai pada 12 Julai dan 14 Ogos lalu.
Kumpulan militan menggunakan senjata tersebut ketika bertempur dengan puak Kurdish di bandar Ayn al-Arab, wilayah Aleppo berhampiran sempadan Turki. - AFP
TOP
Pulau Ketam Dikhuatiri Tenggelam
Pulau Ketam
KUALA LUMPUR - Pulau-pulau di sekitar perairan negeri Selangor kini berdepan ancaman kemusnahan, malah lebih buruk, ia dikhuatiri akan terus lenyap daripada peta dunia akibat terdedah kepada hakisan ombak berikutan kemusnahan besar-besaran hutan paya laut yang sebelum ini melindunginya. Dalam tempoh 20 tahun lalu, hutan paya laut seluas 6,424 hektar di perairan Selangor iaitu hampir seluas 16,060 buah padang bola, telah musnah ekoran pembangunan rakus dan kegiatan sindiket mencuri pokok bakau. Enam buah pulau yang dikesan bakal lenyap akibat mengalami hakisan teruk itu ialah Pulau Ketam, Pulau Klang, Pulau Che Mat Zin, Pulau Tengah, Pulau Selat Kering dan Pulau Pintu Gedong. Daripada kesemua pulau tersebut, hanya Pulau Ketam didiami kira-kira 5,000 penduduk. Penyelidik Program Geoinformasi Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Hamdan Omar mendedahkan, enam pulau tersebut tidak mustahil akan lenyap ekoran hakisan selepas hutan paya laut yang selama ini menjadi pelindung pulau-pulau itu musnah. "Kajian mendapati keluasan hutan paya laut di perairan Selangor pada tahun 2010 hanya tinggal 22,530 hektar berbanding 28,954 hektar pada tahun 1990. "Penyusutan hutan paya laut dalam tempoh 20 tahun di kawasan tersebut dikesan sebanyak kira-kira 22 peratus," kata beliau ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. - Kosmo!

Amy (Search) Gembira Perubahan Hidup Nabila
KUALA LUMPUR: Penyanyi Amy (Search) menjelaskan hubungan dia dengan anaknya, pelakon Nabila Huda menjadi lebih akrab terutamanya selepas tegurannya mengenai kontroversi gambar percutian Nabila bersama teman lelakinya.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, berkata, Nabila sudah banyak berubah dan lebih kerap menghubunginya bagi memaklumkan apa yang sedang dilakukannya.
Alhamdulillah semuanya memang semakin baik terutamanya hubungan kami anak-beranak selepas insiden lalu, perubahan pada diri dia sendiri semakin matang.
"Walaupun jarang berjumpa tapi dia (Nabila Huda) hari-hari berhubung dengan saya melalui mesej WhatsApp untuk bertanya khabar dan bercerita," ujarnya kepada mStar Online.
Amy berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan mereka yang renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada kasar selepas Nabila memuat naik gambar percutian dengan kekasihnya di luar negara.
Bagaimanapun, pada sambutan Hari Raya pertama lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana akhirnya dia dan Nabila sudah berbaik semula. Tambah Amy, dia sangat bahagia dan gembira dengan perubahan Nabila yang dilihatnya semakin matang dan hubungan mereka yang semakin baik. Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan cinta Nabila dengan seorang lelaki yang menjadi punca perbalahan mereka itu, Amy berkata dia tidak pernah menghalang sesiapa juga pilihan hati anaknya itu. "Saya tidak halang dia berkawan dengan sesiapa pun cuma saya mahu dia memilih seorang lelaki yang baik dan boleh menjaganya. Sebagai bapa saya sentiasa doakan yang terbaik buat dia," katanya. Sementara itu, Amy berkata apa juga kejadian dan kontroversi yang berlaku terhadap anaknya itu ia adalah satu kisah perjalanan hidupnya untuk menjadi lebih baik. Dia tidak pernah meletakkan kesalahan tersebut kepada pelakon itu kerana setiap manusia mempunyai perjalanan hidup yang mengajar mereka menjadi seorang manusia. "Saya pun pernah melalui kehidupan remaja dan bukan seorang yang sempurna, jadi saya anggap apa yang dia lalui sekarang ialah perjalanan hidup dia yang akhirnya mengajar dia menjadi seorang manusia yang lebih baik," katanya. Dalam pada itu, menyentuh soal kerjaya, Amy berkata, dia akan mengadakan persembahan solo di Singapura pada 20 September ini manakala bersama kumpulannya Search pula dijadualkan pada Disember depan. Dalam perkembangan yang sama, Amy juga dalam proses menyiapkan album solo terbaharunya yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu setelah 13 tahun tidak merakamkan album. Menurutnya, album tersebut merupakan sebuah projek istimewa yang menampilkan dia dalam sisi yang lebih segar dengan membawakan kesemua lagu genre terkini. "Album solo ini merupakan kemunculan saya selepas 13 tahun tidak buat album, kali ini pula saya akan bawa lagu-lagu baru seiring dengan zaman ini. "Walaupun saya tahu ada peminat Search yang masih mahu saya menyanyi lagu lama, namun saya rasa sudah masanya saya mencari kelompok peminat baru dengan lagu-lagu yang mengikut trend semasa," ujarnya. - mStar

'Bohonglah Kamal Tak Tahu Kami Putus' - Intan Ladyana
PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana menganggap dakwaan kononya Kamal Adli, 29, terkejut dan tidak tahu tentang status hubungan mereka putus ketika Intan mengumumkan perkara itu adalah tidak benar.
Intan, 32, berkata, keputusan tersebut dilakukan setelah mereka berbincang dan memutuskan perkara tersebut terpaksa dilakukan sebagai jalan terbaik terhadap hubungan yang dibina hampir enam tahun itu.
"Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu.
"Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Intan berkata demikian apabila Kamal dipercayai terkejut dengan berita yang diumumkan Intan itu.
Malah Kamal dikatakan meminta sedikit masa untuk berbincang tentang perkara tersebut dengan Intan terlebih dahulu sebelum dia mengeluarkan kenyataan.
Menurut Intan, dia tidak lagi berhubung dengan Kamal sejak pendedahan itu dibuat dalam satu majlis pada 25 Ogos lalu. "Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi," ujarnya. Sementara itu, ketika ditanya tentang gambar mereka berdua yang dimuat naik oleh Kamal beberapa hari lalu melalui akaun Instagram miliknya, Intan berkata dia tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Dia juga sudah tidak mengikuti laman Instagram Kamal dan begitu juga sebaliknya. "Saya tidak tahu dia muat naik gambar apa kerana saya sudah tidak follow laman sosial dia, dan dia juga tidak follow saya. "Bagi saya itu hak dia untuk memuat naik apa juga gambar yang diinginkan," ujarnya. Intan turut berharap peminat yang masih berharap hubungan mereka kembali agar terus menyokong kerjaya masing-masing secara individu. Kamal pada Khamis lalu memuat naik gambar percutian mereka tanpa sebarang kapsyen. Sehingga Isnin, gambar tersebut mendapat sebanyak 5,982 likes dan 191 komen yang kebanyakannya berharap kedua-dua artis ini kembali bersatu. Sementara itu, Kamal yang sebelum ini tidak bersedia memberikan sebarang komen tentang status hubungan mereka ini tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat. - mStar

20 polis ditahan cubaan guling kerajaan Erdogan
Tayyip Erdogan.
ANKARA 2 Sept - Pihak berkuasa Turki semalam menahan berpuluh-puluh pegawai anggota polis dalam serbuan seluruh negara ini ke atas dakwaan yang cuba menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan. Menurut laporan stesen televisyen NTV, serbuan yang jalankan sejak awal pagi di seluruh negara termasuk Istanbul dan wilayah Izmir di barat negara ini berjaya menahan 20 anggota polis. Waran tangkap turut dikeluarkan kepada 34 pegawai yang dituduh dengan beberapa kesalahan termasuk cuba menggulingkan kerajaan. - AFP

Mamat (Exist) Hidup Merana, Mahu Tebus Kesilapan
Mamat kini menumpang di rumah kenalannya di Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, semenjak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu dia lebih selesa menumpang di rumah temannya kerana dapat berkongsi masalah dengan mereka. "Saya tiada rumah di Kuala Lumpur jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan atau pun tidur di hotel. "Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara dan berkongsi masalah," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Mamat turut mengakui dia kadang-kala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silamnya termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.
Mamat muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta. Jelas Mamat, dia berharap masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukannya dan bukan terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar. "Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati perasaan sedih itu ada.| "Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar malah ia mengajar saya mengenai erti kehidupan," ujarnya. Sementara itu, Mamat berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta dan berharap lagu itu nanti akan dapat diterima peminat selepas sekian lama menyepi. Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan oleh Anita Entertainment dan dia bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan. "Klip video lagu itu juga sudah dirakamkan dan sedang menjalani proses suntingan. Harap-harap ia akan dapat diterima peminat," ujarnya. Dalam pada itu saksikan temubual video wartawan kami, Addy Junaidi bersama Mamat menerusi ruangan Zoom. Penyanyi ini menjelaskan pendapatannya terjejas. Wajah terbaharu Mamat mengejutkan banyak pihak kerana dia kelihatan cengkung bagaikan tidak terutus. Klik di sini:http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2014/09/02/video-mamat-exist/- mstar

Yantzen Terima Hakikat Sudah Tidak Popular
Yantzen terima hakikat zaman kegemilangannya sebagai seorang penyanyi sudah berlalu. Foto ROHAIZAT DARUS.
PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Singapura, Yantzen tidak terkilan jika namanya semakin dilupakan kerana ia adalah lumrah kehidupan sebagai seorang artis. Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 56, berkata, dia menerima hakikat zaman kegemilangannya sudah lama berlalu tambahan pula kehadiran penyanyi-penyanyi baharu yang mewarnai industri hiburan ketika ini yang tidak langsung melenyapkan penyanyi-penyanyi lama. "Saya tak kisah pun sudah tidak popular kerana zaman kegemilangan itu saya sudah rasai dan kini ia digantikan pula dengan wajah-wajah baharu. Tiada apa yang perlu disedihkan kerana sekurang-kurangnya masih ada orang yang ingat pada lagu-lagu nyanyian saya malah undangan membuat persembahan masih banyak biarpun ia tidak mendapat liputan media," katanya kepada mStar Online. Yantzen sebelum ini adalah vokalis kumpulan Rusty Blade akhir 1980 sebelum menyertai kumpulan May pada tahun 1992 dan selepas itu bergerak secara solo. Dalam pada itu, Yantzen berkata, selain memenuhi undangan nyanyian dia kini banyak meluangkan masa dengan melakukan aktiviti amal dalam membantu golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim.
Yantzen kini lebih banyak terlibat dengan aktiviti amal. Jelas Yantzen, dia juga turut menubuhkan sebuah pertubuhan bagi tujuan tersebut dan mengajak golongan belia untuk sama-sama dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Penglibatan golongan belia terutamanya remaja dalam pertubuhan ini bukan sahaja dapat mendidik mereka tentang keperluan membantu sesama manusia tetapi salah satu kaedah supaya mereka menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah. Alhamdulillah lawatan yang kami lakukan di beberapa lokasi mendapat sambutan baik daripada golongan ini malah mereka juga turut menghulurkan bantuan kewangan biarpun jumlahnya tidak besar tetapi ia menunjukkan semangat mereka untuk membantu," jelasnya. Sementara itu, Yantzen berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan album terbaharu kerana sedar dengan masalah kejatuhan penjualan album yang dihadapi oleh industri muzik tempatan. Kos menjadi faktor utama dan dengan pasaran sekarang bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album dan saya sangat realistik terhadap perkara itu," katanya. - mstar

Mariah Carey Tidak Lagi Pakai Cincin Kahwin
Mariah muncul dikhalayak selepas berita perpisahannya dengan Nick Cannon tersebar.
PENYANYI Mariah Carey dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya ketika keluar makan tengah hari bersama anak kembarnya, Monroe dan Moroccan, yang berusia tiga tahun di Da Mikele di Tribeca, New York pada Jumaat lalu. Majalah People melaporkan, itu adalah kali pertama Mariah, 44, muncul di khalayak selepas berita perpisahan dengan suaminya, Nick Cannon dilaporkan pihak media. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu mereka berdua nekad untuk menamatkan perkahwinan tersebut dan bersetuju untuk memberi tumpuan kepada anak-anak. Malah Nick, 33, turut dilihat menghabiskan masa bersama Mariah dan anak-anak untuk makan malam di apartmen mewah miliknya.
Mariah dan anak kembarnya, Moroccan dan Monroe.
Pasangan berkenaan berkahwin pada 30 April 2008 dan memperbaharui ikrar perkahwinan mereka setiap tahun. Bagaimanapun pihak media mula menghidu keretakan rumah tangga pasangan berkenaan selepas Mariah dilaporkan meminta Nick membatalkan semua kejutan yang ingin dilakukannya bersempena ulang tahun keenam perkahwinan mereka April lalu. Mariah bakal mengadakan konsert jelajah dunia pada Oktober depan dan Malaysia adalah persembahan pertama penyanyi itu di negara Asia Tenggara.- mstar

Artis Wanita Taiwan Seiras Lee Min Ho
Megan (kiri) membawa watak tomboy sehingga dikatakan seiras dengan Lee Min Ho.
PELAKON cantik Taiwan Megan Lai, 34, yang pernah membintangi filem berjudul Mars bersama Barbie Hsu dan Vic Zhou menjadi perbualan hangat di media sosial. Megan Lai yang membawakan watak wanita tomboi dalam filem Cafe. Waiting. Love ini dikhabarkan menyerupai aktor popular Korea, Lee Min Ho. Wanita itu dikatakan mempunyai karakter lelaki yang membuatkan kebanyakan wanita akan jatuh hati hingga suaranya turut berubah seperti suara lelaki. Megan turt terkejut apabila sebuah media Taiwan menunjukkan foto Lee Min Ho yang sama seperti dirinya dalam watak tersebut. "Saya pernah diberitahu oleh pihak media Taiwan tentang perkara ini, saya sangat terkejut bila mereka menunjukkan gambar aktor Korea itu. "Bagi saya ia adalah satu pujian besar dan menganggap karakter tersebut sudah berjaya," katanya. Cafe. Wanting. Love. merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada novel berjudul You Are The Apple Of My Eyes.- mstar

Semua 156 Anggota PPS Dibebaskan Dengan Jaminan
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri yang juga Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Phee Boon Poh (dua dari kanan) memberi bunga ros kepada anggota PPS yang dibebaskan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town, malam Isnin. Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Polis membebaskan kesemua 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang sebelum ini direman di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. Kumpulan terakhir terdiri daripada 11 anggota berjalan keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah George Town pada pukul 11.18 malam Isnin. Kumpulan pertama, termasuk Pengerusi PPS, Phee Boon Poh, dibebaskan pada pukul 6 petang. Seramai 21 anggota PPS dibebaskan pada Ahad. Hanya R.S.N. Rayer, ditahan bagi membantu siasatan berhubung PPS.- mstar

EPL: Pintu Pemindahan Pemain Labuh Tirai
PINTU pemindahan pemain Liga Perdana Inggeris akhirnya melabuhkan tirai pada Isnin.
Dalam sesi pemindahan kali ini terdapat kelab seperti chelsea seakan selesa dengan skuad yang dibentuk sejak selepas Piala Dunia walaupun Manchester City, Arsenal dan Manchester United terpaksa menggunakan sepenuh tempoh untuk membawa pemain baharu.
United yang dikendali Louis van Gaal kelihatan terdesak untuk membawa masuk pemain baharu bagi memboleh skuad berkenaan beraksi mengikut formasi 3-5-2.
Arsenal pula aktif pada minit terakhir pemindahan apabila memerlukan penyerang yang mampu mengambil tugas Oliver Giroud yang mengalami kecederaan.
Tekanan itu dirasai skuad Arsene Wenger selepas mereka seri 1-1 dengan Leicester pada Ahad.
Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada kelab-kelab gergasi tersebut berhubung pemain yang ditandatangani pada saat akhir setakat pukul 11 malam Isnin waktu Malaysia.- mstar
TOP
Falcao Ke Man United Dengan Yuran €65 Juta, Kontrak 4 tahun
WARTAWAN Colombia melaporkan penyerang kebangsaan negara itu, Radamel Falcao telah bersetuju untuk bersama Manchester United menerusi yuran perpindahan sebanyak €65 juta.
khabar angin yang mula dilaporkan oleh wartawan Direct TV Sports, Saris Bello di laman Twitternya kemudian turut dilaporkan oleh wartawan radio Caracol dan Direct TV, Andres Morocco.
Bello dilaporkan berkata, Falcao bakal menjadi pemain United pada Isnin dengan yuran perpindahan sebanyak €65 juta untuk kontrak selama empat tahun dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Morocco pula memuatnaik status sama selepas dua jam Bello melaporkan berita tersebut.
Bagaimanapun berita itu tidak dilaporkan di Direct TV yang merupakan tempat kedua-dua mereka bertugas.
Selain itu, khabar angin tersebut turut disangkal oleh media Colombia lain kerana mustahil bagi United untuk mengeluarkan perbelanjaan setinggi itu selepas mereka mendapat Angel di Maria minggu lalu.
Jika benar Falcao akan menyertai United, sudah pastinya Ketua Eksekutif kelab itu, Ed Woodward akan mendapatkan diskaun kerana penyerang Monaco terbabit turut mempunyai kecederaan lutut yang serius.
Selain United, Arsenal turut sedang berkerja keras untuk mendapatkan Falcao sebelum tingkap perpindahan pemain melabuhkan tirai pada Isnin.- mstar
TOP
Pengguna Belum Bersedia Guna Tol Elektronik Di Sungai Rasau, Batu Tiga
Lorong tunai masih menjadi pilihan kebanyakan pengguna lebuh raya.
SHAH ALAM: Rata-rata pengguna Lebuhraya Persekutuan dilihat masih tidak bersedia untuk mempraktikkan kaedah bayaran tol secara elektronik di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga. Melalui pemerhatian yang dilakukan selama dua jam oleh Bernama di kedua-dua tol berkenaan, masih kelihatan ramai pengguna memilih menggunakan kaedah tunai untuk membayar tol. Tinjauan juga mendapati kenderaan beratur panjang di laluan tunai dan keadaan menjadi bertambah sesak terutamanya ketika waktu tengah hari. Seorang pengguna, Mohd Sufian Jamaludin, 30, ketika ditemui berkata penangguhan perlaksanaan tol elektronik merupakan satu tindakan yang wajar diambil kerana masih ramai pengguna belum bersedia ke arah itu. Katanya lagi, pihak PLUS Malaysia Berhad (Plus) perlu memikirkan cara lain yang lebih berkesan bagi mengatasi kesesakan di kedua-dua tol berkenaan. Dalam tinjauan itu juga, didapati pondok jualan kad PLUSMiles dan Touch 'n Go yang didirikan berhampiran kedua-dua plaza tol berkenaan kurang mendapat sambutan daripada pengguna. Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam kenyataannya yang bertarikh 29 Ogos lepas mengatakan Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Plus agar menangguhkan perlaksanaan pembayaran tol sepenuhnya melalui cara elektronik di kedua-dua plaza tol berkenaan yang sepatutnya bermula Isnin kepada tarikh yang akan diumum kelak. Menurut kenyataan itu penangguhan berkenaan dilakukan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mendapatkan kad PlusMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG. Pada masa sama ia juga bertujuan untuk membiasakan pengguna menggunakan kaedah transaksi itu terlebih dahulu.- mstar

Dua Pegawai Kebajikan New Zealand Ditembak Mati
WELLINGTON: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pegawai kebajikan New Zealand sebelum melarikan diri dengan sebuah basikal, demikian menurut polis.
Polis mula memburu suspek kes berkenaan yang dipercayai masih berada di bandar kecil di Ashburton.
Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam rumah masing-masing dan tidak mendekati suspek yang dikenali sebagai John Henry Tully.
"Pencarian terhadap suspek adalah berterusan dan polis akan mengawal situasi di sini," kata jurucakap polis.
Media tempatan melaporkan bahawa dua mangsa yang maut itu adalah wanita.- mstar
TOP
Polis Teliti Rakaman CCTV Kediaman Ketua Menteri - Abdul Rahim
Polis menjalankan pemeriksaan selepas kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dibaling molotov cocktail.
GEORGE TOWN: Polis telah meneliti rakaman CCTV di kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mengenal pasti suspek yang membaling molotov cocktail di kawasan kediaman itu, malam Sabtu lepas. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, menerusi rakaman CCTV itu kelihatan seorang lelaki menunggang sebuah motosikal dan berhenti di hadapan kediaman ketua menteri di Jalan Pinhorn sebelum membakar molotov cocktail dan membaling ke arah rumah berkenaan. "Lelaki itu dipercayai berusia lingkungan 20-an dan setakat ini polis belum dapat mengenal pasti suspek berkenaan. Kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil membantu siasatan. "Polis juga akan edarkan rakaman dan lakaran wajah lelaki berkenaan dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan kes itu," katanya pada sidang akhbar, di sini, Isnin. Dalam kejadian 11.48 malam itu, seorang suspek membaling molotov cocktail ke arah tempat letak kereta di kediaman Lim sebelum ia meletup dan terbakar. Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, polis masih menunggu laporan polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau berkata, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada Interpol Singapura, Myanmar dan Filipina bagi mengesan empat lagi rakyat asing yang dicari untuk membantu siasatan kes itu. "Kami masih menunggu maklumat daripada Interpol dan berharap ia dapat diperoleh dalam tempoh terdekat," katanya. Pesta itu hangat diperkatakan baru-baru ini apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk 'Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang' tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.- mstar

Umno Bukan Parti Nepotisme - Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
KOTA KINABALU: Umno bukan parti yang mengamalkan nepotisme, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Walaupun terdapat pemimpin Umno yang mengikuti jejak langkah bapa masing-masing untuk berkecimpung dalam politik, Mukhriz berkata, penyertaan mereka ditentukan oleh masa. "Memang saya orang yang tidak sesuai untuk berkata mengenai nepotisme kerana saya adalah anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Tetapi saya menceburi bidang politik pada 2004 iaitu setahun selepas bapa saya bersara. Jadi tak patut pembangkang tuduh saya atau Umno sebagai nepotisme," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Penampang di sini, Isnin. Mukhriz, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, nepotisme jelas diamalkan oleh pembangkang seperti di Pulau Pinang dan Selangor. "Penasihat DAP Lim Kit Siang letak anak dia Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dan sekarang jadi ketua menteri Pulau Pinang pula. "Di Selangor, PKR buang menteri besarnya (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) kerana penasihatnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak isterinya (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) jadi menteri besar," katanya. Malah, Mukhriz berkata, pemilihan Guan Eng, yang berasal dari Melaka, dan Dr Wan Azizah, yang berasal dari Pulau Pinang, untuk jawatan ketua menteri dan menteri besar masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor menunjukkan Pakatan Rakyat tidak yakin dengan kemampuan anak jati negeri terbabit untuk menjadi pemimpin.- mstar

1,420 Terbunuh Akibat Keganasan Di Iraq Sepanjang Ogos
Runtuhan bangunan akibat keganasan di Iraq. Foto EPA
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 1,420 orang terbunuh akibat keganasan di Iraq sepanjang bulan lalu. Menurut Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Iraq, sekurang-kurangnya 1,370 orang cedera dalam tempoh yang sama. Ia berkata, angka tidak termasuk di wilayah Anbar, di barat Baghdad. Tambah kenyataan itu, terdapat kesukaran untuk mengesahkan insiden di kawasan-lawasan di mana pertempuran berlaku atau di luar kawalan kerajaan. - AFP

MH17: Upacara Pengurusan Jenazah Islam Penuh Sopan dan Tertib
Tahlil dipimpin Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat (dua, kanan) dan pegawai JAKIM yang bertanggung jawab menguruskan jenazah muslim iaitu Ustaz Mohd Ajib Ismail (tiga, kanan) ketika di Belanda.
KUALA LUMPUR: "Assalamualaikum. Siapa pun kamu, apa jua keadaan kamu, kami hanyalah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. "Bantulah kami dalam menyempurnakan jasad kamu sebelum dikebumikan nanti. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah." Itu antara ucapan, doa dan amalan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebaik sahaja menerima mana-mana jenazah pesawat malang MH17 untuk upacara pengurusan jenazah mengikut agama Islam. Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, Belanda, jenazah kemudian melalui lima proses penting. Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar. Selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. Sebaik sahaja jenazah tiba di rumah mayat itu, pasukan Jakim terdiri daripada pakar bahagian pengurusan jenazah akan dimaklumkan oleh kedutaan Malaysia di Belanda, Penerbangan Malaysia (MAS) atau agensi yang dilantik untuk menguruskan jenazah mengikut agama Islam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jakim, Mohd Ajib Ismail berkata, jenazah yang diletakkan di dalam bilik yang ditetapkan rumah mayat itu kemudian akan menjalani proses 'embalming' sebelum boleh dimandikan atau dikafankan. "Sekiranya jenazah tersebut lelaki, proses embalming akan dilakukan oleh pekerja lelaki Monuta Innemee. "Kemudian, kami akan meminta pasukan pemandi jenazah lelaki dan perempuan (bergantung kepada jenazah) untuk bersedia menjalankan tugas dengan kelengkapan pakaian khas dan peralatan memandikan jenazah yang dibawa dari Malaysia. "Ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk memandikan jenazah menggunakan air atau sebaliknya berdasarkan kepada keadaan mayat atau jenazah yang diterima pada masa itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini. Seorang pemandi jenazah yang enggan dikenali berkata, dalam memudahkan tugas di fasa ini, beliau akan cuba 'berbual' ringkas dengan jasad dan 'buat seperti biasa' tanpa ingin tahu siapa jenazah tersebut. Seterusnya, Mohd Ajib yang juga koordinator pasukan Jakim sepanjang tugasan di Belanda itu berkata, jika sesuai dimandikan atau boleh menggunakan air atau dialirkan air, maka jenazah tersebut akan dimandikan. Jelasnya, proses seterusnya dilakukan dengan kelengkapan set pemandian atau peralatan jenazah seperti kebiasaan yang dilakukan apabila memandikan jenazah Malaysia. "Proses mandi akan dimulakan oleh ketua pemandi jenazah dengan dibantu oleh semua anggota pasukan berdasarkan pada jantina jenazah. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit berdasarkan kepada keadaan jenazah. "Jika jenazah tidak boleh kena air atau dilalukan air dan boleh luput bila terkena air, ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan untuk menggunakan kaedah tayamum dan kelengkapan tayamum perlu disediakan di tempat pemandian yang juga dibawa khas dari Malaysia. "Proses tayamum akan dimulakan berdasarkan jantina jenazah dan proses ini makan masa sekurang-kurangnya 30 minit," katanya. Mohd Ajib menambah setelah proses mandi atau tayamum selesai, ketua pemandi jenazah akan memulakan proses mengkafan jenazah dengan bantuan anggota pasukan. Beliau berkata, jenazah tersebut akan diangkat ke pangkin bersih di sebelah pangkin mandi yang telah dihamparkan kain kafan berserta kapas dan keperluannya dengan lapisan keduanya, lapisan plastik memandangkan jenazah ini akan dibawa (pulang) jauh sebelum diikuti dengan lapisan kain putih yang lain. Menurutnya, selepas dikafankan, jenazah akan diangkat ke dalam keranda jenazah oleh kakitangan rumah mayat itu untuk proses selanjutnya sebelum diletakkan ke dalam sebuah bilik khas. Difahamkan antara proses itu ialah 'menghias dan mencantikkan keranda' selain meletakkan bendera Jalur Gemilang. Sebaik selesai proses tersebut, jenazah kemudian disolatkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd Manaf Mat yang turut menganggotai pasukan itu sebelum dipersiapkan untuk dihantar pulang. Sementara itu, Mohd Ajib berkata, pasukannya seringkali ditanya sesetengah pihak mengenai bagaimana keadaan fizikal jenazah yang telah lama meninggal itu. Jelasnya, baik mana-mana jenazah sekalipun, tugas mereka hanyalah menyempurnakan upacara pengurusan jenazah dan tidak akan sekali-kali membuka aib atau rahsia jenazah. "Jenazah telah pun pergi. Tidak perlulah diketahui akan keadaan mereka sebaik sahaja kami terima kerana itu tidak penting, yang pentingya jenazah selamat disempurnakan. "Apa yang patut kita semua lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mana-mana jenazah agar tenang di alam seterusnya," katanya. Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral ,Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Khamis lepas berkata, di Putrajaya bahawa istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) esok (2 September) dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing. Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke Malaysia dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas MAS. Satu lagi jenazah dihantar pulang pada Sabtu lepas, manakala tiga jenazah dihantar pulang pada Ahad. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Sebanyak 43 daripada mereka adalah warga Malaysia. - mstar

Keuntungan China Eastern Airlines Merudum
BEIJING: Keuntungan bersih China Eastern Airlines, antara syarikat penerbangan yang dikendalikan kerajaan, merudum 97.76 peratus berasaskan tahun ke tahun bagi separuh pertama 2014 kepada 14 juta yuan (US$2.28 juta).
Menurut laporan agensi berita Xinhua, syarikat penerbangan itu menyatakan ketidakstabilan geopolitik, kekurangan pengembara kelas perniagaan mewah dan perkhidmatan rel berkelajuan tinggi, sebagai faktor kemerosotan.
Laporan Xinhua menyebut perolehan syarikat itu bagaimanapun meningkat 2.68 peratus kepada 42.59 bilion yuan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Syarikat penerbangan berpangkalan di Shanghai itu menjangkakan berdepan peluang dan cabaran seperti ketidakpastian pemulihan ekonomi global, pertumbuhan berterusan pasaran penerbangan China serta persaingan hebat bagi separuh kedua tahun ini," kata laporan itu.
Sementara itu, keuntungan bersih syarikat penerbangan kemegahan China, Air China, merosot 57.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, lapor Radio Antarabangsa China.
Radio penyiaran antarabangsa milik kerajaan itu melaporkan syarikat tersebut kehilangan 721 juta yuan (US$117 juta) bagi separuh pertama tahun ini.
Syarikat itu menyatakan kadar pertukaran asing merupakan faktor utama kemerosotan keseluruhan keuntungan separuh pertama tersebut.- mstar
TOP
CIMB Lantik Tengku Zafrul Sebagai Pemangku Ketua Eksekutif
Tengku Datuk Zafrul
KUALA LUMPUR: Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd, telah dilantik sebagai pemangku Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, berkuat kuasa 1 September. Ketua Eksekutif kumpulan sekarang ini, Datuk Seri Nazir Razak akan menjadi Pengerusi CIMB Group, menggantikan Tan Sri Md Nor Md Yusof, yang akan bersara pada tarikh yang sama. Pengumuman pelan peralihan kepimpinan itu telah dibuat pada 3 Julai, 2014. Penganalisis tempatan berpendapat, peralihan kepimpinan dalam CIMB Group tidak mungkin memberi kesan ke atas operasi kumpulan itu dalam masa terdekat.- mstar

Krisis Selangor: PKR Rangka Surat Jawapan Kepada Istana
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah merangka surat jawapan kepada Sultan Selangor berhubung titah supaya lebih banyak nama dikemukakan bagi mengisis jawatan menteri besar.
Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat itu kepada istana berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
"Tuanku meminta nama-nama calon dan bukannya penjelasan. Bagaimanapun kita tetap akan menyatakan beberapa fakta dalam surat itu berkaitan isu ini," kata Saifuddin.
Sultan Sharafuddin, dalam surat yang dikeluarkan oleh setiausaha sulitnya pada 26 Ogos lalu mengarahkan PAS, PKR dan DAP untuk menghantar lebih daripada dua untuk jawatan tersebut selewat-lewatnya pada Rabu ini.
Saifuddin berkata surat itu dirangka olehnya sendiri dan kini sedang menunggu kelulusan kepimpinan parti.
"Mungkin ada perubahan kepada kandungannya, tetapi apabila sudah diluluskan," katanya.- mstar
TOP
NCIA Setuju Jayakan Projek Hospital, Lebuh Raya
BANDAR BAHARU: Projek membina sebuah hospital dan lebuh raya Bagan Samak-Sungai Petani akan menjadi kenyataan apabila Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersetuju menjayakan projek itu bersama kerajaan pusat.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri, Sabrina Mohd Noor berkata pihaknya telah berbincang secara serius dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NCIA, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak tentang usaha menjayakan projek itu.
"Kedua-dua projek itu merupakan antara manifesto Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu dan sasarannya kini telah hampir dicapai dengan kerjasama kerajaan pusat dan NCIA," katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Seindah Syawal 2014 anjuran NCIA di perkarangan Masjid Al-Ridzuan, kampung Celong di sini, Isnin.
Katanya, dengan adanya sebuah lebuh raya baharu yang jaraknya kira-kira 80 kilometer itu, ia akan merancakkan lagi ekonomi di beberapa kawasan seperti Sungai Kob, Padang Serai dan pekan Mahang.
"Lebuh raya ini akan memendekkan jarak antara daerah Bandar Baharu dengan Sungai Petani hampir 20 kilometer di samping laluan akan lebih lancar," katanya.
Sementara itu, Redza berkata agenda pembangunan yang ditekankan NCIA adalah berteraskan kesaksamaan dengan warga setempat bagi memastikan faedah dapat dirasai bersama.
Beliau berkata NCIA akan turut membantu bagi melahirkan struktur pembangunan sokongan yang dapat membantu mempercepatkan projek seperti hospital dan lebuh raya berkenaan.
"Ini adalah kerana kedua-dua projek tersebut memang amat diperlukan golongan rakyat majoriti di daerah ini," katanya.- mstar
TOP
Kesungguhan Chong Wei Tiada Bandingan - Khairy
KUALA LUMPUR: Meskipun jaguh bandminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal memenangi gelaran juara selepas tewas kepada pemain China, Chen Long pada Kejohahan Dunia, khidmat beliau terhadap negara tiada bandingnya, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata jelas kelihatan kesungguhan yang ditonjolkan pemain nombor satu dunia itu dalam usaha merealisasikan harapan peminat negara.
"Chong Wei telah tunjukkan satu persembahan yang bersemangat dan saya harap beliau tidak putus asa kerana dia masih lagi menjadi harapan terbaik negara untuk dapat pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
"Beliau telah maklumkan kepada saya bahawa dia tidak akan berhenti lagi dan saya minta selepas ini agar Chong Wei tumpu kepada Sukan Asia pula, yang akan berlangsung tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menyertai program Senamrobik anjuran radio Era FM di Tasik Titiwangsa, di sini, Isnin.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Copanhagen, Denmark itu, Chong Wei tewas dalam satu perlawanan sengit kepada pemain pilihan kedua, Chen Long dari China 19-21 dan 19-21 dalam final perseorangan lelaki.
Dalam perlawanan yang berlanjutan selama satu jam sembilan minit itu, Chong Wei kelihatan memberi harapan untuk menang kepada para peminat namun lawannya lebih menonjol dan bersedia untuk menerima gelaran terbesar itu.
Beliau sebelum ini, sejak tahun 2012 layak ke final namun selepas tiga tahun berturut-turut masih belum berupaya merebut gelaran juara Kejohanan Dunia.
Mengulas secara keseluruhan penyertaan Malaysia pada Kejohanan Dunia yang berakhir malam tadi, Khairy berkata memang pihaknya tidak menjangkakan sebarang keputusan daripada pasangan beregu.
"Beregu lelaki kini berada dalam proses peralihan dan penstrukturan semula sebab mereka nak tukar pasangan, jadi memang kita tidak menjangkakan pasukan beregu lelaki dapat kejayaan yang cemerlang.
"Bagi beregu wanita pula, mereka baru nak membangun.. baru dapat kejayaan di peringkat Sukan Sea dan ada sedikit kita lihat di peringkat Sukan Komanwel... beregu wanita kita sudah lama ketinggalan," katanya.
Khairy berkata Malaysia sudah lama tidak memiliki pemain beregu wanita hebat namun beliau berharap peminat sukan itu memberi sedikit masa kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mencari bakat yang boleh diketengahkan.
Sementara itu, semasa mengulas masalah yang dihadapi BAM berkaitan dengan rombakan kejurulatihan, latihan dan para pemain, Khairy berkata beliau mencadangkan kepada BAM untuk melantik seorang pengarah teknikal bagi menyelesaikan kemelut yang melanda BAM.
"Saya telah maklumkan kepada BAM mungkin kita kena dapatkan khidmat seorang pengarah teknikal yang boleh menjaga keseluruhan kejurulatihan sebab buat masa ini tidak ada seorang ketua atau pengarah jurulatih.
"Kita ada Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih tetapi tidak ada pengarah yang dipisahkan daripada jurulatih-jurulatih biasa. Dulu kita ada Morten Frost (bekas pengarah kejurulatihan) dan mereka kini sedang pertimbangkan cadangan saya," katanya.
Katanya, pihaknya bersama pengurusan BAM kini sedang mencari calon yang layak bagi jawatan pengarah teknikal dan beberapa nama termasuk dari negara China, yang telah pun dibincangkan.- mstar
TOP
Tiga Anggota PPS Positif Dadah - Polis
Sebahagian daripada 154 anggota PPS di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
GEORGE TOWN: Tiga daripada 136 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang masih ditahan polis didapati positif ujian dadah jenis methamphetamine, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid. Beliau berkata, pemeriksaan polis juga mendapati beberapa anggota PPS yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan berada dalam senarai dikehendaki polis. Semalam polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh. Bagaimanapun, dua puluh orang terdiri daripada tujuh wanita dan warga emas berusia lebih 60 tahun dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi. Mior Faridalatrash berkata, proses mendapatkan perintah tahanan reman terhadap 136 anggota PPS sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini bermula pukul 12 tengah Isnin. "Sehingga pukul 1.30 tengah hari, proses reman masih dijalankan dan semuanya berjalan lancar," katanya. Tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati 20 peguam, termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer memasuki IPD Timur Laut pagi ini manakala keadaan di luar ibu pejabat polis itu sesak dengan orang ramai yang berkumpul.- mstar

Nigel De Jong Pemain Baharu Man United?
De Jong (kanan) bersama Louis van Gaal ketika saingan Piala Dunia lalu.
MANCHESTER United dilapor sedang berusaha menandatangani pemain tengah AC Milan, Nigel de Jong sebelum tingkap perpindahan ditutup dalam tempoh kurang 24 jam, lapor Goal.com. United ketika ini sedang melengkapkan pemindahan Daley Blind dari Ajax dengan yuran perpindahan sebanyak £13.8 juta. Tetapi kelab tersebut masih mahukan pemain berusia 29 tahun itu yang dianggarkan bernilai £8 juta bagi memantapkan barisan pemain tengah menerusi formasi 3-5-2. Goal.com sebelum ini pernah mendedahkan bahawa Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward pernah menemui De Jong di London pada Ogos. Perbincangan antara kedua-dua pihak tersebut masih diteruskan selepas itu tetapi tanpa sebarang persetujuan rasmi dicapai sehingga setakat ini.- mstar

Falcao Bakal Milik Man United
Ramadel Falcao
MANCHESTER United dilaporkan telah memenangi persaingan bagi mendapatkan Radamel Falcao dari Kelab Monaco menerusi pinjaman selama setahun. Penyerang bernilai £12 juta itu akan mengiringi Angel di Maria, Daley Blind, Luke Shaw, Ander Herrera dan Marcos Rojo sebagai pemain baharu pilihan pengendalinya, Louis van Gaal. Penyerang antarabangsa Colombia berusia 28 tahun itu setakat ini belum menandatangani terma peribadi namun difahamkan akan menerima gaji sebanyak £200,000 seminggu. Falcao yang menjadi pemain terakhir dibeli United pada pintu pemindahan kali ini dijangka tiba di Manchester menaiki pesawat peribadi kelab berkenaan. Penyerang berskil itu sebelum ini dilapor akan menyertai Arsenal atau Manchester City yang mula menjejakinya sejak minggu lalu. Bagaimanapun, United telah membuat kejutan diakhir tempoh pemindahan dengan memberi tawaran lebih tinggi kepadanya untuk memastikan pemain terbabit dapat menggantikan Robin van Persie yang mengalami kecederaan ketika ini. Ketibaan Falcao sebagai penyerang baharu United juga memaksa kelab itu menjual Danny Welbeck dan Javier Hernandez.- mstar

Kerajaan Beri Jaminan Teruskan Usaha Mencari Mangsa Tragedi MH17
SEPANG: Kerajaan memberi jaminan akan meneruskan usaha mencari warga Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kabinet baru-baru ini memutuskan supaya pasukan penyiasat dan pihak keselamatan Malaysia kembali ke lokasi nahas untuk mencari mangsa tragedi.
"Ini memberi harapan kepada keluarga yang tidak disenaraikan termasuk diri saya dan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya, merujuk kepada Puan Sri Siti Amirah Kusuma, yang juga nenek tirinya dan seorang daripada mangsa nahas pesawat itu.
Siti Amirah Kusuma, 83, merupakan isteri kedua Allahyarham Tan Sri Mohammad Noah Omar, iaitu datuk kepada Hishammuddin dan juga Najib. Allahyarham Mohammad Noah meninggal dunia pada 1990.
"Kita terus berdoa bakinya (warganegara Malaysia) yang mungkin masih di lokasi nahas," kata Hishammuddin dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya di sini.
Sidang media bersama itu disertai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sebanyak 43 warga Malaysia berada dalam pesawat Boeing 777-200 dan setakat ini, 24 jenazah warga Malaysia telah dihantar pulang ke tanah air.
Hishammuddin bersyukur dengan tindakan proaktif dalam membawa pulang jenazah warga Malaysia dan kotak hitam.
"Kalau tiada tindakan proaktif memandangkan perkembangan peperangan di Ukraine, kemungkinan besar jika tidak ambil kesempatan dan ambil kotak hitam, usaha membawa jenazah keluar dari lokasi nahas, mungkin mustahil kita dapat mengaturkan istiadat seperti ini.
"Kita berusaha sedaya upaya untuk memberi penghormatan kepada mereka yang berada dalam tanggungjawab kita," katanya.
Hishammuddin berkata, kerajaan berjanji untuk meneruskan usaha menuntut keadilan bagi mangsa dan keluarga tragedi yang tidak berdosa.
"Peguam Negara dan agensi risikan antarabangsa sedang mengumpul bukti. Kita pastikan apa yang dijanji perdana menteri, kita akan bawa mereka yang terlibat dan dalang menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan diteruskan," katanya.
Sementara itu, Liow berkata, setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia dikenal pasti.
Beliau berkata, 587 bahagian badan telah dibawa ke Kem Perubatan Tentera Hilversum, Belanda, manakala 183 jenazah telah dikenal pasti.
"Sebanyak 115 jenazah masih dalam siasatan dan proses mengenal pasti identiti," katanya.
Liow berkata, jenazah Tambi Jiee yang berada dalam pesawat MH17 bersama lima lagi anggota keluargnya, akan dibawa pulang dalam sesi seterusnya.
Sebelum ini, jenazah isteri, Ariza Ghazalee dan anak sulungnya Mohd Afif telah dibawa pulang pada 22 Ogos.
"Kita memerlukan lima dokumenasti. Asalkan ia mendapat pelepasan, kami akan maklumkan. Kami tidak tahu selama mana tempoh masa akan diambil. Kami tidak tunggu untuk bilangan, walaupun satu jenazah," katanya.
Liow berkata, selepas mengenal pasti semua jenazah, keluarga akan dimaklumkan mengenai proses membawa balik jenazah dalam sesi-sesi seterusnya.
"Kementerian Pengangkutan akan terus bekerjasama dengan semua kementerian untuk memastikan semua urusan jenazah MH17 dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya," katanya.
Mengenai kotak hitam, Liow berkata, hasil siasatan akan diumumkan pasukan penyiasat antarabangsa bulan ini namun ia bergantung kepada pihak Belanda yang mengetuai siasatan untuk mengumumkannya. - mstar
TOP
Senarai Jenazah Mangsa MH17 Yang Tiba Esok
Anggota tentera mengadakan latihan penerimaan jenazah mangsa MH17 di Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Isnin.
SEPANG: Berikut ialah senarai jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Selasa untuk istiadat penghormatan.
Warga Malaysia:
1) Kapt Wan Amran Wan Hussin (L)
2) Subashni Jretnam (P)
3) Kaelamayajay Goes (P)
Jenazah tiga ahli keluarga Goes akan tiba ke tanah air esok.
4) Kapt Eugene Choo Jin Leong (L)
5) Sanjid Singh Sandhu (L)
6) Muhd Firdaus Abdul Rahim (L)
7) Loh Yan Hwa (P)
Yan Hwa bersama suami Fan Shun Po
Warga Belanda:
1) Paul Goes (L)
2) Fan Shun Po (L) - mstar

Tiada Maaf Lagi, Tegas Ketua Polis Negara
KELMARIN dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, seorang daripadanya menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ‘anjing Barisan Nasional’.
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.
Hari ini salah seorang daripadanya, Viktor Wong telah mengemaskini statusnya yang memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM atas kebiadapannya itu.
Ia berbunyi:
“Hello @PDRMsia @KBAB51, saya menarik balik kenyataan ‘anak haram’ dan memohon maaf kepada anda dan semua anggota.”
Tetapi ia gagal melembutkan hati Khalid yang nampaknya makin ‘bosan’ dengan tindakan mereka yang suka mencabar undang-undang dan kedaulatan negara.
Ini jawab Khalid dalam twitter terbarunya petang tadi;
Ambil ubat! – Mynewshub.my

Kisah Dan Pengalaman Memandikan Jenazah MH17
“Assalamualaikum. Siapa pun kamu, apa jua keadaan kamu, kami hanyalah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
“Bantulah kami dalam menyempurnakan jasad kamu sebelum dikebumikan nanti. Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah.”
Itu antara ucapan, doa dan amalan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebaik sahaja menerima mana-mana jenazah pesawat malang MH17 untuk upacara pengurusan jenazah mengikut agama Islam.
Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, Belanda, jenazah kemudian melalui lima proses penting.
Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.
Selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.
Sebaik sahaja jenazah tiba di rumah mayat itu, pasukan JAKIM terdiri daripada pakar bahagian pengurusan jenazah akan dimaklumkan oleh kedutaan Malaysia di Belanda, Malaysian Airlines (MAS) atau agensi yang dilantik untuk menguruskan jenazah mengikut agama Islam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM Mohd Ajib Ismail berkata jenazah yang diletakkan di dalam bilik yang ditetapkan rumah mayat itu kemudian akan menjalani proses ‘embalming’ sebelum boleh dimandikan atau dikafankan.
“Sekiranya jenazah tersebut lelaki, proses embalming akan dilakukan oleh pekerja lelaki Monuta Innemee.
“Kemudian, kami akan meminta pasukan pemandi jenazah lelaki dan perempuan (bergantung kepada jenazah) untuk bersedia menjalankan tugas dengan kelengkapan pakaian khas dan peralatan memandikan jenazah yang dibawa dari Malaysia.
“Ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk memandikan jenazah menggunakan air atau sebaliknya berdasarkan kepada keadaan mayat atau jenazah yang diterima pada masa itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Seorang pemandi jenazah yang enggan dikenali berkata dalam memudahkan tugas di fasa ini, beliau akan cuba ‘berbual’ ringkas dengan jasad dan ‘buat seperti biasa’ tanpa ingin tahu siapa jenazah tersebut.
Seterusnya, Mohd Ajib yang juga koordinator pasukan JAKIM sepanjang tugasan di Belanda itu berkata jika sesuai dimandikan atau boleh menggunakan air atau dialirkan air, maka jenazah tersebut akan dimandikan.
Jelasnya, proses seterusnya dilakukan dengan kelengkapan set pemandian atau peralatan jenazah seperti kebiasaan yang dilakukan apabila memandikan jenazah Malaysia.
“Proses mandi akan dimulakan oleh ketua pemandi jenazah dengan dibantu oleh semua anggota pasukan berdasarkan pada jantina jenazah. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit berdasarkan kepada keadaan jenazah.
“Jika jenazah tidak boleh kena air atau dilalukan air dan boleh luput bila terkena air, ketua pemandi jenazah akan membuat keputusan untuk menggunakan kaedah tayamum dan kelengkapan tayamum perlu disediakan di tempat pemandian yang juga dibawa khas dari Malaysia.
“Proses tayamum akan dimulakan berdasarkan jantina jenazah dan proses ini makan masa sekurang-kurangnya 30 minit,” katanya.
Mohd Ajib menambah setelah proses mandi atau tayamum selesai, ketua pemandi jenazah akan memulakan proses mengkafan jenazah dengan bantuan anggota pasukan.
Beliau berkata jenazah tersebut akan diangkat ke pangkin bersih di sebelah pangkin mandi yang telah dihamparkan kain kafan berserta kapas dan keperluannya dengan lapisan keduanya, lapisan plastik memandangkan jenazah ini akan dibawa (pulang) jauh sebelum diikuti dengan lapisan kain putih yang lain.
Menurutnya, selepas dikafankan, jenazah akan diangkat ke dalam keranda jenazah oleh kakitangan rumah mayat itu untuk proses selanjutnya sebelum diletakkan ke dalam sebuah bilik khas.
Difahamkan antara proses itu ialah ‘menghias dan mencantikkan keranda’ selain meletakkan bendera Jalur Gemilang.
Sebaik selesai proses tersebut, jenazah kemudian disolatkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abd Manaf Mat yang turut menganggotai pasukan itu sebelum dipersiapkan untuk dihantar pulang.
Sementara itu, Mohd Ajib berkata pasukannya seringkali ditanya sesetengah pihak mengenai bagaimana keadaan fizikal jenazah yang telah lama meninggal itu.
Jelasnya, baik mana-mana jenazah sekalipun, tugas mereka hanyalah menyempurnakan upacara pengurusan jenazah dan tidak akan sekali-kali membuka aib atau rahsia jenazah.
“Jenazah telah pun pergi. Tidak perlulah diketahui akan keadaan mereka sebaik sahaja kami terima kerana itu tidak penting, yang pentingya jenazah selamat disempurnakan.
“Apa yang patut kita semua lakukan adalah mendoakan kesejahteraan mana-mana jenazah agar tenang di alam seterusnya,” katanya.
Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Khamis lepas berkata di Putrajaya bahawa istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) esok (2 Sept) dijangka melibatkan sembilan jenazah termasuk dua warga asing.
Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang ke Malaysia dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas Malaysia Airlines.
Satu lagi jenazah dihantar pulang pada Sabtu lepas manakala tiga jenazah dihantar pulang pada Ahad.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
TOP
SEGERA: RSN Rayer Ditangkap, Disiasat Berhubung PPS
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ditahan polis berikutan tangkapan atas anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam.
Ia disahkan Ketua Polis Daerah George Town ACP Mior Faridalatrash Wahid petang ini.
Penahanannya dibuat ketika polis dipercayai sedang membuat persediaan membebaskan pengerusi Jawatankuasa Persekitaran dan Kesejahteraan Masyarakat, Phee Boon Poh dan semua 155 anggota PPS menjelang tengah malam ini.
Rayer, salah seorang peguam membantu anggota PPS yang ditahan semalam, hadir di balai polis memberi kenyataan pada jam 3 petang ini dan terus ditahan.
Beliau dimaklumkan polis sedang disiasat di bawah Akta Pertubuhan. – The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment