TOP
Angka korban Ebola lepasi 3,000 orang
PETUGAS perubatan membawa mayat seorang mangsa Ebola di ibu kota Liberia, Monrovia kelmarin.
GENEVA, Switzerland - Angka kematian akibat wabak demam Ebola yang menyerang rantau Afrika Barat melepasi 3,000 orang kelmarin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan jumlah tersebut menyamai hampir separuh daripada keseluruhan pesakit Ebola. Menurut WHO, seramai 6,574 orang telah dijangkiti virus maut itu di lima negara Afrika dengan 3,091 kematian. Wabak Ebola kali ini kata badan kesihatan dunia itu, adalah yang terburuk dan paling dahsyat dalam sejarah. Kematian tertinggi seramai 1,830 orang dicatat di Liberia diikuti 648 mangsa di Guinea dan 605 pesakit lagi di Sierra Leone. Baki kematian akibat virus maut itu dicatat di beberapa negara Afrika lain termasuk Senegal dan Nigeria Menurut WHO, wabak Ebola kali ini melibatkan virus paling merbahaya daripada lima rantaian virus Ebola yang diketahui oleh manusia. Spesies berkenaan mencetuskan wabak Ebola pertama di Zaire, Congo pada 1976 yang menyebabkan 280 kematian. - AFP

Tentera Iraq berjaya patahkan serangan IS
TENTERA Iraq melihat mayat seorang militan IS yang terbunuh dalam pertempuran di bandar Jurf al-Sakhar berhampiran Baghdad baru-baru ini.
BAGHDAD - Tentera Iraq semalam berjaya mematahkan satu serangan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) yang cuba menawan bandar Amriyat al-Fallujah yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar ini, kata sumber keselamatan. Seorang ketua polis Amriyat al-Fallujah, Aref al-Janabi berkata, sekumpulan militan IS menyerang bandar itu kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan. "Mereka menyerang dari dua arah dan pertempuran tercetus selama lima jam," katanya. Ujarnya, anggota tentera dan polis yang dibantu penduduk Sunah bersama-sama mempertahankan bandar berkenaan daripada serangan militan IS. "Selepas beberapa jam pertempuran tercetus beberapa buah pesawat telah menyerang kedudukan musuh menyebabkan seramai 15 daripada mereka terbunuh," jelasnya. Serangan udara berkenaan dipercayai dilancarkan oleh pesawat milik Amerika Syarikat dan Perancis yang memulakan kempen ketenteraan menentang IS di Iraq. Menurutnya, seorang komander IS dari bandar Fallujah yang dikenali sebagai Mullah Jassem Mohammed Hamad turut terbunuh dalam serangan udara berkenaan. Seorang pegawai perisikan tentera di wilayah Anbar turut melaporkan kematian komander berkenaan.
KUMPULAN pejuang Syiah yang dikenali sebagai Asaib Ahl al-Haq melancarkan serangan mortar ke arah kedudukan militan IS di bandar Jurf al-Sakhar.
Bandar Fallujah ketika ini dalam kawalan militan IS tetapi kumpulan berkenaan masih lagi gagal menawan bandar Amriyat al-Fallujah. "Mereka (IS) cuba menawan bandar ini kerana ia merupakan lokasi strategik yang penting. "Bandar ini juga merupakan laluan logistik utama untuk tentera dan ia menghubungkan wilayah Anbar dan Karbala," kata Aref. Menurutnya, walaupun pertempuran telah berhenti tetapi mereka masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana kumpulan militan IS masih berkubu di utara bandar itu. Tentera Iraq sebelum ini sudah beberapa kali tewas dalam beberapa pertempuran di wilayah Anbar terutama sekali ketika militan IS menyerang beberapa pangkalan tentera di utara Fallujah. Seorang pegawai keselamatan mengakui sekurang-kurangnya 155 askar negara itu mati atau hilang dalam satu serangan di sebuah pangkalan tentera di Saqlawiya di wilayah tersebut baru-baru ini. Kumpulan militan IS dalam satu kenyataan memberitahu bahawa seramai 300 askar di pangkalan itu telah dibunuh. - AFP

30 orang diserang sakit jantung di puncak Ontake
GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan beberapa rumah tumpangan dan sebuah kuil di puncak Ontake dilitupi abu gunung berapi semalam.
TOKYO - Lebih 30 pendaki ditemui dalam keadaan hampir menemui ajal dekat puncak sebuah gunung berapi di tengah Jepun semalam selepas ia meletus pada hari sebelumnya, lapor media tempatan. Agensi Berita Kyodo melaporkan bahawa mereka mengalami serangan jantung.
GUNUNG berapi Ontake meletus dengan menghamburkan abu dan asap ke udara kelmarin.
Kumpulan pendaki itu ditemui oleh pasukan penyelamat ketika operasi mencari berpuluh-puluh orang yang hilang selepas gunung berapi Ontake meletus kelmarin, Tiga lagi mangsa dibawa keluar menggunakan sebuah helikopter tentera semalam, menurut Kyodo yang memetik kenyataan beberapa pegawai polis.
SEORANG mangsa yang cedera dipindahkan menggunakan helikopter di lereng gunung berapi Ontake, Jepun semalam.
Dalam pada itu, Agensi Meteorologi Jepun memberitahu, gunung berapi yang terletak di antara wilayah Gifu dengan Nagano itu menghamburkan abu dan asap setinggi 10 kilometer ke udara sepanjang malam kelmarin. Agensi berkenaan meramalkan lebih banyak letusan akan berlaku dan mengeluarkan amaran bahaya abu dan serpihan yang melitupi kawasan sekitar Ontake. Lebih 250 pendaki pada awalnya terperangkap selepas Ontake meletus menjelang tengah hari kelmarin tetapi kebanyakan mereka berjaya turun sendiri menjelang malam hari yang sama. Menurut Kyodo, kira-kira 40 orang termasuk staf beberapa rumah penginapan yang terletak dekat puncak gunung berapi itu masih terperangkap kelmarin. Namun, lapor Kyodo, sebahagian daripada mereka kemudian menuruni gunung berapi itu tanpa menunggu bantuan pada pagi semalam. Gunung Berapi Ontake yang memiliki ketinggian 3,067 meter merupakan antara destinasi kembara paling popular di Jepun. Kali terakhir Ontake meletus dengan kuat adalah pada 1979 apabila gunung berapi itu memuntahkan 200,000 tan abu. - dpa

Skuasy tampil selaku pasukan terbaik di Incheon
BARISAN pemain skuasy negara menunjukkan pingat emas yang diraih mereka dalam acara berpasukan wanita ketika berkongsi kegembiraan bersama penyokong yang hadir menyambut ketibaan mereka di KLIA, Sepang semalam.
PASUKAN terbaik dan atlet wanita paling cemerlang pada Sukan Asia 2014. Itu yang dapat disimpulkan mengenai pretasi skuad skuasy negara yang bertanding di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan. Membawa pulang dua emas, dua perak dan satu gangsa, skuad skuasy yang diketuai pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David wajar dilabel pasukan terbaik. Bukan sahaja muncul selaku pasukan paling banyak mengutip emas, skuasy juga berjaya mengurangkan calar imej kontinjen negara yang kini semakin jauh daripada sasaran meraih lapan pingat emas. Bagaimanapun, Nicol tetap merendah diri dan mahu semua peminat sukan negara terus menyokong atlet Malaysia yang masih berjuang di Incheon. "Beri mereka peluang. Secara jujur, bertanding di Sukan Asia tidak semudah yang dilihat terutama dalam mencapai sasaran pingat yang ditetapkan. "Begitupun, saya percaya, setiap mereka bekerja keras untuk meraih sesuatu buat negara," ulas Nicol ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam. Nicol, yang meraih dua emas menerusi acara perseorangan dan berpasukan, terus mengekalkan status atlet paling konsisten dalam penyertaan Sukan Asia dengan enam emas keseluruhan sejak menyertai temasya empat tahun sekali itu pada 1998 di Bangkok, Thailand. "Kejayaan ini (dua emas) adalah hasil kerja berpasukan. Saya bangga dengan setiap rakan sepasukan saya kerana mereka bermain bermati-matian untuk negara dan tidak pernah berputus asa. "Paling utama, Sukan Asia berjaya memberi tanda aras terbaik buat kami untuk melakukan persedian untuk musim akan datang terutama acara berpasukan. "Kami semakin kuat dan serasi. Itu memberi petunjuk kami mampu melakukan yang lebih baik selepas ini dan menempatkan diri dalam kedudukan terbaik di ranking dunia," ujar Nicol. Dalam pada itu, Nicol mengambil pendekatan tidak peduli dengan kritikan negatif yang dilemparkan ke atas pasukan skuasy baru-baru ini. Bagi pemain berusia 31 tahun itu, setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan dia sendiri tidak akan berputus asa untuk memastikan sukan skuasy dipertandingkan di Sukan Olimpik. "Memang agak malang skuasy tiada di Sukan Olimpik namun setiap kejohanan ada nilai prestij yang tersendiri. Tidak semestinya tiada di Sukan Olimpik, nilai prestij sukan itu rendah. Bagi saya, tidak kira apa saja kritikan yang diberi, saya melihatnya daripada aspek positif. "Saya sendiri, tidak akan berhenti meraih sokongan untuk memastikan suatu hari nanti, skuasy akan dipertandingkan di Sukan Olimpik," katanya. Baru-baru ini kejayaan Nicol meraih emas dikritik oleh beberapa pihak di laman sosial berikutan skuasy tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik dan kome itu berjaya menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Apa yang menarik, Khairy membidas kritikan tersebut dengan mengatakan ia tidak lebih kepada komen bangang daripada mereka tidak tahu menghargai pengorbanan atlet negara.

Messi jaring gol ke-400
MESSI (tiga dari kanan) meledakkan gol ke-400 dalam kariernya ketika Barcelona menewaskan Granada 6-0 awal pagi semalam.
MADRID - Pemain terbaik dunia empat kali, Lionel Messi berkata, dia tidak pernah menjangka akan menjaringkan 400 gol dalam kariernya selepas Barcelona membelasah Granada 6-0 semalam. Pemain sensasi Argentina itu menjaringkan dua gol manakala seorang lagi bintang, Neymar menambah tiga gol. Satu lagi gol dijaringkan oleh Ivan Rakitic untuk membolehkan Barcelona mencatat kemenangan bergaya untuk berada di puncak liga. Dua gol Messi itu jelas membuktikan yang dia kini pemain berkaliber apabila sudah mencipta 359 gol untuk Barcelona selari dengan 42 kali penampilan antarabangsanya selepas beraksi dalam 525 perlawanan untuk kelab dan negaranya. "Saya tidak pernah membayangkan saya akan mencapai tahap ini dalam kerjaya saya. "Terima kasih untuk semua yang mengucapkan tahniah atas jaringan saya yang ke-400. Saya akan bekerja keras untuk mencapai sasaran lebih baik," katanya menerusi akaun Facebooknya. Messi adalah satu-satunya pemain yang sudah bermain untuk semua tujuh perlawanan bawah pengendali baharu, Luis Enrique. Jurulatih berusia 44 tahun itu menegaskan, sukar baginya untuk memberi Messi rehat. "Messi seperti ahli sihir yang begitu taksub dengan bola sepak sehingga boleh menjaringkan banyak gol. "Saya lebih suka melihat dia di padang dan bermain sehingga penghujung perlawanan untuk terus memberi ancaman kepada lawan. "Dia sangat pintar dan tahu bagaimana untuk mencipta jaringan. Bagi saya, keupayaannya itu membolehkan dia kekal menjadi pemain nombor satu di dunia," ujarnya. Sementara itu, Real Madrid menewaskan Villa real 2-0 dan Atletico Madrid menang ke atas Sevilla 4-0. - AFP

Polis gempur penunjuk perasaan
POLIS pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menghalang laluan di luar ibu pejabat kerajaan Hong Kong semalam.
HONG KONG - Polis menembak gas pemedih mata ke arah berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan prodemokrasi yang menyebabkan beberapa bahagian di pusat bandar raya ini lumpuh semalam. Tindakan keras itu dilakukan selepas bantahan penduduk semakin memuncak sejak beberapa hari lalu. Pulau ini diberi kebenaran untuk melaksanakan pemerintahan separa autonomi oleh Beijing. Suasana kalut menyelubungi dengan penunjuk perasaan menjerit "Malu" terhadap anggota polis sambil cuba melindungi diri mereka daripada terkena asap bom pemedih mata. Penunjuk perasaan yang berang ekoran penggunaan gas pemedih mata turut bergelut dengan anggota polis pencegah rusuhan. Senario ganas itu jarang berlaku di pulau ini.
IMEJ menunjukkan sebahagian daripada puluhan ribu penunjuk perasaan prodemokrasi berhimpun di luar ibu pejabat kerajaan semalam.
Kumpulan penunjuk perasaan itu berkampung di luar ibu pejabat kerajaan Hong Kong sejak Jumaat lalu. Kekacauan semalam merupakan kemuncak kepada protes yang diketuai pelajar pusat pengajian tinggi bagi membantah keengganan China membenarkan pemerintahan demokrasi penuh di pulau ini. "Kami berhak untuk berada di sini dan menunjuk perasaan," kata seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun, Ryan Chung. "Dunia perlu tahu demokrasi tiada di Hong Kong," tambahnya. Pulau ini merupakan tanah jajahan British sebelum dipulangkan kepada China pada 1997. Beijing sebelum ini menyatakan ia membenarkan pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin pulau ini pada 2017 dengan syarat calon-calonnya akan ditentukan oleh pemerintah. - AFP

Nishikori Juara Perseorangan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2014
Kei Nishikori bersama trofi yang dimenanginya selepas menang perseorangan lelaki kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2014 pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, pemain nombor lapan dunia Kei Nishikori menjuarai acara perseorangan Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2014 selepas menewaskan Julien Benneteau di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad. Pemain Jepun itu merangkul gelaran selepas berhempas-pulas untuk menundukkan Benneteau dalam set pertama sebelum menundukkan pemain Perancis itu yang juga pilihan ke-28 dunia dengan 7-6(4) dan 6-4 dalam masa satu jam 47 minit. Nishikori berkata beliau gembira memenangi apa yang disifatkannya sebagai perlawanan yang sengit menentang Benneteau. "Saya menghadapi permulaan yang sukar, dia bermain dengan agresif pada set pertama tetapi saya mengambil peluang untuk mengatasinya pada akhir set pertama. Pada set kedua, dia kelihatan letih. "Saya sekali lagi mengambil peluang dan meningkatkan tahap permainan saya walaupun saya tidak beraksi dengan terbaik hari ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu. Berikutan kemenangan ini, Nishikori membolot hadiah AS$165,000 (RM537,817) yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Pilihan utama yang mara ke perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat tahun ini, Nishikori menewaskan pemain Australia, Marinko Matosevic di pentas suku akhir sebelum menundukkan pemain Finland Jarkko Nieminen pada separuh akhir. Sementara itu, Benneteau yang tewas pada pusingan akhir bagi kali ketiga, menerima hadiah AS$86,910 (RM283,283) yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab. Dalam acara beregu, pasangan Marcin Matkowski (Poland) dan Leander Paes (India) muncul juara selepas menumpaskan Jamie Murray (Britain) dan John Peers (Australia) pada final hari ini. Pilihan keempat Matkowski/Paes menumpaskan pasangan lawan yang lebih muda, yang disenaraikan sebagai pilihan kedua dalam kejohanan, 3-6, 7-6(5) dan 10-5 dalam masa 90 minit. Matkowski berkata kemenangan itu adalah permulaan yang baik berpasangan dengan Paes. "Saya rasa kami harus bertarung dalam lebih banyak kejohanan secara bersama dan menjuarai lebih banyak kejohanan," kata beliau. Juara beregu menerima hadiah AS$50,130(RM163,398).- mstar online

Proton Iriz Ke Eropah Mac 2015
Proton Iriz dijangka akan dipasarkan ke Eropah menjelang Mac 2015.
SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd menyasarkan kereta kompak Proton, Iriz akan menembusi pasaran Eropah dalam tempoh enam bulan akan datang. Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, bagi mencapai sasaran itu, Proton sedang membangunkan model Iriz panduan kiri bagi memenuhi keperluan eksport tersebut. "Kami akan pasarkan ke Eropah, sudah tentu ia akan bermula di pasaran panduan kanan dan kemudian kami akan bangunkan model Iriz dengan panduan kiri bersama dengan keperluan pasaran itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan prototaip terbaharu Proton yang dikenali Iriz Active di sini pada Ahad. Munurut bekas Perdana Menteri itu, Iriz Active akan dilancarkan dalam masa terdekat. Iriz Active dilengkapi pelbagai teknologi terkini termasuk sistem brek kecemasan berautonomi (Adas). Baru-baru ini Proton melancarkan model Iriz yang disebut-sebut sebagai kereta terbaik dihasilkan oleh syarikat itu setakat ini. Iriz dipasang dengan enjin Pemasaan Injap Berubah empat silinder yang memenuhi standard Euro-4 selain penarafan keselamatan 5-bintang Program Penilaian Kereta Baharu Asean. Kereta itu yang dijual pada harga daripada RM42,438 ke RM58,268, dilengkapi ciri-ciri yang lazim terdapat dalam kereta mewah atau jenama antarabangsa berharga lebih RM100,000.- mstar online

Bakal Haji Kemboja Terkandas Di KLIA, Silap Tiket Penerbangan
Sepang: Seramai 98 bakal haji dari Kemboja terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Khamis lalu, selepas berlaku kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
Difahamkan, bakal jemaah haji terbabit tiba dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Phnom Penh dan sepatutnya ke Jeddah, semalam, menaiki pesawat Saudi Airlines.
Mereka tiba ke negara ini menerusi dua penerbangan iaitu MH755 dan MH763 dan transit di KLIA sebelum ke Jeddah.
Ketua rombongan, Ariffin Ismail, 45, berkata, mereka tidak boleh berlepas ke Jeddah berikutan kesilapan pembelian tiket diuruskan pihak agensi haji di Phnom Penh yang ditempah sebagai penerbangan biasa.
"Berikutan itu, kami semua tidak dapat meneruskan perjalanan ke Jeddah disebabkan kesilapan pada tiket berkenaan. Saya menghubungi pihak agensi di Phnom Penh namun mereka seolah-olah menuding jari serta tidak mahu mengakui kesilapan.
"Agensi yang menguruskan perjalanan kami menyalahkan pihak syarikat penerbangan serta lambat bertindak. Kami buntu dan tidak tahu hendak ke mana," katanya ketika ditemui di KLIA di sini.
Ariffin yang juga guru agama di Kemboja, berkata mereka berharap ada pihak yang membantu menguruskan perjalanan ke tanah suci.
"Waktu wukuf adalah pada Rabu depan dan kami berharap sangat dapat ke tanah suci seboleh-bolehnya Isnin ini. Niat kami memang ke tanah suci dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, kami berasa terkilan," katanya.
Bakal jemaah haji, Yousoh Yab, 35, berkata, dia berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan mereka menghadapi kesukaran sepanjang terkandas di KLIA.
"Kami terpaksa tidur di beramai-ramai di atas lantai. Malah, menghadapi kesukaran untuk mandi memandangkan terlalu ramai.
"Ada di antara kami mempunyai saudara di Malaysia dan mereka datang membawakan makanan. Saya berharap sangat dapat ke Tanah Suci kerana ini kali pertama saya mahu ke Makkah," katanya. ─ myMetro online
TOP
ISIS Juga Rekrut Anggota Dari Negara Barat – Hishammuddin
TAIPING – Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) merekrut anggota bukan sahaja dari negara Islam tetapi juga dari negara barat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata difahamkan kumpulan militan itu turut merekrut anggota termasuk dari United Kingdom, New Zealand dan Australia.
Katanya bagi menghalang negara dijadikan medan merekrut anggota oleh kumpulan militan termasuk ISIS, kerajaan senantiasa meningkatkan kawalan keselamatan di samping bekerjasama dengan agensi risikan di rantau ini dan antarabangsa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas laporan berita berbahasa Inggeris semalam bahawa “Perancis mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warganegaranya menggesa mereka berhati-hati apabila berada di beberapa negara termasuk Malaysia ekoran kebimbangan terhadap ancaman militan Negara Islam”.
Hishammuddin berkata negara berkenaan sewajarnya turut mengambil langkah yang sama terhadap negara mereka sendiri memandangkan ancaman itu turut melibatkan negara barat.
“Jadi jika mereka mahu memberikan nasihat tentang Malaysia, saya fikir perkara sama turut terpakai kepada negara mereka sendiri,” katanya.
Sementara itu, berhubung aspek keselamatan negara khususnya di Sabah dan Sarawak, Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai peruntukan sewajarnya bagi meningkatkan tahap keselamatan negara.
“Ini kerana pergerakan orang, wang dan senjata api dalam dunia globalisasi kini mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan dan pertahanan,” katanya.
Sejak April hingga 21 Sept lepas, 19 individu rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terbabit dengan ISIS dan dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) sebelum dihantar ke Syria.
Semalam, tiga lagi rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang KL (KLIA) kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS. – BERNAMA
TOP
Ubatan Tradisional, Kosmetik Dari Negara Jiran Seludup Dirampas
PELABUHAN KLANG: Polis Marin Pelabuhan Klang merampas sebanyak 30,202 ubatan tradisional, kosmetik dan jamu pelbagai jenama bernilai RM103,768 yang dipercayai cuba diseludup dari negara jiran, semalam.
Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, Asisten Superintendan Mohd Rohaizad Mohd Nasir berkata semua barangan itu dirampas dari sebuah bot 'barter' di kawasan laut Bagan Hailam, Pelabuhan Klang pada kira-kira 7 pagi.
"Turut diberkas seorang tekong dan 14 awak-awak warga Indonesia," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, barangan berkenaan ditemui ketika pemeriksaan awal dibuat ke atas bot itu dan ia dibawa ke Pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin bagi pemeriksaan lanjut.
Mohd Rohaizad berkata, semua individu yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan ke atas barangan berkenaan, satu kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Komestik 1984. - BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Terjatuh Bumbung
PENGHUNI kuarters melihat mayat mangsa yang terjatuh dari bumbung Blok F1, Kuaters PGA Bakri, Muar kelmarin.
MANGSA dikatakan bermain sorok-sorok bersama rakannya sebelum terjatuh dari tingkat sembilan di Blok F1, Kuaters PGA Bakri, Muar.
MUAR - Keseronokan beberapa kanak-kanak bermain sorok-sorok berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya terjatuh dari tingkat sembilan, Blok F1, Kuaters Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, di sini kelmarin. Mangsa, Nurul Elies Natasha Abdul Aziz, 11, yang bermain bersama rakan-rakannya dipercayai memanjat siling di tingkat sembilan yang menempatkan tangki air dalam kejadian pukul 5 petang itu. Seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu, mangsa dikatakan telah memijak satu petak siling menyebabkan ia pecah, namun dia sempat berpaut pada salah satu kayu sambil menjerit meminta tolong daripada rakan-rakannya. "Bagaimanapun, rakan-rakannya yang menyaksikan keadaan tersebut berasa takut lalu melarikan diri. Mangsa yang sedang berpaut tidak dapat bertahan lama dan akhirnya terlepas pegangan lalu jatuh terhempas masuk ke longkang. MANGSA dikatakan bermain sorok-sorok bersama rakannya sebelum terjatuh dari tingkat sembilan di Blok F1, Kuaters PGA Bakri, Muar. Menurutnya, seorang jiran yang turun lif kira-kira empat meter dari tempat kejadian telah menyedari kejadian itu lalu bertindak meletakkan kanak-kanak malang berkenaan di atas lantai, namun mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian. Jelasnya, mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan tinggal di blok sebelah tetapi kerap datang bermain di tempat kejadian. Katanya, Nurul Elies Natasha belajar di Sekolah Kebangsaan Parit Zin, Bakri, kira-kira dua kilometer dari situ dan mempunyai ramai rakan sebaya di kuaters berkenaan. Difahamkan jenazah Nurul Elies Natasha dibawa pulang ke kampung halaman bapanya di Jeli, Kelantan untuk dikebumikan. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyifatkan insiden tersebut sebagai mati mengejut.

Barisan Al-Nusra Ancam Negara Sekutu AS
DAMSYIK – Gerakan kumpulan militan Al-Qaeda di Syria, Barisan Al-Nusra Front, mengancam tindakan balas terhadap negara yang mengambil bahagian dalam serangan udara ke atas Negara Islam (IS), dan menyifatkannya sebagai perang terhadap Islam.
Jurucakap kumpulan, Abu Firas al-Suri, dalam rakaman video di internet semalam, berkata negara terbabit “melakukan perbuatan dahsyat yang akan meletakkan mereka dalam senarai sasaran pejuang jihad di seluruh dunia”.
Amaran itu dikeluarkan selepas gabungan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) memperluaskan serangan udara terhadap kumpulan IS di Syria, ketika pesawat pejuang Britain menyertai misi udara pertama mereka di negara jiran Iraq.
Dalam kempen terhadap IS itu, Washington disokong sekutu Arab iaitu Bahrain, Jordan, Qatar dan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Menurut Pentagon, tujuh serangan disasarkan di Syria termasuk di pintu sempadan Turki, iaitu bandar Ain al-Arab yang juga dikenali sebagai Kobane.
Menurut seorang pejuang yang menganggotai kumpulan berkenaan, Muhsin al-Fadhli, anggota Al-Qaeda dan dipercayai pemimpin Khorasan, terbunuh dalam serangan itu,
Kumpulan pemerhati SITE menyatakan satu siri tweet daripada kumpulan militan yang dikenal pasti sebagai anggota Al-Qaeda mengucapkan takziah ke atas kematian Fadhli dan seorang lagi pemimpin Khorasan, Abu Yusuf al-Turki.
SITE yang berpangkalan di AS itu menyatakan status bertarikh 27 September 2014 juga mengeluh mengenai situasi di Syria apabila selepas tentera gabungan melancarkan serangan udara.
AS dan rakan gabungan berhasrat untuk memusnahkan kumpulan IS yang menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria sertab membunuh dua wartawan AS dan seorang anggota sukarelawan. IS juga terbabit dalam peperangan dahsyat dengan pihak berkuasa Iraq dan Kurdis.
Kempen IS di negara berkenaan mengakibatkan kira-kira 160,000 pelarian melarikan diri ke Turki. – AFP
TOP
Lelaki Ditahan Kes Tipu Ditemui Mati Di IPD SPU
KEPALA BATAS — Seorang lelaki yang ditahan bagi membantusiasatan berhubung kes tipu, ditemui mati selepas dia dipercayai terjun dari tingkat satu bangunan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 56 tahun itu yang ditahan malam tadi di Kuantan, Pahang mengenai satu laporan polis di Butterworth berkaitan kes tipu, ditemui mati dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu.
“Lelaki yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor itu ditahan di Kuantan malam tadi sebelum dibawa balik ke IPD SPU dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika pegawai penyiasat sedang mengambil keterangan lelaki berkenaan. Lelaki yang bergari dan mempunyai lapan rekod jenayah lampau itu secara tiba-tiba merempuh pintu bilik serta berlari keluar sebelum dia terjun, katanya.
Lelaki berkenaan yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian, katanya.
“Saya telah melawat tempat kejadian dan setakat ini kami dapati pegawai penyiasat serta pengawal pengiring yang bertugas ketika itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata Abdul Rahim.
Beliau berkata bagaimanapun pihaknya akan menyiasat kejadian itu secara terperinci dan jika terdapat unsur kecuaian, tindakan tegas akan diambil.– BERNAMA
TOP
Muhyiddin, Isteri Berlepas Ke Tanah Suci Tunaikan Haji
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas ke Arab Saudi hari ini untuk mengerjakan ibadat haji.
Pesawat komersial membawa Muhyiddin yang disertai isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anggota keluarga mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada kira-kira 3.30 petang.
Ia merupakan penerbangan terus Kuala Lumpur-Jeddah, menurut kenyataan Pejabat TPM.
Muhyiddin dijangka kembali ke tanah air pada 10 Okt.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata pemergiannya ke tanah suci bagi mengerjakan haji ialah untuk menunaikan nazarnya sempena kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lepas. – BERNAMA
TOP
Aishah: ‘Saya Tak Sabar Nak Jumpa Ibu’
KOTA BAHRU – “Saya teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu,” kata Aishah Azizul Raheem, anak sulung Shalwati Norshal yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden.
Aishah, 14, berkata beliau bersyukur dan gembira apabila mengetahui ibunya akan dibebaskan dari penjara esok.
“Apa yang lebih menarik ialah kami semua akan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ibu,” katanya kepada pemberita di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini hari ini.
Dia berkata dia dan adiknya Ammar, 13, Adam, 12, dan Ariff, 8, akan membuat kad ucapan khusus untuk menyambut ketibaan ibu mereka selain akan memberikan jambangan bunga.
Sementara itu bapa Shalwati, Norshal Nordin, 70, berkata beliau bersyukur kerana anaknya akan kembali ke Malaysia.
“Sekurang-kurangnya anak saya dapat balik bertemu keluarganya dan saya berharap dia dapat membina kehidupan lebih baik selepas ini,” katanya.
Akhbar melaporkan Shalwati akan dibebaskan esok selepas selesai menjalani hukuman penjara dan dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu.
Pada 29 Mac lepas, beliau dan suaminya Azizul Raheem, seorang Pegawai Tourism Malaysia dijatuhi hukuman penjara kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010.
Azizul Raheem kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan, manakala Shalwati seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.
Bagaimanapun hukuman mereka dikurangkan dengan masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman mereka. – BERNAMA
TOP
Lelaki Curi Telefon Bimbit Maut Dipukul
BUKIT MERTAJAM – Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.
“Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.
“Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa,” katanya.
Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.
Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini hari ini bagi membantu siasatan.
“Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.
“Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang.
Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ulangan UPSR Untuk Pastikan Kredibiliti Dan Integriti Terpelihara
KUALA LUMPUR – Peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi empat mata pelajaran yang soalannya bocor perlu dijalankan demi memastikan kredibiliti dan integriti ujian itu terpelihara.
Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataannya hari ini menjelaskan langkah itu dibuat selepas menerima pandangan beberapa pihak berkaitan isu peperiksaan ulangan bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil.
“LP amat memahami kesukaran yang dihadapi semua pihak khususnya murid dan ibu bapa dan telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelak perkara ini daripada berulang,” kata kenyataan itu.
Ini termasuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kebocoran kertas soalan berkenaan.
Badan peperiksaan itu menjelaskan bahawa calon yang tidak menduduki semula peperiksaan UPSR 2014 bagi empat mata pelajaran itu tidak akan diberikan gred tetapi direkodkan sebagai ‘T’ iaitu ‘Tidak Hadir’ bagi mata pelajaran terbabit.
Ini selari dengan peraturan peperiksaan yang berkuat kuasa bahawa calon hendaklah menduduki semua kertas peperiksaan bagi setiap mata pelajaran berkenaan.
Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu untuk peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038.
Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 ditetapkan pada 9 Oktober.
Seramai 472,853 murid menduduki UPSR tahun ini di seluruh negara. – BERNAMA
TOP
Bayi 10 Bulan Melecur Dipunggung Dipercayai Didera Pengasuh
MELAKA – Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur di bahagian punggung dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian itu disedari ibu bayi tersebut, berusia 30-an ketika menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam, Selasa lepas.
Beliau berkata bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.
“Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya bayi itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut.
Raja Shahrom berkata bapa bayi itu yang berusia 30-an membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada Rabu lepas.
Katanya polis menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari sama bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Hari Ini Bukan Milik Saya - Iskandar
INCHEON – Atlet lompat bergalah negara Iskandar Alwi gagal membuat lompatan terbaik dan hanya terpaksa berpuas hati di tempat ke-8 pada aksi final Sukan Asia ke-17 yang berlangsung di Incheon Asiad Main Stadium hari ini.
Atlet kelahiran Johor Baharu ini bagaimanapun berjaya memperbaiki lompatannya setinggi 5.00 meter pada Sukan Komanwel di Glasgow Ogos lalu, dengan melakukan lompatan setinggi 5.10 meter.
Pingat emas menjadi milik Xue Changrui dari China dengan lompatan setinggi 5.55 meter bersamaan dengan lompatan pemenang pingat perak Sawand Daichi dari Jepun.
Penentuan pingat emas dan perak ditentukan berdasarkan jumlah lompatan.
Pingat gangsa pula menjadi milik atlet Korea Selatan, In Minsub yang membuat lompatan setinggi 5.45 meter.
Iskandar, 20, menafikan faktor hujan menjejaskan tumpuanya.
“Hari ini bukan milik saya dan saya tidak tahu nak cakap apa lagi, walaupun saya telah berusaha secara bersungguh-sungguh,” katanya.
Pemilik rekod kebangsaan ini dengan catatan 5.15 meter yang dibuat pada Sukan Malaysia di Perlis Mei lalu berkata beliau tidak merasa takut atau gugup bila beraksi dengan atlet hadalan dunia lain.
“Saya akan berehat seketika selepas ini dan akan meneruskan tumpuan kepada latihan bagi memperbaiki kelemahan untuk persiapan kejohanan tahun depan.” katanya. – BERNAMA
TOP
Gambar : 2 Lelaki Ditangkap Sedang Lapah Lembu Curi
Hari Raya Korban semakin dekat.. Permintaan terhadap daging lembu pun akan makin meningkat. Kalau nak tahu, masa ni lah otak si pencuri-pencuri mula berhubung untuk membuat duit mudah dengan mencuri lembu orang.
Antara pencuri itu adalah dua orang dalam gambar yang telah ditangkap oleh orang kampung ketika sedang melapah lembu yang dicuri di kawasan semak.
Pandai pulak diorang ni melapah lembu.. Tapi sayangnya skill tu di guna dengan cara tak elok macam ni. - SiakapKeli.com

Sukan Asia: Sukar Ikut Rentak Lin Dan – Chong Wei
INCHEON – Jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei disekat jaguh China dan musuh tradisinya, Lin Dan pada peringkat suku akhir Sukan Asia ke-17 di sini hari ini.
Chong Wei kalah 20-22, 21-12 dan 9-21 dalam masa satu jam 12 minit.
“Dalam set pertama pada kedudukan 16-14, saya merasa rileks mungkin sebab saya ingin permainan habis. Pada set ketiga pula, saya dapati Lin Dan sangat yakin. Pada kedudukan 7-2, saya susah untuk ikut rentak dia.
“Namun saya sudah buat yang terbaik dan saya terima kekalahan ini,” katanya.
Pada set pertama, Chong Wei mendahului 16-14 sebelum hilang rentak dan menyebabkan Lin Dan menang 20-22.
Chong Wei kemudian berjaya mengawal permainan dan menang set kedua 21-12 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Namun, jaguh negara ketinggalan 2-7 dan gagal mengejar Lin Dan sehingga akhir perlawanan.
Terdahulu, sudah lima kali Chong Wei tewas kepada musuh tradisi itu dalam pentas final terbesar dunia iaitu di Sukan Olimpik 2008 (Beijing) dan 2012 (London), Kejohanan Dunia 2011 (London) 2013 (Guangzhou) serta final Sukan Asia 2010 (Guangzhou).
Lin Dan akan bertemu rakan sepasukan, Chen Long dalam perlawanan akhir selepas menewaskan pemain Hong Kong, Wei Nan 21-6, 21-10 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. – BERNAMA
TOP
JANGAN BIADAP! Amaran UMNO kepada Alvin Tan
KUALA LUMPUR, Sept 28 : Jangan biadap dan tolong hormat kontrak sosial yang dimeterai Perlembagaan Persekutuan 1957 yang dirangka untuk tujuan menyelesaikan kepentingan semua kaum di negara ini!
Kalau mana-mana pihak tidak bersetuju dengan undang-undang dan peraturan negara ini mereka ada hak meninggalkan negara ini.
Ini bukan kenyataan menghalau sebaliknya mengingatkan mana-mana pihak tidak berasa selesa di negara ini agar menghormati UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi kerajaan di negara inim katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya .
Ini amaran Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee sebagai mengulas tindakan terbaru Alvin Tan yang sebelum ini mempersenda bulan Ramadhan memuatnaik perkataan ‘Fuck UMNO’ dalam laman facebooknya.
Alvin Tan turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Perdana Menteri. Dalam statusnya itu Alvin mengatakan Najib sebagai ‘tiada telur’, Zahid Hamidi sebagai ‘penjahat sejati’ dan menyamakan Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmler.
Kini Alvin Tan yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik. Sebelum ini Alvin Tan dan teman wanitanya Vivian Lee menghadapi tuduhan bawah Akta Penapisan Akta Hasutan dan Filem Malaysia.
Menurut Syed Ali, tindakan biadap Alvin yang jelas menghina institusi UMNO yang pemimpinnya merupakan Perdana Menteri tidak boleh dibiarkan.
Sehubungan itu, beliau mahukan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan paling tegas termasuk melucutkan kerakyatan mana-mana pihak yang tidak menghormati undang-undang negara ini.
“Sebagai rakyat Malaysia memang kita ada hak untuk menyuarakan pandangan. Tapi kalau pandangan yang diberikan jelas menghina, menghasut atau tidak menghormati kontrak sosial negara ini memang tidak boleh dimaafkan.
“Tindakan menghina pemimpin negara adalah perbuatan biadap yang tidak boleh dimaafkan. Kementerian Dalam Negeri kena bertindak segera dan hadapkan Alvin Tan ke muka pengadilan. Ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang pada masa depan,” kata Syed Ali.
Sebelum ini kata Syed Ali, Alvin Tan dan pasangannya pernah menghina Islam. Perbuatan itu mengundang kemarahan banyak pihak termasuk wakil rakyat, pemimpin masyarakat, tokoh agama dan pemimpin setempat.
Malah Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail pernah memberitahu ada peruntukan undang-undang yang boleh disabitkan dengan penghinaan ini.
“Tapi apa yang menghairankan kenapa pihak berkenaan masih melengah-lengahkan kes Alvin Tan sehingga melarikan diri ke luar negara? Sepatutnya tindakan tegas sudah diambil dengan membawa anak muda Cina ini ke muka pengadilan.
“Ini bagi mengelakkan dia mengulang semula perbuatan menghina pihak lain atau institusi Perdana Menteri sendiri. Tindakan terbaru beliau yang jelas menghina UMNO dan pemimpin negara seolah-olah mencabar perundangan negara yang lambat mengambil tindakan ke atas dirinya,” katanya.
Syed Ali yang cukup kesal tindakan terbaru Alvin Tan menggesa pihak berwajib agar tidak melengah-lengahkan kes-kes yang jelas menghasut, menghina agama Islam sebagai agama rasmi dan memainkan sentimen perkauman di negara ini.
Pihaknya mahukan, tindakan segera diambil kepada mana-mana pihak yang jelas menghina mana-mana institusi di negara ini termasuk UMNO yang menjadi parti induk kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara.
Beliau juga tidak mahu kes-kes menghina institusi terpenting di negara ini dibiarkan berleluasa dan dibiarkan begitu sahaja kelak boleh mengancam kestabilan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Apa yang saya bimbang jika perbuatan menghina agama dan pemimpin negara tidak dibendung akan mengundang kemarahan sesetengah pihak rasa tercabar dan akhirnya boleh mencetuskan pergaduhan kaum,” katanya.
Syed Ali tidak menafikan tindakan sesetengah pihak yang biadap dan kurang ajar kepada institusi terpenting di negara ini disebabkan terikut-ikut rentak pemimpin pembangkang dan media pro pembangkang yang sentiasa memburuk-buruk dan menfitnah pemimpin UMNO.
Katanya, pemimpin UMNO di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa menyemaikan semangat cinta dan kasih sayang kepada negara yang tercinta ini.
Datuk Seri Najib Razak juga sentiasa mengingatkan rakyat negara ini agar saling hormat menghormati dan tidak mencetuskan suasana tidak aman di negara ini. Pada masa yang sama Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa UMNO merupakan parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat semua kaum.
Malah UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberikan keadilan kepada semua rakyat di negara ini tanpa prejudis dan sikap pilih kasih. Malangnya ada rakyat seperti Alvin Tan yang jelas tidak menghargai dan menghormati negaranya sendiri. ─ The Malaysian Insider
TOP
Alvin Tan ‘Babikan’ Pemimpin Negara
Tak serik-serik lagi rupanya blogger seks Alvin Tan dengan tindakan beliau. Sebelum ini dia menghina Malaysia, PM, menteri KDN, KPN dan hakim negara telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.
Kali ini sekali lagi dia memuat naik status yang lebih dasyat. Tidak tahu apa tujuannya dan yang pasti tindakan tersebut boleh merbahayakan dirinya meskipun jika undang-undang Malaysia tidak dikenankan keatasanya.
Katanya menerusi status berkenaan, “Seorang rakyat dipenjara hari ini kerana menggelar polis trafik ‘monyet’ di Facebook. Sekarang aku panggil kesemua kamu babi. Tolonglah datang tangkap!”
Lagi cabarnya “P.S. Kepada penyokong babi sekelian, silakan tag para pemimpin kamu untuk memaklumkan mereka ada ‘hasutan’ berlaku di sini. Tapi tak payah susah-susah aku dah buatkan pun” disusuli dengan tag kepada nama-nama pemimpin berkenaan.
Bagaimanapun tindakan dia itu mendapat sokongan daripada beberapa individu yang sependapat dengannya.
Namun bersyukurlah tidak ramai yang menyokong tindakannya dan ada yang mencemuh perbuatan Alvin.
Baguslah, walaupun satu bangsa mereka tetap mengkritik tindakan yang tidak betulnya ini.
─ Siakapkeli.com

VIDEO: Kemunculan Ella di Majlis Konvokesyen UNIKL di PICC
PUTRAJAYA: Satu majlis konvokesyen bagi graduasi-graduasi UniKL telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 27hb. Majlis tersebut disertai oleh kesemua cawangan UniKL. Turut hadir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah bagi.
Majlis konvokesyen tersebut yang berlangsung bermula pada pukul 7.45 pagi sehinggalah tamat pada jam 6.30 setelah selesai penerimaan sijil diploma, ijazah serta peringkat master. Majlis tersebut juga diselang selikan dengan ucapan Tengku dan juga nyanyian daripada selebriti jemputan selain daripada upacara penyampaian gulungan.
Bagaimanapun kemunculan suara Ella yang telah mengenjutkan para graduasi serta ibu bapa yang turut hadir majlis berkenaan. Ella yang pada jam 12 tengah hari itu telah menyanyikan sebuah lagu berjudul “Standing in the eyes of the world”. Lagi memeriahkan lagi nyanyian tersebut apabila para graduasi pun turut sama-sama meyanyikan lagu tersebut.
Di bawah adalah rakaman yang sempat dirakam oleh salah seorang graduasi

Tindakan 'Singkir' Iszuree Tunjuk Sikap Sebenar DAP
Zainal Abidin Osman.
GEORGE TOWN: Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP jelas menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pendapat tidak dapat diterima pakatan rakyat di negeri ini. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah mula menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik sendiri. "Tindakan drastik kerajaan Pulau Pinang menggugurkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan Umno. "DAP yang selama ini melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara telah mengambil pendekatan menutup mulut pengkritik sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad. Pada Sabtu, akhbar melaporkan tindakan menyingkirkan Iszuree berikutan ucapan dasar Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan. Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biarpun Iszuree telah menjadi ahli majlis tersebut sejak 2010. Surat bertarikh 26 September itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 September telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan. Zainal Abidin berkata Iszuree dalam ucapan beliau di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008. Beliau berkata ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu berkenaan benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri dan mereka dilihat tidak bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam menangani isu tersebut. "Ahli Majlis MPPP mewakili PAS itu digugurkan kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang dan kenapa mereka (kerajaan negeri) begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS? "Dalam dua pilihan raya umum lepas, anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR, bagaimanapun Adun tunggal PAS (Datuk Mohd Saleh Man) tidak juga dilantik menjadi Exco kerajaan Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang," katanya. Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, sama ada di Pulau Pinang mahupun di peringkat nasional. "Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah menggelar empat orang Adun PAS yang juga Exco kerajaan negeri Selangor sebagai 'pengkhianat'. "Jadi, kami Umno berpandangan dengan tindakan dan layanan buruk oleh DAP terhadap PAS, parti itu perlu mengkaji semula peranan mereka dalam pakatan rakyat," katanya.- mstar online

SPRM, Jabatan Hutan Bentuk Jawatankuasa Perkukuh Integriti, Tangani Rasuah
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada dasarnya telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi memantapkan integriti berkaitan perhutanan dan pembalakan serta menangani gejala rasuah dengan lebih efektif.
Perkara ini diputuskan pada satu pertemuan disertai SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesurujaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya menyambut baik idea penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kerana ia akan menyediakan suatu platform terbaik bagi menangani gejala rasuah, di samping mempertingkatkan integriti dalam pelaksanaan tugasan jabatan dan semua pihak yang berkaitan.
"Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mencetuskan idea ini. SPRM menyambut baik dan merasakan perlu sebuah jawatankuasa bersama kerana ia akan membawa peranan yang lebih efektif kedua-dua agensi ini," kata beliau.
Datuk Mustafar berkata, kebelakangan ini terdapat siri laporan media berkaitan isu pencerobohan hutan, antaranya di Cameron Highlands dan beberapa tempat lain.
"Jawatankuasa ini akan memfokus isu-isu yang dibangkitkan oleh publik secara komprehensif," kata beliau.
SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan di ibu negara baru-baru ini sebagai satu program integriti dalam usaha Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan SPRM, bagi membetulkan persepsi masyarakat selain menggalakkan lagi kolaborasi untuk memantapkan tadbir urus dan sistem penyampaian di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Pada sesi pertemuan ini, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Dato' Profesor Dr. Abd Rahman Abd Rahim bersama Pengarah-pengarah Jabatan Perhutanan Negeri dan Bahagian.
Selain Mustafar, SPRM diwakili oleh Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Dato' Mohd Yusoff Akope. Dalam pada itu, Dr Abd Rahman menyambut baik pertemuan antara SPRM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sambil menyifatkan keputusan mengadakan jawatankuasa khas sebagai "satu anjakan positif bagi menangani gejala rasuah dalam sektor perhutanan."
Kata beliau, penubuhan jawatankuasa khas ini bukan menandakan rasuah sebagai satu isu serius dalam sektor perhutanan, tetapi langkah awal yang bersepadu sangat penting dan komitmen jabatan dalam menanganinya. "Kerjasama antara agensi adalah penting bagi memperkukuhkan integriti dan menangani isu rasuah, dan pada masa yang sama, membetulkan persepsi di kalangan orang ramai.
"Kami menggalakkan maklumat daripada orang ramai tetapi ingin membetulkan pandangan dan tanggapan tidak tepat sesetengah pihak bahawa setiap kerja penebangan hutan membabitkan elemen rasuah," kata beliau.
Mustafar dan Dr Abd Rahman akan mengetuai jawatankuasa khas yang disyorkan ini.
SPRM, menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan pula akan berperanan memberi khidmat nasihat kepada ketua badan atau agensi awam dalam mengenal pasti punca berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja.
Langkah itu disusuli dengan memberi khidmat nasihat kepada organisasi berkenaan termasuklah membuat syor penambahbaikan supaya pindaan sewajarnya dibuat ke atas amalan, sistem dan tatacara berkenaaan supaya perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dikekang.- mstar online
TOP
Khidmat Tulis Wasiat Meningkat
PETALING JAYA: Bilangan rakyat Malaysia yang menulis wasiat semakin meningkat berikutan insiden penerbangan yang berlaku baru-baru ini.
Firma perancangan harta pusaka di sini melaporkan berlaku peningkatan sebanyak 40 peratus dalam penulisan wasiat baharu manakala syarikat AmanahRaya menerima lebih permohonan daripada syarikat untuk mengadakan sesi dialog bersama kakitangan mereka mengenai kepentingan perancangan harta pusaka.
"Kebiasaannya berlaku peningkatan (permohonan wasiat baharu) apabila tragedi berlaku kerana ia mengingatkan orang ramai bahawa kehidupan hanyalah sementara dan lebih baik mengambil langkah awal sebelum terlambat," kata Pengurus Besar Kanan, Rockwills Trustee Bhd, Azhar Iskandar Hew.
Pada 8 Mac lalu, pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang dari radar bersama 239 penumpang dan anak kapal manakala empat bulan kemudian, pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang ditembak jatuh dekat sempadan Rusia-Ukraine.
Ahzhar berkata adalah penting untuk tidak meninggalkan orang yang kita sayang dalam kesusahan sekiranya sesuatu yang tidak diingin menimpa kita.
Syarikat tersebut menganggarkan wang dan aset tidak dituntut bernilai kira-kira RM60 bilion di negara ini kerana pemiliknya tidak meninggalkan wasiat semasa mereka meninggal dunia.
Hanya sebilangan kecil, antara 5% dan 10 %, rakyat Malaysia dipercayai menulis wasiat.
Pengamal undang-undang keluarga, Andy Low Hann Yong berkata, berlaku 'peningkatan ketara' dalam permintaan terhadap perkhidmatan penulisan wasiat.
Katanya, ini mungkin disebabkan peningkatan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan wasiat atau kejadian malang seperti MH370 dan gempa bumi serta laporan perebutan harta pusaka melibatkan personaliti atau taikun.
"Kejadian malang menyebakan orang ramai mula menyedari kehidupan sukar diramal. Kematian seseorang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja menyebabkan orang ramai bertindak menulis wasiat," katanya.
Ketua Bahagian Pengurusan Operasi AmanahRaya, Amran Ahmad berkata, pemegang amanah dan pentadbir menerima 'sekurang-kurangnya' peningkatan sebanyak 10% selepas misteri kehilangan MH370.
"Terdapat lebih banyak syarikat meminta kami untuk mengadakan ceramah kepada kakitangan mereka," katanya.
Ketua Komunikasi Korporat AmanahRaya, Nik Salina Nik Idris berkata, 'Tanggapan bahawa pengurusan legasi bukan sahaja untuk orang kaya adalah salah.'- mstar online
TOP
Empat Pejuang Taliban Digantung Orang Kampung
Penduduk kampung bertindak menggantung sampai mati empat anggota Taliban selepas militan itu melancarkan serangan.
KABUL: Penduduk kampung menggantung empat anggota Taliban selepas beratus-ratus militan tu melancarkan serangan ke kawasan Asam, kata pihak berkuasa pada Sabtu. Timbalan Gabenor Ghazni , Mohammad Ali Ahmadi berkata, empat pejuang Taliban itu diikat dan digantung hingga mati pada sebatang pokok ketika tentera kerajaan bertindak balas dan mengekang kemaraan mereka. “Sesetengah pejuang Taliban bersembunyi dan berlindung di rumah penduduk kampung. “Mereka menjadikan orang awam sebagai perisai,” katanya. Bagaimanapun, kata Mohammad Ali, empat daripada mereka ditangkap dan digantung sehingga mati. Kejadian itu adalah antara tindak balas dibuat selepas ratusan militan menyerang petemparan awam beberapa hari lalu yang menyebabkan kira-kira 100 anggota polis, tentera dan orang awam maut akibat pertempuran. Dilaporkan 12 daripada mangsa dipancung oleh militan terbabit. Pegawai Nato pula mengesyaki laporan berkenaan dilebih-lebihkan oleh pegawai kerajaan setempat untuk mendorong pihak berkuasa menghantar lebih ramai anggota keselamatan ke kawasan terpencil bagi melindungi mereka. Sementara itu, Taliban mengeluarkan kenyataan menafikan anggotanya memancung mana-mana orang di Ajristan, tetapi mendakwa mereka semakin berjaya menguasai kawasan berkenaan. “Musuh (tentera kerajaan dan Nato) mendakwa mereka menyekat kemaraan kami dari kedudukan asal di Ghazni tetapi semuanya adalah pembohongan,” kata kenyataan itu.-mstar online

Imej Putih 'Bergerak' Dirakam Di Balai Polis
POLIS di bandar Espanola, New Mexico berjaya merakamkan imej bergerak berwarna putih yang dipercayai 'roh' menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di jabatan itu.
Rakaman tersebut yang diambil Sabtu lalu memperlihatkan imej berwarna putih menyerupai manusia sedang bergerak di dalam balai polis itu.
Karl Romero, seorang pegawai polis yang bertugas pada waktu itu, melihat bayangan tersebut menerusi CCTV berjalan melalui pagar penjara.
Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Karl bergegas melaporkan perkara itu kepada ketuanya.
"Pada awalnya, saya menyangka ia adalah lalat atau rama-rama, kemudian saya terlihat kaki dan ia menyerupai manusia. Ia bukan manusia tetapi hantu," katanya kepada sebuah stesen televisyen di Albuquerque.- mstar online
TOP
Van Gaal Tidak Kisah Kad Merah Diterima Rooney
Rooney (tengah) dilayangkan kad merah kerana mengasari Downing.
MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal tidak kisah mengenai kad merah yang diterima kapten Wayne Rooney daripada pengadil Lee Mason ketika menentang West Ham United, malam Sabtu. Malah beliau enggan membincangkan kesesuaian Rooney selaku kapten selepas penyerang England itu diarah keluar padang. Rooney, 28, menerima kad merah keenam sepanjang keriernya kerana mengasari Stewart Downing pada minit ke-59 perlawanan. Insiden itu menimbulkan persoalan kepada Van Gaal mengenai kebijaksanaannya melantik Rooney sebagai kapten tetapi enggan membuka mulutnya. Walaubagaimanapun, United menewaskan West Ham 2-1 pada perlawanan itu. "Bagi saya, ia bukanlah satu analisis yang baik oleh kamu ataupun soalan yang baik. "Ia tidak betul bagi saya untuk menjawabnya," kata Vaan Gal. Rooney menjaringkan gol ke-176 miliknya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) seawal minit kelima. Penyerang Robin van Persie menggandakan jaringan United tetapi Diafra Sakho meletakkan West Ham kembali dalam saingan selepas meledak jaringan pada minit ke-37. Kevin Nolan hampir mengikat kedudukan tetapi jaringannya pada minit kecederaan dibatalkan kerana ofsaid.- mstar online

Kejayaan Benam Jepun, Beri Keyakinan Untuk Berdepan Pakistan
Skuad hoki negara mara ke separuh akhir selepas membenam Jepun.
SEREMBAN: Kemenangan bergaya skuad hoki negara membelasah Jepun 4-1 untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir Sukan Asia merupakan 'senjata' dan bekalan yang dapat memberi keyakinan tinggi kepada pemain apabila berdepan Pakistan di Stadium Hoki Seonhak pada Selasa ini. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata dengan kemenangan besar itu, beliau melihat skuad hoki negara sudah mempunyai tahap keyakinan yang tinggi manakala corak permainan mereka sudah bertambah baik. "....... dan inilah persediaan terbaik untuk berdepan dengan Pakistan, bukan setelah mengalami kekalahan tetapi setelah mengalami kemenangan. Jadi, apabila sudah jumpa rentak, saya yakin mereka boleh melakukannya untuk mara ke final. Saya harap yang terbaik sebab kita pun yakin pasukan ini mampu untuk mara ke perlawanan akhir," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup kursus kadar bakal pegawai tanpa tauliah rendah (sukarela) tidak berpusat siri 1/2014 di padang kawad Rejimen 508 Askar Wataniah (AW), Kem Jalan Rasah di sini, Ahad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan skuad hoki negara selaku naib juara kumpulan A mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas membelasah Jepun 4-1 pada aksi pelengkap peringkat kumpulan Sabtu. Khairy berkata amat penting bagi Malaysia menang dengan Jepun dengan satu cara yang begitu meyakinkan. "Saya sudah yakin kita akan menang dengan Jepun tetapi yang saya risau kalau kita tidak menang dengan bergaya maka tahap keyakinan pasukan kita berdepan Pakistan tidak tinggi. Tetapi dengan kemenangan besar itu dan juga kita kalah tipis sebelum ini dengan Korea Selatan 1-2 sahaja, saya melihat pemain kita sudah ada tahap keyakinan yang tinggi manakala corak permainan mereka sudah bertambah baik dan berharap pasukan itu akan dapat mengekalkan rentak ini atau lebih baik lagi apabila berdepan Pakistan nanti," katanya. Dalam perkembangan lain, Khairy berkata pelbagai inisiatif dan perubahan baru perlu dibuat demi masa depan sukan negara. "Saya tidak berpeluang untuk merangka strategi empat tahun sebelum ini sebab sukan ini setiap empat tahun kita ada perancangan. Apa yang kita lihat hasil hari ini adalah daripada perancangan empat tahun yang lepas. Jadi, saya ada peluang untuk membuat perancangan empat tahun akan datang dan yang penting adalah kita melihat kepada peningkatan selepas ini. Khairy berkata beliau mengenal pasti beberapa kelemahan dan perkara ini akan diperhalusi dan beliau akan menyediakan satu pelan pembangunan elit yang baru pada awal tahun depan untuk tempoh empat tahun. Pada majlis itu, 54 pelatih menamatkan kursus kadar bakal pegawai tanpa tauliah rendah (sukarela) selama sebulan mulai 1 September lepas. Sipper Nur Hanini Ishak dari 21 skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) muncul penuntut keseluruhan terbaik, Prebet Muhammad Amirullah Mohd Razali dari Rejimen 514 Askar Wataniah (penuntut kawad terbaik), Prebet Nur Shazwani Nordin dari Rejimen 508 Askar Wataniah (penuntut akademik terbaik) dan Sipper Mohammad Hafiz Ibrahim dari 21 skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) (penuntut menembak terbaik). - mstar online

Pemanah Malaysia Dapat Pingat Perak
Dari kiri: Haziq Kamaruddin, Atiq Bazil Bakri dan Khairul Anuar Mohamad beraksi pada pusingan akhir dalam acara akhir Recurve Lelaki Berpasukan pada Ahad. - fotoBERNAMA
INCHEON: Trio 'Robin Hood' Malaysia gagal menyaingi kehebatan pemanah China pada aksi akhir acara recurve lelaki berpasukan di Gyeyang Asiad Archery Field di sini Ahad. Namun, mara ke peringkat akhir dan pulang dengan pingat perak adalah satu pencapaian yang membanggakan, sekali gus meletakkan nama Malaysia dalam senarai pemanah terbaik di peringkat Asia. Khairul Anuar Mohamad, Atiq Bazil Bakri dan Haziq Kamaruddin meraih pingat perak selepas tewas 0-6 kepada trio China Gu Xuesong, Qi Kaiyao dan Yong Zhiwei. "Secara keseluruhannya semuanya okay, panahan dan pilihan kami boleh buat seperti biasa sama seperti waktu latihan. Tapi kalau kita tengok tadi, China hampir mendapat mata penuh. "Ia memang persaingan getir. Kami disasarkan ke separuh akhir sahaja dan kami berpuas hati mara ke peringkat akhir. Kalau boleh memang kami pun nak dapatkan emas," kata Khairul Anuar. Pada perlawanan akhir hari ini, trio negara tewas 54-57, 53-57 dan 57-58 kepada pemanah China. Dalam pada itu, Haziq melahirkan rasa kecewa apabila gagal mengekalkan prestasi panahannya pada Ahad. Katanya, pada luarannya, kekuatan trio negara dan China nampak sama, cuma kelebihan kepada pemanah China kerana mereka berjaya mengawal permainan dan kawalan diri yang baik. "Hajat yang tidak sampai cuma tidak dapat kekal anak panah pergi mana, bukan saya patut tembak ke situ, tapi apa hendak buat semua sudah jadi. Saya harap lepas ini boleh lebih fokus untuk pertandingan-pertandingan yang akan datang," katanya. Menurut Haziq, walaupun berjaya bangkit selepas membuat sasaran tercorot enam mata, namun tidak dapat membantu pasukan negara meraih emas dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Pingat gangsa dimenangi trio Korea Ku Bonchan, Lee Seungyun dan Oh Jinhyek yang menewaskan pemanah Jepun Takaharu Furukawa, Hideki Kikuchi dan Shohei Ota.- mstar online

Chamberlain Bantu Arsenal Ikat Spurs
Chamberlain (kanan) meraikan jaringannya.
ALEX Oxlade-Chamberlain membantu Arsenal mengikat Spurs 1-1 pada aksi penuh mendebarkan di Stadium Emirates, awal pagi Ahad. Arsenal ibarat dihantui mimpi ngeri apabila dua tonggak utamanya, Mikel Arteta dan Aaron Ramsey mengalami kecederaan otot pada babak pertama. Malah, Jack Wilshere turut mengalami kecederaan pergelangan kaki apabila dijatuhkan di dalam kotak penalti selepas dikasari pemain lawan. Spurs berada di depan pada minit ke-56 menerusi jaringan Nacer Chadli yang memanfaatkan hantaran Erik Lamela. Pasukan lawan hampir menggandakan jaringan menerusi percubaan Emmanuel Adebayor tetapi terkena palang. Ketika Arsenal semakin tertekan, Chamberlain merembat masuk gol penyamaan pada minit ke-74. Arsenal kini menduduki tangga keempat dengan mengumpul 10 mata manakala Spurs di tempat kelapan, berkongsi lapan mata dengan Manchester United yang berada di tempat ketujuh.- mstar online

Zaniz Heritage Sasar Tembusi Pasaran Luar Negara
Serunding adalah antara produk popular keluaran syarikat Zaniz Heritage
TUMPAT: Zaniz Heritage Sdn Bhd, pengeluar produk makanan tradisional serunding, menyasarkan Brunei dan Indonesia untuk mengembangkan perniagaannya tahun depan. Selain serunding, syarikat yang ditubuhkan pada 2007 itu turut mengeluarkan minuman berperisa, produk kesihatan berasaskan minyak kelapa dara, dan makanan segera. Pengarah Urusannya, Wan Samsiah Wan Mohd Nor berkata, proses menembusi pasaran luar itu kini sudah mencapai 80 peratus, dan menjangkakan selesai sebelum Disember ini. "Kami dalam proses membuat rekaan dan bentuk bungkusan baharu selain mendapatkan beberapa ejen untuk memasarkan produk. "Dari segi bungkusan, berat serunding kami diminimumkan kepada 250 gram bagi memudahkan produk ini menembusi pasaran kerana konsepnya lebih kepada harga mampu milik," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Laut, di sini, Ahad. Katanya, pihaknya turut mencari peluang untuk mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) untuk memasarkan produk berkenaan. Wan Samsiah berkata pihaknya menyasarkan nilai jualan sebanyak RM2 juta bagi pasaran tempatan dan luar negara tahun depan berbanding RM1 juta tahun ini. "Saya yakin dapat mencapai sasaran itu memandangkan produk kami bukan sahaja menembusi pasaran luar, malah turut akan dijual di setiap pasar raya di seluruh negara," katanya. Beliau berkata, setakat ini, nilai jualan sudah mencapai RM500,000 daripada sasaran RM1 juta tahun ini. "Nilai jualan ini mampu dicapai berdasarkan permintaan yang agak tinggi sepanjang tempoh empat bulan kebelakangan ini," katanya yang mempunyai tiga pembantu.- mstar online

Melaka Cadang Tanam Pokok Kurma Untuk Hasil Produk Asas Tani
JASIN: Melaka berhasrat menanam pokok-pokok kurma di setiap masjid di negeri ini bagi menghasilkan produk asas tani untuk pasaran tempatan dan luar negara.
Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata, usaha dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Pertanian Melaka itu juga sebagai nilai tambah kepada produk asas tani negeri ini seperti produk minuman madu dan pes asam pedas yang dipasarkan termasuk di Agrobazar Singapura.
"Sekiranya usaha tanaman kurma ini berjaya, hasilnya akan kita petik dan pasarkan di pasar tani kita atau kita hasilkan produk dan pasarkan di luar negara seperti di Agrobazar Singapura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pasar Tani Negeri Melaka di sini, Ahad.
Beliau berkata, pada masa ini, produk asas tani seperti buah-buahan dan makanan ringan mendapat permintaan yang tinggi serta sambutan menggalakkan di Singapura.
Justeru, katanya, petani dan usahawan tani di Melaka perlu merebut peluang memasarkan produk tani mereka ke pasaran global sekali gus menghasilkan pulangan yang lumayan.
Sementara itu, Pengarah Fama Melaka, Mohd Nawi Othman berkata, pihaknya menyasarkan kutipan jualan sehingga RM20 juta di pasar tani seluruh negeri Melaka tahun ini berbanding RM18.2 juta pada tahun lepas.
Beliau berkata sejak Januari hingga Ogos lepas, sebanyak RM13.2 juta dikutip di 19 tapak pasar tani di seluruh negeri itu membabitkan 455 peniaga.
"Bagi mencapai sasaran ini, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menarik kunjungan orang ramai antaranya program jimat belanja dapur yang memberi tumpuan kepada barangan mentah seperti ayam, daging dan ikan," katanya.- mstar online
TOP
Malaysia Anjur Rundingan Meja Bulat Ekonomi Di Vienna
Vienna, ibu negara Austria.
VIENNA: Malaysia akan menganjur rundingan meja bulat ekonomi di sini pada 9 Oktober bagi mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan, kata Duta Besar Malaysia ke Austria, Datuk Selwyn Das. Selwyn yang juga Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, berkata Malaysia dan Austria kini menikmati hubungan diplomati yang rapat, dengan Malaysia dianggap sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Beliau berkata, rundingan itu dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), agensi promosi perdagangan negara di Frankfurt serta Kedutaan Malaysia di sini. "Sejak keduataan dibuka pada 1962, kita sudah menikmati hubungan yang sangat baik dengan Austria, yang dibuktikan dengan lawatan Presidan Austria, Heinz Fischer ke Malaysia pada 2010. "Semasa menyerahkan watikah saya kepadanya Oktober lepas, ingatan beliau terhadap Malaysia masih jelas," katanya kepada Bernama di sini. Memandangkan Vienna merupakan antara empat bandar raya ibu pejabat PBB, termasuk menempatkan enam pertubuhan antarabangsa seperti Pejabat PBB bagi Dadah dan Jenayah dan Agensi Antarabangsa Tenaga Atom (IAEA), beliau berkata kedua-dua negara menjalin usaha sama dalam banyak isu antarabangsa. "Kami mengikuti dan memantau rapat isu-isu bagi melindungi kepentingan negara, sebagai contoh resolusi yang baru diluluskan pada forum saintifik IAEA di sini yang memberi manfaat kepada kita," katanya dan menambah tumpuan negara kini ialah pada perdagangan, pelancongan dan pendidikan. Dari segi perdagangan dua hala, Selwyn berkata tahun lepas Malaysia mencatat peningkatan perdagangan sebanyak 4.6 peratus kepada RM1,553.3 juta, yang memihak kepada Austria, berbanding tahun sebelumnya. Eksport Malaysia ke Austria membabitkan produk elektrik dan elektrik, perkakasan optikal dan saintifik, mesin, komponen, kimia dan produk kimia serta pengeluaran logam. Austria pula mengeksport produk elektrik dan elektronik, mesin, alat dan aplikasi, kimia dan produk kimia, produk kertas dan pulpa serta perkakasan saintifik ke Malaysia, katanya. Beliau berkata banyak syarikat Austria kini beroperasi di Malaysia, termasuk Vamed, yang membina Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur dan beberapa hospital swasta serta industri pembinaan berteknologi tinggi lain. Kedutaan Malaysia di sini juga mempromosi hubungan dengan Austria dan universiti-universiti Malaysia selain mengkaji kemungkinan usaha sama dalam penjagaan kesihatan, dan bertukar-tukar kepakaran bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia," katanya. "Bagi pelancongan, lebih ramai penduduk Austria berminat terhadap budaya Asia, dan kami menerima sambutan baik daripada masyarakat di sini semasa sambutan Hari Malaysia pada 9 September lepas, dengan kami menyediakan masakan Malaysia seperti rendang dan sate," katanya dan menambah kira-kira 13,000 rakyat Austria melawat Malaysia setiap tahun. Kini seramai 300 rakyat Malaysia menetap di Austria, termasuk 100 orang yang kebanyakannya bekerja dengan perbadanan antarabangsa di sini. Selwyn berkata Austria juga menyatakan sokongannya kepada Malaysia, yang mempunyai kedudukan yang baik untuk menduduki kerusi bukan tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015-2016.- mstar online

Pengusaha IKS Beaufort Rancang Keluarkan Tart, Jem Nanas
Azizah Dun
BEAUFORT: Usahawan industri Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sini, khususnya kaum wanita, merancang menghasilkan kuih tart dan jem nanas untuk dijadikan sebagai satu jenama tempatan di negeri ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, penghasilan produk itu, selain dapat menyediakan peluang pekerjaan, juga membantu membangunkan ekonomi masyarakat setempat untuk menjadi usahawan berjaya. "Selain terkenal dengan destinasi pelancongan, kita juga mahu memperkenalkan kepada pelancong bahawa daerah ini mempunyai produknya sendiri yang boleh mereka beli untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menutup program pemantapan ekonomi keluarga, malam Sabtu. Menurut Azizah, kawasan penanaman nanas seluas 100 hektar yang terletak di Kampung Takuli di sini yang menghasilkan buah nanas berkualiti dan bermutu tinggi mampu membekalkan nanas kepada usahawan IKS untuk menghasilkan produk berkenaan. Azizah yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata, golongan wanita yang mengusahakan produk berasaskan nanas itu akan dibimbing oleh agensi kerajaan khususnya di Kolej Komuniti di daerah ini. Terdahulu, ketika mengulas mengenai program pemantapan ekonomi keluarga berkenaan, Azizah berkata program itu turut mendedahkan peserta dengan kaedah pembuatan mi dan bebola ikan yang mutunya setanding dengan produk di pasar raya. Beliau yakin melalui IKS, golongan wanita daerah akan dapat merancakkan lagi pembangunan masyarakat bumiputera dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. "Ia akan berupaya meningkatkan dan menjana ekonomi penduduk setempat dengan hasil jualan dan perniagaan seterusnya menjana ekonomi negara kita," katanya.- mstar online

Polis Kemas Kini Kertas Siasatan Kes Soalan UPSR Bocor
Pelbagai pihak ditahan termasuk guru besar, guru dan pekerja swasta untuk disoal siasat berhubung kes itu.
KUALA LUMPUR: Polis sedang memperkemaskan lagi kertas siasatan kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, ia selaras dengan arahan terbaru Jabatan Peguam Negara. "Ada beberapa arahan baharu daripada Jabatan Peguam Negara untuk dilengkapkan ... dan kita bagi tumpuan untuk lengkapkan siasatan tersebut," katanya. Tajudin berkata demikian pada sidang media sempena majlis Perhimpunan Khas Ketua Polis Kuala Lumpur bersama-sama Sukarelawan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, Ahad. Pada minggu lepas, polis telah menyerahkan laporan siasatan kes berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara dan difahamkan laporan itu diserahkan semula kepada polis untuk tindakan lanjut. Pada 10 September lepas, kertas peperiksaan subjek sains UPSR ditangguhkan setelah didapati bocor, dan sehari selepas itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris juga bocor. Ekoran itu tarikh baharu peperiksaan bagi dua kertas itu ditetapkan pada 30 September. Isnin lepas, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan kertas peperiksaan subjek matematik dan Bahasa Tamil UPSR yang berlangsung pada 10 September dibatalkan setelah disahkan bocor. Tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu ditetapkan pada 9 Oktober.- mstar online

PKR, DAP Pembuli - Nik Abduh
Nik Abduh Nik Aziz
PETALING JAYA: Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli. Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor. "Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor. "Di Sarawak, mereka mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa," katanya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama. "Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri," katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP. "PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli. "Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan," katanya. Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka. Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP. Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan. Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya. "PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi," katanya. Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu. "DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati. "Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?," katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur. "PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Saya tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli," katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS.- mstar online

Curi Cincin Berlian RM500,000 Untuk Beli Ganja RM60
ARIZONA: Seorang bekas pekerja syarikat perkhidmatan kargo udara di lapangan terbang di sini dituduh mencuri berlian bernilai hampir £100,000 (RM500,000) sebelum menukarkannya dengan ganja yang cuma bernilai £12 (RM60).
Walter Earl Morrison, 20, masih bertugas dengan syarikat UPS apabila dia didakwa mencuri satu bungkusan berisi berlian itu dan menyembunyikannya di dalam baju ketika mengendalikan satu kargo memasuki kapal terbang.
Laporan mahkamah menyatakan, Morrison percaya bungkusan itu berisi wang tunai sebaliknya apabila memeriksanya kemudian, dia terkejut mendapati ada sebentuk cincin di dalamnya.
Dia kemudian menukarkan cincin itu dengan ganja kerana ketagihan dadah.
Siasatan dalaman ekoran laporan kehilangan cincin itu mendorong pihak berkuasa menangkap Morrison dan mendakwanya di mahkamah, manakala UPS memecatnya serta-merta.
Jurucakap UPS berkata, cincin itu berjaya ditemui dan dipulangkan kepada pemiliknya.
Bercakap kepada media mengenai insiden itu, jurucakap berkenaan berkata, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Sky Harbor.- mstar online
TOP
Aceh: Hudud Untuk Bukan Islam
BANDA ACEH: Aceh membuat keputusan untuk menggunapakai undang-undang jenayah Islam ke atas orang bukan Islam.
Perkara itu ditetapkan Dewan Perwakilan Rakyat Aceh dan dilaporkan media republik itu, BBC Indonesia.
Menurut laporan itu, undang-undang dinamakan Kanun Jenayah itu diluluskan dalam sidang khas yang disertai separuh daripada 69 orang wakil rakyat.
Jurucakap Parti Aceh, Muhammad Harun berkata, parti itu mahu rang undang-undang tersebut diluluskan secara sebulat suara.
“Kanun ini dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan syariat Islam secara menyeluruh tanpa pengecualian terhadap bukan Islam,” katanya.
Bukan Islam di wilayah itu juga boleh dikenakan hukuman berikutan rang undang-undang membenarkan hukuman sebatan sebanyak 100 kali ke atas pesalah homoseksual diluluskan.
Perkara itu mendapat persetujuan sebulat suara Ahli Parlimen Aceh.
Undang-undang terbabit menggariskan perbuatan liwat antara lelaki dan persentuhan badan antara wanita untuk rangsangan seks merupakan satu kesalahan dan bakal berhadapan dengan hukuman sebatan.- mstar online
TOP
Azmin Akan Dedah Nama Syarikat Dapat Manfaat Perjanjian Air Selangor - Anwar
Anwar Ibrahim.
BUTTERWORTH: Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali dijangka mendedahkan nama syarikat yang akan mendapat manfaat daripada perjanjian air yang diluluskan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu Azmin untuk membuat pendedahan itu berkata, beliau akan menyenaraikan mereka yang mendapat keuntungan jutaan ringgit daripada perjanjian air tersebut berdasarkan beberapa 'penyelidikan' yang dilakukannya. "Saya menyedarinya bukan kerana ia diberikan kepada saya tetapi saya melakukan penyelidikan dan saya sedari mengapa orang cenderung untuk mempertahankan dan enggan mendengar kerana kepentingan yang besar. "Apabila ia melibatkan isu kepentingan awam, keprihatinan saya adalah ia mempunyai hubungan langsung dengan tarif air dan rakyat akan menderita," katanya kepada pemberita selepas ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di pasar Seberang Jaya di sini pada Sabtu. Beliau berkata, ia bukan soal seseorang mengumpul harta kekayaan tetapi apabila keuntungan atau kepentingan terlalu tinggi timbul daripada perjanjian itu, ia akan memberi kesan kepada penduduk di Selangor. "Pulau Pinang berjaya dalam memastikan tarif air rendah kerana pihak berkuasa air mereka dikorporatkan, bukan diswastakan. "Apabila anda menswastakan sesuatu dan perjanjian itu tidak telus, maka ia ada masalah," katanya.- mstar online

Khalid Sedia Disiasat Isu Perjanjian Air, Canal City
Abdul Khalid Ibrahim.
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat perjanjian yang ditandatangani semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Katanya, ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan pembangunan di Canal City. "Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini," kata Khalid menerusi satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook miliknya. Jawatan Khalid digantikan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali pada Selasa lalu. Terdahulu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Azmin dijangka mendedahkan nama syarikat yang akan mendapat manfaat daripada perjanjian air yang diluluskan oleh Khalid. "Apabila ia melibatkan isu kepentingan awam, keprihatinan saya adalah ia mempunyai hubungan langsung dengan tarif air dan rakyat akan menderita," katanya kepada pemberita selepas ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di pasar Seberang Jaya di sini pada Sabtu.- mstar online

Godam Mesin ATM Guna Kad Sim Telefon, Lebih Setengah Juta Lesap
ANGGOTA Forensik berkawal di hadapan sebuah bank yang digodam di USJ Subang Jaya, Selangor semalam.
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih. Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari. Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997. "Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang," katanya. Dalam kejadian pertama pada 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang. Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu adalah sebanyak 27 keping. "Mengesyaki sesuatu yang pelik pihak pengurus telah menghubungi polis dan hasil siasatan mendapati tiada kesan mesin tersebut diumpil," menurut sumber polis itu. Katanya, rakaman kamera litar tertutup di ATM itu mendapati terdapat tiga suspek berbangsa Amerika Latin, berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, membuat pengeluaran berkenaan. Jumlah wang dikeluarkan mereka ialah RM265,000.
DUA anggota forensik memeriksa mesin ATM yang digodam suspek
Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Yahya berkata modus operandi yang sama dilakukan di bank berkenaan di USJ Subang Jaya oleh dua suspek lelaki berbangsa Amerika Latin dengan membuat pengeluaran 137 kali secara bergilir-gilir pada 5.30 petang Sabtu. Katanya, pihak pengurusan bank mengesyaki kehilangan wang itu ketika memeriksa wang ATM tersebut dan polis percaya sindiket berkenaan menggunakan kad sim telefon dan sistem teknologi tinggi untuk menggodam mesin ATM itu bagi mengeluarkan wang. Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup bank terbabit. Jenayah pengklonan kad ATM di negara ini berlaku ketika kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad. Jenayah itu berjaya dihapuskan setelah Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM dan kad kredit kepada setiap bank pada 2003.- mstar online

No comments:
Post a Comment