TOP
Hutang RM15,000: ND Lala Cabar Den Wahab Buat Laporan Polis
SUSULAN dakwaan pelakon Den Wahab yang mengatakan ND Lala belum menyelesaikan hutangnya sebanyak RM15,000 yang dipinjam sejak 14 tahun lalu, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu meminta agar Den membuat laporan polis.
(BACA: Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala)
Menganggap ia sebagai fitnah, dia turut meminta Den, wartawan Kak Pora dan sesiapa sahaja supaya berdepan dengannya, memetik Gua.com.
“Saya sudah jawab persoalan ini kepada rakan media pada bulan Mac tahun lalu. Saya sudah jawab, saya siap rakamkan lagi, tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak media. Saya tak tahu mengapa tidak dikeluarkan,” kata ND sewaktu sidang media bagi menjawab konflik yang tercetus antara Shila dan media berbahasa Melayu.
Sebelum ini, Den berkata duit itu dipinjam oleh ND Lala bagi merakamkan lagu untuk sebuah parti politik.
Namun, penyanyi itu dikatakan tidak menghubunginya selepas itu, sebaliknya cuba melarikan diri apabila bertemu di majlis hiburan.
Tak tahulah kami siapa yang betul dan siapa yang salah.
Apapun, ia pasti menambah rencah dalam kemelut yang melanda Shila susulan sidang media yang dikatakan tidak berjaya menjernihkan hubungan dengan pihak – MYNEWSHUB

Vanidah Dan Rashidi Sudah Tinggal Berasingan, Bakal Bercerai?
AGAK lama kami tidak mendengar perkhabaran mengenai pasangan suami-isteri romantis,Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.
Tup-tup, menerusi Harian Metro, timbul pula cerita mendakwa mereka sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.
Pasangan itu juga dikatakan jarang muncul bersama dalam beberapa acara, sekaligus menimbulkan pertanyaan mengenai status perkahwinan mereka kini.
Senang cerita, ada mulut-mulut yang mendakwa mereka sedang menuju ke ambang perceraian.
Bagaimanapun, Vanidah yang dihubungi meminta agar individu yang membuat dakwaan tersebut pergi ke mahkamah untuk mendapatkan bukti terlebih dahulu.
“Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya.
“Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami,” katanya.
Hmm, harap-harap betullah hubungan Vanidah dan Rashidi yang dibina sejak 14 tahun lalu itu tidak bermasalah.
Bukan apa, sebab selalunya khabar-khabar angin yang dinafikan oleh para artis akhirnya menjadi kenyataan selepas beberapa ketika…opps!– MYNEWSHUB

Tak Dapat Terima Hakikat, Lelaki Tikam Kekasih 34 Kali Hingga Mati
GARA-GARA tidak dapat menerima hakikat teman wanitanya ingin memutuskan hubungan mereka, seorang lelaki di Taipei bertindak menikam gadis itu sebanyak 34 kali sehingga mati.
Memetik Shanghaiist.com, Zhang Yanwen, graduan Universiti Kebangsaan Taiwan pada mulanya datang ke rumah mangsa untuk memujuknya agar mengubah keputusan itu.
Bagaimanapun, mangsa masih bertegas dan Zhang mula mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya.
Ugutan itu juga tidak diendahkan, sekaligus menaikkan kemarahannya.
Zhang kemudiannya mencapai sebilah pisau pemotong buah dan menikamnya berkali-kali selain mengelar lehernya.
Akibat kecederaan parah, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian.
Hasil soal-siasat polis, Zhang memberitahu dia bercinta beberapa kali, namun mangsa merupakan teman wanita yang paling disayanginya.
“Saya memberi sepenuh kesetiaan buatnya…biarlah kami mati bersama,” katanya.
Aduhai, inilah yang dinamakan ‘cinta sampai mati’… – MYNEWSHUB

Murid Meninggal Sebab Gula Tinggi, Bukan Stress UPSR Bocor
Isu kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mencetuskan ribut dalam dunia pendidikan negara tahun ini.
Kesannya murid tahun 6 terpaksa menduduki semula peperiksaan bagi kertas ujian Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Bahasa Tamil.
Ia mendatangkan tekanan kepada sesetengah pihak terlibat terutama murid yang telah memberikan usaha terbaik ketika menduduki peperiksaan sebelum ini.
Justeru apabila seorang murid cemerlang yang disasarkan bakal menerima 5A bagi UPSR tiba-tiba meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selasa lalu, ia dikaitkan pihak tertentu dengan kebocoran kertas tahun ini.
Telahan ini kemudiannya disebarkan di laman sosial hingga ia menjadi viral sejak 23 September lalu menggunakan gambar arwah bersama kapsyen:
‘Norsabrina Shahrulnizam murid tahun 6 SK Wira telah meningggal pukul 3 pagi tadi. Jenazah dibawa balik Chini. Tekanan darah tinggi dan stress tahap melampau. Murid target 5A tu.. siapa nak tanggung jawab.
Teringat kata-kata Menteri Pendidikan ketika sidang akhbar kes kertas soalan UPSR bocor hari tu. Lebih kurang macam nilah, “Apalah sangat dengan peperiksaan UPSR sampai sanggup dibocor-bocorkan, UPSR je pun”.
Hermm… budak pun tau stress tau, sistem pendidikan sekular kita masih lagi result oriental, walau pun cuma UPSR, ianya ibarat nyawa bukan je bagi student & guru, mak bapak malah sedara mara pun stress bila benda ni jadi.’
Bagaimana pun siasatan dilakukan Jabatan Pendidikan Pahang mendapati murid ini meninggal dunia bukanlah ekoran tertekan kerana kebocoran kertas UPSR tetapi disebabkan kandungan gula dalam darah meningkat secara mendadak walau pun arwah tidak menghidap penyakit kencing manis.
Perkara ini turut dipersetujui ibu bapa arwah yang difahamkan tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan berita tidak betul ini tetapi meminta supaya perbuatan tersebut dihentikan.
Moral daripada kes ini, Kementerian Pendidikan harus mengambil berat insiden kebocoran kertas UPSR kerana ia dianggap satu perkara penting dalam hidup seorang murid tahun 6.
Ibu bapa pula, pantaulah tahap kesihatan anak anda sebab zaman sekarang ni, budak-budak pun dah ramai dapat sakit orang dewasa terutama disebabkan faktor pemakanan selain genetik. – MYNEWSHUB

Wanita Dipenjara Simbah Minyak Petrol Di Rumah Jiran Bekas Teman Lelaki
KUALA LUMPUR: Seorang kerani bank pada Jumaat dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini selepas didapati bersalah menyimbah minyak petrol di hadapan rumah jiran bekas teman lelakinya.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Melati Hassan, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap wanita itu kerana gagal menunjukkan kad pengenalan dan memerintahkannya menjalani kedua-dua hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.
Dia didakwa melakukan khianat dengan menyimbah minyak petrol di hadapan rumah milik Amar Amjad Mohd Basari, 30, di Permai Court 1, Taman Dato Ahmad Razali Ampang di sini pada 2 pagi, 13 Nov 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Nor Melati juga didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan pada masa dan tempat sama dan didakwa mengikut Seksyen 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu Ghazali Taib yang mewakili tertuduh dalam rayuannya berkata Nor Melati merupakan ibu tunggal dan mempunyai tiga anak.
Katanya anak guamnya menghidap penyakit kronik iaitu ketumbuhan di kepala tetapi tidak mampu untuk membuat pembedahan dan penyakit itu menyebabkan dia mudah pengsan.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya S. Punima berkata tertuduh tidak pernah mengemukakan laporan perubatan beliau kepada mahkamah sebagai bukti dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh. - mstar
TOP
Alvin Tan Cetus Kontroversi Lagi...
Alvin Tan, salah seorang dari pasangan blogger seks terkenal Malaysia 'Alvivi' nampaknya sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan status yang dimuatnaik olehnya di Facebook miliknya.
Lihat saja gambar yang telah diupload oleh Alvin diatas, terpampang jelas perkataan "FUCK UMNO".
Menurut apa yang ditulis di dalam statusnya itu, Alvin menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan akta hasutan yang telah menyebabkan ramai di Malaysia dihukum. Menurutnya juga, dia mengeluarkan status sedemikian rupa sebagai 'wakil' kepada mereka-mereka yang telah dihukum dibawah akta itu.
Selain itu, Alvin juga turut mengeluarkan beberapa kata-kata kesat kepada beberapa pemimpin tertinggi Malaysia termasuklah Perdana Menteri sendiri. Didalam statusnya itu, Alvin mengatakan Najib sebagai 'tiada telur', Zahid Hamidi sebagai 'penjahat sejati' dan menyamakan Khalid Abu Bakar dengan pemimpin Nazi, Heinrich Himmier.
Alvin Tan yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia mendakwa beliau telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik. Tan dan pasangannya Vivian Lee menghadapi tuduhan di bawah Akta Penapisan Akta Hasutan dan Filem Malaysia. - SiakapKeli.com

28 Oktober Sebutan Semula Kes Nizar Dakwa Fitnah Najib
Nizar Jamaluddin.
IPOH: Mahkamah Sesyen pada Jumaat menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas. Hakim Madihah Harullah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan dan pembelaan mengadakan prarundingan perbicaraan di luar mahkamah. Pada prosiding sebutan semula kes hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud mencadangkan rundingan itu diadakan bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan untuk mengemukakan sebarang permohonan sekali gus mempercepatkan pendakwaan dijalankan. "Pihak pendakwaan dan pembelaan telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan prarundingan perbicaraan dan dicadangkan agar ia dijalankan dari tarikh hari ini," katanya. Katanya hasil prarundingan itu akan diberitahu pada prosiding sebutan semula kes. Peguam yang mewakili Nizar, Datuk Yusof Mohd Zainal Abidin memberitahu bahawa pihaknya tiada bantahan mengenai perkara itu dan akan mengemukakan sebarang permohonan dalam tempoh tiga minggu. Ketua Pembangkang Perak dan anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu dilihat hadir bersama isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta beberapa pimpinan pembangkang lain. Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012. Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib. Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Yusof manakala pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. - mstar

2.47 Juta Peminjam Nikmati Kemudahan PTPTN Sejak 16 Tahun Lepas
KOTA KINABALU: Sejak beroperasi lebih 16 tahun, sebanyak 2.47 juta peminjam menikmati kemudahan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan RM56.6 bilion sehingga akhir bulan lepas.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata daripada jumlah itu, sebanyak 150,918 merupakan peminjam dari Sabah yang melibatkan peruntukan RM3.65 bilion.
"Ternyata kewujudan PTPTN adalah selaras dengan objektif utama penubuhannya iaitu memastikan pembiayaan efisien disediakan kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi selaras dengan hasrat kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis mesra pelanggan PTPTN di sini, hari ini.
Mastura berkata budaya membayar balik pembiayaan PTPTN juga mula meningkat hasil pelbagai program kesedaran dan tindakan penguatkuasaan serta sokongan padu masyarakat.
"Buktinya jumlah kutipan bayaran balik sentiasa meningkat setiap tahun iaitu untuk 2011, PTPTN berjaya mengutip RM737 juta, 2012 (RM800.47 juta) dan 2013 (RM1.2 bilion). Secara keseluruhan sehingga 31 Ogos lepas, RM5.36 bilion berjaya dikutip melibatkan 990,915 peminjam," katanya.
Selain itu, Mastura berkata 22,150 peminjam diluluskan pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang melibatkan pelupusan ke atas jumlah pembiayaan pendidikan RM603.1 juta, sehingga 31 Ogos lepas.
Bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang diperkenalkan pada 2004, katanya, sehingga 31 Ogos lepas, terdapat 2.085 juta akaun dengan deposit berjumlah RM1.2 bilion.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 112,883 akaun dengan jumlah deposit RM44.34 juta adalah dari Sabah," katanya.
Dalam konteks Sabah, Mastura berkata pihaknya melebarkan perkhidmatan dengan membuka pusat sehenti di Bangunan Warisan Square, Kota Kinabalu yang beroperasi pada 24 Dis 2012 dan menubuhkan Pejabat Cawangan Tawau pada 13 Jan lepas.
"Sehingga kini, sejumlah 35 agensi kerajaan dan swasta menyertai program Sahabat PTPTN di Sabah. PTPTN juga mengadakan promosi 'Meriahnya Hari Raya Bersama PTPTN' di semua pejabat PTPTN negeri termasuk sambutan selama sebulan di Sabah mulai 14 Julai hingga 15 Ogos lepas," katanya.
Pada majlis itu, 30 pemenang menerima hadiah cabutan bertuah sempena program berkenaan. - mstar
TOP
Najib Promosi Malaysia Kepada Pengurus Dana Amerika, Ketua Perniagaan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukan risalah mengenai kedudukan ekonomi negara ketika sidang media bersama wartawan Malaysia selepas mengadakan Sesi Meja Bulat bersama Pelabur Perniagaan di New York pada Khamis. -foto BERNAMA.
NEW YORK: Tanpa membaca teks ucapan yang disediakan, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak sebagai jurujual nombor satu Malaysia apabila mempromosi negara kepada pengurus dana, pelabur dan pemimpin perniagaan, di sini pada Khamis. Perdana Menteri menghadiri pelbagai mesyuarat secara berterusan selain perbincangan semasa makan tengah hari bersama mereka. Beliau menemui 15 pengurus dana yang mengurus kira-kira US$8 trilion (RM25.6 trilion) dana di seluruh dunia, diikuti pertemuan bersama pelabur dan pemimpin perniagaan. Dalam usaha menarik mereka untuk menanam modal dan menjalankan perniagaan di Malaysia, Najib mengetengahkan kestabilan politik dan ekonomi yang kukuh sebagai tarikan utama. Beliau memperkukuh kenyataannya dengan menyebut mengenai kedudukan Malaysia di tempat keenam di dunia dari segi mudahnya menjalankan perniagaan oleh Bank Dunia, tempat ke-20 dalam senarai daya saing dunia oleh Forum Ekonomi Dunia dan di tangga ketiga terbaik dalam pasaran pesat membangun oleh Bloomberg. "Ini menunjukkan tadbir urus dan sistem penyampaian negara yang baik," kata Najib dan menambah, Malaysia merupakan negara mesra perniagaan. Pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.6 peratus tahun lepas dan 6.3 peratus bagi separuh pertama tahun ini merupakan bukti jelas kedudukan ekonomi negara. Najib turut berkongsi peluang-peluang peniagaan yang terbentang luas di Malaysia, terutama dalam bidang inovasi dan teknologi, selari dengan usaha negara untuk merealisasikan negara berpendapatan tinggi pada 2020. Mereka juga wajar melihat Malaysia sebagai gerbang ke pasaran Asean yang dihuni 600 juta penduduk. Perdana Menteri juga berkongsi usaha negara dalam menangani defisit fiskal semasa ke arah fiskal mampan selain perbelanjaan berhemat negara dengan berbelanja mengikut kemampuan. Beliau turut menjelaskan tindakan kerajaan yang terpaksa membuat keputusan yang sukar seperti rasionalisasi subsidi dan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tahun depan, kedua-duanya untuk manfaat rakyat dan negara dalam jangka panjang. "Kami tidak mahu menjadi kerajaan yang popular tetapi membuat keputusan yang salah," katanya. Najib berkata ada kalanya kerajaan perlu membuat keputusan yang sukar demi rakyat dan negara untuk manfaat jangka panjang. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan pengurus dana, Najib berkata mereka sukakan 'kisah' Malaysia. "Saya rasa mereka mahukan komitmen khusus dari pihak kita, sama ada kita mempunyai semangat politik untuk meneruskan pembaharuan dalam memastikan kemampanan fiskal serta meneruskan program seperti GTP dan ETP semasa kita beralih kepada ekonomi berpendaatan tinggi. "Saya menjangkakan mereka sedang menguji tahap semangat politik membabitkan janji-janji yang kita buat. Saya rasa mereka mengetahui dasar kita, namun mahu menguji tahapnya. "Mereka mahu melihat sama ada saya mempunyai semangat politik untuk melaksanakannya. Itulah yang saya nampak," kata Najib. Perdana Menteri berada di sini sejak 20 hingga 28 September untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu selain tugasan lain bersama komuniti perniagaan dan diaspora Malaysia. - mstar

Rasuah: Warga Myanmar Dipenjara 10 Hari, Denda RM10,000
MELAKA: Seorang buruh binaan warga Myanmar pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memberi suapan RM100 kepada pegawai Imigresen, minggu lepas.
Hakim Amran Jantan turut memerintahkan M.D Arif, 18, dipenjara enam bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.
Tertuduh didakwa memberi suapan itu kepada Pegawai Imigresen Tinggi Kassullah Ramli daripada Jabatan Imigresen Negeri Melaka sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.
Arif didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan cadangan pembinaan dan perumahan Taman Desa Impian, Durian Tunggal, Alor Gajah pada 12.50 pagi, 16 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohammed Heikal Ismail dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu pertuduhan dibacakan dalam bahasa Rohingya oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman diringankan kerana baru tiba di Malaysia dua bulan lalu selepas melarikan diri daripada pertempuran yang berlaku di kampungnya di Myanmar, menyebabkan tiga daripada sembilan adik-beradiknya terkorban. - mstar
TOP
Ander Herrera Dipanggil Bantu Siasatan Atur Perlawanan
PEMAIN tengah Manchester United, Ander Herrera merupakan salah seorang daripada dua bintang Liga Perdana Inggeris yang dipanggil oleh pihak berkuasa Sepanyol untuk membantu siasatan laporan mengatur perlawanan.
Herrera, 25, merupakan sebahagian daripada skuad Zaragoza yang berjaya mencipta kemenangan 2-1 keatas Levante bagi menyelamatkan pasukan tersebut daripada tergelincir ke liga bawahan.
Laporan mengenai wujud gejala mengatur perlawanan itu telah dikemukakan kepada pihak anti rasuah Sepanyol untuk siasatan dan berikutan itu seramai 20 pemain dipanggil untuk direkodkan keterangan.
Jefferson Montero
Selain Herrera, pemain sayap Swansea, Jefferson Montero (gambar) merupakan sebahagian pemain yang terlibat dalam perlawana tersebut. Bagaimanapun Zaragoza menafikan bahawa pasukan itu terlibat dalam salah laku tersebut dan berjanji akan membantu siasatan sebaik mungkin. - mstar

Keputusan Atlet Malaysia Pada Sukan Asia ke-17
Lee Chong Wei.
INCHEON: Berikut keputusan melibatkan atlet Malaysia pada hari ketujuh Sukan Asia ke-17 di sini, Jumaat.
SEPAK TAKRAW
Berpasukan lelaki (Separuh akhir)
MALAYSIA kk Thailand 2-0
BADMINTON
Perseorangan lelaki (Peringkat awal)
Datuk Lee Chong Wei (MAS) mn Parupalli Kashyap (IND) - 21-12,21-11
MENEMBAK
Wanita berpasukan 50m rifle 3 positions
EMAS:China (CHN)
PERAK: Korea Selatan (KOR)
GANGSA: Kazakhstan (KAZ)
5.MALAYSIA
SKUASY
Berpasukan wanita (Pusingan separuh akhir)
MALAYSIA mn Hong Kong 2-0 - mstar

Hasrat Jamil Sulong Bercuti Di Janda Baik Tidak Kesampaian
Allahyarham Datuk Jamil Sulong meninggal dunia pada usia 88 tahun.
KUALA LUMPUR: Hasrat Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong, 88, untuk bercuti di kampung halamannya di Janda Baik, Bentong, Pahang tidak kesampaian selepas diserang penyakit angin ahmar kira-kira sebulan lalu. Anak kedua Allahyarham iaitu Dr Anwardi Jamil, 55, bagaimanapun berkata, Allahyarham kelihatan gembira dapat meraikan hari jadi salah seorang cucunya beberapa hari sebelum dijangka berangkat ke Janda Baik yang mana turut disertai oleh ahli keluarga lain. "Beberapa hari sebelum arwah terkena serangan strok beliau ada meminta untuk balik bercuti di kampung halamannya di Janda Baik namun perancangan itu terpaksa dibatalkan kerana beliau secara tiba-tiba terkena serangan strok.
Jenayah Allahyarham dibawa ke Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail di sini untuk dimandikan, dikafankan dan seterusnya disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong Pahang.
"Bagaimanapun sebelum itu, Allahyarham sempat bersama-sama menyambut hari jadi salah seorang cucunya dan dia cukup gembira ketika itu apabila kami sekeluarga berkumpul," katanya kepada mStar Online. Anwardi ditemui di Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail di sini pada Jumaat. Jenazah Allahyarham dibawa ke masjid berkenaan untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang untuk pengebumian.
Anak kedua Jamil, Dr Anwardi Jamil memberitahu hasrat arwah bapanya untuk bercuti di Janda Baik tidak kesampaian.
Allahyarham dijangka dikebumikan selepas selesai solat Jumaat.
Jamil meninggal dunia di rumah anaknya di Bukit Damansara di sini kira-kira pukul 9.35 malam Khamis selepas kira-kira sebulan dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini. Dalam pada itu, Anwardi berkata, pihak hospital pada Rabu lalu membenarkan bapanya pulang ke rumah namun keadaannya stabil. Bagaimanapun kata Anwardi, keadaan bapanya tiba-tiba nazak pada malam Khamis sebelum meninggal dunia di sisi isteri, Datin Rosnani dan beberapa ahli keluarga lain. "Ayah dibawa pulang ke rumah pada pagi Khamis dan keadaannya stabil biarpun masih dalam keadaan koma namun tidak sangka pada sebelah malamnya dia tiba-tiba sesak nafas sebelum meninggal dunia dengan tenang pada 9.35 malam.
Rosnani yang kelihatan sugul ditemani oleh ahli keluarganya.
"Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya tambahan pula arwah dijemput Allah pada malam Jumaat 1 Zulhijah," katanya. Sementara itu, balu Allahyarham, Rosnani yang kelihatan sugul memohon maaf kerana belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan tentang pemergian suaminya itu. "Maafkan saya, fikiran saya kini kosong dan tidak tahu apa yang perlu dikatakan," ujarnya ringkas. Dalam perkembangan sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham berkata, pemergiaan Jamil adalah suatu kehilangan besar kepada industri filem negara.
Shabery turut hadir memberikan penghormatan kepada Allahyarham dan menganggap pemergian Jamil suatu kehilangan buat industri perfileman negara.
Jelas Shabery, bakat luar biasa dimiliki Allahyarham dalam pengarahan filem pada zaman kegemilangannya sukar dicari ganti dan pemergiannya akan sentiasa dikenang. "Biarpun pada zamannya tidak mempunyai peralatan canggih dalam menerbitkan filem namun beliau masih mampu menghasilkan karya berkualiti dan kebanyakannya masih diingati hingga ke hari ini. "Pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar kepada industri filem negara dan tiada gantinya," katanya. Allahyarham adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong. Datuk DJ Dave dan Datuk Mustafa Maarof turut hadir memberikan penghormatan kepada Allahyarham. Karya arahan Allahyarham juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa. Allahyarham juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah. Selain isteri, Allahyarham turut meninggalkan empat cahaya mata dan lapan orang cucu. - mstar

PAS Hilang Keistimewaan 4 Exco, PKR Ambil Alih
SHAH ALAM: Jumlah empat Exco kerajaan negeri Selangor yang menjadi keistimewaan PAS sebelum ini dikurangkan kepada tiga bagi diberikan kepada wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Berikutan jumlah jawatan Exco yang dibahagikan kepada tiga parti Pakatan Rakyat adalah tiga kepada PAS, DAP (3) dan PKR (4).
Empat wakil rakyat PKR yang diberikan jawatan Exco ialah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amiruddin Shari (Batu Caves), manakala DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) serta V. Ganabatirau (Kota Alam Shah).
PAS yang mendapat jumlah kerusi tertinggi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pula hanya diwakili oleh Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, beliau telah meneliti dan mengambil kira semua pandangan dari Pakatan Rakyat berhubung pelantikan Exco kerajaan Selangor.
Katanya, perbincangan tertumpu kepada usaha untuk membentuk barisan Exco yang kuat, padu dan cekap untuk terus maju ke hadapan membangunkan negeri tersebut.
"Sultan Selangor telah memperkenankan pelantikan 10 Exco berkuat kuasa hari ini, 26 September 2014.
"Exco bertanggungjawab menggalas amanah ini dalam semangat dan prinsip Pakatan Rakyat yang berteraskan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, berintegriti, tata kelola yang baik dan peduli rakyat untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Selangor," katanya pada sidang media bagi mengumumkan perlantikan 10 Exco kerajaan Selangor yang baharu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, Jumaat.
Azmin pada petang Khamis menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan perkenan untuk perlantikan exco selaras dengan perkara LIII(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Ditanya adakah PAS bersetuju dengan kedudukan tiga Exco itu, Azmin menjawab ringkas: "Setuju."
"Ketiga-tiga mereka (Exco PAS sedang menjalankan 'rehearsal' (raptai) bagi istiadat majlis angkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang sekarang (pagi Jumaat)."
Azmin berkata, portfolio bagi 10 exco baharu akan dibincangkan kemudian pada hujung minggu ini.
Majlis angkat sumpah bagi 10 Exco baharu akan diadakan pada pukul 3 petang Jumaat di Istana Alam Shah, Klang. - mstar
TOP
MH17: Identiti Seorang Lagi Rakyat Malaysia Dikenalpasti
Mayat Muhammad Afruz Tambi Jee,13 (lima dari kiri) berjaya dikenalpasti.
KUALA LUMPUR: Mayat Muhammad Afruz Tambi Jee, 13, berjaya dikenalpasti dalam proses bedah siasat yang dijalankan di Hilversum, Amsterdam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Liow berkata perkembangan terbaru itu bermakna hanya tinggal dua lagi mayat rakyat Malaysia yang perlu dikenalpasti. Bagaimanapun, mayat Muhammad Afruz masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa Belanda. - mstar

Pemain Barcelona Didenda £300 (RM1,596) Jika Tidak Mematuhi Masa
BINTANG Barcelona kini perlu lebih mematuhi masa jika mahu gaji yang diterima tidak dipotong kerana lewat tiba pada hari perlawanan.
Dibawah kendalian jurulatih baharu, Luis Erique, pemain yang terlewat hadir walaupun seminit akan didenda sebanyak £300 (RM1,596).
Jumlah denda itu akan digandakan jika pemain terbabit terus melakukan kesalahan sama selagi dia bermain dibawah kendalian jurulatih sama.
Denda itu sebelum ini telah diguna pakai oleh kelab lain dengan mengenakan sebanyak £150 bagi pemain yang lewat tiba ketika latihan, mesyuarat dan temujanji.
Walaupun jumlah itu terlalu kecil buat Lionel Messi yang menerima gaji sebanyak £292,000 (RM1,553,445) seminggu, namun Enrique percaya denda tersebut mampu mengubah pemain untuk lebih menghargai masa. - mstar

David Cameron mohon maaf
AFP- CAMERON (kiri) berbual dengan Bloomberg ketika melawat pejabat ahli perniagaan itu di New York, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.
LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron akan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Pemerintah United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II selepas beliau mendakwa baginda sangat gembira selepas rakyat Scotland menolak untuk merdeka, lapor stesen televisyen Sky News semalam. Cameron didapati mengeluarkan kenyataan itu ketika sedang berbual dengan bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat pada Selasa lalu. "Baginda menarik nafas lega dan saya tidak pernah mendengar suara yang terlalu gembira seperti itu," kata Cameron. Bagaimanapun, perbualan kedua-dua tokoh tersebut didengari oleh beberapa kru televisyen yang mengekori mereka. Ratu Elizabeth tidak pernah membuat sebarang pandangan politik secara terbuka dan menjauhkan diri daripada melahirkan sebarang pandangan berhubung perdebatan kemerdekaan Scotland baru-baru ini. Media melaporkan bahawa Cameron akan memohon maaf kepada Ratu Elizabeth secara peribadi apabila beliau dijadualkan mengadap baginda dalam satu pertemuan akan datang. "Saya sangat malu dan memohon maaf kerana perkara ini sudah berlaku. "Saya bercakap secara peribadi dengan Bloomberg dan jelas saya tidak akan melakukan perkara yang sama lagi," katanya. Menurutnya, pejabatnya telah menghubungi istana bagi menjelaskan perkara itu dan beliau juga akan memohon maaf. - Reuters

Nigeria hampir bebas wabak Ebola
Reuters - SEKUMPULAN murid sebuah sekolah rendah di bandar Abuja, Nigeria diajar menggunakan cecair pembasmi kuman bagi mengelak jangkitan virus Ebola kelmarin.
LAGOS - Pasukan perubatan di Nigeria telah membebaskan semua pesakit yang berada di bawah pengawasan kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, menurut Kementerian Kesihatan kelmarin. Jurucakap Kementerian Kesihatan Nigeria, Dan Nwomeh berkata, tiada seorang pun pesakit kini diletakkan di bawah pengawasan virus Ebola di mana-mana bahagian di negara itu. "Semua yang disyaki menghidap virus ini telah pun menamatkan tempoh pengawasan mandatori selama 21 hari yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. Bagaimanapu, menurut WHO, negara itu perlu melalui tempoh masa selama 42 hari tanpa sebarang jangkitan baharu sebelum boleh mengisytiharkan bebas daripada wabak berbahaya tersebut. Sejak wabak tersebut tercetus pada Julai lalu, virus Ebola telah menjangkiti seramai 20 orang di Nigeria dan lapan daripada mereka disahkan meninggal dunia. Secara keseluruhan, seramai 529 pesakit yang diletakkan di bawah pengawasan di Lagos dan Rivers State telah disahkan bebas daripada virus berkenaan. Daripada lapan kematian yang direkodkan, empat daripadanya merupakan pekerja kesihatan yang telah merawat seorang pegawai Liberia, Patrick Sawyer. Sawyer membawa virus itu ke Nigeria selepas melakukan perjalanan dari Monrovia, lokasi di mana wabak itu merebak. Menurut laporan WHO lagi, Nigeria tidak lagi melaporkan sebarang kes berkaitan virus Ebola sejak 8 September lalu. Wabak virus Ebola masih dianggap serius dan telah menyebabkan hampir 3,000 kematian di lima buah negara di Afrika Barat. - AFP

Militan Algeria penggal kepala lelaki Perancis
SEDUTAN video yang disiarkan kelmarin menunjukkan Gourdel berlutut di depan empat anggota militan sebelum lelaki itu dibunuh.
ALGIERS - Kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa telah memancung kepala seorang rakyat Perancis yang diculik di Algeria dalam satu rakaman video yang disiarkan kelmarin. Herve Gourdel, 55, diculik pada Ahad lalu oleh kumpulan Jund al-Khilifa atau Tentera Khalifah ketika sedang mendaki bukit di sebuah taman negara yang popular dalam kalangan pelancong di Algeria. Kumpulan berkenaan sebelum ini memberi tempoh selama 24 jam kepada Perancis untuk menghentikan serangan di Iraq atau mereka akan membunuh Gourdel. Video bertajuk 'Mesej Berdarah Buat Kerajaan Perancis' itu mempunyai persamaan gaya dengan video pembunuhan beberapa warga Barat oleh kumpulan militan IS sebelum ini. Rakaman itu menunjukkan Gourdel melutut dengan tangan diikat ke belakang di hadapan empat anggota militan yang menutup wajah mereka. Sebelum dibunuh, Gourdel memberitahu bahawa dia menyayangi keluarganya sebelum salah seorang anggota militan membaca satu kenyataan yang mengutuk tindakan tentera Perancis ke atas umat Islam di Algeria, Mali dan Iraq. - Agensi

Dua bulan peluru tertanam di jantung
Agensi - SHARMA menunjukkan sebutir peluru sepanjang satu milimeter yang berjaya dikeluarkan dari jatungnya oleh sepasukan doktor di Hospital Sal di Gujarat, India baru-baru ini.
NEW DELHI - Seorang lelaki dianggap sangat bernasib baik kerana masih mampu hidup walaupun sebutir peluru tertanam di jantungnya sejak dua bulan lalu, lapor akhbar MailOnline semalam. Lelaki itu, Bharat Sharma terkena dua das tembakan yang dilepaskan individu tidak dikenali ketika berada di sebuah bank di sini pada 22 Julai lalu. Mangsa yang berusia 32 tahun tersebut terkena satu das tembakan di bahagian pinggang manakala sebutir lagi peluru sepanjang satu milimeter menembusi jantungnya. Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Perubatan Kolej Awaharlal Nehru di Aligarh dan beberapa doktor berjaya mengeluarkan satu peluru dari pinggangnya. Bagaimanapun, doktor bimbang untuk mengeluarkan peluru kedua yang tertanam di jantungnya kerana khuatir ia akan meragut nyawanya. Selepas dua bulan, beberapa doktor di Hospital Sal, Gujarat menyahut cabaran untuk membedah jantung Sharma bagi mengeluarkan peluru itu baru-baru ini. "Ia merupakan satu kes yang luar biasa kerana dia masih hidup walaupun sebutir peluru tertanam di jantungnya selama dua bulan," kata pakar bedah jantung, Dr.Anil Jain. - Agensi

Nama 10 Exco Selangor Yang Baharu
KLANG - Seramai 10 orang Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.
Exco Selangor kali ini menampilkan empat calon muka baru dan enam calon yang dikekalkan untuk penggal ini.
Pas membariskan tiga Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi manakala calon muka, Adun Sabak, Sallehen Mukyi.
Manakala tiga Adun DAP terdiri dari Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim serta Adun Kota Shah Alam, Ganabatirau Veraman adalah Adun muka baru dan mengekalkan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Adun daripada PKR menampilkan seorang Adun muka baru Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi dan turut mengekalkan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Istiadat angkat sumpah, semua 10 Exco yang dipekenan Sultan Selangor itu berlangsung tepat jam 9.30 pagi di Balairung Seri di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini.
Adun Pas, Iskandar mengetuai barisan Exco memulakan istiadat angkat sumpah dan menerima surat perlantikan daripada Sultan Selangor. - Sinar Harian
TOP
Nik Nazmi Letak Jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor
SHAH ALAM – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya untuk memberi laluan kepada wakil PAS.
Perletakan jawatan Nik Nazmi juga dibuat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dilantik sebagai salah seorang daripada 10 Exco Kerajaan Selangor yang baharu.
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata, jawatan timbalan speaker itu akan diambil alih oleh wakil PAS.
“Saya telah bersetuju supaya jawatan timbalan speaker disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang di bangunan Setiausaha kerajaan Negeri (SUK) di sini, Jumaat.
Jumlah jawatan Exco Selangor kini terbahagi kepada tiga PAS, DAP (3) dan PKR (4).
Empat wakil rakyat PKR yang diberikan jawatan Exco ialah Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amiruddin Shari (Batu Caves), manakala DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) serta V. Ganabatirau (Kota Alam Shah).
PAS yang mendapat jumlah kerusi tertinggi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pula hanya diwakili oleh Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).
Sementara itu, Azmin memberitahu, pihaknya akan berbincang dengan PAS mengenai individu yang akan dilantik sebagai timbalan speaker.
“Sebab jawatan timbalan speaker ini akan diberikan kepada PAS… mereka akan putuskan.
“Dan kita akan lantik timbalan speaker yang baharu apabila Dewan (Undangan Negeri) bersidang pada November akan datang,” katanya. – mStar Online
TOP
Gegendang Telinga Justin Bieber Pecah
London – Justin Bieber mungkin terpaksa dibedah selepas gegendang telinganya mengalami kecederaan.
Bintang pop berusia 20 tahun itu mungkin perlu menjalani pembedahan untuk memulih tisu telinga yang koyak selepas melakukan aksi terjun dari tebing yang dikenali sebagai ‘tombstoning.’
Dalam kenyataan menerusi akaun Twitternya, Bieber menulis: “Gegendang telinga pecah akibat terjun tebing. Doktor menasihati supaya menjalani pembedahan.”
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Baby’ dan baru-baru ini berbaik semula dengan bekas kekasihnya Selena Gomez berkata, kecederaan itu mungkin melambatkan penerbitan album barunya tetapi yakin ia tidak akan menjejaskan kariernya dalam jangka masa panjang.
“Masalah ini mungkin mengganggu sedikit namun saya akan tetap menghasilkan lagu baru untuk peminat,” katanya.
Sementara itu, Bieber yang selalu menimbulkan kontroversi dikatakan berusaha memulihkan imejnya, termasuk tidak lagi minum arak.
Menurut sumber, Justin begitu teruja memberitahu rakan-rakannya mengenai gaya hidup sihat yang dijalani sekarang.
“Dia tidak lagi minum arak dan berhenti makan makanan tidak sihat. Dia memang menghadapi masalah beberapa bulan lalu dan berharap ini akan membantunya pulih kembali,” kata sumber itu. – Agensi / Harian Metro
TOP
Tindakan IS Atau ISIL Bertentangan Dengan Islam & Kemanusiaan
NEW YORK – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan militan Negara Islam (IS) atau Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan.
Perdana Menteri menegaskan kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang jihad tidak mewakili Islam sebenar.
“Mereka tidak sepatutnya merujuk diri mereka sebagai negara kerana mereka bukan sebuah negara atau negeri.
“Malaysia adalah sebuah negara Islam yang sederhana dan progresif dan menolak fahaman pelampau,” katanya kepada pengurus dana Amerika Syarikat (Amerika) semasa mengadakan pertemuan di sebuah hotel di sini pada Khamis (Jumaat di Malaysia).
Amerika, setelah mendapat sokongan beberapa negara Arab, baru-baru ini melancarkan serangan udara terhadap kumpulan militan di Syria, kerana khuatir serangan terhadap Amerika dan kepentingan Barat.
IS atau ISIL dilaporkan membunuh orang yang tidak bersalah termasuk memenggal kepala mereka. – BERNAMA
TOP
La Liga: Real Terus Tagih ‘Ketajaman’ Ronaldo
MADRID – Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo menegaskan tidak berniat untuk memperlahankan gerakannya sekalipun sudah meledak 12 gol dalam lapan penampilannya bersama Real Madrid, musim ini.
Penyerang kelahiran Portugal itu meledak hatrik ketika Real membelasah Deportivo la Coruna 8-2 minggu lalu dan kian mengganas apabila menyumbat empat gol ketika menewaskan Elce, 5-1, Selasa lalu dalam kempen La Liga.
Dan Ronaldo berkata dia enggan direhatkan jurulatih, Carlo Ancelotti malah mahu terus menyumbang ketajamannya ketika Real membuat kunjungan sukar ke laman Villarreal, esok.
“Kami berada di permulaan musim dan saya mahu bermain untuk meraih keyakinan dan rentak,” kata Ronaldo.
“Apabila masa yang tepat tiba, saya akan berehat dan membuat penggiliran namun ketika ini bukanlah masa yang tepat. Saya mahu terus menjadi baik,” katanya.
Bagi Ancelotti, penyerang utamanya yang berdepan kecederaan sebelum musim baru La Liga bermula mampu menjadi lebih tajam berbanding sebelum ini.
Dan ia turut diakui Ronaldo sendiri yang mengatakan: “Saya merasa baik dan tidak merasa sebarang kesakitan. Saya masih memperbaikinya jadi saya mahu terus seperti ini.
“Saya masih boleh menjadi lebih baik secara fizikal. Saya berlatih dengan keras ketika rehat selepas tidak memperoleh ujian pra-musim yang baik. Begitupun, saya yakin ketika ini dan tidak merasa sebarang kesakitan,” katanya.
Kemenangan besar Realke atas Elce turut ditambah dengan berita gembira apabila buat pertama kali, musuh tradisi Barcelona tercicir mata musim ini ketika menentang Malaga dan hanya ketinggalan empat mata.
Kedudukan teratas La Liga ketika ini diisi Valencia yang menewaskan Cordoba 3-0 sekalipun memiliki jumlah mata sama seperti Barca. – AFP / BH Online
TOP
Pembentangan Bajet 2015 Fokus Sidang Dewan Rakyat 7 Okt
KUALA LUMPUR – Pembentangan Bajet 2015 akan menjadi fokus utama Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13 persidangan Dewan Rakyat bermula 7 Okt ini.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan bajet itu pada Jumaat, 10 Okt.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee berkata pembentangan bajet tersebut akan menjadi tumpuan utama selain pembentangan rang undang-undang (RUU) yang lazimnya boleh dikemukakan pada bila-bila masa.
Sesi Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 28 hari, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara lain yang akan menjadi usul atau fokus pada sidang kali ini. – BERNAMA
TOP
Penerbangan WestJet Mendarat Cemas
Pesawat WestJet dalam penerbangan ke Kanada terpaksa berpatah balik selepas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran, Las Vegas pada petang Khamis.
LAS VEGAS: Penerbangan WestJet dari Las vegas ke Kanada berpatah balik dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran 13 minit selepas berlepas. Jurucakap lapangan terbang Christine Crews berkata anggota kru penerbangan 1709 ke Victoria di British Columbia itu bimbang pesawat terbabit mungkin mengalami kebocoran minyak sejurus selepas ia berlepas pada kira-kira jam 3.18 petang. Pesawat Boeing 737 dengan 126 penumpang itu kembali ke lapangan terbang pada jam 3.31 petang dan mendarat tanpa sebarang kejadian. Kebocoran minyak itu sudah dibaiki pesawat berkenaan berlepas semula pada 6 petang Khamis. - mstar

Dyana Tidak Hairan Taktik Kotor Dalam Politik
Dyana Sofya.
PETALING JAYA: Sebagai wanita yang baru berjinak-jinak dalam arena politik tanah air, bukanlah satu perkara yang mudah namun Dyana Sofya banyak belajar daripada pengalaman yang dilaluinya. Bintang harapan DAP berusia 27 tahun ini sudah semakin bijak memberi ulasan kepada pihak media berkenaan isu semasa. Ternyata wanita muda ini mempunyai kumpulan penyokongnya tersendiri dan media juga turut menyukai beliau kerana sikapnya yang ramah dan merendah diri. Setiausaha politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ini ketika menjadi calon bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Mei lalu menjadi sasaran utama pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menggunakan taktik kotor ketika kempen pilihan raya dengan mengaitkan gambar beliau dengan gambar bogel artis Filipina. Bagaimanapun wanita muda ini terpaksa akur apabila dia tewas kepada tokoh veteran Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti tipis. Malah, bagi Dyana dia sudah terlebih awal bersedia untuk menghadapinya apabila dia bertekad untuk menghantar dalam borang permohonan menyertai DAP tidak lama dahulu. "Ketika saya menyertai DAP pada awal 2012 sebelum sambutan Tahun Baru Cina saya sudah pun mendapat kritikan. Mereka panggil saya 'penghkianat bangsa', tidak bersyukur... "Apabila saya menjadi setiausaha politik kepada Lim Kit Siang, perkara yang sama berlaku dan saya tahu sekiranya saya menjadi calon perkara yang sama akan berlaku dan kritikan yang diterima sudah pasti lebih hebat daripada apa yang saya hadapi sebelum ini, jadi saya sudah bersiap sedia untuk menghadapinya." Sebaik sahaja nama Dyana diumumkan sebagai calon, perang populariti mula berlaku. Nyata wanita muda ini hadir dengan pakej lengkap, dia cantik, muda, pintar dan orang ramai ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai dirinya. Ramai yang kagum, namun ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk melumpuhkan populariti yang dikecapi oleh wanita muda ini. Beberapa hari sebelum kempen pilihan raya bermula, sudah wujud kempen yang cuba menjatuhkan Dyana di internet. Pertama, gambar seorang wanita memakai bikini muncul, gambar tersebut disebarkan kononnya wanita tersebut ialah Dyana. Bagaiamapun, selepas diteliti imej tersebut sebenarnya ialah seorang pelakon wanita Filipina. Dalam satu lagi percubaan untuk membunuh populariti tokoh politik muda ini, gambar Dyana bersama dengan tiga ekor anak kucing Calico telah 'disunting' dengan imej yang memaparkan dia memegang anak anjing. "Kali pertama saya menjadi sasaran, beberapa hari sebelum nama saya diumumkan sebagai calon, ketika itu saya berada di Johor seorang diri. "Ada individu, saya tidak tahu siapa telah mewujudkan akaun Twitter yang menawarkan khidmat seks dan menyertakan nombor telefon saya dalam iklan tersebut!," katanya. "Selepas itu, saya menerima ratusan mesej di aplikasi Whatsapp dan gambar lucah yang saya tak ingin lihat. Bukan itu sahaja, pada pukul 3 pagi pun saya menerima panggilan telefon dan mesej. Namun saya tidak langsung menangis. Selama hampir dua minggu perkara itu berlaku, saya hanya ketawa sahaja," katanya. Sokongan padu dan sentiasa berfikiran positif membantu dirinya untuk kekal tenang dalam menghadapi pelbagai tuduhan negatif yang dilemparkan pihak media kepadanya, kata Dyana. "Setiap saya kali diserang atau isu timbul, (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang akan menghubungi saya. Mereka akan tanya Dyana, adakah anda OK? "Saya hanyalah ahli biasa ketika itu, bukan setiausaha politik, namun mereka masih lagi menghubungi dan turut menghantar emel kepada saya, bukan itu sahaja Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok juga 'ibarat kakak angkat' kepada saya. "Mereka sering menelefon dan memberi sokongan moral serta galakan. Inilah salah satu sebab saya yakin saya telah membuat keputusan yang tepat untuk menyertai parti ini," katanya. - mstar

Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif
Faizal Tahir akui kurus kerana sibuk urus anak.
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata. Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian. "Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active. "Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis. Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3, dan Siti Nawar Malaeka, 1, hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran. Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan. Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu. "Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan. "Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja," ujarnya. Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini. Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya. "Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini. "Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu," ujarnya. - mstar

Tiga Suspek Jihad Ditahan
KUALA LUMPUR: Seorang arkitek, juruteknik dan peniaga merupakan tiga suspek jihad warganegara Malaysia terbaru yang ditahan selepas negara membuat pendirian tegas dengan melabelkan Kumpulan Negara Islam (IS) sebagai 'pertubuhan pengganas'.
Ketiga-tiga suspek ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke Turki. Difahamkan kumpulan berkenaan juga akan ke Syria untuk menyertai IS.
Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman pada pukul 8.55 pagi semalam.
Pada hari yang sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menggesa negara-negara lain membendung aktiviti keganasan yang semakin menular di Iraq dan Syria.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang kini berada di mesyuarat UNSC di New York, berkata Malaysia akan memperkukuhkan undang-undang sedia ada dan keupayaan memerangi keganasan.
Sementara itu, pihak polis berkata arkitek tersebut berasal dari Pahang sementara juruteknik berkenaan dari Perlis yang mana kedua-dua mereka berusia 26 tahun.
Suspek ketiga yang merupakan pemilik kedai serbaneka, berusia 42 tahun itu dipercayai berasal dari Kelantan dan telah berkahwin serta memiliki enam orang anak.
"Siasatan awal mendapati suspek merancang untuk menaiki pesawat untuk ke Istanbul, dan transit di Doha," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan , pada Khamis.
"Dari Turki, mereka akan bergerak ke Syria untuk menyertai kumpulan IS di sana."
Beliau berkata sebelum ditahan, polis telah menyerbu rumah suspek tanpa pengetahuan mereka. Dalam serbuan tersebut polis menemui bukti antara lain, bendera IS.
"Kami percaya mereka ini diambil menjadi ahli oleh kumpulan militan Malaysia, melalui media sosial seperti Facebook.
"Suspek juga turut mempunyai hubungan dengan seorang pejuang jihad warga Malaysia yang kini berada di Syria."
Pihak polis kini sedang berusaha mengesan individu yang merekrut lelaki berkenaan.
Dengan penahanan terbaru ini menjadikan jumlah militan Malaysia yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism kini meningkat kepada 22 orang sejak 28 April lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji Bahagian Counter Terrorism atas kejayaan mereka menahan suspek.
Polis kini sedang memburu lima suspek militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berasal dari Filipina.
Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Abu Hanadzlah) dan pemilik kedai serbaneka, Mohd Najib Husen, kedua-duanya berusia 36 tahun dipercayai merupakan ketua kumpulan militan tempatan yang melatih dan menghantar ahli mereka berjuang di Syria dan Iraq.
Sumber berkata pihak berkuasa percaya dua suspek lelaki tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru turut menguruskan perjalanan empat orang rakyat Malaysia yang dihantar ke Syria pada 5 Mac lalu termasuk Ahmad Tarmimi Maliki, yang merupakan pakar pembuat bom pertama warga Malaysia
Ahli ketiga yang berjaya dikenalpasti ialah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, yang lebih dikenali sebagai Abu Nur, 39.
Dua lagi suspek yang dicari ialah ahli kumpulan Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30, kedua-dua mereka berasal dari Tawau.
Sumber turut mendedahkan kedua-dua lelaki berkenaan telah menjalani latihan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 2005.
Khalid menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau bahagian counter terrorism di talian 03-2266 7010 atau 011-2104 6850 . Anda juga boleh menghantar e-mel kepada CTD.E8M@gmail.com. - mstar
TOP
Ailee Turunkan Berat Badan 10 Kilogram
Ailee
PENAMPILAN baru Ailee menerusi album mini Magazine menarik perhatian ramai apabila penyanyi itu tampil dengan lebih langsing. Menurut laporan Allkpop, pada persembahan Ailee di Ilchi Art Hall, Cheongdamdong baru-baru ini, dia turut mendedahkan rahsia penurunan berat badannya.
"Saya hanya makan makanan dalam jumlah 500 kalori untuk sehari. Dalam masa sebulan sahaja, saya berjaya menurunkan 10 kilogram," katanya. Tambah Ailee, dia benar-benar menjaga pemakanannya dan pada masa sama bersenam untuk tampil lebih kurus. "Bagaimanapun, apabila berat badan saya kurang, stamina pula menjadi lemah. Persembahan vokal juga kurang mantap," ujarnya. - mstar

Pidato Emma Watson Dapat Pujian
Emma Watson
AKTRES Emma Watson bukan sahaja dikagumi kerana bakat lakonan semata-mata, tetapi juga kerana kebijakan yang dimilikinya. Melihat prestasi Emma bukan hanya terdedah di bidang seni, bintang filem Harry Porter itu dipilih sebagai duta termuda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi fokus kepada isu-isu hak wanita dunia. Menurut laporan Dailymail, Emma telah menyampaikan sebuah pidato mengenai perjuangannya terhadap hak wanita pada majlis pemilihannya sebagai duta pertubuhan tersebut dan ia membuatkan ramai yang berada pada acara itu memujinya. "Dia tegas dan meyakinkan. Emma menekankan tentang perjuangan hak wanita yang masih lagi tidak seimbang dengan lelaki. "Siapa sangka, ramai yang kagum dengan informasi yang diberi ketika berpidato. Dia bukan sekadar wanita yang pandai berlakon, tetapi juga seorang yang bijak," kata salah seorang yang hadir pada acara itu. - mstar

Bayaran Tertunggak Awal Ashaari Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band'
Awal Ashaari
PETALING JAYA: Pihak produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) menjelaskan, isu pihaknya tidak membuat pembayaran penuh kepada pengacara Awal Ashaari adalah satu salah faham. Jurucakap produksi tersebut berkata, selepas laporan mengenai kekesalan Awal yang masih belum menerima tunggakan bayaran sebanyak 80 peratus disiarkan mStar Online, pihaknya terus menghubungi pengacara itu bagi menyelesaikan masalah tersebut sebagai bukti pihaknya tidak pernah lari dalam melaksanakan janji. "Sebenarnya terdapat sedikit salah faham antara pihak kami dan Awal. Dia tidak tahu bahawa dia masih dalam proses untuk menerima bayarannya itu. "Takkanlah dalam produksi itu hanya Awal sahaja yang tidak dapat bayarannya, sedangkan artis lain telah mendapat wang masing-masing. Selepas Awal mendedahkan yang dia belum menerima bayarannya, kami terus menghubungi pengacara itu bagi menjelaskan situasi sebenar," katanya yang menghubungi mStar Online pada Khamis. Pada 17 September lalu menerusi laporan mStar Online, Awal berasa kesal apabila syarikat produksi rancangan The Band masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya. Sementara itu, kata jurucakap produksi itu, pihaknya akan mengadakan sidang media khas pada tengah hari Jumaat (hari ini) bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara pihaknya dan Awal. "Pihak kami ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan profesional, lebih-lebih lagi kita saling bekerjasama dalam industri seni hiburan tempatan. "Kerana itu, pihak kami mahu membuat penjelasan secara terperinci pada sidang media yang akan dianjurkan esok (Jumaat). Selain itu kami juga akan membuat beberapa pengumuman lain," ujarnya. The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur. Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu. - mstar

Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar
Scha pandang daripada sudut positif lebih banyak kebaikan bawa bayi ke luar negara.
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya, 29, menganggap keputusannya membawa anak sulungnya, Lara Alana yang baharu berusia dua bulan bercuti di Perth, Australia adalah sebagai langkah pendedahan awal kepada bayi itu untuk melihat dunia luar. Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkata, mereka yakin terhadap keselamatan bayi itu walaupun dia masih kecil kerana segala persiapan telah dibuat sebelum mereka berangkat ke percutian berkenaan. "Bagi saya tidak salah membawa bayi berjalan-jalan kerana ia dapat memberi pendedahaan awal kepada Lara untuk berada di negara luar dan secara tidak langsung sistem badan dia akan lebih imun. "Kami yakin untuk bawa dia dan sudah buat persiapan secukupnya jika berlaku sesuatu perkara serta nombor telefon yang sepatutnya dihubungi semasa berada di sana," ujarnya kepada mStar Online. Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang percutiannya ke Perth, Australia minggu lalu dikritik peminat yang menganggap ia seolah-olah melanggar pantang.
Scha dan Awal bercuti lima hari di Perth, Australia minggu lalu.
Bagaimanapun, Scha bersetuju dengan pendapat segelintir peminat yang bimbang tentang keselamatan bayi yang masih terlalu kecil untuk sebuah perjalanan yang jauh. "Ada betulnya kata mereka tidak elok bawa bayi masih kecil ke tempat jauh, namun sebelum pergi kami sudah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan doktor tidak ada halangan. "Apa yang saya lihat Lara tidak meragam kerana cuaca sejuk dan boleh keluar setiap hari. Kalau di sini Lara hanya duduk sahaja di rumah," ujarnya. Sementara itu, Scha berkata, sepanjang tempoh enam jam penerbangan dari Kuala Lumpur itu, Lara tidak mahu tidur, malah Awal terpaksa mendukung dan berjalan bagi mengelakkan dia menangis. Dalam perkembangan lain, Scha terpaksa mengurangkan aktiviti seni bagi memberi perhatian kepada bayinya untuk membesar. Dia juga akan merujuk terlebih dahulu jadual tugas Awal sebelum menerima mana-mana tawaran agar tiada pertindihan. "Saya memang kurang ambil tawaran buat masa sekarang kerana tidak ada siapa yang nak jaga Lara jadi kami terpaksa bergilir-gilir. "Jika ada tawaran pun saya tengok jadual Awal, kalau dia tidak kerja barulah saya boleh ambil tawaran itu," ujarnya. - mstar

Faizul, Juara AF 2013 Akur Tidak Popular
Faizul harap album Faizul Sany diterima peminat.
PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Faizul sedar namanya kurang dikenali berbanding rakan-rakan seangkatanya selepas berakhirnya program realiti tersebut kira-kira setahun lalu. Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, 29, berkata, perkara tersebut disebabkan dia terlalu sibuk memberi komitmen terhadap prosos pembikinan album pertamanya berjudul Faizul Sany sehingga kurang menghadiri majlis yang mendapat liputan media. "Selepas AF 2013 berakhir saya sedar nama saya agak perlahan jika dibandingkan rakan-rakan lain, ini kerana saya jarang pergi ke majlis-majlis yang mendapat liputan media. "Tempoh setahun itu saya gunakan sepenuhnya untuk menghabiskan masa pembikinan album ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya iaitu Faizul Sany, di Talent Lounge, di sini, Khamis. Album yang memuatkan sembilan buah lagu itu turut menggabungkan beberapa komposer seperti Audi Mok, Faizal Tahir, Amir Jahari, dan Omar K. Album tersebut menampilkan lagu ciptaannya sendiri iaitu berjudul Perempuan dan dua buah lagu iaitu Surat Untuk Sahabat dan Lullaby yang lirik ditulis sendiri. Tambahnya, biarpun tidak dikenali namun dia mengakui berbangga apabila muncul dengan menghasilkan sebuah album penuh. "Orang kata saya sepi dan kurang muncul di media cetak dan elektronik selepas AF 2013, oleh itu saya buktikan hari ini saya menyepi kerana sibuk menghasilkan album ini," ujarnya. Dalam pada itu, Faizul berkata, lagu paling memberi kesan dalam hibupnya adalah lagu Lullaby yang berkisar tentang luahan perasaanya selepas putus dalam hubungan percintaan yang dibina hampir tujuh tahun. "Lagu itu sangat menyentuh perasaan saya kerana saya menulisnya mengikut pengalaman dan luahan hati saya ketika putus cinta. "Hubungan tersebut berakhir disebabkan dia kurang yakin dengan pilihan saya untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang kehidupannya selepas bergelar artis, Faizul berkata, kemenanganya dalam AF 2013 lalu banyak membantu keluarganya yang kini berada di Sabah. Katanya, wang kemenangan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kehidupan dan kos rawatan ibu bapanya. "Alhamdulillah wang kemenangan itu saya ambil RM6,000 sahaja, baki RM94,000 saya beri kepada keluarga. Mereka buat baiki rumah kami di Sabah dan selebihnya simpan untuk kos rawatan ibu dan ayah. "Ibu dan ayah saya sudah tua dan sering sakit-sakit, jadi dengan ada sedikit duit dapat membantu sedikit sebanyak," ujarnya. - mstar

6 TOP
Angkawasan Rusia, AS Berlepas Ke ISS
Kapal angkasa Soyuz membawa angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia berlepas dari Kazakhstan ke ISS tengah malam tadi. - Foto AP.
BAIKONUR (Kazakhstan): Kapal angkasa lepas Russia, Soyuz yang membawa angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia, termasuk seorang wanita berlepas tengah malam Khamis. Soyuz-TMA14M dilancarkan jam 12.25 pagi waktu Moscow dari Pusat Angkasa Lepas Baikonur dan sedang menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Angkasawan NASA berkenaan, Barry Wilmore bersama rakan angkasawan Russia, Alexander Samokutyaev dan Elena Serova akan berada di ISS selama enam bulan. Serova adalah wanita pertama Russia berlepas ke angkasa lepas sejak 1997, dan wanita keempat dalam sejarah program angkasa lepas Soviet dan Russia. - mstar

Pengkalan Kubor: Penambahan Majoriti Kejutkan BN - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersama penyokong Barisan Nasional (BN) mengaminkan doa yang dibaca oleh anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor yang baru, Mat Razi Mat Ail (kiri) selepas calon BN itu memenangi kerusi DUN Pengkalan Kubor.
TUMPAT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah kejayaan luar biasa. Katanya, BN tidak menjangka akan menang dengan memperolehi majoriti lebih besar daripada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. "Ia satu keputusan yang agak luar biasa. "Dari segi majoriti yang kita terima juga di luar jangkaan iaitu 2,635 undi, lebih daripada majoriti yang diperolehi wakil rakyat yang lalu," katanya pada sidang media selepas pengumuman rasmi keputusan PRK Pengkalan Kubor di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini, malam Khamis. Hadir sama calon BN, Mat Razi Mat Ail, Pengarah Jentera Operasi PRK DUN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa pimpinan parti. Menurut Muhyiddin, keputusan itu menunjukkan satu permulaan yang baik dan memberangsangkan dalam usaha BN memberi keyakinan kepada rakyat, khususnya di Kelantan. Jelasnya, kemenangan ini juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai keyakinan terhadap pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerajui negara dan parti. Beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata, selain keberkesanan jentera pilihan raya yang tidak membawa kepada sebarang gangguan, faktor calon juga menjadi penyumbang kepada kemenangan besar BN. "Calon kita baik, diterima baik, perwatakannya tak perlu cerita dan hubungan erat dengan pengundi. "Dari segi kempen kita menjelaskan isu-isu seperti isu royalti minyak, tentang status yang sebenar," katanya. Muhyiddin juga percaya faktor kemelut Pakatan Rakyat di Selangor dan hubungan yang tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP juga menjadi penilaian pengundi. "Saya percaya pengundi dapat buat penilaian bahawa situasi sebegini tidak baik, kalau berterusan akan membawa impak berterusan kepada Pengkalan Kubor. "Dia bagi isyarat untuk menolak PAS dan Pakatan rakyat kerana dasar-dasar mereka yang bercanggah, fatwa-fatwa songsang, perkara tak benar yang dilemparkan kepada kita...semua ini ada kesan kepada pengundi," katanya. Menerusi pilihan raya kali ini, BN hanya kalah di tiga daripada 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM), namun majoritinya lebih rendah. Katanya, BN akan menunaikan segala janji dari segi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial kepada pengundi. Dalam pilihan raya tersebut Mat Razi, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 38 undi. Pada PRU ke-13 lalu, BN menang dengan majoriti 1,736 undi. - mstar

Wanita 'Berpayudara Tiga' Hanyalah Seorang Penipu - Snopes
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan pengakuan seorang wanita yang bernama Jasmine, dari Florida, yang mengatakan dia telah membuat pembedahan plastik bernilai $20,000 bagi menambah satu lagi payudara menjadikan jumlah payudaranya sebanyak tiga.
Tetapi, laman web Snopes.com, laman web yang merungkai kesahihan berita viral di internet, menyatakan bahawa Jasmine adalah seorang penipu.
Buktinya? Hessler sebelum ini pernah membuat satu laporan polis pada awal September mengenai kehilangan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa dan senarai barang yang hilang termasuklah satu set 'payudara tiruan kembar tiga'. Laporan itu diterima oleh media tempatan Tampa, 10 News, daripada lapangan terbang tersebut.
Snopes juga memberitahu, pembedahan plastik mengambil masa berbulan-bulan untuk siap, dan gambar Hessler dari bulan Disember 2013 tidak menunjukkan sebarang tanda pembedahan.
Berkenaan gambar dan video pula, kesemua mereka dirakam sendiri.
Jasmine sebelum ini pernah melakukan beberapa penipuan sehinggakan satu rumah urut memanggilnya ‘Provider of Internet Hoaxes’.
Kenapa Jasmine mengaku dia kini mempunyai tiga payudara? Kerana Jasmine adalah seorang 'attention whore' dan katanya dia sudah menempah domain www.jasminetridevil.com dan juga mempunyai laman Facebook sendiri... Nampak sangat attention whore - SiakapKeli.com

Guru Dipukul Setengah Mati Kerana Ambil Gambar Pelajar Perempuan Mandi
China - Seorang guru lelaki di yang mengajar di Shaanxi Insitute of Techology secara curi-curi mengambil gambar pelajar perempuan ketika mereka mandi.
Tetapi, akhirnya aktiviti tak senonoh guru terbabit terbongkar dan dia telah dibelasah teruk oleh pelajar di sekolah terbabit selepas dia terjatuh dari motosikal kerana ingin melarikan diri.
Kini, guru tersebut didalam keadaan kritikal dan nyawanya kini berada di hujung tanduk kerana kecederaan teruk. Walaupun begitu, rata-rata komen dari orang ramai berkata guru tersebut telah mendapat balasan yang setimpal.
Dua pelajar perempuan yang menjadi mangsa rakaman guru berkenaan merupakan pelajar baru yang baru sahaja masuk pada bulan september ini, dan mereka tersangat kecewa dengan tindakan guru terbabit
- SiakapKeli.com

Wukuf 3 Okt, Aidiladha 4 Okt - Mahkamah Agung Arab Saudi
MAKKAH: Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Okt dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya, demikian diumumkan Mahkamah Agung Arab Saudi.
Portal berita Arab News www.arabnews.com melaporkan pengumuman itu dibuat oleh Mahkamah Agung selepas beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.
Mahkamah Agung juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.
Hari Wukuf yang merupakan rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan lebih dua juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah daripada Malaysia, di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.
Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari Makkah.
Dikatakan sesiapa yang tidak berwukuf di Arafah tidak akan mendapat haji dan ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu "Haji adalah Arafah".
Di Arafah juga Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama Khutbah Perpisahan pada tahun terakhir hayatnya, dan ia juga menjadi tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas dikeluarkan daripada syurga Jannah dan ditempatkan di bumi.
Sementara itu, 93.89 peratus atau 20,957 jemaah haji daripada Malaysia telah tiba di tanah suci.
Hari ini, satu penerbangan iaitu KT60 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi di Malaysia) membawa 448 jemaah. Penerbangan yang membawa kumpulan jemaah haji terakhir dari Malaysia dijangka tiba Sabtu ini.- mstar
TOP
Jumlah Keluar Mengundi Di Pengkalan Kubor Menurun Berbanding PRU13
TUMPAT: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor lebih rendah berbanding jumlah pengundian di kawasan sama ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 Mei tahun lalu.
Dalam PRK kali ini, jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka adalah sebanyak 73 peratus berbanding 79.10 peratus pada PRU13.
Bagaimanapun jumlah peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Pengkalan Kubor merupakan yang tertinggi di antara pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU-13.
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei lalu adalah yang terendah selepas PRU-13 diikuti PRK Teluk Intan.
PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nooor Zahidi Omar akibat kanser pada 20 Ogos lalu.- mstar
TOP
Kembara Kerjaya Tawar 3,400 Peluang Pekerjaan
JOHOR BAHARU: Sebanyak 3,400 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat negeri ini dalam Program Kembara Kerjaya 2014 yang akan menjelajah ke tujuh daerah bermula hari ini sehingga 28 Sept.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri R. Vidyananthan berkata peluang pekerjaan yang ditawarkan melibatkan 24 majikan daripada agensi kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau berkata Program Kembara Kerjaya itu merupakan usaha kerajaan Johor dalam menguar-uarkan peluang pekerjaan dan latihan sijil kemahiran yang terdapat di negeri ini.
"Ketika ini, Johor memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam mengendalikan bidang pekerjaan yang berasaskan kemahiran seperti industri minyak dan gas, kreatif dan multimedia serta hospitaliti," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi Program Kembara Kerjaya 2014 di Kota Iskandar, Nusajaya, dekat sini, Khamis.
Vidyananthan berkata rakyat di negeri ini khususnya belia perlu merebut peluang dalam bidang industri minyak dan gas yang terbesar di Malaysia bagi memastikan bidang itu tidak dimonopoli pekerja asing.
Beliau berkata menerusi konvoi itu, pelbagai maklumat dan cara memohon untuk memasuki latihan kemahiran serta peluang pekerjaan akan dimaklumkan semasa sesi penerangan di setiap daerah.
Kembara Kerjaya yang julung kali diadakan itu, disertai 178 peserta dengan 57 buah kenderaan terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan, swasta dan GLC yang akan memberi penerangan tentang agensi masing-masing serta peluang pekerjaan yang ada.
Kembara sejauh 646 kilometer itu bermula di Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi, seterusnya ke Dewan Sentuhan Kasih, Tenggaroh 3, Mersing (26 Sept); Dewan Orang Ramai, Parit Sulong, Muar (27 Sept), Dewan Kejora Taman Sri Lambak, Kluang (27 Sept); Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh (28 Sept) dan Dataran Datuk Jalok, Benut, Pontian (28 Sept).- mstar
TOP
Laporan Penuh JKKP Insiden Runtuhan Konkrit MRT Minggu Depan
KUALA LUMPUR: Laporan penuh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenai insiden runtuhan landasan konkrit di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) pada 18 Ogos lepas dijangka siap sepenuhnya minggu hadapan.
Ketua Pengarah JKKP Ir. Mohtar Musri berkata laporan itu kini telah siap hampir 90 peratus, dan masih menunggu beberapa lagi bahan bukti untuk melengkapkannya.
"Laporan itu sudah hampir siap, menurut Pengarah JKKP Selangor mungkin minggu hadapan laporan kami akan siap dan kami akan serahkan kepada penasihat undang-undang kami untuk mengambil tindakan lanjut.
"Kes ini disiasat mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967, kami nak kenal pasti punca kemalangan, faktor kemalangan, kami perlu bukti-bukti yang kukuh.
"Kalau ada kecuaian mana-mana pihak, kami akan bawa pihak-pihak tersebut ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Rondaan Keselamatan (SPU) JKKP di sini, Khamis.
SPU berperanan membuat pemantauan di tapak-tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dan MRT bagi mengelakkan kejadian runtuhan berulang.
Unit ini ditubuhkan dalam kalangan kontraktor utama, subkontraktor dan jururunding bagi memantau dan memeriksa tahap keselamatan di tapak bina secara berterusan.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem, dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Mohtar, berharap penubuhan SPU dapat membantu dan menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di tapak binaan.
Beliau berkata bagi tempoh Januari sehingga Ogos, JKKP telah menjalankan penguatkuasaan dengan melakukan 40 sesi pemeriksaan di tapak projek LRT.
Pada 18 Ogos lepas, landasan konkrit seberat 490 tan runtuh di projek pembinaan MRT pakej V1 Sungai Buloh, Selangor dan menghempap tiga pekerja warga Bangladesh.
Ketiga-tiga pekerja itu maut dalam kejadian pada 8.30 malam itu.
Mengikut siasatan awal dilakukan oleh pihak Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menyatakan tiada pengawasan yang mencukupi antara faktor yang membawa kepada keruntuhan blok landasan projek itu.
Berikutan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan peletakan jawatannya tetapi ia ditolak oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.- mstar
TOP
Kerjasama IPTS Penting Untuk Transformasi Sistem Pendidikan Negara - TPM
Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA: Peranan dan kerjasama institusi pengajian tinggi swasta penting untuk transformasi sistem pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengakui sumbangan signifikan sektor swasta dalam meningkatkan kualiti penyediaan pendidikan negara. Beliau berkata sebagai penyedia program prauniversiti antarabangsa sejak 1970-an, institusi ini juga memainkan peranan penting dalam pendemokrasian dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi di negara ini. "Setakat ini, institusi pengajian tinggi swasta telah menunjukkan kedinamikan tinggi dalam respons terhadap trend dan keperluan global", katanya pada majlis penyampaian biasiswa dan anugerah Yayasan Jeffrey Cheah (JCF) di Universiti Sunway di sini Khamis. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kerajaan menyasarkan untuk menarik 200,000 pelajar asing menjelang tahun 2020, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan bagi pendidikan global. Beliau berkata data Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa setakat Jun tahun ini, terdapat kira-kira 91,000 pelajar antarabangsa sedang melanjutkan pelajaran di Malaysia. Laporan Unesco 2012 juga meletakkan Malaysia pada ranking ke-12 di dunia sebagai destinasi pilihan untuk melanjutkan pelajaran, katanya dan menurut Muhyiddin, pengiktirafan itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh negara. "Dengan dasar baharu kami untuk mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di semua peringkat, saya yakin lebih banyak pelajar antarabangsa akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka untuk melanjutkan pelajaran," katanya. Tahun ini, JCF menganugerahkan biasiswa bernilai lebih RM33 juta kepada 3,500 pelajar yang layak. Muhyiddin turut memuji usaha Kumpulan Pendidikan Sunway menambah baik sektor pendidikan. Beliau turut menggesa Kumpulan Sunway dan JCF menimbangkan untuk turut serta dalam usaha meningkatkan pendidikan asas menerusi program kerjasama swasta-awam kementerian seperti program Sekolah Teras.- mstar

PRK Pengkalan Kubor: PAS Dakwa Kesan Seorang Pengundi Hantu
Lelaki berbaju putih (duduk) didakwa sebagai 'pengundi hantu' oleh Juham.
PENGKALAN KUBOR: Petugas pilihan raya PAS mendakwa telah mengesan kehadiran seorang 'pengundi hantu' yang hadir untuk membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Khamis. Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS, Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya mengesan kehadiran pengundi yang didakwa itu di Unit Peti Undi Bendang Pa' Yong, di sini. "Juham menerima aduan daripada petugas pilihan raya PAS di UPU Bendang Pa'Yong tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia. "Peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan untuk menyoal pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta pasportnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Juham, Khamis. Noorazmir mendakwa, pengundi terbabit pada mulanya dikesan diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa' Yong. "Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi berkenaan," ujarnya. Noorazmir memberitahu, timbul keraguan apabila pengundi tersebut tidak mengetahui nombor kad pengenalan, umur dan alamatnya di Pengkalan Kubor apabila disoal siasat. "Lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama DUN tempat dia mengundi ini dan apakah nama tempat UPU dia mengundi. "Berdasarkan rekod dalam pasport lelaki berkenaan, dia kerap berulang-alik ke Thailand. "Apabila ditanya, dia mengesahkan keluarganya menetap di Thailand dan kali pertama mengundi adalah ketika Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini," katanya. Sementara itu, Noorazmir ketika dihubungi berkata, polis yang berada di UPU tersebut turut membuat pemeriksaan terhadap pengundi berkenaan. "Kita tak pasti dia di bawa ke mana, mungkin ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat. "Kita akan membuat laporan polis pada petang ini," katanya.- mstar

PRK Pengkalan Kubor: Pengundi Tertua Tunaikan Kewajiban
TUMPAT: Seorang pengundi warga emas yang berusia 105 tahun sanggup bersiap seawal 8 pagi semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Khamis.
Ketika ditemui pemberita, Eh Puang a/l Chau Chan yang merupakan pengundi keturunan Siam berkata keterujaan untuk menjalankan tanggungjawab menyebabkan beliau bangun awal untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Neting di sini.
"Saya teruja dapat melaksanakan tugas kepada negara dan saya bersiap awal untuk keluar mengundi, ini merupakan satu penghormatan serta penghargaan buat saya untuk terus membantu negara," katanya.
Eh Puang yang telah mengundi sebanyak 14 kali iaitu pada pilihan raya umum (PRU) termasuk PRK hari ini, kelihatan sihat dan bersemangat ketika hadir di pusat pengundian itu bersama isterinya Mek Kepin a/p Chau Weet, 84.
Pasangan berkenaan tiba di pusat pengundian pada 9.20 pagi dan selesai mengundi kira-kira 20 minit kemudian.
PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
Pada PRU Umum ke-13 pada tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.- mstar
TOP
Kereta Kompak Terbaharu Proton Iriz Dilancar
TANJUNG MALIM: Model kereta kompak terbaharu keluaran Proton iaitu Proton Iriz dilancarkan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad di Proton City di sini pada Khamis.
Kereta tersebut dibina menggunakan platform terbaharu untuk pasaran tempatan dan global.
Kereta jenis hatchback itu didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium - dalam tujuh warna.
Model Iriz itu berharga antara RM42,438 dan RM62,888.
Turut hadir pada pelancaran itu adalah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kereta tersebut mula berada di bilik pameran Proton pada Khamis.- mstar

Peratusan Keluar Mengundi Terbaik Dalam Semua PRK Tahun Ini - SPR
TUMPAT: Peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor cukup memberangsangkan apabila 54 peratus pengundi keluar membuang undi sehingga pukul 12 tengah hari Khamis.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz MOh Yusof berkata peratusan itu, yang melibatkan 12,945 pengundi adalah rekod yang terbaik dalam PRK yang diadakan pada tahun ini.
Beliau membandingkan PRK di Pengkalan Kubor dengan PRK Parlimen Teluk Intan, PRK DUN Balingian, PRK DUN Kajang dan PRK Parlimen Bukit Gelugor menunjukkan rekod peratusan keluar mengundi yang rendah.
"Saya sangat berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi. Jarang-jarang sekali kita mendapat angka sebaik itu.
"Saya menjangkakan peratusan keluar mengundi adalah lebih 70 peratus sehingga proses pengundian ditutup," katanya pada sidang media di Maktab Rendah Sains Mara, di sini, Khamis.
Ditanya mengenai faktor-faktor yang menyebabkan peratusan keluar mengundi begitu menggalakkan, beliau berkata, ia disebabkan kesedaran pengundi, usaha keras jentera parti, cuaca yang baik dan kempen yang berjalan lancar.
Katanya, PRK Pengkalan Kubor menunjukkan proses dan perjalanan yang lancar bermula sejak hari penamaan calon, sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.
"Setakat ini sebanyak tujuh laporan polis telah dibuat tetapi tiada kes yang mengancam keselamatan.
"Ia berkaitan dengan ceramah dan banner parti sahaja," katanya.
Dalam pemilihan kali ini, seramai 23,929 pengundi yang berdaftar di DUN Pengkalan Kubor layak membuang undi.- mstar
TOP
Penjawat Awam Perlu Amal Budaya Kerja Berintegriti - KSN
KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam perlu mengamalkan budaya kerja berintegriti, bertanggungjawab serta meletakkan keutamaan terhadap organisasi, rakyat dan negara bagi menghindarkan diri daripada perbuatan yang tidak sepatutnya.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata ia bertepatan dengan ikrar yang dibuat setiap penjawat awam ketika dilantik iaitu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, jujur serta ikhlas.
"Pelbagai inisiatif telah dibuat kerajaan untuk membudayakan kerja berintegriti dalam perkhidmatan awam iaitu aspek integriti, pematuhan dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
"Terkini, pada penghujung 2013 kerajaan meluluskan penubuhan Unit Integriti di semua jabatan dan agensi. Pelbagai inisiatif integriti ini membuktikan komitmen kerajaan ke arah memastikan integriti; prinsip yang tidak boleh dikompromikan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Ali megulas mengenai beberapa kes berkaitan integriti melibatkan penjawat awam termasuk penahanan tujuh pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akibat rasuah pada Jumaat lepas serta isu kebocoran kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia, Ali berkata laporan beberapa insiden yang melibatkan integriti penjawat awam kebelakangan ini dilihat mampu menjejaskan reputasi dan imej perkhidmatan itu di mata rakyat.
Katanya, walaupun hanya sebahagian kecil penjawat awam melakukan kesalahan itu, namun usaha untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat pastinya sukar dan bakal mengambil masa yang lebih lama.
Justeru, beliau menyokong penuh inisiatif serta tindakan yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menggerakkan beberapa operasi membanteras rasuah baru-baru ini.
Ali turut merakamkan penghargaan terhadap Pasukan Petugas Khas yang dianggotai pihak polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara Malaysia dan Cybersecurity atas kejayaan memberkas pegawai kanan JKDM yang terlibat dalam aktiviti rasuah bagi penyeludupan arak dan rokok.
Pada masa sama, beliau yakin siasatan rapi yang dijalankan pihak berwajib terhadap kes kebocoran kertas peperiksaan UPSR tahun ini.
"Jika didapati ada kakitangan kerajaan yang terlibat, hukuman setimpal hendaklah dikenakan kepada mereka yang bersalah," katanya menambah kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.- mstar
TOP
Wanita Didakwa Kurung Siti Aishah Sebagai Hamba Dibebaskan
Siti Aishah Abdul Wahab.
PETALING JAYA: Scotland Yard membebaskan seorang wanita yang dipercayai mengurung tiga individu termasuk seorang warga Malaysia sebagai 'hamba' mengikut fahaman Maoist selama lebih 30 tahun, lapor The Telegraph. Akhbar tersebut melaporkan Chanda Pattni, 67, disoal siasat bersama suaminya, Aravindan Balakrishnan atas dakwa mengurung tiga wanita selama lebih 30 tahun di sebuah rumah di Selatan London. The Telegraph turut memetik pegawai polis sebagai berkata, Aravindran, 73, yang juga ditahan kerana disyaki melakukan serangan seksual yang serius diikat jamin sehingga pertengahan Disember. Pada November lalu, dunia dikejutkan dengan berita seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab, 69, bersama dengan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan seorang wanita berusia 30 tahun dari Britain dikurung seperti hamba di dalam sebuah rumah. Siti Aishah yang mendapat biasiswa Komanwel di London pada 1960 terputus hubungan selepas terpengaruh dengan fahaman yang dibawa Aravindan.- mstar

Peniaga Mengaku Salah Cederakan Pelajar UiTM Alor Gajah
Anggota Polis membawa Rahim Othman dan Amir Fusyairi Ahmad Anuar, di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas tuduhan mencederakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Lendu pada 10 September lepas.
ALOR GAJAH: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mencederakan pelajar Diploma Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah pada 10 September lepas. Rahim Othman, 20, dari Taman Mutiara di sini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Siti Irina Ridzwan, 20, semasa merompaknya di C-1-1 Apartment Dimensi, Jalan Dimensi Utama di sini pada pukul 6.15 pagi. Tertuduh yang berniaga sendiri didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat. Hakim Nariman Badruddin kemudian membenarkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Oktober depan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh dan menjatuhkan hukuman. Sementara itu, di mahkamah sama, seorang penarik kereta Amir Fusyairi AhmadAnuar, 40, didakwa bersubahat dengan Rahim menyebabkan kecederaan ke atas Siti Irina semasa rompakan itu pada tarikh, tempat dan waktu yang sama mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, tertuduh daripada Taman Seri Lekir, Sitiawan, Perak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin berjumlah RM15,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syaiful Akmal MohdRazi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.- mstar

Penganggur Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki Dua Tahun
MELAKA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun pada Febuari lepas.
Mohd Fahrur Radzi Chahat, 25, didakwa menekup dan menutup mulut Mohamad Irfan Abdul Hadi dengan jari tangan kanannya sehingga mangsa tidak bernafas di sebuah rumah di Jalan Bayan 14, Taman Bukit Katil pada kira-kira 10.30 malam 11 Februari lepas.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkod selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Ida Rahayu Sharif.
Mohd Fafrur Radzi, dari Taman Seri Tanjung Indah, Tanjung Agas, Johor didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa ASP Muhammad Juhari Haron. - mstar
TOP
Lelaki Dipenjara 45 Tahun, 16 Sebatan Kerana Rogol, Samun
IPOH: Belum tamat menjalani hukuman penjara, seorang banduan pada Khamis menerima nasib malang apabila Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman 45 tahun penjara dan 16 sebatan terhadapnya kerana kesalahan rogol dan samun empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin membuat keputusan itu terhadap Mohamad Khairi Bahauddin, 32, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya hukuman bagi lima pertuduhan dijalankan secara berasingan.
Sebelum ini, pada 26 Mac lepas, Mahkamah Sesyen memutuskan hukuman penjara 15 tahun dan 16 sebatan ke atas Mohamad Khairi dijalankan serentak bagi kesemua pertuduhan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada Khamis memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara untuk tempoh 45 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan yang dijangka berakhir 2016.
Tertuduh yang kini menjalani hukuman itu di Penjara Tapah atas kesalahan merogol seorang gadis berusia 18 tahun di dalam sebuah tandas awam wanita di pusat makanan Glutton Square dekat Teluk Intan di sini, pada 19 April 2010.
Dalam penghakimannya, Noorin berkata selepas meneliti rekod jenayah dan modus operandi, responden tidak mendapat undang-undang simpati serta belas kasihan daripada mahkamah kerana kesalahan yang dilakukannya adalah berat dan berulang kali.
"Mahkamah menerima rayuan pendakwaan agar hukuman dijalankan secara berasingan. Responden perlu diasingkan daripada masyarakat kerana kesalahan yang dilakukan boleh mengancam mereka dan sebahagian besar usianya dihabiskan di penjara, supaya ia mendatangkan kebaikan kepada responden," jelasnya.
Pada 7 Ogos 2010, tertuduh merogol dua gadis serta menyamun sebuah pemain cakera padat, sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericsson dan wang tunai RM500 milik kedua-dua gadis berkenaan.
Selain itu, tertuduh juga menyamun sebuah telefon bimbit jenis Ericsson W995 dan wang tunai RM40 milik Chong Hooi Ling, 17.
Tertuduh melakukan perbuatan itu antara 6.40 pagi hingga 7.15 pagi di No 30, Lebuh Perajurit 3, Taman Ipoh Timur di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling dan Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin.- mstar
TOP
Pegawai Kanan Kastam Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah RM688,100
SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM688,100 antara April 2011 hingga Ogos lalu.
Tertuduh, Harun Baba, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad pada Khamis.
Harun didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi semua pertuduhan sementara menunggu sebutan semula kes pada 30 Oktober ini.- mstar
TOP
Serangan Udara AS Di Syria: 14 Militan, 5 Penduduk Maut
BEIRUT: Seramai 14 militan yang terdiri daripada ahli Kumpulan Negara Islam (IS) dan lima orang awam maut dalam siri serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat pada malam Rabu.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, kumpulan militan terbabit maut selepas serangan udara dilakukan di timur wilayah Deir Ezzor manakala lima orang awam terbunuh apabila tentera menggempur timur laut Hasakeh.
Pengarah pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman memberitahu, serangan berkenaan secara keseluruhannya mensasarkan lokasi kemudahan minyak yang telah ditawan oleh IS.
Jelasnya, turut dibom adalah pusat pemeriksaan yang didirikan oleh IS.
Dalam serangan di lokasi orang awam, seorang bayi antara yang dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat.- mstar
TOP
Wanita Digigit Labah-Labah Dikejarkan Ke Hospital
Julie digigit labah-labah kali kedua pada tahun ini.
SEORANG wanita, Julie Roberts, 42, dikejarkan ke hospital selepas digigit seekor labah-labah pada Rabu. Julie tidak dapat berjalan dan diberikan antibiotik selepas digigit seekor labah-labah ketika menghadiri majlis BBQ di rumah rakannya. Mangsa pernah ditahan di hospital selama dua hari pada tahun lalu selepas digigit seekor labah-labah di rumahnya di Hull, Timur Yorkshire, tahun lalu.
Labah-labah yang dipercayai mengigit Julie.
"Ia adalah satu pengalaman yang ngeri dan menakutkan," kata ibu kepada empat orang anak itu. Jelas Julie, kakinya mula membengkak dan bertukar kemerah-merahan sebelum dimasukkan ke Hull Royal Infirmary selama enam hari.- mstar

Volvo Malaysia Labur RM75 Juta Kembangkan Rangkaian
KUALA LUMPUR: Volvo Malaysia Sdn Bhd akan melabur RM75 juta untuk mengembangkan rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Pengarah Urusannya Mats Nilsson berkata rancangan sudah diatur untuk menambah pusat edarannya daripada 11 sedia ada.
"Kami mencapai kejayaan di Malaysia. Kami berkembang dan melabur dalam modal insan. Baru-baru ini, kami membuka pusat rakan niaga baharu di Kuantan dan Sibu.
"Kami akan membuka sebuah lagi pusat di Ipoh pada suku pertama tahun depan dan satu lagi rakan niaga utama di Klang," katanya kepada pemberita pada pelancaran trak Volvo FM dan Volvo FMX.
Turut hadir Duta Besar Sweden ke Malaysia Bengt Carlsson.
Nilsson berkata Volvo Malaysia sudah bersedia untuk meningkatkan penguasaan dan hasilnya menerusi pelancaran trak baharu itu serta penambahan rakan niaga pengedaran.
Volvo kini menguasai 46.8 peratus perkongsian pasaran untuk trak jenis besar di Malaysia.
Di Malaysia, trak baharu itu dibina khusus untuk pengangkutan jarak jauh, pengedaran, pembinaan dan industri perlombongan yang semakin berkembang.
Volvo menjual 330 trak pada 2013 dan mengunjurkan pertumbuhan 20 peratus di Malaysia menerusi pelancaran dua trak baharu itu.- mstar
TOP
Permintaan Global Yang Kukuh, Bantu Eksport Malaysia
KUALA LUMPUR: Permintaan global yang semakin meningkat diunjur menyokong pertumbuhan eksport Malaysia yang kukuh, sekali gus menjanjikan masa depan yang lebih cerah untuk negara, demikian menurut Laporan Hubungan Global HSBC dalam edisi terbarunya.
Kajian Indeks Keyakinan Perdagangan HSBC (TCI) pula mendapati, aliran perdagangan masuk ke Malaysia dijangka meningkat, dan ini akan membantu negara mencatatkan unjuran positif secara meluas dalam tempoh enam bulan akan datang.
"Unjuran untuk perdagangan kekal positif secara meluas, walaupun TCI menunjukkan penurunan sebanyak tiga mata kepada 110 dalam separuh pertama 2014.
"Banyak perniagaan menjangkakan peningkatan dalam pesanan baharu hasil permintaan global yang semakin meningkat," kata laporan yang diterbitkan sebanyak dua kali setahun itu.
Ketua Perdagangan Global dan Terimaan Kewangan HSBC Bank Malaysia Bhd, Vincent Sugianto berkata walaupun terdapat kebimbangan jangka pendek, persekitaran perniagaan di Malaysia telah pulih secara drastik.
"Ini dibuktikan menerusi peningkatan kedudukan Malaysia di tingkat keenam pada 2014 berbanding 12 sebelum ini.
"Berikutan permintaan global yang dijangka bertambah dalam jangka terdekat, persekitaran perniagaan yang stabil dan kompetitif akan melonjakkan pelaburan langsung asing dan menyediakan tapak yang kukuh yang membolehkan perniagaan Malaysia melakukan perluasan perniagaan ke pasaran lain yang pesat berkembang," katanya.
Untuk tempoh yang lebih panjang, permintaan untuk eksport Malaysia akan terus mengukuh dan fokus negara ini ke atas Asia akan diteruskan, katanya.
"China mengatasi Singapura sebagai pasaran eksport Malaysia terbesar pada 2013, kedudukan yang akan terus diperkukuh dengan jangkaan pertumbuhan eksport sebanyak 12 peratus setahun sehingga 2030," kata Sugianto yang memetik unjuran bank itu.
Sementara itu, dalam fokus khas mengikut sektor, laporan itu menggariskan bahawa eksport tenaga Malaysia diramal tumbuh 5.3 peratus setahun daripada 2014 hingga 2030 seiring dengan usaha negara ini yang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab utama antarabangsa untuk pengeluaran gas dan minyak.
Ketua Projek Kewangan HSBC Malaysia Michael Cooper berkata Malaysia berada di lokasi strategik, dengan limpahan bekalan minyak dan gas asli.
"Memandangkan permintaan tenaga akan terus meningkat di Asia dan dunia, Malaysia mampu memanfaatkan peluang ini untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tenaga dunia," katanya.
Kajian HSBC TCI ke atas 23 pasaran, mengandungi pandangan enam bulan oleh 5,200 pengeksport, pengimport dan pedagang. Kajian itu dilakukan antara Mei dan Julai 2014.- mstar
TOP
Kerajaan Lulus RM75.2 Juta Skim Pinjaman Ekonomi Desa
JITRA: Kerajaan meluluskan bantuan sebanyak RM75.2 juta melalui Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) sejak diperkenalkan pada 2001 bagi menampung modal perniagaan usahawan luar bandar di zon utara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata SPED berjaya membiayai dan membimbing ramai usahawan luar bandar di seluruh negara melalui dua bank pelaksana iaitu SME Bank dan Bank Rakyat.
"Antara keunikan yang terdapat dalam pembiayaan SPED ini ialah kemudahan 'muqasah' dengan peminjam yang layak, menerima geran sebanyak 30 peratus daripada nilai yang dibiayai jika mereka menunjukkan prestasi kewangan cemerlang bagi tiga tahun berturut-turut selepas pembiayaan.
"Mereka yang layak menerima geran itu juga tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran dalam tempoh berkenaan," katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) 2014 Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) di RTC Napoh dekat sini, Khamis.
Dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Alexander Nata Linggi, beliau berkata pemberian geran berkenaan dapat menyuntik semangat usahawan terutama di desa untuk terus cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi.
Mohd Shafie berkata kerajaan sentiasa komited untuk membangunkan ekonomi luar bandar agar ia seimbang dengan arus pembangunan ekonomi di bandar.
Beliau berkata KUD merupakan antara usaha kementerian untuk membantu mempromosi serta memasarkan produk-produk usahawan luar bandar secara terus kepada pengguna.
Katanya karnival berkenaan juga dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai program-program sokongan kerajaan dalam membangunkan industri kecil dan sederhana khususnya di luar bandar.
Pada KUD Zon Utara, 130 gerai usahawan dan agensi kerajaan dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam karnival empat hari bermula semalam (Rabu).- mstar
TOP
53,400 Syarikat Daftar GST
KUCHING: Sebanyak 53,400 syarikat telah mendaftar untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga Rabu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Melihat kepada perkembangan positif itu, beliau berkata pihaknya akan menggiatkan lagi penganjuran seminar dan forum untuk menarik dan meningkatkan jumlah pendaftaran menjelang 31 Disember ini.
"Dalam tempoh dua hari lepas, secara purata 2,000 syarikat mendaftar setiap hari, lebih tinggi berbanding minggu lepas apabila hanya 1,000 hingga 1,500 pendaftaran diterima setiap hari.
"Ini petanda positif dan prestasi baik dalam usaha kita menggalakkan lebih banyak syarikat mendaftar," katanya selepas menghadiri Seminar GST: Membawa PKS Ke Arah Era GST, di sini.
Ia merupakan anjuran bersama Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia Sarawak, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), hari ini. Turut hadir Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.
Chua berkata di Sarawak, jumlah pendaftaran turut menunjukkan angka positif dengan 2,325 syarikat telah mendaftar.
Seramai 1,200 orang menghadiri seminar tersebut yang antaranya bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta industri kecil dan sederhana sebelum GST dilaksanakan mulai April 2015.- mstar
TOP
Thailand Sasar Perluas Kerjasama Perniagaan Dengan P Pinang
GEORGE TOWN: Thailand merancang memperluas kerjasama perniagaan dengan Pulau Pinang dalam bidang seperti pembinaan dan makanan laut.
"Terdapat banyak peluang perniagaan dan pelaburan yang boleh kami lakukan bersama rakyat Malaysia.
"Kami dapati Pulau Pinang sebuah negeri yang membangun dengan baik, di Malaysia banyak syarikat multinasional melabur di sini," kata Akarapong Dipavajra, Pengarah Eksekutif Bahagian Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan, Jabatan Perdagangan Luar Thailand.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada seminar dan sesi padanan perniagaan dengan delegasi Thailand di sini Khamis.
Katanya walaupun pelaburan Thailand di Pulau Pinang adalah kecil, jumlah itu berpotensi untuk meningkat.
Dipavajra yang juga ketua delegasi, berkata Thailand menubuhkan lima zon ekonomi khas untuk merangsang perdagangan dan persediaan pelaksanaan Komuniti Asean tahun depan, iaitu di Mae Sot, Aranyaprathet, Khlong Yai, Mueang dan Sadao.
"Kami sedang mengkaji aspek keselamatan dan prasarana yang harus kami bangunkan serta sokongan untuk merealisasikan cadangan ini. Kami boleh gunakan tenaga kerja dari negara jiran untuk bekerja di kawasan itu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam ucapan alu-aluannya berkata sesi padanan perniagaan membantu meningkatkan kesedaran mengenai peluang perniagaan bagi komuniti perniagaan Thailand dan Pulau Pinang, serta merancakkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-duanya.
"Terdapat banyak peluang untuk memperhebat kerjasama antara Pulau Pinang dan Thailand terutama dalam produk halal, makanan dan pelancongan dalam Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Komuniti Asean 2015," katanya.
Beliau berkata Thailand merupakan sumber pelancong kesembilan terbesar yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 2013, dan bilangan pengunjung dari Thailand tumbuh empat peratus bagi separuh pertama tahun ini.- mstar
TOP
C Ronaldo Mahu Spekulasi Pemindahan Dihentikan
BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menolak sebarang spekulasi berhubung masa depannya dan ingin memberi perhatian terhadap Real Madrid.
Ketegasan pemain Portugal itu hadir selepas dia dilapor akan kembali ke Manchester United lebih awal daripada tempoh yang didakwa sebelum ini iaitu musim depan.
United merupakan pasukan paling terdesak untuk mendapatkan khidmat Ronaldo ketika ini walaupun Chelsea turut tidak mahu melepaskan peluang.
Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) juga dilapor sedang mengintai perkembangan semasa Ronaldo.
"Ia (pemindahan) tidak penting, apa yang penting ialah Madrid. Saya ingin membantu Madrid. Saya tidak nampak kepentingan untuk berfikir sesuatu diluar kelab.
"Semua ini (pemindahan) merupakan spekulasi, bercakap mengenai masa depan...masa depan saya adalah Madrid. Saya gembira di sini," katanya.- mstar
TOP
Sukan Asia: Fatehah Terlepas Pingat Gangsa
INCHEON: Pelumba trek wanita negara Fatehah Mustapa terlepas pingat gangsa dalam acara pecut individu pada temasya Sukan Asia ke-17 di Velodrom Antarabangsa Incheon pada Khamis.
Fatehah tewas 0-2 kepada Lin Junhong dari China pada penentuan tempat ketiga dan keempat.
Pertembungan Fatehah dan Lin berlangsung tiga pusingan ekoran kemenangan pelumba China itu pada pusingan kedua dibatalkan kerana menghalang Fatehah pada perlumbaan kedua.
Pingat emas dimenangi pelumba Hong Kong Lee Wai Sze yang menewaskan pelumba China Zhong Tianshi 2-1 pafa final.
Pertembungan final turut berlangsung tiga pusingan kerana pelumba China menghalang lawannya.
Pasukan berbasikal trek negara menyumbang satu pingat perak dan satu gangsa dalam acara keirin lelaki dan wanita menerusi Fatehah dan Josiah Ng. - mstar
TOP
Pengarah Filem Jamil Sulong Meninggal Dunia
Gambar Allahyarham Jamil Sulong bersama isterinya Rosnani Jamil (tengah) dan teman seangkatan dengan mereka, Datuk Maria Menado pada satu majlis pada tahun 2012.
PETALING JAYA: Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong,88, meninggal dunia di rumah anaknya di Bukit Utama Damansara, di sini kira-kira pukul 9.35 malam Khamis. Anak Allahyarham, Dr Anwardi Jamil berkata, bapanya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar. Katanya, Allahyarham dirawat kira-kira sebulan di sebuah hospital di sini akibat penyakit itu. Jenazah Allahyarham dijadualkan akan dibumikan di Tanah perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang selepas solat Jumaat. Allahyarham adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong. Karya arahan Allahyarham juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa. Allahyarham juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah. Allahyarham berkahwin dengan Datin Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata.- mstar

BN Menang Besar, Pertahan Kerusi DUN Pengkalan Kubor
Mat Razi Mat Ail, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi.
TUMPAT: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 2,635 undi. Calonnya, Mat Razi Mat Ail, mendapat 9,991 undi, berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memperolehi 7,326 undi. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 38 undi. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN menang dengan majoriti 1,736.Pengumuman keputusan rasmi dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor Mohd Sobri Ramli di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini, kira-kira pukul 9 malam Khamis. Selain Mat Razi, hadir sama ketika pengumuman keputusan adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan tertinggi Umno dan BN. Mat Razi, 48, merupakan pengasas sekolah pondok di Simpangan dan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat serta Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Tumpat. Dengan kemenangan ini, beliau akan meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, yang membawa kecemerlangan BN dan kemajuan di DUN berkenaan.Z Noor Zahidi menjadi wakil rakyat di DUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal. Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 23,929 pengundi layak membuang undi di DUN tersebut. SPR membuka 11 pusat mengundi dengan 45 saluran mengundi membabitkan 11 buah sekolah untuk proses pengundian bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Sehingga proses pengundian ditutup, seramai 73 peratus pengundi telah keluar mengundi.Seramai 104 daripada 109 pengundi awal telah mengundi awal pada 21 September lalu. - mstar

Sukan Asia: Azizulhasni Kesal Keputusan Berat Sebelah
Azizulhasni kecewa selepas komisar membatalkan perlumbaannya.
INCHEON: Keputusan kontroversi oleh komisar perlumbaan telah meragut peluang jaguh trek negara Azizulhasni Awang merangkul pingat dalam acara keirin individu pada temasya Sukan Asia ke-17 pada Khamis. Selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua berdasarkan 'photo-finish', kedudukan Azizulhasni dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas pelumba negara itu dikatakan menghalang pelumba Jepun Kazunari Watanabe ketika melakukan pecutan. Berikutan keputusan itu, Azizulhasni, yang menyandang pingat emas dalam acara itu, diturunkan ke tangga tercorot. Kesal dengan kontroversi itu, Azizulhasni berkata semasa melihat kembali rakaman video, komsiar berkata pelumba Jepun itu melakukan kesalahan pertama dan beliau melakukan kesalahan kedua semasa separuh jalan ke garisan penamat. "Apabila menghubungi ketua komisar, sama ada ambil kira keputusan di garisan penamat atau kedua-dua diturunkan. Tapi bila tunggu lama, tiba-tiba hanya saya sahaja dibatalkan...sepatutnya Watanabe juga kena. "Tapi saya terima juga keputusan ini sebab sekurang-kurangnya Josiah Ng dapat gangsa. Tapi saya sedih sebab keputusan berat sebelah," kata pelumba berusia 26 tahun itu. Acara itu dimenangi oleh pelumba Iran Mohammad Daneshvarkhourram manakala Watanabe, yang menduduki tempat ketiga sebelum ini, meraih pingat perak. - mstar

Sultan Perkenan Exco Baharu, 4 Adun PAS Dipilih
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah perkenan untuk menerima pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.
Seramai 10 Exco yang telah disenaraikan itu akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah pada Jumaat.
"Saya telah persembahkan nama-nama yang akan dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kepada Tuanku.
"Alhamdulillah baginda telah memperkenankan senarai yang telah saya persembahkan. Saya akan umumkan nama mereka esok," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor selama lebih satu jam di Istana Mestika di sini pada Khamis.
Azmin berkata, beliau mengekalkan jumlah pembahagian kerusi exco yang digunapakai sebelum ini, iaitu empat daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (tiga) dan DAP (3).
Ketika ditanya adakah exco lama dikekalkan kekal, Azmin berkata: "Kita tunggu esok."
Terdahulu Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dilihat memasuki perkarangan Istan Mestika pada pukul 2.40 petang dengan menaiki kenderaan rasmi.
Beliau kemudian melintasi keluar pagar istana pada pukul 4.10 petang dan sempat memberikan komen kepada kumpulan media yang menunggu sejak pukul 2 petang.- mstar
TOP
Rogol: 3 Anggota Keselamatan Ditahan
KOTA KINABALU: Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol seorang wanita warga Filipina berusia 21 tahun di sebuah hotel di bandar Sandakan, pada awal pagi Isnin lepas.
Anggota keselamatan dari pelbagai agensi penguatkuasa dan sukarelawan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan awal pagi ini selepas wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sandakan, Rabu.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 pagi itu, wanita itu mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek yang berpakaian seragam selepas dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
Mangsa memberitahu ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan itu bahawa dokumen pengenalan dirinya masih dalam proses dan hanya memiliki salinan Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.- mstar
TOP
Tanpa Waran, Polis Latvia Tidak Boleh Tahan Arnis Zalkalns
Zalkalns (kiri) dikaitkan dengan kehilangan Alice Gross (kanan).
POLIS Latvia tidak boleh menahan suspek utama yang dikaitkan dengan kehilangan remaja perempuan 14 tahun Alice Gross walaupun Arnis Zalkalns kembali ke negara itu. Ini disebabkan Polis British tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengeluarkan waran bagi menahan Zalkaln. Bekas banduan ini dilihat berbasikal beberapa minit bersebelahan remaja itu sebelum dilaporkan hilang empat minggu lalu di jambatan laluan berjalan kaki di barat London. Manakala Zalkalns pula hilang enam hari kemudian.
Gross dilihat berjalan kaki sebelum hilang.
Pihak berkuasa Latvia telah menjelaskan mereka tidak boleh menahan suspek tanpa surat waran. "Ia mengikut undang-undang, kecuali kamu telah mengemukan tuduhan terhadap seseorang atau kecuali kamu mempunyai bukti untuk menuduh, kamu tidak boleh membuat sebarang tahanan," jelas Komander Scotland Yard, Graham McNulty. Pegawai Scotland Yard telah berkunjung ke Latvia, berjumpa dengan keluarga suspek yang dijangka telah meninggalkan Britain selepas kehilangan remaja itu pada 3 September lalu. Zalkalns,41, berhijrah ke Britain pada tahun 2007 selepas dibebaskan dari penjara kerana memukul dan menikam isterinya, Rudite sehingga mati. Dia tinggal bersama teman wanitanya dan anak perempuan di London sehingga kehilangannya dikesan. Pada tahun 2009, Zalkalns ditahan dengan dakwaan serangan mencabul di kawasan rumahnya di Ealing, namun kes itu ditutup selepas mangsa menarik balik tuduhan kerana permintaan untuk melihat rakaman litar tertutup (CCTV) serta rayuan untuk mencari saksi gagal dipenuhi.- mstar

Polis Buru Dua 'Ninja' Kes Rompakan Di Sebuah Banglo
Dua perompak yang berpakaian ninja dirakam CCTV awal pagi Khamis.
KAJANG: Polis kini memburu dua orang 'ninja' yang melakukan rompakan di sebuah rumah pasangan warga emas di Country Heights Resort, awal pagi Khamis. Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek itu yang dipercayai warga Indonesia memakai pakaian seperti ninja memecah masuk banglo itu di antara pukul 5.45 pagi sehingga 6 pagi ini. Perakam CCTV itu juga menunjukkan mereka berlegar-legar di dalam banglo itu secara perlahan-lahan. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kedua-dua lelaki itu menyelinap masuk melalui tingkap di tingkat satu rumah itu. "Mereka menggunakan tangga untuk memanjat tingkap, dan tangga tersebut ditinggalkan selepas merompak. "Mereka juga mengetuk bilik tidur pasangan itu dan mengacukan parang ke arah mangsa yang masih berada dalam kebingungan. "Suspek mengikat kedua-dua mangsa dengan baju sebelum menyelongkar barang-barang milik mangsa," jelasnya. Ab Rashid berkata, jumlah kerugian sebanyak RM100,000 hasil daripada rompakan wang tunai dan barang-barang bernilai. "Pasangan tersebut yang berusia 60-an menghubungi polis lebih kurang 6.15 pagi selepas berjaya melepaskan diri. "Mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil menambah mangsa adalah pemilik sebuah perniagaan. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.- mstar

KPN Peroleh Perintah Gantung Keputusan Mahkamah Tinggi Tahan Bapa Mualaf
PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memperoleh perintah bagi menggantung keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan beliau menahan seorang bapa mualaf dan mengembalikan anak perempuannya kepada bekas isteri yang beragama Hindu.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel tiga hakim, membenarkan permohonan interparte Khalid bagi membolehkan mereka mendengar rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung perkara itu.
Md Raus, yang bersidang bersama-sama Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, menetapkan 30 Okt ini untuk mendengar rayuan Khalid.
"Ini adalah satu isu penting. Kami membenarkan penggantungan perintah dan menetapkan tarikh awal untuk mendengar sebelum memutuskan rayuan berkenaan," katanya.
Pada 12 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan semakan kehakiman M. Indira Gandhi untuk mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Khalid menahan bekas suami wanita itu, Muhammad Ridhuan Abdullah, dan mengembalikan Prasana Diksa yang berusia enam tahun kepadanya.
Pada 17 September lepas, Khalid memperoleh perintah penggantungan sementara keputusan Mahkamah Tinggi itu daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali, yang bersidang bersendirian.
Pada prosiding Khamis, panel sama turut menolak permohonan Indira Gandhi bagi mengetepikan perintah penggantungan sementara diperoleh Khalid, yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail dan Suzana Atan.
Peguam Aston Paiva, yang mewakili Indira Ghandi bersetuju tarikh awal pendengaran rayuan ditetapkan namun membantah permohonan Khalid untuk perintah penggantungan.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak pasangan itu, Tevin Darsiny, 17, Karan Dinish, 16, dan Prasana kepada Muhammad Ridhuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam.
Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan penuh ketiga-tiga anak pasangan itu kepada Indira Gandhi dan memerintahkan Muhammad Ridhuan mengembalikan Prasana Diksa kepada ibunya.
Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh mensabitkan Muhammad Ridhuan kerana menghina mahkamah dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas beliau berulang kali gagal menyerahkan Prasana Diksa kepada ibu kanak-kanak itu.
Indira Gandhi turut memperoleh perintah mendapatkan kembali daripada Mahkamah Tinggi bagi memaksa polis mengesan Muhammad Ridhuan.
Beliau kemudian memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mandamus berikutan tindakan Khalid mengambil jalan tengah dalam kes yang menyaksikan pihak terbabit memperoleh perintah berasingan daripada mahkamah sivil dan mahkamah syariah.
Pada 10 Sept lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan Muhammad Ridhuan terhadap sabitan menghina mahkamah dan perintah mendapatkan kembali selepas memutuskan ia tidak boleh mendengarnya kerana perayu belum membebaskan diri daripada sabitan itu berikutan mengingkari arahan mahkamah agar Prasana Diksa dikembalikan kepada Indira Gandhi.- mstar
TOP
Adun PAS, Saari Sungib Tolak Jawatan Exco Selangor
Saari Sungib.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib sedia menarik diri sekiranya beliau dicalonkan sebagai exco Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat. Beliau berkata, jawatan sebagai panel penasihat bagi memantau pengagihan dana dan pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor yang telah diberikan kepadanya sebelum ini sudah memadai. "Saya akan tarik diri sekiranya nama saya tersenarai sebagai exco. Semalam (Rabu) pun saya secara peribadi telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada menteri besar supaya tidak meletakkan nama saya dalam barisan exco," katanya ketika dihubungi mStar Online. Menurutnya, selain Exco, tugas sebagai Adun juga boleh menjadi 'check and balance' kepada polisi yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. "Seperti yang sudah saya lakukan selama dua penggal menjadi Adun di Selangor, kita mahu memastikan tiada ketirisan berlaku, semua polisi yang dilaksanakan dapat mencapai tahap pelaksanaan hingga 90 peratus. Semua bantuan yang dijanjikan harus sampai kepada golongan sasar seperti yang ditetapkan. "Prinsip ini akan saya teruskan dan kami sedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali," katanya. Justeru, beliau berharap supaya kepimpinan menteri besar baharu dapat meneruskan legasi pentadbiran yang ditinggalkan Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kita berharap Azmin dapat membawa Selangor terus maju dan mengumpul lebih banyak rizab tunai yang dapat membantu rakyat kurang berkemampuan di negeri ini. "Dalam masa yang sama, polisi sedia ada diteruskan dan ditambah baik serta kerjasama dengan kerajaan pusat dapat diteruskan terutamanya dalam melibatkan kepentingan rakyat Selangor," katanya. Sejak Rabu, terdapat beberapa senarai nama yang didakwa barisan Exco Selangor yang baharu tersebar di laman sosial. Nama Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dikatakan tersenarai sebagai exco yang mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pada Jumaat. Sebelum ini, Saari dan Hasnul telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan mereka kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk menggantikan Khalid. Bagaimanapun tindakan tersebut mendapat kecaman beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS yang menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada parti dan bertentangan dengan keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama yang menyokong agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar. - mstar

PRK Pengkalan Kubor: Kemenangan Cemerlang BN - Najib
Najib Tun Razak ketika mengadakan sidang media bersama wartawan Malaysia selepas mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Arseniy Yatsenyuk di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Khamis.
NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah cemerlang dan menunjukkan rakyat menerima dasar-dasa rkerajaan. Perdana Menteri berkata BN berupaya meingkatkan majoritinya hampir 900 undi. Ia juga menunjukkan usaha jentera BN berjalan lancar dan keputusan memilih calon nampak serasi dengan pengundi tempatan. “Kemenangan diduga tetapi majoriti tidak (pasti)… sebab faktor-faktor tidak begitu jelas tapi kemenangan cemerlang sekali sebab kita hadapi calon PAS dan bukan PKR. Ramai kata calon PAS lebih kuat daripada PKR,” katanya kepada media Malaysia, Khamis. Mengenai calon BN Mat Razi Mat Ail, Najib berkata: “Calon tak ada masalah, tak ada masalah peribadi, bersih, ada watak agama, tidak menonjol dan merendah diri”. Najib berkata kemenangan itu akan dijadikan asas untuk memantapkan lagi jentera Umno dan BN. Katanya, beliau sudah menghubungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Mat Razi bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka dan jentera pilihan raya parti. Najib berkata beliau akan bertemu dengan Mat Razi sekembalinya ke tanah air kelak. Perdana Menteri berada di negara ini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta lawatan kerja bermula 20 hingga 28 September. - mstar

PRK Pengkalan Kubor: Tiada Sebarang Bantahan Oleh Parti Bertanding - SPR
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) bersama anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor yang baru, Mat Razi Mat Ail (tengah) mengangkat tangan selepas calon Barisan Nasional (BN) itu memenangi kerusi DUN Pengkalan Kubor, Khamis.
TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang bantahan oleh mana-mana parti yang bertanding sepanjang perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Khamis. Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor Mohd Sobri Ramli berkata PRK itu berlangsung dalam suasana terkawal dan tiada sebarang kekacauan yang mengganggu kelancaran proses pengundian. "Kami berpuas hati dengan perjalanan PRK ini dan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memastikan kelancaran ketika hari pengundian," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi PRK Pengkalan Kubor di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di sini Khamis malam. Beliau berkata perjalanan PRK yang berlangsung kali ini adalah telus dan tiada ruang untuk ketiga-tiga parti bertanding melakukan sebarang bantahan. Barisan Nasional (BN) mempertahan kerusi DUN Pengkalan Kubor apabila calonnya, Mat Razi Mat Ail, memperoleh majoriti 2,635 undi pada PRK hari ini. Majoriti undi juga meningkat sebanyak 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, pada pilihan raya umum ke-13. Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi. Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja. Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.- mstar

Keadaan Di Selatan Thailand Bertambah Baik - Prayuth
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha berkata keadaan di sempadan selatan negara itu yang bergolak telah bertambah baik.
"Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan melakukan atau menyatakan sesuatu jika keadaan tidak baik, OIC memahami segala-galanya," kata beliau pada sidang media, Khamis.
Beliau berkata minggu depan, Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi Keselamatan dan Menteri Pertahanan Jen Prawit Wongsuwarn, akan melakukan lawatan ke kawasan-kawasan berkenaan bersama pegawai dari pelbagai agensi keselamatan.- mstar
TOP
Wanita Cedera Rantai Pemberian Ibu Diragut Penunggang Motosikal
KUANTAN: Seorang wanita cedera apabila motosikal ditunggang terjatuh selepas rantai emasnya diragut oleh seorang lelaki menaiki motosikal di Kampung Sungai Penjuring dekat Bentong Rabu.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu mangsa, 45, mengalami luka dan calar di leher apabila rantai pemberian ibu wanita itu semasa hari perkahwinannya 27 tahun lepas bernilai RM4,000 itu, direntap oleh peragut berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata kejadianberlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya telah diekori tiga lelaki menaiki dua motosikal.
"Seorang daripada suspek menghampiri motosikalnya sebelum tiba-tiba bertindak meragut rantai leher dipakainya menyebabkan motosikalnya itu terhuyung-hayang lalu terjatuh di atas jalan," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.
Beliau berkata, suspek kemudiannya bergegas meninggalkan tempat kejadian sebelum wanita itu dibantu orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Bentong untuk rawatan lanjut.
Katanya, susulan kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Bentong sejurus kemudian selepas memaklumkan kepada suaminya yang bekerja di KualaLumpur.
Sementara itu, dalam satu lagi kejadian berasingan katanya, seorang peniaga tauhu turut kerugian rantai emas bernilai RM1,500 selepas diragut tiga lelaki dipercayai suspek sama, di Kampung Chamang Bentong kira-kira jam 11 pagi semalam.
Mohamad Mansor berkata, suspek melakukan modus operandi sama apabila menghimpit motosikal lelaki berusia 50 tahun itu sebelum meragutnya.
"Kita percaya kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama dan polis kini giat memburu suspek terbabit selain meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil di Balai Polis Bentong bagi membantu siasatan," katanya.- mstar
TOP
Deepavali Disambut 22 Oktober - Persatuan Hindu Sangam
KUALA LUMPUR: Persatuan Hindu Sangam Malaysia meminta masyarakat India supaya tidak keliru dengan tarikh sambutan Hari Deepavali atau pesta cahaya di Malaysia.
Presidennya Datuk R.S Mohan Shan berkata penganut Hindu akan menyambut perayaan tersebut pada 22 Oktober dan bukannya 23 Oktober seperti yang dicetak dalam kebanyakan kalendar di negara ini.
"Penganut Hindu harus menyambut Deepavali pada ‘Saturthasi Tithi’ iaitu hari ke-14 haribulan ‘Iypasi’ berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’.
"Sambutan perayaan tersebut hanya boleh disambut pada 22 haribulan dan tidak boleh disambut pada 23 Oktober kerana hari itu adalah "Amavasai"," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.
Beliau berkata Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam turut memutuskan 22 Oktober sebagai hari perayaan tersebut.
Kekeliruan itu berlaku akibat kesalahan cetakan dalam kalendar dan perayaan itu akan bermula pada terbit fajar 22 Okt.
Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenanganatas kematian Raja Naragasura yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu dan akhirnya dibunuh oleh dewa MahaKrishnan.
Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Raja Naragasura meminta semua orang agar meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik.
Perkataan Deepavali pula merupakan gabungan perkataan "Deepa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. - mstar
TOP
Azmin Nafi Komposisi Exco Dikekalkan, Salahkan Laporan Media
Azmin melambaikan tangan kepada jurugambar semasa keluar dari Istana Mastika selepas mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali menafikan komposisi jumlah Exco daripada setiap parti dalam pakatan rakyat adalah kekal seperti dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini. Mohamed Azmin dalam status terkini Twitternya kira-kira sejam lepas dilihat menyalahkan laporan media mengenai jumlah komposisi itu selain mengatakan ia sebagai tidak tepat malah menyifatkan perkara tersebut masih dalam proses rundingan. "Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya menerusi laman sosial berkenaan pada Khamis. Sebelum itu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari Istana Mestika di sini kira-kira pukul 4 petang tadi menyatakan komposisi empat wakil daripada PAS dan masing-masing tiga wakil daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikekalkan. Beliau yang dilihat memasuki istana tersebut kira-kira pukul 2.40 petang adalah bagi mempersembahkan senarai barisan Exco baharu kerajaan negeri kepada Sultan Selangor. Sejurus keluar daripada istana, Mohamed Azmin menyatakan senarai barisan Exco baharu yang dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mendapat perkenan baginda. "Saya bersyukur kerana Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) perkenan senarai barisan Exco yang saya persembahkan. "Esok pagi (Jumaat) saya akan umumkan senarai penuh nama-nama tersebut," katanya. Mohamed Azmin juga berkata majlis angkat sumpah Exco dijadual berlangsung pada 2.45 petang Jumaat.- mstar

Kemenangan Azizulhasni Dibatalkan, Josiah Rangkul Gangsa
INCHEON: Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang kecewa selepas pingat perak yang sepatutnya menjadi miliknya, dibatalkan akibat menghalang laluan pelumba lain dalam acara keirin lelaki akhir di Incheon International Veledrom pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon hari ini. - Foto Bernama
INCHEON – Jaguh berbasikal negara, Josiah Ng tidak merasai suasana gembira dengan pingat gangsa dalam acara keirin individu lelaki selepas keputusan kontroversi menafikan posisi tempat kedua rakan senegara Azizulhasni Awang pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini hari ini.
Josiah, yang menamatkan perlumbaan di tangga keempat, dihadiahkan pingat gangsa selepas kedudukan Azizulhasni dibatalkan oleh komisar kerana menghalang pelumba lain ketika melakukan pecutan.
Pelumba Jepun, Kazunari Watanabe, yang sebelum itu menduduki tangga ketiga, memenangi pingat perak manakala pelumba Iran, Mohammad Daneshvarkhourram merangkul pingat emas.
“Apabila mereka mengumumkan, ia mencetus emosi sama seperti di Sukan Komanwel di New Delhi. Saya agak marah tetapi dalam sukan, kami terpaksa
menerimanya.
“Emosi saya bercampur baur kerana kami begitu akrab. Sesiapa sahaja dalam keadaan saya mungkin gembira dengan pingat ini tetapi bagi diri saya, Azizul adalah seperti adik saya.
“Saya tidak begitu gembira seperti yang sepatutnya. Tetapi kami perlu sedar bahawa in adalah sukan dan perkara seperti ini berlaku. Sekiranya keputusan disemak semula, sayalah orang yang gembira untuk dia,” katanya. – BERNAMA
TOP
Penarik Kereta Mengaku Tikam Siswi UITM 5 Kali Di Dada
Alor Gajah – Seorang penarik kereta mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas dakwaan menyebabkan kecederaan ketika cuba merompak seorang pelajar siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebuah pangsapuri di Lendu, dua minggu lalu.
Pengakuan bersalah tertuduh Rahim Othman, 20, dari Taman Mutiara dekat sini dibuat di hadapan Hakim Nariman Badruddin
Mengikut fakta pertuduhan, Rahim melakukan jenayah itu di sebuah pangsapuri di Jalan Dimensi Uta di sini, pada 6.15 pagi 10 September lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.
Mahkamah menetapkan 27 Oktober ini untuk menjatuhkan hukuman selepas mendapatkan laporan sosial.
Dalam kejadian 10 September lalu, siswi UiTM kampus cawangan Lendu terbabit dilaporkan nekad menumbuk dan bergelut dengan penjenayah yang menceroboh bilik tidurnya sebelum dia ditikam lima kali di dada dengan senjata tajam hingga cedera parah.
Mangsa Siti Irina Redhuan, 20, tidur di bilik pangsapuri yang disewa bersama empat rakan di Taman Dimensi, Alor Gajah. – Harian Metro
TOP
MH17: PM Ikrar Bawa Pulang Baki 3 Lagi Mayat Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia untuk membawa pulang baki tiga lagi mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
“Kami akan meneruskan usaha membawa pulang baki tiga lagi mayat rakyat Malaysia dan mengumpul bukti forensik dari lokasi MH17 (terhempas),” katanya dalam akaun Twitter.
Sebelum itu, Najib yang sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat, berkata di New York, bahawa Kiev tidak dapat memberi jaminan laluan selamat bagi pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lepas kerana ia tidak selamat memandangkan kejadian tembakan dan letupan masih berterusan walaupun perjanjian gencatan senjata dilaksanakan.
Katanya perkara itu disampaikan kepadanya oleh Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk apabila mereka bertemu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Najib akan berada di Amerika Syarikat dari 20 hingga 28 Sept bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB dan juga menghadiri beberapa majlis.
Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. – BERNAMA
TOP
32 Sekolah Agama Terima Peruntukan RM9.36 Juta
KUCHING – Sebanyak 32 sekolah agama di Sarawak menerima peruntukan berjumlah RM9.36 juta dari Kementerian Pendidikan sebagai pakej rangsangan khas dan ubah suai naik taraf, tahun ini.
Peruntukan disampaikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mewakili kementerian kepada Menteri Muda di pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ir Daud Abdul Rahman dalam satu majlis di Pejabat Ketua Menteri, Bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) baharu, hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Putit Matzen.
Sebanyak RM5.05 juta daripada peruntukan tersebut diberi kepada 10 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Sarawak sebagai pakej rangsangan khas manakala RM4 juta diberi kepada 10 SABK untuk proses ubah suai naik taraf.
Sebanyak 12 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Sarawak pula menerima RM310,000 sebagai pakej rangsangan khas.
Daud yang ditemui pemberita kemudian mengucapkan terima kasih kepada kementerian dan kerajaan persekutuan kerana jumlah sumbangan yang diterima tahun ini meningkat berbanding, RM1.5 juta diperoleh tahun lepas.
“32 sekolah yang menerima peruntukan hari ini ada yang dimiliki pihak swasta dan ada pula dimiliki kerajaan negeri. Kos baik pulih amat tinggi, kita akan gunakan peruntukan untuk kerja baik pulih, kita juga amat gembira kerana peruntukan diberikan kepada sekolah-sekolah tahun ini meningkat,” katanya.
Sementara itu, Daud berkata selain sekolah agama, institusi pendidikan lain seperti sekolah mubaligh dan sekolah Cina akan turut menerima sumbangan daripada kementerian. – BERNAMA
TOP
Lelaki Didakwa Bunuh Anak Teman Wanita
AYER KEROH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya di Taman Bukit Katil, Februari lalu.
Tertuduh, Mohd Fahrur Radzi Chahat, 25, dari Tanjung Agas, Ledang , Johor mengaku faham pertuduhan yang dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.
Mengikut pertuduhan, Mohd Fahrur didakwa menekup dan menutup mulut Mohamad Irfan Abd Hadi berusia dua tahun menggunakan jari tangan kanan sehingga tidak bernafas di sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini, kira-kira jam 10.30 malam, 11 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Juhari Haron tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ida Rahayu kemudian tidak menawarkan jaminan dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Oktober ini. – BH Online
TOP
Bayi Diserang Biawak Menunjukkan Tanda Pulih
JOHOR BAHRU – Nur Hidayah Abdul Rahman, bayi berusia lapan bulan yang menjadi mangsa serangan seekor biawak di kuarters sebuah resort di Kampung Tekek, Tioman, Pahang, Selasa lepas, menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.
Pegawai Perubatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Sultanah Aminah (HSA) Dr Low Tzuemn Ling berkata Nur Hidayah yang menerima 150 jahitan akibat cakaran biawak terbabit dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat, tetapi perlu menghadiri rawatan susulan di hospital berkenaan untuk memulihkan parut yang dialaminya.
“Buat masa ini kita sedang lihat proses penyembuhan luka dan dijangkakan jahitan itu akan dibuka seminggu lagi. Setakat ini, keadaan Nur Hidayah stabil cuma kita sedang memantaunya daripada sebarang jangkitan,” kata beliau kepada pemberita di Wad Kanak-Kanak HSA, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Asiah Md Ariff yang melawat bayi berkenaan di wad kanak-kanak itu.
Dr Low berkata parut di muka Nur Hidayah kemungkinan sukar hilang, namun, rawatan susulan akan terus diberikan kepada bayi itu bagi meminimumkan kesan parut itu.
Meskipun pihaknya amat terkejut apabila melihat keadaan Nur Hidayah ketika tiba di hospital tempoh hari, beliau telah memastikan segala prosedur rawatan yang dilakukan terhadap bayi itu dilakukan dengan penuh teliti.
Sementara itu, Asiah berkata pihaknya menyediakan seorang pegawai kaunseling untuk membantu ibu bayi itu, Nor Raudah Abdullah, 38, sehingga pulih sepenuhnya daripada trauma yang dialaminya memandangkan wanita itu masih terbayang-bayang kejadian itu.
“Kita harap kaunseling ini sekurang-kurangnya dapat melegakan keadaan ibu bayi tersebut. Dia kelihatan biasa pada hari ini tetapi kita faham, untuk hilangkan trauma itu bukan perkara yang mudah,” kata beliau yang turut menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa bayi itu.
Sementara itu, bapa Nur Hidayah Abdul Rahman Ismail, 38, berkata kelibat biawak yang berkeliaran di sekitar rumah dan resort berkenaan biasa dilihat setiap hari, namun, tidak menyangka haiwan itu bertindak memasuki rumah.
Abdul Rahman yang merupakan pekerja penyelenggaraan di resort tersebut, turut berkata kawasan sekeliling resort itu amat bersih dengan dilengkapi landskap tanaman.
Beliau berkata ketika kejadian berlaku, dia sedang bekerja dan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak majikan.
“Saya rasa macam hendak mati bila dapat tahu perkara itu dan terus bergegas ke Klinik Kesihatan untuk melihat anak saya yang sudah dibawa ke sana. Setiap hari saya nampak biawak berkeliaran di kawasan rumah dan resort tetapi kejadian biawak memasuki rumah memang pertama kali terjadi,” katanya yang tinggal di kuarters resort tersebut sejak setahun lalu. – BERNAMA
TOP
Senarai Exco Selangor Baharu Diumum Esok – Azmin
SHAH ALAM – 10 nama barisan Exco Selangor yang baharu hanya akan diumumkan pada Jumaat, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Khamis.
Azmin ketika ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berkata, beliau akan bertemu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan nama-nama tersebut.
“Kami ada semua calon. Biar saya berbincang dengan Tuanku pada hari ini,” kata Azmin.
Jelas beliau, tiada sidang media untuk mengumumkan barisan exco yang baharu itu.
Sementara itu, sumber berkata jawatan Speaker akan diberikan kepada PAS sekiranya parti tersebut menggorbankan satu daripada empat kerusi exco milik mereka.
Timbul spekulasi bahawa PAS diminta untuk menyerahkan satu kerusi exco milik parti itu.
Menurut sumber Pakatan Rakyat, ini adalah formula yang dibincangkan dan dipersetujui pada 2008 apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS membentuk kerajaan di negeri Selangor. – mStar Online
TOP
Real Madrid Mahukan Raheem Sterling Musim Depan
REAL MADRID dilapor sedang menggandakan usaha bagi mendapatkan Raheem Sterling pada musim depan.
Ia susulan daripada tindakan pengendali kelab gergasi Sepanyol tersebut, Carlo Ancelotti yang menyenaraikan bintang Liverpool terbabit di kedudukan teratas pemain yang diperlukan untuk musim depan.
Real selain itu turut yakin mampu mendapatkan Strerling selepas menyedari bahawa Liverpool tidak melanjutkan kontrak pemain berkenaan ke satu tempoh yang panjang.
Malah pemain tengah itu juga tidak diberi kenaikkan gaji yang mampu mengugat ‘ancaman’ daripada kelab gergasi Eropah.
Difahamkan pemain berusia 19 tahun itu kini menerima gaji sebanyak £30,000 seminggu menerusi pakej yang akan tamat pada 2017.
Jumlah tersebut menjadikan Sterling sebagai pemain yang menerima gaji terendah di Liverpool walaupun aksinya banyak membantu skuad Brendan Rodgers.
Jika Real terus mendesak Liverpool, Sterling dijangka akan menerima kenaikkan gaji sehingga 10 kali ganda. - mStar Online
TOP
Pelajar Sekolah Tak Sedarkan Diri Kerana Terminum Racun
TAMPIN – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua salah sebuah sekolah di daerah ini ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolah dipercayai selepas terminum sejenis racun, pagi semalam.
Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa yang berusia 15 tahun ditemui rakan sekolahnya dalam keadaan mulut berbuih dan segera memaklumkan kepada pihak sekolah.
Menurut sumber, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.
“Mangsa bertolak ke sekolah seperti biasa dan sempat sarapan pagi di sebuah kedai, namun selepas itu mangsa dipercayai menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol berisi racun lalu meminumnya,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, datuk mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dia menerima panggilan daripada pihak sekolah sekitar 8 pagi dan terkejut apabila dimaklumkan cucunya terminum racun.
Menurutnya, dia menjaga cucunya itu sejak dari kecil lagi, namun tidak pernah mengetahui sama ada remaja itu mempunyai sebarang masalah.
“Dia sentiasa ikut nasihat saya. Jadi, bila saya tahu dia terminum racun yang dibawa ke sekolah, saya sangat terperanjat. Sebaik saya tiba di sekolah, saya lihat dia terbaring dalam keadaan separuh sedar.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan kini dalam siasatan. – Sinar Harian Online
TOP
Keluarga Dibenar Lawat Tahanan Sempena AidilAdha
KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara membenarkan anggota keluarga melawat tahanan, penghuni pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney, pada sambutan hari kedua dan ketiga Aidiladha.
Jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata waktu lawatan bermula pada 8.15 pagi sehingga 4.15 petang dan pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.
“Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni yang beragama Islam sahaja,” menurut kenyataan itu.
Pelawat juga tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni kerana ia boleh dibeli dari kantin penjara.
Selain itu, pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas disediakan Jabatan Penjara.
“Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
TOP
Kiev Tidak Jamin Laluan Selamat Ke Tapak Nahas MH17
NEW YORK – Kiev tidak dapat memberi jaminan laluan selamat untuk pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat
Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lepas kerana ia tidak selamat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk ketika mereka bertemu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Kiev juga tidak dapat menyediakan jadual konkrit bilakah pasukan penyiasat antarabangsa boleh memasuki kawasan nahas, kata Najib pada Rabu (Khamis di Malaysia).
Najib berkata Yatsenyuk memberitahunya, tembakan dan letupan masih berterusan di timur Ukraine walaupun perjanjian gencatan senjata dilaksanakan.
Beliau berkata Malaysia bimbang tentang mayat penumpang dan anak kapal pesawat malang itu yang masih belum dituntut di tempat nahas serta bukti forensik di kawasan berkenaan.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sebanyak 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 40 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dan dibawa pulang ke tanah air.
Najib berkata Putrajaya juga bimbang tentang musim sejuk yang bakal melanda di kawasan itu yang boleh menjejaskan bukti forensik.
Ditanya sama ada Putrajaya akan memulakan rundingan dengan pihak pemberontak untuk laluan selamat pasukan penyiasat antarabangsa ke kawasan itu, Najib berkata: “Hubungan komunikasi masih terbuka tetapi kita harus mengambil kira sensitiviti Kiev”.
Najib berada di sini dari 20 Sept hingga 28 Sept bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB serta menghadiri majlis lain. – BERNAMA
TOP
Wanita Sembunyi Dalam Ketuhar Di Amerika Syarikat
Thomasville (Amerika Syarikat) – Seorang wanita yang dikehendaki polis kerana memalsukan kad kredit ditemui bersembunyi di dalam ketuhar.
Desma KaShay Brown, 25, dituduh menggunakan kad milik rakan serumahnya untuk memesan pakaian bernilai AS$428.
Apabila rakannya menyedari perbuatan Desma, dia segera membuat laporan polis.
Polis semalam menyerbu sebuah rumah berhampiran rumah sewanya selepas mendapat maklumat.
Mereka mulanya gagal mengesan wanita itu yang bertubuh kecil.
Bagaimanapun selepas menyelongkar, mereka akhirnya menemui mangsa di dalam ketuhar di dapur rumah berkenaan.
“Kami menemuinya mengerekot dan berpeluh dalam ketuhar,” kata jurucakap polis, Joey Blackburn. – Agensi
TOP
Jabatan Pendidikan nafi calon UPSR meninggal akibat tekanan
Jabatan Pendidikan Pahang hari ini menafikan calon ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di Kuantan meninggal dunia kerana tertekan ekoran kebocoran beberapa kertas peperiksaan itu baru-baru ini.
Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.
"Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan 'stres'," katanya.
Malah mengikut laporan perubatan sendiri menyatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah secara mendadak walaupun murid itu tidak mengidap penyakit kencing manis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Gambar murid berkenaan tersebar di laman Facebook dengan kandungan kenyataan: "Murid tahun enam SK Wira meninggal dunia pagi tadi. Jenazah dibawa balik ke Chini, tekanan darah tinggi dan stres tahap melampau. Murid target 5A itu."
Katanya, beliau bagi pihak Jabatan Pendidikan negeri dan ibu bapa murid berkenaan meminta pihak yang menyebarkan kenyataan itu supaya menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
"Ibu dan bapanya redha dengan pemergian anak mereka dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita tersebut. Cuma mereka menasihatkan terlibat tidak menulis dan menyebar sesuka hati perkara yang tidak pasti," katanya. – Bernama, 25 September, 2014.
TOP
Gambar : Proton IRIZ Kena Langgar
Mungkin kereta IRIZ di dalam gambar dibawah ini merupakan IRIZ pertama yang terlibat di dalam kemalangan selepas perasmiannya pagi tadi.
Tapi kereta tu cuma kereta pandu uji. Nasib baik tak beli lagi. Kalau tak menangis la.. Kereta yang melanggar IRIZ tersebut adalah sebuah Perodua Viva.
Jika dilihat kepada kerosakan yang dialami tidaklah seteruk mana.. Kerosakan bagi IRIZ hanyalah lekuk di belakang sahaja, manakala viva tersebut pula mengalami kerosakan yang sedikit teruk. Jika dilihat pada gambar, lampunya dah sedikit terkeluar dan bumper depan bersama bonet depan pun lekuk.
Antara ciri utama yang menarik bagi Proton IRIZ ini adalah ciri keselamatannya. Walaupun kemalangan ini tak teruk, tapi ia boleh menjadi kayu ukur kekerasan besi IRIZ berbanding dengan kereta Viva ni.
Sumber gambar : Lowyat.net

Keluhan Gadis Yang Hendak Dipinang Oleh Perogolnya
Saya dirogol bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.
Perkara yang memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.
Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggungjawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali. Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.
Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.
Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.
Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.
Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit. Bantulah saya Dang Setia.
NURYIL
Lendu, Melaka
Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.
Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.
Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.
Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari. Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?
Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.
Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk membuat pilihan. – Harian Metro

Lelaki Lepas Tangan Selepas Terbabit Kemalangan Kereta Dicari
Kes-kes kemalangan memang biasa kita dengar setiap hari. Biasanya kes-kes sebegini hanya perlu disetelkan dengan kedua-dua pihak membuat laporan polis atau pun dengan 'budi bicara'. Tapi ia memerlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak. Kalau yang jenis tak mahu beri kerjasama macam mana pula?
Baru-baru ini, seorang pengunjung page SiakapKeli meminta kami menyiarkan maklumat individu yang dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan dengannya tetapi bertindak melarikan diri dari tanggungjawab apabila tidak membuat laporan polis.
Berikut adalah gambar IC individu yang tidak bertanggungjawab itu yang sempat di snap oleh pengadu.
Menurut apa yang dilaporkan, sehingga kini individu terbabit tidak membuat laporan polis dan sampai sekarang masih gagal dikesan menyebabkan kerumitan kepada si pengadu untuk menguruskan hal berkenaan dengan keretanya yang rosak. Kes ini boleh dianggap sebagai kes langgar lari kerana hanya sebelah pihak sahaja yang membuat laporan polis.
Berikut adalah salinan laporan polis yang dibuat oleh pengadu:
Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang individu ini, boleh berhubung dengan pengadu melalui email faranadia.ahmad@gmail.com atau berhubung terus dengan admin SiakapKeli di Facebook. - Siakapkeli.com

Malware 'Zeus' Sasar Pengguna Maybank2U, CIMBClicks Melalui Smartphone Android
Hari ini, laman Facebook CyberSecurity Malaysia, sebuah organisasi di bawah MOSTI, telah memuat status tentang sejenis malware yang kini sedang giat digunakan oleh penggodam yang mensasarkan pengguna Maybank2U dan CIMB Clicks.
Walaupun malware yang bernama 'Zeus' itu sudah lama wujud, tapi kini penciptanya mula mensasarkan pengguna perbankan online di Malaysia. Sebelum ini, malware yang sama dilaporkan berjaya mencuri lebih US$47 juta!
Di Malaysia pula kerugian sudah dilaporkan sudah mencapai RM60,000 sepanjang bulan ini dan kebanyakan mangsa adalah dari kawasan Lembah Klang, lapor Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib, memetik Utusan Malaysia.
Ikuti butiran dibawah untuk informasi yang lebih jelas mengenai Zeus :
Siapa Mangsa Malware Zeus :
Pengguna Telefon Pintar yang menggunakan Android
Pengguna Sistem Windows yang tidak di update
Bagaimana Zeus Bertindak :
Malware tersebut akan memaparkan satu laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan online dan meminta no telefon dan sistem pengoperasian.
Kemudian, malware tersebut akan menghantar satu SMS berupa link kepada satu installer Android (APK). Apabila pengguna menginstall apk tersebut telefonnya akan berada di bawah kuasa penggodam. Dengan cara ini, penggodam dengan senang mendapat maklumat peribadi mangsa.
Objektif Utama Zeus
Mendapatkan username dan password akaun perbankan online mangsa
Mendapatkan kod pengesahan TAC dari bank di dalam SMS mangsa
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna diminta bagi mengemaskini perisian antivirus dan juga sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perbankan online. Pastikan aplikasi yang anda install berasal dari Play Store.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai malware ini sila ke laman cybersecurity. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar mengenai malware ni, boleh lihat kodnya di github .

‘Saya Rayu Agar Cikgu Berhenti Pukul’
KUALA TERENGGANU – ‘Akibat salah buka muka surat yang diminta, saya diherdik, dipukul, diheret dan kepala dihentak di papan hitam seolah-olah saya melakukan kesalahan besar yang tidak boleh dimaafkan,” demikian cerita pelajar tingkatan dua, Amir Ikhwan Mohamad Arof yang mendakwa dipukul guru di sebuah sekolah menengah di sini.
Amir Ikhwan yang ditemui di kediamannya, di sini, berkata, kejadian berlaku Selasa lalu jam 12.30 tengah hari ketika dia berada di dalam kelas.
“Ketika itu, guru berkenaan menyuruh kami membuka buku, saya tersilap membuka muka surat yang diminta, kemudian dia tanya kenapa salah buka, saya kata saya ikut kawan. Cikgu marah saya dan kata saya perli dia.
“Dia heret saya dari tempat duduk ke hadapan kelas, dia tampar pipi, pukul dan hentak kepala saya di papan hitam. Saya rayu cikgu berhenti mencederakan saya tetapi dia tidak endah dan terus menarik kedua-dua telinga sehingga kepala saya sakit dan telinga saya lebam,” katanya.
Amir Ikhwan dan kedua ibu bapanya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan mahu tindakan lanjut diambil terhadap guru terbabit.
Sementara itu, ibunya, Edah Endut, 42, berkata, dia amat terkejut melihat keadaan anaknya yang tidak bercakap seolah-olah trauma dengan sesuatu sebaik pulang ke rumah selepas habis sesi persekolahan, kelmarin.
“Saya tambah terperanjat bila tengok belakang telinganya lebam, butang baju sekolah tercabut akibat direntap dengan kuat.
“Niat saya dedahkan cerita ini bukan untuk aibkan sesiapa, saya hanya mahu kita ambil pengajaran terhadap apa yang berlaku. Saya tidak kisah jika guru ingin pukul anak saya, tetapi biarlah setimpal dengan kesalahannya,” katanya.
Amir Ikhwan tidak hadir ke sekolah semalam kerana malu untuk berdepan dengan kawan-kawan selain trauma serta takut untuk berdepan guru berkenaan
Selain membuat laporan polis, Edah bersama suami turut mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berharap kedua-dua pihak bersemuka untuk berunding mencari penyelesaian.
“Memandangkan kes itu tidak melibatkan jenayah dan kecederaan teruk, kita harap kedua-dua pihak dapat duduk dan berbincang serta mencapai kata putus.
“Saya sering mengingatkan agar ibu bapa dan guru memahami peranan masing-masing dalam mendidik generasi muda,” katanya.
Menurutnya, ibu bapa juga perlu menyelidik tingkah laku anak-anak dan tidak hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja.
“Kita yakin, PIBG pihak sekolah dan ibu bapa akan berbincang mengenai perkara ini. Kita tidak mahu kes ini menyebabkan semua guru hilang semangat untuk mengajar kerana yang rugi adalah kita.
“Tanggungjawab mendidik amat besar, guru-guru pun dinasihatkan agar mendidik dengan cara terbaik dan tidak menghukum murid atas kesalahan yang tidak setimpal,” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
Rempuh 5 Kenderaan Akibat Memandu Dalam Keadaan Mabuk..
Bintulu : Seorang remaja telah disyaki memandu sebuah toyota hilux dalam keadaan mabuk menyebabkan toyotanya melanggar 5 buah kenderaan di kawasan parkir.
Sumber juga mengatakan pemandu kereta hilux berkenaan tidak mempunyai lesen memandu dan bersedia untuk membayar semua ganti rugi kereta yang raosak dalam kejadian terbabit.
Berikut adalah gambar kejadian :
sumber : Lowyat.net

Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi
Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal
Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita
Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya
Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi
China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.
Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.
Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.
Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.
Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).
Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.
Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak
sumber : www.dailymail.co.uk

No comments:
Post a Comment