TOP
Berhati-hati Ketika Membeli Barangan Menerusi Talian
Seperti yang kita tahu, produk di pasaran biasanya mempunyai haraga-harga yang berbeza bergantung kepada tempat dan peniaga lebih-lebih lagi produk teknologi seperti gadget.
Bagaimanapun dalam mencari barangan dengan harga yang rendah kita sebenarnya terdedah kepada risiko ditipu mungkin dari segi keaslian juga kondisi barangan tersebut. Lebih teruk lagi jika membeli melalui talian yang mana anda mungkin tidak menerima barang yang dibayar.
Berikut adalah satu kisah yang dikongsikan kepada Siakapkeli mengenai pengalaman yang dialalui dalam pemebelian menerusi talian.
Ini semalam punya cerita. Waktu kelas petang kawan aku adi (bukan nama sebenar) bgtau aku die nk beli iphone 5s melalui mudah.com. Die bgtau aku harga ip5s tu 1.4k. Aku pelik kenapa murah sgt. (Dialog adi dgn kak fiza (01141082210) (pengiklan di mudah.com) )
Adi: berapa akak boleh bagi kurang?
K.fiza: akak bg 1.5k. Okey.mcm ni. Adik ada berapa dalam poket.
Adi: 1.4k.
K.fiza: ok. Akk bg 1.4k. Tapi kene bayar melalui transfer.
Aku sambung.
Aku: boleh, tapi saya nak tengok barang tu dulu baru saya transfer.
K.fiza: ok, nanti kawan akak akan bagi phone tu kat adik. Tapi adik kene transfer dulu la senang. Nanti kawan akak jumpe adik, die terus bagi je.
Aku: bole transfer. Tapi saya nak tengok dulu barang. Then saya akan pg maybank transfer duit.
K.fiza: ok.
Aku dah mula rasa lain macam. Selalu peniaga online underground yang jual barang mahal2 ni, die akan bagi tengok barang dulu sebelum buyer buat payment. Tapi aku tak tau la kalau ada sebaliknya.
So adi ni pon ajak aku pegi wangsa melawati sbb nk jumpe k.fiza ni pukol 6.30ptg. X lama lepas tu,dia kata kawan dia yg akan dtg. Time tu kitorang dah otw. Kitorang call die bnyk kali time tu. Dia mcm susah nk anggkat. Dia just msg je adi.
Dia hantar msg semula yg kawan dia x jd dtg ptg tu. Dia kata nk jumpa malam kat ampang point depan maybank. Tapi si adi ni nak balik kampung dia petang tu jugak. So dia minta tolong aku pergi ambil phone tu dan bayar.
Aku pon pergi la ampang point. Sebelum aku nak pergi tu, aku msg dia.
Aku: so mcm mana ni kak? Jadi ke malam ni nak bagi barang?
K.fiza: jadi. Harga tetap akak bagi 1.4k untuk serius buyer.
Aku: ok je.
K.fiza: tapi adik jangan bgtau kawan akak yang akk jual kat adik 1.4k. Sbb akak pada mulanya nak jual kat dia 1.8k. Takut dia kecik hati pulak nanti. So nanti adik terus je bank in 1.4k kat akak.
Nanti adik amek terus je ip5s tu.
Aku: ok2. Takde masalah. Tapi apa2 pon saya nak tgk barang tu dulu.
K.fiza: ok. Nanti akk bgtau kawan akk.
Aku pon sampai dekat maybank. Tnggu kawan dia. Then kawan dia sampai. Aku pon cek la phone tu elok ke x.no serial apa sume. Ok. Condition tip top macam baru beli.
Aisyah: ni kawan kak fiza ke?
Aku: eh.bukan2. Sy ni tolong member amek phone ni. Duet dah ada dah kat saya.
Aisyah: oo..ok la kalau macam tu. Ni awak cek la phone ni.
Aku pon cek condition sume.
Aku: phone sume ok. So, awak tnggu sini kejap, sy nak pergi bank in dekat kat fiza.
Aisyah: ok. Tapi saya x bole bg dekat awak phone ni selagi saya x dapat duet.
Aku: eh. Bukan sy just bank in dekat kak fiza tu ke? Awak ni kawan kak fiza kan?
Aisyah: bukan,saya yang buat iklan kat mudah.com nak jual ip5s ni. Die kata nanti awak bank in dekat die,pastu baru die bank in terus dekat saya. Die akan topup. Tapi saya takkan bagi phone ni selagi die x bankin kat saya duet.
Aku: topup? Awak nak jual berapa sebenarnya ni?
Aisyah: sy buat iklan dalam mudah.com rm2250.
Dia pon tunjuk bukti by email die yang die buat iklan tu dgn harga rm2250.
Aku: phone ni sapa punya sebenarnya?
Aisyah: saya.
Aku: jadi baik saya bayar kat awak terus. Buat apa saya nak bayar dekat die.
Aisyah: itu la pasal. Saya pon dah pening sbrnya.
Aku dah mula rasa lain mcm. Tak lama kejap tu, kak fiza ni bg no akaun dia. (158097810132- mohd al-wafiy bin jepri nahar)
K.fiza: nanti dah bank in call akak ye.
Aku call dia.
Aku: assalam kak. Ni apa cita ni. Skang akak cite elok2 mcm mana perjalanan dia.
K.fiza: hello, amar. Hello. Tak jelas la. Nanti akak call aisyah tu. Akak cakap dengan die.
Tup die letak phone. Kitorang tnggu la die call balik.. Then kitorang call die, die x angkat. Mati teros phone dia. Aku bincang dgn si aisyah ni, kalau mcm ni halnya, x jadi beli lah. Aku dgn die pon balik.
Nasib baik x bank in lagi. 1.4k kot. Bnyk tu. Korang lepas ni pandai2 la kalau nk beli barang online. Jangan bernafsu sangat nak beli barang murah, sampai kene tipu.
─ SiakapKeli.com

Kedai Perabot Di Jalan Genting Kalng Musnah Terbakar
KUALA LUMPUR – Sebuah kedai perabot di Jalan Genting Klang di sini musnah dalam kebakaran kira-kira 11 pagi ini.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata kebakaran itu dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah secara terbuka di belakang bangunan tersebut, sebelum api merebak.
“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 11.21 pagi dan empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Setapak, Titiwangsa dan Hang Tuah tiba di lokasi pada kira-kira 11.50 pagi.
“Api berjaya dipadamkan pada 12.03 tengah hari tadi. Seratus peratus kedai itu hangus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ketika kejadian, kedai itu ditutup berikutan hari minggu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerugian dianggarkan melebihi RM200,000. – BERNAMA
TOP
Undi Awal: 96.3 Peratus Keluar Mengundi, 4 Tidak Hadir
TUMPAT: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor berakhir dengan 96.3 peratus atau 105 daripada 109 anggota polis keluar membuang undi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli berkata, proses pengundian yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, pada Ahad berjalan dengan lancar dan terkawal tanpa sebarang gangguan.
"Proses pengundian yang bermula pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 3 petang berjalan lancar dan dari segi peratusan, ia melibatkan 96.3 peratus pengundi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.
Menurut Mohd Sobri, kesemua peti undi akan dibawa ke Balai Polis Chabang Empat dan tidak disimpan di lokap IPD Tumpat kerana kertas undi yang belum digunakan berada di situ.
"Kita bimbang ia bercampur," katanya.
Ditanya tentang ketidakhadiran empat anggota polis untuk menunaikan kewajiban mereka, beliau berkata, difahamkan dua daripada mereka sedang bertugas di luar kawasan iaitu di Bukit Aman dan Miri.
Beliau bagaimanapun tidak mengetahui punca dua anggota lagi tidak hadir membuang undi.- mstar
TOP
Luahan Pemuda Terhadap Generasi Muda Zaman Ini
Memang benar, zaman dulu dan zaman kini tersangat-sangat berbeza. Jika dulu, nak makan pun susah, zaman sekarang, McD, Pizza, Starbuck ada kat mana-mana. Realitinya, generasi 'susah makan' inilah yang sebenarnya sedang mengemudi negara sekarang. Tapi bagaimana pula dengan generasi muda sekarang pula?
Seorang pemuda, Aiman Nazirmuddin, meluahkan pandangan beliau terhadap generasi zaman ini yang dilihat sibuk dengan benda-benda yang kurang penting.
Di dalam statusnya di Facebook, Aiman ada menyatakan kegusarannya terhadap masa depan pemuda-pemudi zaman ini yang dilihat berlumba-lumba mencari siapa yang paling cantik. Dan yang lebih teruk lagi, perkara ini berlaku di banyak Universiti, tempat dimana pemimpin di lahirkan.
Ada benarnya apa yang dikatakan pemuda ini. Jika bakal-bakal pemimpin ini sibuk dengan hal-hal yang remeh-temeh, tidak mustahil dalam 20-30 tahun akan datang, negara akan ketandusan pemimpin muda.
Mungkin pengaruh dari media, terutamanya media dari barat antara punca perkara sebegini berlaku. Lihat saja pengaruh perkataan 'selfie' yang diperkenalkan beberapa tahun lepas oleh mereka ini... Berlambak-lambak gambar 'selfie' seksi dan lucah tersebaran di Internet, seolah-olah menghalalkan perkara tersebut.
Mungkin juga kerana terlalu 'selesa' di negera sendiri, mereka mudah terbuai dengan perkara-perkara sedemikian rupa.
Diharap agar penulisan Aiman Nazirmuddin sekurang-kurangnya menjadi 'eye-opener' kepada anak-anak muda yang bakal memimpin negara di masa hadapan.
- SiakapKeli.com

Salur RM1.46 bilion Kepada Kerajaan Kelantan, PAS Bidas Kenyataan Tok Pa
PENGKALAN KUBOR: PAS, pada Ahad membidas kenyataan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Datuk Mustapa Mohamed berhubung bantuan RM1.46 bilion yang telah disalurkan kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dari tahun 2010-2014 untuk perbelanjaan mengurus.
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Mustapa sepetutunya perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai bantuan tersebut dan ke mana ia disalurkan.
"Oleh itu, kami menuntut penjelasan lanjut daripada Datuk Seri Mustapa Mohamed atau pimpinan peringkat Persekutuan yang lain.
"Kalau boleh perincikan berapa sebenarnya yang diberikan kepada kerajaan negeri dan selebihnya kepada siapa. Biarlah adil (kenyataan), janganlah kenyataan tergantung," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di sini, Ahad.
Penjelasan itu dituntut setelah PAS mendakwa sebahagian besar daripada RM1.46 bilion yang dinyatakan Mustapa digunakan sebagai perbelanjaan Jabatan Pembangunan Persekutan (JPP) Kelantan.
"Kalau pun betul jumlah RM1.46 bilion telah disalurkan ke Kelantan, sebahagian besarnya adalah untuk perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan Pusat yang mana ia disalurkan kepada JPP Kelantan," katanya.
Katanya, status pembentukan JPP Kelantan itu juga menimbulkan persoalan kepada kerajaan negeri yang menganggap pembentukannya sebagai melnggar Perlembagaan.
Beliau mendakwa, jabatan tersebut tidak patut wujud dalam sebuah negeri kerana ia menggambarkan seolah-olah 'ada kerajaan dalam kerajaan'.
"Apabila rakyat memilih sebuah kerajaan negeri maka apa-apa penyaluran bantuan daripada kerajaan Persekutuan harus disalurkan kepada kerajaan negeri selain kepada JPP," katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam sidang media yang sama membidas Mustapa kerana mengeluarkan kenyataan dengan memberikan jumlah bantuan kerajaan Persekutuan yang besar kepada Kelantan.
Katanya, jumlah tersebut kelihatan besar tapi pada hakikatnya tidak bagi negeri itu.
Beliau mendakwa, tanggungjawab membina sebuah lebuh raya sepatutnya perlu dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan tetapi rakyat Kelantan telah diabaikan hak untuk menikmati kemudahan infrastruktur tersebut.
Katanya, Umno dan Mustapa telah gagal membawa perubahan dan pembaharuan dari segi pembangunan di Kelantan berbanding Umno yang lama.
"Sekurang-kurangnya pemimpin sebelum beliau seperti Tengku Razaleigh boleh juga buat lebuh raya antara Gua Musang - Kuala Krai berbanding Umno yang lama dalam sejarah Kelantan," katanya.- mstar
TOP
"Saya Belum Ada Pasukan Yang Mantap" - Dollah Salleh
Dollah Salleh.
KUALA LUMPUR: Sekalipun berjaya menewaskan Kemboja 4-1 pada perlawanan persahabatan pada Sabtu, Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh masih tercari-cari 22 pemain terbaik untuk disenaraikan untuk Kejohanan Piala AFF Suzuki pada November ini. Beliau berkata, kejayaan menewaskan Kemboja semalam masih belum membuktikan keupayaan pemain terlibat untuk menghadapi kejohanan itu nanti. "Kita bernasib baik (perlawanan semalam), kalau pasukan negara lawan Indonesia ataupun Thailand saya rasa 'masak' (teruk) juga pasukan kita. Saya belum ada pasukan yang mantap. "Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, saya fokus pada individu dalam pasukan sahaja. Dalam 35 pemain yang saya ada, saya sudah senaraikan 27 pemain tetapi saya masih was-was untuk tolak siapa sebab saya tidak mahu lakukan kesilapan," katanya kepada pemberita di sini. Katanya, beliau masih tercari-cari pemain yang mampu menggalas cabaran sebagai penyudah atapun 'pencipta gol' dalam pasukan. "Saya mahu prestasi, kalau penyerang, pemain itu mampu mengancam pertahanan lawan, itu yang saya nak tengok. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha, kedua-duanya ini bagus tetapi saya belum dapat mengenal pasti penyerang yang mempunyai kemahilan penyudah yang konsisten," katanya. Skuad Harimau Malaya akan menentang Terengganu pada perlawanan amal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, Rabu ini. Mereka akan melengkapkan aksi persahabatan antarabangsa berdepan Jordan pada 11 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum ini, Malaysia kalah 1-4 kepada Tajikistan di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos lepas sebelum kalah 0-2 kepada Indonesia di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia, Ahad lepas.- mstar

Khairy Yakin Sasaran Lapan Pingat Emas Sukan Asia Tercapai
Khairy Jamaluddin. Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kemenangan luar jangka emas pertama negara menerusi acara wushu pada hari pertama pembukaan Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan, semalam mencetuskan momentum untuk mencipta kejayaan memperoleh pingat emas seperti disasarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kejayaan atlet wusuh negara, Tai Cheau Xuan membuktikan kemampuannya yang setanding atlet handalan dunia dengan menewaskan jaguh dunia dari China, Wei Hong sekali gus memberi rangsangan kepada kontinjen negara untuk mencapai sasaran lapan pingat emas pada kejohanan sukan itu. "Kemenangan kita semalam adalah di luar jangkaan. Kita memang ada sasaran dalam sukan wushu tetapi semalam atlet kita berjaya mengalahkan juara dunia. Saya yakin kebolehan kontinjen Malaysia dan kemampuan atlet negara...selepas membuat persiapan selama empat tahun dan kejayaan pasti akan jadi milik kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program FitMalaysia-Sabah di Teluk Likas dekat sini, Ahad. Beliau mengulas kejayaan Tai, 24, yang merangkul emas acara gabungan Nanquan/Nandao wanita. Pelancaran pelepasan Fit Malaysia Run itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Khairy turut menaruh keyakinan terhadap kebolehan skuad Harimau Muda A (Bawah 23) kendalian Datuk Ong Kim Swee berhadapan Arab Saudi pada Ahad selepas meraih kemenangan 4-0 ke atas Laos dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014 di Stadium Ansan Wa, Korea Selatan, Rabu lepas. "Pasukan bola sepak skuad Harimau Muda telah mempamerkan sentuhan kemenangan selepas menentang Loas yang pasti memberi mood pasukan yang positif. "Saya menaruh keyakinan tinggi kepada pilihan pemain yang dikendali jurulatih (Ong) yang pasti membuat keputusan bijak. Kita memerlukan jurulatih yang profesional yang dapat membuat penilaian dan pemantauan, kalau kalah kita terima dan membuat post mortem," katanya. Mengulas mengenai program FitMalaysia-Sabah, Khairy teruja dengan sambutan 10,000 peserta terutamanya golongan belia di negeri ini dalam pelbagai acara termasuk aktiviti larian, kayuhan dan senaman kecergasan. Beliau berkata program itu akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk ke beberapa daerah lain di Sabah pada masa akan datang. Program FitMalaysia dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 7 September lepas sebelum siri jelajah bermula di Melaka pada 14 September.- mstar

VIDEO: Lihat Bagaimana Rakyat Thailand Hormat Lagu Kebangsaan
DI saat segelintir rakyat Malaysia mempertikaikan apa
perlunya berdiri sewaktu lagu kebangsaan, 'Negaraku' dimainkan di
pawagam, mungkin kita perlu mengambil contoh dari negara jiran kita iaitu Thailand.
TOP
VIDEO: Tauge Beri Inspirasi Bantu Pembelajaran Anak-Anak
BERMODALKAN sayur tauge, iklan ini mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.
Filem pendek yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi Thailand, AIS sebagai kempen tanggungjawab sosial kepada rakyat Thailand.
TOP
Ukraine setuju wujud zon penampan
Dari kiri: Duta Russia ke Ukraine, Mikhail Zurabov; Kuchma dan wakil OSCE, Heidi Tagliavini ditemui media selepas rundingan damai Ukraine di Minsk, Belarus, awal pagi semalam. - Foto: AFP
BELARUS - Ukraine setuju wujudkan zon penampan bagi memisahkan askar kerajaan dan pemberontak pro-Russia dalam usaha memastikan kestabilan di timur negara berkenaan. Menurut AP, persetujuan itu dicapai di kalangan wakil Ukraine, Russia, pemberontak disokong Moscow dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE). Wakil Kiev iaitu bekas Presiden Ukraine, Leonid Kuchma berkata, perjanjian itu akan mula dilaksanakan dalam tempoh sehari dan sekali gus memastikan usaha mengukuhkan perjanjian gencatan senjata yang dibuat pada 5 September lalu wajib dipatuhi. "Mengikut syarat perjanjian itu, setiap pihak bertelagah mesti menarik balik semua kelengkapan senjata pada jarak sekurang-kurangnya 15 kilometer bagi mewujudkan zon penampan bersaiz 30 km termasuk askar asing," katanya. - sinar

Ratu Elizabeth desak Britain bersatu
LONDON – Ratu Elizabeth mendesak warga Britain menghormati keputusan referendum Scotland.
Desakan itu disampaikan sejurus keputusan diumumkan semalam di mana ia berpihak kepada penolakan kemerdekaan buat Scotland selepas 55 peratus mengundi 'tidak' untuk keluar daripada Kesatuan Britain.
“Saya tahu keinginan rakyat Scotland. Saya tidak melihat mereka berbeza dengan warga Britain. Mereka berhak mengeluarkan pendapat dalam semangat saling menghormati,” katanya kepada Reuters.
Sementara itu, di Glasgow, Perdana Menteri Alex Salmond mengambil keputusan melepaskan jawatan selepas tewas dalam referendum yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Salmond yang mewakili Parti Kebangsaan Scotland (SNP) berkata, walau pun tewas beliau tetap akan memastikan impian rakyat Scotland untuk mencapai kemerdekaan tercapai.
“Kempen ini harus diteruskan bagi merealisasikan hasrat warga Scotland. Ia tidak akan mati begitu sahaja," katanya.
TOP
18 pejuang Negara Islam maut di Syria
Ribuan penduduk di Ain al-Arab melarikan diri ke sempadan Turki. Foto: AFP
BEIRUT - Sekurang-kurangnya 18 pejuang kumpulan Negara Islam (IS) terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Kurdish di utara Syria, semalam. Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, seramai 18 pejuang termasuk seorang daripada mereka adalah warga China terbunuh dalam pertempuran berhampiran bandar Ain al-Arab. Difahamkan, IS dapat merampas 60 kampung puak Kurdish berhampiran sempadan Turki dalam tempoh dua hari sejak serangan berganda dilancarkan di Ain al-Arab. "Pertempuran di kawasan itu menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri ke Turki, selepas sempadan negara itu dibuka sejak Jumaat lalu lapor Al Arabiya. Sementara itu, stesen televisyen Islam menganjurkan kempen global untuk menentang kemaraan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL). Kempen bertajuk ISIL, the ignorance of the Kharijites, and penetrating the intelligence disiarkan di lebih 25 saluran tv satelit bermula petang kelmarin termasuk seluruh Arab Saudi selama seminggu. Saluran Saudi, Iqraa dan stesen Mesir Al-Rahma juga mengambil bahagian dalam usaha terbabit untuk menerbitkan beberapa dokumentari berkaitan asal usul dan sokongan gerakan ini. - AFP

Penyelam Mesir pecah rekod dunia
Gabr merupakan seorang bekas anggota tentera Mesir.
KAHERAH - MESIR. Rekod Dunia Guinness semalam mengumumkan penyelam Mesir sebagai penyelam air laut paling dalam di dunia selepas berjaya menyelam pada kedalaman 332.35 meter. Ahmed Gabr mula menyelam sekitar pukul 10.30 pagi (waktu tempatan) semalam, dan menamatkan selaman pada pukul 12.20 pagi hari ini selepas hampir 14 jam berada di dalam air lapor Ahram Online. Pengiktirafan disampaikan wakil Guinness di Timur Tengah Talal Omar, di atas kapal MV Aeolos. Sebelum ini, rekod dipegang Nuno Gomes dari Afrika Selatan yang menyelam pada kedalaman 318.25 meter pada tahun 2005.- Sinar

Arab Saudi salur bantuan ke Gaza
Serangan Israel memusnahkan kediaman dan pelbagai kemudahan infrastruktur lain seperti jalan raya. Foto: AFP
RIYADH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi berjanji akan menyalurkan bantuan berjumlah AS$500 juta (RM1.7 bilion) bagi membantu membina semula Gaza, menurut Perdana Menteri Rami Al-Hamdallah, kelmarin. "Saudi akan menderma RM1.7 bilion, dan bantuan lain akan diberi dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pembinaan semula," katanya dalam satu sidang video dari Tebing Barat. Bantuan dari kerajaan berkenaan dibuat menjelang satu persidangan di Kaherah 12 Oktober ini dan pemimpin Palestin berharap penderma lain termasuk Turki, Qatar, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat turut memberi bantuan serta sokongan lapor Arab News. Dalam perkembangan lain, Timbalan Pemimpin Hamas Moussa Abu Marzouk memberitahu, sebuah rundingan tidak langsung antara pihak Palestin dan Israel di Kaherah akan bermula sebelum akhir bulan ini untuk membincangkan persiapan Gaza selepas perang. - AFP

Hubungan Malaysia-Filipina semakin baik
NEW YORK - Duta Besar Malaysia di Filipina, yang kini dalam rangka lawatan ke New York, memuji "kualiti" hubungan antara Malaysia dan Filipina dengan menyatakan hubungan dua hala itu semakin baik.
Datuk Mohd Zamri yang berada di New York untuk bersama-sama delegasi Malaysia menghadiri Perhimpunan Agung ke-69 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), berkata hubungan Malaysia dan Filipina juga berkembang maju sejak bebrapa tahun lepas.
Dalam satu temu bual dengan Bernama di pejabat Perwakilan Tetap Malaysia di PBB di sini, Mohd Zamri yang menjadi duta Malaysia di Filipina sejak 18 bulan lepas, berkata hubungan semasa kedua-dua negara juga boleh dicirikan sebagai berada dalam "momentum baik".
Beliau memuji Presiden Filipina Benigno Aquino di atas semangat negarawan dan wawasan positifnya mempengaruhi hubungan dua hala dengan Malaysia.
Satu daripada tahap tertinggi dalam hubungan itu dapat dilihat dalam bidang ekonomi dan perdagangan terutamanya aliran pelaburan.
Kumpulan San Miguel dari Filipina telah menyatakan komitmen untuk melabur sebanyak AS$1.2 bilion di Malaysia, kata Mohd Zamri.
"San Miguel menjalinkan usaha sama dengan syarikat Malaysia bagi projek Petron yang mempunyai rangkaian 600 stesen minyak dan lain-lain unit berkaitan minyak di Malaysia.
"San Miguel telah membuat pelaburan tunggal dan terbesar di Malaysia,"kata duta itu. Beberapa syarikat-syarikat Malaysia juga turut melabur dalam sektor hotel
Filipina.
Syarikat Malaysia, Alloy MTD, sebuah syarikat pembinaan dengan kepakaran membangunkan projek infrastruktur, sedang membangunkan sebuah bandaraya baharu di Laguna, Filipina.
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Filipina kini adalah AS$4.2 bilion, dengan lebihan dagangan memihak kepada Malaysia.
Bagaimanapun, "aspek yang paling menarik" dalam hubungan dua hala itu ialah hubungan rakyat dengan rakyat yang dimanifestasikan melalui peningkatan ketara ketibaan pelancong Filipina ke Malaysia.
"Kami menerima 535,000 pelancong Filipina pada 2013," katanya. Beliau membayangkan hubungan kedua-dua negara semakin kukuh dengan adanya Komuniti Ekonomi Asean pada 2015. - Bernama
TOP
Sayap Al-Qaeda gagal rampas kapal Pakistan
Tentera Pakistan melancarkan operasi menyelamat di perairan Laut Arab. Foto: Reuters
ISLAMABAD - PAKISTAN. Sayap Al Qaeda Asia Selatan mengaku bertanggungjawab melakukan rampasan sebuah kapal tentera laut milik Pakistan, kelmarin. Jurucakap Perkhidmatan Pemantauan SITE, Usama Mahmoud berkata, kumpulan itu merampas kawalan kapal PNS Zulfiqar dan cuba menggunakannya sebagai pelantar untuk melancarkan roket ke arah kapal tentera Amerika Syarikat (AS) di Laut Arab, namun gagal. "Kumpulan sayap ini mara ke kapal itu. Mereka cuba merampas kapal berkenaan dan beberapa askar Pakistan cedera dalam insiden serangan balas antara mereka," katanya menurut laporan Reuters. Difahamkan, limbungan tentera laut di pantai Laut Arab Pakistan adalah lokasi strategik skala kawalan keselamatan antara tentera AS dan Pakistan terutama dalam usaha perangi kegiatan anti-keganasan dan pemerdagangan manusia.

Penduduk di Gaza hidup melarat
Penduduk Palestin terpaksa meneruskan kehidupan walaupun tinggal di bawah runtuhan bangunan. FOto: AFP
GAZA - PALESTIN. Ketua Anti Pengepungan Palestin, Jamal Al-Khodari menggambarkan kehidupan penduduk di Genting Gaza sebagai bencana selepas diserang Israel selama 50 hari. Al-Khodari berkata, lebih 90 peratus penduduk hidup melarat kerana peningkatan kadar pengangguran. "Penduduk di kem perlindungan hidup sangat teruk. Mereka hilang keperluan asas kehidupan selepas kesemua kemudahan seperti elektrik dan air musnah," katanya. Beliau turut menyifatkan, perang terbaharu itu juga menyebabkan krisis kemanusiaan meningkat di mana pendapatan individu kini di bawah AS$2 (RM6) sehari. "Kira-kira 95 peratus air di Gaza tidak boleh diminum dan air laut tercemar kerana 40 juta liter air kumbahan tidak dirawat mengalir di dalamnya setiap hari. Ia membinasakan kesihatan awam dan industri perikanan," katanya kepada Middle East Monitor. Menurutnya lagi, secara umum semua aspek kehidupan terjejas termasuk sektor pertanian memandangkan tanah dicemari bahan beracun daripada roket rejim Zionis.

Ahli Parlimen anti-Israel terima ancaman bunuh
Galloway
LONDON - BRITAIN. Ahli Parlimen Britain, George Galloway yang dikenali sebagai anti-Israel menerima ancaman bunuh, kelmarin. Polis Scotland Yard yang mengesahkan kejadian itu berkata, ancaman itu dibuat menerusi surat yang dikirimkan kepada Istana Westminster. Menurutnya, antara kandungan surat berkenaan berbunyi, "Beliau akan mati akibat virus maut". "Surat itu dihantar dari Austria selepas disahkan oleh cap pos. Kini, kami membentuk unit siasatan anti-keganasan untuk menyiasat surat berkenaan kerana ia mempunyai niat jahat dan mengancam nyawa," katanya. Namun, sehingga kini, belum ada laporan penangkapan diterima. Sementara itu, media Britain mengaitkan ancaman bunuh itu mempunyai kaitan dengan kritikan Galloway terhadap serangan maut Israel terhadap seorang rakyat Palestin di Genting Gaza, baru-baru ini. - Press TV

Gencatan senjata Gaza dicabuli
GAZA - PALESTIN. Israel mendakwa sebutir mortar dari Gaza mendarat di selatan Israel buat kali pertama sejak gencatan senjata di kuatkuasakan bulan lalu.
Ledakan bom itu dilaporkan tidak menyebabkan sebarang kerosakan. Wakil Hamas yang mengawal Genting Gaza bagaimanapun menafikan berlaku serangan mortar terbabit "Kami komited dengan gencatan senjata. Laporan itu adalah palsu dan sengaja dibuat untuk memprovokasi kedua-dua pihak," katanya. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan perjanjian antara Israel dan Palestin bagi membenarkan kemasukan bahan binaan ke Gaza. Utusan PBB ke Timur Tengah Robert Serry berkata, perjanjian itu dibuat bagi memastikan bahan binaan itu tidak diambil oleh mana-mana pihak. "Perjanjian mengenai pemantauan bekalan bahan mentah ini mesti dikuatkuasakan dengan segera,” katanya. Dalam perkembangan berasingan, seorang peguam Palestin mengesahkan, terdapat bukti jelas berlakunya penderaan terhadap tahanan di penjara Israel. "Kami mendapat akses untuk menemu bual empat tahanan di penjara Ashkelon. Mereka mengaku, dipukul dan didera secara fizikal dan mental. Pengakuan itu diperkuatkan dengan pemeriksaan fizikal terhadap mereka," katanya, laporan dipetik dari Agensi.

Ronaldo semakin hampir ke Old Trafford
RONALDO kini dikatakan tidak gembira berada di Bernabeu apabila pihak pengurusan Real bertindak melepaskan dua tonggak utama, Angel di Maria ke United dan Xabi Alonso ke Bayern Munich.
LONDON – Manchester United dilihat semakin berminat untuk membawa pulang semula penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo ke Old Trafford pada jendela perpindahan pemain, Januari ini. Perkara tersebut diakui oleh pengurusnya, Louis van Gaal apabila ada desakan supaya bekas pemain itu kembali beraksi di kancah Liga Perdana England. Sebelum ini, United telah berbelanja hampir £151.3 juta (RM802 juta) untuk memperkuatkan pasukan dalam mengharungi liga musim ini. Malah, The Red Devils sanggup untuk mengeluarkan dana yang besar dalam usaha menandatangani kembali Ronaldo daripada kelab gergasi Sepanyol itu pada hujung tahun ini. Ketika ditanya mengenai peluang Ronaldo akan kembali menyertai United, van Gaal berkata: “Ia tidak mustahil, sebagaimana saya ucapkan kepada (isu menandatangani) Radamel Falcao sebelum ini, pemain seperti Ronaldo akan memberikan kelebihan kepada pasukan ini.” Ronaldo telah meninggalkan United dengan menyertai Real menerusi yuran perpindahan sebanyak £80 juta (RM424 juta) pada 2009 tetapi bintang Portugal itu dikatakan sudah tidak berminat untuk meneruskan khidmat bersama juara 10 kali Eropah itu. Meskipun pemain itu bakal berusia 30 tahun pada Februari depan dan memperolehi pendapatan mingguan sebanyak £350,000 (RM1.8 juta), ia tetap tidak menghalang United untuk membawa kembali Ronaldo beraksi di Manchester. Van Gaal juga mengesahkan United juga sudah bersiap sedia untuk membida pemain tengah Roma, Kevin Strootman pada Januari ini. – Agensi

Perancis lancar serangan udara ke Iraq
Anggota polis Iraq berkawal selepas pasukan keselamatan kerajaan mengambil semula bandar Dhuluiya dari IS. Foto: AFP
BAGHDAD - IRAQ. Perancis semalam melancarkan serangan udara pertama terhadap pergerakan Negara Islam (IS) di Iraq, sehari selepas Presidennya Francois Hollande mengumumkan negara itu akan menyertai kempen udara yang diketuai Amerika Syarikat (AS). Akhbar DPA Difahamkan, Perancis telah mengerahkan jet pejuang Rafale dan serangan telah mengenai sebuah depot di timur laut Iraq dan memusnahkannya. Pejabat Francois Hollande dalam satu kenyataan berkata, operasi lain akan menyusul dalam beberapa hari. Susuan serangan itu, Perancis menjadi negara asing pertama yang dengan secara terbuka menambahkan kekuatan serangan udara AS terhadap pergerakan terbabit. - AFP

Lagi tentera Israel masuki Gaza
Beberapa kereta perisai masih berada di Genting Gaza.
GAZA - PALESTIN. Tentera Israel sekali lagi dilihat memasuki Gaza dan kali ini di pinggir Khan Younis, pada awal pagi semalam. Kehadiran mereka adalah kali ke-3 sejak perjanjian gencatan senjata kekal antara di kuat kuasakan pada 26 Ogos lalu. Saksi melaporkan, mereka difahamkan tujuan tentera berkenaan memasuki Gaza adalah sebagai sebahagian aktiviti keselamatan. “Empat jentolak Israel dari pangkalan tentera Kissufim dilihat memasuki timur bandar Al-Qarara, utara Khan Yunis. Mereka mengorek tanah pertanian berhampiran bandar terbabit," katanya kepada East Monitor. Radio Tentera Israel sebagai memetik turut melaporkan, kehadiran tentera di Gaza adalah untuk aktiviti keselamatan dengan memeriksa kawasan sempadan di Khan Yunis. Dua minggu lalu, Israel melakukan aktiviti sama di pinggir bandar Rafah, Genting Gaza. - Sinar

IS bebaskan 46 warga Turki
AHMET (tengah) bergambar bersama sebahagian rakyat Turki yang dibebaskan selepas diculik IS semasa mereka tiba di Lapangan Terbang Esenboga di Ankara semalam.
ANKARA - Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, 49 tebusan yang diculik oleh militan Negara Islam (IS) di utara bandar Mosul, Iraq pada 11 Jun lalu telah dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air semalam. Mereka diculik di Konsulat Turki di Mosul apabila sekumpulan militan IS menawan bandar itu pada Jun lalu. Pembebasan mereka agak berbeza dengan nasib dua wartawan Amerika Syarikat dan seorang sukarelawan British yang mati selepas kepala mereka dipenggal oleh militan IS. Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc pula berkata, tawanan itu terdiri daripada 46 warga Turki, manakala tiga yang lain merupakan warga Iraq termasuk seorang Konsul Ozturk Yilmaz, diplomat lain, kanak-kanak dan pasukan khas polis. "Mereka dibebaskan awal pagi semalam dan telah tiba di Turki," kata Ahmet kepada wartawan Turki ketika melawat Baku, Azerbaijan. Beliau bagaimanapun tidak memberitahu lokasi tawanan berkenaan dibebaskan, namun mangsa dibawa pulang menerusi bandar di selatan Turki, Sanliurfa yang menunjukkan mereka dipindahkan dari Iraq ke Syria. Ahmet berkata, pembebasan itu adalah hasil perisikan dengan 'kaedah sendiri' dan bukannya operasi menyelamat yang melibatkan pasukan khas. "Selepas berusaha sejak beberapa minggu, rakyat kita akhirnya pulang ke tanah air," katanya. - AP - Kosmo

Jep (Sepahtu) Kurangkan Aktiviti Seni Untuk Elak Gosip
SHAH ALAM – Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) mengurangkan aktiviti seni dengan menolak tawaran membintangi drama dan filem bagi mengelakkan tuduhan-tuduhan liar terhadapnya.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia tidak mahu tuduhan dan fitnah yang sering timbul ketika melakukan penggambaran memberi tekanan kepada kehidupannya.
“Saya kurangkan aktiviti seni buat masa ini kerana tidak mahu gosip timbul, bila saya ambil sikit sahaja tawaran lakonan, saya dapat kesan kesalahan saya lakukan di produksi yang mana.
“Pada saya biarlah sikit sahaja produk tetapi meninggalkan kesan kepada penonton daripada banyak drama atau program tetapi banyak gosip yang tidak betul.
“Secara jujurnya, saya tidak boleh menerima banyak sangat gosip kerana ia akan menganggu ketenangan hidup saya,” ujarnya ketika ditemui selepas Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, di sini, malam Jumaat.
Jep meraih trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular 2014 buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah tersebut.
Sementara itu, Jep berkata, dia tidak akan memberi sebarang respon terhadap dakwaan yang timbul mengaitkannya selepas ini.
“Saya ambil keputusan tidak akan menjawab mana-mana tuduhan atau fitnah yang timbul mengaitkan saya kerana mereka yang mendakwa itu tidak akan muncul sebaliknya saya yang terpaksa bersihkan semua yang mereka dakwa itu.
“Oleh itu, baik saya senyap sahaja kerana kalau saja jawab pun pekara tidak selesai,” ujarnya.
Selain tidak mahu dihimpit gosip liar, Jep mengakui dia tidak pernah mengejar matlamat tertinggi dalam dunia seni ini.
Katanya, dia sudah bersyukur pada kedudukannya sekarang dan tidak pernah mengharapkan lebih tinggi daripada ini.
“Selain gosip saya juga tidak pernah mengejar populariti atau pencapaian lebih tinggi daripada apa yang saya capai sekarang.
“Saya tahu saya masih kagi berada di bawah jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang sudah ada tahap mereka sendiri, tetapi berbalik kepada matlamat asal saya dalam industri hanya untuk bekerja semata-mata,” ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas kemenangan pada malam tersebut, Jepp berkata, dia tidak pernah mempromosi diri sendiri di mana-mana media untuk meraih undi.
Katanya, dia lebih selesa jika pengundian tersebut dilakukan secara jujur daripada penonton yang benar-benar puas dengan apa hang telah diberikan.
“Sejak masuk Raja Lawak lagi saya tidak pernah suruh orang mengundi saya termasuk ahli keluarga sendiri.
“Biar mereka mengundi secara telus tanpa paksaan dan mereka fikirkan layak. Pada saya kemenangan sebenar adalah kepuasan penonton dan bukan pada anugerah yang kita raih,” ujarnya. - mStar Online
TOP
Tahi judi kena sebat depan masjid
Salah seorang kaki judi disebat di sebuah masjid di wilayah Aceh baru-baru ini.
JAKARTA - Lapan lelaki disebat di hadapan 1,000 orang di pekarangan sebuah masjid selepas melanggar undang-undang Syariah kerana terbabit dalam perjudian, lapor akhbar MailOnline semalam. Seorang pendakwa raya di wilayah Acheh di utara barat Sumatera membacakan hukuman tersebut ke atas kelapan-lapan lelaki itu sebelum seorang lelaki bertopeng tampil untuk menyebat mereka. Lelaki itu menggunakan sebatang rotan untuk menyebat lima kali di bahagian belakang setiap pesalah tersebut. Kawasan pekarangan masjid itu dipenuhi orang ramai yang mahu melihat hukuman yang dijalankan selepas solat subuh kelmarin. "Salah seorang daripada mereka tidak akan disebat kerana keadaan kesihatannya, namun selepas dia sembuh, dia akan tetap berhadapan dengan hukuman itu," kata seorang pendakwa raya yang dikenali sebagai Nurhalma. Menurutnya, setiap pesalah itu sepatutnya disebat lapan kali, namun hukuman itu telah dikurangkan. Sementara itu, Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Saaduddin Djamal berkata, hukuman sebat di hadapan khalayak ramai itu merupakan kali yang ketujuh dilaksanakan. Undang-undang Syariah itu telah dikuat kuasa di Banda Aceh sejak 12 tahun yang lalu. - Agensi

Buat 68 panggilan dalam dua bulan
GAMBAR kenangan Sharifah Erna (kanan) dan Zakia bersama anak mereka, Muhammad Hisyam di pantai Semporna, Sabah.
KOTA KINABALU – Selepas lebih dua bulan menjadi tawanan kumpulan penculik, Konstabel Zakia Aleip yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu telah menghubungi keluarganya sebanyak 68 kali. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kali terakhir anggota polis marin berusia 26 tahun itu menghubungi keluarganya adalah pada petang kelmarin dan memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat. Katanya, menerusi panggilan yang dibuat itu, Zakia sempat bercakap dengan isteri, Sharifah Erna Berson, 23, dan bapanya, Aliep Sadu, 53, selain isteri mangsa juga ada bercakap dengan suspek dari kumpulan penculik. - Kosmo

Nelayan, Petani Tetap Dapat Perhatian Utama Kerajaan - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin.
TUMPAT: Kerajaan senantiasa memberi perhatian terhadap kebajikan nelayan dan petani agar golongan itu dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad. Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha berterusan untuk membantu golongan berkenaan adalah kerana kerajaan sedar dan mengiktiraf peranan nelayan dan petani yang merupakan antara golongan rakyat yang menjana ekonomi negara. "Kerana mereka inilah yang menghasilkan sumber makanan kepada negara. Sebab itu kerajaan Persekutuan sentiasa membincangkan bagaimana untuk terus membantu mereka. "Kaum nelayan umpamanya senantiasa kita beri keutamaan seperti subsidi minyak dan pelbagai elaun lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Nelayan sempena Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan di Maktab Rendah Sains Mara di sini, Ahad. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail. Lebih 500 nelayan di sekitar daerah ini hadir pada majlis itu. Muhyiddin berkata, sebagai contohnya dalam tempoh setahun sejak tahun lepas, nelayan kawasan Pengkalan Kubor mendapat subsidi sebanyak RM44.7 juta menerusi subsidi 419,000 liter diesel. "Elaun Sara Hidup Nelayan kepada lebih 400 nelayan di sini kita telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM1.533 juta sejak tempoh itu," katanya. Katanya, selain itu melalui projek Azam Tani pula kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.25 juta kepada 125 nelayan di sini untuk mempelbagaikan hasil laut seperti membuat keropok dan budu. "Sebanyak 265 buah rumah nelayan juga telah dibaiki dengan kos sebanyak RM2.5 juta," katanya. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, sewajarnya golongan petani berterima kasih dengan segala bantuan itu dan menolak dakwaan sesetengah pihaknya kononnya bantuan kerajaan itu tidak halal di sisi agama. Muhyiddin berkata, apa yang dilakukan kerajaan persekutuan itu adalah halal di sisi agama kerana ia merupakan salah satu tuntutan dalam Islam untuk membantu golongan berkenaan. "Apa yang BN buat ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup nelayan dan saya ingin bertanya tuan puan, apa pula yang PAS buat untuk nelayan di sini," katanya. Beliau berkata, PAS hanya pandai membuat janji sedangkan pada hakikatnya parti itu tidak melakukan apa-apa untuk mereka sedangkan kerajaan Persekutuan melalui BN telah memberikan bantuan tanpa mengira fahaman politik kerana semata-mata mahu melihat nasib golongan itu terbela. Katanya, kerajaan BN akan memastikan segala kehendak dan keperluan nelayan di Pengkalan Kubor akan dipenuhi sekiranya BN masih kekal menguasai DUN berkenaan pada PRK 25 September ini. "Kita akan membina jeti-jeti baru jika BN terus berkuasa. Itu janji saya dan BN, kalau 10 perkara kita berjanji kita akan pastikan janji itu sudah semestinya ditepati," kata Timbalan Perdana Menteri. Muhyiddin juga meminta para nelayan tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan PAS terutama isu royalti petroleum yang dicanangkan parti itu pada PRK ini. Katanya, BN akan memberi penjelasan terperinci isu royalti minyak itu agar nelayan dan seluruh pengundi memahami isu itu dengan tepat dan benar. Pada PRK itu calon BN, Mat Razi akan ditentang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.- mstar

Kerajaan Diharap Tambah Peruntukan Pembangunan Luar Bandar Sabah - Azizah
Azizah Mohd Dun.
BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berharap kerajaan akan menambah peruntukan bagi meningkatkan pembangunan kawasan luar bandar khususnya di Sabah termasuk di Beaufort, dalam Belanjawan 2015. Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata peruntukan itu dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk luar bandar terutama dari segi keperluan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan Projek Perumahan Rakyat (PPR). "Dalam belanjawan ini, kita berharap agar lebih banyak PPR akan dibina di daerah itu bagi memenuhi permintaan daripada masyarakat setempat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia peringkat Beaufort anjuran Jabatan Penerangan, di sini, malam Sabtu. Azizah berkata, peruntukan kepada jabatan dan agensi kerajaan lain juga perlu ditambah bagi membolehkan latihan serta kursus dapat dijalankan kepada golongan belia dan beliawanis bagi melahirkan lebih ramai tenaga berkemahiran. "Sebagai contoh, daerah ini diapit oleh Kimanis dan Sipitang yang mengusahakan minyak dan gas, mungkin penduduk di sini belum bersedia bekerja, maka mereka perlu diberikan latihan yang boleh diikuti di Kolej Komuniti yang ada di sini," katanya. Terdahulu, Azizah ketika berucap berkata penganjuran program Semarak Komuniti 1Malaysia itu merupakan satu daripada program yang mampu memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama pelbagai kaum di samping meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat secara amnya. "Oleh itu, penganjuran program ini merupakan satu langkah yang tepat dalam menyebarluaskan maklumat yang sahih dan telus kepada masyarakat sama ada di kawasan badar mahupun luar bandar," katanya. Belanjawan 2015 dijangka dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini.- mstar

Diego Costa Anggap Sergio Aguero 'Tuhan', Sedia Berentap
DIEGO COSTA bersedia untuk 'berentap' dengan pemain yang digelarnya sebagai 'tuhan' iaitu Sergio Aguero ketika Chelsea bertemu Manchester City pada Ahad.
Costa merupakan pemain yang mendapat banyak tunjuk ajar daripada Sergio Aguero ketika kedua-dua mereka mewakili Atletico Madrid. Costa yang merupakan pemain kelahiran Brazil tetapi menyertai skuad kebangsaan Sepanyol kini berjaya menghasilkan tujuh gol dalam empat perlawanan sebelum bertemu City.
"Saya kenal dia ketika di Atletico, Sergio adalah 'tuhan'. Tahukah anda bahawa dia seorang pemain terbaik.
"Realitinya, saya banyak belajar daripada dia - tetapi sekarang kita akan lihat siapa lebih cemerlang. "Saya suka melihat dia bermain. Saya melihat dia sebagai seorang penyerang terbaik. "Saya gembira ketika bermain bersama dia, pada saya dia seorang pemain yang hebat. Dia salah seorang penyerang terbaik di dunia," jelasnya.- mstar

Penerima Dana Untuk Biayai Aktiviti Keganasan Dikenal Pasti
TUMPAT: Polis telah mengenal pasti rakyat Malaysia yang menerima sebanyak RM110,300, yang dimasukkan ke dalam akaunnya menerusi kiriman wang Bisotel Rieh Global Money Transfer di Australia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis sedang memburu individu terbabit.
"Ya, kita sekarang tahu siapa individu ini tetapi saya tidak boleh untuk memberitahu namanya. Biarlah polis mengendalikan kes ini," katanya kepada The Star.
Zahid berkata, individu itu akan dikenakan tindakan keras sekiranya didapati menerima dana untuk sebarang aktiviti berkaitan keganasan.
"Kita tidak boleh membenarkan sebarang transaksi untuk membiayai aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang, termasuk membiayai aktiviti keganasan.
"Mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan keras. Kita tidak akan berkompromi mengenai perkara ini," katanya.- mstar
TOP
Papan Iklan Bangkit Isu Royalti Akan Diturunkan Jika Salah - SPR
TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang membuat semakan terhadap papan iklan tertulis isu royalti yang digunakan sebagai bahan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tindakan akan diambil sekiranya semakan mendapati ia melanggar undang-undang yang ditetapkan.
"Kita sedang buat semakan. Kalau didapati melanggar syarat, kita akan minta ia diturunkan.
"Setakat ini kita belum terima lagi laporan rasmi, laporan ke lain mungkin ada tapi di pihak SPR kita belum terima lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini, Ahad.
Beliau berkata, sepanjang tempoh berkempen, SPR menerima tiga laporan perlanggaran syarat oleh kedua-dua parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Kesalahan yang dibuat termasuklah meletakkan bendera di lampu isyarat dan menggunakan poster atau bendera parti yang tidak bertanding.
Bagaimanapun katanya, tiada tindakan yang diambil terhadap kedua-dua parti setakat ini.
"Hasil rundingan dengan parti bertanding, kedua-dua (BN dan PAS) bersetuju menurunkan bendera dan poster berkenaan, oleh itu tiada tindakan diambil.
"Keadaan kempen amat terkawal," katanya.
Dalam pada itu beliau berharap masyarakat di Pengkalan Kubor dapat mengekalkan keamanan dan semangat setiakawan serta dapat berpolitik secara kekeluargaan sepanjang tempoh kempen.
Mengenai proses pengundian awal pada Ahad, Mohd Hashim berkata, sebanyak 81 peratus anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pukul 10 pagi.
Katanya, pengundian awal kali ini melibatkan 109 pengundi dan pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi.
Katanya, jika kesemua 109 pengundi telah hadir mengundi sebelum pukul 3 petang, pusat pengundian tetap akan ditutup pada waktu yang ditetapkan.
"Peraturan (tutup) pukul 3, kalau kita umum tutup pukul 3, pukul 3 ia akan ditutup.
"Dalam waktu berkenaan macam-macam boleh jadi. Kalau ada apa-apa berlaku, kawasan ini masih dibuka, petugas masih ada," katanya.
PRK Pengkalan Kubor diadakan selepas Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia pada 20 Ogos akibat kanser hati.
Proses penamaan calon telah diadakan pada 13 September dan proses pengundian ditetapkan pada 25 September ini.- mstar
TOP
Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang
Sharifah Sakinah anggap pengikut di Instagram banyak mengundinya.
SHAH ALAM: Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak. Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa. "Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan. "Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online. Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.
Jihan turut membuat persembahan bersama kumpulannya SYJ pada majlis anugerah tersebut.
Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut. Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi. "Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang. "Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya. Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang. "Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya.- mstar

Kotak Gergasi Diisi 2,400 Donat
Kotak gergasi yang diisi 2,400 biji donat.
KRISPY Kreme menyediakan tawaran istimewa buat pencinta donat menerusi kotak gergasi yang mengandungi 2,400 biji donat. Kotak berukuran empat meter panjang itu diisi dengan donat 'original glazed' oleh lapan pekerja di salah satu cawangannya di Enfield, utara London. Ia dibuat bagi menandakan pelancaran perkhidmatan terbaharu jenama itu bagi membolehkan para pelanggan membuat tempahan besar untuk majlis istimewa.
Krispy Kreme memperkenalkan kotak donat terbesar di United Kingdom.
Sebagai promosi, syarikat itu memberikan 2,400 donat yang manis dan menyelerakan itu secara percuma, bagi mana-mana pihak yang mengadakan majlis. Mereka yang mahu memenanginya perlu menulis di tweet @krispykremeUK mengenai majlis kerja mereka dengan hashtag #BigOccasion.
Sekumpulan pekerja sedang memasukkan kotak gergasi berisi donat ke dalam lori penghantaran.
Judith Denby dari Krispy Kreme berkata: "Sama ada anda perlukan sesuatu yang ceria untuk pekerja anda, katering untuk majlis malah kek perkahwinan, Krispy Kreme menawarkan penyelesaian ideal untuk mana-mana majlis. "Kita fikir lebih 2,000 donat ini merupakan cara paling tepat untuk memberikan keterujaan kepada para penggemar Krispy Krema dan memperlihatkan bahawa kami kini boleh didapati untuk majlis-majlis besar." - mirror.co.uk- mstar

Bayi Baru Lahir Jadi Seorang Lagi 'Penumpang' Di Balai Ketibaan KLIA
(Dari kiri) Pegawai Imigresen, Nur Damiea, Nur Marlina dan Noor Rafiah Ibrahim bersama bayi yang baharu lahir.
PETALING JAYA: Pegawai Imigresen sentiasa berhadapan dengan semua jenis ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi tiada seorang pun menjangka akan menerima bayi yang baharu lahir selepas seorang wanita warga Turki bersalin sebaik sahaja pesawat dinaikinya mendarat. Pegawai Imigresen, Nur Marlina Daraman, 35, sedang bertugas di pintu ketibaan di aras tiga lapangan terbang itu pada Jumaat apabila seorang wanita mengandung meluru masuk ke pejabatnya pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Wanita dalam lingkungan 30an itu, terpaksa menahan kesakitan. Dia ketika itu sedang mendukung bayi berusia setahun dan membawa bagasi. "Dia bercakap sesuatu kepada saya tetapi saya tidak faham bahasa asing yang dituturnya," kata Nur Marlina. "Tetapi dia tidak perlu berkata apa-apa kerana saya dapat melihat air mukanya menandakan dia mahu bersalin." Sementara rakan sekerjanya, Nur Damiea Lawrence Abdullah menghubungi seorang doktor, Nur Marlina memimpin wanita itu masuk ke pejabat dan membaringkannya di atas kain di atas lantai. Dia sudah pun dapat melihat kepala bayi itu ketika dia membantu wanita itu menanggalkan pakaian. "Saya ketika itu takut. Saya tidak dilatih untuk mengendalikan situasi seperti itu," katanya. "Saya tidak pernah melihat orang melahirkan anak sebelum ini. Tetapi dia sudah ada di situ di atas lantai, maka saya perlu berbuat sesuatu. "Apa yang saya boleh lakukan adalah menenangkannya sementara kami menunggu doktor datang. Pegawai-pegawai lain turut membantu," kata Nur Marlina. Seorang doktor dan seorang bidan tiba, dan beberapa pegawai Imigresen membantu dengan kelengkapan ketika wanita itu bersalin. "Wanita itu selamat melahirkan anak yang sihat pada pukul 12.30 tengah hari," kata Nur Marlina. Timbalan Pengarah Imigresen KLIA, Sarbini Hussein berkata, wanita itu dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Turut serta ialah bayi yang baharu dilahirkan dan seorang lagi bayi. "Kami tidak dapat bercakap dengan dia selepas itu. Dia tidur selepas bersalin," kata Sarbini. Menurut pasport wanita berkenaan, dia tiba di KLIA dari Johor Bahru. Jabatan Imigresen bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita itu atas sebab-sebab privasi.- mstar

Mayat Pemandu Lori Dibunuh Ditemui Dalam Semak
ROMPIN: Mayat seorang pemandu lori dipercayai dibunuh ditemui dalam semak di tepi jalan di Km121, Jalan Kuantan-Segamat dekat sini, malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira 7.24 malam.
Katanya mangsa dikenali pasti sebagai Rosli Hamdan, 52, yang merupakan seorang pemandu lori dan telah berkahwin serta tinggal di Jementah, Segamat.
"Pemeriksaan pada mayat turut mendapati kesan cedera di bahagian belakang kepala sebelah kiri dan jari telunjuk kanan dipercayai telah patah," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad.
Beliau berkata polis menemui sebatang rotan di tempat kejadian dan sepasang kasut dipercayai milik mangsa.
Katanya, mayat pemandu lori itu dihantar ke Hospital Muadzam Shah dekat sini untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.- mstar
TOP
Ketagih Makan Daging Kucing Di Jerman
Andernach (Jerman) – Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan.
“Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan.
Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu.
Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.”
Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini.
“Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya.
Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’
“Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.- Agensi
TOP
Polis Kemboja Rampas Dolar Palsu AS$7.16 Juta
PHNOM PENH – Polis Kemboja menahan tiga rakyat Thailand yang disyaki membawa duit palsu AS$100 yang kesemuanya bernilai $7.16 juta, semalam.
Rampasan wang palsu itu adalah yang terbesar di negara itu di mana dolar Amerika Syarikat biasa digunakan untuk tujuan urus niaga kewangan.
Mejar Polis Song Sopheak berkata, pihak berkuasa bertindak atas maklumat dan mengekori kereta suspek selepas ia menyeberangi wilayah Battambang.
Katanya, mata wang palsu itu diisi dalam tiga kotak. – AP / BH Online
TOP
Hatrik Ronaldo Bantu Real Berpesta Gol Benam Deportivo
MADRID – Christiano Ronaldo merakamkan jaringan hatrik ketika Real Madrid menyamakan rekod kemenangan terbesar di gelanggang lawan dalam La Liga selepas membelasah Deportivo la Coruna 8-2, awal pagi tadi.
Real kini ketinggalan dua mata di belakang pasukan tempat kedua, Atletico Madrid selepas juara bertahan itu terlepas peluang ke kedudukan teratas apabila hanya mampu seri 2-2 ketika menentang Celta Vigo di laman sendiri.
“Perlawanan ini menjurus kepada aspek kemahiran dan kualiti yang kami miliki di bahagian hadapan. Ia juga bagaimana kami menyempurnakan dengan baik setiap peluang diterima , kata pengurus pasukan, Carlo Ancelotti.
“Kami menunjukkan kualiti kami. Kami memiliki Ronaldo yang cukup hebat dan pemain lain yang ada kualiti hebat. Mereka bergabung baik dan inilah keputusannya hari ini.”
Ronaldo merakamkan hatrik dengan gol pada minit ke-28,41 dan 78 manakala gol pasukan lain adalah sumbangan James Rodrigues (m36), Gareth Bale (m66,74) dan Hernandez (m88,90). Dua gol Deportivo La Coruna menyusul daripada Medunjanin minit ke-51 (penalti) dan Toche (m84). – AFP
TOP
Najib Tiba Di NY Untuk Hadiri Perhimpunan Agung PBB
NEW YORK – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, Sabtu (Ahad di Malaysia) bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Westchester County di sini, pada 7.30 malam (7.30 pagi Ahad di Malaysia).
Mereka disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Hussein Haniff.
Najib dijadual menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung bertempat di ibu pejabat PBB di sini, pada 26 Sept.
Beliau diundang oleh Akademi Sains New York sebagai seorang daripada penceramah utama pada majlis pelancaran antarabangsa Global STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Alliance, di sini, pada 22 Sept. – BERNAMA
TOP
PAS Tidak “Pelahap” Jawatan MB Selangor – Hadi Awang
BATU PAHAT — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menegaskan parti itu tidak berebut jawatan Menteri Besar Selangor sebagaimana
pandangan pihak tertentu di luar.
Ketika sesi penggulungan dan penangguhan Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja
hari ini, beliau berkata dalam isu Menteri Besar Selangor, terdapat hukum syarak
yang perlu dipatuhi dan bukan hanya mengikut hukum akal semata-mata.
“Langkah Kajang adalah sesuatu yang tidak menyenangkan (kepada PAS). Saya
ingin menegaskan bahawa PAS tidak berebutkan jawatan Menteri Besar (Selangor).”
“PAS tidak ‘pelahap’ kepada jawatan Menteri Besar. Tetapi kena ingat di sana
terdapat juga hukum syarak, jangan ikut hukum akal sahaja,” katanya sambil
disambut teriakan ‘Allahuakbar’ oleh para perwakilan.
Abdul Hadi berkata PAS tidak berebutkan jawatan itu walaupun ia memiliki 15
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding 14 oleh Parti Keadilan Rakyat
(PKR) manakala DAP mempunyai 16 wakil rakyat.
Abdul Hadi berkata mengikut Perlembagaan Selangor, jawatan Menteri Besar
perlu diisi seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Presiden PAS itu turut menyentuh isu ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama parti
berkenaan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Beliau turut membidas rakan tahaluf siyasi PAS itu, yang disifatkannya
sebagai tidak beretika kerana ‘mencuri’ dua wakil rakyat parti berkenaan untuk
menyokong tindakan mereka dalam isu Menteri Besar Selangor.
“Walaupun kita bertahaluf siyasi dengan rakan-rakan kita (PKR dan DAP)
tetapi mereka bersikap tidak beretika kerana mencuri dua wakil rakyat kita.
Adakah itu etika tahaluf siyasi?” katanya.
Beliau mendakwa terdapat pihak yang memainkan peranan sebagai ‘barua’ dan
‘broker’ bagi membolehkan kedua-dua wakil rakyat PAS itu menandatangani Akuan
Bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai Menteri Besar Selangor.
Mereka ialah Saari Sungib (DUN Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Menteri Besar Selangor yang baharu dijadual mengangkat sumpah di Istana Alam
Shah, Klang Selasa ini.
Abdul Hadi berkata walaupun PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR
namun mereka masih mengekalkan perbezaan dalam dasar parti kerana ketiga-tiga
adalah parti politik yang berbeza.
Beliau juga berkata tahaluf siyasi tidak bermakna mereka menjadi satu parti
politik dengan dasar yang sama dalam pelbagai perkara.
“Tahaluf Siyasi adalah kerjasama di mana kita (PAS, PKR dan DAP) mencari
titik kebersamaan,” katanya. — BERNAMA
TOP
Subhanallah..Satu Team Bola Sepak Cameroon Peluk Islam
Kesemua anggota pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon baru-baru ini telah beramai-ramai masuk Islam. Ini termasuklah jurulatih dan paderi mereka sendiri, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.
Mereka mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai ketika menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan oleh jabatan tersebut di Dubai baru-baru ini.
Mereka dikatakan memeluk Islam setelah tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan dan juga keamanan dan ketenangan yang mereka rasai dari Islam.
Pasukan Cameroon berasal dari akademi yang asalnya ditubuhkan untuk anak-anak yatim dan orang miskin disana...
Ini bermakna, kita boleh melihat lebih ramai muslim beraksi dalam arena bola sepak dunia nanti..Alhamdulillah- SiakapKeli.com
TOP
VIDEO: Dah la Bercium Di Khayalak Ramai, Lelaki Sama Lelaki Pulak Tu
Kalau nafsu dah mengatasi akal fikiran, terjadilah perangai-perangai pelik yang tak terjangkau dek akal normal manusia.
Lihat saja dua lelaki dalam gambar diatas. Dah la berada dalam tren yang ramai orang, siap bercium-cium lagi. Memang tak tahu malu! Mereka berdua ni ibarat dah hilang rasa malu..walaupun sedar orang disekeliling mereka melahirkan reaksi kurang senang. Mungkin inilah yang terjadi bila budaya barat meresap dalam diri mereka.
Kejadian ini berlaku di negara jiran, Singapura. Di Malaysia, rasanya masih belum ada golongan ini yang berani berbuat perkara sedemikian di tempat terbuka seperti golongan ini. Kalau ada yang berani pun, tolong simpan buat tempat lain. Korang boleh buat orang ramai termuntah dengan aksi korang ! - SiakapKeli.com

Penumpang Cemas Pesawat Dipenuhi Asap
CALIFORNIA – Penumpang pesawat JetBlues dari Long Beach, California ke Austin, Texas pada Khamis lalu cemas apabila kabin tiba-tiba dipenuhi asap sehingga menyebabkan mereka terpaksa memakai alat bantuan oksigen pernafasan.
Kejadian cemas pesawat yang membawa 142 penumpang itu dirakamkan oleh penumpang yang menunjukkan kebanyakan mereka kelihatan keliru dengan apa yang berlaku termasuk kedengaran kanak-kanak menangis.
Bagaimanapun, kesemua penumpang selepas itu diminta bertenang oleh juruterbang memandangkan pesawat itu yang mengalami kerosakan enjin telah bersiap sedia untuk membuat pendaratan kecemasan.
Sementara itu, pelakon Twilight, Jackson Rathbone yang berada dalam pesawat itu turut merakamkan beberapa gambar kejadian tersebut dan memuat naik di laman Twitter.
Seorang jurucakap lapangan terbang Long Beach, Cassie Perez-Harmison berkata, juruterbang mengisytiharkan kecemasan dan menggunakan sejenis bahan pemadam apabila kokpit menerima amaran enjin pesawat itu panas. – Agensi
TOP
Lelaki Maut Ditikam di Pusat Karaoke
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditikam di leher selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat karaoke di Kampung Baru, Sungai Buloh, Selangor awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, polis menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara sekumpulan lapan lelaki, namun punca pergaduhan masih belum diketahui dan sedang disiasat.
"Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu, polis percaya suspek menggunakan pisau lipat untuk menikam mangsa, namun tiada sebarang senjata tajam ditemui setakat ini.
"Mangsa disahkan maut setelah tiba di Hospital Sungai Buloh. Susulan kejadian itu, dua adik beradik (lelaki) berusia 19 dan 21 tahun ditahan untuk membantu siasatan," katanya di sini hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - AstroAwani
TOP
Kebanyakan Jemaah Haji Sakit Akibat Jangkitan Paru-Paru
MAKKAH – Kebanyakan jemaah haji yang jatuh sakit semasa di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan dengan ramai daripada mereka berusia antara 50 dan 70 tahun.
Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Shariff bagaimanapun berkata, tiada jemaah yang dijangkiti penyakit berjangkit dan tahap kesihatan rata-rata jemaah haji berada dalam keadaan baik.
Klinik dan pusat rawatan Tabung Haji (TH) di Tanah Suci, sehingga kini telah merawat seramai 5,000 jemaah sebagai pesakit luar dan 80 lagi telah dimasukkan ke pusat rawatan, katanya kepada media Malaysia di sini pada Ahad.
Beliau berkata semua jemaah haji telah dinasihat supaya mendapatkan rawatan di 10 buah klinik, termasuk dua di Madinah, sekiranya demam agar rawatan dapat diberikan segera.
Beliau berkata jika didapati jemaah haji memerlukan rawatan selanjutnya mereka akan dihantar ke empat pusat rawatan TH, termasuk satu di Madinah untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar-pakar perubatan Malaysia.
“Jika didapati pesakit masih memerlukan perkhidmatan rawatan lebih canggih, mereka akan dirujuk ke hospital Arab Saudi, seperti pembedahan dan sebagainya,” katanya.
Dr Saiful Azlan berkata TH telah menyediakan empat pusat rawatan iaitu Hospital Aziziah, Pusat Rawatan Shisya dan Pusat Rawatan Abraj Janadiriyyah di Makkah serta Pusat Rawatan Dar Siba di Madinah, selain 10 klinik di setiap pusat penginapan termasuk dua di Madinah.
Buat pertama kali juga, TH pada tahun ini menyediakan perkhidmatan pergigian untuk jemaah haji memandangkan kos rawatan pergigian di tanah suci sangat mahal, katanya.
Klinik pergigian itu dikendalikan seorang doktor pakar pergigian yang ditempatkan di Pusat Rawatan Shisya di sini. Ia diwujudkan berikutan permintaan jemaah haji sebelum ini, katanya.
Dr Saiful Azlan berkata dari segi perkhidmatan kesihatan lain, pihaknya telah menjadikan Pusat Rawatan Shisya sebagai hospital khas untuk kes jangkitan paru-paru, komplikasi kencing manis dan ortopedik untuk kes-kes patah tulang dan sebagainya.
Sementara Hospital Aziziah pula, bagi mengendalikan kes-kes berkaitan kardiovaskular, psikiatrik dan gastroenteritis manakala Pusat Rawatan di Abraj Al-Janadiriyyah dijadikan wad am serta tempat menyaring pesakit untuk rujukan ke Pusat Rawatan Shisya atau ke Hospital Aziziah, tambahnya.
Beliau berkata, tahun ini pusat rawatan TH mempunyai sebanyak 250 petugas termasuk 50 doktor dan doktor pakar, jururawat, penolong pegawai perubatan, juru X-ray, fisioterapi dan pegawai farmasi.
Beliau berkata TH juga mewujudkan pelbagai unit pusat rawatan yang diketuai pakar-pakar perubatan dari Malaysia termasuk kemudahan bilik X-ray, makmal serta 15 buah ambulans, termasuk dua di Madinah.
Beliau berkata setiap tahun, Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan membuat pemeriksaan terhadap kelengkapan di pusat perubatan TH termasuk di Madinah.
Mereka akan memeriksa dari segi peralatan hospital, jumlah petugas serta ubat-ubatan yang dibawa bagi memastikan pusat rawatan perkhidmatan kesihatan TH mempunyai kelengkapan mencukupi bagi mengendalikan jemaah haji Malaysia di sini.
“Hanya selepas mendapat kelulusan dan permit dari Kementerian Kesihatan Arab Saudi baru pusat perubatan TH dapat beroperasi.
“Sehingga hari ini, kita tidak mempunyai masalah dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan pasukan kita merupakan pasukan yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata TH menempatkan dua pembimbing ibadah lelaki dan perempuan di setiap pusat rawatan bagi membantu jemaah haji yang menerima rawatan.
Di Pusat Rawatan Shisya, pembimbing ibadah Zanariah Buang, yang merupakan guru agama di Sekolah Sukan Negeri Johor Tun Hussein Onn, Kluang, Johor berkata antara tanggungjawab mereka adalah untuk membimbing para pesakit dalam ibadah haji, terutama mereka yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan berihram.
“Kami juga akan mengiringi pesakit semasa wukuf, bagi memastikan mereka dapat menjalankan ibadah haji dengan sebaik-baiknya,” katanya yang turut tinggal di pusat rawatan itu sepanjang operasi haji ini.
Rakan sejawatannya Mohd Nizar Ismail, guru agama Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai, Kuala Ketil, Kedah, yang pertama kali menjadi pembimbing ibadah TH berkata mereka bukan sahaja turut memberi penerangan mengenai ibadah haji, tetapi turut sentiasa menenangkan perasaan para jemaah yang sakit dengan doa-doa dan sebagainya.
Bagi pesakit Che Yah Sulaiman, 69, dari Taiping, Perak yang datang berseorangan untuk mengerjakan haji berasa bertuah kerana beliau yang menghadapi masalah pernafasan dijaga dengan baik oleh para petugas di pusat rawatan berkenaan.
Sementara Ismail Abu Samad, 65, yang juga mengalami masalah pernafasan berkata petugas pusat rawatan itu memberinya layanan yang cukup baik.
“Pada saya perkhidmatan di sini, sama seperti perkhidmatan hospital Malaysia,” katanya yang berasal dari Muar, Johor.
Sardon Ibrahim, 61, dari Batu Pahat, Johor, pula yang datang berseorangan berkata layanan yang diterimanya amat memuaskan dan beliau yang menghidap kencing manis kini, mendapatkan rawatan di pusat itu, akibat terjatuh ketika di Madinah dan mengalami retak tulang kaki. – BERNAMA
TOP
Ozil bantu Arsenal menang, Southampton lonjak tangga kedua
LONDON: Mesut Ozil menyumbat satu gol dan mencipta satu lagi untuk Danny Welbeck ketika Arsenal menjaringkan tiga gol dalam tempoh empat minit mengatasi Aston Villa 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Ia sekali gus meranapkan rekod bersih tanpa kalah pasukan tuan rumah itu di Villa Park yang gah sebelum ini dalam empat perlawanan lalu.
Ozil - pemain termahal Arsenal itu membantu pasukan mendahului pada minit ke-32 manakala jaringan sendiri pemain tuan rumah, Aly Cissokho pada minit ke-36 sekadar membuat Villa tambah tertekan.
Rentak hebat Southampton pada awal musim berterusan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Swansea City yang beraksi dengan 10 pemain selepas Wilfried Bony dilayangkan kad merah.
Gol tunggal oleh Victor Wanyama pada minit ke-80 membantu The Saints bergerak ke tempat kedua berbekal 10 mata - dua di belakang Chelsea yang bakal berdepan juara bertahan, Manchester City, malam ini (Ahad) dan satu mata di hadapan Arsenal.
Papiss Cisse menyumbat dua gol membantu Newcastle United bangkit seri 2-2 ketika menentang Hull City untuk mengutip mata ketiga musim ini.
Sementara itu, jaringan pada lewat babak permainan oleh Niko Kranjcar menyelamatkan Queens Park Rangers apabila seri 2-2 ketika menentang Stoke City manakala Burnley seri 0-0 menentang Sunderland di gelanggang sendiri. - Reuters / BH Online
TOP
Hamilton kalahkan Rosberg, rampas petak pendahulu GP Singapura
SINGAPURA: Lewis Hamilton menewaskan rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg untuk memenangi kedudukan petak pendahulu buat kali keenam, musim ini apabila merakamkan masa terpantas dalam kelayakan Grand Prix Singapura, malam ini (Sabtu).
Hamilton mencatat satu minit 45.681 saat dalam sesi kelayakan di Litar Jalanan Marina Bay dan ia mungkin memberi kelebihan kepada pemandu dari Britain itu untuk cabaran getir, malam esok.
Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo yang menjadi ancaman terbesar kepada pasangan Mercedes itu untuk kejuaraan Formula Satu (F1), musim ini layak selaku pemandu ketiga terpantas.
Ricciardo mendahului rakan sepasukan dan juara bertahan tiga kali di Singapura, Sebastian Vettel.
Pemandu Ferrari, Fernando Alonso akan bermula dari petak kelima. Dia berkata dia gembira atas pencapaian itu manakala pemandu Williams, Felipe Massa tempat keenam. - Agensi / BH Online
TOP
UPSR Bocor: Keterangan 30 Individu Diambil Setakat Ini
KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan daripada 30 individu setakat Sabtu untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata,30 individu itu terdiri daripada lapan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang pegawai Kementerian Pendidikan, seorang jurutera, seorang wartawan serta 19 guru.
"Polis menjangkakan akan ada tangkapan lagi dalam masa terdekat, kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh seminggu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara itu, 11 daripada 14 individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, manakala tiga lagi masih direman sehingga Isnin ini.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.- mstar
TOP
PRK Pengkalan Kubor: 109 Polis Mengundi Awal Hari Ini
PENGKALAN KUBOR: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Ahad menyaksikan 109 pengundi berdaftar yang terdiri daripada anggota polis keluar mengundi.
Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat yang menjadi pusat pembuangan undi dibuka tepat pukul 8 pagi dan proses pengundian dijadualkan berakhir pada pukul petang 3 petang.- mstar
TOP
Filem'Nasi Tangas (Nasi Kangkang)' Guna Mantera Jawa
Adibah Yunus, Azwan Kombos dan Shima Anuar sebagai pelakon utama Nasi Tangas (Nasi Kangkang).
PETALING JAYA: Pengarah filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang), Hashim Rejab mendedahkan mantera yang digunakan dalam filem tersebut merupakan mantera sebenar untuk amalan khurafat pembuatan nasi kangkang. Hashim berkata, mantera tersebut diperoleh daripada kajiannya terhadap beberapa orang lama yang tahu tentang amalan tersebut. "Saya guna mantera Jawa yang sebenar yang diperolehi daripada beberapa kajian terhadap orang tua-tua dulu yang tahu tentang pembuatan syirik ini. "Bagaimanapun elemen-lemen lain yang sebenar saya tidak tunjukkan bagi mengelakkan ia ditiru oleh penonton, hanya beberapa perkara asas sahaja yang ditunjukkan," ujarnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Hashim mengakui banyak elemen kotor dan jijik sebenar yang cuba dipaparkan dalam filem ini terpaksa dipotong atas nasihat Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Katanya, pihak LPFM menganggap beberapa perkara tersebut boleh menganggu dan merosakkan kententeraman awam. "Saya kecewa apabila babak-babak yang penting terpaksa dipotong kerana dikatakan sangat kotor dan menganggu kenteraman awam. Oleh yang demikian elemen yang menyedapkan cerita itu menjadi kurang daripada apa yang saya harapkan," ujarnya. Sementara itu, Hashim berkata, tajuk asal filem tersebut Nasi Kangkang juga terpaksa ditukar kepada Nasi Tangas (Nasi Kangkang) supaya lebih sesuai untuk ditonton oleh golongan 13PL. Dia juga tetap mahukan sub tajuk Nasi Kangkang berikutan promosi yang dibuat sebelum ini menggunakan tajut tersebut. "Pihak LPFM suruh ianya ditukar terus kepada Nasi Tangas tetapi saya minta ia tetap mengekalkan tajuk Nasi Kangkang sebagai sub tajuk agar orang ramai tahu ia adalah cerita yang sama. "Kita sudah buat promosi lama sejak penggambaran lagi, jadi jika ditukar nanti penonton keliru dan fikir ia filem berbeza," ujarnya. Filem ini dibarisi pelakon seperti Azwan Kombos, Adibah Yunus, Shima Anuar, Delimawati, Herman Tino dan Along Eyzendy. Filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang) ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri Hairi lakonan Azwan Kombos dan Mira (Adibah Yunus) berantakan apabila Hairi terlalu akrab dengan kawan baiknya Fatin (Shima Anuar) sehingga menimbulkan rasa cemburu Mira. Mira menggunakan jalan pintas untuk merampas semula cinta Hairi menggunakan cara amalan ilmu hitam dengan melakukan nasi kangkang agar Hairi mengikut segala arahannya. Filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang) mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 18 September 2014.- mstar

Lee Byung Hun Diugut Bekas Skandal
Ji Yeun mendedahkan telah menjalinkan hubungan sulit dengan Byung Hun.
AKTOR Lee Byung Hun dilaporkan telah diugut oleh dua selebriti wanita sehingga membuatkan dia telah membuat laporan polis baru-baru ini. Isu itu menjadi semakin besar apabila salah seorang daripada wanita tersebut iaitu Lee Ji Yeon mendedahkan dia merupakan skandal aktor tersebut dan seorang lagi adalah Dahee, anggota kumpulan Glam. Ji Yeon mengakui menjalinkan hubungan secara diam-diam dengan bintang filem Red 2 itu dan kerap bertemu sebelum Byung Hun membuat laporan polis mengenai tindakan wanita itu.
Dahee
Bagaimanapun Ji Yeon menjelaskan dia mengugut Byung Hun kerana kesal aktor itu tidak menjelaskan mengenai bayaran kerja. Malah sebuah rakaman video yang memaparkan kata-kata tidak senonoh Byung Hun terhadap Dahee turut dijadikan bahan bukti untuk mengugut lelaki itu. "Jie Yeon dan Dahee menjalinkan hubungan sulit selama tiga bulan dengan aktor itu. Malah Dahee sering datang ke rumah Ji Yeon di Gangnam, Seoul," kata sumber. Bagaimanapun pihak pengurusan Byung Hun, BH Entertainment menafikan aktor tersebut menjalinkan hubungan sulit dengan Ji Yeon. Byung Hun mempunyai seorang isteri iaitu penyanyi Lee Min Jung. Mereka berkahwin pada awal tahun 2013.- mstar

Kejayaan 'Sejoli' Tingkatkan Usaha Grand Brilliance Hasilkan Banyak Filem Komedi
Bront dan Maya memenangi kategori masing-masing dalam untuk filem 'Sejoli'.
SHAH ALAM: Kejayaan filem Sejoli meraih enam kategori pada Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, malam Jumaat lalu dilihat sebagai pembakar semangat kepada Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) hasilkan lebih banyak filem komedi. Bagaimanapun, Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alauddin, berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk mencari sesebuah skrip yang boleh meninggalkan kesan dan membuat penonton tersenyum. "Selepas kejayaan filem ini kita akan fikirkan untuk menerbitkan lebih banyak lagi filem genre romantik komedi seperti ini bukan sahaja untuk menang anugerah tetapi juga menarik penonton ke pawagam. "Bagaimanapun, saya akui ia sedikit sukar mencari skrip yang benar-benar kuat dan meninggalkan kesan di hati penonton seperti filem ini," ujarnya kepada mStar Online. Tengku Iesta ditemui selepas tamat acara Anugerah Lawak Warna 2014 yang disiarkan secara langsung di Teater Selangor, malam Jumaat.
Filem Sejoli merangkul enam anugerah secara keseluruhannya dalam Anugerah Lawak Warna 2014.
Sejoli berjaya merangkul kesemua enam kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).
Tambah Tengku Iesta, dia melihat kekuatan utama kejayaan filem ini adalah daripada segi skrip komedi yang tidak perlu banyak diubah oleh pengarah dan pelakon. Katanya, pelakon-pelakon utama turut menghormati dan memberi lakonan mereka mengikut skrip yang diberikan tanpa membuat sebarang penambahan atau adlib. "Saya lihat skrip filem ini kuat biarpun pelakon-pelakon bukan terdiri daripada pelawak, namun mereka memberi komedi mengikut skrip dengan baik sekali. "Paling banyak adlib pun Azad Jazmin, tapi masih boleh dikawal oleh pengarah Osman Ali agar tidak terlalu lari dengan skrip asal," ujarnya. Mengulas tentang kemenangan teraju utama iaitu Maya Karin dan Brond Palarea dalam kategori masing-masing, Tengku Iesta berkata, mereka merupakan pelakon yang bijak. Katanya, kedua-dua pelakon berpengalaman itu berjaya melakonkan watak mereka dengan baik. "Maya dan Bront pelakon yang kita semua tahu sudah mempunyai pengalaman tetapi mereka bukan pelawak. "Mereka dapat memberikan sebuah karekter yang pengarah mahukan mengikut skrip filem tersebut," katanya.- mstar

Luna Maya Rugi Besar Hasilkan Minyak Wangi Jenama Sendiri
Luna Maya
PETALING JAYA: Pelakon Indonesia iaitu Luna Maya pernah mengalami kerugian besar apabila projeknya menghasilkan minyak wangi jenama sendiri gagal dilaksanakan. Luna atau nama sebenarnya Luna Maya Sugeng, 31, berkata, dia telah ditipu oleh sebuah syarikat kononnya ingin bekerjasama dalam menjayakan produk minyak wangi tersebut sehinggakan wang yang dilaburkan (enggan didedahkan nilainya) untuk projek itu 'hangus' begitu sahaja. "Kalau nak diikutkan saya sudah pun mempunyai produk minyak wangi jenama sendiri sejak empat tahun lalu. "Saya bersama sebuah syarikat telah beria-ia menyiapkan produk itu sepanjang tahun, tetapi mereka pula telah melarikan diri. Habis rugi pelaburan saya. Nak buat macam mana, saya anggap ia bukan rezeki," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, kata Luna, dia bersyukur apabila selepas tiga tahun kejadian itu, sebuah syarikat ingin menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan produk minyak wangi tersebut. Katanya, walaupun masih serik dengan kejadian lalu, Luna tetap memberanikan diri untuk bekerjasama dengan pihak tersebut dan akhirnya, jenama minyak wangi miliknya terlaksana juga. "Tidak sabar rasanya menantikan pelancaran produk minyak wangi pertama saya iaitu Luna Maya Unforgetable pada 8 November ini. "Segala dugaan dan penat lelah saya berbaloi rasanya. Ada yang berpendapat kenapa mesti minyak wangi? Tambah pula saya pernah gagal sebelum ini. "Tetapi bagi saya, itu adalah cabaran. Jika kita mempunyai minat dalam sesuatu produk perniagaan yang dilakukan, kita pasti akan usahakan sehingga ia berjaya. Kiranya, secara kesuluruhan, lima tahun juga saya mengambil masa untuk mencapai impian ini," ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Luna turut bekerjasama dengan penyanyi dan pengacara, AC Mizal menerusi lagu duet Paranoid. Menariknya, klip video lagu itu telah diarahkan sendiri oleh Luna. "Saya sukakan muzik berkonsep dance dan Paranoid adalah lagunya. Apabila AC meminta saya mendengar lagu tersebut dan menawarkan saya untuk menjadi pasangan duetnya, saya terus bersetuju," tuturnya.- mstar

Pep Guardiola Berang Van Gaal Dakwa Setiap Pemain Dihubunginya Suka Sertai MU
Pep Guardiola (kiri) berang dengan dakwaan Louis Van Gaal (kanan) bahawa setiap pemain yang dihubunginya suka untuk menyertai Manchester United.
PENGURUS Bayern Munich, Pep Guardiola berang dengan Louis Van Gaal yang mendakwa setiap pemain yang dihubunginya suka untuk menyertai Manchester United. Guardiola berasa sakit hati dengan Van Gaal yang minggu lalu menyatakan bahawa bintang seperti Arjen Robben, Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller terlalu mahal untuk United dan pemain-pemain itu juga tidak mahu pergi. 'Jika pemain mahu kekal, mereka kekal," kata Guardiola. Jelas ia memberi kesan apabila Van Gaal yang merupakan bekas pengurus Bayern Munich, pada malam Sabtu membalasnya dengan berkata: "Tidak begitu menarik apa yang dikatakannya. Saya rasa setiap pemain yang saya berhubung mahu bermain untuk Manchester United. 'Adalah sukar dipercayai bahawa walaupun kami tidak bermain untuk Liga Juara-Juara, pemain akan datang dan bersedia untuk datang (ke Manchester United). 'Ia begitu mengejutkan tetapi ini adalah kerana kehebatan kelab ini dan mereka percaya dengan projek yang kami telahpun mulakan sekarang." Robben sebelum ini dikaitkan dengan United sebelum menandatangi kontrak bersama Angel di Maria. Van Gaal turut dikaitkan dengan bintang-bintang Bayern seperti Muller dan Holger Badstuber, yang diberikan penampilan buat pertama kali ketika beliau di Allianz Arena. Komen pengurus United itu menunjukkan beliau tidak mahu menandatangani mana-mana pemain dari skuad Bayern atau pemain yang akan pergi ke Old Trafford yang telah dipersetujui. Ditanya jika Guardiola adalah benar dan United cuba untuk membeli pemain-pemain Bayern, Van Gaal berkata: "Orang selalu fikir apa yang dikatakan media adalah betul. Tetapi ia tidak." - dailymail.co.uk- mstar

Keputusan La Liga Sepanyol
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol:
RCD Espanyol 2 - 2 Málaga CF
Atlético Madrid 2 - 2 Celta de Vigo
Athletic Club 0 - 1 Granada CF
Deportivo La Coruña 2 - 8 Real Madrid
- mstar
RCD Espanyol 2 - 2 Málaga CF
Atlético Madrid 2 - 2 Celta de Vigo
Athletic Club 0 - 1 Granada CF
Deportivo La Coruña 2 - 8 Real Madrid
- mstar
TOP
Sukan Asia: Jadual Atlet Malaysia, Ahad
INCHEON: Berikut jadual atlet Malaysia pada hari kedua temasya Sukan Asia ke-17 di sini Ahad:
(NOTA: Semua jadual mengikut waktu Malaysia. Malaysia lewat sejam daripada wakti Icheon).
RENANG:
Lelaki: 200m Gaya Bebas - 8 pagi
- Welson Sim Wee Sheng
Wanita: 400m Gaya Bebas
- Khoo Cai Lin
BERBASIKAL:
Wanita: Keirin - 3 petang
- Fatehah Mustapa
MENEMBAK:
Lelaki: Individu/Berpasukan - 8 pagi
- Johnathan Wong
- Eddy Chew
- Choo Wen Yen
SKUASY:
Lelaki: Perseorangan (Suku Akhir) - 1 tengah hari
- Ong Beng Hee mln Au Chun Ming (HKG)
- Mohd Nafiizwan Mohd Adnan mln Abdullah Kh Kh H M Almezayen (KUW)
Wanita: Perseorangan (Suku Akhir)
- Datuk Nicol David mln Kobayashi Misaki (JPN)
- Low Wee Wern mln Chan Ho Ling (HKG)
BADMINTON:
Lelaki: Berpasukan (Suku Akhir) - 11 pagi
Malaysia mln Nepal
HOKI:
Lelaki: Kumpulan A
Malaysia mln Bangladesh - 12 tengah hari
BOLA SEPAK:
Kumpulan A:
Malaysia mln Arab Saudi - 4 petang
WUSHU:
Wanita: Jianshu & Qiangshu -- 8 pagi
- Phoon Eyin

Video: SwiftKey Kini Diperkenalkan Untuk Pengguna iOS8
SwiftKey merupakan salah satu papan kekunci maya yang popular di Android untuk bertahun-tahun lamanya. Kini, dengan pengenalan iOS8, pembangun SwiftKey turut memperkenalkan papan kekunci mereka.
TOP
VIDEO : Aksi Abe Pengkalan Kubor Main Burung
TOP
Kreatif Gila.. Garaj Motor Ciptaan Rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia sebenarnya ramai yang kreatif gila.. tak
percaya lihatlah garaj motor ciptaan sendiri dalam video di bawah.
TOP
VIDEO : Ini Aksi Lumba Kuda Sejati, “Ala Kelate”
TUMPAT (Kelantan) - Bertempat di Pantai Geting, semalam
diadakan Sukan Berkuda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan
Kubor.
TOP
VIDEO : Pakcik Ini, 11 Tahun Kutip Jalur Gemilang Jatuh Demi Negara
TUMPAT (Kelantan) - Jika terlihat bendera Jalur Gemilang
yang jatuh di atas jalan raya, sebahagian besar pengguna jalan raya akan
hanya memandu terus dan meninggalkannya, tapi tidak dengan pakcik ini.. Saksikan Video dibawah:
TOP
Pelajar IPTA tidak senonoh dalam bas ditahan
Gambar Hiasan
KUANTAN - Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi. "Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini. "Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan," katanya. Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. - Bernama

VIDEO: Lucu…’Prank’ Dalam Lif Yang Ditonton Lebih 14.5 Juta Kali!
JIKA ditanya siapa Yousef Saleh Erakat, ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak kenal. Namun, apabila disebut FouseyTube, pastinya netizen khususnya di Amerika Syarikat mengakui kegilaannya.
TOP
VIDEO: Iklan Ini Berikan Mesej Mengapa Hidup Perlu Diteruskan
APAKAH yang akan lakukan jika mengetahui bahawa anda tidak punya jangka hayat yang lama untuk hidup di dunia kerana faktor umur dan kesihatan?
TOP
Krisis MB: Khalid Enggan Ulas Siapa Bakal Penggantinya
Abdul Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini enggan mengulas mengenai bakal pengganti beliau yang dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang, Selasa ini. Malah, Abdul Khalid juga enggan memberi sebarang komen berhubung proses penyerahan tugas jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu. "Tiada...kita sudah setuju tidak boleh buat komen sehingga Selasa (majlis angkat sumpah)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Shah Alam City Ride' anjuran Tourism Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini. Menteri Besar itu juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya perancangan beliau seterusnya apabila mengakhiri tugas secara rasmi kelak. "(Perkara itu) akan diumumkan selepas Selasa," jawabnya ringkas. Persoalan mengenai siapa pengganti Abdul Khalid masih belum terjawab sehingga kini walaupun pihak Istana Selangor pada Khamis lepas, telah mengesahkan bahawa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani semalam dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin ini bergantung kepada perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali dan ADUN Cempaka Iskandar Abdul Samad disebut-sebut sebagai calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15 itu. Bagaimanapun, akhbar The Star hari ini melaporkan Sultan Sharafuddin telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan seorang lagi Exco Selangor daripada PAS yang juga Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan pada awal minggu ini. Akhbar itu melaporkan pertemuan itu adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian mereka untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid. Sementara itu, Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang turut enggan memberi sebarang komen ketika diminta mengulas cubaan terakhir PKR untuk memohon menghadap Sultan Selangor. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula dalam satu kenyataan semalam memberitahu parti itu mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan majoriti Adun Pakatan Rakyat di Selangor terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah. "Oleh demikian, PKR merafak sembah memohon limpah perkenaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menghadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah. PKR akan terus menjunjung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang dinaungi Duli Yang Maha Mulia Tuanku," kata Saifuddin.- mstar

Saya Tiada Niat Jatuhkan Hadi - Mat Sabu
Mohamad Sabu.
BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan presiden parti itu. Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kenyataannya kepada media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau hanya mengetuai parti pada sidang akhbar itu. "Tujuan mahu menjatuhkan Presiden tidak ada langsung dalam jiwa. Saya ingin sebut sekali lagi, apa yang saya cakap kepada wartawan adalah hasil mesyuarat. "Pada 17 Ogos itu, saya mengepalai kenyataan kepada wartawan tetapi tidak ada satu titikpun yang saya ubah apa yang ditandatangani Presiden. Keputusan kita, jawatan MB bukan daripada kita (PAS). Begitu juga sidang akhbar pada 7 Sept, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, bukan pandai-pandai tetapi ia juga keputusan mesyuarat," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini, Sabtu. Mat Sabu berkata beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Hadi malah pernah turun padang membantu Anggota Parlimen Marang itu dalam menghadapi pilihan raya umum. Walaupun mempunyai kuasa untuk menandatangani perkara tertentu sekiranya ketiadaan Abdul Hadi namun beliau tetap melakukan rujukan dengan bertemu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi mendapatkan pandangan. "Kalau dia (Mustafa) kata jangan tandatangan lagi, saya tidak lakukannya walaupun presiden tiada, dan (jika) saya patut tandatangannya, itu maknanya saya dan Mustafa bersama-sama dalam membuat keputusan," katanya. Beliau turut melahirkan rasa kecil hati apabila pelbagai tuduhan dilempar terhadapnya namun menyifatkan perkara itu sebagai 'sudah nasib beliau'.- mstar

Azmin Ali Tidak Layak Jadi MB Selangor - Jingga 13
Fariz Musa.
SHAH ALAM: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), "Jingga 13" berpendapat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali tidak wajar dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berikutan tidak mendapat kepercayaan dan mandat daripada parti berkenaan. Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata kemelut jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri Selangor itu akan berpanjangan sekiranya mana-mana calon selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik untuk mengisi jawatan tersebut. "Jingga 13 tetap berpendirian menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu kerana (beliau) telah pun memenuhi segala syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor termasuk mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini, Sabtu. Fariz yang juga bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR berkata demikian ketika mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin, Pesuruhjaya PAS Iskandar Abdul Samad dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan pada awal minggu ini. Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian mereka untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid. Nama Mohamed Azmin yang juga Anggoat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan Iskandar yang juga ADUN Cempaka disebut-sebut sebagai calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15 itu. Ini susulan pengesahan daripada pihak Istana Selangor pada Khamis lepas, bahawa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani semalam dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin. - mstar

Penceroboh Lompat Pagar White House
WASHINGTON: Kakitangan White House dan wartawan kembali ke bangunan itu selepas mendengar penjelasan pemindahan pada Jumaat malam kerana terdapat penceroboh di kawasan tersebut, jelas saksi Reuters.
Presiden Barack Obama meninggalkan kawasan itu dengan menaiki helikopter Marine One ke Camp David, berhampiran Maryland apabila pasukan bersenjata, skuad Perkhidmat Rahsia mengarah semua yang berada di White House untuk berpindah.
Bagaimana pun mereka dibenarkan masuk setengah jam kemudian, jelas saksi itu lagi.
Anggota Perkhidmat Rahsia itu berkata, satu isyarat dikenal pasti apabila penceroboh itu melompat pagar White House.
Tiada penjelasan lanjut dinyatakan.- mstar
TOP
Kanak-Kanak Didakwa Dilarikan Ke Pakistan Dalam Keadaan Sihat - Wisma Putra
Zareena Bibi Omar menunjukkan gambar anaknya Ziad Mohammad Talib yang didakwa di bawa lari oleh bekas suaminya. -(gambar fail)
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang didakwa dilarikan ke Pakistan kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tinggal bersama bapanya di Mansehra, Pakistan. Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak berkuasa negara itu memaklumkan bahawa bapa kepada Ziad Mohammad Talib, 9, telah mengemukakan tuntutan cerai terhadap isterinya, seorang rakyat Malaysia dan hak penjagaan kanak-kanak itu secara rasmi di Mahkamah Sivil Mansehra. "Kementerian Luar mengesahkan mengambil tindakan berhubung kes aduan kehilangan Ziad melalui laporan daripada ibu beliau, Zarena Bibi Omar Din pada 14 April. "Hasil kerjasama kerajaan Pakistan, pihak berkuasa Pakistan pada 27 Jun memaklumkan bahawa Mohammad Talib Abdul Rauf dan anaknya tinggal di Mansehra dan berada dalam keadaan sihat," menurut kenyataan itu. Menurut Kementerian Luar, kes itu merupakan kes keluarga yang melibatkan perceraian dan tuntutan penjagaan anak. "Walaupun demikian, Kementerian Luar sentiasa peka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya kepada warga negara Malaysia yang menghadapi permasalahan konsular berdasarkan kapasiti sedia ada," katanya. Pada 15 September lepas, Zarena Bibi pada satu sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional, Ipoh memohon pertolongan daripada Wisma Putra untuk membawa balik anak tunggalnya yang didakwa diculik oleh suaminya, seorang warga Amerika Syarikat, yang berasal dari Pakistan. Zarena Bibi mendakwa, pada 31 Januari lepas, dia dan anaknya telah dipaksa oleh suaminya pergi ke Mansehra, atas alasan untuk melawat keluarga dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 3 Februari. Bagaimanapun, apabila mereka tiba di rumah keluarga Mohammad Talib pada 2 Februari, beliau mendakwa suaminya itu memberitahu tujuannya adalah untuk melarikan mereka dan mengugut untuk membunuhnya. Beliau mendakwa telah dipukul dan dipaksa menandatangani dua perjanjian dalam Bahasa Inggeris serta Urdu selain diugut tidak akan dihantar pulang ke Malaysia. "Pada 8 Mac, saya telah menerima panggilan daripada suami mengatakan saya akan dihantar pulang dengan syarat menyerahkan rumah, kereta dan duit. "Dua hari kemudian, saya diberikan tiket penerbangan pulang tetapi anak saya masih ditahan oleh keluarga suami di sana," dakwa Zarena Bibi.- mstar

Jemaah Haji Dinasihat Jauhi Kawasan Banjir Kilat
MAKKAH: Jemaah haji dinasihat supaya menjauhkan diri dari kawasan banjir kilat dan mengelak berjalan meredah banjir jika paras air melebihi lutut.
Ini antara garis panduan keselamatan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi untuk memastikan keselamatan jemaah haji di Makkah dan tempat ibadat semasa musim haji, demikian menurut laporan akhbar Arab News pada Sabtu.
Jabatan itu juga mengingatkan para jemaah dan organisasi haji agar tidak mendirikan khemah di kawasan lembah kerana hujan sekali-sekala boleh menyebabkan banjir.
"Ada kalanya semasa hujan dan banjir, jemaah perlu bergerak ke kawasan tinggi," tambahnya.
Jabatan itu juga menasihati jemaah supaya lebih berhati-hati pada waktu malam kerana lebih sukar melihat kawasan banjir.
Jemaah juga dilarang memasak kecuali di tempat yang dibenarkan dan tidak menggunakan dapur gas bagi mengelak kebakaran di kawasan perkhemahan. - mstar
TOP
Wisma Putra: Pelajar Malaysia di Yaman Selamat
PETALING JAYA: Wisma Putra sedang memantau rapat pergolakan semasa yang berlaku di Yaman, terutamanya pemberontakan yang dilakukan puak Houthi terhadap kerajaan.
Mereka turut mengesahkan semua pelajar Malaysia di negara tersebut berada dalam keadaan selamat.
"Buat masa ini, Kedutaan Malaysia di Sana'a mengesahlam semua rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang menuntut di Yaman berada dalam keadaan selamat," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu.
"Terdapat kira-kira 440 pelajar (357 lelaki, 45 perempuan dan 33 kanak-kanak) yang berada di Shamlan dan Mazbah. Mereka telah ditempatkan dalam bangunan sementara yang disediakan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Sana'a.
Pihak kementerian dan Kedutaan Malaysia menasihatkan semua rakyat Malaysia sentiasa berjaga-jaga dan mengelakkan diri daripada kawasan berisiko tinggi dan tempat diadakan himpunan beramai-ramai.
"Oleh kerana tahap keselamatan di Yaman masih belum stabil, pihak kementerian berharap semua rakyat Malaysia harus menangguhkan sementara perjalanan ke Yaman," menurut kenyataan tersebut.
Pihak kementerian juga memohon kerjasama daripada rakyat Malaysia yang berada di Yaman supaya berdaftar dengan pihak kedutaan, sekirannya mereka belum berbuat demikian.
Ketidastabilan politik kini melanda Yaman selepas wujudnya gerakan untuk menggulingkan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.
- mstar
TOP
Saya Tiada Niat Jatuhkan Hadi - Mat Sabu
Mohamad Sabu.
BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan presiden parti itu. Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kenyataannya kepada media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau hanya mengetuai parti pada sidang akhbar itu. "Tujuan mahu menjatuhkan Presiden tidak ada langsung dalam jiwa. Saya ingin sebut sekali lagi, apa yang saya cakap kepada wartawan adalah hasil mesyuarat. "Pada 17 Ogos itu, saya mengepalai kenyataan kepada wartawan tetapi tidak ada satu titikpun yang saya ubah apa yang ditandatangani Presiden. Keputusan kita, jawatan MB bukan daripada kita (PAS). Begitu juga sidang akhbar pada 7 Sept, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, bukan pandai-pandai tetapi ia juga keputusan mesyuarat," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini, Sabtu. Mat Sabu berkata beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Hadi malah pernah turun padang membantu Anggota Parlimen Marang itu dalam menghadapi pilihan raya umum. Walaupun mempunyai kuasa untuk menandatangani perkara tertentu sekiranya ketiadaan Abdul Hadi namun beliau tetap melakukan rujukan dengan bertemu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi mendapatkan pandangan. "Kalau dia (Mustafa) kata jangan tandatangan lagi, saya tidak lakukannya walaupun presiden tiada, dan (jika) saya patut tandatangannya, itu maknanya saya dan Mustafa bersama-sama dalam membuat keputusan," katanya. Beliau turut melahirkan rasa kecil hati apabila pelbagai tuduhan dilempar terhadapnya namun menyifatkan perkara itu sebagai 'sudah nasib beliau'.- mstar
BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan presiden parti itu. Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kenyataannya kepada media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau hanya mengetuai parti pada sidang akhbar itu. "Tujuan mahu menjatuhkan Presiden tidak ada langsung dalam jiwa. Saya ingin sebut sekali lagi, apa yang saya cakap kepada wartawan adalah hasil mesyuarat. "Pada 17 Ogos itu, saya mengepalai kenyataan kepada wartawan tetapi tidak ada satu titikpun yang saya ubah apa yang ditandatangani Presiden. Keputusan kita, jawatan MB bukan daripada kita (PAS). Begitu juga sidang akhbar pada 7 Sept, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, bukan pandai-pandai tetapi ia juga keputusan mesyuarat," katanya. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini, Sabtu. Mat Sabu berkata beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Hadi malah pernah turun padang membantu Anggota Parlimen Marang itu dalam menghadapi pilihan raya umum. Walaupun mempunyai kuasa untuk menandatangani perkara tertentu sekiranya ketiadaan Abdul Hadi namun beliau tetap melakukan rujukan dengan bertemu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi mendapatkan pandangan. "Kalau dia (Mustafa) kata jangan tandatangan lagi, saya tidak lakukannya walaupun presiden tiada, dan (jika) saya patut tandatangannya, itu maknanya saya dan Mustafa bersama-sama dalam membuat keputusan," katanya. Beliau turut melahirkan rasa kecil hati apabila pelbagai tuduhan dilempar terhadapnya namun menyifatkan perkara itu sebagai 'sudah nasib beliau'.- mstar
TOP
Pengalaman Pakar Forensik Kenal Pasti Mangsa Nahas MH17 Akan Dibukukan
Dr Noor Hisham Abdullah
KUANTAN: Kementerian Kesihatan akan mengumpul dan membukukan pengalaman sekumpulan pakar forensik yang terbabit dengan proses mengenal pasti mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Belanda untuk dijadikan rujukan dalam bidang forensik di negara ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengalaman itu merupakan sesuatu yang berharga dan perlu dijadikan asas menyiasat sebarang kes berprofil tinggi di negara ini sekali gus mampu mempercepat tempoh siasatan. "Peluang melakukan siasatan membabitkan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Ukraine amat berharga dan tidak terdapat pada semua negara lain. "Sehubungan itu, kita akan merekodkan segala aktiviti dan peranan yang mereka lakukan sepanjang tempoh siasatan itu malah saya juga sudah sarankan kepada mereka agar mengumpul pengalaman dengan menulis dalam majalah ataupun jurnal perubatan forensik," katanya. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail dan Pakar Perunding Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Dr Mohd Shah Mahmood. Noor Hisham berkata pegawai forensik yang terbabit juga telah membuktikan kehebatan serta kecekapan masing-masing sehingga diiktiraf negara luar. Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua warga perkhidmatan forensik seperti di Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia supaya menjaga kerahsiaan laporan serta gambar bedah siasat mayat agar tidak dimuat naik dalam laman sosial. Katanya, perbuatan menyebarkan segala maklumat berkenaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Perubatan 1971 dan boleh dikenakan tindakan mahkamah serta tatatertib. Sementara itu, Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan kini berusaha menyediakan sebuah Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).- mstar

Penggantungan Pengarah Lembaga Peperiksaan Bukanlah Hukuman
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh, bukanlah suatu hukuman.
"Sebaliknya mereka diberikan tugas lain yang tidak berkaitan dengan Lembaga Peperiksaan. Ia bukanlah satu hukuman," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri Program Chill Fest @ Putrajaya yang bertemakan ‘Melakar Inspirasi” di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.
Penggantungan tugas kedua-dua mereka adalah supaya siasatan boleh dijalankan dengan bebas, katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan penggantungan mereka berdua berkuat-kuasa 12 Sept lepas
sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai.
Ekoran kebocoran kertas soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris itu menyebabkan kedua-dua peperiksaan itu dijadualkan semula pada 30
September ini.
Madinah juga berkata sekiranya ada guru yang didakwa di mahkamah berkaitan kes kebocoran kertas peperiksaan itu, mereka akan digantung tugas dan dipotong
gaji sebanyak 50 peratus berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Pendidikan akan menunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan ke atas guru-guru yang ditahan dan sentiasa
memantau perkembangan terkini.
Sehingga semalam, 14 individu telah ditahan termasuk 12 orang guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera. Selain itu, 22 individu telah dipanggil
untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), 13 guru, seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.
Lebih 2,000 pengunjung telah berkunjung ke program Chill Fest @ Putrajaya, anjuran peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam
Negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan.
Antara acara yang menarik sepanjang program Chill Fest @ Putrajaya termasuk sesi Go Kart dan Pocket Bike, sesi Bual Bicara bersama Ikon Belia Negara seperti
Bryan Nickson Lomas (penerjun negara), Azlan Iskandar (pemain skuasy) negara), Haniff Borhan (selebriti permotoran) dan Siti Saleha (pelakon).- mstar
TOP
Malaysia Benam Kemboja 4-1
Pemain Malaysia Joseph Kalang Tie membuat percubaan menjaringkan gol pertama pasukan negara semasa perlawanan persahabatan menentang Kemboja di Stadium Shah Alam pada Sabtu. Skuad negara berjaya menumpaskan Kemboja dengan 4-1. -Foto BERNAMA.
SHAH ALAM: Selepas kalah dalam dua aksi persahabatan terdahulu, skuad Harimau Malaya akhirnya meraih kemenangan sulung dengan menundukkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam, di sini, malam Sabtu. Kemenangan itu sekali gus memulihkan semula imej skuad kendalian Dollah Salleh itu selepas mempamerkan prestasi hambar dalam dua aksi persahabatan terdahulu. Malaysia kalah 1-4 kepada Tajikistan di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos lalu sebelum kalah 0-2 kepada Indonesia di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia, Ahad lepas. Pada aksi malam ini, skuad kebangsaan mempamerkan corak menyerang menerusi gandingan Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Fakri Saarani sebaik sahaja pengadil dari Brunei, Mohd Hadimin Shahbuddin meniupkan wisel perlawanan. Malaysia berada di depan seawal minit kelapan menerusi Joseph Kalang Tie yang bijak mencuri bola daripada kawalan pertahanan lawan sebelum mudah menolak masuk bola bagi menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yaty. Skuad Harimau Malaya menambah jaringan kedua pada minit ke-15 menerusi jaringan pemain Kemboja, Moul Daravron yang menampan masuk bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan tampanan bola daripada Sou Yaty. Bersambung babak kedua, perlawanan kembali seimbang dengan pasukan Kemboja cuba melakukan serangan balas namun skuad negara yang berjaya menambah gol ketiga menerusi Kalang Tie pada minit ke-65 yang bijak memanfaatkan hantaran daripada pemain gantian, Bobby Gonzalez. Kemboja yang tidak berputus asa kembali menyusun permainan dan berjaya menghukum kealpaan barisan pertahanan negara hasil percubaan Sok Chanraksmey pada minit ke-80. Kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Baddrol Bakhtiar mengesahkan kemenangan mutlak skuad Harimau Malaya selepas meledak gol keempat pada minit ke-82 menerusi sepakan kencang daripada luar kotak penalti. Dalam pada itu, Dollah kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun menang bergaya kerana beliau masih mencari pemain yang mampu mencipta banyak peluang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol. "Kalau nak diikutkan, saya masih tidak berpuas hati dengan persembahan pasukan malam ini tetapi saya anggap kemenangan ini satu suntikan semangat kepada pasukan. "Malam ini, saya lihat Joseph merealisasikan satu permainan yang saya idamkan namun saya masih belum temui 22 pemain untuk Kejohanan Piala AFF Suzuki pada November ini," kata pengendali kelahiran Melaka itu. Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Tae Hoon Lee, memuji persembahan Malaysia yang telah memberi pengalaman berguna kepada barisan mudanya. Kemboja sedang membuat persiapan menghadapi pusingkan kelayakan Piala AFF Suzuki di Laos pada pertengahan bulan depan. "Malaysia mempunyai barisan pemain yang baik...pasukan kami perlu memperbaiki dari segi teknikal dan kemahiran," kata jurulatih Korea Selatan itu. Beliau berkata mereka akan bertemu dengan Indonesia pada perlawanan persahabatan pada 29 Sept ini. Skuad Harimau Malaya akan menentang Terengganu pada perlawanan amal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, Rabu ini.
Mereka akan melengkapkan aksi persahabatan antarabangsa berdepan Jordan pada 11 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penjaring:
Malaysia: Joseph Kalang Tie (minit kelapan dan 65'), Moul Daravron (15'- gol sendiri), Baddrol Bakhtiar (82').
Kemboja: Sok Chanraksmey (80')
Pengadil: Mohd Hadimin Shahbuddin (Brunei).

Skuad Lelaki & Wanita Hanya Mampu Tempat Kelima
INCHEON: Meskipun jaguh trek negara Azizulhasni Awang mencatatkan masa peribadi terbaik 22.1 saat namun ia hanya membantu skuad negara menduduki tempat kelima dalam acara pecut berpasukan lelaki pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini, Sabtu.
Pada saingan di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini, skuad negara dibarisi trio Azizulhasni, Muhammad Edrus Md Yunus dan Josiah hanya mengumpul catatan masa satu minit 02.077s.
"Saya buat masa perbadi terbaik pada pusingan pertama dan ini menyuntik semangat saya untuk teruskan perlumbaan dalam acara pecut individu dan keirin nanti," kata Azizulhasni.
Acara pecut berpasukan dimenangi oleh trio Korea Selatan Son Jeyong, Im Chaebin dan Kang Dongjin manakala pingat perak oleh pasukan China dibarisi Xu Chao, Hu Ke dan Bao Saifei.
Pingat gangsa menjadi milik skuad Jepun yang dibarisi Tomoyuki Kawabata, Seiichiro Nakagawa dan Kazunari Watanabe.
Sementara itu, gandingan negara Fatehah Mustapa dan Jupha Somnet turut menduduki tempat kelima dalam acara pecut berpasukan wanita dengan catatan masa 46.988s.
China dengan pelumba Zhong Tianshi dan Gong Jinjie merangkul emas diikuti perak oleh Korea Selatan menerusi gandingan Lee Hyejin dan Kim Wongyeong dan pingat gangsa oleh gandingan Hsiao Mei Yu dan Huang Ting Ying dari Taiwan.- mstar
TOP
Keputusan Liga Perdana Inggeris
BERIKUT ialah keputusan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL):
QPR 2 - 2 Stoke
Aston Villa 0 - 3 Arsenal
Burnley 0 - 0 Sunderland
News Castle 1 - 2 Hull
Swansea 0 - 1 Southampton
- mstar
QPR 2 - 2 Stoke
Aston Villa 0 - 3 Arsenal
Burnley 0 - 0 Sunderland
News Castle 1 - 2 Hull
Swansea 0 - 1 Southampton
- mstar
TOP
Zahid Beri Amaran Tegas Cubaan Bawa Keluar Sabah, Sarawak Dari Malaysia
Ahmad Zahid Hamidi.
LUMUT: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap beberapa individu termasuk mereka yang menetapkan di luar negara serta ahli politik yang cuba menghasut untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Malaysia. Beliau berkata polis sedang melakukan siasatan terhadap mereka yang telah dikenal pasti dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan. Beliau berkata ada dalam kalangan individu terbabit bersekongkol dengan kesultanan yang tidak wujud lagi dengan dijanjikan jawatan tertentu jika meletakkan Sabah dan Sarawak di bawah kesultanan itu. "Saya minta mereka hentikan perbuatan itu sebelum mereka menanggung akibatnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Lumut di sini hari ini. Ahmad Zahid, yang juga naib presiden Umno, berkata individu dalam kumpulan kecil ini mengambil peluang memperbesar-besarkan isu itu dan menghasut rakyat kedua-dua negeri itu. Beliau berkata Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan sama sekali tidak timbul soal kolonialisme baharu. "Mereka (kedua-dua negeri) tahu dari segi peruntukan, pendapatan yang diperolehi mereka adalah kecil berbanding dengan peruntukan yang datang dari peringkat persekutuan," katanya. Jelasnya, pungutan suara atau 'referendum' oleh Suruhanjaya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia telah di disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ia masih berkuat kuasa hingga sekarang.- mstar

Astro Jawab Kenapa Siaran Kerap Kali Diulang
Jika dilihat pada laman Facebook Astro, banyak soalan yang diajukan oleh pengguna kepada admin laman berkenaan. Yang bagusnya, boleh dikatakan setiap post di balas oleh admin page berkenaan.
Salah satu pelanggan telah merungut secara terbuka di page berkenaan mengenai kekerapan Astro mengulangi program televisyennya. Pelanggan tersebut, Mohd Ashaari menulis seperti berikut:
“Astro setiap tahun ulang-ulang saja ceritanya. Astro.. Astro..”.
Rungutan ini telah dibalas dengan panjang lebar oleh admin page berkenaan.
Diringkaskan, admin page berkenaan menjelaskan Astro sebenarnya mengulangi program TV mereka supaya mereka yang terlepas siaran boleh menontonnya semula siaran tersebut di lain waktu kerana kelainan jadual peribada. Menurutnya juga, syarikat tersebut sememangnya beroperasi berdasarkan prinsip ulangan siaran.
Rasanya, mungkin Astro boleh buat kajian mengenai jadual rakyat Malaysia supaya pelanggan lebih berpuas hati.

Produk Makanan Tradisional Budu Cap Ketereh Kini Dalam Tiub
TUMPAT – Produk makanan tradisional budu yang lazimnya dipasarkan di dalam botol kini melalui proses inovasi apabila dijual dalam bentuk tiub seperti ubat gigi.
Inisiatif itu diambil oleh pengeluar budu terkenal Budu Cap Ketereh di sini menerusi inovasi yang dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).
Pengusahanya Mat Ismail Jusoh berkata beliau mendapat ilham memodenkan pembungkusan budu keluaran syarikatnya selepas melawat China beberapa tahun lepas.
“Setelah saya memperkenalkan pembungkusan dalam bentuk peket sekitar beberapa tahun lepas, saya menerima maklum balas daripada pelanggan yang turut mencadangkan budu diisi di dalam tiub yang lebih mudah diguna.
“Malah, pembungkusan di dalam tiub ini juga menyelesaikan masalah penggemar yang mahu membawa budu ketika ke luar negara kerana pek di dalam botol memang tidak dibenarkan dibawa dalam penerbangan,” katanya yang ditemui pemberita selepas pelancaran kilang budunya di Kampung Ketil oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, hari ini.
Katanya budu itu boleh diperoleh dalam tiub 100 mililiter dan sudah berada di pasaran sejak enam bulan lalu.
“Diharapkan dengan pembungkusan dalam tiub yang moden dan bersih ini juga akan membantu usaha menembusi pasaran antarabangsa,” katanya yang tidak menolak kemungkinan akan mengurangkan pembungkusan menggunakan botol secara berperingkat jika budu di dalam tiub mendapat sambutan baik.
Usahawan berusia 63 tahun itu berkata beliau mengusahakan perniagaan itu lebih 30 tahun lalu selepas bekalan ikan bilisnya banyak dan tidak terjual.
“Pada peringkat awal saya hanya membuat budu secara kecil-kecilan dan dalam tempoh beberapa tahun berjaya mendirikan kilang,” katanya yang kini mempunyai 80 pekerja dengan pengeluaran 4,000 botol setiap hari serta mencatat nilai jualan RM10 juta setahun. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment