TOP
Tetak Kepala Bapa Dengan Parang Di Kelantan
KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku tidak salah atas tuduhan menetak bapanya di kepala dengan parang, di mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Aqram Mhd Ariffin, 25, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya itu di alamat Jalan Bukit Buloh, Pulai Chondong, Machang.
Dia didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Mhd Ariffin Awang, 56, dengan menggunakan sebilah parang pada jam 8.30 pagi, 5 September lalu.
Pada prosiding itu, tertuduh memohon dibicarakan dan memberitahu mahkamah bahawa dia tindak dapat mengingati apa-apa yang berlaku ketika itu.
Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian menetapkan sebutan semula pada 15 Oktober depan. Sementara tertuduh tidak dibenarkan jaminan.
Pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Hilwani Mat Rifin, manakala, tertuduh pula tidak diwakili peguam.
Terdahulu, susulan penafian daripada tertuduh, Intan memohon kes berkenaan ditangguhkan sementara menunggu laporan perubatan mangsa.
Dalam kejadian lalu itu, Mhd Ariffin dikatakan berada di dalam rumah dan secara tiba-tiba didatangi tertuduh dari luar rumah dengan memegang sebilah parang.
Mhd hanya sempat bertanya ‘nak apa’ kepada anaknya itu sebelum tertuduh menyerangnya dengan tetakan parang di kepala sehingga dia mendapat kecederaan parah. Tertuduh didakwa sudah lama ketagihan dadah. – Sinar Harian Online
TOP
28 Kanak-Kanak Prasekolah Terminum Cecair Pencuci
Kanak-Kanak berusia tiga dan empat tahun yang mengalami sakit perut akibat terminum cecair pencuci dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
NEW JERSEY: Seramai 28 kanak-kanak prasekolah dan dua dewasa terminum cecair pencuci ketika waktu rehat di sebuat pusat jagaan pada Khamis. Mereka kemudian dikejarkan ke hospital selepas ada yang mengadu mengalami rasa tidak selesa dan panas dalam perut. Kanak-kanak terbabit berusia antara tiga dan empat tahun. Semua mangsa berada di Pusat Pembelajaran Growing Tree di tengah New Jersey. Lima ambulans digunakan bagi membawa 30 mangsa terbabit ke Pusat Perubatan Jersey City apabila panggilan kecemasan ke talian 911 dibuat. Jurucakap hospital, Mark Rabson berkata, sesetengah mangsa mengadu pening, manakala yang lain sakit perut. “Menjelang tengah hari semua 30 mangsa berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital,” katanya. Walaupun mengalami keracunan, Rabson berkata, kebanyakan kanak-kanak itu berjalan sendiri atau dibantu ibu bapa masing-masing. Katanya, mereka tiba di hospital dengan tersenyum. Pusat penjagaan prasekolah itu dimiliki Kesatuan Cerebral Palsy Hudson yang terbuka kepada semua golongan kanak-kanak. Ketika ini ada 65 kanak-kanak berusia daripada bayi hingga empat tahun ditempatkan di situ. Pengarah eksekutif pusat itu, Keith Kearney berkata, seorang petugas di bahagian dapur menuang cecair pencuri dalam sebuah botol ke dalam gelas untuk diminum kanak-kanak terbabit. “Ia adalah bekas plastik susu yang digunakan semula sebagai bekas cecair pembersih. “Label yang dilekatkan pada botol itu tidak cukup besar untuk disedari kakitangan berkenaan,” katanya. Ketika kejadian, kata Kearney, kanak-kanak di pusat jagaan itu berehat sambil makan buah-buahan serta minuman apabila seorang petugas di situ terhidu bau yang kuat. Dia kemudian segera melaporkan mengenai bau itu kepada pihak pentadbiran. Pasukan penyelamat dikejarkan ke situ secepat mungkin selepas panggilan kepada nombor 911 dibuat. Mangsa kemudian diberi minuman serta susu bagi mengurangkan kesan cecair pencuci itu. - mstar

Indonesia Batal Beli Mercedes Untuk Presiden, Menteri
Jokowi ketika diumumkan memenangi pilihan raya presiden pada Julai lalu.
JAKARTA: Joko Widodo memuji keputusan kerajaan membatalkan pembelian kereta mewah jenama Mercedes-Benz untuk digunakan bakal presiden dan menteri kabinet baharu negara itu kerana menganggapnya sebagai perbelanjaan tidak perlu. "Ia langkah yang betul. "Tindakan itu juga menunjukkan kita mula berbelanja dengan berhemat dan berhati-hati menggunakan wang negara," kata pemimpin yang dikenali dengan nama Jokowi itu. Baru-baru ini kerajaan Susilo Bambang Yudhoyono meluluskan pembelian kereta berkenaan untuk dijadikan kenderaan rasmi kabinet Jokowi. Kereta model Kelas E 400 itu sepatutnya dibeli dengan perbelanjaan kira-kira RM25 juta. Walaupun begitu Jokowi keberatan menggunakan kereta mewah itu kerana menganggap kenderaan sedia ada, Toyota Crown Royal Saloons, masih baik dan boleh digunakan dengan selesa. Dalam beberapa lawatannya sebelum ini pun, bakal presiden Indonesia yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober ini menggunakan kereta Kijang atau bas ketika membuat lawatan rasmi. Orang ramai turut menyatakan kemarahan dengan perbelanjaan kerajaan membeli kereta baharu itu. Pengumuman pembatalan belian itu dibuat Setiausaha Negara Indonesia, Sudi Silalahi pada Rabu. - mstar

Firma Gergasi & Kewangan Britain Ancam Keluar Dari Scotland Jika Pilih Merdeka
The Royal Bank of Scotland mengancam akan memindahkan operasi ke England jika warga Scotland memilih untuk meninggalkan kesatuan United Kingdom dan menjadi sebuah negara merdeka sepenuhnya.
> Beribu dikhuatiri hilang pekerjaan jika Scotland memilih untuk keluar dari UK minggu depan
> Boleh dikatakan kesemua institusi perbankan mahu meninggalkan negara itu
> Firma minyak dan gas gergasi BP dan Shell tidak menyokong Scotland keluar dari UK
> Scotland tidak mempunyai bank pusat untuk keluarkan mata wang sendiri
> Orang-ramai mula memindah keluar wang simpanan dari bank-bank di Scotland
THE Royal Bank of Scotland (RBS) mengumumkan pada Khamis bahawa mereka akan menghentikan operasi di negara itu jika para pengundi mengundi untuk membawa Scotland keluar dari kesatuan United Kingdom (UK) dalam referendum yang akan berlangsung seminggu dari sekarang. Rakyat Scotland akan mengundi Khamis depan sama ada akan terus berada di dalam kesatuan yang sudah berusia 307 tahun itu atau memilih untuk merdeka sepenuhnya. Jika Scotland memilih untuk merdeka, RBS menegaskan yang mereka akan memindahkan semua operasi mereka ke England. Keputusan tersebut merupakan satu tamparan kepada para pengerak pemisah kerana setakat ini kebanyakan institusi kewangan dan juga firma-firma besar menunjukkan penolakan mereka kepada kemerdekaan Scotland sepenuhnya. Setakat ini tinjauan yang dijalankan menunjukkan 53 peratus warga Scotland enggan berpisah dari kesatuan UK manakala baki 47 peratus lagi pro merdeka. Firma gergasi seperti John Lewis dan Waitrose mengeluarkan kenyataan yang menyatakan para pembeli di Scotland berhadapan dengan kemungkinan kenaikan harga barangan harian seandainya mereka memilih untuk keluar dari kesatuan UK. Manakala dua firma minyak dan gas, British Petroleum dan Shell juga turut menolak sebarang langkah untuk Scotland meninggalkan kesatuan UK. RBS, yang beroperasi dari Scotland sejak penubuhannya pada 1727 telah membuat keputusan untuk berpindah ke England jika bangsa Scotland membuat keputusan meninggalkan kesatuan UK. Bukan sahaja RBS malah Kumpulan Perbankan Lloyds yang mempunyai dua buah institusi kewangan terbesar iaitu Halifax dan Bank of Scotland dengan kekuatan 16,000 staf beroperasi di Scotland sahaja semalam turut membuat keputusan yang serupa - memindahkan operasi dan ibu pejabat mereka ke London jika rakyat Scotland bersetuju untuk berpisah dari kesatuan UK.
Bank ketiga terbesar di Scotland, Clydesdale, dilaporkan bakal membuat keputusan yang serupa manakala Standard Life Bank pula berkata mereka akan memindahkan separuh daripada operasi ke England sekaligus meletakkan lebih 5,000 kakitangannya berhadapan dengan risiko kehilangan kerja. Sementara itu Perdana Menteri, David Cameron, telah melakukan lawatan segera ke Edinburgh, ibu kota Scotland untuk merayu para penduduk di sana menolak cadangan kemerdekaan kerana ia akan membawa bencana kepada ekonomi kedua-dua buah negara. Dalam ucapannya dalam satu pertemuan awam, perdana menteri Britain itu hampir-hampir menitiskan air matanya apabila beliau berkata; "Hati saya akan berkecai jika Scotland memutuskan untuk keluar dari kesatuan UK." Cameron berkata yang syarikat-syarikat gergasi seperti Lloyds, Standard Life, Tesco Bank, Scottish Widows dan Virgin Bank kesemuanya menggaji tidak kurang dari 13,000 pekerja di Edinburgh sahaja dan ini semua akan terjejas jika mereka memutuskan untuk memindahkan operasi mereka ke England. Adalah difahamkan yang berjuta pound steling, wang hasil simpanan pencen dan pemegang akaun yang lain telah mula dipindahkan dari Standard Life, yang merupakan salah sebuah firma perbankan yang terbesar di Scotland kerana khuatir dengan suasana tidak menentu berhubung referendum yang akan dijalankan minggu depan itu. Institusi kewangan itu yang ditubuhkan di Edinburgh pada 1825, mempunyai lebih 5,000 staf di Scotland sahaja manakala 500 lagi staf bertaburan di serata UK. Tetapi masalah terbesar Scotland ialah, ia tidak memiliki bank pusat sepertimana England untuk mengeluarkan mata wang sendiri dan mengawal kadar faedah sepertimana bank-bank pusat yang lain. Dalam pada itu, dua firma gergasi minyak dan gas - BP dan Shell - masing-masing mempunyai pekerja sehingga 10,000 orang di Scotland. Jika kedua-duanya memindahkan operasi keluar dari Scotland, ia adalah malapetaka kepada beribu kakitangan di negara itu. BP dalam kenyataan medianya menegaskan; "BP percaya prospek masa depan industri minyak di Laut Utara adalah yang terbaik jika berada di dalam kesatuan United Kingdom." Referendum untuk menentukan sama ada rakyat Scotland memilih untuk terus kekal di dalam kesatuan UK atau merdeka diputuskan oleh parlimen Britain dua tahun sudah selepas Parti Nasionalis Scotland membawa usul untuk menyerahkan kuasa menentukan masa depan negara mereka di tangan bangsa dam warga Scotland sendiri. - mstar

Dua Beranak Berdepan 420 Pertuduhan Seleweng 12 Juta Liter Minyak Subsidi
Lim Heap Hoe dan bapanya Lim Ah Hua mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan hakim. Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.
ALOR SETAR: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas 420 pertuduhan menyeleweng minyak bersubsidi berjumlah 12,286,347 liter membabitkan nilai RM24.6 juta tahun lepas. Lim Ah Hua, 70, dan anak lelakinya, Lim Heap Hoe, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan Hakim Ibrahim Osman. Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Oktober untuk sebutan semula kes. Mereka masing-masing berdepan 140 kesalahan individu membabitkan 137 pertuduhan gagal menyediakan penyata jualan kepada pembeli sejurus selesai jualan barang berjadual, dua pertuduhan gagal menyelenggara buku stok seperti yang disyaratkan dan satu pertuduhan menjual kepada pihak yang tidak dibenarkan selaku pemborong. Bagi kesalahan ini, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat Megasen Sdn Bhd di Batu 5, Simpang Empat, Mukim Pengkalan Kundur di sini antara 2 September dan 12 November 2013 mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22(4) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, dan bagi kesalahan serta seterusnya, hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua beranak turut berdepan 140 pertuduhan sama sebagai pengarah syarikat berkenaan. Bagi kesalahan ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kedua serta seterusnya. Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Khairul Fikrie Zubaidi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Loo Yook Khin. - mstar

Mahkamah Tolak Saman RM4.2 Juta Terhadap Kamaruddin Siaraf, Kerajaan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menolak saman RM4.2 juta oleh bekas Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Omar Awang terhadap bekas Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan kerajaan Malaysia berhubung pertukaran ke bahagian lain dan penurunan gred jawatan.
Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Omar membayar kos sebanyak RM50,000 kepada kedua-dua defendan (Kamaruddin dan kerajaan).
Dalam penghakimannya, Vazeer Alam memutuskan bahawa kandungan surat bertarikh 12 Mei 2009 berhubung pertukaran Omar ke bahagian lain perkhidmatan awam serta penurunan gred jawatan tidak mempunyai unsur fitnah atau membawa sebarang maksud fitnah.
"Mahkamah berpendapat sedemikian berdasarkan keterangan khusus bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu Tan Sri Dr Rais Yatim di mana beliau menyatakan bahawa keputusan untuk tidak menyambung pelantikan plaintif sebagai rektor adalah keputusannya dan defendan pertama (Kamaruddin) hanya mengajukan keputusan itu kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara," katanya.
Beliau berkata, kandungan surat tersebut dilindungi oleh "perlindungan bersyarat" iaitu ia dihantar oleh defendan pertama dan menyampaikan keputusan serta hasrat Menteri kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara yang mempunyai kepentingan dan hak untuk menerima maklumat tersebut.
Berhubung aduan penyalahgunaan kuasa, Vazeer Alam berkata, tindakan yang dilakukan oleh Kamaruddin dalam urusan berhubung kenaikan pangkat serta pemindahan dan penukaran plaintif ke jawatan dan jabatan lain adalah mengikut kehendak dan nilaian menteri yang mendapati tahap kefasihan bahasa Inggeris plaintif untuk jawatan Setiausaha Bahagian Antarabangsa adalah tidak mencukupi.
"Pada masa itu gred hakiki plaintif adalah M54 dan beliau hanya menyandang jawatan gred Jusa B (secara pinjaman) semasa di Aswara sebagai rektor dan gred Jusa C sebagai Setiausaha Bahagian di KPKK (secara pertukaran sementara). Penyandangan kedua-dua jawatan ini oleh plaintif bukanlah secara tetap," katanya.
Vazeer Alam berkata, Omar tidak boleh mengatakan beliau seharusnya dinaik ke pangkat gred Jusa B daripada gred hakikinya M54 dan mahkamah tidak dapat menerima aduan plaintif bahawa Kamaruddin telah menyalahgunakan kuasanya dalam mengesyorkan kenaikan pangkat Omar daripada gred M54 ke Jusa C.
Pada 24 Febuari 2012, Omar memfailkan saman dengan menuntut ganti rugi RM4.2 juta terhadap Kamaruddin dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan mengeluarkan surat berunsur fitnah sehingga beliau ditukar ke bahagian lain perkhidmatan awam serta diturunkan pangkat.
Dalam pernyataan tuntutannya, Omar berkata, pada 12 Mei 2009, Kamaruddin didakwa dengan niat jahat telah menyalahgunakan kuasanya untuk menandatangani dan menyebabkan penyiaran surat bertarikh sama dan dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Aswara.
Omar mendakwa perkataan dalam surat itu adalah berunsur fitnah dan berniat jahat yang membawa maksud Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu memutuskan untuk tidak melanjutkan peminjaman beliau sebagai rektor Aswara.
Beliau berkata, pada atau lebih kurang 4 Disember 2009, Kamaruddin dengan niat jahat dan salah guna kuasa menandatangani dan menyebabkan sepucuk surat dikeluarkan, dengan menukarkan dan menempatkannya kepada sektor lain serta menurunkan pangkatnya daripada Gred Utama B (Terbuka) kepada Gred M54 tanpa apa-apa sebab munasabah.
Omar yang diwakili peguam G.Ravi Shankar memberitahu pemberita beliau akan merayu terhadap keputusan itu ke Mahkamah Rayuan.
Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom dan Normastura Ayub mewakili Kamaruddin dan kerajaan Malaysia.- mstar
TOP
Hakim Tak Anggap Blade Runner Bunuh Kekasih
Pictorius menangis teresak-esak ketika Masipa membacakan penghakiman kes bunuh kekasihnya pada Khamis.
PRETORIA: Oscar Pistorius terlepas sabitan membunuh tanpa niat kekasihnya, Reeva Steenkamp dalam kejadian pada hari Valentine tahun lalu, bagaimanapun atlet berkaki kudung itu besar kemungkinan didapati bersalah kerana cuai. Walaupun terlepas sabitan itu, Pistorius atau dikenali sebagai Blade Runner masih boleh dipenjara sehingga 15 tahun kerana bertindak melulu ketika menembak teman wanitanya. Hakim Thokozile Masipa ketika membacakan penghakiman di mahkamah memaklumkan, tiada cukup bukti untuk tertuduh didapati bersalah merancang membunuh atau membunuh. Bagaimanapun, Masipa menangguhkan prosiding mahkamah pada 1.30 petang Khamis dan akan memberi penghakiman penuh berhubung kes itu pada Jumaat. Dalam mahkamah yang penuh sesak, Masipa berkata, dia berasa Pistorius bertindak secara melulu apabila melepaskan empat das tembakan melepasi pintu tandas di rumahnnya pada subuh Hari Valentine tahun lalu. Pistorius, 27, dituduh membunuh kekasihnya yang berusia 29 tajun itu selepas mereka dilaporkan bertengkar. Pistorius melepaskan tembakan ke arah Reeva ketika model Afrika Selatan itu bersembunyi di dalam tandas menyebakan dia terkena peluru di kepala, lengan dan pinggang. Atlet itu mendakwa dia tersalah sangka Reeva adalah penceroboh yang memecah masuk ke rumahnya. Masipa berkata, walaupun mungkin Pistorius berdepan dengan penceroboh, dia masih boleh mengambil tindakan lain seperti menghubungi polis untuk mengelak kematian. Kata Masipa, walaupun pendakwa bertegas Pistorius memang berniat membunuh Reeva selepas mereka bertengkar semalaman, fakta yang dikemukakan sebagai hujah tidak mencukupi. “Tertuduh tidak boleh disabitkan atas kesalahan membunuh (dengan niat),” katanya. Mengenai keterangan bela diri Pistorius, Masipa berkata, tertuduh adalah “saksi yang teruk” kerana gagal mengawal perasaan dan pada ketika tertentu berdolak-dalik. Ketika orang ramai berasa cemas dan ternanti-nanti keputusan penuh yang bakal menentukan nasib Pistorius selepas mula dibicarakan enam bulan lalu, Masipa kemudian berhenti membacakan keputusannya dan berkata, dia akan menyambung penghakiman pada Jumaat. Disebabkan perbicaraan di Afrika Selatan tidak membabitkan juri, Masipa dijangka menjelaskan dengan teliti mengapa dia dan dua pembantu perundangan membuat kesimpulan bagi kes itu sebelum menyatakan keputusan akhir. “Saya berpendapat tertuduh bertindak terlalu semberono dan menggunakan kekerasan melampau. “Bagaimanapun pendakwa tidak membuktikan melangkaui keraguan munasabah bahawa Pistorius melakukan pembunuhan terancang,” katanya. Pistorius menjadi perhatian ramai kerana kebolehannya dalam sukan balapan walaupun menggunakan kaki palsu. Digelar Blade Runner, kedua-dua kaki Pistorius dipotong dari lutut ke bawah ketika dia berusia 11 tahun selepas dilahirkan dengan kecacatan fibular. Selain bertanding dalam sukan paralimpik, Pistorius turut memberi cabaran dalam sukan olimpik. Masipa berkata, dia juga menolak kemungkinan Pistorius berdepan tuduhan membunuh yang lebih ringan. Ketika Masipa membacakan penghakimannya, Pistorius kelihatan menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh. Masipa akan menyambung penghakimannya hari ini (Jumaat). - mstar

Satelit Measat-3b Berjaya Dilancar Hari Ini
Pelajar antara yang menyaksikan siaran langsung pelancaran satelit terbaharu Malaysia, Measat-3b di Pusat Sains Negara pada Jumaat.
KOUROU (French Guaina): Satelit terbaharu Malaysia Measat-3b berjaya dilancarkan di Pusat Angkasa Lepas Eropah di sini pada 7.05 malam, waktu tempatan, hamis (6.05 pagi waktu Malaysia, Jumaat). Satelit komunikasi bernilai US$350 juta (RM1.12 bilion) itu dilancarkan dalam cuaca panas tropika bertujuan untuk meningkatkan kapasiti satelit Measat Satellite System Sdn Bhd. Pelancaran itu turut disaksikan sekumpulan pegawai kanan kerajaan Malaysia dan sektor swasta termasuk rakan perniagaan utama Measat Global Berhad (Measat) serta empat pelajar sekolah Menengah dari Terengganu. Dengan pelancaran ini, Measat kini mempunyai enam satelit di orbit. Perbezaan waktu antara French Guaina dan Malaysia adalah 11 jam.- mstar

UPSR 2014 Tak Batal, Kecuali Ujian Semula BI, Sains - Kementerian Pendidikan
Idris menunjukkan buku garis panduan prosedur pengurusan dan pengendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia pada sidang media, Jumaat.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan sekali lagi menegaskan bahawa semua kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dibatalkan kecuali Bahasa Inggeris (BI) dan Sains yang berlaku kebocoran. Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tiada pembatalan selain kertas peperiksaan UPSR BI 014/1 dan 014/2, dan Sains 018, 028 dan 038. Katanya, tarikh baharu bagi calon menduduki semula ujian subjek BI dan Sains adalah pada 30 September ini. Mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam, katanya, ia telah diperbaharui tahun lalu selepas dikaji semula dan diperketatkan. "SOP ini adalah rangka kerja dari mula pembinaan soalan, penyeliaan kertas soalan kepada mencetak, pengkotakan, pengedaran sehingga kepada buka dan pengurusan kertas soalan, sambil diiringi polis. Sehingga kini, Lembaga Peperiksaan Malaysia mempunyai prosedur ketat. "Bagaimanapun kita akan mewujudkan satu jawatankuasa bebas yang terdiri daripada individu berprofil tinggi bagi meneliti semula SOP ini," katanya pada sidang media di sini, Jumaat. Kertas soalan UPSR BI 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didapati berlaku kebocoran. Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Khamis mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas berkenaan. Mengulas lanjut, Idris berkata, jawatankuasa bebas itu akan dianggotai pakar dalam pelbagai bidang antaranya teknologi maklumat, keselamatan dan logistik. "Mereka akan memastikan kebocoran ini tidak akan berterusan. Mereka akan memberi nasihat berhubung SOP dan kita akan terus memperketatkannya lagi," katanya. Pada sidang media tersebut, Idris turut menunjukkan buku Garis Panduan Prosedur Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan Awam, Lembaga Peperiksaan Malaysia setebal lebih 800 muka surat, di samping menjelaskan secara ringkas mengenai prosedur ketat pengendalian kertas peperiksaan. - mstar

Suspek Bocor Kertas Soalan UPSR Dikenal Pasti - Idris Jusoh
Akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, calon UPSR terpaksa menduduki semula kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.
PUTRAJAYA: Beberapa suspek yang terlibat membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah dikenal pasti, kata Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, hasil siasatan turut mengesan empat lokasi panas (hotspot) dipercayai bermulanya kes pembocoran kertas soalan UPSR. "Beberapa individu telah dikenal pasti dan kini sedang disiasat oleh polis," katanya pada sidang media di Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini, Jumaat. Idris berkata, ia berdasarkan hasil siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kertas soalan UPSR Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas bagi subjek Sains 018, 028 dan 038 disahkan berlaku kebocoran. Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Khamis mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas berkenaan. - mstar

Empat Sekeluarga Sertai Militan Di Syria
Kanak-Kanak antara mangsa kekejaman perang di negara bergolak Syria.
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri yang baharu bernikah mengambil keputusan meneruskan kehidupan sebagai penjuang militan di Syria bersama 40 rakyat Malaysia lain. Lelaki berusia 37 tahun yang mengahwini janda berusia 47 tahun itu turut membawa bersama dua anak tirinya, iaitu anak isterinya menerusi perkahwinan terdahulu yang berusia 18 dan 14 tahun. Wanita berkenaan serta anak perempuan dan lelakinya itu adalah warganegara Singapura, manakala lelaki berkenaan dilahirkan di Pulau Pinang. Sumber berkata, keluarga berkenaan ke Syria pada November lalu, bagaimanapun tidak menetap di lokasi yang sama. "Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra, manakala anak tiri lelakinya pula bergiat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS). "Isterinya pula bekerja sebagai tukang masak, sementara anak perempuannya mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak pejuang lain di Syria," kata sumber itu. Antara lokasi yang mungkin didiami keempat-empat ahli keluarga berkenaan secara berasingan itu adalah timur Hama, dimana kumpulan militan dipercayai menempatkan pangkalan operasi mereka. Difahamkan, pihak berkuasa sedang memantau rapi pergerakan keluarga terlibat bagi mengetahui bagaimana mereka boleh terpengaruh untuk ke Syria. Dipercayai bekas suami wanita terbabit juga berperanan dalam memastikan keluarga berkenaan ke negara bergolak itu, kata sumber itu lagi. Sebelum ini, The Star melaporkan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara rakyat negara ini yang menyertai IS. Mereka termasuk bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang cedera dalam pertempuran yang meragut nyawa militan rakyat Malaysia paling muda, Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21 pada Selasa. - mstar

Pengkhianat Bocor Kertas UPSR Kena Dihukum Maksimum - Idris Jusoh
Idris dan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Nai'mah Ishak (kanan) menunjukkan karung yang digunakan untuk mengisi kertas soalan UPSR pada sidang media di Kementerian Pendidikan pada Jumaat.
PUTRAJAYA: Pengkhianat yang bertindak membocorkan beberapa kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikenakan hukuman penalti semaksimum mungkin, kata Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau yang menyuarakan rasa dukacitanya berhubung kejadian itu berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana pihak terbabit telah mengkhianati rahsia negara dan mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan 437,175 calon UPSR dan hampir sejuta ibu bapa di seluruh negara. Tambahnya, individu yang terlibat dalam kejadian ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan ikhlas, malah tiada integriti. "Kita perlu cari pengkhianat-pengkhianat yang telah merosakkan dan membocorkan soalan kertas peperiksaan ini dan perlu ditangkap dan dikenakan penalti semaksimum mungkin. "Saya pasti kita akan mendapat kerjasama daripada polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)," katanya pada sidang media di sini, Jumaat. Kertas soalan UPSR Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta Sains 018, 028 dan 038 didapati berlaku kebocoran. Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Khamis mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas berkenaan. Ditanya adakah dalang melibatkan pihak dalaman, Idris enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan polis dan SKMM. "Kita tak boleh kata apa-apa sehingga siasatan tamat kerana sekarang masih dalam siasatan dan kita dengarlah apakah hasil siasatan yang dibuat oleh PDRM dan SKMM nanti. "Kita tahu mereka telah mengesan pengkhianat-pengkhianat yang kita harap akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya. - mstar

Jangan Salahkan Seluruh Penjawat Awam - GPMS
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan dan penjawam awam secara keseluruhannya tidak wajar dipersalahkan berhubung kes kebocoran soalan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ketidakwajaran itu kerana ramai penjawat termasuk guru menjalankan tanggungjawab dengan mematuhi peraturan atau undang-undang dan etika perkhidmatan awam.
"Tidak dapat dinafikan insiden ini mencemarkan kredibiliti dan integriti Kementerian Pendidikan serta imej penjawat awam secara keseluruhan walaupun siasatan masih dijalankan.
"Bagaimanapun, diharap rakyat memahami bahawa ini adalah angkara pihak yang boleh dikategorikan sebagai penjenayah kerana tidak jujur, tidak ikhlas dan tidak berintegriti, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, pada Jumaat.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, kerajaan harus sentiasa memandang serius dan tegas terhadap sebarang insiden melibatkan penjawat awam menerima rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan serta pecah amanah.
Beliau menambah, langkah itu penting kerana ia bukan sahaja membawa kesan kepada perkhidmatan awam itu sendiri malah kepada masyarakat dan negara secara umumnya.
Khamis, kementerian mengumumkan penangguhan peperiksaan subjek Sains UPSR kepada 30 September selepas menerima laporan berlaku kebocoran.
Lembaga Peperiksaan pula berkata, kertas Bahasa Inggeris yang sepatutnya berlangsung Khamis juga dibatalkan dan akan diadakan semula selepas ia didapati bocor.
Irmohizam berkata, selain itu, prosedur operasi standard (SOP) penyediaan kertas peperiksaan juga wajar dikaji semula dan kementerian berkenaan harus mengambil semua langkah sewajarnya untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang. - mstar
TOP
Anwar Nafi Setuju Laksana GST
Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan. Anwar berkata, disebabkan wujudnya bantahan pada ketika itu, GST tidak pernah dilaksanakan ketika era beliau mengetuai perbendaharaan negara. Sebaliknya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan pelaksanaan GST itu sebagai 'tidak jujur dan mengelirukan'. "Di Parlimen saya nyatakan dengan jelas GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan. "Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, tiada ketirisan dan mengelakkan daripada berlakunya rasuah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau turut menekankan agar GST perlu dilaksanakan pada tahap yang rendah di peringkat awal. Pada sesi taklimat GST Rabu lalu, Najib dilaporkan berkata, beliau bukanlah menteri kewangan pertama yang mengusulkan GST, sebaliknya Anwar adalah menteri pertama yang berbuat demikian. Najib dipetik sebagai berkata, Anwar pernah mengumumkan pada Bajet 1992 bahawa GST akan diperkenalkan pada tahun berikutnya. GST akan diperkenalkan pada 1 April tahun depan dan telah ditetapkan pada jkadar enam peratus, bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan semasa. - mstar

Siswi Dipenjara Kerana Saksi Bola Tampar Lelaki
Ghoncheh Ghavami ditempatkan dalam kurungan berasingan selama 40 hari di Penjara Evin.
LONDON: Seorang bekas siswi Sekolah Kajian Timur dan Afrika (SOAS) di Universiti London dipenjara kerana menghadiri pertandingan bola tampar lelaki di Teheran, Iran. Ghoncheh Ghavami, 25, menyertai protes bersama sekumpulan aktivis lain bagi membantah undang-undang Iran yang melarang wanita menghadiri sukan untuk lelaki. Sumber berkata, wanita itu ditahan dan dipenjara di Evin sebelum dibebaskan. Bagaimanapun, kata sumber itu, Ghavami ditangkap semula apabila dia kembali ke Penjara Evin untuk mengambil barangan peribadinya. “Difahamkan Ghoncheh (Ghavami) ditempatkan dalam kurungan bersendirian selama lebih 40 hari,” katanya. Menurut akaun Facebook Persatuan SOAS Iran, Ghavami mungkin dipenjara dua bulan lagi sementara menunggu perbicaraan. - mstar

Van Gaal Jelaskan Mengapa Man Utd Jual Danny Welbeck
Danny Welbeck (dua dari kanan) bersama rakan-rakan baru di Arsenal.
PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal menjelaskan, penyerang England Danny Welbeck dijual kepada Arsenal kerana pemain itu tidak setanding dengan keupayaan Wayne Rooney, Robin Van Persie serta Radamel Falcao dalam menjaringkan gol. Tegas Van Gaal, Welbeck, hanya sekadar mencatatkan 29 jaringan gol sahaja daripada 142 perlawanan keseluruhannya untuk United berbanding nisbah gol yang dihasilkan Wayne Rooney atau Robin van Persie.
"Tentang Falcao jangan cakaplah...rekod jaringan golnya di mana sahaja dia bermain adalah luar biasa. Semasa latihan pertamanya bersama saya semalam, dalam sentuhan pertamanya sahaja dia telah menjaringkan gol. Itu adalah Falcao," ujarnya dalam sidang akhbar untuk memperkenalkan Falcao dan seorang lagi pemain baru iaitu pemain terbaik Belanda 2013 - Daley Blind pada Khamis.
Van Gaal menegaskan yang dia telah memberi peluang kepada semua pemain termasuk pemain-pemain muda untuk menunjukkan apa yang mereka boleh tawarkan. "Anda bertanya mengapa United menjual Danny Welbeck, dan ini adalah jawapan saya...Dia telah berada di kelab ini sejak berusia sembilan tahun dan selepas dipinjamkan kepada Sunderland Danny telah bermain selama tiga musim di sini tetapi malangnya dia tidak memiliki rekod pencapaian yang dimiliki oleh Van Persie atau Rooney dan itulah standard yang kita mahukan di kelab ini dan itulah juga mengapa kami membenarkan dia berhijrah ke kelab lain. "Tetapi untuk mengatakan dengan menjual Danny bermakna telah berakhirnya era dan masa depan pemain-pemain muda dan akademi adalah tidak benar sama sekali. Saya ingin tegaskan yang ini tidak akan berlaku di Manchester United. Ia adalah polisi Manchester United dan ia juga adalah sebab mengapa saya berada di sini sekarang iaitu untuk memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk menyerlah. "Sepanjang saya berada di sini, saya telah bercakap dengan Danny Welbeck dan juga Chicharito [Javier Hernandez] sebelum Manchester United membawa masuk Falcao. Saya telah membuka peluang kepada mereka untuk membuktikan kebolehan mereka terlebih dahulu," ujarnya. Oleh hal yang demikian, pengurus asal Belanda itu sekaligus menafikan yang Manchester United telah mengenepikan polisi membimbing dan memberi peluang kepada pemain-pemain akademi sepertimana yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson sepanjang tempoh 26 tahun dia bersama kelab tersebut. United dibawah Van Gaal telah membelanjakan £150 juta pada musim panas ini untuk membawa enam pemain bertaraf dunia termasuklah pemain sayap Argentina dan Real Madrid, Angel di Maria dan penyerang Columbia serta AS Monaco, Radamel Falcao dalam usaha mereka untuk kembali ke pertandingan Eropah musim depan. Mereka perlu berakhir sekurang-kurangnya di tangga keempat untuk layak ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Bekas-bekas pemain dan juga jurulatih United telah melahirkan kebimbangan mereka, kehadiran pemain-pemain ternama serta penjualan Welbeck dengan harga £16 juta kepada Arsenal akan menyaksikan berakhirnya era serta peluang pemain-pemain akademi untuk bersaing dalam skuad utama. Welbeck sepertimana David Beckham, Paul Scholes, Gary dan Phil Neville, Nicky Butt dan penolong pengurus sekarang, Ryan Giggs adalah produk akademi kelab berkenaan yang kemudiannya muncul sebagai bintang-bintang ternama yang menjadi tunjang kekuatan Manchester United selama lebih 10 tahun. Tegas Van Gaal lagi kemunculan bintang-bintang ternama dunia bukan untuk menidakkan polisi membangunkan pemain-pemain akademi tetapi sebaliknya adalah untuk memastikan United kembali dengan segera di dalam kelompok elit kelab bolasepak Eropah dan dunia. United menduduki tangga ketujuh di bawah bimbingan David Moyes musim lalu dan kegagalan mereka untuk bersaing dalam liga Eropah musim ini akan menyaksikan mereka kehilangan pendapatan sehingga £50 juta dalam bentuk royalti penyiaran siaran langsung, hadiah kemenangan serta kutipan jualan tiket. Van Gaal juga menegaskan, barang diingat bahawa sejak musim baru ini bermula, 14 pemain telah meninggalkan United sama ada secara pinjaman atau kekal dan mereka hanya membawa masuk enam pemain baru. Oleh yang demikian, katanya, terdapat lapan lagi kekosongan tempat untuk direbuti oleh pemain-pemain muda. James Wilson yang muncul wira muda dalam perlawanan terakhir musim lalu yang menyaksikannya menjaringkan dua gol dalam perlawanan pertamanya bersama pasukan senior perlu bersaing untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Welbeck.\ Kata Van Gaal, Jesse Lingard dan Tyler Blackett masing-masing telah membuktikan yang mereka mampu bersaing dengan pemain-pemain senior dalam tiga perlawanan pertama musim ini.
PERBANDINGAN KEUPAYAAN TIGA PENYERANG UNITED MENYUMBAT GOL MUSIM LALU
ROBIN VAN PERSIE: 59 perlawanan/38 gol
WAYNE ROONEY: 56 perlawanan/29 gol
DANNY WELBECK: 52 perlawanan/10 gol
- mstar

Kalau Ada £1 Bilion Boleh Beli Tottenham
Gambaran artis stadium baru kelab Tottenham Hotspur yang akan mula dibina musim depan. Foto: Tottenham FC
PEMEGANG saham utama kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs, Joe Lewis dikatakan bersedia untuk menjual kelab itu pada harga £1 bilion. Portal berita Britain, Mirror Sport melaporkan usahawan berusia 77 tahun itu sudah bersedia untuk memungut semula pelaburannya selama bertahun-tahun bersama kelab itu. Bagaimanapun, jika ada pembeli, pemilik baru itu bukan sahaja perlu melaburkan £1 bilion untuk menguasai saham majoriti malah dia perlu juga menanggung kos pembinaan stadium baru kelab yang dianggarkan bernilai £400 juta. Spurs kini di peringkat akhir rundingan dengan pihak berkuasa tempatan untuk memulakan pembinaan stadium baru mereka yang apabila siap kelak mampu menampung 56,250 penonton. Lewis membeli saham majoriti kelab berkenaan dari tangan pemilik asalnya, Alan Sugar pada 2001 hanya pada harga £22 juta. - mstar

Jumlah Penumpang Jatuh Di KLIA, KLIA2
Sepanjang bulan Ogos, MAHB berjaya mengendalikan sejumlah 6.89 juta penumpang di KLIA, KLIA2 . -Foto EPA.
SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, yang dikendalikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan penurunan jumlah pelancong sebanyak 6.1 peratus daripada 4.28 juta kepada 4.02 juta pada Ogos tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Menurut data awal yang dikeluarkan MAHB, lapangan terbang lain turut mencatatkan penurunan pergerakan penumpang sebanyak 3.8 peratus kepada 2.87 juta pada bulan Ogos. Sepanjang Ogos, MAHB telah mengendalikan sejumlah 6.89 juta penumpang di dua lapangan terbang berkenaan, dengan mencatatkan penurunan sebanyak 5.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, iaitu 7.27 juta penumpang. MAHB berkata, pelancong domestik dan antarabangsa turut mencatatkan penurunan masing-masing, sebanyak 3.8 peratus dan 6.4 peratus. "Ogos 2014 adalah bulan yang agak mengecewakan berbanding dengan Ogos 2013. Jika diimbas kembali Ogos 2013 mencatatkan peningkatan trafik paling tinggi sebanyak 27.8 peratus. Begitu juga pada Ogos 2012, hal ini kerana dalam tempoh tersebut perayaan utama seperti Hari Raya, musim cuti sekolah jatuh pada Ogos. "Bagaimanapun Ogos tahun ini, pertumbuhan negatif dicatatkan disebabkan peningkatan yang agak luar biasa tinggi pada 2013," menurut laporan MAHB. Laporan itu menyebut, penurunan trafik domestik di KLIA telah dijangka kerana syarikat penerbangan tempatan lebih memfokuskan untuk mengembangkan laluan antarabangsa. Antara Januari hingga Ogos ini, pergerakan trafik penumpang meningkat sebanyak 7.9 peratus dengan mencatatkan 54.6 juta penumpang jika dibandingkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Sektor domestik dan antarabangsa berkembang masing-masing sebanyak, 7.4 peratus hingga 8.3 peratus, yang bersamaan dengan 32.3 juta atau peningkatan sebanyak 6.1 peratus penumpang yang menggunakan KLIA. MAHB berkata, aktiviti promosi pelancongan telah dikurangkan secara jelas ekoran insiden kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17 yang dilihat memberi kesan negatif kepada pergerakan trafik domestik dan antarabangsa. Laporan itu menambah, kesan terhadap trafik domestik disebabkan oleh perubahan percutian yang jelas terutama sekali melibatkan perjalanan domestik antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. - mstar

Maybank Kim Eng, Maybank Raih 15 Anugerah Industri
KUALA LUMPUR: Maybank Kim Eng dan Maybank baru-baru ini berjaya menggondol 15 anugerah industri, kata Maybank Kim Eng dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dua belas anugerah berkenaan daripada Alpha Southeast Asia, tiga daripada Asian Banking and Finance dan bakinya daripada FinanceAsia.
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Kim Eng Group, John Chong berkata, Maybank Kim Eng menyifatkan penghargaan itu sebagai satu galakan yang besar.
"Ini adalah pengiktirafan kepada komitmen kami yang dari dulu lagi telah menyampaikan penyelesaian inovatif dan produk yang memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami di rantau ini dan pelaburan berterusan kami dalam teknologi untuk memberikan platform dagangan inovatif yang berkhidmat untuk meningkatkan pengalaman perdagangan mereka dengan kami.
"Kami mahu terus membina prestasi yang positif yang akan membolehkan kita mengekalkan kedudukan kepimpinan serantau dan mengukuhkan kehadiran kami di rantau ini dengan matlamat menjadi sebuah kuasa besar kewangan serantau," katanya. - mstar
TOP
Industri Komunikasi Dan Multimedia Catat Pertumbuhan Perolehan 4.5 Peratus Pada 2013
Mohamed Sharil Tarmizi
KUALA LUMPUR: Industri Komunikasi dan Multimedia (C&M) mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus dalam perolehan kepada RM53.4 bilion pada tahun lepas berbanding RM51.1 bilion pada 2012. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, telekomunikasi merupakan penyumbang utama, menguasai hampir 85 peratus daripada perolehan, diikuti dengan penyiaran (11 peratus) dan selebihnya merupakan sektor pos dan lain-lain (empat peratus). "Tumpuan kami sejak beberapa tahun lepas ialah untuk membolehkan orang ramai disambungkan melalui perkhidmatan jalur lebar. Sehingga 2013, terdapat 20.3 juta pelanggan jalur lebar, 88.7 peratus adalah pengguna jalur lebar mudah alih, manakala bakinya pengguna talian tetap. "Pada 2014 dan seterusnya, rakyat Malaysia dijangka terus mendapat manfaat daripada infrastruktur telekomunikasi yang dibina lebih 10 tahun lepas. "Bagaimanapun, kita perlu membina lebih banyak infrastruktur dan mempercepatkan pertumbuhan telekomunikasi untuk maju ke arah gaya hidup digital yang produktif," kata beliau semasa membentangkan Laporan Prestasi Industri 2013, di sini, Khamis. Beliau yang memberi contoh kredit dalam talian sebagai satu lagi sektor pertumbuhan lain, berkata nilai perbankan internet pada 2013 berjumlah RM3,457 bilion dengan pelanggan meningkat kepada 15.6 juta berbanding hanya 2.6 juta pada 2005. Sharil berkata, SKMM akan berusaha untuk menyediakan liputan yang lebih meluas bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar melalui pelancaran 4G LTE pada 2013 untuk mencapai liputan penduduk sehingga 50 peratus menjelang 2017. - mstar

Undang Luak Jelebu Meninggal Dunia
SEREMBAN: Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab, 77, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) pada kira-kira 7.30 malam hari Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata Musa meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di rumahnya di Gedong Lalang, Ampangan di sini.
"Undang Luak Jelebu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)," katanya.
Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Undang Luak Jelebu (kediaman rasmi) di Kuala Klawang, malam ini dan akan dikebumi selepas solat Zohor, esok.
Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di HTJS ialah Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zailan Adnan. - BERNAMA
TOP
Polis Seludup Syabu Ditangkap Semula
Jakarta – Dua anggota polis Indonesia yang ditangkap di Malaysia kerana membawa sejumlah dadah syabu tiba di Kalimantan Barat kelmarin dan ditangkap pihak berkuasa sejurus selepas itu.
Ketua Polis Kalimantan Barat, Brig Jen Arief Sulistyanto berkata dua pegawai polis terbabit tiba di Pontianak tengah hari kelmarin menaiki pesawat udara.
“Saya sendiri menahan mereka,” katanya.
Idha Endri Prastiono yang juga Pengarah Antinarkotik Kalimantan Barat bersama M P Harahap ditangkap polis Malaysia minggu lalu ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ketika pemeriksaan pihak berkuasa menemui 3.1 kilogram dadah bersama kedua-dua mereka.
Suspek kemudian dibebaskan Selasa lalu selepas dipersetujui kes berkenaan akan ditangani pihak berkuasa Indonesia.
Katanya, untuk sementara Idha akan didakwa mengikut undang-undang antirasuah manakala rakannya dituduh melanggar disiplin.
Kata Arief, Idha disyaki mencuri dadah yang sepatutnya menjadi bahan bukti.
Sebuah kereta Mercedes-Benz turut dirampas daripada seorang warga Malaysia, Chiew Yem Khuan, pada Ogos lalu atas dakwaan menyeludup dadah di Kalimantan Barat. – Agensi/Harian Metro
TOP
Jet Eksekutif Hilang Di Republik Dominican
SANTO DOMINGO, Republik Dominican – Sebuah jet eksekutif dilaporkan hilang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Las Americas, di sini, hari ini, kata pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.
Jurucakap Penerbangan Awam, Hector Olivo berkata, pesawat enjin berkembar Hawker Siddeley membuat penerbangan dari Santo Domingo ke Punto Cana di timur negara berkenaan tetapi tidak sampai ke destinasi.
Olivo berkata, pihak berkuasa melancarkan operasi semalam mencari pesawat berkenaan dan tidak dapat dipastikan jumpa mangsa di dalamnya.
Setakat ini, Agensi Keselamatan Khas Lapangan Terbang berkata, hanya juruterbang dan pembantu juruterbang disahkan berada di dalam jet itu. – AP/ BH Online
TOP
Guru Di Johor Suspek Utamma Bocor Soalan
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Suspek yang disyaki bertanggungjawab membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga menyebabkan 473,175 calon terpaksa menduduki semula matapelajaran berkenaan 30 September ini, dipercayai telah ditahan oleh pihak polis.
Utusan Malaysia difahamkan, guru tersebut telah ditahan di Johor hari ini dan sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan dibuat esok.
"Betul. Seorang guru telah ditahan di Johor,’’ kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan semalam mengumumkan kertas Sains 018, 028, 038 UPSR didapati bocor dan peperiksaannya yang dijadual hari ini terpaksa ditangguhkan. - Utusan
TOP
Kedah bina 40,000 rumah 2018
Abdul Mutalib (kiri) bertukar dokumen dengan Izham (kanan) dan disaksikan oleh Mukhriz dan Jamaludin di Majlis Menandatangani "Master En Bloc Purchase Agreement", semalam.
KERAJAAN Negeri Kedah akan membina 40,000 rumah mampu milik dan kos sederhana menjelang akhir 2018 bagi menyelesaikan masalah penduduk negeri itu yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri menyasarkan 6,000 rumah akan dibina pada setiap tahun untuk memberikan kemudahan kepada penduduk di negeri itu terutamanya orang muda. Menurutnya, setakat ini, pada 2013, sebanyak 6698 unit rumah dibina dan 1349 unit adalah rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), manakala pada 2014, sebanyak 9,100 unit rumah dibina. “Pembinaan tersebut menunjukkan kita melepasi sasaran 6,000 unit setiap tahun. Kebanyakan harga rumah kos rendah di Kedah di bawah RM160,000, manakala rumah mampu milik RM220,000 hingga RM240,000. “Harga rumah PR1MA di Kedah adalah kurang 20 peratus berbanding harga pasaran,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani ‘Master En Bloc Purchase Agreement’ antara Perbadanan PR1MA Malaysia dan Darulaman Realty Sdn Bhd yang juga anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB). PR1MA diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias, manakala BDB diwakili Datuk Izham Yusoff. Mukhriz berkata, kerajaan negeri bersama anak syarikatnya, BDB mempunyai 1,000 ekar tanah yang akan membangunkan rumah PR1MA. “Antara kawasan dibangunkan ialah Pokok Sena, Langkawi dan Kulim. Kita juga rancang membina Lapangan Antarabangsa Kulim di Sidam Kiri, pastinya kawasan Kulim akan membangun dengan adanya kawasan perumahan dan sebagainya,” katanya. Pengerusi PR1MA, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis berkata, PR1MA menjangkakan projek baharu PR1MA, PR1MA Rumah Ibu akan dibina di beberapa negeri antaranya di Kedah dan Perak awal tahun depan. “Projek tersebut yang membina rumah satu bilik dan tiga bilik itu menyasarkan golongan yang baharu berkahwin serta ibu tunggal yang belum mempunyai rumah sendiri dan bekerja sendiri serta melakukan kerja kampung. Harga rumah dan tanah ditentukan mengikut kawasan, PR1MA telah menerima permohonan PR1MA Rumah Ibu daripada penduduk tempatan” katanya. Katanya, setakat ini, lebih daripada 700,000 warga Malaysia mendaftar, daripada jumlah itu, sebanyak 10,335 merupakan dari Kedah. Sementara itu, Izham berkata, perumahan PR1MA di Kuala Ketil, melibatkan 323 unit rumah teres dua tingkat mempunyai jumlah luas keseluruhan adalah 19.714 ekar. “Kita bina 949 unit rumah di Kuala Ketil dengan kos nilai pembangunan kasar (GDV) adalah RM220 juta dan menjualnya 323 unit kepada PR1MA dengan nilai GDV adalah RM72 juta,"katanya.

Ketidaksamaan punca pertumbuhan ekonomi merosot
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
MESKIPUN kestabilan dan pertumbuhan semakin pulih di banyak negara di dunia, pertumbuhan ekonomi akan mula merosot apabila berlaku ketidaksamaan dan jurang pendapatan yang melebar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau berkata pengalaman menunjukkan bahawa krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi meningkatkan kitaran kemiskinan dan isi rumah miskin dianggarkan kehilangan lebih 10 kali pendapatan mereka berbanding isi rumah purata. "Justeru itu peranan keterangkuman kewangan menjadi semakin besar sebagai kaedah untuk menambah baik kehidupan dan sebagai kaedah untuk mengukuhkan daya tahan kewangan daripada kelemahan," kata Zeti dalam ucap tama beliau di Forum Dasar Global Perikatan bagi Rangkuman Kewangan (AFI) 2014 di Trinidad and Tobago pada 9-11 Sept yang bertemakan "Global Partnerships, National Goals, Empowering People." Teks ucapan beliau dikeluarkan kepada Bernama oleh Bank Negara Malaysia hari ini. Keterangkuman kewangan menyediakan peluang untuk menabung bagi masa depan, melabur dan menjana pendapatan dan sebagai perlindungan daripada keadaan yang sukar, katanya. "Kestabilan dan keadaan global yang bertambah baik menyediakan peluang kepada kita untuk mempercepatkan agenda keterangkuman kewangan sebagai satu elemen penting global," kata Zeti. Beliau berkata langkah penting telahpun diambil untuk menambah baik akses kepada perkhidmatan kewangan. Dalam tempoh tiga tahun yang singkat, beliau berkata AFI telah memainkan peranan penting dalam merangsang komitmen dari negara-negara ahli bagi mengukuhkan dasar keterangkuman kewangan. Langkah itu telah membantu 20 juta yang tidak memiliki akaun bank untuk mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan. "Namun, kami harap dapat mencapai lebih daripada hanya akses," kata Zeti sambil menambah akses perlu dilengkapkan dengan perkhidmatan kewangan berkualiti. Beliau berkata ramai daripada yang dipinggirkan mungkin mendapati perkhidmatan kewangan di sediakan kepada mereka, tetapi ia mungkin bukan pada keadaan diperlukan atau kualiti yang boleh menyediakan janji sebenar peningkatan ekonomi. "Terdapat keperluan besar untuk menyediakan ciri-ciri yang responsif kepada kekangan dihadapi oleh mereka yang telah dipinggirkan. "Pembiayaan mikro fleksibel bagi sektor pertanian, sebagai contoh, menangani ketidakpadanan aliran tunai antara pembayaran semula tetap kepada bank dan aliran pendapatan tidak teratur petani disebabkan oleh tanaman bermusim," katanya. Inovasi seterusnya juga melibatkan pewujudan platform bagi penyimpan sepadan dengan mereka yang memerlukan pembiayaan, kata Zeti. - Bernama

Lebih 400,000 mangsa banjir masih terperangkap
MANGSA banjir menaiki sebuah bot untuk berpindah di Srinagar, India kelmarin.
NEW DELHI - Lebih 400,000 orang masih terperangkap selepas banjir melanda wilayah Kahsmir yang ditadbir India, menurut beberapa laporan semalam. Situasi getir itu berlaku ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus untuk sampai kepada mangsa bagi mengagihkan makanan dan air. Kira-kira 215 orang meninggal dunia sejak minggu lalu selepas wilayah Jammu Kashmir dilanda banjir terburuk dalam tempoh satu abad. "Kami tidak pasti jumlah sebenar korban melainkan jika banjir surut sepenuhnya dan pasukan penyelamat dapat sampai ke kawasan yang terjejas," kata seorang pegawai tempatan di ibu negeri wilayah Jammu, Srinagar. "Paras air sungai utama, Sungai Jhelum turun satu meter tetapi cabaran getir kami masih di Srinagar yang mana lebih 400,000 orang terperangkap," kata seorang pegawai lain yang dipetik agensi berita IANS. Sebahagian besar Srinagar masih ditenggelami air manakala lebih ramai petugas penyelamat yang dibantu Tentera Laut India dihantar untuk membantu operasi menyelamat. Sejumlah mangsa terpaksa menunggu di bumbung kediaman mereka selama berhari-hari untuk diselamatkan susulan hujan lebat yang turun sejak awal bulan ini. - dpa

Pemberontak Ukraine cemburu referendum Scotland
BEBERAPA poster prokemerdekaan dilekatkan pada tingkap sebuah hartanah di bandar Selkirk, Scotland semalam.
KIEV - "Kenapa England tidak mengebom sahaja puak pemisah di Scotland," soal seorang penyokong pemberontak pro-Rusia di Ukraine dalam satu komen di laman jaringan sosial Twitter. Sejak kebelakangan ini, puak pemberontak pro-Rusia dan penyokong mereka di timur Ukraine kerap menggunakan media sosial untuk memperlekeh pungutan suara yang bakal diadakan di Scotland pada 18 September ini. Referendum tersebut akan menentukan masa depan Scotland sama ada merdeka atau kekal bersama UK seperti sejak 300 tahun dahulu. "Saya sanggup pergi untuk membantu mereka mengadakan referendum itu," kata seorang pemimpin pemberontak di Ukraine, Boris LitvinovI. Selain komen tersebut, pemberontak pro-Rusia turut menyiarkan montaj menunjukkan ketua negara UK, Ratu Elizabeth II meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya menghalang kemerdekaan Scotland. "Obama, penduduk Scotland mahu berpisah, Tolong halanginya. Tuduh mereka mempunyai sebuah pentadbiran yang jahat dan kejam," kata ratu berkenaan dalam montaj tersebut. Mengulas situasi di Scotland, beberapa pemimpin pemberontak pro-Rusia berkata, jika dunia mengiktiraf referendum di negeri UK itu, dunia juga perlu mengiktiraf aspirasi rakyat Crimea yang memilih untuk berpisah daripada Ukraine dalam pungutan suara pada Mac lalu. Gerakan kemerdekaan di Scotland bagaimanapun berlaku secara aman sekali gus berbeza dengan perjuangan berdarah di Ukraine. Sekurang-kurangnya, 2,700 orang maut sejak tentera Ukraine melancarkan serangan besar-besaran bagi mematahkan perjuangan militia pemisah di timur Ukraine pada pertengahan April lalu. - AFP

Kucing terpaksa bersenam kerana obes
BULU King Leo yang tebal terpaksa dicukur bagi memudahkan ia berjalan.
NASHVILLE - Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan mesin treadmill untuk membantunya mengurangkan berat badan, lapor New York Daily News kelmarin. Kucing berusia 10 tahun itu yang dikenali sebagai King Leo memiliki berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan hampir sukar bergerak akibat kegemukan. Haiwan berkenaan kini ditempatkan di sebuah pusat penjagaan haiwan di bandar ini selepas ia dibuang oleh tuannya. Pusat jagaan tersebut juga terpaksa mencukur bulu kucing berkenaan bagi memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill. "King Leo suka berjalan di atas treadmill dan kami tidak menghadapi masalah untuk membantunya bersenam," kata seorang sukarelawan di pusat jagaan itu. Selain jadual senaman yang ketat, diet pemakanan kucing itu juga dikawal untuk membantu ia mengurangkan berat badan. - Agensi

Singapura Haramkan Penayangan Dokumentari To Singapore, With Love
SINGAPURA 12 Sept. - Kerajaan Singapura mengharamkan penayangan sebuah dokumentari tentang sembilan orang rakyatnya yang hidup dalam buangan, dengan mendakwa isi kandungannya boleh menjejaskan keselamatan negara.
Dokumentari tersebut `To Singapore, with Love’ yang diarahkan oleh pengarah warga tempatan, Tan Pin Pin turut memaparkan temu bual bersama bekas aktivis dan pemimpin pelajar yang melarikan diri dari negara ini dari tahun 1960an hingga 1980an dan kini menetap di negara-negara seperti Britain dan Thailand.
Dikeluarkan Disember tahun lalu, dokumentari berdurasi 70 minit itu telah ditayangkan di beberapa festival filem antaranya di Jerman, Dubai, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. - AFP/Utusan
TOP
Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Jurusolek Anak Saudara
Wahh comel betul adik Umi Umairah nii..Tapi jangan tak percaya yang juru soleknya adalah Dato' Siti Nurhaliza!
Siti, yang juga emak saudaranya, dikatakan menyolek adik Umi ketika menghadiri rakaman program 'Bersama FBI'.
Adik Umi dikatakan gemar bergaya dan berdandan. Dia juga dilihat tidak kekok apabila kamera merakam aksinya didepannya.
Tapi, pujian juga kepada Dato' Siti kerana begitu kemas solekannya sehingga 'menonjolkan' lagi kecomelan adik Umi - SiakapKeli.com
TOP
Anggota pengaman PBB di Golan dibebaskan
WASHINGTON 12 Sept. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa 45 orang anggota pengaman yang diculik dua minggu lalu di Golan telah dibebaskan semalam dalam keadaan baik.
“Seramai 45 orang anggota pengaman dari Fiji telah diserahkan kepada Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (UNDOF) kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia)," kata jurucakap PBB.
Kesemua petugas berkenaan berada di bawah pengawasan UNDOF yang mana bertanggungjawab memantau gencatan senjata yang sudah termeterai di antara Israel dengan Syria pada tahun 1974 di Golan ketika kejadian penculikan tersebut berlaku. - AFP/Utusan
TOP
Makcik Marah Remaja Pakai Baju Seksi Di Tempat Awam
Jangan disangka hanya makcik yang bertudung sahaja yang naik menyampah dengan gaya dan trend pakaian orang muda zaman sekarang yang dah macam tak cukup duit nak beli kain.
Satu video yang dikongsi di laman Youtube merakam bagaimana seorang makcik memarahi gadis yang memakai baju tak cukup kain di kawasan umum, dipercayai sebuah pasaraya di Singapura. Sekali tengok, baju itu memang tak boleh dikategori sebagai baju. Belah belakang tu dah macam koyak teruk. Betul juga tindakan makcik ini menegur perempuan ini. Tapi jika boleh di tapis sedikit penggunaan bahasa tu, rasaya lagi elok - SiakapKeli.com

Anjing Setia Temani Tuannya Walaupun Sudah Tak Bernyawa Di Kluang
Seperti yang kita semua tahu, anjing sememangnya sejenis haiwan yang begitu setia kepada tuannya.
Jika sebelum ini, kita banyak mendengar kisah tentang kesetiaan anjing dari luar negara, beberapa hari lepas satu kisah yang sama telah berlaku di Malaysia. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Kurnia, Kluang itu melihatkan seekor anjing yang setia duduk di sisi mayat tuannya walaupun tuannya itu sudah tidak bernyawa di tepi jalan. Punca warga emas berkenaan meninggal tidak diketahui tetapi dia antara seorang yang biasa dilihat oleh masyarakat sekeliling berjalan kaki sambil membawa sangkar yang berisi burung tekukur sambil ditemani oleh anjingnya.
Ternyata anjing itu tersangat setia dengan tuannya. Sedih bila menatap gambar anjing itu setia menemani tuannya. - SiakapKeli.com

Setiausaha Pas Tumpat diumum bertanding
Wan Rosdi calon Pas
TUMPAT - Seperti yang dijangka, Setiausaha Pas Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim diumumkan sebagai calon Pas yang bertanding pada PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini. Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam keadaan hujan renyai di hadapan 2,000 penyokong Pas di Kampung Padang Tunggul semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun negeri, Datuk Abdullah Ya'kob, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli dan pimpinan kerajaan negeri. Dalam ucapannya, Ahmad berkata, Wan Rosdi merupakan individu yang lama berjuang dalam parti dan rapat dengan masyarakat. Malah katanya, keupayaan Wan Rosdi mengurus program parti selama enam tahun antara sebab khidmatnya perlu dipertingkatkan lagi. "Beliau seorang yang berwibawa, pernah ke luar beberapa kali, kita tidak berselindung (memuji) keupayaan beliau, insya-ALLAH kita yakin beliau mampu meneruskan kerja kerja wakil rakyat," katanya disambut takbir oleh penyokong parti. Sementara itu, Wan Rosdi dalam ucapannya meminta semua parti dalam PR memberi sokongan kepada Pas yang bertanding dalam PRK itu. "Saya akui sedikit gentar, namun kerana perjuangan segalanya dihadapi dengan tabah," katanya yang kehilangan isteri pada 2013. Dijangka Pas dan BN akan menentang satu lawan satu dalam persaingan yang dianggap sengit selepas PRU13. Sebelum ini nama Wan Rosdi antara yang disebut-sebut untuk bertanding selain Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar. Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bekas guru, Mat Razi Mat Ail yang juga AJK Umno Bahagian Tumpat diumumkan sebagai calon. Kerusi Dun tersebut kosong apabila, penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia di Guangzhou, China bulan lalu akibat kanser. Noor Zahidi menang dalam PRU12 (2008) di Dun Pengkalan Kubor (N1) mengalahkan calon PKR, Hassan Berahim dengan majoriti 100 undi dan di dalam PRU13 (2003) Allahyarham sekali lagi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi. Kali terakhir Pas bertanding di kerusi Dun Pengkalan Kubor adalah pada PRU 2004 yang menyaksikan calonnya, Wan Husain Wan Ahmad tewas kepada Noor Zahidi dengan majoriti 714 undi. ─ Sinar Online

Padang Stadium Nasional Dijangka Boleh Diguna Bulan Depan
Stadium Nasional Bukit Jalil.
PETALING JAYA: Stadium Nasional Bukit Jalil yang sebelum ini ditutup sejak Oktober tahun lepas bagi proses pembaikan padang rumput, dijangka boleh digunakan semula bulan depan. Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, buat masa ini pihaknya masih menutup stadium itu bagi sebarang aktiviti untuk memastikan proses pembaikan padang rumput berjalan seperti yang dirancang. Beliau menjelaskan pihaknya turut mendapatkan nasihat daripada pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Abdul Shukor Juraimi bagi memastikan keadaan rumput di stadium itu berada dalam keadaan elok. "Dengan penggunaan 'grow light' yang diimport dari Belanda dan dipasang di kawasan tertentu di sekitar stadium selama 16 jam sehari, saya rasa keadaan padang akan bertambah baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan penajaan Kejohanan Futsal AFF 2014 di Wisma FAM di sini, Khamis. Rozabil berkata, selain kaedah 'grow light' iaitu pemasangan lampu LED bagi mengatasi masalah kekurangan pencahayaan, pihaknya turut memasang kipas bersaiz besar di kawasan tertentu sekitar stadium bagi pengudaraan lebih baik kepada pertumbuhan rumput. Dalam pada itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak membenarkan sebarang aktiviti selain bola sepak dijalankan selepas padang itu dibuka bagi memastikan keadaan rumput tidak terjejas. Katanya, kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati rumput di stadium berkenaan cepat rosak kerana tidak mendapat pencahayaan yang mencukupi selain digunakan untuk aktiviti bukan bola sepak. "Masalah sebegini bukan baharu dan bukan sahaja berlaku di Stadium Nasional malah di beberapa stadium lain," katanya.

AS Kenang 13 Tahun Tragedi 9/11
NEW YORK: Rakyat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengadakan sambutan ulang tahun ke-13 bagi memperingati tragedi serangan 11 September.
Presidennya, Barack Obama berikrar bahawa negara itu tidak pernah 'tunduk kepada ketakutan'. Upacara peringatan itu diadakan di New York dan Washington ketika Obama berjanji akan mengadakan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS), termasuk serangan udara di Syria dan memperluaskan operasi di Iraq. "Sebagai rakyat Amerika, kita mendapat kekuatan daripada anda," kata Obama kepada saudara-mara mangsa di Pentagon - tempat salah satu daripada lokasi serangan insiden 9/11. Obama, isterinya Michelle serta Naib Presiden, Joe Biden sebelum itu bertafakur di Rumah Putih bersama-sama dengan kira-kira 300 kakitangan.
Bendera di Washington dikibarkan separuh tiang.

Yana Samsudin Bertegas Tidak Lakukan Pembedahan Wajah
Wajah Yana Samsudin dahulu (kiri) dan sekarang (kanan). ─ Foto mStar online
PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada wajahnya.
Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, berkata, walaupun sudah berpuluh kali menafikan menjalani pembedahan itu, dia tetap dituduh cuba menyembunyikan hal berkenaan dan tidak bercakap benar. "Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah. "Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu," katanya kepada mStar Online. Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung. Bagaimanapun pelakon filem Adnan Sempit Sawadikap itu menafikannya dan menjelaskan penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 yang menyebabkan tulang rahangnya berubah. Sementara itu, Yana memberitahu, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan. "Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara. "Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti," ujarnya. Bagaimanapun katanya, sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, Yana lebih senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda. "Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas. "Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Yana yang kini menjadi duta kepada produk kopi iaitu Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), bersama aktor Izzue Islam kini sibuk dengan promosi jelajah di seluruh negara. Yana akan berehat daripada lakonan selama sebulan bagi memberi fokus kepada promosi tersebut. ─ mStar online

Video: Satelit keenam negara, Measat-3b dilancar hari ini
SATELIT keenam negara, Measat-3b selamat dilancarkan ke orbit oleh roket pelancar Ariane 5 ECA di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana tepat jam 6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia (7.05 petang Khamis waktu tempatan).
Ini adalah pelancaran satelit ke-75 Ariane 5 ECA dan kali ketiga untuk siri satelit Measat-3.rn Yang turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pengerusi MEASAT Global Berhad (MEASAT), Datuk Umar Abu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems, Paul Brown-Kenyon.
Pada masa sama di Kuala Lumpur, kira-kira 400 pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang yang berkumpul seawal jam 4 pagi di Pusat Sains Negara dijemput untuk menyaksikan pelancaran secara langsung itu.
Satelit berkenaan yang terbesar dan tercanggih seberat 5,897 kilogram berbanding lima satelit sebelum ini dibangunkan dengan kos AS$350 juta (RM1.13bilion) oleh MEASAT sejak Jun 2011 untuk tujuan komunikasi.
Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasa Lepas MEASAT, Dr Ali R Ebadi berkata cuaca yang baik membantu pelancaran satelit pada hari ini yang dijangka beroperasi sepenuhnya 15 Oktober ini.
"Masa 'tingkap' pelancaran adalah 62 minit bermula jam 6.21 petang waktu Kourou dan dalam tempoh itu satelit perlu dilancarkan jika terlepas ia perlu dilakukan keesokannya, justeru tempoh 'tingkap' ini amat penting.
"Ia mengambil masa 27 minit untuk pelepasan Measat-3b daripada roket dan tujuh minit kemudian untuk satelit penumpang Optus 10," katanya menjelaskan apa yang berlaku sewaktu satelit dilancarkan.
Ali berkata, pelepasan itu membolehkan Measat-3b diletakkan ke orbit berputar geostesyen dalam tempoh lima hari oleh enjin khas digelar Apogee.
Selepas panel suria dan antena dikeluarkan, katanya, ia mengambil masa tiga minggu untuk melakukan ujian orbit pada slot 84.5 darjah Timur supaya ia tidak mengganggu operasi Measat-3 dan Measat-3a di slot 91.5 darjah Timur pada ketinggian 35,800 kilometer.
"Apabila tempoh tiga minggu berakhir Measat-3b kemudian dipindahkan ke slot 91.5 darjah Timur bersama Measat-3 dan Measat-3a namun memerlukan dua hari untuk dapat beroperasi sepenuhnya.
"Kemudian barulah saya dapat menyerahkan operasi satelit kepada pusat arahan di Cyberjaya," kata Ali, seorang warga Iran yang terbabit dalam pembuatan Measat-3 sejak 1996.

Najib tiba di Azerbaijan untuk lawatan rasmi
BAKU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam ini bagi lawatan rasmi pertamanya ke Azerbaijan selama dua hari atas jemputan Presiden republik itu, Ilham Aliyev.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev di sini, jam 9.30 malam (12.30 tengah malam waktu Malaysia) dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama Azerbaijan, Yakub Abdulla Oglu Eyyubov; Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman; Duta Besar Malaysia di Azerbaijan, Datuk Roslan Abdul Rahman; dan pegawai kanan Kementerian Luar.
Memulakan atur cara yang padat hari ini, Perdana Menteri akan menghadiri istiadat sambutan rasmi di Istana Presiden di Zugulba, di sini, jam 10.20 pagi waktu tempatan (jam 1.20 tengah hari Malaysia).
Ia disusuli dengan pertemuan empat mata dengan Aliyev sebelum kedua-dua pemimpin akan mengadakan mesyuarat dua hala antara Malaysia-Azerbaijan.
Sebaik selesai, kedua-dua pemimpin akan menandatangani Deklarasi Bersama Mengenai Hubungan Persahabatan dan Kerjasama Malaysia-Republik Azebaijan serta pemeteraian Perjanjian Kerjasama Ekonomi, Saintifik dan Teknikal (TBC) dan dua Memorandum Persafahaman (MoU) berkaitan latihan diplomat dan penerokaan minyak.
Selepas mengadakan sidang media bersama dengan Aliyev, Perdana Menteri akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ajdarbay (Biru) serta menziarahi kubur negarawan Azerbaijan, Heydar Aliyev di Makam Yasamal.
Ini diikuti pada sebelah petangnya apabila Najib akan menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Meja Bulat Perniagaan Bersama ahli perniagaan Malaysia-Azerbaijan dan diikuti majlis pembukaan rasmi Kedutaan Malaysia di Baku.
Perdana Menteri turut dijadual mengadakan kunjung hormat ke atas rakan sejawatannya, Arthur Rasizade pada sebelah malam, sebelum kedua-duanya diraikan dalam majlis makan malam rasmi yang dihoskan Rasizade. ─ BH Online
TOP
Pengurus pasukan Portugal, Paulo Bento Letak Jawatan
LISBON: Pengurus pasukan Portugal, Paulo Bento meletakkan jawatan atas persefahaman bersama, menurut Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF), hari ini.
Portugal tersingkir awal daripada Piala Dunia 2014 pada peringkat kumpulan, Julai lalu walaupun skuad berkenaan diketuai penyerang bintang, Cristiano Ronaldo.
Pasukan berkenaan turut kalah 0-1 kepada Albania dalam perlawanan peringkat kumpulan, kelayakan Euro 2016 di gelanggang sendiri, Ahad lalu. - AFP
TOP
Pukul Pencuri Tabung Masjid Sampai Mati, Pengawal Keselamatan Dipenjara 18 Bulan
DARI depan: Pondri, Iweldo dan Mohd. Aswenry dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. ─ Foto Kosmo
AMPANG JAYA – Tindakan keterlaluan tiga pengawal keselamatan yang membelasah seorang remaja lelaki yang cuba ‘memancing’ wang tabung masjid sampai mati memakan diri apabila mereka dipenjara selama setahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Manira Mohd. Nor menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh, Mohd. Aswenry Majon, 31, yang berasal dari Kota Marudu, Sabah dan dua warganegara Indonesia, Iweldo Putra, 20, dan Pondri Neriko, 21, mengaku salah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan terhadap mereka. Mengikut pertuduhan pindaan, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan niat bersama telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah ke atas Mohamed Shah Reza Fauzi@Muhammad, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Pandan Indah di sini pada pukul 5 pagi, 3 Disember tahun lalu. ─ Kosmo

Rugi RM600,000 kerana tamakkan duit RM1
Kajang: Seorang ahli perniagaan kehilangan RM600,000 selepas diumpan penjenayah dengan taktik menabur beberapa not kertas RM1 di atas jalan.
Dalam kejadian jam 1.15 petang kelmarin, mangsa yang berusia 53 tahun menjadi mangsa tipu helah dua penjenayah berhampiran kawasan Industri Taman Jaya, Balakong, di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian jenayah itu dipercayai dilakukan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai mengekori mangsa dari bank.
Menurutnya, mangsa yang menjalankan perniagaan fabrik dan pakaian dikatakan baru mengeluarkan RM600,000 untuk membayar gaji pekerjanya.
“Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke syarikatnya terkejut apabila mendapati tayar kereta dipandu bocor mendadak.
“Susulan itu mangsa pergi ke sebuah kedai kereta berhampiran untuk menukar tayar keretanya itu,” katanya, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang menunggu giliran menukar tayar keretanya bagaimanapun terlihat seorang wanita melambai-lambai tangan ke arahnya.
“Wanita itu menunjukkan isyarat tangan seolah-olah mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan dan melihat sesuatu di atas jalan.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa keluar dari keretanya sebelum mendapati beberapa keping wang bertaburan di atas jalan tidak jauh dari keretanya,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang leka mengutip wang itu bagaimanapun tidak menyedari seorang lelaki mengambil kesempatan menyusup masuk ke dalam kenderaannya.
“Suspek mengambil beg berisi RM600,000 itu yang diletakkan mangsa di tempat duduk hadapan kenderaan sebelum melarikan diri. “Mangsa menyedari diperdaya apabila mendapatinya beg miliknya ghaib. Mangsa segera membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.
Polis percaya kegiatan jenayah itu dilakukan pasangan warga asing.
“Mangsa yang diambil keterangan mendakwa sudah menjadi kebiasaan dia mengeluarkan wang tunai sebanyak itu pada tarikh berkenaan untuk membayar gaji pekerjanya.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
TOP
22 Tahun Saya Gagal Ubah Orang Melayu - Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gagal mengubah persepsi bahawa orang Melayu merupakan satu kaum yang malas.
Bagaimanapun jelasnya, persepsi itu turut diletak di atas bahu orang Melayu sendiri yang disifatkan malas untuk berubah.
"Orang Melayu malas ... saya kata tidak, tetapi 22 tahun saya perintah negara, saya akui gagal mengubah sikap orang Melayu ini," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap merasmikan buku #WahaiMelayu karya terbaharu Anas Zubedy.
Ia ditulis untuk memberi inspirasi dan meningkatkan motivasi golongan usahawan muda Melayu agar lebih berdaya saing.
Kata pengantar buku itu ditulis Dr Mahathir sendiri.
Buku dengan tema "Allah tak akan ubah nasib Melayu, kalau kita Melayu tak nak ubah diri kita sendiri" dilihat tepat dengan perjuangan bangsa dengan memastikan kewujudan Melayu dalam persaingan moden era globalisasi.
Dalam pada itu, ketika ditanya 'perhubungannya' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini katanya;
"Saya masih tidak sokong dia."
Dr Mahathir sebelum ini menyatakan menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Bekas Perdana Menteri keempat, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dr Mahathir berkata, pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah selain membuktikan sokongan rakyat semakin berkurangan.
Bagaimapun Dr Mahathir mengakui tetap akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada akhir November ini.
"Saya akan hadir jika dijemput, saya masih ahli UMNO, saya ada hak untuk menghadiri mesyuarat itu," ujarnya.
Dalam perkembangan berlainan, Dr Mahathir menjelaskan, pembentangan Bajet 2015 kini dilihat lebih mementingkan orang lain daripada kaum sasar.
Dalam pada itu kata Anas, penerbitan itu diharap dapat meningkatkan semangat juang usahawan dan membolehkan mereka bermuhasabah mengenai kebolehan diri sendiri.
"Saya harap buku ini dapat manfaatkan tips serta panduan yang dikongsi untuk menjadi lebih produktif dan efisien," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Anas Zubedy semasa melancarkan buku bertajuk #WahaiMelayu' di Kuala Lumpur - Gambar Astro AWANI
Buku yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris itu memberi simbol kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan seiring dengan usaha mempelajari Bahasa Inggeris sebagai medium penyokong pembangunan. - Astro Awani
TOP
Tanggal Pakaian, Rakam Gambar Bogel Lepas Pukul Mangsa
Sandakan: Tidak cukup membelasah seorang gadis yang juga rakan sekerjanya dengan batang besi sehingga maut, seorang lelaki turut menanggalkan semua pakaian dan merakam foto mangsa dalam keadaan bogel dalam kejadian di sebuah kilang di Kampung Sungai Kayu, Batu 7, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa Rizma Johan, 20, yang ketika itu masih bernyawa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama empat rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja sebelum suspek meluru dari belakang dan terus menarik rambut gadis berkenaan.
Pada masa sama, suspek memukul kepala mangsa menggunakan batang besi beberapa kali sehingga beberapa rakan sekerjanya cuba membantu dengan menahan suspek daripada terus membelasah gadis terbabit.
Bagaimanapun, suspek tidak mengendahkannya malah turut memukul seorang rakan mangsa menggunakan batang besi sama.
Sebaik mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit menanggalkan semua pakaian mangsa sebelum merakam gambar bogel mangsa sebelum beredar.
Majikan mangsa yang tiba beberapa minit kemudian membawa mangsa ke HDOK untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
“Suspek berusia 30 tahun yang juga rakan sekerja mangsa ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sandakan, jam 8.30 malam hari sama,” katanya.
"Siasatan lanjut di tempat kejadian turut menemui sebatang besi dipercayai digunakan suspek ketika kejadian," katanya.
Zabidi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
TOP
Budak Zaman Sekarang Dah Terlampau 'Advance'
Entah apa yang sudah jadi dengan kanak-kanak zaman sekarang ini. Tidak pasti sama ada mereka ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang perkara yang betul atau salah.
Lihat sahaja status berkahwin yang telah dimuat naik oleh kanak-kanak ini. Status berkahwin ni satu hal. Satu lagi, mereka ni bercakap dah macam laki bini..dah la kat FB pulak tu , lihat apa yang mereka komen dibawah.
Ini sememangnnya menjelikkan. Tidak tahulah siapa yang patut dipersalahkan. Media?Ibu Bapa?Teknologi? - SiakapKeli.com

Berita SMS Palsu Peperiksaan UPSR 2014 Dibatalkan Tersebar
Berita SMS palsu peperiksaan UPSR 2014 dibatalkantersebar. Lembaga peperiksaan menafikan dakwaan bahawa peperiksaan UPSR pada tahun 2014 dibatalkan susulan kertas subjek Sains dan Bahasa Inggeris didapati bocor.
Pihak Lembaga peperiksaan hanya menunda atau menangguhkan tarikh peperiksaan dua subjek berkenaan kepada 30 September 2014 sebagai peperiksaan semula dan tiada kena mengena dengan pembatalan UPSR 2014.
Contoh Petikan SMS Palsu Peperiksaan UPSR 2014 Dibatalkan
Kenyataan Rasmi Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia
Sumber: Melvister.com

Soalan Bocor: SPRM Ambil Tindakan Jika Ada Unsur Rasuah
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit dengan kes soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bocor, sekiranya didapati wujud unsur rasuah.
Dalam kenyataan hari ini, SPRM menarik perhatian bahawa perkara itu kini menjadi kes polis.
"Sekiranya terdapat maklumat kemungkinan wujud unsur rasuah, pihak polis boleh memanjangkan kepada SPRM untuk tindakan," menurut kenyataan itu.
Lembaga Peperiksaan hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 UPSR selepas mendapati ia bocor.
Ini susulan pengumuman badan itu semalam berhubung penangguhan kertas peperiksaan Science 018, 028 dan 038 setelah kandungan soalannya didapati bocor.
Kertas-Kertas peperiksaan itu perlu diduduki semula pada tarikh baharu iaitu 30 Sept.- BERNAMA
TOP
Khabar Angin UPSR 2014 Dibatalkan Tidak Benar - Kementerian Pendidikan
MUHAMMAD Syafi Akmal Salleh, 12, menunjukkan jadual waktu peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris yang dibatalkan . - Foto Nur Syazwana Mansor.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan berikutan kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan itu. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan. "Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan. "Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari laman web Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya. Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran. - BERNAMA

Makkah : Tembok Konkrit Runtuh, Lima Maut
MEKAH 11 Sept. - Lima pekerja binaan terbunuh apabila sebuah tembok penahan setinggi 15 meter tumbang di lokasi pembinaan Jabal al-Kaaba di sini, menurut Jabatan Pertahanan Awam.
Laman web, arabnews.com melaporkan, pasukan penyelamat dan pekerja binaan lain terpaksa menggunakan jentera berat bagi menggali mayat mangsa yang tertimbus dalam tanah dan konkrit yang digunakan sebagai tembok penahan.
Status warganegara kelima-lima mangsa masih belum diketahui. - AGENSI/Utusan

Kejam!! Peha Lembu Dilapah Dan Dipotong Hidup-Hidup
Jika benar dakwaan dari komen Facebook dibawah, memang segelintir manusia zaman sekarang sudah hilang sifat kemanusiaan. Bahkan boleh dikatakan mereka ini lebih teruk dari binatang.
Cuba bayangkan betapa sakitnya lembu ini kerana tiga kakinya dipotong dan dilapah tanpa disembelih. Dikatakan, sebelum perkara terkutuk itu dilakukan, ia disembur dengan racun serangga supaya mamai.
Dah la tu mencuri, pergi pulak seksa binatang. Apa dosa binatang ni sampai kena macam ni? Jelas hati mereka ini sudah hitam diliputi kebendaan duniawi.
Berdasarkan satu komen, perkara ini berleluasa di Kelantan dan orang ramai dinasihatkan tidak membeli daging lembu di beberapa kawasan tertentu di Kelantan dan perkara ini bukanlah satu perkara baru.
Penulis ada bertanya kepada beberapa rakan di Kelantan mengenai perkara ini, dan menurut mereka, perkara ini berlaku di beberapa kawasan disana.
Menurut salah satu dari mereka, satu kejadian berlaku dimana hanya satu kaki sahaja yang sempat dipotong, dan ketika lembu itu dijumpai, ia masih hidup dan dalam keadaan terkebil-kebil....kesian...
Ditanya mengapa kaki sahaja yang diambil, mereka berkata, ia kerana bahagian kaki lembu yang paling mahal. Bahagian kaki sahaja berharga RM 40 manakala bahagian paha pula, RM 20~ RM 40 sekilo mengikut kematangan lembu. Dasyat manusia ni..
- SiakapKeli.com

Ada Peniaga Menaikkan Harga Sebelum Pelaksanaan GST
PUTRAJAYA – Sesetengah peniaga dilaporkan menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau, yang menerima aduan itu melalui khidmat pesanan ringkas dan aplikasi WhatsApp, berkata kerajaan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana pelaksanaan GST bukan bertujuan untuk membebankan rakyat.
“Mereka sudah tahu jika sekarang sebagai contoh pakaian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus, maka mereka naikkan harga sekarang kerana GST yang akan dikenakan hanya pada kadar enam peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MOF Merdeka Dive 2014 di sini hari ini.
“Ini yang kita kesalkan, pelaksanaan GST tidak seharusnya membebankan rakyat untuk membeli barangan keperluan, tetapi sudah ada di antara mereka yang menaikkan harga barangan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan,” katanya.
Ahmad berkata pelaksanaan GST tidak akan memberi kos tambahan kepada peniaga malah kos akan menjadi lebih rendah dan cukai input mereka juga boleh dituntut semula berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“Maka GST itu nanti bukan kos baru untuk mereka dan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang,” katanya.
Kesal dengan situasi tersebut, Ahmad meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya segera memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Beliau juga menasihatkan rakyat agar menambah ilmu kewangan dan kepenggunaan mereka, dan menggunakan kuasa pengguna mereka dengan memboikot peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya. – BERNAMA
TOP
UPSR: Ada Pihak Cuba Sabotaj Saya, Kata Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, menurut Utusan Online.
Bercakap di Vientiane, Laos, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia mungkin tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga kementerian itu.
"Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti saya dan kementerian," katanya pada satu sidang media di sana, jelas marah dan dukacita dengan apa yang terjadi.
Muhyiddin dilaporkan berkata, tindakan segera bukan sahaja diambil untuk mengesan dalang yang terlibat malah mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkan ia berulang pada masa depan.
Beliau berada di Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan Asean ke-8 yang bermula hari ini. – The Malaysian Insider
TOP
UPSR Bocor: Guru, Tolong Amanah, Jangan Subahat! – NUTP
KUALA LUMPUR: Golongan guru dinasihatkan tidak bersubahat dengan pihak yang membocorkan kertas peperiksaan, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan.
Hashim turut menyifatkan golongan pendidik yang berbuat demikian sebagai tidak jujur dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.
“Kita tidak mahu guru bersubahat dengan penjenayah. Orang yang bocorkan kertas soalan ini pada kita, kita anggap dia sebagai penjenayah (kerana) tidak jujur, tidak ikhlas dan tidak berintegriti.
“Pada bungkusan tersebut telah dinyatakan setiap kertas soalan itu sulit, bermaksud tidak boleh disebarkan kepada siapa-siapa (yang tidak berkenaan).
“Kalau guru juga menjadi agen penyebaran maklumat tersebut dan didapati terbukti memang guru terlibat secara langsung dalam perkara ini maka mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib,” katanya kepada Astro Awani
Dalam pada itu, NUTP sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan untuk menyiasat jika terdapat guru yang terlibat secara langsung atau bersubahat dalam pembocoran soalan peperiksaan itu.
Pada masa sama, Hashim juga menyarankan pihak berkuasa agar mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan kertas peperiksaan bagi mengelak perkara sebegini berulang kembali.
Hashim memberikan reaksinya susulan penangguhan peperiksaan Kertas Sains yang dijadual diduduki oleh lebih 470,000 calon UPSR pada Khamis.
Ini bukan kali pertama kejadian seumpamanya berlaku. Pada tahun lepas, peperiksaan kertas Matematik dan Matematik Tambahan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa dibocorkan dalam sebuah seminar persiapan menjelang peperiksaan di Kuala Lumpur.
Siasatan polis bagaimana pun mengesahkan dua kertas soalan itu tidak bocor sebaliknya seminar itu yang dianjurkan beberapa hari sebelum peperiksaan SPM hanya membincangkan kertas soalan tahun-tahun lepas serta beberapa soalan ramalan.
TOP
Tersebar Di Whatsapp, Matematik Kertas 1 Juga Bocor?
KUALA LUMPUR: Kertas Matematik 1 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah bocor dan tersebar kepada umum sebelum lebih 400,000 calon peperiksaan awam itu menjawab kertas berkenaan pagi Rabu.
Seorang guru yang menghubungi Astro AWANI mendakwa menerima foto soalan-soalan dalam kertas berkenaan bersama jawapannya melalui WhatsApp pada pukul 7.40 pagi. Ujian Matematik Kertas 1 bermula pada pukul 8.15 pagi.
Guru itu yang enggan identitinya didedahkan menambah beberapa orang rakannya menerima soalan berkenaan lebih awal, sesetengahnya sejak petang Selasa.
"Soalan (Matematik) yang saya lihat (melalui WhatsApp) itu sama dengan apa yang keluar," katanya.
Menurut guru itu lagi, soalan bocor itu disebarkan dalam kalangan guru melalui aplikasi pesanan mudah alih tersebut.
Lembaga Peperiksaan ketika diminta mengulas enggan memberi sebarang kenyataan. Lembaga Peperiksaan pada petang Rabu mengumumkan penangguhan peperiksaan UPSR bagi kertas Sains untuk ketiga-tiga sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil selepas mendapati soalan bagi kertas itu bocor. Peperiksaan bagi kertas Sains dijadualkan pada Khamis pukul 8.15 pagi, tetapi kini ditangguhkan kepada tarikh baru pada 30 September iaitu selepas cuti penggal persekolahan. Menurut Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na'imah Ishak siasatan awal pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. "Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu. Beliau berharap penangguhan itu tidak mengganggu tumpuan calon yang terpaksa menunggu sehingga selepas cuti sekolah ini untuk menduduki peperiksaan berkenaan. Sekolah akan bercuti selama seminggu bermula Jumaat ini, sehari selepas UPSR selesai. ─ Astro Awani

UPSR : Lepas Sains, Kertas Bahasa Inggeris 1 Dan 2 Juga Bocor
PUTRAJAYA – Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor dan murid perlu mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11 pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat pada Rabu malam yang disebarkan melalui media sosial.
Beliau berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan pada Khamis bocor dan terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.
“Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
“Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian dan pelaksanaan Program Latihan Berteraskan Continuous Professional Development (CDP) di sini pada Khamis.
Idris berkata satu jawatankuasa bebas akan dibentuk dalam masa terdekat bagi menyiasat insiden tersebut yang disifatkannya telah mencemarkan kredibititi dan integriti kementerian itu.
“Ianya (set kertas peperiksaan) merupakan soalan yang lengkap. Jadi kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bebas dan berprofil tinggi dengan mengambil kira keseriusan dan untuk melihat apa yang telah berlaku sebenarnya.
“Jawatankusa ini bukan sahaja untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi juga memastikan perkara ini tidak berulang selain memberi pandangan kepada kementerian apakah langkah-langkah yang perlu diambil,” katanya.
Beliau berkata panel jawatankuasa itu akan dilantik berdasarkan mereka yang memahami aspek keselamatan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.
“Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan-cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu-isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka-mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa,” katanya.
Mengenai tarikh untuk menduduki semula kertas itu, Idris berkata kementerian sedang meneliti sama ada ia boleh diadakan pada 30 Sept bersama peperiksaan kertas Sains atau pada tarikh lain.
Beliau berkata tarikh baharu adalah perlu dengan mengambil kira pelbagai aspek antaranya isu logistik dan teknikal termasuk soal keselamatan soalan dan integriti kerana ia melibatkan 473,175 murid, 8,299 pusat peperiksaan, 51,438 petugas peperiksaan dan 382 bilik kebal.
Idris berkata kementerian akan memastikan tidak berlaku lagi soalan peperiksaan bocor.
Katanya hasrat kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk mengurangkan fokus kepada peperiksaan dan mengelakkan insiden sebegini berlaku.
Mengenai program CPD, beliau berkata program itu diadakan dengan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi tempatan dalam menawarkan program latihan yang memberi manfaat kepada pegawai menerusi pengiktirafan berbentuk peningkatan kelayakan akademik iaitu di peringkat sarjana dan diploma kepada warga kementerian tersebut. – BERNAMA
TOP
Sasaran 8 Emas Pada Sukan Asia Realistik
PUTRAJAYA – Sasaran lapan pingat emas oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan adalah angka yang realistik dan mampu dicapai, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Sasaran yang lebih rendah berbanding pencapaian negara pada edisi 2010 di Guangzhou, China itu dibuat berdasarkan penilaian terperinci ke atas prestasi terkini para atlet serta pesaing mereka.
Sasaran itu diumumkan oleh Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia, Datuk Daniyal Balagopal Abdullah hari ini. Daniyal mengetuai 421 atlet dan pegawai ke temasya edisi ke-17 yang bermula pada 19 Sept hingga 4 Okt ini.
Khairy berkata sasaran itu ditetapkan selepas mengambil kira pandangan dan perbincangan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), MOM dan persoalan yang ditimbulkan beliau sendiri dalam sesi perbincangan itu.
“Sebilangan besar sasaran pingat emas adalah daripada penyumbang tradisi tetapi kami mendesak sukan yang meletakkan sasaran bukan emas supaya mencapai pingat emas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia di IOI Palm Resort di sini, hari ini.
Khairy berkata satu penilaian menyeluruh harus dibuat terhadap pencapaian kontinjen negara keseluruhannya dan bukan sahaja tertumpu kepada sasaran pingat emas semata-mata.
Katanya, penilaian lebih komprehensif perlu khususnya kepada sukan yang boleh diukur, ia perlu dilihat kepada pencapaian terbaik peribadi iaitu sama ada mampu melepasi pencapaian itu atau sebaliknya.
“Kalau hanya tengok pada pingat emas sahaja, tidak lakukan penilaian secara menyeluruh, ia tidak membantu untuk perancangan bagi tempoh empat tahun akan datang,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya di hadapan lebih 200 atlet dan pegawai yang menyertai kem latihan pusat fasa akhir itu, Khairy mengingatkan atlet agar lebih bersifat kompetitif dan memupuk semangat untuk menang.
Beliau juga mahu atlet memastikan sasaran yang ditetapkan kali ini dapat dicapai bagi mengembalikan keyakinan seluruh rakyat dan peminat sukan tanah air ekoran daripada kegagalan di Sukan Komanwel 2014, di Glasgow, Scotland, baru-baru ini.
Pencapaian terbaik Malaysia pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China adalah pada edisi 2010 di Guangzhou dengan meraih sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.
Pada edisi 2006 di Doha, Qatar, Malaysia mengutip lapan emas, 17 perak dan 17 gangsa.- BERNAMA
TOP
Firefly Lancar Laluan Baharu Pulau Pinang-Krabi
KUALA LUMPUR – Syarikatpenerbangan jarak dekat premium Firefly hari ini melancarkan penerbangan pertama ke Krabi di selatan Thailand, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ignatius Ong berkata Firefly akan terbang tiga kali seminggu untuk laluan Pulau Pinang/Krabi itu menggunakan pesawat ATR 72-600 dengan 72 tempat duduk.
“Penerbangan tiga kali seminggu Pulau Pinang/Krabi ini dilengkapkan dengan empat penerbangan seminggu ke Phuket dan tiga penerbangan seminggu ke Koh Samui, menjadikan 10 penerbangan seminggu antara Pulau Pinang dan Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Firefly menawarkan tambang sehala terangkum untuk penerbangan bermula hari ini pada harga serendah RM147 atau 1,470 baht Thai. – Bernama
TOP
Skuad Futsal Negara Sasar Pingat Di Kejohanan Futsal AFF 2014
PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran final kepada skuad negara pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2014 di Stadium Malawati, Shah Alam dari 19 hingga 27 September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata kelebihan selaku tuan rumah wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad kendalian Maizal Hairi Marzuki itu untuk mara ke final.
“Oleh itu, saya amat berharap, pasukan kita dapat muncul juara Kumpulan A bagi mencerahkan peluang mara ke final. Pada peringkat kumpulan, kita perlu memberi tumpuan kepada Australia dan Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tajaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Mohd Yusoff berkata enam aksi persahabatan dengan Thailand, baru-baru ini memberi harapan yang menggalakkan selepas skuad negara menang empat kali dan tewas dua kali.
“Semua pemain akan berlepas ke Melaka hari ini untuk kem motivasi. Saya lihat kelemahan utama ketika di Thailand tempoh hari adalah kita terlalu menghormati lawan sehingga permainan kita tidak begitu stabil.
“Menerusi kem motivasi tersebut, kita berharap dapat menerapkan kekuatan mental pemain,” kata Mohd Yusoff, yang juga pengurus pasukan.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Australia, Brunei, Timor Leste dan Indonesia.
Skuad negara akan membuka kempen dengan menentang Indonesia pada 19 September; Brunei (20 September); Australia (22 September) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan menentang Timor Leste pada 23 September ini.
Kumpulan B terdiri daripada juara bertahan Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Laos.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad negara adalah muncul naib juara pada edisi 2003 di Kuantan, Pahang dan 2005 di Bangkok, Thailand. Ini adalah kali ketiga Malaysia dipilih sebagai tuan rumah selepas 2001 di Kuala Lumpur dan 2003 di Kuantan. – BERNAMA
TOP
PR1MA Perkenal Konsep Rumah Ibu
KUALA LUMPUR – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan memperkenalkan skim perumahan ‘PR1MA Rumah Ibu’ bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutama daripada kalangan generasi muda untuk memiliki kediaman sendiri.
Pengerusi PR1MA, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, berkata skim terbaharu itu berkonsepkan rumah ‘studio’ yang memiliki satu bilik tetapi mempunyai kemudahan asas lengkap dan berkeluasan kira-kira 650 kaki persegi, dijangka dilancarkan tahun depan.
“Bagaimanapun, skim itu hanya membabitkan pembinaan rumah atas tanah dan mempunyai keluasan mencukupi jika penghuninya perlu membuat pengubahsuaian atau penambahan bilik pada masa depan.
“Rumah itu ditawarkan pada harga rumah satu bilik dan ia membantu golongan berpendapatan rendah serta generasi muda yang ingin memiliki kediaman sendiri mengikut kemampuan mereka,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis pemeteraian Perjanjian Pembelian Induk En-Bloc (MEBPA) antara PR1MA dan Darulaman Realty Sdn Bhd (DRSB) bagi pembangunan 323 unit rumah PR1MA di Kuala Ketil, Kedah bernilai RM72 juta.
Yang turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Bhd (BDB), Datuk Izham Yusoff.
Mengulas lanjut, Jamaluddin berkata, pada peringkat permulaan, pihaknya merancang untuk membangunkan ‘PR1MA Rumah Ibu’ di Kedah dan Perak sebelum diperluaskan ke semua projek PR1MA seluruh negara.
“Setakat ini, jumlah unit yang akan dibina bergantung kepada permintaan dan harga setiap unit ditetapkan menerusi perbincangan dengan kerajaan negeri,” katanya.
Pembinaan 323 unit rumah teres dua tingkat di Kuala Ketil berkenaan, kini sudah 60 peratus siap dan dibina di tapak seluas 7.9 hektar berdekatan dengan Kolej Universiti Insaniah.
Sementara itu, Mukriz berkata, sasaran kerajaan Kedah membina 40,000 rumah kos rendah dan mampu milik menjelang 2018 akan direalisasi lebih awal berikutan pembinaan rumah mampu milik mendahului sasaran tahunan.
Menerusi pelan Makmal Transformasi Kedah yang diperkenal tahun lalu, purata 6,000 unit rumah mampu milik akan dibina setahun namun hingga kini 9,100 unit sudah diluluskan pembinaannya berbanding 6,698 pada 2013.
Mukhriz berkata, tarif harga rumah kos rendah di Kedah ialah bawah RM160,000 manakala rumah mampu milik pula antara RM200,000 dan RM240,000.
Penduduk Kedah dianggar berjumlah 2.01 juta tahun lalu dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk pada 0.9 peratus. – BH Online
TOP
121 Peneroka Gagal Dapat Kebenaran Merayu
PUTRAJAYA – Sebanyak 121 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 gagal dalam tuntutan mereka untuk mendapatkan caruman tabung tanaman semula selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan mereka bagi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Panel lima hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar sebulat suara menolak permohonan peneroka untuk mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepada mereka.
Pada 4 April, tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Felda untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar RM1.8 juta kepada peneroka berkenaan.
Hakim Suriyadi juga mengarahkan para peneroka membayar kos guaman RM10,000 kepada Felda.
Turut bersidang dalam panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ramly Ali.
Sebanyak 96 peneroka Felda Kemahang 1 dan 25 peneroka Felda Kemahang 2 mengemukakan saman sivil terhadap Felda pada 2004 berhubung tuntutan wang caruman bawah tabung tanaman semula yang mereka dakwa telah mencarum selama 18 tahun dari 1981.
Peneroka itu mendakwa mereka telah mencarum RM4 seekar atau RM56 sebulan untuk membantu membiayai tanaman semula.
Para peneroka itu mendakwa bahawa mereka cuba memohon daripada Felda untuk dana di bawah skim tanaman semula pokok tetapi Felda tidak meluluskannya.
Pada 14 Jun, 2011, Mahkamah Tinggi Kota Baharu membenarkan tuntutan peneroka dan memerintahkan Felda membayar RM1.2 juta, jumlah wang pokok caruman oleh peneroka.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan Felda membayar dividen yang tertunggak berdasarkan caruman peneroka terbabit.
Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan bahawa tabung tanaman semula hanya boleh dikeluarkan kepada peneroka selepas peneroka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Felda melalui garis panduannya.
Para peneroka itu diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud sementara Felda diwakili sekumpulan peguam diketuai Datuk S. Kulasegaran. – BERNAMA
TOP
Tiga Borang Pencalonan Dibeli Setakat Ini
KOTA BHARU – Sebanyak tiga borang pencalonan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor telah dibeli oleh tiga individu hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata bagaimanapun SPR tidak boleh mendedahkan nama individu atau parti yang membeli borang itu.
“Mungkin ada parti yang beli lebih borang untuk ‘simpanan bila perlu’,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama ketua-ketua jabatan di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK itu Mohd Sobri Ramli.
Semalam, Barisan Nasional (BN) menamakan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 48, sebagai calonnya bagi PRK itu, manakala PAS dijangka mengumumkan calon mereka malam ini.
Abdul Ghani berkata penyerahan borang pencalonan bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat yang dijadikan pusat penamaan calon pada Sabtu ini.
SPR juga mengeluarkan 100 pas khas kepada penyokong setiap parti untuk digunakan pada hari penamaan calon itu.
“Kita akan beri kepada wakil setiap parti untuk digunakan oleh penyokong mereka pada hari penamaan calon. Bagaimanapun, penyokong hanya dibenarkan berada di perkarangan pusat penamaan calon sahaja. Pas khas tersebut mestilah yang tulen dan tidak boleh difotostat,” katanya.
Beliau turut mengingatkan para penyokong supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan suruhanjaya itu seperti membawa pembesar suara dan alat muzik agar tidak mengganggu perjalanan proses penamaan calon.
Sementara itu, Mazlan berkata jalan di hadapan pusat penamaan calon itu akan ditutup pada Jumaat bermula 10 malam sehingga proses penamaan calon selesai.
“Kita akan meletakkan penghadang sejauh kira-kira 50 meter di kiri dan kanan perkarangan pusat penamaan calon untuk memisahkan kedua-dua penyokong. Kita juga akan bantu setiap parti yang bertanding untuk mendapatkan permit ceramah,” katanya.
PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
SPR menetapkan 25 Sept ini sebagai hari pengundian. – BERNAMA
TOP
Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Beg Kain
KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemui orang awam di sebuah pangsapuri di Rawang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata bayi itu yang diletakkan dalam sebuah beg kain berhampiran kotak peti surat di pangsapuri berkenaan, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi.
“Mayat bayi itu cukup sifat dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.
Ali berkata tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang baharu dilahirkan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk tampil membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Tarikh Baru Ambil Kertas Bahasa Inggeris UPSR 30 September
KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 kerana didapati turut bocor.
Dalam kenyataannya, badan peperiksaan itu mengumumkan 30 September sebagai tarikh baru untuk kertas peperiksaan berkenaan, serentak dengan pengambilan semula kertas Science 018, 028 dan 038 yang ditangguhkan sebelum ini kerana kebocoran kandungan soalan yang dikesan.
“Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menerima laporan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR 2014 telah didapati bocor.
“Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini benar,” kata kenyataan itu.
Semalam, ia mengumumkan kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 ditangguhkan ke 30 Sept ini kerana kandungan soalannya didapati tersebar melalui media sosial.
Lembaga Peperiksaan berkata ia akan menyiasat semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan yang berlaku.
“Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan,” kata badan itu. – BERNAMA
TOP
Sukan Asia: Kontinjen Malaysia Sasar Lapan Emas
KUALA LUMPUR – Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran memburu lapan pingat emas secara keseluruhan pada temasya Sukan Asia 2014 di Incheon yang bermula 19 September ini.
Anehnya, jumlah yang ditetapkan kali ini kurang satu emas daripada apa yang di capai pada edisi ke-16 di Guangzhou 2010 apabila atlet kita pulang dengan jumlah sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.
Ketua kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, berkata sasaran itu diletakkan selepas perbincangan panjang lebar bersama Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan persetujuan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
“Biarpun kurang daripada satu pingat emas di Guangzhou, ada kemungkinan beberapa sukan lain mampu menyumbang lebih tuaian emas. Namun lapan adalah angka yang mampu dicapai,” katanya. – BH Online
TOP
FAMA Keluar 100 Surat Amaran Tidak Patuhi GPL
BESUT – Sebanyak 100 surat amaran dikeluarkan kepada pengeksport, pengimport, pemborong serta peruncit sayuran dan buah-buahan yang gagal mematuhi Peraturan Gred, Pembungkusan dan Label (GPL) sejak ia dikuatkuasakan pada 1 Julai tahun lalu.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mohd Nawawi Harun berkata kesemua yang terbabit diberikan amaran keras supaya tidak membawa masuk sayuran dan buah-buahan yang tidak berkualiti termasuk mengandungi sisa racun yang boleh membahayakan kesihatan kepada pengguna.
Katanya lagi mereka yang melanggar peraturan tersebut telah disekat daripada terus membawa masuk produk ke negara ini dan kebanyakannya diarahkan membawa balik hasil pertanian tersebut ke negara asal.
“Tindakan penguatkuasaan yang terbaharu dilakukan FAMA ialah apabila berjaya menyekat kemasukan sayuran dan buah-buahan daripada sebuah negara jiran kerana tidak mematuhi Peraturan GPL di mana mereka telah diusir balik dan dilarang memasarkan bahan eksport mereka di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan peringkat negeri Terengganu yang diadakan di tapak Pasar Tani Bandar Jerteh di sini hari ini.
Menurut Mohd Nawawi sebelum itu pihaknya juga telah melakukan rampasan terhadap hasil sayuran dan buah-buahan dari Cameron Highland yang tidak mematuhi Peraturan GPL.
Katanya, FAMA serius melaksanakan Peraturan GPL itu kerana ia bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemasaran keluaran pertanian supaya terus berdaya saing berbanding dengan negara maju.
Pihaknya akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dengan memberi tumpuan kepada lokasi pasar raya dan pasar borong tidak lama lagi termasuk pemantauan di kesemua 500 buah Pasar Tani yang terdapat di seluruh negara, katanya. – BERNAMA
TOP
DBKL Beri Diskaun Khas Bayar Saman Trafik
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi peluang kepada orang ramai yang belum menjelaskan notis kompaun trafik untuk 'membersihkan' nama mereka dari disenarai hitam di dalam sistem mereka dengan diskaun khas sehingga akhir tahun ini.
Menurut kenyataan Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa kepada Astro AWANI, kompaun dengan kadar diskaun boleh dibayar di kaunter POS Malaysia seluruh negara dan secara atas talian MyEG.
"Sejak Oktober 2013, DBKL telah menyenaraihitam (sekatan urusniaga) sejumlah 2,800 pesalah trafik yang dikenakan kompaun trafik DBKL daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu atau apa-apa urusniaga berhubung pertukaran hakmilik kenderaan sehingga mereka menyelesaikan bayaran kompaun trafik DBKL terlebih dahulu.
"DBKL telah memberi peluang kepada orangramai yang belum menjelaskan notis kompaun trafik serta mengelak daripada disenaraihitam dengan memberi diskaun khas bermula 18 Ogos 2014 hingga 31 Disember 2014 melalui Kaunter POS Malaysia (seluruh Malaysia) dan secara online MyEG," kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kompaun bagi kesalahan meter dan motosikal pada asalnya maksimum RM100 dan RM300 dikurangkan kepada RM30 sahaja.
"Sementara bagi kereta dan kenderaan berat seperti lori, bas, jentera berat dan lain-lain turut dikurangkan kepada RM50 dan RM100 daripada maksimum RM300 sebelum ini," ujar kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, sehingga 31 Ogos lalu, sejumlah 1,018 notis berjumlah RM41,910 telah dilaksanakan di kaunter Pos Malaysia dan 2,185 notis bernilai RM87,660 dilaksanakan melalui MyEG.
Sejak Oktober 2013, sejumlah 2,800 pesalah trafik yang dikenakan kompaun trafik DBKL telah disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu atau apa-apa urus niaga berhubung pertukaran hak milik kenderaan sehingga menyelesaikan bayaran kompaun trafik terlebih dahulu. ─ Astro Awani
TOP
Israel Lakukan Jenayah Peperangan – Human Rights Watch
BAITULMAQDIS – Sebuah kumpulan hak asasi manusia antarabangsa hari ini mendapati Israel melakukan jenayah peperangan ketika ia melancarkan serangan di Gaza membabitkan sekolah dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Human Rights Watch berkata ia menyiasat serangan di sekolah terbabit di tiga lokasi berasingan di Semenanjung Gaza yang musnah dalam peperangan itu, di mana sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh.
Penyiasatan itu dibuat dengan melakukan kaji selidik dan temuramah dengan saksi. Badan berpusat di New York itu berkata ketika kejadian tidak ada sasaran ketenteraan di kawasan sekolah dan sesetengah serangan disengajakan.
“Tentera Israel melakukan serangan di tiga sekolah atau berdekatan di mana ia mengetahui beratus orang sedang mendapat perlindungan, mengakibatkan beratus orang awam terbunuh atau cedera,” kata penasihat khas Human Rights Watch Fred Abrahams.
Katanya, Israel tidak memberi sebarang penjelasan meyakinkan bagi serangan ke atas sekolah di mana orang awam mendapat perlindungan.
Sebaliknya Israel menuduh Hamas bagi peperangan musim panas selama 50 hari itu dengan melancarkan bedilan roket, menyebabkan berlaku tindak balas dari kawasan sekolah, perumahan dan masjid.
Semalam tentera Israel mengumumkan bahawa ia akan melakukan siasatannya sendiri bagi menyiasat kes membabitkan mangsa orang awam Palestin ketika peperangan termasuk bedilan ke atas sebuah sekolah.
Peperangan kejam itu mengakibatkan lebih 2,100 rakyat Palestin terkorban, sebahagian besarnya orang awam. – AP
TOP
Kos Projek Perumahan Kastam Sepanggar Dikurangkan
KOTA KINABALU – Kos projek tiga blok bangunan perumahan Kastam di Sepanggar yang sebelum ini dinilai RM69.9 juta telah dikurangkan kepada RM63.9 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Beliau berkata pengurangan kos pembinaan 120 unit rumah itu dibuat selepas dinilai oleh makmal pengurusan nilai selepas tahap pembinaannya kini mencapai 6.1 peratus melepasi sasaran jadual awal sebanyak 4.36 peratus.
“Pengurangan kos ini tidak bermakna kita mengurangkan spesifikasi tetapi pengurangan dari segi (tempoh masa pembinaan) bagi memastikan projek ini dapat dijalankan (disiapkan) lebih cepat.
“Bila lebih cepat (siap), kosnya dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan pemantauan projek Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini.
Katanya projek itu dijangka siap pada Julai atau Ogos 2016 dan menurutnya kementerian meluluskan projek perumahan itu selepas tiga blok bangunan Kastam sedia ada diisytihar tidak selamat untuk diduduki.
Chua berkata projek perumahan berkenaan juga penting untuk menampung keperluan pertambahan kakitangan Kastam Sabah pada masa akan datang berikutan pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai April 2015.
Berhubung projek pembinaan Pejabat Kastam Kota Kinabalu bernilai RM75.97 juta, katanya ia berjalan lancar dan dijangka siap seperti dijadual pada 2017.
Katanya projek itu perlu disegerakan atas faktor keselamatan dan keselesaan kakitangan memandangkan pejabat Kastam Kota Kinabalu sedia ada kini beroperasi di bangunan kompleks beli-belah di Tanjung Aru.
“MOF juga prihatin dengan kos pembinaan pejabat Kastam Kota Kinabalu. Maka melalui maklmal pengurusan nilai, kos asal projek ini sebanyak RM76.6 juta telah dikurangkan kepada RM75.97 juta,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ramai Antara Kita Tidak Tahu Khasiat Memakan Kaki Ayam!
New York - Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.
Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Elak tulang rapuh
Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang. “Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu. Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi

MyTeksi Kembangkan Perkhidmatan Ke Pulau Pinang
GEORGETOWN – MyTeksi Sdn Bhd, syarikat perkhidmatan tempahan teksi berasaskan Internet, merancang menembusi negeri pelancongan ini selepas pelancaran perkhidmatanya di sini, hari ini.
Pengurus Besarnya, Adelene Foo, berkata MyTeksi juga beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak.
Menurutnya, kemampuan untuk menyesuaikan diri bagi memenuhi keperluan pengguna telah membawa kejayaan kepada MyTeksi di rantau ini.
“Kami telah melancarkan ujian pada April dan sejak itu ia telah menjadi rangkaian teksi terbesar dan paling dipercayai di Pulau Pinang dengan pertumbuhan 500 peratus dalam tempahan,” katanya di majlis pelancaran perkhidmatan itu di sini, hari ini.
Ia dilancarkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, di Fort Cornwallis.
Foo berkata, kini MyTeksi mempunyai lebih 1,000 pemandu teksi di atas jalan dan berusaha untuk merekrut lebih ramai anggota di negeri ini.
Menurutnya, MyTeksi Pulau Pinang tidak menggunakan meter seperti operasinya di negeri lain, tetapi tambangnya mencerminkan pasaran tempatan.
“Apa yang kami tawarkan di Pulau Pinang mencerminkan tiga tunggak teras kami, iaitu keselamatan, kepastian dan kelajuan, di samping ketelusan kerana penumpang yang membuat tempahan tahu anggaran tambang lebih awal,” katanya.
MyTeksi juga mengembangkan kehadirannya di beberapa negara di rantau ini, termasuk Singapura, Filipina, Vietnam dan Thailand di bawah jenama lain dikenali sebagai ‘GrabTaxi’. – BERNAMA
TOP
Tindakan Segera Bila Dijangkiti Demam Denggi
KUALA LUMPUR – Terdapat empat perkara penting yang mesti diberi
perhatian apabila seseorang disyaki atau dijangkiti demam denggi.
Pertama, pesakit mesti mendapat jumlah cecair sama ada melalui minuman atau makanan berkuah yang mencukupi, sasaran itu dianggap tercapai apabila pesakit membuang air kecil sekerap empat hingga enam jam.
Seterusnya, pesakit mesti dapat mengenalpasti tanda-tanda amaran komplikasi yang terdiri daripada empat gejala utama iaitu muntah, sakit perut, berdarah dari mana-mana bahagian badan dan pening-pening apabila bangun dari perbaringan.
Perkara ketiga ialah pesakit mesti hadir setiap hari ke makmal klinik kerajaan untuk ujian darah bagi memastikan tanda amaran komplikasi dapat dikesan segera.
Akhir sekali ialah jangan mengambil ubat sebarangan terutama ubat tahan sakit kecuali paracetamol jika pesakit demam kuat atau sakit-sakit badan, sebaliknya, patuhi nasihat doktor yang hanya membenarkan dos maksimum iaitu paracetamol 500mg sebanyak lapan biji sehari.
Demikian kesimpulan yang ditegaskan oleh Pakar Perunding Penyakit Berjangkit dari Hospital Sungai Buloh, Dr Suresh Kumar Chitambaram.
“Pesakit juga diminta supaya tidak menjadi alat kenderaan untuk virus denggi yang ada di dalam badan mereka,” nasihat beliau.
Ini bermakna, pesakit perlu mengelak daripada digigit nyamuk.
“Jika seekor nyamuk menggigit anda dan menggigit pula orang lain, anda sebenarnya telah menyebarkan virus denggi kepada semua orang yang digigit kemudian”, tambahnya.
Lantas, pesakit dan orang ramai perlu mengamalkan kaedah perlindungan diri yang bersesuaian serta mengelak daripada berada di luar rumah terutama semasa nyamuk sedang aktif iaitu antara pukul 5.00-7.00 pagi dan petang.
RAWATAN DI RUMAH
Menjawab persoalan mengapa terdapat kes pesakit yang disahkan demam denggi tetapi disuruh pulang ke rumah, beliau menjelaskan bahawa hospital awam tidak akan mengarahkan pesakit diwadkan tanpa keperluan, ini termasuk Hospital Sungai Buloh, yang merupakan Hospital Rujukan Penyakit Berjangkit.
Lagipun, tambahnya, demam ekoran jangkitan virus denggi menunjukkan banyak cara manifestasi, dan banyak yang akan sembuh sendiri, jadi tidak semua pesakit denggi memerlukan pemerhatian rapi dalam wad.
“Walaupun negara sedang dilanda wabak, kriteria kemasukan dalam wad tetap sama iaitu hanya pesakit yang memerlukan penjagaan rapi sahaja akan diwadkan.
“Sebenarnya tidak wujud isu katil hospital tidak mencukupi seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, malahan kami sebenarnya akan buka wad baru atau ubah wad lain menjadi wad biasa jika keadaan memerlukan”, tambahnya dengan, memberi contoh wad menunggu giliran pembedahan dan wad bangunan hospital lama akan dibuka sebagai wad biasa jika perlu.
MANIFESTASI DENGGI
Beliau membahagikan manifestasi jangkitan denggi kepada empat kategori, termasuk demam biasa iaitu pesakit dijangkiti virus denggi tetapi tidak menyedarinya atau jangkitan yang sembuh sebelum sempat didiagnosis.
Kategori demam denggi yang kedua ialah pesakit yang disahkan mengalami demam denggi melalui ujian darah makmal yang mendapati kemerosotan bilangan sel darah platelet, tetapi tiada tanda amaran komplikasi.
“Dua kategori itu akan sembuh sendiri tanpa perlu dimasukkan ke dalam hospital asalkan pesakit menuruti nasihat langkah-langkah penjagaan di rumah”, kata beliau.
Sebaliknya, pesakit demam denggi yang termasuk di dalam dua kategori seterusnya lebih memerlukan pemerhatian rapi ekoran lebih berisiko mengalami komplikasi demam denggi teruk yang boleh membawa maut.
“Pesakit yang mesti dimasukkan ke dalam wad ialah, mereka yang menunjukkan tanda-tanda amaran komplikasi dan pesakit yang didapati mengalami komplikasi iaitu demam denggi teruk”, tambah beliau.
RISIKO BAHAYA
Dr Suresh Kumar menjelaskan bahawa, pesakit yang mengalami komplikasi demam denggi teruk akan mengalami gejala pembocoran plasma darah dari salur darah atau ‘plasma leakage’.
“Inilah sebabnya pesakit luar mesti menjalani ujian darah setiap hari bagi mengenalpasti sekiranya terdapat tanda kemerosotan sel darah platelet yang ketara dan tekanan darah rendah sebelum diwadkan”, kata beliau.
Namun, ada juga golongan pesakit tertentu yang perlu dimasuk wad walaupun belum menunjukkan tanda amaran komplikasi ekoran faktor pengurusan jangkitan yang lebih sukar untuk golongan ini.
Ini termasuk mereka yang mempunyai penyakit lain terutama penyakit kronik seperti masalah jantung dan buah pinggang, warga emas, wanita mengandung, kanak-kanak ataupun pesakit yang terlalu obes.
“Contohnya, pesakit jantung perlu pemantauan doktor yang lebih teliti, terutama ketika rawatan rehidrasi iaitu menambah air dalam tubuh, jika tidak, pesakit boleh mengalami komplikasi jantung yang membahayakan nyawa”, jelas beliau.
DIMINTA PULANG
Dr Suresh Kumar meringkaskan prosedur diagnosis denggi menerusi kronologi berikut.
“Hari pertama demam panas tidak dapat dibezakan sama ada ia demam biasa ataupun jangkitan yang lebih bahaya, jadi pesakit diminta pulang ke rumah serta dinasihat mengambil banyak air atau sebarang bentuk cecair”, kata beliau.
Pesakit biasanya akan diminta kembali berjumpa doktor pada hari ketiga jika masih demam.
“Sekiranya pesakit yang didapati dijangkiti denggi dan masih boleh menerima makanan dan minuman, itu bermakna jangkitan dapat dikawal dengan baik”, katanya.
Mereka akan diminta untuk membuat ujian darah di klinik kesihatan setiap hari sehingga diberitahu untuk memastikan tiada tanda amaran komplikasi denggi yang memerlukan pesakit diwadkan.
Bagaimanapun pesakit harus tahu bahawa tubuh masih boleh mengalami komplikasi denggi walaupun suhu badan sudah kebah.
Justeru, beliau menggesa supaya pesakit mematuhi arahan melakukan ujian darah harian di klinik-klinik kesihatan awam yang akan memberi keputusan segera.
RISIKO KOMPLIKASI
Pakar perunding itu turut menjelaskan bahawa kewujudan empat jenis virus denggi yang akan menghasilkan antibodi berbeza untuk membantu tubuh menjadi imun terhadap virus yang sama.
“Tubuh akan imun terhadap jangkitan dari jenis virus yang sama, tetapi masih boleh dijangkiti oleh tiga jenis virus yang lain”, ujar beliau.
Bagaimanapun sekiranya terkena demam denggi buat kali kedua, reaksi tubuh untuk melawan penyakit terpaksa bekerja dengan lebih kuat.
“Ini menjadikan pesakit berkemungkinan terkena demam yang lebih teruk apabila dijangkiti virus denggi buat kali kedua atau seterusnya,” tambah Dr Suresh Kumar.
STATISTIK BURUK
Hakikatnya, statistik wabak denggi di seluruh negara tahun ini nyata amat buruk.
Laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut bahawa sebanyak 44,518 kes denggi telah dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 246 peratus atau 31,660 kes berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 12,858 kes.
Lebih buruk lagi sebanyak 85 kematian dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh yang singkat itu.
Jumlah kes di hampir semua negeri terutama Selangor dan Kelantan mencatatkan peningkatan drastik dalam tempoh 26 minggu pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Lantas, Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, menggesa semua pihak memandang serius dan memainkan peranan dalam kempen ‘Perangi Aedes Habis-habisan’ dalam menggiatkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.
Ini termasuk menangani isu-isu denggi di luar bidang kuasa KKM seperti pengurusan sampah, pengurusan tapak binaan yang melibatkan pihak kontraktor atau pemaju, struktur bangunan yang menjadi tempat pembiakan Aedes dan sistem perparitan yang tidak diselenggara.
Selain itu, anggota masyarakat dinasihat untuk menjalankan aktiviti ‘cari dan musnah’ tempat pembiakan nyamuk Aedes sekurang-kurangnya seminggu sekali di sekitar kediaman masing-masing.- BERNAMA

Kisah Calon BN Dan Sekolah Pondok Simpangan
Ramai yang tidak tahu, dalam kedinginan pagi Rabu, Mat Razi Mat Ail, bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat ‘berpeluh’.
Namanya ‘naik’ tiba-tiba sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor. AJK UMNO bahagian Tumpat ini dibawa ke Putrajaya untuk menghadiri ‘temuduga’ dengan pujuk pimpinan tertinggi parti.
Walaupun dari segi kerjayanya, beliau ‘warga Kementerian Pendidikan’ yang mana diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun untuk membuat keputusan siapakah calon BN, ia merupakan pilihan Datuk Seri Najib Razak.
Pagi itulah, ayah kepada enam orang anak ini, diputuskan secara muktamad, menjadi calon BN.
Jika lihat CVnya, memang impresif, walaupun bertugas dengan kerajaan, Mat Razi ada sekolah agama yang didirikan atas tanah wakaf beliau sendiri.
Sebenarnya, kisah pondok itu juga menarik, Mat Razi merupakan AJK Pemuda Bahagian pada 2005, ketika idea mengenainya tercetus.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Pemuda Tumpat, bertemu dengan Ketua Bahagian Arwah Datuk Noor Zahidi Omar, untuk bertukar fikiran.
Melihat kepada ‘background’ Mat Razi yang lebih kepada pendidikan, maka arwah Datuk Zahidi minta beliau buka sekolah agama, orang Kelantan panggil pondok.
“Kos pembinaan sekolah itu sebanyak RM50 ribu disumbangkan oleh arwah Datuk Noor Zahidi,” kata Mat Razi.
Sekolah itu dinamakan Pondok Simpangan terletak di belakang masjid mukim Simpangan yang menjadi nama sekolah agama rakyat itu.
Secara rasminya ia beroperasi seperti sekolah agama rakyat (SAR) pada 9 November 2012, di mana beliau dibantu oleh beberapa orang ustaz tempatan sebagai tenaga pengajar.
Isteri beliau, Khairos Husin juga seorang guru tempatan, iaitu di Sekolah Kebangsaan Simpangan Tumpat.
tiga daripada enam anaknya mendapat pendidikan agama ada di UIAM, ada di sekolah agama tersohor di Kelantan Maahad Muhammadi dan seorang lagi di Maahad Tahfiz Tanah Merah.
Anak sulungnya, Zamir Mat Razi kini mahasiswa di UiTM dengan jurusan seni reka.
Dari segi pelajaran beliau merupakan pemegang ijazah sarjana muda Sejarah dan Persuratan Melayu UKM (1999) dan sebelumnya penuntut Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah (1988).
Anak jati Pengkalan Kubor itu sentiasa bertekad meneruskan agenda pembangunan ditinggalkan arwah Datuk Zahidi jika memenangi PRK itu pada 25 September depan.
“Sesungguhnya kepemimpinan ditunjukkan arwah Datuk Noor Zahidi banyak memberi inspirasi kepada saya lebih-lebih
lagi sifatnya yang cukup berjiwa rakyat dan sentiasa pastikan nasib rakyat terbela.
“Saya akan meneruskan usaha arwah yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam apa juga keadaan dan ini akan
menjadi pegangan saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman beliau sebagai calon pada Rabu.
Sementara itu, bagi bekas calon Parlimen BN Tumpat, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ‘endorse’ pemilihan Haji Mat Razi. “Kriteria pemilihan calon ini segar dan dinamik dan merupakan anak tempatan. “Apa yang menariknya Haji Mat Razi ini merupakan seorang pengasas pondok dan bukan hanya dikenali di kalangan pengundi malah turut disenangi anggota jawatankuasa UMNObahagian,” katanya. Bagi Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Haji Mat Razi merupakan calon terbaik dan disenangi ramai. “Beliau seorang yang tiada musuh dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang politik,” katanya. PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian 25 Sept. – Agenda Daily

4 Lelaki Bersenjatakan Parang Samun 4 Sekeluarga
ROMPIN – Empat lelaki bersenjatakan parang menyamun empat sekeluarga selepas memecah masuk sebuah rumah kongsi di ladang pisang berhampiran Kampung Kedaik dekat Rompin lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata dalam kejadian pukul 11 malam itu, penjenayah berkenaan turut mengikat mangsa seorang wanita berketurunan Orang Asli berusia 56 tahun bersama tiga lagi anggota keluarganya.
“Semasa kejadian, kesemua mangsa yang masih belum tidur terkejut apabila pintu depan terbuka dan dimasuki oleh empat lelaki bertopeng bersenjatakan sebilah parang dipercayai diambil dari luar rumah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selepas menggeledah rumah kongsi itu, beliau berkata suspek melarikan seutas rantai dan sebentuk cincin emas, lapan telefon bimbit, wang tunai RM200 dan jumlah keseluruhan kerugian masih dalam siasatan.
Mangsa yang berjaya melepaskan ikatan selepas itu, kemudian berjalan kaki balik ke rumah mereka di Kampung Kundang sebelum melaporkan kejadian di
Balai Polis Muadzam kira-kira pukul 3.30 pagi tadi, katanya.
Polis kini sedang berusaha menyiapkan lakaran dua daripada empat penjenayah itu berdasarkan maklumat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 /397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
TOP
Pekerja Restoran Ditemui Mati Dalam Bilik Sewanya
KUANTAN – Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan di badan di dalam bilik sewanya di sebuah premis dua tingkat di Jalan Air Putih dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abd Aziz Salleh berkata mayat Azrul Saman, 30, seorang pekerja restoran yang berasal dari Hulu Jabor, Terengganu ditemui oleh majikannya kira-kira pukul 7 pagi tadi sebelum bertindak melaporkannya kepada polis.
“Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak hadir bekerja sejak semalam menyebabkan majikannya mencari mangsa di bilik sewanya yang terletak di tingkat atas restoran berkenaan.
Bagaimanapun sebaik memasuki bilik mangsa, majikannya terkejut apabila menemui Azrul dalam keadaan terbaring di lantai dengan beberapa kesan kecederaan di badannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mangsa, katanya telah bekerja di restoran berkenaan sejak empat tahun lepas dan menyewa di tingkat atas premis itu yang turut mempunyai lima lagi bilik sewa didiami oeh pekerja lain termasuk warga asing.
Sehubungan itu, katanya polis kini sedang mengesan dua lelaki warga Myanmar berusia 20-an yang dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian berkenaan bagi membantu siasatan.
Abduk Aziz berkata mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
TOP
Polis Kenal Pasti Suspek Utama Kes Pelajar UiTM Ditikam
MELAKA – Pihak polis telah mengenal pasti suspek utama berhubung kes pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah yang ditikam dalam rompakan di Pangsapuri Dimensi, Lendu semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abd Rahman Jid berkata suspek yang dipercayai bekerja sebagai penarik kereta berusia 30-an dan berasal dari Melaka sedang dikesan.
“Lelaki tersebut melarikan diri dengan sebuah kereta selepas kejadian dan polis percaya suspek masih berada di negeri ini,” katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, beliau berkata dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun dipercayai rakan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar jurusan Diploma Komunikasi Massa ditikam kerana dikatakan menjerit dan cuba melawan suspek ketika rompakan tersebut.
Mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dilapor ditikam sebanyak enam kali di dada dan tangannya dengan pisau. – BERNAMA
Adakah anda sedang mencari pinjaman? anda berada di tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Global Finance Limited memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan 2%. sila hubungi kami melalui e-mel melalui camilapedro93@gmail.com
ReplyDeleteBERITA BAIK!!!
ReplyDeleteNama saya Kezia Arjuna, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah Idle orang, kerana mereka akan meminta pembayaran yuran lesen dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan Syarikat Pinjaman yang palsu.
Beberapa bulan yang lalu saya terkejut dari segi kewangan dan terdesak, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat handal bernama Puan Kathleen, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp. 900,000,000 (900 juta) dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%.
Saya sangat terkejut apabila saya memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya gunakan telah dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah-lengah.
Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, jadi orang boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi ibu yang baik melalui e-mel sebenar: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782}. Dengan rahmat Tuhan, dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda mematuhi perintahnya.
Anda juga boleh menghubungi saya di email saya: keziaarjuna@gmail.com dan Bulan yang memperkenalkan dan memberitahu saya mengenai Puan Kathleen, dia juga mendapat pinjaman baru dari Cik Kathleen. Sekarang apa yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi bayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.
Satu perkataan cukup untuk orang bijak.