TOP
Khabar Angin Pengguna Facebook Kena Bayar $2.99 Sebulan Tidak Benar
Satu khabar angin yang yang mula tersebar minggu ini yang mengatakan Facebook bakal mengenakan bayaran sebanyak $2.99 (RM9.72) terhadap penggunanya bermula 1 November ini adalah tidak benar sama sekali.
Khabar angin itu bermula apabila salah satu laman web yang menyebarkan berita palsu, National Report, mula menyebarkan artikel mengenai perkara berkenaan. Yang peliknya, berita berkenaan mendapat liputan meluas menyebabkan kekeliruan dalam pengguna.
Selain itu, laporan itu juga turut bagi siapa yang tidak mampu, mereka boleh mengelakkan bayaran dengan memuat status "saya miskin" di wall masing-masing. - SiakapKeli.com
TOP
VIDEO: Lelaki Nekad Bunuh Diri Terjun Jambatan
Setiap manusia tidak lepas dari masalah tapi tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Tetapi ada sesetengah individu yang cuba melarikan diri dari masalah dengan cara membunuh diri.
Bagaimanapun bunuh diri bukanlah satu perkara yang senang untuk dilakukan. Ramai mereka yang cuba bunuh diri dan akan membatalkan hasratnya.
Namun bagi mereka yang benar-benar berhasrat untuk membunuh diri maka tiada siapa lagi yang dapat memujuk atau menyelamatkannya.
Seperti dalam video yang dikongsikan di sini seorang lelaki bertekad untuk membunuh diri. Bagaimanapun pihak bomba sudahpun cuba untuk menyelamatkannya dengan meletakkan tilam di bawah jambatan namun kalau sudah hasrat bunuh diri itu kuat...─ SiakapKeli.com
AMARAN: Menontok video ini boleh membuatkan anda kemurungan dan anda juga dilarang sama sekali untuk meniru aksi ini. Membunuh diri adalah satu kesalahan berat di sisi Islam

Selepas Kantoi CCTV Dalam Tandas UIA, Kini Timbul Pula Mesej Ugutan
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pemasangan kamera CCTV dalam sebuah tandas di kafetaria Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kamera itu ditanam di dalam dinding tandas berkenaan.
Berikut adalah kenyataan dari kelab Ma'ruf IIUM
Susulan dari kes tersebut, nampaknya individu yang memasang CCTV berkenaan tidak berpuas hati dengan pembongkaran tersebut. Menurut apa yang dilaporkan, individu tersebut mengugut untuk menyebar dan menjual video rakaman dari kamera tersebut. Mesej ugutan itu dapat dilihat ditulis di cermin dan juga pintu tandas.
Kelab Ma'ruf IIUM sekali lagi membuat kenyataan berkenaan isu terbabit di laman Facebooknya. Kelab itu meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bertanggungjawab itu:
Tempat belajar pun jadi mangsa mereka yang gilakan seks. Tak tahu la benda tak bermoral ini hasil kerja orang luar atau orang dalam, tapi bayangkanlah apa akan terjadi jika video itu tersebar. - SiakapKeli.com

Suami Curang Dirangkap Isteri Melalui Internet
Seorang suami kantoi bercium dengan seorang wanita lain selepas gambar mereka menjadi sensasi di internet.
Hsin Sung, 43, merupakan cikgu sekolah memandu telah mencium anak muridnya ketika kenderaan itu berhenti di lampu isyarat dan telah berjaya dirakam oleh kamera di laluan berkenaan.
Dia menyangka kecurangannya itu tidak akan diketahui sebaliknya aksi itu menjadi viral, hinggakan isterinya, Tian, berjaya mengesan penipuan tersebut melalui internet.
Bagaimanapun Hsin Sung akhirnya mengaku bahawa dia merupakan lelaki dalam gambar tersebut.
Namun dia tetap memberi alasan yang kononnya dia mencium untuk menenangkan wanita itu setelah gagal dalam ujian memandu. ─ SiakapKeli.com
TOP
Akibat abaikan anak
SEPASANG suami isteri, Idle Gillian Hendry dan Craig Dick, masing-masing berusia 34 tahun hilang hak penjagaan anak selepas dituduh mengabaikan dua anak mereka di Teesdale Terrace, Britain.
Dalam kertas pertuduhan di bacakan di Mahkamah Crown, pasangan itu dikatakan mengabaikan dua anak mereka berusia 12 tahun dan dua tahun dengan meninggalkan mereka di dalam bilik kotor dan busuk.
Menurut Dailymail, lebih menyedihkan, seorang daripada anaknya dilaporkan buta mata kiri kerana pasangan itu gagal membawa anak mereka untuk temu janji di hospital.
Tindakan pengabaian kanak-kanak itu terbongkar selepas sekumpulan pekerja sosial dari hospital berkenaan pergi ke rumah pasangan itu untuk mengetahui alasan mengapa mereka gagal menemui doktor bagi melakukan pembedahan mata berkenaan.
Ketika memasuki rumah terbabit, terdapat puluhan plastik sampah di ruang tamu dengan pakaian tidak berbasuh dan tandas kotor yang dipenuhi najis serta tilam berkulat.
Hakim Mahkamah Crown berkata, tindakan pasangan itu amat kejam kerana membiarkan anak-anak mereka hidup dalam keadaan mengerikan dan sangat kotor.
Bagaimanapun, peguam pasangan itu Peter Wishlade berkata, ibu kanak-kanak itu mengalami kemurungan hingga gagal melayan anak-anaknya manakala bapa mereka seorang yang pengotor.
"Dia adalah seorang lelaki yang tidak tahu menjaga kebersihan diri dan tertekan dengan masalah isterinya," katanya.
Keputusan penghakiman diakhiri dengan hakim memutuskan, kedua-dua pasangan itu hilang hak penjagaan terhadap anak-anak mereka dan pasangan itu ditahan di bawah penjagaan pakar sakit jiwa di hospital tempatan. - sinar
TOP
Guru ganas diburu
SEKUMPULAN murid dari sebuah sekolah ditemui berlumuran darah di bilik guru seni selepas dipukul oleh salah seorang guru berkenaan.
Menurut DailyMail, guru yang dikenali sebagai Lei Mingxing itu dipercayai masih bersembunyi di hutan berhampiran Ankang, wilayah Shaanxi kerana diburu polis.
Guru Besar sekolah yang hanya mempunyai 22 murid itu ternyata terkejut dengan tindakan guru terbabit.
"Ketika saya melalui bilik guru berkenaan saya terdengar murid-murid itu menangis. Apabila saya ke bilik guru itu, alangkah terkejutnya apabila terlibat murid-murid itu berada di atas lantai dengan berlumuran darah," katanya.
Menurutnya, guru seni itu berkhidmat di sekolah itu sejak bertahun-tahun adalah seorang yang baik dan tidak pernah melakukan sebarang tindakan ganas.
Kini, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk memburu seorang guru berkenaan selepas mencederakan empat murid hingga patah tulang tengkorak dengan menggunakan buku teks.
Sejurus kejadian itu, kesemua kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital di Ankang.
Sementara itu, Ketua Polis Deng Mingshan yakin pemburuan guru tersebut bakal berakhir selepas anggota penyiasat dapat menjejaki kenderaan guru berkenaan yang melalui sebuah kawasan hutan. - sinar
TOP
Perjanjian damai: Perkembangan terkini di Yaman
Pemberontak Houthi mengawal laluan sempadan di utara bandar Sana'a ketika perjanjian damai ditandatangani, semalam.
PUTRAJAYA - Pada 21 September 2014, Kerajaan Yaman telah memeterai Perjanjian Damai dan Kerjasama (Peace and Partnership Agreement) dengan wakil-wakil daripada pihak yang bertelagah di Yemen iaitu kumpulan Houthi, General People’s Congress, Islah dan Hirak.
Pelaksanaan perjanjian ini akan diawasi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan pemeteraian perjanjian tersebut, keadaan di Yemen dilaporkan telah kembali stabil dan terkawal termasuklah di Sana’a, Shamlan dan Mazbah.
Kerajaan Malaysia berharap Perjanjian tersebut akan dapat dilaksanakan sepenuhnya agar keamanan dapat dikembalikan di Yaman.
Dalam hal ini, Majlis Keselamatan Negara melalui Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a telahpun mengambil tindakan untuk membantu lebih 440 pelajar rakyat Malaysia yang kini tinggal di penginapan sementara di Sana’a yang disediakan oleh Kedutaan Besar bagi mendapatkan keperluan asas seperti makanan, bekalan air bersih, dan sebagainya sehingga keadaan selamat untuk mereka kembali ke asrama dan kediaman masing-masing.
Kementerian Luar Negeri juga akan terus memantau rapi perkembangan semasa di Yaman bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar rakyat Malaysia adalah terjamin, dan akan mengambil tindakan susulan sewajarnya sekiranya keadaan memerlukan.
SUMBER: Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ruzanna Wahab
Department of Information and Public Diplomacy (JPDA)
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
Tel : 03 - 8887 4180
-Bernama

3 letupan di Xinjiang
Tentera ditempatkan di sekitar bandar Xinjiang bagi mengelakkan serangan berulang. - Foto: AFP
BEIJING - CHINA . Sekurang-kurangnya dua terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam insiden letupan di wilayah barat Xinjiang, China. Jurucakap kerajaan memberitahu, siri serangan bom berlaku jam 5 pagi (waktu tempatan) itu menggegar tiga lokasi berasingan di selatan daerah Luntai, terletak kira-kira 360 kilometer di barat daya Urumqi. Sementara itu, portal berita Tianshan melaporkan, anggota keselamatan bertindak segera mengawal situasi di wilayah bergolak itu. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai kejadian itu tidak didedahkan kepada umum dan sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut, dipetik dari laporan AFP.

Langkah Khazanah bantu MAS dipuji
LANGKAH Khazanah Nasional menubuhkan pusat khas bagi memberi ‘sokongan penempatan’ kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu mendapat pujian daripada tiga Ahli Parlimen.
Pusat penempatan berkenaan akan ditubuhkan bagi menghulur segala bentuk sokongan berkaitan dan diperlukan kepada pelbagai kumpulan kakitangan yang akan meninggalkan MAS, termasuk sokongan profesional, emosi, kaunseling dan kewangan bagi membantu mereka ketika beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.
Menurut anggota-anggota Parlimen berkenaan, langkah itu menunjukkan keprihatinan Khazanah melaksanakan penempatan semula para pekerja itu secara berstruktur di samping mengambil pendekatan berperikemanusiaan demi kesinambungan penghidupan mereka.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, banyak syarikat penerbangan di dunia menghadapi masalah sedemikian rupa tetapi apa yang dilakukan Khazanah, tentunya formula terbaik bagi MAS.
“Ini memang dirancang, disusun begitu baik oleh Khazanah. Apa yang dilakukan melalui penstrukturan ini sesuatu yang begitu unik dan jarang dilakukan oleh kebanyakan syarikat lain terutama sekali,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim pula berkata, usaha pendekatan itu merupakan satu perkara yang pertama kali seumpamanya dalam negara.
“Dengan kewujudan pusat ini, saya melihat antara fokus utama ialah bagaimana mereka ini didedahkan, sama ada untuk diberikan perkara yang berkaitan dengan pesaraan awal, yang kedua beri pendedahan mengenai menjadi usahawan ataupun memberikan pendedahan bagaimana mereka harus ubah kepada ke arah pekerjaan baru, sama ada mereka akan kembali ke MAS ataupun mereka diberi alternatif untuk bekerja di sektor-sektor yang lain,” katanya.
Bagi Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap pula, langkah yang diluluskan Kabinet itu merupakan prospek yang baik kepada semua pihak, dan akan pastinya memberi faedah ‘sama-sama menang’, di mana syarikat penerbangan negara dipulihkan untuk kembali mencatatkan keuntungan, kehidupan kakitangan akan terus kukuh. - Bernama
TOP
Istana perjelas sebab pilih Azmin
Mohamad Munir
KLANG - Istana Selangor memberikan sebab kelewatan pelantikan Menteri Besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam PR dalam pencalonan menteri besar. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan. Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti. "Baginda mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti Pas, PKR dan DAP. "Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Adun PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti PR di Dewan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan. Kenyataan tersebut juga menyatakan Mohamed Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968. Mohamed Azmin mendapat surat lantikan dari istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan teka-teki siapa bakal menerajui Selangor. PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Mohamed Azmin sekali gus memberikan sokongan majoriti kepada beliau. Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti. Pas pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor. Bagaimanapun Mohamad Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak. Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Selangor telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan Menteri Besar Selangor. "Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor. "Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya. -sinar

Azmin, dulu ‘seteru politik’ Khalid, kini MB
SHAH ALAM - Mohamed Azmin Ali, yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 pada Selasa adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.
Kritikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Abdul Khalid dipecat daripada jawatannya.
Mohamed Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin pakatan rakyat yang membantah keras pelantikan semula Abdul Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 tahun lepas.
Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka telah mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta para penyokong masing-masing.
Krisis antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid memuncak apabila Mohamed Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Dis tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Abdul Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.
Permusuhan itu berlanjutan apabila Abdul Khalid memutuskan untuk menentang Mohamed Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Abdul Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas.
Pada Selasa, Mohamed Azmin secara rasminya menggantikan Abdul Khalid, Menteri Besar Selangor sejak 2008.
Kini tiba masanya Mohamed Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Abdul Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.
Dilahirkan pada 25 Ogos 1964, anak kelahiran Singapura itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur, Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.
Pada 1982, Mohamed Azmin melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat.
Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota dan Sarjana Pendidikan ( Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.
Penglibatan awal Mohamed Azmin dalam politik bermula sekitar 1987 apabila perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad membuka peluang kepada beliau untuk membantu Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.
Beliau yang sebelum itu bertugas sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran dilantik sebagai Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Oktober 1987 sehingga 1998.
Kesetiaan Mohamed Azmin kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 Sept 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.
Insiden pemecatan Anwar juga merupakan permulaan kepada kekeruhan hubungan Mohamed Azmin dengan Dr Mahathir yang dianggap sebagai bapanya sendiri, malah Mohamed Azmin merupakan antara yang paling lantang mengkritik bekas perdana menteri itu.
Mohamed Azmin merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.
Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013 dan mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.
Pada PRU ke-10 pada 1999, Mohamed Azmin yang mewakili Parti Keadilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.
Pada PRU Ke-12, 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi Dun Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-Umno
Haslinda Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.
Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU ke-13.
Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau tidak pernah lepas daripada kontroversi, antaranya beliau pernah ditahan selama tujuh hari berhubung siasatan mengenai harta pendapatan di antara tahun 1992-1995.
Mohamed Azmin juga menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah, antaranya pada 2001 apabila beliau dan Ketua Pemuda Keadilan ketika itu Ezam Mohamed Noor didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan
haram ketika pilihan raya kecil Dun Lunas, Kedah dan pada 2012 beliau dan Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara. - Bernama
TOP
Bayi Perempuan Lapan Bulan Parah Digigit Biawak
KUANTAN: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata kejadian itu berlaku pada 10 pagi.
"Bayi seberat sembilan kilogram itu diletakkan di atas lantai dapur oleh ibunya yang ketika itu ingin mengambil sesuatu, namun tiba-tiba ibu mangsa terdengar bunyi bising sebelum diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa.
"Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku.
"Haiwan berkenaan dilihat cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur dipercayai untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran," katanya kepada Bernama Selasa.
Beliau berkata ibu bayi itu bagaimanapun berjaya menyelamat anaknya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman untuk menerima rawatan.
Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai PolisTioman pada 4.51 petang semalam.
"Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan, namun dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu berikutan kecederaan parah yang dialami.
Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya. - mstar
TOP
Perjanjian Air Selangor Akan Dikaji Semula - Azmin
KLANG: Semua perjanjian yang dimeterai ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikaji semula, termasuk penstrukturan air di negeri itu, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri Besar Selangor yang baharu itu berkata, semua perjanjian itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan. "Tidak semestinya hanya perjanjian air sahaja tetapi adalah adil buat saya untuk mendapatkan penerangan yang lengkap daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini, Selasa. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid awal bulan ini. Ketika itu, Khalid dianggap sebagai 'menteri besar sementara' selepas dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau akan meneruskan dasar sebelum ini demi kepentingan rakyat. Tambahnya, beliau terlibat secara langsung ketika pentadbiran Khalid dan meletakkannya sebagai asas yang baik dalam pentadbirannya selepas ini. "Sudah tentulah tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor," katanya. - mstar

Penoreh Getah Didakwa Bunuh Anak teman Wanita
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki pada Selasa didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak teman wanitanya bulan lepas.
Mohd Zamri Daud, 42, seorang penoreh getah dituduh membunuh kanak-kanak itudi rumah tidak bernombor di Kampung Sungai dekat sini, kira-kira pukul 11 pagi, 11 Ogos lepas.
Sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin, tertuduh hanya mengangguk tanda faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mohd Zamri dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Syazwani Syed Hussin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret menetapkan 4 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggulaporan bedah siasat. - mstar
TOP
Saya Tak Dikawal Mana-Mana Pihak - MB Selangor
KLANG: Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau tidak dikawal oleh mana-mana pihak dalam melaksanakan tugas mentadbir kerajaan negeri Selangor.
Sebaliknya kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu, pentadbiran beliau berpandukan Perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. "(Pentadbiran) saya berpandukan perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri dan juga dasar yang diluluskan oleh Pakatan Rakyat yang perlu dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini, Selasa. Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pentadbiran beliau akan dikawal oleh parti atau individu tertentu. Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi menteri besar 'kawalan jauh' apabila dikawal oleh suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya beliau memegang jawatan itu. Apabila persoalan sama diajukan kepada Azmin, beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana keputusan pemilihan menteri besar sudah dibuat. "Saya sudah pun mengangkat sumpah jadi saya akan bekerjasama dengan semua parti bagi memastikan apa yang dijanjikan kepada rakyat ditunaikan," katanya. - mstar

Kes Bunuh Di Koh Tao: McAnna Dakwa Diburu Mafia Thai
McAnna mendakwa dirinya diburu Mafia Thai.
PEMUDA Britain yang melarikan diri selepas 'pembunuhan pulau' di Koh Tao memberitahu dirinya kini berada dalam ketakutan kerana mendakwa terdapat dua orang lelaki yang juga suspek kepada pembunuhan pasangan kekasih minggu lalu mahu melihat dia mati. Sean McAnna,25, dari Shott, Scotland meninggalkan pulau itu tergesa-gesa menaiki feri selepas membuat panggilan kecemasan dari sebuah pasar raya untuk mendapatkan bantuan terhadap kes pembunuhan itu, sambil menyorok di kaunter bagi mengelak dirinya dilihat pembunuh. Dia menghantar pesanan kecemasan di laman Facebooknya ketika bersembunyi daripada dua lelaki itu: "Mafia Thai cuba membunuh saya. Tolong saya.' "Saya memang terfikir hari itu saya akan mati,' jelasnya sejam selepas pembunuhan Hannah Witheridge,23, dan David Miller,24, yang dipukul sehingga mati minggu lalu. McAnna pernah berjumpa dengan Miller beberapa kali di pulau tersebut berkata, dua lelaki yang memburunya itu turut memberi cadangan agar dia membunuh diri, dan secara tidak langsung McAnna akan dituduh sebagai pembunuh Witheridge dan Miller.
"Saya telah pergi ke sebuah bar dan ada lelaki mula menanyakan beberapa soalan kerana dia tahu mangsa mengenali saya dan mereka pernah mendengar nama saya. "Saya sedikit mabuk ketika itu dan menjawab semua soalan umum dan selepas itu timbul cerita kes bunuh ini. "Mereka memberitahu saya 'kamu yang membunuh mereka...kamu telah bunuh dua orang dengan tangan sendiri..kami tahu kamu adalah orangnya. Kamu akan menggantung diri sendiri malam ini dan kami akan melihat sahaja. Kamu akan mati malam ini. Jika kau tidak menggantung diri kamu, kami akan lakukan. Kamu telah bunuh dua orang.' "Jadi, saya terus lari. Saya tinggalkan tempat itu. Mereka tidak akan tembak saya kerana mereka mahu bawa saya ke sebuah bukit dan menggantungkan saya di sana supaya nampak seperti bunuh diri. "Mereka memburu saya ketika di pasar raya dan saya bersembunyi di belakang kaunter. Saya membuka Facebook di telefon bimbit dan turut mengambil gambar mereka dan memuat naikkan dalam Facebook dan memberitahu 'jika ada apa-apa berlaku kepada diri saya, semua orang tahu angkara siapa'. "Mereka perlukan seseorang untuk dijadikan 'kambing hitam' kerana mereka tidak mahu melihat orang tempatan sebagai pembunuh. "Mereka mahu orang barat, jadi jika saya bunuh diri atau menggantung diri di sana, senanglah mereka berkata 'Lihat, dialah pembunuh.'" McAnna berkata, polis menjawab panggilan telefonnya dan dua lelaki tersebut mengiringi polis ke tempat rumah tetamu yang disewa. Tetapi dia takut jika dua lelaki itu mendapat tahu tempat tinggalnya dan sebab itulah McAnna melarikan diri ke arah hutan malah berada di situ sehingga awal pagi. "Selepas itu saya menuju ke bar dan tidur di bawah meja 'pool' selama sejam sehingga 7 pagi. "Saya sangat takut berada di hutan, jadi saya teruskan berjalan selama 30 minit dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain agar tiada siapa yang ternampak saya". Bekas pelajar sekolah lelaki St Aidan (Scotland) memberitahu, ketika mengharungi situasi getir itu, dia turut menelefon ibunya untuk memberitahu yang dia sayangkan wanita itu, namun sebenarnya McAnna ingin menyatakan 'selamat tinggal. Saya sangat takut'. Tambahnya:"Saya memberitahu kepada ibu jika ini perbualan terakhir, ia adalah sangat menyedihkan". Sebelum ini McAnna membuat teori sendiri mengenai pembunuhan Witheridge dan Miller- teori yang turut dipersetujui oleh ibu bapa Miller. Menurut McAnna,dia yakin Witheridge tidak bersama dengan Miller ketika serangan bunuh dan rogol itu berlaku. Sebaliknya Miller datang ke tempat kejadian untuk menolong Witheridge yang turut menyebabkan lelaki itu dibunuh. Dia juga tidak yakin bahawa pihak polis akan berjaya menangkap pembunuh itu. Katanya, mereka bertindak terlalu lambat dan gagal menutup tempat kejadian yang menyebabkan orang ramai pergi ke situ dan memusnahkan banyak bahan bukti yang mungkin ada di sana. - mstar

Sukan Asia: Kontinjen Negara Tepati Dua Sasaran Emas - Khairy
Khairy (empat kanan) bersama kontinjen negara sebelum berangkat ke Sukan Asia di Incheon baru-baru ini.
INCHEON: Dua acara sukan menepati sasaran pingat emas yang ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata acara wushu yang dikatakan 'pingat tidak diduga' sebenarnya berada dalam senarai sasaran lapan pingat emas kontinjen negara ke Sukan Asia di Incheon itu. "Kita menepati sasaran. Pingat emas daripada wushu dan skuasy wanita memang dalam perancangan kita. Saya harap kita dapat kekalkan momentum agar dapat melepasi sasaran kita. "Setakat ini tidak tersasar. Walaupun wushu ramai kata ia di luar dugaan tapi kita sebenarnya sering menang pingat emas, cuma kita tidak tahu dalam acara mana, buat masa ini kita menepati sasaran," katanya ketika ditemui di Yeorumul Squash Courts pada Selasa. Khairy hadir menyaksikan perlawanan akhir skuasy perseorangan wanita yang menyaksikan pingat emas dan perak milik kontinjen negara. Datuk Nicol David menepati ramalan pingat emas selepas menewaskan rakan senegara Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5 da 12-10. Kemenangan ini adalah pingat emas keempat ratu skuasy negara sepanjang penyertaan di temasya Sukan Asia, selepas meraih emas di Bangkok (1998), Doha (2006) dan Guangzhou (2010). Sementara itu, ditanya mengenai pencapaian skuad bola sepak yang gagal ke suku akhir seperti yang disasarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Khairy berkata adalah tidak adil untuk menilai prestasi ekoran temasya Sukan Asia masih berlangsung dan beliau sendiri tidak berkesempatan menonton perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi. "Saya dengar rentak permainan agak bagus. Kita akan kaji selepas ini,"katanya. Pada aksi terakhir kumpulan A, skuad bawah 23 negara tewas 0-3 kepada Arab Saudi, sekali gus meranapkan harapan bola sepak untuk mara ke suku akhir seperti yang disasarkan. Dalam pada itu, Khairy berkata acara badminton berpasukan menepati sasaran ke separuh akhir dan fokus sekarang adalah kepada acara individu perseorangan dan beregu. - mstar

Bayi Dilahirkan Dengan 'Ekor'
India - Seorang bayi yang dilahirkan bersama 'ekor' sepanjang 12cm telah selamat menjalani pembedahan selama tiga jam bagi membuang 'ekor' berkenaan.
'Ekor' seberat 350g itu terkpaksa dibuang kerana dikhuatiri akan menyebabkan kanser. Menurut doktor, ekor itu sebenarnya adalah kembar si bayi berkenaan yang pertumbuhannya tidak menjadi. Di India, bayi yang dilahirkan dengan ekor dianggap sebagai 'dewa'. Walaupun begitu ibu bapa bayi berkenaan meminta doktor supaya membuang ekor berkenaan kerana khuatir dengan kesihatan bayinya yang bertambah buruk. Meskipun kebiasaannya kanak-kanak yang mempunyai ekor ketika dilahirkan akan dianggap sebagai `dewa’ namun bagi ibu bapa bayi berkenaan, mereka telah meminta doktor membuang ketumbuhan itu bagi mengelakkan keadaan kesihatan anak mereka bertambah buruk. - SiakapKeli.com

Tiada Telur Tiruan Di Pasaran Malaysia
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada telur tiruan dijual di pasaran tempatan selain meminta orang ramai tidak perlu risau mengenai isu tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang disebarkan melalui laman sosial termasuk laporan berkenaan menyatakan bahawa wujudnya penjualan telur tiruan di pasaran tempatan yang menyamai telur asli.
"Pada tahun 2011 isu yang sama juga telah ditimbulkan dengan dakwaan wujudnya telur tiruan yang mengandungi bahan-bahan kimia dengan cengkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat.
"Kuning dan putih telur diperbuat dari natrium alginate, alum, gelatine, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan bahan pewarna makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.
Tambah Dr. Noor Hisham, pihaknya memandang serius isu ini selain memaklumkan perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 14(1) dan 14(2), Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"Seksyen 14(1) menyatakan larangan menjual apa-apa makanan yang bukan dari jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Seksyen 14(2) pula melindungi pembeli yang meminta untuk membeli makanan yang mematuhi Akta ini.
"Peraturan 171(1) memperuntukkan definisi telur di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," ujarnya.
Sehubungan itu Dr. Noor Hisham berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my.
Pada 2011, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di negara ini supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. - Astro Awani
TOP
Siasat Murid Sekolah Agama Belai Anjing
Johor Bahru – Jabatan Agama Johor (JAJ) memandang serius berkaitan sebaran gambar di laman sosial Facebook berkaitan sekumpulan murid Sekolah Agama Bakar Batu bermesra bersama seekor anjing.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut berkata, mengikut maklumat diperolehi pihaknya, sekumpulan murid berkenaan meluangkan masa dengan membelai anjing selepas tamat waktu persekolahan. Beliau berkata, difahamkan ia berlaku di kawasan luar sekolah agama dan ia disedari beberapa penduduk. Menurutnya, pihaknya difahamkan kumpulan kanak-kanak berkenaan bertindak demikian selepas dipengaruhi seorang wanita beragama Islam. “Wanita berkenaan yang dikatakan berkahwin dengan warga asing tidak sepatutnya mempengaruhi kumpulan kanak-kanak itu untuk membelai anjing kerana ia bercanggah dengan hukum agama, syarak dan budaya.
“Saya berharap bahagian JAJ mengambil tindakan segera terhadap wanita itu kerana perbuatannya menjejaskan sensitiviti umat Islam. “Begitu juga dengan kanak-kanak terbabit seharusnya diberi penerangan berkaitan hukum agama supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan. “Anjing tidak sesuai dijadikan sebagai binatang peliharaan sebaliknya bagi tujuan memburu dan mengawal keselamatan, ia dibenarkan,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. – myMetro Online

Sultan Yakin Azmin Dapat Sokongan Untuk Terajui Negeri
KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu, kerana yakin, beliau mempunyai sokongan padu anggota partinya selain PAS dan DAP.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Mohamed Azmin turut dipilih kerana PKR mendapat kepercayaan majoriti pakatan rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
“YB Tuan Mohamed Azmin merupakan Timbalan Presiden PKR dan oleh itu Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Selangor mempunyai keyakinan bahawa sebagai seorang timbalan presiden yang dipilih pastinya mempunyai sokongan padu bukan sahaja daripada PKR malah PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor.
“Baginda telah mengambil maklum bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik dalam kalangan Adun (anggota Dewan Undangan Negeri) daripada PKR untuk mendapat kepercayaan majoriti dan sokongan daripada parti-parti pakatan rakyat di Dewan Negeri Selangor,” kata Mohamad Munir dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Munir berkata kelewatan pelantikan menteri besar Selangor kali ini adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR serta ketidaksefahaman parti parti dalam pakatan rakyat berhubung isu pencalonan nama menteri besar.
Beliau berkata selain itu, keengganan DAP dan PKR mematuhi surat dari Istana bertarikh 27 Ogos 2014 menyulitkan lagi tindakan Sultan Selangor yang terpaksa meneliti calon-calon lain dalam PKR yang tidak dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.
“Terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan menteri besar Selangor.
“Untuk makluman, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor tidak pernah mencampuri dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri selain daripada menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.
“Dalam urusan pelantikan Datuk Menteri Besar Selangor, D.Y.M.M Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959,” katanya.
Mohamad Munir berkata Sultan Selangor berharap Mohamed Azmin dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas dengan integriti yang tinggi serta akan sentiasa mendahului kepentingan rakyat dan negeri dalam pentadbirannya.
Mohamed Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor yang ke-15 berkuat kuasa hari ini dalam Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang, pagi ini. – BERNAMA
TOP
Militan IS Gesa Pengikut Serang Rakyat AS
Baghdad – Kumpulan Negara Islam (IS) semalam menggesa pengikutnya menyerang rakyat Amerika Syarikat (AS), Perancis dan negara lain yang turut melancarkan operasi ketenteraaan ke atas kumpulan itu di Iraq dan Syria.
AS membentuk satu pakatan bagi menentang kumpulan itu yang menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria serta mengisytiharkan penubuhan pemerintahan khalifah.
Jet pejuang AS dan Perancis terus melancarkan serangan udara ke atas kedudukan IS, semalam.
Washington berkata, beberapa negara lain menyatakan kesediaan mereka menyertai operasi itu jika ia turut meliputi serangan ke atas kumpulan berkenaan yang berada di Syria.
Jurucakap IS, Abu Muhammad al-Adnani berkata, campur tangan tentera pakatan yang diketuai AS bakal menjadi ‘operasi terakhir tentera Salib.’ “Ia akan hancur, musnah dan dikalahkan sama seperti semua operasi mereka sebelum ini,” katanya. – Reuters
TOP
Kumpulan IS Ancam Bunuh Tebusan Perancis Di Algeria
ALGIERS – Sebuah kumpulan Algeria berkaitan pergerakan jhad Negara Islam (IS) mendakwa menculik seorang warga Perancis dan mengugut untuk membunuhnya dalam tempoh 24 jam kecuali Paris menghentikan serangan udara terhadap IS di Iraq.
Kumpulan itu Jund al-Khilifa (Askar Pemerintahan Khalifah) mengepos video menunjukkan tebusan berambut putih dan berkacamata, Herve Pierre Gourdel, duduk di atas tanah dikawal dua lelaki menutup muka yang memegang raifel Kalashnikov.
Gambar itu disahkan sebagai benar oleh kerajaan Perancis, dan diedarkan selepas IS mengeluarkan kenyataan menggesa Muslim supaya membunuh orang Barat di mana negara mereka menyertai kempen untuk berperang dengan kumpulan jihad.
Dalam kenyataan yang diposkan menerusi online, jurucakap IS Abu Mohamed al-Adnani berkata Muslim patut mencari dan membunuh orang Barat di mana negara mereka menyertai pakatan berkenaan, terutama rakyat Amerika dan Perancis.
Perancis berusaha untuk meredakan kebimbangan rakyatnya menerusi kenyataan Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve.
Katanya: “Perancis tidak gentar…Perancis bersedia bertindak balas terhadap ancaman itu.”
Jund al-Khilifa, yang berikrar akan patuh pada IS, meningkatkan tekanan ke atas Paris dengan mengancam untuk membunuh tebusan berkenaan, Gourdel, dalam tempoh sehari. – AFP
TOP
Barisan EXCO Baharu Selangor Diumum Khamis – Azmin
Sidang media Azmin sebaik selesai majlis angkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Selasa.
KLANG: Beberapa jam lagi, wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan perbincangan bagi menentukan barisan Exco negeri berkenaan. Menerusi perbincangan itu, akan diputuskan sama ada senarai Exco itu melibatkan barisan wakil rakyat sama atau sebaliknya, termasuk kemungkinan jawatan itu diisi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali sebaik selesai majlis angkat sumpah jawatan di Istana Alam Shah, pagi Selasa. Kata Azmin, langkah itu perlu dilaksanakan sejajar titah Sultan Selangor supaya semua proses berkaitan diselesaikan pada kadar segera. "Kita akan adakan perbincangan pada petang ini (Selasa) untuk melihat komposisi Exco Pakatan Rakyat. "Tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan insyaAllah pada Jumaat akan ada istiadat angkat sumpah Exco baharu bagi kerajaan Selangor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa. Ditanya adakah Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diberi sebarang jawatan dalam kerajaan negeri, Azmin berkata, ia akan diketahui selepas perbincangan berkenaan. "Proses perbincangan belum bermula. Kita akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil parti pada petang ini. Kita akan maklumkan," katanya. Selain itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap usaha menyatupadukan semua parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk pentadbiran kerajaan negeri adalah cabaran paling besar. Beliau berkata, cabaran itu turut melibatkan usaha untuk memperkukuhkan kedudukan PR pada masa depan. "Menyatupadukan semua parti dalam pentadbiran kerajaan Selangor merupakan cabaran yang paling besar kita hadapi. "Sekarang kita perlu pastikan dapat menyatupadu dan memperkukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya

Video: Pasangan Remaja ‘Belanja’ Aksi Panas Depan Rakan
SEJUJURNYA, kami tak faham apa motif pasanganremaja ini membiarkan aksi mereka di tempat awam dirakamkan oleh si rakan.Bukan sahaja berpelukan, tapi siap bercomolot.
Kalau diamati, kelihatan seperti remaja perempuan bertudung itu yang beria-ia menggomol kekasihnya.
Si rakan pula begitu bersungguh-sungguh menggalakkan perangai tak senonoh kedua-duanya.
Sudahnya, dia dengan senang hati memuatnaik rakaman itu di laman maya. Khianat betul…
Hai, kalau depan rakan pun tak ada rasa segan, apatah lagi kalau berdua-duaan di tempat sunyi!
Menerusi komen netizen, aksi ini dikatakan dirakam di salah sebuah daerah di Thailand berdasarkan dialek percakapan mereka.
- mynewsub

Wanita Buat Pembedahan Plastik, Miliki Tiga Payudara!
HAI pelik-pelik je orang zaman sekarang.
Dah elok-elok ada dua payudara, ditambahnya jadi tiga.
Seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat, Jasmine Tridevil meraih perhatian umum selepas melakukan pembedahan plastik di bahagian payudaranya dengan menambah satu lagi di bahagian dadanya.
Menurutnya, tujuan utama melakukan pembedahan tersebut adalah untuk mengurangkan perhatian kaum lelaki terhadap dirinya.
Pembedahan tersebut menelan belanja sebanyak RM60,000 sehingga menyebabkan dia tidak bercakap dengan ibu dan kakaknya sehingga kini kerana mereka tidak membenarkannya melakukan pembedahan tak masuk akal itu.
Menariknya, Jasmine menambah dia melakukan pembedahan tersebut kerana dia tidak mahu lagi berpacaran dan menjadi popular di kalangan kaum Adam.
Hmm, macam-macam…
- MYNEWSHUB

MB Baharu: 'Style' Berbeza, Matlamat Sama - Mustapa
Sultan Selangor menyerahkan surat perlantikan sebagai Menteri Besar Selangor kepada Azmin, Selasa.
PENGKALAN KUBOR: PAS yakin Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali mampu melaksanakan tugas seperti yang diharapkan Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata dalam mentadbir Selangor, Azmin mempunyai caranya tersendiri tetapi matlamatnya dalam memberikan khidmat kepada rakyat adalah sama. "Saya yakin menteri besar baharu akan melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Cuma mungkin 'style' (gaya) masing-masinglah, 'style' mungkin berbeza. "Bagaimanapun dari segi matlamat, tetap (sama) memberikan khidmat kepada rakyat dan pentadbiran berjalan secara licin menjadi komitmen ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, di sini, Selasa. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah memberikan beberapa amanat termasuklah supaya menteri besar yang baharu meneruskan pemberian dividen kepada rakyat di Selangor. "Biasalah 'outgoing' (akan pergi) akan beri beberapa peringatan kepada 'incoming' (akan datang)," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, secara keseluruhannya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor menerima keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melantik Azmin menggantikan Khalid. Katanya, PAS Pusat jugalah yang meletakkan nama Azmin sebagai salah seorang daripada tiga nama calon yang diberikan kepada istana untuk dipertimbangkan. "Ini saya lihat tidak akan jadi masalah. "Siapa saja, apa saja yang diperkenankan oleh Tuanku, dalam PAS tak bangkit apa-apa," katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS secara prinsip mengalukan-alukan dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor. Bagaimanapun katanya, kenyataan rasmi mengenai pelantikan akan dikeluarkan oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Sambil mengucapkan tahniah kepada Azmin, beliau juga berharap agar amanah besar itu dapat digunakan untuk terus memacu ekonomi Selangor dan memastikan rakyat Selangor akan terus dikurniakan limpahan nikmat. - mstar

Pegawai Kastam Didakwa Terima Rasuah RM300
SHAH ALAM: Seorang pegawai Kastam pada Selasa mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM300 daripada seorang individu Julai lalu.
Mohd Yusri Mohd Jonet, 35, yang kini bertugas di Bahagian Pemeriksaan Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, didakwa menerima wang itu daripada seorang individu, berkaitan dengan tugas beliau sebagai pegawai penguatkuasa kastam Wilayah Persekutuan.
Kertas pertuduhan oleh pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menyatakan siapa individu terbabit.
Mohd Yusri dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan SS2, Petaling Jaya, pada 1.42 tengah hari, 27 Julai lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 tetapi peguam Gabriel Susayan yang mewakili Mohd Yusri meminta jaminan dikurangkan kepada RM3,000.
Hakim Datuk Noradidah Ahmad menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.
Beliau menetapkan sebutan semula kes itu pada 30 September. - mstar
TOP
'Kastam' Maut Ditembak, Rakan Parah
TASEK GELUGOR: Seorang lelaki maut, manakala rakannya parah apabila ditembak ketika berada di sebuah rumah untuk menjalankan upacara sembahyang kematian di Tingkat Selamat 2, Kampung Selamat di sini malam Isnin.
Lee Wooi Shong yang juga digelar 'Kastam', 34, mati di Hospital Kepala Batas pada pukul 2.20 pagi Selasa akibat terkena tembakan di badan dan belakang kepala, manakala rakannya yang berusia 38 tahun, cedera di kedua-dua tangan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, rekod polis menunjukkan Kastam mempunyai dua rekod jenayah berkaitan judi.
Beliau berkat, dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, seorang lelaki datang ke kawasan rumah berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah Lee serta rakannya yang berada di situ.
Polis menemui tiga kelongsong peluru jenis 9mm Thai Arms di tempat kejadian, katanya.
Siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang melepaskan tembakan itu meletakkan kenderaannya di luar kawasan rumah berkenaan sebelum berjalan kaki ke kediaman itu dan melepaskan tembakan.
Abdul Rahman berkata, orang ramai yang berada di rumah itu cuba mengejar lelaki berkenaan bagaimanapun gagal.
"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk untuk mengetahui punca sebenar motif kejadian," katanya.
Beliau berkata, usaha mengesan suspek yang melepaskan tembakan itu giat dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - mstar
TOP
Sukan Asia: Nicol Sumbang Emas Ke-2 Malaysia
Aksi Wee Wern (kiri) dan Nicol pada aksi akhir acara skuasy individu Sukan Asia, Selasa.
PETALING JAYA; Jaguh skuasy no.1 dunia, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila meraih pingat emas acara individu sekaligus menjadikan pingat kedua untuk Malaysia pada aksi final Sukan Asia di Incheon, pagi Selasa. Kemenangan ke atas rakan senegara, Low Wee Wern 9-11 11-6 11-5 12-10 itu bukan mudah selepas tewas pada set pertama. Bagaimanapun Nicol kembali menemui rentak menang dengan menguasai set seterusnya dalam tempoh 59 minit sebelum meraih koleksi emas keempatnya bagi temasya ini. Sebagai rekod, Nicol merangkul pingat emas acara individu pada Sukan Asia sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1998 di Bangkok, 2002 di Doha dan edisi lepas di Guangzhou, China pada 2010. - mstar

Agger Dedah Punca Tinggalkan The Reds
PEMAIN pertahanan Dan Agger mengakui punca dia keluar daripada pasukan Liverpool adalah kerana hubungan dingin dengan pengurusnya.
'The Dade' yang berpindah ke Brondby dengan yuran 3 juta euro musim ini merupakan pemain pertahanan penting The Reds sepanjang lapan tahun, beraksi sebanyak 232 kali di Anfield.
Kekurangan peluang bermain menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berhijrah sekaligus membuatkan penyokong-penyokong terkejut kerana kelab melepaskan Agger.
Tidak sependapat dengan Brendan Rodgers membuatkan dia mengambil keputusan meninggalkan The Reds.
"Biar saya berterus terang. Saya dan pengurus tidak sependapat sejak musim lalu," katanya.
"Seperti ada satu jurang di antara kami dan bagi saya cukuplah setakat itu.
"Saya merasakan sumbangan saya tidak dihargai olehnya.
"Dan sudah sampai masanya saya berhijrah".
Agger hilang posisinya ketika kempen akhir musim lalu.
Bagaimanapun, Agger menganggap Rodgers sebagai 'lelaki luar biasa' dan 'pengurus paling cekap', tetapi hubungan mereka tidak berjalan lancar.
"Mungkin apa yang dianggap salah di antara saya dan dia kerana saya terlalu berterus-terang.
"Saya hanya bercakap perkara yang sama dibincangkan orang lain dan menjangkakan orang akan berfikiran sama dengan saya. Mungkin jangkaan itu salah". - mstar
TOP
Sukan Asia: Misteri Angin Di Gelanggang Badminton
Tago yang dua kali merasai angin meniup mukanya tewas ditangan pemain Korea, Son pada perlawanan suku akhir.
SEOUL: Jurulatih skuad badminton Indonesia mendakwa berlaku kejadian aneh ketika pasukan Jepun kalah kepada Korea Selatan 2–3 dalam saingan Sukan Asia di Incheon, pada Isnin. Menurut Richard Mainaky, dia merasai ada angin yang tidak sepatutnya bertiup ketika perlawanan berlangsung. “Memang kami dapat merasakan perubahan tiupan aneh dan tindakan pasukan Jepun membuat bantahan kepada pengadil memang tepat,” katanya. Pertandingan dalam set pertama menyaksikan pemain perseorangan Jepun, Kenichi Tago mengatasi pemain Korea Selatan, Son Wan-Ho 12-21. Bagaimanapun pada pertengahan set kedua, Tago mendakwa wajahnya diterpa angin dan ia diadukan kepada pengadil. Dalam set kedua, Son mengalahkan Tago 21-11. Dalam set penentuan Tago akhirnya tunduk 16 – 21 dan Tago sekali lagi berasa ada angin meniup mukanya. Walaupun begitu, Majlis Olimpik Jepun berpendapat mereka tidak akan memanjangkan isu berkenaan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa ataupun panitia penganjur. Mainaky berkata, dia sendiri merasai perubahan angin itu dari depan tempat duduknya. “Bulu tangkis memang sangat sensitif kepada angin. “Jika kekalahan pasukan Jepun adalah akibat kesan angin itu, ia sangat menyedihkan,” katanya. - mstar

Semua Pemain Salah - Van Gaal
Reaksi spontan van Gaal pada perlawanan yang menyaksikan MU tewas pada Ahad lalu.
LONDON: Pengurus Manchester United (MU), Louis van Gaal mengakui kegagalan pasukannya setakat ini adalah pengalaman paling trauma dialaminya sebagai pengendali pasukan bola sepak. Kata van Gaal, kekalahan 5–3 pasukan itu kepada Leicester City pada Ahad tidak sepatutnya berlaku. “Kemenangan hampir dalam genggaman tetapi pemain melepaskan peluang itu,” katanya. Menurut pengurus kelahiran Belanda itu, kesalahan perlu diletakkan kepada seluruh pemain sehingga menyebabkan MU mencatat rekod terburuk peringkat awal musim dalam sejarah. Van Gaal berkata, sejak menjadi pengurus bola sepak 25 tahun lalu, satu-satunya pengalaman buruk seperti sekarang ialah ketika dia mengendalikan skuad Barcelona pada 1998. “Kami mendahului dengan tiga gol tetapi ketika perlawanan tinggal berbaki 15 minit, kami kalah 4–3. “Anda tidak boleh menjangkakan apa-apa dalam bola sepak namun ketika mendahului 3–1 sepatutnya kami mendapat tiga mata, tetapi peluang itu terlepas begitu sahaja. “Bukan kerana pasukan lawan bermain lebih baik, sebaliknya kami membiarkan ia berlaku,” katanya. Van Gaal berkata, dia tidak boleh menerima kesilapan begitu. “Pemain perlu mengawal permainan tetapi kami tidak melakukannya. Kemudian kami menghadiahkan penalti kepada lawan,” katanya. Menurut bekas pengendali skuad kebangsaan Belanda itu, seluruh pasukan perlu memikul tanggungjawab atas kekalahan berkenaan yang menyebabkan mereka tertinggal lapan mata daripada Chelsea yang berada di tempat teratas liga. Katanya, pemain pertahanan tidak boleh dipersalahkan secara tunggal kerana MU bermain secara berpasukan – sama seperti ditunjukkan oleh Leicester City. “Dalam posisi bertahan, seluruh pasukan bertanggungjawab,” katanya. Kelmarin, ketua pasukan ,Wayne Rooney dilapor menyalahkan keputusan pengadil Mark Clattenburg yang memberikan penalti kepada Leicester selain membuang padang seorang daripada pemain MU, Tyler Blackett. - mstar

Budak Parah Otak Tertusuk Penyepit Makanan
BEIJING: Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit makanan pada hidung hingga kira-kira 7.6 sentimeter ke otaknya.
Budak yang berasal dari Wuhan, Hobei, dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan. Jurucakap hospital berkata, pakar pembedahan mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan penyepit makanan berkenaan. “Budak itu dijangka pulih dan dibenarkan pulang tidak lama lagi,” katanya. Doktor berkata, walapun kayu itu menusuk jauh ke dalam otak, ia tidak merosakkan sebarang saraf atau salur darah penting. Sementara itu, bapa budak berkenaan berkata, dia tidak tahu bagaimana kejadian mengerikan itu boleh berlaku. Katanya, dia sedang memandang ke arah lain apabila anaknya tiba-tiba menjerit. “Saya berpaling melihat dia dan terkejut apabila penyepit makanan masuk ke kepalanya melalui lubang hidung,” katanya. - mstar

Siasat Kes UPSR Bocor Hingga Lubang Cacing - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi
TUMPAT: Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan polis akan menyiasat isu kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga ke 'lubang cacing' dan mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu kebocoran UPSR itu adalah membabitkan soal integriti dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam soal berkenaan. "Saya bagi tahu kita tidak akan lindung mana-mana pegawai kanan atau guru besar atau guru atau mana-mana lagi yang terlibat dalam isu kebocoran kertas UPSR ini. "Kita tidak boleh berkompromi kerana ini soal integriti dan polis akan siasat sampai ke 'lubang cacing' untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab," katanya selepas menghadiri kenduri kampung bersama masyarakat di Kampung Kajang Sebidang di sini, malam Isnin. Sebelum ini soalan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatal dan ditangguhkan kerana berlaku kebocoran itu. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. Dua hari lepas polis menerima laporan mengenai kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik. Pada Isnin, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktoner setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik seperti percetakan dan pengedaran. Mengulas perkara itu lagi Ahmad Zahid menyifatkan mereka yang terbabit dalam isu kebocoran itu sebagai 'gunting dalam lipatan' dan 'harapkan pagar, pagar makan padi' yang tidak boleh dimaafkan. "Ini kes jenayah kerana ini adalah pecah amanah dan polis akan lihat jika ada aspek kesalahan jenayah yang lain lagi," katanya. Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno ketika mengulas isu politik di Selangor turut merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan banyak jasanya kepada rakyat negeri itu. "Kami (Umno) menghargai Tan Sri Khalid yang telah mentadbir Selangor dengan baik selama enam tahun," katanya. "Saya fikir ini bukan sekarang dan kami mengalu-alukan Tan Sri Abdul Khalid sebagai ahli Parlimen Bebas dan berharap ia mesra kepada Barisan Nasional," katanya, katanya ketika menyentuh sama ada Abdul Khalid akan dipelawa menyertai Umno. Isnin adalah hari terakhir buat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang akan diambil alih Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali. Majlis mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pagi Selasa. - mstar

Fesyen Artis Di Red Carpet Anugerah Lawak Warna
ANUGERAH Lawak Warna yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv berbayar telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat lalu.
Penganjuran kali kedua ini telah diadakan di Teater Selangor, Shah Alam yang turut dihadiri barisan pelawak serta selebriti tempatan popular.
Antara yang hadir bergaya mengikut tema itu adalah Fizz Fairuz, Almy Nadia, Nadiya Nisaa, Elfira Loy, Diana Danielle, Sari Yanti, Yus Jambu, Intan Ladyana dan ramai lagi.
Jom saksikan fesyen menarik yang diperagakan oleh artis-artis top ini!
TOP
Azmin Kini MB Selangor Ke-15
Azmin ketika raptai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar di Istana Alam Shah, Selasa
KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, di sini.
Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.40 pagi. Memakai baju Melayu hitam lengkap bersongket emas, Azmin tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi bersama isteri, Shamsidar Taharin. Pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Gombak yang kelihatan tenang itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin.
Azmin, 50 mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat. Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut politik bagi perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk mengisi kerusi tersebut. Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu. Selain Azmin, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi. - mstar

Azmin Seorang Yang Berprinsip - Isteri
AMPANG: Shamshida Taharin menggambarkan suaminya, Azmin Ali yang baharu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebagai seorang yang berprinsip, profesional, sabar serta penuh semangat.
Shamshida,49, yang telah berkahwin dengan Azmin sejak 26 tahun, berkata: "Azmin seorang yang penuh semangat dan amat mengambil berat terhadap parti serta rakyat. Parti menjadi keutaamaannya dan dia mahu bekerja untuk rakyat.
"Ketika ditemuramah di rumahnya pada Isnin, Shamshida berkata, suaminya sangat teliti, teratur dan mahu menjadi sesuatu perkara itu selesai dengan yang dikehendaki".
Shamshida secara berseloroh menganggap ini adalah latihan kerana Azmin mempunyai Sarjana Pendidikan Matematik.
Sebagai seorang bapa, Azmin seorang yang tegas namun amat mengambil berat dan tidak pernah gagal dalam mengadakan masa untuk majlis hari jadi kepada tiga orang anak lelaki dan tiga anak perempuannya, yang berumur 12 hingga 24 tahun, jelas Shamshida.
Dua daripada anaknya itu masih lagi bersekolah, manakala yang lain berada di pusat pengajian tinggi.
"Hari jadi atau makan malam bersama perkara yang akan dilakukan walaupun jadualnya sangat sibuk."
Biarpun Shamsidar mempunyai ijazah dalam bidang kewangan, beliau sangat gemnira menjadi surirumah.
"Saya akan menguruskan hal ehwal di rumah sebaik mungkin, jadi dia tidak akan bimbang mengenai keluarga dan anak-anak," tambahnya. - mstar
TOP
"Dosa Khalid Cuma Satu"
Khalid pada majlis perpisahan sebagai Menteri Besar Selangor pada Isnin.
KETIKA krisis kepemimpinan Selangor kelihatan berakhir dengan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor oleh Mohamed Azmin Ali pada tanggal 23 September 2014, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, ‘cerita’ Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya belum berakhir, sebaliknya baru sahaja bermula. Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata , sangat menarik untuk memperhatikan apa yang akan berlaku kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selepas berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar. “Ada banyak kemungkinan boleh berlaku, termasuk membabitkan kontroversi tuduhan yang dilempar oleh pemimpin kanan PKR terhadapnya sebelum ini. “Beliau adalah tokoh tahan uji. Dengan pengalamannya sebagai tokoh korporat tidak mustahil Khalid dimanfaatkan oleh mana-mana pihak untuk mengelolakan sebarang syarikat di negara ini,” katanya.
Yusmadi yang mewakili kawasan Parlimen Balik Pulau bagi penggal 2008 – 2013 berkata, Selangor bertuah kerana mempunyai Khalid sebagai menteri besar. Katanya, dalam tempoh singkat Khalid berjaya mempamerkan prestasi terpuji ketika harapan masyarakat kepada Pakatan Rakyat (PR) begitu tinggi sejak lembaga tidak rasmi itu tertubuh beberapa tahun lalu. Kata Yusmadi, kewujudan PR menyebabkan harapan rakyat di negara ini terangkat begitu tinggi dan perlu ada seorang tokoh diyakini untuk membawa aspirasi itu. Justeru, katanya, gabungan pembangkang beruntung kerana kehadiran Khalid membantu meningkatkan keyakinan ramai, sekali gus menyumbang kepada kejayaan PR menawan Selangor serta beberapa negeri lain. Bagaimanapun, kata Yusmadi, Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri besar kerana serangan berbentuk tuduhan yang tidak dibuktikan oleh mana-mana pihak. “Dosa Khalid cuma satu. Dia gagal bertindak sebagai anggota pasukan seperti diharap PR. Misalnya, dia gagal hadir dalam mesyuarat dan bertindak membuat keputusan yang kadang-kadang secara sendirian, namun ia dilakukan selepas melalui pertimbangan teliti,” katanya. Antara kejayaan Khalid, kata Yusmadi, ialah mengumpul rizab bernilai lebih RM3 bilion. Namun di sebalik dakwaan bahawa Khalid “kedekut”, Yusmadi yakin tokoh yang mengejutkan dunia bisnes antarabangsa dengan langkah “Dawn Raid” bagi menguasai Guthrie pada 1981 itu mempunyai perancangan tersendiri. “Khalid bukan orang biasa. Dia ada perencanaan sendiri dengan wang itu yang boleh digunakan untuk menambah aset Selangor jika keadaan mengizinkan, namun ia tidak difahami kebanyakan orang,” katanya. Sebenarnya, kata Yusmadi, Khalid sebagai menteri besar berjaya meletakkan penanda aras yang cukup tinggi sepanjang tempoh mengetuai kerajaan Selangor. “Dia masuk PKR sendirian. Dia tidak kenal sesiapa kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail, namun berjaya mentadbir Selangor dengan baik,” katanya. Bagaimanapun Yusmadi menyatakan keyakinannya bahawa Azmin mampu menyambung kecemerlangan rekod Khalid selepas ini berdasarkan pengalaman Timbalan Presiden PKR itu. Mengakui Azmin berdepan dengan persepsi yang pelbagai, Yusmadi berkata, orang ramai perlu menilai tokoh berkenaan secara objektif. “Jika tidak, persepsi buruk itu akan tinggal sebagai tuduhan membuta tuli,” katanya. - mstar

Hanya Adun PKR Dilantik MB Selangor - Istana
KLANG: Pemilihan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu berikutan jawatan itu perlu dilantik di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), menurut Istana Selangor.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri itu dibentuk melalui kesefahaman tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.
"Baginda juga mengambil kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa Menteri Besar Selangor perlu dilantik di kalangan Adun dari PKR bagi mendapat kepercayaan majoriti dan sokongan dari PAS dan DAP.
"Azmin juga timbalan presiden PKR dan oleh itu Sultan Selangor mempunyai keyakinan pastinya mempunyai sokongan padu bukan sahaja dari PKR tetapi juga dari PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan Selangor sekarang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Majlis angkat sumpah jawatan itu diadakan di Istana Alam Shah, Klang pagi Selasa. - mstar
TOP
PAS Selangor Sokong Azmin Sebagai MB Baharu
Azmin dipeluk ibu mertuanya,Siti Rahmah Ismail selepas dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Isnin.
SHAH ALAM: PAS Selangor berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali. Setiausaha Mohd Khairuddin Othman berkata, ahli-ahlinya menerima keputusan Sultan Selangor yang memilih Azmin sebagai MB baharu. "Semua ahli PAS di Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan Azmin sebagai menteri besar bagi meneruskan tugas untuk kebaikan dan kebajikan rakyat negeri ini. "Kami berdoa agar beliau mampu menjalankan tugas dengan baik. "Kami juga berharap perlantikan ini akan menamatkan segala krisis politik yang mengganggu pengurusan negeri sebelum ini," katanya. - mstar

UPSR Bocor: Ibu Bapa Luah Perasaan Marah, Kecewa
PETALING JAYA: Ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kertas Matematik dan Tamil melahirkan perasaan marah dan kecewa berikutan dua mata pelajaran itu perlu diambil semula pada 9 Oktober ini.
Seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Maizura berkata, anaknya menangis sepanjang malam apabila diberitahu perlu mengambil kembali kertas peperiksaan Inggeris dan Sains sebelum ini.
"Matematik adalah subjek yang terlalu sukar baginya. Dia berusaha keras dan amat bimbang sebelum menjawab kertas Matematik.
"Saya tidak tahu bagaimana lagi untuk memberitahu yang dia perlu sekali lagi berbuat demikian," jelas Maizura,45.
Beliau berkata, kerajaan perlu melihat kepada sistem dan menyelesaikan masalah daripada menghukum pelajar mengambil semula peperiksaan.
"Ia (peperiksaan) sudah berakhir. Mereka perlu melihat kembali bagaimana cara untuk mengelakkan kebocoran berlaku lagi di mana depan.
"Dan pelajar-pelajar ini akan berpindah ke Tingkatan Satu, sama ada mereka lulus cemerlang atau tidak-ini sesuatu yang tidak perlu dibuat," tambahnya.
Seorang lagi ibu pelajar yang dikenali Lau,45 berkata, menyuruh pelajar sekali lagi mengambil peperiksaan bukan sahaja membuat mereka tertekan, malah ia juga tidak menyenangkan ibu bapa.
"Jelas di fikiran kami pelajar-pelajar hanya akan mengambil peperiksaan semula pada 30 September ini, tetapi kini mereka perlu juga menjawab kertas lain pada 9 Oktober ini.
"Sekali lagi, kami perlu menunda apa sahaja perancangan yang dibuat disebabkan masalah ini.
"Ia hanya UPSR-adakah perlu menyuruh pelajar-pelajar ini mengambil kembali peperiksaan", tanya Lau.
"Walaupun sebahagian pelajar mendapat soalan bocor dan menerima keputusan cemerlang, mereka akan juga berdepan dengan peperiksaan lebih sukar di sekolah menengah nanti.
"Bagi saya, ini adalah satu perkara yang buang masa," jelasnya.
Anak perempuan Lau yang akan menduduki sekali lagi peperiksaan berkata, dia sangat marah, letih dan kecewa.
"Saya amat kecewa kerana saya belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan ini dan sekarang saya perlu menghadapinya sekali lagi, "jelasnya. - mstar
TOP
2 Lelaki Ditembak Ketika Upacara Sembahyang
Tasek Gelugor: Seorang terbunuh manakala satu lagi parah selepas ditembak di lokasi upacara kematian di Lorong Selamat Dua, di sini, 11.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Abdul Rahman Ibrahim berkata, dua lelaki berkenaan masing-masing ditembak di kepala dan tangan.
Menurutnya, kedua-dua mereka yang berusia 34 dan 38 tahun itu dikejarkan ke Hospital Kepala Batas.
"Seorang daripada mereka yang ditembak di kepala mati, 2.20 pagi. Sehingga ini, siasatan awal mendapati suspek hanya seorang dan dia menunggang motosikal sebelum melepaskan tembakan ke arah magsa.
"Suspek kemudian terus memecut motosikalnya dan kita masih menyiasat motif kejadian," katanya yang ditemui di lokasi kejadian. - Harian Metro

Mengarut Ulang UPSR
SHAH ALAM - Mengarut dan tidak munasabah!
Itu pendapat Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Hashim Adnan apabila dua lagi kertas peperiksaan UPSR disahkan perlu diulang semula selepas didapati bocor.
Semalam, Lembaga Peperiksaan mengesahkan kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil bocor dan 9 Oktober dipilih sebagai tarikh baharu untuk pelajar menduduki semula kedua-dua mata pelajaran berkenaan.
“Kenapa selepas 10 hari peperiksaan dijalankan, baru hari ini (semalam) Lembaga Peperiksaan umumkan pembatalan kedua-dua ujian berkenaan?
“Apa yang dibuat seolah-olah menganiaya murid-murid termasuk ibu bapa dan guru sekolah,” katanya.
Katanya, pengulangan peperiksaan hanya membebankan dan menambah tekanan kepada murid.
“Mereka (murid dan ibu bapa) baru pulih daripada tekanan kerana perlu mengambil semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains. Kini terpaksa mengharungi cerita baru, ulang semula ujian Bahasa Tamil dan Matematik,” katanya.
Walaupun akur dengan keputusan tersebut, Hashim tetap mahu Lembaga Peperiksaan menjelaskan perkara sebenar mengapa kedua-dua mata pelajaran itu perlu diulang apatah lagi selepas 10 hari murid menduduki ujian itu.
Beliau mempersoalkan sama ada kertas peperiksaan yang bocor itu dapat diakses kebanyakan murid sehingga menyebabkan ia perlu diulang semula.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, pengambilan semula dua kertas itu dirasakan perlu kerana ia lebih adil untuk semua murid.
“Bagaimanapun bagi memastikan kebolehan dan kredibiliti murid, semua kertas peperiksaan termasuk Bahasa Melayu (yang tidak dilaporkan bocor) perlu diulang semula.
“Soal emosi (murid) kita serahkan kepada kebijaksanaan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengurus dan memotivasikan murid,” katanya.
Mohamed Sabri juga tidak menolak insiden yang berlaku ini adalah yang terburuk dalam sejarah peperiksaan peringkat sekolah rendah. - Sinar Harian
TOP
Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala
Den Wahab (kiri) yang merupakan pengusaha pakaiann Baju Melayu pernah menjadi sahabat baik ND Lala.
PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu. Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan. "Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang. "Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin. Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik. Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.
ND Lala bersama anaknya penyanyi Shila Amzah.
Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan. "Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. "Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah. "Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya. Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut. Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa. Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya. Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri. "Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung. "Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya. - mstar

Awal Ashaari Nafi Merajuk Tidak Dipilih Jadi Pengacara AF 2014
Awal Ashaari
KUALA LUMPUR: Pengacara Awal Ashaari menafikan dia merajuk dan terasa hati apabila stesen televisyen Astro tidak memilihnya sebagai pengacara program realiti popular Akademi Fantasia 2014 (AF 2014). Awal, 33, berkata, dia sendiri tidak mengharap untuk mengendalikan rancangan tersebut berikutan baharu sahaja selesai mengacarakan rancangan The Band terbitan stesen televisyen itu. "Saya tidak 'sentap' atau merajuk langsung bila tidak dipilih sebagai pengacara AF 2014 kerana saya baru sahaja terlibat dengan The Band. "Mereka ada hubungi saya dan bertanyakan soal bayaran dan kekosongan jadual, namun saya tahu tidak mungkinlah dua program berturut-turut mereka mahukan saya," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Koleksi Baharu Musim Luruh 2014 Jenama Ecco, di Restoran The Bee, Publika Dutamas, di sini, Isnin.
Awal dan Scha menggayakan beg jenama Ecco.
Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah isterinya aktres Scha Al-Yahya. Awal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip ruangan pojok di sebuah akhbar kononnya dia merajuk sehingga membawa diri ke Perth, Australia minggu lalu akibat tidak terpilih menjadi pengacara rancangan AF 2014. Sebaliknya, rancangan tersebut menampilkan pengacara berpengalaman iaitu Faizal Ismail bagi menemani Zizan Razak. Dalam pada itu, Awal berkata, dia menganggap rakan seperjuangannya itu layak dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan. "Bila saya tengok Faizal Ismail diumumkan sebagai pengacara saya anggap itu sebagai rezeki untuk dia dan peluang dia untuk memulakan kerjaya dengan stesen televisyen itu. "Kita pun tahu Faizal dulu terkenal dengan stesen TV3 tetapi apabila diterima ke stesen berbayar ini, ia satu perkembangan yang baik," katanya. Sementara itu, mengulas tentang isu bayaran tertunggak oleh sebuah produksi ketika mengacarakan rancangan realiti The Band, Awal berkata pihak tersebut telah menghubunginya. Katanya, pihak produksi itu sudah merancang untuk bertemu dan menyelesaikannya secara baik.
"Alhamdulillah, mereka sudah hubungi saya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, bercakap tentang majlis tersebut, Awal berkata, dia dan isterinya hadir ke pelancaran tersebut sebagai tetamu istimewa. Katanya, pihak jenama Ecco memberi mereka beberapa produk seperti kasut dan beg tangan untuk membuat penilaian terhadap barangan berkenaan. "Kami hanya jemputan istimewa untuk majlis ini. Pihak Ecco memberi beberapa barangan untuk kami buat penilaian," ujarnya.- mstar

Derita 4 Tahun, Ammar Alfian Kongsi Rasa Kesal Musuhi Wartawan
Ammar mengakui usia yang masih muda membuatkan dia terlupa tentang tujuan sebenar dia mahu menjadi seorang pelakon sehingga namanya terheret dalam beberapa kontroversi sebelum ini.
PETALING JAYA: Pelakon dan model Ammar Alfian terpaksa ‘menderita’ selama empat tahun gara-gara kesilapannya melemparkan kata-kata kesat dan menulis ugutan bunuh terhadap wartawan hiburan di negara ini menerusi Facebook miliknya. Ammar atau nama sebenarnya, Ammar Alfian Aziz, 27, berkata, bukan mudah untuk mendapatkan kembali kepercayaan pihak media sepanjang tempoh itu namun dia akur kerana perbuatan itu adalah berpunca daripada sikapnya sendiri. "Saya sedar tindakan memuat naik status di laman Facebook telah menyebabkan ramai pihak media marah dengan saya biarpun saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi ia memakan masa untuk hubungan itu kembali pulih.
Ammar mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan selepas ini.
"Empat tahun saya cuba untuk menjernihkan keadaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan mereka dan Alhamdulillah hubungan itu semakin menampakkan tanda-tanda positif dan saya berharap ia akan berkekalan selepas ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Ammar pernah menimbulkan kontroversi selepas dia menulis status mengugut untuk ‘membunuh’ wartawan hiburan dalam akaun Facebook miliknya gara-gara tidak berpuas hati mengenai laporan pergaduhannya dengan Puteri Sarah pada majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie pada 2010. Ammar yang pernah popular menerusi drama bersiri Tari Tirana pernah bercinta dengan pelakon wanita itu. Perbuatan itu menyebabkan Ammar diboikot kebanyakan media sehingga memaksa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terpaksa mengaturkan sebuah majlis permohonan maaf bagi menjernihkan keadaan.
Pelakon berusia 27 tahun ini mengakui semakin matang. Ammar berkongsi pengalaman itu apabila diminta pandangannya mengenai sikap penyanyi Shila Amzah memperkecilkan media Melayu yang didakwanya sekadar mengejar cerita sensasi tanpa menyokong kerjaya seninya. Dalam pada itu, Ammar berkata, sebagai seorang pelakon dia memerlukan pertolongan rakan media untuk memberikan publisiti mengenai projek yang dijayakan agar kerjayanya terus berkembang. Malah kata Ammar, wartawan dan artis saling memerlukan malah kedua-duanya perlu menjaga hubungan sebaik mungkin. "Bohonglah kalau saya kata tidak perlukan rakan wartawan untuk menaikkan kerjaya lakonan saya. "Saya serik dengan tindakan saya sebelum ini namun pada masa sama ia memberikan banyak pengajaran dan mematangkan saya sebagai seorang individu dan pelakon," jelasnya. Jelas Ammar juga, restu daripada ibu dan bapanya membuatkan dia lebih yakin untuk aktif sebagai pelakon dan berharap akan diberi peluang kedua berbuat demikian.
Imej terbaharu Ammar... kacak orangnya.
"Sebelum ini saya akui terkena 'kejutan budaya' dan masih terlalu muda untuk berfikir baik dan buruk sehingga menyebabkan saya banyak melakukan tindakan kurang wajar. "Atas sebab itu juga keluarga melarang saya bergelar pelakon namun selepas melihat perubahan diri saya yang lebih matang mereka memberi izin untuk saya kembali aktif," katanya. Tambah Ammar lagi, dia juga tidak malu untuk memulakan kerjayanya dari bawah semula memandangkan bidang lakonan adalah sesuatu yang paling diminatinya sejak dahulu. Dalam perkembangan lain, Ammar berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem Langit Cinta arahan Osman Ali selain baharu sahaja selesai menjalani sesi uji bakat untuk sebuah drama bersiri terbitan Zeel Productions.- mstar

"Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya" - Bekas Suami
Muhammad Noor Farhan menjelaskan dia cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby namun ditolak wanita itu.
PETALING JAYA: Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu. Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus. "Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin. Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.
Abby mendakwa bekas suaminya meminjam wangnya yang berjumlah puluhan ribu ringgit.
Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang. Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu. Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit. "Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.
Tinggal kenangan...Saat bahagia Abby dan Muhammad Noor Farhan.
Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan. Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian. "Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. "Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya. Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.- mstar

Penjenayah wanita paling seksi di dunia
Kanada: Stéphanie Boudoin secara tiba-tiba menjadi popular dan digelar ‘penjenayah wanita paling seksi di dunia’ selepas sebuah akhbar di Montreal, Kanada menyiarkan gambarnya berbikini.
Stephanie ditangkap bulan lalu di Vicoriaville, Kanada, atas tuduhan memecah masuk 42 rumah di kawasan berkenaan. Pihak berkuasa Kanada percaya jelitawan berusia 21 tahun itu bekerjasama dengan tiga gadis bawah umur berusia 13, 15 dan 17 tahun untuk merompak penduduk di kawasan Athabaska dan Maple. Pelajar kejururawatan itu dan rakannya didakwa memasuki rumah mangsa menggunakan pintu belakang atau tingkat bawah tanah. Minggu lalu, pendakwa raya memfailkan lebih banyak tuduhan ke atas Stephanie, menjadikan jumlah tuduhan dihadapinya kepada 114. Dia akan didakwa merompak, menerima barang curi serta memiliki dan menyimpan secara haram sembilan senjata api. Polis menemui senjata berkenaan di belakang kereta Mitsubishi Lancer miliknya. “Kertas pertuduhan terhadapnya begitu tebal,” kata peguamnya, Denis Lavigne. Menurutnya, Stephanie menemui doktor untuk menentukan keadaan mentalnya ketika melakukan jenayah. Wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 17 November. Sejak gambar Stephanie disiarkan di media sosial, ramai menggelarnya ‘penjenayah paling seksi terbaru dunia.’ “Penjenayah ini mencuri hati saya,” kata seorang pengguna Twitter. ─ SiakapKeli.com

Pelajar 13 Tahun Dihukum Kerana Berkongsi Makanan dengan Pelajar Lain
Kyle, 13 tahun.
Seorang pelajar di California yang berumur 13 tahun telah dilaporkan dikuhum oleh pihak sekolah kerana berkongsi makanan tengah hari bersama perlajar lain. Kyle Bradford, adalah seorang pelajar di Sekolah Rendah di Weaverville, California telah dikenakan tindakan selepas berkongsi ayam burito dengan rakannya yang mana tidak menyukai sandwich keju yang disediakan oleh kafe sekolah kepadanya, lapor KRCR-TV. “Sepertinya dia tidak dapat makanan tengah hari yang seperti biasa jadi saya cuma ingin memberikan makanan saya kepadanya sebab saya pun tidaklah berasa sangat lapar dan juga akan membuangnya jika saya tidak makan.” kata Bradford menerusi satu laman sesawang. Sekolah berkenaan bagaimanapun mempunyai peraturan yang mana tidak membenarkan pelajar-plajar mereka berkongsi makanan diatas alasan pelajar-pelajarnya boleh terkena alahan dari rakan sekelasnya yang lain tanpa disedari.
“Kami mempunyai polisi yang melarang pelajar bertukar makanan. Sudah tentu jika pelajar mengambil berat tentang rakan-rakannya yang tidak mempunyai cukup makanan dan kami akan mempertimbangkannya. Tetapi demi keselamatan mereka kami tidak boleh membenarkan mereka bertukar makanan”, kata Tom Barnett, pengetua sekolah tersebut. ─ SiakapKeli.com

IS semakin mara, 150,000 lari ke Turki
PENDUDUK Kurdish Syria berjalan melepasi sempadan Turki-Syria berdekatan tenggara bandar Suruc di wilayah Sanliurfa selepas militan IS menguasai kampung-kampung mereka sejak Jumaat lalu.
BEIRUT - Kumpulan militan Negara Islam (IS) telah mengetatkan kawalan sekitar Kurdish di utara Syria ketika lebih 150,000 penduduk melarikan diri ke sempadan Turki, menurut aktivis kemanusiaan. Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus berkata, kira-kira 130,000 pelarian telah menyeberangi Turki sejak Jumaat lalu dan jumlah itu semakin bertambah semalam. Berikutan itu, bandar Kobane kini menjadi seperti pekan berhantu apabila hampir kesemua penduduk meninggalkan kawasan berkenaan bagi menyelamatkan diri daripada IS. Militan IS telah menguasai berpuluh-puluh kampung Kurdish sejak minggu lalu dan mereka kini semakin mara ke tengah bandar Kabone yang terletak berdekatan dengan sempadan Turki. "Bagaimanapun, bukan semua daripada mereka telah menyeberangi Turki," kata Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdel Rahman pula. Menurutnya, pejuang IS telah mengelilingi bandar itu seperti satu lingkungan dari tiga paksi iaitu barat, timur dan selatan. "Di beberapa kawasan yang ditawan militan itu terletak 12 kilometer dari Kobane dan sesetengah kawasan pula 14 kilometer, manakala di beberapa kawasan yang lain hanya terletak 10 kilometer," kata Abdel Rahman. Satu sumber Kurdish yang berpangkalan di Beirut dan mempunyai saudara-mara di Kobane berkata, bekalan makanan masih boleh didapati di kawasan berkenaan. "Apa yang kami bimbang ialah penduduk Kurdish dipaksa keluar secara kekerasan daripada tanah air mereka," katanya. Sementara itu, satu laman web, Welati memetik kenyataan seorang aktivis, Mustafa Abdidi sebagai berkata: "Jalan-jalan di sekitar Kobane telah sepi menyebabkan penduduk yang masih tinggal di situ berasa takut." Tambahnya, kebanyakan golongan wanita dan kanak-kanak telah meninggalkan kawasan itu kecuali golongan lelaki bersenjata api yang cuba menyekat kemaraan IS. - dpa

Pemberontak Syiah bentuk kerajaan baharu di Yemen
KETUA Jabatan Perhubungan Politik Houthi, Hussein al-Ezzi (duduk) menandatangani perjanjian sambil disaksikan oleh Jamal (dua dari kanan) dan Abd-Rabbu (tengah) di Sanaa kelmarin.
SANAA - Pemberontak Syiah di Yemen menandatangani satu perjanjian dengan beberapa parti politik kelmarin untuk membentuk satu kerajaan yang lebih inklusif dan mengakhiri pertempuran yang berlaku di sekitar ibu kota. Perdana Menteri, Mohammad Basindwa sebelum ini telah pun menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi untuk membuka jalan bagi perjanjian tersebut. Sebelum itu, kumpulan pemberontak yang dikenali Houthi itu bertindak menguasai bangunan-bangunan kerajaan di Sanaa semasa memberi tentangan kepada anggota tentera dan pihak berkuasa. Penduduk di Sanaa memberitahu, pihak pemberontak telah mengambil alih beberapa bangunan kerajaan termasuk kompleks Perdana Menteri, pusat arahan tentera dan stesen televisyen negara selepas anggota keselamatan terpaksa berundur. Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh sepanjang empat hari pertempuran antara pemberontak Houthi yang menentang kerajaan Sanaa selama lebih sedekad. Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jamal Benomar yang mengadakan perbincangan dengan pemimpin Houthi, Abdulmalek al-Houthi di wilayah kelahirannya, Saada pada Rabu dan Khamis lalu, mengumumkan lewat kelmarin bahawa satu perjanjian telah dicapai. Kenyataan daripada pejabat kerajaan Yemen mengatakan bahawa perjanjian itu menggesa gencatan senjata serta-merta dan menamatkan semua keganasan. "Ia juga menyeru pembentukan sebuah kerajaan teknokrat yang akan bekerja untuk meningkatkan ketelusan kerajaan dan melaksanakan pembaharuan ekonomi di samping meneruskan pembaharuan dalam ketenteraan dan keselamatan," menurut kenyataan itu lagi. - Reuters

IS ancam bunuh rakyat negara-negara bekerjasama dengan AS
PEJUANG Syiah dari Saraya al-Salam sedang bertempur dengan militan IS di Jurf al-Sakhar, Iraq pada Sabtu lalu.
BAGHDAD - Kumpulan militan Negara Islam (IS) menggesa para penyokongnya supaya membunuh rakyat mana-mana negara yang terbabit bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi memerangi kumpulan berkenaan, lapor satu kenyataan yang disiarkan dalam talian semalam. "Anda boleh membunuh golongan kafir AS atau Eropah terutama Perancis, Australia dan Kanada, termasuk rakyat mana-mana negara yang menyokong pakatan menentang IS," kata jurucakap kumpulan IS, Abu Mohammed al-Adnani. Dia menyampaikan mesej berkenaan dalam pelbagai bahasa. AS bersama sekutunya Perancis telah melancarkan serangan udara yang menyasarkan kumpulan militan IS di Iraq, manakala negara-negara antarabangsa sedang membuat pakatan bagi memerangi kumpulan berkenaan yang dilihat mampu menimbulkan ancaman kepada global. Kumpulan militan IS telah mengisytiharkan penubuhan kerajaan 'khalifah' yang meliputi wilayah Iraq dan Syria selain telah berjaya menguasai sebahagian besar wilayah di kedua-dua buah negara tersebut. - AFP

Israel rancang pindahkan kaum Badwi Palestin dari Tebing Barat
GAMBAR yang dirakam pada 18 September lalu menunjukkan seorang wanita Palestin daripada kaum Badwi bersama ternakan biri-biri di kampung Al-Eizariya, Tebing Barat berdekatan Baitulmuqaddis.
BAITULMUQADDIS - Sebuah agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin kelmarin mendesak masyarakat antarabangsa menentang rancangan Israel untuk menempatkan semula beribu-ribu penduduk Palestin daripada suku kaum Badwi yang tinggal di tengah Tebing Barat. Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB, Pierre Krahenbuhl berkata, tindakan tersebut bakal memberikan jalan kepada Israel bagi meluaskan pembinaan penempatan haram penduduk Yahudi sekali gus mengancam perjanjian mewujudkan dua buah negara di wilayah itu. "Rancangan ini juga melanggar perjanjian Konvensyen Geneva yang mengharamkan penempatan semula penduduk secara paksa di satu-satu wilayah yang dikuasai. "Saya mendesak pihak berkuasa Israel tidak meneruskan rancangan penempatan semula ini dan mendesak negara penderma serta masyarakat antarabangsa mengambil satu pendirian tegas untuk menolaknya," katanya. Gesaan tersebut dibuat ketika satu mesyuarat antarabangsa bagi membincangkan bantuan kepada Palestin diadakan di New York, Amerika Syarikat semalam. Akhbar Haaretz sebelum ini melaporkan bahawa rancangan untuk memindahkan kira-kira 12,500 kaum Badwi daripada suku Jahalin, Kaabneh dan Rashaida dilakukan tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk seperti yang dicadangkan oleh Mahkamah Agung Israel. - AFP

Anwar Dipecat, Pejabat Penasihat Kewangan Selangor Ditutup
Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran. Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin. Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana berpendapat hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat sehenti dan memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi. "Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. "Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin. Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin dengan membuat keputusan itu. Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor. Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.- mstar

Pendaftaran Perniagaan Untuk GST Selepas 31 Disember Dikenakan Denda
Chua Tee Yong.
KOTA KINABALU: Syarikat yang mendaftarkan perniagaan mereka bagi pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas 31 Disember ini akan dikenakan denda, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong. Beliau berkata perniagaan yang tidak didaftarkan untuk GST juga akan menyebabkan syarikat tidak dapat menuntut cukai input yang akan menjejaskan urusan penyelenggaraan dan pengeroperasian perniagaan syarikat itu sendiri. "Selain itu, kita berharap mereka (syarikat) mendaftar sebelum 31 Disember supaya mereka dapat terlibat dalam program kendalian pihak Kastam. "Ini penting kerana sebuah perniagaan, selepas membuat pendaftaran, perlu mempunyai masa untuk menilai dan mengkaji dari segi bagaimana GST akan memberi impak atau bagaimana GST akan dilaksanakan dalam perniagaan mereka," katanya. Chua berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program dialog mengenai pemahaman GST bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah di sini Isnin. Hadir sama naib presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah Datuk Susan Wong. Mengenai pencapaian proses pendaftaran setakat ini, Chua berkata pendaftaran harian yang diterima ialah sebanyak 1,500 di seluruh negara dan usaha berterusan sedang dilakukan bagi meningkatkan kadar berkenaan antara 2,000 hingga 2,500 syarikat setiap hari. Chua berkata sehingga Ahad, sebanyak 44,500 syarikat sudah berdaftar di seluruh negara berbanding sasaran 140,000 syarikat sehingga akhir tahun ini. Sebanyak 300,000 syarikat layak mendaftar dengan GST di seluruh negara, katanya. Mengenai pengaruh GST terhadap kemungkinan perbezaan harga barang di Sabah dan Semenanjung selepas pelaksanaan sistem cukai itu kelak, Chua berkata GST cuma antara komponen yang mempengaruhi harga di pasaran dan komponen termasuk kadar tukaran mata wang, bekalan dan permintaan serta gaji.- mstar

Mahkamah Tolak Petisyen Pilihan Raya Calon Bebas PRK Bukit Gelugor
GEORGE TOWN: Mahkamah Pilihan Raya pada Isnin menolak petisyen calon BEBAS Abu Backer Sidek Mohamad Zan bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei lepas.
Hakim Lee Swee Seng membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa Ramkarpal Singh Deo (DAP) adalah pemenang pada PRK berkenaan.
Sehubungan itu, beliau memerintahkan Abu Backer Sidek membayar kos RM10,000 kepada Ramkarpal selaku responden pertama dan RM10,000 lagi kepada responden kedua iaitu pegawai pilihan raya PRK Bukit Gelugor serta responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya.
Dalam penghakimannya, Lee berkata tidak ada butiran yang cukup untuk menyokong dakwaan pempetisyen.
"Saya tidak teragak-agak menolak petisyen ini kerana pempetisyen tidak mengemukakan bukti secukupnya bagi menyokong dakwaan bahawa keputusan PRK itu telah terjejas," katanya.
Abu Backer Sidek, yang juga seorang peguam, memfailkan petisyen itu pada 18 Jun tahun lepas, memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan PRK berkenaan sebagai batal dan tidak sah.
Dalam maklum balas sejurus selepas itu, Abu Backer Sidek berkata beliau akan mempertimbang untuk memfailkan rayuan selepas memperoleh butiran sewajarnya berhubung keputusan mahkamah.
"Saya berterima kasih kepada mahkamah yang meluangkan masa menilai petisyan saya dan saya akan memerlukan lebih banyak masa untuk menganalisis butiran terbabit sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.
Pada PRK itu, Ramkarpal, 38, anak ketika mendiang Karpal Singh, menang dengan majoriti 37,659 undi.
Beliau meraih 41,242 undi bagi menewaskan calon Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan yang mendapat 3,583 undi serta dua calon BEBAS iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (799 undi) dan Abu Backer Sidek (225 undi).- mstar
TOP
Isu MB: MPP Kesal Layanan Istana Terhadap Pencalonan Wan Azizah
Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
PETALING JAYA: Walaupun akur dengan keputusan Sultan Selangor untuk melantik Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan lantang menyatakan rasa kesal dengan layanan Istana terhadap pencalonan presiden parti itu. Di dalam kenyataannya, MPP memaklumkan bahawa pencalonan Wan Azizah memenuhi kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor kerana mendapat sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu. Oleh itu, MPP berpendapat proses memperkenan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu itu bukan sahaja tidak mengikut kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tetapi bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen. "MPP amat kesal dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan Wan Azizah sehingga beliau langsung tidak dipanggil menghadap walaupun mendapat sokongan majoriti yang jelas," demikian menurut kenyataan tersebut, malam Isnin. Bagaimanapun, MPP memutuskan untuk menghormati permintaan Wan Azizah yang menarik diri daripada dicalonkan agar isu ini dapat diselesaikan segera. Menurut kenyataan itu, MPP juga bersetuju dengan cadangan yang Wan Azizah agar Azmin dikemukakan sebagai calon menteri besar dari parti mengikut tuntutan amalan demokrasi. "Ini selaras dengan pendirian MPP bahawa kemuliaan perlembagaan dan keluhuran undang-undang perlulah dipertahankan sepanjang masa," kata kenyataan itu. MPP turut menegaskan proses yang tidak menepati kehendak undang-undang ini tidak boleh dijadikan satu duluan (precedent) pada masa hadapan.- mstar

Piala Dunia 2022 Tidak Akan Diadakan Di Qatar - Zwanziger
Theo Zwanziger.
KEJOHANAN Piala Dunia 2022 tidak akan diadakan di Qatar selepas mengambil kira suhu panas yang melampau di negara Timur Tengah itu, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, Theo Zwanziger kepada media Jerman pada Isnin. "Pendapat peribadi saya Kejohanan Piala Dunia 2022 akhirnya tidak akan diadakan di Qatar. "Doktor berkata mereka tidak boleh mengambil risiko sekiranya kejohanan tersebut diadakan di dalam keadaan cuaca panas melampau," katanya. Walaupun Qatar menegaskan cuaca tersebut boleh diatasi dengan teknologi penyejukan di beberapa stadium, kawasan latihan dan zon penyokong, timbul kebimbangan terhadap tahap kesihatan pemain dan penyokong yang hadir. "Teknologi itu mampu menyejukkan stadium tetapi kejohanan tidak hanya membabitkan stadium. "Penyokong dari seluruh dunia akan hadir dan berkunjung ke negara yang panas terik ini," katanya. Bagaimanapun, pegawai FIFA memberitahu Reuters bahawa kenyataan Zwanziger tidak mewakili semua jawatankuasa eksekutif badan itu. "Dia hanya menyuarakan pandangan peribadinya. Kami enggan mengulas lanjut," kata jurucakap FIFA, Delia Fischer. Presiden FIFA, Sepp Blatter pada Mei lalu mengakui, memberikan hak tuan rumah Piala Dunia 2022 kepada Qatar adalah satu kesilapan. Sebaliknya, beliau berkata, kejohanan tersebut sepatutnya diadakan pada musim sejuk di Eropah. "Ia mungkin satu kesilapan yang kami lakukan ketika itu (memilih Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia)," ujar Blatter.- mstar

Terima Kasih PKR - Azmin
Isteri Azmin, Shamsidar Taharin menyambut kepulangan Azmin di kediaman mereka di Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Isnin.
PETALING JAYA: Bakal Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali berterima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebulat suara menyokong pelantikan beliau selepas mendapat perkenan Sultan Selangor untuk memegang jawatan itu. Beliau berkata, pilihan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mendapat sokongan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan pimpinan parti yang lain. "Saya berterima kasih kepada presiden parti, (Datuk Seri Dr Wan Azizah) dan semua rakan-rakan pimpinan kerana parti telah sebulat suara menerima saya sebagai calon (pilihan Sultan Selangor)," katanya kepada pemberita di pekarangan ibu pejabat PKR di sini, malam Isnin. Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa Selasa itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ditanya adakah ia bermaksud parti merestui pemilihan beliau itu, Azmin hanya berkata: "Parti telah sebulat suara." Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa bersyukur atas pelantikan jawatan itu selepas mendapat perkenan baginda. "Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada petang ini sekitar jam 3 petang, saya telah menerima sepucuk surat dari Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor (Datuk Mohamad Munir Bani), yang memaklumkan bahawa Sultan Selangor telah memperkenankan pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor mulai 23 September ini. "Dalam surat yang sama, saya diminta untuk menghadiri majlis angkat sumpah esok pada pukul 10 pagi esok (Selasa) di Istana Alam Shah, Klang," katanya. Menurut Azmin, beliau telah memaklumkan mengenai pelantikan itu dalam perjumpaan dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkembangan terakhir berhubung perkara itu. Tambahnya, satu mesyuarat Biro Politik tergempar diadakan pada petang Isnin, disusuli dengan perjumpaan semua Adun daripada PKR, dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat. Ditanya apakah sebab-sebab pihak Istana menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu, Azmin berkata, perkara itu tidak dinyatakan kepada beliau. PKR dan DAP sebelum ini hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar untuk diserahkan kepada Sultan Selangor bagi mendapatkan perkenan baginda, manakala, PAS menyerahkan tiga nama calon. Sebanyak tiga nama disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor dan 'ditemuduga' secara berasingan pada minggu lalu. Selain Azmin, dua lagi calon ialah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.- mstar

Saya Akan Terus Berkhidmat Sebagai Ahli Parlimen - Khalid
Abdul Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai anggota Parlimen Bandar Tun Razak walaupun tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Beliau berkata bagaimanapun kedudukannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang akan diputuskan beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, November ini. "Saya tidak akan meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen tetapi (jawatan) Adun saya akan tunggu sidang (DUN) nanti baru saya buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perpisahan beliau sebagai Menteri Besar Selangor, Isnin. Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya turut berpesan kepada menteri besar Selangor yang baharu supaya menunaikan janji yang telah dibuat kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lepas. Ia termasuklah rancangan pemberian saham air kepada rakyat Selangor selepas penstrukturan industri air selesai sepenuhnya. "Kita hampir menyelesaikan sepenuhnya penyusunan semula industri air Selangor...bererti aset air Selangor melebihi RM14 bilion kembali balik kepada kerajaan negeri dan akan diserahkan kepada rakyat Selangor. "Ini cabaran kepada pemimpin (menteri besar baharu) akan datang, jika kita tidak lakukan rakyat akan menghukum kita kerana ini sudah kita janjikan dalam manisfesto PRU13 yang lepas," katanya. Abdul Khalid turut menyeru kakitangan kerajaan negeri supaya meneruskan sumbangan dan khidmat mereka dengan penuh rasa tanggungjawab kepada rakyat tanpa mengambil kira situasi politik di negeri ini. "Biarlah politik berperang ... ahli politik berlakon, teruskan kerja kita yang betul ... biarkan lakonan mereka akan menjadi lawak jenaka untuk dikenang. "Bekerjalah ... apabila kita merasakan kita memberi sumbangan, bererti kita melakukan itu dengan penuh tanggungjawab," katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kerajaan negeri kerana membantunya mentadbir Selangor sepanjang tempoh beliau menjadi menteri besar sejak Mac 2008. Majlis mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang 10.30 pagi Selasa.- mstar

Victoria F(x) Bintangi My Sassy Girl 2
Victoria sah bakal menggantikan Jun Ji Hyun dalam My Sassy Girl 2.
ANGGOTA kumpulan F(x) iaitu Victoria dilaporkan bakal menggantikan Jun Ji Hyun sebagai watak utama dalam filem My Sassy Girl 2 yang akan menjalani penggambaran pada akhir bulan ini. Allkpop melaporkan, pengumuman itu dibuat oleh hero filem itu Cha Tae Hyun semasa pelancaran filem terbaharunya berjudul Slow Video dan memberitahu dia teruja untuk berlakon disamping Victoria. "Saya akan kembali dalam My Sassy Girl 2 namun heroinnya akan bertukar iaitu Victoria daripada kumpulan F(x)," katanya. My Sassy Girl pernah mencetuskan fenomena dikalangan peminat filem Korea, 13 tahun dahulu dan filem berkenaan pernah dihasilkan semua dalam beberapa bahasa termasuk di Amerika Syarikat. Pemilihan Victoria itu turut disahkan oleh syarikat pengurusannya SM Entertainment selain ia bakal diarahkan oleh Jo Geun Shik. "Berita mengenai Victoria akan berlakon dalam My Sassy Girl 2 adalah benar," kata wakil syarikat itu ringkas.- mstar

Rihanna Mangsa Penyebaran Gambar Bogel Terbaharu
SEHARI selepas gambar panas Kim Kardashion tersebar di laman sosial, kini giliran penyanyi Rihanna pula menjadi mangsa.
Seperti dilaporkan Entertaiment News, foto bogel Rihanna mula tersebar di laman web Reddit dan 4Chan sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, gambar tersebut dibuang daripada kedua-dua laman web tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.
Namun malangnya, gambar tersebut berjaya di rakam dan telah disebarkan oleh pengguna laman web dan laman sosial lain.
Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan oleh pihak pengurusan penyanyi itu.
Sebelum ini, beberapa bintang Hollywood seperti Jennifer Lawrence dan Ariana Grande pernah menjadi mangsa.
Difahamkan ini bukan kali pertama gambar bogel Rihanna tersebar secara meluas, penyanyi ini pernah menjadi mangsa pada tahun 2009. - mstar
TOP
Kumpulan Shiro Tidak Akan Ketepikan RTM
Kumpulan Shiro bukan muka Astro sebaliknya utamakan tawaran RTM.
PETALING JAYA: Kumpulan Shiro menjelaskan mereka sentiasa memberi keutamaan terhadap tawaran yang datang daripada pihak stesen televisyen RTM sebagai tanda mengenang jasa stesen itu biarpun mereka banyak menerima tawaran daripada stesen televisyen lain. Salah seorang ahlinya, Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 27, berkata, RTM sentiasa menyokong kerjaya seni mereka sebelum dikenali dalam dunia lawak tanah air. "Alhamdulillah perjalanan kerjaya Shiro semakin lama semakin baik dan banyak tawaran yang kami dapat termasuk dalam bidang pengacaraan di semua stesen televisyen bukan tertumpu pada Astro sahaja. "Kami paling tidak boleh tolak tawaran daripada pihak RTM kerana stesen televisyen itu yang banyak membantu kerjaya Shiro daripada tidak dikenali dulu sehingga sekarang," ujarnya kepada mStar Online. Selain Ajak, Shiro turut dianggotai oleh Sharol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi. Mereka lebih menyerlah selepas menyertai rancangan Raja Lawak nusim keenam terbitan Astro. Tambah Ajak, biarpun kerjaya mereka diuruskan oleh pihak Astro, namun, mereka sudah sudah memberitahu pihak pengurusan itu bahawa semua tawaran dari RTM perlu diberi keutamaan biarpun bayaran lebih rendah daripada tawaran lain. Mereka juga tidak mahu dikatakan sebagai 'kacang lupakan kulit' terhadap pihak yang banyak memberi peluang kepada mereka ketika di awal kemunculan. "Kalau tawaran itu datang daripada pihak RTM memang kami akan beritahu pengurusan supaya kalau boleh kami ingin lakukan dan beri keutamaan. "Kami ingat jasa mereka dulu, masa orang tidak kenal Shiro, tawaran diberikan RTM tidak putus-putus hingga kami boleh bertahan dalam industri seni ini," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya kumpulan ini, Ajak berkata, kedua-dua mereka banyak menerima tawaran sebagai pengacara bagi program hiburan. "Saya baru sahaja diperkenal sebagai hos rancangan Galaksi di TV9 bersama pelakon Tasha Shila, sementara Sharol sibuk sebagai pengacara program Sukalattew di Astro Warna," katanya. - mstar

Jurukamera RTM Disepak Pegawai Kastam
Foto oleh ─ Malaysia Gazzete
KUALA LUMPUR: Seorang jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lutin Ahmad, mendakwa dirinya dikasari, ditendang dan diugut seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang mengiringi lima pegawai lain yang berdepan pertuduhan menerima rasuah. Dalam kejadian pada kira-kira 12 tengah hari di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pegawai itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Lutin, 39, merakam visual semua tertuduh ketika mereka dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding pendakwaan selesai. Ketika dihubungi BERNAMA, Lutin, 39, memaklumkan pegawai itu menghalang beliau daripada merakam visual dan berlaku tolak-menolak sehingga menyebabkan dia jatuh terlentang. "Kalau dia marah dengan tindakan saya itu, tidak patut dia tarik saya sampai jatuh, kenapa perlu dia bertindak terlalu agresif," katanya sambil menyifatkan tindakan itu tidak wajar meskipun beliau tidak mengalami kecederaan yang serius. Lutin berkata, beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. ─ BERNAMA

Setiap Penduduk Di Kawasan Ini Mempunyai Jet Peribadi Sendiri
Bayangkan sebuah kawasan perumahan yang mana setiap penduduk di situ mempunyai sekurang-kurangnya satu pesawat peribadi.. Rasanya macam imaginasi saja kan?
Tetapi, di sebuah kawasan perumahan di Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai Airpark, setiap penduduknya dikatakan mempunyai sebuah pesawat peribadi..
Kawasan perumahan tersebut dihuni oleh 5,000 penduduk dan mempunyai 1,300 buah rumah. Ramai diantara mereka bekerja sebagai professional seperti doktor, peguam dan juga ahli bisnes. Dan yang paling mengangumkan, kebanyakan mereka bekerja sebagai juruterbang professional.. Jadi tak hairanlah kenapa ramai yang mempunyai pesawat peribadi masing-masing.
Jangan terkejut pula jika mereka-mereka ini sanggup menerbangkan pesawat mereka di pagi hari semata-mata untuk membeli sarapan! Bagi mereka itu sudah menjadi kebiasaan.
Bayangkan sajalah betapa besar kawasan rumah yang mereka perlukan untuk menyimpan pesawat mereka. Salah seorang dari mereka siap ada garaj untuk simpan sebuah pesawat Boeing 707 lagi! Haii pesawat dah jadi macam kereta.. - SiakapKeli.com

Polis Rampas 'Submachine Gun' Jenis Uzi Daripada Seorang Lelaki
JOHOR BAHARU, 22 Sept (Bernama) -- Sebelum ini, senjata seperti parang, revolver mahupun pistol menjadi pilihan penjenayah tempatan.
Namun, kini, penjenayah dilihat memperkasakan diri mereka dengan senjata api yang canggih untuk menimbulkan ketakutan.
Pada 29 Ogos, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bersama selaras 'submachine gun' (SMG) jenis Uzi - digunakan di seluruh dunia sebagai senjata api oleh polis dan pasukan khas - di Sungai Petani, Kedah.
Menurut polis persekutuan, rampasan senjata api buatan Israel itu daripada suspek berusia 26 tahun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan agensi penguat kuasa bahawa terdapat penjenayah mempunyai akses kepada senjata canggih.
Sementara itu, dalam Ops Cantas khas dari 15 hingga 17 Sept lalu di Seri Alam dan Kota Tinggi, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Johor telah menemukan dua laras SMG jenis AK47.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh telah memberi amaran kepada semua agensi kerajaan, khususnya Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen dan unit pencegahan penyeludupan untuk mencegah kemasukan senjata api seperti itu ke negara ini.
Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Baharu, Isnin, beliau berkata polis sudah menubuhkan unit khas iaitu Unit Risikan Sempadan (URS) tiga bulan lalu bagi mencegah penyeludupan senjata berbahaya seperti itu. ─ BERNAMA
TOP
200 maut dalam pertempuran di Yaman
SEORANG pemberontak Syiah berdiri di atas kereta kebal di pekarangan Markas Divisyen Armor Pertama Yaman di Sanaa yang ditawan kumpulan itu hari ini. - Foto AP
SANAA: Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh di pinggir ibu negara Yaman dalam pertempuran sejak seminggu lalu antara pemberontak Syiah dan anggota militia Sunnah. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Yaman seperti yang dilaporkan agensi berita Saba, pasukan menyelamat menemui 53 mayat hari ini, "menjadikan bilangan keseluruhan mayat yang ditemui sejak 16 September lalu sebanyak 200". - AFP

Matrade promosi produk Malaysia di Myanmar
Matrade
PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menganjurkan Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE) dan Showcase Malaysia 2014, di Yangon, Myanmar dari 1-4 Oktober, 2014. Pengarah Bahagian Rentas Sempadan Matrade, Amran Yem, berkata MSE ketiga itu yang telah menarik 70 syarikat Malaysia, akan membantu mengukuhkan kehadiran Malaysia di pasaran Myanmar. "Dua MSE sebelum ini di Yangon membuahkan hasil yang menggalakkan. Pada 2012, kami mencatat jualan sebanyak RM83.98 juta dan pada tahun lepas, RM102.6 juta. Pada tahun ini, kami menjangkakan jualan yang lebih tinggi, katanya pada taklimat media di sini hari ini. Amran berkata acara pada tahun ini akan menumpukan kepada pembinaan dan berkaitan perkhidmatan; bahan-bahan binaan; pendidikan; francais; perkhidmatan perniagaan; minyak dan gas; penjagaan kesihatan; dan, teknologi komunikasi dan maklumat. "Lebih 450 mesyuarat padanan perniagaan telah diatur dengan syarikat-syarikat Myanmar," katanya. Pelaburan Malaysia di Myanmar pada 2013 berjumlah RM50 juta, katanya. Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Myanmar dari Januari hingga Julai 2014 sebanyak RM2.03 bilion berbanding RM1.34 bilion bagi tempoh sama pada 2013. Jumlah eksport Malaysia ke Myanmar bagi tujuh bulan pertama 2014 meningkat 72.4 peratus kepada RM1.67 bilion. - Bernama

Penganggur dijel lapan tahun, enam sebat
Tertuduh kelihatan biasa ketika keluar selepas hukuman diputuskan terhadapnya. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Padah buat seorang penganggur kerana memiliki pistol tanpa lesen sah, dia dihukum penjara lapan tahun dan enam sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini. Tertuduh, Engku Asmawi Engku Harun, 27, dari Kampung Kangkong, Pasir Mas, didakwa memiliki senjata api jenis Revolver 7.65 MM Colt no siri : 689553 di Jalan Sri Cemerlang, di sini, pada jam 8 pagi, 24 November, dua tahun lalu. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan juga sebat tidak kurang daripada enam kali. Pada prosiding itu, tertuduh mengaku benar-benar insaf atas kesilapannya dan merayu mahkamah meringankan hukuman selain meminta ia berkuat kuasa serentak dengan hukuman yang sedang dijalani bersabit kesalahan samun. Rayuan itu bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Ahmad Salam Yusof yang memohon mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam mengatasi kepentingan diri tertuduh. “Saya mohon satu hukuman yang setimpal dengan kesalahan tertuduh dan bersesuaian dengan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh. Hukuman itu juga diharap dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan sempadan kepada masyarakat luar dari mengulangi jenayah sama. “Tertuduh juga adalah banduan yang terbabit dengan beberapa kes jenayah lain sebelum ini. Saya juga memohon supaya segala bahan bukti disimpan selamat oleh pihak pendakwaan untuk digunakan terhadap pertuduhan ke atas kes-kes yang lain,” katanya. Dalam perkembangan sama, tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun selepas mengaku salah memiliki tiga kelongsong peluru dan tiga peluru hidup bertanda 7.65 mm S dan B11 tanpa lesen pada masa, tarikh dan lokasi sama. Hakim, Mohd Yusoff Yunus dalam keputusannya mengarahkan kedua-dua hukuman berkuat kuasa serantak dari tarikh hukuman dijatuhkan menjadikan jumlah penjara yang perlu dijalani tertuduh adalah lapan tahun dan enam sebatan. - Sinar

Tablet Cytotec gugur kandungan boleh bawa maut
KUALA LUMPUR - Tablet Cytotec yang disalah guna untuk tujuan lain seperti menggugurkan kandungan boleh membawa maut, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, produk yang didapati dijual secara haram itu mengandungi Misoprostol 200 mcg yang dikelaskan sebagai Racun Jenis B dan hanya boleh diperoleh di klinik swasta atau dengan preskripsi di farmasi.
"Kegunaan utama tablet ini yang didaftarkan adalah untuk merawat ulcer dan penggunaannya selain daripada untuk rawatan ulcer boleh membawa maut dan tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tablet Cytotec merupakan produk berdaftar bernombor MAL19890225AR dengan pemegang pendaftaran adalah Pfizer (M) Sdn Bhd.
Beliau berkata, syarikat Zuellig Pharma (M) Sdn Bhd yang dilantik untuk mengedarkan produk itu hanya boleh menjual tablet Cytotec kepada klinik perubatan swasta dan farmasi.
"Penjualan produk ini hanya dilakukan syarikat yang dilantik oleh pemegang pendaftaran," kata Dr Noor Hisham sambil menambah Kementerian Kesihatan tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau orang perseorangan sebagai agen bagi produk yang didaftarkan.
Beliau menasihati orang ramai untuk tidak membeli produk itu melalui Internet atau orang perseorangan kerana ia menyalahi undang-undang selain ketulinan dan kesahihan produk juga diragui.
Orang awam boleh membuat aduan terus kepada kementerian supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab membahayakan kesihatan awam, katanya. - Bernama
TOP
VIDEO : Lawak!! Calon Bebas Tumpang Kempen Calon BN
TOP
Supergirl pulak muncul terbang sebelah kereta
TOP
Seorang ketua kelas yang begitu garang dan tegas melebihi cikgu disiplin pulak
TOP
Cara ajar orang yang suka buang sampah dari kereta
TOP
Isu MB: Wan Azizah Mengalah, Terima Keputusan Sultan
Wan Azizah (kanan) akur dengan keputusan Sultan Selangor melantik Azmin sebagai menteri besar yang baharu.
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya mengalah dan menerima keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memilih Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pada masa sama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memaklumkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sebulat suara menyokong pelantikan Timbalan Presiden parti tersebut. "Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan Sultan Selangor yang memperkenan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. "Saya membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya mencadangkan kepada MPP agar Azmin yang juga Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan media pada malam Isnin. Menurut Wan Azizah, keputusan tersebut diambil demi kepentingan rakyat kerana menyedari krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. "Saya yakin bahawa PKR kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan," katanya. Jelasnya, walaupun proses pelantikan ini pada pandangan beliau tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, Wan Azizah percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor. "Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor," katanya. Azmin sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor berkuat kuasa Selasa. Beliau menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin.- mstar

14 Pati Ditahan Di Perairan Pulau Mataking
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 14 pendatang tanpa izin (PATI) ketika cuba masuk ke daerah ini dalam dua operasi di perairan Pulau Mataking, Ahad.
Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata operasi pertama menyaksikan penahanan enam lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 16 hingga 55 tahun selepas bot pam yang mereka naiki ditahan pukul 3.50 petang.
Beliau berkata operasi kedua menyaksikan penahanan lima lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, yang berusia lingkungan dua hingga 43 tahun, selepas bot pam yang mereka naiki ditahan pukul 4 petang.
Pemeriksaan mendapati kesemua PATI tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohamad juga berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan operasi ditumpu di kawasan perairan berkenaan yang dikenal pasti sebagai antara laluan digunakan PATI untuk masuk ke daerah ini.- mstar
TOP
Polis Serbu Premis Judi Simulator, 10 Individu Ditahan
Petugas TNB mencabut fius elektrik yang menyalurkan tenaga elektrik ke premis perjudian di sebuah pusat membeli-belah sambil diperhatikan oleh Mior Faridalathrash di sekitar George Town pada Isnin. - fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah premis menawarkan permainan judi simulator tidak berlesen dan menahan 10 orang termasuk dua wanita di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, Isnin. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata mereka yang ditahan dalam operasi pukul 3 petang itu terdiri daripada dua wanita warga Indonesia, seorang lelaki Indonesia dan tujuh lelaki tempatan berusia 29 hingga 64 tahun. "Ketika serbuan, lapan lelaki terbabit didapati sedang leka berjudi manakala dua wanita berkenaan dikenal pasti sebagai penjaga premis itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau berkata polis turut merampas lapan unit mesin judi simulator pelbagai saiz dan jenis dianggar bernilai RM500,000 dengan kadar pertaruhan ditetapkan serendah RM10. Lai berkata sejak Januari sehingga semalam, polis telah memeriksa 613 premis serta menahan 177 pemain judi serta penjaga selain merampas 800 set komputer yang diubah suai menjadi mesin judi. Sementara itu, enam premis judi masing-masing empat di kompleks beli-belah di Jalan Datuk Keramat dan dua di Air Itam di sini dipotong bekalan elektrik mulai hari ini selepas beberapa kali diserbu pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata operasi bermula pukul 10 pagi itu dilakukan dengan kerjasama Tenaga Nasional Bhd (TNB) Pulau Pinang mengikut Seksyen 21A (1) Akta Premis Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001). "Polis memandang serius berkenaan lot kedai yang asalnya disewa untuk perniagaan sah ditukar kepada premis judi. Justeru tindakan pemotongan ini diharap dapat menghalang kegiatan itu beroperasi semula pada masa depan," katanya kepada pemberita. Beliau berkata dalam tempoh kurang daripada sebulan ini sebanyak 19 premis judi di sekitar Daerah Timur Laut telah diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik.- mstar

Futsal AFF 2014: Malaysia Gagal Ke Separuh Akhir
Pemain futsal negara, Muhammad Shamsul Akmar diapit oleh tiga pemain dari Australia ketika mengelecek bola menyerang gawang lawan pada Kejohanan Futsal AFF 2014 di Stadium Malawati, Shah Alam pada Isnin. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Peluang Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2015 tertutup selepas tewas kepada Australia 3-0 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Malawati di sini, Isnin. Sebelum melengkapkan jadual perlawanan kumpulan pada Selasa, slot separuh akhir telah diputuskan dengan Indonesia dan Australia layak daripada Kumpulan A, makala Vietnam dan Thailand daripada Kumpulan B. Keempat-empat pasukan itu mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengumpul sembilan mata selepas tiga perlawanan. Pada perlawanan ketiga kumpulan, pasukan negara kendalian Maizal Hairi Marzuki tersentak dengan jaringan pertama pasukan lawan oleh Nathan Edmun Niski pada minit keenam. Kemudian kapten pasukan Australia, Gregory James Glovenali meledakkan gol kedua pada minit ke-18 dan Daniel Steven Fogarty meranapkan harapan negara dengan gol ketiga pada minit ke-37. Maizal berkata kekalahan skuad negara berpunca daripada kelemahan di bahagian serangan walaupun pasukan lebih menguasai permainan pada separuh masa kedua perlawanan. "Dua gol Australia adalah berpunca daripada kesilapan pasukan negara sendiri. Kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol namun pemain lewat sampai ke gawang lawan. "Pasukan telah melakukkan yang terbaik namun disebabkan terlalu gugup beraksi pertama kali di tempat sendiri dalam kejohanan yang besar menyebabkan pasukan sukar mengawal tekanan mereka," katanya. Malaysia akan bertemu Timor Leste bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan A. Dalam satu lagi saingan kumpulan A, Indonesia mengukuhkan kedudukan tempat teratas selepas membelasah Brunei 15-1. Dalam kumpulan B menyaksikan Vietnam merampas kedudukan teratas carta selepas membelasah Laos 18-0 manakala juara bertahan Thailand meraih kemenangan tipis mengalahkan Myanmar 5-4.- mstar

Azizulhasni Mara Ke Suku Akhir
Azizulhasni Awang (kiri) dicabar sengit pelumba Hong Kong, Law Kwun Wa. - foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star
INCHEON: Jaguh trek negara Azizulhasni Awang mara ke pusingan suku akhir acara pecut individu pada Sukan Asia ke-17 di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini, Isnin. Pelumba berusia 26 tahun itu menewaskan pelumba Arab Saudi, Ashabeed Habeeb Salman D pada pusingan pertama dan mencapai kemenangan kedua dengan mengatasi pelumba Hong Kong, Law Kwun Wa. Terdahulu, Azizulhasni melakukan catatan masa terbaiknya 10.062 saat di peringkat kelayakan, di belakang pelumba Jepun, Seiichiro Nakagawa yang merakamkan masa 9.942s. "Azizul berada dalam keadaan terbaik dan bertenaga. Ia akan menjadi perlumbaan menarik membabitkan pelumba Korea Selatan. "Saya bangga dengan kemajuan yang dicapainya dan perlu ingat kami akan berdepan dengan pelumba berkualiti dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kesilapan," kata ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, kepada pemberita di sini. Sementara itu, rakan sepasukan, Muhammad Edrus Mohd Yunus hanya mampu menduduki tangga kesembilan selepas tewas kepada pelumba China, Bao Saifel dalam pusingan kedua. Sebelum itu, Muhammad Edrus mencatatkan masa 10.185s untuk mengalahkan pelumba Taiwan, Liao Kuo Lung pada pusingan pertama. "Rasa sikit kecewa sebab tidak dapat masuk suku akhir. Bagaimanapun, saya berpuas hati sebab dapat mencipta rekod peribadi terbaik 10.1s selepas merekodkan masa 10.2s pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow baru-baru ini," katanya.- mstar

Dua Anak Jati Pulau Mutiara Berentap Pingat Emas Skuasy Esok
Wee Wern (kiri) dan Nicol bakal beraksi menentang satu sama lain pada perlawanan akhir skuasy perseorangan wanita Sukan Asia.
INCHEON: Dua anak kelahiran Pulau Pinang, Datuk Nicol Ann David dan Low Wee Wern akan berentap sesama sendiri untuk merebut pingat emas acara skuasy perseorangan wanita pada Sukan Asia ke-17 di sini, Selasa. Kontinjen Malaysia sudah dijamin pingat emas dan perak dalam acara itu apabila buat julung kali dua wakil wanita negara bertembung di pentas final sejak acara skuasy diperkenalkan pada edisi 1998 di Bangkok. Nicol terlebih dahulu menepati ramalan apabila dengan mudah menyingkirkan pemain India, Dipika Rebecca Pallikal dengan 11-4, 11-4 dan 11-5 di saingan separuh akhir di Pusat Skuasy Yeorumul di sini, Isnin. Selaku pemain nombor satu dunia, pemain berusia 31 tahun itu hanya memerlukan masa 25 minit untuk melangkah ke final, sekali gus mengintai pingat emas keempatnya dalam acara individu selepas edisi 1998 di Bangkok, 2006 di Doha dan edisi lepas di Guangzhou, China pada 2010. Wee Wern, selaku penyandang pingat gangsa, pula mencapai sasarannya ke final buat pertama kali selepas mengejutkan penyandang pingat perak dari Hong Kong, Annie Au. Bagaimanapun, pemain nombor dua negara itu, terpaksa bekerja keras untuk mengejutkan penyandang pingat perak itu dengan keputusan 11-9, 11-5 dan 11-5 dalam masa 39 minit. Wee Wern, 24, berkata kemenangan ke atas lawannya yang berpengalaman itu bukan sesuatu yang mudah. "Saya fikir saya memiliki sedikit kelebihan bermain dalam gelanggang kaca berbanding Annie," katanya. Katanya, beliau memperagakan aksi cemerlang serta mengelak kesilapan untuk meraih kemenangan ke atas lawannya. Mengulas pertemuan dengan Nicol, Wee Wern berkata lawannya itu adalah model contoh bagi dirinya. "Nicol sentiasa membantu sepanjang karier saya. Ini adalah pengalaman baharu dan sudah pasti saya akan cuba yang terbaik. Walaupun, saya pernah kalah beberapa kali dengannya sebelum ini namun esok mungkin berbeza," katanya. Dalam pada itu, Nicol, berkata beliau hanya mahu memperagakan aksi yang baik untuk meraih gelaran.- mstar

Keputusan Futsal AFF 2014
SHAH ALAM: Berikut keputusan perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2014 di Stadium Malawati di sini Isnin.
KUMPULAN A:
Indonesia 15 - 1 Brunei
MALAYSIA 0 - 3 Australia
KUMPULAN B:
Thailand 5 - 4 Myanmar
Vietnam 18 - 0 Laos
- mstar
KUMPULAN A:
Indonesia 15 - 1 Brunei
MALAYSIA 0 - 3 Australia
KUMPULAN B:
Thailand 5 - 4 Myanmar
Vietnam 18 - 0 Laos
- mstar
TOP
Malaysia Pasaran Kedua Paling Menarik Bagi Pelaburan Prasarana
KUALA LUMPUR: Malaysia berada di tangga kedua di kalangan 41 negara sebagai pasaran yang paling menarik untuk pelaburan dalam prasarana, demikian menurut Arcadis Global Infrastructure Investment Index.
Ketua Prasarana Arcadis, Asia, Richard Warburton berkata, prasarana adalah tulang belakang sesebuah negara dan pemangkin untuk pembangunan ekonomi jangka panjang.
"Dengan kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk sebanyak 1.4 peratus, pelaburan dalam prasarana baharu adalah sesuatu yang amat penting.
"Bersama-sama dengan matlamat mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, rancangan sudah pun dimulakan agar bandar dan kluster perbandaran tertentu di bawah Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dimajukan menjadi bandar-bandar yang sentiasa membangun, produktif dan selesa setaraf dengan bandar utama lain di dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Arcadis berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara Asia selepas Singapura yang mendapat tempat antara 10 teratas dalam ranking global, dengan Malaysia pada kedudukan ketujuh, mendahulu AS, Australia dan United Kingdom.
"Perbezaan utama yang kita lihat di pasaran Asia seperti Malaysia dan Singapura ialah mereka mempunyai strategi bersepadu yang mengikat rancangan pembangunan prasarana kepada matlamat perniagaan dan ekonomi," katanya.
Rancangan Malaysia ke-10 menetapkan peringkat transformasi struktur utama diperlukan bagi mencapai tahap kemajuan ekonomi berpendapatan tinggi yang memberi petanda jangka panjang kepada pelabur, kata Warburton.- mstar
TOP
Shapadu Putrajaya Haven Bernilai RM700 Juta Bakal Dibina
Shapadu Putrajaya Haven
PUTRAJAYA: Shapadu Boulevard Sdn Bhd, anak syarikat hartanah Shapadu Group, akan melaksanakan projek pembangunan bercampur dikenali sebagai Shapadu Putrajaya Haven dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan bernilai RM700 juta. Pembangunan 120,000 meter persegi, yang pertama seumpamanya di Putrajaya, akan mengandungi kompleks beli-belah, ibu pejabat Shapadu, 150 unit kondominium mewah di samping beberapa hotel lima bintang, menjadikan syarikat itu yang pertama melaksanakan projek hartanah bercampur-campur di sepanjang jalan lingkaran Persiaran Perdana sepanjang 4.2 kilometer itu. Pengarah Urusan Shapadu Corp, Shafiz Shahrani berkata, projek itu akan dibangunkan di atas tanah 2.3 ekar (0.93 hektar) bersebelahan Kementerian Kewangan di Presinct 2. Tanah itu dibeli daripada Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH) dengan harga kira-kira RM40 juta. "Ketika ini kami perlu mengemukakan pelan pembangunan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) sebagai pihak berkuasa tempatan di Putrajaya, dan jika diluluskan, Shapadu akan memulakan projek itu awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek berkenaan di sini, Isnin. Projek itu dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pada majlis dihadiri Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Shapadu, Datuk Rosthman Ibrahim. "Projek itu dijangka dibangunkan seawal tahun depan dan siap dalam tempoh tiga tahun," katanya. Beliau berkata, Shapadu yang diasaskan pada 1972, dipilih sebagai pembeli dan pemaju tanah milik PPj di Persiaran Perdana disebabkan kebolehan dan pelan pembangunannya. "PPj membuat pemilihan rapi pemaju serta pelabur yang ingin membeli tanah di Putrajaya kerana mereka sangat mengambil berat mengenai kualiti setiap projek," katanya. Sementara itu, Aseh berkata, kira-kira 360 hektar tanah di Putrajaya masih kurang dimajukan dan PPj sangat selektif dalam memilih pemaju dan pelabur kerana mereka hanya mahu pemaju yang benar-benar berkelayakan di pusat pentadbiran persekutuan berkenaan.- mstar

Ethiopian Airlines Tempah 20 Pesawat 737 MAX 8s
SINGAPURA: Ethiopian Airlines akan membeli 20 pesawat Boeing 737 MAX 8s bernilai US$2.1 bilion.
Dalam kenyataan pada Isnin, Boeing berkata pesanan itu yang sebelum ini tidak dinyatakan di laman web Boeing Orders & Deliveries, turut termasuk pilihan dan hak pembelian bagi 15 buah 737 MAX 8s lagi.
Tempahan itu merupakan tempahan Boeing tunggal terbesar oleh sejumlah kapal terbang daripada syarikat penerbangan Afrika, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Ethiopian Airlines, Tewolde Gebremariam, berkata tempahan itu menggariskan komitmen syarikat penerbangan kepada pelan strategik 15 tahun, 'Visi 2025', iaitu syarikat penerbangan akan berusaha untuk menjadi kumpulan syarikat penerbangan utama di Afrika membawa 18 juta penumpang setahun.
"737 MAX akan membentuk komponen utama visi strategik itu, mengukuhkan kumpulan pesawat jenis satu lorong dan mengekalkan kami di barisan hadapan penerbangan Afrika," katanya.
Boeing berkata pesawat itu menggabungkan teknologi terkini ke atas enjin CFM International LEAP-1B, teknologi maju winglet dan penambahbaikan yang lain untuk memberikan kecekapan tertinggi, kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang dalam pasaran satu laluan.
737 MAX menerima sejumlah 2,294 tempahan daripada 47 pelanggan di seluruh dunia, katanya. - mstar
TOP
Khaleda Zia Dibicarakan Atas Tuduhan Rasuah
Khaleda Zia.
DHAKA: Pemimpin pembangkang Bangladesh, Khaleda Zia pada Isnin dibicarakan atas tuduhan menggelapkan wang sebanyak AS$650,000 (RM2.08 juta) dalam dua kes rasuah. Jika didapati bersalah beliau berdepan hukuman penjara seumur hidup. "Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya dapat kami mulakan perbicaraan," kata pendakwa utama Mosharraf Hossain. - mstar

UPSR: Kertas Siasatan Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara Minggu Depan
Gan Kong Meng.
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris dijangka diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata ketika ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan. "Tiada tangkapan baharu setakat ini. Semua 14 individu yang ditangkap telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Sehingga Ahad, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes itu. Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari sama. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. Pada Ahad, polis menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas peperiksaan UPSR iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.- mstar

Tiada Campur Tangan Politik Dalam Pentadbiran Khalid - SUK
Abdul Khalid bersalaman dengan kakitangannya pada Sambutan Perpisahan Menteri Besar Ke-14 di Bangunan Kerajaan Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin.
-fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata sepanjang empat tahun beliau berkhidmat dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiada sebarang campur tangan politik dalam urusan pentadbiran di negeri ini. Beliau berkata Abdul Khalid, yang menjadi Menteri Besar dua penggal berturut-turut sejak Mac 2008, memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk melaksanakan segala dasar membabitkan negeri dan rakyat. "Kita dalam barisan pentabiran negeri tidak pernah menghadapi sebarang tekanan sewaktu Abdul Khalid berkhidmat dan bebas membuat keputusan mengikut dasar yang telahpun dipersetujui," katanya ketika berucap di majlis perpisahan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor di Bangunan SUK, Isnin. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid. Majlis mengangkat sumpah Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pukul 10 pagi Selasa. Mohammed Khusrin juga berkata antara pencapaian terbesar Abdul Khalid dalam pentadbirannya ialah mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor dengan menstruktur semula industri air di negeri ini. Dalam pada itu, sumber dari pejabat Menteri Besar Selangor berkata Abdul Khalid tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar baharu pada Selasa sebab akan ke luar negara untuk bercuti.- mstar

MB Selangor:PKR Adakan Mesyuarat Tergempar
Azmin dikerumuni wartawan selepas dilihat berpatah balik ke ibu pejabat PKR petang Isnin.
PETALING JAYA: Kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergegas ke ibu pejabat parti itu selepas memutuskan perlu diadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Mesyuarat Biro Politik parti itu diadakan selepas satu mesyuarat 'biasa' yang dihadiri beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar. Perkara itu dimaklumkan Azmin yang terpaksa berpatah balik selepas kira-kira 40 minit meninggalkan bangunan itu. Katanya, ia merupakan mesyuarat biro politik yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula pukul 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5 petang yang akan dipengerusikan oleh presiden... ketua umum (akan hadir)... mengenai perkembangan terkini...," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini, Isnin. Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu menteri besar di Selangor, Azmin berkata: "Ya, ya, ya." Bagaimanapun beliau menambah: "Saya tidak tahu... ini mesyuarat khas tergempar pukul 5." Antara yang dilihat memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad. Terdahulu, Azmin menegaskan bahawa beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Pada Isnin, timbul spekulasi mengenai pelantikan Azmin memegang jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah pada pagi Selasa.- mstar

Turki Siap Sedia Hadapi Kebanjiran Pelarian Syria
Ratusan ribu pelarian Syria menunggu di sempadan Turki untuk memasuki negara itu sejak beberapa hari lalu.
ANKARA: Jumlah pelarian Syria yang tiba di Turki sejak empat hari lalu mencecah 130,000 dan angka itu dijangka meningkat. Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus bagaimanapun berkata, negara itu bersedia menghadapi apa saja kemungkinan jika keadaan itu benar-benar berlaku. "Saya berharap Turki tidak dipaksa menerima lebih banyak pelarian perang dari Syria namun jika ia berlaku, kerajaan mempunyai perancangan dan langkah perlu sudah diambil," katanya. Turki yang bersempadan dengan Syria adalah antara negara paling banyak menerima kebanjiran pelarian perang sejak krisis meletus beberapa tahun lalu. Keadaan menjadi lebih buruk apabila militan Negara Islam (IS) mengganas dan membuat kemaraan dari satu wilayah ke wilayah lain ketika tentera rejim Presiden Bashar al-Assad masih bergelut menghadapi kebangkitan pemberontak. Jumlah pelarian yang meninggalkan Syria setakat ini dianggar seramai lebih sejuta orang. Numan berkata, ada kemungkinan gelombang kebanjiran pelarian perang itu mencecah ratusan ribu orang dalam tempoh tidak lama lagi. Kedatangan terbaru berlaku sejak Khamis lalu apabila militan IS mengganas dan membawa konflik itu semakin hampir ke sempadan Turki. Kata Numan, masalah yang berlaku bukanlah disebabkan bencana alam. "Apa yang Turki hadapi kini ialah bencana buatan manusia. "Kami tidak pasti berapa banyak petempatan akan diserang IS, berapa ramai pelarian akan terpaksa meninggalkan Syria. Kami tidak tahu. "Ia dikawal pihak lain yang berada di seberang sana sempadan namun kerosakan yang dilakukan mereka jauh lebih dahsyat berbanding bencana alam semula jadi," katanya. - mstar

Kiai Dituduh Rogol 11 Anak Murid
JEMBER: Seorang pemimpin pondok pengajian Islam di Ambulu, Jember, Jawa Timur, dituduh mencabul dan merogol 11 remaja perempuan yang mengikuti pengajian di situ.
Jurucakap polis berkata, kiai yang cuma dikenali sebagai IK itu berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.
Katanya, setakat ini tiga mangsa, masing-masing berusia 15, 16 dan 17 tahun, sudah membuat laporan polis.
"Berdasarkan keterangan mangsa dan siasatan polis, IK berada dalam keadaan sedar ketika melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya.
Jurucakap itu berkata, perlakuan jahat IK terbongkar selepas seorang daripada mangsanya bercerita mengenai insiden dia dicabul kepada saudara suspek yang ingin menikahinya.
Katanya, mangsa enggan menipu pemuda terbabit dan mengaku dia tidak lagi perawan.
"Mangsa mengaku kepada pemuda terbabit dia dirogol IK pada suatu malam," katanya.
Menurut polis, pesantren itu mengadakan majlis berdoa bersama hampir setiap malam dan IK mengambil kesempatan daripada acara itu untuk memuaskan nafsunya dengan berselindung di sebalik agama. - mstar
TOP
Isu MB: Khalid Ucap Selamat Tinggal
Khalid meninggalkan bangunan SUK selepas jamuan perpisahan, petang Isnin. - foto KK Sham/The Star
SHAH ALAM: Sekumpulan kakitangan kerajaan negeri dan pengamal media hadir di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, petang Isnin. Ia merupakan hari terakhir Khalid menjalankan tugasnya sebelum beliau digantikan oleh Menteri Besar Selangor baharu yang akan mengangkat sumpah pada pagi Selasa. Dalam amanat terakhirnya, Khalid mengingatkan semua kakitangan supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh. Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mempedulikan sebarang penipuan politik tetapi menjalankan khidmat terhadap negeri dengan penuh tanggungjawab. "Ini bukan masanya untuk ucapan selamat tinggal atau tidak bersedia menjalankan tugas. "Saya sangat bertuah kerana diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas saya dengan betul dan bertanggungjawab," katanya.- mstar

MB Baharu: PKR Janji Beri Kenyataan Positif
Kepemimpinan PKR bergambar bersama Azmin (dua dari kanan) selepas mesyuarat tergempar parti itu, petang Isnin.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengeluarkan kenyataan pada pukul 8 malam Isnin berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti akan mengeluarkan kenyataan yang positif. "Kita akan mengeluarkan kenyataan pada pukul 8 malam. Mereka sedang siapkan kenyataan. "Bagus, kenyataan yang positif," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini, malam Isnin. Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat tergempar yang berlangsung selama hampir dua jam. Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut mengakui kenyataan yang akan dikeluarkan itu nanti adalah positif. Beliau bagaimanapun tidak menjawab ketika ditanya untuk mengesahkan mengenai pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. "Tunggu kenyataan pukul 8 malam nanti. Kenyataan yang positif," jawab Azmin ringkas. Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Antarabangsa sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.- mstar

Selangor Kini Tuntut Kebebasan Media
PETALING JAYA: Sehari sebelum majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diadakan, akhbar rasmi kerajaan negeri itu menuntut supaya operasinya tidak dipengaruhi campur tangan politik.
Malahan, Ketua Pengarang Selangor Kini, Fazallah Pit berharap sesiapa sahaja yang bakal dilantik perlu bersedia untuk memerdekakan akhbar negeri itu.
"Selangor Kini berharap pentadbiran menteri besar yang baharu, walau sesiapapun bersedia untuk memerdeka akhbar negeri ini dari sudut editorial dengan tiadanya campur tangan politik, sebaliknya tertumpu kepada suara rakyat selain menjulang dasar kerajaan negeri.
"Namun, tahap kebebasan media perlu dipertingkat tanpa mengikut telunjuk mana-mana pemimpin mahupun parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang, sebaliknya menjadi saluran suara rakyat akar umbi," katanya menerusi kenyataan di sini, Isnin.
Fazalah berkata, aspek yang dinyatakan itu penting kerana operasi media negeri dijana melalui wang rakyat, sama sekali berbeza dengan penerbitan akhbar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan.
Oleh itu, katanya, usaha tertentu harus dibuat tanpa menjejaskan kebajikan kakitangan sedia ada supaya proses kemajuan media negeri terus berlanjutan melalui pentadbiran baharu.
Pada masa sama, Selangor Kini merakam ucapan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas sumbangannya dalam memajukan media.
Beliau berkata, pentadbiran Khalid mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno BN yang menggunakan nama Era Jaya.
Tambah beliau lagi, semua media negeri yang ditadbir Umno dan Barisan Nasional (BN) juga harus mengambil langkah ini.- mstar
TOP
PAS Kutuk Poster Ceramah Palsu PasMa
Mohd Zaki menunjukkan poster ceramah palsu yang didakwa dilakukan musuh politik PAS.
PENGKALAN KUBOR: PAS mengutuk poster ceramah kononnya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang digunakan sebagai bahan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor. Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, PAS tidak pernah menjemput PasMa atau mana-mana anggotanya mengadakan program atau ceramah di kawasan pilihan raya itu. "Hari-hari terakhir kempen, poster yang berniat jahat terhadap PAS cuba memberi satu gambaran tidak baik kepada PAS dan pimpinan PAS. "Kita dapati dalam kawasan pilihan raya 'banner' sengaja dilekatkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan pimpinan parti yang disebut sebagai ceramah perdana PasMa," katanya pada sidang media di sini, Isnin. Menurut Mohd Zaki, setakat ini dua 'banner' telah dikesan oleh pemantau PAS dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertindak menurunkan kedua-duanya. Salah satu daripada 'banner' tersebut diletakkan di luar kawasan pilihan raya iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Baru. Katanya, selain 'banner' berniat jahat tersebut, terdapat juga mesej yang disebarkan melalui aplikasi WatsApp kononnya PAS menawarkan program mengisi minyak percuma kepada penduduk di sini. Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran itu berkata, beliau percaya perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang digelar sebagai 'musuh politik' PAS. Katanya, tindakan menyebarkan bahan kempen berniat jahat itu juga menunjukkan pihak lawan sudah terdesak ketika saat-saat akhir berkempen. PasMa ditubuhkan disebabkan sikap dan pendirian PAS yang tidak jelas ketika berhadapan krisis berpanjangan berhubung isu Menteri Besar Selangor. Dipelopori pemimpin dan ahli PAS, Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi menegaskan tidak berhasrat untuk mengubah haluan PasMa menjadi parti politik.-mstar

Kehidupan Orang Asli ‘Karnivor’ Di Pedalaman Russia
OK, ini sedikit seram. Tak sangka juga masih wujud lagi puak yang dikatakan mengamalkan pemakanan gaya Karnivor ni. Suku kaum orang asli yang jarang sekali dapat dilihat itu masih wujud di sebuah kawasan pendalaman Siberia di Russia.
“Nenets”, itulah gelaran bagi mereka yang tinggak di kawasan pergunungan salji Tundra. Dengan kehidupan dalam iklim yang sangat sejuk itu, mereka menjalankan aktiviti utama mereka iaitu menternak rusa.
Merujuk kepada perkataan Karnivor sudah tentu mereka adalah pemakan daging dan yang agak menakutkan bagi kita yang tidak biasa apabila mereka memakan daging yang mentah. Bagaimanapun itulah amalan tradisi mereka.
Selain sebagai sumber makanan utama mereka, Kulit rusa juga dijadikan sebagai pakaian dan tempat tinggal kaum “Nenets” ini. ─ SiakapKeli.com

Nurul Syuhada Nurul Ain Selamat Lahirkan Anak Kembar
Pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain kini sudah selamat melahirkan anak. Yang lebih menyoronokkan adalah anak itu kembar.
Bertambah “Sweet” pula apabila anak kembar yang dilahirkannya itu adalah sepasang. Sorang lelaki dan sorang lagi perempuan.
Pengumuman berkenaan kelahiran itu telah diumumkan oleh Nurul sendiri menerusi panggilan telefon sewaktu program Malaysian Hari Ini (MHI), pagi ini.
Alhamdulillah kerana proses kelahiran yang dilalui oleh Nurul adalah secara normal dan pembedahan.
Setakat ini belum dapat pastikan wajah anak-anaknya itu mewarisi wajah siapa, kata nurul dalam panggilan itu.
Semoga dengan kedatangan dua insan baru dalam hidup mereka lebih mengukuhkan ikatan dan hubungan mereka berdua. Semoga berbahagia. ─ Siakapkeli.com
TOP
Khalid Pengerusi Mesyuarat Exco Selangor Kali Terakhir
SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri buat kali terakhir sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut jurucakap Pejabat Menteri Besar Selangor, mesyuarat bermula 10 pagi itu dihadiri tiga anggota Exco daripada PAS iaitu Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali.
“Ini merupakan hari terakhir Tan Sri Khalid (pengerusi mesyuarat Exco)sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau mempengerusikan mesyuarat Exco untuk kali terakhir yang dihadiri Iskandar, Sallehen dan Halimah kecuali Dr Ahmad Yunus Hairi,” katanya kepada Bernama di sini.
Terdahulu, Abdul Khalid yang tiba di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) kira-kira 9 pagi tadi kelihatan ceria dan beliau sempat menunjukkan isyarat bagus kepada jurugambar yang merakamkan wajahnya.
Bernama difahamkan Abdul Khalid telah mengosongkan pejabatnya sejak semalam.
Sementara itu, Iskandar menyifatkan Abdul Khalid sebagai menteri besar terbaik yang pernah dimiliki Selangor.
“Selangor amat bertuah kerana pernah mendapat menteri besar seperti Khalid sepanjang enam tahun ini. Saya ucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid, yang telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka.
Sallehen pula berkata beliau amat berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana mempercayainya untuk menggalas tanggungjawab sebagai anggota Exco.
Abdul Khalid dijadualkan mengadakan sidang akhbar pada petang ini dan Bernama difahamkan satu jamuan perpisahan juga akan diadakan khas untuk beliau.
Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang 10 pagi esok. – BERNAMA
TOP
Tabung Haji Nafi Pelaburan Di Amerika
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan telah membuat pelaburan di Amerika Syarikat.
“TH hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.
“TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Oleh itu, TH berkata, tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat.
“Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar,” katanya.
TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya, katanya.
Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya, katanya.
“Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.
“TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya,” katanya.
Aktiviti utama TH adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan.
Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak dan gas, hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal.
TH mempunyai 120 cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi. – BERNAMA
TOP
Suspek Terlibat Kes Bunuh Pemandu Lori Dikenal Pasti
KUANTAN – Polis telah mengenal pasti suspek yang disyaki terlibat dengan kes seorang pemandu lori yang ditemui mati dalam semak di tepi jalan berhampiran Kilometer 21 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin lewat petang Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata polis kini menjalankan operasi bagi memburu suspek yang dipercayai lebih daripada seorang.
“Polis juga telah berjaya mengesan lori mangsa yang dilarikan melalui sistem penentu kedudukan global (GPS), yang ditinggalkan di tepi jalan dekat Linggi, Negeri Sembilan petang semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Polis juga, katanya masih menyiasat motif sebenar kematian mangsa sama ada disebabkan samun atau sebab lain.
Beliau berkata jenazah mangsa yang sudah berkahwin serta mempunyai enam orang anak juga sudah dituntut untuk dikebumikan.
Mangsa yang menetap di Taman Ria Jementah, Segamat itu ditemui mati oleh orang awam pada pukul 7.24 malam.
Pemeriksaan pada mayat mendapati terdapat kesan kecederaan di belakang kepala sebelah kiri serta jari telunjuk kanan mangsa dengan sebatang rotan turut ditemui di tempat kejadian. – BERNAMA
TOP
Gambar… Mr. Bean Dan Anak Perempuannya Yang Hot
Sebut sahaja Mr. Bean sudah pasti semua orang kenal dengan pelawak no. 1 dunia ini dan terus terbayang di ingatan filem-filem dan juga siri-siri komedi yang dilakonnya.
Nama sebenar beliau ialah Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean. Buat pengetahuan anda semua dia mempunyai seorang anak perempuan yang “hot” bernama Lily Atkinson hasil perkahwinannya dengan Sunetra Sastry. Anaknya itu juga dikenali oleh media apabila beliau tampil berlakon dalam filem berjudul Johnny English Reborn bersama bapanya itu yang ditayangkan pada tahun 2011.
Selain itu Lily juga pernah membintangi beberapa filem lain dan dia mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak tahun 2004. Itu membuktikan yang dia juga mempunyai bakat dalam dunia lakonan tak ubah seperti bapanya walaupun bukan sebagai seorang pelawak. Filem pertama yang dilakonkannya adalah berjudul “Tooth” pada tajun 2004. Sejak itulah dia mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. ─ SiakapKeli.com

Operasi Cari Remaja OKU Dikhuatiri Lemas Diperluas
KEMAMAN – Gerakan mencari dan menyelamat seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Kalong di sini Isnin lalu diperluas hingga perairan Pahang.
Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahya Hanafi berkata pihaknya telah memperluaskan pencarian sehingga pantai Kerteh dan Cherating, Pahang.
“Sehingga hari ini usaha mengesan mangsa masih menemui jalan buntu namun kami tetap meneruskan pencarian,” katanya kepada Bernama.
Che Ku Mohd Fadzli Che Ku Mohd Yasin, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal itu dipercayai dihanyutkan ombak ketika berkelah bersama ibu dan lima adik-beradiknya. – BERNAMA
TOP
Dayang Nurfaizah: Artis Dan Media Perlu Ada Hubungan Yang Baik
Krisis antara artis dan pihak media dengan bukanlah satu perkara yang baru. Namun, kekecohan yang ditimbulkan oleh pihak Shila Amzah baru-baru ini cukup berbeza. Ini kerana penyanyi yang sedang mencipta nama di China ini memberi ruang kepada peminat-peminat fanatiknya menghentam pihak media.
Bahkan, ada peminat fanatik yang sanggup mereka-reka cerita dengan mengheret Datuk Siti Nurhaliza dalam isu hangat ini.
Bertemu dengan Dayang Nurfaizah dalam satu sesi temubual, GUA sempat bertanyakan pendapat pelantun lagu 'Seandainya Masih Ada Cinta' ini. Maklumlah, Dayang sudah 15 tahun terlibat dalam industri hiburan dan sepanjang tempoh itu dia bebas daripada gosip-gosip liar, apatah lagi bersengketa dengan pihak media.
"Secara umumnya, bagi saya sendiri, industri kita ini tidak besar mana pun. Pusing-pusing nanti, kita akan jumpa orang yang sama juga. Artis dan media perlulah ada hubungan yang baik. Masing-masing perlu menjaga hubungan," ujar Dayang.
Menurut Dayang, jika ada perkara yang perlu diperjelaskan, teguran haruslah dilakukan secara peribadi dan hal yang terjadi itu tidaklah harus diperbesarkan.
"Kalau ada yang tidak betul, sebagai artis kita perlu tegur, tetapi tidak patut diperbesarkan. Jika ada sebarang masalah, berhubunglah secara peribadi. Seperti contoh jika ada penulisan yang kurang tepat, artis sendiri perlu hubungi media yang menulis cerita tersebut untuk memperjelaskan keadaan dengan cara baik," katanya.
Dayang juga menjelaskan jika ada masalah yang terjadi, perkara tersebut tidak perlu untuk dihebahkan menerusi laman sosial seperti Twitter dan Instagram.
"Hal tersebut juga tidak perlu dibesar-besarkan. Tidak perlu menghebahkan perkara itu menerusi platform media sosial seperti Twitter dan Instagram. Jika ada perkara yang kurang jelas dan tidak betul, lebih bagus untuk artis terus menghubungi pihak yang terlibat. Lebih baik minta penjelasan daripada bercakap belakang. Perkara tersebut juga tak perlu diperbesarkan," kata Dayang lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Dayang kini sedang mencari protege yang bakal dilatihnya untuk program 'Mentor Legend'. Dayang juga sedang sibuk mempersiapkan dirinya bagi konsert solonya yang bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas pada November ini. ─ Gua.com.my
TOP
Azmin Ali Sah MB Selangor, Mengadap Sultan Pagi Esok
Kini Kemelut dan teka-teki mengenai siapakah yang akan dilantik dan bakal bergelar Menteri Besar Selangor sudahpun terjawab. Telahpun disahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkuatkuasa esok.
Azmin dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah di Istana Alam Shah, Klang seperti yang terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
Pada jam 10.30 pagi esok maka berangsungnya Ikrar Aku Janji dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor. ─ SiakapKeli.com

No comments:
Post a Comment