TOP
Isu Selangor Ibarat Kertas UPSR Bocor - Pemuda PAS
TUMPAT: Pengundi di Pengkalan Kubor diberitahu bahawa isu Menteri Besar Selangor boleh diibaratkan seperti kejadian kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, kemelut Pakatan Rakyat di Selangor adalah ujian biasa untuk PAS, PKR dan DAP yang masih baharu dalam mentadbir negeri, justeru rakyat tidak perlu bimbang.
"Jangan bimbang perkembangan di Selangor, ini perkara biasa.
"Macam budak-budak ambil UPSR, baharu nak matang, nak masuk sekolah menengah...samalah dengan Pakatan Rakyat yang baharu nak masuk lima tahun, cuma kita tak ada kertas bocor macam UPSR," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di sini, malam Jumaat.
Hadir sama Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad serta pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat negeri.
Dalam ucapannya, beliau turut memberitahu pengundi bahawa pengalaman dan ilmu pimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat akan mampu menyelesaikan krisis tersebut dalam masa terdekat.
Jelasnya, Pakatan Rakyat melalui calon PAS juga mampu menang dan merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor berdasarkan rekod terdahulu.
"Sekarang ini kawasan Barisan Nasional (BN) tapi di peringkat Parlimen kita menang, bermakna kita ada potensi untuk menang dan tawan semula DUN Pengkalan Kubor," katanya.
Tambahnya, kemenangan Pakatan Rakyat di DUN ini penting sebagai isyarat wujudnya muafakat bagi sayap Pakatan Rakyat.
DUN Pengkalan Kubor merupakan satu-satunya DUN yang dimenangi BN di Parlimen Tumpat, milik PAS yang mempunyai empat DUN kesemuanya.
Tiga DUN lagi iaitu Pasir Pekan, Wakaf Baru dan Kelamboran juga dimiliki oleh PAS.
PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya NoorZahidi, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Allahyarham menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September. ─ mStar online
- mstar
TOP
Ada Pihak Malukan Hanez Suraya Di Instagram
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya menyedari ada pihak telah memburukkan dirinya di laman sosial dengan tujuan tertentu.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, pihak tersebut telah memuatnaik beberapa foto lamanya di laman Instagram milik individu berkenaan semata-mata untuk menghina pelakon itu.
"Ini bukan kali pertama individu itu berbuat demikian. Sudah banyak kali dia menjatuhkan maruah saya dengan memuat naik foto-foto lama dan kemudian mengutuk saya pula.
"Entah apa tujuannya saya tidak pasti tetapi apa yang dilakukan pihak itu adalah seperti mahu menganiaya diri saya. Jika tidak puas hati dengan saya, bersemuka saja secara profesional," katanya kepada mStar Online.
Tambah Hanez, lebih mengejutkan individu yang disyaki itu merupakan rakan yang dikenalinya.
Hanez berkata dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah atau bermusuh dengan individu terbabit.
Bagaimanapun, pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu tidak mahu mendedahkan identiti individu tersebut kepada umum kerana mahu cuba menyelesaikan masalah itu secara profesional.
"Tak mahulah cakap buruk orang. Itu sahaja yang boleh saya dedah kepada semua. Sikapnya seperti keanak-anakan.
"Saya reda dengan semua dugaan ini dan percaya benda-benda baik pasti akan ada buat orang yang bersabar. Cuma lambat atau cepat sahaja.
"Apapun, saya harap dia sedar dengan perbuatannya yang tidak matang itu," ujarnya. - mStar
TOP
MotoGP San Marino: Hafizh Pamer Aksi Mantap Pada Sesi Latihan
RIMINI (Itali): Meskipun keadaan hujan, pelumba muda negara Hafizh Syahrin hari INI telah melengkapkan dua latihan bebas dengan jayanya menjelang pusingan kelayakan MotoGP Grand Prix San Marino di Litar Misano pada Sabtu.
Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu memberi cabaran kepada pelumba lain dalam menyesuaikan diri pada litar basah dengan menyaksikan ramai pelumba mula hilang kawalan.
Kesemua pelumba terpaksa mengharungi sesi latihan bebas pertama dalam hujan sebelum hujan berhenti sebaik sahaja bermula sesi kedua.
"Saya terkejut untuk merakamkan catatan masa sepusingan dan akan memberi fokus pada hari kelayakan dan perlumbaan. Saya kini lebih yakin bagi menghadapi saingan kali ini.
"Saya lebih berhati-hati dalam keadaan hujan dan berjaya mengekalkan rentak selepas terbabas dalam keadaan sama di Litar Sepang dua tahun lepas dan di Litar Catalunya (Sepanyol) tahun lepas," katanya.
Mengulas prestasi motosikalnya, Hafizh Syahrin berkata beliau amat berpuas hati dengan kawalan jenteranya yang lebih pantas dan pasukannya akan menggunakan spesifikasi yang sama pada perlumbaan akan datang.
Pada sesi latihan itu, Hafizh Syahrin mencatatkan masa terbaik 1:53:064spada pusingan ke-22 pada sesi kedua, sekali gus menjadi pelumba ketiga pantas dengan mengatasi nama-nama besar seperti Mika Kallio, Esteve Rabat dan Dominique Aegerter.
Hafiz Syahrin berkata keputusan itu telah menyuntik semangat beliau untuk memburu kedudukan 20 tempat terbaik di petak permulaan pada hari perlumbaan Ahad ini.
Pengurus pasukan, Barry Leong berkata pasukannya telah mengenal pasti beberapa penambaikan dan akan mengambil langkah sewajarnya pada sesi latihan pagi Sabtu dan pusingan kelayakan pada sebelah petang.
Selain Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia lain dalam perlumbaan tersebut ialah Azlan Shah Kamaruzaman bagi pasukan Idemitsu Honda Team Asia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (Ongetta-AirAsia) dan penunggang pasukan SIC-AJO, Amirul Hafiz Azmi.- mstar
TOP
Projek 2019: 23 Pemain Akan Pulang Ambil Semula UPSR - Khairy
PUTRAJAYA: Pemain skuad bola sepak Projek 2019 yang berlepas ke London pada Khamis akan tetap menduduki semula ujian subjek Bahasa Inggeris (BI) dan Sains dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 30 September ini.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 23 daripada 24 pemain merupakan pelajar UPSR dan mereka bersama lima jurulatih remaja negeri akan mengikuti sesi latihan dan persahabatan selama 10 hari di sana.
Katanya skuad di bawah selian Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu kembali ke tanah air pada 21 September ini dan pemain yang menduduki UPSR mempunyai masa sembilan hari untuk membuat ulang kaji.
"Namun saya juga ada menghantar surat cadangan kepada ibu bapa pemain sama ada mahu kementerian menghantar tenaga pengajar ke sana atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya pada Jumaat.
Pada Khamis, Lembaga Peperiksaan Malaysia mengumumkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan dua subjek berkenaan selepas didapati berlaku kebocoran.
Dalam pada itu, skuad remaja itu akan mengikuti program latihan di Akademi Remaja Queens Park Rangers (QPR) dan akan menyertai beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab remaja di sana.
Skuad Projek 2019 dijangka akan bertemu pasukan remaja QPR, Ipswich Town, Fulham, West Ham, Tottenham Hotspur dan Chelsea.
"Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain muda kita, di samping mengajar ketua jurulatih remaja negeri di mana mereka akan jalani latihan kejurulatihan di Akademi QPR selama enam minggu," katanya.
Lima ketua jurulatih remaja tersebut ialah Mat Noor Bidin dari Terengganu, Mohamed Fadzlyn Mohamed Hanafi (Negeri Sembilan), Muhammad Firdaus Aziz (KualaLumpur), Osmera Omaro (Sabah) dan Wan Rohaimi Wan Ismail dari Kelantan.
Sementara itu, mengulas mengenai Program Pembangunan Atlet Elit sesi 2011-2014, Khairy berkata pihaknya akan membuat kajian semula program tersebut sebaik sahaja selesai Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada awal Oktober ini.
Beliau berkata kajian semula pelaksanaan program itu akan dilakukan oleh pakar dari luar negara dan hasil kajian akan siap menjelang akhir tahun sebelum dasar baharu program empat tahun itu dilaksanakan.- mstar
TOP
Seungri (Big Bang) Terlibat Dalam Kemalangan
Seungri bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.
ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu Seungri terlibat dalam kemalangan dalam kejadian pada awal pagi Jumaat lalu. Korea Herald melaporkan, ketika kejadian Seungri memandu kereta jenis Porsche miliknya di lebuh raya Gangbyeon di Dongbu Ichon-dong, Seoul kira-kira pukul 3 pagi sebelum berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Mercedez Benz. Akibat rempuhan itu, kereta milik penyanyi itu berpusing sebelum terbalik dan melanggar pembahagi jalan. Bagaimanapun Seungri dan pemilik kereta Mercedez Benz itu bernasib baik kerana terselamat daripada kejadian itu dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Keadaan kereta Porsche milik Seungri yang terbalik.
Penyanyi berusia 25 tahun itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pertunjukkan fesyen di Gangnam. Pihak polis turut mengesahkan kejadian itu bukan berpunca daripada pengaruh alkohol namun pihak berkuasa sedang melakukan siasatan lanjut. Kejadian itu berlaku selepas dua minggu selepas van yang membawa lima ahli kumpulan Ladies Code terlibat dalam kemalangan ngeri dan mengorbankan dua ahlinya - Rise dan EunB.- mstar

PRK Pengkalan Kubor: Perkembangan Semasa Proses Penamaan Calon
UMPAT: Berikut adalah perkembangan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang berlangsung di Pejabat Tanah Dan Jajahan di sini, Sabtu:
8.25 pagi - Calon Pas bersama penyokong-penyokong tiba di pusat penamaan calon
8.05 pagi - Calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary tiba di pusat penamaan calon. Beliau merupakan calon bebas yang bertanding pada PRU13.
7.50 pagi - Ketibaan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.
7.40 pagi - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim Tiba di Padang Merdeka. Calon dan penyokong Pas dijangka akan mengadakan solat hajat di padang tersebut sebelum berarak ke pusat penamaan calon.
7.35 pagi - Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Idris Jusoh tiba di pusat penamaan calon. Datuk Seri Shahidan Kassim juga kelihatan.
7.30 pagi -Semakin ramai petugas keselamatan hadir untuk mengawasi pusar penamaan calon. Cuaca mendung dan keadaan masih tenang dan terkawal.
7.00 pagi - Jalan utama menuju pusat penamaan calon di pekan Tumpat ditutup untuk laluan awam. Polis trafik mula buat kawalan dan pasukan Unit FRU mula mengambil tempat di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Pegawai Dagang Tanpa Permit Haji Dihantar Pulang - Ketua Polis Makkah
MAKKAH: Pegawai dagang yang ditahan kerana menunaikan ibadah Haji tanpa permit akan dihantar pulang kerana melanggar peraturan, manakala jemaah tempatan akan diambil cap jari sebelum dihantar pulang ke bandar masing-masing sementara menunggu hukuman.
Portal dalam talian Arab News, www.arabnews.com, pada Jumaat melaporkan tahun ini, kerajaan Arab Saudi akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menunaikan Haji tanpa permit.
Arab News memetik Ketua Polis Makkah Mejar Jeneral Abdulaziz Al-Asouli sebagai berkata bahawa ini adalah julung kali peraturan itu dilaksanakan di kota suci itu.
Menurutnya pasukan polis menugaskan lebih ramai anggota di Makkah untuk melakukan pemeriksaan secara rambang.
Pihak berkuasa juga memperketat pengawasan di jalan-jalan menuju ke Makkah dari Madinah, Taif dan Jeddah.
Setakat Jumaat, sejumlah 13,179 jemaah Malaysia sudah tiba di Tanah Sucidengan 7,586 jemaah berada di Makkah dan bakinya di Madinah. - mstar
TOP
Waran Tangkap Dua Pencuri Barang Kemas Walaupun Sukar
KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman akan mengeluarkan waran tangkap kepada dua suspek utama kes kecurian barang kemas Bukit Bintang yang ditangkap di Zurich bulan lalu, namun terdapat sedikit masalah.
Lelaki yang dikenal pasti sebagai Luo, hilang sebaik sahaja dilepaskan kerana kekurangan bahan bukti.
Pendakwaraya di Zurich terpaksa melepaskan pencuri barang kemas antarabangsa berusia berusia 40-an itu pada 30 Ogos, hanya sejam selepas ditangkap di Bahnhofstrasse, sebuah pusat membeli belah ekslusif di Zurich.
Akhbar harian Jerman, 20 Minutes memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap pendakwaraya itu, Corrinne Bouvard dengan "tidak ada bukti kukuh kesalahan yang dilaku" untuk menahan dia.
Manakala suspek kedua yang dikenali sebagai Meng, dijangka akan diekstradisi bagi menghadapi tuduhan di Bahrain, di mana satu waran tangkap yang mengaitkannya dengan satu rompakan RM4.73mil ada pada tahun 2013.
Pengurus Tukang Emas Dan Jam Bahagian Pencegahan Jenayah Antarabangsa Eropah, Martin Winckel berkata pihaknya telah mengedarkan satu lagi poster "Wanted" untuk Luo.
"Kami tidak dapat mencarinya, dia mungkin berada di mana-mana. Kemungkinan besar dia akan kembali mencuri barang-barang kemas.
"Kami memohon semua tukang emas, termasuk yang berada di Malaysia agar sentiasa berjaga-jaga. Jika kamu mengecam atau percaya itu adalah dia datang ke kedai, sila hubungi balai polis di talian + 49- (0) 2306-379110 atau info@warndienst.com, " katanya dalam satu temu bual telefon dari Jerman.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Rasdi Ramli berkata bagaimanapun Bukit Aman akan mengeluarkan waran tangkap membawa Luo ke sini untuk dikenakan tindakan.
"Kami cuba untuk menyesuaikan cap jari dan nombor pasport dari Zurich dengan maklumat yang kami ada di sini.
"Apabila kita positif mengenal pasti dia sebagai suspek, kami akan mengeluarkan waran tangkap, "katanya.
Winckel berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis di sini untuk menangkap Luo.
Kedua-dua lelaki itu, dipercayai dari Taiwan, juga dilaporkan mencuri barang kemas bernilai RM697,601 dalam dua kes di kedai barang kemas mewah di London dan Antwerp tahun lepas.- mstar
TOP
MEASAT-3b Bukan Satelit Pengintipan - Ahmad Shabery
MEASAT-3b berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana pada 7.05 Khamis malam waktu tempatan (6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia).
KEMAMAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk SeriAhmad Shabery Cheek berkata satelit terbaru Malaysia MEASAT-3b yang berjaya dilancarkan ke orbit awal pagi ini merupakan sebuah satelit penyiaran dan bukannya satelit pengintipan. Beliau berkata pelancaran satelit itu adalah untuk mengukuhkan lagi industri penyiaran bukan sahaja di negara ini malah juga beberapa negara di rantau Asia termasuk Australia. "Tahniah kepada MEASAT, ia satelit ke-6 negara di orbit, merupakan satelit komunikasi untuk tujuan penyiaran, jangan salah faham ini bukan 'spy' satelit,"katanya kepada pemberita pada Jumaat. Katanya satelit komunikasi bernilai US$350 juta (RM1.12 bilion) itu akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat apabila ia sudah berada pada kedudukan yang betul di orbit. Menurutnya Malaysia dijangka mendapat banyak manfaat hasil daripada pelancaran satelit tersebut khasnya dalam industri penyiaran dan komunikasi. - MEASAT-3b berjaya dilancarkan dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou,French Guiana pada 7.05 Khamis malam waktu tempatan (6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia). MEASAT-3b akan beroperasi sepenuhnya pada 15 Oktober, adalah satelit MEASATketiga yang dilancarkan penyedia perkhidmatan pelancaran satelit, Arianspace berikutan pelancaran MEASAT-1 dan MEASAT-2 pada 1996. Dibangunkan oleh pembuat satelit Airbus Defence and Space di Toulouse,Perancis, MEASAT-3b mempunyai jangka hayat kira-kira 15 tahun. Satelit ini mempunyai 48 transponder, dengan setiap satu lebar jalurnya berkapasiti 36 megahertz (Mhz) sekali gus menjadikan keupayaan satelit Ku-band kepada 84 transponder daripada 36 sekarang. Ia akan melebarkan usaha MEASAT dalam perkhidmatan satelit penyiaran dantelekomunikasi di Malaysia, Indonesia, Australia dan Asia Selatan.- mstar

Soalan UPSR Bocor: KKM Sedia Bantu Kementerian Pendidikan
KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan menyiasat kebocoran kertas soalan Sains serta Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Rabu dan dan Khamis.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya juga sedia bekerjasama dengan polis bagi mengesan jika ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan media siber untuk melakukan perbuatan itu.
"Saya akan meminta pegawai saya bantu menyiasat sekiranya ada unsur-unsur mereka guna media siber...
"Mereka akan disiasat untuk bantu polis dan Kementerian Pendidikan mengesah pihak tidak bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita pada program bersama anak muda Parlimen Kemaman di Institut KemahiranBelia Negara pada Jumaat.
Ahmad Shabery berkata beliau menganggap tindakan itu, sama ada membabitkan orang dalam ataupun luar, satu perbuatan terkutuk.
Ahmad Shabery berkata perbuatan itu ia bukan sahaja satu pengkhianatan kepada masa depan anak bangsa malah menjejaskan sistem pendidikan negara.
Rabu lepas, kertas soalan Sains UPSR didapati bocor dan pada Khamis, perkara sama berlaku kepada kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, kecewa dengan insiden itu dan mengarahkan siasatan menyeluruh bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.
Berikutan masalah itu, sejumlah 473,175 calon terpaksa menduduki semula peperiksaan UPSR untuk kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.- mstar
TOP
Soalan UPSR Bocor: Polis Tubuh Pasukan Khas
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata pasukan petugas itu menjalankan siasatan sebaik menerima laporan polis pada Rabu lepas.
"Tiga laporan polis diterima (mengenai UPSR) iaitu dua di Putrajaya dan satu di Johor.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta denda," katanya pada Jumaat.
Gan berkata setakat ini, tiga percakapan individu dirakamkan tetapi tiada tangkapan dibuat
Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya terletak di bawah bidang kuasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Gan berkata polis sedang mengumpul keterangan dan bekerjasama dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta agensi lain terbabit
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu boleh salurkan kebalai polis berdekatan," katanya.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.
LPM menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.- mstar
TOP
Bunga Aroma Buah-Buahan Ditemui Di Perak
Spesis tumbuhan baharu dikenali sebagai Meiogyne kanthanesis menghasilkan bunga kekuningan dengan aroma buah-buahan ditemui di Gunung Kanthan, Perak.
PETALING JAYA: Spesis tumbuhan baharu dengan bunga berbau sitrus yang dikenali sebagai Meiogyne kanthanensis ditemui di kawasan bukit batu kapur di Perak, tahun lalu. Ahli taksonomi tumbuhan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim), Dr Ruth Kiew yang membuat penemuan itu di Gunung Kanthan berkata, hanya tiga pokok tumbuhan itu dikesan di kawasan itu. Jurnal saintifik antarabangsa yang diterbitkan di New Zealand, Phytotaxa melaporkan bau bunga pada tumbuhan menarik. "Bunganya ada aroma buah-buahan, seumpama limau, sitrus, laici, plum dan serai," katanya.
Laporan itu dihasilkan bersama Dr Kiew, Pengarah Biodiversiti Hutan Frim, Dr Saw Leng Guan dan Pegawai Penyelidik Frim, Joanne Tan serta Ummul Nazrah Abdul Rahman. Ia juga menyebut penemuan dua lagi spesis di kawasan sama iaitu Gymnostachyum kanthanense dan Vatica kanthanensis. Menerusi temubual dengan Tan, beliau memaklumkan pihak saintis gagal menemui tumbulan itu sebelum ini kerana bunganya hanya mengembang pada waktu tertentu. "Kami cuba berada di kawasan berkenaan hampir setiap bulan, tetapi masih terlepas beberapa musim di mana bunganya mengembang," katanya. Pengarah Serantau Flora dan Fauna Antarabangsa (Asia-Pasific), Tony Whitten berkata, penemuan itu bermakna pakar bidang itu sepatutnya membuat kaji selidik spesis endemik Gunung Kanthan dan kawasan sekitarnya. Sementara itu, Naib Presiden Operasi Industri Lafarge Malaysia Bhd, Mariano Garcia berkata, penemuan itu akan dikaji bersama hasil kaji selidik terdahulu di kawasan itu. Beliau berkata, pihak berkepentingan di negara ini akan dimaklumkan mengenai program pembangunan kuari serta kajian biodiversiti di mana syarikat itu terbabit dalam projek perlombongan batu kapur di kawasan tanah tinggi itu.- mstar

Setiausaha UMNO Parit Buntar Maut Dalam Kemalangan
PETALING JAYA: Setiausaha Pemuda UMNO Parit Buntar, Khairi Suzali Abu Bakar maut dalam nahas di Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pukul 3 petang Jumaat.- mstar
TOP
Hakim Perlu Ada Keberanian Moral Buat Keputusan Tak Popular
Azahar Mohamed mengangkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria pada majlis angkat sumpah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di Istana Kehakiman pada Jumaat.
PUTRAJAYA: Hakim perlu memiliki keberanian moral untukmembuat keputusan tidak popular dalam kalangan ahli politik atau media dan orang ramai," kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria. Beliau berkata hakim tidak perlu khuatir jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mereka jika mereka sudah menyediakan penghakiman yang jelas berdasarkan autoriti undang-undang kes. "Tidak ada arahan kepada hakim untuk bersetuju dengan keputusan majoriti panel yang bersidang di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," katanya dalam ucapan pada majlis angkat sumpah 15 hakim yang dilantik ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Panel Mahkamah Persekutuan yang bersidang untuk mendengar sesuatu kes dianggotai lima atau tujuh hakim manakala Mahkamah Rayuan terdiri daripada tiga hakim. Arifin turut mengingatkan hakim agar menulis alasan penghakiman dengan jelasdan dalam bahasa yang mudah difahami pihak terbabit terutama mereka yang tidak diwakili peguam. "Saya ingin berpesan kepada mana-mana pihak terutama para peguam agar tidak mengambil tindakan yang membelakangkan kedaulatan undang-undang dalam menyalurkan rasa ketidakpuasan hati terhadap keputusan mahkamah," katanya. Beliau berkata hakim, pegawai kehakiman dan peguam perlu bersama-sama memelihara martabat dan integriti kehakiman bagi mengelak kepercayaan rakyat dalam proses keadilan di negara ini tergugat. "Pada akhirnya, apa yang paling penting ialah persepsi umum terhadap badan kehakiman. Sebuah badan kehakiman kehilangan nilai dan perkhidmatan kepada masyarakat jika orang ramai tidak yakin dengan keputusannya. "Saya menggesa semua pihak agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawabdalam memuat naik pandangan serta pendapat mereka di laman media sosial kerana kesannya amat besar dan boleh menghakis kepercayaan umum kepada badan kehakiman," kata Arifin. Menyentuh isu lain, beliau berkata berikutan pindaan terhadap Akta Saraan Hakim 1971, mereka tidak dibenar bersara sebelum mencapai usia 60 tahun dan berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun bagi membolehkan mereka mendapat pencen. Peruntukan baharu itu bertujuan menyediakan fleksibiliti kepada mana-manahakim yang merasakan bahawa beliau tidak dapat meneruskan tugasnya atau ingin bersara awal atau sebarang alasan lain sebelum mencapai umur persaraan wajib. Arifin juga berkata beliau berpuas hati kerana kebanyakan hakim mematuhi arahan amalannya yang tidak membenarkan perbicaraan mana-mana kes ditangguh tanpa sebarang alasan kukuh. Bagaimanapun, beliau mendapati ada hakim yang tidak mematuhi arahan amalan yang menghendaki mereka membuat keputusan tidak lebih empat minggu dan menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh kes ditangguh untuk keputusan. Pada majlis itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azahar Mohamed, 58, Peguam Cara Negara Tan Sri Idrus Harun, 59, serta enam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi, 60, Datuk P. Nallini, 55, Dr Badariah Sahamid, 59, Ong Lam Kiat Vernon,57, Abdul Rahman Sebli, 55, dan Dr Prasad Sandosham Abraham, 63, mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan. Azahar dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan manakala yang lain sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Tujuh Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, 55, Datuk Wira Kamaludin Md Said, 56, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, 57, Teo Say Eng, 62,Rosilah Yop, 56, Datuk Hashim Hamzah, 52, dan Datin Azizah Nawawi, 52, dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Pelantikan mereka berkuat kuasa pada Jumaat.- mstar

Pecah Amanah: Bekas Eksekutif Akaun Bebas Tuduhan
KUALA LUMPUR: Bekas eksekutif akaun sebuah syarikat mengalirkan air mata kegembiraan selepas Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM620,000 kerana melakukan tujuh kesalahan pecah amanah membabitkan lebih RM600,000.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Heow Siew Chun, 41, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah pada 12 November 2013.
Sehubungan itu, Tee melepas dan membebaskan Heow daripada pertuduhan berkenaan.
Dalam penghakimannya, Tee berkata, selepas meneliti rekod rayuan, mahkamah berpuas hati hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf ketika mensabitkan perayu (Heow).
Pihak pendakwa gagal untuk mengemukakan bukti yang boleh dipercayai dan boleh diterima untuk membuktikan pertuduhan itu," katanya dan menambah hakim juga telah terkhilaf apabila memerintahkan perayu membela diri terhadap kesnya itu.
Heow dijatuhi hukuman penjara berjumlah 42 tahun dan didenda RM620,000 atau penjara 62 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah.
Dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak iaitu tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun.
Tertuduh didakwa pecah amanah wang tunai RM644,664.86 milik syarikat pemasangan bumbung, Atapan Ace Sdn Bhd di syarikat itu di Taman Taynton, Cheras di sini antara Disember 2004 dan Disember 2011.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala peguam Gooi Soon Seng mewakili Heow.- mstar
TOP
Suspek Dipercayai Tikam Pelajar UiTM Ditahan
Mangsa kes tikam, pelajar UiTM Lendu, Siti Irina Ridzwan mendengar kata-kata semangat daripada ibunya, Hasnelly Nilis di Hospital Besar Melaka, Jumaat.
MELAKA: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes menikam pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah dalam rompakan di Pangsapuri Dimensi, Lendu di sini Rabu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Melaka itu ditahan di sebuah rumah tumpangan di Kampung Pantai kira-kira 10 malam Khamis. Beliau berkata, tangkapan berkenaan susulan penahanan dua lagi lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun di beberapa lokasi berasingan di sekitar Alor Gajah bermula 6.15 petang Khamis. "Ketika siasatan, suspek utama mengaku melakukan jenayah tersebut manakala tiga lagi yang merupakan rakannya ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama. Beliau berkata, ketika ditahan keempat-empat mereka didapati positif dadah Methamphetamine. Raja Shahrom berkata, keempat-empat mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan hingga membawa kecederaan. Beliau berkata, polis juga akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kesemua yang ditahan sama ada terlibat dalam jenayah lain seperti samun. Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar jurusan Diploma Komunikasi Massa ditikam sebanyak enam kali selepas dikatakan menjerit dan cuba melawan suspek ketika rompakan tersebut. Sementara itu, Rektor UiTM Melaka, Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim berkata, Siti Irina kini berada dalam keadaan stabil dan dijangka keluar dari Hospital Melaka beberapa hari lagi. Beliau berkata, pelajar semester lima itu juga dijadual menduduki peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung pada 23 September ini. "UiTM telah menyediakan sebuah rumah tamu untuk Siti Irina dan keluarganya berehat dan membuat persediaan menghadapi peperiksaan tersebut di Lendu," katanya ketika melawat mangsa bersama Ketua Biro Pendidikan Umno, Tan Sri Ibrahim Abu Shah di hospital berkenaan.- mstar

Soalan Bocor UPSR: Tiga Laporan Polis Diterima
PETALING JAYA: Tiga laporan polis dibuat berhubung insiden kebocoran soalan kertas subjek Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, laporan itu masing-masing di Putrajaya dan Johor.
"Kami sedang menyiasat semua laporan yang dibuat dan percaya pihak bertanggungawab akan ditahan.
"Setakat ini, keterangan tiga individu sudah diambil berkaitan kes soalan bocor itu," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Ditanya mengenai empat lokasi panas dan suspek yang terbabit dalam kes itu, Kong Meng berkata, polis masih menyiasat kedua-dua aspek berkenaan.
"Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya.
Mengikut seksyen berkenaan, pihak yang didapati bersalah membocorkan maklumat dokumen boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan pihaknya akan membantu siasatan kes berkenaan jika ada unsur rasuah, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut memberi kerjasama.
Semua laporan polis itu dibuat pegawai kanan Lembaga Peperiksaan Malaysia.- mstar
TOP
Penghantaran Halal Pertama MASKargo Tiba Di UK
KUALA LUMPUR: MASkargo Sdn Bhd berjaya membuat penghantaran pertama produk halal dengan Penerbangan Malaysia (MAS) ke United Kingdom.
Kargo satu tan metrik yang terdiri daripada sayur-sayuran segar itu diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Heathrow, London, Khamis, kata MASkargo dalam satu kenyataan.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo, Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, bahagian kargo udara syarikat penerbangan itu telah menyedari nilai dan potensi melabur dalam pasaran halal yang dipacu peningkatan permintaan makanan halal.
"Permintaan untuk makanan halal semakin berkembang, bukan sahaja di kalangan pengguna Islam, tetapi juga di kalangan warga China dan Jepun yang mahu ia diangkut menggunakan kaedah paling bersih," katanya.
Pada 2 Mac lepas MASkargo telah menerima sijil logistik halal daripada Perikatan Integriti Halal Antarabangsa yang berpangkalan di Labuan, pertubuhan yang diwujudkan untuk mendukung integriti konsep pasaran halal dalam perdagangan global.- mstar
TOP
21 Lagi Ar-Rahnu Yapeim Dibuka Tahun Ini - Jamil Khir
TUMPAT: Sebanyak 21 lagi cawangan Ar-Rahnu di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan dibuka bagi mencapai sasaran 202 cawangan tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, usaha itu sejajar dengan rancangan mewujudkan cawangan di setiap kawasan Parlimen menjelang 2018.
"Perasmian cawangan di Pengkalan Kubor hari ini, merupakan langkah melengkapkan sasaran tahun 2014," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hari Bertemu Pelanggan Ar-Rahnu YaPEIM di sini, Jumaat.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Abdul Malek Awang Kechil turut hadir.
Jamil Khir berkata, terdapat 178 cawangan Ar Rahnu di seluruh negara yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu perkembangan ekonomi rakyat.
Menurutnya, pajak gadai Islam itu, bukan hanya sebagai premis gadaian barangan kemas tetapi menjadi mekanisme sumber kewangan secara segera.
"Program mikro kredit yang ditawarkan akan membantu masyarakat terutama di kawasan banyak terlibat dengan aktiviti ekonomi atau syarikat kecil dan sederhana," katanya.
Katanya, strategi mikro kredit itu sangat berkesan selain patuh Syariah.
Menteri itu berkata, Ar-Rahnu juga akan membuka rangkaian kedai YaPEIM Smart untuk menjual barangan harga patut dengan konsep 1 Malaysia.- mstar
TOP
Blade Runner Bersalah, Semberono Tembak Kekasih
Pictorius hanya menunduk ketika hukuman bersalah dibaca.
DIKEMASKINI
PRETORIA: Oscar Pistorius didapati bersalah kerana bertindak melulu hingga membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.
Pada Khamis, Pistorius terlepas dengan sabitan membunuh tanpa niat, namun hakim Thokozile Masipa menegaskan bahawa dia tidak bertimbang rasa berdepan insiden itu yang menyebabkan dia melepaskan empat das tembakan ke arah pintu tandas. "Dia bertindak melulu dan berlebih-lebihan. Dalam keadaan ini, jelas dia gagal mengawal kelakuanya," jelas Masipa pada Khamis. Pada Jumaat, ketika penjelasan mengenai keputusan bersalah ini dibuat, Masipa berkata: "Seorang yang berfikiran waras, dengan keupayaan yang sama, boleh berfikir bahawa orang di belakang pintu itu akan terbunuh, malah dia gagal untuk mengambil tindakan agar insiden ini tidak berlaku". Pistorius, 27, dituduh membunuh kekasihnya yang berusia 29 tahun itu selepas mereka dilaporkan bertengkar dan ketika keputusan tersebut dibaca, dia tidak menunjukkan sebarang emosi. Pistorius melepaskan tembakan ke arah Reeva ketika model Afrika Selatan itu bersembunyi di dalam tandas menyebabkan dia terkena peluru di kepala, lengan dan pinggang. Atlet itu mendakwa dia tersalah sangka Reeva adalah penceroboh yang memecah masuk ke rumahnya. Masipa berkata, walaupun mungkin Pistorius berdepan dengan penceroboh, dia masih boleh mengambil tindakan lain seperti menghubungi polis untuk mengelak kematian. Kata Masipa, walaupun pendakwa bertegas Pistorius memang berniat membunuh Reeva selepas mereka bertengkar semalaman, fakta yang dikemukakan sebagai hujah tidak mencukupi. Mengenai keterangan bela diri Pistorius, Masipa berkata, tertuduh adalah “saksi yang teruk” kerana gagal mengawal perasaan dan pada ketika tertentu berdolak-dalik. Ketika orang ramai berasa cemas dan ternanti-nanti keputusan penuh yang bakal menentukan nasib Pistorius selepas mula dibicarakan enam bulan lalu, Masipa kemudian berhenti membacakan keputusannya dan berkata, dia akan menyambung penghakiman pada Jumaat. Disebabkan perbicaraan di Afrika Selatan tidak membabitkan juri, Masipa dijangka menjelaskan dengan teliti mengapa dia dan dua pembantu perundangan membuat kesimpulan bagi kes itu sebelum menyatakan keputusan akhir. “Saya berpendapat tertuduh bertindak terlalu semberono dan menggunakan kekerasan melampau. “Bagaimanapun pendakwa tidak membuktikan melangkaui keraguan munasabah bahawa Pistorius melakukan pembunuhan terancang,” katanya. Pistorius menjadi perhatian ramai kerana kebolehannya dalam sukan balapan walaupun menggunakan kaki palsu. Digelar Blade Runner, kedua-dua kaki Pistorius dipotong dari lutut ke bawah ketika dia berusia 11 tahun selepas dilahirkan dengan kecacatan fibular. Selain bertanding dalam sukan paralimpik, Pistorius turut memberi cabaran dalam Sukan olimpik. - mstar

PRK Pengkalan Kubor: SPR Siap Sedia, Jangka Proses Penamaan Calon Tenang
Urusetia PRK, Masleza Muhammad membuat persiapan terakhir di Pusat Penamaan Calon bagi PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, Jumaat.
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pagi Sabtu akan berlangsung dengan tenang dan terkawal.
Pegawai Pengurus (RO) Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli berkata, persiapan di Bilik Gerakan Penamaan Calon siap sepenuhnya dengan larangan tertentu semasa proses berlangsung dikeluarkan kepada setiap parti bertanding.
Katanya, seramai 10 pegawai pilihan raya ditugaskan di Bilik Gerakan sebagai persediaan menghadapi proses penamaan calon pada Sabtu.
"Saya jangka dan berharap ia berjalan lancar dalam suasana tenang.
"Sebagai persediaan untuk esok (Sabtu) kita mengagihkan tugas kepada 10 RO termasuk saya dengan kerjasama pegawai Jabatan Insolvensi serta agensi lain yang terlibat," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Menurut Mohd Sobri, proses penamaan calon akan dijalankan seperti biasa, di mana selepas tempoh pencalonan ditutup pada pukul 10, borang akan diproses dan pengumuman calon yang bertanding akan dilakukan.
Proses pencalonan dan penamaan calon akan dibuka pada pukul 9 pagi.
Menurut Mohd Sobri penyokong yang hadir perlu berada pada jarak 50 meter dari pintu pagar Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. "Hanya penyokong yang mempunyai pas khas yang dikeluarkan SPR sahaja yang boleh masuk ke pekarangan pusat penamaan calon. "Kita sediakan khemah dan kerusi untuk mereka kerana mereka tidak boleh masuk ke Bilik Gerakan," katanya. Tambahnya, beliau menjangkakan proses berjalan lancar tanpa sebarang gangguan berdasarkan latar belakang kawasan dan penduduk setempat. "Di kawasan ini saya tak nampak sebarang masalah, tak ada isu panas," katanya. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. SPR menetapkan 13 September sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.- mstar

Khalid, Kerajaan Pusat Tandatangani Perjanjian Air
Khalid Ibrahim.
PUTRAJAYA: Perjanjian utama mengenai penstrukturan industri bekalan air antara kerajaan Selangor dan Persekutuan telah ditandatangani. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak kerajaan negeri, sementara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan Pusat. Majlis menandatangani perjanjian tersebut diadakan di pejabat KeTTHA, dan pihak media tidak dibenarkan menghadiri majlis tersebut. Wakil pihak kementerian berkata, kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan kemudian. Pada 1 Ogos lalu, kerajaan Pusat dan Selangor telah menandatangani perjanjian air berhubung penstrukturan semula industri bekalan air bagi menyelesaikan krisis bekalan air yang melanda Selangor. Ia merupakan sebahagian daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua pihak pada 26 Februari lalu untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2. Sementara itu, Khalid dalam kenyataan media berkata, dengan perjanjian utama antara kerajaan Persekutuan, Air Selangor Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan tercapai hasrat kerajaan negeri untuk menguruskan industri air mengikut peruntukan Akta Industri dan Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.- mstar

Mahkamah Arah KPN Tahan Bekas Suami Indira Ghandi
Indira Gandhi
IPOH : Mahkamah Tinggi disini meluluskan permohonan mandamus kepada guru tadika M Indira Gandhi untuk memaksa Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap bekas suaminya, Mohd Ridzuan Abdullah dan mencari anaknya yang berusia enam tahun, Prasana Diksa. Hakim Mahkamah Tinggi Lee Swee Seng berkata, arahan itu perlu dilaksanakan dalam tempoh seminggu dan berharap Indira Gandhi akan bertemu kembali dengan anaknya pada Hari Malaysia nanti. "Orang awam mengharapkan Ketua Polis Negara akan menjalankan tugasnya secara adil dan tegas tanpa rasa takut atau pilih kasih di bawah Akta Polis. "Sempena sambutan Hari Malaysia ini, kita boleh mengesahkan bahawa kita mempunyai sebuah negara yang melaksanakan undang-undang," jelas hakim berkenaan. Pada 2009, Mohd Ridzuan yang juga mualaf dilaporkan mengambil Prasana Diksa dan menukar agama kanak-kanak itu serta adik beradiknya yang lain, Tevi Darsiny,12 dan Karan Dinish,11, kepada Islam tanpa pengetahuan ibu mereka. Mohd Ridzuan yang sebelum ini dikenali K Patmanathan juga memperolehi hak penjagaan kanak-kanak itu dari Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah Tinggi selepas itu menyerahkan hak penjagaan kepada Indira Gandhi pada Mac 2010 dan mengarahkan Mohd Ridzuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. Pada 30 Mei tahun ini, Lee mengeluarkan waran tangkap kepada Mohd Ridzuan kerana mengingkari arahan mahkamah selepas gagal berbuat demikian. Indira Gandhi membuat permohonan arahan mandamus apabila ketua polis negara dikatakan tidak mahu mengambil berat kes ini.- mstar

Tragedi MH17 Dedah Persoalan Standard Keselamatan Laluan Penerbangan
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tragedi penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah mendedahkan satu kebenaran yang meresahkan iaitu tidak ada standard yang jelas untuk menentukan keselamatan sesuatu laluan penerbangan.
Perdana Menteri berkata Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengeluarkan nasihat mengenai kawasan-kawasan yang perlu dielak tetapi tidak mengisytihar laluan penerbangan yang tidak selamat.
Beliau berkata syarikat penerbangan mengguna pakai pendekatan jauh berbeza untuk zon konflik tetapi penumpang dibiarkan tertanya-tanya pihak mana yang memastikan keselamatan di ruang udara.
Dalam artikel yang diterbitkan dalam Financial Times, beliau berkata dalam beberapa minggu selepas nahas MH17, ia menjadi jelas bahawa syarikat-syarikat penerbangan mempunyai pendekatan jauh berbeza di kawasan zon konflik.
Menjelaskan pandangannya, Najib berkata: "Syarikat Lufthansa dari Jerman melintasi ruang udara Ukraine tetapi mengelak bahagian utara Iraq dan Israel.
"Qantas dari Australia melintasi ruang udara Iraq tetapi elak Ukraine dan Israel. British Airways pula melintasi ruang udara Israel tetapi mengelak Ukraine dan Iraq."
Beliau berkata perbezaan laluan yang digunakan pesawat berlaku kerana syarikat penerbangan tidak berkongsi penilaian risiko dan ini perlu diubah.
Dalam artikel bertajuk: 'Our skies will not be safe until nations share their knowledge' (Ruang udara tidak akan selamat sehingga negara-negara berkongsi pengetahuan masing-masing), perdana menteri berkata selepas nahas MH17, komuniti antarabangsa perlu meletakkan keselamatan bersama di atas kepentingan negara.
Mereka harus komited untuk berkongsi maklumat risiko penerbangan dalam kalangan syarikat penerbangan, badan penerbangan dan negara.
"Dengan berbuat demikian, kita boleh menghormati mangsa yang terkorban dengan membuatkan ruang udara kita lebih selamat untuk semua," katanya.
Najib menegaskan tanggungjawab terhadap kehilangan nyawa itu terletak pada mereka yang menjatuhkan pesawat tersebut serta berikrar akan menggunakan semua ruang dan peluang untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.
Penerbangan MH17 terhempas di tumur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom,Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.- mstar
TOP
Tidak Perlu Ke Luar Negara Untuk Pemindahan Hati - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang menghidapi kegagalan hati, Putra Muhammad Ilyas Rahizal Khiri, tidak perlu menjalani pembedahan pemindahan hati di luar negara kerana ia boleh dilakukan di hospital kerajaan dengan kos minimum. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini sekaligus menggugurkan keperluan mengumpul dana daripada orang ramai bagi membiayai pembedahan itu di luar negara. "Keluarga pesakit itu dinasihatkan menghubungi semula Hospital Selayang untuk penjelasan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Pada Khamis, akhbar melaporkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu, yang menghidapi 'biliary atresia', memerlukan bantuan kewangan RM150,000 untuk membiayai kos pembedahan di New Delhi, India dalam tempoh dua bulan lagi. Dr Noor Hisham menjelaskan pembedahan pemindahan hati, baik daripada penderma masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, dijalankan di Hospital Selayang sejak 2002. Beliau berkata pembedahan pemindahan hati dijalankan di hospital berkenaan dengan caj tidak lebih RM500. Penjawat awam, pesara dan anggota keluarga pesara perkhidmatan awam tidak dikenakan sebarang bayaran mengikut peraturan sedia ada. Mengenai kesesuaian penderma, Dr Noor Hisham berkata penderma yang masih hidup lazimnya terdiri daripada anggota keluarga terdekat termasuk ibu bapa pesakit. "Pembedahan melibatkan penderma masih hidup boleh dilakukan secepat mungkin tanpa menunggu, dengan syarat penderma sesuai untuk menderma organnya dan keadaan klinikal pesakit adalah optimum dan mengizinkan," katanya. Beliau berkata jika tiada anggota keluarga yang bersedia menderma organ semasa hidup, pesakit akan disenaraikan untuk menerima organ daripada penderma yang telah meninggal dunia. Ini mengambil masa lebih panjang kerana pesakit perlu menunggu giliran, katanya. Pada masa ini, seramai 14 pesakit sedang menunggu untuk menjalani pemindahan hati daripada penderma yang telah meninggal dunia. - mstar

Taklimat Penstrukturan Semula Industri Air Isnin Ini - Abdul Khalid
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Abdul Khalid menyaksikan pertukaran perjanjian antara Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Muhammad Khusrin Munawi (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Datuk Ahmad Faisal Abdul Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman pada majlis menandatangani Perjanjian Utama pada Jumaat.
KLANG: Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan taklimat terperinci dengan semua pihak terlibat berhubung penstrukturan semula industri air di negeri itu, Isnin ini. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata taklimat itu adalah untuk menjelaskan segala terma dan syarat yang dipersetujui dalam perjanjian utama yang ditandatangani dengan kerajaan Persekutuan pada Jumaat. "Dalam pada itu, kita akan berikan cadangan dan langkah supaya pengambilalihan ini dapat dibuat dengan betul supaya rakyat Selangor dapat bekalan air yang diurus dengan baik dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita, Jumaat malam. Ketika diminta mengulas mengenai jaminan kerajaan negeri untuk memastikan tiada lagi catuan air pada masa hadapan, Abdul Khalid berkata perjanjian itu memberi lebih peluang kepada pihaknya menguruskan industri air secara menyeluruh. Pada Jumaat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikutan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd, entiti yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.- mstar

Bapa Exco Kesihatan Negeri Perak Meninggal Dunia
Dr Mah Hang Soon
IPOH: Bapa anggota Exco kerajaan negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon iaitu Mah Chow Nam, 69, meninggal dunia di kediamannya di Changkat Kruing, Ayer Tawar akibat serangan jantung selepas mengalami sesak nafas pada Jumaat. Dr Mah, yang juga Pengerusi MCA Perak, berkata beliau mendapat menghadiri satu program di Temoh apabila mendapat berita itu pada kira-kira 10 pagi. Beliau berkata mendiang menghidap penyakit kencing manis dan hari ini, seperti kebiasaan, bapanya menunggang motosikal untuk bersarapan di pekan dan pulang ke rumah. "Tidak lama selepas tiba di rumah, bapa dikatakan mengalami sesak nafas. Beliau meninggal dunia sebelum ambulans sempat sampai," katanya ketika dihubungi Bernama. Chow Nam meninggalkan seorang balu, Lee Khee Hiong, 70, tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan. Mayat mendiang akan disemadi di Tanah Perkuburan Tetuan Jawatankuasa Pentadbiran Jiran Cina di Pantai Remis pada Selasa depan. - mstar

Perjalanan Ke Lokasi Nahas Perlu Jaminan Keselamatan Menyeluruh - Hishammuddin
Hishammuddin Tun Hussein bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin mengadakan sidang media setelah melakukan lawatan ke Rusia, Ukraine dan Belanda bagi menyelaras perbincangan lanjut berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.
SEPANG: Penyiasat Malaysia perlu diberikan jaminan keselamatan menyeluruh sepanjang perjalanan mereka ke lokasi nahas pesawa tPenerbangan Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di timur Ukraine, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata atas sebab itu, keputusan untuk memasuki ke lokasi nahas hanya boleh dilakukan selepas menerima laporan terperinci daripada semua pihak termasuk pihak perisik. "Kita perlu tahu kawasan itu dikuasai pihak mana dan mesti akur dengan arahan pihak terbabit," katanya pada sidang media selepas tiba di LapanganTerbang Antarabangsa KL (KLIA) pada Jumaat sekembalinya daripada lawatan kerja ke Ukraine, Russia dan Belanda. Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, pesawat itu membawa penumpang pesawat warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. Hishammuddin berkata pasukan penyiasat Malaysia tidak akan memasuki kawasan nahas bersendirian sebaliknya bergerak bersama-sama pasukan Belanda dan Ukraine untuk mengurangkan risiko. Beliau berkata kerajaan tetap meneruskan operasi itu walaupun bahaya, tanpa memperjudikan keselamatan anggota penyiasat Malaysia. Ditanya mengenai hasil lawatannya, Hishammuddin berkata lawatan kali ini amat rumit tetapi ia memberi harapan tinggi kerana semua pihak berkepentingan berada di landasan yang sama dengan Malaysia. "Lawatan kali ini bukan mudah dilakukan. Bukan banyak negara dapat diterima dalam keadaan Ukraine sedang bergolak tapi kita dapat diterima baik dan dapat mengkoordinasi hala tuju siasatan MH17," katanya. Semasa lawatan itu, Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman, Timbalan Menteri Luar Rusia Grigory Borisovich Karasin dan Menteri Pertahanan Belanda Hennis-Plasschaert. - mstar

Saya Hanya Menurut Perintah - Dr Na'imah
Dr Na'imah Ishak
PETALING JAYA: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na’imah Ishak akur dengan keputusan penggantungan tugas beliau berikutan isu kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Dr Na’imah berkata, sebagai penjawat awam beliau menurut perintah dan menerima keputusan itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penggantungan tugas itu. "Sebagai penjawat awam, saya menurut perintah. Itu sahaja yang boleh saya jawab," katanya ketika dihubungi mStar Online pada malam Jumaat. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan penggantungan tugas beliau sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai. Penggantungan tugas itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Jumaat. Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh. Muhyiddin berkata, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu. Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu. Kertas soalan UPSR 2014 Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Sains 018, 028 dan 038 didapati berlaku kebocoran. Berikutan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan. Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu pada 30 September ini.- mstar

PRK Pengkalan Kubor: BN, Pakatan Bakal Dicabar Calon Bebas
KOTA BHARU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor berkemungkinan menyaksikan persaingan tiga penjuru termasuk calon Bebas apabila ada yang memohon pas khas penyokong daripada Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) untuk hari penamaan calon, Sabtu.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli berkata, pada pilihan raya kali ini, SPR telah mengeluarkan sebanyak 230 pas khas penyokong kepada setiap calon yang bertanding.
"Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat masing-masing minta 100 pas khas untuk penyokong mereka, manakala seorang individu yang tidak mewakili mana-mana parti politik setuju dengan cadangan SPR untuk memberinya 30 pas pada hari penamaan calon esok (Sabtu). Jadi, semuanya 230 pas," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Menurut Mohd Sobri, pas khas untuk penyokong itu turut dikeluarkan SPR pada PRK sebelum ini, di mana penyokong boleh mengikut dan berarak bersama calon yang disokong sehingga ke pekarangan pusat penamaan calon.
"Cuma mereka tak boleh ikut calon masuk sampai ke Bilik Gerakan.
"Kalau di sini (Tumpat) esok (Sabtu) penyokong yang ada pas khas ini mereka boleh melepasi pagar berbanding penyokong yang tiada pas khas yang perlu menunggu dalam jarak 50 meter dari pagar pusat penamaan calon," katanya.
Pusat penamaan calon bagi PRK Pengkalan Kubor ditetapkan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
Tambahnya, sementara menunggu SPR membuat pengumuman calon yang akan bertanding, SPR telah menyediakan khemah dan kerusi untuk penyokong khas tersebut.
Selain itu, SPR mengesahkan sebanyak enam borang pencalonan untuk bertanding pada PRK Pengkalan Kubor telah dibeli sehingga petang Jumaat.
Bagaimanapun nama atau butiran individu yang membeli borang itu tidak boleh didedahkan kerana 'mungkin ada parti yang beli lebih borang untuk 'simpanan bila perlu'.
Jika benar terdapat calon Bebas tampil mengemukakan borang pencalonan pada Sabtu, ini bermakna sejarah PRU-13 akan berulang di mana berlaku persaingan tiga penjuru melibatkan Datuk Noor Zahidi Omar (BN), Saharun Ibrahim (PKR) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Allahyarham mengalahkan Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.- mstar
TOP
Nokia Tawar Lumia 530 Dengan Hanya RM57 Sempena Hari Malaysia
Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Microsoft Malaysia telah mengumumkan satu promosi bagi telefon pintar Nokia Lumia 530 pada harga serendah RM 57!.
Harga pasaran telefon pintar yang beroperasi menggunakan Windows 8.1 itu adalah RM 355.
Tetapi ada syarat untuk mendapatkan telefon ini pada harga promosi. Syaratnya adalah, pelanggan harus membeli salah satu dari peranti Lumia yang terpilih.
Peranti terpilih yang perlu dibeli oleh pelanggan adalah, Lumia 1520, Lumia 930, Lumia 630, dan yang paling mengejutkan, Lumia 530 itu sendiri.
Promosi ini hanya boleh didapati di kedai-kedai Nokia terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nokia Malaysia.

Dua Wanita Tampil Dedah Cerita Sebenar Berkenaan Jururawat Dirogol
Setelah kecoh dengan isu Jururawat dirogol oleh pemandu ambulans Hospital Mersing pada 4 september lalu, timbul pula cerita yang pertahankan driver tersebut dengan kenyataan 'kesian driver tu' yang mana lagi mengelirukan kes ini.
Perkara tersebut telah menimbulkan tanda tanya kepada rata-rata netizen berkenaan Jururawat dirogol oleh pemandu ambulans Hospital Mersing.
[GAMBAR] Bagaimanapun menerusi sebuah forum, seseorang pengguna forum tersebut telah mendedahkan hal yang sebenarnya ─ SiakapKeli.com
Baca pendedahan perbualan di bawah :
[10:17PM, 10/09/2014] Kak Azlina: Saya baru dapat pengesahan dpd rakan di Mersing perkara ni memang benar terjadi dan dalam siasatan. Makluman awal yg kita dapat tepuk sebelah tangan tidak berbunyi berdasarkan statemen meragukan dan jururawat berkenaan memang ada nafsu yg tidak terkawal dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh pakar perubatan HSI benar atau tidak ianya diklasifikasikan r0g0l atau telah lebih dpd seorg melakukan hubungan seks.
[10:18PM, 10/09/2014] Kak Azlina: [4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Sn ni pon bukan terus report lepas kena rogol..semalam masih happy lagi pki uniform kerja..tu dah kena tu..org klu dir0g0l tentu trauma
[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Kes ni kalau tau background sn tu semua akan kesian kan driver tu..
[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Pg tadi sn ni dah di hadapkan ke matron foo..
[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Sn ni mmg dah pernah sekali dok lokap 1 mlm kes pojek ngan guard dlm wad
[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Kitaorg just tunggu dan lihat je lah..pakwe sn ni pon ppk suami org tp dah bercerai talak 3 dik sn ni punya hal..tp tak kawin kawin jgk..

Kesuburan Lelaki Boleh Dilihat Pada Jari-Jari Tangan - Saintis
Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.
Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.
Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).
Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.
Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.
Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar.
Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.
Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.
Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.
Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.
Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.
Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.
Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.
Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.
Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara.
Apa lagi rahsia pada jari anda
Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina.
Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.
Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.
Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.
Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.

Ibu Nasihati Kilafairy Jauhi Golongan VVIP
PETALING JAYA – Pelakon Kilafairy memberitahu, ibunya iaitu penyanyi Rohana Jalil sering memberi nasihat agar dia lebih berhati-hati dengan perlawaan golongan VVIP termasuk kerabat diraja.
Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 22, berkata, perkara tersebut dijadikannya panduan agar lebih menumpukan perhatian terhadap bidang seni dan bukan mencari kemewahan serta populariti melalui jalan mudah.
“Bohonglah kalau tiada golongan VVIP atau kerabat cuba mendekati kerana semua yang menjadi artis pasti akan menerima ujian seperti ini. Mama (Rohana) banyak bagi nasihat untuk berhati-hati dan bercerita tentang pengalaman rakan-rakannya yang diganggu golongan VVIP dengan pelbagai cara.
“Ia terpulang kepada kita untuk terima atau tidak, saya tidak layan langsung kerana kalau dilayan nanti ia menjadi-jadi. Kalau boleh terus elakkan daripada pergi tempat-tempat yang ramai golongan seperti ini,” ujarnya.
Kilafairy tidak layan perlawaan golongan kerabat diraja dan VVIP.
Tambah Kilafairy, kebanyakan taktik golongan VVIP apabila mereka menggunakan kenalannya untuk menjemput bagi menghadiri sesebuah acara dalam usaha memikat hati.
Dia tidak pernah melayan sebarang undangan, mesej atau panggilan telefon daripada mana-mana individu VVIP yang dirasakan cuba mendekatinya kerana tujuan tersebut.
Sementara itu, Kilafairy yang bakal muncul dalam drama terbitan Tonton Music berjudul Hanya Satu mengakui dia tidak pernah mengejar populariti atau sebarang anugerah.
Katanya, dalam tempoh ini dia masih dalam proses belajar dan mengasah bakat dalam bidang lakonan.
“Saya tidak ambil semua tawaran yang datang kerana saya berlakon bukan untuk mengejar populariti atau anugerah, sebaliknya sebagai proses mengasah bakat.
“Saya banyak tolak drama dan filem yang menawarkan watak yang sama sahaja iaitu antagonis, kalau boleh saya mahu cuba pelbagai watak,” ujarnya.
Mengulas tentang tahap lakonan yang dikatakan masih kaku, Kilafairy berkata, dia menerima kritikan tersebut sebagai panduan untuk memperbaiki mutu lakonan.
Dalam pada itu Kilafairy bergandingan dengan Syarif (Sleeq), Raja Farah, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila dalam drama Hanya Satu yang akan akan disiarkan pada pukul 12 tengah hari bermula 15 September ini.
Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music www.tontonmusic.com.my. – mStar Online
TOP
3 Pemandu Bas Salib Diri Selepas Dipecat
Asuncion – Tiga pemandu bas di ibu negara Paraguay ini menyalib diri mereka sebagai sebahagian daripada mogok lapar selepas mereka dibuang kerja.
Elvio Cristaldo dan Eligio Martinez mengambil keputusan menyalib diri mereka di San Lorenzo,pinggir bandar raya Asuncion selepas dipecat kerana membantah waktu bekerja yang lebih singkat.
Rakan mereka, Clemente Lovera, selain menyalib dirinya, juga menjahit mulutnya dan enggan makan selagi dia tidak dibenar kembali bekerja.
Bapa dua anak itu bagaimanapun dipaksa menelan makanan cecair menerusi penyedut sambil dia baring bersama-sama dua bekas rakan setugasnya.
Cristaldo, 39, memberitahu radio tempatan: “Saya tidak akan menyerah walaupun tindakan ini sungguh menyakitkan.” Ketiga-tiga lelaki itu mengadakan tunjuk perasaan di dalam khemah berhampiran agensi Pengangkutan Kebangsaan Paraguay. – Agensi
TOP
Pemberontak Ukraine Cemburu Referendum Scotland
KIEV – “Kenapa England tidak mengebom sahaja puak pemisah di Scotland,” soal seorang penyokong pemberontak pro-Rusia di Ukraine dalam satu komen di laman jaringan sosial Twitter.
Sejak kebelakangan ini, puak pemberontak pro-Rusia dan penyokong mereka di timur Ukraine kerap menggunakan media sosial untuk memperlekeh pungutan suara yang bakal diadakan di Scotland pada 18 September ini.
Referendum tersebut akan menentukan masa depan Scotland sama ada merdeka atau kekal bersama UK seperti sejak 300 tahun dahulu.
“Saya sanggup pergi untuk membantu mereka mengadakan referendum itu,” kata seorang pemimpin pemberontak di Ukraine, Boris LitvinovI.
Selain komen tersebut, pemberontak pro-Rusia turut menyiarkan montaj menunjukkan ketua negara UK, Ratu Elizabeth II meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya menghalang kemerdekaan Scotland.
“Obama, penduduk Scotland mahu berpisah, Tolong halanginya. Tuduh mereka mempunyai sebuah pentadbiran yang jahat dan kejam,” kata ratu berkenaan dalam montaj tersebut.
Mengulas situasi di Scotland, beberapa pemimpin pemberontak pro-Rusia berkata, jika dunia mengiktiraf referendum di negeri UK itu, dunia juga perlu mengiktiraf aspirasi rakyat Crimea yang memilih untuk berpisah daripada Ukraine dalam pungutan suara pada Mac lalu.
Gerakan kemerdekaan di Scotland bagaimanapun berlaku secara aman sekali gus berbeza dengan perjuangan berdarah di Ukraine.
Sekurang-kurangnya, 2,700 orang maut sejak tentera Ukraine melancarkan serangan besar-besaran bagi mematahkan perjuangan militia pemisah di timur Ukraine pada pertengahan April lalu. – AFP
TOP
Lebih 400,000 Mangsa Banjir Masih Terperangkap
NEW DELHI – Lebih 400,000 orang masih terperangkap selepas banjir melanda wilayah Kahsmir yang ditadbir India, menurut beberapa laporan semalam.
Situasi getir itu berlaku ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus untuk sampai kepada mangsa bagi mengagihkan makanan dan air.
Kira-kira 215 orang meninggal dunia sejak minggu lalu selepas wilayah Jammu Kashmir dilanda banjir terburuk dalam tempoh satu abad.
“Kami tidak pasti jumlah sebenar korban melainkan jika banjir surut sepenuhnya dan pasukan penyelamat dapat sampai ke kawasan yang terjejas,” kata seorang pegawai tempatan di ibu negeri wilayah Jammu, Srinagar.
“Paras air sungai utama, Sungai Jhelum turun satu meter tetapi cabaran getir kami masih di Srinagar yang mana lebih 400,000 orang terperangkap,” kata seorang pegawai lain yang dipetik agensi berita IANS.
Sebahagian besar Srinagar masih ditenggelami air manakala lebih ramai petugas penyelamat yang dibantu Tentera Laut India dihantar untuk membantu operasi menyelamat.
Sejumlah mangsa terpaksa menunggu di bumbung kediaman mereka selama berhari-hari untuk diselamatkan susulan hujan lebat yang turun sejak awal bulan ini. – dpa
TOP
FFM26 Ditangguh, Beri Penghormatan Tragedi Negara
KUALA LUMPUR: Penangguhan Festival Filem Malaysia 26 (FFM26) yang dibuat baru-baru ini ekoran daripada ingin memberi penghormatan dan peka terhadap isu MH17 yang melanda Malaysia pada Julai yang lepas.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS Malaysia, Dr. Megat Al-Imran Yasin, "penangguhan FFM26 berpunca daripada isu MH17 dan sebagai sebuah badan kerajaan yang berpolisi, FINAS harus peka dan prihatin terhadap sensitiviti semua pihak". Menurutnya lagi "FFM26 akan diadakan pada tahun ini juga dan tarikhnya akan diumumkan kelak".
Tambahnya lagi, "keputusan penangguhan tersebut telah dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga FINAS sendiri". Ketika ditanya mengenai adakah akan ada kesan sampingan yang bakal berlaku akibat penangguhan ini, Dr Megat menafikannya dan berkata "majlis perasmian dan pengumuman calon sudah dibuat pada bulan Ogos lepas dan FFM26 tetap akan meriah seperti tahun-tahun lepas penganjurannya".
Ketika ditanya lagi mengenai adakah penangguhan ini dibuat kerana terdapat isu atau masalah dengan pihak Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Dr Megat menafikannya dan berkata "penangguhan dibuat kerana menghormati tragedi MH17 dan tiada kena-mengena dengan pihak GAFIM". Hal ini kerana Jurey Latiff yang merupakan Presiden gabungan GAFIM menjelaskan bahawa pihaknya bersedia memikul tanggungjawab menganjurkan anugerah tersebut yang sebelum ini diselaraskan oleh pihak FINAS. - Astro Awani
TOP
Sindiket Seleweng Gula Dan LPG Subsidi Tumpas
SERIAN – Tindakan sebuah gudang di Tebedu di sempadan Malaysia-Indonesia, dekat sini yang menyimpan barang-barang kawalan seperti gula bersubsidi dan gas petroleum cecair (LPG) tanpa permit mengundang padah apabila kegiatan mereka berjaya dibongkar pihak berkuasa dalam satu serbuan, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Superintendan Soh Hock Seng berkata kegiatan gudang tersebut berjaya dikesan hasil risikan dua minggu oleh pasukannya.
Serbuan dilakukan oleh tujuh anggota risikan PGA diketuai Asisten Komisioner Mohd Mazlan Mohd Ariff serta enam pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak pada kira-kira 1 tengah hari ini, katanya, di sini hari ini.
“Kita telah merampas 753 karung gula bersubsidi masing-masing seberat 50 kilogram dan 101 tong gas LPG muatan 14 kilogram,” katanya
Seorang lelaki berusia 44 tahun yang disyaki pemilik gudang berkenaan turut ditahan dan barangan yang dirampas bernilai kira-kira RM120,000.
Menurutnya siasatan mendapati modus operandi gudang berkenaan ialah menjual barang-barang kawalan tersebut di negara jiran.
“Hasil pemantauan selama dua minggu itu, pemilik gudang dikesan membawa barang-barang kawalan tersebut ke seberang sempadan. Kita yakin barang-barang tersebut dijual di negara jiran,” katanya.
Menurutnya hasil maklumat PPDNKK Sarawak mendapati gudang tersebut tidak mempunyai permit menyimpan barang-barang kawalan, selain pek yang digunakan jelas menunjukkan ia adalah gula bersubsidi.
Beliau berkata semua hasil rampasan itu diserahkan kepada PPDNKK Sarawak untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
TOP
Pelajar Tahfiz Pungut Derma Jejas Imej Islam
KUALA LUMPUR – Tindakan sesetengah pusat pengajian Tahfiz al-Quran persendirian yang meminta pelajar memungut derma tidak sewajarnya berlaku kerana ia tidak selari dengan matlamat penubuhan madrasah selain menjejaskan imej Islam.
Pengetua Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat, Mohd Zahid Mahmood berkata, tindakan itu juga boleh disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana kanak-kanak itu dihantar ibu bapa dengan kepercayaan bahawa anak-anak mereka akan dididik menghafal kitab suci al-Quran.
“Pusat madrasah juga mengenakan yuran kepada pelajar dan wang itu yang seharusnya digunakan untuk membiayai pusat pengajian, bukan dengan meminta pelajar meraih derma.
“Ada madrasah mengenakan bayaran minimum sedangkan pelajar tinggal, makan serta minum di situ, tapi itu bukan alasan kerana derma seharusnya datang daripada individu yang mahu menyumbang, bukan dengan meminta pelajar mengutipnya,” katanya kepada Bernama.
Mohd Zahid ditemui pada persidangan meja bulat ‘Pertumbuhan Sekolah Aliran Tahfiz di Malaysia – Antara Aspirasi Murni dan Hakikat Sebenar di Lapangan’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, semalam.
Terdapat rungutan orang ramai yang tidak selesa apabila didatangi kanak-kanak dan remaja yang memohon derma terutama yang mendakwa untuk kegunaan pusat tahfiz.
Pengarah Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawana Mohammad berkata, kegiatan itu membuka ruang kepada golongan tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi kanak-kanak untuk mendapatkan ‘wang segera’.
“Kita sedia maklum, sebagai orang Islam, kita mudah berasa simpati terutama jika yang datang minta (derma) adalah kanak-kanak yang mendakwa mereka dari pusat tahfiz,” katanya.
Ketua Sektor Kemajuan Sekolah Agama Kementerian Pendidikan, Hassan Nudin A. Hamid pula berkata pelajar pusat tahfiz seharusnya memanfaatkan masa mereka untuk menghafal al-Quran, bukannya mengutip derma di lokasi tumpuan ramai.
Apabila waktu siang dihabiskan di tempat sedemikian, kanak-kanak berkenaan sudah pasti menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada pengajian kerana keletihan, katanya.
“Sebab itu kita mementingkan keperluan untuk madrasah persendirian berdaftar dengan kementerian kerana kita boleh memantau perjalanan pusat tahfiz dan mengelak berlakunya aktiviti sebegini,” katanya.
Hassan Nudin menambah ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan menyemak status pusat tahfiz sebelum menghantar anak mereka bagi menjamin keselesaan persekitaran di situ. – BERNAMA
TOP
Macam Mana Nak Kahwin Kalau… – Syafinaz Selamat
KUALA LUMPUR – Jika bertemu Syafinaz Selamat, dua soalan klise yang sering diajukan ialah mengenai album terbaru serta perihal kahwin. Guru vokal dan pensyarah muzik ini mengakui dua persoalan itu terus bermain di fikiran namun kesibukan membataskannya.
Selama 11 tahun beliau tiada album terbaharu. Malah, sejak beberapa tahun bertemunya, cerita album tak pernah lekang di mulut dan setiap kali ditanya Syafinaz menyasarkan albumnya akan keluar dalam jangka masa terdekat. Kali terakhir beliau muncul dengan album ialah pada 2002.
Demikian juga dengan kisah kahwin. Di saat usianya kini, Syafinaz memang layak untuk dicintai dan mencintai tetapi jelas sekali beliau masih berstatus solo. Ikuti penjelasan penyanyi lagu Ingin Bersamamu ini.
“Macam mana nak kahwin kalau hari-hari saya sibuk dengan komitmen kerja. Malah dek kesibukan ini juga, album saya terus tertunda. Album saya kini sudah selesai proses adunan. Tapi sesibuk manapun, saya kena pastikan tidur sekurang-kurangnya enam jam sehari.
“Itupun kadang-kadang terbabas tidur lewat. Bukan kadang-kadang lagi balik rumah lewat, tapi sudah selalu pula jadinya. Kalau balik rumah dalam jam 2 ke 3 pagi itu normallah. Tapi tidur kena cukup walaupun sesibuk manapun saya kena jaga waktu tidur untuk kepentingan vokal,” katanya dalam pertemuan yang diaturkan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini bertempat di Muzium Negara.
Ketika temubual Syafinaz turut ditemani temannya yang juga konduktor koir , Amri Zane. Pada 20 dan 21 September ini Syafinaz akan terbabit dengan Konsert Koir Kebangsaan bertemakan klasikal di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, KL.
Konsert ini anjuran JKKN dan Syafinaz turut bertindak sebagai Jurulatih Vokal, Pengarah Persembahan dan Vokal serta dibantu Pengarah Koir Kebangsaan, Tunku Marina Tunku Datuk Zubir.
Konsert ini akan memaparkan repertoire dan segmen nyanyian lagu berlandaskan klasik seperti lagu asli Melayu, inang, joget, keroncong serta zapin, dan juga Klasik Barat terdiri daripada lagu dari era Renaissance hingga ke era romantik.
“Konsert ini mengembalikan seni koir itu sendiri yang berasaskan klasikal. Koir Kebangssan sendiri bermula dengan klasikal. Konsert ini mahu penonton lebih menghargai suara dan bukannya membabitkan pergerakan seperti tarian berirama.
“Selama ini kita sudah disogok dengan benda komersial yakni koir yang menyelitkan visual seperti pergerakan yakni tarian. Benar mungkin akan ramai yang lebih menghargai koir sedemikian berbanding klasikal yang lebih terarah kepada berdiri kaku atau sedikit pergerakan.
“Kalau orang tak menghargai koir klasikal, kita tak ada inisiatif menghidupkannya semula. Umpamanya budaya akan terus pupus kalau kita berfikiran sebegitu. Kita harus sedarkan klasikal tidak boring dan kalau tepat pemilihan lagu, ia akan jadi berwarna serta menghiburkan,” katanya bersemangat.
Amri pula berkata konsert ini tidak wajar dilepaskan.
“Ia berbalik kepada konsert asal koir yang lebih teknikal dan terarah kepada tumpuan penggunaan vokal seperti nada suara, keseimbangan dinamik. Kita juga mahu mengangkat irama tradisional di Malaysia dalam bentuk koir.
“Ada persembahan solo, trio, kuartet dan beramai-ramai menerusi kumpulan kecil,”katanya.
Syafinaz dan Amri menjelaskan konsert kali ini yang meneruskan kesinambungan konsert terdahulu yang dilaksanakan JKKN sejak tahun 2005 seperti Konsert Dir… Koir Kebangsaan Malaysia (2012), Konsert No Wrong Notes (2011) dan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem (A Musical Journey of Theatre & Film) tidak akan menjemukan penonton yang hadir.
Tiket menonton konsert ini boleh dibeli secara online di www.ticket2u.biz pada harga RM10, RM20 dan RM30. Diskaun turut akan diberikan kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Tiket juga boleh dibeli di Istana Budaya dengan menghubungi 03-41498600.
Pihak Urusetia turut menyediakan khidmat pembelian tiket sebelum malam konsert berlangsung pada 21 dan 22 September ini di Auditorium DBKL bermula jam 4 petang. - BH Online
TOP
UPSR Bocor: Pengarah, Tim. Pengarah LPM Digantung Tugas
LAOS – Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh digantung tugas dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta berikutan insiden kebocoran soalan UPSR.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu hari ini, berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim, akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah LPM.
“Dalam kes ini Pengarah LPM perlu bertanggungjawab kerana sudah menjejaskan integriti Kementerian Pendidikan.
“Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bersalah.
“Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, perbuatan tidak amanah dan khianat ini membuatkan anak-anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini,” katanya. – BH Online
TOP
RUU Keharmonian Nasional Belum Sedia, Masih Dibincang
KUALA LUMPUR – Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa ini dan kerajaan masih di peringkat perbincangan mengenai prinsip-prinsip asas yang akan dijadikan panduan dalam penggubalannya.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, penggubalan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat Jabatan Peguam Negara hanya setelah perkara-perkara prinsip dan dasar diputuskan kelak.
“Hanya selepas konsensus umum dicapai dalam kalangan rakyat termasuk mereka di Sabah dan Sarawak, barulah kelak proses penggubalan akan dimulakan.
“Proses ini akan mengambil masa agar undang-undang yang baharu kelak benar-benar dapat membantu merealisasikan matlamat kita untuk membina sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni,” kata kenyataan itu.
Ia menegaskan mana-mana draf rang undang-undang yang disediakan mana-mana pihak selain daripada Jabatan Peguam Negara adalah tidak sahih dan tidak boleh diterima. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Cadang Tubuh Pasukan Relawan Laut
PASIR PUTEH – Kerajaan bercadang menubuhkan pasukan relawan laut bagi membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM membanteras nelayan asing daripada menangkap ikan di perairan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pasukan relawan laut itu bakal dianggotai anak nelayan dan akan menjalani latihan serta diberikan elaun khas.
“Penubuhan pasukan itu akan disegerakan kerana ancaman nelayan asing semakin serius apabila terdapat nelayan tempatan diancam dengan senjata merbahaya sebaik menghampiri bot mereka sehingga menakutkan nelayan untuk turun ke laut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan nelayan Kelantan di pejabat APMM di Tok Bali di sini, semalam.
Shahidan berkata kegiatan nelayan asing tersebut mengancam pendapatan nelayan tempatan termasuk mereka merosakkan unjang.
Turut hadir Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish dan 50 nelayan dari daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh. – BERNAMA
TOP
Kenyataan rasmi ATM berhubung kehadiran tentera US
Sejak beberapa hari lalu kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera.
Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat terengganu kursusnya.
Bagaimanapun ikuti kenyataan rasmi dari pihak ATM

Segelintir rakyat Malaysia sertai ISIS Tidak Wajar, Haram - Mufti Perak.
KUALA LUMPUR: Perbuatan segelintir kecil rakyat Malaysia yang dilaporkan bersama-sama mengikuti pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) adalah tidak wajar dan haram untuk diteruskan.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bimbang dengan konflik di Iraq dan Syria selain penglibatan aktiviti militan yang menghakis kestabilan di negara berkenaan.
"Mereka (pengikut ISIS) tidak dikategorikan sebagai mati syahid kerana pertubuhan ini menentang orang Islam dan membunuh orang Islam sendiri. Ia merupakan satu pemberontakan dalam negara," katanya ketika dihubungi Bernama.
"Rakyat Malaysia yang pergi ke sana dengan niat untuk berjihad juga akan jadi sia-sia sahaja kerana tujuan ISIS ini bercanggah dengan tujuan Islam, jadi ia haram di sisi syarak," katanya.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan Datuk Muhammad Shukri berkata umat Islam di negara ini perlu memahami terlebih dahulu apa itu maksud jihad.
"Adakah jihad dengan berperang sesama sendiri itu berlaku secara begitu sahaja, secara bersungguh-sungguh, atau serius? Memang kita disuruh melakukan jihad namun apa yang menjadi persoalannya kini apakah penyertaan kita pada sesuatu pertubuhan itu tepat atau tidak.
Menurut Muhammad, keputusan untuk berjihad itu perlu dipastikan sama ada ia berlandaskan syarak atau tidak kerana jika berjihad tanpa mengikut syarak dari segi Islam mereka tidak seharusnya turut serta.
"Kita sesama umat Islam sendiri tak boleh berperang, kalau kedua-duanya bergaduh ia memang diharamkan tetapi jika jihad itu bertepatan dengan kadar syarak jadi niat untuk menyertainya adalah betul," katanya.
"Saya menasihatkan mereka yang ingin menyertai sesuatu pertubuhan itu perlu memantau, membuat penelitian, dan berhati-hati supaya tidak terjebak dengan pertubuhan yang tidak bertepatan dengan syarak.
Sementara itu, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata tidak ada keperluan untuk rakyat Malaysia turut serta berjuang dalam pertubuhan itu memandangkan ia dilihat bersifat geopolitik.
"ISIS tidak berpegang kepada ajaran Islam yang betul, mereka mungkin lebih melihat perjuangan membentuk satu kerajaan atas nama yang disebut kerajaan Islam di Iraq, dan Syria mungkin lebih kepada agenda politik berbanding agenda agama," katanya.
Jelas Ahmad Marthada, perjuangan pertubuhan itu tidak mendapat sokongan masyarakat Islam hampir di seluruh dunia terutamanya masyarakat Islam di Timur Tengah malah kurang mendapat bantuan dari sudut kewangan.
Beliau mencadangkan agar kerajaan memberi penerangan untuk menyedarkan rakyat mengenai apa itu ISIS dari segi perjuangan, matlamat dan hala tuju pendekatan pertubuhan yang bertentangan dengan Islam supaya mengurangkan penglibatan masyarakat secara langsung atau tidak langsung.
Selain itu, kerajaan perlu membanteras gerakan yang cuba merekrut rakyat Malaysia untuk menjadi pengganas memandangkan ISIS mula melebarkan aktiviti merekrut ke peringkat akar umbi.
"Tindakan keras mesti diambil kepada mereka yang cuba merekrut, ini kerana kita mempunyai peruntukan (undang-undang) pada hari ini yang boleh dilaksana kerana ia bersifat mengancam," katanya lagi.
Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan bahawa perjuangan jihad di sesebuah negara atau wilayah adalah berbeza-beza.
Sehubungan itu beliau menyarankan agar Malaysia mempunyai satu perundangan Islam (fikah tempatan) kerana katanya fatwa yang diberikan ulama dunia adalah betul bagi sesebuah negara dan tidak betul pula bagi konteks sesetengah negara yang lain.
Beliau berkata ia terutamanya menyentuh fatwa yang dikeluarkan oleh ulama dari Timur Tengah yang mungkin sesuai dilaksanakan sesetengah negara tetapi tidak sesuai di negara ini kerana Malaysia mempunyai pendekatan berbeza dalam menyelesaikan masalah.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan sebuah keluarga empat beranak yang terdiri daripada ibu bapa, anak perempuan berusia 18 tahun dan anak lelaki berusia 14 tahun merupakan keluarga Malaysia pertama dipercayai menyertai ISIS bersama 30 rakyat Malaysia yang lain.
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri berkata dalam sidang medianya bersama Perdana Menteri Australia Tony Abbott bahawa Malaysia akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memerangi pertubuhan militan dan pengaruhnya kerana ISIS tidak mewakili Islam, tidak sepadan dan tidak membawa keadilan kepada Islam.
TOP
Polis Tahan Geng Kongsi Gelap, Rampas Pistol & Peluru
NIBONG TEBAL – Seorang lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng Pneh ditahan dan polis merampas sepucuk pistol bersama 44 butir peluru di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata lelaki berusia 27 tahun dan bertatu corak naga dan ikan pada badannya itu ditahan pada pukul 10 malam Selasa selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.
“Anggota polis yang membuat rondaan di hadapan sebuah pasar raya di Nibong Tebal terserempak dengan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan kami percaya dia anggota kongsi gelap berdasarkan tatu di bahu kanan dan dada kirinya.
“Susulan penahanan itu, lelaki terbabit membawa polis ke sebuah bengkel membaiki kereta milik bapa saudaranya di Jalan Besar Air Lintas, tidak jauh
daripada pasar raya itu dan hasil pemeriksaan kami menemui sepucuk pistol bersama 41 butir peluru .9mm dan tiga butir peluru jenis .45 auto,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut menahan bapa saudara lelaki itu berusia 53 tahun bagi membantu siasatan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis apabila didapati tidak mengetahui kegiatan anak saudaranya itu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti bagaimana dia memperoleh pistol dan kenapa senjata api itu berada dalam simpanannya,” katanya sambil memberitahu bahawa lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah. – BERNAMA
TOP
Bank Islam Agih RM1j Zakat Perniagaan Untuk 30 Universiti
KUALA TERENGGANU – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengagihkan RM1 juta daripada zakat perniagaannya untuk golongan pelajar asnaf daripada 30 universiti seluruh negara pada tahun ini.
Pengarah Urusannya Datuk Seri Zukri Samat berkata jumlah agihan tersebut merupakan sebahagian daripada RM12 juta yang diperuntukkan keseluruhannya untuk golongan asnaf di seluruh negara bagi tahun ini.
“Untuk sesebuah universiti, kita peruntukkan kira-kira RM30,000 hingga RM50,000 bergantung kepada keperluan universiti berkenaan dan 30 universiti mendapat faedah daripada zakat ini untuk mereka agihkan kepada pelajar yang memerlukan.
“Wang zakat ini kita agihkan kepada golongan yang betul-betul layak mendapatnya untuk mereka menyara hidup dan menggunakannya untuk kebaikan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat BIMB kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini.
Pada majlis berkenaan Zukri turut menyerahkan replika cek bernilai RM30,000 kepada Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahaya Ibrahim.
Sementara itu Yahaya berkata pihaknya berterima kasih kepada Bank Islam yang sentiasa komited membantu pelajar yang tidak berkemampuan setiap tahun.
“Pihak kami akan menapis kriteria pelajar yang layak menerima wang zakat ini terlebih dahulu dan sesi temu duga juga turut diadakan dan dengan adanya wang zakat ini, ia sememangnya dapat membantu pelajar untuk menyara kehidupan mereka di kampus,” katanya.
Menurutnya UniSZA dan Bank Islam juga akan bekerjasama untuk penggunaan kad UniDebit bagi kegunaan pelajar dan staf di universiti berkenaan.
“Insya-Allah kita akan laksanakan penggunaan kad pelbagai ini, pada tahun hadapan yang mana kad ini merupakan kad serba guna dan boleh digunakan untuk urusan bank serta kad matrik pelajar dan ini akan memudahkan urusan pelajar sebab mereka tidak perlu ada banyak kad,” katanya.
Pihaknya turut mempelawa dan mengalu-alukan BIMB untuk menjadi penyumbang utama bagi tabung penubuhan Kursi Sultan Mizan yang ditubuhkan di bawah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire) untuk menjadi pusat pengumpulan pakar dari dalam dan luar negara untuk tujuan penyelidikan.
“Sebenarnya untuk penubuhan Kursi Sultan Mizan ini, kita memerlukan RM5 juta, tetapi kita tidak menggunakan wang tersebut untuk operasi, wang itu kita akan simpan balik di bank yang menjadi penyumbang kepada tabung berkenaan dan kita hanya menggunakan faedah daripada jumlah itu sahaja,” katanya. – BERNAMA
TOP
Suspek Dipercayai Tikam Pelajar UiTM Ditahan
MELAKA – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes menikam pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah dalam rompakan di Pangsapuri Dimensi, Lendu di sini Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 20 tahun yang berasal dari Melaka itu ditahan di sebuah rumah tumpangan di Kampung Pantai kira-kira 10 malam tadi.
Beliau berkata tangkapan berkenaan susulan penahanan dua lagi lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 40 tahun di beberapa lokasi berasingan di sekitar Alor Gajah bermula 6.15 petang semalam.
“Ketika siasatan, suspek utama mengaku melakukan jenayah tersebut manakala tiga lagi yang merupakan rakannya ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ketika ditahan keempat-empat mereka didapati positif dadah Methamphetamine.
Raja Shahrom berkata keempat-empat mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan hingga membawa kecederaan.
Beliau berkata polis juga akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kesemua yang ditahan sama ada terlibat dalam jenayah lain seperti samun.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar jurusan Diploma Komunikasi Massa ditikam sebanyak enam kali selepas dikatakan menjerit dan cuba melawan suspek ketika rompakan tersebut.
Sementara itu, Rektor UiTM Melaka Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim berkata Siti Irina kini berada dalam keadaan stabil dan dijangka keluar dari Hospital Melaka beberapa hari lagi.
Beliau berkata pelajar semester lima itu juga dijadual menduduki peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung pada 23 Sept depan.
“UiTM telah menyediakan sebuah rumah tamu untuk Siti Irina dan keluarganya berehat dan membuat persediaan menghadapi peperiksaan tersebut di Lendu,”katanya ketika melawat mangsa bersama Ketua Biro Pendidikan Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah di hospital berkenaan. – BERNAMA
TOP
Aplikasi Yang Paling Efektif Untuk Jejak Pencuri Telefon Anda
Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri ataupun akibat dicuri orang. Biasanya, jika telefon hilang, ia sememangnya menjadi satu masalah yang besar kepada pemilik telefon. Dan biasanya kes-kes seperti ini sukar untuk diselesaikan.
Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain. Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.
Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif.
Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :
Telefon anda hilang atau dicuri
Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.
Penulis sendiri sudah mencuba aplikasi tersebut, dan ternyata ianya berkesan! Berikut adalah contoh emel penulis terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah.
Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..
Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan?
- SiakapKeli.com

Kemalangan Maut di Paloh Hinai
PAHANG: Satu kemalangan telah berlaku di Paloh Hinai, jalan Segamat ke Kuantan yang melibatkan sebuah kereta jenis wira dengan sebuah lori yang sarat dengan muatan kayu pada jam 9 pagi Jumaat.
Kejadian ngeri itu berlaku di Menurut saksi kejadian pemandu kereta terbabit yang merupakan seorang wanita telah meninggal ditempat kejadian. Kemalangan tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana lori terbabit yang telah terbalik dan menyekat jalan sepenuhnya. ─ SiakapKeli.com

Microsoft ingin melenyapkan NOKIA
Mungkin bukan hal baru jika mendengar kata-kata “Nokia pergi”, semenjak bekerjasama bersama Microsoft, Nokia seakan hanya menjadi brand penumpan bagi Microsoft di pasar SMARTPHONE. Kini, Microsoft mengambil serius ingin menghilangkan nama Nokia sepenuhnya dan menggantikannya dengan nama perusahaan mereka sendiri.
Menurut kabar, nama Nokia akan tersemat untuk terakhir kalinya pada Lumia 830 dan Lumia 730 yang hadir secara rasmi minggu lalu. Dikatakan bahwa kedua-dua handset tersebut merupakan handset terakhir yang hadir bersama Microsoft.
Microsoft ingin menubuhkan Smartphone yang menggunakan nama syarikatnya sendiri dan tidak akan lagi menggunakan nama Nokia.
Menarik, Sebelum ini mereka menjual produknya dengan Nokia sudah melekat pada setiap produk yang dihasilkan Microsoft dengan Lumia-nya dan pada siri Lumia 830 boleh dilihat nama Nokia terpampang di belakang handset tersebut. - SiakapKeli.com

Prosedur Penyediaan Dan Pengendalian Soalan UPSR
BAGI mereka yang ingin mengetahui bagaimana prosedur kertas peperiksaan, ini adalah maklumat tentang penyediaan dan pengendalian soalan UPSR.
1- Beberapa kumpulan guru terpilih berkumpul mengikut bidang masing-masing
2. Soalan terbaik dipilih
3. Soalan terbaik dinilai semula oleh Panel Khas untuk menyusun struktur soalan supaya bersesuaian dengan UPSR
4. Dicetak di luar negara
5. Dibungkus rapi lengkap dengan ciri keselamatan
6. Dari pelabuhan akan diiringi oleh pegawai Lembaga Peperiksaan dan polis ke balai polis / bilik kebal PPD.
7. Ketua pusat peperiksaan mengambil kertas soalan pada hari peperiksaan (kawasan pedalaman kertas soalan diambil beberapa hari awal)
8. Dihantar ke pusat peperiksaan atau sekolah
9. Diserahkan kepada pelajar
PERSOALAN kini ialah di peringkat mana soalan akan bocor?
Sumber: Berita Harian

Mohd Shahar Kini Ketua Pemuda UMNO Pahang Yang Baharu
PUTRAJAYA, 12 Sept. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengumumkan Mohd Shahar Abdullah, 35, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Paya Besar dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang yang baharu.
Katanya, pelantikan tersebut adalah satu tindakan yang perlu bagi memastikan khidmat terbaik.
“Shahar mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kepimpinan kerana beliau sebelum ini adalah pemimpin mahasiswa dan perjuangannya bersama Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak di dalam kampus lagi,” katanya kepada UMNO-Online di pejabatnya hari ini.
Beliau percaya pelantikan Mohd Shahar ini akan mendapat sokongan padu daripada semua ketua-ketua pemuda bahagian di negeri Pahang dan dapat menerajui kepimpinan pemuda UMNO negeri terbabit dengan sokongan semua bahagian.
“Harapan kita terhadap Shahar agar dapat memikul tugas berat untuk menarik sokongan pengundi muda pada pilihan raya akan datang dan beliau antara yang muda di kalangan anggota pemuda negeri dan tentunya usia yang muda ini akan dapat meremajakan kepimpinan negeri.
“Saya juga berharap semua peringkat akar umbi, UMNO di cawangan dan bahagian juga memberikan sokongan yang padu kepada beliau,” katanya.
Tegas beliau lagi, soal peremajaan parti berlaku dengan memberi tempat kepada mereka yang berusia sekitar 30-an.
“Ini juga adalah satu bukti bahawa kita sendiri dapat angkat seorang dari kilang Pemuda yang lahir dari mahasiswa dan juga contoh kejayaan proses pengkaderan yang telah bermula sejak lima sepuluh tahun yang lepas.
“Kita sudah lahirkan ramai pemimpin pemuda sebagai pelapis untuk ambil alih tampuk kepimpinan pemuda dan ini adalah satu contoh kelahiran pemimpin baru.”
Sementara bagi Mohd Shahar, beliau melahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberi untuk menjawat ketua pemuda negeri Pahang yang mana ia adalah satu gerak kerja ke hadapan bagi membawa sokongan anak muda.
“Saya yakin inilah caranya untuk parti bertindak iaitu memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda memimpin satu organisasi yang besar.”
Dalam masa yang sama, beliau memberitahu telah bersedia untuk berdepan dengan pembangkang kerana sememangnya telah dijangka malah UMNO sendiri telah melalui satu proses yang besar selama ini.
“Kita akan susun gerak kerja berdasarkan citarasa anak muda maka parti ini mesti memikirkan masa hadapan kerana kehendak anak muda mempunyai banyak kepelbagaian yang perlu dipenuhi oleh parti.
“Saya mempunyai harapan yang besar agar semua pemuda cawangan dan bahagian negeri Pahang akan memberi sepenuh kepercayaan atas kepimpinan yang baru dan apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan adalah titik penentu dalam PRU-14.”
Mohd Shahar mengambil alih jawatan tersebut mennggantikan Shaharuddin Ahmad yang berkhidmat selama setahun. – MediaUMNO
TOP
UPSR: Perkasa Mahu Siasatan Rapi Dilakukan
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu siasatan rapi dilakukan dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, bagi memastikan integriti sistem pendidikan dijaga dan dipelihara semua pihak.
Naib Presiden Perkasa Syed Osman berkata gejala kebocoran peperiksaan awam tidak boleh dibiarkan berlaku lagi pada masa akan datang.
“Sebarang kelemahan atau penyelewengan akan membawa implikasi yang buruk kepada warga pendidik dan juga kerajaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata laporan polis sudah dibuat dan Perkasa berharap tindakan segera diambil terhadap mereka yang terlibat dengan angkara yang memalukan Kementerian Pendidikan dan kerajaan.
Syed Osman, yang juga Pengerusi Biro Pemantauan dan Integriti Agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Perkasa, berkata banyak kemungkinan boleh menyebabkan kebocoran berlaku termasuk angkara khianat, kurang telus, tidak bertanggungjawab, faktor upah dan juga rasuah.
“Mungkin juga atas sebab terlalu ghairah untuk mengejar prestasi dan kecemerlangan bagi pihak-pihak tertentu. Tetapi bagi Perkasa, yang lebih merisaukan ialah faktor integriti yang sepatutnya menjadi budaya di kalangan penjawat awam.
“Setiap agensi kerajaan mewujudkan SOP (Prosedur Operasi Standard) masing-masing dengan tujuan ia dapat memberi kualiti kepada aspek pengurusan dan pentadbiran. Akan tetapi jika tahap integriti tidak wujud di kalangan penjawat awam, SOP sudah tidak bererti lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. – BERNAMA
TOP
Pecah Amanah: Bekas Eksekutif Akaun Bebas Tuduhan
KUALA LUMPUR – Bekas eksekutif akaun sebuah syarikat mengalirkan air mata kegembiraan selepas Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM620,000 kerana melakukan tujuh kesalahan pecah amanah membabitkan lebih RM600,000.
Hakim, Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Heow Siew Chun, 41, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah pada 12 November 2013.
Sehubungan itu, Amelia melepas dan membebaskan Siew Chun daripada pertuduhan berkenaan.
Dalam penghakimannya, Amelia berkata, selepas meneliti rekod rayuan, mahkamah berpuas hati hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf ketika mensabitkan perayu (Siew Chun).
Pihak pendakwa gagal untuk mengemukakan bukti yang boleh dipercayai dan boleh diterima untuk membuktikan pertuduhan itu,” katanya dan menambah hakim juga telah terkhilaf apabila memerintahkan perayu membela diri terhadap kesnya itu.
Siew Chun dijatuhi hukuman penjara berjumlah 42 tahun dan didenda RM620,000 atau penjara 62 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah.
Dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak iaitu tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun.
Tertuduh didakwa pecah amanah wang tunai RM644,664.86 milik syarikat pemasangan bumbung, Atapan Ace Sdn Bhd di syarikat itu di Taman Taynton, Cheras di sini antara Disember 2004 dan Disember 2011.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt manakala peguam Gooi Soon Seng mewakili Heow. – BERNAMA
TOP
Warga Asing Kurang Ajar, Label Polis Dengan Perkataan Biadap Di FB
Wow, semakin biadap warga asing kat negara ni. Seorang dari mereka, Aldo Zahra, dipercayai warga Indonesia, dengan sesuka hati saja memanggil polis Malaysia dengan sesuatu yang sangat biadap. Baca saja status di atas, siapa tak menyirap kan?
Dia memuat status berkenaan di laman Facebook Persatuan TKI Malaysia Anti Diskriminasi. Dia membuat kenyataan itu berdasarkan tindakan anggota polis yang memeriksa dokumen dan permit warga asing di dalam bas RapidKL.
Dia menyuruh semua 'sahabatnya' supaya berhati-hati ketika berada di negara ini. Korang dah datang duduk kat tempat orang, bahasa tu jaga la sikit. Tak perlu la nak guna kata-kata biadap kat orang sini.
Ini adalah contoh warga asing yang biasa membawa masalah kepada negara kerana mereka ini jenis yang tak reti-reti nak hormat orang tempatan.
Jika sebelum ini warga Malaysia yang menghina polis dikenakan tindakan undang-undang, kenapa tidak yang ini? - SiakapKeli.com
TOP
Singapura Umum Tol Naik Lebih 200 peratus
Pihak berkuasa pengangkutan darat Singapura mengumumkan kenaikan kadar baru tol lebih 200 peratus bagi kenderaan yang masuk dan yang meninggalkan negara tersebut melalui Tambak Johor.
Kenaikan tersebut yang berkuatkuasa 1 Oktober bagaimanapun tidak meliputi motosikal, menurut kenyataan lembaga berkenaan.
Kadar bayaran tol bagi kereta meningkat dari RM3 kepada RM9.60 manakala kadar bagi van dan kenderaan perdagangan ringan meningkat dari RM4.80 kepada RM14.60.
Kadar bagi teksi dan bas pula masing-masing akan meningkat dari RM1.50 dan RM2.50 kepada RM4.80 dan RM7.80.
Pengumuman itu susulan tindakan Lembaga Lebuhraya Malaysia yang menaikkan kadar tol di Tambak Johor sehingga tiga kali ganda, berkuatkuasa 1 Ogos lalu. - MalaysiaKini
TOP
Budak Sekolah Kongsi Cerita Toreh Lengan Di FB
Macam-macam la budak-budak zaman sekarang. Jika sebelum ini, kami bawakan kes dimana satu pasangan kanak-kanak yang dah terlebih 'advance', kali ini kes toreh tangan pula tersebar.
Kes toreh-menoreh tangan ini telah tersebar di laman sosial dan berasal Facebook budak itu sendiri, dipercayai dimuat naik olehnya sendiri. Menurut cerita dalam statusnya, dia ni sedih, sebab sedih dia, pergi toreh tangan dia di dalam tandas guna gunting. Kalau nak sakitkan diri sendiri, buatlah sendiri..tak perlu kecoh-kecoh di FB. Bagi penulis senang saja, budak ni cuma mahukan perhatian, atau dalam bahasa omputihnya 'Attention Whore'. - SiakapKeli.com

Luahan Hati Isteri Mat Hatim, Penjenayah Paling Dikehendaki Polis
Penjenayah yang paling dikehendaki polis telah tersungkur ditembak polis, Isnin lalu.
Haatim Mohd Zain atau nama popularnya Mat Hatim, 25, maut bersama dengan seorang rakannya Mohamad Hafiz Saupi selepas satu kejadian berbalas tembakan dengan polis di Pasir Puteh. Walaupun merupakan penjenayah yang paling dikehendaki oleh polis, menurut isterinya, MaT Htim adalah seorang suami dan ayah yang baik. Isterinya menceritakan perkara tersebut melalui Facebooknya.
Status ini ditulis dalam loghat Kelantan. Secara ringkasnya, isteri Mat Hatim memberitahu suaminya adalah yang terbaik di hatinya dan adalah seorang suami dan ayah yang baik semasa hidup. Isteri Mat Hatim juga memberitahu yang suaminya senantiasa memberikan apa yang dimintanya. Betul juga kata isteri Mat Hatim ni.. Bukan kita untuk mengadili seseorang. Syurga dan neraka pun bukan di tangan kita...tapi di tangan Tuhan. - SiakapKeli.com

VIDEO: Gula-gula Kapas Dalam Bentuk 3D!
Siapa tak suka gula-gula kapas.. Kalau masa kecil-kecil dulu, makanan ni la yang menjadi kegilaan ramai. Mana taknya..dah la manis, gebu pula tu.
Biasanya, bila sebut gula-gula kapas, kita akan terbayang bentuknya yang bulat dan kadang-kadang ada kon aiskrim kan? Tapi kali ini, kami ingin berkongsi video yng mana gula-gula kapas dihasilkan dalam bentuk yang menarik dan juga 3D!
Video ini dirakam di China dan berjaya menarik perhatian pelanggan dengan rupa bentuknya yang menarik itu.
Nampak je macam mudah nak buat..Tapi cuba bayangkan...macam mana nak hasilkan bentuk macam tu dengan fizikal gula-gula kapas yang lembut dan gebu...Sungguh menakjubkan - SiakapKeli.com
Nampak je macam mudah nak buat..Tapi cuba bayangkan...macam mana nak hasilkan bentuk macam tu dengan fizikal gula-gula kapas yang lembut dan gebu...Sungguh menakjubkan - SiakapKeli.com
TOP
'Janganlah Ringan Mulut Tabur Fitnah’ - Hanez Suraya
Sebelum ini, khabar angin tentang Hanez Suraya nak kahwin tersebar seketika dan menjadi perhatian umum setelah dia memperagakan gaun pengantin rekaan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh Hatta Dolmat sendiri di laman instagramnya.
Oleh kerana itu, timbul ura-ura Hanez Suraya sedang menggayakan baju pengantin untuk perkahwinannya.
Hanez Suraya menafikan khabar angin tersebut dengan memuatnaik satu gambar dengan satu caption yang panjang lebar :
Caption gambar berkenaan berbunyi seperti berikut :
“Assalammualaikum.. Malam ni sy nak beritahu anda smua yg selama ni jd tanda tanya pd smua.. Xpernah dr mulut sy yg mengatakan sy nak bernikah atau kahwin dgn sesiapa!! Ada pihak2 yg cuba buat andaian sdiri utk naikkan rating blog masing2, sy harap anda kerja dgn lebih professional dgn ada bukti yg sahih.. Dan kpd yg dh tabur fitnah ada yg kata dh dpt kad, tarikh bagai tu semua fitnah belaka.. “Selama ni benda yg baik sy akan share pd smua.. Jd jgn lah terlalu percayakan dr sumber2 yg x benar!! Dan jgn lah ringan mulut utk menabur fitnah.. Sy pon xreti nak berbahas lg.. Maafkan sy kalau slama ni menjadi persoalan pd smua.. Sy buat mcmni kerana sy hormat kerja sy.. Sbb ini adalah campaign utk HATTA DOLMAT WEDDING COUTURE.. Sekian terima kasih.. Assalammulaikum~ Video by @cairellmarwan for @hattadolmat #hattadolmatweddingcouture Makeup by @razzimusa Hair by @sherryalauddin Styling by @tymfatimah Photo by @muhammadzameer” Marah benar nampaknya Hanez Suraya dengan gossip kali ini.. Tapi namapun artis..Kalau tak ada gossip, tak ada la bestnya kan? - SiakapKeli.com

GAMBAR: Ribuan Polis Terlibat Tangkap Ketua Yakuza Jepun!
Satoru Nomura, 67, ialah ketua kongsi gelap Yakuza Kudokai.
Baru-baru ini beliau ditahan kerana disyaki suspek utama ke pembunuhan yang berlaku pada tahun 1998.
Satoru Nomura dikatakan menembak mati Kunohiro Kajikawa (70) ketua koperasi nelayan tempatan kerana enggan berurusan dengan kongsi gelap.
Bagi memastikan penahanan dapat dilakukan dengan selamat ratusan polis pencegah rusuhan dikerah untuk mengelilingi rumah godfather ini.
Sindiket Kudokai adalah kumpulan Yakuza terbesar di Jepun dengan ahli dikatakan mencecah 60,000 orang. Mungkin polis Jepun ingin memastikan Satoru dapat ditangkap tanpa konco-konconya datang menyelamatkan beliau.
Foto: Daily Mail
Sumber: Blog Serius

ROGOL: Hukuman Ahli Ruffedge Kekal 20 Tahun Penjara, Sebat
Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.
Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.
Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.
“Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.
“Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu,” katanya, hari ini.
Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.
“Seorang bapa perlulah melindungi anaknya,” katanya.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.
Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.
Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.
TOP
Pengarah Felda berkerjasama dengan penjenayah interpol?
PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengecam tindakan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad kerana dilihat berurusan dengan Rafat Rizvi, seorang lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa atas tuduhan rasuah, penipuan dan jenayah perbankan di Indonesia.
Nik Nazmi juga menekankan agar Faizoull memberi penjelasan tentang perkara ini kerana beliau sebagai Pengarah Besar Felda perlulah bertanggungjawab atas tindakannya.
Faizoull Ahmad yang juga menyandang jawatan Pengerusi Kelab Bola Sepak Liga Super Malaysia Felda United telah melawat kelab pasukan bola sepak Scotland Glasgow Rangers bersama Rafat beberapa hari lepas.
“Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat potensi untuk menjalankan program pembangunan anak muda bersama Felda United.
“Walau bagaimanapun, mengapakah beliau perlu melibatkan Rafat, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki polis dalam urusan ini? Apatah lagi melantik Rafat sebagai penasihat beliau,” soal beliau dalam satu kenyataan.
Tambah Nik Nazmi, beliau mempersoalkan adakah Faizoull tidak sedar bahawa Rafat telahpun didapati bersalah atas kesalahan penipuan yang bernilai jutaan dollar oleh Mahkamah Jakarta kerana terlibat dalam skandal kejatuhan Bank Century Indonesia?
“Tindakan Faizoull ini sangat mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan.
“Tambahan lagi, terdapat spekulasi bahawa beliau ingin membeli pasukan bola sepak Glasgow Rangers,” ujarnya. ─ Free Malaysia Today
TOP
“Semua Orang Tahu Saya Cenderung Sebelah Sana”
KOTA BHARU – “Semua orang tahu, saya cenderung ke sebelah sana,” komen ringkas pelakon Mustafa Kamal apabila ditanya mengenai kehadirannya pada majlis anjuran parti pembangkang.
Malahan, beliau tigak menganggap tindakannya itu suatu kesalahan kerana baginya masyarakat kini bersikap terbuka dan dapat menerima perbezaan pendapat dari segi politik.
“Perbezaan pendapat (politik) itu bagus. Kita tidak boleh menghukum orang lain semata-mata kerana orang itu berbeza pendapat dengan kita. Dalam Islam sendiri tidak salah jika berbeza pendapat untuk kebaikan,” katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Geting, Pengkalan Kubor, tempat di mana PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, 25 September ini, malam Khamis.
Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa, atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud, 52, berkata, beliau berada di Kelantan kerana ada urusan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Bagaimanapun, anak kelahiran Kota Bharu ini berkata, urusan yang dimaksudkannya itu tidak mempunyai kaitan dengan PRK Pengkalan Kubor.
“Hari ini (Jumaat) sudah hari keempat saya di sini dan saya akan berada di sini beberapa hari lagi.
“Kebetulan malam tadi (Khamis) saya perlu ambil dokumen daripada seseorang yang berada di tempat PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding,” katanya.
Walaupun ia berlaku secara kebetulan, pelakon drama dan filem yang dikenali ramai ini tidak menafikan kehadirannya itu secara tidak langsung telah menonjolkan penglibatan dirinya dalam parti politik pembangkang.
Mengenai peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di Pengkalan Kubor, katanya, beliau tidak begitu mengenali calon untuk kedua-dua parti.
“Saya bukan penganalisa dan bukan pengundi di kawasan ini.
“Tapi beradasarkan sembang kedai kopi dengan penduduk setempat, mereka kata setakat hari ini peluang 50-50.
“Tengoklah dua-tiga hari sebelum mengundi nanti, mungkin kita boleh nampak peluang dengan lebih jelas,” katanya yang merupakan pengundi di DUN Chempaka.
Sejak kebelakangan ini, Mustafa sering memegang watak bapa, termasuklah dalam drama bersiri popular, Awan Dania.
Dalam era 90-an, beliau pernah membintangi banyak filem termasuklah filem Adik, Mira Edora dan Kami The Movie.
Katanya, walaupun banyak melakukan kerja-kerja di luar bidang seni, beliau masih menerima tawaran berlakon.
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. – mStar Online
No comments:
Post a Comment