TOP
Masih Ada Masa Lunaskan Pinjaman Skim Bazar Ramadan
PUTRAJAYA – Peminjam Skim Bazar Ramadan (SBR) masih mempunyai masa sehingga 30 Sept ini untuk menjelaskan pinjaman mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Katanya setakat ini, kutipan peringkat pertama pembayaran balik SBR yang sepatutnya berakhir 31 Ogos, agak lembap.
“Bagaimanapun, kita akan menggiatkan lagi usaha kutipan ini dan yakin mereka akan menunaikan janji untuk membayarnya. Mungkin juga mereka suka membuat pembayaran pada saat-saat akhir,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di sini hari ini.
Kerajaan memperkenalkan SBR mulai tahun ini kepada penjaja dan peniaga kecil untuk berniaga sepanjang Ramadan lepas yang memberi manfaat kepada 11,589 peminjam dengan pembiayaan berjumlah RM30,802.
Ia merupakan pembiayaan mikro tanpa faedah, tanpa cagaran dengan had pembiayaan sehingga RM3,000 dan perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh dua bulan iaitu 50 peratus bayaran sebelum tamat bulan Syawal (31 Ogos) manakala bakinya sebulan selepas Syawal (30 Sept).
Katanya SBR akan terus diperhalusi pada masa akan datang supaya dapat memberi lebih banyak manfaat kepada penjaja dan peniaga kecil.
Mengenai mesyuarat hari ini, Hasan berkata ahli-ahli majlis, antaranya exco-exco kerajaan negeri yang memegang portfolio peniaga kecil dan keusahawanan serta wakil persatuan penjaja dan peniaga kecil menyambut baik segala bantuan dan faedah yang diberikan kerajaan.
Menurut Hasan, kementerian juga sedang meneliti Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil yang lebih komprehensif dengan mengambil kira semua aspek pembangunan sektor penjaja dan peniaga kecil seperti pembiayaan, latihan, jaringan keselamatan dan infrastruktur.
Pelan itu dijadual dilancarkan pada sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil pada 18 Nov ini, kata Hasan. – BERNAMA
TOP
Larian Antarabangsa CAPAM 2014 Tawar Wang Tunai RM50,000
PUTRAJAYA – Malaysia, selaku tuan rumah Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan 2014 (CAPAM), akan menganjurkan Larian Antarabangsa CAPAM di Dataran Putrajaya di sini pada 19 Okt ini.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata larian julung kali itu menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 serta diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 CAPAM.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau berkata sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu larian ria lima kilometer, tujuh kilometer bagi pelajar sekolah menengah, 10km terbuka dan 12km.
Orang ramai boleh menyertai larian tersebut dengan mendaftar melalui laman web www.hooha.asia.
CAPAM 2014 dengan tema ‘Transformasi Perkhidmatan Awam Satu Bicara Baharu’, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini mulai 19 hingga 21 Okt ini. – BERNAMA
TOP
Pekerja Pasar Raya Hadapi Dua Tuduhan Tipu
IPOH – Seorang pekerja pasar raya hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan menipu, tahun lepas.
Mohamad Nasaruddin Mukhtar, 47, sebelum itu mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Apabila prosiding mahkamah bersambung semula selepas ditangguhkan beberapa minit kerana memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menyediakan fakta kes, tertuduh menukar pengakuannya selepas kedua-dua tuduhan dibacakan sekali lagi.
Mohamad Nasaruddin didakwa cuba memperdayakan Mohamad Firdaus Idris melalui panggilan telefon dengan menyatakan kononnya jaminan diberi kepada syarikat lelaki itu untuk mendapat apa-apa projek di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jelapang di sini pada pukul 2.13 petang, 13 Sept 2013.
Bagi tuduhan kedua, Mohamad Nasaruddin didakwa bersama seorang lagi individu yang masih bebas, cuba menipu orang yang sama dengan mendakwa bahawa Mejar (B) Datuk Nordin Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Setiausaha KDN ketika itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kini KSU Kementerian Komunikasi dan Multimedia) boleh menjamin syarikat Mohamad Firdaus mendapat apa-apa projek di KDN.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Bercham Corner, Bercham di sini pada pukul 5.30 petang, 13 Ogos 2013. – BERNAMA
TOP
Polis Siasat Penipuan Kad Kuasa Risikan KDN
KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung penipuan kad kuasa risikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dirampas dari seorang lelaki di Alor Gajah, Melaka, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Zinin, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan ke atas suspek bagi mengenalpasti bagaimana dia memperoleh kad kuasa berkenaan selain mengesan kemungkinan terdapat individu tidak bertanggungjawab di dalam KDN.
“Kita tidak mahu mereka yang tidak bertanggungjawab ini mencemarkan imej KDN dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), justeru tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah,” katanya selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, pagi tadi.- BH Online
TOP
Bertudung Labuh Tapi Banyak Gambar Selfie Bogel Di Twitter
Sebuah laporan di internet yang mengatakan bahawa seorang remaja bertudung labuh tapi dipenuhi dengan gambar bogelnya di dalam akaun Twitter telah menjadi popular baru-baru ini.
Setelah disiasat, akaun tersebut adalah akaun palsu dan berasal dari Indonesia.
Tetapi, yang masih menjadi persoalan, apa yang sudah jadi dengan remaja Islam zaman sekarang. Setelah konsep gambar selfie diperkenalkan, lebih banyak gambar seperti ini dihasilkan.
Lebih menyedihkan, gambar-gambar ini telah dikongsi di laman sosial dan kini telah menjadi bahan ketawa orang bukan Islam.
- SiakapKeli.com

Media Bukan Punching Bag, Tugas Kami Lapor Kejadian – MPPA
KUALA LUMPUR: Tindakan ganas terhadap jurufoto, Mohd Aizuddin Akmal Saad yang ditumbuk ahli keluarga mangsa nahas MH17, Selasa lalu tidak boleh diterima dan dianggap biadap.
Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), Zainal Abdul Halim berkata, jurufoto media tidak seharusnya menjadi sasaran (punching bag) untuk pihak tertentu melepaskan geram, sebaliknya mereka hanya menjalankan tugas merakamkan setiap kejadian.
Sehubungan itu, pihaknya mendesak supaya siasatan serta tindakan tegas diambil terhadap individu yang menumbuk Aizuddin ketika bertugas di di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi.
“Jika pihak media diberitahu bahawa keluarga mangsa tidak mahu sebarang liputan, tentu kami tidak akan suka-suka buat liputan,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi mengenai kejadian ini bagi pihak persatuan, Khamis.
Zainal berkata, kejadian itu menyebabkan Aizuddin mengalami pendarahan dan patah hidung, manakala kamera yang digunakannya rosak.
Jelasnya lagi, sebagai presiden persatuan mewakili jurufoto media negara ini, pihaknya akan menyokong apa sahaja keputusan mangsa selepas ini.
“Siasatan masih dibuat dan bagi saya sebarang keputusan lanjut untuk membawa kes ini ke mahkamah terserah kepada mangsa.
“Tugas kami di persatuan memastikan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya,” tambahnya.
Menurut Zainal, masyarakat ‘berkokok’ mendesak pihak media diberi kebebasan membuat liputan tanpa sekatan.
“Mereka menuntut diberi kebebasan kepada media, lebih bebas daripada yang dinikmati sekarang.
“Malangnya mereka jugalah yang mengenakan sekatan kepada jurufoto media tertentu untuk membuat liputan secara bebas dan mereka ini jugalah yang mengancam jurufoto media,” katanya. – MSTAR ONLINE
TOP
Kakitangan MAS Perlukan Pembelaan – Nurul Izzah
Seperti yang telah dilaporkan oleh akhbar The Star, 6000 kakitangan bakal kehilangan mata pencarian melalui skim VSS1, pada masa yang sama tidak ada sebarang kenyataan berkenaan status pengurusan teratas.
Perancangan untuk cuba menghidupkan kembali MAS melalui penyuntikan RM6 bilion sementara memberhentikan para pekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu membawa persepsi bahawa kepentingan para pekerja tidak dibela. Malahan, soalan yang belum dijawab adalah samada pihak pengurusan teratas telah gagal untuk mengurus MAS dengan baik.
Kerajaan mengumumkan suntikan oleh Khazanah Nasional sebanyak RM6 bilion yang digelar sebagai “pelaburan” bagi menyelamatkan MAS. Tan Sri Azman Mokhtar dilaporkan berkata suntikan ini akan dapat diperolehi semula; walaupun dalam laporan yang sama beliau dilaporkan menganggap suntikan sebanyak RM7 billion yang telah diberi semenjak tahun 2001 mungkin tidak akan dapat diperolehi semula.
The Edge pada Jun tahun ini telah melaporkan bahawa bagi tahun 2013, kerugian MAS sebanyak RM1.17 bilion. Menurut Jabarullah Abdul Kadir, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Sekerja MAS, pemberhentian pekerja seperti yang sedang dirancang ini tidak akan membaiki prestasi MAS. Menurut beliau, MAS sedang menghadapi masalah kekurangan juruterbang, krew kabin, staf kejuruteraan dan operasi lapangan terbang. Beliau menambah, “Sekiranya MAS kerugian RM4 juta setiap hari walaupun kapasiti menghampiri 80 peratus setiap penerbangan, ini bermakna ada sesuatu yang tidak betul dalam cara syarikat ini dijalankan. Pelan perniagaan ini perlu disemak semula.”
Justeru, saya ingin menuntut agar Kerajaan membuat penjelasan secara terperinci dan membentangkan laporan kewangan MAS termasuk keuntungan atau kerugian operasi daripada tahun 2008 sehingga ke hari ini kepada Parlimen bagi memastikan tiadanya tanda tanya dalam perakaunan MAS. Tambahan lagi, satu firma audit forensik antarabangsa yang bebas perlu dilantik untuk menyediakan laporan audit forensik bagi menjawab soalan-soalan rakyat mengapa MAS masih gagal mencatat keuntungan selepas beberapa percubaan penyuntikan dana.
nurul izzah_2Sehubungan ini, kerajaan juga bertanggungjawab mendedahkan kandungan perjanjian dengan syarikat-syarikat pembekal termasuk Brahim’s Holdings Bhd untuk diaudit – dalam menentukan samada perjanjian tersebut adalah adil bagi semua pihak yang terlibat.
Menurut laporan, MAS boleh menjimatkan sehingga RM300 juta setahun sekiranya perjanjian-perjanjian ini ditamatkan. Yang nyata, penstrukturan semula buat kali ketiga ini berhak memberi justifikasi kepada tuntutan selanjutnya supaya prestasi dan kerja setiap ahli lembaga pengarah MAS diaudit kerana nampaknya mereka telah gagal untuk memastikan kejayaan syarikat penerbangan nasional ini.
Pihak pengurusan MAS yang juga harus dipertanggungjawabkan ke atas nasib para pekerja yang bakal terkesan akibat kegagalan ini. Nasib mereka tidak dibela dengan adil dan telus.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN
Sumber : KeadilanDaily

Berita Pemindahan Makam Nabi Muhammad Suatu Pembohongan
KUALA LUMPUR – Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan oleh akhbar Britain ‘The Independent’ adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (ISISCO).
Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama hari ini, ISISCO yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson.
Akhbar itu pada hari ini menyiarkan artikel itu yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.
Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad S.A.W akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu.
ISISCO berkata laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.
Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya.
ISISCO menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah S.A.W akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.
ISISCO juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu. – BERNAMA
TOP
Remaja Singapura Maut Terkena Renjatan Elektrik Dari Alat Pemanas Air
Singapura - Seorang warga negara Singapura, Greogary Ng, 18 maut terkena renjatan elektrik yang dipercayai dari alat pemanas mandiannya di flat Hougagng Aveenue 3, Singapura.
Menurut laporan dari stomp.com, kejadian itu disedari oleh keluarga mangsa yang mendengar mangsa menjerit kesakitan selepas masuk ke kamar mandi. Setelah terdengan jeritan mangsa, keluarga mangsa terus memecahkan pintu bilik mandi dan menemukan Greogary dalam keadaan terbaring dengan soket pemanas alat pemanasnya berasap. Sambil menunggu ambulan tiba, adik dan ibu saudara mangsa cuba melakukan CPR atas arahan dari penyelamat melalui telefon. Tapi malangnya ia tidak berjaya. Mansa meninggan akibat sakit jantung dek kerana renjatan elektrik dalam perjalanan ke Hospital Changi. Datuk kepada mangsa, Anthony Ng, 62 , yang bekerja sebagai seorang pemandu teksi berkata, dia baru saja menggantikan pemanas mandian yang lama dengan yang baru. “Saya membayar SGD300 (RM 762) untuk pemanas mandian baru yang berjenama. Namun ia telah membunuh cucu saya,” katanya. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, terdapat tiga punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dari alat pemanas air iaitu pemasangan tidak mengikut spesifikasi, kebocoran air serta tiada penyelenggaraan. - SiakapKeli.com

‘Nurul Nizam’ Ditahan, Ugut Nak Bunuh PM Dalam Facebook
Johor Bahru – Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini, hari ini, berkaitan status satu akaun laman sosial Facebook yang didakwa mengugut menembak Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan serta individu tertentu dalam kabinet.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh seorang pegawai polis, kira-kira 2 petang.
Status berkenaan dipercayai dimuat naik pemilik akaun FB, Nurul Nizam, pada 10.45 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan polis berkenaan.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan dengan cara menyembunyikan nama. – Harian Metro
TOP
Cerita sebenar gadis kejam pijak kucing sampai mati pakai kasut tinggi
Seorang wanita dengan nama samaran Amoyy Mongek telah mencetuskan kemarahan orang ramai setelah memuat naik gambar seekor kucing yang dipijak kononnya dia yang melakukan perkara tersebut disebabkan kucing itu telah mencuri ikan di dapur.
Caption bagi gambar tersebut berbunyi:
"Pagi pagi dah buat orang marah, curi ikan di dapurrr, ni makan dia mampos kau kucingg,, binatang bodoh"
Bagaimanapun melihat kepada gambar, penulis teringat pula pada satu ketika dulu kecoh juga di laman sosial berkenaan gambar seekor kucing telah dipijak dengan kasut bertumik tinggi. Selain itu nama samaran Amoyy Mongek sebenarnya tidak asing lagi dengan status yang tidak disenangi oleh masyarakat. Sebelum ini nama tersebut juga ada memuat naik status yang menghina mangsa MH17.
Jadi berdasarkan carian google terhadap gambar kejam kucing dipijak berkenaan telah menunjukkan ia dilakukan oleh seorang wanita warganegara China dan pernah viral di laman sosial pada tahun 2009 yang lalu.
Dipercayai akaun Facebook Amoyy Mongek ini adalah palsu. Tidak tahulah apakah motif individu ini yang sering kali memuat naik status yang sengaja menarik perhatian orang ramai kerana perkara negatif. - SiakapKeli.com

Bukan Idea Baik Bagi Khalid Sertai PAS
SHAH ALAM – Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata sekarang bukan idea yang baik untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai parti itu.
Katanya, berdasarkan faktor politik semasa di negeri Selangor, Menteri Besar perlu menumpukan perhatian menyelesaikan banyak isu di negeri berkenaan.
“Saya fikir bukan idea yang baik (bagi Abdul Khalid) menyertai PAS pada ketika ini. Saya ingat dia pun nak keluar daripada politik…saya rasa dia pun nak pergi bercuti,” katanya secara berseloroh ketika ditanya wartawan sama ada Abdul Khalid menawarkan diri untuk menyertai PAS.
Iskandar ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Kemelut politik di Selangor menjadi tegang apabila Abdul Khalid yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan sokongan 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk dua daripada PAS.
Bagaimanapun, Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sehingga pelantikan menteri besar baharu dibuat.
Semalam, Menteri Besar itu dilaporkan berkata pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti iaitu PKR, PAS dan DAP telahpun menghantar nama calon bagi jawatan menteri besar kepada Sultan Selangor seperti dititahkan baginda. – BERNAMA
TOP
MANGSA TEMBAK: Mahkamah Arah PDRM Bayar Norizan RM300,000
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang terlibat dalam kes tembakan Norizan Salleh pada 2009 membayar ganti rugi tauladan RM200,000 dan 2 ganti rugi lain berjumlah RM100,000.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata tuntutan ganti rugi yang dikenakan adalah sebagai pengajaran kepada penjawat awam terutamanya anggota polis supaya tidak sewenang-wenangnya dalam menjalankan tugas.
Peguam yang mewakili Norizan, N Surendran berkata, ini adalah kes pertama membabitkan pihak yang ditembak polis berjaya mendapat pembelaan di mahkamah.
“Mahkamah menganugerahkan RM50,000 untuk kerosakan umum, penderitaan kesakitan dan lain-lain. RM50,000 lagi untuk serangan dan keganasan. “Biaya perubatan RM18,260 dan yang terpenting mahkamah menghantar mesej jelas kepada polis untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap individu,” katanya kepada media di luar kamar mahkamah. Norizan, 34, memfailkan tuntutan saman pada Oktober 2012 dengan menamakan kerajaan Malaysia, ketua polis daerah Sentul, ketua polis negara dan seorang pegawai polis sebagai defendan selepas mangsa tembakan polis tersebut gagal mendapat pembelaan hampir 3 tahun. Norizan mendakwa dia menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009. – The Malaysian Insider

Pemimpin PAS Dakwa The Malaysian Insider Buat Fitnah
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairudin Aman Razali mendakwa portal berita The Malaysian Insider memfitnah beliau melalui laporan bertajuk `Ulama PAS akui 2 ADUN gagalkan usaha kerjasama dengan UMNO’ yang disiarkan semalam.
Mohd. Khairudin mendakwa, beliau tidak pernah menyebut atau mengesahkan bahawa PAS bekerjasama dengan UMNO dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor.
“Itu rekaan dan fitnah The Malaysian Insider yang sangat jahat. Menasabkan kepada seseorang apa yang tidak disebut atau dikatakan oleh dirinya adalah fitnah jahat,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
The Malaysian Insider semalam melaporkan Mohd. Khairudin mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan UMNO.
Berdasarkan laporan portal berita tersebut, Mohd. Khairudin membuat perakuan itu melalui satu penulisan yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS.
Mohd. Khairudin bagaimanapun mendakwa, beliau dalam penulisan itu cuma menyebut Abdul Khalid mempunyai sokongan 26 ADUN termasuk 13 ADUN PAS dan 12 ADUN UMNO yang menyokong tanpa syarat maka Abdul Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai Menteri Besar dalam situasi itu.
Dakwa beliau, petikan itu hanya penyataan terhadap apa yang sedang berlaku dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor iaitu Abdul Khalid disokong 26 ADUN dan bukan perakuan beliau PAS bekerjasama dengan UMNO.
“UMNO sememangnya mengisytiharkan di media sebagaimana semua orang tahu menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar,” katanya.
TOP
Jersi Ketat Mawar Punca Fizo Omar Ditegur Netizen
Setiap manusia tidak sempurna dan akan sentiasa cuba memperbaiki diri sendiri kan? Itulah persepsi pertama saya apabila membaca lambakan kritikan yang diterima oleh Fizo Omar.
Ha.. kali ini bukan pasal tudung Fareeda lagi dah. Tapi lebih kepada kutukan yang dilemparkan kepada isterinya, Mawar dek kerana menyarung jersi sebuah pasukan bola yang dikatakan agak ketat pada pandangan orang ramai.
Foto tersebut mula mendapat perhatian para netizen apabila ia dijadikan sebagai profile picture di Facebook Fizo, lantas mengundang perbalahan di kalangan mereka.
Kebanyakan mereka dilihat menyalahkan Fizo yang dikatakan tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami untuk menjaga aurat isterinya.
Malah, ada juga yang mempersoalkan lambang salib yang berada di logo pasukan bola berkenaan dan dikatakan tidak patut disarungkan oleh umat Islam.
Bagaimanapun, masih ada yang simpati dengan Fizo dan mengeluarkan kata-kata yang berunsur nasihat kepada pasangan itu supaya perbalahan itu menjadi reda.
Macam saya cakap tadi lah. Manusia ni penuh dengan khilaf. Mungkin bila dah dapat banyak kritikan macam ni, Fizo dan Mawar akan jadi lebih alert lepas ni. Tegur menegur tu bagus, tapi janganlah sampai menyumbang aib pula ya! - Oh Bulan!

Kongsi Gambar Pegang Kemaluan.. Jupe Beraksi Lucah Di Instagram
Bukan Julia Perez namanya kalau tak timbulkan kontroversi yang sensasi. Mantan kekasih Gaston Castano itu sering memuat naik foto kontroversinya melalui akaun Instagram beliau.
Beberapa hari yang lalu, artis seksi ini kembali mengundang kontroversi. Beliau telah memuat naik sekeping foto yang yang membuatkan peminat-peminatnya tercengang dan masing-masing berlumba melontarkan komen.
Foto yang memaparkan tangan beliau dibahagian sulitnya menggemparkan peminat. Caption yang ditulis juga cukup untuk membuatkan suasana menjadi bertambah panas.
"kalau anda lihat gambar ini 'bergerak', artinya anda stress kaga dapet jatah," tulisnya diakhiri dengan sebuah emoticon tertawa.
Sumber: pilihan-anda.blogspot.com

Scha Al Yahya Kembali Langsing Setelah Selesai Berpantang
Pergh~~~ Power sungguh Scha Al Yahya kerana berjaya tampil langsing, gorgeous dan kembali seperti zaman anak dara selepas selesai berpantang melahirkan anak pertamanya. Kagum Abang Nara dibuatnya.
Abang Nara yakin Scha berusaha keras dan menjaga pemakanannya sehabis baik untuk mendapatkan kembali badan seperti ini. Mungkin Scha boleh berkongsi tips-tips serta amalan yang dilakukan sepanjang berpantang untuk dijadikan panduan buat kaum ibu yang lain. Selaku seorang selebriti penampilan haruslah diutamakan walaupun sudah bergelar seorang ibu. Berdasarkan pengalaman isteri Abang Nara, bukan senang untuk berpantang lebih-lebih lagi jika menyusukan anak.
Memang sentiasa rasa lapar. Jadi Abang Nara respek kepada ibu-ibu seluruh dunia. Dahlah sakit yang amat melahirkan anak, lepas itu masih ada semangat yang jitu untuk membesarkan anak sambil berpantang. Hanya wanita yang bergelar ibu sahaja mampu melakukan semua itu. Dengan selesainya tempoh berpantang, ini bermakna tidak lama lagi Scha dan Awal akan mengumumkan nama dan memperkenalkan wajah anak mereka kepada kita semua. Tak sabar nak menunggu saat itu. Apa pun, Scha tampak makin berseri-seri dan tampak sangat keibuan sekarang ini. Lagi beberapa gambar Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. - beautifulnara.com

Hutan Negara Masih Punyai Banyak Peluang Untuk Diterokai
PUTRAJAYA – Hutan tropika negara masih banyak lagi yang boleh diterokai bagi menambah pendapatan negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.
Beliau berkata perhutanan pada masa kini bukan lagi berasaskan pengeluaran kayu-kayan semata-mata, tetapi turut merangkumi segala aspek barangan atau perkhidmatan hutan.
“Tanggapan sesetengah pihak sebelum ini bahawa perhutanan adalah berkaitan dengan pengusahasilan kayu-kayan semata-mata adalah tidak tepat kerana manfaat daripada hutan menjangkaui lebih daripada itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Kebangsaan Penilaian Ekonomi Sumber Hutan 2014 di sini hari ini.
“Cabaran kita pada masa kini adalah untuk mengoptimumkan nilai tambah hutan daripada pengeluaran hasil secara produk tunggal dikembangkan kepada pengeluaran hasil hutan secara pelbagai produk,” katanya.
Palanivel berkata pada tahun lepas, sektor perhutanan menyumbang sebanyak RM8.5 bilion atau 0.9 peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) selain menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 300,000 orang.
Oleh itu, katanya, hutan-hutan di negara ini perlu diurus secara mapan bagi memastikan kawasan hutan dapat terus dikekalkan dan diwarisi untuk generasi akan datang.
Persidangan empat hari itu bermula 2 Sept bertemakan ‘Penjanaan Kekayaan Baharu Barangan dan Perkhidmatan Hutan: ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi’, dianjurkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, Palanivel turut memaklumkan bahawa jabatan itu sedang mengkaji cadangan penubuhan Pusat Penilaian dan Perakaunan Sumber Hutan.
Pusat ini akan ditubuhkan bertujuan untuk memberi khidmat nasihat, latihan perkhidmatan yang terunggul dalam bidang penilaian dan perakaunan sumber hutan tropika. – BERNAMA
TOP
Nas-T Akui Cemburu Lihat Rakan-Rakan Sudah Berkahwin
BIARPUN sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, Nas-T mengakui dirinya masih lagi belum punya calon yang sesuai.
Malah, pelakon berusia 31 tahun ini memberitahu, dia juga langsung tidak menetapkan sebarang sasaran untuk berkahwin sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada takdir.
"Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga?
"Hampir semua rakan-rakan saya sudah berkahwin dan punya anak. Ia membuatkan saya sedikit cemburu.
"Tapi, soal cinta bukan boleh dipaksa-paksa dan Insya-Allah sekiranya dipertemukan dengan wanita yang sesuai pasti saya akan berkahwin," katanya kepada Zass.
Akui bekas kekasih Nabila Huda ini lagi, dia kini semakin cerewet dalam memilih pasangan.
"Saya bukan kecewa tetapi pengalaman lalu mengajar saya agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.
"Bercinta bukan sekadar hanya hendak memberi peluang," katanya yang mengimpikan seorang gadis yang 'gila-gila' dan lasak sepertinya.
Jelasnya lagi, ada rakan-rakannya yang turut membantunya mencari pasangan, namun rezeki berjodoh masih belum datang kepadanya.
"Hubungan saya dengan hampir semua wanita yang diperkenalkan akhirnya hanya menjadi sebagai kawan biasa.
"Mungkin, saya lebih senang untuk mencari pasangan hidup saya secara sendiri," katanya.
Tidak hanya berfokus pada soal cinta, pemilik nama penuh Nas Muammar Zar Nasruddin sebaliknya memberikan keutamaan kepada kerjaya seninya, keluarga serta rakan-rakan yang banyak memberi sokongan moral kepadanya.
"Alhamdulillah, rezeki saya semakin bertambah sejak menjadi juara Fear Factor Malaysia musim kedua.
"Ini membuatkan saya terbuka untuk bekerja lebih kuat lagi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nas T kini terlibat dalam program hiburan, Suka Lattew di samping Alif Satar dan Shahrol Shiro di saluran Astro. - siapkapkeli
TOP
Pegawai kanan Israel akui terkejut dengan keupayaan pejuang Palestin
Seorang pegawai perisikan kanan tentera Israel mengakui terkejut dengan keupayaan pejuang-pejuang Palestin semasa serangan mereka terhadap Gaza baru-baru ini.
Pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan berkata demikian dalam satu taklimat di Tel Aviv lewat Selasa lapor PressTV.
Pegawai tersebut turut mengagumi latihan yang diterima pejuang Palestin dari kumpulan Jihad Islam dan Hamas.
Beliau juga bercakap mengenai gaya komando amfibia pejuang Palestin sambil menambah, "Anda boleh lihat bahawa mereka pasti telah dilatih di luar Semenanjung Gaza."
Kenyataan itu datang apabila Tel Aviv mendakwa 69 orang tenteranya terbunuh dalam konflik itu, namun kumpulan penentang Palestin meletakkan jumlah yang lebih tinggi daripada itu.
Pegawai itu juga menegaskan bahawa rejim Tel Aviv tidak menjangkakan 50 hari serangan udara dan darat itu bertahan selama itu, menunjukkan bahawa tentera Israel sebelum ini memandang rendah kekuatan pejuang Gaza.
“Jika anda bertanya kepada saya dua bulan yang lalu, saya tidak akan terfikir perang itu akan berlarutan sehingga 50 hari.
"Pihak kami menyangkakan ia akan mengambil masa lebih singkat dari itu namun kami salah, ia adalah satu kesilapan penilaian taktikal" kata pegawai tersebut.
Serangan kejam Israel berakhir pada 26 Ogos lalu melalui gencatan senjata yang ditaja Mesir dan* berkuatkuasa selepas rundingan Kaherah.
Lebih 2 ribu rakyat Palestin terbunuh dengan kebanyakan adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
Hampir 2,140 warga Palestin, kebanyakannya orang awam, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua, telah terbunuh dalam 50 hari serangan Israel ke atas Gaza dan 11,000 orang lagi cedera parah. ─ Astro Awani
TOP
Sekolah Jenis Kebangsaan tidak wajar dihapuskan
Gambar hiasan
SHAH ALAM - Menghapuskan sekolah vernakular bagi mewujudkan sekolah satu aliran adalah tidak wajar jika alasannya hanya untuk memupuk semangat perpaduan antara pelajar pelbagai kaum. Menurut bekas guru, Konteck Kamaria P Vjalleh @Osman, 65, yang mempunyai pengalaman 30 tahun mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, idea penubuhan Sekolah Wawasan adalah lebih baik kerana konsepnya yang menempatkan semua jenis sekolah di satu tempat. “Ada pelajar Melayu, India juga dihantar ke sekolah Cina, jadi kenapa mahu kita hapuskan sekolah vernakular sedangkan mereka juga menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran seharian. “Ramai yang menganggap bahawa sekolah menengah vernakular hanya menggunakan bahasa ibunda mereka, namun hakikat yang ramai tidak tahu sebenarnya ada subjek diajar dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, sepanjang mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, beliau sendiri tiada masalah berkomunikasi dengan pelajar Cina serta ibu bapa mereka. “Sistem sekolah yang ada sekarang sudah baik untuk memupuk semangat perpaduan antara mereka kerana banyak pertandingan dan acara sukan melibatkan pelajar pelbagai kaum dianjurkan,” ujarnya. Sementara itu, seorang lagi bekas guru, Fariz Musa, 44, yang mempunyai tiga tahun berpengalaman mengajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina turut senada berkata, sistem sekolah vernakular yang ada sekarang tidak pernah menjadi kekangan untuk memupuk perpaduan antara kaum. “Dasar sistem sekolah vernakular yang ada sekarang tidak pernah menghalang mana-mana pelajar daripada kaum lain untuk belajar di sekolah jenis Cina, Tamil mahupun kebangsaan. Jadi tidak timbul perlunya wujud sekolah satu aliran. “Lagipun kebanyakan sekolah kebangsaan mempunyai pelbagai kaum yang belajar di sana. Di situ pun mereka sudah bergaul antara kaum,” katanya. Menurutnya, perkara yang menyentuh isu perkauman di mana-mana sekolah vernakular juga tidak berlaku kerana semua sekolah mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan. “Kalau pun ada kaum mahu pertahankan bahasa ibunda mereka dengan mengekalkan sekolah vernakular itu adalah hak mereka. Jangan kerana alasan perpaduan, sekolah vernakular mesti dihapuskan,” katanya.

Wanita dibelasah bekas kakak ipar angkara Whatsapp
KUALA TERENGGANU- Hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan kata-kata yang diluahkan melalui Whatsapp, seorang wanita dipercayai nekad menyerang bekas adik ipar di kediaman bekas mertuanya, dalam satu kejadian di Kampung Raja Baram, Chendering, di sini, Isnin lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang, suspek 20-an dengan ditemani adik perempuannya telah datang ke rumah bekas keluarga mertuanya bertujuan menyelesaikan masalah berhubung kata-kata yang dilemparkan melalui Whatsapp oleh mangsa, 25, sebelum ini.
“Ketika itu, mangsa dipercayai sedang berehat bersama kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan kehadi-ran suspek yang terus menyerangnya dengan menampar pipi sehingga dia terjatuh.
“Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak lebih agresif dengan menendang perut mangsa tanpa belas kasihan, bagaimanapun, bekas ibu mertuanya menghalang suspek daripada terus menerus membelasah mangsa,” katanya.
Namun kata sumber, semasa mangsa cuba bangun untuk menyelamatkan dirinya, adik suspek pula masuk campur dengan bertindak memukul kepala mangsa menggunakan kayu yang dibawa bersama.
“Dalam keadaan menahan kesakitan, mangsa menggagahkan diri lari masuk ke dalam bilik bagi menyelamatkan dirinya daripada terus dibelasah.
“Suspek dan adiknya masih tidak berpuas hati dan nekad mengejar mangsa sebelum tindakan mereka itu dihalang oleh bekas bapa mertuanya yang juga secara kebetulan ada di rumah semasa kejadian,” katanya.
Katanya lagi, suspek bersama adiknya mula beredar meninggalkan rumah berkenaan beberapa minit kemudian selepas berlaku pertelingkahan mulut antara dia dan bekas kedua mertuanya.
Susulan kejadian, mangsa dipercayai telah mengalami kecederaan di bahagian kepala; muka; lebam di mata serta sakit di badan dan menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini.
Mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Chendering, di sini, selepas kejadian dan difahamkan kedua-dua beradik berkenaan berjaya ditahan malam kelmarin di kediaman mereka.
Sementara itu, Pendaftar Mahkamah Sesyen, Majistret Rusila Nik, semalam, membenarkan kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
TOP
Tujuh Menteri Terima Pingat Kedaulatan Negara
KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendahului senarai 129 penerima Pingat Kedaulatan Negara sebagai menghargai jasa dan peranan mereka dalam Operasi Daulat bagi membanteras penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah.
Pingat itu diwujudkan khas kepada anggota keselamatan serta pegawai awam yang telah menyumbang khidmat sokongan dalam Operasi Daulat di Sabah.
Ahmad Zahid antara tujuh menteri Kabinet menerima anugerah itu selain Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini hari ini.
Empat lagi Menteri ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Antara pemimpin lain menerima pingat itu ialah Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Lebih 200 penceroboh bersenjata menceroboh kawasan Pantai Timur Sabah di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 12 Feb 2013.
Pada 5 Mac 2013, pasukan keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia melancarkan Operasi Daulat membanteras penceroboh itu melalui strategi Lautan Biru Kebangsaan setelah rundingan tiga minggu gagal.
Dalam insiden itu lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban akibat serangan penceroboh.
Bagaimanapun gerakan ofensif itu menyaksikan 68 pengganas ditembak mati dan 173 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 lagi atas pelbagai kesalahan lain.
Susulan itu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang menjadi perisai keselamatan kepada Sabah. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Tak Akan Berhenti Cari Jenazah Mangsa MH17
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di
timur Ukraine, pada 17 Julai lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita sedang berusaha untuk mendapatkan akses dan merayu agar gencatan senjata diadakan agar memberi kita peluang sekurang-kurangnya satu atau dua minggu untuk memasuki kawasan nahas.
“Kita akan cari segala bukti dan cebisan mayat di kawasan itu. Saya tidak berpuas hati selagi semua jenazah tragedi itu belum diserahkan kepada keluarga masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 129 penerima termasuk tujuh menteri kabinet dan anggota pasukan keselamatan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia dipercayai ditembak jatuh dan sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan kejam itu.
Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadanya dibawa pulang ke tanah air.
Ada laporan menyebut bahawa Presiden Ukraine Arseniy Yatsenyuk tidak bersetuju dengan usaha gencatan senjata yang dicadangkan Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu.
Najib berkata Malaysia terperangkap dalam konflik geopolitik yang tiada kena mengena dengan negara ini sebaliknya menjadi mangsa tercetusnya pertelingkahan antara pihak tertentu.
“Dalam menghadapi ujian besar ini, saya ambil langkah konvensional kerana saya sedar misi utama kita adalah untuk bawa pulang jenazah mangsa.
“Bukan niat Malaysia mencampuri urusan geopolitik atau sebelahkan mana-mana pihak, tetapi tanpa lakukan rundingan, tidak mungkin kita dapat bawa keluar kotak hitam dan jenazah. Ini antara langkah yang kita perlu lakukan,” katanya.
Sementara itu, Najib berkata berkata aspek keselamatan negara dan usaha menangani konflik seperti tragedi MH17, kehilangan MH370 dan pencerobohan Lahad Datu harus dipertingkatkan kerana isu tersebut telah merentasi sempadan dan benua.
Menurutnya apa yang berlaku ini sememangnya tidak diduga dan Malaysia beruntung kerana dasar luar negara dan hubungan baik dengan negara lain selama ini, telah membantu menjayakan segala operasi bersifat keselamatan, mencari dan menyelamat.
Najib berkata 26 negara besar seperti Australia dan China turut memberi sumbangan besar dalam mencari pesawat MH370 dan tiada negara yang minta bayaran daripada Malaysia untuk tanggung kos operasi mencari pesawat itu.
MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Beijing pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.
Mengenai langkah meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Sabah, Najib berkata kerajaan bersetuju dengan cadangan Petronas untuk menyediakan kapal induk dan platform bernilai RM200 juta yang dijangka beroperasi pada April 2014.
Beliau menarik perhatian walaupun berbelanja besar namun apa yang dilakukan ini boleh membantu mewujudkan pertahanan akhir negara sebelum mana-mana pihak menceroboh kedaulatan dan menganggu ketenteraman serta keselamatan kawasan tersebut.
Tegas Najib, kerajaan juga sedar dan sentiasa menghargai pengorbanan anggota keselamatan negara dalam pelbagai insiden kebelakangan ini termasuk di Lahad Datu yang mana ia secara tidak langsung telah mewujudkan solidariti antara kaum di negara ini.
“Kalau kita bersama dan bertindak sebagai satu pasukan, negara boleh muncul sebagai pasukan baru dari mana-mana peristiwa sekalipun dan saya percaya ia tidak akan mematahkan semangat kita untuk terus maju ke hadapan.
“Nilai keamanan adalah sangat berharga dan tiada siapa berhak merampasnya daripada kita,” tambahnya. – BERNAMA
TOP
Program Kenal Pasti Bakat Sukan Disusun Semula
PUTRAJAYA – Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan hari ini bersetuju untuk menyusun semula dan menambah baik Program Pengenalpastian Bakat (TID) bagi bidang sukan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencungkil bakat baharu atlet.
Perkara ini dipersetujui selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama dua jam di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.
Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata bakat atlet muda wajar digilap di peringkat awal untuk mengatasi kekurangan sekarang.
Ia berkata penekanan menyeluruh perlu diberikan untuk mengenal pasti bakat baharu melalui jalinan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi kerajaan supaya pengesanannya lebih sistematik.
“Program TID adalah kunci untuk menggerakkan proses kitaran yang lebih rancak dalam pembangunan sukan negara di samping akan meningkatkan minat serta budaya bersukan di peringkat akar umbi.
“Selain itu, Program Fit Malaysia yang akan dilancarkan juga dapat membantu memperluas bakat sukan untuk dikenal pasti oleh program TID bagi saringan,” katanya.
Dalam mesyuarat yang sama, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan juga memperakukan konsep ‘Fit Malaysia’ sebagai gerakan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.
Menurut kenyataan itu, gerakan tersebut akan melibatkan semua pihak meliputi kerjasama strategik daripada semua agensi kerajaan, pihak swasta, badan berkanun, persatuan sukan, badan bukan kerajaan, dan segenap lapisan masyarakat Malaysia melalui penjenamaan gerakan ‘Fit Malaysia’.
“Ia adalah satu pendekatan ke arah perubahan gaya hidup masyarakat Malaysia yang akan memberi inspirasi kepada setiap lapisan di peringkat akar umbi menerusi penganjuran bersama aktiviti-aktiviti berasaskan komuniti seperti berjalan, berjoging, berlari, berbasikal, seni mempertahankan diri dan aktiviti kecergasan diri.
“Semua program ‘Fit Malaysia’ memenuhi lima teras iaitu memperluas bakat sukan atau ‘talent pool’, kesihatan, perpaduan, inklusif dan komuniti,” katanya.
Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata pelancaran ‘Fit Malaysia’ akan dijalankan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Ahad ini (7 Sept)dengan empat aktiviti utama iaitu larian, berbasikal, seni mempertahankan diri dan aktiviti kecergasan.
Ia berkata program peringkat negeri akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada 14 Sept, Padang Awam Tanjung Lipat, Sabah (21 Sept) diikuti dengan Selangor, Negeri Sembilan, dan Sarawak (tarikh akan diumumkan dalam masa terdekat).
‘Fit Malaysia’ juga akan menggunakan media sosial secara menyeluruh. Saluran rasmi FitMalaysia di Facebook, Twitter, Instagram dan laman web ialah www.fit.my.
Hadir sama pada mesyuarat hari ini termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari. – BERNAMA
TOP
Jangan Terpengaruh Dengan Fatwa PAS ─ Ketua Penerangan Umno
TUMPAT – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihati agar tidak terpengaruh dengan fatwa tidak benar yang dikeluarkan oleh PAS.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi di kawasan itu perlulah bertindak secara rasional untuk memilih wakil rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) DUN kawasan itu 25 Sept ini.
“Kalau ikut emosi, kita akan terikut-ikut dengan fatwa yang tidak benar, oleh itu kena guna rasional dan pemikiran yang mendalam kerana PAS bukan agama tetapi parti politik seperti parti politik lain.
“Apa yang penting adalah siapa yang beri lebih banyak kebajikan di tempat ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Ikan Kering di Pengkalan Kubor di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan menteri Kewangan berkata pada pilihan raya umum 2013, Barisan Nasional kalah di lima kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN itu iaitu Telaga Bata, Geting, Ketil, Tebing dan Kedai Geting.
“Kita (BN) menang tujuh PDM, jadi kita ingin menang untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan contoh dan harapan kita kemenangan dapat dikekalkan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan secara terus akan digunakan bagi memberi kefahaman kepada pengundi di kawasan ini.
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai hari penamaan calon, 21 Sept sebagai pengundian awal manakala 25 Sept hari mengundi. – BERNAMA
TOP
Peniaga dipenjara ceroboh istana sultan
Emsabil diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan kerana menceroboh Istana Mahkota.
KUANTAN - Seorang peniaga yang dituduh menceroboh Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek di sini Julai lalu memberi alasan tidak tahu istana itu kawasan larangan bagi orang awam. Kerana itu, Emsabil Jaafar, 34, dari Jalan Penor, Kampung Kempadang, dekat sini, masuk bersiar-siar dalam kawasan istana itu sebelum ke ruang tamu dan berehat sambil menonton televisyen sedangkan ketika itu, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom berada dalam istana tersebut. Emsabil, yang ditahan pengawal peribadi istana, diserahkan kepada polis. Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan dan mengaku bersalah, semalam. Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atasnya bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu 26 Julai lalu. Lelaki itu masuk kawasan istana dengan kereta jenis Proton Persona hitam dengan mengekori sebuah kenderaan MPV milik seorang kerabat. Kehadirannya di kawasan larangan itu disedari kakitangan istana kira-kira jam 9.10 malam yang kebetulan mengiringi Sultanah Pahang masuk istana. Emsabil, yang ketika itu duduk di bangku di tepi kolam renang diberi isyarat tangan oleh pekerja terbabit bahawa orang diiringi itu adalah Sultanah Pahang, tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus di situ. Ketika sultanah masuk ke dalam istana diiringi seorang pekerja, tertuduh mengekori mereka dan berhenti di tepi pintu sambil memandang pekerja itu. Dia kemudian masuk ke ruang tamu istana dan mengunci pintu sebelum ditangkap pengawal. Ketika ditahan, dia sedang berehat di atas sofa dalam ruang tamu tersebut sambil menonton televisyen. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Dalam mahkamah sama, Emsabil juga didakwa bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mengemukakan Mykad yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya. Bagi kesalahan itu, tertuduh dihukum penjara sebulan, juga dari tarikh dia ditangkap. Kedua-dua hukuman penjara dijalankan serentak. Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman maksimum memandangkan tempat diceroboh itu adalah istana raja yang merupakan kawasan larangan bagi orang awam. Emsabil merayu supaya hukuman dikurangkan dan dia memilih untuk membayar denda memandangkan dia kini berada di pusat serenti selama dua bulan sejak ditahan. “Saya minta maaf kerana masuk ke dalam istana tanpa kebenaran disebabkan tidak tahu istana adalah kawasan larangan,” katanya. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya memandangkan tiada sesiapa hadir untuk menjelaskan denda jika hukuman dikenakan. - Sinar

Remaja perempuan hilang sejak 29 hari lalu
DUNGUN - Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun dilaporkan hilang sejak 29 hari lalu.
Remaja itu Nur Athyrah Izzaty Nordin dikatakan keluar dari rumahnya sejak 6 Ogos lalu untuk bertemu kawan-kawannya di taman permainan dekat Arena Merdeka, Jalan Nibong di sini.
"Namun apabila kakaknya datang untuk menjemputnya semula, dia bersama rakan-rakannya tidak lagi berada di situ," kata ibunya Syarifah Fauziah Syed Mahmud, 34.
Laporan telah pun dibuat berikutan kehilangan pelajar Sekolah Menengah Sultan Omar ini.
Orang ramai yang tahu di mana remaja ini berada diminta agar menghubungi Syarifah Fauziah di talian 014-5148014. - Bernama
TOP
Mayat lelaki Perancis ditemui
TIOMAN – Mayat lelaki warga negara Perancis, Jerome Philippe Laurent yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ketika melakukan aktiviti snorkeling di hadapan Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman telah dijumpai terapung pada 2.16 petang tadi sekitar 300 meter dari tempat mangsa dikhuatiri hilang.
Ketua Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Affandy Sulaiman, berkata, mayat mangsa dijumpai oleh orang awam yang turut membantu dalam operasi mencari.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya yang dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.
“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Kuantan untuk proses bedah siasat,” katanya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti snorkeling di hadapan Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman kira-kira jam 3 petang Selasa lalu.
Kehilangannya disedari oleh rakannya selepas dia didapati tidak pulang ke chalet penginapannya sehingga jam 5.30 petang hari yang sama sebelum laporan polis dibuat.- Sinar
TOP
Dalang seludup rokok, arak tumpas
Seorang daripada suspek sedang mengira semula wang tunai milik mereka selepas ditangkap SPRM di Taman Segar, Cheras, semalam.
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan 22 individu, termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai. Menurut sumber, seorang daripada 12 pegawai kastam yang ditangkap adalah Pengarah Kastam Negeri. Difahamkan mereka ditahan dalam operasi khas secara besar-besaran di sekitar Lembah Klang. Selain itu, SPRM turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan. "Sepuluh daripada mereka merupakan pemilik syarikat dan ejen-ejen mereka. Turut ditahan pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup," katanya. Sumber itu berkata, nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan tindakan menahan kesemua suspek merupakan hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang. Sindiket melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai, Pelabuhan Klang. “SPRM percaya tangkapan ini berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang,” katanya. Menurut Mohd Shukri, barang-barang yang tidak dibayar duti kastam itu terdiri daripada rokok dan arak. Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara serta sebahagiannya turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram. Menurutnya, operasi bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai SPRM bersama pasukan petugas khas. Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Matrang Suhaili, menyifatkan tangkapan ke atas 12 pegawainya sebagai amat mendukacitakan. "Kita tunggu perkembangan esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.- Sinar

Awas lelaki bergelar Vicknesh
Chee Heng menunjukkan gambar suspek yang didakwa aktif menipu orang ramai melalui urusan jual beli kereta milik kerajaan dan komputer.
PUCHONG - Dipercayai sudah menipu lebih 20 mangsa dengan pelbagai modus operandi berbeza, seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai Vicknesh kini didakwa masih bebas serta licik menipu orang ramai untuk urusan jual beli kereta terpakai serta komputer. Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, kesemua mangsa membuat aduan di pejabatnya di Puchong, namun takut untuk hadir pada sidang media semalam kerana suspek mengugut akan mencederakan mereka. Chee Heng berkata, suspek dipercayai sudah menipu mangsa sejak tiga tahun lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian hampir RM700,000. Suspek memberitahu mangsa, dia kononnya seorang pemimpin parti politik dan mempunyai beberapa kenderaan milik kerajaan yang akan dijual secara tender dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran. Mangsa yang kebanyakannya dikenali pada majlis keramaian akan diminta memasukkan wang melalui satu akaun bank untuk tujuan pendaftaran dan urusan jual beli. Tanpa rasa curiga, kebanyakan mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek akan melakukan apa yang disuruh sehinggalah menyedari mereka ditipu. Chee Heng berkata, suspek juga menipu pelajar IPT dan penuntut kolej dalam urusan jual beli komputer. “Apabila mangsa tanya mana barang yang dijanjikan, dia akan berdolak dalih dan hanya memulangkan sedikit sahaja daripada bayaran dibuat mangsa sekiranya didesak. “Bukan itu sahaja, suspek juga menjual gelaran datuk kepada individu yang mudah terpengaruh dengan kata-katanya,” katanya. Chee Heng berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak polis lelaki tersebut dikehendaki di Bukit Aman kerana jenayah dilakukan. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim jual beli seperti itu.- Sinar

Israel beku hasil cukai Palestin
Penduduk Gaza membersihkan kawasan pertanian mereka yang musnah akibat kekejaman rejim Zionis. Foto oleh AFP
RAMALLAH - PALESTIN. Israel didakwa membekukan hasil cukai Palestin hingga menyebabkan Perbendaharaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi akibat tindakan tersebut. Seorang pegawai kanan PA memberitahu Tel Aviv tidak memindahkan hasil cukai yang telah dikutip oleh mereka bagi pihak Palestin. "Kami memikul tanggungjawab yang besar untuk memenuhi keperluan penduduk di zon bencana di Genting Gaza. PA kini berhadapan masalah untuk membayar gaji pekerja akibat pembekuan hasil cukai tersebut," katanya. Menurutnya lagi, situasi tersebut menjadi lebih buruk selepas kebanyakan negara pemberi dana gagal memenuhi komitmen bantuan mereka. Sementara itu, rancangan Israel untuk merampas 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat terus dikecam banyak pihak. Kesatuan Eropah (EU) turut menggesa Tel Aviv supaya menarik balik hasrat tersebut yang disifatkan sebagai pencerobohan terbesar dalam tempoh tiga dekad. Jurucakap EU bertindak memberi amaran terhadap rancangan tersebut kerana ia didakwa mempunyai kaitan dengan projek perluasan penempatan haram Yahudi. "Sebarang tindakan yang mungkin menjejaskan kestabilan dan prospek rundingan gencatan senjata di Gaza perlu dielakkan," tegasnya kepada Middle East Monitor.- Sinar

AS kerah 350 lagi tentera
Seramai lebih 300 tentera tambahan AS menjadi penasihat kepada pasukan keselamatan Iraq.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, kelmarin mengerahkan kira-kira 350 lagi tentera tambahan ke Baghdad untuk menjayakan misi menjaga keselamatan diplomat di negara itu. Keputusan itu dibuat selepas Jabatan Negara AS meminta anggota tambahan dihantar ke Iraq pada bulan lalu dan penambahan tersebut menjadikan jumlah tentera AS di negara terbabit kini mencecah 1,000 orang. "Seramai 300 tentera tambahan juga akan berkhidmat sebagai penasihat kepada pasukan keselamatan Iraq," menurut kenyataan Rumah Putih. Selain itu, Washington juga memaklumkan mereka akan terus menyokong Baghdad memerangi kemaraan kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang didakwa turut memberi ancaman kepada negara di rantau Arab. Difahamkan, menurut laporan Press TV, Washington telah melancarkan kempen serangan udara di sekitar Iraq terutamanya di empangan Mosul bagi menyekat kemaraan ISIL sejak 8 Julai lalu.- Sinar

Putin, Poroshenko capai persetujuan
Putin (kiri) dan Poroshenko berjabat tangan ketika menyertai rundingan di Minsk, minggu lalu.
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin, semalam didakwa bersetuju melaksanakan 'gencatan senjata kekal' sebagai langkah menamatkan konflik di timur negara itu. Menurut pejabat presiden, persetujuan untuk menguatkuasakan gencatan senjata di wilayah Donbass itu dicapai selepas rundingan di Minsk menemui jalan buntu pada minggu lalu. Bagaimanapun, Kremlin memberi kenyataan berbeza dengan mendakwa kedua-dua pemimpin itu hanya bersetuju dengan langkah untuk membawa keamanan di wilayah bergolak tersebut. "Rusia tidak boleh bersetuju dengan gencatan senjata tersebut kerana mereka bukan pihak yang terlibat dalam konflik itu," lapor agensi berita RIA. Menurut AFP, sebelum ini, Kiev dan negara Barat pernah menuduh Moscow menghantar bantuan bekalan senjata kepada puak pemisah pro-Rusia, namun Putin menafikannya.- Sinar

Hujan lebat ragut 11 nyawa
Anggota penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa tertimbus tanah runtuh disebabkan hujan lebat. Foto oleh AFP
BEIJING - CHINA. Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala 27 lagi hilang selepas hujan lebat melanda barat daya Chongqing di China, sejak Isnin lalu. Agensi berita Xinhua melaporkan, hujan lebat turut menyebabkan ribuan rumah runtuh dan hampir 40,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat. Sementara itu menurut laporan AFP, pegawai kawalan banjir tempatan memaklumkan, tanah runtuh di daerah Fengjie telah membentuk dua tasik dengan paras air yang tinggi di mana ia meningkat sehingga satu meter dalam tempoh sejam. Lebih 1,000 penduduk turut dipindahkan dari kawasan sekitar dan mangsa hilang adalah termasuk 11 pelombong arang batu yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah.- Sinar - Sinar

Lima wanita sertai Kabinet baharu Jepun
Abe (tengah) merombak Kabinet dan melantik lima wanita untuk menyandang jawatan kanan politik. - Foto: AFP
TOKYO - JEPUN. Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, semalam menamakan lima wanita ke dalam Kabinet baharu selepas melaksanakan rombakan pertama terhadap barisan kementerian sejak Disember 2012. Lima wanita itu akan membentuk satu perempat daripada 18 Kabinet sedia ada dan ia dilihat bertepatan dengan misi beliau yang ingin 30 peratus daripada jawatan kanan politik dan perniagaan disandang oleh wanita menjelang 2020. Menurut Abe, kerajaan perlu mempunyai lebih ramai wanita untuk berkecimpung dalam tenaga kerja bagi memenuhi jurang pasaran buruh yang semakin meningkat disebabkan peningkatan jumlah pesara lapor AFP. "Kita perlu menyemak semula idea yang melihat segala-galanya dari sudut pandangan lelaki. Sumber paling kurang dimanfaatkan adalah kuasa wanita dan Jepun mesti menjadi tempat di mana wanita diberi peluang untuk bersinar," katanya. Difahamkan, rombakan Kabinet itu adalah sebagai sebahagian daripada latihan dalam mengukuhkan lagi kuasanya selain bertujuan menghidupkan semula agenda ekonomi dan keselamatan. - Sinar -Sinar

Serangan Jantung Tiba-Tiba Akibat ‘Kopi Power’
Kuala Lumpur – Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.
Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.
Menyedari bahaya produk kopi campuran ini yang mengandungi kimia analog sibutramine dan taladafil, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melakukan operasi besar-besaran bagi merampas produk itu di pasaran petang semalam.
Dalam operasi bermula jam 3 petang itu, sepasukan 90 pegawai CPF diketuai Ketua CPF Kuala Lumpur Asniza Alias menyerbu 23 premis menjual jamu dan ubat-ubatan tradisional di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.
Ketika operasi dilakukan, pegawai CPF mendapati rata-rata kedai yang diserbu menjual peket kopi jenama Kopi Panggung dan Kopi Jantan kepada orang ramai.
Paket kopi diharamkan itu digantung di hadapan premis dengan kebanyakannya mendakwa dicampur herba Tongkat Ali dan pelbagai herba lain. – Harian Metro
TOP
Rusuhan: 5 Remaja Termasuk 2 Penuntut IPTA Didakwa
PETRA JAYA – Lima remaja, termasuk dua pelajar Intitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan terbabit dalam rusuhan di Stadium Negeri, Sabtu lalu.
Semua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 20 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Portia Tham Ong Leng.
Mahkamah mengarahkan mereka diikat jamin RM10,000 seorang dengan ibu bapa masing masing sebagai penjamin.
Kes berkenaan akan disebut semula 7 Oktober ini manakala 18 dan 19 November sebagai tarikh perbicaraan. – BH Online
TOP
Wanita Ditemui Lemas Di Sungai Bernam
BAGAN DATOH – Seorang wanita berusia 40-an ditemui lemas di Sungai Bernam oleh anggota bomba dan penyelamat petang tadi selepas dilaporkan hilang kira-kira lima jam sebelum itu.
Jurucakap bomba berkata, orang ramai melihat wanita itu terjatuh ke dalam sungai berkenaan yang mempunyai kedalaman lapan meter ketika berada di RNH Fishing, Parit 25 di Hutan Melintang, sebelum dihanyutkan arus deras kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Katanya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Hutan Melintang dibantu anggota Balai Bomba Teluk Intan serta anggota polis menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa diketuai Ketua Operasi, Pegawai Bomba Wan Zakiri Wan Mohd Noor.
“Selepas beberapa jam operasi, kami berjaya menemui jasad mangsa di pesisiran sungai berkenaan pada jam 5.43 petang tadi,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan pengecaman dan tindakan selanjutnya. – BH Online
TOP
Peguam Hartanah Dipenjara 6 Tahun Kerana Pecah Amanah
KUALA LUMPUR – Seorang peguam hartanah dipenjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM418,500 dua tahun lepas.
Hakim Abdul Rashid Daud menjatuhkan hukuman itu terhadap Herlina Khamisiah Sauli, 36, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu bermula daripada dia ditangkap, semalam.
Herlina Khamisiah, yang ketika itu sebagai peguam di Firma Guaman Messrs Herlina & Co didakwa melakukan pecah amanah terhadap baki wang hasil jualan rumah milik seorang pesara tentera Wan Mohd Husain Wan Ibrahim, yang berjumlah RM418,500 dengan tidak menyerahkan wang itu sebaliknya menggunakan untuk kegunaan firma guamannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di firma guamannya di No. 27-1, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, Wangsa Maju di sini pada 31 Okt 2012.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda.
Mengikut fakta kes, pengadu melantik Herlina Khamisiah daripada Tetuan Herlina & Co untuk menguruskan jualan rumahnya dan pada 11 April 2013, pengadu dimaklumkan bahawa pihak pembeli telah membuat baki bayaran sebanyak RM 418,500 dan bayaran dibuat kepada firma guaman itu sebagai pemegang amanah.
Selepas urusan jual beli selesai, Herlina Khamisiah gagal menyerahkan wang hasil jualan kepada pengadu sehingga pengadu pergi semula ke firma guaman tersebut tetapi firma guaman telah ditutup dan usaha mengesan Herlina Khamisiah gagal.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia memohon hukuman berat diberikan kepada tertuduh kerana kesalahan itu adalah sangat serius selain tertuduh ketika itu merupakan seorang peguam yang diamanahkan untuk menguruskan dana itu tetapi dia menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepadanya.
“Kesalahan ini juga memberi kesan kepada kerjaya peguam secara keseluruhannya, apabila masyarakat hilang kepercayaan terhadap peguam lain, mohon kepentingan awam diambil kira sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman supaya boleh memberi pengajaran kepada yang lain,” katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia mempunyai seorang anak berusia tiga tahun dan tidak lagi beramal sebagai peguam.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Herlina Khamisiah turut mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap dana dalam akaun pelanggan Herlina & Co di Bank Al Rajhi, Taman Connought, Cheras berjumlah RM261,000.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama antara Mac 2012 hingga Sept 2013 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan Jumaat ini untuk menjatuhkan hukuman.
Herlina Khamisiah gagal membayar jaminan itu. – BERNAMA
TOP
Malindo Air Tawar Tambang Rendah Ke Semua Destinasi
KUALA LUMPUR – Malindo Air menawarkan tambang rendah dengan promosi jualan mega istimewa bagi tempat duduk dan penerbangan yang berlepas terutamanya dari semua destinasinya.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan hibrid itu berkata promosi dalam talian bagi domestik dan antarabangsa akan bermula esok hingga 14 Sept, 2014 dan promosi itu bagi tempoh perjalanan dari 5 Jan-31 Mei, 2015.
“Promosi itu bagi semua penerbangan yang berlepas dari Subang ke destinasi dalam Malaysia dengan tambang bermula dari RM49 tambang sehala termasuk semua,” katanya.
Malindo Air berkata tambang ke destinasi domestik dari KLIA bermula dari RM69 tambang sehala termasuk semua; Jakarta, Bali dan Bangkok (RM99 tambang sehala termasuk semua) Trichy dan Kochi (RM159 tambang sehala termasuk semua); dan, Delhi dan Mumbai (RM299 tambang sehala termasuk semua).
Bersempena dengan Pesta Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan datang pada hujung minggu ini, Malindo Air berkata ia turut menawarkan tambang eksklusif promosi istimewa untuk ejen pelancongan mulai hari ini hingga 30 Sept, 2014 untuk perjalanan dari sekarang hingga 30 April, 2015. – BERNAMA
TOP
OIVO : Power Bank Yang Menggunakan Bateri AA
Mempunyai sebuah powerbank kini adalah sesuatu yang boleh dikatakan biasa bagi kebanyakan pengguna peranti pintar.
Terdapat puluhan jenis power bank dengan kapasiti yang berbeza dan unik. Kesemuanya mempunyai satu persamaan iaitu ianya perlu dicas terlebih dahulu dan selalunya saiz kebanyakan power bank ini agak besar. Alangkah bagus sekiranya ada power bank di pasaran yang bukan sahaja tidak perlu dicas sebelum digunakan dan juga mudah dibawa kemana -mana
OIVO ialah pengecas yang mungkin dapat menyelesaikan masalah kedua-dua masalah anda. Power bank mudah alih ini menggunakan empat bateri AA sebagai sumber tenaga. Apabila tidak digunakan ianya boleh disimpan dan digunakan sebagai rantai kunci. Power bank ini dilengkapi dua magnet neodymium yang akan mengunci kedudukan bateri apabila ianya mengecas. Menurut pencipta Oivo, bateri alkali biasa dapat mengecas bateri sebuah iPhone sehingga 50% manakala bateri lithium dapat mengecasnya sehingga penuh. Selain berfungsi sebagai sebuah power bank dan rantai kunci, Oivo juga boleh digunakan sebagai tetongkat untuk telefon pintar anda. Buat masa ini Oivo hanya direka untuk digunakan iPhone 4, 5 dan 5S. Tiada perancangan lagi untuk telefon pintar Android. Jika berminat anda boleh menyokong projek Oivo di laman Kickstarter mereka.
Sumber: Kickstarter

Sebanyak 1,774 Kes Denggi Dicatat Di Melaka
MELAKA – Sebanyak 1,774 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 30 Ogos lepas di Melaka, meningkat 1,363 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata angka tersebut meletakkan Melaka sebagai negeri ketiga tertinggi mencatatkan kes demam denggi selepas Kelantan dan Negeri Sembilan.
Beliau berkata dalam tempoh itu, sebanyak lima kes kematian dicatatkan berbanding dua kematian tahun lepas.
“Program kesedaran denggi menerusi Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) akan diteruskan di seluruh negeri dengan penumpuan diberikan di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri hari ini.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarah untuk menyediakan kemudahan bagi orang kelainan upaya (OKU) dalam setiap pembangunan di kawasan masing-masing.
Katanya setiap PBT turut diarah meletakkan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap OKU sebagai anggota jawatankuasa teknikal.
“Melaka masih lagi kurang kesedaran dalam konteks menyediakan kemudahan kepada warga OKU dan langkah ini perlu diambil serius bagi memberi kemudahan kepada golongan berkenaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bapa Haziq AF4 Meninggal Dunia Akibat Barah Hati
TAKZIAH kami ucapkan kepada penyanyi Haziq Rosebi yang juga dikenali sebagai Hazif AF4 atas pemergian bapanya, Rosebi Ibrahim,57, tengah hari tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 12.30 tengah hari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras akibat penyakit barah hati, memetik laporan Berita Harian.
Menurut kakak Haziq, Anil Ezatul, penyakit bapa mereka mula didiagnosis sejak tahun lalu.
Namun, Allahyarham mula sakit sejak dua minggu yang lalu dan dimasukkan ke hospital.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, tiga anak dan seorang cucu dan akan dikebumikan di Bukit Piatu, Melaka.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC
TOP
Tips Mudah Untuk Tapak Tangan Halus
Anda gusar tapak tangan kasar ketika bersalaman? Janganlah khuatir, masalah ini boleh diatasi dengan mudah.
Amalkan tip diberikan ini pasti dapat membantu anda memiliki tapak tangan halus dan lembut.
Ambil satu camca besar minyak zaitun dan dua camca besar gula pasir.
Cuci tangan terlebih dahulu dengan sabun dan keringkan.
Campurkan minyak zaitun dan gula pasir pada tapak tangan.
Gosokkan sebagaimana mencuci tangan dengan sabun.
Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas dengan air suam.
Anda dapat rasakan tapak tangan lebih halus daripada sebelumnya.
Selain cara di atas, anda juga kamu juga boleh menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan:
Kulit pisang - Ambil kulit pisang dan gosokkan pada tapak tangan. Amalkan selalu sehingga tapak tangan anda halus.
Avokado – Ambil sedikit isi buah avokado. Oles dan gosokkan pada tapak tangan. Lakukan beberapa kali.
Kentang dan Limau nipis – Untuk menghaluskan tapak tangan dengan menggunakan kentang dan limau nipis
Sumber: Wanista

Fitnah & Hasutan: Polis Siasat Wartawan Portal Berita
GEORGETOWN – Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang wartawan sebuah portal berita berikutan laporan polis daripada pelbagai pihak mendakwa berita yang ditulis berbaur fitnah dan hasutan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sehingga malam tadi, sembilan laporan polis diterima berkaitan artikel bertajuk ‘Disoal siasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti penjenayah’ yang disiarkan dalam portal itu pada Isnin.
“Berikutan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini, polis membuat kertas siasatan menurut Seksyen 41c Akta Hasutan 1948 kerana laporan yang disiarkan itu dikatakan boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.
“Polis akan memanggil wartawan wanita berkenaan untuk merekodkan keterangannya untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Artikel berkenaan menyiarkan temu bual wartawan berkenaan dengan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Phee Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri pada pukul 1.30 pagi ketika Phee masih dalam tahanan polis.
Ahad lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Phee kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri sedia memberi bantuan perundangan kepada wartawan berkenaan untuk memastikan amalan kebebasan bersuara dilindungi.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata pihaknya telah menghantar rakaman CCTV di kediaman Lim kepada pasukan forensik khas di Bukit Aman untuk mengenal pasti suspek yang membaling bom petrol di kawasan kediaman itu malam Sabtu lepas.
“Pasukan forensik di sini (IPK Pulau Pinang) telah meneliti rakaman berkenaan tetapi kami gagal mengenal pasti suspek dan nombor pendaftaran
motosikal yang dinaiki lelaki itu…oleh itu (rakaman CCTV) diserah kepada pasukan forensik di Bukit Aman,” katanya sambil menegaskan bahawa siasatan kes itu masih berjalan.
Dalam kejadian 11.48 malam itu, seorang suspek membaling bom petrol ke arah tempat letak kereta di kediaman Lim sebelum ia meletup dan terbakar. – BERNAMA
TOP
Panik Tiada Lesen, Remaja Lari Dari Polis Rempuh Kenderaan Lain
TINDAKAN sepasang remaja melarikan diri daripada pemeriksaan polis mengundang padah apabila Hyundai Atos dinaiki mereka terbabit kemalangan Lebuhraya Lembah Baru Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara/Petaling Jaya, semalam.
Lebih padah lagi, kenderaan yang dinaiki pasangan remaja berusia 17 tahun itu dipandu menongkah arus di lebuhraya terbabit lalu merempuh sebuah kereta Honda Civic.
Memetik laporan Harian Metro, difahamkan suspek melarikan diri kerana tidak memiliki lesen memandu dan bimbang ditahan polis.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam apabila remaja lelaki dan perempuan itu berada di kawasan perindustrian di Kota Damansara dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, unit peronda polis (MPV) yang sedang melalukan rondaan terserempak dengan kereta suspek dan cuba menahan mereka untuk pemeriksaan.
Menurutnya, panik melihat kehadiran polis, suspek kemudian terus memecut laju dan melarikan diri menyebabkan polis bertindak mengejar mereka.
“Suspek pada mulanya melarikan diri ke arah susur keluar Damansara Lebuhraya NKVE namun bertindak berani berpatah semula dan melawan arus.
“Bagaimanapun tindakan suspek mengundang apabila sebuah Honda Civic yang melalui lebuh raya itu menghala ke Subang Jaya gagal menggelak menyebabkan berlaku rempuhan,” katanya.
Azmi berkata, pemandu Honda Civic terselamat dalam kejadian itu sementara suspek mengalami kecederaan ringan.
“Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Abu Mayat Sanjid Dilepas Ke Laut Berhampiran Pulau Rimau
GEORGETOWN – Pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Sanjid Singh Sandhu, 41, ‘disemadikan’ hari ini apabila abu mayatnya dilepaskan ke laut berhampiran Pulau Rimau di sini.
Bekas abu mayat Sanjid yang dibawa dari kediaman keluarganya di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah tiba di jeti Jabatan Laut Wilayah Utara, Batu Uban di sini pada pukul 9.40 pagi.
Mengiringi abu mayat pramugara itu bapa mendiang, Jijar Singh, 71, isteri mendiang Tan Nee Gok, 43, dan anak tunggal pasangan itu Hans Singh Sandhu, 10, serta sanak saudara.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan dan exco kerajaan negeri Jagdeep Singh Deo serta Phee Boon Poh.
Abu mayat Sanjid dibawa menaiki bot polis marin Jabatan Laut Wilayah Utara dan ditabur di kawasan laut diikuti dengan bunga mawar putih. Upacara itu selesai pada pukul 10.25 pagi.
Semalam, bekas abu mayat Sanjid bersama pasangan suami isteri Loh Yan Hwa dan Fan Shun Po tiba di Pulau Pinang dan diberi istiadat penghormatan.
Sanjid adalah antara 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban apabila pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai.
Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadanya dibawa pulang ke tanah air.
Sementara itu, Thaiveegan ketika ditemui selepas upacara itu berkata bapa mendiang mengucapkan terima kasih kepada polis dan semua yang terlibat dalam proses membawa pulang anaknya ke tanah air sehingga selamat disemadikan.
Beliau berkata Jijar menyifatkan penghormatan yang diberikan terhadap anaknya itu sebagai sesuatu yang luar biasa.
“Bapa mendiang mengatakan ini adalah satu penghormatan yang luar biasa. Pertama kali orang awam diberikan penghormatan sedemikian rupa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada polis dan orang ramai kerana banyak membantu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Rebecca Nur Islam Dan Fesyen Ketat Berpisah Tiada!
Sama seperti memakai tudung, keinginan untuk berpakaian mengikut syariat Islam memerlukan hidayah untuk melakukannya.
Mungkin itu sebabnya pelakon Rebecca Nur Islam tak pernah serik mengenakan pakaian yang menimbulkan kontroversi meski pun sudah berhijrah menutup kepala.
Jika sebelum ini Rebecca pernah ditegur peminat kerana memakai pakaian ketat ala Teletubbies dan gaun sendat paras betis kini dia kembali ‘dihencap’ kerana memakai legging dan baju ketat ketika mengunjungi sebuah pusat karaoke.
Antara komen dilemparkan pengunjung Instagram Rebecca berhubung pakaiannya ini adalah ‘seketat-ketatnya legging’, ‘semua nampak!’ dan ‘bulattt’. Bagaimana pun tinjauan kami di Instagram Rebecca pada hari ini mendapati dia sudah melakukan pembersihan pada komen-komen negatif di gambarnya.
Bagi kami Rebecca ni dah cukup bagus sebab terbuka hatinya untuk berhijab.
Bab pakaian yang benar-benar mengikut syariat tu marilah kita sama-sama doa semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan kita semua.. -MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI

Terharu… Ahli Keluarga Mangsa MH17 Hidang Air Pada Media
JIKA sebelum ini kecoh dengan cerita seorang jurufoto media yang dilayan kasar sehingga ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mangsa tragedi MH17, status FB seorang rakan media ini menyebabkan kami rasa terharu.
Apa tidaknya, sikap berbudi bahasa seorang ahli keluarga mangsa yang lain siap menghidangkan air kepada sekumpulan rakan media yang lama menunggu di rumah keluarga mangsa MH 17 di Cheras, Kuala Lumpur sangat-sangat dihargai.
Memetik status wartawan ini, beliau merasa bersyukur apabila ada pihak yang memahami tugas mereka sebagai orang media. Berikut adalah petikan status Fb Rose;
” Syukuurrrr bila ada jiran family mangsa mh17 hidang air utk media yg menunggu..tp sedih bila dengar the same family tumbuk media sampai berdarah kat nirvana..kami dtg buat keje dgn cara terhormat..kalo mahu privacy, buat cara 2 family sblm ni yg langsung tak dedah nama mangsa..senang keje kami & family anda pun ada privacy..tak perlu berkasar.”
Bagaimanapun, setelah menunggu hampir empat jam, pihak media pulang tanpa sebarang berita. Ini kerana keluarga mangsa yang baru pulang dari tempat pengebumian enggan ditemubual. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku kerana masing-masing saling hormat menghormati. Rasanya, ada lagi tak sesiapa yang ingat lagi pantun lama ini … “Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga, Yang Baik Itu Budi,Yang Indah Itu Bahasa”
Fikir-fikirkan lah yer…. – MYNEWSHUB

Secret Recipe Tak Lagi Guna Gelatin Lembu Dalam Ramuan
KUALA LUMPUR – Secret Recipe Malaysia, rantaian kafe gaya hidup tempatan, telah menggantikan lapan kek mengandungi gelatin lembu dengan gelatin berasaskan ikan sejak 1 September lalu.
Kek terbabit ialah Oreo Cheese, Raspberry Cheese, Cappuccino Cheese, Yogurt Cheese, Strawberry Marshmallow Cheese, Durian Cheese, Choc Cheese Berries dan Turkish Indulgence.
Secret Recipe memberi maklum balas terhadap dakwaan daripada seorang pelanggan laman sosial yang sesetengah kek yang dijual di Secret Recipe mengandungi gelatin lembu.
“Kami ingin menjelaskan yang sebelum ini terdapat lapan kek mengandungi gelatin lembu seperti mana dinyatakan pada tag outlet kafe, tetapi mereka telah digantikan dengan gelatin berasaskan ikan.
“Berkuatkuasa 1 September lalu, semua kek kami tidak lagi menggunakan gelatin lembu dalam ramuan,” kata Secret Recipe dalam maklum balas kepada Bernama mengenai Facebooknya. – BERNAMA
TOP
Chong Wei Setuju Cadangan Lantik Pengarah Teknikal Badminton
KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata cadangan pelantikan pengarah teknikal untuk sukan itu dilihat penting bagi memastikan sukan badminton negara terus berdaya saing pada masa akan datang.
Beliau berkata cadangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melantik seorang pengarah teknikal adalah tepat demi kemajuan sukan badminton negara.
“Kita lihat beliau (Khairy) sentiasa berusaha untuk menaikkan mutu badminton negara, jadi cadangan beliau untuk melantik seorang pengarah teknikal di BAM sangat bagus demi memajukan sukan badminton,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.
Media baru-baru ini melaporkan Khairy sebagai berkata kementeriannya dan pengurusan BAM kini mencari calon yang layak bagi jawatan pengarah teknikal dengan beberapa nama termasuk dari negara China turut dibincangkan.
Mengulas persediaannya bagi menghadapi Sukan Asia di Incheon pada 19 September ini, Chong Wei berkata aspek ketahanan mental perlu ditingkatkan selepas beliau tewas pada Kejohanan Dunia BWF di Copenhagen, Denmark pada Ahad lepas.
“Persediaan mental perlu ditingkatkan lagi untuk menghadapi Sukan Asia selepas ini. Lin Dan (jaguh China) turut akan beraksi pada Sukan Asia nanti. Esok saya memulakan latihan, saya akan terus berusaha walaupun saingan bertambah sengit dengan penyertaan negara-negara Asia,” katanya.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Sukan Asia ialah menerusi mendiang Datuk Punch Gunalan pada tahun 1970 di Bangkok.
Manakala Chong Wei sekadar meraih perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China empat tahun lepas. – BERNAMA
TOP
Pentadbiran Kerajaan Selangor Berjalan Seperti Biasa
KUALA LUMPUR – Pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa sehingga Menteri Besar Selangor yang baharu dilantik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP telah menghantar nama calon pengganti beliau kepada Sultan Selangor.
“Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang telah diberikan.
“Sehingga proses selesai, pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sedia ada,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Justeru, Abdul Khalid menyeru semua pihak terlibat supaya bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut tatacara Undang-Undang Tubuh Negeri serta adat istiadat Selangor.
TOP
Ibu Kongsi Pengalaman Anak Hampir Diculik Di Sentul
MENERUSI akaun Instagram Babybyshers, seorang ibu telah berkongsi detik cemasnya berdepan dengan percubaan culik bayinya yang berusia tujuh bulan di Bandar Baru Sentul pada 1 September lalu.
Katanya:
“Untuk peringatan utk suma parents. Terutama yang duduk area SENTUL. Semalam, 1hb September 2014, pegi makan dekat mamak al Malik kat Bandar Baru Sentul. Lepas makan aku pun bawak Umar nak masuk keta. Baba ngan Oppa still kat mamak lagi. Aku ni takde la mcm takut sgt sbb baru 7.30 mlm. Org dok ramai. Masa masuk celah kereta tu aku ada perasan ada org follow aku tapi aku memang x suspect apa2 sbb nak cepat masuk keta.
“Then aku dok perasan org ni take over aku and tros grab baju umar and tarik. Aku terus peluk umar dan tarik umar balik terus pusing belakang and lari. Then bila aku tgk belakang balik, ada 2 org tgh berlari lintas jalan. Aku masuk mamak tu depan baba depan oppa depan semua org aku menangis sampai suma org pandang. Then ada 1 cina ni masuk cakap kat baba ” org tu nak curi ka???”. Baba and Oppa keluar cari tapi xde dh org.
“Aku dok fikir, kalau la sorang tu pegang aku, sorang amik Umar and dapat Umar, macamana la umar nak minum susu, nak tido, nak tukar pempers. Nauzubillah. Nauzubillah!! Allahuakbar. Kenapa la sekarang ni orang2 tak de hati dan perasaan. “Tindakan : 1. Tolong la. Tolong la parents yang ada anak2. Tolong la jaga anak2 korang. Tolong la dukung anak2 erat2. Pegang tangan anak2 kuat2. 2. Mesti ada org teman. Suami ke kawan ke adik beradik ke tak kisah. Tapi ada org teman. Jangan sorang2. Memang bahaya. Bahaya sgt2. 3. Mata jangan lepas langsung pandang anak2. Kena alert anak kat mana. “Aku share sbb aku nak suma org alert. SEMUA ORANG. Alert pada anak2. Pada cucu2. Pada anak2 saudara. Pada anak2 kawan. Pada anak2 orang. Tolong la. Org nak kata aku paranoid aku tak peduli. Tapi YES skrang ni kalau org senyum kat Umar pun akan syak bukan. Instagram : Tolong la repost benda ni. Facebook : Tolong share benda.” Wanita itu turut berkongsi gambar salinan laporan polis yang telah dibuatnya.
Semoga apa yang terjadi dapat dijadikan iktibar oleh para pembaca di luar sana. Pesanan kami, jangan ambil mudah perihal keselamatan anak-anak kerana kejadian seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Baidu Eye : Cermin Mata Pintar Dari China
Revolusi peranti boleh-pakai telah dimulakan oleh Google Glass dua tahun yang lalu.
Sehingga kini cermin mata pintar keluaran Google ini masih tidak terjual secara rasmi di Malaysia dan pemilikannya juga adalah cukup terhad. Baidu, syarikat carian gergasi China yang boleh dilabelkan “browser google versi China” ini memperlihatkan cermin mata pintar mereka semalam yang diberi nama Baidu Eye. Tidak seperti Google Glass, Baidu Eye tidak mempunyai sistem paparan skrin di hadapan mata pengguna. Sebaliknya ia hanya dilengkapi kamera, mikrofon dan fon telinga. Agak pelik apabila dikategorikan cermin mata pintar kerana tiada sebarang skrin paparan yang digunakan, tetapi itulah uniknya Baidu Eye ini.
Menurut Baidu sistem paparan skrin mini yang digunakan Google tidak mesra pengguna dan hanya menghabiskan bateri. Baidu Eye ditambat kepada telefon pintar anda dan segala maklumat yang anda mahukan akan dipaparkan pada skrin telefon apabila diperlukan. Ini dilakukan dengan aplikasi khas Baidu yang boleh mengesan objek apa yang anda sedang lihat dan mengenalpastinya untuk anda. Selain mengesan objek yang dilihat, Baidu Eye menyokong kawalan suara dan kawalan pergerakan tangan anda. Tiada maklumat penuh mengenai spesifikasi cermin mata pintar ini, peranti yang disokong ataupun bila ia akan memasuki pasaran. Baidu hanya memperlihatkan prototaip ini untuk melihat reaksi orang ramai dan mendapatkan maklum balas pengguna.
Sumber: Fasco/ Amanz
Oleh: hzqahmd

Operasi Mencari Pelancong Hilang Diteruskan
KUANTAN – Polis masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang pelancong warganegara Perancis, Jerome Philippe Laurent yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata operasi mencari lelaki yang berusia 24 tahun itu disambung seawal pukul 8 pagi tadi.
“Polis juga akan membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan helikopter dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia hari ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kekuatan pasukan penyelamat juga ditambah kepada 67 anggota dari pelbagai agensi dengan tujuh buah bot.
Katanya, pasukan penyelamat itu terdiri daripada anggota polis, polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kakitangan Berjaya Resort Tioman.
Johari berkata, pasukan penyelamat akan memperluaskan lagi kawasan pencarian dari lokasi pelancong terbabit dilaporkan hilang.
Lelaki itu dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti snorkeling di hadapan Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman kira-kira jam 3 petang Selasa lepas.
Kehilangannya disedari selepas dia didapati tidak pulang ke chalet penginapannya sehingga jam 5.30 petang hari yang sama sebelum laporan polis dibuat. – BERNAMA
TOP
Skuad Bola Sepak Negara Mampu Mara Ke Suku Akhir
PETALING JAYA – Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Asia, Datuk Danyal Balagopal Abdullah optimis skuad bola sepak bawah 23 Tahun negara mampu mara ke peringkat suku akhir di temasya yang akan berlangsung dari 19 Sept hingga 4 Okt di Incheon, Korea Selatan.
Meskipun diundi dalam kumpulan sukar bersama pasukan tuan rumah, Arab Saudi dan Laos dalam Kumpulan A, beliau berkata beliau yakin dengan prestasi yang dipamerkan skuad Harimau Muda A dan peluang ke suku akhir adalah masih terbuka.
“Ini adalah pasukan bawah 23 tahun yang akan berentap pada Sukan Asia. Kekuatan masing-masing seperti Korea Selatan kita masih belum tahu berbanding dengan pemain senior mereka yang telah beraksi bersama pasukan kelab ternama dalam liga Eropah.
“Saya ambil contoh skuad badminton Piala Thomas, di mana sebelum pergi ke New Delhi, rata-rata mengatakan mereka hanya boleh mara ke suku akhir tapi mereka membuktikan berjaya ke peringkat akhir.
“Bagi saya tiada apa yang boleh menghentikan mereka daripada menang di Sukan Asia. Kita pergi dengan fikiran yang terbuka,” katanya kepada pemberita ketika melawat sesi latihan pertama skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee di Wisma FAM, di sini hari ini.
Menurut Danyal, sasaran ke suku akhir yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke atas skuad bola sepak negara adalah realistik dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima secara terbuka apabila bola sepak diletakkan dalam Kategori B.
Beliau berkata sasaran itu juga adalah satu perangsang kepada skuad bola sepak negara untuk membuktikan sesuatu pada temasya kali ini memandangkan mereka berada pada prestasi yang baik selepas menimba pengalaman beraksi dalam Liga NPL Queensland, Australia.
“Jangan pergi ke sana dengan perasaan rendah diri. Ini permainan untuk semua. Skuad bawah 23 tahun kita bermain sangat baik. Yang mustahak adalah disiplin. Kita lihat Korea mampu mencapai keadaan sekarang kerana pemain mereka berdisiplin menjalankan apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka,” katanya yang yakin Ong mempunyai strategi dan perancangan terbaik untuk skuad negara.
Skuad negara bakal berdepan skuad bawah 23 tahun Yemen pada 6 Sept dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam sebelum bertemu skuad bawah 23 China pada 10 Sept.
Malaysia akan memulakan kempen dalam Kumpulan A bertemu Korea Selatan dalam perlawanan pertama pada 14 Sept ini, sebelum bertemu Laos dan Arab Saudi untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan.
Hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja yang layak ke suku akhir. Perlawanan akhir bola sepak Sukan Asia 2014 dijangka pada 3 Okt. – BERNAMA
TOP
Bila Seluar Dalam Dan Kondom Dibawa Ke Sidang Media!
Kisah ini berlaku di daerah Cirebon, Jawa Barat, Indonesia. Dua pelajar sekolah kantoi ketika melakukan seks apabila kafe siber yang menjadi markas ponteng sekolah mereka di serbu pihak berkuatkuasa siang tadi.
Turut ditemui ketika serbuan termasuklah dua kondom yang telah digunakan, seluar dalam, seluar pendek serta seluar sekolah di atas lantai. Kesemua barang itu itu dibawa pihak berkuasa ketika sidang media sebagai bahan bukti kejadian memalukan itu.
Memetik laporan portal kompas.com, pegawai dari Unit Polis Perkhidmatan Awam Cirebon berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.
“Kami terkejut dan sangat marah kerana berlakunya salah laku di tempat kejadian. Mereka bukan sahaja tidak hadir ke sekolah, tetapi juga melakukan perkara yang tidak bermoral,” kata Ibrahim, Ketua Polis Perbandaran Cirebon.
Dengan wajah marah, Ibrahim segera memanggil ibu bapa setiap pelajar itu.
“Serbuan hari ini dibahagikan kepada empat kawasan Cirebon iaitu timur,tengah, barat dan utara. Susulan serbuan, kami menemui sepasang pelajar yang melakukan seks serta menahan 50 pelajar yang bermain internet semasa waktu sekolah. Kami akan memperhebatkan serbuan seperti ini. Ia amat memalukan,”kata beliau.
Sementara itu, pelajar wanita terbabit mendakwa, dia dan teman lelakinya terangsang untuk melakukan hubungan seks setelah menonton adegan menghairahkan di Internet.
“Pada mulanya, kami hanya menonton filem seram. Tiba-tiba ada adegan menghairahkan. Kami terangsang dengan adegan itu lalu membeli kondom di pasar raya berhampiran dan serta-merta melakukannya,” katanya dengan menundukkan wajah kerana malu. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Playboy Buas Taiwan Kena Penjara 79 Tahun
TAIPEI – Selepas berjaya mengelak daripada ditahan polis selama kira-kira tiga minggu, akhirnya seorang lelaki yang mendapat jolokan playboy Taiwan dihukum penjara 955 bulan atau hampir 80 tahun atas kesalahan merogol, lapor media.
Justin Lee yang juga anak hartawan terkenal di Taiwan disabitkan kesalahan menahan sejumlah wanita di rumahnya dan memberi bahan pengkhayal tertentu sebelum merogol mangsanya.
Aksi itu juga dirakam Lee menggunakan telefon bimbit dan peranti lain.
Difahamkan, antara yang menjadi mangsa Lee adalah model dan selebriti.
Perbicaraan yang berlangsung mendedahkan, Lee membiarkan mangsanya mabuk atau khayal di kelab malam serta pusat hiburan sebelum membawa mereka ke rumahnya dan melakukan pencabulan atau merogol mereka.
Mahkamah Tinggi Taiwan mengenakan hukuman penjara 79 tahun 7 bulan terhadapnya, iaitu hukuman lebih berat berbanding keputusan mahkamah terdahulu yang membicarakan kes berkenaan.
Lelaki itu juga diarah membayar pampasan AS1.15 juta (RM3.66 juta) kepada mangsanya.
Siasatan ke atas Lee dibuat selepas seorang daripada mangsa mengadu kepada polis.
Polis kemudian menemui video seks tersimpan dalam komputer serta telefon bimbit Lee sejak 2012, namun dia enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Sebaliknya Lee melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah rakannya dan hanya menyerah diri selepas 23 hari diburu.
Walaupun dihukum penjara hampir 80 tahun, Lee hanya perlu menjalani hukuman 30 tahun kerana ia adalah peruntukan maksimum bagi kesalahan seumpama itu. – AFP
TOP
Pelajar Baru Perlekeh UiTM Di Laman Sosial
SHAH ALAM – seorang pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi MARA mengejutkan banyak pihak apabila dia mencemuh serta memperlekeh universiti itu melalui laman sosial twitternya.
Pelajar yang baru mendaftar selama 3 hari itu membuat beberapa status yang mencemuh minggu orientasi UiTM dengan perkataan kesat selain mengheret nama baik universiti itu sebagai sebuah universiti yang tidak akan menjadi pilihan untuk anak-anaknya pada masa hadapan.
“Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i’ll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!”, kata pelajar yang dikenali dengan username @mieruuzairis yang juga dipercayai mendapat tawaran pengajian perubatan UiTM.
“None of the universities in Malaysia can beat UiTM’s MDS when it comes to silly slot and wasting time” tambahnya lagi di laman sosial sama.
Wartawan UNC sempat menemuramah beberapa mahasiswa UiTM berkenaan respon mereka tentang pelajar tersebut, rata-ratanya kecewa dengan tindakannya sebagai pelajar baru yang hanya bergelar sebagai mahasiswa selama 3 hari dan telah menunjukkan sikap yang tidak bersyukur selain memalukan UiTM. Amier Atief, penuntut Asasi Undang-undang UiTM dalam responnya menjelaskan tindakan pelajar ini memperlihatkan bahawa dia langsung tidak bersyukur mendapat tempat di UiTM, manakala Firdaus Zaki dalam kenyataannya menjelaskan pelajar tersebut hanya inginkan perhatian. Media UNC turut mendapatkan komen melalui twitter antaranya ialah respon daripada Syahmi Suhaimi berkenaan pelajar tersebut; “Antara anak melayu yang tak reti menghargai pengorbanan orang lain. Hanya mahukan kesenangan untuk diri sendiri. Dalam pada itu, Media UNC sempat menghubungi pegawai HEP yang terlibat dengan kursus orientasi, Minggu Destini Siswa UiTM, beliau menjelaskan bahawa keadaan kursus terkawal dan sentiasa mendapat perhatian Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Jelasnya setiap slot yang disediakan adalah lebih kepada mempermudahkan mahasiswa itu sendiri sebagai pelajar baru supaya dapat menyesuaikan diri di alam universiti selain diuruskan oleh fasilitator yang terlatih. Walau bagaimanapun, sebaik ditanya responnya berkenaan status twitter pelajar tersebut, jelasnya tegas dengan harapan agar pelajar itu digugurkan kerana terlalu bersikap angkuh dan sombong selain berpotensi memalukan UiTM pada masa akan datang. Tambahnya lagi, lebih ramai diluar sana pelajar lepasan matrikulasi dan asasi yang memilih UiTM tetapi terpaksa membuat rayuan kerana tidak mendapat peluang. Sebelum itu UiTM dilaporkan menerima lebih 3000 mahasiswa dengan jumlah keseluruhan mencecah 2279 siswi dan 1014 siswa sehingga tengahari tadi. – UNIVERSITY NEWS CAPITAL

Bayi Paling ‘Cool’ Tunjuk Isyarat Ibu Jari Ketika Imbasan Ultrasound
MUNGKIN bayi ini adalah bayi paling ‘cool’. Apa tidaknya dia menunjukkan isyarat ibu jari ketika imbasan ultrasound dilakukan ke atas ibunya.
Imej berkenaan dikongsikan oleh bapa bayi itu, Brandon Hopkins dalam Facebooknya beberapa hari lalu. Adik Hopkins kemudiannya berkongsi gambar berkenaan dalam Reddit, hinggakan ia menjadi viral. “Adik saya menghubungi saya dan memberitahu bayi saya kini jadi popular,’’ kata Hopkins. Bayi berkenaan dijadual dilahirkan pada bulan Januari ini. Hopkins dan isterinya juga hanya mahu mengetahui jantina bayi itu tidak lama lagi.

Pencuci Tandas S’pura Lebih Mewah Dari Pensyarah Malaysia?
KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mendakwa gaji seorang pencuci tandas di Singapura lebih mewah berbanding gaji seorang pensyarah di negara ini.
Beliau mendakwa, pencuci tandas di negara itu boleh memperoleh gaji lebih RM4,000 sebulan sedangkan gaji pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Gred DS45 di Malaysia hanya RM2,878.
Justeru, beliau mempersoalkan pihak yang lebih berkemampuan membeli rumah di Johor Bahru, Johor adalah seorang pencuci tandas di Singapura berbanding pensyarah IPTA.
“Gaji sebulan pencuci tandas Singapura sebanyak $1,713 = RM4,333.89. Gaji pensyarah IPTA gred DS45 adalah RM2,878. Siapa yg layak membeli rumah teres RM300 ribu di Johor Bahru? Oh Malaysia tanah airku……,” dakwanya melalui laman Facebook beliau hari ini
Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan itu berikutan kes Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Azmi Sharom menghadapi tuduhan menghasut di Mahkamah semalam berhubung kenyataannya tentang krisis Perlembagaan Perak.
TOP
16 Disyaki Militan Ditahan Di Bosnia
SARAJEVO – Polis Bosnia menahan 16 orang yang disyaki menyertai peperangan di Syria dan Iraq atau merekrut dan membiayai rakyat Balkan lain bagi menyertai kumpulan militan di sana.
Polis berkata, kira-kira 200 pegawai daripada beberapa agensi penguat kuasa undang-undang Bosnia terbabit dalam operasi yang menyasarkan 17 lokasi di seluruh negara.
Mereka yang ditahan disyaki merekrut rakyat Bosnia untuk ke Syria dan Iraq dan membiayai serta mengaturkan perjalanan mereka ke negara berkenaan.
Mereka juga disyaki menyertai konflik bersenjata di Syria dan Iraq dan bertempur bersama pertubuhan dan kumpulan pengganas radikal, termasuk militan jihad.
Polis menjumpai senjata, peluru, peralatan komputer, kad telefon dan bahan propaganda di lokasi suspek ditahan. – AP
TOP
Kumpulan Pertama Jemaah Haji M’sia Bergerak Ke Mekah
MEKAH – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 413 orang akan mula bergerak dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas petang Khamis.
Mereka yang tiba di Madinah pada 27 Ogos lepas untuk melakukan ziarah dijangka bertolak selepas sembahyang Zuhur dan dijangka tiba di Mekah kira pukul 7 malam waktu tempatan hari yang sama (12 malam waktu Malaysia) .
Kumpulan jemaah haji tersebut sebelum meninggalkan Madinah digalakkan membuat Ziarah Wada atau ziarah selamat tinggal di Masjid Nabawi, sebelum mandi sunat dan berpakain ihram bagi memasuki Mekah untuk melakukan umrah haji.
Mereka kemudian akan berhenti di Masjid Bir Ali kira-kira tujuh kilometer dari kota Madinah untuk bersembahyang sunat ihram dan memasang niat ihram.
Perjalanan dengan bas dari Madinah ke Mekah yang sejauh 447 kilometer dijangka mengambil masa antara lima hingga tujuh jam bergantung kepada keadaan jalanraya, dan akan diisi dengan bertalbiyah, iaitu kalimah kehadiran yang dilafazkan menandakan ikrar penerimaan mereka sebagai tetamu Allah.
Setibanya mereka di Mekah, mereka akan ditempatkan di Abraj Al Janadiriyyah di kawasan Shuib Amir, kira-kira 800 meter dari Masjidilharam, sebelum melakukan tawaf sebanyak tujuh pusingan di Baitullah dan diikuti dengan saie antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali sebelum bertahallul, iaitu keluar dari ihram, dengan mengunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut.
Ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Mekah akan diikuti oleh kumpulan kedua dan seterusnya secara berperingkat.
Tabung Haji telah menyediakan sebanyak sembilan maktab untuk menempatkan 22,320 jemaah haji tahun ini, termasuk di Qasr Al Janadiriyyah yang berhampiran dengan Abraj Al Janadiriyyah.
Selain Burj Al Haram 2 dan Hassan Khazindar di kawasan Al-Sud dan Bir Balilah serta lima bangunan di kawasan Misfalah dan Hafa’er iaitu Al Bisyarah Mawaddah, Rehab Al Janadiriyyah, Land Premium, Manar Al Shorouq dan Raudhat Al Shorouq.
Setakat ini sebanyak 18 kapal terbang membawa jemaah haji telah tiba di Madinah dengan yang terakhir tiba Selasa iaitu penerbangan KT18 dengan seramai 267 jemaah haji.
Sehingga kini seramai 6,250 jemaah haji telah berada di Madinah. – BERNAMA
TOP
PM Ukraine Tolak Rancangan Damai Putin
KIEV – Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk menolak rancangan perdamaian yang dicadangkan oleh Presiden Russia Vladimir Putin dan menyifatkannya sebagai cubaan untuk memperdayakan Barat mengenai niat sebenar Moscow.
“Rancangan terbaru ini adalah satu lagi cubaan untuk mengelabui mata masyarakat antarabangsa menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan usaha untuk mengalihkan pendirian Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan baharu terhadap Russia.
“Rancangan terbaik bagi menamatkan peperangan Russia terhadap Ukraine ialah dengan Russia menarik balik tentera, askar upahan dan pengganasnya dari wilayah Ukraine,” tegas Yatsenyuk dalam satu kenyataan.
Beliau tetap dengan pendiriannya walaupun Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata beliau dan Putin sudah mempersetujui pelan damai bertujuan menamatkan konflik selama hampir lima bulan itu di timur Ukraine.
Cadangan itu, yang diperincikan oleh Putin sehari sebelum pembukaan sidang kemuncak NATO di Wales hari ini, dijangka dibincang esok oleh Kumpulan Penghubung Ukraine, yang disertai wakil Kiev, pemisah pemberontak, Moscow dan badan keselamatan Eropah (OSCE). – AFP
TOP
Sakit Berpanjangan Atau Potong, Dilema Wanita Tangan Gergasi
THAILAND – Selama 50 tahun, Duangjay Samaksamam terpaksa hidup dengan tangan gergasi yang menyakitkan dan satu-satunya cara meredakan kesakitan itu ialah dengan memotong kedua-dua belah tangannya.
Keadaan ini menyebabkan Duangjay yang berusia 59 tahun, dalam dilema kerana dia yang juga pemilik kedai runcit tidak mahu kehilangan kedua tangannya yang paling besar di dunia.
Duangjay menghidap penyakit macrodystrophia lipomastosa iaitu tangan yang membengkak dari bahagian jari ke bahu.
Doktor percaya dia merupakan satu-satunya pesakit berkenaan yang memiliki tangan gergasi berkenaan.
Menurut Duangjay, dia menjalani pembedahan bagi merawat penyakit berkenaan ketika berusia 25 tahun.
Bagaimanapun pembedahan itu bukan mengubatinya malah menyebabkan keadaan Duangjay menjadi emakin buruk.
Keadaan yang dialami oleh Duanjay itu juga menyebabkan dia menghabiskan masa selama 20 tahun bersembunyi di dalam rumah akibat malu dan tidak pernah bersekolah.
Namun Duangjay tiada pilihan apabila dia terpaksa menguruskan kedai runcit milik ibu bapanya yang telah uzur.
“Tangan saya sangat berat hinggakan saya tidak boleh menyikat rambut. Malah nak pakai baju juga menyukarkan dan menyakitkan,’’ katanya.
Keadaan yang dialami oleh Duangjay itu juga menarik perhatian doktor dari seluruh dunia dan ramai yang cuba mengubatinya dengan menghilangkan bengkak berkenaan namun gagal.
“Doktor menyuruh saya memotong tangan untuk membolehkan saya bergerak dengan bebas namun saya enggan,’’ katanya.
TOP
Gadis Dirogol Dan Dibunuh Kerana Bantah Hukuman Pukul Bapa
INDIA – Seorang gadis berusia 15 tahun dirogol dan dibunuh selepas membantah tindakan penduduk kampong yang memutuskan bahawa bapanya perlu dipukul kerana gagal membayar hutang.
Tindakan gadis itu mencetuskan kemarahan penduduk hingga mereka memaksanya meludah ke lantai kemudiannya menjilat semula ludah tersebut.
Ia sebagai hukuman kerana melawan cakap penduduk kampung tersebut.
Gadis itu kemudiannya didapati hilang. Hanya keesokan harinya mayat gadis malang tersebut ditemui dalam keadaan bogel di atas landasan keretapi. Di Jalpaiguri.
Polis percaya dia dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh.
Pihak berkuasa kini telah menahan dua daripada 13 orang yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan manakala mayat gadis malang itu dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
TOP
Remaja Perempuan Kahwini Anjing Untuk Buang Sial
NEW DELHI – Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.
Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.
“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan.
“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya.
Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.
“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya.
Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.
“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri.
Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.
Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.
“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.
Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. – Agensi
TOP
Argentina Tebus Kekalahan Di Final Piala Dunia Kepada Jerman
DUSSELDORF – Aksi cemerlang Angel Di Maria membantu Argentina menewaskan juara dunia, Jerman 4-2 pada perlawanan persahabatan yang mengulangi pertembungan final Piala Dunia di Brazil, Julai lalu.
Bintang Manchester United yang memecah rekod pembelian British, Di Maria meledak satu gol sebelum menjadi perancang kepada gol Sergio Aguero, Erik Lamela dan Federico Fernandez menyaksikan Argentina mencatat kemenangan pertama sejak kekalahan kepada Jerman, dua bulan lalu.
Andre Schuerrle dan Mario Goetze turut meledak namun Jerman terpaksa akur dengan persembahan cemerlang ditampilkan Argentina dalam aksi pertama Gerardo Martino selaku pengendali gergasi Amerika Selatan itu.
Martino yang mengisi kekosongan ditinggalkan Alejandro Sabella yang meletakkan jawatan selepas Piala Dunia berkata kemenangan itu tidak perlu terlalu diraikan.
“Mereka kehilangan begitu ramai pemain dan tiga pemain utama juga bersara,” kata Martino yang dipecat Barcelona selepas hanya semusim mengemudi kelab Sepanyol itu.
“Bukan mudah untuk membina pasukan baru. Di Maria lebih menonjol berbanding ketika di Piala Dunia,” katanya yang turut tidak menurunkan bintang utamanya, Lionel Messi akibat kecederaan.
Rakan sejawatannya di Jerman, Joachim Loew dalam pada itu menolak Argentina sudah berjaya membalas kekalahan mereka di final.
“Ia bukanlah membalas dendam. Kamu tidak boleh mengulangi perlawanan final,” kata Loew. “Saya juga tidak boleh menyalahkan pasukan kerana mereka tidak bermain seperti mereka lakukan sebelum ini. Beberapa pemain tidak cergas sepenuhnya.
Gol pada masa tambahan Goetze di Stadium Rio de Janeiro’s Maracana pada 13 Julai lalu mengesahkan kemenangan keempat Jerman dalam kempen Piala Dunia. – AFP
TOP
PKR Menafikan Laporan Astro Awani
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan laporan Astro Awani yang mendakwa parti itu akan mencalonkan Timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor jika pencalonan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ditolak Istana.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Astro Awani telah beberapa kali melaporkan isu jawatan Menteri Besar Selangor secara tidak bertanggungjawab tanpa memetik sumber rasmi parti berkenaan.
“Astro Awani yang kononnya memetik sumber parti berhubung keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat 2 September 2014 yang berlangsung malam tadi. Amalan Astro Awani yang berterusan melaporkan isu Menteri Besar Selangor tanpa memetik sumber rasmi PKR amat dikesali.
“Mesyuarat itu hanya memutuskan dua perkara iaitu menegaskan sokongan kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor dan cadangan PKR Kelantan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubur,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Saifuddin Nasution berkata, Majlis Pimpinan Pusat PKR menerima cadangan Majlis Pimpinan PKR Kelantan untuk bertanding di DUN Pengkalan Kubur.
Bagaimanapun, katanya, cdangan itu akan dibincangkan oleh PKR dengan PAS dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan keputusannya.
TOP
Amy (Grand) Mengaku Salah Larikan Wang Lan (Kristal)
Lan Kristal (kanan) menuntut agar Amy Grand memulangkan wangnya segera jika tidak mahu berdepan dengan tindakan undang-undang.
PETALING JAYA: Bekas penyanyi kumpulan Grand iaitu Amy mengaku salah dan berjanji untuk menjelaskan segala hutang-hutangnya kepada individu terlibat secara berperingkat. Amy atau nama sebenarnya Zuraimi Remeng yang popular pada awal tahun 2000 berkata, dia tidak berniat untuk menipu sesiapa dan memohon maaf terhadap kesilapannya itu. “Dengan rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan saya di FB (Facebook), kenalan dan saudara-mara. Terutama sekali ahli keluarga saya, sekiranya tanpa sengaja saya telah mendatangkan kesan buruk terhadap kamu semua. “Dengan nama Allah saya tidak menafikan bahawa saya ada membuat kesalahan tetapi tidak berniat menipu, kerana sebab musabab yang tidak dapat saya jelaskan,” katanya dalam posting Facebook miliknya yang dicatatkan kira-kira pukul 9.30 malam Rabu.
Terdahulu pada Isnin lalu mStar Online melaporkan luahan hati penyanyi Kristal iaitu Razlan yang kecewa apabila bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara telah melarikan wang persembahan pentasnya berjumlah ribuan ringgit. Razlan atau lebih dikenali sebagai Lan turut memuat naik gambar penyanyi berkenaan di laman Instagram miliknya pada 31 Ogos lalu dengan memberi amaran untuk mengambil tindakan jika indivdiu itu gagal mengembalikan wang berkenaan. Lan dijemput menjayakan acara karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor pada 24 Ogos lalu yang turut dikendalikan oleh bekas vokalis tersebut. Dalam pada itu Amy turut berasa terhina dengan apa yang telah berlaku kerana pendedahan berkenaan mengaibkannya, menutup periuk nasi serta merosakkan hubungan kekeluargaan.
Malah katanya, ia juga memberi kesan kepada isteri dan anak-anaknya yang turut menerima tempias berkenaan. "Saya harap kepada yg tidak berkenaan tu janganlah menambah minyak di dalam api, kerana ia belum berlaku pada diri kamu. “Walau apa pun saya manusia biasa dan akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia untuk membayar semula hutang piutang itu selagi ada nafas ini tetapi berilah saya masa,” tulisnya dalam FB miliknya. Sementara itu Lan dalam satu mesej WhatsApp yang dikirimkan kepada mStar Online pada malam Rabu tidak lagi mempercayai kata-kata bekas anggota kumpulan Grand itu. Ujar Lan, individu itu gemar menggunakan ayat-ayat manis untuk memperdayakan orang. "Saya akan selesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Saya sudah menyampah dengan kata-katanya. Sebelum (saya) tau pasal dia kaki penipu, bolelah terima kata-katanya tetapi bila dah kena (tipu), sorry la,” tegas Lan. - mStar

Samsung lancar Galaxy Note terbaharu
BERLIN: Pengeluar telefon bimbit terbesar dunia, Samsung Electronics Co Ltd hari ini melancarkan versi terbaharu telefon pintar, Galaxy Note.
Lebih menarik saiz telefon pintar ini tidak semakin besar, sebaliknya salah satu daripadanya mempunyai paparan tepi untuk akses pantas kepada lampu suluh, Twitter, berita dan aplikasi yang kerap digunakan.
Pelancaran Galaxy Note Edge diumumkan pada pameran perdagangan di sini hari ini bersama-sama telefon Galaxy Note 4 terbaharu tanpa paparan tepi dan fon kepala diberi nama Gear VR.
Kesemua produk terbaharu itu dijangka berada di pasaran pada Oktober depan iaitu ketika musim cuti membeli-belah dan menyasarkan untuk bersaing dengan keluaran terbaharu Apple, iPhone yang dijangka diumumkan pada minggu depan. - Agensi
TOP
MH17: Laporan awal tragedi akan dibentang bulan ini - Liow
JASIN: Laporan awal tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas, akan dibentang jawatankuasa penyiasatan yang berpusat di Belanda bulan ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan itu penting bagi memberi panduan untuk siasatan lebih mendalam terutama punca sebenar tragedi itu, yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.
"Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yang kita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat," kata Presiden MCA itu kepada pemberita selepas menghadiri Makan Malam MCA Bahagian Jasin di sini malam ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong, yang juga Timbalan Presiden MCA.
Pesawat itu ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan berkaitan, Liow berkata pihak penyiasat tragedi hari ini mengenal pasti satu lagi mayat rakyat Malaysia, menjadikan jumlah setakat ini 33 orang.
"Bagaimanapun, kita ada 10 lagi yang belum ditemui atau dikenal pasti, sama ada mayat mereka masih di kawasan kemalangan atau tidak itu, kita masih siasat," katanya. - BERNAMA
TOP
Kekasih Terbakar Di Kedai Steamboat
Jika terfikir tentang steamboat, sudah tentu kita terfikirkan lauk-pauk yang siap sedia untuk direbus.
Namun malang menimpa satu pasangan apabila dapur steamboat di sebuah kedai steambot di luar negara menyebabkan aweknya terbakar teruk dimakan api.
Menurut video yang dikongsi di laman Youtube, pekerja itu sedang menambah minyak dan secara tiba-tiba dapur mengeluarkan api besar.
Pekerja itu dilihat bertempiran lari dan kemudian nampak kelibat perempuan sedang dijamah api. Kemudian datang seorang lelaki yang juga teman lelaki kepada wanita berkenaan cuba memadamkan api tapi api sedang marak di tubuh kekasihnya ketika itu.
Memang mendebarkan. Jom saksikan kejadian ini.
TOP
Senarai Syarikat Yang Disenarai Hitam Kerana Penipuan Pakej Umrah
Setiap tahun kita akan mendengar beberapa kes melibatkan bakal umrah yang terkandas di lapangan terbang kerana ditipu syarikat yang menguruskan pakej umrah.
Untuk mengelakkan kejadian ini dari berlaku, Kementerian Pelancongan telah mengeluarkan senarai hitam syarikat yang dikesan melakukan penipuan ini.
Untuk kemas kini senarai ini, anda boleh melayari laman ini. - SiakapKeli.com

Gagal Patuhi Protokol Di KLIA2, Anggota Polis Ditahan
PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota polis bantuan di KLIA2 ditahan reman sehingga Selasa ini kerana disyaki melepaskan seorang penumpang yang membawa masuk objek menyerupai senjata api ke dalam pesawat.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Mohd Yusoff Awang berkata suspek yang berumur 29 tahun itu ditahan di KLIA2 pada 3.30 pagi tadi.
"Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas lanjut, beliau berkata pada Rabu lepas kira-kira pukul 7.40 petang, suspek bersama-sama enam lagi anggota polis bantuan memeriksa bagasi seorang pelajar kolej swasta warga Rusia dan menemui replika berbentuk bom serta pemetik api menyerupai pistol dan pisau.
Pelajar itu mendakwa objek berkenaan dibeli di sebuah kedai di Sunway Pyramid sebagai cenderahati dari Malaysia dan suspek melepaskannya menaiki pesawat tanpa membuat laporan polis.
"Namun selepas tiga hari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden itu tersebar baru suspek membuat laporan polis," katanya.
Mohd Yusoff berkata polis turut berhubung dengan Interpol dari negara pelajar terbabit bagi mengesan identitinya.- BERNAMA
TOP
Jaringan Rooney Selamatkan England
LONDON – Wayne Rooney merakam aksi pertamanya sebagai kapten negaranya dengan menjaringkan gol bagi membolehkan England menewaskan Norway 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Penyerang Manchester United itu menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-68 selepas Raheem Sterling dijatuhkan, sekali gus menyaksikan kemenangan pertama England sejak Piala Dunia Brazil lalu yang menyaksikannya tersingkir awal.
Jaringan Rooney itu adalah yang ke-41 bagi negaranya dan kemenangan pertama England dalam lima perlawanan menjelang saingan kelayakan Euro 2016 di Switzerland, Isnin ini.
Pengurus England, Roy Hodgson kali ini turut menurunkan pemain tengah Aston Villa, Fabian Delph dan pertahanan Arsenal, Calum Chambers, dengan rakan sepasukan barunya Danny Welbeck pula diturunkan pada separuh masa kedua.
Namun, perlawanan itu menyaksikan jumlah penonton yang merosot apabila hanya 40,181 orang memenuhi Wembley – rekod paling rendah dalam sejarah tujuh tahun Wembley. – AFP
TOP
Krisis Selangor: Sultan titah PKR kemuka lebih dua nama selain Wan Azizah
Setiausaha agung PKR
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengeluarkan surat kepada PKR menitahkan parti itu mengemukakan lebih dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, selain Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Penerimaan surat terbabit disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan penjelasan lanjut mengenainya akan dibuat hari ini, selepas ulasan awalnya malam tadi ditarik balik. - BH Online

Hubungan Cinta Shahrul & Adira (AF8) Dapat Restu
KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin mengakui keluarganya merestui percintaannya dengan penyanyi Adira.
Shahrul, 28, berkata, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, sudah pun bertemu dengan keluarganya dan mereka cukup senang dengan penyanyi itu yang ramah selain bijak mengambil hati kedua-dua orang tuanya.
"Adira bukan sahaja peramah tetapi dia pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.
"Alhamdulillah, itu membuatkan ibu saya cukup senang dengannya. Malah keluarga saya sangat menyayangi dia. Selain itu saya juga sudah bertemu keluarganya di Sabah," katanya.
Shahrul ditemui pada majlis pelancaran kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Shahrul sudah bersedia untuk melamar bekas peserta Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8) itu sebagai isteri, namun kerana kesibukan kerja masing-masing membuatkan hasrat berkenaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Tambahan pula mereka masih lagi muda dan mungkin merancang akan menamatkan zaman bujang dalam masa dua atau tiga tahun lagi. "Saya rasa bila dah kahwin, kita perlu fokus pada keluarga pula dan kerja berada di tempat kedua. "Jadi mana-mana kerja yang membabitkan masa saya sepenuhnya, saya utamakan dahulu. Saya tak mahu terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga pula," ujarnya. Sementara itu, ditanya pula mengenai penghijrahan imej Adira dengan memakai tudung dia bersyukur dengan penampilan baharu kekasihnya itu. Kata Shahrul, sebelum ini dia pernah meluahkan hasrat untuk melihat Adira bertudung, namun tidak memaksa penyanyi itu berumah imej dengan segera. "Apa yang saya boleh katakan, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana doa saya ingin melihat Adira bertudung dimakbulkan. "Saya tak pernah pun paksa dia. Tetapi saya cuma bercakap dengannya yang saya suka jika dia bertudung. "Kalau nak tahu, Adira seorang yang suka dibimbing dan diberi nasihat. Dia senang dididik," tuturnya.- mStar

Pasangan Ditahan Sejam Selepas Melarikan Diri Daripada Polis
Salah sebuah kereta yang terlibat dengan insiden di Plaza Tol Damansara.
PETALING JAYA: Sepasang kekasih ditahan selepas melanggar beberapa kenderaan semata-mata untuk melarikan diri daripada polis yang mengesan mereka sedang melakukan hubungan seks dalam kereta. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, berikutan insiden itu, suspek yang berusia 17 tahun berkelakuan mencurigakan ketika didekati pasukan peronda polis pada pukul 10.30 malam di Jalan Teknologi 3/6, Kota Damansara, di sini Selasa. "Pemandu kereta itu memakir Inokom Atos biru di tempat gelap dan sunyi. "Mengesyaki sesuatu, anggota peronda polis mendekati kenderaan itu dan meminta mereka keluar, bagaimanapun remaja terbabit terus memecut kereta itu," katanya pada Rabu. Azmi berkata, bagaimanapun selepas sejam pihaknya mengesan kenderaan itu berhampiran Plaza Tol Damansara dalam keadaan remuk apabila ia terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Honda Civic. "Suspek serta merta ditahan di tempat kejadian. "Kedua-duanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan sebelum ditahan di lokap Shah Alam," katanya sambil menambah beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan akibat perbuatan remaja terbabit. Katanya, kes itu disiasat kerana memandu secara berbahaya dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. - mStar online

Kemelut Politik Di Selangor Tak Akan Jejaskan Projek Langat 2
KUALA LUMPUR – Kemelut politik di Selangor tidak akan menjejaskan projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Katanya, sehingga ini, tapak pembinaan dan persiapan projek LRA Langat 2 kini berjalan lancar dan segala urusan jual beli tanah telah pun selesai.
“Malah pembelian tiga pemegang konsesi utama dalam industri air di Selangor, kini telah mencapai persetujuan untuk menandatangani perjanjian jual beli bersama Kumpulan Darul Ehsan Berhad, dijangka pada minggu ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan mengenai Dasar Kehilangan Air di Asia (WLA) di sini, hari ini.
Beliau berkata ketiga-tiga syarikat pemegang konsensi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga (PNSB), dan Konsortium ABASS manakala Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor (Splash) masih dalam rundingan.
Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008, dapat diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang ‘Perintah Pembangunan’ selepas menandatangani perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Feb lepas.
Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambaha bekalan di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga 2025.
Ia dijangka siap sepenuhnya pada 30 April 2017 secara berperingkat dan menelan kos kira-kira RM3 bilion.
Mahdzir berkata, kemelut politik di Selangor tidak seharusnya dibiar sehingga menjejaskan kebajikan rakyat di negeri itu.
“Kita bukan bercakap mengenai PAS, UMNO, DAP, PKR, sekarang kita cakap pasal rakyat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya yang terpaksa menghadapi masalah dengan gangguan air sehingga kini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Laporan Akhbar Pulau Selangor Akan Lenyap Tidak Betul
KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor menyelar laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan yang mendakwa kegiatan kecurian kayu bakau di Selangor bakal melenyapkan enam pulau di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan akhbar tabloid itu kononnya pulau terbabit akan lenyap disebabkan hakisan ombak adalah mustahil dan kurang tepat.
“Jabatan Perhutanan Selangor memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bahawa keluasan hutan simpanan kekal sebenarnya telah bertambah dari 15,090 hektar kepada 18,998 hektar pada tahun 2009.
“Ia termasuk Kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal pada 6 Mei 2009 seluas 2,365 hektar yang asalnya merupakan tanah kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Khalid turut menjelaskan Jabatan Perhutanan Selangor tidak mengeluarkan lesen pengeluaran kayu bakau sejak 2010.
Beliau turut menafikan laporan akhbat itu kononnya 200,000 batang bakau bernilai RM2 juta dicuri setiap bulan.
Jelasnya, jika dakwaan itu tidak benar maka sebanyak 1,800 hektar hutan paya laut telah digondol sedangkan perkara itu tidak berlaku.
Malah, katanya, Jabatan Perhutanan Selangor menjalankan projek penanaman semula yang melibatkan sebanyak 438,738 pokok dengan keluasan 171 hektar.
Tambah beliau, keperluan kayu bakau di Selangor juga mencukupi kerana kerajaan negeri mengimport bahan itu dari dalam dan luar negara.
Menurutnya, sehingga 1 September 2014, sebanyak 215,500 batang kayu bakau jaras telah dibawa masuk daripada Indonesia menggunakan dokumen Kebenaran Import (AP).
Manakala, kata beliau, sejumlah 349,527 batang kayu jaras bakau dipindah masuk ke negeri ini iaitu daripada Perak, Melaka, Johor dan dan pengimport negeri Selangor.
“Jumlah keseluruhan pergerakan keluar masuk kayu jaras bakau ialah 565,027 batang dan jumlah ini mencukupi bagi menampung permintaan di Selangor,” katanya.
Kata beliau, proses hakisan dan penambakan sebenarnya merupakan proses semulajadi di kawasan pesisir pantai yang berombak yang merupakan kaedah “cut and fill” secara semulajadi.
“Tambakan pasir laut menghasilkan daratan baru yang dikenali “mudflat” seperti yang berlaku di Hutan Simpan Pulau Ketam, Hutan Simpan Pulau Tengah dan Hutan Simpan Pulau Cek Mat Zin.
“Maklumat itu membuktikan laporan akhbar berkenaan bahawa pulau-pulau di Selangor akan lenyap disebabkan hakisan ombak adalah mustahil dan kurang tepat,” tegasnya.
TOP
David Orok Mengaku Tak Bersalah Beri Kenyataan Hina Rasulullah
Seorang ahli Parti Reformasi Negeri Sabah David Orok didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW.
Kenyataan biadap itu sememangnya berbunyi terlalu teruk dan menyentuh sensitiviti umat Islam seluruh negara.
Menurut laporan akhbar The Star, Orok didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh menyebabkan Orok didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara maksium tiga tahun.
Orok mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat kenyataan itu. Dia tidak diwakili peguam dan telah diberikan ikat jamin RM7,000. Mahkamah kemudian memerintahkan Orok untuk menyerahkan pasport antarabangsanya ke Mahkamamah dan dia perlu melaporkan diri di Balai Polis Tuaran sekali dalam seminggu sehingga perbicaraan kes berkenaan. Tiada tarikh lagi bagaimanapun yang ditetapkan untuk perbicaraan kes itu. Orok dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Roun, Jalan Labuaya, di Tuaran. Status berkenaan yang secara jelas menghina Nabi Muhammad telah disebarkan secara meluas di laman sosial Facebook, Twitter dan blog. Seperti kebiasaan, Orok telah pun memohon maaf tetapi kemudiannya menyalahkan pula umat Islam kembali.
Orok bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas sebagai calon di Parlimen Sulaman. Status Facebook beliau itu mencetuskan kemarahan rakyat Islam Sabah khususnya dari parti UMNO dan PAS di negeri itu. Timbalan Pesuruhjaya PAS III Negeri Sabah Hamid Ismail turut mendesak tindakan ke atas Orok sejak Julai lepas. “Pandangan PAS di Sabah berkenaan komen David Orok adalah menghina kepada Nabi Muhammad dan Islam,” menurut PAS Sabah. Laporan polis kemudiannya dibuat ke atas kenyataan Orok oleh Pemuda UMNO Bahagian Sepanggar dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah. – MYNEWSHUB Oleh : IBNU K

Yuna Dipilih Bintangi Kempen Iklan Barney New York
NAMA Yunalis Zarai atau Yuna memang tidak dapat dinafikan kini semakin mekar berkembang di negara Amerika Syarikat.
Selain dikenali dengan lagu-lagu nyanyian yang merdu, Yuna juga digemari ramai kerana fesyen turban unik yang diketengahkannya. Terbaharu, Yuna telah dilantik menjadi antara 76 wajah kempen untuk jenama fesyen Barney New York bergandingan bersama individu-individu lain yang bermastautin di negara Uncle Sam itu. Tema bagi musim bunga Barney New York pada tahun ini ialah kempen yang diberi nama Brothers, Sisters, Sons & Daughters. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR

GAMBAR: Bila Gay Bangga Luah Cinta Di FB.. Sweet Ke?
Di luar sana, tak dapat dinafikan terdapat ramai individu bernafsu songsang namun masih mempunyai rasa malu apabila berusaha menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain kerana tahu ia tidak betul dan melanggar hukum agama.
Kalau ada yang mahu menunjuk kebahagiaan hidup bersama kekasih sejenis pun, mereka masih hati-hati apabila gambar intim bersama pasangan sesat hanya dikongsikan di laman sosial tertutup.
Namun remaja Melayu beragama Islam dan berasal dari negeri Serambi Mekah di bawah ini nampaknya mempunyai ketebalan muka luar biasa apabila tidak kisah beraksi romantik dan mesra dengan kekasih sama jantina lalu memuat naik di Facebook miliknya untuk tatapan semua orang.
Apa yang kami pelik, ramai kawannya ikut sama sengal apabila menekan LIKE dan memuji gambar yang boleh membuatkan manusia normal muntah sebagai ‘sweet’ malah mendoakan kebahagiaan mereka (pengsan).
Kalau kami yang tak kenal remaja ini pun terbuntang biji mata dan mengusap dada istighfar melihat aksi manja dia bersama ‘cik abe’ bagaimana agaknya reaksi mak ayah dia kalau dapat tahu?
Sweet kepala bana!
– MYNEWSHUB.CC

GAMBAR: Bila Ustaz Kazim Bertazkirah Atas Star Cruise…
Jauh perjalanan, luas permandangan. Bukan sekadar menikmati panorama indah ciptaan Allah SWT tetapi turut menimba ilmu.
Itulah yang boleh ditafsirkan ketika mengikuti program Kembara Ustaz Kazim Elias dari Pulau Pinang ke Langkawi dan Phuket, Thailand, baru-baru ini. Belum pernah rasanya melihat suasana masyarakat Islam belayar di atas kapal mewah Star Cruises hanya untuk mengikuti kuliah dan tazkirah agama. Namun, Ustaz Kazim akhirnya merealisasikan impian itu. Selama empat hari di atas kapal, nyata banyak menyalur ilmu dan menyuntik pengalaman baru kepada 768 peserta kembara. Secara tidak langsung, ia boleh dinggap percubaan yang baik. Jika selama ini mungkin segelintir peserta kembara hanya mengenali Ustaz Kazim menerusi programnya, Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis, sudah pasti dalam pelayaran disertai itu mereka lebih mendekati ikon agama tersohor berkenaan menerusi kuliah dan tazkirah agama diatur. Ustaz Kazim ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati kerana kembara dalam kapal mewah itu mencapai matlamat disasarkan. “Biarpun program kembara di atas kapal ini pertama kali dianjurkan, saya bersyukur kerana matlamat penyertaan peserta mencapai sasaran. Tidak sangka lebih 700 peserta berminat menyertainya. “Selain itu, apa yang paling saya utamakan dalam kembara ini untuk semua peserta sudah tentu pengisian ilmunya memandangkan masa lebih lama di laut. Justeru, pengisian majlis ilmu di atas kapal ini semestinya menarik. “Sokongan dan sambutan baik masyarakat turut diterima ketika lawatan di Masjid Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, Langkawi dan begitu juga kunjungan ke sekolah agama Islam di daerah Phuket,” katanya. Ustaz Kazim, apa yang beliau cuba ketengahkan ialah tiada sekatan bagi umat Islam untuk mengembara terutama menggunakan perkhidmatan pelayaran di atas kapal. Katanya, mengembara dan melancong adalah aktiviti ilmu yang sangat bagus termasuk dalam berdakwah. Apatah lagi, bagi mengeratkan silaturahim. “Menerusi program kembara ini, saya saÃ’gat gembira kerana sudah ramai peserta tahu menggunakan kompas untuk tentukan arah kiblat, begitu juga dengan solat jamak. Selain itu, peserta juga tidak sangsi dengan status halal makanan. “Dalam membabitkan diri dengan aktiviti kembara atau melancong ke luar negara, masalah utama masyarakat Islam adalah mendapatk‡n makanan halal. Jadi, ia perkara yang sering dibimbangkan. “Oleh itu, menerusi pelayaran ini saya membuktikan bahawa dengan kerjasama teliti diatur, status halal makanan disediakan tak perlu diragui. Melalui kerjasama dengan pihak kapal dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga aktiviti samak satu kapal dilakukan, “ katanya. Kembara dianjurkan syarikat IntraTama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al Barakah dengan kerjasama Star Cruises itu akan menjayakan kembara pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 pada Januari tahun depan. Ia menyasarkan jumlah peserta lebih ramai iaitu 1,000 orang. Program bermula dari 25 hingga 28 Januari 2015 itu juga membabitkan pelayaran di atas Star Cruises akan menjelajah lokasi seperti Pulau Pinang, Krabi dan Phuket di Thailand.
Sehubungan dengan itu, program kembara UKE ini akan disiarkan di Astro Oasis sebanyak empat episod mulai 3 Oktober nanti. – Harian Metro

BACA: Luahan Hati Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas….
Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua Adun tersebut.
Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.
Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai “hero” atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.
Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkah mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?
Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agung kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?
Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras!
Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh “team” Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?
Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.
Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah?
Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.
Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?
Ke manakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!
DR. KHAIRUDDIN AL-TAKIRI ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
TOP
Impian Lelaki Kahwini Kekasih Zaman Kanak-Kanak Tercapai
SIAPA sangka impian seorang lelaki di Wilayah Henan, China untuk mengahwini gadis yang juga jirannya sejak 18 tahun lalu kini hampir tercapai.
Zi-heng Wang, 24, menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Qian-qian, 24, kepada ibunya ketika masing-masing berusia enam tahun. Bagaimanapun, mereka kemudiannya terpisah apabila keluarga Wang berpindah sekaligus terputus hubungan. Takdir kemudiannya menemukan kedua-duanya 18 tahun kemudian dan mencetuskan semula rasa cinta dalam hati mereka. Wang dan Qian akan melangsungkan perkahwinan pada 7 September ini. Menariknya, mereka telah merakamkan semula gambar di atas jambatan yang pernah dikunjungi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.
Impian Lelaki Kahwini Kekasih Zaman Kanak-Kanak Tercapai
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC (Sumber: Rocketnews24)

Pelancong Perancis Hilang Di Pulau Tioman
JIKA sebelum ini Pulau Tioman kecoh dengan kisah pembunuhan seorang gadis warga Perancis, hari ini dilaporkan lagi tentang kehilangan seorang lagi pelancong warganegara yang sama.
Mangsa, Jerome Philippe Laurent, 24, dipercayai hilang kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Kehilangan Jerome disedari rakannya apabila beliau tidak pulang ke chalet selepas keluar melakukan aktiviti air berhampiran Berjaya Resort Tioman.
Rakannya melaporkan kehilangan mangsa di Balai Polis Tioman untuk tindakan susulan.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata usaha mencari mangsa sedang giat dilaksanakan sejak dia dilaporkan hilang dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang kampung.
Semoga Jerome ditemui selamat secepat mungkin :- MYNEWSHUB.CC
TOP
GAMBAR: Pelanggan Temui Ulat Dalam Coklat Cadbury
ADUHAI…ada saja cerita kurang enak mengenai coklat berjenama Cadbury ini.
Selepas reda isu DNA babi beberapa bulan lalu, seorang pengguna Facebook, Sima Iman telah memuatnaik beberapa gambar yang menunjukkan kehadiran ulat dalam coklat Dairy Milk Blueberry.
Katanya:
“Nmpk x ap yg ad dlm cklat ni..sllu nye tngk kt lam fb je org post..skrg trjdi kt dri sndri..sejk kes ad DNA tut 2 memg dh xbli lg..tp ari ni blh plk en suami nk mkn..memg sumpah ak xkn bli lg n xkn mkn cklat jnme ni.. Ya Allah..nsib baik la ak memg dh xde slera ngn cklat nme ni lg..”
Menerusi gambar yang disertakan, coklat tersebut ternyata dibuat di kilang Cadbury yang terletak di Shah Alam.
Menurut Sima, tarikh luputnya ialah pada 6 Januari 2015.
Memandangkan status ini sudah dikongsikan secara meluas di laman sosial, mungkin pihak Cadbury sudah menerima perkhabaran ini.
Sebaiknya kita dengar penjelasan dari pihak kilang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Bekas Peserta Mentor Menang Gelaran Miss Malaysia World 2014
BEKAS peserta rancangan realiti nyanyian Mentor, Dewi Liana Seriestha, 25, telah dinobatkan sebagai juara Miss Malaysia World 2014, menjadikannya sebagai wanita Bidayuh pertama yang pernah memenangi gelaran tersebut.
Menurut laporan Borneo Post, Dewi yang berasal dari Kampung Tematu, Kuching, Sarawak, telah menewaskan 20 finalis lain dalam merebut takhta Miss Malaysia World 2014 yang mana Dewi akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia yang akan berlangsung di London, 14 Disember depan.
Selain memenangi gelaran utama itu, Dewi turut meraih gelaran sampingan antaranya Miss Talent, Miss Personality dan Miss Dr Alice.
Tempat kedua dimenangi finalis Bob Low, Cassandra Devi Jeremiah (tempat ketiga), Dhivya Dhyana (tempat keempat) dan Olivia Shyan (tempat kelima).
Selain pernah memasuki pertandingan realiti Mentor di bawah pemantauan penyanyi Liza Hanim, Dewi turut bergiat aktif dalam bidang seni sebagai seorang komposer, penulis lirik, pelakon dan model.
Dewi merupakan seorang Bidayuh yang beragama Kristian, bapanya berbangsa Cina dari Indonesia manakala ibunya adalah dari suku kaum Dayak Bidayuh dari Sarawak. – MYNEWSHUB

Inilah Akibat Kalau Mencangkung Atas Mangkuk Tandas Duduk…
BUKAN sekali dua kita mendengar kes kecederaan akibat tindakan duduk mencangkung di atas mangkuk tandas jenis duduk.
Dalam kejadian yang berlaku di Brazil, seorang wanita cedera parah di bahagian belakangnya selepas terkena serpihan mangkuk tandas seramik yang pecah. Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report, jelas terlihat kesan darah yang begitu banyak di lantai tandas serta kesan luka besar yang dialaminya akibat kejadian itu.
Semoga ia dapat dijadikan iktibar oleh mereka yang gemar duduk mencangkung di atas mangkuk tandas duduk dengan alasan ‘geli’. Jangan lupa, orang lain pun geli juga melihat kesan tapak kasut anda di sekeliling mangkuk tandas itu ya! Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

Gambar Azhan Rani Persis Allahyarham AR Tompel
JIKA sesiapa yang dah melanggan biopic Biduanita Negara Allahyarham Saloma yang ditayangkan di saluran Astro First Exclusive, pastinya berasa terhibur apabila sedikit sebanyak dapat mengetahui kisah hidup sebenar Saloma yang selama ini tidak pernah diceritakan kepada umum.
Filem hebat ini menampilkan barisan pelakon berbakat dan popular antaranya Nabila Huda (Saloma), Sazzy Falak (Mariani), Azhan Rani (AR Tompel), Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Sharifah Amani (Siput Sarawak) dan Hasnol Rahmat (bapa tiri Saloma). Apa yang menariknya menerusi filem ini ialah watak Allahyarham AR Tompel yang dilakon oleh Azhan Rani. Azhan perlu memakai gigi palsu demi menghidupkan wataknya sebagai Seniman Allahyarham AR Tompel. Pada mulanya, Azhan mengakui dia agak terbeban untuk melakonkan watak seniman tersebut kerana ianya bukan merupakan satu watak biasa sebaliknya satu watak legenda. “Mulanya saya rasa terbeban kerana terpaksa membawa watak yagn saya tidak pernah bawa, watak yang nyata, watak yang pernah ada dan ia bukan watak orang biasa sebaliknya watak legenda. “Saya perlu hati-hati membawa watak itu supaya tetap dipandang sebagai legenda. Legenda adalah watak itu, bukan diri saya. “Selesai disolek lengkap bergigi palsu, saya terkejut melihat diri saya sendiri di depan cermin kerana saya nampak AR Tompel di dalam diri saya. “Gara-gara gigi palsu yang dipakai itu juga, ia menyukarkan saya untuk bercakap dan menyebabkan suara saya bertukar,” katanya memetik portal Murai. Ramai tahu Azhan merupakan salah seorang daripada pelakon yang sangat berbakat tetapi sehingga kini namanya tidak ‘meletup’ dalam bidang hiburan tempatan. Diharapkan menerusi filem biopik Saloma arahan Melissa Saila ini dapat membuka mata lebih ramai produser dan pengarah untuk menyunting Azhan agar bintangnya dalam bidang ini akan terus bersinar dan bergemerlapan. – MYNEWSHUB

VIDEO: Awek Suara Merdu (Tapi Sengal) Nyanyi Lagu ‘Nasi Ayam’
Kata orang yang memuat naik video di bawah, awek inilah penyanyi asal lagu iklan nasi ayam The Chicken Rice Shop yang sering berkumandang di radio dan TV tu.
Bila dibuka ternyata suara awek ini memang lemak merdu habis dan persis lagu iklan dimaksudkan.
Kalau tak percaya, sila layan video di bawah. Siap nyanyi lagu versi Bahasa Melayu dan Inggeris lagi…
Jadi apa perasaan anda sekarang?
Rasanya sama seperti kami, anda tentu rasa amat terganggu dengan kenyataan bahawa sesetengah gadis zaman sekarang tergamak mempamerkan perangai tak senonoh mereka semata-mata mahu mendapat banyak LIKE dan popular di media sosial. Sedih!
- REM RAMZI / MYNEWSHUB.CC

EKSKLUSIF : Ratu Elizabeth II Ucap Terima Kasih Hadiah Dari Zul Mohd
- mstarSurat dan persembahan hadiah dari pereka kasut Malaysia Zul Mohd dengan jenama Emmett kepada Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham di London telah pun diterima oleh pihak ratu.
Dalam Facebook beliau hari ini, Zul menyuarakan rasa terima kasihnya kepada Ratu Elizabeth II kerana menerima maklumbalas daripada baginda untuk surat bertarikh 11 Julai daripada beliau itu. Menurut gambar petikan surat yang dimuatnaik Zul di Facebooknya, pihak istana dititahkan oleh baginda ratu untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Zul atas persembahan hadiah beg tangan (klac) dan juga sepasang kasut buatan tangan khas oleh Emmett.
Zul berkata kepada Mynewshub.my, bahawa pihak Istana Buckingham memaklumkan untuk menjadikan hadiahnya sebagai sebahagian daripada program amal Istana Buckingham. “Pihak kami setuju untuk menyertai program amal Istana Buckingham berkenaan, surat balas kepada baginda Ratu Elizabeth II akan disiapkan secepat mungkin, saya baru menerima surat dari pihak Istana sebentar tadi,” katanya kepada Mynewshub.my Zul dengan jenama Emmett pada satu temubual eksklusif dengan Mynewshub.my pada 13 Jun lepas memaklumkan akan mempersembahkan hadiah berupa sepasang kasut dan satu beg tangan (klac). Selain hadiah istimewa untuk Ratu Elizabeth II, pihak Emmett juga mempersembahkan hadiah kepada Duchess Of Cambridge; Kate Middleton yang juga isteri kepada Duch of Cambridge Putera William anak kepada pewaris takhta Britain, Putera Charles. “Terima kasih kepada Tuanku Ratu Elizabeth II, saya berasa terhormat dan berbangga menerima maklumbalas dari pihak tuanku berkenaan hadiah istimewa saya,” katanya di laman Facebooknya. – MYNEWSHUB.CC

Kisah Katak Kecelaruan Identiti, ‘Ribbit’ Ditayangkan Esok
BERITA baik untuk peminat filem animasi, kisah sang katak yang kecelaruan identiti, ‘Ribbit’ terbitan anak syarikat KRU Studios, Kartun Studios Sdn Bhd bakal menemui penonton di pawagam bermula esok.
Memetik laporan portal hiburan, gua.com.my, filem yang diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim ini ditampilkan dalam dwi bahasa. Versi Bahasa Inggeris diarah dan ditulis oleh Chuck Powers manakala versi Bahasa Melayu diarahkan oleh pengarah tempatan yang tidak asing lagi iaitu Mamat Khalid.
‘Ribbit’ adalah sebuah filem keluarga yang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Ia mengisahkan tentang seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian hala tuju hidupnya yang sebenar. Akhirnya, dia menyedari bahawa menjadi seekor katak yang beracun adalah lebih baik dari menjadi seorang putera raja. Bagi versi Bahasa Inggeris, Ribbit menggunakan suara artis-artis terkenal Hollywood antaranya Sean Astin (Lord of the Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation) dengan rakaman suara dilakukan di Los Angelas, California. Sementara itu, untuk versi Bahasa Melayu filem ini menampilkan suara-suara artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izzue Islam, AR Badul, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Lebih membanggakan, ‘Ribbit’ telah memenangi anugerah “Filem Keluarga Terbaik” semasa tayangan perdana dunia bagi Niagara Integrated Film Festival (NIFF) 2014 yang berlangsung di Canada pada 21 Jun 2014. Jom kita ramai-ramai menonton serta memberi sokongan kepada filem tempatan esok! :- MYNEWSHUB.CC

GAMBAR: Tentera Ditemui Mati Gantung Diri Di Rumah Kosong
Gambar seorang angggota tentera yang dipercayai membunuh diri kini bertebaran di media sosial.
Menurut cerita disebarkan, anggota berkenaan tergantung di siling ruang tamu sebuah rumah kosong di Wangsa Maju dalam keadaan masih memakai uniform ketika ditemui sekitar jam 9 pagi semalam.
Individu yang menemui mangsa merupakan anggota tentera lain berpangkat Koperal dari cawangan selenggaraan yang sedang melakukan rondaan.
Mayat dipercayai anggota tentera Melayu berusia 30an, berpangkat sarjan dan bertugas di Kem Sg Besi.
Punca kematian bagaimana pun masih dalam siasatan pihak berkuasa.
- MYNEWSHUB.CC Oleh: REM RAMZI

Najib Bersyukur Malaysia Ke-20 Paling Berdaya Saing Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur dengan kedudukan terbaru Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-20 daripada kalangan 144 buah negara.
Malaysia turut mendahului negara dengan ekonomi maju seperti Australia, Austria, Perancis dan Korea Selatan.
Najib menyuarakan kesyukurannya di akaun Twitternya hari ini.
“Alhamdulillah, kita merupakan negara ke-20 paling berdaya saing, kita melonjak empat anak tangga.
“Terima kasih atas semua kerjasama yang kita sudah lakukan,” katanya dalam tweet berkenaan.
Terdahulu laporan Bernama menyebut tahun lepas negara berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara. Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi. “Persekitaran ekonomi makro mencatatkan penurunan enam tangga ke kedudukan ke-44 daripada ke-38 tahun lepas. Perhatian utama kita ialah pada keseimbangan bajet kerajaan dan hutang kerajaan. “Mengenai kesediaan teknologi, Malaysia turun enam tangga ke kedudukan ke-60 daripada ke-51 sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan kedudukan daya saing negara semalam. Mohd Razali berkata MPC ingin mencadangkan penubuhan pasukan tugas khas bagi menambah baik kesediaan teknologi di negara ini. Antara inisiatif yang perlu diperkukuh termasuklah langganan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk, lebar jalur Internet antarabangsa dan langganan Internet jalur lebar tetap bagi setiap 100 penduduk. Mengenai tunggak kecekapan pasaran buruh, yang meningkat ke tangga ke-19 daripada ke-25 tahun lepas, Mohd Razali berkata kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja buruh. Pada 2013, daripada keseluruhan penduduk wanita di negara ini, 52.4 peratus kini bekerja. “Kami akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tiga tunggak, serta, mengadakan lebih banyak perbincangan dengan komuniti perniagaan,” katanya. Sementara itu, Mohd Razali juga mencadangkan untuk mengadakan laporan daya saing peringkat negara, dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. “Daripada rangking, ia akan mendorong kita melakukan yang lebih baik lagi dalam bidang yang kita lemah,” katanya. Laporan Daya Saing Global, yang berasaskan kepada Indeks Daya Saing Global, diperkenalkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada 2004. – MYNEWSHUB.CC

Kontrak Cinta, Hebat Budak Sekolah Sekarang!
ADOI… macam-macam ragam budak sekolah sekarang. Emak ayah hantar pergi sekolah suruh belajar, ini dah bercinta pulak.
Yang menariknya, budak-budak sekarang bercinta siap ada kontrak. Bagus betulah, memang memandang jauh kehadapan. Senang ye tak, kalau jadi apa-apa boleh bawak naik mahkamah!
Tapi kontrak kali ini memang sungguh menggelikan hati. Apa tidaknya, siap bertajuk “Kontrak Perpisahan Sharil Hakimi dan Nor Suhaila”
Ingatkan nak bercinta je pakai kontrak, nak tukar teman lelaki pun sama. Ayatnya sinis tapi menggelikan hati. Berikut isi kandungan kontrak mereka; ‘Dengan ini, saya Siti Norsuhaila Binti Mohamad ingin melepaskan Shahril Hakimi kepada Farah Nasuha. Ini adalah kerana mereka saling mencintai dan saya sudah memiliki orang lain yang lebih baik daripada Hakimi. Dan saya tidak mencintai Hakimi lagi,” Chewahh! Kelass ayat ko dek… Ini kalau kertas Bahasa Melayu UPSR tak dapat A, memang saja je kan. Harap-harap kontrak ini cuma gurauan sajalah. Apa-apapun, kami nak pesan belajar dulu pandai-pandai dek, kesian mak ayah nak tengok awak berjaya. Semoga Berjaya! - MYNEWSHUB.CC

Pelancong Hong Kong Kempunan Nak Makan ‘Musang King’
KISAH ini terjadi pada seorang pelancong Hong Kong, Stomper Ho yang teringin untuk menikmati keenakkan durian Musang King berakhir dengan kekecewaan apabila ia ditipu ketika kunjungannya ke Singapura.
Kisahnya bermula apabila Ho yang berkunjung ke negara itu pada 25 sehingga 29 Ogos lalu dikatakan telah pergi ke Bugis Street untuk mendapatkan buah tersebut.
Peniaga durian itu pada mulanya menawarkan durian ‘Musang King’ dengan harga SGD 25 (RM 64) sekilogram .
Bagaimanapun, selepas mengetahui bahawa Ho mencari dengan kuantiti yang banyak, peniaga muda itu menawarkan kepadanya beberapa kotak durian ‘Musang King’ yang belum dibuka dengan harga SGD 75 (RM 190).
Walaupun ragu-ragu dengan keaslian durian ‘Musang King’, peniaga itu terus meyakinkan Ho tentang keaslian buah itu menyebabkan dia membeli sebanyak empat kotak.
Bagaimanapun, ketika pulang dan ingin menikmati raja buah itu, Ho menyedari dia di tipu. Ini kerana, walupun setiap ulas durian itu kelihatan besar, namun isinya terlalu nipis.
“Bijinya sebesar telur angsa namun isinya sangat nipis!” katanya memetik laporan portal berita Singapura, Stomp.com
Tidak berpuasa hati, Ho cuba mencari lebih banyak maklumat tentang Musang King dengan membandingkan dengan durian lain. Ternyata ia ditipu! :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Samsung Galaxy V Kini Ditawarkan Dengan Harga RM299
Samsung secara diam-diam dilihat telah memperkenalkan sebuah lagi model baru dibawah keluarga Galaxy, iaitu Samsung Galaxy V.
Peranti yang ditujukan kepada mereka yang memerlukan peranti pada harga rendah, ia dilihat hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, menggunakan cip pemprosesan 1.2Ghz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 3-megapixel, dan kamera hadapan dengan sokongan panggilan video.
Menariknya, peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan turut menggunakan Android 4.4 KitKat yang terbaru.
Samsung Galaxy V ini boleh dikatakan masih tidak ditawarkan di negara lain, dan Malaysia antara negara terawal yang menawarkannya, lebih kurang seperti Galaxy Mega 2 sebelum ini. Di Malaysia, Samsung mula menjualnya pada harga RM299 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Samsung seluruh negara.
Sumber: lowyatforum

PDRM, Sila Tangkap Ah Beng Yang Biadap Ini
Polis Diraja Malaysia sudah tidak boleh bersabar lagi dengan pihak yang menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter untuk menghina serta menghasut dan mereka akan diambil tindakan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar dalam tweetnya berkata, sudah tiada maaf lagi untuk mereka. “Tiada maaf lagi kepada sesiapa jua yang menyalahgunakan rangkaian media untuk menghina/mengutuk dan menghasut. Tunggu tindakan PDRM,” katanya dalam twitter sebelum ini.
Kemungkinan pihak polis boleh memburu pemilik Facebook ini yang begitu kurang ajar mencabar polis.
Ini budak sanggup mencabar serta mengugut polis untuk datang dan menahannya. Dia juga turut mencabar orang Islam untuk makan babi kerana banyak merungut harga daging mahal. “Melayu, harga makanan u naik, Jadi? Jika daging mahal, beli daging babi kerana rasanya sama. Tidak perlu halal, orang Melayu hanya bising seperti bayi,” kata budak biadap ini dengan nama akaun Facebook Ivan Yeo. Status biadap itu dimuatnaik olehnya yang juga dipercayai mungkin seorang daripada ahli PPS yang kini ada yang masih diburu oleh polis. “Anda mahu mayat anda dibungkus dalam beg mayat? Saya tak kisah jika PDRM (polis) menangkap dan mengugut orang kita di Penang (Pulau Pinang) hari ini, kerana JaDee Dee melindungi saya, JaDe Dee tidak boleh dihalang,” kata si mulut kurang ajar, Ah Beng ni.
Tidak diketahui bila status akaun Facebook dia dikemaskini, ada satu komennya yang mencabar sesiapa sahaja yang mahu datang dan menumbuknya, kerana mereka berada di sekitar pusat membeli-belah Queensbay Mall di Pulau Pinang. Nampaknya si Ah Beng ni begitu yakin dengan kekebalan individu yang bernama JaDee Dee itu yang mungkin juga seorang ahli kongsi gelap yang berpengaruh. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar sebelum ini di akaun twitternya mendedahkan beberapa akaun twitter yang digunakan pemiliknya untuk menyerang pihak PDRM dan dirinya sendiri.
Ada juga di antara mereka yang menggelarkan Abdul Khalid sebagai ‘anjing Barisan Nasional (BN)’ di laman sosial itu. Abdul Khalid turut meminta mereka yang terlibat dengan PPS agar segera menyerah diri kepada polis atau pihak PDRM akan mula menyerbu kediaman. – MYNEWSHUB.CC Oleh : IBNU K

Calon ‘Meninggal’ Digalakkan Memohon Jawatan Kosong?
SEKADAR perkongsian dan pengajaran kepada rakyat Malaysia, inilah akibatnya kalau tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik.
Tak pasal-pasal, perkataan ‘tinggal’ bertukar menjadi ‘meninggal’ pula.
Bukan itu sahaja, ‘Gombak’ pun dieja dengan salah menjadi ‘Gombank’. Hai, lain kali periksalah betul-betul sebelum mengiklankan sebarang jawatan di internet. Kalau begini gayanya, orang yang hendak memohon pun mungkin akan berfikir dua tiga kali… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

Tahukah Anda : Ada Fatwa Kata Halal Intai Tunang Mandi?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fatwa daripada Ilmuan Mesir, Usama Al-Qawsi yang menyatakan halal bagi seseorang lelaki mengintai tunang mereka dalam keadaan sedang mandi.
Fatwa ini diambil dalilnya daripada Ibn Hazm, seorang bermazhab Zahiri, mazhab yang dipercayai sudah lama pupus.
“Jika salah seorang diantara kalian meminang seorang wanita sekiranya ia dapat melihat sesuatu darinya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah ia melihatnya kepadanya (HR, Ahmad dan Abu Daud”, (HR, Ahmad dan Abu Daud).
Atau dalam erti kata yang lain, hadis ini menerang secara zahir bahawa adalah halal untuk si lelaki melihat aurat tunang mereka selagi tidak melihat kemaluan hadapan dan belakang gadis itu secara terang-terangan.
Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu pasti akan ada percanggahan daripada ulama lain yang nyata tidak bersetuju dengan dalil tersebut yang sudah pun lama pupus malah boleh dilihat menjatuhkan maruah seseorang wanita yang sepatutnya dilindungi daripada pandang mata seorang lelaki yang belum sah menjadi suaminya.
Antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, menerusi sebuah video ceramahnya memberikan pengertian sebenar bertunang mengikut pemahaman daripada segi hadis yang sah dan Al-Quran.
Menurutnya tempoh bertunang bukanlah lesen untuk pasangan tersebut tidak menjaga batas sebaliknya ianya merupakan tempoh untuk si lelaki dan wanita tersebut saling kenal mengenali pasangan masing-masing secara lebih mendalam.
“Tunang adalah masa untuk kita kenal, untuk buat risikan dan untuk buat kajian.
“Tunang bukan merupakan satu ikatan yang kuat dalam Islam.
“Dia (pertunangan) hanyalah batu loncatan untuk pernikahan (booking/sesi perkenalan dalam tempoh tersebut),” katanya.
Jadi sudah terang lagi bersuluh, memegang gelaran tunang bukanlah lesen bagi seseorang itu untuk bertindak luar daripada batasan selagi tidak mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Untuk pemahaman lebih lanjut, bolehlah tonton video yang disertakan di bawah ini.
Jadi dah jelas kemusykilan anda mengenai perkara ini, jangan lepas ini gatal-gatal pula nak pergi mengintai tunang mandi pula ya!
– MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE
– MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE
TOP
Pasangan Remaja Melayu Gila Selfie Dengan Aksi Tak Senonoh
GALAK betul pasangan remaja ini yang sanggup berselfie sambil melakukan perbuatan yang tak senonoh. Bercium di tempat awam, kononnya mereka lah pasangan yang paling romantik. Tak sedar dosa pahala langsung!
Menggunakan laman sosial Instagram yang tidak diprivasikan, gambar itu dipercayai di ambil ketika pasangan itu bercuti di sebuah pulau di Pantai Timur. Seolah-olah bangga dengan perbuatannya, dia juga tanpa segan silu memuat naik gambar-gambarnya yang hanya berbikini. Feeling Minah Salleh sungguh! Sudahlah melakukan aksi mengaibkan, lebih memalukan apabila ditegur, remaja perempuan itu cuba menegakkan benang yang basah seolah-olah aksi mereka ni tak salah langsung. Sebaliknya, yang menegur itu pula dicari kesalahannya. Antara yang ditanya oleh seorang ‘follower’ itu samada dia seorang Islam atau tidak. Tetapi remaja perempuan ini seolah-olah mengelak dengan bertanyakan soalan yang sama kepada ‘follower’ yang dikenali dengan nama @gongzhu_puteri. Mungkin dia tahu yang orang akan menegur tentang aksinya yang tidak sopan itu, remaja itu memberi kenyataan balas yang bermaksud “dia tidak kisah apa orang nak kata sebab kubur masing-masing!”
Amboi dek, sombong betul bila ditegur. Sebab kubur lain-lainlah orang nak tegur sekarang. Kalau kubur kita sekali boleh juga tolong mana yang patut! Takpelah, orang tegur sebab ambil berat. Moga mereka ini diberi hidayah untuk bertaubat. Amin…- MYNEWSHUB Oleh: KAKAK KAWASAN

KTMB Pecat Dua Pemimpin Kesatuan Pekerjanya
Pengendali rangkaian pengangkutan keretapi di Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah bertindak memecat dua pemimpin kesatuan pekerja syarikat itu selepas didapati terlibat dalam satu piket 9 Mei lepas.
Perkara itu disahkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) hari ini. Mereka yang dipecat ialah Presiden RUM Abdul Razah Md Hassan dan Timbalannya R Subramaniam. Pihak kesatuan menganggap pemecatan itu sebagai satu perbuatan mencabul keadilan. Dipetik portal The Malaysian Insider (TMI) Razak berkata mereka berdua menerima surat pemecatan dari pihak KTMB Jumaat lepas. “Kami dimaklumkan bahawa khidmat kami tidak lagi diperlukan dan pemecatan berkuatkuasa serta merta. “Selain kami, ada 12 lagi ahli RUM sedang menunggu keputusan siasatan dalaman KTM selesai dan tindakan akan diberikan selepas selesai prosiding disiplin. “110 orang ahli RUM pula sudah diberikan surat tunjuk sebab oleh KTMB yang untuk mengenalpasti siapa yang terlibat dalam piket berkenaan,” kata Razak. Pada kejadian 9 Mei itu, 700 orang pekerja KTMB berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut Presiden KTMB Datuk Elias Kadir ditamatkan perkhidmatannya. Ia dianjurkan oleh RUM, iaitu antara kesatuan pekerja yang pertama diwujudkan di Malaysia. Menurut RUM, Elias mencatatkan sejarah terburuk kepimpinan KTMB dan menyebabkan prestasi syarikat itu semakin merosot. Pada piket itu, mereka juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turut campurtangan dalam isu itu. – MYNEWSHUB.MY Oleh : IBNU K

Bila Seluar Dalam Dan Kondom Di Bawa Ke Sidang Media!
Kisah ini berlaku di daerah Cirebon, Jawa Barat, Indonesia. Dua pelajar sekolah kantoi ketika melakukan seks apabila kafe siber yang menjadi markas ponteng sekolah mereka di serbu pihak berkuatkuasa siang tadi.
Turut ditemui ketika serbuan termasuklah dua kondom yang telah digunakan, seluar dalam, seluar pendek serta seluar sekolah di atas lantai. Kesemua barang itu itu dibawa pihak berkuasa ketika sidang media sebagai bahan bukti kejadian memalukan itu.
Memetik laporan portal kompas.com, pegawai dari Unit Polis Perkhidmatan Awam Cirebon berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.
“Kami terkejut dan sangat marah kerana berlakunya salah laku di tempat kejadian. Mereka bukan sahaja tidak hadir ke sekolah, tetapi juga melakukan perkara yang tidak bermoral,” kata Ibrahim, Ketua Polis Perbandaran Cirebon.
Dengan wajah marah, Ibrahim segera memanggil ibu bapa setiap pelajar itu.
“Serbuan hari ini dibahagikan kepada empat kawasan Cirebon iaitu timur,tengah, barat dan utara. Susulan serbuan, kami menemui sepasang pelajar yang melakukan seks serta menahan 50 pelajar yang bermain internet semasa waktu sekolah. Kami akan memperhebatkan serbuan seperti ini. Ia amat memalukan,”kata beliau.
Sementara itu, pelajar wanita terbabit mendakwa, dia dan teman lelakinya terangsang untuk melakukan hubungan seks setelah menonton adegan menghairahkan di Internet.
“Pada mulanya, kami hanya menonton filem seram. Tiba-tiba ada adegan menghairahkan. Kami terangsang dengan adegan itu lalu membeli kondom di pasar raya berhampiran dan serta-merta melakukannya,” katanya dengan menundukkan wajah kerana malu. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Kenapa Staff Simpan Nama Siti Sebagai "Mimpi Ngeri"?
Walaupun bergelar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza juga mempunyai perniagaan yang dijadikan sumber pendapatan tambahan baginya.
Siti baru-baru ini ada berkongsi satu gambar 'screenshot' perbualannya bersama dengan seorang staf di syarikatnya. Tapi apa yang pelik mengenai gambar tersebut adalah, stafnya itu menyimpan nama Siti dengan gelaran "Mimpi Ngeri".
Takkan lah Siti ni garang sangat sampai staff nak panggil "Mimpi Ngeri" kan? Mungkin juga ini cara Siti dengan stafnya 'bermesra' ? - SiakapKeli.com

Sharnaaz Ahmad Tayang Girlfriend Baru?
Maka, mungkin ada gadis-gadis di luar sana akan menangis secara beramai-ramai apabila membaca headline kami ni. Kecewa ye cik adik?
Ha.. ni nak cerita sikit, kalau anda semua masih ingat gosip mengenai ‘abang long’ bercinta dengan gadis ini pernah diwar-warkan tak berapa lama dulu.
Tapi, macam biasalah. Masa tu tiada lagi sebarang pengakuan terbuka yang dilakukan oleh pelakon kacak Sharnaaz Ahmad mahupun daripada si gadis cantik manis ni. Namun semalam, Sharnaaz telah pun ‘tayang’ wajah si gadis itu di laman Instagramnya.
Dalam pada mukanya yang memang macho tu, dah terbukti bahawa Sharnaaz ni memang ada jiwa-jiwa romantis tau dengan caption yang ‘sweet‘ macam tu. Tapi siapakah si gadis tu ya? Muka macam familiar je kan? Untuk makluman anda semua, gadis itu bernama Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus dan merupakan seorang pengusaha tudung dan model. Malah, gadis berusia 26 tahun itu juga dikatakan pernah terlibat dalam beberapa siri drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid dan Selamat Malam Kekasih. Menerusi ruangan komen pula, kebanyakan peminat Sharnaaz turut tumpang gembira apabila melihat foto mereka berdua dan mendoakan agar mereka cepat naik pelamin.
Mana taknya, masa bulan Ramadhan baru-baru ini pun, mereka berdua dikatakan tampak serasi apabila sama-sama berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Anis dengan gerai tudungnya manakala Sharnaaz pula membuka gerai menjual serunding.
Apapun, kami doakan agar jodoh Sharnaaz dan Anis akan berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Ha..jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang! - OhBulan

SC Pupuk Ekosistem Mudahkan Pasaran Modal Islam
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia merancang memupuk ekosistem mempermudah bagi membolehkan pasaran modal Islam mencapai objektif memperoleh keseimbangan antara keperluan komersial dan ekuiti sosial.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood, berkata pihaknya mahu menggerakkan pasaran modal Islam ke arah sempadan baharu.
Beliau berkata, pasaran modal Islam sudah berkembang untuk menjadi pilihan berdaya maju kepada rakan konvensional sebagai wadah untuk mengumpul dana serta pelaburan, di samping menarik penyertaan dan operasi lebih meluas berasaskan prinsip yang diterima di seluruh dunia.
“Perkembangan ini menjadi satu petanda baik untuk pasaran modal Islam pada masa depan.
“Berikutan penerimaan yang semakin meluas ke atas cadangan nilainya, pasaran modal Islam mempunyai potensi besar untuk berkembang ke dalam sempadan baharu di mana pertimbangan bukan komersial menjadi keutamaan dalam menentukan hasil yang dikehendaki,” katanya.
Dr Nik Ramlah berkata demikian dalam ucapan aluan pada Forum Pasaran Modal Islam Antarabangsa sempena Forum Kewangan Islam Global (FKIG) 2014, di sini hari ini.
Beliau berkata, prospek untuk kewangan Islam pada 2014 kekal positif dengan pasaran sukuk global akan mengekalkan arah aliran meningkat, didorong beberapa penerbitan negara yang dijangka dilaksanakan tahun ini.
Beberapa sukuk negara, termasuk Luxembourg, Oman, Afrika Selatan dan Tunisia, dijangka diterbitkan buat kali pertama tahun ini.
FKIG, mulai 2 hingga 4 September, mengumpulkan peserta daripada pelbagai sektor. Ia dianjurkan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. – BERNAMA
TOP
Dadah: Buruh berdepan hukuman mati
Hafizuddin (tengah) didakwa mengedar dadah dan juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
KOTA BHARU - Seorang buruh berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa pada tuduhan mengedar 540.27 gram dadah jenis metamphetamine, di mahkamah tinggi, di sini, hari ini. Muhamad Hafizuddin Rosli, 21, dari Kampung Pasir Puteh Rantau Panjang didakwa mengedar dadah berkenaan di kawasan semak belakang sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Pasir Puteh Gual Sintok, Rantau Panjang, Pasir Mas, pada jam 3.15 petang, 20 Mac 2014. Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Muhammad Hasif Hasan, memohon dibicarakan. Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 14 Oktober depan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Darlina Ali di hadapan Hakim, Datuk Azman Abdullah. Dalam perkembangan sama, tertuduh juga didakwa memiliki 8.76 gram dadah jenis sama pada masa, tarikh dan lokasi sama. Dia juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang tiga dan tidak lebih sembilan sebatan. Kedua-dua kes terhadap tertuduh akan disebut semula pada tarikh sama. Tiada jaminan dibenarkan terhadapnya. -sinar

Lapan anggota polis dibuang kerja
Abdul Rahim (kanan) menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Superintendan Ibrahim Abu Bakar.
GEORGETOWN - Lapan anggota polis dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan tata tertib sepanjang tahun ini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ia membabitkan seorang inspektor dan tujuh anggota pangkat rendah daripada 6,200 anggota yang bertugas di negeri ini. Beliau yang memberi perhartian serius isu tata tertib dan integriti anggota tidak akan berkompromi jika ada yang melakukan kesalahan. "Kita tidak akan toleransi dan berkompromi dalam menangani isu salah laku warga polis. Segala aduan yang diterima akan disiasat secara telus dan saksama berlandaskan undang-undang dan arahan jabatan. "Kita mementingkan intergriti termasuk nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, adil dan saksama. Mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan orang ramai," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini. Menurutnya, integriti amat penting bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap polis selain menjaga nama baik pasukan. Sementara itu, dalam majlis berkenaan Abdul Rahim menyampaikan anugerah kepada anggotanya yang memberi khidmat cemerlang termasuk pengawal keselamatan, Muhamad Najib Ahmad, 29, yang berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk merompak sebuah bank di Sungai Dua, di sini 28 Ogos lalu. -sinar

Curi 96 televisyen, enam ditahan
Nek Zaidi (dua, kiri) bersama anggotanya memeriksa sebahagian daripada 39 buah televisyen curi yang dirampas dalam serbuan berbeza di sekitar Yan, Gurun dan Kuala Kedah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan hari ini. - Foto Bernama
YAN - Enam lelaki yang dipercayai mencuri 96 buah televisyen dari sebuah gudang menyimpan barangan elektrik di Simpang Tiga, Sungai Limau di sini ditahan bulan lalu. Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, enam suspek tersebut yang berusia 20 hingga 44 tahun yang juga merupakan bekas pekerja gudang itu ditahan pada 25 dan 26 Ogos di sekitar sini, Gurun dan Kuala Kedah. Beliau berkata, kecurian barangan itu dikesan pemilik gudang pada 21 Jun lalu selepas melakukan audit dan membuat laporan di Balai Polis Guar Chempedak pada tarikh yang sama. "Hasil siastan mendapati enam suspek terbabit dipercayai masuk ke gudang melalui pintu belakang, sebelum memotong pagar dan mengumpil dinding gudang dan mencuri televisyen secara berperingkat-peringkat bagi mengelak aktiviti mereka dikesan. "Mereka mencuri 96 buah televisyen jenis LED pada bulan Mei hingga Jun lepas dan membawa keluar barangan itu dalam kuantiti yang sedikit menggunakan kereta sebelum menjualnya secara sulit kepada orang ramai terutama kenalan terdekat mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini. Nek Zaidi berkata, pemilik gudang kerugian kira-kira RM100,000 dan hasil siasatan mendapati seorang dari enam suspek utama mempunyai rekod jenayah lampau iaitu mencuri dalam bangunan. Katanya televisyen itu dijual pada harga murah dari harga asal dan suspek turut mengeluarkan resit yang turut dicuri dari kilang berkenaan bagi meyakinkan pembeli bahawa barangan itu adalah sah dan tidak dicuri. Beliau berkata, polis turut merampas 39 buah televisyen serta menahan lima orang tengah yang dipercayai terbabit dalam urusan jual beli televisyen berkenaan. Beliau meminta orang ramai yang telah membeli televisyen jenis Toshiba dan Sharp pada harga murah tetapi tidak mempunyai resit dari kedai barangan elektrik yang sah diminta untuk menyerahkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Yan. Katanya mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejer Malek Majid di talian 019-4771363 atau 04-4655222 atau terus ke mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Pengarah Kastam negeri antara 22 ditahan SPRM
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 22 individu, termasuk termasuk seorang Pengarah Jabatan Kastam negeri yang disyaki terbabit aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.
Daripada jumlah itu, 12 pengawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, 12 daripada mereka merupakan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, 10 lagi individu merupakan pemilik syarikat dan ejen-ejen mereka serta pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup dalam satu operasi khas secara besar-besaran di Lembah Klang.
"Sindiket itu melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang.
"SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran di Lembah Klang, hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.
Mohd Shukri berkata operasi itu turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan yang melibatkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.
Beliau berkata, barang-barang yang tidak dibayar duti kastam terbabit terdiri daripada rokok dan arak.
"Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara. Malah sebahagian barang terbabit turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram," katanya.
Operasi yang dijalankan bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh SPRM bersama pasukan petugas khas.
Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity. - Bernama
TOP
Pelarian Syria cecah tiga juta orang
Pelarian Syria termasuk kanak-kanak terpaksa meredah kawasan gurun untuk melintasi sempadan Jordan.
DAMSYIK - SYRIA. Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), semalam melaporkan jumlah pelarian Syria kini mencecah tiga juta orang selepas krisis semakin meruncing di negara itu. Laporan UNHCR menunjukkan negara bergolak tersebut kini menjadi bencana kemanusiaan terbesar pada era ini kerana hampir sebahagian daripada penduduk Syria terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat kemelut berpanjangan itu. "Satu daripada lapan penduduk Syria merentasi sempadan pada setiap hari. Kira-kira 6.5 juta penduduk lagi kehilangan tempat tinggal dan masih terperangkap di zon konflik terbabit," menurut sebahagian daripada laporan tersebut. Agensi antarabangsa itu turut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap nasib pelarian yang merentasi sempadan untuk ke timur Jordan kerana mereka dipaksa untuk membayar 'wang perlindungan' kepada orang tengah. Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Fiji, Voreqe Bainimarama memaklumkan rundingan sedang dijalankan untuk membebaskan 43 tentera pengaman dari negara tersebut yang kini berada dalam genggaman kumpulan militan di Bukit Golan. Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (Undof) itu ditahan ketika pertempuran tercetus antara kumpulan militan dan tentera Syria di kawasan tersebut, laporan dipetik dari AFP. - Sinar

Konvoi bantuan tiba di Gaza
Konvoi bantuan kemanusiaan pertama tiba di Gaza melalui sempadan Rafah untuk pertama kali.
GENEVA - SWITZERLAND. Program Makanan Sedunia (WFP) memaklumkan konvoi bantuan kemanusiaan di bawah kendalian mereka berjaya memasuki Genting Gaza dari sempadan Rafah untuk pertama kali sejak 2007. Konvoi disertai 18 trak itu turut membawa 15,600 bungkusan makanan untuk kira-kira 150,000 penduduk Palestin. Pengarah WFP Serantau untuk Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah dan Eropah Timur, Mohammad Diab memaklumkan bekalan tersebut adalah mencukupi untuk jangka masa lima hari. "Konvoi kedua dijangka tiba di Gaza dalam tempoh beberapa hari lagi. Ia sememangnya satu perkembangan positif kerana wilayah tersebut kini boleh diakses dari beberapa laluan utama termasuk Mesir," jelasnya. Menurutnya, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin telah mengaktifkan kelompok logistik yang bertanggungjawab menyelaraskan pergerakan bantuan kemanusiaan di Gaza. Sejak konflik tercetus 8 Julai lalu, WFP telah menyediakan bantuan bekalan makanan kepada 350,000 pelarian Gaza yang kehilangan tempat tinggal selain menyediakan lebih 120,000 baucar kecemasan kepada penduduk di wilayah itu. Difahamkan, WFP kini memerlukan bantuan dana berjumlah AS$70 juta (RM221 juta) untuk meneruskan program bantuan kemanusiaan bagi tempoh tiga bulan akan datang, laporan dipetik dari Press TV. - Sinar

Israel mahu rampas 400 hektar tanah
Penduduk di Tebing Barat membaling batu ke arah askar Israel semalam. - Foto Ihsan: AFP
TEBING BARAT - Israel merancang merebut ratusan hektar tanah milik Palestin di Tebing Barat. Media Israel East Monitor melaporkan, rancangan itu adalah sebahagian daripada projek pembesaran rejim Tel Aviv selepas mereka dikatakan 'gagal' dalam pertempuran dengan Palestin. Sumber tentera Israel pula melaporkan, kira-kira 400 hektar tanah di Gevaot, bandar selatan Betlehem diisytiharkan sebagai tanah milik Israel. "Kami mengalu-alukan rancangan ahli majlis yang ingin membuka jalan bagi mengembangkan bandar Gevaot bertujuan membina sebuah bandar baharu. Kumpulan aktivis Israel dikenali Peace Now mengesahkan, pelan itu sudah berada dalam skop peluasan jajahan Israel sejak 1980-an. Terdahulu, satu lagi kumpulan aktivis Israel B’Tselem turut mengumumkan, Tel Aviv merampas puluhan ribu hektar tanah daripada rakyat Palestin di Tebing Barat sejak 1967 untuk membina lebih 200 penempatan. Sementara itu, pemerhati keamanan antarabangsa menyifatkan perbuatan itu adalah tanda awal provokasi gencatan senjata Israel terhadap Palestin. - Sinar

Rusia berperang dengan Eropah
BRUSSELS - BELGIUM. Tindakan Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine dianggap pencerobohan atau lebih tepat negara itu sedang 'berperang' dengan Eropah.
Presiden Lithuania Dalia Grybauskaite yang berada di Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Belgium secara terang-terangan melontarkan tuduhan itu ketika berucap pada persidangan tersebut, semalam.
"Pemimpin EU mengancam untuk meningkatkan sekatan terhadap Rusia selepas Kiev menuduh Moscow meletakkan puluhan kereta kebal di sempadan Novosvitlivka," katanya kepada Reuters.
Menurutnya, Presiden Rusia, Vladimir Putin harus mengeluarkan lebih 1,000 askar dari timur negara Ukraine dengan segera sebelum EU mengenakan lebih banyak lagi sekatan.
"Rusia sebenarnya berada dalam keadaan berperang bukan sahaja dengan Ukraine tetapi dengan semua negara Eropah," katanya. - Sinar
TOP
ISIL tawar geran perkahwinan
Ahli ISIL dijanjikan kemewahan dan gaji lumayan di Iraq dan Syria. Foto: - Agensi
BAGHDAD - IRAQ. Pemimpin kerajaan Negara Islam (IS) di Iraq Abu Bakr al-Baghdadi yang sebelum ini mengaku dirinya sebagai 'Khalifah' menawarkan geran perkahwinan kepada ahli-ahlinya yang bernaung di bawah gerakan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL). Kumpulan Hak Asasi Manusia bagi Syria dan Iraq dalam satu kenyataan melaporkan, geran itu meliputi pemilikan rumah dan wang sagu hati AS$1,200 (RM3,800). "Julai lalu, kerajaan IS menawarkan perkahwinan menerusi biro perkahwinan kepada mana-mana wanita bujang atau janda yang ingin berkahwin dengan ahli kumpulan itu di Syria dan Iraq," katanya. Menurut kenyataan itu lagi, mana-mana wanita berminat berkahwin dengan ahli ISIL dikehendaki memberikan butiran peribadi termasuk alamat rumah. Difahamkan, pejabat kumpulan itu beroperasi dari al-Bab iaitu sebuah bandar di wilayah Aleppo, utara Syria. Jun lalu, puluhan gadis di Baiji terpaksa melarikan diri selepas ISIL kerap menjadikan mereka mangsa penculikan. Kumpulan itu juga selalu melakukan bancian untuk mengetahui jumlah isi rumah terutama wanita menurut laporan Al Arabiya. - Sinar

James Foley korban kekejaman ISIL
Foley dan isterinya, Diane menuntut AS menuntut bela atas kematian anak mereka.
VIDEO Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL)
menunjukkan seorang lelaki bertopeng memenggal kepala wartawan Amerika
Syarikat (AS), James Foley baru-baru ini, nyata mengejutkan dunia dan
membangkitkan kemarahan banyak pihak.
Pada November 2012, Foley dipercayai diculik kumpulan terbabit di Idlib, Syria ketika membuat liputan perang di negara itu bagi mengikuti pemberontakan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad.
Foley merupakan seorang wartawan berpengalaman dihantar ke Libya dan Syria untuk membuat laporan bebas bagi Agence France-Presse (AFP), GlobalPost dan beberapa media lain.
Pendidikan awal
Anak kepada pasangan John dan Diane Foley ini merupakan anak sulung daripada lima adik beradik. Selepas tamat persekolahan di Kingswood Regional High School di Wolfeboro, New Hampshire, Foley meneruskan pengajian di Universiti Marquette, iaitu sebuah institusi swasta Katolik pada 1996.
Kemudian, beliau menyambung pengajian dan lulus Sarjana Seni Halus bagi Program Penyair dan Penulis di University of Massachusetts Amherst pada 2003. Pada 2010, Foley mendapatkan kelulusan dari Northwestern University’s Medill School dalam bidang kewartawanan.
Kerjaya
Foley memulakan kariernya sebagai guru di Arizona, Massachusetts dan Chicago di Teach For America (TFA), sebelum menukar kerjaya sebagai wartawan pada pertengahan 2000.
Pada 2009, Foley bertugas untuk Pembangunan Antarabangsa (USAID) di Baghdad, Iraq.
Di sana, beliau membantu menganjurkan persidangan, seminar dan latihan program yang direka untuk membina semula perkhidmatan di Iraq, yang dilumpuhkan oleh pengasingan serta pentadbiran autokratik sejak lebih 10 tahun lalu.
Sekitar 2010, Foley meninggalkan Iraq dan memilih menjadi wartawan sambilan. Pada Januari 2011, Foley menyertai akhbar harian Stars and Stripes dan ditugaskan ke Afghanistan. Dua bulan kemudian, beliau dibuang tugas selepas ditahan tentera AS di Kandahar Air Field kerana disyaki memiliki ganja.
Pada 3 Mac 2011, Foley mengaku bersalah memiliki ganja dan meletak jawatan. Ketika bekerja dengan GlobalPost pada 2011, Foley telah dihantar ke Libya untuk membuat liputan tentang pemberontakan terhadap Muammar Gaddafi.
Tertangkap di Libya
Pada April 2011, Foley bersama tiga wartawan lain ditahan berhampiran Brega, Libya oleh penyokong setia Gaddafi di mana beberapa rakan wartawannya turut terbunuh dalam serangan tersebut.
Selepas 44 hari ditahan, Foley dibebaskan dan kembali ke Milwaukee untuk mengucapkan terima kasih kepada masyarakat di sana yang sentiasa mendoakan keselamatannya.
Pengalaman ditangkap tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk kembali membuat laporan di Libya bersama wartawan GlobalPost, Tracey Shelton pada 20 Oktober 2011.
Beliau terus menawarkan khidmatnya secara bebas untuk GlobalPost dan agensi media seperti AFP semasa Perang Saudara Syria.
Penculikan, kematian
Foley diculik bersama penterjemahnya di barat laut Syria ketika dalam perjalanan ke sempadan Turki pada22 November 2012. Ada sumber mengatakan, Foley diculik militan Shabiha, iaitu sebuah kumpulan yang setia kepada Bashar dan dikurung di Kompleks Tentera Udara Perisikan Syria di Damsyik.
Difahamkan, penculik itu menuntut wang tebusan AS$132.5 juta (RM417 juta) daripada keluarga Foley, GlobalPost, majikannya dan kerajaan AS semasa rundingan dari bulan November hingga Disember 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif GlobalPost Philip Balboni berkata, syarikat itu membelanjakan jutaan ringgit termasuk menyewa firma keselamatan antarabangsa dalam usaha membawa pulang Foley.
Pada 2013, firma itu dipercayai dapat mengesan kedudukan Foley tetapi misi menyelamat gagal kerana beliau dipindahkan beberapa kali sepanjang kurungan.
Pada 12 Ogos 2014, ibu bapa Foley menerima emel daripada penculik yang mengatakan, pihaknya akan membalas dendam di atas pengeboman AS di Iraq dan akan dimulai dengan membunuh Foley.
Harapan ibu bapa Foley untuk melihat anaknya dilepaskan hancur apabila sebuah video bertajuk ‘Mesej untuk Amerika’ dimuat naik di internet pada 19 Ogos memaparkan visual kepala anaknya dipenggal.
Sehari selepas itu, Majlis Keselamatan Negara mengesahkan video tersebut adalah tilen dan Jabatan Kehakiman meneruskan siasatan untuk menyiasat identiti lelaki bertopeng itu.
Penghormatan
Pada 22 Ogos lalu, pelukis dari India, Sudarsan Pattnaik menghasilkan arca wajah Foley menggunakan empat tan pasir di pantai Puri di wilayah timur Odisha, India. Arca tersebut turut disertai mesej ‘Jangan bunuh orang tidak bersalah’.
Selain itu, biasiswa James Foley turut diperkenalkan oleh Kolej Komunikasi J. William dan Mary Diederich di Universiti Marquette, Amerika Syarikat.
- Sinar

Israel potong bajet 2014
TEL AVIV - ISRAEL. Kerajaan Israel mempertimbangkan untuk memotong AS$560 juta (RM$1.7 bilion) dari bajet 2014 bagi membiayai kos serangan ke atas Genting Gaza baru-baru ini.
Akhbar Israel Haaretz melaporkan, cadangan dibentangkan Perdana Menteri; Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan; Moshe Ya’alon dan Menteri Kewangan; Yair Lapid turut membabitkan potongan 2 peratus bajet asas bagi setiap kementerian, kecuali Kementerian Pertahanan.
"Cadangan ini bertujuan memberi peruntukan segera AS$420 juta (RM1.3 bilion) kepada Kementerian Pertahanan bagi menampung kos perang," memetik laporan Al Arabiya itu.
Difahamkan, berdasarkan jumlah belanjawan, Kementerian Pelajaran menerima potongan terbesar dari segi dana iaitu AS$194 juta (RM613 juta ) diikuti Kementerian Pengangkutan dengan AS$70 juta (RM221 juta) serta Kementerian Perumahan, Hal Ehwal Sosial, Ekonomi, Keselamatan dan Kesihatan awam dengan AS$80 juta (RM 252 juta).
Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Kabinetnya sekali lagi bersuara mahu mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague bagi dakwaan membunuh dan mencabul gencatan senjata pada 1 dan 2 Ogos lalu hingga menyebabkan ribuan maut. - Sinar
TOP
46 budak maut sepanjang 36 jam
DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 42 kanak-kanak terbunuh dalam serangan dilancarkan tentera kerajaan dalam tempoh 36 jam, menurut Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW), kelmarin.
Pengarah HRW, Rami Abdul Rahman berkata, insiden menyayat hati itu berlaku selepas tentera kerajaan meningkatkan serangan udara dan darat di utara wilayah Aleppo dan barat laut Idlib.
"Mereka menggunakan bom barel untuk melancarkan serangan itu walaupun penggunaan senjata tersebut pernah dikecam sebelum ini," katanya kepada AFP.
Serangan udara bertalu-talu turut disasarkan di timur Jubar yang kini ditawan kumpulan militan dalam usaha untuk merampas semula kawasan itu.
Sehingga kini, lebih 191,000 orang telah terkorban sejak perang saudara tercetus di negara itu pada Mac 2011.- Sinar
TOP
Kemasukan bahan binaan dihalang
Ratusan sekolah musnah selepas dibedil sepanjang 50 hari dalam serangan udara Israel di Genting Gaza. Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Israel masih melarang kemasukan bahan pembinaan ke Gaza walaupun perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pimpinan Hamas dikuatkuasakan. Pengarah Perbadanan Sempadan Palestin Nazmi Muhana memberitahu sehingga kini pihak Palestin tidak dimaklumkan atau menerima sebarang maklumat berkaitan operasi dua lintasan utama di sempadan Israel dan Genting Gaza. “Hingga kini, cuma 250 hingga 300 trak membawa bekalan makanan, sayur-sayuran, pakaian dan bahan api dibenarkan masuk,” katanya. Menurutnya, bilangan kemasukan trak itu tidak tidak bertambah sejak gencatan senjata dilaksanakan lapor Agensi. “Sejak beberapa hari lalu, kami berusaha mendapatkan kebenaran membawa masuk bahan mentah binaan dan perindustrian di Genting Gaza bagi memulakan proses pembinaan semula,” kata Muhannya. Difahamkan, lebih daripada 82 bangunan kerajaan dan ribuan rumah musnah dalam serangan 50 hari itu. Sementara itu, sekolah milik Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) di Gaza menghadapi kesukaran apabila lebih 50,000 penduduk masih berada di beberapa sekolah itu. Timbalan Menteri Pelajaran Gaza Ziad Thabet berkata, satu perjanjian dicapai dengan UNRWA untuk membuka semula sekolah berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum sesi persekolahan 15 September ini bermula. "Bagi mengurangkan ketegangan di kalangan pelajar pembelajaran akan di tukar menjadi mudah dan kurikulum juga akan dikurangkan," katanya. Menurutnya, satu bengkel khas untuk guru-guru disediakan bagi berhadapan dengan pelajar yang menghadapi tekanan psikologi. Statistik rasmi menunjukkan, bahawa 277 sekolah dilaporkan rosak teruk akibat bedilan Israel. - Sinar

Kanak-kanak maut jatuh tingkat empat
KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Kem Batu 10 dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, mangsa dilapor ditinggalkan seorang diri di rumah oleh bapanya yang keluar mengambil adik-beradik yang lain di sekolah.
Beliau berkata, ibu mangsa yang berusia 30-an, pula keluar bekerja.
"Beberapa saksi ada ternampak kanak-kanak itu cuba memanjat balkoni sebelum terjatuh," katanya kepada Bernama.
Abdul Aziz berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di muka dan kepala, dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.
"Identiti mangsa masih dalam siasatan, dan polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya. - Bernama- Sinar
TOP
Warga emas ditemui mati tertiarap
Pasukan forensik memeriksa mayat lelaki berkenaan.
GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui berlumuran darah dalam keadaan tertiarap di Lebuh Carnavon di sini pagi tadi. Mayat A Rajar, 60, ditemui oleh orang awam kira-kira jam 9 pagi berhampiran kedai menjual arak dan dipercayai mati akibat minum arak berlebihan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, sejurus menerima maklumat kejadian itu, sepasukan polis bergegas ke sana untuk membuat pemeriksaan. Menurutnya, mayatnya ditemui tertirap dengan kesan luka di bahagian muka dipercayai akibat tersembam. "Berdasarkan maklumat yang diterima dari rakannya memaklumkan si mati dilihat mengambil minuman keras pada malam semalam. "Dia dipercayai tidak dapat mengawal diri sebelum terjatuh dan disahkan meninggal di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Mior Farid berkata, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Sinar

Cubaan bom gagal di Filipina
Bom buatan sendiri yang dirampas dari suspek.
MANILA - FILIPINA. Tiga lelaki ditahan ketika cuba untuk mengebom lapangan terbang utama Filipina dan merancang serangan di Kedutaan China serta pusat beli-belah terbesar di negara itu. Menurut laporan AFP, mereka diberkas bersama sebuah van yang sarat dengan bahan letupan dalam cubaan untuk melancarkan beberapa siri serangan bom. Setiausaha Kehakiman Leila de Lima berkata, mereka mendakwa sebagai pelindung rakyat Filipina dan menganggap perniagaan monopoli China-Filipina serta perlombongan haram sebagai musuh. "Mereka bertindak demikian kerana berang dengan pendirian kerajaan Filipina yang dikatakan terlalu berlembut terhadap China berhubung pertikaian tuntutan wilayah Laut China Selatan. "Kesemua suspek terbabit mahu pentadbiran mempunyai pendirian lebih tegas dalam menangani isu tersebut," katanya. - Sinar

Kempen kumpul RM3b bantu Gaza
Projek pembinaan semula Genting Gaza didakwa mungkin mengambil masa selama tiga dekad.
ANKARA - TURKI. Jawatankuasa Antarabangsa bagi Menyokong Genting Gaza melancarkan kempen mengumpulkan dana berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk projek pembinaan semula wilayah itu yang musnah teruk akibat kekejaman rejim Zionis. Keputusan itu dibuat sejurus jawatankuasa tersebut ditubuhkan ketika forum pertama mereka di Istanbul. Mereka juga bercadang untuk menyalurkan AS$100 juta (RM318 juta) untuk perkhidmatan bantuan kecemasan dan tempat perlindungan di wilayah tersebut lapor Middle East Monitor. Forum yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri 250 delegasi dari 35 negara yang mewakili lebih 70 yayasan dan bertujuan menyatukan usaha akar umbi bagi menyalurkan serta mempercepatkan proses penghantaran bantuan ke Genting Gaza. Dalam perkembangan lain, masyarakat antarabangsa terus mengutuk rancangan Israel untuk merampas 400 hektar tanah di Tebing Barat yang dianggap pencerobohan terbesar dalam tempoh 30 tahun. Pengarah Amnesty International di Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther menegaskan helah Tel Aviv untuk merampas tanah milik penduduk Palestin perlu dihentikan kerana ia mencabuli hak mereka dan melanggar undang-undang antarabangsa. Mesir yang menjadi perantara dalam rundingan gencatan senjata antara Israel dan Palestin turut mengecam tindakan tersebut yang disifatkan sebagai penghalang utama kepada usaha perdamaian di rantau tersebut. - Sinar

Gaza bebas: Kemusnahan dibayar kemenangan
PERTUMPAHAN darah berlarutan kira-kira tujuh minggu di
Genting Gaza berakhir dengan gencatan senjata tanpa had antara Palestin
dan Israel. Genting Gaza kembali tenang selepas dihujani peluru berpandu
rejim Zionis sejak 50 hari lalu.
Bagaimanapun, di sebalik ketenangan itu, ramai penduduk masih dihantui kekejaman Israel kerana kebanyakan daripada mereka kehilangan orang tersayang sepanjang tempoh peperangan tersebut.
Selain itu, ramai penduduk kini tinggal sehelai sepinggang selepas kebanyakan kawasan kediaman musnah teruk akibat dibedil rejim Zionis. Kesan kemusnahan di kawasan seperti Shejaeya, Beit Hanoun dan Khuzaa kelihatan seperti ia dibom dengan senjata nuklear.
Proses pembersihan kesemua sisa runtuhan itu pula dikatakan bakal mengambil masa selama beberapa bulan. Malah, projek pembangunan semula Genting Gaza juga mungkin memakan masa selama beberapa dekad.
Bagaimana nasib ratusan ribu penduduk Gaza yang hilang tempat berteduh ketika ini. Adakah mereka akan terus hidup menderita walaupun Israel telah bersetuju melonggarkan beberapa sekatan yang dikhuatiri sebenarnya hanya untuk mengaburi mata masyarakat antarabangsa?
Kerugian cecah RM16 bilion
Hasil laporan Menteri Kerja Raya Palestin, Mufeed al-Hasayneh mendapati, serangan Zionis menyebabkan kemusnahan infrastruktur mencecah lebih AS$5 bilion (RM16 bilion) di Genting Gaza.
Menurutnya, lebih 50,000 infrastruktur termasuk 277 sekolah, 270 masjid dan 10 hospital musnah akibat kekejaman Israel.
“Kira-kira 10,000 kediaman musnah manakala 30,000 rumah rosak teruk akibat bedilan Israel sejak 8 Julai lalu.Tiga kawasan yang paling teruk terjejas adalah Shejaeya, Beit Hanoun dan Abasan.
“Sebanyak 60 peratus rumah di Shejaeya terutamanya di kawasan timur kejiranan terbabit musnah menyembah bumi. Beberapa bangunan kerajaan termasuk balai polis dan pejabat keselamatan nasional turut menjadi sasaran serangan rejim Zionis,” jelasnya.
Difahamkan, mereka juga terpaksa menanggung kerugian AS$25 juta (RM79 juta) selepas bekalan bahan api di loji janakuasa Gaza dibom. Selain itu, kebanyakan penduduk juga terpaksa bergelap selepas 10 talian kuasa yang membekalkan tenaga elektrik di wilayah itu terputus sejak beberapa minggu lalu.
Mufeed mendakwa sebanyak 70 peratus telaga air di Gaza telah musnah hingga menyebabkan penduduk kini menghadapi krisis bekalan air bersih.
“Kira-kira 300 hektar kawasan pertanian terjejas teruk akibat konflik tersebut. Sektor pertanian adalah salah satu daripada industri penting di Gaza, namun operasi ketenteraan Israel telah menyebabkan ramai petani terpaksa menanggung kerugian besar.
“Zon penampan yang meliputi kira-kira 29 peratus di sempadan telah menyebabkan ramai petani kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh peperangan tersebut.
Susulan daripada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula Genting Gaza mungkin mencecah lebih AS$10 bilion (RM 31 bilion).
Sektor ekonomi terjejas teruk
Beberapa pakar berpendapat, ekonomi di Genting Gaza mengambil beberapa tahun untuk pulih memandangkan lebih 360 kilang musnah. Persekutuan Perusahaan Palestin memaklumkan, kira-kira 10 peratus kilang di wilayah itu terpaksa menghentikan operasi mereka.
Situasi tersebut menyebabkan sektor perkilangan menanggung kerugian mencecah lebih AS$70 juta (RM220 juta). Kilang terbesar di Gaza, Al-Awda di Deir al-Balah yang mengeluarkan produk makanan dilaporkan musnah teruk hingga menyebabkan 450 pekerjanya kehilangan pekerjaan.
Pengurus kilang itu, Manal Hassan menganggarkan kerugian terpaksa ditanggung mencecah AS$30 juta (RM94 juta). Selain itu, persatuan nelayan juga mendakwa, hasil tangkapan ikan antara 9 Julai dan 10 Ogos telah berkurangan sebanyak 9 peratus.
Sementara itu, ladang ternakan di Beit Hanoun juga menanggung kerugian besar. Pemiliknya, Mahmoud Nadi berkata, hampir sebahagian daripada 370 lembu di ladangnya mati.
“Puluhan bangkai lembu ditemui bergelimpangan di sekitar ladang ini apabila kami sekeluarga pulang semula ke kawasan terbabit,” katanya.
Di Beit Lahiya, penternak unta, Zaid Hamad Ermelat mendakwa 20 unta ternakannya bernilai AS$2,800 (RM8,820) seekor ditembak mati oleh tentera Israel.
Ahli ekonomi, Omar Shaban memberitahu, hasil laporan awal mendapati, peperangan itu memberi kesan lebih tiga kali ganda kepada ekonomi di Gaza berbanding konflik pada 2008-2009.
“Kadar pengangguran dijangka meningkat berbanding 40 peratus sebelum ini berikutan pemberhentian operasi kilang. Proses pemulihan ekonomi di Gaza sebenarnya bergantung kepada syarat perjanjian gencatan senjata.
“Jika Israel menarik balik sekatan mereka, ia mungkin mengambil masa selama dua hingga tahun untuk pulih,” jelasnya.
Gencatan senjata terbuka
Apa syarat yang telah dipersetujui? Israel bersetuju melonggarkan sekatan di laluan sempadan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dan bahan binaan untuk pembinaan semula Gaza dihantar ke wilayah itu.
Tel Aviv bersetuju memperluaskan kawasan penangkapan ikan dari kawasan lingkungan 4.6 kilometer (km) kepada 9.6 km. Tuntutan terhadap pembukaan lapangan terbang dan pelabuhan serta pembebasan tahanan Palestin di Tebing Barat bakal dibincangkan dalam rundingan akan datang.
Mengapa sukar melaksanakan gencatan senjata kekal? Gencatan senjata pertama dipersetujui Israel ditolak Hamas selepas mereka meragui kandungan perjanjian itu. Sepanjang tempoh 50 hari peperangan itu meletus, beberapa gencatan senjata sementara telah dikuatkuasakan dan ada juga dicabuli.
Bagaimanapun, persetujuan dicapai pada hari ke-50 konflik tersebut selepas kandungannya dikatakan sama seperti syarat perjanjian yang diterima kedua-dua belah pihak ketika Perang Lapan Hari pada 2012.
Gencatan senjata kekal pula didakwa sukar dilaksanakan kerana Israel seakan tidak mengendahkan tuntutan Palestin termasuk menarik balik kesemua sekatan haram ke atas wilayah itu yang dikenakan sejak 2006.
Garis masa gencatan senjata Israel-Hamas:
Julai
15 - Kabinet Keselamatan Israel menerima cadangan gencatan senjata Mesir, Bagaimanapun, ia ditolak oleh Hamas dan mereka turut menuntut sekatan haram yang dikenakan ke atas wilayah Gaza sejak 2006 ditarik balik.
26 - Gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam dikuatkuasakan.
Ogos
1 - Gencatan senjata selama 72 jam dicabuli rejim Zionis kira-kira 90 minit selepas ia dilaksanakan. Israel turut mengebom kawasan berhampiran bandar selatan di Rafah.
5 - Pasukan tentera darat Israel berundur dari wilayah Gaza selepas memusnahkan terowong rahsia milik Hamas sejurus gencatan selama tiga hari dikuatkuasakan.
8 - Usaha untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata selama 72 jam gagal dan pertempuran tercetus kembali.
11 - Gencatan senjata baharu selama tiga hari berkuatkuasa dan disusuli satu lagi gencatan selama lima hari.
19 - Israel melancarkan serangan udara menjelang saat akhir sebelum gencatan senjata berakhir.
26 - Gencatan senjata terbuka yang dicadangkan Mesir diterima kedua-dua belah pihak dan penduduk Palestin menganggap ia sebagai kemenangan buat mereka.
Netanyahu dikecam
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikritik oleh anggota kerajaan gabungan pimpinannya sejurus selepas gencatan senjata baharu tersebut dicapai. Media tempatan Israel turut melahirkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan Netanyahu dan kredibilitinya mula dipersoalkan selepas beliau tunduk dengan tuntutan Hamas.
Susulan daripada itu, beberapa pihak mula menggesa beliau supaya meletak jawatan. Bagaimanapun, Netanyahu dilihat cuba melindungi kelemahannya dengan menyifatkan Operasi Perlindungan Sempadan itu kononnya sebagai pencapaian ketenteraan dan diplomatik terbesar buat Israel.
Sementara itu, satu tinjauan terbaharu menunjukkan majoriti daripada penduduk Israel percaya rejim Zionis tidak mencapai sebarang kejayaan dalam operasi ketenteraan tersebut. Kaji selidik yang dilakukan akhbar Haaretz mendapati kira-kira 54 peratus berpendapat tentera Israel gagal mencapai matlamat mereka.

Mangsa serangan asid menderita
Perubahan wajahnya selepas di bedah.
AYAH kepada dua anak ini menjalani hidup seharian dengan dibelenggu trauma melampau selepas menjadi mangsa serangan asid dilakukan oleh individu tidak dikenali di Rayleigh, Essex. Ketika kejadian, Darren Pidgeon, 27, sedang memandu bersendirian untuk menuju ke pusat bandar kira-kira jam 12 malam. Kenderaannya tiba-tiba dihampiri dua lelaki bermotosikal dan mengarahkannya memberhentikan kenderaan. Dia kemudiannya membuka tingkap lalu di sembur dengan asid oleh lelaki berkenaan. Dalam kesakitan dia turut dibelasah lelaki terbabit. "Awalnya, saya ingat ia adalah semburan lada tetapi lama-kelamaan saya merasa perit. Saya tidak mampu melawan ketika itu kerana kulit saya mula melecur dan memedihkan. Saya menjerit meminta tolong," katanya. Menurutnya, kejadian itu benar-benar meninggalkan kesan terhadap hidupnya. "Nasib baik, saya tidak buta cuma parutnya masih kekal. Kini saya kehilangan pekerjaan dan terpaksa meminta bantuan kerajaan," katanya. Polis penyiasat berkata, motif serangan masih belum diketahui dan pihaknya merayu kepada mana-mana individu untuk tampil sebagai saksi kejadian. Akibat daripada serangan itu, Darren dimasukkan ke hospital selama empat minggu untuk menjalani rawatan cantuman kulit. Darren kini berpindah ke London untuk mendapatkan rawatan kulit dari doktor pakar bagi menjalani pembedahan plastik. "Saya mahu mereka diberkas secepat mungkin kerana perkara sama boleh terjadi kepada orang lain," katanya dalam laporan Dailymail. - Sinar

Pengasuh ikat bayi
Bayi diikat dengan pita pelekat.
SEORANG pengasuh bertindak kejam apabila mengikat seorang bayi ketika tidur di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak Forth Worth, Texas, Amerika Syarikat. Susulan kejadian itu, pasangan ibu bapa Kristin dan Brad Galbraith bertindak menuntut ganti rugi AS$1 juta (RM3.1 juta) terhadap perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Akademi Montessori Heart2Heart dituduh cuai selepas pasangan itu mendakwa gambar bayi lelaki mereka yang diikat bersama selimut tersebar meluas di laman sosial. Difahamkan, gambar berkenaan diambil oleh bekas pekerja yang menghantar foto berkenaan kepada pasangan itu pada Jun lalu. Peguam pasangan itu, Larry Rasansky berkata, perbuatan itu sungguh kejam dan merupakan mimpi ngeri buat anak guamnya. “Ibu bapa mengamanahkan pusat asuhan untuk menjaga anak-anak mereka tetapi perbuatan ini sangat teruk kerana bayi itu tidak mampu bersuara jika mereka merasakan kesakitan dan seksinya diikat seperti itu," katanya. Sementara itu, sehingga kini pusat asuhan itu tidak mengulas mengenai tindakan undang-undang yang dikenakan dan masih beroperasi seperti biasa. "Selama ini kakitangan kami memberikan layanan terbaik kepada pelanggan dan jaminan keselamatan tahap tertinggi kepada bayi dan kanak-kanak yang berada di sini," katanya dalam laporan Dailymail. - Sinar

No comments:
Post a Comment