TOP
Etai Salai Turut Terima Tempias PRK Pengkalan Kubor
TUMPAT – Etak salai turut terima tempias sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sehingga dapat dijual sebanyak 30 kilogram (kg) dalam tempoh lima jam.
Etak salai itu sebelum ini hanya popular dalam kalangan penduduk tempatan namun mendapat sambutan luar biasa dengan dengan kehadiran penyokong dan anggota parti politik dari luar yang berkampung di sini sempena PRK itu.
Etak dalam dialek Kelantan adalah sejenis cengkerang dan disalai dengan menggunakan serai, garam dan bawang putih serta menjadi sumber mata pencarian bagi kebanyakan penduduk di kawasan pinggir sungai di Pengkalan Kubor di sini.
Seorang peniaga, Siti Esah Mat Ali, 57, dari Kampung Palekbang, di sini mampu meraih pendapatan sehingga RM500 sehari sejak seminggu yang lalu.
“Sebelum ini saya jual dalam 20 kg sehari tetapi melihat kepada permintaan yang tinggi sejak musim PRK ini saya menambah bekalan kepada 30 kg sehari,” katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau yang menjadikan perniagaan itu sebagai mata pencarian sejak 24 tahun itu berkata bekalan etak mentah diambil daripada pemborong.
Etak salai yang dibungkus dengan menggunakan kertas itu dijual dengan harga RM12 sekilogram.
“Bergantung kepada permintaan pelanggan kadangkala ada juga yang beli tiga kg untuk dibawa balik ke negeri mereka,” katanya.
Seorang lagi peniaga etak salai Wan Robiah Wan Ibrahim, 42, berkata sejak dua tahun mengusahakan perniagaan di Kampung Ke Pulau itu sambutan sentiasa menggalakkan dan meningkat pada musim cuti kerana kehadiran pelancong.
“Tetapi sejak seminggu yang lalu saya perlu menempah bekalan makanan laut itu sebanyak 40 kg berbanding sebelum ini hanya 20 kg,” katanya.
Wan Rodiah yang dibantu seorang pekerja berkata memulakan perniagaan seawal pukul 8 pagi dan selalu menutup perniagaan setelah etak salainya habis dijual.
Sementara itu, seorang penggemar etak salai dari Terengganu berkata beliau rasa etak salai di sini berbeza berbanding yang dimakan sebelum ini.
“Pertama kali saya cuba etak salai di sini, rasanya lemak dan sedikit pedas memberi kelainan,” katanya yang berkampung di Kelaboran sempena PRK ini.
Kawasan Pengkalan Kubor menjadi begitu sesak dengan kehadiran penyokong-penyokong parti politik dari seluruh negara yang berkempen untuk memastikan calon parti mereka menang dalam pemilihan pada 25 Sept ini.
Pada PRK itu, calon Barisan Nasional Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
TOP
Penceroboh Lompat Pagar White House
WASHINGTON: Kakitangan White House dan wartawan kembali ke bangunan itu selepas mendengar penjelasan pemindahan pada Jumaat malam kerana terdapat penceroboh di kawasan tersebut, jelas saksi Reuters.
Presiden Barack Obama meninggalkan kawasan itu dengan menaiki helikopter Marine One ke Camp David, berhampiran Maryland apabila pasukan bersenjata, skuad Perkhidmat Rahsia mengarah semua yang berada di White House untuk berpindah.
Bagaimana pun mereka dibenarkan masuk setengah jam kemudian, jelas saksi itu lagi.
Anggota Perkhidmat Rahsia itu berkata, satu isyarat dikenal pasti apabila penceroboh itu melompat pagar White House.
Tiada penjelasan lanjut dinyatakan.- mstar
TOP
Polis Buru Kaki Pukau Warga Pakistan
Gambar hiasan.
PETALING JAYA: Polis kini sedang memburu seorang lelaki di percayai warganegara Pakistan yang memukau wanita untuk menyerah barang kemasnya di Seksyen 20, Shah Alam. "Siasatan mendapati lelaki tersebut, menaiki motosikal berpura-pura menjual kain kepada seorang wanita 60-an, yang tinggal berseorangan di rumah pada masa itu. "Lelaki tersebut memukau wanita itu dengan mengibarkan sehelai kain dimukanya," jelas satu kenyataan polis Shah Alam pada Jumaat. Menurut kenyataan itu, apabila suami mangsa balik ke rumah pada pukul 6 petang, dia mendapati isterinya berada dalam kebingungan. "Suami mangsa juga mendapati barang kemas yang dipakai isterinya serta yang disimpan di dalam almari turut hilang," jelas kenyataan itu sambil menambah pihak polis sukar mengesan nombor pendaftran motosikal itu berdasarkan maklumat yang diberi oleh jiran mangsa. Polis Shah Alam juga turut menasihatkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati apabila didekati lelaki ini dan terus menghubungi ibu pejabat polis daerah di talian 03-55202022.- mstar

NUTP Tidak Lindungi Anggota Jika Terlibat Kes Bocor Soalan UPSR
Hashim Adnan ketika mengadakan sidang media berhubung kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dalam sidang akhbar di Wisma NUTP pada Sabtu. Turut kelihatan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng (kanan).
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menegaskan ia tidak akan melindungi anggotanya jika didapati terbabit membocorkan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Presidennya Hashim Adnan berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan integriti guru dalam menyediakan soalan peperiksaan awam selain menjejaskan imej profesion perguruan di mata masyarakat. "Guru yang terlibat dalam peperiksaan awam, termasuk pegawas dan pemeriksa peperiksaan telah menandatangani surat untuk menyimpan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi, dan seharusnya mereka mempertahankan integriti itu," katanya pada sidang media pada Sabtu. Beliau meminta anggota masyarakat agar tidak beranggapan negatif kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara disebabkan insiden itu kerana hanya segelintir guru yang terlibat. Kebocoran membabitkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas Sains 018, 028 dan 038. Setakat ini 14 orang telah disiasat berhubung kebocoran itu yang 12 daripada mereka merupakan guru. Pada masa yang sama, Hashim berkata UPSR masih lagi diperlukan sebagai penanda aras untuk menentukan tahap pencapaian murid sekolah rendah, bagi membantu mereka menempatkan diri semasa menginjak ke sekolah menengah. Beliau berkata ia hanya perlu ditambah baik untuk mengelak insiden kebocoran daripada berulang dan tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam merupakan langkah awal ke arah itu. Beliau berterima kasih kepada kementerian kerana melantik Setiausaha AgungNUTP, Lok Yim Pheng untuk menganggotai jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi. "NUTP juga bersedia dan berharap agar dapat dilantik sebagai konsultan kepada Kementerian Pendidikan secara percuma dalam isu berkaitan pendidikan negara," katanya. Hashim berkata NUTP merupakan pilihan terbaik kepada kementerian dalam memperbaiki sistem pendidikan memandangkan ada antara anggota kesatuan mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan. Sementara itu Lok berkata pihaknya mendapati keghairahan guru termasuk di pusat tuisyen yang mahu memastikan pelajar mendapat 'A' sebagai penyebab berlakunya insiden soalan bocor. - mstar

BN Naikkan Papan Iklan Tuntutan Royalti, PAS Lapor SPR
Papan iklan yang didakwa milik BN di Pengkalan Kubor.
PENGKALAN KUBOR: PAS mendakwa akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung papan iklan yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai bahan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor mengenai tuntutan royalti bernilai RM12 bilion oleh kerajaan negeri. Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, iu royalti tidak harus dibangkitkan kerana ia masih berada dalam proses mahkamah, justeru itu pihaknya akan meminta peguam parti untuk mengkaji isu ini. "Perkara itu tak sepatutnya dibangkitkan. Kita akan buat aduan kepada SPR dan mungkin peguam kita akan mengkaji, ia (tuntutan) masih berada dalam mahkamah sekarang ini, ia subjudis. "Mana-mana pihak yang membangkitkan perkara yang ada dalam mahkamah secara fakta bahawa kita membuat tuntutan bernilai RM12 juta adalah satu penghinaan kepada mahkamah dan boleh dikenakan tindakan," katanya pada sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor di sini, Sabtu. Pada Jumaat, sebuah papan iklan telah dinaikkan bersebelahan markas besar BN di Pengkalan Kubor dengan tulisan 'RM12 bilion fitnah besar PAS' bersama, beberapa baris penjelasan. Takiyuddin berkata, papan iklan tersebut merupakan satu provokasi dan memberi peringatan kepada musuh politiknya supaya berkempen secara berhemah dan mengikut undang-undang. "Kita minta SPR turunkan perkara-perkara (billboard) seumpama ini. Ini bercanggah dengan undang-undang," katanya. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nasruddin Daud yang turut membangkitkan isu royalti dalam ceramah-ceramahnya, Takiyuddin menjelaskan, hasil penelitian terhadap video ceramah tersebut mendapati apa yang dikatakan Nasruddin adalah 'satu perkara umum'. "Bagi saya itu satu perkara umum, yang tak ada dalam mahkamah. "Saya tak boleh komen , ia dalam siasatan polis. Saya ikut undang-undang, dalam siasatan polis kita tak sentuh," katanya sambil berkata tuntutan RM12 bilion dibuat berdasarkan perkiraan kerajaan negeri. Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan BN bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai kekeliruan yang ditimbulkan PAS dan NGO 'R' mengenai isu royalti. Katanya, BN tidak boleh berdiam diri apabila pihak lawan memainkan isu royalti dalam kempen PRK Pengkalan Kubor kerana pengundi perlu mendapat penjelasan yang betul. PAS sebelum ini mendakwa syarikat minyak dan carigali Petronas tidak membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan Kelantan.- mstar

Pengkalan Kubor: Undi Kerana Allah - Nik Aziz
PENGKALAN KUBOR: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengingatkan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor supaya mengundi kerana Allah.
Katanya, setiap pengundi akan mati serta akan dihidupkan semula, perkara itu tidak disebut dalam sebuah negara demokrasi sebaliknya hanya disebut dalam al-Quran dan Islam.
"Mengundi kerana Allah bukan kerana bangsa Melayu, bukan kerana bendera atau tanah air.
"Dalam demokrasi, kebangsaan, nasional tak ada sebut 'yang mati akan hidup balik'," katanya ketika menyampaikan ceramah umum, di Pantai Geting di sini, malam Jumaat.
Hadir sama Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasruddin Daud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran Zaki Ibrahim dan Ketua PKR negeri Ab Aziz Ab Kadir.
Ceramah umum itu adalah yang pertama daripada dua ceramah yang dianjurkan PAS dalam siri kempennya di Pengkalan Kubor.
Nik Aziz berkata, pada hari mengundi pada 25 September ini, setiap penduduk mempunyai kewajiban untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Tanpa mengira pangkat atau kedudukan, jelasnya, mengundi adalah satu kewajiban bagi membolehkan Islam terus digerakkan.
"Kita bertanggungjawab kepada Allah untuk menggerakkan Islam sama ada dari segi politik, ekonomi atau mengundi," katanya.- mstar
TOP
MB Selangor: PKR Tetap Mahu Azizah, Mohon Mengadap Sultan
PETALING JAYA: Berbaki empat hari sebelum menteri besar Selangor yang baharu mengangkat sumpah pada Selasa depan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung sokongan majoriti yang dimiliki Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehingga kini presiden PKR itu kekal mempunyai sokongan daripada 30 wakil rakyat di Selangor.
Sehubungan itu PKR memohon sembah untuk menghadap Sultan Sharafuddin bagi mendapatkan pandangan berhubung situasi berkenaan.
"PKR mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) seperti yang dinyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak berubah.
"Oleh yang demikian, PKR merafa’ sembah memohon limpah perkenan tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat malam.
Keputusan berkenaan dicapai menerusi mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan pada Sabtu.
"PKR akan terus menjunjung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan undang-undang tubuh Negeri Selangor yang dinaungi tuanku," katanya.
Majlis angkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini sekali gus menamatkan kemelut yang berlarutan lebih sebulan lalu.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan perkara itu dan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.
Kemelut jawatan menteri besar Selangor bermula apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Ogos lalu ekoran keengganannya meletak jawatan seperti yang diarahkan.
Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos pula menarik balik sokongan terhadap Khalid dan mengemukakan dua nama sebagai calon menteri besar iaitu Dr Wan Azizah dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.- mstar
TOP
Ramal PAS Bakal 'Runtuh' Jika Patuh Titah Sultan, Pembahas ProPKR 'Dibooo'
Mohamed Hanipa 'dibooo' oleh perwakilan PAS yang tidak bersetuju dengan perbahasan beliau.
BATU PAHAT: Kerajaan PAS bakal runtuh dan lenyap dalam masa singkat sekiranya parti itu berkeras untuk menerima titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membentuk kerajaan di Selangor. Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Mohamed Hanipa Maidin ketika memberikan amaran keras itu berkata, krisis politik di Selangor tidak akan berakhir jika PAS menerima jawatan menteri besar yang baharu. Tidak senang dengan ramalan proPKR itu, perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS bertindak menyorak 'booo' kepada Hanipa. "Anda boleh 'booo' sekuat hati pun. Boleh teriak, tapi saya tetap berhujah bersandarkan fakta. "Kita nak buat keputusan perlulah berdasarkan prinsip yang rasional dan munasabah. Mengambil kira apakah isu yang sebenar. Bukan berdasarkan sorakan atau 'booo' tuan-tuan," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu. Kejadian memalukan itu merupakan yang kedua sepanjang muktamar berlangsung selepas wakil pembahas Pemuda PAS, Mohd Sani Hamzan turut menerima sorakan 'booo' kerana menggesa PAS mengingkari titah istana sekiranya PAS dipilih menduduki kerusi panas menteri besar. Terdahulu Hanipa menjangkakan PAS akan diboikot oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat kerana membelakangi janji bahawa kerusi menteri besar Selangor adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Kita tak boleh lari daripada tuduhan PAS telah mungkir janji. Tapi kalau kita boleh tangani isu itu, silakan ambil (jawatan). "Dari sudut perundangan adakah kita terfikir kerajaan yang akan dibentuk itu kuat ataupun lemah. Apabila kita terima jawatan, saya percaya rakan kita tidak akan menyokong kita. "Sebab kita janji kerusi itu untuk PKR. Bila kita ambil dalam keadaan kita tak mendapat sokongan PKR, bolehkah kita nak jadi menteri besar yang kuat," soalnya denga tegas kepada perwakilan. Soalan Hanipa itu disambut dengan jawapan "boleh" oleh sebilangan perwakilan. "Boleh apa?" soalnya kembali sambil disambut suara-suara rungutan oleh perwakilan dan pemerhati muktamar. Insiden kekecohan itu bagaimanapun terpaksa diredakan oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail yang meminta semua pihak bertenang. Meneruskan ucapannya, Hanipa juga tidak menolak kemungkinan bahawa kemungkinan PAS akan berhadapan pilihan raya negeri sekiranya tidak mendapat sokongan di DUN Selangor. "Ketika itu kita akan buka ruang bahawa kerajaan ini (sekiranya PAS jadi menteri besar) akan dicabar dan tak mustahil kerajaan PAS ini akan berakhir dalam keadaan yang kita tak suka...akan berlakunya pilihan raya," katanya.- mstar

Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Setahun Baiki Kerosakan Harta Benda Awam
PUCHONG: Kementerian Wilayah Persekutuan memandang serius masalah vandalisme yang mengakibatkan kerajaan perlu memperuntukkan RM20 juta setiap tahun untuk memperbaiki harta benda awam yang rosak di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr J.Loga Bala Mohan.
"Lebih 30 peratus harta benda awam dirosakkan dan perkara ini bukan sahaja melibatkan rakyat kita yang buat tetapi warga asing juga turut terlibat.
Kita akan lakukan satu pendekatan yang holistik tahun depan dalam membendung masalah ini dari terus berleluasa, dan saya harap orang ramai juga boleh memainkan peranan penting untuk memerhati dan melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya kepada Bernama selepas merasmikan acara Mencari Harta Karun Sempena Hari Keamanan Sedunia, di sini, Sabtu.
Beliau berkata rekod vandalisme yang tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur dan antara harta benda awam yang sering dirosakkan adalah telefon awam, tong sampah, papan tanda, kerusi malah ada yang mencuri besi penutup longkang.
Dalam pada itu Dr Loga Bala Mohan berkata pihaknya juga akan meneruskan kempen kesedaran membendung gejala vandalisme di peringkat sekolah dalam mendidik dan membanteras perkara itu daripada berleluasa.
Ditanya mengenai fungsi 1,200 unit kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar ibu kota untuk mengecam pihak yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu, beliau berkata agak sukar mengecam mereka yang bertanggungjawab kerana kegiatan vandalisme itu kebiasaannya dilakukan pada waktu malam.
Acara mencari harta karun itu dianjurkan oleh Persatuan Pure Life Society dan ia merupakan kali kelapan pertubuhan itu menganjurkan acara yang melambangkan sokongannya terhadap keamanan.
Acara itu melibatkan 15 peserta daripada pelbagai badan bukan kerajaan yang akan menjelajah dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak sempena menyambut Hari Keamanan Sedunia.- mstar
TOP
Anifah Selar Laporan Huffington Post Berhubung MH370
Anifah Aman.
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menolak dakwaan yang disiarkan sebuah akhbar asing berhubung juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Beliau merasa kecewa dengan akhbar berkenaan yang menerbitkan berita yang tidak sah yang semata-mata berdasarkan dakwaan seorang penyiasat kemalangan udara dari New Zealand. "Teori Ewan Wilson mengenai keadaan mental Kapten Zaharie Shah adalah tidak berasas yang hanya boleh menimbulkan rasa sedih dan trauma kepada anggota keluarga dan rakan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Beliau mengulas artikel yang diterbitkan The Huffington Post UK pada 16 September yang memetik seorang pakar penerbangan sebagai mendakwa kemungkinan kapten pesawat MH30 'membunuh diri' kerana sakit mental dan tindakan beliau telah menyebabkan mereka di dalam pesawat terkorban. "Tiada perasaan dan pertimbangan diberikan kepada orang tersayang mangsa yang masih menunggu khabar berita tentang kehilangan pesawat dan kesedihan yang timbul. "Ketika pengakhiran kepada peristiwa itu belum dicapai dan siasatan masih dijalankan, namun Huffington Post merasa sesuai pula untuk menerbitkannya tanpa memikirkan tentang perasaan dan kesedihan mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan," katanya. Wilson, seorang juruterbang komersial veteran yang juga penulis buku 'Good Night Malaysian 370: The Truth Behind The Loss Of Flight 370', turut mendakwa terdapat lima lagi insiden pembunuhan dan membunuh diri melibatkan penerbangan komersial. Pesawat Malaysia Airlines MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL menuju Beijing.- mstar

Siasatan Kebocoran Soalan UPSR Selesai Minggu Depan - Polis
KUALA LUMPUR: Siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris dijangka dapat diselesaikan minggu depan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Peguam Negara.
"Siasatan terperinci telah dijalankan dan kita jangka kes berkenaan akan diselesai minggu depan," katanya.
Beliau berkata setakat semalam, 14 individu telah ditahan termasuk 12 orang guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera.
Sementara itu sebanyak 22 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), 13 orang guru, seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.- mstar
TOP
Lelaki Afrika Selatan, Wanita Thailand Ditahan Atas Kapal Mewah
ALOR SETAR: Seorang lelaki Afrika Selatan dan seorang wanita Thailand ditahan di atas sebuah kapal mewah di Jeti Kuah, Langkawi pada Khamis lalu kerana dipercayai memiliki senjata api.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata suspek yang berumur sekitar30-an dan 40-an ditahan pada tengah hari.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai tujuh laras rifle Benelli Agro yang dibuat daripada Itali dan sejumlah peluru pelbagai jenis di dalam kapal tersebut. Kita juga mendapati pemilik kapal mewah warga Afrika Selatan itu tidak mempunyai dokumen pengesahan untuk menyimpan senjata itu.
"Kita percaya kapal mewah milik persendirian itu dijadikan sebagai transit oleh kapal lain untuk menyimpan senjata api," katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Beliau berkata suspek direman selama seminggu sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
Sementara itu Ahmad berkata Unit Narkotik IPK Kedah menahan dua lelaki di Pekan Sungai Petani kerana dpercayai memiliki dadah.
"Suspek sedang dalam proses menjual dadah di kawasan letak kereta dan hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek, menemui 10 ketul ganja seberat 9.8 kg, 15 paket heroin (4.6 kg) dan dua paket syabu seberat setengah kilogram yang dianggarkan bernilai RM150,000," katanya.
Beliau berkata seorang suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau yang turut melibatkan kes dadah. Suspek kini ditahan reman sehingga Khamis. - mstar
TOP
Patuh Kepada Perlembagaan Dapat Kekalkan Keharmonian Antara Kaum
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri), bersama dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. (gambar fail).
GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas hari ini berkata Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri perlu dijadikan landasan dan panduan untuk mentadbir negeri dan negara demi mencapai dan mengekalkan keharmonian kaum. Beliau berkata hal yang demikian adalah disebabkan Perlembagaan Negara dan Undang-undang Tubuh Negeri yang digubal telah diluluskan mengikut lunas undang-undang sedia ada. "Perpaduan antara kaum di bumi Pulau Pinang telah menjadi paksi kepada kejayaan pembangunan dan keharmonian semua penduduk negeri ini, keakraban antara kaum merupakan satu intipati keunikan perpaduan. Tindakan membelakangkan perlembagaan boleh menyebabkan amalan demokrasi tercabar dan menimbulkan keraguan terhadap keluhuran perlembagaan seperti dinyatakan dalam prinsip rukun negara," katanya semasa berucap di Majlis Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang. Dalam upacara sempena sambutan ulang tahun beliau ke-76 di Dewan Sri Pinang di sini menyaksikan 152 orang menerima pingat dan darjah kebesaran masing-masing termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Sebanyak 1,156 penerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan negeri telah disenaraikan sempena sambutan itu dan Ali mendahului senarai berkenaan dan merupakan penerima tunggal Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Utama' sementara Raja Mohamed Affandi adalah penerima tunggal Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'. Sementara itu, Abdul Rahman melahirkan rasa bangga apabila Pulau Pinang sering menjadi destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara, tanpa adanya kesan negatif ekoran tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dan MH17. "Jumlah pertambahan pelancong dijangka akan meningkat pada tahun hadapan apabila saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri akan melaksanakan perkhidmatan bas untuk pelancong, Penang Hop On Hop Off (HOHO) bermula Disember 2014. "Perkhidmatan HOHO ini dimaklumkan akan tertumpu di kawasan-kawasan pelancongan terutamanya di kawasan Tapak Warisan Dunia yang meliputi kawasan George Town dan Batu Feringhi," katanya. Beliau berkata dengan adanya perkhidmatan berkenaan bukan sahaja dapat menarik pelancong ke tempat-tempat bersejarah di negeri ini malah juga akan mempromosikan makanan, budaya dan adat resam penduduk setempat sekaligus membantu meningkatkan ekonomi penduduk Pulau Pinang. - mstar

PKR Pengkalan Kubor: Petanda Tak Baik Jika Harap Sokongan Dr Mahathir - Mukhriz
Mukhriz Mahathir.
PENGKALAN KUBOR: Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak bergantung kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun membantu berkempen pada pilihan raya termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti tidak harus bergantung harap dengan bekas perdana menteri yang telah lama bersara semata-mata bagu meraih undi dan mendapatkan semangat. "Tun Mahathir sudah bersara hampir 11 tahun. "Kalau selepas 11 tahun pun kita masih bergantung harap kepada beliau untuk meyakinkan rakyat, ini bukan satu petanda yang baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang zakat kepada penduduk-penduduk di Kampung Geting di sini, Sabtu. Mukhriz berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir yang juga bapanya akan 'turun' ke Pengkalan Kubor untuk memberi semangat kepada jentera parti dan pengundi-pengundi seperti yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Mengulas lanjut, Mukhriz bagaimanapun berkata itu tidak bermaksud keupayaan bekas perdana menteri itu dinafikan. "Bukan saya menidakkan keupayaannya untuk meyakinkan rakyat. "Kita sendiri kena bersungguh untuk memberi jaminan kepada rakyat mengenai pentingnya rakyat terus memilih BN," katanya. Jelasnya, beliau tidak pasti sama ada Dr Mahathir akan hadir ke Pengkalan Kubor atau sebaliknya dalam tempoh kempen yang berbaki empat hari sahaja. Namun apa yang penting katanya, selagi Dr Mahathir menyatakan sokongan kepada BN dan Umno, itu sudah menjadi satu kelebihan kepada parti. "Mungkin dia boleh turun mungkin tidak. Saya tak mahu nanti kalau dia tak dapat datang, itu dijadikan alasan sokongan tak diberikan. "Biarlah kalau dia bercakap sekali dia menyokong BN, itu satu bonus tambahan di atas kerja baik yang telah kita lakukan sebelum ini," katanya.- mstar

Sukan Asia: Beza Tujuh Mata, Johnathan Wong Gagal Ke Pusingan Akhir
INCHEON: Perbezaan hanya tujuh mata telah menidakkan peluang penembak negara, Johnathan Wong Guanjie untuk menempatkan nama dalam senarai ke pusingan akhir acara 50m Pistol individu lelaki yang berlangsung di Ongnyeon International Shooting Range, pada Sabtu.
Namun, anak muda berusia 22 tahun kelahiran Melaka itu berpuas hati dengan pencapaian hari ini apabila berjaya mencatat rekod peribadi 550 mata sekali gus memperbaharui rekod 548 mata yang dicapainya, dua tahun lepas.
"Ini adalah Sukan Asia pertama saya dan saya gembira dapat buat pencapaian peribadi terbaik. Kalau saya dapat meminimumkan kesilapan saya hari ini, mungkin saya berjaya masuk final. Tapi, apa boleh buat, kesilapan sendiri," katanya yang menduduki tempat ke-18.
Pingat emas acara itu dimenangi penembak India Jitu Rai, diikuti Nguyen Hoang Phuong (VIE) dan Wang Zhiwei (CHN).
Beliau yang akan turun beraksi dalam acara 10m Air Pistol pada Ahad, berkata acara hari ini banyak memberi motivasi kepada beliau untuk melakukan yang lebih baik pada penampilan esok.
"Sebenarnya, apabila berdiri dalam kalangan penembak handalan, mereka banyak mendatangkan motivasi kepada diri sendiri. Selalu fikir, mahu jadi macam mereka juga, itu yang buat lebih semangat," katanya.
Johnathan mula berjinak dalam sukan menembak ini sejak berumur 13 tahun apabila sering mengikut kakaknya Cornelia Wong menyertai latihan dan pertandingan di peringkat negeri.
Katanya, selepas menjalani latihan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN), minatnya terhadap sukan menembak menjadi lebih serius.
Selain Johnathan Wong, dua lagi rakan sepasukan Eddy Chew dan Choo Wen Yen masing-masing menduduki tangga ke-39 dan 43 apabila mengumpul 529 mata dan 526mata.
Sementara itu, Eddy yang ditemui berkata beliau sedikit kecewa dengan hasil tembakan hari ini kerana beliau bermula baik di awal bidikan.
"Saya mula baik, penghujung teruk. Mungkin mata sudah agak penat," katanya yang turut beraksi dalam acara 10m Air Pistol Ahad.
Bagi Choo pula, beliau yakin akan memberi yang lebih baik esok pada aksi yang sama dengan dua lagi rakannya.
"Pada 20 bidikan pertama, hati saya tidak cukup tenang. Selepas itu, baru okay tapi sudah susah untuk kejar mata," katanya.
Dalam acara berpasukan pula, Malaysia menduduki tangga ke-11 selepasmengumpul 1,605 mata.- mstar
TOP
Man City Sedia Sekat Chelsea Tambah Mata - David Silva
DAVID SILVA memberi amaran bahawa Manchester City tidak akan membenarkan Chelsea terus menjarakkan mata apabila kedua-dua pasukan bertemu pada Ahad.
Pasukan bimbingan Jose Mourinho, akan bertandang ke Stadium Etihad dengan rekod menang semua empat perlawanan Liga Perdana Inggeris dan bakal mendapat kelebihan lapan mata dihadapan City jika menang pada Ahad.
"Ia merupakan perlawanan yang sangat penting. Mereka (Chelsea) di atas dan mempunyai mata melebihi kami. Kami tidak boleh gagal pada Ahad dan perlu meminimumkan jarak mata.
"Sekarang masih awal musim. Masih ada banyak masa dan kami tahu dalam Liga Perdana Inggeris apa sahaja boleh berlaku.
"Tetapi kami ingin menang pada Ahad kerana jika tidak jarak mata akan menjadi lebih banyak antara kelab-kelab besar.
"Apa yang kami tahu adalah menjadi lebih baik, mengejar gelaran juara liga hingga ke minit terakhir musim, oleh itu kami tidak akan berhenti bersaing," katanya.
Dalam perlawanan sengit itu, Silva akan berdepan rakan senegaranya, Diego Costa dan Cesc Fabregas yang kini menjadi tonggak utama chelsea untuk membawa kemenangan.- mstar
TOP
Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu & Ahad
BERIKUT adalah jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad:
SABTU
Aston Villa lwn Arsenal (10mlm)
QPR lwn Stoke City (7.45mlm)
Newcastle United lwn Hull City (10 mlm)
Burnley lwn Sunderland (10mlm)
Swansea City lwn Southampton (10mlm)
West Ham lwn Liverpool (12.30 pagi)
AHAD
Leichester City lwn Man United (8.30mlm)
Manchester City lwn Chelsea (11mlm)
Tottenham lwn West Brom (8.30mlm)
Everton lwn Crystal Palace (11mlm)- mstar

Stadium Wembley Dipilih Sebagai Venue Aksi Separuh Akhir Dan Akhir Euro 2020
STADIUM Wembley London bakal menjadi pentas aksi separuh akhir dan akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2020.
Kejohanan empat tahun sekali ini melibatkan 13 bandaraya di Eropah, dan England akan menjadi tuan rumah untuk tiga perlawanan penting.
Kali terakhir England menjadi tuan rumah bagi kejohanan major ialah Euro 1996, serta final Liga Juara-Juara 2011 dan 2013.
Selepas undian, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan Munich Allianz Arena menjadi calon pilihan terakhir, sekaligus Jerman mendapat kelebihan untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini pada tahun 2024.
"Proses membida telah dibuka kepada lebih 50 buah negara UEFA, jadi Wembley menjadi perhatian dan membuktikan kerja keras untuk ini," jelas Pengerusi Persatuan Bola Sepak England, Greg Dyke.
"Ia amat bermakna menjadi sebahagian daripada temasya ini dan pastinya ia lebih menarik kerana sambutan 60 Tahun Kejohanan Eropah UEFA ini".
Sementara itu, Glasglow (Scotland) dipilih sebagai venue bagi perlawanan tiga kumpulan dan kelompok 16 terakhir.
Iris (Dublin) turut menjadi lokasi aksi kumpulan 16 pasukan.
Munich yang satu-satunya menjadi pilihan Selain Wembley oleh UEFA untuk aksi separuh akhir dan akhir dan kali ini Stadium Bayern akan menjadi tuan rumah untuk salah satu aksi suku akhir.
Manakala tiga lagi aksi suku akhir akan bermain di Baku, Azerbaijan, St Petersburg (Rusia) dan Rome (Itali).
Enam lagi venue yang tersenarai untuk tiga kumpulan dan kelompok 16 adalah Copenhagen (Denmark), Bucharest (Romania), Amsterdam (Belanda), Bilbao (Sepanyol), Budapest (Hungary) dan Brussels (Belgium).
Wales yang meletakkan Cardiff gagal untuk mendapat sebarang tawaran sama seperti Sweden (Stockholm), Macedonia (Skopje), Israel (Jerusale), Bulgaris (Sofia) dan Belarus (Minsk).- mstar
TOP
Krisis MB: PKR Nafi Beri Restu Kepada Azmin
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu menafikan dakwaan bahawa Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi restu kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali sekiranya beliau dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata parti juga tidak akan memberi sokongan kepada mana-mana calon lain bagi jawatan tersebut selain daripada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya ingin menegaskan pendirian rasmi PKR dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Saifuddin turut menegaskan bahawa Dr Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti dengan 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon tungggal bagi jawatan berkenaan.
Azmin, juga antara mereka yang turut menandatangani SD berkenaan, dikatakan merupakan salah seorang calon yang akan dilantik sebagai menteri besar.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pendirian parti menetapkan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk memegang jawatan berkenaan dan pendirian tersebut tidak berubah.
Beliau berkata semua laporan berita yang memetik sumber, adalah tidak berasas.
Majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada 10 pagi Selasa. - mstar
TOP
Hadi Gelar Dua Adun PAS 'Barua' PKR
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat pada Sabtu. -Foto BERNAMA.
BATU PAHAT: PAS menyifatkan dua wakil rakyatnya yang bertindak menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Menteri Besar Selangor sebagai 'barua' Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) dianggap melanggari baiah atau sumpah taat setia kepada parti. "Kita tak memandang ringan (tindakan) dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker...yang jadi barua. "Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbaiah masa nak jadi calon dulu," katanya tegas ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu. Selain itu Abdul Hadi turut mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun mereka demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. "Ini pula curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat, inikah etika kita bertahaluf? "Kita tak boleh pandang ringan. Jangan pandang ringan atau ambil mudah nak bagi (amanah menjadi menteri besar) begitu sahaja. Ada amanahnya," katanya. Tegas Abdul Hadi lagi, PAS tidak akan berdiam diri dalam soal calon pengganti menteri besar Selangor jika pemilihannya tidak mengikut ajaran Islam. "PAS tak boleh berdiam diri kalau melantik seseorang (sebagai menteri besar) kerana kecenderungan (pilihan tanpa asas) dan bukan kerana kelayakan. "Apa lagi kalau bukan kerana amanahnya. Dilantik begitu sahaja. Saya tak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam (jika salah pilih)," katanya. Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS tidak berminat untuk menduduki kerusi panas itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Namun katanya, pemilihan calon untuk memikul tanggungjawab perlu dibuat dengan kaedah yang betul. "PAS tak berebut jawatan menteri besar. PAS tak pelahap (tamak) nak jawatan menteri besar. "Walaupun tak ada persefahaman menentukan siapa jadi menteri besar...tak ada perjanjian bertulis. Walaupun PAS ada 15 kerusi, PKR (14) dan DAP (15) serta Perlembagaan Selangor menyebut menteri besar seharusnya Melayu dan Islam, PAS tak tuntut (jawatan menteri besar). "Tapi ingat...di sana ada hukum syarak, bukan hukum akal sahaja," katanya.- mstar

Sultan Selangor 'Temuduga' Azmin, Iskandar, Ahmad Yunus Untuk MB
PETALING JAYA: Tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.
Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa). Difahamkan, ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu. Pertemuan itu merupakan fasa terakhir untuk membuat keputusan terbaik melantik pengganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan. Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan. Dimaklumkan dua nama lain yang turut serta dalam pertemuan untuk 'menemuduga' calon terbabit ialah Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua lagi ahli Majlis Diraja Selangor. Menurut sumber lagi, setiap calon dipanggil menghadap selama lebih satu jam untuk ditemuduga dalam keadaan baik dan mesra. Ketiga-tiga wakil rakyat ini diberitahu agar bersedia untuk dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Ini bermakna nama calon menteri besar akan diketahui selewat-lewatnya pada Isnin. Menurut sumber lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis bagi memaklumkan bahawa beliau 'ditemuduga' oleh Sultan kerana tidak mahu wujud salah faham dalam konflik yang semakin 'berbelit'. Anwar dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa untuk berubah' - bertentangan dengan dakwaan bahawa PKR dan DAP akan meminta pilihan raya negeri diadakan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih. Kedua-dua calon PAS ini adalah antara tiga nama yang diberikan kepada istana bagi mematuhi permintaan Sultan supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan tiga individu untuk dilantik sebagai menteri besar. Pihak istana kemudiannya berkata, Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang tidak dicadang.- mstar

'Jangan Bermusuh Dengan Istana' - Amaran Ulama PAS
BATU PAHAT: "Jangan bermusuh dengan istana," tegas pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mahfodz Mohamed ketika mengulas mengenai krisis politik di Selangor membabitkan kerusi menteri besar.
Menurutnya, PAS tidak seharusnya mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika baginda memberi perkenan kepada wakil rakyatnya untuk menduduki kerusi panas itu.
"Dewan Ulama cadangkan supaya kita menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh sultan. Kalau bagi kepada PKR, PAS kena terima.
"Tapi kalau tuanku bagi kepada PAS, kita kena terima. Buat apa kita nak cari musuh yang lain. (Dengan) Umno kita sudah bermusuh, takkan nak bermusuh dengan istana pula?" katanya sambil disambut dengan laungan takbir oleh perwakilan sebagai tanda sokongan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.
Saranan Mahfodz itu dilihat bertentangan dengan cadangan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Mohamed Hanipa Maidin sebelum ini yang mahu parti menolak titah Sultan Selangor sekiranya baginda perkenan melantik wakil rakyat PAS.
Perbezaan itu juga membuktikan bahawa wujud dua kumpuan dalam PAS iaitu proPKR dan proUlama khusunya membabitkan pelantikan menteri besar.
Perkembangan terbaharu politik di Selangor menyaksikan majlis angkat sumpah menteri besar negeri itu yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini sekali gus mungkin dapat menamatkan kemelut yang berlarutan lebih sebulan lalu.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan perkara itu dan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.
Mengulas lanjut Mahfodz turut membidas pandangan kumpulan proPKR dalam dalam PAS berhubung kuasa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam membuat keputusan.
Katanya, berdasarkan Perlembagaan PAS, seseorang presiden mempunyai kuasa pemutus serta tidak terikat dengan Jawatankuasa PAS Pusat.
"Tak ada langsung yang menyebut bahawa presiden terikat dengan keputusan mesyuarat.
"Ikut Perlembagaan PAS, seseorang ketua tak wajib untuk ikut keputusan mesyuarat. Ketua ada kuasa pemutus," katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Hanipa bahawa secara amalannya, Abdul Hadi perlu merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebelum membuat sebarang keputusan membabitkan kepentingan parti.- mstar
TOP
Van Gaal Ulangi Minat Mahu Tambat Ronaldo
LONDON – Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menyuarakan minat untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo tetapi dia tidak mengharapkan Real Madrid untuk menjual bintang itu.
Penyerang berusia 29 tahun itu dikaitkan dengan kepulangan ke Old Trafford selepas meninggalkan kelab berkenaan pada 2009 dengan rekod perpindahan dunia STG80 juta.
Apabila diajukan persoalan mengenai usaha mengikat semula bintang Portugal itu, Van Gaal berkata: “Ia tak mustahil.”
“Pemain seperti Ronaldo akan memberi sumbangan tambahan kepada pasukan. Tapi saya percaya Real tidak akan menjualnya.”
Ronaldo – pemain terbaik dunia – membantu Real Madrid muncul juara Erpah buat kali ke-10 pada Mei lalu. – BBC Sport / BH Online
TOP
Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut hingga 5 Oktober
KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa kelima berkuatkuasa hari ini hingga 5 Oktober.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pelaksanaan perintah itu mendapat persetujuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan khususnya di perairan pantai timur Sabah.
"Perintah itu dilanjutkan berdasarkan empat faktor antaranya bagi mencegah cubaan menceroboh dan menculik, mencegah penyeludupan, memudahkan pihak berkuasa mengawal keselamatan perairan Sabah selain mendapat sokongan daripada pengusaha sangkar ikan dan pusat pelancongan.
"Pihak keselamatan juga masih menerima maklumat bahawa kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina sentiasa berada di perairan sempadan negara," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Mengenai keadaan anggota polis, Zakiah Aleip yang diculik pada Julai lalu, beliau berkata Zakiah berada dalam keadaan sihat dan selamat.
"Beliau ada menghubungi isterinya pada jam 2.14 petang kelmarin dan itu adalah panggilan kali ke 68 daripadanya," katanya. ─ BH Online
TOP
Bukan mudah Sabah, Sarawak keluar Malaysia - Abdul Rahman
KOTA KINABALU: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tidak mudah Sabah dan Sarawak berpisah dari Malaysia selepas melalui pelbagai kemajuan dan pembangunan di bawah kerajaan sedia ada.
Beliau berkata, Sabah kini berkembang menjadi negeri maju hingga rakyatnya dapat menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan yang dibawa kerajaan pusat sekali gus membuktikan keputusan bijak perjuangan pemimpin terdahulu yang membawa Sabah dalam pembentukan Malaysia pada 1963.
"Republik Sabah atau Republik Rakyat Sabah adalah satu impian romantis dan sedap didengar tetapi pada pandangan saya ia bukan sekadar bercakap secara emosi dan fakta semata-mata.
"Bukan mudah untuk Sabah keluar (dari Malaysia) kerana mereka hanya tahu bercakap keluar, selepas itu siapa jaga kita (Sabah), siapa tentera, bagaimana ekonomi, hubungan antarabangsa, inflasi dan kedudukan kita (Sabah) di mata dunia," katanya pada Program Bicara Tokoh di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, malam tadi.
Turut hadir Naib Canselor UMS, Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Merujuk insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, peristiwa itu membuktikan kejayaan kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah itu termasuk mengerahkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) menangani ancaman itu.
"Hujah saya Tanduo bukan kegagalan, tetapi Tanduo adalah contoh terbaik federalisme di negara ini," katanya.
Beliau berkata, menerusi tindakan segera kerajaan menangani ancaman itu termasuk meletakkan aset keselamatan dan beberapa kapal ditempatkan di perairan Sabah bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kota Belud itu mengingatkan rakyat Sabah, terutama golongan muda supaya berwaspada dengan pihak yang memainkan isu cubaan membawa Sabah keluar dari Malaysia.
"Isu Sabah dan Sarawak keluar Malaysia ini langkah drastik dan tidak bertanggungjawab kerana orang yang bercakap itu (dalang) berada di UK (Dorris Jones) yang sebaiknya datang sini dan beritahu kita, tetapi dia pakai alat kawalan jauh dan ia adalah tidak adil," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan mahasiswa khususnya UMS berfikiran terbuka dan berkeyakinan serta tidak merendah diri, sebaliknya bergerak pantas mengikut peredaran semasa bagi membawa pembangunan Sabah yang seimbang dengan negeri lain di Semenanjung. - BERNAMA
TOP
Edisi Ke-17 Sukan Asia Dibuka Penuh Warna-Warni
INCHEON – Presiden Korea Selatan Park Geun-hye malam tadi merasmikan pembukaan Sukan Asia edisi ke-17 dengan kemeriahan gabungan budaya Asia dan majlis penuh warna-warni di hadapan kira-kira 60,000 penonton.
Ini merupakan kali ketiga Korea Selatan menjadi hos temasya sukan terbesar Asia selepas 1986 di bandaraya Seoul dan 2002 di Busan.
Temasya 16-hari itu menampilkan 36 acara sukan dengan membabitkan lebih 13,000 atlet dan pegawai daripada 45 buah negara.
Majlis dengan tema ‘Impian 4.5 bilion rakyat, Satu Asia’, arahan penerbit filem tersohor, Jang Jin, di Stadium Utama Asiad Incheon, bermula dengan tarian muzik tradisional petani Korea berjudul ‘Pungmul Play of Bupyeong.
Majlis disulami dengan persembahan kanak-kanak menggunakan batang besi untuk menolak gegelang logam, menyingkap kembali presembahan yang sukar dilupakan pada pembukaan Sukan Olimpik di Seoul pada 1988.
Ini diikuti oleh persembahan penyanyi soprano Jo Sumi dan koir terdiri daripada 919 penduduk Incheon yang mendendangkan lagu ‘Lagu Sukan Asia’, gubahan penyair Ko Un dan lagu ikon rakyat “Arirang’.
Selain persembahan berwarna-warni, menghiburkan dan bermaklumat itu, satu lagi acara kemuncak adalah kemunculan kumpulan popular K-Pop, EXO dan JYJ serta penyangi rap tersohor dunia, Psy, yang terkenal dengan muzik video ‘Gangnam Style’.
Semua kontinjen berarak memasuki stadium mengikut urutan abjad Korea atau ‘Hangul’ dengan bermula Nepal dan diakhiri dengan kontinjen tuan rumah Korea Selatan.
Kontinjen Malaysia dengan 421 atlet dan pegawai dengan berpakaian ‘Wira Malaysia’ memasuki stadium dengan diketuai Datuk Daniyal Balagopal Abdullah dan Datuk Nicol Ann David sebagai pembawa ‘Jalur Gemilang.’
Atlet lelaki negara mengenakan pakaian baju Melayu dengan kain samping dan wanita pula memakai baju kurung dengan selendang.
Sebaik sahaja acara perarakan kontinjen, majlis diteruskan dengan acara membawa obor oleh barisan atlet veteran dan semasa termasuk bintang bola keranjang Lee Seung-yuop, pemain golf wanita Park In-bee dan bintang tenis Lee Hyung-taik. – BERNAMA
TOP
Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ibu Maut Dalam Kemalangan
KUALA KRAI - Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Sembilan dan ibunya maut apabila kenderaan jenis MPV dinaiki terlibat kemalangan dengan bas ekspress di kilometer 106.5 Jalan Kota Bharu Gua Musang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.
Mangsa, Safrizal Tarmizan, 31, dan ibunya, Asmita Lukman, 56, maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nurul Izatil Aqmar Mat Lazim, 28, dirawat di Hospital Kuala Krai.
Anak tunggal mangsa, Uma Al Fateh Safrizal, 3, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan anak saudara perempuan mangsa berusia sekitar enam tahun cedera ringan.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke Seremban setelah pulang ke rumah mertuanya Khamis lalu untuk mengambil isteri dan anaknya yang balik ke kampung dengan kapal terbang sempena cuti sekolah pada hari Isnin. - Sinar Harian
TOP
Pengguna FB Dedah Perkhidmatan 'Towing' Penipu - Dari RM 300 Jadi RM 2,500
Baru-baru ini salah seorang pengguna laman Facebook, Nurwaqif Mas Rashid, telah berkongsi satu status yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh 'towing truck' di lebuhraya Plus. Kejadian berlaku di sekitar kawasan RnR Ayer Keroh ke Serembah.
Kata Nurwaqif, dia telah ditipu oleh seorang lelaki India yang berpakaian mekanik AIA yang mengatakan keretanya rosak.
Menurut mangsa, keretanya telah di tarik dari Air Keroh hingga ke Seremban. Pada mulanya, lelaki India terbabit itu mengatakan destinasi bengkel hanya dekat sahaja. Setelah sampai ke bengkel, kereta tersebut dibaraikan dan kos membaiki terus ke menjadi RM 2500. Nurwaqif turut menasihatkan orang ramai yang menggunakan laluan yang sama supaya berhati-hati dengan lelaki india berkenaan. Berikut adalah keratan status yang dikongsikan oleh Nurwaqif - SiakapKeli.com

Video : iPhone 6 Terhempas Ketika Dalam Temubual TV
Apakah perasaan anda jika anda menjadi orang yang pertama di dalam negara anda yang dapat membeli telefon yang menjadi kegilaan ramai, iPhone6? Sudah tentu anda tersangat-sangat teruja kan?
Mungkin kerana perasaan teruja inilah seorang lelaki dari Australia yang bernama Jack, dengan secara tidak sengaja tersilap langkah ketika membuka kotak iPhone barunya menyebabkannya terhempas ke lantai ketika ditemu bual oleh seorang wartawan stesen TV.
Jika dilihat pada video temubual tersebut, jelas perkara itu menyebabkan wartawan dan juga orang ramai yang berada berhampiran terkejut. Tapi nasib baik telefon tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan.
Haii..nasib baiklah tak rosak. Kalau rosak, maksudnya kena la si Jack ni beratur sekali lagi kalau nak merasa pakai iPhone 6 - SiakapKeli.com

Jep SepahTu Dan Sharifah Sakinah Artis Lawak Paling Popular
KUALA LUMPUR – Tamatlah sudah anugerah lawak paling berprestij di Malaysia, Anugerah Lawak Warna 2014 (ALW 2014) yang berlangsung pada Jumaat di Teater Selangor, Shah Alam.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori:
Anugerah Siri TV Komedi Terbaik (Bersiri) :Oh My English April Fool
Pengarah Komedi Terbaik (TV): Bila Joyah Dah Goyah – Nazir Jamaluddin
Siri Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Karoot Komedia Raya
Pengarah Komedi Terbaik (Filem): Sejoli – Osman Ali
Anugerah Khas Juri Anugerah Lawak Warna: Dato Jamali Shadat & Hamid Gurkha
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
Segmen Komedi Radio Paling Popular: Johara Pagi Era – Sketsa Johara
Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Bila Joyah Dah Goyah Filem Komedi Terbaik: Sejoli (PrimeWorks Studio)
Anugerah Khas Juri – Pencapaian Komedi Sepanjang Zaman: Kumpulan Senario
Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem: Maya Karin
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem: Bront Palare
Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV): Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV): Kazar Saisi
Artis Lawak Wanita Paling Popular ( Anugerah Utama): Sharifah Sakinah
Artis Lawak Lelaki Paling Popular ( Anugerah Utama): Jep SepahTu
Berdasarkan keputusan di atas, Jep Sepahtu dilihat berjaya mempertahankan popularitinya dua tahun berturut-turut sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular.
Begitu juga dengan Jasmin Hamid, Johara Pagi Era, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia yang berjaya mempertahankan kategori masing-masing.
Sementara itu, kemenangan Sharifah Sakinah sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular agak mengejutkan kerana ramai yang meneka Jihan Muse akan diangkat sebagai pemenang.
Filem Sejoli dan drama Bila Joyah Dah Goyah pula berjaya mengungguli ALW 2014 apabila menraih kemenangan terbesar.
Sejoli menang besar apabila berjaya merangkul kesemua enam kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).
Manakala drama Bila Joyah Dah Goyah menang lima kategori iaitu Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Kazar Saisi), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Jasmin Hamid), Rancangan Komedi Terbaik (Bukan Bersiri), Skrip Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Jamal Khan).
Antara filem lain yang tercalon ialah Bikers Kental, Adnan Sempit 3, Kami Histeria dan Hantu Tok Mudim manakala drama pula ialah Osman Baku, Yem Rempit, Projek Memikat Suami dan Benci Vs Cinta.
Rancangan komedi lain yang tercalon pula ialah Warna Raya, Fuyoo Raya Zizan, Kaunter Kaboom Raya, Lari-Lari Raya, Jihan Tak Nak Balik Raya dan Pengancam Perkahwinan.
Anugerah Lawak Warna 2014 mempertandingkan 21 di mana 15 daripadanya adalah bagi kategori filem dan drama, tiga kategori popular manakala tiga adalah anugerah khas juri.
Anugerah tersebut dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
– Astro Awani

Kereta Rempuh Kedai Kopi, Pinggan Mangkuk Berterbangan
KUCHING: Keadaan menjadi huru-hara apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh sebuah kedai kopi berhampiran Kuching Sentral pada malam Khamis, menyebabkan pelanggan 'berterbangan' bersama pinggan mangkuk.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 apabila pengendali kedai bersama dengan pembantunya sedang sibuk menyediakan makanan untuk pelanggan.
Secara tiba-tiba sebuah Perodua Alza yang dibawa oleh seorang wanita merempuh kedai kopi berkenaan dan melanggar beberapa buah meja menyebabkan beberapa pelanggan bertempiaran menyelamatkan nyawa.
Bagaimanapun, pengendali kedai dan pembantunya tidak dapat mengelak dari kereta tersebut. Tapi mereka berdua bernasib baik kerana hanya cedera ringan sahaja. Kedua mereka telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
Pemandu Alza itu pula, yang dikatakan bekerja di kedai dobi berhampiran, tidak cedera dalam kejadian tersebut - SiakapKeli.com
TOP
Atlet wushu Tai Cheau Xuen sumbang emas pertama di Incheon
Foto oleh Rosli Rahmat
INCHEON: Atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen melakar kejutan apabila memenangi pingat emas dalam acara gabungan Nanquan dan Nandao di Ganghwa Dolmens Gymnasium, hari ini. Ia adalah emas pertama kontinjen negara pada hari pertama temasya Sukan Asia Incheon, Korea Selatan. Atlet dari Negeri Sembilan itu mencatat 19.23 mata untuk mengatasi atlet Indonesia, Wani Juwita Niza yang mencatat 19.15 mata. Atlet pilihan China, Wei Hong meraih pingat gangsa dengan catatan 19.15. Bagaimana pun seorang lagi atlet negara, Diana Bong kecewa untuk meraih sebarang pingat apabila berada di tempat ke-12 dengan 18.25 mata. Sebagai rekod, pencapaian ini adalah kali keempat skuad wushu meraih emas untuk negara pada temasya ini dengan Ho Ro Bin (2002) dan Chai Fong Ying (2006,2010). - BH Online

Usaha Bina Semula Gaza Selepas Gencatan Senjata
KUALA LUMPUR – Membina dan menyusun semula Gaza yang musnah dalam serangan udara tujuh minggu rejim Israel menjadi keutamaan kepada rakyat Palestin selepas gencatan senjata berkuat kuasa bulan lalu.
Ketua Hubungan Luar Hamas, Usamah Hamdan berkata kira-kira 500,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal dalam serangan itu.
“Keperluan asas, rumah, sekolah, infrastruktur dan lain-lain lagi perlu dibina semula sebelum musim sejuk dalam tempoh dua bulan lagi,” katanya kepada Bernama.
Beliau tiba di sini pada Selasa untuk lawatan kerja lima hari.
Beliau berkata Gaza hanya mendapat enam jam bekalan elektrik akibat stesen jana utama dirosakkan Israel.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan 2,133 rakyat Palestin terbunuh termasuk 1,489 orang awam.
Usamah berkata membina semula Gaza memerlukan perbelanjaan US$5 bilion.
Beliau kesal kerana Israel turut menyasarkan kemudahan awam termasuk sumber air.
Mesir akan menjadi hos kepada persidangan untuk menyusun semula Semenanjung Gaza pada 12 Okt ini di Kaherah, katanya.
Dalam pada itu beliau berkata bahan binaan sukar dibawa masuk ke Semenajung Gaza ekoran sekatan yang dikenakan Israel.
Usamah juga berkata, selepas perjanjian gencatan senjata, nelayan hanya dibenar tentera Israel membawa bot mereka sejauh enam batu nautika dari kawasan pantai Gaza.
“Tetapi kami sepatutnya sampai 12 batu nautika. Oleh itu kami memerlukan pertolongan masyarakat antarabangsa,” katanya.
Beliau memuji kerajaan Malaysia yang bermurah hati membantu rakyat Palestin.
“Kerajaan (Malaysia) memain peranan penting dalam membina semula Gaza dan menyokong kerajaan perpaduan,” katanya. – BERNAMA
TOP
30 Motosikal Musnah Dalam Kebakaran Kedai Motosikal
KUALA LUMPUR – Sebuah kedai tiga tingkat menjual motosikal di Taman Samudera, Batu Caves di sini terbakar dalam insiden yang turut memusnahkan 30 buah motosikal, awal hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.49 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Kebakaran hanya melibatkan tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu dan 30 peratus kedai berkenaan musnah dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat , katanya.
Beliau berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Sungai Buloh bersama-sama 12 anggota dikerah ke tempat kejadian dan operasi memadam api selesai pada 3.56 pagi.
Kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan RM100,000. – BERNAMA
TOP
Kerana iPhone 6 Lelaki Sanggup Sewakan Kekasih
CHINA – Kerana terlalu inginkan telefon iPhone6, seorang lelaki tergamak menyewakan wanitanya dengan hanya RM5 sejam untuk membeli telefon itu.
Wei Chu, 25, dikatakan menyebarkan poster menawarkan teman wanitanya untuk disewa di luar Universiti Songjiang, Shanghai. Selain dari kadar sejam, teman wanitanya, Xiao Ai juga disewakan pada kadar RM26 sehari atau RM263 sebulan.
CHU membawa sepanduk di luar Universiti Songjiang di Shanghai untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia ada menyediakan perkhidmatan bagi menyewa kekasihnya.
Tetapi, Wei Chu hanya menyewakan teman wanitanya untuk tujuan makan malam atau teman untuk belajar sahaja dan aktiviti seks tidak dibenarkan. Menurut Wei Chu, Xiao Ai bersetuju dengan cara dia mendapatkan duit untuk membeli iPhone 6 ini. - SiakapKeli.com

MH17: Malaysia Tidak Akan Berehat Selagi Keadilan Tidak Dicapai - Anifah
Bangkai pesawat di kawasan insiden.
NEW YORK: Malaysia tidak akan berehat selagi pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine dua bulan lepas, tidak diheret ke muka pengadilan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Beliau memaklumkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di sini pada Jumaat. Anifah berkata komuniti antarabangsa bertanggungjawab memastikan mereka yang terbabit melakukan jenayah kejam itu diheret ke muka pengadilan secepat mungkin demi keadilan kepada anggota keluarga mangsa nahas berkenaan. "Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima selepas penderitaan dan pengalaman perit anggota keluarga yang kehilangan orang tersayang jika mereka yang bertanggungjawab tidak boleh diheret ke muka pengadilan disebabkan kegagalan kita bertindak," katanya. Beliau berkata komuniti antarabangsa perlu bekerjasama sepenuhnya bagi mewujudkan akauntabiliti terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah itu. Oleh itu, adalah penting siasatan nahas dikendali secara telus, saksama dan terperinci bagi menyerlahkan kebenaran. Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh. Anifah turut memaklumkan mesyuarat itu bahawa kerajaan Ukraine dan Rusia sudah memperbaharui komitmen dan jaminan untuk membantu menyediakan laluan selamat untuk memasuki lokasi nahas. "Kami harap jaminan itu boleh diterjemah kepada tindakan konkrit secepat mungkin," katanya pada mesyuarat yang dihadiri rakan sejawat dari Australia (Julie Bishop), Netherlands (Frans Timmerman), United Kingdom (Phillip Hammond) dan Luxembourg (Jean Asselborn). Beliau turut menyambut baik laporan awal pasukan siasatan bebas antarabangsa diketuai Lembaga Keselamatan Belanda yang dikeluarkan minggu lepas. "Persoalan penting yang masih belum terjawab termasuk siapa yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu dan apa yang sebenarnya berlaku ketika komunikasi antara MH17 dan pusat kawalan trafik udara (ATC) terhenti secara tiba-tiba pada 1.20 tengah hari 17 Julai, 2014? Laporan awal itu, antara lain, mengesahkan pesawat itu terbang di ruangudara bukan larangan, mengikut laluan yang ditetapkan dan terbang di altitud yang diberikan ATC. Ia turut merumuskan bahawa pesawat itu terkena sebilangan besar obje kbertenaga tinggi yang menembusinya sehingga menyebabkan ia berkecai di udara. Laporan itu juga mengesahkan bahawa pesawat itu berada dalam keadaan selamat di udara ketika berlepas dan tidaka ada sebarang masalah teknikal atau tindakan anak kapal yang boleh menyumbang kepada nahas berkenaan. Anifah juga berkata masa kian suntuk dan musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi boleh menjejaskan siasatan dan pencarian bukti. Beliau berkata laporan awal juga menunjukkan bahawa situasi ketika ini dilokasi nahas masih tidak stabil, oleh itu, Malaysia menggesa semua pihak mengawal tindakan masing-masing bagi mengelak konflik di kawasan berkenaan bertambah teruk. Anifah juga berkata Malaysia berpendapat gencatan senjata yang diperoleh, terutama di timur Ukraine adalah penting bagi membolehkan siasatan penuh,terperinci dan bebas berhubung insiden itu oleh pasukan penyiasat antarabangsaseperti yang didesak oleh Resolusi 2166 Majlis Keselamatan. Malaysia, katanya, turut mengulangi seruan agar semua pihak menghormati perjanjian gencatan senjata dan berusaha habis-habisan ke arah mengekalkan keamanan di kawasan berkenaan. Beliau memaklumkan Majlis Keselamatan bahawa setakat ini, sejumlah 225 daripada 298 mangsa sudah dikenal pasti. Daripada 43 mangsa rakyat Malaysia, 40 dikenal pasti dan 35 jenazah sudah dihantar pulang ke tanah air. Anifah berkata Malaysia amat jelas dengan keutamaannya sejurus selepas MH17 ditembak jatuh. Katanya, perkara paling utama ialah memperoleh jaminan untuk mencari mayat mangsa, data penerbangan dan rakaman suara kokpit selain memastikan akses selamat kepada penyiasat antarabangsa ke lokasi nahas.- mstar

Pelajar Perempuan Tingkatan Lima Dicabul Lelaki Bertopeng
BERA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima dilarikan sebelum dicabul empat lelaki bertopeng di sebuah rumah kosong di Kemayan pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 17 tahun bangun dari tidur untuk ke tandas di luar rumahnya sebelum beliau dikepung empat lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata seorang daripada lelaki itu kemudian menutup mata dan mulut mangsa dengan kain dan melarikannya dengan motosikal.
"Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong kira-kira 500 meter dari rumahnya dan keempat-empat lelaki itu mencabulnya di situ," katanya kepada pemberita disini.
Pelajar itu kemudian ditinggalkan di rumah itu sebelum beliau pergi ke rumah ibu saudaranya pada 4 pagi.
Susulan kejadian itu, ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Bera pada 8.08 pagi tadi.
Zul Haizal berkata mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bera untuk rawatan dan polis akan mengambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.- mstar
TOP
Ali Mamat Dikenang Sebagai Wartawan Jenayah Hebat Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) mendengar penerangan oleh Aini Abdullah (kanan) mengenai penyakit suaminya, Ali Mamat sewaktu meluangkan masa melawat bekas editor Bernama itu yang terlantar sakit di kediamannya di Kampung Bukit Catak pada Ogos lalu.
KUALA LUMPUR: Pemergian bekas editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ali Mamat dilihat satu kehilangan besar dalam dunia kewartawan terutamanya penulisan berita dan laporan jenayah. Allahyarham Ali, 63, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Kubang Miang di sini pada 1.56 pagi Jumaat akibat kanser hati. Allahyarham, yang memenangi Anugerah Kajai pada 1982 dan 1988, dikenang sebagai satu-satunya wartawan yang mengikuti operasi polis ketika memburu penjenayah 'Botak Chin' pada 1976. Walaupun penampilannya nampak garang, allahyarham sebenarnya amat disenangi sahabat dan rakan sekerja yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang baik hati. Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata allahyarham adalah wartawan yang kental dan gigih dalam kehidupan dan kerjayanya. "Ali Mamat akan dikenang sebagai wartawan gigih terutamanya dalam penghasilan berita-berita jenayah," katanya. Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata allahyarham merupakan sahabat yang baik dan tidak kedekut berkongsi petua dalam pekerjaannya. Bagi Timbalan Ketua Pengarang Meja Ekonomi Mikhail Raj Abdullah, allahyarhamadalah seorang yang berdedikasi dan rajin berusaha mencari berita-berita eksklusif untuk Bernama. "Beliau juga sering mengenang pengalaman membuat liputan krisis tebusan Tentera Merah Jepun di Jalan Ampang di mana beliau berjaya hasilkan berita eksklusif mengenai insiden itu untuk Bernama," kata beliau. Ketua Penyunting Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Bernama M.Govind Nair pula menyifatkan Allahyarham Ali sebagai seorang wartawan jenayah yang hebat dan luar biasa. "Beliau mungkin kelihatan garang, namun beliau seorang yang amat baik hati. Semasa tugasan pertama saya dalam bulan April 1974, beliau membantu saya mendapatkan berita eksklusif. "Ali seorang wartawan jenayah yang hebat. Saya masih ingat Badan Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pernah menunggu beliau tiba sebelum memulakan sidang berita," katanya. Penolong Pengarang Meja PBDN R. Ravichandran berkata beliau sangat terkesan dengan kehilangan allahyarham dan akan terus mengingati segala nasihat dan tunjuk ajarnya. "Sangat sedih, allahyarham antara orang yang mendidik saya dalam dunia kewartawanan ketika saya mula bekerja, semoga keluarganya tabah menghadapi kehilangan ini," katanya. Ketua Editor Tugasan BernamaTV Abdul Rahman Ahmad yang pernah bertugas bersama Allahyarham Ali di Biro Terengganu berkata allahyarham seorang insan yang peramah selain mempunyai budi pekerti yang baik. "Ali Mamat adalah orang yang banyak mengajar saya mengenai kewartawanan. Saya sebak ketika mengimbau masa yang kami lalui ketika bekerja bersama,"katanya. Konsultan Meja Berita Am PBDN S.Siva pula berkata: "Ali Mamat adalah antarayang menjadikan bidang kewartawanan sesuatu yang menyeronokkan...beliau meninggalkan kami dengan memori indah". Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) Ayob Mamat berkata allahyarham adalah antara pengasas Kawat semasa penubuhannya pada 1982. "Allahyarham pernah menjawat jawatan Presiden Kawat pada awal penubuhannya ketika menjadi Ketua Biro Terengganu. Beliau juga merupakan orang yang mencetuskan idea pemberian Anugerah Kawat untuk wartawan cemerlang dalam liputan berita dan rencana di Terengganu," katanya. Allahyarham Ali meninggalkan dua isteri Maimun Yahya, 55, dan Aini Abdullah, 42, serta tujuh anak.- mstar

Futsal AFF: Malaysia Mula Aksi Sumbang, Tewas 1-6 Kepada Indonesia
SHAH ALAM: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2014 dengan langkah sumbang apabila diaibkan Indonesia 1-6 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Melawati pada Jumaat >
Pasukan negara bimbingan Maizal Hairi Marzuki ternyata gagal menandingi gerakan kemas Indonesia serta menampilkan rentak persembahan hambar sehingga hanya mampu melihat gawang dibolosi.
Indonesia hanya memerlukan masa tiga minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Bambang Bayu Saptaji diikuti Andri Kistiawan pada minit kelapan.
Bagaimanapun, Malaysia mampu merapatkan jaringan dua minit kemudian menerusi Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin sebelum tamat separuh masa.
Pada babak kedua, skuad negara semakin longlai apabila Indonesia menguasai perlawanan dengan gerakan pantas dan menambah empat lagi gol menerusi Jaelani Ladjanibi (minit ke-24), Ardy Dwi Suwardy (25'), Bambang (35') dan Nur Ali padaminit ke-36.
Maizal Hairi berkata beliau kecewa dengan aksi longlai skuad negara yang dimalukan di laman sendiri.
Beliau berkata anak buahnya banyak melakukan kesilapan, hilang fokus dan cepat kecewa selepas gagal menyudahkan beberapa peluang jaringan.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A dengan naib juara Australia, Brunei, TimorLeste dan Indonesia manakala Kumpulan B terdiri daripada juara bertahan,Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos dan Filipina.
Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, Timor Leste mengalahkan Brunei 2-0 manakala dalam perlawanan Kumpulan B pula, Vietnam membenam Myanmar 6-1 dan Laosseri 4-4 dengan Filipina. - mstar
TOP
Insiden Keretapi Tergelincir Di Selatan Thai Dipercayai Sabotaj
SONGKHLA: Kejadian kereta api tergelincir di selatanThailand pada Jumaat, yang mengakibatkan tujuh orang cedera parah, dipercayai akibat perbuatan sabotaj.
Ini berdasarkan siasatan polis yang mendapati 10 kayu landasan dan 40 skru telah dicabut dan tiga hari sebelum itu, landasan kereta api di Reanget, Narathiwat, dibom.
Pengarah Pusat Kereta Api Thailand Bahagian Selatan Pirapol Tapwech, ketika dihubungi, berkata kerosakan dalam insiden kali ini amat teruk dan untuk memperbaiki landasan terbabit, mengambil masa lebih tiga hari.
Beliau berkata oleh itu, empat perkhidmatan bagi perjalanan kereta api ekpres dari Sungai Golok ke Bangkok terpaksa dihentikan buat sementara dan penumpang boleh mendapatkan kembali wang mereka dengan mengembalikan tiket.
Pada Sabtu, lebih 50 pekerja dari Hatyai dan Tungsung, Nakhornsri Thammarat, bertungkus-lumus memperbaiki landasan serta mengalih gerabak yang rosak, katanya.
Sementara itu, pihak polis meneruskan siasatan dengan lebih terperinci kerana tiga tahun lepas, tiga anggotanya terkorban dalam kejadian letupan bom dilokasi sama.
Ketua Polis Daerah Chanak Kolonel Amnart Dee berkata kejadian itu membabitkan enam gerabak.
Keretapi itu membawa lebih 100 penumpang.
Semasa kejadian pada 1.30 tengah hari waktu tempatan, kereta api itu dalam perjalanan dari Sungai Golok ke Nakhonsri Thammarat yang terletak 500 kilometer dari sempadan Malaysia.
Ia tergelincir di antara Stesen Thameanglak di daerah Thepa dan StesenChanak di Songkla. - mstar
TOP
Minuman Kendall Jenner Dimasukkan Puntung Rokok
MODEL Kendall Jenner dilaporkan telah dibuli oleh rakan sekerjanya iaitu model-model lain yang cemburu dengan kerjayaan beliau di pentas peragaan.
Seperti dilapor Daily Mail, minumannya juga telah dimasukkan puntung rokok ketika menjayakan satu acara peragaan fesyen beberapa minggu lalu.
"Para model lain bekerja keras untuk mendapatkan tempat dan nama di pentas peragaan, sebaliknya Kendall begitu mudah mencipta kejayaan," ujar sumber.
Dalam pada itu, Kandall menafikan dia melalui jalan mudah untuk dikenali sebagai model pentas peragaan.
Kata Kandell, dia bekerja keras untuk berada di kedudukannya sebagai model profesional.
"Kebanyakan model lain menganggap saya menggunakan jalan mudah untuk berjaya. Walhal ia tidak seperti yang mereka fikirkan," ujarnya.- mstar
TOP
MRT Dedah Laporan Siasatan Kejadian Runtuh Landasan Di Kota Damansara
KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRTCorp) menyatakan tiada pengawasan yang mencukupi antara faktor yang membawa kepada keruntuhan blok landasan projek MRT di Kota Damansara, dekat sini, bulan lepas.
Dalam kejadian 18 Ogos itu, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh yang bekerja di atas span jejambat landasan maut akibat dihempap landasan konkrit itu.
Dalam laporan yang dikeluarkan pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata siasatan mendapati kekurangan kepipis telah menyebabkan landasan itu mempunyai kestabilan terhad dan oleh itu apabila parapet dipasang pada sebelah bahagian jejambat, ia mengakibatkan landasan jejambat itu runtuh.
"Jejambat itu tidak dipasang dengan galas yang kekal. Ia masih disokong pada bicu sementara. Tanpa kepipis menyokong jejambat itu manakala dengan bicu sementara, landasan jejambat itu tidak stabil.
"Ia akhirnya runtuh apabila bebanan mula berlaku pada satu bahagian apabila parapet dipasang," katanya dalam kenyataan tersebut.
Kepipis adalah kotak logam yang diisi dengan turap yang kemudian diletakkan pada pangkal tiang untuk menyokong jejambat ketika ia diletakkan di atas bicu sementara semasa proses pembinaan.
Sekiranya kepipis telah digunakan, Azhar berkata landasan jejambat itu tidak mungkin runtuh walaupun parapet dipasang di satu bahagian sahaja.
Siasatan terhadap kejadian itu dilakukan oleh MRT Corp dan MMC Gamuda KVMRT(PDP) Sdn Bhd, sebagai rakan penyampaian projek, Laporan itu mendapati beberapa faktor lain yang menyebabkan jejambat itu runtuh termasuk kekurangan kaedah membina parapet ke atas jejambat untuk trek tunggal.
Faktor lain ialah kegagalan mengenal pasti risiko dan pelaksanaan langkah mitigasi, gagal menyediakan pemeriksaan menyeluruh, dan pelan ujian, kegagalan berkomunikasi faktor risiko antara pelbagai pihak yang terlibat dalam kerja-kerja, dan pengurusan lemah kontraktor kecil.
Azhar berkata laporan itu telah mengenal pasti kakitangan dan organisasi iaitu MMC Gamuda KVMRT dan Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd, iaitu kontraktor utama Pakej V1 dan kontraktor mereka supaya bertanggungjawab diatas kejadian itu.
"Sebarang tindakan guaman terhadap mereka yang didapati bertanggungjawabhanya boleh diambil oleh kerajaan berdasarkan siasatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (DOSH).
"Saya percaya hasil dapatan DOSH daripada siasatan mereka akan sama dengan hasil siasatan kami," katanya.
Selain tindakan oleh DOSH, beliau berkata MRT Corp juga akan melaksanakanbeberapa langkah termasuk memecat individu-individu yang didapati telah bertanggungjawab atas kejadian itu serta menyenarai hitam kontraktor dan perunding daripada projek-projek masa depan.
Langkah-langkah lain termasuk menyemak semula kenyataan dan aliran proses kerja serta mengkaji keberkesanan Unit Penguatkuasaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam di tapak Projek MRT Pakej V1 dalam kawasan bekas tapak Institut Penyelidikan Getah Malaysia dekat Kota Damansara, tiga pekerja Bangladesh -- Mohammad Alauddin Mollik, Mohammed Faruk Khan dan Mohammad Elahi Hossain -- terbunuh.
Berikutan kejadian itu, Azhar telah mengumumkan peletakan jawatannya tetapi ia ditolak oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.- mstar
TOP
“Mana Ada Kopi Boleh Buat Alat Sulit Jadi Kuat” ─ Pakar Sakit Puan
Muka depan isu warga emas kena serangan jantung yang lepas
Kuala Lumpur: “Ramai orang tak tahu punca mati pucuk. Mana ada kopi yang boleh buat alat sulit menjadi kuat. Ia mengandungi bahan-bahan terlarang sehingga boleh mengakibatkan maut,” kata Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby. Menurutnya, ramai rakyat di negara ini tidak mengetahui kelemahan tenaga batin turut berpunca daripada jantung dan beberapa anggota badan lain. “Ramai hanya mendengar cakap orang lain yang kata kopi itu bagus untuk tenaga batin dan sebagainya, tapi dia tak tahu dia mati pucuk atau lemah sebab apa. Dia tak tahu dia ada sakit jantung atau tidak. Sebab itu boleh jadi kematian. “Kalau orang tu ada sakit jantung, dan dia terminum kandungan berbahaya seperti ini, ia boleh menyebabkan jantung tidak dapat dipam, sebab itu dia akan termengah-mengah dan sesak nafas,” katanya ketika dihubungi. Semalam muka depan Harian Metro melaporkan, seorang lelaki meninggal dunia dipercayai ada kaitan dengan kopi jantan tradisional yang diambilnya beberapa jam sebelum itu. Isteri mangsa berkata, suaminya yang berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia jam 4 pagi Ahad lalu selepas minum segelas kopi yang dibeli di kedai runcit di Subang, Selangor dengan harga RM5.

Kisah Pomen Putus Tunang Yang Mendapat 1,600 Share Di Facebook
Gambar sekadar hiasan
"Kau okay ke?" Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut, "Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah. Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana. Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain." Aku terkejut. "Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau." "Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni." Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi. "Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama. Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku. Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku. Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain. Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy. Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang. Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set. Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang. Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan." Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata, "Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup. Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?" Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata. "Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita. Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih." Aku pun sebak dengar ceritanya. Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan.

GST: Mydin Jangka Harga Barang Turun
HARGA produk pasar raya besar akan turun selepas dua bulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April, 2015.
Pengarah Urusan Mydin Holding Bhd, Datuk Wira Ameer Mydin, berkata, bagi tempoh dua bulan pertama, pasar raya besar akan masih menjual stok pada harga yang termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada peringkat pembekal.
"Misalnya, pada 31 Mac, 2015, kos (modal) saya ialah RM10. Ternyata, daripada enam peratus GST, ia akan menjadi RM10.60. Saya tidak mengurangkanharga dan menjual kepada pelanggan pada harga sama, kerana itu adalah kos (modal) saya.
"Apabila barangan ini dijual dan saya membeli stok baharu, yang mana (pembekal) tidak lagi membayar SST, maka kos akan turun," katanya kepada pemberita selepas perbincangan mengenai "Menjalankan Perniagaan dengan Pasar Raya Besar" di sini hari ini.
Ameer berkata kos untuk menjalankan perniagaan seharusnya turun kerana cukai lain, misalnya cukai import, akan dikecualikan dan SST dimansuhkan.
Penceramah utama yang lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia George Fischer dan Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan SME Corp Meor Kamal Azhar. - Bernama
TOP
Roti Canai Terbang Berharga RM35
Butterworth: Kemahiran mempamerkan aksi roti canai ‘Superman’ atau roti ‘terbang’ bukan saja menyebabkan Mohd Fazli Fazil Mokhtar, 32, popular dalam kalangan penduduk setempat, malah dia turut dibawa ke Jepun dan China bagi mempromosi makanan popular Malaysia itu.
Setiap hari, Mohd Fazli atau lebih dikenali sebagai Fund dari Teluk Air Tawar, dekat sini, tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan pelanggan, malah ada yang sanggup menunggu lama semata-mata mahu menikmati roti ‘terbang’ sentuhannya.
Selain melayan pelanggan di gerainya, dia turut mencatat sejarah peribadi apabila mempamerkan aksi roti ‘terbang’ pada majlis kenduri perkahwinannya dengan Nurmawarnee Tumadi, 27, tahun lalu.
Selain itu, penduduk setempat yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak mereka menjemput Mohd Fazli menebar roti canai untuk dihidangkan kepada tetamu.
Anak sulung dari empat beradik itu mula menyertai Pertandingan Roti Canai Pulau Pinang pada 2005 sebelum mengikuti program mempromosi makanan Malaysia di Jepun pada 2010, 2011, 2012 dan tahun lalu.
Dia turut menyertai World Expo 2010 di Shanghai, China dan di Jepun pada Februari lalu bagi mempromosi roti canai sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.
“Adakalanya saya menebar 200 roti canai sehari terutama pada hujung minggu, tetapi banyak masa dihabiskan di luar negara terutama Jepun dan China kerana terbabit dalam membantu mempromosi makanan Malaysia. ─ myMetro online

Penyamun libas parang panjang sebelum larikan Hilux
Serdang: “Telinga saya nyaris putus apabila seorang lelaki menyerang menggunakan parang panjang sebelum melarikan kenderaan,” kata Syahrizan Ismail, 33, menceritakan detik cemas diserang sebelum keretanya dilarikan, kelmarin.
Katanya, dalam kejadian jam 3.45 petang di hadapan sebuah sekolah di Bandar Kinrara, dia secara tiba-tiba diserang seorang lelaki menggunakan parang panjang sebelum seorang rakan suspek merampas kunci keretanya lalu kedua-duanya melarikan diri bersama kenderaan itu.
Mangsa yang memandu kereta Toyota Hilux berkata, ketika kejadian dia baru menutup pintu selepas meletakkan keretanya itu di hadapan sekolah berkenaan.
“Saya terus dilibas dengan parang panjang, namun sempat mengelak.
Rakan suspek yang turut bersenjatakan parang merampas kunci kereta saya.
“Ketika kejadian saya tidak sempat membuat apa-apa kerana kedua-dua mereka bersenjatakan parang.
Kejadian berlaku sangat pantas,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro, semalam.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang tidak memakai topeng itu berusia 30-an.
Katanya, seorang suspek sempat memukulnya di muka dan perut sebelum melarikan diri.
Dia yang juga jurutera alam sekitar di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang berkata, ekoran kejadian itu dia kerugian kira-kira RM150,000 termasuk beberapa barangan peribadi seperti telefon bimbit dan peralatan kejuruteraan.
“Saya dimaklumkan pengawal keselamatan sekolah bahawa kereta suspek sudah berada di kawasan itu sebelum saya tiba,” katanya.
Menurutnya, selepas mengalami kejadian menakutkan itu, dia terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan berharap suspek dapat diberkas segera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kes samun itu.
Menurutnya, pihak polis sedang mengumpul maklumat daripada mangsa dan beberapa saksi untuk memberkas kedua-dua suspek.
TOP
15 Budak Maut Tersalah Suntik Vaksin
Idlib: Kira-kira 15 kanak-kanak di utara Syria mati apabila pasukan perubatan yang melakukan operasi suntikan demam campak tersilap vaksin.
Menurut laporan awal, pasukan berkenaan sebaliknya menyuntik kanak-kanak berkenaan dengan atracuriam, sejenis dadah yang digunakan dalam anestetik untuk mengendurkan otot terhadap 75 kanak-kanak.
Kesilapan itu dipercayai berlaku kerana pembungkusan dadah berkenaan sama dengan cecair yang hendak dibancuhkan dengan vaksin demam campak itu.
Dadah itu boleh membawa maut kepada jika diberikan kepada bayi.
Kanak-kanak yang mati itu berusia antara enam dan 18 tahun.
Mereka menunjukkan tanda negatif selepas setengah jam disuntik dadah itu, mengalami cirit-birit dan kesukaran bernafas. Kebanyakannya mati sebelum sempat dihantar ke hospital.
Pegawai penentang Syria yang menguasai wilayah utara Syria mengarahkan siasatan dijalankan terhadap kematian itu sementara menteri sementaranya meletak jawatan. - Agensi
TOP
Bayi Dalam Pembetung di China
BAYI itu terperangkap dalam saluran paip.
Linyi (China): Seorang bayi baru lahir ditemui di dalam paip pembetung di sebuah universiti di sini selepas seorang pelajar melahirkannya dan melarikan diri. Polis percaya wanita muda itu mahu menyembunyikan kehamilannya dengan membiarkan bayi itu jatuh ke dalam tandas di asrama pelajar universiti berkenaan di bandar di wilayah Shandong ini. Bayi terselamat itu kerana paip berkenaan tidak cukup besar menyebabkan dia tersekat. Pelajar yang menggunakan tandas asrama itu mendengar tangisan bayi malang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa. Anggota bomba yang datang ke tempat kejadian terkejut melihat bayi itu tersekat di dalam paip dan menangis. “Sukar menyelamatkannya dari atas. Dia jatuh ke dalam tandas dan melurut masuk ke paip pembentung, tersekat di antara tingkat tiga dan empat bangunan asrama,” kata jurucakap bomba tempatan, Tao Fang. Pasukan penyelamat memecahkan paip di tingkat tiga sebelum menolak bayi untuk disambut rakan mereka di tingkat empat. Dalam pada itu, polis menjejaki ibu bayi itu yang juga pelajar dan menetap di bangunan asrama berkenaan. Pegawai berkata, mereka masih menunggu hasil soal siasat sebelum memutuskan tuduhan yang akan dikenakan terhadapnya. - Agensi

'Sejoli' Dan 'Bila Joyah Dah Goyah' Ungguli Anugerah Lawak Warna
SHAH ALAM: Filem Sejoli dan drama Bila Joyah Dah Goyah berjaya mengungguli Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Teater Selangor di sini pada malam Jumaat.
Sejoli menang besar apabila berjaya merangkul kesemua enam kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).
Manakala drama Bila Joyah Dah Goyah menang lima kategori iaitu Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Kazar Saisi), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Jasmin Hamid), Rancangan Komedi Terbaik (Bukan Bersiri), Skrip Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Jamal Khan).
Antara filem lain yang tercalon ialah Bikers Kental, Adnan Sempit 3, Kami Histeria dan Hantu Tok Mudim manakala drama pula ialah Osman Baku, Yem Rempit, Projek Memikat Suami dan Benci Vs Cinta.
Rancangan komedi lain yang tercalon pula ialah Warna Raya, Fuyoo Raya Zizan, Kaunter Kaboom Raya, Lari-Lari Raya, Jihan Tak Nak Balik Raya dan Pengancam Perkahwinan.
Sementara itu, pelakon Jepp (Sepahtu) meraih trofi Artis Lawak Lelaki Popular dan Sharifah Sakinah menang Artis Lawak Wanita Popular.
Sebanyak 21 kategori dipertandingkan di mana 15 daripadanya adalah bagi kategori filem dan drama, tiga kategori popular manakala tiga adalah anugerah khas juri.
Anugerah Lawak Warna dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori masing-masing:
KATEGORI FILEMFILEM KOMEDI TERBAIK*Sejoli (PrimeWorks Studio)
PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)*Bront Palarae (Sejoli)
PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)*Maya Karin (Sejoli)
LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)*Sejoli (Osman Ali)
SKRIP KOMEDI TERBAIK FILEM*Sejoli
PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)*Sejoli - Osman Ali
KATEGORI DRAMAPELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)* Kazar Saisi (Bila Joyah Dah Goyah)
PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)*Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)*Maharaja Lawak Mega 2013 (APSB/Homegrown)
SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI)*Oh My English - April Fool (Red Communication)
SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)*Karoot Komedia Raya
RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)*Bila Joyah Dah Goyah
LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)*Jamal Khan - Bini Aku Hantu Langsuir
SKRIP KOMEDI TV TERBAIK*Bila Joyah Dah Goyah
PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)*Nazir Jamaluddin - Bila Joyah Dah Goyah
KATEGORI POPULARARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR*Jepp (Sepah)
ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR*Sharifah Sakinah
SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR*Johara Pagi Era - Sketsa Johara
ANUGERAH KHAS JURI* Hamid Gurkha * Datuk Jamali Shadat* Senario
- mstar

Kes Rogol: Hanya 10 Peratus Dilaporkan - WAO
Ivy Josiah.
PETALING JAYA: Kurang kesedaran mengenai rogol dan stigma mengenai isu tersebut menjadi punca utama ramai mangsa tidak tampil untuk membuat laporan. Menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), bagi setiap satu kes rogol dilaporkan, sembilan lagi tidak dilaporkan dan ini disebabkan oleh masyarakat akan mempersalahkan mangsa apabila insiden tersebut berlaku. Pada tahun lalu sahaja, seramai 34 orang menghubungi WAO bagi mendapatkan bantuan kerana trauma dirogol. Laporan terperinci menunjukkan kebanyakan mangsa mendekati pertubuhan menerusi panggilan telefon dan hanya 10 daripada mereka berjumpa dengan kaunselor. Pengarah Eksekutif WAO, Ivy Josiah berkata, tidak seperti kebanyakan negara lain, masyarakat di Malaysia takut untuk berbicara mengenai rogol kerana stigma. "Di barat, talian hotline berkaitan kes rogol sibuk sepanjang hari, tetapi di sini, walaupun sering berlaku jenayah itu, mangsa tidak tampil ke hadapan kerana kita kurang kesedaran mengenai isu ini dan ramai yang sangsi sama ada mereka akan dilindungi selepas itu atau tidak. "Jika mereka tampil untuk bercakap mengenainya, ia hanya akan dilakukan dua atau tiga tahun selepas mereka mengalami kejadian itu," katanya ketika dihubungi The Star Online. Ivy menambah, mangsa yang menghubungi pertubuhan itu selepas beberapa tahun mengalami kejadian itu masih berhadapan dengan trauma agak teruk. "Jika anda melihat rekod kami, lebih ramai yang tampil dan bercakap mengenai keganasan domestik kerana mangsa meraih lebih banyak simpati dan seseorang pasti akan memberitahu mereka supaya jangan bimbang. "Sebaliknya, mangsa rogol yang mendapatkan bantuan akan melalui 'pencabulan kali kedua' apabila mereka sering diajukan soalan-soalan seperti 'apa yang awak buat dengan dia?', 'kenapa awak berada di situ ketika itu?', 'kenapa awak berpakaian seperti itu?' dan perkara itu menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk berdiam diri." Beliau menegaskan adalah mengecewakan apabila pelaku (perogol) dibiarkan tanpa dipersoalkan, dan akhirnya mangsa sendiri yang dipersalahkan. "Bila ada masyarakat yang akan menyatakan bahawa ia adalah salah anda sekiranya anda dirogol, mangsa tidak lagi mempunyai persekitaran yang kondusif untuk mendapatkan sokongan. "Melainkan jika mangsa mengalami pendarahan atau didera, polis sering meragui kenyataan mereka, sehingga mengabaikan hakikat bahawa sesetengah wanita tidak melawan ketakutan dalam hidup mereka," katanya sambil menambah bahawa 80 peratus daripada mangsa yang datang kepada pertubuhan itu dirogol oleh seseorang yang mereka tahu, dan sering malu bahawa mereka tidak meramalkan serangan seperti itu berlaku. Ivy menambah, di samping meningkatkan kesedaran rogol dalam masyarakat Malaysia, spesifikasi rogol juga penting. "Orang ramai perlu tahu apakah rogol hak-hak mereka dari segi melindungi tubuh mereka. "Mereka perlu faham bahawa walaupun undang-undang menyatakan rogol adalah hubungan seks, eksploitasi menerusi gambar-gambar wanita untuk menjejaskan maruahnya dan mengawal seksualnya juga merupakan salah satu rogol emosi mengurangkan beliau dan mengawal seksualiti beliau juga merupakan bentuk pencabulan emosi," katanya.- mstar

Pelantikan MB: Pakatan Rakyat Perlu Akur Keputusan Sultan - PAS
BATU PAHAT: Pakatan Rakyat diminta akur terhadap keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan menteri besar yang baharu pada Selasa depan.
Perwakilan PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata, kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP perlu memahami bahawa isu pelantikan menteri besar Selangor berada diluar bidang kuasa PAS.
"Apa sahaja keputusan yang datang daripada istana selepas ini bukan atas kehendak PAS.
"Pakatan Rakyat harus menerima keputusan tersebut atas dasar Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Jumaat.
Bagaimanapun Mohd Khairil Anuar mencadangkan supaya Muktamar PAS kali ini meluluskan usul khas bagi menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung jawatan menteri besar Selangor.
"Saya cadangkan supaya muktamar buat dan luluskan usul tergempar bahawa PAS menolak jawatan menteri besar sebagai menghormati dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat seperti yang dipertegaskan presiden.
"Tapi kalau sultan nak juga kepada PAS, apa nak buat? Sekurang-kurangnya kita telah menjawab dengan rakan-rakan kita bahawa seluruh anggota bersama dengan presiden untuk kekal dalam Pakatan Rakyat. Tapi apa yang berlaku adalah kehendak sultan...jadi terlepaslah kita," katanya.
Perkembangan terbaharu kini menyaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik menteri besar yang baharu pada Selasa ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan majlis mengangkat sumpah menteri besar baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.
Perkembangan terkini itu menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli dan pemimpin PAS bahawa kemungkinan menteri besar Selangor yang baharu adalah daripada wakil rakyat parti itu.
Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengejutkan semua pihak khususnya PKR dan DAP apabila beliau sendiri menghantar tiga nama calon menteri besar kepada istana Selangor pada 3 September lalu.
Dikatakan turut senarai dikalangan tiga nama iaitu adalah wakil rakyat PAS Selangor.- mstar
TOP
Penghidap Kanser Payudara Perlukan Lebih Coli Khas
KUCHING: Lebih banyak bekalan coli khas dan payudara tiruan diperlukan oleh wanita yang menghidap kanser payudara di Sarawak, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri Datuk Fatimah Abdullah.
Beliau berkata berdasarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak yang berurusan dengan pesakit kanser payudara, bekalan bahan-bahan khas itu dilakukan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) tetapi jumlahnya tidak mencukupi.
"Sekarang NGO terbabit mahu kerajaan negeri, jika boleh melengkapkan bantuan kerajaan persekutuan (LPPKN) yang kini menyediakan dua pasang coli khas untuk setiap pesakit bagi tempoh tiga tahun sekali, yang mana adalah tidak mencukupi," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.
Menurut beliau, NGO membangkitkan permohonan itu semasa sesi dialog khas antara NGO wanita dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di sini.
Katanya sesi tertutup selama dua jam itu dihadiri 1,000 peserta terdiri daripada anggota NGO dan wanita berkerjaya di seluruh negeri itu.- mstar
TOP
MH17: Tiga Lagi Mayat Warga Malaysia Belum Dikenal Pasti
KUALA LUMPUR: Tiga lagi mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine, belum dikenal pasti setakat ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima lagi mayat rakyat Malaysia sudah dikenal pasti baru-baru ini dan sedang menjalani proses dokumentasi untuk dikeluarkan.
Sehingga kini, sebanyak 224 mayat mangsa insiden MH17 telah dikenal pasti dengan 74 mangsa masih dalam proses pengecaman, dan daripada 43 penumpang warga Malaysia, mayat 41 warga Malaysia terdiri daripada 26 penumpang dan 15 anak kapal sudah dikenal pasti.
"Esok, tiga lagi jenazah rakyat Malaysia, dua penumpang dan seorang anak kapal MH17 akan dibawa pulang ke tanah air," kata beliau pada sidang media mengenai MH17 dan MH370 di Kementerian Pertahanan di sini, Jumaat.
Hishammuddin turut memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan berputus asa dan komited sepenuhnya untuk mencari baki mayat penumpang rakyatnya.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan Australia dan Netherlands melalui Gabungan Pasukan Petugas Antarabangsa Bersama (CIJTF), Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) dan pihak berkuasa barkaitan yang lain untuk masuk semula ke lokasi nahas.
"Kami akan mencuba yang terbaik untuk memasuki semula tapak nahas sebelum musim sejuk ini untuk mencari dan mengeluarkan baki mayat dan serpihan," kata Hishammuddin.
Menurutnya OSCE sedang mengkaji sama ada selamat bagi pihak berkuasa Malaysia memasuki kawasan konflik itu.
Hishammuddin mengulangi bahawa Kementerian Pengangkutan akan terus memberi tumpuan kepada proses siasatan dan usaha penyelarasan untuk membawa pelaku jenayah ini ke muka pengadilan.
"Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar dan Pejabat Peguam Negara mengenai perkara ini," katanya.
Keadaan di Timur Ukraine kini dilaporkan tidak selamat apabila gencatan senjata yang dipersetujui antara Kiev dan kumpulan pemisah Pro-Kremlin pada 5 September lepas telah dicabuli.
Pertempuran juga dilaporkan berlaku antara kedua-dua pihak.
MH17 yang dinaiki 283 penumpang dan 15 anak kapal telah ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas, sebelum ia terhempas di timur Ukraine.- mstar
TOP
Penduduk Tawar Hadiah Wang Tunai Kepada Pemberi Maklumat Kes Pembunuhan 2 Warga Briton
Polis menemui dua mayat pelancong Thailand mati dalam keadaan yang mengerikan di Pulau Tao berdekatan dengan wilayah Surat Thani pada Isnin lalu.
BANGKOK: Para penduduk Pulau Tao menawarkan hadiah wang tunai kepada pemberi maklumat yang boleh membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan kejam dua warga British di pulau peranginan itu Isnin baru-baru ini. Setakat ini mereka telah berjaya mengumpul Baht50,000 (AS$1,500), kata Datuk Bandar Pulau Tao, Chaiyan Turasakul kepada agensi berita AFP. Sejak kejadian itu, pihak polis masih bergelut mencari suspek kes pembunuhan David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, yang mayat mereka ditemui separuh bogel di tepi pantai berdekatan dengan tempat penginapan mereka dengan kesan kecederaan yang dalam pada bahagian kepala dan badan. Setakat ini pemeriksaan DNA tidak dapat mengaitkan mangsa dengan mana-mana suspek. Kes itu telah mencetuskan kegemparan dan rasa takut di kalangan penduduk serta pelancong di pulau berkenaan yang popular sebagai destinasi menyelam dan skuba di Teluk Siam. Menurut Chaiyan, para penduduk telah mengadakan upacara keagamaan untuk memohon perlindungan tuhan ke atas keharmonian pulau tersebut yang sebelum ini tidak pernah menyaksikan kejadian ngeri seperti itu. Kedua-dua mangsa berkenaan telah dihentak dengan tukul yang tajam yang ditemui terdampar di tepi pantai tidak jauh dari tempat kejadian dengan kesan darah padanya. Pada Jumaat, Komandar polis, Panya Maman telah mengerahkan 160 orang anggotanya terus menjadi bahan bukti termasuk di pulau berdekatan, Pulau Phangan.- mstar

Iskandar Teruja Jika Dilantik MB Selangor
Iskandar Samad.
PETALING JAYA: Dengan nada ceria, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Ir Iskandar Samad mengakui beliau pastinya teruja sekiranya dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baharu. Bagaimanapun, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri itu mengakui tidak mengetahui siapakah calon 'bertuah' yang akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Selasa ini. "Saya hanya baca mengenai spekulasi nama saya dipilih sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat khabar sahaja. Setakat ini semuanya masih spekulasi semata-mata. "Saya pun nak tengok siapa yang akan angkat sumpah sebagai menteri besar, Selasa depan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat. Beliau turut mengakui masih belum menerima jemputan rasmi majlis ke angkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu setakat ini. "Saya baru sahaja semak dengan pejabat saya, setakat ini saya masih belum terima jemputan rasmi. "Isnin dan Selasa depan saya juga ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Namun jika ada jemputan rasmi daripada pihak istana sudah pasti saya akan hadir," katanya. Ketika ditanya adakah PAS Selangor sedia menerima jawatan tersebut, Iskandar berkata: "Saya tidak dapat memberikan jawapan. Sekarang ini pun saya di Muktamar PAS di Batu Pahat. "Apa pun kita tunggu keputusan penggulungan daripada presiden esok." Krisis jawatan menteri besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi apabila Istana Selangor dijangka mengumumkan nama calon terbabit selewat-lewatnya pada Selasa. Akhbar The Star pada Jumaat melaporkan Iskandar dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali antara dua calon paling hampir untuk dilantik bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan dan disahkan kebenarannya oleh para pegawai Istana, majlis mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10 pagi Selasa. Azmin merupakan Adun Bukit Antarabangsa. Persamaan antara beliau dan Iskandar adalah kedua-dua, mereka merupakan pengerusi parti masing-masing di peringkat negeri. Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih sebagai Adun Kajang pada Mac lalu mungkin tidak akan mendapat jawatan itu. Perletakan jawatan Abdul Khalid akan berkuat kuasa sebaik sahaja menteri besar baharu mengangkat sumpah.- mstar

Pengarah Kastam Mengaku Tidak Bersalah Atas 8 Tuduhan Terima Rasuah
Mohd Nasir Said.
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah kastam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah sebagai ganjaran kerana tidak mengambil tindakan terhadap minuman keras import tidak bercukai. Datuk Mohd Nasir Said, 58, mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah, dengan jumlah keseluruhan RM80,000, sebagai dorongan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah kastam Perak untuk tidak mengambil tindakan terhadap minuman keras tidak bercukai atau syarikat yang dimiliki pemberi rasuah. Menurut kertas pertuduhan, Mohd Nasir menerima rasuah di tempat letak kereta pasar raya besar Tesco di Taman Midah, Cheras pada Oktober 2012 antara Januari dan Julai tahun ini. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan. Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan. Beliau turut memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, sebagai pegawai kastam lain didakwa di mahkamah itu. Peguam, Mohd Nasir Che Azmi Che Omar yang membuat rayuan supaya ikat jamin dikenakan lebih rendah, berkata akaun guamnya telah dibekukan dan gajinya digantung. Peguam itu juga menyatakan bahawa Mohd Nasir telah berkhidmat dengan jabatan kastam selama 34 tahun, dan sepatutnya bersara dalam 16 bulan lagi. Di bawah Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Mohd Nasir berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan. Hakim, Rosbiah Hanin menetapkan jaminan secara keseluruhan sebanyak RM80,000, dengan seorang penjamin dan pasport Mohd Nasir diserahkan kepada mahkamah. Beliau menetapkan 23 Oktober untuk sebutan seterusnya.- mstar

Nama MB Selangor Diumumkan Selewat-Lewatnya Isnin Ini
SHAH ALAM: Istana Selangor akan mengumumkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin ini.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
"Istana (Selangor) akan umumkan siapa MB (menteri besar) baharu selewat-lewatnya Isnin ini.
"Bagaimanapun, ia (pengumuman itu) terpulang kepada perkenan Sultan Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat sama ada menerusi kenyataan akhbar atau sidang media.
Mohamad Munir juga berkata setakat ini, pihak istana tidak mengutus sebarang surat kepada bakal menteri besar Selangor berhubung perkara itu.
Pada Khamis, Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.
Sebelum ini, beliau menyatakan nama menteri besar yang baharu akan hanya diketahui pada hari majlis angkat sumpah itu.- mstar
TOP
Beri Lebih Banyak Projek Kepada Syarikat Tempatan - Dr M
KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan tempatan perlu diberi lebih banyak peluang untuk menunjukkan kredibiliti mereka membina bangunan pelbagai bentuk dan ketinggian daripada memberi projek berkenaan kepada firma asing.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemberian projek-projek kepada syarikat tempatan akan dapat menghalang pengaliran keluar wang ke negara lain.
"Jika keluar (wang), ini bermakna kita akan mempunyai defisit dalam imbangan dagangan kita dan ini akan dapat dilihat dalam perbelanjaan kerajaan kerana ia mungkin perlu meminjam.
"Sebaliknya, jika aliran masuk dana yang baik, imbangan akan memihak kepada kami," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia 2014 pada Jumaat.
Dr Mahathir menggesa industri pembinaan supaya bersama-sama dengan kerajaan, membantu memastikan margin serendah mungkin.
Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) Matthew Tee berkata industri pembinaan menikmati pertumbuhan memberangsangkan, lebih daripada dua angka pada 2012 dan 2013.
"Bagi 2012, industri ini mencatatkan paras paling tinggi dari segi pertumbuhan dengan pelaksanaan projek besar-besaran laluan 1 MRT dan seperti yang dilaporkan sebelum ini, kita menjangkakan laluan 2 tidak lama lagi," katanya.
Tee berkata dengan pembangunan yang dirancang, Warisan Merdeka dan Bandar Tun Razak Exchange, persatuan itu optimistik dengan industri pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang.- mstar
TOP
PAS Bidas Kerajaan P Pinang 'Mesra' Pemaju, Abai Rakyat
Perwakilan Pas daripada Pulau Pinang, Izuri Ibrahim
BATU PAHAT: Kerajaan Pulau Pinang dibidas kerana terlalu 'mesra' dengan syarikat pemaju hartanah sehingga mengabaikan kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di negeri itu. Perwakilan Pas daripada Pulau Pinang, Izuri Ibrahim berkata sikap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu telah mengakibatkan harga tanah dan rumah melambung melangkaui kemampuan rakyat untuk memilikinya. "Disebabkan dasar-dasar yang mesra dengan syarikat-syarikat pemaju perumahan, banyak kawasan penempatan Melayu menjadi mangsa kepada kerakusan menyebabkan pemindahan penduduk." "PAS Pulau Pinang tidak menentang pembangunan. Apa yang membimbangkan kini adalah kerajaan negeri terlalu propemaju sehingga mengabaikan kebajikan rakyat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja, di sini, Jumaat. Ketika ini, disebabkan dasar yang terlalu 'mesra' terhadap pemaju, harga rumah di Pulau Pinang melambung tinggi sehingga mencecah antara RM500 hingga RM600 satu kaki persegi, menyebabkan ramai kalangan masyarakat sukar membeli rumah. Jika kerajaan Kelantan mampu menjaga kepentingan penduduk Cina yang merupakan golongan minoriti, beliau juga mengharapkan Pulau Pinang membuat perkara yang sama dengan memelihara kebajikan penduduk Melayu yang merupakan golongan minoriti di negeri itu. PAS Pulau Pinang mahukan kerajaan negeri melibatkan parti (PAS) dalam penggubalan dasar-dasar yang mesra rakyat dan lestari di dalam isu perumahan serta pemindahan penduduk yang terjejas. Bagi penduduk yang terlibat dengan pemindahan, Izuri meminta mereka diberikan rumah percuma bernilai RM75,000 di lokasi sama, rumah transit manakala keluarga mereka diberikan peluang membeli rumah di lokasi sama.- mstar

2 Jemaah Haji Meninggal Dunia Bukan Kerana MERS-CoV
GURUN: Dua jemaah haji yang meninggal dunia baru-baru ini di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jantung dan bukannya kerana penyakit berjangkit lain seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan punca kematian dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun itu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pra Pelancaran Taman Permai Utama, di sin, Jumaat.
Katanya jemaah pertama yang meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi 9 Sept lepas adalah dari Johor Baharu dan jemaah kedua berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang, 16 Sept lalu.
Beliau berkata pihaknya akan memantau tahap kesihatan setiap jemaah haji negara ini bagi memastikan mereka tidak dijangkiti MERS-Cov atau virus Ebola.
"Kita telah buat persiapan dengan baik sebelum jemaah pertama tiba di tanah suci dan akan memberi rawatan terbaik sekiranya mereka mengidap penyakit sepanjang mengerjakan haji," katanya.
Jamil khir berkata Tabung Haji (TH) juga mempunyai pusat rawatan sendiri di Makkak dan Madinah bagi memudahkan jemaah haji negara ini mendapatkan rawatan dengan baik.
"Hanya pesakit Malaysia sahaja yang ada dalam pusat rawatan itu dan kita tidak bercampur dengan pesakit lain," katanya.
Sementara itu, beliau berkata TH turut menyediakan kemudahan telekomunikasi yang baik dan menyediakan kemudahan kad tambah nilai serta cara untuk membuat panggilan antarabangsa.
"Tidak timbul kesukaran untuk mereka buat panggilan keluar kerana kita telah sediakan nombor perayauan pada beg mereka terutama kepada warga emas. Kemudahan teknologi komunikasi yang ada mudah untuk mereka berhubung dengan ahli keluarga," katanya.
Pada majlis penyerahan kunci itu, 64 pembeli rumah teres kos rendah Taman Permai Utama fasa 1B menerima kunci untuk rumah mereka yang bernilai RM68,000.
Jamil Khir yang juga Anggota Parlimen Jerai turut melancarkan Taman Permai fasa 2 yang akan dibangunkan oleh anak syarikat, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) iaitu SPNB Aspirasi Sdn Bhd.- mstar
TOP
Isu Kalimah Allah: Gereja Katolik Fail Permohonan Semakan Kehakiman
PUTRAJAYA: Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak kebenaran merayu berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah oleh Menteri Dalam Negeri dalam penerbitan mingguannya, The Herald versi Bahasa Malaysia.
Peguam Benjamin Dawson mengesahkan permohonan itu difail pada kira-kira 3.00 petang Jumaat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata permohonan itu mengemukakan tiga alasan, antaranya, terdapat beberapa isu perundangan penting yang tidak dipertimbang dalam keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan seperti peruntukan Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 23 Jun lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mencapai keputusan majoriti 4-3 ketika menolak permohonan Gereja Katolik itu.
Gereja Katolik mengemukakan permohonan itu untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lepas yang membenarkan rayuan kerajaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.- mstar
TOP
Tujuh Pegawai Kastam Mengaku Tidak Bersalah Atas Hampir 100 Tuduhan Rasuah
SHAH ALAM: Tujuh pegawai kastam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas hampir 100 tuduhan rasuah.
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.
Mahkamah menetapkan 30 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes.- mstar
TOP
Penduduk Tawar Hadiah Wang Tunai Kepada Pemberi Maklumat Kes Pembunuhan 2 Warga Briton
Polis menemui dua mayat pelancong Thailand mati dalam keadaan yang mengerikan di Pulau Tao berdekatan dengan wilayah Surat Thani pada Isnin lalu.
BANGKOK: Para penduduk Pulau Tao menawarkan hadiah wang tunai kepada pemberi maklumat yang boleh membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan kejam dua warga British di pulau peranginan itu Isnin baru-baru ini. Setakat ini mereka telah berjaya mengumpul Baht50,000 (AS$1,500), kata Datuk Bandar Pulau Tao, Chaiyan Turasakul kepada agensi berita AFP. Sejak kejadian itu, pihak polis masih bergelut mencari suspek kes pembunuhan David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, yang mayat mereka ditemui separuh bogel di tepi pantai berdekatan dengan tempat penginapan mereka dengan kesan kecederaan yang dalam pada bahagian kepala dan badan. Setakat ini pemeriksaan DNA tidak dapat mengaitkan mangsa dengan mana-mana suspek. Kes itu telah mencetuskan kegemparan dan rasa takut di kalangan penduduk serta pelancong di pulau berkenaan yang popular sebagai destinasi menyelam dan skuba di Teluk Siam. Menurut Chaiyan, para penduduk telah mengadakan upacara keagamaan untuk memohon perlindungan tuhan ke atas keharmonian pulau tersebut yang sebelum ini tidak pernah menyaksikan kejadian ngeri seperti itu. Kedua-dua mangsa berkenaan telah dihentak dengan tukul yang tajam yang ditemui terdampar di tepi pantai tidak jauh dari tempat kejadian dengan kesan darah padanya. Pada Jumaat, Komandar polis, Panya Maman telah mengerahkan 160 orang anggotanya terus menjadi bahan bukti termasuk di pulau berdekatan, Pulau Phangan.- mstar
BANGKOK: Para penduduk Pulau Tao menawarkan hadiah wang tunai kepada pemberi maklumat yang boleh membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan kejam dua warga British di pulau peranginan itu Isnin baru-baru ini. Setakat ini mereka telah berjaya mengumpul Baht50,000 (AS$1,500), kata Datuk Bandar Pulau Tao, Chaiyan Turasakul kepada agensi berita AFP. Sejak kejadian itu, pihak polis masih bergelut mencari suspek kes pembunuhan David Miller, 24, dan Hannah Witheridge, 23, yang mayat mereka ditemui separuh bogel di tepi pantai berdekatan dengan tempat penginapan mereka dengan kesan kecederaan yang dalam pada bahagian kepala dan badan. Setakat ini pemeriksaan DNA tidak dapat mengaitkan mangsa dengan mana-mana suspek. Kes itu telah mencetuskan kegemparan dan rasa takut di kalangan penduduk serta pelancong di pulau berkenaan yang popular sebagai destinasi menyelam dan skuba di Teluk Siam. Menurut Chaiyan, para penduduk telah mengadakan upacara keagamaan untuk memohon perlindungan tuhan ke atas keharmonian pulau tersebut yang sebelum ini tidak pernah menyaksikan kejadian ngeri seperti itu. Kedua-dua mangsa berkenaan telah dihentak dengan tukul yang tajam yang ditemui terdampar di tepi pantai tidak jauh dari tempat kejadian dengan kesan darah padanya. Pada Jumaat, Komandar polis, Panya Maman telah mengerahkan 160 orang anggotanya terus menjadi bahan bukti termasuk di pulau berdekatan, Pulau Phangan.- mstar
TOP
Rakyat Scotland Tolak Kemerdekaan, Undi Untuk Kekal Dalam UK
Rakyat Scotland yang pro-UK menjulang simbol 'No' (Tidak) ketika proses kempen untuk menentukan sama ada negara itu mahu terus kekal bersama Kesatuan United Kingdom atau merdeka.
EDINBURGH: Majoriti rakyat Scotland telah memutuskan untuk menolak pemerintahan sendiri dan memilih untuk terus kekal di bawah Kesatuan United Kingdom of Great Britain dalam referendum yang berlangsung pada Khamis.
Keputusan tersebut sekaligus menyelamatkan kesatuan empat buah negara iaitu England, Wales, Ireland Utara dan Scotland di bawah satu pemerintahan dan negara sejak 307 tahun yang lalu.
Bagaimanapun dengan 1.3 juta pengundi memilih untuk merdeka, kerajaan pusat dijangka akan memberikan lebih banyak kuasa autonomi kepada Scotland pada masa hadapan.
Sebanyak 55.42 peratus pengundi memilih untuk terus kekal di bawah UK manakala 44.58 peratus lagi memilih untuk pemerintahan sendiri dengan 31 daripada 32 wilayah memilih untuk menolak kemerdekaan.
Keputusan itu juga menunjukkan majoriti rakyat Scotland enggan mengambil risiko ekonomi dan malapetaka kewangan jika mereka membuat keputusan untuk berpisah dari UK.
Kebimbangan paling utama ialah Scotland tidak memiliki bank pusat tidak sepertimana England dan tidak juga memiliki mata wang sendiri untuk menentukan jatuh dan naiknya kadar faedah.
Mereka juga khuatir apabila boleh dikatakan kesemua bank yang beroperasi di Scotland mengambil keputusan untuk memindahkan operasi mereka ke England seandainya Scotland memisahkan diri mereka dari UK.
Jika ini berlaku, sekurang-kurangnya 15,000 warga Scotland akan kehilangan pekerjaan dalam sektor kewangan sahaja.
Pemimpin pro-kemerdekaan, Alex Salmond dengan segera mengeluarkan kenyataan menerima keputusan pengundi dengan hati yang terbuka.
"Majoriti warga Scotland nampaknya belum bersedia untuk pemerintahan sendiri," ujarnya.
Dalam referendum yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam itu, rakyat Scotland dan mereka yang bermastautin di Scotland diberi hak untuk mengundi dengan pertanyaan; "Apakah Scotland patut menjadi sebuah negara yang merdeka?" dan para pengundi hanya perlu memangkah "Ya" atau "Tidak" sahaja.
Terdapat lebih kurang 5,000 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negara itu.
Lebih empat juta orang layak mengundi dalam referendum tersebut- mstar
TOP
Semua Penerbangan Masuk Ke Yaman Dibatalkan
SANAA: Semua penerbangan antarabangsa ke ibu kota Yaman telah dibatalkan selama 24 jam ekoran keganasan dan ancaman kepada keselamatan awam, demikian menurut pihak berkuasa penerbangan awam.
"Hampir kesemua negara Arab dan penerbangan awam asing telah memutuskan untuk menangguh perjalanan ke Yaman untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam kerana ancaman keselamatan di ibu negara," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Buat masa ini tidak pula disebut apakah bentuk ancaman kepada keselamatan awam tersebut.- mstar
TOP
Datuk Bunuh Anak Perempuan Dan Enam Cucu
FLORIDA: Seorang datuk bertindak kejam membunuh anak perempuan dan enam cucu menggunakan senapang sebelum menembak diri sendiri di Pekan Bell di sini.
Lelaki berusia 51 tahun itu, Don Charles Spirit didakwa membunuh cucu-cucunya yang berusia lingkungan tiga bulan hingga 10 tahun.
Polis tempatan mendedahkan, pihaknya telah mendapat panggilan daripada suspek yang membuat ancaman terhadap keluarganya sebelum kejadian.
Polis dalam tweetnya turut mengesahkan bahawa enam kanak-kanak telah meninggal dunia akibat dibunuh.
Katanya, tragedi itu merupakan insiden ngeri buat polis di pekan tersebut.
Pekan Bell mempunyai populasi lingkungan 350 orang.- mstar
TOP
Guru Tangkap Anakonda Baham Anjing
SEORANG guru melalui saat yang sukar dipercayai apabila 'bergelut' dengan seekor anakonda sepanjang 5.2 meter dari sebuah sungai, beberapa jam selepas ular besar itu membaham anjing perliharaan rakannya.
Sebastian Bascoules, 39, masuk ke sungai yang cetek untuk mendapatkan ular membaham haiwan perliharaan itu.
Guru matematik itu yang tinggal di Matoury, French Guiana di Amerika Selatan, mengheret ular seberat 79 kilogram itu naik ke darat sebelum menutup kepalanya dengan sehelai kemeja-T. Dia kemudiannya meletakkan ular itu di tab mandi semalaman sebelum membebaskannya di sebuah sungai, yang terletak kira-kira 10 kilometer.
Noam, Michel, Solal, Mano dan Sebastien Bascoules bergambar bersama ular besar yang membaham seekor anjing.
Menariknya, bapa kepada tiga anak itu membenarkan anak-anaknya, Noam, 11, Solal, lapan, dan Mano, lima, untuk berada dekat dengan ular besar tersebut. Dia berkata: "Seorang kawan telefon saya dan memberitahu bahawa anjingnya, Minus, telah dibaham oleh seekora anakonda dekat rumahnya. "Pada awalnya, saya tidak begitu takut kerana saya fikir ia lebih kecil, tetapi saya terkejut dengan kepanjangannya yang lebih lima meter. "Sejak saya berusia 10 tahun, saya suka dengan haiwan reptilia ini tetapi kali ini merupakan ular terbesar yang pernah saya lihat dan pernah saya tangkap. "Ia sungguh besar, jadi saya minta kawan saya untuk bantu saya menangkap ekornya. Jika tidak, ia akan membelit saya. "Memandangkan ular itu telah menelan anjing itu, jadi ia begitu tenang sebelum saya menyentuhnya," katanya.
Kepala ular ditutup dengan sehelai kemeja-T. Sebastian berkata, apabila dia dan jirannya membawa ular itu, waktu sudah agak lewat untuk memindahnya keluar dari kawasan kejiranan itu. Jadi, dia membawa pulang ular itu ke rumah dan menyimpannya di tab mandi semalaman. Dia berkata: "Isteri saya bimbang ular itu mungkin keluar dari bilik air pada waktu malam. "Kita tidak perlu bimbang kerana saya sudah letakkan kain di kepalanya jadi ia 'buta' dan dilihat seperti seekor cacing yang besar." Sebastian kemudian membebaskan anakonda itu keesokan harinya, kira-kira 10 kilometer jauh, ke sebuah sungai dekat paya. Kejadian itu difahamkan berlaku pada tahun lepas tetapi rakaman video ini baharu sahaja dikeluarkan. - mirror.co.uk- mstar

Empat Lelaki Thailand Ditahan Proses Daun Ketum Di Kedai Tom Yam
PETALING JAYA: Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah kedai tom yam di Puchong yang menjadikan dapurnya tempat memproses air daun ketum dengan penahanan empat lelaki warga Thailand pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata dalam serbuan pada kira-kira 9.00 pagi itu, suspek yang berusia lingkungan 19 hingga 26 tahun leka bersembang di pangkin belakang kedai tanpa menyedari kehadiran pihak polis.
Beliau berkata mereka dipercayai bekerja di kedai itu sejak seminggu lepas dan selepas diperiksa, polis menjumpai dan merampas 15 liter air daun ketum serta dua kilogram daun ketum yang dipercayai diseludup dari luar negara.
Pemeriksaan juga mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Siasatan awal mendapati air daun ketum itu dipercayai untuk dijual di sekitar Puchong Permai dengan harga RM10 sepaket," katanya sambil menambah polis masih menyiasat dan mengesan pemilik premis berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (pindaan 1980). - mstar
TOP
Khalid Persoal Niat Suaram Di Laman Twitter
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pengedar-pengedar dadah negara ini akan bergembira sekiranya Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dihapuskan seperti cadangan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Di laman Twitter milik beliau pada Jumaat, @KBAB51 Khalid menjelaskan pemansuhan akta itu akan membantutkan usaha polis membanteras kegiatan pengedaran dadah.
"Suaram kata Akta Dadah Berbahaya perlu dimansuhkan. Wahhhh seronoklah pengedar2 dadah. Usaha @PDRMsia membanteras dadah akan terbantut!" - mstar

Lelaki Mengamuk, Serang Polis
ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk menggunakan pisau dan besi di hadapan sebuah hotel di Jalan Pintu Sepuluh di sini, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di hadapan hotel tersebut pada tengah hari.
Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima maklumat mengenai kejadian amuk di hadapan kedai makan di Mergong Indah.
Namun suspek kemudiannya dikesan di hadapan sebuah hotel, tetapi kemudian melarikan diri dengan memandu kereta secara agresif di sekitar Jalan Putra, Jalan Gangsa dan Jalan Suka Menanti," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pihak polis kemudiannya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa dia isteri kepada suspek dan menyatakan suaminya itu kurang siuman.
Adzaman berkata suspek kemudiannya didapati memberhentikan keretanya di hadapan hotel yang sama dan bertindak menyerang polis dengan batang besi dan pisau apabila diminta menyerah diri.
Suspek kemudiannya dihantar hospital psikiatri untuk diperiksa.- mstar
TOP
Selepas Ole Gunnar Solskjaer, Kini Giliran Felix Magath Pula Dipecat
Fulham terpaksa memecat pengurus mereka, Felix Magath selepas kelab itu kini berada di tangga terbawah Liga Kejuaraan.
> Felix Magath akhirnya dipecat oleh Fulham
> Jawatannya kini disandang buat sementara waktu oleh Kit Symons
> Fulham berada di tangga paling bawah Liga Kejohanan
> Suatu ketika dahulu Fulham adalah antara kelab terkuat EPL
> Pernah menjadi naib juara Liga Europa
> Fulham kehilangan tiga pengurus sejak Julai 2013
> Pemilik, Shahid Khan sebelum ini telah memecat Martin Jol dan Rene Muelensteen
> Bekas pengurus Celtic, Neil Lennon antara calon penganti
KELAB dari kota London, Fulham akhirnya telah memecat pengurus mereka, Felix Magath yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang mempunyai reputasi ala ketenteraan dan mampu menyelamatkan kelab di bawah pimpinannya.
Keputusan untuk memecatnya itu diambil selepas Fulham berada di tangga tercorot liga dan hanya memperolehi satu mata daripada tujuh perlawanan. Buat masa ini, pengurus skuad remaja, Kit Symons mengambil alih sebagai pengurus sementara. Semalam sebuah lagi kelab di Liga Kejuaraan iaitu Cardiff City memecat Ole Gunnar Solskjaer, hanya lapan bulan selepas dilantik sebagai pengurus. Solskjaer sepertimana Magath juga gagal menyelamatkan kelab mereka daripada tersingkir ke liga bawah musim lalu. Cardiff dan Fulham adalah bekas kelab Liga Perdana Inggeris. Fulham yang kini dimiliki oleh seorang usahawan kaya peralatan alat ganti dari Amerika Syarikat bernama Shahid Khan, menegaskan dalam satu kenyataan: "Pengerusi kelab iaitu Shahid Khan telah menamakan Kit Symons sebagai pengurus sementara selepas memutuskan yang pihak kelab menamatkan khidmat Felix Magath. Encik Khan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Magath di atas khidmatnya selama tiga bulan terakhir sepanjang musim lalu dan juga sepanjang tujuh perlawanan permulaan musim ini. Ini adalah satu situasi malang tetapi harus diambil oleh pihak kelab." Shahid Khan pada mulanya berat hati untuk melakukan satu lagi pemecatan ke atas pengurusnya selepas terpaksa berbuat demikian dua kali sebelum ini menyedari bahawa tindakannya itu akan dilihat sebagai suatu tindakan yang tidak sabar tetapi dia tidak mempunyai banyak pilihan. Sebelum ini Shahid Khan telah memecat dua lagi nama besar dalam dunia pengurusan bolasepak Eropah iaitu Martin Jol dan Rene Meulensteen sejak dia mengambil alih kelab itu dari Mohamed Al Fayad pada Julai 2013. Magath datang ke Fulham dengan reputasi yang besar iaitu untuk menyelamatkan kelab tersebut daripada tersingkir ke liga bawah tetapi dia gagal dalam misi tersebut. Dia juga pernah memimpin kelab-kelab ternama seperti Bayern Munich pada 2004 dan VfL Wolfsburg pada 2007 yang mana kemudiannya berjaya membawa kelab-kelab berkenaan menjuarai Liga Jerman. Dia dinobatkan sebagai pengurus terbaik Liga Jerman sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2003, 2005 dan 2009. Bagaimanapun Magath akan lebih diingat kerana regim latihannya yang dikenali sebagai regim tentera di Jerman. Dia dibenci oleh sebahagian besar pemain-pemainnya yang tidak tahan dengan regim latihannya. Kini bekas pengurus kelab Scotland, Celtic iaitu Neil Lennon disebut-sebut sebagai calon popular untuk mengambil alih jawatan pengurus secara tetap.- mstar

Drogba Minta Penyokong Chelsea Tidak 'Hukum' Lampard
DIDIER DROGBA meminta penyokong Chelsea tidak 'menghukum' bekas bintang kelab itu, Frank Lampard pada pertemuan menentang Manchester City pada Ahad.
Drogba memberitahu, hal ini kerana, Lampard masih bersama Chelsea dan akan terus bersama kelab itu dan penyokongnya.
Lampard dipinjamkan ke Etihad dari New York City yang dimiliki kelab tersebut selepas 13 tahun bersama Chelsea.
"Tidak penting dengan kelab mana dia bermain sekarang. Dia tetap bersama kita (chelsea). Dengan apa yang telah dilakukan, dia tetap pemain Chelsea. "Dia telah membuatkan penyokong gembira dan bersorak sepanjang kariernya di Chelsea. "Dia sebahagian daripada sejarah kelab dan penyokong juga tahu apa yang telah disumbangkan olehnya," jelasnya. Drobga, 36, yang merupakan salah seorang daripada bintang Chelsea pernah meninggalkan kelab tersebut selama dua tahun sebelum kembali pada musim ini.- mstar

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 20 Peratus Di Pameran Pelancongan Chennai
NEW DELHI: AirAsia dengan kerjasama Tourisma Malaysia dan laman sesawang pelancongan MakeMyTrip menganjurkan pameran pelancongan di Chennai, Tamil Nadu, negeri di selatan India.
Pameran tiga hari itu yang bermula hari ini di Express Avenue Mall, menawarkan pengunjung diskaun sehingga 20 peratus bagi penerbangan seluruh rangkaian laluan syarikat tersebut, kata AirAsia dalam kenyataan.
"Pameran pengembaraan ini sebagai menghargai sokongan dan respons daripada penumpang kami," kata Ketua Eksekutif AirAsia India Mittu Chandilya.
Pengunjung boleh menempah diskaun khas ini di situ juga sepanjang pameran berlangsung bagi perjalanan dari 21 September 2014 hingga 20 April 2015.
Pada masa ini AirAsia India mengoperasikan penerbangan dari Bengaluru to Chennai/Kochi/Goa/Jaipur/Chandigarh dan sebaliknya.- mstar
TOP
SME Corp Gesa Usahawan Wanita Daftar Perniagaan
KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia menasihatkan usahawan wanita mendaftar perniagaan mereka bagi meningkatkan peluang mendapat pembiayaan daripada bank.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hafsah Hashim berkata, pendaftaran akan memberikan mereka akses lebih baik kepada dana tertentu yang ditawarkan kepada usahawan.
"Kelulusan pinjaman meningkat purata 84 peratus untuk pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara," katanya dalam pembentangan di Persidangan Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri Asia-Pasifik (CACCI) ke-28 di sini, Jumaat.
Hafsah berkata, PKS dan usahawan wanita tidak boleh dilupakan berikutan sumbangan besar mereka kepada keluaran dalam negara kasar negara.
Menurutnya, PKS dijangka memberi sumbangan minimum 40 peratus kepada ekonomi, berbanding 33 peratus tahun lepas.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan dijangka mencapai sasaran mempunyai sekurang-kurangnnya 40 peratus wanita dalam lembaga pengarah syarikat menjelang 2016.
"Kini wakil wanita dalam lembaga pengarah syarikat hanya 10 peratus.
"Di sektor awam, pada 2005 hanya terdapat seorang ketua setiausaha wanita, tetapi kini ada tujuh," katanya.
Persidangan tiga hari bertemakan 'Melepasi 2020: Asia-Pasifik Sebagai Enjin Pertumbuhan Mampan' bermula Rabu lepas.- mstar
TOP
Papan Tanda Runtuh Di Penang, Kereta Rosak Teruk
Kredit photo : panggungopera.blogspot.com/
George Town , 19 Sept : Billboard atau papan iklan gergasi di Bangunan Krystal Point Bayan Baru, Pulau Pinang dilaporkan runtuh dari tingkat 4 menyebabkan beberapa kenderaan yang parking di bawah bangunan tersebut rosak teruk.
Kejadian yang berlaku malam tadi, dikatakan berlaku kerana ribut kuat yang berlaku di tempat kejadian. Papan tanda tersebut yang berukuran 6x18meter telah menyebabkan kerosakan kepada sebuah Perodua Myvi, Perodua Kelisa, sebuah BMW dan sebuah Citreon.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. - SiakapKeli.com

Kenapa Datuk Yusof Haslam Tak Suka Dengan Filem Anak-Anaknya?
Tak siapa menyangka Datuk Yusof Haslam tidak berapa berkenan dengan filem arahan anak-anaknya kerana dikatakan kurang menepati citarasanya.
Tapi, itu cerita dulu. Kini, setelah melihat kejayaan-kejayaan Syamsul dan Shafiq, Yusof Haslam nampaknya akur dengan perubahan yang dibawa oleh mereka.
Memetik Murai.com, Datuk Yusof Haslam mengatakan elemen wanita cantik tidak lagi boleh menarik peminat.
“Isteri saya selalu ingatkan saya, tak perlu nak bersaing dengan anak sendiri, biarlah mereka tentukan dan hasilkan idea untuk pembikinan filem, kita sebagai yang senior serta selaku ibu bapanya, hanya memberikan semangat dan nasihat agar mereka gembira dengan filemnya,” katanya.
Tapi, tindakan Yusof Haslam memberi peluang kepada anak-anaknya harus diberi pujian. - SiakapKeli.com
TOP
Pengarah Kastam Perak Didakwa Terima Rasuah
KUALA LUMPUR – Pengarah Kastam Negeri Perak Datuk Mohd Nasir Said dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM80,000 daripada dua individu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap minuman keras import yang tidak dibayar cukai, dua tahun lepas.
Mohd Nasir, 58, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Rosbiahanin Arifin.
Mengikut pertuduhan, suapan itu sebagai dorongan tertuduh tidak mengambil tindakan atau menggunakan pengaruhnya agar tindakan tidak diambil terhadap kedua-dua individu atau syarikat yang mereka berkepentingan bagi kesalahan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Mohd Nasir, yang ketika itu Pengarah Kastam Melaka, didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada Oktober 2012 serta antara Januari dan Julai 2014 di Pasaraya Tesco Taman Midah, Cheras di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Anthony Kevin Morais menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan memohon agar pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.
Peguam Che Azmi Che Omar bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 bagi setiap pertuduhan kerana aset tertuduh dan isterinya dibekukan.
“Gaji tertuduh tidak boleh dikeluarkan dan tertuduh terpaksa meminjam wang daripada saudara-maranya untuk membayar jaminan,” katanya.
Beliau berkata Mohd Nasir sudah berkhidmat selama 34 tahun sebagai penjawat awam dan akan bersara dalam tempoh setahun empat bulan.
Rosbiahanin membenarkan Mohd Nasir diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan kes. – BERNAMA
TOP
Jangan Terpengaruh Cerita Keluar Malaysia – Shafie
SEMPORNA – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi meminta rakyat Sabah dan Sarawak supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang mahukan kedua-dua negeri itu keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Beliau berkata rakyat Sabah dan Sarawak perlu berfikir dengan mendalam kesan perkara itu, sebelum menyokong suara yang boleh mengugat keselamatan khususnya di pantai timur Sabah.
“Saya sangat berharap penduduk khususnya di Sabah tidak terpengaruh dan menyokong mereka. Pihak yang tidak bertanggungjawab itu pandai memutar belitkan fakta…namun, mereka tidak pernah memikirkan nasib rakyat khususnya di kawasan pantai timur Sabah yang pernah diceroboh awal tahun lepas.
“Rakyat perlu tahu jika Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia, kesan terhadap keselamatan di Sabah sangat berat. Kita tidak mahu ada pihak cuba menceroboh dan menuntut Sabah seperti sebelum ini, akhirnya keselamatan penduduk di pantai timur Sabah terancam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Semporna pada Jumaat.
Pada masa sama, Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berharap penduduk di Sabah dan Sarawak diberi penerangan mengenai fakta sejarah penubuhan Malaysia supaya mereka tidak mudah terpangaruh dengan fakta yan diputarbelitkan.
“Mereka perlu mengetahui sejarah Sabah dan Sarawak sebelum bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia. Pungutan suara dilakukan ke atas semua penduduk pada masa itu dan mereka bersetuju untuk bergabung,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Mohd Shafie meminta anggota parti supaya terus memainkan peranan membantu pucuk pimpinan menyelesaikan masalah rakyat diperingkat akar umbi.
“Semua anggota di setiap cawangan Umno perlu melakukan pemantauan agarbantuan kerajaan sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment