TOP
Wanita Arab Mencari Calon Suami Dari Malaysia??
Rasanya sebelum ini dah beberapa kali juga lelaki Malaysia dikejutkan dengan berita gembira tentang peluang mengahwini wanita Arab tapi bila diperiksa semuanya dusta semata-mata.
Kini sekali lagi iklan lebih kurang serupa disebarkan di laman siber kononnya oleh perkhidmatan mencari jodoh dan siap disertakan dengan nombor telefon untuk dihubungi.
Iklan dihias gambar wanita-wanita cantik itu berbunyi:
“Berita baik untuk lelaki sahaja. Wanita dari negara Arab umur 25 tahun hingga 38 tahun ingin mencari calon suami lelaki dari Malaysia. Status diri tak kisah asalkan sihat zahir batin. Wanita dari negara Arab sanggup meminang lelaki yang sesuai dan terpilih. Hubungi segera penyertaan terhad.”
Kami yakin walau pun hati kata tak betul ramai juga lelaki bakal mendail nombor pada iklan ini. Secara logiknya cuba fikir, wanita Arab sanggup meminang lelaki Malaysia tak kira status diri asalkan sihat zahir batin..? Arab belah mana tu agaknya? Kahkah! – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC
TOP
Kronologi Kes Pemandu rogoI Jururawat dalam Ambulans
Kes pemandu ambulans rogol jururawat Hospital Mersing. Sumber DTR Crew:
Mersing Rpt: 4222/14. (Amaran: Bacaan Dewasa Sahaja)
Pada 04/09/14 jam lebih kurang 0045 hrs semasa pengadu bertolak dari Hospital Sultan Ismail dan berada dlm perjalanan pulang ke Hospital Mersing, pengadu duduk bahagian tempat duduk belakang dan seorang lagi pembantu bernama Hamizan duduk di tempat duduk hadapan bersama pemandu ambulans bernama Zailani.
Sampai sahaja di Hospital Mersing, Hamizan pun terus masuk ke dalam wad kecemasan manakala pengadu pula mengemaskan barang utk di bawa turun dari ambulans.
Sudah menjadi prosedur di mana pemandu ambulans akan meminta pengadu utk tandatangan buku penggunaan ambulans. Zailani menyuruh pengadu duduk di depan utk tandatangan buku penggunaan ambulans. Pengadu kata sekejap lagi kerana pengadu nak kemas brg lagi. Pengadu kemudian tandatangan dan mengemas semula brg tetapi Zailani suruh pengadu biarkan sahaja dan Zailani menawarkan utk menghantar pengadu ke wad 4. Pengadu tolak pelawaan Zailani dan meneruskan mengemas barang. Kerana terlalu penat,pengadu terlelap dalam ambulans dan apabila terjaga pengadu dapati ambulans telah berada di belakang asrama hospital.
Pengadu cuba buka pintu ambulans tetapi pintu dlm keadaan berkunci. Keadaan yg gelap menyukarkan pengadu mencari sesuatu utk membuka pintu ambulans. Tanpa pengadu sedari Zailani telah berada di belakang pengadu dan Zailani terus memeIuk pengadu dan menc#um mulut pengadu.
Zailani terus baringkan pengadu dan menyelak baju pengadu dan mengh#sap buah d#da pengadu. Zailani cuba membuka seluar pengadu dan berlaku pergelutan dan akhirnya Zailani berjaya membuka seluar pengadu dan menj#lat kemaIuan pengadu.
Zailani kemudian membuka seluar dan memasukkan kemaIuannya ke dalam kemaIuan pengadu. Lebih kurang 2 kali Zailani hen.jut, Zailani memanc#tkan air man# di atas perut pengadu.
Butir-butir rampasan:
1. Barang: 1 helai Seluar panjang kerja warna coklat.
Tempat dijumpai: dalam bilik rumah No. 18 Berek Hospital Mersing.
2. Barang: 1 helai seluar dalam warna maroon jenama Alain Delon.
3. Barang: 1 helai jaket warna hitam tertera nama "Zailani"
Tempat dijumpai: dlm bilik pemandu ambulans Hospital Mersing.
4. Barang: 1 helai baju t-shirt berwarna kuning.
Tempat dijumpai: dlm bilik pemandu Hospital Mersing.

Bayi Bermata Satu Meninggal Dunia
Beni Suef: Seorang bayi yang dilahirkan dengan satu mata dan hidung di dahi di sebuah hospital
di Mesir namun meninggal dunia 15 minit selepas dilahirkan.
Menurut laporan akhbar tempatan semalam, bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan di
sebuah hospital di bandar Beni Suef dan doktor menyifatkan ia sebagai kes yang amat jarang
berlaku.
Di samping itu, akhbar tempatan semalam, melaporkan bayi berkenaan mempunyai satu mata di
tengah-tengah mukanya dan hidung yang terkeluar seperti paku di atas mata berkenaan. – Agensi
TOP
Dicerai Suami Sebulan Selepas Nikah Dengan Alasan Kulit Gelap

KANGAR: “Hanya kerana warna kulit perempuan lain didakwa lebih cantik, dia sanggup menceraikan saya walaupun kami baru sebulan diijab kabul.” Begitu pengakuan Husna, 26, (bukan nama sebenar), seorang janda muda selepas perkahwinan dengan bekas suaminya yang juga penjawat awam, musnah disebabkan warna kulitnya lebih gelap berbanding wanita yang baru ditemui lelaki itu. Menurutnya, detik percintaan mereka selama lebih enam tahun amat membahagiakan sebelum mengambil keputusan berkahwin ketika dia berusia 24 tahun pada Januari 2012 lalu dan suaminya yang kini berusia 26 tahun itu pulang bercuti kerana bertugas di Sarawak. Husna berkata, impiannya untuk melihat jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat tidak kesampaian apabila ia berakhir tanpa dijangka. “Segala kemelut rumah tangga bermula apabila suami kembali semula bertugas di Malaysia Timur selepas dia tidak lagi menghubungi saya yang juga isterinya.
Husna, 24 tahun
“Dia sering memberi alasan mempunyai banyak kerja hingga tidak sempat menghubungi saya. Akibat itu, saya nekad pergi berjumpanya di Sarawak dengan hanya mempunyai wang untuk membeli tiket penerbangan pulang saja. “Sebaik tiba di sana, saya tidak menghubunginya kerana mahu membuat kejutan, tetapi saya pula yang terkejut apabila melihat dia bersama perempuan lain. Dia memaklumkan wanita berasal dari Sarawak itu adalah calon isterinya dan dia terus menceraikan saya ketika itu juga,” katanya ketika ditemui, di sini. Menurutnya, dia terkedu dengan lafaz talak satu yang diucapkan bekas suaminya kerana tidak menyangka lelaki terbabit mempunyai perempuan lain dan turut bercadang untuk berkahwin. “Pengalaman hidup ini secara tidak langsung mematangkan diri saya, dan akan lebih berhati-hati apabila didekati lelaki bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali,” katanya. -Harian Metro - mstar

Klip Video 'Penyanyi Bogel Meraikan Tentera' Tersebar
BANGKOK - Tentera Udara Diraja Thailand akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang didapati terbabit dengan persembahan wanita bogel dalam satu persembahan di kelab tentera.
Menurut laporan Bangkok Post, Jurucakap Tentera Udara, Marsyal Monthol Satchukorn mengesahkan lelaki yang berpakaian seragam tentera dalam klip video yang dimuat naik di internet dikenal pasti anggotanya. Klip video yang bertajuk `Penyanyi bogel meraikan tentera’ mula tersebar di internet pada minggu lalu dan telah mendapat kritikan hebat daripada pelayar media sosial. Dalam pada itu, Monthol berkata para pegawai yang terbabit dalam klip video itu telah melanggar peraturan mengenai penggunaan kemudahan premis kerajaan. Bagi menyiasat perkara berkenaan satu jawatankuasa khas turut ditubuhkan. Jelasnya, anggota yang terbabit perlu dihukum kerana telah melanggar disiplin tentera kerana berbuat demikian dengan berpakaian seragam tentera, lapor The Rakayat Post.

Aset APMM Kawal Perairan Negara 24 Jam Kekang Nelayan Asing
Anggota APMM menjalankan rondaan sekitar perairan negara untuk memastikan tiada pencerobohan di kalangan nelayan asing.
KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mempertingkat penguatkuasaan di kawasan perairan negara dengan pemantauan dan rondaan 24 jam sehari bagi mengekang kegiatan pencerobohan nelayan asing daripada terus berleluasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, menerusi pendekatan itu, kapal-kapal atau bot-bot APMM akan melakukan pertukaran tugas di lautan agar kawasan di bawah pemantauan APMM sentiasa terkawal dari sebarang pencerobohan. "Sebelum ini bot-bot akan pulang ke pangkalan untuk melakukan pertukaran tugas dan ia mengambil masa yang lama untuk bot seterusnya kembali ke laut. Ini menyebabkan kawasan yang berkenaan ditinggal tanpa kawalan dan memberi ruang nelayan-nelayan asing melakukan pencerobohan dan menangkap ikan di kawasan berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Sesi Dialog bersama nelayan kawasan Kuantan, Pekan dan Nenasi di pejabat APMM di sini, Khamis. Turut hadir, Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish dan Anggota Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali. Dalam dialog berkenaan Shahidan mendengar masalah pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam yang menggunakan lesen bot tempatan sering kali mengganggu aktiviti penangkapan ikan nelayan tempatan. Mengulas lanjut Shahidan berkata APMM serius dalam menangani permasalahan para nelayan di perairan Laut China Selatan khususnya nelayan di Kuantan ekoran pencerobohan nelayan asing berkenaan. Katanya, APMM juga akan menggerakkan pasukan sukarelawan, Sahabat APMM yang terdiri daripada nelayan atau anak-anak nelayan bagi membantu anggota APMM dalam operasi penguatkuasaan agar pencerobohan itu dibanteras habis-habisan. "Sahabat APMM ini mungkin kita akan bagi kuasa menangkap atau menahan mana-mana nelayan asing yang didapati melakukan pencerobohan kawasan penangkapan ikan nelayan tempatan. "Jika aset kita tak cukup, kita akan sewa bot-bot nelayan tempatan atau agensi yang lain asalkan pencerobohan ini dapat diatasi," katanya. Dalam pada itu, Mohd Amdan berkata, pihaknya akan memburu anggota APMM yang didapati menerima rasuah dari nelayan asing berkenaan agar mereka dilepaskan sekiranya tertangkap di lautan. "Jika nelayan dapat tahu mana-mana anggota APMM yang menerima rasuah 'sotong kering' atau ikan yang ditangkap oleh nelayan asing berkenaan agar mereka dilepaskan sila buat laporan segera beserta bukti dan kita akan singkirkan anggota berkenaan dari APMM," katanya. - mstar

Rakyat Terlibat Militan Jejas Imej Malaysia - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid bersama warga kerja KDN menyanyikan lagu Negaraku pada majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, Khamis.
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan terlibat dengan kegiatan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kerana boleh menjejaskan imej Malaysia sehingga dianggap sebagai sarang melatih pengganas. Beliau berkata, pergolakan di Iraq dan Syria merupakan masalah dalaman negara terbabit dan rakyat Malaysia tidak harus campur tangan dalam hal ehwal negara lain. "Walaupun kita bersimpati dengan apa yang berlaku (di negara bergolak), kita boleh terlibat dengan memberi bantuan kemanusiaan dan bukan terlibat untuk menyokong atau menentang mana-mana pihak. Ini harus dijadikan asas. "Jika sesuatu berlaku, ia akan memberi imej kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia adalah sarang untuk melatih pengganas. Kalau ada terbunuh dan tercedera, akhirnya mereka juga merujuk kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan segala-galanya," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, Khamis. Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya mengenai faktor yang mendorong 40 rakyat Malaysia, termasuk lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikatakan menyertai kumpulan militan ISIS. "Saya tidak mempunyai sebarang maklumat (berhubung penglibatan mereka). Pada hemah saya, jangan fikir penglibatan mereka (dalam ISIS) sebagai pejuang jihad," katanya. Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia perlu berpegang kepada konsep kesederhanaan atau wasatiyyah agar "jangan terlalu ke kanan atau kiri". "Kita harus patuh kepada hukum Islam agar tidak melakukan perkara ekstrem. Jihad tidak semestinya ke medan peperangan atau campur tangan dalam hal ehwal negara lain. Yang penting adalah jihad pada diri dan ia harus menjadi pegangan pada semua," katanya. Wisma Putra sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menganggap ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak merestui sebarang aktivitinya. Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata Kesatria Muda Keselamatan di 222 kawasan Parlimen seluruh negara akan dilancarkan pada November tahun ini. Beliau berkata, Kesatria Muda Keselamatan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, bertujuan untuk memupuk golongan muda seawal 16 tahun bagi memiliki jiwa patriotik dan minda keselamatan. "Skuad muda ini akan melibatkan diri dalam rondaan mencegah jenayah bersama Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis selain terlibat dalam aktiviti-aktiviti komuniti, kebudayaan, sukan dan latihan kemahiran. Saya berharap skuad muda ini dapat membantu menurunkan kadar jenayah dalam negara," kata Ahmad Zahid. Beliau juga menyarankan semua agensi bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berusaha mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap kementerian. Katanya, ini kerana kajian yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (Uniten) terhadap 25,000 responden mendapati 30 peratus daripada responden merasa tidak selamat kerana ramainya pendatang asing dan diikuti tiada lampu jalan (20 peratus), tiada rondaan polis (15 peratus), kawasan sering berlaku jenazah (15 peratus), ancaman kongsi gelap (sembilan peratus) dan kumpulan penagih dadah (tujuh peratus). Beliau berkata, kajian Indeks Persepsi Keselamatan NKRA bagi 2013 itu mendapati kira-kira 47 peratus rakyat Malaysia merasa diri mereka selamat. "Keputusan ini (hasil kajian) menunjukkan perlunya usaha di luar kebiasaan KDN dalam memberi jaminan keselamatan," katanya. - mstar

Wisma Putra Jelaskan Sebab Penghantaran Pulang Pelajar Dari Moscow
Lapangan Terbang Antarabangsa Domodevo di mana pelajar Malaysia, M. Murugan Pillai tidak dibenarkan masuk ke Rusia.
KUALA LUMPUR: Pegawai kedutaan Malaysia di Moscow telah cuba mendapatkan akses kepada pelajar Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodevo tetapi tidak diberi kebenaran sehingga pelajar berkenaan di dihantar pulang. Wisma Putra dalam kenyataan malam Rabu, berkata pihak berkuasa Rusia tidak menyatakan sebab-sebab tidak membenarkan M. Murugan Pillai memasuki negara itu dan penghantaran pulang itu tertangguh kerana tiada tempat duduk untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Ia berkata, pelajar di National Research Medical University di Rusia yang tidak dibenarkan memasuki negara itu pada 2 September, ditahan di lapangan terbang tersebut dan seterusnya dihantar pulang pada Ahad lepas. Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lepas. Wisma Putra berkata, kedutaan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini tetapi sebaik sahaja menerima berita itu, pihak kedutaan cuba menghubunginya di lapangan terbang tersebut. "Oleh kerana dia tidak didakwa, pegawai dari Kedutaan Malaysia tidak dapat berhubung dengannya tetapi dapat menghubungi pihak berkuasa Rusia," kata kementerian itu. Ia berkata, para pegawai kedutaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Rusia untuk memastikan bahawa hak pelajar itu dijaga dan dilindungi. "Malah, makanan dihidangkan tiga kali sehari semasa dia menunggu untuk menaiki penerbangan seterusnya pulang ke Malaysia," katanya. Kenyataan itu menyebut Jabatan Kawalan Sempadan Rusia mengeluarkan arahan kepada Murugan yang menyebut bahawa "menurut Bahagian 8 Perkara 26 Undang-undang Persekutuan bertarikh 15 Ogos 1996 No.114 - FZ, dia tidak dibenarkan memasuki Persekutuan Rusia sehingga 02.07.2016." "Ia merupakan amalan antarabangsa bahawa setiap negara mempunyai hak untuk tidak membenarkan sesiapa memasuki wilayahnya," tambah kenyataan itu. Murugan mendakwa bahawa walaupun beberapa kali cuba mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia di Moscow, tiada bantuan diterima sejak hari dia ditahan pada 2 September. Dia juga mendakwa diberi makan hanya satu hidangan sehari. - mstar

Cuaca Buruk Punca Nahas Pesawat Virgin Atlantic November Lalu - AAIB
SEMBILAN penumpang dan seorang anak kapal cedera apabila sebuah jet jumbo berhadapan dengan cuaca buruk, menurut satu laporan kemalangan mengenai Virgin Atlantic yang didedahkan.
Kejadian itu berlaku pada awal pagi 14 November tahun lalu apabila pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Montego Bay di Jamaica.
Pesawat Boeing 747 itu dipukul angin bergelora melampau selepas kajian radar cuaca juruterbang membawa kepada mereka mengubah laluan bagi mengelakkan cuaca buruk di laluan yang ingin dilalui.
Radar yang dipantau oleh juruterbang "dilihat menunjukkan satu garis cuaca di laluan yang dilalui oleh pesawat itu, kata Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).
Selepas mengubah lalu, penumpang dan anak kapal berhadapan dengan "satu tempoh singkat bagi pergolakan yang teruk", menyebabkan seorang anak kapal dan dua daripada penumpang yang cedera terpaksa dirawat di hospital.
Pesawat itu yang membawa 400 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Gatwick di London, tetapi salah seorang penumpang mengalami kecederaan di bahagian lutut manakala seorang anak kapal yang sedang berada di kawasan rehat ketika kejadian, cedera di bahagian kepala dan leher.
Kebanyakan penumpang sudah pun memakai tali pinggang keledar ketika kejadian. Kesemua penumpang yang cedera berada di belakang, sebelah kanan pesawat.
Pegawai kesihatan merawat mereka yang cedera selepas pesawat itu mendarat. - dailymail.co.uk - mstar
TOP
2 Letupan Bom Buatan Sendiri Di Pusat Beli-Belah
Pegawai polis Chile mengawal keadaan di dalam stesen kereta api bawah tanah La Moneda berikutan kejadian letupan bom di stesen Escuela Militar pada Isnin. Foto AFP
SANTIAGO (Chile): Dua bom buatan sendiri meletup di sebuah pusat membeli-belah di bandar peranginan Vina del Mar di Chile, sekali gus mencetuskan suasana panik selepas satu insiden letupan bom di stesen kereta api bawah tanah di Santiago yang mencederakan 14 orang. Letupan terbaharu itu berlaku pada Rabu di sebuah bilik mandi di pusat membeli-belah Open Plaza di Vina del Mar. Tiada kecederaan dilaporkan bagaimanapun ia berlaku kurang 24 jam selepas satu insiden letupan yang sama di luar pasar raya Tottus berhampiran yang mencederakan seorang wanita pada malam Selasa. Insiden letupan bom di Vina del Mar itu membimbangkan orang ramai selepas satu serangan yang berlaku di stesen kereta api bawah tanah Escuela Militar di ibu negara itu pada Isnin. Menurut polis, bom dalam kejadian letupan pada Selasa, diperbuat daripada botol plastik yang diisi dengan aluminium dan asid hidroklorik, telah diletakkan di dalam tong sampah, dilihat seperti yang peranti yang meletup di medan selera stesen kereta api bawah tanah pada Isnin. - AFP - mstar

Ebola: Kes 'Disyaki' Pertama Dikesan Di Australia
Petugas kesihatan Liberia mengangkat mayat mangsa wabak Ebola untuk disempurnakan di sebuah perkampungan di negara itu.
CANBERRA: Seorang lelaki terpaksa dipisahkan dan menjalani pelbagai ujian selepas disyaki menghidap penyakit Ebola, sekali gus kes pertama di Australia. Walaupun besar kemungkinan lelaki berusia 25 tahun itu tidak menghidap penyakit berbahaya itu, pihak hospital di sini tetap mengambil langkah berjaga-jaga. Media tempatan melaporkan, lelaki itu sakit selepas pulang dari Republik Demokratik Congo dan dipindahkan ke sini dari Hospital Universiti Gold Coast di Queensland. Jurucakap hospital dan Perkhidmatan Kesihatan, Amanda Noonan berkata, diagnosis positif 'besar kemungkinan' tidak ada tetapi rawatan yang diberi ketika ini sebagai kes Ebola yang disyaki. Lebih 2,200 kematian di sekitar Afrika Barat dikatakan berpunca daripada Ebola, iaitu penularan wabak paling dahsyat dalam sejarah penyakit itu. Sementara itu, di Geneva, dilaporkan angka kematian akibat wabak Ebola melonjak hampir 200 sehari kepada sekurang-kurangnya 2,296 mangsa, menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sejumlah 4,293 jangkitan Ebola direkodkan di lima negara Afrika Barat sehingga 6 September lalu, kecuali Liberia yang juga negara paling teruk diserang virus Ebola. Pertubuhan itu juga menjangkakan ribuan kes baharu Ebola akan berlaku di Liberia dalam beberapa minggu lagi, sekali gus menimbulkan kKebimbangan Presidennya, Ellen Johnson Sirleaf. Selain itu, Menteri Pertahanan Liberia, Brownie Samukai ketika memaklumkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap Ebola boleh mengakibatkan negara itu lumpuh. Wabak Ebola yang bermula pada Disember tahun lalu kian meruncing. Antara simptom jangkitan Ebola termasuk demam panas, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang membawa kepada kematian. - mstar

Pesawat Untuk Pemain Bola Sepak Jutawan
Pesawat untuk pemain bola sepak elit.
MENURUT syarikat pengembaraan dan teknologi Teague, imej-imej yang dipaparkan ini tidak lama lagi akan menjadi realiti bagi membantu pasukan bola sepak mengembara ke seluruh dunia dengan gaya mewah. Pemain-pemain Brazil dilihat terbang sehingga 8,000 batu di udara semasa cuti selama dua minggu, tetapi kebimbangan pengurus kelab adalah mengenai kesan kepada penerbangan yang sukar buat mereka selepas menempuhi perlawanan sebelum itu.
Ruang dalaman pesawat untuk pemain bola sepak.
Dengan kerjasama Nike, Teague mengemukakan satu idea revolusi bagi membantu para atlit mengekalkan prestasi dengan membuat rekaan dalaman sebuah pesawat baharu. Para pemain boleh berehat dan memulihkan diri selepas pulang dari permainan dengan tempat duduk baring-rata yang bersesuaian dengan para atlet, dan ruang lengan yang selesa untuk merehatkan otot-otot sepanjang penerbangan.
Pemain boleh merehatkan diri selepas penat bermain di padang. Ujian dan analisis biometrik turut boleh didapati sepanjang penerbangan. Kerusi yang boleh dibaringkan secara rata direka sesuai untuk golongan atlet.
Terdapat bilik yang turut mempunyai tingkap untuk melihat pemandangan di luar.
Terdapat ruang untuk para pemain menerima urutan semasa penerbangan. Malangnya, ia tidak direka sebelum pasukan England terbang ke Brazil untuk Piala Dunia. - eurosport - mstar

Keputusan Persahabatan Antarabangsa
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa, awal pagi Khamis:
Namibia 1 - 1 Swaziland
Bolivia 0 - 1 Mexico
Brazil 1 - 0 Ecuador
Chile 1 - 0 Haiti
Canada 3 - 1 Jamaica
- mstar
Namibia 1 - 1 Swaziland
Bolivia 0 - 1 Mexico
Brazil 1 - 0 Ecuador
Chile 1 - 0 Haiti
Canada 3 - 1 Jamaica
- mstar
TOP
Malaysia Layak Ke Suku Akhir Kejohanan AFC B-16
KUALA LUMPUR: Malaysia buat pertama kali menempah slot suku akhir Kejohanan Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) bawah 16 tahun (B-16) selepas muncul naib juara Kumpulan A.
Pada perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Rajamangala di Bangkok pada Rabu, skuad Harimau Muda B-16 mengalahkan Oman 2-1.
Penyerang negara Muhammad Najmuddin Samat meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-64 sebelum Oman menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Mohamed Salam Humaid Hamed Al Ubaidani.
Muhammad Najmuddin muncul wira pasukan negara dengan jaringan pada minit ke-77, sekali gus mengesahkan tempat Malaysia di suku akhir pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen berbayar.
Bagaimanapun, anak buah jurulatih S. Balachandran, bakal menghadapi laluan getir apabila bertemu Australia, pasukan separuh akhir edisi 2010, pada peringkat suku akhir, Ahad ini.
Australia muncul juara Kumpulan B selepas melengkapkan jadual perlawanan kumpulan dengan menewaskan Jepun 4-2 pada Rabu.
Bagaimanapun, Jepun, yang muncul naib juara kumpulan, akan berdepan dengan juara dua kali, Korea Selatan, selaku juara Kumpulan A pada saingan suku akhir.
Sebagai rekod, Malaysia layak ke kejohanan itu sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004 di Jepun dan 2008 di Uzbekistan namun gagal melepasi saingan peringkat kumpulan. - mstar
TOP
Might, Mardi Perkenal Penggunaan Tenaga Biojisim
KUALA LUMPUR: Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might) menyertai Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memperkenalkan penggunaan biojisim bagi tenaga di Forum Asean+3 Ke-7 yang diadakan di Bangi, Rabu.
Forum tiga hari itu yang bertemakan "Tenaga Biojisim bagi Masa Hadapan Hijau" dihadiri para peserta dari Asean, China, Jepun dan Korea Selatan, kata Might dalam satu kenyataan.
"Semasa forum tersebut, setiap peserta diminta berkongsi pengalaman negara mereka dalam melaksanakan inisiatif biojisim, dan melihat cara bagaimana mereka boleh bekerjasama dalam memperkenalkan tenaga biojisim dengan memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain," kata kumpulan itu.
Might terlibat secara langsung dalam pelancaran Inisiatif Biojisim Malaysia (MBI), satu daripada program berimpak tinggi utama yang disokong oleh mesyuarat sulung Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di New York pada 2011.
Syarikat tujuan khas, MYBiomass Sdn Bhd, ditubuhkan di bawah MBI susulan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat GSIAC itu. - mstar
TOP
Afi Pilih Malaysia Sebagai Ibu Pejabat
KUALA LUMPUR: Alliance for Financial Inclusion (AFI) telah memilih Malaysia sebagai ibu pejabat tetapnya.
AFI dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pemilihan itu dibuat pada mesyuarat agung tahunannya pada hari pertama Forum Dasar Global 2014 yang bermula dari 9-11 Sept di Port of Spain, Trinidad dan Tobago.
Pengarah Eksekutif AFI Alfred Hannig berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mengetuai tawaran dari Malaysia, yang akhirnya dipilih daripada cadangan kumpulan calon yang disenarai pendek seperti Brazil, Mexico dan Turki.
"Jawatankuasa kecil mengenai Penilaian Negara Penganjur telah mengkaji permohonan cadangan daripada setiap negara, dan menyediakan laporan saranan kepada jawatankuasa pemandu AFP untuk membuat keputusan muktamad," katanya.
Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata bank pusat itu komited terhadap agenda rangkuman kewangan.
"Kami juga berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan AFI dan anggotanya dalam memajukan pembangunan dan pelaksanaan dasar yang akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan untuk mereka yang tidak mempunyai akses kepada akaun bank di dunia," katanya. - mstar
TOP
Insiden MH17 Jadi Punca Iesya Toh Tangguh Kahwin
Iesya Toh lega perkahwinan tepis gosip ditaja individu tertentu.
PETALING JAYA: Pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh menangguhkan perkahwinannya yang dirancang berlangsung pada 10 Oktober depan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian sebagai menghormati insiden pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17. Iesya atau nama sebenar Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 30, berkata, perkara tersebut dilakukan bagi mengelakkan pertembungan tarikh antara pernikahannya dengan ketibaan jenazah MH17 yang kini dalam proses dibawa pulang. "Pihak RTM berhasrat untuk menyiarkan majlis akad nikah saya secara langsung di Selamat Pagi Malaysia dan upacara akad nikah akan berlangsung di Masjid Angkasapuri. "Bagaimanapun, saya menghormati jenazah-jenazah mangsa MH17 yang sedang dalam proses dibawa pulang dalam tempoh beberapa bulan ini dan RTM pula menyiarkan upacara menyambut jenazah itu secara langsung," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Iesya bersama kekasihnya Zairee.
Iesya bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zairee, 33, yang berasal dari Negeri Sembilan selepas setahun berkenalan. Iesya menambah, dia tidak mahu majlis perkahwinannya diraikan secara besar-besaran ketika semua rakyat bersedih menyambut kepulangan jenazah. Sehubungan itu dia dan keluarga mengambil keputusan penangguhan tersebut kepada satu tarikh yang dijangka pada tahun hadapan. "Jangan salah sangka, perkahwinan ini ditangguhkan kerana menghormati MH17 bukan kerana sebab-sebab lain atau masalah dalaman hubungan kami. "Saya tidak mahu terlalu gembira meraikan majlis ini ketika negara kita bersedih menyambut ketibaan jenazah mangsa yang kita tidak tahu bila akan selesai semuanya, jadi mungkin kalau tiada apa halangan kemungkinan tahun depan," ujarnya. Sementara itu, Iesya berkata, persiapan untuk majlis tersebut sudah siap sepenuhnya termasuk menerima pelbagai tajaan mencecah RM500,000. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kesemua penaja memahami situasi dan punca penanguhan tersebut. "Alhamdulillah lepas berita tentang saya ingin berkahwin ramai penaja yang tampil dan menghubungi perancang perkahwinan saya. "Tapi tidak semua yang saya ambil kerana sya atidak mahu perkahwinan saya jadi seperti majlis mereka pula, jadi saya pilih yang tertentu sahaja seperti makanan, pakaian dan pelamin itupun kalau dikira mencecah RM500,000," ujarnya. Dalam pada itu, bercerita tentang bakal suaminya, Iesya berkata, biarpun baru setahun mengenali lelaki tersebut, kedua-dua mereka mempunyai keserasian untuk hidup bersama. Tambahnya, secara tidak langsung juga perkahwinan yang bakal berlangsung itu dapat menepis semua gosip buruknya sebelum ini apabila kehidupannya dikatakan ditaja oleh individu tertentu. "Saya kenal dia sudah hampir setahun juga dan Ogos lalu keluarga dia sudah datang merisik dan menetapkan tarikh perkahwinan kami. "Alhamdulillah dia seorang yang sangat memahami dan tahu tentang gosip-gosip saya sebelum ini, dia tanya sendiri dan minta penjelasan saya sebelum mendengar daripada mulut orang lain," ujarnya.- mstar

UPSR: Kertas Bahasa Inggeris Bocor, Calon Perlu Duduki Semula
PETALING JAYA: Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan kebocoran soalan, kata Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh pada Khamis.
Terdahulu kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis, ditangguhkan berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan.
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan Sains itu didapati mula tersebar di media sosial dan tarikh baharu bagi peperiksaan subjek berkenaan ditetapkan pada 30 September ini. - mstar
TOP
Obama Janji Serangan Udara Di Syria, Hapuskan Militan IS
Barack Obama. Foto AFP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjanji akan mengadakan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS), termasuk serangan udara di Syria dan memperluaskan operasi di Iraq. Obama, presiden yang berharap dicatatkan dalam sejarah dalam menamatkan peperangan itu, turut berjanji untuk meningkatkan pasukan Iraq dan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada pembangkang Syria. Beliau menerusi ucapannya yang disiarkan di televisyen berkata, IS yang memancung kepala dua wartawan Amerika dan merampas beberapa kawasan di Iraq dan Syria, disifatkan sebagai satu tindakan kejam. "Mereka membunuh tahanan. Mereka bunuh kanak-kanak. Mereka menjadikan wanita sebagai hamba, merogol, dan memaksa untuk berkahwin," katanya. Obama berkata, kekejaman seperti itu hanya boleh dilakukan dengan satu tindak balas. "Matlamat kami adalah jelas, kami akan memusnahkann ISIL (Negara Iraq dan Jajahannya) melalui strategi antikeganasan yang komprehensif. "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ISIL di Syira, juga di Iraq," katanya. - mstar

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Bocorkan Kertas Sains UPSR 2014 - Pekadin
KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati bersalah membocorkan kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
2014.
Naib Presiden Pekadin, Simon Molubi berkata, ini penting bagi memastikan perkara seumpama itu tidak berulang selain memberi pengajaran kepada semua.
Pekadin juga berharap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) selaku pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan siasatan rapi dan menyeluruh, dan seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
"Mengurus peperiksaan awam UPSR bukanlah mudah. Banyak kos yang perlu digunakan terutama di Sabah dan Sarawak yang mempunyai sekolah yang jauh atau terpencil di pedalaman dan pengangkutan yang sukar.
"Tentu sekali kerajaan menanggung kerugian untuk mencetak semula kertas peperiksaan baharu dan mengurus peperiksaan yang tertangguh. Sebab itu, Pekadin menyarankan agar tindakan yang keras diambil demi menjaga integriti peperiksaan awam di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Simon berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu di Tumpat, Kelantan semalam.
Muhyiddin dipetik sebagai berkata bahawa beliau dukacita kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR 2014, yang sepatutnya diduduki calon hari ini, bocor sehingga terpaksa ditangguhkan ke 30 September ini.
Timbalan Perdana Menteri turut meminta maaf kepada calon dan ibu bapa mereka.
Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan semalam mengumumkan kertas peperiksaan itu ditangguh setelah kandungan soalannya didapati bocor.
- mstar
TOP
Penyelidik UKM Hasilkan Sabun, Losyen Antinyamuk
HULU TERENGGANU: Sekumpulan penyelidik terdiri daripada 13 pakar perubatan dan saintis iaitu bekas pelajar Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menghasilkan sejenis sabun dan losyen badan yang boleh menghalang gigitan nyamuk terhadap manusia.
Ketua projek penyelidikan produk, Dr Mohamad Shukor Yusof, 58, berkata, idea untuk menghasilkan dua produk jenama 'Vecto' itu timbul setelah mereka berbincang mahu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat menggunakan kepakaran yang dimiliki.
"Secara kebetulan, ketika perjumpaan Februari lepas, Malaysia mengalami wabak denggi yang agak teruk, jadi kami berbincang bagaimana mahu membantu rakyat negara ini daripada gigitan nyamuk Aedes.
"Penyelidikan mula dijalankan dan kami memutuskan mahu menggunakan daun serai wangi serta gabungan beberapa herba lain yang terbukti dapat mencegah nyamuk daripada menggigit manusia.
"Ujian klinikal dijalankan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada April lepas dan berjaya membuktikan keberkesanan formulasi sabun dan losyen badan yang kami hasilkan," katanya ketika ditemui Bernama di kliniknya di Kuala Berang, Khamis.
Dr Mohamad Shukor berkata, projek penyelidikan itu turut dibantu secara eksklusif oleh Prof Dr Darah Ibrahim daripada USM dan Prof Dr Latiffah Abdul Latiff daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).
"Projek penyelidikan ini secara asasnya mahu membantu kerajaan mendidik masyarakat mengenai bahaya wabak denggi dan pada masa sama ingin memberi peluang kepada penduduk di Terengganu terbabit dalam sektor pertanian iaitu penanaman serai wangi dan herba lain secara komersial selepas ini.
"Malah, produk ini turut berkesan menghalang gigitan serangga lain seperti pirah dan menghalau lalat," katanya dan menambah sabun dan losyen itu turut mempunyai fungsi aromaterapi yang boleh melegakan stres.
Dr Mohamad Shukor berkata, pihaknya berharap dapat memasarkan kedua-dua produk itu sebagai alternatif kaedah pencegahan jangkitan nyamuk Aedes selain membantu kerajaan mengawal wabak berbahaya tersebut.
Bagaimanapun katanya, produk itu belum dikomersialkan. - mstar
TOP
Australia Paling Mahal Untuk Pelajar Antarabangsa Di Universiti
Sydney merupakan tempat paling mahal untuk pelajar asing melanjutkan pelajaran di universiti.
SYDNEY: Australia merupakan tempat paling mahal untuk pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran di universiti, mendahului Singapura dan Amerika Syarikat (AS), menurut satu kajian. Kajian itu turut menyatakan bahawa India merupakan tempat paling murah bagi pelajar asing menyambung pengajian tinggi. Laporan kajian oleh bank gergasi HSBC, menerusi tinjauan terhadap 15 negara, berkata pelajar asing memerlukan AS$42,000 (RM134,401.16) setahun untuk membayar yuran universiti dan kos sara hidup di Australia. Ia hampir AS$3,000 (RM9,597.74) lebih dari Singapura, dan AS$36,000 (RM115,167.21) lebih tinggi dari bayaran yang diperlukan oleh pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di India. Selain kos, AS juga dilihat menawarkan pendidikan paling berkualiti, diikuti Britain dan Jerman, manakala Australia menduduki tempat keempat, menurut kajian itu dikeluarkan pada Rabu. "Sebab-sebab utama menghantar anak-anak ke luar negara kerana mahu mempelajari bahasa-bahasa asing, pengalaman antarabangsa dan berdikari," kata ketua pengurusan kekayaan HSBC, Simon Williams. "Tetapi pendidikan antarabangsa membawa satu dimensi tambahan yang rumut untuk merancang, terutama perancangan kewangan. "Kebanyakan pendidikan luar negara dibiayai oleh ibu bapa, dan konsep dana kolej ditubuhkan secara terancang di AS, yang dilihat masih tidak dilakukan di tempat-tempat lain," katanya. - AFP - mstar

Abu Mayat Tiga Sekeluarga Mangsa MH17 Disemadikan Hari Ini
Tiga kendi berisi abu mayat mangsa MH17, mendiang Ng Shi Ing, 33, (tengah) anaknya Benjamin Lee Jian Han, 1, (kiri) dan adiknya Elisabeth Ng Lye Ti, 30, selamat bersemadi di Tokong Seu Teck Sean Tong di Muar, Khamis. Foto BERNAMA
MUAR: Abu mayat tiga sekeluarga mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 tiba di kampung halaman mereka di sini, disemadikan. Abu mayat pensyarah Ng Shi Ing, 33, anak lelakinya yang berumur setahun, Benjamin Lee Jian Han, dan adik Shi Ing, Elisabeth Ng Lye Ti, 30, tiba di Seu Teck Sean Tong Funeral Parlour, di sini pada kira-kira 10.23 pagi dari Pusat Xiao En Bereavement, Cheras, Kuala Lumpur. Mengiringi abu mayat berkenaan dari Kuala Lumpur ke sini ialah suami mendiang Shi Ing, Lt Komander Lee Vee Weng, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Kota Kinabalu, Sabah. Suasana hiba menyelubungi pusat itu tatkala kira-kira 200 orang termasuk bapa mendiang, Ng Pae Soon, 67, ibu, Tan Ah Chin, 62, serta kaum keluarga dan kenalan menunggu ketibaan van yang membawa abu mayat berkenaan. Turut hadir beberapa wakil TLDM yang diketuai oleh Pengarah Komunikasi dan Korporat Bahagian Operasi, Markas TLDM, Kapten Chan Peng Cheong. Tan, terpaksa dipapah anggota keluarga manakala Pae Soon, yang berkerusi roda, dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika melakukan upacara keagamaan Buddha sebelum abu mayat disemadikan. Pae Soon, yang merupakan pesara pembantu perubatan ketika ditemui pemberita berkata, beliau lega kerana abu mayat kedua-dua anak perempuan dan cucu lelakinya selamat dibawa pulang dan disemadikan. "Saya gembira kerana mereka semua akhirnya dapat pulang ke 'rumah'," katanya. Sementara itu, Vee Weng, yang kelihatan tenang sepanjang upacara terbabit pula meminta wakil media menghormati permintaannya untuk tidak ditemu bual. Beliau yang tetap melayan media dengan mesra berharap pemberita memahami keadaan beliau sekeluarga yang masih bersedih dengan kejadian itu. Shi Ing merupakan pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaysia Sabah menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium untuk membentangkan kertas kerja sebelum berlepas pulang bersama-sama anak dan adik perempuannya itu dengan menaiki pesawat MH17. Abu mayat Elisabeth tiba di tanah air pada 22 Ogos lepas dan disimpan di Pusat Xiao En Bereavement diikuti abu mayat Shi Ing pada 24 Ogos dan abu mayat Benjamin Lee tiba dua hari lepas yang turut disimpan di pusat itu sebelum dibawa pulang ke Muar pada Khamis untuk disemadikan bersama-sama. Penerbangan MH17 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia. Setakat ini, sejumlah 35 jenazah mangsa MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia. - mstar

Polis Bongkar Makmal Dadah Di Shah Alam
Noor Rashid (dua, kiri) menunjukkan dadah sintetik semasa sidang media berhubung sindiket memproses dadah sintetik tempatan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Kuala Lumpur, Khamis.
PETALING JAYA: Polis berjaya membongkarkan sebuah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah jenis syabu di sebuah gudang di di Shah Alam pada 5 September lalu. Dalam serbuan di kawasan perindustrian itu, polis merampas sejumlah dadah iaitu 1.67 kilogram kristal syabu, 6 liter cecair syabu dan 122 kilogram pil yang disyaki mengandungi bahan prekursor, bahan kimia antaranya asid hidroklorik, acetone toulene serta peralatan khas yang digunakan untuk memproses dadah dianggarkan RM500,000. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berdasarkan hasil maklumat daripada orang ramai. Bagaimanapun katanya, ketika serbuan dilakukan, kilang berkenaan didapati tidak berpenghuni dan tiada aktiviti memproses dadah dijalankan. "Pihak polis telah mengenal pasti mereka yang terlibat dan akan memberkas mereka untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Noor Rashid berkata, polis percaya makmal dadah tersebut mampu menghasilkan dadah jenis syabu dengan jumlah besar dalam tempoh 24 jam ia diproses. - mstar

Krisis MB Selangor: Pemimpin PR Perlu Henti Tuding Jari - Dr Dzulkefly
PETALING JAYA: Semua pihak perlu mengamalkan batasan berhubung krisis menteri besar di Selangor, kata Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
"Situasi ini tidak akan ke mana-mana. Semua pihak perlu henti menunding jari antara satu sama lain," kata Dr Dzulkefly.
"Saya berharap batasan dan kewajaran ini akan diamalkan," katanya kepada The Star Online .
Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau lebih suka tidak mengulas mengenai perkara yang berlaku di dalam parti baru-baru ini dan berkata, beliau berharap semua pihak tidak menunding jari antara satu sama lain.
Ahli jawatankuasa PAS pusat, Nik Abduh Nik Aziz mendakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan PKR mengkhianati parti itu.
Nik Abduh berkata, PKR mengkhianati PAS apabila ia menerima akuan berkanun daripada dua wakil rakyat PAS dan cuba untuk menarik lagi 13 wakil rakyat PAS untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar.
Beliau juga mengkritik Mohamad Sabu kerana gagal untuk menegakkan keputusan jawatankuasa pusat bagi menamakan dua calon dan menyokong penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu isterinya sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar. - mstar
TOP
MH17: Pasukan Penyiasat Masih Belum Boleh Masuk Lokasi Nahas - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA: Pasukan penyiasat antarabangsa termasuk dari Malaysia masih belum boleh memasuki lokasi nahas pesawat MH17 berikutan keadaan yang tidak cukup selamat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, pasukan penyiasat Malaysia yang terdiri daripada 30 pegawai dan anggota polis berlepas ke Ukraine baru-baru ini dan masih berada di Kiev kerana masih belum terdapat tanda kawasan itu selamat, walaupun perjanjian gencatan senjata telah ditandatangani antara kerajaan Ukraine dan puak pemisah serta dipantau Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah.
Beliau berkata, pasukan penyiasat mempunyai sekurang-kurangnya 45 hari untuk melakukan siasatan di lokasi nahas sebelum musim sejuk yang dianggap agak ekstrem di timur Ukraine.
"Kita akan menunggu masa paling sesuai supaya pasukan siasatan dapat memulakan siasatan di lokasi nahas. Kita terpaksa berada di kawasan siasatan dengan segera kerana ketibaan musim sejuk adalah mustahil dan sukar untuk mendapatkan bahan-bahan bukti.
"Apatah lagi, dalam keadaan waktu begitu lama sejak nahas, ia sukarkan untuk menjalankan penyiasatan," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, Khamis.
Ahmad Zahid berkata, dengan kerjasama pasukan antarabangsa lain terutama Belanda dan Australia, diharapkan pihak yang bertelagah dapat memberi peluang untuk siasatan dijalankan semula.
Beliau berkata, pihak kerajaan Ukraine telah menyatakan sokongan terhadap pasukan Malaysia untuk kembali ke lokasi nahas untuk menjalankan siasatan.
Ditanya sekiranya pasukan penyiasat masih gagal memasuki lokasi nahas, Ahmad Zahid berkata 'Pelan B' akan dilakukan untuk meneruskan siasatan.
"Kita akan melakukan analisis terhadap bahan-bahan bukti yang dikumpul oleh pasukan siasatan awal sebelum ini di Kiev dan Hague," katanya.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Laporan awal Lembaga Keselamatan Belanda antara lain menyebut struktur pesawat MH17 berkecai di udara berkemungkinan akibat ditembusi objek bertenaga tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal, selain pesawat itu disahkan 'layak terbang'. - mstar
TOP
Wak Doyok minat Elfira Loy
KUALA LUMPUR: Pernah berlakon sama dalam drama Kelas 601 untuk siaran Astro Tutor TV, Wak Doyok menjelaskan beliau meminati Elfira Loy tidak lebih daripada seorang peminat biasa kepada artis.
Wak Doyok yang cukup terkenal di laman Instagram kerana gaya fesyennya selain kumis yang dimiliki, dihubungi BH Online untuk menjawab gosip yang mengaitkan beliau dengan Elfira. Ikuti penjelasannya.
"Minat artis, apa salahnya. Tak ada apa pun antara kami. Dia cantik dan saya pernah bekerjasama dengannya untuk drama Kelas 601 dan mempromosikan jenama Pizza Hut di laman media sosial.
"Insya-Allah selepas ini berkemungkinan akan ada lagi kerjasama membabitkan saya dengannya. Saya suka menyakat dia. Lagipun dia masih budak lagi. Saya selalu usik keningnya dengan kumis saya macam sama," katanya yang berlakon tiga babak dengan Elfira dalam drama Kelas 601.
Wak Doyok kini turut bekerjasama mempromosikan jenama fesyen Fairuz Ramdan selain menyediakan model baru untuk sama-sama berganding dengannya. Selain itu, beliau juga sering diundang memberi ceramah berkaitan fesyen pada acara dan kepada syarikat tertentu. - BH Online
TOP
Bawa Keluar Sabah Dari Malaysia, Tiga Lelaki Ditahan
Tiga lelaki yang dikaitkan dengan usaha pihak tertentu membawa keluar Sabah dari Malaysia telah diperintahkan menjalani tahanan di pusat pemulihan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga individu terbabit adalah dua warga Malaysia, Abu Bakar Jayari dan Zainuddin Mislani dan seorang pendatang tanpa izin warga Filipina, Kassim Ibrahim.
“Di samping itu, mereka juga dipercayai merekrut anggota baru untuk menyertai kumpulan berkenaan sebagai persiapan awal menuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya perintah menjalani tahanan itu berkuatkuasa kelmarin dan ia dilakukan mengikut Seksyen 19A Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).
Katanya ketiga-ketiga individu itu ditahan polis pada 22 Julai lepas kerana disyaki menyertai kumpulan Kesultanan Sulu, sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang bagi tujuan membawa keluar Sabah dari Persekutuan Malaysia. – BERNAMA
TOP
5 Bekas Tahanan ISA Kini Berada Di Syria
PETALING JAYA – Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam peperangan di Syria di mana pelbagai kumpulan itu bersaing untuk merebut kuasa.
Kelima-lima mereka merupakan bekas ahli Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Zainuri Kamaruddin dan Rafi Udin bersama-sama dengan bekas anggota Jemaah Islamiah (JI), Samad Shukri dan Zid Saharani Mohamad Esa.
Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, antara yang turut disenaraikan.
Sumber berkata, Zainuri, Rafi dan Samad pergi ke Syria pada 18 April lalu bersama-sama dengan pejuang jihad Zainan Harith, juga dikenali sebagai Abu Turob, yang terbunuh baru-baru ini.
Terbaharu, rakyat Malaysia yang terbunuh dalam konflik itu adalah Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, dari Kedah. Dia dibunuh semasa melarikan diri dari serangan tentera kerajaan Syria pada Selasa.
“Zainan terbunuh dalam serangan di Syria dan tiga yang lain cedera parah. Pihak berkuasa percaya semua bekas tahanan ISA ini masih di Syria berjuang untuk kumpulan militan,” kata sumber berkenaan.
Difahamkan kelima-lima mereka bersama-sama Zainan, amat dipengaruhi oleh ajaran pelampau.
“Boleh dikatakan bahawa perjuangan mereka di Syria adalah hampir sama antara satu sama lain. Mereka percaya bahawa boleh melakukan hampir semua cara untuk mencapai matlamat mereka dalam membela perjuangan mereka,” kata sumber.
Di Malaysia, mereka mengadakan mesyuarat yang digelar sebagai “Usra” di lokasi secara rawak bagi mengelakkan ia daripada dikesan.
“Usra ini termasuk merancang serangan dan rompakan bagi membiayai gerakan pelampau. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan senjata dan berjuang di Syria,” kata sumber itu.
Pemantauan pihak berkuasa turut mengenal pasti pelbagai lokasi “Usra” di Lembah Klang. Antara lokasi tersebut adalah Puchong, Shah Alam dan Puncak Alam di Klang. – mStar Online
TOP
Jururawat Dakwa Dirogol Dalam Ambulans
MERSING – Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu.
Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.
Sebelum itu, dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.
Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.
Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.
Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.
Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam. - Sinar Harian Online
TOP
Bahasa Inggeris tidak sesuai untuk ajar matematik - Pakar
KUALA LUMPUR: Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran Matematik kerana sifatnya yang mengelirukan berbanding bahasa Cina, Jepun, Korea dan Turki, lapor The Wall Street Journal.
"Bahasa Cina, Jepun, Korea dan Turki menggunakan perkataan angka yang lebih mudah dan mengungkapkan konsep matematik yang lebih jelas berbanding bahasa Inggeris. Ini menjadikan anak-anak kecil lebih senang untuk belajar ilmu kira-kira dan mengira," lapor akhbar baru-baru ini.
WSJ memetik kajian yang dijalankan oleh pensyarah dasar pendidikan dan sosial di Northwestern University serta pakar pengajaran matematik dalam bahasa Cina, Yeping Li, seorang profesor pendidikan dan budaya di Texas A&M University.
Sebagai contoh, kajian itu menyebut bahasa Cina mempunyai sembilan nama angka manakala bahasa Inggeris ada lebih daripada dua puluh nama angka yang unik.
Antaranya ialah angka 11 atau 'eleven' dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Cina, Jepun dan Korea, angka yang sama disebut sebagai 10-1.
"Itu menjadikan lebih mudah untuk memahami nilai tempat (angka) serta menjadikan jelas bahawa sistem nombor itu didasarkan kepada unit 10," kata laporan akhbar itu lagi.
Tidak faham tentang sistem nombor itu menyebabkan kanak-kanak keliru apabila melakukan latihan campur dan tolak. Kajian itu juga mendapati kekeliruan turut timbul melibatkan angka 17 dan 71 yang bunyi sebutannya dalam bahasa Inggeris hampir sama ('seventeen' dan 'seventy').
Perbandingan antara pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina jadi topik kajian yang meluas kerana tahap penguasaan ilmu kira-kira yang tinggi di kalangan kanak-kanak di Asia Timur berbanding kanak-kanak di Amerika.
Kabinet pada 8 Julai 2009 memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah.
Keputusan itu mengembalikan pengajaran dua matapelajaran tersebut dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil mulai 2012.
Kabinet juga mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.
Keputusan itu bagaimana pun sehingga sekarang terus dibantah oleh kumpulan ibu bapa yang mendukung PPSMI. Mereka meminta sekolah diberi pilihan untuk menentukan bahasa yang digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran dua matapelajaran itu.
Kumpulan yang sama juga mendesak kerajaan memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris dalam sistem pendidikan negara. - Astro Awani
TOP
Warga Asing Ditoreh Jiran Hingga Maut
PUCHONG – Hanya kerana mahu meminjam sebuah motosikal milik jirannya yang juga warga Indonesia, seorang lelaki maut ditoreh di muka serta perut selepas berlaku pergaduhan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.01 pagi itu, mangsa yang dalam keadaan mabuk dikatakan ke rumah jirannya itu untuk meminjam motosikal.
Sumber berkata, jirannya enggan memberi keizinan menyebabkan mangsa naik angin lalu bertindak merosakkan kenderaan itu di perkampungan setinggan di Batu 12.
Geram melihat tindakan mangsa, pemilik motosikal itu mula memukul mangsa dan berlaku pergaduhan sebelum suspek memanggil tujuh lagi rakannya.
“Mangsa dibelasah oleh rakan-rakan suspek tanpa rasa kasihan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di muka dan perut.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an maut serta-merta di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – Sinar Harian Online
TOP
M’sia Sedia Kongsi Pengalaman Majukan Ekonomi, Pendidikan
VIENTIANE – Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dalam pengurusan ekonomi dengan negara Asean berdasarkan program transformasi ekonomi yang diperkenal kerajaan menunjukkan hasil memberangsangkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia termasuk kadar pertumbuhan ekonomi 6.4 peratus yang dicapai pada suku kedua tahun ini dan ini, menurut timbalan perdana menteri, merupakan antara pencapaian terbaik dalam kalangan negara serantau.
Beliau berkata jumlah pelaburan asing yang tinggi di Malaysia pada 2013 juga selari dengan penekanan kepada pelaburan melibatkan syarikat berasaskan teknologi tinggi.
“Mungkin orang kata itu biasalah dan tiada apa yang boleh dibanggakan, sedangkan pencapaian itu adalah hasil pelbagai insentif yang diberikan kepada pelabur serta pertandingan sengit dari negara serantau yang lain,” katanya.
Muhyiddin berucap pada jamuan malam bersama warga Malaysia di sini malam tadi. Beliau berada di Vientiane untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean (ASED) Kelapan bermula Khamis.
Muhyiddin seterusnya berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia ‘mengeksport’ kemahiran pengurusan ekonomi dan dalam pada itu, mengingatkan pelabur Malaysia supaya tidak hanya menekankan soal mendapatkan keuntungan semata-mata.
“Kita juga bersedia berkongsi pengalaman kita dalam bidang pendidikan bukan sahaja dengan Asean malah negara lain di dunia,” kata timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan.
Beliau menyentuh penekanan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris untuk membolehkan pelajar Malaysia meneroka bidang-bidang baharu.
Ucapan beliau itu turut memperkatakan tentang perpaduan di Malaysia yang perlu dikekalkan dengan mengajak semua rakyat bekerjasama dalam usaha memperkukuh keharmonian negara.
Turut hadir isteri timbalan perdana menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Duta Malaysia di Laos, Datuk Than Tai Hing. – BERNAMA
TOP
Pelajar IPT Nyaris Maut Nahas Kereta Di Shah Alam
SHAH ALAM – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam satu kemalangan berhampiran Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini, malam tadi.
Nadiah Mokhtar, 18, yang mengalami kecederaan ringan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila kereta mewah jenis Toyota Caldina milik rakannya, Nafis Syahmi, 18 , terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Kemudian, kereta itu dipercayai merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan, menyebabkan kereta yang dipandu Nadiah terbalik. Nafis berkata, beliau berada di rumah apabila rakannya itu menghubungi melalui telefon bimbit, bagi memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 9 malam itu. “Nadiah dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas berjumpa dengan seorang kawan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). “Beliau menghubungi saya dan memberitahu beliau cedera akibat kemalangan itu,” katanya kepada pemberita, malam tadi. – BH Online

Tindakan Bieber Tanggal Pakaian Depan Khayalak Dikecam Peminat
Justin Bieber terus menerus mencetus kontroversi dengan membuat pelbagai hal dan perangai. Kalau sebelum ini dengan kes polis, kini dengan kes moral pula.
Justin Bieber telah bertindak membuka pakaiannya di dalam satu majlis fesyen di New York. Bieber dilihat membuka semua pakaiannya kecuali seluar dalam. Rata-rata peminat bertindak mengecam tindakan Bieber itu dan menganggap Bieber cuba menarik perhatian ramai terhadapnya. Selain itu, ada juga yang mengatakan Bieber cuba menunjukkan otot di badannya supaya terus menjadi kegilaan wanita seperti sebelum ini - SiakapKeli.com

Nicol Tak Pandang Rendah Lawannya Pada Sukan Asia 2014
PUTRAJAYA – Biarpun menjadi pemain pilihan untuk mempertahankan pingat emasnya namun ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David tidak memandang mudah lawannya pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan, bermula 19 Sept ini.
Pemain nombor satu dunia, yang memburu pingat emas keempat bagi dirinya pada siri temasya itu, berkata beliau berwaspada dengan kehadiran beberapa pemain yang boleh menggugat kedudukannya seperti bekas juara Sukan Asia 2012, Misaki Kobayashi dari Jepun, Annie Au dari Hong Kong dan beberapa pemain dari India dan Pakistan.
“Persediaan saya ke Sukan Asia bermula sebelum Sukan Komanwel lepas. Saya dan rakan sepasukan diberi masa untuk membuat persediaan. Setakat ini, saya berada dalam keadaan yang amat baik untuk menghadapi temasya ini,” katanya.
Nicol berkata demikan kepada pemberita selepas menjadi salah seorang anggota panel dalam ceramah motivasi bagi kontinjen Sukan Asia negara, anjuran Majlis Sukan Negara (MSN), di sini hari ini.
Anggota panel lain ialah bekas jaguh karate negara R. Puvaneswaran dan ratu boling negara, Shalin Zulkifli.
Nicol juga optimis bahawa skuad wanita dengan kehadiran pemain seperti pemain nombor dua negara Low Wee Wern dan pemain remaja, Vanessa Raj, mampu mempertahankan pingat emas acara berpasukan.
“Kita mempunyai sebuah pasukan yang mantap seperti empat tahun lepas…lebih-lebih lagi bermain sebagai satu pasukan sebelum ini pada Kejohanan Berpasukan Wanita Asia awal tahun ini,” katanya.
Dalam pada itu, pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu turut meluahkan perasaan gembiranya selepas dilantik buat pertama kali sebagai pembawa ‘Jalur Gemilang’ pada temasya sukan itu.
“Ini merupakan satu penghormatan bagi diri saya dan sudah tentu menjadi detik paling penting dalam karier saya,” katanya.
Sebagai rekod, Nicol merangkul pingat emas acara individu pada Sukan Asia sebanyak tiga kali iaitu pada edisi 1998 di Bangkok, 2002 di Doha dan edisi lepas di Guangzhou, China pada 2010. – BERNAMA
TOP
Chelsea Bersaing Dengan United Rebut Ronaldo
LONDON – Chelsea membuat kejutan apabila menyuarakan hasrat untuk mendapatkan bintang Real Madrid dan bekas wira Manchester United, Cristiano Ronaldo.
Pemenang anugerah The Ballon d’Or itu dijangka bakal meninggalkan barisan didik Carlo Ancelotti, musim panas depan dengan kemungkinan akan kembali ke Old Trafford.
Dipercayai United sudah membuat simpanan berasingan STG60 juta (RM300 juta) untuk membawa pulang Ronaldo ke England dan Louis Van Gaal bersedia menawarkan perjanjian lumayan mengatasi gaji mingguan STG290,000 yang diterima ketika ini.
Namun, ada laporan terkini mendakwa Jose Mourinho sudah menyuarakan hajat mahu memancing pemain itu selepas pernah membimbingnya di Real.
Walaupun ada kecenderungan dari kelab Stamford Bridge itu Ronaldo lebih berminat pulang untuk mewakili Red Devils selepas pernah berkata: “Saya masih sayang Manchester”. – Daily Express.
TOP
'Saya tak akan balik Malaysia', Susulan rakyat Malaysia Mati di Syria
Jenazah Mohammad Fadhlan disemadikan di bumi Syria
ALOR SETAR - “Saya tak akan balik ke Malaysia,” itu kata-kata, Allahyarham Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir, setelah menjejakkan kaki ke Syria untuk bersama sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sana, menyertai perjuangan Ajnad As Syam. Ketegasan itu seiring dengan niatnya untuk berjihad selain bersedia berdepan apa jua keadaan, walaupun berdepan kematian. Mohammad Fadhlan antara kumpulan kecil yang berhijrah ke Syria bersama puluhan rakyat negara ini untuk memerangi tentera Bashar al Assad, yang berpusat di Kafr Zayta, Hamah. Mereka yang menganggotai kumpulan itu diberi gelaran seakan nama penduduk tempatan dan dia digelar Abu Muhajir. Mohammad Fadhlan yang masih bujang itu, turut aktif mengemas kini aktivitinya di Syria melalui laman Facebook dan kali terakhir Allahyarham berbuat demikian pada 23 Ogos lalu. Anak muda berusia 21 tahun dari Kulim, Kedah ini sanggup meninggalkan ahli keluarga tercinta demi mengejar ‘jihad’ di bumi Syam (Syria). Dia dilaporkan meninggal dunia pagi kelmarin, setelah kumpulan yang dianggotainya, Ajnad As Syam yang memerangi tentera Bashar al-Assad di Syria diserang hendap. Allahyarham Mohammad Fadhlan Shahidi atau diberi gelaran Abu Muhajir dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian itu, manakala Mohd Lotfi Ariffin masih tidak sedarkan diri serta seorang lagi, Abu Afghan cedera di kedua belah kakinya. Mereka adalah antara sebahagian rakyat Malaysia yang berhijrah ke Syria, memilih jalan berjihad dan berani mati dalam mempertahankan saudara Islam daripada terus ditindas kerajaan Bashar. Sebelum terkorban, Mohammad Fadhlan sempat berkongsi pandangannya mengenai jihad yang ingin dicapai serta perjalanannya ke Syria. Temubual eksklusif ini dibuat melalui laman Facebook kira-kira sebulan lalu. Mohammad Fadhlan berkata, di Malaysia tidak ramai yang mengambil berat mengenai jihad kerana kurang pendedahan. “Niat untuk berjihad sudah lama ada, cuma tidak tahu caranya. Alhamdulillah, ALLAH SWT memberi saya peluang mendalami agama sebelum berangkat ke Syria. Semuanya ada hikmah,” katanya. Menurutnya, pada mulanya dia bertanya pada rakan-rakan yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah, namun tiada maklumat diperoleh untuk membolehkan dirinya berjihad. “Apabila saya dimaklumkan, Mohd Lotfi berada di Syria, saya menghubungi dia melalui Facebook. Dia maklumkan apa yang perlu untuk saya buat persediaan ke sana, selain pesan, jangan tinggalkan solat sunat hajat, agar diberikan hidayah,” katanya. Tambah Mohammad Fadhlan, bukan mudah untuk dirinya berhijrah ke luar negara, kerana berdepan pelbagai kesukaran. “Kesukaran tu ada, sebab saya perlu sediakan belanja perjalanan, bukan sedikit jumlahnya. "Alhamdulillah, bila kita niat nak buat benda elok, Insya-ALLAH, akan mendapat pertolongan. "Berbekalkan belanja tu, saya beli tiket dan uruskan semuanya, susah juga sebab maklumlah selama ini tinggal di kampung sahaja, mana tahu semua tu tapi dipermudahkan,” katanya. Ditanya sama ada wujud aktiviti merekrut ahli dari Malaysia, diketuai Mohd Lotfi, seperti didakwa, Mohammad Fadhlan tegaskan, ianya tidak wujud. “Tidak ada aktiviti rekrut ahli, cuma ALLAH SWT gerakkan hati saya, untuk cintakan jihad. Tambahan pula selepas lihat saudara Islam di sini diseksa, dibunuh, ditanam hidup-hidup tanpa sebab hanya kerana berlainan fahaman,” katanya. Tambahnya, insiden itu menimbulkan keinsafan pada dirinya kerana pembunuhan berlaku setiap hari di bandar-bandar didiami saudara Islam. “Tentera Bashar sengaja sasarkan tempat orang ramai, selalunya di masjid pada hari Jumaat dan hospital. "Bunyi bom barmil dan bom kimia menjadi lumrah. Susah payah di sini tak terasa sangat, sebab sejak kecil hidup sederhana. Penduduk pula terima kami macam ahli keluarga, rasa seperti berada di Malaysia,” katanya. Mengulas segelintir pihak yang melabel rakyat Malaysia yang berjihad di Syria sebagai militan, Mohammad Fadhlan berkata, tidak dinafikan berasa sedih dengan tuduhan itu. “Sedih juga bila orang panggil kami macam tu, tapi saya tak kisah. ALLAH SWT tahu apa yang kami buat. Rasulullah SAW pun banyak menyertai peperangan, Baginda cintakan jihad. Takkan kita yang cintakan Rasulullah nak tinggalkan jihad?,” katanya. -Sinar

Lapor ancaman siber di Cyber999 App
Peserta melihat aplikasi Cyber999 selepas pelancaran Cyber999 Mobile Apps sempena taklimat mengenai kepentingan CyberSecurity di Wisma Bernama, semalam
KUALA LUMPUR - Mereka yang menerima ancaman siber kini boleh terus membuat laporan menerusi aplikasi terbaharu telefon pintar yang dikenali sebagai Cyber999 App. Diperkenal dan dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM), aplikasi itu boleh diperoleh secara percuma bagi sistem pengendalian IOS dan Android. Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, aplikasi itu adalah kaedah terbaharu untuk berhubung dengan pasukan pusat bantuan CSM, dan berkemungkinan, ia cara terpantas mendapatkan bantuan kecemasan. “Sebaik sahaja menerima laporan itu, pasukan berkenaan akan menghubungi pengguna dan membantu mereka menyelesaikan masalah itu,” katanya selepas melancarkan aplikasi itu, semalam. Amirudin berkata, Cyber999 App mudah digunakan dan sesuai untuk pengguna telefon pintar serta mengandungi nasihat dan tip mengenai keselamatan internet. Terdahulu, beliau memberi taklimat kepada petugas Bernama mengenai situasi keselamatan siber di Malaysia, yang antara lain menunjukkan peningkatan laporan ancaman keselamatan oleh orang ramai. Beliau berkata, antara insiden dilaporkan ialah penipuan dalam talian, pancingan maklumat peribadi, perisian hasad dan virus, gangguan sistem, kandungan berunsur fitnah, hasutan dan tidak bersesuaian. Amirudin berkata, orang ramai juga boleh membuat laporan bagi sebarang insiden berkaitan ancaman siber dengan mengemukakan permohonan bantuan menerusi e-mel, faksimili, khidmat pesanan ringkas atau menelefon dan mengunjungi mana-mana pejabat CSM. -Bernama

Ramai jemaah haji lelaki tersasar
Kumpulan pertama jemaah haji terdiri daripada 256 orang yang berlepas ke Madinah bagi menunaikan haji, baru-baru ini.
MAKKAH - Ramai daripada jemaah haji yang tersasar dari tempat penginapan terdiri daripada lelaki warga emas yang berumur antara 51 hingga 70 tahun, terutama yang pertama kali datang ke Tanah Suci. Pengurus Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji Musim Haji 1435 Hijrah, Jamaludin Ahmad berkata, mereka adalah antara 41 warga emas yang dilaporkan tersasar dari tempat penginapan dalam tempoh seminggu iaitu sejak 3 September hingga kelmarin, Selasa. "Pihak kami dalam tempoh tersebut menerima laporan sebanyak 55 orang, yang terdiri 32 lelaki dan 23 wanita tersasar dari tempat penginapan mereka," katanya kepada media Malaysia di sini, semalam. Beliau berkata, bagi mengatasi masalah jemaah tersasar, bahagiannya telah menurunkan 16 orang peronda yang berbaju-T merah berlencana Tabung Haji (TH) di beberapa kawasan strategik di Masjidil Haram, 24 jam sehari. "Mereka yang terdiri daripada anggota pengawal keselamatan TH, Kor Agama Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia bertugas secara giliran, dan antara kawasan mereka ditempatkan ialah di beberapa pintu keluar dari Masjidil Haram, antaranya pintu King Abdul Aziz dan juga Marwah," katanya. Beliau berkata, pasukan peronda ini juga akan turut mengesan jika terdapat jemaah haji yang tersasar daripada arah tertentu ke tempat-tempat penginapan disediakan TH. TH menyediakan sembilan tempat penginapan di tiga zon iaitu di Shuib Amir, Al Sud/Bir Balilah serta Misfalah dan Hafa’er. Jamaludin berkata, walau bagaimanapun, jumlah jemaah yang tersasar kali ini tidak begitu ramai kerana pihak TH sentiasa memberi taklimat dan nasihat mengenai pergerakan mereka terutama semasa mengerjakan umrah pertama. Beliau berkata, jumlah tertinggi jemaah tersasar ialah semasa wukuf di Arafah dan mabit di Muzdalifah dan Mina kerana persekitaran yang sama dan sukar untuk membezakan khemah masing-masing. “Masalah ini selalu timbul apabila jemaah haji ke bilik air dan kemudian sukar untuk mengesan khemah masing-masing,” katanya. Walau bagaimanapun semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina jumlah petugas TH yang akan membuat rondaan dan membantu jemaah haji lebih ramai memandangkan petugas haji di semua bahagian akan turun membantu untuk menjaga kebajikan jemaah haji, katanya. Beliau berkata, selain tersasar, pihaknya juga banyak menerima laporan daripada jemaah haji yang kehilangan lencana pengenalan TH untuk diganti dengan yang baru. Jamaludin berkata, jemaah haji sentiasa diingat untuk berjalan secara berkumpulan dan memakai pengenalan diri iaitu gelang tangan, lanyard bersama lencana serta membawa beg sandang TH yang dapat membantu petugas TH mengenali mereka jika tersasar. Katanya, bahagiannya juga turut bertanggungjawab menerima sebarang aduan daripada jemaah haji serta mengendalikan talian pusat bagi menjawab pelbagai persoalan dari jemaah termasuk waktu solat dan mengenai saudara dan rakan jemaah di maktab penginapan yang lain. Pihaknya juga bertanggungjawab mengedar borang soal selidik TH untuk Indeks Kepuasan Pelanggannya dalam usaha menambahbaik pengurusan TH. Sementara itu, sehingga Rabu, seramai 11,724 daripada 22,320 jemaah haji telah berada di Tanah Suci dengan 5,325 jemaah telah tiba di Makkah, dan selebihnya masih berada di Madinah untuk program ziarah. Semalam, bermulanya ketibaan kapal terbang sewaan Tabung Haji terus ke Jeddah iaitu KT34 dari Kuala Lumpur yang membawa 450 orang. KT34 berlepas dari KLIA pada jam 5.25 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada jam 9.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia). - Bernama

SPA: 43,014 duduki semula peperiksaan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
KUALA LUMPUR - Sejumlah 43,014 calon menduduki semula peperiksaan dalam talian Penguasa Kastam W41 malam tadi, termasuk 127 calon yang berada di luar negara, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam. Beliau berkata calon luar negara termasuk di Arab Saudi, Singapura, Turki, United Kingdom, Ireland, Australia, Taiwan dan New Zealand. "SPA mengucapkan terima kasih kepada calon-calon peperiksaan ulangan dalam talian Penguasa Kastam Gred W41 dan didoakan semoga berjaya dalam peperiksaan kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. Peperiksaan ulangan itu diadakan dari pukul 8.00 hingga 11.00 malam susulan masalah teknikal semasa peperiksaan sebenar pada Sabtu lepas. Sebanyak 84,856 calon dipanggil menduduki peperiksaan itu namun hanya 56,546 calon, atau 67 peratus, menduduki peperiksaan dengan jayanya pada hari berkenaan. - Bernama

Lampu aksesori: Bincang sebelum kuat kuasa
SHAH ALAM - Halangan menggunakan lampu aksesori tambahan yang akan dikenakan ke atas pengguna jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu dibincangkan dengan semua pihak terlibat sebelum ia dikuatkuasakan.
Gesaan itu dibuat oleh pemilik dan kakitangan premis menjual aksesori kereta di sekitar Shah Alam dan Klang dalam tinjauan Sinar Harian di sekitar Shah Alam dan Klang, semalam.
JPJ pada Ahad lalu dilaporkan akhbar berkata, bermula 1 Oktober 2014, agensi itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang menggunakan lampu aksesori tambahan selepas mendapati lampu itu menjadi antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan saman sebanyak RM300.
Seorang kakitangan premis aksesori kereta, Mohd Syafei Abdul Aziz, 28, berkata, dia tidak bersetuju dengan penguatkuasaan itu kerana berpendapat ia tidak mewakili pandangan daripada semua pihak.
Menurutnya, satu perbincangan khusus berhubung isu terbabit perlu dibuat sebelum sebarang penguatkuasaan dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
"Persidangan yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk daripada JPJ, pemilik premis aksesori kereta serta pengguna jalan raya sangat penting untuk diadakan.
"Kesemua pihak terbabit sepatutnya perlu bersemuka bagi menyatakan pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut supaya penyelesaian secara bersama dapat dicapai," katanya.
Menurutnya, masih ramai tidak faham tentang penggunaan lampu aksesori tambahan High Intensity Discharged (HID) dan diod pemancar cahaya (LED).
"Jika perbincangan itu dibuat, kita dapat leraikan segala permasalahan dan memberi penerangan yang lebih jelas," katanya.
Seorang lagi pemilik kedai aksesori kereta, Muhammad Kamil Abdul Halim, 30, turut menyokong idea untuk mengadakan sesi dialog dengan semua pihak berkaitan.
"Penguatkuasaan itu akan memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna jalan raya yang menggunakan lampu aksesori itu, malah kepada pemilik kedai terutamanya dari segi jualan.
"Jadi pendekatan untuk berdialog itu patut dibuat terlebih dahulu, supaya penguatkuasaan yang hendak dijalankan berkesan dan adil kepada semua pihak," katanya.
Sementara itu, seorang lagi kakitangan premis serupa yang hanya mahu dikenali sebagai Jackie, 28, berkata, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan oleh pihak berkuasa dijangka tidak memberi apa-apa impak kepada perniagaannya.
"Jika mereka buat atau tidak buat (penguatkuasaan) tetap sama sahaja kerana kami hanya menjual apabila ada permintaan terhadap lampu terbabit.
"Pelanggan yang datang kepada kami tetapi sebagai penjual kami sudah maklumkan bahawa lampu itu tidak dibenarkan.
"Tetapi mereka masih mahu pasang. Jadi kami jual sahaja," katanya. - Sinar
TOP
Wanita warga emas ditemui mati terikat
DUNGUN - Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya terikat di dalam ruang tamu rumahnya di Kampung Sura Hujung, di sini hari ini.
Mangsa Mariam Kassim, 86, yang tinggal berseorangan ditemui anggota keluarganya dalam keadaan tertiarap di atas kerusi dalam rumahnya.
Kejadian itu disedari menantunya Zakiah Zainal, 59, kira-kira jam 12 tengah hari tadi selepas berasa hairan kedai runcit milik emak mertuanya masih tidak beroperasi seperti biasa.
Bercakap kepada pemberita, Zakiah berkata kira-kira jam 7 pagi selepas selesai menghantar anaknya ke sekolah, beliau melihat kedai ibu mertuanya itu masih tidak dibuka.
Katanya beliau cuba mengintai dari celah dinding namun tidak melihat kelibat mangsa lantas menyangkakan ibu mertuanya itu berada di dapur sebelum keluar melakukan urusan di Bandar Dungun.
"Namun selepas pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah hari tadi, saya lihat kedai masih belum dibuka dan sekali lagi saya ke rumah mangsa sebelum melihat pintu dapur rumahnya terbuka.
"Saya terus masuk ke rumah mangsa dan melihat mangsa dalam keadaan tertiarap di atas kerusi ruang tamu dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya terikat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Panik melihat keadaan itu, beliau cuba memanggil ibu mertuanya namun tidak berbalas sebelum terus memanggil anak lelakinya yang berusia 25 tahun untuk membantu mangsa.
Katanya ketika itu, rumah ibu mertua itu turut berselerak seperti kesan digeledah sebelum bergegas membuat satu laporan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan enggan memberi komen sama ada mangsa mati dibunuh atau sebaliknya kerana kes itu sedang disiasat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - Bernama
TOP
Fatah, Hamas elak bertemu di Gaza
Hamas dan Fatah bercadang membubarkan Kabinet Perpaduan dibentuk April lalu. - Foto AFP
RAMALLAH - PALESTIN. Hamas dan Fatah semalam, bersetuju mengadakan pertemuan tetapi lokasinya bukan di Gaza. Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, terdapat persefahaman untuk mengadakan pertemuan itu dalam masa beberapa hari. Pada temu bual dengan stesen TV tempatan Palestin, Abu-Zuhri berkata, Fatah sebaliknya mahu pertemuan itu dilakukan di Kaherah, Mesir. Menjawab tuduhan pemimpin Fatah yang juga Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengatakan Hamas memulakan segala peperangan dengan Israel, Abu-Zuhri berkata, gerakannya tiada kaitan dengan keputusan itu. Beliau menegaskan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang membuat keputusan memulakan perang dan segala yang Hamas lakukan adalah untuk mempertahankan Palestin. "Kenyataan itu tidak munasabah kerana segala tuduhan itu adalah palsu," katanya. Menurut laporan Agensi, Mahmoud sebelum ini mengkritik Hamas dan menggesa gerakan itu menerima permintaan Israel untuk meletakkan senjata. “Kita tidak akan mengekalkan kerjasama dengan Hamas melainkan mereka menerima keputusan perbincangan dengan Isarel terutama isu berkaitan pemilikan wilayah-wilayah Palestin,” katanya dalam satu kenyataan minggu lalu. Sementara itu, Duta Palestin ke Mesir, Jamal al-Shobaki berkata, sebanyak 22 negara Liga Arab menyokong rayuan Palestin di PBB) untuk mengiktiraf negara itu sebagai negara merdeka. Menurutnya, mereka juga membincangkan draf resolusi bagi menyokong usaha pemilikan tanah Palestin dan memberi hak Palestin sebagai negara 'bukan ahli pemerhati entiti' kepada 'bukan ahli pemerhati negara' di PBB walaupun mendapat tentangan Israel dan Amerika Syarikat.

Bumbung masjid runtuh, 24 maut
Penduduk membantu anggota penyelamat mencari mangsa tertimbus. - Foto AFP
LAHORE - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 24 jemaah maut manakala tujuh lagi parah selepas bumbung sebuah masjid runtuh di sini, menurut pihak berkuasa, semalam. Menurut AFP, jurucakap pasukan penyelamat, Mohammed Rashid memberitahu, kejadian itu berlaku ketika puluhan jemaah sedang mengerjakan solat Zuhur di Daroghawala, sebuah kawasan kejiranan miskin di timur Pakistan. "Kesemua mangsa maut berumur antara 15 dan 35 tahun. Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan kerana beberapa jemaah dipercayai masih terperangkap dan angka kematian dijangka meningkat," katanya. Sementara itu, Ketua Pentadbiran Daerah, Mohammed Usman memaklumkan, mereka ada melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian luar masjid berkenaan. "Keadaan masjid yang usang mungkin menjadi punca kejadian menggemparkan itu," jelasnya lagi.

500 mayat dalam satu lahad di Iraq
Lubang dipenuhi mayat ditemui di utara Mosul. - Foto AFP
MOSUL - IRAQ. Kira-kira 500 mayat ditemui dalam sebuah kubur di daerah Hamidat, wilayah Mosul di utara Iraq. Jurucakap kerajaan wilayah utara Mousl berkata, sebahagian mayat itu dipercayai tahanan dari penjara Badoosh yang dibunuh kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL). "Kami menemui sebuah kubur besar di barat Mosul dipenuhi orang awam termasuk budak. Mereka dipercayai berasal dari puak Izadi Kurd, yang secara khusus menjadi sasaran ISIL," katanya. Menurut Al Arabiya, Sejak 10 Jun lalu, kumpulan ISIL semakin mengganas selepas menawan Mosul dan Tikrit, yang terletak 140 kilometer barat laut Baghdad. Difahamkan, ISIL kini dapat mengawal timur Syria dan kawasan utara dan barat Iraq. Susulan konflik itu, Arab Saudi, Qatar dan beberapa negara Teluk Parsi kini terpaksa berwaspada susulan kebimbangan serangan itu akan merebak ke negara mereka. Bagaimanapun, pegawai kanan Iraq mendakwa, ISIL mempunyai hubungan rapat dengan perisikan Saudi dan dipercayai secara tidak langsung disokong oleh rejim Israel.

Thailand lantik ketua tentera baharu
Prayuth tiba untuk mesyuarat kabinet pertama di Rumah Kerajaan di Bangkok, semalam.
BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand kelmarin mendedahkan barisan nama dalam pelbagai bidang angkatan tentera termasuk ketua tenteranya yang baharu. Jeneral Udomdej Sitabutr akan menggantikan Ketua Tentera Darat Semasa dan Perdana Menteri Prayuth Chan-O-Cha sebagai komander tentera pada hujung bulan ini, selepas tempoh Prayuth sebagai ketua tentera tamat. Difahamkan, pelantikan Udomdej menandakan dominasi berterusan golongan tentera dikenali sebagai Harimau Timur, yang terkenal dengan kesetiaan terhadap institusi tradisional negara termasuk monarki. Memetik laporan dpa, pelantikan ketua tentera baharu ini juga sekali gus akan membebaskan Prayuth daripada tanggungjawabnya dalam bahagian ketenteraan berikutan peranannya kini sebagai perdana menteri.

Suami isteri dipenjara sehari
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah Majistret Temerloh semalam sebaik hukuman dijatuhkan ke atas mereka.
TEMERLOH – Mahkamah Majistret Temerloh mengarahkan pasangan suami isteri dipenjara sehari dan membayar denda RM14,000 apabila mengaku salah atas tuduhan memiliki rokok seludup bernilai RM526.40. Majistret Najwa Hashim mengarahkan tertuduh Tina Hamzah, 37 dan suaminya Sulaiman Muhammad 56, menjalani hukuman itu selepas mereka mengaku memiliki 319 peket rokok seludup pelbagai jenama di gerai makan miliknya di Kuala Krau di sini. Kedua-dua tertuduh ditangkap kira-kira jam 11 pagi 21 Februari tahun lalu dalam satu serbuan oleh pegawai Kastam Temerloh. Kesemua rokok berkenaan adalah barang-barang yang dilarang pengimportannya di bawah perintah kastam (larangan mengenai import 2008). Pasangan terbabit didakwa mengikut seksyen 135(1)(d) akta kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai barang kes dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang kes atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam rayuannya tertuduh merayu supaya hukuman ke atasnya diringankan atas alasan perlu menyara seorang anak yang masih bersekolah. Majistret Najwa Hashim kemudiannya mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama sehari dan denda RM7,000 setiap seorang. Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Mohd Khairuddin Niesha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tersepit dalam mesin bancuh simen
Kanak-kanak terbabit dibawa ke HTJ untuk mendapatkan rawatan.
SEREMBAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan lebih kurang setengah jam selepas tangan kirinya tersepit di dalam sebuah mesin pembancuh simen di sebuah kawasan pembinaan di Jalan Ulu Jelebu di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 4 petang itu, menyebabkan mangsa Mohd Sapie Ramli, 5, mengalami patah tangan kiri dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 4.13 petang. “Sebanyak satu jentera berserta lima pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat daerah Jelebu bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu menyelamatkan mangsa. “Kami sampai ke lokasi kejadian kira-kira tiga minit kemudian dan sebaik sampai kanak-kanak terbabit sedang menahan kesakitan akibat tangannya tersepit,” katanya. Menurutnya, bomba mengambil masa lima minit mengeluarkan tangan mangsa dan orang awam yang berada di lokasi membantu menghantar mangsa ke Hospital Jelebu sebelum di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sementara itu katanya, pihaknya difahamkan kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan dipercayai sedang bermain di kawasan pembinaan di situ yang berhampiran dengan sebuah surau. “Ketika kejadian, mesin pembancuh simen tersebut dalam keadaan terpasang dan ramai pekerja buruh berada di lokasi tersebut termasuk ibu mangsa. “Secara tiba-tiba kanak-kanak itu yang berada berhampiran memasukkan tangannya ke dalam mesin tersebut dan disedari pekerja buruh di lokasi selepas mangsa menjerit kesakitan,” katanya.

Latihan Chong Wei terganggu
CHONG Wei dilaporkan mengalami bengkak pada gusi kiri dan terpaksa berehat daripada menjalani latihan pada sebelah pagi.
PERSIAPAN pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk ke Sukan Asia 2014 terjejas semalam apabila dilaporkan mengalami bengkak pada gusi kiri, laporan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI. Chong Wei yang sepatutnya mengikuti sesi latihan yang biasa dilakukan pada setiap pagi, terpaksa berehat semalam walaupun dia hanya ada masa seminggu sebelum bertolak ke Incheon, Korea Selatan. Walaupun keadaannya masih menjadi tanda tanya, namun jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock percaya kesakitan yang dialami Chong Wei itu bukan perkara yang serius. Jelas Sey Bock, Chong Wei akan pulih sepenuhnya sebelum dia memulakan Sukan Asia edisi ke-17 itu yang akan beraksi pada tirai secara rasminya pada 19 September ini. "Keadaan Chong Wei baik setakat ini, cuma keadaan badannya yang agak panas. Mungkin disebabkan masalah bengkak pada gusi atau tidak cukup rehat. "Jadi, saya rasa dia perlu diberikan rehat supaya dapat kembali dengan lebih bertenaga dan memulakan sesi latihan yang ringan di gimnasium. "Bermula esok (hari ini) mungkin dia sudah boleh mengikuti latihan seperti biasa," kata Seu Bock semalam. Sukan Asia penting buat untuk pemain berusia 32 tahun itu kerana dia masih belum membawa pulang pingat emas daripada temasya itu. Saingan sengit bakal dihadapi Chong Wei kerana dia bakal berdepan juara baharu kejohanan dunia, Chen Long dari China dan rakan senegaranya, Lin Dan pada acara berprestij di Asia. Undian dalam kategori berpasukan juga sukar bagi skuad negara apabila mereka akan berdepan juara bertahan, China pada aksi separuh akhir. Walaupun tempoh persiapan singkat, namun Seu Bock percaya, fokus latihan untuk persiapan mental antara langkah yang terbaik untuk memastikan para pemain konsisten. "Semua perlawanan memerlukan kekuatan mental. Chong Wei pula akan menentang Chen Long untuk aksi pertama perseorangan lelaki (berpasukan), jadi mereka sudah pasti akan berada dalam tekanan. "Chen Long tertekan disebabkan oleh desakan China yang sebelum ini tumpas pada Piala Thomas dan mereka mahu mengubati kekalahan itu dengan mencatatkan kemenangan pada Sukan Asia. "Jadi, pasukan yang bijak mengendalikan tekanan ketika perlawanan itu sudah pasti mempunyai peluang untuk menjadi juara," ujar Seu Bock. Chong Wei yang tewas kepada Chen Long dalam aksi final Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu sekali lagi menjadi harapan negara pada Sukan Asia. - Kosmo

Van Persie tidak sabar
VAN PERSIE (kanan) akan bergandingan bersama dua lagi penyerang, Wayne Rooney dan Radamel Falcao untuk membentuk trio serangan berbisa buat The Red Devil.
MANCHESTER - Penyerang Manchester United, Robin van Persie memberitahu, dia sudah tidak sabar beraksi di samping pemain baharu bertaraf dunia yang dibeli pasukan itu. The Red Devils membelanjakan hampir £150 juta (RM774.49 juta) mendapatkan Angel di Maria, Luke Shaw, Ander Herrera, Marcos Rojo dan Daley Blind pada jendela perpindahan pemain lalu. Selain itu, United juga mengejutkan ramai pihak apabila mendapatkan khidmat bintang AS Monaco, Radamel Falcao secara pinjaman dengan tawaran lumayan setahun sebelum jendela perpindahan lalu ditutup pada 1 September lalu. Bagaimanapun, hanya Di Maria dan Herrera sempat membuat kemunculan pertama dalam aksi Liga Perdana England sebelum cuti rehat perlawanan antarabangsa. Shaw pula belum cergas untuk beraksi manakala, Rojo baru sahaja mendapatkan permit untuk beraksi di England. Begitupun, Van Persie mengakui tidak sabar untuk beraksi bersama pemain seperti Falcao, Rojo dan Blind yang dijangka membuat kemunculan pertama bersama United menentang Queens Park Rangers (QPR), Ahad ini. "Saya tidak sabar. Kami kini menjalani latihan setiap hari bersama pemain-pemain bertaraf dunia yang telah kami dapatkan baru-baru ini. "Sukar untuk menggambarkan perasaan ini. Kami akan bertambah kuat selepas mendapatkan ramai pemain baharu pada minggu lalu. Saya sangat teruja dengan kehadiran mereka. "Secara peribadi, ia satu langkah yang bijak. Sangat menarik ketika ini yang mana saya dapat beraksi di samping pemain terbaik dunia setiap hari," katanya. - Agensi - Kosmo

Pecah masuk rumah bapa angkat
AZMAN (tengah) menunjukkan telefon pintar milik mangsa yang dicuri anak angkatnya pada sidang akhbar di Muar, Johor semalam.
MUAR - Kasih sayang dan kepercayaan seorang pengawal keselamatan yang diberikan kepada anak angkatnya dikhianati apabila rumahnya dimasuki remaja berkenaan bersama tiga rakan sebayanya, Isnin lalu. Difahamkan, remaja berusia 13 tahun yang menetap di rumah lain dan tiga rakan sebayanya memasuki rumah bapa angkatnya itu di Taman Laksamana di sini pada pukul 6 pagi. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, remaja itu bersekongkol bersama tiga rakannya memasuki rumah berkenaan menggunakan kunci diletakkan di tempat rahsia yang diketahui suspek. "Mereka melakukan perbuatan tersebut ketika penghuninya tiada di rumah sebelum mencuri satu telefon pintar dan sejumlah wang tunai milik bapa angkatnya yang ditinggalkan dalam rumah berkenaan. "Mangsa menyedari kehilangan barangan dan wangnya itu pada pukul 7 pagi ketika hendak pergi ke tempat kerja. "Perbuatan remaja itu bagaimanapun terbongkar apabila anak kandung lelaki tersebut ternampak remaja terbabit di hadapan rumah semasa hari kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini semalam. Menurutnya, lelaki berusia 40 tahun itu kemudian membuat laporan di IPD Muar dan ekoran laporan tersebut, pihaknya berjaya menahan suspek di hadapan rumah mangsa tidak lama selepas kejadian berlaku. Jelasnya, penahanan suspek membolehkan pihaknya menjejaki dan menahan tiga lagi rakannya yang terlibat dalam kejadian itu dalam serbuan beberapa rumah sekitar bandar ini kira-kira pukul 1 pagi semalam. "Kesemua rakan suspek adalah sebaya dan hanya seorang daripada mereka yang masih bersekolah dan lainnya sudah berhenti. Ujian air kencing ke atas anak angkat itu didapati positif dadah jenis syabu," katanya. Kesemua mereka, katanya, ditahan reman untuk membantu siasatan dan pihaknya juga berjaya merampas sebuah telefon pintar jenama Samsung dipercayai milik mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut. - Kosmo

Saiz XXXL bukan masalah
GANDINGAN yang serasi menjadikan Zulin dan Sherry selalu mendapat tawaran bersama, sama ada dari segi lakonan mahupun pengacaraan.
SUDAH menjadi normal dunia hiburan, bakat sahaja tidak cukup namun penampilan dan paras rupa adakala yang disanjung sebagai formula nombor satu untuk berjaya. Benar atau tidak, itu penyataan stereotaip yang sering berlegar dan menjadi amalan termasuklah dalam industri seni tempatan. Berdiri atas pegangan yang dikutip daripada pengalaman dan kemampuan, dakwaan itu ditepis oleh Sherry Alhadad, 30, dan regunya Zulin Aziz, 25. Bagi mereka, paras rupa dan bentuk badan bukanlah penentu seseorang untuk terus menapak dan berjaya dalam industri seni tanah air. Sebaliknya, bakat digaul dengan dedikasi merupakan resipi utama untuk menggapai impian. Berkongsi rasa dan belahan jiwa, Sherry dan Zulin bercerita tentang diskriminasi fizikal yang selama ini ditempuh untuk menakluk apa yang dicapai ketika ini. Atas faktor itulah, tiada jalan pintas untuk mereka meneruskan kecintaan. "Memang saiz fizikal penting untuk mencari peluang dalam bidang ini. Sebab itulah sehingga sekarang saya hanya diberikan watak tempelan sahaja. Saya tidak berkecil hati malah hal tersebut membuatkan saya terus cekal untuk memperjuangkan bakat saya," akui Sherry. Mengiakan sambil meluahkan apa yang terkandung di dada, Zulin pula percaya lambat-laun khalayak akan menerima mereka bersandarkan bakat. "Minat mendalam dalam dunia lakonan bermula sejak kecil lagi. Biarpun saya bersaiz 'XXL' tetapi saya yakin masyarakat akan mengenali saya. "Matlamat utama saya terlibat dalam bidang seni bukan untuk populariti semata-mata, sebaliknya saya memang sudah lama jatuh cinta dengan kerjaya ini," ujar pemilik nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz itu. Tanpa tubuh langsing, mahupun rupa paras yang jelita, Sherry mengakui selama ini mereka terpaksa bekerja keras demi mengetengahkan bakat yang dimiliki. Pada awal penglibatan, sesiapa pun akan merasa lelah, namun segalanya ditelan bulat-bulat hanya kerana minat mendalam menerusi dunia lakonan. "Kami bermula dari bawah. Itu pengalaman yang amat indah kerana bukan semua orang dapat merasai sukarnya untuk berjaya seperti hari ini. "Walaupun diuji, kami tetap bersyukur dengan ujian daripada Tuhan. Kesukaran itu ada hikmah di sebaliknya," kata Sherry sambil disahut dengan senyuman oleh Zulin.
Kerja kuat Sherry Alhadad
Berkongsi penglibatan awalnya dalam bidang seni, Sherry berkata, dia bermula menerusi teater Atap Genting Atap Rumbia (2004) arahan Marlia Musa. Ketika itu dia masih dalam pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Selepas menamatkan pengajian, Sherry memulakan langkah untuk mencuba nasib di kaca televisyen, sekali gus mengembangkan bakatnya. "Di TV, saya bermula dengan telefilem Sutun 2 (2006), itu lakonan pertama di hadapan kamera. "Sebenarnya saya banyak terlibat dengan pementasan teater. Dari situ, saya menerima tawaran drama dan filem," ujar pelakon yang pernah membintangi teater Mak Dara Nyonya dan Jam Dinding Berdetak itu. Anak jati Kuala Lumpur itu mengakui tuahnya dalam karier seni semakin menyerlah sejak menukar namanya, daripada sekadar Shery menjadi Sherry Alhadad. Menamakan pengarah Shuhaimi Lua sebagai orang yang bertanggungjawab atas pertukaran nama yang berbunyi lebih komersial, kata Sherry, perubahan itu dibuat usai berlangsungnya pementasan teater Mak Dara Nyonya. Menurut Sherry juga, banyak perubahan berlaku selepas itu. Dia dapat rasakan bahawa masyarakat lebih terbuka menerima bakatnya berbanding sebelum ini. "Saya bersyukur semakin dikenali berbanding awal kemunculan. Rezeki dan tawaran lakonan sepanjang 2014 juga mencurah-curah. "Sebelum ini saya tiada banyak pilihan dan agak kecewa dengan tawaran watak yang sama, namun semuanya sudah berubah, penonton sekarang lebih percaya kepada bakat, bukan lagi pilih rupa," ujarnya yang juga pernah terlibat dalam drama bersiri Oh! My English musim ketiga selain pementasan teater Projek Disko Baldi.
Teruja terhadap teater - Zulin Aziz
SERASI bersama di mana sahaja, Zulin sebenarnya pernah menjadi anak didik kepada Sherry sewaktu sama-sama berada di Aswara dahulu. Dari situlah mereka menjalinkan persahabatan sehingga kini. Bercerita lanjut mengenai awal pembabitannya dalam bidang seni, Zulin berkata, dia mula menapak dalam industri hiburan ketika mula memasuki program realiti televisyen terbitan Suhan Movies iaitu Pilih Kasih dan berjaya menjadi finalis pada tahun 2009. "Saya mencuba nasib dalam Pilih Kasih. Selepas itu saya mula serius dengan lakonan, namun hanya diberikan watak-watak tambahan. Saya mungkin semakin dikenali dalam bidang pengacaraan tapi cabang utama dalam perjalanan seni saya masih lagi lakonan. "Setakat ini saya akan meneruskan apa yang telah ditetapkan dan saya sangat berharap agar bidang pengacaraan mampu menjadi platform baharu kepada saya," ujarnya. Sama seperti Sherry, gerakan awal lakonan Zulin juga bermula dari pentas teater. "Saya sangat seronok apabila terlibat dengan teater. Teater memerlukan sebuah rasa yang lebih mendalam dan saya rasa teater sangat mencabar bakat lakonan saya. Dalam teater juga, pelakon tidak boleh melakukan kesilapan berbanding dalam drama ataupun filem. "Saya tetap akan aktif dalam bidang teater walaupun sudah dikenali bidang pengacaraan dan lakonan di kacva televisyen," ujarnya yang pernah bersama-sama dengan Sherry dalam teater Projek Kahwin di Istana Budaya sekitar dua bulan lalu.- Kosmo

Penjenayah Geng Toh Poi tumpas
FAH HIN (tengah) menunjukkan barang-barang yang dirampas daripada ahli Geng Toh Poi pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang semalam.
BALIK PULAU - Kegiatan jahat tiga lelaki mengugut puluhan mangsa untuk membunuh mereka jika tidak memberi wang di negeri ini tumpas apabila mereka dicekup polis dalam tiga serbuan di sekitar Butterworth dekat sini Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, ketiga-tiga suspek warga tempatan yang menggelarkan diri mereka daripada Geng Toh Poi ditahan pukul 6.45 petang selepas pihaknya menerima aduan seorang individu yang menjadi mangsa kepada kumpulan itu. Ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia 28 hingga 55 tahun dan mereka ditahan di tiga rumah. Menurut beliau, suspek-suspek itu dikatakan memilih mangsa-mangsa mereka dalam kalangan pengurus-pengurus kilang atau ahli perniagaan untuk diugut. "Nombor telefon mangsa-mangsa itu pula diperoleh dalam akhbar-akhbar atau kad nama. "Jumlah wang diminta suspek biasanya antara RM50,000 hingga RM100,000 dan suspek memberi amaran jika wang tersebut tidak sampai ke tangan mereka, mangsa akan dibunuh," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini semalam. Bagaimanapun, Fah Hin memberitahu, dalam beberapa kes, ahli Geng Toh Poi memberi peluang kepada mangsa untuk berunding mengenai jumlah wang yang diminta. Kata beliau, bersama tangkapan itu polis turut merampas antaranya buku akaun bank, telefon bimbit, empat kad sim yang dipercayai digunakan untuk membuat panggilan telefon kepada mangsa-mangsa. Menurut Fah Hin lagi, bagi mengelak nombor telefon mereka dikesan polis, suspek-suspek menukar kad sim telefon mereka dengan kad sim telefon baharu setiap kali kegiatan jenayah mereka ke atas mangsa selesai. "Geng Toh Poi ini dipercayai sudah empat tahun melakukan jenayah mereka dan dalam tempoh itu, kumpulan ini telah melakukan lebih daripada 40 kes peras ugut dan melibatkan kerugian kira-kira RM100,000," katanya. - Kosmo

Ebola sukar dikekang
AFP
PETUGAS kesihatan yang memakai sut perlindungan mengangkat keluar mayat seorang mangsa Ebola di Banjor dekat Monrovia, Liberia pada 4 September lalu.
GENEVA - Angka kematian akibat wabak Ebola masa kini yang disifatkan terburuk dalam sejarah melonjak hampir 200 orang sehari kepada sekurang-kurangnya 2,296 mangsa, menurut anggaran Pertubu- han Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin. Pada masa yang sama, badan dunia itu percaya virus Ebola telah pun meragut nyawa lebih ramai mangsa. Menurut WHO, sejumlah 4,293 jangkitan Ebola telah direkodkan di lima negara Afrika Barat setakat 6 September lalu, sehari selepas kemas kini sebelumnya. Bagaimanapun, agensi itu tidak mempunyai angka terbaharu untuk Liberia yang merupakan negara paling teruk diserang virus Ebola. Perkembangan membimbangkan itu membayangkan bahawa angka kematian sebenar wabak Ebola adalah jauh lebih tinggi. WHO sebelum ini menyatakan, pihaknya menjangkakan beribu-ribu kes baharu Ebola berlaku di Liberia dalam tempoh tiga minggu akan datang. Kebimbangan serupa dinyatakan Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf kelmarin. Beliau berkata, krisis Ebola yang melanda negara itu akan menjadi bertambah buruk dalam tempoh beberapa minggu akan datang ekoran kekurangan bekalan perubatan dan kurangnya sokongan masyarakat antarabangsa. "Situasi kini amat serius," katanya dalam satu kenyataan di ibu kota Liberia, Monrovia. Terdahulu, Menteri Pertahanan Liberia, Brownie Samukai memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu bahawa Ebola menjadi ancaman besar di negara itu. "Liberia kini berdepan ancaman serius. Virus maut Ebola telah menyebabkan negara ini lumpuh," katanya. Wabak Ebola yang bermula pada Disember tahun lalu kini kian meruncing tetapi 60 peratus kes dan kematian di Liberia dicatat sejak beberapa minggu lalu. Antara simptom jangkitan Ebola termasuk demam panas, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang membawa kepada kematian. - Reuters

Konflik jadikan Hamas bertambah kuat
AFP
SEORANG kanak-kanak perempuan Palestin bermain berdekatan dengan sebuah lubang yang terbentuk akibat dibom tentera Israel, malah rumahnya di kem pelarian Bureij, tengah Semenanjung Gaza turut musnah sama sekali kelmarin.
BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman (gambar kecil) menyatakan bahawa Hamas menjadi bertambah kuat dan popular setiap kali tercetusnya konflik bersenjata antara pergerakan itu dengan tentera rejim Zionis. Lieberman yang berucap dalam satu persidangan antipengganas di sini berkata, setiap kali konflik tercetus ia menjadikan Hamas semakin kuat dari sudut politik. "Berdasarkan beberapa tinjauan pendapat, kita mendapati Hamas kini antara kumpulan paling popular dalam kalangan penduduk Palestin. "Sekiranya pilihan raya diadakan sekarang, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh sudah pasti akan memperoleh undi yang besar," katanya. Menurutnya, kekuatan Hamas itu menyebabkan Presiden Palestin, Mahmoud Ab- bas yang juga pemimpin Fatah menjadi semakin lemah. Tambah Lieberman, konflik terbaharu tersebut menunjukkan kemampuan ketenteraan Hamas yang semakin maju apabila roket mereka mampu menembusi jauh ke dalam wilayah Israel. Pada konflik pada tahun 2009, roket yang dilancarkan dari Gaza cuma mampu pergi sejauh bandar Sderot di selatan Israel tetapi pada tahun 2012 ia mencapai sehingga Tel Aviv yang terletak di tengah negara itu. "Dalam konflik terbaharu ini, roket mereka semakin maju apabila mampu mencapai sasaran sejauh bandar Hadera di utara Israel," jelasnya. Peperangan antara Israel dan Hamas tercetus pada 8 Julai lalu sebelum berakhir dengan satu gencatan senjata jangka panjang pada 26 Ogos lalu. Konflik tersebut telah menyebabkan seramai 2,100 penduduk Palestin terkorban manakala 70 warga Israel terbunuh. - Bernama

Cameron beri kata dua kepada warga Scotland
LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), David Cameron semalam memberi amaran kepada pengundi Scotland mereka akan kembali ke dalam kegelapan jika memilih untuk merdeka.
Amaran itu dikeluarkan menjelang kunjungan pemimpin tiga parti utama di UK termasuk Cameron ke Scotland hari ini bagi memujuk penduduk negeri itu supaya kekal dalam persekutuan UK.
Kempen tersebut dilihat penting berikutan pada 18 September ini, penduduk Scotland akan mengundi dalam satu pungutan suara sama ada keluar daripada persekutuan UK selepas 300 tahun.
Situasi di Scotland kini lebih mendesak buat Cameron selepas beberapa tinjauan sebelum ini mendapati lebih ramai penduduk di negeri itu menyokong kemerdekaan.
"UK adalah sebuah negara yang tidak ternilai dan istimewa," kata Cameron dalam akhbar Daily Mail edisi semalam.
"Justeru, jangan ada sesiapa di Scotland ragu. Kami mahu anda (penduduk Scotland) kekal (bersama UK), kami tidak mahu negara ini berpecah.
"Jika UK berpecah, ia akan berpecah selama-lamanya. Oleh itu, pilihan untuk anda adalah jelas iaitu kembali ke dalam kegelapan jika menyokong kemerdekaan atau memilih masa depan yang lebih baik untuk Scotland melalui undian tidak," tambahnya.
Cameron akan berkempen menentang kemerdekaan Scotland dengan disertai pemimpin Parti Demokrat yang juga Timbalan Perdana Menteri UK, Nick Clegg serta Ketua Pembangkang, Ed Miliband.
Beberapa minggu lalu, London tidak menunjukkan minat mendalam berhubung referendum yang bakal diadakan pada minggu hadapan itu.
AFP SEORANG penyokong kemerdekaan menunjukkan isyarat dua jari tanda kemenangan di ibu negeri Scotland, Edinburgh kelmarin.
Ia berikutan beberapa tinjauan pendapat ketika itu menunjukkan majoriti penduduk Scotland menyokong penyatuan bersama UK. Perubahan hasil tinjauan pendapat baru-baru ini bagaimanapun mendorong pentadbiran Cameron untuk mengubah pendirian. Kerajaan negara itu kini menawarkan pelbagai insentif termasuk meluaskan kuasa autonomi Scotland meliputi cukai, kebajikan dan perbelanjaan bagi memujuk penduduknya supaya memilih untuk kekal dalam UK. Menteri Pertama Scotland yang juga pemimpin Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Alex Salmond bagaimanapun memandang sinis tawaran tersebut. Beliau menyifatkan inisiatif London sebagai sudah lapuk dan tidak akan dapat membantu matlamat menghalang kemerdekaan Scotland. Parti Konservatif pimpinan Cameron yang memerintah UK pula tidak popular di Scotland. Parti itu hanya menguasai satu daripada 59 kerusi Parlimen Scotland. - AFP

Bapa disyaki bunuh lima anak sendiri
RAY JONES
CAMDEN, Alabama - Seorang lelaki disyaki membunuh lima anaknya di Carolina Selatan dan memandu selama berjam-jam sebelum membuang mayat mereka yang masing-masing disimpan di dalam beg sampah, di sebatang jalan di pedalaman Alabama, kata pihak berkuasa. Jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Alabama, Sarjan Steve Jarrett berkata, Timothy Ray Jones Jr., 32, membawa pihak berkuasa ke sebuah lokasi di mana mayat lima kanak-kanak itu ditemui di tepi sebuah lebuh raya dekat Camden, Alabama. Dia kini didakwa kerana mengabaikan kanak-kanak manakala polis Carolina Selatan dijangka mengemukakan dakwaan tambahan terhadapnya berkaitan kematian lima kanak-kanak tersebut. Menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), lima kanak-kanak berkenaan yang berusia antara satu hingga lapan tahun dilaporkan hilang oleh ibu mereka pada 3 September lalu. Pendakwa Raya Daerah Wilcox County di Alabama, Michael Jackson memberitahu agensi berita AP bahawa Jones disyaki membunuh lima anaknya itu di Carolina Selatan sebelum membawa mayat mereka ke Alabama. "Ini situasi yang amat tragis," kata Jackson. "Nyawa kanak-kanak ini melayang sebelum mereka sempat menikmati kehidupan. Kita akan pastikan keadilan buat mereka," tambahnya. Polis bagaimanapun belum mendedahkan butiran tentang bagaimana kelima-lima mangsa itu mati. Dalam pada itu, Jones kini ditahan di daerah Smith County, dalam negeri Mississippi sementara menunggu untuk diekstradisi ke Carolina Selatan. - AP

iPhone 6 miliki skrin lebih besar
REUTERS
TELEFON pintar iPhone 6 dan iPhone 6 Plus (kiri) dipamerkan pada satu acara Apple Cupertino, California kelmarin.
CUPERTINO, California - Firma Apple memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, iPhone 6 yang mempunyai skrin lebih besar semalam. Gajet itu menampilkan skrin bersaiz 11.93 sentimeter (sm) atau 4.7 inci berbanding skrin 10.16sm (4 inci) yang terdapat pada model sebelum ini. Model iPhone 6 Plus pula memiliki skrin lebih besar 13.97sm (5.5 inci) di samping penambahbaikan lain termasuk jangka hayat bateri lebih lama dan resolusi skrin lebih tinggi. IPhone 6 Plus dijual pada harga AS$100 (RM320) lebih mahal berbanding versi standard. Saiz iPhone 6 bagaimanapun lebih kecil berbanding dua model utama Samsung iaitu Galaxy S5 dan Note 4 yang dilengkapi skrin 12.95sm (5.1 inci) dan 14.47sm (5.7 inci). "IPhone 6 adalah lebih pantas dan mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding model sebelum ini," kata Apple dalam satu kenyataan. Telefon pintar itu juga dilengkapi barometer untuk mengukur altitud. Selain itu, pengguna boleh membuat panggilan telefon menggunakan Wi-Fi sekiranya isyarat selular lemah. Resolusi kamera pula dikekalkan pada 8 megapiksel walaupun pesaingnya Android dan Window menawarkan resolusi sekali ganda lebih tinggi. Bagaimanapun, kata Apple, bilangan megapiksel hanya satu faktor untuk mendapatkan foto jelas. Apple menyatakan iPhone 6 dilengkapi sensor baharu untuk mendapatkan rakaman gambar yang lebih baik. IPhone 6 akan dijual di Amerika Syarikat (AS) pada 19 September ini manakala tempahan awal boleh dibuat bermula esok. Gajet itu ditawarkan pada harga bermula AS$199 (RM638) bersama kontrak dua tahun di AS untuk model dengan storan 16 gigabit. Model 64 gigabit dan 128 gigabit bersama kontrak dua tahun pula setiap satu berharga AS$299 (RM958) dan $399 (RM1,279). Selain iPhone 6, Apple semalam turut memperkenalkan jam tangan pintar yang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat gajet berkenaan. Aksesori itu dilengkapi ciri-ciri telefon pintar. - AP

Kurang 1.8 meter punca gagal dapat bas sekolah percuma
LAWSON terpaksa berjalan kaki untuk ke sekolah yang mengambil masa selama 40 minit.
DURHAM, Britain - Seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun gagal memperoleh pas bas percuma selepas pihak Majlis Perbandaran Durham mendapati rumah pelajar itu hanya sejauh 3.217 kilometer (1.999 batu) iaitu kurang 1.8 meter daripada jarak yang dibenarkan. Mengikut undang-undang baharu di bandar itu, seseorang pelajar dibenarkan mendapatkan pas bas percuma sekiranya jarak rumah ke sekolah melebihi 3.218 kilometer (2 batu). Keadaan tersebut menyebabkan pelajar tersebut, Jon Lawson, 11, terpaksa berjalan kaki ke sekolah yang mengambil masa selama 40 minit. Bapa Lawson, John, 43, berkata, undang-undang baharu itu tidak adil dan mengarut. "Anak saya baru berusia 11 tahun dan saya tidak mahu dia berjalan bersendirian ke sekolah," katanya. Satu surat daripada majlis tersebut menyatakan bahawa jarak sebenar rumahnya ke sekolah kurang 1.8 meter (6 kaki) untuk melayakkan dia mendapat perkhidmatan bas bersubsidi itu. - Agensi

Bayi lelaki miliki empat kaki, empat tangan
AGENSI
MUKISA dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan.
KAMPALA, Uganda - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari sebuah perkampungan di Nabibingo di timur Uganda yang dilahirkan dengan empat kaki dan empat tangan selamat menjalani pembedahan membuang lebihan anggota itu, lapor portal MailOnline, semalam. Bayi lelaki itu, Paul Mukisa telah menjalani pembedahan pada 18 Ogos lalu selama tiga jam di Hospital Mulago di Kampala, ibu negeri Uganda dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Ibu bapanya, Margaret Awino dan Boniface Okongo sebelum ini pernah membawa anaknya ke sebuah hospital di sebuah wilayah terdekat, namun diberitahu oleh doktor bahawa pasukan perubatan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap bayi tersebut. Pasangan suami isteri itu kemudian membawa anaknya ke Hospital Mulago di Kampala sebelum sepasukan doktor yang diketuai pakar bedah pediatrik, Dr. John Sekabira mengesan hati dan jantung bayi itu yang turut berada pada kedudukan yang salah. "Pembedahan bagi membuang lebihan anggota bayi itu berjalan lancar dan dia dijangka akan membesar seperti manusia normal," kata salah seorang pakar bedah, Dr, Nasser Kakembo. - Agensi

Apabila Guru Di China Mengajar...
Masyarakat di China sememannya terkenal dengan sikap dan perangan mereka yang pelik-pelik. Bayangkan saja lah, buang air merata, makanan kitar semula, bom dan jalan meletup, semuanya dari China.
Namun terdapat juga sikap mereka yang patut diberi pujian. Lihat sahaja gambar bagaimana guru dibawah ini mengajar di dalam kelasnya. Begitu terperinci peta dunia yang dilukisnya.
Boleh anda bayangkan bagaimana dia menghafal setiap bentuk dan lenggok peta itu? Guru ini memang terbaik. Lagipun, masyarakat China yang intellek sememangnnya terkenal dengan kebolehan mereka menggunakan otak dengan luar biasa. Tapi jika kita di dalam kelas tu, mesti tidur dulu nak tunggu siap dia lukis peta satu dunia. kan? - SiakapKeli.com

Tiada Rakan Di Padang - Martinez
LONDON: Sentimen 'rakan lama' akan dilupakan pengurus Everton, Roberto Martinez ketika berkunjung ke The Hawthorns, Sabtu ini untuk meraih kemenangan ke atas West Bromwich Albion yang ketika ini dilatih bekas rakan sekerjanya, Alan Irvine.
Kedua-dua pasukan bergelut tanpa sebarang kemenangan selepas berakhir tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan Everton berada di kedudukan ke-17 dan West Brom (18).
Kerana itu, tiada belas kasihan akan ditampilkan, kata pengendali kelahiran Sepanyol, Martinez.
"Ia menjadi sesuatu yang menarik untuk bertemu Alan," kata Martinez. "Dia seorang lelaki yang budiman dan amat dihormati semua dalam bola sepak.
"Dia melakukan kerja yang amat menakjubkan di kelab kami sekalipun memainkan peranan berbeza dan saya mengucapkan kepadanya yang terbaik untuk projek barunya, namun bukan pada minggu ini."
Irvine menghabiskan masa selama tiga tahun melatih skuad remaja Everton sebelum menggantikan tugas Pepe Mel sebagai jurulatih West Brom pada Jun.
"Kami memperoleh banyak keputusan yang baik daripadanya dengan visinya dan sebelum ini dia juga memegang jawatan berat sebagai penolong pengurus.
"Kami mengenali ramai individu di sana dan jelas pengurusnya (Irvine) sudah menjadi sebahagian daripada kami sejak begitu lama jadi kamu boleh memahami ada banyak persamaan di antara kedua-dua pasukan," katanya.
Everton ketika ini berharap untuk bangkit daripada kekalahan 6-3 kepada pendahulu liga, Chelsea pada perlawanan sebelum ini. - REUTERS/BH Online
TOP
"Gosip Rumah Tangga Retak Mengaibkan" - Raja Farah
SUBANG JAYA: Pelakon Raja Farah meminta agar semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin mengenai rumahtangganya yang dikhabarkan berantakan.
Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 26, berkata, khabar angin itu bukan sahaja tidak berasas, malah boleh menjejaskan rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu.
"Saya tidak tahu bagaimana cerita tentang rumah tangga saya boleh dijaja oleh orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kami.
"Bohonglah kalau kami tidak pernah bergaduh tapi tidak sampai bergaduh besar hingga ingin berpisah seperti yang diperkatakan.
"Saya harap sangat spekulasi cerita tentang peribadi dan rumah tangga saya ini tidak diperkatakan lagi," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran drama siri original Tonton berjudul Hanya Satu di Empire Shopping Gallery, di sini, Rabu.
Raja Farah berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak berikutan dia mengambil keputusan untuk kembali semula dalam industri seni.
Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010.
Selepas perkahwinan itu Raja Farah meninggalkan bidang lakonan bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.
Dalam pada itu, Raja Farah berkata, khabar angin tersebut tercetus apabila dia sering ke majlis-majlis hiburan secara bersendirian tanpa ditemani suami.
"Saya datang ke majlis hiburan sendirian atau bersama ibu saya kerana suami bekerja di Pulau Perhentian, Terengganu, manakala saya tinggal bersama keluarga di Shah Alam (Selangor).
"Mungkin kerana perkara itu membuatkan ramai pihak mula mempertikaikan status rumah tangga kami," ujarnya.
Raja Farah mengakui suaminya turut kecewa dengan spekulasi yang tersebar itu.
Jelasnya, cerita-cerita buruk tentang hal dalaman dan peribadi yang keluar itu boleh mengaibkan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Suami saya marah kerana gosip macam ni melampau dan mengaibkan kami. Kami tidak ada apa-apa masalah pun tetapi dituduh yang bukan-bukan.
"Sejak daripada dulu lagi ketika kami berkahwin pun orang tuduh saya sudah mengandung sebelum nikah, walhal sampai sekarang saya belum dikurniakan anak," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, keputusan untuk kembali semula berlakon adalah kerana terlalu merindui bidang yang ditinggalkannya itu.
Dia meminta keizinan dan pendapat suami terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu tawaran.
"Saya rindu nak berlakon semula dan bosan juga duduk sahaja di rumah. Saya minta pendapat suami dulu sebelum ambil keputusan ini dan Alhamdulillah dia setuju.
"Namun ada batasannya sebagai seorang isteri untuk terima watak tertentu dan kalau boleh yang tidak menganggu tanggungjawab sebagai isteri," katanya.
Sementara itu, Raja Farah bakal muncul sebagai bintang jemputan dalam drama Hanya Satu yang akan bersiaran pada pukul 12 tengah hari bermula 15 September.
Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music www.tontonmusic.com.my.
Ia turut diterajui oleh Syarif (Sleeq), Kilafairy, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila. - mStar
TOP
Anggota Pasukan Khas Wanita Di China (Gambar)
Di China
kaum wanita kini boleh menyertai pasukan khas tentera. Ini adalah
kerana in Soviet China wanita juga boleh menendang bontot seperti kaum
lelaki. Yeah!
Sumber ECNS
Sumber ECNS
TOP
Video : Wanita Ditampar Dua Lelaki Kerana Salah Parking
Tak tau la apa yang sudah jadi dengan dunia sekarang. Mungkin kerana sifat duniawi semakin menular di dalam benak fikiran, akal tak dapat berfungsi dengan elok.
Di China, oleh kerana hanya tersalah letak kereta di tempat parking, seorang wanita bukan sahaja ditampar dengan teruk, malah keretanya juga teruk dikerjakan oleh dua orang lelaki.
Difahamkan, wanita itu diperlakukan sedemikian rupa kerana meletakkan kenderaannya di lot parking yang sudah disewa oleh lelaki berkenaan.
Kalau betul perempuan itu salah, boleh je cakap elok-elok. Lagipun perempuan kot...Asalnya, lelaki dijadikan oleh Tuhan sebagai pelindung kepada wanita. Sekarang, dunia semakin terbalik.. - SiakapKeli.com

PasMA Masih NGO, Phahrolrazi Bukan Presiden
Phahrolrazi sebelum ini tampil mengakui sebagai Presiden PasMa.
PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966. "Namun sekiranya PasMa berhasrat dan mempunyai niat serta tujuan untuk menyertai aktiviti politik pertubuhan tersebut hendaklah membuat permohonan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah sebelum ia boleh bergerak secara sah di dalam negara," katanya menerusi kenyataan pada Rabu. Sebelum ini PasMa disebut-sebut akan menjadi sebuah parti politik baharu yang bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat. Pada Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi. Bagaimanapun menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Pangkalan Kundor tiada dalam senarai seperti yang didaftarkan. Sebalinya menerusi kenyataan ROS, PasMa diketuai oleh seorang pengerusi iaitu Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar. Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai bendahari.- mstar

"Tuduhan Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengarut" - David Teo
David Teo
PETALING JAYA: Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo menyifatkan isu pihaknya tidak menjelaskan bayaran baki duit lakonan Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal termasuk duit duta produk yang bernilai puluhan ribu ringgit sebagai mengarut. David berkata, memandangkan pasangan itu menamatkan kontrak lebih awal tanpa membuat perbincangan, mereka tidak layak bertanyakan sebarang bayaran yang tertunggak. "Kedua-dua mereka tidak mengikut kontrak dan menamatkan perjanjian serta-merta tanpa sebarang perbincangan dengan MIG. "Sedangkan pihak kami meminta mereka datang untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut, tetapi baik Aeril mahupun Wawa, mereka buat tak endah sahaja," katanya kepada mStar Online. David Teo diminta mengulas mengenai dakwaan Aeril menerusi laporan media mengatakan pihak MIG masih lagi berhutang dengannya dan isteri bernilai puluhan ribu ringgit. Sebelum itu, timbul juga isu Aeril menerusi Instagram miliknya meminta agar pihak MIG memulangkan kembali pakaian serta dokumen penting mereka di dalam kenderaan jenis Suzuki Swift yang dilaporkan hilang setahun lalu. Kereta itu difahamkan sudah ditemui semula oleh pihak MIG yang merupakan pemilik kereta terbabit.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 27, meninggalkan MIG pada akhir tahun 2012, diikuti pula dengan Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 23, yang keluar daripada syarikat pengurusan tersebut pada Oktober 2013. Mereka membuat keputusan meninggalkan MIG sebelum tamat kontrak selepas kedua-duanya mengumumkan perkahwinan rahsia mereka. Pasangan itu telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013 di Taman Datuk Harun, di sini. Sementara itu, David berkata, dia tidak tahu apa-apa mengenai dokumen mahupun pakaian yang berada dalam kereta tersebut dan berasa pelik apabila Aeril masih lagi memperbesarkan isu kehilangan kereta itu dengan menuduh MIG menjadi puncanya sedangkan kenderaan berkenaan milik syarikat itu sepenuhnya. Kata David, pihak MIG pada mulanya telah membelikan kereta itu untuk dipinjamkan kepada Wawa dengan konsep skim sewa beli, memandangkan pelakon itu tiada kenderaan. Bagaimanapun disebabkan Wawa bukan lagi menjadi artis naungan MIG, maka pihak syarikat berhak mengambil semula kereta tersebut. "Di MIG, saya mengamalkan konsep seperti pihak kerajaan buat bagi membantu golongan susah menerusi skim sewa beli di mana kami menyediakan rumah dan kereta buat para pelakon menerusi skim tersebut. "Memandangkan Wawa tidak lagi membayar sewa kereta, maka kereta tersebut sudah semestinya dipulangkan kepada kami. Itu pun kami jumpa kereta itu selepas Wawa memberitahu tentang kehilangan kereta itu," ujarnya. Sementara itu, David berkata, dia penat dengan sikap Aeril yang tidak sudah-sudah memfitnahnya. Perkara itu membuatkan pihaknya dinasihatkan oleh peguam untuk mengumpul segala bukti berkaitan isu-isu membabitkan Aeril dan Wawa. Bagaimanapun, David belum terfikir lagi untuk membuat sebarang tindakan undang-undang terhadap pasangan itu. "Walaupun macam-macam terjadi, saya masih lagi menganggap mereka sebagai anak-anak yang mahu membesar. Dan saya percaya setiap kesilapan yang dilakukan akan menjadi pengajaran. Begitu juga dengan mereka, yang masih lagi belajar tentang kehidupan," tuturnya.- mstar

Satelit Measat-3B Dilancar Jumaat Ini
KUALA LUMPUR: MEASAT Global Berhad (MGB) mengumumkan satelit MEASAT-3B atau nama penuhnya, Malaysia East Asia Satellite, akan dilancarkan pada pukul 5.21 pagi (waktu Malaysia), Jumaat ini, di European Spaceport di Kourou, French Guiana.
Dalam kenyataan pada Rabu, MGB berkata MEASAT-3B dilengkapi dengan 48 transponder Ku-band berkuasa tinggi bagi menyokong perkhidmatan video dan data merentasi Malaysia, India, Indonesia dan Australia.
MEASAT-3B akan dilancarkan ke dalam slot orbit di mana ia akan di kolokasi dengan MEASAT-3 dan MEASAT-3A bagi membentuk kedudukan orbit yang paling berkuasa dan rancak di rantau ini.
"Kami berharap pelancaran ini akan berjaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems Sdn Bhd, Paul Brown-Kenyon.
Beliau berkata inistiatif membangunkan MEASAT-3B dimulakan pada Jun 2011.
"Satelit Malaysia ini, yang terbesar dan paling canggih setakat ini, merupakan hasil kerjasama lebih tiga tahun antara MEASAT, pembuat satelit, Airbus Defence and Space, serta penyedia perkhidmatan pelancaran, Arianespace," katanya.- mstar
TOP
Lagi Rakyat Malaysia Maut Di Syria
Mohammad Fadhlan Shahidi. Gambar diambil daripada Facebook.
KULIM: Ibu kepada Mohammad Fadlan Shahidi Mohammad Khir yang terkorban akibat serangan jet pejuang tentera di Syria yakin anaknya itu benar-benar serius dan ikhlas dalam perjuangannya. Kerana itu, kata Fatimah Md Lazim, 55, beliau redha dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu. "Kami tidak sangka sama sekali tragedi itu boleh menimpa dirinya tetapi kami yakin dan percaya dia ada keikhlasan untuk sama-sama berjuang bila berada di negara itu (Syria)," katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Kabu Mahang di sini, Rabu. Fatimah, 55, berkata anaknya bertolak ke negara itu pada 14 Mei lalu. "Dia ketika itu sekadar berhubung melalui telefon dengan berkata akan pergi ke Syria dan dia tidak memberi penjelasan lanjut," katanya. Fatimah berkata dia tidak dapat menahan kehendak anaknya itu memandangkan usianya telah mencecah 21 tahun. "Dia ada ilmu agama setelah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bukit Jelutong dan selepas itu menyambung pula di sebuah pondok di Kampung Ulu Bakai di sini," katanya. Mohammad Fadlan Shahidi adalah anak kelima daripada lapan adik-beradik, empat lelaki dan empat perempuan. Akhbar tempatan melaporkan turut cedera dalam pertempuran itu adalah lima lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd Lofti Ariffin yang dikatakan parah dan masih tidak sedarkan diri. Empat yang lain ialah seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan dan tiga yang lain belum dikenal pasti. Menurut akhbar itu, Mohammad Fadlan yang juga dikenali sebagai Abu Muhajir dan berasal dari Kulim, meninggal dunia ketika berada di kawasan kawalan mereka di Hama, Syria. "Kawasan tersebut telah diserang oleh jet pejuang tentera Bashar Al-Assad dan kejadian terbaharu ini menjadikan Mohammad Fadlan sebagai rakyat Malaysia keempat terbunuh di Syria setakat ini," menurut sumber yang dipetik akhbar itu.- mstar

Bayi atas siling tandas
Bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di atas siling tandas.
KOTA BHARU - Bunyi tangisan bayi dalam tandas sebuah hospital di sini, terjawab selepas seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di atas siling tandas awam di sini, semalam. Difahamkan, bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu masih bernyawa dan cukup sifat, ditemui tukang cuci tandas ketika melakukan kerja pembersihan di dalam tandas di hospital terbabit. Bayi itu kini tempatkan di wad hospital untuk rawatan susulan selepas dipercayai ditinggalkan ibunya di kawasan terbabit. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Ab Rafar berkata, pihaknya menerima panggilan dari hospital memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7 pagi. “Bayi tersebut telah ditinggalkan dalam tempoh lama tetapi berada dalam keadaan sihat. Polis telah menahan ibu bayi berkenaan yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan belasan tahun untuk siasatan. “Wanita terbabit kini menerima rawatan susulan di hospital berikutan keadaannya yang lemah dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. - Sinar

Pelajar UiTm cedera parah ditikam
ALOR GAJAH: Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah cedera parah selepas ditikam sebanyak enam kali oleh seorang lelaki dalam satu rompakan di Pangsapuri Dimensi di Lendu di sini, awal pagi Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abd Rahman Jid berkata ketika kejadian pada 5.30 pagi, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar Diploma Komunikasi Massa sedang nyenyak tidur di sebuah bilik di tingkat satu pangsapuri berkenaan manakala empat lagi rakannya berada di dua bilik berasingan.
Beliau berkata mangsa yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan kemudian didatangi seorang lelaki berumur 30-an yang bertindak menekan dada wanita tersebut dan memintanya untuk diam. "Mangsa bertindak melawan dan menjerit sebelum suspek menikam mangsa menggunakan pisau sebanyak enam kali di bahagian dada dan tangan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Katanya suspek kemudian melarikan diri dengan terjun dari balkoni bersama dua kunci kereta dan tiga beg duit milik mangsa dan rakannya.
DI salah sebuah rumah yang terletak di Apartmen Dimensi inilah seorang pelajar UiTM cedera ditikam di Lendu, Alor Gajah, Melaka semalam.
Abd Rahman berkata rakan Siti Irina yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi ambulan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek memasuki pangsapuri berkenaan melalui pintu di bahagian balkoni yang tidak berkunci. Katanya polis menahan dua lelaki dipercayai rakan suspek yang turut tinggal di blok sama pangsapuri itu pada 6.30 pagi tadi bagi membantu siasatan. Polis turut menjumpai dua kunci kereta jenis Hyundai dan Proton dipercayai hasil rompakan itu selain parang dan kerambit, katanya.- mstar

Ibu lima anak ditangkap khalwat
Gambar Hiasan
MUAR – Seorang kakitangan kerajaan sebuah jabatan di daerah ini bersama teman wanitanya yang merupakan peniaga gerai makanan ditangkap khalwat dalam sebuah kereta di Jalan Meriam di sini, kelmarin. Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed berkata, pasangan yang berusia 48 tahun dan 37 tahun itu masing-masing berstatus suami dan isteri orang ditahan empat anggota Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Muar kira-kira jam 10 malam. Menurutnya, tangkapan ke atas mereka hasil daripada maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak tiga hari lalu. “Kita mengetuk cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu dibuka dan mendapati pasangan berkenaan lengkap berpakaian serta sedang duduk dalam kereta itu. “Kita tahan pasangan ini kerana duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan serta gagal menunjukkan sebarang dokumen mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya. Beliau berkata, lelaki terbabit dan wanita yang mempunyai lima anak itu dibawa ke Balai Polis Muar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Muar untuk siasatan lanjut dan dijamin rakan masing-masing. “Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b atau Seksyen 29(1) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. Sementara itu, menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing dan melakukan perbuatan terkutuk di dalam kereta wanita itu jenis MPV. Katanya, wanita yang menetap di Kampung Kelantan itu sering menggunakan alasan keluar ke pasaraya berhampiran untuk membeli barangan keperluan gerai pisang goreng yang diusahakan bersama suami untuk bertemu kekasihnya di Jalan Meriam, di sini. “Bagaimanapun, perbuatan terkutuk wanita itu terbongkar apabila ditahan sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar,” katanya.- Sinar

MH17, kamu dengar saya tak?
PENERBANGAN MH17 berada di bawah kawalan trafik udara (ATC) Ukraine semasa pesawat itu tiba-tiba terputus hubungan.
Menurut laporan awal siasatan nahas MH17 yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda, semalam, perbualan antara MH17 dan ATC disahkan berakhir pada detik 1.19 petang waktu tempatan.
Menurut laporan Belanda itu, pada jam 1.08 petang waktu tempatan, MH17 melaporkan kepada ATC Ukraine, dikenali sebagai Dnipro Radar (DNP) bahawa ia sedang terbang pada ketinggian 33,000 kaki.
Selepas memeriksa melalui telefon (TEL) dengan pusat kawalan di Rusia, Rostov Control (RST), Ukraine membenarkan MH17 meneruskan penerbangan melalui titik rujukan dinamakan RND.
Namun, kebenaran itu tidak dibacakan semula oleh kru MH17 kepada ATC Ukraine sebagai pengesahan penerimaan.
Menurut transkrip yang disiarkan dalam laporan itu, hubungan radio terakhir dibuat kru MH17 bermula pada jam 1.19 petang dan berakhir pada 1.19 petang.
Sejurus melepasi jam 1.20 petang, kedua-dua radar Ukraine dan Rusia terputus hubungan dengan MH17.
Sehingga jam 1.35 petang, DNP menghubungi MH17 beberapa kali, tetapi tiada jawapan diterima.
Kru pesawat lain yang melalui kawasan itu turut ditanya oleh DNP sama ada mereka dapat melihat MH17 dengan mata kasar atau melalui instrumen pesawat mereka.
Menurut kru pesawat lain itu, MH17 tidak kelihatan dan alat dalam pesawat tidak menunjukkan kedudukan MH17.
Namun, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat itu pada bila-bila masa oleh ATC tersebut.
Maklumat pengawasan ATC yang direkodkan juga menunjukkan tiga penerbangan komersil lain melalui ruang udara sama dengan MH17 semasa lingkungan waktu kejadian, dengan dua daripada pesawat lain itu terbang ke arah timur dan satu ke arah barat.
Pada detik MH17 terputus hubungan, jarak antara MH17 dengan pesawat lain yang paling dekat ialah kira-kira 30 kilometer namun analisis lanjut masih dijalankan.- Sinar
TOP
Najib Jamin GST Tidak Susahkan Rakyat
Najib ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana GST di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu. - M. AZHAR ARIF/The Star
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April tahun depan tidak akan menyusahkan rakyat. Beliau berkata, GST merupakan langkah paling besar yang pernah cuba dilakukan oleh kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Tambahnya, GST adalah langkah ke hadapan yang sudah sampai masanya untuk dilaksanakan. "Untuk kita sampai kepada detik GST hendak dilaksanakan bukan satu keputusan yang dibuat sekelip mata, tetapi perjalanan GST mengambil masa 30 tahun lamanya. "Yakinlah saya tak akan menyusahkan rakyat Malaysia. Sebagai ketua kerajaan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), saya tak akan menyusahkan rakyat. "Kenapa? Kerana saya tahu kerajaan ini berdiri di bawah sokongan rakyat. Saya yakin dan percaya, kalau kita perkenal GST...kita akan memberi manfaat lebih besar kepada rakyat dan negara," katanya pada Majlis Penerangan Perdana GST di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.
GST akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Najib berkata, kerajaan menyedari kenaikan harga barang yang terpaksa ditanggung rakyat dan GST dijamin tidak akan membebankan. Tambahnya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun depan juga akan dinaikkan sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban itu. "GST bukan untuk bebankan rakyat dan banyak barangan tidak dikenakan cukai itu. "Jadi kita sudah mengambil kira beban rakyat untuk melaksanakan GST," katanya. Tambahan RM300 kepada penerima BR1M bagi menampung kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dijangka sebanyak 1.8 peratus akibat pelaksanaan GST. Jumlah bantuan itu akan membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion, di mana ia diserap daripada hasil kutipan GST tahun depan.- mstar

Isu Bawa Keluar Sabah Dari Malaysia: 3 Lelaki Ditahan 2 Tahun
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang dikaitkan dengan usaha pihak tertentu membawa keluar Sabah dari Malaysia telah diperintahkan menjalani tahanan di pusat pemulihan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga individu terbabit adalah dua warga Malaysia, Abu Bakar Jayari dan Zainuddin Mislani dan seorang pendatang tanpa izin warga Filipina, Kassim Ibrahim.
"Di samping itu, mereka juga dipercayai merekrut anggota baharu untuk menyertai kumpulan berkenaan sebagai persiapan awal menuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
Menurutnya perintah menjalani tahanan itu berkuat kuasa semalam dan ia dilakukan mengikut Seksyen 19A Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).
Katanya ketiga-ketiga individu itu ditahan polis pada 22 Julai lepas kerana disyaki menyertai kumpulan Kesultanan Sulu, sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang bagi tujuan membawa keluar Sabah dari Persekutuan Malaysia.- mstar
TOP
PRK Pengkalan Kubor: Muhyiddin Ingatkan Jentera BN Tidak Ambil Ringan
Muhyiddin bersama Mat Razi Mat Ail (tengah) sebagai calon Barisan Nasional ketika hadir pada Majlis Pengumuman Calon BN PRK DUN Pengkalan Kubor di Pusat Khidmat Masyarakat di Tumpat pada Rabu. Turut sama Pengerusi Barisan Nasional Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan). -SAZUKI EMBONG/The Star
TUMPAT: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil ringan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini, sebaliknya perlu berusaha gigih menawan pengundi dalam usaha memastikan kerusi itu terus disandang BN. Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun pakatan pembangkang kini terpalit beberapa isu dan dilihat rapuh, namun ia tidak boleh dijadikan ukuran dan kelebihan kepada BN. "Yang penting kita kena temui pengundi dan jelaskan apa asas dan perjuangan kita....kita banyak pengalaman, sudah mengharungi cabaran yang lama. Kita mementingkan soal pengundi, rakyat yang kita utamakan,"katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman calon BN bagi PRK Pengkalan Kubor di Pusat Operasi BN Pengkalan Kubor di sini, Rabu. BN menamakan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 48, sebagai calonnya bagi PRK itu. Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi B NKelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz. Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memberi laluan kepada PAS untuk bertanding pada PRK itu, Muhyiddin berkata ia bukan satu perkara baharu bagi BN yang telah melalui pelbagai cabaran dalam beberapa pilihan raya sebelum ini. "Kita sudah berhadapan dengan semua parti pembangkang dalam banyak peringkat pilihan raya...kalau PAS ke, PKR ataupun DAP, kita tahu corak dan gaya politik mereka. "Walaupun PAS bertanding, kita anggap ia sebagai satu cabaran. Yang pentingnya kita perlu bekerja kuat (dan) itu yang saya harapkan," katanya. Dalam pada itu, Muhyiddin menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa BN ketandusan calon pada PRK kali ini kerana lewat mengumumkan nama calon yang bertanding. "Kita bukan ketandusan, tapi banyak sangat yang layak...kita tilik pandang, kita teliti dan kita bandingkan. Beliau (Mat Razi) yang kita fikir layak dan sesuai. "Masa (umum) pun lebih awal daripada tarikh penamaan calon. Jadi, bagi kita tidak ada masalah," katanya. Muhyiddin berkata BN akan menggunakan strategi khusus bagi menambah majoriti undian pada PRK itu. "Kita ada rekod prestasi semasa Allahyarham (Noor Zahidi) bertanding dan sokongan yang beliau dapat. Semua perincian itu kita ada, jadi yang kita boleh lihat bagaimana jumlah itu boleh ditingkatkan," katanya. Terdahulu, Mat Razi meluahkan rasa terharunya di atas kepercayaan pucuk pimpinan BN memilihnya untuk menggalas cabaran pada PRK itu. "Saya amat terharu...saya dapat berita daripada pucuk pimpinan untuk mewakili legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham (Noor Zahidi) yang telah memandu saya selama 23 tahun dalam arena politik. "Segala tunjuk ajar arwah akan saya pertingkatkan lagi. Semoga pilihan raya kecil ini kita dapat kejayaan cemerlang," katanya selepas diumumkan sebagai calon BN. PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.- mstar

Harga Kereta Dijangka Turun 1-3 Peratus Selepas GST
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Institut Automotif Malaysia (MAI) menjangka harga kereta secara purata turun antara satu hingga tiga peratus dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015. Ketua Pegawai Eksekutifnya M. Madani Sahari berkata berdasarkan simulasi MAI, sepatutnya ada sedikit penurunan harga kereta dengan GST, kemungkinan antara satu hingga dua peratus bagi kebanyakan model termasuk kereta import. "Sasaran kami bagi jualan keseluruhan kenderaan (TIV) tahun depan ialah 700,000 unit kerana harga kereta akan lebih kompetitif. Bagi tahun ini, kami mengunjurkan TIV 670,000 unit," katanya selepas Persidangan Teknologi Tahunan Altair 2014, di sini, Rabu. Beliau berkata tidak ada gunanya menunggu membeli kereta selepas pelaksanaan GST, yang katanya, hanya memberi kesan minimum kepada harga kereta baharu. Bagaimanapun, nilai kereta terpakai dijangka terus jatuh, purata antara lima hingga 10 peratus setahun, katanya.- mstar

Rasuah: Lagi Pegawai Kastam Ditahan, Reman 11 Anggota Dilanjut
PETALING JAYA: Seorang lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket penyeludupan arak dan rokok di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan berkata individu berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada Selasa.
"Hari ini mahkamah membenarkan tahanan reman selama tujuh hari ke atas seorang lagi pegawai kastam yang ditahan semalam," kata SPRM pada Rabu.
Menurut kenyataan itu lagi, SPRM turut memperoleh kebenaran Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk melanjutkan tempoh reman ke atas 11 pegawai kastam pelbagai pangkat yang ditahan sebelum ini.
"Enam daripada 11 pegawai kastam dilanjutkan reman selama tujuh hari termasuk seorang 'Datuk' dan empat lagi disambung reman sehingga esok (Khamis).
"Dalam pada itu seorang lagi pegawai yang juga bergelar 'Datuk' disambung reman selama enam hari," katanya.
SPRM sebelum ini mendedahkan menahan 22 individu, termasuk seorang Pengarah JKDM negeri yang disyaki terbabit dengan aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.
Daripada jumlah itu, 12 daripada mereka merupakan pegawai JKDM manakala 10 lagi merupakan pemilik syarikat dan ejen mereka serta pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup.- mstar
TOP
PRK Pengkalan Kubor: PAS Umum Calon Esok
KOTA BAHARU: PAS Kelantan akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Khamis.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub berkata pada masa ini, PAS sedang membuat penelitian akhir senarai calon bagi PRK itu yang akan diadakan 25 September ini.
"Apa yang pasti, calon itu adalah anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, Rabu.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata parti itu akan mengumumkan calon itu bersama-sama pimpinan parti Pakatan Rakyat di Pengkalan Kubor, Tumpat.
Beliau berkata PRK itu dijangka sengit memandangkan PAS mahu merampas semula kerusi itu daripada Barisan Nasional.
Namun, beliau memberi jaminan proses itu akan berlangsung dalam suasana aman dan saling menghormati.
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Sementara itu, Ahmad berkata kemelut PKR Selangor tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat di Kelantan, yang disifatkan masih kukuh.- mstar
TOP
Muhyiddin Mohon Maaf Kepada Ibu Bapa, Murid UPSR
PENGKALAN KUBOR – Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa dan murid terbabit berikutan penangguhan kertas peperiksaan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didapati bocor.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian kertas peperiksaan itu bocor sehingga terpaksa ditangguhkan adalah sesuatu yang malang.
Katanya, laporan polis berhubung perkara itu sudah dibuat oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengulas mengenai penangguhan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan esok selepas didapati bocor.
Tarikh baharu peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas berkenaan ialah pada 30 September ini. – BH Online
TOP
Masanya Tepat Untuk Laksanakan GST
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih cekap bagi menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lemah, tepat pada masanya, kata menteri dan timbalan menteri.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata pelaksanaan cukai baharu itu sudah lama dirancang.
“Perdana Menteri berkata beliau akan memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat menerusi tambahan RM300 untuk BR1M bagi golongan kurang berkemampuan serta pengurangan cukai pendapatan bagi golongan berpendapatan pertengahan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penerangan Perdana GST di sini hari ini.
SST mengandungi lima komposisi, menyebabkan pelbagai kadar antara 5 hingga 10 peratus dilepaskan kepada pengguna, sedangkan GST hanya mempunyai satu komponen pada kadar standard iaitu 6.0 peratus.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelaksanaan GST akan memastikan sistem percukaian yang lebih cekap memandangkan daripada 12 juta pekerja, hanya 1.2 juta sahaja yang membayar cukai pada masa ini.
Beliau berkata, sudah sampai masanya perkara ini dikaji semula oleh kerajaan, pada masa yang sama dengan memastikan asas sistem percukaian yang lebih luas.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem berkata, majlis penerangan itu merupakan permulaan yang baik, berdasarkan kehadiran menteri, organisasi bukan kerajaan dan pelajar.
“Dalam ucapannya, Najib menjelaskan kepada orang ramai bahawa acara itu dipanggil Majlis Penerangan ‘Perdana’ GST memandangkan lebih banyak forum akan dilaksanakan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Muslimat: Hilang percaya pada Azizah sejak 2008
Kewibawaan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon pengganti menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terus dipertikaikan pemimpin PAS.
Kali ini giliran Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam pula membangkitkan kepimpinan Azizah ketika dilantik ketua pembangkang selepas pilihan raya umum 2008.
Rosni berkata, PAS ketika itu menyokong Azizah dan tidak timbul isu gender tetapi isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa hanya mampu bertahan kurang enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada 28 Ogos.
“Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” katanya.
Dua pemimpin kanan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (presiden) dan Datuk Haron Din (timbalan mursyidul am) sebelum ini telah menjelaskan Azizah ditolak kerana isu kelayakan.
Dalam kenyataannya hari ini, Rosni juga membangkitkan prestasi Azizah selepas terpilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada awal tahun ini.
“PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan melahirkan wakil rakyat dan MB yang berkaliber,” katanya lagi.
Rosni juga mendakwa PKR tidak pernah membuka ruang kepada pemimpin PAS membahaskan setiap calon yang ingin dicadangkan sebagai menteri besar sebelum ia diputuskan sebelum ini.
Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga berkata, sayap wanita ketiga-tiga parti dalam Pakatan harus berbincang mencari penyelesaian dan mengelakkan sengketa dengan istana dan bukan saling mengkritik dan “memfitnah”.
Kenyataan Rosni itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap dakwaan Wanita DAP bahawa perangai Hadi dalam isu itu memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. - MalaysiaKini
TOP
Perdana Menteri Lancar Dua Buku Mengenai GST
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan dua buku berkenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada Majlis Penerangan Perdana GST yang dihadiri hampir 4,000 orang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Buku berkenaan bertajuk Buku Panduan Cukai Barang dan Perkhidmatan Bagi Peniaga serta Buku Panduan Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan.
Kedua-dua buku itu diterbitkan oleh Kementerian Kewangan.
Buku Panduan Cukai Barang dan Perkhidmatan Bagi Peniaga mengandungi 183 muka surat dan mengandungi beberapa bab dengan teks bergambar dan pelbagai gambar rajah.
Antara bab yang terkandung dalam buku itu ialah Model GST, Pendaftaran, Nota Kredit, Nota Debit, Memfailkan Penyata GST dan Bayaran dan Penyimpanan Rekod.
Buku Panduan Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan setebal 206 muka surat mengandungi 32 bab bermula dengan Pengumuman GST Semasa Pembentangan Bajet 2014, perjalanan GST, sejarah percukaian negara hinggalah bab terakhir iaitu senarai pejabat GST di seluruh Malaysia.
Orang ramai yang menghadiri majlis penerangan perdana berkenaan diberi sijil penyertaan serta pek maklumat mengenai GST yang mengandungi keratan akhbar mengenai GST, risalah yang menyenaraikan kebaikan GST, perkhidmatan dan barang harian yang tidak dikenakan GST. – BERNAMA
TOP
Liga Itali Bukan Lagi Pentas Gaji Tertinggi Pemain Bola Dunia
(Ubah saiz teks)
> Daniele de Rossi penerima gaji tertinggi £100,000 seminggu> Gonzalo Higuain - £84,000 seminggu
> Carlos Tevez - £70,000 seminggu
> Pemain remaja paling berbakat, Paul Pogba hanya terima £23,000 seminggu
> Bekas kapten United, Nemanja Vidic terima £50,000 seminggu di Inter
> Liga Itali kini di belakang EPL dan La Liga dalam soal gaji
> Sedangkan Samuel Eto'o terima £160,000 seminggu di Inter pada 2009
LIGA Itali kini bukan lagi pentas utama yang menawarkan gaji lumayan kepada para pemain bolasepak profesional Eropah sepertimana dahulu apabila statistik menunjukkan, liga tersebut berada jauh di belakang La Liga dan Liga Perdana Inggeris.
Portal berita Britain, The Mail Online mendedahkan yang kelab-kelab Serie A sekarang membelanjakan di bawah para £500 juta untuk membayar gaji pemain-pemain iaitu jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang diterima oleh superstar Liga Perdana Inggeris dan La Liga.
Paul Pogba, misalnya, yang dianggap sebagai pemain muda paling berbakat di dunia buat masa ini hanya menerima gaji serendah £23,000 seminggu daripada juara liga, Juventus.
Juventus, bagaimanapun kekal sebagai satu-satunya kelab Itali yang membelanjakan lebih banyak wang untuk gaji-gaji pemain sepertimana Carlos Tevez dan Arturo Vidal yang menerima sekitar £60,000 seminggu.
Superstar Roma, Daniele De Rossi merupakan penerima gaji tertinggi dalam Liga Itali iaitu £100,000 seminggu tidak termasuk bonus dan lain-lain bayaran insentif.
Bekas bintang Chelsea, Ashley Cole yang kini berpindah ke AS Roma hanya menerima £35,000 seminggu.
PARA PENERIMA GAJI TERTINGGI DALAM LIGA ITALI:
AS ROMA
> Daniele de Rossi - £100,000 seminggu
> Marco Borriello - £54,000
> Miralem Pjanic - £49,000
> Gervinho - £45,000
> Kevin Strootman - £43,000
> Ashley Cole - £35,000
JUVENTUS
> Carlos Tevez - £69,000 seminggu
> Gianluigi Buffon - £61,000
> Arturo Vidal - £61,000
> Andrea Pirlo - £58,000
> Fernando Llorente - £54,000
> Paul Pogba - £23,000
Seorang lagi pemain Inggeris yang berhijrah ke Itali iaitu Micah Richards,26,yang kini bermain untuk Fiorentina hanya menerima gaji sekadar £26,000 seminggu dan berada di tempat keempat pemain dengan bayaran gaji tertinggi di belakang Alberto Aquilani, Giuseppe Rossi dan Mario Gomez.
Sementara itu, bekas kapten Manchester United, Nemanja Vidic yang turut berhijrah ke Itali bersama Inter Milan menerima gaji sebanyak £50,000 seminggu tetapi jumlah itu cukup untuk menjadikannya pemain dengan bayaran gaji tertinggi di kelab tersebut.
Bekas penyerang Chelsea, Fernando Torres yang dipinjamkan kepada AC Milan selama dua tahun mulai musim ini hanya menerima bayaran gaji sebanyak £61,000 seminggu jauh berbeza dengan apa yang diterimanya di Chelsea iaitu sebanyak £175,000 seminggu.
AC MILAN
> Fernando Torres - £61,000 seminggu
> Philippe Mexes - £61,000
> Riccardo Montolivo - £54,000
> Nigel de Jong - £54,000
> Diego Lopez - £38,000
INTER MILAN
>Nemanja Vidic - £50,000 seminggu
>Rodrigo Palacio - £50,000
> Hernanes - £46,000
> Fredi Guarin - £43,000
> Andrea Ranocchia - £34,000
Apa yang diterima oleh bintang-bintang bolasepak dunia di Liga Itali kini dengan jelas sekali menunjukkan penurunan dari segi tawaran jika dibanding dengan apa yang diterima oleh Samuel Eto'o ketika dia dibeli oleh Inter Milan pada musim 2009/10.
Eto'o ketika itu ditawarkan gaji sehingga £160,000 seminggu berbanding £50,000 yang diterima oleh Vidic kini di Inter.
Pemain kedua dengan bayaran tertinggi di Inter ketika itu ialah Patrick Vieira sebanyak £84,000 seminggu dan jumlah itu masih jauh di hadapan Vidic yang kini memegang rekod pemain gaji termahal di kelab berkenaan.
Jumlah yang diterima oleh pemain-pemain di Liga Itali dan Liga Perdana Inggeris sekarang jauh kontras dengan apa yang diperolehi Gareth Bale, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang menerima sekitar £200,000 seminggu manakala pemain seperti Wayne Rooney, menerima gaji sebanyak £300,000.
- mstar
TOP
BN Pertaruh Pengasas Sekolah Pondok Di Pengkalan Kubor
Mat Razi Mat Ail
PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan pengasas sekolah pondok, Mat Razi Mat Ail sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Pengumuman Mat Razi, 49, sebagai calon parti itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN PRK Pengkalan Kubor. Mat Razi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi dikalangan masyarakat tempatan merupakan bekas Penolong Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat bahagian Pengurusan Sekolah. Beliau juga merupakan AJK Umno Bahagian Tumpat sejak 2009. Mat Razi mengasaskan sebuah sekolah pondok di Kampung Sampingan sejak 2012. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September. - mstar

Cabaran Baldi Ais Berisiko Kepada Pesakit Darah Tinggi - Pakar
KUALA LUMPUR: Cabaran Baldi Ais yang kini menjadi ikutan ramai boleh mendatangkan risiko kepada mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.
Pengkaji Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Zaleha Md Isa berkata aktiviti sebegini perlu dielakkan bagi golongan tersebut.
"Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai darah tinggi boleh mendapat risiko ekoran menyimbah ais ke badan mereka. Perubahan suhu badan secara mendadak akibat perbuatan ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menjadi lebih teruk," katanya.
Beliau mencadangkan ujian klinikal dilakukan bagi mengesan kesannya sebelum sebarang acara ini dianjurkan.
"Di United Kingdom, dilaporkan seorang remaja meninggal apabila dia melakukan cabaran dengan terjun ke dalam air," tambahnya.
Namun Dr Zaleha berkata Cabaran Baldi Ais adalah baik kerana ia mendatangkan kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan ia dilakukan bagi memungut derma untuk tujuan tersebut. - mstar
TOP
Lelaki Cari Madu Kelulut Maut Dihempap Dahan Pokok
KEADAAN mayat Mohd. Fakrul yang tersepit di celah pokok pukul lima.
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas dihempap dahan pokok ketika mencari madu kelulut bersama rakannya di Kampung Pokok Asam, Padang Pusing, Pendang malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Mohd Fakhrul Rozi Zainuddin, 27, yang tinggal di Kampung Paya Sulaiman, Pendang maut selepas dahan pokok yang dipotongnya menghempap dadanya menyebabkan beliau tersepit di atas pokok. Bapanya Zainuddin Ahmad, 52, berkata anak kedua dari tujuh beradik itu menggunakan gergaji enjin untuk memotong dahan pokok yang mempunyai madu kelulut sebelum dahan itu jatuh menghempap dadanya. "Lepas potong, dahan itu terus menghempap dadanya...dia terkulai atas pokok. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang bantu turunkan anak saya untuk dibawa ke hospital," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Rabu. Selepas bedah siasat, mayat mangsa dituntut anggota keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Kelisa, Sungai Petani. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu. - mstar

Krisis MB: Khalid 'Tutup Mulut'
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil langkah selamat dengan tidak memberikan sebarang kenyataan berbuhung calon penggantinya yang telah dicadangkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat.
Abdul Khalid berkata, tindakan itu kerana beliau telah dinasihatkan supaya tidak memberikan sebarang kenyataan kerana ia dibimbangi akan mengelirukan rakyat.
"Kita dinasihati supaya beri ruang dan usaha Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.
"Jadi saya rasa kebijaksanaan dan kesabaran tuanku patut diberi kepercayaan dan saya harap perkara ini dapat selesai dengan baik. Utamakan kepentingan Selangor," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah pada Rabu.
Mengulas lanjut, Khalid berkata, kepercayaan penuh diberikan terhadap kebijaksanaan sultan untuk membuat keputusan dalam menentukan calon yang layak dilantik menteri besar Selangor.
"Itu keputusan Sultan Selangor. Saya telah menghadap sembah tuanku dan saya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada keputusan baginda. Saya pernah beri surat untuk letak jawatan bagi membenarkan proses pemilihan ini dilakukan dengan betul.
"Bagaimanapun baginda minta saya tarik balik surat tersebut sehingga keputusan dibuat," katanya.
Ditanya sama ada beliau tahu mengenai spekulasi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Iskandar Samad akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor Jumaat ini, Khalid berkata: "Takde komen.. semua ini kalau apa pun dilakukan, mengikut beberapa proses-proses tertentu."
"Pada kebiasaannya di Selangor ada jemputan bertulis dari istana negeri untuk jemput orang-orang hadir.
"Yang dijemput saksikan upacara tersebut akan diberi masa, tak perlu spekulasi," katanya. - mstar
TOP
Pelajar UM 'Boikot' Kelas Untuk Berarak Sokong Pensyarah
PETALING JAYA: Para pelajar Universiti Malaya (UM) - kebanyakannya mahasiswa undang-undang - telah memboikot kelas mereka pada pagi Rabu untuk menghadiri perarakan aman di pekarangan universiti tersebut di Lembah Pantai sebagai tanda sokongan ke atas pensyarah mereka, Profesor Madya Dr Azmi Sharom, yang baru-baru ini didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan.
Perarakan itu yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) turut dihadiri oleh beberapa ahli akademik dan juga ahli politik.
Mereka memulakan perarakan dari Fakulti Undang-Undang menuju ke Sudut Pidato tidak jauh dari situ yang suatu ketika dahulu menjadi medan para mahasiswa menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas apa juga isu dalaman dan luar negara.
Para pelajar berkenaan dilihat memulakan perarakan mereka pada jam 12.30 tengah hari sambil melaungkan slogan tertentu termasuklah mendesak Akta Hasutan dimansuhkan.
Mereka turut membawa kain pemidang yang menyatakan sokongan ke atas Azmi serta menuntut kebebasan bersuara dalam institusi akademik.
Yang turut serta dalam perarakan itu termasuklah anggota Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Yeo Bee Yin, anggota Parlimen Segamat, Lim Lip Eng dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad. Dr Azmi, yang juga merupakan kolumnis akhbar harian The Star, telah didakwa pada 2 September lalu di bawah Akta Hasutan 1948 kerana membuat komen berhubung peranan yang dimainkan oleh Istana dalam krisis kepimpinan Perak pada 2009. Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. - mstar

'Pukul' Ayu Raudhah, Iqram Mohon Maaf Kepada Zaquan
Iqram Dinzly
PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly memohon maaf kepada suami Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha jika dia terasa hati melihat isterinya dipukul teruk dalam filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3). Iqram, 33, berkata, sebagai suami, Zaquan mempunyai hak untuk berasa bengang apabila melihat babak Ayu dipukul tetapi pada masa sama pemain bola sepak itu perlu faham ia hanyalah lakonan semata-mata. "Saya tidak boleh pertikaikan hak dia (Zaquan) sebagai suami apabila berasa marah melihat adegan tersebut. "Dan saya memohon maaf sekiranya dia terasa hati sehingga mengeluarkan status meluahkan rasa tidak puas hati Ayu dipukul," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu. Pada petang Selasa, Zaquan yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan memuat naik status di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati melihat adegan Ayu dipukul Iqram dalam Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) ketika menghadiri pra tonton filem tersebut pada 27 Ogos lalu. Adegan itu menyebabkan Zaquan bertegas tidak membenarkan isterinya berlakon lagi. "Saya tak sanggup tengok isteri diperlakukan sebegitu.. lepas ini, no more shooting!!! #lagendabudaksetan3," luah Zaquan dalam Twitter miliknya. Status tersebut membuatkan Iqram membalas komen Zaquan menyatakan ia hanyalah sebuah lakonan, bukannya seperti bermain bola sepak. "Lu ingat berlakon dalam filem sama ke main bola sepak di padang. Bukannya wa rembat bini lu macam bola dowh!! Gentle Ahh. #lagendabudaksetan3," balas Iqram semula.
Ayu dan suaminya, Zaquan.
Sementara itu, Iqram mengakui, Ayu trauma selepas berlakon pada tiga babak pertama untuk babak pukul itu. Kata Ayu, dia tidak pernah diperlakukan sebegitu kasar dan dia kemudiannya terus masuk ke bilik dan menangis. Saya datang memujuknya kerana ada satu lagi babak pukul antara saya dan dia. Dan kami berbincang untuk hanya melakukan satu 'take' sahaja. "Ketika berlakon babak akhir, saya pun bersungguh menjiwai watak manakala Ayu pula benar-benar trauma dan menangis. Selepas selesai babak itu, saya meminta maaf terus kepadanya dan dia pun okey. "Penggambaran itu pun berlaku dua tahun yang lalu. Tak sangka ia jadi isu pula," ujarnya. Dalam filem arahan Sharad Sharan itu, Iqram memegang watak sebagai Shan yang terlalu menyayangi isterinya, Zahirah (Ayu). Namun Shan seorang yang kuat cemburu dan sering memukul isterinya apabila melihat mana-mana lelaki mendekatinya. Ia juga mengisahkan tentang Kasyah, lakonan Farid Kamil yang kehilangan isteri dan anak ingin membina hidup baru dengan Kate (Maya Karin).
Mereka mengambil anak angkat selepas berkahwin.Bagaimanapun, rumah tangga mereka goyah apabila bekas suami Kate dan bekas rakan sekerja Kasyah kembalidalam hidup mereka dengan niat yang tidak baik. - mstar

"Tiada Persiapan Kahwin Nabila" - Amy (Search)
PETALING JAYA: Penyanyi rock Amy (Search) menafikan dia sedang membuat persiapan perkahwinan untuk anaknya, iaitu pelakon Nabila Huda seperti yang diperkatakan baru-baru ini.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, juga terkejut dengan berita tersebut kerana sehingga kini dia dan Nabila langsung tidak berbincang mengenai perkara berkenaan.
"Eh... saya pun tidak tahu yang dia nak berkahwin kerana tiada perbincangan mengenai perkara itu antara saya dan Nabila.
"Apatah lagi persiapan kahwin seperti yang diperkatakan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran stesen radio baharu iM4U FM di Black Box, Publika disini pada Selasa.
Baru-baru ini, Nabila dikatakan bakal berkahwin dengan kekasihnya dalam masa terdekat dan mereka dikatakan sedang membuat persiapan perkahwinan.
Sebelum ini hubungan Amy dan Nabila pernah menjadi renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada kasar selepas Nabila memuat naik gambar percutian dengan kekasihnya di luar negara.
Nabila Huda
Bagaimanapun pada sambutan Hari Raya pertama lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana hubungannya dan Nabila sudah jernih. Sementara itu, tambah Amy, dia tidak mempunyai masalah untuk merestui Nabila dan pasangannya jika mereka benar-benar sedia mahu berkahwin. Dalam perkembangan lain, Amy bakal berduet dengan anaknya itu menerusi persembahan konsert solonya di Singapura pada 20 September ini. "Insya-Allah Nabila akan menjadi artis jemputan pada konsert solo saya. Kami akan berduet sebanyak dua buah lagu. "Tetapi sehingga kini dia masih lagi kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan itu. Risau katanya. "Mungkin kami juga akan berkongsi pengalaman hidup kami sebagai ayah dan anak sebelum memulakan persembahan. Tak pasti lagi," ujarnya. Dalam perkembangan yang sama, Amy juga dalam proses menyiapkan album solo terbaharunya yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu setelah 13 tahun tidak merakamkan album. - mstar

Awie Anggap Tuah, Mokhtar Dahari Muncul Dalam Mimpi
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Awie mendedahkan legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari pernah muncul dalam mimpinya semasa dia dalam proses latihan pementasan teater muzikal SuperMokh musim pertama tahun lalu.
Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 46, berkata, kisah berkenaan tidak pernah diceritakan kepada sesiapa sebelum ini dan hanya diberitahu kepada isteri Allahyarham iaitu Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim.
"Allahyarham datang dalam mimpi saya sekitar tahun lalu sebelum pementasan SuperMokh yang pertama berlangsung dan ketika itu saya tertidur selepas keletihan mengadakan persembahan di Melaka bersama Wings.
"Apabila terjaga sekitar pukul empat pagi saya rasa 'kedatangannya' itu seperti benar-benar berlaku dan saya sedekahkan Al-Fatihah kepadanya," ujar Awie kepada mStar Online.
Awie ditemui selepas pementasan pertama Teater muzikal SuperMokh Sebuah Muzikal Restaging di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada malam Isnin lalu.
Teater arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskander itu sedang dipentaskan bermula 8 hingga 21 September ini.
Masih mengekalkan Awie dan Maya Karin sebagai teraju utama, ia turut menampilkan Rashidi Ishak, Dina Nazir, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.
Antara lakonan Awie (duduk tengah) dalam SuperMokh Sebuah Muzikal Restaging.
Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai mimpi berkenaan, Awie berkata, Mokhtar menggunakan bahasa Inggeris ketika berbual-bual dengannya selain mengajarnya teknik bermain bola sepak. Awie juga ada menceritkan mengenai butiran mimpi itu kepada isteri Allahyarham dan Tengku Zarina memberitahu arwah suaminya itu memang menggunakan bahasa berkenaan untuk berkomunikasi. "Saya tidak beritahu sesiapa mengenainya dan terus menceritakan kepada isterinya dan tidak sangka pula banyak perkara yang memang menggambarkan tentang Mokhtar dan disahkan sendiri oleh Tengku Zarina," jelasnya. Sementara itu, Awie berkata, dia menganggap mimpi tersebut sebagai satu tuah kerana sedikit sebanyak dia dapat memahami Mokhtar dan menjiwai watak figura berkenaan dalam pementasan teater tersebut. Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal dunia pada 11 Julai 1991 pada usia 38 tahun. Supermokh adalah gelaran yang digunakan untuknya. Dalam perkembangan lain, Awie berkata, musim kedua SuperMokh memberikan kepuasan berbeza kepadanya kerana dapat memperbaiki kekurangan sebelum ini. Malah dia juga semakin selesa membawakan watak legenda itu di pentas dan berharap musim kedua ini akan memberi peluang kepada peminat untuk mengenali Kehidupan Mokhtar dengan lebih baik. Tiket untuk menyaksikan teater tersebut sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi 03-41478600 atau 019-2111600. - mstar

Banjir Di India: 38 Pelajar, 19 Pelancong Malaysia Dihantar Pulang
KUALA LUMPUR: Seramai 38 pelajar dan 19 pelancong rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Jammu dan Kashmir di India, akan dihantar pulang ke tanah air.
"Seramai 11 pelajar Malaysia akan berlepas ke tanah air malam ini dan dijangka tiba pada 5 pagi esok," kata Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Chitra Devi Ramiah ketika dihubungi Bernama, Rabu.
Beliau berkata kesemua pelajar Malaysia itu kini ditempatkan di pusat penempatan sementara banjir manakala 17 pelancong rakyat Malaysia berada di sebuah hotel di Srinagar dan dua lagi pelancong berada di kediaman ejen pelancongan mereka di sebuah kaawsan tinggi.
Kesemua pelancong itu kini berusaha mendapatkan tiket penerbangan untuk ke New Delhi, katanya.
Menurutnya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar India Sushma Swaraj semalam bagi memohon bantuan kerajaan India untuk mengenal pasti lokasi banjir dan menghubungi rakyat Malaysia yang terperangkap di kawasan itu untuk dipindahkan ke kawasan lebih selamat.
"Kerajaan India dan semua agensi tempatan secara berterusan menghubungi kami dan membantu pihak Konsulat menyelaraskan usaha menyelamat rakyat Malaysia," katanya.
Banjir yang melanda wilayah Himalaya itu sejak lapan hari lepas telah meragut lebih 400 nyawa setakat ini selain memusnahkan jambatan, prasana telekomunikasi dan menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus.
Ramai rakyat Malaysia terperangkap di Srinagar, ibu negeri Jammu dan Kashmir yang merupakan antara kawasan paling teruk dilanda banjir.
Media India melaporkan kira-kira 23,000 orang telah diselamatkan setakat ini sementara 700,000 orang masih terperangkap di bandar itu yang kebanyakan kawasannya masih ditenggelami air. - mstar
TOP
Nik Abduh Label PKR, DAP Pengkhianat
Nik Abduh Nik Aziz.
PETALING JAYA: Krisis dalaman Pakatan Rakyat (PR) semakin meruncing apabila Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melabelkan rakan sekutu parti itu dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai pengkhianat. Anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian menerusi status laman sosial Facebooknya pada lewat malam Selasa. Dalam entrinya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerangkan semula isu pengkhianat dalam PR yang dituju kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama. Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS. "Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua Adun PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR. "Sebagaimana dua Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden (PAS), begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS," katanya.
(nota: dua Adun PAS yang dimaksudkan ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib)
Nik Mohamad Abduh kemudian mendedahkan dua pilihan yang ada pada presiden PAS selepas dikhianati oleh ahli dan rakan sekutu dalam menentukan hala tuju parti berkenaan. Beliau memberitahu, presiden mempunyai dua pilihan iaitu mengambil tindakan drastik dengan keluar daripada PR berikutan pengkhianatan berkenaan atau bersikap budiman serta memperbaiki keadaan. Jelasnya, bagaimanapun dalam satu mesyuarat pada 17 ogos lalu, Abdul Hadi telah mengambil tindakan budiman serta mencadangkan dua nama termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor seperti yang dikehendaki PR. Menurutnya, walaupun keputusan itu bercanggah dengan persetujuan Majlis Syura Ulama (MSU) untuk mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi Abdul Hadi berjaya meyakinkan MSU demi pakatan. Bagaimanapun katanya, keputusan 'emas' itu hanya bertahan selama lima jam apabila mesyuarat pakatan yang tidak dihadiri Abdul Hadi memutuskan untuk mencadangkan satu nama sebagai menteri besar baharu iaitu Dr Wan Azizah. Nik Mohamad Abduh berkata, berikutan itu 'badai' yang tenang kembali bergolak dan PAS dilabel sebagai parti u-turn selain presidennya dianggap lemah dalam membuat keputusan. "Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD (Akuan Bersumpah) timbul. "13 Adun PAS diasak oleh PKR agar menandatangani SD menyokong WAWI (Wan Azizah Wan Ismail) sebagai menteri besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS," jelasnya. Beliau menambah, apabila pihak Istana Selangor minta setiap parti menghantar lebih daripada dua nama untuk dicadangkan sebagai menteri besar, PR terus gagal untuk bersatu.
Malah katanya, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin belot terhadap partinya walaupun dinafikan.
Nik Mohamad Abduh kemudian mempersoalkan perkara berikut:
1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?
2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?
3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 Adun itu? Tidak bukan?
4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?
5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?
"Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya," soalnya.

"Santiago Tak Reti Isu Air" - Khalid
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempertikaikan kredibiliti beliau menandatangani perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan.
Khalid berkata, wakil rakyat DAP itu sepatutnya meneliti fakta perjanjian air tersebut sebelum membuat kenyataannya kepada media.
"Dia (Santiago) tak reti, sama macam isu dia tak reti pasal air beracun di kolam takungan.
"Sebagai golongan profesional mereka sepatutnya meneliti fakta terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan. Jika tidak kita tidak lihat mereka sebagai pemimpin yang membantu membangunkan komuniti dan negara.
"Asyik tembak sini saja je... tak beri nilai tambah walaupun nampak sibuk, tapi tak beri manfaat kepada rakyat, " katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah pada Rabu.
Pada Selasa, Santiago dilaporkan mempertikaikan kesahihan tindakan Khalid menandatangani perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan selain mempersoalkan kewajaran menteri besar itu memetrai perjanjian air bernilai RM9.65 bilion.
Sebelum ini media melaporkan perjanjian air antara Khalid dan kerajaan pusat dijangka lengkap menjelang hujung minggu ini.
Santiago dipetik sebagai berkata, tandatangan ketika pertukaran kepimpinan boleh menimbulkan persoalan mengenai moral dan kesahihan undang-undang, khususnya selepas tiada keterbukaan dan ketelusan dalam perjanjian tersebut sebelum ini.
Justeru, beliau mendesak kerajaan pusat supaya tidak tergesa-gesa untuk melengkapkan perjanjian tersebut, sebaliknya menunggu hingga menteri besar baharu dilantik.
Februari lalu, Khalid menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) air dengan kerajaan Persekutuan, bagaimanapun tindakan beliau menimbulkan kecaman dan kritikan daripada partinya sendiri.
Perjanjian air itu juga didakwa menjadi punca Khalid dipecat daripada PKR dan digesa meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Rancangan pengambilalihan berkenaan dilakukan ekoran rungutan dan kekhuatiran masyarakat terhadap masalah bekalan air yang melanda Selangor.
Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan selepas Pilihan Raya Umum pada 2008 apabila pakatan pembangkang menewaskan Barisan Nasional (BN) di Selangor. - mstar
TOP
Manchester United Untung RM125 Juta
LONDON – Manchester United dijangka mengumumkan rekod pendapatan kelab,
hari ini yang difahamkan sekitar STG420 juta (RM2.1 bilion) untuk musim
lalu dengan keuntungan mencecah STG25 juta (RM125 juta) yang dibantu
dengan penjualan dua juta kemeja replika seluruh dunia.
Keputusan tahunan itu juga harus membabitkan butiran bayaran untuk bekas pengurus pasukan, David Moyes dan pasukan kejurulatihannya. Namun, angka itu tidak akan menunjukkan kerugian kewangan selepas gagal layak ke kejohanan di Eropah, tahun ini.
INFO
Penjualan baju kelab musim 2009-2010 sehingga 2013-2014
(Jualan purata kelab setahun)
1 Real Madrid 1,580,000
2 Manchester United 1,490,000
3 Barcelona 1,190,000
4 Bayern Munich 945,000
5 Chelsea 875,000
6 Arsenal 825,000
7 Liverpool 805,000
8 Marseille 385,000
9 Juventus 375,000
10 PSG 335,000 – BH Online

Yang Di-Pertuan Agong Menerima Menghadap Panglima TUDM
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap perpisahan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud di Istana Negara.
Rodzali, 59, yang mula berkhidmat dengan TUDM pada 1973 akan bercuti mulai Sabtu ini sebelum bersara 12 Mac tahun depan (2015). Anak kelahiran Besut, Terengganu ini memegang jawatan sebagai panglima TUDM pada 1 Sept 2009 dan pernah menerima anugerah tertinggi angkatan tentera iaitu Panglima Gagah Angkatan Tentera. Penyerahan tugasnya kepada panglima TUDM yang baharu akan diadakan pada satu majlis di Pangkalan TUDM Kuantan, Pahang. Jumaat ini (12 Sept). – BERNAMA

Nora Danish Tak Ambil Mudah Ugutan Hendak Dirogol
KUALA LUMPUR: Enggan memanjangkan isu ugutan berbaur lucah yakni ancaman rogol daripada salah seorang pengikut laman sosial popular, Instagram, Nora Danish bagaimanapun sudah membawa perkara berkenaan kepada pihak berkuasa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Saya tak mahu komen panjang mengenai hal ini. Tapi bukan senang untuk saya layan kerenah pengikut di laman ini. Ada bahayanya juga jika kita memuat naik gambar di mana kita berada kerana ramai stalker. Ini soal keselamatan dan saya tak boleh ambil mudah," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH Online sebentar tadi.
Nora sedar kebarangkalian hal tak terduga ini akan terjadi apatah lagi jumlah pengikutnya di laman Instagram terus meningkat.
Nora sebelum ini menjadi artis Malaysia pertama memiliki pengikut di laman itu mencecah sejuta.

Guru Maut Nahas Jalan Raya Ketika Perjalanan Ke Sekolah
SANDAKAN – Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Karamunting di sini maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam satu nahas jalan raya di Taman Grandview dekat sini pagi tadi.
Ketika kejadian kira-kira pukul 6.10 pagi itu, mangsa Nastain Bin Ahmad, 48, dalam perjalanan untuk ke sekolah tempat dia bertugas.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Md Zain berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke sebelah kanan bahu jalan raya ketika menuruni bukit.
Katanya mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini untuk bedah siasat.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
TOP
APMM Tahan Bot Nelayan Bawa 11,000 Liter Diesel
KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki cuba menyeludup minyak diesel bernilai RM13,200, 4 September lepas.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Kuching, Komander Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata tangkapan dibuat oleh bot maritim APMM WILSAR semasa melakukan pemeriksaan rutin kira-kira 11 Batu Nautika dari Tanjung Po, dekat sini.
“Ketika ditahan bot berkenaan dinaiki tiga lelaki warganegara Indonesia. Bot berkenaan mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan,” kata beliau dalam sidang media di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), di sini hari ini.
Namun ketika diperiksa bot itu telah didapati membawa kira-kira 11,000 liter minyak diesel bernilai hampir RM13,200 di dalam petak simpanan ikan yang telah diubahsuai tanpa kebenaran, katanya.
Shahref berkata bot itu kini ditahan dan kes ini akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan lanjut. - BERNAMA
TOP
Anggota Keselamatan Mencukupi Sepanjang PRK Pengkalan Kubor
KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia akan memastikan anggota keselamatan yang ditugaskan sepanjang proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor mencukupi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bagaimanapun, jika ada keperluan tambahan, polis kontinjen dari negeri berdekatan akan membantu polis kontinjen Kelantan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) ke-35 di sini, hari ini.
Khalid bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah anggota keselamatan yang ditempatkan di kawasan tersebut bagi menjaga ketenteraman sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.
Mengulas mengenai kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil itu, beliau berkata kawalan akan berjalan seperti biasa.
“Kawalan seperti biasa di kawasan sempadan dan kita tidak rasa itu menjadi masalah buat kami,” katanya.
PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 13 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 Sept. – BERNAMA
TOP
Malaysia Akan Menjadi Penerima Manfaat Utama AEC
KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi penerima manfaat utama daripada Komuniti Ekonomi Asean (AEC) apabila ia mengambil alih pengerusi
Asean tahun depan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata, Malaysia akan menjadi pengerusi Asean pada masa AEC berkuatkuasa.
“Kita mungkin tidak mampu mencapai integrasi ekonomi sepenuhnya sekali gus, tetapi tetapi secara kolektifnya kita menjadi teguh dan Malaysia akan menjadi penerima manfaat utama AEC,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan bertajuk ‘Malaysia-Gerbang Ke Asean’ yang diterbitkan PMC LTD yang berpangkalan di London.
Ia juga memetik Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Amirsham A. Aziz sebagai berkata, Malaysia merancang menggunakan kedudukannya di tengah Asia Tenggara, ekonomi yang cergas dan persekitaran properniagaannya bagi meningkatkan lagi peranan sebagai gerbang pelaburan ke negara Asean.
“Kita tidak mempromosi Malasyia sebagai tempat pelaburan yang lebih baik kerana buruh murah, tetapi kita mempromosi negara ini sebagai lokasi di mana anda boleh memacu perniagaan anda melalui teknologi,” kata Amirsham.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata, integrasi ekonomi serantau akan mewujudkn asas baharu untuk pertumbuhan di rantau ini dan peluang pelaburan baharu untuk Malaysia.
“Malaysia menawarkan kadar cukai yang kompetitif untuk syarikat antarabangsa, terutama pengecualian cukai lima tahun dalam sektor yang diberi promosi khas atau kawasan geografi.
“Kita juga menawarkan prosedur dan karenah birokrasi yang lebih mudah serta sistem institusi yang kukuh dan boleh dipercayai,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan berkenaan. – BERNAMA
TOP
F1: Grand Prix Australia Rugi RM165 Juta
MELBOURNE – Perlumbaan Grand Prix Australia 2014 merakamkan kerugian AS$55 juta (RM165 juta) ketika peningkatan dalam kos penganjuran dan juga pendapatan yang makin berkurangan, menurut pegawai kerajaan di sini, hari ini.
Kerugian itu yang ditampung dengan subsidi daripada pembayar cukai di Victoria, wilayah yang menjadi tuan rumah perlumbaan tahunan di Melbourne mengatasi kerugian tahun lalu dengan 18 peratus.
Menurut seorang menteri di sini, Louise Asher pendapatan penjualan juga menurun A$2 juta manakala perbelanjaan meningkat A$7.5 juta.
Perlumbaan pembuka tirai musim Formula Satu itu sudah merakamkan kerugian purata A$50 juta untuk beberapa tahun lalu dan menerima kecaman pengkritik tempatan yang melihat ia satu pembaziran wang rakyat. – Reuters
TOP
Jualan Ford Pada Ogos Melonjak 53 Peratus
KUALA LUMPUR – Jualan runcit keseluruhan Ford Motor Company pada Ogos melonjak 53 peratus kepada 1,124 unit, dipacu oleh permintaan yang kukuh untuk model Ranger dan Fiesta.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata Ranger kekal trak pikap kedua paling laris dalam pasaran, dan jenama Ford mencapai jualan terbaik di Malaysia dengan jualan runcit pada Ogos meningkat 63 peratus tahun ke tahun kepada 722 unit.
Jualan Ranger setakat ini naik 54 peratus kepada 5,257 unit selain permintaan kukuh berterusan untuk semua model lain.
“Daya tarikan lasak dan keseluruhan keupayaan Ranger terus memikat ramai pelanggan kerana gayanya sesuai dengan semua pekerjaan serta gaya hidup di Malaysia,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Pesat Membangun Asia Pasifik David Westerman.
Jualan runcit Fiesta mencecah 256 unit, membantu merangsang jualan sejak awal tahun hingga setakat ini kepada lebih 26 peratus itu 2,381 unit.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa permintaan untuk Fiesta kukuh, didorong oleh prestasi tinggi enjin EcoBoost 1.0 liter, untuk varian enjin TiVCT 1.5 liter global.
Kuga SUV dan Focus yang padat dengan teknologi turut menyumbangkan lebih 1,300 unit, dengan jualan runcit keseluruhan Ford sejak awal tahun hingga kini meningkat 32 peratus kepada 9,034 unit – prestasi terbaik, setakat ini tahun ini serta sejak dua dekad lalu.
Westerman menjangka kereta EcoSport kompak urban SUV semua baharu memberi dorongan besar kepada prestasi jualannya pada September – bulan pertama ia muncul di pasaran. – BERNAMA
TOP
Tak Sedar Ada Bom Meletup, Sedar-Sedar Sudah Beberapa Hari di Hospital
PATTANI (Selatan Thailand) – “Saya tidak sedar apabila bom meletup dan
bila sedar saya sudah beberapa hari berada di hospital”, kata Ahmad
Abdul Karim sewaktu menceritakan keadaan apabila terkena bom enam tahun
lepas.
Mungkin tepat kata pepatah yang berbunyi “berpantang ajal sebelum maut” buat Ahmad, 32, wartawan di Daily News dan Thai PBS yang berpangkalan di Yala, Selatan Thailand apabila berhadapan situasi ibarat “nyawa di hujung tanduk”.
Bagi Ahmad, dirawat selama sebulan di hospital akibat letupan bom berhampiran sebuah stesen kereta api di Yala bukan kejadian kali pertama
sepanjang bergelar wartawan di wilayah bergolak itu tetapi sudah tiga kali dirinya berhadapan dengan situasi yang sama.
TIGA KALI HAMPIR MAUT TERKENA BOM
“Tiga kali saya hampir terkena bom tetapi bom kali kedua inilah yang menyebabkan keadaan saya agak serius”, katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Ketika mengingatkan semua tragedi itu, Ahmad yang juga anak kepada Presiden Persatuan Wartawan Wilayah Yala, Abdul Karim Raman Siriwong, berkata insiden pertama yang dihadapi ialah pada 2005 ketika berumur 23 tahun.
Ketika itu beliau ditugaskan membuat liputan bagi kes sebuah motorsikal dibom.
“Tiba-tiba setengah jam kemudian berlaku satu lagi letupan dan saya yang ketika itu berada tidak jauh dari situ terpelanting jatuh”, katanya.
Namun letupan itu tidak menyebabkan sebarang kematian atau kecederaan dan Ahmad hanya mengalami pening kepala.
Dua tahun selepas itu, Ahmad sekali lagi membuat liputan satu kejadian letupan bom di sebuah pejabat Pos di Yala yang dianggap sebagai “maut yang semakin hampir” buat dirinya.
“Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu seorang anggota polis maut manakala 13 termasuk saya cedera apabila bom kedua meletupkan sebuah motosikal. Ketika itu saya dan empat lagi wartawan sedang mengambil gambar tidak jauh dari tempat kejadian”, katanya.
Beliau mengalami cedera parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Yala untuk rawatan.
“Allah masih sayangkan saya dan akhirnya saya kembali sembuh selepas sebulan dirawat di hospital”, katanya.
Keadaan di Selatan Thailand, yang telah meragut ribuan nyawa, rupanya masih belum berakhir dan kali terakhir Ahmad terkena bom ialah pada 2011 apabila sebuah pencawang telekomunikasi diletupkan.
Ahmad yang berada kira-kira 15 meter dari pencawang itu pengsan selepas terkena bom yang turut mencederakan tiga lagi rakan wartawan manakala seorang tentera mengalami putus kaki kanan.
“Kali ketiga ini walaupun pengsan tetapi Alhamdulillah keadaan pulih selepas seminggu berehat dan berubat kampung”, katanya.
TIDAK TAKUT UNTUK TERUS MENJADI WARTAWAN
Beliau yang berkahwin dan mempunyai seorang anak mengakui isterinya memang trauma apabila dia ditugaskan membuat liputan mana-mana kejadian seperti itu.
“Inilah keadaan Selatan Thailand dan saya tidak pernah merasa takut untuk bertugas demi organisasi saya dan demi pembaca. Kalau saya mati ini adalah mati perjuangan dan bukannya mati sia-sia”, katanya.
Di sini wartawan dianggap sebagai `hero’ dan suara mereka dalam akhbar adalah suara rakyat dan lazimnya kerajaan akan menuruti kehendak rakyat.
“Kami gembira kerana dapat berbakti untuk rakyat. Bagi kami kerja wartawan dianggap pekerjaan mulia dan rakyat lebih banyak bersama kami berbanding wakil rakyat kerana apa yang kami suarakan dalam media massa sering didengari pihak kerajaan”, katanya.
Bagi Abdul Karim, sebagai bapa sudah semestinya beliau sering bimbang dengan apa yang berlaku tetapi sebagai seorang wartawan beliau tetap memahami tugas anaknya terutama dalam melaporkan keadaan sedemikian.
HARAP KEADAAN KEMBALI AMAN
“Inilah tugas wartawan. Ajal maut itu di tangan Tuhan tetapi apapun saya tetap berdoa seluruh keluarga saya selamat terpelihara dan keadaan di sini kembali aman.
“Saya sering menasihatkan anak saya agar berhati-hati walau di mana jua berada dan doa ayah dan ibunya tetap bersama,” katanya.
Beliau berkata cabaran yang dihadapi terutama wartawan di Selatan Thailand adalah sangat mencabar kerana sentiasa berhadapan dengan keadaan getir yang seumpama.
Itulah harga yang terpaksa dibayar apabila berlaku pergolakan berdarah seperti yang berlaku di sini, katanya. – BERNAMA

Polis Sedang Siapkan Kertas Siasatan PPS
KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Siasatan kita memakan masa sedikit kerana jumlah anggota (pasukan)tersebut yang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) ke-35 di sini, hari ini.
Pada 31 Ogos lepas, polis telah menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). – BERNAMA
TOP
Kertas Science 018 UPSR Bocor, Tarikh Baru 30 September 2014
KUALA LUMPUR: Kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah ditangguhkan kerana didapati bocor.
Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan sebentar tadi berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. "Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya. Katanya, tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018 adalah pada 30 September 2014. - BH Online

Hanez Suraya Bergaya Dengan Gaun Pengantin, Dah Nak Kahwin Ke?
Hanez Suraya dahulu pernah hangat dikaitkan dengan kontroversi bercinta dengan suami orang. Setelah isu itu reda, dia dilihat lebih suka menyepi.
Terbaru, Hatta Dolmat telah memuatkan gambar Hanez Suraya yang tampil dengan beberapa gaun pengantin rekaan Hatta Dolmat sendiri di akaun laman sosialnya.
Tapi, tak tahulah jika Hanez bergaya sebagai model atau mencuba baju pengantin yang ditempah untuk majlis perkahwinan nanti. Jika untuk perkahwinan, tahniah kami ucapkan kepada Hanez Suraya! - SiakapKeli.com

AirAsia Sedia Ambil Pekerja Mas Yang Diberhentikan
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd bersedia untuk mengambil beberapa pekerja Malaysia Airlines (MAS) berikutan rancangan Khazanah Nasional Bhd untuk memberhentikan 6000 kakitangan di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang dilancarkan lebih dari seminggu yang lalu.
6,000 pekerja mewakili kira-kira 30 peratus daripada jumlah 20,000 keseluruhan tenaga kerja di MAS.
"AirAsia X dan AirAsia yang semakin berkembang, sudah tentu kita sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengambil pekerja dan kita sedang melakukannya (menyerap kakitangan MAS).
"Kami telah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000 dan ramai daripada mereka datang dari MAS," kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan kos rendah tersebut, Tan Sri Tony Fernandes kepada pemberita Bernama selepas melancarkan kempen kerjasama, "Fill Up And Fly Free" dengan Petronas Dagangan Bhd di sini hari ini.
Kira-kira 50 peratus daripada pekerja AirAsia dahulunya dengan bekerja dengan MAS.
Penstrukturan semula MAS dijangka menelan belanja RM6 bilion .-- SiakapKeli.com
TOP
Perjanjian Akhir Penstrukturan Air Selangor Diteruskan?
Perjanjian akhir penstrukturan air Selangor akan tetap diteruskan seawal esok walaupun persoalan timbul berkenaan kesahihan kontrak itu kerana menteri besar bakal diganti tidak lama lagi.
Sumber terlibat dengan persiapan perjanjian itu memberitahu The Malaysian Insider, Putrajaya dan Selangor akan tetap menandatangani perjanjian berkenaan walaupun seorang pemimpin Selangor mempersoalkan kesahihan perjanjian itu kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan.
Salah satu dokumen yang akan ditandangani ialah perjanjian utama yang menyatakan secara terperinci semua langkah Putrajaya dan Selangor menggugurkan penswastaan industri air sekali gus mengembalikannya kepada rakyat.
Selangor juga dijangka menandatangani perjanjian membeli kepentingan 3 syarikat yang merawat dan membekalkan sejumlah 3,900 juta liter air sehari untuk kegunaan 7 juta penduduk.
Operasi tiga syarikat berkenaan, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syabas Sdn Bhd dan Abass akan diambil alih entiti milik kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
PNSB dan Abass menjalankan operasi di beberapa loji rawatan air manakala Syabas bertanggungjawab untuk sistem pengedaran air.
Dua memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini ditandatangani selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang biasa diadakan pada Rabu.
Pada 1 Ogos, Selangor dan Putrajaya menandatangani perjanjian antara kerajaan yang memuktamadkan perkara itu.
Di bawah termanya, Putrajaya akan membantu Selangor dalam proses menggugurkan penswastaan industri air itu dan sebagai ganti, Selangor akan memberikan kebenaran untuk projek Loji Rawatan Air Langat 2 bernilai RM3.6 bilion diteruskan.
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjanji kepada pengundi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mereka akan menyelesaikan penstrukturan air bernilai RM20 bilion jika diberikan mandat sekali lagi.
Mereka mendakwa penswastaan industri air syarikat berkaitan Umno menyebabkan berlakunya gangguan dan ketirisan meskipun tarif air dinaikkan setiap tahun.
Namun, perkataan yang digunakan dalam perjanjian yang ditandatangani Khalid itu dikritik pimpinan partinya sendiri ketika itu, PKR dan DAP.
Mereka mendakwa perjanjian itu menyebabkan terlalu banyak ikatan komitmen dibuat Selangor terhadap Putrajaya walaupun tiada jaminan kukuh industri itu akan berterusan kembali kepada rakyat.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago semalam mempersoalkan sama ada perjanjian akhir itu sah kerana Khalid hanya dianggap sebagai menteri besar "caretaker" pada waktu ini.
"Menandatangani perjanjian air ketika dalam proses transisi kepimpinan akan membawa kepada persoalan kesahihannya, terutamanya memandangkan tiada keterbukaan dan ketelusan dalam rundingan selama ini.
"Ia sepatutnya tunggu hingga kepimpinan baharu Selangor mengangkat sumpah, atas nama urustadbir yang baik dan kebertanggungjawaban," kata Santiago.
Khalid dipecat daripada PKR pada Julai dan hilang keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
Sultan bagaimanapun memintanya kekal mentadbir sehingga baginda memilih calon pengganti daripada 43 Adun PR. – The Malaysian Insider
TOP
PerogoI Gadis "Malam Merdeka" Sudah Ditangkap
Kuala Lumpur: Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan merogoI seorang gadis berusia 15 tahun, pada malam ambang merdeka, minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Zulfiqa Zambry, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selama tiga hari berturut-turut bermula dari 30 Ogos jam 11 malam hingga 1 Septem ber jam 4 petang di sebuah rumah di Kepong. Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes. - Harian Metro

No comments:
Post a Comment