TOP
Elemen Akta Hasutan Kekal Dalam Akta Baharu - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (tiga, kiri) beramah mesra dengan sebahagian veteran Umno selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Indera Mahkota di sini, Ahad. Turut hadir Ketua Umno bahagian itu, Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid (kiri).
KUANTAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya terdapat akta baharu menggantikan Akta Hasutan 1948, elemen tertentu yang termaktub di dalamnya tetap dikekalkan. Katanya, tidak semestinya jika akta itu dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta baharu, semua elemen di dalamnya akan turut dimansuhkan. "Kita tahu kerajaan sudah umumkan Akta Keharmonian Nasional akan diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 dan harus kita ketahui tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menggantikan Akta Hasutan ini bukanlah untuk menghapuskan semua elemen di dalam akta ini. "Sebaliknya apa yang akan dilakukan adalah mungkin memperkukuhkan beberapa klausa yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan dengan situasi semasa dan perkukuhkan ia di dalam Akta Keharmonian Nasional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuantan di sini, Ahad. Ahmad Zahid berkata, sehingga kini belum ada sebarang draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang dirangka untuk menggantikan Akta Hasutan 1948. "Ia (Akta Keharmonian Nasional) hanya satu rancangan kerajaan seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, tetapi jika desakan akar umbi contohnya melalui mesyuarat di cawangan atau bahagian Umno yang memperlihatkan rasa tidak puas hati jika Akta Hasutan digantikan, kita akan ambil kira maklum balas ini. "Setakat ini, perkara ini belum muktamad dan Perdana Menteri pun nak dengar suara rakyat dalam perkara ini sebelum ia menjadi draf yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan dijadikan sebagai satu akta baharu yang akan dibawa ke sidang Parlimen," katanya.- mstar

PAS Kini Hadapi Pergolakan Dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui PAS kini sedang menghadapi pergolakan dalaman selepas kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertikaikan keupayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun enggan mengulas perkara itu. "Oleh itu, tidak sesuai bagi saya untuk membuat sebarang komen terhadap isu ini kerana saya tidak mahu dilihat sebagai campur tangan dalam hal dalaman PAS," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad apabila diminta mengulas kenyataan Hadi. Hadi ketika menghadiri sesi dialog di Kuala Terengganu kelmarin menyatakan bahawa keputusan PAS menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bukan kerana jantinanya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik. Hadi berkata, seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu. Namun Guan Eng berkata, DAP tetap percaya dan yakin kemampuan Wan Azizah untuk menggalas tugas menteri besar. Katanya, Wan Azizah seorang yang berpengalaman dan telah berjaya mengambil alih tugas PKR ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. "Berilah beliau (Wan Azizah) peluang untuk menunjukkan keupayaannya untuk menjadi Menteri Besar," katanya. Sementara itu, Guan Eng berkata, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman harus memohon maaf berhubung dakwaan kerajaan negeri memberi peruntukan RM1.5 bilion kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS). "Kalau sudah buat salah, minta maaflah," katanya. Semalam, Zainal Abidin mengakui kesilapan dalam laporan laman web Umno pada 4 September yang mendakwa keseluruhan kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk menubuhkan PPS.- mstar

Penjaja Disenarai Hitam Jika Gagal Bayar Balik Pinjaman Bazar Ramadan
Ahmad Bashah ketika melakukan tinjauan di bazar Ramadan pada bulan puasa lalu. Gambar Hiasan
ALOR SETAR: Nama peminjam Skim Pembiayaan Mikro-I Bazar Ramadan 2014 akan disenarai hitam sekiranya mereka gagal untuk membayar semula pinjaman itu dalam tempoh dua bulan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini kerana tempoh dua bulan itu termaktub dalam perjanjian ketika mereka melakukan pinjaman di Bank Rakyat. Beliau berkata, setakat ini Bank Rakyat menerima balik pinjaman daripada penjaja lebih RM4 juta daripada jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM30 juta. Katanya, pihaknya akan meminta bantuan daripada persatuan penjaja untuk membantu kerajaan dengan menasihatkan penjaja supaya membuat pembayaran balik bagi membolehkan mereka membuat pinjaman semula selepas ini. "Kita tidak mahu mereka dikenakan tindakan undang-undang selepas ini dan kita minta mereka bayar balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Gotong-royong Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung peringkat negeri di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata di sini, Ahad. Jun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 bagi membantu penjaja dan peniaga kecil berniaga juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan. Skim berkenaan adalah platform yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada penjaja dan peniaga kecil untuk menambah sumber pendapatan pada bulan Ramadan. Skim tersebut menawarkan pinjaman tanpa faedah berlandaskan Syariah sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Ia perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh dua bulan iaitu 50 peratus bayaran sebelum tamat bulan Syawal (31 Ogos) manakala bakinya sebulan selepas Syawal (30 September).- mstar

UMNO Perlu Depani Masalah Rakyat Untuk Kekal Relevan - Muhyiddin
Muhyiddin dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) bersama ahli Umno yang menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Batu menyanyikan lagu Umno semasa hadir merasmikan mesyuarat tersebut di sini, Ahad.
KUALA LUMPUR: Umno perlu mencari pendekatan dan cara terbaik dalam mendepani masalah rakyat, termasuk golongan muda, untuk memastikan parti itu kekal relevan dan kukuh sebelum pilihan raya umum akan datang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerelevanan Umno turut bergantung kepada sokongan generasi muda lebih-lebih lagi dengan lebih tiga juta anak muda bakal menjadi pengundi menjelang tahun 2018 itu. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, generasi muda perlu didampingi seawal mungkin, malah sebelum mereka mereka layak menjadi pengundi lagi kerana pengaruh mereka yang amat besar pada zaman ini. Katanya, Umno tidak boleh lagi bergantung kepada pendekatan atau cara lama, sebaliknya perlu merangka tindakan yang tepat dan berkesan selain memastikan proses 'mendampingi' rakyat sentiasa dilakukan. "Jangan tunggu dekat pilihan raya baru hendak cari jalan," tegasnya yang menyifatkan parti itu kini mengharungi zaman sukar berikutan perubahan sosio-budaya dan politik," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu, di sini, Ahad. Muhyiddin berkata, sekiranya kepimpinan parti tidak sedar atau tidak mengambil pendekatan wajar untuk memperakui perubahan minda rakyat, Umno akan menjadi parti yang jumud. "Psikologi semasa kita berhadapan dengan zaman sukar mesti berbeza daripada semasa kita berdepan zaman senang, lebih-lebih lagi kita hendak pertahankan kuasa politik kita, dan persoalan ini kritikal dan perlu diselesaikan sebelum 2018," katanya. Justeru katanya, Umno di seluruh peringkat harus berusaha lebih kuat dengan turun ke akar umbi untuk memahami dan mengetahui masalah mereka. Umno juga memerlukan idea-idea luar biasa atau 'faktor wow' untuk meraih kembali sokongan majoriti rakyat, katanya. - mstar

Bank Rakyat Catat Keuntungan Sebelum Cukai, Zakat RM2.1 Bilion
KOTA BAHARU: Bank Rakyat mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.1 bilion tahun lepas, kata Pengerusinya Datuk Mat Noor Nawi.
Beliau berkata, tahun lepas, jumlah zakat perniagaan yang dibayar oleh Bank Rakyat sebanyak RM41 juta.
"Daripada jumlah berkenaan, RM25.6 juta diagihkan kepada Pusat Zakat Negeri dan selebihnya zakat asnaf yang diagihkan sendiri oleh Bank Rakyat.
"Jumlah aset Bank Rakyat sebanyak RM82.9 bilion," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Van Penumpang kepada Skuad Kaseh OKB Hospis di sini, Ahad.
Turut hadir Presiden Persatuan Orang Kota Baharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.
Beliau berkata, negeri Kelantan menerima zakat antara RM1.2 dan RM1.3 juta dalam tempoh tiga tahun lepas.
"Kita telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk keperluan anak yatim serta miskin melalui POKB dan RM5,000 untuk Tabung Kaseh Kanser OKB.
"Melalui OKB juga kita telah serahkan van jenazah kepada dua masjid di Kota Baharu iaitu Masjid Bandar Telipot dan Masjid Mukim Pintu Geng," katanya.
Sementara itu, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, dengan adanya van penumpang itu, skuad Kaseh OKB HOSPIS dapat membantu pesakit kanser di Kelantan.
"Kita akan turun dari rumah ke rumah untuk membantu pesakit kanser yang berada pada tahap empat. Van itu juga akan digunakan untuk membantu pesakit buah pinggang yang memerlukan," katanya.- mstar
TOP
Mexico Gesa Firma Malaysia Teroka Peluang Industri O&G
KUALA LUMPUR: Penggiat industri minyak dan gas (O&G) tempatan digesa mengenal pasti peluang besar dalam projek minyak, gas dan elektrik milik Kerajaan Mexico, kata Duta Besarnya ke Malaysia, Carlos Felix Corona.
Industri O&G negara Amerika Latin itu, yang dikuasai selama lebih 70 tahun oleh kerajaan, sudah direformasi dan kini membuka pintu kepada penyertaan syarikat asing untuk menjayakan projek tenaganya.
"Syarikat asing, termasuk dari Malaysia, boleh membida kontrak perkongsian keuntungan secara usaha sama atau bersendirian dalam penerokaan, pengeluaran, pengangkutan dan penyimpanan O&G Mexico yang selama ini dikawal sepenuhnya oleh Petróleos Mexicanos (Pemex), syarikat petroleum negara itu," katanya kepada Bernama.
Corona berkata, pembidaan untuk blok O&G dan medan minyak kepada pelabur berpotensi, bermula Januari 2015.
Kawasan untuk syarikat persendirian, termasuk laut dalam, medan minyak matang dan rizab bukan konvensional, seperti pengeluaran gas syal, katanya.
Laporan awal menyebut kerajaan Mexico mengenal pasti 109 blok dalam pusingan pertama pembidaan dan mengunjurkan pelaburan sebanyak US$50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang, termasuk usaha sama dengan Pemex.
"Kami sudah memulakan perbincangan dengan beberapa syarikat berpotensi Malaysia, termasuk yang membida projek berkenaan.
"Ada peluang besar untuk penggiat industri, dan Malaysia merupakan peserta utama. Kami memilih Malaysia disebabkan kepakarannya dalam bidang berkenaan," kata Corona.
Menurut sumber, dagangan dua hala Malaysia dan Mexico mencecah US$5.55 bilion pada 2013.
Dalam tempoh suku pertama 2014, dagangan dua hala antara kedua-dua negara bernilai US$1.388 bilion.
Barangan utama Mexico termasuk peralatan elektrik dan elektronik, mesin, reaktor nuklear, kompaun logam berharga manakala import dari Malaysia meliputi getah, plastik, kayu, tembaga dan produk kimia.
"Dagangan dua hala Malaysia dan Mexico sangat penting berikutan Malaysia ialah rakan dagang utama kami di Asia Tenggara," kata Corona.- mstar
TOP
Tourism Malaysia Frankfurt 'Bimbang' Cakap-Cakap MAS Tamatkan Penerbangan Ke Jerman
FRANKFURT: Tourism Malaysia Franfurt 'sangat bimbang' terhadap cakap-cakap dalam industri perjalanan tempatan bahawa Penerbangan Malaysia (MAS) akan menamatkan perkhidmatannya ke Jerman.
Walaupun perkara itu sudah diperkatakan sejak beberapa tahun, spekulasi kini semakin hangat selepas tragedi malang yang menimpa dua pesawat MAS dalam tempoh enam bulan lepas - MH370 dan MH17 - yang menuntut penstrukturan semula syarikat penerbangan berkenaan.
MAS kini yang diambil alih sepenuhnya oleh Khazanah Nasional, perlu mengambil tindakan drastik dengan mengurangkan kos dan menamatkan perkhidmatan ke laluan yang kurang penumpang.
"Frankfurt bagaimanapun merupakan antara laluan yang secara tradisinya mempunyai faktor muatan yang baik.
"Penamatan penerbangan terus tanpa henti MAS ke Malaysia dari Frankfurt akan membei kesan buruk ke atas kempen promosi Tahun Melawat Malaysia (VMY) 2014 yang buat pertama kalinya sejak 2014, mencatat pertumbuhan dua angka dalam trafik pelancongan dan perjalanan Jerman ke Malaysia," kata Maizan Ahmad, Pengarah Tourism Malaysia Franfurt dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di sini.
Trafik dari Jerman ke Malaysia semakin meningkat dalam tempoh lima bulan pertama 2014.
Jumlah rakyat Jerman yang melawat Malaysia dalam tempoh Januari-Mei 2014 meningkat kepada 70,456 atau 16.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Selain kesedaran yang semakin meningkat mengenai destinasi Malaysia yang menarik - pantai Langkawi dan hutan hujan Sarawak - merupakan antara pilihan paling popular dalam kalangan pelancong Jerman yang sukakan alam semula jadi, dan menjadi faktor menarik pelancong negara ini ke Malayisa menerusi penerbangan terus tanpa henti MAS dari Jerman.
Lufthansa, seperti MAS, menyediakan perkhidmatan lima kali seminggu ke Malaysia, namun syarikat penerbangan lain yang menyediakan hubungan ke Malaysia perlu menerbangan pelancong dari negara asal masing-masing dan menerbangkan mereka ke Malaysia menerusi pelbagai penerbangan lain.
Ia dilakukan menerusi Cathay Pacific, Asiana, Singapore Airline, Thai Air, dan sebagainya.
Maizan berkata, Thailand juga merupakan destinasi yang sangat popular dan trafik ini ditampung oleh penerbangan terus ke Bangkok oleh Thai Air menerusi penebangan tiga kali sehari, dua dari Frankfurt dan satu dari Dusseldorf.
"Thai Air, memain peranan penting dalam mendorong peningatan trafik ke Thailand, dan MAS boleh melakukan yang sama untuk Malaysia," katanya.
Pengarah MAS Frankfurt, David Raj dalam temu bual dengan Bernama pada awal Mac, sebelum tragedi malang menimpa MAS, menafikan MAS akan menamatkan penerbangan ke Frankfurt.
Hanya masa yang akan menentukan sama ada laluan Frankfurt akan ditamatkan berikutan ramai pakar yakin tindakan itu perlu jika syarikat penerbangan berkenaan mahu meneruskan kelangsungan hidupnya.
Sambil menekankan mengenai pentingnya pelancongan kepada ekonomi Malaysia, Maizan berkata pelancongan menyumbang sumber pendapatan asing ketiga terbesar.
"Bayangkan pentingnya sektor ini kepada ekonomi negara kita," katanya.
Sementara itu, pejabat Tourism Malaysia Frankfurt kini menggunakan media sosial untuk memasarkan pelancongan Malaysia secara agresif.
Maizan berkata usaha mempromosi menerusi media sosial membuahkan pulangan yang baik, dengan operator pelancongan dan pengembaraan Malaysia turut terlibat aktif dalam 'dialog digital'.
Penggunaan Facebook mendedahkan Malaysia kepada rakyat Jerman menerusi program praktikal yang diterima pakai oleh ejen pelancongan yang sentiasa diberikan maklumat terkini.
Tourism Malaysia juga menjayakan program jelajah untuk membiasakan ejen pelancongan, termasuk lawatan ke Malaysia.
Menurut Maizan, 79 peserta Jerman sudah melawat Malaysia termasuk 29 anggota Cologne Business School yang mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan pelancongan.
E-pembelanjaran juga merupakan alat penting untuk Tourism Malaysia serta ejen pelancongan perdagangan.
Pejabat Frankfurt turut menyokong akademi Willy Scharnow yang akan menganjurkan empat lawatan dengan tumpuan ke atas program e-pembelajaran, dengan rakan bagi 2015 terdiri daripada MAS dan Turkish Airlines.
Tourism Malaysia juga menganjurkan rancangan bicara radio pada 21 September di Antenna Mainz. Rancangan ini membincangkan tentang Jerman dan Malaysia.
Pejabat Frankfurt turut menganjurkan pameran bergerak bagi mempromosi Malaysia dengan usaha sama MAS, dengan program utama berlangsung pada minggu kedua November di Frankfurt, Hannover dan Berlin.
Rakan jelajah yang dilaksanakan dalam bentuk seminar dan bengkel, termasuk operator perlancongan dan rangkaian hotel.
Program lain ialah "Travel Days Malaysia" anjuran bersama Tourism Malaysia dan Ikarus Travel, dekat Tubbingen, "Malaysia at the Shopping Mall" di Hamburg, selain menaja Far East Life Meier, dengan Malaysia menjadi hos acara itu tahun ini.
Meier sebaliknya bersetuju menawarkan lebih banyak pakej perjalanan Malaysia dalam programnya.
Maizan juga berkata tragedi malang dua pesawat MAS tidak menjejaskan semangat muhibbah dalam kalangan rakyat Jerman.
Seperti negara lain, mereka juga faham dan simpati, malah 'semangat untuk melancong' ke Malaysia tidak berkurangan dengan pejabat Frankfurt itu terus mencatat peningkatan dari segi jumlah pertanyaan daripada rakyat Jerman.
Pada puratanya, pelancong Jerman berada di Malaysia selama 10 malam dan membelanjakan RM3,000 seorang bagi setiap perjalanan.- mstar
TOP
Fifa 2015: Persie, Falcao Pada Kedudukan Selesa
Terkini, kedudukan 11 hingga 20 yang diumumkan meletakkan Robin Van
Persie pada tangga selesa diiringi rakan sepasukannya yang terbaharu
musim ini, Radamel Falcao yang menempatkan diri pada kedudukan ke-12.
Ketua pasukan England, Wayne Rooney bagaimanapun terpaksa berpuas hati di tempat ke-23, bagaimanapun pemain Manchester United itu menewaskan Neymar yang tersenarai di tempat ke-30, begitu juga Mesut Ozil pada kedudukan ke-28.
Terdahulu, barisan pemain yang disenaraikan pada kedudukan 31 ke atas termasuk Cesc Fabregas, Juan Mata, Diego Costa, Toni Kross dan Mario Gotze.
Kedudukan 10 pemain terbaik dijangka diumumkan Fifa pada 26 September ini.
Berikut adalah barisan pemain pada kedudukan 11 hingga 20.
11. Robin van Persie - Manchester United & Belanda
12. Radamel Falcao - Manchester United & Colombia
13. Philipp Lahm - Bayern Munich & Jerman
14. Gareth Bale - Real Madrid & Wales
15. Sergio Ramos - Real Madrid & Sepanyol
16. Thiago Silva - Paris Saint-Germain & Brazil
17. David Silva - Manchester City & Sepanyol
18. Luka Modric - Real Madrid & Croatia
19. Robert Lewandowski - Bayern Munich & Poland
20. Vincent Kompany - Manchester City & Belgium
21. Xavi - Barcelona & Brazil
22. Yaya Toure - Manchester City & Ivory Coast
23. Wayne Rooney - Manchester United & England
24. Sergio Aguero - Manchester City & Argentina
25. Angel Di Maria - Manchester United & Argentina
26. Marco Reus - Borussia Dortmund & Jerman
27. Thomas Muller - Bayern Munich & Jerman
28. Mesut Ozil - Arsenal & Jerman
29. Mats Hummels - Borussia Dortmund & Jerman
30. Neymar - Barcelona & Brazil

- mstar
TOP
Malaysia Mula Langkah Kanan Saingan AFC B-16
KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 16 tahun (B-16) dengan langkah kanan apabila mengalahkan tuan rumah Thailand 1-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Muangthong di Bangkok.
Pemain gantian skuad Harimau Muda B-16, Muhammad Syazwan Salihin menjadi wira pasukan negara apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-35, menurut laman web AFC; www.the-afc.com.
Bagaimanapun, Malaysia, yang dibimbing oleh jurulatih S.
Balachandran, menduduki tangga kedua kumpulan selepas Korea Selatan membenam Oman 3-1 pada perlawanan kumpulan sebelum itu.
Malaysia akan menentang Korea Selatan manakala Thailand berdepan dengan Oman pada perlawanan kedua kumpulan, Isnin ini.
Kejohanan itu disertai 12 pasukan lain yang diletakkan dalam Kumpulan B,C dan D.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir.
Kali terakhir Malaysia layak ke kejohanan ini adalah pada 2008 di Uzbekistan namun gagal melepasi peringkat kumpulan.
Empat pasukan terbaik daripada kejohanan itu layak beraksi pada Kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun yang bakal dihoskan oleh Chile, tahun depan.- mstar
TOP
Serena Bertemu Rakan Karib Di Final
Serena Williams
NEW YORK: Serena Williams dan rakan karibnya, Caroline Wozniacki bakal berentap di final Terbuka Amerika Syarikat apabila masing-masing menang pada aksi separuh akhir. Sebagai pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, Serena, menewaskan Ekaterina Makarova 6-1 6-3 dengan penuh bertenaga untuk mengatasi pilihan ke-17 dari Russia itu. Bagi Caroline pula, tiket final ditempah apabila pemain China Peng Shuai mengalami keletihan akibat terlalu panas sebelum menarik diri pada set kedua, sekali gus membolehkannya menang 7-6(1) 4-3.
Sebelum bermulanya kejohanan itu, kedua-dua sahabat ini dikatakan berhasrat menyertainya untuk meringankan beban masalah peribadi yang ditanggung mereka. “Dia kawan baik saya. "Kami berkata sebelum kejohanan bermula: “Kita berada dalam kumpulan undian berbeza jadi harapnya kita akan bertemu di perlawanan akhir,” kata Caroline, bekas pemain nombor satu dunia yang masih memburu gelaran Grand Slam. Serena juga memperkatakan perkara sama ketika undian dijalankan. “Dia sememangnya mahukan kemenangan dan memburu Grand Slam pertamanya dan saya pula mahu menang untuk mencipta sejarah,” kata Serena yang mahu mengakhiri saingan Grand Slam musim ini. Memberi reaksi mengenai perlawanan akhir nanti, Caroline berkata: “Kami perlu melupakan persahabatan di gelanggang, kami saling bersaing." Serena pula berkata: "Selepas perlawanan, salah seorang dari kami akan mengucapkan tahniah kepada yang lain dan kami akan menjadi kawan semula."- mstar

PAS Tidak Akan Tuntut Jawatan MB Selangor
KUALA LUMPUR: Kepemimpinan PAS Pusat pada Ahad menegaskan parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu kekal dan sama dengan keputusan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang dibuat sebelum ini.
"PAS Pusat hari ini (Ahad) mengekalkan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar di Selangor.
"Kita setuju bahawa jawatan menteri besar itu adalah slot untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya selepas mengadakan mesyuarat bulanan parti di Ibu Pejabat PAS, di sini, Ahad.
Menurut Mustafa tidak timbul isu tentang calon di kalangan wakil rakyat PAS dengan ketetapan terbaharu yang dibuat ini.
"Nama (calon) tak apa...Tuanku cuma minta cadangan.
"Nama tak jadi persoalan," katanya ringkas.
Ditanya sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melantik menteri besar daripada Adun PAS beliau berkata, perkara itu hanyalah andaian.
"Kita tak mahu buat andaian apa yang Tuanku buat keputusan...tak manis," katanya.
Beliau menambah, keputusan yang telah dibuat itu sebagai 'difahami semua'.
"Bagi kita di peringkat Pusat, sebagaimana yang kita sebut jawatan Menter Besar Selangor, PAS tak tuntut dan itu difahami semua," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media berkata, parti itu akan menolak sekiranya Adun PAS dilantik sebagai menteri besar Selangor.
"Kita tolaklah," jawabnya ringkas.
Sultan Selangor sebelum ini menitahkan supaya PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar sebelum 3 September bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan.
Sultan Selangor bagaimanapun menangguhkan peletakan jawatan tersebut sehingga menteri besar baharu dilantik.- mstar
TOP
PRK Pengkalan Kubor: PKR Kelantan Setuju PAS Tanding
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan bersetuju memberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kepada PAS untuk ditandingi dalam pilihan raya kecil (PRK) 25 September ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu bagaimanapun belum diputuskan oleh pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat.
"PAS dan PKR Kelantan pada dasarnya telah membuat pertimbangan, walaupun kerusi DUN Pengkalan Kubor dulu ditandingi PKR tetapi mereka bersedia ia ditandingi oleh PAS.
"Bagaimanapun ia tertakluk kepada keputusan pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Ahad.
Mustafa berkata, pimpinan PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini.
"Kita akan bertemu dalam masa terdekat untuk menimbang dan memutuskan perkara ini," katanya.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor menjadi kontroversi dalam Pakatan Rakyat apabila terdapat gesaan daripada PAS yang mahu kerusi milik PKR itu ditandingi parti itu dalam PRK akhir bulan ini.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.
Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.
Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.- mstar
TOP
Penahanan 22 Pegawai Kastam Tak Seharusnya Ganggu Tugas - KP Kastam
Khazali Ahmad
KAJANG: Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia dinasihatkan supaya tidak menyebabkan penahanan 12 rakan setugas mereka mengganggu tugas yang diamanahkan. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, semua pegawainya sudah dimaklumkan supaya melaksanakan tugas dengan berkesan. "Saya sudah maklumkan semua kakitangan dan pegawai supaya tidak menganggap kejadian itu sesuatu yang bersifat peribadi, sebaliknya mereka perlu terus bekerja dan menghasilkan mutu kerja yang baik," katanya selepas melancarkan pameran bergerak GST di sini, Ahad. Khazali berkata, susulan penahanan itu juga, pihaknya sedang meneliti prosedur operasi jabatan itu, termasuk fungsi pengarah negeri. "Kami akan mengkaji dan melaksanakan beberapa perubahan. Saya sedang berbincang mengenai tindakan yang perlu dilakukan dengan pengarah di Selangor dan ibu pejabat," katanya. Beliau juga memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus melaksanakan tugas secara profesional. "Jangan bimbang, kami akan terus bekerja dengan integriti dan bertanggungjawab. Jabatan memberi jaminan akan menyediakan perkhidmatan berkesan kepada masyarakat," katanya. Beliau menambah, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta agensi lain dalam menjalankan siasatan berhubung kes mengelak cukai terbabit. Dalam operasi besar-besar yang diketuai SPRM baru-baru ini, 24 orang ditahan, termasuk 12 pegawai Kastam di lokasi berbeza sekitar Lembah Klang kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan rokok dan arak.- mstar

Akta Hasutan Tak Akan Dimansuhkan Dalam Masa Terdekat - Nancy
Nancy Shukri
JOHOR BAHARU: Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera, kata Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Nancy Shukri. Beliau berkata, akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan. "Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian. "Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar literasi undang-undang "Wanita Bistari Masyarakat Bahagia" di sini, Ahad. Nancy berkata, kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mencari input dan maklum balas daripada masyarakat bagi menghasilkan kandungan yang diperlukan dalam membentuk rang undang-undang itu. Beliau berkata, rang undang-undang tu selaras dengan aspirasi Najib yang menekankan aspek perpaduan dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan rakyat sentiasa menghormati antara satu sama lain. Bagaimanapun, dengan pelbagai kesalahan yang semakin berleluasa menerusi media sosial ketika ini, semakin sukar untuk kerajaan menyiapkan rang undang-undang itu dengan segera dan ia merupakan cabaran besar kepada mereka yang terlibat dalam penggubalan akta baharu itu, kata Nancy. Sementara itu, tentang seminar berkenaan, beliau berkata, ia merupakan usaha baik dalam menyedarkan wanita tentang isu rumah tangga, keluarga, peranan setiap individu serta masyarakat apabila dilanda masalah kekeluargaan. Seminar anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu juga, katanya, amat penting dalam mendedahkan wanita tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa kes kegagalan rumah tangga.- mstar

SPRM Teliti Laporan Peruntukan PPS
Sebahagian anggota PPS yang ditahan pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57, Ahad lalu.
GEORGE TOWN:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang sedang meneliti laporan kemungkinan berlaku penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di sebalik penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo berkata, pihaknya akan membuka fail siasatan sekiranya terdapat unsur rasuah. "Setakat ini satu laporan diterima Selasa lepas...kita sedang teliti," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Larian Hapuskan Rasuah anjuran Wanita Gerakan Pulau Pinang yang dilancarkan Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Ahad. Pada Sabtu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM1.5 bilion kepada PPS. Bagaimanapun Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman dalam kenyataan semalam mengesahkan berlaku kesilapan penggunaan perkataan 'bilion' dalam laporan Umno Online bertarikh 4 September lepas itu dan ia telah diperbetulkan kepada RM1.5 juta. Dalam pada itu Samarajoo berkata SPRM negeri telah membuka 37 kertas siasatan dan merekodkan 13 tangkapan berkaitan pelbagai kes rasuah dari Januari hingga 8 Ogos tahun ini. Beliau berkata, kebanyakan mereka yang terlibat ialah penerima suapan dan terdiri daripada penjawat awam namun tiada pegawai tinggi kerajaan ditahan setakat ini. Terdahulu, Cheah berkata, larian bertema 'Jangan Beri, Jangan Terima' itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur untuk bersama-sama berikrar menolak perbuatan rasuah. "Generasi muda terutamanya perlu sentiasa diberi peringatan dalam pelbagai medium supaya menjauhi perbuatan menjurus ke arah rasuah walau dengan apa cara atau tujuan sekalipun," katanya. Seramai 2,000 peserta terdiri daripada penuntut USM, pelajar sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai larian sejauh 3.5 kilometer itu.- mstar

Nora Danish Terima Ancaman Rogol Di Instagram
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.
"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.
Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:
"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."
Nora menerima komen berbau lucah di Instagram miliknya.
Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis. Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai. Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh. Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya. Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab. "Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa. mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi.- mstar

David Teo: Kereta Itu Hak Milik MIG Production
PERSENGKETAAN antara pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal
terhadap bekas majikan mereka nampaknya masih berlanjutan sehingga kini.
Bermula daripada isu perkahwinan rahsia, kini kisah pertelagahan dua
pihak ini kembali hangat apabila melibatkan isu ‘kecurian’ kenderaan.
Walaupun kes kehilangan kereta pelakon cantik, Wawa Zainal, telah berlaku setahun yang lalu, namun sehingga kini ianya masih belum menemui titik noktah. Ini berikutan apabila Aeril Zafrel tampil memuat naik status di Instagramnya, meminta agar wakil syarikat MIG atau pemiliknya, David Teo memulangkan kembali pakaian serta dokumen penting mereka di dalam kenderaan jenis Suzuki Swift yang dilaporkan hilang itu.
Tulisan Aeril sekaligus memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa kereta yang selama ini hilang sebenarnya berada dalam jagaan MIG. Diminta mengulas mengenai status Aeril, David Teo memberitahu bahawa dia sendiri pelik dengan sikap suami Wawa Zainal itu yang terus memperbesarkan isu berkenaan.
“Saya pelik, kenapa Aeril beria-ria dalam kes ini sedangkan kereta itu adalah milik syarikat yang dipinjamkan secara sewa beli kepada Wawa Zainal, bukan kepadanya.
“Pihak syarikat pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari lalu dan menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan pelbagai urusan termasuk soal kerja, projek terbaru dan kereta sekiranya dia ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat.
“Namun, ketika itu Wawa membalasnya dengan berkata dia sudah keluar daripada pengurusan MIG dan tidak mahu berurusan dengan kami lagi,” katanya yang mengakui kereta itu adalah hak milik MIG Production.
Ambil tindakan?
Menurut David, dia masih boleh menahan sabar apabila pelakon filem, 99 Kali Rindu, ini membuat keputusan untuk keluar daripada MIG walaupun kontraknya masih berbaki sehingga 2015.
Namun, sehingga kini, masih ada pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan suami pelakon berkenaan.
“Sebagai bapa angkat yang pernah membimbing serta membantu mereka satu ketika dahulu, saya masih boleh bertolak ansur dengan pasangan itu walaupun sebenarnya syarikat boleh mengambil tindakan.
“Namun, saya ingin menasihati terutamanya kepada Aeril agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan tuduhan di laman sosial. Diingatkan kesabaran saya juga ada hadnya sekiranya mereka masih terus menerus mengaitkan saya dan pihak syarikat,” katanya.
Tambah David, pintu pejabat MIG masih terbuka untuk pasangan ini sekiranya mereka mahu berbincang ataupun memerlukan bantuan jika berdepan dengan kesempitan hidup dan kewangan.
Tutup mulut
Pada Julai lalu, Wawa pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan kereta tersebut di Twitter dan memberitahu bahawa ‘pencuri’ itu adalah di kalangan pihak terdekat. Namun, pada masa itu, Wawa tidak menjuruskan kepada mana-mana pihak sehinggalah Aeril tampil memetik nama pihak MIG dan pemilik syarikat itu sendiri.
Bertanya kepada Wawa mengenai tindakan Aeril, dia memilih untuk terus mengunci mulut dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. “Dalam hal ini, saya tak nak komen apa-apa. Tanyalah pada Aeril sendiri,” katanya.
Ditanya adakah Aeril hanya mahukan dokumen tanpa mempersoalkan mengenai kereta, Wawa pantas berkata, ‘Yelah kot…’. Pun begitu, usaha untuk mendapatkan Aeril tidak berhasil apabila talian telefon tidak diaktifkan. – Sinar Harian Online

PRK DUN Pengkalan Kubor: BN Cari Calon Terbaik
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mencari calon terbaik untuk menggalas cabaran parti mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil 25 Sept ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata apa yang penting calon yang dikemukakan diterima pengundi dan faktor itu perlu diambil kira oleh Badan Perhubungan Umno Negeri serta Umno Bahagian dalam mengenal pasti calon paling sesuai.
“Saya sedang tunggu nama daripada Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed), mungkin Badan Perhubungan Umno Negeri sudah buat penilaian calon yang sesuai, yang penting calon mesti diterima oleh pengundi.
“Kalau dapat calon seperti (arwah) Datuk Noor Zahadi (Omar) lebih mudah…kita sedang cari calon terbaik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu, di sini, hari ini.
Sebelum ini Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dilapor akan mengumumkan nama calon BN bagi DUN Pangkalan Kubor pada 10 September ini.
Pilihan raya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September dan hari penamaan calon ditetapkan pada 13 September sementara pengundian awal pada 21 September.
Menjawab mengenai hasrat PAS dan PKR untuk turut sama meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin menyifatkannya sebagai perkara biasa, tetapi tidak boleh dipermudah.
“Kita akan menghadapinya seperti biasa, tetapi tidak boleh dipermudah, strategi kita mungkin berbeza, kita lihat bila sampai masanya,” katanya.
PKR baru-baru ini dilapor turut menyuarakan hasrat untuk meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil itu walaupun PAS telah mengumumkan untuk bertanding. – BERNAMA
TOP
Pimpinan UMNO Diminta Turun Perjelas Pencapaian Ekonomi
PEKAN – Pimpinan Umno disaran agar turun ke akar umbi dan bertemu rakyat untuk menjelaskan mengenai kejayaan pencapaian ekonomi negara supaya rakyat lebih faham dan mensyukurinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, walaupun negara berjaya mencatat kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.4 peratus bagi suku kedua tahun ini, namun masih ada yang tidak memahami faedah pencapaian tersebut.
“Jika kita bandingkan dengan negara lain di Asean, Malaysia mencatatkan perkembangan ekonomi tertinggi di Asean untuk suku tahun kedua tahun ini sedangkan negara lain seperti Singapura, hanya mampu mencatatkan sebanyak 2.4 peratus dan Indonesia 5.1 peratus.
“Tetapi masih ada yang mempersoalkan apa makna pencapaian 6.4 peratus itu kepada mereka dan perkara inilah yang perlu dihuraikan kepada rakyat dan akar umbi,” katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Pekan di sini hari ini. – BERNAMA
TOP
Usah Terpengaruh Draf Majlis Peguam Sebagai Ganti Akta Hasutan
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata draf undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam bukannya draf kerajaan.
Menegaskan perkara itu hari ini, Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terkeliru atau terpengaruh dengan cadangan yang dikemukakan itu kerana ia bukan draf undang-undang yang dimuktamadkan oleh kerajaan.
“Draf undang-undang kerajaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berpandu pandangan kabinet selepas mengambil kira pandangan semua pihak.
“Buat masa ini belum ada sebarang keputusan muktamad daripada kerajaan sama ada untuk menghapuskan akta itu dan diganti dengan akta baharu atau meminda akta sedia ada,” katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Batu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – BERNAMA
TOP
PPT Jamin Bekalan Lembu Untuk Korban Mencukupi
KUALA TERENGGANU – Persatuan Penternak Terengganu (PPT) memberi jaminan bekalan lembu untuk korban sempena Hari Raya Aidiladha mencukupi di negeri ini.
Pengerusi PPT Abdul Hamid Datuk Mohd Salleh berkata ketika ini peniaga lembu giat membawa masuk lembu dari luar sebab lembu tempatan susah diperoleh selain harganya tinggi.
Katanya kadar harga lembu tempatan di Terengganu sekarang sekitar RM4,000 seekor berbanding RM3,000 sebelum ini.
“Lazimnya di Terengganu setiap tahun lebih 1,000 ekor lembu diperlukan untuk sambutan hari raya korban,” katanya kepada Bernama selepas mesyuarat agung tahunan ke-23 PPT di sini hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan menjaga kebersihan semasa membuat korban bagi mengelak jangkitan penyakit kuku dan mulut. – BERNAMA
TOP
Lelaki Jujur Bayar Saman Trafik Selepas 50 Tahun
PHOENIX, Arizona – Seorang pelancong Amerika Syarikat (AS), Robert Atherton yang telah dikenakan saman trafik sebanyak 57Penny (RM2.99) ketika melancong ke Itali pada tahun 1964 membayar saman tersebut 50 tahun kemudian, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Saman berkenaan berjumlah kira-kira £8 (RM41) menurut nilai mata wang semasa. Atherton disaman selepas dia meletakkan motosikal vespa yang dinaikinya di tempat larangan di bandar Lerici dalam negeri Liguria. Saman itu sepatutnya dibayar dalam tempoh 15 hari. Dia mendapat tahu mengenainya baru-baru ini ketika menyelongkar dokumen yang dibawa semasa melancong ke Itali pada tahun berkenaan. Lelaki yang berasal dari Phoenix, Arizona kemudian mengirimkan wang AS$50 (RM158) kepada Majlis Perbandaran Lerici untuk menjelaskan saman tertunggak itu. Atherton turut menyertakan sekeping nota untuk memohon maaf kerana terlupa membayar saman itu. “Atherton merupakan seorang yang jujur dan saya berharap dia mampu menjadi tauladan kepada orang lain,” kata Datuk Bandar Lerici, Marci Caluri yang tidak mengenakan penalti kepada lelaki itu walaupun dia terlewat membayar saman selama 18,000 hari. – Agensi

Gambar Kahwin Menang Anugerah Selfie Dunia
Preston – Sekeping gambar selfie di hari perkahwinan membawa tuah kepada pasangan Andrew Robinson dan Sally Rose apabila mereka diiktiraf sebagai pememang Anugerah Selfie Dunia.
Gambar berkenaan dirakam pasangan terbabit ketika mereka memeterai perkahwinan di sebuah gereja di Treales, Lancashire.
Kata Robinson, ia bermula dengan sekadar rakaman gambar suatu keseronokan, tetapi juruukur binaan, itu nyata amat teruja selepas menyedari ada pertandingan selfie di Internet.
“Saya memutuskan untuk mengambil selfie setelah mendapat kelulusan daripada paderi dengan menggunakan ‘pengapit lelaki’ saya, iPhone,” katanya.
Dia kemudian menghantar penyertaannya.
Sally – jururawat di Hospital Royal Preston – berkata, dia bukan penggemar media sosial dan tidak tahu langsung suaminya menghantar penyertaan.
Pasangan itu bertemu ketika di bangku sekolah lagi dan bertunang selama dua tahun di Menara Empire State.
Gambar selfie pasangan ini dimuatkan dalam ruangan perkahwinan Lancashire Evening Post Julai lalu.
Pertandingan berkenaan dianjurkan Mobiles.co.uk dan menerima hadiah telefon pintar pilihan sendiri, selain piala kristal yang terukir dengan selfie mereka. – Agensi
TOP
2,000 Dipindahkan Taufan Norbert Badai Pantai Mexico
MEXICO CITY – Lebih 2,000 penduduk dipindahkan dengan sebuah perkampungan nelayan tenggelam akibat banjir apabila Taufan Norbert membadai pantai Mexico Pacific, semalam.
Ribut petir ketegori tiga mengikut skala Saffir-Simpson yang dikeluarkan Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan Amerika itu membawa angin selaju 185 kilometer sejam.
Taufan berkenaan bergerak dari perairan barat di Baja, Semenanjung California dan dijangka lemah dalam tempoh 48 jam.
Salah satu kawasan yang teruk dilanda taufan dan banjir kilat ialah San Carlos, sebuah perkampungan nelayan yang menempatkan 7,000 penduduk.
“Di beberapa kawasan di San Carlos, banjir meningkat sehingga paras lebih satu meter,” kata Unite Perlindungan Awam Berbandaran, Pedro Garza.
Hampir 500 rumah rosak dibawa arus deras dengan sesetengah keluarga enggan berpindah walaupun arahan dikeluarkan. – AFP
TOP
35 Maut Serangan Udara Terbaharu Di Utara Syria
BEIRUT – Serangan udara di kubu kuat kumpulan jihad di Raqa, utara Syria semalam, mengorbankan 35 orang termasuk 15 anggota pergerakan Negara Islam IS).
“Pesawat tentera rejim kerajaan melancarkan lapan serangan udara dengan mensasarkan Raqa dan kawasan sekitarnya,” demikian menurut Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman, hari ini.
Sekurang-kurangnya 20 orang awam termasuk seorang wanita dan tiga kanak-kanak maut. Lapan daripada mangsa berkenaan adalah daripada satu keluarga.
Serangan itu susulan peningkatan operasi ketenteraan yang dirancang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad yang mensasarkan kubu dan lokasi IS di utara dan timur Syria. – AFP
TOP
Puja Mayat Anak Agar Hidup Semula
Miri – Akibat taasub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk ‘menghidupkan’ semula bayi berkenaan.
Difahamkan, bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yang dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di sini.
Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.
Sumber berkata, selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis, kelmarin.
Katanya, pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu.
“Mungkin atas sebab itu, lelaki terbabit menghubungi pemilik rumah memaklumkan kematian anaknya, selain dipercayai sudah mendapat kebenaran isteri serta ibu masing-masing. – myMetro Online
TOP
Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang barat daya dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Phuket sehingga esok.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, keadaan sama juga diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan sehingga Selasa ini.
Angin kencang barat daya berkelajuan antara 40 dan 50 kmsj dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.
Selain itu, ribut petir di perairan Condore, WP Labuan, dan Sarawak (Bintulu dan Miri) dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.
Keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang sehingga 50 kmsj serta laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA
TOP
PTPTN Beri Maklumat Di Hari Terbuka
KUANTAN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi peluang kepada orang mendapatkan maklumat lebih tepat melalui Program Hari Terbuka agensi itu di sini, kelmarin.
Pengurus Besar Kanannya, Tuan Din Tuan Mat berkata, program yang julung kali diadakan itu membolehkan orang ramai dan peminjam berinteraksi sendiri dengan wakil PTPTN yang akan membantu mereka membabitkan masalah pinjaman atau perkara berkaitan agensi itu.
“Kita bersedia memberikan informasi dengan lebih tepat dan jelas kepada masyarakat berkenaan perkhidmatan dan fungsi PTPTN khususnya untuk pendidikan tinggi,” katanya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, program itu secara tidak langsung dapat memudahkan orang ramai berurusan terus dengan Pejabat PTPTN negeri jika ada sebarang kemusykilan sama ada berkaitan pembiayaan, bayaran balik pembiayaan, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan lain-lain.
Katanya, komunikasi kedua pihak antara PTPTN dan pelanggan adalah selaras dengan matlamat penubuhan pejabat PTPTN negeri di seluruh Negara.
Selain itu, katanya, pada majlis sama, sebanyak 71 agensi yang menjadi Sahabat PTPTN turut menerima cenderahati sebagai penghargaan di atas kerjasama yang diberikan.
Menurutnya, seramai 100 pemenang bertuah sempena “Promosi Meriahnya Raya” yang diadakan pada 14 Julai hingga 15 Ogos yang lalu secara serentak di seluruh Malaysia turut menerima hadiah mereka.
Majlis yang berlangsung di perkarangan PTPTN Pahang itu dihadiri lebih 400 tetamu termasuk wakil dari Sahabat PTPTN, wakil institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta serta penghuni Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al-Insyirah.
Seramai 23 penghuni Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Permata Al-Insyirah, Sungai Isap dengan menikmati keistimewaan membuka akaun SSPN-i dan menerima hadian beg sekolah. - Sinar Harian Online
TOP
TM Sasar Jualan RM250,000 Kad Telefon Prabayar Musim Haji
MAKKAH – Telekom Malaysia Berhad (TM) menyasarkan jualan RM250,000 kad telefon prabayar ‘iTALK’ bagi musim haji 2014 walaupun berhadapan saingan hebat daripada kad telefon prabayar Arab Saudi.
Penolong Pengurus Bahagian Konsumer TM, Junaidah Jusoh berkata, pada musim haji tahun lepas iTALK mencatat jualan RM213,000.
“Untuk musim haji kali ini, TM menawarkan panggilan separuh harga berbanding
harga biasa. Pelanggan hanya dikenakan bayaran RM1 bagi satu minit panggilan ke Malaysia berbanding RM1.80 pada harga biasa, iaitu hampir separuh harga,” katanya kepada media Malaysia di sini semalam.
Beliau berkata, tawaran itu dibuka untuk tempoh selama tiga bulan iaitu dari 15 Ogos hingga 15 November ini dan setakat ini sebanyak RM50,000 nilai kad iTALK
dijual sehingga hari ini sejak tawaran itu dibuka.
“Dengan kad prabayar iTALK bernilai RM50, jemaah haji boleh membuat panggilan selama 50 minit 50 saat kepada keluarga mereka di Malaysia,” katanya. – BERNAMA
TOP
Majlis Syura Berhak Buat Keputusan – Mustafa Ali
KOTA BHARU – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan Majlis Syura parti itu berhak dalam membuat keputusan senarai nama pencalonan Menteri Besar Selangor.
“Kita tidak bincang dengan Pas Pusat. Apa yang penting, akhirnya kita rujuk kepada Majlis Syura,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan parti itu menghantar tiga senarai nama calon menteri besar termasuk seorang calon dari Pas kepada Istana Selangor kelmarin, tanpa pengetahuan Pas Pusat.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Muhamad Sabu berkata, beliau tidak tahu keputusan menghantar tiga nama itu, sebaliknya masih berpegang kepada keputusan Pas Pusat 17 Ogos lalu.
Dalam pada itu Mustafa memberitahu, beliau difahamkan PKR akan menghantar senarai baru yang mengandungi lebih daripada satu nama.
“Kita serah kepada istana (siapa jadi menteri besar) lebih-lebih lagi saya dengar mereka (PKR) nak hantar lebih satu nama,” katanya.
Mengulas mengenai PRK Pengkalan Kubor, beliau berkata, terdapat dua pandangan daripada kepimpinan parti dalam menentukan kewajaran parti itu bertanding.
“Kita akan bincang dan buat keputusan dalam mesyuarat itu pada 7 September (hari ini),” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Kim Swee Gugur Empat Nama Ke Incheon
Ong Kim Swee. Foto FAIHAN GHANI / THE STAR
SHAH ALAM: Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee mengugurkan Bobby Gonzales, Mohamad Firdaus Muhamad, Mohammad Ridzuan Abdunloh Pula dan Mohamad Faizat Mohamad Ghazli dalam senarai skuad kebangsaan ke Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan. Kim Swee berkata, nasib seorang lagi pemain bergantung kepada status kecederaan bahagian belakang yang dialami oleh A.Thamilarasu pada perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Yemen di Stadium Shah Alam, Sabtu. "Saya sebenarnya terpaksa memilih antara Farhan (Mohd Nor Farhan Mohamad) dan Bobby...kalau diberi peluang saya mahu memilih kedua-dua sekali namun Farhan boleh beraksi di posisi sebelah kanan dan kiri. "Pemain akan bertolak ke China esok untuk satu lagi perlawanan persahabatan sebelum ke Korea," katanya kepada pemberita selepas pasukannya kalah 1-0 kepada Yemen. Mengulas kekalahan tersebut, Kim Swee berkata skuad negara masih tumpul di bahagian serangan namun yakin dapat mengatasi kelemahan itu sebelum ke Incheon. "Secara keseluruhan saya berpuas hati dengn persembahan pasukan. Saya nampak skuad ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya pada bahagian serangan," katanya. Selepas ini, skuad negara sekali lagi diuji menerusi perlawanan persahabatan dengan China pada 10 Sept ini sebelum berlepas ke Incheon. Pada Sukan Asia, Malaysia berada dalam Kumpulan A dan akan menentang Korea Selatan pada aksi pembuka tirai pada 14 September nanti sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan bersama Arab Saudi dan Laos. Mengikut format pertandingan, dua pasukan teratas daripada setiap lapan kumpulan layak ke pusingan kedua.- mstar

Korea Selatan Waspada, Korea Utara Uji Peluru Berpandu
SEOUL: Korea Selatan kini dalam langkah berjaga-jaga menjelang cuti umum sempena sambutan Hari Penuaian, Isnin ini selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat di luar pesisir pantai timurnya.
Panglima Tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu, yang dilancarkan dari lokasi berdekatan pelabuhan Wonson awal pagi Sabtu, disasarkan sejauh 210 kilometer sebelum terjatuh ke dalam Laut Jepun.
Ia dipercayai peluru berpandu taktikal baharu yang sedang diuji oleh Korea Utara selama beberapa minggu.
Berdasarkan jarak dan arah tujunya, peluru berpandu yang ditembak tersebut adalah sama dengan yang dilancarkan pada 14 Ogos dan 1 September lalu," kata seorang pegawai tentera.
"Tindakan Korea Utara itu bertujuan menguji peluru berpandu baharu dengan jarak lebih jauh berbanding peluru berpandu KN-02 yang ada sekarang. Peluru itu mempunyai keupayaan untuk sampai sehingga 170 kilometer jauh," katanya.
Pegawai tersebut berkata Korea Selatan sedang memantau tindakan Korea Utara itu menjelang cuti umum Chuseok, yang disambut mulai Isnin hingga Rabu.
Korea Utara melepaskan sejumlah 111 peluru berpandu jarak dekat sepanjang 19 pelancaran setakat ini.- mstar
TOP
Kerja Sambilan Dengan Ah Long, Ibu Bapa Diminta Pantau Aktiviti Anak-Anak
PETALING JAYA: Ibu bapa perlu memberi lebih banyak perhatian terhadap anak-anak mereka menjelang cuti persekolahan yang bakal tiba nanti.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing, ia penting bagi mengelakkan anak-anak mereka terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat termasuk peminjam wang haram atau ah long.
"Sebelum ini ada pelajar sekolah dikesan bekerja dengan ah long secara sambilan dengan mengedarkan risalah atau menampal poster untuk mengisi masa lapang dan mendapatkan wang saku.
"Pelajar-pelajar ini sebenarnya tidak tahu bahawa mereka melakukan aktiviti salah ini sekaligus membantu ah long," jelasnya kepada mStar Online.
Walaupun belum ada tangkapan dibuat setakat ini, namun pihak polis sudah mengenal pasti lokasi kegiatan berkenaan dan kini sedang mempergiatkan pemantauan.
"Sebelum ini (Jun) saya ada mendedahkan mengenai aktiviti ini dan ia bukanlah ditahap sindiket lagi.
"Ia dikesan dengan jumlah yang kecil sahaja. Pun begitu pihak kami akan tetap memberi perhatian agar ia tidak merebak.
"Dalam undang-undang, sesiapa yang membantu kegiatan ah long adalah satu kesalahan," jelasnya.
Mun Phing berkata, sesiapa yang didapati bersalah boleh didakwa mengikut 29AA Seksyen 5 Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan dihukum penjara dua tahun dan denda sehingga RM20,000 jika disabitkan kesalahan.- mstar
TOP
Geng Curi Toyota Hilux Diberkas
MELAKA: Empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes menyamun dan mencuri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di beberapa negeri termasuk Melaka akhirnya diberkas di Kuala Lumpur.
Mereka yang berusia antara 21 hingga 35 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Cherasmenerusi Ops Hilux di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki di Flat Sri Sabah, Cheras, Kuala Lumpur, diikuti tiga lagi anggota kumpulan itu di Flat Sri Johor.
"Kumpulan ini terlibat dalam lima kes samun dan mencuri Toyota Hilux di Melaka sejak Februari lepas dengan anggaran kerugian kira-kira RM500,000.
"Mereka juga aktif di Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Raja Shahrom berkata kes samun terbaharu melibatkan seorang pemilik berusia 34 tahun di sebuah stesen minyak di Alor Gajah pada 19 Ogos lepas.
Beliau berkata mangsa yang sedang mengisi minyak kenderaannya didatangi dua lelaki bersenjatakan parang sebelum bertindak melarikan kenderaan itu selain rantai emas, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa.
Keempat-empat suspek terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 3 Sept lepas bagi membantu siasatan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.
Empat lagi anggota kumpulan itu sedang dikesan selain kenderaan yang telah dicuri dan dipercayai telah dijual.- mstar
TOP
1, 750 Rugi RM68 Juta Jadi Mangsa Penipuan 'Cinta Internet'
SERAMAI 1,750 rakyat di negara ini menjadi mangsa penipuan 'cinta Internet' membabitkan kerugian RM68.3 juta sejak Januari 2013.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada kalangan wanita.
"(Pada 2013) seramai 750 mangsa adalah wanita manakala 345 lagi terdiri daripada golongan lelaki," katanya kepada pemberita di Bukit Aman.
Mortadza menasihatkan golongan wanita terutamanya ibu tunggal dan wanita berusia untuk tidak terpedaya dengan kenalan baharu di laman sosial.
Beliau turut meminta mereka untuk tidak memberikan wang tunai atau barangan kepada individu tidak dikenali.
Jelasnya, sindiket penipuan itu menggunakan modus operandi yang sama untuk memperdayakan mangsa dengan mendakwa mereka adalah ahli perniagaan dari United Kingdom atau Amerika Syarikat.
Mortadza turut menggesa penduduk tempatan untuk tidak menyerahkan akaun bank atau kad ATM kepada orang lain kerana takut mereka menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan terbabit.- mstar
TOP
Krisis MB Selangor: Nik Nazmi Mahu Hadi Tarik Balik Kenyataan Terhadap Wan Azizah
Nik Nazmi Nik Ahmad
KLANG: Ketua Angkatan Muda Keadilan mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya melabel Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak layak dan tidak berupaya mentadbir kerajaan Selangor. Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu sedangkan Dr Wan Azizah menerajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1998 selain dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 2008 di mana ia turut mendapat sokongan Hadi. "Selepas PAS mengadakan pertemuan berasingan susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di mana kedua-dua pihak bersetuju menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, jadi adalah tidak sesuai untuk Hadi mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau (Dr Wan Azizah) tidak mampu," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad. Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu juga mahu Hadi menghormati keputusan yang dibuat pada mesyuarat Pas Pusat dan Majlis Pimpinan Pakatan. Tambah beliau lagi, kenyataan Hadi juga bagaikan menguji kesepakatan dan jalinan kerjasama antara PAS dengan gabungan parti dalam Pakatan Rakyat. Dalam ceramahnya di Terengganu, Hadi berkata, Dr Wan Azizah tidak memenuhi kriteria untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Besar Selangor. Hadi turut mempersoalkan kepemimpinan Dr Wan Azizah sambil berkata, beliau tidak ada keupayaan untuk berhujah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.- mstar

Tiga Blok Resort Peranginan Di Tuaran Terbakar
KOTA KINABALU: Tiga blok bangunan di sebuah resort peranginan bertaraf tiga bintang, Raintree Beach and Golf Resort, di Kampung Pulau Simpangan, Tuaran, musnah dalam satu kebakaran di sini petang Sabtu.
Antara yang musnah dalam kebakaran pada kira-kira pukul 4 petang itu ialah pejabat urusan dan bilik mesyuarat resort yang terletak kira-kira 34km dari sini.
Ketika kejadian, difahamkan terdapat enam pekerja berada di premis itu dan kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik pejabat resort itu yang disedari salah seorang kakitangan resort terbabit.
"Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kebakaran itu pada pukul 4.44 petang dan mengerahkan 30 anggota dari Balai Bomba Tuaran, Kota Kinabalu dan Jalan Lintas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.
Menurut jurucakap itu, setibanya pasukan bomba di resort itu, api sedang marak membakar hampir 80 peratus kawasan blok berkenaan dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada kira-kira pukul 6.20 petang.
"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Resort itu yang dahulu dikenali Mimpian Jadi Resort merupakan antara pusat percutian terkenal di Tuaran.- mstar
TOP
Najib Sahkan Komitmen Malaysia Terhadap Rundingan TPPA
PUTRJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengesahkan komitmen Malaysia terhadap rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
"TPPA merupakan komitmen yang penting. Malaysia mahu menjadi sebahagian daripadanya, dengan syarat keutamaan kita dipenuhi dalam keputusan akhir," kata Najib pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia Tony Abbott, di sini.
Mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau, Najib berkata: "Perdana Menteri Abbot dan saya bersetuju Malaysia dan Australia akan terus bekerja sama untuk mencapai kemajuan dalam rundingan dan menunggu hasil muktamad rundingan berkenaan pada 2015".
Bagi hubungan ekonomi, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa ia semakin kukuh, dengan dagangan dua hala menambah berbilion dolar dalam tempoh setahun.
Tahun lepas, Australia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia.
Dagangan barangan dan perkhidmatan dua hala bernilai RM61.9 bilion pada 2013, meningkat berbanding RM46.2 bilion pada 2010. Ini merupakan peningkatan 14.7 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Pada 2013, jumlah pelaburan Australia di Malaysia sebanyak RM28.9 bilion dan jumlah pelaburan Malaysia bernilai RM50.9 bilion.
Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia memperakui bahawa pergerakan pelawat perniagaan, pelabur dan profesional berkemahiran yang lebih bebas, merupakan komponen penting kejayaan dalam hubungan perniagaan itu.
"Dalam hubungan ini, saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Abbott bahawa pelawat perniagaan, pengurus dana asing dan pelabur boleh memohon visa masuk pelbagai, lima tahun mulai Disember ini," katanya.
Mengenai kerjasama kewangan, beliau berkata Australia menunjukkan minat mendalam dalam pembangunan kewangan Islam.- mstar
TOP
Isu MB: PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama
Dr Idris Ahmad antara yang dinamakan sebagai calon PKR untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu. Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad. Namun, dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor pada Jumaat, PKR mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti. Akaun bersumpah yang ditandatangani seramai 30 Adun sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah turut dikepilkan bersama dalam surat tersebut. Biro Politik PKR membincangkan perkara itu selama dua hari sementara penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal. "Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah," kata sumber. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan kata sepakat telah dicapai tetapi enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut. "Surat itu dari Presiden Parti kepada Tuanku Sultan. Tidak elok untuk mendedahkan isi kandungan (surat itu) kerana Sultan masih belum menerimanya," kata Saifuddin. Jelas beliau, surat tersebut akan diserahkan terus kepada Istana hari ini. Beliau berkata, mereka membalas surat dari Istana bertarikh 3 September berhubung senarai calon yang dihantar oleh parti itu pada 1 September lalu. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan beliau kecewa sekiranya presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamakan tiga pemimpin PAS untuk jawatan menteri besar itu "Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos, sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim dan Azmin Ali untuk jawatan itu. Presiden tidak harus menukar senarai itu tanpa memaklumkan kepada kami. "Saya sebagai Timbalan Presiden masih tidak jelas mengenai perkara itu," katanya ketika mengulas mengenai laporan bahawa Abdul Hadi menghantar senarai nama berasingan kepada Sultan Selangor.- mstar

Kerajaan Tidak Kompromi Dalam Isu Libat 'Tiang Seri' Negara - Hishammuddin
Hishammuddin Tun Hussein.
KLUANG: Kerajaan tidak akan berkompromi tentang perkara-perkara yang disifatkannya sebagai "tiang seri" negara seperti agama, kaum dan institusi raja walaupun dalam menggubal undang-undang baru atau meminda Akta Hasutan. Menegaskan demikian, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika kerajaan menggubal undang-undang baru ia sebaliknya akan memperkukuh lagi perkara-perkara terbabit yang merupakan asas kepada pembangunan negara. "Kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini yang dianggap sebagai 'tiang seri' di dalam nation building (pembinaan bangsa)," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Semberong yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron pada Sabtu. Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Semberong berkata, "tiang seri" negara itu perlu dipertahankan kerana ia merupakan jaminan kepada kestabilan dan survival agama serta negara. Hishammuddin yang juga Pengerusi Biro Pindaan Perlembagaan Umno berkata, polemik tentang isu Akta Hasutan ditimbulkan oleh mereka yang tidak tahu-menahu tentang apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan. "Ia (tindakan kerajaan) perlu diperjelaskan," kata beliau. Namun, beliau menegaskan perbincangan tentang akta itu tidak boleh dilakukan dengan emosional atau dicampuradukkan dengan sentimen perkauman dan keagamaan. Menurutnya, negara memiliki undang-undang yang mencukupi untuk menangani sebarang isu, tetapi apa yang membelenggunya adalah kekurangan penguatkuasaan undang-undang terbabit. Hishammuddin berkata sebagai pengerusi biro tersebut, beliau akan memastikan pandangan kepimpinan dan anggota Umno tentang isu Akta Hasutan itu diambil kira oleh kerajaan. Mengenai gencatan senjata di antara Ukraine dan tentera pemisah pro-Russia pada Jumaat, beliau berkata, ia tidak menjamin pasukan penyiasat akan dibenarkan masuk ke kawasan dimana pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas di timur Ukraine. "Wallahua'lam, kita pun tidak tahu apa yang mereka tandatangani," kata beliau yang akan bertolak ke Kiev, Ukraine malam Sabtu.- mstar

1 Kes Bunuh Diri Setiap 40 Saat
GENEVA: Kejadian bunuh diri didapati berlaku setiap 40 saat dengan warga emas lebih banyak melakukannya, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Fenomena itu kata PBB, menyebabkan kematian akibat bunuh diri mencatat korban lebih tinggi berbanding semua mangsa perang dan bencana alam bagi setahun.
Dalam laporan pertama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) PBB, badan itu menyalahkan laporan berlebihan media mengenai tindakan selebriti membunuh diri menyebabkan kes seumpama itu berkembang.
Pengarah Jabatan Kesihatan Mental WHO, Shekhar Saxena berkata, satu kejadian bunuh diri setiap 40 saat di seluruh dunia adalah masalah serius.
“Ada 1.5 juta kematian keganasan setiap tahun di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, 800,000 disebabkan bunuh diri,” katanya.
Saxena berkata, kawasan tengah dan timur Eropah serta Asia adalah antara kawasan paling banyak mencatat kes bunuh diri.
“Di seluruh dunia, kadar bunuh diri adalah bagi individu berusia 70 tahun dan ke atas tetapi di sesetengah negara, kadar tertinggi dicatat golongan muda,” katanya. - mstar
TOP
Remaja Malaysia Penunggang Terbaik Dunia
Aseef mengibarkan Jalur Gemilang sebaik menamatkan acara Endurance di Normandy, Perancis.
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia mencipta sejarah sebagai antara penunggang kuda terbaik pada acara sukan berprestij, Kejohanan Ekuestrian Dunia FEI Alltech. Berusia 17 tahun, Mohd T Aseef Abdul Mutalib, yang juga peserta paling muda di kalangan penunggang dari 72 negara itu berjaya menamatkan saingan kategori Ujian Ketahanan (Endurance) pada kedudukan ke 27 pada kejohanan yang berlangsung di Normandy, Perancis itu. Kejohanan yang bermula pada 23 Ogos dan berakhir Ahad ini menarik penyertaan hampir 1,000 penunggang terbaik dunia membabitkan tujuh acara yang disenaraikan Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI). Pencapaian Mohd T Aseef adalah momen membanggakan bagi pasukan Malaysia, lebih-lebih lagi remaja itu mengenakan kelengkapan menunggang termasuk topi keledar dan baju dengan warna Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera negara ketika menunggang kudanya, Eldina Kungfu, sebaik selesai tunggangan sejauh 160 kilomter dalam tempoh lebih 10 jam pada 23 Ogos. Aseef yang mula menunggang sejak empat tahun lalu berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaiannya pada kejohanan itu. "Saya juga gembira kerana berjaya mencapai matlamat untuk menjadi Penunggang Muda Elite Dunia," katanya kepada Sunday Star menerusi perbualan telefon dari Normandy. Pelajar Penang Free School berharap dapat mewakili negara pada Sukan SEA, selain Kejohanan Junior Endurance Dunia 2015 di Chile dan Piala Endurance Dunia di Dubai tahun depan. Mengimpikan untuk menjadi antara 10 penunggang terbaik dunia, pelajar itu memperuntukkan dua jam pada sebelah petang, tiga hari seminggu untuk menunggang dan juga berbasikal bagi kekal cergas. Bermula dengan sukan golf pada usia tujuh tahun, Aseef mengambil keputusan bertukar kepada sukan berkuda pada usia 13 tahun selepas teruja melihat ayahnya, Abdul Mutalib Ismail yang aktif menyertai kejohanan endurance di dalam dan luar negara. Abdul Mutalib, 48, mengendalikan Kelab Endurance Al-Khamsa di Kelab Belia Pulau Pinang.- mstar

5 Tahun Kumpul Dana Di Malaysia Untuk Ke Mekah
Muhammad Nahil gembira dapat membawa ibunya menunaikan haji tahun ini.
MAKASAR: Selepas bertungkus lumus dan berjimat cermat selama lima tahun, tiada saat yang lebih menggembirakan bagi Muhammad Nahil Bajidung selain ketika dia berangkat ke tanah suci untuk menunaikan haji tahun ini. Lelaki berasal dari Gowa, Sulawesi Selatan itu berkata, dia puas kerana ‘perjuangannya’ selama lima tahun lalu tidak sia-sia. Kata Muhammad Nahil, 42, pada 2008 selepas setahun bekerja sebagai buruh di sebuah ladang kelapa sawit di Malaysia, dia kembali ke Gowa dan mengunjungi pejabat urusan haji tempatan untuk mendaftar namanya bersama ibunya, Judi Tapui Tambu, untuk mengerjakan haji. Namun, kata Muhammad Nahil, dia kecewa kerana setiap seorang perlu memiliki wang sekurang-kurangnya Rp40 juta (RM 10,790) sedangkan ketika itu dia hanya memiliki Rp20 juta (RM 5,390). “Saya kemudian berunding dengan pegawai di situ dan meminta kebenaran supaya kami dibenarkan membuat bayaran secara ansuran,” katanya. Selepas diberi kebenaran, Muhammad Nahil sekali lagi pergi ke Malaysia untuk mengumpul dana sehingga wang secukupnya selesai dibayar. Katanya, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran dia tetap bersabar sehingga wang yang diperlukan berjaya dikumpul. “Dan inilah hasilnya. Saya dan ibu diberi peluang mengerjakan haji tahun ini,” katanya sambil menahan air mata di depan ibunya. Menceritakan perasaannya sejurus sebelum berangkat, Muhammad Nahil berkata, tiada ungkapan tepat dapat menggambarkan kegembiraannya. “Tambahan pula ibu saya kurang sihat kerana mengalami masalah sakit urat serta strok, tapi kerana kesungguhan untuk ke tanah suci, dia tetap berazam menyempurnakan ibadah itu walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda,” katanya.- mstar

Presiden PAS Punyai Kuasa Cadangkan Nama Calon MB - Hadi
Abdul Hadi Awang.
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin tertinggi parti yang didakwa mempertikaikan keputusan Majlis Syura menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar yang ditandatangani Abdul Hadi tanpa merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Pemimpin berkenaan perlu merujuk semula perlembagaan PAS, kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pelaksanaan Syariah Islam di sini, Sabtu. Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang di Selangor menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Itu amalan parti (PAS) sejak (memerintah) tahun 1959. Bermula tahun 59 itu, saya ikut sampailah memerintah 1964, 1969, 1974, 1978 (di Terengganu dan Kelantan. (Nama calon dicadangkan untuk dilantik menteri besar tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat)," kata Abdul Hadi. Berhubung spekulasi penubuhan parti 'serpihan PAS' dikenali Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota PAS, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan amalan sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. "Itu adalah amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftar Pertubuhan sama ada nak terima pendaftaran Pasma, biasalah dalam negara demokrasi ini ada banyak parti politik," katanya.- mstar

"Nak Tubuh Parti Baru...Sila" - Hadi
PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS yang tidak sependapat dengan parti itu dicabar supaya meninggalkannya dan menubuh parti baharu.
Cabaran keras itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada sebilangan ahli partinya yang diumpamakan seperti 'nyamuk' hingga boleh mengganggu tidur.
"Mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti...sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam (PAS).
"Jadi duduk di dalam ni, kalau ada nyamuk seekor tak jenero (nyenyak) tidur jugak kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti...sila,” katanya pada sesi penjelasan isu semasa di Marang, Terengganu pada Jumaat.
Difahamkan kenyataan Abdul Hadi itu merujuk kepada kemunculan sebuah organisasi baharu oleh pemimpin PAS yang dikenali sebagai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA) yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu.
PasMa dikatakan bakal menjadi parti alternatif kepada PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan konflik yang timbul antara parti itu dengan sekutunya daripada PKR dan DAP berikutan pemilihan menteri besar Selangor yang baharu.
Mengulas lanjut Abdul Hadi dilihat tidak tergugat dengan kewujudan mana-mana parti politik baharu termasuk PasMa selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.
"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh," katanya.- mstar
TOP
Krisis MB Selangor: Wan Azizah Tak Layak Memimpin - Hadi
Abdul Hadi Awang.
PETALING JAYA: Keputusan PAS menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu tidak ada kaitan dengan gendernya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu. "Jika beliau tidak mempunyai keupayaan untuk berbahas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimana beliau hendak hendak menjadi pemimpin yang kuat? "Ia bukan menjadi persoalan, dan berdasarkan kriteria itu sahaja, beliau tidak layak," katanya pada satu ceramah di Terengganu. Ceramah itu dimuat naik sepenuhnya di YouTube pada Jumaat. Beliau berkata, Dr Wan Azizah tidak sesuai untuk memimpin, kerana Selangor memerlukan seseorang "pemimpin yang kuat untuk menguruskannya". Hadi memperjelaskan bahawa parti menghantar tiga nama untuk calon Menteri Besar kepada Sultan apabila beliau diminta untuk memberikan "lebih dua nama", dengan mendakwa sekutu partinya "bodoh". "PAS mahu menghantar dua nama, tetapi kemudian Sultan menghantar surat meminta lebih dua nama. Lebih dari dua bermaksud kita boleh menghantar seberapa banyak yang kita suka. "Adakah PAS mahu pemimpin-pemimpinnya dilabel sebagai bodoh? Sultan meminta sekurang-kurangnya tiga nama, tetapi anda hanya beri satu," katanya yang merujuk kepada PKR dan DAP yang bertegas untuk mencalonkan satu nama bagi jawatan itu. "Jika kita hanya hantar satu nama, bagaimana Sultan mahu memilih? Rakyat kata kita tidak faham arahan (dari Pakatan). Tetapi sebenarnya, kita yang hanya faham dan mengikut titah Sultan," katanya. Tambah Hadi, PAS masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan berkata, sesiapa yang mahu memulakan parti baharu dialu-alukan untuk meninggalkan pakatan itu. "Sesiapa yang mahu memulakan parti baharu boleh pergi kerana ia lebih baik untuk mereka berbuat demikian. Kita masih bersama Pakatan."- mstar

Kerajaan DAP P.Pinang Letak Jawatan Jika Benar Peruntukan RM1.5b PPS - Guan Eng
Lim Guan Eng.
BUTTERWORTH: Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri itu menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, laporan dalam laman web Umno menyatakan peruntukan itu untuk PPS adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai dana sebanyak itu untuk menjayakan aktiviti unit berkenaan. "Wang rizab negeri hanya RM1.2 bilion, (jadi) macam mana kami boleh memperuntukkan RM1.5 bilion bagi PPS? "Seluruh barisan pemimpin kerajaan negeri akan meletak jawatan jika Umno Pulau Pinang dapat membuktikan RM1.5 bilion diperuntukkan (bagi PPS)," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Pada 4 September lalu, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dilaporkan berkata dalam laman web Umno bahawa secara keseluruhan kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk menubuhkan PPS. Lim berkata, kerajaan negeri memberi Zainal Abidin tempoh tiga hari untuk membuktikan dakwaan beliau, jika gagal tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya. Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri bersedia membawa kes itu ke mahkamah untuk melindungi PPS yang ditubuhkan empat tahun lalu selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat exco negeri. Pada 31 Ogos, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).- mstar

Anak Saya Pandai Berenang - Ibu Jerome
KUANTAN: Pelancong Perancis, Jerome Philippe Laurent yang ditemui mati pada Khamis ketika snorkling di Pulau Tioman mampu berenang dengan baik, kata ibunya.
Brigitte Laurent, 55, berkata, anakanya itu sering melakukan aktiviti snorkling dan mampu menahan nafa sehingga tiga minit dalam air.
"Dia seorang yang aktif termasuk aktiviti sukan," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan pada Sabtu.
Mayat penuntut bidang perubatan Villebon-sur-Yvette, Perancis itu ditemui terapung di perairan Pulau Tioman dua hari selepas dilaporkan hilang ketika snorkling.
Pelajar berusia 24 tahun itu melakukan aktiviti itu sendirian berhampiran Berjaya Tioman Resort pada pukul 3 petang, Selasa lalu. Bagaimanapun, apabila didapati tidak pulang pada pukul 5.30 petang, rakannya memaklumkan kepada polis.
Susulan itu, operasi yang dilancarkan akhirnya menemui mayatnya pada pukul 2.15 petang, Khamis kira-kira 300 meter dari kawasan dia beriadah.
Brigitte berkata, Jerome adalah anak kedua daripada tiga beradik dan datang ke Malaysia bersama tiga rakannya.
"Kali terakhir saya bertemu dengannya pada 24 Ogos lalu apabila dia meninggalkan Perancis untuk ke sini. Sebelum ke sini, dia ke Taman Negara," katanya.
Bedah siasat ke atas mayat Jerome dilakukan pada Jumaat.
Kes itu dikelasifikasikan sebagai kematian mengejut, kata Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya.- mstar
TOP
Elak Cukai: Kastam Rampas 16 Kereta Mewah
Sebahagian daripada 16 kereta mewah yang dirampas Kastam di sebuah rumah di Rawang pada Jumaat.
PETALING JAYA: Sebanyak 16 kenderaan mewah keluaran pelbagai syarikat terkemuka dirampas dalam operasi di Bandar Country Homes, Rawang.
Sepasukan pegawai penyiasat Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertindak sedemikian dalam menyiasat kes membabitkan perbuatan cubaan mengelak membayar cukai. Pemeriksaan ke atas rumah dua tingkat pada pukul 3 petang, Jumaat itu menemui kenderaan keluaran syarikat antarabangsa seperti Mazda, Audi dan Honda, termasuk yang memiliki nombor pendaftaran Singapura.
Dipercayai aras bawah kediaman itu digunakan khusus untuk menyimpan kenderaan yang kebanyakannya diubah suai sebelum didaftarkan semula di negara ini. Sebanyak 12 kenderaan berkenaan dihantar ke Majlis Perbandaran Selayang untuk sementara, manakala bakinya akan menyusul kemudian. Soal siasat di kalangan jiran mendapati mereka tidak tahu mengenai adanya sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku di kediaman itu. Difahamkan, MPS akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah itu kerana mengubahsuai kediaman berkenaan tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan.

Gambar Kes Remaja Cedera Parah Dibaling Bom Di Klang
Menerusi laman sosial, mangsa dikatakan bernasib malang apabila terkena bom buatan tangan dalam kejadian yang berlaku di sebuah Stesyen Shell di Klang.
Pada awal kejadian, mangsa didakwa dalam perjalanan dari Bukit Tinggi Klang dengan menaiki kenderaan bersama 2 orang rakan. Sebaik berhenti disebuah stesyen Minyak Shell, kenderaan yang dinaiki mangsa telah dibaling dengan sebuah objek oleh suspek yang menunggang motosikal.
Mangsa yang menyedari insiden tersebut, cuba membaling keluar objek tersebut daripada kenderaan sebelum ianya sempat meletup di tangan mangsa. Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian tangan dan kini dilaporkan stabil. Kisah itu turut diceritakan oleh waris mangsa iaitu Anson Ho menerusi laman sosial Facebook.
Gambar Kes Remaja Cedera Parah Dibaling Bom Di Klang
Sumber: Melvister.com

Sultan Nazrin Hargai Tugas Media Di Pemakaman Ayahandanya
KUALA KANGSAR Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas media dalam melaporkan urusan pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.
Baginda melahirkan penghargaan tinggi kepada mereka yang begitu tinggi budi dan pekerti dalam menggalas tugas menyampaikan berita tentang kemangkatan Almarhum.
“Beta pohon dihalalkan setiap keringat yang dititiskan ke bumi dan setiap tenaga yang digunakan semasa memenuhi tanggungjawab itu.
“Beta disembah maklum, sebahagian daripada para petugas tidak dapat hadir di majlis ini kerana pada masa ini diperlukan bertugas di tempat tertentu.
Sampaikan salam terima kasih Beta sekeluarga,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Jamuan Teh Diraja bagi menghargai Petugas-Petugas Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah, di perkarangan Istana Iskandariah di sini hari ini.
Sultan Nazrin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Kerajaan Negeri, Kementerian Penerangan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, agensi penyiaran serta media, jabatan, institusi, pertubuhan dan individu yang terlibat secara tertera atau terselindung dalam mengendalikan urusan pemakaman.
Baginda melahirkan rasa terharu melihat ramai rakyat dari pelbagai lapisan, pegangan agama dan kaum menziarahi jenazah Almarhum.
“Dalam kalangan mereka ada yang uzur, warga emas, bertongkat, dipapah, berkerusi roda, berpakaian lusuh, berjalan kaki, mendaki bukit serta memanjat tangga istana, tetapi berhati cekal untuk menziarahi dan mendoakan kesejahteraan jenazah Almarhum.
“Beta percaya kebanyakan mereka tidak pernah menemui Almarhum secara peribadi semasa hayat Almarhum, tetapi secara khusus mereka telah mempamerkan semangat kasih setia rakyat kepada Raja Pemerintah yang telah mangkat.
“Secara simboliknya, mereka mempamerkan sifat kesetiaan, mendukung kelangsungan institusi pemerintahan berteraskan raja,” titah baginda.
“Banyak pihak yang terlibat menguruskan istiadat pemakaman. Beta menyaksikan sendiri, tugas-tugas berat yang dilaksanakan oleh begitu ramai petugas, menguruskan perjalanan jenazah selamat sampai ke Istana Iskandariah, pelajar tahfiz yang tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kalangan yang menyiram dan mengapankan jenazah.
“Para jejawat yang setia berdiri di Balai Rong Seri sepanjang hari, para anggota yang mengusung Seraja Diraja dan mengiringi perjalanan terakhir jenazah dari istana ke tempat pemakaman, menyembahyangkan jenazah, menyemadikan jenazah di liang lahad, mentalkinkan dan mendoakan jenazah,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah setiap tugas dilaksanakan secara terbaik dengan semangat kasih sayang untuk memuliakan jasad seorang Sultan yang telah
mangkat.
Baginda bertitah kemangkatan ayahanda baginda itu telah memenuhi peranan sebagai seorang Raja Pemerintah yang berpegang teguh kepada konsep Raja Berperlembagaan.
“Almarhum dikenali sebagai seorang Raja Pemerintah yang amat berpegang kepada prinsip meluhurkan perlembagaan serta mendaulatkan undang-undang.
“Almarhum telah meninggalkan legasi pemerintahan yang wajib dijadikan rujukan. Almarhum telah melakarkan imej Raja Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati,” titah baginda.
Sultan Nazrin diisytiharkan sebagai Sultan Perak dalam istiadat pengisytiharan pelantikan di Istana Iskandariah pada 29 Mei.
Sultan Nazrin, 58, kini dikenali dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah.
Semalam berakhir tempoh berkabung selama 100 hari.- BERNAMA

VIDEO: Penyakit Curi, Cium Seluar Dalam Wanita Makin Parah!
SEMALAM seorang lelaki di Kampar, Perak didenda RM2,500 kerana menyimpan sejumlah seluar dalam dan bra seorang wanita yang dicurinya.
Semenjak kebelakangan ini, ramai muda-mudi melakukan penyimpangan dalam seks. Mereka berpendapat bahawa penyimpangan dalam seks adalah perkara biasa.
Bahkan di dalam filem-filem juga mereka digambarkan seperti orang yang baik dan terhormat walaupun mereka melakukan penyimpangan dalam seks.
Untuk memuaskan nafsu, mereka tidak segan silu membayar wang walaupun dengan harga yang mahal.
Penyimpangan seks adalah aktiviti yang dilakukan seseorang untuk mendapatkan kenikmatan seks dengan cara yang tidak sewajarnya.
Biasanya, cara yang digunakan adalah menggunakan objek seks sehingga kenikmatan seks mereka tercapai.
Ini berlaku kerana disebabkan psikologi, tekanan perasaan seperti pengalaman sewaktu kecil, pergaulan bebas, genetik dan beberapa faktor lain.
Antara penyimpangan dalam seks yang sering berlaku adalah FETISHISME. Fatishi bermaksud sesuatu yang dipuja.
Biasanya, para pesakit fetishisme, aktiviti seksnya disalurkan melalui bermasturbasi dengan menggunakan bra wanita, seluar dalam atau benda lain yang dapat meningkatkan hasrat rangsangan seks.
Sehingga, orang tersebut mengalami ejakulasi dan mendapatkan kepuasan maksima dalam seks.
Namun, ada juga pesakit fetishisme yang meminta pasangannya untuk mengenakan benda-benda kegemarannya, kemudian barulah melakukan hubungan seks sebenar bersama pasangannya.
Sebab itu kita sering mendengar kisah kecurian seluar dalam kerap berlaku di kawasan-kawasan perumahan.
Cuma sukar untuk memperoleh statistik sebenar kejadian jenayah seumpama ini kerana mangsa selalunya TIDAK melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa atas alasan ia perkara remeh dan disebabkan malu, mungkin.
Yang pasti majoriti mangsa adalah wanita.
Ramai mangsa keliru, mengapa seluar dalam mereka kerap menjadi mangsa kepada kecurian.
Nah, itulah jawabannya.
Di bawah ini ada beberapa rakaman video CCTV yang menunjukkan betapa seriusnya kes ini dalam masyarakat kita.
Saksikan…hai, macam-macam!

Suami Rayu Mahkamah Lulus Cerai Tak Tahan Isteri Nafsunya Terlalu Buas
Mumbai: Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya memuaskan kehendak batin wanita terbabit.
Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’ untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin pada April 2012. Menurut laporan media semalam, lelaki berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii. “Apabila saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki terbabit. Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah. Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan. “Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu,” katanya. Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia mengalami tekanan kerana suasana di rumah tidak sedikit pun membantunya selepas kepenatan bekerja. Katanya, dia bekerja secara syif. Untuk menguatkan tuntutannya, lelaki terbabit mendedahkan pada 2012 dia mengalami masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Isterinya pula enggan menemani, sebaliknya pulang ke rumah kakaknya. Dua minggu kemudian apabila si suami pulih sedikit, isterinya pulang dengan kemahuan sama dan enggan mengambil kira keadaan kesihatannya. “Kini saya uzur terus dan tidak boleh berehat,” katanya ketika ditemui. Kesabaran lelaki itu berakhir ekoran insiden pada Oktober tahun lalu. Selepas menjalani pembedahan membuang apendiks nasibnya tidak berubah dan terpaksa berdepan dengan tuntutan melampau si isteri.- Agensi

NUTP Selar Tindakan Guru Viralkan Kertas Jawapan 'Kelakar' Anak Murid ke Media Sosial
ANTARA jawapan pelajar yang menjadi ‘viral’di laman sosial.
Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini. Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit. “Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan. “Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit. “Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. ─ myMetro online

Hamas tolak pelucutan senjata
Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam digeruni tentera rejim Zionis.
RAMALLAH - PALESTIN. Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menolak tuntutan pelucutan senjata yang dikenakan oleh Israel sebagai syarat untuk menamatkan sekatan haram di Genting Gaza dan membuka semula lapangan terbang serta pelabuhan di wilayah itu. Haniyeh menegaskan Hamas tidak akan tunduk dengan gesaan mana-mana pihak yang menuntut supaya mereka berbuat demikian. "Kami tidak melancarkan perang, namun jika musuh mahu berperang, kami tidak teragak-agak untuk membuat serangan balas," jelasnya dalam perhimpunan di bandar Gaza. Kenyataan tegas itu dikeluarkan selepas Tel Aviv sebelum ini pernah menyuarakan rancangan mereka untuk mendesak Hamas menerima syarat pelucutan senjata tersebut dalam rundingan susulan yang akan diadakan di Kaherah dalam masa terdekat. Sementara itu, seorang pegawai kanan risikan Israel mendakwa mereka tersilap percaturan kerana memandang rendah terhadap keupayaan Hamas sepanjang perang 50 hari yang berakhir pada 26 Ogos lalu. "Kekuatan pejuang Gaza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Mereka bijak mengatur strategi untuk menangkis serangan rejim Zionis," katanya. Dalam perkembangan lain, Israel didakwa sekali lagi membuat tindakan provokasi dengan mengeluarkan tender untuk kira-kira 300 kediaman baharu di penempatan haram di Tebing Barat. Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Tel Aviv mengumumkan rancangan mereka untuk merampas kira-kira 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di kawasan antara bandar Baitulaham dan Hebron. Menurut Lembaga Tanah Israel projek perluasan penempatan Elkana di barat laut Tebing Barat itu kononnya telah diluluskan sejak Januari lalu dalam laporan Press TV.

Pemisah pro-Rusia & Tentera Ukraine ─ Gencatan Senjata Dicabuli
Rundingan bersama Poroshenko turut dihadiri wakil Republik Rakyat Donetsk, Perdana Menteri Alexander Zakharchenko (kiri). Foto: AFP
DONETSK - UKRAINE. Kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine saling menuding jari selepas gencatan senjata dicabuli beberapa jam selepas ia dipersetujui. Pemimpin Republik Rakyat Donetsk, Vladimir Makovich mendakwa tentera kerajaan telah melancarkan peluru berpandu dan beberapa aset ketenteraan juga dilihat bergerak dari kawasan barat daya Zaporizhia. Sementara itu, jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Nasional, Andriy Lysenko pula menuduh kumpulan pemisah membedil lebih 20 roket selepas gencatan senjata itu dikuatkuasakan. Terdahulu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan kumpulan pemisah pro-Rusia bersetuju menguatkuasakan gencatan senjata selepas kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian pelan damai di Minsk, Belarus. Langkah itu diambil beberapa hari selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mencadangkan pelan damai bagi menamatkan krisis di timur Ukraine. Dalam satu kenyataan lain, Rusia mengancam akan bertindak balas jika Kesatuan Eropah (EU) berkeras mahu mengenakan sekatan ekonomi baharu ke atas mereka. Difahamkan, amaran itu dibuat selepas EU bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap ekonomi Rusia yang didakwa bakal berkuatkuasa bermula esok dalam laporan AFP.

MH17: Pasukan Khas Polis Ke Ukraine Hari Ini
KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlepas ke Ukraine bagi menyambung semula siasatan di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 selepas puak pemisah dan tentera di negara itu bersetuju melaksanakan gencatan senjata.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya berkata, kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 pegawai dan anggota dari pelbagai unit itu akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.
Mereka akan disusuli sepasukan 50 pegawai dan anggota lain, kata Khalid.
Pada Sabtu, media antarabangsa melaporkan tentera Ukraine dan puak pemisah pro Rusia bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas rundingan di Belarus.
"Seluruh warga PDRM mendoakan mereka semua selamat dan berjaya dalam tugas," katanya.
Pada 17 Julai lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 maut apabila pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.
TOP
PM Australia berlepas pulang
SEPANG - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berlepas pulang malam tadi selepas melakukan lawatan rasmi sehari ke Malaysia.
Abbott dan delegasi berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira 10.05 malam.
Turut berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Ini merupakan lawatan pertama Abbott ke Malaysia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Australia pada 18 September tahun lepas dan lawatan tersebut dijangka memperkukuhkan lagi hubungan mesra antara kedua-dua negara.
Awal hari ini, Abbott dan rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat tertutup delegasi bagi membincangkan kerjasama sedia ada dan perkara-perkara kepentingan bersama kedua-dua negara.
Pada sidang media bersama, Abbott mengulangi komitmennya untuk membantu Malaysia dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dan mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden penembakan pesawat MAS penerbangan MH17.
Malaysia dan Australia masing-masing komited untuk menyumbang AUD60 juta (RM180 juta) dalam usaha mencari pesawat MH370 yang penerbangannya dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac lepas. - Bernama
TOP
Terbuka AS: Federer, Djokovic Kecundang
Federer kempunan melangkah ke Final Terbuka AS selepas tewas di tangan Cilic.
DUA bintang tenis terkemuka kecundang pada aksi separuh akhir Terbuka AS, sekali gus perlawanan akhir, Isnin ini bakal menyaksikan kelibat pemain muda yang berpotensi dalam dunia sukan raket ini.
Pemain Croatia, Marin Cilic ternyata mengejutkan ramai apabila cemerlang sepanjang perlawanan menentang Roger Federer.
Bintang Switzerland itu tewas apabila kesudahannya Cilic memperoleh kemenangannya dengan mata akhir 6-3,6-4,6-4.
Pada satu lagi perlawanan separuh akhir pula, pemain Serbia, Novak Djokovic tewas ditangan Kei Nishikori.
Pemain Jepun yang menampilkan aksi penuh bersemangat itu membuahkan hasil apabila Djokovic berjaya disekat daripada terus melangkah ke perlawanan akhir.
Djokovic yang juga pemain nombor satu dunia itu tewas 6-4, 1-6, 7-6 (7/4), 6-3.
TOP
Elizabeth Hurley Dibayar RM254,600 Untuk Dicium Depan Umum
AKTRES Elizabeth Hurley sanggup dibayar mahal untuk dicium dalam sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Elton John.
Menurut laporan portal Dailymail, seorang ahli perniagaan kaya, Julian Bharti telah membelanjakan wangnya sebanyak $80,000 (RM254,600) untuk mendapatkan ciuman daripada Elizabeth.
Wang yang dibayar itu akan disalurkan kepada beberapa badan amal yang terlibat dengan acara tersebut.
"Ciuman antara Elizabeth dan Julian mendapat sambutan hangat dan para tetamu bersorak apabila masing-masing memberikan ciuman panas," kata salah seorang tetamu pada acara itu. Bagaimanapun ciuman Julian dan Elizabeth sikit pun tidak membuatkan isteri lelaki itu, Christy, cemburu, sebaliknya menganggap ia sebahagian aktiviti bagi menjayakan acara amal tersebut.

Perlukah Hal Dlm Kelambu Dibicarakan Secara Terbuka Di TV?
VIDEO yang ingin kami hidangkan ini memang sedikit sebanyak kedengaran sangat terbuka apabila memperkatakan mengenai hal dalam kelambu yang sememangnya menjadi taboo untuk dibualkan secara terbuka.
Memang apa yang dikongsikan itu adalah bagus untuk kesihatan dalaman serta organ reproduktif tetapi apabila sudah terlalu terperinci diterangkan pula pada siang hari menerusi siaran tv tak berbayar, memang kelihatan serba tak kena.
Pada minit 2.30, pengusaha produk kesihatan dalaman tersebut menjelaskan dengan penuh bagaimana produknya berfungsi termasuk dengan demo-demo sekali hah.
Antara penerangannya,faraj ada titik ransangan dalamnya, yang dipanggil makam terutamanya di bahagian dinding faraj yang dipanggil makam meriam, sekiranya saiz lelaki itu kecil sangat ataupun terlalu pendek, ianya tak dapat mencapai titik-titik ransangan terutamanya makam meriam itu sendiri
Ha, ambik ko, panjang lebar punya penerangan tu..
Tak semua orang terbuka mengenai perkara ini.. diharapkan selepas ini pihak TV3 akan lebih berhati-hati dalam kandungan program siarannya agar perkara sebegini tidak lagi berulang di kemudian hari.
Kang tak pasal-pasal kanak-kanak atau remaja yang masih bersekolah menonton siaran tersebut, terdetik di hati nak try semua benda yang dipromosikan, kang naya tu.. Aduh, tak pasal-pasal je.
MYNEWSHUB.CC

Biar Betul.. Suami Tergamak Sewakan Isteri RM600 Sehari?
Ada ke patut isteri sendiri pun nak disewakan dengan bayaran harga sebanyak RM600 sehari?
Tak diketahui pula isterinya itu disewa untuk tujuan apa sama ada dijadikan sebagai pembantu rumah yang mengemas, memasak atau yang paling malang sekali jika si isteri dipaksa melayan nafsu si lelaki hidung belang yang menyewa. Tak faham betullah ada ke suami yang tergamak menjual& isteri sendiri demi kesenangan hidup mereka. Tak tahulah pula kalau-kalau akaun sang suami oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab, yang sengaja mahu mengaibkan pasangan ini.MYNEWSHUB.CC

Polis hormati kuasa kerajaan negeri selagi tidak langgar undang-undang
GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, polis menghormati kuasa kerajaan negeri yang dipilih rakyat mengikut sistem demokrasi tetapi tindakan tetap akan diambil sekiranya kerajaan Pulau Pinang melanggar undang-undang negara.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah meminta Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri supaya jangan mengambil tindakan terpilih dalam menguatkuasakan undang-undang.
"Saya sudah nyatakan bahawa dalam bidang keselamatan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Memang kita perlu bantuan NGO (badan bukan kerajaan), persatuan orang ramai tapi jangan buat persatuan, pasukan tanpa merujuk kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri)," katanya merujuk kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.
Polis setia kepada kerajaan yang memerintah selagi tiada pelanggaran undang-undang tetapi jika undang-undang dilanggar apatah lagi oleh Anggota Parlimen, Ketua Menteri, Anggota Dewan Undangan Negeri mahupun orang awam, tindakan akan diambil kerana undang-undang tidak mengenal sesiapa, katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera di sini.
Ahmad Zahid berkata, 11 anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah tidak akan terlepas daripada tindakan tegas undang-undang. - BERNAMA
TOP
Pesawat kecil dengan dua penumpang terhempas di Jamaica
KINGSTON, Jamaica: Sebuah pesawat kecil dengan dua atau lebih penumpang terhempas kira-kira 22 kilometer di timur laut bandar Pelabuhan Antonio di pantai Atlantik pagi ini.
Pesawat enjin-tungal turboprop Socata TBM700 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Greater Rochester di New York ke Naples, Florida dan membawa seorang pemaju hartanah terkenal dan isterinya.
Anak pemaju hartanah itu, Rick Glazer berkata ibu bapanya adalah juruterbang berlesen. Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada mereka terkorban dalam kejadian itu.
Major Basil Jarrett daripada Pasukan Pertahanan Jamaica berkata pihak tentera menghantar dua pesawat dan sepasukan penyelam ke kawasan kejadian.
"Kesan minyak yang menandakan pesawat terbabit mungkin sudah tenggelam dilihat di tempat di mana kami menjangka ia terhempas," kata Jarrett dalam sidang akhbar di Kingston.
Katanya, tiada kesan serpihan dijumpai tetapi pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan pencarian di dalam air sekiranya masih ada mangsa yang terselamat. - AP
TOP
Lebih Ramai Pelajar Australia Dijangka Menuntut Di Malaysia
KUALA LUMPUR – Lebih ramai pelajar Australia dijangka melanjutkan pengajian di Malaysia di bawah Rancangan Colombo Baharu Australia, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbott.
Beliau berkata kira-kira 40,000 rakyat Malaysia kini menuntut di institusi pengajian tinggi Australia di kedua-dua negara tetapi hanya beberapa ratus orang pelajar Australia menuntut di Malaysia.
“Pada tahun depan, saya dengan sukacita menyatakan bahawa Malaysia bersetuju untuk menjadi tuan rumah pelajar Rancangan Colombo Baharu dari Australia. Saya berharap dalam tahun-tahun akan datang, beberapa ratus itu akan bertukar menjadi beberapa ribu warga Australia menuntut di Malaysia.
“…Ia adalah trafik sehala (sebelum ini), sudah tiba masanya bagi trafik itu menjadi dua hala,” katanya dalam ucapan ringkas pada jamuan petang dan pendidikan di sini hari ini.
Abbott kini dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia, yang pertama sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 18 Sept tahun lepas.
Pada sidang media bersama dengan Abbott sebelumnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia secara rasmi menerima jemputan Australia untuk menyertai Rancangan Colombo Baharu.
Rancangan itu merupakan inisiatif kerajaan Australia yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan Indo Pasifik di Australia dengan membantu siswa-siswi Australia untuk melanjutkan pengajian dan mengadakan latihan amali di rantau
ini.
Abbott menyifatkan Malaysia sebagai ‘tempat inspirasi’ bagi pelajar itu untuk datang dan belajar.
“(Malaysia) ialah masyarakat toleransi, aman, terbuka, makmur dan masyarakat Islam pelbagai budaya. Ia sebagai tempat inspirasi bagi pelajar Australia yang akan datang ke di sini dan belajar, bukan sahaja di institusi tempat belajar tetapi juga dari masyarakat.
“Terima kasih kerana bersedia untuk menerima ramai pelajar Australia. saya yakin bahawa ia akan memberi manfaat kepada mereka, baik untuk Australia, Malaysia dan kita semua…ia akan membantu membina masa depan yang lebih cerah,” kata pemimpin Australia itu. – BERNAMA
TOP
Malaysia Tentang ISIS Kerana Tak Bawa Keadilan Kepada Islam
PUTRAJAYA – Malaysia berdiri teguh bersama masyarakat antarabangsa dalam menentang pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) kerana ia tidak membawa keadilan kepada Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bimbang dengan konflik di Iraq dan Syria selain penglibatan aktiviti militan yang menghakis kestabilan di negara-negara berkenaan.
Beliau berkata Malaysia akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memerangi pertubuhan militan dan pengaruhnya.
“Kami akan bekerjasama dengan masyarakat besar lain kerana ISIS tidak mewakili Islam. ISIS adalah tidak sepadan. Ia tidak membawa keadilan kepada Islam,” katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Abbott dalam rangka lawatan kerja sehari ke Malaysia untuk membincangkan isu dua hala termasuk soal kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan nahas pesawat MH17, selain berkaitan perdagangan.
Dalam menyokong pendirian Malaysia itu, Abbott memuji kenyataan Najib kerana menurutnya ISIS bukan sahaja mendatangkan ancaman kepada rakyat Iraq dan Syria tetapi rakyat dunia.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib kerana pendirian teguh beliau (menentang ISIS) seperti yang beliau nyatakan bahawa ISIS menentang Tuhan, menetang Islam dan masyarakat keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata masyarakat global perlu menangani pertubuhan itu di setiap peringkat bagi menghapuskan pengaruhnya sebagai ‘kumpulan maut’.
Putrajaya menganggap ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak merestui sebarang aktivitinya, kata Wisma Putra minggu lepas.
Antara Januari dan Jun tahun ini, polis Malaysia menahan 19 orang termasuk dua wanita kerana terbabit dalam aktiviti militan yang boleh dikaitkan dengan ISIS.
Pihak polis turut mendedahkan sekurang-kurangnya 50 rakyat Malaysia dipercayai sedang berada di Syria berperang bersama pasukan ISIS.
Baru-baru ini Abbott mengumumkan Australia memerangi ISIS selepas keluar laporan bahawa rakyat Australia turut menjadi anggota jihad dan berperang di Iraq dan Syria. – BERNAMA
TOP
Iqram Minta Insiden Waris MH17 Tumbuk Media Tidak Dipanjangkan
PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly meminta agar insiden ahli keluarga mangsa MH17 menumbuk jurugambar New Straits Times Press (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad tidak dipanjangkan oleh mana-mana pihak.
Iqram, 33, yang juga merupakan cucu saudara kepada mangsa MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussain berkata, tindakan tersebut mungkin tidak disengajakan apabila keluarga mangsa gagal mengawal emosi.
"Saya harap pihak media dan keluarga saling memaafi antara satu sama lain, mungkin ada perkara yang tidak sengaja berlaku dan menyentuh emosi atau privasi pihak keluarga mangsa.
"Bagi saya ada individu yang tidak mampu menahan emosi mereka. Jadi saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan dan lebih elok kita bermaafan agar tidak menjadi lebih keruh. Kita anggap sahaja ia sebagai kejadian yang tidak diduga," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.
Iqram berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian jurugambar New Straits Times (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad, 29, yang ditumbuk seorang lelaki ketika membuat liputan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.
Sementara itu, Iqram yang menghadiri upacara pengebumian jenazah datuk saudaranya iaitu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin berkata sepanjang upacara itu pihak media telah bertindak secara profesional.
Allahyarham Wan Amran merupakan antara sembilan jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi Selasa lalu.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, dekat sini, Selasa.
"Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga Allahyarham Wan Amran kepada semua wartawan yang membuat liputan mengenai arwah.
"Sepanjang kerja pengebumian, pihak media telah menjalankan kerja mereka dengan profesional dan saya kagum mereka menghormati privasi keluarga apabila meminta izin untuk ditemuramah terlebih dahulu," ujarnya.
Tambahnya, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk kerajaan Malaysia dan MAS telah melancarkan proses mengenal pasti mayat sehinggalah pengebumian berlangsung.
Dalam pada itu, Iqram berkata, keluarga Allahyarham menerima pemergian tersebut dengan redha.
TOP
Najib: Malaysia Sertai Rancangan Colombo Baharu Tahun Depan
PUTRAJAYA – Malaysia akan menyertai inisiatif Australia, Rancangan Colombo Baharu yang bermula tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata rancangan itu akan menyaksikan pelajar universiti di Australia yang berminat datang ke Malaysia untuk tempoh satu atau dua semester selain menyertai program mobiliti seperti latihan semasa bekerja.
Bercakap dalam sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di sini hari ini, Najib berkata Malaysia secara rasmi menerima jemputan Australia untuk menyertai Rancangan Colombo Baharu.
Malaysia dan Australia mewarisi skim biasiswa di bawah Rancangan Colombo asal yang merekodkan 20,000 pelajar dari rantau ini belajar di Australia bermula 1950-an hingga pertengahan 1980-an.
Abbott pula berkata hubungan antara Australia dan Malaysia menjadi bertambah kukuh dengan kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah mendapat pendidikan di Australia.
“Dalam setahun, terdapat kira-kira 20,000 rakyat Malaysia belajar di institusi pengajian Australia di Malaysia,” katanya. – BERNAMA
TOP
Najib Hos Makan Tengah Hari Untuk PM Australia Di Seri Perdana
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan jamuan tengah hari meraikan Perdana Menteri Australia Tony Abbott di kediaman rasminya, Seri Perdana, di sini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tong Lai, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Dalam ucapannya, Najib berkata, dua tragedi MH370 dan MH17 telah memperkukuh lagi hubungan antara kedua-dua negara yang telah wujud sejak sekian lama.
“Walaupun tahun ini berdepan dengan dua tragedi, namun secara yang cukup ironik telah mendekatkan lagi kedua-dua negara kita, dan tentunya juga hubungan saya dengan Perdana Menteri Tony.
“Saya amat berterima kasih atas komitmen beliau yang tinggi dan sokongan beliau cukup mengagumkan untuk kita mengatasi tragedi MH370 dan MH17,” kata Najib. – BERNAMA
TOP
GST Bakal Rangsang Permintaan Ke Atas Kenderaan
KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 mampu merangsang permintaan ke atas kenderaan berikutan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menyebabkan penurunan harga, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari.
SST sebanyak 10 peratus akan dimansuhkan pada 1 April 2015 dan digantikan dengan GST pada kadar enam peratus.
“Ia boleh merangsang permintaan untuk kereta dan kita tidak mengharapkan impak besar ke atas harga berikutan pelaksanaan GST,” katanya kepada pemberita semasa Pameran Keselamatan Automotif dan Logistik MAI-Lafarge 2014 di sini hari ini.
Jualan kenderaan masih menunjukkan pertumbuhan positif, katanya ketika ditanya kebarangkalian jualan kenderaan mengalami kemerosotan ekoran pengguna sekarang ini mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum GST dikuatkuasakan.
“Jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas, didorong oleh kempen jualan yang agresif oleh penggiat industri,” katanya.
“Unjuran TIV sebanyak 670,000 unit bagi tahun ini telah diubah kepada 680,000 unit,” katanya.
MAI melaporkan bahawa TIV untuk tempoh Januari hingga Julai sebanyak 11,490 unit atau tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2013, didorong oleh kempen jualan yang agresif.
“Jualan agak teguh. Menerusi pelancaran kenderaan baharu bulan ini dan bulan-bulan akan datang, kami yakin TIV akan lebih tinggi daripada unjuran,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia, Bradley Mulroney berkata syarikatnya menyediakan pelbagai inisiatif untuk mendidik pemandu dan pengendali kargo mengenai keselamatan jalan raya.
“Pameran ini akan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan keselamatan dalam kalangan petugas syarikat logistik dan operator perkhidmatan pengangkutan.
“Kami juga bekerjasama rapat dengan operator pengangkutan kami untuk memastikan kenderaan mereka berada pada tahap terbaik dan dilengkapi peralatan keselamatan perlu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Australia Tawar Bina Tugu Peringatan Tragedi MH370
PUTRAJAYA – Australia menawarkan diri untuk membina tugu peringatan di pantai barat negara itu bagi memperingati tragedi kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Namun, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, usaha tersebut akan berpandukan kepada hasrat Malaysia dan keluarga mangsa yang berada di atas pesawat malang itu.
“Dalam tempoh dua minggu ini, misi pencarian baru akan bermula dan diteruskan,” katanya pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini.
Mengenai kos pencarian pesawat MH370, Abbott berkata Malaysia dan Australia masing-masing akan menyumbang sebanyak A$60 juta (RM179 juta). – mStar
TOP
Bomba P.Pinang Ambil Masa Sejam Pindahkan Pesakit 280Kg
Georgetown – Sepasukan lapan anggota bomba dipanggil bagi memberikan perkhidmatan bantuan khas memindahkan seorang lelaki mempunyai masalah obesiti dengan berat 280 kilogram.
Difahamkan, lelaki berkenaan dipindahkan dari Wad Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Farlim, Air Itam, jam 3.50 petang semalam.
Berat badan lelaki itu menyukarkan usaha kakitangan HPP memindahkannya sebelum pihak pengurusan memutuskan untuk meminta bantuan bomba.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Mohd Daud Mad Disa berkata, sejurus menerima panggilan sebuah jentera bersama lapan anggota menuju ke HPP untuk membantu usaha memindahkan lelaki berkenaan.
Beliau berkata, lelaki berkenaan M Balagi, 47, diangkat menggunakan pengusung berikutan tidak mampu berdiri dan sukar dipapah.
“Kami mengambil masa satu jam bagi melakukan persiapan mengusung lelaki itu sebelum dia dibawa turun dari tingkat satu bangunan wad berkenaan dan dipindahkan ke dalam van sebelum dihantar ke rumahnya,” katanya.
“Dengan bantuan semua anggota, kakitangan HPP dan lelaki itu sendiri, tugasan itu dilakukan dengan lancar tanpa masalah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, anggota bomba melakukan tugasan itu dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Difahamkan, bomba turut membantu memindahkan lelaki berkenaan untuk dibawa naik ke rumahnya di tingkat sembilan sebuah flat di Bandar Baru Farlim.
Kisah mengenai lelaki berkenaan yang mempunyai masalah obesiti mendapat perhatian umum selepas dia terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya pada 26 Oktober tiga tahun lalu. – Harian Metro
TOP
MH17: Selepas Laporan Risikan, Kumpul Bukti Fizikal
PUTRAJAYA – Selepas menerima laporan risikan “agak konklusif”, Malaysia dan pasukan penyiasatan antarabangsa kini berusaha untuk mengumpulkan bukti fizikal berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi tujuan itu, pasukan berkenaan mahu memasuki semula kawasan nahas di timur Ukraine sebelum musim sejuk.
“Untuk pengetahuan anda, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kami telah menerima laporan risikan berhubung apa yang telah berlaku terhadap Penerbangan MH17 dan laporan itu sebenarnya agak konklusif.
“Apa yang akan kami lakukan seterusnya adalah untuk mengumpulkan bukti fizikal, bukti yang kami boleh kemukakan di mahkamah bila tiba masanya supaya ia dapat dibuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dan ini perlu dibuktikan di mahkamah,” katanya.
Najib berkata demikian pada sesi soal jawab dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari Abbott di Malaysia, di sini hari ini.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu dikatakan ditembak jatuh di negara bergolak itu.
Najib berkata Malaysia bersama-sama rakan antarabangsa seperti Australia dan Belanda memerlukan sekurang-kurangnya lima minggu untuk memeriksa keseluruhan kawasan nahas yang agak luas, bukan sahaja untuk mencari cebisan mayat tetapi juga untuk mengumpulkan bukti fizikal.
Sebaik sahaja proses mengumpulkan bukti fizikal selesai, Najib berkata peringkat seterusnya adalah untuk meneliti dari sudut jenayah bagi mencari siapa yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam itu.
“Saya melihat ini sebagai amat mencabar kerana untuk mendapatkan bukti di kawasan konflik bakal berdepan pelbagai masalah serius tetapi kami bertekad untuk mencari kebenarannya dan membawa siapa yang bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya.
Dalam kenyataannya pada sidang media itu, Najib berkata Malaysia mendesak penyiasatan peringkat antarabangsa terhadap nahas itu dijalankan secara menyeluruh, bebas dan telus, mengikut konvensyen antarabangsa dengan objektif untuk menegakkan keadilan.
Najib berkata beliau dan Abbott bertekad untuk meningkatkan usaha dan terus bekerjasama rapat dengan rakan antarabangsa yang lain bagi memastikan baki mayat mangsa dapat diserahkan kepada anggota keluarga secepat mungkin.
Beliau turut memaklumkan kepada Abbott tentang betapa pentingnya bagi Malaysia dan Australia untuk terus bekerjasama dalam proses susulan untuk mencari baki mayat mangsa MH17, proses siasatan nahas udara itu serta memastikan penyiasatan dari sudut jenayah dilaksanakan.
Najib berkata Malaysia merakamkan rasa simpati dan takziah kepada waris, saudara mara dan rakan kepada 27 warga Australia yang terkorban dalam nahas itu.
“Sebagai rakyat Malaysia, kami turut dapat merasai kesedihan dan kepiluan yang dirasai mereka,” katanya. – BERNAMA
TOP
MH370 Dan MH17: Najib Rakam Penghargaan Komitmen Australia
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghargaan terhadap kesudian dan komitmen Australia membantu Malaysia dalam mendepani tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17.
Beliau berkata semasa berdepan dengan waktu sukar itu, wujud sinar harapan dan sinar harapan itu datangnya daripada rakan-rakan Malaysia, khususnya Australia.
“Saya ingin katakan sekali lagi bahawa kami terhutang budi kepada Perdana Menteri Tony Abbott, kerajaan Australia dan rakyat Australia atas kesudian dan komitmen tinggi untuk membantu kami mencari pesawat itu,” katanya pada sesi khas bersama anggota pasukan Malaysia yang terbabit dalam operasi bagi kedua-dua tragedi.
Sesi khas itu yang turut dihadiri Abbott, disertai kira-kira 30 pegawai daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Penerbangan Awam dan Majlis Keselamatan Negara.
Abbott tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia, lawatan pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Australia pada 18 Sept tahun lepas.
Najib berkata kedua-dua negara akan terus bekerjasama rapat dan Insya-Allah, satu hari nanti pesawat MH370 akan dapat ditemui.
“Kami bertangggungjawab dalam soal ini kepada anggota keluarga, kami sentiasa menekankan perkara ini dan kami tidak akan berhenti sehingga kami selesai mencari di lautan dan menemukan pesawat itu,” katanya.
Beliau berkata sesi hari ini juga bertujuan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih beliau kepada pegawai Malaysia yang terbabit dalam operasi pencarian MH370 dan MH17.
Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.
Penerbangan MH17 pula terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA
TOP
16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah
Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan,
perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM
(Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus
aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti
sekolah.
Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.
2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.
3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.
4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia
Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.
Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.
13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.
Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.
14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.
15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)
16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.
Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS
Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.
Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.
Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Video: Tabiat Biasa Yang Menjadikan Kita Satu Malaysia
Seperti yang kita tahu setiap negara sememangnya mempunyai sesetengah cara, budaya, dan gaya hidup, serta pertuturan yang hanya ada pada negara tersebut sahaja. Samada ia dalam bentuk negatif ataupun positif itulah identiti bagi rakyat-rakyat setiap negara.
Berikut yang SK ingin kongsikan adalah video jenaka yang mana mempamerkan tentang ciri-ciri kebanyakan kita rakyat Malaysia. - SiakapKeli.com
Berikut yang SK ingin kongsikan adalah video jenaka yang mana mempamerkan tentang ciri-ciri kebanyakan kita rakyat Malaysia. - SiakapKeli.com
TOP
Adenan : Regatta Sarawak Pupuk Perpaduan Kaum
KUCHING, 6 Sept (Bernama) -- Regatta Sarawak berperanan menjadi antara temasya unggul dalam memperkenalkan Sarawak yang penduduknya terdiri daripada pelbagai suku kaum dan mengamalkan pelbagai budaya tetapi dapat hidup dengan harmoni dan aman damai, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata temasya yang diperkenalkan sejak era pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 itu akan diteruskan sebagai acara tahunan sebagai mengekalkan keaslian budaya yang masih diwarisi oleh masyarakat Sarawak sehingga ke hari ini.
"Ia pasti menjadi tarikan utama kepada pelancong tentang keunikan yang masih ada di negeri Sarawak, di samping mereka menghayati keindahan fenomena yang terdapat di sepanjang Sungai Sarawak," kata Adenan ketika berucap merasmikan Regatta Sarawak 2014 di sini, hari ini.
Beliau berkata keistimewaan, keunikan dan kesatuan dalam kepelbagaian warisan dan budaya yang ditonjolkan sempena Regatta Sarawak telah berjaya menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke negeri ini setiap tahun.
Katanya, di samping perlumbaan perahu panjang dan lumba perahu naga antarabangsa, temasya itu turut dimeriahkan dengan pameran, jualan dan menjadi titik pertemuan pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negeri ini.
"Ia telah mengetengah kepelbagaian budaya masyarakat di negeri Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan seterusnya mewujudkan semangat perpaduan, toleransi dan muhibah," kayanya.
Adenan berkata, matlamat asal Regatta Sarawak ketika diperkenalkan oleh pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 adalah untuk memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum di negeri ini ketika itu.
Acara pelumbaan perahu naga antarabangsa yang bermula hari ini disertai 20 pasukan termasuk 10 pasukan luar negara, iaitu Dragon Hunters Newscastle dari Australia, Canadaian Dragons (Kanada), Hong Kong Freedom (Hong Kong), University of Macau, Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan Negara Singapura, Polytechnic Singapore, Filipino Dragons, De La Salle University Dragon Boat Team dan Bugsay Boracay dari Filipina, Nonthaburi Municipality (Thailand), Chinese Taipei dan PODSI (Indonesia).
Enam pasukan dari Malaysia ialah Sabah Tanjung Papat dari Sandakan, Pink Challengers (Putrajaya), Penang Municipal Park Rowing Club (Pulau Pinang), JB Speed (Kedah), Federation of Kuching and Samarahan Divisions Chinese Associations dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Turut diadakan acara renang Brooke yang dijuarai oleh bekas perenang negara ke Sukan SEA 1991 dan 1995) Teo Ah Hwa, sementara juara tahun lalu Ho Chai Hee di tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik Azahari Azman. - BERNAMA
TOP
AirAsia India mula penerbangan ke Jaipur, Chandigarh
NEW DELHI: AirAsia India meluaskan operasinya ke utara India dengan penerbangan sulung dari Bengaluru, Karnataka ke Jaipur, Rajasthan dan Chandigarh, Punjab pada Jumaat.
Sejumlah 180 penumpang atau 100 peratus muatan, menaiki penerbangan berkenaan yang belepas dari Bengaluru, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
"Kami sangat teruja memasukkan Jaipur dan Chandigarh dalam rangkaian kami, dengan penumpang kini boleh mengunjungi bandar raya ini Bengaluru," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mittu Chandilya.
AirAsia India kini menyediakan perkhidmatan dua hala dari Bengaluru ke Chennai, Kochi, Goa, Chandigarh dan Jaipur.
Syarikat penerbangan itu yang memulakan operasi pada 12 Jun, adalah usaha sama 49:30:21 antara AirAsia, Tata Sons dan Telestra Tradeplace - BERNAMA
TOP
6,000 pil syabu ditemui di Padang Besar, 5 diberkas
PADANG BESAR: Polis memberkas lima lelaki berikutan penemuan 45 kilogram ganja dan 6,000 pil kuda dalam sebuah kereta di Wang Kelian dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Dros, berkata pemilik kereta itu diberkas di Pulau Pinang dan empat lagi di Wang Kelian serta di sini antara 30 Ogos hingga 3 Sept lalu.
Beliau berkata, dadah berkenaan bernilai kira-kira RM390,000.
"Semua suspek yang bekerja sendiri itu kini direman selama tujuh hari sehingga 10 September," katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas antara beliau dengan timbalannya, DSP Md Rafae Hassan, semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Md Zukir Md Isa.
Che Man dinaikkan ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis dan ditukarkan ke Negeri Sembilan bagi menjawat jawatan Ketua Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Negeri.- BERNAMA
TOP
Hargai usaha kepimpinan negara - Muhyiddin
MUAR: Semua pihak termasuk pembangkang perlu mengakui bahawa kepimpinan negara berjaya meletakkan Malaysia dalam kalangan negara maju di rantau ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata status negara maju dan pesat membangun dikecapi ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya negara tidak diuruskan dengan baik.
"Kalau Malaysia tidak diuruskan dengan sempurna, masalah ekonomi akan menjadi runcing, rakyat menganggur, peluang pekerjaan tiada. Siapa yang akan dipersalahkan? Kerajaan juga yang akan dipersalahkan.
"Hari ini, Malaysia tidak seperti itu. Tidak sahaja kita (pemimpin) uruskan, kita juga beri yang perlu.
"Kita tidak minta pujian tetapi bagilah 'credit' (penghargaan terhadap usaha kerajaan). Pembangkang kena iktiraf," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini, hari ini.
Turut hadir, isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abd Rahman.
Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, mengikut penganalisis, Malaysia dilihat mampu mencapai taraf negara maju lebih awal iaitu pada 2018 daripada sasaran 2020.
"Bagi 'credit' (penghargaan) kepada pihak yang berupaya untuk selesaikan masalah ekonomi. Berikan penghargaan sepatutnya," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tidak terlalu ghairah dalam mengejar status negara maju sehinggakan ada golongan masyarakat yang tertinggal daripada arus pembangunan.
"Dalam tempoh lima tahun akan datang, strategi kita (kerajaan) adalah untuk mengurangkan perbezaan dan jurang antara kaum dari segi pendapatan supaya tiada yang rasa tersisih," katanya. - BERNAMA
TOP
PM Australia Tony Abbott Diberi Sambutan Rasmi
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Australia Tony Abbott, yang dalam rangka lawatan rasmi pertama beliau di Malaysia sejak dilantik memegang jawatan itu, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini hari ini.
Ketibaan perdana menteri Australia itu yang melakukan lawatan rasmi sehari, di Dataran Perdana pada pukul 10.04 pagi disambut rakan sejawatnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan disusuli dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Abbott kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 104 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.
Abbott dan Najib kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata dan diikuti mesyuarat delegasi tertutup bagi membincangkan kerjasama sedia ada dan perkara kepentingan bagi kedua-dua negara. – BERNAMA
TOP
PRK Pengkalan Kubor: Pakatan Umum Calon Khamis
TUMPAT – Walaupun masih belum dimuktamadkan, PAS malam tadi mula mencanangkan kepada pengundi di Pengkalan Kubor bahawa parti itu bakal meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan pada 25 Sept ini.
Sebelum majlis ceramah dimulakan, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merasmikan Markas Besar PRK PAS di sini. Turut hadir Anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan Anggota DUN Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.
Malah Mohamad ketika ditemui selepas itu berkata parti akan mengumumkan calon mereka yang bakal bertanding di DUN itu pada 11 Sept iaitu sehari selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya.
Beliau bagaimanapun berkata PAS akan mengadakan rundingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memuktamadkan parti manakah yang bakal bertanding pada PRK DUN itu.
“Apa sahaja keputusan nanti kita terima walaupun PAS memang berhasrat bertanding di DUN ini,” katanya dan menambah parti itu akan akur keputusan pucuk pimpinan pakatan pembangkang nanti.
Ketika berceramah, Kamaruddin yang merupakan Yang Dipertua PAS Bahagian Tumpat mendakwa PAS mendapat sokongan akar umbi yang mahukan parti itu bertanding bagi menggantikan PKR yang sebelum ini beberapa kali kalah di tangan BN pada beberapa pilihan raya umum yang lalu.
Beliau berkata PAS perlu mengambil semula DUN berkenaan bagi melengkapkan kemenangan di semua empat DUN dalam kawasan Parlimen Tumpat.
Selain DUN Pengkalan Kubor, tiga lagi DUN dalam Parlimen itu ialah Pasir Pekan yang diwakili Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Wakaf Baharu (Exco PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi) dan Kelaboran (Mohd Zaki).
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Sept ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 Sept. – BERNAMA
TOP
Penyamun Tikam Mangsa, Rasa Kesian Lalu Hantarkan ke Hospital
Kuala Lumpur: Seorang penjenayah bertindak pelik apabila sanggup menghantar mangsa ditikamnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Dalam kejadian jam 7.30 malam semalam, mangsa disamun suspek ketika sedang berjalan kaki menuju rumah rakannya di Jalan Sungai Besi di sini.
Suspek yang merampas wang tunai milik mangsa bagaimanapun bersimpati sebelum memapah mangsa masuk ke dalam keretanya.
Penjenayah dipercayai berusia 30-an itu kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Sivam, 33, berkata, dia mulanya menerima panggilan kecemasan daripada adiknya mendakwa ditikam seorang lelaki di pinggang.
Menurutnya, dia kemudian bergegas pergi ke lokasi kejadian berdasarkan maklumat diberikan adiknya.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya terkejut apabila mendapati adik saya tiada di situ.
“Saya cuba menghubungi adik saya semula, namun dia memberitahu suspek menghantarnya ke hospital selepas mendapati adiknya mengalami pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya.
Sebaik tiba di hospital, dia mendapati adiknya itu sudah menerima rawatan.
Susulan kejadian itu Sivam membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut. ─ myMetro online
TOP
Impian kahwin waktu umur 6 tahun kini jadi kenyataan
Zhengzhou: Wang Zi-heng jatuh hati dengan Xixi sebaik melihatnya kali pertama ketika mereka berusia enam tahun.
Malah, dia memberitahu ibunya, dia akan berkahwin dengan kanak-kanak perempuan itu.
Walaupun ramai akan menganggap ia hanya cinta monyet yang tidak akan membawa ke mana-mana, Wang tidak pernah lupa ikrarnya.
Dia mengambil masa 18 tahun untuk menunaikan janjinya itu.
Mereka berdua menetap di bandar Zhenghzou di wilayah Henan ketika kecil, belajar di tadika sama, bermain pondok-pondok bersama termasuk menjadi pasangan suami isteri dan tidak boleh dipisahkan.
Ibu bapa kedua-dua kanak-kanak itu sempat merakam gambar mereka dalam pakaian pengantin sebelum keluarga Wang berpindah ke bandar lain.
Sejak beberapa tahun lalu, Wang yang tidak dapat melupakan Xixi berusaha menjejaki buah hati sewaktu kecilnya itu, tetapi gagal kerana keluarganya juga berpindah ke bandar lain.
“Saya tidak tahu nama penuhnya.
Saya hanya memanggilnya Xixi saja.
Dalam hati, saya sentiasa teringatkan dia dan berazam mencarinya,” kata Wang.
Tetapi, jika sudah jodoh memang tidak akan ke mana.
Kebetulan baru-baru ini, ibu Wang bertemu seorang saudara keluarga Xixi.
Menerusi pertemuan itu, Wang memperoleh alamat dan nombor telefon buah hatinya.
“Saya menelefonnya dan ternyata dia juga mengingati saya.
Kami mula berpacaran dan akhirnya memutuskan untuk berkahwin,” kata Wang.
Pada hari perkahwinan mereka baru-baru ini, Wang dan Xixi kembali ke jambatan sama tempat mereka bergambar dulu, untuk merakam potret mereka bersama, kali ini untuk gambar perkahwinan mereka sebenar. - Agensi
TOP
Lelaki dihukum mati oleh ISIS terselamat tembakan tersasar
Gambar hiasan
TIKRIT 5 Sept. - Seorang lelaki yang menjalani hukuman mati oleh militan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) menyifatkan dia bernasib baik kerana masih hidup selepas tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan itu tersasar dan tidak mengenai kepalanya. Portal Mail Online melaporkan Ali Hussein Kadhim, 23, seorang tentera Iraq dan pengikut Syiah merupakan salah seorang daripada beratus-ratus orang yang diculik oleh kumpulan militan itu di Tikrit pada Jun lalu. Rakan-rakannya yang lain terselamat daripada hukuman mati, tetapi Ali dan berpuluh-puuh lagi diarahkan untuk menjalani hukuman tembak. Selepas menembak tiga tentera Iraq pengikut Syiah di belakang kepala, penembak itu bagaimanapun tersasar ketika menembak kepalanya. Dia kemudian bersembunyi selama tiga hari di kawasan itu selepas menunggu beberapa jam bagi memastikan kumpulan penembak itu berada dari kawasan tersebut. "Dalam fikiran saya terdengar anak perempuan saya memanggil nama saya," ujarnya. Dalam kejadian itu, Ali dapat melihat kumpulan militan itu megah sambil mengeluarkan gambar-gambar mayat mangsa yang terbaring di kawasan yang kotor. Kejadian itu dirakam oleh kumpulan militan itu yang menunjukkan kesemua tahanan dihimpunkan di satu tempat dan kesemua mereka ditembak sebelum kumpulan militan itu meletupkan bangunan-bangunan sekitar. Rakaman selama 36 minit itu menunjukkan berpuluh-puluh tahanan dalam keadaan muka mereka ke bawah dan tangan mereka diikat di belakang sambil menunggu mereka dibunuh.

Isteri gantung anak dan dirinya kerana suami tak balik rumah
JAKARTA: Penduduk Desa Sembung di Karangjati, Jawa Timur, digemparkan dengan tragedi seperti cerita dalam lagu Bang Toyib.
Bosan dengan sikap si suami yang jarang pulang, Susanti, 20, nekad menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri di rumah.
Lebih malang, Susanti tidak bersendirian, sebaliknya dia ‘membawa’ anaknya yang baru berusia tiga bulan, Alfaril Setia Pratama, untuk mati bersama.
Mayat pasangan anak beranak itu ditemui tergantung dalam bilik tidur di rumah mereka pada Khamis.
Saksi berkata, Susanti menggunakan kain yang dipintal sebagai tali menggantung diri.
Katanya, kematian suri rumah itu disedari selepas Suminah, 45, yang juga ibu Susanti, datang ke situ kira-kira pukul 4.30 petang.
“Ketika itu Suminah yang bekerja sebagai pembungkus keropok di rumah jiran mereka baru pulang.
“Sebaik saja melihat mayat dua beranak itu, Suminah menjerit meminta tolong. Dia juga berlari membawa Alfaril ke klinik kesihatan desa yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah berkenaan,” katanya.
Namun, kata saksi itu, sebelum sampai ke klinik desa itu Alfaril sudah berhenti bernafas.
Polis pula berkata, mereka bergegas ke rumah itu sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan.
Jurucakap polis berkata, mereka menemui surat terakhir ditinggalkan Susanti.
“Ada tujuh helai surat ditulis Susanti dan daripada kata-katanya, kami mendapat tahu dia kecewa dengan suaminya yang jarang pulang dan mengabaikan keluarga,” katanya. ─ mStar online
TOP
Sturridge Tercedera, Tarik Diri Dari Skuad England
LONDON – Daniel Sturridge sah tidak dapat beraksi untuk England menentang Switzerland pada kelayakan Euro 2016, Isnin ini selepas kecederaan paha.
Penyerang Liverpool itu terpaksa menarik diri daripada sesi latihan di St George Park di Basel, semalam selepas terasa kurang selesa pada otot paha sebelum dibawa keluar untuk rawatan.
Pegawai perubatan pasukan kemudian mengesahkan kecederaan itu dan memutuskan pemain berusia 25 tahun itu tidak cergas untuk perlawanan kelayakan itu.
Liverpool juga harus bimbang dengan perkhabaran ini kerana Sturridge mungkin terlepas tiga perlawanan liga, termasuk Liga Juara-Juara.
Kehilangan penyerang itu juga satu tamparan hebat untuk pengurus pasukan, Roy Hodgson ketika dia adalah penyerang utama pasukan The Three Lions selepas menonjolkan prestasi terpuji sejak berpindah dari Chelsea ke Anfield.
Dia sudah menjaringkan lima gol daripada 16 kemunculan untuk England. – Mail Online
TOP
Gatlin Catat 9.77s; Masa Terpantas 100m Tahun Ini
BRUSSELS – Bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Justin Gatlin merakamkan masa terpantas, tahun ini dalam acara 100 meter lelaki dalam kejohanan olahraga Diamond League, di sini, pagi ini.
Atlet berusia 32 tahun itu menang selepas mengatasi barisan terkuat, termasuk Tyson Gay dari Amerika Syarikat dan atlet Jamaica, Asafa Powell dengan catatan 9.77 saat.
Rakan senegaranya, Michael Rodgers mendapat tempat kedua secara keseluruhan dalam liga kali ini dengan 9.93s.
Sementara itu, jaguh pecut wanita dari AS, Allyson Felix memenangi acara 200m dan juga memenangi gelaran keseluruhan kali ini.
Atlet berusia 28 tahun itu yang memenangi gelaran ini di Sukan Olimpik 2012 mendahului Blessing Okagbare dari Nigeria dengan dua mata apabila mencatat masa terbaik dunia tahun ini dengan 22.02s untuk menewaskan musuhnya itu yang hanya menamatkan perlumbaan pada tempat keenam. – Agensi
TOP
Jangan Biarkan Anak-Anak Tinggal Sendirian
KUALA LUMPUR – Masyarakat dari semasa ke semasa sering dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapa sama ada di rumah atau kenderaaan.
Tentulah ibu bapa mempunyai alasan tersendiri untuk membiarkan anak-anak mereka, tetapi amalan sebegini seboleh mungkin perlulah dielakkan.
Menurut Pensyarah Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal, kanak-kanak yang dibiarkan bersendirian sememangnya boleh melakukan aktiviti berbahaya sehingga boleh membawa maut.
Oleh itu, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka dalam apa keadaan sekalipun.
“Ibu bapa perlu mempunyai naluri keibubapaan dengan sentiasa mempersoalkan kewajaran tingkah laku mereka sama ada ia mampu melindungi keselamatan anak-anak mereka,” katanya.
Noor Aziah yang juga Ahli Majlis Penyelaras Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia berkata kebanyakan kes kematian kanak-kanak yang dilaporkan media kebelakangan ini adalah disebabkan kecuaian orang dewasa sama ada pengasuh mahupun ibu bapa.
“Tiada kanak-kanak yang sepatutnya mati akibat perbuatan ibu bapa mereka sendiri dan tidak ada ibu bapa yang mahu menanggung kesengsaraan dan kesedihan kerana tidak sengaja menyebabkan kematian anak mereka,” katanya.
Setakat hari ini tahun ini, lima kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian ibu bapa dilaporkan yang antaranya melibatkan kanak-kanak yang ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan dan terjatuh dari flat.
Dari segi perundangan, Noor Aziah menjelaskan kanak-kanak di Malaysia diberi perlindungan khas dan dikawal di bawah Akta Kanak-kanak 2001.
“Akta ini turut memperuntukkan hukuman ke atas pihak (termasuk ibu bapa) yang cuai, abai atau menganiaya kanak-kanak atau menyebabkan kanak-kanak cedera, mati atau mendedahkan mereka kepada risiko yang menyebabkan kecederaan dan kematian,” katanya.
Noor Aziah berkata ini bermakna ibu bapa atau penjaga yang cuai boleh didakwa di mahkamah dan sekiranya disabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
Sehubungan itu beliau menyambut baik cadangan untuk meminda Akta Kanak-Kanaak 2001 seperti yang dinyatakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang bertujuan mengenakan hukuman lebih berat terhadap ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak-anak mereka. – BERNAMA
TOP
Empat penuntut Malaysia cedera kemalangan di Mesir
Kuala Lumpur: Seorang penuntut Perubatan Universiti Zagazig di Mesir parah selepas tayar teksi dinaiki mereka meletup dan terbabas di Jalan Bilbis, Kaherah, manakala tiga rakannya mengalami kecederaan ringan dan ditahan di wad Hospital Universiti Zagazig, semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang (waktu Malaysia) Muhammad Syafiq Abdullah Hashim, Muhammad Miftahuddin Sufiyan, Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar yang menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum kenderaan dinaiki terbabit kemalangan.
Duta Besar Malaysia di Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, Muhammad Syafiq mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.
Menurutnya, sehingga kini dia masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bernafas menggunakan alat bantuan. Keluarganya dijangka tiba dua hari lagi untuk melihat keadaan mangsa. - Harian Metro
TOP
Jangan Beli Sekarang Sebelum Menyesal - Luahan Pengguna Vios
Seorang pengguna laman Facebook, Chong Bee Yock telah menulis berkenaan status yang mana merupakan luahan hatinya terhadap sebuah Toyota Vios baru yang dimilikinya.
Ayat awalnya memberi amaran kepada siapa yang mahu membeli Toyota Vios supaya berhati-hati. Berikut adalah alih bahasa dari status yang dimuat naik oleh Chong Bee Yock :
Amaran kepada pengguna yang berniat mahu membeli Toyota Vios(baru)...jangan beli sekarang sebelum anda menyesal. vios ini ada banyak masalah dan Toyota Malaysia tidak akan selesaikannya tapi terus menafikan masalah tersebut. Wakil dari Bahagian Perhubungan Pelanggan, Mr. Wong Chee Hong; Peruding Teknikal, Mr. Ng Hua Yooi dan En. Mohd Nazri Mohd Said berada dalam kerata saya ketika memeriksa kereta saya. Ketika kami pergi ke Toyota Seremban Servis Centre. Bonggol dengan ketinggian HANYA 2 INCHI sudah ada bunyi seretan terlebih muata. Saya segera memberhentikan kereta sebelum melepasi bonggol(0KM/HR). En. Ng Hua Yooi berkata yang kereta ini ada masalah dan akan tolong saya selesaikan masalah itu. Setelah seminggu, Mr. Won``g Chee Hong ini menelefon saya dan kata kereta ini tiada masalah! Masalah yang ada ialah saya tak boleh memuatkan 5 orang ketika menghadapi bonggol. Dia juga berkata yang Toyota tak boleh ambil orang jika tak mahu ada masalah ini. Dia cuma mengarut. Entah apa-apa. Toyota Vios juga kuat makan minyak. Bila saya beli kereta ni, mereka kata yang kereta ni hanya guna RM0.17/KM tapi saya guna RM78 untuk memandu 308KM! Ini bermakna saya guna RM0.25/KM(78÷308). Kereta Honda City 1.3 Auto 1997 milik saya hanya guna RM70 untuk 371KM. Honda City lama ni hanya guna RM0.18/KM. Toyota hanya tahu menipu pelanggan untuk beli kereta yang kualitinya lebih teruk dari Proton Malaysia. En. Mohd Nazri Mohd Said mengaku yang kereta ni ada masalah pada mulanya, tapi bila mereka tak boleh buat apa-apa, mereka kata kereta ni tak ada masalah. Toyota Vios juga ada masalah bunyi bumbung bila hujan. Sama seperti pengguna Toyota Malaysia guna tin Milo sebagai bumbung Vios. Bila hujan, penggera akan 'trigger' dengan automatik. Adakah kereta Proton lagi teruk dari ni? Tidak! Mereka telah memeriksa kereta saya selama 9 bulan mereka cuma menyelesaikan masalah penggera dan bumbung. Masalah makan minyak dan bunyi geseran lebih muatan masih tak boleh diselesaikan dan disimpulkan yang Toyota Vios tak ada masalah! Mr. Ng Hua Yooi kata yang cara pemanduan yang bermasalah. Saya dah memandu lebih dari 30 tahun. Bila saya pandu Toyota Vios = Ada Masalah. Bila saya pandu Honda City = Tak Ada Masalah. Sekarang ni TOYOTA VIOS YANG BERMASALAH KE SAYA YANG BERMASALAH!? Jika benar dakwaan ini, rasaya pihak Toyota perlu buat penyiasatan. Bagi sesiapa yang dalam perancangan untuk membeli Vios, mungkin anda perlu berfikir dua kali? - SiakapKeli.com

Ukraine, pemisah tandatangan gencatan senjata
MOSCOW: Kerajaan Ukraine dan pemimpin pemisah hari ini menandatangani perjanjian gencatan senjata selepas rundingan di Belarus sekali gus memberikan harapan untuk menamatkan pertempuran hampir lima bulan yang tercetus di Ukraine.
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dalam kenyataan berkata, beliau sudah mengarahkan jeneral tenteranya untuk menamatkan serangan bermula jam 6 petang waktu tempatan.
Katanya, keputusan itu dibuat "hasil panggilan telefon Presiden Russia, Vladimir Putin kepada pemimpin kumpulan bersenjata di Donbas supaya menghentikan pertempuran".
Persetujuan terhadap protokol gencatan senjata itu dimeterai di Belarus.
Donbas adalah istilah bagi merujuk wilayah di timur Ukraine.
Bercakap kepada pemberita selepas persidangan NATO di Wales, Poroshenko berkata, perjanjian gencatan senjata itu adalah berdasarkan pelan perdamaiannya dan persetujuan yang dicapai menerusi panggilan telefon minggu ini dengan Presiden Russia, Vladimir Putin. - Agensi
TOP
Terbuka AS: Shuai Tetap ‘Kebanggaan’ China
BEIJING – Rakyat China mengangkat Peng Shuai sebagai ‘kebanggaan’ negara itu selepas masalah kepanasan dan kekejangan menamatkan impiannya di Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Malah mereka turut mengimbau kembali perjalanan Shuai yang ketika kanak-kanak pernah menjalani pembedahan hati sebelum berjaya melangkah ke separuh akhir di kejuaraan Grand Slam.
Pengguna media sosial di China menggambarkan kekalahan Peng ketika menentang Caroline Wozniacki sebagai mengimbau kembali kekalahan rakan senegaranya, Li Na pada final Terbuka Australia 2013.
Shuai, 28 memburu jejak Li Na dan menjadi pemain kedua dari China melangkah ke final dan memenangi gelaran Grand Slam.
Begitupun, harapannya hancur dan terpaksa keluar daripada gelanggang dengan kesakitan, tangisan dan menggunakan kerusi roda.
Ketika itu, Peng sedang mendahului jaguh Denmark, Wozniacki 7-6 (7/1) 4-3 sebelum terpaksa meninggalkan Stadium Arthur Ashe untuk mendapatkan rawatan akibat kekejangan sebelum kembali beraksi selama sepuluh minit dan menamatkan permainan.
Penarikan diri Shuai menjadi salah satu topik paling hangat di laman media sosial China, Weibo yang seakan Twitter dan menjana lebih daripada 40 juta komen.
“Bertahan di sana, Shuaishuai,” komen salah seorang pengguna Weibo. “Kamu adalah kebanggaan China!”
Akhbar rasmi parti komunis China, People Daily memuji Shuai dalam laman Weibonya dengan berkata: “Tiada yang kalah hari ini… Terima kasih Shuaishuai, kamu sudah mencuba yang terbaik!”
Shuai yang berasal daripada daerah Hunan mula bermain tenis ketika usia lapan tahun namun masalah hati memaksanya tidak boleh terlalu menekan dirinya.
Begitupun, pada usia 12 tahun, Shuai memutuskan untuk melakukan pembedahan sekalipun tidak dibenarkan keluarganya dalam usaha memburu impiannya.
“Saya menitiskan air mata apabila melihat bagaimana dia mencuba sebaik mungkin dan sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan hati,” tulis salah satu komen.
Shuai sebelum ini pernah menjuarai dua gelaran Grand Slam namun kedua-duanya dalam acara beregu pada Wimbledon 2013 dan Terbuka Perancis pada 2014.
Begitupun dalam acara perseorangan, Shuai menjadi pemain ketiga dari China yang melangkah ke separuh akhir Grand Slam selepas Zheng Jie yang mara ke separuh akhir Wimbledon pada 2008 dan Terbuka Australia pada 2010 dan Li Na.
Li Na dianggap bintang tenis utama China selepas kejayaan menjuarai Terbuka Perancis pada 2011 dan Terbuka Australia awal tahun ini. – AFP
TOP
Khatib Jumaat Kritik Polis Isu PPS Disiasat
GEORGETOWN – Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerusi khutbah Jumaat di Masjid Acheh Kebun Lama di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata individu berkenaan akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
“Setakat ini polis terima satu laporan daripada seorang lelaki yang mengaku ahli biasa PAS petang semalam,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Laporan lelaki itu yang turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa khatib terbabit menyatakan sokongan terhadap PPS dan mengkritik kerajaan pusat dalam menangani isu pasukan itu.
Ahad lalu, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. - BERNAMA
TOP
Skuad B-23 Negara Tewas 0-1 Kepada Yaman
KUALA LUMPUR – Kemenangan yang diharapkan skuad bawah 23 negara (B-23) pada perlawanan persahabatan pemanas badan Sukan Asia menentang Yaman tidak kesampaian apabila tewas 1-0, sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee bermula agak perlahan dengan Yaman lebih banyak menguasai permainan pada babak pertama dengan beberapa peluang dicipta namun gagal mencetus jaringan.
Sekalipun lebih menguasai babak kedua, namun ketumpulan jentera serangan skuad B-23 negara menyaksikan gawang Yaman yang dikawal Saoud Al Sowadi terselamat.
Peluang terbaik negara untuk menyumbat gol hadir menerusi Zubir Azmi pada minit ke-58 namun rembatan voleynya terkena palang sekalipun Saoud sudah pun tertewas.
Ia diikuti cubaan daripada penyerang PDRM, Ashri Chucu pada minit ke-69 sebelum cubaan Amirul Hisya, seminit kemudian meliar ke kiri gawang Yaman.
Dan ketika sedang rancak menyerang, serangan balas Yaman berjaya menghasilkan gol hasil jaringan.
Gol Yaman hadir menerusi pemain gantian, Mohd Fuad pada minit ke-80 menerusi tandukan selepas tidak mensia-siakan hantaran cantik dari luar kotak penalti Akram Al Worafi menewaskan Mohd Farhan Abu Bakar.
Untuk rekod, skuad kebangsaan negara pernah menewaskan pasukan sama dua kali ketika perlawanan kelayakan Piala Asia.
Perlawanan ini menjadi medan ujian buat Kim Swee dalam rangka menyiapkan pasukan sebelum mengharungi kempen Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.
Ribuan peminat hadir menyaksikan perlawanan terbabit dengan gemuruh sokongan terus kedengaran sekalipun Harimau Muda tewas. – BH Online
TOP
Najib Ucap Selamat Menyambut Perayaan Onam
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengucapkan selamat menyambut perayaan Onam kepada masyarakat Malayalee yang akan meraikan pesta menuai dan kesyukuran itu esok.
“Bersempena dengan perayaan menuai dan kesyukuran Onam tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Onam Ashamsakal” kepada masyarakat Malayalee di Malaysia,” kata Najib dalam posting terbaru dalam laman Facebooknya.
Onam ialah perayaan menuai yang disambut oleh masyarakat Malayalee di seluruh dunia.
Onam jatuh pada bulan pertama kalender Malayalam dikenali sebagai ‘Chingam’ (bersamaan Ogos-September), dan ia disambut untuk meraikan kepulangan maharaja yang dipercayai membawa hasil menuai yang mewah. – BERNAMA
TOP
Guru Maut Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur
KUANTAN – Seorang guru maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 208.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran menghala ke Kuala Lumpur tengahari semalam.
Mangsa, Syed Suhaimi Syed Mat Zain, 36, beralamat di Taman Indera Sempurna di sini yang juga seorang guru di Sek Keb Kempadang itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata, polis menerima maklumat kejadian tersebut melalui Klinik Kesihatan Maran yang memaklumkan mangsa telah meninggal dunia akibat kemalangan kira-kira pukul 3.13 petang.
“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada jam 12.30 tengahari semasa mangsa dari arah Kuantan menghala ke Maran.
Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak menyedari kereta yang diletakkan di tepi bahu sebelah kiri jalan di situ dan melanggar bahagian belakang kereta tersebut ,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati kereta tersebut milik pekerja pembaikan longkang LPT di kawasan berkenaan dan polis mendapati kon keselamatan turut diletakkan di belakang kereta itu semasa kerja-kerja pembaikan longkang dijalankan.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Telus Dan Berani Untuk Dengar Teguran Rakyat
KANGAR – Jaminan untuk tidak menarik kebebasan bersuara di media sosial membuktikan bahawa kerajaan telus dan berani ditegur oleh rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kerajaan mahu mendapatkan maklum balas dan mendengar pandangan daripada masyarakat pelbagai lapisan berhubung dasar dan rancangan kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, ada segelintir rakyat dan pemimpin parti politik menyalahgunakan hak kebebasan bersuara untuk mencetuskan provokasi yang boleh menggugat keharmonian, keamanan dan keselamatan negara.
“Pemimpin parti politik juga sepatutnya tahu apa yang boleh diucapkan dan yang mana perlu disimpan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kangar di sini hari ini.
Ahmad Shabery, yang ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak menarik kebebasan bersuara di media sosial.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Jerlun, Kedah, semalam.
Terdahulu semasa berucap pada mesyuarat perwakilan itu, Ahmad Shabery berkata Umno bukan parti yang mengamalkan nepotisme seperti yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata Umno akan memastikan tiada anak-beranak pemimpinnya dibenarkan menguasai parti itu.
Mesyuarat perwakilan itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Manyang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis. – BERNAMA
TOP
Malaysia Hadapi Tragedi MH370, MH17 Dengan Tabah
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata Malaysia mendepani tragedi berganda MH370 dan MH17 dengan tabah dan semangat kental sambil mengakui kebijaksanaan, dedikasi dan kepimpinan rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak, mengendalikan kedua-dua tragedi itu.
“Sukar bagi saya untuk mendapat sahabat dan penasihat dalam menghadapi ujian dan tempoh yang sukar ini dan amat berterima kasih kepada beliau (Najib) untuk persahabatan ini dan kepimpinan beliau,” katanya.
Abbott mengungkapkan kenyataan itu dalam sidang media bersama-sama Najib yang diadakan sempena lawatan rasmi sehari beliau di Malaysia, di sini hari ini.
Abbott, yang terlibat dalam perbincangan dengan Najib sebelum ini, berikrar mereka tidak akan berputus asa untuk terus mencari pesawat MH370.
“Kami bertanggungjawab kepada keluarga mangsa, kami juga bertanggungjawab kepada negara yang bersedih atas kehilangan warganya, kami juga bertanggungjawab kepada orang ramai yang ingin tahu di seluruh dunia, untuk melakukan apa yang kami mampu, untuk merungkai misteri ini (kehilangan MH370).
“Kami tidak akan berhenti sehingga ia diselesaikan…Australia-Malaysia akan menjadi rakan kongsi terkuat dalam tugas penting ini,” kata Abbott.
Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.
Usaha pencarian baharu pesawat itu telah ditingkatkan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Australia bulan lepas.
Najib berkata beliau dan Abbott telah menjalin hubungan erat sejak beberapa bulan lepas, sejak pencarian pesawat MH370 dan tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh.
“Saya sangat menghormati Perdana Menteri Abbott sebagai rakan sejawatan. Respons beliau terhadap kedua-dua tragedi ini adalah tegas dan beliau telah menunjukkan empati yang mendalam terhadap keluarga mangsa MH370 dan MH17,” katanya.
Najib mengulangi bahawa Australia telah membuktikan ia seorang sahabat yang sejati dalam tempoh sukar ini, apabila menawarkan bantuan dan kerjasama tanpa teragak-agak dan berlengah.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Najib berkata beliau dan Abbott melahirkan perasaan gembira dengan keadaan semasa hubungan dua hala Malaysia-Australia, berdasarkan hubungan jangka panjang dan kerjasama substantif dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan.
“Mesyuarat hari ini telah memberi kedua-dua pihak komitmen untuk mengukuh dan meningkatkan tahap sedia ada dan skop kerjasama antara Malaysia dan Australia,” katanya. – BERNAMA
TOP
FAMA Mohon Kerajaan Negeri Tawar Tapak Pasar Tani
KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memohon kerajaan negeri menyediakan tapak kepada Fama untuk mewujudkan lebih banyak pasar tani di seluruh negara.
Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata sasaran Fama untuk mewujudkan 1,000 pasar tani di seluruh negara menjelang 2020 boleh tercapai jika kerajaan negeri memberikan tapak kepada Fama.
“Sambutan orang ramai sangat mengalakkan lebih-lebih lagi pasar tani menawarkan harga yang sangat berpatutan dan jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa.
“Niat kami baik kerana kami hendak bantu rakyat, kita jangan bandingkan nilai tanah itu dengan pasar tani kerana pasar tani memberi khidmat kepada rakyat dan mewujudkan lebih banyak lagi usahawan tempatan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas, di sini, hari ini.
Sehingga kini terdapat 548 pasar tani di seluruh negara.
Berkenaan program Pasar Tani Khas itu, beliau berkata semua peniaga pasar tani diminta mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-57 dan berharap program itu mampu menyemarakkan semangat patriotik orang ramai. – BERNAMA
TOP
GAMBAR: Penuntut BENGANG Kolej Buat Tandas ‘Telus’
Penuntut di sebuah kolej di China meluahkan perasaan marah mereka di ruang maya kerana membuat tandas 'transparent' di asrama.
Isu itu mendatangkan kemarahan terutamanya dalam kalangan penuntut wanita.
Peka dengan kemarahan penuntut ataskesilapan mereka itu, Institut Kejuruteraan Bio Wuhan mengarahakan agar tandas itu ditampal dengan kertas dindinig setinggi 1.5 meter, tapi masalah masih lagi tidak selesai kerana kertas itu terlalu pendek. - SiakapKeli.com

Abdul Khalid Ibrahim calon terbaik pulihkan MAS
PENGAMBILALIHAN Guthrie oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 billion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri, program air 20 meter padu merupakan sebahagian kejayaan yang telah dirintis oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tokoh korporat dan ketua Kerajaan Negeri Selangor.
Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.
Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor.
Akibat mempertahankan integriti dan urus tadbir yang telus, beliau akhirnya tewas dalam percaturan politik PKR yang berusaha menyingkirkannya dari posisi Menteri Besar Selangor.
Semasa tempoh penggal pertama menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, beliau disanjung oleh kawan dan lawan sebagai tokoh terbaik dalam urus tadbir di negeri Selangor.
Atas dakwaan “dosa” tidak mendengar nasihat dan mempertahankan kewibawaan urus tadbir yang baik, beliau dipecat oleh parti yang selama ini menyanjung kredibiliti dan menerima keahlian seumur hidupnya.
Maka pengunduran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor harus diambil perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan dengan mengangkat semula kedudukan beliau untuk menerajui proses pemulihan MAS.
Pelantikan beliau menerajui proses pemulihan MAS dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan dan imej syarikat penerbangan terulung di negara ini berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan Abdul Khalid.
“Dosa” politik yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid diyakini dapat ditebus dan terhapus melalui pelantikan beliau untuk menerajui MAS sekaligus membuktikan sikap jiwa besar Kerajaan Persekutuan dalam mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia.
Diyakini bahawa hati rakyat Selangor dan Malaysia akan sedikit terubat melalui pemilihan Abdul Khalid untuk menerajui MAS yang berpusat di KLIA sebagai nadi utama Selangor dan Malaysia. - Sinar Harian
TOP
Puluhan Ribu Calon Buntu, Soalan SPA Gagal Dimuat Turun
PETALING JAYA – Puluhan ribu calon yang sepatutnya menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan pegawai penguatkuasa kastam Gred W41, terpinga-pinga apabila soalan peperiksaan gagal dimuat turun pada pagi Sabtu.
Namun, Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, mereka menyedari masalah tersebut dan menyakinkan calon masih boleh menduduki peperiksaan tersebut pada Sabtu sebaik saja gangguan itu berjaya diselesaikan.
“Kira-kira 18 pelayan (komputer) tergendala dan kami berjaya memperbaiki sembilan daripadanya pada ketika ini.
“Pasukan teknikal kami berusaha untuk memperbaiki masalah itu dan kami meminta calon untuk berada dalam keadaan sedia bagi menduduki peperiksaan itu pada bila-bila masa saja hari ini,” katanya ketika dihubungi The Star Online pada Sabtu.
Beliau berkata calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut pada Sabtu.
Ramai calon menyatakan aduan mereka di laman Facebook SPA dengan berkata, soalan peperiksaan tidak kelihatan walaupun mereka menunggu berjam-jam lamanya.
Peperiksaan yang itu dijadualkan bermula pukul 9 pagi itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengetahuan am, penyelesaian masalah dan penilaian psikometrik.
Peperiksaan itu boleh diduduki secara online dari mana-mana lokasi selagi mempunyai capaian Internet.
Seramai 85,000 calon sepatutnya menduduki peperiksaan itu.- mStar
TOP
Gambar Perkahwinan Angelina Jolie Dan Brad Pitt
Angelina Jolie dan Brad Pitt baru-baru ini telah berkahwin setelah beberapa tahun mereka berdua berkongsi hidup dan membesarkan 6 anak-anak bersama.
Anak-anak mereka, iaitu, 3 orang anak angkat dan tiga anak kandung, turut berada bersama mereka meraikan hari bahagian ibu bapa mereka.
Pasangan itu dilihat memakai gaun pengantin rekaan Versace yang mana memaparkan hasil lukisan anak-anaknya. Jom saksikan kemeriahan perkahwian mereka. - SiakapKeli.com

Berita Palsu Biskut Baby Bites Dibakar Diperbuat Plastik
Berita palsu jenama biskut Baby Bites dibakar dan diperbuat daripada bahan plastik. Menerusi laman sosial, kini kecoh apabila biskut jenama Baby Bites didakwa diperbuat daripada bahan plastik. Ini susulan beberapa pengguna telah membakar biskut jenama Baby Bites lalu api menyala pada biskut tersebut.
Untuk info, teori makanan mudah terbakar dan diyakini diperbuat daripada plastik adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Kesemua jenis makanan kering yang diperbuat daripada karbohidrat mahupun kanji adalah lebih mudah terbakar kerana sifat bahan itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan bahan plastik.
Kesimpulannya, semua snek ringan termasuk semua jenama biskut yang berada dipasaran memang mudah terbakar apabila dihalakan dengan api.
Kenyataan Pengguna Isu Biskut Baby Bites Mula Tersebar Dilaman Sosial
Penjelasan Isu Biskut Baby Bites Mudah Terbakar
Gambar Bukti Jenama Biskut Lain Pun Mudah Terbakar
Selain jenama biskut baby bites,semua jenama biskut lain pun mudah terbakar. Diharap berita palsu mengenai biskut diperbuat daripada plastik tidak lagi mengundang kontroversi dan menimbulkan kerisauan dikalangan pengguna.

BACA: Hasil Kajian Saintis, Dr. Masaru Terhadap Air Zam-Zam
KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.
Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.
Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.
Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.
Molekul air zam-zam.
Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan. Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York. Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air. Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk. “Ternyata, air boleh ‘mendengar, membaca dan memahami’ kata dan doa,” katanya. Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan ‘kehebatannya’. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti. Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan. Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu. Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.
Telaga air zam-zam.
Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan. Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya. Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman. Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar. Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya. – Mstar.com.my

CABUL: Pramugara MAS Akan Disiasat Di Malaysia
Polis Perancis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat pramugara Malaysia Airlines (MAS) berhubung aduan serangan seksual dibuat seorang penumpang kerana kejadian yang didakwa itu tidak berlaku di Perancis atau ruang udara negara itu, kata peguam Malaysia.
Shailender Bhar, yang akan ke Paris awal minggu depan berkata kata anak kapal berusia 57 tahun itu sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia untuk siasatan.
"Oleh kerana tiada kesalahan jenayah yang berlaku dalam bidang kuasa Perancis, dia tidak sepatutnya disiasat di sana," katanya.
Ahli keluarga suspek meminta bantuan Shailender mengendalikan kes itu susulan penahanan suspek oleh polis Perancis sejak 5 Ogos lalu. Kesnya sedang disiasat atas tuduhan merogol.
"Kami akan bertemu pendakwa negeri yang akan kembali bekerja selepas cuti musim panas ini," katanya.
Shailender berkata, beliau akan meminta suspek dibebaskan dengan ikat jamin sementara melihat kemungkinan memfailkan cabaran yang polis Perancis tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dan membuat pertuduhan.
Pihak berkuasa Perancis memberi seorang peguam kepada suspek tetapi peranan Shailender ialah memberi nasihat daripada perspektif Malaysia mengenai undang-undang itu.
Shailender berkata, daripada maklumat yang dikumpul setakat ini, pengadu warga Australia Laura Bushney, 26, mendakwa kejadian itu kali pertama berlaku di dalam kapal terbang itu sebelum berlepas iaitu semasa ia masih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Insiden kedua berlaku tiga jam setengah kemudian ketika pesawat Malaysia Airlines MH20 itu sedang melewati Teluk Bengal, India, atau ruang udara antarabangsa.
"Tiada kesalahan berlaku di Perancis atau di ruang udara negara itu," kata Shailender.
Portal berita Perancis FranceTVInfo yang pertama melaporkan anak kapal itu ditahan kerana menyerang secara seksual seorang penumpang semasa penerbangan.
Penumpang itu dikatakan memberitahu pramugara itu yang dia gemuruh ketika kapal terbang itu melepasi Lautan India berikutan kehilangan MH370 pada bulan Mac dan MH17 yang ditembak pada bulan Julai di Ukraine.
Penumpang itu dilaporkan membuat laporan polis apabila tiba di lapangan terbang Charles de Gaulle pada 5 Ogos.
Pramugara MAS itu kemudiannya disoalsiasat dan dua hari kemudian ditahan polis.
Bagaimanapun, timbul keraguan berhubung dakwaan Bushney itu selepas dia muncul di sebuah stesen televisyen Australia bercakap tentang kejadian itu.
Katanya, dia telah merakam sebahagian serangan yang dikatakannya itu menggunakan telefon kamera tetapi dia tidak cuba menghentikannya. Ia menimbulkan kesangsian penonton yang merasakan ia tidak logik.
Pengguna media sosial mengkritik Bushney selepas menonton temuramah 30 minit itu, mengatakan dia hanya mereka cerita dan menuduhnya "melakukannya untuk wang".
Setengah mereka mempersoalkan bagaimana dia berjaya merekodkan kejadian itu jika dia dalam keadaan takut seperti didakwanya.
Yang lain membangkitkan isu gambar “tidak senonoh” yang terdapat dalam akaun Instagramnya, bagaimanapun ia dipadam kemudiannya. Yang lain ada juga yang mempertahankannya, mengatakan sebagai mangsa, dia tidak harus dipersalahkan.
Beliau mendakwa dalam program televisyen itu, pramugara tersebut “merayu saya tidak melaporkan kejadian itu, semasa kami masih di udara, kerana katanya dia ada isteri dan seorang anak".
Katanya, lelaki itu mengambil kesempatan daripada kebimbangannya lalu duduk di sebelahnya dan kemudiannya menyentuh kaki dan kemaluannya. – The Malaysian Insider
TOP
Peminat iPhone 6 Sudah Berkhemah di Depan Kedai
NEW YORK 5 Sept. - Walaupun iPhone 6 belum dilancarkan, namun peminat-peminat gajet keluaran Apple Inc. sanggup 'berkampung' di hadapan sebuah kedai yang menjual jenama itu, seminggu sebelum pelancaran telefon baharu itu yang akan diadakan esok.
Menurut Mail Online, peminat gajet itu mengambil kesempatan daripada pelancaran telefon pintar itu dengan menjadikannya sebagai peluang perniagaan dengan beratur di luar kedai tersebut menjelang pelancaran telefon baharu itu.
Pasangan Jason dan Mon Ray dari Austin, Texas, tiba di New York sejak tiga minggu lalu semata-mata untuk mendapatkan telefon baharu selepas ditaja oleh syarikat aplikasi baharu, Video Medicine. Dengan hanya memakai baju T milik syarikat yang menajanya, pasangan itu sanggup 'berkampung' selama tiga minggu untuk mendapatkan iPhone baharu itu yang akan dijual kepada orang ramai mulai 19 September ini. Ray menyediakan khemah sendiri dan tidur di dalam khemah yang dibina di hadapan kedai tersebut. Bagi Joseph Cruz dari Staten Island, pula, dia tiba semalam turut 'berkhemah' di situ semata-mata untuk menjadi pembeli 'nombor satu' gajet itu bersama-sama sepupunya. Ini bukan kali pertama, Cruz 'berkhemah' di hadapan kedai tersebut untuk mendapat iPhone baharu sebelum ini. "Saya paling tua di sini dan telah melakukan 'perkara' ini setiap tahun dalam tempoh lima tahun," ujarnya. Cruz berkata, sepupunya turut beratur dan menunggu untuk mencari pengalaman. Mereka turut mendapat tajaan daripada syarikat Video Medicine. ─ Utusan

Mendapatkan pinjaman hari ini @ 2% faedah dan menghidupkan semula perniagaan anda tanpa mengganggu, kami menawarkan jumlah pinjaman dari $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00, e-mel kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan. sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
ReplyDelete{Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI ===========
ALAMAT: ===========
JANTINA: ===========
JUMLAH DIPERLUKAN: ===========
TEMPOH: ===========
NOMBOR TELEFON: =========== =============
akaun yang lebih baik daripada syarikat-syarikat yang sah.
Hubungi kami di e-mail ini: gloryloanfirm@mail.com
Puan Glory