TOP
Kad Kahwin Kreatif Lelaki Arab Saudi
Seorang dari pengantin lelaki Arab yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 18 September ini telah memberi kejutan kepada ramai tetamu dengan mengedarkan kad jemputan kahwinnya yang berbentuk humor.
Kad itu telah di sebarkan melalui media sosial oleh pengantin itu sendiri. Kad jemputan itu menampakkan respon positif apabila ramai yang membanjiri komen yang mengatakan mereka akan datang ke majlis itu. Oleh kerana kadnya yang unik itu, ia telah disiarkan dalam akhbar berbahasa arab, SADA. Kad yang mempunyai gambar-gambar lucu itu diakhiri dengan ayat " Nasihat saya kepada yang masih bujang adalah untuk berkahwin ". - SiakapKeli.com
Kad itu telah di sebarkan melalui media sosial oleh pengantin itu sendiri. Kad jemputan itu menampakkan respon positif apabila ramai yang membanjiri komen yang mengatakan mereka akan datang ke majlis itu. Oleh kerana kadnya yang unik itu, ia telah disiarkan dalam akhbar berbahasa arab, SADA. Kad yang mempunyai gambar-gambar lucu itu diakhiri dengan ayat " Nasihat saya kepada yang masih bujang adalah untuk berkahwin ". - SiakapKeli.com
TOP
Nekad Tunaikan Haji Biarpun Terpaksa Ulangi UPSR
Georgetown: “Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.
"jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang.”
Demikian kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Baling, Kedah, Siti Naziatul Iffah Yaakub, 12, yang tetap meneruskan hasrat menjadi tetamu Allah walaupun murid tahun enam seluruh negara kini kegelisahan kerana terpaksa mengulangi semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan kebocoran soalan.
Jemaah haji termuda itu berkata, walaupun teruja untuk menunaikan haji bersama ibu dan bapanya dia tetap resah tidak dapat menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Science, 30 September ini.
“Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua itu.
“Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan ayah,” katanya.
Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah bersama ibu dan ayahnya.
Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR.
Sebelum ini dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung masalah dihadapi mereka.
“Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada peperiksaan percubaan.
“Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin kepada ketentuan Allah,” katanya. - Harian Metro
TOP
Tiga Remaja Maut Berlanggar Sesama Sendiri
KUALA LUMPUR - Tiga remaja maut manakala dua lagi rakan mereka cedera apabila motosikal mereka berlanggar sesama sendiri ketika berlumba di Km 20.4 Lebuhraya Guthrie menghala ke Shah Alam di sini, awal pagi tadi.
Mereka yang maut dikenali sebagai Muhamad Hafiz Erman, 18, Amir Afif Mohamad Nizam, 18, dan Muhamad Shafie Sudar, 16.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, dalam kejadian 1 pagi itu, kumpulan remaja berkenaan dikatakan menunggang dengan laju dan motosikal mereka tidak mempunyai nombor plat.
"Berdasarkan saksi, tiga remaja berkenaan berlanggar sesama sendiri sebelum berlanggar pula dengan sebuah kenderaan SUV.
"Akibat perlanggaran itu, dua daripada mangsa tercampak di tepi jalan dan mati serta merta, manakala seorang lagi tercampak ke bawah jambatan dan meninggal dunia pada pukul 3 pagi di Hospital Sungai Buloh," katanya.
Junaidi berkata, akibat kejadian tersebut, dua lagi rakan mereka yang mengekori dari belakang telah berlanggar motosikal rakan-rakan mereka itu dan cedera parah.
Beliau berkata, wanita yang memandu kenderaaan SUV itu yang berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama
Beliau berkata, wanita yang memandu kenderaaan SUV itu yang berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama
TOP
Ulama Bukan Kriteria Jadi Calon PAS
TUMPAT – Ketokohan dalam ilmu agama kini tidak lagi menjadi kriteria penting bagi seseorang menjadi calon PAS untuk bertanding pada pilihan raya, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata soal calon tidak dari kalangan ulama bukan kriteria penting dan ia tidak mempengaruhi sokongan pengundi terhadap PAS.
Katanya, disebabkan itu calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor adalah seorang kontraktor binaan dan berjawatan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Tumpat.
Bercakap kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, beliau berkata berdasarkan kriteria sebagai anak tempatan, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dipilih sebagai calon PAS pada PRK itu.
Wan Rosdi akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48; dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditemui pula berkata berdasarkan kriteria calon sebagai anak tempatan dan aktivis masyarakat, parti itu yakin Wan Rosdi dapat merampas kerusi DUN Pengkalan Kubor.
Katanya, PAS akan menggunakan strategi berkempen dan berkunjung dari rumah ke rumah.
Mohamad berkata PAS juga akan meneruskan manifesto pada Pilihan Raya Umum lalu bagi menarik sokongan pengundi.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata walaupun parti itu memberi laluan kepada PAS bertanding kerusi merebut DUN itu, beliau yakin pengundi akan memberikan sokongan kepada Wan Rosdi.
“PRK ini adalah penting untuk beri keyakinan kepada rakyat dengan kecenderungan pengundi akan menentukan prestasi Pakatan di Kelantan,” katanya.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
Pada PRU Ke-13 tahun lepas, Nor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Shaharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
TOP
Tekanan, Persaingan Mungkin Punca Kertas Soalan Dibocorkan
PUTRAJAYA – Persaingan sengit dalam bidang akademik antara faktor yang menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab membocorkan soalan dua kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin tidak menolak kemungkinan tekanan untuk memastikan kejayaan peperiksaan itu turut menjadi punca insiden itu.
“Itu saya rasa alasan paling kuat yang membolehkan orang mengambil kesempatan daripada peperiksaan bagi membuat duit atau sebagainya kerana semua orang hendak berjaya dalam akademik,” katanya pada sidang berita selepas merasmikan perbincangan meja bulat ‘Keselamatan Negara:Isu Pekerja Asing dan Cabaran Semasa’ anjuran MPN dan Universiti Utara Malaysia di sini, Sabtu.
Menurutnya insiden itu sudah pasti menimbulkan rasa kesedihan kepada pelajar, ibu bapa dan guru-guru terbabit.
Beliau berkata banyak pihak terlibat dalam proses penyediaan dan penghasilan kertas soalan peperiksaan termasuk pencetak.
“Kebocoran soalan tidak dapat dielakkan terutamanya dalam negara di mana adanya persaingan pembelajaran dan sosial mobiliti melalui pendidikan.
“Jadi perlumbaan melalui pendidikan itu cukup sengit,”kata Shamsul Amri.
Berikutan kebocoran soalan itu, calon-calon perlu menduduki kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 Sept ini.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. – BERNAMA
TOP
Hak Singapura Naikkan Kadar Tol – Fadillah
KUALA LUMPUR – Keputusan Singapura mengenakan kadar tol baharu kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu selain menambah kadar tol sedia ada kepada kenderaan yang meninggalkannya merupakan hak kerajaan negara tersebut.
Dalam satu kenyataan, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata Singapura berhak menentukan polisinya sendiri.
Pada masa yang sama, beliau berkata kadar tol di Tambak Johor kekal RM2.90.
Singapura mengumumkan kadar tol mulai 1 Okt bagi semua kenderaan (kecuali motosikal) yang meninggalkan menerusi tambak akan dinaikkan bagi menyamai tol baharu Malaysia.
Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, negara itu mempunyai polisi yang lama tertangguh untuk menyamai caj tol di tambak dan Link Kedua yang dikenakan Malaysia.
LTA berkata kadar tol baharu di tambak akan turut dikenakan pada semua kenderaan (kecuali motosikal) memasuki Singapura dan tiada perubahan kepada kadar tol di Link Kedua.
Fadillah berkata kol yang dikenakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) adalah bagi infrastrukur dan kemudahan yang disedia dan diselenggara pemiliknya, untuk kegunaan orang ramai.
“Namun tiada caj yang dikenakan kepada penunggang motosikal,” tambahnya.
Beliau berkata CIQ di BSI berfunsgi sebagai satu pusat sehenti dan kesemua operasi dilakukan di satu tempat bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Lebuhraya Penyuraian Timur yang menghubungkan Persimpangan Pandan ke CIQ BSI dibina untuk menyurai lalu lintas di Johor Baharu dan memberi laluan terus dari Lebuhraya Plus ke CIQ BSI, katanya.
Namun Fadillah berkata Malaysia akan terus menggalakkan pengguna yang berulang-alik setiap hari dari Singapura menggunakan pengangkutan awam. – BERNAMA
TOP
Peluang Menangi Honda Jazz Baru
DOMMAL Food Services Sdn Bhd pengendali rangkaian restoran Domino’s Pizza akan membuka 20 lagi cawangan baharu di Malaysia dan Singapura sehingga hujung tahun ini.
Pengurus Besar Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Ab Rahman berkata, buat masa ini terdapat 122 cawangan Domino’s Pizza di Malaysia dan 16 di Singapura.
“Kami akan buka 16 cawangan baru di Malaysia manakala empat di Singapura sehingga hujung tahun ini dengan pelaburan RM500,000 setiap cawangan,” katanya selepas merasmikan Peraduan Makan, Minum dan Menang oleh Domino’s Pizza di Subang Perdana, semalam.
Ditanya mengenai penguasaan pasaran bagi segmen penghantaran makanan dan minuman (F&B), Shamsul Amree berkata, buat masa ini Domino’s Pizza berada di tangga teratas.
“Domino’s Pizza nombor satu bagi penghantaran piza dalam negara dan kedudukan itu akan dikekalkan dengan pembukaan beberapa cawangan kami yang baharu serta strategi pemasaran yang kami laksanakan,” katanya.
Sementara itu, pengeluar minuman Permanis Sandilands Sdn Bhd (Permanis) juga merupakan rakan usaha sama Domino’s Pizza bagi Peraduan Makan, Minum dan Menang, bersedia sepenuhnya menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015.
Ketua Pegawai Operasinya, Ng Eng Cheang berkata, buat masa ini, Permanis mempunyai perunding yang membantu dalam memberi tunjuk ajar bagi menghadapi pelaksanaan GST.
“Pelaksanaan GST adalah sesuatu yang baik untuk Malaysia dan bagi perniagaan ia menjadikan kita untuk lebih inovatif serta sentiasa mencari peluang kembang perniagaan,” katanya.
Peraduan Makan, Minum dan Menang oleh Domino’s Pizza dengan usaha sama Permanis menawarkan sebuah Honda Jazz 1.5L S serba baharu bermula 8 September hingga 19 Oktober.
Pelanggan hendaklah meneka bilangan botol Mountain Dew Blue Shock yang boleh dimuatkan ke dalam kereta dan mereka slogan kreatif untuk menang. Sinar Harian
TOP
Demi Kestabilan Rakyat, Jangan Ganggu Teras Negara
BESUT – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu empat teras utama yang menjadi tonggak perundangan negara kerana ia termaktub dalam kontrak sosial sejak sekian lama.
Beliau menegaskan sebarang gangguan terhadap empat teras itu boleh menjejaskan kestabilan hidup rakyat negara ini.
Empat teras berkenaan ialah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.
“Jangan cuba nak mengganggu empat perkara ini kerana Umno dan kerajaan akan memastikan tindakan tegas undang-undang diambil ke atas mereka.
“Saya ingin tegaskan bahawa tiada kompromi dalam perkara ini dan kepada pihak berkenaan, jangan cuba mencabar Perlembagaan negara,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh di sini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh merangkap Menteri Pendidikan Kedua, Ketua Umno Bahagian Besut Nawi Mohamad dan Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Mat Zin.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penguatkuasaan Akta Hasutan ke atas beberapa individu sebelum ini adalah antara bukti kerajaan tidak pernah bertolak ansur dengan pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak aman di dalam negara.
Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak supaya memberikan kepercayaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung Akta Hasutan yang dikatakan bakal diganti dengan undang-undang lain yang mempunyai peranan sama.
“Semua pihak jangan bimbang mengenai Akta Hasutan sebab sekarang ini ia masih berkuat kuasa dan belum lagi dibentangkan (ke Parlimen). Jika diganti sekali pun, roh akta berkenaan tetap ada pada undang-undang yang baru itu.
“Saya dapati tidak kurang 32 bahagian UMNO (daripada 191 bahagian seluruh negara) membawa usul untuk mempertahankan Akta Hasutan pada mesyuarat perwakilan mereka setakat ini.
“Percayalah, kerajaan sentiasa mendengar setiap pandangan sebelum menentukan setiap keputusan demi kepentingan negara,” katanya.
Menurutnya Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan institusi kehakiman negara seiring dalam memastikan langkah membendung anasir yang menggugat kedaulatan negara. – BERNAMA
TOP
5 Pengikut '‘Imam Mahdi'’ Dipenjara
RIYADH 13 Sept - Sebuah mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara sehingga 25 tahun ke atas lima lelaki tempatan selepas mereka didapati bersalah menjadi pengikut seorang warga Kuwait yang mendakwa dirinya Imam Mahdi.
Pendakwa raya memberitahu mahkamah, kelima-lima lelaki itu melawat lelaki berkenaan di Kuwait dan berikrar untuk menyebarkan ajarannya di Arab Saudi.
Mahkamah juga memutuskan defendan tidak boleh dibebaskan selepas menjalani hukuman itu sekiranya mereka tidak bertaubat. - Agensi/Utusan
TOP
Katy Perry Jalani Sesi Terapi Kerana Masalah Cinta
PENYANYI Katy Perry mengakui menghadiri sesi terapi secara tetap kerana merasakan hidupnya tidak bahagia biarpun mempunyai kerjaya cemerlang sebagai bintang pop terkenal di seluruh dunia.
Daily Mail melaporkan kegagalan rumah tangga dengan Russell Brand dan sering putus cinta turut menyebabkan Katy, 29, menjalani sesi terapi tersebut.
"Saya ingin menjadi seperti seorang ibu kepada setiap orang dan menyayangi mereka tetapi saya terlupa untuk menjaga diri sendiri.
"Kerana itu juga saya memutuskan untuk menjalani terapi ini," katanya.
Dalam pada itu, Katy berkata, sesi tersebut banyak membantunya dalam merawat luka pada dirinya dan belajar untuk melepaskan kisah silam yang sentiasa menghantuinya.
"Sebelum mencintai orang lain saya perlu belajar menyayangi diri sendiri kerana itu adalah perkara paling penting," jelasnya. - mStar
TOP
Konvoi Bantuan Rusia Masuk Wilayah Ukraine
MOSCOW – Sebanyak 35 kenderaan dalam konvoi bantuan kedua Russia yang menghala ke wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine sudah menyeberangi sempadan, menurut laporan agensi berita Russia.
“Kastam dan pengawal sempadan Russia sudah selesai memproses kumpulan pertama trak berkenaan… Kini semua 35 trak sudah meninggalkan pintu sempadan menuju ke Ukraine,” kata jurucakap pejabat kastam bahagian selatan, Rayan Farukshin, kepada agensi berita RIA Novosti. – AFP/BH Online
TOP
Obsesi Untuk Dapat 5A Perlu Dihentikan - Pendidik
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- "Saya mesti dapat 5A dalam UPSR. Ini hasrat saya. Hidup saya akan senang kelak, jika saya dapat gred baik," demikian kata seorang murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Oleh itu M.Rushill dari sebuah sekolah di Cheras sentiasa berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran tanpa mendapat bantahan ibu bapanya.
Dia juga mahu mencontohi beberapa anggota keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran mereka.
Pensyarah Universiti Tuanku Abdul Rahman, Norazleen Mohamad Noor mahu obsesi sebegini dihentikan.
"Dalam masyarkat yang mengejar gred, proses pembelajaran sebenar akan diketepikan. Jika ini berlaku, sekolah akan menjadi institusi yang menakutkan," katanya. Tegasnya, amat malang jika dipercayai bahawa masa depan kanak-kanak yang mendapat banyak A dalam peperiksaan akan lebih cerah masa depannya berbanding kanak-kanak yang mendapat banyak C.
Proses pembelajaran sebegini adalah berbeza berbanding di negara maju, tambah beliau.
Profesor Dr Turiman Suandi dari Universiti Putra Malaysia pula berkata perlu disedari bahawa pembelajaran adalah untuk membina keperibadian dan nilai.
"Perlu ditanya apakah makna gred, apakah yang ia gambarkan," katanya.
Bagi pendidik Shiveh Sivalingam, ibu bapa jangan menilai anak-anak mereka berdasarkan berapa banyak A yang diperoleh.
"Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu dipupuk. Akhirnya kejayaan anak-anak mereka akan menjelma dengan sendirinya," katanya.
Beliau yang bersetuju dengan pendapat Turiman, berkata ibu bapa perlu turut menggalak anak-anak mereka untuk bersukan dan menyertai kegiatan kokurikuklum bagi mempelajari nilai-nilai yang berharga.
Seorang ibu, Maizatul Lina Mustapa pula berkata beliau tidak memaksa anaknya untuk cemerlang.
"Gred bukan segala-galanya. Kita perlu fokus kepada pembelajaran dan penambahbaikan dan biarkan gred baik datang secara semula jadi," katanya.
Beliau berkata sikap ibu bapa yang suka membandingkan pencapaian kanak-kanak perlu dihentikan.
Seorang lagi ibu, Rosie Chan berkata ibu bapa perlu turut dididik untuk memfokus kepada pembinaan kekuatan anak-anak mereka yang mempunyai kemahiran masing-masing.
Pada masa yang sama, seorang eksekutif syarikat menyarankan agar pihak media berhenti daripada meuar-uarkan pelajar cemerlang, sebaliknya turut mengetengahkan pencapaian pelajar sederhana. - BERNAMA
TOP
Jeneral Allen Ketuai Pakatan Perangi IS
WASHINGTON – Jeneral Marin Bersara, John Allen yang juga bekas komander tentera Amerika Syarikat di Afghanistan, dilantik sebagai penyelaras usaha antarabangsa memerangi kumpulan Negara Islam (IS), umum Jabatan Negara.
“Dalam tugasan ini, Jeneral Allen akan membantu untuk mewujudkan, menyelaras dan meneruskan pakatan global dalam pelbagai usaha untuk melemah dan akhirnya menghancurkan ISIL,” kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf, merujuk kepada kumpulan sama yang menguasai sebahagian kawasan di Iraq dan Syria dengan kependekan lain.
Presiden Barack Obama, ketika mengumumkan strategi bagi menghancurkan kumpulan itu, berkata pengwujudan pakatan antarabangsa yang turut membabitkan negara Arab dan Islam amat penting bagi usaha memerangi IS.
Timbalan kepada Allen ialah Brett McGurk, iaitu Timbalan Penolong Setiausaha bagi Iraq dan Iran.
Allen memerintah tentera AS serta Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan dari 2011 hingga 2013. Beliau juga memainkan peranan utama dalam tentera AS semasa perang Iraq.
Pada lewat 2012 Presiden Barack Obama menamakan Allen sebagai Pemerintah Tertinggi NATO, satu daripada jawatan utama tentera AS.
Namun Allen menolak pelantikan itu dan bersara daripada perkhidmatan tentera pada Februari 2013. – AFP
TOP
Persiapan Untuk Mati Di Jepun Semakin Popular
Tokyo: Bagi sesetengah orang, ditanam hidup-hidup adalah bayangan paling menakutkan.
Tetapi di Jepun, pengebumian sebelum mati kini semakin popular.
‘Pesta Skukatsu’ atau pesta persiapan untuk mati yang diadakan setiap tahun mendapat sambutan hangat sehingga menarik 5,000 pengunjung dan lebih 50 syarikat pembuat keranda.
Festival itu menawarkan pendekatan peribadi bagi penyediaan upacara pengebumian.
Di samping itu, pengunjung boleh memilih pakaian pengebumian mereka serta gaya solekan, kemudian mencuba keranda yang mereka inginkan.
Sebaik selesai membuat pilihan, pembeli boleh menandatangani persetujuan untuk membuat tempahan, walaupun tidak tahu bila mereka akan mati.- Agensi / Harian Metro
TOP
Apa Komen Selebriti Bila Kertas Peperiksaan #UPSR 2014 Bocor?
Percaya atau tidak, perkara ini benar-benar sudah terjadi. Mana taknya, kesemua calon yang mengambil kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikatakan bakal menduduki semula ujian Bahasa Inggeris 1 dan 2. Haruslah semua pun terkejut kan?
Sehari sebelum itu, Kementerian Pendidikan juga telah mula mengesan terdapat kes kebocoran soalan untuk ujian Sains dan mengeluarkan arahan agar peperiksaan tersebut ditangguh. Dek kerana isu ini menjadi trending di laman sosial, para selebriti Malaysia juga dilihat prihatin dengan situasi yang berlaku kepada calon-calon UPSR tersebut.
Sememangnya selebriti Malaysia ni prihatin dengan isu semasa kan? Menerusi beberapa komen yang sempat kami lihat di laman sosial, mereka agak hairan bagaimana kebocoran kertas soalan seperti ini boleh berlaku. Namun, seperti yang diperkatakan oleh pengacara radio popular, Faizal Ismail, impaknya akan lebih terasa jika anak sendiri yang menghadapi situasi tersebut. Bagaimanapun menurutnya lagi, ibu bapa kenalah bijak mengawal emosi supaya anak-anak tidak lebih tertekan.
Hurm.. nak buat macam mana kan? Benda dah jadi. Maka, rasanya lebih elok jika kita semua memberi kata-kata dorongan buat kesemua calon-calon yang sudah agak ‘down’ dengan situasi ini. Betul tak? Yeah! Chaiyokk!! – Ohbulan
Sehari sebelum itu, Kementerian Pendidikan juga telah mula mengesan terdapat kes kebocoran soalan untuk ujian Sains dan mengeluarkan arahan agar peperiksaan tersebut ditangguh. Dek kerana isu ini menjadi trending di laman sosial, para selebriti Malaysia juga dilihat prihatin dengan situasi yang berlaku kepada calon-calon UPSR tersebut.
Sememangnya selebriti Malaysia ni prihatin dengan isu semasa kan? Menerusi beberapa komen yang sempat kami lihat di laman sosial, mereka agak hairan bagaimana kebocoran kertas soalan seperti ini boleh berlaku. Namun, seperti yang diperkatakan oleh pengacara radio popular, Faizal Ismail, impaknya akan lebih terasa jika anak sendiri yang menghadapi situasi tersebut. Bagaimanapun menurutnya lagi, ibu bapa kenalah bijak mengawal emosi supaya anak-anak tidak lebih tertekan.
Hurm.. nak buat macam mana kan? Benda dah jadi. Maka, rasanya lebih elok jika kita semua memberi kata-kata dorongan buat kesemua calon-calon yang sudah agak ‘down’ dengan situasi ini. Betul tak? Yeah! Chaiyokk!! – Ohbulan
TOP
Tarikh PRK Pengkalan Kubor Tidak Jejas pengundi – SPR
TUMPAT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin hari mengundi pada hari bekerja bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini tidak akan menjejaskan pergerakan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata penelitian dan pertimbangan sewajarnya sudah dilakukan pihaknya sebelum tarikh berkenaan diputuskan.
“Sebelum ini kita ada pengalaman buat (pilihan raya) pada hari biasa atau hari bekerja…hari Selasa, Rabu. Kehadiran pengundi masih sama.
“SPR juga dapati majoriti pengundi di sini adalah mereka yang bekerja sendiri terdiri daripada nelayan, petani dan buruh, jadi mereka tidak terikat pada hari bekerja,” katanya pada sidang media di sini.
Pada sidang media itu, Abdul Aziz turut memperkenalkan bakal penggantinya iaitu Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Menyentuh proses penamaan calon pagi tadi, Abdul Aziz berpuas hati dengan perjalanannya dan menyimpulkan ia berlangsung dengan baik, teratur, memenuhi syarat dan lancar.
Katanya, anggaran kehadiran juga sekitar 2,500 orang, tanpa wujud sebarang provokasi melampau antara penyokong parti sehingga menimbulkan ketegangan.
“Penyokong juga seperti yang saya terima laporan mematuhi peraturan, tidak membawa alat muzik. Cuma ada segelintir kumpulan dilihat membawa patung, bantah Akta Hasutan,” katanya.
Beliau juga menasihatkan parti yang bertanding mengelak daripada mengadakan ceramah pada jarak terlalu dekat supaya kekecohan tidak berlaku, selain berkempen secara berkhemah.
“SPR juga sudah lantik tiga pasukan keselamatan yang akan memantau sepanjang waktu kempen bermula hari ini hingga waktu pengundian kelak. Mana-mana poster dan kain rentang yang jelas melanggar peraturan akan ditanggalkan,” katanya.
SPR sebelum ini menetapkan 25 September sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Pengkalan Kubor, pengundian awal pula pada 21 September.
Berdasarkan daftar pemilih terkini SPR, kawasan DUN berkenaan mempunyai 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara. - BH Online
TOP
Suspek Curi , Lerai Kereta Proton Ditahan
Kuala Lumpur: Misteri kehilangan puluhan kereta jenis PROTON di sekitar Sentul sejak beberapa bulan lalu, terjawab apabila tiga lelaki ditahan di sebuah kedai lusuh di Jinjang Utara, di sini, awal pagi semalam.
Ketika serbuan dilakukan pada jam 12.15 pagi itu, semua suspek berusia lingkungan 30-an itu sedang meleraikan komponen kenderaan terbabit.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata siasatan awal mendapati suspek turut dipercayai mencuri sendiri kenderaan terbabit berdasarkan penemuan alat mencuri kenderaan di lokasi serbuan.
TOP
Gambar Keluarga Bahagia Awal, Scha, Lara Bercuti Di Perth
Setelah kelahiran seorang cahaya mata yang sulung, makin teserlah kebahagiaan rumah Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.
Habis sahaja tempoh berpantang isterinya, kini mereka bercuti di Perth, Australia bersama anaknya dan pastinya percutian kali ini lebih bermakna dan meriah dengan kehadiran orang baru yang sangat comel. Disini ada beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pasangan tersebut di percutian mereka. ─ SiakapKeli.com
Habis sahaja tempoh berpantang isterinya, kini mereka bercuti di Perth, Australia bersama anaknya dan pastinya percutian kali ini lebih bermakna dan meriah dengan kehadiran orang baru yang sangat comel. Disini ada beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pasangan tersebut di percutian mereka. ─ SiakapKeli.com
TOP
Warga Myanmar Maut Ditikam Di Dada
KUANTAN – Seorang pekerja warga asing maut dipercayai ditikam di dada di sebuah rumah kongsi di perumahan Bukit Setongkol Baru di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, lelaki warga Myanmar itu dikenali sebagai Kobirahamed Nozirahamed, 17.
Katanya kejadian itu dimaklumkan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai rakan mangsa kepada pihak polis pada jam 3.20 pagi tadi.
“Pihak polis yang ke tempat kejadian menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan terdapat kesan tikaman objek tajam di bahagian dada sebelah kanan mangsa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di lokasi kejadian dan setakat ini juga polis tidak menemui sebarang senjata atau objek yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.
Abdul Aziz berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Polis kini sedang giat menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Dua Sahabat Didakwa Peras Ugut Di Pulau Pinang
BALIK PULAU – Dua sahabat didakwa di mahkamah majistret di sini atas pertuduhan melakukan pemerasan dan mendatangkan ketakutan terhadap seorang pengurus kilang bulan lalu.
Muhammad Khairi Ang Abdullah, 55, dan Lee Tak Wei, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.
Kedua-dua mereka didakwa secara sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Yeap Hua Kooi, 53, supaya menyerahkan wang RM3,300 di sebuah kilang di Bayan Lepas kira-kira jam 11.40 malam pada 29 Ogos yang lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Muhammad Khairi yang bekerja sebagai pengumpul besi buruk merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan menghidapi sakit kepala selepas mengalami kemalangan.
Tak Wei yang tidak bekerja dan masih belum berumah tangga juga membuat rayuan sama atas alasan perlu menyara keluarga.
Muhammad Najib membenarkan mereka diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut semula pada 21 Oktober.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - Sinar Harian Online
TOP
Lelaki Pukul Dan Cucuh Rokok Di Muka Isteri
Kuala Lumpur – Seorang lelaki bersikap tidak perikemanusiaan apabila tergamak mendera dengan memukul selain gemar mencucuh bara puntung rokok ke muka dan tangan isterinya.
Suspek yang berusia 27 tahun itu dikatakan gemar bertindak di luar batasan setiap kali berselisih faham dengan isterinya membabit soal remeh temeh.
Dalam kejadian terbaru jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan sekali lagi berselisih faham dengan isterinya yang berusia 23 tahun di rumah didiami di Jalan Pudu di sini.
Sumber polis berkata, pertengkaran itu bertukar ganas apabila mangsa yang dimaki hamun kemudian diserang suaminya.
“Lelaki itu yang seolah-olah hilang kawalan diri bertindak menumbuk muka isterinya berulang kali.
“Suspek kemudian mengambil bekas bedak dan menghentak objek keras itu ke kepala mangsa menyebabkan wanita itu menjerit kesakitan,” katanya.
Dia berkata, mangsa yang merayu dilepaskan bagaimanapun dicucuh dengan bara puntung rokok di mukanya berulang kali.
“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit tanpa belas kasihan turut mencucuh rokok ke tangan isterinya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan.
“Mangsa yang merayu supaya dilepaskan bagaimanapun terus didera dan dipukul berulang kali sehingga pitam,” katanya.
Menurutnya, suspek hanya melepaskan mangsa selepas mendapati mangsa sudah tidak berdaya dan terbaring di lantai rumah.
“Suspek kemudian keluar dari rumah berkenaan sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Pudu di sini, untuk mendapatkan bantuan.
“Mangsa yang membuat laporan polis kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, usaha mengesan suspek masih dilakukan pihak polis. – myMetro Online
TOP
Tawar Bina Rumah Tergantung Di Tebing
CANBERRA – Kediaman berkonsepkan rumah tergantung di kawasan tebing bakal dibina khusus buat mereka yang gemar tinggal di pinggir Australia, lapor portal berita telegraph.uk kelmarin.
Bangunan yang direka oleh arkitek tempatan daripada firma Modscape’s Ambitious Designs itu diilhamkan daripada pembentukan teritip di bawah kapal.
“Rekaannya ini sejajar dengan tindak balas pelanggan yang inginkan sesuatu yang luar biasa di kawasan pantai di Australia. Rumah ini bukan sahaja tergantung di tebing bukit, malah memiliki pemandangan Lautan Hindi yang sungguh cantik,” kata jurucakap firma tersebut.
Kediaman mewah itu akan memiliki lima tingkat selain digantung di tebing dengan menggunakan pin keluli kejuruteraan tinggi.
Beberapa arkitek dan pakar kejuruteraan daripada firma berkenaan bakal bekerjasama dalam menjayakan pembinaan rumah pasang siap ini. – Agensi
TOP
Aidil Zafuan Tak Setuju Tuntutan Mutaah RM300,000
Walaupun Pemain bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27 sudah sah bercerai dengan Rita Rudaini yang merupakan pelakon yang tidak asing lagi namun kes mereka belum lagi setelah Rita menuntut RM300,000 sebagai mutaah.
Aidil bagaimanapun tidak setuju dengan nilai mutaah yang dituntut Rita itu. Menerusi peguamnya Rushdan Sujak Rafie, Aidil telah memfailkan pembelaan terhadapnya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Pembelaan tersebut diatas alasan wang tuntutan itu melampau-lampau tinggi.
“Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,” katanya memetik Sinar Harian.
Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.
Untuk pengetahuan anda Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013. ─ SiakapKeli.com
TOP
Abang Angkat Temankan Tidur, Mama Pula Sporting.
Haii..dah besar-besar pun nak orang temankan tidur jugak ke? Lelaki pulak tu...
Entah la apa yang adik ni fikirkan. Kalau dilihat pada statusnya, dia mengaku yang lelaki tu abang angkat dia. Dah nama abang angkat, mana boleh tidur sekali dik. Lepas tu, dia juga tulis "mama yang sporting". Kalau betul la mama adik tak kisah tentang perkara ini, elok la dua-dua ni pergi masjid, belajar agama balik ataupun kahwin terus. Kalau ada saudara mara yang kenal adik ni, tolong la yer nasihat sikit. Nak suruh ibu bapa nasihatkan, 2x5 je. Bagaimanapun inilah dia trend remaja kita sekarang. Entah dari mana asalnya timbul trend-trend yang tidak sihat seperti ini. trend adik angkat, abang angkat, dan kakak angkat sebenarnya sudah lama wujud dalam masyarat kita yang mana kalau dilihat sangatlah tidak relevan. Ramai diantara remaja-remaja kita seakan-akan menggunakan perkataan tersebut untuk merasakan lebih mesra tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan. Jika kita perhatikan ia ibarat satu taktik untuk seorang individu tersebut untuk lebih mesra dengan lebih seorang selain dari kekasih mereka. Walhal pergaulan antara individu dengan pasangannya selagi belum sah kahwin adalah juga terbatas. ─ SiakapKeli.com
Entah la apa yang adik ni fikirkan. Kalau dilihat pada statusnya, dia mengaku yang lelaki tu abang angkat dia. Dah nama abang angkat, mana boleh tidur sekali dik. Lepas tu, dia juga tulis "mama yang sporting". Kalau betul la mama adik tak kisah tentang perkara ini, elok la dua-dua ni pergi masjid, belajar agama balik ataupun kahwin terus. Kalau ada saudara mara yang kenal adik ni, tolong la yer nasihat sikit. Nak suruh ibu bapa nasihatkan, 2x5 je. Bagaimanapun inilah dia trend remaja kita sekarang. Entah dari mana asalnya timbul trend-trend yang tidak sihat seperti ini. trend adik angkat, abang angkat, dan kakak angkat sebenarnya sudah lama wujud dalam masyarat kita yang mana kalau dilihat sangatlah tidak relevan. Ramai diantara remaja-remaja kita seakan-akan menggunakan perkataan tersebut untuk merasakan lebih mesra tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan. Jika kita perhatikan ia ibarat satu taktik untuk seorang individu tersebut untuk lebih mesra dengan lebih seorang selain dari kekasih mereka. Walhal pergaulan antara individu dengan pasangannya selagi belum sah kahwin adalah juga terbatas. ─ SiakapKeli.com
TOP
PRK Pengkalan Kubor: Pertarungan Tiga Penjuru
TUMPAT – Pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli mengumumkan demikian selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini yang berlangsung selama sejam ditutup pada 10 pagi.
Mohd Sobri berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada Wan Rosdi pukul 9.05 pagi, Mat Razi 9.06 pagi dan Izat Bhukhary 9.17 pagi.
Proses penamaan calon berkenaan yang bermula 9 pagi berjalan lancar dengan ribuan penyokong daripada parti masing-masing mematuhi peraturan untuk berada di luar kawasan pusat penamaan calon yang ditutup pada 10 pagi.
Mat Razi, 48, yang berpakaian baju Melayu berwarna merah diiringi ke pusat penamaan calon oleh penyokong BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8.40 pagi. – BERNAMA
TOP
Militan IS Miliki 31,500 Anggota Di Syria & Iraq
WASHINGTON – Agensi Perisikan Pusat (CIA) berkata, kumpulan militan Negara Islam (IS) dianggar memiliki hampir 20,000 hingga 31,500 anggota di Iraq dan Syria berbanding jumlah anggaran sebelum ini sebanyak 10,000 orang.
Kira-kira 15,000 daripada militan berkenaan pula terdiri daripada warga asing termasuk kira-kira 2,000 orang dari negara Barat yang turut menyertai IS, kata pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) kepada AFP.
Angka tersebut telah didedahkan sehari selepas Presiden AS, Barack Obama berikrar menghapuskan pelampau IS termasuk rancangan melakukan serangan udara terhadap kumpulan berkenaan di Syria iaitu selepas bertindak ke atas kumpulan itu di Iraq.
“Berdasarkan kajian dan maklumat yang diperoleh daripada semua sumber perisikan dari Mei hingga Ogos, kumpulan militan IS mampu mengumpul antara 20,000 hingga 31,500 anggota di Iraq dan Syria,” kata jurucakap CIA, Ryan Trapani dalam satu kenyataan.
“Peningkatan jumlah itu disebabkan oleh usaha merekrut yang dibuat secara besar-besaran sejak Jun lalu, diikuti dengan kejayaan yang dicapai oleh IS, pengisytiharan kerajaan khalifah serta aktiviti peperangan dan kekuatan perisikan,” katanya.
Pegawai-pegawai kanan AS pula menyuarakan kebimbangan anggota militan berkenaan yang memegang pasport negara barat berpotensi kembali daripada medan peperangan dan kemudian melakukan serangan di Eropah atau AS.
Militan IS telah berjaya menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini selain mendedahkan video hukuman memenggal kepala secara kejam terhadap dua wartawan AS. – AFP/Kosmo!
TOP
Pemandu Vios Cedera Kereta Langgar Lembu Di Lebuhraya
Satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Vios dengan seekor lembu telah menyebabkan pemandu kereta berkenaan cedera dan lembut itu mati di tempat kejadian, lapor portal berita ondscene.my.
Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Lembah Klang Selatan SKVE itu berlaku pada jam 8.30 malam semalam, 12 September 2014.
Muhamad Shukri Abdullah, pemandu Vios berkenaan, yang juga seorang pegawai kewangan cedera ringan di bibir akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah dek kerana kemalangan itu..
Lembu yang dilanggar dilaporkan patah leher dan kaki, dan mati di tempat kejadian.
Tak tahu lah bagaimana lembu boleh pula melintas lebuhraya, tapi jelas sekali pemilik lembu yang perlu dipersalahkan kerana tidak menjaga haiwan ternakannya dengan elok.
Kepada pihak yang bertanggungjawab, lakukanlah tindakan supaya perkara sebegini dapat dielakkan dari berlaku. - SiakapKeli.com Sumber & gambar : ondscene.my
Kepada pihak yang bertanggungjawab, lakukanlah tindakan supaya perkara sebegini dapat dielakkan dari berlaku. - SiakapKeli.com Sumber & gambar : ondscene.my
TOP
UPSR: Polis Ambil Keterangan Tujuh Individu
KUALA LUMPUR – Polis mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng hari ini berkata polis sedang mengumpul keterangan dari pelbagai pihak bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.
“Setakat ini tujuh rakaman percakapan diambil dari kesemua tujuh individu berkenaan untuk membantu siasatan. Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” katanya kepada Bernama.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis juga.
LPM menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. – BERNAMA
TOP
PRK P’kalan Kubor: Akui Tak Kenali Calon PAS Secara Peribadi
TUMPAT – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui tidak mengenali secara peribadi calon yang dipertaruhkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, namun percaya PAS memilih yang terbaik.
Beliau berkata, walau siapa pun calon yang bertanding di atas tiket PAS, beliau akan memberikan sokongan dan menyimpan harapan untuk menang.
“Saya tak kenal calon secara peribadi tapi bila jawatankusa PAS dah buat keputusan, itulah calon terbaik,” katanya kepada pemberita ketika hadir ke pusat penamaan calon PRK Pengkalan Kubor di sini, Sabtu.
Menurut Nik Aziz yang diminta mengulas lanjut mengenai PRK kali ini, dalam pilihan raya, pengundi membuat pemilihan mengikut kehendak sendiri.
Katanya, pengundi sudah matang untuk membuat keputusan dengan melihat kehidupan di dunia dan akhirat.
“Pilihan raya biar benar-benar pilihan…tak ada paksaan raya.
“Orang yang mengundi sudah akil baligh, sudah faham keadaan hidup di atas dunia bersama akhirat,” katanya.
Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, PAS mencalonkan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57. – mStar Online
TOP
Maut Terperosok Di Bawah Bas Ekspres
ROMPIN – Seorang pelajar Tingkatan Lima SMK Ungku Husin, Endau, Johor maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 158.8 Jalan Kuantan – Johor Bahru, berhampiran Hotel Seri Malaysia, Tanjung Gemok kira-kira jam 12.10 tengah malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggangi mangsa, Chia Wen Xuan, 17, dari arah Kuantan menghala ke Johor Bahru memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan sebelah kiri bas.
Menurutnya, perlanggaran itu mengakibatkan mangsa terperosok bawah bas dan maut di tempat kejadian.
“Mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat sementara pemandu dan kesemua 30 penumpang bas ekspres dari Johor ke Kelantan itu tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, Wen Xuan yang tinggal di Taman Tanjung Pahang, dekat sini mempunyai lesen memandu namun tidak memakai topi keledar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, rakan mangsa yang hanya dikenali sebagai Ng, 17, berkata, beberapa hari sebelum kejadian, rakannya itu tidak banyak bercakap ketika di dalam kelas.
“Saya perasan dia (mangsa) lebih banyak berdiam diri ketika dalam kelas dan tidak menyangka dia ditimpa kemalangan hingga maut,” katanya. – Sinar Harian Online
No comments:
Post a Comment