TOP
Gambar: Koleksi Troll Di Facebook Dan Twitter Maybank
ADUHAI…tergelak kami dibuatnya apabila membaca koleksi ‘troll’ oleh beberapa individu di akaun rasmi Facebook dan Twitter Maybank.
Tapi, sekali-sekala bolehlah.
Kalau dah selalu sangat, tak pasal-pasal kena ‘block’ pula nanti.
Iyalah, ada beribu-ribu soalan dan masalah yang lebih serius perlu dijawab oleh pihak admin Maybank.
Memang sakit kepalalah jawabnya kalau soalan yang ditanya itu langsung tak ada kaitan dengan perkhidmatan mereka.
Apapun, jom lihat beberapa lagi ‘troll’ yang dikongsi di laman sosial:
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

Isteri Putera William, Kate Middleton Mengandung Anak Kedua
Duchess of Cambridge Kate Middleton telah diumumkan oleh pihak Istana Kensington bahawa isteri Putera William itu mengandung lagi.
Kate, 32, dijangkakan akan menyambut ketibaan cahaya mata kedua mereka tahun depan.
Pasangan diraja itu, telah lama merancang untuk menambahkan lagi bilangan ahli keluarga mereka dan pengumuman itu hadir belum usia anak pertama mereka berusia 14 bulan.
Seperti cahaya mata pertama, Kate turut mengalami ‘alahan mengandung’ dikenali sebagai Hypermesis Gravidarum.
Oleh itu, menurut Istana Kensington Kate tidak akan lagi mengiringi Putera William dalam tugasannya di Oxford hari ini.
Kate bagaimanapun tidak dimasukkan ke hospital, beberapa orang doktor di Istana Kensington.- MYNEWSHUB

Kami Percaya Hodgson 100 Peratus – Rooney
BASEL – Kapten England, Wayne Rooney menegaskan keseluruhan skuad England menyokong penuh pengurus, Roy Hodgson ketika bos Three Lions itu ‘berpeluh’ memikirkan masalah kecederaan pemainnya.
Hodgson berdepan kritikan keras sejak England tersingkir awal di peringkat kumpulan dalam kempen Piala Dunia dan dijadual bertemu Switzerland, awal pagi ini dalam aksi kelayakan Euro 2016.
Selepas kehilangan Daniel Sturridge, Hodgson mungkin kehilangan pemain tengah, Jordan Henderson ketika menentang Switzerland selepas pemain Liverpool itu berdepan kecederaan buku lali ketika latihan.
Hodgson begitupun bukan saja kehilangan pemain, namun mula hilang kepercayaan peminat selepas kempen mengaibkan di Piala Dunia dan berada dalam tekanan untuk menewaskan Switzerland di St Jakob-Park.
SEBAHAGIAN skuad kebangsaan England ketika menjalani latihan menjelang perlawanan pertama kelayakan Euro 2016 menentang Switzerland di Stadium St. Jakob-Park.
Begitupun, bagi Rooney, semua pemain England tetap mempercayai dan menyokong penuh Hodgson yang dianggap mempunyai idea yang baik.
“Kami sebagai satu pasukan, bukan saya saja, kami menyokong Roy 100 peratus. “Kami menyatakannya dengan jelas selepas kami tersingkir di Piala Dunia dan dia memberikan idea kepada kami.
“Kami sedar Piala Dunia adalah kekecewaan, namun saya berfikir kami boleh bergerak ke depan sebagai satu pasukan. Kami sentiasa meningkat. Saya fikir kami akan membuktikannya dalam tempoh dua tahun.
“Kesemua pemain bekerja keras untuk menggunakan sepenuhnya idea yang Roy tunjukkan kepada kami,” katanya.
Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere mungkin akan digandingkan dengan James Milner seandainya Henderson gagal pulih.
Pertembungan menentang Switzerland dianggap penting buat Hodgson sepanjang dua tahun mengendali England namun sedar cabaran besar dihadapinya menentang skuad bimbingan Vladimir Petkovic itu. – AGENSI
TOP
Kerajaan P.Pinang Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM
GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sebarang siasatan mengenai peruntukan kerajaan negeri yang diluluskan untuk Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri juga tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat dan mengalu-alukan sebarang siasatan oleh SPRM bagi membuktikan dakwaan terbaru ini (berhubung peruntukan PPS) sebagai satu pembohongan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lim menyifatkan tuduhan itu sebagai “palsu dan penipuan terhadap PPS” yang dilakukan secara berterusan sebagai serangan politik ganas terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP.
Semalam, SPRM Pulau Pinang membuat kenyataan bahawa suruhanjaya itu sedang meneliti laporan kemungkinan berlaku penyalahgunaan dana dan peruntukan kerajaan negeri di sebalik penubuhan PPS.
Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk M. Samarajoo berkata pihaknya akan membuka fail siasatan dalam tempoh terdekat sekiranya terdapat penglibatan unsur rasuah yang boleh didakwa di bawah Akta SPRM 2009. – BERNAMA
TOP
Usaha Mengeluarkan Bom Perang Dunia Giat Dijalankan
KAJANG – Polis kini dalam proses mengeluarkan bom yang dipercayai ditanam sejak Perang Dunia Kedua di kawasan hutan Bukit Putih, Batu 9, Cheras pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sepasukan pakar Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan KLIA terlibat dalam proses mengeluar dan meletupkan bom ini.
“Kami telah bersedia sejak diberitahu mengenainya pada Sabtu lalu, pukul 7 malam.
“Pasukan pemusnah bom memasuki kawasan pada pukul 10 pagi.
“Mereka telah menemui kawasan itu yang terletak di puncak bukit, selepas satu jam setengah mendaki.
“Misi masih lagi berjalan seperti mana yang diberitahu,” katanya.
Abdul Rashid menambah, bom itu seberat 200 kilogram, dikenal pasti sebagai Mark 1-952.
“Diperbuat pada tahun 1952 oleh British. Kami belum menentukan sama ada ia perlu diletupkan di kawasan yang ditemui itu ataupun di tempat lain,” katanya.
Polis menutup kawasan itu kepada orang ramai dan menasihatkan agar orang awam menjauhi kawasan tersebut sekurang-kurangnya 1.5 kilometer. - mStar Online
TOP
Penunggang Motosikal Maut Digilis Treler
BUKIT MERTAJAM – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah kereta dan lori treler di Kilometer 149.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini tengah malam tadi.
Mohd Azam Alias, 37, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan. Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata ketika kejadian pada pukul 12.25 tengah malam itu, Mohd Azam dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Perai, dekat sini.
Beliau berkata motosikal yang ditunggang Mohd Azam melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang diletak di lorong kecemasan menyebabkan dia terjatuh
di laluan sebelah kanan.
“Sebuah lori treler yang melalui kawasan itu tidak sempat mengelak lalu menggilis lelaki itu dan mengheret mangsa kira-kira 85 meter,” katanya. – BERNAMA

Kekalkan Akta Hasutan Bagi Pelihara Keamanan Negara
PUTRAJAYA – Akta Hasutan 1948 perlu terus dikekalkan bagi memelihara keamanan negara yang dibina sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata janganlah disebabkan kehendak golongan minoriti yang ingin akta itu dihapuskan, golongan majoriti terkena tempiasnya akibat huru-hara selepas ketiadaan akta tersebut.
“Belum pun akta ini dihapuskan kita lihat pelbagai penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi Raja-Raja Melayu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab atas tiket kebebasan bersuara,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian tersebut di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata sekiranya Akta Hasutan dihapuskan, misi kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 juga akan menuju kegagalan.
Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan tegas ke atas golongan minoriti yang cuba menggugat keharmonian negara dengan cara mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
“Tahniah kepada PDRM dan Peguam Negara kerana telah menangkap serta mendakwa beberapa pihak berkaitan, tindakan yang diambil berdasarkan kenyataan yang dibuat, bukan siapa yang membuat kenyataan,” kata Ismail Sabri.
Pada majlis sama, beliau melancarkan Kad Komuniti Usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, Portal Usahawan Tekun dan Peranti Bergerak Sistem Kutipan Bayaran Balik Tekun Nasional.
“Kad komuniti tersebut adalah satu inisiatif untuk menghargai usahawan Tekun di mana pemegang kad berpeluang untuk menikmati potongan harga melalui pembelian di premis yang disenaraikan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Video : Penyamun Hati Kering Tetak Warga Emas Di Ipoh
IPOH: Satu kejadian samun telah berlaku di sekitar Ipoh yang mana mangsa adalah seorang lelaki warga emas kira-kira padan jam 4.40 petang 5 September lalu.
Menerusi satu rakaman CCTV, warga emas itu telah disamun di sebuah lorong oleh dua orang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal. Suspek selepas itu memberhentikan kenderaannya dan menyamun lelaki terbabit dengan bersenjatakan parang. Jika diperhatikan rakaman video tersebut dipercayai suspek telah menetak mangsa beberapa kali sebelum beredar.
Malang tidak berbau, justeru itu orang ramai dinasihati jangan sesekali mengambil risiko untuk berjalan sendiri di kawasan-kawasan yang mempunyai risiko jenayah samun kerana lebih teruk ia boleh meragut nyawa ─ SiakapKeli.com

Sultan Selangor Murka, PKR Dan DAP Biadap
Sultan Selangor murka terhadap PKR dan DAP yang menunjukkan kebiadapan terhadap institusi Diraja dan derhaka kepada titah Baginda kerana hantar SATU NAMA untuk pilih Menteri Besar.
Dalam satu kenyataan media pagi Isnin yang dikeluarkan menerusi Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, beritahu pihak Istana sudah menerima jawapan daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berkaitan calon Menteri Besar.
"Namun hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan TIGA NAMA calon Menteri Besar. Manakala DAP dan PKR telah masing-masing hanya mengemukakkan SATU NAMA iaitu YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar," kata kenyataan itu.
PKR-DAP telah kemukakan calon satu nama itu menerusi surat bertarikh 27 Ogos 2014
Sultan Selangor amat berasa dukacita dengan DAP dan PKR yang ingkar titah Baginda 27 Ogos.
"Tindakan DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah Sultan Selangor," katanya.
27 Ogos lalu Sultan Selangor melalui titah diraja meminta ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dua nama sebagai calon MB mewakili parti masing-masing dan menetapkan tarikh akhir pada 3 September lalu.
Bagaimanapun, PKR dan DAP berkeras mahu hanya Wan Azizah sebagai calon MB, sehingga pejabat Sultan Selangor menghantar titah baru kepada PKR pada petang 3 September lalu.
Sehingga kini PKR masih tidak mengemukakan calon lain selain dari Wan Azizah.
Menurut kenyataan itu lagi mengemukakan lebih dua nama merupakan satu amalan/konvensi yang dilaksanakan oleh Sultan Selangor.
"Ini bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal Menteri Besar dengan melihat bukan hanya sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN tersebut."
Ciri-ciri ini penting agar perjalanan pentadbiran Selangor berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat Selangor.
"Sultan Selangor berkeyakinan bahawa ramai calon dari ADUN Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi bagi menerajui Selangor,"katanya.
Buat masa ini Sultan Selangor akan menilai setiap aspek nama calon berdasarkan senarai yang dihantar sebelum buat keputusan.
Dalam pada itu Baginda juga membayangkan kemungkinan melantik calon lain dari kalangan Pakatan Rakyat.
Ini bila kenyataan itu berakhir dengan ayat berkenaan : "Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Tuanku Sultan maka Baginda akan meneliti senarai nama-nama ADUN yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri." - 8/9/2014- OLEH HELME HANAFI
Sumber: AgendaDaily.com
TOP
Bekas Pekerja Hotel Didakwa Menghasut Dalam FB
KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja hotel hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang terhadap pertuduhan menerbitkan penerbitan yang menghasut melalui laman sosial Facebook berhubung kedudukan Raja, Januari lepas.
Ali Abd Jalil, 29, didakwa menerbitkan penerbitan itu di No 62, Jalan SM9, Sunway, Batu Caves di sini pada pukul 2 petang, 21 Jan lepas.
Ali yang juga seorang pelajar sambilan sebuah universiti swasta didakwa mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Fairuz Mohd Fuzi membenarkan Ali diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Okt untuk sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Michelle Yesudas. – BERNAMA
TOP
Demi Sabah & Sarawak ─ Cadangan Sambut Merdeka Tanpa Sebut Ulang Tahun
KUCHING – Hari Kemerdekaan berkemungkinan disambut tanpa menyatakan bilangan ulang tahunnya mulai tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, di sini hari ini.
Katanya, cadangan ini telah dibawa kepada Kabinet baru-baru ini dengan tujuan mengelakkan rakyat di negeri-negeri Sabah dan Sarawak daripada merasa tersisih sekiranya bilangan ulang tahun dinyatakan.
“Misalnya (sambutan Hari Kemerdekaan) tahun yang ke-57, orang Sarawak akan kata (sambutan) itu tidak ada kena mengena dengan kami. Kami merdeka bersama dengan Malaysia pada tahun 1963 (dan sambutan) itu tidak relevan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selepas kedua-duanya mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.
“Kita akan mencadangkan supaya sebutan (sambutan) Hari merdeka itu hanya (dengan) kita menyebut Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Itu sahaja,” katanya.
Ahmad Shabery berkata beliau telah menyatakan cadangan itu kepada Adenan semasa kunjungan hormat itu dan telah meminta supaya maklum balas daripada rakyat Sarawak dapat diperolehi.
Beliau berkata cadangan itu melihat pada kaedah sambutan hari kemerdekaan Amerika Syarikat yang hanya disebut sebagai “the 4th of July Celebration” meskipun dari segi sejarah, negeri-negeri di bawah naungannya mencapai kemerdekaan pada tarikh-tarikh yang berbeza.
Menurutnya setakat ini beliau telah memperolehi maklum balas positif daripada kerajaan negeri Sarawak serta beberapa pemimpin tempatan dan berharap mendapat reaksi yang sama dari pemimpin dan rakyat di Sabah.
Pada masa yang sama, sambutan Hari Malaysia setiap 16 September mungkin akan diteruskan memandangkan ia mempunyai signifikannya yang tersendiri.
“Saya tidak mahu bila ada sambutan secara besar-besaran Hari Kemerdekaan yang selalu diadakan di Kuala Lumpur, ia selalu bersifat (seolah-olah) untuk meminggirkan tentang sejarah Sabah dan Sarawak kerana kita mengulangi (sebutan ulang tahun) yang ke berapa,” katanya. – BERNAMA
TOP
Didenda RM5,000 Memandu Melulu Sebabkan Kematian
KUALA LUMPUR – Seorang jurulatih fizikal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Trafik di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang guru sekolah memandu, Mac lepas.
Jeremy Kho Hui Jaq, 27, dituduh melakukan kesalahan itu ketika memandu kereta jenis Nissan Sylphy di Lebuhraya DUKE dan melanggar belakang kereta jenis Perodua Viva yang dipandu oleh mangsa Daliana Abd Aziz, 34, bersama penumpang Mohamed Afiq Asrul, 18, pada 3.30 petang 19 Mac lepas.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Kho bagaimanapun membayar denda itu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Harjeet Singh memohon mahkamah memberi hukuman paling ringan ke atas anak guamnya dengan mengambil kira tertuduh telah mengaku bersalah dan dia juga memberi kerjasama kepada polis semasa siasatan kes itu. – BERNAMA
TOP
Bunuh Suami Selepas Dipaksa Berlakon Filem Lucah
Mumbai – Seorang pelakon filem India, Shruti Chandralekha, 22, ditahan polis selepas dia didakwa membunuh suaminya yang cuba memaksa wanita itu berlakon dalam filem lucah.
Shruti yang membintangi beberapa filem itu bersama dua yang lain, didakwa membunuh S Ronald Peter Prinzo, 35, dan kemudian menanam mayatnya dengan bantuan lima orang yang lain di Tamil Nadu.
Ronald sebelum ini telah meminta isterinya berlakon dalam filem lucah selepas berdepan masalah kewangan akibat kemerosotan perniagaan.
Dia yang berdepan tekanan untuk membayar hutang kepada rakan perniagaannya kemudian memutuskan untuk menghasilkan filem lucah dan meminta isterinya berlakon.
Dalam keterangannya kepada polis, Shruti mendakwa suaminya meminta dia mengambil bahagian dalam adegan seks beramai-ramai namun dia enggan.
Ketika Ronald mengunjungi Bangalore,Shruti telah berpakat untuk melakukan pembunuhan itu dengan dua orang rakan perniagaan suaminya.
Sekembalinya Ronald dari lawatan itu, isterinya telah meracun susunya dan apabila dia tidak sedarkan diri, dua lelaki tadi telah mencekiknya.
Dengan bantua lima yang lain, mereka kemudiannya menanam mayat Ronald dan turut mencuri wang tunai serta barangan lain sebanyak $125,000.
Kehilangan Ronald disedari abangnya Justin dan apabila dia bertanya kepada salah seorang rakan perniagaan Ronald yang ketika itu memandu kenderaan milik mangsa, tertuduh gagal menjelaskannya.
Selepas Justin membuat laporan polis, akhirnya plot pembunuhan terbongkar danShruti yang melarikan diri, berjaya ditangkap Khamis lalu.
TOP
Pemandu Bas Ditangkap Khalwat Dengan Dua Kerani Tiket
Alasan menumpang tidur di rumah rakan sekerja digunakan seorang pemandu bas untuk mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) Cawangan Parit Buntar tidak berhasil apabila dia ditahan setelah disyaki berkhalwat dengan dua wanita di sebuah premis rumah kedai, Jalan Syahbandar, Pusat Bandar Parit Buntar di sini, malam kelmarin.
Lelaki berusia 40-an yang berstatus suami orang itu disyaki berkhalwat bersama dua kerani kaunter sebuah syarikat bas ekspress berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun.
Jurucakap Jaipk Cawangan Parit Buntar berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat awam itu melibatkan lima anggota penguatkuasa Jaipk Cawangan Parit Buntar.
Menurutnya, dalam kejadian jam 11.45 malam itu, penguatkuasa Jaipk terpaksa menunggu kira-kira 15 minit di pintu premis yang dibuka seorang wanita berusia 20 tahun.
“Apabila penguatkuasa memasuki premis itu, mereka mendapati terdapat seorang lelaki dan seorang wanita tidur di bilik berasingan, manakala gadis yang membuka pintu itu mendakwa tidur bersama rakan wanitanya.
“Ketika disiasat, ketiga-tiga individu itu mengaku tiada sebarang ikatan sah, manakala lelaki terbabit beri alasan terpaksa menumpang tidur di rumah rakan wanita memandangkan dia perlu memandu bas ke Kuala Lumpur pada awal pagi,” katanya ketika ditemui di sini malam kelmarin.
Bagaimanapun, beliau berkata, setelah soal siasat dilakukan ke atas dua wanita ditahan, pemandu bas itu menukar keterangan dengan mendakwa menyewa sebuah bilik di dalam premis itu sejak tujuh bulan lalu.
Katanya, kenyataan kesemua individu itu meragukan memandangkan anggota penguatkuasa menemui beberapa bukti di dalam sebuah bilik di premis tersebut.
“Lelaki terbabit difahamkan sudah berkahwin dan tinggal di Butterworth, Pulau Pinang, manakala dua wanita itu pula berasal dari Bandar Baharu dan Langkawi, Kedah.
“Berikutan itu, ketiga-tiga mereka diberikan notis menghadiri sesi kaunseling di Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Kerian di Parit Buntar pada hari Isnin (hari ini),” katanya.
Jurucakap Jaipk berkata, lelaki terbabit juga diarahkan segera meninggalkan premis berkenaan dan akan dikenakan tindakan tegas jika ditangkap berkhalwat sekali lagi. – SINAR HARIAN
TOP
Penagih Jatuh Bumbung, Elak Ditangkap Polis
MELAKA – Tindakan seorang lelaki dipercayai penagih dadah melarikan diri daripada serbuan polis, mendatangkan bencana, apabila terjatuh dari bumbung rumah jirannya dan mengalami kecederaan parah, di Taman Peruna Sungai Udang di sini, hari ini.
Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Wan Zakaria Wan Awang berkata dalam kejadian 1.50 pagi, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu bertindak melarikan diri melalui bumbung rumah adiknya dan melompat di atas bumbung beberapa rumah, sebelum terjatuh.
“Ketika ditahan dia memberi alasan melarikan diri kerana tiada kad pengenalan sejak sebulan lepas. Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu melibatkan JPN, Jabatan Imigresen Melaka (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata ujian saringan urin yang dijalankan mendapati lelaki yang berasal dari Kelantan itu positif dadah dipercayai jenis syabu.
Katanya operasi empat jam bermula 12 tengah malam tadi membabitkan 85 anggota penguat kuasa, turut menahan 13 lagi warganegara asing di taman perumahan sama atas pelbagai kesalahan dokumentasi.
Wan Zakaria berkata daripada jumlah itu, seorang wanita Indonesia dan tiga lelaki Filipina berusia lingkungan 30-an disyaki memiliki kad pengenalan palsu dan disiasat di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara Malaysia 1990 (Pindaan 2007).
Katanya lapan lagi iaitu satu lelaki dan dua wanita Thailand, satu wanita dan dua lelaki Indonesia serta masing-masing satu lelaki Bangladesh dan Filipina berusia antara 25 dan 35 tahun kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tinggal di negara ini setelah pas atau permit sah tamat tempoh.
Beliau berkata JPN juga menahan empat kad pengenalan yang didapati dalam simpanan empat warga asing kerana disyaki telah disenarai hitam dan mempunyai kes dalam siasatan pihak JPN.
“Operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan daripada Persatuan Penduduk Taman Peruna yang meragui status kewarganegaraan beberapa penghuni taman tersebut sebelum risikan dijalankan selama dua bulan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya orang ramai atau pemimpin setempat diminta membuat laporan sekiranya mengesyaki terdapat warganegara yang menyalahgunakan dokumen pengenalan diri agar tindakan segera dapat diambil. – BERNAMA
TOP
Sindiket Curi Kenderaan Tumpas, Pasangan Kekasih Ditahan
JOHOR BAHRU – Polis menumpaskan sindiket curi kereta mewah selepas menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Taman Plentong, Masai, di sini, akhir bulan lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasangan kekasih itu diberkas di sebuah bengkel kenderaan di kawasan perumahan tersebut pada 3 petang, 31 Ogos lepas.
“Bertindak atas maklumat orang awam, polis membuat serbuan di bengkel itu dan menahan kedua-duanya yang berumur 47 dan 48 tahun.
“Polis turut menemui sebuah kereta Toyota Lexus, Volkswagen Beetle, Toyota Harrier serta Toyota Vellfire yang disimpan di bengkel itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Mohd Mokhtar berkata pemeriksaan mendapati Toyota Lexus tersebut dilaporkan hilang di Klang, Selangor manakala Volkswagen Beetle pula dilaporkan hilang di Pudu, Kuala Lumpur.
Mohd Mokhtar berkata sekurang-kurangnya 10 kes curi kenderaan berjaya diselesaikan dengan penahanan mereka dan siasatan lanjut terhadap bengkel serta sindiket itu sedang dilakukan.
Katanya kedua-dua suspek yang positif dadah dan mempunyai rekod jenayah itu, kini direman.
Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama enam butir peluru dalam sebuah pondok di ladang kelapa sawit, di Nusajaya, Khamis lepas.
Beliau berkata lelaki berumur 35 tahun itu ditahan pada 5.30 petang selepas pihaknya menerima maklumat awam.
“Lelaki itu mempunyai rekod bersabit dadah manakala ujian air kencing menunjukkan dia positif methamphetamine. Dia kini direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA
TOP
Sepanyol Minat Majukan Industri Halal
KUALA LUMPUR – Sepanyol berminat melibatkan diri dengan negara Islam negara dalam bidang perniagaan dan perdagangan, terutama dalam sektor makanan halal, disokong oleh industri pertaniannya yang kukuh serta sejarah Islam Andalusia.
Makanan halal merupakan antara sektor makanan paling pesat berkembang di dunia dan kini menyumbang kira-kira 17 peratus daripada pasaran makanan global.
Ketua Pengarah Fundacion Agropolis de Cordoba, Antonio Fernandez Ranchal berkata pengguna pasaran halal di Sepanyol sahaja memberi perkhidmatan kepada kira-kira dua juta orang, dan negara itu merupakan pintu masuk strategik bagi penduduk Islam yang semakin meningkat di seluruh Eropah.
“Selain masyarakat Islam dan sejarah Islam lampau, kami juga sudah mempunyai industri makanan, pertanian dan infrastruktur yang mantap, dan rangkaian pengangkutan yang baik,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.
Terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Madrid dan berhampiran pelabuhan Malaga, Andalusia ialah pusat pertanian bagi Sepanyol, dan Cordoba pula terletak di tengah-tengah Andalusia.
Sepanyol menghasilkan produk makanan untuk Eropah, dan selain daripada menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah, negara juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Afrika Utara seperti Maghribi dan Algeria, serta Amerika Latin, yang bilangan penduduk Islamnya semakin meningkat.
“Kami adalah peneraju produk tertentu seperti buah zaitun dan minyak zaitun, ternakan, buah-buahan sitrus, sayur-sayuran dan strawberi. Kami mempunyai makmal di Cordoba yang boleh menguji sama ada daging bebas daripada daging babi dan alkohol selain lebih daripada 300 kumpulan saintis yang menjalankan pelbagai inovasi,” kata Ranchal.
Beliau berkata Andalusia boleh mengumpul semula pengetahuan luasnya dalam bidang pertanian dan amalan industri makanan dan mengorientasikannya semula potensi ini dalam industri halal.
Di sinilah peranan Fundacion Agropolis de Cordoba sebagai badan yang menyelaras, meningkatkan dan menyebarkan sumber yang ada berkaitan industri makanan Cordoba.
Antara pemegang amanah yayasan itu ialah majlis-majlis perbandaran, kementerian, kerajaan-kerajaan tempatan, universiti dan syarikat awam dan swasta.
“Universiti di Cordoba adalah pemimpin dalam penyelidikan industri agro makanan di Sepanyol. Kami mengumpul pengetahuan dan memindahkannya dari universiti kepada syarikat. Kami juga berperanan sebagai platform untuk mengakses sumber-sumber awam dan swasta bagi penyelidikan, inovasi dan pelaburan daripada sumber-sumber seperti EU dan dana swasta,” kata Ranchal.
Yayasan itu juga bekerjasama dengan Institut Halal bagi Lembaga Islam Sepanyol dalam menyeragamkan dan membangunkan jenama “Cordoba Halal”.
“Jika anda mewujudkan persekitaran yang baik, memberi perhatian untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada syarikat, mereka akan datang dan berkembang di sana. Mereka mengendali badan-badan pensijilan kami, mereka juga mengetahui kami mempunyai makmal yang boleh menguji dan memberi jaminan kepada rakyat bahawa produk kami halal berdasarkan al-Quran dan analisis saintifik. Inilah kekuatan kami,” kata Ranchal.
Beliau berkata dengan berada di bawah undang-undang EU, proses perindustrian dan pertanian adalah bersih dan selamat.
“Kita boleh menjayakan industri halal. Bersih, selamat dan sihat. Malah, kami sudah melaksanakannya, namun kami tidak tahu ia halal. Kami perlu menyesuaikan diri dengan bahagian tertentu,” katanya menambah bahawa Majlis Bandaraya Cordoba kini menjalankan penyelidikan untuk memperoleh geran dan insentif bagi industri halal.
“Kami mengupah perunding untuk membangunkan program ini. Ia merupakan projek jangka panjang. Syarikat sudah diwujudkan. Pertama, rancangan kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan kelompok industri halal. Kami boleh melaksanakannya dalam tempoh kurang dari lima tahun, diikuti pembangunan rangkaian taman-taman halal di seluruh Sepanyol,” katanya.
Ranchal berkata Yayasan itu merancang menjalin kerjasama dengan universiti di Malaysia seperti Universiti Putra Malaysia, selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Halal Industry Development Corp (HDC).
“Cordoba pernah menjadi hab pengetahuan Islam. Kami belum hilang aspek itu. Kami masih ada banyak universiti hebat. Bandar ini mahu mengembalikan Cordoba seperti Abad ke-11,” katanya. – BERNAMA
TOP
Krisis MB: ‘Cukup La…’ – Teguran PAS S’gor Kepada PKR, DAP
PETALING JAYA – PAS Selangor menegur kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang berterusan menentang titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung konflik berpanjangan membabitkan kedudukan menteri besar.
Justeru Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyeru kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu supaya akur dengan titah Sultan Selangor yang mahu supaya dikemukakan lebih daripada dua calon untuk dilantik ke jawatan berkenaan.
“PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah tuanku sultan kerana kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi raja.
“Cukup la… (berikan sahaja tiga nama) mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kemurkaan Sultan Sharafuddin terhadap PKR dan DAP yang mengingkari titah baginda apabila hanya mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan menteri besar Selangor.
Menurusi kenyataan media oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin, PAS merupakan satu-satunya parti yang mematuhi titah Sultan Sharafuddin apabila mempersembahkan tiga nama seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu.
Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras berharap krisis membabitkan penukaran menteri besar dapat diselesaikan segera demi kepentingan rakyat.
“PAS Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan Baginda Tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang berlaku.
“Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita,” katanya. – mStar Online
TOP
VIDEO: Budak Sekolah Selamba 'Bermesra' Di Tangga Bas
Parah remaja zaman sekarang. itulah ayat yang tepat untuk disimbolkan dengan budak-budak remaja zaman ini. Mereka dilihat semakin berani berbuat maksiat. Kalau dulu secara sembunyi, sekarang terang-terangan pula.
Terbaru, dalam memakai uniform sekolah lagi, seorang remaja perempuan dilihat dengan selamba melingkarkan lengannya ketangan pakwenya di dalam bas. Mereka dilihat begitu mesra dan berdiri dengan rapat-rapat tanpa menghiraukan orang sekeliling. Kepada ibu-bapa, tolonglah berikan pemerhatian kepada anak-anak anda, terutamanya dengan siapa mereka berkawan.
Cuba fikirkan, jika kini mereka sudah berani berbuat demikian, bila usia makin dewasa, apa lagi yang tidak takut mereka lakukan - SiakapKeli.com

Peminat Tegur Zaquan Muat Naik Gambar Ayu Menyusu Anak
Walaupun sebelum ini gosip mengenai Zaquan Adha curang kepada Ayu Raudah, tapi gosip berkenaan tampaknya tidak langsung menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.
Baru-baru ini, mereka telah berkongsi beberapa gambar di laman Instagram yang memaparkan mereka sedang menjalani aktiviti seperti sebuah keluarga bahagia.
Tapi nampaknya gambar-gambar itu juga ada mencetuskan sedikit isu kerana salah satu gambar diambil ketika Ayu sedang menyusu bayi mereka.
Kerana gambar yang sedikit peribadi itu, ramai pengikut mereka yang mengeluarkan komen untuk menegur gambar tersebut. Rata-rata mengatakan gambar tersebut tidak patut dimuat naik, namun ada juga dalam kalangan pengikut wanita yang berkata perkara itu terlalu dibesar-besarkan. Rasanya gambar tersebut sememangnya tidak elok dimuat naik kerana ia boleh membuatkan orang yang melihat gambar ini boleh berfikir yang bukan-bukan. Tetapi, ia terpulang juga kepada yang melihat - SiakapKeli.com

Liza Abdullah Sangkal Laporan Bakal Kahwini Jurukamera
PETALING JAYA – Pelakon terkenal Liza Abdullah menyangkal laporan sebuah akhbar mingguan kononnya dia bakal berkahwin dengan seorang jurukamera pada Disember depan.
Liza, 50, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan berkenaan selepas membaca laporan itu dan menegaskan dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai dengan bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman pada Februari lalu.
“Pertama sekali kenyataan dalam akhbar berkenaan bukan datang dari mulut saya dan saya sendiri tidak mengetahui tentang perancangan akan berkahwin pada Disember ini.
“Berita berkenaan sama sekali tidak benar dan ia amat mengejutkan saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Menerusi laporan berkenaan, sumber yang dikatakan sebagai rakan rapat dramatis tersebut mendedahkan jurukamera tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memperisterikan Liza namun pelakon itu tidak segera memberi jawapan kerana baharu sahaja bercerai.
Bagaimanapun selepas melihat kesungguhan lelaki itu akhirnya hati Liza terbuka untuk menerimanya dan pasangan berkenaan dikatakan sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahan mereka namun tidak merancang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran.
Dalam pada itu, Liza berkata, dia terkilan dengan individu mendakwa sebagai teman rapatnya kerana sanggup mereka-reka cerita yang disifatkan tidak berasas tentang dirinya.
“Sekiranya benar sekali pun itu hak untuk bercakap mengenainya mestilah datang daripada mulut saya sendiri dan bukannya orang lain.
“Saya terkilan kerana ‘kawan rapat’ tidak akan buat begitu kepada saya malah saya tidak rasa orang yang mengesahkan perkara itu adalah kawan baik saya,” jelasnya.
Sementara itu, Liza berkata, ekoran laporan berkenaan anak-anak, keluarga dan bekas iparnya menelefonnya bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.
Jelasnya lagi, gosip seperti itu mampu memberi kesan buruk kepadanya terutama jika ada yang tidak membaca isi keseluruhan laporan itu.
“Gosip seperti itu sudah tentu menganggu gugat kerjaya saya kerana sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang seni belum pernah lagi saya terpalit dengan cerita-cerita gosip seperti itu.
“Orang lain yang tidak baca secara keseluruhan berita tersebut mungkin akan salah faham tambahan pula dengan usia saya sekarang macam-macam orang boleh kata,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Liza berkata, selain sibuk dengan aktiviti penggambaran dia kini berada di Lenggong, Perak bagi menghadiri program bersama Perbadanan Kemajuan Filem Negara Nasional (Finas) dalam menyampaikan maklumat mengenai peranan perbadanan tersebut dikalangan masyarakat menerusi aktiviti menarik. - mStar Online
TOP
Penuntut IPT Dihukum Dua Bulan Penjara
KUALA TERENGGANU – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi dikenakan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, sekiranya gagal menjelaskan denda itu, selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah di dalam kereta pada Jun tahun lalu.
Hakim Tinggi Syarie, Rosdi Harun mengenakan hukuman itu terhadap penuntut berusia 18 tahun yang didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 atas kesalahan melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Sebelum ini, pasangan remaja itu yang bekerja sendiri dan berasal dari Marang, dikenakan hukuman denda RM2,800 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Nurul Aini Abd Malik.
Mengikut kertas pertuduhan, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang melakukan rondaan di sekitar kawasan Taman Awam Pulau Warisan di sini, ternampak sebuah kereta bercermin gelap dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 6.50 petang, 5 Jun tahun lalu.
Sebaik dihampiri, pegawai dan anggota penguat kuasa mendapati tertuduh lelaki berada di tempat duduk pemandu, manakala tertuduh wanita di tempat duduk penumpang hadapan.
Pasukan penguat kuasa kemudian mengarahkan tertuduh membuka pintu kereta.
Soal siasat kemudian mendapati pasangan itu bukan suami isteri.
Terdahulu dalam penghakimannya Rosdi berkata, sebagai seorang yang terpelajar, perbuatan tidak bermoral itu tidak sepatutnya dilakukan tertuduh yang sudah bijak berfikir dan membezakan baik buruk sesuatu perkara. - Sinar Harian Online
TOP
Tuah Tangkap Udang Kara Albino Di Amerika Syarikat
Maine (Amerika Syarikat) – Dua penangkap udang membuat tangkapan luar biasa apabila menjerat sepasang udang kara albino dalam dua kejadian berasingan di Owls Head.
Akhbar Portland Press Herald melaporkan dalam kejadian pertama Bret Philbrick menangkap haiwan berkenaan pada Khamis lalu manakala seorang lagi, Joe Bates membuat tangkapan itu beberapa hari sebelumnya.
Udang kara albino amat jarang ditemui, malah kemungkinan melihatnya dijangka hanya satu dalam sejuta.
Dua udang kara itu kini disimpan di Owls Head Lobster Co. Seekor akan di hantar ke Akuarium Negeri Maine dan satu lagi ke Brooks Trap Mill.
Kedua-duanya masih tidak cukup besar mengikut saiz yang diperuntukkan undang-undang dan dalam keadaan biasa sepatutnya dimasukkan semula ke laut.
Bagaimanapun, Peronda Marin memberikan pengecualian dalam kes itu.
Bates turut berjaya melakukan satu lagi tangkapan satu dalam sejuta pada Isnin lalu, iaitu udang kara kuning. – AP
TOP
Taraf hidup rakyat meningkat, purata pendapatan isi rumah 2014 RM5,900, kata Wahid
Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.
Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata ia merupakan pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan. "Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini. "Namun, mengembangkan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti," katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014. Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang kepada 33.6% tahun kepas berbanding 29.3% pada 2008. Menyentuh ringkas Rancangan Malaysia ke-11, Wahid berkata kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri. "Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui ketua menteri dan Kabinet negeri minggu depan," katanya. Simposium 3 hari ini yang bermula Sabtu, dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. – Bernama

Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ Mulai 1 Oktober 2014
Peraturan baru lampu kereta oleh JPJ mulai 1 Oktober 2014. Pihak Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu
jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan
pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas
mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan
raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu
akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.
Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ
Mulai 1 Oktober 2014
Kadar Kompaun Saman
Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan
Sumber: Melvister.com

- Pemasangan lampu HID secara retrofit.
- Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
- Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
Mulai 1 Oktober 2014
Kadar Kompaun Saman
Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan
Sumber: Melvister.com
TOP
Usaha TH Atasi Jemaah Tersasar Turut Diaplikasi Negara Lain
MAKKAH – Usaha Lembaga Tabung Haji (TH) menambahbaik perkhidmatan urusan ibadah haji, terutama mengurangkan jumlah jemaah haji tersasar turut diterima pakai oleh Muassasah Asia Tenggara dalam mengendalikan jemaah haji dari rantau itu.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata langkah TH memperkenalkan sistem lanyard, tali berwarna terang iaitu oren dan merah bersama nombor maktab penginapan akan dipakaikan kepada jemaah haji yang baru tiba, sama ada di Madinah dan Makkah, berjaya mengurangkan jumlah jemaah haji tersasar.
“Malah sistem ini juga dapat membantu membuat hitungan kepala bagi jemaah yang dibawa untuk mengerjakan tawaf dan saie di Masjidilharam di sini, atau pun semasa program ziarah di Madinah,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini Ahad.
Beliau berkata dengan adanya pemakaian lanyard ini, akan memudahkan TH mengenal pasti jemaah yang tersasar dari kawasan maktab atau yang masih berada di Masjidilharam untuk beribadah.
Melihat keberkesanan pengunaan lanyard ini dalam mengawal jumlah jemaah haji yang besar, Muassasah Asia Tenggara yang bertanggungjawab mengurus ibadah haji umat Islam dari rantau tersebut turut menggunakan sistem itu.
“Muassasah Asia Tenggara meminta negara lain di bawah seliaannya turut mencontohi tindakan Tabung Haji ini. Ini adalah satu sumbangan Malaysia kepada jemaah haji negara lain,” katanya.
Syed Saleh berkata selain itu jemaah haji Malaysia juga turut dibekalkan dengan beg sandang berwarna kuning bagi memudahkan pihak TH mengesan mereka di kawasan Masjidiharam atau di mana-mana sahaja jika jemaah tersasar jauh dari kawasan penginapan.
TH juga turut menyediakan pasukan peronda yang berpakaian kemeja-T merah serta bertopi merah untuk mengawal dan mengesan jemaah haji yang tersasar dan memastikan mereka dapat pulang ke maktab penginapan dengan selamat, katanya.
Menyentuh mengenai indeks kepuasan pelanggan, Syed Saleh berkata TH telah pun mendapat ISO9001:2008 dalam usaha memastikan perkhidmatannya berkualiti sejak 2006.
“Dengan adanya pengiktirafan ini prosedur kerja di TH perlu mengikut standard bertaraf dunia, dan ini menjadi pengukur kepada perkhidmatan TH, termasuk proses pendaftaran jemaah haji di Kompleks Haji di Kelana Jaya, pelepasan jemaah haji di lapangan terbang, pendaftaran haji dan sebagainya.
“Prosedur ISO ini membantu TH mengawal dan memantau prestasi semua unitnya bagi mengukur tahap perkhidmatannya,” kata Syed Saleh.
Selain itu, pihaknya juga akan mengedarkan 5,000 borang kaji selidik kepada jemaah haji setiap tahun untuk mendapat maklum balas mengenai perkhidmatan urusan hajinya.
“Jumlah ini merupakan 20 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah haji yang dikendalikan TH, dan maklum balas yang diberi termasuk dari aspek sajian makanan, pengeluaran kewangan serta bimbingan haji,” katanya.
Beliau berkata dengan ini pihak TH dapat mengesan kelemahan yang perlu diatasi kerana ia merupakan kayu pengukur perkhidmatan badan itu.
Beliau berkata pihak Muassasah Asia Tenggara turut berminat melaksanakan sistem standard yang sama untuk menilai tahap perkhidmatannya.
Menyentuh mengenai sahabat TH, iaitu sukarelawan dalam kalangan anggota jemaah haji yang ingin membantu dari segi kebajikan, perubatan dan bimbingan ibadah, Syed Saleh berkata setiap tahun TH membuka peluang ini kepada jemaah haji yang layak dan berkelayakan untuk turut membantu TH.
Sebelum mengambil jemaah haji sebagai sahabat TH, mereka akan disaring untuk memastikan mereka berwibawa bagi menjalankan tanggungjawab tersebut, dan TH menghadkan hanya 25 orang sukarelawan di setiap maktab.
“Mereka akan diberi taklimat mengenai tanggungjawab mereka serta diberi vest untuk mudah dikenali,” katanya.
Gandingan antara sahabat dan petugas TH amat diperlukan terutama semasa mengerjakan wukuf di Arafah, tambahnya.
Beliau berkata antara kriteria untuk layak diambil sebagai sahabat TH, mempunyai latar belakang dalam bidang tadbir urus dan mampu berhadapan dengan keadaan terdesak, mempunyai sifat suka menolong serta komitmen tinggi.
Syed Saleh juga berkata buat pertama kalinya jemaah haji yang tinggal di maktab-maktab yang mempunyai jumlah jemaah haji yang besar iaitu Abraj Al Janadiriyyah dan Land Premium dapat mengikuti siaran stesen TV3 di bilik masing-masing bagi memastikan mereka dapat mengikuti perkembangan dalam negara.
Selain itu, TH juga turut menyalurkan siaran info mengenai ibadah haji dan maklumat penting dalam siaran televisyen swasta tersebut, katanya. – BERNAMA
TOP
30 Petugas Khas PDRM Kembali Ke Ukraine
SEPANG – Sejumlah 30 petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Ukraine malam ini bagi menyambung misi di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
Pasukan itu, yang berlepas pada kira-kira 11.45 malam, terdiri daripada pegawai dan anggota Komando Vat 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan, Unit Simpanan Persekutuan dan perhubungan awam diketuai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam Datuk Muhammad Fuad Zarim.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Fuzi Harun berkata kumpulan itu adalah yang pertama ke Ukraine setelah pasukan sebelum ini kembali ke tanah air pada 12 Ogos lepas berikutan pergolakan di kawasan berkenaan.
“Malaysia dan Ukraine telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Malaysia menghantar ‘anggota bukan tentera’ Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat itu terhempas untuk menyiasat nahas itu sejajar Resolusi 2166 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena majlis penghantaran pasukan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), yang turut disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Fuzi berkata persetujuan dua hala itu turut membenarkan sehingga 90 ‘anggota bukan tentera’ Malaysia menyertai pasukan antarabangsa di kawasan pesawat terhempas, dan dalam masa terdekat, 50 anggota lagi akan dihantar. Beliau berkata pasukan kali ini dianggotai petugas sama dalam misi sebelum ini bagi mencari saki-baki mayat mangsa MH17. “Sesungguhnya pemergian misi ini adalah bagi menyahut komitmen kerajaan yang tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu,” katanya. Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine. Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA

Seorang Maut, 2 Cedera Ditembak Dekat Plaza Tol Bidor
TAPAH – Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera akibat ditembak dalam kejadian jam 11 malam tadi berhampiran Plaza Tol Bidor, dekat sini.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lelaki yang maut itu dipercayai akibat terkena tembakan oleh suspek yang masih belum dapat dikenal pasti, manakala dua mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan suspek yang terbabit dalam kejadian itu. – BH Online
TOP
Akta Hasutan: Kerajaan Tak Akan Buat Keputusan Boleh Bimbangkan Rakyat
PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan membuat sesuatu keputusan yang akan menyebabkan masyarakat berasa bimbang serta boleh menggugat kestabilan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengadakan rundingan dengan semua pihak berkepentingan mengenai isu pengekalan atau pemansuhan Akta Hasutan.
“Jika akta baharu diperkenalkan, ia mesti lebih baik daripada akta yang sedia ada,” katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, di sini sebentar tadi. – BH Online
TOP
Kelayakan Euro 2016: Jerman Menang, Portugal Tewas
LONDON – Dua bulan selepas menjulang Piala Dunia, Jerman membuka kempen kelayakan Kejohanan Eropah 2016 dengan kemenangan 2-1 ke atas Scotland manakala Portugal dan Greece tumpas dalam perlawanan masing-masing.
Thomas Mueller menyumbatkan kedua-dua gol Jerman menerusi tandukan berbisa pada minit ke-18 dan rembatan jarak dekat pada minit ke-70, cuma empat minit selepas Ikechi Anya menyamakan kedudukan untuk Scotland.
“Saya puas hati dengan tiga mata ini. Amat penting untuk mulakan kempen dengan kemenangan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.
Skuad Jerman kini belum kalah dalam 33 perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah atau Piala Dunia.
Sementara itu, skuad Portugal yang turun beraksi tanpa bintang mereka, Cristiano Ronaldo kalah 1-0 di gelanggang sendiri kepada Albania manakala Romania yang terpaksa bermain dengan 10 orang menundukkan Greece 1-0 dan Serbia pula seri 1-1 dengan tuan rumah Kejohanan Eropah 2016, Perancis dalam perlawanan persahabatan. – AP
TOP
Zara Zya Enggan Ulas Gosip Intim Dengan Fahrin Ahmad
Zara enggan mengulas mengenai gosip dia kini berkawan rapat dengan aktor Fahrin Ahmad.
PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin Ahmad yang dilihat semakin mesra hanya gosip biasa. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan ketika ditanya lanjut mengenai perkara itu. "Saya tiada komen dan itu hanya gosip biasa sahaja," katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Ahad. Sebuah akhbar mingguan dalam ruangan gosipnya melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara. Malah ada beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin dan peminat juga seakan-akan gembira melihat keakraban mereka berdua. Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan bagaimanapun tidak dibalas pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu. ─ mStar online

ABNxcess Stesen TV Era Baharu
ABNxcess
menawarkan khidmat TV bersama-sama Internet berkelajuan tinggi dengan
harga cukup berpatutan kepada masyarakat Malaysia.
SELARI dengan perkembangan teknologi, negara kini sudah mempunyai stesen televisyen (TV) kabel digital pertama apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABNxcess), pada Jun lalu.
Pelancarannya yang menggambarkan kelahiran 'era baharu' TV, apabila menawarkan khidmat TV bersama-sama internet berkelajuan tinggi dengan harga cukup berpatutan kepada masyarakat Malaysia.
Sejajar dengan tema itu, ABNxcess menawarkan perkhidmatan untuk semua atau ‘Akses Untuk Semua’, bagi memastikan segenap lapisan masyarakat menikmati kandungan siaran berbentuk pendidikan, maklumat dan hiburan.
Ia juga selari dengan visi kerajaan bagi mengurangkan jurang digital serta membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang kukuh. Untuk mengetahuinya secara lanjut, Zass berjaya mendapatkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ABNxcess, Sreedhar Subramaniam.
Boleh terangkan sedikit mengenai ABNxcess?
ABNxcess menyertai industri Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HBSB) dengan menawarkan perkhidmatan internet pada harga rendah dan terpantas untuk kegunaan seisi rumah. Kami menggunakan Motorola Mobiliti Home (kini dikendalikan oleh Arris) yang memberi produk dan perkhidmatan berkualiti termasuk kabel modem untuk menyalurkan khidmat HSBB.
Khidmat TV berbayar ABNxcess menggunakan set top box, daripada Motorola yang menyokong fungsi video MPEG 4, TV berdefinisi tinggi, port USB untuk khidmat PVR di masa akan datang, aplikasi permainan dan khidmat informasi.
Pandangan tentang kerjasama ini?
Kerjasama antara Arris dan Motorola adalah satu kelebihan kepada ABNxcess. Arris dan Motorola adalah satu nama besar yang memiliki pengalaman luas dan peneraju industri video serta jalur lebar dan ia adalah satu kelebihan kepada ABNxcess untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.
Selain memberi khidmat internet berkelajuan tinggi, penggunaan kabel yang sama turut membolehkan kami menyediakan khidmat video. Perkhidmatan TV berbayar ABNxcess menggunakan teknologi kelas dunia yang tidak akan mendatangkan masalah apabila berhadapan dengan gangguan seperti hujan, ribut petir dan kilat.
Pelancaran kabel TV digital ini menandakan 'era baru' TV di negara ini. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut?
Pelaburan yang dibuat oleh ABNxcess pasti akan mengubah landskap sosial, persekitaran dan ekonomi negara. Daripada pelajar yang membuat kerja rumah hinggalah ke media sosial, e-dagang dan hiburan, pengguna kini boleh mengakses, bermain dan berkongsi sebarang data dalam kelajuan yang tinggi.
Ini adalah 'era baharu' yang ingin dibawa oleh ABNxcess kepada negara. Dengan pengumuman ini, ABNxcess akan merealisasikan 'akses untuk semua'. Akses untuk semua... Kami ingin memastikan semua peringkat masyarakat mendapat akses yang baik kepada pelajaran, maklumat dan hiburan bagi merapatkan jurang digital dan memperkukuhkan ekonomi berdasarkan pengetahuan.
Sejak dilancarkan Jun lalu, bagaimanakah sambutan yang diterima?
Semestinya menggalakkan. Ramai yang sering bertanya dan menantikan bilakah perkhidmatan ini akan 'sampai' ke tempat mereka. Kini, kami sedang berusaha memperluaskan operasi ke seluruh negara dengan sasaran lima juta pelanggan menjelang tahun 2017. Pada masa ini, lebih 30,000 telah melanggan perkhidmatan kami dan jumlah itu semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Bagaimana dengan tawaran harga yang diberi?
Siaran TV kabel ABNxcess bermula daripada RM29.90 sebulan bagi 50 siaran TV termasuk 10 siaran HD, perkhidmatan internet daripada RM129 sebulan untuk kelajuan 10 Mbps serta RM158.99 bagi pakej kedua-dua sekali. begitu pun, sebagai promosi, perkhidmatan pakej buat masa ini ditawarkan pada harga RM98.99 sebulan.
Kami mampu menawarkan harga rendah berikutan penggunaan rangkaian Coaxial Serat Hibrid (HFC) yang memerlukan kos lebih rendah. Teknologi ini berbeza dengan teknik yang digunakan penyedia perkhidmatan sedia ada iaitu sambungan wayar fiber ke rumah yang mana sambungan seperti ini sangat mahal dan memerlukan tempoh yang panjang untuk menebus semula kos yang dikeluarkan.
Perkembangan terkini ABNxcess?
ABNxcess memperuntukkan RM2 bilion bagi memperluas sekali gus memantapkan operasi dalam tempoh empat tahun. Jumlah itu antara lain akan digunakan untuk membuka pusat servis di negeri lain bermula dengan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Kami juga merancang untuk meningkatkan kapasiti dan menyasarkan lebih 200 saluran televisyen menjelang 2015. Buat masa ini, ABNxcess hanya terdapat di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru.
Kami akan memperluaskan perkhidmatan di Kajang, Seremban, Ipoh dan Melaka menjelang hujung tahun ini. Selain itu, kami berhasrat meliputi lebih 70 peratus perkhidmatan ini di seluruh negara menjelang 2017.
Bukankah perkhidmatan ABNxcess mirip dengan perkhidmatan sedia ada kini?
Saya akui perkhidmatan yang ditawarkan seakan-akan sama dengan produk sedia ada seperti HyppTV atau Astro Byond IPTV, namun kami melihat masih ada ruang dan peluang di pasaran tempatan untuk ABNxcess muncul sebagai penyedia perkhidmatan baharu di pasaran.

1,500 Anak Gaza Yatim Piatu
Majoriti Kanak-kanak Palestin kini mengalami tekanan emosi. Foto AFP
GENTING GAZA - PALESTIN. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan, kira-kira 1,500 kanak-kanak Palestin kini menjadi yatim piatu akibat kempen serangan selama 50 hari yang dilancarkan rejim Zionis ke atas wilayah Gaza. Susulan itu, Pengarah Rumah Anak Yatim Al-Amal. Iyad al-Masri memaklumkan, mereka bersedia menerima golongan tersebut memandangkan ia adalah satu-satunya pusat jagaan anak yatim di Genting Gaza. "Kami sentiasa membuka pintu buat mereka dan pusat ini menjangkakan 250 hingga 300 anak yatim baharu bakal diterima dalam tempoh terdekat," katanya dipetik oleh Middle East Monitor. Menurutnya lagi, sekatan haram Israel menyebabkan pembinaan bangunan baharu di pusat jagaan itu tergendala dan ia mungkin menyukarkan usaha mereka untuk memberi perlindungan kepada lebih ramai anak yatim. Selain itu, data dikeluarkan PBB mendedahkan sekurang-kurangnya 373,000 kanak-kanak mengalami tekanan emosi selepas Operasi Perlindungan Sempadan tersebut berakhir 26 Ogos lalu.

7 Lelaki perkosa 4 Wanita Dihukum Mati
Kabul: Seorang hakim semalam menjatuhi hukuman mati terhadap tujuh lelaki kerana merogol empat wanita dalam kes yang mencetus kemarahan rakyat Afghanistan.
Semua tertuduh didapati bersalah menculik dan merogol empat wanita terbabit ketika mangsa dalam perjalanan ke Kabul selepas menghadiri majlis perkahwinan.
Presiden Hamid Karzai sebelum ini menggesa semua lelaki terbabit dihukum gantung.
Dalam perbicaraan yang berlangsung hanya beberapa jam, hukuman mati itu sebenarnya untuk kesalahan rompakan bersenjata.
Seorang daripada tujuh lelaki yang dihukum mati berdiri dalam kandang tertuduh ketika prosiding mahkamah.
Menurut saksi, semua tertuduh berpakaian seperti polis dan bersenjatakan pistol menghentikan satu konvoi kereta pada awal pagi 23 Ogos lalu. Empat wanita terbabit diheret keluar dari kereta mereka sebelum disamun, dipukul dan dirogol. Seorang daripada mangsa juga dilaporkan mengandung. Seorang mangsa berkata: “Kami menghadiri majlis di Paghman bersama keluarga dan diserang dalam perjalanan pulang.
“Seorang daripadanya mengacukan pistol ke kepala saya manakala seorang lagi mencuri barang kemas kami. Selebihnya anda tahu apa berlaku selepas itu,” katanya yang memakai burqa ketika memberi keterangan. Penunjuk perasaan yang berhimpun di luar menjerit dan mendesak tertuduh dihukum mati dan bersorak selepas Ketua Polis Kabul Zahir Zahir juga membuat ujaran sama. “Kami mahu mereka digantung di khalayak ramai supaya menjadi pengajaran untuk semua orang. “Ketika ditahan mereka memakai seragam polis dan mengakui perbuatan mereka tidak sampai dua jam selepas ditahan,” katanya. Sementara itu, hakim berkata semua tertuduh berhak merayu terhadap hukuman berkenaan. - AFP

Hattan Pengetua, Faizal Ismail Diumum Pengacara Bersama Konsert AF2014
Penyanyi rock terkenal, Datuk Hattan diumumkan sebagai Pengetua AF2014.
PETALING JAYA: Konsert minggu pertama Akademi Fantasia 2014 (AF2014) membuat kejutan apabila mengumumkan bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail sebagai pengacara program tersebut bersama Zizan Razak bermula minggu hadapan. Faizal yang lebih dikenali dengan panggilan FBI muncul pada segmen terakhir konsert yang sepatutnya mengumumkan penyingkiran peserta pertama daripada konsert itu. Konsert itu berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam dekat sini pada malam Ahad. Barisan 12 peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014). Bagaimanapun seperti tahun-tahun sebelum ini kesemua 12 peserta yang bertanding tidak disingkirkan pada minggu pertama persembahan. Terdahulu seperti mana dijangka penyanyi rock terkenal, Datuk Hattan diumumkan sebagai Pengetua AF2014 sebelum konsert berlangsung. Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 49, turut menyampaikan beberapa buah lagu popular nyanyiannya secara medley pada segmen pengenalan tersebut. Selain Hattan, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).
Manakala pelakon, pengacara dan pelawak Jihan Muse mengendalikan Diari AF. Sementara itu, konsert minggu pertama itu menyaksikan 12 peserta membuat persembahan sulung mereka dihadapan penonton. Dua juri tetap yang ditampilkan untuk mengadili peserta adalah Raja Azura dan Datuk Ramli MS. Peserta yang bertanding masing-masing enam lelaki dan enam wanita iaitu, Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19. Enam peserta wanita pula ialah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, Syamila Nuhair Zainordi, 21 dan Walfadhilah Suhaizat, 19. Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam. Manakala konsert mingguan disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam dan ia bersiaran meneruai saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135). ─ mStar online

5,000 anjing dibunuh di China
BEIJING 8 Sept - Pihak berkuasa China membunuh hampir 5,000 ekor anjing di sebuah bandar selepas lima orang awam maut menghidap penyakit anjing gila, kata agensi berita rasmi Xinhua semalam.
Bandar Baoshan di Yunnan dilaporkan telah membunuh 4,900 ekor anjing dan 100,000 yang lain di beri suntikan vaksin dalam kempen penyakit anti anjing gila di negara berkenaan, kata Xinhua.
Bandar ini mengeluarkan satu arahan segera yang mendesak pihak berkuasa untuk mengawal selia dengan ketat anjing dan membunuh anjing liar. - Agensi
TOP
Pelajar IPT cuba setubuh luar nikah dalam kereta didenda
Gambar hiasan
Kuala Terengganu: “Sebagai seorang yang terpelajar, perbuatan tidak bermoral itu tidak sepatutnya dilakukan tertuduh yang sudah bijak berfikir dan membezakan baik buruk sesuatu perkara,” kata Hakim Tinggi Syarie Rosdi Harun dalam penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman denda RM2,300 terhadap seorang remaja perempuan yang didapati bersalah terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuhan luar nikah pada Jun tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 18 tahun selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Rosdi turut menjatuhkan hukuman penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya, Muhamad Azmil Mohd Zalzali, 20, di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Awam Pulau Warisan, di sini, pada jam 6.50 petang, 5 Jun 2013. Sebelum ini, Muhamad Azmil yang bekerja sendiri dan berasal dari Marang dikenakan hukuman denda RM2,800 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof manakala tertuduh diwakili peguam syarie Nurul Aini Abd Malik. ─ myMetro online

Model Baru Lenovo
Dua model menunjukkan telefon pintar generasi baharu, S850 ketika majlis pelancarannya, baru-baru ini.
LENOVO Malaysia (Lenovo) yakin untuk meningkatkan jualan menerusi pengenalan telefon pintar generasi baharu, S850 khusus bagi individu yang inginkan reka bentuk, warna dan persembahan yang menarik. Pengurus Besar Negara Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, pengenalan peranti baharu ini akan melengkapkan portfolio sedia ada Lenovo dengan menawarkan pilihan lebih baik dan harga yang berpatutan. "Sejak dua tahun lalu, Lenovo sudah mengembangkan perniagaan dengan lebih agresif di pasaran global dengan memperkenalkan telefon pintar keluaran kami ke 25 negara. "Tahun lalu, sebanyak 114 juta peranti meliputi komputer, tablet dan telefon pintar telah diedarkan di seluruh dunia dan pihaknya mencatatkan peningkatan 37 peratus setiap tahun," katanya. Menurutnya, telefon pintar baharu ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan pengguna mudah alih dengan menampilkan ciri-ciri terbaharu seperti pemprosesan dwi teras MediaTalk (MTK) dan Android KitKat. Lenovo berada di tangga keempat di peringkat global bagi segmen telefon pintar iaitu sebanyak 4.6 peratus. Sementara itu, Pengurus Jualan Bahagian Telefon Pintar Lenovo Malaysia, Foo Mun Yee berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA). "BCWA akan menerima sumbangan RM10 bagi 1,000 unit pertama pembelian Lenovo S850 bernilai RM729 bermula 4 hingga 30 September ini,'' katanya.

Ribuan penduduk Srinagar diancam banjir
MANGSA banjir beratur untuk menaiki sebuah helikopter selepas penempatan di Hamirpur Kona dalam daerah Rajouri, barat daya Jammu, India ditenggelami air.
SRINAGAR - Banjir dahsyat melanda ibu kota wilayah Kashmir India di sini semalam, sekali gus memaksa beratus- ratus penduduk berpindah selepas Perdana Menteri Narendra Modi tiba di wilayah berkenaan untuk melihat sendiri kemusnahan yang berlaku. Setakat ini, hampir 250 orang terkorban di rantau Himalaya yang berjiran dengan Pakistan itu sejak hujan monsun mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh menyebabkan berpuluh-puluh buah rumah ranap beberapa hari lalu. Pasukan tentera dan petugas kecemasan lain telah dikerahkan ke kawasan berkenaan bagi membantu operasi memindahkan mangsa banjir yang terperangkap menggunakan bot dan helikopter. Sungai utama di rantau itu, Sungai Jhelum melimpah dan menenggelamkan beberapa kawasan di sini semalam turut memaksa penduduk naik ke bumbung untuk menyelamatkan diri. "Saya mahu merayu kepada orang ramai supaya tidak panik," kata Ketua Menteri Omar Abdullah dalam satu sidang akhbar di sini. Modi tiba bertemu Omar dan beberapa pegawai agensi kecemasan di samping menilai situasi di Kashmir. Banjir yang melanda kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh lima dekad. Beberapa ribu kampung di seluruh Jammu dan rantau Kahsmir dilanda banjir dengan 350 buah kampung ditenggelami air. Dalam pada itu, tentera India yang dibantu 22 buah helikopter dan empat pesawat setakat ini berjaya memindahkan seramai 11,000 penduduk ke kawasan selamat. - AFP

Gencatan senjata di Ukraine rapuh
SEORANG pemberontak pro-Rusia berdiri di hadapan kenderaannya yang dilengkapi mesingan berat di Donetsk, timur Ukraine semalam.
DONETSK - Seorang penduduk terbunuh dalam bedilan meriam ke atas bandar pelabuhan Mariupol di Ukraine manakala beberapa letupan kuat didengar dekat sebuah lapangan terbang di sini semalam sekali gus meningkatkan kebimbangan satu gencatan senjata yang dimeterai dua hari lalu akan gagal. Beberapa letupan dekat lapangan terbang ini amat kuat sehingga boleh didengari penduduk di pusat bandar raya ini yang menjadi kubu kuat pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Ukraine, Volodymyr Polyovyi menyatakan dalam satu taklimat di Kiev bahawa anggota-anggota pemisah cuba menyerang lapangan terbang tersebut yang dikuasai kerajaan sejak Mei lalu. Gencatan senjata tersebut kelihatan bertahan sepanjang hari kelmarin tetapi bedilan artileri bermula lewat malam. Kumpulan pemberontak pro-Rusia dalam satu kenyataan menuduh tentera Ukraine mencabuli gencatan senjata itu dengan membedil enam lokasi kedudukan mereka kelmarin termasuk dekat lapangan terbang di sini. Kenyataan tersebut memberitahu, beberapa pemberontak terbunuh dalam serangan itu. Bedilan artileri turut berlaku di pinggir bandar pelabuhan Mariupol yang menjadi lokasi barisan hadapan tentera Ukraine memerangi pemberontak. Menurut pihak berkuasa bandar pelabuhan itu, seorang penduduk awam terbunuh manakala seorang petugas wanita cedera dalam bedilan tersebut. Sebutir peluru meriam turut memusnahkan sebuah stesen petrol di kawasan itu. Mariupol terletak di perairan Laut Azov pada jarak 115 kilometer ke selatan bandar raya ini. Ukraine dan pemberontak pro-Moscow itu sebelum ini menandatangani satu perjanjian gencatan senjata di ibu kota Belarus, Minsk pada Jumaat lalu dalam usaha untuk menamatkan pertumpahan darah yang berlarutan sejak lebih empat bulan lalu. Perang saudara antara pemberontak pro-Rusia dan kerajaan Ukraine bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara itu tetapi turut meragut sekurang-kurangnya 2,600 nyawa orang awam serta menyebabkan beribu-ribu penduduk hilang kediaman. - AFP

Rumah 'paling kecil di dunia' berharga RM1.43 juta
SEBUAH bilik tidur yang diletakkan di atas bahagian dapur.
LONDON - Sebuah rumah yang dianggap sebagai rumah 'paling kecil di dunia' yang terletak di kejiranan Islington di utara London bakal dijual pada harga AS$450,000 (RM1.43 juta), lapor New York Daily News kelmarin. Rumah dengan sebuah bilik tidur, dapur dan sebuah bilik air itu terletak di kawasan kejiranan terkenal di London yang mana harga hartanah di lokasi itu melambung pada setiap tahun. Kediaman tersebut sangat kecil sehingga bilik tidur dibina di atas dapur dan pemiliknya perlu menaiki tangga kecil untuk ke ruang berkenaan. Seorang ejen jualan rumah berkenaan berkata, hartanah itu sangat unik dan baru sahaja dibina serta dijual di pasaran. "Ini mungkin rumah paling kecil di dunia tetapi harganya sangat berpatutan di lokasi ini," katanya. Harga hartanah di Islington telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak beberapa tahun lalu. - Agensi

Ritual merapi mayat amalan di Sulawesi Selatan
SEORANG lelaki merapikan rambut mayat seorang ahli keluarganya semasa upacara MaiNene yang diadakan di sebuah kampung di Toraja dalam wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia pada bulan lalu.
TORAJA, Sulawesi Selatan - Satu ritual dinamakan MaiNene atau majlis merapikan mayat dilakukan oleh penduduk sebuah kampung di sini yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia setiap tahun pada bulan Ogos. Dalam upacara itu, penduduk kampung akan menggali semula kubur saudara-mara mereka dan mengheret keranda berisi mayat itu menuju ke tempat mereka meninggal dunia.
Menurut kepercayaan penduduk tempatan, walaupun anggota keluarga mereka telah meninggal dunia tetapi roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud dan perlu dibersihkan. Mayat-mayat itu akan dibawa pulang ke rumah sebelum mereka dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu sebelum dihias cantik. Amalan tersebut turut melibatkan mayat kanak-kanak yang dipakaikan pakaian yang cantik dan diberikan anak patung mainan. Keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat pula akan ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus. - Agensi

Pas nafi percanggahan pendapat ulama, profesional
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menafikan wujud percanggahan pendapat antara golongan ulama dan profesional dalam Pas mengenai isu calon Menteri Besar Selangor. Beliau menjelaskan, parti itu telah menetapkan keputusan bersama bahawa kerusi menteri besar itu adalah milik PKR dan Pas tidak berhasrat menuntutnya dari rakan mereka itu. "Kita tidak pernah bercanggah. (Dalam) mesyuarat tiga jam tadi (hari ini), kita bincangkan semua aspek dan kita bahaskan dengan cukup harmoni dan kita bebas melahirkan pandangan dan akhirnya kita simpulkan dengan satu keputusan," katanya. Salahuddin ditemui pemberita selepas menghadiri Ijtima Pas Selangor di Seri Kembangan, di sini, hari ini, dan diminta mengulas isu pencanggahan pendapat itu. Sementara itu, dalam satu sidang media di ibu negara hari ini, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberikan jawapan yang agak berbeza berhubung calon menteri besar itu. Mohamad berkata, Pas akan tetap menolak walaupun istana memilih Adun mereka sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, sementara Mustafa pula menyatakan bahawa Pas akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan. Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan berbeza oleh dua pemimpin tertinggi Pas itu, Salahuddin tidak memberikan jawapan yang jelas sebaliknya mengulangi pendirian parti tidak akan menerima kerusi menteri besar itu. Beliau berkata, keputusan Pas sebelum ini yang mencalonkan tiga nama untuk menggantikan Abdul Khalid, dibuat bagi menghormati konsep raja berperlembagaan dan titah Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan lebih daripada dua nama daripada setiap parti Pas, PKR dan DAP untuk calon menteri besar. Bagaimanapun, Salahuddin berkata parti itu akan tetap menolak jika Sultan Selangor memilih calon dari Pas untuk menggantikan Abdul Khalid. - Bernama

ISA tidak perlu, Sosma sudah cukup
Ismail Sabri
TUARAN - Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) sudah mencukupi untuk menangani sebarang tindakan yang mengancam keselamatan negara, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) tidak perlu diwujudkan semula kerana apa yang perlu dibuat adalah melakukan pindaan terhadap Sosma sekiranya didapati mempunyai kelemahan dari segi pelaksanaan atau penguatkuasaannya. "Rata-rata pihak merasakan bahawa ketiadaan ISA mengakibatkan terlampau banyak kes yang melibatkan mencabar kerajaan, menaikkan semangat kebencian kaum dan lain-lain yang berlaku secara berleluasa. "Orang tidak yakin Sosma mengantikan ISA kerana mungkin tiada tangkapan dilakukan di bawah Sosma dan mengatakan Sosma tidak mampu memainkan peranan seperti ISA dan ini perlu dikaji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tuaran di sini, hari ini. Katanya, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia wajar mengkaji perkara itu. "Kalau dapati Sosma tidak kuat dan fungsi tidak bagus kita pinda dan perkemas Sosma," katanya dan menurutnya rakyat akan meyakini fungsi Sosma jika penguatkuasaan akta itu dapat dilihat dengan jelas. - Bernama

Bom Perang Dunia Kedua dimusnah pagi esok
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Usaha memusnahkan sebutir bom lama yang ditemui di kawasan hutan di Bukit Cheras Awana, Batu 9, Cheras semalam, akan dilakukan pagi esok. Bom itu dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dan usaha memusnahkannya akan dilakukan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB). Pegawai Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Hadi Abd Rasip berkata sehubungan itu, polis menasihati orang ramai agar menghentikan sebarang aktiviti rekreasi seperti memanjat bukit di kawasan Bukit Cheras Awana dan sekitarnya, bermula esok hingga Selasa. "Bertindak atas maklumat awam, sepasukan UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah melaksanakan operasi menjejaki bom itu hari ini dan menemui sebutir bom lama, bagaimanapun setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada ia masih aktif ataupun tidak," katanya ketika dihubungi hari ini. Abdul Hadi berkata bom lama itu, dianggar seberat hampir 500 paun, dijumpai orang awam dalam kawasan hutan di sini pada kira-kira 7 malam, semalam (Sabtu). "Setakat hari ini, kita tidak dapat melaksanakan operasi memusnah bom berkenaan berikutan UPB menghadapi masalah membawa masuk peralatan mereka keranakeadaan kawasan itu yang berbukit dan hutan tebal," katanya. - Bernama

Wan Azizah perlu diberi peluang
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu diberi peluang untuk menunjukkan kewibawaannya menerajui Selangor sebagai menteri besar. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Wan Azizah perlu diberi peluang walaupun belum menampakkan kredibilitinya dalam mentadbir sesebuah negeri. Beliau berkata, DAP tetap menyokong Wan Azizah untuk calon Menteri Besar Selangor kerana mempunyai kemampuan untuk mentadbir negeri. "Tambahan pula, beliau berada dalam PKR sejak tahun 1999. Saya tidak nampak apa yang dimaksudkan dengan baru belajar dunia politik. Kemampuan itu adalah subjektif, kita boleh lihat selepas beliau mentadbir Selangor. "Beri beliau peluang untuk menunjukkan kemampuannya. Saya dulu pun, semasa dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, pengetahuan serta kemampuan dalam politik sangat sedikit tetapi akhirnya PR memperolehi majoriti paling tinggi ketika pilihan raya umum lalu," katanya kepada media selepas menghadiri Karnival Makanan di Rumah Orang Tua Silver Jubliee, di sini hari ini. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, dari segi pendidikan, Wan Azizah dilihat layak kerana mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat baik. Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan keengganan Pas menuruti kehendak rakan PR, PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender sebaliknya menyifatkannya tidak layak untuk memikul tugas berkenaan kerana kredibilitinya. Abdul Hadi berkata, Wan Azizah belum cukup bersedia untuk memimpin kerana dilihat baru belajar mengenai dunia politik. - Sinar

Laluan ke lokasi nahas masih jadi kebimbangan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR - Laluan selamat untuk pasukan keselamatan negara ke lokasi nahas Penerbangan MH17 di wilayah Donetsk, timur Ukraine, masih menjadi kebimbangan besar walaupun gencatan senjata telah diumumkan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemergiannya ke Kiev malam ini untuk memastikan keselamatan pasukan negara di lokasi nahas bukan suatu tugas yang mudah. "Alhamdulillah gencatan senjata telah diwujudkan tetapi yang menimbulkan kebimbangan ialah sama ada kita boleh sampai ke lokasi nahas, menjamin laluan selamat kepada anggota-anggota pasukan penyiasat kita. "Sama ada kita boleh mendapatkan penyertaan negara lain seperti Belanda dan Australia untuk menyertai pasukan...itulah yang saya akan usahakan apabila saya ke Ukraine," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Segambut di sini hari ini. Gencatan senjata antara pasukan kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Rusia dicapai pada Jumaat lepas susulan perjanjian yang dimeterai di Minsk, Belarus. Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat malang Boeing 777-200 itu dipercayai telah ditembak jatuh di wilayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 43 orang ialah warga Malaysia. Tujuh lagi rakyat Malaysia yang menjadi korban tragedi MH17 dibawa pulang Selasa lepas, menjadikan jumlahnya 31. Mengenai kes bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, beliau berkata ketika ini Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak New Zealand. "Kita bekerjasama rapat dengan New Zealand tetapi seperti apa yang telah saya nyatakan, apa yang kita mahu ialah menegakkan keadilan...keadilan kepada orang yang membuat dakwaan tetapi pada masa yang sama keadilan kepada yang tertuduh," katanya. Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol. - Bernama

Lewis Hamilton Juara GP Itali
MONZA, Itali: Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton memberi tekanan kepada Nico Rosberg hingga melakukan kesilapan dan akhirnya berjaya mengatasi rakan sepasukannya itu untuk memenangi Grand Prix Itali pada Ahad.
Rosberg ketinggalan 3.1 saat untuk berada di tempat kedua dibelakang Hamilton.
Sementara itu pelumba Williams, Felipe Massa berada pada kedudukan ketiga.
Seorang lagi pelumba Wiliams, Valtteri Bottas menduduki tempat keempat dan Daniel Ricciardo daripada Red Bull di tempat kelima.- mstar
TOP
PPS: 51 NGO Desak Polis Tahan Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Sejumlah 51 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selaku individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Wakilnya Ahmad Yaqub Nazri berkata Ketua Menteri wajar diambil tindakan kerana beliau juga sudah beberapa kali mengeluarkan ucapan berunsur provokasi mengecam PDRM termasuk mencabar supaya beliau ditahan. "Ketua Menteri sepatutnya ditahan kerana beliau terlibat secara langsung dalam merancang pergerakan dan hala tuju PPS serta meluluskan peruntukan khusus untuk pasukan itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berhubung desakan itu kepada Pegawai Pentadbiran Jenayah Insp Sarimah Osman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, Ahad. Ahmad Yaqub yang juga Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri berkata memorandum itu turut mengandungi sokongan terhadap pengekalan Akta Hasutan dan meminta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan. Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta) negeri, Persatuan Wira Bersatu (Perwira) negeri, Persatuan Sejarah dan Peradaban Melayu Pulau Pinang, Persatuan Beca Pulau Pinang, Persatuan Pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Persatuan Penduduk Kampung Dodol. Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).- mstar

Calon Peperiksaan Online SPA Dibenar Duduki Peperiksaan Semula
Tan Sri Mahmood Adam
PUTRAJAYA: Calon peperiksaan online Penguasa Kastam W41 yang menghadapi masalah teknikal semasa menduduki peperiksaan itu semalam, dibenar menduduki semula peperiksaan itu Rabu depan (10 September). Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata mereka boleh menggunakan angka giliran yang sama dalam peperiksaan secara online itu, yang dijadual diadakan mulai 8 malam hingga 11 malam. "Setakat ini lebih 2,000 calon yang memohon menduduki semula peperiksaan. Kita mempunyai rekod melibatkan calon-calon yang mengalami gangguan pada 'server' ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Sehubungan itu, katanya, mereka yang ingin mengemukakan aduan atau berdepan sebarang masalah boleh menghubungi SPA di http://aduan.spa.gov.my/AduanExam. "Semalam berlaku sedikit kelewatan. Ini kerana hanya 39 dari 57 'server' yang disediakan bagus dan tepat pada masanya. Namun ia dapat dipulihkan selepas itu," kata beliau. Sementara itu, SPA dalam satu pengumuman yang disiarkan dalam laman webnya memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi calon-calon Penguasa Kastam W41. "Walaupun terdapat kelewatan selama lima jam disebabkan masalah teknikal, tetapi ia dapat diatasi dengan baik khususnya melibatkan 'server' 40 hingga 57," kata kenyataan itu. SPA berkata sebanyak 84,856 calon dipanggil menduduki peperiksaan itu, namun hanya 56,546 calon atau 67 peratus yang menduduki peperiksaan dengan jayanya. Selain calon dalam negara, turut mengambil peperiksaan ialah 65 calon yang berada di 18 negara semasa peperiksaan itu dijalankan antaranya di Turki, India, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Jepun dan Perancis. SPA dengan kerjasama Jaring Communications Sdn Bhd dan Syarikat Novatis Resources Sdn Bhd menyediakan jalur lebar dengan kapasiti 250 Mbps untuk tujuan peperiksaan itu. Ia merupakan peperiksaan online keenam dilaksanakan SPA sejak dilancarkan April tahun ini, kata kenyataan itu.- mstar

Muktamar PAS Di Lokasi Berasingan
Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Masalah lokasi untuk mengadakan Muktamar PAS ke-60 menyebabkan perhimpunan tahunan parti itu terpaksa diadakan berasingan antara satu sama lain. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, muktamar bagi Dewan Pemuda PAS akan diadakan di Kota Tinggi, manakala Dewan Muslimat di Johor Bahru dan Dewan Ulama akan berlangsung di Kulai, Johor. "Kita tidak ada sebuah dewan yang besar untuk semuanya diadakan di tempat sama. "Muktamar penuh akan diadakan di Parit Raja, Batu Pahat dalam kawasan Parlimen Sri Gading," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Ahad. Muktamar PAS kali ini dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 20 September. Sebelum ini PAS merancang mengadakan muktamar di Sutera Mall, Johor Bahru namun pusat beli-belah itu menolak permohonan PAS atas alasan tidak membenarkan mana-mana parti politik untuk berkumpul atau mengadakan aktiviti di kawasan tersebut. The Star Online pada Rabu menerima sepucuk 'surat bocor' yang dialamatkan kepada PAS Johor dari Sutera Mall yang menyatakan mereka menamatkan sewa parti itu kerana gagal membayar baki bayaran sebanyak RM50,000, di bawah surat tawaran mengikut tarikh akhir yang ditetapkan sebelum 15 Ogos lalu.- mstar

Isu MB Selangor: Hadi Ada Kuasa Pemutus
Abdul Hadi mempunyai kuasa pemutus dalam PAS selaras dengan Perlembagaan parti itu.
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kuasa pemutus dalam perkara melibatkan kepentingan parti termasuk berhubung krisis Menteri Besar Selangor. Sehubungan itu Majlis Syura Ulama PAS pada Ahad mengingatkan Jawatankuasa PAS Pusat supaya mematuhi arahan Hadi selaras dengan peruntukkan dalam Fasal 26(9)(m) Perlembagaan PAS. "Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. "Menjadi kewajipan ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m)," kata Majlis Syura Ulama menerusi kenyataan di sini. Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Jawatankuasa PAS Pusat selesai mengadakan pertemuan bulanan mereka di Kuala Lumpur. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu akan menolak sekiranya wakil rakyat mereka dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Malah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga pada sidang media selepas itu menegaskan parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. Baru-baru ini, Hadi bertindak mengabaikan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang hanya bersetuju menamakan dua calon daripada PKR untuk menduduki jawatan itu. Difahamkan, Hadi menerusi surat berasingan kepada istana pada 3 September lalu menamakan tiga calon daripada PAS untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.- mstar

‘Rara Ada Nur’ Dibahan Di Laman Sosial Sebab Lawak Melampau
Tak semua lawak digemari ramai. Lagi-lagi jika lawak yang jenis melampau dan tak logik dek akal.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook menjadi 'bahan' pengguna-pengguna lain gara-gara satu status yang dirasakan lawak olehnya.
Pengguna tersebut, Ehh Raa LakaLaka IV memuat status tersebut ke laman Facebook Kaki Sporting. Di status tersebut, dia menulis kononnya dia baru pulang dari misi kemanusiaan di Gaza dan kini dalam perjalanan ke Sabah untuk memberi bantuan kepada penduduk disana.
Status itu dijadikan bahan setelah bercampur dengan riak, lucah dan penghinaan terhadap penduduk kampung di sana.
Walaupun dia menulis status berkenaan dengan niat melawak, tapi bagi sesetengah, statusnya itu melampau.
Namun, ini bukan kali pertama status melampau yang dibuat oleh pengguna tersebut. Sebelum ini, dia juga pernah memuat naik status yang menghina penumpang kapal lterbang Air Asia dan MAS dengan mengatakan sesiapa yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu miskin.
Nak melawak pun, biar la ada batas. Lawak ke tak, yang keluar dari mulut semua akan dikira nanti. - SiakapKeli.com

JPJ Buru Kenderaan Lampu Beraksesori
Ipoh – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan dan menggunakan jenis nombor pendaftaran tidak dibenarkan bermula 1 Oktober ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad berkata, inisiatif meningkatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan itu dilakukan selepas mendapati ia juga adalah salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua pengarah negeri bagi menyelaraskan tindakan serta operasi yang akan dilakukan nanti dan berharap pengguna kenderaan tidak melakukan kesalahan itu kerana mereka akan berhadapan dengan saman maksimum sebanyak RM300 bagi setiap kesalahan dilakukan.
“Penguatkusaan terhadap kesalahan itu sudah dilakukan sebelum ini namun bermula 1 November ini JPJ akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang melakukan kesalahan ini.
“Selain kesalahan itu, kita juga sudah mula meningkatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat yang membawa lebih muatan sejak 1 September lalu dan sehingga kini bagi kesalahan membawa lebih muatan sebanyak 4871 saman sudah dikeluarkan bermula 1 Januari sehingga Khamis lalu,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini sebentar tadi. – myMetro Online
TOP
Elemen Akta Hasutan Tetap Dikekalkan Dalam Akta Baharu
KUANTAN – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya terdapat akta baharu menggantikan Akta Hasutan 1948 nanti, elemen-elemen tertentu yang termaktub di dalam Akta Hasutan tetap dikekalkan.
Katanya tidak semestinya jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta baharu, semua elemen di dalamnya akan turut dimansuhkan.
“Kita tahu kerajaan sudah umumkan Akta Keharmonian Nasional akan diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 dan harus kita ketahui tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menggantikan Akta Hasutan ini bukanlah untuk menghapuskan semua elemen di dalam akta ini.
“Sebaliknya apa yang akan dilakukan adalah mungkin memperkukuhkan beberapa klausa yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan dengan situasi semasa dan perkukuhkan ia di dalam Akta Keharmonian Nasional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuantan di sini Ahad.
Ahmad Zahid berkata sehingga kini belum ada sebarang draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang dirangka untuk menggantikan Akta Hasutan 1948.
“Ia (Akta Keharmonian Nasional) hanya satu rancangan kerajaan seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, tetapi jika desakan akar umbi contohnya melalui mesyuarat di cawangan atau bahagian Umno yang memperlihatkan rasa tidak puas hati jika Akta Hasutan digantikan, kita akan ambil kira maklum balas ini.
“Setakat ini, perkara ini belum muktamad dan Perdana Menteri pun nak dengar suara rakyat dalam perkara ini sebelum ia menjadi draf yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan dijadikan sebagai satu akta baharu yang akan dibawa ke sidang Parlimen,” katanya. – BERNAMA
TOP
Nak Cepat Sangat, Sampai Cabut Seat Motor Tu..
Sekali tengok macam tak ada apa tapi bila diamati betul-betul awek dalam gambar ni memang kelakar.
Jika selalunya ‘lady driver’ dianggap cemerkap hingga sering melakukan perkara tidak sepatutnya termasuk parkir kereta sesuka hati, lupa memasang penutup minyak dan memandu keluar dari stesen minyak tanpa meletakkan kembali nozel minyak ke tempat asalnya, awek ini lain ceritanya.
Mungkin nak cepat sangat agaknya, tempat duduk motosikal dicabut habis sebelum mengisi minyak ke dalam tangki.
Dah tu tempat duduk disandar jauh di pemegang motor membuatkan ia tambah menarik perhatian pengunjung stesen minyak lain sampai ada yang bertindak merakamnya.
Apa pun awek ni memang jenis selamba, lagi pun dia tak risau sangat dikenali sebab pakai helmet full face agaknya.
Apa pun, dia belum boleh lawan kesilapan terbesar dilakukan pemandu wanita di bawah:
Ini memang legend punya lawak.. – MYNEWSHUB

Gambar Lara Alana Anak Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya
Gambar wajah Lara Alana anak Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Akhirnya pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah mendedahkan wajah bayi perempuan mereka menerusi laman Instagram pada 5 September 2014. Perkongsian foto wajah anak sulung Awal Ashaari adalah antara yang paling dinantikan peminat sejak Scha Alya bersalin pada 22 Julai 2014 yang lalu. Pada masa yang sama, turut didedahkan kepada umum bahawa nama penuh anak pasangan tersebut adalah Lara Alana Binti Ahmad Awalluddin.
Gambar Lara Alana Anak Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya
melvister.com

Puteri Sarah Liyana Isteri Syamsul Yusof Keguguran Anak?
Berita terkini Puteri Sarah Liyana isteri Syamsul Yusof keguguran anak. Akhbar Metro Online pada Ahad 7 September 2014 melaporkan bahawa Puteri Sarah telah keguguran anak ketika kandungan berusia 2 bulan. Tambah laporan tersebut, insiden keguguran itu dikhabarkan berlaku sebelum atau ketika bulan Ramadhan 2014 yang lalu. Menurut laporan” Sha” wartawan Metro, khabar mengenai keguguran anak Puteri Sarah Liyana itu telah dirahsiakan dan hanya diketahui oleh kenalan rapat sahaja. Terdahulu, pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah sah berkahwin pada 8 Mac 2014 lalu.
Petikan Akhbar Metro Pada Ahad 7 September 2014
melvister.com
Petikan Akhbar Metro Pada Ahad 7 September 2014
melvister.com
TOP
Hentikan Cakap-cakap Sabah Akan Keluar Malaysia
KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang menghasut dan menyebarkan cakap-cakap dan desas-desus bahawa negeri ini akan keluar daripada Malaysia.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata cakap-cakap itu bukan sahaja merupakan satu hasutan tetapi boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat Malaysia di Sabah selama ini.
“Cukup-cukup lah. Jangan ancam dan cabar perlembagaan negeri dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini Ahad.
Musa berkata pandangan kumpulan terbabit tidak mewakili majoriti, dan percaya bahawa penduduk Sabah umumnya taat setia pada Malaysia.
“Kumpulan ini boleh buat banyak dakwaan yang mereka mempunyai ramai pengikut. Bagaimanapun, apa yang paling malang adalah terdapat ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan mewajarkan tindakan seperti ini demi kepentingan agenda mereka sendiri,” katanya.
Musa, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata kerajaan persekutuan telahpun menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan rakan penting dalam persekutuan.
Beliau berkata berbilion-bilion ringgit disalurkan kepada kedua-dua negeri setiap tahun untuk membiayai pelbagai projek dan program untuk faedah rakyat.
“Kami tahu masih banyak yang perlu dilakukan dan isu untuk diselesaikan. Banyak kerja yang sedang dilakukan di Sabah dan kami sentiasa berusaha mencari penyelesaian terhadap isu-isu. Kami adalah sebuah masyarakat sivil dan negara yang berpaksikan undang-undang, yang tiada ruang bagi keangkuhan dan ekstremisme,” kata Ketua Menteri.
Rabu lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis Sabah telah menubuhkan pasukan khas bagi meneliti kenyataan berbaur hasutan mendesak agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
Beliau berkata polis telah menerima laporan tentang satu kumpulan yang sedang giat menggerakkan usaha untuk Sabah keluar daripada Malaysia, menerusi laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. – BERNAMA
TOP
PRK Pengkalan Kubor: Jentera BN Jangan Ambil Ringan
TUMPAT: Jentera Barisan Nasional (BN) diminta agar tidak mengambil ringan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini sebaliknya perlu bekerja keras memastikan BN terus menguasai DUN itu nanti.
Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata BN dijangka berhadapan PAS pada PRK itu yang pastinya akan memberikan tentangan hebat.
"Jentera BN jangan ambil ringan kerana ini adalah negeri yang diperintah PAS. Kemungkinan besar PAS akan bertanding di sini menggantikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kalau PAS bertanding mereka akan memberikan tentangan yang kuat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di sekitar DU Nberkenaan di sini, Ahad.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata jentera BN perlu menggunakan kaedah yang dibenarkan dalam undang-undang ketika berkempen nanti untuk mengelak insiden yang tidak diingini.
"Kita mahu kempen ini berlangsung dalam keadaan baik dan penuh dengan silaturahim. Jangan ada kempen yang memecahbelahkan perpaduan kerana kita satu bangsa dan negara walaupun berlainan parti," katanya.
Beliau juga mahu PAS yang menuduh Umno akan membawa samseng pada PRK itu agar menarik balik dakwaan berkenaan kerana Umno sama sekali tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.
Menurutnya dalam tinjauan awal mendapati rata-rata pengundi di DUN itu kini mahu melihat siapa calon mereka yang sudah pastinya menjadi pengukur kepada sokongan terhadap parti bertanding.
Katanya Umno dan BN telah pun mengadakan program awal iaitu mengadakan ceramah dalam kumpulan kecil dan berkunjung dari rumah ke rumah dalam memberikan penerangan bagi mengekalkan momentum sokongan terhadap BN.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September.- mstar
TOP
Elak Politik Kebencian - Hishammuddin
Hishammuddin menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai pada AHad.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan anggota Umno supaya mengelak daripada terjebak politik kebencian yang akan membawa kepada perpecahan. Beliau berkata anggota Umno wajar mencontohi kepimpinan pejuang Umno dahulu dalam mematahkan gejala politik kebencian yang mungkin cuba ditanam di hati rakyat sebelum ia melarat. "Kalau kita tak teliti dan tak cari jalan bagaimana nak menanganinya, apa yang saya bimbang apa yang berlaku di negara-negara lain di luar sana tak mustahil akan menimpa kita juga. "Jadi isu keselamatan, isu politik, hak dan kebebasan, isu landskap sosial media, semua ini mesti diterokai Umno. Jangan kita melakukan perkara yang sama...dalam berdepan situasi ini adalah penting untuk kita kembali kepada perkara asas," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai kali ke-20 di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Hishammuddin menarik perhatian bahawa Umno dan kerajaan Barisan Nasional sehingga kini telah menempuh pelbagai cabaran, termasuk dalam mengendalikan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas dan pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas. Dalam pada itu, beliau berkata Umno perlu memberi perhatian kepada agenda orang Melayu di bandar bagi memastikan mereka kekal yakin dengan parti. Persidangan perwakilan itu yang bermula semalam dan berakhir petang ini menyaksikan kira-kira 480 perwakilan daripada 57 cawangan mengambil bahagian.- mstar

MH17: Musim Sejuk Boleh Sulitkan Siasatan Di Lokasi Nahas
KUANTAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu siasatan di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine dilakukan segera kerana dikhuatiri musim sejuk yang bakal melanda kawasan itu tidak lama lagi akan menyulitkan proses tersebut.
Ahmad Zahid berkata, jika tindakan segera tidak diambil musim sejuk dan bersalji yang akan melanda kawasan nahas dalam masa beberapa minggu lagi akan menyulitkan siasatan Pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan berlepas ke lokasi nahas malam ini.
"Malam ini, 30 pegawai dan anggota PDRM akan ke Ukraine bagi meneruskan usaha siasatan tragedi MH17 untuk mencari cebisan atau tinggalan mayat yang belum ditemui untuk dilakukan ujian DNA sebelum dibawa pulang ke negara asal termasuk Malaysia.
"Siasatan ini perlu dilakukan sebelum musim sejuk yang akan tiba beberapa minggu lagi daripada sekarang kerana apabila kawasan itu diliputi salji, maka siasatan tidak boleh lagi dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Kuantan di sini, Ahad.
Beliau berkata dengan keadaan cuaca tersebut, usaha dan tindakan segera perlu dilakukan oleh PDRM dalam mencari cebisan mayat atau bahan bukti lain.
"Siasatan yang akan dijalankan anggota kita juga adalah bagi membawa bukti ke mahkamah di atas penembakan yang berlaku melalui peluru berpandu kerana cebisan bangkai pesawat MH17 bertaburan, maka ia akan dijadikan bahan bukti sebelum pendakwaan di mahkamah dapat dilakukan oleh pihak penyiasatan antarabangsa dan Malaysia," katanya.
Ahmad Zahid berkata, pasukan pada kali ini turut disertai unit penyelam yang akan melakukan penyelaman di tasik berhampiran kawasan nahas memandangkan pasukan sebelum ini tidak dapat melakukannya akibat pertempuran di antara tentera Ukraine dan puak pemisah proRusia.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pada masa ini tentera Ukraine dan puak pemisah proRusia bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas rundingan di Belarus dan kesempatan ini boleh digunakan oleh anggota keselamatan negara untuk mempercepatkan siasatan di lokasi nahas.
"Bila tiada pertempuran dan berlakunya genjatan, maka pengawasan keselamatan anggota kita adalah di bawah Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE). Kita dimaklumlkan kedua-dua pihak yang bertelagah itu sudah bawa aset mereka meninggallkan kawasan perang sebagai satu kaedah memenuhi genjatan senjata," katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia dipercayai ditembak jatuh dan sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan kejam itu.
Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadanya dibawa pulang ke tanah air.- mstar
TOP
Umno Tuaran Cadang Kuat Kuasa ISA Semula
TUARAN: Umno Bahagian Tuaran mencadangkan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan semula bagi menangani sebarang kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan oleh segelintir pihak di negara ini.
Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor berkata, ini berikutan pelbagai insiden dan isu yang melanda, terutama usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia selain akta itu masih digunakan di beberapa negara lain termasuk Singapura.
"Tetapi gunakan akta ini untuk mereka yang benar-benar diyakini boleh mengancam keselamatan negara terutama pihak pelampau, pengganas dan mereka yang mempunyai niat serta tujuan untuk memporak-perandakan keharmonian pelbagai kaum di negara ini," katanya di sini, Ahad.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tuaran, yang dirasmikan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tuaran Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Hajiji yang juga Menteri Kerajan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata Umno Bahagian itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang menggugat serta mengancam keselamatan melalui perhimpunan, ucapan atau media sosial seperti membuat fitnah, menghasut termasuk menghina agama dan institusi diraja.
Dalam pada itu, Hajiji mencadangkan kerajaan pusat menyediakan peruntukan tambahan bagi membantu kira-kira 12,000 peniaga kecil dan penjaja yang berdaftar di Sabah.
"Sebagai contoh, pinjaman yang diluluskan untuk negeri Sabah bagi membantu mereka berniaga pada bulan Ramadan hanya RM1.55 juta daripada RM4.5 juta dan hanya 847 orang sahaja yang berjaya menerima bantuan berbentuk pinjaman itu," katanya.
Beliau turut memohon Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempertimbangkan pembinaan 33 unit rumah untuk nelayan di Kampung Nelayan Mengkabong di Tuaran yang berada dalam keadaan uzur.- mstar
TOP
Alasan jual Di Maria
Di Maria
SELEPAS berdiam diri mengenai isu penjualan Angel Di Maria ke Manchester United, akhirnya Presiden Real Madrid, Florentino Perez membuka mulut bagi mendedahkan perkara sebenar. Menurut Perez, dia terpaksa menjual pemain Argentina itu selepas meminta jumlah gaji yang sama dengan Cristiano Ronaldo. Di Maria, 26, dijual ke Old Trafford dengan harga £59.7 juta pound (RM312.4 juta). Keputusan Real melepaskan Di Maria dikritik Ronaldo yang menganggap ia sebagai satu kesilapan besar. "Kami terpaksa membuat keputusan yang boleh beri situasi menang-menang bagi pihak Di Maria dan juga kelab. "Akhirnya, selepas meneliti permintaan Di Maria, kami dapati ia terlalu tinggi dan mustahil untuk ditunaikan. "Di kelab ini, hanya Ronaldo sahaja yang layak menerima gaji paling tinggi. "Apa pun, Di Maria sudah pun mendapat tempat bersama kelab baharu (United) dan saya fikir ia keputusan yang adil," ujar Perez. Penghijrahan Di Maria ke England menyaksikan dia memecah rekod pembelian Britain, namun bekas Presiden Real Ramon Calderon tidak setuju Di Maria dijual ke Manchester United. Untuk rekod, dia menyertai Real selepas meninggalkan Benfica pada 2010 dengan harga £36 juta (RM188.3 juta) dan memenangi La Liga serta Liga Juara-Juara musim lalu. - mstar

Bekas ahli Skuad 69 sokong tindakan KPN
Sebahagian ahli Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia menunjukkan sokongan kepada Khalid selepas membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul, semalam.
KUALA LUMPUR – Kira-kira 35 ahli Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia tampil menyatakan sokongan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di atas tindakan undang-undang kepada ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Perkara ini ditegaskan selepas laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, kira-kira jam 11 pagi, semalam. Presidennya, Abdul Aziz Bakar berkata, mereka menyokong tindakan pihak berkuasa di atas penahanan ahli PPS tersebut yang ditubuhkan oleh kerajaan Pulau Pinang. Menurutnya, ini berikutan tindakan sukarelawan tersebut yang melanggar Akta Pertubuhan 1958 serta tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu kepada Khalid. “Kita akan bersama-sama membanteras apa sahaja bentuk ancaman yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian negara,” katanya kepada media, semalam. Pihaknya turut mengutuk cadangan untuk membawa Sabah keluar daripada Malaysia. Timbalannya, Alias Abdul Rahman berkata, tindakan itu akan mencetuskan pelbagai persepsi dan mengancam keselamatan negara. “Pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap dalang (dalam kes itu). “(Sehubungan itu), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dihidupkan kembali untuk menjaga keamanan negara,” katanya. - Sinar

Pecah rumah: Anggota tentera rugi RM30,000
MARAN - Seorang anggota tentera mengalami kerugian lebih RM30,000 setelah rumahnya di Kampung Kandis Seberang, Chenor dekat sini dipecah masuk oleh empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, dalam kejadian pukul 4 pagi itu mangsa bersama empat lagi ahli keluarga termasuk bayinya yang baru berusia lima hari sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan suspek.
"Suspek kemudiannya bertindak mengacukan parang ke arah mangsa sebelum meminta menyerahkan barangan berharga.
"Malah, suspek turut bertindak mengikat mangsa (28 tahun) bersama isterinya, 29, dan adik ipar perempuannya, 26, sebelum ditutup dengan kain selimut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya anak perempuan mangsa berusia dua tahun dan bayi lelakinya yang baru berusia lima hari tidak diapa-apakan.
Beliau berkata, suspek selepas itu menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan barang kemas bernilai RM30,000, dua buah telefon bimbit dan wang tunai RM350.
Kesemua suspek yang dipercayai warga asing sebelum itu masuk ke rumah berkenaan dengan memotong tingkap dapur rumah itu kemudian melarikan diri ke arah belakang rumah, katanya.
Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama- Sinar
TOP
Zaman Khan tegur Guan Eng
SHAH ALAM – Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara mengadakan perbahasan secara terbuka bersabit isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) adalah silap dan tidak wajar.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, tindakan pihak polis menahan anggota PPS terbabit adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
"Kesilapan dia (Guan Eng) sebab mencabar, apa polis boleh buat? Polis kena siasat dulu, bila polis tangkap (PPS) dia pula nak mencabar.
"Mana boleh cakap macam itu! Kita boleh mencabar mengikut perundangan yang betul, kalau kita tidak pasti dan tiada pengetahuan, jangan main-main," katanya kepada Sinar Harian Online.
Isnin lalu, Guan Eng mengemukakan cabaran itu selepas tidak berpuas hati apabila polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pualau Pinang, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Kumpulan itu ditahan sejurus selesai menyertai perbarisan pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos lalu di Padang Kota, Pulau Pinang.
Ekoran ugutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis tampil mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengugut dan mencabar pihak berkuasa sehingga membelakangkan undang-undang negara.
Najib berkata, walaupun kerajaan mengalu-alukan apa sahaja sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membanteras jenayah, namun sebarang tindakan perlu berlandaskan undang-undang negara dan bukan dibuat sesuka hati.
Dalam pada itu, Zaman Khan berkata, jika benar Guan Eng mahu menjaga negeri itu daripada ancaman jenayah, mereka sepatutnya berbincang dengan pihak polis dan Kerajaan Persekutuan.
"Dulu kita ada Rukun Tetangga, ia berjaya, tapi ia dibuat dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan.
"Masalahnya dia (Guan Eng) tak nak guna Rela, boleh pakai Rela. Guan Eng ada muslihat lebih daripada itu (kepentingan politik)," dakwanya lagi.- Sinar
TOP
Khatib disiasat di bawah Akta Hasutan
GEORGETOWN - Polis akan memanggil seorang khatib yang didakwa menyampaikan khutbah Jumaat dengan mengkritik tindakan polis serta kerajaan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 31 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan mengenainya daripada seorang lelaki petang semalam.
Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan polis akan memanggilnya untuk diambil keterangan.
"Saya mengesahkan menerima laporan dan membuka kertas siasatan mengikut Sekyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Sinar Harian hari ini melaporkan, seorang ahli Pas kawasan Tanjung, Ariff Ibrahim membuat laporan polis berhubung tindakan seorang khatib yang menyampaikan khutbah berbaur hasutan di sebuah masjid di Jalan Terengganu, petang semalam.- Sinar
TOP
Bekerjasama banteras sindiket gores dan menang
ALOR SETAR - Anggota masyarakat digesa agar bekerjasama dengan pihak polis bagi membanteras sindiket gores dan menang yang semakin berleluasa di negeri ini ketika ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata terdapat sindiket yang berpindah-pindah tempat bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa dan ini menyukarkan usaha mengesan mereka.
"Kita memang melakukan tangkapan terhadap anggota sindiket ini selepas menerima aduan, tetapi kita tidak boleh memantau secara 24 jam kerana mereka sentiasa bergerak untuk mencari mangsa.
"Jadi di sini saya minta masyarakat supaya menghubungi pihak polis dengan segera kerana sekiranya mereka hanya berdiam diri, pihak polis tidak tahu di mana mereka berada dan tindakan tidak boleh diambil," katanya kepada pemberita pada program High Profile Community Policing di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus di sini hari ini.
Beliau berkata pihak polis tidak akan memberi peluang kepada sindiket tersebut untuk terus melakukan kegiatan mereka.
Persatuan Pengguna Kedah (Cake) sebelum ini mendakwa 20 orang telah mengalami kerugian melebihi RM500,000 sejak Julai lalu akibat sindiket gores dan menang yang bergerak aktif di sekitar kawasan Kompleks Perniagaan Pintu 10, Jalan Pintu 10 di sini. - Bernama- Sinar
TOP
40 maut hujan lebat di Pakistan
Penduduk meredah banjir untuk ke tempat perlindungan. Foto ihsan AFP
LAHORE - PAKISTAN. Lebih 40 orang maut akibat hujan lebat di seluruh Pakistan, semalam, dan pihak berkuasa turut memberi amaran hujan lebat dan banjir kilat akan berterusan. Kebanyakan kematian berpunca daripada ditimpa runtuhan bumbung bangunan kediaman menurut Channel News Asia. Jurucakap Perkhidmatan Menyelamat, Jam Sajjad berkata, sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dalam insiden berbeza melibatkan bumbung runtuh di Punjab dalam tempoh 24 jam lalu. - Sinar

Gaza perlukan RM25 bilion untuk baik pulih
Proses pembinaan semula Gaza mengambil masa lima tahun sekiranya sekatan ke atas wilayah itu dibuka sepenuhnya.
GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya AS$7.8 bilion (RM25 bilion) diperlukan untuk membina semula Gaza selepas musnah dalam serangan Israel selama hampir tujuh minggu, menurut pakar di Palestin, semalam. Majlis Ekonomi Palestin bagi Pembangunan dan Pembinaan Semula Palestin, yang menerbitkan laporan itu berkata, proses pembinaan semula kawasan keseluruhan dan infrastruktur penting akan mengambil masa lima tahun. Bagaimanapun, proses itu bergantung jika Israel membuka sepenuhnya sekatan ke atas Gaza. "Gaza telah dilanda malapetaka yang dahsyat, dan mereka memerlukan bantuan serta merta,"menurut Mohammed Shtayyeh. Katanya lagi, sejumlah AS$2.5 bilion (RM8 bilion) adalah untuk membina 17,000 rumah yang musnah dalam serangan bom tentera Zionis. Laporan juga menyebut, sektor tenaga memerlukan AS$250 juta (RM796 juta) selepas loji kuasa Gaza musnah dibedil, manakala sektor pendidikan di Genting Gaza memerlukan kira-kira AS$143 juta (RM455 juta). Dipetik sumber Al Jazeera, penilaian turut memperuntukkan sebanyak AS$670 juta (RM2.1bilion) untuk lapangan terbang dan pelabuhan, seperti diminta Hamas selaku kumpulan yang mentadbir wilayah itu. Kos selebihnya adalah diperuntukkan kepada sektor kesihatan, pertanian dan pengangkutan yang juga mengalami kemusnahan teruk sepanjang perang berkenaan berlangsung. - Sinar

Menteri Korea Selatan terima ancaman bunuh
Han Min-koo
SEOUL - KOREA SELATAN. Polis dan pegawai tentera Korea Selatan telah melancarkan siasatan bersama berhubung surat ancaman bunuh yang diterima Menteri Pertahanan negara itu. Menurut jurucakap Kementerian, surat beserta pisau itu ditemui seorang lelaki penghantar surat minggu lalu ketika dia cuba membungkus semula bungkusan koyak yang dialamatkan kepada Han Min-Koo. "Berdasarkan siasatan kami, kami sedang cuba untuk menentukan sama ada Korea Utara terlibat atau tidak dalam kes ini," katanya dipetik AFP. Susulan ancaman itu, kementerian berikrar akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana provokasi oleh Korea Utara, yang sebelum ini telah melancarkan satu siri peluru berpandu dan ujian roket sejak beberapa bulan lalu. - Sinar

Angkasa perkenal kad pintar
Dari kiri, Noor Azlan, Zukri, Abdul Fattah dan Kong Boon ketika memperkenalkan Kad Keahlian MyAngkasa,semalam.
BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) semalam memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) dalam pengeluaran kad pintar pelbagai guna khas untuk ahli Angkasa. Perjanjian itu bakal memberi manfaat kepada 8.4 juta ahli Angkasa dan badan-badan koperasi gabungannya menggunakan kemudahan kewangan menerusi Kad Keahlian MyAngkasa, iaitu Kad Debit-i Bank Islam dengan ciri-ciri unik. Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata, kad itu menawarkan kemudahan merangkumi transaksi tanpa tunai, perkhidmatan perbankan dalam talian, selain ciri tambahan seperti Perkhidmatan Deposit Syiling (Coins). “Coins membolehkan jumlah baki syiling disimpan terus pada kad itu sendiri. Melalui sistem back-end purse, kad itu bertindak sebagai tabung duit syiling, sama seperti apabila seseorang itu menyimpan wang syiling ke dalam tabung. “Apabila sampai jumlah tertentu, baki syiling itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelanggan secara berkala. Selain itu, kad itu turut dilengkapi dengan fungsi Visa payWave dan fungsi Visa Direct,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU Kad Keahlian MyAngkasa di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah; Pengurus Negara, Visa Malaysia, Ng Kong Boon dan Ketua Pegawai Eksekutif Clixter, Noor Azlan Khamis. Sementara itu, Abdul Fattah menyasarkan, seramai 600,000 pemegang kad keahlian itu yang terdiri daripada ahli koperasi Angkasa akan menggunakan kad tersebut dalam tempoh setahun. “Kad ini akan jadi identiti kepada ahli koperasi Angkasa kerana kita tiada kad keahlian sebelum ini," katanya. Dalam perkembangan berasingan, ketika ditanya mengenai pertumbuhan Bank Islam, Zukri berkata, institusi kewangan itu menjangkakan mampu mencapai unjuran pertumbuhan sebanyak 20 peratus dalam aktiviti kewangan menjelang hujung tahun ini. “Sebanyak 70 peratus daripada aktiviti kewangan itu datangnya daripada segmen pelanggan, diikuti korporat dan sektor komersial,” katanya. - Sinar

Hadi jelas mengapa tolak Azizah
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Krisis pencalonan nama Menteri Besar Selangor yang baharu tergetus apabila, Majlis Syura Ulama tidak setuju dengan calon, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas alasan bercanggah dengan hukum Islam. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, keengganan Pas menuruti kehendak rakan PR, PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah disebabkan Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar. Abdul Hadi turut menegaskan penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi kredibiliti yang ada pada beliau. “Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan, ‘tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus mereka.’ Hadis ini telah dibahas oleh beberapa ulama. “Di dalam perbahasan itu, ada ulama yang mengatakan wanita boleh dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat, itu tidak mengapa kerana Ummu Salamah, Saidatina Aisyah R.A dan beberapa wanita lain ada tampil memberi pandangan,” katanya ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu, kelmarin. Jelas Abdul Hadi lagi, dalam perbahasan sama, wanita boleh dilantik menjadi menteri, iaitu yang sesuai dengan mereka, contohnya menteri pendidikan, kewangan atau apa sahaja yang berurusan di pejabat. “Wanita ada kemahiran seperti menjahit, memasak, mentadbir kewangan, tetapi tugas seperti nelayan tidak sesuai dengan kejadian semula jadi mereka. Wanita ada kesabarannya. “Dalam masalah kepimpinan negara, iktifak (kesepakatan) ulama mengatakan untuk menjadi Raja, Presiden atau Ketua Kerajaan tidak boleh diberikan kepada wanita,” katanya. Beliau turut menyentuh fatwa ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan golongan wanita tidak boleh menjadi ketua, tetapi ia dibolehkan jika secara kolektif (berkumpulan). “Dalam fatwa itu tidak menghalang wanita menjadi ketua kerajaan jika tidak perintah sendirian dan ada ahli mesyuarat yang mengendalikan urusan. “Dr Yusuf Al-Qaradawi turut membandingkan dengan Ratu Balqis, raja kerajaan Yaman. Dalam al-Quran, Ratu Balqis ini adalah kafir. Ratu Balqis menghadap Nabi Sulaiman as dan memeluk Islam dan turun memerintah bersama-sama Nabi Sulaiman as, tetapi riwayat yang disebut ini adalah riwayat yang sangat lemah,” katanya. Jelasnya, mengapa Pas menolak calon di Selangor bukanlah atas sebab Wan Azizah seorang wanita tetapi sejak awal menyedari Wan Azizah memang tidak layak. “Kita lihat beliau tidak mampu kendalikan pemerintahan negeri Selangor, ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor. Bukan sebab dia perempuan,” katanya. Beliau juga berkata, Wan Azizah belum cukup bersedia untuk memimpin kerana dilihat baru belajar mengenai dunia politik. “Dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; ‘barang siapa yang mewakilkan urusan orang Islam, melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakannya, tetapi kerana kecenderungannya, kerana sebab puak-puaknya, bukan kerana kebolehannya, maka Tuhan tidak menerima tebusan duit sehingga boleh diseret ke dalam api neraka.’ “Adakah kerana ini, ahli Pas sanggup untuk masuk neraka? Kita parti Islam, tak boleh terima. Jadi kerana penolakan inilah berlakunya pergolakan sehingga ke hari ini. Pas sentiasa dan akan terus berpegang bahawa PR berpijak atas asas yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya lagi.- Sinar

Azizah tak layak, kenapa tak beritahu awal?
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya menjelaskan lebih awal mengenai isu kelayakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, jika beliau memberitahu lebih awal kemelut pelantikan menteri besar itu tidak sebegini parah.
“Sebelum ini, kita ada perbincangan bukannya pemilihan Azizah (Dr Wan Azizah) hanya dibuat sebelah pihak sahaja.
“Kenapa tidak suarakan dalam mesyuarat yang kita adakan. Kenapa sekarang baharu beritahu alasan tersebut. Kalau beritahu lebih awal mungkin kita boleh pertimbangkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sikap Abdul Hadi yang sebelum ini tidak mahu mendedahkan faktor tidak mahu terima Dr Wan Azizah hanya memberikan kesan buruk kepada PR.
“Saya mahu ingatkan beliau supaya tidak berdolak-dalik lagi, keadaan sekarang seolah-olah semakin teruk.
“Keadaan sekarang sudah kelam kabut, jadi pelbagai tohmahan diberikan kepada PR itu sendiri,” kata beliau.- Sinar
No comments:
Post a Comment