TOP
Perhilitan Rampas Empat Ekor Ular, Iguana Di Melaka
MELAKA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lima ekor haiwan yang disimpan tanpa permit khas dan lesen di sebuah rumah, di Taman Melaka Baru di sini, Isnin.
Pengarah Perhilitan Melaka Noorzakiahanum Mohd Noh berkata rampasan dilakukan sepasukan unit penguatkuasa berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai kira-kira 3.30 petang.
Beliau berkata haiwan yang dirampas ialah seekor ular spesis Ball Python, ular Sawa Batik, ular Sawa Batik Albino, ular spesis Copper Head Racer dan seekor iguana.
"Kita masih menyiasat sama ada haiwan ini dijadikan peliharaan atau untuk dijual," katanya.
Noorzakiahanum berkata hasil pemeriksaan, pemilik rumah tersebut gagal mengemukakan dokumen sah bagi setiap hidupan liar berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- mstar
TOP
Sebelas Buah Motosikal Musnah Dalam Kebakaran
Gambar hiasan.
KLANG: Penghuni blok B, flat Taman Kapar Setia, Air Itam gempar apabila 11 buah motosikal di tempat letak kenderaan disitu, musnah terbakar dalam kejadian awal pagi Selasa. Kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang sedang menjalankan rondaan apabila terdengar bunyi letupan kira-kira pukul 4.20 pagi. Ketua Polis Daerah Klang Utara Suptrintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi berkata kebakaran itu dikesan berpunca daripada sebuah motosikal di situ yang terbakar. "Saksi (pengawal keselamatan) serta seorang lagi rakan setugasnya kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati sebuah motosikal yang berada ditengah-tengah deretan motosikal sedang terbakar...api yang marak merebak ke motosikal lain di situ ," katanya. Beliau berkata kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian. Katanya, siasatan polis di lokasi kejadian tidak menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat.- mstar

Mayat Dua Rakyat Asing Ditemui Dalam Ladang Sawit
BUKIT MERTAJAM: Mayat dua lelaki rakyat asing, dipercayai dibunuh, ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Manggis, Permatang Tinggi, di sini Isnin.
Mayat Kyaw Tan Hla dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti, kedua-duanya berusia dalam lingkungan 30-an, ditemui oleh orang awam pada pukul 8.50 pagi dengan kesan kelar di leher dan beberapa kesan tikaman di badan.
"Polis percaya mangsa warga Myanmar dan mereka dibunuh di tempat lain sebelum mayat mereka dicampak ke ladang kelapa sawit itu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah kepada pemberita di sini.
Beliau berkata mayat kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian pada jarak 10 meter antara satu sama lain dan polis hanya menemui dokumen pengenalan diri seorang daripada lelaki itu.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- mstar
TOP
Sindiket Edar Syabu Warga Iran Tumpas
Polis Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu di negeri ini dengan penangkapan tiga warga Iran pada Ahad. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Polis Selangor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu di negeri ini dengan penangkapan tiga warga Iran dan penemuan tempat pembungkusan dadah pada Ahad. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata dadah disyaki syabu seberat 10.5 kg bernilai kira-kira RM1 juta juga dirampas. Kesemua suspek yang berumur 24 hingga 38 tahun ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Cyberjaya, katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Beliau berkata:"Suspek pertama ditahan atas maklumat orang ramai di sebuah kafe di Cyber Valley pada kira-kira pukul 1 tengahari oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sepang dan bersamanya dijumpai satu bungkusan beg plastik yang mengandungi dadah disyaki syabu seberat 2.015 kilogram. Hasil siasatan ke atas suspek pertama, pasukan berkenaan telah dibawa ke sebuah unit pangsapuri yang tidak berpenghuni di Neo Cyber, Cyberjaya yang dipercayai dijadikan tempat pembungkusan dadah, kata Abdul Rahim. "Polis menemui antaranya dadah berbentuk serbuk dan kristal disyaki syabu seberat 8.505 kg, 200 ml cecair yang juga disyaki syabu serta beberapa peralatan membungkus dadah di sebuah bilik di pangsapuri berkenaan," katanya. Kata Abdul Rahim, lanjutan daripada penemuan itu, polis telah menyerbu satu unit pangsapuri berlainan di kawasan yang sama dan menahan dua lagi suspek. Polis kini sedang mengesan saki-baki anggota sindiket berkenaan. Beliau berkata kesemua suspek datang ke Malaysia secara sah dan kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.- mstar

UPSR Bocor: Individu Terlibat Tidak Akan Dilindungi
Ahmad Zahid Hamidi.
BUTTERWORTH: Polis tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana individu mahupun pegawai kanan yang terlibat dalam kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata polis bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam melakukan siasatan terperinci terhadap kebocoran dua kertas peperiksaan UPSR itu dan kertas siasatan kes itu juga telah dibuka. "Banyak lagi maklumat akan diperoleh polis terutamanya mengenai kaedah dari segi pengedaran kertas soalan bukan saja UPSR, tetapi peperiksaan yang lain. "Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memberikan banyak maklumat dalam usaha membantu siasatan yang dilakukan. "Saya ingin memberi jaminan bahawa polis tak akan melakukan 'cover up' terhadap mana-mana individu atau pegawai kanan atau individu yang terlibat secara tidak langsung dalam pembocoran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di sini Ahad. Dalam pada itu, polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak pada Ahad berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan itu. Mengulas mengenai perkembangan kes pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata polis akan menyerahkan senarai bersih pegawai dan anggota pasukan itu selepas saringan terhadap hampir 10,000 anggota selesai. Beliau berkata anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah akan dikenakan tindakan undang-undang. Ditanya sama ada pihaknya meminta kerajaan negeri Pulau Pinang mendaftar pasukan itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Ahmad Zahid berkata: "Kami sedang berbincang dengan kerajaan negeri cara terbaik untuk menyerap orang-orang ini dalam pertubuhan sah". Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan ROS.- mstar

Soalan UPSR Bocor: Dua Guru Dibebas Dengan Jaminan Polis
Sebahagian daripada soalan beserta jawapan kerta Bahasa Inggeris Kertas 1.
KUALA LUMPUR: Dua daripada empat orang guru yang ditahan berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sains dan Inggeris dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Ahad. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Assisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kedua-dua guru itu dibebaskan selepas mengambil kenyataan mereka. "Dua lagi suspek berusia 30 dan 54 tahun telah dibawa balik ke Kuala Lumpur bagi membantu meneruskan siasatan. "Jika kita gagal meneyelesaikan siasatan dalam tempoh 24 jam, dua orang guru itu akan ditahan reman di Putrajaya hari ini (Isnin)," katanya. Empat orang guru sekolah rendah dari Penang dan Parit Buntar melibatkan tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang Ahad. Polis juga telah mengambil keterangan daripada sepuluh orang individu terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.- mstar

Lima Penyeludup Minyak Petrol Ditahan
TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan empat lelaki dan seorang wanita ketika mereka cuba menyeludup keluar 2,000 liter petrol menggunakan bot pam di perairan Semporna, Ahad.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua suspek yang berumur di antara 20 dan 30 tahun itu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI), ditahan dalam Op Taring kira-kira pukul 4.30 petang di Pulau Kulapuan, Semporna.
"Ketika operasi itu pasukan peronda telah menahan sebuah bot pam dan apabila diperiksa terdapat 60 tong berisi 2,000 liter minyak bersubsidi petrol yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran," katanya.
Katanya, kesemua yang ditahan dan petrol itu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Jumlah keseluruhan rampasan, termasuk bot pam, dianggar bernilai RM13,870, katanya.- mstar
TOP
Bapa Ditahan Paksa Anak Lima Tahun Laku Seks Oral
MELAKA: Seorang wanita membawa anaknya yang berusia lima tahun ke hospital kerana mengadu sakit tekak.
Bagaimana pun wanita itu terkejut selepas mengetahui anaknya perempuan itu tercedera kerana dipaksa melakukan seks oral oleh bapanya.
Ibu berusia 29 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Jasin pada 11 September untuk rawatan selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika makan tengah hari.
Kanak-kanak itu tidak boleh menelan makanannya.
Apabila kanak-kanak itu memberitahu mengenai kelakuan bapanya itu ketika berada di hospital, ibu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Bemban pada Jumaat, 10 pagi.
Bapa mangsa, 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditahan di Asahan oleh sepasukan polis dari ibupejabat negeri pada pukul 3 petang hari yang sama.- mstar
TOP
Wanita Hampir Maut Bom Tangan Meletup Bawah Kereta
Junaidi Bujang
PETALING JAYA: Seorang wanita hampir maut apabila sebutir bom tangan meletup ketika kereta yang dipandunya melalui jalan berhampiran rumahnya di Kampung Baru Subang di sini, Sabtu. Chong May Lun, 40, yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya pada 6.45 pagi, tidak menyangka bunyi kuat itu adalah letupan sebutir bom tangan. "Saya bernasib baik kerana bom itu tidak meletup di tangki minyak dan di bahagian pemandu," katanya ketika ditemui Bernama di sini, Sabtu. Letupan itu menyebabkan bahagian bampar belakang kereta Toyota Vios beliau tertanggal dan serpihan bom itu menembusi but dan tempat duduk penumpang bahagian belakang. Chong berkata, bom itu diletakkan di bawah sebuah bongkah batu di jalan berkenaan. Menurutnya, jalan berkenaan terletak hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya, dan mendakwa bom itu sengaja diletakkan di situ. "Saya tolong kakak usahakan perniagaan kedai makan...mungkin ada unsur dengki dalam perniagaan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Bahan Letupan dan Kakisan. "Kita sedang mengenal pasti model bom yang digunakan dan punca kejadian," katanya.- mstar

Dera Anak Anjing: Remaja Lelaki Perlu Penilaian Psikiatrik
PETALING JAYA: Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dirakam mendera seekor anak anjing kemungkinan mengalami gangguan mental, jelas pakar sakit jiwa, Datuk Dr Andrew Mohanraj Chandrasekaran yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA).
"Jika dia mempunyai sejarah keganasan atau melawan orang yang lebih tua, ia kebiasaannya berkaitan dengan masalah di rumah, tetapi jika tidak ada perasaan kesal membuli, malah gembira dengan apa yang dilakukan seperti dalam video itu, ia mungkin merupakan kes klasik dalam masalah gangguan mental ini," jelasnya kepada The Star.
"Secara umumnya, sesiapa yang mengalami masalah ini mempunyai gangguan dalam kehidupan sosial dan juga pembelajaran," katanya.
Gangguan mental boleh dibawa sehingga ke peringkat dewasa, menjadi seorang yang anti-sosial, dan menderita serta kebiasaannya akan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan jenayah, kata Dr Mohanraj.
"Saya syorkan agar dia diberi penilaian mental secepat mungkin. Gangguan mental boleh dikawal melalui sesi kaunseling.
"Tetapi jika dibiarkan, satu hari nanti dia akan menjadi seorang yang mempunyai personaliti anti-sosial, dan jika sudah dewasa ia boleh membahayakan kepada masyarakat".
Video seorang remaja lelaki yang menghayun seekor anak anjing tersebar awal minggu ini dan masyarakat meminta pihak berkuasa mengambil tindakan.
Remaja lelaki itu, dikenal pasti seorang pelajar di Negeri Sembilan, ditahan Rabu lalu, dan dilepaskan dengan ikat jamin.
Pihak juga sedang mengenal pasti individu yang bersubahat, termasuk mereka yang merakam video 50 saat itu.- mstar
TOP
UPSR: Polis Tahan Empat Guru Di P.Pinang, Perak
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak pada Ahad berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang.
"Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.
Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.
LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.
- mstar
TOP
Dua Warga British Mangsa Pembunuhan Kejam Di Pulau Peranginan Thailand
Pasukan polis dan pihak berkuasa Pulau Tao di Teluk Siam dalam proses mengangkat dua mayat warga Britain yang ditemui mati dalam keadaan berbogel dan kesan tikaman yang dalam pada badan dan kepala mereka, pada pagi Isnin, 15 September 2014.
BANGKOK: Dua warga British ditemui mati di tepi pantai di sebuah pulau peranginan yang popular di Teluk Siam dipercayai dibunuh. Pasangan British tersebut ditemui dalam keadaan badan dan kepala mereka mengalami beberapa kesan luka di pantai Pulau Tao yang agak popular di Teluk Siam. Polis mengenalpasti, wanita yang meninggal dunia itu berusia 23 tahun manakala temannya berusia 24 tahun. Agensi berita AFP memetik seorang pegawai polis, Jakkrapan Kaewkhao sebagai berkata, pasangan itu dipercayai mati dibunuh dan mayat mereka ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di tepi pantai yang berbatu di Pulau Tao dalam wilayah Surat Thani. Pulau ini popular dengan aktiviti skuba dan menyelam. "Mayat mereka ditemui 30 meter daripada bungalow tempat mereka menginap," ujar Jakkrapan, sambil menambah yang pasangan itu tiba di Thailand pada 25 Ogos lalu. Katanya lagi, pakaian mangsa telah ditemui berdekatan dengan tempat kejadian malah polis turut menemui sebilah tajak dengan kesan darah di tempat kejadian. Tambah pegawai polis itu lagi, terdapat kesan luka yang dalam pada kepala mangsa dipercayai disebabkan oleh tajak tersebut. Sementara itu, salah seorang pekerja sebuah resort tepi pantai di pulau peranginan tersebut yang merupakan tempat mangsa menginap berkata, ini adalah kejadian pertama seumpama itu di sini. "Saya tidak pernah mendengar atau melihat insiden seperti ini terjadi di pulau ini," katanya lagi. Media-media tempatan melaporkan, sebelum kejadian itu, berlangsung satu parti yang melibatkan lebih kurang 50 orang yang kebanyakkannya pelancong asing pada malam Ahad yang berakhir sehingga ke awal pagi Isnin. Pulau Tao, yang popular di kalangan pengembara-pengembara 'backpackers' disifatkan sebagai sebuah pulau yang penuh dengan pengembaraan dan aksi sukan serta aman dan damai. Kini media tempatan melabelkannya sebagai sebuah pulau yang tidak lagi aman.- mstar

Tidak Dapat Lari, Remaja OKU Maut Dalam Kebakaran
KUANTAN: Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Sungai Rabit dekat Temerloh lewat Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam pada jam 6.09 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Remaja terbabit Mohd Hakimi Mohd Redzuan, 13, tidak sempat menyelamatkan diri dan terperangkap dalam kebakaran tersebut.
"Lapan anggota Bomba bersama sebuah jentera cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana api marak dengan cepat," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, selepas berjaya memadamkan kebakaran, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.- mstar
TOP
Warga Emas Tumbuk Perompak, Gagalkan Cubaan Ragut
Gambar hiasan.
CUBAAN seorang lelaki untuk merompak wanita berusia 80 tahun gagal apabila wanita warga emas itu menumbuk mulut suspek untuk mempertahankan dirinya. Wanita itu diserang ketika sedang berjalan-jalan bersama dengan anjingnya di antara Bellevue Road dan Invicta Road di Whitstable, Kent kira-kira pukul 7.20 pagi waktu tempatan. Perompak terbabit yang berpakaian serba hitam dan memakai penutup kepala cuba meragut beg tangan wanita tersebut. Namun, sebaliknya berlaku apabila wanita warga emas itu bertindak menumbuk mulut perompak itu. Akibatnya, perompak tersebut bergegas melarikan diri. Ketua Polis Kent, Inspektor Paul Fotheringham berkata, suspek tersilap dalam memilih mangsa yang masih kuat untuk mempertahankan dirinya. "Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung serangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.- mstar

Panglima ATM Dikurnia Pingat Raja Thailand
Zulkifeli (kanan) menerima pingat yang disampaikan Jeneral Thanasak Patimaprakorn pada Isnin.
BANGKOK: Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Isnin dikurnia pingat 'Knight Grand Cross (First Class) of The Most Noble Order of the Crown of Thailand'. Raja Thailand Raja Bhumibol Adulyadej berkenan mengurniakan pingat itu, yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Komander Tertinggi Jeneral Thanasak Patimaprakorn, kepada Zulkifeli pada satu majlis di ibu pejabat Angkatan Tentera Diraja Thai di Chaeng Wattana di sini. Pengurniaan bintang itu sebagai menghargai Zulkifeli yang banyak memainkan peranan dalam memperkukuh hubungan angkatan tentera kedua-dua negara. Zulkifeli, yang tiba di sini Ahad, sedang dalam lawatan rasmi ke Thailand sebagai tetamu Angkatan Tentera Diraja Thai. Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Selasa.- mstar

AS Serang Kedudukan Kumpulan IS Dekat Baghdad
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan Negara Islam (IS) dekat Baghdad, pertama kalinya disasarkan berhampiran dengan ibu negara Iraq itu.
Seorang pegawai pertahanan AS berkata pesawat Amerika melancarkan satu serangan dekat Baghdad dan satu lagi di Gunung Sinjar di utara Iraq dalam tempoh 24 jam lalu.
AS pada bulan lalu memulakan kempen serangan udara terhadap kedudukan IS di utara Iraq tetapi pengumuman bahawa pesawatnya menyasarkan militan berhampiran Baghdad menunjukkan skop misi itu diperluaskan.
"Tentera AS terus menyerang pengganas IS di Iraq, menggunakan pesawat tempur dan pejuang untuk melakukan dua serangan udara pada Ahad dan Isnin dalam membantu pasukan keselamatan Iraq dekat Sinjar dan barat daya Baghdad," menurut US Central Command dalam satu kenyataan.
Serangan itu memusnahkan enam kenderaan IS dekat Sinjar dan pasukan IS di barat daya Baghdad yang menembak kedudukan tentera Iraq.
Ia menjadikan keseluruhan serangan AS di Iraq sebanyak 162 kali. - AFP- mstar
TOP
Rakan Senegara Dipercayai Bunuh Dua Warga British
Hannah Witheridge.
POLIS mendedahkan dua pelancong backpacker yang ditemui mati di sebuah pusat peranginan di Thailand dipercayai dibunuh oleh rakan senegara mereka. Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian di pantai Pulau Koh Tao dengan beberapa kesan luka dalam di kepala dan muka. Polis percaya pasangan tersebut diserang dengan menggunakan sebatang cangkul yang ditemui berlumuran darah bersama pakaian mereka. Malah, polis turut mengesyaki Witheridge mungkin dirogol. Pegawai polis berkata mereka perlu bertemu dengan salah seorang rakan Miller yang meninggalkan pulau popular dengan aktiviti skuba dan menyelam itu dengan menaiki feri pertama pada Isnin.
David Miller.
"Kami ingin mengambil keterangan rakan Miller tetapi tidak boleh mendedahkan maklumatnya ketika ini. Namanya sudah tersebar. Kami perlu bercakap dengannya secepat mungkin," kata Kolonel Songsak. Terdahulu, seorang lagi rakan Miller ditahan kerana kecederaan di tangannya tetapi dibebaskan atas penjelasan yang memuaskan. Sementara itu, Kolonel Prachum Ruangthong berkata Miller mengalami kesan tetakan di bahagian belakang dan kepala manakala Witheridge ditetak di mukanya. "Ia tragedi yang mengerikan. Ia juga satu jenayah kejam," katanya. Kedua-dua mangsa itu menyertai satu parti di Pantai Sai Ree yang melibatkan lebih kurang 50 pelancong asing. Mayat kedua-dua mangsa yang ditemui 30 meter daripada banglo tempat mereka menginap dihantar ke Bangkok untuk bedah siasat.- mstar

Obama Kerah 3,000 Tentera AS Ke Afrika Tangani Ebola
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, akan mengerah 3,000 anggota tentera AS ke Afrika Barat dan melancarkan program latihan penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam usaha menyekat penularan wabak Ebola.
Obama akan ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta untuk bertemu ketua pegawai kesihatan dan membuat pengumuman itu.
Menurut White House, ia bertujuan menggerakkan usaha masyarakat dunia bagi memerangi penularan wabak Ebola yang sudah meragut 2,400 nyawa.
Usaha itu akan tertumpu di Liberia, negara yang terjejas teruk.- mstar
TOP
Polis Medan Tumpas Sindiket Seludup Dadah Didalangi Warga Malaysia
MEDAN: Unit Polis Narkotik Bandar Medan pada Isnin mengesahkan berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah bernilai Rp 42 bilion (US$3.5 juta) dari Malaysia menerusi Pelabuhan Tanjung Balai di Utara Sumatara.
Jurucakap polis Medan berkata, mereka menahan empat suspek yang disyaki terlibat manakala dalang sindiket tersebut, warganegara Malaysia bernama Amir masih lagi diburu.
Rampasan dadah yang mengandungi 25 kilogram serbuk kristal Methamphetamine dan 35,00 pil estasy dijual di Medan, Utara Sumatra dan beberapa bahagian di sekitar Indonesia termasuk Surabaya dan Jawa Timur serta Kalimantan.
Empat suspek dikenal pasti sebagai Hendra Gunawan, 32, dari Tanjung Balai, Ramlan Siregar, 48, dari Asahan, Rahmad Siregar, 31, dari Deli Serdang dan Amri Prayoga, 33, dari Medan, kesemuanya dalam wilayah Utara Sumatra.
Ketua Polis Utara Sumatra, Inspektor Jeneral, Eko Hadi Sutedjo berkata ia merupakan usaha memerangi cubaan menyeludup dadah terbesar pada tahun ini.
Katanya, polis akan meneruskan siasatan dan memburu dalang sindiket tersebut di Malaysia.
"Kami akan menghantar pasukan khas ke Malaysia untuk menyelesaikan kes penyeludupan dadah ini dan menahan dalang sindiket terbabit," kata Eko kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bandar Medan.- mstar
TOP
Pembunuhan Dua Warga British Tidak Boleh Diterima - PM Thailand
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata pembunuhan dua pelancong warga British di Koh Tao pada Isnin, yang ditemui dalam keadaan bogel, tidak boleh diterima oleh rakyat dan kerajaan negara ini.
Beliau berkata kes itu masih dalam siasatan dan pulau peranginan berkenaan,yang menjadi tarikan dalam kalangan pelancong, ditutup ketika polis serta tentera diarah memburu individu atau mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah berkenaan.
Prayuth berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet pada Selasa.
Masyarakat tempatan berpakaian serba hitam sebagai membantah insiden itu. Tiga pekerja migran dari Myanmar dilaporkan ditahan berhubung insiden itu, yang menurut polis berlaku antara pukul 3 pagi dan 5 pagi.
Pasangan warga British dikenali sebagai Hannah Witheridge dan David Miller, kedua-duanya berusia 24 tahun, ditemui mati pada kira-kira 6.30 pagi.
Mengulas tindakan terhadap pekerja migran yang terbabit dalam beberapa jenayah termasuk kes berprofil tinggi, Prayuth berkata kerajaan Thailand memutuskan untuk memperkenal pendaftaran bagi pekerja migran haram sebagai sebahagian usaha menangani masalah itu.
Beliau juga berkata syarikat yang mengambil pekerja asing secara haram bakal berdepan tindakan undang-undang.- mstar
TOP
Wanita Nama Isis Mohon Agar Kumpulan Pengganas ISIS Ditukar Gelaran
ISIS Martinez memulakan kempen mewakili ribuan daripada orang lain memohon agar menggunakan nama kumpulan pengganas ISIS (Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria) ditukar kepada panggilan lain seperti ISIL.
Martinez turut menggalakan semua orang yang melalui situasi ini agar tampil ke depan berkongsi pengalaman termasuk kanak-kanak yang dibuli di sekolah gara-gara mempunyai nama seperti itu. Wanita tersebut ini memuat naik video di laman YouTube yang menyaksikan dia merayu kepada media agar tidak menggunakan namanya yang digambarkan amat memalukan sebagai manusia. MArtinez,38, dari Florida City ini memulakan petisyen mendorong pihak media dan lain-lain agar menggunakan perkataan ISIL berbanding ISIS bagi menggambar sebuah kumpulan pemberontak yang sebelum ini dikenali sebagai Negara Iraq dan Jajahannya (Islamic State of Iraq the Levant). Kempen tersebut bermula 23 Ogos lalu dan setakat ini Martinez telah menerima sebanyak 352 tanda tangan.
Isis Martinez
"Saya tidak boleh duduk dan lihat sahaja apa yang terjadi," katanya kepada Newsweek.
Dia turut menghantar video tersebut kepada kerajaan Amerika Syarikat agar menggunakan ISIL termasuk presiden Barack Obama, serta kepada UN dan Persatuan Media.
"Beberapa minggu lalu keadaan amat sedih kerana namanya disiarkan berulang kali, jelas Martinez dalam videonya.
'Reaksi orang ramai tidak membantu dan saya seperti tersisih.
Sejak kempen itu bermula, malah turut dimuat naik di laman Facebook, Martinez berkata ramai wanita yang bernama Isis tampil dan berkongsi perasaan.
"Orang ramai terlalu menilai," jelas Martinez meluahkan perasaannya apabila dia memperkenalkan dirinya.
Kenapa tidak menggunakan nama gelaran atau nama tengah seperti Theresa?
"Jika saya menggunakan nama gelaran atau nama tengah, sudah tentu pengganas menang," jawabnya mendatar.- mstar

Militan Negara Islam Dakwa Penggal Kepala Tebusan Britain
MIlitan Negara Islam menayangkan video bersama warga British, David Haines.
WASHINGTON: Kumpulan pelampau Negara Islam (IS) mendakwa mereka telah memenggal petugas amal British David Haines, tebusan ketiga warga Barat yang dibunuh dengan cara sama sebagai membalas tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang didakwanya bersekongkol dengan Amerika Syarikat dalam perang di Iraq. Pembunuhan ini susulan dua wartawan Amerika Syarikat yang turut dipenggal beberapa minggu lepas. Kumpulan itu menyiarkan sebuah video, yang boleh didapati di laman web kumpulan pemantau terorisme SITE, yang menunjukkan seorang militan bertopeng memenggal kepala Haines. Video berdurasi 2 minit 27 saat dan berjudul “Pesanan kepada rakan sekutu Amerika” itu menyalahkan Cameron ekoran serangan udara bersama Amerika Syarikat ke atas para militan di Iraq. "Kamu secara sukarela campur tangan dengan Amerika Syarikat menentang IS seperti ketua terdahulu Tony Blair, berikutan menjadi trend di kalangan perdana menteri Britain yang tidak berani berkata 'tidak kepada Amerika', " jelas militan dalam rakaman video itu. Militan itu, mungkin orang yang sama dalam video terdahulu, memberi amaran kepada Britain bahawa kerjasama ketenteraan itu hanya akan mempercepatkan kemusnahan dan mengheret rakyat negara itu ke dalam “satu lagi perang berdarah dan tidak mungkin dimenangi.” Dia juga mengancam akan membunuh seorang lagi tebusan warga British. Haines, 44, yang dilahirkan di Scotland, dijadikan tebusan di Syria pada Mac 2013. Beliau bertugas dengan Agensi Kerjasama dan Pembangunan Teknikal (ACTED) dan pernah terlibat dengan aktiviti kemanusiaan di wilayan Balkan, sebahagian Afrika dan di Timur Tengah. Terdahulu, dua wartawan Amerika Syarikat Steven Sotloff dan James Foley juga telah diculik di Syria. IS kemudian mengeluarkan video yang mendakwa pembunuhan Foley pada 19 Ogos, dan Sotloff dua minggu kemudian pada 2 September.- mstar

Negara Pesisir Lautan Hindi Sedia Hadapi Tsunami - Unesco
NEW YORK: Simulasi tsunami yang diberi nama 'Latih Amal Indian Ocean Wave 2014 (IOWave14) yang dilakukan dalam kalangan 24 negara termasuk Malaysia mendapati negara-negara berkenaan lebih bersedia menghadapi kemungkinan berlaku tsunami sekali lagi.
Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudyaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Irina Bokova berkata ujian latihan itu dilakukan pada 9 dan 10 Sept lalu.
Beliau berkata PBB telah membentuk sistam amaran untuk menilai aliran komunikasi dan kesediaan di wilayah Lautan Hindi dan ia didapati berfungsi dengan berkesan.
Sistem tersebut merupakan pencapaian besar dalam kerjasama saintifik global dan mampu menyelamatkan nyawa, katanya.
Hampir suku juta nyawa terkorban semasa kejadian tsunami di 12 negara di lingkaran Lautan Hindi sedekad lalu.
Bokova berkata laporan susulan yang mengandungi butiran terperinci penilaian latihan akan diterbitkan November ini.
IOWave14 menggunakan dua senario iaitu berdasarkan gempa bumi berskala 9.1 di selatan Jawa, Indonesia pada 9 Sept dan gempa berskala 9.0 di Makran Trench, selatan Iran dan Pakistan.
Kedua-dua gempa itu boleh mendatangkan ancaman tsunami di Lautan Hindi.- mstar
TOP
Bas Terjunam Ke Dalam Gaung, 26 Disahkan Maut
Gambar hiasan
LIMA: Sebanyak 26 penumpang disahkan terkorban selepas bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di laluan pergunungan Peru, kata polis negara itu. Bas tersebut terjunam ke dalam gaung sedalam 200 meter pada Jumaat sebelum 26 disahkan terkorban pada Ahad. Ketua Polis Cotaruse, Uriel Luque berkata, seramai 19 penumpang yang terdiri daripada enam kanak-kanak disahkan terkorban pada Sabtu dan jumlah itu meningkat setakat ini. Kemalangan itu berlaku di laluan bahaya yang dikenali sebagai 'tujuh selekoh' di Apurimac. Bas tersebut dilaporkan membawa penumpang-penumpang untuk menghadiri sebuah upacara keagamaan dari Puquio di Chalhuanca.- mstar

Malaysia China Akan Tubuh Makmal Sarang Burung
NANNING: Malaysia dan China dijangka menubuhkan makmal secara bersama bagi memproses sarang burung mentah dan tidak bersih di Taman Perindustrian Qinzhou di sini menjelang akhir Oktober ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong.
Menurutnya, makmal itu akan menjadi makmal nasional pertama yang diiktiraf kerajaan pusat China.
Lee berkata demikian kepada pemberita Malaysia selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman untuk mewujudkan hubungan pelabuhan berkembar di antara kedua-dua negara, di sini, Isnin.
Kini hanya lapan syarikat sarang burung Malaysia dibenarkan mengeksport sarang burung mentah bersih ke China, manakala 15 lagi syarikat masih dalam senarai menunggu untuk diluluskan oleh Pentadbiran Am Bagi Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China.
Pihak berkuasa China telah mengharamkan import sarang burung dari Malaysia pada Julai 2011 selepas mendapati kualiti sarang burung import berkenaan tidak mematuhi paras kandungan nitrit yang dibenarkan.
Sebelum ini, Lee menemui rakan sejawatnya, Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Zhang Xiaoqin.
Lee dijadual melancarkan Pavilion Malaysia dan Bandaraya Menawan bagi mempromosi Langkawi di Expo China-Asean Ke-11 di sini, hari ini di mana 126 syarikat Malaysia serta 11 agensi kerajaan diketuai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengambil bahagian.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Datuk Jebasingam Issace John, Pengarah Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Ahmad Khairuddin dan Menteri Kaunselor Untuk Ekonomi di Kedutaan Malaysia di China, Ong Chong Yi turut hadir.- mstar
TOP
Ratu Elizabeth II Minta Rakyat Scotland Fikir Semasak-masaknya Sebelum Undi
Ratu Elizabeth dan suaminya, Putera Phillips (kiri) dan anaknya Putera Charles dalam satu majlis di Scotland baru-baru ini. Baginda akan terus kekal sebagai ketua negara Scotland jika negara itu memilih untuk memerintah sendiri, Khamis ini.
RATU ELIZABETH II melakukan campur tangan yang jarang-jarang baginda lakukan dalam urusan pentadbiran dan politik negara itu apabila baginda meminta rakyat Scotland supaya berfikir semasak-masaknya mengenai masa depan mereka sebelum membuat keputusan untuk mengundi sama ada untuk terus kekal di dalam kesatuan United Kingdom (UK) atau merdeka sepenuhnya. Bagaimanapun baginda Ratu membuat gesaan tersebut dalam satu majlis tertutup di sebuah gereja pada ahad. Sebelum ini Perdana Menteri Britain, David Cameron telah pun memberi ingatan kepada rakyat Scotland bahawa undi untuk merdeka bermakna mereka akan mengundi untuk berpisah secara kekal dengan UK. Rakyat Scotland akan mengundi dalam satu referendum Khamis ini untuk menentukan sama ada mereka memilih untuk memerintah sendiri atau terus kekal bersama UK. Cameron menegaskan, sebarang keputusan yang akan diambil Khamis ini adalah merupakan satu keputusan muktamad. "Jika Scotland mengundi untuk memerintah sendiri, UK akan berpecah dua dan kita akan mengikut haluan masing-masing buat selama-lamanya," ujar beliau. Beberapa orang selebriti termasuk ikon bolasepak, David Beckham turut berkempen untuk menyeru Scotland supaya terus kekal di bawah kesatuan UK demi masa depan rakyat dan negara itu. Beberapa siri tinjauan pendapat mendapati, sokongan untuk kekal dan merdeka adalah hampir sama banyak yang mana tinjauan oleh akhbar Observer mendapati, 'undi untuk tidak' mencapai 53% sokongan manakala 'undi untuk merdeka' 47%. Tinjauan oleh akhbar Sunday Times pula mendapati, 51% berkata 'tidak' manakala 49% 'untuk merdeka'. Manakala tinjauan oleh akhbar Sunday Telegraph mendapati, 54% mahu memerintah sendiri manakala 46% mahu terus kekal bersama UK. Dalam pada itu, pejuang kemerdekaan Scotland, Alex Salmond yang mewakili Parti Kebangsaan Scottish berkata, dalam tempoh 72 jam lagi, mereka yakin akan mencapai kata putus untuk memerintah sendiri sekaligus menyaksikan runtuhnya sebuah kesatuan yang telah bertahan selama 307 tahun. "Saya sudah dapat merasakan momentum itu iaitu momentum untuk Scotland berdiri sebagai sebuah negara yang tunggal bukan lagi sebuah kesatuan," tegasnya. Salmond juga cuba menyakinkan puak-puak tradisionalis bahawa "Ratu dan pengantinya" akan terus kekal sebagai ketua negara di dalam negara Scotland yang merdeka. "Kami mahu Ratu Elizabeth II terus menjadi ratu dan pemerintah bangsa Scots," katanya dalam satu program yang diterbitkan oleh BBC1. Sementara itu, jurucakap Istana Buckingham berkata: "Pihak istana tidak pernah mengeluarkan sebarang komen tentang apa yang diperkatakan secara peribadi oleh Ratu tetapi kami ingin menegaskan yang Ratu sentiasa mengekalkan pendirian berkecualinya selaku pemerintah dan ketua negara. Ratu sentiasa menegaskan yang ini (referendum) tersebut adalah urusan yang perlu ditentukan oleh rakyat Scotland sendiri." Ibu Ratu Elizabeth II adalah berbangsa Scot.- mstar

Sembelih Diri dalam Sebuah Flat di Jalan Haji Abdul Manan
Kapar: Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang baru tiba ke asrama penginapan selepas sarapan terkejut menemui rakan senegaranya tertiarap dengan kesan kelar di leher di sebuah flat di Jalan Haji Abdul Manan, Meru dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi sabtu, mangsa, Yam Bahadur Singh Thapa, 40, juga seorang pengawal keselamatan ditemui berlumuran darah di atas katil.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum kejadian, mangsa bangun daripada tidur jam 6.30 pagi ketika rakan serumahnya bersiap untuk ke tempat kerja di kawasan perindustrian berhampiran.
“Seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Mahendara, 30-an, pulang ke asrama selepas selesai bertugas jam 8 pagi namun mendapati mangsa tiada di bilik. ─ myMetro online
TOP
Pelantar ikan terbakar, 2 warga emas nyaris maut
PANTAI REMIS: Dua lelaki warga emas nyaris maut dalam kebakaran enam pelantar ikan di Jalan Kunchong di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, dua warga emas yang sedang tidur itu berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.25 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Pantai Remis digerakkan ke tempat kejadian.
"Pasukan itu turut dibantu oleh pasukan dari balai Manjung dan Sitiawan serta dibantu pasukan bomba sukarela Changkat Keruing dan Bagan Panchor," katanya di sini hari ini.
Sejurus tiba, katanya, pasukan yang diketuai Pegawai Bomba, Amir Ahmad mendapati sebuah pelantar sudah terbakar 90 peratus dan dua warga emas sedang nyenyak tidur sebelum diselamatkan.
"Operasi itu tamat pada jam 6.30 pagi," katanya. - SiakapKeli.com
TOP
MH198 ke Hyderabad Berpatah Balik Kerana Mengalami Kebakaran
Penerbangan MH198 dari KLIA ke Hyderabad, India terpaksa berpatah balik selepas pesawat berkenaan mengalami masalah teknikal dan bahan api terbakar ketika berlepas.
Berita itu turut disahkan menerusi Flightradar24 dimana pesawat MAS MH198 telah melakukan pendaratan cemas susulan bahan api terbakar ketika berlepas dari KLIA.
Untuk info terkini, pesawat MH198 yang berlepas pada pukul 10.20 malam (13 September 2014) dari KLIA-Hyderadan telah selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA Sepang pada pukul 2.01 pagi waktu Malaysia. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berhubung insiden tersebut.
Pesawat Boeing 737 itu mendarat di KLIA pada 2.01 pagi tadi tanpa sebarang insiden.
Menurut kenyataan MAS pagi ini, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten penerbangan mengambil keputusan untuk berpatah balik.
"Sejurus tiba, penumpang dan kru keluar dengan selamat dan diberi penginapan di hotel berhampiran," menurut kenyataan itu.
Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.
"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi keselamatan penumpang adalah keutamaan syarikat," menurut kenyataan itu.
Sumber: Melvister.com / BH Online

Pekerja bantuan British dipenggal IS
BEIRUT: Satu rakaman video yang dimuat naik ke internet menunjukkan seorang pekerja bantuan British yang hilang di Syria tahun lalu, David Haines, dipenggal oleh anggota Negara Islam (IS).
Rakaman video itu muncul beberapa jam selepas keluarga Haines merayu dan menggesa pihak yang menahan beliau supaya menghubungi mereka.
Pada akhir rakaman video terdahulu yang menunjukkan pembunuhan warga Amerika, Steven Sotloff, IS mengancam untuk membunuh Haines selepas itu dan menunjukkan beliau seketika dalam rakaman itu.
Haines, 44, diculik di Syria tahun lalu ketika bertugas untuk agensi bantuan antarabangsa.
Kerajaan British berjaya merahsiakan penculikan itu kerana bimbangkan keselamatan Haines sehinggalah rakaman video baru-baru ini menunjukkan beliau ditahan. - AP
TOP
Cucu TPM Turut Terlibat Isu Kebocoran UPSR
TUMPAT – Cucu kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjadi mangsa dalam kes kebocoran kertas UPSR baru-baru ini.
Muhyiddin Yassin menjelaskan perkara berkenaan ketika sidang media selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat hari ini.
“Cucu saya, saya beritahu kepada media pun mengambil UPSR.. Cucu saya yang pertama, yang paling sulung namanya Suraya ambil peperiksaan, menangis.. Pergi tanya dengan Tok Ayah, Tok Ayah kena tenteramkan dia,” katanya.
Cucu Muhyiddin terpaksa menduduki semula dua subjek peperiksaan UPSR yang membabitkan tiga kertas soalan - SiakapKeli.com
TOP
Adik kecewa bercuti sambil memancing musnah gara-gara UPSR kena ulang
Puchong: “Sepatutnya, cuti sekolah seminggu bermula hari ini (semalam), ayah dan ibu bercadang untuk membawa kami lapan beradik bercuti sambil memancing di Perak sebelum pulang ke kampung nenek di Klang, tetapi segala-galanya musnah".
“Semua gara-gara kertas soalan peperiksaan dua mata pelajaran bocor membuatkan saya terpaksa memanfaatkan cuti sekolah untuk mengulang kaji pelajaran bagi menduduki semula kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.”
Begitu kata calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 1 Bandar Kinrara, Nurzulaikha Azlan yang kecewa apabila hasratnya bercuti bersama keluarga terbantut pada musim cuti persekolahan kali ini.
Anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata, kekecewaannya berganda apabila kertas soalan Bahasa Inggeris yang sudah siap dijawab pada hari peperiksaan Khamis lalu juga disahkan batal dan perlu diduduki semula 30 September ini bersama-sama subjek Sains yang awal dikesan bocor.
“Saya langsung tidak tahu mengenai kertas soalan yang bocor dan gembira kerana soalan UPSR kali ini lebih senang berbanding soalan percubaan kedua yang diambil sebelum ini.
NURALIA Afifah (kiri), Sukanthasini dan Nurzulaikha mengulang kaji pelajaran di rumah Nurzulaikha di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara pada musim cuti sekolah seminggu bermula semalam.
“Tapi bila berlaku kejadian seperti ini, saya rasa tidak bersemangat untuk mengulang kaji kerana sepatutnya pada masa ini saya bercuti setelah penat membuat latihan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumah keluarganya di Bandar Kinrara, semalam. ─ myMetro online

Suami Cemburu Buta, Tikam Rakan Sekerja Isteri Hingga Mati
CHINA – Cemburu akan isterinya, si suami telah membunuh seorang lelaki yang dia percaya adalah kekasih gelap isterinya.
Tanpa sebarang usul periksa, Qin Han, 39, percaya isterinya, Du, 33, mempunyai kekasih gelap lalu telah menikam rakan sekerja isterinya dan lelaki itu meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah. Kejadian berlaku ketika dia menunggu di luar bangunan di mana isterinya bekerja lalu Qin menikam lelaki itu selepas mereka bergaduh.
Selepas menikam lelaki itu, Qin tidak melarikan diri sebaliknya menunggu di situ hingga polis tiba meskipun isterinya ketika itu menjerit kerana terkejut.
“Apa yang saya perlu lakukan sekarang,’’ kata Du.
“Jaga anak-anak. Perkara ini tiada kaitan dengan awak,” itu jawapan Qin kepada isterinya.
Qin juga kelihatan tenang selepas menikam lelaki itu.
Menurut jiran-jiran mereka, pasangan berkenaan sering bergaduh sejak beberapa bulan lalu selepas Qin mengesyaki isterinya berlaku curang. ─ Daily Mail
TOP
GST mampu tarik lebih ramai pelancong menerusi TRS
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mampu menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke Malaysia kerana pelaksanaannya membolehkan pelancong menuntut bayaran balik melalui Skim Bayar Balik Pelancong (TRS).
Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Mohamad Abdullah Hemdi, berpendapat TRS adalah mekanisme penambahbaikan bagi industri pelancongan negara selain berupaya mempengaruhi peningkatan perbelanjaan pelancong asing di negara ini.
Katanya seperti Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diguna pakai di merata dunia, pelancong asing boleh mendapatkan bayaran balik daripada kerajaan melalui TRS apabila GST dilaksanakan.
"TRS hanya terpakai kepada barangan yang dibawa keluar oleh pelancong dari negara ini (Malaysia) namun bukan bagi perkhidmatan atau barangan yang dibeli atau digunakan di Malaysia seperti caj hotel, bil makanan dan lain-lain.
"Pelancong perlu memastikan invois cukai disertakan dengan resit pembelian untuk menyokong tuntutan pembayaran balik TRS. Skim ini hanya layak bagi pelancong yang menggunakan pengangkutan udara dan mereka mesti berbelanja sekurang-kurangnya RM300 termasuk cukai di kedai yang diluluskan," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Bahagian GST, Tan Sim Kiat, pula berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini sedang dalam proses memilih ejen TRS, yang bertanggungjawab mengenal pasti kedai bayaran balik cukai bagi barangan dibeli pelancong.
Katanya, ejen berkenaan akan mengenal pasti kedai untuk membentuk perkongsian bersama bagi TRS menjelang pelaksanaan GST pada 1 April 2015.
"Selepas kedai-kedai itu dikenal pasti, pelancong boleh pergi ke kedai berkenaan untuk membeli barangan bebas cukai. Apabila mereka membawa barangan bebas cukai itu keluar negara, mereka boleh menuntut bayaran balik, yang akan dibayar oleh ejen TRS," katanya ditemui baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Abdullah berkata harga barangan yang berkadar sifar (selepas TRS) akan menjadikan barangan di Malaysia lebih berdaya saing di peringkat global.
Promosi rebat cukai kepada pelancong dan proses tuntutan yang cekap akan membantu Malaysia menarik lebih ramai pelancong untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi beli-belah.
"GST dalam masa sama akan dapat mengurangkan kos bagi menjalankan perniagaan bercorak pelancongan di Malaysia selain perkhidmatan pelancongan akan menjadi lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.
"Walaupun kadar GST Malaysia berpatutan, kita perlu ingat bahawa negara jiran juga mungkin cuba memperkukuhkan daya saing mereka dengan menurunkan kadar cukai dalam usaha menarik pelancong ke negara mereka," katanya.
Pensyarah Pengurusan Perniagaan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamad Hanapi Mohamad, berkata di Eropah, pelancong dibenarkan mendapat bayaran balik VAT ke atas pembelian barangan dan perkhidmatan tempatan.
Justeru, beliau berpendapat TRS mampu dilaksanakan dengan cekap jika semua pembelian dilakukan dengan resit dan invois yang mencatatkan kadar VAT atau GST.
"Semua peniaga dan pengusaha pelancongan dinasihatkan menjalankan perniagaan dengan mendaftar dan mendapatkan lesen GST bagi tujuan pelaksanaan sistem TRS ini," katanya.
Mengenai kadar GST Malaysia, Mohamad Abdullah berkata kadar enam peratus adalah yang terendah di antara negara-negara ASEAN dan ia berupaya memacu negara ke tahap lebih berdaya saing.
Ketika ini pelancong perlu membayar kadar enam peratus untuk cukai perkhidmatan dan lima hingga 10 peratus untuk cukai jualan bagi kos penginapan di hotel, namun apabila GST dilaksanakan ia akan diselaraskan menjadi enam peratus sahaja.
"Apabila GST menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kadar cukai diselaraskan menjadi satu dan jauh lebih rendah berbanding sebelum ini. Kos perniagaan hotel akan berkurang selepas GST kerana hotel atau restoran tidak lagi perlu membayar cukai jualan bagi pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.
"Sesetengah hotel dan restoran ketika ini mengenakan caj perkhidmatan dengan kadar 10 peratus yang mana kutipan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan," katanya.
Namun, Mohamad Abdullah mengingatkan kadar enam peratus mungkin memberi kesan ke atas keuntungan pengusaha pelancongan, iaitu apabila kos tambahan dipindahkan kepada pelancong dan mengakibatkan harga perkhidmatan pelancongan meningkat.
"Namun, terdapat juga kemungkinan kos GST ini diserap oleh pengusaha pelancongan untuk kekal berdaya saing dengan pesaing mereka," katanya yang berpendapat bahawa industri pelancongan sangat sensitif kepada harga pasaran dan tertakluk kepada persaingan antarabangsa yang sengit. - BERNAMA
TOP
Wanita warga emas rentung rumah terbakar
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumahnya di Jalan Masjid, Taman Pantai Baru, Batu Pahat, tengah malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid merangkap Komander Operasi, Saif Ab Rahim, berkata Asmah Taib, 88, dipercayai berada seorang diri di rumah papan setingkat itu kira-kira 12 tengah malam. "Mangsa ditemui terbaring di atas katil dalam rumah itu kira-kira 45 minit selepas api dipadamkan. Anak lelaki mangsa yang berusia 40-an ketika itu dipercayai keluar makan ketika kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini. Beliau berkata, tujuh anggota dari balai bomba itu dapat memadamkan kebakaran pada 1.49 pagi. - SiakapKeli.com

Tempahan Proton Iriz dibuka, OTR RM42,438 hingga RM62,888
Kuala Lumpur: Model kompak Proton terbaru, Proton Iriz yang mula dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton Edar semalam dijual pada harga di atas jalan (OTR) bermula daripada RM42,438 hingga RM62,888.
Harga jualan bagi Semenanjung itu membabitkan model berkuasa 1.3 liter dengan pilihan empat varian iaitu Standard (manual), Standard (CVT), Executive (manual) dan Executive (CVT) bermula dari RM42,438 hingga RM50,888.
Bagi model 1.6 liter turut menawarkan empat pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (CVT), Premium (manual) dan Premium (CVT) bermula dari RM55,888 hingga RM62,888.
Model itu yang dibangunkan sendiri oleh Proton menawarkan dua warna baru yang khusus dan kali pertama diperkenalkan untuk Iriz ialah citrus green dan moon dust silver.
Sumber automotif berkata, bayaran tempahan bagi model itu ialah RM300 dan penghantaran model itu akan bermula bulan depan menerusi semua cawangan jualan dan bilik pameran Proton Edar di seluruh negara.
Harga jualan bagi model 1.3 liter standard bagi transmisi manual (metalik) misalnya dijual pada harga di atas jalan ialah RM42,888 manakala model 1.6 liter manual (executive) berharga RM55,888 dan harga model premium CVT (auto) ialah RM62,888.
Sebanyak tujuh pilihan warna ditawarkan iaitu genetic silver, fire red, solid white, citrus green, silver moon dust, tranquility black dan atlantic blue. - SiakapKeli.com
TOP
AS isytihar perang dengan IS
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Rumah Putih dan Pentagon mengisytiharkan perang terhadap kumpulan Negara Islam, sehari selepas Barack Obama menyatakan pendirian untuk menghancurkan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria.
Jurucakap Rumah Putih berkata, kaedah perang itu sama seperti yang pernah dilakukan dalam usaha memburu dan menghapuskan gerakan Al Qaeda.
Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS John Kerry semalam, dilihat enggan menggunakan istilah 'perang' tetapi lebih selesa menggunakan istilah membendung aktiviti pengganas.
Sementara itu, Jeneral Marin Bersara, John Allen yang juga bekas komander AS di Afghanistan, dilantik sebagai penyelaras memerangi kumpulan itu.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf berkata, Allen akan membantu untuk mewujudkan, menyelaras dan meneruskan pakatan global dalam pelbagai usaha melenyapkan kemaraan ISIL, laporan dipetik dari Al Arabiya/AFP.
TOP
17 Bangla & Myanmar disumbat dalam Honda Odyssey
PADANG BESAR - Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh ditahan dalam Op Cantas Khas ketika menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Beseri di sini, malam tadi.
Kesemua PATI tersebut ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Beseri, kira-kira pukul 10 malam.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Md. Rafae Hassan memberitahu, ketika ditahan, PATI tersebut dalam perjalanan dari arah Wang Kelian ke Kangar.
Menurut beliau, kesemua PATI yang ditahan itu berumur dari 19 hingga 26 tahun.
Katanya, turut ditahan pemandu kenderaan tersebut yang merupakan warga tempatan.
"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63," ujar beliau. ─ Utusan
TOP
Kerajaan tanggung kerugian berpuluh juta
KUALA LUMPUR - Kerajaan terpaksa menanggung kos berpuluh juta ringgit untuk mengadakan semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Bahasa Inggeris dan Sains di seluruh negara.
Sumber memberitahu, kos itu meliputi kos kertas, logistik, elaun pengawas peperiksaan dan pelbagai kos lain yang diperlukan bagi melicinkan urusan peperiksaan.
Menurut laporan akhbar Kosmo kos elaun yang perlu dibayar kerajaan kepada 51,438 pengawas peperiksaan UPSR 2014 sahaja sudah melebihi RM3 juta sehari. - SiakapKeli.com
TOP
Mourinho Anggap Costa Tidak Normal Selepas Jaringan Hatrik
PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho menganggap Diego Costa sebagai pemain yang tidak normal selepas penyerang itu melakukan hatrik kemenangan 4-2 ketika aksi bertemu Swansea lewat Sabtu malam.
Pemain berusia 25 tahun itu mempamerkan aksi luar biasa walaupun The Blues sedikit goyang dengan corak permainan Swansea.
ni bermakna, Costa sudah mencatat tujuh gol dalam empat perlawanan liga selepas berpindah dari Atletico Madrid dengan harga perpindahan 32 juta pound.
"Jika pasukan bermain dengan baik, dia boleh menjaringkan gol. Tujuh gol dalam empat perlawanan mungkin keterlaluan.
"Ia sesutau yang tidak normal. Kami tidak boleh jangkakan selepas lapan permainan, dia mungkin ada 14 gol," jelas Mourinho.
"Dia sangat selesa dengan pasukan. Pasukan ini sudah menjumpai penyerang dan saya yakin semua orang tahu Chelsea telah melakukan perkara yang betul.
"Kami menunggu untuk membuat pilihan betul".
Dalam aksi tersebut, Chelsea dikejutkan dengan jaringan awal Swansea apabila pemain pertahanan John Terry menjaringkan gol sendiri pada minit ke-11.
Namun Costa menepis jaringan awal itu dengan menyumbang tiga gol pada minit ke-45,56' dan 67' sebelum Loic Remy menambah satu lagi gol pada minit ke-81.
Sebelum permainan berakhir, Jonjo Shelvey menambah satu lagi gol untuk Swansea pada minit ke-86. - SiakapKeli.com
TOP
Rumah terlalu mahal, apa puncanya?
RAMAI berpendapat, rumah dibina terlalu mahal harganya sehingga
mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak berkemampuan
memiliki kediaman sendiri.
Tidak keterlaluan jika dikatakan sebenarnya banyak faktor penyebab kepada kenaikan harga rumah. Justeru Sinar Harian, mengupas punca harga rumah menjadi mahal dan mengapa ia berlaku?
Adakah penyelesaian bagi mengatasi kenaikan harga rumah terutama menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan, memandangkan terdapat khabar mengatakan pemaju bakal menaikkan lagi harga rumah tahun depan.
Permintaan tinggi di bandar, pemaju lebih minat bina rumah RM1 juta
Berdasarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), permintaan tinggi terutama di kawasan bandar adalah pendorong utama kenaikan harga rumah.
Kira-kira 70 peratus penduduk tertumpu di bandar-bandar utama yang merupakan pusat tumpuan aktiviti ekonomi. Bilangan penduduk pula bertambah disebabkan migrasi untuk mendapatkan pekerjaan.
"Pembangunan kawasan bandar utama menjadi padat. Permintaan terhadap tempat kediaman pula melebihi penawaran. Berikutan penawaran yang terhad dan persaingan mendapatkan kediaman yang diingini, menjadi faktor yang mendorong harga meningkat secara tidak langsung.
"Oleh kerana harga tanah sudah meningkat, trend harga rumah juga turut meningkat. Disebabkan berlakunya kekurangan dalam penawaran tanah untuk dibangunkan sebagai kawasan kediaman," kata jabatan tersebut.
Menurut laporan JPPH, Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda pada suku pertama 2014 dalam unit baharu dilancarkan pada harga dalam lingkungan RM500,000 sehingga RM1 Juta.
Berdasarkan rekod terdapat pertambahan daripada 264 unit pada suku keempat 2013 kepada 684 unit pada suku pertama 2014.
“Ini menunjukkan pemaju lebih cenderung membina rumah-rumah berharga tinggi, iaitu RM500,000 ke atas. Manakala di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 28.3 peratus pada suku pertama 2014 berbanding suku keempat 2013.
“Bagaimanapun, Johor menunjukkan peningkatan drastik di mana pada suku keempat 2013 terdapat hanya 16 unit baharu dilancarkan meningkat kepada 396 unit pada suku pertama 2014.
“Di Kuala Lumpur dengan keadaan populasi yang padat masih terdapat permintaan dari kalangan pembeli tempatan yang mampu untuk memiliki harta harga yang sedemikian,” kata jabatan itu.
Menurut JPPH, Johor Bahru menunjukkan peningkatan drastik dalam permintaan melebihi RM1 juta kerana dipengaruhi pembeli warga asing di Iskandar Malaysia.
Sementara itu, Pengurus PropertyGuru Malaysia, Gerard Kho berpendapat, pemaju lebih gemar membina rumah berharga lebih RM1 juta seperti kondominium, adalah kerana keluasan tanah yang tidak sesuai untuk pembinaan rumah teres. Jadi kondominium adalah pilihan tepat.
"Tambahan pula, masyarakat di kawasan bandar mungkin lebih suka memilih kediaman seperti kondominium disebabkan pilihan gaya hidup dan perkhidmatan yang ditawarkan kawasan kediaman seperti faktor keselamatan yang lebih terjamin.
"Kedudukan kediaman dengan tempat kerja yang mungkin mengambil masa perjalanan kurang 15 minit juga menjadi faktor utama pembeli gemar memiliki kondominium," katanya.
Dalam pada itu, laporan sama turut menyaksikan pengurangan bilangan rumah baharu dilancarkan ke dalam pasaran sebanyak 38.8 peratus daripada 10,831 unit yang direkodkan pada suku sebelumnya kepada 6,631 unit.
Mengikut jenis harta tanah, pangsapuri khidmat terus menguasai pasaran perumahan baharu dengan 2,441 unit dilancarkan daripada keseluruhan jumlah dalam negara, diikuti teres 2,399 unit. Teres setingkat pula membentuk 1,053 unit, manakala teres 2-3 tingkat membentuk 1,346 unit. Unit berkelompok dan rumah berkembar 2-3 tingkat, masing-masing membentuk 626 unit dan 439 unit.
Mengikut negeri, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor memiliki bilangan unit rumah baharu dilancar tertinggi pada tempoh kajian yang menyumbang 63.2 peratus (4,191 unit) syer pasaran negara.
Kuala Lumpur menawarkan 1,844 unit rumah baru manakala Selangor dan Johor, masing-masing menawarkan 1,207 unit dan 1,140 unit.
Harga tanah pengaruhi harga rumah
Tidak dinafikan nilai harga tanah merupakan faktor utama yang mendorong penentuan sesebuah harga kediaman.
Ia melibatkan kos tanah, binaan, prasarana seperti sistem perparitan, jalan masuk dan penyediaan tapak. Selain itu, fi ikhtisas melibatkan khidmat profesional seperti arkitek, juruukur dan jurutera dalam sesuatu pembinaan dan sumbangan kepada pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom dan Syarikat Air turut mempengaruhi harga kediaman.
Gerard berkata, harga rumah ditentukan mengikut harga pasaran semasa, walaupun pemaju membeli tanah dua atau tiga tahun lebih awal sebelum kawasan tersebut dibangunkan.
"Tanah tersebut kemudian digunakan untuk pembangunan kawasan kediaman.
Tanah dan bangunan yang sudah dibina merupakan kos yang akan dicaj oleh pemaju. Ia termasuk caj yang perlu dibayar pemaju ke atas kos bahan binaan.
"Setiap tahun kos bahan binaan dan tenaga buruh terus meningkat. Ia juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah.
"Sudah pasti pemaju juga mahu mengaut keuntungan dan meletakkan margin pada jumlah tertentu. Semua faktor ini merujuk kepada penentuan harga rumah," katanya.
Mengambil contoh kawasan perumahan di Lembah Klang. Gerard berkata, nilai hartanah sememangnya tinggi. Apatah lagi pembeli selalunya akan mencari kediaman sekitar lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari tempat kerja.
"Ini juga menyumbang kepada faktor penentuan harga rumah yang mahal di Lembah Klang, Walaupun terdapat pemaju membina perumahan luar dari lingkungan ini, mereka (pemaju) tetap akan kembali melaksanakan projek-projek perumahan di kawasan Lembah Klang kerana permintaan yang tinggi, kerana itu harga rumah di Lembah Klang terus meningkat," katanya.
Menurut Gerard, spekulator juga turut memainkan peranan dalam penentuan harga rumah.
"Sebagai contoh, pemilik yang membeli kediaman di projek perumahan fasa pertama (RM300,000) sudah tentu akan melihat harga yang berbeza dengan rumah yang dibina di fasa kedua. Pastinya harga rumah di fasa kedua lebih tinggi berbanding fasa pertama.
Boleh jadi ia akan mencecah sehingga RM500,000 sebagai contoh. "Ketika ini, pemilik kediaman di fasa pertama mengambil kesempatan dengan menjual rumah mengikut harga rumah yang dibina di fasa kedua. Bahkan mereka boleh menjual lebih dari harga pasaran. Walaupun pemilik dan bakal pembeli masih boleh berunding tentang harga, tetapi pemilik asal akan dapat mengaut keuntungan hasil daripada jualan rumah. Golongan seperti ini juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah," katanya.
Bagi Gerard, harga rumah hanya boleh dikawal mengikut keperluan dan permintaan. Jika permintaan tinggi maka harga rumah turut meningkat.
Harga bahan mentah naik 10 peratus, kenaikan paling tinggi
Berkuat kuasa 1 Mei tahun ini, semua harga bagi bahan binaan utama meningkat sehingga 10 peratus.
Kos pembikinan, pengangkutan, kenaikan bahan api dan bermacammacam kenaikan kos berkaitan semuanya menyumbang kepada kenaikan harga bahan binaan ini. Kenaikan pula berlaku saban tahun. Adakala dua kali dalam tempoh 12 bulan, dan ia berlaku tanpa notis.
Pembekal pula tiada pilihan selain menaikkan harga bahan binaan kerana mereka juga perlu menanggung kos terbabit.
Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas 'F' Malaysia (Perkobf Malaysia), Tukiman Radion berkata, kenaikan itu difahamkan adalah yang tertinggi sejak 2007.
"Bahan binaan utama termasuk besi, simen, pasir dan batu konkrit. Kenaikan melibatkan semua projek-projek di seluruh negara, namun bagi projek perumahan di kawasan pedalaman atau luar bandar, kosnya lebih tinggi berbanding di kawasan bandar
kerana kos pengangkutan dan penghantaran yang perlu ditanggung pembekal.
"Pada 2008, harga simen ketika itu RM8.50 satu beg. Kemudian naik sehingga 100 peratus dan mencecah RM16. Harga simen pula saban tahun meningkat. Harga besi kini RM2,000 tapi pernah mencecah sehingga RM4,000 pada 2008," katanya.
Katanya kenaikan yang mendadak ini turut menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat kontraktor dan pemaju yang terpaksa menghentikan kerja-kerja pembinaan dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek kerana melebihi bajet diluluskan.
Rumah teres RM1 juta menjelang 2020?
Dari jangkaan dalam prospek jangka panjang, harta tanah kediaman akan terus meningkat pada masa akan datang.
Menurut JPPH, adalah tidak menghairankan menjelang 2020 rumah teres akan mencecah RM1 juta. Bahkan di lokasi panas, rumah sedemikian telah pun mencapai harga RM1 juta.
"Seiring dengan perkembangan masa dan senario serantau, rumah–rumah kediaman akan meningkat dari segi harga disebabkan harga bahan binaan yang meningkat dan kekurangan penawaran tanah di bandar utama seperti Lembah Klang khususnya
Kuala Lumpur dan sekitarnya.
"Kenaikan harga rumah tidak dapat dielakkan dan prospek harta tanah berkenaan akan terus meningkat seiring dengan langkah kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.
Katanya, isu kenaikan harga rumah dilihat sebagai senario yang lumrah dan berlaku di mana-mana negara sedang membangun. Di Malaysia, seperti dalam rekod-rekod yang lalu, kadar kenaikan harga rumah akan berbeza mengikut lokasi dan kawasan ‘panas’ yang menjadi pilihan pembeli dan pelabur.
Sektor harta tanah merupakan sektor penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kenaikan harga pada kadar yang biasa adalah sihat kerana ia membantu pertumbuhan industri harta tanah. Apa yang perlu dibendung adalah kenaikan harga yang mendadak.
GST tidak jejas harga rumah
Pengenalan GST akan menyebabkan kesan ‘one-off’ sekali sahaja ke atas kenaikan harga rumah di pasaran.
Menurut JPPH, walaupun sektor kediaman tidak dikenakan GST, namun sektor-sektor lain yang menyumbang kepada kediaman dikenakan GST seperti bahan binaan, Fi profesional dan lain-lain.
"Ini akan memberi sedikit impak kepada harga rumah di masa hadapan. Pelaksanaan GST dijangkakan akan mempengaruhi harga rumah disebabkan GST akan dikenakan ke atas bahan binaan dan industri pembinaan walaupun pembelian rumah kediaman dikecualikan dari GST.
Sementara itu, rata-rata pemaju melahirkan rasa kebimbangan terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April depan yang dikatakan bakal meningkatkan lagi harga rumah.
Bagi Tukiman yang sudah menghadiri beberapa sesi taklimat mengenai GST bersama Kastam. GST tidak menaikkan harga rumah.
"Ketika ini, setiap barangan dikenakan cukai berbeza. Tetapi sebaik GST dilaksanakan kesemua cukai tersebut menjadi satu. Bahkan setiap pembekal, pengedar dan peruncit boleh mendapat rebat. Ini bermakna, tiada sebab mengapa cukai tersebut perlu dipindahkan kepada pembeli.
"Bagaimanapun cukai tersebut tidak tertakluk kepada projek perumahan individu atau persendirian. Di mana pemilik rumah harus membayar GST kepada pemaju," katanya yang menyokong penuh pelaksanaan GST. ─ Sinar Online

Dua Buah Kereta Bertembung di Jalan Puteri Jaya
Satu kemalangan telah berlaku pada jam 9.30 pagi yang mana melibatkan dua bah kenderaan yang dipercayai bertembung di Jalan Puteri Jaya, Kota Tinggi. Menurut laporan Daily Traffic Report, mangsa cedera parah dibawa orang awam ke hospital.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Calon BN Jawab Soal Jubah Dan Panggilan Ustaz
TUMPAT – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berkata beliau tidak meminta dipanggil ‘ustaz’, namun itu gelaran yang diberikan masyarakat atas khidmat bakti beliau membina Pondok Agama Simpangan di sini.
Mat Razi berkata walaupun beliau merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah) Tumpat dan berpakaian formal ketika berada di pejabat, namun ia tidak menghalang beliau memakai jubah di rumah.
“Soal panggilan adalah perkara biasa dan bukan satu masalah kepada saya. Kita sebagai pegawai kena pakai pakaian rasmi bila bertugas.
Bila di rumah saya berjubah dan perkara ini bukan dilakonkan. Kalau esok nak diumum jadi calon hari ini baharu nak berjubah, ia akan nampak ‘kekok’,” katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Telok Jering di sini, hari ini.
Mat Razi, 48, menjawab tuduhan dilemparkan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang menganggap beliau tidak layak dipanggil ustaz kerana pernah bekerja sebagai penjawat awam dan berpakaian formal ketika menjalankan tugas.
Laporan media sebelum ini melaporkan Wan Rosdi memperlekehkan Mat Razi dengan menuduh bekas pegawai kerajaan itu sebagai ustaz yang kurang kewibawaannya seperti digembar-gemburkan.
Mengulas mengenai penerimaan masyarakat terhadap beliau, Mat Razi berkata penerimaan masyarakat setakat ini amat baik dan ada yang bersyukur selepas beliau diumumkan sebagai calon BN bagi DUN itu.
“Ini mungkin kerana saya sentiasa bersama Allahyarham (Datuk Noor Zahidi Omar) membantu penduduk terutama dalam soal pendidikan anak-anak di sini,” katanya.
Dalam pada itu, Mat Razi sekali lagi mengulangi pendirian beliau untuk terus membantu masyarakat dalam DUN Pengkalan Kubor bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Noor Zahidi.
“Insya Allah jika saya dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), saya akan teruskan projek-projek terbengkalai yang tidak sempat disempurnakan oleh Allahyarham selepas beliau jatuh sakit,” katanya.
PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, Wan Rosdi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.
PRK DUN itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 25 Sept ini. – BERNAMA
TOP
KJ Saran PSM Pinda Perlembagaan Lancarkan Pemilihan Kepimpinan
MELAKA – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meminda perlembagaannya bagi melancarkan pemilihan kepimpinan persatuan itu demi kemajuan sukan sepak takraw negara.
Beliau berkata dengan pindaan itu, perubahan dapat dilakukan kepada cara pengundian pemilihan jawatankuasa daripada cara mengangkat tangan sekarang kepada undi sulit seperti yang dilakukan persatuan sukan lain.
Selain itu, katanya bilangan perwakilan daripada persatuan gabungan negeri perlu ramai berbanding anggota lantikan bagi mengelak penyandang jawatan mempunyai kelebihan tidak adil dalam pemilihan PSM.
“Saranan ini bukan hendak kritik pemilihan PSM semalam, itu (pemilihan PSM semalam) ikut perlembagaan sedia ada…cuma kita hendak tambah baik pentadbiran dan perlembagaan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Fit Malaysia di Dataran Pahlawan di sini, hari ini.
Program Fit Malaysia 2014 di sini, yang disertai kira-kira 20,000 peserta, antara lain menampilkan acara larian sejauh 5km, berbasikal sejauh 15km, senaman, seni mempertahankan diri dan pameran.
Semalam, Datuk Ahmad Ismail mempertahankan jawatan Presiden PSM buat penggal keempat selepas menerima 50 undi untuk menewaskan pencabarnya Mohd Shapian Ali iaitu Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu, yang hanya memperoleh 20 undi.
Khairy berkata Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan mengadakan perbincangan dengan PSM dalam masa terdekat bagi membolehkan pindaan itu dilaksanakan sebelum pemilihan persatuan itu tiga tahun lagi.
Beliau berharap anggota jawatankuasa baharu PSM akan mampu memulihkan sukan sepak takraw negara seterusnya mengembalikan pingat emas negara dalam sukan itu pada Sukan Sea 2017 yang akan dihoskan Malaysia sendiri.
“Saya dan beliau (Ahmad) punyai misi yang sama hendak menang emas, kita sedia duduk bersama berbincang dengan kepimpinan baharu ini bagi memastikan sasaran ini menjadi realiti.
“Kita perlu lupakan polemik yang berlaku sebelum ini dengan bekas pemain juga anggota gabungan dan terus ke hadapan, dalam sukan ini kita perlu atasi saingan Thailand, Myanmar, Vietnam malah Indonesia juga sudah tunjuk kehebatan tidak lupa kita pernah kalah kepada Korea Selatan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ronaldo Tuntut Gaji £500,000 (RM2.6j) Seminggu Untuk Ke EPL
BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan memecah rekod dunia dengan menuntut gaji sebanyak £500,000 (RM2.6 juta) seminggu kepada Manchester United atau Chelsea yang mahukan khidmatnya pada musim depan.
Pemain Real Madrid itu pada minggu lalu mengesahkan laporan Football Grapevine bahawa dia akan kembali beraksi untuk United pada musim panas akan datang.
Bagaimanapun Chelsea antara pasukan yang mahukan khidmat Ronaldo dan sedia menunaikan permintaan pemain berkenaan.
Rundingan bagi mendapatkan semula Ronaldo pernah dibuat United tetapi Madrid telah menawarkan gaji sebanyak £350,000 seminggu untuk menyekat pemergian pemain Portugal terbabit.
Sejak itu juga, United memperbaharui kontrak Wayne Rooney dengan menawarkan gaji sebanyak £300,000 seminggu serta menggajikan penyerang baharu mereka, Radamel Falcao dengan nilai £390,000 seminggu.
Kontrak bernilai tinggi untuk Falcao itu telah dimetrai oleh Jorge Mendes iaitu individu sama yang menjadi ejen untuk Ronaldo. – mStar
TOP
Wanita Indonesia Ditemui Mati, Leher Dijerut Sarung Bantal
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun ditemui mati dengan bahagian leher dijerut sarung batal di rumahsewanya di Bandar Baru Ampang lewat Sabtu malam.
Polis percaya wanita yang dikenali sebagai 'Kakak Pendek' oleh jirannya, dibunuh empat hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang sudah membusuk ketika ditemui di bilik tidurnya di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan Wawasandi situ.
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata ketika ditemui, mangsa dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian baju tidur.
"Polis menerima panggilan dari jiran mangsa pada pukul 5.00 petang yang mengadu terhidu bau busuk.
Sepasukan anggota polis telah pergi ke lokasi kejadian dan memecah masuk ke rumah mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa mati akibat dijerut dan tiada kesan pecah masuk atau pergelutan di rumah itu, yang didiami bersama suaminya iaitu seorang warga Bangladesh.
Beliau berkata polis percaya mangsa mengenali pembunuhnya dan kini mencari suami wanita itu bagi membantu siasatan.
Polis hanya menemui buku akaun bank di bilik tidur sebagai rujukan pengenalan diri mangsa, katanya yang enggan mendedahkan identiti wanita itu.
Khairuldin juga berkata mangsa menetap di situ sejak dua tahun lepas dan suaminya bekerja sebagai pemandu lori di ibu kota.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Salina Kamarudin, 38, berkata dia mengenali mangsa sebagai 'Kakak Pendek' kerana fizikalnya yang rendah dan berkulit hitam manis.
Katanya, dia sering melihat mangsa berlegar di kawasan itu pada waktu pagi dan hanya sesekali menegur wanita berkenaan.
"Saya ada terserempak mangsa berjalan-jalan dengan suaminya namun saya tidak menegurnya, mangsa juga seorang yang pendiam," katanya. ─ mStar online
TOP
PRK DUN Pengkalan Kubor : PAS mahu isu royalti tidak dibangkitkan
TUMPAT: PAS hari ini meminta semua pihak termasuk pimpinan Barisan Nasional (BN) supaya tidak memainkan isu royalti minyak sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan isu itu tidak seharusnya dijadikan modal untuk berkempen kerana kes tuntutan royalti itu kini masih berada di mahkamah.
"Jadi, jika ada mana-mana pihak yang bangkitkan hal itu, ia dianggap satu penghinaan kepada proses mahkamah," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS, di sini sebentar tadi.
Ditanya ada juga pimpinan PAS negeri yang dilihat sengaja menggunakan isu itu ketika berceramah, beliau sebaliknya menjelaskan tidak menjadi masalah jika isu itu diulas secara dasar dan tidak spesifik. ─ BH Online
TOP
Obama kecam pelampau pancung warga Britain
WASHINGTON: Presiden Barack Obama mengecam tindakan anggota Negara Islam (IS) memenggal kepala seorang pekerja bantuan Britain, David Haines dan menganggapnya sebagai 'pembunuhan oleh orang gasar'.
Haines, 44, diculik di Syria tahun lalu ketika bertugas untuk agensi bantuan antarabangsa dan anggota IS memuat naik rakaman video berkenaan ke internet, semalam.
Obama dalam kenyataannya berkata Amerika Syarikat (AS) sentiasa menyokong kerajaan Britain untuk melalui 'kesedihan dan menyelesaikan masalah'.
Beliau berkata, AS akan bekerjasama dengan Britain dan beberapa gabungan negara lain bagi membawa pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan 'perbuatan melampau' ke muka pengadilan.
Mengulangi mesej ketika ucapan beliau Rabu lalu, Obama menggariskan strategi untuk menyerang kumpulan terbabit.
Katanya, gabungan bersama negara lain akan memusnahkan ancaman puak pelampau yang menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa. - AP
TOP
Pemain Man United Diarah Ikuti Kelas Bahasa Inggeris
LOUIS van Gaal telah mengarahkan Antonio Valencia mengikuti kelas bahasa Inggeris walaupun pemain itu telah beraksi untuk Liga Perdana Inggeris sejak lapan musim lalu.
Arahan tersebut merupakan langkah baru pengurus Manchester United itu dalam memastikan kesemua pemain kelab berkenaan hanya bertutur dalam bahasa Inggeris semasa latihan dan perlawanan.
Sebahagian besar pemain United sebelum ini sering bertutur dalam bahasa Sepanyol ketika latihan termasuk perlawanan.
Selain itu, Angel Di Maria, Marcos Rojo, Radamel Falcao, Ander Herrera dan David de Gea turut diarahkan mengikuti kelas bahasa tersebut yang diadakan sebanyak dua kali seminggu.
Di Maria dan Rojo yang tiba di United pada bulan lalu perlu memulakan kelas tersebut pada tahap paling rendah kerana gagal bertutur dalam bahasa Inggeris.
Falcao juga dilihat gagal bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik apabila tidak dapat menjawab soalan wartawan dengan baik ketika majlis memperkenalkan diri. - SiakapKeli.com
TOP
Soalan UPSR Bocor: Muhyiddin Enggan Komen Ada 'Kerja Dalam'
TUMPAT: Pihak kerajaan enggan mengulas sama ada kes kebocoran kertas perperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) melibatkan 'kerja dalam' walaupun sudah mengenal pasti beberapa orang yang melakukan kesalahan ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis mendapatkan nama suspek dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
"Polis cuba mendapatkan petunjuk dan kami masih menunggu hasil siasatan tersebut.
"Biarlah pihak berkuasa membuat menjalankan tugas mereka dan sesiapa yang bertanggungjawab membocorkan kertas peperiksaan ini akan berdepan dengan hukuman undang-undang," jelasnya kepada pemberita di pengkalan Kubor pada Sabtu.
Bagaimanapun Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menolak daripada memberi komen kes kebocoran kertas Sains dan Inggeris ini melibatkan 'kerja dalam' atau sebaliknya.
Kerta peperiksaan Sains dan Inggeris bocor di laman sosial sebelum pelajar-pelajar mengambil kertas peperiksaan itu dan Kementerian Pendidikan mengumumkan peperiksaan akan diadakan kembali pada 30 September ini.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tujuh orang termasuk wartawan telah direkodkan kenyataan berkenaan kes ini.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - SiakapKeli.com
TOP
Polis Percaya Cemburu Punca Letupan Bom Di Kg. Baru Subang
KUALA LUMPUR – Siasatan awal polis mendapati kejadian letupan bom di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh semalam, dipercayai bermotifkan cemburu seorang bekas anggota tentera terhadap isterinya, yang berkenalan dengan seorang lelaki lain.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata polis percaya cemburu adalah motif kejadian itu selepas menyoal siasat bekas anggota tentera itu, 50, yang ditahan di Pangsapuri Pahlawan 2 Taman Tun Perak, di sini, semalam.
Beliau berkata kenalan lelaki isteri suspek berkenaan adalah sepupu kepada mangsa, Chong May Lun, 40 yang hampir maut apabila sebutir bom tangan meletup di bawah keretanya semasa melalui Kampung Baru Subang pagi semalam.
“Suspek menuduh sepupu kepada mangsa membawa lari isteri suspek dan polis percaya individu yang meletakkan bom itu mempunyai niat untuk mencederakan sepupu mangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.
Letupan itu menyebabkan bahagian bampar belakang kereta Toyota Vios beliau tertanggal dan serpihan bom itu menembusi but dan tempat duduk belakang.
Mengenai tangkapan suspek berkenaan, Junaidi berkata polis menahan lelaki itu 15 jam selepas insiden letupan itu berlaku dan turut dirampas ialah dua buah telefon bimbit, dua sim kad telefon serta dua kereta, jenis Myvi dan Honda Civic.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – BERNAMA
TOP
Ustaz Mohd Lotfi Ariffin Mati Syahid Di Syria
Memetik daripada status Facebook sahabat Allaryarham yang berada di Syria, telah disahkan Ustaz Mohd Lotfi Ariffin yang koma sejak selasa 9 September 2014 telah menghembuskan nafas terakhir pada ahad 14 September 2014. Jenazah Ustaz Mohd Lotfi akan dibawa dari Hospital Antarkia Turki untuk dikebumikan ditanah perkuburan Kafr Zatay.
Terdahulu, Ustaz Mohd Lotfi Ariffin telah terlantar koma selama beberapa hari akibat diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria pada selasa 9 September 2014 yang lalu.
Untuk info, Ustaz Mohd Lotfi Ariffin merupakan rakyat Malaysia yang bersama dengan kumpulan Ajnad As-Syam memerangi tentera Bashar as-Assad di Syria.
Allahyarham Ustaz Mohd Lotfi Ariffin memang sangat dikenali oleh rakyat Malaysia apabila sering memuat naik status terkini mengenai perjuangan jihadnya di bumi Syria. Allahyarham juga telah meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.
Kenyataan Rakan Seperjuangan Ustaz Mohd Lotfi Ariffin Di Syria
Gambar Kenangan Terakhir Pejuang Jihad Ustaz Mohd Lotfi Ariffin
Sumber: Melvister.com

Malaysia Antara 10 Negara Yang Mempunyai Internet Terlembab - Therichten.net
Kini di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai akses internet. Tidak kiralah melalui perkhidmatan kabel telefon ataupun 'mobile internet', boleh dikatakan semua orang di negara ini memerlukan internet terutamanya untuk bersosial.
Namun, didalam akses internet yang semakin mudah dicapai, adakah kelajuan internet di Malaysia memuaskan? Melalui laman web Therichten.net, Malaysia dilaporkan antara 10 negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling lembab.
Menurut laman web tersebut, penduduk di Malaysia mula diperkenalkan dengan internet pada tahun 1995 dan kebanyakan pengguna internet di negara ini menggunakan internet pada kelajuan 256 kbps.
Laman web tersebut juga berkata, kerajaan telah cuba menyelesaikan masalah dalam isu sambungan ke internet dan telah menunjukkan 4.0% penurunan dalam masalah itu dalam beberapa tahun yang lepas.
Berikut adalah senarai 10 negara yang mempunyai masalah internet yang terlembab :
10. Malaysia
9. Kazakhstan
8. Indonesia
7. Syria
6. Bolivia
5. India
4. Iran
3. Nigeria
2. Nepal
1. Libya
Therichten.net adalah sebuah laman web yang mengkompil 10 perkara yang terbaik dan terburuk dalam satu-satu isu. - SiakapKeli.com
sumber : http://therichten.net/top-10-countries-slowest-internet/ - SiakapKeli.com

Pemuda Umno Perjelas Isu Royalti, GST
MELAKA – Isu royalti petroleum serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan dua isu penting yang akan diperjelaskan Pemuda Umno dalam kempen PRK Pengkalan Kubor di Kelantan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, isu tersebut perlu diperjelas dengan terperinci bagi mengelakkan pengundi di kawasan itu salah faham dan terpedaya dengan fitnah yang dihambur pembangkang.
“Rakyat Kelantan sering dimomokkan dengan isu ini bagi menarik sokongan mereka malah ada lagi yang beranggapan dengan GST barangan akan naik harga,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Fit Malaysia di Dataran Pahlawan di sini hari ini.
Pada PRK itu, calon BN, Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
Khairy berkata, pergerakan itu akan mengatur ceramah berkelompok di setiap pusat daerah mengundi dan tidak akan mengadakan ceramah secara besar-besaran bagi memastikan mesej daripada BN disampaikan dengan lebih berkesan.
“Ceramah besar yang dibuat sebelum ini tidak begitu berkesan kerana rakyat tidak betul faham, ceramah berkelompok ini kita boleh terangkan secara terus dan dengan lebih teliti malah boleh menjawab segala persoalan dikemukakan dengan lebih baik,” katanya. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Pelanggan Bengang Tak Dapat Payung Petronas
Ramai sedia maklum tentang kisah payung Petronas yang terhad dan menyebabkan kekecewaan ramai pelanggan Petronas.
Mengikut apa yang dipromosikan, pelanggan akan mendapat payung Petronas isu dengan mendapatkan 10 cop yang mana setiap satu cop akan didapati setelah pelanggan membelanjakan RM20 atas satu resit. Namun, ramai yang tidak berpuas hati kerana payung yang dijanjikan itu tidak ada.. Terbaru, seorang pelanggan dalam video dibawah antara yang tidak berpuas hati dengan hal ini. Lihat saja dia mungkin menumbuk atau menampar payung yang tergantung di dalam kedai Mesra berhampiran dengan kaunter.
Haa.. itulah bahananya kalau berjanji tapi tak ditepati. Tapi pelanggan tu pun satu hal..tak payah la nak tumbuk-tumbuk barang..Lagi-lagi dia tengok perempuan je semua dalam kedai tu. Payung beli kat kedai harga RM 10 je pun.. - SiakapKeli.com

Sari Yanti Mula Tolak Watak Budak Sekolah, Elak Orang Menyampah
Sebut saja Sari Yanti, mesti kita terbayang wajah pelakon cantik yang awet muda...Mana taknya, walaupun usia sudah mencapai 30 tahun, dia masih lagi ditawarkan watak remaja untuk berlakon.
Menerusi sebuah akhbar tempatan, dikhabarkan yang Sari Yanti kini telah mul amenolak untuk menerima watak yang tidak kena pada usianya. Dia menyatakan perkara demikian kerana gusar penonton akan naik menyampah jika dia terlalu kerap membawa watak orang muda mudi.
Namun, dia tetap akan mempertimbangkan tawaran, bergantung pada skrip dan jalan cerita. Tapi rasanya, Sari Yanti ni amatlah beruntung kerana memiliki wajah yang awet muda macam tu.... Dah umur 30 lebih pon nanti ada lagi orang nak tawar berlakon watak remaja. Wow - SiakapKeli.com
TOP
Gambar : Tun Mahathir Beri Kejutan Pandu Iriz Di Pavillion
Wahh..Akhirnya Proton PCC, Iriz, pertama kalinya turun ke atas jalan tanpa sebarang 'bungkusan' di The Loaf, Pavillion.
Bagi yang belum tahu, Proton Iriz adalah kereta kompak pertama dari Proton yang sebelum ini tidak pernah dipandu di atas jalan raya secara terang-terangan. Ini adalah kali pertama ia dipandu di atas jalan tanpa ada sebarang sticker pembalut.
Yang lebih mengejutkan, kereta itu dibawa sendiri oleh Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahatir Mohammad ke sana untuk bersarapan!. Beliau dilihat bersama beberapa pegawai tertinggi Proton bersarapan bersama.
Tapi, ini adalah satu kejutan yang menarik dan teknik marketing yang baik dari Proton sendiri, dengan memberi Bekas Perdana Menteri sendiri membawa kereta berkenaan.
Jom saksikan gambar Tun dan Proton Iriz ni bersama. Boleh nampak dalam kereta tu, Tun sendiri yang pandu! - SiakapKeli.com
TOP
La Liga: Neymar Terus Rentak Cemerlang Barca
MADRID – Barcelona merakam kemenangan ketiga daripada tiga perlawanan di bawah jurulatih baru, Luis Enrique dengan dua gol daripada bintang Brazil, Neymar membantu kelab Catalan itu menewaskan Athletic Bilbao 2-0, malam tadi.
Lebih menarik, Neymar yang baru saja pulih daripada kecederaan ketika Piala Dunia hanya dimasukkan selaku pemain gantian sebelum pantas membuat perubahan pada jentera serangan Barca,
Gandingannya bersama Lionel Messi terbukti berbahaya apabila hantaran bintang Argentina itu dimanfaat sepenuhnya Neymar untuk jaringan pertama Barca ketika perlawanan berbaki 11 minit.
Dan kedua-duanya sekali lagi membuktikan bakat masing-masing apabila Neymar meledak jaringan kedua juga hasil hantaran Messi yang bijak melepasi tiga pertahanan Bilbao pada minit ke-84.- AFP / BH Online
TOP
EPL: Liverpool Kecewa Lagi, Tewas 0-1 Kepada Aston Villa
LONDON – Jaringan tunggal penyerang Astol Villa, Gabriel Agbonlahor pada minit kesembilan perlawanan sudah cukup untuk menghadiahkan kekalahan kedua buat Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tumbang 1-0 di Anfield, sebentar tadi.
Malah kehadiran penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli yang membuat penampilan pertama bersama Liverpool yang kehilangan peledak England, Daniel Sturridge akibat kecederaan seperti tidak memberi kesan.
Dan keputusan pengurus Liverpool, Brendan Rodgers untuk tidak menurunkan pemain tengah berkualiti, Raheem Sterling dalam kesebelasan utamanya dengan membawa masuk Lazar Markovic dan Philippe Coutinho juga dilihat memakan diri.
Selain tewas kepada Villa, Liverpool yang kehilangan peledak utama, Luis Suarez kepada Barcelona musim ini turut tewas kepada Manchester City, bulan lalu.
Villa yang beraksi tanpa khidmat kapten, Ron Vlaar akibat kecederaan pula mempertaruhkan Nathan Baker bergandingan bersama Phillipe Sanderas dengan pemain gantian Manchester United, Tom Cleverley turut membuat penampilan pertamanya.
Untuk rekod, Villa tidak pernah tewas di Anfield sejak Disember 2010 dan lebih banyak bertahan sepanjang babak kedua bagi memastikan kemenangan mampu diteruskan.
Liverpool akan membuat penampilan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu depan dengan dijadual menentang kelab Switzerland, Ludogorets Razgrad. – AP / BH Online
TOP
MH370: ‘Laporan Misteri’ Polis Indonesia, KPN Akui Terkejut
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang menjadi misteri kepada dunia sejak ia hilang 8 Mac lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut dan terkejut dengan laporan media itu.
“Saya nak tahu akhbar apa dan bila berita itu disiarkan. Saya akan tanya rakan saya Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) sama ada beliau ada berkata begitu.
“Saya tidak dimaklumkan tentang perkara ini,” katanya hari ini.
Laporan berita Indonesia, Tempo.co, semalam memetik ketua polis republik tersebut, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir. – Bernama
TOP
Pasangan Pengantin Diarak Dengan Traktor Pembajak Sawah
Dalam mengadakan sesebuah majlis perkahwinan sebenarnya terdapat pelbagai cara dan tempat dan ianya mengikut citarasa masing-masing dan yang penting kedua-dua belah pihak setuju.
Uniknya dalam satu majlis perkahwinan sepasang pengantin di Alor Setar ialah mereka berarak dengan menaiki sebuah traktor pembajak.
Seperti yang kita tahu Kedah amat kaya dengan sawah padinya yang luas dan mungkin mereka ingin bertemakan dengan identiti tersebut, ─ SiakapKeli.com

Prinsip Akta Hasutan Perlu Dikekalkan
KOTA KINABALU – Perkara asas dalam Akta Hasutan 1948 bagi memelihara keamanan, perpaduan dan keselamatan negara perlu dikekalkan seandainya kerajaan memutuskan untuk meminda, memansuh atau menggantikan akta tersebut.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said berkata apa yang lebih penting daripada nama akta berkenaan ialah wujudnya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan demi keamanan dan ketenteraman awam.
“Saya bersetuju bahawa sebarang undang-undang itu mestilah memberi jaminan terhadap keamanan negara kita. Itu yang penting,” katanya
kepada pemberita selepas menjadi anggota panel pada forum Wacana Ilmu bersama Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di sini hari ini.
Forum itu dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama Jabatan Penerangan Sabah.
Dua lagi anggota panel ialah Jamawi Jaafar, Pengawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Pegawai Penyelaras Perisikan ESSCom, ACP Hassim Justin.
Salleh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, berkata walaupun rakyat mempunyai kebebasan bersuara tetapi perlu ada batasnya bagi memastikan kepentingan semua pihak dihormati dan terpelihara di negara ini.. – BERNAMA
TOP
” Saya Bukan Perkauman, Cuma Tegakkan Hak Melayu ” – Zahid
PARIT – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lantang bersuara memperjuangkan empat teras utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, berkata beliau bukan bersikap perkauman atau menghalang hak bangsa lain tetapi cuma mahu menegakkan keistimewaan hak Melayu.
Empat teras yang diperjuangkan beliau ialah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Sultan sebagai raja berpelembagaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan kepada orang Melayu.
“Mereka (kaum lain) mahu kesamarataan dan apa yang kita mahu lakukan adalah kesaksamaan. Kenapa hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dipertikaikan. Adakah jika kita mempertahankan hak kita kita dipandang perkauman.
“Kita mempertahankan hak kita dengan tidak menafikan hak kaum lain tetapi jangan cuba menggugat hak orang Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit 2014, di sini hari ini.
Pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh di Terengganu semalam, Ahmad Zahid mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu empat teras utama yang menjadi tunggak perundangan negara.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata pada masa kini, terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat teras itu apabila melihat orang Melayu mula berpecah.
“Cukuplah bertelagah tidak kira di dalam Umno, PAS atau Parti Keadilan Rakyat. Kita sebagai orang Melayu perlu bersatu untuk sama-sama mempertahankan empat perkara ini kerana ia tidak ternilai harganya dan kita tidak mahu ia dihapuskan daripada Perlembagaan,” katanya.
Beliau turut meminta anggota Umno supaya jangan terus bersengketa sebaliknya berusaha mengambil langkah mempererat hubungan demi membantu kerajaan membela rakyat.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan mana-mana pihak yang cuba untuk mempertikaikan empat teras itu boleh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948. – BERNAMA
TOP
Penggali kubur selfie dengan mayat
Alicante (Sepanyol): Seorang penggali kubur yang merakam gambarnya dengan mumia lelaki yang mati 23 tahun lalu digantung kerja, semalam.
Dalam sekeping gambar, Celestino Reyna dilihat tersenyum di sisi mayat lelaki yang baru digalinya semula. Anak saudara si mati juga kelihatan di gambar itu.
Mayat berkenaan digali untuk ditanam semula dalam kubur yang sama dengan isterinya di sebuah tanah perkuburan di Guardamar del Segura.
Ketika anak saudara si mati menyaksikan penggali kubur itu membawa naik semula mayat berkenaan, mereka terkejut melihat mayat itu sudah menjadi mumia.
CELESTINO (kanan) bersama anak saudara si mati ber’selfie’ dengan mayat.
Selepas merakam gambar itu, anak saudara si mati yang namanya tidak disiarkan berkongsi gambar itu dengan rakan sekerjanya menerusi Whatsapp dan ia menjadi viral dalam sekelip mata. Bagaimanapun, dia mendakwa tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa. “Saya tidak menyangka ia membawa padah. Saya juga tidak bertujuan untuk menghina bapa saudara saya,” katanya. Sementara itu, penggali kubur berusia 55 tahun itu digantung tugas dan dipindahkan ke bahagian lain sementara pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan. Seorang anggota majlis, Felipe Aldeguer, bagaimanapun berkata, Reyna tidak bersalah dalam hal itu. “Dia hanya bertindak bodoh dengan mengikuti kehendak keluarga si mati,” katanya. Mayat boleh menjadi mumia secara semula jadi apabila ia direndam dengan air berasid, bercampur dengan suhu sejuk dan kekurangan oksigen. - Agensi

Nik Aziz persoal JPPK
TUMPAT - Kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) menjadi penyebab kerajaan negeri itu tidak menerima wang ihsan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penubuhan JPPK seolah-olah menunjukkan Kerajaan Pusat tidak percaya kepada pegawai kerajaan yang berkhidmat di Kelantan
“Duit itu bukan untuk saya tetapi untuk kerajaan negeri yang akan diuruskan setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri,” katanya di Kampung Genting, semalam.
Nik Abdul Aziz mendakwa Kerajaan Pusat tidak membuat pembayaran terus royalti kepada kerajaan negeri, tetapi kepada pihak lain.
“Sebagai contoh saya meminjam wang daripada seorang individu, tetapi saya membayar hutang kepada individu lain. Adakah itu dinamakan membayar hutang?,” soalnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bukti Kerajaan Pusat berhutang wang royalti dengan kerajaan negeri. ─ SiakapKeli.com
TOP
Ketua geng banduan bagi amaran Pistorious tidak akan hidup senang jika dipenjara
Seorang ketua geng dalam penjara awal-awal lagi memberi amaran mengugut untuk 'mengenakan' Pistorius, jika dia cuba untuk menggunakan kekayaannya untuk mendapatkan keistimewaan dalam penjara.
Di bawah undang-undang Afrika Selatan, Pistorius, 27, berdepan hukuman sehingga 15 tahun penjara, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp.
Pistorius boleh hanya dikenakan denda, tetapi jika dipenjarakan, dia boleh dihantar ke Penjara Pusat Pretoria yang terkenal, yang dikenali sebagai C-Max.
Bercakap dari dalam penjara, seorang ketua geng yang menggelarkan dirinya The General, memberitahu akhbar Sun bahawa Pistorius perlu 'menempuh pelbagai rintangan' jika dia cuba untuk menggunakan status selebriti dan hartanya untuk menikmati pelbagai kemudahan dan keselamatan di penjara.
"Sesiapa yang fikir mereka boleh datang ke sini dan hidup seperti seorang raja, akan merasa 'pukulan' di kepala mereka," Khalil Subjee, pemimpin 26s, geng terkenal kepada akhbar itu.
"Jika dia fikir dia boleh mendapat akses komputer dan telefon mudah alih, dia perlu tahu itu tidak akan berlaku selagi aku berada di sini," kata Subjee, 47, yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. ─ SiakapKeli.com
TOP
Hentikan latihan ketenteraan dengan US
SHAH ALAM - Kerajaan patut menghentikan kerjasama latihan ketenteraan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Amerika Syarikat (AS).
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerjasama dengan AS dari segi ketenteraan mendedahkan Malaysia kepada kemarahan banyak pejuang Islam dan pejuang pembebasan di dunia yang melihat AS sebagai dalang dan punca pelbagai konflik umat Islam dan antara negara di merata dunia.
"Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan AS kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan AS bersama dengan segala dasarnya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, Malaysia harus berani menunjukkan sikap tegas terhadap kuasa imperialis dunia itu yang jelas menyokong Israel dalam serangan selama 50 hari di Gaza, baru-baru ini.
"Malah ketika pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin di Gaza dan menghancurkan hampir seluruh prasarana di Gaza oleh Israel, AS mengisytiharkan bantuan dana tambahan AS$250 juta (RM800 juta) untuk tentera Israel," katanya.
Beliau mengulas laporan kira-kira 300 anggota tentera AS tiba di Terengganu, Khamis lalu bagi menjalani latihan bersama Tentera Darat Malaysia.
Menurut Mohd Azmi, latihan bersama seperti itu petanda jalinan Malaysia dengan tentera AS terus akrab.
Beliau menegaskan, keselamatan negara berhadapan risiko bila tentera AS berada di bumi Malaysia kerana segala maklumat yang diperlukan oleh AS terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperoleh dan boleh diakses secara langsung.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, Jumaat lalu, memaklumkan kehadiran tentera AS itu adalah bagi menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/14 dari 13 hingga 26 September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.
Menurut kementerian itu, eksesais itu merupakan siri latihan gabungan yang diadakan setiap tahun dan bagi tahun ini, ia dilaksanakan berorientasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir.
Namun menurut Mohd Azmi, penjelasan itu tidak meyakinkan kerana Malaysia boleh memilih negara lain untuk menjalankan latihan seperti itu.
Beliau turut memetik laporan Jabatan Negara AS kepada Kongres pada 2007 yang menyebut kerjasama keselamatan menjadi alat dasar luar penting bagi AS untuk mengukuhkan kepentingan negara itu.
"Berdasarkan laporan seperti inilah yang menyebabkan kami yakin sebarang kerjasama ketenteraan dengan AS pasti memberi impak kepada bentuk kepatuhan yang dikehendaki oleh AS kepada negara yang mengadakan kerjasama dengannya," katanya. ─ SiakapKeli.com
TOP
Menang 4-0 Ke Atas QPR, Van Gaal Akui Aksi Baharu Bermula
PENGURUS Manchester United Louis van Gaal begitu teruja selepas skuadnya membenam Queens Park Rangers (QPR) 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford lewat malam Ahad.
Kemenangan pertama pada perlawanan keempat ini sekaligus membuat van Gaal berjanji skuadnya akan menjadi lebih baik lagi selepas ini.
"Keputusan sangat menakjubkan, tetapi kami mampu melakukan lebih baik.
"Kami telah mempamerkan aksi mantap sejak awal permainan," jelas pengurus kelahiran Belanda ini.
Van Gaal juga meminta semua anak buahnya agar melupakan aksi hambar perlawanan sebelum ini.
"Saya memberitahu kepada pemain sebelum perlawanan agar membuat sesuatu yang baharu.
"Kami menilai kembali yang telah berlaku dan saya dapati kami banyak hilang bola pada tiga perlawanan sebelum ini.
Van Gaal turut memuji pemain baharu dibelinya, Angel Di Maria dan Marcos Rojo yang bermain dengan penuh keyakinan.
"Sesuatu yang agak sukar bagi pemain untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi pemain-pemain baharu melakukan dengan baik," katanya.
Tambah Van Gaal lagi, dia mahu memberi tumpuan untuk menjuarai liga walaupun mendapat pandangan yang negatif bahawa impian itu tidak akan berlaku musim ini.
"Saya mahu menang gelaran juara Liga Perdana.
"Jika bukan tahun ini mungkin tahun kedua atau ketiga. Saya mahu memberi gelaran juara kepada peminat.
"Semua penyokong sudah menunggu terlalu lama untuk melihat keputusan yang bagus, dan aksi menarik di laman sendiri.
"Saya berterima kasih di atas keyakinan dan sokongan mereka," katanya.
Sementara itu pada aksi bertemu QPR, Di Maria membuka jaringan pada minit ke-24 sebelum Herrera menambah gol kedua pada minit ke-36.
Manakala Wayne Rooney tidak melepaskan peluang menambah satu lagi jaringan untuk United pada minit ke-36.
Bekas penyerang Chelsea, Juan Mata mengukuhkan kedudukan dengan jaringan keempat sebaik sahaja babak kedua bermula (m-58).
Selain itu, jaringan Rooney pada aksi ini mencatat rekod 175 gol keseluruhan dalam liga, dan meletakkan dia berada di kedudukan ketiga penjaring terbanyak bersama Thierry Henry.
Lebih manis buat United, Di Maria dipilih sebagai Man Of The Match perlawanan ini.
SENARAI PEMAIN:
MAN UTD: De Gea, Rafael , Evans, Rojo , Blackett , Blind , Herrera , Mata , Di Maria , Rooney , van Persie . (simpanan): Valencia , Falcao , Januzaj n/a.
QPR: Green ; Hill , Ferdinand, Caulker , Isla , Sandro , Kranjcar , Fer , Phillips , Hoilett , Austin . (simpanan): Traore , Henry , Vargas . ─ SiakapKeli.com

Erin Malek Anggap Sikap Manja Dengan Tunang Seperti Pasangan Kekasih lain
PETALING JAYA: Pelakon Erin Malek menganggap sikap dan kelakuan manja dengan tunangannya Farriz Fauzy, 30, adalah perkara normal seperti yang dilakukan oleh pasangan kekasih yang lain.
Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, status selebritinya membuatkan segala tindak tanduk yang dilakukan lebih menjadi perhatian lebih berbanding pasangan lain.
"Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya.
"Bila dah dekat-dekat dengan tarikh kahwin ini ada-ada sahaja cerita buruk yang keluar dan saya anggap ia dugaan sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Erin berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah gosip diruangan pojok yang mendakwa dia dan pasangannya Farriz Fauzy berkelakuan manja 'sakan' hingga mengundang rasa tidak selesa orang ramai yang menghadiri sebuah acara Matta Fair minggu lalu. Menurut laporan itu, Erin juga tidak menghiraukan sapaan yang dibuat oleh penulis ruangan pojok itu, malah bertindak lebih romantik apabila menerima teguran itu. Jelas Erin, dia tidak pernah bersikap sombong dan tidak menghiraukan teguran daripada mana-mana pihak terutama orang yang dikenalinya. Katanya, kemungkinan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak di acara tersebut juga membuatkan dia kurang menyedari mana-mana teguran yang ditujukan kepadanya. "Mana mungkin saya buat tidak tahu sahaja kepada orang yang menegur saya, terutama orang yang saya kenal. Mungkin saya tidak dengar ketika itu. "Situasi di Matta Fair tempoh hari terlalu ramai orang, sehingga hendak jalan pun susah," ujarnya. Dalam pada itu, Erin menganggap tuduhan tersbeut sebagai salah satu ujian kepadanya dalam menghitung detik bahagia bergelar isteri pada 9 Oktober depan. Jelas Erin, dia enggan melayan dan memperbesarkan khabar angin buruk itu bagi mengelakkan daripada memberi tekanan kepada kedua-dua mereka menjelang hari perkahwinan tersebut. "Saya sudah tahu akan ada cerita-cerita seperti ini, jadi saya awal-awal saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara-perkara buruk yang bakal kami hadapi." "Saya tidak mahu ambil peduli sangat kerana tidak mahu ia akan memberi tekanan kepada kami banyak lagi yang perlu diuruskan," katanya. Pasangan Erin dan Farriz mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu selepas empat bulan mengenali lelaki tersebut. Sementara itu, Erin berkata, persiapan perkahwinannya sudah hampir siap dan dia kini mula mengedarkan kad undangan perkahwinanya kepada rakan-rakan terdekat. Majlis pernikahannya akan berlangsung pada malam Jumaat, 9 Oktober depan di Hotel Intercontinantal, di Kuala Lumpur. Manakala majlis resepsi diadakan keesokan hari diadakan di lokasi yang sama. ─ mStar online

Nenek Tawar RM1,000 Cari Cucu Yang Hilang
Demi mencari cucunya yang hilang, seorang nenek yang menggunakan nama facebook Yong Gayah sanggup memberikan ganjarang RM1,000 bagi sesiapa yang membantunya sehingga cucunya ditemui.
Status yang dimuat naik oleh Yong Gayah pada 14-September berbunyi seperti berikut : Saya kehilangan cucu bernama Fatin@Baby berusia 15 tahun..mohon beri maklumat dan sebarkan kepada orang ramai.. Sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga menjumpai anak ini…akan di berikan ganjaran RM1000.
Menurut apa yang diceritakan oleh Yong Gayah, cucunya yang bernama Fatin atau Baby hilang sejak dua hari lalu di Teluk Intan, Perak.
Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tentang remaja perempuan ini, diminta menghubungi Yong Gayah di laman Facebooknya : https://www.facebook.com/yong.gayah
Berikut dilampirkan beberapa gambar Fatin atau Baby :
─ SiakapKeli.com

Kemampuan Jalur Lebar Seluruh Negara Capai Lebih 67%
LANGKAWI – Usaha kerajaan untuk memperluaskan kemampuan jalur lebar negara membuahkan hasil yang amat positif apabila kadar penembusannya kini adalah lebih 67 peratus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pada 2009, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia adalah 31.7 peratus dan angka terbaharu bagi tahun ini sebanyak 67.1 peratus.
“Hanya 7.9 peratus lagi untuk sampai 75 peratus sasaran menjelang 2015,” katanya ketika merasmikan Inisiatif Pemerkasaan Komunikasi Langkawi dan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) di sini, hari ini.
Najib menjelaskan pembangunan sesebuah negara dan kemudahan telekomunikasi saling berkaitan dan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia kini meningkat berkali ganda.
“Perkaitan antara pembangunan dan telekomunikasi adalah seperti enjin dan jentera. Pembangunan membawa kita ke destinasi seperti jentera manakala teknologi memacu pembangunan negara seperti enjin.
“Kalau enjin berupaya tinggi, maka cepatlah sampai ke destinasi, kaitan ini bukan halusinasi,” kata perdana menteri.
Najib berkata banyak kajian dan laporan termasuk yang diterbitkan oleh kesatuan teknologi antarabangsa menyatakan pelaburan untuk membangunkan infrastruktur dapat meningkatkan produktiviti dan memacu pembangunan.
Menurutnya infrastruktur telekomunikasi yang baik juga mencetuskan tranformasi, meningkatkan kebolehan rakyat, menjana inovasi, melancarkan urusan dan meluaskan kerjasama.
“Sebanyak 10 peratus kadar penembusan jalur lebar didapati meningkatkan efisiensi sebanyak 3.6 peratus dan peningkatan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebanyak 1.2 peratus,” kata perdana menteri.
Mengenai pembangunan jalur lebar di Langkawi, beliau berkata menjelang 2015, penduduk serta pelancong pulau ini akan menikmati perkhidmatan jalur lebar lebih baik dengan kadar penembusan sebanyak 97 peratus liputan 3G berbanding 70 peratus sebelum ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pembangunan jalur lebar adalah pelaburan strategik khusus bagi meningkatkan kemudahan telekomunikasi Langkawi yang dijangka menelan belanja sebanyak RM300 juta.
Beliau berkata pelaburan itu termasuk membina tiga Pusat Internet 1Malaysia, 260 hotspot Wifi 1Malaysia, 10 menara telekomunikasi baharu, dua ibu sawat Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), 80 kilometer lingkaran kabel gentian optik, tambahan kabel dasar laut dari Kuala Perlis ke Langkawi serta peningkatan 2G kepada 3G bagi tempoh 2014-2015.
“Tiga Pusat Internet 1Malaysia akan dibina di Kampung Padang Wahid, Padang Lalang dan Taman Delima yang akan melatih penduduk Langkawi menggunakan jalur lebar dengan bijak dan bermanfaat,” katanya.
Difahamkan, pemerkasaan perkhidmatan komunikasi itu juga bertepatan dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang bakal diadakan pada 20 hingga 22 April 2015 di pulau pelancongan ini.
Peningkatan pelancong setiap tahun juga faktor utama sistem telekomunikasi Langkawi perlu dinaik taraf supaya seiring dengan keperluan pengguna yang kian meningkat selaras dengan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi tempoh 2011-2015.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri Kedah Noor Sabrina Mohd Noor, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBNBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Tan Sr Khalid Ramli. – BERNAMA
TOP
4 Lelaki Direman Bantu Kebocoran Soalan UPSR
PUTRAJAYA: Polis pada Isnin memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman empat lelaki termasuk seorang guru besar dan dua guru bagi membantu siasatan berhubung kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini hingga Khamis ini terhadap lelaki berkenaan berumur antara 30 dan 50 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Guru Besar dan guru berkenaan daripada dua buah sekolah di Pulau Pinang manakala seorang lagi lelaki ialah ejen insurans.
Seksyen 8 (1) OSA menetapkan jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya sesuatu rahsia rasmi atau sesuatu perkataan kod, isyarat timbal atau kata laluan rasmi yang rahsia dan berhubungan dengan atau digunakan dengan apa-apa jua di sesuatu tempat, boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun.
Keempat-empat lelaki itu diwakili peguam Ester Tan Siew Choo yang berkata polis memohon perintah reman bagi tujuh hari tetapi majistret memberikan empat hari.
Berikutan kebocoran soalan kertas Sains 018, 028 dan 038 dan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 itu, hampir setengah juta calon UPSR perlu menduduki semula kedua-dua kertas itu pada 30 Sept.
Keadaan itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan murid terbabit dan ibu bapa mereka.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pada Jumaat lepas bahawa Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta merta sementara menunggu siasatan kebocoran itu. - mStar
TOP
Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Rabu
KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora dari arah barat di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran bahawa angin kencang itu yang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. – BERNAMA
TOP
Rojak Buah Pok Li Curi Tumpuan Kempen PRK Pengkalan Kubor
TUMPAT – Jika berkunjung ke Pengkalan Kubor, tidak sah jika tidak mencuba rojak buah atau ‘colek Pok Li’ yang begitu sinonim sebagai juadah tarikan di kawasan itu.
Colek Pok Li diusahakan oleh Jihad Hussain, 64, sejak 23 tahun lepas dan beliau menyara isteri serta lima anaknya dengan berniaga rojak buah atau lebih dikenali sebagai `colek’ di Kelantan.
Jihad yang lebih dikenali sebagai `Pok Li’ hanya menggunakan motosikal beroda tiga yang ditempatkan di satu sudut di dalam kompleks membeli belah Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini.
Kelincahannya memotong buah-buahan yang merupakan ramuan utama rojak berkenaan, membuatkan sesiapa yang melihatnya tertarik hati dan ingin mencuba kenikmatan rojak buah Pok Li itu.
Antara ramuan utama coleknya ialah buah mempelam, nanas, jambu dan beberapa jenis jeruk lain dan kelebihan rojak buah Pok Li adalah pada sos pencicah buatan sendiri terdiri daripada kicap pekat, garam yang dicampur lada menjadikan rasa rojak berkenaan begitu lazat.
Jihad menjual rojak itu dengan harga serendah RM2 sehingga RM10 sebungkus dan pada hari-hari biasa pendapatannya adalah lebih kurang RM50 hingga RM100 sehari dan lebih RM100 sehari semasa musim cuti.
Namun sejak minggu lepas, pendapatan Jihad meningkat sekali ganda ekoran ratusan orang dari seluruh pelusuk negara yang datang bertugas dan berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Dia memberitahu Bernama di sini sejak semalam dirinya tidak `menang tangan’ melayan pembeli yang tidak putus-putus datang.
“Nampaknya Pok Li kena tambah buah-buahan dan kena berniaga lebih masa kali ini,” sambil merujuk kepada suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Jihad berkata ada kalangan pembelinya tidak pernah merasai rojak buah yang terdapat di Kelantan seperti yang diusahakannya itu dan ramai orang dari luar Kelantan membeli rojaknya dengan banyak setelah merasai rojak itu.
Bagi Rashid Salim, 47, dari Perak berkata, beliau yang pertama kali mengujungi Zon Bebas Cukai itu rasa bertuah kerana berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan di sempadan Malaysia-Thailand itu termasuk rojak Pok Li.
Seorang lagi pengunjung Azizah Man, 54, dari Kuala Lumpur berkata sempena PRK yang kebetulan juga cuti persekolahan, dia mengambil kesempatan datang bersama keluarganya di sini sambil berkempen, membeli belah dan turut ingin mencuba rojak Pok Li.
PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 25 Sept ini sebagai hari pengundian.
Pada PRK itu calon BN Mat Razi Mat Ail akan dicabar calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
TOP
Laluan Khas Di China Untuk Pengguna Tegar Telefon Bimbit
CHINA ─ Di sebuah bandar di China, Chongqing telah dibina satu jalan khusus untuk mereka yang pengguna tegar smartphone.
Laluan sepanjang 100 kaki telah dibina oleh pihak berkuasa bagi mereka yang tidak boleh berpisah dengan smartphone. Laluan itu dibina khas dengan perkataan telefon bimbit ditulis di atasnya.
Ia merupakan langkah yang diambil oleh negara China bagi mengatasi masalah penduduknya yang ketagihan dengan telefon masing-masing.
Idea itu ditiru daripada projek yang dilaksanakan dalam program National Geographic awal tahun ini.
Bagaimanapun pihak berkuasa di China memaklumkan, langkah itu secara diam-diam dapat mengingatkan pejalan kaki bahawa jangan bermain-main dengan telefon bimbit ketika berjalan. ─ Gizmodo
Bagaimanapun pihak berkuasa di China memaklumkan, langkah itu secara diam-diam dapat mengingatkan pejalan kaki bahawa jangan bermain-main dengan telefon bimbit ketika berjalan. ─ Gizmodo
TOP
Pemuda Dapatkan Bantuan Bomba Gara-Gara Bearing Lekat Di Jari
KUANTAN: Gara-gara memakai 'bearing' motosikal di jari manis untuk dijadikan cincin, seorang pemuda terpaksa menahan kesakitan beberapa jam pada Sabtu sebelum alat itu berjaya dilucutkan.
Itupun dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Karak Abdullah Yaakob, berkata lelaki berusia 27 tahun tersebut sebelum itu sekadar suka-suka menyarung 'bearing' berkenaan tiga hari lepas sebelum ia mula membengkak awal pagi Sabtu.
"Keadaan itu menyebabkan mangsa dengan ditemani ibunya ke Klinik Kesihatan Karak kira-kira jam 12.14 tengah hari untuk mengeluarkan bearing tersebut namun gagal.
"Mereka kemudian pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Karak untuk mendapatkan pertolongan, dan setelah hampir setengah jam, barulah ia berjaya dilucutkan dengan menggunakan alat pemotong besi, playar dan kikir," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.
Menurutnya, lelaki itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan serius kemudian ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan. ─ SiakapKeli.com
TOP
Hamas enggan runding, tunduk dengan Israel
Rumah mudah alih disediakan di kawasan kejiranan di selatan Gaza untuk memberi perlindungan kepada penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal. Gambar kecil: Haniyeh
GENTING GAZA - Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, kelmarin menegaskan gerakan itu tidak akan menyertai sebarang rundingan langsung dengan Israel. Menurut Haniyeh, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas perlu memainkan peranan utama dan memasang strategi untuk berunding dengan Tel Aviv yang selama ini sering berdolak-dalik dengan tuntutan Hamas. "Walaupun kami menolak rundingan dengan Israel, ia tidak bermakna Hamas menentang mana-mana langkah politik yang telah ditandatangani bersama Fatah," katanya lagi. Beliau turut menggesa kerajaan Mesir supaya memberi tekanan kepada rejim Zionis bagi memastikan mereka mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui pada 26 Ogos lalu. Sementara itu, Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal memaklumkan rundingan secara langsung dengan Israel tidak termasuk dalam agenda utama gerakan itu. "Kami hanya bersetuju untuk menyertai rundingan secara tidak langsung bersama mereka," jelasnya menurut laporan MEM. Selain itu, Meshaal turut menolak gesaan Tel Aviv yang menuntut mereka melaksanakan pelucutan senjata bagi memulakan projek pembinaan semula di Genting Gaza. ─ SiakapKeli.com

Polis rampas dadah RM5.5 juta
KUALA LUMPUR 15 Sept - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatatkan kejayaan besar apabila menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas dadah bernilai RM5.5 juta minggu lalu.
Kejayaan itu termasuk membongkar kegiatan sindiket dadah didalangi warga Nigeria yang mengunakan kargo udara melalui syarikat perkhidmatan kurier untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini.
Turut ditangkap ialah dua lelaki yang bertindak menjadi keldai dadah dan penerima barangan kurier tersebut. ─ Utusan
TOP
Wawa Pelajar Pertama Tersingkir Daripada AF2014
Wawa atau nama sebenarnya Walfadhilah Suhaizat telah disingkirkan dari Akademi Fantasia 2014 sebagai orang yang pertama yang disingkirkan dari ranchangan tersebut.
Beliau yang berusia 19 tahun itu telah diumumkan tersingkir pada minggu kedua yang dihoskan oleh Zizan bersama Faizal Ismail.
Lagu yang berjudul “Wajah Kekasih” dendangan Siti Nurhaliza ternyata tidak membawa tuah kepada beliau untuk terus bertahan ke minggu yang seterusnya.
Dengan penyingkiran ini, kini hanya 11 perserta lagi yang tinggal untuk meneruskan rancangan AF 2014 iaitu Adel, Nina, Muna, Ewal, Firman, Zarif, Nuha, Farez, Azwan, Ziha dan Aman. ─ SiakapKeli.com

Suami Tamak Ugut Bunuh Isteri
Zarena menunjukkan salinan sijil kelahiran anak lelakinya dan gambar kanak-kanak itu yang kini ditahan oleh keluarga suaminya di Pakistan.
IPOH – Seorang kerani mendakwa diugut bunuh oleh suaminya dan dipaksa menyerahkan kesemua hartanya sekiranya mahu anak lelaki yang kini berada di Pakistan kembali ke pangkuannya. Zarena Bibi Omar Din, 38, berkata, suaminya yang merupakan warga Amerika Syarikat kelahiran Pakistan memberitahu sanggup membunuh anak mereka, Ziad Mohammad Talib, 9, sekiranya kereta dan rumah mereka di Tambun tidak diserahkan kepada lelaki itu. Menurutnya, dia terpisah dengan anak lelakinya setelah dikurung di rumah suaminya itu ketika berkunjung ke Mansehra, Pakistan pada 2 Februari lalu selepas 10 tahun berkahwin. “Ketika di Pakistan, saya diugut bunuh setiap hari sekiranya enggan menyerahkan rumah di Sunway City, Tambun, kereta Perodua Kembara dan wang berjumlah RM18,000. “Adik ipar turut menyediakan afidavit dan dokumen yang ditiru tandatangan serta memukul dan memaksa saya untuk meletakkan cap jari di atas dokumen berbahasa Urdu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak di sini, semalam. Zarena berkata, dia dihantar pulang sendirian pada 10 Mac lalu manakala, anaknya dijadikan tebusan sementara harta terbabit diserahkan kepada seorang wanita bekerja sebagai penjawat awam yang turut bersubahat dalam kes itu. Dakwanya, suaminya mahu dia menukar hak milik hartanah di Sunway City ke atas seorang wanita yang bertugas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) dan anaknya masih ditahan oleh keluarga lelaki itu di Pakistan. "Kali terakhir berhubung dengan suami adalah hujung Julai lalu di mana dia masih berkeras enggan menyerahkan kembali anak saya. “Laporan polis berasingan telah dibuat dan saya menemui pelbagai pihak antaranya Interpol, Wisma Putra dan Biro Siasat Persekutuan (FBI) dalam usaha mendapatkan semula anak saya,” katanya. Zarena berkata, anaknya itu dipercayai berada di Pakistan secara tidak sah apabila visanya tamat pada 22 April lalu. “Sepanjang Sepanjang tempoh ini, saya dalam keadaan tertekan risaukan keselamatan anak saya. Saya telah dimaki, diugut dengan pelbagai cara dan saya berdiam diri kerana hanya mahukan kembali anak saya. “Saya mengharapkan simpati mana-mana pihak untuk mendapatkan kembali anak saya memandangkan usaha dilakukan sebelum ini tidak membuahkan hasil, sementara penjawat awam terbabit perlu diambil tindakan sewajarnya,” katanya. ─ Sinar Online

Perkataan 'Malaysia' Selamatkan Mangsa Banjir Di Kashmir
Norzam Aini antara rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir besar di India tidak dapat menahan sebak ketika memeluk anaknya sejurus tiba di KLIA pada Isnin. - fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Perkataan 'Malaysia' yang ditulis dengan menggunakan sos cili di atas baju kemeja dengan corak bendera Malaysia menyelamatkan nyawa kira-kira 15 rakyat negara ini yang terkandas di atas bumbung sebuah hotel di Jammu dan Kashmir selepas banjir buruk melanda wilayah Himalaya itu.
Sekumpulan warga Malaysia yang kembali ke negara ini dengan selamat mengimbau kembali insiden terkandas di atas bumbung di sebuah hotel di Srinagar, ibu kota negeri Jammu dan Kashmir dalam keadaan sejuk selama beberapa jam pada 7 September lalu untuk menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras.
Seorang mangsa, Farisha Elaina Abdul Hanif, 23, berkata, dia bersama-sama dengan rakan dan keluarga mereka berada di Srinagar untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak sulungnya semasa terkandas dalam tragedi banjir besar itu.
Farisha Elaina berkata hotel tempat mereka tinggal yang berhadapan Empangan Dall, dinaiki air apabila empangan tersebut pecah selepas hujan turun berterusan.
"Kami mengharungi arus deras dan melarikan diri ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri.
"Dalam masa yang singkat, air banjir yang mulanya pada paras dada naik sehingga ke bumbung.
"Kami terpaksa memikirkan cara untuk menarik perhatian (pasukan penyelamat) termasuk menggunakan sos cili untuk menulis perkataan 'Malaysia' di atas tuala.
"Kami juga mengantung baju kemeja bercorak bendera Malaysia," katanya ketika ditemui sebaik tiba di KLIA.
Menurut Farisha, mereka kemudiannya diselamatkan menggunakan bot.
Ibu Farisha, Datin Norzam Aini Hamzah, 59, berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menjalankan tugas dengan baik dalam membantu dan menyelamatkan mereka yang terkandas dalam banjir buruk itu. ─ SiakapKeli.com
TOP
Malaysia Aman Walau Rakyat Berbeza Agama, Bangsa & Budaya
PETALING JAYA: Tiada negara lain yang boleh dibandingkan dengan Malaysia dari segi keharmonian dan keamanan, kata seorang bekas guru yang gemar melancong.
Pritam Singh, 84, yang pernah melancong ke merata dunia dalam melaksanakan tugasnya dengan Persekutuan Perancang Keluarga Antarabangsa (IPPF) berkata, tiada negara lain seperti Malaysia.
"Wujud suasana aman dan harmoni di sini. Bagi sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, kita boleh menyesuaikan diri antara satu sama lain dan menghormati kepelbagaian budaya," katanya.
Pritam yang dilahirkan di Punjab pada 1930, menolak masalah perkauman yang dibangkitkan pada hari ini dengan mengatakan bahawa ia berlaku secara normal di mana-mana sahaja.
"Malah dalam keluarga pun ada masalah, mungkin antara bapa dan anak lelakinya. Kita tidak perlu terlalu ambil peduli mengenainya," kata Pritam yang berpindah ke Kuala Pilah dari India semasa zaman kanak-kanaknya.
Sebelum menyertai IPPF sebagai perancang program pada 1969, Pritam yang belajar di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah mengajar subjek Sains di sana sehingga dinaikkan pangkat ke jawatan guru besar.
"Saya boleh mendalami bidang perubatan tetapi saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk membantu ibu bapa saya," kata bapa kepada tiga orang anak lelaki itu.
Beliau ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Singapura tetapi Pritam enggan meninggalkan ibu bapanya bersendirian.
Pritam kemudiannya mengajar sepenuh masa, satu profesion yang beliau percaya mengalir dalam darahnya.
Malah, Pritam mula mengajar ketika berusia 13 tahun, walaupun ini dilakukan dalam suasana tidak formal semasa era pendudukan Jepun.
Untuk mendapatkan wang tambahan, beliau menjual garam kepada penduduk di Kuala Pilah.
Beliau akan pergi ke Port Dickson sebulan sekali untuk membeli seguni garam sebelum dijual di kampung halaman.
Sementara itu, penyokong perpaduan nasional, Anas Zubedy menggesa rakyat Malaysia untuk membuka mata mengenai betapa istimewanya negara ini.
Bagi dirinya, perkara istimewa adalah rakyat di negara ini menikmati kemakmuran dan keamanan bersama walaupun terdiri daripada kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.
"Terdapat banyak tempat di negara kita dimana anda boleh menjumpai masjid, gereja dan kuil yang berdekatan antara satu sama lain.
"Anda boleh melihat juga rakyat berlainan bangsa dan budaya berinteraksi antara satu sama lain," katanya.
Anas berkata, walaupun sesetengah rakyat Malaysia pesimistik mengenai beberapa masalah di dalam negara ini, sesiapa saja perlu berterima kasih dan optimis dengan kemajuan dan potensi negara. ─ mStar online
TOP
AS serang kedudukan IS dekat Baghdad
WASHINGTON: Amerika Syarikat mengebom kedudukan kumpulan Negara Islam (IS) dekat Baghdad, kali pertama ia menyasarkan anggota militan itu hampir dengan ibu negara Iraq itu.
Seorang pegawai pertahanan AS memberitahu AFP bahawa pesawat Amerika melancarkan satu serangan dekat Baghdad dan satu lagi di Gunung Sinjar di utara Iraq dalam tempoh 24 jam lalu.
AS bulan lalu memulakan kempen serangan udara terhadap kedudukan IS di utara Iraq tetapi pengumuman bahawa pesawatnya menyasarkan militan berhampiran Baghdad menunjukkan perluasan skop misi itu.
"Tentera AS terus menyerang pengganas ISIL (IS) di Iraq, menggunakan pesawat tempur dan pejuang untuk melakukan dua serangan udara pada Ahad dan Isnin dalam membantu pasukan keselamatan Iraq dekat Sinjar dan barat daya Baghdad," menurut US Central Command dalam satu kenyataan. ─ SiakapKeli.com
TOP
Topi Khas Dicipta Untuk Pengemar Selfie
Semenjak perkataan “Selfie” dimasukkan ke dalam kamus kini sudah ada pelbagai produk khusus untuk kegiatan tersebut termasuklah monopod.
Demo memudahkan lagi atau menambahkan gaya ketika berselfie kini Acer dengan ciptaan barunya mampu menarik minat para selfie “tak henti-henti” untuk terus berselfie.
Acer bersama seorang pereka fesyen Christian Cowan-Sanluis telah mencipta sebuah topi yang memudahkan anda untuk berselfie. Kiranya topi ini adalah berperanan seperti monopod tetapi ia sudah siap terbina dengan pemengang phone pada bahagian hujung topi sebagai fungsi untuk meletakkan smartphone anda.
Bagaimanapun penulis rasa penulis tidak akan sanggup untuk mencuba dan anda jua pun sama. ─ SiakapKeli.com
Bagaimanapun penulis rasa penulis tidak akan sanggup untuk mencuba dan anda jua pun sama. ─ SiakapKeli.com
TOP
Mayat Bayi Lelaki Dijumpai Di Tapak Pelupusan Sampah
JOHOR BAHRU- Mayat seorang bayi lelaki yang masih lagi bertali pusat dijumpai di tapak pelupusan sampah di Tanjung Merit, Mersing, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkepli Hashim berkata mayat bayi itu dijumpai pada 9.30 pagi tadi oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu.
“Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan surat khabar dan beg plastik,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Zulkepli tidak menolak kemungkinan mayat itu baharu diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung penemuan itu.
Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Orang ramai diminta menghubungi hotline polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat. – BERNAMA
TOP
Mohmad Salleh Dahului Senarai Penerima Darjah Kepahlawanan
KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh hari ini mendahului senarai 235 penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Mohmad dianugerah Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).
Turut menerima PGPP ialah Komisioner Polis Singapura Ng Joo Hee dan Pemangku Ketua Polis Thailand Jeneral Watcharapol Prasarnrajkit.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat penganugerahan itu yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, di sini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Seramai 25 penerima dianugerah Darjah Panglima Setia Pasukan Polis, Darjah Pahlawan Pasukan Polis (81 penerima), Darjah Kesatria Pasukan Polis (enam penerima) dan Darjah Bentara Pasukan Polis (117 penerima).
Selain itu, Tuanku Abdul Halim mengurniakan Pingat Keberanian Polis kepada tiga anggota polis kerana menunjukkan keberanian sewaktu menjalankan tugas dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah dan kes melibatkan perogol bersiri ‘Rambo Bentong’.
Mereka ialah Asisten Superintenden Mohamad Hasnal Jamil, Lans Koperal Mohd Akram Che Hussain dan Lans Koperal Mohd Suhaimi Mohd Razali.
Mohamad Hasnal cedera parah ketika menentang pengganas dari selatan Filipina dalam insiden di Lahad Datu pada Mac tahun lepas manakala Mohd Akram dan Mohd Suhaimi berjaya menangkap penjenayah paling dikehendaki sejak 2009 itu. – BERNAMA
TOP
UPSR: Tindakan Pantas Cerminkan Ketelusan, Kejujuran Kerajaan
KUALA LUMPUR – Tindakan pantas pihak berkuasa menyiasat dan menahan mereka yang disyaki terlibat dengan kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilihat mencerminkan ketelusan dan kejujuran kerajaan.
Ia juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan menyiasat dalang kes berkenaan sehingga ke akar umbi serta menghantar mesej jelas bahawa kerajaan dan pihak berkuasa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa yang terlibat.
Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata tindakan itu adalah wajar dan tepat pada masanya.
“Ini terbukti kerajaan tidak ‘memilih bulu’ dalam mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja didapati terlibat.
“Hukuman berat perlu dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah bagi mengelakkan kejadian sama berulang di masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terkini polis semalam menahan dua individu iaitu seorang guru dan seorang ejen insurans dalam serbuan di Kuala Ketil, Kedah dan Sentul di sini berhubung kes tersebut selepas menahan tiga guru lelaki dan seorang guru wanita dalam serbuan di Pulau Pinang dan Perak pada Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng dalam kenyataannya hari ini berkata dua daripada mereka telah dibebaskan atas jaminan polis dan empat orang hari ini direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.
Noor Azimah, bagaimanapun meminta orang ramai tidak menuding jari kepada warga pendidik semata-mata kerana terdapat beberapa pihak lagi yang mempunyai akses dalam proses pengendalian kertas soalan peperiksaan.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
Susulan itu juga, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen memuji tindakan cepat dilakukan pihak berkuasa dan kementerian pendidikan dalam menangani insiden berkenaan.
“Saya melihat ia satu tindakan berani dan berjiwa besar dilakukan oleh TPM selaku Menteri Pendidikan termasuk memohon maaf kepada ibu bapa dan rakyat yang menunjukkan rasa tanggungjawab, tidak lepas tangan terhadap insiden ini,” katanya.
Mohd Rafiq yang juga Exco Pemuda Umno Kebangsaan, mencadangkan diwujudkan satu pelan kecemasan agar terdapat set soalan gantian andainya terjadi kes sebegini pada masa depan.
Ini bagi memastikan tiada sebarang penundaan tarikh peperiksaan yang boleh menjejaskan emosi pelajar terlibat, katanya.
“Perlu ada satu mekanisme dan penambahbaikan dalam SOP (Prosedur Operasi Standard) dalam hal berkaitan agar ia tidak berulang terutama dalam usaha menjadikan negara sebuah hab pendidikan dunia,” katanya.
Seorang guru mata pelajaran Sivik di Sekolah Menengah Peh Hwa, Muar, Johor,Zainab Tukinon, 44, berkata tindakan tegas kerajaan tidak melindungi mana-mana warga pendidik yang disyaki terlibat merupakan satu tindakan telus di bawah pimpinan Muhyiddin.
“UPSR mungkin peperiksaan yang ‘simple’, namun ia sangat menjejaskan integriti perguruan, ini satu pengajaran buat mana-mana guru yang mengkhianati kepercayaan diberikan kepada mereka”.
Katanya hukuman terhadap sesiapa yang dibuktikan terlibat akan menjadi pengajaran kepada mereka yang terlibat dan juga masyarakat. – BERNAMA
TOP
UPSR Bocor, Jurutera Ditahan Di Kemaman, Terengganu
KUALA LUMPUR - Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari.
"Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri lima orang guru dan seorang ejen insurans.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. - Bernama
TOP
Jangan Cepat Menghukum Dollah – Khairy
TUMPAT – Peminat bola sepak negara diminta supaya jangan cepat menghukum jurulatih Dollah Salleh selepas skuad Harimau Malaya kalah 2-0 kepada Indonesia dalam perlawanan persahabatan, kelmarin.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata Dollah wajar diberi masa dan peluang untuk membentuk pasukan dengan caranya tersendiri kerana beliau baru sahaja mengambil alih tugas itu.
“Seperti Luis Van Gaal (pengurus Machester United), pasukan kegemaran saya di England, tewas perlawanan sebelum ini sebelum bangkit mencatat kemenangan bergaya semalam,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi Pengkalan Kubor di sini hari ini.
Sebelum ini, skuad Harimau Malaya kecundang 1-4 kepada Tajikistan pada 8 Ogos lepas dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa bagi persediaan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan Laos dari 22 November hingga 20 Disember ini.
Mengenai kekalahan 3-0 kepada Korea Selatan dalam aksi pembukaan Sukan Asia ke-17 di Inchelon, Korea Selatan, semalam, Khairy mengakui pasukan tuan rumah memang hebat.
Katanya, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee masih mempunyai dua perlawanan kumpulan menentang Arab Saudi dan Laos dan mereka perlu menjadikan kekalahan pertama itu untuk bangkit semula dengan prestasi yang lebih baik.
Khairy bagaimanapun memuji skuad bawah 16 tahun negara yang memberi saingan hebat sebelum tunduk 2-1 kepada Australia pada suku akhir kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bangkok, semalam.
Beliau berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat membuat perancangan untuk meningkatkan pasukan itu dan kementeriannya akan membantu memastikan skuad kendalian S Balachandran terus cemerlang pada masa depan. – BERNAMA
TOP
Menteri Singapura Lawat Terengganu Perkukuh Hubungan
SINGAPURA – Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Masagos Zulkifli akan membuat lawatan kerja dua hari ke Terengganu mulai hari ini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura menyatakan lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha republik itu untuk memperkukuh hubungan antara Singapura dan negeri-negeri di Malaysia, termasuk untuk mempromosi hubungan ekonomi lebih erat dan melakukan pertukaran sesama rakyat.
Masagos dijadual menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering.
Beliau juga akan mengunjungi Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, selain bertemu anggota dewan perniagaan dan industri Melayu dan Cina.
Beliau akan turut diberi taklimat oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. – BERNAMA
TOP
Ikan Emas Lalui Pembedahan Menakjubkan Buang Ketumbuhan
MELBOURNE – Ia adalah satu pembedahan menakjubkan apabila seekor ikan emas yang menghidap tumor, berjaya diselamatkan.
Menakjubkan apabila seekor ikan emas yang telah menghidap tumor kini berjaya diselamatkan melalui pembedahan. George, nama ikan tersebut telah dibedah dan dibuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya oleh Dr. Tristan Rich yang juga ketua jabatan hidupan liar dan eksotik Hospital Binatang Lort Smith Animal. George yang berusia 10 tahun itu sebelum ini berdepan dengan kesukaran untuk berenang dan bernafas. Ikan itu juga sukar makan dengan sempurna malah tumor tersebut juga menjejaskan penglihatannya.
Apa yang menakjubkan di sini walaupun ia seekor ikan namun nyawanya tetap tidak dipandang remeh oleh sesetengah pihak sehingga sanggup melakukan pembedahan. Pemiliknya kemudian melihat ketumbuhan itu makin besar lalu merujuknya kepada Dr. Tristan. Selepas Dr. Tristan mencadangkan supaya pembedahan dilakukan dengan George diberi ubat tidur, maka pemiliknya memutuskan untuk melakukan pembedahan itu yang menelan kos sebanyak RM645. Meskipun ikan diberi ubat pelali namun air disalurkan melalui insangnya bagi memastikan George tidak mati. “Kami cuba memastikan agar George tidak kehilangan banyak darah kerana ia adalah ikan yang kecil, jadi kalau darahnya hilang, ia tidak mampu bertahan,’’ kata Dr. Tristan. Ini bukan pembedahan kali pertama dilakukan ke atas ikan kecil sebaliknya beliau mempunyai mengalaman melakukannya sejak beberapa tahun lalu. ─ Daily Mail

Imogen Poots Diminta Pakai Bra Besar
PELAKON filem Fright Night, Imogen Poots mendedahkan dia diminta untuk menggunakan bra lebih besar agar kelihatan seksi dalam filem tersebut.
Bintang filem itu dikatakan tidak mempunyai payudara yang besar bagi memperlihatkannya tampil seksi dan menggoda. "Saya disuruh pakai bra lebih besar supaya kelihatan lebih seksi kerana dalam filem itu saya harus berperanan sebagai wanita penggoda. "Saya mengaku agak malu sehingga wajah bertukar menjadi merah dan saya memberitahu pengarah bahawa saya tidak selesa," ujarnya. ─ SiakapKeli.com

Tak Puas Hati Dengan Bekas Majikan, Lelaki Hantar SMS Hina Agong Kepada Orang Ramai
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Akibat tidak berpuas hati dengan bekas majikannya, seorang pesara sebuah agensi kerajaan bertindak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengandungi ancaman terhadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA) kepada orang ramai secara rawak.
Bagaimanapun, lelaki berusia 50 tahun itu akhirnya ditahan polis kira-kira pukul 5 petang di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang dekat sini semalam.
Menurut sumber, lelaki yang mempunyai masalah mental itu bertindak sedemikian setelah mendakwa majikannya memaksa dia bersara awal pada 1 Ogos lalu ketika berusia 50 tahun.
"Dakwanya lagi, dia telah menandatangani perjanjian untuk bersara ketika berusia 60 tahun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sumber itu berkata, perbuatan lelaki terbabit dipercayai tiada kaitan dengan mana-mana kegiatan pengganas namun dia hanya bertindak bersendirian.
Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. ─ SiakapKeli.com
TOP
Perodua Axia bukan ganti Viva
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tidak akan menggantikan pengeluaran Viva dengan Axia secara komersil selagi ada permintaan terhadap model tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Axia berbeza dari Viva kerana ia merupakan model baharu serta dikeluarkan di kilang baharu.
“Tetapi secara teknikal Axia akan menggantikan Viva sekiranya permintaan terhadap model tersebut semakin berkurangan.
“Buat masa ini, kami masih mengeluarkan Viva memandangkan ada permintaan dari pengguna domestik dan juga beberapa negara yang masih mahu mengimport Viva,” katanya.
Sementara itu, Perodua juga optimis sebanyak 30,000 unit Axia akan dijual sehingga hujung tahun ini memandangkan tempahan diterima sehingga semalam 13,500 unit.
“Sejak tempahan dibuka kepada orang ramai pada 15 Ogos lalu kami menerima tempahan 500 hingga 600 unit Axia sehari dan dengan pelancaran ini jumlah tersebut bakal bertambah.
“Situasi ini juga dilihat dapat meningkatkan penguasaan pasaran Perodua dari 28.8 peratus sehingga kini kepada 30 peratus menjelang hujung tahun ini,” katanya.
Menurutnya, daripada 13,500 unit Axia ditempah, 50 peratus daripadanya adalah Varian Standard G bagi transmisi manual dan automatik.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia melalui Dasar Automatif Nasional (DAN) 2014 menjadikan negara sebagai hub Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dapat direalisasikan dengan pelancaran Perodua Axia.
Muhyiddin berkata, pelaburan secara berterusan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dilihat sebagai salah satu pemacu dalam mencapai sasaran tersebut.
“EEV di Malaysia bukan sahaja memberi tumpuan kepada kenderaan cekap tenaga tetapi merangkumi keseluruhan kitaran hijau automatif dan merubah industri ke arah mampan.
“Model baru Axia akan meletakkan satu penanda aras yang baharu kepada terma kualiti, pengurusan kos serta produktiviti dalam pasaran EEV negara,” katanya pada Majlis Perasmian Perodua Axia di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, harapan rakyat Malaysia untuk melihat jenama Perodua muncul sebagai pemain utama industri dikenali peringkat global.
“Axia menawarkan kereta yang mempunyai reka bentuk ringkas, bergaya serta menggabungkan fungsi secara praktikal, malah mesra alam dan ditawarkan pada harga berpatutan.
“Saya turut berharap model Axia ini akan di pasarkan ke rantau Asian dalam masa terdekat memandangkan Perodua menghasilkan kereta yang diperlukan oleh pasaran,” katanya.
Didatangkan dengan empat varian Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advanced, Axia boleh didapati dengan lapan warna Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Moonlight Blue, Cherry Blossom, Lemon Grass Green, Sunflower Yellow and Lava Red pada harga serendah RM24,600 hingga RM42,530. ─ SiakapKeli.com
TOP
Sindiket seludup bayar pegawai kastam RM40,000 satu kontena elak diperiksa
KUALA LUMPUR - RM40,000 bagi sebuah kontena. Itulah jumlah habuan yang dikeluarkan oleh sindiket penyeludupan rokok dan arak bagi merasuah segelintir pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Tambak Johor dan Bukit Kayu Hitam.
Satu sumber memberitahu, bayaran itu sebagai imbuhan supaya kendera*an sindiket tidak menjalani sebarang pemeriksaan ketika melalui pintu sempadan tersebut.
"Keadaan inilah yang memungkinkan kegiatan menyeludup barangan berke*naan terus bermaharajalela," katanya kepada Mingguan Malaysia.
Sumber itu berkata, selain lori kontena, sindiket juga menggunakan van bagi proses penghantaran barangan seludup ke destinasi yang ditetapkan.
"Mereka hanya akan melakukan penghantaran pada masa yang tertentu dengan menggunakan kenderaan yang sudah 'mendapat kebenaran' daripada pegawai kanan JKDM.
"Contohnya, pegawai terlibat akan meletakkan anggota yang turut menerima rasuah bekerja pada waktu tersebut dan memaklumkan kepada sindiket jenis kenderaan yang selamat untuk dibawa keluar tanpa perlu menjalani pemeriksaan," kata sumber tersebut.
Pada 7 September lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan mengenai kegiatan penyeludupan rokok dan arak yang berleluasa di Tambak Johor dan Bukit Kayu Hitam sehingga ia mengakibatkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit dalam satu malam.
Laporan itu juga mendedahkan ba*gaimana terdapat segelintir pegawai dan anggota JKDM didakwa terlibat de*ngan sindiket.
Mengulas lanjut, sumber itu menjelaskan, wang sebanyak RM40,000 yang diterima akan dibahagikan kepada beberapa pihak termasuklah anggota di bahagian pengimbas, agensi penguat kuasa, polis pelabuhan, bahagian dokumentasi, bahagian kemasukan data dan pencegahan.
"Jika dalam sehari mereka melepaskan dua buah kontena, mereka akan memperoleh kira-kira RM80,000, kalau begitulah keadaannya bagaimana kegia*tan tersebut hendak ditangani kerana terdapat pegawai dan anggota yang hendak mencapai kekayaan dengan cara mudah," kata sumber itu.
Sumber tersebut turut menjelaskan, bagi melepasi pemeriksaan pegawai dan anggota kastam yang sudah menerima imbuhan akan memalsukan dokumen penghantaran barangan yang dibawa oleh sindiket.
"Jika sindiket membawa rokok dan arak, anggota kastam itu akan mengisytiharkan barangan yang dibawa adalah perabot, pakaian atau kertas kitar semula. Sindiket akan meletakkan barangan seperti kertas kitar semula di sebalik barangan seludup dan apabila tiba di tempat pemeriksaan, anggota kastam terlibat akan berpura-pura melakukan pemeriksaan sebelum melepaskan ken*deraan tersebut," katanya.
Jelas sumber lagi, terdapat juga anggota sindiket yang pernah didakwa di mahkamah tetapi mereka tetap meneruskan kegiatan penyeludupan kera*na mereka dibantu oleh 'orang dalam' JKDM. ─ SiakapKeli.com
TOP
RM1 Juta Untuk Beri Cahaya Kepada Kuala Perlis
KANGAR – Kuala Perlis yang terkenal sebagai pusat makanan laut akan berubah wajah apabila projek pencahayaan bernilai lebih RM1 juta dilaksanakan awal tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Beliau berkata projek bakal dilaksanakan Majlis Perbandaran Kangar dan dijangka siap dalam masa enam bulan.
“Projek ini antara usaha kerajaan negeri menarik pelancong yang singgah di Kuala Perlis untuk ke Langkawi, bermalam sekurang-kurangnya satu malam sebelum meneruskan perjalanan mereka.
“Saya yakin projek ini dijangka menarik ramai pengunjung ke Kuala Perlis dan sekali gus meningkatkan industri pelancongan serta aktiviti perniagaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga berusaha untuk memujuk pihak swasta melabur di Kuala Perlis bagi membina terminal kapal canggih yang boleh dijadikan pusat aktiviti sukan air.
“Kita sudah melihat beberapa model terminal kapal di negara jiran untuk dilaksanakan di Kuala Perlis. Terminal feri yang ada sekarang hanya cukup untuk menampung keperluan feri yang memberi perkhidmatan Kuala Perlis-Langkawi.
“Perancangan ini termasuk pembesaran jalan, pembinaan hotel baharu, pusat membeli-belah serta membaik pulih pekan Kuala Perlis dan infrastruktur berkaitan,” tambahnya.
Azlan berkata Kuala Perlis telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat meluncur angin, jet ski, lumba perahu panjang dan kenu manakala Empangan Timah Tasoh bagi sukan kenu, perahu layar dan luncur angin.
Beliau berkata kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pelancongan Negeri, Mohd Jamil Saad bagi melaksanaan projek yang dirancang.
“Perancangan jawatankuasa ini dijangka diumumkan menjelang akhir tahun dan akan dilaksanakan pada suku kedua dan ketiga tahun depan,” kata Azlan.
Dalam perkembangan lain, beliau yang dilantik sebagai Penaung Kehormat Kejohanan ‘Malaysia Orienteering Asean Cup Circuit Grand Finale 2014′
menyaksikan majlis penyerahan tajaan kepada penganjur Magnet Edge Orienteering Sports Club di sini semalam.
Kejohanan dua hari itu mulai Sabtu ini akan disertai kira-kira 300 peserta mewakili Indonesia, Singapura, Thailand dan Malaysia di Hutan Lipur Bukit Ayer dekat sini. – BERNAMA
TOP
Bilangan Jenazah Dibawa Pulang Mungkin Bertambah
MIRI – Jumlah jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang akan dibawa pulang Khamis ini mungkin bertambah kepada tiga daripada dua, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata ini kerana jenazah anak kapal Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, juga telah selesai melalui semua proses dan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan empat lagi jenazah telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan dua daripadanya iaitu jenazah Muhammad Afzal Tambi, 17, dan adiknya Marsha Azmeena, 15, telah mendapat kelulusan untuk dibawa pulang Khamis ini.
Rohani berkata jenazah seorang lagi rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti iaitu Liew Yau Chee, 38, masih dalam proses dokumentasi.
Sementara itu beliau berkata Malaysia Airlines (MAS) sudah mula menghubungi waris keluarga mangsa untuk proses pengecaman barang-barang milik mangsa.
“Sebaik barangan milik mangsa ditemui, MAS terus menghubungi keluarga mangsa dan memberi gambar barangan tersebut untuk proses mengenal pasti,” katanya kepada pemberita di sini.
Rohani berkata beliau akan bertemu 10 waris mangsa esok untuk membincangkan soal bantuan yang boleh diberikan kepada mereka.
“Ini untuk membantu waris mangsa meneruskan hidup dari segi persekolahan anak-anak mereka, kebajikan, kerja dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Remaja OKU Dikhuatiri Lemas Di Pantai Telok Kalong
KEMAMAN – Keghairahan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) untuk mandi di pantai sempena musim cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila dia dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Kalong di sini semalam.
Che Ku Mohd Fadzli Che Ku Mohd Yasin, 14, dipercayai dihanyutkan ombak ketika berkelah di pantai bersama ibu dan lima adik-beradiknya, kira-kira 6 petang.
Menurut ibunya Khalijah Omar, 43, sebaik tiba, anaknya terus turun mandi seorang diri sambil dia mengawasinya dari tepi pantai.
Beliau berkata pada satu ketika, beliau meminta anaknya supaya berenag ke pantai apabila mendapati anaknya berada terlalu jauh dari pantai.
“Dia yang mandi menggunakan pelampung dilihat menghadapi masalah untuk berenang semula ke tepi pantai sebab dibawa arus. Saya menjerit mengarahkan anak sulung saya untuk turun ke pantai menyelamatkan adiknya yang semakin hanyut.
“Saya nampak dia dapat pegang tangan adiknya, tetapi dia juga turut hanyut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Khalijah berkata jeritannya kepada anak sulungnya untuk menolong adiknya mendapat perhatian orang ramai yang turut turun ke laut dengan bot nelayan dan hanya sempat menyelamatkan anak sulungnya.
Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahya Hanafi berkata pihaknya sedang mengesan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal yang hilang itu. – BERNAMA
TOP
TNB tidak lagi terima bayaran cek bil Telekom, air, PBT
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Berkuat kuasa 1 Okt ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lagi akan menerima cek pembayaran bagi bil Telekom Malaysia, pembekal air negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Ia melibatkan semua kaunter dan kios pembayaran TNB.
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd Amin berkata pemansuhan penerimaan cek terpaksa dilaksanakan susulan banyak berlaku kes penipuan.
``Bagaimanapun kami masih menerima pembayaran melalui cek untuk bil TNB,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelanggan perlu menulis nombor akaun TNB (14 digit) di belakang cek yang dipalang untuk bayaran kepada `Tenaga Nasional Berhad'.
Bayaran hanya dianggap sah setelah cek ditunaikan. - BERNAMA
TOP
Pak Lah Pun Dah Mula Ada Blog!
Tahniah diucapkan kepada mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana sudah mempunyai blognya sendiri.
Tidak dinafikan internet adalah sumber yang tidak boleh dinafikan hak capaiannya dalam masyarakat zaman sekarang dan ini adalah langkah yang positif oleh Pak Lah untuk menyuarakan pendapat dan pertimbangan beliau.
Berikut adalah penulisan pertama dari Pak Lah :
Assalamualaikum dan salam sejahtera pada saudara-saudari rakyat Malaysia sekelian.
Pada hari yang bermakna ini saya terpanggil untuk mencatatkan dan berkongsi dengan saudara-saudari rasa hati saya berkaitan negara tercinta kita Malaysia.
Rakyat Malaysia sungguh megah dengan kepelbagaian di dalam negara kita. Bukan sahaja sekadar menerima kepelbagaian ini, kita juga pancarkannya ke merata dunia sebagai satu harta pilihan atau kepunyaan yang kita kagumi.
Tetapi kebelakangan ini, ramai diantara kita menumpukan perhatian bukan kepada kepelbagaian masyarakat, tetapi kepada perbezaan di dalam masyarakat. Baik dari segi fahaman politik, bangsa, agama, mahupun taraf hidup, perbezaan ini dibiarkan melarat ke perbalahan yang tidak terbatas.
Sikap toleransi dan saling menghormati diantara satu sama lain sudah berkurangan. Kebebasan bersuara yang kita nikmati melalui laman sosial media dan portal Internet yang lain, diguna untuk meluahkan perasaan marah perkauman yang tak terbatas. Saya sedih melihat apa yang terjadi di dalam negara kita yang tercinta ini walaupun banyak usaha telah diadakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum.
Lagu dan cogan kata sering diutarakan, lebih- lebih lagi di musim merayakan kemerdekaan. Memanglah lagu dan cogan kata membantu untuk membakar semangat, tapi api kian padam jika semangat ini tidak tersemat dalam jiwa. Kita mesti merdeka di hati dan bersatu di jiwa.
Janganlah kita cuma bersatu padu bila ada keraian atau bila menyambut kemenangan. Janganlah kita hanya bersatu padu apabila berlakunya tragedi atau bencana. Semangat perpaduan mesti sentiasa kekal tersemat dihati dan bukan bermusim sahaja.
Penyatuan kaum adalah penting, tapi janganlah kita memupuk perpaduan dengan cara menakut-nakutkan rakyat akan implikasi perbalahan tanpa batas. Ambillah iktibar dari tragedi 13 Mei, tapi janganlah kerap mengungkit peristiwa tersebut. Kita harus pandang kehadapan.
Memang lumrah dunia yang manusia akan sentiasa ada perbezaan pendapat. Lebih-lebih lagi di dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Boleh ada perbezaan pendapat dan fahaman politik, tapi janganlah sampai berbalah tak terbatas.
Kerajaan yang dipilih secara demokrasi patut diberi peluang untuk mentadbir. Baik kerajaan BN ataupun kerajaan Pakatan. Begitulah juga dengan pemimpin, kalau dia telah dipilih mengikut amalan demokrasi, berilah dia peluang untuk mentadbir kerajaan secara adil dan saksama.
Manusia tidak terlepas dari kesilapan, apatah lagi pemimpin yang juga seorang manusia. Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa manfaat.
Kalau pun ada rasa kurang puas hati luahkanlah secara aman dan berhemah mengikut amalan demokrasi dan adat resam orang timur.
Kebelakangan ini, ramai perbalahan berlaku di antara kaum mengenai isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak asasi kaum-kaum bukan Melayu, taraf rasmi Islam dan hak kebebasan beragama. Bukanlah niat saya untuk menghuraikan isu-isu ini secara terperinci di sini. Saya pun sedar yang saya mungkin tidak mempunyai jawapan menyeluruh pada masa ini untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Tetapi Pak Lah cuma ingin mengingatkan saudara-saudari semua yang ini adalah negara kita bersama, tanah tumpahnya darah kita semua. Peliharalah kerahmatan dan kebahgiaan yang dikurniakan Tuhan kepada kita semua.
SELAMAT HARI MALAYSIA!
Tahniah Pak Lah. Diharap agar blog Pak Lah dapat sedikit sebanyak dapat menyumbang idea kearah pembangunan negara dan menjadi tatapan muda mudi kini - SiakapKeli.com

Dah 57 Tahun Merdeka, Segelintir Muda Mudi Masih 'Tidak Merdeka'
Kini, Malaysia sudah 57 tahun merdeka. Pelbagai usaha dilakukan pelbagai pihak yang sedar akan kepentingan kemerdekaan bagi menyemai semangat cinta kepada negara.
Tapi, tak tahu apa yang tak kena dengan segelintir muda-mudi zaman sekarang. Mereka seolah-olah tidak ada langsung rasa hormat kepada negara. Lihat sahaja gambar yang kami paparkan, sewaktu lagu Negaraku berkumandang di dalam pawagam semperna bulan kemerdekaan, mereka langsung tidak bangun, menandakan mereka tidak hormat keatas lagu berkenaan.
Berikut kritikan yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat gambar yang kini telah tersebar luas itu :

Orang Ramai Diminta Kesan Pemandu Nissan Almera DCH3168
Melalui Facebook Daily Traffic Report, seorang pengadu telah memuat satu status memohon orang ramai untuk mengesan sebuah kereta Nissan Almera putih yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran DCH 3168.
Menurut pengadu tersebut, kereta Nissan terbabit telah menyebabkan kemalangan yang membabitkan adik iparnya di Jalan Paloh Hinai-Muadzam, tengah hari semalam. Difahamkan, pemandu kereta tersebut, seorang lelaki berbangsa Cina cuba memotong kereta mangsa namun tidak sempat memaksa pemandu Almera terbabit menghimpit kereta mangsa. Mangsa cuba mengelak dan terbabas dalam gaung yang kedalamannya 10 meter.
Terdapat saksi mengatakan pemandu Almera itu berhenti beberapa kilometer dari tempat kejadian untuk memeriksa kenderaannya sebelum meneruskan perjalanan. Setakat ini, pemandu berkenaan masih belum menyerah diri di mana-mana balai polis. Semoga pemandu yang tak tahu erti tanggungjawab ini di bawa ke muka pengadilan - SiakapKeli.com

“Tolonglah Encik, Jangan Tahan Saya”
Klang: “Tolonglah encik, jangan tahan saya. Saya datang ke Malaysia nak bekerja sebab saya ada anak dan keluarga yang perlu ditanggung di Indonesia. Tiada siapa akan bagi mereka makan kalau saya kena tahan.”
Itu antara rayuan ‘lapuk’ seorang wanita Indonesia ketika ditahan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi Ops Penjaja di kawasan Sungai Udang, di sini, pagi semalam.
Wanita berusia 40-an itu bekerja di sebuah kedai runcit gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit kerja yang sah.
Dalam operasi dua jam bermula jam 10 pagi itu 212 warga asing diperiksa dan 155 daripadanya ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Muhammad Amri Muhammad Sum berkata, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan warga asing di 14 premis sekitar Jalan Sungai Udang dan Lorong Kepayang.
“Kita menahan 55 warga Indonesia, Nepal, (38), Bangladesh (33), Myanmar (14), India (7), Pakistan (3) serta seorang daripada Kemboja dan Sri Lanka.
“Mereka ditahan kerana pelbagai kesalahan seperti menetap melebihi tempoh masa yang dibenarkan selain gagal menunjukkan dokumen sah memasuki negara ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat operasi.
Menurut beliau, pihaknya turut mengeluarkan lima saman saksi terhadap majikan dan pemilik premis kerana disyaki menggaji dan melindungi warga asing tanpa permit kerja yang sah.
Katanya, semua warga asing itu di bawa ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.
Mengulas lanjut, Muhammad Amri menasihatkan orang ramai terus memberi kerjasama menyalurkan maklumat kepada Imigresen.
“Jabatan Imigresen mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi warga asing yang bekerja secara tidak sah atau berdepan tindakan undang-undang.
“Orang ramai boleh membantu Jabatan Imigresen melaksanakan penguatkuasaan diminta tampil menyalurkan maklumat mengenai pendatang,” katanya. - Harian Metro
TOP
Hacker Malaysia Godam Laman Web Singapura Marah Kerajaan Naik Tol
Menurut laman web allsingaporestuff.com, penulisnya telah mendapat emaill daripada hacker yang menggelar dirinya sebagai 'The Knowns'.
Kandungan emel tersebut mengatakan bahawa dia telah menggodam beberapa akaun dari laman web Singapura dan kini 300,000 data penting pengguna dalam laman web yang telah digodam dalam pegangannya. 'The Knowns' mengatakan dia itu kerana marah dengan tindakan kerajaan Singapura menaikkan tol baru-baru ini. Menurut penulis tersebut, data yang telah diambil oleh hacker tersebut adalah nombor IC, nombor telefon, email dan juga pekerjaan. Sebahagian besar data ini adalah dari laman web KBOX di Singapura. Penulis tersebut juga memberitahu, beberapa maklumat artis tempatan singapura juga telah disebarkan seperti Fiona, Felicia, Rui En, Joanne Peh, Michelle Chong, Gurmit Singh, Wong Li Lin dan Cynthia Koh. Hacker berkenaan juga mengatakan akan terus menggodam selagi kerajaan singapura tidak menarik balik keputusan menaikkan tol di Woodlands. - SiakapKeli.com

Lelaki Cuma Kerja Mekanik Tapi Pakai Porsche, BMW, Merc DITAHAN
MIOR Faridalathrash Wahid (kiri) bersama dua pegawainya menunjukkan kenderaan mewah yang dirampas polis di IPD Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 15 Sept. - Biarpun hanya bekerja sebagai mekanik, seorang lelaki mampu tinggal di sebuah kondominium mewah di Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini. Malah dia juga sering kelihatan bertukar-tukar kereta mewah antaranya Porsche, BMW dan Mercedes-Benz selain sering berhibur di pusat hiburan terkemuka di negeri ini. Polis yang memantau aktiviti lelaki berketurunan India berusia 36 tahun itu mendapati dia sebenarnya merupakan anggota sindiket curi kenderaan mewah yang pakar dalam melakukan kegiatan itu selain turut terlibat mencetak cukai jalan palsu. Hasil intipan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, lelaki itu yang turut memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan curi kenderaan berjaya ditahan di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi Jumaat lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, hasil soal siasat ke atas lelaki tempatan itu, pihak polis dibawa ke sebuah kondominium di Harbour Place dekat Butterworth dan menemui lima kunci kereta mewah selain beberapa cukai jalan palsu. Katanya, polis turut menjumpai sebuah kereta Porsche Cayman, BMW 520i, dua Mercedes-Benz jenis E200 dan CLA2000 serta sebuah Toyota Land Cruiser yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta di tempat letak kereta kondominium itu dengan kesemuanya menggunakan nombor pendaftaran palsu. "Kesemua kereta itu dipercayai dicuri di Selangor kerana bersangkut dengan repot di bawah Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan dan Seksyen 395/397 kanun sama iaitu samun di Serdang, Klang, USJ, Subang Jaya dan Seri Kembangan, Selangor. "Kita percaya kereta-kereta itu disimpan di negeri ini untuk dijual ke luar negara oleh anggota sindiket lain yang masih dikesan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Tambah Mior Faridalathrash, ini merupakan rampasan terbesar tahun ini bagi IPD Timur Laut sementara suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan akan diserahkan kepada Polis Selangor untuk tindakan lanjut. ─ Utusan

Chef Wan Sekat 10 Pengikut Instagram Sehari
Chef Wan minta pengikut Instagram hormat Instagram miliknya.
PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendedahkan dia telah menyekat 10 pengikut laman sosial Instagram miliknya sehari yang mengambil kesempatan menggunakan platform tersebut sebagai tempat berniaga.
Chef Wan, 56, berkata ia berikutan komen berunsur iklan dan tidak bersesuaian itu telah menganggu privasinya yang mahu berkomunikasi dengan pengikutnya.
"Setiap hari saya terpaksa mengenal pasti dan menyekat peniaga yang menggunakan laman Instagram ini untuk tujuan berniaga. Lebih-lebih lagi akaun yang tidak mendedahkan identiti mereka yang cuba berselindung di sebalik dunia perniagaan masing-masing.
"Saya berbuat demikian memandangkan ia semakin menjadi-jadi dan menyukarkan saya untuk membaca komen-komen pengikut yang benar-benar jujur.
"Mereka (peniaga) sepatutnya menghormati privasi orang lain dan bukannya sesuka hati menyemakkan laman sosial orang lain dengan pelbagai iklan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Ketika ini Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya iaitu @Chefwan58 mempunyai lebih 67,000 pengikut.
Terdahulu Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya telah menengur segelintir pengikut laman berkenan yang menjadikan akaun miliknya untuk memuat naik status perniagaan masing-masing. Perkara itu menyebabkan rasa kurang senang Chef Wan yang terpaksa menyekat pengikut-pengikut berkenaan agar mereka tidak berterusan melakukan perbuatan tersebut. Sementara itu, Chef Wan berkata, dia terpaksa bersikap jujur dan bercakap secara terus terang agar perkara ini menjadi pengajaran kepada pengikut lain. "Saya tahu, apabila saya bersuara seperti ini tentu ramai yang tidak suka tetapi ini kebenarannya. "Sejak akhir-akhir ini saya melihat media sosial lebih banyak memberi impak negatif sedangkan ia boleh menjadi satu perkara positif dalam memberikan inspirasi kepada orang lain. "Kebanyakannya media sosial menjadikan manusia membuang masa, suka menjaga tepi kain orang, bergosip, buruk sangka dan lebih teruk lagi menyebarkan fitnah sana sini," ujarnya. Bagaimanapun, kata Chef Wan, dia tidak akan menyahaktifkan akaun Instagram miliknya hanya kerana perkara itu kerana dia percaya masih lagi ada pihak yang menghargai setiap foto dan status yang dimuat naik di laman sosial berkenaan. ─ mStar online

Axia Tawar 4 Variant, Peroleh 4 Bintang Dari ASEAN NCAP
Perodua Axia telah dilancarkan oleh TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di TPM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Harga yang ditawarkan adalah diantara RM24,600 sehingga RM 42,530
Mengikut poster oleh paultan, terdapat 4 variasi yang ditawarkan oleh perodua Axia; Standard E, Standard G, SE, dan Advance.
Perodua Axia juga telah mendapat 4 bintang dari ASEAN NCAP, rating yang sama seperti Honda City SV dan juga Honda Jazz SV.
Berikut adalah senarai harga lengkap bagi Perodua Axia. - SiakapKeli.com
Produa Axia 1000 E MT (Solid) - RM 24,900
Produa Axia 1000 E MT (Metallic) - RM 25,300
Produa Axia 1000 G MT (Solid) - RM 32,800
Produa Axia 1000 G MT (Metallic) - RM 33,200
Produa Axia 1000 G AT (Solid) - RM 34,800
Produa Axia 1000 G AT (Metallic) - RM 35,200
Produa Axia 1000 SE MT (Solid) - RM 37,900
Produa Axia 1000 SE MT (Metallic) - RM 38,300
Produa Axia 1000 SE AT (Solid) - RM 40,900
Produa Axia 1000 SE AT (Metallic) - RM 41,300
Produa Axia 1000 AV AT (Solid) - RM 44,900
Produa Axia 1000 AV AT (Metallic) - RM 45,300 ─ SiakapKeli.com

Video : Wanita Dakwa NSK Jual Telur Tiruan
Satu video telah disebarkan di laman Facebook Warehouse Sale yang merakamkan seorang wanita yang mendakwa dia telah membeli telur tiruan dari NSK.
Menurut wanita berkenaan, telur tersebut telah disimpan di dalam peti sejuk sebelum direbus. Setelah direbus, telur kuning di telur berkenaan susah untuk hancur. Jika dilihat kepada kuning telur berkenaan, memang benar ianya susah dihancurkan, seperti plastik. Jika telur yang biasa kita beli, hanya perlu berikan sedikit tekanan, kuning telurnya sudah akan hancur.
Post by Siakap Keli.
Tak tahu la benar atau tidak dakwaan wanita ini. Jika benar, maknanya telur-telur tiruan dari China sudah masuk ke Malaysia la ye? Apa apapun, saksikan video dibawah - SiakapKeli.com
TOP
Cadangan Abdul Hadi Terserah Kepada Sultan Selangor
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa hadir bagi merasmikan Majlis Multaqa, Imam, Ahli Jawatankuasa Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor adalah terserah kepada kuasa Sultan Selangor. Beliau bagaimanapun berterima kasih kepada Abdul Hadi, namun menegaskan sebarang perihal berkaitan pelantikan menteri besar baharu perlu memohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah terlebih dahulu. Ketika ditanya sama ada wujud kebarangkalian beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid enggan mengulas lanjut dan menyatakan beliau tidak perlu membuat sebarang komen mengenainya. Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Multaqa Imam, Guru Takmir, Imam dan Jawatankuasa Masjid Negeri Selangor Tahun 2014 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Semalam, Abdul Hadi dilapor menyarankan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, namun mendapat tentangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata cadangan Abdul Hadi itu bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor yang memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baharu. Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan keempat-empat anggota Exco kerajaan negeri petang ini bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai proses penstrukturan semula industri air Selangor. “Selepas perjumpaan ini, kita akan buat beberapa pengumuman terutama dari segi terma-terma perjanjian penyusunan semula industri air yang dibuat antara kerajaan negeri dengan persekutuan. “Bagaimanapun, teks perjanjian tersebut akan diedarkan tak lama lagi kerana syarikat-syarikat terlibat akan adakan mesyuarat agung luar biasa terlebih dahulu untuk tentukan penjualan saham-saham tersebut,” katanya. Ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd (SPLASH) oleh kerajaan negeri, Menteri Besar berkata proses tersebut akan dibuat pada peringkat kedua penstrukturan semula industri air. Jumaat lepas, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd, sebuah entiti baharu akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi. – BERNAMA

Shila Bidas Media Melayu Tak Sokong Konsertnya
Shila kini membuat “Repost” untuk berterima kasih kepada mereka yang hadir ke konsert mega beliau yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagaimanapun pada pertengahan kata-kata beliau seakan-akan menyokong kenyataan bahawa sebhagian besar media berbahasa Melayu tidak memberti sokongan kepadanya dalam menjayakan konsert tersebut.
Namun kata-kata tersebut bukanlah dari jarinya sendiri tetapi tindakannya “repost” kenyataan tersebut secara tidak langsung menunjukkan yang dia bersetuju dengan kata-kata oleh admin shilaamzah_photography ini.
“By @shilaamzah_photography “First and foremost, we would like to thank all Media who came to Shila’s first ever concert last weekend. Special thanks to the Chinese media in Malaysia and China who did a full coverage of the concert. Hmm.. We wer wondering what happened to the Malay media. We are not one-sided party but looking at the coverage done by the Chinese media, it shows how much they adore and treasure Shila as a Malaysian artist though she is not a Chinese herself. Do Malay medias more interested in gossips than….. Covering the achievement of their own born artist? What say you people? #shilalas #loveliveinmalaysia” via @PhotoRepost_app”.
Hai, takkanlah Shila dah lupa segala sokongan, publisiti dan promosi yang telah diberikan media berbahasa Melayu terhadapnya sebelum ini? Mentang-mentang dah jadi satu nama besar di China serta mencipta fenomena yang tersendiri terus lupa daratan dengan asal-usulnya satu ketika dulu ketika mahu mencipta nama dalam industri seni tempatan. Takklah dia sudah lupa akan jasa-kasa serta sokongan, promosi, dan publisiti yang telah diberikan oleh media berbahasa Melayu terhadapnya sebelum ini bukan? Menurut sumber Gua, bukan media berbahasa Melayu tidak mahu membuat liputan, tetapi memang tidak ada langsung jemputan daripada pihak Shila mahupun pihak pengurusannya sendiri yang dilayangkan buat media-media tersebut. Sudahnya tidak dijemput takkan la media terhegeh-hegeh untuk membuat liputan. Bagaimanapun penulis amat mengharapkan yang Shila dapat muhasabah diri dan menarik kata-kata tersebut. Mungkin juga terdapat kesilapan pada pihak media yang mungkin terlepas pandang terhadap konsert tersebut. Wallahualam ─ SiakapKeli.com

PRK Pengkalan Kubor : Kelantan Isytihar 25 September Cuti
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan 25 September ini sebagai cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat di negeri itu khususnya pengundi di DUN Pengkalan Kubor keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN itu.
Mengundi pada hari bekerja iaitu pada Khamis, Ahmad berkata sememangnya menyulitkan pergerakan rakyat yang sepatutnya kerajaan persekutuan melihat kepada kesukaran yang bakal dilalui kakitangan awam dan swasta.
"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja, maka pihak kerajaan amat menaruh simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.
"Saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat mengisytiharkan bahawa tarikh 25 September 2014 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Kelantan Darulnaim," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, ADUN Pasir Pekan berharap proses pengundian pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan aman tanpa ada sebarang unsur memanipulasi undi.
Pilihan raya kecil pada 25 Septemberi ini menyaksikan pertemuan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. - MalaysiaKini
No comments:
Post a Comment