TOP
PRK Pengkalan Kubor: PKR Mengalah, Beri Laluan Kepada PAS
Wan Azizah Wan Ismail.
PETALING JAYA: Selepas berteka-teki mengenai perebutan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di kerusi tersebut. Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR memberi laluan kepada PAS demi memastikan kesepakatan bersama terus utuh dalam menentang calon Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kerusi tersebut. "Untuk berhadapan dengan BN secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan. "Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa. Jelas beliau, Pakatan Rakyat perlu menumpukan perhatian kepada keperluan dan permasalahan rakyat. "Kita perlu kembali kepada hasrat rakyat. Rakyat kini bakal berhadapan kenaikan harga minyak, pengenalan GST menjelang 2015 dan isu perkauman dan agama yang berterusan," katanya. Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan PAS akan mengambil alih kembali kerusi tersebut pada PRK 25 September ini. Bagaimanapun, Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir menafikan perkara tersebut dan masih lagi menegaskan PKR Kelantan akan meletakkan calonnya di kerusi peninggalan Datuk Noor Zahidi Omar itu. “Saya tidak tahu tentang hal itu, buat masa sekarang ini kami (PKR Kelantan) masih lagi menunggu keputusan kepimpinan tertinggi berhubung peletakan calon untuk DUN Pengkalan Kubor,” kata Ab Aziz. Kerusi DUN Pengkalan Kubor diisytihar kosong selepas penyandangnya, Noor Zahidi daripada BN meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu. Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi. Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada PKR, Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi. - mstar

Kerajaan Kaji Kenakan VEP Ke Atas Kenderaan Dari Thailand
Datuk Abdul Aziz Kaprawi
BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan Malaysia sedang mengkaji kemungkinan mengenakan Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk kenderaan dari Thailand yang memasuki Malaysia. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata langkah itu bertujuan menyekat pengendali van dan teksi dari Thailand dari menyalahgunakan keistimewaan kebenaran beroperasi sehingga dua kilometer di sempadan Malaysia. "Banyak kenderaan Thailand melanggar peraturan dengan menghantar penumpang sehingga ke Kuala Lumpur. "Ini menjejaskan pendapatan pemandu teksi dengan teruk," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupan di sini Selasa. Beliau berharap keputusan itu dapat dilaksanakan mulai 15 Januari tahun depan, apabila VEP untuk kenderaan dari Singapura memasuki Malaysia berkuat kuasa. Pada 1 Ogos, Singapura meningkatkan caj VEP ke atas kenderaan asing yang berdaftar memasuki republik itu, dari S$20 hingga S $35 setiap hari, dan Permit Kenderaan Barangan dari S$10 hingga S$40 setiap bulan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia juga akan mengenakan VEP ke atas kenderaan asing yang memasuki negara ini dari Singapura melalui Johor. - mstar

Sindiket Proses, Edar Dadah Dipercayai Babit Anggota Kongsi Gelap Lumpuh
- Gambar hiasan
JOHOR BAHARU: Polis melumpuhkan sindiket memproses dan mengedar dadah sintetik berikutan penahanan 10 anggota kumpulan kongsi gelap termasuk seorang wanita dalam 11 serbuan di sebuah ladang kelapa sawit dan beberapa premis lain di sekitar negeri ini, Jumaat lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kejayaan itu adalah hasil pemerhatian polis sejak awal tahun. Katanya serbuan yang dilancarkan mulai 5 pagi itu melibatkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor. "Serbuan merangkumi satu makmal memproses dadah di dalam ladang kelapa sawit di Labis dekat Segamat, stor simpanan dadah di bandar raya ini dan beberapa rumah serta hotel di sekitar bandar raya ini, Kulaijaya, Kluang dan Segamat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, Selasa. Noor Rashid berkata kesemua dadah dianggarkan bernilai RM11 juta mengikut harga pasaran yang merangkumi 36 kilogram cecair syabu yang dirampas di makmal, 36 kilogram syabu yang dirampas di stor simpanan manakala empat kilogram heroin serta 6,109 biji pil Eramin 5 dirampas di beberapa rumah. Beliau berkata kesemua yang ditahan berumur 22 hingga 47 tahun dan daripada sembilan lelaki terbabit, seorang daripadanya merupakan warganegara India manakala dua lagi mempunyai rekod jenayah. Noor Rashid berkata siasatan mendedahkan sindiket itu melibatkan anggota kumpulan kongsi gelap Geng 36 dan Geng 21 manakala ladang kelapa sawit berkenaan kepunyaan sindiket terbabit. Menurut beliau, selain dadah, polis turut merampas sepucuk pistol jenama Glock berserta kelopak berisi tujuh butir peluru 9mm yang dipercayai milik seorang daripada mereka. Polis turut menyita sejumlah harta bernilai RM1.5 juta yang merangkumi wang tunai berjumlah RM38,647, sebanyak 17 kenderaan bernilai RM1.22 juta, barangan kemas bernilai RM259,306 serta tujuh jam tangan bernilai RM6,750. "Rampasan dadah yang dipercayai untuk edaran tempatan, Indonesia dan Singapura itu merupakan yang terbesar tahun ini. Katanya kesemua mereka kini direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut. - mstar

Komentar: PasMa Buka Ruang Luahkan Amarah Terhadap Hadi
Forum pertama anjuran PasMa di KLSCAH pada Isnin mendapat sambutan ramai apabila ia memperkatakan topik PAS Campur Umno.
AKHIRNYA Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tampil secara terbuka buat pertama kali berhadapan dengan masyarakat khususnya bagi menyatakan pendirian sebenar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. Malah sebelum ini timbul kata-kata nakal di laman sosial apabila mengumpamakan PasMa yang diterajui pemimpin PAS itu seperti nyamuk yang mengganggu 'kelambu Pakatan Rakyat'. Bagaimanapun ramai pemerhati politik alam maya menilai kata-kata nakal itu sebagai sindiran kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini ketika mengulas mengenai dakwaan kononnya wujud sebuah parti baharu serpihan daripada PAS. Bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa, PasMa dianggap mempunyai strategi pemasaran yang baik kerana keberadaannya dalam arena politik negara dalam tempoh kurang sebulan berjaya mencetuskan fenomena. Malah katanya, sebagai pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS yang bertanggungjawab menjalinkan kerjasama dengan kumpulan NGO seperti PasMa, beliau berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai matlamat dan hala tujunya. Mungkin ramai yang masih skeptikal dengan PasMa serta tertanya-tanya apa motif dan keperluan NGO berkenaan dalam merancakkan perkembangan serta pengukuhan Pakatan Rakyat. Ternyata kebimbangan itu dizahirkan menerusi kehadiran penuh sesak orang ramai yang rata-ranya penyokong Pakatan Rakyat ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Isnin malam. Pada penilaian awal, kehadiran pelbagai lapisan kelompok masyarakat itu membuktikan 'NGO nyamuk' seperti PasMa berjaya menarik minat orang ramai walaupun penubuhannya pada 10 Ogos lalu berlaku ketika Pakatan Rakyat berhadapan kemelut politik membabitkan kerusi Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun cakap-cakap kononnya penubuhan PasMa yang diterajui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi itu dikatakan sebagai alternatif kepada PAS dalam Pakatan Rakyat dilihat ada asasnya. Buktinya, menerusi forum 'salam perkenalan' PasMa, ia dilihat sebagai medan terbuka penyokong Pakatan Rakyat termasuk ahli PAS sendiri untuk menghentam dan menghukum Presiden PAS. Tanpa berselindung, salah seorang ahli panel forum itu, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menempelak beberapa tindakan dan keputusan Hadi berhubung krisis politik Selangor. Menurut Aziz yang mengakui bercakap atas kapasiti ahli akademik dan bukannya mewakili mana-mana parti politik Pakatan Rakyat, Abdul Hadi boleh dianggap punca berlakunya krisis politik yang berpanjangan di Selangor. Katanya kenyataan bertentangan antara Hadi dan Jawatankuasa PAS Pusat berhubung pencalonan bagi jawatan Menteri Besar Selangor adalah punca segala masalah yang berlaku. Bukan sahaja Aziz, malah rata-rata penyokong dan pendengar forum berkenaan mengambil pendirian untuk menyalahkan Hadi kerana tidak merestui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat sebagai menteri besar. Malah timbul persoalan di kalangan pendengar yang ingin mengetahui sama ada PAS berani mengambil tindakan terhadap Hadi termasuk mempertimbangkan agar beliau dipecat daripada PAS. Bagaimanapun Mujahid dilihat begitu berani berhadapan dengan soalan yang dianggap keras seperti itu terutamanya apabila ia membabitkan presidennya. Beliau begitu tenang dan berhati-hati 'membela' Hadi apabila menyatakan bahawa ahli PAS tidak dididik untuk mensucikan pemimpin tertentu kerana memahami bahawa setiap pemimpin tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Namun beliau menegaskan bahawa PAS tidak sama sekali mempunyai keinginan atau hasrat untuk menyertai Umno seperti mana tanggapan banyak pihak, khususnya apabila keputusan Hadi menolak pencalonan Dr Wan Azizah. "PAS nak bersama dengan Umno, anda boleh mengandaikan apa yang anda ingin andaikan. Saya tidak boleh menyekat anda mengandai demikian. "Saya mahu nyatakan bahawa PAS akan berdiri teguh untuk menentang segala usaha untuk merosakkan PAS dari dalam. Dan sejarah dalam PAS, siapa yang cuba merosakkan parti ini dengan menjadi ejen Umno...mereka akan mengakhiri karier mereka dalam PAS," katanya. Walaupun diserang hebat, Mujahid bagaimanapun tetap tenang dan berhati-hati dalam menyatakan pendirian PAS dalam Pakatan Rakyat. Kehadirannya pada forum berkenaan boleh dilihat sebagai tentera pertahanan Hadi dan PAS bagi menepis serangan nakal penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Ternyata matlamat penubuhan PasMa iaitu sebagai pilihan dan alternatif kepada rakyat Malaysia yang cenderung untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat itu berjaya. Suka dijelaskan, maksud berjaya dari aspek sebagai saluran sampingan kepada ahli PAS sendiri untuk menzahirkan perasaan amarah terhadap pentadbiran konsevatif Hadi. - mstar

Sikap PAS Punca PasMA Wujud
Phahrolrazi Zawawi
KUALA LUMPUR: Sikap dan pendirian PAS yang tidak jelas ketika berhadapan krisis berpanjangan membabitkan isu penggantian Menteri Besar Selangor menjadi punca penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Mengakui kesal dengan sikap PAS, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipelopori pemimpin dan ahli PAS itu bagaimanapun menegaskan tidak berhasrat untuk mengubah haluan PasMa untuk menjadi sebuah parti politik. Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, PasMa yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu merupakan saluran alternatif kepada rakyat Malaysia yang memberi fokus kepada isu politik negara, khususnya dalam memperkasakan Pakatan Rakyat. "Setakat ini, tak terfikir untuk wujud sebuah parti politik baharu. Pada peringkat ini kita mahu kukuhkan lagi Pakatan Rakyat. "Bagaimanapun sejak kebelakangan ini khususnya membabitkan isu politik di Selangor...tindakan PAS ternyata tidak jelas (berhubung kerjasama dalam Pakatan Rakyat)," katanya menerusi sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Isnin malam. Forum terbuka yang pertama kali dianjurkan PasMa itu bertajuk 'PAS Campur Umno: Ke Mana Halatuju?' turut menampilkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari sebagai ahli panel. Sejak awal penubuhannya dalam tempoh kurang sebulan, PasMa mencetuskan fenomena baharu di kalangan pakatan pembangkang apabila disebut-sebut bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat. PasMa juga didakwa dianggotai golongan 'Anwarinas' iaitu kumpulan dalam PAS yang tidak menyenangi kepada kepimpinan konservatif pimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mengulas lanjut, Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pangkalan Kundur berkata, PasMa bimbang wujudnya usaha pihak tertentu dalam PAS untuk bekerjasama dengan Umno ketika Pakatan Rakyat berhadapan krisis membabitkan isu menteri besar. "Sudah ada bayangan, ada percaturan dalam PAS di Selangor malah sudah ada pemikiran dan perbincangan jika Pakatan Rakyat jatuh di Selangor, akan berlaku PAS campur Umno campur Tan Sri Khalid Ibrahim untuk bentuk kerajaan. "Kalau tidak ada dua Adun PAS tampil menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), saya fikir kerajaan campuran seumpama itu sudah jadi...ini sesuatu yang membahayakan," katanya. Selain itu, Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah menggesa PAS supaya kembali kepada konsep 'tahaluf siayi' atau kerjasama politik bersama PKR dan DAP bagi menyelesaikan segera kemelut penggantian Menteri Besar Selangor. "Kembali kepada 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang dibuat di Shah Alam pada 2009. Kita akui sukar, tapi pastinya ada jalan keluar tentang perkara ini. Ini adalah kebimbangan utama PasMa terhadap masa depan PAS dalam Pakatan," katanya. - mstar

Pembangkang Bangkit Isu Akta Hasutan Untuk Tutup Kemelut Di Selangor
Ramesh Rao.
PETALING JAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pemansuhan Akta Hasutan 1948 untuk menutup kemelut Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing. Presidennya, Ramesh Rao mendakwa, tindakan tersebut merupakan satu drama yang dicipta oleh pemimpin Pakatan Rakyat bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap pergolakan politik di negeri Selangor. "Ia adalah modus operandi mereka untuk menutup fokus rakyat terhadap pergolakan politik (Selangor) di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di sini, Selasa. Peneraju Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga menganggap isu tersebut sebenarnya dijadikan sebagai alasan oleh Pakatan Rakyat untuk mengadakan demonstrasi jalanan. "Tujuan mereka adalah untuk mencipta satu isu dan mengajak rakyat berdemonstrasi. Tindakan ini keterlaluan dan mampu mencetuskan huru-hara di negara ini," katanya. Pada masa sama, beliau mempertikaikan tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang mendesak agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dengan segera. Ramesh mendakwa, desakan tersebut dilihat sebagai satu usaha untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada setiap permintaan mereka. "Mereka desak kerajaan supaya hapuskan akta yang memberi ancaman kepada mereka (pembangkang) supaya mereka bebas menipu dan menfitnah sesuka hati," dakwanya. Justeru, beliau meminta kerajaan agar mengekalkan akta tersebut dan tidak terpedaya dengan desakan pembangkang. "Akta itu perlu dikekalkan demi keharmonian negara. Ia juga mengajar setiap individu untuk mendisiplinkan diri agar tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati," katanya. Jelas beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan pemimpin pembangkang yang terlibat menyokong usaha untuk menggerakkan kempen Mansuh Akta Hasutan (MAH) di seluruh negara. Sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, parti itu akan memulakan jelajah kempen MAH dengan bantuan gerakan mahasiswi dan beberapa pertubuhan lain pada bulan ini bagi mendesak kerajaan untuk memansuhkan akta tersebut. Rafizi mendakwa pelaksanaan akta tersebut sebagai lapuk dan digunakan untuk menekan pihak yang berbeza pendapat dengan kerajaan khususnya pemimpin pembangkang. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri pada Ahad lalu berkata, kerajaan tidak akan menghapuskan akta tersebut dalam tempoh terdekat biarpun mendapat desakan daripada pelbagai pihak untuk berbuat demikian. - mstar

UPSR Tidak Akan Dimansuhkan - Muhyiddin
PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan sebagai peperiksaan awam yang penting, jelas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pihak kementerian tidak ada perancangan untuk memansuhkan UPSR kerana ia menilai pencapaian pelajar dalam mata pelajaran teras.
"Apa sahaja keputusan pelajar, mereka akan naik ke Tingkatan Satu.
"Tetapi ibu bapa dan guru-guru pastinya mahu tahu tahap pelajar-pelajar ini , jadi dengan itu juga kami akan tahu bagaimana untuk membimbing mereka dengan lebih baik di peringkat sekolah menengah," jelasnya keada media ketika membuat lawatan di SK Presint 16(2) pada hari pertama UPSR bermula, Selasa.
Muhyiddin menjawab kepada soalan sama ada peperiksaan ini akan dimansuhkan pada masa akan datang. - mstar
TOP
Lebai Ditahan Kes Liwat OKU Di Kedah
JITRA – Seorang lelaki berperwatakan warak ditahan polis bagi membantu siasatan kes liwat seorang orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah masjid di Tunjang, Jerlun, di sini, 4 September lalu.
Suspek yang berusia lewat 50-an itu ditahan di rumahnya selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Jitra, kira-kira jam 12.40 tengah hari, kelmarin.
Difahamkan, mangsa yang berusia 46 tahun diajak oleh suspek yang menjemputnya di rumah dengan menaiki motosikal kira-kira jam 11 pagi.
Menurut sumber, mangsa yang cacat penglihatan dan dijaga kakak iparnya sejak 20 tahun lalu itu kemudiannya dibawa ke sebuah masjid.
“Mangsa mengenali suspek sejak tiga bulan lalu ketika solat di masjid tersebut. Sebaik tiba di masjid, mangsa diberi makan terlebih dahulu sebelum suspek mengunci pintu masjid selepas mendapati tiada orang lain di situ.
“Selepas meliwat mangsa, suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurut beliau, mangsa mengadu kepada kakak iparnya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jitra tengah hari kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.
“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis menyerbu rumah suspek dan menahannya pada hari yang sama. Suspek kini direman selama lima hari mulai semalam untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Pekerja Stesen Minyak Di Port Dickson Ditetak Berkali-Kali
LUKUT – Seorang pekerja stesen minyak di Springhill cedera parah selepas ditetak berkali-kali dengan parang oleh perompak kira-kira jam 8.55 malam kelmarin.
Mangsa warga Sri Lanka, Manjulet, 32, sedang bertugas dengan rakannya sebelum diserang tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza yang memaksa mereka menyerahkan wang.
Pemilik stesen minyak berkenaan, Datuk Teo Seng Lee berkata, mangsa yang enggan menyerahkan wang telah ditetak dengan parang oleh salah seorang suspek.
“Mangsa ditetak beberapa kali di betis kanannya manakala seorang lagi pekerja tidak dicederakan selepas memberikan wang.
“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Mawar, Seremban untuk rawatan,” katanya ketika ditemui semalam.
Seng Lee berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM2,000 dan kejadian berkenaan dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen minyak tersebut.
“Mujur ketika kejadian, ada seorang pelanggan baru tiba untuk mengisi minyak dan semua suspek bergegas pergi. Pelanggan berkenaan bertindak mengekori suspek namun selepas 50 meter suspek berhenti dan mengacukan parang kepadanya serta memberi amaran agar tidak mengekori mereka,” katanya.
Seng Lee memberitahu, kira-kira tiga hari lalu sekitar jam 10 malam ada sebuah kereta jenis Perodua Alza warna kelabu di parkir di hadapan stesen minyaknya.
“Kereta berkenaan bercermin gelap dan ketika itu saya menyangka mereka rakan anak serta tidak mengesyaki apa-apa. Kira-kira 30 minit kemudian barulah kereta berkenaan beredar,” katanya.
“Saya sendiri pernah cedera di tangan kanan kerana menahan libasan parang oleh suspek samun dua tahun lepas, ketika itu saya kerugian RM6,000,” katanya. – SINAR HARIAN
TOP
Belanda Umum Laporan Awal Nahas MH17 Petang Ini
THE HAGUE – Laporan awal nahas pesawat MH17 di timur Ukraine akan dikeluarkan hari ini, dengan harapan ia dapat memberi petunjuk mengenai bencana yang meragut nyawa 298 penumpang itu.
Pasukan penyiasat nahas udara dari Belanda itu akan mengeluarkan laporannya pada jam 8 pagi GMT (4 petang Malaysia) dalam laman web Lembaga Keselamatan Belanda (OVV).
Pesawat Boeing 777 Penerbangan Malaysia itu meletup di ruang udara timur Ukraine dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu, mengorbankan semua termasuk 193 rakyat Belanda.
Negara Barat menuduh pemisah yang disokong Russia sebagai pihak yang menembak jatuh pesawat terbabit dengan peluru berpandu bumi ke udara yang dibekalkan oleh Moscow. Russia pula menuduh pasukan keselamatan Ukraine. Penyiasat Belanda tidak dapat mengunjungi tempat kejadian di kawasan peperangan di Donetsk kerana pertempuran yang berlaku dan bergantung pada maklumat daripada pakar nahas Ukraine untuk maklumat dari tempat kejadian.
Jurucakap OVV Sara Vernooij memberitahu AFP: “Kami masih dapat membuat rumusan bermakna walaupun tanpa ke tempat kejadian.”
Bagaimanapun OVV menegaskan bahawa laporan itu tidak akan membuat sebarang tuduhan.
Katanya, pihak penyiasat akan membuat rumusan berdasarkan maklumat daripada kotak hitam pesawat dan gambar serta video yang diambil di tempat kejadian, di samping maklumat yang diberi oleh pusat kawalan udara Ukraine.
Kotak hitam itu dihantar ke Farnborough, Britain untuk dikaji oleh Penyiasat Cawangan Nahas Udara.
Tambahnya, siasatan awal itu adalah maklumat berfakta berdasarkan sumber yang diperoleh oleh OVV. Laporan penuh tidak dijangka sehingga pertengahan 2015.
“Kami akan siasat punca nahas dan bukan siapa bertanggungjawab,” tegas Vernooij.
Sejurus selepas nahas itu, pakar forensik mengunjungi ke tempat kejadian untuk mengutip serpihan pesawat, namun usaha pencarian dihentikan kerana pertempuran yang berlaku di kawasan berkenaan.
Setakat ini 193 mangsa penerbangan MH17 sudahpun dikenal pasti. – AFP
TOP
Matrade Bangunkan Inisiatif Bantu Syarikat Pengeksport
SEREMBAN: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) membangunkan beberapa inisiatif baharu berikutan cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat pengeksport Malaysia di peringkat antarabangsa selain membimbing syarikat tersebut dalam menembusi pasaran yang semakin kompleks.
Pengerusi Matrade Datuk Noraini Ahmad berkata antara program dan inisiatif baharu Matrade itu ialah program 'Go-Ex' dan program pembangunan syarikat-syarikat peringkat pertengahan.
"Kedua-dua inisiatif ini melibatkan program bantuan khusus yang distrukturkan mengikut kemampuan setiap syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan kemahiran eksport syarikat-syarikat tempatan.
"Selain itu, program e-dagang pula bertujuan membantu dan menggalakkan syarikat-syarikat tempatan untuk menggunakan platform e-dagang bagi mempromosi barangan dan perkhidmatan mereka di pasaran antarabangsa.
"Program pembangunan pengeksport muda pula merupakan program khusus untuk usahawan muda bagi membangunkan usahawan pelapis yang berkemampuan untuk menembusi pasaran eksport," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program 'Forum Pengeksport' Matrade 2014 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, di sini, Selasa.
Di samping itu, katanya Matrade masih menjalankan program khas bagi membangunkan pengeksport Bumiputera melalui perancangan yang komprehensif yang melibatkan pimpinan, latihan dan penyertaan dalam program pameran dan misi pemasaran di peringkat antarabangsa.
Tidak ketinggalan, katanya program khusus juga disediakan untuk usahawan wanita, khusus untuk syarikat yang dimiliki dan diurus oleh kaum wanita.
Sehubungan itu, beliau menyeru usahawan di negara ini untuk mengambil peluang mengikuti dengan lebih dekat peranan serta aktiviti yang dijalankan oleh Matrade serta agensi yang berkaitan dalam membantu syarikat yang berminat untuk meluaskan pasaran di luar negara.
Katanya tahun lepas, Matrade memberi khidmat kepada lebih 11,000 syarikat pengeksport dari seluruh negara.
"Matrade akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dalam meningkatkan keupayaan syarikat dan seterusnya mengembang dan mengukuhkan jaringan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa.
"Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk meningkatkan eksport negara, Matrade menyediakan pelbagai aktiviti, maklumat serta kemudahan bagi membimbing dan membantu syarikat untuk memasuki pasaran luar.
"Tahun ini, Matrade menganjurkan 147 aktiviti promosi eksport yang melibatkan 436 pasaran dalam 20 sektor. Antaranya sektor makanan, gaya hidup, bahan binaan, francais, minyak dan gas, elektrik dan elektronik, pengangkutan, halal, kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan logistik," katanya.
Sementara itu, Mohamad menggesa lebih banyak syarikat di Negeri Sembilan tampil ke hadapan untuk mendaftar dengan Matrade bagi membolehkan mereka menikmati faedah serta bantuan yang disalurkan.
Katanya setakat ini hanya 221 syarikat dari Negeri Sembilan berdaftar dengan Matrade dan masih terdapat ruang yang luas untuk syarikat negeri ini melibatkan diri mereka dalam sektor eksport.
"Saya difahamkan bahawa pada forum ini beberapa syarikat dari negeri ini akan berkongsi pengalaman dalam mengeksport barangan dan perkhidmatan mereka keluar negara melalui bantuan yang diberikan oleh Matrade. Saya harap usahawan ini mendapat manfaat menerusi faktor kejayaan yang akan didedahkan," katanya.
Program 'Forum Eksport itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka di peringkat global.
Selain itu, ia juga merupakan platform untuk mendapatkan maklum balas daripada para usahawan dan pengeksport bagi mengenal pasti masalah serta isu-isu semasa yang dihadapi oleh usahawan tempatan berkaitan dengan pengurusan perdagangan antarabangsa. - mstar
TOP
DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor
PETALING JAYA: DAP pada Selasa memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mencadangkan satu nama bagi dilantik sebagai menteri besar negeri itu.
Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menghantar satu nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana ia diputuskan selepas mengadakan perbincangan dengan Penasihatnya PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kami difahamkan bahawa keputusan itu berdasarkan konvensyen sebelum ini, sama seperti perlantikan (menteri besar kini) Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2013 dan mengikut surat akuan sumpah daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong Dr Wan Azizah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau pada masa sama mengulangi kesetiaan DAP terhadap institusi diraja dan memberitahu akan bertemu Anwar berhubung perkara tersebut.
Pada Isnin, Sultan Sharafuddin melahirkan kekecewaan terhadap PKR dan DAP kerana menghantar satu nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor walaupun diminta mencalonkan lebih dari dua sejak awal lagi. - mstar
TOP
MH17: Sebulan Berpisah, Jenazah Anak Kecil Disemadi Bersama Ibu
Anggota tentera istiadat mengangkat keranda kanak-kanak berusia setahun, Benjamin sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA, Sepang pada Selasa.
PUTRAJAYA: Setelah terpisah hampir dua bulan, jenazah anak kecil berusia setahun, Benjamin Lee Jian Han, akhirnya disatukan bersama mendiang ibunya Ng Shi Ing, yang turut terkorban dalam insiden pesawat Malaysia Airlines MH17. Jenazah Benjamin tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 8.28 pagi Selasa, bersama jenazah Tambi Jiee, 49, kakitangan Shell yang bertugas di Khazakhstan sejak tiga tahun lepas. Sebaik keranda yang menempatkan abu anak kecil itu dibawa turun dari pesawat untuk dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, waris keluarga yang ditempatkan di khemah khas, kelihatan mengesat air mata dan saling berpelukan. Kenderaan jenazah kemudian beredar dari perkarangan Kompleks Bunga Raya diiringi pandangan sayu serta linangan air mata waris mangsa. Jenazah Benjamin dibawa menuju ke Pusat Xiao En Bereavement di Cheras untuk diletakkan bersama-sama abu mendiang Shi Ing, 33, serta adik perempuan Shi Ing, Elisabeth Ng Lyeti, 30. Kanak-kanak malang itu terkorban dalam perjalanan pulang selepas menemani ibunya, seorang pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Malaysia Sabah, menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium. Insiden itu turut mengorbankan ibu saudaranya Elisabeth. Meskipun masih diulit kesedihan, pastinya bagi bapa anak kecil itu Lt Komander Lee Vee Weng, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, ketibaan jenazah anak tunggalnya itu memberi suatu kelegaan. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. - mstar

Diserang Dengan Tukul, Remaja Lelaki Sengsara Seumur Hidup
SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup selepas dipukul menggunakan tukul di kepala oleh rakan serumahnya.
Connor Huntley ketika itu berumur 18 tahun diserang oleh Joseph Williams tahun lalu ketika dia sedang tidur di rumahnya di Margate, Kent.
Bagaimana pun Huntley itu terselamat daripada serangan ganas tersebut walaupun kecederaan itu telah mengubah hidupnya.
Williams dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun.
Ketika perbicaraan berlangsung, Hakim Donne QC memberitahu Williams: "Pada 28 mei 2013, anda telah mengambil tukul, pergi ke bilik rakan serumah dan memukul sebanyak dua kali di kepalanya.
Connor Huntley
"Ia bukan sahaja menyebabkan keretakan di bahagian tengkorak, malah turut membenamkan otaknya. "Kecederaan ini telah memberi kesan kepada Connor Huntley. Kehidupannya telah berubah. Dia tidak akan dapat menjalani kehidupan seperti mana remaja lain." Akibat serangan itu juga, Huntley mengalami sawan dan mempunyai masalah menggerakkan badannya. Manakala Williams akan menjalani hukuman di sebuah hospital mental sehingga dia disahkan sihat selepas pihak mahkamah mendapati di mengalami masalah mental ketika serangan dibuat. - mstar

GAMBAR: Nik Aziz…Walau Uzur, Kesungguhan Tak Pernah Luntur
Sebut sahaja Datuk Nik Aziz Nik Mat, satu Malaysia sudah tahu siapa orangnya. Bekas Menteri Besar Kelantan itu yang kini sudah mencecah umur 83 tahun selalu dilihat di hospital, bahkan hospital boleh dikatakan rumah kedua mereka.
Tapi, tak ramai yang mengetahui tentang status kesihatan sebenar Nik Aziz. Untuk pengetahuan semua, ia benar-benar serius terutamnya di bahagian prostatnya.
Jika dilihat pada gambar terkini beliau, jelas kelihatan beliau memegang satu beg plastik yang mana diperlukan oleh beliau untuk membuang air kecil yang disalurkan terus ke beg plastik tersebut.
Selain itu, beliau juga mengalami masalah jantung yang serius sehingga memaksa beliau memasang bateri untuk menjalani kehidupan sehariannya.
Boleh dikatakan, beliau adalah seorang yang benar-benar komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Biarpun dalam keadaan yang uzur, beliau dapat dilihat menghadiri majlis-majlis kerana begitu bersungguh dalam melaksanakan tugasnya. Walaupun ada yang berbeza politik dengan beliau, tak dapat dinafikan, kesungguhan beliau patut dijadikan contoh, tak kira dalam apa yang kita lakukan - SiakapKeli.com

Maut dihempap forklift di Georgetown
Georgetown: Seorang lelaki maut dihempap forklift yang dipandunya ketika dia sedang melakukan kerja meratakan jalan di Sungai Dua, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu mangsa Teh Chin Hock, 44, maut di lokasi kejadian akibat sukar bernafas kerana dihempap forklift yang dianggarkan seberat tiga tan.
Ketika itu, mangsa sedang melakukan kerja meratakan jalan namun forklift dipandunya itu tersangkut dalam lopak.
Seorang pemandu lori kemudian cuba membantu menarik forklift berkenaan namun mangsa secara tiba-tiba melompat keluar dari kenderaannya itu.
Dia dikatakan tersalah langkah dan tidak sempat mengelak forklift yang terbalik dan menghempap tubuhnya itu. - myMetro
TOP
MH370: Maira Mimpi Ayah Pulang Dalam Keadaan Kurus Kering
KUALA LUMPUR: Setengah tahun berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang di dalamnya.
Seramai 239 orang tersebut merupakan ayah, ibu, abang, kakak, suami, isteri, kawan dan kepada seseorang dan hanya menyebut nama mereka sahaja boleh membawa memori yang indah kepada mereka.
Walau bagaimanapun, enam bulan sejak kehilangan MH370, hanya air mata yang berlinangan dan kekecewaan yang dirasai oleh keluarga penumpang yang ingin mempercayai bahawa orang kesayangan mereka akan pulang satu hari nanti.
“Beberapa hari lepas, saya berdoa kepada Tuhan sekiranya ayah saya masih hidup, berilah petunjuk kepada saya melalui mimpi, dan tiga hari berturut-turut, saya bermimpi tentang ayah saya.”
Inilah kata-kata sayu yang disuarakan Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari, yang memberi gambaran bahawa walaupun sudah setengah tahun ayahnya tidak pulang, harapan bahawa ayahnya akan kembali tidak pernah pudar.
Menurut Maira, mimpi itu meningkatkan lagi harapannya bahawa ayahnya akan kembali dan ia adalah satu petunjuk baginya.
“Mimpi pertama adalah satu `kolaj gambar’ di mana terdapat satu gambar hutan, satu gambar ayah saya sedang melihat saya dan satu gambar ayah saya sedang terbaring.
“Mimpi kedua adalah ayah saya pulang untuk meraikan satu parti barbeku di rumah makcik saya. Parti seperti ini memang satu kebiasaan dalam keluarga kami. Tetapi dalam mimpi ini, ayah saya mempunyai rambut panjang.
“Mimpi ketiga adalah sama seperti mimpi kedua, tetapi ayah saya nampak kurus kering dan tiada rambut,” jelas Maira.
Seperti Maira, ramai lagi keluarga mangsa tragedi MH370 masih mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.
MH370, dengan 239 penumpang yang kebanyakannya warganegara China, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Lebih 26 negara terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777 itu melalui udara, laut dan dasar laut. Namun selepas enam bulan, tiada sebarang petunjuk dapat dikesan.
Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.
Walaupun terdapat banyak teori konspirasi tentang kejadian itu antaranya rampasan dan sabotaj, baru-baru ini, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia merumuskan bahawa kemungkinan besar penumpang pesawat itu meninggal dunia akibat sesak nafas selepas pesawat itu terbang ke arah Lautan Hindi di selatan secara autopilot.
Walau apapun, Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang melawat Malaysia pada Sabtu, berikrar akan menolong pihak Malaysia untuk merungkai misteri kehilangan MH370.
"Kami bertanggungjawab kepada keluarga mangsa, kami juga bertanggungjawab kepada negara yang bersedih atas kehilangan warganya, kami juga bertanggungjawab kepada orang ramai yang ingin tahu di seluruh dunia, untuk melakukan apa yang kami mampu, untuk merungkai misteri ini (kehilangan MH370).
"Kami tidak akan berhenti sehingga ia diselesaikan...Australia-Malaysia akan menjadi rakan kongsi terkuat dalam tugas penting ini," kata Abbott.
Usaha pencarian baharu pesawat itu telah ditingkatkan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Australia bulan lepas. ─ Awani
TOP
Lelaki Miliki Bom Buatan Sendiri Ditahan
KUALA LUMPUR – Polis menangkap seorang lelaki yang dipercayai memiliki dua butir bom buatan sendiri di hadapan sebuah bengkel di Taman Usahawan, Kepong, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota polis yang melakukan rondaan terserempak dengan kereta BMW 3 Series dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil siasatan mendapati nombor plat palsu yang dipasang di kereta berkenaan sebenarnya milik sebuah kereta jenis Suzuki Swift,” katanya.
Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun itu cuba melarikan diri dengan menggigit tangan salah seorang anggota polis, tetapi cubaan tersebut gagal.
“Kita turut merampas sepucuk pistol tiruan jenis Beretta, pisau, bom asap dan sebatang suar yang ditemui di dalam kereta itu,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua bom tangan yang dirampas masih aktif dan mempunyai alat kawalan jauh.
Munusamy berkata, siasatan juga mendapati suspek yang dikehendaki polis itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan kes samun dan dadah.
“Kita juga menerima laporan polis daripada pemilik kereta mewah berkenaan yang mendakwa suspek tidak memulangkan semula kereta tersebut setelah dipinjam pada bulan lalu,” katanya.
Suspek ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan. – Sinar Harian Online
TOP
Bekas Isteri Dipengaruhi Percaya Anak Taib Mahmud Miliki Banyak Harta
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa Shahnaz Abdul Majid telah dipengaruhi untuk mempercayai beliau memiliki harta peribadi yang banyak sehingga mendorong bekas isterinya itu membuat tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta.
Mahmud Abu Bekir juga berkata jumlah yang dituntut terlalu banyak dan tidak munasabah.
"Saya tak faham kenapa terlalu banyak. Mungkin dia mendapat nasihat yang tidak betul daripada pihak-pihak tertentu.
"Saya percaya ada pihak-pihak tertentu memberitahu keluarga kami kaya disebabkan masalah rasuah. Itu hanya politik semata-mata," katanya pada prosiding kes tuntutan mutaah oleh isterinya di depan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab.
Shahnaz, 51, turut menuntut harta peribadi seperti nafkah anak berjumlah RM121 juta dan harta sepencarian sebanyak RM300 juta.
Mahmud Abu Bekir berkata sebelum bercerai, Shahnaz tidak menyebut akan membuat tuntutan berkenaan.
"Saya cukup hairan dengan tuntutan-tuntutan itu. Dia ambil petikan berita dari laman sesawang 'Sarawak Report' yang mengeluarkan berita palsu mengenai keluarga saya," katanya.
Beliau juga berkata Shahnaz mendapat maklumat tidak benar berhubung harta yang kononnya telah dinilai oleh seorang akauntan bertauliah.
"Jurunilai itu membuat andaian tanah milik saya di Sarawak telah ditanam dengan kelapa sawit berusia antara tiga hingga lapan tahun.
"Laporan akauntan bahawa saya memiliki aset dengan nilai antara RM976 juta hingga RM1.395 bilion itu adalah tidak benar dan palsu," katanya ketika disoal peguam Saadiah Mohd Din.
Anak kedua Yang Dipertuan Negeri Sarawak itu juga mendakwa beliau tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memasuki kawasan persendirian miliknya untuk merakam gambar dan dijadikan bukti dalam perbicaraan kes berkenaan.
Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan penceraian Mahmud Abu Bekir dan Shahnaz dengan talak satu.
Pasangan itu, yang berkahwin pada 9 Jan 1992, dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 22.
Pada sesi perbicaraan 5 Mei lepas, seorang akauntan bertauliah Andrew Heng menyatakan bahawa ahli perniagaan itu memiliki aset bernilai antara RM976 juta hingga RM1.395 bilion merangkumi pegangan saham di syarikat dalam dan luar negara, tanah dan kereta mewah, selepas membuat kajian serta carian.
Akauntan itu mendakwa adalah lebih daripada mencukupi jika plaintif meminta sejumlah RM100 juta daripada defendan sebagai mutaah.
Perbicaraan bersambung 17 September ini. - Bernama
TOP
Lelaki Bunuh Anjing Dalam Mesin Basuh
Hong Kong – Polis semalam melancarkan siasatan berhubung kes penderaan haiwan selepas seorang lelaki memuat naik gambar ke Internet yang menunjukkan dia membunuh seekor anjing dengan memerangkapnya di dalam mesin basuh.
Gambar itu yang dimuatnaik oleh lelaki yang menamakan dirinya Jacky Lo menunjukkan seekor anjing kecil cuba memanjat keluar dari mesin basuh itu sementara satu lagi menunjukkan haiwan berkenaan bergelut untuk mengelak dirinya daripada lemas ketika mesin itu berpusing.
‘Lo’ berkata dia memuat naik gambar itu untuk menunjukkan ‘cara paling pantas untuk memandikan anjing.’ Menjawab satu soalan oleh seorang pengguna yang bertanya sama ada dia membunuh haiwan itu, ‘Lo’ menjawab dalam ruang komen di bawah gambar itu: “Ya. Ia sudah mati.
Anda mahu melihatnya?” Hampir 20,000 pengguna Internet di Hong Kong menandatangani petisyen menerusi online menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu. – Agensi
TOP
Ibu, anak ditahan edar dadah
Som Sak (tiga, kiri) menunjukkan sebahagian bungkusan dadah jenis heroin yang dirampas dalam satu operasi, Rabu lalu.
TAPAH – Status ibu sepatutnya menjaga anak daripada terjebak kepada salah laku, namun lain ceritanya bagi wanita berusia 54 tahun apabila didapati terlibat dalam kes pengedaran dadah bersama anak perempuannya berusia 19 tahun. Kegiatan dua beranak itu terbongkar setelah polis menjalankan siasatan dan intipan ke atas sebuah rumah sewa di Taman Permai Jaya, Sungkai, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata, pemeriksaan ke atas bilik utama, menemukan dua bungkusan plastik lutsinar mengandungi 140 peket kecil bahan disyaki dadah bernilai RM7,000. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, dua beranak itu menjadikan rumah sewa berkenaan sebagai tempat mengedar dadah. “Dadah berkenaan dijual di antara RM50 bagi setiap satu paket kecil dan pembelinya merupakan kalangan orang tempatan. “Kami masih menahan reman kedua-dua suspek sehingga minggu ini namun kita akan sambung tahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Beliau berkata, semua barangan yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut. Katanya, timbang barang kes dianggarkan seberat 240 gram manakala hasil ujian awal air kencing, kedua-dua suspek negatif. “Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. - Sinar

Bubar Kabinet Perpaduan
Askar Israel menyembur serbuk lada ke arah penduduk ketika protes di Tebing Barat. - Foto: AFP
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berhasrat memutuskan perjanjian dengan Hamas jika gerakan itu tidak membenarkan kerajaan yang ada sekarang beroperasi di Genting Gaza secara terbuka dan bebas. Menurut Al Jazeera, beliau menyuarakan hasrat itu ketika menemui Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi di Kaherah untuk menyambung semula mesyuarat gencatan senjata dengan Israel. “Kami sukar menerima situasi ini secara berterusan jika wujud sebuah lagi kerajaan bayangan di wilayah itu,“ katanya. Di bawah terma perjanjian Kabinet Perpaduan ditandatangani April lalu, persaingan antara Hamas dan Fatah untuk menerajui kelompok Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Tebing Barat perlu dihapuskan. Pada 2 Jun lalu, beberapa wakil Kabinet secara rasmi meletak jawatan namun mereka masih mempunyai kuasa di Gaza. Sementara itu, pasukan keselamatan Israel bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas seorang remaja Palestin maut akibat ditembak ketika demonstrasi bantahan di timur Baitulmaqdis, kelmarin. Jurucakap Polis Baitulmaqdis, Muhammad Abd al-Majid berkata, Sunuqrut, 16, parah selepas ditembak dengan peluru getah di kepala ketika protes di Wadi Joz. "Kami sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kejadian 8 Julai lalu tidak mustahil berulang jika situasi sebegini terus berlaku," katanya. - Sinar

Angka korban hujan monsun cecah 300
LAHORE - PAKISTAN. Angka korban hujan monsun mencecah lebih 355 orang (sehingga jam 10 malam waktu Malaysia) selepas hujan monsun berterusan melanda sejak minggu lalu di Pakistan dan India.
Di India, sekurang-kurangnya 450 kampung ditenggelami banjir dan berlaku tanah runtuh di Kashmir hingga membunuh 175 penduduk.
Menurut Al Jazeera, keadaan sama turut berlaku di Pakistan apabila lebih 160 orang maut manakala ribuan penduduk hilang tempat tinggal.
Jurucakap pengurusan bencana Pakistan, Ahmed Kamal memberitahu, sebanyak 286 kampung di Punjab ditenggelami banjir dengan ribuan rumah dihanyutkan arus deras.
Sementara itu, Perdana Menteri India Narendra Modi yang meninjau kawasan banjir mengarahkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dan operasi menyelamat sepanjang tempoh 24 jam. - Sinar
TOP
Raja Abdullah taja rakyat Palestin tunai haji
RAJA ABDULLAH
MAKKAH - ARAB SAUDI. Seramai 1,000 rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka terkorban dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza, akan menunaikan haji dengan penajaan Raja Arab Saudi, Raja Abdullahm selaku Penjaga Dua Masjid Suci. Arab News, menerusi www.arabnews.com, melaporkan dengan penajaan terbaharu itu, Raja Abdullah secara peribadi telah menaja 12,000 orang rakyat Palestin, yang anggota keluarga mereka sama ada telah meninggal dunia atau dipenjarakan, untuk mengerjakan haji. Ia memetik Menteri Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, Saleh Al-Asheikh, sebagai berkata bahawa kementerian itu merangka program khas untuk menaja jemaah Palestin dan membantu mereka menunaikan ibadah haji dengan selesa. Sementara itu, dua lagi penerbangan sewa khas Tabung Haji iaitu Penerbangan KT30 dan Penerbangan KT31 dijangka mendarat di Lapangan Terbang Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah pada 2.35 petang waktu tempatan (7.35 malam waktu Malaysia) dan 10.35 malam waktu tempatan (2.35 pagi Selasa waktu Malaysia). Penerbangan KT30 yang membawa 278 jemaah haji berlepas dari Terengganu pada 10.55 pagi dan Penerbangan KT31 membawa 273 jemaah haji berlepas dari Pulau Pinang pada 7.05 malam. Dengan dua penerbangan itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang tiba di Tanah Suci setakat ini ialah 10,166 orang termasuk 4,213 orang yang berada di Makkah. - Bernama - Sinar

Saudi perketat sempadan dengan Iraq
Sebahagian askar Iraq ditembak mati kumpulan ISIL baru-baru ini.
RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi meningkatkan keselamatan di sempadan Iraq dengan memasang pagar lima lapis bagi melindungi daripada kegiatan penyusupan pengganas. Raja Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz berkata, pemasangan pagar 900 kilometer di kompleks menara tinjau berhampiran sempadan utara negara itu adalah sebahagian pelan keselamatan. "Kami mahu mengekang penyusupan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL)," katanya dipetik Al Arabiya. Menurutnya, kompleks itu turut dilengkapi 50 radar dari Hafar Al-Batin ke Turaif berhampiran sempadan Jordan di barat laut. "Kawalan dipertingkatkan selepas ancaman ISIL yang kini mengawal timur Syria dan Iraq. Dalam perkembangan lain, Kumpulan Hak Asasi Manusia Antarabangsa mendedahkan, ratusan tawanan ISIL terdiri daripada askar Iraq ditembak mati sekali gus menjadikan jumlah korban membabitkan anggota keselamatan mencecah 1,700 orang. Pengarah Kumpulan Hak Asasi Manusia Antarabangsa Peter Bouckaert berkata, menerusi bukti baharu, ISIL membunuh antara 560 dan 770 lelaki ketika menakluki Pangkalan Tentera Speicher berhampiran bandar Tikrit. - Sinar

Israel sedia serang Hizbullah
BEIRUT - LEBANON. Tentera Israel bersedia melancarkan perang terhadap Hizbullah di selatan Lubnan pada bila-bila masa mulai hari ini.
Stesen televisyen Channel 2 Israel melaporkan, jurucakap tentera Israel Kolonel Dan Goldfus sebagai berkata, mereka perlu menggunakan 'kuasa besar' terhadap Hizbullah dan bertindak lebih tegas serta drastik.
"Hizbullah membedil lebih 100,000 roket berhampiran sempadan Israel. Kami tidak menolak jika peluru berpandu jarak jauh di Beirut yang membawa peledak sehingga satu tan mampu membedil kawasan di sempadan itu", katanya dipetik Press TV.
Menurutnya, Hizbullah juga mempunyai roket kedua dilengkapi dengan sistem panduan jitu yang boleh mendarat hingga ke Tel Aviv.
Difahamkan, Hizbullah juga telah menggali terowong di sempadan Israel bagi melancarkan serangan dan Goldfus tidak menolak, kumpulan itu menggunakan strategi sama seperti Hamas ketika serangan di Genting Gaza. - Sinar
TOP
Ukraine belum selamat
Tentera Ukraine memeriksa trak terbakar di pinggir bandar Mariupol.
MARIUPOL - UKRAINE. Gencatan kuasa dipersetujui kerajaan dan kumpulan pemisah pro-Rusia dikhuatiri berakhir bila-bila masa selepas pertempuran kembali tercetus di timur Ukraine, semalam. Media melaporkan, asap tebal turut meliputi ruang udara di Mariupol yang dikuasai kerajaan selepas beberapa siri letupan menggegar bandar pelabuhan itu. Insiden keganasan terbaharu itu dilaporkan berlaku beberapa jam selepas Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin yang mencadangkan pelan damai untuk menamatkan konflik di wilayah tersebut. Kelmarin, kerajaan dan pemimpin kumpulan pemisah pro-Rusia bersetuju menguatkuasakan gencatan senjata selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menandatangani 12 syarat perjanjian pelan damai di Belarus. Gencatan senjata tersebut didakwa masih bertahan walaupun dicabuli beberapa jam selepas ia dilaksanakan. Menurut AFP, antara syarat perjanjian itu adalah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berundur dari zon konflik, membebaskan tahanan dan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas. Sejurus pelaksanaan gencatan senjata itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memaklumkan, seramai 80 pegawai dan anggotanya akan dihantar ke Ukraine secara dua peringkat untuk menyambung siasatan terhadap MH17. - Sinar

Kereta kompak baharu Proton dengan wifi Hotspot
PROTON menerbitkan sebuah web baharu untuk kereta kompak mereka yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, sekali gus memperlihatkan beberapa perkara yang akan disertakan pada kereta tersebut kelak.
Salah satu perkara yang hadir bersama-sama dengan kereta kompak baharu ini kelak adalah sokongan sistem inforia yang dikemas kini. Ia dilihat membawakan sedikit perbezaan berbanding inforia yang menggunakan Android pada Suprima S sebelum ini.
Ia dilihat menyertakan sokongan peta terbina untuk berfungsi sebagai GPS, selain turut menyertakan beberapa fungsi lain seperti Bluetooth, radio dan pemain media.
Di samping itu, Proton menekankan yang mana sistem inforia ini boleh digunakan sebagai Wifi Hotspot untuk membolehkan penumpang lain menggunakan internet ketika dalam perjalanan.
Namun, bagaimanakah taliannya akan berfungsi masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Selain daripada itu, kereta kompak baharu ini juga akan menyertakan sensor kamera belakang, dan juga sokongan untuk memulakan enjin tanpa menggunakan kunci. - Sumber rujukan: Proton - Sinar
TOP
HP Chromebook14 kini di Malaysia
PENAWARAN komputer berasaskan Chrome OS boleh dikatakan masih sedikit di pasaran tempatan.
Secara rasminya, hanya pihak Samsung (melalui Yes) yang menawarkannya, dan kini HP turut menyertainya dengan mula menawarkan Chromebook 14 di pasaran Malaysia.
HP Chromebook 14 dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Celeron 2955U, memori sebanyak 4GB DDR3L SDRAM, ruangan storan 16GB, skrin bersaiz 14-inci, dan dijana menggunakan Chrome OS.
Di Malaysia, pihak HP menyenaraikan komputer riba berasaskan Chrome OS ini pada harga RM1199, dan sudah boleh didapati melalui HP Malaysia Store.
Oleh itu, sekiranya tercari-cari komputer riba yang memfokuskan kepada penggunaan pelayar web dan pelbagai aplikasi berasaskan web, mungkin anda boleh mendapatkannya. - Sinar
TOP
Laman sosial guna Emoji sepenuhnya
EMOJI merupakan salah satu bentuk ekspresi popular digunakan di laman sosial mahupun pada aplikasi permesejan.
Bulan lepas dua pembangun bersepakat untuk mencipta laman sosial dipanggil Emojli yang hanya menggunakan emoji sebagai medium dan aplikasinya telah dilancarkan untuk platform iOS.
Bagi yang tidak mengenali emoji, ia merupakan gambar pada saiz ikon yang sering digunakan bersama-sama mesej teks. Terdapat pelbagai rekaan emoji tersedia pada peranti namun terdapat perbezaan antara sistem operasi.
Buat masa ini berkemungkinan aplikasi Emojli hanya dibangunkan untuk iOS berbanding Android bagi menyeragamkan isu emoji berbeza.
Pengguna perlu memuat turun aplikasi tersebut dan mendaftarkan akaun. Menariknya identiti pengguna juga haruslah menggunakan emoji.
Sepanjang perbualan dengan rakan melalui aplikasi ini, sebarang teks tidak dibenarkan dan kadangkala mesej mungkin tidak dapat disampaikan.
Apapun perkara ini secara tidak langsung memungkinkan mesej rahsia dihantar secara terbuka tanpa ada yang mampu memahaminya selain penghantar dan penerima.
Salah satu perkara yang mencabar adalah untuk mencari rakan-rakan kerana anda juga perlu mengetahui emoji yang digunakan.
Sebagai tips, mungkin anda boleh menggunakan perumpamaan contohnya Arib Ismail menggunakan emoji ‘Malu-malu kucing’ sebagai identitinya. Paparan antaramukanya juga hanya menggunakan emoji dengan teks yang minima. - Sinar
TOP
'Hak KWSP untuk mengundi kritikal'
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata haknya untuk mengundi dalam cadangan penggabungan antara RHB Capital, CIMB Group Holdings Bhd dan Malaysia Building Society Bhd, adalah kritikal.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata KWSP masih menunggu syarikat-syarikat terbabit mengumumkan rancangan penggabungannya.
"Hak KWSP untuk mengundi adalah kritikal untuk melindungi kepentingan kewangan pencarumnya. Semua pihak yang terlibat harus menyedari bahawa KWSP mewakili 14 juta anggota," katanya.
Shahril berkata demikian selepas rundingan meja bulat media mengenai 'Perubahan Demografi : Menyedari Cabaran dan Peluang' di Kuala Lumpur hari ini.
Laporan minggu lepas menyebut terdapat dokumen e-mel diedarkan dalam kalangan pengarah RHB Capital, meminta mereka untuk membantah permohonan kepada Bursa Malaysia untuk pengecualian yang akan membolehkan KWSP untuk mengundi pada urusan tersebut.
Sementara itu, Pengerusi KWSP Tan Sri Samsu Osman berkata, 69 peratus daripada anggota mereka yang berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan setakat 31 Disember, 2013.
"Ini akan membawa kepada isu kekurangan tabungan persaraan.
"Dengan mengandaikan bahawa setiap individu perlu berbelanja RM800 setiap bulan, bersamaan pendapatan garis kemiskinan semasa sebagai bayaran persaraan, simpanan RM50,000 itu hanya boleh bertahan selama lima tahun.
"Angka ini rendah memandangkan mereka perlu mengekalkan hidup persaraan mereka selama 15 tahun," katanya.
Samsu berkata pendidikan kewangan perlu dipupuk untuk membolehkan rakyat Malaysia membuat pelaburan yang betul dan bermaklumat seawal mungkin. - Bernama - Sinar
TOP
Mengglobalisasikan wakaf
BERITA di akhbar New Straits Times, 27 Ogos lalu bertajuk “World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF) bercadang mengglobalisasikan wakaf” menarik perhatian saya.
Pengerusi WIEF, Tun Musa Hitam menyatakan WIEF dengan kerjasama Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dubai bercadang menganjurkan Forum WIEF ke-10 di Dubai pada penghujung Oktober depan, bertemakan “Persepakatan inovasi menjana pertumbuhan ekonomi”.
Pengarah Pejabat Wilayah Asia Tenggara Bank Pembangunan Islam (IDB), Kunrat Wirasubrate, turut menyatakan Forum WIEF bertujuan mengubah persepsi dan fahaman ahli bisnes dan aktivis industri terhadap institusi wakaf. WIEF dan IDB juga fokus kepada membangunkan bakat dan keahlian profesional dalam pengurusan wakaf, satu usaha sangat tepat kerana tanpanya mustahil wakaf dapat berkembang dan diarusperdanakan ke dalam sistem ekonomi.
Melewati perbankan Islam - Going beyond IBF
Pada saya, mana-mana langkah mengintegrasikan wakaf ke dalam sistem ekonomi wajar disambut baik, digalakkan dan diberi segala sokongan. Namun, saya juga berpendapat peranan dan potensi wakaf tidak harus disempitkan, misalnya dengan mengaplikasikannya hanya dalam konteks industri Perbankan dan Kewangan Islam atau IBF. Sebagai contoh, kenyataan WIEF melihat wakaf sebagai satu “instrumen pendanaan mematuhi Syariah” (Syariah-compliant funding instrument). Dilaporkan persidangan Dubai juga bertujuan “meningkatkan potensi wakaf sebagai sumber pembiayaan projek”, langsung mengkategorikan wakaf sebagai satu “golongan aset” (an asset class) di sektor IBF. Hari ini semakin banyak kita dengar naratif membabitkan wakaf dari sudut keperluan IBF. Badan ilmiah IPTA/IPTS seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan INCEIF, iaitu antara universiti terulung dalam pengajaran IBFdi Malaysia, turut cenderung melihat wakaf sebagai alat atau instrumen IBF, menjadikan mereka “IBF-bias” mengartikulasikan wakaf sebagai “produk” IBF. Pencapaian IBF, terutama atas inisiatif dan daya usaha Malaysia, wajar kita semua banggakan. Aset IBF dalam sistem kewangan global hari ini melebihi US$2 trilion, atau RM6.3 trilion. Aset domestik IBF pula mencapai 25 peratus berbanding 6 peratus pada 2000, satu pertumbuhan mengagumkan. Tegasnya, pencapaian IBF Malaysia perlu dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi. Namun ini tidak mewajarkan wakaf dilihat hanya sebagai instrumen IBF, dijadikan teras atau fokus utama pembangunan masa depannya, kerana pada akhirnya IBF satu institusi intermediari. Penting diperingatkan IBF sebagai institusi perbankan adalah perantara dan pemangkin, bukan penjana harta kekayaan teras pertumbuhan ekonomi. Sehebat mana IBF dan sistem perbankan negara amnya, ia tidak dapat menggantikan peranan penting entrepreneur serta sektor asas ekonomi, iaitu the real economic sector membabitkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, dalam menjana kekayaan dan menambah nilai ekonomi, selain memperkasa daya saing negara.
Wakaf institusi transformasi ekonomi
Lagi pun fokus melampau memihak kepada perbankan terbukti boleh memudaratkan seperti berlaku di Barat apabila bank gergasi menjadi “too big to fail”. Demikian juga apabila inovasi produk bank menjadi punca krisis ekonomi pada 2008 di Amerika yang melumpuhkan ekonomi global, mengakibatkan kebankrapan, pengangguran dan penderitaan berpuluh juta manusia. Menyempitkan wakaf juga bermakna masyarakat Islam terlepas peluang dan kesempatan memanfaatkan institusi wakaf untuk mencapai matlamat lebih besar dan lebih penting. Pengalaman lebih satu dekad mengasaskan institusi Waqaf Korporat meyakinkan saya institusi wakaf berpotensi besar dan berupaya mentransformasikan seluruh sistem ekonomi dominasi kapitalis global rakus dan greed-driven hari ini, supaya lebih adil, saksama dan Islamik. Umat Islam wajib mengembalikan peranan besar institusi wakaf sejajar dengan keperluan dunia kontemporari, lebih-lebih lagi di abad ke-21 di mana peranan kerajaan dalam ekonomi semakin terhad dan korporat swasta sangat dominan. Wakaf institusi istimewa bukan sahaja sebagai pengimbang dan pelindung, menyediakan jaring keselamatan sosial (social safety net), sentiasa membela kepentingan warga majoriti termiskin. Dalam bentuk Waqaf Korporat ia penjana ekonomi, membuka luas peluang bisnes dan ekonomi kepada golongan tanpa modal yang pasti dipinggir dan dikesampingkan sistem kapitalis buas dan rakus memihak kepada golongan kaya. Peranan lebih besar wakaf, terutama menerusi Waqaf Korporat, ialah mentransformasikan sistem ekonomi, menyemarakkan semangat berbisnes dan memangkinkan generasi usahawan muda Muslim, khasnya yang tidak berkeupayaan modal, memanfaatkan akses modal Waqaf Korporat membina bisnes menjana harta kekayaan milik jemaah (bukan individu) komuniti Islam. Sesungguhnya institusi wakaf kurniaan Islam hebat impaknya dan sangat luas manfaatnya. Justeru, ia sangat wajar dijuruskan melewati IBF ke arah memerangi kemiskinan dan peminggiran umat, memperkasa usahawan entrepreneur dan melestarikan korporat Muslim berkembang hingga satu hari nanti menjadi MNC milik Muslim menguasai beberapa bisnes strategik global.
Wakaf perisai membanteras kezaliman
Dalam kata lain, tugas dan tanggungjawab utama warga Muslim Malaysia ialah mengelakkan wakaf daripada hanya dijadikan kuda tunggangan kapitalis global bertujuan menegakkan ideologi amalan kapitalisme rakus, liar dan buas. Sistem ini kelihatan melebarkan jurang ekonomi global, menindas dan menzalimi majoriti manusia, meminggirkan amanah serta merosakkan kehidupan. Kerosakan paling berbahaya kepada umat Islam berlaku apabila akhirnya umat Islam menindas dan menzalimi sesama sendiri, berebut harta kekayaan hingga mengakibatkan konflik dan keganasan tanpa kesudahan. Sampai ke tahap ini, perpecahan umat berlaku bukan lagi kerana perbuatan musuh, malahan oleh perbuatan tangan umat Islam sendiri setelah membiarkan wabak rakus kapitalisme menjangkiti masyarakat, merebak berleluasa merosakkan kehidupan. Hakikatnya, majoriti umat di negara Islam hidup menderita miskin dengan pendapatan tidak sampai RM6 sehari untuk setiap orang. Namun semua negara Islam hari ini dihasut kapitalisme membangunkan ekonomi dengan memperkayakan golongan kaya. Akibatnya negara Islam, termasuk Malaysia, antara paling tidak adil dalam agihan kekayaan dan peluang ekonomi. Sebagai bukti, perangkaan daripada laporan Asian Development Bank (ADB) 2012, menunjukkan Malaysia antara negara paling tidak adil di dunia. Indeks Gini Malaysia (satu kaedah mengukur jurang kaya miskin) antara tertinggi pada tahap 0.46. Negara yang indeks Gininya melebihi 0.4 sangat tidak adil (highly unequal), dan pada tahap 0.46 Malaysia setaraf dengan Amerika Syarikat. Lebih membimbangkan, laporan ADB juga menyatakan pekerja Malaysia cuma mendapat 30 peratus agihan pendapatan daripada KDNK negara, iaitu dalam bentuk gaji dan upah. Bahagian terbesar 70 peratus ialah kepada golongan kaya dan berharta dalam bentuk pulangan dividen korporat, riba'/faedah tabungan bank atau pendapatan sewa harta benda peribadi milik mereka. Kadar 30 peratus antara paling rendah di dunia berbanding 67 peratus di Amerika Syarikat dan 48 peratus di RR China. Peratus agihan gaji dan upah melampau rendah bukti nyata pekerja Malaysia rata-rata dieksploitasi berbanding dengan pekerja di negara lain. Kelemahan kuasa kesatuan sekerja dan kehadiran terlalu ramai pekerja asing antara faktor memburukkan situasi. Kesimpulannya, mengglobalisasikan wakaf tidak sempurna jika wakaf dilihat hanya sebagai satu instrumen IBF. Inovasi institusi wakaf, termasuk membangun Waqaf Korporat, lebih penting diutamakan bertujuan memperbaiki kerosakan, membasmi kemiskinan dan ketidakadilan melampau serta menentang kezaliman di semua negara Islam akibat menciplak kapitalisme. Jika tidak ditransformasikan, sistem kapitalis diterajui gergasi korporat rakus dan zalim ini pasti mencetus kemarahan mengakibatkan konflik dan pemberontakan menjejas kestabilan ekonomi serta menggugat perpaduan politik masa depan semua negara Islam. Salah satu kaedah terbaik ialah membangunkan institusi Waqaf Korporat mengintegrasikan kepentingan rakyat dan umat majoriti menjana dan menghimpun harta kekayaan kekal berkesinambungan, sekali gus membanteras kezaliman ekonomi. - Sinar

Penjual ikan maut
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) setelah ditemui di dalam sungai oleh bomba.
ARAU - Seorang penjual ikan maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam Sungai Paloh berhampiran susur keluar Arau, di sini pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, mangsa Chong Lih Sheng, 29, dari Taman Sentosa, Kuala Perlis dipercayai tercampak keluar dari kereta selepas kereta Perodua Kancil yang dipandu rakannya terbabas di Jalan Changlun-Kuala Perlis sebelum terjunam ke dalam sungai tersebut. Ketua Polis Daerah Arau, Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, siasatan awal mendapati kereta terbabit hilang kawalan akibat jalan licin berikutan hujan lebat dan jalan yang gelap. Katanya, mangsa ditemui di dalam sungai anggota bomba yang melakukan tugasan menyelamat. “Mangsa yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian manakala rakannya (pemandu) Chen Yong Ling, 27, cedera ringan,” katanya. Ku Yaacob berkata, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Pegawai Penyiasat Inspektor, Mohd Rizal Emran. Sementara itu, Ketua Balai Bomba Arau, Penolong Penguasa Mohd Kifli Hamid berkata, pihaknya telah menerima panggilan kejadian tersebut pada pukul 4.03 pagi dan tiba di lokasi tiga minit kemudian. Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta terbabit telah berada di tebing sungai manakala mangsa ditemui pada pukul 4.50 pagi kira-kira 20 meter dari kawasan kereta dijumpai. “Mangsa telah dihanyutkan arus sungai yang perlahan dengan kedalaman hampir dua meter dan kami menganggarkan ketinggian kereta terjunam lebih kurang empat meter dari jalan berkenaan ke dalam sungai,” katanya. - Sinar

Amah direman curi duit majikan
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar untuk mendapat perintah reman diwakili peguam pemerhati Zuhair Ahmad Zakuan.
PADANG BESAR - Seorang pembantu rumah warga asing ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes curi duit majikannya sebanyak RM2,000 di sebuah rumah di Taman Kim, di sini Sabtu lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superintendan Md Rafae Hassan berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di rumah majikannya dan direman mulai kelmarin sehingga esok (Rabu). Katanya, suspek ditahan selepas majikannya yang berusa 43 tahun membuat laporan tentang kehilangan wang tersebut. “Suspek disyaki mengambil beg duit yang mengandungi wang sebanyak RM2,000 semasa ketiadaan majikannya antara jam 2.30 petang sehingga 6.30 petang. “Semasa kejadian majikannya keluar berjogging dan apabila kembali ke rumah beg duit tersebut hilang dari laci di dalam bilik pengadu,” katanya. Jelas Md Rafae, wanita itu mengesyaki pembantu rumahnya mencuri duit berkenaan setelah beberapa kali kehilangan wang semenjak ‘amah’ itu bekerja sembilan bulan lalu. “Menurut mangsa, kehilangan wang miliknya sebelum kejadian itu bukanlah di dalam jumlah yang banyak, kadang-kadang mangsa perasan dia hilang sebanyak RM50 dan RM90 sahaja. “Mangsa bagaimanapun tidak membuat laporan polis sehinggalah berlakunya kecurian Sabtu lalu,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri harta milik majikan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan. - Sinar

Liga Arab sepakat halang kemaraan IS
KAHERAH - Negara-negara Arab bersetuju untuk mengambil beberapa langkah dan bersedia menjalin kerjasama antarabangsa bagi menentang kumpulan militan Negara Islam (IS), kata Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil al-Arabi.
Pada mesyuarat Menteri Liga Arab kelmarin Nabil mendesak satu pendekatan politik dan ketenteraan diambil terhadap IS serta kumpulan lain yang dilihat mengancam rantau Arab.
Beliau juga menyokong serangan udara oleh tentera Amerika Syarikat (AS) terhadap kedudukan IS di Iraq dan Syria.
"Menteri-menteri luar negara Arab telah bersetuju untuk mengambil langkah yang perlu bagi menangani kumpulan pengganas termasuk IS.
"Ini termasuk kerjasama antarabangsa yang menyeluruh," katanya pada satu sidang akhbar kelmarin.
Beliau menyuarakan desakan tersebut ketika AS meluaskan serangan udara terhadap IS.
Iraq sebelum ini menyambut baik cadangan Presiden AS, Barack Obama untuk mewujudkan kerjasama antarabangsa bagi menentang IS yang kini menguasai sebahagian besar wilayah di negara itu.
Pada persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jumaat lalu, Obama mengemukakan cadangan bagi mewujudkan satu kerjasama meluas bagi menumpaskan IS termasuk serangan terhadap kumpulan tersebut. - AFP
TOP
Penduduk Palestin di Baitulmuqaddis merusuh
BEBERAPA penduduk Palestin membaling batu ke arah polis Israel dalam rusuhan yang berlaku di kejiranan Wadi al-Joz di Baitulmuqaddis Timur kelmarin.
BAITULMUQADDIS - Sejumlah penduduk Palestin merusuh di Baitulmuqaddis Timur di sini kelmarin selepas mendapat tahu seorang remaja dari kejiranan mereka mati akibat kecederaan kerana ditembak polis Israel semasa menyertai tunjuk perasaan pada minggu lalu. Penunjuk perasaan di kejiranan Wadi al-Joz, dekat Bandar Lama bertindak membaling batu, bom petrol dan sua ke arah kenderaan lalu-lalang manakala polis Israel bertindak balas dengan menembak peluru getah. Pertempuran itu berlarutan selama beberapa jam. Tiada laporan mengenai kecederaan parah dalam rusuhan itu. Sebelum ini, seorang remaja berusia 16 tahun, Mohammed Sinokrot meninggal dunia akibat kecederaan di kepala ketika dia menyertai tunjuk perasaan di sini minggu lalu. Bapa mangsa, Abdel-Majid berkata, anak lelakinya telah ditembak di kepala menggunakan peluru getah tetapi polis Rejim Zionis mendakwa bahawa Mohammed terjatuh dan kepalanya terhantuk selepas kakinya terkena satu objek yang dibaling ketika dia melarikan diri daripada polis. Mayat mangsa dibawa ke Tel Aviv untuk bedah siasat. Dalam satu lagi insiden, sejumlah penduduk Palestin menyerang sebuah stesen minyak di kejiranan Yahudi di sini. Mereka merosakkan beberapa pam petrol dan cuba membakar kedai serbaneka di premis berkenaan. Protes di sini tercetus pada Julai lalu selepas seorang remaja Palestin dibunuh dalam serangan balas dendam oleh tiga penduduk Yahudi yang kini dibicarakan. Pembunuhan itu menyusul selepas kematian tiga belia Yahudi di wilayah Tebing Barat yang diduduki oleh Israel akibat dibunuh oleh militan Hamas. - Reuters

Obama beri amaran wabak Ebola akan menjadi semakin buruk
BEBERAPA petugas Palang Merah Liberia memakai sut perlindungan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kampung yang dilanda wabak Ebola di pinggir ibu kota negara itu, Monrovia pada 4 September lalu.
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan, AS kini menggalas tugas utama mengekang penularan wabak maut Ebola di Afrika Barat yang dijangka semakin sukar dan mengambil masa agak panjang untuk ditangani. Beliau berkata, pihak tentera AS akan membantu dengan membekalkan barangan dan kelengkapan serta menyediakan khidmat pekerja keselamatan kesihatan awam yang bawa dari seluruh dunia bagi menangani wabak itu. Bagaimanapun, langkah itu akan mengambil masa selama beberapa bulan sebelum keadaan dapat dikawal sepenuhnya, kata Obama sewaktu bertemu wartawan dan ketika ditemu bual oleh agensi berita NBC minggu lalu. Obama memberi amaran jika wabak itu merebak dan dikesan di AS, ia menjadi satu isu awam yang sangat serius walaupun perkara tersebut belum terjadi setakat ini. Penularan wabak Ebola yang mula dikesan di negara Liberia sejak enam bulan lalu setakat ini telah membunuh kira-kira 2,000 orang di beberapa buah negara di barat Afrika. - AP

Ratu Elizabeth II bimbang kehilangan Scotland
RATU ELIZABETH II bersama suaminya, Putera Philip dan anaknya, Putera Charles (kanan) ketika menghadiri majlis kejohanan sukan tradisional Scotland di Braemar, tengah Scotland pada Sabtu lalu.
LONDON - Ketua Negara United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II menemui Perdana Menteri, David Cameron kelmarin bagi membincangkan kebimbangan bahawa Scotland akan keluar daripada UK selepas 300 tahun. Kerisauan Elizabeth II, 88, itu berdasarkan beberapa kaji selidik terbaharu yang mendapati 51 peratus penduduk Scotland menyokong kemerdekaan, manakala 49 peratus lagi memilih untuk kekal bersama UK. "Referendum ini adalah isu dalaman Scotland. Ratu Elizabeth II bersikap neutral dalam hal ehwal politik seperti sebelumnya," kata seorang jurucakap Istana Buckingham ketika mengulas berhubung senario di Scotland. Monarki berkenaan bagaimanapun dipercayai menyokong penuh penyatuan Scotland. "Anda tidak perlu menjadi seorang genius untuk sedar bahawa Ratu Elizabeth II menyokong penyatuan Scotland bersama UK. Ia seperti bertanya adakah Pope menyokong mazhab Katholik," kata satu sumber dalam kalangan pegawai tinggi negara. Elizabeth II akan berada di Scotland pada 18 September ini apabila penduduknya keluar mengundi dalam satu referendum bagi menentukan masa depan Scotland sama ada kekal bersama UK atau keluar dan merdeka sebagai sebuah negara lain. Terdahulu, Ahli Parlimen UK, George Osborne memberi jaminan akan memberi lebih kuasa berkaitan cukai, perbelanjaan dan kebajikan jika penduduk Scotland menolak kemerdekaan pada referendum tersebut. Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan Scotland tidak boleh lagi menggunakan pound sebagai mata wang jika ia keluar daripada UK. Dalam pada itu, bekas Setiausaha Pertahanan Liam Fox berkata, beliau bimbang Scotland akan menjadi sebuah negara yang tidak lagi bernaung di bawah Ratu Elizabeth II jika ia merdeka. "Terdapat elemen antiraja yang kuat dalam Parti Kebangsaan Scotland (SNP)," kata SNP yang merupakan parti pemerintah Scotland yang menyokong kemerdekaan negeri itu. "Sudah pasti sejurus selepas Scotland merdeka, negara itu akan menjadi sebuah republik," tambahnya. - Agensi

Meteorit hentam ibu kota Nicaragua
GAMBAR yang disiarkan tentera Nicaragua kelmarin menunjukkan sebuah kawah meteorit terbentuk di sebuah kawasan hutan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Managua.
MANAGUA - Satu letupan misteri yang menggegarkan bandar raya ini dan membentuk sebuah lubang besar dipercayai berpunca daripada sebutir meteorit kecil, kata beberapa pegawai kelmarin. Batu angkasa lepas itu jatuh dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Managua di sini Sabtu lalu tanpa menyebabkan sebarang kecederaan. Kesan hentaman meteorit itu telah membentuk kawah seluas 12 meter dan bunyi letupan akibat impak tersebut dapat didengari oleh 1.2 juta warga kota raya itu. Pihak berkuasa Nicaragua percaya meteorit itu merupakan serpihan sebuah asteroid kecil, 2014 RC yang melintas hampir dengan Bumi kelmarin. Beberapa ahli astronomi menganggarkan asteroid itu sebesar 20 meter atau menyamai saiz sebuah rumah. "Kami yakin letupan ini disebabkan oleh meteorit. Kami melihat kawah yang terbentuk akibat impak berkenaan," kata saintis Institut Seismic, Wilfredo Strauss. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menyatakan pada minggu lalu bahawa jarak paling hampir asteroid 2014 RC dengan Bumi ialah 40,000 kilometer atau satu persepuluh jarak Bulan dari Bumi. - AFP

29 pelajar perubatan Malaysia terperangkap di Kashmir
BEBERAPA penduduk bersama haiwan ternakan mereka meredah banjir di ibu negeri wilayah Kashmir India, Srinagar kelmarin.
KUALA LUMPUR - Seramai 29 pelajar perubatan dari Malaysia yang sedang bercuti di Kashmir dilaporkan terperangkap akibat banjir besar yang melanda wilayah berkenaan. Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam memberitahu bahawa, pelajar tersebut terperangkap di bandar Srinagar dan Pahalgam. Kesemua pelajar berkenaan menuntut dalam jurusan perubatan di Universiti Perubatan Manipal di Karnataka. "Seramai 10 pelajar perempuan dilaporkan terperangkap di Pahalgam dan masih lagi tidak dapat dihubungi oleh Konsulat Malaysia di India. "Seramai 19 lagi pelajar terperangkap di sebuah hotel di Srinagar yang merupakan ibu negeri Jammu dan Kashmir," katanya. Kata kenyataan itu, Konsulat Malaysia di Chennai sedang menghubungi pihak berkuasa tempatan di wilayah berkenaan untuk mendapatkan laporan berhubung situasi semasa kumpulan pelajar tersebut. Menurut pihak Konsulat, pelajar-pelajar berkenaan hanya boleh dihubungi melalui laman sosial Facebook kerana terdapat gangguan dalam sistem komunikasi dan perhubungan. Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan banjir buruk di wilayah berkenaan yang menenggelamkan beratus-ratus kampung dan beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan. Dilaporkan hampir 250 orang terkorban sejak banjir melanda rantau Himalaya itu yang berjiran dengan Pakistan.

Pemuda parah dilanggar 'banana boat'
PORT DICKSON - Seorang pemuda dilaporkan kritikal selepas dilanggar sebuah 'banana boat' ketika mandi di pantai Dataran Kemang di sini pagi kelmarin.
Mangsa berusia 23 tahun yang cedera di lengan kiri, kepala dan patah rusuk kiri dibawa bapanya ke Hospital Port Dickson di sini untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah berkata, susulan kejadian itu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun.
"Pemandu bot itu direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membawa perahu atau bot secara cuai.
"Pemeriksaan awal mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu bot," katanya. - KOSMO!
TOP
Lelaki Vietnam maut ditikam semasa pulang kerja
GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga Vietnam ditemui maut ditikam di bahagian rusuk kiri semasa pulang dari tempat kerja di sebuah pasar raya berdekatan Gat Lebuh Maccalum di sini malam tadi.
Mangsa, Nguyen Van Phuong, 41, mati ditempat kejadian selepas dia dikatakan berlari menyelamatkan diri daripada suspek yang bertindak menikamnya menggunakan sebilah pisau milik mangsa.
Mangsa dipercayai bekerja di bahagaian buah-buahan berikutan pisau yang digunakan oleh suspek terbabit disyaki milik mangsa termasuk menemui dua biji buah epal di sisinya.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, hasil maklumat yang diperoleh mendapati mangsa yang mempunyai dokumen pengenalan diri sebelum itu dilihat berlari menyelamatkan diri daripada dikejar suspek.
Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan mengenai motif sebenar kejadian termasuk suspek terlibat. - KOSMO!
TOP
Penduduk Palestin Di Baitulmuqaddis Merusuh
BAITULMUQADDIS – Sejumlah penduduk Palestin merusuh di Baitulmuqaddis Timur di sini kelmarin selepas mendapat tahu seorang remaja dari kejiranan mereka mati akibat kecederaan kerana ditembak polis Israel semasa menyertai tunjuk perasaan pada minggu lalu.
Penunjuk perasaan di kejiranan Wadi al-Joz, dekat Bandar Lama bertindak membaling batu, bom petrol dan sua ke arah kenderaan lalu-lalang manakala polis Israel bertindak balas dengan menembak peluru getah.
Pertempuran itu berlarutan selama beberapa jam.
Tiada laporan mengenai kecederaan parah dalam rusuhan itu.
Sebelum ini, seorang remaja berusia 16 tahun, Mohammed Sinokrot meninggal dunia akibat kecederaan di kepala ketika dia menyertai tunjuk perasaan di sini minggu lalu.
Bapa mangsa, Abdel-Majid berkata, anak lelakinya telah ditembak di kepala menggunakan peluru getah tetapi polis Rejim Zionis mendakwa bahawa Mohammed terjatuh dan kepalanya terhantuk selepas kakinya terkena satu objek yang dibaling ketika dia melarikan diri daripada polis.
Mayat mangsa dibawa ke Tel Aviv untuk bedah siasat.
Dalam satu lagi insiden, sejumlah penduduk Palestin menyerang sebuah stesen minyak di kejiranan Yahudi di sini.
Mereka merosakkan beberapa pam petrol dan cuba membakar kedai serbaneka di premis berkenaan.
Protes di sini tercetus pada Julai lalu selepas seorang remaja Palestin dibunuh dalam serangan balas dendam oleh tiga penduduk Yahudi yang kini dibicarakan.
Pembunuhan itu menyusul selepas kematian tiga belia Yahudi di wilayah Tebing Barat yang diduduki oleh Israel akibat dibunuh oleh militan Hamas. – Reuters
TOP
Angkat Sumpah MB: Saya Sendiri Tak Tahu – Iskandar
KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar A Samad berkata beliau sendiri tidak tahu kononnya beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor Jumaat ini seperti dilapor media.
Beliau juga menafikan kononya beliau dipanggil menghadap Sultan Selangor semalam.
“Saya tak tahu pun yang saya kononnya akan angkat sumpah Jumaat ini.
“Saya tak menghadap Tuanku Sultan hari ini seperti yang dilaporkan media. Esok pun tak ada dalam jadual. Lusa pun tidak,” katanya di Facebook semalam.
Sebelum ini beberapa portal melaporkan kononnya tiga exco Selangor dari PAS dipanggil menghadap Sultan berhubung isu perlantikan Menteri Besar yang baharu.
Dua lagi yang didakwa akan dipanggil menghadap adalah Exco Agama, Sallehen Mukhyi serta Exco Belia Dr Ahmad Yunus Hairi.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata untuk masa dua hari ini beliau mahu memberikan tumpuan kepada anak beliau yang sedang menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Tumpuan saya hari ini dan esok adalah anak saya yang akan menduduki UPSR esok.
“Isu-isu lain diketepikan dulu,” katanya. – Harakah Daily
TOP
Turkish Airlines Ganti Samsung Taja Chelsea
TURKISH Airlines dilapor akan menggantikan Samsung sebagai penaja pada jersi skuad Chelsea selepas kontrak syarikat elektronik itu tamat pada penghujung Liga Perdana Inggeris musim 2014-2015.
Syarikat penerbangan keempat terbesar di Eropah itu sebelum ini telah mengadakan perjanjian komersial dengan Lionel Messi dan Kobe Bryant untuk jenama mereka.
Stars: Europe's fourth biggest airliner made a memorable commercial deal with Lionel Messi and Kobe Bryant Selain itu, Turkish Airlines juga pernah menaja kelab gergasi seperti Barcelona dan Manchester United selain skuad kebangsaan Turki. Samsung sebagai syarikat elektronik yang sinonim dengan warna biru telah menaja Chelsea sejak tahun 2005 selepas Ketua Eksekutif kelab itu, Peter Kenyon berkata, "pasukan tersebut akan mewarnai dunia ini dengan warna biru."
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho (kiri) dan Peter Kenyon ketika majlis pengenalan tajaan jersi pasukan itu pada 2005. Chelsea kemudian memperbaharui kontrak tajaan itu sehingga tahun 2013, tetapi telah dikejutkan kadar publisiti yang lebih kecil daripada syarikat berkenaan. Perjanjian penajaan antara Turkish Airlines dengan Chelsea dianggarkan berjumlah £18 juta setahun. Pada penghujung tahun lalu, Chelsea bersetuju dengan kontrak tajaan jersi daripada Adidas bernilai £300 juta. Bagaimanapun jumlah itu menunjukkan Chelsea masih berada di belakang Manchester United dalam penjualan produk komersial dan penjenamaan. - mstar

Terbuka AS: Cilic Rangkul Gelaran Grand Slam Pertama Di New York
MARIN Cilic mengetepikan Kei Nishikori 6-3 6-3 6-3 pada aksi akhir Terbuka Amerika Syarikat di New York sekaligus meraih gelaran Grand Slam pertama pada kejohanan ini yang berlangsung awal pagi Selasa.
Pemain Croatia berusia 25 tahun itu menggunakan peluang sebaik-baiknya apabila meneruskan aksi bertenaga ke atas pemain Jepun yang kelihatan sedikit penat.
"Saya yakin ini adalah hasil daripada kerja keras beberapa tahun sebelum ini.
"Malah pasukan juga telah memberi sesuatu yang istimewa kepada saya tahun ini.
"Kamu tidak akan tahun apa yang akan berlaku ketika permainan dan sudah pasti perasaan gemuruh itu ada ketika set pertama.
"Semua yang saya impikan hadir pada hari ini," jelasnya selepas perlawanan.
Kemenangan ini lebih bermakna kepada Cilic selepas dia digantung setahun kerana gagal ujian penggunaan dadah tahun lalu.
Cilic menjadi pemain Croatia pertama yang memenangi gelaran grand slam sejak jurulatihnya Goran Ivanisevic mencatat kemenangan bersejarah di Wimbledon pada tahun 2001.
Kejohanan ini juga menyaksikan buat julung kalinya selepas Terbuka Austalia 2005, tiga nama terkemuka Novak Djokovic,Rafael Nadal dan Roger Federer gagal beraksi ke pentas akhir.
Sementara itu, Nishikori berkata, dia berdepan dengan permainan yang sukar.
"Saya memohon maaf kerana gagal menjulang trofi kemenangan, namun saya akan pastikan pada lain kejohanan.
"Bagaimana pun tempoh dua minggu ini merupakan pengalaman yang manis," jelasnya. - mstar
TOP
Pengalaman Peniaga Dengan Tun Razak Dan Najib
Chow menunjukkan kad pengenalan sebagai ahli Umno bersekutu yang masih disimpan sebagai kenangan.
PETALING JAYA: Kisah tentang sejarah dan pembangunan negara yang sering dipaparkan oleh The Star, telah mendorong seorang bekas peniaga pasar basah untuk berkongsi pengalaman ketika bersama bekas pemimpin Umno, termasuk perdana menteri terdahulu.
Chow Shui, juga dikenali sebagai Choo Ying Choy, mempunyai pengalaman secara peribadi dengan kebanyakan pemimpin terdahulu pada era Tunku Abdul Rahman. “Saya sangat rapat dengan Tun Ghafar Baba, Tun Ghazali Shafie dan Tan Sri Aishah Ghani,” kata Chow, 75, yang sebelum ini sering berulang-alik ke pasar basah Pudu di Kuala Lumpur atas urusan perniagaannya. Sebagai wakil tidak rasmi masyarakat Cina yang tinggal di bandar, Chow kerap menghadiri perhimpunan Umno dan Perikatan (kemudian dikenali sebagai Barisan Nasional). “Saya selalu diminta untuk mengaturkan pertemuan antara individu berpengaruh dan pemimpin masyarakat Cina dengan kepimpinan Barisan Nasional,” katanya. Chow juga amat rapat dengan Aishah, bekas Menteri Kebajikan Sosial dan ketua Wanita Umno yang meninggal dunia pada usia 90 tahun pada April tahun lalu, dan sering menggelar beliau sebagai ‘kakak’ (kak long). “Saya dijemput ke rumahnya setiap kali hari raya. Malah saya juga pernah membantu menguruskan beberapa perhimpunan Umno termasuk majlis yang dihadiri Tunku sendiri,” kata Chow sambil menunjukkan kad keahlian Umno miliknya bagi membuktikan dia sebagai ahli bersekutu seumur hidup.
Chow (empat dari kiri) ketika menghadiri majlis Umno ketika dipimpin oleh Tunku. Gambar ini turut menunjukkan Menteri Penerangan dan Penyiaran, Tan Sri Senu Abdul Rahman (kanan) sebagai tetamu kehormat disamping individu yang Chow gelar sebagai kakak iaitu Tan Sri Aishah Ghani (dua kanan). Selain itu, dia mempunyai koleksi gambar hitam putih yang dikumpul sejak beberapa puluh tahun lepas ketika bergaul dengan ahli politik dan masih menyimpan semua surat Umno dan Kerajaan Persekutuan dalam satu fail. Satu daripada koleksi menarik Chow adalah gambar Tun Razak Hussein yang diambil ketika perdana menteri kedua itu mengadakan lawatan bersejarah ke China pada 1974. Chow berbangga kerana dia diberi peluang menyerahkan semula gambar berusia 40 tahun itu kepada anak lelaki Tun Razak, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila perdana penteri mengadakan lawatan projek pembangunan semula skim perumahan awam 1Razak Mansion di Kuala Lumpur pada April lalu. Gambar itu diberikan kepada Chow oleh pemandu peribadi Tun Razak selepas beliau pulang dari China. Najib berusia 21 tahun ketika itu. “Saya amat rapat dengan pemandu Tun Razak dan kami sering keluar makan bersama apabila dia tidak bertugas. “Saya membesarkan saiz gambar itu sebelum meletakkannya dalam bingkai gambar. Kemudian saya menunggu kedatangan Najib untuk menyerahkan gambar berkenaan ketika beliau melawat projek 1Razak Mansion,” kata Chow sambil menambah, perdana menteri kemudiannya menyiarkan gambar terbabit dalam laman sosial Facebook milik beliau. “Saya mempunyai banyak kisah tentang ahli politik terdahulu untuk dikongsi, terutamanya pada zaman Razak kerana saya mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan mereka secara kerap,” kata bapa kepada empat orang anak itu. Bercerita tentang Aishah, Chow berkata, beliau merupakan ahli politik yang tegas dan membenci amalan politik yang berunsur hasutan. “Beliau juga membenci mereka yang sengaja menimbulkan syak wasangka bagi mencetuskan huru-hara,” tambahnya. - mstar

Permintaan Lemah Paksa Qantas Batal Penerbangan A380
MELBOURNE: Qantas membatalkan lima penerbangan balik superjumpo A380 dalam tempoh dua bulan akan datang antara Dubai dan London ekoran permintaan yang lemah.
Penumpang penerbangan yang dibatalkan itu akan menggunakan perkhidmatan A380 lain milik penerbangan Emirates, lapor akhbar The Age.
Qantas juga membatalkan tiga penerbangan balik antara Dubai dan London pada Mei lepas.
"Seperti syarikat penerbangan lain, Qantas menyesuaikan jadual untuk mencerminkan permintaan bermusim. Ini bermakna menambah penerbangan semasa waktu puncak dan mengurangkan semasa tempoh kurang pengguna," kata seorang jurucakap, yang memberi contoh peningkatan penerbangan antara Melbourne dan Amerika Syarikat baru-baru ini.
The Age berkata statistik terkini menunjukkan Qantas mengisi 84 peratus kerusi pada penerbangan A380 ke London melalui Dubai pada Jun, susut sedikit berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
Associated Press Australia melaporkan bahawa Qantas mula terbang ke Eropah melalui Dubai, dan bukannya melalui Singapura, pada Mac tahun lepas menerusi pakatan dengan Emirates.
Syarikat penerbangan itu baru-baru ini mendedahkan bahawa kerugian pracukai daripada bahagian antarabangsanya hampir setengah bilion dolar dalam tahun kewangan lepas. - mstar
TOP
Dua Lagi Jenazah MH17 Selamat Tiba Di Kuala Lumpur
SEPANG: Dua lagi jenazah mangsa insiden pesawat MH17 iaitu kakitangan Shell, Tambi Jiee dan Benjamin Lee Jian Han selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) lebih kurang 8.28 pagi Selasa.
Tambi Jiee,49, dan Lee yang berusia setahun dibawa pulang dari Amsterdam dengan menaiki pesawat MAS MH19.
Kaum keluarga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yassin dan beberapa lagi menteri kabinet turut hadir pada istiadat penerimaan kumpulan keempat jenazah tragedi MH17 ini.
Lee dibawa bersama oleh ibunya Ng Shi Ing yang merupakan pensyarah Universiti Malaysia Sabah dan saudaranya Ng Lye Ti,30, dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Amsterdam ketika insiden ini berlaku pada 17 Julai lalu.
Jenazah Shi Ing dan Lye Li sudah selamat dibawa pulang ke Malaysia sebelum ini.
Jenazah Tambi Jiee akan diterbangkan ke Kuching menggunakan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sementara mayat Benjamin Lee Jian Han akan dibawa ke Pusat Penjagaaan Xiao En Bereavement di Cheras.
Penerbangan MH17 dilaporkan ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.- mstar
TOP
Bayi Tiga Bulan Meninggal Dunia Di Pusat Asuhan
PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia ketika berada di sebuah pusat asuhan kanak-kanak swasta di Bandar Utama, Damansara di sini, Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira 2.00 petang.
"Menurut maklumat awal, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan berjaga pagi tadi kira-kira jam 9.30 sebelum dihantar ke pusat itu yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu.
"Difahamkan sejak kecil, bayi tersebut telah dihantar ke pusat itu yang diusahakan oleh seseorang yang berpengalaman lebih kurang 20 tahun," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pusat yang beroperasi pada hari bekerja jam 9.30 pagi hingga jam 7 malam itu mempunyai enam pengasuh kanak-kanak dan seramai 29 kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan pengasuh-pengasuh tersebut dibawa ke balai bagi membantu siasatan.
Bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian.- mstar
TOP
Bertafakur Mengingati MH370, MH17 Dan Sambutan Kemerdekaan
NEW DELHI: Rakyat Malaysia dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 di New Delhi, India di sini, berdoa dan bertafakur sejenak bagi memperingati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370.
Rakyat Malaysia juga mengenakan pakaian berwarna suram sebagai tanda hormat.
Menteri Hal Ehwal Luar India V.K Singh merasmikan majlis itu yang dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India Datuk Naimun Ashakli Mohammad.
Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan yang berada di sini sempena rangka lawatan rasmi.
Sebanyak 350 orang menghadiri majlis itu yang diadakan semalam. - mstar
TOP
Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran
IPOH: Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan enam buah rumah di Kampung Nelayan Bagan Cina, Kuala Gula, Kuala Kurau, kira-kira 110 kilometer dari sini awal pagi Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau Mohd Sharif Aziz berkata mangsa wanita, Ong Kuai Choon, 76, maut di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam rumah.
Beliau berkata pihaknya mendapat bantuan dari tiga balai bomba iaitu Kuala Kurau, Bagan Serai dan Parit Buntar selain empat pasukan bomba sukarela untuk memadam kebakaran di tempat kejadian.
"Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 4.25 pagi dan kebakaran dapat dikawal sepenuhya pada pukul 8.30 pagi," katanya ketika dihubungi di sini.
Mohd Sharif berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian DSP Mohd Radzuan Bachik berkata kebakaran itu dilaporkan berlaku pada pukul 3.40 pagi dan mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik oleh pasukan penyelamat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, katanya. - mstar
TOP
7 Kawasan Masih Alami Gangguan Air
KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh kawasan sekitar Gombak dan Kuala Lumpur masih mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan rendah akibat daripada pengurangan pengeluaran air terawat dari Logi Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSF3).
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan berkata pihaknya dimaklumkan oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bahawa pengurangan pengepaman air mentah ini ekoran berlakunya penurunan paras aliran air Sungai Selangor pada 6 Sept lepas.
Antara kawasan yang terjejas di Wilayah Gombak ialah Kampung Lembah Jaya, Lembah Jaya Selatan, Kampung Ampang Indah, Taman Mulia Jaya, Kampung Tasik Permai dan Taman Pinggiran Ukay manakala Taman Shamelin Perkasa di Kuala Lumpur.
SYABAS menyatakan pihaknya, Kerajaan Selangor dan semua operator yang terlibat sedang berusaha memastikan gangguan itu dapat diatasi dalam waktu terdekat.
"Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, SYABAS akan menghantar lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan," kata SYABAS.
Pengguna yang memerlukan maklumat tambahan boleh melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my, laman Facebook atau Twitter dengan menaip puspel atau puspel syabas .
Para pengguna juga boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPELaduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222. - mstar
TOP
Ibu Empat Anak Terkejut Dinding Rumah Dipenuhi Kesan Tembakan
KEPALA BATAS: Seorang ibu dan empat orang anaknya terkejut apabila mendapati pintu pagar dan dinding rumahnya dipenuhi kesan tembakan.
Pihak polis berkata, jiran mangsa yang berusia 48 tahun terdengar bunyi bising di luar rumahnya di Taman Seri Bertam pada pukul 3 pagi Isnin.
Apabila dia keluar dari rumahnya, dia melihat sebuah kereta meluncur laju meninggalkan kawasan itu.
Dia seterusnya menelefon jirannya (rumah mangsa), yang sedang tidur ketika kejadian tembak itu berlaku.
Suri rumah berusia 33 tahun itu bergegas keluar ke rumahnya dan terkejut melihat dinding depan dan pintu pagarnya berlubang, kesan tembakan.
Ketua Polis Daerah Sebarang Perai, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai lapan kesan tembakan di dinding dan pagar.Tambah beliau, wanita itu seterusnya menelefon suaminya,35, yang berada di Tikam Batu, kedah.
"Suaminya, seorang penternak ayam terus pulang dan membuat laporan polis," jelasnya.
ACP Abdul Rahman berkata, wanita dan empat anaknya itu yang berumur di antara setahun hingga 13 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. - mstar
TOP
Tidak Salah Ingkari Titah Sultan - Aziz Bari
KUALA LUMPUR: Mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis berpanjangan membabitkan perlantikan menteri besar yang baharu bukan perbuatan jenayah.
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, penderhakaan terhadap Sultan tidak menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut proses undang-undang.
"Derhaka bukan satu kesalahan. Tak seperti di Thailand kerana mereka ada satu akta, sesiapa yang dianggap kurang ajar ataupun biadap kepada raja boleh di hukum.
"Itu undang-undang mereka, tapi di Malaysia tidak ada. Jadi itu hak pihak yang berkenaan untuk menderhaka (menghukukm) sesiapa supaya menjadi 'katak' atau apa sahaja," katanya di sini.
Kenyataannya itu dilihat merujuk kepada perkembangan terbaharu politik di Selangor apabila Sultan Sharafuddin menzahirkan kedukaan baginda terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum terbuka bertajuk 'PAS Campur Umno: Ke Mana Halatuju?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Isnin malam.
Abdul Aziz menjawab kepada soalan penonton yang bertanya mengenai kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor mengikut Perlembagaan dalam melantik seorang menteri besar.
Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi, tidak wujud istilah 'kuasa mutlak' oleh seseorang raja atau sultan.
"No such thing as absolute power sebab kita mengamalkan demokrasi. Dalam demokrasi tidak ada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Saya fikir dalam Islam pun tak ada kuasa mutlak.
"Jadi dari mana kuasa mutlak ini (timbul)? Apa asasnya?" soalnya yang dilihat merujuk kepada kuasa budi bicara Sultan Selangor dalam perlantikan menteri besar.
Sebelum ini Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda supaya setiap parti Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon adalah benar mengikut Perlembagaan.
Menurut Mohamad Munir ia selaras dengan diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyebut Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.
Bagaimanapun Abdul Aziz ternyata tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor berhubung permintaan supaya mengemukakan lebih banyak nama calon berbanding hanya satu calon tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang dilakukan PKR dan DAP sebelum ini.
Katanya, pihak istana seharusnya tidak mencampuri urusan parti politik termasuk dalam perlantikan dan proses penggantian ketua eksekutif negeri mahupun Persekutuan.
"Di selangor sudah ada 30 orang Adun (menyokong Dr Wan Azizah) dengan SD (Akuan Bersumpah). Apa lagi (yang diperlukan)? Pertama kali dalam sejarah Malaysia orang menyatakan sokongan majoriti dengan SD.
"Bila tuanku mengeluarkan perintah mahukan nama lain, pada saya ini tidak ada...ini salah dari segi Perlembagaan. Yang mutlak hanya Allah. Manusia biasa tak kira sesiapa boleh buat salah, dan pada saya mintak nama (lain) setelah Dr Wan Azizah ada 30 majoriti itu salah.
"Sekarang di Selangor, (sultan) perlu mendengar parti (yang mempunyai) majoriti kerana (proses) menentukan kerajaan adalah kerja parti," katanya. - mstar
TOP
Kelayakan Euro 2016: Welbeck Jaring Dua Gol Kemenangan England
PASUKAN England menewaskan Switzerland 2-0 pada aksi Kelayakan Euro 2016 di Basel dan kedua-dua gol kemenangan itu dijaringkan oleh Danny Welbeck.
Welbeck yang baharu menyarung jersi Arsenal mencetak gol pertama antarabangsa selepas lebih setahun.
Bekas penyerang Manchester United ini merasakan dua jaringannya ini merupakan ganjaran kepada pasukan England selepas semua pemain mempamerkan disiplin tinggi kepada skuad bimbingan Roy Hodgson ini.
"Saya yakin kami mencipta banyak peluang dan corak permainan lebih baik pada saat akhir perlawanan."Selepas mendapatkan gol pertama, kami yakin permainan dibawah kawalan pasukan dan kamu sendiri boleh lihat komitmen semua pemain.
"Semua orang bermain dengan posisi masing-masing dan bekerjasama. Itu paling penting," jelas Welbeck.
Welbeck menjaringkan gol pada minit ke-58 dan pada masa tambahan sebelum permainan berakhir.
Senarai pemain:
SWITZERLAND: Sommer, Lichtsteiner, Von Bergen, Rodriguez, Djourou, Inler, Xhaka, Behrami, Shaqiri , Seferovic, Mehmedi . (pemain simpanan): Dzemaili , Drmic
ENGLAND: Hart, Stones, Cahill, Jones, Baines, Delph, Henderson, Wilshere, Sterling, Rooney, Welbeck. (simpanan) Jagielka, Milner, Lambert

Lee Byung Heon Mengaku Curang Terhadap Isteri
Lee Byung Heon membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isteri dan peminatnya.
PELAKON Lee Byung Heon secara terbuka mengakui berlaku curang terhadap isterinya, Lee Min Jung selepas dua wanita memeras ugut untuk mendedahkan perbuatan aktor tersebut kepada umum. Soompi melaporkan dua wanita tersebut yang juga penyanyi iaitu Dahee daripada kumpulan Glam dan Lee Ji Yeon mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan Byung Heon sekitar Jun lalu. Byung Heon yang selama ini mendiamkan diri daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu tampil membuat permohonan maaf dan mengakui semua yang berlaku adalah kesalahannya. Malah dia berasa kesal kerana menyakiti hati isterinya dan berharap wanita berkenaan dapat memaafkan atas segala kesilapan yang dilakukan. "Saya tidak dapat memutarkan waktu tetapi saya berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan dan akan melakukan apa sahaja dalam membahagiakan isteri saya," katanya.

Iskandar Samad Angkat Sumpah MB Selangor, Jumaat Ini?
Kuala Lumpur – Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu Jumaat ini.
Mengikut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka akan memberi perkenan untuk melantik Iskandar untuk menerajui kepimpinan negeri bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Saya difahamkan, tindakan PKR dan DAP yang engkar titah Sultan itu telah menyebabkan baginda kecewa dan murka.
“Atas alasan itu, Baginda dikatakan akan melantik salah seorang ADUN dari kalangan PAS bagi menggantikan Khalid dan antara nama yang disebut-sebut ialah YB Iskandar” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Sekiranya Sultan Selangor berpuas hati, pihak Istana dijangka akan mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan tarikh untuk angkat sumpah.
Iskandar Samad
Ketika ditanya mengenai undi tidak percaya yang akan mungkin diusulkan Ahli Dewan Undangan sekiranya Iskandar gagal mendapat sokongan majoriti, sumber itu mendakwa ia tidak berbangkit pada ketika ini. “Pada ketika perkembangan pentadbiran negeri hanya difokuskan untuk melantik Menteri Besar yang baharu dan perkara itu perlu dibangkitkan kerana berbagai kemungkinan boleh berlaku” katanya lagi. Sumber portal Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, tiga Exco PAS akan dipanggil menghadap Sultan Selangor mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir. Ia kemudianya diikuti dengan Sallehen yang merupakan ADUN Sabak pada keesokannya dan Ahmad Yunus (Sijangkang) pada Rabu, menurut sumber. Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu. Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS, Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS. Difahamkan, nama calon yang dihantar Hadi dalam surat keduanya adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan Iskandar. Sultan Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. “Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014. “Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor,” kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini. Munir berkata, Sultan Selangor akan meneliti senarai calon yang dikemukakan PAS, PKR, dan DAP dan mengambil kira segala aspek sebelum keputusan dibuat. “Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama Adun yang lain daripada Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya. Katanya, hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan 3 nama calon menteri besar Selangor. Manakala DAP dan PKR masing-masing mengemukakan hanya 1 nama saja, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Katanya, titah baginda supaya mengemukakan senarai lebih 2 calon adalah amalan bagi membolehkan baginda membuat pilihan dengan melihat bukan saja sokongan majoriti Adun malah daripada segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang Adun tersebut. “Ciri ini amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran negeri agar berjalan dengan baik dan lancar demi keharmonian rakyat negeri Selangor. “Sultan Selangor berkeyakinan terdapat ramai calon dalam parti Pakatan Rakyat yang mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi seperti disebutkan tadi bagi menerajui kerajaan negeri Selangor,” katanya. Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama ADUN lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu. Sultan Selangor pada 27 Ogos lalu menitahkan ketiga-tiga parti dalam PR mencadangkan lebih 2 nama sebagai calon menteri besar sebelum 3 September bagi memudahkannya membuat pilihan, namun DAP dan PKR bertegas mahu menghantar nama Dr Wan Azizah saja. PKR pada 3 September kemudiannya menerima surat amaran daripada istana yang mengingatkan mereka supaya menghantar lebih 2 nama selain Dr Wan Azizah. PKR dan DAP sebelum ini berkata mereka kekal dengan keputusan untuk menamakan hanya satu sahaja nama sebagai calon menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi dipersembahkan kepada Sultan Selangor. Menurut kenyataan media bersama itu, keputusan Sultan Selangor sejajar dengan konvensyen pelantikan menteri besar pada 2013 dan pada ketika itu, PR hanya menamakan satu nama sahaja. “…parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor,” ujar kenyataan itu. - Suara.tv

Penganjur Konsert Antarabangsa Layan Bunkface Seperti 'Sampah'
KUALA LUMPUR: Kumpulan Bunkface menolak tawaran untuk melakukan persembahan pembukaan konsert artis luar negara kerana sering kali menerima layan berat sebelah daripada pihak penganjur.
Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, pihak penganjur tidak menghormati dan menyediakan kemudahan yang sepatutnya diberikan kepada artis tempatan yang dipilih sebagai pembuka persembahan konsert artis luar negara.
"Kami sudah banyak kali terkena layanan macam sampah yang diberikan pihak penganjur untuk pembukaan konsert-konsert artis luar negara.
"Sudahlah tidak disediakan bilik menunggu, malah kami terpaksa berdiri menunggu di tepi pentas sehingga masa persembahan bermula, ada juga yang kami tidak sempat buat persembahan kerana mereka kata sudah tidak cukup masa dan balik tanpa sebarang bayaran pun," ujarnya kepada mStar Online.
Selain Sam, kumpulan Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan).
Sam berkata, perkara tersebut membuatkan mereka serik untuk menerima undangan nyanyian sebagai artis pada pembukaan sesebuah acara hiburan terutama bertaraf antarabangsa.
Jelasnya, penganjur konsert seharusnya memberi layanan yang sepatutnya kepada artis-artis tempatan dan bukan terlalu mengagung-agungkan artis luar.
"Bila saya bercakap tentang ini, orang nampak seperti saya seperti terlalu demand, namun saya hanya ingin artis-artis tempatan yang buat persembahan pembukaan diberi kemudahan yang baik.
"Dulu kami memang antara kumpulan yang seringkali dipanggil untuk buat persembahan setiap kali penganjuran konsert-konsert daripada artis luar. Bagi saya persembahan pembukaan sesuai untuk kumpulan baru dari segi promosi mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sam berkata, mereka bakal keluar dengan album ketiga berjudul Malam Ini Kita Punya dan akan dilancarkan pada 2 Oktober depan.
Tambahnya, album tersebut bakal menepis tanggapan peminat bahawa kumpulan Bunkface semakin suram.
"Kita akan lancar album ketiga bulan depan selepas dua tahun selepas album kedua dulu. Dalam album itu ada tujuh buah lagu baru termasuk Rentak Laguku.
"Album itu juga akan menjawab tanggapan pendengar dan peminat yang kata kami sudah suram, bagi saya kami sentiasa ada keluar single cuma tiada kerjasama dengan syarikat besar seperti TM dulu membuatkan orang kurang perasaan kewujudan produk kami di pasaran muzik," ujarnya. - mStar
TOP
5,000 anjing dibunuh di China
BEIJING 8 Sept - Pihak berkuasa China membunuh hampir 5,000 ekor anjing di sebuah bandar selepas lima orang awam maut menghidap penyakit anjing gila, kata agensi berita rasmi Xinhua semalam.
Bandar Baoshan di Yunnan dilaporkan telah membunuh 4,900 ekor anjing dan 100,000 yang lain di beri suntikan vaksin dalam kempen penyakit anti anjing gila di negara berkenaan, kata Xinhua.
Bandar ini mengeluarkan satu arahan segera yang mendesak pihak berkuasa untuk mengawal selia dengan ketat anjing dan membunuh anjing liar.- Agensi / Utusan
TOP
Hubungan Semakin Serius, Emma Watson Tinggal Bersama Kekasih
HUBUNGAN pelakon filem Harry Potter iaitu Emma Watson dan kekasihnya, Matthew Janney nampaknya semakin serius apabila pasangan itu tinggal bersama.
Daily Mail melaporkan Emma dilihat sibuk memindahkan barang-barang daripada apartmennya untuk dibawa masuk ke rumah baharu mereka yang terletak di pinggir kota London.
Keputusan pasangan itu untuk tinggal bersama agak mengejutkan kerana hubungan mereka baharu sahaja menjangkau usia sembilan bulan.
Mereka bertemu pada Disember tahun lalu ketika menghadiri pertandingan sukan ragbi yang disertai oleh Matthew di London dan kelibat pasangan itu dilihat mesra sebulan kemudian. - mStar
TOP
Mayat Dua Pekerja Asing Tertimbus Dalam Runtuhan Kuari Ditemui
Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh
KUANTAN, 8 Sept (Bernama) -- Mayat dua daripada tiga pekerja warga asing yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu di sebuah kuari dekat Felda Bukit Sagu di sini, ditemui Isnin malam. Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), mangsa pertama seorang warga Indonesia, Rudi Hartono, 30, ditemui pukul 7.00 malam manakala mangsa kedua seorang warga Myanmar, Tang Yang Siew, 25, ditemui pada 9.20 malam. Tinjauan Bernama mendapati sehingga pukul 11.00 malam, operasi mencari dan menyelamat mangsa ketiga seorang warga Indonesia, Cecep Rubiyanto, 22, masih dijalankan. Difahamkan, ketika kejadian pukul 5.00 petang tadi, dua pekerja berada di atas bukit pada ketinggian kira-kira 50 meter dan mereka dalam perjalanan turun selepas melakukan tugasan masing-masing. Bagaimanapun, seorang pekerja kuari yang enggan dikenali, berkata mereka berpatah balik dan naik semula ke atas bukit itu kerana tertinggal barang. "Secara tiba-tiba berlaku runtuhan menyebabkan mangsa tertimbus. Rudi, yang memandu jentera pengorek, berada di bawah bukit cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari jentera berkenaan namun gagal, dan dia turut tertimbus," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Mayat Rudi bagaimanapun berjaya dikeluarkan hampir dua jam kemudian. Operasi mencari dan menyelamat baki dua mangsa selepas itu mengalami kesukaran berikutan keadaan gelap. Usaha berterusan pasukan mencari dan menyelamat membuahkan hasil apabila mayat Tang berjaya ditemui dua jam setengah selepas mayat pertama ditemui. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pasukan penyelamat giat mencari mangsa ketiga dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. - BERNAMA

Himpunan Bantah Tindakan PKR Dan DAP Ingkar Titah Sultan Selangor
Sultan Selangor
KLANG, 8 Sept (Bernama) -- Kira-kira 100 orang berhimpun di sebelah Masjid Diraja Sultan Suleiman di sini hari ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap PKR dan DAP yang bersikap biadap terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Himpunan Rakyat Menjunjung Kasih Keatas D.Y.M.M Sultan Selangor itu, yang disertai anggota badan bukan kerajaan seperti Waris Malaya, Persatuan Penduduk Kampung Jawa dan Pertubuhan Belia 4B Kampung Raja bermula kira-kira 5 petang dan berakhir sejam kemudian. Mohd Khusyairi Abdul Aziz yang menyertai perhimpunan itu berkata tindakan PKR dan DAP jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan tidak menghormati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Mohd Khusyairi yang juga Pengerusi Kelab Sosial dan Energetik Selangor, berkata mereka menyokong penuh sebarang keputusan Sultan Selangor. Pada 27 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai. Namun, PKR dan DAP masing-masing telah mengemukakan satu nama yang sama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor. - BERNAMA

Malaysia Kalah Kali Pertama Pada Kejohanan Bawah 16 Tahun AFC 2014
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Skuad bola sepak Bawah 16 Tahun negara mengalami kekalahan pertama pada Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 Tahun AFC 2014 di Thailand.
Skuad Harimau Muda Bawah 16 tahun tumpas 0-1 kepada Korea Selatan pada perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium Muangthong di Bangkok, Isnin.
Lee Seungwoo muncul wira bagi juara dua kali itu selepas menjaringkan gol tunggal pada minit ke-15 perlawanan, yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan berbayar.
Kemenangan itu membolehkan Korea Selatan terus mendahului Kumpulan A dengan enam mata selepas dua perlawanan manakala Malaysia di bawah bimbingan S. Balachandran kekal di tangga kedua walaupun tewas.
Thailand, yang tewas 0-1 kepada Malaysia pada perlawanan pembukaan pada Sabtu, mencatatkan kemenangan pertama selepas menundukkan Oman 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.
Malaysia akan menamatkan jadual perlawanannya dalam Kumpulan A dengan menentang Oman di Stadium Rajamangaladi sini manakala Korea Selatan akan bertemu Thailand di Stadium Muangthong.
Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada Rabu.
Dua pasukan teratas dari setiap empat kumpulan akan mara ke suku akhir kejohanan.
Untuk rekod, Malaysia layak ke kejohanan itu sebanyak dua kali iaitu pada 2004 di Jepun dan 2008 di Uzbekistan, tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan. - BERNAMA
TOP
2,000 dipindahkan kerana Taufan Norbert
MEXICO CITY 8 Sep - Kira-kira 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan ekoran sebuah perkampungan nelayan di kawasan tersebut tenggelam akibat banjir apabila Taufan Norbert membadai pantai Mexico Pacific, semalam.
Ribut petir kategori tiga mengikut skala Saffir-Simpson yang dikeluarkan Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan Amerika itu membawa angin selaju 185 kilometer sejam.
Taufan berkenaan bergerak dari perairan barat di Baja, Semenanjung California dan dijangka lemah dalam tempoh 48 jam.
Salah satu kawasan yang teruk dilanda taufan dan banjir kilat ialah San Carlos, sebuah perkampungan nelayan yang menempatkan 7,000 penduduk.- AFP/Utusan
TOP
3 Ekor Anak Kucing Dalam Sangkar Jatuh Dari Tingkat 9
Sayu Hati.. Nasib yang menimpa 3 ekor anak kucing, dipercayai dilempar dari tingkat 9. Lagi sayu bila lihat ibu kucing sedang belek2 mayat anak2nya...
Berikut adalah status saksi kejadian, Qiemy Myra Aimy
“Kejammmmmm!!! Sampai2 kawasan parking rumah, tiba2 terperanjat dengar bunyi kuat jatuh dari atas. Nampak sangkar kucing berisi 3 ekor anak kucing pecah diatas jalanraya. Bila pandang atas, tiada siapa2 dikawasan tangga pangsapuri.
2 ekor terkuar dari lubang sangkar yg pecah mengeletek dan mati. Sekor lagi mengerang kesakitan dan mati selang beberapa minit kemudian.
Jiran yang mendukung anak terperanjat sebab sangkar kucing tu betul2 jatuh 5 meter dihadapannya. Anak2 jiran cari ibu kucing dan letak berhampiran anak kucing. (Lihat gambar)
Ajk penduduk kenal owner sangkar kucing, tinggal di tingkat 9. Apabila dihubungi, owner sangkar kucing masih berada di KL otw balik rumah dari tempat kerja.
Mungkinkah perbuatan khianat?. Masalahnya 'apa salah anak2 kucing ni sampai kena campak dari tingkat 9?'”
Tak tahu la ini perbuatan jahat manusia atau kecuaian dari pemilik kucing ini. Jika kejadian ini berlaku dari niat jahat manusia, ketahuilah yang semua kerja jahat ini dicatit oleh penjaga bahu kiri dan kanan, dan tunggulah balasan nanti. - SiakapKeli.com

Kaji Pelaksanaan Saguhati Tamat Perkhidmatan - Kerajaan
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menyarankan supaya formula terbaik dapat dikaji dan diperbincangkan bagi pemberian saguhati tamat perkhidmatan kepada tujuh agensi Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS) dapat dilaksanakan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, kerajaan menyerahkan kepada agensi atau badan berkenaan dalam menetapkan formula mekanisme itu.
"Kalau boleh majikan perlu memikirkan formula yang terbaik. Jangan sampai pula menjejaskan kedudukan majikan atau pertumbuhan organisasi kerana kita hendak melayan kehendak pekerja dan kesatuan.
"Saya yakin kesatuan juga mempunyai pemikiran yang wajar untuk mereka meminta tanpa mendesak sesuatu yang tidak mampu daripada majikan," katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Agung Dua Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkeso Ke-13 di sini, Isnin.
Turut hadir, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk K.Selvarajah; Presiden Kesatuan Kakitangan Perkeso, Tuan Azman Tuan Yaakob; Presiden Cuepacs, Azih Muda dan Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.
Perdana Menteri pada Mac tahun lalu mengumumkan empat berita gembira kepada lebih 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh Agensi BBDS seperti pemberian saguhati tamat perkhidmatan.
Tujuh badan berkanun terbabit ialah Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasiona (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ismail berkata, kerajaan begitu prihatin dalam memperkenalkan perkara itu kepada organisasi terbabit terutama majikan, kesatuan dan pekerja.
"Jadi, 'win-win situation' (situasi menang-menang) perlu ada. Kita akan bincangkannya untuk yang terbaik," katanya. - mstar
TOP
Keputusan Hadi Ikut Perlembagaan Parti - Azhar
Azhar Yahya.
PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan mempertahankan segala keputusan yang diputuskan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu jawatan menteri besar Selangor kerana ia sah di sisi perlembagaan parti. Ketuanya, Azhar Yahya berkata, selagi tidak melanggar syariat, meskipun terdapat khilaf, pandangan pemutus adalah di tangan kepimpinan. "Kemampuan ijtihad siyasi yang dimiliki presiden PAS memberikan keyakinan kepada ahli dan masyarakat," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin. Azhar berkata, Abdul Hadi mempunyai kuasa pemutus dalam membuat keputusan segera dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti. "Selari dengan kedudukan Majlis Syura Ulama PAS yang diberikan kuasa menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS yang telah bermesyuarat pada 7 September (Ahad) memutuskan bahawa presiden PAS mempunyai kuasa pemutus," katanya. Maka, beliau berkata, Dewan Ulama turut sebulat suara menyokong pendirian Majlis Syura Ulama PAS mengenai pendirian Abdul Hadi berhubung tindakannya menghantar senarai nama calon berasingan kepada Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (menteri besar Selangor). "Ini merupakan manifestasi daripada Fasal 26 (1) (a)," katanya. Justeru, beliau berkata, semua ahli PAS bertanggungjawab untuk taat dan setia kepada pimpinan tertinggi parti dalam memenuhi prinsip dan adab berorganisasi. "Saya berharap seluruh ahli PAS mempunyai kefahaman yang jelas tentang adab berjemaah yang telah diajarkan oleh para pimpinan terdahulu dan para ulama haraki," katanya. Terdahulu, Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan bahawa tindakan dan arahan Abdul Hadi berkaitan isu jawatan menteri besar Selangor adalah kuasa prerogatif presiden yang diperuntukkan mengikut Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS, Pindaan (2011). Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan sebulat suara itu mengenai perkara itu dicapai menerusi mesyuarat sayap PAS itu di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.- mstar

Insiden MH17, MH370 Mewajarkan Rakyat Miliki Kerangka Minda Global - Najib
Najib Tun Razak ketika menyampaikan amanatnya kepada penjawat awam sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Isnin. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua, kiri).
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat pengajaran yang dapat diambil daripada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17 yang terhempas di Ukraine, mewajarkan rakyat Malaysia untuk memiliki kerangka minda global tanpa menghakis asas jati diri. Beliau berkata apabila dua tragedi itu menimpa negara, ia memberi pengajaran bahawa dunia kini berada dalam situasi saling berhubungan dalam pelbagai arah dan saling bergantungan. Ini bererti sama ada anggota pentadbiran, pegawai kerajaan mahupun pelajar institusi pengajian perlu membangunkan satu sistem dan satu budaya yang boleh memupuk kerangka minda global untuk berjaya, katanya. "Kita hanya akan berjaya jika ada kerangka minda global. Semua ini, agensi-agensi, badan-badan kita lihat seperti Tabung Haji mesti ada kerangka minda global, begitu juga seperti Felda. "Kita semua mesti ada, untuk apa? Untuk mengangkat maruah martabat kita ke peringkat lebih tinggi," katanya. Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana pada Isnin Najib menegaskan meskipun memiliki kerangka minda global, ia tidak beerti tidak perlu berpegang kepada asas jati diri. "Kita sebagai orang Melayu tentu sekali agama Islam budaya kita, itu teras kita tetapi minda kita mesti berkemampuan bertindak dalam suasana yang lebih global," katanya. Najib berkata siapa dapat membayangkan bahawa konflik di satu sudut dunia yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia sama sekali boleh membawa kesan kepada negara kita. "Kita semua ada kena mengena, tak dapat elak...kalau harga getah jatuh, kerana apa, kerana ekonomi di China perlahan dari segi (pertumbuhan) ekonominya maka kesannya harga getah kita jatuh. "Kalau kita nak tolong mangsa (MH17), saya sendiri pun tak dapat bayangkan bila biasanya saya berunding dengan ketua kerajaan, belum pernah dalam sejarah saya berunding dengan ketua pemberontak tapi saya terpaksa lakukan demi kepentingan negara," katanya. Menyentuh pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai subjek lulus di peringkat pengajian tinggi, Najib berkata ini merupakan langkah ke arah mensiapsiagakan rakyat Malaysia supaya kita lebih kompetitif dan berdaya maju. "Dengan cara seperti ini insya-Allah, Malaysia akan lebih berjaya lagi,"katanya.- mstar

Krisis MB Selangor: 'Langkah Nik Nazmi Sumbang' - Pemuda PAS
Khairil Nizam Khirudin.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan pada Isnin menemplak Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendakwa kepimpinan perti itu yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat tuduhan melulu terhadap calon Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, sebagai pemimpin yang baru mengemudi barisan kepimpinan AMK, langkah yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dilihat 'sumbang'. "Beliau (Nik Nazmi) harus akur bahawa liabiliti politik yang berlaku pada hari ini di Selangor menimbulkan kegusaran di peringkat akar umbi. "Saya menjangkakan kita akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk memulihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Mengulas lanjut, Khairil Nizam memberitahu, krisis menteri besar Selangor bermula daripada 'Langkah Kajang' dan bukannya disebabkan oleh PAS sendiri. "Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Adun dan kemudiannya menteri besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional. "Jawatan menteri besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi menteri besar,” ujarnya. Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, dalam satu kenyataan pada Ahad menggesa Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang melabelkan Wan Azizah sebagai pemimpin yang tidak layak dan tidak berupaya mentadbir kerajaan Selangor. Beliau dipetik sebagai berkata, Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu sedangkan Dr Wan Azizah menerajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 1998 selain dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 2008 yang turut mendapat sokongan Hadi. Dia juga mahu Hadi menghormati keputusan yang dibuat pada mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Pimpinan Pakatan. Dalam ceramahnya di Terengganu baru-baru ini Hadi dilaporkan berkata, Wan Azizah tidak memenuhi kriteria untuk mengisi kekosongan jawatan menteri besar Selangor. Hadi yang turut mempersoalkan kepemimpinan Wan Azizah sambil berkata, beliau tidak ada keupayaan untuk berhujah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.- mstar

Krisis MB: Kem Ulama Tolak Azizah, JPP Bersendirian
PETALING JAYA: Jawatankuasa PAS Pusat bersendirian dalam menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu apabila Dewan Ulamak dan Majlis Syura menolak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang terbabit untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada Ahad, Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat selama lima jam dengan dipengerusikan oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu memutuskan untuk menolak jawatan menteri besar Selangor jika diberikan kepada parti itu.
Jawatankuasa itu telah bersetuju untuk kekal dengan keputusan yang dibuat pada 17 Ogos bahawa mereka hanya mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Pada 3 September lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor telah menghantar tiga nama calon menteri besar baharu termasuk seorang daripada parti itu kepada Istana Selangor.
Pemangku Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, mengikut fasal 26 (1) perlembagaan parti itu, presiden mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan muktamad.
"Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.
"Menjadi kewajipan ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m)," kata Majlis Syura Ulama.- mstar
TOP
BAT Malaysia Umum Kenaikan Harga Rokok RM1 Bermula Hari Ini
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan semua harga rokok keluarannya sebanyak RM1, berkuat kuasa pada Isnin.
Kenaikan sebanyak seringgit itu berdasarkan jenis rokok keluaran BAT Malaysia.
Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataannya berkata, seperti syarikat lain, BAT Malaysia berhadapan dengan tekanan inflasi dan kos pengeluaran menyebabkan kenaikan kos operasi dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, perdagangan rokok secara haram yang berterusan turut memberi kesan kepada jualan rokok yang sah.- mstar
TOP
Usung Tilam Protes Serangan Seksual
Emma mengusung tilam ke mana sahaja dia pergi sebagai tanda protes akibat dirogol tahun lalu.
Seorang siswi jurusan
seni visual membawa tilamnya ke mana saja di universiti tempat dia
belajar sebagai protes selepas dirogol sebaik diterima belajar tahun
lalu.
Emma Sulkowicz, 21, berkata, dia akan terus berbuat begitu sehingga perogolnya ditangkap dan disingkir dari universiti berkenaan.
Aksi membawa tilam itu adalah sebahagian daripada tesisnya yang berjudul 'Mattress Performance: Carry That Weight.
“Sepanjang tahun lalu masa saya diisi dengan bercerita kepada orang ramai mengenai pengalaman yang dialami di ruang paling peribadi saya,” katanya.
Emma berkata, dia diperkosa di asramanya pada malam kedua di Universiti Columbia tahun lalu.
“Sejak itu saya berasa seperti menanggung beban setiap masa akibat kejadian itu,” katanya.
Beberapa bulan selepas menjadi mangsa serangan seksual, Emma membuat aduan kepada pihak pentadbiran universiti, namun kes berkenaan ditutup kerana suspek dikatakan tidak bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.
Namun Emma bukanlah satu-satunya mangsa serangan lelaki terbabit.
Aduan Emma adalah satu daripada tiga laporan dibuat siswa berasingan terhadap penuntut lelaki tersebut.
Walaupun Emma merayu atas keputusan universiti, ia ditolak dan suspek dibebaskan.
Sejak itu Emma membawa tilam menggunakan label sama seperti dibekalkan syarikat pembekal kepada universiti berkenaan.
Tindakannya itu mendapat sokongan profesornya, Jon Kessler, yang berkata, protes seni itu adalah signifikan dan menjadi simbol yang memberi kesan besar.
Ia juga disokong kumpulan aktivis mahasiswa yang berasa tindakan Emma dapat meningkatkan kesedaran supaya pihak universiti lebih serius menangani isu serangan seksual di pusat pengajian berkenaan.
- mstar

Isu Falcao Tipu Umur, Man United Puas Hati
MANCHESTER United berpuas hati dengan pengakuan Radamel Falcao bahawa dia tidak menipu tentang umurnya iaitu 28 dan bukan 30 tahun seperti yang didakwa.
Laporan mengenai umur Falcao adalah 30 dan bukan 28 tahun menarik perhatian pihak pengurusan United kerana kelab itu telah mengikat kontrak jangka masa panjang dengan kos sebanyak £6 juta untuk tempoh pinjaman sebelum membuat pembelian penuh pada harga £52 juta hujung musim ini.
United juga dikatakan gembira dengan dokumen tarikh kelahiran yang telah dikemukan Falcao bagi membuktikan dia berusia 28 tahun.
Ketika kontrak melibatkan gaji sebanyak £280,000 seminggu diikat dan permit kerja dimohon, United telah menggunakan tarikh lahir yang tertera pada pasport bekas pemain Monaco itu yang bertarikh 10 Februari 1986.
Dakwaan itu timbul apabila Falcao didakwa telah mengubah umurnya bagi membolehkan dia bermain untuk saingan bawah 20 tahun Fifa pada 2005.
Selain itu, pada 2012, bekas sekolah Falcao pula dikatakan mendedahkan sijil kelahirannya bertarikh 1984.
Dakwaan itu menambah kebimbangan kepada United apabila keluarga Falcao dikatakan telah mendedahkan sijil kelahirannya kepada pihak media Colombia.- mstar
TOP
Jadual Pusingan Kelayakan Euro 2016
England
akan menentang Switzerland dalam perlawanan kelayakan Kejohanan
Negara-Negara Eropah pada awal pagi Selasa (waktu Malaysia).
BERIKUT adalah jadual perlawanan kelayakan untuk Kejohanan Negara-Negara Eropah yang akan berlangsung awal pagi Selasa dan Rabu;
KUMPULAN C
> LUXEMBOURG LWN BELARUS
> UKRAINE LWN SLOVAKIA
> SEPANYOL LWN MACEDONIA (Astro 816/834, 2.40 pagi Selasa)
KUMPULAN E
> ESTONIA LWN SLOVENIA
> SAN MARINO LWN LITHUANIA
> SWITZERLAND LWN ENGLAND (Astro 817, 2.40 pagi Selasa)
KUMPULAN G
> AUSTRIA LWN SWEDEN
> MONTENEGRO LWN MOLDOVA
> RUSIA LWN LIECHTENSTEIN (Astro 810/831, 11.55 mlm Isnin)
KUMPULAN A
> ICELAND LWN TURKI
> KAZAKHSTAN LWN LATVIA (Astro 810/831, 11.55 mlm Selasa)
> REPUBLIK CZECH LWN BELANDA (Astro 816/834, 2.40 pagi Rabu)
KUMPULAN B
> ANDORRA LWN WALES
> BOSNIA LWN CYPRUS
KUMPULAN H
> CROATIA LWN MALTA
> AZERBAIJAN LWN BULGARIA (Astro 817, 11.55 mlm Selasa)
> NORWAY LWN ITALI (Astro 817, 2.40 pagi Rabu)

Ebosse Meninggal Dunia Gara-Gara Dibaling Batu
Ebosse diusung keluar padang selepas terjatuh akibat dibaling batu oleh penonton.
ALGIERS: Seketul batu dibaling dari tempat duduk penonton menyebabkan penyerang Cameroon Alberts Ebosse terbunuh ketika perlawanan kelab JS Kabylie melawan USM Alger, jelas Menteri Sukan Algeria. "Ketulan batu itu dikenal pasti objek yang turut berada di luar stadium, dan ianya adalah cebisan batu besar yang dipecahkan," jelas Mohamed Tahmi sambil menambah ketulan batu itu ditemui di kawasan Stadium 1er Novembre yang ditutup. Menteri itu berkata, kerja-kerja pembinaan di kawasan stadium itu turut berlangsung ketika perlawanan dijalankan 23 Ogos lalu dan didapati banyak ketukan batu serta objek lain di kawasan tersebut. Keputusan autopsi pada 25 Ogos lalu mendedahkan pemain berusia 24 tahun itu yang menjadi penjaring terbanyak kelabnya musim lalu meninggal dunia kerana mengalami masalah serius di kepala berpunca darupada objek tajam. Ebosse diserang dengan batu selepas kelabnya tewas 2-1 kepada USM Alger. Penyokong-penyokong itu melempar batu kepada pemain ini ketika dalam perjalanan ke bilik persalinan. Dia disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital di Tizi Ouzou. Kematiannya itu menyebabkan penggantungan perlawanan liga di negara itu dan JS Kabylie tidak dibenarkan bermain di laman sendiri sehingga siasatan tamat.- mstar

Terbuka Amerika Syarikat: Serena Williams Rangkul Gelaran Grand Slam Ke-18
PEMAIN tenis wanita no.1 dunia, Serena Williams mengetepikan kawan baiknya, Caroline Wozniacki dari Denmark, 6-3 6-3 pada aksi final Terbuka Amaerika Syarikat, awal pagi Isnin.
Kejayaan ini sekaligus mencatat rekod terbaharu buat bintang Amerika Syarikat itu dengan mencatat gelaran Grand Slam yang ke-18.
Ia merupakan kemenangan straight set ketiga dan gelaran keenam kejohanan ini kepada pemain berusia 32 tahun ini, manakala jumlah catatan grand slam itu menyamai rekod Chris Evert dan MArtina Navratilova yang berada di kedudukan keempat keseluruhan.
Pada aksi tahun lalu, Williams gagal memasuki kelompok pusingan 16 pemain, namun bangkit mempamerkan aksi cemerlang tanpa sebarang kegagalan, menewaskan Wozniacki dalam tempoh 75 minit.
Walaupun tewas, Wozniacki yang diletakkan sebagai pemain pilihan kesepuluh turut mencapai prestasi terbaik dengan mara ke final buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.- mstar
TOP
Terbuka AS: Pasangan Kembar Tuan Rumah Catat Kemenangan Ke-100
Bob (kiri) dan Bryan mencium trofi juara Terbuka Amerika Syarikat, Isnin.
PASANGAN kembar Amerika Syarikat, Bob dan Mike Bryan menjadi pasangan beregu pertama yang mencatat kejayaan ke-100 bersama selepas mengetepikan pasangan dari Sepanyol,Marcel Granollers-Marc Lopez 6-3 6-4 pada final Terbuka Amerika Syarikat awal pagi Isnin. Pasangan no.1 dunia ini menjadi pilihan ke-11 hanya tewas satu set dalam perlawanan bagi mencatat trofi kelima kejohanan ini dan gelaran yang ke-16 grand slam bersama. Kejayaan pasangan kembar berusia 36 tahun itu juga merupakan gelaran pertama grand slam tahun ini dan kini mereka sekurang-kurang mencatat satu gelaran grand slam bersama dalam tempoh 10 tahun.- mstar

Johor Yakin Tarik Lebih Banyak FDI Dari Jepun
PASIR GUDANG: Johor yakin dapat menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun pada masa depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kestabilan politik, prasarana yang sesuai, persekitaran perniagaan yang kondusif dan selamat serta bahan mentah yang banyak dan kumpulan bakat yang dimiliki negeri pada masa ini.
Katanya pelaburan daripada pelabur Jepun di Johor adalah besar sejak beberapa tahun ini.
"Pada 2013, jumlah FDI yang diterima dari Jepun ialah RM528 juta (US$164 juta) atau 4.58 peratus daripada jumlah keseluruhan FDI, manakala RM454 juta atau 10.98 peratus daripada FDI diterima pada 2012," kata Mohamed Khaled.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Adeka Foods (Asia) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini, Isnin.
Turut hadir ialah Presiden Adeka Corporation, Akio Kohri dan Pengarah Eksekutif Kumpulan IOI Group, Datuk Lee Yeow Chor.
Mohamed Khaled berkata industri pertanian Johor adalah kukuh dan negeri ini kekal sebagai pengeluar makanan terpenting negara.
Johor memiliki ladang kelapa sawit terbesar dalam negara dan menjadi antara sebab Adeka Foods memilih negeri ini sebagai lokasi untuk menubuhkan kemudahan pengeluarannya di sini.
Adeka Foods, merupakan usaha sama antara makanan diproses Jepun dan perusahaan kimia Adeka Corporation dan konglomerat Malaysia IOI Corporation, memulakan pembinaan kilang seluas 35,000 meter persegi pada Ogos tahun lepas dan beroperasi pada awal bulan ini.
Selain itu, ia mengeluarkan marjerin, lelemak, minyak dan lemak untuk coklat, minyak dan lemak untuk menggoreng, krim putar, produk diperkaya susu, pai beku dan sos mayonis, yang kebanyakannya akan dieksport ke negara-negara Asia Tenggara. - mstar
TOP
Seed Gesa Usahawan Kaum India Terokai Industri Halal
KUALA LUMPUR: Sekretariat Khas Untuk Memperkasa Usahawan India (Seed) telah menggesa ahli perniagaan kaum itu untuk meneroka pasaran halal, terutama dalam lima segmen, iaitu makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, logistik dan perkhidmatan.
Pengarah Eksekutifnya, Dr A T Kumararajah berkata, Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi peserta halal utama, berikutan itu usahawan keturunan India perlu berusaha keras untuk menguasai sebahagian besar pasaran di samping ahli perniagaan Melayu dan China bagi menyokong agenda kerajaan.
"Kerajaan mahu perniagaan membantu agenda menukar Malaysia kepada hab halal. Kita sudah pun berada di depan dalam kewangan Islam, oleh itu marilah bersama-sama menerokai industri halal," katanya.
Kumararajah berkata, walaupun hanya empat perniagaan kaum India mendaftar dengan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (PPIH) daripada 800 syarikat, banyak usahawan India sudah menunjukkan minat dalam industri berkenaan selepas menyedari potensinya.
"Kesedaran mereka perlu dipertingkat yang pasaran halal bukan setakat membabitkan makanan. Ia merangkumi kosmetik, farmaseutikal, logistik dan perkhidmatan yang sudah banyak syarikat India membabitkan diri.
"Mereka boleh meneroka pasaran halal dengan menghasilkan produk siap untuk dieksport ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk," katanya.
Pengerusi Seed, Datuk Ragu Subramaniam berkata, Seed akan menganjurkan program kesedaran pasaran halal untuk kira-kira 500 usahawan India pada 20 September ini.
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memberi penerangan kepada mereka mengenai keperluan dan pensijilan halal.
SEED adalah unit yang ditubuhkan di bawah Program Transformasi Ekonomi Masyarakat India di Jabatan Perdana Menteri.- mstar
TOP
Penswastaan Delloyd Tunggu Maklum Balas Pemegang Saham
SHAH ALAM: Cadangan penswastaan Delloyd Ventures Bhd akan bergantung kepada maklum balas pemegang saham di mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat yang akan diadakan pada Disember.
Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Leon Tee Wee Leng berkata syarikat ketika ini melalui proses yang wajar, iaitu penasihat bebas dan penilai dilantik.
"Dokumen sedang disediakan, lebih banyak maklumat akan diberikan kepada pemegang saham dan kita tunggu pekeliling yang akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada mesyuarat agung tahunan kumpulan di sini, Isnin.
Beliau berkata maklumat lanjut berhubung penswastaan boleh didapati untuk pemegang saham dan mereka diberi tempoh 21 hari sebelum EGM diadakan.
"Ketika ini, jika pemegang saham mempunyai sebarang soalan berhubung isu itu, mereka boleh salurkannya kepada setiausaha syarikat," katanya.
Leon berkata jika penswastaan dapat dijayakan tanpa sebarang masalah, ia mungkin selesai menjelang Mac 2015.
"Pemegang saham utama menawarkan harga akhir RM5.20 sesaham, pada masa ini.
"Harga RM5.20 adalah munasabah dan ia terpulang kepada pemegang saham untuk membuat pertimbangan mengenainya. Jika terdapat sebarang masalah, adalah lebih baik mereka menyuarakannya di EGM," katanya.
Chung & Tee Ventures Sdn Bhd merupakan pemegang saham tunggal terbesar dalam Delloyd dengan 34.24 peratus kepentingan, dan bersama pihak yang bertindak dengannya secara kolektif memiliki 63.58 peratus dalam syarikat.
Leon berkata harga saham Delloyd tidak diniagakan pada paras ini sebelum ini dan disebabkan tawaran ini, ia diniagakan pada paras tertinggi.
"Jika perjanjian untuk menswastakan tidak berjaya, kami tidak tahu bagaimana prestasi harga saham tetapi pada penilaian semasa, ia pada paras tertinggi," kata Leon.
Delloyd Ventures Bhd merupakan pengeluar komponen automotif dan turut terlibat dalam tanaman kelapa sawit. - mstar
TOP
CEO SME Terima Anugerah Apec
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia Datuk Hafsah Hashim menerima anugerah pertama Anugerah Etika Perniagaan Lighthouse APEC, pada 2 Sept.
Beliau menerima anugerah itu pada Forum Etika Perniagaan APEC : Membangunkan Kapasiti Etika PKS, yang berlangsung di Nanjing, China, daripada Lynn Costa dari Jabatan Perdagangan US yang juga Pemantau Projek bagi inisiatif Etika Perniagaan bagi PKS APEC.
Anugerah itu diperkenal oleh Amerika Syarikat bagi memperakui individu atau organisasi yang telah membawa persekitaran perniagaan yang lebih beretika dalam APEC, demikian menurut kenyataan daripada SME Corp Malaysia.
Hafsah merupakan antara perintis yang memain peranan penting dalam memulakan kod tata laku dalam etika perniagaan.
"Usaha keras beliau dan hasratnya untuk menjalin hubungan strategik dengan pemegang kepentingan utama dalam industri, selain sebagai badan pembuat dasar dan penguatkuasaan dalam membangunkan kod bagi menyelaraskan amalan industri merentas ekonomi, merupakan sumbangan yang sangat bermakna dalam menyepadukan dan meningkatkan standard ekonomi," kata kenyataan itu.
Selain itu, beliau dilantik sebagai pengerusi bersama Kumpulan Kerja Pakar bagi Prinsip-prinsip Kod Etika Sukarela APEC dalam sektor peranti perubatan di Kuala Lumpur.
Ini menghasilkan rangka Prinsip-prinsip KL, pada April 2011, yang menekankan kepada tahap amalan beretika dalam memastikan keputusan membabitkan pilihan ke perubatan dibuat atas manfaat terbaik pesakit.- mstar
TOP
Krisis MB: "Saya Terguris" - Wan Azizah
Dr Wan Azizah mengakui terguris dengan kritikan dan tanggapan beliau tidak berkebolehan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor.
PETALING JAYA: Selepas dikritik dan dianggap tidak berkebolehan untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya tampil bersuara. Mengakui terguris dengan kenyataan terbuka Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara terang menolak pencalonannya ke jawatan ketua eksekutif Selangor itu, Dr Wan Azizah bagaimanapun menghormati pandangan terhadapnya. "Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat, walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi mengenai kebolehan dan kemampuan saya. "Walaubagaimanapun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri...insyaAllah," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. Jumaat lalu, kemelut politik yang berpanjangan membabitkan kedudukan menteri besar Selangor semakin parah apabila Abdul Hadi secara terbuka mempertikai kemampuan Dr Wan Azizah untuk mentadbir Selangor. Penjelasan Abdul Hadi menerusi sesi dialog di Marang, Terengganu itu sekaligus memberi jawapan mengapa PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah. Pendirian berkenaan akhirnya mewujudkan ketegangan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk kenyataan lantang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yang mahu Abdul Hadi menarik balik kenyataannya itu. Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang (ADUN) Kajang bagaimanapun menasihatkan ahli partinya supaya menghentikan 'serangan balas' terhadap Abdul Hadi. "Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga. "Saya mendoakan Datuk Seri Abdul Hadi dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan," katanya.- mstar

Krisis MB: PKR Hormat Sistem Beraja - Azmin
Azmin menegaskan PKR sentiasa mendudung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menjadi salah satu tunggak kerajaan.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan parti itu sentiasa mendukung sistem demokrasi dan prinsip raja berperlembagaan, demikian menurut Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali. Penegasan itu dibuat beberapa jam selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan baginda terhadap PKR dan DAP berhubung krisis menteri besar Selangor. "Saya ingin menegaskan dasar PKR yang mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan merupakan salah satu tunggak kerajaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. Awal Isnin, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap PKR dan DAP kerana mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar. Kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu dianggap mengingkari titah Sultan Selangor apabila hanya mempersembahkan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk dilantik ke jawatan eksekutif itu. Bebeza dengan PAS, sekutu Pakatan Rakyat itu disahkan mempersembahkan tiga nama kepada Sultan Sharafuddin seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu. Mengulas lanjut Azmin mengakui PKR berhadapan 'kesukaran' berhubung krisis berpanjangan membabitkan pertukaran menteri besar. "Saya akui kita sekarang sedang menghadapi sedikit kesukaran namun saya yakin berdasarkan pengalaman dan dengan semangat muafakat dalam parti dan Pakatan Rakyat, pimpinan PKR akan dapat mengatasi kesukaran sekarang. "Saya yakin kita akan keluar daripada kemelut sekarang dan kita perlu menggilap iltizam dan azam untuk maju ke hadapan dan membangunkan Selangor dan menjaga kepentingan rakyat jelata," katanya.- mstar

Suami Isteri Maut, Anak Perempuan Parah Kemalangan Di Merapoh
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan mereka cedera parah selepas kereta yang dinaiki tiga beranak itu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 59 Jalan Lipis-Merapoh di Kuala Lipis, Pahang awal pagi Isnin.
Dalam kemalangan pada pukul 1.45 pagi itu, pasangan suami isteri, Muhamad Zulfahmi Awang, 24 dan Siti Zulaikha Mohd Zaha, 21, maut di tempat kejadian manakala anak mereka, Nur Fatin Irdina, 2, cedera parah.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan, berkata, ketika kejadian tiga beranak itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Raub menaiki kereta jenis Hyundai Getz manakala bas ekspres terbabit dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Menurutnya, ketika melalui tempat kejadian, kedua-dua kenderaan telah bertembung dan menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian depan. "Berikutan itu, Muhamad Zulfahmi yang memandu kereta tersebut dan isterinya Siti Zulaikha yang berada di tempat duduk penumpang depan meninggal dunia akibat tersepit. "Anak mereka pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya pada Isnin. Tambahnya, siasatan awal mendapati, keadaan lokasi kemalangan gelap manakala laluan berselekoh. "Mangsa, Muhamad Zulfahmi yang berkerja sebagai penjual ikan dan isteri berasal dari kampung sama iaitu Kampung Anak Ikan Dalam, Jerteh. "Kita masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kemalangan ini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.- mstar

"Tuntutan Setengah Bilion Tidak Munasabah Dan Untuk Menghukum Saya..."- Mahmud Abu Bekir
Mahmud memberitahu mahkamah bekas isterinya telah dipergunakan oleh pihak tertentu sehingga membuat tuntutan tidak munasabah iaitu sebanyak RM521 juta terhadapnya.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid telah dipergunakan oleh pihak tertentu sehingga membuat tuntutan tidak munasabah iaitu sebanyak RM521 juta terhadapnya. Mahmud mendedahkan Shahnaz yang juga plaintif dalam kes berkenaan percaya beliau mempunyai nilai harta yang banyak untuk membayar tuntutan yang dibuat wanita berkenaan. "Saya yakin dia mendapat nasihat yang salah daripada pihak-pihak tertentu selain saya difitnah mempunyai harta yang banyak sehingga membuatkan dia percaya saya mampu membayar tuntutan tersebut. "Ternyata dia telah ditipu kerana apa yang cuba dibuktikan tidak wujud," katanya lagi. Mahmud berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan tuntutan harta sepencarian bernilai RM300 juta yang difailkan Shahnaz, 51. Selain mutaah dan harta sepencarian, Shahnaz turut memfailkan nafkah terhadap anak lelaki tunggal mereka yang kini berusia 20 tahun sebanyak RM121 juta. Kes berkenaan didengar dihadapan Hakim Syarie, Abdul Karim Wahab dan Mahmud selaku defendan diwakili oleh peguam syarie, Saadiah Din. Dalam pada itu, Mahmud memberitahu tuntutan tidak munasabah itu dibuat bekas isterinya kerana perasaan marah ekoran beliau menceraikan wanita berkenaan pada Mei 2011.
Shahnaz membuat tuntutan sebanyak RM521 juta terhadap bekas suaminya.
"Sepanjang 12 tahun kami tinggal berasingan dia sentiasa mengelak apabila saya mengutarakan soal perceraian dan dia jadi marah apabila perkara itu berlaku. Tuntutan yang dibuat itu seolah-olah ingin menghukum saya," katanya. Tambah Mahmud yang juga anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, dia menceraikan Shahnaz hanya selepas 12 tahun tinggal berasingan kerana berasa kasihan terhadap wanita tersebut. Sementara itu, Mahmud turut mempertikaikan tindakan Shahnaz yang mengambil gambar kereta, tapak tanah dan rumah miliknya yang sedang dibina di Bukit Tunku di sini tanpa kebenarannya untuk dijadikan bukti kepada mahkamah. Jelas Mahmud, tindakan tersebut nyata telah melanggar hak peribadinya dan Shahnaz sepatutnya meminta kebenaran terlebih dahulu. Mahmud dan Shahnaz yang juga kakak kepada penyanyi popular Datuk Sheila Majid berkahwin pada Januari 1992.- mstar

"Susah Nak Cari Kawan Wanita" -Fahrin Ahmad
Fahrin akui tindakan menegur mana-mana wanita sering disalah anggap.
PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad mengakui agak sukar memegang status solo diusianya itu untuk mendekati wanita biarpun dengan niat hanya sekadar berkawan sahaja. Fahrin, 35, berkata, setiap kali tindakannya bertegur sapa terutama dengan rakan artis wanita seringkali disalah tafsirkan oleh pelbagai pihak. "Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti kerana pasti akan ada sahaja yang jadi bahan cerita. "Bagaimanapun, saya terpaksa juga terima kerana ia adalah lumrah yang perlu ditanggung sebagai seorang artis yang mana peminat sentiasa ingin tahu,' ujarnya kepada mStar Online di sini, Isnin. Fahrin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip terbaharunya yang dikatakan sedang intim dengan pendatang baharu aktres Zara Zya di laman sosial Instagram baru-baru ini.
Zara Zya dikatakan intim dengan Fahrin Ahmad di laman sosial Instagram.
Mengulas lanjut tentang gosip itu, Fahrin berkata dia tidak mengenali Zara Zya secara peribadi, malah tidak pernah terserempak dengan pelakon wanita itu di mana-mana acara hiburan yang dihadiri. "Tiada apa yang ingin dikomen kerana saya hanya mengenali Zara Zya sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam industri melalui drama-dramanya. "Secara peribadi kami tidak pernah berjumpa atau terserempak di mana-mana acara hiburan, malah saya tidak mempunyai nombor telefon dia pun untuk berhubung," ujarnya. Tambah Fahrin, komen yang ditulis dilaman Instagram milik aktres tersebut hanya bersifat umum diantara dua personaliti hiburan. "Hanya beberapa komen di Instagram yang bersifat umum kami sudah dikira mempunyai hubungan mesra. "Saya akui mungkin kerana ramai peminat kami yang suka berseloroh dan menyakat," ujarnya. Dalam perkembangan kerjaya, drama bersiri terbaharu lakonannya berjudul Maafkan Jika Aku Tak Sempurna disiarkan di slot Akasia pada pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis.- mstar

Liza Abdullah Sangkal Laporan Bakal Kahwini Jurukamera
Liza memberitahu dia sendiri tidak tahu menahu tentang berita dia bakal berkahwin dengan seorang jurukamera pada penghujung tahun ini.
PETALING JAYA: Pelakon terkenal Liza Abdullah menyangkal laporan sebuah akhbar mingguan kononnya dia bakal berkahwin dengan seorang jurukamera pada Disember depan. Liza, 50, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan berkenaan selepas membaca laporan itu dan menegaskan dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai dengan bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman pada Februari lalu. "Pertama sekali kenyataan dalam akhbar berkenaan bukan datang dari mulut saya dan saya sendiri tidak mengetahui tentang perancangan akan berkahwin pada Disember ini. "Berita berkenaan sama sekali tidak benar dan ia amat mengejutkan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. Menerusi laporan berkenaan, sumber yang dikatakan sebagai rakan rapat dramatis tersebut mendedahkan jurukamera tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memperisterikan Liza namun pelakon itu tidak segera memberi jawapan kerana baharu sahaja bercerai. Bagaimanapun selepas melihat kesungguhan lelaki itu akhirnya hati Liza terbuka untuk menerimanya dan pasangan berkenaan dikatakan sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahan mereka namun tidak merancang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran. Dalam pada itu, Liza berkata, dia terkilan dengan individu mendakwa sebagai teman rapatnya kerana sanggup mereka-reka cerita yang disifatkan tidak berasas tentang dirinya.
Liza terkilan ada pihak cuba menabur fitnah terhadap dirinya.
"Sekiranya benar sekali pun itu hak untuk bercakap mengenainya mestilah datang daripada mulut saya sendiri dan bukannya orang lain. "Saya terkilan kerana 'kawan rapat' tidak akan buat begitu kepada saya malah saya tidak rasa orang yang mengesahkan perkara itu adalah kawan baik saya," jelasnya. Sementara itu, Liza berkata, ekoran laporan berkenaan anak-anak, keluarga dan bekas iparnya menelefonnya bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut. Jelasnya lagi, gosip seperti itu mampu memberi kesan buruk kepadanya terutama jika ada yang tidak membaca isi keseluruhan laporan itu. "Gosip seperti itu sudah tentu menganggu gugat kerjaya saya kerana sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang seni belum pernah lagi saya terpalit dengan cerita-cerita gosip seperti itu. "Orang lain yang tidak baca secara keseluruhan berita tersebut mungkin akan salah faham tambahan pula dengan usia saya sekarang macam-macam orang boleh kata," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Liza berkata, selain sibuk dengan aktiviti penggambaran dia kini berada di Lenggong, Perak bagi menghadiri program bersama Perbadanan Kemajuan Filem Negara Nasional (Finas) dalam menyampaikan maklumat mengenai peranan perbadanan tersebut dikalangan masyarakat menerusi aktiviti menarik.- mstar

Angelina Derma Wang Penjualan Foto Perkahwinan
Angelina dan Brad berkahwin secara rahsia di kediaman mereka di Perancis.
PASANGAN pengantin baharu Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan akan menyumbangkan wang hasil jualan foto perkahwinan mereka kepada dua majalah terkenal kepada badan kebajikan. Daily Mail melaporkan pasangan yang lebih dikenali dengan nama Brangelina itu dilaporkan menerima bayaran sebanyak USD5 juta (RM15 juta) hasil penjualan foto kepada dua majalah tersebut. "Mereka berdua perkahwinan itu bukan sahaja dapat menggembirakan mereka tetapi pada masa sama dapat membantu badan amal dengan menjual hak penyiaran foto perkahwinan mereka," kata sumber pasangan tersebut. Brangelina memang terkenal dengan aktiviti kebajikan yang dilakukan di seluruh dunia dan menurut sumber itu lagi keputusan yang dibuat mereka bukan satu kejutan. Pasangan berkenaan berkahwin secara rahsia di kediaman mewah mereka di Perancis dan hanya dihadiri oleh enam anak mereka dan keluarga terdekat. Angelina tampil dengan gaun pengantin istimewa yang mana turut mengabadikan karya lukisan anak-anaknya.- mstar

MH17: Dua Lagi Mayat Tiba Pada Selasa
KUALA LUMPUR: Dua lagi mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada Julai akan tiba di tanah air esok.
Mayat Tambi Jiee dan Benjamin Lee Jian Han akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pukul 8.30 pagi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mayat mereka akan diberi penghormatan penuh ketenteraan, sambil menambah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir pada istiadat itu.
"Mayat Tambi Jiee kemudian akan diterbangkan ke Kuching menggunakan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sementara mayat Benjamin Lee Jian Han akan dibawa ke Pusat Penjagaaan Xiao En Bereavement di Cheras," kata beliau dalam kenyataan di sini, Isnin.
Beliau berkata, dengan ketibaan mayat kedua-dua rakyat Malaysia itu, sejumlah 35 mangsa MH17 dibawa pulang ke Malaysia termasuk seorang penumpang dengan dua kerakyatan (Loh Yan Hwa) dan dua warga Belanda (Paul Goes dan Fan Shun Po).
Katanya, setakat ini, sejumlah 199 penumpang MH17 telah dikenal pasti dengan 99 mangsa masih dalam proses pengecaman identiti.
Liow berkata, daripada 43 warga Malaysia yang menaiki Penerbangan MH17, mayat 34 orang terdiri daripada 20 penumpang dan 14 anak kapal sudah dikenal pasti sementara sembilan lagi masih dalam proses pengecaman.
"Dalam waktu yang sukar ini, saya menyeru semua rakyat Malaysia supaya menghormati privasi keluarga dan waris penumpang MH17. Ketika mereka menyemadikan orang tersayang mereka, kami berdoa semoga mereka diberi keberanian dan kekuatan untuk menghadapi kehilangan tragik ini," katanya.
Beliau berkata, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa terutama kerajaan Netherlands, untuk memastikan baki mangsa MH17 akan bersatu dengan keluarga mereka tidak lama lagi.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di wilayah yang bergolak itu.
Selain warga Malaysia, rakyat dari Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu.- mstar
TOP
MH17: Hishammuddin Ke Kiev, Najib Harap Buahkan Hasil
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap lawatan kerja Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Kiev, Ukraine untuk meneruskan misi siasatan di tapak nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, akan membawa hasil yang baik.
"Hope for a good outcome (mengharapkan hasil yang baik)," kata Najib dalam ulasan di laman Twitternya yang dipautkan dengan catatan Twitter milik Hishammuddin pada Isnin.
Catatan Hishammuddin itu berbunyi: "Getting ready to leave 4 Kiev (Bersiap sedia untuk berlepas ke Kiev). Doakan semua selamat berjalan lancar di sana. Akan maklum perkembangan melalui Twitter #MH17".
Hishammuddin berlepas ke Kiev malam tadi bagi memastikan keselamatan pasukan penyiasat Malaysia terjamin ketika memasuki kawasan nahas pesawat itu di timur Ukraine.
Sebanyak 30 anggota petugas khas Polis Diraja Malaysia termasuk pegawai dan anggota dari cawangan Komando Vat 69, Forensik, Cawangan Foto, Persenjataan dan Unit Simpanan Persekutuan berlepas ke Ukraine bersama Hishammuddin.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak jatuh di wilayah Donetsk pada 17 Julai lepas.
Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadanya dibawa pulang ke tanah air.- mstar
TOP
Mahasiswa UM Boikot Kelas, Sokong Azmi Sharom
KUALA LUMPUR: Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengumumkan hasrat untuk tidak menghadiri kelas pada Rabu ini bagi menyertai perhimpunan aman menyokong penyarah undang-undang, Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan.
Kumpulan yang dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) turut menggesa semua mahasiswa universiti itu supaya menghadiri perhimpunan dan perarakan aman itu sebagai tanda prostes.
Ketuanya, Fahmi Zainol, 23, berkata, penglibatan mahasiswa perlu bagi menghantar mesej yang kuat bahawa mereka menentang sebarang ketidakadilan terhadap kebebasan akademik.
"Kami akan berkumpul di pada tengah hari di kawasan lapang di bawah matahari panas dan meminta anda untuk mengorbankan keselesaan anda untuk Azmi, " katanya pada sidang akhbar di hadapan Dewan Tunku Canselor Tunku pada Isnin.
Perhimpunan itu dianjurkan bersama dengan Kesatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) Rabu ini pada pukul 1 tengah hari hingga 4.30 petang dan diikuti dengan siri ceramah ringkas oleh beberapa ahli akademik.
Pada 2 September lalu, Azmi mengaku tidak bersalah selepas didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung komen di sebuah portal berita mengenai krisis Perak pada 2009.
Azmi, yang juga kolumnis The Star, didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Bagaimanapun dia dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 manakala mahkamah menetapkan perbicaraan pada 3 Oktober depan.- mstar
TOP
Kritik Presiden PAS, Nik Nazmi Membisu
SUBANG JAYA: Meskipun diasak wartawan dengan soalan berhubung pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kemelut menteri besar Selangor, Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad tetap 'membisu' tanpa sebarang komen.
Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia berkata, krisis politik di negeri itu harus diselesaikan menerusi permuafakatan bersama antara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Kita dah dapat mandat lebih dua pertiga dan berjanji kepada rakyat ketika bersama-sama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, jika tak dapat ditunaikan pasti mengecewakan rakyat," katanya pada sidang media bersama Pemuda Pakatan Rakyat di sini, Isnin.
Ketika ditanya adakah kemelut yang berlaku di Selangor berpunca daripada 'Langkah Kajang', Nik Nazmi berkata, isu tersebut tidak timbul.
"Bagi saya tak ada isu di sini. Sejak perbincangan di peringkat Pemuda Pakatan Rakyat, kita jelas ingin terus bergerak ke hadapan mengenai apa yang telah diputuskan," katanya.
Menurut beliau, adalah lebih baik untuk pemimpin parti berfikiran ke hadapan mengenai isu ini dan bukannya membangkitkan isu lama.
Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor turut enggan mengulas lanjut mengenai titah Sultan Selangor yang murka mengenai tindakan PKR dan DAP hanya mengemukakan seorang sahaja calon untuk jawatan menteri besar Selangor.- mstar
TOP
PRK Pengkalan Kubor: PAS, PKR Berbincang Tentukan Calon
SUBANG JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mengakui wujud perbincangan antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan berhubung calon yang akan dinamakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
"Saya dimaklumkan ada perbincangan. Apa jua pandangan akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Bliau berkata, nama calon yang akan dipertaruhkan oleh Pakatan Rakyat di kerusi DUN Pengkalan Kubor akan diselesaikan sebelum 11 September ini.
"Ia akan diselesaikan dalam minggu ini... sebelum 11 September ini," katanya.
Jelas beliau, Pemuda PAS akan menyokong sesiapa sahaja calon yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
"Setelah diputuskan siapa saja calon, kita dah janji sepakat berkempen untuk bantu calon itu," katanya.
Ketika ditanya sama ada Pemuda PAS mencalonkan individu daripada dikalangan mereka, Suhaizan mengesahkan bahawa tiada cadangan dibuat oleh pihaknya.
"Tidak ada. Kita serah kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk putuskan calon terbaik," katanya.- mstar
TOP
Cadang Sambut Merdeka Tanpa Sebut Ulang Tahun
KUCHING: Hari Kemerdekaan berkemungkinan disambut tanpa menyatakan bilangan ulang tahunnya mulai tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, di sini pada Isnin.
Katanya, cadangan ini telah dibawa kepada Kabinet baru-baru ini dengan tujuan mengelakkan rakyat di negeri-negeri Sabah dan Sarawak daripada merasa tersisih sekiranya bilangan ulang tahun dinyatakan.
"Misalnya (sambutan Hari Kemerdekaan) tahun yang ke-57, orang Sarawak akan kata (sambutan) itu tidak ada kena mengena dengan kami. Kami merdeka bersama dengan Malaysia pada tahun 1963 (dan sambutan) itu tidak relevan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selepas kedua-duanya mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.
"Kita akan mencadangkan supaya sebutan (sambutan) Hari merdeka itu hanya (dengan) kita menyebut Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Itu sahaja," katanya.
Ahmad Shabery berkata beliau telah menyatakan cadangan itu kepada Adenan semasa kunjungan hormat itu dan telah meminta supaya maklum balas daripada rakyat Sarawak dapat diperolehi.
Beliau berkata cadangan itu melihat pada kaedah sambutan hari kemerdekaan Amerika Syarikat yang hanya disebut sebagai "the 4th of July Celebration" meskipun dari segi sejarah, negeri-negeri di bawah naungannya mencapai kemerdekaan pada tarikh-tarikh yang berbeza.
Menurutnya setakat ini beliau telah memperolehi maklum balas positif daripada kerajaan negeri Sarawak serta beberapa pemimpin tempatan dan berharap mendapat reaksi yang sama dari pemimpin dan rakyat di Sabah.
Pada masa yang sama, sambutan Hari Malaysia setiap 16 September mungkin akan diteruskan memandangkan ia mempunyai signifikannya yang tersendiri.
"Saya tidak mahu bila ada sambutan secara besar-besaran Hari Kemerdekaan yang selalu diadakan di Kuala Lumpur, ia selalu bersifat (seolah-olah) untuk meminggirkan tentang sejarah Sabah dan Sarawak kerana kita mengulangi (sebutan ulang tahun) yang ke berapa," katanya. - mstar
TOP
MH17: Keluarga Reda Hanya Jenazah Tambi Tiba Esok
Tambi dan isterinya, Ariza yang terkorban dalam nahas MH17 di Ukraine.
KUCHING: Biarpun bersedih hanya jenazah Tambi Jiee akan dibawa pulang esok, anggota keluarga pasangan Tambi dan Ariza Ghazalee tetap bersyukur serta reda sambil berdoa semoga tiga lagi jenazah anak pasangan tersebut dapat segera dikenal pasti. Allahyarham Tambi, 49, bersama isterinya Ariza dan semua anak mereka - Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, - terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada 17 Julai lepas. Pada 22 Ogos lalu, jenazah dua beranak, Ariza dan Muhammad Afif, disolatkan di Masjid Jamek, Petrajaya sebelum disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang. Mazalina, kakak kepada Ariza, berkata mereka sudah bersedia untuk menerima jenazah Tambi sambil tidak putus-putus berdoa semoga tiga lagi anak pasangan itu segera dikenal pasti. "Kita jemput semua umat Islam untuk hadir sama-sama mengerjakan solat jenazah yang akan diadakan sebelum solat Zohor di Masjid Jamek, Petra Jaya sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Semariang untuk dikebumikan," katanya. Mazalina berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum beliau bersama suaminya, Irwan Zulkarnain Hasbi berlepas ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat MH2521 jam 2.35 petang ini sebagai wakil keluarga Ariza. Menurutnya dua lagi wakil anggota keluarga Tambi akan ke Kuala Lumpur pukul 4 petang ini untuk turut sama-sama menghadiri istiadat penghormatan di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL esok. Jenazah kemudian akan dibawa ke Kuching dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan tiba di Pangkalan Udara Kuching pada 11.15 pagi, katanya. Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine selepas ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab.- mstar

Teguran Buat Tetamu Yang Suka Merungut Sewaktu Kenduri
Kita biasanya sering kali menuding jari dan berasa marah terhadap orang lain apabila apa yang terjadi bukan menepati keinginan ataupun harapan kita tanpa terdetik di hati yang itu semua ketentuan Ilahi dan bukan rezeki kita.
Menariknya di sini terdapat satu kisah & pesanan dari seorang saudara bernama Abd Ghani Haron melalui facebooknya berkenaan sikap kita. Situasi yang beliau ceritakan adalah ketika di majlis kenduri kahwin.
Kisah dan pesanan beliau berbunyi:
“Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja, seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dengan saya. ”Tak makan ka?” Dia menegur.”Tidak,saya masih kenyang”. Balas saya. ”Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja..” Dia merungut.
“Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dapat makan,maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama” Dia terdiam, merah padam mukanya.
“Saya nak mengajak semua pembaca kepada hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yang tersedia itu rezeki kita, sedap atau tidak, berkenan atau tidak, tinggal kuah dan nasi sahaja ke, itulah rezeki kita. Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut, kita sebenarnya merungut takdir tuhan. Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga, apa yg ada itulah rezeki kita. Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) denga sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak. Jika tiada rezeki,lauk dimasak jadi hangit, periok terbalik, ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.
“Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan.Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri.Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada.Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dengan rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. Sabda nabi yg bermaksud janganlah mengeji makanan, makan apa yg kita suka, tinggalkan yg tidak suka. Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita. Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita, tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.”
Itulah dia pesanan yang amat mendalam serta bermakna bagi kita yang sukar untuk bersyukur. ─ SiakapKeli.com

4 Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia Dipinda Ke 3 Oktober
KUALA LUMPUR – Empat perlawanan bola sepak suku akhir Piala Malaysia 2014 yang dijadual berlangsung pada 4 Okt, dipinda 3 Okt berikutan tarikh Hari Raya Aidiladha dijangka jatuh pada 5 Okt.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman sesawangnya; www.fam.org.my memaklumkan, pindaan itu diputuskan selepas mengambil kira tarikh Hari Raya Aidiladha.
Empat perlawanan yang diadakan pada 3 Okt ialah Selangor menentang Felda United FC di Stadium Shah Alam dan Kelantan menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.
Dua lagi perlawanan membabitkan pertemuan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan Pahang menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Sepak mula empat perlawanan itu kekal pada 8.45 malam.
FAM turut memaklumkan aksi suku akhir kedua kekal berlangsung pada 17 dan 18 Okt.
Aksi timbal balik pada 17 Okt membabitkan pertemuan Felda United FC menentang Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Pertemuan Pahang dengan PDRM di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi serta JDT dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin akan berlangsung sehari kemudian. – BERNAMA
TOP
Dua Penjenayah Mati, Tiga Polis Cedera Dalam Insiden Tembak Menembak
KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis cedera sementara dua penjenayah mati dalam insiden berbalas tembakan di Pasir Putih, Kelantan, pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter beliau.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi itu, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor beralamat di Kampung Banggol Telipot.
Serbuan dilakukan dengan tujuan mengesan suspek kes bunuh dan tembak yang telah lama diburu polis.
Ketika serbuan dilakukan, seorang suspek yang berada dalam rumah terbabit telah bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis.
Dalam usaha mempertahankan diri, pihak polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek berkenaan, menyebabkan dua suspek meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua anggota polis yang cedera terkena tembakan di bahagian pergelangan tangan dan kaki kiri, sementara seorang lagi terkena serpihan peluru di bahagian perut sebelah kanan.
Bagaimanapun, kesemua anggota dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Dua pucuk pistol dipercayai milik suspek turut dirampas. - BH Online
TOP
Pekerja Binaan Maut Jatuh Bangunan Di Batu Maung
GEORGETOWN – Seorang pekerja binaan rakyat Bangladesh maut selepas terjatuh dari bangunan di Batu Maung dekat sini hari ini.
Lelaki yang dikenali sebagai Norayanganh, 27, dikatakan terjatuh dari tingkat 15 dan mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat 10 bangunan yang sedang dalam pembinaan itu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Lai Fah Hin berkata, mangsa dilapor tergelincir dan terjatuh ketika memasang bingkai tingkap pada 2.30 petang.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat, katanya. – BERNAMA
TOP
‘Underdog’ Di Incheon Satu Kelebihan – Aidil
SEPANG – Beraksi sebagai pasukan bukan pilihan menjadi kelebihan bagi Harimau Muda A pada perlawanan bola sepak peringkat kumpulan saingan Sukan Asia, Incheon, Korea Selatan, kata kapten pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.
Aidil, pemain senior yang dipanggil bagi membantu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berkata, skuad kebangsaan tidak merasa tertekan walaupun akan memulakan perlawanan menentang pasukan tuan rumah, Korea Selatan, 14 September ini.
“Bagi saya pasukan Korea Selatan lebih tertekan kerana mereka skuad tuan rumah. Pasukan hanya perlu fokus satu persatu perlawanan dalam peringkat kumpulan, jangan terlalu tertekan untuk menang.
“Walaupun saya dan dua lagi pemain senior dipanggil menyertai skuad Harimau Muda A, bagi saya kami tidak berdepan sebarang masalah dari segi keserasian.
“Kami hanya boleh bantu dari segi pengalaman saja, selebihnya taktikal dan kemahiran pemain senior atau pemain Harimau Muda A,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi .
Skuad Harimau Muda A berlepas ke China bagi menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa menentang negara itu Rabu ini sebagai persiapan akhir sebelum ke Incheon.
Selain Aidil, turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan ialah Brendan Gan dan Mohd Norfarhan Muhammad.
Aidil berkata beliau menyifatkan sasaran ke suku akhir dapat memberikan motivasi kepada pemain untuk memberikan persembahan terbaik di Incheon nanti.
Sementara itu, Kim Swee ketika ditemui berkata beliau masih belum mempunyai kesebelasan utama bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Korea Selatan dan memerlukan masa memperbaiki kelemahan skuad terutama pada bahagian serangan sebelum menyenaraikan kesebelasan utama pasukannya.
“Dalam perlawanan persahabatan menentang China, Rabu ini, saya ada dua sesi latihan. Saya harap sesi latihan itu dapat disempurnakan untuk memperbaiki kelemahan kita terutamanya di bahagian serangan,” kata Kim Swee.
Malaysia akan memulakan kempen dalam Kumpulan A bertemu Korea Selatan dalam perlawanan pertama pada 14 September ini, sebelum bertemu Laos dan Arab Saudi untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan.
Hanya juara dan naib juara kumpulan saja layak ke suku akhir dan perlawanan akhir bola sepak Sukan Asia 2014 itu ialah pada 3 Oktober depan. – BERNAMA
TOP
Proton Akan Buka Tempahan PCC Hujung Minggu Ini
SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd (Proton) akan mula membuka tempahan bagi model kompak terbaharunya yang kini dikenali dengan kod nama PCC menjelang hujung minggu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata model itu yang dibangunkan dengan pelaburan RM500 juta akan dilancarkan pada 25 September ini di kilang Proton Tanjung Malim.
Katanya, susulan pembukaan tempahan itu, syarikat menjangkakan memperoleh tempahan awal mencecah 6,000 unit.
“PCC menggunakan platform baharu, yang kali pertama kami bangunkan secara khas bagi segmen B.
“Ia dibangunkan pada kualiti yang cukup dinamik sebagai pemangkin untuk Proton ke peringkat global,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – BH Online
TOP
Pendidikan Internet Bentuk Masyarakat Berhemah
KUALA LUMPUR – Umumnya, masyarakat hari ini tidak dapat lari
daripada arus kemajuan dunia teknologi maklumat malah agak janggal jika
ada golongan yang tidak mengetahui akan kewujudan laman media sosial.
Laman media sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook, Twitter, Flickr, Linkedln, Instagram, Pinterest dan Google Plus di Internet sudah menjadi suatu wadah dalam kalangan individu yang ingin mendapatkan maklumat perkembangan semasa.
Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini laman media sosial sering menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan fitnah serta memuat naik gambar yang menyalahi undang-undang negara.
Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berulang kali mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak terlalu ghairah membuat sebarang komen di laman sosial.
Bahkan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan bahawa sudah tiba masanya kerajaan memberi pendidikan penggunaan Internet secara berhemah bermula di peringkat sekolah rendah untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan Internet pada masa hadapan.
Ramai bersetuju dengan pandangan Ahmad Shabery bahawa pendidikan penggunaan Internet dapat membantu pengunaan Internet secara berhemah.
PENDEDAHAN DAN PENDIDIKAN
Membicarakan perkara itu, pensyarah Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Nurul Jamilah Ismail Rani berkata pendedahan mengenai penggunaan Internet perlu diberi penekanan kepada para pelajar supaya dapat melahirkan individu bersifat matang.
“Jika dilihat sekarang ini ramai antara masyarakat kita yang menulis komen-komen di laman media sosial dengan sesuka hati tanpa mengambil kira sensitiviti kaum dan agama.
“Contoh paling jelas seperti di Facebook. Ada antara mereka yang memberi komen-komen menggunakan bahasa kasar malah hal-hal peribadi dibincangkan di media sosial secara terbuka,” katanya, sambil menambah kata bahawa tahap penerimaan dan pemahaman setiap individu itu amat berbeza.
Mengulas lanjut, beliau berkata pendidikan awal di sekolah dan mengawal budaya tidak sihat semasa melayari Internet adalah pendekatan yang boleh membantu mengurangkan kegiatan penyalahgunaan Internet terutamanya di kalangan mereka yang aktif di laman sosial.
Nurul Jamilah berkata menerusi pendidikan awal di sekolah, para pelajar akan mendapat pendedahan mengenai penggunaan Internet secara berhemah dan menghindarkan mereka daripada melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Dalam pada itu, beliau berkata walaupun kerajaan telah menggubal Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, pihak berkuasa perlu memperincikan akta tersebut dengan menguatkuasakannya dengan tegas bagi membendung jenayah siber.
Seorang pensyarah Komunikasi dan Media Kolej Universiti Shahputra (SHAHPUTRA) Muhammad Fadhil Shukor berkata penggunaan Internet banyak membantu mempermudahkan sistem pembelajaran di sekolah, apatah lagi pengajian di peringkat tinggi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
“Penggunaan Internet sangat membantu guru-guru mengajar di dalam kelas dan sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dengan pengunaan visual, grafik, bunyi yang sememangnya mudah untuk dicari di Internet,” katanya kepada Bernama.
Namun, katanya perlu ada kaedah memantau dan menegur dalam pengunaan Internet supaya ia tidak disalahgunakan.
KESEDARAN SIVIK
Turut berkongsi pandangan pensyarah Teknologi Maklumat SHAHPUTRA, Hasmalina Hassan berkata penyalahgunaan Internet bukan hanya dilakukan oleh orang awam sahaja malah oleh mereka yang berpengetahuan tinggi dan mempunyai pengaruh.
“Pada masa sekarang bukan soal pentingnya pendidikan berhemah semasa menggunakan Internet tetapi adalah budaya hidup masyarakat hari ini yang dilihat tidak mempunyai kesedaran sivik.
“Masyarakat juga perlu didedahkan dengan etika ketika menggunakan Internet supaya mereka tidak mengambil mudah dengan apa yang ditulis laman sosial tersebut,” katanya
Beliau turut menegaskan peranan ibu bapa amat penting dalam mengawal gerak laku anak-anak mereka ketika menggunakan Internet bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan budaya negatif.
“Jika kita ingin melahirkan sebuah generasi yang sihat segalanya perlu bermula di rumah… ini dapat membantu membina imej negara, yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat luar,” katanya. – BERNAMA

Bayi Tiga Bulan Meninggal Di Pusat Asuhan Di Damansara
PETALING JAYA - Seorang bayi perempuan berusia tiga
bulanmeninggal dunia ketika berada di sebuah pusat asuhan kanak-kanak
swasta di Bandar Utama, Damansara di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira 2.00 petang.
"Menurut maklumat awal, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan berjaga pagi tadi kira-kira jam 9.30 sebelum dihantar ke pusat itu yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu.
"Difahamkan sejak kecil, bayi tersebut telah dihantar ke pusat itu yang diusahakan oleh seseorang yang berpengalaman lebih kurang 20 tahun," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pusat yang beroperasi pada hari bekerja jam 9.30 pagi hingga jam 7 malam itu mempunyai enam pengasuh kanak-kanak dan seramai 29 kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan pengasuh-pengasuh tersebut dibawa ke balai bagi membantu siasatan.
Bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian. - Bernama

GAMBAR: Aksi Pasangan Kekasih “Rindu Awak 200 Kilo”
Mungkin kerana terlalu teruja dengan kehidupan cinta sesetengah pasangan
yang sedang angau bercinta, mereka kadang-kadang terlampau taksub
sehingga tidak terfikir apa yang bakal mereka hadapi setelah berkongsi
gambar di laman sosial.
Bukan fizikal yang dijadikan bahan kritikan ramai, tapi aksi sehingga berpeluk-pelukan itu sebenarnya yang menjadi masalah.
Cuba bayangkan jika mereka ini tidak membuat aksi sedemikian ketika bergambar, sudah tentu tak ada pihak yang mengkritik.
Sebab tak fikir dulu sebelum berkongsi di laman sosial, pasangan ini digelar "Rindu Awak 200 Kilo". - SiakapKeli.com

GAMBAR: Peminat Bomba Jemput Ahli Bomba Rai Hari Jadi
Ketika kecil-kecil dahulu, jika ditanya 'apakah cita-cita anda', kebanyakan kita akan menjawab sama ada 'polis', 'bomba' atau pun doktor.. Tak ketinggalan juga 'pilot'.
Tapi bagi Muhammad Imran Ahmad Izhan, 3, cita-citanya ini bukan sekadar bualan mulut sahaja. Dia sememangnya seorang yang begitu sukakan pekerjaan bomba.
Imran membuktikan betapa dia menggemari bidang itu apabila memilih bomba sebagai tema hari lahirnya.
Oleh kerana minatnya itu, ibu bapa Imran menjemput anggota Bomba dan Penyelamat dari cawangan Ampang Jaya untuk memeriahkan lagi majlis hari jadi anaknya itu. Jom saksikan lagi gambar kemeriah majlis tersebut. Kepada adik Imran, selamat mengejar cita-cita adik! - SiakapKeli.com

No comments:
Post a Comment