TOP
MH17: Jenazah Dua Beradik Tiba di Kuching
Kenderaan jenazah melintasi keluarga Allahyarham Shaikh Mohd Noor Mahmood pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat. Tiga jenazah mangsa nahas pesawat MH17 tiba hari ini iaitu dua anak kepada Allahyarham Tambi Jiee, Muhammad Afzal Tambi dan adiknya Marsha Azmeena serta seorang anak kapal Shaikh Mohd Noor Mahmood tiba dari Schipol, Amsterdam awal pagi tadi. -Foto BERNAMA.
KUCHING: Pesawat yang membawa keranda jenazah dua beradik mangsa tragedi MH17, Muhammad Afzal Tambi, 17, dan Marsha Azmeena Tambi, 15, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini, pada 11.35 pagi. Sejurus tiba, 18 anggota dari Rejimen Keempat Kor Amor Diraja membawa keluar keranda yang membawa jenazah dua beradik itu untuk upacara penuh penghormatan tentera. Upacara turut disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman dan kira-kira 300 anggota keluarga dan sahabat handai mangsa. Selesai upacara penghormatan, keranda dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Masjid Jamek, Petra Jaya di sini untuk solat jenazah. Terdahulu, pesawat jenis Charlie C130 yang membawa keranda kedua-dua jenazah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.02 pagi diringi Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof serta ahli keluarga terdekat mangsa. Kedua-dua jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini bersebelahan pusara ibu bapa mereka, Ariza Ghazalee, 46, dan Tambi Jiee, 49 yang turut terkorban dalam nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas. - mstar

Suami Isteri Terkejut Anak Remaja Lahirkan Bayi Lelaki Dalam Tandas
BERA: Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi Jumaat.
Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi.
Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh.
Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembilan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung.- mstar
TOP
Perkhidmatan Komuter Rawang-Tanjung Malim Dijangka Pulih Sabtu
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengalami gangguan ekoran masalah kegelinciran tren kargo antara sektor Rawang-Tanjung Malim pada 7 September lalu, dijangka kembali pulih dan beroperasi mulai Sabtu.
Menurut kenyataan KTMB, kerja-kerja baik pulih siap pada Jumaat. Selain itu, perkhidmatan KTM Intercity dan ETS kembali beroperasi seperti biasa pada 8 September lalu. KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi talian khidmat pelanggan KTMB di 1300-88-5862.- mstar

Malaysia Mahu Kerjasama Lebih Kukuh Tingkat Keselamatan Penerbangan
KUALA LUMPUR: Malaysia mahu kerjasama lebih erat dalam kalangan negara termasuk soal berkongsi maklumat untuk meningkat keselamatan penerbangan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia percaya perlu ada sistem yang maklumatnya boleh dikongsi syarikat penerbangan mengenai risiko penerbangan dan untuk negara-negara memberi lebih banyak maklumat yang dikumpul agensi perisikan.
Beliau berkata penambahbaikan perlu dibuat berhubung kaedah pihak berkuasa penerbangan kebangsaan menyebarkan maklumat mereka.
"Perkataan dan janji yang diucapkan mesti ditukar kepada tindakan yang boleh menghalang tragedi berlaku.
"Ia mesti ditekankan bahawa berkongsi maklumat merupakan cara untuk menyelamatkan nyawa," katanya dalam satu kenyataan. -
Liow menegaskan selepas pasca nahas MH17, setiap pihak perlu melihat melebihi kepentingan negara dan keutamaan keselamatan bersama.
"Kita mesti komited membantu satu sama lain dalam berkongsi maklumat tentang bahaya penerbangan semasa kita cuba untuk memberi penghormatan kepada nyawa yang hilang di atas pesawat MH17 dan menjadikan ruang angkasa kita selamat kepada rakyat dunia," katanya.
Sementara Malaysia dan dunia sedang pulih dari kehilangan warga mereka dalam nahas MH17, beliau berkata Kuala Lumpur akan terus mencari setiap kaedah untuk membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam itu ke muka pengadilan.
Selain itu, katanya kerajaan akan menunggu hasil penelitian yang dilakukan pasukan petugas bersama untuk mengesan yang ditubuhkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa(IATA) selain pasukan petugas Zon Konflik yang ditubuhkan ICAO.
"Kerajaan berminat untuk mengkaji semula cadangan daripada dua pasukan petugas ini berhubung tragedi MH17 dan kehilangan MH370," katanya.
Pesawat MH17 terhempas ketika ia dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Ia ditembak di Ukraine.
Setakat ini 36 mayat rakyat Malaysia dibawa pulang secara berperingkat sejak 22 Ogos.
Pesawat MH370 pula yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac didapati hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut Cina Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Pencarian antarabangsa dilakukan untuk mencari MH370 di Laut Cina Selatan dan Laut Andaman sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi yang usaha mencarinya masih diteruskan sehingga sekarang. - mstar
TOP
Haron Din Arah Perwakilan Henti Bezakan Pendapat Mat Sabu, Hadi
BATU PAHAT: PAS mengarahkan perwakilannya supaya 'tutup mulut' dengan tidak membahaskan perbezaan pendapat antara Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan, Mohamad Sabu berhubung isu menteri besar Selangor.
Menyedari isu berkenaan menghangatkan sesi perbahasan hingga wujud serangan terhadap Mohamad, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengarahkan supaya tidak lagi menyentuh mengenai perkara berkenaan.
"Muktamar sudah sampai ke peringkat yang sudah panas. Dipanaskan dengan isu kelainan pendapat antara presiden dan pihak-pihak lain. Mesej itu sudah sampai.
"Jadi saya nak arahkan supaya isu itu berhenti setakat ini sahaja. Saya minta isu ini ditutup," katanya pada sesi khas sebelum perbahasan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini di sambung semula pada Jumaat petang.
Tambah Haron, segala isu yang dibangkitkan perwakilan sejak sesi perbahasan yang bermula Khamis akan diulas oleh kepimpinan PAS Pusat pada sesi penggulungan.
"Yang di atas (pemimpin) sudah dapat maklumat. Kalau itu (arahan) dipatuhi, keadaan akan kembali tenang," katanya.
Sejak muktamar bermula, perwakilan secara konsisten 'menyerang' Mohamad kerana bertindak mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Abdul Hadi berhubung situasi politik di Selangor.
Malah pentas muktamar digunakan sebagai medan untuk menyatakan sokongan terhadap Abdul Hadi termasuk laungan 'kami menyokong presiden dan kepimpinan ulama'.
Sentimen kemarahan terhadap Mohamad turut berlaku ketika Muktamar Pemuda PAS yang berlangsung Selasa lalu apabila beliau dimalukan perwakilan sayap itu dengan memboikot ucapan perasmiannya.- mstar
TOP
Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Mengamuk Di Alor Setar
ALOR SETAR – Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk menggunakan pisau dan besi di hadapan sebuah hotel di Jalan Pintu Sepuluh di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di hadapan hotel tersebut tengah hari tadi.
Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima maklumat mengenai kejadian amuk di hadapan kedai makan di Mergong Indah.
Namun suspek kemudiannya dikesan di hadapan sebuah hotel, tetapi kemudian melarikan diri dengan memandu kereta secara agresif di sekitar Jalan Putra, Jalan Gangsa dan Jalan Suka Menanti,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pihak polis kemudiannya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa dia isteri kepada suspek dan menyatakan suaminya itu kurang siuman.
Adzaman berkata suspek kemudiannya didapati memberhentikan keretanya di hadapan hotel yang sama dan bertindak menyerang polis dengan batang besi dan pisau apabila diminta menyerah diri.
Suspek kemudiannya dihantar hospital psikiatri untuk diperiksa. – BERNAMA
TOP
Soalan UPSR Bocor: Integriti Guru Tidak Terjejas - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin (kanan) menikmati jamuan makan tengahari pada majlis Kenduri Rakyat selepas menunaikan solat Jumaat di perkarangan Masjid Mukim Pak Keral sempena lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Negeri Kelantan pada Jumaat.
TUMPAT: Integriti dan kewibawaan warga pendidik di seluruh negara tidak terjejas walaupun negara digemparkan dengan isu kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes itu sedikit mencalarkan imej Kementerian Pendidikan, namun ia tetap tidak menjejaskan nama baik para guru. "Saya yakin imej guru tidak terjejas dan sebahagian besar atau pun 99.9 peratus guru sentiasa memelihara integriti dan kemuliaan perjawatan perguruan. Mereka tetap dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. "Sebab itu, kita teruskan kerjaya kita secara bersungguh-sungguh...secara amanah. Janganlah peristiwa ini sebabkan kita rasa gusar atau agak terlalu kecewa," katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Warga Pendidik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat pada Jumaat. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang dan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail. Kira-kira 600 warga pendidik di daerah Tumpat hadir pada majlis itu. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata isu berkenaan harus dijadikan iktibar oleh semua pihak dan tidak berulang lagi pada masa hadapan. Katanya beliau memahami perasaan guru dan murid terbabit dengan insiden itu dan sejak awal lagi isu itu berlaku, beliau telah memohon maaf kepada ibu bapa dan murid. "Saya sebagai Menteri Pendidikan tidak boleh lari daripada memikul tanggungjawab ini dan saya awal-awal lagi memohon maaf pada ibu bapa dan pelajar kerana mereka terpaksa kembali semula ke sekolah pada 30 September. "Peristiwa ini hanya libatkan beberapa orang guru dan ini tidak gambarkan bahawa masalah ini sudah jadi masalah besar," katanya. Muhyiddin berkata fokus utama yang perlu diberi perhatian sekarang ialah melihat arah tuju dan masa depan pendidikan negara melonjak di persada dunia.Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana dalam tempoh 13 tahun akan datang, iklim pendidikan negara perlu melonjak naik dan menjadi kebanggaan semua. "Sebab itu kita letakkan sasaran dalam tempoh 13 tahun, kita mesti melonjak kepada satu pertiga kedudukan di atas dan bukan di bawah. Ini bukan perjalanan yang mudah tetapi memerlukan komitmen semua," katanya. Sementara itu, Muhyiddin mengharapkan guru-guru yang menjadi pengundi berdaftar di DUN Pengkalan Kubor memilih Mat Razi pada PRK 25 Sept ini. "Beliau adalah bekas pegawai pelajaran dan merupakan calon tepat buat semua pihak. Ia satu penghormatan kerajaan kepada warga pendidik," katanya. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. Pada PRK itu, Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.- mstar

Karl Shafek, Ajak (Shiro) Kemalangan
Karl Shafek
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Karl Shafek terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut membabitkan pelakon Ajak (Shiro) dalam kejadian di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kota Damansara di sini pada petang Khamis. Karl Shafek atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika dia dalam perjalanan ke sebuah majlis di Putrajaya. "Semasa kejadian itu saya dalam perjalanan ke Putrajaya dan tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut sehingga saya tidak dapat mengelak. "Ada tiga kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan Anugerah Lawak Warna di Shah Alam. "Kemalangan tersebut juga menyebabkan lebuhraya tersebut mengalami jem teruk beberapa jam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Kereta yang dipandu Karl Shafek.
Bagaimanapun, Karl berkata, dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu dan begitu juga Ajak serta pemandu-pemandu lain. Tambahnya, kereta jenis Myvi yang dinaiki itu mengalami rosak teruk dan mengambil masa sebulan untuk diperbaiki. Karl berkata, perkara tersebut menjadi masalah apabila sukar untuk dia bergerak ke lokasi penggambaran. "Saya tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma kereta saya saja yang teruk pada bahagian depan dan enjin.
Ajak (Shiro)
"Saya difahamkan ambil masa sebulan untuk dibaiki dan sekarang menjadi masalah kepada saya untuk bergerak ke mana-mana, jadual saya bulan ini pula padat dengan penggambaran," ujarnya. Sementara itu Ajak yang dihubungi berkata, kereta jenis Honda Accord yang dipandunya hanya mengalami kerosakkan kecil apabila bampar bahagian belakang keretanya itu calar. Katanya, dalam kejadian berkenaan dia tidak menyangka pelakon Karl Shafek turut terlibat dalam kemalangan berkenaan. "Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, " katanya.- mstar

Tasha Sangkal Dakwaan Dia Buat Projek Dalam Bilik Air
Boleh tahan 'panas' dakwaan kru produksi yang mengatakan pelakon Tasha Shila membuat perkara sumbang dengan kekasihnya, Han, sewaktu penggambaran sebuah drama bersiri di dalam bilik air, baru-baru ini.
Kelakuan itu dikatakan mengundang rasa rimas dan menggambarkan pasangan tersebut tidak sensitif dengan persekitaran.
Namun, Tasha menyangkal dakwaan itu menerusi Harian Metro. Menurut Tasha, ini bukan kali pertama dia dilemparkan tuduhan sedemikian rupa.
“Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!.
“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja? Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan,” kata Tasha.
Selain itu, Tasha juga meluahkan rasa kesalnya terhadap fitnah itu kerana baginya, kru produksi drama berkenaan bagaikan sebuah keluarga baginya.
Tak tahu lah siapa yang berkata benar... Rasanya, inilah salah satu fungsi perkahwinan, untuk mengelakkan fitnah seperti ini - SiakapKeli.com
TOP
Sukan Asia: Josiah Ng Berlumba Ikut Naluri
INCHEON – Jaguh lumba basikal trek kebangsaan Josiah Ng tidak pernah membuat perancangan sebaliknya percaya kepada naluri dirinya semasa bertanding.
Josiah, 34, yang dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi dibesarkan di Manila, berkata beliau berlumba mengikut nalurinya sepanjang 20 tahun menyertai perlumbaan dan sikap itu difahami jurulatihnya, John Beasley.
“Saya bergantung kepada naluri saya. Saya tidak berpandukan kepada rancangan kerana saya perlu menganalisisnya dan ia mengambil masa. Saya tidak mempunyai masa semasa pertandingan. Saya perlu meneruskannya berdasarkan naluri.
“Naluri saya sangat baik, sembilan daripada sepuluh saya telah mengambil langkah yang betul,” katanya selepas menjalani latihan di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini.
Josiah berazam untuk memanfaatkan setiap peluang sama ada dalam acara Pecut atau Keirin apabila cabaran lumba basikal bermula pada 20 Sept.
Josiah akan berlumba bersama rakan sepasukan dan juara bertahan Azizulhasni Awang bagi acara Keirin.
“Saya tidak berada dalam keadaan fizikal yang baik sejak kemalangan pada Disember lepas dan saya mengambil masa yang lama untuk pulih. Saya perlu bersaing dengan apa yang saya ada dan mungkin mengubah sedikit taktik terutama di atas trek,” katanya.
Josiah patah tulang rusuk dan tulang selangka serta cedera pada paru-parunya ketika beraksi dalam acara Keirin pada Kejohanan Trek Piala Dunia di Aguascalientes, Mexico pada Disember lepas.
Ditanya mengenai velodrom luar, Josiah mengakui keadaan trek adalah yang terbaik setakat ini kerana permukaannya licin dan selesa melakukan kayuhan.
“Di sini, kita mempunyai semua elemen seperti angin yang akan memberi kesan dalam perlumbaan,” katanya sambil menambah trek luar memberi kelebihan kepada pelumba Jepun dan Korea yang sentiasa berlatih mengguna trek itu.
“Saya mempunyai pengalaman menyertai perlumbaan di atas trek Jepun dan bentuk treknya seperti mangkuk. Pelumba akan melakukan pusingan secara jauh, pusingan itu meliputi jarak tambahan dan ini yang membezakan keadaan,” katanya.
Mengenai Sukan Asia, Josiah berkata pelumba Jepun, China dan Iran perlu diawasi dan pelumba Malaysia juga perlu berwaspada dengan pelumba tuan rumah yang merangkul emas dalam acara pecut berpasukan pada Kejohanan Asia di Kazakhstan Mei leoas.
Josiah ialah pemenang pingat perak dalam acara Keirin di Guangzhou, China (2010) dan Doha, Qatar (2006) dan dalam acara pecut di Busan, Korea Selatan (2002). – BERNAMA
TOP
Kongres AS Lulus Pelan Obama Latih Pemberontak Syria
WASHINGTON – Kongres Amerika hari ini meluluskan rancangan Presiden Barack Obama untuk melatih dan membekalkan senjata api kepada pemberontak Syria bagi memerangi anggota jihad Negara Islam (IS).
Anggota Senat mengundi dengan 78 menyokong berbanding 22 menentang, sekali gus memberi kebenaran kepada Obama memulakan langkah pertama dalam pelan memerangi dan memusnahkan kumpulan IS yang menguasai wilayah di Iraq dan Syria.
Rancangan seterusnya kini di bawah kuasa Presiden sebelum ditandatanganinya. Obama dijadual membuat pengumuman dari Pejabat Oval di Rumah Putih hari ini. – AP
TOP
Terlalu Sibuk Antara Punca Maya Karin Putus Cinta
Hari ini menerusi satu akhbar tempatan, Maya Karin dikatakan sudahpun kembali solo selepas berpisah dengan cara yang baik dengan kekasihnya.
Wah, ini berita baik untuk jejaka-jejaka yang ingin mencuba nasib untuk menambat hati si pelakon jelita ini.
Bagaimanapun sehingga hari ini masih ramai yang tidak tahu siapakah bekas kekasihnya itu kera Maya itu sendiri telah membuat keputusan untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut
Menurut Maya, faktor jarak dan juga kesibukan pekerjaan mereka adalah antara sebab perpisahan mereka. Bagaimanapun masih ada banyak lagi punca-punca lain yang menyebabkan dia tidak boleh meneruskan hubungan berkenaan. ─ SiakapKeli.com
TOP
Azmin Ali Bakal Diumum MB Baru Selangor Hari Ini?
Hari ini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali telah hebat diperkatakan akan dilantik sebagai Menteri Besar baru bagi Selangor. Selain itu agensi dan portal-portal termasuk media arus perdana juga banyak melaporkan perkara berkenaan.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani juga telah mengesahkan pengedaran kad jemputan untuk menghadiri istiadat angkat sumpah Menteri Besar baru yang akan diadakan pada hari Selasa ini.
Bagaimanapun apabila diajukan soalan berkenaan Azmin, beliau enggan mengesahkan perkara itu.
Semenjak nama Azmin terpacul keluar dari beberapa sumber dalaman PKR, dia dikatakan menghilangkan diri dan gagal dihubungi oleh media yang mana untuk mendapatkan ulasan berkenaan perlantikan tersebut.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dicalonkan namanya oleh PAS yang diumumkan selepas satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini.
Pada ketika itu PAS menghantar dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin.
Dengar ceritanya lagi, nama Azmin akan diumumkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru pada pukul 10 pagi ini, menurut sumber.
Selain itu ada juga yang mengatakan jika pihak Istana Selangor memilih Menteri Besar dalam kalangan ADUN PAS, ada kemungkinan kerajaan negeri Selangor akan menghadapi masalah ekoran keengganan DAP dan PKR bekerjasama dalam soal pentadbiran.
Mungkin diatas dasar tersebut, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap memilih wakil PKR sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. ─ SiakapKeli.com
TOP
MH17: Kumpulan Kelima Jenazah Mangsa Tiba Di KLIA Pagi Ini
SEPANG – Pesawat komersial MH19 bawa tiga jenazah mangsa nahas MH17 tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya jam 8.30 pagi selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.
Ketibaan tiga jenazah rakyat Malaysia itu – dua penumpang dan seorang anak kapal disambut dalam Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.
Ketibaan tiga jenazah itu ialah anak kapal terakhir MH17, Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, dan dua penumpang MH17 yang juga anak Allahyarham Tambi Jiee, Allahyarham Muhammad Afzal Tambi dan Allahyarhamah Marsha Azmeena Tambi.
Hanya satu jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan menggunakan kenderaan jenazah manakala dua jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.
Jenazah Shaikh Mohd Noor Mahmood akan dibawa ke Klang untuk dikebumikan manakala dua lagi jenazah adik beradik akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.
Hadirin pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya bertafakur selama seminit pada jam 8.48 pagi sebagai penghormatan kepada jenazah tragedi berkenaan.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liong Tiong Lai, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan waris mangsa serta kakitangan Malaysia Airlines (MAS). – BH Online
TOP
Polis Buru Penonton Saksikan Lelaki Bunuh Diri Melalui Skype
RUSIA – Seorang lelaki melakukan sesuatu yang mengejutkan apabila dia mengumumkan untuk membunuh diri melalui Skype dan mengajak orang ramai menontonnya.
Kejadian berlaku di Moscow melibatkan mangsa, Sergey Kirilov, 26.
Apa yang malangnya, penonton yang menyaksikan Kirilov menggantung diri itu bukan menghalangnya sebaliknya mereka terus menggalakkannya.
Hanya ada seorang penonton yang meminta Kirilov menghentikan perbuatan tersebut.
Yang lain sebaliknya terus menggalakkan Kirilov membunuh diri.
Polis kini sedang mengesan mereka yang menggalakkan lelaki itu melakukan perbuatan tersebut melalui internet.
“Ia amat mengejutkan apabila orang ramai melihat perbuatan berkenaan sebagai satu hiburan. Mereka yang menggalakkan dia membunuh diri akan didakwa,’’ kata polis. ─ Mirror.co.uk
TOP
MIG Beri Masa Setahun ‘Tapis’ Artis Baharu
PETALING JAYA – Syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) memberi peluang kepada 15 orang untuk menjadi artis baharu setiap tahun, bernaung di bawah syarikat tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo berkata, bakat baru itu akan ditapis dan diberi tempoh percubaan selama setahun sama ada untuk terus kekal atau tidak bersama produksinya.
“Setiap tahun kita akan ambil sebanyak 15 orang artis baharu untuk bernaung bawah MIG, kita akan beri mereka tempoh setahun untuk tempoh tapisan.
“Sebanyak empat perkara kita akan ambil kira dalam tempoh setahun itu iaitu disiplin, kesungguhan mereka untuk menjadi artis, kontroversi yang terkait dan respons masyarakat kepada mereka. Jika masyarakat tidak suka juga… ia tidak bagus untuk promosi filem,” katanya kepada mStar Online.
Tambah David buat masa ini syarikat tersebut mempunyai lebih 35 orang artis.
Katanya, setiap kontrak yang dikeluarkan adalah selama lima tahun, bagaimanapun ia bergantung kepada artis tersebut.
“Kebiasaan mereka akan tandatangan kontrak selama lima tahun, namun terpulang kepada mereka jika mahu keluar lebih awal ikut budi bicara.
“Setakat ini, setiap tahun 30 peratus akan terus bersama kami,” ujarnya.
Dalam pada itu, menyentuh soal kontrak, David berkata, dia masih menggunakan kontrak dan syarat yang sama seperti sebelum ini.
Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang diubah suai menjadi lebih terperinci.
“Syarat masih sama seperti dahulu cuma ada beberapa syarat yang kita perbaiki mengikut beberapa pengalaman artis sebelum ini yang melanggar kontrak.
“Atas nasihat peguam, kita letakkan harga ganti rugi mengikut kemampuan dan nilai filem yang kita beri pada mereka,” ujarnya.
Antara artis dibawah naungan MIG ialah Farid Kamil, Intan Ladyana, Zalif Sidek, Nina Iskandar, Adibah Yunus, Atikah Shuhaimi, Niezam Zaidi dan Azwan Kombos. – mStar Online
TOP
Malaysia Naik Satu Anak Tangga Ranking FIFA
KUALA LUMPUR – Kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak dunia bagi September tidak terjejas sekalipun tewas 0-2 kepada Indonesia dalam aksi persahabatan di Surabaya, Indonesia, Ahad lepas.
Berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh itu meningkat ke kedudukan ke-154 dunia berbanding tempat ke-155 dunia pada Ogos.
Malaysia berada di tangga ke-154 pada Januari, 150 (Februari), 141 (Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.
Kedudukan terbaharu itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Korea Utara (150), Kyrgyzstan (151), Guyana (153) dan Puerto Rico yang berada pada ranking ke-157 dunia.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal berada di tangga kelima di belakang Filipina (134), Vietnam (142), Myanmar (143) dan Singapura (149).
Di peringkat Asia, Malaysia bagaimanapun naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-28 daripada 46 negara.
Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pula mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,765 mata manakala Argentina berada di tangga kedua selepas mengutip 1,631 mata.
Wakil Amerika Selatan, Colombia yang sebelum ini berada di tangga keempat, merampas tangga ketiga daripada Belanda selepas mengumpul 1,488 mata.
Belanda turun satu anak tangga ke kedudukan keempat dengan kutipan 1,456 mata.
Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 negara. – BERNAMA
TOP
Mayat Bayi Perempuan Dalam Sungai
GERIK – Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di sungai di Kampung Sungai Sah, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding, dekat Gerik di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Manab Baharom berkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 2.25 petang oleh penduduk Orang Asli yang melalui kawasan jeram terbabit.
Menurutnya, bayi tersebut yang berusia kurang dari seminggu itu ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai terbabit.
“Mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang di tempat lain sebelum dijumpai di tempat kejadian berdasarkan aliran sungai yang berupa sebuah jeram,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abd Manab berkata, bayi malang itu dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dipercayai mangsa mati 10 jam sebelum ditemui.
“Berdasarkan bentuk fizikal, mayat bayi tersebut adalah Orang Asli berdasarkan wajahnya. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan hingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan 54kg Di Buah Zakar
LOS ANGELES – Seorang lelaki yang menderita kerana memiliki buah zakar bersaiz luar biasa selamat menjalani satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan seberat 54 kilogram (kg) tersebut, lapor MailOnline kelmarin.
Lelaki tersebut, Dan Maurer, 39, yang berasal dari Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat disahkan menghidap sejenis penyakit yang dipanggil scrotal lymphedema yang menyebabkan salah satu buah zakarnya membesar.
Pembedahan tersebut yang berlangsung selama 14 jam dilakukan di Universiti California pada Khamis lalu dan keadaan Maurer dilaporkan stabil.
Kisah Maurer, 39, menjadi sensasi di internet selepas dia memuat naik beberapa video yang memaparkan penderitaannya dan mengutip derma bagi membiayai pembedahan tersebut yang berjumlah AS$20,000 (RM64,841).
“Dia kini selamat dan sedang menjalani pemulihan di hospital berkenaan.
“Maurer kini tidak sabar melakukan perkara yang tidak boleh dilakukannya dahulu seperti bermain jet ski dan melancong,” kata ibunya, Connie. – Agensi
TOP
Australia Cantas Komplot Penggal Kepala Orang Awam
SYDNEY – Pihak berkuasa Australia menahan seramai 15 orang dalam operasi antipengganas terbesar di negara itu sekali gus menggagalkan komplot kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk melakukan beberapa ‘pembunuhan demonstrasi’ termasuk memenggal kepala orang awam secara rawak.
Bertindak berpandukan maklumat risikan, polis melancarkan satu operasi besar-besaran menjelang subuh di kota raya ini dan Brisbane melibatkan seramai 800 anggota bersama 25 waran geledah.
Setakat ini, seorang individu berdepan beberapa pertuduhan jenayah keganasan serius.
Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sekurang-kurangnya sepucuk senjata api dan sebilah pedang.
Tertuduh, Omarjan Azari, 22, direman selepas dihadapkan di sebuah mahkamah di sini. Dia didakwa merancang tindakan keganasan bertujuan untuk ‘mengejutkan’, “menakutkan” dan ‘menggentarkan’ orang awam.
Mahkamah diberitahu bahawa Omarjan diarahkan melalui panggilan telefon oleh anggota IS paling kanan di Australia, Mohammad Baryalei supaya melakukan keganasan.
Pendakwa raya, Michael Allnutt berkata, komplot fanatik itu melibatkan ‘pemilihan secara rawak’ seorang mangsa yang akan dirakam pembunuhannya.
Menurut laporan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pula , klip video itu akan dihantar ke unit media IS di Asia Barat sebelum disiarkan kepada orang ramai.
Sebelum ini, IS telah menyiarkan klip video yang memaparkan beberapa warga asing dipenggal di Syria.
Serbuan tersebut dibuat kurang seminggu selepas Australia meningkatkan amaran ancaman keganasan di negara itu pada tahap ‘tinggi’ buat kali pertama dalam tempoh sedekad.
Ia susulan kebimbangan kerajaan berhubung kepulangan militan asing ke tanah air masing-masing selepas mereka menyertai perang di Iraq dan Syria.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, beliau telah diberi taklimat perisikan bahawa militan IS akan memenggal kepala orang awam secara rawak.
“Itu maklumat perisikan yang kami terima,” katanya.
“Arahan ini dikeluarkan oleh seorang warga tempatan yang merupakan anggota kanan rangkaian sokongan IS di Australia supaya melakukan pembunuhan demonstrasi dalam negara ini,” tambahnya. – AFP
TOP
4.2 Juta Pengundi Tentukan Nasib Scotland
EDINBURGH – Seramai 4.2 juta atau 97 peratus penduduk Scotland keluar mengundi semalam dalam satu pungutan suara bersejarah yang akan menentukan nasib negeri itu sama ada terus bernaung di bawah persekutuan United Kingdom (UK) ataupun merdeka.
Scotland kekal di bawah UK sejak 307 tahun dahulu.
Lebih 2,600 pusat mengundi dibuka pada pukul 7 pagi semalam (waktu Scotland) dan ditutup pukul 10 malam bagi memudahkan orang ramai membuang undi.
Selepas ditutup, semua kotak undi akan dibawa ke 32 pusat pengumpulan untuk pengiraan undi manakala keputusan referendum itu dijangka diketahui pagi ini.
Beberapa jam sebelum referendum bermula, pemimpin pro dan antikemerdekaan mendesak warga Scotland supaya mengimbau semula sejarah UK.
Ia kata mereka, penting kerana keputusan pungutan suara itu boleh menyebabkan keluarga, rakan dan orang tersayang terpisah.
Dalam referendum tersebut, penduduk Scotland perlu menjawab Ya atau Tidak untuk soalan: Adakah Scotland harus merdeka?
“Ini adalah hari bersejarah bagi Scotland dan saya pula menunggu sepanjang hayat untuk detik ini,” kata seorang ahli perniagaan tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ron.
“Masa sudah tiba untuk Scotland berpisah daripada UK dan saya akan mengundi Ya,” tambahnya.
Ron merupakan orang pertama yang membuang undi di sebuah pusat pengundian di bandar raya ini.
Sebelum ini, beberapa tinjauan pendapat terbaharu mendapati sebanyak 48 peratus penduduk Scotland menyokong kemerdekaan manakala 52 peratus lagi memilih untuk kekal di bawah UK.
Tinjauan pendapat itu turut mendapati seramai 600,000 pengundi masih belum membuat keputusan sekali gus menjadikan keputusan referendum itu sukar untuk dijangka.
“Ini adalah peluang yang muncul sekali dalam seumur hidup dan kita mesti memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin,” kata pemimpin nasionalis Scotland, Alex Salmond kepada beratus-ratus penyokong kemerdekaan pada satu perhimpunan di Perth, timur Scotland beberapa jam sebelum pengundian bermula.
“Rakyat Scotland perlu menentukan masa depan mereka sendiri,” tambahnya.
Golongan nasionalis mahu penduduk Scotland diberi kuasa memilih pemimpin mereka dan membuat keputusan sendiri daripada terus diperintah oleh London.
Bagaimanapun, kalangan penentang kemerdekaan berpendapat negara itu akan lebih makmur dan selamat sekiranya kekal bernaung di bawah UK. – Reuters
TOP
Ibu Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Buang Anak
AYER KEROH – Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membuang anak lelakinya berusia dua tahun di sebuah rumah di Jalan Bayan 14, Bukit Katil, Februari lalu.
Tertuduh, Siti Fatimah Maulad Mohamad Zin, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tertuduh didakwa sebagai ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga Mohamad Irfan Abd Hadi, 2, dengan sengaja mendedah atau meninggalkan kanak-kanak itu dengan niat membuangnya di sebuah rumah di lokasi berkenaan kira-kira jam 10.30 malam, 11 Februari 2014.
Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Pada 1 September lalu, BH melaporkan, penemuan satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki mangsa bunuh ditanam di belakang sebuah rumah teres di Bukit Katil susulan penahanan sepasang kekasih di sebuah rumah di Muar, Johor. – BH Online
TOP
Murai Batu, Kelicap Kunyit Antara Dirampas
MELAKA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lima ekor burung yang disimpan tanpa permit khas dan lesen di sebuah rumah di Taman Merak Mas Bukit Katil di sini, semalam.
Pengarah Perhilitan Melaka Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, haiwan yang dirampas ialah seekor burung dipercayai spesies Murai Batu, seekor burung spesies African Grey Parrot dan tiga ekor burung Kelicap Kunyit.
Beliau berkata operasi pada kira-kira 5 petang itu dilakukan sepasukan unit penguatkuasa berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai.
“Semua burung tersebut dijumpai di kawasan halaman rumah pemilik berusia 54 tahun dan pemeriksaan dilakukan dengan kebenarannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Noorzakiahanum berkata ketika pemeriksaan lelaki tersebut gagal mengemukakan dokumen sah bagi setiap haiwan yang disimpannya dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti sama ada haiwan itu dijadikan peliharaan atau untuk dijual.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
MH17: Malaysia Tak Akan Berdiam Diri – PM
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berdiam diri dan berhenti sehingga keadilan terhadap mangsa tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, diperoleh.
“Hari ini, kita menerima tiga lagi (jenazah) mangsa warganegara Malaysia dari #MH17. Saya berkongsi kesedihan mereka dan kami tidak akan berhenti sehingga keadilan diperoleh,” kata Perdana Menteri dalam akaun Twitternya hari ini.
Jenazah tiga mangsa tragedi termasuk dua beradik dibawa pulang ke tanah air hari ini dan diberi penghormatan penuh adat ketenteraan sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Daripada 43 penumpang rakyat Malaysia berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu, identiti 41 jenazah terdiri daripada 26 penumpang dan 15 anak kapal sudah dikenal pasti.
Setakat ini, 36 jenazah penumpang rakyat Malaysia telah dibawa pulang ke tanah air dari Netherlands.
Mayat mangsa nahas yang ditemui di Ukraine telah dibawa ke Netherlands kerana rakyat Belanda merupakan bilangan penumpang terbesar.
Selain warganegara Malaysia dan Belanda, rakyat Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang yang berada dalam pesawat berkenaan. – BERNAMA
TOP
PRK: Anggota Rela Diingat Jangan Bertelagah
TUMPAT – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), khususnya di kawasan Dun Pengkalan Kubor yang menghadapi PRK 25 September ini, agar tidak bertelagah sesama sendiri walaupun berbeza ideologi politik.
Beliau berkata perpaduan dalam kalangan anggota Rela perlu senantiasa dipertahankan bagi menjamin peranan pertubuhan itu untuk menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat.
“Saya tidak mahu anggota Rela berpecah-belah kerana soal calon, saya tidak mahu anggota Rela bertelagah sesama sendiri kerana pilihan raya, saya tidak mahu anggota Rela berselisih pendapat kerana PRK ini.
“Kita mahu anggota Rela bersatu hati atas nama pasukan Rela, satu hati, satu Rela, satu semangat,” katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama anggota Rela di Pengkalan Kubor di sini hari ini.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi membina empat buah pusat khidmat operasi Rela di Pengkalan Kubor dan 1,000 pasang uniform Rela untuk anggota Rela di Dun tersebut.
Ahmad Zahid berkata, peruntukan tersebut bagi menghargai jasa anggota Rela di Pengkalan Kubor yang memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan di kawasan itu dan sepanjang proses pilihan raya kecil itu.
“Perpaduan dalam kalangan kita wajib dipertahankan. Saya akan turun ke Pengkalan Kubor lagi dalam masa terdekat untuk memastikan peruntukan itu dan uniform disampaikan kepada anggota Rela secepat mungkin,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 2.9 juta pegawai dan anggota Rela seluruh negara dan jumlah tersebut semakin meningkat.
Pada PRK itu, calon BN, Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada PRU13, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
TOP
Jenazah Dua Beradik Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad
KUCHING – Jenazah dua beradik, Muhammad Afzal Tambi, 17, dan adiknya Marsha Azmeena, 15, disemadi dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini selepas solat Jumaat.
Jenazah dikebumikan pada 2.25 petang bersebelahan kubur bapa mereka Tambi Jiee, ibu mereka Ariza Ghazalee dan abang mereka Muhammad Afif.
Jenazah Ariza dan Muhammad Afif disemadikan pada 22 Ogos lepas dan jenazah Tambi pada 9 Sept.
Keluarga Allahyarham Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi diziarahi keluarga di Masjid Jamek, Kuching pada Jumaat.
Jenazah kedua-dua beradik itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 11.35 pagi dan terus dibawa ke Masjid Jamek Petra Jaya. Solat jenazah diketuai Imam Besar Negeri, Datuk Johji Suhaili. Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengetuai orang kenamaan negeri melakukan solat jenazah. Sementara itu mayat anak bongsu Tambi, Muhammad Afruz, 13, belum dikenal pasti untuk dibawa pulang. Mereka sekeluarga merupakan mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbngan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu. – BERNAMA

PRK: 109 Pengundi Awal Tunai Tanggungjawab Ahad Ini
TUMPAT – Sebanyak 109 anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi awal bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih calon pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu Ahad ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mereka akan mengundi di Pusat Pengundian Awal di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.
Katanya, pusat pengundian awal itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 3 petang pada hari berkenaan.
“Pengundian awal ini dibuat lima hari lebih awal daripada hari pengundian biasa dan proses pengundian itu adalah mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Abdul Ghani berkata daftar pemilih yang digunakan untuk PRK itu adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2014 yang telah dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.
Katanya proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan.
“Pemerhati tempatan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik yang dilantik oleh SPR juga dibenar menjadi pemerhati pada proses pengundian awal itu dengan kebenaran daripada polis,” kata Abdul Ghani.
Katanya kertas-kertas undi itu tidak akan dikira di Saluran atau Tempat Mengundi sebaliknya akan disimpan di tempat selamat seperti dalam lokap polis.
“Kertas undi itu hanya akan dikira pada hari pengundian. Pengiraan kertas undi akan dijalankan secara berkelompok di tempat-tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi disaksikan oleh ejen calon masing-masing,” katanya.
Kawasan DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pemilih berdaftar iaitu terdiri daripada 23,929 orang pengundi biasa, 109 orang pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.
Pada PRK 25 Sept ini, calon BN Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – BERNAMA
TOP
Hasrat Anak Kapal MH17 Termakbul
SEPANG – Anak kapal Malaysia Airlines (MH17), Shaikh Mohd Noor Mahmood sepatutnya bertugas dalam penerbangan MH370, namun ‘masanya’ belum tiba apabila beliau ditugaskan ke penerbangan lain pada hari pesawat itu hilang 8 Mac lepas.
Ketika mendengar perkhabaran kehilangan pesawat M370 itu, Shaikh Mohd Noor ,44, berulang-kali menyatakan penumpang pesawat itu bertuah kerana seluruh dunia merasai kehilangan terbabit dan menyedekahkan al-Fatihah kepada mereka.
Rentetan itu, Shaikh Mohd Noor menyatakan beliau berharap dapat menemui ajalnya semasa berada dalam penerbangan, supaya beliau juga menerima sedekah al-Fatihah yang sama.
Hasrat itu dikongsikan dua rakan beliau, Mohd Fahmi Ariffin dan Mohd Yazid Yusuf, kedua-duanya berusia 39 tahun, yang mula mengenali Allahyarham semasa mereka menyertai syarikat penerbangan itu, lebih 18 tahun lalu.
“Meskipun sedih, saya merasakan hasrat beliau (Shaikh Mohd Noor) untuk meninggal dalam pesawat dan menerima sedekah al-Fatihah seluruh dunia terlaksana,” kata Mohd Yazid semasa ditemui pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Shaikh Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai ‘Mad Noor’ dalam kalangan anggota keluarganya terbunuh apabila penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.
Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 warganegara Malaysia.
Seorang lagi rakan, Mohd Fahmi Arifin ketika ditemui, sebak apabila diminta berbicara mengenai Shaikh Mohd Noor dan menyifatkan Allahyarham seorang individu yang sangat baik.
Mohd Yazid pula menyifatkan Allahyarham sebagai suka senyum dan pendiam, namun tidak ‘senang duduk’ apabila mengetahui terdapat rakan yang sedang bersedih atau susah hati.
“Beliau pasti akan menghampiri kami dan bertanyakan jika kami mempunyai masalah. Beliau banyak bertanya tentang rakan-rakan,” katanya sebelum bergegas bersama-sama Mohd Fahmi untuk menghadiri majlis pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, dekat sini.
Sementara itu, beberapa anggota keluarga Shaikh Mohd Noor hadir ke istiadat penghormatan itu dengan memakai baju-T hitam tertera perkatan “In our heart cabin crew Shaikh Mohd Noor 17.07.17.” – BERNAMA
TOP
DCA Diarah Percepat Proses Analisis Data Pesawat MH17
SEPANG – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mempercepat proses menganalisis data dikumpul berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, untuk membawa dalang yang menembak jatuh pesawat itu ke muka pengadilan.
Beliau berkata berdasarkan laporan awal dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengesahkan pesawat MH17 berkecai di udara selepas mengalami kerosakan struktur akibat ditembusi objek berkuasa tinggi dari luar pesawat.
Sehubungan itu, beliau berkata fakta-fakta dalam laporan awal termasuk rakaman percakapan kokpit dan data pesawat merupakan dokumen penting yang perlu dianalisis dan ‘membuat rumusan daripadanya’.
“Penyiasatan membabitkan dua bahagian – dari segi data teknikal dan jenayah.Saya perlu lihat semua ini, sebagai menteri bertanggungjawab, saya perlu pastikan penyiasatan dijalankan secara terperinci.
“Data teknikal dan jenayah yang dikumpul perlu dianalisis agar dapat mencari perkara sebenar, siapa yang menembak jatuh pesawat kita dan membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini.
Selain laporan bedah siasat dan patologi yang perlu dianalisis, Liow berkata kajian forensik terhadap serpihan pesawat juga perlu dilakukan.
“Kami perlu ambil serpihan dan kaji bagaimana pesawat itu pecah dan ada beberapa bahagian yang cair, jadi apa puncanya. Saya fikir banyak data perlu dianalisis… jika dapat, kami berharap untuk membawa pulang serpihan berkenaan,” katanya.
Liow berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga akan pergi ke Ukraine untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan di sana.
“Siasatan masih diteruskan. Mereka telah keluar masuk (Ukraine). Lebiah banyak perbincangan akan diadakan berhubung kes secara keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata pasukan Malaysia juga masih menunggu kebenaran dari badan antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas di timur Ukraine untuk mencari baki jenazah sekiranya ada dan juga serpihan pesawat.
Liow berkata tarikh untuk membawa pulang lima lagi jenazah rakyat Malaysia yang sudah dikenal pasti belum dimuktamadkan kerana masih menunggu kelulusan kerajaan Belanda.
Setakat hari ini, 36 jenazah warga Malaysia telah dibawa balik ke tanah air secara berperingkat sejak 22 Ogos.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Terdapat 43 warga Malaysia dalam pesawat itu. – BERNAMA
TOP
Jakim Siasat Gambar Lelaki Cacah Kalimah Allah Di Badan
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)akan menyiasat penyebaran gambar seorang individu yang mencacah kalimah suci Islam di badannya seperti yang tersebar luas di Facebook.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu tersebut.
“Kita telah menerima laporan dan telah meminta pegawai pejabat agama untuk memeriksa perkara tersebut. Buat masa ini kita belum tahu siapa individu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Salam Mesra Salam FM’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai gambar seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dengan tatu pada badannya seperti di dahi, leher dan tangan yang tertera kalimah ‘Bismillah’, ‘ALLAH’ dan lain-lain lagi.
“Perbuatan lelaki itu adalah haram dan mencemarkan kesucian kalimah tersebut, walaupun kalimah itu merupakan sesuatu yang mulia.
“Perbuatan itu tidak kena tempat. Jika mahu menyanjung al-Quran, boleh dibuat dengan cara lain seperti menghafaz 30 juzuk al-Quran,” kata Othman sambil meminta individu terbabit agar bertaubat.
Mengenai Salam FM, beliau berkata Jakim bersedia melanjutkan tempoh siarannya dari tengah malam hingga 8 pagi jika dibenarkan.
“Jakim bersedia, memandangkan Kompleks Islam di Presint 3 (Putrajaya) hampir siap tahun depan dengan kemudahan antaranya studio baharu,” katanya.
Salam FM kini menumpang slot saluran Asyik FM yang berfrekuensi 91.1 fm sejak lima tahun lepas. – BERNAMA
TOP
8 Peg. Kastam Dituduh Terima Rasuah RM130,000 Sebulan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa lapan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, termasuk dua bergelar Datuk berhubung kesalahan menerima rasuah secara bulanan berjumlah antara RM500 hingga RM130,000.
Dua bergelar Datuk itu ialah Datuk Mohd Nasir Said, 58, Pengarah Kastam Perak dan Datuk Saad Ishak, 57, Penolong Pengarah Kanan Kastam Cawangan Risikan Putrajaya.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam satu kenyataannya, berkata tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam manakala seorang lagi di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur.
Mereka berdepan antara lapan hingga 52 tuduhan iaitu kesalahan menerima wang perlindungan bulanan. Keseluruhan tuduhan yang dikenakan hari ini adalah sebanyak 106.
Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur ialah:
- Datuk Mohd Nasir Said, 58, didakwa atas lapan pertuduhan melibatkan nilai suapan RM80,000, di bawah Sekysen 16a (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Kes ini akan disebut semula pada 23 Oktober 2014 dan beliau diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin.
Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam ialah:
- Datuk Saad Ishak, 57, dituduh dengan sembilan pertuduhan melibatkan nilai RM29,000 di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.
- Abdul Ghafar Mohamad, 46, dituduh dengan 19 pertuduhan melibatkan nilai rasuah RM38,000, di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.
- Mohd Ariffin Zakaria, 56, dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM2,000. Beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.
- Sohaizan Othman, 39, dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM1,000. Beliau diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.
- Abd Razak Basri, 55, dituduh dengan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009, melibatkan nilai RM22,000. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.
- Hizam Abd Ghani, 56, dituduh dengan 52 pertuduhan melibatkan nilai suapan RM298,000. Satu di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009 manakala 51 pertuduhan di bawah Seksyen 16a(A) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin dengan RM40,000 dengan seorang penjamin manakala pasport perjalanannya ditahan.
- Azlee Mohamed Yusof, 48, hadapi lima pertuduhan melibatkan nilai rasuah RM77,000. Empat tuduhan di bawah Seksyen 16a (A) dan satu tuduhan di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan pasport perjalanannya ditahan.
Kesemua tertuduh berusia lingkungan 39 tahun hingga 58 tahun melakukan kesalahan sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan yang dilakukan oleh individu dan syarikat-syarikat yang membawa keluar barangan yang tidak dikenakan cukai eksais dari Zon Bebas Pelabuhan Klang.
SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Omar Saifuddin dan Anthony Kevin Morais.
Kes di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dato' Noradidah Ahmad manakala di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.
Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjarakan selama satu tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.
Kesalahan ini juga adalah melanggar Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Mohd Jamidan berkata, mereka yang dihadapkan di mahkamah hari ini merupakan sebahagian pegawai yang ditahan dalam satu operasi khas pada 3 September lalu.
SPRM mengesahkan ada membuat tangkapan terbaru pada 17 September 2014 melibatkan 16 orang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
"Tangkapan ini adalah hasil siasatan lanjut ke atas tangkapan terdahulu iaitu pada 3 September 2014, hasil pemerhatian selama setahun di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang oleh pasukan Task force yang dianggotai oleh SPRM, PDRM, Bank Negara, LHDN, CyberSecurity dan lain-lain," katanya.
Sementara itu, Mohd Jamidan berkata, seramai 13 pegawai ini telah pun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 September 2014. Dua lagi direman selama enam hari mulai hari ini.
"Dalam mengumpul bukti-bukti ini, Task Force telah menggunakan kaedah Intelligence and Analysis Based Investigation bagi menembusi kerja-kerja penyeludupan dan aktiviti rasuah yang melibatkan anggota sindiket dan penguat kuasa.
"Ingin ditegaskan di sini bahawa tangkapan terbaru ini bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebaliknya bertujuan untuk melumpuhkan aktiviti-aktiviti penyeludupan dan rasuah yang menyebabkan berlaku ketirisan wang negara yang besar," katanya.
Beliau berkata, SPRM amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kastam.
"SPRM juga menyambut baik dan menyokong langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Kastam untuk mengemaskan perjalanan organisasi berkenaan, antaranya merombak penempatan pegawai dan menyemak Standard Operasi Prosedur (SOP) Jabatan Kastam.
─ BH Online

Isteri Mengadu Di Facebook Perangai Suami Gila Main ‘Game’…
Kadang-kadang nak tergelak juga SK dengan status-status yang dimuatnaikkan di laman sosial. Tapi mungkin bagi sesetengah pihak perkara-perkara tertentu adalah kelakar tetapi ianya adalah masalah serius dan amat menyedihkan bagi sesetengah pihak.
Bagaimanapun, orang kata cerita pasal rumah tangga kita dekat public ni tak elok. Tapi mungkin disebabkan sudah terlalu tidak tahan dengan masalah maka dengan bercerita kepada orang ramai boleh mengurangkan sedih di hati. Apatah lagi di Facebook yang sudah tentu akan dibanjiri dengan komen-komen pemberi semangat. Di sini terdapat satu status yang menceritakan tentang masalah rumah tangganya. Menurut status tersebut si isteri terlalu tidak tahan akan suaminya itu selalu mengadap permainan video yang popular Clash of Clan (COC). Apa tidaknya, sudahlah jarang-jarang balik rumah kerana pekerjaan sudah tu pulak balik-balik mengadap video game. Rasanya si suami masih belum cukup matang untuk mempunyai sebuah keluarga sendiri. Bukan penulis berniat untuk menghakimi situasi berkenaan tapi lihatlah kalau sampai tahap mengabaikan rumah tangga, isteri serta anak-anak kerana untuk berseronok. Bagaimanapun dengan status ini dan dari respon para komentar dapat memberi nasihat dan mententeramkan hati si isteri. ─ SiakapKeli.com

Pil Gugur Kandungan Kini Dijual Secara Berleluasa Di FB?
Sebenarnya banyak kegiatan haram dilakukan menerusi media sosial popular Facebook. Pada suatu ketika dahulu Siakapkeli ada membongkarkan beberapa orang pelacur yang mencari pelanggan menerusi Facebook. Kali ini kami dikejutkan dengan penjualan Pil Gugur Kandungan juga di Facebook.
Berikut adalah antara beberapa produk pil gugur yang dipromosikan:
Biodata admin bagi Facebook Pil Gugur Kandungan berkenaan dikenali sebagai Doktor Zul.
Lebih membimbangkan apabila status-status yang dimuatnaikkan itu seakan-akan memujuk orang ramai untuk rasa tidak bersalah apabila menggugurkan kandungan mereka.
Lagi terdapat beberapa komen yang menunjukkan beberapa pihak yang berminat untuk membelinya.
Bagaimanapun aktiviti perniagaan ini turut mendapat kritikan dan tidak setuju oleh para pengguna laman sosial kerana penjualan pil gugur dengan cara ini adalah satu jenayah.
Dari sudut perundangan Malaysia, menggugurkan bayi adalah satu jenayah kecuali jika doktor mengesahkan ia perlu dilakukan jika mengundang risiko kepada si ibu.
Mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, individu yang melakukan pengguguran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Manakala jika janin yang digugurkan sudah bersifat, maka pelakunya boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda. Selain itu tindakan menjual pil gugur secara berleluasa seperti ini ibarat menggalakkan seks bebas. Mungkin perasaan takut jika menggandung adalah satu halangan kepada sesetengah anak muda generasi kini untuk tidak mengamalkan seks bebas. Bagaimanapun diharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap individu yang menjual pil-pil seperti ini secara berleluasa dan terbuka supaya dapat membendung kes-kes tidak bermoral dalam masyarakat kita. ─ SiakapKeli.com

Anjing Dipukul Sampai Mati Di Jalanan Dengan Kejam
Semenjak dua menjak ini, banyak kes kekejaman terhadap binatang berlaku. Biasanya yang menjadi mangsa kucing dan anjing, mungkin kerana populasi mereka ini banyak tak kira di kampung atau kawasan bandar.
Terbaru, dua ekor anjing dilaporkan dibunuh dengan zalim dipercayai dipukul dengan objek tajam. Menurut gambar, kejadian itu berlaku di kawasan jalanan.
Laporan ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang melaporkan kejadian di laman Facebook My Youth National Crime and Safety. Menurut pelapor, makciknya keluar untuk menyiasat setelah terdengan bunyi anjing dan diikuti dengan bunyi letupan.
Sebaik saja tiba di tempat kejadian, dia mendapati kedua-dua anjing berkenaan telah mati di tempat kejadian. Siapa yang buat perkara ini boleh dikategorikan sebagai dajal. Tak kira la anjing ke, kucing ke, semua itu makhluk Tuhan - SiakapKeli.com

Penjawat Awam Disiasat Kes Rogol Anak Tiri
TEMERLOH – Seorang penjawat awam di reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rogol anak tiri sejak tujuh tahun lalu.
Penjawat awam berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di rumahnya di Kampung Batu 4 ½ jalan Maran kira-kira jam 1 pagi semalam.
Lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh semalam untuk perintah reman kira-kira jam 10 pagi dan perintah untuk tahanan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Norita Mohd Noh.
Berdasarkan laporan polis dibuat mangsa, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sejak berumur lima tahun iaitu sekitar 2007.
Mangsa diberi amaran oleh suspek untuk tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa namun perkara tersebut diketahui juga oleh ibunya.
Mangsa kemudian membuat laporan polis petang kelmarin hingga menyebabkan tangkapan dibuat ke atas suspek untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. – Sinar Harian Online
TOP
Pemuda Dakwa Pak Imam Masjid Sering Buat Seks Oral…
KUALA TERENGGANU – Bahana cinta ‘pak imam’, seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu.
Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah ‘kekasihnya’ itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi.
“Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan.
“Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan suasana persekitaran di situ gelap,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
Wan Abd Aziz berkata, mangsa mendakwa suspek sebelum ini banyak kali mengulangi perbuatan tersebut terhadapnya, bagaimanapun mangsa nekad membuat laporan polis disebabkan tidak tahan melayan kerenah suspek yang sering berlaku curang terhadapnya.
Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada awal tahun lalu, namun bertindak menarik semula laporan tersebut kerana terpedaya dengan janji manis suspek yang ingin berubah.
“Mangsa mendakwa suspek sebelum ini pernah berjanji dengannya yang dia akan menjaga mangsa dengan sebaik mungkin dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
“Namun, suspek memungkiri janji tersebut, malah lebih menyebabkan mangsa marah selepas mendapati suspek ada menjalinkan hubungan dengan individu lain,” katanya.
Menurut Wan Abd Aziz, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Katanya, usaha mencari suspek kini giat dijalankan. – Sinar Harian Online
TOP
Adam Adli Didapati Bersalah, Sempat tweet "GUILTY"
KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Adam Adli Abd Halim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini didapati bersalah atas pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada Mei 2013.
Peguam beliau N Surendran dan Latheefa Koya merayu agar Adam Adli dikenakan hukuman denda dan bukan penjara.
Adam dihukum penjara 12 bulan.
Pihak pendakwa raya memohon "hukuman yang setimpal".
Adam Adli sempat tweet dengan berkata "guilty" (bersalah).
Antara reaksi awalnya menyatakan perbezaan pendapat kini merupakan satu jenayah menurut pandangan pihak pendakwaraya.
Adam Adli, 25, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur pada 13 Mei lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15). - Astro Awani
TOP
Keputusan Liga Europa
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Europa:
Sevilla FC 2 - 0 Feyenoord
Standard Liège 2 - 0 NK Rijeka
Everton 4 - 1 VfL Wolfsburg
Lille OSC 1 - 1 FK Krasnodar
Napoli 3 - 1 Sparta Prague
BSC Young Boys 5 - 0 Slovan Bratislava
Rio Ave FC 0 - 3 Dynamo Kiev
Steaua Bucharest 6 - 0 AaB
Fiorentina 3 - 0 En Avant Guingamp
PAOK 6 - 1 Dinamo Minsk
Legia Warszawa 1 - 0 Lokeren
Metalist Kharkiv 1 - 2 Trabzonspor
Apollon Limassol 3 - 2 FC Zürich
Borussia M’gladbach 1 - 1 Villarreal CF
FC Copenhagen 2 - 0 HJK
Club Brugge 0 - 0 Torino
Besiktas 1 - 1 Asteras Tripolis
Partizan Belgrade 0 - 0 Tottenham Hotspur
Dinamo Zagreb 5 - 1 FC Astra
Red Bull Salzburg 2 - 2 Celtic
Panathinaikos 1 - 2 Dinamo Moscow
PSV 1 - 0 GD Estoril Praia
Dnipro Dnipropetrovsk 0 - 1 Internazionale
Qarabag Agdam 0 - 0 Saint-Etienne
- mstar

Masjid Sesat Dirasmi - Azan Dalam Bahasa Inggeris, Wanita & Lelaki Satu Saf
RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.
Cape Town: Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini. Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay. Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ. Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata. Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang. “Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya. Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan. Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid. “Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC,” kata Riad. Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini. Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya. Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki. Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu. Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali. - Agensi

Skuad Bom Dipanggil Musnahkan Koleksi Peribadi Bom Perang Milik Seorang Lelaki
LONDON - Skuad pemusnah bom Britain terpaksa dipanggil bagi meletupkan bahan letupan peninggalan Perang Dunia Pertama dan Kedua selepas polis menemui senjata api, peluru dan bom dalam jumlah yang banyak dari garaj sebuah rumah di St Albans, di daerah Hertfordshire, kelmarin.
Bahan itu diletupkan di sebuah padang kosong tidak jauh dari rumah semi-D milik Alan Tissington, semalam selepas polis mengarahkan jiran-jiran lelaki itu supaya mengosongkan kediaman mereka.
Mail Online melaporkan, polis terdahulu menahan seorang lelaki berumur 48 tahun selepas dia dipercayai mencuri bahan letupan tersebut dari sebuah kem tahanan perang di United Kingdom.
Tissington menurut jirannya merupakan seorang peminat bahan-bahan ketenteraan yang mengembara di seluruh Britain dan Eropah bagi mengumpul koleksi tersebut.
Robot pemusnah bom turut dikerahkan ke rumah itu pagi semalam selepas polis menemui sejumlah koleksi tinggalan perang termasuk senjata api, peluru artileri, peluru mortar, topeng gas dan uniform tentera semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Selain polis dan pegawai tentera, usaha memusnahkan bom itu turut melibatkan pakar-pakar dari English Heritage yang menjalankan pemeriksaan ke atas kawasan rumah tersebut.
Polis Hertfordshire berkata, serbuan itu tidak ada kaitan dengan keganasan.
Mereka perlu berada di rumah itu bagi tempoh 48 jam bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar selamat.
"Rampasan ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan melibatkan proses yang panjang. Ia adalah koleksi senjata yang amat banyak, namun ia tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai,'' kata Ketua Inspektor Polis Hertfordshire, Ken Townsend. - Agensi
TOP
Anak Lembu Berwajah Manusia?
mazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.
Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.
“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.
“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.
MUKA anak lembu yang dikatakan seperti manusia.
MUKA anak lembu yang dikatakan seperti manusia.
Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.
Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.
“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi
TOP
Isteri Pengsan Kepala Dihentak Kayu oleh Perompak
Seremban: “Selepas isteri dihentak dengan kayu di kepala, saya merayu kepada perompak terbabit supaya tidak mengapa-apakan lagi isteri kerana saya mahu menghantarnya ke hospital.
“Saya bersyukur kerana rayuan itu didengari sebelum mereka memecah masuk rumah jiran,” kata warga emas, Tan Chee Boon, 76, menceritakan detik cemas dialaminya apabila kediamannya di Taman Rasah Jaya, Fasa 1, di sini, dipecah masuk perompak, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Tan berkata, dia dan isterinya, Choi Ah Kiau, 75, tidur di bilik utama sebelum terjaga sebaik terdengar bunyi di bumbung rumah.
Katanya, dia dan isteri ke dapur untuk membuat pemeriksaan sebelum terkejut melihat kehadiran seorang lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka melalui bumbung.
“Melihatkan lelaki itu memegang besi, saya menyambar sebatang kayu di dapur dan ingin melawannya.
Namun, cubaan itu gagal apabila saya dipukul di lengan kiri manakala isteri dihentak di kepala,” katanya.
Menurutnya, selepas dihentak, isterinya pengsan dan dia merayu supaya perompak itu tidak mengapa-apakannya lagi sebelum suspek mengambil telefon bimbit serta RM300 dan melarikan diri.
Menurutnya, dia meninjau menerusi tingkap dan mendapati dua lelaki bermotosikal turut menunggu di luar rumahnya.
“Ketika itu, saya ternampak tiga lelaki terbabit menuju rumah jiran bertentangan rumah saya,” katanya.
Tan berkata, dia membawa isterinya ke Hospital Tuanku Ja’afar dan mangsa menerima sembilan jahitan di kepala akibat kecederaan dialaminya. ─ myMetro online
TOP
Pegawai Polis Perkosa Suspek Kes Curi Ketika Sedang Tidur di Balai Polis Petaling
Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek.
Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap.
Sumber memberitahu, sebaik tiba di bilik suspek, mangsa diarahkan baring di sofa di pejabat suspek sebelum mangsa dikatakan dirogol ketika tidur.
“Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur,” katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian.
Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. - Siakapkeli
TOP
Wanita Mangaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan IS
Salah satu gambar yang dimuatnaik di laman blog tumblr 'diary-of-a-muhajirah.tumblr.com'.
PETALING JAYA: Seorang wanita berusia 26 tahun yang mengaku rakyat Malaysia menggemparkan media sosial apabia dia selalu mengemas kini pengalamannya sebagai 'Muhajirah' di laman Facebook, Tumblr dan akaun Twitter.
kebanyakan status yang dimuatnaiknya itu dikumpul oleh media sosial dari Amerika, Buzzfeed dan berdasarkan maklumat tersebut, wanita itu merupakan seorang doktor yang pergi ke Syria dan terlibat dengan perkahwinan rancang dengan anggota militan Negara Islam (IS). "Saya Muhajirah, boleh bercakap Urdu dan Hindi dan sebab itulah sesetengah 'sisters' mengalu-alukan saya ke sini...dengan filem dan tajuk lagu. Saya dari Malaysia," jelasnya di laman Twitter @BirdOfJannah pada 11 Ogos lalu.
Di laman facebook miliknya, wanita ini mendakwa kedatangannya ke Syria kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat di sana kerana dia adalah seorang doktor. "Saya melakukan hijrah ke Syria dan ibu bapa saya tidak bersama, tetapi mereka 'okay' dengan keputusan saya," komennya di laman Facebook. Selepas dua bulan di Syria, dia terfikir untuk berkahwin kerana baginya amat sukar hidup bersendirian dan telah diperkenalkan dengan seorang Moroccan oleh teman serumahnya di Syria. "Satu malam, kawan baik saya telah mengetuk pintu dan belum pun sempat saya menjawab apa-apa, dia telah membuka pintu dan melompat ke atas saya. "Dia memberitahu bahawa suaminya telah bercakap dengan kawannya, dan kawan suaminya itu telah bersutuju untuk berkahwin dengan saya walaupun tidak berjumpa terlebih dahulu. "Saya berasa hairan, dan memberitahunya saya bersetuju untuk berkahwin. Dia memeluk saya dan menangis serta berkata betapa gembiranya dengan keputusan saya ini. Saya merasakan dia berkelakuan seperti ibu saya dan itu merupakan malam yang emosi," jelasnya yang dikongsi di tumblr blog, Diary of A Muhajirah. Shams dan suaminya tidak bercakap pada hari perkahwinannya yang mana difahamkan itu adalah arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi dan mereka perlu memuat turun kamus di aplikasi telefon untuk bercakap pada awal perkahwinan mereka. "Suami dan saya, adalah sangat berbeza. Kami dari dua benua yang berbeza dan bercakap dan bahasa yang berlainan. Bahasa arab saya sangat teruk, manakala dia sangat fasih berbahasa arab dan Perancis. "Saya masih ingat kami memuat turun aplikasi kamus di telefon bimbit dan ia sangat membantu. Apa yang penting adalah hati," jelasnya di laman Facebook sebelum memadamnya. Selepas empat hari perkahwinannya, dia baharu tersedar dia berkahwin dengan seorang Mujaheed dan perlu berdepan dengan realiti apabila suami kawannya meninggal dunia ketika berperang. Dia juga turut memuatnaik kata-kata dari suaminya di laman Facebook "Jihad adalah isteri nombor satu, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap kamu faham."- mstar

Rakan Dedah Kisah Eunhyuk (Super Junior) Cuci Ketiak
ANGGOTA Super Junior iaitu Kyuhyun menceritakan kisah lucu dan memalukan temannya yang juga anggota kumpulan berkenaan iaitu Eunhyuk pada satu program televisyen popular Star Gizing.
Kedua-dua mereka yang menjadi tetamu akhir program itu bergurau sambil mendedahkan pernah ternampak Eunhyuk mencuci ketiaknya di dalam tandas sebuah stesen televisyen.
Kyuhyun mengakui perkara yang tidak disengajakan itu membuatkan dia sentiasa teringat-ingat terutama apabila memandang wajah rakannya itu.
"Setiap kali saya terpandang wajah dia, pasti saya akan ingat apa yang dilakukan di dalam tandas itu," ujarnya.
Eunhyuk yang juga anggota termuda kumpulan itu hanya mampu ketawa dengan pendedahan tersebut.- mstar
TOP
Rumah Tangga Avril Lavigne Berantakan Lagi
Avril Lavigne dan Chad Kroeger.
PENYANYI Avril Lavigne nampaknya kembali berhadapan dengan masalah sulit apabila rumah tangganya dengan vokalis Nickleback, Chad Kroeger sedang berada di hujung tanduk. Menurut laporan US Weekly, pasangan itu difahamkan tidak mahu mengalah antara satu sama lain sehingga menimbulkan pertengkaran hampir setiap hari. "Sudah berakhir. Chad dilihat berada di Los Angeles dan mengatakan kepada rakannya bahawa mereka sedang dalam proses cerai," kata sumber. Dalam pada itu, ramai yang terkejut dengan berita itu tetapi rakan-rakan Avril sejak dari awal lagi kurang senang dengan Chad yang dianggap tidak mempunyai adab apabila melayani wanita. Ogos lalu, pasangan itu masih lagi dilihat mesra malah Avril sempat memuat naik foto bersama Chad yang sedang meraikan ulang tahun mereka yang pertama di Instagram. Sehingga kini pasangan itu mahupun jurucakap mereka tidak memberi sebarang kenyatan berhubung perkara itu.- mstar

Tindakan Kepada Pihak Yang Cuba Bawa Keluar Sabah, Sarawak - KPN
KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan pihak terbabit yang cuba mencetuskan pelbagai provokosi dan hasutan dalam media massa adalah mencabar Perlembagaan Negara.
"Mereka secara terbuka berkempen dan menyokong agenda untuk membawa isu itu dengan cara memansuhkan perjanjian Malaysia 1963 yang didakwa meminggirkan hak-hak Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Golongan itu turut mengugut untuk mengaitkan Kerajaan Britain dalam isu berkenaan kerana didakwa bertanggungjawab mengikat kedua-dua negeri itu di dalam perjanjian itu.
Menurutnya tindakan mereka boleh menggugat ketenteraman awamyang akan menghancurkan perpaduan dan kedaulatan negara.
Khalid menasihati pihak terbabit supaya tidak memainkan isu-isu sensitif dengan provokasi serta hasutan yang boleh menyebabkan berlakunya sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan Perlembagaan.
Selasa lepas, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyelar pihak terbabit dengan menganggap cadangan mereka untuk membawa keluar Sarawak danSabah daripada Persekutuan Malaysia sebagai idea bodoh.
Pada 10 September lepas, tiga lelaki termasuk seorang pendatang tanpa izin warga Filipina yang dikaitkan dengan usaha pihak tertentu membawa keluar Sabah dari Malaysia, diperintahkan menjalani tahanan di pusat pemulihan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.- mstar
TOP
21 Perkara Tentang Scotland Yang Merdeka Yang Perlu Anda Tahu
Bendera Scotland (kiri) berkibar bersebelahan dengan bendera kesatuan United Kingdom di ibu kota London. Rakyat Scotland keluar mengundi pada Khamis, 18 September 2014 untuk membuat penentuan sama ada memerintah sendiri atau kekal dalam Great Britain. Scotland bersama-sama England, wales dan Ireland Utara membentuk sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Great Britain, 307 tahun yang lalu.
LONDON: Jika Scotland mengundi untuk memerintah sendiri dalam referendum pada Khamis, apakah perubahan yang akan berlaku dan apakah kesannya ke atas kesatuan United Kingdom of Great Britain yang telah bertahan selama 307 tahun?
Berikut adalah jawapannya;
1. Kewarganegaraan: Semua warga Britain yang bermastautin di wilayah Scotland secara automatiknya akan menjadi warganegara Scotland jika hasil referendum mendapati majoriti memilih untuk memerintah sendiri dan keluar dari kesatuan UK. Mereka kemudiannya akan layak untuk memohon pasport Scottish walaupun mereka dilahirkan di England, Wales atau Ireland Utara iaitu tiga lagi anggota kesatuan.Bagaimanapun mereka yang sudah pun memiliki pasport UK tidak akan dipaksa untuk menukar kepada pasport Scottish.Namun begitu, kerajaan UK berhak menentukan sama ada untuk membenarkan warganya memegang dua kewarganegaraan Britain dan Scotland.
2. Status United Kingdom: Walaupun Scotland memilih untuk merdeka, tetapi England, wales dan Ireland Utara akan terus dikenali sebagai ‘The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland’.
3. Keahlian Kesatuan Eropah: Tidak ada siapa yang boleh memberi jawapan apakah Scotland akan diterima secara automatik sebagai anggota Kesatuan Eropah jika mereka memilih untuk merdeka. Ini kerana jika anggota-anggota kesatuan membenarkan Scotland menyertai mereka, ia seolah-olah memberi lampu hijau kepada gerakan pemisah di negara-negara seperti Sepanyol dan Belgium untuk menuntut hak yang sama.
4. Yuran pelajar: Apakah pelajar-pelajar Inggeris, Welsh dan Irish akan dikenakan yuran sebagai pelajar luar di universiti-universiti Scotland? Buat masa ini tidak kerana Scotland adalah sebahagian dari kesatuan UK tetapi tiada siapa yang tahu jika Scotland memilih untuk merdeka.
5. Stesen Penyiaran BBC: Jika merdeka, Scotland mahu menubuhkan stesen penyiaran mereka sendiri iaitu 'the Scottish Broadcasting Service' atau SBS. Sebagai permulaan SBS mahu mengambil alih aset BBC Scotland dengan bayaran £320 juta ke atas lesen dan juga BBC output. Tetapi tiada siapa yang dapat memberi jawapan sama ada Scotland perlu membayar yuran hak penyiaran untuk program-program popular seperti 'Top Gear', 'Strictly' dan 'Eastenders'.
6. Sukan Olimpik: Naib Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa, Sir Craig Reedie menegaskan untuk jangka panjang Scotland boleh menyertai Sukan Olimpik tetapi sudah terlalu lewat untuk menngambil bahagian dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
7. Nilai matawang: Tiada siapa yang tahu jenis matawang apakah yang bakal digunakan oleh Scotland yang merdeka. Para pemimpin pro-kemerdekaan tidak dapat memberi kata putus mengenai perkara ini.
8. Angkatan tentera: Scotland perlu membentuk angkatan tenteranya sendiri. Mereka sudah pun menetapkan bajet sebanyak £2.5 bilion untuk pasukan pertahanan berbanding £34 bilion oleh kerajaan UK sekarang. Ini bermakna dengan bajet serendah itu, angkatan tentera Scotland hanya boleh berfungsi pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Jumlah askar pula ditetapkan seramai 3,500 anggota buat permulaan manakala angkatan udara mereka akan memperolehi 12 jet pejuang canggih Typhoon daripada angkatan udara Britain, enam buah pesawat pengangkut Hercules dan satu skuadron helikopter dengan kekuatan 2,000 anggota. Mana-mana warga Scotland yang kini sedang berkhidmat dalam angkatan tentera Britain akan diberi peluang untuk memilih sama ada untuk terus kekal bersama pasukan Britain atau pulang berkhidmat di Scotland.
9. Senjata nuklear: Buat masa ini terdapat enam kapal selam berkuasa nuklear milik tentera British berpangkalan di Faslane, Scotland. kedua-dua belah pihak masih tidak dapat menentukan di manakah kapalselam berkenaan akan ditempatkan jika Scotland memilih untuk tidak membenarkan ia beroperasi dari pangkalan berkenaan.
10. Bank: Buat masa ini boleh dikatakan kesemua bank yang beroperasi dari Scotland seperti the Royal Bank of Scotland mengancam untuk menarik keluar operasi dan berpindah ke England sepenuhnya kerana Scotland tidak memiliki mata wang sendiri dan bank pusat. Jika ini berlaku tidak kurang dari 15,000 orang akan hilang pekerjaan jika Scotland memilih untuk merdeka.
11. Ahli parlimen Scotland: Buat masa ini ahli-ahli parlimen dari Scotland merupakan sebahagian dari Dewan Rakyat Britain tetapi hanya sehingga Mac 2016 apabila pemerintahan sendiri berkuatkuasa sepenuhnya di Scotland jika mereka memilih untuk merdeka.
12. Bendera Union Jack: Tiada keputusan muktamad apakah bendera Britain akan bertukar wajah jika Scotland merdeka tetapi ada yang mengesyorkan supaya ia dikekalkan untuk mewakili bangsa Scotland yang memilih untuk terus menjadi warga UK.
13. Ketua negara: Bangsa Scotland yang merdeka tidak berhasrat untuk membuang Ratu dan warisnya sebagai ketua negara. Mereka mahu terus kekal di bawah naungan Ratu.
14. Populasi: Jika Scotland memutuskan untuk berpisah, ini bermakna dominasi bangsa Inggeris akan meningkat dari 84 peratus sekarang kepada 92 peratus dari segi populasi.
15. Sertai semula UK: Bolehkah Scotland menyertai semula kesatuan UK jika mereka berpisah sekarang? Kerajaan Britain memberi amaran jika mereka berpisah sekarang, Scotland tidak akan diterima semula sebagai anggota kesatuan pada masa akan datang. Sejarah menunjukkan, tidak ada satu pun daripada 140 buah negara baru yang muncul selepas Perang Dunia Kedua kembali ke negara asal mereka.
16. Lesen memandu: Pemegang lesen memandu UK akan diterima sebagai lesen yang sah di bawah Scotland yang merdeka sementara pembentukan agensi baru yang mengendalikan pengeluaran lesen.
17. Ahli sukan: Ahli sukan diberi hak untuk memilih mewakili negara mana jika Scotland memutuskan untuk memerintah sendiri.
18. Perkhidmatan kereta api dan bas: Akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
19. Produk tempatan: Tidak akan dilabelkan sebagai 'produk UK' lagi selepas kemerdekaan. Sebaliknya akan menggunakan label 'Produk Scotland.' Bagaimanapun pemilik diberi kebebasan untuk meneruskan dengan label yang mereka suka.
20. Harta intelektual: Masih belum ada jawapan yang pasti kerana keanggotaan Scotland yang merdeka di bawah Kesatuan Eropah masih belum muktamad.
21. Pilihan raya umum: Pilihan raya umum Britain dijadualkan berlangsung pada Mei tahun hadapan. Kemerdekaan sepenuhnya untuk Scotland jika mereka mengundi untuk memerintah sendiri hanya akan berkuatkuasa mulai Mac 2016. Ini bermakna jika pilihan raya umum tidak ditangguh dan diteruskan juga tahun depan, rakyat Scotland masih perlu mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi Parlimen UK. Buat masa ini Scotland diwakili oleh 59 wakil rakyat dalam Parlimen UK. Bagaimanapun setahun selepas itu wakil rakyat ini dari sudut perundangan tidak sah mewakili kawasan masing-masing di Parlimen UK melainkan mereka diserap secara automatik ke dalam Parlimen Scotland yang baru.

Ranking FIFA: Malaysia Di Tangga Ke-154 Dunia
KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak dunia bagi September tidak terjejas walaupun tewas 0-2 kepada Indonesia dalam aksi persahabatan di Surabaya, Indonesia pada Ahad lepas.
Berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (Fifa) pada Khamis, skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh meningkat ke kedudukan ke-154 dunia berbanding tempat ke-155 dunia pada Ogos.
Malaysia berada di tangga ke-154 pada Januari, 150 (Februari), 141 (Mac),142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun) dan ke-151 dunia pada Julai.
Kedudukan terbaharu itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Korea Utara (150), Kyrgyzstan (151), Guyana (153) danPuerto Rico yang berada pada ranking ke-157 dunia.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal berada di tangga kelima di belakang Filipina (134), Vietnam (142), Myanmar (143) dan Singapura (149).
Di peringkat Asia, Malaysia bagaimanapun naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-28 daripada 46 negara.
Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pula mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,765 mata manakala Argentina berada ditangga kedua selepas mengutip 1,631 mata.
Wakil Amerika Selatan, Colombia yang sebelum ini berada di tangga keempat, merampas tangga ketiga daripada Belanda selepas mengumpul 1,488 mata.
Belanda turun satu anak tangga ke kedudukan keempat dengan jumlah 1,456 mata.
Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara.- mstar
TOP
Positif dadah, Pingat Emas Olahragawati Sukma Perlis Ditarik Balik
KUALA LUMPUR: Pingat emas yang dimenangi Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014 Jenilie Empera dalam acara angkat berat wanita tidak melebihi 75kg, ditarik balik selepas beliau didapati mengambil dadah terlarang jenis steroid.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata keputusan penarikan pingat itu dibuat selepas ujian ke atas dua sampel darah yang diambil daripada atlet itu didapati mengandungi steroid.
Beliau berkata sampel A dan B yang didapati positif, telah diuji masing-masing pada Julai dan akhir Ogos lepas di India memandangkan Malaysia tidak mempunyai makmal bertauliah bagi melakukan ujian doping atlet.
"Setelah sampel A didapati positif, beliau (Jenilie) membuat bantahan terhadap keputusan itu.
"Kemudian, kita lakukan ujian ke atas sampel B dan ia juga menunjukkan kesan positif dadah yang tidak dibenarkan...ia adalah steroid," katanya kepada Bernama di Wisma Bernama pada Khamis.
Terdahulu, beliau menjadi tetamu dalam program Dalam Radar terbitan Bernama Radio 24 yang dihoskan oleh Zulkifli Bujang dan Shuhada Armawan yang membincangkan tajuk 'Politik, Sukan dan Fit Malaysia.
Khairy berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak bagi mengambil tindakan disiplin ke atas Jenilie kerana atlet berkenaan adalah di bawah tanggungjawab mereka.
"Hanya persatuan sukan atlet itu sahaja yang boleh mengambil tindakan disiplin pertama...(Majlis Sukan Negeri Sarawak) akan diberi keputusan itu daripada Agensi Anti Dadah Malaysia (Adamas)," katanya.
Beliau menegaskan Kementerian Belia dan Sukan akan meminta penganjur Sukma mengadakan pemeriksaan doping ke atas atlet bertanding bagi memastikan objektif Sukma dalam melahirkan bakat-bakat muda berpotensi tidak terjejas.
Jenilie dipilih sebagai Olahragawati Sukma Perlis 2014 selepas memperbaharui dua rekod Sukma dalam acara angkat berat wanita tidak melebihi 75kg.
Beliau membuat angkatan sebanyak 85kg yang mengatasi rekod 84kg milik Nur Jannah Batrisyah dari Johor pada Sukma Melaka 2010 dalam kategori Snatch selain turut mencatat angkatan 107kg bagi memadam rekod 106kg milik Nur Jannah,dalam kategori Clean and Jerk. - mstar
TOP
Ole Gunnar Solskjaer Tinggalkan Cardiff City
> Selepas lapan bulan, Ole Gunnar Solskjaer tinggalkan Cardiff
> Solskjaer bertemu Pengerusi Mehmet Dalman pada Rabu
> Cardiff hanya menang lima dari 25 perlawanan di bawah Solskjaer
> Kekalahan di tangan Middlesbrough adalah pukulan terakhir
> Cardiff kini duduk di tangga ke-17 liga
> Solskjaer ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Vincent Tan di atas peluang
> Cardiff kini mahukan pengurus Dundee United, Paul Hartley sebagai penganti
> Tony Pulis, Glenn Roeder dan Craig Bellamy juga turut dipertimbangkan
> Danny Gabbidon dan jurulatih akademi Scott Young ambil alih buat sementara
LEGENDA Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membuat keputusan untuk meninggalkan Cardiff City secara persetujuan bersama dengan kelab itu selepas hanya lapan bulan mengambil alih jawatan sebagai pengurus.
'Pukulan' terakhir buat Solskjaer ialah apabila kelab itu tewas di tangan Middlesbrough 0-1 di tempat sendiri yang menyebabkan Cardiff tercorot di tangga ke-17 Liga Kejuaraan. Solskjaer, 41, telah diminta ke London pada Rabu pagi untuk bertemu dengan pengerusi Cardiff, Mehmet Dalman yang atas arahan pemilik kelab iaitu taikun dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, memulakan rundingan pampasan dengan bintang dari Norway itu. Bekas bintang Manchester United itu kemudiannya berkata; "Perbezaan falsafah tentang bagaimana kelab itu harus ditadbir menjadi punca mengapa saya memutuskan untuk mengundurkan diri." Keputusan Solskjaer untuk mengundur diri itu muncul pada hari yang sama Dundee United mengumumkan bahawa pengurus mereka, Paul Hartley, tidak akan meninggalkan kelab dari Scotland itu berikutan spekulasi yang bertiup kencang yang dia menjadi sasaran Cardiff. Seorang lagi calon penganti yang disebut-sebut iaitu Tony Pulis dipetik sebagai berkata yang dia tidak dihubungi oleh mana-mana wakil Cardiff berhubung jawatan tersebut. Bagaimanapun Solskjaer berkata yang dia berterima kasih kepada Vincent Tan kerana memberi peluang kepadanya untuk mengurus kelab berkenaan dalam tempoh lapan bulan ini. "Saya sangat-sangat memandang tinggi kepadanya dan juga pengerusi Cardiff Mehmet Dalman yang merupakan seorang rakan yang setia," ujar Solskjaer lagi. Cardiff mengesahkan yang Danny Gabbidon, yang telah kembali ke kelab tersebut sebagai pemain-jurulatih bulan ini sebagai pengendali sementara dan dibantu oleh jurulatih akademi, Scott Young untuk menyiapkan pasukan menentang Derby County Sabtu ini. Sementara itu Vincent Tan dalam kenyataan medianya berkata: "Ole dilantik oleh Cardiff City sebagai pengurus dengan harapan dia boleh menyelamatkan pasukan ini daripada tersingkir dari Liga Perdana musim lalu. Malangnya itu tidak berlaku tetapi saya memutuskan untuk terus mengekalkannya sebagai pengurus kami semusim lagi. Tetapi keputusan yang dicapai sejak akhir-akhir ini tidak lagi menjustifikasikan Ole untuk meneruskan tugasnya sebagai pengurus Cardiff. Dengan itu Ole membuat keputusan untuk mengundur diri dan saya menerima keputusannya itu. "Sepanjang pengenalan saya dengannya, saya dapati dia adalah seorang yang bukan sahaja jujur tetapi pada masa yang sama seorang yang profesional yang sentiasa bekerja keras. selagi saya masih lagi menjadi pemilik kelab ini, Ole dan seluruh ahli keluarganya sentiasa dialu-alukan ke stadium kami sebagai tetamu kehormat saya. Kami kini dalam proses mencari pengantinya." Apa yang menariknya ialah, ketika Cardiff memecat pengurus sebelum ini iaitu Malky Mackay, mereka berada di tangga ke-17 liga sama sepertimana apa yang berlaku kepada Solskjaer. Keseluruhannya Cardiff hanya menang lima daripada 25 perlawanan di bawah kendalian Solskjaer. Cardiff telah membelanjakan sekitar £16 juta ke atas 17 pemain baru sejak Solskjaer mengambil alih. Tetapi Solskjaer dikatakan seorang yang tidak dapat memastikan formasi apakah yang terbaik untuk pasukannya dan dalam setiap perlawanan sentiasa menukar pemain dan posisi sehingga mencetuskan tanda tangan kepada pihak pengurusan kelab. Pasukannya hanya berjaya menjaringkan lapan gol musim ini.- mstar

Misi Buru Pingat Sukan Asia Bermula
INCHEON: Sebaik tirai temasya Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan dibuka pada Jumaat, tumpuan negara pastinya kepada kemampuan atlet Malaysia mencapai sasaran lapan pingat emas yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Bagi warga sukan, sudah pastinya seluruh anggota kontinjen mahu memadam episod duka Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan menggantikan dengan kisah baru bagi mengembalikan imej sukan negara.
Selain itu, turut dibawa bersama cabaran negara kali ini adalah matlamat mencipta sedikit keceriaan kepada tanah air yang dilanda beberapa tragedi menyayat hati termasuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dantragedi MH17.
Diketuai Datuk Daniyal Balagopal Abdullah, kontinjen negara yang terdiri daripada 280 atlet dan 141 pegawai akan memulakan aksi memburu pingat dalam 25 daripada 36 acara sukan yang dipertandingkan bermula 20 September ini.
Kontinjen negara menyertai acara memanah, olahraga, badminton, boling, akuatik, terjun, tinju, angkat berat, kriket, berbasikal, ekuestrian, golf,gimnastik, hoki, kabaddi, karate, ragbi, pelayaran, sepak takraw, menembak, skuasy, ping pong, taekwondo, bola tampar pantai dan wushu.
Atlet negara bakal memulakan aksi memburu pingat pada 20 September dalam beberapa acara termasuk berbasikal trek, wushu, menembak dan renang berirama.
Walaupun sasaran lapan pingat emas, yang lebih rendah daripada pencapaian di Guangzhou, China pada 2010, namun bagi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan semua pentadbiran sukan termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan MOM, ia sasaran yang bertanggungjawab dan realistik.
Sasaran dilakukan berdasarkan penilaian prestasi terkini para atlet kebangsaan serta kekuatan pihak lawan masing-masing, di samping meletakkan sasaran kepada beberapa sukan bukan tradisi pingat emas yang dilihat mampudicapai atlet bertanding.
Selain mencapai sasaran pingat, kontinjen negara juga dipertanggungjawabkan membawa pulang keputusan memberangsangkan dalam pencapaian rekod peribadi masing-masing yang telah diberikan kayu ukur oleh badan pengurusan sukan.
Ini bermakna tidak ada lagi istilah 'makan angin' kepada semua atlet negara kerana masing-masing perlu kembali ke tanah air walaupun tanpa pingat, mereka diharuskan membentangkan prestasi yang dicapai untuk masa depan kerjaya sebagai atlet negara.
Sepanjang penyertaan di Sukan Asia, kontinjen Malaysia meraih empat pingat emas di Hiroshima, Jepun (1994), lima emas di Bangkok, Thailand (1998), enam emas di Busan, Korea Selatan (2002), lapan emas di Doha, Qatar (2006) dan sembilan emas di Guangzhou, China (2010) yang juga adalah pencapaian terbaik negara.
Acara skuasy menjadi penyumbang pingat terbaik di Guangzhou dengan tiga pingat emas, satu perak dan dua gangsa dan diikuti karate (2 emas, 2 perak 1 gangsa) dan bowling (2-1-1).
Temasya ke-17 ini yang bermula dari 19 Sept hingga 4 Okt adalah yang ketiga buat Korea Selatan selaku tuan rumah selepas 1986 di Seoul dan 2002 di Busan dengan mempertandingkan 439 acara terdiri daripada 230 lelaki dan 196 wanita serta 13 campuran/terbuka.
Temasya ini bermula dengan upacara perasmian esok di Incheon Asiad Main Stadium membabitkan hampir 13,000 atlet dan pegawai dan turut mendapat liputan meluas hampir 7,000 media elektronik dan cetak daripada 45 negara peserta.
Terdapat sebanyak 49 venue pertandingan dan 48 venue latihan bakal digunakan sepanjang temasya berlangsung.
Sepuluh venue pertandingan bakal diadakan dienam bandar di daerah Gyeonggi manakala dua venue pertandingan di Chungju dan Seoul dan selebihnya di Incheon.
Slogan untuk temasya Sukan Asia 2014 adalah 'Diversity Shines Here' (Kepelbagaian Bersinar Di Sini) yang mengetengahkan kepentingan kepelbagaiannegara Asia yang indah dengan sejarah, budaya dan agama.
Maskot temasya Sukan Asia kali ini adalah tiga ekor anjing laut yang dinamakan Barame, Chumuro dan Vichuan.- mstar
TOP
Pelajar UiTM Shah Alam Maut Dilanggar Kereta Dalam Kampus
Seorang pelajar UiTM Shah Alam maut dikatakan dirempuh oleh sebuah kereta Volkswagen Passat ketika dalam perjalanan balik dari kelas petang tadi.
Sumber mengatakan kereta tersebut dipandu oleh seorang pensyarah dan telah pitam ketika memandu disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan dipercayai telah tertekan pedal pemencut.
Mangsa, Fatin Farah Faraddia , merupakan seorang pelajar Fakulti Sukan di Universiti berkenaan.
Kejadian terjadi di berdekatan dengan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dikatakan juga jalan di kawasan tersebut sememangnya sedikit berbahaya.
Al-Fatihah kepada arwah dan kepada semua yang mengenalinya, tabahkan hati anda. Benar kata orang, maut tidak mengenal tempat... - SiakapKeli.com
Update : Mangsa merupakan seorang penuntut berusia 20 tahun UiTM Shah Alam. Kejadian berlaku pada 5.30 petang setelah mangsa baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.
Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pensyarah wanita. Mangsa meninggal dunia 7.30 malam selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman.
Pensyarah yang terlibat dikatakan mempunyai masalah kesihatan, menyebabkan beliau pengsan dan tertekan minyak sebelum merempuh mangsa.

UPSR BOCOR: Hanya Guru Sekolah Yang Terlibat – Zahid
PUTRAJAYA: Anggota polis membawa dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris yang menjadikan jumlah tangkapan seramai 12 orang setakat ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA – Kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan serangkaian guru-guru sekolah dan bukan sindiket jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada guru-guru yang ditahan polis sebelum ini berhubung kes kebocoran itu mempunyai hubungan antara satu sama lain. “Kita dah tahan beberapa individu dan apa yang diperoleh polis adalah mereka ini terlibat dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah. “Berdasarkan maklumat dari siasatan yang telah dilakukan, ia melibatkan hanya individu tetapi ada kemungkinan rangkaian dalam kalangan mereka untuk beri kemudahan menjawab soalan kepada kumpulan tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Palestin Mej Jen Hazim Atallah di pejabatnya di sini, hari ini. Menteri itu mengesahkan akan ada lagi tangkapan baharu berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik. “Tangkapan lain ada…tidak libatkan VIP tetapi warga pendidik iaitu guru sekolah dan guru besar dan rangkaian ini dalam kalangan mereka sahaja…kita juga akan siasat sama ada individu yang sama melakukan kebocoran pada tahun-tahun sebelum ini,” katanya. Setakat semalam, polis telah menahan 12 individu terdiri daripada 10 guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas peperiksaan itu manakala 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan. Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. Sementara itu semasa diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang mempertikaikan lagu kebangsaan Negaraku dimainkan di panggung wayang, Ahmad Zahid berkata beliau seharusnya menghormati lagu kebangsaan. “Adakah dia anggap Malaysia sama taraf dengan komunis…dia sebagai ahli politik biarpun berbeza parti dia patut hormat lagu itu. Dia patut tahu bezakan pegangan politik dan ketaatan kepada negara apatah lagu itu lagu kebangsaan. ”Saya sukacita apabila dia tarik balik dan memohon maaf bermakna dia ada kesedaran atas kesalahan yang dilakukannya,” katanya. Chong baru-baru ini didakwa mempertikaikan lagu Negaraku yang dimainkan di pawagam dalam akaun Facebooknya, telah mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat sehingga membuatkan beliau akhirnya memohon maaf secara terbuka di Facebook dan menarik semula status tersebut. – Bernama

MH17: Najib Sampaikan Sijil Penghargaan Kepada Anggota Pasukan DVI M'sia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17, Datuk Dr Zahari Noh yang juga Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di Dewan Serbaguna, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Khamis. Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menyampaikan sijil penghargaan kepada 19 rakyat Malaysia yang membantu mengenal pasti mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Belanda. Kalangan penerima termasuk pakar forensik daripada Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Sijil yang ditandatangani perdana Menteri itu adalah untuk mengiktiraf jasa bakti dan sumbangan mereka dalam misi mengenal pasti jenazah nahas MH17 sebagai sebahagian anggota Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI). Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Pasukan DVI Malaysia telah membantu proses penandaan dan pemindahan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh. Selain 43 rakyat Malaysia, penumpang lain MH17 terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. Ketua Pasukan DVI Malaysia, Dr Mohd Shah Mahmood berkata, pasukan DVI Malaysia mempunyai kemahiran yang setanding dengan pasukan forensik antarabangsa yang lain. "Kelebihan pasukan DVI Malaysia adalah kita mempunyai seorang pakar tulang yang menjadi rujukan kepada pasukan forensik antarabangsa. Tulang-tulang yang dijumpai akan dirujuk kepada pasukan DVI Malaysia," katanya. Sementara itu, Brig Jen Datuk Dr Mohd Ilham Haron yang terlibat dalam proses pengambilan mayat di tapak nahas di Ukraine dan proses pengecaman, berkata pasukan DVI Malaysia mendapat pengiktirafan dari pasukan DVI antarabangsa. "Kita telah membawa peralatan yang paling moden dan juga pakar yang berpengalaman ke sana untuk melakukan proses pengecaman. "Selain itu, cabaran terbesar adalah pasukan kami mempunyai had masa untuk melakukan proses pengecaman mangsa dan pada masa melakukan yang terbaik kerana satu dunia melihat kita melakukan proses pengecaman dan kecekapan kita," katanya.- mstar

Penganggur Didakwa Rogol, Rompak Wanita Kenalan Facebook
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas tiga pertuduhan iaitu merogol, melakukan seks luar tabii dan merompak wanita yang dikenalinya melalui facebook.
Mohamad Faiz Apandi, 28, dituduh merogol mangsa yang berusia 21 tahun itu di sebuah jalan di Brickfields pada 8 malam, 23 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut dituduh melakukan seks luar tabii terhadap mangsa di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Mohamad Faiz juga dituduh merompak telefon bimbit dan wang tunai RM200 milik wanita itu dengan bersenjatakan pisau di tempat, tarikh dan waktu yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.
Hakim Azwarnida Affandi tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula bagi Mohamad Faiz melantik peguam.
Sebelum itu di Mahkamah Sesyen berlainan, Mohd Faiz menghadapi tiga lagi pertuduhan iaitu melakukan rompakan bersenjata, mencuri kereta dan satu pertuduhan pilihan memiliki harta curi iaitu sebuah kereta.
Dia dituduh merompak beg tangan Siti Hajar Mustafa, 23, bersenjatakan sebilah pisau, di Lorong Sentul Jaya, pada 4 pagi, 7 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang boleh dihukum sehingga 14 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencuri kereta Perodua Myvi milik Hamidah Yon di tempat letak kereta hadapan kedai Benneli Showroom, Jalan Ipoh antara 4 pagi dan 6 pagi hari yang sama.
Sementara bagi pertuduhan pilihan, Mohamad Faiz didakwa memiliki harta curi iaitu kereta yang sama ketika berada di tepi jalan, di hadapan Hotel YY318, Jalan Pudu, pada 6.15 pagi 29 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Azman Ahmad turut tidak membenarkan tertuduh diikat jamin danmenetapkan 7 Oktober sebutan semula.
Kesemua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad dan S. Nithia.- mstar
TOP
Anwar Minta Maaf kepada Sultan Selangor
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kenyataan mengenai konvensyen yang diamalkan dalam pemilihan menteri besar berdasarkan apa yang beliau tahu ketika bersama Barsan Nasional sebelum ini.
"Saya hanya memberitahu apa yang berlaku ketika saya bersama Umno-kerajaan Barisan Nasional. Jika ada kesilapan, saya memohon maaf kepada Sultan Selangor," jelas Anwar dalam memberi maklum balas terhadap kenyataan dari Istana Selangor yang menyifatkan dakwaan Anwar sebagai tidak tepat dan mengelirukan rakyat.
Sultan Sharafuddin menerusi Setiausaha Sulit Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan empat muka surat pada Khamis menjelaskan proses pemilihan perlantikan menteri besar ketika barisan nasional mentadbir negeri.
Munir menegur Anwar kerana tidak memberi fakta yang tepat dan membuat kenyataan yang mencemar imej Sultan.- mstar
TOP
Kuasai Inggeris Untuk Dapat Ilmu Lebih Cepat - Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Rakyat disaran menguasa bahasa Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan dengan lebih cepat agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan terkini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata menguasai bahasa Inggeris adalah penting kerana ia merupakan lingua franca yang digunakan dalam pembangunan terkini terutama dalam bidang sains dan matematik.
"Kini segala-galanya berkisar dalam konteks sains kerana semua jurnal mengenai perkembangan sains dan kajian adalah dalam bahasa Inggeris.
"Oleh itu sekiranya kita mahu maju dan setanding dengan dunia maju, kitamesti mengusai bahasa Inggeris dan mempunyai pengetahuan lengkap tentang sains dan matematik," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Malaysia-Afrika 2014 pada Rabu.
Beliau turut menekankan tentang kepentingan memahami ilmu kerana iaberkembang secara pesat dan progresif dalam dunia akademik.
"Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan bahasa sendiri, tetapi pada masa yang sama perlu berusaha menguasai bahasa Inggeris agar mereka tidak ketinggalan dalam arena antarabangsa," kata Dr Mahathir.
Persidangan sehari itu yang bertemakan 'Meningkat PenglibatanMalaysia-Afrika: Membentuk Semula Wacana Global Pendidikan dan Pembangunan 'bertujuan menyediakan ruang kepada pertukaran akademik antara ilmuan Malaysia dan Afrika menerusi hubungan dua hala dan kerjasama serantau.
Ia dianjurkan Kementerian Pendidikan menerusi Program Kajian Global Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Rangkaian Pembangunan Afrika-Asia dan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta.- mstar
TOP
Najib Isytihar Kuala Nerus Daerah Ke-8 Terengganu
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memeriksa perbarisan askar wataniah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) sewaktu tiba untuk majlis pecah tanah Hospital Pengajar UnisZA pada Khamis.
KUALA NERUS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengisytiharkan daerah Kuala Nerus sebagai daerah kelapan dalam negeri Terengganu. Beliau berkata langkah untuk menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang baharu adalah bertepatan kerana ia telah lengkap dengan kemudahan dan infrastruktur awam. "Saya rasa semua sebulat suara nak, dengan sukacitanya saya (umumkan) bahawa kerajaan telah bersetuju menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang baharu. "Maka dengan pengumuman yang amat bersejarah ini, tuan-tuan dan puan-puan di Kuala Nerus dapat dua benda iaitu dapat Hospital Pengajar UniSZA dan dapat daerah bahru," katanya sambil disambut sorakan gemuruh orang ramai yang hadir. Najib mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak di sini . Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pro-Canselor UniSZA Tan Sri Dr Mohamad Yusof Mohamed Nor dan Naib Canselor UniSZA Datuk Dr Yahaya Ibrahim. Dalam pada itu, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu atas perancangannya menerusi 'Terengganu Transformasi Baru' yang dilihat membawa lebih kemajuan kepada negeri itu. Kuala Nerus berkeluasan 39,890 hektar dengan populasi lebih 200,000, kini pesat membangun dengan kedudukannya sebagai tapak institusi pengajian tinggi, institut kemahiran dan industri di samping banyak projek perumahan serta Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Daerah lain di Terengganu ialah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Sementara itu, Ahmad Razif mengucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang bersetuju menjadikan Kuala Nerus sebagai sebuah daerah. Katanya pengumuman tersebut amat dinantikan oleh lebih 200,000 penduduk di Kuala Nerus dan sudah pastinya ia membuktikan bahawa Kuala Nerus sememangnya layak menjadi sebuah daerah baharu.- mstar

Hadi Yakin Krisis PAS-PKR-DAP Dapat Diselesaikan
BATU PAHAT: Disebalik krisis berpanjangan yang dihadapi Pakatan Rakyat berhubung isu menteri besar Selangor, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap yakin masalah itu boleh diselesaikan segera.
Menurut beliau, hubungan PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dijangka pulih selepas isu pelantikan menteri besar berjaya diselesaikan sedikit masa lagi.
"Yakin, yakin boleh selesai dengan baik. Sudah tentu kita ada jalan keluar.
"Itu masalah yang perlu diselesaikan. Umno juga ada masalah. Tak ada yang tiada masalah. Cuma macam mana kita nak selesaikan masalah itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini.
Pakatan Rakyat berhadapan krisis politik terutama membabitkan pertukaran jawatan kerusi menteri besar Selangor.
Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.
Justeru pimpinan PAS termasuk Abdul Hadi sendiri menerima 'serangan' daripada ahli dan pemimpin PKR dan DAP kerana didakwa membelakangkan Pakatan Rakyat.
Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada PKR dan DAP mengkhianati syarat tahaluf siayasi atau kerjasama politik yang diluluskan Majlis Syura Ulama PAS, Abdul Hadi berkata: "Kita mempunyai syarat yang longgar. Masing-masing boleh menganut ideologi sendiri.
"Tidak berlaku lagi (pelanggaran) perkara dasar."- mstar
TOP
Istana Selangor Tegur Anwar Buat Kenyataan Kelirukan Rakyat
KLANG: Istana Selangor menegur Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan bahawa mengemukakan hanya satu nama untuk jawatan menteri besar Selangor adalah perkara biasa.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pemilihan calon menteri besar negeri itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh perdana menteri dengan mengemukakan beberapa nama sebelum calon yang disifatkan sesuai untuk dilantik bagi memegang jawatan itu.
"Pada 2008, apabila kerajaan negeri jatuh kepada pembangkang, istana memaklumkan kepada pemimpin-pemimpin semua parti untuk mencalonkan dua nama bagi jawatan menteri besar.
"Apabila ketiga-tiga pihak sebulat suara mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga memenuhi kriteria yang dinyatakan di bawah perlembagaan Selangor, Sultan bersetuju untuk melantik beliau," kata Munir dalam satu kenyataan pada Khamis.
Selepas pilihan raya umum 2013, menyaksikan Pakatan Rakyat sekali lagi memerintah negeri itu, Munir berkata, beliau dititahkan oleh Sultan Sharafuddin untuk menulis kepada tiga parti untuk menamakan empat nama bagi jawatan menteri besar.
Beliau berkata, ini kerana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa kempen pilihan raya, menyatakan bahawa Khalid mungkin tidak dilantik semula ke jawatan tersebut.
"Walaupun istana tidak menerima calon lain untuk jawatan itu, ketiga-tiga pemimpin parti juga mencalonkan Khalid untuk mentadbir kerajaan buat kali kedua dan memandangkan beliau mempunyai hubungan baik dengan pegawai-pegawai istana, Sultan memutuskan untuk melantiknya lagi," kata kenyataan itu.
Menurut Munir, walaupun ia bukan dasar istana untuk mengeluarkan maklumat tersebut, keadaan sedemikian adalah sebagai penjelasan yang diperlukan untuk menangani kekeliruan yang berlaku.
Beliau turut menggesa Anwar supaya mendapatkan fakta yang betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
"Dia (Anwar) dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat atau menjejaskan imej Baginda," katanya.
Anwar berkata, amalan mengemukakan hanya satu nama sebagai calon menteri besar telah diikuti sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.- mstar
TOP
PKR, DAP Boikot Muktamar PAS?
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tiba pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja, Batu Pahat pada Khamis
BATU PAHAT: Keretakan hubungan di antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP dalam Pakatan Rakyat kini semakin jelas dan berlarutan apabila tiada kelibat pemimpin utama daripada kedua-dua parti berkenaan menghadiri majlis perasmian muktamar tahunan yang bermula Khamis. Malah situasi yang sama turut dilihat berlaku ketika Kongres Nasional PKR di Shah Alam pada bulan lalu apabila pemimpin tertinggi PAS juga tidak hadir bagi memberi sokongan. Pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, PKR hanya diwakili dua naib presidennya iaitu Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin sementara DAP hanya diwakili Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong. Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya berhubung perkara itu menolak dakwaan kononnya PAS diboikot. "Tak..tak...ada pemimpin mereka datang. Tak timbul (diboikot)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian muktamar. Pakatan Rakyat kini dilihat berhadapan krisis dalaman membabitkan isu menteri besar Selangor. Sejak PKR melancarkan 'Langkah Kajang' untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar awal tahun ini, PAS-PKR-DAP dilihat bergelut dalam krisis berpanjangan yang belum akhir. Sejak isu berkenaan timbul, PAS mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.- mstar

Saari, Hasnul Pertahan Tindakan Sokong Azizah, Sedia Dihukum
Hasnul Baharuddin (kiri) dan Saari Sungib.
PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menegaskan mereka berada di pihak benar dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan daripada Jawatankuasa Disiplin parti berhubung tindakan membelakangi parti dalam krisis politik di Selangor. Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengakui tiada sebarang panggilan telefon mahupun surat tunjuk sebab diberikan supaya tampil memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Datuk Wan Mutalib Embong, walaupun pelbagai amaran dan desakan dikeluarkan. "Sehingga hari ini masih tak ada sebarang panggilan telefon mahupun surat rasmi yang saya terima. Yang ada hanyalah khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan hinaan daripada pihak-pihak yang berang dengan tindakan saya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat Selangor. "Jika dipanggil saya bersiap sedia, hadir dengan membawa saksi dan peguam jika diperlukan. Saya akan memberikan penjelasan dan membela diri berhubung pendirian yang dinyatakan pada sidang media 14 Ogos lalu," kata Saari kepada mStar Online pada Khamis. Beliau turut melahirkan kenyakinan bahawa tidak gentar terhadap sebarang ancaman dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan tatatertib ke atas dirinya. "Saya yakin di pihak yang benar. Saya akan pertahankan diri...Sekali lagi saya jelaskan keputusan menandatangani SD menyatakan sokongan kepada calon menteri besar Selangor ketika itu adalah untuk menyelamatkan kedudukan PR di Selangor dan untuk mengelakkan PAS daripada bergabung dengan Umno. "Hal ini kerana, Tan Sri Khalid Ibrahim (menteri besar Selangor) mengakui beliau mempunyai majoriti ketika itu," ujarnya. Mengulas lanjut Saari turut melahirkan kenyakinan terhadap kredibiliti dan ketelusan Jawatankuasa Disiplin PAS pusat dalam menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku. "PAS sebuah parti yang adil dan telus. Keputusan presiden juga tidak mendapat sokongan semua pihak. Ingin juga saya tegaskan keputusan tandatangani SD tersebut adalah pendirian masing-masing tanpa ada pengaruh daripada mana-mana pihak," katanya. Sementara itu, Hasnul turut menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataan sebelum ini biarpun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. Beliau juga bersedia memberi penjelasan dalam isu berkenaan sekiranya dipanggil untuk memberikan keterangan dalam isu berkenaan. "Sehingga hari ini tak ada apa-apa yang saya terima daripada mereka (Jawatankuasa Disiplin). Keputusan masih sama saya berpegang kepada SD yang ditandatangani sebelum ini dan ia dibuat demi menyelamatkan Pakatan Rakyat di Selangor. Hasnul turut mengakui dirinya tidak menghadapi masalah dengan rakan-rakan Adun yang lain sejak namanya menjadi bualan pihak media. "Saya tidak ada masalah, hari ini pun saya hadir Muktamar PAS pusat ke-53 di Batu Pahat sebagai pemerhati," katanya. Pada Rabu, Dewan Ulama PAS pusat sebulat suara meluluskan usul agar parti mengambil tindakan disiplin terhadap Saari dan Hasnul kerana didakwa membelakangi keputusan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor. Wakil Dewan Ulama dilaporkan berkata sayap parti turut melihat bahawa tindakan kedua-dua Adun PAS itu boleh dikenakan tindakan termasuk dipecat daripada parti. - mstar

UPSR Bocor: 8 Ahli Jawatankuasa Bebas Diumum
Idris Jusoh.
PETALING JAYA: Seramai lapan ahli jawatankuasa bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan diumum pada Khamis berikutan isu kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014. Kesemua mereka ialah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Professionalisme Keguruan), Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin; bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi; dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Datuk Johari Jamaluddin. Selain itu, jawatankuasa bebas ini turut dianggotai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab; bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri K. Kumaran dan Setiausaha Agung NUTP & Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Peng. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerajaan memandang serius isu kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 yang disifatkan sebagai isu nasional. Sehubungan itu katanya, satu jawatankuasa bebas ditubuhkan berhubung isu tersebut. "Ahli-ahli jawatankuasa bebas ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi, dan keselamatan. "Jawatankuasa bebas ini akan mengkaji pengurusan peperiksaan UPSR dan akan memberi cadangan-cadangan penambahbaikan dari segi operasi, tenaga kerja dan pengurusan yang perlu dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi sebagai pengerusi jawatankuasa bebas untuk mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pada 10 September lalu, kertas peperiksaan Sains 018 (SJK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) UPSR 2014 yang dijadualkan untuk diadakan pada 11 September didapati bocor, manakala pada 11 September, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 yang telah berlangsung pada hari yang sama juga didapati bocor. Ekoran kebocoran yang berlaku, Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September 2014 sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.- mstar

Kawalan Imigresen Diperketat Ekoran Laporan Pejuang Uighur Transit Di M'sia
Pasukan khas anti pengganas Densus 88 membawa bukti-bukti dari rumah yang disewakan oleh seorang suspek pengganas yang ditahan dalam serbuan. Foto AFP
PETALING JAYA: Kawalan di semua kaunter pemeriksaan imigresen di Malaysia diperketatkan berikutan laporan The Jakarta Post mengenai pejuang Uighur di China yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) transit ke Malaysia sebelum ditahan di Indonesia. Timbalan Ketua Pegarah Jabatan Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi berkata, jabatan itu mendapati bukan semua dari etnik Uighur itu adalah pelarian tulen. "Kita akan mempertingkatkan pemeriksaan ke atas orang-orang ini yang memasuki Malaysia. Kita juga perlu menyiasat sama ada keempat-empat mereka telah memasuki Malaysia menggunakan pasport palsu. "Kita akan bekerjasama dengan negara-negara lain bagi membanteras sindiket pasport palsu," katanya pada Rabu. Sumber mendedahkan bahawa empat pejuang Uighur dari China boleh dikaitkan dengan Gerakan Islam Timur Turkmenistan. "Ada antara mereka bukan pelarian tulen. Sekumpulan kecil mereka mempunyai kaitan dengan Gerakan Islam Timur Turkmenistan," tambah sumber itu. Sumber itu turut berkata, ia bukan pertama kali pejuang Uighur menggunakan Malaysia sebagai transit sebelum pergi ke negara-negara lain. The Jakarta Post pada Selasa melaporkan bahawa pihak berkuasa Indonesia mengesan keempat-empat individu itu didakwa menggunakan pasport palsu yang dibeli di Thailand dan terbang ke Kuala Lumpur sebelum pergi ke Bandung di Jawa Barat. Kesemua mereka menaiki penerbangan lain ke Makassar, Selatan Sulawesi, di mana tiga anggota militan warga Indonesia mengambil mereka dan dibawa ke Poso. Laporan itu berkata, pasukan khas anti pengganas Densus 88 menahan tujuh suspek pengganas, termasuk empat individu yang didakwa dari wilayah Xinjiang di China, di Poso pada hujung minggu lalu. Laporan itu berkata, warga asing yang didakwa merancang untuk menyertai kumpulan pengganas di Sulawesi, yang terdiri daripada beberapa kumpulan dan individu, termasuk ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Ba’asyir dikatakan menyuarakan sokongan mereka dan mendapatkan dana untuk IS. Dianggarkan seramai 100 warga Indonesia dipercayai berjuang di bawah panji IS di Syria dan Iraq.- mstar

Mahkamah Tolak Saman Pasangan Suami Isteri Terhadap Syabas
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis menolaksaman yang difailkan oleh pasangan suami isteri terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana melanggar kewajipan sebagai badan berkanun untuk membekalkan air bersih dan menyediakan tekanan air yang mencukupi ke rumah mereka.
Hakim Datuk Rosnaini Saub memerintahkan plaintif Hashim Maon dan isterinya, Sapiah Putih membayar kos RM10,000 kepada Syabas dan seorang lagi defendan, Mat Saman Mat Soom, yang ketika itu merupakan pemangku ketua Cawangan Gombak Syabas.
Rosnaini bagaimanapun membenarkan tuntutan balas Syabas terhadap pasangan itu bagi kerugian dan kerosakan kerana melakukan penyambungan haram bekalan air melalui pemasangan paip fleksibel yang tidak sah dan menyalahi undang-undang dan menikmati bekalan air secara percuma bagi tempoh 42 hari mulai 10 Jun 2011 hingga 21 Julai 2011.
Mahkamah memerintahkan Hashim dan Sapiah membayar RM1,000 kepada Syabas bagi kos operasi dan RM194 untuk penggunaan air bagi tempoh 42 hari.
Pasangan itu yang pada masa itu tinggal di rumah teres dua tingkat di Kampung Kerdas 2, Gombak, di sini, memfailkan saman itu pada 2012 berhubung kualiti air dan tekanan air rendah.
Rosnaini, dalam penghakiman setebal 20 muka surat itu berkata selepas mengkaji bukti, beliau berpendapat Hashim and Sapiah gagal membuktikan kes mereka terhadap Syabas berhubung dakwaan mengenai kualiti dan tekanan air.
Ketika menolak saman itu, beliau memutuskan bahawa plaintif gagal membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian bahawa Syabas telah melanggar kewajipan mereka sebagai badan berkanun untuk membekalkan air ke rumah mereka kerana terdapat bukti bahawa kualiti air yang dibekalkan adalah mematuhi standard minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Tambahan pula, beliau berkata tekanan air juga adalah sesuai bagi kawasan itu,yang menempatkan rumah plaintif.
Rosnaini berkata tiada bukti yang dikemukakan di mahkamah oleh pasangan itu untuk menunjukkan pemilik rumah di kawasan itu juga menghadapi masalah serupa mengenai tekanan air.
"Seperti yang saya maksudkan, plaintif mungkin bertanggungjawab bagi masalah tekanan air kerana mereka melakukan pemasangan paip secara tidak sah," katanya.- mstar
TOP
ISN Bukan Pusat Urut Atlet - KJ
KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) perlu dilihat sebagai institusi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan sains sukan kepada atlet negara dan bukan sekadar 'pusat urut' untuk atlet.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan persatuan sukan kebangsaan kini lebih cenderung melihat ISN sebagai pusat rujukan terakhir untuk mendapatkan rawatan bagi atlet mereka yang mengalami kecederaan.
"Ada persatuan sukan yang masih lagi menganggap ISN sebagai pusat urut sahaja. Bila (atlet) cedera, mereka akan pergi ke ISN, bila sakit baharu hendak cari ISN.
"ISN lebih daripada klinik kepada atlet kita. ISN adalah permulaan segala-segalanya bagi sukan (di negara) kita. Kalau pembangunan sukan kita dibuat dengan cara yang tidak sistematik, maka kita tidak akan sampai ke puncak kejayaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Pelan Strategik Institut Sukan Negara (ISN) 2015-2025 di Dewan Perdana ISN di sini, Khamis.
Khairy berkata negara yang berjaya di peringkat antarabangsa menjadikan aspek sains sukan sebagai ramuan untuk para atlet mereka menikmati kejayaan.
"Sebab mereka tahu juara di peringkat dunia dengan jaguh kampung. Perbezaannya bukan sahaja bakat, dedikasi tetapi juga penerapan pembangunan saintifik, barulah negara itu dapat sepenuhnya daripada atlet mereka," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa persatuan sukan kebangsaan supaya menjadikan aspek sains sukan sebagai budaya dalam kalangan atlet masing-masing supaya dapat menikmati kejayaan ketika menyertai kejohanan.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Khairy memuji ISN yang mengeluarkan pelan strategik untuk jangka panjang bagi memacu sukan negara ke arah yang lebih cemerlang.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata mereka akan mendapatkan maklum balas mengenai pelan berkenaan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan negara sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada 2015.
"Ini pertama kali kita merangka pelan strategik yang bukan sahaja mengambil kira asas-asas yang kita buat. Kita kena melihat kepada Dasar Sukan Negara selain pelan strategik Kementerian Belia dan Sukan.
"Dari segi amalan dan kerja kita, kita tahu apa kekuatan dan kelemahan sukan negara supaya kita boleh memainkan peranan yang lebih aktif," kata Ramlan.
Pelan 10 tahun itu lebih kepada menentukan hala tuju strategik ISN bagi jangka panjang, selari dengan Agenda Transformasi ISN yang mendokong visi dan teras strategik sukan negara.
Menerusi pelan berkenaan, ISN telah merangka lima teras strategik utama serta dua teras strategik sokongan ISN iaitu Prestasi Tinggi, Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi, Penyelidikan dan Inovasi Sukan, Pendidikan dan Pensijilan Lanjutan Sukan dan Prestasi Tulen Tanpa Doping.
Teras strategik sokongan ISN melibatkan jalinan kerjasama pintar dan strategik serta Pembangunan Kapasiti Organisasi dan Budaya Kerja.- mstar
TOP
Dollah Mungkin Lamar Brendan, Gary Bagi Cabaran AFF 2014
Brendan (kiri) menjadi perhatian jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh.
(Ubah saiz teks)
INCHEON (Korea Selatan): Ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkemungkinan besar akan menguna khidmat pemain tengah Harimau Muda, Gary Steven Robbot dan pemain pertahanan Brendan Gan Seng Ling bagi membantu Harimau Malaya menghadapi cabaran Piala Suzuki AFF 2014 di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember ini.
Beliau berkata beliau terpikat dengan corak permainan kedua-dua pemain yang dilihat menonjol pada aksi perlawanan kedua peringkat Kumpulan A ketika Malaysia menentang Laos di Stadium Ansan Wong pada Temasya Sukan Asia ke-17 pada Rabu.
Skuad Bawah 23 tahun negara berjaya mengutip tiga mata pertama setelah mengalahkan Laos 4-0 dan akan melengkapkan jadual perlawanan kumpulan menentang Arab Saudi pada Ahad ini bagi memperoleh slot ke suku akhir.
"Saya dapat melihat perubahan besar pada pasukan Bawah 23 negara semalam setelah Gary dibawa masuk oleh jurulatih Datuk Ong Kim Swee dan selepas itu Malaysia mula menjaringkan tiga gol," katanya kepada Bernama di perkampungan atlet pada Khamis.
Beliau berkata nama dua pemain iaitu kapten pasukan Harimau Muda, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan pemain pertahanan Mohamad Fadhli Mohd Shah telah didaftar dalam sistem pemain yang akan beraksi di cabaran AFF nanti.
"Kita mempunyai ramai pemain tengah berbakat namun sukar untuk mendapatkan pemain di jentera serangan dan saya perlu berhati-hati dalam membuat keputusan dalam pengambilan pemain," kata Dollah.
Beliau berkata beliau telah memasukan nama 22 pemain dalam sistem pendaftaran pemain dan hanya akan mengumunkan senarai akhir selepas perlawanan amal persahabatan menentang Terengganu pada 24 September ini di Kuala Terengganu.
Pada cabaran AFF Suzuki 2014, Malaysia bakal menghadapi cabaran getir apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Singapura yang juga juara bertahan selain juara tiga kali Thailand.
Sebagai rekod, Singapura adalah pemenang terbanyak kejohanan sebanyak empat kali (1998 dan 2004 - ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger), 2007 dan 2012 selain Thailand sebanyak tiga kali (pada 1996, 2000 dan 2002).
Malaysia pula meraih kejuaraan sulung pada 2010 yang dihoskan Indonesia dan Vietnam selain pernah muncul naib juara pada 1996 selepas kalah 0-1 kepada Thailand.- mstar
TOP
Sukan Asia: Kemenangan Ke Atas Laos Tonik Hadapi Arab Saudi - Khairy
Harimau Muda A menewaskan Laos 4-0 pada aksi kumpulan Sukan Asia pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Kemenangan 4-0 yang diraih skuad Harimau Muda A (Bawah 23) ke atas Laos dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014 di Stadium Ansan Wa, Korea Selatan pada Rabu menjadi pembakar semangat untuk Malaysia melakar kejutan ke atas Arab Saudi. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata walaupun Arab Saudi dijangka memberi saingan hebat kepada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu, namun beliau yakin mereka akan memberi persembahan terbaik pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Goyang pada Ahad ini. "Walaupun ada sesetengah pihak menganggap kemenangan (4-0) itu mudah, ia penting dari segi psikologi supaya para pemain negara belajar daripada kesilapan ketika menentang Korea Selatan tempoh hari. "Kita perlu ada keyakinan, kalau tiada, susah hendak menang, jadi kemenangan semalam adalah penting," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pelan Strategik Institut Sukan Negara (ISN) 2015-2025 di Dewan Perdana, ISN pada Khamis. Sebagai rekod, skuad Harimau Muda A kalah 0-3 kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan kumpulan di Stadium Munhak, Ahad lepas sebelum bangkit membenam Laos tiga hari kemudian. Pendahulu Kumpulan A, Korea Selatan mengesahkan slot ke pusingan kedua selepas melakar kemenangan kedua dengan menundukkan Arab Saudi 1-0 di venueyang sama pada Rabu. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran suku akhir kepada skuad Harimau Muda A kali ini.- mstar

Samsung Umum Pencetak Android Pertama Di Dunia
KUALA LUMPUR: Samsung Electronics Co Ltd mengumumkan sebanyak 10 model pencetak pelbagai fungsi (MFP) untuk pasaran Eropah di acara "Smart MultiXpress" yang bertempat di IFA 2014, Berlin.
Model-model baru itu datang dalam empat kategori iaitu siri X4300 (A3 warna), K4350 (A3 monokrom), M5370 (A4 monokrom) serta M4580 (A4 monokrom) dan direka untuk menjadi lebih berdikari, intuitif dan sesuai untuk semua jenis persekitaran perniagaan.
MFP merupakan pencetak pertama seumpamanya yang dilengkapi dengan sistem operasi Android.
Naib Presiden Eksekutif Penyelesaian Percetakan di Samsung Electronics, Dr. KiHo Kim berkata dalam satu kenyataan, Samsung akan terus berusaha untuk membuat inovasi berfokuskan pengguna, MFP yang dipasang dengan Android OS ini akan meningkatkan pengalaman pejabat pintar Samsung untuk pelanggan perniagaan dan membolehkan percetakan multidimensi yang lebih luas dan teknologi percetakan yang lebih maju.
"Barisan pencetak baru kami menggabungkan teknologi IT terbaik di dalam Samsung dan pengetahuannya dalam peranti OA untuk mencipta produk yang lebih inovatif untuk pasaran pejabat automasi yang baru," katanya.
MFP baru ini akan menampilkan Samsung Smart UX Centre untuk pengendalian secara bebas tanpa komputer peribadi, aplikasi berskala dan antara muka yang mesra pengguna.
Ia juga mempunyai panel skrin sentuh 10.1 inci yang membolehkan pengguna mencari dan mencetak dari pelayar web, e-mel, peta, gambar dan lain-lain jenis kandungan, tanpa perlu untuk menyambung ke komputer atau pelayan.
Skrin sentuh itu juga menawarkan keupayaan untuk pratonton dokumen, dan juga mengedit serta kemampuan menganotasi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.samsung.com.- mstar
TOP
Rakyat Malaysia Amat Berinovasi
PUTRAJAYA: Penyangkuk besi "Angle Hook" yang tergantung dari rel langsir menggantikan "drip stand" di tepi katil hospital, pemangkas rumput untuk menuai padi dan herba yang diproses menjadi makanan lazat adalah antara contoh inovasi rakyat Malaysia.
Contoh-contoh di atas hasil pemerhatian Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) kepada lebih 50 lokasi di seluruh negara sejak 2011 dan turut mendapati rakyat Malaysia, daripada jururawat, petani dan suri rumah begitu kreatif dan inovatif.
Menurut pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Muhammad Aziph Mustapha, mereka itu menggunakan apa yang mereka ada untuk menghasilkan ciptaan yang dapat memudahkan kerja mereka.
Penemuan itu juga menunjukkan di samping memudahkan kerja dan menjimatkan kos, penghasilan itu turut membantu penduduk tempatan menjana pendapatan.
"Dari tahun 2011 hingga Jun tahun ini, kami mendapati penduduk tempatan mereka cipta 1,254 produk inovatif di seluruh negara.
"Inovasi ini ditemui menerusi 'Jejak Inovasi', program eksklusif oleh YIM untuk mencari, membangun serta mempromosi ide serta inovasi rakyat Malaysia.
"Program ini juga cuba mendokumenkan produk inovasi dan kreatif yang dihasilkan rakyat Malaysia", katanya.
REKA CIPTA MUDAH
Berbalik kepada 'Angle Hook', Muhammad Aziph berkata ia adalah penyangkuk logam yang boleh digantung dari rel langsir di wad hospital. Meskipun ia mungkin nampak satu reka cipta yang mudah, ia boleh menggantikan 'drip stand' yang memakan ruang dan hasilnya, kawasan sebelah katil hospital tidak sempit. Bagaimanapun, jangan terperanjat kerana penyangkuk ini adalah hasil reka cipta jururawat dari Perlis, Rusmira Ramli. "Setakat ini, penyangkuk ini ditambah baik dan digunakan di beberapa hospital di Perlis dan Kedah", katanya. Muhammad Aziph juga berkongsi satu lagi contoh, inovasi dari Sabah, dikenali sebagai tuhau, sejenis herba yang dimakan oleh masyarakat Dusun. Menurut beliau, inovasi menukar herba menjadi satu makanan yang menyelerakan memberi pulangan yang lumayan kepada suri rumah, Wasinah Kuntagil. Suri rumah yang berasal dari Tambunan ini sekarang memperoleh pendapatan sehingga RM12,000 sebulan dan herba beliau kini sudah memasuki pasaran Filipina. Reka cipta lain, katanya termasuk pemotong padi yang dihasilkan daripada pemangkas rumput dan empangan hidro-elektrik mini.
CADANGAN KOMERSIAL
Menurut Muhammad Aziph, sebanyak 54 hasil ciptaan oleh rakyat Malaysia sedang diperbaiki dan dibangunkan lagi termasuk dari segi reka bentuk, pembungkusan serta paten sebelum dikomersialkan. Di samping itu, katanya, pereka produk juga diberi pendedahan dan latihan berhubung aspek pemasaran. "Pada asasnya, kami dapati hasil ciptaan mereka sudah ada di pasaran tetapi secara kecil-kecilan dan hanya dalam komuniti mereka sahaja. "Kami tidak boleh membandingkan tapak komersialisasi mereka dengan yang dimajukan oleh organisasi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) atau syarikat multi-nasional. "Untuk mencapai tahap pengeluaran besar-besaran, produk mereka perlu diperbaiki lagi", katanya sambil menambah YIM memerlukan lebih banyak dana untuk tujuan itu.
DANA KERAJAAN
Muhammad Aziph berkata sebagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, YIM bergantung kepada peruntukan kerajaan untuk membangunkan hasil ciptaan yang ditemuinya. Meskipun YIM tidak mempunyai sebarang peruntukan khas untuk pelabur, yayasan itu masih memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk membantu pereka memohon dana dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ini termasuk dari InnoFund dan TechnoFund serta badan lain seperti Cradle Fund Sdn Bhd. Dengan pembiayaan sehingga RM500,000, InnoFund ialah skim bantuan untuk membiayai pembangunan produk baru atau yang sedia ada, proses atau perkhidmatan dengan elemen inovatif. Skim ini terbuka kepada orang perseorangan, hak milik tunggal dan syarikat kecil serta mikro. Technofund pula ialah skim bantuan untuk merangsang pertumbuhan inovasi dan syarikat Malaysia dengan meningkatkan tahap R&D serta komersialisasi. Skim ini menawarkan sehingga RM3 juta untuk setiap projek.
TANGGAPAN GENERASI MUDA
Menurut Muhammad Aziph, generasi muda sering menganggap inovasi dihasilkan di makmal dan oleh ahli sains dan jurutera sedangkan sesiapa sahaja boleh menjadi pereka dan menghasilkan inovasi. YIM akan terus mempromosi budaya inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia selaras dengan seruan untuk memperhebatkan usaha inovasi di negara dalam semua sektor dan peringkat masyarakat. "Saya menyeru semua anak muda di negara ini untuk menyalurkan tenaga serta minat mereka kepada kegiatan inovasi, kreatif dan yang lebih bermakna", katanya.- mstar

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3.25 Peratus
KUALA LUMPUR: RHB Research Institute menjangka kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 3.25 peratus untuk baki tahun ini susulan kelembapan eksport dan jumlah pengeluaran perindustrian pada Julai.
Firma penyelidikan itu yakin tidak ada keperluan bagi bank pusat mengetatkan lagi dasar kewangan walaupun OPR masih boleh dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas pada separuh pertama 2015.
"Bank Negara mungkin lebih berhati-hati dalam mengetatkan lagi dasar kewangannya setelah tekanan harga kekal tinggi.
"Langkah mengetatkan dasar kewangan lebih agresif ketika ini boleh mempercepatkan lagi kelembapan yang tentunya mahu dielakkan oleh bank pusat," katanya dalam satu nota pada Khamis.
Mengenai keadaan luaran, RHB Research berkata persekitaran masih penuh dengan cabaran dan risiko kelembapan.
Buat masa ini, ekonomi zon Euro tidak berkembang pada suku kedua, manakala Jepun dilanda penguncupan selepas kenaikan cukai 7.1 peratus dalam masa yang sama.
Di samping itu, Rizab Persekutuan US tidak mungkin menaikkan kadar faedah masa kini, kata RHB Research.
Awal daripada ini, Bank Negara menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada 10 Julai, menjadikan kenaikan kadar faedah pertama oleh bank pust sejak Mei 2011.
OPR kekal tidak berubah pada 3.0 peratus selama 18 mesyuarat dasar, setelah prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia agak kukuh dan inflasi kekal melebihi purata jangka panjang.- mstar
TOP
TMK Sangkal Dakwaan Petrol Ron95 Diesel Naik Harga Kena GST
Sebelum ini terdapat laporan dari sebuah akhbar yang mengatakan Petrol ROM95 dan Diesel disahkan naik harga sebanyak 6% susulan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.
Menurut laporan akhbar berkenaan, kenaikan harga Petrol dan Diesel kerana dikenakan GST kononnya telah disahkan oleh Ishak Daud selaku Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais.
Berikutan laporan palsu akhbar tersebut, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter rasminya pada 17 September 2014 telah menafikan perkara tersebut. Pihak keajaan pada masa ini bagaimanapun masih belum memutuskan untuk mengenakan GST terhadap petrol dan diesel, katanya. ─ SiakapKeli.com

Zahid Khuatir Pembangkang Buat Fitnah Sekarang, Minta Maaf Lepas PRK
PENGKALAN KUBOR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi menggesa para pengundi di Pengkalan Kubor supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan dakwaan tidak berasas oleh pembangkang.
Katanya, beliau khuatir dakwaan dan fitnah pembangkang hanya dibuat pada musim pilihan raya, tetapi selepas itu mereka menarik balik tuduhan jahat berkenaan.
"Saya harap pengundi di Pengkalan Kubor jangan sangat terpengaruh dengan penyelewengan fakta oleh pembangkang.
"Saya khuatir ini hanya berlaku pada pilihan raya kecil, pilihan raya negeri atau pilihan raya umum sebab daripada kes-kes yang banyak dibawa ke mahkamah, apabila ada tuduhan dan fitnah begini, akhirnya mereka memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Pengkalan Kubor di sini, Khamis.
Katanya ketika tuduhan ditarik balik atau permohonan maaf dibuat, rakyat telah terpengaruh dengan dakwaan yang dibuat oleh mereka sebelum ini.
"Akhirnya mereka akan menarik balik, tetapi rakyat pada ketika itu telah terpengaruh dengan dakyah dan tohmah mereka.
"Saya harap kali ini di Pengkalan Kubor perkara ini (dakwaan) jangan dipercayai," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa dakwaan yang dilemparkan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen PRK Pengkalan Kubor.
Antara dakwaan yang sering dimainkan pembangkang termasuklah isu royalti dan tuduhan kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.
"Ini adalah tuduhan politik, jika tuduhan itu ada bukti yang kukuh saya fikir ia boleh di bawa ke mahkamah.
"Oleh kerana kes royalti masih lagi berada di mahkamah kita harap mahkamah akan memutuskan sama ada kerajaan Kelantan layak atau sebaliknya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi jaminan bahawa pihak polis akan memastikan kempen PRK Pengkalan Kubor berjalan dalam keadaan tenteram dan selamat.
Katanya, polis tidak akan mengganggu mana-mana pihak yang berkempen mengikut undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya.- mstar
TOP
Awie Gagal Ketepikan Bantahan Isteri, Diarah Bayar RM900
Rozana (kanan) bersama peguamnya Majdah Muda gembira apabila mahkamah menerima permohonannya untuk mengenepikan hak jagaan anak sementara anaknya yang dibuat oleh Awie.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis menolak bantahan yang dikemukakan penyanyi rock terkenal, Awie berhubung permohonan isterinya Rozana Misbun, 36, bagi mengenepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperoleh penyanyi itu, dua bulan lalu. Mahkamah turut mengarahkan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membayar kos sebanyak RM900 kepada Rozana. Keputusan tersebut dibaca oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Mohammad Fatah di dalam bilik pendaftar. Sementara itu, Mahkamah turut menetapkan 31 Oktober ini bagi pihak Awie untuk memfailkan afidavit jawapan bagi permohonan Rozana untuk mengenepikan perintah hak jagaan sementara yang diperoleh penyanyi itu pada 22 Julai lalu.
Awie (kanan) dan peguamnya Mohd Zaidi Mohd Zain gagal mengenepikan permohonan Rozana.
Dalam pada itu, peguam mewakili Rozana iaitu Majdah Muda berkata pihaknya akan mendengar afidavit jawapan daripada Awie tentang beberapa perkara yang telah dikemukakan dalam bantahan awal lalu. "Akhirnya kita akan dengar versi daripada pihak Awie dalam apa-apa yang kita dakwa sebelum ini seperti sijil nikah, alamat salah dan beberapa isu berbangkit. "Insya-Allah dijangka dalam pertengahan November kita dapat satu keputusan penuh tentang kes ini," ujarnya. Sementara itu, Rozana yang ditemui menzahirkan rasa syukur dengan keputusan pada Khamis dan tidak sabar untuk bertemu anak-anaknya yang terpisah sejak Julai lalu. "Alhamdulillah saya bersyukur dengan keputusan ini dan saya harap dapat jumpa anak saya secepat mungkin," ujarnya. Rozana hadir ditemani kakaknya, pelakon Haliza Misbun, manakala Awie hadir bersama peguamnya Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain. Terdahulu pada 21 Ogos lalu, Awie telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan isterinya untuk mengetepikan perintah hak penjagaan (hadanah) sementara ke atas tiga anak mereka yang diperoleh artis itu, 21 Julai lalu. Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12. Terdahulu dalam kejadian lain Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun 2013. Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.- mstar

Sebahagian RM26 Juta Dikirim Ke M'sia Biayai Keganasan Disiasat, Lapor The Australian
Pejabat Bisotel Rieh di Lakemba, Sydney. Foto News Corp Australia
PETALING JAYA: Syarikat kiriman wang di Australia dikaitkan dengan keluarga seorang pengganas disiasat oleh pihak polis berikutan terdapat pemindahan wang yang mencurigakan untuk individu di Malaysia, lapor The Australian. Ia melaporkan bahawa Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat Bisotel Rieh Global Money Transfer terhadap pemindahan lebih A$9 juta (RM26 juta) dalam dana yang hilang, di mana pihak berkuasa bimbang ia mungkin digunakan bagi membiayai warga Australia untuk berjuang dengan Negara Islam (IS). Agensi Pematuhan dan Risikan Kewangan (AUSTRAC) mengumumkan bahawa ia telah menggantung syarikat berkenaan, yang mengadakan perdagangan itu di Lakemba, bandar pinggir barat Sydney, selepas gagal mengisytiharkan pemindahan keluar dana A$9 juta dari Australia. The Australian melaporkan bahawa salah satu pengarah syarikat itu, Damour Sharrouf kononnya merupakan kakak kepada Khaled Sharrouf, seorang warga Australia yang berjuang dengan Negara Islam. Ketua eksekutif AUSTRAC, John Schmidt dilaporkan berkata, Bisotel Rieh yang pakar dalam pemindahan wang ke Timur Tengah, gagal mengisytiharkan A$9 juta antara Januari dan Ogos tahun ini. "Perangkaan itu tidak kelihatan sepadan. Ia satu perbezaan yang agak besar dalam tempoh yang singkat. "Kami begitu yakin bahawa dengan pendaftaran yang berterusan... mungkin melibatkan pembiayaan untuk risiko keganasan besar,'' jelas Schmidt dipetik sebagai berkata oleh The Australian. Dokumen yang dikeluarkan oleh AUSTRAC menunjukkan pegawai-pegawai agensi itu melawat perniagaan itu pada Mei dan menetapkan bahawa ia "mengatur tunai secara pukal kepada untuk diseludup dari Turki ke Lubnan", berikutan ia tidak dapat mengakses akaun bank di Lubnan. The Australian melaporkan bahawa pendedahan ini mendorong kepada siasatan lebih besar, yang membawa kepada pendedahan mengenai syarikat itu memindahkan sebanyak tiga kali berjumlah kira-kira A$38,000 (RM110,300) kepada individu yang tidak dinamakan di Malaysia. AUSTEC juga berkata, ia adalah "seolah-olah kebetulan" apabila agensi itu membuat satu lagi pemindahan wang ke Malaysia dalam tempoh sama. Khaled Sharrouf melarikan diri ke Syria dengan teman perjuangannya, Mohamed Elomar pada akhir tahun lepas, yang transit melalui Malaysia.- mstar

Ahli PAS Dilarang Sertai Kumpulan Jihad Bertentangan Islam
BATU PAHAT: Ahli PAS dilarang menyertai mana-mana kumpulan pengganas yang berjuang atas nama jihad tanpa berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, tegas Presiden PAS, tegas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya ingin tegaskan sekali lagi, PAS tidak mahu dan tidak akan membenarkan ahlinya terlibat dengan mana-mana kumpulan yang bertindak ganas melangkaui fiqh-jihad, malah bercanggah dengan etika berperang dalam Islam," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Khamis.
Baru-baru ini bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lotfi Ariffin menjadi rakyat Malaysia ketiga yang dilaporkan terkorban di ketika berjuang di Syria.
Mohd Lotfi,46, dari Kuala Ketil, Kedah juga merupakan bekas Exco Pemuda PAS Kedah.
Malah Mohd Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka telah memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria di media sosial.
Pada Jun lalu, PAS Pusat mengesahkan telah memecat Lotfi selepas mendapat maklumat terlibat dengan gerakan jihad di Syria.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.
Bagaimanapun pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat pada Rabu, sayap PAS itu memberi penghormatan kepada Mohd Lotfi dengan membaca al-Fatihah kepadanya yang disifatkan 'syahid' ketika berjuang di Syria.- mstar
TOP
MB Selangor: Mat Sabu Tolak, Mustafa Ali Terima Jika PAS Dilantik
BATU PAHAT: PAS tetap dengan pendirian parti itu untuk menolak sekiranya Istana Selangor memperkenan melantik wakil rakyatnya sebagai menteri besar baharu.
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAS konsisten dengan pendirian yang dibuat pada mesyuarat 7 September lalu berhubung jawatan kerusi panas itu.
"Kita tetap dengan keputusan bahawa kerusi itu milik PKR (Parti Keadilan Rakyat). Kita akan tolak," katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik menteri besar yang baharu pada Selasa ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan majlis mengangkat sumpah menteri besar baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.
Mengulas lanjut Mohamad berkata, sekiranya istana tetap memilih wakil rakyat PAS, beliau menjangkakan kerajaan pimpinan PAS di Selangor tidak akan bertahan lama.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun memberi reaksi berbeza berhubung perkembangan terbaharu itu.
Katanya semua pihak perlu menerima keputusan Istana Selangor dengan terbuka.
"Dalam konteks ini (jika sultan pilih wakil rakyat PAS), jika sultan sudah buat keputusan...kita terima. Bukan sahaja PAS tapi semua (termasuk PKR dan DAP)," katanya.- mstar
TOP
Kapal Induk Go Phoenix Sertai Operasi Pencarian MH370 - Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Petronas bersama-sama dengan konsortium Deftech and Phoenix International akan mengerahkan kapal induk GO Phoenix dan kenderaan sonar ditunda Pro Synthetic Aperture Sonar atau ProSAS untuk menyertaimisi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 3 Mac.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata GO Phoenix yang kini berada di Jakarta, Indonesia berlepas pada Khamis ke kawasan pencarian dan dijangka tiba di selatan Lautan Hindi pada 25 September.
"GO Phoenix akan menjalankan aktiviti pencarian selama 20 hari sebelum ke Pelabuhan Fremantle untuk mendapatkan bekalan baharu dan dijangka tiba di pelabuhan itu pada 20 Oktpber.
"Kapal itu turut dilengkapi sonar pelbagai peringkat cahaya untuk tempat tersorok dan jika sebarang objek dikenal pasti semasa operasi pencarian itu, Phoenix International juga memiliki keupayaan mengambil objek itu dengan kenderaan kawalan jauh (ROV)," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkembangan tragedi MH370 dan MH17 pada Khamis.
Menteri itu berkata ProSAS yang ditempatkan atas kapal Go Phoenix mempunyai keupayaan untuk melakukan pencarian pada kedalaman sehingga 6,000 meter dan meliputi 194 kilometer persegi sehari.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata berdasarkan perbincangan antara Biro Jawatankuasa Pengangkutan Australia (ATSB) dan Jawatankuasa Pengerahan Aset pada3 September, GO Phoenix akan ditugaskan di sektor 10A hingga 13A manakala kapal FurgoDiscovery akan meneruskan tinjauan "bathymetric' di sektor 15A hingga 18A.
Katanya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Shamsul Azhar dan beliau akan ke Perth hujung bulan ini untuk mendengar taklimat berhubung operasi itu serta berjumpa dengan kru dan kakitangan kapal GO Phoenix.
Menteri itu berkata beliau juga akan mengadakan perbincangan lanjut dengan China minggu depan berhubung pengerahan aset-aset bagi operasi mencari MH370 melibatkan dua kapal China yang terlibat dalam fasa pertama misi pencarian iaitu Zhu Kezhen dan Hai Xhun.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai penemuan 58 objek keras di selatan Lautan Hindi, Hishammuddin berkata pihaknya tidak akan membuat sebarang pengumuman terhadap apa juga petunjuk selagi tiada sebarang pengesahan dibuat. "
Misi pencarian ini bukan kita (Malaysia) buat secara sendirian, tapi bersama dengan China dan Australia, maka kita buat pengesahan bersama," katanya.
Pada 14 September, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pasukan pencarian MH370 menemui 58 objek 'pejal' yang tidak konsisten dengan permukaan dasar Lautan Hindi.
Liow Berkata Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) kini mengumpul semua objek berkenaan untuk dianalisis bagi menentukan sama ada objek pejal itu batu atau bangkai pesawat MH370.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Misi mencari dianggotai pelbagai negara digerakkan untuk mencari pesawat itu di Laut China Selatan dan Laut Andaman sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi'.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan.- mstar
TOP
UPSR: Kebocoran Libatkan Rangkaian Guru-Guru Bukan Sindiket Jenayah
Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati daripada Mejar Jeneral Hazim Attallah ketika menerima kunjungan Ketua Polis Palestin itu di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis. Turut sama ialah Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al-Agha (kiri).
PUTRAJAYA: Kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan serangkaian guru-guru sekolah dan bukan sindiket jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada guru-guru yang ditahan polis sebelum ini berhubung kes kebocoran itu mempunyai hubungan antara satu sama lain. “Kita dah tahan beberapa individu dan apa yang diperoleh polis adalah merekaini terlibat dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah. “Berdasarkan maklumat dari siasatan yang telah dilakukan, ia melibatkan hanya individu tetapi ada kemungkinan rangkaian dalam kalangan mereka untuk beri kemudahan menjawab soalan kepada kumpulan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Palestin Mej Jen Hazim Atallah dipejabatnya pada Khamis. Menteri itu mengesahkan akan ada lagi tangkapan baharu berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik. “Tangkapan lain ada...tidak libatkan VIP tetapi warga pendidik iaitu guru sekolah dan guru besar dan rangkaian ini dalam kalangan mereka sahaja...kita juga akan siasat sama ada individu yang sama melakukan kebocoran pada tahun-tahun sebelum ini," katanya. Setakat semalam, polis telah menahan 12 individu terdiri daripada 10 guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas peperiksaan itu manakala 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan. Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. Sementara itu semasa diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang mempertikaikan lagu kebangsaan Negaraku dimainkan dipanggung wayang, Ahmad Zahid berkata beliau seharusnya menghormati lagu kebangsaan. "Adakah dia anggap Malaysia sama taraf dengan komunis...dia sebagai ahli politik biarpun berbeza parti dia patut hormat lagu itu. Dia patut tahu bezakan pegangan politik dan ketaatan kepada negara apatah lagu itu lagu kebangsaan. ”Saya sukacita apabila dia tarik balik dan memohon maaf bermakna dia adakesedaran atas kesalahan yang dilakukannya," katanya. Chong baru-baru ini didakwa mempertikaikan lagu Negaraku yang dimainkan dipawagam dalam akaun Facebooknya, telah mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat sehingga membuatkan beliau akhirnya memohon maaf secara terbuka di Facebook dan menarik semula status tersebut.- mstar

Sallehen Mukhyi Nafi Dilantik MB Selangor
Sallehen Mukhyi
BATU PAHAT: Exco Negeri Selangor Sallehen Mukhyi menafikan beliau menjadi pilihan Istana Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Sallehen, yang juga Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor, dikerumuni wartawan sebaik sahaja selesai berucap membahaskan ucapan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja, Khamis. "Bukan, bukan (saya). Kita tidak tahu lagi (nama Menteri Besar Selangor yang baharu). Saya tidak ada maklumat lagi. Isnin pagi atau Selasa akan dimaklumkan. Yang pasti bukan saya," katanya. Selain beliau, turut dinamakan sebagai calon pilihan PAS untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Iskandar Abdul Samad, kedua-duanya exco negeri. Iskandar juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Khamis mengesahkan majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baru, bakal diadakan Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang. Kenyataan daripada Istana Selangor itu bakal menandakan berakhirnya krisis berpanjangan jawatan Menteri Besar Selangor. Sallehen juga berkata pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu diharap menjadi jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi kemelut jawatan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini. "Kita berharap ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik, sebab kita tiada forum atau ruang yang terbaik kecuali rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terima pilihan Istana (Selangor)," katanya.- mstar

Siasat Kumpulan Boikot Mat Sabu - Perwakilan
BATU PAHAT: PAS Pusat didesak menyiasat mengenai insiden memboikot Timbalan Presiden, Mohamad Sabu pada majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-55 pada Selasa lalu.
Kesal dengan cubaan memalukan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu, perwakilan Kuala Krai, Zulkifli Muhamad turut membidas sikap Pemuda PAS yang dianggap tidak matang.
"Siasat segera jika benar wujud cubaan untuk boikot timbalan presiden oleh perwakilan Pemuda PAS. Perkara ini tak sepatutnya berlaku," katanya ketika sesi perbahasan laporan tahunan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Khamis.
Selasa lalu, ketika majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS, wujud dakwaan kononnya terdapat kira-kira 50 perwakilan yang meninggalkan dewan muktamar dengan memakai vest bertulis 'kami menyokong presiden dan ulama.'
Bagaimanapun Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menolak wujudnya gerakan atau kumpulan tertentu dalam sayap itu untuk menjatuhkan Mohamad.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, perbezaan pandangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh dianggap sebagai tindakan melawan presiden PAS itu.
"Kenapa sampai perlu tulis di baju dengan tulisan 'kami sokong presiden dan Majlis Syura Ulama'. Tak perlu tulis sebegitu kerana kita semua menyokong presiden.
"Tapi kita perlu faham bahawa berlainan pandangan tak semestinya dianggap lawan presiden," katanya.
PAS kini dilihat berhadapan dengan masalah dalaman apabila dikatakan wujud dua puak utama dalam parti itu membabitkan kem Abdul Hadi dan Mohamad.
Masalah itu dilihat berpunca daripada kenyataan Mohamad yang mengatakan pandangan Abdul Hadi berhubung isu menteri besar Selangor tidak mewakili pendirian rasmi PAS.- mstar
TOP
Keterlaluan Kaitkan Negaraku Dengan Komunis
KUALA LUMPUR – Mengaitkan tindakan memainkan lagu Negaraku di panggung wayang dengan era komunis adalah perbuatan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab kerana menghormati lagu kebangsaan merupakan asas seorang warganegara.
Pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata setiap warganegara seharusnya mempunyai ‘pertalian’ dengan Negaraku, dan mereka yang mempertikaikan langkah memainkan lagu itu dalam sesuatu acara seharusnya dikenakan tindakan.
“Apa yang dimaksudkan dengan komunis? Mereka yang mengaitkan Negaraku dengan komunis hanya pandai temberang, tidak banyak pengetahuan tetapi mahu berkata-kata,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Kay Kim juga kesal kerana semangat menghormati lagu kebangsaan lebih menebal di dalam diri masyarakat di luar negara, berbanding rakyat Malaysia.
“Jika dikatakan itu (memainkan Negaraku di panggung wayang) sebagai komunis, adakah rakyat lain yang menunjukkan sikap kenegaraan tinggi semasa lagu kebangsaan mereka dimainkan juga komunis?,” soalnya.
Semalam, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen dari DAP dikecam kerana mempersoalkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya.
Status Chieng Jen, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”
Selepas mendapat komen reaksi negatif daripada pengguna laman sosial, Chieng Jen kemudiannya memohon maaf dan memadamkan status berkenaan.
Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah Universiti Malaya Dr Mardiana Nordin pula berkata individu tidak seharusnya melihat ‘keperluan untuk berdiri menghormati Negaraku sebagai satu bentuk paksaan yang keterlaluan’, apatah lagi ia tidak mengambil masa yang lama.
“Sepatutnya individu yang tidak menghormati lagu kebangsaan berasa malu pada diri sendiri kerana Negaraku apabila dimainkan di negara luar pada kejohanan sukan misalnya, mereka (orang luar) akan berdiri walaupun tidak memahami maksudnya,” katanya.
Menghormati lagu kebangsaan juga merupakan satu cara untuk menzahirkan sikap patriotik dan cintakan negara dalam diri, berbeza daripada cara generasi terdahulu yang sanggup menggadai nyawa mendapatkan kemerdekaan, tambahnya.
Bagi Anggota Jawatankuasa Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Othman Lebar berpendapat perbuatan tidak menghormati lagu kebangsaan berpunca kerana sifat ‘mengambil mudah’ dengan kemakmuran negara.
Beliau yang berpeluang mengalami pengalaman berdiri di dalam panggung wayang baru-baru ini, juga kesal kerana terdapat segelintir masyarakat khususnya generasi Y yang tidak memandang serius keperluan menghormati lagu kebangsaan.
“Mereka yang melihat perlu menegur individu itu (tidak berdiri), namun disebabkan nilai masyarakat yang semakin berkurangan menyebabkan mereka hanya memandang, kerana bimbang dianggap mencampuri urusan orang,” katanya.
Sementara di Kuching, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak, Abdullah Saidol melahirkan perasaan meluat dengan status Facebook Chieng Jen dan komen terhadap lagu kebangsaan itu tidak akan dilupakan walaupun Ahli Parlimen DAP itu sudah memohon maaf.
“Banyak orang telah membaca komen beliau (Chieng Jen) dan beliau sepatutnya malu dengan diri sendiri,” kata Abdullah, menambah inisiatif untuk memainkan lagu itu di dalam panggung wayang untuk menimbulkan kesedaran pentingnya sambutan bulan kemerdekaan di Malaysia.
TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV) dan Golden Screen Cinemas (GSC) pula memberitahu mereka tidak menerima aduan daripada penonton yang terganggu kerana perlu berdiri sebelum tayangan filem bermula.
Lagu Negaraku berkumandang di 70 pawangan seluruh negara bermula 28 Ogos lalu sehingga 16 September di GSC, manakala di TGV bermula juga 28 Ogos dan berakhir semalam.
Langkah ini hasil cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Pengurus Kanan Pemasaran TGV Celeste Koay berkata mereka bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam memupuk semangat patriotisme dalam rakyat Malaysia.
“Kami berbangga apabila pelanggan kami, tidak mengira bangsa dan agama berdiri semasa Negaraku dimainkan,” katanya dan turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama
Sementara itu, jurucakap GSC pula memberitahu mereka bersedia untuk terus memainkan lagu Negaraku jika diminta untuk berbuat demikian. – BERNAMA
TOP
Azwan Kombos Akui Masih Ikuti Perkembangan Nad Dari Jauh
Ketika ini filem Nasi Tangas lakonan Azwan Kombos mula ditayangkan di pawagam tempatan. Dalam kisah mendebarkan itu, Hairi lakonan Azwan terkena ilmu hitam yang dibuat isterinya, Amira (Adiba Yunus) menerusi hidangan nasi tangas. Ia perbuatan kejam dan berdosa.
“Memang itu watak yang sangat mencabar kredibiliti saya sejak menjadi pelakon. Saya sendiri berasa mual apabila menonton semula babak itu. Apapun Nasi Tangas adalah filem yang memberikan mesej dan pengajaran berguna kepada masyarakat supaya kita jangan bersahabat dengan iblis dan syaitan. Saya sebenarnya tidak selesa melakonkan adegan intim sebagai suami isteri dalam filem itu, tapi saya hanya mengikut kehendak skrip dan pengarah,” katanya.
Mengalih cerita kepada bekas kekasihnya, aktres dan pengacara, Nad Zainal, Azwan berkata, hatinya masih kosong dan belum temui pengganti selepas mereka berpisah. Pun begitu ke mana pergi, masih ramai yang bertanyakan soalan mengenai Nad dan dia terpaksa menjawabnya.
Memilih bersikap terbuka, Azwan berkata, dia masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu dari jauh termasuk mengetahui desas-desus hubungan cinta Nad yang kini bermasalah.
Enggan mengulas lanjut, Azwan berkata, dia tidak lagi berhak untuk mencampuri urusan dan apa jua hal berkaitan Nad.
“Saya dengar khabar Nad ada masalah dalam hubungannya, tapi saya tak boleh campur tangan dalam hal peribadi dia. Lagi pun, saya hanya dengar apa yang berlaku. Walaupun hubungan kami sudah berakhir, jauh di sudut hati saya tidak pernah bencikan Nad. Tak dinafikan, rasa sayang sebagai sahabat masih ada, tapi perasaan cinta itu memang sudah tiada lagi,” katanya.
Menyentuh sama ada apa yang berlaku dalam hubungan cinta baru Nad itu sebagai satu ‘karma’, Azwan menafikannya dan berkata, itu adalah roda-roda kehidupan. Katanya, pasangan bercinta tidak semuanya melalui perkara yang indah dan setiap dugaan kena dihadapi dengan tabah.─ SiakapKeli.com
TOP
Digertak 15 Konco Gores Dan Menang
Seremban – “Sebelum ini kami ditampar ejen gores dan menang, kali ini diugut pula dengan kayu dan besi sepanjang satu meter,” kata Low Beng Yen selepas dia mencuba nasib kali kedua menuntut supaya wang isterinya dipulangkan dalam kejadian di syarikat gores dan menang di Taman Bukit Kepayang, di sini, semalam.
Low, 54, berkata, dia dan rakannya, Kong Chee Tern, 50, datang ke pejabat syarikat berkenaan jam 11.30 pagi selepas tidak puas hati dengan keengganan ejen gores dan menang memulangkan semula wang RM1,200 walaupun dituntut pada Isnin lalu.
“Malangnya sekumpulan 15 lelaki disyaki ejen gores dan menang menyedari kehadiran kami dan menghalang dengan mengacu paip besi dan kayu,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, kumpulan terbabit mahu menghalang dia daripada memasuki pejabat di tingkat satu premis perniagaan itu dan mendakwa akan memukul sekiranya mereka berdegil.
“Bimbang keselamatan kami, saya menghubungi Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Jason Lee Kee Chong meminta bantuan, ” katanya.
Sementara itu, Jason berkata, beliau bimbang keselamatan kedua-dua sahabat itu berikutan tindakan ejen gores dan menang seperti samseng itu.
Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai kejadian, beliau segera menghubungi polis meminta bantuan.
“Saya kesal dengan kejadian itu yang menggambarkan seolah-olah sindiket gores dan menang tidak dapat dibendung lagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, selepas membuat laporan polis mewakili mangsa, semalam.
Beliau berharap pihak berkuasa memandang serius perkara itu sebelum kejadian lebih buruk berlaku kerana sindiket terbabit sanggup bertindak membahayakan nyawa orang ramai. – myMetro Online
TOP
GST Terhadap Insurans Untuk Manfaat Pengguna
PETALING JAYA – Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan terhadap industri insurans akan memberi faedah kepada pengguna, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII) Datuk Syed Moheeb.
Beliau berkata selepas satu tempoh, kos tuntutan insurans dijangka menurun dan akan membawa impak kepada statistik keseluruhan industri.
“Bagi saya, pelaksanaan GST akan mengurangkan kos tuntutan kenderaan bermotor yang kini meningkat,” katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena ‘Konvensyen Ejen Insurans Am 2014′, di sini pada Khamis.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan merupakan tetamu kehormat program itu.
Mengambil contoh tuntutan kenderaan bermotor, beliau berkata insurans dibahagi dua iaitu alat ganti dan buruh.
“Apabila kita membayar tuntutan kepada bengkel, mereka kenakan caj cukai perkhidmatan untuk alat ganti pada kadar tetap.
“Dengan rejim GST ini, mereka dapat menuntut pembayaran balik dari segi input apabila bengkel membeli daripada pemborong.
“Ringkasnya, ini akan menurunkan kos keseluruhan tuntutan insurans,” katanya menambah ini akan memberi manfaat kepada pengguna untuk jangka panjang.
GST yang terbukti sebagai sistem cukai yang baik kerana lebih cekap, berkesan, telus dan mesra perniagaan, diamal oleh 160 negara dan Malaysia akan menikmati harga barangan dan perkhidmatan untuk keperluan asas yang lebih murah apabila kerajaan melaksanakannya kelak. – BERNAMA
TOP
Tiga Jam Jari Tersepit Dalam Mesin Simpan Syiling
Melaka – Seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam terpaksa menanggung azab hampir tiga jam selepas jari telunjuk tangan kirinya tersepit pada mesin simpanan wang syiling di sekitar Bachang, di sini, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa Rohaila Rashid, 21, cuba mengeluarkan sesuatu yang tersekat di bahagian bawah mesin wang syiling itu sebelum jari telunjuknya tersepit.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II, Razali Che Are berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Tambah Razali lagi, jari telunjuk mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh kurang dua jam dan mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian jari telunjuk tangan kiri diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian.
“Jari telunjuk mangsa akhirnya dapat dikeluarkan pada jam 8.54 pagi dengan selamat dan difahamkan mangsa dibenarkan pulang selepas pemeriksaan X-ray pada jari telunjuk mengesahkan tiada keretakan tulang,” katanya. – Harian Metro
TOP
Lelaki Didakwa Miliki Pistol & Peluru Hidup
BUTTERWORTH – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 44 butir peluru hidup tanpa permit.
Kee Chee Loon, 27, dituduh memiliki sepucuk pistol berwarna krom dan but berwarna hitam yang tercatat perkataan ‘MAC’ model 1950 cal9mm bernombor siri T7437 tanpa kebenaran di Bengkel Kereta Choon Auto Service di No. 1502, Jalan Besar Air Lintas, Nibong Tebal pada 11.20 malam pada 9 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 (Akta 37) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun, dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Kee juga menghadapi pertuduhan memiliki 40 butir peluru hidup jenis lager 9mm, sebutir peluru hidup jenis sme 9mm dan tiga butir peluru hidup jenis pme 45 auto, di tempat dan pada masa sama.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 (Akta 206) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 17 November depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
TOP
Muktamar PAS Rakam Takziah Tragedi MH370, MH17
BATU PAHAT – Muktamar Tahunan Pas ke-60 yang membuka tirai hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas pada 17 Julai dan pesawat MH370 yang hilang sejak 3 Mac.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh anggota parti melahirkan kesedihan dan mendoakan seluruh anggota keluarga penumpang dan anak kapal kedua-dua pesawat itu supaya bersabar dan tabah dengan ujian yang menimpa.
“Muktamar kali ini ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah dan kebersamaan perasaan duka kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang dibedil pihak yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya ketika berucap merasmikan muktamar yang bertemakan “Terus Beristiqamah” di Parit Salleh Ros, Parit Raja, di sini.
Abdul Hadi berkata, sehubungan itu, Pas mendesak pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia supaya menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk mencari kebenaran dalam tragedi yang mengejutkan itu.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang dari radar pada 8 Mac lepas. Usaha untuk mencari pesawat itu masih diteruskan.
Pesawat MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal pula, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Laporan awal Lembaga Keselamatan Belanda, antara lain, menyebut struktur pesawat MH17 berkecai di udara berkemungkinan akibat ditembusi objek bertenaga tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal, selain pesawat itu disahkan ‘layak terbang’.
Setakat ini, sebanyak 224 mangsa MH17 sudah dikenal pasti manakala 74 lagi dalam proses dikenal pasti.
Daripada 43 rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, mayat 41 orang terdiri daripada 26 penumpang dan 15 anak kapal sudah pun dikenal pasti setakat ini. – BERNAMA
TOP
Marin Tumpas Sindiket Cuba Seleweng Diesel Subsidi
BUKIT MERTAJAM – Polis Marin Pulau Pinang menumpaskan cubaan menyeleweng diesel bersubsidi selepas menahan sebuah lori di sebuah stesen minyak di Bukit Minyak di sini semalam.
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Mohd Yusof Abdullah, berkata dalam Ops Landai itu, pasukannya memeriksa seorang pemandu yang sedang mengepam minyak di stesen berkenaan pada 6.30 petang.
“Semasa memeriksa lori itu, ditemui sebuah tangki yang telah diubah suai yang boleh mengisi sehingga 5,000 liter diesel.
“Lelaki itu ialah anggota sindiket yang aktif di negeri ini sejak beberapa bulan lepas. Ketika ditahan dia telah mengisi diesel sebanyak 3,500 liter bernilai RM9,100 ke dalam tangki,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata sindiket itu membeli diesel di beberapa stesen di sekitar Bukit Minyak dan mengumpulnya di setor sebelum menjualnya kepada industri.
Mohd Yusuf berkata pemandu lori itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pulau Pinang bersama kenderaan dan diesel yang dirampas. – BERNAMA
TOP
iOS 8 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna iPhone, Dan iPad
Sepertimana yang dijanjikan oleh pihak Apple, hari ini mereka secara rasminya telah memperkenalkan iOS8 kepada para pengguna peranti mereka, sekaligus membolehkan pengguna peranti iOS menikmati beberapa fungsi baru yang hadir padanya.
iOS8 dilihat membawakan sokongan Conitunity untuk membolehkan pengguna melihat dan mengawal peranti menggunakan MacOSX, sokongan Family Sharing, iCloud Drive, dan beberapa perkara baru yang lain. iOS8 ini ditawarkan kepada pengguna iPhone 4S, iPhone 5, iPhone 5C, iPhone 5S, semua iPad kecuali iPad generasi pertama, iPod Touch gen-5, dan AppleTV generasi ketiga. ─ Amanz.my
TOP
Majlis Keselamatan PBB Bincang Tragedi MH17 Esok
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine akan dibincang oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) esok.
Beberapa menteri luar yang akan menghadiri perbahasan Majlis Keselamatan mengenai Iraq pada petang esok, dijangka akan turut hadir pada sidang yang membincang nahas MH17 pada sebelah pagi.
Pesawat itu terhempas di Ukraine di kawasan dikuasai pemberontak pro-Russia pada 17 Julai lalu, mengorbankan 298 orang. Dua pertiga daripada mereka adalah dari Belanda.
Ukraine dan negara Barat menuduh pemberontak terbabit menembak jatuh pesawat berkenaan dengan menggunakan peluru berpandu Russia.
Russia menolak tuduhan yang menyatakan ia membekalkan pemberontak terbabit dengan sistem peluru berpandu antipesawat SA-11 Buk.
Sidang esok diadakan berikutan permintaan daripada Russia.
Menurut diplomat, Ketua Politik PBB Jeffrey Feltman akan memberi taklimat mengenai laporan tragedi itu kepada 15 anggota Majlis Keselamatan.
“Kami agak hairan kenapa Russia meminta supaya taklimat itu diadakan. Kita akan ketahui esok,” kata seorang diplomat kanan. – REUTERS
TOP
Luna Maya Temui Pengganti Ariel Noah, Mahu Cepat Nikah
Penulis rasa masih ramai yang belum tahu pelakon dan juga pengacara popular indonesia, Luna Maya sudahpun mempunyai pengganti Ariel. Menurut laporan Tribunews.com, ekasihnya merupakan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Reino Barack.
Bagaimanapun kali ini Luna seakan-akan tidak mahu terlalu berterus-terang mengenai kekasih barunya itu walaupun mereka telah bersama ke majlis-majlis tertentu.
Setiap kali diajukan soalan yang berkaitan hal itu jawapannya mudah sahaja “Doakan yang baik-baik sahaja”.
Namun dalam satu acara, dia bagaimanapun telah mengakui yang dirinya sudah tidak sabar untuk berkahwin di saat usianya sudah mencecah 31 tahun.
Ariel yang kini juga sudahpun menemui pengganti Luna iaitu Sophia Mueller. ─ SiakapKeli.com
TOP
MB Baru Selangor Bakal Angkat Sumpah Selasa Ini
Nampaknya isu Menteri Besar Selangor bakal ditamatkan. Menurut laporan dari MalaysiaKini, Menteri Besar Baru Selangor akan mengangkat sumpah pada 10 pagi di Istana Alam Shah, Klang, pada Selasa depan.
Menurut laporan tersebut, kad undangan sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan juga orang kenamaan untuk menghadiri upacara tersebut.
Perkara itu telah disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani. Menurut Munir lagi, siapa yang bakal menjadi Menteri Besar baru akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.
Walaubagaimanpun, beliau enggan mengulas lanjut tentang individu berkenaan termasuk maklumat parti individu berkenaan.
Istiadat itu bakal diadakan di Balairong Seri Istana. Tetamu dikehendaki memakai pakaian kebangsaan beserta dengan songkok hitam. - SiakapKeli.com
TOP
Pengarah Kastam Negeri Antara Direman Kes Seludup Arak,Rokok
Seorang Pengarah Jabatan Kastam Negeri yang berpangkat Datuk merupakan antara 13 yang ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes sindikit yang membawa masuk rokok dan arak yang bermutu tinggi ke negara ini secara seludup.
Menurut laporan dari BH Online, mereka tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya kira-kira jam 9.50 pagi tadi. Kesemua mereka berusia antara 32 dan 57 tahun.
Mereka ditahan reman tujuh hari mulai hari ini.
Mereka ditahan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan juga Pembiayaan Keganas 2010 bagi membantu siasatan. Kesemua mereka ditahan hasil dari operasi besar-besaran yang melibatkan pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang - SiakapKeli.com

VIDEO: Bekas Isteri Sham Kamikaze Luah Isi Hati Menerusi Lagu
Kalau hendak diceritakan tentang kisah pemuzik dan juga pendakwah, Sham Kamikaze dan bekas isterinya, Farazila Abdul Jabar memang panjang.
Sikap tidak bertanggungjawab Sham sebagai suami dikatakan menjadi punca utama kemusnahan rumahtangga mereka. Dikatakan juga, tindakan Sham yang tidak mahu mengakui yang dia sudah menikahi dengan wanita lain juga menjadi sebab rumahtangga mereka berkecai. Itu tidak dicampur lagi dengan tohmahan yang dilemparkan oleh isteri kedua Sham menerusi laman sosial dan juga media. Tidak dapat diungkapkan bagaimana ketabahan Farazila menghadapi dugaan seperti itu. Baru-baru ini, dalam diam, Farazila memuatnaik lagu yang bertajuk "Allah Tahu" ke laman Youtubenya yang merupakan luahan isi hatinya terhadap liku-liku yang terjadi dalam hidupnya. Lagu dan lirik tersebut merupakan hasil ciptaan Farazila sendiri.
Jom dengar lagu ini dan hayati liriknya
- SiakapKeli.com

Gambar: Kanak-kanak Malaysia Maut di Taman Tema Adelaide Dikenal Pasti
SYDNEY: Kanak-kanak perempuan warga Malaysia berumur lapan tahun yang terbunuh akibat tercampak daripada permainan berputar taman tema di Royal Adelaide Show, Adelaide, Jumaat lalu, dinamakan sebagai Adelene Leong.
Polis Australia Selatan turut mendedahkan satu gambar Adelene ketika berada di taman tema berkenaan.
Menurut polis, ibu kepada kanak-kanak berkenaan menggambarkan anak perempuannya itu sebagai "anak kesayangannya, cantik dan satu-satunya bidadari dalam hatinya".
Laporan ABC semalam berkata, polis Adelaide masih berminat mendengar keterangan daripada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan permainan berputar jenis Airmaxx 360 dan setakat ini sudah merakamkan keterangan daripada 40 saksi.
Cif Inspektor Selena Dinning berkata, polis berharap seseorang boleh memberikan petunjuk terbaik mengenai kejadian itu.
"Secara khususnya, kami berminat untuk mendengar daripada sesiapa saja yang mungkin mengambil gambar atau rakaman video kejadian yang membabitkan permainan berputar Airmaxx 360 di Showgrounds, Jumaat lalu," katanya.
"Kami juga berminat untuk mendengar daripada sesiapa saja yang berada di kawasan itu pada masa kejadian atau sesiapa saja yang pernah mengalami perkara pelik ketika menaiki permainan itu,
"Walaupun maklumat itu sedikit, namun ia mungkin menjadi maklumat penting yang membawa penjelasan terhadap apa yang berlaku," katanya. - ABC / BH Online
TOP
FINAS Mahu Lagu Negaraku Kekal Dimainkan Di Pawagam
KUALA LUMPUR, 18 Sept - Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) telah mencadangkan untuk terus memainkan lagu kebangsaan, 'Negaraku', di pawagam, sebelum bermulanya tayangan filem.
Pengerusinya, Datuk Md Afendi Hamdan berkata Finas juga akan meminta nasihat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenai perkara itu.
"Kami melakukannya sepanjang bulan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia hingga ke hari semalam, mengapa tidak meneruskan, kerana ia merupakan simbol patriotik, dan juga satu cara untuk memupuk semangat cintakan negara," Md Afendi memberitahu jurucakap Utusan Malaysia semalam .
Beliau juga mengkritik mereka yang mempersoalkan kerelevanan langkah tersebut.
"Ianya sangat mudah, hanya satu lagu, dan hanya sebentar. Tidak perlu sebarang iklan dan promosi, tetapi hanya lagu Negaraku, "kata Md Afendi.
Beliau juga memetik tindakan ketua DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen yang mengkritik langkah itu bermain Negaraku di pusat hiburan.
Dalam status Facebook semalam, Chong mengatakan, dia masih merasakan langkah memainkan lagu Negaraku di pusat hiburan adalah tidak wajar.
Chong bagaimanapun telah memadam statusnya yang lebih awal yang dikatakan memberi kritikan dan komen terhadap tindakan memainkan lagu Negaraku
Md Afendi menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan segera terhadap Chong. - SiakapKeli.com
TOP
Mohon Bantuan Orang Ramai Mengesan Lelaki ini yang Melarikan RM900,000
SiakapKeli ada menerima aduan tentang satu penipuan VVIP yang mana seorang lelaki, Mohd Khalid Bin Mokhtar, 62 telah mendakwa yang dirinya itu bekas pengawal peribadi kepada YB Dato Seri Muhammad Rahmat Bin Mohamad (Bekas menteri penerangan & setiausaha UMNO pada ketika itu).
Selain daripada itu lelaki tersebut juga telah dapat meyakinkan mangsa yang dia mampu mendapatkan projek-projek kerajaan untuk syarikat mangsa.
Malang sekali mangsa yang selepas itu telah membuat bayaran sebanyak RM900,000 telah ditipu apa lelaki berkenaan telah menghilangkan diri.
Bagaimanapun laporan polis telah dibuat.
Namun mangsa masih tidak berpuas hati dan memohon bantuan orang ramai sekiranya dapat mengesan lelaki tersebut (gambar) untuk menghubungi +601123261304 ataupun terus kepada pihak polis.
Berikut adalah kenyataan mangsa di status laman sosial beliau:
Salam sejahtera.. Saya memerlukan bantuan semua untuk mencari seseorang. Sesiapa yang mengenali atau ada melihat lelaki ini sila menghubungi (+601123261304). Butiran serta gambarnya adalah seperti dibawah. Kerjasama dari pihak anda amatlah saya hargai. Terima kasih.
Nama: Mohd Khalid Bin Mokhtar
Umur: 62 tahun
Bangsa: Melayu
- SiakapKeli

Suami Bakar Rumah Berang Pasangan Lari
Gopeng – Seorang lelaki bertindak membakar rumahnya di Taman Gopeng Jaya, di sini, selepas bertengkar dan tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang meninggalkannya, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 40-an dan tidak bekerja dikatakan bertengkar dan tidak lagi bersefahaman dengan isterinya sehingga menyebabkan isterinya itu kerap melarikan diri ke rumah ibunya yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka.
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan suami isteri itu kerap bertengkar menyebabkan si isteri sering lari ke rumah ibunya dan meninggalkan suaminya untuk beberapa hari sebelum kembali pulang ke rumah.
“Saya selalu menasihat mereka supaya bertolak ansur dan berbaik-baik semula, tetapi sebaliknya si suami memarahi saya kerana mencampuri hal rumah tangga mereka.
“Si isteri ada mengadu kepada saya jika dia meninggalkan rumah lagi suaminya akan membakar rumah mereka. Saya tidak sangka tindakan itu benar-benar terjadi semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam. - myMetro Online
TOP
Jangan Terpedaya, Ini Bukan Shah Rukh Khan!
Jika anda melihat gambar diatas, nama siapa yang pertama sekali yang terlintas dalam fikiran anda? Tentu Shah Rukh Khan!
Tapi jangan keliru dengan gambar tersebut kerana sebenarnya dia bukanlah Shah Rukh Khan yang sebenar. Nama lelaki berkenaan adalah M. Umair Malik, 26 , yang juga merupakan warga Pakistan. Oleh kerana wajahnya yang nak sama dengan pelakon Shah Rukh Khan, Umair cukup popular di negaranya sebagai seorang pelakon.
Jom saksikan beberapa keping lagi gambar pelanduk dua serupa Shah Rukh Khan ini - SiakapKeli.com

No comments:
Post a Comment