TOP
Pasangan ‘Bajet Comel’ Walau Sokong Pasukan Berbeza
Amboi, bukan main lagi pasangan kekasih muda zaman sekarang kan.
Gambar yang dikongsi di laman sosial kadang-kadang mengalahkan suami isteri. Malah pasangan suami isteri yang sah pun rasanya tak tergamak sampai begini sekali nak pamerkan keintiman mereka.
Contohnya dua mangkuk di atas yang bajet kiut agaknya bila berkongsi gambar masing-masing memakai jersi bola pasukan berbeza.
Tapi nak tunjukkan yang mereka lovey dovey walau berlainan pasukan bola yang disokong, diselitkan gambar mereka berkucup tanda perdamaian.
Apa yang boleh kami katakan perbuatan mereka ini jauh panggang dari api untuk dikatakan comel malah lebih kepada mengundang muntah!
- MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
Gambar yang dikongsi di laman sosial kadang-kadang mengalahkan suami isteri. Malah pasangan suami isteri yang sah pun rasanya tak tergamak sampai begini sekali nak pamerkan keintiman mereka.
Contohnya dua mangkuk di atas yang bajet kiut agaknya bila berkongsi gambar masing-masing memakai jersi bola pasukan berbeza.
Tapi nak tunjukkan yang mereka lovey dovey walau berlainan pasukan bola yang disokong, diselitkan gambar mereka berkucup tanda perdamaian.
Apa yang boleh kami katakan perbuatan mereka ini jauh panggang dari api untuk dikatakan comel malah lebih kepada mengundang muntah!
- MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
TOP
Azmi Sharom Dijangka Didakwa Di Bawah Akta Hasutan
PETALING JAYA – Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom dijangka didakwa atas Akta Hasutan pada Selasa berhubung komennya yang dibuat di sebuah portal mengenai krisis Perak 2009.
Beliau dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan 4(1)(b) di bawah Akta Hasutan 1948.
Di bawah seksyen itu, mereka yang mengeluarkan sebarang perkataan berbaur hasutan akan berhadapan dengan denda tidak lebih RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah.
Azmi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan beliau akan didakwa kerana mengeluarkan kenyataan itu. – mStar Online
TOP
3 Bekas Abu Mayat MH17 Tiba Di Pulau Pinang Esok
GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang membuat persiapan rapi untuk menyambut tiga bekas abu mayat tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 mengikut istiadat penghormatan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata ketiga-tiga bekas abu mayat itu akan tiba dalam dua masa yang berlainan esok.
Beliau berkata pada awalnya pengerusi jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh diberi tanggungjawab untuk mengurus penerimaan bekas abu mayat itu.
Bagaimanapun kerajaan negeri kini melantik dua exco lain iaitu Chong Eng dan Jagdeep Singh untuk mengambil alih tanggungjawab itu berikutan Phee ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, katanya.
“Saya bersama barisan exco kerajaan negeri akan hadir di lokasi ketibaan untuk menyambut kepulangan abu mangsa MH17,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat tergempar exco Pulau Pinang di sini hari ini.
Lim berkata dua bekas abu akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 10.15 pagi manakala satu lagi akan tiba di padang Sekolah Menengah Machang Bubok, Bukit Mertajam kira-kira 1.30 tengah hari.
Terdahulu, kerajaan negeri mengadakan raptai istiadat penghormatanpenerimaan mayat MH17 di Jabatan Penerbangan Awam di Bayan Lepas. – BERNAMA
TOP
42 Buah Rumah Rosak Akibat Ribut Di Baling
BALING – Sebanyak 42 rumah di lima kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu di sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung akibat dilanda ribut pukul 5.30 petang Ahad.
Kampung terbabit dalam kejadian itu ialah kampung Bok Bak melibatkan 12 buah rumah, Iboi (14), Padang Dan (12), Carok Kangar (satu) dan Tiak (tiga).
Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Baling, Nurul Iffah Abdullah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah itu telah menghulurkan bantuan segera iaitu tikar, selimut, kain batik dan sarung kepada mangsa ribut.
Beliau berkata, pihaknya berharap mangsa ribut segera membuat laporan polis bagi memudahkan bancian kerosakan dan kerugian dibuat.
Mangsa ribut di Kampung Iboi, Fauziah Aziz, 49, berkata dia sekeluarga bersyukur kerana pada waktu kejadian dan pokok tumbang menimpa rumah mereka, ia tidak mengenai anaknya yang berada di bahagian dapur.
“Kami juga bersyukur sebab menerima bantuan segera pihak terbabit yang turut membersihkan kawasan rumah kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. – BERNAMA
TOP
Reaksi Rakyat Malaysia Melihat Jalur Gemilang Di Lantai
KITA kerap mendengar seruan demi seruan daripada para pemimpin supaya sentiasa menghormati Jalur Gemilang.
Namun, adakah kita benar-benar faham tujuan seruan tersebut atau sekadar menganggap ia sebagai bendera semata-mata?
Jalur Gemilang bukanlah sekadar kain bercorak, sebaliknya ia merupakan lambang kedaulatan sesebuah negara.
Justeru, satu eksperimen sosial telah dijalankan bagi melihat sejauh mana rakyat Malaysia menghargai bendera keramat ini.
Jom saksikan!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Kredit: Azlan Nohara Photography)
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Kredit: Azlan Nohara Photography)
TOP
VIDEO: Kenapa Kanak-Kanak Ini Menampar Ibunya?
JIKA ditonton, tindakan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ini menampar ibunya sememangnya tampak begitu kasar dan biadap.
Dia juga dilihat menjerit sekuat hati memanggil ibunya.
Bagaimanapun, ia sebenarnya didorong oleh rasa panik dalam diri kanak-kanak itu apabila ibunya berada dalam keadaan khayal sehingga tidak mampu memberi respon apabila dipanggil.
Sama ada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, tidak dapat kami pastikan.
Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati pada kanak-kanak itu kerana tidak sepatutnya dia berhadapan dengan situasi tertekan begini.
Macam manalah si ibu hendak mendidik anak jika dia sendiri pun tidak mampu ‘mendidik’ diri sendiri…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Melampau.. Penonton Melodi Kutuk Sherry Al Hadad Sebab Gemuk
Seperti kita ketahui, sekarang ini terdapat ramai sungguh pendakwah tak bertauliah yang gemar bertandang ke laman sosial artis untuk memberi nasihat percuma.
Walau pun sesetengah daripada golongan ini kadang kala agak menjengkelkan namun mereka boleh dianggap jauh lebih baik daripada jenis kaki kutuk. Contohnya dua pengguna Instagram baru-baru ini boleh dianggap biadap dan tak berhati perut apabila mengutuk pengacara baru Melodi, Sherry Al Hadad kerana berbadan besar di Instagram Melodi TV3.
‘Semak tengok si gemuk jadi pengacara’ dan ‘pengacara kenapa gemuk sangat’ dilemparkan kepada Sherry di saat orang ramai memberi maklum balas di ruangan komen berkaitan kemerdekaan. Susulan itu pengurus Sherry dilihat mengepos kembali komen ini di Instagram peribadi bagi menegur individu terbabit dan meluahkan kesedihannya kerana masih ada manusia dengan mentaliti begini iaitu melihat kecantikan fizikal dahulu berbanding bakat.
Rasanya mana-mana perempuan pun akan terluka apabila paras rupa atau badan mereka dikutuk, Sherry pasti tak terkecuali. Namun salut pada Sherry kerana dia nampaknya bersikap positif dengan kutukan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan kepadanya.
Tak apalah Sherry, sudah lumrah hidup dalam ramai-ramai manusia yang suka kita mesti ada terselit juga yang busuk hatinya. Teruskan bersabar dan perbaiki lagi mutu bakat anda agar terus berjaya dalam bidang seni ok? – MYNEWSHUB.MY
Walau pun sesetengah daripada golongan ini kadang kala agak menjengkelkan namun mereka boleh dianggap jauh lebih baik daripada jenis kaki kutuk. Contohnya dua pengguna Instagram baru-baru ini boleh dianggap biadap dan tak berhati perut apabila mengutuk pengacara baru Melodi, Sherry Al Hadad kerana berbadan besar di Instagram Melodi TV3.
‘Semak tengok si gemuk jadi pengacara’ dan ‘pengacara kenapa gemuk sangat’ dilemparkan kepada Sherry di saat orang ramai memberi maklum balas di ruangan komen berkaitan kemerdekaan. Susulan itu pengurus Sherry dilihat mengepos kembali komen ini di Instagram peribadi bagi menegur individu terbabit dan meluahkan kesedihannya kerana masih ada manusia dengan mentaliti begini iaitu melihat kecantikan fizikal dahulu berbanding bakat.
Rasanya mana-mana perempuan pun akan terluka apabila paras rupa atau badan mereka dikutuk, Sherry pasti tak terkecuali. Namun salut pada Sherry kerana dia nampaknya bersikap positif dengan kutukan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan kepadanya.
Tak apalah Sherry, sudah lumrah hidup dalam ramai-ramai manusia yang suka kita mesti ada terselit juga yang busuk hatinya. Teruskan bersabar dan perbaiki lagi mutu bakat anda agar terus berjaya dalam bidang seni ok? – MYNEWSHUB.MY
TOP
Aktivis Anti-Lynas Dilarang Masuk Malaysia
PETALING JAYA – Aktivis warga New Zealand, Natalie Lowrey dilarang memasuki Malaysia semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Ahad apabila namanya disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.
Wanita berusia 42 tahun itu yang juga merupakan penduduk tetap Australia, dilarang masuk sejurus selepas ketibaannya pada pukul 7.55 malam di KLIA2 pada Ahad.
“Jabatan Imigresen telah melarang kemasukannya ke negara ini kerana dia di dalam senarai hitam,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan perkara itu.
“Ketua Pengarah Jabatan (Imigresen) akan mengulas lanjut mengenai perkara ini tidak lama lagi,” katanya pada sidang media, Isnin.
Difahamkan, Lowrey sebelum ini ditahan kerana penglibatannya dalam bantahan “Shutdown Lynas” pada 22 Jun tahun ini, tetapi masih tidak dapat dipastikan lagi sekiranya ia mempunyai kaitan dengan tindakan dia disenaraihitamkan.
Stop Lynas dalam satu kenyataan berkata, Lowrey akan dihantar pulang ke negara dia berlepas untuk ke Kuala Lumpur.
“Dia dihantar ke Bali, dan akan terbang melalui Sydney pada Selasa pada pukul 6.50 pagi. Lowrey dimaklumkan mengenai tindakan larangan kemasukan ke Malaysia, sebab-sebab larangan itu bagaimanapun tidak dimaklumkan.
“Lowrey dan 15 rakyat Malaysia yang lain ditahan di bantahan secara aman pada Jun lalu bagi menuntut Lynas menutup operasi loji Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan.
“Lowrey ditahan selama enam hari dan dibebaskan tanpa didakwa, tanpa dimaklumkan dia tidak dapat kembali ke negara ini. Rakyat Malaysia yang ditahan dibicarakan di bawah Kanun Keseksaan,” menurut kenyataan itu. – mStar Online
TOP
Harap Lebih Banyak Produk Pelancongan Diwujud Di Langkawi
LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap lebih banyak produk pelancongan diwujudkan di Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong ke pulau peranginan itu.
Beliau berkata Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) khususnya perlu memainkan peranan lebih proaktif bagi mengenal pasti produk pelancongan yang berpotensi di pulau itu.
“Dengan adanya (penambahan) produk pelancongan itu, ia dapat meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau peranginan ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sky Dome dan Pengiktirafan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) di Oriental Village di sini hari ini.
Beliau berkata usaha Lada dalam mewujudkan produk pelancongan sedia ada sangat dihargainya dan berharap usaha itu akan berterusan.
Mengenai Sky Dome, beliau berkata ia merupakan tarikan pelancongan baharu bernilai RM1.53 juta, yang menawarkan keseronokan tontonan animasi pada sudut keluasan 360 darjah di pulau peranginan ini.
Sky Dome adalah kubah penuh luar yang pertama di Malaysia serta Asia dan ia turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Lada Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi Mohd Ali Makkit dan Pengasas MBOR Tan Sri Danny Ooi. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak Maut Tertimbus Dalam Lubang Pasir
LINCOLN CITY-OREGON. Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila ditimbus pasir ke dalam lubang yang sengaja digali di Pantai Oregon Sabtu lalu.
Mangsa, Isabel Grace Franks, 9, dikatakan mengunjungi kawasan pantai tersebut bersama keluarganya dari Bandar Sandy, Oregon.
Dia bersama rakan-rakan dan adik-adiknya yang lain menggali lubang yang dalam untuk bermain bersama-sama.
Menurut saksi, Tracey Dudley, mangsa dikatakan masuk dan duduk di dalam lubang tersebut untuk mengetahui kedalaman lubang yang baharu sahaja digali.
“Tebing lubang itu tiba-tiba runtuh ketika dia (mangsa) masih berada di dalam lubang tersebut dan mangsa tertimbus dengan pasir.
“Pada mulanya kami sangka tidak ada apa-apa kemalangan yang berlaku. Ia adalah perkara biasa bagi kanak-kanak untuk bermain. Saya mulai sedar ada yang tidak kena apabila beberapa kanak-kanak menjerit-jerit,” katanya.
Jelasnya lagi, sebaik melihat orang ramai bergegas menggali lubang itu demi menyelamatkan kanak-kanak tersebut, dia mula menghubungi talian kecemasan.
Pegawai bomba yang mengesahkan menerima panggilan tersebut berkata, pihak berkuasa dan ahli pasukan bomba menerima laporan tepat jam 5 petang semalam dan bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sekumpulan orang ramai masih bertungkus-lumus cuba mengorek lubang pasir itu bagi mengeluarkan dan menyelamatkan mangsa.
Apabila mangsa berjaya ditarik keluar, Isabel didapati tidak sedarkan diri dan tidak bernafas.
Bantuan pernafasan CPR segera diberikan dan kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital namun mangsa tidak dapat diselamatkan.
“Kesemua yang berada di situ terus menggali tanpa henti namun pasir tidak henti-henti runtuh.
“Ia sesuatu yang menyayat hati. Kita boleh lihat usaha mereka yang sedaya-upaya cuba untuk selamatkan mereka. Saya tidak dapat cakap apa-apa. Ia sangat teruk,” katanya lagi.
Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba Lincoln Utara, Jim Kusz berkata, insiden yang sama sebelum ini dilaporkan pernah terjadi namun kejadian kali ini adalah sesuatu yang jarang berlaku. -
TOP
Penyelia Ladang Maut Dilanggar Lori Di Johor
KOTA TINGGI – Seorang penyelia ladang maut setelah motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 44, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Mohd Shahril Roslee, 23, dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum motosikalnya dilanggar sebuah lori pasir dari arah belakang.
Mangsa meninggal di tempat kejadian sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rahmat berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Mawai itu telah memotong lori pasir sebelum memberi isyarat membelok sebelah kanan jalan.
“Apabila sampai di simpang, mangsa telah memberhentikan motosikalnya bagi memberi laluan pada kenderaan di hadapan. Bagaimanapun, pemandu lori pasir tersebut tidak sempat untuk mengelak dan terus melanggar bahagian belakang motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga.
Rahmat berkata siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu lori itu, tetapi ujian air kencing pemandu lori berkenaan adalah negatif.
Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, bapa mangsa Rosli Ghazali, 48, yang ditemui di Unit Perubatan Forensik HKT, reda ketika menerima berita menyedihkan itu.
Katanya tiada perubahan ketara dilihat pada anak kedua daripada lima beradik itu melainkan Mohd Shahril begitu seronok bergurau dengan adik perempuan yang berusia sebelas tahun petang semalam. – BERNAMA
TOP
Ruji Ubi Dilantik Pengarah Awam ESSCOM
LAHAD DATU – Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah Ruji Ubi dilantik sebagai Pengarah Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berkuat kuasa, hari ini
Menurut kenyataan yang dikeluarkan ESSCom, Ruji anak jati Tawau berumur 44 tahun itu menerima watikah pelantikan daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Rabu lepas.
Pengarah Awam ESSCom merupakan jawatan baharu yang diwujudkan berikutan penstrukturan semula organisasi ESSCom yang dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne).
Penstrukturan semula yang berkuat kuasa 15 Julai lepas itu menyaksikan pewujudan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam.
Ketika mengumumkan penstrukturan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DCP Datuk Abdul Rashid Harun yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESScom ketika itu, dilantik sebagai Komander ESScom untuk komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan.
Sebelum penstrukturan semula, ESSCom diketuai oleh seorang Ketua Pengarah iaitu Datuk Mohammad Mentek.
Ruji menyertai perkhidmatan awam selaku Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Jan 1996 dan mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia, kewangan, perolehan dan penggubalan polisi.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (B.A Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1995 dan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa (Peace & Conflict Resolutions) dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia pada tahun 2010.
Ruji pernah berkhidmat di pelbagai kementerian, antaranya sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Dalam Negeri (Jan 1996 hingga Jan 1997), Penolong
Setiausaha di Kementerian Kewangan Malaysia (Nov 1998 hingga Ogos 2001), Penolong Setiausaha di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Sept 2001 hingga Mac 2004) dan Penolong Setiausaha Kanan di Unit Perancang Ekonomi JPM (April 2004 hingga Feb 2006).
Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pengajian Tinggi (Feb 2006 hingga Feb 2008), Ketua Penolong Setiausaha Kanan di Kementerian Pertanian Malaysia (Mac 2008 hingga Mac 2009) dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen (PTTK) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (April hingga Julai 2009).
Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Pengarah Awam ESSCOM ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah (Dis 2010 hingga Ogos 2014).
ESSCom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, awal tahun lepas.
ESSZOne merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – BERNAMA
TOP
Temuduga Konstabel Polis Sukarelawan Di Melaka Esok
MELAKA – Polis Diraja Malaysia akan mengadakan temuduga pengambilan anggota bagi jawatan konstabel sukarelawan lelaki dan wanita selama ima hari bermula esok di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini.
Polis Melaka dalam kenyataan menjelaskan calon mestilah memenuhi syarat kelayakan antaranya berumur 18 hingga 45 tahun; lulus Sijil Rendah Pelajaran atau Penilaian Menengah Rendah; bersih daripada rekod jenayah; dan sihat tubuh badan.
Katanya, antara kelayakan fizikal yang perlu dipenuhi ialah tinggi minimum 162cm bagi lelaki dan 152cm bagi wanita; berat badan minima 50kg lelaki dan 48kg wanita; dan konstable sukarelawan polis akan dibayar elaun penugasan anggota sebanyak RM6 sejam.
“Mereka yang berminat boleh menghadiri temuduga bermula 8 pagi dengan memakai kemeja lengan panjang dan seluar panjang slack bagi lelaki manakala bagi wanita mestilah berpakaian kemas dan bersesuaian,” menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut, boleh hubungi IPK Melaka di talian 06-2854142. – BERNAMA
TOP
KJ Pastikan 45% Pengundi Muda Di P’kalan Kubur Didekati
KUALA LUMPUR – Pemuda Umno akan memastikan 45 peratus pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubur didekati jentera pergerakan itu sepenuhnya sebelum pilihan raya kecil kawasan itu.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata undi kumpulan berkenaan adalah penting bagi memastikan DUN itu kekal di tangan Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi majoriti yang dimenangi tidak begitu besar.
“Saya pun dah arahkan Naib Ketua Pemuda ke sana sejak minggu lepas. Kita dah buat persiapan awal dan kita sedang kumpulkan maklumat tentang pengundi-pengundi muda di sana.
Pengundi-pengundi muda di bawah 40 tahun di Pengkalan Kubur adalah seramai 45 peratus, jadi agak tinggi. Bagi saya amat penting bagi kita cuba mendekati seramai mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program senamrobik anjuran radio Era FM di sini, hari ini.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Pada PRU 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada 25 Sept manakala penamaan calon pada 13 Sept. – BERNAMA
TOP
7 Program Gamit Pelancong Ke Perlis Sehingga Dis
KANGAR – Sebanyak tujuh program dirancang Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis untuk menggamit pelancong melawat Perlis bermula Ogos sehingga Disember ini.
Program bermula dengan penganjuran Perlumbaan Bot Laju Kawalan Jauh Antarabangsa Perlis di Tasik Melati 2 pada 30 dan 31 Ogos sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan negera ke-57, semalam.
Menurut kenyataan YTSP pada Isnin, pameran 1Malaysia Contemporary Art Tourism (1MCAT) Art Boot Camp akan berlangsung di Homestay Kampung Paya Guring dari 5 hingga 7 Sept dan Royal Perlis Cart Prix Asia Rotax Max Challenge 2014 di Litar Go-Kart Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra pada 13 dan 14 Sept.
Asean Orienteering Grand Finale 2014 pula akan berlangsung di Hutan Lipur Bukit Ayer, Taman Rimba Herba pada 20 hingga 21 Sept dan pameran 1MCAT Lukisan Perlis berlangsung di Galeri Seni Lukis Perlis di Simpang Empat dari 11 hingga 13 Okt.
Perlis International Rally pula dijadual berlangsung di Ladang Tebu Chuping selama dua hari bermula 29 Nov dan Festival Muzium, di Muzium Kota Kayang bermula 26 Dis hingga 28 Dis, menurut kenyataan itu.
Sementara itu, UniMAP juga akan menjadi tuan rumah Kejohanan Woodball Universiti Sedunia 2014 mulai 21 Okt hingga 26 Okt ini.
19 negara, termasuk Jepun, Taiwan, Hong Kong, Mongolia, Nepal, Korea, Indonesia, Thailand, Vietnam, Uganda, Singapura, Maghribi, India, Bangladesh, Rusia, Kenya, Afghanistan dan China dijangka mengambil bahagian dalam sembilan kategori yang dipertandingkan.
Dalam perkembangan berkaitan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini, berkenan melancarkan ‘Promosi Negeri Perlis’ di Hotel Grand Inna Muara di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
Program dianjurkan dengan kerjasama BMC Travel, pejabat Tourism Malaysia Medan, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Perlis, YTSP dan Festival Busana Muslim (IFF) Padang 2014.
Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Sebanyak 1,000 brosur diedarkan kepada pemain industri dan masyarakat setempat bagi memperkenalkan Perlis dan majlis turut diserikan dengan pertunjukan IFF Padang 2014 yang dihoskan Tourism Malaysia. – BERNAMA
TOP
Eina Azman Terima Wang Hantaran RM77,000, Chevrolet Camaro
BERTEMAKAN Bollywood, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina, 19 tahun telah pun selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di Hotel Grand Hyatt kira-kira jam 9.03 malam.
Lafaz nikah telah dilakukan sebanyak 2 kali dengan bapa Eina sendiri yang telah menikahkan pasangan ini.
Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan Bollywood mereka.
Menariknya Eina Azman bukan sahaja menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 tetapi turut sama menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning sebagai salah satu hantarannya.
Untuk makluman, pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalas 9 dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Tahniah diucapkan kepada Eina Azman yang kini telah pun memegang gelaran Datin Paduka susulan perkahwinan ini.
– BEAUTIFULNARA
Lafaz nikah telah dilakukan sebanyak 2 kali dengan bapa Eina sendiri yang telah menikahkan pasangan ini.
Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan Bollywood mereka.
Menariknya Eina Azman bukan sahaja menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 tetapi turut sama menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning sebagai salah satu hantarannya.
Untuk makluman, pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalas 9 dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Tahniah diucapkan kepada Eina Azman yang kini telah pun memegang gelaran Datin Paduka susulan perkahwinan ini.
– BEAUTIFULNARA
TOP
Pelacur Sorok Jam Rolex Dalam Kemaluan
Las Vegas – Tiga wanita ditahan di sini selepas mereka mencuri dua jam Rolex dan menyorokkannya di dalam kemaluan mereka.
Polis berkata, ketiga-tiga wanita itu mulanya memasuki bilik dua tetamu sebuah hotel di Las Vegas, memberi arak dan melakukan aksi seks dengan mangsa sebelum cuba melarikan diri bersama-sama jam mahal itu.
Bagaimanapun, Bryanna Warren, 23, Trinity Kennard, 23 dan Charmella Triggs ditangkap selepas CCTV dalam lif di hotel kasino Encore merakam dua wanita itu menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluan masing-masing.
Menurut laporan polis, kejadian bermula dengan Bryanna dan Charmella berfoya-foya bersama-sama seorang pelancong warga India di bar hotel berkenaan.
Mereka kemudian minum di biliknya apabila disertai seorang lagi rakan lelaki terbabit.
Wanita itu kemudian mempelawa rakan mereka, Trinit ke bilik itu.
Polis berkata, seorang wanita itu menanggalkan pakaian seorang lelaki berkenaan dan melakukan aksi seks padanya di bilik berasingan menyebabkan lelaki berkenaan menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £7,500 (RM39,240).
Pada masa sama, seorang lagi wanita melayan tetamu lain, menyebabkan dia juga menanggalkan jam Rolexnya yang berharga £2,500 (RM13,000).
Menurut polis, seorang mangsa itu menyedari jamnya diambil dan ketiga-tiga wanita itu melarikan diri ke arah lif dengan lelaki berkenaan mengejar mereka.
Seorang wanita itu mengeluarkan pistol dan mengancam menembaknya.
Ketika berada di dalam lif, dua wanita itu dirakam menyelak baju mereka, mencangkung dan memasukkan jam ke dalam kemaluan masing-masing.
Polis menahan wanita itu di luar lif selepas pengawal keselamatan dimaklumkan oleh mangsa.
Jam itu ditemui ketika pemeriksaan menyeluruh dilakukan ke atas mereka.
TOP
Dua Siswi Bernafsu Songsang Dicekup
JOHOR BAHRU – Dua penuntut wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan operasi Ambang Merdeka, awal pagi semalam.
Meskipun pada mulanya tiada sebarang syak untuk mendakwa kedua-duanya melakukan khalwat, namun serbuan dilakukan akhirnya membongkar rahsia pasangan lesbian atau dalam Islam disebut sebagai musahaqah itu.
Serbuan sekitar jam 12.45 pagi yang dilakukan sembilan anggota dan pegawai, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari itu menemui alat kelamin lelaki tiruan di dalam bilik berkenaan.
Ketika diketuk untuk melakukan pemeriksaan, seorang daripada mereka berpakaian lengkap memberi kerjasama dengan membuka pintu bilik hotel, manakala seorang lagi berada dalam bilik air dalam keadaan tanpa seurat benang.
Selepas anggota operasi memperkenalkan diri, kedua-dua penuntut IPTA berusia masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu hanya terdiam malah tergamam apabila bilik hotel dihuni mereka diserbu pihak berkuasa.
Ketika disoal siasat, salah seorang daripada mereka mendakwa alat kelamin lelaki tiruan terbabit baharu sahaja dibuka dari paket dan belum dicuba, sebaik sahaja diterima hasil pembelian secara ‘online’.
Zamri berkata, pasangan penuntut terbabit ditahan pihaknya mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana disyaki melakukan musahaqah.
“Mengikut enakmen ini, mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu,” katanya.
Mohd Zamri berkata, pelbagai peralatan lain termasuklah komputer riba milik pasangan penuntut wanita terbabit dirampas dalam serbuan itu.
Mereka merupakan antara lapan pasangan yang ditahan dalam serbuan Operasi Ambang Merdeka bermula 11 malam hingga 3.30 pagi di sekitar Taman Gaya, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang dan Taman Johor Jaya.
Kesemua pasangan yang ditahan, dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat JAIJ untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian
TOP
Lelaki Hina PDRM Sudah ‘Kecut Telur’, Mohon Maaf Di Twitter
SEMALAM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya telah mengeluarkan kenyataan mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengesan dua pengguna Twitter yang mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis.
Kedua-dua menggunakan nama Nasrul Omar dan Viktor Wong.
Bagaimapun, hari ini, Viktor Wong telah mengemaskini statusnya yang memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM atas kebiadapannya itu.
Ia berbunyi:
“Hello @PDRMsia @KBAB51, saya menarik balik kenyataan ‘anak haram’ dan memohon maaf kepada anda dan semua anggota.”
Sebelum ini, dia juga pernah memuatnaik status seakan-akan menyindir ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Hari Kemerdekaan ke-57, kononnya ia tidak asli dan terlalu ‘plastik’.
Justeru, ramai yang beranggapan orang seperti Viktor Wong hanya berani bercakap di laman sosial, namun ‘kecut telur’ apabila PDRM mengambil tindakan.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Kedua-dua menggunakan nama Nasrul Omar dan Viktor Wong.
Bagaimapun, hari ini, Viktor Wong telah mengemaskini statusnya yang memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM atas kebiadapannya itu.
Ia berbunyi:
“Hello @PDRMsia @KBAB51, saya menarik balik kenyataan ‘anak haram’ dan memohon maaf kepada anda dan semua anggota.”
Sebelum ini, dia juga pernah memuatnaik status seakan-akan menyindir ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Hari Kemerdekaan ke-57, kononnya ia tidak asli dan terlalu ‘plastik’.
Justeru, ramai yang beranggapan orang seperti Viktor Wong hanya berani bercakap di laman sosial, namun ‘kecut telur’ apabila PDRM mengambil tindakan.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
GAMBAR: Gadis Ditetak Penyamun Dekat LRT Pandan Indah
Gara-gara cuba mempertahankan beg tangan dan telefon bimbit seorang gadis terpaksa menanggung kesakitan akibat ditetak di bahu dan lengan.
Perkara ini dikongsikan sendiri gadis tersebut menerusi akaun Facebook miliknya.
Pada kejadian 28 Ogos lalu, mangsa mendakwa disamun ketika berjalan kaki pulang dari LRT Pandan Indah.
Penyamun yang dipercayai memang menunggu masa sesuai berlari ke arahnya bersama pisau pemotong daging dan bertindak menetak lengan dan bahu apabila kehendaknya dilawan. Dia kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Lagenda berwarna biru.
Apabila mengetahui kisah ini rakan-rakan mangsa didapati memberi nasihat kepadanya bahawa dia tidak sepatutnya melawan apabila berdepan situasi seperti ini.
Nampaknya, gadis ini turut bersetuju kerana meski pun telefon bimbitnya selamat namun sakit dialami tidak berbaloi.
Jadi kepada kaum wanita di luar sana, sentiasalah waspada dan hati-hati kerana penyangak kini berada di mana-mana.
Tapi jika sudah takdir nasib anda disamun maka biarlah hilang barang asalkan nyawa tidak melayang.. – MYNEWSHUB.MY
Perkara ini dikongsikan sendiri gadis tersebut menerusi akaun Facebook miliknya.
Pada kejadian 28 Ogos lalu, mangsa mendakwa disamun ketika berjalan kaki pulang dari LRT Pandan Indah.
Penyamun yang dipercayai memang menunggu masa sesuai berlari ke arahnya bersama pisau pemotong daging dan bertindak menetak lengan dan bahu apabila kehendaknya dilawan. Dia kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Lagenda berwarna biru.
Apabila mengetahui kisah ini rakan-rakan mangsa didapati memberi nasihat kepadanya bahawa dia tidak sepatutnya melawan apabila berdepan situasi seperti ini.
Nampaknya, gadis ini turut bersetuju kerana meski pun telefon bimbitnya selamat namun sakit dialami tidak berbaloi.
Jadi kepada kaum wanita di luar sana, sentiasalah waspada dan hati-hati kerana penyangak kini berada di mana-mana.
Tapi jika sudah takdir nasib anda disamun maka biarlah hilang barang asalkan nyawa tidak melayang.. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Pelanggan Singapura – ‘Tak Mahu Budaya Makanan Kotor China’
SUDAH menjadi kebiasaan untuk kebanyakan rakyat Singapura mengaitkan warga China dalam setiap aduan mereka di laman sosial.
Terbaru menerusi The Real Singapore, seorang pelanggan terkejut apabila menemui sekeping duit syiling bernilai satu dolar dalam mangkuk laksanya.
Dia kemudian memberitahu perkara itu kepada seorang pekerja yang dipercayai warga China.
Bagaimanapun, pekerja tersebut berkata, dia ‘bertuah’ kerana menemui duit dalam makanan.
“Pekerja itu sepatutnya bersikap lebih serius. Saya percaya perkara seperti ini sangat normal di China, tapi ini bukan China.
“Singapura perlu mempunyai tahap makanan yang lebih tinggi dari China dan saya tak mahu budaya makanan kotor mereka dibawa ke negara ini!” tegasnya.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu menuntut kerugian, namun lebih mementingkan kebersihan.
“Berapa ramai orang sudah menyentuh duit syiling itu dan berapa banyak kuman yang terdapat padanya?” soalnya.
Namun, soalan kami pula, benarkah pekerja itu merupakan warga China?
Nanti tak pasal-pasal tersilap tuduh pula seperti kes berak di stesen MRT Singapura sebelum ini…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Gambar Bogel Jennifer Lawrence Kini Tersebar Di Internet
GAMBAR bogel pelakon Jennifer Lawrence yang juga pemenang Oscar kini bertebaran di ruang maya selepas sistem simpanan dalam talian, Apple iCloudnya digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bukan dia sahaja yang menjadi mangsa, tetapi 100 selebriti lain juga turut mengalami nasib yang sama, memetik Fox News.
Jurucakap Lawrence mengesahkan gambar tersebut adalah asli dan mengecam tindakan penggodam yang dianggap mencerobohi hak peribadi pelakon itu.
Selain itu, gambar bogel Rihanna, Kim Kardashian, Mary Elizabeth Winstead dan Mary-Kate Olsen turut tersebar Pihak berkuasa masih menyiasat individu yang bertanggungjawab dalam menggodam akaun para selebriti tersebut.
Oleh: ELZA /MYNEWSHUB.MY
Selain itu, gambar bogel Rihanna, Kim Kardashian, Mary Elizabeth Winstead dan Mary-Kate Olsen turut tersebar Pihak berkuasa masih menyiasat individu yang bertanggungjawab dalam menggodam akaun para selebriti tersebut.
Oleh: ELZA /MYNEWSHUB.MY
TOP
Kerajaan DAP P.Pinang Tetap Bertegas Pertahan PPS
GEORGETOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap berdegil mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini dan tidak akan tunduk sama sekali dengan amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap pasukan itu.
Malah Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pagi ini turut mencabar Khalid untuk berbahas secara terbuka dengan beliau berhubung isu PPS.
“Walaupun kami tidak ada kekuatan seperti Ketua Polis Negara, kami tidak akan tunduk kerana satu nilai sahaja iaitu kebenaran. Kalau beliau (Khalid) benar-benar rasa beliau benar, saya cabar Ketua Polis Negara untuk adakan satu perbahasan terbuka tentang PPS.
“Beranikah anda sebagai Ketua Polis Negara untuk mengadakan perbahasan tentang ucapan beliau yang sungguh tidak bertanggungjawab menggunakan kuasa untuk menangkap (anggota exco) Phee Boon Poh dan juga mengambil keterangan Ketua Menteri,” katanya.
Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.
Polis turut mengambil keterangan Lim dan Anggota Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer. Lim berada di IPD Timur Laut sehingga pukul 3.30 pagi.
Khalid dalam Twitternya semalam meminta mereka yang bertanggungjawab terhadap PPS segera menyerah diri sebelum polis menyerbu rumah mereka.
Tindakan terhadap PPS diambil berikutan pasukan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang kerana tidak berdaftar dengan ROS.
Lim tetap menegaskan PPS adalah pertubuhan di bawah kerajaan negeri pimpinan DAP dan akan mempertahankan anggota pasukan itu.
“Kerajaan negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan beliau (Khalid)…mungkin saya nak tanya bilakah giliran saya untuk ditangkap…saya tunggu sama beliau,” katanya. – BERNAMA
TOP
Majlis Resepsi Ramli MS Dan Alyah Untuk Sahabat Rapat Sahaja?
LAIN macam bunyinya apabila Datuk Ramli MS menerusi sebuah akhbar tempatan berkata, majlis resepsinya yang bakal berlangsung pada hujung September ini akan dihadiri oleh sahabat rapat sahaja.
Adakah ini bermakna dia dan Alyah tidak akan menjemput wakil media untuk menghadirinya gara-gara episod ‘serbuan’ JAIS di kediamannya, baru-baru ini?
Menurutnya, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan pernikahannya, namun mahu menunggu waktu yang sesuai untuk menghebahkannya.
Ujarnya lagi, dia sebenarnya mahu menunggu kediamannya siap terlebih dahulu sebelum mengumumkannya.
Hai, apa boleh buat. Orang luar pun sudah tahu perkara sebenar.
Mungkin perkara ini tidak akan jadi sepanas ini jika Ramli tidak melenting setiap kali diajukan persoalan berkenaan statusnya sebelum ini, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Atilia Enggan Tangguh Timang Anak
PETALING JAYA – Penyanyi Atilia Haron yang baru sahaja bernikah dengan seorang jurutera bunyi, Adam Sofian Mazlan, 37, pada pagi Ahad merancang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.
Atilia, 40, berkata, dia enggan menangguhkan perkara itu seperti segelintir pasangan pengantin baru memandangkan usianya dan suami sudah meningkat.
“Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat memahami saya. Sekarang ini, fokus kami adalah mahu segera menimang anak. Maklumlah, usia kami pun bukannya muda lagi,” katanya berseloroh ketika dihubungi mStar Online pada Ahad sejurus selepas perkahwinannya.
Dengan hanya sekali lafaz, Atilia sah bergelar isteri kepada Adam dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Hotel The Saujana Subang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad.
Majlis itu dihadiri seramai 160 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.
Kata Atilia, dia bersyukur, perkahwinannya itu berjalan dengan lancar walaupun persiapan yang dilakukan tidak sampai sebulan.
“Sepatutnya bukan sekarang kami nak kahwin. Tetapi apabila Adam akan ke Amerika Syarikat selama dua bulan, dan saya pula sibuk dengan kerja-kerja nyanyian dan mengajar yoga, maka kami rasa eloklah jika pernikahan kami disegerakan.
“Alhamdulillah, ia berlangsung dengan lancar pada hari ini (Ahad). Majlis kami pun sederhana, dan inilah yang kami mahukan,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya apakah keistimewaan Adam di mata Atilia, kata penyanyi lagu Indah itu, dia suka melihat suaminya yang sangat berdisiplin dalam kehidupan hariannya selain seorang yang begitu rajin bekerja.
“Saya suka orang yang tegas. Dia tak banyak cakap, tetapi bijak menguruskan dirinya dengan cara yang sangat berdisiplin.
“Sudah 12 tahun kami berkenalan dan mula bercinta pada enam tahun lalu. Syukur, kami disatukan dan saya harap ia akan kekal hingga akhir hayat InsyaAllah,” tuturnya.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia dan yang pertama buat Adam.
Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009. - mStar Online
TOP
KHALWAT: Awek S’pore Kantoi Di JB, Sanggup Mengaku Bukan Islam
Seorang wanita warga Singapura tergamak mengakui dirinya bukan beragama Islam bagi mengelak dirinya dicekup bersama pasangannya dalam serbuan Ops Ambang Merdeka, semalam.
Wanita terbabit ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama seorang lelaki bukan Islam dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) di sebuah hotel sekitar Taman Johor Jaya.
Ketika disoal anggota operasi mengenai agamanya, dengan selamba wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirinya bukan Islam meskipun dalam pasport tertera ‘binti’ pada namanya. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya. “Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan. “Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam. “Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya. Sementara itu, keinginan seorang pengurus sebuah syarikat untuk melampiaskan nafsu bersama gadis warga asing, terbantut apabila bilik hotel bajet dihuninya diserbu Jaij. Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20an dalam serbuan berasingan. Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa mula memasuki bilik hotel berkenaan sekitar jam 7 malam kelmarin sementara wanita warga asing itu pula hadir kira-kira jam 1 pagi semalam. Beliau turut mengakui mendapatkan perkhidmatan seks ditawarkan oleh gadis genit warga asing itu pada harga RM200 bagi satu malam.
Ketika disoal anggota operasi mengenai agamanya, dengan selamba wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirinya bukan Islam meskipun dalam pasport tertera ‘binti’ pada namanya. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, pihaknya tetap menahan wanita itu mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana didapati berkhalwat bersama lelaki yang bukan suami atau mahramnya. “Melihat kepada alasan diberikan suspek, kita tetap membawanya ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum dibawa ke pejabat agama untuk tindakan susulan. “Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Singapura untuk mengetahui latar belakangnya bagi mendapatkan kebenaran terhadap dakwaan kononnya dia bukan beragama Islam. “Jadi wanita itu juga kena buktikan juga yang dirinya bukan beragama Islam. Jaij menahannya kerana didapati berkhalwat malah nama tertera pada pasportnya merupakan nama individu Melayu,” katanya. Sementara itu, keinginan seorang pengurus sebuah syarikat untuk melampiaskan nafsu bersama gadis warga asing, terbantut apabila bilik hotel bajet dihuninya diserbu Jaij. Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan bersama seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 20an dalam serbuan berasingan. Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa mula memasuki bilik hotel berkenaan sekitar jam 7 malam kelmarin sementara wanita warga asing itu pula hadir kira-kira jam 1 pagi semalam. Beliau turut mengakui mendapatkan perkhidmatan seks ditawarkan oleh gadis genit warga asing itu pada harga RM200 bagi satu malam.
TOP
VIDEO: Staf Digi Kurang Ajar, Tuduh Pelanggan Menipu
Nampaknya dah jadi trend zaman sekarang pelanggan gemar merakam sebarang situasi yang membuatkan mereka berasa tidak puas hati.
Terbaru, seorang pelanggan Digi memuat naik video di laman sosial menunjukkan dia dilayan dengan kurang sopan oleh kaki tangan syarikat telekomunikasi tersebut.
Insiden dikatakan bermula apabila pelanggan tersebut datang ke Digi IOI Mall Puchong untuk bertanya mengapa rekod pembayaran pada 29 Ogos tidak direkod selepas membuat semakan.
Menurut pelanggan tersebut dia membuat bayaran di situ sehari sebelumnya namun terlupa untuk meminta resit. Atas sebab itu seorang pekerja lelaki dan perempuan di kaunter menolak dakwaannya dan menuduh dia menipu.
Apabila meminta untuk menyemak CCTV, pekerja terbabit mula berdolak dalih dan bercakap kasar membuatkan pelanggan ini mengambil keputusan untuk merakam perlakuan mereka.
Susulan penyebaran video ini, Digi telah memuat naik satu status di Facebook mereka bagi memberi jaminan sedang menyiasat dan tidak akan memberi muka terhadap staf yang tidak menghormati pelanggan.
Tahniah kepada Digi kerana respon segera dan kepada mereka yang rasa-rasa kepala angin tu, elakkanlah daripada bekerja melibatkan perkhidmatan kaunter pelanggan ok? - MYNEWSHUB.MY
Terbaru, seorang pelanggan Digi memuat naik video di laman sosial menunjukkan dia dilayan dengan kurang sopan oleh kaki tangan syarikat telekomunikasi tersebut.
Insiden dikatakan bermula apabila pelanggan tersebut datang ke Digi IOI Mall Puchong untuk bertanya mengapa rekod pembayaran pada 29 Ogos tidak direkod selepas membuat semakan.
Menurut pelanggan tersebut dia membuat bayaran di situ sehari sebelumnya namun terlupa untuk meminta resit. Atas sebab itu seorang pekerja lelaki dan perempuan di kaunter menolak dakwaannya dan menuduh dia menipu.
Apabila meminta untuk menyemak CCTV, pekerja terbabit mula berdolak dalih dan bercakap kasar membuatkan pelanggan ini mengambil keputusan untuk merakam perlakuan mereka.
Susulan penyebaran video ini, Digi telah memuat naik satu status di Facebook mereka bagi memberi jaminan sedang menyiasat dan tidak akan memberi muka terhadap staf yang tidak menghormati pelanggan.
Tahniah kepada Digi kerana respon segera dan kepada mereka yang rasa-rasa kepala angin tu, elakkanlah daripada bekerja melibatkan perkhidmatan kaunter pelanggan ok? - MYNEWSHUB.MY
TOP
MH370: 3 Negara Setuju Seragam Media Salur Maklumat
HULU TERENGGANU – Tiga negara utama – Malaysia, China dan Australia yang terlibat dalam misi pencarian penerbangan MH370 Malaysia Airlines bersetuju melaksanakan penyeragaman media dalam menyalurkan maklumat bagi memastikan urusan pencarian tidak terganggu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Komunikasi dan Media Insiden MH370 berkata, penyeragaman media adalah antara kata sepakat yang dicapai antara tiga negara berkenaan supaya tiada percanggahan fakta berlaku dalam laporan misi pencarian itu.
“Untuk itu, kita meletakkan dua orang pegawai di Canberra, Australia untuk sentiasa menyampaikan maklumat terkini kepada Malaysia dan memantau setiap perkembangan terbaharu pencarian.
Selain itu, ketiga-tiga negara tersebut juga akan sentiasa berhubung melalui sidang video yang akan dilakukan setiap hari untuk maklumat terbaharu MH 370,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri Terengganu di Dataran Kuala Berang di sini hari ini.
Selain itu, beliau menyifatkan lawatan kerjanya ke Australia bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada minggu lepas sebagai amat berjaya berikutan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) dengan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berhubung pelbagai aspek ke arah mengukuhkan lagi kerjasama dalam mencari pesawat malang itu.
“Pencarian MH 370 ketika ini juga masih tertumpu di bahagian selatan (Lautan Hindi), seperti yang dimaklumkan Australia.
Walaupun tiada petunjuk terbaharu, kita tetap komited dalam usaha ini dan berharap semua rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan pencarian ini,” katanya.
MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Beijing pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas. – BERNAMA
TOP
Pembangunan Malaysia Tidak Lengkap Tanpa Sabah
KOTA KINABALU – Pembangunan Malaysia tidak lengkap tanpa Sabah, kerana tanpa hasil yang diperolehi daripada sumber aslinya tidak memungkinkan negeri seperti Kedah dapat membangun, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini.
“Sama juga dengan Kedah yang mengeluarkan beras untuk semua negeri termasuk Sabah pada harga subsidi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan rakyat di negara ini,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Penampang di sini.
Mukhriz, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata amalan bantu-membantu antara negeri-negeri di Malaysia dipraktikkan sejak merdeka lagi.
Katanya, ini kerana para pemimpin terdahulu telah memberi formula perpaduan bagi menjamin kemajuan bersama rakyat di negara ini.
Beliau turut mengingatkan anggota Umno Penampang untuk terus mengukuhkan perpaduan bagi memastikan rakyat terus menyokong Umno dan Barisan Nasional(BN).
“Saya bukan orang yang sesuai berkata mengenai perpaduan kepada orang Sabah kerana Sabah lebih tahu erti perpaduan kerana mempunyai lebih banyak suku kaum dan agama tetapi saya berharap amalan kesepakatan di kalangan anggota Umno diteruskan. Jika tiada kesepakatan, rakyat akan tolak kita,” katanya. – BERNAMA
TOP
MH17: 2 Kapten Pesawat Antara 9 Jenazah Akan Tiba Esok
SEPANG – Dua juruterbang dan seorang pembantu juruterbang antara sembilan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang akan tiba ke tanah air dari Amsterdam, Belanda, pagi esok, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussin.
Mengumumkan sembilan nama berkenaan beliau berkata dua juruterbang itu ialah Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong manakala pembantu juruterbang, Muhamad Firdaus Abdul Tahim.
“Daripada sembilan jenazah yang akan diterima esok, lima adalah dalam keranda dan empat lagi dalam bekas abu,” kata pada sidang media di sini, sebentar tadi..
Hishammuddin berkata, sembilan jenazah mangsa nahas MH17 membabitkan tujuh warganegara Malaysia dan dua rakyat Belanda.
Katanya, daripada tujuh itu dua beragama Islam manakala lima bukan beragama Islam.
“Ia membabitkan tiga penumpang dan empat anak kapal sementara dua jenazah warganegara Belanda adalah penumpang dan bukan beragama Islam,” katanya. – BH Online
TOP
FAM Harus Kaji, Siasat Perlawanan Risiko Tinggi
KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji dan menyiasat perlawanan berisiko tinggi sehingga boleh mencetuskan rusuhan.
Ia bertujuan agar kawalan ketat dapat diadakan bagi mengelak berlaku insiden kekecohan seperti dalam perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak, Sabtu lalu.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, FAM dan pihak berkuasa perlu memberi lebih perhatian terhadap kawalan stadium ketika perlawanan antara beberapa pasukan bola sepak berisiko berlangsung.
“Rusuhan di Stadium Negeri, Kuching itu tidak sepatutnya berlaku tetapi dalam keghairahan atau suasana bersemangat di stadium, perkara negatif seperti ini ada kemungkinan berlaku sekiranya kawalan keselamatan tidak ketat.
“Jadi, saya minta polis dan FAM buat siasatan dan pertingkatkan keselamatan. Saya serah kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program senamrobik anjuran radio Era FM di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.
Khairy turut menasihatkan penyokong bola sepak negara agar sentiasa dapat menjaga tatatertib dan kesopanan ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.
Insiden rusuhan di Stadium Negeri Kuching, itu berpunca daripada rasa tidak puas hati penyokong Sarawak terhadap keputusan penolong pengadil memberi sepakan percuma kepada pasukan Perak yang akhirnya menyaksikan kesudahan terikat 1-1 antara pasukan pasukan Ngap Sayot dan Perak.
Keputusan itu seterusnya menyebabkan pasukan Sarawak tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas menghuni tempat tercorot dalam Kumpulan B.
Berikutan penyingkiran Sarawak itu, satu kekecohan tercetus antara penyokong kedua-dua pasukan apabila ada dalam kalangan penyokong bertindak melempar suar dan mercun ke dalam padang serta membakar sebuah kereta peronda polis di luar stadium.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata program FitMalaysia yang akan dilancarkan di Dataran Merdeka, Ahad ini antara lain bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan. – BERNAMA
TOP
Mayat Pemuda Ditemui Dalam Semak Di Kuantan
KUANTAN – Mayat seorang pemuda ditemui dalam kawasan semak di Kilometer 21 Jalan Pintasan Kuantan–Gebeng dekat Balai Polis Gebeng di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, mayat lelaki yang lengkap berpakaian dikenali sebagai Che Badrol Hafiz Che Hamzah, 21, beralamat di Rancangan Rumah Murah (RRM) Permatang Badak di sini, itu ditemui pada 8 pagi tadi.
Katanya, mayat ditemui seorang lelaki Orang Asli yang kebetulan memasuki kawasan hutan berhampiran tempat kejadian bersama dua rakannya untuk mencari burung.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam semak, bagaimanapun siasatan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan pada tubuh badannya,” katanya di sini hari ini.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
“Polis kini menunggu keputusan laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu sama ada melibatkan unsur jenayah atau mati mengejut,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pelajar Baharu UMK Dapat iPad Percuma
KOTA BAHRU – Seramai 3,100 pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mendaftar bagi sesi September 2014/2015 diberikan iPad percuma dan mengikuti kelas berkonsepkan interaktif.
Naib Canselor UMK, Datuk Raduan Che Rose berkata, iPad disediakan selari dengan persekitaran pembelajaran berkonsep virtual dan bercirikan pembelajaran terkini yang akan dijadikan peranti pemudahcara pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam kuliah.
Katanya, UMK juga menggunakan konsep kelas interaktif dan menggunakan papan tulis dimensi iaitu pelajar boleh ‘menconteng’ dinding menggunakan pena khas bagi menimbulkan keseronokan ketika sesi kuliah.
“Pengagihan iPad ini akan diberikan kepada semua pelajar baharu pada 18 September ini dan kita berbangga kerana boleh dikatakan hampir kesemua pelajar baru mendaftar memilih UMK sebagai pilihan pertama mereka,” katanya ketika ditemui dalam program pendaftaran pelajar baru UMK Kampus Kota,Pengkalan Chepa,dekat sini, hari ini. – BH Online
TOP
“Pasang Bendera DAP Kira Banteras Jenayah?” – Khairy
PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyelar penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) oleh kerajaan Pulau Pinang kerana dilihat lebih bermotifkan politik.
Sangsi dengan dakwaan kononnya PPS ditubuhkan untuk membanteras jenayah, Khairy sebaliknya memuat naik di laman Twitter sekeping gambar yang menunjukkan anggota PPS sedang memasang bendera DAP di sebuah majlis. “PPS jaga keselamatan rakyat Pulau Pinang? Pasang bendera DAP tu kira nak banteras jenayah kot?” tulis Khairy di Twitternya pada Isnin. Selain itu Khairy yang juga ketua pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) turut memuat naik gambar lain yang menunjukkan sekumpulan anggota PPS berarak menaiki motorsikal sambil mengibarkan bendera DAP. “PPS tengah membanteras jenayah di Pulau Pinang sambil membawa panji-panji kerajaan negeri?” soalnya.
Pada Ahad, polis menahan seramai 156 anggota PPS Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu merupakan sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, kesemua anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Selain itu Khairy berkata, kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama dengan unit Rakan Cop di bawah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menggalakkan orang ramai terlibat dalam usaha membanteras jenayah. “Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya bekerjasama dengan Rakan Cop PDRM daripada menubuhkan PPS secara haram. “PDRM sudah ada program Rakan Cop. Program yang melibatkan komuniti. Kenapa nak tubuh tentera sendiri di Pulau Pinang,” katanya. - mStar Online
Sangsi dengan dakwaan kononnya PPS ditubuhkan untuk membanteras jenayah, Khairy sebaliknya memuat naik di laman Twitter sekeping gambar yang menunjukkan anggota PPS sedang memasang bendera DAP di sebuah majlis. “PPS jaga keselamatan rakyat Pulau Pinang? Pasang bendera DAP tu kira nak banteras jenayah kot?” tulis Khairy di Twitternya pada Isnin. Selain itu Khairy yang juga ketua pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) turut memuat naik gambar lain yang menunjukkan sekumpulan anggota PPS berarak menaiki motorsikal sambil mengibarkan bendera DAP. “PPS tengah membanteras jenayah di Pulau Pinang sambil membawa panji-panji kerajaan negeri?” soalnya.
Pada Ahad, polis menahan seramai 156 anggota PPS Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu merupakan sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, kesemua anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Selain itu Khairy berkata, kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama dengan unit Rakan Cop di bawah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi menggalakkan orang ramai terlibat dalam usaha membanteras jenayah. “Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya bekerjasama dengan Rakan Cop PDRM daripada menubuhkan PPS secara haram. “PDRM sudah ada program Rakan Cop. Program yang melibatkan komuniti. Kenapa nak tubuh tentera sendiri di Pulau Pinang,” katanya. - mStar Online
TOP
Tentera Patahkan Cubaan Seludup Senjata Api, M16 Di Tumpat
Kota Bharu – Cubaan tiga lelaki menyeludup empat senjata api termasuk raifal jenis M-16 di sempadan berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa di kawasan Pos Pisau Raut, Kuala Jambu, Tumpat, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, senjata berkenaan dirampas oleh pegawai dan anggota Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun semua suspek dapat melarikan diri.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian pasukan terbabit yang menjalankan tugas rondaan di tebing Sungai Golok melihat perahu yang dinaiki tiga lelaki menghampiri kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, dua lelaki kemudian dilihat turun dari perahu dengan memikul guni.
“Sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan dua lelaki terbabit yang berada di daratan tebing sungai yang bersempadan melarikan diri sambil memikul guni dan berenang ke perahu.
“Pasukan terbabit sempat mengejar lelaki terbabit dan berjaya menarik guni itu namun suspek berjaya melarikan diri dengan terjun semula ke sungai.
“Pemeriksaan terhadap guni itu membawa kepada penemuan selaras colt M-16, selaras colt 60 V T model M-16 dan selaras M4 yang dileraikan, manakala satu lagi raifal jenis AK 47 dalam keadaan lengkap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, sebentar tadi. – Harian Metro
TOP
Datuk Ramli MS: Kenapa Kamu Semua Nak Sibuk Hal Peribadi Saya?
“Memang salah saya kerana merahsiakan perkahwinan kami tapi saya kesal kerana serbuan itu digembar-gemburkan seolah-olah saya buat jenayah. Macamlah saya jual pil ecstasy atau pil kuda! Yang kecoh sangat soal peribadi saya apa pasal?” kata Ramli MS kepada Harian Metro.
Ramli MS dalam kenyataan sama berkata beliau mempunyai sebeb tersendiri untuk tidak mengaku sudah berkahwin dengan Alyah sebelum ini dan tidak ambil pusing pun dengan semua tanggapan orang di luar sana kerana ianya soal peribadi.
Bercakap kepada mStar Online, Ramli MS menceritakan situasi santai di sebalik serbuan pegawai JAIS ke rumahnya di Bandar Kinrara awal pagi semalam.
“Sedangkan kami (Ramli dan pihak Jais) siap bergurau senda lagi di dalam rumah. Macam pihak polis buat sekatan jalan. Mereka tahan, bertanya dan kemudian kita jalan. Tetapi orang luar buat cerita macam saya jual dadah,” tambahnya. (rtky/m) - RotiKaya
TOP
Buka Coli Di Tempat Awam Untuk Test Ori Ke Tak
China - Satu pameran yang dinamakan Secoo 2014 telah berlangsung di Chongwenmen, China baru-baru ini.
Antara aktiviti yang menarik perhatian di pameran itu adalah pengujian keaslian dan ketulinan barangan yang mereka beli. Oleh kerana China memang terkenal dengan negara yang kaya dengan barang tiruan, ramai lah pengunjung yang menggunakan peluang tersebut untuk menguji barangan mereka. Namun, dalam ramai-ramai yang menguji barangan mereka, seorang wanita membuat kejutan dengan sanggup membuka coli di khayalak ramai dan menyerahkan kepada pemeriksa untuk mengetahui sama ada coli yang dipakai asli atau tidak.
Nak tak nak, terpaksa la yang memeriksa periksa coli yang di pakai perempuan tu. Hai..tak beragak betul akak ni. Tak tahu malu ke apa - SiakapKeli.com
Antara aktiviti yang menarik perhatian di pameran itu adalah pengujian keaslian dan ketulinan barangan yang mereka beli. Oleh kerana China memang terkenal dengan negara yang kaya dengan barang tiruan, ramai lah pengunjung yang menggunakan peluang tersebut untuk menguji barangan mereka. Namun, dalam ramai-ramai yang menguji barangan mereka, seorang wanita membuat kejutan dengan sanggup membuka coli di khayalak ramai dan menyerahkan kepada pemeriksa untuk mengetahui sama ada coli yang dipakai asli atau tidak.
Nak tak nak, terpaksa la yang memeriksa periksa coli yang di pakai perempuan tu. Hai..tak beragak betul akak ni. Tak tahu malu ke apa - SiakapKeli.com
TOP
Pelajar Baru Universiti Diminta Peka Anasir Negatif
ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Sirajuddin PutraJamalullail hari ini mengingatkan pelajar baru yang memasuki universiti agar peka terhadap anasir yang berusaha mengalih fokus sehingga memesongkan matlamat mereka melanjutkan pengajian.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah majoriti pelajar yang mempamerkan kecemerlangan akan mudah dipengaruhi dan fokus mereka akan teralih jika tidak memberi perhatian serius terhadap pelajaran.
“Sebagai peringatan, apabila mendapat tempat di menara gading adik-adik dipengaruhi rakan-rakan sebaya sama ada dari dalam atau luar kampus yang mementingkan keseronokan dan hiburan melampau dan melalaikan.
“Pergaulan yang terbuka dan rasa diri ‘bebas’ kerana berjauhan daripada kawalan ibu bapa bukanlah lesen untuk melakukan apa sahaja,” titah baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Baginda bertitah demikian pada majlis taklimat waris sempena pendaftaran baru mahasiswa sidang 2014/2015 di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, dekat sini, hari ini.
Sebanyak 3,052 calon, 62 peratus daripadanya adalah pelajar wanita ditawar melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam pelbagai bidang kejuruteraan di UniMAP selama empat tahun, dalam sidang kemasukan kali ini.
Sebelum itu, keberangkatan tiba baginda disambut Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Husin serta pegawai kanan universiti.
Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatkan cubaan pihak-pihak tidak bertanggungjawab mempengaruhi golongan muda khususnya siswa dan siswi untuk terlibat dengan agenda mereka termasuk yang melanggar nilai-nilai agama atau menyalahi undang-undang.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan ibu bapa serta penjaga agar sentiasa menasihati, mengingatkan dan memastikan anak-anak bebas daripada pengaruh negatif yang hanya merugikan masa depan mereka.
“Ibu bapa hendaklah memainkan peranan dan memastikan walau sejauh manapun anak-anak berada, mereka perlu sentiasa diberi dorongan supaya fokus, rasa
dihargai, disayangi, dilindungi dan diharapkan berjaya dalam pelajaran,” titah baginda. – BERNAMA
TOP
Krisis Selangor: PKR Rangka Surat Jawapan Kepada Istana
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah merangka surat jawapan kepada Sultan Selangor berhubung titah supaya lebih banyak nama dikemukakan bagi mengisis jawatan menteri besar.
Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat itu kepada istana berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Tuanku meminta nama-nama calon dan bukannya penjelasan. Bagaimanapun kita tetap akan menyatakan beberapa fakta dalam surat itu berkaitan isu ini,” kata Saifuddin.
Sultan Sharafuddin, dalam surat yang dikeluarkan oleh setiausaha sulitnya pada 26 Ogos lalu mengarahkan PAS, PKR dan DAP untuk menghantar lebih daripada dua untuk jawatan tersebut selewat-lewatnya pada Rabu ini.
Saifuddin berkata surat itu dirangka olehnya sendiri dan kini sedang menunggu kelulusan kepimpinan parti.
“Mungkin ada perubahan kepada kandungannya, tetapi apabila sudah diluluskan,” katanya. - The Star Online
TOP
Leandra Manusia Paling Tua Di Dunia
Mexico City – Seorang wanita Mexico menjadi manusia paling tua masih hidup semalam apabila meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 127.
Peminat coklat, Leandra Becerra Lumbreas dilahirkan pada 31 Ogos 1887, berusia 27 tahun apabila Perang Dunia Kedua meletus dan 82 tahun apabila lelaki pertama di dunia menjejakkan kaki di bulan.
Rahsia Leandra hidup lama ialah dengan amalan pemakanan yang baik, mengunyah coklat dan tidur selama beberapa hari ketika sudah lanjut usia, kata keluarganya.
Leandra dilapor menyertai perang ketika Revolusi Mexico pada 1910-1917 dan menjadi pemimpin Adelitas, kumpulan bersenjata wanita.
Bekas tukang jahit yang berasal dari Zapopan, barat Mexico, sudah kehilangan lima anak dan beberapa daripada 20 cucunya – yang terbaru pada 2013 apabila anaknya 90 tahun meninggal dunia.
Dia juga memiliki 73 cicit dan 55 piut.
Leandra 12 tahun lebih tua daripada Misao Okawa, orang yang diiktiraf paling tua hidup di dunia ketika ini, menurut Buku Rekod Dunia Guinness.
Pihak berkuasa Mexico kini berusaha menyediakan sijil kelahiran baru selepas wanita itu hilang sijil asal 50 tahun lalu ketika berpindah rumah.
Cucunya, Miriam Alvear memberitahu akhbar tempatan El Horizonte, walaupun sudah pekak dan rabun, Leandra masih menghiburkan keluarganya dengan cerita seperti yang terdapat dalam buku sejarah.
Satu-satu barangan yang boleh mengingatkannya mengenai kisah lampau ialah sudu perak yang dibuat pada 1847, sepasang subang emas, cincin dan jam saku yang dilakar dengan gambar kereta api.
“Dia sentiasa berjuang. Dia masih menjahit sehingga dua tahun lalu. Dia tidak pernah berhenti melakukan kerja. Mungkin itu yang menyebabkan dia hidup lama,” kata Miriam. -Agensi
TOP
La Liga: Messi Tercedera, Barcelona Menang 1-0
BARCELONA – Lionel Messi membuat Barcelona gelisah selepas tercedera kaki ketika membantu gergasi Sepanyol itu mengatasi Villarreal 1-0 dalam saingan La Liga, awal pagi ini.
Menurut kelab Barcelona, bintang penyerang itu tercedera otot pada kaki kanan dan akan menjalani pemeriksaan lanjut hari ini untuk memastikan ia tidak serius.
Messi bermain sepanjang tempoh permainan menentang Villarreal dan mencipta peluang kepada Sandro Ramirez untuk menjaringkan gol tunggal pada minit ke-82.
Penyerang muda Barca, Munir El Haddadi turut tercedera betis kanan dan juga akan menjalani ujian, hari ini.
Messi, 27, pernah mengalami kecederaan serius bahagian otot pada 2013 tapi tidak menghadapi masalah besar untuk meneruskan permainan. – AFP
KEPUTUSAN LA LIGA
Villarreal 0 Barcelona 1
Deportivo La Coruna 2 Rayo Vallecano 2
Real Sociedad 4 Real Madrid 2
Elche 1 Granada 1
Messi, 27, pernah mengalami kecederaan serius bahagian otot pada 2013 tapi tidak menghadapi masalah besar untuk meneruskan permainan. – AFP
KEPUTUSAN LA LIGA
Villarreal 0 Barcelona 1
Deportivo La Coruna 2 Rayo Vallecano 2
Real Sociedad 4 Real Madrid 2
Elche 1 Granada 1
TOP
4 Lelaki Indonesia Ditahan, Syabu RM3.4 Juta Dirampas
GEORGE TOWN – Empat lelaki rakyat Indonesia ditahan dan syabu bernilai RM3.5 juta dirampas di perairan Barat Daya Tanjung Tokong di sini, Jumaat lepas.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Kapten (M) Kamaruszaman Abu Hassan berkata rampasan dan tangkapan itu dibuat selepas pemeriksaan terhadap sebuah bot perdagangan tukar barang yang sedang belayar menuju Acheh, Indonesia.
“Bot yang berdaftar di Indonesia itu baru berlepas dari Pelabuhan Kontena Butterworth Utara dalam keadaan mencurigakan dengan muatan 300 guni bawang merah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap bot itu mendapati tempat simpanan bot telah diubah suai dan dadah jenis syabu seberat 16.9 kilogram itu disembunyikan di dalam petak kayu khas yang ditimbuni guni berisi bawang.
Beliau berkata pihaknya percaya dadah dan bawang itu dieksport dari negara ini untuk dipasarkan ke Indonesia.
Kamaruszaman berkata tekong dan tiga awak-awak berusia antara 32 dan 52 tahun yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kesemua mereka direman 12 hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Tekup mulut anak sampai mati
Lokasi mayat kanak-kanak itu ditanam selepas dibunuh.
BUKIT KATIL - Sepasang kekasih sanggup menanam anak mereka di belakang rumah apabila kanak-kanak berusia dua tahun itu tidak lagi bernafas selepas ditekup mulutnya, di sebuah rumah teres di Taman Bayan, di sini.
Perbuatan kejam yang dirahsiakan selama enam bulan itu bagaimanapun terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan sepasukan polis berkaitan dadah dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 2 pagi di Sungai Mati, Muar, Johor, semalam.
Menurut sumber, rangka kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan kain batik ditemui ditanam di dalam tanah yang sudah hitam seperti terbakar di dalam lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat itu.
“Siasatan awal mendapati suspek lelaki itu, terbabit dalam kes curi kenderaan milik bapa saudaranya, seorang pesara tentera berusia 50-an, yang turut memberi keterangan memaklumkan cucu saudaranya itu dipercayai dibunuh suspek.
“Bapa saudara suspek memberikan maklumat itu selepas ibu kanak-kanak berkenaan yang pada awalnya mengaku anaknya dijaga ibu saudara, membongkar tindakan kejam kekasihnya dengan menceritakan kejadian sebenar selepas didesak,” katanya.
Menurutnya, suspek mendakwa mangsa ditanam di belakang rumah Februari lalu selepas tinggal bersama di rumah yang disewa sejak awal 2014.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar berkata, suspek berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi untuk membantu siasatan.
“Rangka mangsa ditemui di dalam tanah yang ditanam berhadapan pintu belakang rumah itu selepas ia digali semula sepasukan anggota jam 7 pagi, semalam.
“Rangka itu ditemui berbalut dengan kain batik dan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh anaknya dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, punca dan motif kejadian masih disiasat namun kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Sabtu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, jiran mangsa dikenali sebagai Liza, 30-an, berkata pasangan itu yang menyewa kira-kira sebulan di situ mengaku sudah berkahwin dan kali terakhir dilihat tinggal di rumah terbabit antara Februari sehingga Mac lalu. ─ Sinar Online
TOP
Ratu Cantik Myanmar Larikan Tiara Bernilai RM315,200
SEOUL – Seorang peserta ratu cantik dari Myanmar enggan memulangkan semula tiara berlian bernilai AS$100,000 (RM315,200) selepas kemenangannya dalam pertandingan ratu cantik Miss Asia Pacific World pada Mei lalu ditarik balik.
Jurucakap pertandingan tersebut, David Kim berkata, sebelum itu kemenangan May Myat Noe yang berusia 18 tahun ditarik balik kerana sikapnya yang kurang sopan dan tidak jujur.
Kata David, pihak penganjur telah membiayai pembedahan membesarkan payudara Myat Noe berjumlah AS$10,000 (RM31,520) selepas kemenangan tersebut.
“Bagaimanapun, Myat Noe bersifat tidak jujur dan tidak menghargai kami yang banyak membantu menaikkan namanya. Dia dan ibunya tinggal di Seoul hampir tiga bulan walaupun sebenarnya mereka dibayar untuk tinggal di bandar itu selama 10 hari sahaja,” katanya.
Menurutnya, Myat Noe kini menghilangkan diri bersama tiara yang dimenanginya dan para pegawai pertandingan tersebut sedang mengesan peserta berkenaan. – Agensi
TOP
Tentera Iraq Tewaskan Militan IS Di Amerli
BAGHDAD – Tentera Iraq dengan bantuan kumpulan pejuang Syiah semalam berjaya memecahkan kepungan selama dua bulan oleh militan kumpulan Negara Islam (IS) di bandar Amerli dan mula masuk ke bandar berkenaan, kata para pegawai.
Datuk Bandar Amerli, Adel al-Bayati dan para pegawai tentera berkata, tentera Iraq berjaya menumpaskan pejuang IS di timur bandar itu tetapi pertempuran masih berlangsung di bahagian utara.
“Selepas berjaya memecahkan kepungan, tentera Iraq kini memasuki bandar Amerli dan disambut dengan kegembiraan oleh penduduk di situ,” kata Adel.
Tentera Iraq berjaya memecahkan kepungan selepas tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan beberapa serangan udara di kedudukan militan IS berhampiran bandar berkenaan.
Pesawat tentera AS, Britain, Perancis dan Australia juga menjatuhkan bantuan kemanusiaan kepada lebih 180,000 penduduk di bandar itu yang dikepung selama dua bulan.
“Saya boleh melihat kereta kebal milik tentera Iraq berkawal di jalan-jalan raya di bandar Amerli.
“Kami sangat gembira militan IS telah ditewaskan kerana mereka sebelum ini mengancam untuk membunuh kami,” kata seorang penduduk Amerli, Amir Ismael melalui satu panggilan telefon.
Militan IS mengepung Amerli sejak dua bulan lalu selepas gagal menawan bandar berkenaan apabila penduduk di bandar itu yang mempunyai senjata mempertahankan diri.
Kumpulan militan IS kini menguasai sebahagian Iraq dan Syria sejak mula melancarkan penentangan beberapa bulan lalu. – Reuters
TOP
'Tokki Hanya Fikir Nak Padam Api'
KUALA TERENGGANU - “Ketika itu dalam fikiran Tokki hanya nak memadamkan api, Tokki langsung tidak fikir keselamatan diri walaupun semasa itu api sedang marak.”
Demikian kata Umar Abdullah, 86, mangsa kebakaran di Kampung Gedung, Pulau Bahagia, Manir, di sini, semalam.
Menurutnya, dia sangat bersyukur kerana jirannya bertindak cepat dan nekad menariknya keluar dari rumah apabila melihat api semakin marak.
Dalam kebakaran kira-kira jam 11.45 pagi itu, rumah milik datuk kepada 40 cucu itu musnah sama sekali menyebabkan warga emas itu dan pasangannya Minah @ Sani Ali @ Awang Hitam, 76, kini tinggal sehelai sepinggang.
Menceritakan detik kejadian, Umar berkata, semasa kejadian, dia sedang tidur di atas bangku di ruang tamu rumah, manakala isterinya pula berada di Kelantan.
“Tokki terjaga dari tidur selepas terhidu bau hangit dan bergegas ke dapur untuk periksa, tetapi tak ada apa-apa.
“Bagaimanapun, sejurus masuk semula ke dalam rumah, Tokki nampak api sedang marak membakar dua buah perabot di dalam salah sebuah bilik,” katanya.
Menurutnya, panik dan terkejut melihat situasi itu, dia segera mengambil air di dapur dan cuba memadamkan kebakaran itu tanpa langsung memikirkan keselamatan diri sendiri walaupun ketika itu api sedang marak menjilat hampir sebahagian rumahnya.
“Ketika itu, Tokki hanya fikir untuk melihat api itu padam sebelum tiba-tiba Tokki rasa badan ditarik dari belakang dan jiran membawa Tokki keluar dari rumah.
“Dalam kelam kabut, Tokki tak sempat ambil barang berharga termasuklah wang tunai RM5,000 yang disimpan,” katanya.
Jelasnya, walaupun terpaksa menanggung kerugian, dia bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku dan reda dengan ujian ALLAH SWT.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Pegawai Bomba Kanan 11 Fauzi Muda berkata, seramai 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 11.53 pagi.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak membakar keseluruhan rumah jenis separuh kekal itu sebelum api berjaya dikawal beberapa minit kemudian.
“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Buat masa ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. - Sinar Harian
TOP
6 maut letupan di pangsapuri pinggir Paris
BOBIGNY (Perancis): Enam maut dalam satu letupan yang berlaku di sebuah pangsapuri di pinggir kota raya Paris, menyebabkan separuh daripada bangunan runtuh.
Mayat seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 10 tahun, seorang budak lelaki berusia antara 14 dan 18 tahun dan dua wanita antara mayat yang dijumpai di bawah timbunan runtuhan pangsapuri empat tingkat di pinggir bandar Rosny-sous-Bois.
Dua lagi mayat ditemui pada lewat petang ketika anggota bomba meneruskan operasi mencari di bawah timbunan dan sisa bangunan pangsapuri dengan dua lagi mangsa masih hilang.
TOP
Lan (Kristal) Tuntut 'Vokalis Penipu' Kembalikan Wang
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Kristal, Lan, kerugian ribuan ringgit selepas ditipu bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara apabila individu itu tidak menjelaskan bayaran wang undangan persembahan bagi acara Karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor, 24 Ogos lalu.
Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, sepatutnya bayaran tersebut perlu dijelaskan sejurus selesai persembahan namun sehingga kini pelbagai alasan yang diberikan oleh pemuda berkenaan.
"Dua bulan sebelum undangan persembahan itu, saya sudah mengesahkan kehadiran saya dan ketika itu dia sudah perlu menjelaskan wang deposit saya.
"Setiap minggu, isteri saya, Sheila, meminta wang tersebut, tetapi ada saja alasannya. Dan kemudian dia kata, 'kita kan kawan-kawan artis, takkan aku nak menipu pula'. Atas dasar kepercayaan itu, maka saya tidak kisah dengan harapan, semua wang saya akan diberikan selepas persembahan dilakukan.
"Lain pula jadinya, selepas selesai persembahan, pelbagai alasan dia beri sehingga ada antara alasannya tidak masuk akal. Duit saya tidak pula dibayar," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Pada Sabtu lalu, Lan menerusi Instagram miliknya telah memuatnaik beberapa foto lelaki berkenaan dengan kapsyen meluahkan rasa bengangnya kerana indivitdu itu tidak menjelaskan bayaran undangan persembahan.
Lan turut mendedahkan nama penuh dan tempat tinggal individu itu yang merupakan seorang vokalis kumpulan muzik yang pernah popular pada tahun 2000.
Dalam pada itu, Lan berkata, selepas pelbagai alasan yang diberi, isterinya telah menghubungi penganjur acara tersebut dan dia terkejut apabila diberitahu wang tersebut sudah lama dijelaskan, malah sebelum Lan memulakan persembahan itu lagi.
Sementara itu, Lan berkata, sekiranya masalah itu belum selesai, dia akan mengambil tindakan seterusnya dengan membuat laporan polis.
"Bermula daripada dua minggu sebelum persembahan sehinggalah sekarang, macam-macam alasan dia beri.
"Katanya akaun bank bermasalah dan selepas itu duit tersebut pula telah digunakan bagi melangsaikan hutang kereta yang tertunggak selama enam bulan. Kemudian ada masalah adik beradik pula.
"Sehingga kini saya beri peluang kepadanya, ada saja alasan tambahan yang direkanya. Jika ia berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," tegasnya.
Bagaimanapun, Lan menganggap, perkara yang berlaku itu juga mungkin adalah kesilapan dirinya sendiri kerana mudah mempercayai orang dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini. - Kosmo!
TOP
Moto2: Hafizh terus curi tumpuan
KUALA LUMPUR: Kejutan terus ditampil penunggang muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada penampilan penuh pertamanya di Kejuaraan Dunia dalam kelas Moto2 musim ini selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix British di kedudukan kelapan, semalam.
Pada aksi Litar Silverstone itu, pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia yang bermula dari petak ke-21 itu terus membuka mata pencabar utama dunia lain selepas menamatkan perlumbaan 18 pusingan itu dengan masa keseluruhan 38 minit 47.508 saat.
Ia keputusan kedua terbaik diraih Hafizh musim ini yang sebelum ini menamatkan perlumbaan di GP Amerika Syarikat di kedudukan ketujuh untuk menduduki tangga ke-19 dalam senarai keseluruhan pelumba dengan mengumpul 29 mata.
Juara Moto2 di Silverstone menjadi milik Esteve Rabat dari pasukan Marc VDS Racing yang menamatkan perlumbaan dengan masa 38'29.795s diikuti rakan sepasukan, Mika Kallio dengan masa 38'29.858s Tempat ketiga milik Maverick Vinales (Paginas Amarillas HP 40), 38'29.998s.
"Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya saya dengan keputusan ini. Perlumbaan tadi cukup sukar namun saya telah bekerja keras selama ini terutama dalam mempersiapkan fizikal saya untuk berhadapan pelumba-pelumba lain.
"Ia kunci utama kepada kejayaan ini dan saya akan bekerja lebih keras supaya dapat menyaingi pelumba-pelumba handalan lain.
"Saya berterima kasih kepada pasukan yang membuat persiapan menakjubkan ke atas jentera saya yang begitu kompetitif dan mudah untuk dikendalikan.
"Tidak lupa juga kepada barisan penaja terutama PETRONAS. Kejayaan ini juga hadiah kepada penyokong saya dan juga hadiah sempena sambutan Kemerdekaan negara.
Bagi pengurus pasukan, Barry Leong, keputusan ini adalah adalah hadiah terbaik untuk meraikan hari kemerdekaan Malaysia.
"Hafizh ekali lagi meraih keputusan menakjubkan dan penghargaan juga kepada barisan pasukan ini yang bekerja keras untuknya."
Keputusan Moto2:
1. Esteve Rabat Marc VDS Racing 38'29.795s
2. Mika Kallio Marc VDS Racing 38'29.858s
3. Maverick Vinales Paginas Amarillas HP 40 38'29.998s
8. Hafizh Syahrin Abdullah PETRONAS Raceline Malaysia 38'47.508s - BH Online
"Hafizh ekali lagi meraih keputusan menakjubkan dan penghargaan juga kepada barisan pasukan ini yang bekerja keras untuknya."
Keputusan Moto2:
1. Esteve Rabat Marc VDS Racing 38'29.795s
2. Mika Kallio Marc VDS Racing 38'29.858s
3. Maverick Vinales Paginas Amarillas HP 40 38'29.998s
8. Hafizh Syahrin Abdullah PETRONAS Raceline Malaysia 38'47.508s - BH Online
TOP
Hafizh Syahrin raih tempat ke-8 GP Britain
KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah menampilkan aksi cemerlang apabila menduduki tempat kelapan pada perlumbaan Moto2 di MotoGP Grand Prix Britain di Litar Silverstone.
Berlumba dengan penuh yakin, penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia memintas beberapa pelumba berpengalaman untuk mengumpul lapan mata berharga, sekali gus menduduki tangga ke-19 keseluruhan dalam kedudukan kejuaraan musim ini.
Memulakan saingan di petak ke-21, Hafizh memperagakan kemahiran tunggangan yang begitu baik sekali sebelum sampai ke garisan penamat di tempat kelapan dengan catatan masa 38 minit 47.500 saat.
Pelumba pasukan Marc VDS Racing Team, Esteve Rabat muncul juara dengan masa 38:29.795s diikuti rakan sepasukan Mika Kallio (38:29.858s) dan tempat ketiga menjadi milik Maverick Vinales (Paginas Amarillas HP 40) dengan masa 38:29.998s.
"Saya amat gembira dan tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya. Ia adalah perlumbaan yang sukar dan berkatih dengan gigih bagi memastikan tahap kecergasaan yang tinggi untuk mencabar pelumba-pelumba ternama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
"Sekarang saya dah tahu rahsia...saya akan bekerja lebih keras untuk merapatkan jurang dengan pelumba kelompok atas. Terima kasih kepada pasukan kerana melakukan kerja yang hebat untuk menyediakan kenderaan yang sempurna.
"Tidak lupa juga penaja saya serta peminat di tanah air...Selamat Hari Merdeka!. Jumpa lagi di perlumbaan akan datang di Misano, Itali," kata pelumba muda berusia 20 tahun itu. - BERNAMA
TOP
Kendal Jenner Mahu Tukar Nama
MELIHAT peluang besar di dalam dunia peragaan, salah seorang adik beradik Kardashian iaitu Kendall Jenner ingin mengubah namanya agar ia kelihatan lebih komersial.
Bagaimanapun, menurut laporan E! News, keinginannya itu mendapat tentangan daripada peminat-peminat yang menganggap namanya itu sudah pun menjadi komersial dalam dunia Hollywood.
"Saya tidak faham, semua orang menganggap ia (menukar nama) satu masalah yang besar.
"Bagi saya ramai yang mengubah namanya untuk dilihat lebih komersial dalam kerjaya seni yang dilakukan," katanya.
Dalam pada itu, Kendall mengakui dapat merasakan perubahan pada dirinya yang lebih matang berbanding sebelum ini dan percaya ia merupakan proses untuk dia menjadi lebih dewasa. - mStar
TOP
EPL: Arsenal kempunan raih tiga mata
LONDON: Kecemerlangan di pentas Eropah gagal diulangi Arsenal di kempen domestik apabila seri 1-1 menentang pasukan bergelut, Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Pada aksi di laman lawan itu, Arsenal lebih dulu di depan menerusi jaringan pemain baru, Alexis Sanchez pada minit ke-20 namun keraian itu tidak lama selepas Leicester pantas meledak gol penyamaan, dua minit kemudian.
Dan kelekaan jentera pertahanan terus menjadi duri dalam daging buat Arsenal yang menyaksikan Wojciech Szczesny tertewas hasil tandukan Leonardo Ulloa menerusi hantaran Jeffrey Schlupp.
Malah sekalipun jelas mendominasi perlawanan dengan kelebihan 69 peratus penguasaan bola, setiap cubaan Arsenal gagal menerjah gawang Leicester yang dikawal Kasper Schmeichel.
Keputusan seri menyaksikan Arsenal berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip lima mata daripada tiga perlawanan selepas mencatat satu kemenangan dan dua seri.
Awal pagi Khamis lalu, Arsenal mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan kelab Turki, Besiktas 1-0 pada perlawanan timbal balik kedua di Emirates.
Perlawanan EPL akan berehat selepas ini bagi memberi laluan kepada aksi persahabatan antarabangsa dan kelayakan Euro 2016 yang bermula minggu ini. - AGENSI
TOP
Ailee Turunkan Berat Badan 10 Kilogram
BEBERAPA bulan lalu, penyanyi Ailee dilihat sedikit gemuk berbanding biasa.
Bagaimanapun menurut laporan Soompi, Ailee yang ditemui baru-baru ini sudah kembali bertubuh langsing.
Pelantun lagu I will Show You itu berkata, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (Kg) selepas ditegur peminat-peminat lelaki.
"Berat badan saya turun 10 kg kerana diet. Dan semua ini berlaku kerana peminat-peminat lelaki yang menegur dan memberi semangat kepada saya untuk terus kurus.
"Ia menjadi satu motivasi buat diri saya," katanya. - mStar
TOP
Proton Tawar Rebat RM8,000, 5% Diskaun
SUBANG JAYA, 1 September: Proton Holdings Bhd menawarkan dua pakej istimewa untuk pembeli baru dan pemilik setia Proton sempena sambutan Merdeka.
Pembeli kereta baru boleh menikmati rebat sehingga RM 8,000, bergantung kepada model kereta, dan kadar faedah serendah 2.95%, kata Proton dalam satu kenyataan.
Pemilik yang sedia ada boleh membeli kereta Proton lain dengan diskaun kesetiaan sebanyak 5%. "Promosi ini tidak boleh digunakan bersama-sama dan pelanggan hanya boleh memilih salah satu promosi yang mereka rasa paling berbaloi," kata Proton dalam kenyataan itu. Pembeli kereta baru Proton akan menikmati perkhidmatan servis percuma selama 3 tahun dalam tempoh promosi ini. Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 September hadapan manakala pendaftaran boleh dibuat mulai esok sehingga 15 Oktober depan. Pengeluar kereta nasional itu juga mempromosi Kereta Kompak terbaru mereka melalui Kod QR dalam iklan di akhbar-akhbar utama. Proton berkata di laman webnya bahawa kereta baru itu akan menawarkan 'keyless-ignition', kamera belakang dengan paparan cermin, enam beg udara dan kawalan dinamik dan keselamatan 5 bintang yang disahkan ANCAP. - SiakapKeli.com
Pemilik yang sedia ada boleh membeli kereta Proton lain dengan diskaun kesetiaan sebanyak 5%. "Promosi ini tidak boleh digunakan bersama-sama dan pelanggan hanya boleh memilih salah satu promosi yang mereka rasa paling berbaloi," kata Proton dalam kenyataan itu. Pembeli kereta baru Proton akan menikmati perkhidmatan servis percuma selama 3 tahun dalam tempoh promosi ini. Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 September hadapan manakala pendaftaran boleh dibuat mulai esok sehingga 15 Oktober depan. Pengeluar kereta nasional itu juga mempromosi Kereta Kompak terbaru mereka melalui Kod QR dalam iklan di akhbar-akhbar utama. Proton berkata di laman webnya bahawa kereta baru itu akan menawarkan 'keyless-ignition', kamera belakang dengan paparan cermin, enam beg udara dan kawalan dinamik dan keselamatan 5 bintang yang disahkan ANCAP. - SiakapKeli.com
TOP
Hazwan Nak Catat Rekod Guinness Paling Banyak ‘Selfie’
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, Ahad, sekumpulan 665 rakyat Malaysia dari semua lapisan hidup mengambil kesempatan dalam cubaan memecah ‘Guinness World Record’ bagi paling banyak rakam gambar sendiri atau selfie dalam masa satu jam.
Pelajar Muhammad Hazwan Md Nor, 20, yang menjadi selfie untuk hari acara, mengambil gambar bersama sekurang-kurangnya 10 orang satu minit untuk mencapai jumlah 665 selfie.
Daripada 665 selfie itu, 52 dibatalkan oleh saksi-saksi dengan baki 613 selfie untuk dipertimbangkan dalam percubaan untuk memecahkan rekod.
Acara itu yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan percubaan untuk mengatasi rekod sekarang iaitu 421.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan oleh para pegawai Guinness dalam masa sebulan.
Hadir sama pada acara itu ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.
Selfie biasanya dirakam menggunakan telefon pintar dan dimuat turun ke dalam laman media sosial –BERNAMA
TOP
Tiga Anggota PPS Positif Dadah – Polis
GEORGE TOWN – Tiga daripada 136 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang masih ditahan polis didapati positif ujian dadah jenis methamphetamine, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid.
Beliau berkata pemeriksaan polis juga mendapati beberapa anggota PPS yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan berada dalam senarai dikehendaki polis.
Semalam polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.
Bagaimanapun, dua puluh orang terdiri daripada tujuh wanita dan warga emas berusia lebih 60 tahun dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.
Mior Faridalatrash berkata proses mendapatkan perintah tahanan reman terhadap 136 anggota PPS sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini bermula pukul 12 tengah hari ini.
“Sehingga pukul 1.30 tengah hari, proses reman masih dijalankan dan semuanya berjalan lancar,” katanya.
Tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati 20 peguam termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer memasuki IPD Timur Laut pagi ini manakala keadaan di luar ibu pejabat polis itu sesak dengan orang ramai yang berkumpul. – BERNAMA
TOP
Remaja Tak Tahu Malu Bercengkerama Di Parking Kereta
Aksi panas sepasang remaja yang melakukan aksi seks di sebuah parkir kereta di Singapura telah dirakam dan menjadi popular setelah dikirim ke laman web Stomp.
Jika dilihat dalam gambar terbabit, kedua-dua remaja berkenaan masih lagi memakai uniform sekolah lengkap semasa bercengkerama di kawasan parkir itu.
Orang ramai mengulas gambar terbabit sebagai masalah moral yang kian melarat dalam kalangan remaja Singapura yang kurang rasa malu di dalam diri mereka dengan melakukan perbuatan sedemikian di tempat awam. - SiakapKeli.com
Orang ramai mengulas gambar terbabit sebagai masalah moral yang kian melarat dalam kalangan remaja Singapura yang kurang rasa malu di dalam diri mereka dengan melakukan perbuatan sedemikian di tempat awam. - SiakapKeli.com
TOP
Lim Guan Eng Cabar KPN Debat Isu PPS
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Isnin mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdebat berhubung penahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
“Bagaimana beliau ingin beri penjelasan berhubung kenyataannya (dengan melabel mereka sebagai samseng).
“Saya cabar beliau untuk berdebat mengenai isu ini, ” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah George Town, di sini.
Pada hari Ahad, polis menahan 154 anggota PPS Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Khalid dilaporkan berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi Ahad di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. – mStar Online
TOP
Jururawat Sempat Berselfie Selepas Ditetak
MARRAKECH, Maghribi – Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang peragut di bandar ini sempat mengambil gambar selfie ketika menunggu untuk menerima rawatan, lapor MailOnline kelmarin.
Jururawat tersebut, Naomie Greenslade, 22, berkata, ketika kejadian dia berjalan pulang ke rumah sebelum dihampiri tiga lelaki yang kemudiannya meminta dia menyerahkan beg tangan miliknya.
Katanya, dia enggan menurut permintaan lelaki berkenaan menyebabkan salah seorang suspek berang dan terus menetak kaki dan pahanya dengan sebilah pisau pemotong daging.
“Luka akibat tetakan tersebut sangat besar dan saya ingat mungkin saya akan mati tetapi ada beberapa kawan saya datang dan membawa saya ke hospital.
“Kami mengambil gambar selfie ketika menunggu sebelum dirawat bagi menaikkan semangat saya,” katanya.
Menurutnya, dia terpaksa menerima lebih 20 jahitan pada luka di kaki dan pehanya. – Agensi
TOP
Remaja ‘Comolot’ Sambil Selfie Guna Monopod Di Khayalak Ramai
Macam-macam idea manusia zaman sekarang untuk menjadi popular dengan gambar 'selfie'. Kalau idea yang berbatas, tak apa. Tapi kalau yang dah melampau tu, patut dikecam. Kalau tidak, takut jadi ikutan pula.
Terbaru, aksi satu pasangan remaja berkucupan dirakam secara 'selfie' menggunakan monopod kini tersebar luas di laman sosial.
Cium mulut tu dah salah, kongsi gambar tu lagi bodoh. Pastu guna pulak monopod nak bagi nampak 'rare'. Dah la tu, ambil gambar depan khayalak ramai pula tu, siap ada kanak-kanak lagi belakang tu.
Tuan empunya gambar, tahniah. Anda dah jadi femes, tapi femes dengan kecaman - SiakapKeli.com
TOP
iCloud Digodam! Gambar dan Video Peribadi Beberapa Orang Artis Disebarkan
Bagi sesiapa yang menggunakann barangan keluaran Apple, sudah tentu tahu apa itu iCloud. iCloud adalah servis dari Apple bagi pengguna produk Apple untuk menyimpan data seperti gambar, video, kalendar atau contact secara on-line.
Hari ini, internet menjadi kecoh apabila seorang hacker telah menyebar beberapa gambar artis di laman web perkongsian gambar 4Chan. Hacker tersebut mengaku telah menggodam iCloud beberapa artis dan mengambil banyak video dan gambar mereka untuk dijual. Jennifer Lawrence, Ariana Grande dan Kate Upton adalah antara beberapa selebriti yang gambar peribadi mereka telah disebarkan di laman perkongsian berkenaan. Lebih teruk, hacker tersebut mengeluarkan senarai nama artis yang telah berjaya digodam olehnya, dan ini menjadikan beberapa laman web hiburan mahu membeli gambar dan video itu dengan harga puluhan ribu dollar.
Jennifer Lawrence telah mengesahkan gambar yang tersebar itu adalah gambar milikknya. Begitu juga dengan Mary E. Winstead.
Bagaimana pun, ada juga yang mengatakan gambar adalah palsu. Bagi sesiapa yang ada gambar peribadi di iCloud, baca berita ini, dan ambil iktibar. Tidak mustahil jika hacker ini mengajar orang lain cara dia menggodam iCloud, dan gambar orang lain yang menjadi mangsa - SiakapKeli.com
Hari ini, internet menjadi kecoh apabila seorang hacker telah menyebar beberapa gambar artis di laman web perkongsian gambar 4Chan. Hacker tersebut mengaku telah menggodam iCloud beberapa artis dan mengambil banyak video dan gambar mereka untuk dijual. Jennifer Lawrence, Ariana Grande dan Kate Upton adalah antara beberapa selebriti yang gambar peribadi mereka telah disebarkan di laman perkongsian berkenaan. Lebih teruk, hacker tersebut mengeluarkan senarai nama artis yang telah berjaya digodam olehnya, dan ini menjadikan beberapa laman web hiburan mahu membeli gambar dan video itu dengan harga puluhan ribu dollar.
Jennifer Lawrence telah mengesahkan gambar yang tersebar itu adalah gambar milikknya. Begitu juga dengan Mary E. Winstead.
Bagaimana pun, ada juga yang mengatakan gambar adalah palsu. Bagi sesiapa yang ada gambar peribadi di iCloud, baca berita ini, dan ambil iktibar. Tidak mustahil jika hacker ini mengajar orang lain cara dia menggodam iCloud, dan gambar orang lain yang menjadi mangsa - SiakapKeli.com
TOP
4 petugas JAKIM tiba dari Amsterdam
IMAM Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat (dua dari kanan) semasa membaca doa semasa selamat tiba dan disabut oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha (kiri) dan turut bersama Penyelaras Kumpulan Jakim, Mohd Ajib Ismail (kanan) ketika petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terbabit dalam pengurusan jenazah beragama Islam, mangsa nahas pesawat MH17 selamat tiba dari Amsterdam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.
TOP
KJ: Meskipun Tewas, Kesungguhan Chong Wei Tiada Bandingan
KUALA LUMPUR – Meskipun jaguh bandminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal memenangi gelaran juara selepas tewas kepada pemain China, Chen Long pada Kejohahan Dunia, khidmat beliau terhadap negara tiada bandingnya, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata jelas kelihatan kesungguhan yang ditonjolkan pemain nombor satu dunia itu dalam usaha merealisasikan harapan peminat negara.
“Chong Wei telah tunjukkan satu persembahan yang bersemangat dan saya harap beliau tidak putus asa kerana dia masih lagi menjadi harapan terbaik negara untuk dapat pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
“Beliau telah maklumkan kepada saya bahawa dia tidak akan berhenti lagi dan saya minta selepas ini agar Chong Wei tumpu kepada Sukan Asia pula, yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program Senamrobik anjuran radio Era FM di Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Copanhagen, Denmark itu, Chong Wei tewas dalam satu perlawanan sengit kepada pemain pilihan kedua, Chen Long dari China 19-21 dan 19-21 dalam final perseorangan lelaki.
Dalam perlawanan yang berlanjutan selama satu jam sembilan minit itu, Chong Wei kelihatan memberi harapan untuk menang kepada para peminat namun lawannya lebih menonjol dan bersedia untuk menerima gelaran terbesar itu.
Beliau sebelum ini, sejak tahun 2012 layak ke final namun selepas tiga tahun berturut-turut masih belum berupaya merebut gelaran juara Kejohanan Dunia.
Mengulas secara keseluruhan penyertaan Malaysia pada Kejohanan Dunia yang berakhir malam tadi, Khairy berkata memang pihaknya tidak menjangkakan sebarang keputusan daripada pasangan beregu.
“Beregu lelaki kini berada dalam proses peralihan dan penstrukturan semula sebab mereka nak tukar pasangan, jadi memang kita tidak menjangkakan pasukan beregu lelaki dapat kejayaan yang cemerlang.
“Bagi beregu wanita pula, mereka baru nak membangun.. baru dapat kejayaan di peringkat Sukan Sea dan ada sedikit kita lihat di peringkat Sukan Komanwel… beregu wanita kita sudah lama ketinggalan,” katanya.
Khairy berkata Malaysia sudah lama tidak memiliki pemain beregu wanita hebat namun beliau berharap peminat sukan itu memberi sedikit masa kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mencari bakat yang boleh diketengahkan.
Sementara itu, semasa mengulas masalah yang dihadapi BAM berkaitan dengan rombakan kejurulatihan, latihan dan para pemain, Khairy berkata beliau mencadangkan kepada BAM untuk melantik seorang pengarah teknikal bagi menyelesaikan kemelut yang melanda BAM.
“Saya telah maklumkan kepada BAM mungkin kita kena dapatkan khidmat seorang pengarah teknikal yang boleh menjaga keseluruhan kejurulatihan sebab buat masa ini tidak ada seorang ketua atau pengarah jurulatih.
“Kita ada Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih tetapi tidak ada pengarah yang dipisahkan daripada jurulatih-jurulatih biasa. Dulu kita ada Morten Frost (bekas pengarah kejurulatihan) dan mereka kini sedang pertimbangkan cadangan saya,” katanya.
Katanya, pihaknya bersama pengurusan BAM kini sedang mencari calon yang layak bagi jawatan pengarah teknikal dan beberapa nama termasuk dari negara China, yang telah pun dibincangkan. – BERNAMA
TOP
BAM Kecewa, Mina Maaf Kepada Rakyat Malaysia
COPENHAGEN – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan skuad negara menghadiahkan gelaran dunia sempena Hari Kemerdekaan ke-57, Ahad.
Timbalan presidennya Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata beliau kecewa dengan persembahan skuad negara pada Kejohanan Dunia BWF 2014 di sini kerana gagal mengakhiri kemarau gelaran sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1977.
Beliau turut bersimpati dengan nasib Datuk Lee Chong Wei yang terus kempunan untuk memenangi kejuaraan dunia sulungnya walaupun telah memberikan persembahan terbaik menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China.
“Saya kecewa kerana kita gagal menamatkan badi selama 37 tahun namun saya turut bersimpati dengan Chong Wei yang telah mencuba sedaya upaya untuk menang namun nasib lebih memihak kepada Chen Long,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu di sini.
Bagaimanapun, beliau bangga dengan peningkatan persembahan yang dipamerkan oleh perseorangan utama wanita negara, Tee Jing Yi walaupun kalah seawal pusingan kedua kepada juara dunia baharu, Carolina Marin dari Sepanyol.
Pilihan kesembilan itu melakar sejarah tersendiri selepas muncul pemain Sepanyol pertama muncul juara dunia selepas mengejutkan juara Olimpik dan pilihan utama, Li Xuerui dari China dengan kemenangan 17-21, 21-17 dan 21-18.
Malaysia gagal meraih sebarang kejuaraan selepas sebahagian besar wakil negara termasuk pemain wanita negara tersingkir pada pusingan awal kejohanan.
Kejohanan Dunia 2015 bakal diadakan di Jakarta, Indonesia.
Mohamad Norza berkata BAM akan terus mempertingkatkan usaha dalam mengetengahkan pemain pelapis bagi menggantikan pemain senior sedia ada.
Katanya skuad negara tidak boleh terus mengharapkan Chong Wei untuk terus menghadiahkan kejayaan untuk negara dalam sesuatu kejohanan.
Justeru, katanya BAM akan cuba mencari pelbagai kaedah untuk memastikan pemain pelapis yang sedia ada akan terus dilatih dan diberi pendedahan bagi mencari pengganti Chong Wei. – BERNAMA
TOP
Chong Wei gigit jari lagi, tewas final Kejohanan Dunia
KUALA LUMPUR: Sekali lagi tekanan untuk menang gelaran utama di pentas terbesar gagal digalas Datuk Lee Chong Wei dan dia turut gagal memberi hadiah Hari Merdeka ke-57 untuk rakyat Malaysia.
Malam tadi, pemain nombor satu dunia tewas kepada Chen Long dari China 21-19 21-19 dalam final perseorangan Kejohanan Badminton Dunia yang dramatik di Copenhagen.
Dalam perlawanan satu jam sembilan minit itu Chong Wei seperti memberi sedikit harapan apabila bangkit dalam set kedua tapi lawannya yang juga pilihan kedua, lebih bersedia bergelar juara pada edisi kali ini.
Jelas badi kemenangan di kejohanan utama berterusan selepas layak tiga kali berturut-turut ke final sejak 2012. - BH Online
TOP
Sebenarnya Perlu Tambah Lagi Staf MAS, Bukan Buang – Bekas CEO
Apa asas pemberhentian 6,000 daripada 20,000 keseluruhan pekerja Malaysian Airline System Bhd (MAS) dalam pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumum Jumaat lepas?
Mengapa pihak berkenaan tidak pernah terfikir tentang Dasar Langit Terbuka (Open Skies Policy) yang akan dilaksanakan tahun depan dan pasti memerlukan lebih banyak kakitangan?
Apakah mereka tidak memberi perhatian atau sengaja tidak mahu faham MAS berhadapan kemungkinan menjadi syarikat penerbangan domestik sahaja jika pengurangan pekerja dilakukan?
Itu antara soalan yang dilempar bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman kepada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) ketika ditanya reaksinya terhadap penstrukturan berkenaan.
“Semua cadangan dibuat dalam pelan itu adalah baik pada umumnya tapi saya rasa ada perkara yang amat penting dan perlu diambil kira pihak yang menyusun semula penstrukturan itu.
“Satu perkara tertinggal di dalam rancangan itu, ia menetapkan pengurangan pekerja, bagaimana dia buat keputusan itu dan apa asasnya nak kecilkan syarikat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kandungan pelan 12 perkara yang ditetapkan oleh Khazanah bagi memulihkan MAS yang diumum baru-baru ini.
Ketika mengulas mengenai Dasar Langit Terbuka, Abdul Aziz memberitahu, pengumuman angka pengurangan tenaga pekerja itu dilihat satu perkara ganjil yang tidak harus dilakukan pada peringkat awal penstrukturan.
“Bagaimana dia buat keputusan itu? Berapa banyak laluan dan juruterbang, anak kapal dan kakitangan yang terlibat?
“Saya rasa dia tidak boleh hendak buang pekerja bahkan perlu tambah pekerja.
“Dasar Langit Terbuka akan dimulakan enam bulan lagi, seharusnya mereka ada perancangan namun rasanya ia tidak disentuh dalam pelan itu,” jelasnya.
Dasar Langit Terbuka ASEAN yang bakal dilaksanakan pada 2015 bertujuan meluaskan rangkaian perkhidmatan udara di antara Malaysia dan negara-negara asing.
Ini akan diadakan melalui perjanjian perkhidmatan udara dua hala (bilateral) yang akan membenarkan syarikat penerbangan Malaysia dan negara-negara asing mengadakan penerbangan tanpa sekatan dari segi kekerapan perkhidmatan, kapasiti penerbangan, jenis pesawat, laluan serta bilangan syarikat penerbangan yang dibenarkan di antara Malaysia dan negara tersebut.
Situasi ini mampu meningkatkan pertumbuhan sektor pengangkutan udara dan industri pelancongan negara, dan sekaligus meningkatkan akses rakyat Malaysia ke negara-negara lain dan sebaliknya.
Sementara itu, sebuah akhbar sebelum ini melaporkan kenyataan Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng yang menyifatkan langkah mengurangkan pekerja yang dilakukan MAS merupakan satu tindakan yang matang dan perlu dilakukan; sejajar dengan langkah pemulihan syarikat penerbangan nasional tersebut.
Ia turut dilihat satu perkara yang menyumbangkan kepada kos operasi dan melalui pengurangan tersebut, MAS juga dapat memikirkan untuk mengurangkan penerbangan ke laluan yang tidak menguntungkan.
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) yang sebelum ini menduga langkah pembuangan kakitangan, tidak menjangkakan Khazanah akan melaksanakan pembuangan sehingga 6,000 orang sebagai satu daripada langkah pemulihan syarikat penerbangan itu. - Astro Awani
TOP
Pemilik Kedai Makan Disamun RM17,000 Oleh Pekerja
KOTA KINABALU – Sebuah kedai makan kerugian RM17,000 selepas disamun sekumpulan pekerjanya di Lintas Jaya di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kejadian itu berlaku semasa pemilik Kedai Kopi Wah Jie, Jalan Lintas Pendek di sini sedang mengagihkan gaji pekerja pada 5.30 petang apabila suspek bersama beberapa rakannya datang menuntut gaji.
“Siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja di tempat tersebut dan tidak hadir bekerja sejak beberapa hari yang lalu.
“Memandangkan suspek mempunyai masalah kehadiran, gaji suspek akan diberikan kepadanya esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Chandra berkata akibat tidak berpuas hati, suspek bertindak mengikat pemilik kedai terbabit dengan tali pada kerusi, manakala rakan pemilik kedai pula bergelut dengan suspek.
Menurutnya, suspek dan rakan-rakannya dapat melarikan diri bersama wang gaji pekerja dianggarkan berjumlah RM17,000.
Chandra berkata suspek ditangkap di Lintas Jaya kira-kira pukul 3.55 petang semalam. – BERNAMA
TOP
KDN: Ada Anggota PPS Pernah Buat Jenayah Kekerasan
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa ada anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan semalam dikesan pernah melakukan jenayah kekerasan dan peras ugut orang awam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya menerima laporan bahawa ada anggota pertubuhan itu pernah melakukan jenayah termasuk memeras ugut orang ramai.
“Kita dapat laporan ada anggota PPS yang bukan jaga keselamatan tetapi mereka bertindak pukul orang. Ada yang bertindak di luar daripada perundangan seolah-olah melangkaui bidang kuasa polis,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PPS pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Segambut di sini, sebentar tadi. – BH Online
TOP
” Menafikan Perkahwinan Itu ‘Kinayah’, Tak Jatuh Talak “
Langkah konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS dan penyanyi Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga.
Penceramah selebriti, Ustaz Kazim Elias berkata, ini pasangan itu berhak merahsiakan perkahwinan mereka itu kepada umum kerana mengwar-warkan kepada masyarakat adalah sunat.
“Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.
“Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu,” katanya.
Kazim diminta mengulas berkenaan dengan isu pernikahan rahsia Ramli MS dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.
Rahsia pasangan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis lalu.
Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.
Dalam pada itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.
Ramli MS dan Alyah sudah bernikah sejak setahun yang lalu.
Sementara itu, Kazim berkata, orang ramai mahupun pihak media tidak perlu terlalu beria-ia menyalahkan Ramli mahupun Alyah kerana pasangan itu mungkin ada sebab-sebab tertentu apabila tidak mahu mendedahkan perkahwinan tersebut.
Katanya lagi, mengikut hukum Islam juga, apabila seorang suami mahupun isteri menafikan perkahwinan mereka, ia tidak menggugat perkahwinan sehingga jatuh talak.
“Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.
“Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.
“Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka,” tuturnya.
Kinayah adalah menyebutkan sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan makna lain yang bukan makna asalnya. Antara tujuan kinayah adalah untuk memperelok makna dan mengindahkannya, di samping menyembunyikan sesuatu perkara daripada pendengar. – mstar.com.my
TOP
Mata Pelajar Tahun Enam Cedera Terkena Serpihan Kaca Gogal
KOTA BAHARU: Seorang pelajar tahun enam dikhuatiri buta mata kanan akibat terkena serpihan kaca gogal ketika mandi di Sungai Belahak,pada Sabtu.
Insiden pada kira-kira 10 pagi itu berlaku apabila mangsa, Mohd Syazwan AfiqMohd Zaki dan abang sulungnya, Mohd Syazwan Redza, 14, serta beberapa rakan mandi di sungai berkenaan.
Ibu mangsa, Zarina Zawawi, 34, berkata ketika kejadian, dia dan suami dalam perjalanan ke Kota Baharu untuk membeli barang keperluan rumah.
"Sampai di Kok Lanas, abang sulung menghubungi saya dan memberitahu adiknya mengalami kecederaan di mata dan muka akibat terkena serpihan kaca selepas cermin gogal yang dipakainya terhantuk pada batu ketika mandi di sungai.
"Kejadian itu berlaku apabila kepala Afiq terhantuk di batu yang berada didasar sungai dan terkena gogal menyebabkan cermin gogal pecah dan terkena mataAfiq," katanya kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II(HRPZII) pada Ahad.
Zarina berkata pendarahan yang teruk menyebabkan anak kedua daripada empat beradik itu pengsan dalam air sebelum dibantu abangnya dan rakan yang lain untuk dibawa naik ke darat.
Terkejut dengan berita itu, Zarina menghubungi ibunya untuk membawa Afiq mendapatkan rawatan di Hospital Jeli sebelum dirujuk ke HRPZII.
Beliau berkata pakar perubatan memaklumkan mata hitam anaknya pecah dan mempunyai peluang yang tipis untuk kembali melihat.
"Dia dah menjalani pembedahan mata pukul 3 pagi tadi dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.
TOP
Kedegilan PPS Teruskan Aktiviti Undang Padah
GEORGETOWN – Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang ditubuhkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP pada Mei 2011 dengan tujuan awal untuk membantu pihak berkuasa keselamatan menangani kegiatan atau aktiviti sosial yang negatif di sesuatu kawasan termasuk membersihkan kawasan daripada anasir dadah.
Pada awal penubuhannya PPS dianggotai 937 orang dengan 46 pasukan dan selepas tiga tahun, bilangan keanggotaan pasukan itu meningkat kepada 9,002 orang dengan 299 pasukan.
Dalam tempoh itu, terdapat beberapa aduan daripada orang ramai yang kurang senang dengan kehadiran pasukan itu yang dilihat mengambil tugas pasukan keselamatan.
Anggota pasukan itu pernah didakwa mengasari seorang jurugambar pada tahun lepas dan pada 18 Ogos seorang aktivis sosial membuat sidang akhbar mendakwa dipukul anggota PPS pada majlis makan malam di Air Itam di sini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam kenyataan akhbar di Komtar, di sini pada 15 Sept 2011 berkata PPS ditubuhkan sebagai langkah untuk memastikan kebajikan dan keselamatan masyarakat dan rakyat negeri Pulau Pinang tidak dipinggirkan.
PPS dicadangkan kerajaan negeri pimpinan DAP Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan pada 27 April 2011 melalui kertas Mesyuarat MMK Bil 16/2011, penubuhan PPS diluluskan dan disahkan kerajaan negeri pada 4 Mei 2011.
Susulan kelulusan penubuhan PPS oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu, Majlis Pelancaran PPS diadakan pada 17 Sept 2011 dan setiap anggota diberi sijil pelantikan dan vest.
Anggota PPS diberi kursus dan taklimat seperti rawatan kecemasan, pengurusan kes-kes kecemasan, rawatan patukan/sengatan haiwan berbisa dan penerangan tindakan yang perlu diambil ketika bencana/kecemasan serta kaedah catatan buku log PPS untuk sesuatu kecemasan dan laporan segera mengenainya kepada anggota dewan undangan negeri.
Pasukan itu diletak di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh yang juga pengerusi PPS.
Berikutan aduan aktivis sosial yang mendakwa dipukul anggota PPS itu, masyarakat mula memperkatakan semula mengenai fungsi dan peranan anggota pasukan itu termasuk di laman sosial Twitter yang turut mengaitkan penglibatan PPS dengan gangster.
Dakwaan itu menyebabkan kerajaan DAP Pulau Pinang melalui Phee mengeluarkan kenyataan menafikan terdapat penglibatan gangster dalam PPS sebaliknya menyifatkan pertubuhan itu dijadikan ‘kambing hitam’ oleh individu tertentu untuk mengkritik dasar kerajaan negeri.
Kemelut PPS tidak berakhir di situ dan pada 26 Ogos Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan bahawa PPS adalah pasukan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.
Bagaimanapun Ketua Menteri Pulau Pinang tetap mempertahankan PPS dengan menyatakan ia adalah sebuah pertubuhan sah seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Jumaat lepas Ketua Polis Negara menegaskan tindakan menangkap anggota PPS akan dilakukan sekiranya mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.
Kedegilan kerajaan negeri pimpinan DAP dalam mempertahan pasukan itu menyebabkan 154 anggota PPS termasuk tujuh wanita ditahan selepas menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota di sini hari ini.
Kesemua mereka yang lengkap berpakaian seragam ungu itu ditahan kerana didakwa ingkar arahan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti. – BERNAMA
TOP
P.Pinang Adakan Raptai Terima Abu Mangsa MH17 Esok
GEORGETOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengadakan majlis raptai bagi persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Bayan Lepas dekat sini, esok.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, berkata majlis raptai di DCA Pulau Pinang itu akan diadakan pada 10 pagi untuk melihat pergerakan tiga abu mayat yang dijangka dibawa balik ke negeri ini Selasa ini.
Katanya, majlis raptai itu turut diadakan di perkarangan Gereja St Anne di Bukit Mertajam pada jam 2 petang esok.
“Setakat ini, kerajaan negeri dimaklumkan tiga abu mayat mangsa pesawat MH17 akan dibawa balik ke Pulau Pinang. Mereka ialah sepasang suami isteri Loh Yan Hwa dan suaminya, Fan Shun Po serta pramugara, Sanjid Singh.
“Loh berasal dari Greenlane manakala suaminya yang juga warga Hong Kong akan turut disemadikan di sini, manakala abu Sanjid yang berasal dari Alma, Bukit Mertajam akan dibawa balik ke sana untuk upacara keagamaan sebelum disemadikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Phee berkata, kerajaan negeri dimaklumkan tiga abu berkenaan dijangka tiba pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa ini dan terdahulu majlis istiadat penghormatan akan diadakan di di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik pesawat yang membawa jenazah kumpulan ketiga mangsa pesawat berkenaan tiba.
Katanya, 30 anggota keluarga Fan dari Hong Kong akan turut menyambut ‘kepulangan’ lelaki itu di Pulau Pinang.
“Setakat ini, mayat ibu Loh, Tan Siew Poh yang turut terkorban dalam nahas itu masih belum dapat dikenal pasti,” katanya.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Eina Azman kini bergelar isteri
Kuala Lumpur: Selepas dua kali lafaz pelakon Eina Azman, 19, kini sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden, 35, malam ini.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Azman Abdullah, di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, di sini, tepat jam 9.03 malam.
Upacara itu disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkapili Abdul Mutalib serta abangnya.
Pada majlis pernikahan ini juga, Eina atau nama sebenarnya, Cik Ainur Syakina, menerima mas kahwin RM770.
Eina turut menerima tujuh dulang barangan hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak Gurmit. - myMetro
TOP
Polis Temui Rangka Kanak-Kanak Lelaki Berusia Dua Tahun
MELAKA, 31 Ogos (Bernama) -- Polis menemui rangka kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Sabtu, yang ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, Bukit Katil di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Razali Abu Bakar berkata berikutan penemuan itu dua orang dipercayai pasangan kekasih ditahan polis bagi membantu siasatan.
Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi kejadian, dan kira-kira 7 pagi Sabtu polis menemui rangka mangsa berbalut kain batik yang ditanam di dalam lubang sedalam 0.3 meter.
"Melihat keadaan rangka terbabit kanak-kanak berkenaan dipercayai meninggal dunia Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di rumah yang disewa pasangan berkenaan (bermula) awal tahun ini," kata Razali kepada pemberita di Melaka, Ahad.
Razali berkata berdasarkan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh kanak-kanak itu dipercayai anaknya, dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas.
Bagaimanapun punca dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Bernama
TOP
MTUC Tawar Bantu Selesai Aduan Pekerja Asing
PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menawarkan diri untuk bekerjasama dengan majikan dan Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan aduan yang dibangkitkan pekerja asing.
Presiden MTUC, Khalid Atan memberitahu BERNAMA langkah ini akan turut membantu mengekalkan keharmonian perindustrian di negara ini.
Beliau mengulas dakwaan rusuhan oleh 800 pekerja Nepal di kilang JYC HDD Technology Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kelapa Sawit, Johor, awal minggu ini.
Insiden serupa turut dilaporkan di cawangan syarikat itu di Kawasan Perindustrian Tebrau.
Khalid berkata, MTUC mendapat aduan bahawa pekerja terbabit didakwa dianiayai dan ada antara mereka tidak dibayar gaji empat bulan.
Bagaimanapun, Khalid berkata ini tidak bermakna MTUC membiarkan keingkaran atau tindakan merusuh dilakukan pekerja, sebaliknya sentiasa menggalakkan pekerja supaya “melindungi hak mereka menerusi saluran perundangan.” – BERNAMA
TOP
Pemain Bola Sepak Piala Presiden JDT Maut Kemalangan
JOHOR BAHRU – Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta di KM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi, di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Shahrul Anwar Md Idris berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.
“Md Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shahrul Anwar berkata Md Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan, di sini.
Beliau berkata rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA
TOP
PM Hargai Kehadiran Rakyat Sambut Hari Kemerdekaan
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat yang hadir menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini.
“Syabas dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang dengan penuh semangat memeriahkan perarakan Hari Kemerdekaan ke-57 pagi tadi,” kata perdana menteri menerusi catatan di laman Facebook beliau.
Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya dibanjiri masyarakat pelbagai kaum yang datang menyaksikan perbarisan dan perarakan itu.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenaan berangkat menyaksikan acara itu.
Dalam pada itu, Najib menarik perhatian bahawa kemerdekaan negara bermula dengan perjuangan Raja-Raja Melayu, barisan pemimpin terdahulu dan seluruh rakyat Malaysia.
“Kita tidak boleh alpa kerana semua yang kita kecapi hari ini tidak berlaku dengan semena-mena,” kata beliau. – BERNAMA
TOP
Video : Permainan Kanak-kanak Yang Memeranjatkan
Ibu bapa biasanya membeli alat mainan untuk anak-anak mereka untuk merangsang daya kreativiti anak-anak.
Alat permainan sebenarnya boleh memberi impak kepada personaliti dan pemikiran anak-anak apabila mereka besar. Selain itu, kanak-kanak juga dilihat suka berkawan dengan kanak-kanak yang menggemari alat permainan yang sama dengan mereka.
Oleh kerana itu, ibubapa harus berhati-hati dengan alat mainan yang diberikan kepada anak-anak, kerana ada beberapa jenis permainan yang dicipta khas bukan untuk kreativiti, tapi perkara sebaliknya.
Dalam video diatas, ditunjukkan kepada penonton beberapa alat mainan yang boleh merosakkan akhlak kanak-kanak, yang boleh mencederakan dan mungkin juga boleh membunuh. Jadi kepada ibubapa, fikirlah secara rasional semasa membeli alat mainan untuk anak-anak anda - SiakapKeli.com
Dalam video diatas, ditunjukkan kepada penonton beberapa alat mainan yang boleh merosakkan akhlak kanak-kanak, yang boleh mencederakan dan mungkin juga boleh membunuh. Jadi kepada ibubapa, fikirlah secara rasional semasa membeli alat mainan untuk anak-anak anda - SiakapKeli.com
TOP
Mulut Hancur Hanya Kerana Curi Ikan. Macam mana nak makan?
Satu gambar yang memaparkan seekor kucing yang pecah mulut dikhabarkan kerana mencuri ikan menjadi semakin viral di inernet.
Berita yang dilaporkan melalui mymediahubonline itu juga menjelaskan bahawa kucing tersebut telah dipukul oleh seorang peniaga ikan di pasar Selayang hanya kerana mencuri ikan.
Bagaimana pun, kucing tersebut kini dijaga oleh seorang manusia yang kesian dengan nasib kucing tersebut. Kejam sungguh manusia ni. Kalau ya pun geram, tak payah la pukul sampai berdarah-darah. Dah la mulut pulak tu. Macam mana dia nak makan??? - SiakapKeli.com
Berita yang dilaporkan melalui mymediahubonline itu juga menjelaskan bahawa kucing tersebut telah dipukul oleh seorang peniaga ikan di pasar Selayang hanya kerana mencuri ikan.
Bagaimana pun, kucing tersebut kini dijaga oleh seorang manusia yang kesian dengan nasib kucing tersebut. Kejam sungguh manusia ni. Kalau ya pun geram, tak payah la pukul sampai berdarah-darah. Dah la mulut pulak tu. Macam mana dia nak makan??? - SiakapKeli.com
TOP
PPS: Polis Tahan Phee Boon Poh, Ambil Keterangan Guan Eng
Phee Boon Poh
GEORGE TOWN, 31 Ogos (Bernama) -- Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di George Town, Ahad. "Phee hadir di IPD Timur Laut pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," kata Mior Faridalatrash ketika dihubungi BERNAMA. Beliau berkata polis juga mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayerdi. Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada sebelah pagi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan. Sementara itu, tinjauan BERNAMA di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk IPD berkenaan.- BERNAMA
GEORGE TOWN, 31 Ogos (Bernama) -- Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di George Town, Ahad. "Phee hadir di IPD Timur Laut pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," kata Mior Faridalatrash ketika dihubungi BERNAMA. Beliau berkata polis juga mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayerdi. Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada sebelah pagi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan. Sementara itu, tinjauan BERNAMA di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk IPD berkenaan.- BERNAMA
TOP
Nicol Rangkul Gelaran Terbuka Hong Kong Kali Kesembilan
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menebus kekecewaan pada Terbuka Malaysia 2014 minggu lepas apabila merangkul gelaran Terbuka Hong Kong untuk kali kesembilan, Ahad.
Pada final di Hong Kong Park Sports Centre, Nicol, 31, membuktikan bahawa usia tidak menghalang beliau daripada menampilkan persembahan bertenaga apabila menjinakkan pemain berusia 21 tahun dari Mesir, Nour El Tayeb, dengan 11-4, 12-10 dan 11-8 dalam masa 39 minit.
Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, berjaya mengekalkan gelaran Terbuka Hong Kong sejak 2006.
Pada Terbuka Malaysia 2014, Nicol gagal mara ke final selepas kalah mengejut kepada pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir pada saingan separuh akhir.
Sementara itu, dalam kategori lelaki, juara Terbuka Malaysia minggu lepas, Mohamed El Sorbagy dari Mesir merangkul gelaran kedua musim ini selepas mengalahkan pemain Perancis, Gregory Gaultier 11-9, 11-2, 4-11, 8-11 dan 11-4. - Bernama
No comments:
Post a Comment