TOP
Jemaah Haji Perlu Sedia Hadapi Kesesakan Hari Wukuf - Jamil Khir
Kesesakan di Arafah pada hari wukuf perlu dihadapi semua jemaah.
JEDDAH: Jemaah haji Malaysia perlu mempersiapkan diri menghadapi kesesakan dalam perjalanan mengerjakan kemuncak ibadah haji, iaitu Wukuf di Arafah pada Jumaat ini, memandangkan haji Akbar pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah jemaah yang akan mengerjakan haji dijangka meningkat mendadak, namun yakin Tabung Haji (TH) dan kerajaan Arab Saudi telah membuat persiapan bagi memastikan pergerakan jemaah haji berjalan lancar. "Kita faham kerajaan Arab Saudi telah melakukan yang terbaik daripada pelbagai segi termasuk perjalanan darat, mengadakan sistem transit aliran ringan (LRT) serta pelbagai program untuk memastikan proses perjalanan jemaah haji mengerjakan Wukuf di Arafah (kira-kira 22km dari Makkah) berjalan dengan lancar," katanya. Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sebaik tiba di sini dari Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji pada malam Sabtu. Sebelum ini, media Arab Saudi memetik Kementerian Haji melaporkan lebih 2 juta umat Islam akan mengerjakan ibadah haji tahun ini dengan 1.3 juta terdiri daripada jemaah haji dari luar negara. Jemaah haji dari rantau Asia Selatan iaitu India, Pakistan dan Bangladesh, merupakan jemaah haji terbesar dengan 410,000 jemaah. Ini diikuti oleh jemaah dari negara-negara Arab sebanyak 250,000, Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Indonesia kira-kira 228,000 jemaah, Turki dan Eropah sebanyak 190,000 orang, negara Afrika bukan Arab 170,000 orang dan Iran 63,000 jemaah. Sementara jemaah haji tempatan, termasuk ekspatriat pula sebanyak 150,000 orang. Jamil Khir turut berpuas hati dengan tahap kesihatan jemaah haji Malaysia di tanah suci, terutama ketika berlaku penularan penyakit berjangkit Ebola dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), selain cuaca yang panas dan kering ketika ini. Beliau berkata, setakat ini hanya lapan jemaah Malaysia dimasukkan ke hospital Arab Saudi dan angka ini adalah rendah berbanding jumlah sebelum ini. Jamil Khir turut berharap jemaah haji akan terus menjaga kesihatan mereka dan meminum air yang banyak setiap hari. Beliau berkata, setakat ini, hanya empat kematian melibatkan jemaah dari Malaysia iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia antara 52 dan 62 tahun. "Harap semua jemaah haji dapat laksanakan sebaik mungkin ibadah haji dan semoga mendapat haji mabrur," katanya. Beliau berkata, walaupun hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat, khutbah yang akan dibacakan adalah khutbah Arafah yang akan diadakan di setiap khemah. Sementara itu, kerajaan Arab Saudi telah menyediakan pelan bagi melancarkan pergerakan trafik dari Makkah ke Arafah, Arafah ke Muzdalifah, Muzdalifah ke Mina dan Mina ke Makkah. Pengarah Polis Trafik dan Asistant Komander Pasukan Keselamatan Haji Mejar Jeneral Abdul Rahman Al-Muqbil dipetik media tempatan sebagai berkata sejumlah besar pegawai trafik akan ditempatkan di jalan raya untuk memastikan perjalanan para jemaah berjalan lancar tanpa kesesakan trafik. Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Pengangkutan di Kementerian Haji, Turki Al-Qurashi menggesa mereka yang terlibat mengendalikan jemaah haji, terutamanya organisasi Tawafa, kumpulan yang mengendalikan jemaah haji semasa Wukuf, agar menasihatkan jemaah mereka untuk tinggal di Mina sehingga 13 Zulhijjah (7 Oktober) bagi mengelak kesesakan di kawasan Tawaf semasa Tawaf Wida.- mstar online

Penyelia Kedai Elektrik Cedera Ditikam Gelandangan
GEORGE TOWN: Penyelia sebuah kedai elektrik di Jalan Ayer Itam, di sini cedera ditikam gelandangan di hadapan premis itu malam Sabtu.
Dalam kejadian 10 malam itu, Tan Han Khoon, 30, ditikam di perut dan kaki kiri selepas menegur lelaki terbabit kerana sering tidur di kaki lima kedai elektrik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ekoran teguran itu berlaku pertengkaran sebelum suspek menikam mangsa menggunakan pisau lipat dan cuba melarikan diri.
"Namun, rakan sekerja mangsa yang berada berdekatan di tempat kejadian sempat mengejar suspek dan menyerahkannya kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Katanya, mangsa kini dilapor stabil dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 53 tahun itu memiliki 20 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, samun dan curi.- mstar online
TOP
Proses Peletakan Senjata Pemberontak Islam Filipina Bermula
KUALA LUMPUR: Proses sukar untuk melaksanakan peletakan senjata di kalangan pemberontak Islam Filipina selepas pemberontakan sejak berdekad lamanya baharu bermula, kata perunding pada Ahad.
Proses tersebut akan dilaksana sebelum hujung tahun ini.
Perunding Kerajaan Filipina dan pemberontak Islam memulakan mesyuarat di Malaysia pada Sabtu untuk membincangkan proses peletakan senjata iaitu kunci untuk menamatkan pemberontakan di selatan negara itu dan menandatangani perjanjian damai.
Kedua-dua pihak melantik tiga pakar antarabangsa dari Brunei, Turki dan Norway untuk menyelia badan bebas yang akan memantau proses penyahtauliahan itu bersama dengan empat pakar tempatan yang belum dinamakan.
"Penyahtauliahan merupakan komponen halus dan sukar dalam penyelesaian damai. Ia perlu dilakukan secara efektif dan sensitif," kata ketua perunding kerajaan Filipina, Miriam Coronel-Ferrer dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mesyuarat itu akan disambung pada Isnin.
Terdahulu, Ketua perunding kumpulan pemberontak, Mohagher Iqbal berkata, kira-kira 75 jenis senjata api termasuk senapang berkuasa tinggi akan disimpan dan dikunci di dalam sebuah gudang sebagai sebahagian daripada proses normalisasi.
Ia akan menyaksikan pemberontak menjual senjata mereka untuk menyertai masyarakat lain dalam menjalani kehidupan normal.
"Peletakan senjata adalah sesuatu yang sukar tetapi anda perlu melakukan pengorbanan untuk pembentukan kerajaan Bangsamoro," kata Mohagher.
Bangsamoro terletak di wilayah selatan Pulau Mindanao.
Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi jaminan bahawa kerajaan autonomi yang baharu di wilayah selatan negara ini akan ditubuhkan pada Januari tahun depan.
Penubuhan kerajaan Bangsamoro di wilayah autonomi Mindanao itu merupakan sebahagian komitmen Manila mengikut perjanjian damai yang dimeterai pada 27 Mac lalu hasil usahasama kerajaan Malaysia sebagai fasilitator.- mstar online
TOP
APMM Tahan Dua Bot Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini, menahan sebanyak 22 warga Vietnam bersama dua bot laut dalam kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara, di Laut China Selatan, Sabtu.
Ketua Penguatkuasanya Komander Maritim, Khoo Teng Chuan berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan 90 batu nautika dari pantai Tok Bali, ketika nelayan terbabit sedang menangkap ikan pada 11 pagi.
"Sepasukan anggota APMM yang menaiki Kapal Maritim Jujur yang diketuai Left Komander Nor Hafizi Mohd Rafek mengesan pergerakan nelayan terbabit dan berjaya menahan selepas mengejar lebih sejam," katanya kepada pemberita di pejabat APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini, Ahad.
Khoo berkata, pihaknya turut merampas kira-kira 2 tan ikan baja dan sotong kering bernilai antara RM50,000 dan RM150,000 yang dipercayai untuk dipasarkan di Vietnam.
Beliau berkata, nelayan berkenaan yang berumur antara 20 dan 40 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985.
Khoo berkata, sejak Januari tahun ini hingga kini, APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali menahan 203 nelayan Vietnam atas kesalahan sama.
Beliau berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 7 tan sotong kering bernilai RM134,850 dilelong setelah dirampas daripada nelayan asing yang menceroboh perairan negara itu. - mstar online
TOP
Lebih Banyak 'Baby Hatch' Akan Dibuka Di Seluruh Negara
Pihak OrphanCare akan maklum jika ada pihak yang meletakkan bayi di tempat yang disediakan, pintu akan terkunci, manakala penghawa dingin akan berfungsi secara automatik.
KUALA LUMPUR: Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan 10 pusat perlindungan bayi atau "baby hatch" di cawangan KPJ di seluruh negara. Pegawai Perhubungan Yayasan OrphanCare, Siti Naquiah Fadzil berkata, satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani bersama-sama KPJ bagi penubuhan 'Baby Hatch" itu selari dengan usaha menangani kes pembuangan bayi di negara ini. "Melalui perjanjian itu, bayi yang diletakkan dalam 'baby hatch' akan diserahkan kepada OrphanCare sebelum bayi itu ditempatkan bersama keluarga angkat mereka," katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata, MoU berkenaan akan ditandatangani antara Pengerusi Yayasan OrphanCare Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Pengarah Urusan KPJ Amiruddin Abdul Satar, pada 10 Oktober ini. Menolak dakwaan bahawa kewujudan 'baby hatch' menggalakkan kes pembuangan bayi dan anak luar nikah, Siti Naquiah berkata keutamaannya ialah menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa serta membantu pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak untuk mengambil anak angkat. Beliau berkata, ketika ini sebanyak 3,758 permohonan diterima bagi mendapatkan bayi untuk dijadikan anak angkat. Sejak penubuhan OrphanCare pada 2010, sebanyak 102 bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat manakala 63 lagi dikembalikan kepada ibu kandung. "Yayasan kami merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menangani isu pembuangan bayi. "Kami berharap kes pembuangan bayi dapat dikurangkan dengan penubuhan 'baby hatch' di samping berusaha menempatkan bayi dengan keluarga yang benar-benar inginkan anak," katanya. Beliau berkata lebih 50 peratus ibu kandung yang menyerahkan anak mereka kepada OrphanCare adalah lingkungan umur antara 18 dan 24 tahun dan masih berstatus pelajar. Pihaknya juga mengadakan pelbagai ceramah motivasi di peringkat institusi pengajian tinggi untuk memberi kesedaran berhubung pendidikan seks serta fungsi pusat perlindungan bayi itu, katanya. "Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan kes pembuangan bayi di samping sebagai satu isyarat bahawa ada lagi insan yang sanggup menjaga bayi berkenaan," katanya. Siti Naquiah berkata, bukan hanya anak luar nikah yang diserahkan, tetapi ada antaranya menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan si ibu tidak mampu untuk menyara keperluan anak tersebut. Beliau berkata, OrphanCare kini beroperasi di Petaling Jaya, Selangor, Johor Baharu, Johor dan Kota Bahru, Kelantan. "Kami sedang merancang untuk membina sebuah lagi OrphanCare di Kedah," katanya.- mstar online

Chong Wei Kecundang, Lin Dan Ke Final
INCHEON: Datuk Lee Chong Wei gagal ke final badminton perseorangan lelaki Sukan Asia apabila tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan.
Pada kejohanan terakhir buat Chong Wei itu, jaguh negara dikalahkan 20-22, 21-12, 9-21 oleh pemain China itu.
Perlawanan separuh akhir itu menghancurkan impian Chong Wei untuk memburu pingat emas untuk negara.- mstar online
TOP
Kalau Majoriti Tak Sokong, Akan Berlaku Undi Tak Percaya - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah (dua kiri) mendengar penerangan daripada Pengurus Pereka Proton Iriz Active, Zafruddin Shamsuddin (kanan) ketika melakukan lawatan ke makmal pembuatan Model Proton Iriz Active di Subang Jaya, Selangor pada Ahad. -foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star
SUBANG JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diterima majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor bagi menamatkan krisis politik berpanjangan di negeri itu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang kemungkinan Azmin berhadapan undi tidak percaya pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang jika pelantikannya tidak disenangi majoriti Adun Selangor. "Saya harap apabila Dewan bersidang, majoriti akan sokong Azmin. "Kalau majoriti tak sokong Azmin, akan berlaku undi tidak percaya. Jadi nanti kita kena cari menteri besar baharu lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada karnival Proton di sini, Ahad. Kebimbangan itu dilihat berdasarkan perkembangan terkini politik Selangor apabila PAS kehilangan satu jawatan Exco dalam Kabinet baharu Azmin. Jumlah ahli Exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang, manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang. Tindakan Azmin itu ternyata menimbulkan rasa tidak senang di kalangan wakil rakyat PAS walaupun parti itu dijanjikan jawatan Timbalan Speaker DUN. Mengulas mengenai nasib yang dihadapi PAS dibawah kerajaan negeri pimpinan Azmin, Dr Mahathir berkata, menteri besar baharu itu mempunyai hak untuk menentukan jumlah Exco dalam Kabinetnya. "Itu hak menteri besar, kalau beliau nak tambah boleh, nak kurang pun boleh. "Kalau beliau fikir wakil PAS dalam kabinet mencukupi, beliau tak perlu berpegang (ikut) kepada dahulu (jumlah kabinet)," katanya.-mstar online

Gambar Amin Baco Pada Telefon Bimbit Anggota Abu Sayyaf
Pokemon menunjukkan gambar Amin Baco yang dikenali sebagai Abu Jihad.
PETALING JAYA: Gambar suspek pengganas rakyat Malaysia, Amin Baco yang dikaitkan dengan militan Negara Islam (ISIS) ditemui pada telefon bimbit anggota Abu Sayyaf yang mati di selatan Filipina. The Manila Times yang menyiarkan gambar Amin, 31 berasal dari Tawau, Sabah itu pada Ahad melaporkan suspek terbabit bersembunyi dengan kumpulan itu di Sulu. Amin dan seorang lagi militan Sabah Darul Islam, Jeknal Adil, 30 juga dari Tawau adalah antara lima militan termasuk pensyarah, Dr Mahmud Ahmad dan pemilik kedai, Mohd Najib Hussein, 30 yang dikehendaki polis Malaysia. Mereka dilaporkan melarikan diri ke selatan Filipina susulan tindakan polis membanteras kegiatan militan di negara ini. Media negara itu melaporkan, jurucakap pegawai risikan Filipina berkata, berdasarkan pemeriksaan, Amin yang menggunakan nama Abu Jihad dipercayai terbabit dalam beberapa siri letupan bom di Mindanao. Pegawai terbabit yang turut menyediakan gambar kepada Manila Times berkata, Amin juga menganggotai Jemaah Islamiyah (JI). Laporan yang memetik sumber dengan nama samaran 'Pokemon' berkata, Amin sudah lama berada di Filipina dan terbabit dalam kejadian pengeboman di Basilan dan Sulu. Juga dilaporkan, pegawai terbabit menunjukkan carta organisasi Pergerakan Khilafa Islamiyah (KIM) yang seumpama Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan menyokong perjuangan ISIS. Gambar Amin dan carta itu diambil dari telefon bimbit seorang anggota ASG yang terkorban dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan kerajaan di Sulu baru-baru ini. Sumber itu juga memaklumkan, Amin adalah antara lima anggota JI yang bersembunyi di Sulu dan mendapat perlindungan Abu Sayyaf serta pernah mengugut untuk memenggal kepala pasangan Jerman yang diculik pada April lalu. Manila Times juga memetik pegawai risikan itu berkata, Abu Sayyaf mungkin memenggal kepala warga Jerman itu sebagai tanda simpati kepada ISIS. "Abu Sayyaf menyokong ISIS, mereka juga berikrar setia kepada ISIS dan ketika ini menunggu maklum balas dan mungkin dengan memenggal kepala warga Jermah itu kewujudan mereka akan disedari pihak ISIS," katanya.- mstar online

Perhebatkan Usaha Dapat Keadilan Untuk Palestin
KUALA LUMPUR – Dalam usaha membuatkan Israel bertanggungjawab terhadap tindakannya di Gaza, Jawatankuasa Palestin harus meningkatkan usaha untuk mendapatkan keadilan melalui pelbagai mekanisme Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Jawatankuasa berkenaan perlu mengambil inisiatif ini sebagai keadilan untuk Palestin dan ia perlu dilakukan melalui Majlis Keselamatan dan Majlis Hak Asasi Manusia.
“Sudah tiba masanya, kita bergerak melampaui perkataan dan menumpukan usaha ke arah pendekatan lebih konkrit,” katanya pada Mesyuarat peringkat Menteri anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) di New York pada 26 Sept.
Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama hari ini.
Anifah berkata jawatankuasa itu juga perlu menuntut agar diadakan Persidangan bersama negara-negara yang telah menandatangani perjanjian di Konvensyen Geneva keempat dan menangani ketidakpatuhan berterusan Israel dalam peruntukan instrumen berkenaan.
“Delegasi saya berharap bahawa rundingan berterusan antara negara-negara yang telah menandatangani perjanjian dan Switzerland sebagai depositori kepada Konvensyen Geneva, akan menjurus kepada perbincangan yang cepat pada persidangan itu,” katanya.
Beliau berkata Jawatankuasa juga perlu memohon Presiden Perhimpunan Agung PBB untuk mengadakan semula Sesi Khas Kecemasan Kesepuluh Perhimpunan Agung, untuk mempertimbangkan tindakan kependudukan Isreal yang menyalahi undang-undang di wilayah Palestin.
Menurut Anifah satu lagi inisiatif yang perlu diambil untuk membuatkan Israel bertanggungjawab atas tindakannya adalah dengan menyokong gesaan Kerajaan Palestin untuk meletakkan Palestin di bawah sistem perlindungan antarabangsa PBB.
Anifah berkata jawatankuasa itu perlu menggembleng usaha untuk mendapatkan sokongan sebanyak mungkin dari kalangan negara-negara anggota untuk resolusi Perhimpunan Agung yang berkaitan dengan Palestin semasa sesi ke-69 yang akan datang.
Beliau berkata ini termasuk Jawatankuasa Khas untuk Menyiasat Amalan Israel yang memberi kesan terhadap Hak Asasi Manusia Rakyat Palestin dan orang Arab ke atas wilayah yang diduduki dan Jawatankuasa mengenai Pelaksanaan hak yang tidak dinafikan kepada rakyat Palestin.
Selain itu, menurut Anifah, akhirnya, Malaysia menggariskan keperluan untuk menamatkan pendudukan haram di wilayah Palestin.
“Kami tidak lagi mahu masyarakat antarabangsa mengagalkan kami dalam permintaan ini.
“Oleh itu, delegasi saya mengesahkan keputusan Liga Arab baru-baru ini untuk melibatkan Majlis Keselamatan agar mengguna pakai resolusi yang menetapkan dengan jelas tarikh bagi menamatkan kependudukan itu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ironman Kembali Meriahkan Langkawi
LANGKAWI – Selepas kali terakhir diadakan empat tahun lepas, Kejohanan Ironman Triathlon Langkawi, yang pernah menjadi antara acara berprestij dalam mempromosikan Pulau Langkawi, kembali ke pulau peranginan ini dengan edisi ke-12 yang berlangsung semalam.
Kejohanan Ironman Triathlon Malaysia Langkawi diperkenalkan pada tahun 2000 dan sejak itu menjadi acara tahunan sehingga 2010.
Bagaimanapun, sejak 2011 kejohanan itu tidak diadakan berikutan penganjur ketika itu dikatakan berhadapan dengan masalah kewangan.
Kehadiran semula kejohanan itu sememangnya ditunggu-tunggu penduduk Langkawi memandangkan acara itu pernah menjadi acara ikonik yang turut memeriahkan aktiviti pelancongan di pulau legenda ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Major Events Zulkefli Sharif berkata dengan usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kejohanan itu berjaya dibawa kembali ke Langkawi.
“Sebelum ini, Kejohanan Ironman pernah dibuat di Langkawi sebelum diberhentikan selepas 2010 berikutan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan tetapi dengan arahan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kejohanan ini diadakan semula.
“Malaysia Major Events telah diberi mandat oleh pihak kementerian untuk membawa semula Ironman ke Langkawi. Ini bukanlah perkara yang mudah kerana kita perlu meyakinkan semula pihak penganjur untuk mengadakan kejohanan di Langkawi,” katanya mengimbas semula usaha untuk membawa kembali kejohanan itu ke Langkawi.
Zulkefli berkata selain meyakinkan pihak penganjur iaitu Ironman untuk acara itu kembali diadakan di Malaysia dan Langkawi, mereka juga perlu meyakinkan kembali penduduk tempatan di Langkawi untuk memberi sokongan terhadap acara itu.
Beliau berkata untuk penganjuran tahun ini, pihaknya telah turun padang dengan mengadakan beberapa program dalam usaha untuk berbincang dengan penduduk tempatan di sini tentang kepentingan mengadakan kejohanan Ironman di Langkawi.
“Kita telah pergi ke kampung-kampung untuk memberi penerangan dan hasilnya rata-rata penduduk tempatan di sini memberi sambutan yang baik. Dengan berlangsungnya Kejohanan Ironman di sini ia mampu memberi impak yang besar kepada pendapatan ekonomi Langkawi dan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata pulangan yang diperoleh ini akan memberi manfaat kepada semua pihak terutama sekali penduduk tempatan di Langkawi.
“Pihak penganjur telah bersetuju dan kejohanan ini akan terus berlangsung dalam tempoh tiga tahun akan datang. Tempoh yang diberikan adalah untuk melihat dan menilai sama ada kejohanan ini boleh dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
Sebanyak 1,398 atlet dari 58 negara bersaing memburu gelaran juara pada edisi ke-12 kejohanan Ironman Triathlon Langkawi 2014 semalam.
Sewaktu edisi ke-11 pada 2010, iaitu kali terakhir kejohanan itu diadakan, sebanyak 690 orang yang mewakili 41 negara menyertai kejohanan itu.
Dalam saingan semalam, Patrick Nilsson dan Diana Riesler, masing-masing mengungguli kategori profesional lelaki dan wanita, untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$8,000 (kira-kira RM25,600).
Kejohanan itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 km, berbasikal 180 km dan berlari sejauh 42.2 km yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$40,000 (RM128,000).
Sebanyak 40 peserta terbaik kejohanan ini akan melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman dunia di Kona, Hawaii tahun depan. – BERNAMA
TOP
Khyril Muhymeen Tamatkan Zaman Bujang
ALOR SETAR – Penyerang pasukan Kedah Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang menamatkan zaman bujangnya pada 19 Sept lepas mengadakan majlis resepsi di sini malam tadi.
Majlis itu berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar(MBAS) di sini dihadiri saudara mara, jurulatih, pemain pasukan skuad Helang Merah dan peminat pasukan itu.
Khyril Muhymeen, 27, diijabkabul dengan pasangannya Suryanne Mohd Sukeri, 29, dari Kampung Balok, Kuantan, Pahang pada 19 Sept lepas dan majlis resepi di rumah pengantin perempuan diadakan pada keesokan harinya.
Suryanne yang bekerja sebagai eksekutif sebuah syarikat automotif di Kuala Lumpur merupakan anak kedua daripada tiga beradik, berkenalan dengan Khyril Muhymeen sejak dua tahun lepas
Khyril Muhymeen berkata perkahwinannya tidak menjejaskan latihan bersama pasukannya bagi menghadapi saingan suku akhir Piala Malaysia apabila bertemu dengan Kelantan pada 3 Okt depan.
“Saya akan turun latihan esok (hari ini) kerana komitmen saya dalam pasukan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Beliau yang bermain dengan pasukan Kedah sejak 2005 berkata pasukannya kini diterapkan dengan pelbagai teknik dan yakin mampu untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia kali ini.
Khyril Muhymeen sebelum ini pernah membantu pasukan Kedah untuk memenangi tiga kejuaraan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia semusim buat dua musim berturut-turut iaitu pada 2006/2007 dan 2007/2008. – BERNAMA
TOP
Peserta Dari Johor Juarai Pertandingan Bintang Klasik 2014
KUALA LUMPUR – Peserta dari Johor, Norhasima Kadir, muncul juara Pertandingan Bintang Klasik 2014 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini malam ini.
Beliau menyampaikan lagu ‘Burung Pungguk’ dan ‘Perasaan Hati’ nyanyian asal oleh Allahyarham Datuk Sharifah Aini, untuk mengalahkan tujuh peserta lain.
Norhasima, 31 menerima hadiah wang tunai RM20,000, sebuah motosikal Modenas, sijil dan piala iringan yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Naib johan pula diraih peserta dari Terengganu, Tuan Izzat Izzuddin Tuan Abd Aziz, 26, yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, sebuah motosikal Modenas, sijil dan piala iringan.
Manakala tempat ketiga dirangkul, Nur Athirah Abdul Rahim, 23, dari Selangor yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, sebuah motosikal Modenas, sijil dan piala iringan.
Pada pertandingan itu, peserta dari Selangor, Mohd Khairul Nizam Kamarozaman, 28, meraih hadiah khas persembahan terbaik berupa baucar busana bernilai RM3,500 sumbangan pereka fesyen terkenal Wan Huzairil.
Pertandingan Bintang Klasik mula diperkenalkan pada 2007 merupakan pertandingan dwi tahunan anjuran Radio Klasik yang terbuka kepada golongan remaja dan belia berusia 16 sehingga 35 tahun.
Norhasima ketika ditemui pemberita meluahkan kesyukuran dinobatkan sebagai juara setelah empat kali menyertai pertandingan Bintang Klasik iaitu pada 2007, 2008, 2009 dan tahun ini.
Dalam tiga pertandingan itu sebelum ini, beliau hanya sampai ke peringkat separuh akhir.
“Syukur Alhamdulillah…rezeki untuk saya walaupun kesemua peserta menunjukkan persembahan yang mantap,” katanya. – BERNAMA
TOP
Angkawan Wanita Rusia Berang Ditanya Soalan Alat Solek, Rambut
RUSIA: Yelena Serova sedang mencipta sejarah. Dia adalah wanita Rusia pertama yang ke ISS dan merupakan wanita Russia keempat yang ke angkasa lepas.
Bagaimanapun dalam sidang media, Rerova,38 telah berang dengan pertanyaan media.
“ Awak adalah wanita pertama dalam tempoh 17 tahun yang dihantar ke angkasa lepas, jadi apa yang anda harapkan? Adakah anda membawa bersama alat solek,’’ itu soalan yang ditanya oleh seorang pemberita.
Serova memilih untuk tidak mengendahkan soalan itu tetapi dia sekali lagi dihujani dengan soalan mengenai rambutnya pula.
“ Bolehkan anda ceritakan kehidupan seharian di ISS? Sebagai contoh apa yang anda akan lakukan dengan rambut anda?’’ itu bunyi soalan salah seorang pemberita.
Bengang kerana ditanya dengan soalan tidak masuk akal itu, Serova kemudiannya menjawab:
“Bolehkah saya tanya juga? Kenapa tidak tanya soalan itu kepada angkasawan Alexander (lelaki) yang akan turut serta. Maaf ini jawapan kepada soalan awak,’’ katanya dengan penuh sindiran.
Serova bersama dengan Alexander Samokutyaev dan Barry Wilmore berlepas ke soyuz hari ini dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.
TOP
Pujian Obama Terhadap T’formasi Ekonomi Satu Pengiktirafan
NEW YORK – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pujian Presiden Barack Obama terhadap kesungguhan Malaysia melakukan transformasi ekonomi sebagai satu pengiktirafan ke atas negara.
“Ucapan Obama sedikit sebanyak menggambarkan pengiktirafan Amerika terhadap usaha kita untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara maju,” kata Perdana Menteri.
Khamis lalu, Obama dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-69, memuji Malaysia yang menjana pertumbuhan ekonominya tanpa mengorbankan tradisi dan kepercayaan terhadap agama.
Obama menegaskan dalam usaha membendung keganasan, dunia Arab dan Islam seharusnya memberi tumpuan terhadap potensi rakyat, khususnya golongan belia.
Perubahan yang positif, ujar Obama, tidak semestinya datang dengan mengorbankan tradisi dan kepercayaan terhadap agama.
Ini, katanya, terbukti dengan apa yang dapat dilihat di Malaysia. Usahawan Malaysia, kata Obama, bersemangat dan bertenaga untuk menggerakkan negara yang satu ketika dulu pernah dijajah ke arah status negara maju.
Pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja sembilan hari bermula 20 September sempena UNGA, Najib juga berpuas hati dengan hasil pertemuan bilateral dengan beberapa pemimpin.
“Mereka melihat Malaysia bukan saja boleh menjadi rakan, tetapi membantu mereka dalam pelbagai aspek,” katanya.
Di celah sesi UNGA, Najib sempat mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, termasuk dari Belanda, Mark Rutte, Muhammad Nawas Sharif (Pakistan) dan Xavier Bettel (Luxembourg). – BH Online
TOP
La Liga: Messi Ledak Gol Ke-400, Neymar Cipta Hatrik
MADRID – Bintang Argentina, Lionel Messi meledak gol ke-400 sepanjang kariernya dengan Neymar menjaring hatrik ketika Barcelona kembali menghuni puncak La Liga Sepanyol hasil kemenangan besar 6-0 ke atas Granada, semalam.
Penyandang juara, Atletico Madrid juga mendaki ke kedudukan dua liga, ketinggalan dua mata di belakang Barca selepas meleburkan rekod tanpa kalah Sevilla dengan kemenangan 4-0 di laman sendiri.
Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo meneruskan ketajamannya ketika membantu Real Madrid mencatat kemenangan 2-0 ke atas Villarreal namun kekal ketinggalan empat mata berbanding Barca.
Buat Barca, kemenangan ke atas Granada meneruskan prestasi cemerlang tanpa bolos dalam tujuh perlawanan dan bangkit daripada keputusan seri 0-0 bertemu Malaga, pertengahan minggu ini.
“Messi adalah seseorang yang disentuh oleh kayu magis dan dia terdesak untuk merasai nikmat bermain bola sepak,” kata bos Barca, Luis Enrique.
Selepas permulaan perlahan, Barca membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi bintang Brazil, Neymar diikuti jaringan Ivan Rakitic sebelum Neymar menamba gol kedua peribadi.
Barca meneruskan dominasi pada babak kedua dan meledak gol keempat menerusi Messi pada minit ke-62 sebelum Neymar melengkapkan hatriknya, empat minit kemudian.
Dan ketika perlawanan berbaki lapan minit, Messi kemudian membuktikan penyudah berbisanya dengan melengkapkan gol keenam Barca yang juga gol kelimanya, musim ini.
Dalam pada itu, bintang Real, Ronaldo menambah koleksi jaringannya musim ini kepada 13 gol daripada sembilan perlawanan ketika menentang Villarreal.
“Kami memenangi perlawanan yang sukar menentang pasukan yang bermain dengan baik dan memberikan kami masalah,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti.
“Namun kami mengawal perlawanan. Kami bergelut ketika perlu, bermain apabila perlu dan saya berfikir pada akhirnya kami menunjukkan sikap yang baik dan layak untuk menang,” katanya.
Begitupun, perlawanan itu diganggu dengan kain rentang yang dibawa penyokong Manchester United yang merayu Ronaldo supaya kembali ke Old Trafford. – AFP
TOP
2 Maut Pesawat Berlanggar Dekat New York
LANCASTER, NEW YORK – Dua orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila dua pesawat ringan berlanggar di ruang udara di barat New York pada acara bagi memperkenalkan kanak-kanak kepada penerbangan.
Ketua Polis Lancaster, Gerald J Gill Jr, memberitahu The Buffalo News bahawa juruterbang sebuah pesawat dan kanak-kanak lelaki yang menjadi penumpang, terbunuh dalam nahas itu.
Pihak Berkuasa Penerbangan menyatakan pesawat berkenaan berlanggar kira-kira 10 kilometer ke tenggara Lapangan Terbang Buffalo-Lancaster pada jam 10.40 pagi.
Perlanggaran itu membabitkan pesawat Cessna 172 dan pesawat buatan sendiri SeaRey.
Menurut pihak berkuasa, pesawat SeaRey itu mendarat dengan selamat di sebuah padang di Alden tetapi pesawat Cessna berkenaan terhempas di Lancaster.
Kapten Gregory Savage daripada Jabatan Syerif Erie County menyatakan juruterbang SeaRey dan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun terselamat.
The Experimental Aircraft Association memberitahu akhbar berkenaan bahawa kedua-dua pesawat itu terbang sebagai sebahagian program Young Eagles bagi memperkenalkan penerbangan kepada golongan muda.
Persatuan itu menerbangkan hampir 1.9 juta kanak-kanak sejak 1992. Ini adalah nahas maut pertama membabitkan program itu sejak ia dilancarkan pada 2006 di Washington. – AP / BH Online
TOP
Suami Isteri Gaduh Disebabkan Seluar Dalam
Bulawayo: Seorang anggota tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya, anggota polis, menarik balik dakwaan dia didera secara fizikal.
Onwell Mtetwa, 36, dikejar oleh isterinya, Martha Mtetwa, 26, minggu lalu selepas dia pulang dengan menunjukkan seluar dalam seorang pelacur yang dilanggannya.
“Saya mengadakan seks dengan seorang pelacur,” kata Mtetwa sambil menunjukkan seluar dalam itu.
Martha yang terkejut dan berang mengejar suaminya dan melontar batu sehingga lelaki itu terpaksa keluar rumah menerusi tingkap dan bersembunyi di dalam kereta. Wanita itu kemudian memecahkan cermin kereta berkenaan dan cuba menikam suaminya sambil berkata, perkelahian itu hanya akan berakhir jika seorang daripada mereka mati.
Di mahkamah semalam, Martha mengaku bersalah terhadap tuduhan mendera suaminya secara fizikal.
Hakim bagaimanapun membebaskannya selepas suaminya menarik balik tuduhan itu. - Agensi / Harian Metro
TOP
PM Berpuas Hati Dengan Pelbagai Tugas Semasa Lawatan Ke AS
NEW YORK – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dan puas hati dengan lawatan kerja selama sembilan hari ke Amerika Syarikat (AS) bermula 20 Sept lepas yang merangkumi sebelas tugas meliputi hal ehwal antarabangsa, ekonomi dan belia.
Tugas berkenaan termasuk berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), menghadiri mesyuarat perubahan iklim, meraih sokongan terhadap pencalonan Malaysia sebagai wakil tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Dalam meningkatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain, Perdana Menteri mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatan dari Netherlands (Mark Rutte), Pakistan (Muhammad Nawas Sharif), Luxembourg (Xavier Bettel) dan Tunisia (Dr Mohamed Moncef Marzouki).
Mesyuarat berkenaan berlangsung di luar acara UNGA, di sini.
“Kita mendapat pengiktirafan daripada orang lain termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mengiktiraf usaha-usaha Malaysia dalam mengubah negara menjadi ekonomi maju ketika Obama menyebut perkara itu dalam ucapannya di UNGA,” kata Najib.
Najib berharap lawatan ini dapat meningkatkan profil Malaysia ke tahap yang lebih tinggi terutamanya jika negara berjaya menduduki kerusi UNSC.
Dari segi ekonomi, Najib mengadakan pertemuan dengan pengurus dana rakyat Amerika, pelabur dan pemimpin perniagaan untuk menarik mereka menjalankan perniagaan atau meningkatkan pelaburan di Malaysia.
“Respons mereka terhadap Malaysia amat menggalakkan. Semoga pencapaian itu dapat diukur dari segi peningkatan pelaburan,” katanya.
Dalam membangunkan bidang bioteknologi, inovasi dan teknologi negara Najib mengadakan pertemuan berasingan dengan panel pakar dalam semua sektor berkenaan, di sini.
Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Biasiswa Perdana kepada 31 pelajar cemerlang di AS semasa mengadakan pertemuan dengan pelajar berkenaan.
Perdana Menteri turut diundang untuk berucap di Georgetown University di Washington D.C.
Semasa mengadakan pertemuan dengan belia Malaysia di negara ini, beliau melancarkan 1M4U Aspirasi Belia Malaysia dan aktiviti sukarelawan di Pusat Kejiranan Lincoln Square di sini.
Aktiviti sukarela itu merangkumi kerja-kerja mengecat pusat kejiranan berkenaan, menanam tumbuhan yang boleh digunakan di taman dan menyediakan makanan untuk warga tua.
Najib juga tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan diaspora rakyat Malaysia yang belajar, bekerja dan tinggal di negara ini semasa menghoskan majlis makan malam di sini.
“Sama ada di New York atau di mana-mana pelusuk dunia, kita adalah rakyat Malaysia. Berbanggalah jadi rakyat Malaysia. Anda masih rakyat Malaysia yang sebenar. Apa yang penting ialah untuk bersama kami sebagai IMalaysia,” katanya.
“Saya gembira dan berpuas hati dengan lawatan ini kerana ia benar-benar menyeluruh dan pelbagai,” katanya.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, akan berlepas pulang ke tanah air pada Ahad (Isnin di Malaysia).- BERNAMA
TOP
Bapa Lumpuh Mohon Baiki Rumah
TUMPAT- Membiasakan diri menggunakan kerusi roda bukanlah satu perkara mudah, namun bagi bekas buruh, Osman Yaakub, 49, namun setelah tiga tahun mengendalikan kerusi berkenaan, pergerakannya kini lebih lancar.
Lebih menyedihkan, bapa kepada empat anak tersebut tinggal di rumah kayu usang dan kini dia menyatakan hasrat mahu rumah berkenaan dibaik pulih.
“Sebelum ini, kereta yang saya pandu terbalik dalam satu kemalangan sejak tujuh tahun lalu dan ia memberi kesan kepada tulang belakang.
“Pada tiga tahun lepas, saya menjalani pembedahan memasang skru pada tulang belakang, tambahan pula mengalami penyakit kencing manis menyebabkan kaki saya lumpuh,” katanya semasa Program Lawatan Sinar Harian Kelantan Bersama Puteri Umno dan Farmasi,
Kels International (M) Sdn Bhd, di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, di sini.
Turut hadir, Naib Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan; Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardilla Arifin; Timbalan Pengurus Besar Yayasan Kemiskinan Kelantan, Mat Tamizi Che Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Kels, Datuk Dr Mohd Asri Mejah; Ketua Pembangunan
Perniagaan Kels, Afrizam Drawi @ Md Arif dan Pengurus Sinar Harian Cawangan Kelantan, Surena Mohd Noor.
Isterinya, Zaleha Ibrahim, 42, kini terpaksa memikul tanggung jawab mencari nafkah dengan menjadi pembantu kedai makan berdekatan rumah memandangkan Osman kini tidak mampu bekerja dan mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200
sebulan.
“Saya berharap anak-anak akan mendapat pelajaran yang baik dan jika rumah satu bilik ini dibaiki, saya percaya mereka lebih selesa dengan keadaan itu,” katanya yang mempunyai tiga anak sekolah, Siti Asmida Osman, 13 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Simpangan dan dua lagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, Mohd Azman, 11 serta Nor Arina, 8, manakala Siti Nur Afikah, 20-an, meniaga pakaian.
Sementara itu, Dr Mohd Asri berkata, berdasarkan pemeriksaan kesihatan, Osman mengalami sakit kencing manis komplikasi pada saraf dan jangkitan kuman dan sekarang dia tidak boleh berjalan.
“Kels memberikan suplemen ‘Active It’ bagi membantu sistem saraf dan menambah tenaga, manakala ‘Nutri Biotik’ untuk mengawal gula dalam darah dan meningkatkan imuniti tubuh serta membantu pembuangan toksin dalam badan.
“Sabun berubat ‘Soaphe’ pula diberikan bagi mengubati kulit penderita kencing manis yang sensitif terhadap jangkitan kuman,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Malaysia Mahu Pengecualian Visa Ke AS
NEW YORK – Malaysia berhasrat menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat dalam tempoh 18 bulan akan datang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata program itu akan membolehkan rakyat Malaysia memasuki Amerika Syarikat tanpa memohon untuk mendapatkan visa dan membolehkan mereka tinggal di negara itu bagi tempoh maksimum 90 hari untuk tujuan pelancongan atau perniagaan.
Setakat ini, 37 negara telah menyertai program itu termasuk negara-negara jiran iaitu Singapura dan Brunei, katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Sabtu (Ahad di Malaysia).
Ahmad Zahid berkata program itu dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama semasa pemimpin Amerika itu melawat Malaysia, April lalu.
Beliau berkata Malaysia memperbaiki pelbagai senarai semak termasuk menguatkuasakan langkah-langkah ketat seperti rakyat Malaysia yang kehilangan pasport mereka perlu melaporkannya dalam tempoh 24 jam.
Ahmad Zahid berkata, program itu akan dapat meningkatkan lagi aliran pelabur, pelancong dan pelajar dari Malaysia ke Amerika, dan pemeriksaan keselamatan boleh dilakukan di Malaysia sebelum rakyat Malaysia memasuki Amerika.
Beliau juga berkata Malaysia akan mengubah keseluruhan sistem pemeriksaan keselamatan sempadan dalam usaha mengadakan pemeriksaan ketat termasuk mengesan mereka yang berada di dalam senarai suspek.
Ahmad Zahid juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Jeh Johnson di Washington D.C pada Ahad.
Beliau juga berkata Malaysia dan Amerika Syarikat telah meningkatkan kerjasama mereka dalam memerangi keganasan.
Ahmad Zahid berkata, beliau berbincang dengan para pegawai kanan unit memerangi keganasan di sini berhubung aspek undang-undang dan operasi bagi menangani isu berhubung dakwaan bahawa Malaysia menjadi tempat latihan bagi pengganas rakyat Malaysia berjuang di Syria dan Iraq.
“Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai pembabitan rakyat Malaysia yang disyaki menjadi pengganas dan pengganas asing yang dikatakan menggunakan Malaysia sebagai pusat transit sebelum ke negara-negara lain,” kata Ahmad Zahid.
Beliau juga mengesahkan bahawa 34 rakyat Malaysia telah menyertai kumpulan yang digelar Negara-negara Islam (IS) di Syria dan Yemen.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata Malaysia berusaha ke arah meningkatkan status Tahap 3 kepada Tahap 2 dalam menangani isu pemerdagangan orang.
Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2014 yang dikeluarkan pada 20 Jun lalu meletakkan Malaysia di Tahap 3 berbanding Senarai Pemerhatian Tahap 2 sebelum ini. – BERNAMA
TOP
Keputusan Percubaan SPM Tidak Lagi Boleh Diguna Pakai Untuk Pra-Universiti, Asasi
PETALING JAYA: Lepasan SPM tidak lagi boleh menggunaan keputusan percubaan SPM sebagai kelayakan untuk memasuki pra-universiti ataupun program program-program asasi bermula Januari.
Kementerian Pelajaran telah memaklumkan ketua-ketua institusi pendidikan tinggi swasta yang keputusan itu tidak lagi diterima sebagai kelayakan kemasukan, tidak seperti pada tahun-tahun sebelumnya.
Perkara ini mengejutkan industri pendidikan swasta yang sejak lebih 30 tahun lalu, bergantung kepada kemasukan berdasarkan keputusan percubaan.
Pelajar biasanya menduduki SPM pada November dan keputusan biasanya keluar pada penghujung bulan Mac. Setiap tahun, lebih kurang 30,000 pelajar menggunakan keputusan percubaan mereka bagi menyambung pelajaran mereka di peringkat Pra-Universiti yang bermula pada Januari
Sumber : thestar
Sumber : thestar
TOP
Dipukul, Dipijak Suami Kerana Sibuk Jual Tudung
Ipoh: Seorang wanita dipukul dan dipijak oleh suaminya sehingga cedera di seluruh badan dalam kejadian di sebuah rumah di Persiaran Panji di sini, kelmarin selepas didakwa terlalu sibuk menguruskan perniagaan tudung secara dalam talian.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang berusia 21 tahun bersama kakak dan abang iparnya sedang menyelesaikan urusan perniagaan berkenaan sejak jam 8 malam.
Sumber polis berkata, mangsa dibelasah teruk oleh suaminya yang dipercayai mengamuk selepas tidak puas hati dengan sikap mangsa yang terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga didakwa mengabaikan urusan keluarga.
“Pergaduhan tercetus apabila suami mangsa dikatakan menuduhnya mengabaikan kebajikan keluarga termasuk tidak memberi susu kepada anak mereka.
“Tuduhan itu menyebabkan mereka bergaduh. Suami mangsa tiba-tiba naik angin dan memukulnya di kepala selain memijak badannya berkali-kali,” katanya.
Menurut sumber, suami mangsa juga cedera apabila mangsa cuba mengacukan pisau kepada lelaki terbabit bagi mempertahankan diri daripada terus dipukul.
Pergaduhan itu terhenti selepas keluarga campur tangan.
“Mangsa kemudiannya melaporkan kejadian di Balai Polis Simpang Pulai jam 3.30 pagi, hari yang sama,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan ia sedang disiasat. - Harian Metro
TOP
Pemimpin kanan IS terbunuh di Syria
PENDUDUK Turki daripada etnik Kurdis (kiri) cuba merobohkan pagar sempadan dalam tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan Turki menghalang mereka memasuki Syria untuk membantu saudara-mara menentang militan IS yang semakin mara di bandar Kobani. - REUTERS
BEIRUT – Seorang anggota kanan kumpulan militan Negara Islam (IS) dipercayai terbunuh kelmarin dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu di timur Syria, kata Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria semalam.
“Sebuah pesawat perang telah menembak sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua orang lelaki yang cuba meninggalkan ibu pejabat IS di bandar Deir Ezzor,” kata Ketua badan itu, Rami Abdel Rahman kepada AFP.
“Salah seorang yang terbunuh merupakan pegawai penting dalam kumpulan militan IS dan dia berbangsa Arab,” katanya yang tidak memberitahu lanjut mengenai pemimpin kanan berkenaan serta peranannya dalam IS.
Menurut Rami lagi, IS mengawal banyak kawasan di wilayah Deir Ezzor yang bersempadan dengan Iraq itu. Serangan berkenaan menunjukkan bahawa sasaran terhadap kumpulan militan itu sememangnya dilakukan dengan teliti.
AS yang mengetuai serangan bersama pakatan negara-negara antarabangsa bagi menentang IS telah melancarkan bedilan ke atas kumpulan itu di Iraq sejak 8 Ogos lalu dengan hampir 200 serangan udara.
Selasa lalu, AS telah memperluaskan serangan ke Syria dengan penyertaan pesawat daripada lima negara iaitu Bahrain, Jordan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Dalam serangan terbaharu pada Jumaat lalu, sasaran turut ditumpukan kepada loji pengeluaran minyak yang dikawal oleh IS di wilayah Deir Ezzor dan Hasakeh. – AFP
TOP
Pusat kawalan dibakar 2,000 penerbangan terjejas
RIBUAN penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare di Chicago terkandas apabila pusat kawalan trafik udara dibakar kelmarin. - REUTERS
CHICAGO – Seorang kakitangan bertindak membakar pusat kawalan trafik udara di sini menyebabkan beribu penerbangan di dua buah lapangan terbang paling sibuk di sini terjejas kelmarin, menurut pusat aduan jenayah. Dalam kes yang difailkan di Mahkamah Daerah di Chicago itu, Brian Howard, 36, didakwa dengan sengaja cuba memusnahkan pesawat dan kemudahan penerbangan pesawat. Dalam pada itu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berkata, Howard telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang dialami kerana cuba membunuh diri dan belum ditentukan tarikh untuk perbicaraan. Semasa ditemui oleh pegawai paramedik, dia dikatakan cuba memotong lehernya sendiri selepas membakar pusat kawalan udara, menurut laporan pusat aduan itu. Hingga lewat tengah hari kelmarin, sebanyak 1,950 pelepasan dan pendaratan pesawat terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun sejumlah penerbangan dapat diteruskan selepas tergendala selama lima jam berikutan gangguan pada sistem kawalan trafik udara. “Lelaki itu menggunakan gasolin untuk memulakan kebakaran,” kata jurucakap Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, Thomas Ahern. Howard juga menggunakan kad akses pekerja untuk masuk ke bahagian utama pusat kawalan udara dan membawa satu beg beroda ketika masuk, menurut laporan pusat aduan jenayah itu lagi. Jadual penerbangan yang tergendala di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare dan Lapangan Terbang Midway itu juga menimbulkan persoalan terhadap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengenai ketiadaan pilihan alternatif jika sesuatu kemudahan yang ada mengalami kerosakan. Pegawai di lapangan terbang memberitahu, pihaknya tidak dapat memberi kepastian bila jadual penerbangan akan kembali seperti biasa. – AP

Ciri Keselamatan Pada iPhone 6 Buat Agensi Perisikan Resah
Jika pengguna iPhone 6 risau dengan isu iPhone 6 yang mudah membengkok jika dimasukkan ke dalam poket seluar, bagi N.S.A dan penguatkuasa undang-undang di Amerika isu lain pula yang menjadi kerisauan.
PERISIAN Frequent Location telah tersedia dalam produk iPhone tanpa diketahui oleh ramai pengguna.
Dengan perasmian iPhone 6 dan iPhone 6 Plus bersama denga iOS 8, Apple telah memberikan satu kelebihan kepada pengguna mereka iaitu, enkripsi email, gambar dan kenalan berdasarkan algoritma matematik yang komplek dan yang lagi memeritkan mereka, setiap algoritma itu menggunakan kod unik bagi setiap pengguna yang mana Apple sendiri pun tidak tahu. Ini bermakna, jika ada sebarang agensi periskan yang mahukan data dalam sesebuah iPhone, mereka perlu terlebih dahulu mengambil kod tersebut dengan mengambil telefon itu sendiri di tangan pemiliknya. Menurut Apple, selama lima setengah tahun diperlukan untuk memecahkan kod tersebut yang mengandungi 6 kombinasi karakter - SiakapKeli.com

Chelsea Terus Kuasai Takhta Liga
Costa meraikan jaringannya.
LONDON: Chelsea meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Aston Villa 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, tengah malam Sabtu. Diego Costa menyumbat gol kelapan liga dengan dua tonggak Brazil - Oscar dan Willian masing-masing menemui sasaran di Stamford Bridge. Chelsea terus mendahului takhta liga selepas merakamkan kemenangan kelima daripada enam perlawanan musim ini. Pasukan kendalian pengurus Jose Mourinho itu mengutip 16 mata, dibezakan tiga mata dengan Southampton yang menduduki tempat kedua. Dalam perlawanan berasingan, dua gol jaringan Edin Dzeko dan satu gol sumbangan Frank Lampard membantu juara bertahan, Manchester City menewaskan Hull City 4-2 di gelanggang lawan selepas gagal dalam dua percubaan awal. Namun, City mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Sergio Aguero selepas memanfaatkan hantaran Pablo Zabaleta. Hull mendapat gol pertama dengan mudah apabila pemain City, Eliaquim Mangala menjaringkan gol ke gawang sendiri. Pasukan tuan rumah turut memperoleh gol kedua menerusi Abel Hernandez yang menyempurnakan sepakan penalti selepas dikasari Liam Rosenior. City kini menduduki tangga ketiga dengan mengumpul 11 mata daripada enam perlawanan.- mstar online

Kerajaan P.Pinang Tidak Demokratik, Sombong - Iszuree
Iszuree Ibrahim.
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini memperjuangkan prinsip kebebasan bersuara dilihat membelakangkan prinsip itu apabila mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP dan membekukan semua peruntukannya. Tindakan kerajaan negeri itu berikutan ucapan dasar Iszuree pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 berlangsung di Batu Pahat, Johor baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan. Ketua Menteri Lim Guan Eng yang sebelum ini mendesak Anggota Parlimen Temerloh daripada PAS, Nasrudin Hassan Tantawi memohon maaf berhubung kenyataannya dalam isu projek terowong dasar laut, dilihat mengambil langkah lebih drastik terhadap Iszuree berikutan tindakan sama menegur kerajaan negeri itu. Iszuree mengesahkan menerima surat daripada MPPP berhubung perkara itu dan beliau menyerahkan kepada parti PAS kerana beliau dilantik sebagai anggota majlis oleh parti. "Saya serahkan (perkara ini) pada parti untuk menentukannya. Saya ahli majlis yang dilantik oleh parti dan saya juga adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS negeri. Pada masa sama, saya juga merujuk kepada peguam saya nak tengok ada kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan buat saman malu," katanya. Iszuree menyifatkan tindakan kerajan negeri itu sebagai tidak demokratik dan jelas menunjukkan kesombongan sebuah kerajaan negeri dan pemimpin yang dahulunya memperjuangkan kebebasan bersuara. "Saya bercakap atas keprihatinan rakyat tanpa mengira kaum. Tapi Malaysia Kini telah 'misquoted' kata saya mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri. Hasil daripada laporan Malaysia Kini, beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas mempertikai apa yang saya ucapkan. "Kerajaan negeri pula tanpa mendapat penjelasan saya dan berpandukan laporan Malaysia Kini telah mengambil keputusan semalam menggantung saya serta-merta, umpama memecat saya. Ini amat sedih bila kita tegur, terus diambil tindakan. "Saya rasa ini cukup tidak demokratik dan hala tuju kerajaan negeri DAP cakap tak serupa bikin, hanya gimik sahaja," katanya. Beliau berkata teks ucapannya pada muktamar itu turut diserahkan kepada ketua menteri, bagaimanapun kerajaan negeri tetap memecat beliau. Sementara itu, Lim ketika ditemui dalam majlis berasingan enggan mengulas perkara itu. Surat bertarikh 26 September itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 September telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.- mstar online

Chong Wei Berdepan Lin Dan Petang Ini
Lee Chong Wei
INCHEON: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki pada temasya Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan. Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Gyeyang Gymnasium hari ini, Chong Wei mendapat tentangan sengit daripada pemain Vietnam Nguyen Tien Minh apabila tewas set pertama 23-21. Chong Wei kembali menemui rentak, bangkit memenangi set kedua dan set penentuan 21-16 dan 21-17. "Lawan memberi tentangan sengit pada set pertama dan dia beraksi dengan rentak tersendiri. Saya kembali mendapat rentak untuk set berikutnya. "Saingan sengit ini bagus untuk saya, yang penting untuk kembalikan kecergasan," katanya yang enggan mengulas mengenai lawan yang bakal ditemui pada separuh akhir esok. Chong Wei bakal berdepan musuh tradisi dari negara tembok besar China, Lin Dan pada pertemuan separuh akhir esok. Dalam aksi suku akhir yang lain, Lin Dan menundukkan lawannya Kenichi Tago dari Jepun 21-14 dan 21-18 manakala Chen Long menewaskan pemain tuan rumah Korea Son Wanho 21-16 dan 21-19 untuk berdepan pemain Hong Kong Wei Nan yang menewaskan Chou Chen Tien dari Taiwan 21-12, 18-21 dan 21-18. Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan Korea Lee Yongdae/Yoo Yeonseong 6-21 dan 15-21 dalam perlawanan separuh akhir hari ini.- mstar online

Liyana Jasmay Ingin Teraju Bisnes Fesyen Muslimah
Liyana mengakui seronok menceburi bidang rekaan fesyen.
PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay memberitahu kerjasama sulung bersama butik Bella Ammara menerusi rekaan jubah Bella Liyana Collection atau #BellaLiyana01 membuatkan dia ingin cuba menerajui di bidang fesyen pula. Liyana berkata, sepanjang dua minggu menghasilkan busana tersebut bersama Bella Ammara, dia dapat merasakan keseronokan dalam mereka pakaian. "Ini merupakan kerjasama pertama saya dengan butik Bella Ammara menghasilkan pakaian Muslimah. "Sekiranya berjaya, mungkin kami akan menghasilkan rekaan lain pula. Bagi saya ini adalah satu permulaan buat saya menerajui bidang fesyen Muslimah," katanya. Sementara itu, mengenai jubah Bella Liyana, ia mempunyai 10 warna berbeza seperti kelabu, hijau, merah jambu, jingga dan merah. "Menariknya pada bahagian atas jubah terdapat jahitan gabungan 'tweed lace' dan 'beadswork Swarovski'. "Ia agak ringkas tapi mewah," ujarnya. Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ia dijual dengan harga hanya RM294. Dalam perkembangan lain, Liyana turut merancang untuk membuka kedai jualan pelbagai barangan yang dipanggil Mermaid Store. Ia akan dibuka di Desa Melawati pada November depan.- mstar online

Sofia Vergara Sedang Mabuk Cinta
Sofia Vergara dan Joe Manganiello.
PELAKON Sofia Vergara mendedahkan dia kini sedang mabuk cinta dengan kekasih baharunya, Joe Manganiello. Menurut laporan Contactmusic, Sofia dan Joe menjalinkan hubungan cinta selama tiga bulan dan bersyukur kerana memiliki seorang kekasih yang sangat memahaminya. "Dia (Joe) benar-benar seksi, baik, suka berlawak dan selalu berusaha mahu menghiburkan saya. "Itu membuatkan saya sayang dia kerana saya memerlukan lelaki faham dengan cara saya yang sentiasa mahu bergembira," kata Sofia menerusi program bual bicaraLive! With Kelly And Michael. Tambahnya, hubungan yang dijalinkan itu membuatkan dia dan Joe begitu bahagia.- mstar online

Bas Pasukan Bola Sepak Ditembak, Empat Maut
ACAPULCO: Tiga pemain bola sepak dan seorang pemandu maut apabila bas yang dinaiki mereka ditembak di Guerrero, Mexico, menurut pihak berkuasa.
Pemandu bas tersebut yang membawa anggota pasukan Chilpancingo Hornets sedang mencari kawasan tempat letak kerata apabila sekumpulan individu yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu.
Serangan itu turut mencederakan jurulatih dan sembilan lagi pemain lain.
Pihak berkuasa menyatakan beberapa individu terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa serangan keganasan di negara itu.
Guerrero merupakan salah sebuah negeri termiskin dan mencatatkan kadar jenayah yang tinggi di Mexico.
Ia juga merupakan negeri perdagangan dadah yang terkemuka terutamanya di Acapulco.- mstar online
TOP
DBKL Nafi Berat Sebelah
Mohd Amin Nordin Abd Aziz
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyangkal dakwaan pihak tertentu kononnya mereka bertindak kasar dan hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga bumiputera di ibu kota. Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata tindakan undang-undang tetap dikenakan terhadap peniaga yang didapati menyalahi peraturan tanpa mengira kaum dan agama. "Tiada tindakan berat sebelah...para peniaga perlu mematuhi peraturan dan tempat berniaga yang dibenarkan. Jika ingkar kita akan mengambil tindakan untuk menyita dan mengalih barangan tersebut," katanya. Mohd Amin Nordin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Jenayah Dadah (PPDa) peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di sini, Sabtu. Mengulas mengenai sebuah video berdurasi 2 minit 52 saat yang memaparkan gelagat menyerupai seorang pegawai penguat kuasa DBKL yang mengasari seorang peniaga tanpa lesen di Taman Tasik Permaisuri, minggu lepas, beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan anggotanya. Beliau berkata pihaknya telah membuat laporan polis terhadap video yang disebarkan menerusi laman sosial itu yang dilihat bertujuan memburuk-burukkan imej DBKL.- mstar online

Gempa Bumi Sederhana Landa Selat Sunda, Indonesia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.1 pada skala Richter melanda Selat Sunda, Indonesia pukul 10.39 malam Sabtu.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat 151 kilometer ke barat daya Bandar Lampung, Indonesia dan 893 kilometer ke tenggara Johor Baharu, Johor.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan, kata kenyataan itu.- mstar online
TOP
Keputusan Liga Perdana Inggeris, Sabtu
Pemain Liverpool, Mario Balotelli (kanan) mengasak pemain Everton, Muhamed Besic ketika aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.
BERIKUT Keputusan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu.
Chelsea 3 - 0 Aston Villa
Hull City 2 - 4 Manchester City
Man United 2 - 1 West Ham United
Southampton 2 - 1 Queens Park Rangers
Sunderland 0 - 0 Swansea City
Liverpool 1 - 1 Everton
Arsenal 1 - 1 Tottenham Hotspur
- mstar online

Pilihan Selangor Pertahan Kejuaraan Piala Sultan Selangor
Pemain Pilihan Selangor meraikan kemenangan menjuarai Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu. - foto AZHAR MAHFOF/The STAR
SHAH ALAM: Pasukan Pilihan Selangor berjaya mempertahankan Piala Sultan Selangor selepas menundukkan Pilihan Singapura dengan kemenangan 2-1 di Stadium Shah Alam, di sini malam Sabtu. Kemenangan tersebut membolehkan Pilihan Selangor kendalian Mehmet Durakovic meraih kejuaraan buat kali ketujuh selepas memenanginya pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012 dan 2013. Pilihan Singapura pula muncul juara pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011. Berdasarkan rekod, kedua-dua pasukan muncul juara bersama pada edisi 2004 di Stadium Nasional Singapura yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Pada aksi yang disaksikan hampir 70,000 penyokong itu, skuad Pilihan Selangor melancarkan serangan bertali arus bagi memburu gol awal sebaik sahaja pengadil dari Indonesia, Thoriq Munir Alkatiri meniup wisel. Mereka hampir berada di hadapan pada minit ke-14, namun percubaan Paulo Rangel hasil hantaran S. Kunalan, sekadar melintasi tepi gol Pilihan Singapura. Usaha pasukan Pilihan Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang, Paulo Rangel membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 selepas beliau dijatuhkan oleh pemain pertahanan lawan, Muhd Ridhuan Muhamad. Pilihan Singapura bertambah malang selepas pemain sayap mereka, Muhammad Hafiz Abu Sujad diarah meninggalkan padang oleh Thoriq selepas mengutip kad kuning kedua. Bersambung babak kedua, kedua-dua saling berbalas serangan namun nasib lebih memihak kepada Pilihan Singapura yang berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma oleh Leonel Felice pada minit ke-68. Tersentak dengan jaringan tersebut, Pilihan Selangor kembali memperkemaskan corak permainan dan berjaya menggandakan kedudukan hasil sentuhan penyudah Rangel pada minit ke-79. Keputusan itu kekal sehingga berakhirnya perlawanan. Selaku juara, Pilihan Selangor membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000 yang disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada kapten pasukan, Mohd Bunyamin Umar manakala Pilihan Singapura kendalian Amin Nasir meraih RM10,000 selaku naib juara. Terdahulu, Veteran Selangor dan Singapura terikat seri 1-1 pada aksi yang berlangsung selama 40 minit. Anuar Abu Bakar membuka tirai jaringan untuk Veteran Selangor seawal minit keenam sebelum Veteran Singapura menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Steven Tan pada minit ke-20. Piala Sultan Selangor diilhamkan oleh baginda sendiri yang melibatkan pasukan pilihan serta veteran Selangor dan Singapura bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak. Baginda juga merupakan penaung kejohanan yang diperkenalkan sejak 2001 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Pemangku Raja Selangor.- mstar online

India Halang Malaysia Kutip Emas Keempat
TAHNIAH... Atlet skuasy lelaki (dari kiri) Mohd Azlan Iskandar, Ong Beng Hee, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan dan Ivan Yuen sempat 'berselfie' selepas menerima pingat perak setelah gagal menyaingi India dalam perlawanan akhir Skuasy Berpasukan Lelaki di Pusat Skuasy Yeorumul pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon, Sabtu. -fotoBERNAMA
INCHEON: Pasukan lelaki India menggagalkan misi Malaysia untuk mengutip pingat emas keempat pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini apabila India merangkul emas dalam acara skuasy berpasukan lelaki. Bekas pemain nombor 10 dunia, Mohd Azlan Iskandar gagal mengutip mata pertama pada saingan akhir berpasukan lelaki apabila tewas kepada Sandhu Harinder Pal Singh pada set pertama. Mohd Azlan nampaknya kehilangan momentum dalam dua set pertama yang menyaksikan Sandhu menang dengan keputusan 8-11 dan 5-11 sebelum Azlan bangkit dalam set ketiga untuk menang 11-8. Sandhu membuat beberapa pukulan yang cemerlang dalam set terakhir untuk menang 11-4 bagi membolehkan India mengutip mata pertama. Pemain nombor satu Malaysia, Ong Beng Hee, 30, bermula dengan cemerlang apabila memenangi set pertama dengan 11-6 tetapi Saurav Ghosal menjadikan 1-1 selepas menang set kedua 11-7. Beng Hee kemudian hilang momentum dalam set ketiga 6-11, sebelum menguasai set keempat 14-12. Saurav memenangi perlawanan dengan keputusan 11-9 pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam dan 28 minit. "Kami benar-benar kecewa kerana terlepas emas, ia terlau sengit dan pada masa yang sama, pujian harus diberikan kepada pemain nombor tiga India yang bermain dengan cukup baik untuk menewaskan Azlan. "Saya menggunakan segala-galanya yang boleh hari ini tetapi tidak bernasib baik apabila gagal memenangi set kelima. "Mungkin saya tertekan selepas Azlan tewas. Sebagai ketua pasukan, saya benar-benar kecewa kerana saya dan rakan sepasukan gagal meraih emas hari ini," kata beliau. Perlawanan hari ini merupakan kutipan pingat keenamnya pada Sukan Asia. "Saya cuma kurang bernasib baik apabila membuat penampilan tanpa emas pada Sukan Asia yang saya sertai untuk kali terakhir," katanya. Beng Hee merangkul pingat emas pertama di Busan dan Doha (2002 dan 2006), dan gangsa pada Sukan Asia di Guangzhou 2010. Malaysia meraih pingat perak sementara gangsa dimenangi oleh Kuwait dan Hong Kong. Ketika ditanya mengenai usaha melahirkan pemain muda, Beng Hee berkata Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) harus berbincang mengenai program bagi pemain muda seperti Mohamad Nafiizwan Mohd Adnan dan Ivan Yuen. "Saya rasa jurulatih perlu banyak berfikir sekarang. Mereka tidak boleh lagi bergantung kepada saya dan Azlan dan saya mungkin bersara. Mungkin SRAM perlu memikirkan mengenai pembiayaan bagi generasi muda mendapat pendedahan yang diperlukan," kata beliau.- mstar online

Zed Zaidi Tidak Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman
Zed Zaidi yakin pemilihannya untuk menerajui Seniman dibuat berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.
KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menegaskan dia tidak pernah memancing ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahupun berkempen dalam diam bagi mendapatkan jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14 persatuan itu. Majlis berlangsung di dataran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu. Zed berkata, dia tidak perlu memancing undi bagi merebut jawatan itu tetapi yakin pemilihannya bagi menerajui kepimpinan itu berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman. "Saya tak berkempen pun. Apatah lagi berkempen dalam diam. Tetapi ahli-ahli persatuan boleh lihat usaha saya sebelum ini macam mana. "Bagi saya jawatan itu tidak penting sebaliknya pergerakan persatuan perlu berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli Seniman lain," katanya. Pada AGM Seniman ke-14 itu, Zed berjaya meraih sebanyak 109 undian mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian). Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool) dan Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat. Penolong Setiausaha pula disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran sebagai Bendahari. Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad dan Rashidi Ishak. Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit. Terdahulu Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman bagi AGM ke-14 hampir sepenggal sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah pada 21 November tahun lalu dan jawatan itu tidak sah. Sementara itu, Zed berkata, dia bersyukur apabila melihat pembabitan artis-artis popular pada AGM kali ini yang memperlihatkan golongan berkenaan mahu melihat kebangkitan semula Seniman. "Saya rasa inilah kali pertama melihat AGM Seniman disertai oleh artis-artis popular, bukannya veteran sahaja. "Tambahan pula barisan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) juga dilihat daripada kalangan artis yang pelbagai. "Saya harap agar persatuan ini dapat menjadi kukuh dalam membangunkan industri. Bukan hanya mahu membantu artis-artis veteran yang susah tetapi juga artis baharu yang saya percaya turut mempunyai masalah-masalah tersendiri berhubung industri kita," ujarnya.- mstar online

Peragut Taksub Gelang Emas Kelar Tangan Wanita
Pasir Puteh - Baru-baru ini tersebar beberapa gambar di aplikasi Whatsapp yang memaparkan gambar seorang wanita yang telah kehilangan tangan sebelah kanannya akibat di kelar oleh peragut.
Menurut deskripsi gambar tersebut, kejadian telah berlaku berdekatan stesen minyak Petron di Pasir Puteh, Kelantan. Kejadian dikatakan terjadi pada 27 September, 2 petang. Menurut sumber, mangsa adalah seorang pemilik kedai telur.
Selain itu, dinyatakan juga tangan wanita itu telah di tetak kerana peragut tersebut ingin mengambil gelang emas ditangan mangsa.
Memang gila betul perangai peragut nih. Tak ada perasaan belas kasihan langsung. Diharap pihak berkuasa berjaya menangkap si bangsat ini!
Kami memohon agar semua berhati-hati terutamanya bagi kaum wanita. Jika boleh, kurangkan membawa barangan yang boleh menarik perhatian peragut seperti barang kemas dan seumpamanya.
Sebolehnya, ketika berjalan di kawasan yang terdedah, pastikan anda tidak berjalan keseorangan. Lagi elok kalau yang temankan anda adalah seorang lelaki.
- SiakapKeli.com
Tips Elak Diragut
1. Jika berjalan kaki ikut arus kenderaan yang bertentangan supaya boleh nampak jika ada sebarang keadaaan yang mencurigakan.
2. Rapatkan beg ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan sekali gus menunjukkan tanda dalam keadaan berhati-hati.
3. Bawa dompet kecil yang diletakkan di dalam kocek ketika keluar berjalan-jalan.
4. Usah letak dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.
5. Elak pakai barang kemas yang boleh dilihat dengan jelas oleh peragut.
6. Tidak sesuai diletakkan beg tangan dalam bakul motosikal.

Israel perketat sekatan di Al-Aqsa
Beberapa penduduk Palestin tidak berpuas hati selepas larangan baharu itu berkuatkuasa, Rabu lalu.
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Israel melarang lelaki Palestin di bawah umur 50 tahun daripada memasuki Masjid Al-Aqsa di bawah sekatan terbaharu yang dilihat bakal meningkatkan lagi ketegangan di Baitulmaqdis Timur. Ketua Pengarah Pertubuhan Wakaf dan Hal Ehwal Al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khatib memaklumkan penduduk Palestin di Tebing Barat turut dilarang menunaikan solat Jumaat di masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu. Menurut Press TV, sebelum ini, rejim Zionis pernah beberapa kali bertindak biadab mencemari kesucian Al-Aqsa dengan menyerbu masjid berkenaan dan menyerang penduduk Palestin yang berada di sekitarnya. Dalam perkembangan lain, seorang kanak-kanak Palestin berumur 10 tahun dilanggar tanpa perikemanusiaan oleh sebuah kereta dipercayai milik pendatang haram Yahudi di kawasan kejiranan Silwan. Menurut jurucakap Pusat Maklumat Wadi Hilweh, Adam al-Risheq yang dirempuh dengan sengaja ketika sedang bermain berhampiran rumahanya turut cedera dalam kejadian itu. -sinar

Ukraine tutup sempadan
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, kelmarin mengarahkan Kabinet menutup sementara laluan timur negara itu yang bersempadan dengan Rusia.
Dekri yang diterbitkan menerusi laman rasmi presiden tersebut bertujuan untuk menghentikan campur tangan Moscow dalam hal ehwal dalaman negara berkenaan.
Keputusan itu dibuat selepas Rusia didakwa terus berdegil menghantar konvoi bantuan ketiga disertai kira-kira 200 kenderaan melintasi sempadan memasuki Ukraine.
Menurut Press TV, dalam satu kenyataan lain, Poroshenko memaklumkan bahawa beliau yakin pelan damai dipersetujui bersama puak pemisah, pro-Rusia akan berjaya selepas ia diluluskan Parlimen, minggu lalu.
Di bawah pelan damai tersebut, kumpulan yang menguasai wilayah timur negara itu dibenarkan untuk menubuhkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya majlis tempatan pada awal Disember.-sinar
TOP
Pihak Berkuasa Palestin sasar Hamas
Anggota keselamatan PA melakukan pemeriksaan terhadap penduduk tempatan di Tebing Barat. Foto: Reuters
RAMALLAH - PALESTIN. Pihak Berkuasa Palestin (PA) didakwa meningkatkan kempen penahanan anggota Hamas di Tebing Barat. Jurucakap Hamas memberitahu, tiga anggota mereka diberkas dalam tempoh 24 jam manakala 16 yang lain dipanggil melaporkan diri kepada pihak berkuasa tempatan di kawasan masing-masing. "Mereka turut memecah masuk kediaman bekas ketua pelajar Hamas dan menyasarkan bekas tahanan," katanya. Sehari sebelum itu, PA didakwa bersekongkol dengan Israel dalam kejadian pembunuhan dua anggota sayap tentera Hamas di Hebron. Susulan daripada insiden itu, Hamas menegaskan mereka akan menganjurkan bantahan terhadap penahanan politik. Sementara itu, wakil Hamas, Mousa Abu Marzouk dan Ketua Delegasi Fatah, Azam al-Ahmad bersetuju mencapai perjanjian berhubung kerajaan perpaduan yang selama ini mencetuskan perbalahan antara mereka dalam laporan Agensi. -sinar

Islamophobia meluas di Australia
Pemimpin Islam berpendapat undang-undang antikeganasan perlu seimbang dengan keselamatan dan hak sivil.
CANBERRA - AUSTRALIA. Masyarakat Islam di Australia semakin terancam berikutan gelombang baharu Islamophobia kini melanda negara itu. Media melaporkan, masjid kini menjadi sasaran utama dan beberapa tokoh agama didakwa turut menerima ancaman bunuh. Difahamkan, golongan wanita juga tidak terkecuali menerima tempias akibat persepsi buruk sesetengah pihak terhadap Islam. Difahamkan, Islamophobia semakin meningkat di Canberra selepas kerajaan mengumumkan pelan mereka untuk memperkenalkan undang-undang antikeganasan baharu di Parlimen. Undang-undang baharu tersebut didakwa memberikan kuasa lebih luas kepada polis untuk menjejak rumah suspek secara rahsia. Kelmarin, Mufti Besar Australia, Ibrahim Abu Mohammed bersama pemimpin agama di negara itu menggesa masyarakat Islam supaya menolak mana-mana hasutan ekstremis yang melanggar hukum syarak. Gesaan itu dibuat selepas pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan di Parlimen susulan daripada kejayaan polis menggagalkan rancangan kumpulan ekstremis yang mahu melakukan pembunuhan awam. Minggu lalu, seramai 15 orang turut ditahan dalam operasi yang disertai kira-kira 800 polis persekutuan dan negeri di beberapa lokasi di sekitar Sydney dalam laporan Press TV. -sinar

Israel roboh kubur penduduk
Beberapa kubur milik penduduk Palestin dirobohkan oleh Israel. - Foto Twitter
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Pihak berkuasa Israel merobohkan 20 kubur penduduk Palestin di Tanah Perkuburan Al-Yousefiyeh berhampiran pintu Al-Asbat di Masjid Al-Aqsa. Media Al-Resalah melaporkan, tindakan itu dilakukan selepas Israel mendakwa kubur tersebut dibina di atas tanah kerajaan. Ketua Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam di Baitulmaqdis, Mustafa Abu Zahra menentang keras tindakan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai pencerobohan terhadap kesucian umat Islam yang telah meninggal dunia. "Kubur dirobohkan itu didirikan di atas tanah diwakafkan kepada umat Islam. Mereka tidak perlu meminta kebenaran untuk menggunakannya atau melakukan upacara pengkebumian," katanya dipetik Middle Esat Monitor Sementara itu, wakil Palestin dan Israel di Kaherah bersetuju menyambung semula rundingan berhubung gencatan senjata kekal pada minggu terakhir bulan depan. -sinar

Fasa kedua: Malaysia, Australia, China jalin kerja
TAIPING - Malaysia, Australia dan China akan bekerjasama di bawah satu perjanjian tiga hala, dalam mengerahkan aset-aset efektif bagi misi pencarian fasa kedua pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lepas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perjanjian antara ketiga-tiga negara itu melibatkan beberapa aset antaranya kapal.
Tambahnya, menerusi lawatannya ke China baru-baru ini, Malaysia dan China membincangkan mengenai aspek yang menjadi tumpuan utama iaitu fasa kedua dalam pencarian MH370.
"Saya sedang berbincang dengan pihak China berhubung sumbangan yang akan dibuat pihaknya manakala Australia telah pun mengeluarkan beberapa kapal daripada syarikat swastanya yang ditender untuk pencarian tersebut.
"Pada pencarian sebelum ini, saya hendak mengesahkan tiada satu negara pun yang menuntut satu sen daripada kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang 2014, di sini hari ini.
Beliau berkata, fasa kedua MH370 dijalankan bagi memberi keyakinan kepada keluarga penumpang dan anak kapal bahawa pencarian pesawat MH370 akan diteruskan sehingga ia ditemui.
Hishammuddin turut berkata beberapa jawatankuasa juga telah ditubuhkan bagi menghadapi fasa kedua dalam membantu pencarian MH370.
"Jawantankuasa teknikal, jawatankuasa komunikasi dan jawatankuasa aset semua ini telah ditubuhkan dan diagihkan mengikut kementerian dan di Mindef (Kementerian Pertahanan) saya akan pastikan aset-aset yang kita gunakan dalam misi itu dapat membantu pencarian," katanya.
Beliau berkata, kapal kepunyaan Petronas, Go Phoenix pada waktu ini sedang dalam perjalanan ke Perth, Australia untuk turut serta dalam pencarian pesawat MH370.
"Saya dengan Tan Sri Shamsul (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas), Insya-Allah bulan depan akan pergi ke Perth berjumpa dengan petugas Go Phoenix dan mereka yang terlibat untuk dapatkan maklumat butiran terkini," katanya.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa melintasi ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi pada keesokan hari.
Sementara itu, Hishammuddin berkata pada waktu ini kawasan nahas pesawat MH17 masih belum dibenarkan masuk memandangkan kawasan itu sedang bergolak.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di Donetsk berhampiran sempadan Rusia. - Bernama
TOP
Majlis kahwin rosak angkara mak andam
Zack dan Nina menunjukkan beberapa gambar baju pengantin yang diambilnya sebagai bukti.
SEREMBAN – Impian sepasang pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia mereka minggu lalu, bertukar pengalaman ngeri apabila mereka ditipu mak andam. Lebih teruk, pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 42, dan Nina, 32, terpaksa membeli persalinan lain sebagai ganti disebabkan mak andam dinantikan hanya tiba 15 minit sebelum majlis persandingan bermula. Menceritakan kejadian itu, Zack berkata, dia dan isteri membuat keputusan memilih mak andam berkenaan yang ditemui di pameran pengantin di pusat membeli-belah Terminal 2, Februari lalu selepas tertarik dengan pakej perkahwinan ditawarkan. “Pakej ditawarkan meliputi pelamin, jurugambar, solekan dan lapan persalinan baju dengan hanya RM1,500. Selepas berbincang dengan isteri, kami telah pergi ke kedai mak andam itu di Seremban Jaya beberapa hari kemudian untuk membuat tempahan,” katanya. Menurutnya, dia membayar deposit sebanyak RM450 pada 10 Februari lalu selepas membuat pilihan pelamin dan pakaian pengantin serta membuat bayaran tambahan RM700 pada 26 Mac lalu. Namun, kata Zack, dia dan isteri mula berasa tidak sedap hati kerana sukar berurusan dengan wanita terbabit bagi membincangkan persediaan majlis perkahwinan mereka. “Bila kita telefon mahu tengok baju dan buat fitting, dia beri alasan sibuk dan selalunya gagal untuk dihubungi. Tapi disebabkan kami telah membuat bayaran dan majlis perkahwinan pun tidak lama lagi, saya bersangka baik mungkin dia betul-betul sibuk," katanya. Bagaimanapun, katanya, perasaannya bertambah tertekan kerana sebaik saja hari dinantikan, pelamin dan pakaian diberikan tidak seperti dipesan. “Saya pilih pelamin lain, tapi yang dia pasang pada majlis di rumah isteri saya macam pelamin budak tadika buat. Baju pula dia beri bukan yang kami pilih," katanya. Lebih mengecewakan, katanya, apabila pada majlis bertandang di rumahnya pula, dia dan isteri terpaksa memakai pakaian sendiri kerana wanita terbabit gagal dihubungi. Zack berkata, suami kepada mak andam itu hanya tiba kira-kira 15 minit sebelum majlis bermula dan memberi alasan isterinya tidak dapat datang kerana terjatuh di dalam tandas. “Bayangkan, tertekannya kami ketika itu. Tapi mahu buat macam mana, majlis perlu diteruskan kerana tetamu sudah dijemput. “Mereka berjanji mahu memulangkan semula wang yang dibayar sebanyak RM1,150. Tapi tak tahulah macamana," katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.- sinar

Remaja terkejut temui 80 labah-labah dalam pisang
Hannah John terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya.
CARDIFF - WALES. Seorang remaja terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya. Hannah John, 17, dikatakan membawa pisang tersebut sebagai bekalannya dari rumah ke sekolah. Menurut laporan Metro.co.uk, gadis tersebut akan mengambil pisang tersebut sebagai salah satu snek sihat semasa di dalam kelas. Namun dia terkejut lantas menjerit sebaik sahaja mendapati bahagian dalam pisang tersebut dipenuhi labah-labah. “Saya bawa pisang itu ke sekolah untuk sarapan pagi, tapi saya ternampak makhluk kecil dalam pisang itu,” katanya. Jelasnya lagi melalui portal tersebut, terdapat satu lubang kecil pada pisang itu dan 80 labah-labah kecil hidup di dalamnya. - sinar

Gambar: Tubuh wanita hamil berkecai digilis kereta api
Ku Nurul Shuhada
ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Seorang wanita hamil tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi tadi. Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api. Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi. Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian. "Selalunya, isteri ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke kediaman seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi.
SEORANG remaja melihat cebisan mayat Ku Nurul Shuhada yang maut digilis kereta api di di Kampung Kuala Alor, Alor Merah, Alor Setar, Kedah semalam.
"Lalu, saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini. Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian. Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya.
Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi. Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.-sinar

Pesakit kanser ditanam hidup-hidup?
- Foto: metro.co.uk
THESSALONIKI - GREECE. Seorang penjaga kubur terkejut sebaik terdengar satu jeritan menakutkan datang dari sebuah kubur yang baharu sahaja ditanam pada hari tersebut. Memetik laporan Metro.co.uk hari ini, pekerja tersebut yang ketakutan terus menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut. Dia kemudiannya menggali semula kubur tersebut dan memecahkan keranda yang menempatkan seorang wanita yang telah meninggal dunia sebelum itu. Namun difahamkan, mereka sudah terlambat dan wanita tersebut benar-benar mati kali ini. Menurut laporan, wanita tersebut merupakan seorang pesakit kanser berusia 49 tahun dan dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya. Pihak berkuasa hari ini turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Peraia. Manakala doktor yang mengesahkan kematian wanita terbabit, Chrissi Matsikoudi memberitahu pemberita, wanita tersebut sudah lama meninggal dunia dan mustahil untuk dikebumikan secara hidup-hidup. “Kami telah menjalankan pelbagai ujian ke atasnya termasuk ujian kegagalan hati ke atas wanita tersebut,” jelasnya lagi. Polis setakat ini masih belum mendedahkan nama mangsa. Dalam pada itu pihak keluarga wanita terbabit telah membuat laporan susulan daripada tindakan doktor yang mengesahkan kematian mangsa. -sinar

Pengantin pakai gaun kahwin sepanjang 4.8km
MEI memakai baju pengantin sepanjang 4.8km.
BEIJING - Seorang pengantin perempuan memakai gaun perkahwinan sepanjang 4.8 kilometer (km) dalam majlis perkahwinannya, lapor akhbar Metro.co.uk kelmarin. Kira-kira 40 pengapit diperlukan untuk mengangkat baju pengantin yang beratnya mencecah 50 kilogram itu.
Pengantin perempuan itu, Jing Mei yang berasal dari Chengdu berkata, dia dan suaminya berhasrat memecah rekod dunia dengan memakai gaun pengantin yang terpanjang. "Kami akan menghubungi Rekod Dunia Guinness bagi mendapatkan pengiktirafan itu," katanya. Suaminya, Yuan berkata, baju pengantin itu bernilai £4,000 (RM21,277). - Agensi

AS serang loji penapis minyak IS
IMEJ yang disiarkan Jabatan Negara AS kelmarin menunjukkan Loji Penapisan Minyak Gbiebe di timur Syria sebelum dan selepas diserang oleh pesawat pejuang AS, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.
DAMSYIK - Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan serangan udara baharu di dua wilayah di Syria dengan mengebom loji penapisan minyak yang dikuasai kumpulan militan Negara Islam (IS), menurut sebuah kumpulan pemerhati semalam.
Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia melaporkan serangan udara terbaharu itu berlaku di wilayah Deir Ezzor, timur Syria dan Hasakeh di timur laut negara itu Rabu lalu dan kelmarin. Kumpulan pemerhati berkenaan menyatakan sekurang-kurangnya dua kawasan Deir Ezzor diserang dengan loji penapisan minyak menjadi sasaran. "Serangan tambahan dilancarkan di Hasakeh, namun tidak masih tidak dipastikan keadaan sebenarnya," kata pengarah kumpulan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman. "Kami juga tidak menerima maklumat mengenai kecederaan atau kematian akibat serangan udara tersebut," tambahnya. Serangan udara oleh pakatan AS yang masuk hari keempat semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 140 militan IS dan 13 orang awam terbunuh. Barat percaya IS menjual minyak di Syria dan Iraq melalui pasaran gelap untuk membiayai operasinya. Sementara itu, beberapa pakar berkata, kumpulan militan itu memperoleh pendapatan antara AS$1 juta (RM3.2 juta) hingga AS$3 juta (RM9 juta) sehari daripada jualan minyak di pasaran gelap. - AFP

Tunjuk Perasaan : Rakyat Malaysia Di Tamil Nadu Diminta Jangan Keluar Rumah
CHENNAI: Rakyat Malaysia yang kini berada di selatan negeri india, Tamil Nadu dinasihatkan agar tidak keluar dari rumah mereka setelah tunjuk perassan tercetus kerana Ketua Menteri J. Jayalalithaa telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana mengumpula harta di luar kemampuannya.
Rusuhan melihat penyokong AIADMK, sebuah parti politik di Tamil Nadu, merusuh dengan membaling batu dan juga membuat pembakaran menyebabkan kedai di kawasan tersebut ditutup.
5,000 pelajar Malaysia dianggarkan berada di negeri-negeri di selatan India.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia ataupun pelancong yang terkesan akibat rusuhan itu.
Pada 1997, Jayalalithaa telah didakwa kerana mempunyai kekayaan dengan cara yang haram. Polis telah merampas lebih 28 kilogram emas dan 10,000 pasang kain sari. Aset Jayalalithaa dikatakan mempunyai dua hartanah yang mempunyai keluasan 1,000 ekar persegi, kekayaan yang melampau hasil dari jawatannya sebagai Ketua Menteri dari 1991 hingga 1996.
Sumber : indianexpress

Wanita warga emas mati dibunuh dipercayai ditekap dengan bantal
JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas mati dibunuh dipercayai ditekap dengan bantal oleh seorang lelaki di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Cermat 2, Taman Pelangi di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, wanita berumur 72 tahun itu dipercayai dibunuh lelaki yang merupakan penyewa salah sebuah bilik di rumah itu pada pukul 1.10 pagi tadi.
"Rumah teres dua tingkat yang mempunyai tujuh bilik itu merupakan rumah anak wanita terbabit. Wanita rakyat Indonesia berstatus penduduk tetap (PR) Singapura itu berperanan sebagai pengutip sewa bagi pihak anaknya yang berkahwin dengan seorang wanita tempatan," katanya di sini hari ini.
Sulaiman berkata, motif pembunuhan terbabit dipercayai berkaitan dengan perselisihan faham antara mangsa dengan lelaki terbabit berhubung bayaran sewa rumah dan sikap lelaki itu yang suka membuat bising sehingga mengganggu penyewa lain.
Beliau berkata ekoran kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas dan kemudiannya berjaya mengesan lelaki berumur 37 tahun itu yang bersembunyi di sebuah hotel di bandar raya ini pada pukul 6 pagi tadi.
Tambahnya, polis merampas sebilah pisau berukuran 24 sentimeter dan 46 biji pil Eramin 5 daripada lelaki tersebut selain siasatan kemudian mendapati dia positif dadah dan mempunyai tiga rekod lampau. "Lelaki itu kini ditahan lanjut untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - Bernama

Sabah Sokong Usaha PNB Tingkat Ekonomi Rakyat - Musa
SANDAKAN: Kerajaan Sabah terus memberi sokongan kepada usaha yang dipacu oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam meningkatkan ekonomi masyarakat menerusi pemilikan saham strategik oleh individu.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata mekanisme dana unit saham telah terbukti membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi rakyat, khususnya PNB yang menawarkan satu lagi landasan pelaburan yang memberangsangkan untuk masyarakat Sabah.
"Rakyat di setiap pelosok negeri ini mendapat manfaat daripada penubuhan PNB dan pelancaran produk pelaburan unit amanah," katanya ketika melancarkan Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2, peringkat negeri di sini, Sabtu.
Menurutnya rakyat negeri ini menyambut baik produk pelaburan unit amanah di bawah PNB dan ia dibuktikan menerusi jumlah pemegangan unit dan jumlah pelaburan dalam kelompok lima teratas di peringkat nasional.
Dari segi jumlah pemegang unit, Sabah menduduki tempat keempat dan kelima dari segi jumlah unit pelaburan, katanya.
Musa yakin prestasi itu dapat ditingkatkan lagi melalui usaha berterusan PNB dalam memberi pendidikan dan pendedahan berhubung pelaburan serta perancangan kewangan dalam ASB kepada rakyat negeri ini.
Beliau juga mengajak pelabur setia ASB supaya menyertai pelaburan ASB 2 yang mampu meningkatkan ekonomi menerusi mekanisme pelaburan yang diiktiraf kerajaan.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata sejumlah 1.22 bilion unit ASB 2 telah dilanggan oleh 60,941 pelabur setakat 15 Sept lepas atau 12 peratus daripada 10 bilion unit yang ditawarkan oleh PNB.
Katanya pencapaian itu baik dan memberangsangkan dalam rekod pelancaran produk baharu yang dilancarkan untuk Bumiputera mulai 2 April lepas.
Katanya bagi tempoh sama, secara keseluruhan, PNB telah menggembleng lebih 188.86 bilion unit daripada 12.09 juta pemegang unit.
Di Sabah, PNB menggembleng lebih 16.97 bilion unit daripada 1.27 juta pemegang unit setakat 31 Ogos lepas.- mstar online
TOP
Pengurus Dana AS Positif Terhadap Prospek Malaysia
KUALA LUMPUR: Pengurus dana tahap 1 Amerika Syarikat (US) menyedari Malaysia telah mencatatkan peningkatan yang lebih kukuh dalam pasaran kewangannya, dan menyuarakan keyakinan terhadap komitmen negara ini untuk mencapai bajet seimbang menjelang 2020.
Sejumlah 14 pengurus dana yang mengurus gabungan keseluruhan aset bernilai US$9 trilion (RM29.34 trilion), bertemu dengan peneraju pasaran modal dan pegawai tertinggi Malaysia dalam dialog institusi pelaburan, Invest Malaysia-New York.
Melalui acara itu, pengurus dana antarabangsa ini dipelawa melabur di Malaysia memandangkan pasaran negara ini lebih ke hadapan di Asean, selain memanfaatkan peluang pertumbuhan di rantau ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Tajuddin Atan berkata mesyuarat itu membuahkan hasil dan beliau yakin, dialog tersebut akan menjadi titik perubahan bagi pengurus-pengurus dana US ini untuk mula melabur dalam pasaran Malaysia.
"Petunjuk ekonomi dan pasaran Malaysia sedang meningkat dan keputusan untuk memilih syarikat-syarikat yang boleh dilabur juga semakin jelas.
"Tambahan pula, tarikan pembangunan rangka kerja pasaran Malaysia dengan peluang pertumbuhan pasaran yang sedang berkembang merupakan asas yang kukuh untuk pelabur," katanya dalam satu kenyataan.
Dialog institusi pelabur ini dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia, Maybank Kim Eng dan Credit Suisse.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai mesyuarat peringkat tertinggi dengan memberi tumpuan ke atas strategi pertumbuhan Malaysia dan langkah yang perlu diambil untuk mengubah ekonomi negara ini supaya maju, menyeluruh dan mampan.
Invest Malaysia-New York 2014 merupakan acara ketiga daripada siri penerangan Invest Malaysia tahun ini, yang dibuat selepas Invest Malaysia-Kuala Lumpur pada Jun dan Invest Malaysia-London pada September.
Siri keempat berlangsung di Hong Kong bulan hadapan.- mstar online
TOP
Chong Wei Mara Separuh Akhir Berdepan Lin Dan Esok
Lee Chong Wei
INCHEON: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki pada temasya Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan. Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Gyeyang Gymnasium hari ini, Chong Wei mendapat tentangan sengit daripada pemain Vietnam Nguyen Tien Minh apabila tewas set pertama 23-21. Chong Wei kembali menemui rentak, bangkit memenangi set kedua dan set penentuan 21-16 dan 21-17. "Lawan memberi tentangan sengit pada set pertama dan dia beraksi dengan rentak tersendiri. Saya kembali mendapat rentak untuk set berikutnya. "Saingan sengit ini bagus untuk saya, yang penting untuk kembalikan kecergasan," katanya yang enggan mengulas mengenai lawan yang bakal ditemui pada separuh akhir esok. Chong Wei bakal berdepan musuh tradisi dari negara tembok besar China, Lin Dan pada pertemuan separuh akhir esok. Dalam aksi suku akhir yang lain, Lin Dan menundukkan lawannya Kenichi Tago dari Jepun 21-14 dan 21-18 manakala Chen Long menewaskan pemain tuan rumah Korea Son Wanho 21-16 dan 21-19 untuk berdepan pemain Hong Kong Wei Nan yang menewaskan Chou Chen Tien dari Taiwan 21-12, 18-21 dan 21-18. Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan Korea Lee Yongdae/Yoo Yeonseong 6-21 dan 15-21 dalam perlawanan separuh akhir hari ini.- mstar online
INCHEON: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki pada temasya Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan. Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Gyeyang Gymnasium hari ini, Chong Wei mendapat tentangan sengit daripada pemain Vietnam Nguyen Tien Minh apabila tewas set pertama 23-21. Chong Wei kembali menemui rentak, bangkit memenangi set kedua dan set penentuan 21-16 dan 21-17. "Lawan memberi tentangan sengit pada set pertama dan dia beraksi dengan rentak tersendiri. Saya kembali mendapat rentak untuk set berikutnya. "Saingan sengit ini bagus untuk saya, yang penting untuk kembalikan kecergasan," katanya yang enggan mengulas mengenai lawan yang bakal ditemui pada separuh akhir esok. Chong Wei bakal berdepan musuh tradisi dari negara tembok besar China, Lin Dan pada pertemuan separuh akhir esok. Dalam aksi suku akhir yang lain, Lin Dan menundukkan lawannya Kenichi Tago dari Jepun 21-14 dan 21-18 manakala Chen Long menewaskan pemain tuan rumah Korea Son Wanho 21-16 dan 21-19 untuk berdepan pemain Hong Kong Wei Nan yang menewaskan Chou Chen Tien dari Taiwan 21-12, 18-21 dan 21-18. Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan Korea Lee Yongdae/Yoo Yeonseong 6-21 dan 15-21 dalam perlawanan separuh akhir hari ini.- mstar online
TOP
DBKL Nafi Berat Sebelah
Mohd Amin Nordin Abd Aziz
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyangkal dakwaan pihak tertentu kononnya mereka bertindak kasar dan hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga bumiputera di ibu kota. Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata tindakan undang-undang tetap dikenakan terhadap peniaga yang didapati menyalahi peraturan tanpa mengira kaum dan agama. "Tiada tindakan berat sebelah...para peniaga perlu mematuhi peraturan dan tempat berniaga yang dibenarkan. Jika ingkar kita akan mengambil tindakan untuk menyita dan mengalih barangan tersebut," katanya. Mohd Amin Nordin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Jenayah Dadah (PPDa) peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di sini, Sabtu. Mengulas mengenai sebuah video berdurasi 2 minit 52 saat yang memaparkan gelagat menyerupai seorang pegawai penguat kuasa DBKL yang mengasari seorang peniaga tanpa lesen di Taman Tasik Permaisuri, minggu lepas, beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan anggotanya. Beliau berkata pihaknya telah membuat laporan polis terhadap video yang disebarkan menerusi laman sosial itu yang dilihat bertujuan memburuk-burukkan imej DBKL.- mstar online
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyangkal dakwaan pihak tertentu kononnya mereka bertindak kasar dan hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga bumiputera di ibu kota. Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata tindakan undang-undang tetap dikenakan terhadap peniaga yang didapati menyalahi peraturan tanpa mengira kaum dan agama. "Tiada tindakan berat sebelah...para peniaga perlu mematuhi peraturan dan tempat berniaga yang dibenarkan. Jika ingkar kita akan mengambil tindakan untuk menyita dan mengalih barangan tersebut," katanya. Mohd Amin Nordin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Jenayah Dadah (PPDa) peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di sini, Sabtu. Mengulas mengenai sebuah video berdurasi 2 minit 52 saat yang memaparkan gelagat menyerupai seorang pegawai penguat kuasa DBKL yang mengasari seorang peniaga tanpa lesen di Taman Tasik Permaisuri, minggu lepas, beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan anggotanya. Beliau berkata pihaknya telah membuat laporan polis terhadap video yang disebarkan menerusi laman sosial itu yang dilihat bertujuan memburuk-burukkan imej DBKL.- mstar online
TOP
Pihak Desak Mansuh Akta Hasutan Perlu Jelaskan Kelemahan
Mukhriz Mahathir.
KULAIJAYA: Pihak-pihak yang mendesak pemansuhan Akta Hasutan 1948 diminta memberi penjelasan kewajaran perkara itu dilaksanakan. Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata ini kerana belum ada pihak yang mempertikaikan akta berkenaan tampil memberi penjelasan mengenai kelemahannya. "Setakat ini saya belum dengar sesiapa pun beri penjelasan mengenai akta ini yang dilihat lemah, pincang dan tidak seiring peredaran zaman ... di mana kelemahan Akta Hasutan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulai, di sini, Sabtu. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kulai Zainal Abidin Jidin. Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah menegaskan Akta Hasutan 1948 sebaiknya perlu dikekalkan bagi menjamin keselamatan, perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. Mengenai cadangan kerajaan untuk menggantikan akta tersebut dengan Akta Keharmonian Nasional, beliau berkata penggubalan akta tersebut perlu dilakukan dengan teliti sebelum ia diluluskan untuk dikuatkuasakan. "Yang kita bimbangkan adalah pihak berkepentingan tidak diberi peluang untuk melihat akta baharu itu sebelum ia diluluskan," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Mukhriz menggesa seluruh anggota Umno supaya sentiasa berpegang teguh dengan sikap keikhlasan dalam memperjuangkan parti. Katanya sikap ikhlas dengan menghindari kepentingan peribadi akan menguatkan parti yang ditunjangi orang Melayu sekaligus mengembalikan kegemilangannya.- mstar online

Skuad Hoki Lelaki Negara Tepati Ramalam Mara Separuh Akhir
INCHEON: Skuad hoki lelaki negara berjaya menepati ramalan, apabila dengan mudah menyingkirkan Jepun untuk mara ke pusingan separuh akhir acara tersebut di Sukan Asia ke-17.
Malaysia menundukan pasukan 'Matahari Terbit' itu 4-1 pada perlawanan pelengkap kumpulan A yang berlangsung di Stadium Hoki Seonhak dekat sini, Sabtu.
Dengan kejayaan tersebut skuad bimbingan Arul Selvaraj mampu menarik nafas lega selepas berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan oleh badan induk pentadbir sukan negara, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) seperti yang diumumkan sebelum ini.
Skuad hoki lelaki bermula garang apabila pemain tengah, Muhammad Firhan Ashari mengejutkan pasukan lawan menerusi gol padang seawal minit kedua.
Jepun yang ketinggalan 1-0 bangkit memperkemaskan jentera serangan berjaya menembusi benteng pertahanan negara apabila, Tachibana Toshiro menyamakan kedudukan 1-1 hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-14.
Kegembiran pasukan Jepun yang meraikan gol pertama tidak bertahan lama apabila pemain tengah, Muhammad Razie Abdul Rahman menjadi wira negara setelah menyumbang dua gol hasil pukulan sudut penalti yang dilakukanya pada minit ke-20 dan ke-39 perlawanan.
Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin mengesahkan kemenangan kepada pasukan negara apabila pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan penutup hasil gol padang pada minit ke-42.
Jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj berkata beliau berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukan oleh semua pemainya untuk meraih kemenangan hari ini.
"Saya berpuas hati dengan corak jaringan yang telah dilakukan oleh Muhammad Firhan Ashari apabila beliau berjaya menyumbang mata awal pada minit kedua serta dua jaringan berikutnya yang dihasilkan oleh Muhammad Razie Abdul Rahman pada minit ke-20 dan ke-39 pada keadaan yang ketika itu sedikit kelam kabut.
"Mereka telah berjaya membuktikan sesuatu yang mengembirakan hati saya sebagai seorang jurulatih hari ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Beliau berkata penjaga gawang negara, S.Kumar dan barisan pertahanan negara turut berfungsi baik hari ini apabila mereka berjaya menyekat dan mematahkan beberapa cubaan yang dilakukan pemain Jepun.
Sementara itu, Kapten skuad hoki lelaki negara, Azlan Misron berkata semangat berpasukan yang ditunjukan oleh semua pemain adalah kunci kepada kejayaan hari ini dan beliau berasa gembira dengan perlawanan hari ini kerana semua pemain telah menunjukan kesefahaman yang tinggi.
"Alhamdulillah apa yang telah dirancangan sebelum perlawanan berjalan dengan baik hari ini dan apa yang cuba dilakukan telah mencapai matlamat apabila kita berjaya mara ke pusingan separuh akhir.
"Setiap individu dalam pasukan mempunyai peranan masing-masing dan semua pemain telah berjaya menjalankan tugas masing-masing dengan jayanya dan saya harap ia dapat diteruskan pada perlawanan menentang Pakistan bagi merebut slot ke final nanti," katanya.
Malaysia akan berdepan misi sukar untuk mara ke final apabila dijadual bertemu Pakistan selaku penyandang juara Sukan Asia ke-16 edisi Guangzhou, China 2010 pada aksi separuh akhir, 30 September ini.
Kejayaan terbaik skuad hoki negara pada temasya yang dianjurkan empat tahun sekali itu ialah pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China 2010 selepas tewas kepada Pakistan 2-0 pada perlawanan akhir.- mstar online
TOP
Keputusan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2014
BERIKUT keputusan Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2014 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, Sabtu:
Perseorangan Lelaki (Separuh Akhir):
Julien Benneteau (FRA) mn Ernest Gulbis (LAT) 6-4, 6-4
Kei Nishikori (JPN) mn Jarkko Nieminen (FIN) 6-3, 4-6, 6-2
Beregu Lelaki (Separuh Akhir):
Marcin Matkowski (POL)/Leander Paes (IND) mn Andre Begemann (GER)/Julian Knowle (AUT) 6-2, 6-4
Jamie Murray (GBR)/John Peers (AUS) mn Dominic Inglot (GBR)/Florin Mergea (ROU) 6-2, 7-6(0)

Skuasy Wanita Malaysia Raih Emas Ketiga Negara
TAHNIAH... Atlet skuasy wanita (dari kiri) Low Wee Wern, Datuk Nicol David, Delia Arnold dan Vanisha Raj meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan India 2-0 dalam perlawanan akhir Skuasy Berpasukan Wanita di Pusat Skuasy Yeorumul pada Temasya Sukan Asia ke-17, Incheon, Sabtu. -fotoBERNAMA
INCHEON: Pasukan skuasy wanita Malaysia menguasai acara skuasy pada kejohanan Sukan Asia ke-17, di sini selepas menewaskan India pada perlawanan akhir, Sabtu. Pasukan skuasy wanita Malaysia yang diketuai pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Vanessa Raj, menewaskan India, 2-0. Kemenangan itu membolehkan kontinjen Malaysia menambah pungutan pingat emas ketiga di Sukan Asia Incheon. Pemain ketiga Malaysia, Delia bermula baik dengan menewaskan Ananka Alankamony 11-9, 12-10 dan 11-2 dalam perlawanan sengit 43 minit yang berlangsung di Yeorumul Squash Courts. "Saya berasa sedikit tekanan pada mulanya. Apabila saya mula bertenang semasa pertengahan set kedua, saya mula bermain lebih baik dan pukulan saya baik," katanya. Pemenang pingat emas individu wanita, Nicol mempamerkan prestasi mengagumkan ketika bertemu Dipika Rebecca Pallikal sekali gus merangkul mata kemenangan. Beliau hanya mengambil masa 29 minit untuk menewaskan Dipika dalam pelawanan straight set 11-7, 11-6 dan 11-3. "Saya begitu berbangga untuk bersama-sama pasukan yang baru sahaja memenangi emas kedua negara di Sukan Asia. Kemenangan pingat emas berturut-turut tidak mudah dan pasukan berjaya bekerjasama dan saya begitu berbangga. "Kami semua telah berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan ini," kata Nicol. Ia juga merupakan pingat emas keenam, Nicol sejak menyertai Sukan Asia. Beliau telah memenangi enam pingat emas dan berkongsi kemenangan itu bersama-sama Tan Sri Dr M. Jegathesan (olahraga), Ng Boon Bee (badminton) dan Shalin Zulkifli (boling). Nicol memenangi pingat emas pertama acara perseorangan di Bangkok pada tahun 1998, namun gagal mempertahankannya di Busan pada 2002 setelah tewas kepada pemain Hong Kong, Rebecca Chiu dalam perlawaan akhir. Nicol kemudian bangkit untuk merangkul juara sekali lagi di Doha pada tahun 2006 dan di Guangzhou pada tahun 2010. Pungutan pingat emas Nicol seterus diperoleh dalam acara berpasukan yang diperkenalkan buat pertama kali di Guangzhou.- mstar online

Ironman Langkawi 2014 Dijangka Jana RM50 Juta
Para peserta Ironman Langkawi memulakan acara renang sejauh 3.8 kilometer pada kejohanan Ironman Langkawi 2014 di Langkawi, Sabtu. Para peserta harus melepasi tiga disiplin iaitu berenang, berbasikal sejauh 180 kilometer dan berlari sejauh 42.2 kilometer bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai AS$40,000. Foto BERNAMA
LANGKAWI: Kejohanan Ironman Langkawi yang kembali diadakan di pulau peranginan ini pada tahun ini setelah kali terakhir diadakan empat tahun lepas, mampu menjadi acara yang dapat menjana pendapatan kepada Malaysia dan pengusaha industri pelancongan di sini. "Dengan penyertaan peserta yang meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2010, kejohanan Ironman ini dilihat mampu memberi pendapatan sehingga RM50 juta kepada Langkawi dan Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Major Events, Zulkefli Sharif. Beliau berkata, ini ditambah dengan para peserta membawa keluarga masing-masing untuk memberi sokongan dan sekali gus berbelanja di sini dan negara ini. "Bagi memperoleh pendapatan yang banyak ini, kita telah mohon masyarakat tempatan untuk memberi kerjasama menjayakan kejohanan ini," katanya. Malaysia Major Events merupakan syarikat yang diberi tanggungjawab untuk membawa kejohanan Ironman Langkawi kembali diadakan di pulau legenda ini. Seramai 1,398 atlet dari 58 buah negara berentap untuk memburu gelaran juara pada edisi ke-12 Kejohanan Ironman Langkawi 2014 pada Sabtu, berbanding 690 orang yang mewakili 41 negara menyertai edisi ke-11 pada 2010, iaitu kali terakhir kejohanan itu diadakan. Kejohanan itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$40,000. Seramai 40 peserta terbaik kejohanan ini akan melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman dunia di Kona, Hawaii tahun hadapan. Kejohanan Ironman Malaysia Langkawi diperkenalkan pada tahun 2000 dan sejak itu menjadi acara tahunan sehingga 2010. Selepas itu ia tidak diadakan berikutan penganjur ketika itu berhadapan dengan masalah kewangan.- mstar online

MH17: Malaysia Mahu Penglibatan Pasukan Pengaman PBB
BENTONG – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman bagi membolehkan pasukan penyiasat dapat memasuki lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dengan segera.
Katanya kehadiran pasukan pengaman PBB di lokasi nahas boleh memastikan pihak berkuasa Ukraine dan kumpulan pemisah yang sedang bertelagah di kawasan itu mengotakan janji termasuk gencatan senjata yang dipersetujui mereka sebelum ini.
“Pasukan penyiasat antarabangsa termasuk Malaysia masih gagal memasuki kawasan nahas MH17 di timur Ukraine berikutan keadaan masih tidak selamat.
“Kita akan meminta PBB segera bertindak supaya siasatan kes itu dapat dilaksanakan, kita kesal sikap kerajaan Ukraine yang masih belum dapat menunaikan janji untuk pasukan penyiasat memasuki kawasan itu dengan selamat walaupun pelbagai usaha dan rundingan sudah dilakukan termasuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Bentong Bestari di Taman Rekreasi Sungai Marong, di sini hari ini.
Menurut Liow, tragedi pesawat MH17 adalah isu dunia membabitkan banyak negara dan semua pihak sepatutnya memandang serius perkara itu.
“Perdana Menteri sudah berusaha bersungguh-sungguh termasuk bertemu dan berbincang dengan pelbagai pemimpin dunia dan menyuarakan perkara ini di PBB.
“Kini sudah tiba masanya PBB mengambil tindakan, bukan setakat menerusi perbincangan sahaja,” katanya.
Mengenai dua lagi mangsa rakyat Malaysia dalam nahas itu yang belum dikenal pasti iaitu Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, dan Sherliza Zaini, 45, Liow berkata usaha menganalisis dan pengecaman mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum di Belanda masih belum selesai.
Sehubungan itu, beliau berharap dua rakyat Malaysia itu dapat dikenal pasti selepas semua urusan pengecaman mayat selesai nanti.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas. – BERNAMA
TOP
Bajet 2015: Mindef Cadang Tambah Peruntukan
KLANG – Kementerian Pertahanan bercadang menambah peruntukan sewajarnya dalam Bajet 2015 bagi meningkatkan tahap keselamatan terutamanya di perairan Sabah dan Sarawak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kedudukan keselamatan Sabah kini harus dilihat dari konteks berbeza yang bukan sahaja tertumpu pada kes penculikan atau pencerobohan malah ancaman militan yang mampu menular secara lebih serius jika tidak dibendung.
Hishammuddin berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah supaya perkara tersebut dapat direalisasikan dalam pembentangan Belanjawan 2015 nanti.
“Saya akan berbincang dengan PM (Najib) dan menteri kewangan kedua bagaimana peruntukan sewajarnya dapat kita salurkan ke Sabah dan Sarawak untuk perkukuh lagi kedudukan keselamatan kita di sana.
“Selain itu, kita juga akan lihat usaha bagaimana untuk mengeratkan kerjasama khususnya dalam konteks risikan dengan selatan Filipina, Brunei dan Indonesia dalam isu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Klang di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata ancaman militan seperti kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) juga perlu ditangani secara serius kerana ia mempunyai pendekatan berbeza berbanding kumpulan militan seperti Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah.
Katanya, penularan kegiatan ISIL secara berleluasa menerusi internet dan media sosial juga perlu dilihat sebagai ancaman di rantau ini.
“Ini adalah ancaman sebenar, baharu dan canggih yang menggunakan media sosial dan internet untuk beralih daripada rekrut tradisional yang menjadikan landskap keselamatan global lebih rumit.
“Kita harus menangani masalah ini dan tidak boleh melakukan bersendirian di Malaysia jadi kita perlu sekurang-kurangnya pada peringkat paling rendah iaitu Asean yang kita akan mengetuai persidangan tahun depan,” katanya.
Tambah beliau, sebagai langkah proaktif membendung ancaman tersebut, pihak keselamatan perlu duduk berbincang bagi mencari pendekatan terbaik menghalang negara dari terus dijadikan medan merekrut anggota baharu ISIL.
Sejak April hingga 21 Sept lepas, 19 individu rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terbabit dengan ISIS dan dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) sebelum dihantar ke Syria.
Semalam, tiga lagi rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang KL (KLIA) kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIL. – BERNAMA
TOP
Sarimah Ibrahim Dan Tunku Nadzimuddin Selamat Bertunang
Di Hotel Doubletree By Hilton, pada jam 2.50 petang hari ini (sabtu) berlansungnya majlis pertunangan antara seorang pengacara dan penyampai Radio Mix FM, Sarimah Ibrahim, 36, dengan seorang kerabat diraja, Tungku Nadzimuddin.
Tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut semoga sampai ke jinjang pelamin. Bertuah sungguh jika tapat bersuamikan seorang kerabat diraja ni ya. Tungku Nadzimuddin juga adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. ─ Siakapkeli.com
TOP
Henti Sebar Gambar Bogel Konstabel Polis Perempuan - PDRM SKMM
Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan hari ini berkata polis telah mengambil keterangan wanita yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu dan sedang menjejaki beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu walaupun anggota berusia dalam 20-an itu menafikannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Kes itu kita siasat. Anggota itu membuat laporan polis semalam bahawa perkara itu tidak benar, sebab itu bukan dia. Mungkin gambar itu menyerupai mukanya, tetapi itu bukan dia. Sesiapa yang tengok gambar tu mungkin tahu itu bukan dia. Saya sudah arahkan untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat, di sini.
Katanya, polis bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar gambar itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, wanita itu membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Wanita itu menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya. - Bernama
TOP
Pengguna Windows Bakal Merasa Windows 9 Secara Percuma
Seorang jurucakap Microsoft Indonesia dengan secara tidak sengaja memberitahu bahawa pengguna Windows 8 boleh menaiktaraf kepada Windows 9 secara percuma.
Setelah Windows 9 dilancarkan nanti, semua yang pengguna perlu buat adalah tekan butang "update" dan Windows 9 akan dipasang secara automatik.
Dari sumber gambar 'leaked' dari internet, Microsoft dilihat bakal memperkenalkan butang 'start menu' yang baru. Selain itu Windows 9 juga bakal di hiasi dengan antaramuka yang lebih moden dan juga sistem notifikasi. - SiakapKeli.com- mstar online
TOP
KKM Siasat Dakwaan Caj Bayaran Untuk Semburan Kabus
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyiasat dakwaan terdapat pihak menggunakan nama Jabatan Kesihatan negeri untuk mengenakan bayaran bagi perkhidmatan semburan kabus nyamuk Aedes atau ‘fogging’.
Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Zainal Ariffin Omar berkata, perkhidmatan itu diberi secara percuma selama ini bagi menangani peningkatan kes demam denggi.
“Kita akan siasat, kalau ada kakitangan kita yang terlibat kita akan ambil tindakan,” katanya selepas merasmikan pameran The Heart 2014 di sini hari ini.
Menurutnya, orang ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan seumpama itu perlu melaporkannya kepada Jabatan Kesihatan atau KKM.
Media melaporkan terdapat syarikat kawalan serangga di Kuantan mengenakan bayaran antara RM10 hingga RM80 untuk semburan kabus nyamuk Aedes dengan mendakwa mendapat kontrak Jabatan Kesihatan Pahang, namun ia dinafikan jabatan berkenaan.
Terdahulu, Zainal membacakan teks ucapan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada pembukaan pameran itu.
Subramaniam antara lain menggesa rakyat melakukan pemeriksaan kesihatan selain mengubah cara hidup bagi mengurangkan kes penyakit jantung yang merupakan punca kematian utama di negara ini. – BERNAMA
TOP
Gambar Separuh Bogel Menyerupai Konstabel Wanita Tersebar
GEORGETOWN – Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan hari ini berkata polis telah mengambil keterangan wanita yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu dan sedang menjejaki beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu walaupun anggota berusia dalam 20-an itu menafikannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kes itu kita siasat. Anggota itu membuat laporan polis semalam bahawa perkara itu tidak benar, sebab itu bukan dia. Mungkin gambar itu menyerupai mukanya, tetapi itu bukan dia. Sesiapa yang tengok gambar tu mungkin tahu itu bukan dia. Saya sudah arahkan untuk membuat siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat, di sini.
Katanya, polis bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar gambar itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, wanita itu membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Wanita itu menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment